BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, December 14, 2016

SUDUT PANDANG TENTANG PARTI-PARTI POLITIK DAN ISU-ISU SEMASA (JILID 4)


RUU 355, Rafizi PKR & UMNO sama aje!
Posted on Friday, March 24 @ 08:41:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34160



Seramai 30,173 atau 70.1% pengundi Melayu tidak tahu mengenai rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, menurut kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) yang ditaja oleh Rafizi.

Saya pun hairan kenapa Malaysiakini tak siar berita ini. Mungkin tak siar lagi kot!!

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, tinjauan menunjukkan hanya 12,857 pengundi Melayu atau 29.9% tahu mengenai RUU 355.

“Kaji selidik ini membabitkan 43,030 pengundi Melayu yang dihubungi melalui telefon secara rawak di seluruh negara dalam tempoh seminggu bermula 16 Mac lalu sehingga semalam,” katanya pada sidang medianya di pejabat Invoke hari ini.

Rafizi berkata kaji selidik juga mendapati daripada 29.9% yang tahu RUU 335, hanya 44.4% merasakan ia isu penting bagi menentukan undian dalam pilihan raya umum akan datang.

“Manakala 25.2% atau 3,240 merasakan ia tidak penting dan 30.4% atau 3,909 tidak menjawab soalan.

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli juga mendakwa mengetahui sebab mengapa kerajaan mengambil keputusan membentangkan sendiri bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355.

Menurut Rafizi, sebabnya adalah BN yakin Pas tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

"Disebabkan itu RUU355 merupakan satu "senjata sulit" atau "muslihat" daripada mereka. Sama ada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul itu atau tidak, adalah tidak relevan sekarang.

"Perpecahan di kalangan pembangkang telah berlaku dan tidak boleh dipulihkan serta Pas juga tidak akan menyertai Pakatan Harapan dengan apa cara sekali pun," katanya dalam sidang media di Invoke Malaysia di Sungai Besi, hari ini.

Saya baru pulang daripada perjalanan yang jauh. Masih letih. Saya pun letih nak ulas sikap PKR melalui RAFIZI ini. Tapi saya kuatkan untuk ulasan pendek.

PKR beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit tentang RUU 355. Mereka bukan nak memperjuangkan undang-undang Islam tetapi mereka mencari alasan sahaja demi untuk menjaga pengundi, terutamanya pengundi bukan Islam. Memperjuangkan Islam tak ada dalam KAMUS PKR. Perjuangan mereka bukan untuk mendaulatkan Islam.

Untuk menolak RUU 355 mereka mencari satu alasan kukuh. Apabila manusia Islam pelbagai lapisan dan latar belakang termasuk latar belakang politik berhimpunan untuk menyatakan sokongan kepada RUU 355. Malah ada bukan Islam bersama dalam perhimpunan ini. Mereka yang Islam merasai gusar dan mencari alasan untuk menolak dengan mengemukan kajian yang mereka sendiri taja.


Kalau ikut logik akal RAFIZI INVOKE, 70% mereka yang hadir dalam perhimpunan RUU 355 ini adalah mereka yang tak tahu tentang RUU 355.

Saya rasa mereka ini semua adalah ROBOT PAS! yang bergerak tanpa memahami bergerak ikut arahan. Itulah maksud tersirat dalam kajian Invoke Rafzi terbaru 70% Melayu tak tahu pun tentang RUU 355.

Pesanan akhir saya terutama kepada sahabat-sahabat yang dulu bersama PAS tapi kini dah menjadi OREN; Jangan mempermainkan mereka yang yang memperjungkan RUU 355 atas beberapa kelemahan yang berlaku atau kesilapan teknikal dan sebagainya. Bukan apa kita takut mereka yang lemah ini sebenarnya ikhlas dan jujur untuk mendaulatkan undang-undang Allah. Mereka ini benar-benar mengharap Allah dan kerdahaan Allah. Kesungguhan keikhlasan mereka terhadap ALlah menyebab orang yang mempermainkannya akan menjadi makin sesat dalam jalan mencari KEBENARAN. Allah tutup mati hati mereka yang mempersendakannya.

Ingatlah tiada yang sebaik-baiknya melainkan keredhaan Allah. Redha Allah tidak perlu kepada kebijaksanaan. Redha Allah hanya kepada mereka yang hatinya benar-benar ikhlas untuk Allah.


Sumber TKO - 24-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Boleh Layan Nasihat Lim Kit Siang Ini
Posted on Thursday, March 23 @ 13:56:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34153
"

Kata-kata klise dalam politik; kawan hari ini musuh di hari esok. Musuh hari ini kawan di hari esok. Lim Kit Siang (LKS) kata PAS tak pernah menang besar apabila bersendirian. LKS berkata benar dalam hal ini. Namun esok belum tentu. Walau bagaimanapun, baik juga PAS ikut nasihat LKS untuk PRU14 nanti.

Penulis pernah mencadangkan agar PAS mengadakan persefahaman dengan UMNO di Pulau Pinang. Percubaan ini boleh dijadikan pilot project. PAS tak perlu masuk BN. Cukup dengan membahagikan kerusi-kerusi untuk ditandingi antara UMNO dengan PAS bagi menghadapi parti Lim Kit Siang dan sekutunya.

Di mana UMNO/BN bertanding, PAS beri sokongan dan undi. Di mana PAS bertanding, UMNO/BN pula menyokong dan memberi undi. Kemudian selepas keputusan PRU14 diumumkan, tengoklah apa yang perlu dilakukan.

Penulis mencadangkan demikian kerana penulis melihat peluang terbuka untuk PAS menjadi kingmaker di Pulau Pinang. PAS mesti ada kuasa dan ada suara di Pulau Pinang. Apabila PAS bekerjasama dengan UMNO/BN di Pulau Pinang, rasanya parti Lim Kit Siang hanya tinggal legasi di Pulau Pinang.

Strategi ini macam memburu 4 dalam 1. Musang ditembak, dengan tupai-tupai sekali jatuh. DAP tersungkur, PAN terlentang, PKR terpelanting, PPBM tertiarap. DAP dan PAN ketar lutut jika benar strategi ini terjadi. Sebab itulah mereka mencanangkan PAS UG dengan UMNO. Tujuannya agar PAS takut untuk berpakat dengan UMNO. Apabila PAS dan UMNO/BN berpakat juga, sedaplah nanti DAP dan PAN berbicara, “kan aku dah kata”.

Katalah apa yang nak dikata. Janji PAS ada suara, PAS ada kuasa. Biarlah DAP menyalak dari Pengkalan Kota.

Sumber TKO - 23-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------

PAS perlu sedar kekuatan jika sendirian PRU14
Posted on Thursday, March 23 @ 11:39:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34148


SHAH ALAM: Penganalisis politik mengingatkan kedudukan kerusi Parlimen yang dimiliki PAS ketika ini adalah disebabkan penggabungan parti itu dengan pembangkang yang lain.


Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose yang juga merupakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) menjangkakan, PAS perlu bersedia berdepan dengan risiko kehilangan lebih banyak kerusi jika tetap dengan pendirian untuk bersendirian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"PAS tak banyak pilihan dan kemenangan mereka pun sangat-sangat bergantung kepada sokongan dulu DAP dengan PKR. PAS tahu kalau bersendiri sangat-sangat mencabar untuk menang.  
"Sudah (pasti hilang banyak kerusi) kalau inilah pendirian PAS, (PAS boleh pilih) samada untuk mendekati BN atau akan berbaik-baik (dengan pembangkang), itu yang kita tunggu," katanya kepada Antarapos.
Malah katanya PAS sedar akan risiko yang bakal diambil ini akan merugikan parti pimpinan Datuk Seri Abd Hadi Awang itu.
"Cara PAS letakkan diri sekarang lebih (pentingkan) prinsip perjuangan, bukan soal kalah menang lagi dah. Prinsip perjuangan nak bangunkan Islam, dia dah tak nak bersengkongkol dengan DAP. Walaupun dia tahu kesan dia sangat-sangat mencabar," ujar beliau.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak PAS mungkin akan mencapai satu persefahaman yang berbeza di Selangor disebabkan hubungan baik yang terjalin di negeri itu sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah 2008.
"Tapi dalam kes Selangor contohnya, kemungkinan besar kalau tak ada pilihan lain mereka akan buat pakatan pilihan raya yang lain. (Fokus) strategi pilihan raya saja, bukan bergabung, mungkin ada persefahaman," katanya.
Ramai pihak menjangkakan PAS akan meneruskan niat untuk bersendirian pada PRU14 selepas menutup pintu rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Bukan itu sahaja, parti itu juga bakal melihat kembali hubungan tahaluf siyasi PAS-PKR pada Muktamar mereka April depan.
Kedua-dua faktor ini dilihat mengukuhkan andaian bahawa tidak mustahil untuk PAS berbuat demikian.

Sumber TKO - 23-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------



Bila parti PAN nak buat Seminar Pemikiran “Tok Guru” Siti Kasim Pula?
Posted on Thursday, March 23 @ 08:21:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34145



Petang semalam jumpa sahabat lama IKRAM yang kini menjadi tenaga penggerak utama parti PAN. Dia ajak-ajak ayam saya untuk sertai Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz. Saya tanya bila. Dia kata 9 April ini.

Setiausaha Agung PAN Anuar Tahir berkata PAN akan menganjurkan seminar pemikiran ikon legenda PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

SEMINAR PEMIKIRAN TOK GURU NIK AZIZ akan adakan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur (KLSCAH) dan Selangor selama 5 jam setengah, bermula 8 pagi.


Ia akan dirasmikan oleh Presiden PAN Mohamad Sabu manakala ucap utamanya pula akan dibuat oleh Datuk Husam Musa yang pernah mimpi 15 kali jumpa Tok Guru. (klik di sini)



Kertas kerja pula akan dibentangkan oleh penasihat PAN Ahmad Awang yang jarang kelihatan dan beritanya jarang kedengaran untuk isu-isu menasihati parti PAN yang banyak bertentangan dengan Islam kebelakangan ini. Mungkin Ahmad Awang sekadar tukar rasmi, tukang bentang dan tukang baca doa kepada parti PAN. Sudah pasti dia juga tukang pasang bendera pasal tu Lim Kit Siang ambil alih untuk nasihat mengenai agama Islam untuk PAN.

Pembentang lain ialah anggota parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong. DAP mesti ada kerana DAP kan bos PAN. Semua hala tuju PAN mesti dirujuk kepada DAP dan Lim Kit Siang. Lim Kit Siang tak sempat bentang mungkin sibuk kot! Tapi apa-apa pasal agama selepas rujuk Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin kena rujuk Lim Kit Siang untuk pengesahan.


Pembentang akhir ialah Wan Ji Wan Hussin ni penyebar fitnah. Dia mengajar agama berdosa sebar fitnah tapi dia tak apa buat DEMI MASLAHAH POLITIK. (Klik di sini)

Saya sebenarnya malas nak sembang panjang dengan kawan-kawan IKRAM ni, cakap agama pandai tapi bila berpolitik bodohkan kepentingan Islam. Jadi saya tanya dia bila IKRAM nak bersama PAN buat SEMINAR Pemikiran Siti Kasim pula?

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=WYQc-DdHGW8

Sebelum ini Siti Kasim sekolahkan Pemuda PAN Kelantan, Hazmi Hassan.

Saya tanya takkan PAN dan IKRAM nak bisu bila Siti Kasim buat kenyataan merosakkan akidah? Bila ada pimpinan PAS guna bahasa kasar sedikit habis serata dunia jaja kesilapan pimpinan PAS walaupun mereka minta maaf tetap diulang tayang kesalahan tapi bila SITI KASIM buat kenyataan pasal agama Islam yang sangat JELEK, puak-puak PAN dan IKRAM diam membisu. Nak tegur takut undi geng LIBERAL dan LGBT lari!!

Ini lah ISLAM PAN dan IKRAM!



Sumber TKO - 23-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------

Bila Pulak Lim Guan Eng jadi jurucakap parti PKR?
Posted on Thursday, March 23 @ 00:09:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34139



Saya rasa semua orang akan pening dengan sikap pimpinan PAKATAN HARAPAN. Seolah-olah mereka ini tidak faham bahasa mudah PAS tidak akan bersama PAKATAN HARAPAN dan PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan parti pengkhianat PAKATAN RAKYAT, DAP dan PAN.

PAS masih bersama dengan PKR kerana 2 sebab, pertama kerana PAS masih ada tahaluf dan keputusan tahaluf adalah keputusan muktamar maka muktamarlah boleh membatalkannya. Kedua PAS masih bersama PKR untuk Selangor demi menyelamatkan Selangor jatuh kepada BN/UMNO dan mengekalkan janji manifesto pada PRU-13 lalu.

Bila BERSATU bersama dengan PAKATAN HARAPAN yang mana terdapat parti DAP dan PAN, maka PAS memutuskan tidak akan ada kerjasama dengan BERSATU lagi. Mana mungkin PAS nak bersama BERSATU sedangkan dalam masa yang sama DAP dan PAN menyerang PAS.

Untuk PRU-14 nanti, sokongan akar umbi PAS lebih cenderung untuk memutuskan tahaluf dengan PKR. Pasal itu dah ada beberapa usul kawasan untuk memutus tahaluf dengan PKR.

Hari ini Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan Pas perlu segera menyatakan pendiriannya sama ada ingin kekal bersama Pakatan Harapan atau akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang.

Kan BENGONG dia dah singkir PAS daripada PH tapi masih dan seolah-olah menunggu PAS? Di Sarawak DAP dan PH agih kerusi PAS kepada PAN tapi dia masih tunggu PAS. Pening kepala saya memikirkan 'macam mana' dia orang berfikir!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pas tidak boleh melengah-lengahkan masa lagi kerana ia akan menyebabkan keyakinan pengundi terhadap Pakatan Harapan terganggu.

Apa pulak kaitan PAS dengan PH?? Lagi pening!!!

Kata LGE lagi "Apabila mereka ingin bekerjasama dengan Umno dan BN, mereka perlu memutuskan hubungan dengan PKR. Mereka juga dilihat sedang membuat persediaan asas apabila  mengumumkan keputusan itu baru-baru ini".

Menurut LGE, tindakan Pas kini lebih condong ke arah ingin bekerjasama dengan Umno selepas mengumumkan putus hubungan dengan PKR di Pulau Pinang.

Saya rasa LGE pening macamTun Mahathir juga.
LGE pun tak boleh nak beza antara keputusan dan usul muktamar.
Lagi satu BILA pula dia jadi jurucakap PKR??

Nampak sangat kebimbangan LGE serta DAP jika PAS bertembung dengan PAKATAN HARAPAN dalam pertandingan 3 penjuru seluruh Malaysia jika kawasan PAS sebelum ini (Kawasan PAS yang PAS pernah bertanding pada PRU-13) diusik oleh PH melalui parti pengkhinat PAN.

DAP sangat takut Pulau Pinang akan hilang daripada penguasaan mereka bila berlaku pertandingan 3 penjuru.




Sumber TKO - 23-3-2017


-----------------------------------------------------------------------------------------



Pelik, Kenapa DAP Begitu Prihatin dengan PAS
Posted on Tuesday, March 21 @ 21:28:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34118



PAS hanya boleh menang besar dalam pilihan raya jika bekerjasama dengan parti-parti pembangkang utama atau menjadi anggota sesebuah gabungan, kata Lim Kit Siang. Veteran DAP itu berkata, rekod menunjukkan, jika PAS memasuki gelanggang secara bersendirian, parti itu hanya boleh menang paling banyak 13 kerusi parlimen.


Sebaliknya, kata Lim, PAS menang paling banyak kerusi parlimen apabila bekerjasama dengan parti-parti lain, termasuk DAP.


“Dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1959, paling banyak kerusi dimenangi PAS apabila bersendirian ialah 13 kerusi,” katanya dalam kenyataan.

“PAS menang paling banyak kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1999, 2008 dan 2013, apabila menjadi sebahagian daripada Barisan Alternatif pada 1999, mengelakkan tiga penjuru dengan DAP dan PKR pada 2008 dan menjadi anggota Pakatan Rakyat pada 2013.”

Kepada penyokong-penyokong PAKATAN HARAPAN yang ada akal untuk berfikir. Adakah anda tak rasa pelik kenapa Lim Kit Siang tiba-tiba begitu baik dan prihatin dengan PAS?

Sebelum ini kata PAS nak bergabung dengan UMNO.
Halau PAS daripada PAKATAN RAKYAT sehingga musnah PAKATAN RAKYAT.
Taja dan biayai pimpinan dalam PAS untuk merebut kuasa pada Muktamar PAS.
Bila kalah, taja dan biayai pula parti PAN untuk ambil alih kedudukan PAS dalam PR.

Kenapa tiba-tiba, lain pulak nadanya kata PAS kalau bertanding bersendirian PAS tak boleh menang? Seolah-olah prihatin dan cuba menasihati PAS?

Mana betul PAS nak bergabung dengan UMNO atau PAS nak bertanding sendirian lawan UMNO?

DAP (Lim Kit Siang) ni pening ke?

Apakah selama ini PAS nak bergabung UMNO adalah fitnah jahat DAP dan rakan-rakan sekutunya, PAN?

Kalau DAP rasa DAP menang selama ini bukan bantuan PAS, kenapa nak risau sangat PAS nak lawan UMNO bersendirian. Sepatutnya DAP suka dan gembira serta bertepuk tangan. Dengarlah kata Husam Musa yang ada kuasa 10 serta bantuan jin jika berlaku pertandingan 3 penjuru pasti PAN akan menang PAS dan UMNO akan terlingkup. Takkan Lim Kit Siang tak percaya kepada Husam Musa.

Dia tu kan hebat!!!


Sumber TKO - 21-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------


Pakatan Harapan Memaksa PAS Bertanding bersendirian
Posted on Tuesday, March 21 @ 09:17:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34113



Dalam PAS ada beberapa orang tokoh politik veteran yang pandangan politiknya sangat baik untuk difahami dan dikaji. Salah seorangnya ialah Tuan Haji Subky Abdul Latif.

Tokoh wartawan dan orang lama dalam PAS, Tuan Haji Subky Abdul Latif mempunyai pandangan politik yang saya rasa boleh kita jadikan panduan untuk masa depan PAS terutama dalam isu-isu terkini, PAS yang sering diserang oleh pembangkang sendiri terutama PAKATAN HARAPAN.

Subky berkata PAS tidak ada pilihan yang banyak buat masa ini. Katanya jika pembangkang bersatu nescaya UMNO/BN mudah dijatuhkan. Bersatu bukan bermakna bersama dengan Pakatan Harapan tetapi bersama-sama menjatuhkan BN dan UMNO.

Konsep bersama yang dikemukan oleh PAS iaitu PAS akan bertanding disemua kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS pada PRU-13 lalu jika dipersetujui oleh PAKATAN HARAPAN memang UMNO dan BN mudah dijatuhkan dan pembangkang tidak menghadapi masalah besar. Tidak akan wujud dan berlaku kecamuk seperti sekarang dalam pembangkang.

Tapi malangnya PAKATAN HARAPAN tidak ada "belas ehsan" kepada parti PAN sendiri. Mereka tidak sanggup untuk memberikan kerusi mereka kepada parti PAN, rakan PH mereka sendiri. Mereka hanya mahu PAS bersama PH untuk melindungi niat mereka yang tersirat iaitu mereka nak 'perkudakan' PAS apabila bersama dengan PH, PAS berkorban kerusi untuk PAN dan BERSATU. Itu yang menjadi objektif utama mereka.

Mereka nak jadikan PAS tangga untuk dipijak.
Bila PAS setuju PAS bodoh dan diperbodohkan.
Bila PAS tak setuju dijaja pula PAS nak UG dengan UMNO.
Ini POLITIK JAHAT PAKATAN HARAPAN.

Subky berkata adalah ‘membuang masa’ berbincang dengan parti-parti lain kerana mereka tidak bersedia menerima syarat yang dikemukakan PAS.

Kata Subky lagi “parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian" jadi PAS tak ada pilihan.

"PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya" tanpa ada halangan.

Tambah Subky “Mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat"

Parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian, maka pilihan PAS tidak ada melainkan bertanding bersendirian.

Saya setuju.

Mungkin pada masa sekarang PAS 'sakit' dan 'menderita' kerana PAS terpaksa berhadapan dengan UMNO dan juga dengan fitnah dan tohmahan JAHAT PAKATAN HARAPAN.

Percayalah, PAS tetap utuh dan menjadi kuat. PAKATAN HARAPAN pasti akan hancur dan kepalsuan mereka dalam ikatan PH akan terbongkar. Masa itu kita akan kenal siapa sebenarnya TUN MAHATHIR dan kita akan tahu sifat 'munafik' yang ada dalam pimpinan parti PAN yang mengkhianati JANJI dan SUMPAH SETIA kepada JAMAAH ISLAM dan perjuangannya. Kita akan sedar dalam PKR juga ada 'najis-najis UMNO' yang sembunyi disebalik kata-kata manis reformasi. Sudah pasti kita juga dapat melihat dengan jelas sifat ANTI-ISLAM DAP.


Sumber TKO - 21-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------


Aku Orang Pertama Suka Bila Nik Abduh Gagal Merebut Jawatan Timbalan Ydp Kawasan Pengkalan Chepa
Posted on Monday, March 20 @ 08:18:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34098



Ya.... memang aku suka, nasib baik aku dok kata uduh-uduh je, sebab memang aku suka sungguh. Cube mung perati tugasan YB Nik Abduh ni, Ketua Pemuda Pusat, Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ajk PAS Pusat lagi serta banyok lagi yang aku sendiri dok tahu.

Dengan ruang yang ada, dia perlu tumpu pengundinya di Pasir Mas, dia juga perlu memberi perhatian persiapan Muktamar Pemuda Pusat, dia juga nak K-Pro dan semasa pemilihan pun aku dengar dia di Cyberjaya program K-pro.


Aku rasa perwakilan Mesyuarat Agung Kawasan Pengkalan Chepa buat percaturan tepat, mungkin mereka hendak beri YB Nik Abduh ruang tumpuan lebih kepada Pusat.

Perangai orang kelantan berpolitik, molek-molek ada 3 dun menang tapi parlimennye beri je BN, dok leh marah, ni budaya dan percaturan pengundi kelantan.

Berdasarkan pautan inilah aku rasa tugasan Nik Abduh di peringkat Pusat akan bertambah dan sudah pasti akan diberi peranan lebih besar.

Ning aku punya pandangan, mung penyokong Nik Abduh nok kutuk aku, kutuk lah. Walaupun aku bukan kalangan Ustaz tapi aku menyokong penuh ulamak.

Sekian,

Catatan Noja
Cyberjaya
19 Mac 2017 / 2:45 pm

Sumber TKO - 20-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------



Adakah ada umat Islam menghina Islam?
Posted on Sunday, March 19 @ 10:07:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34087



Penagih arak sememangnya tidak setuju Usul menggesa melarang hidangan arak pada program-program Majlis Peguam.



Usul itu ditolak oleh hampir semua ahli yang menghadiri mesyuarat agung tahunan, baru baru .ini. Macam juga RUU 355 yang dibentangkan di parlimen oleh Pas tempoh hari.

sehubungan dengan itu, Allah telah menyatakan “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka janganlah ia duduk di suatu hidangan yang ada dihidangkan arak” (Hadis sahih : Al-Haaki. An Nasaai, At Tirmizi, Abu Daud & Ahmad).


Hadis ini memberitahu kepada kita haram (berdosa) duduk bersama suatu tempat yang ada hidangan arak.

Dosa minum arak satu hal (haram) Dosa duduk semeja atai suatu tempat yang ada hidangan arak satu hal.

Bermakna bukan  orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat sahaja dilarang duduk disuatu tempat atau meja yang ada hidangan arak.
Maka orang orang Islam yang tidak beriman dibenar (tidak berdosa).kerana hadis itu semacam dikhususkan kepada orang orang yang beriman kepada Allah dan akhirat dikatankan janganlah (haram/berdosa)
Janganlah, maksudnya adalah suatu perintah larangan darpada kepada orang orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka adalah suatu dosa kepada mereka yang duduk yang ada hidangan arak.

Bagi  umat Islam (ahli majlis peguam Malaysia beragama islam) yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat pasti tidak terasa perintah larangan itu suatu dosa.

sebab itu mereka menolak usul mengharamkan hidangan arak dalam program progam majlis peguam di Malaysia ini.

Mereka beralasan bahawa  Allah tidak larang bercampurgaul dengan orang bukan Islam. Pada hal alasan itu sama sekali tidak masuk akal

Memang betul Allah tidak melarang bercampur gaul dengan orang kafir, tetapi bercampurgaul dengan kafir, ada hadnya sebagai satu hak umat Islam.

Akan tetapi, hendak buat macam mana dengan mereka yang sudah menjadi penagih arak tegar,mahu tidak mahu  pasti tidak boleh menerima apa sahaja perintah larangan Allah.


Itulah permasaalahan punca undang undang Islam dipersenda sendakan dan ada yang tergamak menghina Islam secara terang terangan.

Sumber TKO - 19-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------



Ahli Panel NUNJI’17 Tapi Kaki Penyebar Fitnah
Posted on Sunday, March 19 @ 20:54:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34092



Fasal 4.7.1 Peraturan-Peraturan Pemilihan PAS 2013 (Pindaan 2016) ada menyatakan kaedah-kaedah pemilihan dalam Parti PAS. Setiap ahli berhak untuk dicalonkan dan jika ada 2 percalonan maka ahli tersebut layak bertanding.

Syarat-syarat untuk menarik diri juga ada dalam perlembangaan dan ada kawasan membuat pindaan calon tidak dibenarkan untuk menarik diri. Saya rasa selepas pauk-puak PAN dan IKRAM tak ada dalam PAS kini pemilihan PAS menjadi aman dan harmoni dan ramai yang cuba menarik diri sehingga ada dikalangan PAS kawasan tidak membenarkan menarik diri.

PAS Kawasan Pengkalan Chepa pula tak wujud pertandingan untuk jawatan YDP dan TYDP. Tapi entah macam mana ada percalonan untuk Nik Abdul bagi jawatan TYDP. Bagi PAS Kawasan Pengkalan Chepa itu perkara normal dan Nik Abdul pula tidak tidak dibenarkan menarik diri.

Nik Abdul tak adapun semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa kerana dia ada di Konvensyen Profesional Malaysia di Cyberjayabersama Presiden PAS.

Keputusan undi itu biasa dalam PAS tetapi TIDAK biasa bagi KAKI FITNAH.

Apabila Nik Abdul kalah dalam pemilihan itu, maka ada yang gatal tangan buat sebarang fitnah kenyataan Nik Abdul kononnnya tak kenang jasa Ayahnya Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Sebaran ini dipanjang pula oleh mereka yang buta maklumat dan mempunyai sifat prasangka buruk. Yang peliknya penulis buku politik pun boleh sebar maklumat kenyataan Nik Abdul dengan alasan dia sekadar mengulas sahaja.


Lagi pelik seorang ahli Panel NUNJI'17 pun sebar perkara yang sama.

Pembaca tahu apa itu Nunji? NADWAH Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) yang dianjurkan oleh parti PAN. NUNJI  kata PAN adalah untuk mencerdaskan pemikiran ahli PAN khususnya dan orang awam umumnya, kepada memahami maksud Syariah itu sendiri dalam kerangka tujuan dan prinsip utama mengapa Syariah itu dilaksanakan.

Bayangkan kalau ahli Panel NUNJI pun kaki fitnah. Itu ibarat ikan yang busuk di kepala. Habis semuanya busuk, buruk dan patut dibuang.


Saya tak hairan ahli panel Nunji seperti Wan Ji ini menyebar fitnah kepada Nik Abdul kerana sejarah lampau pun Wan Ji ini adalah penyebar fitnah dalam PAS sehingga banyak perkara buruk berlaku dalam PAS. Dia pernah dipecat daripada Unit Kajian Dewan Ulama PAS kerana menyebar maklumat sulit kajian Dewan Ulama PAS.

Satu contoh lagi dia juga pernah fitnah kepada Suhaimi Embong sebagai penulis BatuApi dan menyebabkan Aduka Taruna tertipu dengan Wan Ji ini akhirnya Aduka Taruna pergi ke Rusila mengamuk disana dan dikatakan dipukul (dil'epuk' kepala). Anda boleh baca tulisan BatuApi yang sampai sekarang WanJi tidak menjawab "Wan Ji @ Al Bakistani munafik, penyebar fitnah".

Sangat malang kalau KITA HIDUPKAN BUDAYA FITNAH kerana Saidina Umar pernah berkata mereka yang menghidupkan fitnah akan terbakar dirinya.


Sumber TKO - 19-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------




Fitnah dah Jadi Darah Daging cybertropper, facebooker PAN dan PH
Posted on Sunday, March 19 @ 10:55:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34088



"Fitnah" berasal dari bahasa Arab yang berarti kekacauan, bencana, cobaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan dengan berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang. Al-Quran dalam surat Al-Hujarat ayat 12 jelas mengenai persoalan fitnah ini.

"Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu mengumpat setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keaddan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang ".
Agaknya ayat amaran Allah ini ada kesan tak kepada puak parti PAN dan PH?

Mereka tak rasa apa-apa pun mereka apabila mereka cipta kenyataan pimpinan PAS untuk memberikan gambaran buruk kepada pimpinan PAS sehingga ada ramai orang awam tersalah sangka dengan pimpinan PAS berkenaan.

Mereka gembira sedangkan mereka abaikan tentang azab pedih daripada Allah s.w.t.. Mereka ini bukan ini bukan orang kafir tetapi Islam. Mereka solat dan bersedekah.

Terbaru Ustaz Nik Abdul terkena dengan kenyataan rekaan cybertropper jahat dan disebar luas pula oleh fecebooker jahat.


Sekali lagi saya nasihatkan kepada cybertropper, facebooker PAN dan PH jadi buat kerja JAHAT ini kalau anada betul-betul nak jatuhkan UMNO.




Sumber TKO - 19-3-2017



------------------------------------------------------------------------------------------


Jangan berpimpin Peluk Terus Tak Apa!
Posted on Sunday, March 19 @ 09:58:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34085



Semalam Anwar Ibrahim menyatakan apa yang diperlukan sekarang ialah untuk Pakatan Harapan menyegerakan rundingan dengan Bersatu dan semua pihak yang lain yang sealiran serta memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama.

Anwar Ibrahim mengharapkan pembangkang termasuk PAS bersepadu menjatuhkan UMNO dan BN.

Tapi malangnya hasrat Anwar nampaknya tak diindahkan oleh Pakatan Harapan. Cybertropper parti PAN dan PH lebih gemar menyerang PAS dengan isu yang remeh dan bodoh sehingga mereka tertinggal untuk menyerang musuh sebenar mereka iaitu UMNO.

Pengurusan Cybertrooper parti PAN dibawah ARIF gagal. Banyak duit dihabiskan membazir dengan tindakan bodoh mereka menyerang PAS dengan isu-isu yang sangat remeh. Apatah lagi fitnah kini sudah menjadi halal untuk puak PAN dan PH.

Gambar Tuan Ibrahim Tuan Man berpimpin tangan dengan Zahid Hamidi dijadikan seolah-olah itu adalah hujah UG antara PAS-UMNO.

Mereka gagal nak buktikan UG semenjak 2008 lagi. Dulu mereka jadikan UG sebagai alasan untuk menyerang kumpulan ulama dalam PAS. Tapi malangnya ahli-ahli PAS celik akal dan tahu apa sebenarnya berlaku maka muktamar beberapa tahun lalu ahli-ahli singkir mereka yang suka membuat fitnah dan tuduhan tak betul sesama pimpinan.

Kumpulan kecewa dan menubuhkan parti baru PAN. Tapi malangnya tak sabutan sekitar 6000 ahli PAS yang berpindah kepada parti PAN. Bos besar mereka, DAP kecewa dengan situasi ini dan kini DAP lebih rapat bersama BERSATU dan PAN terkial-kial.

Kenapa saya kata cybertropper PAN dan PH bodoh?
Mereka bukan sahaja bodoh tapi jahat. Ok. Saya nak sampaikan masej ini kepada Dr Hatta Mohd Ramli yang mana kita pernah berdua bersama dalam kereta, kerja-kerja PGS yang 'enta' buat dalam PAN adalah kerja jahat dan bodoh.

Pimpinan tangan perkara biasa dalam politik.


Adakah TGNA nak UG?



LGE nak UG?


Salahuddin Ayub nak UG juga rupanya.



Ini lagi hebat UG kelas "A".



JADILAH BUAT KERJA BODOH. TUMPULAH SASARAN KEPADA UMNO. HAYATI POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA yang kini dibawa oleh PAS.




Sumber TKO - 19-3-2017


------------------------------------------------------------------------------------------


PAS-BERSATU, Dia langgar Perjanjian, Dia Salahkan PAS
Posted on Sunday, March 19 @ 07:33:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34084



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau BERSATU) mendakwa PAS sengaja mencari alasan untuk tidak menyertai gabungan pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) pasal itu mereka putus hubungan dengan BERSATU. Ketua Penerangan Datuk Kamarudin Md Nor berkata PAS sebenarnya sudah mengetahui lebih awal tentang hasrat BERSATU membawa mereka menyertai gabungan untuk pilihan raya umum akan datang.

Ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, yang berkata rundingan kerjasama politik antara kedua-dua parti berakhir apabila Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad umum menyertai PH.

PAS bertegas dengan prinsipnya tidak mahu bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan PAN yang mengkhianati Islam dan Melayu.

Kamarudin Md Nor berkata “PAS pilih tak kerjasama itu nasib dia, sambutan terhadap PPBM dan parti pembangkang yang bersama PH juga luar biasa. Ini semua petanda rakyat sedia ubah kerajaan.” Sudah pasti PAS akan ketinggalan.

Sebelum ini Tun Mahathir telah banyak kali membuat kenyataan yang menuduh PAS dengan berkata kononnya sesiapa tak bersama dengan mereka adalah bersama dengan Najib dan UMNO. Tuduhan Mahathir adalah tuduhan yang tidak masuk akal sedang semua tahu PAS bertanding lawan UMNO.

Hanya Mahathir dan ramai dikalangan Pakatan Harapan tidak memahami POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA PAS. Pas menyasarkan sokongan Melayu yang rata-rata ahli UMNO. Jadi untuk itu PAS perlu lebih mesra mendekati sasaran untuk PRU-14 Nanti.

Takkan itu pun mereka bodoh nak faham!


Sumber TKO - 19-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------



10 Kenyataan Yang Bertujuan Memandulkan Islam
Posted on Saturday, March 18 @ 11:44:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34074





Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka? Mereka menyerang PAS tanpa letih. Mereka tegar memfitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP penting demi Putrajaya. Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas  dengan agenda Islamnya.  

Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.



Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan?



Pertama, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.



Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan  ‘Adios Harun Din’. Mereka tak terasa apa-apa.



Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.


Keempat, Pemimpin DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga.

Keenam, DAP  mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP  mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

 Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya iman

Sumber TKO - 18-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------


Kini Ahli UMNO boleh Hadir Ke Program & Aktiviti PAS
Posted on Friday, March 17 @ 08:17:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34056



Ramai penganalisis yang cenderong kepada Pakatan Harapan menulis dan membuat analisis kononnya PAS sudah berubah. Begitu juga bekas Ketua Editor Harakah pun membuat analisis yang sama.

Persoalannya adakah PAS berubah?

Saya melihat ramai penganalisis walaupun bertaraf profesor membuat kesimpulan dan analisis tanpa hujah dan fakta yang kukuh. Mereka bercakap atas dasar persepsi dan kekecewaan kerana PAS tidak bersama Pakatan Harapan. Mereka rasa ini masa dan peluangnya UMNO boleh dijatuhkan. 


Malangnya PAS bersama. Mereka sangat marah kepada PAS. Analisis dan kesimpulan bersifat 'menghukum' membuatkan penganalisisan dan penulis mereka menjadi 'kaku dan basi'

Saya juga pernah berhujah dengan penulis buku. Mereka menjadikan persepsi sebagai 'tuhan' kepada cara penulisan politik mereka sedang Islam mengajar kita bagaimana Islam seharusnya didahulukan dalam semua aspek.


Penulis ini masih belum memahami Islam itu adalah "Akidah dan Kaedah".

Laillah ha illallah itu ialah penghayatan termasuk dalam gambaran pemikiran. Malang bagi kita kalau gambaran pemikiran kita masih belum Islam.

Siapa tak kenal Rasulullah s.a.w. seorang yang digelar al-amim. Beliau pernah mendamaikan pemimpin Quraisy yang berbalah tentang hajarul aswad. Beliau dia puji mempunyai daya fikir yang cerdas dan bernas menyelesaikan masalah.

Malah semasa di kepung ketika hijrah Rasulullah s.a.w. beliau sempat meminta Saidina Ali menjaga barangan yang disimpan oleh orang Quraisy untuk dipulangkan. Baginda dikenali sebagai seorang yang amanah. Baginda tak bawa lari barangan itu kerana ini peluang dan kesempatan seperti ada pimpinan yang kononnya Islam membawa lari kerusi dan jawatan atas dasar itu hak 'mutlak' mereka.

Sifat Rasulullah s.a.w. dipuji. Tapi apa persepsi yang dibina oleh penduduk Quraisy kepada Rasulullah s.a.w.  Rasulullah penipu, pembohong, gila kuasa, ahli sihir dan bermacam-macam gelaran yang sangat buruk. Ini dipanggil POLITIK JAHAT BERASASKAN PERSEPSI.

Kita juga tahu cerita bagaimana Nabi Nuh a.s. dimana tidak mendapat sokongan masyarakat kerana ada masyarakat (bukan penganalisis atau penulis) yang cipta persepsi buruk kepada Nabi Nuh a.s.

Pada masa itu, bagaimana ibubapa mengajar anak kecil bahawa orang tua ini adalah pendusta, gila dan bermacam-macam tuduhan sehingga anak-anak kecil mengejek Nabi Nuh a.s. sebagai orang tua yang gila. Tidak hairan Nabi a.s. hidup hampir 1000 tahun hanya mendapat sokongan sekitar 80 orang sahaja.

Bagi saya persepsi buruk PAS bukan ciptaan masyarakat tetapi ciptaan penganalisis, penulis dan mereka yang tidak sependapat dalam pendekatan dakwah dengan PAS. Mereka menghukum PAS dengan tulisan-tulisan dan analisis yang sangat bias dan jahat. Pasal itu kita kena faham persepsi ini ciptaan siapa, penulis atau masyarakat?

PAS tidak berubah, tapi pendekatan PAS berubah dan ada kelainan dengan sebelumnya. Pendekatan politik bergantung kepada keadaan semasa seperti masa, masyarakat, budaya sosila dan sebagaimana. Jadi tidak hairan pendekatan politik PAS berbeza setiap negeri.


Saya pernah mendengar daripada almarhum Ustaz Harun Taib dalam satu program parti mungkin 20 tahun yang lalu, beliau ada mencerita bagaimana untuk mendekati orang-orang UMNO yang sangat taa'sud yang mana orang PAS tak boleh menjijaki tanah rumahnya. (dulu PAS dan UMNO sangat bertentangan terutamanya di Pantai Timur)
Beliau berkata, ahli PAS perlu peka dengan ahli UMNO. Melihat dan mengkaji di mana boleh dimasuki. Dia memberi contoh bagaimana dia mendekati orang UMNO yang keras. Dia kata dia melihat di rumah orang UMNO itu ada beberapa pokok nangka sedang berputik. Dia datang dan memberitahu nak beli buah nangka kerana melihat pokoknya sangat baik (puji).

Orang UMNO bila datang nak membeli dia tak marah dan cakap pokok masih berputik. Ustaz Harun cakap tak apa, saya "cok dulu" (bahasa Terengganu yang bermaksud membuat tempahan buah yang putik itu). Ketika itu dia bercakap sekadar di luar pagar sahaja.

3 atau 4 hari kemudian dia datang lagi. Orang UMNO tanya nak buat? Dia cakap nak lihat putik nangka tu, besar mana dah sekarang? (kerana dah tempah nak beli). Masih bercakap di luar pagar.

Seminggu kemudian datang lagi untuk melihat putik nangka tadi. Tapi kali ini orang UMNO itu ajak masuk dan duduk di tangga (rumah kampung) serta berbual sambil dihidangkan dengan teh 'o' kosong tanpa kuih. Semasa ini jangan bercakap isu politik sekadar bertanya khabar.

Saya tak nak panjangkan cerita ini. Pembaca boleh tahu kesudahannya. Pasal itu Ustaz Harun Taib bertanding di Manir tidak pernah kalah. Siapa tak kenal Ustaz Harun Taib seorang yang dikatakan lebih keras daripada Ustaz Abdul Hadi Awang. Itu persepsi yang dibina oleh orang yang tak suka Ustaz Harun Taib samada dia UMNO atau dikalangan PAS sendiri yang kini telah sudah menjadi PAN.


Perkara yang sama juga dengan isu "Sembahyang Dua Imam" dan "AMANAT HADI". Ada orang PAN kata Presiden PAS tak ikut Amanat dia sendiri. Ini mesti tak faham. Kalau nak jawab hujah bodoh ini saya boleh dikata yang buat amanat ini adalah penjual CD, dia kini dah jadi UMNO. Dulu buat amanat jual dapat untung kemudian dia sendiri jadi UMNO.

Sebenarnya, isu ini perlu difahami bagaimana pendekatan PAS pada masa itu yang menekankan tentang akiqah dan batas-batas iman dan kufur kerana pada masa itu orang Islam boleh bercakap mudah tentang agama seperti politik tidak ada dalam Islam. Kalau buat hudud nanti boleh makan sup tangan dan sebagainya. PAS mengambil pendekatan yang lebih keras pada masa itu bersesuai dengan kefahaman agama yang sangat sempit.

Saya mendengar Wan Rahim bos parti PAN Kelantan mengatakan dia cuba sekat penyebaran solat dua imam masuk ke Kelantan kerana Tok Guru Nik Aziz tak nak perkara ini berlaku di Kelantan. Dia ni walaupun lama dalam PAS tapi cetek tentang pendekatan Islam, tentang cara dan gaya PAS berpolitik mengikut Islam.

Politik mengikut setempat. Pendekatan juga berbeza bagi setiap negeri. Misalnya Tok Guru Nik Aziz mengeluar kenyataan jika diberi gula kita kacau, diberi kain kita pakai. Cara Tok Guru Nik Aziz untuk mengatasi masalah serangan rasuah UMNO di Kelantan.

Tapi pendekatan ini tidak boleh diamal di Terengganu, Tok Guru Haji Abdul Hadi membuat kenyataan tertutup untuk tidak menerima pendekatan ini di Terengganu kerana bila seseorang mengambil apa yang dirasuahkan oleh UMNO mereka makan benda yang tak betul (haram). Perkara ini boleh merosakkan hati dan akhirnya mereka terlali dan boleh 'lari serta cenderong kepada UMNO'. Orang Terengganu berbeza dengan orang Kelantan. Jadi apa yang nak dihebohkan kerana itu adalah pendekatan politik negeri masing-masing.



Takkan Wan Rahim tak tahu Khalid Samad membuat pendekatan ba'aih TALAK ISTERI 3 dalam PRU-12 di Selangor sedangkan PAS Pusat tak setuju dan negeri-negeri lain tak buat pun. Khalid Samad membela diri dan menulis dia seperti Tariq Ziaq yang membakar kapal. Apa salahnya.


Si Husam Musa pula mengambil idea Khalid Samad di bawa ke Kelantan untuk PRU-13 kerana Kelantan genting pada masa itu hanya tinggal perbezaan satu adun sahaja. Tok Guru Nik Abdul Aziz setuju.

Kini Husam Musa mengatakan Sumpah Bai'ah TALAK 3 ISTERI tak betul. Kan itu namanya SASAU dia yang bawa kepada Tok Guru dia pula kata tak betul.

Sekarang dunia makin maju. Maklumat boleh sampai kepada kita terus melalui media sosial. PAS perlu pendekatan yang berbeza dengan UMNO bagi PRU-14 nanti.

Kalau dulunya PAS terpaksa masuk ke program UMNO tapi kini orang UMNO boleh datang ke program PAS. Malah ada UMNO negeri memberikan kebenaran secara umum kepada ahli UMNO dan disiarkan dalam media mereka bahawa ahlinya boleh hadir dalam program-program tertentu PAS.

Adakah ini politik PAS yang bodoh? Tolong jawab.


Penganalisis, penulis dan sesiapa sahaja yang membuat tuduhan PAS dan UMNO akan bergabung akan kecewa kerana fitnah mereka semenjak 2008 lagi tidak akan berlaku.

Kini 2017 hampir 9 tahun berlalu UMNO-PAS masih berperang dan Insya-Allah, PAS akan bertanding lawan UMNO lagi pada PRU-14 nanti. 


Kebodohan mereka mempercayai cerita-cerita persepsi tanpa fakta dan bukti yang kukuh akhirnya membuat mereka akan terpinggir dalam PERJUANGAN ISLAM dan menegakkan hukum Allah.

Apa mereka nak jawab dihadapan Allah s.w.t. nanti? Adakah solat dan sedekah mereka mampu menghapuskan fitnah dan tuduhan yang tidak benar yang mereka sebar secara sedar atau tidak sedar itu. Adakah mereka juga akan tergolong dikalangan orang muflis di akhirat nanti?

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”

Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis Riwatay Muslim 6522)


Sumber TKO - 17-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------



Kebebasan meliarkan
Posted on Wednesday, March 15 @ 10:48:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34026


Oleh ABDUL MUIZZ MUHAMMAD
SEMEMANGNYA sejak dahulu, slogan ‘kebebasan’ dijadikan sebagai premis untuk membenarkan sesuatu yang salah.

Antaranya ketika menjayakan revolusi Perancis, gerakan rahsia Freemason memanipulasi slogan kebebasan, persamaan & kesamarataan untuk menjayakan segala agenda mereka yang haloba merampas hak orang lain

 Doktrin tersebut melahirkan fahaman antaranya:

1. Penjenayah bebas melakukan jenayah.
2. Perosak bebas menyebarkan kerosakan.
3. Penjajah bebas menjajah tanah air dan memonopoli kekayaan.
4. Wanita bebas meloloskan diri dari sifat kewanitaan mereka.

Hakikatnya fahaman ini bukanlah “kebebasan.” Sebaliknya kerosakan yang meliar. Manusia memerlukan batas dalam mengertikan makna kebebasan.
Jika dibuang batas, atas premis “kebebasan” manusia bertukar menjadi liar seperti binatang.

Syeikh Habannakah telah mengemukakan beberapa had kebebasan:
1. Tiada kebebasan dalam melakukan kezaliman dan pencerobohan terhadap hak orang lain.

2. Tiada kebebasan dalam memilih selain dari kebenaran, kebaikan dan keadilan yang telah konkrit ditentukan oleh parameter Islam.

3. Seseorang yang mengaku muslim tidak bebas melakukan perkara yang bercanggah dengan syarak.

4. Seseorang muslim tidak bebas untuk murtad kerana ia tertakluk dengan sebesar-besar perjanjian dengan Allah.

5. Tiada kebebasan bagi orang kafir untuk menghina Islam sebagaimana umat Islam dilarang mencaci agama lain.

Jika dilihat hari ini, slogan ‘kebebasan’ dieksploit semahumahunya oleh golongan perosak. Ketika mereka mahu menjustifikasikan kewajaran perbuatan jahat mereka, slogan ‘kebebasan’ dijadikan mentera yang mengkagetkan penentangpenentang mereka.

Sumber TKO - 15-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------


Gagasan Sejahtera: Suatu Pandangan
Posted on Wednesday, March 15 @ 06:02:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34020



Satu kekuatan GS ialah kesediaan parti IKATAN  dan BERJASA berabangkan PAS. Menyoroti BN, kita akan sedari parti dacing ini dapat bertahan hingga hari ini kerana 12 parti komponennya berabangkan UMNO. UMNO yang bersifat pragmatik pula berjaya bertindak sebagai abang dengan nasionalisme liberalnya. PAS tetap PAS. Sifat keabangannya tetap dalam ruang lingkup yang mendokong Islam. Maka hanya pihak yang bersedia menerima situasi dan kondisi itu, wajar merakani PAS dalam GS.

Konsep pemuafakatan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kini Pakatan Harapan (PH), ternyata tidak praktikal dan cacat. Tiada yang dominan untuk menjadi tuan. PAN melidi pun tak sanggup menjadi adik. Semua berlagak abang. Bolehkah diduga bagaimana abang-abang ini menguruskan faraid jika mendapat kuasa nanti? Kerana tiada satu yang dipercayai untuk menjadi abanglah menyebabkan keberantakan koalisi. Tiada satu suara untuk menjadi orang tengah dan dihormati.



Sehingga kini hanya dua parti kecil  menjadi pengapit PAS. Walaupun beberapa NGO nampak mula condong kepada PAS, namun GS tidak boleh bergagahkan dengan mereka. Hal ini kerana NGO itu sendiri sebahagiannya terdiri daripada ahli dan penyokong PAS.  Bagi NGO yang tidak bernuansakan PAS, bukan semua ahlinya menyokong dan mengundi PAS ketika pilihanraya.



Namun begitu, jangan dipertikaikan peranan dan sumbangan IKATAN dan BERJASA kepada GS. Meskipun sumbangannya tak berapa besar di mata , namun kesediaan untuk berabangkan PAS amat dihargai dan besar ertinya. Kesehaluan ini mampu menjadi teras cendana yang kuat lagi mewangi.



GS ini mesti diarusperdanakan agar disegani keberadaannya. Jujurnya hari ini nama PAS itu jauh lebih mega berbanding dengan GS itu sendiri. Musuh lebih gerun kepada PAS; bukan kepada GS. Realiti ini  adalah kerana mereka sedar bilangan keahlian IKATAN dan BERJASA yang kecil. Padang permainannya  di pinggiran dan aktivis partinya adalah mantan-mantan dan politikus sepi yang jauh daripada menggapai harapan walaupun satu kerusi tanpa GS. Justeru, bagaimana bisa GS diarusperdanakan?



Antara solusinya ialah perlu diperbanyakkan aktiviti-aktiviti bersama. Juga perlu ada kenyataan dan tindakan saling sokong-menyokong. Dan rasanya tak salah PAS sebagai abang memberi bantuan dalam bentuk-bentuk yang menatijahkan keuntungan bersama. Semua ini perlu digembleng melalui kolaborasi yang berterusan dan terancang.



PAS mesti membina imej sebagai abang yang cakna dan boleh diharapkan. PAS perlu memaklumkan atau mendapat pandangan rakan GS-nya sebelum berunding dengan PPBM dan sesiapa sahaja. PAS wajar menghormati rakan GS-nya agar PAS juga dilayan hormat. Inilah teras kriteria keabangan yang perlu dipraktikkan walaupun kepada seorang adik bongsu yang lebih mampu menerima daripada memberi.



Di mana kekuatan UMNO sehingga boleh dihormati malah ditaati oleh Cina MCA, India MIC dan semua rakan komponennya? Di mana kekuatan UMNO sehingga dapat bertahan  lebih separuh abad sejak bersimbolkan perahu layar.


Tidak rugi PAS belajar daripada UMNO. Tiru-meniru adalah perkara biasa dalam politik dan kehidupan manusia. Yang pastinya, semua peniru meniru yang baik untuk menjadi lebih baik dan terbaik.

Sehingga kini, tak nampak parti mana lagi yang akan bersama dalam GS. 

Penulis percaya PAS cekal berusaha dan menawarkan persahabatan. Sehingga ada tendensi-tendensi baru daripada pihak yang mula tertarik dengan budaya politik matang dan sejahtera PAS, perkukuhkan apa yang ada dalam GS. 

Jenamakan GS sebagai pilihan yang boleh diharapkan untuk menerajui negara. Rakyat sudah muak dengan UMNO/BN tetapi PH yang didalangi oleh DAP bukanlah jawapan alternatif.

 Rakyat tak mahu terlepas daripada mulut harimau, terperangkap pula di mulut buaya. Benar rakyat loya amat akan rasuah, kenaikan kos hidup dan penyelewengan, namun perjudian nasib bangsa dan agama kepada pakatan DAP yang anti-Islam bukanlah penyelesaiannya. Ruang itu telah kosong.

Rakyat mahu ruang itu diisi oleh kejujuran. Dan PAS-lah memimpin kejujuran itu. H355 adalah buktinya.

Sumber TKO - 15-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------



PAS santuni Muslim Rohingya di Sittwe
Posted on Tuesday, March 14 @ 08:55:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34008


Oleh MUHAMMAD SANUSI MD NOR

DELEGASI PAS tiba di Sittwe, Rakhine State (Arakan) pada jam 6.30 malam (7 Mac) waktu Myanmar, setelah berlepas dengan pe nerbangan domestik dari Yangon pada jam 5 petang.


Sehari di Yangon, delegasi ini yang di anggotai oleh saya, saudara Zaki Mustaffa, Ustaz Ahmad Tar mizi (MAPIM) dan Mohamad Azwan Kamaruzzaman (Rahmat Care) ber jaya menguruskan kebenaran memasuki Sittwe dengan pihak berkuasa Myanmar. Proses ini agak rumit tetapi berjaya diselesaikan dengan bantuan kenalan di sini yang berpengalaman.


Pada hari pertama di Sittwe, misi PAS ber mula di kampung Thambi Para, yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari pusat bandar Sittwe. 100 set bahan makanan yang me ngandungi seguni beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain diagih kan kepada penduduk kampung. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah swt dan perasaan lega terpancar di wajah penerima, memandangkan penduduk kampung amat jarang dilawati berbanding me reka yang tinggal di kem-kem penempatan.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kanakkanak yang menerima oleole ais krim dan gula-gula.

Penduduk Thambi Para sangat berterima kasih dengan kehadiran PAS untuk membantu mereka.

Terdapat di antara mereka yang terharu sehingga menitiskan air mata. Kami beredar setelah me nerima pelukan persaudaraan dari pada jemaah masjid yang bersiap menunaikan solat Zohor.

Misi berikutnya di Kem Penempatan Thet Kya Pyin yang dihuni 200,000 orang muslim Rohingya di pinggir sebuah kampung yang hanya berkeluasan kirakira 4.8 kilometer persegi.

Delegasi PAS menyampaikan sumbangan untuk membina tiga buah telaga tiub (tubewell) di sini. Kami turut dibawa me lawat rumah-rumah penempatan sementara yang telah uzur dan dibangunkan semula oleh MAPIM dengan kerjasama Baraka City, sebuah NGO Perancis.

Menurut Saudara Hashim yang mengaturkan kehadiran delegasi PAS ini, keperluan paling mendesak di kem-kem di Sittwe pada masa ini ialah makanan.

Selain merakamkan peng hargaan yang tidak terhingga kepada keprihatinan PAS kepada Muslim Rohingya, mereka juga memohon PAS untuk turut membantu dalam usa ha menguruskan sistem pendidikan anak-anak Muslim Rohingya termasuk program membina bangunan sekolah dan penyediaan guru-guru ter latih.

Ramai daripada kalangan Muslim Rohingya yang berpendidikan tinggi memilih untuk berkhidmat de ngan NGO dan agensi bantuan kerana faktor pendapatan dan gaji.

Guru- guru sekolah Rohingya tidak bergaji dan berkhidmat secara sukarela.
Apabila ada peluang lebih baik untuk mencari wang untuk menyara kehidupan, mereka terpaksa meninggalkan sekolah untuk bekerja di tempat lain.

Akibatnya, anak-anak mereka tidak mendapat didikan daripada guru yang memiliki kemahiran, kini ber gantung kepada guru ber pendidikan rendah dan berkhidmat secara suka rela.

“Saya melihat masa depan kami dan anak-anak yang sangat gelap de ngan situasi yang ada pada masa ini,” ujar beliau. Misi seterusnya adalah di beberapa kem penempatan dan beberapa buah kampung yang memakan masa perjalanan 4 hingga 5 jam dari bandar Sittwe.

Sumbangan untuk program bantuan untuk Muslim Rohingya boleh di salurkan ke akaun Tabung Kemanusiaan Antara bangsa 5640 7061 1352 (Maybank).

Sumber TKO - 14-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pas sebenarnya tidak bersendirian.
Posted on Sunday, March 12 @ 13:01:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33976



Kata sesetengah orang politik, terutama sekali orang orang Parti Keadilan rakyat (PKR) bahawa Pas kini bersendirian.DAP tidak masuk buku.

Kata mereka bersiendirian itu bahaya. Macam kambing yang bersendirian mudah dibaham harimau dan perlu masuk dalam kumpulan untuk hidup selamat.

Demikianlah analogi dan ia realistic. Bayangkan kambing yang ada dalam kumpulan dengan yang bersendirian.Memang ang duduk dalam kumpulannya lebih selamat berbanding yang bersndirian.

Memang bersendirian kurang selamat. Bayangkan sendirian amat mudah kambing dibaham harimau yang tidak lapar.

Apa apa pun duduk dalam kumpulan mahu tidak mahu, tidak boleh dinafikan akan keselamatan seekor  kambing yang bersendirian.

Bagaimana pun sangat tidak masuk akal mengatakan Pas bersendirian. Sedangkan pas bersama parti Ikatan rakyat Malaysia dalam satu blok yang barang kali tidak tersusun rapi macam sebuah bangunan yang kukuh.
PKR walaupun masih dalam pakatan harapan bersma DAP Amanah dan Bersatu, kelihatan semacam duduk bersendirian. Cuma bukan macam Kambing yang bersendirian.

Akan tetapi, macam anjing yang terjelir lidahnya. Lebih lebih lagi Amanah yang diterajui Mohamad Sabu yang sedang tunggu masa dan ketika diberi makan dengan makanan yang lazat agar lidahnya terjelir jelir tidak berhenti.
Berbeza dengan Pas yang dikatakan bersendirian dan pada hakikatnya ia masih dalam pakatan pembangkang belok ketiga untuk hadapi PRU 14 nanti.


Dan kita juga kena ingat, pas tidak bersendirian, malah pas bersama  parti ikatan dan berberjasa serta Allah Rasulullah SAW bersama yang insya Allah akan padi pakatan pembangkang yang kuat berbanding  DAP, PKR, Bersatu dan Amanah yang masih tak keruan.

Sumber TKO - 12-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------


Apa yang Husam buat selama menjadi exco yang boleh dibanggakan atau berjaya?
Posted on Sunday, March 12 @ 01:06:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33969



Untuk mendekati dan memahami UMNO, selalunya kita akan mendengar dan memahati isi kandungan ceramah UMNO kepada orang-orang kampung. Isu-isu yang dibawa sangat remeh dan lemah. Maka kita buat kesimpulan pengikut UMNO adalah mereka yang berfikiran lemah.


Malam tadi saya ikuti ceramah Husam Musa di Sungai Keladi iaitu kawasan kubu asal Dato' Wan Rahim. Dia asal daripada cawangan Sungai Keladi. Untuk memahami dan membuat sikit analisis asas kemampuan berfikir ahli-ahli PAN.



Antara yang awal berceramah ialah Zaid Ibrahim penentang hukum hudud dan kini penentang RUU 355. Parti PAN jadikan dia sebagai idola untuk menarik hadiri. Perompak selalunya berkawan dengan perompak. Penentang Islam mustahil akan berkawan dengan pendakwah. Itulah moral parti yang dan hilang hala tuju kini menjadi tongkat UMNO di Kelantan untuk menjatuhkan PAS Kelantan.

Sepanjang ceramah tersebut tak ada apa yang boleh saya "kutip" untuk dimanafaatkan sebagai suatu kritikan yang bernas yang mungkin boleh saya bawa untuk PAS ambil perhatian atau tindakan membetulkannya.

Ceramah lebih kepada membela diri. Dia yang berbai'ah dihadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kini dia menyalahkan bai'ah itu tak betul. Sepatutnya dia cakap kepada Khalid Samad pasal dulu PAS tak benarkan berbai'ah Khalid Samad yang mengadakan bai'ah talak isteri 3 dan mempertahankan apa yang dibuat dengan artikel November 2009 bertajuk "Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup" Selepas itu Kelantan pula tiru, sepatutnya Husam ceritalah kepada orang ramai kenapa Kelantan tiru kerja bodoh bai'ah ini? Kan Husam exco kanan pada masa itu?

Kini Husam nak putar belit nak menyalahkan PAS Kelantan.


Kalau kita selongkar cerita sebenar akhirnya kita akan dapati isu bai'ah ini adalah "wayang" pimpinan PAN sekarang antara Khalid Samad dan Husam Musa. Yang bodoh ahli-ahli PAN dan IKRAM kerana kena 'kencing' oleh 2 orang ini.
.
Dalam ceramah tersebut Husam cabar hadiri (yang saya rasa tak sampai 50 orang) untuk membuat semakan apa yang kerajaan PAS Kelantan buat semenjak 4 tahun lalu yang boleh dibanggakan.

Saya rasa adalah baik soalan itu kita tuju semula kepada Husam Musa. Selama dia menjadi exco Kelantan, apa yang dia buat boleh dibanggakan atau berjaya?

Apa yang saya tahu dia banyak menghabiskan duit kerajaan Kelantan untuk projek khyalan yang cuba naikkan namanya tapi semuanya adalah auta, khayal dan fantasi. Untuk malam ini saya senarai 2 dulu. Saya nak tidur awal esok saya kerja.


September 2012 Husam tipu bulat-bulat Tok Guru Nik Aziz dengan projek keretapi laju hanya 1 jam sahaja dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Berapa banyak Husam 'hilangkan' duit untuk projek ini?



Yang kedua adalah Projek Korodor Depu yang melibatkan tanaman kayu gaharu. Husam menggunakan muslihat untuk menarah bukit demi mengangkut balak dalam keluasan 1,000 hektar di Gua Musang bila selepas 5 tahun projek ini gagal memberikan sebarang hasil. Pokok depu biasanya mengambil masa 4 tahun untuk dituai hasil gaharunya. Tapi sampai sekarang kita tak tahu mana pergi duitnya. Saya pun hairan bagaimana Husam boleh menipu Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk projeknya. Tak hairan sampai mati Tok Guru Nik Aziz marah kepada Husam.

Ok Saya pun nak tidur. Untuk kerja pembaca ialah senaraikan 10 lagi projek Husam untuk 'hilangkan wang' yang diketogikan gagal.


Sumber TKO - 12-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------

Siti Kasim Oh Siti Kasim, Sudah-Sudahlah Siti Kasim!
Posted on Friday, March 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33953



HAIRANLAH! setahu ‘kita semua’ Siti Kasim seorang pendebat yang handal, tegar

Aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ini bukannya ‘sembarangan’ orang yang boleh dikalahkan.

Kalau bab mencelah atau ‘bersilat’ dengan orang yang dipertikaikannya, Siti Kasimlah orangnya. Dialah dalam mana-mana forum atau wacana yang nombor satu akan ke depan.

Cuba google di YouTube sekitar September tahun lalu bagaimana dia mengejutkan ramai orang dalam sesi dialog wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah di Shah Alam - menunjukkan jari tengahnya (f**k) kepada hadirin.

Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim mengatakan kononnya tanda f**k itu ditujukan khas untuk ‘Islamis jahat’ dan ‘si bodoh yang dicuci otak’ yang hadir memenuhi ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi.
Tanpa sesalan, Siti Kasim ini mendakwa pula Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, salah seorang pembahas di wacana itu mengelirukan penonton semasa menjelaskan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

RUU355 ini akan dikaitkan seberapa yang boleh olehnya ‘ada kena mengena dengan hudud’. Mengapa terlalu takut benar Siti Kasim ini dengan perkataan ‘hudud’?

Itu isu tahun lepas. Tetapi sekarang mengapa Siti Kasim menikus pula untuk berdepan dengan pakar perbandingan agama, Dr. Zakir Naik.

Yang tambah hairannya lagi, boleh pula Siti Kasim menganggap cabaran yang dilontarkan oleh Zakir sebagai ‘bodoh dan buang masa’ sahaja.

Umat Islam di negara ini yakin Siti Kasim pasti sudah menonton, meneliti dan menilai ceramah, kuliah atau tazkirah yang disampaikan Zakir.

Barangkali dia sudah terfikir individu yang akan didepaninya itu bukanlah calang-calang orang.

Setakat untuk Tokoh Maal Hijrah 1435H/2013M itu berhujah dengan Siti Kasim, rasanya tidak mampulah pula penulis mahu huraikannya.

Zakir mampu memberikan jawapan yang baik dengan penilaian yang kritis. Pandangan dan jawapannya menggunakan al-Quran, hadis, bersama fakta saintifik serta input-input berkaitan daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan.

Lulusan MBBS (Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery) dari University of Mumbai itu tidak pernah mengajar sesiapa untuk menghina agama lain. Atau menggunakan perkataan kasar ketika menyampaikan ceramah.

Siti Kasim oh Siti Kasim. Janganlah takut dengan bayang-bayang sendiri.
Atau adakah kamu rasa resah gelisah dengan bayang-bayang Islam?

Sumber TKO - 10-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------




RUU 355: Wajib diperjuang dan diluluskan
Posted on Friday, March 10 @ 15:19:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33950


Oleh Saifulizam Mohamad

PADA 18 Februari lalu Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) yang diadakan di Padang Merbok berjaya menarik puluhan ribu umat Islam sebagai tanda sokongan padu mereka untuk memartabatkan lagi kedu­dukan mahkamah syariah di negara ini. 

Malah ada yang menyifatkan himpunan itu sebagai simbol solidariti ummah ekoran kejayaannya mengumpulkan umat Islam dari seluruh negara tanpa mengira ideologi politik selepas kejayaan penganjuran Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya, Disember tahun lalu. Semuanya dilakukan atas nama Islam, atas nama Allah SWT dan Rasul-Nya

Sesungguhnya kehadiran mereka dengan berbaju ungu pada tersebut tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata mahu menyampaikan satu mesej yang cukup jelas iaitu mahkamah syariah wajib diperkasakan dan bukannya di­biarkan lesu serta terus ketinggalan.

Inilah situasi hebat yang berlaku di Padang Merbok pada hari berkenaan. Mereka berhimpun mendengar amanat daripada individu yang berwibawa antaranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan tidak ketinggalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,

Dalam pada itu, mungkin ramai antara kita tidak menye­dari pada hari yang sama, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Bebas telah menganjurkan himpunan menolak RUU 355 di Tasik Taman Jaya di Petaling Jaya.

Tidak banyak perkara yang diketahui tentang himpunan itu tetapi berdasarkan maklumat di portal berita http://www.tv14.my, himpunan tersebut tidak mendapat sam­butan daripada orang ramai terutama umat Islam. Kebanyakan yang hadir adalah dalam kalangan orang bukan Islam.
Mesej mereka dalam himpunan itu, RUU 355 mesti ditolak dan seperti biasa puak yang menentang rang undang-undang ini terdiri daripada individu berfahaman liberal. Sesuai sangatlah dengan moto kumpulan Bebas iaitu sekular dan saksama.

Antara yang memberi ucapan ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; peguam, Siti Kasim; aktivis Bebas, Azrul Mohd. Khalib dan beberapa individu lain lagi. Kita pun sudah sedia maklum siapa mereka ini. Siapa tidak kenal Siti Kasim, Azrul dan Zaid.

Di peringkat ini nampaknya mereka begitu serius menentang. Oleh itu, usahlah kita harapkan apa-apa daripada mereka kecuali mendoakan individu-individu ini memperoleh hidayah daripada Allah SWT.

Selain puak berkenaan, kumpulan G25 (dianggotai bekas pegawai kanan kerajaan) yang sebelum ini mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat dimansuhkan turut merayu ahli Parlimen agar tidak menyokong dan membatalkan RUU 355 apabila rang undang-undang itu dibahaskan di Dewan Rakyat.

Inilah bentuk penentangan yang perlu kita dihadapi dan lebih malang lagi sebahagiannya datang daripada orang yang mengaku dirinya Islam. Tunjukkan kepada puak-puak penentang ini, kita langsung tidak goyah dengan tindakan mereka itu. Atas nama Islam tercinta kita semua sedia ba­ngun berjuang demi memastikan mahkamah syariah di Malaysia berada pada kedudukan sewajarnya.

Kepada semua Ahli Parlimen Islam yang berjumlah kira-kira 135 orang dan kini sedang bersidang, anda semua mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha ini. Tidak kiralah anda menjadi wakil rakyat parti yang mana sama ada Barisan Nasional (BN), Pas, PKR, PAN mahupun DAP.

Ingatlah, ini adalah kerja agama yang melangkaui arahan bos politik masing-masing. Biar kita rugi di dunia daripada menjadi pak malang di akhirat kerana menjadi pak malang di akhirat tiada pengakhiran. Jika semuanya sepakat demi Islam tercinta RUU 355 pasti akan dapat diluluskan melalui kiraan majoriti mudah.

Tiada seorang pun wakil rakyat Islam yang terkecuali. Seandainya terdapat antara mereka yang sengaja menge­cualikan diri daripada mengundi atau menolak RUU355 selepas proses perbahasan, hanya kepada Allah kita serahkan segala-galanya. Selamat bersidang.-U/M

Sumber TKO - 10-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------

Tokoh PAS :Pendidikan, perjuangan PAS dijiwa Ustaz Mad
Posted on Friday, March 10 @ 09:52:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33941

Oleh ANIS NAZRI 

KECINTAANNYA terhadap pendidikan dan keinginan menabur bakti serta khidmat kepada masyarakat menyebabkan beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Menjadikan PAS sebagai platform untuk berkhidmat, Pengarah Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Ismail yakin parti Islam itu yang terbaik dalam mendidik dan mentarbiah diri untuk lebih dekat dengan Allah.

Dalam usaha menaburkan khidmat kepada masyarakat itu, Ustaz Mohamad yang lebih mesra disapa Ustaz Mad itu merupakan salah seorang yang turut serta mengasaskan beberapa buah sekolah agama di negeri kelahirannya, Kedah Darul Aman.

Malah, usaha itu tidak hanya terhad di Kedah, tetapi anak jati Sungai Petani ini cuba mengembangkannya di negeri-negeri lain demi menyaksikan bidang pendidikan ini lebih meluas dan seimbang di antara dunia dan akhirat.

Aktif dengan NGO Pendidikan sebagai Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Sekolah-Sekolah Agama Kedah, yang menggabungkan sekolah-sekolah agama, pondok, tahfiz di negeri itu, Ustaz Mad juga berusaha bersama membangunkan sekolah rendah yang dikenali sebagai Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengarah SRITI Malaysia.

Tidak hairanlah, anak keenam daripada 10 beradik pasangan Ismail Awang dan Che Um Musa ini menjadikan Ustaz Ahmad Yahaya sebagai idola dalam perjuangan, serta menghormati dan mengagumi Almarhum Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

Dilahirkan pada 16 September 1975, bapa kepada enam puteri dan seorang putera ini, mula berjinak-jinak dengan PAS ketika mendapat pendidikan di Madrasah An-Nadzah Bukit Besar yang dikenali sebagai Pondok Tuan Guru Pak Man Bukit Besar.

Ketika itu beliau mendapati PAS mempunyai pelbagai program yang mendekatkan ahli-ahlinya kepada Allah, selain sebuah parti yang banyak menabur khidmat dan bakti kepada masyarakat.

Sebelum itu, Ustaz Mad mendapat pendidikan di peringkat rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 4, Gurun, sebelum ke Pondok Tuan Guru Pak Man dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Madrasah Misbahul Falah, Parit Panjang, Baling atau dikenali sebagai Pondok Lanai.

Ustaz Mad yang gemar melakukan kerja-kerja pentadbiran, pengurusan dan pendidikan mendirikan rumahtangga bersama isteri tercinta, Haryati Mohd Mokhtar pada 23 Mac 2000, yang berasal dari Pokok Sena, Kedah.

Kesibukannya bersama parti tidak sesekali menjadikannya sebagai alasan untuk tidak meluangkan masa bersama keluarga. Beliau yang gemar bersukan sering membawa ahli keluarganya berkunjung
ke pusat-pusat rekreasi sekiranya berkesempatan.

Ustaz Mad yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan pernah dianugerahkan sebagai petugas terbaik pada Muktamar Pemuda PAS Pusat pada tahun 2000 serta membangunkan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Tandop, Alor Setar.

Antara beberapa sekolah yang turut diasaskan Ustaz Mad bersama rakan-rakan yang lain ialah Sekolah Integrasi Faizin, Guar Chempedak; Sekolah Menengah Agama Al- Baqiyatussolihat, Padang Matsirat, Langkawi; Maahad Tahfiz Al-Fityan Kg. Setar, Yan; Pusat Pendidikan dan Kebajikan Darul Izzah, Kg. Perupuk, Yan; dan Maahad Tahfiz Al-Wustha, Guar Chempedak; Pondok Tahfiz TG. Hj. Majid, Guar Chempedak. Selain memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah SRITI Malaysia, Ustaz Mad turut diamanahkan sebagai AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Pengarah Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP).

Manakala, di peringkat negeri beliau diamanahkan sebagai Penasihat Sekolah-sekolah Dewan Pemuda PAS Kedah, selain bertanggungjawab sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Jerai.- http://detikoffline.blogspot.my 


Sumber TKO - 10-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------






















Tiga tsunami politik Malaysia

MENYOROTI galur perjalanan politik Malaysia dalam 3 dekad kebelakangan ini, dapatlah disimpulkan bahawa Malaysia telah dan sedang mengalami tiga fasa tsunami politik. 
Dinamakan sebagai tsunami kerana sifat fenomena politik ini adalah deras, berlaku secara drastik dan mengejutkan semua pihak, laksana tsunami yang melanda tanpa amaran dan persiapan. 
Tsunami Pertama 
Pertama pada tahun 1998, dinamakan sebagai TSUNAMI REFORMASI. Apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat serta diheret ke mahkamah atas tuduhan liwat. Orang-orang Anwar secara automatik turut terpelanting sama dari kerajaan dan parti. Maka ramai pengikutnya dikalangan ahli Umno dan penjawat awam bangkit menentang kebobrokan ini. Mereka terjun bersama barisan pembangkang dengan menubuhkan parti KeAdilan. 
Perkara ini turut mengundang simpati rakyat marhaen. Media alternatif memainkan peranan yang cukup signifikan dalam membentuk tsunami ini. Lalu rakyat bangkit atas nama keadilan, melahirkan slogan reformasi, sebagai reaksi penentangan bagi menentang kezaliman Umno. Seluruh negara gempar dengan siri-siri demonstrasi, penangkapan, operasi itu dan ini sehingga mengheret ke ambang PRU ke-10. 
Hasil Tsunami ini, protes ahli Umno berlaku dalam PRU ke-10. Terengganu jatuh ke tangan PAS dengan hanya meninggalkan BN empat kerusi. Di Kelantan mereka tinggal 2 kerusi. Kedah hampir-hampir ditawan PAS. Sebilangan kerusi tradisi BN berjaya ditawan pembangkang sehingga sekarang. 
Akibat Tsunami ini, Umno hilang kepercayaan kepada Tun M sebagai presiden. Akhirnya beliau meletakkan jawatan, lalu digantikan oleh Pak Lah. 
Tsunami Kedua 
Kedua adalah TSUNAMI CINA, berlaku pada tahun 2013. Peralihan sokongan kaum cina dari BN kepada pembangkang begitu drastik sekali berlaku. Kaum India juga hampir separuh yang berpaling. Pada PRU ke-12, mereka beramai-ramai melakukan perubahan meninggalkan MCA, MIC dan juga Gerakan. 
Kesan Tsunami ini, Pulau Pinang di bawah Gerakan jatuh ke tangan DAP. Perak, Kedah dan Selangor juga jatuh tanpa disedari. Kelantan mengekalkan kemenangan bergaya. Pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat buat kali pertama dalam sejarah negara. 
Kegagalan besar BN telah menyebabkan Pak Lah juga hilang kepercayaan. Beliau tidak dapat bertahan lama, terpaksa meletakkan jawatan lalu digantikan dengan proksi Tun M ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. 
Tsunami Ketiga 
Kini, berlaku semacam petanda tsunami baru bakal berlaku. Tsunami ini berbeza dari yang sebelumnya. Kerana ia bukan tsunami kaum, bukan tsunami akibat penindasan, tetapi tsunami atas dasar akidah. Tsunami yang disebut oleh ahli akademik Dr Iskandar Tan Abdullah sebagai TSUNAMI ISLAM. 
Tsunami ini tercetus akibat serangan yang tidak putus-putus terhadap ajaran Islam dan institusinya. Siri-siri penentangan terhadap pemerkasaan syariah, campurtangan fatwa, kalimah Allah, sekatan ke atas penceramah agama dalam dan luar, penghinaan terhadap agama dan berbagai lagi perilaku yang mengundang kemarahan umat Islam. 
Parti-parti, pertubuhan dan individu yang selama ini tidak pernah menyentuh isu orang Islam, kini terang-terangan menyatakan penentangan. Mereka yang dahulu kelihatan bermusuh, sanggup bersatu untuk menentang Islam. Bukan setakat non-muslim, bahkan ada orang Islam termasuk agamawan sendiri yang berpihak kepada mereka, membekalkan hujah dan peluru untuk meragui keabsahan ajaran Islam. 
Kemarahan umat Islam terhadap fenomena ini jelas dilihat apabila mereka mula menyeru kepada kesatuan atas nama Islam. Atas nama agama, umat Islam membuang perbezaan aliran, jemaah, parti dan lokaliti untuk berdiri dalam satu saf yang sama. Himpunan menyokong RUU355, menjadi indikator besar bahawa umat ini masih memiliki sensitiviti tinggi terhadap agama. Pantang melihat Islam dicabar. 
Beberapa kajian dan bancian yang dilakukan oleh berbagai pihak kebelakangan ini mengiyakan hipotesis ini. Ia berlaku terutama kepada kalangan orang muda dan kaum hawa beragama Islam. Sedar atau tidak, merekalah yang dominan dalam PRU14 akan datang. 
Maka manifestasi Tsunami ini bakal kita lihat dalam PRU14 yang bakal tiba. Rakyat akan menghukum semua pihak yang bersifat prejudis terhadap Islam dan institusinya. Umat Islam akan bangkit dan bersatu menentang segala cubaan untuk melemahkan kredibiliti agama di negara ini. 
Isu-isu yang boleh menyeru kepada perpaduan atas nama Islam perlu sentiasa digerakkan, untuk mengekalkan momentum yang baik ini sehingga PRU14. Selain RUU355, banyak lagi isu menyentuh maruah agama yang sedang diperlecehkan. Semua ini perlu disedari oleh umat Islam, supaya agama ini tidak terus dipermainkan. 
Semoga kesedaran untuk membela Islam tidak hanya berlaku dalam tindakan politik sahaja. Sebaliknya ia terus berkekalan agar agama ini terus subur di hati dan terus mekar di bumi yang dicintai semua ini. - HARAKAHDAILY 10/3/2017
Sumber HD - 0-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------



Rendahnya Islam pada mata Rozaimi Ramle
Posted on Thursday, March 09 @ 07:06:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33917



Demikianlah pegangan salah seorang Geng Ulama Tajdid (GUT), pensyarah Islam di salah sebuah institusi pengajian tinggi Malaysia, Rozaimi Ramle. Erti baginya Islam bukanlah pilihan beliau dalam menerahui pemerintahan tetapi demokrasi.

Payah juga nak melayan orang yang ada jawatan dan scroll ini. Sebab jawatan dan scrollnya itu menjadi lesen baginya bercakap apa sahaja. Jawatan dan scrollnya menjadikan orang terpesona walau ia bertentangan dengan haqiqat.

Rasanya Dr ini lupa sejarah. Kalau tak lupapun ia tidak menjadikan sejarah sebagai salah satu sumber pegangan. Maklumlah, orang yang bertajdid hanya berpandukan Quran dan Hadith sahaja, yang lain tertolak. Semua mesti ada dalil sahih, tanpa dalil sahih, semua pendapat tidak valid.

Nampak calaru manhaj tajdid yang cuba dipopularkan di Malaysia oleh GUT ini. Kunun kuat berpegang kepada dalil tapi banyak juga pendapatnya lebih berpandukan akal macam muktazilah.

Demokrasi adalah pilihan, kata GUT. Sebab Islam tidak ada sistem khusus untuk memerintah. Ertinya sistem demokrasi adalah sistem khusus baginya untuk memerintah dunia.

Dari mana asal demokrasi ini? Dan dimana hilangnya sistem pemerintahan Islam dan apa sebab hilang?

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menunjukkan contoh terbaik dalam memerintah. Baginda menjadi ketua negara, baginda menjadi rujukan semua manusia zaman itu. Namun Baginda juga menerima pandangan Sahabat dalam beberapa hal. Sejarah telah menunjukkan Baginda menerima pendapat Sayyidina Umar dalam hal tawanan perang. Baginda menerima pandangan Salman dalam hal peperangan. Namun asasnya adalah wahyu dimana semua yang Baginda atur semua dengan landasan wahyu.

Hal ini dilanjutkan oleh Khulafa Rasyidin. Sistem ketua negara, kahlifah dengan bantuan orang kepercayaan diteruskan. Sistem inilah yang menjadikan dunia Islam hebat. Sistem inilah yang dipakai oleh Bani UThmaniah, Turki, hingga menjadikan dunia Barat berada di bawah telapak kaki Islam.

Namun ia dimusnahkan oleh Barat. Baratlah yang memusnahkannya dengan berbagai cara. Khalifah dihasut hingga mencetuskan perang saudara. Rakyat dihasut menentang khalifah. RAkyat dilalaikan dengan berbagai cara. Quran dijauhkan, Hadith diragukan.

Kemuncaknya ialah apabila sistem Khilafah Turki dihancurkan oleh Ataturk dan diganti dengan demokrasi sekular. Demokrasi dipaksakan diseluruh tanah jajahan Barat. Perundangan Islam dan sirah kenegaraan dilenyapkan dari minda rakyat. Dan ditanam dalam fikiran rakyat, demokrasilah satu-satunya sistem pemerintahan mutlak.

Maka apa nilai demokrasi sekarang? Pilihankah? Yang terbaikkah?

Demokrasi bukanlah yang terbaik. Kerana sistem demokrasi menolak suara agama. Undang-undang yang dicipta melalui demokrasi adalah melalui suara majority sehingga suara Quran Hadith ditinggalkan. Contoh mudah, hukum jenayah Islam ditolak oleh suara majority sedangkan itu adalahg suara agama, suara Quran Hadith.

Jelasnya ialah, demokrasi bukanlah yang terbaik, tetapi adalah pilihan dari keterpaksaan. Dunia dipaksakan memilih demokrasi apabila sistem Khilafah dilenyapkan. Jadi dunia, termasuk dunia Islam terpaksa memilih demokrasi.

Andainya Rasulullah masih hidup, demorasi tidak akan dipandang orang, demokrasi hanyalah sistem yang layak diajar sebagai salah satu isme manusia.

Jadi hujah Dr Rozaimi adalah lemah. Ia hanya nampak kuat atas jawatannya sebagai pensyarah dan atas Phdnya sahaja. Penulis menolak tanggapn beliau bahawa demokrasi adalah pilihan, tetapi adalah suatu paksa rela. terpaksa rela kerna dipaksakan, dalam masa sistem Islam dihancurlumatkan supaya tidak dapat diketengahkan.

Jika Dr ini berkata demorasi adalah terbaik atau pilihan masakini, beliau harus memberikan dalil sahih, sesuai dengan manhaj yang beliau pegang, salafi.

Wassalam.

Sumber TKO - 9-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------- 


Awas nafsu mahu popular dalam gerakan Islam
Posted on Wednesday, March 08 @ 22:11:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33916

Oleh DR MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN Populisme boleh difahami dengan dua sudut iaitu politik dan ghairah terhadap populariti. Kedua-dua sudut itu hampir sama dari sudut mendapatkan kepercayaan dan populariti bagi meraih undi yang tinggi.


Pengamal politik populisme akan bertemu dengan kelompok lain terutamanya kelompok yang mempunyai prospektif undi yang tinggi bagi mendapatkan sokongan melalui konsensus politik.

Golongan populis akan membuat tawar menawar yang digelar bilateral atau ‘winwin situation. Perjanjian ini tampak baik dari sudut meraih sokongan tetapi perjanjian ini merupakan penyakit golongan Populis yang akan melepaskan prinsip dan dasar perjuangan.

Di zaman Millenium ini, penyakit Populisme ini telah berjangkit dalam gerakan Islam. Perjuangan Islam jadi gadaian untuk mendapat sokongan orang ramai. Konsep negara Islam dan perjuangan Syariat Islam menjadi tawar-menawar dengan kelompok Sekular dan Liberal bagi meraih sokongan dan membentuk pakatan. Mereka berhujah bahawa Populis ini mereka tiada pilihan dalam negara demokrasi melainkan menerima Sekular dan Liberalisme, serta menolak perjuangan Islam.

Lalu, mereka memilih ‘demokrat’ dan membuang perkataan ‘Islam’ dalam perjuangan dan parti mereka.

Gerakan Islam seumpama ini berpenyakit Populis yang tiada bezanya dengan Sekularis dan Liberalis yang lain. Walaupun, kalimat mereka masih menggunakan kalimat Islam seperti keterbukaan Islam dan Maqasid Syariah, mereka sebenarnya adalah golongan Sekular dan Liberal. Mereka hanya mengubah nama mereka kepada ‘Muslim Demokrat’ tetapi sebenarnya mereka adalah penganut Sekular dan Liberal yang tegar.

Mereka ini sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur: Maksudnya: Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tibatiba sebagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada rasul dengan patuh. Apakah (ketidak datangan mereka itu karena) dalam hati mereka ada penyakit, atau (karena) mereka ragu-ragu ataukah (karena) takut kalau-kalau Allah dan rasul-Nya berlaku dzalim kepada mereka? Sebenarnya, mereka itulah orang-orang yang dzalim.
Mereka mempunyai penyakit hati yang tidak berkeyakinan terhadap Islam dan Syariat Islam.

Mereka hanya menerima perjuangan Islam apabila mempunyai kepentingan atau kemaslahatan kepada diri mereka sahaja. Oleh itu, ayat di atas sangat jelas menempelak mereka yang menggunakan nama perjuangan Islam sedangkan mereka mengutamakan kepentingan politik sahaja bukan kepentingan Islam dan politik Islam.

Penyakit ini juga hampir sama dengan sekumpulan anak gerakan Islam yang ghairah terhadap populariti diri sehingga gerakan Islam menjadi mangsa. Tanpa mandat dari gerakan Islam, mereka memulakan anisiatif sendiri bagi bermuafakat dengan golongan Sekular dan Liberal.

Lalu terjadilah perjanjian terlarang di belakang tabir yangmengakibatkan gerakan Islam bakal tersepit dan terpedaya kerana pengkhianatan mereka di belakang tabir.

Golongan Populis dalam gerakan Islam merasionalkan tindakan mereka atas dasar strategi dan taktikal politik.

Mereka berhujah bahawa politik dipenuhi dengan penipuan dan helah. Politik tidak harus dilihat lurus tetapi dipenuhi dengan pelbagai jenis sisi gelap yang bakal merosakkan imej gerakan Islam. Sebenarnya, politik mereka adalah politik Populis yang menggadaikan prinsip Islam. Politik mereka juga adalah politik khianat yang mengkhianati kemurnian Islam semata-mata keuntungan peribadi atau keuntung kelompok.

Politik Populis dalam gerakan Islam telah meletakkan imej gerakan Islam dalam keadaan bahaya.

Kegairahan populariti politik menjadikan mereka seakanakan dua wajah iaitu politik Islam di sebelah muka kanan dan politik Sekular di sebelah muka kiri.
Golongan sebegini dapat dikenali dengan sikap mereka yang sangat terumbang ambing apabila tersepit antara kemurnian Islam dan laba politik. Mereka juga dapat dikenali dengan kesukaan mereka terhadap budaya popular. Mereka akan bersama-sama dengan tokoh popular dan artis ternama untuk mendapat perhatian dari orang ramai. Mereka juga tidak segan untuk muncul dalam program-program popular termasuklah program realiti.

Mereka sangat ghairah terhadap populariti a.k.a. ‘hubbu shuhroh’ yang membinasakan diri dan gerakan Islam. Penyakit ini sangat memberi kesan terhadap mereka agar menonjol diri apabila diberi sokongan. Akhirnya, penyakit ini memusnahkan diri sehingga menunjukkan sikap bongkak dan Narsisistik (keakuan). Malah, mereka juga bakal merosakkan gerakan Islam gara-gara keghairahan terhadap populariti dan sokongan orang ramai. F10

Sumber TKO - 8-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------


Early election for Sabah?
Posted on Wednesday, March 08 @ 21:26:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33915



By Tay Tian Yan
Prime Minister Najib Razak recently went on a four-day tour of Sabah. Perhaps, his personal visit to the Land Below the Wind was to help him find the inspiration on whether an early state election should be called.


What he is facing appears to be nothing more than a simple arithmetic problem. In the last election, Barisan Nasional (BN) won 48 of the 60 state seats. Despite the fact the results were not very encouraging, the ruling coalition somehow still managed to hold on to their two-thirds majority in the state assembly.


If an early election is called, and BN wins more than 48 seats, then it will be a big victory for the ruling coalition as it will not only ensure that BN retains the state administration, but also lend a much needed morale booster in the run-up to the general election.

If BN’s performance is poorer than last time, then an early election will not have any meaning to the party. And if the results are far worse, for instance fewer than 40 seats, BN’s morale will be bruised.

It is going to be a dilemma for Najib. He cannot afford to let Sabah affect the general elections, but he also does not want to miss a great timing to call an early state election.

The capture of 48 seats is a threshold, and the question is: will it be above or below this line? No one can come out with any good forecast as yet, and the deviation could be remarkable.

The state BN is teeming with confidence now, believing it can capture 50 to 57 seats, while the state opposition vows to slash BN’s catch to below 40, and even eyes the slim chance of toppling the BN administration.

In Kota Kinabalu, I met the state minister with special duties Teo Chee Kang, who is the president of the Liberal Democratic Party (LDP). The soft spoken lawyer-turned-politician had a cautiously optimistic view.

He predicted that if a state election is called soon, the results would not be much different from the last time.

“But, the Sabah politics is more complicated and there are plenty of unknowns. The outcome will be determined by political dynamics, be it for the BN or opposition. To do well in the election, we must be in control of the state’s political dynamics.”

He admitted that Parti Warisan Sabah led by former federal minister Mohd Shafie Apdal has displayed dynamism with its Jelajah Sabah campaign, and which has gained significant momentum across the state, thanks to Shafie’s localism advocacy that resonates with the increasing awareness of autonomy among Sabahans.

In addition, the Sabah government lacks a leader like Adenan Satem to voice out such advocacy, while the state Umno has failed to shed its image of dominance from the peninsula.

The question is, while opposition parties in the state have come up with their own doctrines, the voters have failed to see actual substance in them, nor the ability to put those into implementation.

Damages inflicted by the opposition parties upon one another far outweigh their attacks on the BN. A local newspaper reported on its front page last week that DAP’s Kota Kinabalu MP Jimmy Wong hit out at Shafie, doubting that Shafie was the real opposition leader of the state.

Warisan vice-president Junz Wong admitted that if negotiations fail, his party could run in all the 60 state seats.

During the last election, the total votes received by opposition parties in five constituencies outnumbered those of BN, but it was the ruling coalition which eventually won the seats due to the split opposition contesting in multi-cornered fights.

A cruel fact it is, but political parties do not seem to have learned a lesson from past mistakes due to greed, and will continue to fight among themselves.

With Warisan now coming into the picture, the internal fights among opposition parties will only pick up steam, eroding the voters’ confidence in them.

To be honest, BN does not command any advantage in Sabah, but has instead incurred the wrath of some voters. Nevertheless, in the wake of a divided opposition camp which is fast losing its steam, chief minister Musa Aman feels the timing couldn’t be better to crush the opponents.

All that he is waiting for now is a nod from the PM.-FMT
Tay Tian Yan writes for Sin Chew Daily.

Sumber TKO- 8-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------



‘Islam tiada sistem khusus perintah negara, demokrasi masih pilihan’
Posted on Wednesday, March 08 @ 10:05:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33907



KUALA LUMPUR: Islam bersifat fleksibel dan tidak mewajibkan umatnya mendirikan sistem pemerintahan khusus, misalnya sistem “khilafah” seperti yang dibawa sesetengah gerakan Islam politik, kata 2 agamawan.

Mereka berkata, demokrasi yang diamalkan secara meluas pada masa ini tidak menyalahi agama, malah ia paling sesuai dengan tuntutan zaman.
Pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris Dr Rozaimi Ramle berkata, Islam lebih mengutamakan “roh” pemerintahan berbanding bentuk atau istilah sesuatu sistem.

“Dari aspek pemerintahan, Islam fleksibel. Bukan seperti akidah dan ibadah yang ada garis panduan khusus,” katanya pada forum “Islam, Jihad dan Demokrasi” anjuran Islamic Rennaisance Front (IRF) hujung minggu lalu.

Beliau memberi contoh perbezaan corak pemerintahan khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab yang memperkenalkan pembaharuan politik dan lantikan jawatan, berbanding ketika zaman Nabi Muhammad di mana baginda mengendalikan hampir semua aspek.

Pada 2014, kumpulan militan IS mengumumkan penubuhan “khilafah”.

Seruan mengembalikan corak pemerintahan ini mendapat sokongan sebahagian umat Islam termasuk di Asia Tenggara, menerusi beberapa pertubuhan yang dianggap militan.

Beberapa tahun sebelum itu, ulama ternama Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menyatakan demokrasi mirip sistem syura dalam aspek hak rakyat memilih pemimpin, maka tidak bertentangan dengan Islam.


“Ada pihak, seperti segelintir agamawan di Arab Saudi, yang mengkritik demokrasi mengikut majoriti, bukannya nas dan dalil agama. Tetapi dalam sistem monarki, ada juga keputusan raja yang bertentangan dengan dalil,” kata Rozaimi.

“Akhirnya ia kembali kepada setiap individu, sama ada mereka mahu memilih pemimpin yang mengikut agama atau tidak. Pada masa ini, sistem sedia ada inilah yang terbaik.”

Kebanyakan gerakan Islam yang memiliki matlamat “khilafah” wujud sebagai reaksi kepada penjajahan kuasa Barat selepas kejatuhan empayar terakhir Islam, iaitu Uthmaniah, pada awal abad ke-20.

Namun keadaan mula berubah apabila ada yang mula menerima demokrasi sebagai sistem, bukan lagi hanya sebagai jalan menuju “negara Islam”.

Misalnya, pemimpin Parti Ennahda Tunisia, Rached Ghannouchi mengisytiharkan dirinya “demokrat Muslim” dan berkata tiada lagi ruang untuk “political Islam” dalam sistem negara itu.

“Kami meninggalkan ‘political Islam’ dan memasuki Islam demokratik. Kami adalah demokrat Muslim yang tidak lagi mendakwa mewakili Islam politik,” kata tokoh gerakan Islam dipetik jurnal Middle East Eye, tahun lalu.


“Apa yang dianjurkan Islam bukan bentuk atau struktur, tetapi ‘zat’ (substance) dan maqasid (matlamat),” kata Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) Indonesia, Dr Syafiq Hasyim. (gambar)

Beliau berkata, Muktamar NU pada 1936 membuat keputusan bersejarah dengan menerima sistem pemerintahan penjajah Belanda ketika itu, atas sebab rakyat Indonesia belum mampu melawan penjajah, selain tiada halangan umat Islam melaksanakan tuntutan agama.

Pada 1983 pula, katanya lagi, muktamar NU menerima sepenuhnya “Pancasila” sebagai asas negara, keputusan yang turut disusuli pertubuhan Islam kedua terbesar, Muhammadiyah, 2 tahun kemudian.

“Sebelum itu NU belum dapat menerima Indonesia sebagai republik, keputusan dan dasar negara diterima separuh hati. Namun atas sebab ia tidak menghalang perkembangan Islam, ulama NU sepakat menerimanya dan mula terlibat dalam demokrasi secara aktif,” katanya.

Sumber TKO - 8-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------



Minta maaf ya PAN
Posted on Wednesday, March 08 @ 09:49:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33905



Penulis mohon maaf, kerana tulisan kali ini hanya satu cerita yang mungkin benar atau rekaan sahaja. Jika cerita ini benar, maka alangkah malangnya  parti PAN di negeri Terengganu dalam menghadapi dan persediaan PRU 14 nanti.

Kita tidak tahu sama ada Pan akan melatak calonnya kesemua 32 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen di negeri Terengganu pada PRU 14 nanti.

Dikatakan PAN akan bertanding semua kerusi di negeri Kelantan negeri miskin rakyat kaya pada PRU 14 nanti untuk tumbangkan kerajaan Pas yang memerintah selama lebih 20 tahun itu.

Akan di negeri Terengganu kita belum dapat maklumat sama ada PAN akan bertanding kesemua kerusi untuk menggagalkan pas memerintah semula negeri kaya rakyat miskin itu.



Macam mana PAN akan melatak calon kesemua kerusi di Terengganu, sedangkan dalam mesyuarat untuk menentukan sama ada PAN bertanding atau tidak  baru baru ini menyedihkan.



Dahlah bersatu tidak hadir dalam mesyuarat yang turut di hadiri ADUN Batu Burok Dr Syed Azman telah menemui jalan buntu untuk meletakkan calon kerusi DUN Bandar dan parlimen Kuala Terengganu.



Dikatakan, ADUN Bandar Azam Ismail dan Datuk Raja Baharin penng kepala kerana yang dirancangkan tidak menjadi.



Macam mana boleh menjadi, kalau tiada  tenaga jentera plihanraya. Dahulu mengharap prang pas yang bantu PKR menang di DUN Bandar dan Parlimen Kuala Terengganu.



Nampak gayanya caita cita Pan untuk bertanding di negeri Terengganu pada PRU 14 akan tinggal impian dan mimpi siang hari sahaja yang barangkali jauh untuk jadi reality.



Sumber TKO - 8-3-2017



---------------------------------------------------------------------------------------------- 

Komen santai berkenaan cabaran Dr. Rozaimi Mengenai RUU 355
Posted on Wednesday, March 08 @ 09:45:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33904



Saya tak ambil serius mengenai cabaran Dr. Rozaimi Ramle terhadap kenyataan Dr Khairuddin dalam ceramah, kerana saya anggap sudah menjadi kebiasaan cara gaya ceramah umum politik berbeza dengan kuliah pengajian. Hanya yang berfikiran sempit dan emosi sahaja akan mengganggap ceramah politik itu suatu serius yang perlu kepada perdebatan atau diskusi ilmiah.


Sama juga dengan perbahasan di parlimen antara parti politik; mereka bertegang leher, dan kadang kala terlanjur sehingga kepada maki dan hamum. Tapi pada sesi minum, mereka boleh duduk bersama dan gelak ketawa. Yang bodoh siapa?

Kalau ada manusia, membuat andaian bahawa perbahasan di parlimen itu (bukan isi perbahasan tapi cara gaya perbahasan) suatu yang mutlak maka manusia itu sebenarnya sudah lari daripada memahami situasi, suasana dan keadaan. Dalam bahasa mudahnya tidak berilmu tentang ilmu perbahasan parlimen (bukan ilmu hadis).

Bodohlah kalau kita nak ambil sesuatu dalam CERAMAH UMUM POLITIK sebagai suatu yang serius dan perlu didiskusikan secara ilmiah.

Lagi bodoh kalau seseorang itu yang mahir ilmu, contohnya seperti ilmu hadis, tentang nasnya tentang perawinya, tentang sebab munasabab, tentang perbezaan pendapat dan bahasa penggunaan tidak memahami pula bahasa, cara gaya dan sebab manasabnya suatu CERAMAH POLITIK.

Bila saya mendengar ceramah Dr. Khairuddin, saya anggap dia kertelaluan dan salah. Sama juga bila saya mendengar ceramah tentang ramainya Melayu masuk kristian, atau ceramah Mat Sabu dengan angka-angka yang berbeza setiap tempat. Isinya Mat Sabu hendak menyampaikan bahawa ada Melayu masuk Kristian dan bodoh kalau ada seseorang pensyarah mempersoalkan bilangan angka yang Mat Sabu sebut dalam ceramah tersebut.

Saya berpendapat lagi keterlaluan dan emosi bila Dr. Rozaimi Ramle membuat cabaran di facebooknya berdasarkan video kiriman sahabatnya.

Malang bagi seorang yang bercakap tentang sunnah Rasulullah s.a.w. tetapi tidak mengikut sunnah dan beremosi dalam membuat cabaran. Di'tular'kannya pula difacebook sebelum menghantar cabaran.

Kalau kita anggap seseorang itu bodoh kemudian kita buat perkara BODOH yang sama, "ta'k bodoh" namanya. Mana ilmu hadis kesabaran? Mana sunnah nabi tentang sikap baik sangka, sabar dalam menghadapi cercaan? Kenapa boleh hilang semua ilmu yang kita syarahkan itu, sedangkan orang itu lebih fokus kepada mufti.

Seperti yang saya menulis sebelum ini saya tak berminat mengulas cabaran (atau sahut cabaran) Dr. Rozaimi ini kerana saya anggap suatu yang tidak betul dari segi kebiasaan orang-orang yang berilmu. Tapi saya ambil sedikit masa awal pagi hari ini untuk menulis komen secara santai kerana melihat gelagat beberapa orang daripada Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia nampak beriya-iya menjaja surat sahut cabaran dan menularnya di media sosial yang tidak menampakkan itu sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya sangat kecewa dengan Setiausaha Agung, Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia Abu Hafiz Salleh Hudin yang merosakkan imej pertubuhan tersebut. Persepsi bukan ciptaan awak tetapi persepsi adalah tanggapan orang terhadap awak dan pertubuhan awak.

Malang bagi pertubuhan kebajikan yang lari daripada visi dan misinya.

Kenapa saya kata Dr. Rozaimi emosi (bukan kata sombong)?


Saya tak banyak masa pagi ini kerana saya kena buat kerja lain, jadi tak sempat untuk mengumpul bukti dan fakta yang lengkap. Walaupu bagaimanapun, cukuplah untuk isu ini, saya beri satu posting jawapan Dr. Rozaimi bila dia menjadikan cabaran itu sebagai 'harian hidupnya'. Saya tak nampak SUNNAH RASULULLAH S.A.W. dalam dirinya. Maaf saya tak nampak. Mungkin ada pembaca boleh berpendapat menunggu cabaran itu SUNNAH boleh tolong panjangkan hadis kerana saya yang bukan ilmuan dan pakar hadis ini.

Saya anggap Dr Rozaimi Ramle ini adalah kemuncup dalam memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia. Dia bukan sahaja kemuncup tetapi dia menjadi seolah-olah (bukan betul ni) penghalang kepada usaha memperkasa Undang-undang Syariah di Malaysia.

Kemuncup sifatnya mengganggu perjalanan kita. Kalau buang kemuncup kita akan ketinggalan atau terlambat dalam perjalanan. Cara terbaik sampai dulu ditempat tuju baru kita kita buang kemuncup. Tapi memang tak selesa.

Dr Rozaimi nak jadi kemuncup. Dia ibarat orang yang cuba menghilang fokus PAS kepada isu sebenar. Tugas PAS untuk menjayakan RUU 355 adalah satu usaha yang bukan mudah terutamanya untuk melepasi halangan pertama UMNO dalam perbentangan, kemudian langkah-langkah seterusnya yang sangat jauh lagi perjalanannya.

Tiada jaminan perjalanan ini selamat.

Kalau zaman Rasulullah s.a.w.Ketika Rasulullah s.a.w. nak berperang, orang munafik sibuk membina masjid. Masjid itu dirobohkan kerana dikatakan masjid dirab. Saya tak kata Dr. Rozaimi munafik, tetapi dia 'kemuncup'.

Dia dijadikan sandaran kepada mereka yang menentang RUU 355. Dia membuka ruang. Dia dan beberapa orang daripada kumpulannya memberikan jalan kepada penentangan RUU 355.

Nak 'sekeh' kepala bahasa pantai timur juga perlu dipelajari semacam kita belajar bagaiaman perbezaan pendapat dalam menentukan hadis. Misal isu dalam sembelih binatang yang ada anak dalam kandungan. Hadis menyatakan "...sembelih ibu sembelih anak". Ada mazhab berkata sembelih ibu dan sembelih anak. Ada yang berpendapat sembelih ibu seperti sembelih anak.

Bahasa menyebabkan perbezaan persepsi. Takkan pakar hadis bodoh dalam memahami bahasa percakap orang pantai timur. Kalau Dr. Rozaimi mendengar kuliah Tok Guru Nik Aziz atau Ustaz Azhar maka banyak surat cabaran boleh dihantar untuk berdiskusi. Maka bercambahlah ilmu hadis masyarakat Malaysia.



Dr. Khairuddin berkasar kepada Dr. Asri. Dia ke Perlis untuk menjalinkan ukhuwwah Islamiyyah. Saya bangga dengan Dr. Khairuddin. Saya ada menulis mengenai "syaitan menangis, cybertropper pun menangis juga atas isu pertemuan ukhuwwah ini".

Tak pelik kerana sebelum ini Dr. Asri pernah mengkritik hudud Kelantan dan ditegur oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Dua kali peritiwa ini berlaku. Yang pertama pada tahun 2012. Yang kedua pada tahun 2014. Yang 2014 dah ditular secara meluas kerana ada video kuliah Jumaat TGNA mengatakan pensyarah bodoh seperti mamak jual rempah.


 Pada Ogos 2012 Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat kenyataan dan siarkan antaranya;

"Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali,”

Antara yang ditegur oleh TGNA, TG Nik Aziz berkata, beliau berterima kasih dengan teguran Asri dan menegaskan, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan, tapi biarlah ianya berasas dan ada hujahnya.

" Nak tegur tak der apa, boleh tegur, tapi biarlah teguran itu berasas, ini tak der apa, hujah pun tiada, ini kita tak panggil teguran tapi kita panggil tuduhan".
Masa itu TGNA tidak sihat masih dalam keadaan fizikalnya lemah  dan sedang direhatkan di HUSM, tapi beliau masih lantang menjawab kenyataan Dr. Asri, dan kelihatan beliau kurang menyenanginya. Pada masa sama  di laman sosial Facebook milik beliau, TG Nik Aziz turut sertakan satu foto yang menunjukkan beliau dikunjungi Asri, kiriman foto itu seakan-akan memberi mesej jelas bahawa kucupan bekas Mufti Perlis itu bukan satu lesen untuknya menghentam PAS.
Tapi Dr. Asri ni jiwa sama seperti Dr. Khairuddin. Dia pun jiwa lembut. Dia pergi jumpa TGNA lagi. Tapi kali tak kucup dahi. Tak makan martabak.

Jadi apa beza antara Dr. Khairuddin dengan Dr. Asri?  Kenapa cybertopper parti PAN dan IKRAM menyerang Dr. Khairuddin bila Dr. Khairuddin menziarihi Dr. Asri atas isu 'sekeh' kononnya takut nak berhujah?

Berbalik kepada isu Dr. Rozaimi, saya suka menurunkan satu kata-kata cerdik pandai Islam "HATI YANG MATI TIDAK DAPAT MENGHIDUPKAN HATI-HATI MATI YANG LAIN"

Jangan sampai nanti hati pendengar tidak lagi boleh menerima apa-apa yang baik yang disampaikan dalam kuliah kerana hati pendengar sudah tertutup. Tidak ada kebaikan selepas itu kerana ilmu tidak lagi boleh memanafaat, sebagaimana bencinya makmum kepada imam yang tidak disukai sehingga Allah melaknat imam berkenaan.



Sumber TKO - 8-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------

































Perlumbaan senjata nuklear di Laut Jepun

SEJAK sesi debat calon presiden 2016 lagi, Donald Trump berhasrat untuk meletak senjata nuklear Amerika di Korea Selatan dan Jepun. Kenyataan tersebut mengejutkan Hillary Clinton dan menjadi perdebatan panas antara Trump dan Clinton. 
Namun, strategi sebenar tidak diberitahu kepada pihak media. Walaupun beberapa kali pihak media menanyakan soalan kepada Trump mengenai strategi Trump yang beliau pernah perkatakan dalam debat calon presiden. Trump sering mengulangi, “I’m not gonna to tell you what I wanna to do”. 
Logiknya, strategi Trump meletakkan senjata nuklear di Jepun dan Korea Selatan sangat besar kesan dan implikasinya di Laut Jepun. Ia bukan hanya menggugat Korea Utara tetapi bakal menggugat Rusia dan China (Lihat peta yang dilampirkan). 
Oleh demikian, rasional meletakkan senjata nuklear bakal menimbulkan reaksi panas jikalau benar Amerika berbuat demikian. Melainkan, Amerika mempunyai alasan yang munasabah untuk merasionalkan perlumbaan senjata nuklear di rantau ini. 
Kini, suasana ketegangan di Laut Jepun sangat memuncak apabila Korea Utara melepaskan lima peluru berpandu balistik jarak 1,000 kilometer. Ia sudah menyediakan rasional yang munasabah untuk Amerika bergerak meletakkan senjata nuklear di rantau ini. Empat peluru berpandu sudah dilepaskan ke Laut Jepun dan mengenai zon Jepun. Perlumbaan senjata nuklear sudah tidak dapat dielak.
Sebelum ini, Amerika sudah memberhentikan perjanjian janakuasa Nuklear Iran. Dalam masa yang sama, Emariah Arab Bersatu (UAE) melaungkan bahawa negaranya bakal menjadi negara yang mempunyai senjata nuklear pada tahun 2018.
Begitu juga, Arab Saudi dilaporkan bakal memperolehi senjata nuklear. Tidak syak lagi, kedatangan Raja Salman ke Indonesia dan Malaysia sangat berkaitan dengan langkah bagi menyemarakkan konflik perlumbaan senjata nuklear. 
Oleh demikian, ketegangan antara pro-Amerika dan anti-Amerika akan bakal panas dengan perlumbaan senjata nuklear. Semuanya seakan-akan memberi lampu hijau untuk negara-negara pro-Amerika memiliki senjata nuklear yang sangat berbahaya.
Terutamanya Laut Jepun yang sangat membimbangkan dan bakal menjadi zon perang senjata nuklear apabila negara-negara sekitar Laut Jepun tidak meredakan ketegangan. (ulamasedunia)
jepun
Sumber HD - 8-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------- 
































Kenapa ada orang kata perangi rasuah lebih penting dari RUU355?

KENAPA ada sebahagian orang yang masih menganggap agenda RUU355 tidak begitu penting jika dibandingkan dengan agenda memerangi rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan seumpamanya? 
Kerana mereka berfikir sekerat jalan. Mereka hanya fikir tentang ‘masalah’, tapi mereka tak mampu fikir tentang ‘solusi’; cara menyelesaikan masalah. 
Apabila sebut perangi rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, cepat sahaja mereka setuju penuh semangat. Ini kerana ia terus merujuk kepada ‘masalah’ iaitu RASUAH, PENYELEWENGAN, SALAH GUNA KUASA. Tetapi bila disebut RUU355, perkataan ini agak kompleks. Memerlukan pengamatan dan pemerhatian. 
Hakikatnya, RUU355 adalah ‘solusi’ kepada masalah JENAYAH, GEJALA SOSIAL dan KEMUNDURAN EKONOMI. Sedangkan slogan perangi rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa itu hanya sebuah pernyataan ‘masalah’ dan retorik kosong, tanpa ‘solusi’. 
Rasanya kalau kempen RUU355 dibawa melalui naratif memerangi ‘masalah’ JENAYAH, KEMUNDURAN EKONOMI, GEJALA SOSIAL tentu sekali orang lebih mudah menerima. Semua pihak akui jenayah di Malaysia bahkan di dunia semakin menjadi-jadi. Semua setuju bahawa alkohol menjadi faktor besar jenayah, gejala sosial, kemalangan dan kemunduran. Ramai berpendapat negara yang tidak aman dari jenayah dan kemalangan, boleh menjejaskan kemasukan pelabur asing ke dalam negara, lalu menyumbang kepada kemunduran ekonomi. 
Jadi, RUU355 adalah ‘solusi’ kepada semua ‘masalah’ di atas. Kurangkan bercakap tentang teknikal pindaan, tentang teknik perlaksanaan hukuman dan prosedur-prosedur undang-undang yang kompleks. Susah nak menerobos ke minda awam yang tak tahu hujung pangkal. 
Orang yang membawa slogan memerangi masalah rasuah, ekonomi, penyelewengan bagai itu sekadar menceritakan masalah, tetapi tidak memiliki solusi tuntas untuk menyelesaikan masalah. Mereka hanya mencanangkan slogan dan retorik, tetapi apabila diminta solusi yang praktikal, mereka diam. Hanya berjanji akan berintegriti, akan beramanah, akan berkaliber dan sebagainya. Tetapi pelan strategik atau kaedah untuk membentuk budaya kerja yang amanah, integriti dan berkaliber tidak ada. 
Malah, mereka menunjukkan perkara sebaliknya. Isu air di Selangor, isu banglo Lim Guan Eng, penambakan laut di Penang, campur tangan fatwa, menentang RUU355 yang diputuskan mahkamah tidak bercanggah dengan perlembagaan. Semua isu ini tidak menggambarkan integriti, amanah dan profesionaliti. 
Tapi orang kita mudah percaya dengan ‘retorik’ indah melebihi ‘solusi’ yang tuntas. Lebih suka bersorak bertakbir apabila dengar ‘masalah’ yang dikemukakan. Apabila dengar ‘solusi’, lambat faham dan malas berfikir. Mentaliti sebegini yang mudah dimanipulasi media tak berintegriti. 
Saya tidak sesekali berpendapat isu rasuah dan salah guna kuasa itu tidak penting, tetapi tiada guna bercakap tanpa mengemukakan solusi. Jangan jadikan semua isu itu hanya bahan politik untuk meraih kuasa, tetapi apabila berjaya meraihnya, berperangai dua kali lima sahaja atau lebih teruk. 
Saya teringat retorik-retorik perjuangan Aun San Suu Kyi. Sebelum menang, berbagai slogan dan janji ditabur. Kononnya nak mengembalikan demokrasi negara. Tetapi selepas menang, bersikap double standard kepada wartawan beragama Islam. Konon nak selesaikan isu Rohingya. Tapi selepas menang, mereput membisu tanpa mempedulikan Rohingya lagi. 
Malangnya seperti Myanmar dan Malaysia, negara dunia ketiga memang mudah termakan politik jenis begini. Politik jenis ini tidak akan memajukan negara. Berpolitiklah dengan idea dan solusi. Barulah setanding negara-negara maju. – HARAKAHDAILY 8/3/2017
Sumber HD - 8-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Hindraf Tak Iktiraf pun parti PAN, parti Islam
Posted on Monday, March 06 @ 23:51:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33885



Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mengajak presiden PAS dan mufti Perlis, antara pengkritiknya, minum teh sambil berbincang mengenai Zakir Naik pada 23 Mac ini.

Pengerusi P Waytha Moorthy dalam surat terbukanya turut memanjangkan undangan kepada presiden Perkasa dan Pertubuhan Ikram Malaysia, yang turut mengkritik tindakan 19 pihak menyaman kerajaan Malaysia kerana mengalu-alukan pendakwah kontroversi itu ke negara ini.

Waytha berkata mufti Perlis, yang merupakan penasihat kepada Sultan Perlis dan kerajaan negeri, turut melancarkan “kecaman berbaur fitnah jenayah” terhadapnya dan Hindraf tanpa asas dan tanpa memahami tindakan undang-undang itu.

Waytha berkata pasukan undang-undangnya akan turut bersama perbincangan untuk bertemu mereka yang mengeluarkan kenyataan “mengelirukan” dan menghampiri hasutan apabila menganginkan Hindraf dan 18 plaintif lain dalam saman itu “mencabar dan menghina agama Islam”.

“Perenggan 1 dalam rayuan kami secara jelas menyatakan, saman itu tidak berniat untuk mencabar dan/atau menghina agama Islam atau mana-mana orang.

“Kami membangkitkan isu keselamatan nasional yang sah di mana seorang individu asing yang tidak diingini Zakir Naik dibenarkan bergerak bebas dan dipromosikan secara bebas daripada hukuman.”

Hindraf juga akan menjemput timbalan perdana menteri dan ketua polis negara ke perbincangan itu kerana mereka akan boleh menjelaskan mengapa Malaysia menerima pendakwah itu.

Pertemuan akan diadakan pada 6.30 petang 23 Mac di Menara Sentral Vista, Kuala Lumpur.

“Kami akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai untuk semua pihak. Kami amat menghargai sekiranya mereka menghubungi 018-250 6156 untuk mengesahkan kehadiran,” menurut surat berkenaan.

Yang aku peliknya kenapa parti PAN tak dijemput?
Adakah Hindraf mengganggap parti PAN bukan parti memperjuangkan Islam. 


Atau parti PAN memang setongkol dengan bukan Islam dalam isu-isu penghinaan kepada Islam dan kepentingan umat Islam.


Sumber TKO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------

Mohd Amar Kalah Tapi Tak Tubuh Parti Baru dan Jaja Kononnya Orang Halau Keluar Parti
Posted on Monday, March 06 @ 18:53:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33881



Ada usaha seragam menyerang Dato' Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan oleh cybertropper, facebooker dan termasuk penulis. Usaha ini adalah untuk merosakkan imej dalam istilah cybertrooper "Pembunuhan Karektor".

Sebelum ini penyerang menyasarkan Ustaz Nassaruddin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata Kerajaan Kelantan kerana beliau antara yang lantang mematahkan hujah puak-puak PAN dan IKRAM.

Sama dengan Ustaz Nassaruddin, Dato' Nik Amar mempuyai kepetahan dalam berhujah dan mematikan hujah parti PAN termasuk Husam Musa. Dia mempunyai ilmu mantik yang agak baik selain daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Cybertropper, facebooker dan termasuk penulis biasanya menggunakan beberapa patah perkataan dalam kuliah atau ceramah untuk diperbesarkan seolah-olah itu salah, kasar dan tak betul.

Kita tidak lupa bagaimana TV3 mengulangi perkataan barua dan celaka kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam siaranya untuk menunjukkan seolah-olah Tuan Guru Nik Aziz kasar orangnya.

Begitu juga dengan penerima BR1M seperti Ayam dan Lembu.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XFpvPJtxbBE



Mereka akan mengulang-ulang perkara ini untuk menunjukkan seolah-olah Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang yang kasar dan jahat perkataannya.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga kena nasib yang sama apabila ucapan penggulangannya selama 1 jam 8 minit, kurang 2 minit daripada ucapan Dasar pada Muktamar PAS di Johor.

Apa Malaysiakini jadikan berita utama?

Perkataan "Barua". Perkataan barua diperbesarkan sedangkan ucapan itu tak sampai 1 minit pun. Semua ucapan yang bernas dan saranan yang baik untuk PAS ditenggelamkan dengan ualasan BARUA ini.

Ini kerja "pembunuh karektor" yang mencari kesempatan atas tujuan untuk menjatuhkan imej Presiden PAS tersebut, Maka penulis yang tidak ada akhlak akan menulis mengikut persepsi mereka dengan berakidahkan 'persepsi' semata-mata tanpa melihat akhlak Islam yang sebenarnya bagi menambahkan serangan untuk memburukkan lagi.

Dulu kerja ini dibua ole UMNO dan media UMNO speerti TV3 dll. Tapi kini kerja UMNO ini dilakukan oleh sekumpulan daripada PH dan puak PAN.

Kita masih ingat bagaimana wartawan ingin dapatkan berita jawapan Presiden PAS mengempung Presiden PAS di Rusila dalam perjalanan beliau nak naik kerumahnya selepas kuliah, Presiden PAS di tanya oleh wartawan mengenai salam damai Lim Kit Siang.


Video -   https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=-FL9UjQZgfk


Presiden PAS menjawab dalam sekitar 1 minit 16 saat. Video yang pendek itu mereka mencari ruang untuk dijadikan hujah bagi menyerang balas Presiden PAS. Maka keluar Lim Kit Siang nak Saman Presiden PAS. Semua akhbar pro-pembangkang menyerang Presiden PAS. Penulis yang tak ada akhlak pun sama mengulaslah mengikut akidah persepsi masing-masing.

Ini semua kerja terancang PEMBUNUH KREATOR untuk menjatuhkan kepimpinan mana-mana pimpinan Islam yang tidak disetujui.

Kalau Presiden PAS JAHAT perangainya macam Lim Kit Siang. Sudah parti Presiden PAS boleh saman Lim Kit Siang pula kerana dalam ceramahnya di Selangor beberapa hari lalu mengatakan Hadi sokong kleptokrasi. (anda boleh dapatkan video ceramah ini di laman parti PAN Nasional)


Tapi PAS berjiwa besar tak macam perangai puak-puak ni.

Mereka menjadikan sesuatu yang tak benar seperti benar. Saya bagi contoh untuk pembaca merenunginya.

Betul ke Rosmah menyimpan duit dalam tabung semenjak kecil lagi untuk beli cincin?? Saya tunjuk ini bukan nak membela Rosmah dan UG dengan UMNO. Tapi nak minta anda semua berfikir bahawa kerja jahat menjatuhkan seseorang memang ada. Mereka didalangi oleh cybertropper, facebooker, blogger dan penulis, termasuk penulis buku dan artikel.

Saya juga ambil contoh ini kerana ini antara serangan yang paling berjaya.

Oleh kerana sikap pembaca Malaysia mempunyai kelemahan membaca tidak teliti dalam apa-apa isu maka kelemahan ini dipergunakan oleh cybertropper untuk memesongkan maklumat yang ada menyebabkan pembaca menjadi bodoh dengan isu sebenar.

Rosmah beli cincin dengan duit tabungan adalah editan pada akhbar Utusan Malaysia.

Berita ini menjadi tersebar dengan lebih luas kerana ada penulis yang tersohor mengulas berita dengan persepsi masing-masing untuk menunjukkan tidak logiknya boleh kumpul duit daripada kecil.

Ini menunjukkan psywar ini berjaya.

Makin menarik, jika diulas pula oleh kartunis.



Kemudian Rafizi menjelaskan.



Kalau setakat ada penulis buku yang membuat komen nakal (joke) kepada Dato' Nik Amar dalam facebooknya. Bagi saya itu sekadar melepaskan perasaan marah, dendam dan tidak puas hati kepada pasti lamannya.

Kadang kala nafsu membuatkan seseorang lupa diri dan pertimbangan dalam membuat sesuatu sehingga mereka 'tersesat' untuk mendapat maklumat yang benar.




Sumber TKO - 7-3-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------
Pertemuan Dr. Asri, Dr. Khairuddin: Syaitan Menangis, Al-Abror Mohd Yusof Penulis Malaysiakini Juga Menangis
Posted on Monday, March 06 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33875



Pada 3 Mac 2017 lalu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menziarahi Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin di kediamannya di Kangar, Perlis. Lawatan itu dibuat di tengah-tengah kehangatan isu debat melibatkan mereka berdua.

Asri dalam Facebook itu mengucapkan terima kasih atas ziarah ukhuwah Khairuddin, yang juga anggota parlimen Kuala Nerus.

“Beliau datang sendirian dari jauh atas persahabatan antara kami. Selama dua jam kami berbincang penuh harmoni dan cuba sering memahami sudut pandang masing-masing.

“Selepas ziarah beliau terus berangkat pulang ke Terengganu. Semoga Allah memberikan keselamatan untuk perjalanannya,”
kata Asri.

Sementara itu, Khairuddin juga menulis perkataan sama di Facebook beliau hari ini. “Alhamdulillah. Pagi ini sempat menziarahi sahabat saya Sohibus Samahah Datuk Dr Asri di kediaman beliau di Kangar atas semangat ukhuwah yang sudah sekian lama terjalin,” katanya.


Saya tak setuju kata-kata Dr Khairuddin pada ceramahnya terhadap Dr Asri. Saya lagi tak setuju cara pensyarah fikah dan usul fiqh Dr Rozaimi Ramle menjawab cabaran Dr. Khairuddin. Dr Rozaimi ni hebat hadis tapi cara dia menjawab dia sendiri tak ikut hadis nabi. Tapi kita akan susah nak berhujah dengan orang yang rasa dirinya betul dan orang lain semuanya salah dan tak ikut nabi.

Ok kita terima Dr. Khairuddin tidak beradab, tapi lagi bodoh orang yang tegur Dr. Khairuddin juga tidak beradab dan tidak mengikut sunnah (ikut hadis). Apatah lagi dia ni pensyarah hadis.

Ok stop pasal Dr Rozaimi.

Pertemuan Dr. Asri dengan Dr. Khairuddin sebenarnya menyelamatkan salaturrahim, ukhuwah Islamiyyah. Pada pendapat saya syaitan pasti menangis. Blogger dan Facebooker 'celaka' yang pernah wujud zaman Tok Guru Nik Abdul Aziz dulu pasti menangis juga. (Itu pun ada lagi posting bersifat syaitan).

Walaupun kita faham pertemuaan itu masih belum menyelesaikan permasalah perbezaan pendapat antara Dr Asri dengan PAS dalam RUU 355 tapi kita kena rai pertemuan itu.

Pasal itu saya masih membuat teguran dalam tulisan saya kepada Dr Asri berkenaan RUU 355.

Tapi mempersoalkan pertemuan itu, itu adalah kerja syaitan.

Malaysiakini hampir setiap hari selepas 3hb, masih mengulas soal pertemuan antara Dr. Asri dan Dr Khairuddin. Entah Malaysiakini nak jadi syaitan juga.

Malaysiakini memang anti-Islam. Malaysiakini pernah meraikan kejatuhan PAS Terengganu, walaupun Malaysiakini dikatakan akhbar pro pembangkang.


Al-Abror Mohd Yusof adalah penulis baru dalam Malaysiakini. Dia sepatutnya bertanyakan kepada Fathi Omar Aris tentang sikap Malaysiakini terhadap Islam.

Bagi Malaysiakini, berita lebih utama. Jika Dr. Asri dan Dr. Khairuddin berbaik, maka Malaysiakini akan kekurangan berita hangat, Al-Abror Mohd Yusof tak boleh menulis analisis. Maka kalau tak ada berita, mereka akan mereka cipta berita untuk menghangat situasi. Itulah akhlak penulis yang tidak berasaskan Islam. Sedangkan Islam mengajar kita untuk menjurus kepada kehormonian.

Malaysiakini mengkritik Utusan Malaysia, akhbar pro-UMNO tetapi amalan Malaysiakini sama dengan akhbar UMNO tersebut. Mereka sanggup ketepikan nilai kewartawanan untuk berita-berita Islam.

Malaysiakini lebih suka Islam atau PAS jatuh daripada UMNO jatuh.

Mungkin Al-Abror Mohd Yusof seronok dan akan bersama-sama Malaysiakini meraikan kejatuhan PAS Kelantan pada PRU-14

Haji Hassan Omar


Sumber TKO - 6-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------


Menjawab Ekstrimis Liberal Yang Tolak Hadith,, Shari’ah & hudud - Dr. Khalif
Posted on Saturday, March 04 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33847



Baru-baru ini di dalam media-media liberal sering muncul beberapa tulisan Farouk A Peru, seorang aktivis yang berasal dari Malaysia tetapi tinggal di United Kingdom (UK), yang berani mempertikaikan perkara-perkara asas di dalam Islam. Keberaniannya ini mendapat sambutan yang hangat daripada beberapa media lalu menggelar beliau sebagai ilmuwan Islam (a scholar of Islam), walaupun pada hakikatnya, melihat kepada tulisan, penyampaian dan bacaan al-Qur’annya, dakwaan ini jauh panggang dari api.

Antara perkara serius yang dikemukakan oleh Farouk adalah bahawa Shari’ah menurutnya adalah ciptaan manusia, kerana para ulama’ lah sebenarnya yang menghasilkan hukum-hakam Shari’ah, meskipun ianya diambil daripada al-Qur’an tetapi ia telah melalui proses penafsiran sehingga ia tidak lagi suci, kudus atau sakral. Maka golongan liberal yang menolak Shari’ah sebenarnya tidak menolak autoriti Allah tetapi hanyalah menolak autoriti manusia. Hujah yang dikemukakan Farouk tampak logik, tetapi pada hakikatnya amat keliru dan tidak berasas sama sekali.

Perkara kedua yang lebih serius daripada itu adalah dakwaannya bahawa hukum hakam yang diambil daripada hadith bertentangan dengan al-Qur’an. Beliau memberi contoh bahawa al-Qur’an memberi kebebasan manusia untuk murtad, tetapi di dalam hadith seseorang yang murtad perlu dihukum bunuh.

Menurutnya lagi, falsafah daripada al-Qur’an amat bertentangan dengan falsafah hadith. Al-Qur’an menekankan moral dan etika, sedangkan hadith menekankan peribadatan (rituals).

Baginya, kesahihan hadith-hadith ini amat diragui, kerana ia tidak wujud pada zaman awal Islam, ia hanya wujud beberapa ratus tahun setelah kewafatan Nabi SAW.

Maka adalah lebih baik, menurutnya, umat Islam menumpukan kepada mesej al-Qur’an dan mengetepikan hadith: “adalah tidak mungkin kita dapat membuktikan hadith itu daripada Nabi, dan jika benar hadith daripada Nabi, maka forma pemeliharaan hadith mestilah sama seperti al-Qur’an sendiri”.

Jika diteliti hujah yang dikemukakan oleh Farouk terhadap hadith ini, sebenarnya ia bukanlah hujah yang baru, ia adalah hujah yang telah diutarakan oleh Ignaz Goldziher sejak 1890 dalam Muhammedanische Studien, diikuti oleh Joseph Schacht dalam Introduction to Islamic Law (1964) dan The Origins of Muhammadan Jurisprudence (1950) dan beberapa kajian Orientalis lainnya. Golongan liberal amat gemar bertaqlid kepada hujah-hujah orientalis.

Meskipun hujah-hujah yang dikemukakan oleh Orientalis ini telah dijawab dengan baik oleh Muhammad Mustafa ‘Azami dalam Studies in Early Hadith Literature dan On Schacht’s Origins of Muhammadan Jurisprudence dan ramai ilmuwan Islam lainnya.

Namun seperti kebiasaannya golongan liberal lebih gemar menerima hujah Orientalis yang mereka anggap lebih objektif. Bagi tujuan perbincangan ini lebih baik kita tumpukan kepada persoalan autoriti Nabi dan kedudukan hadith di dalam Islam.

Di dalam Islam, sumber (atau saluran) ilmu tidak terbatas pada panca indera (sense perception) dan akal semata-mata, tetapi lebih penting lagi adalah khabar yang benar (al-khabar al-sadiq). Melalui khabar sadiq inilah kita menerima al-Qur’an yang datang melalui perkhabaran mutawatir, khabar yang datang daripada ramai orang yang jumlahnya memberi keyakinan kepada kita, tanpa sedikit keraguan, bahawa mereka semua bercakap benar dan tidak mungkin berpakat untuk berbohong.

Di bawah satu darjat daripada mutawatir kita memiliki khabar ahad, iaitu khabar yang datang daripada sejumlah orang yang tidak mencapai tahap mutawatir dari segi jumlahnya tetapi mereka adalah orang-orang yang terpercaya, bersambung sanadnya, kepada Rasulullah SAW tanpa cacat cela.
Secara ringkasnya, perkhabaran daripada orang-orang yang terpercaya, tentang sesuatu yang dari segi matannya (teks) dan sanadnya (silsilah periwayatan) adalah baik, inilah yang disebut dengan hadith sahih. Jika ada kelemahan dari segi matan dan sanadnya, atau status perawinya adalah diragui, maka hadith ini disebut dengan hadith da’if atau munkar dan boleh jadi juga mawdu’ (palsu).

Di sini dapat disimpulkan bahawa kesahihan hadith berdiri di atas kewibawaan para perawi yang meriwayatkannya. Bagi setiap hadith terdapat mata rantai autoriti yang tidak terputus yang terdiri daripada individu-individu yang berwibawa dan terpercaya yang menjadi sandaran kepada kesahihan sesuatu hadith.

Kerana itu kita melihat koleksi-koleksi hadith yang besar seperti Muwatta’ Imam Malik, Musnad al-Shafi’i, Musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Baihaqi, al-Nasa’i dan banyak lagi. Mereka semua mengumpulkan riwayat-riwayat yang dipastikan kesahihannya menurut penilaian mereka yang masing-masingnya berautoriti dalam bidang ini.
Meskipun koleksi hadith ini muncul pada abad kedua Hijriah tetapi rekod dan mata rantai setiap satunya terpelihara dengan baik melalui tradisi lisan dan tulisan.

Jika Orientalis tidak menemukan bukti terawal tulisan hadith tidak bermakna ianya tidak wujud, justeru wujudnya koleksi-koleksi hadith tersebut oleh para Imam Mu’tabar dan tokoh-tokoh ulama’ hadith yang menguasai kesemua koleksi itu menunjukkan bahawa semua hadith ini bukan hanya ditulis tetapi dihafal oleh generasi awal dan diperturunkan secara lisan dan tulisan. Beginilah ilmu-ilmu Islam dipelihara pada zaman itu.

Maka tidak benar dakwaan beberapa Orientalis bahawa hadith hanya muncul dalam kurun kedua dan ketiga; bahawa hadith-hadith ini sengaja diciptakan untuk kepentingan penguasa.

Kita tahu sejak zaman Khulafa’ al-Rashidin lagi bahawa setiap keputusan diambil dalam perkara yang tiada rujukan khas daripada al-Qur’an, dengan merujuk kepada hadith yang dipastikan kesahihannya, tradisi penyemakan dan ketelitian ini telah diamalkan dan diperturunkan sehingga menjadi ciri yang unik dalam sistem pengajian Islam.

Hanya setelah kedua sumber Shari’ah ini dirujuk maka Ijma’, dan Qiyas (ijtihad) boleh diambil kira di dalam pembuatan hukum atau penyelesaian masalah. Ia ditambah lagi dengan sumber-sumber tambahan seperti istislah, istihsan, a’mal ahl al-Madinah, qaul Sahabi, Sadd al-zara’i.

Di sini jelas bahawa peranan para ulama’ dan fuqaha’ dalam berijtihad bermula apabila kedua-dua nas, al-Qur’an dan al-Sunnah, tidak memberikan apa-apa jawapan terhadap persoalan yang berbangkit. Ijtihad juga tidak dilakukan dengan sewenang-wenang tetapi mestilah berdasarkan kepada dalil, bukti dan alasan yang kuat.

Kerana itu, dakwaan bahawa Shari’ah adalah ciptaan ulama’ adalah dakwaan tidak berasas.

Sunnah dan Hadith Nabi memiliki tempat yang tinggi di mata umat Islam. Ini berdasarkan kedudukan Nabi yang begitu tinggi di dalam Islam.

Kedudukan Nabi ini jelas dinyatakan di dalam al-Qur’an, surah al-Hasyr: 7 “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa juga yang dilarangnya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya”.

Demikian juga di dalam surah al-Nisa’: 65; al-Naim: 3-4; dan Ali ‘Imran:

31-32. Bahkan shahadah yang diucapkan oleh umat Islam setiap waktu, berpuluh kali setiap hari, menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW perlu ditaati dan diikuti setiap masa, bahawa baginda bukan hanya penyampai wahyu tetapi menjadi sumber Shari’ah itu sendiri.

Kerana, sebagaimana ditegaskan di dalam al-Qur’an bahawa baginda tidak berbicara daripada hawa nafsunya tetapi wahyu yang diturunkan kepadanya. Meskipun hadith tidak sama dengan al-Qur’an, yang membezakan keduanya adalah jika al-Qur’an itu lafaz dan maknanya daripada Allah, maka lafaz hadith itu datang daripada nabi tetapi maknanya datang daripada Allah SWT.

Adalah telah menjadi ijma’, iaitu kesepakatan para ulama’ dan umat Islam, bahawa hadith yang sahih adalah sumber hukum yang sah dan wajib diterima oleh umat Islam. Seorang Muslim tidak sewajarnya menolak autoriti Nabi SAW yang sabit di dalam al-Qur’an. Maka bagaimana mungkin seseorang itu mengaku sebagai Qur’anist sedangkan ia menolak ketetapan oleh Allah SWT.

Dakwaan bahawa al-Qur’an memberi kebebasan untuk murtad adalah tidak benar. Ayat yang selalu dikutip untuk membenarkan idea ini diambil separuh dan ditinggalkan separuh yang lain.

Ayat yang bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): “kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka…” al-Kahf: 29, telah difahami sebagai memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk tidak beriman, sedangkan ia adalah ayat yang ditujukan kepada orang kafir yang belum masuk Islam, bukan orang Islam untuk keluar daripada Islam. Bahkan kepada orang kafir sekalipun ia diikuti dengan ancaman api neraka kerana kezaliman mereka menolak kebenaran yang datang daripada Allah SWT.

Jika benar perbuatan kufur mereka itu diterima oleh Allah sebagai sesuatu yang sah dan benar maka tidak mungkin ancaman api neraka diberikan kepada mereka.

Adapun hukuman ke atas orang yang murtad telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa hadith antara lain yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Tidak halal darah seorang Muslim yang bersaksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku adalah Rasulullah kecuali atas sebab tiga perkara: pembunuhan ke atas diri manusia, zina orang yang telah berkahwin dan orang yang meninggalkan agamanya berpisah daripada jama’ah Muslimin (6878/1676).

Kerana itu telah menjadi ijma’ para ulama’ bahawa hukuman untuk orang yang murtad adalah dibunuh, namun begitu ia perlulah melalui proses yang cukup lama untuk memberinya kefahaman yang benar agar hilang kekeliruannya itu sehingga pada akhirnya amat jarang sekali hukuman ini terlaksana kecuali pada jenis murtad yang berniat jahat untuk menimbulkan fitnah dan menyesatkan umat Islam.

Oleh yang demikian hukum hudud seperti ini hanya boleh dilaksanakan setelah pemerintah menjalankan tanggungjawabnya menjaga agama Islam daripada penyelewengan dan kerosakan.

Pendekatan golongan “Qur’anists” yang kononnya hanya menerima al-Qur’an sahaja dan menolak al-Sunnah dan hadith-hadith sahih adalah pendekatan yang menyeleweng daripada Islam, berlawanan dengan jalan orang beriman. Di dalam al-Qur’an sendiri terdapat ayat yang memberi amaran keras terhadap kecenderungan seperti ini: “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahannam; dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali” ( al-Nisa’:115).

Berkenaan dengan dakwaannya terhadap Shari’ah, Farouk sebenarnya terperangkap dalam dualisme dan dikotomi antara perkara yang bersifat insani dengan yang Ilahi. Baginya sesuatu yang Ilahi tidak mungkin dapat dijelmakan di dunia dalam pelaksanaan undang-undang. Dikotomi dan pemisahan inilah yang menyebabkan Barat menolak pemerintahan agama dan memilih sekularisme. Isu ini sebenarnya telah selesai di zaman khulafa’ Rashidin apabila Sayyidina Abu Bakar mengatakan bahawa dirinya bukanlah Khalifah Allah tetapi khalifah Rasulillah dalam menjaga agama dan mengatur urusan duniawi.

Ketika itu di Barat Raja masih mengaku dirinya adalah wakil Tuhan dan memiliki kuasa yang kudus dan mutlak (divine right of kings). Meskipun seorang khalifah adalah pemimpin sivil tetapi ia bertanggungjawab untuk melaksanakan Shari’ah demi memastikan sistem yang berlandaskan kepada kebenaran, keadilan dan rahmat bagi semua dapat dilaksanakan.

Dualisme dan pemisahan antara yang insani dengan yang Ilahi tidak berlaku di dalam Islam, khususnya dengan kewujudan al-Qur’an and al-Sunnah bersama-sama dengan orang beriman. Melalui perantaraan Rasulullah SAW umat Islam telah mendapat panduan dan petunjuk daripada Allah SWT. Lebih-lebih lagi apabila kedua-dua sumber ini terpelihara dan tidak mengalami korupsi seperti mana yang berlaku pada agama tertentu.

Golongan Muslim liberal sering berhujah bahawa sebarang tafsiran terhadap teks agama adalah subjektif dan kerananya tidak boleh dianggap sebagai Shari’ah atau hukum Tuhan. Ia hanyalah hukum manusia seperti mana hukum-hukum yang lain.

Di sini mereka telah menolak sama sekali kemungkinan adanya tafsiran yang benar terhadap sesuatu ayat al-Qur’an, yang sesuai dengan kehendak Allah SWT. Sejak awal Islam telah dibahas tentang ayat-ayat yang bersifat muhkamat (jelas) dan ayat-ayat mutashabihat (ertinya yang tidak diketahui secara pasti). Justeru tiada pertikaian di kalangan ulama’ bahawa ayat-ayat muhkamat adalah ayat-ayat yang maknanya sangat jelas sehingga tidak boleh berlaku pertikaian mengenai maksud yang sebenar.

Jika Farouk percaya bahawa al-Qur’an adalah kalam Allah, sebagaimana didakwanya apabila mengaku dirinya sebagai Qur’anist, maka sudah tentu kalam ini memiliki makna. Kalam yang tidak memiliki makna bukanlah kalam, yang bermaksud kata-kata. Makna yang terkandung di dalam kalam ini sudah tentu boleh diketahui oleh manusia, kerana jika ia tidak dapat diketahui oleh manusia maka sia-sialah kalam ini diturunkan kepada manusia.

Hanya persoalannya oleh kerana keupayaan manusia berbeza-beza, maka siapakah yang mampu mengetahui makna yang sesungguhnya, di sinilah perlunya kita merujuk kepada para ulama’, bahawa ilmu dan kemahiran tertentu perlu dimiliki oleh seseorang yang ingin memahami dan mentafsirkan al-Qur’an dengan tepat, agar tidak keliru dan mengelirukan, suatu perbahasan yang telah dilakukan oleh Imam al-Shafi’i dan dilanjutkan oleh para ulama’ Usul lainnya. Seseorang yang tidak memiliki ilmu dan kemahiran yang dituntut ini akan lebih mudah terjebak dalam kesilapan dan kesalahan dalam memahami dan mentafsirkan maksud sebenar ayat-ayat al-Qur’an.

Daripada hujah yang dikemukakan oleh Farouk jelas bahawa beliau mengambil pendekatan hermeneutika dalam memahami al-Qur’an.

Hermeneutik telah digunapakai di dalam kajian Bible untuk membolehkan sarjana Barat keluar daripada masalah yang dihadapi oleh mereka kerana wujudnya pertentangan antara kebenaran normatif dengan kebenaran historis.

Schleimacher, seorang tokoh hermeneutika berkata bahawa sesuatu teks itu adalah produk sejarah dan budaya orang yang mengarangnya. Para sarjana hermeneutika beranggapan bahawa manusia tidak mungkin dapat mengetahui maksud sebenar pengarang asal sesuatu karya. Gadamer menegaskan bahawa segala pentafsiran terhadap sesuatu karya adalah dipengaruhi oleh budaya dan sejarah pentafsirnya, maka tidak ada pentafsiran yang lebih benar daripada yang lain.

Teori hermeneutika inilah yang cuba dibawa oleh Fazlur Rahman ke dunia Islam sehingga menolak hukum-hakam yang dianggap tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Relativisme ini sebenarnya satu penyakit minda yang telah lama wujud bahkan di zaman Plato dan Aristotle lagi. Pada masa itu mereka ini dikenali dengan nama Sophists dan ditentang keras oleh kedua ahli falsafah Yunani ini kerana menafikan ilmu dan kebenaran boleh dicapai oleh manusia.
Hermeneutika telah menjadi alasan untuk golongan Muslim liberal mentafsirkan Islam mengikut kefahaman mereka sendiri tanpa mempedulikan prasyarat dan kaedah yang telah disepakati oleh para ulama’ sejak awal Islam. Bertitik tolak daripada teori hermeneutika ini mereka telah menghalalkan dan membenarkan homoseksual, murtad, pluralisme agama, dan menolak hukum-hakam yang jelas, qat’i, dan disepakati oleh umat Islam zaman berzaman.
Bahkan Nasr Hamid Abu Zaid, seorang tokoh hermeneutika lebih berani lagi apabila mengatakan bahawa al-Qur’an itu adalah produk budaya.
Maka tidak hairanlah apabila Farouk mengatakan bahawa apapun tafsiran terhadap al-Qur’an adalah subjektif dan Shari’ah yang ingin dilaksanakan sebenarnya adalah produk ulama’. Hanya yang menghairankan kita adalah bagaimana golongan ini masih mengaku sebagai Qur’anist tetapi dalam masa yang sama mengatakan bahawa makna-makna daripada ayat al-Qur’an diciptakan oleh manusia.
Jika benar mereka percaya bahawa Al-Qur’an adalah kalam Allah, dan al-Qur’an itu bersifat jelas (mubin), tidak mengandungi kecelaruan dan pertentangan (ghayra zi ‘iwajin), maka sewajarnya mereka menolak teori hermeneutika yang meletakkan al-Qur’an sebagai produk budaya dan tidak sama sekali merelatifkan makna yang terkandung di dalam al-Qur’an.
Tambahan lagi, seseorang itu tidak akan menjadi Qur’anist jika ia menolak hadith dan autoriti Rasulullah. Kerana suruhan untuk mentaati Rasulullah dan menjalankan segala suruhannya jelas termaktub di dalam al-Qur’an sebagaimana disebutkan di atas.

Kerana itu istilah Qur’anists atau Qur’aniyyun adalah istilah yang keliru dan tidak berasas kerana seseorang Muslim bukan sahaja dituntut untuk menerima autoriti al-Qur’an tetapi juga autoriti Nabi Muhammad SAW. Dan semestinya golongan yang cuba mempertentangkan al-Qur’an dan al-Sunnah akan tertolak dengan sendirinya..

Golongan ekstrimis liberal pada umumnya beranggapan bahawa sebarang usaha Islamisasi adalah satu bentuk radikalisme dan ekstrimisme, maka tidak hairanlah apabila mereka menyamakan orang Islam yang ingin memperkasakan mahkamah Shari’ah dengan ISIS. Kerana bagi mereka kedua-dua golongan ini memaksakan tafsiran Islam masing-masing terhadap orang lain.

Mereka sengaja melupakan hakikat bahawa di Malaysia ini, langkah memperkasakan mahkamah Shari’ah dan RUU 355 dilakukan melalui saluran demokrasi yang sah. Jika RUU ini nanti diluluskan oleh parlimen dan mendapat sokongan majoriti rakyat maka tidak ada sebab mengapa ianya dianggap bertentangan dengan prinsip demokrasi dan perlembagaan.

Maka sifat anti demokrasi sebenarnya terserlah pada golongan ekstrimis liberal yang hanya mahu agar setiap dasar dan langkah di parlimen perlu mengikut kehendak golongan mereka sahaja.


*Professor Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris, Felo utama di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Penyelaras akademik di Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS)

Sumber TKO - 4-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Khairuddin Aman Razali tidak setaraf?
Posted on Friday, March 03 @ 11:25:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33821



Datuk DR Mohd Asri Zainal Abidin, mufti Perlis sudah memberi jawapan setuju berdialog, bukan dengan ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Dr Khairuddin Aman Razal, akan tetapi dengan Presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin,memang power yang tinggi berbanding dengan Dr Khairuddin Aman Razal miskipun memiliki PHD.

Atas sebab itulah Dr Mohd Asri berkata beliau hanya akan berdialong bukan dengan Ketua penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.tetapi dengan presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sahaja yang layak lawan dengan Dr Asri Zainal Abidin. Barulah padan dengan power ilmu yang dimilikinya
Sehubungan dengan itu, Dr Mazlee Malik pernah menyatakan bahawa Dr Khairuddin Aman Razali hanya juara kampungan. Tidak lebih dari itu.maka dia (Dr. khairuddin) tidak layak lawan Dr Mohd Asri juara bandaran konon.



Kalau Dr Khairuddin Aman Razali seorang juara kampungan, apa tak lagi dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang hanya memiliki ijazah MA sahaja berbanding dengan Dr Asri mufti yang power ilmu agamanya lebih tinggi berbanding Haji Abdul Hadi Awang.



Jika Dr Khairuddin Aman Razali tidak setaraf  ilmu agama dengan Dr Asri, Datuk Seri Haji Hadi Awang lagilah tidak setaraf,kerana tidak ada PHD. maklumlah presiden sebuah parti bertaraf kampungan yang power ilmu agamanya terlalu rendah berbanding mufti Perlis yang ada PHD itu.



Oleh itu, adalah amat wajar Dr Asri menolak pelawaan  Dr Kamarul Zaman Yusoff Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),Universiti Utara Malaysia (UUM) tempoh hari dan menyatakan kesanggupannya untuk lawan presiden Pas bukan dengan ketua penerangan dewan ulamak pas pusat.



Sumber TKO - 3-3-2017



--------------------------------------------------------------------------------------------
Geng Ulama Tajdid dan RRU355
Posted on Friday, March 03 @ 06:32:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33814



RRU355 bukan hudud, maka ia tidak wajib disokong, demikianlah kata geng tajdid, atau berilah sedikit penghormatan sesuai dengan ijazah dan PHd yang mereka ada, ulama tajdid.

Penulis setuju sangat dengan kata-kata bahawa RRU355 bukan hudud. Sebab tak ada dalam Quran dan Hadith menyebut RRU355. Geng Ulama Tajdid pasti setuju sebab geng ulama tajdid (selepas ini akan ditulis GUT) mendakwa mereka adalah gulungan Salaf, Salafi. Maka apa juga yang tidak ada dalam Quran, tertolak. Maka RRU355 tidak wajib disokong dan tak sokong tidak apa-apapum, tidak jadi kafir.

Namun GUT ini juga sibuk berforum, berceramah dan berUtube. Mereka bertajid kunun, mengupas tidak kukuhnya hujah dan dalil Imam Syafie berqunut. Kata seorang dari mereka "Saya tidak kritik Imam Syafie kerana saya tidak setaraf dengan Imam itu tapi saya kritik dengan mengikut pendapat ulama yang setaraf dengan imam Syafie". Maka dibalunnya Hadith yang dipakai oleh Imam Syafie dalam soal qunut.

Hebat GUT ini. Hebat kerana istiqamah mengikut Sunnah.

Tapi dalam beberapa hal geng ini tidak juga mengikut Sunnah Nabi.

Contohnya di Perlis zakat tetap disalur kepada Pusat Zakat, tidak diberi kepada ketua mukim untuk disalur terus kepada asnaf dalam mukim, kerana itulah yang dilakukan zaman Rasululllah. Hal ini penulis baca dan diakui oleh ALM Ustadz Hashim bin Abd Ghani, tokoh Wahabi dari Ittiba' sunnah Kuala Pilah, semasa penulis menemubual beliau kira-kira 17 tahun yang lalu.
GUT ini memang pandai memutar lidah atas alasan tajdid. Kalau pasal Sunnah, merekalah orangnya. Tapi kalau amalan mereka bertentangan dengan Sunnah dikatalah pula ia hasil tajdid atau untuk maslahah umat.

Contohnya di Perlis tak adalah pulak fatwa Jabatan Mufti mewajibkan zakat fitrah dengan makanan asasi, kerana kunun itu zaman Nabi sekarang zaman ringgit dan dollar.

Fokus utama GUT ini bab fiqh. Itu bida'ah, itu sesat. Ambil fatwa Imam Nawawi mengatakan panjat bukit di Mekah adalah mungkar. Bila ditanya takkan panjat bukit masuk neraka, jawabnya "Itu tanya Imam Nawawi". Ambil fatwa Imam kemdian tanya sendiri imamlah. Ertinya taklid buta jugalah.

Dalam bab tasauf lagilah. Dibantainya tasauf dan ulama sufi seperti Ibn Arabi. Sesat sesesatnya. Dipakailah fatwa Ibn Taimiyah dan yang sama fikrahnya, tanpa mengambil kira ulama yang menyokong dan membenarkan Ibn Arabi, dan ulama yang dulu mengatakan Ibn Arabi sesat tapi setelah mengetahui kealiman Ibn Arabi lalu membenarkannya, seperti Syeikh Izuddin Ibn Salam. Pelik juga ya, GUT berkata mereka berkata jangan taklid totok tapi mereka juga taklid totok kepada Ibn Taimiyah. Sakit perut menahan ketawa apabila menonton bengkel seorang dari GUT menghuraikan tentang Wahdatul Wujud, Sufi beriktiqad ALLah menyerap dalam tubuhnya, kata GUT dalam Utube. Dan sufi ketika sampai darjat merasa keliru antara dirinya dan Tuhan, kata mufti GUT.

Rosak apabila ahli (Jika benarlah ahli) Fiqh berbicara tentang Tasauf. 

Bukan nak memburuk-burukkan atau mengaibkan, tapi itulah manhaj mereka. Samalah dengan RRU355 bukan hudud maka tidak wajib disokong. Malah sampailah kemuncaknya apabila mufti GUT berkata hudud akan memperlihatkan Islam seolah-olah zalim, hanya tau menghukum. Ertinya apabila hukum itu nampak zalim, maka zalimlah Yang Menurunkan hukum, na'uzubillah. 

Dah lama kenal manhaj Wahabi ini. Lebih 17 tahun dah kenal.

WAssalam.

Sumber TKO - 3-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------



Tuan Guru Presiden Cerminan Sunnah Rasulullah
Posted on Thursday, March 02 @ 23:45:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33812


Oleh IZWAN ABDUL HALIM

PUCHONG: Tidak ada sebab syarie kepada ahli PAS untuk menggantikan jawatan Presiden dipegang Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada orang lain setelah nyata terlihat susuk itu melazimi diri menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dan menyampaikan Islam di kalangan hamba Allah.

Perwakilan Dewan Ulama PAS Negeri Perak, Tuan Guru Sidek Mohd Noor berkata, Rasulullah telah menunjukkan bahawa pewaris Baginda adalah para ulama, di mana Allah melimpahkan rahmat ke atas penggantinya itu.
Ujarnya, jelas dilihat umum bahawa ciri dan perlakuan tersebut ada pada Tuan Guru Presiden PAS.

“Pakaian dia, makan minum dia, rumah tangga dia, dia pegang jawatan jamaah (sebagai) Ahli Parlimen, Adun, tetapi tugas utama mengajar dia tak tinggal tuan-tuan. Kita tahu di mana Tuan Presiden mengajar tuan-tuan menyampaikan ilmu. Kita tahu di mana dia berkhutbah. Tugas utama tuan-tuan pewaris Nabi dia mengajar di samping memegang jawatan meneruskan urusan perjuangan ini.

“Kita kena tau, bukan sembahyang sahaja mesti ikut Rasulullah, kita nak sembahyang (kena) macam Rasulullah, kita berpuasa macam puasa Rasulullah, bahkan perjuangan ini pun mesti ikut jejak langkah perjuangan Rasulullah SAW,” terangnya pada Multaqa Ulama Se-Malaysia di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, baru-baru ini.

Tegasnya, amat perlu memastikan perjuangan ini tidak lari dari prinsip sebenar dengan sentiasa berpandukan kepada Rasulullah SAW agar tidak ditolak Allah SWT.

Beliau juga menegaskan supaya ahli PAS tidak ragu-ragu untuk melaksanakan hudud sebagaimana juga ia menjadi amanat Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dia (Almarhum) nak hudud terlaksana. Siapa yang mampu melaksanakan hukum hudud kalau bukan Kepimpinan Ulama? Orang yang tak ulama melihat hudud ini tak penting. Tetapi kami melihat hukum Allah hukum yang penting didaulat di atas muka bumi Allah SWT ini,” tegasnya

Sementara itu, perwakilan Dewan Ulama PAS Negeri Pahang, Ustaz Aris Hazlan Ismail menegaskan, kegagalan memberi kepercayaan kepada Tuan Guru Presiden selaku pimpinan tertinggi parti dikhuatiri mengulangi sejarah pengikut di zaman Khalifah Ali KW.

Ceritanya, Ali memikul tugas dan peranan yang cukup besar mententeramkan Daulah Khilafah Islamiyyah setelah Khalifah Uthman al-Affan dibunuh sebelumnya.

Maka ketika itu juga katanya, muncul golongan-golongan yang begitu mendesak Ali supaya mengambil tindakan segera kepada pembunuh-pembunuh Uthman sehingga tahap mereka menggantung jubah Uthman di sisi Kaabah.

Bagaimanapun menurutnya, jubah yang dipenuhi darah Uthman itu adalah untuk mengapi-apikan masyarakat supaya menentang pemerintahan Ali supaya mengambil tindakan terhadap kes tersebut di mana ketidaktaatan itu akhirnya melahirkan golongan Syiah dan Khawarij.

“Berilah kepercayaan. Sudah banyak isu besar berjaya diselesaikan Tuan Guru Presiden kita. Maka berikanlah kita kepercayaan kepada Tuan Guru untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku ini. Sekiranya kita masing-masing bertindak dan berlagak pandai seolah Presiden, maka apa lagi perlu wujudnya jawatan Presiden?

“Lakukanlah tugas di pos masing-masing, di peringkat cawangan. Kerjalah kamu seperti kamu berada di Cawangan dan Kawasan. Serahkan tugas kepresidenan kepada Tuan Guru Presiden kita. Tak perlu memandai-mandai seolah-olah kita sebagai pemegang ‘remote control’ kepada Tuan Guru Presiden,” tegurnya.








KomenKongsi
Sumber TKO - 2-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------


RM 4.3 billion Hilang ke rugi?
Posted on Thursday, March 02 @ 11:30:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33799



Oleh: Abdullah Ngah
Kalau rugi tidak mengapalah,kerana lazim dalam dunia berniaga, ada untung ada rugi yang memang tidak dapat lari dari risiko tersebut.
Yang tidak moleknya semacam ada jenayah kular putih dalam FELDA wang lebihan sejumlah RM 4.3 billion itu hilang entah kemana perginya.


Hal ini telah dinyatakan oleh  Pengerusi Felda yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad baru baru ini.
Kini yang mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dibelanjakan senyap sepi.


Tiada sepatah perkataan lagi terhadap yang dibangkitkan bahawa Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda.

Kita dimaklumkan daripada jumlah itu, RM1.7 bilion telah belanjakan sebagai durian runtuh dan  sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga.

Ya tak ya juga, memang ada bakinya RM4.3 bilion lagi.Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi. Kalau rugi tidak mengapalah, akan tetapi wang itu hilang entah kemana.

Semamag  perkara itu mengecewakan peneroka Felda yang begitu menyanjungi peranan agensi itu selama ini.

Yang peliknya laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan untuk pelbagai program dan ada yang dibuat tanpa kelulusan.
Dan Ianya sah berlaku jenayah kular putih berleluasa dalam FELDA sejak sekian lama dan suatu yang membimbangkan peneroka .

Bagaimana nak dapat balik duit sejumlah RM4.3 bilion itu kerana wang itu sudah habis, sedangkan wang sejumlah RM 200 juta yang hilang sebelum ini tiada kabar berita.

Tan Sri Shahrir Samad  berkata tugasnya cuba betulkan kedudukan kewangan FELDA keranan duit bukan tiada Tapi ia mungkin disalahgunakan.

Betulkan kedudukan kewangan FELDA satu satunya ialah untuk dapat balik wang yang hilang. Persoalannya, macam mana nak dapat balik wang yang sudah hilang.

Nak dapatkan balik, pasti dengan berusaha bersungguh sungguh, kerana pengerusi baru dilantik itu kelihatan sejuk.nenbisu seribu bahasa.

Tak mungkin FELDA  dapat balik wang RM4.3 billion yang hilang entah kemana itu, sedangkan wang sejumlah RM200 juta yang habis sebelum ini tiada apa apa berita sama ada sudah dapat balik atau  belum.


Oleh itu, kita sama sama tunggu dan nak lihat janji Tan Sri Shahrir Samad tugasnya nak betul kedudukan kewangan FELDA naki tunai sejumlah RM 4.5 semasa Tan Sri Isa Samad mengambil alih pengerusi  dahulu.

Sumber TKO - 2-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------






































Lepas RUU355, Zakir Naik pula diserang

NAMPAKNYA isu-isu melibatkan agama Islam di negara kita semakin hebat menerima serangan. Tidak seperti dekad-dekad yang lalu, Islam sebagai agama rasmi persekutuan sudah tidak lagi dihormati. Perjuangan menjadikan Malaysia sebuah negara liberal yang menganjurkan persamaan semua agama sebagaimana barat semakin menjadi-jadi. 
Teladani polemik RUU355. Pindaan akta mahkamah syariah bidang kuasa jenayah ini hanya melibatkan orang Islam sahaja. 
Tetapi ia diserang begitu hebat pemimpin politik bukan Islam. 
Turut terlibat menentang adalah golongan pejuang hak kebebasan beragama Islam. Malah ada agamawan turut mempertikai. Kita hairan, kenapa usul RUU355 yang bersifat begitu teknikal, bermatlamat menaiktaraf martabat Islam dan eksklusif hanya kepada penjenayah beragama Islam ini mendapat tentangan sebegini dahsyat? 
Isu Dr Zakir juga sama. Dia dituduh ancaman kepada negara. Dia dikaitkan dengan kumpulan pengganas. Dia diwatakkan seperti penjenayah berbahaya. Sedangkan kepada yang pernah mendengar ceramah beliau, pasti tahu bagaimana pembawaan beliau. Tidak pernah sekali-kali beliau memperomosikan keganasan. Ceramahnya sarat dengan hujah ilmiah dan logikal yang menepati manhaj akademik. Beliau tidak pernah menghina sesiapapun dan sangat hormat kepada undang-undang dan pemerintah setiap negara yang dilawati. 
Lalu apakah punca sebenar semua penentangan ini berlaku? 
Tidak lain dan bukan, kerana kedua isu ini membawa keuntungan buat masa depan Islam di negara ini. 
Mereka tahu sekiranya undang-undang syariah berjaya diaplikasikan setelah RUU355 diluluskan, orang akan melihat keindahan ajaran Islam yang sebenar, jauh dari apa yang digambarkan barat. Lalu akan membawa kepada kecenderungan untuk memeluk Islam. 
Mereka juga tahu setiap hujahan Dr Zakir Naik mampu membuatkan orang meyakini kebenaran ajaran, lalu memeluk Islam. Hampir setiap kali program ceramah yang dilakukan, ada sahaja saudara baru yang memeluk agama suci ini. 
Jika kedua usaha ini dibiarkan, Islam akan terus berkembang pesat. Islam akan menjadi pegangan semua kaum yang ada di Malaysia. Maka ia akan menggagalkan usaha mengliberal negara ini. Justeru bagi mereka, ia tidak boleh dibiarkan. 
Semua ini adalah sebab utama semua penentangan berlaku. Hakikat yang sebenar, mereka anti kepada usaha kesedaran Islam dalam kalangan masyarakat. Dengan kata lain, mereka anti-Islam! 
Malang sekali, mereka kini semakin lantang bersuara. Walaupun umat Islam adalah majoriti dan mereka hanya mewakili pandangan sebilangan kecil rakyat Malaysia, mereka tetap mengganas dan terus diberikan muka. 
Puncanya adalah kerana umat Islam sendiri yang bertelagah. Masing-masing bermusuh antara satu sama lain. Ada orang Islam sanggup berpihak kepada penentang Islam ini termasuk agamawan, dengan memberi modal hujah kepada golongan ini, hanya kerana yang memperjuangkan syariat ini adalah seteru politik mereka atau berlainan fikrah dengan mereka. 
Atas nama hak untuk berbeza, kita umat Islam sendiri membina tembok antara kita, sehingga tidak boleh duduk bersama walaupun demi kepentingan Islam. 
Hanya satu-satunya cara mendiamkan golongan anti-Islam ini adalah bersatu atas nama Islam. Buang perbezaan politik, buang percanggahan ideologi, mazhab, aliran, dan semuanya. Sama-sama pertahankan Islam. Jangan lagi bercakap tentang perbezaan, tentang perkara khilaf. Semua itu tidak membantu agama buat masa ini. Melayu, aswaja, wahabi, kaum muda, kaum tua, PAS, Umno, keadilan, buang ke tepi dahulu semua nama ini. Kita guna satu nama sahaja. MUSLIM! 
Atas nama muslim, sama-sama pertahan pemerkasaan syariat Islam. Sama-sama pertahankan Dr Zakir Naik! – HARAKAHDAILY 2/3/2017
Sumber HD - 2-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------
















































RUU 355: Usah terpengaruh agenda media musuh

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44446-ruu-355-usah-terpengaruh-agenda-media-musuh

RUU 355: USAH TERPENGARUH AGENDA SETTING PERMAINAN MEDIA MUSUH

Secara asasnya, bersikap responsif terhadap isu-isu semasa adalah sangat baik kepada sesebuah parti politik agar tidak dilihat ketinggalan. Lebih-lebih sekiranya isu yang timbul berkait dengan parti politik tersebut sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Namun bersikap terlalu responsif juga mengundang keadaan yang negatif apabila tidak dapat dikawal dengan baik.

Merujuk kepada situasi yang sedang dihadapi oleh PAS sekarang, isu-isu picisan sedang dicipta dengan banyaknya sehingga mengundang respons daripada seluruh organ PAS dari atas sampai ke bawah. Ia tidak lain bertujuan untuk mengalihkan fokus media PAS daripada isu asal yang perlu dimainkan untuk terus meraih sokongan rakyat.

Melalui isu RUU355, PAS berjaya mencipta nama yang baik di peringkat nasional. Populariti PAS melonjak sangat tinggi di kalangan rakyat majoriti. Bahkan kalangan bukan Islam turut memberikan perhatian serius, terutamanya golongan yang terpelajar. Mereka mengkaji RUU355 secara ilmiah tanpa dipengaruhi sentimen dan persepsi yang dimainkan media. Kemuncaknya adalah apabila himpunan H355 berjaya menghimpunkan ratusan peserta berkampung hampir sehari suntuk semata-mata untuk menyatakan sokongan.

Perkara ini tentunya tidak disenangi seteru politik PAS. Jika anda perasan, selepas sahaja himpunan H355, semua pimpinan utama parti politik lain tidak lagi bercakap tentang RUU355 samada yang menyokong atau yang menentang. Kalau adapun, satu daripada MCA yang mengatakan sedia berbincang kembali tentang pendirian mereka terhadap RUU355. Satu lagi daripada PAN, mengatakan dengan angkuhnya mereka boleh tarik lebih ramai orang jika menganjur H355. Tetapi selepas itu, tiada lagi kenyataan susulan.

Mereka seolah menyedari hakikat bahawa semakin ditekan isu RUU355, semakin nama PAS naik dan mendapat sokongan marhaen.

Lalu dengan tiba-tiba isu-isu picisan timbul. Bermula dengan isu Audi Q7, kemudian isu Husam ganggu pentas PAS, diikuti isu PAS bakal berpecah, disambung semula dengan isu 90 juta dan begitulah seterusnya. Pelbagai pihak daripada PAS segera merespon setiap yang timbul. Dada-dada media penuh dengan jawapan PAS dan serangan susulan PAS.

Dalam tidak sedar, kehangatan himpunan H355 tenggelam begitu sahaja. Tiada lagi kenyataan atau penerangan susulan berskala mega berkenaan RUU355 walhal, tarikh persidangan parlimen yang seterusnya sudah hampir tiba!

PAS baru sahaja meraih populariti yang tinggi hasil H355. Tetapi mata yang tertarik dengan PAS di kalangan golongan luar boleh jadi kabur kembali apabila melihat PAS banyak bermain isu-isu picisan yang tidak menggambarkan aspirasi sebenar perjuangan ini.

Tidak dinafikan, PAS yang berjuang atas dasar kebenaran tidak pernah kekeringan hujah. Tetapi memiliki kebenaran tidaklah bermakna kita perlu menjawab semua isu yang dibangkit. Bukan semua kebenaran perlu didedahkan. Perlu sedar di sana terdapat mainan musuh untuk menggagalkan kita dari meraih kedudukan yang sepatutnya.

Tidak dinafikan juga, dakwaan yang salah perlu dipadamkan segera. Tetapi tidak perlulah semua jentera menggempur isu yang sama. Cukuplah pihak tertentu samada dari negeri tertentu, lajnah tertentu atau cawangan tertentu sahaja yang memainkan peranan tersebut. Yang lain perlu fokus kepada membawa agenda utama perjuangan PAS.

Dalam falsafah media, terdapat satu teori yang disebut oleh Maxwell E. McCombs pada tahun 1972 yang dikenali sebagai teori agenda-setting. Teori ini adalah media memainkan peranan membentuk fokus manusia terhadap isu-isu tertentu. Dengan cara berterusan memainkan isu-isu yang dikehendaki, mereka boleh membawa manusia berfikir tentang perkara itu. Ataupun membawa manusia lari dari isu yang sepatutnya difikir. Premis teori agenda-setting ini adalah: “Media do not tell us what to think, but rather what to think about.” (Media tidak mempengaruhi kita untuk berfikir apa, tetapi berfikir ‘tentang apa’.)

Organ penerangan dan media PAS bukan sekadar memerlukan panduan tentang isu-isu yang perlu dimainkan berserta bekalan hujah yang cukup, tetapi juga perlu difahamkan tentang agenda-agenda licik permainan media di luar sana. Seminar penerangan sepatutnya membincangkan perkara sebegini agar pendukung PAS lebih terdidik dalam setiap lapangan keterlibatan mereka.

Dengan keahlian melebihi angka sejuta, rata-ratanya pula dari kalangan muda-mudi dan golongan terpelajar dan mahasiswa, saya yakin PAS memiliki kepakaran yang cukup untuk merealisasikan cadangan di atas. Bukan dalam bidang media sahaja, bahkan semua bidang yang ada. 1 juta tu! Walau bagaimanapun Ia mesti bermula dengan data keahlian yang lengkap dan enjin carian yang sistematik bagi memudahkan tenaga ini dimanfaatkan.

Saiz PAS sudah terlalu besar. Pengaruhnya juga besar. Peranannya turut membesar. Justeru operasi pentadbiran PAS juga perlu lebih besar dari semasa ke semasa. Tidak boleh lagi bersikap populis dalam mengatur perancangan dan aktiviti, tetapi perlu lebih realis dan profesional. - HARAKAHDAILY 28/2/2017

Sumber HD - 28-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------



















































Jadilah 'Geng' Yang Mempertahankan Islam
Posted on Tuesday, February 28 @ 15:41:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33766


Oleh IZWAN ABDUL HALIM

SHAH ALAM: Tamadun Mesir, China, India, Rom dan Parsi meninggalkan kesan dari bangunan-bangunan tersergam indah dan menjadi kunjungan pelancong, manakala kehebatan seni binanya diagung dan banggakan oleh masyarakat dunia, berbanding istana Nabi Sulaiman A.S pemerintah dunia dan Raja Zulkarnain penakluk negara besar yang langsung tidak dinampakkan oleh Allah S.W.T.

Hinggakan binaan dari penindasan dan kezaliman ke atas manusia itulah dianggap tamadun, lalu umat dunia ini melupakan peranan para Nabi dan Rasul A.S, sebagaimana juga manusia membiarkan diri hidup di bawah pelbagai ajaran menyesat dan teori atau sistem pemerintahan yang menghamba serta mencengkam.

Namun, ajaran Islam tetap ada sehingga ke hari ini yang wujud dalam diri manusia walaupun ia cuba ditentang dan dihapuskan, tetapi cahayanya tidak pernah terpadam, demikian senario yang digambarkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, peranan itu telah disambung oleh para ulama di sepanjang zaman yang menjadi tonggak kepada perjuangan Islam dengan mewarisi pusaka ilmu ditinggalkan para Nabi dan Rasul, sebagaimana ditunjukkan Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) dalam mempertahankan kepimpinan ulama.

“Allah menjadikan bangsa Arab yang meninggalkan Islam jatuh, (tetapi) Islam tidak jatuh, Islam diambil alih oleh bangsa Kurdish, mencipta Salahuddin al-Ayubi, yang membebaskan Baitul Maqdis dan penaklukan tentera Salib selama 100 tahun. Allah melahirkan Kerajaan Mamalik, bangsa Turki yang mengalahkan Tartar dan Ain Jalut dan mendirikan Kerajaan Uthmaniyah.

“Allah menjadikan kuasa Islam silih berganti. Mana-mana bangsa yang menerima Islam, kaum lain, masyarakat majmuk, yang berada dalam dan menerima pemerintahan Islam yang adil, mereka menerima kedatangan Islam sebagai penyelamat, bukan sebagai penjajah imperialisme.

“Islam adalah futuhat, membuka negeri-negeri dengan hukum yang adil, tidak menjajah, Islam memerintah wilayah yang besar, masyarakat majmuk, pelbagai kaum dan agama, bukan macam penjajah yang memperhambakan rakyat.

“Islam telah berjaya menguasai bangsa-bangsa dunia berbagai agama dengan empat konsep yang penting. Pertama, beriman kepada Allah. Kedua, beriman kepada hari akhirat. Ketiga, bertakwa dan keempat adil untuk semua. Empat konsep ini, Islam berjaya menguasai hati-hati manusia,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Geng Ustaz, di sini baru-baru ini.

Hurainya, daripada konsep-konsep tersebut, terhapuslah kediktatoran, pemerintah berlagak tuhan, teokrasi, perhambaan pengikut oleh ahli agama, tidak menipu dan menggoda rakyat, tidak melepaskan diri bila melakukan kesalahan, tidak menyalahgunakan kuasa dan mempengaruhi urusan-urusan keadilan serta takut untuk melakukan kezaliman.

Malah tambah beliau, terhapusnya kasta dan perbezaan kaum, adil untuk semua termasuk bukan Islam dan musuh di mana dilarang menzalimi rakyat biar apapun pegangannya.

Tuan Guru memetik kisah pembunuhan tawanan perang dari kalangan Bani Khuzaimah oleh Panglima Khalid al-Walid hingga Baginda memerntahkan pembayaran diyat sebagai contoh keadilan Islam, walaupun di zaman itu tiada mahkamah atau piagam antarabangsa.

Berbeza katanya di zaman ini di mana tragedi kapal terbang Korea Selatan ditembak Rusia tahun 80-an, kapal terbang Iran ditembak di Teluk tahun 90-an dan kapal terbang Malaysa di Ukraine dan hilang di Laut China Selatan yang tidak diambil tindakan badan perundangan dunia.

Malah perinci beliau terdapat banyak perakuan menunjukkan Islam menguasai hati-hati manusia dan mampu menguasai negeri dengan kesejahteraan serta kemakmuran, namun malangnya terdapat parti-parti Islam dalam dunia hari ini tidak berani menyatakan pelaksanaan syariah dan matlamat menegakkan agama Islam.

“Termasuk Arab Spring ‘Ar-Rabiul Arabiy’ yang terkenal, (umpama) musim bunga yang tidak berbuah. Mengapa tidak berbuah? Kerana Islam negara Arab meninggalkan agenda Islam, membawa agenda politik di atas nama demokrasi.

“Mereka melupai bahawa negara Barat yang menyokong mereka di atas nama demokrasi, negara yang mendokong diktator dan Arab juga, untuk menahan kebangkitan Islam, mereka lupa ini semua. PAS istiqamah, konsisten, dengan dasar kita. Termasuk rakan kita Parti Sa’adah (Sadet Party) di Turki, istiqamah, konsisten.

“Tak apa tak menang pilihan raya tak apa, tak mengapa tak menang pilihan raya. Tetapi cahaya itu tidak padam, jangan mengejar pilihan raya, untuk menang semata-mata, meninggalkan teras perjuangan kita iaitulah Islam.

“Di sinilah peranaan NGO seperti Geng Ustaz ini. Jangan macam geng besar, geng samseng, tunjuk ek (berlagak) saja. Kita geng yang mempertahankan kesucian, kepentingan ajaran Islam,” ujarnya mengingatkan.

Sumber TKO - 28-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------


Dr Mahathir masih berlembut dengan Najib?
Posted on Monday, February 27 @ 13:10:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33752



Memang benar Tun Dr Mahathir Mohammad pengerusi parti BERSATU masih berlembut dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak Mengapa tidak? Dalam satu kenyataan beliau hanya melabelkan Datuk Seri Mohd Najib sebagai pencuri wang Negara.

Tengku Razaliegh Hamzah ketia tubuh parti Semangat 46 dahulu melabelkan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai pengkhianat


Bukan setakat itu sahaja malah telah melabelkan Dr Mahathir Mohammad ketika menjawat jawatan oerdana menteri sebagai pengkhianat bangsa pengkhianat agama  dan pengkhianat Negara.

Hari ini Dr Mahathir Mohammad yang marah marah dengan anak didikan politiknya itu hanya sebagai pencuri wang Negara yang masih lembut bunyinya.

Pada hemat penulis, jika benar Datuk Seri Mohd Najib seorang  yang baham wang Negara  maka  ia sangat sesuai dilabelkan sebagai lanun ekonomi Negara sebagai penjenayah kolar putih yang bergelar perdana menteri,

Atau dengan kata lain, ia tidak lain dan tidak bukan adalah penyangak ekonomi Negara sepertimana label yang pernah dilabelkan kepada Tun Daim Zainudin ketika jadi menteri kewangan dahulu.

Jika Datuk Mohd Najib masih di labelkan sebagai pencuri, bermakna apa yang dilakukan itu belum sampai tahap lanun atau penyanggak ekonomi yang bahayanya belum boleh mengancam status qua Malaysia.

Belum sampai tahap label yang dilabelkan Tengku Razaliegh Hamzah terhadap Tun Dr Mahthir Mohammad sebagai pengkhianat bangsa, agama dan Negara ketika jadi perdana menteri dahulu.

Bermakna kesalahan Tun Dr Mahathir Mohammad lebih berat dan buruk berbanding kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sebab itu Tun Dr Mahammad masih melabelkan Mohd Najib Razak sebagai pencuri dan belum berani melabelkan perdana menteri anak didiknya itu sebagai lanun yang sememangnya begitu ramai nominee nomineenya yang jadi billionare.
  
Sumber TKO - 27-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tujuan dakwah untuk sampaikan Islam

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44426-tujuan-dakwah-untuk-sampaikan-islam


MENURUT Ibnu Qayyim Rahimahullah, selepas tiga hari wafatnya Abu Talib, wafat pula isterinya yang dikasihi Ummul Mukminin Saidatina Khadijah RA. Hal ini menambahkan lagi kesedihan dan dukacita baginda lantaran mengingatkan peranan kedua mereka yang besar dalam dakwah Islamiah.

Peristiwa tersebut bukan berlaku semata-mata untuk menyusahkan perjuangan Islam, bahkan mengandungi hikmah yang tersangat besar. Ia adalah bagi memurnikan kejayaan dakwah dan tujuannya, supaya jelas bahawa pertolongan yang hakiki adalah datang daripada Allah SWT semata-mata.

Ini yang kita perlu faham. Ramai pada hari ini orang berdakwah dan berjuang dengan mengharapkan pertolongan manusia, sehingga lupa pertolongan Allah SWT. Bahkan mereka sanggup mengharap bantuan orang kafir lebih dari bantuan Allah. Mereka percaya pertolongan orang kafir boleh memenangkan Islam. Hakikatnya orang kafir tolong kita separuh jalan sahaja, bukan sungguh-sungguh.

Allah taala matikan Abu Talib dan Khadijah untuk menyatakan, kemenangan Islam yang sebenar adalah datangnya dari pertolongan Allah SWT. Pertolongan manusia hanya sebahagian kecil sahaja. Walaupun peranan Khadijah sangat besar ertinya kepada diri Rasulullah, dan perlindungan Abu Talib pula memberi peluang kepada dakwah untuk lebih bebas, tetapi tiada siapa yang boleh membuat alasan bahawa kemenangan Islam adalah kerana si anu atau si anu.

Oleh itu para sahabat RA dan para pejuang terdahulu tetap meneruskan dakwah walaupun menghadapi berbagai seksaan dan ancaman. Mereka tidak peduli apakah mendapat bantuan manusia ataupun tidak. Mereka juga tidak kisah adakah orang mahu ikut ataupun tidak. Mereka percaya segala yang dihadapi adalah bagi memurnikan kemenangan Islam yang bakal dicapai, untuk membentuk kebergantungan diri hanya kepada pertolongan Allah SWT. Peristiwa kematian dua orang yang banyak membantu Nabi SAW memberi makna kepada mereka bahawa perlu utamakan pertolongan Allah walaupun tidak dinafikan terdapat peranan makhluk.

Pada sahabat di masa itu ditarbiyah dengan Surah-surah Makkiyyah. Tuhan menceritakan tentang kisah perjuangan umat terdahulu. Ada Nabi yang ramai pengikut, ada yang sedikit dan ada yang tidak ada pengikut langsung. Dalam Surah Yaasin menceritakan, tiga orang Nabi yang diutus, hanya seorang sahaja yang ikut mereka. Ini bermaksud jangan peduli orang ikut atau tak mahu ikut. Tanggungjawab kita hanya sampaikan Islam sebagaimana yang Allah suruh.

Seringkali berlaku dalam Harakah Islamiah, mereka yang lemah iman terperangkap dalam pujuk rayu manusia sehingga lupa pertolongan Allah. Lalu mereka mengadakan uslub-uslub yang terlalu longgar mengenai pergantungan kepada akidah dengan berlindung di sebalik perkataan 'hikmah'. Ramai yang beralasan hikmah dalam dakwah ialah kena bercakap yang orang setuju sahaja, yang orang suka dengar. Yang orang tak suka dengar jangan bercakap. Barulah orang ramai datang kepada kita.

Ramai pendakwah terpengaruh dengan cara sebegini. Akhirnya sikap ini membawa kepada meletakkan sebab-sebab manusiawi mengatasi anasir rabbaniyah dalam menjayakan cita-cita dakwah Islamiah. Selepas itu mereka jadi hanyut dalam arus yang memesongkan dari matlamat asal untuk mencapai redha Allah, kepada matlamat yang songsang seperti untuk kedudukan dan harta.

Jangan begini! Jangan sekali-kali! Mesti bergantung dengan Allah SWT. Setuju tak setuju, suka tak suka itu hal mereka, jangan pedulikan. Teruskan bercakap cara Islam. Apa yang Islam suruh kena cakap, apa yang Islam larang, Islam tegur juga kena cakap. Orang nak marah biarkan marah. Nak lari habis pun tak apa! Ini prinsip kita. Kena teguh dengan cara sebegini.

Malangnya banyak kalangan pendakwah pilih jalan supaya orang ramai mari, bukan niat nak perbetul. Menarik hati orang ini adalah kerja Allah SWT. Tuhan boleh tarik seramai manapun yang Dia kehendaki. Hidayah adalah urusan Allah. Serahkan sahaja urusan ini kepada-Nya. Bukan tanggungjawab kita nak suruh orang ramai. Tanggungjawab kita adalah menyatakan Islam sahaja. – HARAKAHDAILY 27/2/2017

Petikan kuliah Jumaat Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila pada 27 Jumadal Ula 1438/24 Februari 2017

Sumber HD -27-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------

RUU355: Bertanggungjawablah Di Depan Allah
Posted on Monday, February 27 @ 06:32:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33743





Tak lama lagi, nasib RUU355 akan ditentukan oleh para ahli Parlimen. Tuan Guru Haji Hadi (TGHH), pembawa bil persendirian  telah menangguhkannya dua kali. Kali ini tak mungkin lagi. PAS sudah melakukan segala yang terdaya sebelum dan selepas penangguhan itu. Kemuncaknya himpunan umat H355. Jelas gema suara umat mahukannya. Namun, apakah sikap dominan di hari pengundian nanti?

PAS telah bertawakkal – berusaha dan ber serah kepada Allah. Demikian juga NGO dan seiap individu yang sama-sama berjuang untuk mermartabatkan mahkamah syariah itu. Semuanya menunggu dengan penuh debar bagai menunggu kelahiran anak sulung. Masing-masing bersulam harap dengan redha.

Banyak undang-undang dipinda dalam tempoh 33 tahun. Tak pernah timbul masalah dan geger. 33 tahun dahulu undang-undang ini pernah dipinda. DAP, MCA, Gerakan dan MIC serta parti-parti di Sabah dan Sarawak tidak membuat onar pun. Alih-alih kali ini, mereka berbalik kuang. Apa spesies udang di sebalik kepala batu mereka? Faktor polical mileage? Islamophobia? Perpecahan umat? Mufti, PAN dan PKR bersama mereka? Memalukan, umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri.



Sikap MP UMNO sendiri pun belum tentu. Kalau mereka dibenarkan mengundi mengikut suara hati, rasanya tidak 100% undi menyokong. Akan ada yang undi menolak, berkecuali atau tidak duduk di dalam Dewan ketika pengundian. Entahlah. Namun, perjuangan untuk mendaulatkan syariat semakin mencabar kini.



Dan perlu diingatkan, jangan pula terkejut kalau ada MP muslim dari PAN dan PKR yang akan undi menyokong. Jangan juga terkejut kalau ada MP non-muslim yang juga rasional untuk bertindak demikian. Penulis berpendapat demikian kerana manusia boleh berubah hati. Kalau datang air bah, pantai mana tidak berubah. Mungkin mesej H355 telah menerjah hati-hati mereka. Mungkin penerangan saat-saat akhir telah meleburkan benteng bantahan mereka. Iras-irasnya berbayang kelihatan. Namun tunggulah saja pada hari pengundian.



Pastinya, PAS,NGO dan sekutu yang menyokong RUU355 tidak akan berhenti berjuang jika tidak berjaya pada kali ini. Seperti yang pernah diumpamakan oleh TGHH, air yang mengalir jika disekat, akan mencari alur-alur baru untuk sampai ke destinasi. Kalau tersekat jua, pastinya air itu akan berkumpul dan bertahan sehingga tiba saatnya benteng itu akan dipecahkan umpama tsunami yang tak terbendung lagi.



Perjuangan Islam tak pernah mundur. Kota Konstantinopel gagal ditawan dalam banyak percubaan. Kejayaannya adalah janji Allah. Pejuang Islam adalah manusia terpilih yang solid yakinnya pada janji Allah. Allah kata Islam pasti menang. Maka sama ada TGHH gugur dulu, pejuang-pejuang yang sudah lanjut usia gugur dahulu, jundullah yang terdiri daripada para pemuda dan generasi pelapis pasti akan menyambung perjuangan ini.



Generasi sebelum Muhammad al-Fateh gagal dalam usahanya. Muhammad al-Fateh sendiri beberapa kali gagal dalam tempoh beberapa tahun perjuangannya. Akhirnya tentera-tentera   terbaik yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. , menaikkan kapal ke darat meredah bukit dan belantara. 



Satu kekaguman dalam sejarah strategi perang dunia. Hasilnya janji Allah dan Rasul disaksikan oleh penduduk dunia.



Maka, di bumi tercinta ini, jundullahnya  pasti bersedia untuk ‘mengangkat kapal-kapalnya mendaki bukit dan belantara’. Ratusan ribu tenteranya sudah berkorban untuk sampai ke H355. Merekalah penunggu titah dan takbir, demi Islam dan kedaulatannya.



Sumber TKO - 27-2-2017



----------------------------------------------------------------------------------------------

Amanah cuba songlap persepsi pengundi?
Posted on Sunday, February 26 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33736



Di manakah agaknya tempat sesuai bagi Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu bertanding dalam pilihanraya umum akan datang? Yang pasti demi maruah partinya, Mat Sabu perlu bertanding dan menang. 

Jika presiden kalah, akan tercemar dan mungkin porak perandalah pengurusan parti. Justeru Amanah dan Mat Sabu perlu mencari kerusi selamat tidak kira di peringkat parlimen mahupun negeri atau, kedua-duanya sekali.


Menurut rekod, sejak 1982 sudah lapan kali Mat Sabu bersaing dalam pilihanraya umum tetapi hanya menang dua kali – Kubang Kerian (1995) dan Kuala Kedah (1999). Sejak itu, sudah tiga PRU berturut-turut Mat Sabu kecundang.


Dalam ke semua pilihanraya yang ditandinginya, Mohamad Sabu mewakili PAS. Ketika itu imej PAS baik dan Mat Sabu pula mempunyai kedudukan tinggi dalam parti. Namun di sebalik kepetahannya berceramah, menyindir lawan kiri dan kanan, beliau tetap gagal.


Ketika PAS cemerlang dalam Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008 dan 2013, Mat Sabu tidak berjaya menambah bilangan kerusi yang dimenangi untuk parti itu.


Isyaratnya ialah rakyat tahu membezakan di antara seorang pemimpin sejati dengan penglipur politik.


Mat Sabu kena menang PRU14


Justeru apakah ikhtiar Amanah untuk mengelak aib pemimpin utamanya tidak diterima rakyat sekali lagi? Jawapannya Mat Sabu perlukan semacam jaminan agar beliau tidak boleh kalah lagi. 


Kedudukannya dalam Amanah kini belum sah. Beliau menjadi presiden jawatankuasa penaja dan bukan berada di situ kerana dipilih oleh ahli-ahli parti dalam mesyuarat agung tahunan. Lantas jika kalah ia boleh meletakkan Amanah dalam kancah perebutan kuasa. 


Pilihan yang ada ialah mendapatkan bantuan dan ehsan DAP. Umum boleh mencongak bahawa DAP berdaya memonopoli banyak kerusi parlimen dan negeri di Pulau Pinang atau kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti bukan Melayu. 


Demi setiakawan dan keakraban dengan Mat Sabu, DAP mungkin boleh menawarkan “kerusi selamat” untuk Mat Sabu yang majoriti bukan Melayu atau kawasan di mana peratusan Melayu tinggi sedikit daripada Melayu .


Begitu juga dengan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub. Peluangnya menang dalam pilihanraya umum akan datang juga samar. Beliau pernah menjadi ahli parlimen tetapi itu semata-mata bersandarkan kedudukannya sebagai ahli dan pemimpin PAS. 


Beliau juga perlu kerusi selamat. Dalam pilihanraya umum lalu beliau bertanding di kawasan parlimen Pulai, Johor. Beliau juga tewas untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Nusa Jaya. 


Sebelum itu, Salahuddin termasuk dalam senarai pemimpin muda yang hendak diasuh oleh PAS untuk menjadi pemimpin pelapisnya dan dicalonkan bertanding di “kerusi selamat” di Kubang Kerian pada PRU 2004 dan 2008, dan menang.


Kedudukan Salahuddin juga goyah


Kini Salahuddin sebagai Timbalan Presiden Amanah akan menghadapi realiti kekuatannya dalam politik. Beliau menang dua kali di Kelantan kerana ketika itu beliau dianggap “anak emas” PAS dan diberikan kerusi “mudah” di kubu PAS itu.


Justeru beliau perlu berhati-hati di mana mahu bertanding kali ini. Jika tiada “jaminan” menang, kedudukannya dalam Amanah pasti tergugat kerana seperti Mat Sabu kedudukannya dalam parti belum sah kerana belum melalui proses pemilihan sebenar.


Kini PRU 14 semakin dekat. Rekod keahlian Amanah di bawah pimpinan kedua-dua mantan ahli PAS ini tidak bertambah berlipat kali ganda seperti yang diharapkan. Sedangkan kedudukan politik kedua-duanya masih “ibarat telur di hujung tanduk”.


Besar kemungkinan, sama seperti Mat Sabu, Salahuddin pun akan terpaksa bergantung harap pada ihsan DAP untuk “menghadiahkan” kerusi selamat untuknya. Namun penyertaan Parti Pribumi Bersatu (PPBM) dalam barisan pembangkang menggusarkan Amanah.


Dengan aura dan rekod politik cemerlang Tun Dr Mahathir Mohamad, DAP kelihatan lebih selesa jika keutamaan dan ihsannya itu dicurahkan kepada PPBM, berbanding Amanah. 


PKR juga sukar disandarkan harapan kerana selain meninjau kerusi PAS untuk ditandinginya, PKR masih fokus untuk mencatat kemenangan terbesar di kalangan pembangkang kerana ia menawarkan kerusi Ketua Pembangkang dan mungkin juga Perdana Menteri. 


Amanah sembunyi kelemahan dibalik PAS


Lantas strategi terbaik Amanah untuk melakukan helah untuk menudung kelemahan politiknya ialah dengan menaburkan bibit keraguan terhadap saingannya iaitu PAS. Salahuddin nampaknya berhelah menyembunyikan kegusarannya.


Beliau mengambil kesempatan menggunakan arus perdana untuk “melindungi” kelemahan partinya dengan menanamkan virus keyakinan bahawa sokongan rakyat pada PAS semakin merosot dan meramalkan PAS berpecah lagi kerana mendekati Umno. 


Sifir yang digunakan mudah. Beliau mendakwa apabila beliau dan 17 rakannya keluar PAS, parti Islam itu terbahagi dua. Lima puluh peratus keluar dan 50 peratus lagi tinggal dalam PAS. Ertinya ahli Amanah sepatutnya lebih 500,000 hari ini. Begitu juga PAS.


"Kami dah bawa separuh (perpecahan dalam PAS), yang pecah akan bawa suku lagi. Itu bonus buat kami. Jangan terkejut jika Amanah boleh perintah Kelantan,” katanya dalam wawancara dengan akhbar arus perdana berkenaan.


Soalnya, adakah itu satu kenyataan? Jika benar, tentu Amanah yang memang “lapar publisiti” itu sudah lama menjaja statistik ini ke seluruh pelosok negara. 


Anehnya mengikut pengakuan Salahuddin, Amanah yang berusia setahun dua bulan kini mempunyai lebih kurang 80,000 ahli. Walhal Amanah dilancarkan pada 16 September 2015 kini sepatutnya berusia satu tahun lima bulan.

Malah pada majlis pelancaran  parti itu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, mengunjurkan menjelang akhir tahun 2015, keahlian Amanah mencapai 100,000 orang. Kini Timbalan Presidennya mengakui bahawa ahli partinya “lebih kurang 80,000 sahaja”.
PAS mengaku penghijrahan keluar ahli dari parti itu memang berlaku. Itu jujur. Namun PAS kini mendakwa sudah kembali mencatat pertambahan ahli baru.
"Bagi kami ia bukan perkara yang membimbangkan. Penerimaan masyarakat terhadap PAS semakin baik, malah kami menerima 80,000 ahli baru dari 2015 hingga hari ini,” kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Menurutnya, tidak timbul soal perpecahan apabila PAS dilihat mempunyai hubungan baik dengan Umno. Ini kerana Anchor pada Februari tahun ini sahaja PAS menerima 5,431 ahli baru. 
Sekalipun Salahuddin dan partinya mahu melancarkan perang saraf terhadap PAS, lakukanlah dengan jujur dan amanah. Bukankah Amanah mendakwa ia parti Islam?

ABDUL RAHMAN MALIK
ANTARAPOS

Sumber TKO - 26-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------



Lautan Ungu igauan politik Pakatan Harapan dan PPBM?
Posted on Saturday, February 25 @ 23:41:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33728



Pakatan Harapan diramalkan mampu mempertahankan pemerintahannya di Selangor jika pilihanraya umum ke-14 diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang, kata Institut Darul Ehsan (IDE).

Menurut Timbalan Pengerusinya, Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan, ramalan itu dibuat bersandarkan kajian persepsi pengundi di Selangor yang “berpuas hati” dengan prestasi kerajaan negeri pimpinan PKR.
Ini bermakna meskipun tanpa bantuan PAS, Pakatan Harapan (PH) pasti berkerajaan semula di Selangor selepas PRU 14 dijangka berlangsung kurang 2 tahun dari sekarang.
Ini bermakna, PAS tidak perlu ‘terlalu yakin’ bahawa tanpa penyertaannya dalam kempen PRU 14 parti-parti pembangkang, harapan gabungan itu akan tergugat di Selangor. Malah tidak sukar mengunjurkan bahawa keadaan sama mungkin berlaku di peringkat nasional.
Lantas pembentangan kajian IDE ini secara langsung atau tidak adalah isyarat supaya PAS jangan terlalu bersikap “hidung tak mancung tapi pipi yang tersorong-sorong” dalam menilai kedudukan strategiknya dalam kalangan parti-parti pembangkang.
Paling insaf dan selesa dengan kajian IDE ini pastilah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengikut naluri politiknya memang tidak mahu “mencium kaki pemimpin-pemimpin” PAS agar dapat dipujuk bersama dengan parti-parti pembangkang.

Kajian IDE memang satu suntikan tonik politik yang berkesan. Sekaligus ia boleh “merendahkan sedikit tahap keyakinan diri PAS” tentang nilai dan dividen politik yang boleh disumbangkannya pada usaha menumbangkan kerajaan Umno-BN.
Mungkin bagi Mahathir dan sekutu-kutunya DAP, Amanah serta PKR, hasil kajian itu akan meruntun PAS ke tahap keinsafan politik yang realistik. Bahawasanya ia tidaklah sekukuh mana hingga patut digeruni oleh kawan dan lawan.
Retorik PAS yang mengambil sikap sambil lewa terhadap keterujaan pembangkang termasuk DAP dan Amanah (yang dianggap seteru politik utamanya) seharusnya akan berubah selepas ini. Kajian IDE mungkin menyelinapkan rasa gerun dan ngeri dalam jiwa PAS.
Mungkin itulah sebabnya kajian itu harus diumumkan sehari sebelum PAS menggerakkan Himpunan Ungu menyokong RUU 355 di Padang Merbok Sabtu lalu. Ini mungkin boleh dibaca bahawa ia bertujuan “menakut-nakutkan” pemimpin PAS sahaja.
Ini kerana umum tahu IDE bukanlah sebuah institusi kajian bebas. Secara langsung atau tidak ia ditaja oleh PKR yang menerajui Selangor. Soal kewibawaan IDE belum terbukti. Ia mungkin didorong oleh kepentingan politik PKR semata. 
Bagaimanapun selepas kempen Lautan Ungu itu tamat tengah malam Ahad lalu, senario yang cuba digambarkan untuk menakutkan PAS mungkin berubah. Lautan Ungu berjaya mendapat sokongan yang agak besar.
Yang terasa ngeri mungkin presiden Amanah, Mohamad Sabu yang pasti mampu membandingkan natijah Lautan Ungu dengan kempen Bersih 1 yang dipimpinnya sebelum PRU 12 lalu. Terbukti PAS masih mempunyai jentera menggerakkan massa yang efektif walaupun Mat Sabu sudah tidak lagi bersama PAS.
Pun begitu keyakinan diri dan arahtuju perjuangan tidak pernah luput dari benak pimpinan PAS. Setelah difasakh DAP daripada Pakatan Rakyat dan ditalak oleh sekumpulan pemimpin profesionalnya yang keluar dan menubuhkan Amanah, PAS masih gah.
Himpunan Ungu 18 Februari benar-benar tersulam rapi dengan pemikiran dan amalan politik “Matang dan Sejahtera” PAS. Lantaran risik dan strategi menyerang dan memperlekehkan kemampuan PAS memang sudah dijangka.
Pemimpin-pemimpin dari segenap lapisan parti sudah dapat mengunjur dan meneka strategi “pulas tangan” yang bakal digunakan untuk meroboh tembok keyakinan dan pemikiran beningnya.
Kali ini PAS cukup bersedia. Manipulasi pembangkang terhadap PAS dapat dihidu.     
“Orang bertanya mana bahaya antara Umno dan DAP. Saya berkata, bahaya Umno bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti.  Jadi hapuskan bahaya dirasai, hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan.
“Rosak negara adalah kerana Umno membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. DAP datang dengan tiang-tiang baharu dengan tahap sekular yang berganda sepuluh yang jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti.
“Malah PAN (Parti Amanah Negara) adalah contoh awal kealpaan yang nyata,” kata Ketua Pemuda PAS, Mohamad Abduh Nik Aziz dalam satu kenyataan minggu lalu.
Sementara pemimpin PAS yang lain seperti Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin Dewan Ulama lain, jelas bertahkim dengan keputusan PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang bertahaluf dengan DAP dan Amanah yang dianggap musuh parti.
Oleh kerana baik PPBM mahupun PKR masih mahu terus menjalin kerjasama dengan kedua-dua musuhnya, maka seharusnya kedua-dua parti itu insaf bahawa PAS tidak akan melanggar batas strategi politiknya.
Mohamad Abduh memberitahu PAS pasti menolak sebarang kerjasama dengan PPBM selepas kenyataan Tun Mahathir untuk mengetepikan parti itu bagi meneruskan kerjasama dengan DAP.
“Kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin Blok Ketiga adalah nyata. Kerana itu, DAP, PAN, PKR dan PPBM terus menerus menembak PAS dengan senjata beratnya bahawa parti ini adalah rakan Umno.
“Tujuannya adalah untuk menidakkan PAS sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun PH yang diketuai DAP,” katanya.
PAS sudahpun membuktikan kecekapan dan pengaruhnya untuk menggerakkan massa dalam menyokong cita-cita politiknya. Ia juga kini akan mengkaji semula tahaluf siyasinya dengan PKR dalam kerajaan Selangor.
Maka dengan yakin PAS memberitahu bahawa selewat-lewatnya menjelang Muktamarnya April depan, ia akan menentukan tahaluf siyasi dengan PKR akan diteruskan atau tidak.
Kini tiba masanya PAS membuktikan kemenangan besar PKR dan DAP pada PRU 2008 dan 2013 sebenarnya adalah kerana sumbangan sokongan langsung PAS dan bukan sebaliknya.   
Kajian IDE merumuskan sama ada dibantu PAS atau tidak, PH dan PPBM pasti mampu menawan semula Selangor. Namun imej Lautan Ungu adalah begitu bergemerlapan dan menyilaukan impian pakatan itu.
Tambahan pula Umno juga kini juga bertindak menurut maqasid syariah yang agak jelas. Ini meletakkan PAS dalam keadaan lebih selesa menyandarkan perjuangan menurut tatakrama politik matang dan mengutamakan kesejahteraan untuk semua.
Abdul Rahman Malik
antarapos

Sumber TKO - 25-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------



Puak Mana pula dah pandai main politik kotor
Posted on Saturday, February 25 @ 21:43:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33724



Orang PAS hormat Presiden mereka. Mereka tidak panggil Tuan Guru Presiden mereka dengan nama HADI sahaja.

Kalau nak buat rosak PAS pun tak payahlah buat kerja bodoh dan JAHAT

Sumber TKO - 25-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------Menghukum sahajakah yang kita tahu?
Posted on Wednesday, February 22 @ 21:39:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33704


Oleh Marhaini Kamaruddin

TERLALU banyak yang diperkatakan mengenai insiden yang meragut lapan nyawa remaja di Johor Bahru, awal pagi Sabtu lalu. Bermacam-macam analisis dan spekulasi dibuat. Berbagai-bagai kenyataan juga dipetik daripada pihak berkuasa, ahli politik yang ber­kenaan dan tidak berkenaan.


Dalam sekian banyak komen tentang kejadian malang itu, ada yang bercakap macam pakar CSI - penyiasat tempat kejadian jenayah, tidak kurang yang jadi ‘saksi virtual’ seolah-olah serba tahu apa yang berlaku di tempat kejadian pada masa kejadian. Bahkan ada yang tanpa silu berlagak umpama sang hakim memutuskan siapa bersalah dan siapa tidak, sedangkan siasatan masih berjalan dan perbicaraan pun belum dimulakan.



Ramai juga yang lekas menuding jari ke arah ibu bapa remaja terlibat kerana ‘cuai’ dan ‘tidak bertanggungjawab’ membiarkan anak yang masih di bawah umur berpeleseran selepas tengah malam sehingga membawa ke awal pagi tanpa kawalan dan pengawasan. Ada yang terlebih marah mahu agar mereka dikenakan tindakan undang-undang. Seolah-olahnya tindakan punitif itu mampu menyelesaikan semua masalah. Soalnya, menghukum sajakah jalan penyelesaiannya?

Tidakkah kita sebagai masyarakat yang prihatin, mahu menyelidik dan menyelami keadaan mereka - remaja yang dipanggil ‘geng berbasikal’ ini? Sudahkah ditanya kenapa mereka berbasikal tengah-tengah malam buta hingga pagi rembang?

Daripada temu bual media dengan keluarga, ada antara remaja terbabit datang daripada keluarga susah, mempunyai sembilan adik beradik, anak kepada ibu tunggal, anak yatim yang menetap bersama nenek, tidak lagi bersekolah dan terpaksa bekerja pada usia muda bagi membantu keluarga.

Cara liburan mereka ialah berbasikal. Mungkin sebab murah, tidak perlu ambil lesen, tiada duit minyak. Mereka juga tidak memakai peralatan keselamatan canggih macam hobi berbasikal orang ada-ada yang lengkap head gear, body protection segala. Penulis percaya, bukan mereka tidak sedar kepen­tingan memakainya tetapi tahu-tahu sahajalah, basikal pun ada yang diubah suai sendiri atau dipinjam daripada kawan. Bukan basikal canggih yang kini menjadi gaya riadah ramai eksekutif muda yang harganya paling murah pun sekitar RM3,000.

Grup berbasikal mewah walaupun ramai, berkonvoi dan memenuhi jalan raya tentulah tidak mengganggu sesiapa sebab ada pengawal bermotosikal atau berkereta yang turut serta. Malah kadangkala polis trafik pun meng­iringi mereka. Mereka bebas melakukan hobi berbasikal tanpa menyakitkan mata sesiapa, baik orang awam, pengguna jalan dan lebuh raya mahupun pihak berkuasa.

Lain pula dengan grup remaja berbasikal nyamuk. Nama basikal pun nyamuk, kelibatnya sahaja sudah tidak menye­nangkan. Namun hendak ke mana anak remaja ini melepaskan gian mereka berbasikal? Di kawasan perumah­an? Taman permainan? Padang bola? Stadium?

Nampak gayanya tidak ada satu pun yang di atas. Sama ada tidak sesuai atau memang tidak ada tempat untuk mereka melakukan riadah itu. Jadi yang mereka nampak, yang percuma, yang lapang dan jauh dari kawasan perumah­an (agar tidak mengganggu penduduk atau dijerkah barangkali) malangnya ialah di atas jalan raya. Kawasan yang dipilih pun sunyi, berhampiran tanah perkuburan kerana mungkin pada fikiran cetek mereka tidak ada siapa yang akan marah kerana tidak mengganggu sesiapa. Waktunya pula lewat malam dan awal pagi iaitu ketika hampir tidak ada kende­raan melalui kawasan berkenaan.

Memetik kenyataan polis dan beberapa pihak, kegiatan kumpulan remaja berbasikal ini bukan baharu. Sudah lama. Sudah ditegur beberapa kali pun mereka buat tak endah. Faham-faham sajalah kalau sudah hobi. Lainlah kalau mereka diberi pilihan tempat untuk melampiaskan minat dan keseronokan berbasikal itu. Setakat tegur dan tegah, jiwa remaja, pasti memberontak.

Penulis menyokong peringatan agar ibu bapa mengambil tanggungjawab mengawasi pergerakan anak-anak remaja bawah umur, dengan memastikan mereka tidak keluar lewat malam dan terlibat dengan gejala tidak sihat.
Pada masa sama, penulis berpendapat pihak yang ada autoriti dalam komuniti patut juga memikirkan cara untuk menyelesaikan isu keghairahan kumpulan remaja berbasikal selepas tengah malam sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

Hairan juga apabila ramai mengaku sudah lama menge­tahui aktiviti remaja terbabit namun tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi gejala itu. Hanya selepas berlakunya insiden awal pagi Sabtu lalu barulah masing-masing tak menyempat-nyempat memberi cadangan. Itu pun setakat menggesa dikenakan tindakan undang-undang ke atas ibu bapa dan penjaga remaja terbabit. Tidak ada cadangan lain berbentuk jangka panjang. Sekali lagi, menghukum sahajakah penyelesaiannya?

Bagaimana jika yang dilanggar bukan kumpulan remaja berbasikal nyamuk tetapi grup berbasikal mewah? Adakah ibu bapa dan penjaga mereka akan dipersalahkan juga? Atau mungkinkah gambar dan rekod pemandu yang me­langgar sudah tular di laman sosial?

Al-Fatihah untuk lapan remaja yang maut. Mungkin ada antara mereka yang berangan-angan seperti Anuar Manan, ja­guh basikal negara dari Terengganu, yang meng­akui bermula dengan basikal nya­muk. Hasrat mereka tidak kesampaian dan nampaknya berkubur di Jalan Mahmoodiah.

Bagaimana pula dengan remaja lain yang terselamat, termasuk ramai lagi penunggang basikal nyamuk di tempat lain di seluruh negara kita yang berminat dan me­nyimpan hasrat sama untuk mengikut jejak Anuar? Haruskah dikuburkan juga impian mereka? Apakah tidak ada tempat untuk mereka mengasah bakat dan kemahi­ran yang ada dengan betul dan terarah, agar mereka juga dapat memberi sumbangan bermakna kepada negara?

Penulis serahkan kepada yang pakar untuk menjawab­nya. Penulis percaya mereka boleh mengubah yang negatif menjadi positif. Mana tahu dalam sekian ramai remaja berbasikal dengan pelbagai teknik dan aksi ‘berani mati’ di atas jalan raya pada lewat malam itu, ada yang berpotensi mencipta nama di gelanggang lumba basikal negara dan dunia. Asalkan ada yang benar-benar prihatin dengan minat dan impian mereka.-U/Malaysia

Sumber TKO - 22-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan buang!
Posted on Wednesday, February 22 @ 11:34:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33695


Oleh Mohamad Hussin

Tindakan segelintir pengusaha atau individu ikan hiasan yang ‘membuang’ ikan peliharaan mereka ke dalam sungai atau longkang besar mengundang gangguan keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di perairan umum.


Ikan berkenaan boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara.
Ia juga boleh menyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.

Difahamkan, pengusaha atau individu terbabit dikatakan tidak mampu memelihara habitat berkenaan disebabkan beberapa faktor antaranya kos makanan yang tinggi selain tidak mahu membelanya lagi.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan (DOF) sudah mewartakan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan beberapa jenis ikan hiasan yang dilarang import.

Terdapat 15 genus yang dilarang antaranya

serrasalmus/serrasalmo/pygocentrus/catoprian, pygopritis, colosomma, mylossoma, mylopus/myleus, pristobrycon, myletes, salmo, oncorhynchus, cichla, esox, cichlasoma, acipenser, arapaima dan lepisosteus.

Sementara satu spesies ikan yang dilarang adalah cherax destructor.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan berkata, terdapat kajian yang membuktikan sifat agresif ikan larangan import ini di perairan negara hingga menjejaskan kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ikan yang disimpan dalam keadaan terkawal seperti di rumah tidak begitu membimbangkan namun apa yang dikhuatiri apabila ikan ini tidak lagi mampu dijaga atas faktor usia atau memerlukan belanja tinggi.

“Jalan yang mudah diambil adalah dengan melepaskan ke perairan umum. Ikan asing ada yang bersifat agresif seperti ikan peacock bass (cichla ocellaris). Ia cepat membiak dan pemangsa kepada ikan tempatan dan dikenal pasti sebagai penyebab ketidakseimbangan ekologi di habitat baru didiaminya.

“Ikan flower horn bersifat lasak termasuk ‘mengadaptasi’ di kawasan dilanda banjir. Ia membiak dengan mudah dan mempunyai tabiat makan yang aktif.
“Spesies ini boleh mengganggu ekosistem. Ikan yang bersifat memberi tuah akan dijaga dengan baik sementara yang tidak digemari penternak berkemungkinan dibuang ke perairan.

“Ikan arapaima boleh membesar hingga tiga meter dan berkemungkinan dilepaskan ke perairan umum apabila penternak tidak mampu menampung kos makanan,” katanya.

Dr Ismail berkata, Peraturan Perikanan berhubung larangan mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan larangan dalam jadual sudah diwartakan sejak 1990 dan juga penambahan genus dalam jadualnya melalui pindaan 2011.

“Segelintir masyarakat seperti kalangan pekedai akuarium dan pengguna masih tidak peka dan tidak mengambil berat mengenainya, walaupun DOF membuat hebahan meluas melalui pelbagai medium termasuk program dialog, pameran dan siaran akhbar.

“Ini berlaku kerana sikap tidak peka dan tidak prihatin kepada kepentingan, keselamatan serta ancaman kepada sumber perikanan semasa.

“Ia berlaku kerana sikap mementingkan keuntungan dan keseronokan serta tidak mahu sama-sama bertanggungjawab menjaga ekosistem asli perairan kita selain tidak sama-sama berusaha mencegah ancaman spesies ikan asing yang boleh membahayakan,” katanya.

Menurutnya, DOF sentiasa melakukan pemeriksaan dan pemantuan dari semasa ke semasa terhadap premis perniagaan dan berjaya membuat penyitaan beberapa kes di Kedah dan Selangor.

“Peraturan ini melarang mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan yang disenaraikan dalam jadual kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan.

“Selain itu, kita dapat mengawal kemasukan spesies ikan dari luar negara ialah Akta Pemeriksaan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta MAQIS).

“Seksyen 11 Akta MAQIS ini menetapkan import dan eksport ikan tidak boleh dibuat tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta berkenaan.

“Kawalan utama bagi spesies ikan yang dibawa masuk adalah di peringkat pintu masuk. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) adalah agensi yang bertanggungjawab dalam menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang tidak mahu memelihara ikan ini boleh menghubungi mana-mana Pejabat Perikanan daerah atau negeri untuk tindakan sewajarnya.

“Ia mungkin berguna untuk kajian tertentu, pendidikan atau dibuat pelupusan sewajarnya. Pelanggaran kepada larangan dalam peraturan perikanan mengikut Akta Perikanan 1985 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

“Sementara pelanggaran kepada Akta MAQIS 2009 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya,” katanya. - M/Harian

INFO
Senarai genus dan spesies ikan dilarang import:
• Serrasalmus/serrasalmo/pygocentrus/catoprian
• Pygopritis
• Colosomma
• Mylossoma
• Mylopus/myleus
• Pristobrycon
• Myletes
• Salmo
• Oncorhynchus
• Cichla
• Esox
• Cichlasoma
• Acipenser
• Arapaima
• Lepisosteus
• 1 spesies iaitu cherax destructor.

Sumber TKO - 22-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------

Solidariti H355… Padang Merbok penuh warna ungu
Posted on Wednesday, February 22 @ 10:57:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33692


Inilah himpunan terbesar pada tahun ini yang selayaknya digelar himpunan raksasa. Himpunan bertemakan warna ungu, warna kedamaian dan perpaduan buat semua. Dalam pada Himpunan H355 anjuran PAS dan beberapa NGO ini mendapat sambutan hangat, namun masih ada suarasuara dengki yang memberi gambaran salah kepada himpunan ini.

Sebelum himpunan lagi, PAS difitnah dengan pelbagai tuduhan yang langsung tidak masuk akal, malah menjadi semacam satu ‘tabiat’ kepada PAN dan DAP khasnya mencari isu yang tidak logik untuk dihadapkan kepada PAS tatkala PAS semakin diterima masyarakat umum.


Parti-parti tertentu seperti DAP cuba untuk menunjukkan bahawa merekalah juara membela masyarakat bukan Islam.

Sedangkan mereka hanya mahukan sokongan semata, tatkala sokongan bukan Islam juga sebenarnya telah mula beralih, tidak lagi kepada DAP mahupun sekutunya PAN.

Dalam usaha PAS khasnya Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meneruskan perjuangan memartabatkan bidang kuasa mahkamah Syariah, DAP dan PAN bersungguh-sungguh menjadikannya sebagai isu politik, malah dituduh kononnya dengan usaha ini PAS mahu bergabung dengan Umno.

Walhal, usaha meningkatkan martabat dan peranan Mahkamah Syariah ini adalah agenda berterusan PAS sejak dahulu termasuklah semasa bersama Pakatan Rakyat lagi. Namun jodoh tidak lama kerana DAP begitu lancang menghentam agenda PAS, dan akhirnya Pakatan Rakyat terkubur kerana keangkuhan DAP.

Tidak cukup dengan itu, Rang Undang-undang Akta 355 Mahkamah Syariah (Pindaan 2016) ini cuba dicerminkan olehgerakan liberal di kalangan orang Islam yang konsisten menentang sebarang usaha untuk memartabatkan Islam.
Peranan beberapa kelompok Liberal memberi gambaran salah tidak seidikit pun mematahkan usaha PAS khasnys Tuan Guru Abdul Hadi membawa RUU355 ini ke Parlimen. Selepas beberapa kali akhirnya dengan izin Allah,
pada Mac ini dijangkakan pembentangan dan perbahasan akan dilaksanakan.
Selari dengan itu maka Himpunan H355 yang mendapat sokongan padu seluruh umat Islam, NGO dan pelbagai pihak pada 18 Februari lalu menjadi bukti bahawa rakyat di negara ini seia sekata, bersolidariti untuk memastikan RUU 355 menjadi kenyataan.

Tahniah kepada mereka yang bersama-sama menjayakan himpunan H355 yang menjadikan ibukota Kuala Lumpur ‘ungu’ pada Sabtu 18 Februari 2017 yang menjadi satu titik sejarah.-Editorial Harakah- http://detikoffline.blogspot.my

Sumber TKO - 22-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------
































































Sokong Pinda RUU355: Langkah tolak rasuah, zina!

IR MOHD AZWANI ABDUL RANI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44372-sokong-pinda-ruu355-langkah-tolak-rasuah-zina

FASAL 5. Tujuan PAS ialah:
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

FASAL 6. Usaha-usaha
1. Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
2.Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan
3. Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

Islam - Inilah Penyelesaian Kita

Manusia memang marah kes 1-Malaysia Development Berhad (1MDB) dek kerana hutang berbilion.
Manusia juga perlu marah 1MDB – Menteri Duduk Banglo (1MDB) dengan cara rasuah projek orang miskin.
Manusia juga perlu marah 1MDB- Mahram Duduk Bersekedudukan (1MDB) yakni berzina.
Rasuah dan zina terus bercambah. Apa solusinya? Islam, Islam dan hanyalah Islam solusinya.

Perbezaan syariat Islam dengan perundangan moden barat adalah dari sudut aspek rohani (hubungan dengan Allah dan hari akhirat), adanya perhitungan dosa dan pahala yang tidak ada pada dasar, konsep dan sistem barat. Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh.

Seseorang yang berada dalam masyarakat Islam akan terhalang dari melakukan kemungkaran bermula dengan keyakinan terhadap fikrah-fikrah Islam yang dibawanya, pandangan-pandangan dan perasaan-perasaan umum masyarakat terhadap hidup dan berpegang dengan Islam, dan terakhir adalah Uqubat yang merupakan tindakan-tindakan negara terhadap perlanggaran hukum atau pemastian pendirian hukum.

Sebagai contoh, pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan al-Quran dan Hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (Al-Baqarah: 188)

Disebutkan dalam hadis yang bermaksud:

"Rasulullah SAW telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" (Riwayat at-Tirmidzi, 3/622: Imam Tirmidzi berkata: Hadis Hasan Sohih)

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan seperti hubungan lelaki dan wanita, ekonomi, politik, dan lain-lain.

Segala pelajaran tersebut yang juga diterapkan dalam masyarakat akan menerbitkan pandangan-pandangan dan perasaan umum dalam masyarakat. Contohnya zina, rasuah atau perbuatan-perbuatan yang membawa kepadanya adalah haram, sesiapa yang melakukan perkara-perkara tersebut akan dipandang hina oleh masyarakat dan menaikkan kemarahan masyarakat.

Suasana yang seperti ini akan menghalang atau mencegah seseorang dari melakukan perlanggaran terhadap sebarang larangan. Disebalik iman yang mendorong seseorang untuk berusaha mendapatkan harta dengan cara yang halal dan mengeluarkan zakat atau sedekah sebagai salah satu cabang ibadah bagi dirinya, keyakinan masyarakat terhadap nilai rohani yang wujud dalam amalan tersebut sedikit sebanyak menyebabkan semua ahli masyarakat terdorong untuk berusaha mendapatkan rezeki yang halal dan membelanjakannya dengan cara yang dibenarkan oleh syara'.

Hukuman Islam

Bagi individu yang tidak terhalang oleh pemikiran dan perasaan umum tersebut, Islam telah sedia dengan mekanisme praktik atau tariqah yang merupakan tindakan-tindakan fizikal iaitu uqubat bagi pelanggaran hukum. Pesalah-pesalah zina yang belum berkahwin akan dikenakan hukuman sebat 100 kali dan hukuman rejam bagi yang telah berkahwin jika sabit kesalahan. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam bukan agama yang hanya mengandungi nasihat dan bimbingan tetapi mencakup penyelesaian-penyelesaian dalam masalah hidup dan mekanisme praktik penerapan hukum.

Penerapan tersebut adalah penerapan yang tidak pilih bulu. Ini dapat dilihat semasa zaman Rasulullah sendiri, apabila terdapat usaha-usaha golongan bangsawan untuk meminta pengecualian bagi seorang wanita bangsawan daripada hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Mendengarkan berita ini nabi SAW dengan marah naik ke mimbar dan, "....demi Allah, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti ku potong tangannya". Ketegasan ini diteruskan oleh khalifah-khalifah yang seterusnya. Penerapan syariah bukan disebabkan sama ada manusia suka atau tidak suka.

Penerapan Islam berasaskan taqwa kepada Allah ini sangat berbekas dalam jiwa sehingga pesalah zina pada ketika itu datang menyerah kepada Rasulullah untuk disucikan dengan uqubat kerana takutkan siksa akhirat. Hukuman yang dikenakan bukan sekadar ditujukan kepada pesalah, tetapi memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat, yang menunjukkan pandangan Islam terhadap masyarakat yang tidak mementingkan hanya individu atau kelompok semata. Hukuman bagi pesalah zina dijalankan dengan disaksikan oleh khalayak ramai atau disiarkan secara langsung di televisyan ke seluruh negara, berdasarkan firman Allah:

"dan hendaklah disaksikan azabnya oleh segolongan orang-orang beriman." (TTQ: An-Nuur: 2)

Sistem Islam memiliki keunggulan yang tidak dimiliki oleh mana-mana sistem lain. Sistem ini mempunyai dorongan taqwa di dalamnya. Maknanya, setiap individu menjalankan aturan-aturan Islam, semata-mata atas dorongan taqwanya kepada Allah, bukan kerana takut hukuman dunia. Kejelasan terhadap aqidah Islam menyebabkan lahir kesedaran akan hubungan dengan Allah (idra' sillah billah) dalam melakukan perbuatan. Kesedaran bahawa Allah Maha Mengetahui, segala perbuatan manusia, di mana sahaja ia berada. Maka dengan dorongan taqwa dan ancaman hukuman yang berat di dunia, masyarakat akan terbebas dari segala tindakan yang keji dan kotor.

Bayangkan jika majoriti warga masyarakat, terutama para pemimpin dan pegawai kerajaan, memiliki sifat taqwa dan menegakkan hukum seperti yang demikian. Tidak sukar untuk membayangkan, betapa indahnya bentuk masyarakat seperti ini. Mudah diterima aqal, peristiwa datangnya seseorang dari hujung Madinah (Maidz Al-Aslami) kepada Rasulullah, mengaku bahawa ia telah berzina, dan minta dihukum.

Juga tidak sukar membayangkan, jika konsep semacam itu diterapkan di dalam masyarakat, maka dengan sendirinya pelacuran, pornografi, judi, arak, disko, dadah dan lain-lain agen-agen gejala tidak diperlukan lagi. Oleh yang demikian, gejala ini akan dapat di elakkan atau malah dihapuskan sama sekali.

Namun kini, kita tidak perlu bertanya,rasuah, pelacuran, haruan makan anak, buang bayi, lepak, dadah, arak sudah dianggap biasa. Bahkan dianggap seolah-olah sudah suatu identiti. Pelacur, anak haram, kaki dadah, kaki arak, kaki judi, kaki lepak telah banyak berkeliaran di tengah-tengah masyarakat. Kita perlu beringat bahawa Nabi Muhammad SAW pernah memperingatkan bahawa jika riba dan zina telah bertebaran di tengah masyarakat, maka saat itulah, Allah akan menurunkan azab-Nya. "Bila riba dan zina telah berkembang nyata di suatu negeri, maka (bererti, mereka-penduduk negeri itu) telah menghalalkan untuk diri mereka azab Allah." (HR Hakim)

Maka marilah melaksanakan tuntutan Sistem Islam menggantikan sistem bobrok yang berada di Negara kita ,mulakan langkah ,dengan sokongan terhadap pindaan RUU355. Rindukanlah payung rahmat Allah kesan penerapan Syariat Islam secara total dalam kehidupan. – HARAKAHDAILY 22/2/2017

Sumber HD - 22-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------




































































RUU355: Menjawab hujahan liberalis

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44355-ruu355-menjawab-hujahan-liberalis

Dalam banyak-banyak komen negatif yang sempat dibaca berkenaan RUU355, saya tertarik untuk membalas sebuah tulisan dari sebuah portal. Penulisnya mendakwa sebagai muslim, tetapi dari isi penulisan, fikirannya banyak terpengaruh dengan ideologi liberalisme. Memandangkan sudah ramai yang menjawab pendirian negatif dari golongan agamawan dan orang kebanyakan, maka saya ambil peranan untuk menembus mind-block dari golongan liberalis pula.

Berikut antara hujahan mereka:

1. TIDAK ADIL

Didakwa RUU355 adalah undang-undang yang tidak adil. Alasannya kerana had maksima denda RM100,000 menzalimi penjenayah yang miskin.

Tidakkah beliau faham makna had maksima? Ia beemakna tidak boleh lebih dari RM100,000 tetapi boleh kurang dari itu. Penentuan jumlah denda yang perlu dibayar adalah mengikut keputusan hakim, berdasarkan nasihat dan rundingan dari para peguam. Mengikut konsep Islam, soal kaya miskin penjenyah turut diambil kira dalam menjatuhkan hukuman. Secara praktikal, amat jarang berlaku dalam mana-mana mahkamah seseorang dihukum dengan had maksima.

Di dalam Islam juga, terdapat hukuman diyat bagi pembunuh tidak sengaja. Nilai diyat pada hari ini mencecah sehingga 1 juta ringgit. Mengikut undang-undang sekarangpun, denda bagi pemilik dadah atau senjata api juga tinggi. Kalau anda berhujah RM100000 itu menzalimi penjenayah miskin, anda juga perlu membantah semua hukuman ini.

Beliau turut mengguna hujah al-Quran Surah al-Baqarah ayat 286 kononnya Islam tidak membebankan apa yang tidak mampu.

Kerana memahami ayat inilah, hukuman dicadangkan maksimum RM100,000. Pihak yang tidak mampu setelah disahkan oleh mahkamah boleh dikurangkan denda. Tetapi pihak yang kaya-raya akan mempermainkan begitu sahaja undang-undang jika denda itu tidak menjejaskan khazanah hartanya sendiri.

Seorang jutawan yang melakukan kesalahan tidur bersama isteri anda, padankah jika mereka hanya didenda RM5,000 seperti had maksimum sekarang? Mereka boleh bayar, dan selepas itu mereka boleh tidur lagi dan bayar lagi sekiranya tertangkap. Kalau anda mahu itu berlaku, teruskan menentang!

Namun beliau cuba menjawab dengan memetik ayat 135 dari surah an-Nisa`, bahawa Allah menentang sikap tidak adil dalam menghukum, akibat membezakan orang kaya dan orang miskin.

Beliau keliru antara maksud adil dan sama rata. Adil bukan sama rata dan sama rata bukan adil. Tuhan mewajibkan zakat hanya kepada orang kaya. Orang kaya pula membayar dengan amaun berbeza mengikut peratus kekayaan. Tuhan tidak samaratakan kewajipan zakat. Adakah tuhan sendiri menentang firmanNya?

Perbezaan adil dan sama rata ini orang bukan Islam pun faham. Tak silap saya ada gambarajah yang pernah disebarkan untuk membantu orang memahami perbezaan ini. Cuba cari. Dengan bantuan visual, mungkin lebih masuk ke benak anda.

2. HANYA ALLAH YANG LAYAK
Beliau juga beralasan, hanya Allah yang layak menghukum manusia tidak boleh menghukum.

Nampaknya hujah ini perlu dihalakan kembali ke arah beliau. Kalau mereka tahu hanya Allah yang layak menghukum, apa guna wujud mahkamah di dunia? Bukankah di mahkamah itu tempat menjatuhkan hukuman? Tidakkah kewujudan semua undang-undang ini bersalahan dengan dakwaannya? Kenapa tak bantah semua ini? Biar dunia tanpa undang-undang?

Nasihat saya untuk beliau, jika mahu jadi seorang liberalis, jadilah liberalis yang berilmu. Tahu asal-usul dan selok belok ideologi yang dianuti. Konsep liberalisme tidak pernah menentang kewujudan undang-undang. Bagi mereka, undang-undang itu diwujudkan bagi menjamin hak individu disalahguna atau ditindas. Yang menentang undang-undang adalah fahaman anarkisme. Mereka sememangnya bersifat anti-thesis.

3. MUSTAHIL DAPAT SAKSI

Alasan seterusnya adalah dalam soal penyaksian. Bagi beliau, mewujudkan 4 saksi yang cukup syarat dalam bab penzinaan adalah sangat mustahil di zaman ini.

Itu tidak menjadi masalah. Jika tidak cukup syarat saksi, hukuman hudud tidak boleh dijalankan. Kalau saksi-saksi ini tidak cukup empat, saksi ini pula boleh dituduh di bawah kesalahan qazaf. Inilah keistimewaan Islam. Keras hukumannya, tapi sukar dilaksanakan sebagai simbolik rahmat kasih sayang tuhan.

Tidak boleh menjatuhkan hukuman sebat atau rejam sepatutnya tidak boleh menjadi alasan RUU355 perlu dihalang. Kami menyokong RUU355 bukan kerana nak melihat ramai yang akan dihukum, tetapi kerana nak tengok ramai yang tak berani buat jenayah. Mereka yang cuba menghalang RUU355 pula difahami seolah bersetuju untuk dengan mekanisme lain yang lebih mudah untuk menghukum orang. Adakah anda memang suka melihat orang dihukum?

4. RUU355 BUKAN HUDUD

Secara tiba-tiba, mereka turut menyelit serangan terhadap kenyataan penyokong RUU355. Kritik beliau, kalau RUU355 bukan hudud, kenapa sebat sampai 100 kali?

Benar, RUU355 bukanlah hudud secara akademik mengikut perbincangan para fuqaha. Tetapi untuk merealisasikan undang-undang Ilahi itu, perlu wujud kerangka undang-undang yang tidak menghalang terlebih dahulu. Kerangka itulah yang ingin diwujudkan melalui RUU355.

Setelah RUU355 ini diluluskan, tetapi Pulau Pinang masih mengekalkan undang-undang syariah sedia ada, hudud masih belum boleh dijalankan. Tetapi Terengganu dan Kelantan yang sudah digubal undang-undang tubuhnya, boleh untuk menjalankan sebahagian hudud.

RUU355 ibarat pintu pagar yang membebaskan agama ini untuk diamalkan secara keseluruhan. Soal mahu laksana hudud atau tidak terserah kepada setiap negeri. Justeru secara faktanya, memang RUU355 bukan hudud!

Katalah di sebuah kampung sekumpulan pengembala kambing menghadapi masalah ternakan mereka tidak boleh makan rumput di satu lembah kerana pagarnya terkunci. Lalu sebahagian berpendapat untuk membolehkan kambing makan rumput, pagar wajib dibuka. Sangat bodoh bagi pengembala yang menentang pagar dibuka, atas alasan kita nak bagi makan kambing, bukan nak buka pagar.

Harap kita tak terlebih dangkal dari pengembala ini. Apapun manusia sebegini memang pelik. Kata hudud, dia marah. Kata bukan hudud pun dia marah. Apa yang mereka mahu sebenarnya?

5. RUU355 BUKAN HUKUM ALLAH

Mereka mendakwa penyokong RUU355 menyifatkan ia sebagai hukum Allah. Sedangkan hukum Allah tak tetapkan RM100,000 denda dan 30 tahun penjara.

Saya harap dakwaan ini disokong dengan bukti. Pemimpin mana yang kata RUU355 hukum tuhan? Saya rasa dia terpengaruh dengan khurafat yang dicipta seorang mufti dan seorang PhD hadis sahaja. Tidak pernah saya dengar pemimpin RUU355 kata ia hukum tuhan. Kalau ia kata orang bawahan yang tidak berautoriti, mereka tiada locus-standi.

Tetapi seperkara yang perlu dijelaskan ialah, hukum-hukum tuhan sekarang sedang terhalang dengan undang-undang sedia ada negara. Untuk membebaskan hukum tuhan ini. Perlu kepada pindaan undang-undang seperti RUU355. Justeru walaupun ia bukan hukum tuhan, tetapi adalah jalan untuk menyempurnakan hukum tuhan.

Dalam kaedah fiqh menyebut, sesuatu perkara yang mesti ada bagi menyempurnakan sesuatu hukum tuhan yang wajib, maka hukumnya juga adalah wajib. Contoh wuduk, tidak ada perintah dari Allah menyatakan wuduk itu wajib. Tetapi tanpa wuduk, solat tidak dapat disempurnakan. Maka ulama menyatakan wajib wuduk untuk solat.

RUU355 adalah syarat untuk banyak hukum tuhan dapat dijalankan. Mengikut kaedah di atas, tidakkan berdisa bagi seorang muslim untuk menghalangnya sesuatu yang wajib?

6. KHALWAT

Alasan seterusnya adalah isu berkaitan dengan non-muslim. Sekiranya seorang muslim ditangkap khalwat bersama non-muslim, maka hak seorang non-muslim untuk berkhalwat akan turut terancam.

Di sini perlunya kesedaran kepada non-muslim, bahawa jika mereka mahu berhubungan dengan seorang muslim, mereka perlu memahami batas-batas yang perlu dijaga oleh seorang muslim. Sama juga kalau seorang Kristian mahu berhubungan dengan seorang Hindu, perlu tahu batas yang perlu dijaga oleh seorang Hindu. Mana boleh mudah-mudah lembu yang dianggap Hindu sebagai tuhan, disembelih dan digulai kari oleh pasangannya yang Kristian. Si Yahudi juga tidak boleh senang-senang melahap limau yang dipersembah kepada tuhan Budhha.

Isunya adalah menghormati perbezaan agama. Kalau anda beralasan khalwat boleh mengganggu hak non muslim, maka anda perlu membantah semua ajaran agama lain! Logikkah?

Selain itu suka saya nyatakan, prosedur pengintipan orang khalwat adalah tidak menepati ajaran Islam. Maka mengambil contoh kes khalwat hari ini untuk menidakkan RUU355 adalah salah.

7. SAKSI NON-MUSLIM

Beliau turut menyatakan saksi non-muslim tidak diterima dalam Islam sebagai menyinggung perasaan non-muslim.

Kalau begitu anda perlu bantah semua hukum tuhan yang lain. Kahwin, solat, puasa, zakat, jadi imam, semua itu mensyaratkan muslim. Saya rasa pandangan beliau sudah jauh di awangan. Belum pernah timbul lagi non-muslim mempertikai syariat Islam yang menghalang mereka jadi imam solat. Ternyata ia hanya pseudo-problem yang sengaja dicipta.

Tambahan pula, ulama berkhilaf tentang penyaksian non-muslim. Bukan semua kes perlu kepada penyaksian muslim. Penyaksian non-muslim juga diiktiraf dalam kes-kes yang melibatkan mereka.

Di mahkamah syariah sekarang pun, memang mensyaratkan muslim sebagai saksi. Kenapa isu ini tidak pernah timbul sebelum ini?

8. MENGAWAL PERIBADI

Menggunakan al-Quran surah al-Zumar ayat 41, beliau turut mendakwa Islam menentang sikap mengawal peribadi seseorang yang lain. RUU355 ini adalah cubaan untuk mengawal kehidupan orang.

Anda perlu baca kembali falsafah undang-undang sivil. Bukankah ia juga bertujuan mengawal perlakuan individu? Kenapa tidak menyerang undang-undang?

Saya fikir orang seperti ini sudah layak untuk diberkas dan dimasukkan ke sel pemulihan. Beliau bukan setakat menentang RUU355, bahkan beliau telah menentang peradaban dan ketamadunan manusia abad ke-21. Beliau menyalahkan semua sistem yang ada sekarang. Menentang semua falsafah sains sosial yang diperakui zaman-berzaman.

Kalau benar beliau tidak mengalami masalah mental, beliau sepatutnya mengemukakan modul alternatif yang praktikal. Bercakap tentang teori semata-mata, orang gilalah yang paling hebat berhujah!

Kesimpulan secara makro, dengan bekalan hujah ayat-ayat al-Quran dan pandangan mazhab yang dibawa, saya yakin ini bukan pandangan peribadi beliau. Bahkan ia adalah hasil perbincangan ramai pihak termasuk golongan agamawan yang membantu membekalkan hujah islamik. Kerana itu saya terpanggil untuk menjawab.

Harap-harapnya jawapan ini sampai kepada mereka, dan diamati secara insaf, bukan secara emosi. Buka minda, buka hati. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Maaf andai terkasar bahasa. - HARAKAHDAILY 21/2/2017

Sumber HD - 21-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------



































































Husam cuba amal BPMS, Maza sedang menyusul

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44361-husam-cuba-amal-bpms-maza-sedang-menyusul

YANG Husam mahu daripada kehadiran beliau ke program ceramah PAS semalam bukan untuk bercakap. Dia sudah tahu mustahil dia boleh bercakap. Bukan juga mahu bertumbuk, kerana jumlah mereka sangat kecil berbanding jumlah peserta lain. Jauh sekali mahu mendengar isi ceramah.

Tujuan utama Husam adalah mahu dilihat matang kerana sanggup berada dalam majlis tersebut. Duduk sekejap pun tak apa, janji sempat bergambar. Dengan gambar itu dia boleh cipta persepsi macam-macam. Soal dia tak hadir debat, ganggu majlis orang, tuduh 90 juta mudah disembunyikan di belakang peristiwa ini. Jangan pelik kalau selepas ini mereka kata Husam amal konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)!

Yang sepatutnya menjadi iktibar buat PAS adalah kesedaran ancaman politik murahan sebegini. Satu budaya yang sedang terbentuk dalam politik negara hari ini ialah, sekiranya pihak yang bermusuhan bersemuka, maka mereka akan dilihat sebagai matang dan bagus. Lalu segala kesalahan sebelum ini terkambus begitu sahaja.

Semalam saya membaca satu laporan berita, MAZA menyatakan secara peribadi kepada seorang pemimpin PAS bahawa sebenarnya beliau tidak menentang RUU355. Selain itu beliau menjemput pemimpin itu bersemuka di pejabatnya.

Tentu anda lihat tindakan MAZA ini matang, kan? Itulah yang menjadi masalah. Segala kemarahan hasil tohmahan dan tuduhan tak berasas beliau kepada PAS akan reda hanya dengan taktik ini. MAZA boleh buka buku baru dan mulakan langkah seterusnya tanpa perlu memikul libailiti lama.

Sejarah sudah mengajar. Anwar antara orang paling hebat dengan politik sebegini. RORA juga pernah guna taktik ini ketika menghadapi seorang pemimpin PAS. Tapi apa hasilnya? Selepas mereka dapat political mileage yang diperlukan, mereka terus menghentam dan menyerang PAS. Fakta dan resolusi perbincangan tidak didedahkan, sebaliknya menggunakan pertemuan sebagai cara membersihkan persepsi.

Memang kita gembira kalau semua orang Islam menyokong RUU355. Tapi kita kena sedar, mereka sebelum ini tidak pernah menyatakan sokongan malah lantang mengkritik. Kerana mereka yakin usaha mereka dapat menghalang sokongan kepada PAS. Mereka terus mencuba hingga ke saat akhir himpunan, sehingga keluar fatwa tak wajib sokong RUU355.

Namun selepas melihat kejayaan Himpunan H355 Sabtu lepas, mereka berubah watak secara mengejut! Bersedia semua, mereka akan u-turn menyokong RUU355 atau tidak lagi menyerang. Tak mustahil DAP dan PKR juga akan berkelakuan. Mereka cuma tunggu lampu hijau dari strategis utama di belakang tabir sahaja sekarang.
Mereka sedar pasca H355, mereka tidak mampu lagi menghalang kemahuan umat Islam untuk melihat syariat Islam diperkasa. Kalau mereka halang juga, mereka yang akan ‘binasa’. Justeru lebih baik menyokong atau sekurang-kurangnya, tidak lagi menyerang.

Justeru pada pendapat saya yang lemah ini, usahlah lagi dilayan pelawaan untuk bersemuka atau apa-apa. Sejarah sudah banyak mengajar. Kalau benar mereka mahu amalkan BPMS, sepatutnya mereka jumpa dan dapatkan penjelasan dahulu sebelum nyatakan apa-apa pendirian, sebagaimana yang sentiasa dibuat oleh mufti WP.

Tindakan mendekati kumpulan ini tidak boleh disamakan dengan BPMS PAS terhadap BN. PAS sedar BN masih kerajaan Malaysia yang sah dan untuk melaksanakan banyak perkara, perlu kepada kelulusan kerajaan. PAS tetap menganggap BN sebagai seteru politik tetapi dalam urusan yang memerlukan tindakan kerajaan, PAS mengambil langkah profesional.

BPMS PAS dengan kerajaan demi memperoleh manfaat yang tidak mungkin didapati melalui cara lain. Sebaliknya mendekati kumpulan ini tidak memberi manfaat yang jelas. Yang pasti mendapat manfaat adalah mereka, bukan kita.

Kita jangan salahfaham konsep BPMS. Ia bukan alat untuk menghalalkan apa jua tindakan. BPMS bukan bermaksud kena berbaik dengan semua pihak.

Orang yang bawa gagasan BPMS ini adalah TGHH. Tetapi dalam masa yang sama dialah juga yang paling tegas menolak DAP, dan semua parti yang ada hubungan dengan DAP. Jangan tuduh TGHH tak faham BPMS pula. Yang lebih tepat adalah kita tak faham BPMS sebagaimana yang TGHH faham. – HARAKAHDAILY 21/2/2017

Sumber HD - 21-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana PAN, Husam dan MAZA Bertindak Apabila di-'Checkmate'?
Posted on Monday, February 20 @ 09:40:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33659





Kita boleh belajar cara berhujah dan berdebat dengan puak-puak ‘profesional’ dan ‘ pemegang Phd’ . Di samping menuntut ilmu tinggi-tinggi di Amerika dan Eropah, mereka juga dapat ilmu berdebat. Tahniahlah kepada mereka yang mencapai kemuncak cendekia. Malangnya segelintir mereka, kaki putar alam rupanya. Mari kita mengamati dan berkongsi kelicikan mereka berhujah.

1. Apabila rasa hujah lawan sukar  dipatahkan maka mintalah nas,bukti, data dan statistik. Biar berpeluh lawan mencari sandarannya. Kebiasaannya lawan sukar mengemukakannya terutama dalam masa yang singkat.



2. Apabila hujah sendiri sukar dipertahankankan maka bukalah persoalan-persoalan baru. Biar mengigau lawan nak fokus yang mana satu. Jika bejaya buat begini, isu awal yang dibincangkan akan terkesampingkan. Kita tak akan kalah kerana isu awal telah dibawa ke lain isu.



3. Apabila kedua-dua itu tak menjadi, maka ambil saja kata-kata daripada tokoh yang sealiran dengan lawan kita, iaitu petikan ucapan atau tulisan yang boleh di’spin’ agar kelihatan menyebelahi hujah kita.



4. Kalau kita jenis tak ada ilmu, cuma jenis bodoh sombong, lagi senang. Jawablah dalam bentuk perli, carut dan maki. Pasti lawan cabut lari.



Itulah sebahagian strategi taktikal yang digunakan oleh Dr Maza, Husam Musa dan puak-puak PAN dan yang seblok dengan mereka. Dr MAZA, akhirnya guna video klip Dr Yusof Qardhawi berkaitan hudud apabila rebah ke dinding dalam isu RUU355. Husam Musa pula ‘lari’ kepada fitnah RM90 juta apabila tak berdaya menjawab isu cabaran debat ‘bai’ah’ nya dengan Ustaz Nasarudin Daud.



Puak PAN pula apabila tak berdaya mempertahankan pemberi dedak mereka, akan kata ‘patutlah PAS perintah Terengganu hanya sepenggal’. Dan pihak seblok dengan mereka apabila disepak ketika hendak melutut akan kata ‘PAS tak akan menang satu kerusi Parlimen pun pada PRU14 nanti.



Akhir kata, kalau kita ambil dan amal ilmu mereka ini, jadilah kita seblok dengan mereka – seblok dalam menolak kebenaran dan menularkan kepalsuan. Firman Allah SWT :



“Dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk golongan orang-orang sesat. Dan sekiranya Kami menghendaki niscaya Kami tinggikan (derjat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah), maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dia akan menjulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia tetap menjulurkan lidahnya. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Sangat buruk perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka itu telah berbuat zhalim kepada dirinya sendiri.” (Q.S. Al-A’raaf: 175-177)



Sumber TKO - 20-2-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------


Tun Mahathir pernah bela musang?
Posted on Monday, February 20 @ 06:49:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33658



Penulis tidak mahu ulasan sebab sebab ada orang Pas yan g marah marah serang Tun Mahahtir Mohammad, kerana itu adalah ragam manusia.



Bunyinya memang tidak molek, kerana Tun Mahahtir Mohammad sudah keluar umno dan tubuh parti baru untuk jatuhkan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dahulu Tun Mahahtir Mohammad keluar umno untuk jatuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan naikkan Datuk Seri Mohd Najib Razak musang yang dipercayai.
 

Sekarang ini Tun Mahathir Mohammad tidak senang hati dan berusaha untuk jatuhkan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang dibela dan didewa dewakan.



Sehubungan dengan ini penulis teringat dengan peribahasa Melayu yang berbunyi, jika bela ayam, musang jangan dijinakkan. 

Peribahasa ini adalah peribahasa nasihat kepada peternak ayam agar ayam yang dibelanya tidak jadi mangsa musang yang dijinakkan.

Datuk Seri Dr Mahahtir Mohammad ketika jadi perdana menteri dahulu bukan sahaja menjinak beberapa ekor musang, malah beliau bela musang demi musang.

Ada yang berpendapt Datuk Seri Anwar Ibrahim juga adalah musang yang dijinakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang kini telah dimasuk semula kedalam penjara zaman Datuk Mohd Najib Razak jadi perdana menteri.

Akan tetapi Musang yang dibela oleh Tun Dr Mahahtir Mohammad tidak lain dan tidak bukan ialah Tun Daim Zainuddin yang tidak layak jadi menteri tetapi dilantik sebagai menteri kewangan punca wang Negara hilang dan bebas tidak didakwa.

Pada hemat penulis, Datuk Seri Mohd Najib Razak juga adalah musang yang dibelanya ganti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi punca wang Negara hilang dan terus hilang hingga kini.Musang ini bukan sahaja baham ayam habis habisan, malah sudah baham tuannya.

Musang ini mungkin lebih bijaksana berbanding kebijaksanaan tuannya.
Kini Tun Mahahtir Mohamad mahu bunuh musang yang dibela dengan menubuh parti bersatu dan meminta pas beri bantuan untuk hadapi PRU 14 nanti supaya umno/BN kalah dan Datuk Seri Mohd Najib Razak  diganti dengan perdana menteri baru.

Pas sudah buat keputusan muktamad tidak akan beri bantuan dan membuat Tun Dr Mahahtir Mohammad jadi pening kepala lantas bertindak mendesak dan berkata bukan bukan sama sepertimana tindakan dahulu.
Tun Dr Mahathir Mohammad semasa jadi perdana Menteri Malaysia bukan sahaja berniat hendak haram pas, akan tetapi telah bertindak dengan aktifnya agar menjadi realiti.
Bukti kukuh, sanggup serang ustaz Ibrahim Libya di Memali pada tahun 1985 sebagai langkah awal untuk mengharamkan parti Pas.
Banyak lagi fakta dan bukti sejarah bahawa Tun Dr Mahathir Mohammad  bertindak dengan usaha gigih dan licik kearah mengharamkan parti Islam  se Malaysia itu.
Kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad bermain wayang termasuk mendesak pas untuk masuk dalam pakatan harapan.
Juga  bersikap 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk' dalam membincangkan kerjasama antara parti bersatu  dengan Pas.
Ini telah di jelaskan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa  cara bekas Perdana Menteri itu  'memujuk' Pas untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan tidak sewajarnya.

Cara dan kenyataan Tun Dr Mahathir ini seolah olah ada udang disebalik batu. Ia bukan tak membantu. Malah boleh merosakan pas, kerana pas sudah ada pakatan pembangkang blok ke3.

Tidak wajar pas masuk pakatan harapan, kerana pas sudah ada pakatan pembangkan blok ke 3 untuk menghadapi PRU 14 nanti.

Yang sepatutnya, bersatulah yang masuk blok ke3 untuk hadapi Pru 14 nanti, kerana pakatan harapan sudah berada dalam kemelut yang amat sukar untuk menyelesaikannya.

Buktinya, sudah empat wakil rakyat DAP yang keluar parti di Negeri Melaka tapak DAP dan dikatakan akan ada lagi yang bertindak keluar parti atas alasan tidak bersetuju  DAP bersekongkol dengan parti bersatu yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir.

Usaha agar pas masuk pakatan harapan itu, tidak lain dan tidak bukan hanya suatu perancangan untuk  melemahkan pas dan sekaligus boleh membuat pas hancur selepas PRU 14 nanti.

Itulah niat Tun Dr Mahathir Mohammad. Sebab ia berusaha berhempas pulas dengan bermain wayang  memujuk para pemimpin pas agar masuk pakatan harapan yang sedang nazak dalam percaturan politik kini.


Sumber TKO - 20-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------

4 Wakil Rakyat DAP Keluar Parti, Anwar Harus Bertaubat !
Posted on Sunday, February 19 @ 20:50:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33654


Oleh Alang Ibn Shukrimun

Nampaknya DAP diramal bakal kalah teruk PRU14 ini. Mereka bukan sahaja alan kehilangan sokongan melayu, malah cina sendiri.Di Malaysia, kerusi majoriti cina tidak sampai 50 kerusi. PRU13, mereka menang 38 sahaja. Target mereka PRU14 untuk tambah kerusi, maksima yang logik hanya 45.


Tetapi selepas terang-terangan bersikap anti Islam, undi melayu terus menurun. Ini menjadi masalah kerana mereka menang juga atas bantuan undi melayu.

Lalu mereka sanggup bersekedudukan dengan Mahathir. Harapannya kepercayaan melayu dapat dipulihkan.

Tetapi Mahathir dibenci oleh orang-orang Cina. Akibatnya orang cina pula menjauhi DAP. DAP jadi tersepit.

4 orang wakil rakyat adalah manifestasi kebencian sebahagian cina terhadap DAP. 4 orang tu bukan sedikit. Tentu mereka juga punya pengaruh yang besar. Sejak desas-desus Kit Siang mahu jemput Mahathir ke perhimpunan agung mereka lagi, ahli DAP pelbagai peringkat dah melenting.

Nampak gaya bukan nak tambah kerusi, nak kekalkan kerusi sedia ada pun dah mustahil. Rasanya tak sampai 30 kerusi yang DAP dapat PRU14 ini.

Itu satu sisi. Pada sisi lain pula tentang lompat parti ini, tiba-tiba rindu watak Karpal Singh dalam politik Malaysia.

Kalau dia ada, mesti dia orang pertama akan bising isu 4 wakil rakyat DAP yang keluar parti di Melaka tempohari.

Tahun 2009 dulu dia pernah sound Anwar sebagai punca huru hara negara. Kerana Anwar yang bawa budaya lompat parti, semasa cuba menarik MP-MP BN bukan Islam lompat parti dalam projek 16 September. Akibatnya, wakil rakyat DAP dan PKR pula yang lompat. Karpal mengamuk bukan main. Siap suruh Anwar bertaubat.

Jangan kata saya suka Karpal pula. Politik kena luas pemikiran. Saya umpamakan Karpal macam Trump sekarang. Memang dia pernah sebut langkah mayat saya dulu kalau nak jalan hudud, tapi dalam masa yang sama dia tak mudah dipergunakan. Dia berani lawan tauke. Prinsip dia tu yang membantu mendedahkan keburukan konco-konconya sendiri.

Trump pernah hambur kata-kata anti-Islam. Tapi dalam waktu yang sama, dia dah banyak langgar plan tauke-tauke Yahudi. Saya yakin Trump akan terus buat hal di Amerika, yang kesudahannya akan menerima nasib samada seperti nasib Kennedy, atau Nixon. Dan Amerika akan terus huru hara. Pertolongan Allah dalam bentuk yang tidak dirancang manusia.

Apapun, Jumaat lepas Mahathir ke Sungai Buloh berjumpa Anwar. Wan Azizah berkata curiga, kalau sekadar nak satukan pembangkang, tak perlulah sampai jumpa Anwar. Mesti ada benda lain lebih dari itu.'

Nampaknya Anwar masih belum serik untuk berperanan, kali ini kembali sekapal bersama Mahathir.

Sekali lagi rindu Karpal. Ayat keramatnya yang menggoncang bahtera PKR:

"Saya dah banyak bersabar. Anwar telah menimbulkan banyak masalah kepada nagara. Kita perlu pemimpin yang baik. Yang tidak sekali-kali merelakan tindakan tidak bermoral seperti lompat parti.
Anwar Ibrahim harus bertaubat!"

(Alang Ibn Shukrimun)

Sumber TKO - 19-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli PAS, cukup2 lah dok cerca bangsa seagama
Posted on Sunday, February 19 @ 20:47:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33653


Oleh Ibn Shah
Assalamualaikum,
Terus terang aku cakap, aku bukan ahli PAS. Sebab aku dari dulu masa zaman muda generasi belia akhir 1990an memang jiwa muda panas menggelegak jenis memberontak, lebih mesra pada KeAdilan pimpinan Bung Nuar dari 1998-1999 sampaikan diharung semua demo dari Masjid Kg Baru ke Chow Kit melimpah ke Sogo hingga Masjid India terus ke Central Market dan Kotaraya kami tentang kezaliman seorang diktator ketika itu

Tapi bila aku sedar KeAdilan motifnya hanya berlegar Bung Nuar, alternatif kiblat politik aku beralih arah PAS. Bertugas sebagai sukarelawan pacak gantung sepanduk dan poster PAS masa PRU ke 10 (1999) dan kekerapan menghadiri kempen2 ceramah PAS menjadikan aku sebagai penyokong PAS sehingga kini.

Tapi jiwa aku masih kuat taknak mengikut arus politik semasa iaitu kalau nak sokong parti mau jadi ahli parti. Aku taknak diikat pada satu organisasi politik yang hanya membuktikan bila asal ada ahli / pimpinan parti kecewa dengan halatuju parti atau polisi parti atau ada krisis dalaman parti, maka yang kecewa ni akan lompat parti, keluar parti, khianat parti, join parti pemerintah atau tubuh parti serpihan. Dari UMNO sampai kepada PAS hatta MIC pun, inilah senario yang sama selalu berulang sejak dari zaman merdeka lagi.

Aku sokong PAS bukan kerana pimpinannya tetapi perjuangannya nak menubuhkan Negara Islam di tanahair ni. PAS dari ahli sampai ke pimpinan bukan makhsum ... banyak juga buat silap tapi satu yang aku respek, perjuangan Negara Islam itu kekal perkara WAHID, Numero Uno, Nombor 1 sejak dari penubuhan PAS pada 1951 oleh golongan agamawan. Aku juga penah jadi keyboard warrior membela perjuangan PAS menangkis anasir UMNO yang benak dalam forum2 Internet seperti forum CARI dll sepanjang 2001 - 2013 dan kini sekali sekala di media sosial. Dalam tempoh aku jadi penyokong PAS, aku tak nafikan, aku juga penah meluat dengan kerenah ahli2 PAS yang lain yang kejenya suka guna politik maki hamun memburukkan peribadi musuh politik bila hilang modal berhujah, atau yang jahil murakab bab sejarah parti sendiri pun kita nak kena tolong ajarkan. Tapi boleh dikatakan aku masih istiqamah dengan PAS. Aku taknak jadi taksub pada pemimpin, aku mahu ada hak kebebasan mutlak untuk "agree to disagree" iaitu "setuju untuk tak bersetuju" dengan pandangan pimpinan atau polisi parti yang aku rasa tak sesuai dengan pemikiran aku.

Aku hanya anggap PAS sebagai alat, yang perlu dipergunakan sehabis baik untuk mencapai hasrat membina sebuah Negara Islam di Malaysia. Sebab, nak harapkan UMNO hatta PKR jauh sekali. Parti serpihan PAS seperti Hamim, Berjasa dan kini pula Amanah hanyalah parti orang2 kecewa yang dimanipulasi orang lain yang berkepentingan di luar parti. PAS bagi aku hanya asbab untuk berjuang sekadar kemampuan aku iaitu di peti undi untuk menegakkan Syariat Allah.

Bagi aku PAS ni pasti akan terkubur jugak. Lagipun PAS sebagai parti politik yang masih terpaksa mengikut sistem demokrasi ciptaan tamadun Yunani purba berbudaya hedonis penyembah berhala (kebetulan juga sejarah mencatatkan kaum Yunani purba ni kaki liwat geng kunyit). Tapi jika PAS ditakdirkan ada tempoh tarikh luputnya, pasti akan ada satu lagi jemaah Islam yang memperjuangkan Islam di negara ni. Lagipun ini akhir zaman, seramai mana se-gah mana pun kita umat Islam lebih 1.6 bilion bertebaran di segala pelusuk, kita hanyalah sekadar buih2 di lautan.

Tapi percayalah, istiqamah lah, dari pimpinan PAS, ahli PAS, penyokong PAS hatta semua orang Islam di Malaysia ni tak kira apa kiblat parti kamu, hatta apolitikal (tidak peduli arus politik semasa), berikan sokongan padu pada apa2 perjuangan yang menguntungkan Islam, seperti RUU355. Ya, walaupun pemerkasaan Syariah sedia ada yang suku masak untuk jadi separuh masak, mengapa tidak?

RUU 355, itu bukan hanya isu milik PAS, tapi perjuangan bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Kepada ahli PAS, cukup2 lah dok cerca bangsa seagama yang mungkin tak sehaluan dengan perjuangan PAS. Kalau tak boleh dakwah dan tarbiah, biarkan mereka di sana. Slogan PAS untuk semua perlu ditunjukkan dengan cara kamu juga.

Tunjukkan kekuatan umat Islam tak kira dari mana pun kiblat politik mereka.
Wassalam


Sumber TKO - 19-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------ 



Manifestasi penyatuan ummah
Posted on Sunday, February 19 @ 20:40:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33652


Himpunan menyokong RUU355 pada Sabtu 18 Februari ialah satu manifestasi penyatuan umat Islam dalam memperjuangkan usaha melaksanakan syariat dengan lebih sempurna.

Langkah pindaan rang undangundang ini hanyalah satu usaha agak kecil, tetapi mewakili satu agenda yang lebih besar dan permulaan yang bermakna ini amat wajar kita sebagai orang Islam berikan sepenuh sokongan.


Dakwaan dan cakap-cakap tentang permainan politik dan sebagainya tidak perlu dilayan kerana semua isu tersebut tidak jelas bentuknya, dan sekiranya ingin didebatkan akan memakan masa yang panjang dan tidak berkesudahan.

Apa yang penting ialah RUU355 bakal memperkasakan Mahkamah Syariah, satu pelaksana kepada syariat Islam yang telah dibataskan oleh kuasa penjajah dahulu.

Kalau pun ada kelemahan dalam usaha ini, usaha pindaan ini membuka jalan kepada satu pelaksanaan syariah yang menjadi kewajipan kepada umat Islam.
Tidak logik sekiranya kelemahan tersebut dijadikan alasan untuk tidak menyokong atau tidak melaksanakannya.

Dalam sejarah politik umat Islam, perkembangan ini amat menarik untuk diperhatikan, yakni penyatuan umat Islam tanpa mengira fahaman politik demi satu agenda penting umat Islam.

Parti-parti politik dan pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan bersatu tenaga dalam menyokong RUU355, dan bersama dalam perhimpunan 18 Februari untuk menunjukkan kesatuan umat Islam dalam hal ini.

Nikmat penyatuan umat yang dianugerahkan oleh Allah ini wajar dimanfaatkan demi kepentingan agama, walaupun berdepan ejekan dan kecaman pihak-pihak yang memusuhi Islam dan diperalatkan oleh mereka.

Perkembangan semasa sejak lebih sedekad lalu di dalam negara dan seluruh dunia Islam menunjukkan cabaran yang semakin getir, daripada golongan kuffar, sekular, liberal, dan sekutu-sekutu mereka.

Cabaran-cabaran terhadap syariat, cara hidup dan norma masyarakat Islam kini cuba diubah dan dipengaruhi agar berubah ke arah yang lebih merugikan.
Mereka bersama-sama berusaha tanpa henti untuk menyekat Islam daripada termanifestasi dalam kehidupan umat Islam melalui pelbagai cara dan ruang yang dapat mereka pergunakan.

Amat wajarlah umat Islam bersatu dan bersungguh-sungguh menampakkan penyatuan dan keberanian agar perjuangan agenda bersama ini memperolehi kekuatan lagi.-Editorial Harakah

Sumber TKO - 19-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------

Betulkah Mahfuz Omar sayangkan PAS
Posted on Sunday, February 19 @ 19:21:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33650




Sesungguhnya amat comel Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang  meminta Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena tinggalkan parti itu.

Meminta Mahfuz Omar tinggalkan pas suatu yang amat comel dan sangat beradab dari mulut seorang Presiden atas nama mengenang jasa baik yang ditaburkan selama ini.

Adalah amat wajar Mahfuz tinggalkan pas kerana  tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus  menyerang Pas.


Apa guna duduk dalam  pas jika  tidak puas hati dengan keputusan dibuat parti sepertimana yang dilaporkan Presiden itu.
Tidak dinafikan mengkritik itu baik, akan tetapi amat tidak molek dan salah apabila mengadakan serangan yang bukan bukan pada pas.terutama sekali menyerang batang tubuh Presiden dan membuka aib



Yang tak bagusnya Mahfuz Omar mengaku dan akui yang beliau seorang yang berjiwa besar sepertimana dakwaannya "Saya berjiwa besar”.



Apabila Mahfuz berkata yang dia berjiwa besar, teringat penulis dengan Firman Allah ayat 11 Surah Al Baqarah yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan dimuka bumi mereka menjawab sesungguhnya kami orang orang yang membuat kebaikan” (surah Al Baqarah ayat 11)



Disusuli firman Allah surah Al Baqarah ayat 12 yang bermaksud: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya mereka itulah orang orang yang sebenar sebanrnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya” (surah Al Baqarah ayat 12).



Dek tidak menyedari hakikat sebenar beliau sinis dan berkata, Apa yang ulama besar nak kata kepada saya, saya tidak akan terasa.  Apa yang saya buat (mengkritik dan menegur parti)  kerana saya sayangkan parti.



Jika benar benar sayangkan parti mengapa sinis dengan Presiden  dan se erti sepertimana firman Allah yang bermaksud: “ Dan apabila mereka bertemu dengan orang orang yang beriman, mereka berkata, kami telah beriman, dan menakala mereka kembali kepada syaitan syaitan mereka mereka berkata pula sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok olok (akan orang orang yang beriman) (surah Al Baqarah ayat 14)



Sumber TKO - 19-2-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Awasi aktiviti anak waktu malam
Posted on Sunday, February 19 @ 14:55:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33648

Oleh Azman Anuar


Dini pagi Sabtu semalam, kita dikejutkan dengan berita malang yang menimpa ‘geng basikal’ yang terdiri daripada 20 hingga 30 remaja di Johor Bahru. Dalam kejadian malang itu, lapan maut, manakala lapan lagi cedera termasuk dua cedera parah apabila basikal mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita.

Dalam kejadian 3 pagi itu, sekumpulan remaja berbasikal yang berusia antara 13 dan 17 tahun dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, sebelum dirempuh kenderaan wanita terbabit.

“Yang pergi tidak akan kembali, biarkan pergi, ini juga pengajaran kepada ibu bapa untuk tidak membenarkan anak mereka keluar pada waktu malam.
“Biar dia yang menangis, jangan kita menangis. Saya pun ada anak dan dah pergi tak kembali, kalau saya sedih awak sebagai ibu dan bapa kepada mangsa mesti lebih sedih. Ingat pesanan saya,” kata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika meluangkan masa kira-kira 10 minit bersama keluarga mangsa di Hospital Sultanah Aminah.

Mana-mana pihak pun akan memberi pesanan serupa supaya ibu bapa mengawasi aktiviti anak terutama pada waktu malam bagi mengelak kejadian yang kita tidak ingini berlaku.

Janganlah pula selepas ini ada pihak yang mengada-ngada minta kerajaan menguatkuasakan larangan remaja keluar selepas 12 malam. Dahulu semasa 1990-an heboh satu negara tentang gejala mat rempit. Kemudian meleret kepada kisah remaja wanita yang menjadi hadiah kepada pemenang lumba haram. Golongan remaja perempuan itu dipanggil ‘Bohsia’.

Rakan Muda

Berikutan gejala yang aktif waktu malam itu, maka kerajaan terpaksa cari jalan untuk memenuhi aktiviti remaja lepasan sekolah yang tidak berbuat apa-apa – belajar tidak, bekerja pun tidak. Malah soal integrasi dan perpaduan kaum turut jadi sebab utama kepada penubuhan Program Rakan Muda.

Daripada satu jenis kategori misalnya Rakan Muda Silat, bertambah menjadi pelbagai kategori Rakan Muda. Sekarang tidak dengar lagi nama Rakan Muda mungkin sebab rakan yang ada sekarang semua sudah jadi remaja tua.

Aktiviti berbasikal waktu malam yang membabitkan golongan kanak-kanak dan remaja bukan fenomena baru di Johor Bahru sahaja tetapi di hampir semua bandar besar dan kawasan bandar baharu.

Kegiatan lumba basikal dalam kalangan remaja pada waktu malam bakaikan menjadi rutin hujung minggu. Dengan basikal mereka duduk berkumpul dengan kawan-kawan di satu sudut jalan raya sebelum menunjukkan aksi menarik cara menunggang basikal. Malah ada kanak-kanak berkenaan gemar buat bising dan mengacah-acah kereta yang lalu lalang untuk melanggar mereka.

Itu yang cuma ada basikal, bagi remaja yang memiliki motosikal, mereka lebih hebat dengan merempit di jalan raya dengan aksi berani mati.

Kata-kata yang biasa kita dengar selepas kejadian malang ialah “saya sudah banyak kali larang dia keluar bermain basikal pada waktu malam, tetapi dia tetap degil dan keluar tanpa pengetahuan kami.” Dalam hal ini, tidak salahkan ibu bapa sepenuhnya sebab sudah tentu mereka ambil berat keselamatan dan kesihatan anak-anak. Tetapi ada anak-anak yang tidak makan nasihat ibu bapa, mereka tetap cari jalan untuk keluar malam.

Masalah sekarang masyarakat kita yang semakin pudar budaya menegur anak-anak muda kerana tidak mahu dituduh suka jaga tepi kain orang.

Oleh sebab budaya tak peduli anak siapa ini menyebabkan ramai anak-anak remaja Melayu menjadi kutu dan kupu-kupu malam.

Bukanlah menghalang untuk anak-anak remaja daripada mengunjungi restoran dan gerai-gerai yang dibuka 24 jam, tapi janganlah duduk sampai lewat malam. Sebelum pukul 12 malam, baliklah ke rumah masing-masing.
\
Dahulu kita tak mahu mengawal operasi lewat malam restoran dan gerai. Kini aktiviti keluar malam di beberapa kota menjadi trend dan gaya hidup remaja. Bila mereka menjadi ketagih maka mereka sukar duduk di rumah.

Jiwa remaja memang suka bersenang-senang bersama rakan, namun kita perlu yakinkan pada mereka bahawa orang tua memiliki tanggungjawab terhadap keselamatan anak remajanya apatah lagi si gadis. Ini kerana berada di luar rumah waktu malam maka terlepas daripada pandangan dan perlindungan ibu bapa. Keadaan itu boleh membahayakan diri remaja itu sendiri seperti terlibat dengan kemalangan, jenayah, dadah dan tingkah laku tidak bermoral.

Paling bagus jika dijemput rakan anak-anak datang ke rumah untuk berbual, bermain atau menonton tv bersama. Tidak kira waktu, asalkan sesuai dengan keperluan diri mereka. Jika rakan anak kita datang pada waktu petang jemput dia makan malam bersama dan bersolat maghrib atau Isyak di rumah. Terhindar mereka daripada aktiviti luar rumah pada waktu malam sebab mungkin kepenatan selepas itu.

Ibu bapa berhak melarang anak remaja mereka berkawan dengan mereka yang dilihat membahayakan serta bermasalah demi masa depan anak. Berilah alasan dan penjelasan munasabah sehingga larangan ibu bapa akan difahami sebagai perlindungan diri. Dengan demikian remaja dapat mempertahankan dirinya sendiri.


Walau apa pun alasan, ibu bapa berhak melindungi keluarganya daripada timbul masalah yang lebih besar dan tidak terduga.-U/Malaysia

Sumber TKO -19-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------


Islam itu indah namun islam juga tegas
Posted on Sunday, February 19 @ 07:11:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33636








Hilangkah keindahan Islam jika hudud dilaksanakan? Huduhkah Islam jika hudud dikuatkuasakan? Jika Malaysia mengamalkan hudud, akan hilangkah seri Malaysia?

Hudud adalah hukum mandatori Islam yang sangat hina pada pandangan ulama zaman ini. Hina kerana apa? Kerana hudud telah menjadi begitu asing dari masyarakat lantaran perbuatan kafir penjajah. Kafir penjajahlah yang menyebabkan hudud menjadi seolah-olah hantu jembalang yang ditakuti oleh orang Islam sendiri. Namun hudud tidak ditakuti malah dicintai oleh umat terdahulu.

Hudud akan menyebabkan Islam hilang serinya, demikian kata seorang mufti dalam negara. Ertinya jika hudud dilaksanakan, ia akan memperlihatkan Islam agama yang kejam Islam agama penghukum.

Suka penulis menyatakan, sebab apa Kristen meninggalkan ajaran Nabi Musa, ialah kerana mengatakan ajaran Nabi Musa ada;lah ajaran penghukum, bukan ajaran kasih sayang. Kalay dalam Perjanjian Lama, bunuh balas bunuh, gigi balas gigi. Namun ia tidak dipakai lagi walau Nabi Isa diutus untuk melaksanakan ajaran Nabi Musa. Maka apabila ajaran kasih diterapkan Paulus, kelihatanlah ajaran Nabi Musa ajaran yang kejam.

Di sini nampak ada persamaan ajaran Kristen dengan pendapat mufti tersebut. Jika hudud dianggap akan memeprlihatkan Islam hilang seri, Islam akan dilihat kejam, Samalah nadanya dengan Kristen masakini.

Sebenarnya Islam telah lama hilang serinya. Islam telah lama terhina kerana hukumnya ditinggalkan. Islam telah lam kelihatan buruk kerana orang Islamlah yang ramai rosak akhlak, menjadi perompak, penjudi, pembunuh, perasuah, pecah amanah dan lain-lain. Kenapa? Kerana tidak ada undang-undang yang tegas untuk menanganinya. Pencuri yang mencuri beratus juta ringgit, jika ditangkap hanya didenda beberapa ribu ringgit dan diberi makan tanggung dalam penjara. Jika pembunuh, juga makan tanggung dalam penjara dengan hanya beberapa sebatan.

Kerana itulah ALLah menegaskan, pencuri yang thabit hendaklah dikerat tangannya, pembunuh hendaklah dibalas bunuh, peminum arak hendaklah disebat.

Penulis tidaklah mahu menjatuhkan hukum pak mufti tersebut mufti cari makan. Sekejap pandangannya ke kanan sekejap kekiri. Namun kelihatan sangat keliberannya. DAn inilah yang sangat disukai oleh puak-puak liberal malah kafir.

Namun kerana dia mufti, dia bebas untuk menulis, bebas untuk berwacana, bebas untuk berfatwa.

Malaysia sudah lama parah. Parah apabila hukum Islam ditinggalkan. Parah apabila kebobrokan terus berleluasa...

...dan semakin parah apabila agamawan sendiri memperlihatkan sikap putar sana putar sini.
Wassalam. 

Sumber TKO - 19-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------



Malu Mufti jadi ulat dalam buah
Posted on Thursday, February 16 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33628

"

Penulis tidak tahu  perasaan lain lain orang,mengenai DR Mohd Asri Zainal Abidin mufti perlis ini. Beliau ketika bercakap bertajuk sejauh mana anda memahami hudud anjuran Angkatan Amanah merdeka berkata.

Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,
 

Tidak dinafikan beliau ada penyokongnya, akan  tetapi penulis sangat malu ada seorang mufti seumpama ini di Malaysia kini.Tindakan itu seolah olah mahu cuba jadi ulat dalam buah delima.

Bayangkan, seorang mufti yang ada ijazah PHD (DR) boleh berkata potong tangan pencuri dan rejam dengan batu pada penzina dan sebat pada orang minum arak hilangnya keindahan Islam.



Pada mufti Perlis, keindahan islam tidak duduk pada hukum potong tangan pada pencuri, rejam dengan batu pada penzina dan sebat pada peminum arak.Malah islam jadi buruk apabila terlaksana hukum potong tangan, hukum rejam dan hukum sebat.



Barangkali Islam jadi indah apabila  tidak potong tangan pecuri tidak sebat orang minum arak dan tidak rejam penzina



Hal ini telah disahkan sendiri DR Maza bahawa ini  gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompak manusia termasuk IS.Tindakan ini hanya membenarkan dakwaan presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas.



Yang hairannya macam mana Dr Maza seorang mufti yang berautoriti dalam bidang fatwa boleh setuju dengan dakyah presidean Amerika Syarikat Donald Trump Kafir Yahudi itu.



Peliknya ia tidak percaya dan yakin dengan penyataan qat’ i  dan perintah Allah bahawa kita kena laksana potong tangan pada pencuri, kena laksana 100 sebat pada peminum arak dan kena laksana rejam pada penzina.



Yang paling pelik lagi dari mana ajaran gambaran tersebut suatu paling salah, sedangkan itu adalah perintah dan Rasulullah SAW pernah berkata Fatimah anak aku jika mencuri aku potong tangannya.



Kalau kata kata potong tangan penccuri, rejam terhadap penzina dan sebat dengan peminum arak terrbit dari mulut orang orang ajaran sesat tak mengapalah, kerana mereka sesat, akan tetapi kata kata itu terbit dari mulut dan lubuk hati seorang mufti yang adalah gelaran PHD (DR).

Malu dan memalukan



Sumber TKO - 16-2-2017



----------------------------------------------------------------------------------------------
Mahathir tak mahu cium kaki PAS, Tapi dia hanya cium kaki Lim Kit Siang sahaja!
Posted on Wednesday, February 15 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33610



Tempoh sebulan yang diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada bersama pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang adalah mencukupi, kata pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak mahu merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS. Cukuplah," kata Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Haji Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam kenyataannya menyatakan Tun Mahathir tidak sepatutnya mendesak dan memberikan tempoh dalam kerjasama antara PAS-BERSATU kerana suasana politik pembangkang berlainan dengan suasana politik semasa Tun Mahathir dalam kerajaan.

Katanya Tun Mahathir sepatutnya belajar cara pembangkang bekerja dan memahami politik pembangkang yang mempunyai pelbagai prinsip dan budaya masyarakat.

Ada 4 cara bentuk kerjasama antara PAS-BERSATU boleh dilakukan iaitu mengikut unit penyelidikan PAS;

1. Tahaluf. Cara ini hanya boleh diputuskan dalam Muktamar PAS dan kelulusan Majlis Syura Ulama PAS. Tahaluf bukan sahaja berbentuk kerjasama tetapi PAS akan menggerakkan semua jenteranya membantu BERSATU. Perkara ini pernah dibuat dalam pilihanraya lalu bersama dengan PKR.

2.  Bergabung.

3.  Berkerjasama.

4.  Kesefahaman politik.

Jadi PAS memerlukan sedikit masa untuk perkara ini kerana PAS dah ada banyak pengalaman berkenaan isu kerjasama ini, agar kerjasama berlaku bukan sekadar kerjasama menghadapi PRU-14 sahaja.

Tapi malangnya Tun Mahathir lebih suka mengarah dan mahu PAS menyertai PAKATAN HARAPAN sedangkan PAS daripada awal lagi bertegas dengan prinsipnya tidak boleh bekerjasama dengan PAN dan DAP.

Ramai akan tertanya-tanya bagaimana dengan Selangor yang ada DAP?

Saya sudah menulis perkara ini, Kerajaan Selangor adalah kerajaan yang diasakan majoriti Azmin oleh PAS, Serpihan PKR dan UMNO.


Menyedari Pakatan Rakyat hanya dapat 26 berbanding dengan 29, maka PKR dan DAP akhirnya akur bersama PAS membentuk kerajaan Selangor sehingga hari ini dan PAS tetap mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan UMNO.

Kita sedar sampai hari ini parti PAN walaupun mereka berada dalam PAKATAN HARAPAN, tetapi tiada kuasa di Selangor kerana mereka bukan yang membentuk kerajaan Selangor.

Tun Mahathir dilihat tidak mahu kepada Islam dan cara Islam yang dibawa oleh PAS. Pasal itu dia cuba menekan PAS supaya berada dalam Pakatan HARAPAN dengan harapan mereka boleh guna PAS menjadi anak tangga.

Mahathir lebih selesa dengan DAP. Tun Mahathir sanggup cium kaki Lim Kit Siang demi memperolehi undi Cina. Ini digambarkan bagaimana Mahathir sanggup turun keseluruh negara atas tujuan ini.

Mahathir boleh terima konsep MALAYSIAN MALAYSIA berbanding Islam. Dia rela korbankan Melayu Islam demi untuk menjatuhkan Najib. Jangankan cium kaki Lim Kit Siang, 'sembah' pun dia sanggup. Lihat apa puak PAN buat pada ayam!

Penasihat DAP Lim Kit Siang tetap mempertahankan perjuangan parti itu yang didakwa sentiasa selaras dengan prinsip dan matlamat untuk ‘Malaysian Malaysia’ atau Malaysia untuk Rakyat Malaysia.
“Kami tidak membuat sebarang pembohongan dalam politik, bermain politik atau mengamalkan politik yang menakutkan, malah tidak mengkhianati prinsip parti dan kami tidak pernah menyimpang daripada prinsip.
“Kita tidak mahu menjadi MCA kedua, kami DAP dan akan kekal sebagai DAP, mereka yang mendakwa kononnya DAP sebagai parti menyimpang adalah tidak benar,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan di sekitar Melaka, semalam.
Semalam Lim Kit Siang tegaskan sekali lagi bahawa walaupun berkerjasama dengan BERSATU, parti itu masih kekal dengan konsep Malaysian Malaysia dan mengesahkan bahawa MAHATHIR SANGGUP CIUM KAKI LIM KIT SIANG DEMI NAK UNDI CINA. Tak ada beza Mahathir dengan parti PAN sanggup gadai maruah dan Islam demi untuk raih undi Cina.

Sumber TKO - 15-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh Parti PAN bagaimana pula?
Posted on Wednesday, February 15 @ 00:05:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33604



Ada seorang sahabat lama semasa belajar dulu hantar masej artikel Ahmad Lutfi Othman dalam MalaysiaDateline akhbar online parti PAN  yang bertajuk "PRU14: Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh" dan minta saya memberi komen. Saya balas, saya akan menulis ringkas sebelum tidur malam ini.

Demi memenuhi permintaan beliau saya akan ulas ringkas.

1.  Ahmad Lutfi Othman diberitakan kabur mata dan kini kian sembuh hampir setahun. Dalam masa setahun dia putus hubungan dengan ramai kawan-kawan melainkan mereka yang datang menziarhinya. Sumber maklumatnya makin menjadi terhad.

Jadi tak hairan apabila Ahmad Lutfi menulis, dia menulis dengan gambaran PAS 2 tahun lalu, zaman PAS bergolak dengan istilah erdagon dan jebon. Pasal itu muqadimah penulisannya di dalam akhbar MD pun bercerita sekitar Muktamar PAS di Johor yang telah berlalu lebih 4 tahun lalu. Petikan tulisannya sudah memahami kita bahawa dia ketinggalan dalam banyak isu terkini PAS.

saya rasa tak semua pimpinan Pas selesa dengan gaya sekarang. Mereka dalam dilema dan tidak cukup kuat untuk bantah. Nanti kena label pula seperti geng Erdogan dulu. Jebonlah. Parasitlah.
 2.  Ahmad Lutfi cuba membawa kepada pembaca kononnya politik boleh berubah dengan begitu drastik. Dia juga mengutarakan bahawa keadaan politik sentiasa berubah dengan menunjukkan faktor-faktor pada PRU12, 13 dan 14 nanti tidak akan sama. Saya sangat setuju dengan muqadimah tulisan dia kali ini. Itu memang benar.

Tapi malangnya Ahmad Lutfi sendiri tidak berubah, dia masih melihat PAS dalam skop pengolakan pra muktamar pemilihan yang dah lebih 2 tahun berlalu. Pasal itu contoh-contoh dan cerita pensyarah dan pekerja DBKL adalah cerita klasik lama yang tak releven dengan apa yang berlaku antara PAS dan Pakatan Harapan sekarang.

Saya tak salahkan Ahmad Lutfi, kerana terbatas kemampuannya untuk bergerak dia hanya bergantung kepada orang-orang yang datang menziarahinya. Rata-rata orang yang menziarahinya bukan di kalangan PAS. Ini patut kita marah kepada pemimpin PAS.

Bila yang datang bukan PAS dia hanya ada maklumat sebelah pihak. Penghujahannya tak banyak bantahan.

Saya cuba selongkar facebook Ahmad Lutfi dan rakan-rakannya untuk melihat gambar-gambar mereka yang hadir ke rumah Ahmad Lutfi. Siapa sebenarnya mereka ini. Inilah orang yang membentuk cara penghujahan Ahmad Lutfi dalam artikelnya.

Ahmad Lutfi sangat daif dalam membuat analisis berkenaan PAS mutakhir ini. Jadi jangan marahkan kepada dia jika tulisannya tidak memihak kepada PAS.

3.  Telefon adalah sumber komunikasi dan maklumat. Saya percaya Ahmad Lutfi juga tidak mempunyai akses kepada pemimpin PAS. Dulu dia sangat akrab dengan Ustaz Idris dan mungkin banyak maklumat PAS boleh difahami oleh dia untuk membuat analisis, tetapi sekarang saya rasa hubungan itu sudah tidak terjalin lagi.

Dia mungkin ketinggalan maklumat ada satu fenomena baru pada kemasukkan keahlian PAS daripada golongan muda serta kaki tangan kerajaan yang dulunya pro UMNO.

Satu keistimewaan Ahmad Lutfi walaupun dia tidak banyak maklumat tetapi dia boleh jadikan orang lain sebagai sumber maklumatnya. Tapi 'orang lain' itu sekarang ini hanya puak-puan PAN. Tahulah puak PAN, tak bohong, menipu tak menipu buat persepsi seperti yang Ahmad Lutfi menulis dalam artikel terbaru ini.

Tak ada kerjasama, tak ada persefahaman dengan Umno, cuma pendekatan sahaja berbeda ... politik matang dan sejahtera,
4.   Ahmad Lutfi mempunyai kepercayaan kepada persepsi, dia bukan manusia yang berasaskan data dan fakta angka. Mengatakan PAS hilang pengaruh berdasarkan persepsi dalam rakan-rakan PAN suatu fakta penulisan yang lemah.

Sepatutnya dia hubungi Rafiz, Saifuddin, atau Dr Zulkifly Ahmad untuk dapatkan kajian INVOKE yang sepenuhnya untuk mengkaji bagaimana PAS mempunyai kedudukan 21% berbanding 10% DAP,  8% PKR, 4 % BERSATU dan 2% parti PAN.

Dia juga patut memahami kenapa Azmin Ali walaupun banyak kali hendak marahkan PAS tapi masih boleh rasional (maksud saya simpan marah) dengan PAS dan sanggup bergaduh dengan rakan PKR atas tujuan nak bersama PAS.

Ahmad Lutfi juga patut 'study' bagaimana BERSATU masih menunggu PAS dah 2 kali beri tempoh edah untuk PAS bersama PAKATAN HARAPAN. Tun Mahathir terpaksa SIMPAN KUKUnya untuk isu BERSATU-PAS walaupun kadang-kala terkeluar juga seperti semalam.

Saya berpendapat Ahmad Lufti memahami ini tetapi dia hanya mahu PAS bersama Pakatan Pembangkang dan tulisannya tidak lebih daripada seorang ahli PAS yang kecewa dengan polisi baru PAS yang mungkin dia sendiri tidak selesa. (Saya berpendapat dia tidak memahmi).
5.  Oleh kerana saya nak tidur, hujah akhir saya, Ahmad Lutfi dalam penulisannya tidak sekali-kali menyebut pun pasal parti PAN sebagai alternatif  PAS. Kalau PAS tak boleh ambil peluang. Bagaimana parti yang kononnya pengganti PAS tak boleh ambil peluang??

Ini bermakna Ahmad Lutfi sendiri tak nampak PAN itu boleh mengganti PAS. PAN mungkin bagi Ahmad Lutfi sekadar parti seperti HAMIN, BERJASA dll yang pada suatu hari nanti tinggal sebagai nama. Hanya mungkin berbeza sedikit PAN ini kerana parti ini didalami oleh IKRAM dan sokongan geng HADIS, jadi maybe jangka hanyatnya ada sedikit bonus.

Saya berhenti dulu, tak sempat nak ulas pasal kerjasama PAS dengan mana-mana parti lain adalah kerjasama berasaskan Islam. Saya rasa Ahmad Lutfi ada pendapat mirip PAN.




Sumber TKO - 15-2-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------



Tuan Mufti Perlis, Mengapa Terus Terkeliru?
Posted on Tuesday, February 14 @ 23:04:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33603



1. Saya meneliti sehingga habis kenyataan terbaru Dr MAZA di FB nya yang bertajuk "Apakah Yang Mengelirukan?".

Walaupun tidak secara terang menyebut nama PAS namun, secara umumnya kita faham artikel itu sememangnya ditujukan khusus kepada PAS.

2. Elok juga kita bantu memahamkan Tuan Mufti yang sedang terkeliru ini agar dirinya tidak berterusan terkeliru dan mengelirukan ummat.

Aneh bukan.? Dalam keadaan ramai Mufti yang menyokong pindaan Akta 355, Mufti Perlis memilih jalan mencipta 1001 alasan dan dalih sehingga kita pun tidak pasti pendirian dirinya samada "setuju atau tidak".?

3. Dalam artikel Dr MAZA itu, beliau menyerang PAS dalam hal;
a) " ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud."

b) "sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik."

c) "mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti."

d) "apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan"

e) "janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini."

4. Buat kesekian kalinya dipertegaskan di sini, PAS tidak pernah beriman kepada fahaman "politik suku, agama suku". PAS tidak menjadikan ideologi sekularisme, liberalisme mahupun sosialisme sebagai dasar perjuangan PAS.

Intipati dan dasar perjuangan PAS ialah ISLAM yang syumul dalam segenap aspek kehidupan.

Semenjak PAS ditubuh pada tahun 1951 sehinggalah sekarang usianya mencecah 66 tahun, PAS tidak mengubah prinsip perjuangannya seperti termaktub dalam Perlembagaan PAS.

FASAL 3: "Dasar PAS ialah ISLAM"

FASAL 5:
 
Tujuan PAS ialah:

i) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

ii) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
FASAL 6. Usaha-usaha

i) Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

ii) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari‟at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan

5. PAS merentasi arus perjuangan yang penuh liku dan onak duri. PAS tidak pernah berubah dasar dan hala tujunya.

Yang berubah hanyalah pertukaran kepimpinan dan orientasi pendekatan agar menepati realiti semasa. Ada masa PAS bersendiri, ada masa bergabung dengan parti pembangkang lain dan pernah sekali dalam sejarah, PAS bersama parti UMNO-BN memerintah Malaysia ini.

Dalam banyak keadaan, PAS sentiasa ditekan dan dizalimi oleh parti seteru utamanya iaitu UMNO khususnya pada era pemerintahan Tun Mahathir, tokoh idola sanjungan Dr MAZA.

6. Dr MAZA kata PAS hanya tumpu isu Hudud sahaja.

Beliau berpandangan hukuman seperti potong tangan pencuri, rejam dengan batu penzina, pancung orang yang dituduh murtad belum kondusif untuk dilaksanakan kerana semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas.

Katanya lagi, kita perlu utamakan urustadbir yang baik berbanding pelaksanaan hukum.

Soalannya mudah sahaja;

Adakah pindaan Akta 355 ini undang-undang Hudud.?

Bolehkah Tuan Mufti tunjukkan di mana dalam teks usul yang dibentang oleh YB Marang di Parlimen yang mengatakan kita hendak laksanakan hukuman potong tangan, rejam dan pancung itu.?

Sememangnya tidak ada pun. Jadi, mengapa Dr MAZA mahu kelirukan orang lain.?

7. Dr MAZA menuduh PAS mempolitikkan agama dan menjadikan akidah ummat sebagai taruhan. Lalu diungkit kembali isu "Amanat Haji Hadi".
Dulu UMNO sering guna modal ini untuk serang PAS.

Tak sangka pula modal lapuk ini digunapakai oleh Tuan Mufti pula.

Tidak dinafikan dalam mana-mana kumpulan akan ada yang ekstrem dan melampau.

Yang salahnya, perjuangan itu atau yang melampau itu.?

Contohnya, kumpulan ISIS yang mendakwa mereka pejuang Islam.

Mereka kelompok pelampau yang menyimpang dan bertindak bercanggah dengan Islam. Yang salah adalah mereka yang melampau, Islam tidak wajar dipersalahkan sepertimana yang sering Donald Trump jadikan alasan untuk serang Islam.

8. Dalam PAS, tidak kurangnya alim ulamak yang faham mengenai Fiqh al-Ikhtilaf (Fikah perbezaan), Fiqh al-Muwazanat (Fikah keseimbangan), Fiqh al-Nusus (Fikah nas-nas syarak), Fiqh al-Awlawiyat (Fikah keutamaan), Fiqh al-Waqi’ (Fikah realiti semasa) dan Fiqh al-Taghir (Fikah perubahan).

Para Ulamak ini walaupun tidak bergelar Mufti dan bertitle PhD, merekalah yang memandu perjalanan PAS agar tidak tergelincir daripada landasan syarak.
PAS bukan sahaja berteori tetapi mempraktikkan konsep "tadarruj" iaitu berperingkat dalam pelaksanaan.

Dr MAZA bercakap seolah seandainya PAS menang hari ini, esok terus Hudud dilaksanakan seluruh Malaysia. Habis ramai yang akan dipotong tangan, direjam dan dipancung...!!!

Mengapa Dr MAZA bercakap seperti suara kelompok liberal yang begitu suka menjadikan "hudud" sebagai alat menakutkan orang ramai kepada Islam.?

9. PAS berusaha untuk meminda Akta 355 ini kerana ia adalah kunci utama bagi mengangkat martabat Mahkamah Syariah di seluruh negara ini.

Adakah usaha untuk memberikan kuasa kepada Hakim Mahkamah Syariah agar lebih tinggi daripada Majistret (mahkamah terendah dalam sistem Mahkamah Sivil) ini memerlukan kondusif suasana terlebih dahulu.?

Kali terakhir Akta 355 ini dipinda ialah pada tahun 1984 iaitu 33 tahun yang lalu.
Adakah kita kena tunggu cukup 100 tahun baru boleh mencapai tahap kondusif idaman Dr MAZA baru boleh dipinda undang-undang ini.?

10. PAS tetap berusaha memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam di tanah air ini walau dikeji, diperli dan difitnah macam-macam daripada segenap penjuru.
Samada Dr MAZA mahu menyokong atau tidak, PAS tetap terus bergerak ke depan.

Kita berharap agar Dr MAZA dan yang seangkatan dengannya tidak sekadar menjadi pengkritik tegar di tepian gelanggang, hanya tahu mempertikai dan memperlekeh usaha orang lain.

Kita juga mahu bertanya, "kalau dah semua yang PAS buat tak betul daripada kacamata Tuan Mufti, maka apa pula usaha Tuan Mufti dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah.?"

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
14 Februari 2017

Sumber TKO - 14-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Pernah Kata Dr Maza Bodoh (2X) - Bersama Video Kenyataan TGNA
Posted on Tuesday, February 14 @ 20:25:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33602



Membaca pelbagai komentar yang diberikan ke atas ucapan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) di dalam Forum Angkatan Amanah Merdeka Malaysia bertajuk “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” yang dilangsungkan di Dewan Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pada 12 Februari 2017, saya teringat pula ucapan sama Dr MAZA di dalam Wacana Sinar Harian bertajuk “Hudud:

Bersediakah Kita” yang dilangsungkan di Shah Alam, Selangor, pada 7 Mei 2014 yang menekankan tentang permasalahan-permasalahan yang menyeliputi perlaksanaan hudud, khususnya tentang dakwaan kegagalan perlaksanaan hudud di beberapa buah negara Islam sehingga menyebabkan permasalahan-permasalahan yang ditimbulkan oleh beliau itu digunakan oleh seorang lagi panelis, Datuk Dr Wee Ka Siong, sebagai alasan untuk menolak hudud.

Ucapan Dr MAZA di dalam Wacana Sinar Harian ini, telah mendapat hentaman keras daripada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dua hari kemudiannya apabila Mursyidul Am PAS itu di dalam kuliah Jumaat beliau pada 9 Mei 2014 telah menyebut:

“Sebagaimana sehari dua ini timbul masalah hudud, ada setengah pensyarah bertaraf universiti, dia kata hudud ni gagal, kerana negeri-negeri hak sudah buat hudud tu gagal semua. Ni pensyarah macam ni, para hadirin semua, pensyarah yang orang panggil nak perhidup Islam dok, nak ‘mapuh Islam. Dia ‘mikir cara orang, tidak ‘mikir cara Allah dok. Para hadirin semua, kalau hudud ni gagal, sembahyang ni kerana apa kita sembahyang? Sembahyang ni boleh menyekat manusia dari buat benda keji. Lani orang sembahyang, benda keji berjalan jugak. Sembahyang sembahyang, berjudi berjudi. Ertinya sembahyang ni gagal. Bila sembahyang ni gagal kerana benda keji, judi, dadah, rasuah berlaku jugak, tak usah duk sembahyang banglah. Tebeng sembahyang pun ada jugak benda munkar. Bodoh pensyarah macam ni, bodoh.”

“Tempat kita ni ramai dah rakyat Malaysia mati digantung, mati hukuman gantung, kes dadahlah, kes senjata apilah, tapi dadah duk ada jugak, buat lari senjata api pun ada jugak. Gantung buat begapo dia, gagallah maknanya. Tak usah duk gantung gantunglah, tebeng gantung pun dadah ada lagi jugak, senjata api pun ada lagi jugak. Pensyarah macam ni ni tak patut ambik.”

Kredit
Kamarul Yusoff


Video :

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=O_EvHDr3_uk



...........
Komentar Editor

Pada minit/jam 1:05:00 (1 jam 5 minit) Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Dr Maza berkenaan hudud.

24 Ogos 2012 pun Dr Maza buat perangai yang sama. Jadi tak hairan dia akan buat kenyataan macam itu setiap masa.

Tapi bila kena hentam TGNA dia mula pergi cium dahi. Nasib dia baik pasal TGNA tak ada, kalau tidak ada orang sanggup tunggu berjam-jam macam Husam kerana nak jumpa TGNA walaupun TGNA sakit dan letih.

Sumber TKO - 14-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahfuz kata PAS Patut Keluar Dari Kerajaan Selangor, Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS
Posted on Tuesday, February 14 @ 19:44:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33600



Ada seorang kawan menghantar masej agar saya mengulas artikel Malaysiakini berkenaan kenyataan Mahfuz pada artikel "Mahfuz: PAS perlu tarik diri dari k’jaan S'gor".

Mahfuz kata PAS perlu tarik diri daripada kerajaan Selangor dan tak perlu menunggu muktamar PAS April ini.

“Oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Presiden PAS,” kata Mahfuz.

Bila pula Presiden PAS ada kuasa untuk batalkan Tahaluf?

Dulu semasa berkempen di pada pemilihan muktamar sebelum kalah, Mahfuz juga yang berkacap bahawa Tahaluf dengan DAP dan PKR hanya boleh diputuskan oleh Muktamar. Dia pula semasa itu pengerusi jawatankuasa penapis usul.

Kalau ikut logik Mahfuz, dah tak setuju dengan PKR keluar aje dari Selangor. Maka tak setuju dengan PAS keluar sahaja daripada PAS. Itu logik mudah. Tapi Mahfuz mungkin dia sendiri tak faham pasal dia bukan cerdik sangat. Maaf aku bukan nak perlekehkan kelulusan akademiknya. Ada pemimpin PAS lain sama macam dia setakat SPM tapi tak bodoh macam Mahfuz ini.

Kalau kita berbeza pandangan dan tak setuju dengan PAS keluar sahaja masuk parti lain. Lihat Saifudin Nasution daripada ahli PAS sepanjang hayat keluar PAS senyap-senyap bersama PKR. Selagi dia tak serang PAS, ada PAS serang dia. Melainkan dia kini jadi bodoh juga macam Mahfuz membuat fitnah kononnya PAS nak lantik Kuli jadi PM sedangkan DAP yang minta PAS berhubung dengan Kuli. Kena sebiji dengan Cikgu Pa, Rafizi dan Saifuddin terduduk. Akhirnya orang tahu cerita sebenar disebalik pertemuan 10 mata antara 5 pemimpin PAS dan 5 pemimpin PKR.

Ok rasa saya pun malas nak layan Mahfuz, biar dia 'sasau' sendiri. Dulu ada juga BERSATU nak lantik dia jadi AJK, tapi dengar cerita ada orang kuat BERSATU tak setuju, takut hubungan dengan PAS jadi panas.




Sumber TKO - 14-2-2017



--------------------------------------------------------------------------------------------------



Malaysiakini guna teknik Sarawak Report Rosakkan Imej Mursyidur Am PAS
Posted on Tuesday, February 14 @ 18:07:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33599



Sarawak Report (SR), melalui ketua editornya Clare Rewcastle Brown membuat tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS untuk menjauhi pembangkang adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas" (widespread suspicion)

Editor portal berkenaan, Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan “kecurigaan yang meluas” jika dihalusi dan difahami membawa erti kata lain cerita tersebut ditulis berdasarkan khabar angin atau andaian semata-mata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.

Isu fitnah ini pada anggapan kita akan terhenti di situ. Tapi malangnya fitnah yang syaitan suka dan Allah tegas dengan amaran azab pedih ini menjadi 'keghairahan' kepada mereka yang mengaku Islam atas dasar dendam dan benci. Mereka tidak rasa bersalah untuk memburukkan orang Islam lain walaupun tanpa bukti kerana itu mencapai hasrat dan cita-cita untuk berjaya dalam politik.

Saya juga menulis berkenaan politik kotor dalam penulisan lalu. Antara politik kotor ialah "MEMBUNUH KREATOR" pemimpin agar semua orang rasa pemimpin itu bersalah dan buruk akhlaknya dengan membuat pelbagai persepsi yang meragukan.

Malaysiakini satu daripada akhbar yang mendapat biayaan untuk tujuan ini.


Antara musuh utama Malaysiakini adalah pimimpin Islam. Islam akan digambar buruk dengan pelbagai persepsi negatif. Pemimpin Islam akan digembar gembur dengan pelbagai tohmahan.

Beberapa artikel muktahir ini Malaysiakini menggunakan kaedah Sarawak Report menyerang Mursyidul Am, Tuan Guru Haji Hashim Jasin.

Khabar-khabar angin di media sosial yang disebarkan oleh puak-puak cybertropper PAN telah dijadikan berita utama. Ya sama dengan Sarawak Report. Mereka tahu PAS dengan kewangan terbatas tidak mampu untuk menjalankan urusan saman yang mungkin melibat kos yang tinggi sedangkan PAS yang pasti akan menghadapi PRU nanti bersendirian memerlukan kewangan yang besar.

Atas 'widespread suspicion' TG Haji Hashim Jasin dituduh memiliki kereta Porsche. Maka beramai-ramailah cybertropper PAN menggunakan pelbagai nama membuat komen menambah buruk lagi imej Mursyidur Am PAS pada artikel berkenaan. Mereka menggunakan pelbagai nama untuk menunjukkan ramainya tak setuju sedangkan seorang mungkin mempunyai lebih daripada satu akaun.

Dunia akhir zaman yang kena tuduh terpaksa habis masa dan wang untuk membela diri. Islam yang Allah atur cukup indah. Yang membuat tuduhan kena tunjukkan bukti, pasal itu bila Islam memerintah fitnah dapat dibenteras. 


Malangnya puak parti PAN serta penyokongnya lebih suka sistem jahiliyyah daripada Islam.

Islam terkahakis dalam diri mereka kerana Putrajaya sudah menjadi 'kiblat' tanpa mereka sedar.


Sumber TKO - 14-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------



Apakah Mufti Wilayah Berjuang Untuk "Bukan Undang-Undang Tuhan?"
Posted on Tuesday, February 14 @ 12:40:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33591



Amat malang umat ini ada manusia seperti Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin. Apa fahaman yang dibawa oleh mufti ini? Wahabi? Liberal? Atau apa yang diperjuangkannya sebenarnya? Pandangan, komen dan kritikan beliau lebih menjurus kepada konklusi bahawa RUU355 tidak perlu disokong kerana “RUU355 bukan undang-undang tuhan”.

Apa maksud beliau dengan “RUU355 bukan undang-undang Tuhan”? Sebat  40 – 80 rotan bukan undang-undang tuhan?  Ini suatu jenis spin yang bermaksud memperlekehkan mufti dan ulama yang menyokong RUU355? Tak perlu pun putar belit begitu. Semua orang tahu itu baru peringkat rang undang-undang. 



Malah rang itu pula berbentuk pindaan kepada yang sedia ada. Rang belum lagi menjadi undang-undang. Apabila diterima dan disokong nanti serta dibekalkan dengan segala prosedur nanti, barulah menjadi undang-undang.



Sebenarnya, tidaklah layak bagi penulis kampung berhujah dengan seorang doktor falsafah. Tetapi Dr Asri perlu insaf,” sampai bila denda tarian tiang yang menjolok mata dikenakan RM25? Hukum khalwat RM250. Minum arak disebat 6 rotan sedangkan Quran dan hadis kata 40 hingga 80 rotan.”



Apakah mufti doktor falsafah ini tak rasa apa-apa dengan penghinaan terhadap hukum Allah begitu? Kenapa tak komen denda RM25 untuk tarian tiang? Kenapa membisu dan tak melakukan apa-apa untuk melaksanakan hukum Allah? Apabila ada pihak yang sudah berdekad-dekad berjuang untuk mengangkat hokum Allah, tiba-tiba dikomen, dipertikai dan diperli.



Adakah Asri, Rozaimi, golongan wahabi dan liberal di satu pihak? Manakala mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Idrus bersama dengan barisan ulama yang menyokong RUU355 berada di suatu pihak yang lain?  Kalau benar RUU355 itu bukan undang-undang tuhan, adakah Dr. Zulkifli al-Bakri, mufti Wilayah Persekutuan itu menyokong sesuatu yang tidak betul? Apakah ‘Doktor’ yang Zulkifli perolehi jenis cap ayam manakala ‘Doktor’ yang Asri perolehi jenis cap musang berbulu ayam?



Mala fide Asri tak habis di situ. Menurutnya, “wujud segelintir pihak memperjuangkan isu hudud demi kepentingan politik, bukannya atas kecintaan terhadap agama.”   Kepentingan politik apanya jika PAS selalu kalah pilihanraya kerana memperjuangkan hudud. PAS disumpah-seranah oleh pengundi kerana hududlah. PAS ditendang oleh DAP bukankah kerana hudud?



Asri kata lagi bahawa dia bimbang pelaksanaan syariah di Malaysia akan gagal seperti mana beberapa negara Islam lain seperti Pakistan dan Sudan. Doktor falsafah apa bercakap macam pencacai DAP. Habis tak payah laksanakanlah Islam sebab negara lain gagal kerana laksana Islam? Hujah taraf apakah ini, Asri?



Mala fidenya  lagi, “Saya bimbang orang curi kereta dipotong tangan, tetapi mereka yang mencuri berbilion ringgit tidak dipotong tangan. Bimbang yang amat prejudis sifatnya.  Bagi Asri, RUU355 hanya bertujuan untuk denda ikan bilis, ikan jerung dilepaskan.” Jahat betul  si Asri ni. RUU355 secara tidak langsung telah mendedahkan kebusukan yang tak patut datang dari bau tubuh seorang bertaraf mufti.



Sumber TKO - 14-2-2017



---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mara Perlu Ceburi Bisnis Peruncitan - Kedai Tayar/Mekanik Brek
Posted on Tuesday, February 14 @ 06:45:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33586



Kebanyakan kemalangan berlaku di Negara [pada pendapat saya] adalah akibat penggunaan tayar yang rusak tapi ditepek dengan mastik bagaikan ianya ok tetapi sebenarnya tidak ok. Tayar meletup bila digunakan di lebuhraya dan ketika kereta/van sarat dengan penumpang menyebabkan bilangan yang maut di dalam kemalangan sangat tinggi [hingga ke 6 sekeluarga] Di LPT2 saje hampir 50 kes kemalangan melibatkan tayar meletup direkodkan!

Saya selalu ingatkan Menteri Tong La i supaya beri amaran keras kepada penjual tayar dan menggubal satu undang undang supaya tayar yang rusak tidak bolih dibaiki dan dijual kepada pengguna. Tapi hingga kini Menteri Tong Lai tak beri apa apa respon terhadap saranan saya. Olih itu saya cadangkan Mara masuk bisnis kedai tayar di seluruh pelusuk /daerah di Malaysia untuk menjual tayar dengan harga berpatutan dan hapuskan amalan kotor lagi licik ini.

Saya amat kagum dengan kejayaan Mara di dalam memasuki industri komputer/talipon pintar yang menjadi saingan hebat kepada vendor vendor china di Low Yat. Saya kagum dengan kejayaan Pusat Penjualan Barang Elektronik di Medan Mara dan pengalaman saya membeli belah di 'USTAD' berjaya beerlawan harga dengan geng geng cekek darah di Low Yat !

Sebenarnya harga tayar baru sanga murah jika dipesan dengan bulk. Daripada Alibaba.com harga tayar baru sebenarnya sangat murah. Untung kasar di dalam industri ini senag senag mencapai 50 peratus! Dek kerana banyak orang melayu terkorban di jalanraya akibat tayar meletup saya cadang Mara buka gedung tayar -impot tayar dari China. Indonesia dan Korea [Hankook].Sekarang tayar Indonesia dan China sudah capai standard yang tinggi. Pada mulanya adalah disyorkan Mara import tayar saiz popular untuk Saga/Myvi dan upgred dari pertumbuhan yang pasti berlakau.

Dengan ada rangkain kedai tayar Mat mat di kampong bolih jadi mekanik untuk servis brek -punca banyak kemalangan kereta yang terbabas! Tindakan segera Mara di dalam hal ini pasti akan bawa kejayaan di dalam b isnis mat mat kampong dan kurangkan kemalangan yang menimpa terhadap bani Melayu . . . "


Sumber TKO - 14-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































Lim Guan Eng Hina PAS, Islam Atau Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz?











Oleh : Mohd Nor Hamzah

Lim Guan Eng terus mencari publisiti murahan dengan kenyataan-kenyataan seperti menghina Islam secara langsung atau tidak langsung. Terbaharu apabila beliau memilih untuk menghina kepimpinan PAS Kelantan yang diterajui oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bermottokan Membangun Bersama Islam.

Sudah puluhan tahun PAS memerintah sejak merampas Kelantan dari Umno, baru beberapa hari ini, beliau mengorek-ngorek apa yang beliau dakwa sebagai penyelewengan PAS di Kelantan. Umno pun tidak dapat melakukan kerja korek mengorek ini setelah rakyat sedar bahawa Umno hanya menipu dalam menuduh PAS. Tetapi kerja Umno kini diambil oleh LGE secara sukarela.

Bagi mengalih pandangan rakyat dan debaran beliau terhadap kes rasuah beliau yang dikatakan sangat mirip dengan kes Dato’ Seri Khir Toyo yang dijatuhkan hukuman kerana didapati bersalah, beliau berduet dengan bapanya menyerang PAS secara konsisten dengan kisah-kisah palsu penyelewengan. Ini tidak lain hanyalah bagi mengotorkan juga pihak lain supaya dilihat lebih kotor daripada mereka yang sudah sedia ada kotor. Politik murahan yang lapuk sebegini, tidak lagi laku sebenarnya untuk dijual kepada rakyat Malaysia yang cerdik menilai sekarang ini.

Kenapa saya tanyakan LGE menghina PAS, Islam atau TGNA? Ini kerana pemerintahan Kelantan semenjak dahulu lagi dengan begitu bersusah payah membinanya mengikut acuan Islam. Dengan menghapuskan judi, riba, membantu fakir miskin tanpa mengira fahaman, tiada kes penyelewengan yang berlaku, berjaya mengatasi banyak negeri dari segi kedudukan termiskin.

Dengan sumber yang terhad dan disekat semenjak dahulu, Kelantan berjaya melepasi halangan ini walaupun diakui masih banyak kekurangan. Inilah yang Islam mahukan, mencuba yang terbaik bagi mencapai kesempurnaan dan kemudiannya mengajak rakyat memahami Islam dengan membantu menyediakan madrasah-madrasah yang berteraskan Islam di seluruh Kelantan.

Legasi ini diteruskan oleh YAB Dato’ Ahmad Yaakob, Menteri Besar sekarang dengan beberapa penambahbaikan. Sehingga kini, tuduhan sebagai ‘corrupted state’ oleh LGE gagal dibuktikan. Tiada kes penyelewengan pembalakan yang terkena YAB MB dulu atau sekarang. Yang ada hanyalah pengktirafan sijil ISO ketika zaman almarhum TGNA dan juga masa terkini.

Dengan tuduhan kerajaan Kelantan rakus membaham balak, bermakna pada kefahaman mudah, LGE menuduh TGNA serta pimpinan-pimpina PAS Kelantan dizaman dahulu dan sekarang yang semuanya Islam, adalah pencuri balak. Dan dengan pengesahan oleh Jabatan Perhutanan Kelantan bahawa Kelantan bersih dalam pembalakan, menambahkan lagi nilai hikayat fitnah LGE ini. Kepada siapakah LGE cuba menzahirkan kebenciannya? Terhadap PAS, Islam atau TGNA? Ketika seluruh rakyat memperkatakan kebaikan TGNA setelah dua tahun pemergian almarhum, adakah LGE memilih untuk menghina almarhum?

Tindakan beliau ini juga dapat difahami sebagai ekspresi kekecewaan DAP terhadap boneka mereka PAN, yang gagal berfungsi dengan baik. Pelbagai sokongan yang diberikan, namun PAN masih gagal menjadikan mimpi mereka menggantikan PAS sebagai realiti. Tercungap-cungap kelemasan mencari sokongan ahli baru, walaupun sudah diberikan diskaun 80% yuran ahli dari sebanyak RM10 kepada RM2. Tuduhan LGE ini sebenarnya dengan sengaja, turut terpalit kepada ayam tambatan mereka, Dato’ Paduka Husam Musa yang mana turut berada dalam kerajaan Kelantan ketika itu. Namun samada Husam tidak sedar atau sengaja menebalkan mukanya dengan tuduhan DAP ini, itu kita kurang periksa.

Saya rasa sangat cukup bagi semua rakyat Malaysia memahami dan bersetuju dengan jawapan yang saya berikan. Malah anda semua boleh membuka laman-laman web rasmi bagi melihat laporan-laporan ini. Yang patut beliau lakukan sekarang ialah berhenti melibatkan diri dengan apa yang bukan urusan beliau. Sama seperti isu mencampuri urusan fatwa di Pulau Pinang. LGE memerlukan penasihat yang lebih baik lagi daripada yang beliau ada sekarang ini, jika tidak mahu dibenci oleh rakyat terutamanya orang-orang Islam.

Mungkin juga beliau sangat tertekan dengan keadaan sokongan rakyat terutamanya umat Islam terhadap PAS hasil daripada budaya politik matang dan sejahtera PAS. Himpunan RUU355 nanti, bakal melonjakkan lagi sokongan rakyat terutama Islam, bagi menghapuskan Ahok versi Malaysia yang cuba mencampuri urusan umat Islam.

Ditambah lagi tekanan kerana duduk bersama dengan Tun Mahathir yang terlalu banyak terpalit dengan isu-isu rakyat satu ketika dahulu, LGE dan ayahnya kelihatan pening untuk menjadi mesin basuh, bagi mensucikan Mahathir. Zahid Ibrahim juga kelihatan agak sedikit nakal mengusik DAP dengan tanpa rundingan, terus mengangkat Tun Mahathir sebagai pemimpin pembangkang sejurus selepas beliau masuk DAP.

Akhirnya, akibat kepeningan dengan sikap LGE, tiga orang Adun dan seorang ahli Parlimen dari DAP telah mengisytiharkan keluar parti semalam kerana hilang keyakinan dengan corak pembawaan DAP oleh LGE sekeluarga. Saya percaya mereka ini lebih maklum menilai LGE secara dekat. Ini tidak pelik kerana suatu masa dahulu, Perak pernah jatuh ke tangan Umno-BN hasil daripada lompatan Adun dari DAP dan PKR kepada Umno.

Oleh itu, nasihat saya kepada LGE, cukuplah berpolitik dengan cara kebudak-budakan. Sepatutnya beliau harus merasa malu kerana kepimpinan beliau jauh lebih kotor daripada PAS. Tetapi beliau berterusan cuba menjadikan PAS sebagai kambing hitam. Apa yang perlu LGE lakukan ketika ini ialah menikmati hidup bebas beliau, bimbang kalau-kalau nasib Khir Toyo menimpa beliau.

Dan jika benar ada penyelewengan oleh kerajaan Kelantan, silalah ke SPRM dengan segera. Tidak perlu mencari populariti di media-media sosial. SPRM mungkin gemarkan kes-kes yang melibatkan PAS dan kerajaan Kelantan sedia membuka pintu untuk siasatan seluas-luasnya insyaAllah.

***YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ahli Dewan Undngang Negeri (ADUN) Bukit Payong

Sumber BO - 13-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rupanya DAP kena KANSER Tunggu untuk masa MATI!
Posted on Monday, February 13 @ 16:52:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33584



Hari ini saya banyak habis masa bersembang dengan kawan-kawan keturunan Cina dalam group mereka yang rata dikuasa oleh penyokong DAP. Jadi artikel saya untuk penutup malam sebelum tidur sekadar bersantai sahaja.

Pagi Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong mengumumkan keluar parti DAP berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan pemimpin parti berkenaan yang menyimpang daripada matlamat asal.

Tindakan mereka yang berkenaan keluar parti menyebabkan DAP Melaka hanya memiliki baki tiga kerusi di dewan undangan negeri iaitu Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh manakala tiada kerusi parlimen.


Manakala Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengalu-alukan tindakan keluar parti oleh empat wakil rakyatnya di Melaka.

"Saya alu-alukan mereka keluar parti kerana telah berubah dan saya anggap mereka BARAH dalam parti. Sejak mereka keluar parti atas inisiatif sendiri, saya alu-alukannya," jelas beliau kepada pemberita di Pudu hari ini.

Saya dalam group SuaraMerdeka telah memberikan komen bahawa akan lebih ramai ahli DAP akan keluar daripada parti itu selepas ini kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti kerana dasar dan prinsip yang dipegang sebelum ini dilihat telah berubah setelah wujud perjanjian dengan Tun Mahathir.

Ramai ahli DAP tak puas hati kerana kepimpinan parti itu TERUTAMANYA KRONI LIM yang membuat keputusan untuk kepentingan diri tanpa mengambil kira pihak lain.


Fenomena keluar parti sebenarnya berlaku semenjak Januari 2016 lagi dan menjadi makin ketara selepas Lim Kit Siang membuat perjanjian SULIT dengan Tun Mahathir.

Joke saya mendapat respon yang sangat mengejutkan dikalangan ahli DAP dalam group itu bila saya kata pemimpin DAP sendiri mengaku bahawa ada sel kanser dalam parti. Saya kata DAP kini mengalami pertukaran daripada tahap 3 kepada tahap 4 dan tak lama lagi akan MATI. Kesian parti PAN tak ada lagi tempat mengadu!


Sumber TKO - 13-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakatan Blok ke 3 lebih baik?
Posted on Monday, February 13 @ 16:17:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33581



Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah buat keputusan dan menyatakan yang pas tidak sekali kali akan menyertai pakatan harapan.

Disusuli Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah),

Akan tetapi, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan. 

Oleh itu, penulis boleh kesimpulan, Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Naib presiden Datuk Nik Amar Abdullah memang tidak setuju Pas menyertai pakatan harapan.

Cuma Naib presiden Ustaz Idris Ahmad yang kelihatan semacam masih mahu menyertai pakatan harapan, tetapi jangan cuba mendesak pas dengan memberi tepoh dalam masa selama satu bulan sepertimana dinyatakan Tun Dr Mahathir itu.



Mungkin masa selama satu bulan itu pendek. Maka biarlah tepoh masa lebih panjang sedikit, kerana untuk membuat keputusan menyertai pakatan harapan memakan masa yang lama dan panjang.



 Lebih lebih lagi PAS  mengumumkan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.



Bermakna Pas sudah ada pakatan pembangkang. mengapa mesti pas  menyertai pakatan harapan?.



selain pakatan rakyat yang dibuburkan dan jadi pakatan harapan. oleh itu parti Tun Mahathir kena mari duduk dalam pakatan blok ke 3 yang sudah dibentuk itu.



Demikian PKR. PKR kena mari duduk dalam blok ke 3 dan tinggalkanlah amanah dan DAP terkutang kuting dan biar dua parti itu duduk dalam pakatan harapan memerintah Selangor.



 Persoalannya, manakah lebih baik pakatan harapan dengan blok ke 3 yang sudah dibentuk itu untuk harapi PRU 14 satu lawan satu.



Sudah barang tentu blok ke 3 lebih baik  dengan pakatan harapan yang hanya disertai dua parti DAP dan amanah berbanding blok ke 3 yang disertai parti PAS,parti keadilan rakyat  (PKR) parti PRIBUMI bersatu Malaysia (PPBM) dan parti Ikatan  Bangsa Malaysia (ikatan).



Sumber TKO - 13-2-2017



-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Strategi Husam: Daripada Habis RM 2 Juta, Lebih baik kalah RM30 Ribu
Posted on Sunday, February 12 @ 16:49:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33568



Politik itu pada asalanya tidak kotor. Hari ini, terutama menjelang PRU-14 kita melihat aksi politik makin menyimpang daripada asalnya. Islam diketepikan, skularisme menyusut masuk, maka timbul MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.

Sejarah Politik Dunia barat moden makin menjadi rujukan, politik Islam yang diajar Rasulullah s.a.w. kian dilupakan. Nama Niccolo Machiavelli tentu tak terlepas menjadi rujukan golongan profesional yang masuk terjah dalam dunia politik. Politik dan pemikiran serta praktikal politik kotor semacam menjadi kewajipan demi untuk mencapai kememangan.

Melalui buah pemikiran termasyur yang berjudul "The Prince" menjadi kitab rujukan golongan ini  dengan slogan "Politik itu Bebas Nilai" dan agama itu diketepikan.Bagi Nicco, politik tidak boleh dikaitkan dengan etika atau moralisme.

Yang penting darinya adalah bagaimana seorang (calon) mampu mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan. Maka di sini mulai STRATEGI POLITIK KOTOR menjadi agenda "kewajipan" untuk digunakan tanpa batas AGAMA.

Berbalik kepada Husam Musa. Dia mengemukan strategi kepada PAN untuk mendesak PAS supaya bersama PAKATAN HARAPAN iaitu dengan menyerang PAS Kelantan dengan pelbagai isu agar PAS akur.

Dengan serangan ini PAS mungkin bimbang kerajaan PAS akan jatuh kepada BN dan bersedia untuk bersama PAKATAN HARAPAN. Bila PAS bersama Pakatan Harapan PAN akan menuntut beberapa kerusi yang pernah mereka bertanding semasa mereka bersama PAS dahulu.

Jika PAS tak memberi kerusi sudah tentu PAN tak boleh bertanding kerana DAP dan PKR memang tak akan memberi ruang kepada mereka. Semua orang tahu PKR lebih bersedia berbincang kerusi dengan BERSATU, parti baru daripada parti PAN yang dah tersedia dalam PH.

Saya telah menulis, bagaimana Husam membelanjakan RM 2 juta (ada orang duit tokong, ada kata wang DEDAK) untuk projek menekan PAS Kelantan dan bersedia menjadi 'tongkat UMNO'. Habis hampir 2 juta tetapi pertambahan ahli hanya daripada 823 orang kepada 1458 orang sahaja.

1458 ahli sebuah parti politik yang hendak bertanding 30 dun, SANGAT DAIF. Ini lebih baik sedikit daripada calon BEBAS. Husam GAGAL di KELANTAN.

Husam memikirkan cara baru. Cara baru ialah menyambung LIDAH SYAITAN, mengikut politik "Niccolo Machiavelli" dan mengenepitkan ajaran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

MATLAMAT MENGHALAKAN CARA, iaitu dengan membuat fitnah kepada PAS berkenaan dengan duit RM90 juta masuk dalam akuan PAS melalui Affin Bank.

Husam musa menepikan apa yang Islam ajar kepadanya. Dia menepikan apa yang Allah s.w.t. memberi peringatkan dan amaran di dalam al-Quran pada Surah Al Hujarat ayat 6.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. "
Mungkin Husam Musa sudah berfikir dia sudah tidak beriman lagi, jadi ayat itu tidak mengenai akan dirinya.

Bukan itu sahaja Husam Musa mengepikan ajaran Islam bahawa orang yang membuat tuduhan mesti mengemukan bukti atas tuduhannya. Bagi Husam itu tidak penting asalkan dia boleh LANYAK PAS dan geng ULAMA dalam PAS.

Husam lebih suka cara politik barat, yang kena tuduh terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyaman orang membuat tuduhan. Bukan sahaja wang, malah orang kena tuduhan terpaksa menghabiskan masa untuk menyelesaikan kes ini di mahkamah.

Jika orang yang dituduh tidak menyaman, maka ini peluang dan modal untuk Husam Musa akan jaja diceramah-ceramahnya bahawa yang kena tuduh ini sebenarnya bersalah.

Imej politik PAS akan menjadi makin tercalar. Dari segi politik Husam Musa akan berjaya dan politik kotor ini menepikan akan adanya hari Akhirat yang pasti setiap apa yang kita lakukan pasti Allah s.w.t. akan menghitungnya.

Ada yang berkata takkan Husam buat perkara seperti ini.

Saya berkata bai'ah talak isteri pun Husam langgar. Baiah dengan Allah pun Husam sanggup langgar apakan perkara tuduhan kecil seperti ini bagi Husam. Biasalah manusia apabila dendam menghantui diri akal menjadi sempit, pemikiran menjadi tidak waras dan nafsu menguasa segala-galanya.

Husam Musa juga tahu proses mahkamah memakan masa yang lama. Jika PAS sama Husam Musa masih sempat mengatakan ini benar-benar berlaku dalam ceramah-ceramahnya. Jadi sempatlah isu ini digunakan untuk PRU-14 nanti.

Perkara ini sudah sebut pada ceramah 6 Februari 2017 lalu bahawa bukti akan ditunjukkan pada PRU-14 nanti jika PAS tak bersama PAKATAN HARAPAN.

Selepas PRU-14 Husam Musa akan minta penyelesaian diluar mahkamah. Dia hanya mungkin membayar paling banyak RM30 ribu untuk penyelesaian diluar mahkamah kepada PAS. Berbaloilah dengan RM30k boleh LANYAK PAS dan imej PAS tercalar teruk.

Betul ke Haji Hassan?
Ini soalan yang mungkin bermain dikepala pembaca artikel ini.


Husam pernah menggunakan cara politik kotor ini kepada UMNO iaitu dengan membuat tuduhan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Dato' Pa memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ketika hampir PRU-13 lalu.

Dewan Ulama PAS Kelantan membantah cara ini tetapi Husam Musa berdegil dan meneruskan cara politiknya dan mengatakan dia akan tanggungjawab. Husam Musa mengenepikan arahan Dewan Ulama dan mengikut cara politik Pakatan Rakyat.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. PRU-13 telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April 2013.

Sinar Harian 5 April 2013 telah menyiarkan berita penafian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dakwaan Husam Musa kononnya beliau memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri Kelantan. (sila rujuk di sini)

Sehubungan itu, Dato' Pa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

Husam tidak berbuat demikian kerana ini adalah strategi politik kotornya, kononnya nak selamatkan Kelantan dan membantah cara Ulama PAS bekerja yang dikatakan politik kuno yang berstratgi. Kononnya jujur dan ikhlas tak akan berjaya dalam dunia hari ini. Ini pemikiran sesat Husam Musa.

15 April 2016 Sinar Harian sekali lagi menyiarkan berita "Saman Tok Pa terhadap Husam selesai" (sila rujuk di sini)

Saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung dakwaan pemberian secara percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) kepada setiap ketua Umno bahagian di negeri itu selesai.
Keputusan itu dicapai selepas kedua- dua pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Husam membacakan pernyataan kekesalannya dan bersalaman dengan Mustafa selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nor Bee Ariffin sebentar tadi.

TIGA TAHUN isu ini bermain di Mahkamah. barulah Mahkamah boleh membersihkan nama Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Saya bukan nak membela UMNO tetapi saya bercakap diatas KEBENARAN, diatas fakta dan hujah. Inilah Husam Musa yang anda tidak kenali. Semasa dalam PAS dibuat perkara yang tak betul, apatah lagi bila diluar PAS bersama parti PAN.

Husam Musa ini jika bercaramah bercakap pasal agama, macam-macam nas dan hadis mengalahkan ulama silam, tetapi hatinya buruk, busuk dan perangainya sangat JAHAT. Suka berdendam. Tanya Sayuti Omar kalau tak percaya.

Dia hendak menggunakan cara yang sama untuk PERKENA PAS.
Orang yang bodoh sahaja boleh percaya kerana orang bodoh tidak mempunyai maklumat yang benar dan Allah gelapkan hatinya supaya dia jahil dengan maklumat yang tidak benar, Nauzubuillah semoga Allah jauhkan kita daripada POLITIK KOTOR.

Kita memang nak Putrajaya. Kita memang nak jatuhkan UMNO. Tetapi kita ada ISLAM. Islam mengajar kita cara berpolitik yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.




Sumber TKO - 12-2-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara malu dan alah
Posted on Saturday, February 11 @ 17:22:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33556

"

Bercakap pasal Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  yang menyarankan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan melakukan kunjungan hormat ke rumah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.teringat penulis dengan Anwar Ibrahim menyertai umno dahulu.

Kata Syed Saddiq, perkara itu penting bagi memastikan hubungan personal terjalin antara pemimpin-pemimpin berkenaan.Memang mengunjungi atau kunjung mengunjungi boleh membuat seseorang itu malu dan alah.

Atas sebab itulah Syed Saddiq rayu terutama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang bukan hanya keluar kenyataan untuk ajak mereka datang bersidang tetapi pergi ke rumah Hadi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin Pas yang lain lain dan cuba dekati mereka secara peribadi,



 Anwar Ibrahim pernah dipelawa oleh Tun Abdul Razak Husein (perdana Menteri kedua Malaysia) untuk menyertai umno. Banyak kali. bukan sekali.akan tetapi tiada kelihatan yang Anwar berminat untuk menyertai umno.

Sehubungan dengan itu, semasa Tun Mahathir Mohammad Jadi perdana menteri ke empat Anwar Ibrahim telah membuat keputusan drastik dengan hujah ijtihadnya kalau salah datu satu pahala dan betul dapat dua pahala untuk menyertai umno.

Kebanayakan pemimpin ABIM waktu itu tidak bersetuju akan tetap anwar tetap dengan keputusannya meskipun dia masuk dalam tong tahi. Ada yang kata atas sebab Tun Dr Mahathir mengunjungi rumahnya beliau tidak terima nasihat rakan rakan lantas terjun jugak.

Tidak lama kemudian Dato Mohd Asri Muda pula dikatakan sudah mula berjinak jinak dengan Tun Dr Mahathir atas sebab yang serupa. Dikatakan hampir hampir PAS akan menyertai semula BN jika tidak dihalang.

Oleh kerana kebanyakan kepimpinan pas tidak setuju pas menyertai semula BN, maka 12 orang orang kuat Datok Mohd Asri Muda digantung  dan bertindak keluar parti dan tubuh parti baru yang bernama Hamim.

Selepas tubuh parti baru dan tidak lama kemudian Dato Asri Muda pula yang menyertai umno dan beri sedikit projek petronas oleh Tun Dr Mahahir Mohammad sepertimana yang telah diamalkan umno sebelum ini.

( fakta ketika penulis bersama Dr S.Othman Kelantan, Prof Farid Onn, Datok Asri dan Anak prempuannya  serta A. Samad Ismail dalam bilik Prof  Dr Farid Onn UKM)

Mengunjungi atau berkunjung kerumah adalah suatu sejata yang paling mujarab untuk memujuk pucuk kepemimpinan tertinggi parti di Malaysia ini.

Sesiapa sahaja boleh malu dan alah.Akan tetapi ianya amat sukar untuk dilakukan apabila berlaku perselisihan faham antara satu sama lain.Jika Tun Dr Mahathir Mohammah boleh buat semula kunjung mengunjung, terutama ke rumah Datok Seri Abdul Hadi Awang tidak mustahil ia akan jadi malu dan alah meskipun dia pernah berkata pas tidak sekali kali akan berkejasama dengan  DAP dan Amanah.


Pada penulis, itulah satu satunya kaedah yang paling mujarab untuk mengajak pas bekerjsama hatta dengan parti yang dianggap sebagai pengkhianat kepada Pas. 

Pemimpin Pas akan jadi malu dan alah apabila ketua parti pembangkang lain mengunjunginya, terutama sekali Tun Mahathir Mohammad yang dipernah diwar warkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaik ia keluar umno zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi perdana menteri sebagai pemimpin yang sedar dan benar benar insaf.

Sumber TKO - 11-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































Gantung arahan Trump dan iktibar untuk Malaysia

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44233-gantung-arahan-trump-dan-iktibar-untuk-malaysia

Hakim Mahkamah Persekutuan Seattle telah mengeluarkan perintah sementara seluruh negara untuk menghalang arahan larangan perjalanan terhadap tujuh negara Islam, yang sebelum ini ditandatangani Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Hakim Persekutuan James Robart menolak dakwaan pendakwa raya pentadbiran Trump bahawa negeri-negeri di AS tidak boleh mencabar perintah eksekutif presiden itu. Sebelum ini lima negeri yang membantah larangan perjalanan itu ialah Washington, Massachusetts, New York, Virginia dan Los Angeles.

Satu perkara yang menarik untuk diamati adalah proses demokrasi yang berlaku di dalam negara mereka. Tidak dinafikan Amerika terkenal sebagai negara yang sangat banyak melanggar prinsip demokrasi di peringkat antarabangsa, kerana menggunakan kuasa veto membatalkan keputusan PBB. Tetapi di peringkat nasional, proses demokrasi yang dipraktikkan sangat matang untuk dicontohi.

Kita boleh melihat doktrin pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman berlaku dengan sanagat efisien. Presiden yang mengetuai kuasa eksekutif boleh dicabar oleh kuasa kehakiman sekiranya melanggar undang-undang sebagaimana isu arahan eksekutif di atas. Begitu juga, Kongres dan Senat Amerika boleh menetapkan sebarang polisi walaupun disanggah oleh Presiden Amerika.

Apa yang kita boleh pelajari dari Amerika adalah sikap rakyatnya yang cukup matang dalam berpolitik. Perintah seorang presiden tidak dianggap sebagai mandatori. Ia sebaliknya boleh dibantah dan dibatalkan mengikut saluranyang sebenarnya tidak bercanggah dengan undang-undang.

Sebaik sahaja menerima arahan eksekutif Trump, kumpulan pengamal undang-undang telah bersuara bahawa ianya tidak mengikut proses perundangan yang betul. Justeru itu mereka telah mengambil tindakan membawanya ke mahkamah. Hasilnya, arahan orang no.1 di negara paling berpengaruh di dunia dibatalkan!

Kenapa kita tidak boleh lakukan perkara yang sama di Malaysia? Isu GST, 1MDB, kenaikan harga minyak, atau apa sahaja, kenapa rakyat tidak berani mendakwa Perdana Menteri di mahkamah? Soal menang kalah itu nombor dua. Yang penting kita memberi isyarat kepada ketua eksekutif negara hari ini, bahawa dia tidak memiliki kuasa mutlak ke atas Malaysia.

Situasi politik kita di Malaysia tidak banyak berbeza dengan Amerika dan Britain. Di Amerika, Trump menaiki takhta dengan majoriti yang sangat tipis. Kedudukan Dewan Rakyat di Kongres Amerika pula adalah seimbang; Republikan menguasai 51.2% kerusi manakala bakinya adalah pembangkang didominasi oleh parti Demokrat. Di Malaysia BN menguasai 59.46% kerusi Dewan Rakyat.

Begitu juga di Dewan Senat Amerika. Daripada 100 kerusi, Republikan hanya menguasai 52 kerusi, manakala Demokrat 46. Dari segi undi popular, Demokrat mengungguli walaupun tidak menjadi mejaoriti di dua dewan tersebut. Situasi yang sangat hampir dengan Malaysia pasca PRU13 sejak Mei 2013.

Dengan kedudukan ini, Dewan Senat telah beberapa kali menolak cadangan Presiden Donald Trump, contohnya dalam isu perlantikan timbalan presiden dan kabinet menteri Amerika. Walaupun majoriti Dewan Senat dikuasai parti Trump iaitu Republikan, ia tidak mengikat semua ahlinya dalam dewan itu untuk mengikut semua kata Presiden.

Begitulah kematangan demokrasi yang sepatutnya ada di Malaysia. Wakil rakyat BN tidak semestinya perlu berpihak kepada semua kata Perdana Menteri. Kuasa legislatif mesti terpisah dari kuasa eksekutif dan juga kehakiman. Barulah Dewan Rakyat dan Dewan Negara boleh berperanan dengan baik. Keseimbangan kuasa sangat perlu dalam memastikan demokrasi negara telus dan efisien. - HARAKAHDAILY 11/2/2017

Sumber HD - 11-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Husam Kata PAS dapat RM90 juta. Husam ni cerdik atau bodoh?
Posted on Friday, February 10 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33540



Dalam satu ceramah parti PAN di Kelantan Husam Musa mendedahkan kononnya duit RM90 juta disalurkan melalui AFFINBank. Husam kata dia akan dedahkan semasa PRU-14 nanti jika PAS tak bersama PAKATAN HARAPAN. Ini ugutan seperti yang saya pernah menulis sebelum  ini. Sila baca di sini.

Husam ni hampir setiap  hari berceramah untuk menyerang PAS. Tak kira masa, pagi, petang atau pun malam. Tak kira tempat, asal jadi, asalkan dia boleh berceramah untuk menyerang PAS. Di kedai kopi, warung tepi-tepi jalan dan sebagainya. Dia pun tak kisah berapa orang penonton yang hadir. Kalau ada 2 atau 3 orang itu kira sudah boleh berceramah.


Yang diutamakannya, ceramah mesti 'live' dan juru kamera jangan sekali menunjukkan penonton, hanya fokus kepada penceramah sahaja (tujuan untuk membuat persepsi diluar kononnya PAN Kelantan hebat)

Bayangkan daripada OGOS 2016 sehingga JANUARI 2017 peningkatan ahli PAN daripada 823 orang kepada 1458 orang sahaja. Duit dah guna menghampir RM2juta. Hampir setengah tahun menyerang PAS, membuat fitnah, menyebar maklumat palsu, memutar belit fakta dan sebagainya kemasukkan ahli PAN tidak sampai 1% daripada ahli PAS. Ini bermakna 99% ahli PAS di Kelantan masih menganggap 'Huse gile'.

Sebelum ini Hussam serang PAS, kononnya PAS tak mampu membayar gaji pekerja HARAKAH. Katanya kakitangan HARAKAH sudah beberapa bulan tak mendapat gaji. Kalau kita berfikir secara akal yang waras PAS tak ada duitlah.

Kemudian hari ini dia pula kata PAS ada terima duit RM90 juta melalui Affin Bank. Logik akal pula akan berkata PAS ada duit. Kalau PAS ada duit kenapa tak boleh bayar gaji?

Mana satu yang betul?
Atau semuanya kerja jahat untuk BURUKKAN PAS tanpa melihat dan merujuk kepada Al Quran seperti dalam surah Al Hujurat ayat 6.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.
Allah kata AGAR KAMU TAK DITIMPA MUSIBAH dan KAMU PASTI MENYESAL

Perkara yang sama juga berkenaan kereta mewah yang kononnya Presiden PAS terima rasuah. Puak PAN mempertikai bagaimana Presiden PAS boleh guna kereta mewah, ada beberapa biji kononnya. Akal orang waras akan kata Abdul Hadi mana ada duit nak beli kereta mewah.

Tapi mereka lupa, bahawa sebelum ini puak PAN ini kata Abdul Hadi makan gaji buta kerana tak hadir sidang parlimen untuk ke luar negara. Kita tidak lupa sebarang dan serangan PAS bersama cybertropper UMNO dalam isu ini. Mereka menjaja pendapatan Presiden PAS dengan bertujuan membina PERSEPSI BURUK KEPADA PAS pada masyarakat Malaysia.


Hal ini telah di jawab oleh blogger Nordin Ali dalam blognya. Saya petik penulisan Nordin.

Lihat sepintas lalu, sudah nampak ada maklumat yang tak benar daripada anggaran pendapatan tersebut. Tapi sekarang ni, momok apa sahaja semua orang telan bulat-bulat tanpa fikir panjang. Kononnya golongan profesional yang ilmiah dari segi maklumat dan berfikiran vartikal yang tinggal omong-omong kosong.

Mereka lebih buruk daripada UMNO yang telah busuk sampai ke usus. Tapi pelik lidah sebut menentang UMNO tetapi paie perangai 100% mengganti UMNO.

Ok. Katakanlah kita terima gaji Presiden PAS RM90,000.00 sebulan. (nak ajar pemikiran vartikal)
Apa yang Presiden PAS buat dengan duit banyak itu sebulan?? Buat rumah besar macam Anwar Ibrahim? atau Salahuddin Ayud?? Atau Dr Zul, Hatta Ramli atau Khalid Samad??

Ini gambar baru rumah Presiden PAS yang bergaji RM90K sebulan mengikut sebaran fitnah parti AMANAH (dulu UMNO buat kerja ini. Sekarang UMNO boleh relex sebab dah ada pembantu/proxy yang mengambil alih tugas bodoh ini) yang diambil menggunakan drone.


Cuba bayangkan menjadi MP/ADUN lebih daripada 30 tahun tapi inilah rumahnya. Tak ada kemewahan. Malah lebih buruk dan uzur daripada rumah tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Untuk makluman tukang fitnah pencacai AMANAH dan cybertropper AMANAH, Presiden PAS tak ambil gajinya untuk Parlimen Marang dan DUN Marang. 100% disumbangkan kepada parti.

Tak payah buat kerja bodoh. Biarlah UMNO sahaja buat kerja bodoh ini.
Islam mengajar kita jangan membuat dosa atau kesalahan kerana kesalahan yang dibuat berulang kali akan menyebab titik hitam dalam hati kita, yang mana dosa itu menjadikan kita tidak rasa bersalah dengan dosa dan kesalahan.

Pernah dicerita bagaimana seorang ahli ibadat yang membuat dosa untuk minum arak akhirnya tercabut iman setelah melakukan dosa demi dosa yang berturut-turut.

Kita boleh berbeza pandangan, tetapi menuduh orang lain tanpa bukti yang sah itu suatu yang sangat keji di sisi Allah s.w.t.  Islam mengajar kita setiap tuduhan mesti diberikan bukti. Apakah Husam rasa dia boleh buat tuduhan tanpa bukti kerana sistem jahiliyyah sekarang membenarkan begitu.

Apakah Husam Musa lupa apa Tok Guru Nik Aziz ajar cara Islam setiap pertuduhan mesti dikemukan bukti.

Apakah Husam rasa dia akan bebas dengan tuduhan itu tanpa dia kemuka bukti sehingga semua orang yang membaca dan mendengar tuduhan akan membuat anggapan salah. Dia rasa dia terlepas dengan dosa?

Adakah mereka yang sama-sama dengan Husam rasa sedekah, amalah solat dan zakatnya mampu membersihkannya bersama-sama dengan Husam untuk membuat tuduhan. Ajaran Islam manakan dia ikuti?

Dalam isu PAS terima wang RM90 juta, Husam tidak bodoh. Dia juga tidak cerdik tetapi dia MEMANG JAHAT kerana ORANG JAHAT dan BERDENDAM sahaja sanggup menepi cara Islam yang dianuti untuk membuat tuduhan tanpa bukti kerana dia rasa didunia ini mungkin dia boleh manipulasi isu ini tetapi adakah dia akan boleh jawab dihadapan Allah?


Sumber TKO - 10-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haji Hadi tak ikut nabi, kata ‘lebai’ penceramah PAN demi membela DAP
Posted on Thursday, February 09 @ 23:13:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33533



Percaya atau tidak parti PAN membuat ceramah setiap hari di Kelantan. Bukan satu tapi 2 atau 3 ceramah serentak. Ini dipanggil program gempur yang dipimpin oleh Husam Musa panglima perang mereka.

Semua ceramah tersebut bukan bertujuan untuk menyerang UMNO atau BN tetapi menyerang PAS. UMNO Kelantan sekarang ini boleh goyang kaki kerana semua kerja mereka telah dilakukan oleh puak IKRAM dan PAN.

UMNO tak payah selongkar mana-mana isu tentang PAS kerana semuanya telah dibuat oleh puak PAN. Mereka menyelidik, menyelongkar dan mencari mana-mana salah silap pentadbiran PAS. Kalau ada salah, jawabnya satu Malaysia akan diwar-warkan. Jika salah itu kecil akan dibesar-besarkan sehingga nampak terlalu JAHAT PAS ini.

Kalau tak ada salah, mereka akan bina persepsi buruk dengan bantuan cybertropper yang dibayar untuk menampakkan seolah-olah perkara itu salah dan PAS MEMANG JAHAT tak pandai tadbir negeri.

Saya tak kata semua pimpinan PAS itu baik dan tak membuat salah dan silap. Kita rasional dalam semua hal. Manusia akan ada kesilapannya. Zaman Rasulullah s.a.w. yang mana sahabat yang pergi bersama Nabi s.a.w dalam perang Badar yang Allah jamin syurga pun ada membuat kesilapan yang salahnya boleh dihukum pancung.

Tapi kenapa PAN memilih menyerang PAS dan membantu UMNO untuk menjatuhkan kerajaan PAS itu menjadi persolaan kita?

Semasa berhujah dengan kawan-kawan IKRAM dan PAN saya tak pernah mengatakan PAN Kelantan kuat pengaruhnya. Malah banyak tulisan saya sebelum ini menyelongkar dan menyebut bahawa PAN tidak begitu berpengaruh di Kelantan.

Malah ahli PAN Kelantan sehingga sekarang masih belum mencapai 1500 orang. Gerak gempur dibuat oleh Husam Musa dalam OGOS 2016 sehingga JANUARI 2017 hanya mampu meningkatkan ahli PAN daripada 823 orang kepada 1458 orang sahaja. Peningkatan lebih kurang 600 sahaja.

Peningkatan 600 orang dengan pembelanjaan hampir RM2 juta (maaf saya tak dapat nilai tepat dan jika saya ada nilai berkenaan saya akan dedahkan dalam tulisan saya akan datang) tidak berbaloi.

Mungkin pembaca ingin bertanya di mana datangnya duit sebanyak itu? Jangan hairanlah Husam ada 'tokong besar'.

Kenapa PAN giler-giler serang PAS di Kelantan?
Soalan ini menarik untuk dibahaskan.

Semasa saya berhujah dengan kawan-kawan IKRAM dan PAN saya menyatakan walaupun PAN membuat pelbagai aktiviti di Kelantan sehingga ceramahnya 2 hingga 3 tempat setiap hari, sebenarnya PAN sangat lemah tidak kuat pun. Ini semata-mata untuk MENEKAN PAS supaya akur untuk BERSAMA dengan PAKATAN HARAPAN.

Macam ugutlah.

KALAU PAS TAK BERSAMA, kami akan jatuhkan PAS Kelantan untuk pertandingan 3 penjuru. Kalau PAS BERSAMA PAKATAN HARAPAN kami bantu PAS KELANTAN untuk kekal di Kelantan.

Jadi nak buktikan UGUTAN ini benar maka puak-puak PAN dan IKRAM pun BUATLAH KERJA UMNO untuk menjatuhkan PAS Kelantan bersungguh-sungguh sehingga ada yang tinggal anak bini dan membelanjakan wang untuk "BERJIHAD MENJATUHKAN KERAJAAN ISLAM PAS".

Ok. Rasanya dah jelas.

Berbalik kepada lebai PAN. (Ingat PAS aje ada lebai ke?)

Penceramah PAN berkata Nabi s.a.w. walaupun diludah oleh seorang kafir semasa pergi dan balik mengajar, tapi Nabi s.a.w. tetap pergi berjumpa si kafir tersebut ketika sakit. Tapi HADI AWANG pada satu ketika dulu mengakui DAP lebih baik berbanding dengan Umno, tapi sekarang Hadi AWANG memerangi DAP dan bersetongkol dengan UMNO.
Inilah hujah-hujah dimainkan oleh cybertropper PAN untuk menyerang PAS dan Presidennya Abdul Hadi Awang.

Puak PAN dan IKRAM ini tahu tak bahawa UMNO tu Islam dan DAP tu ramai bukan Islam, kira tak Islamlah? Sejahat-jahat UMNO dia masih Islam dan mengucap Syahadah. Adakah kita tak berjumpa dia. Kalau dia sakit pun tak boleh jumpa, kena jumpa DAP. Kalau jumpa UMNO nak UG?

Penceramah PAN dan IKRAM ni tahu tak data pilihanraya yang mana undi PAS di 4 negeri Melayu sangat rapat dengan undi UMNO?

Kalau kita pulau UMNO sampai bila undi PAS tak akan berkembang. Kita kena rapat dengan ahli-ahli UMNO kerana mereka sasaran kita, disebut dalam konteks dakwah madu'u.

Abdul Hadi Awang banyak kali menyebut kepada kita bahawa PAS bermusuh dengan UMNO bukan dengan ahli-ahli UMNO. Manakalah puak-puak PAN dan kaki fitnah mereka melalui media sosial banyak kali menyebut PAS nak UG dengan UMNO tapi sampai sekarang masih belum belaku kerana mereka membuat persepsi dan tuduhan palsu tanpa asas yang benar. Tuduhan palsu memang tak akan berlaku. Yang mereka yang buta maklumat akan menelan tuduhan ini. Mereka ini saling tidak tumpah macam macam UMNO yang menelan dan mempercayai UMNO betul.

Islam mengajar kita menyelidik maklumat. Apa salahnya tiap-tiap malam kita berdoa kepada Allah untuk Allah berikan kita pertunjuk mana yang benar dan mana yang salah.




Sumber TKO - 9-2-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga diri Pas masih tinggi
Posted on Thursday, February 09 @ 22:03:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33532




Oleh ZULKIFLI JALIL
PKR sedar kalau parti itu cuba bertaut dengan Pas, DAP akan pandang sinis.Maka benarlah kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali elok sahaja Pas bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


PPBM pun rakan kongsi mereka. Pusing kiri, kanan, atas dan belakang, balik semula dalam pakatan harapan diketuai DAP nanti.

Cuma Pas, dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan biarkan mereka jatuh dua kali dalam lubang sama.

Yang penyokong dan ahli Pas ‘menyirap darah’ kerana Pas diperlekehkan begitu teruk sekali oleh DAP.

Hakikatnya, tanpa Pas dalam siri pilihan raya umum lalu, jangan haraplah DAP boleh meraih undi Melayu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang harus sedar. Sebelum DAP dan PKR berada dalam kedudukan kuat sekarang, Pas terlebih dahulu dominan.

Dalam pilihan raya umum 1999, Pas muncul pemenang terbesar dalam pakatan dikenali Barisan Alternatif apabila berjaya memenangi 27 kerusi parlimen, 98 kerusi negeri dan membentuk kerajaan negeri Terengganu selain Kelantan.

DAP waktu itu berdepan kekecewaan besar apabila hanya meraih 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN. PKR pula yang baru muncul, memenangi lima kerusi parlimen dan empat kerusi DUN.

Kalau diamati pencapaian pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13, DAP dan PKR telah lama mendapat ‘hasil masyhulnya’ daripada pakatan rakyat yang dijana dengan Pas.

Pas berkembang kepada parti yang lebih berpengaruh di negeri-negeri utara, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Bagi DAP pula, pengli­batannya bersama Pas dalam pakatan membolehkannya me­menangi 38 kerusi parlimen dan 107 kerusi DUN.

Ini termasuk 16 kerusi parlimen di Semenanjung yang mempu­nyai kurang dari 60 peratus pengundi Cina (sembilan daripadanya mempu­nyai kurang dari 50 peratus pengundi Cina). Dan memenangi 44 kerusi DUN yang mempunyai kurang dari 60 peratus pengundi Cina (15 daripadanya mempunyai kurang dari 50% pengundi Cina).

Bagi DAP, perbu­atannya menolak Pas dari berada dalam pakatan kerana beranggapan kedudukan DAP dalam kalangan orang Cina ‘amat solid’. Tetapi buat PKR, sesuatu yang besar perlu difikirkannya kerana PKR tidak memiliki jentera yang efisien seperti Pas.

Tanpa Pas, PKR bakal terkubur kerana PKR bersan­darkan pada Pas untuk survival politiknya. Dan kalau dilihat prestasi PKR dari 1999 hingga 2013, ternyata PKR telah memanfaatkan kekuatan pakatan di kawasan ‘campuran’ - yang mana tiada pe­ngundi dari sesuatu kaum lebih dari 60% dan dahulunya kubu BN.

Pada 1999, satu-satunya kerusi parlimen dimenangi PKR yang mempunyai kurang daripada 70% pengundi Melayu adalah Permatang Pauh (67% Melayu). Satu-satunya kerusi negeri dimenangi PKR yang mempunyai kurang dari 70% pengundi Melayu adalah Penanti (68% )Melayu) yang terletak dalam parlimen Permatang Pauh. Di Penanti, semua maklum ramainya penyokong Pas di situ.- utusan.com.my

Sumber TKO - 9-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



RUU 355, PKR Nak Perkasa Mahkamah Syariah atau nak elak diri?
Posted on Thursday, February 09 @ 21:38:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33530



PKR hari ini menampilkan sebuah buku risalah mengenai pendiriannya berkenaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Buku risalah setebal 34 muka surat berkenaan merupakan terbitan Biro Penerangan dan Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR.

Buku yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu memuatkan pendirian parti itu berhubung pindaan akta tersebut, berasaskan kepada pendirian presidennya pada 20 Oktober 2016 (Kena jelas bukan berasaskan keputusan ulama dan sebagaianya).

PKR juga akan mengedar buku risalah berkenaan melalui saluran PKR negeri dan cabang PKR seluruh negara terutamanya kepada masjid-masjid, surau dan madrasah.

Saya tak pasti kenapa PKR memilih untuk bertentangan dengan cara PAS dalam usaha memperkasa Mahkamah Syariah?

Saya pernah bertanya seorang pakar agama berkenaan boleh tak makan tupai? Dia tanya saya nak makan atau tak nak makan? Kalau nak makan dia akan beri dalil nak makan. Kalau tak nak makan dia akan beri dalil yang tak boleh makan tupai.

Perkara yang sama juga berlaku dengan PKR. Samada benar-benar PKR mahu meperkasakan Mahkmah Syariah atau PKR mencari hujah dan dalil untuk mengelak melaksanakannya.

Ini bukan perkara pelik, Iblis semasa Allah menyuruh sujud kepada Nabi Adam pun memberikan hujah yang sangat logik untuk mengelak dia tidak sujud kepada Adam a.s. antaranya dia kata dia lebih 'senior' daripada Adam. Memang betul, mana ada senior akur kepada junior? Iblis juga kata dia daripada api sedangkan Adam daripada tanah.

Kalau nak kira logik memang logik hujah Iblis.

Perkara yang sama juga berlaku kepada geng IKRAM dan parti PAN. Mereka juga mencari hujah mengatakan bahawa bukan masanya melaksanakan hukum Hudud. Mereka meletakkan kemenangan lebih utama.

Mereka cuba mempengaruhi penyokong dan ahli-ahli PAS bukan masa kita memperjuangan hukum hudud. Yang lebih utama dapatkan kemenangan dulu.

Persoalan timbul, apakah selepas memang nanti hukum Islam akan dilaksanakan? Adakah anda mempercayai?

Sekarang pun di Pulau Pinang 'orang agama PKR dan PAN' menjual agama untuk meraih sokongan DAP.


Sumber TKO - 9-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































Apakah Secara Tak Sedar, Agama Telah Ditolak Ke Tepi?
Posted on Thursday, February 09 @ 19:44:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33525



Bukan nak kata apa. Kalau dulu fitnah mainan UMNO, kini nampaknya fitnah telah dipelopori oleh puak PAN . (PAN tak ada di Malasyia, PAN ada di Indonesia – kata mereka). Seolah-olah politik PAN ini tak boleh hidup dan berkembang tanpa fitnah.Contohnya, tengok saja pada Husam Musa yang melemparkan tuduhan RM90 juta masuk ke dalam akuan pemimpin PAS.

Difitnahnya PAS kemudian disuruh PAS buktikan tidak bersalah. Apa kegilaan ahli politik durjana begini? Sepatutnya, Husam bawa saja ke pengetahuan SPRM. Bawa bukti. Orang PAS pun tak akan bela mana-mana pemimpin PAS yang terbukti baham pitih begitu. Celik akallah sikit orang yang menerima tularan fitnah. Tak pasal-pasal kongsi dosa orang.



Tak habis di situ. Fitnah tak akan berhenti begitu saja. Ia akan dijaja pula secara bisik-bisik dan sembang-sembang kedai kopi. Semua ini ditularkan tanpa sebarang bukti. Kalau ada bukti, sudah lama mereka akan lapor kepada SPRM. Inilah fitnah namanya.



Allah mengutuk dan mengancam golongan pencetus dan penjaja fitnah ini di dalam al-Quran. Hadis Nabi s.a.w. juga banyak berkisar tentang fitnah. Tetapi puak-puak pendendam ini tak akan nyenyak tidur selagi bahtera PAS belayar dengan gagah dan bergaya. Seolah-olah tak ada cara lain untuk bersaing dengan PAS. Cara fitnah sahaja, bahtera PAS dapat dibocorkan.



Malangnya penerima fitnah pun sama. Mudah sangat percaya pada fitnah. Macam tak ada akal untuk menilai mana fakta mana auta. Mereka inilah pula nanti menularkan fitnah. Patutlah Allah dan Nabi juga mengutuk dan mengancam  manusia begini.



Kerana fitnah, tak pasal-pasal manusia yang tak bersalah dihina, dikutuk dan dibenci.



Insaflah dan berhentilah mereka dan menyebar fitnah. Mohon maaflah kepada yang empunya diri sementara masih hidup. Kalau telah berkubur, dengan siapakah maaf mahu dipohon?



Penulis berharap ; agama janganlah ditolak ke tepi.



Sumber TKO - 9-2-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dituduh berbaik dengan Umno, PAS terus bersuara isu GST

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44212-dituduh-berbaik-dengan-umno-pas-terus-bersuara-isu-gst

Dalam satu ceramah Presiden PAS di Kodiang minggu lepas, sekali lagi beliau membangkitkan isu GST. Beliau menyuarakan kesediaan PAS untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah kewangan tanpa membebankan rakyat. Sudah tentu penyelesaian ini dengan cara Islam.

Ini membuktikan peranan sebenar PAS dalam sistem politik negara. Walaupun orang menuduh PAS mesra Umno, hakikatnya 'kemesraan' yang didakwa itu langsung tidak membuatkan PAS membisu dan redha dengan setiap tindakan pihak lain. Yang pasti matlamat PAS berpolitik tidak tertumpu kepada aspek kuasa semata-mata, tetapi ia hanya wasilah untuk membantu negara dan rakyat makmur bahagia.

PAS sejak dahulu adalah parti yang berpegang teguh kepada prinsip. Semasa bersama DAP, beberapa kali PAS berbeza pendapat dengan mereka. Isu TPPA, isu Pilihan raya Kerajaan Tempatan, Kajang Move, 16 September dan Bersih. Malah PAS tidak sekali-kali tunduk apabila meminta PAS tidak memperjuangkan agenda syariat Islam sehingga menerima balah dan berpecah.

Dalam isu GST kali ini, PAS bukan sekadar membantah bahkan turut menawarkan penyelesaian. Bukan sekadar retorik, bahkan PAS telah menyiapkan sebuah pelan pengurusan kewangan yang digelar Dokumen Hijau. Dokumen ini menawarkan solusi bagaimana kerajaan boleh menghasilkan pendapatan tanpa melibatkan cukai ke atas rakyat miskin dan sederhana sebaliknya dikenakan ke atas golongan terkaya  melalui cukai saham-saham dan cukai simpanan korporat.

Idea ini tidak terhenti setakat itu sahaja. PAS bersedia pada bila bila masa untuk mengadakan perbincangan dan perundingan antara pakar pakar ekonomi PAS dan pihak Kerajaan Pusat bagi membincang penyelesaian jangkamasa panjang yang tidak membebankan rakyat. Dengan keahlian melebihi sejuta orang, PAS dibarisi profesional berbagai kepakaran, termasuk kalangan bukan Islam. Ini sekaligus menafikan dakwaan parti pak lebai seperti yang digembar-gemburkan. Cukup lengkap untuk mentadbir negara pada bila-bila masa.

Adakah ini petanda mahu bergabung dengan Umno? Cukup simplistik, dangkal dan tidak matang kenyataan sebegini. Pemikiran mereka masih terkambus di bawah tempurung politik kepartian ketinggalan zaman. Mereka masih tidak boleh menerima sebuah parti pembangkang bekerjasama dengan parti pemerintah dalam isu-isu rakyat. Bagi mereka, kalau pembangkang mesti bangkang kerajaan habis-habisan. Membantu rakyat melalui kerjasama dengan kerajaan ibarat membantu kerajaan untuk terus berkuasa, justeru ia adalah terlarang.

Daripada kenyatan Presiden PAS di Kodiang itu, beliau sekali lagi bertegas bahawa kerjasama ini bukan bermakna PAS bergabung dengan Umno. Parti tersebut sudah banyak kerosakan. Bekas presidennya sendiri tidak sanggup bersama lagi. PAS tidak akan menanggung kerosakan Umno. Bergabung dengan mereka hanya menyusahkan PAS. Lebih baik biarkan mereka sendiri urus masalahnya. Kerjasama PAS hanya dalam urusan mempertahankan Islam dan nasib rakyat.

Selain itu, TGHH cukup optimis mampu menyelesai masalah negara. Semestinya sikap ini lahir dari keyakinan beliau bahawa hanya Islam satu-satu penyelesaian. Beliau memberi contoh bagaimana PAS mampu mentadbir Terengganu walaupun menghapuskan cukai pintu dan tol. Kerajaan Kelantan boleh bertahan selama 20 tahun dan lebih maju dari beberapa negeri di bawah BN walaupun disekat dengan berbagai segi sejak zaman Mahathir. DAP yang memerintah negeri kedua terkaya pun belum mampu menghapuskan tol walau sudah 2 penggal berkuasa.

Konsep ekonomi Islam cukup mudah; (تؤخذ من أغنيائهم وترد إلى فقرائهم) diambil dari orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin. Kerajaan sebagai moderator mengurus kewangan rakyat (كي لا تكون دولة بين الأغنياء منكم) agar harta tidak hanya berlegar di kalangan orang kaya semata-mata. Barulah akan mencapai (بلدة طيبة ورب غفور) negara yang baik dan tuhan Yang Mengampun. - HARAKAHDAILY 9/2/2017

Sumber HD - 9-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































‘Political Revenge’ Umno, Rakyat Tetap Jadi Mangsa













Melihat perkembangan mutakhir ini, saya hanya mampu tersenyum kelat membaca tulisan ugut-mengugut dari pihak ahli Umno sekarang kepada bekas ahli Umno dan ugut balasnya. Mereka sangat yakin bahawa mereka tidak bersalah, tetapi sebaliknya pihak Umno lainlah yang bersalah.

Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) anak syarikat Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) yang terjadi pada awal tahun 80-an dahulu ketika mula-mula Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tiba-tiba timbul sekarang. Skandal yang melibatkan jumlah wang yang hilang sebanyak kira-kira RM4.5 billion (menyamai RM18 billion nilai sekarang) menjadi misteri sehingga kini. Bukan sahaja wang rakyat hilang, malah, nyawa seorang pegawai BBMB, allahyarham Jalil Ibrahim juga melayang.

Berbagai versi yang didengar berkaitan dengan skandal ini, kita boleh membacanya dan menontonnya juga. Dikatakan Tun Mahathir telah dikaitkan oleh CIA dalam kes ini. Ada yang mengaitkan nama mantan Perdana Menteri allahyarham Tun Hussein Onn. Turut dipalit sama ialah Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Menteri Kewangan.

Kita yang berada di luar skandal ini, tidak mengetahui siapa yang sebenarnya bersalah, tetapi yang rakyat tahu, duit rakyat telah hangus ditelan oleh George Tan dan Kumpulan Carrian hasil dari skandal ini.


Tidak puas berbalah tentang skandal BMF, dikorek pula cerita lama skandal forex di Bank Negara Malaysia (BNM).
Sebanyak RM44 billion pula didapati lesap. Cerita skandal yang berlaku pada awal tahun 90-an itu di’bintangi’ oleh bekas Menteri Kewangan I dan II, Tun Mahathir dan Tan Sri Nor Mohamed Yackop. Pernah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dipalit sama.

Katanya A. Kadir Jasin, ianya tentang mahu menyelamatkan RM. Manakala katanya musuh Tun Mahathir pula, BNM pernah diberi amaran oleh Gabenor Bank Pusat Amerika Alen Greenspan berkenaan permainan spekulasi mata wang itu dan akhirnya BNM rugi kira-kira RM44 billion wang rezab bagi rakyat Malaysia.

Diungkit pula kisah yang sangat tersohor ketika ini iaitu yang dikatakan sebagai skandal 1MDB oleh musuh-musuh Datuk Seri Najib tetapi sebagai perangsang ekonomi dakwa pendukung-pendukung PM. Pun begitu walau dikatakan bagi merangsang ekonomi, 1MDB hampir sahaja menggadaikan telaga minyak milik rakyat Terengganu dan menyebabkan perbalahan dalaman diantara bekas MB Terengganu,Dato’ Seri Ahmad Said dan PM. Jumlahnya tidak jauh berbeza dengan skandal yang lepas, kira-kira RM50 billion sahaja.

Semua kisah ini ada persamaan dalam satu maksud utama iaitu Umno. Semua nama-nama yang disebutkan kecuali allahyarham Jalil Ibrahim, adalah pembesar-pembesar Umno, yang mana, tiada seorangpun daripada mereka dikenakan tindakan oleh kerajaan Malaysia atas tuduhan seperti pecah amanah, menggelapkan duit rakyat atau yang setaraf dengan itu, walau jelas lebih RM50 billion wang rakyat lesap. Dipenjarakan pun tidak.

Setiap pembesar Umno, akan ada cerita gelap mereka. Sebab itu apabila mereka berkelahi, maka sisi gelap itu akan di’terang’kan oleh lawan mereka bagi ditunjukkan kepada orang ramai, mereka ini tidak boleh dipercayai. Dan apabila mereka berganding bahu kembali, maka sisi gelap itu akan diselimut kembali, menunggu untuk dibuka semula. Inilah budaya politik balas dendam atau ‘political revenge’ cara Umno…..Malu? Arrhh…jika malu, tak layak mereka menjadi pembesar Umno kerana antara syarat utama menjadi pembesar Umno ialah ‘tak tahu malu’.

Apapun kebejatan yang Umno buat, pasti yang maksima terpalit ialah rakyat. Rakyat adalah mangsa termudah bagi Umno untuk menipu dan melarikan diri kerana rakyat Malaysia masih ramai yang sayangkan Umno.

Jika perangai ini tidak diubah, maka tunggulah saatnya, rakyat akan melihat kehancuran negara yang lebih parah. Tiada siapa yang boleh rakyat salahkan kecuali diri sendiri kerana masih teguh menyokong Umno, walaupun Umnolah yang memiskinkan rakyat, menghina negara di mata dunia, membaham wang rakyat, menjual aset negara dan banyak lagi.

PAS konsisten menentang penyalahgunaan wang rakyat. PAS tidak pernah terbabit dalam melesapkan wang rakyat. Terbukti di Terengganu, apabila Umno berjaya merampas kembali Terengganu dengan cara yang ‘ajaib’ dibukakan kertas putih perihal pembalakan di Terengganu yang dikatakan diseleweng PAS.

Malang bagi Umno, kerana kertas putih itu sebaliknya memutihkan imej PAS, bukan menghitamkan. Di Kedah, sehingga kini, tiada satupun dakwaan salah laku terhadap kerajaan Negeri Kedah ketika di bawah PAS. Di Kelantan, TGNA pernah berkata, beliau membuka pintu 25 jam bagi SPRM menyiasat kerajaan Negeri Kelantan. Tetapi apapun yang berlaku, kerana takut dengan bayang-bayang sendiri, yang disalahkan Umno, DAP dan PAN, ialah PAS. Senada mereka sekarang.

Orang Umno dengan bekas orang Umno yang masih tidak insaf, mereka tetap sama, walaupun berbeza jersi dan pasukan. Pada ketika mereka memerintah, mereka gunakan semaksima mungkin kuasa yang mereka ada bagi mengaut apa-apa keuntungan dunia bagi mereka dan kroni-kroni dan menindas lawan mereka.

Tiada apa yang mereka kesalkan walaupun bukan setakat jutaan, malah billion wang rakyat mereka ‘kerjakan’ atau dihanguskan. Mereka tetap selamat, kebal daripada segala hukuman dunia ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama membuang Umno setelah mereka membuang duit rakyat dengan rakusnya.

Namun begitu, PAS insyaAllah menerima dengan terbuka semua mereka yang insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan Allah dengan syarat mereka ini mesti patuh dengan kehendak Allah.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
10 Jamadilakhir 1438 bersamaan 8 Februari 2017

Sumber BO - 8-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawatankuasa teknikal pelengkap wujud persefahaman
Posted on Wednesday, February 08 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33506



KOTA BHARU - Perjanjian penubuhan jawatankuasa teknikal yang dimeterai Pas dan Bersatu pada 1 Februari lalu dilihat satu inisiatif untuk melengkapkan usaha mewujudkan persefahaman dan kerjasama politik antara parti-parti pembangkang.

Penganalisis Politik, Dr Rusdi Omar berkata, kerjasama politik ini dilihat akan merintis ke arah pembentukan permuafakatan politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk berdepan BN secara satu lawan satu.

“Adakah ia akan menjadi kenyataan atau khayalan semata-mata? Bagaimanapun saya melihat usaha pembentukan permuafakatan dan kerjasama politik antara kedua-dua parti ini menjadi realiti.


“Masih samar dan sukar menjadi kenyataan kerana Pas terus berkeras untuk menolak kerjasama dengan parti-parti politik yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah, sebagaimana ditegaskan oleh pemimpin-pemimpin utama Pas sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Pertemuan Pas dan Bersatu 1 Februari lalu mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama bagi memperhalus draf rangka kerjasama persefahaman politik kedua-dua parti, ia juga boleh dianggap sebagai ‘penutup’ kepada segala kontroversi sebelum ini yang mengaitkan kedua-dua parti ini sudah tidak boleh bekerjasama.

Rusdi yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, tindakan Pas yang berterusan menolak DAP dan Amanah untuk bekerjasama dalam PRU14 memungkinkan kerjasama Bersatu dan parti itu juga terkubur walaupun kedua-duanya sudah capai kata sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama.

“Draf rangka kerjasama dan persefahaman politik ini juga akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk diperhalusi. Ini membawa makna yang jelas bahawa ia masih menunggu persetujuan peringkat tertinggi parti, untuk menentukan hala tuju sebenar kerjasama itu. Bermakna segala-galanya masih kabur dan di awang-awangan,” katanya.

Rusdi berkata, walaupun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Azmin Ali optimis tentang kerjasama politik antara Pas dan Bersatu khususnya dalam menghadapi PRU14, dia merasakan sebaliknya.

“Saya pesimistik bahawa kerjasama politik ini boleh berjaya kerana syarat Pas yang tidak masuk akal sebelum ini apabila bertegas tidak akan bekerjasama dengan parti-parti politik yang ada hubungan kerjasama politik dengan DAP dan Amanah,” katanya.

Menurutnya lagi, adalah tidak logik untuk Bersatu tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah kerana parti itu telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan sebelum ini malah telah bersepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi PRU14 nanti.

“Sama ada berjaya atau tidak, peluang untuk mewujudkan sebuah gabungan parti-parti politik pembangkang yang utuh dan kuat bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin mereka dalam menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang timbul.

Pendekatan mereka perlulah inklusif dan mengetepikan sikap partisan serta perbezaan ideologi serta mencari kebersamaan demi kepentingan semua pihak. Realitinya, permuafakatan atau kerjasama politik antara Pas dan parti-parti politik terutama dengan Bersatu ini masih jauh lagi,” katanya.

Sumber TKO - 8-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN perlu Tranformasi untuk hilang BADI kubur
Posted on Wednesday, February 08 @ 17:47:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33504



Ya, tidak keterlaluan untuk saya percaya dan yakin Pan akan berkubur. Perkembangan terkini, Zahid Ibrahim tidak tergamak nak join Pan. Kalu nak dikira kepala Zahid memang sesuai dengan Pan.

Kawan saya yang juga guru Ngo saya, Mazlan Aliman terpaksa digerakan oleh PPBM untuk projek Semarakan Felda. Pan sebelum ini tidak mampu mengerakan jentera mereka di kawasan Felda.


Bila PPBM menyuntik semangat gerakan untuk memberi tumpuan kepada 54 Parlimen Felda, Jaguh pejuang Felda semasa dalam PAS mengisi ruang ketika ada momentum kemarahan orang UMNO terhadap Tan Sri Isa Samad kemuncak dan diterjemahkan sokongan kepada PPBM.

PAS dilihat mengambil sikap tepu, tanpa ada usaha bersungguh-sungguh mengambil peluang dari isu felda yang melanda. Mungkin tidak ada tokoh di dalam PAS Pusat yang berwibawa untuk membawa obor kebangkitan di kawasan 54 Parlimen pengundi melayu.

Kehilangan Mazlan Aliman dirasai oleh aktivis pejuang Felda dari kalangan penyokong PAS di seluruh negara. Yang menariknya mereka tidak mengikut jejak langkah Mazlan. Mereka tidak meninggalkan PAS, hanyalah segelintir sahaja. Berani saya katakan PAS tidak terjejas dengan Pan di Felda, tetapi PAS menjadi agak kaku untuk menimbulkan momentum kebangkitan. Namun begitu cawangan PAS kukuh di kawasan-kawasan ini.

Bilamana saya melihat satu program yang dianjurkan oleh PPBM di salah sebuah Tanah rancangan di Jengka baru-baru ini, saya merasakan PAN akan berkubur lebih awal dari jangkaan terutama di kawasan-kawasan melayu. Sambutan warga Felda pada program itu agak baik ketika isu Felda mencanak jiwa peneroka.

Timbul juga persoalan kenapa Tan Sri Muhd Taib tidak menyertai PAN, YB Mahfuz Omar juga tidak sertai Pan walaupun dia sudah tidak berwajah PAS lagi, kadangkala kesimpulan ini merusut percaturan potitik pelik terhadap Pan.

Presiden Pan juga agak tenggelam tak timbul-timbul, jika timbul pun terpaksa tumpang program parti lain seperti PPBM, pendek kata atas Pan sendiri mereka lumpuh, mereka tidak mampu untuk teruskan parti orang Pas yang kecewa ini. Ye lah, mereka tubuh parti selepas kalah pemilihan.

Ramai lagi tokoh politik tanah air, tidak berani atau menjauhkan diri dari Pan. Itupun belum DAP marah dan kecewa dengan Pan, bibik-bibik sudah ada, Pan tidak boleh bertanding di Pulau Pinang dan Selangor, Pan jadi binggung dan hilang pedoman . Jadi sah lah DAP mencipta Pan untuk mengecilkan dan memecahkan undi melayu.

Pan nak rampas Kelantan, Pan nak bertanding semua Parlimen dan Dun yang Pas bertanding, kalau pekikan ini diambil kira, huh..Pas akan hilang nama mereka selepas PRU14, kata seorang pemimpin muda PAN.

Mereka akur dengan suruhan Dap agar mengacau kawasan Melayu terutama di Kelantan.

Tapi hakikatnya? Orang Pan sendiri pun tahu. Sebab itu Pan perlu satu Tranformasi, jangan malu, jangan segan, buatlah, agar Pan terus kekal di landasan yang digagaskan untuk memerintah Malaysia dengan bertuankan DAP.

Buktikan Pan boleh hidup tanpa DAP, Pan boleh memerintah kelantan dan Terengganu. Jangan sembang lebih, jangan sembang kuat. Ibarat orang tahan burung wak-wak, dengar bunyi macam ribuan wak-wak di dalam gelap, rupaya hanya sekor dua sahaja yang memekik berkicauan menjadi denak, lebih malang lagi kita bimbang suara ribuan wak-wak itu hanya dari sekeping kaset sahaja.
Catatan NOJA
7 Febuari 2017
Ajil

Sumber TKO - 8-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Muslihat Kit Siang
Posted on Friday, February 03 @ 10:16:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33445



Apabila penasihat dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang secara mendadak menghulurkan tangan persahabatan pada PAS setelah partinya berpatah arang berkerat rotan dengan Parti Islam ini sekian lama, sudah pasti ia menimbulkan seribu satu persoalan.

Ramai yang hampir terpedaya dengan langkah baru Kit Siang itu dengan menyangkakan inilah peluang terbaik kedua parti terbesar di barisan pembangkang ini mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk memberi tumpuan menumbangkan BN. Jika PAS dan DAP boleh bersatu seperti sebelumnya, sudah pasti harapan pihak pembangkang semakin cerah dan kemungkinan pertandingan tiga atau lebih penjuru dalam PRU akan datang dapat dielakkan.



Langkah mengejutkan Kit Siang ini satu peluang baik buat kedua parti, dan ternyata Kit Siang seorang “negarawan” yang berjiwa besar.



Itu sekurang-kurangnya pandangan mereka yang kosong jiwa politiknya.



Namun hajat Kit Siang itu terbantut apabila Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang segera menolaknya.



Kemungkinan penolakkan ini dilihat sesetangah pihak sebagai satu langkah angkuh dan sombong oleh PAS, tetapi mereka yang beranggapan demikian ternyata tidak memahami sejarah dan situasi politik antara PAS dan DAP.



Menurut Tuan Guru, DAP punya agenda politiknya, begitu juga PAS dan kedua agenda itu sentiasa bercanggah mengakibatkan sebarang bentuk kerjasama diwaktu kini sesuatu yang hampir mustahil.



Jika Kit Siang dan DAP dengan mudah boleh menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat satu ketika dahulu setelah gagal mempengaruhi perubahan kepimpinan dalam PAS, dan kemudiannya menjaja penubuhan sebuah parti kononnya untuk menggantikan PAS, kenapa hari ini Kit Siang mahu memadam semua episod getir itu dan membuka buku baru?



Ada yang mengatakan tindakan Kit Siang itu sebagai “melutut” kembali pada PAS.



Bagi saya seorang seumpama Kit Siang yang telah terjun dan berkecimpung dalam alam politik Malaysia sejak tahun 60an lagi tidak mudah “melutut” begitu apalagi pada PAS.



Sebenarnya Kit Siang seorang strategis yang licik, walaupun beliau pernah gagal dalam percaturannya sebelum itu, tetapi kali ini ia terlalu yakin kerana beranggapan sokongan pengundi Cina tetap berada dalam genggamannya sehingga membawa ke PRU akan datang.



Pada PRU lalu DAP menang 38 kerusi Parlimen (walaupun kalah 1 kemudiannya dalam PRK Teluk Intan). Kit Siang yakin DAP bukan sahaja boleh mengekalkan bilangan itu malah tidak mustahil menambah beberapa lagi.



Keputusan PRK Teluk Intan selain Sg Besar dan Kuala Kangsar gagal menggoncang keyakinannya.



Lalu kenapa perlu bantuan PAS?



DAP sesungguhnya telah hampir mencapai maksima kekuatannya. Dengan bersandarkan undi bukan Melayu, khasnya undi Cina itulah sekitar bilangan kerusi Dewan Rakyat yang boleh DAP menang kecuali pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu mengundinya, sesuatu yang sukar dicapainya.



Kit Siang hari ini bukan sekadar melihat untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan kembali berkuasa dalam kerajaan campuran di Selangor. Nafsu politiknya melonjak sehingga mensasarkan Perak, Negeri Sembilan dan mungkin Johor, malah ianya kini sudah memuncak hingga ke Putrajaya.



Untuk menang dan berkuasa serta mungkin menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri, DAP perlu menang sekurang-kurangnya 112 dari 222 kerusi di Dewan Rakyat.



Di sanalah bantuan sebuah parti Melayu yang mampu menggugat monopoli Umno di kerusi-kerusi majoriti Melayu sangat diperlukan. Mana satukah parti itu?



Parti yang berpengalaman dan sudah dikenali orang-orang Melayu, yang konsisten dalam perjuangannya, yang punya jentera yang berdisiplin dan bergerak malah disegani pula orang-orang Melayu jika tidak PAS.



PKR mungkin boleh juga membantu tetapi tidaklah sebesar PAS kerana konsepnya yang lebih ke arah berbilang kaum.



Pan pula serba tidak mengena buat DAP. Suatu eksperimen untuk menggantikan PAS yang terbukti gagal. Sedang PBBM atau Bersatu masih belum diuji.



Lantaran itu demi mencapai agenda politiknya Kit Siang sanggup mengenepikan segala perbezaannya dengan PAS dan menghulurkan tangan persahabatan kepada Tuan Guru Presiden PAS walaupun ia tahu cubaannya itu tidaklah mudah dicapai.



Harapan Kit Siang melalui pencapaian DAP antara 40 ke 50 kerusi ditambah dengan sumbangan besar PAS dari kalangan kerusi Melayu serta beberapa kerusi lagi dari PKR dan mungkin Bersatu, Putrajaya dapat ditundukkan.



Tetapi ternyata pengalaman pahit PAS dengan DAP terlalu sukar buat PAS untuk dilupakan. Dan sebagaimana berpengalamnnya Kit Siang dalam politik, Tuan Guru Presiden PAS tidak kurang juga pengalamannya yang menjangkau hampir 40 tahun, pernah menjadi Menteri Besar, Ketua Pembangkang dan tidak pernah terkeluar Dewan sebagaimana Kit Siang sejak tahun 1982 (Tuan Guru kekal di kerusi DUN nya sejak tahun 1982 manakala Kit Siang pernah hilang taraf YB nya dalam PRU 1999).



Menurut Tuan Guru malah DAP hingga kini menentang beberapa agenda utama PAS khususnya dalam meningkatkan hukum syariah di kalangan umat Islam.



Agenda ini merupakan asas perjuangan PAS. Jika DAP tidak boleh menerima sekalipun janganlah sampai menentang. Mana mungkin PAS boleh berkerjasama dengan parti yang tidak hormat malah menentang dasar dan prinsip perjuangannya. Jangankan PAS mana-mana parti lain pun tidak boleh menerima parti seumpama itu sebagai kawan.



PAS memang bercita-cita mahu menang PRU, tetapi kemenangan yang PAS mahu capai adalah dengan kebebasan dan kemampuan untuk melaksanakan perubahan. Mustahil PAS boleh mengenengahkan agendanya jika menang bersama dengan DAP.



Kalau mengikut percaturan Kit Siang, kiranya Putrajaya dirampas, dominasi DAP kelak terlalu besar dalam kerajaan sehinggakan mana-mana parti lain yang berada dalam pakatannya terpaksa akur dan tunduk padanya sebagaimana kerajaan campuran Perak pada tahun 2008 dulu.



Bayangkan kerajaan Persekutuan sedemikian rupa.



PAS mahu menang PRU tetapi matlamat kemenangan itu bukanlah dengan cara yang haram dan bertentangan dengan syarak.

roslansms@gmail.com



Sumber TKO - 3-2-2017



--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Geran 1000 Hektar Untuk 9 Sekolah Cina Perak Dan Dana RM15 Juta Untuk Sebuah Sekolah Ugama Pulau Pinang
Posted on Friday, February 03 @ 08:32:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33444



Sama ada secara kebetulan atau tidak, pendedahan pimpinan PAN negeri Perak Nizar Jamaluddin bahawa Kerajaan negeri Perak telah meng“anugerah”kan 1000 hektar (2471.05 ekar) tanah kepada 9 buah sekolah vernakular Cina swasta semasa beliau menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 berlaku hampir serentak dengan berita persetujuan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaja dan menanggung sepenuhnya kos berjumlah RM15 juta untuk projek pembangunan Pusat Pendidikan Al Itqan milik IKRAM (Itqan) di Teluk Kumbar Pulau Pinang.

Kerajaan negeri Perak pada ketika itu dikuasai oleh pihak DAP dan dipimpin oleh seorang Menteri Besar dari PAS yang lebih cenderung kepada DAP serta dianggap sebagai proksi kepada parti rasis cauvinis DAP di Perak. Diberitakan bahawa bekas Menteri Besar ini juga mempunyai pertalian melalui silsilah kekeluargaan dengan beberapa pemimpin DAP.
Manakala kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini diperintah dan dikuasai oleh parti rasis cauvinis yang sama.

Satu perbandingan yang sangat ketara ialah 9 buah sekolah vernakular Cina swasta tersebut mendapat tanah manakala Itqan mendapat peruntukan kewangan.
(http://misabah.blogspot.my/…/tanah-untuk-sekolah-cina-diken…).

Isu penganugerahan tanah yang begitu luas kepada sekolah vernakular Cina tidak mendapat liputan yang meluas pada masa itu. Bagaimanapun, oleh kerana Nizar Jamaluddin mengungkitkannya kembali di dalam satu ceramah kepada para pengundi Cina baru-baru ini, kita rasa terpanggil untuk menyentuhnya bilamana Nizar menyatakan bahawa sekiranya parti pembangkang menang, mereka akan meneruskan dasar tersebut.
(https://www.youtube.com/watch?v=xoKs7LtVHg8).

Ada beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Nizar Jamaluddin dalam isu ini:
Adakah sekolah-sekolah ugama rakyat swasta di Perak juga diberikan tanah 1000 hektar untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit bagi menampung kos operasi sekolah masing-masing?
Adakah pemimpin PAN yang sangat pro-DAP tersebut berani mengulangi kembali isu pemberian tanah 1000 hektar ini di hadapan audiens dan pengundi Melayu di Kuala Kangsar hari ini?

[Mungkin secara kebetulan, kerajaan China juga memohon tanah seluas 1000 ekar daripada kerajaan Sri Lanka untuk dijadikan zon pelaburan di daerah Hambantota pada awal tahun 2016. Sambil merujuk kepada pemberian satu blok tanah seluas 10,000 ekar kepada kerajaan China oleh kerajaan negeri Andhra Pradesh, Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe berkata bahawa Sri Langka akan kehilangan para pelabur sekiranya peluang ini tidak diambil. (http://www.dailymirror.lk/105740/China-wants-acres-in-H-tota).]

Mari kita beralih pula ke isu dana/pembiayaan berjumlah RM15 juta kepada Itqan. Ramai Netizen telah menyentuh isu ini, termasuk Naib Presiden PAN sendiri, Ustaz Hasanudin Yunus (yang mempertahankan pemberian dana itu). Bagi para pemimpin Ikram atau bekas pemimpin mahupun ahli-ahli Ikram sendiri, tidak ada apa yang pelik tentang “niat suci” dan “ikhlas” dari kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai parti rasis cauvinis DAP untuk membantu sebuah sekolah agama di bawah kelolaan rangkaian sekolah-sekolah Ikram (Musleh) di bulan Ramadhan ini.

Ada di kalangan ahli-ahli Ikram yang menyambut berita ini dengan laungan Takbir di dalam sesetengah grup Whatsapp mereka). Malah ada yang cuba mengungkit upacara penyampaian “mock cheque” berjumlah RM200.000 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Joseph Lim Guan Eng kepada wakil Aman Palestin Pulau Pinang (AP). (Saya difahamkan bahawa sumbangan itu telah ditarik balik sebelum cek tersebut sempat dimasukkan ke dalam bank.

Maksudnya, pemberian “mock cheque” di majlis rasmi benar-benar bertukar menjadi cek kosong. Menurut beberapa sumber, terdapat pihak yang telah menghasut Ketua Menteri supaya membatalkan
pemberian tersebut dengan satu fitnah bahawa AP adalah milik ISMA yang kononnya baik dengan UMNO).

Seorang Netizen dan warga Singapura menyimpulkan dengan baik sekali:
“Rakyat Singapura sudah biasa dengan gula-gula sebegini. Diharap Rakyat Melayu-Muslim Malaysia berwaspada.”

Umat Islam dan bangsa Melayu Malaysia sudah lama mengenali sepak terajang, tipu muslihat, kelicikan, semangat anti-Islam, agenda rasis cauvinis sekular parti DAP. Musang berbulu ayam di satu ketika dan harimau pemangsa di ketika yang, mengikut keperluan dan strategi politik. Bisa mengkhadamkan, menggula-gulakan, mengadu domba, mencaturkan langkah-langkah politik pihak lain, mencampakkan bibit-bibit perpecahan hatta di kalangan teman-teman politik dan tidak segan silu dengan amalan baling batu sembunyi tangan.

Posing menarik yang kononnya mempamerkan sikap prihatin terhadap orang-orang Melayu yang ditimpa bencana (dengan posing menceduk nasi beriyani di bawah lantunan flash para pemberita), “membantu” seorang gadis Melayu Melaka, menyimpulkan muka serius dan ambil berat terhadap ugama Islam ketika mengumumkan “pemberian” bernilai RM15 juta … adalah satu skrip drama yang gagal meyakinkan umat Islam dan bangsa Melayu bahawa DAP bukan anti-Islam.

Pemimpin DAP yang telah memperdaya sebahagian umat Islam satu ketika dahulu dengan kenyataan ingin “mencontohi” Khalifah Umar Abdul Aziz adalah orang yang sama menyeru supaya kalimah Allah digunakan di dalam Bible.

Kumpulan yang pertama dan bersemangat sekali membantah Usul Presiden PAS di Parlimen untuk memperkasakan bidangkuasa Mahkamah Syariah Malaysia adalah pihak yang sama yang berikrar untuk meraikan kemenangan calon-calon PAN proksi-DAP dengan julangan arak.

Mereka sanggup “menggadaikan” ribuan ekar tanah kepada sekolah-sekolah vernakular (yang tidak ada peruntukan mengenainya di dalam Perlembagaan) akan tetapi memberikan saguhati segenggam tangan sahaja kepada sekolah-sekolah ugama rakyat. Malah ada di kalangan pemimpin parti rasis cauvinis DAP yang menggelarkan sekolah-sekolah ugama rakyat ini sebagai bersifat perkauman.

Cuba tanya para penceramah dan pendakwah bebas di Pulau Pinang tentang masjid-masjid dan surau-surau yang memboikot dan melarang mereka dari memberi ceramah atau kuliah di dalamnya sekiranya mereka dikenalpasti sebagai tidak sehaluan atau tidak bersetuju dengan parti rasis cauvinis DAP.

Umat Islam dan bangsa Melayu harus sentiasa perlu diberi peringatan bahawa DAP (termasuk juga MCA dan Gerakan) sama sekali tidak boleh diharapkan untuk mendaulatkan Islam. DAP sentiasa terkehadapan mewakili suara penentangan di setiap kesempatan atau isu yang melibatkan kepentingan umat Islam atau usaha mendaulatkan Islam di negara ini.

Justeru itu, ahli-ahli Ikram janganlah terasa teruja sangat dengan pemberian dana kepada Itqan Pulau Pinang. Liputan-liputan suratkhabar beberapa hari sesudah itu hanya menampilkan agenda politik DAP semata-mata yang cuba menolak “persepsi” anti-Islam DAP, bukan lagi tentang Itqan. Gambar beramai-ramai tentang persetujuan mendanai kos pembangunan bangunan baru Itqan hanyalah satu “publicity stunt” DAP yang berjaya.

Di Perak, sembilan buah sekolah swasta Cina telahpun mendapat 2471.05 ekar tanah ketika DAP memerintah Perak, manakala RM15 juta akan disalurkan melalui kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek pembangunan Itqan di atas tanah milik individu. Dan dana ini hanya untuk sebuah sekolah ugama swasta sedangkan sekolah-sekolah ugama rakyat lain di Pulau Pinang hanya boleh bermimpi sahaja untuk mendapat perhatian (apatah lagi peruntukan sebanyak itu) dari kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.

Parti rasis cauvinis DAP sedang tenat sekarang ini setelah PAS memisahkan diri dari gabungan parti-parti pembangkang. Mereka perlukan satu “proksi” baru untuk menjadi alat “buffer” (penampan) DAP dengan dwi-fungsi - mempertahankan serangan terhadap DAP dan menjadi “jurubicara” baru dalam perkara-perkara yang menyentuh Islam atau umat Islam.

Mereka juga perlu kepada “pembela” DAP setelah gagal menundukkan PAS dan memastikan tidak ada sebarang penentangan dari kumpulan Islamis, atau setidak-tidaknya mengurangkan tekanan dari kumpulan-kumpulan ini.

Apa yang DAP telah berjaya lakukan adalah menyediakan laluan (dan mungkin dana) bagi pembentukan parti politik baru yang dapat meneruskan agenda mereka secara tidak langsung. Kemunculan PAN (yang digerakkan sebahagian besar oleh ahli-ahli Ikram) telah memenuhi dan menyempurnakan strategi besar DAP. Kebetulan pula, pembentukan sebuah parti politik baru untuk membawa imej Islam (versi non-PAS) merupakan perancangan IRC/JIM/Ikram yang didokumentasi dengan nama Grand Design, yang bukti bercetaknya dikantoikan oleh salah seorang pimpinan Ikram (JIM) sendiri satu masa dahulu.

Bagaimanapun, “nothing comes free. Everything has a price”, kata orang puteh.

Ikram (dan PAN) selepas ini tidak akan dapat melepaskan diri dari persepsi kuat di kalangan masyarakat bahawa mereka adalah “proksi” kepada DAP walau bagaimana kuat dan bersungguh-sungguh sekali ahli-ahli Ikram cuba menafikan atau memadamkannya. Dan DAP sendiri akan tetap dengan ideologinya. Memperjuangkan kepentingan umat Islam pastinya tidak termasuk di dalam kerangka ideologi tersebut.

Justeru itu, DAP mesti dihalang dari menjejakkan diri di Putrajaya. Sama ada menolak mereka di peti undi (termasuk menolak calon-calon proksi mereka) ataupun memberi perlawanan sengit terhadap agenda anti-Islam DAP disetiap kesempatan, medan, media dan perancangan.

Tidak ada pilihan lain.

#tolakDAP

#tolakPAN
#tolakproksiDAP

Mohd Luttfi   


Sumber TKO - 3-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS-PPBM: Jangan Buat Bijak
Posted on Friday, February 03 @ 07:27:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33441



Klise - kita boleh berbeza pendapat. Tetapi janganlah kita mengagungkan pendapat sendiri. Apalagi kita sebagai ahli gerakan Islam. Lagi tak wajar kita membuat tohmahan yang bukan-bukan terhadap keputusan pemimpin. Janganlah setiap kali keputusan pemimpin tak sealiran dengan kita, maka setiap kali itulah pula berlaku ahli-ahli yang gugur daripada perjuangan.

Sikap kita yang sentiasa mempersoalkan keputusan pemimpin menyukarkan pemimpin menguruskan parti dan mengatur strategi. Pemimpin bukanlah senaif kita – lebih-lebih lagi sebahagian besar mereka merupakan tokoh politik yang berpengalaman dan ulama dalam barisan Majlis Syura Ulama. . Andai tindakan mereka itu kerana adanya strategi tertentu, tak akan mereka kena uar-uarkan kepada kita bahawa itu dan ini adalah strategi parti.



Dalam mana-mana pertubuhan yang mempunyai ahli yang besar jumlahnya, memang tak dapat dinafikan akan ada ahli-ahli yang berbeza dari segi latar belakang, sikap dan fikiran. Dan PAS yang ahlinya sejuta lebih, tidak pelik jika ada segelintir yang sikapnya beragam. Namun, apakah ahli berperangai begini akan sentiasa bermasalah dalam parti dan akhirnya gugur daripada perjuangan?



Apa yang berlaku sehingga lahirnya PAN adalah sejarah yang berulang sejak tertubuhnya PAS. Ada yang menubuhkan BERJASA dan HAMIM. Dan ada yang menubuhkan ARQAM dan pelbagai haluan masing-masing. Inilah natijah apabila masing-masing gagal menguruskan pandangan peribadi.



Kini, apabila ada ura-ura PAS mungkin bekerjasama dengan PPBM, tak apa-apa lagi ada yang nak buat bijak ( memimjam kata Mat Dan). Bukan salah berbeza pendapat. 



Tetapi berwaspadalah kerana silap-silap haribulan giliran kita pula gugur seperti PAN.



Ketika geng PASMA dan GHB buat hal, kita bercakap tentang wala’ dan thiqah.  Alih-alih apabila timbul isu yang tak seangin dengan kita, kita pula yang menyanggah gerak kerja kepimpinan. Mereka pun jadi susah untuk bekerja dan mengatur strategi. Terpaksa mereka ambil masa pula ke hulu ke hilir nak terangkan itu ini.



Belajarlah daripada wartawan veteran Pak Subky Latif. Penulis dapati beliau seorang yang agak tajam fikirannya dan ada ketikanya kritis. Tetapi beliau tidak pernah buat masalah kepada parti yang disayanginya. Sehebat-hebat ideanya, beliau istiqamah memberi wala dan thiqah kepada kepimpinan ulama yang dipercayai mampu memimpin rakyat dan negara ke jalan yang selamat.



Konklusinya, isu yang penulis bangkitkan kali ini lebih bersifat prevention is better than cure. Penulis sayang pada perjuangan ini dan menyayangi sahabat seperjuangan.



Tentu kalian mengerti



Sumber TKO - 2-2-2017



--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Datok Mahfuz Omar cuba jadi macam Ustaz Abu Bakar Hamzah
Posted on Thursday, February 02 @ 11:43:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33430&mode=thread&order=0&thold=0



Ustaz Haji Abu Bakar Hamzah merupakan ahli parlimen dari parti PAS mewakili kawasan Bachok, Kelantan selepas memenangi Pilihan raya kecil Bachok 1964.

Beliau mengambil alih kawasan Bachok selepas Dr Zulkifli Muhammad maut akibat nahas jalan raya di Terengganu.

Ustaz Abu Bakar Hamzah, yang ketika itu sebagai Wakil Parlimen PAS Kawasan Bachok Kelantan, turut serta bersama perwakilan yang diketui oleh YB Dato Abd. Rahman Yaakob ketika pertemuan menganai cadangan penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia(OIC)

Perwakilan tersebut telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya apabila Pertubuhan Persidangan Islam Antara Bangsa (OIC) mengadakan persidangan pertamanya di Rabat, Magribi pada tahun 1968



Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS pusat selama 10 tahun dalam tahun 1958 ketika Pas dipimpin oleh Dr Burhanuddin dan Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri dan pernah memangku Setiausaha Agung PAS daripada Ustaz Othman Abdullah (1960).

Tahun 1969, Abu Bakar Hamzah dipindahkan dari parlimen Bachok ke kawasan DUN Sanglang, Perlis dan diumumkan akan menjadi Menteri Besar Perlis jika menang di sana. Tetapi Abu Bakar kalah di sana. Ekoran itu Presiden PAS, Mohd Asri melantik Abu Bakar sebagai Setiausaha Agung PAS pada 1972 dan sebagai Senator mewakili negeri Kelantan.

Dipecat

Pada 26 April 1974, Abu Bakar selaku Ketua Dewan Pemuda PAS meninggalkan parti PAS apabila PAS di bawah Dato Mohd Asri bin Haji Muda menyertai Barisan Nasional pada 1974. Kemudian beliau dipecat oleh PAS kerana membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan parti. [3] Beliau tidak melompat parti, sebaliknya kembali ke pangkuan PAS di penghujung usianya.[4] Ramai juga pemimpin PAS tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat memecat Abu Bakar Hamzah. Bagi mereka, tindakan yang dibuat oleh Abu Bakar Hamzah tidak bertentangan mahupun merugikan parti.[5]

Sekembali dari Universiti Kent, beliau diterima semula ke dalam parti pada Februari 1983 dan dilantik sebagai Jawatankuasa Agung PAS pada 1983 tanpa kehadirannnya di bawah pimpinan Haji Yusuf Rawa. 1985 beliau bertanding menentang Haji Yusuf Rawa selaku Presiden PAS dan Naib Presiden, tetapi kedua-duanya kalah. Ekoran kekalahannya itu, beliau mengupas permasalahan PAS dan disiarkan dalam majalah tabloid sekitar 1980-an.[6]

Beliau membangkitkan “pemimpin buta al-Quran” yang merupakan gagasan awal terhadap perlunya 'kepimpinan Ulama’. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS ke-17 dan 18 di Kangar pada 1968, Ustaz Jaiz Anwar terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Ustaz Abu Bakar hamzah ini semasa didalam pas booleh dikata sangat ganas menyerang pas dan kepimpinan pas  dan Mahfuz Omar tidak seganas Bakar Hamzah dan masih boleh diterima dan kelihatan tidak ad aura ura untuk dipecat.

Walau bagaimana pun beliau kelihatan mahu jadi macam abu Bakar Hamzah saat saat akhir ini dan masih tidak peduli sama ada akan dipecat atau sebaliknya, malah beliau telah menyuarakan yang  beliau sedia menerima apa sahaja tindakan yang diambil oleh PAS.

Dato 'Haji Mahfuz bin Haji Omar (lahir 25 Ogos 1957) adalah seorang ahli politik Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Pokok Sena di negeri Kedah, Malaysia. Beliau adalah masih seorang ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS).dan pernah dilantik sebagai ketua penerangan Pas Malaysia.

Mahfuz merupakan ketua sayap pemuda PAS dari tahun 1999 hingga 2003. Di bawah kepimpinan beliau, Pemuda PAS adalah suara progresif dalam PAS, menyokong parti itu untuk menyertai pakatan Barisan Alternatif dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat ( PKR). [1] kepimpinan Mahfuz terhadap PAS adalah kemuncak tempoh masa yang panjang aktivisme beliau dalam parti.

 Beliau dan sekumpulan ahli-ahli politik PAS yang lain telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1985, tempoh permusuhan sengit dan sering ganas antara PAS dan Pertubuhan yang mengawal Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). [2] Beliau secara ringkas dipenjarakan sekali lagi pada tahun 2000 untuk mengambil bahagian dalam satu perhimpunan bantahan yang tidak dibenarkan terhadap pasukan kriket Israel datang ke Malaysia. [3]

Mahfuz telah dipilih ke Parlimen pada tahun 1999 tetapi telah dikalahkan dalam pilihan raya tahun 2004 oleh Abdul Rahman Ibrahim gabungan Barisan Nasional yang memerintah. Mahfuz memenangi semula kerusi itu pada pilihan raya 2008 dengan majoriti 5371 undi. Beliau dipilih semula pada tahun 2013, manakala semua PAS calon parlimen lain di Kedah telah dikalahkan. [4]


Sumber TKO - 2-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Bila PAS Lantik Mahfuz jadi Jurucakap?
Posted on Wednesday, February 01 @ 10:27:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33420&mode=thread&order=0&thold=0



Bila ada isu-isu penting berkenaan dengan PAS, maka keluarlah kenyataan si Mahfuz Omar seolah-olah dia jurucakap parti PAS. Malaysiakini pula lebih cenderong untuk mengambil kenyataan si dia ni kerana memangMalaysiakini nak pecahbelahkan PAS.

Semasa dalam PAS (sekarang luar PAS tapi belum istihar keluar PAS) pun dia ni sangat banyak mengeluarkan kenyataan lebih laju daripada Presiden dan kepimpinan utama parti PAS.

Kini bila tersisih, dia lagi laju buat kenyataan. Bukan apa kalau dia diam, lebih cepat dia 'hilang' dalam arus perdana politik Malaysia. Jadi untuk tidak tercicir dia mesti menonjolkkan diri seolah-olah orang penting dengan pelbagai pendapat dan idea.

Saya bukan ahli nujum, tapi rasanya politik Mahfuz akan berkubur selepas PRU-14. PAS memang tak akan menyediakan kerusi untuk dia bertanding. PAKATAN HARAPAN memang sah akan ketepikannya. PH mana ada cukup kerusi. DAP dan PKRmasih-masing mana nak mengalah. Akhirnya Mahfuz akan ditinggalkan oleh PAKATAN HARAPAN. Dia ibarat mulukut di tepi gantang.

Kalau dia bertanding sebagai calon bebas. Agaknya siapa nak pasang bendera untuk dia?




Sumber TKO - 1-2-2017



---------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAP ingat dia sahaja lawan kleptokrasi. Apakah melawan kleptokrasi tak ikut cara DAP dikatakan tak melawan kleptokrasi?
Posted on Wednesday, February 01 @ 08:58:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33417&mode=thread&order=0&thold=0



Saya terbaca satu artikel daripada Melayu Boneka DAP dalam Malaysiakini yang kononnya mengutuk PAS yang tidak serius melawan "kleptokrasi" isilah baru dipopulari oleh Tun Mahathir Mohamad.

DAP daripada Lim Kit Siang, anaknya, pimpinan DAP sehingga Melayu boneka yang ada dalam DAP mewawarkan kononnya PAS menolak agenda selamatkan Malaysia daripada  kleptokrasi.

Mereka cuba membina persepsi kononnya kalau tak bersama dengan DAP dan Pakatan Harapan maka orang atau parti itu tidak melawan kleptokrasi. Malah lebih teruk lagi mereka anggap orang atau parti itu bersama dengan kleptokrasi.

Hujah Al Quran diberikan. Jangan main-main DAP sekarang dah pandai rujuk Al Quran semenjak berkawan dengan PAN. Petikan hujah DAP di bawah.

Berulang kali kami diingatkan bahawa Allah berfirman (bermaksud): "Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka." (Hud: 113)
Malah sering diulang-ulang - baik ketika tamrin mahupun kuliah - kata-kata Sufyan at-Tsauri bahawa, tukang jahit baju pemimpin yang zalim itu sendiri termasuk dalam kelompok zalim.
Apakah melawan "kleptokrasi" mesti ikut cara DAP. Kalau tak ikut cara DAP maka dianggap tak melawan "kleptokrasi"??

Rakyat dan pembaca disonggok dengan persepsi ini. Tidak bermaksud lain, melainkan nak perkenakan PAS dan nak hentam ulama kononnya bersetongkol dengan "kleptokrasi".

Kenapa "kleptokrasi" bukan "Korupsi" dan "Nepotisme"

Kleptokrasi bermakna pemerintah yang mencuri harta rakyat. Pembaca sedar atau tidak istilah ini dipopularkan oleh Tun Mahathir.

Bersih 3

Kenapa Tun Mahathir tidak menggunakan istilah Korupsi dan Nepotisme? Tun Mahathir ini orang licik. Ramai pimpinan diperbodohkan oleh dia. Jangan lawan dia. Dia akan lanyak sampai mati.

Dia tak guna  Korupsi dan Nepotisme kerana dialah BAPAK KORUPSI DAN NEPOTISME.

Politik untuk menguasai PAKATAN HARAPAN adalah antara DAP dan Mahathir. Siapa guna siapa dan siapa makan siapa? Kita akan lihat pertarungan antara Lim Kit Siang dan Mahathir. Masing-masing cari keutungan. Kalau tak ikut mereka kita akan di label ikut Najib. Itu sifir mudah untuk bina persepsi buruk.

Tapi Islam mengajar kita politik. Kita bukan nak jatuhkan Najib tetapi kita nak jatuhkan UMNO @ BN membina Islam di atasdnya. Bukan membina 'skularime'.

PAS dah 60 tahun lebih berlawan dengan UMNO. Kalau PAS bertanding 70 kerusi pun semuanya berlawan dengan BN @ UMNO melainkan ada pembangkang lain nak jadi TONGKAT UMNO.

Jangan mudah diperdaya serangan fitnah, permainan persepsi dan 'istilah-istilah'. Islam mengajar kita berfikir matang dan mendekati Al Quran, menghayati dan memahaminya agar kita bukan sahaja selamat di dunia tetapi dijamin di akhirat.


Sumber TKO - 1-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAN arah ahlinya tiru cara DAP mengurus parti
Posted on Wednesday, February 01 @ 08:12:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33416&mode=thread&order=0&thold=0



Beberapa hari lalu, parti PAN Kelantan melancarkan Jentera Piliharayanya. Majlis perasmian oleh Dr Hatta Mohd Ramli. Saya mengikuti sepenuhnya majlis berkenaan dan ucapan 54 minit ++ Dr Hatta saya cuba fahami.

Dalam ucapan itu Dr Hatta cuba memutar belitkan isu perlantikkan Ku Li sebagai Perdana Menteri bila pembangkang akan menang dalam PRU-13. Cerita putar belit ini sama dengan pendedahan Saifudin Nasution kepada Ketua Editor Harakah sehari selepas pertemuan 10 mata tersebut.

Data maklumat yang salah ini tersebar di kalangan geng GHB (Geng 18) dengan maklumat yang tidak benar oleh Saifudin Nasution serta Rafizi Ramli kepada sesetengah pimpinan PAS yang tak ada dalam pertemuan tersebut sehingga ada dikalangan Geng 18 (yang kini tubuh parti PAN) memandang serong kepada pimpinan ulama yang hadir dalam pertemuan 10 mata antara pimpinan PKR-PAS.

Kerja Jahat Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli telah diulas oleh Nordin Ali dalam blognya. Anda boleh baca di sini.

Saifuddin Nasution Buat Kerja Bodoh Lagi


Saifuddin Nasution menulis dalam facebooknya "Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Seri Anwar diaibkan dengan bahasa yang cukup kasar".

Media massa dan akhbar mempercayai peristiwa tersebut merujuk kepada ‎pertemuan singkat Anwar dengan Abdu Hadi di Terengganu untuk menukar jawatan menteri besar Selangor yang ketika itu disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum saya mengulas panjang kerja bodoh Saifuddin ini, saya ingin memperingatkan akan kerja bodoh sebelum ini yang telah dibuat oleh bekas Setiausaha PKR ini. Patutlah jawatannya ditukar kepada Rafizi walaupun Rafizi Naib Presiden PKR.

Sebelum PRU-13 telah ada pertemuan 10 orang pimpinan PAS dan PKR iaitu 5 lima daripada PAS dan 5 pimpinan daripada PKR. Pertemuan ini adalah pertemuan yang sangat sulit sebab membincangkan strategi menghadapi BN/UMNO pada PRU-13.

Malangnya setelah perbincangan tersebut selesai, Saifuddin Nasution yang hadir sebagai SUA PKR telah membocorkan maklumat ini kepada beberapa orang pimpinan PAS yang tidak hadir dengan persepsi yang berbeza daripada cerita sebenar yang berlaku.

Saya tak pasti tujuannya tetapi saya lebih menyangka adalah untuk memberikan persepsi buruk kepada sebahagian ulama PAS yang hadir dalam pertemuan tersebut.

Kebetulan salah seorang yang diceritakan oleh Saifuddin itu adalah kawan baik saya. Saya dimaklumkan dengan persepsi buruk PAS ini oleh kawan saya. (Salah satunya PAS hendak Kuli menjadi Perdana Menteri; tak payah fokus perkara ini dahulu)

Saya kata tak mungkin. Kawan saya kata Saifuddin berada lebih daripada 2 jam di pejabatnya dan menceritakan dari A sampai Z pertemuan tersebut.

Ok, saya mengalah dan saya menghubungi seorang lagi sahabat saya. Dia Pesuruhjaya PAS negeri. Saya tanya perkara ini. Dia tak tahu. Saya kata macam mana enta tak tahu enta pesuruhjaya PAS negeri. Dia terdiam.

Hampir pukul 2 pagi saya dapat masej whatsapp daripada pesuruhjaya ini. Siapa yang hadir dalam pertemuan tersebut? Saya pun menyenaraikan nama 10 orang yang hadir. Dia tak balas. Saya rasa dia masih was-was tentang apa yang saya tahu dan menguji sejauh mana saya tahu mengenai perkara ini.

Esoknya dia menjelaskan apa yang diBURUKkan oleh Saifuddin itu.

Oleh kerana sebahagian besar maklumat ini tidak bocor di internet saya akan bahas yang terdedah sahaja.

Isu mengenai Tengku Razaliegh menjadi Perdana Menteri adalah salah satu daripada perbincangan tersebut. Ini salah satu kerja bodoh Saifuddin menghasut pimpinan PAS lain (sebahagian besar sekarang ini berada di G18) dengan cerita yang tidak tepat bertujuan untuk memburukkan ulama dalam PAS.

Kenapa saya kata kerja bodoh?

Masih ingatkah kita semasa krisis di Selangor sebelum ini Rafizi juga menyebut tentang Kuli. (Rafizi juga hadir dalam pertemuan 10 orang tersebut). Kemudian Mustaffa Ali menjawab kenyataan Rafizi jangan buat kenyataan bodoh.


Selepas itu Presiden PAS (hampir 2 bulan daripada isu Rafizi) telah membuat kenyataan bahawa yang mula-mula cuba menarik Tengku Razaliegh adalah DAP. Kenyataan Presiden PAS ini tidak diulas oleh Anwar Ibrahim, Rafizi dan PKR. Malah DAP pun diam membisu sehingga isu ini senyap.

Kenapa Saifuddin buat kerja bodoh dan jahat untuk merosakkan hubungan pimpinan PAS dengan ulama sanggup membocor maklumat pertemuan sulit? Tidak amanah sebagai SUA PKR, hanya Saifuddin boleh jawab.

Isu pertemuan dengan Abdul Hadi di sebuah hotel di Kuala Terengganu bagi memecat TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sekali lagi Saifuddin buat kerja bodoh.

Kasar percakapan bila Abdul Hadi kata kepada Anwar, "Ana ingat enta telah serik (insaf) setelah kena penjara"?

Kasar percakapan bila Abdul Hadi kata "Ini semua punca enta jadi KHADAM TUN MAHATHIR selama 16 tahun"?

Saya akan sambung lagi jika diberikan kesempatan atas 2 perkara di atas.

Saya ingin bertanya kepada Saifuddin kenapa tak difacebookkan dia dan Anwar Ibrahim datang ke rumah Abdul Hadi "memaksa" Abdul Hadi menandatangani memorandum untuk diberikan kepada Sultan Selangor hanya Datin Seri Wan Azizah sahaja calom Menteri Besar Selangor?

Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan baik dan Anwar Ibrahim marah-marah dengan suara yang nyaring.

Wei Saifuddin ada 6 orang saksi semasa pertemuan tersebut.

Abdul Hadi masih tenang dan memberitahu bahawa PAS akan bincang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. PAS akan buat keputusan. Abdul Hadi juga menjelaskan dalam pertemuan tersebut bahawa Sultan tidak mahu Datin Seri Wan Azizah.

Itu pun tak faham, marah-marah!!

Rambut anwar kusut masai bila pulang daripada perjumpaan dengan Abdul Hadi sehingga menjadi viral

Tujuan artikel ini bukan nak cerita pembohongan Dr Hartta dengan maklumat yang sahih berkenaan Ku Li sebagai PM tetapi ada yang menarik lagi iaitu Dr Hatta Ramli meminta Jentera parti PAN bekerja mengikut cara kerja DAP.

Dr Hatta membuat perbandingan bahawa DAP walaupun tidak mempunyai banyak ahli dan cawangan tetapi DAP boleh menang PRU kerana DAP mempunyai ramai sukarelewan yang mereka bukan ahli DAP pun.

Dr Hatta menekankan dengan keahlian PAN yang tak ramai (memang tak ramai pun) PAN kena tiru cara DAP bekerja. Kata Dr Hatta teras Jentera Pilihanraya PAN ialah 20 orang mewakili 20 unit mesti ada. Kalau 20 orang ini tak ada jawabnya macam mana nak 'mengacau' PAS dalam PRU-14 nanti.

Saya memperingatkan PAS Kelantan terutamannya, jika puak PAN ni boleh dapat 20 orang sahaja untuk ketua unit Jentera Pilihanraya mereka, maka mereka akan bertanding di DUN PAS. Sudah tentu pembaca boleh baca tujuannya bukan untuk menang tetapi memberikan tekanan kepada PAS supaya PAS akur bersama mereka dalam PAKATAN PEMBANGKANG agar mudah mereka nak guna pengaruh PAS, ahli PAS dan Jentera PAS untuk menangkan PEMBANGKANG pada PRU-14 nanti. Lain kata PAS sebagai tangga sahaja.

Saya tak kata cara DAP itu salah. Cara DAP ini telah diamalkan di negara-negara Barat termasuk Amerika dimana parti tidak mempunyai ahli yang ramai. Tapi yang saya nak tonjolkan PAN sekarang lebih "Bertuhankan" DAP daripada Islam.

Selepas ini ada pula mengulas bila PAN sembah DAP? Haji Hassan kaki fitnah!

Haji Hassan Omar @ Lebai Hassan
http://hajihassanomar.blogspot.com



Sumber TKO - 1-2-2017



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas perlu realistik letak sasaran - Penganalisis
Posted on Wednesday, February 01 @ 07:05:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33413&mode=thread&order=0&thold=0



SHAH ALAM - Pas perlu realistik dalam merangka pelan tindakan politik parti bersesuaian dengan situasi semasa termasuk mengambil kira soal protes senyap di kalangan ahli parti termasuk di kalangan kepimpinan Pas sedia ada.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, Pas perlu ada mekanisme kajian ilmiah yang mendalam mengenai persepsi akar umbi terhadap kepimpinan parti.

Katanya, ini termasuk kajian kumpulan ahli parti yang sayang dasar perjuangan Pas, tetapi tidak sayang Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Sasaran Pas hendakkan 40 kerusi Parlimen dimenangi parti itu buat masa ini tidak realistik. Jadinya usah buai perasaan ahli parti dengan impian kosong. Sejarah kemenangan Pas pada PRU13 pun tercalar akibat dilema tukar parti.

“Adalah lebih baik Pas mengambil pendirian berdikari berbanding membuat ‘u-turn’ dengan menyertai Pakatan Harapan, apatah lagi jika Pas berhajat mahu menggantikan Umno, ia lebih mustahil.

“Untuk PRU 14, Pas mungkin boleh kekal kuasa di Kelantan, tetapi ingin berkuasa di Kedah dan Terengganu tidak realistik. Pas juga semakin jauh dari magnet kuasa di Selangor. Kini Amanah dan Bersatu dilihat akan ganti peranan Pas di Selangor,” katanya.

Md Shukri juga berpendapat Pakatan Harapan tewas banyak kerusi pada PRU 14 akan datang berdasarkan kemelut politik yang melanda pakatan itu akhir-akhir ini, namun masih mampu raih sokongan pengundi Cina di kawasan bandar.

“Pakatan Harapan akan bergantung dengan DAP, namun dengan wujudnya Amanah serta Bersatu, peranan PKR akan hanyut ke tepi. Kini DAP dilihat lebih cenderung melaburkan modal menggunakan kebolehan Tun Dr Mahathir untuk cuba memikat hati masyarakat terutama golongan muda bandar,” katanya.

Selain itu, Md Shukri juga melihat doktrin Pas kini perlu fokus kepada keperluan untuk bertindak tegas dengan menolak kerjasama dengan golongan pemberontak dalam Pas yang dilihat pro-DAP termasuk menerusi platform Amanah.

Malah, katanya, jika Pas memilih untuk kekal bersama Pakatan Harapan dalam blok pembangkang pada PRU 14 akan datang, pendekatan itu dilihat lebih memudaratkan maruah Pas sendiri.


  “Secara aplikasi dan logik politik, kerusi Pas jika bersama Pakatan Harapan akan menyusut kerana perlu berkongsi dengan Amanah dan juga Bersatu,” katanya. - SH

Sumber TKO - 1-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































Sejak Kit Siang berkawan rapat dengan Mahathir...

USTAZ MOHD NOR HAMZAH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44120-sejak-kit-siang-berkawan-rapat-dengan-mahathir

Sejak Lim Kit Siang berkawan rapat dengan Tun Mahathir, ingatan beliau juga semakin berpilih-pilih.

Tahun 1999-2004 PAS memerintah Terengganu walaupun sepenggal, namun berjaya:

- Menghapuskan tol yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang

- Mengagihkan tanah kepada rakyat dengan jumlah lebih 50,000 lot tanpa mengira ideologi, bangsa mahupun agama

- Menghapuskan judi dan mengurangkan arak yang semestinya dibenci oleh DAP

- Menghapuskan riba dalam pinjaman kerajaan sesuatu yang sangat bermakna kepada orang Islam

- Menguruskan dengan baik kewangan negeri walaupun royalti dirompak

- Mengurangkan hutang negeri

- Mengurangkan status negeri termiskin daripada kedua termiskin kepada keempat termiskin

- Mewartakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu yang beragama Islam

- Menyusun semula GLC-GLC yang rugi dan menjadikannya untung

- Menaikkan hasil premium balak dari RM13 juta kepada RM63 juta

- Membangunkan sekolah-sekolah dan kolej-kolej aliran sains berteraskan agama

- Meningkatkan hasil tanah sebanyak RM20 juta

- Menjadikan pemerintahan PAS semakin kuat dan menyebabkan DAP menarik diri keluar daripada Barisan Alternatif (BA) ketika itu kerana takut dengan kemaraan PAS dengan Islam merugikan mereka

Ketika PAS kalah, analisis PRU yang dikemukakan jelas menunjukkan tentang perpindahan sejumlah besar pengundi dan tidak pernah dibantah oleh DAP malah dalam banyak majlis penerangan, ianya dihadiri oleh wakil DAP. Tetapi LKS mungkin memilih untuk lupa.

Dan paling rare ialah Menteri Besar Terengganu pada waktu itu, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS tidak langsung terpalit dengan sebarang isu rasuah, jenayah dan lain-lain sama ada melibatkan keluarga mahupun peribadi. Tiada rumah jutaan ringgit dengan atau tanpa kolam renang. Beliau cuma ada dua buah rumah kayu kampung bagi isteri-isterinya yang kedua-duanya mempunyai kolam renang semula jadi yang sangat besar iaitu Laut China Selatan.

Sila baca link di bawah untuk anda adili kata LKS kepada Mahathir, orang Terengganu kata 'Ballik Air'.
http://m.malaysiakini.com/news/155604

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
4 Jamadilawwal 1438 / 1 Februari 2017- HARAKAHDAILY 1/2/2017

Sumber HD - 1-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa
Posted on Tuesday, January 31 @ 07:09:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33403

"Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa - “MEMPUNYAI anak yang ramai tidak bermakna hidup kita akan dilimpahkan dengan kesenangan semasa kita sihat atau ketika kita telah tua. Kerana belum tentu 10 anak yang dilahirkan boleh menjaga kita apabila kita tua nanti atau boleh bantu kita tatkala kita susah. Kadangkala anak-anak inilah yang akan beri kita ujian maha besar ketika membesarkan mereka atau ketika kita tua nanti.

mahu jaga ibu bapa

“Saya tidak bercakap memperkecilkan pengorbanan ibu dan ayah membesarkan anak-anak mereka, kerana kehadiran anak amat mereka nantikan setelah berkahwin. Malah ada suami kahwin lagi kerana inginkan zuriat yang menjadi kebanggaan mereka. Tetapi setelah anak itu lahir, belum tentu anak itu boleh membahagiakan hidup mereka, baik ketika mudanya, atau setelah tua nanti.’’ Itu cerita Shaliza dalam e-mel pendeknya dan ketika ditemui baru-baru ini.
Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa
“Apa yang saya ceritakan ini bukan bertujuan mengumpat, tetapi untuk beri kesedaran kepada ibu bapa, didiklah anak-anak lelaki dan perempuan sama rata, jangan bezakan antara mereka, khususnya antara anak bijak pandai dengan anak yang kurang pandai sambil mengharap anak yang lebih pandai dan bijak itu boleh membantu kita bila tua nanti. Sebaliknya yang tak punya harta dan tidak pandai itulah yang berkorban menjaga anda ketika tua dan nanti.



“Saya bercerita sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca semua tentang apa yang berlaku dan melihat depan mata saya sendiri betapa perbuatan membezakan anak-anak ini membawa masalah kepada diri kita apabila tua. Contoh opah saya, punyalah sayangkan anak-anak lelaki dan anak perempuan yang bijak pandai kerana mereka dapat kerja yang baik-baik serta berpangkat, sementara yang tidak bekerja dan kurang pandai ini dipinggirkan.



“Seingat saya setiap kali pergi rumah opah, dia selalu puji pakcik dan makcik yang berpangkat, berkereta besar dan suruh saya rajin belajar supaya boleh jadi macam mereka. Bila pakcik dan makcik berkahwin dan ada anak, saya adik-beradik pulak merasa dipinggirkan sebab emak ayah kami tidak ada kereta besar. Kalau bercakap dan bercerita semua tentang cucu-cucu yang kaya ini sahaja yang dapat tempat di hati opah. Sementara kami dilupakan.






“Oleh sebab saya cucu kedua daripada emak yang juga anak sulung opah, tentulah saya dapat lihat sendiri perbezaan layanan opah. Pertama kerana emak tak bekerja dan ayah tak berpangkat. Awalnya memang abang dan saya dapat perhatian opah sebab cucu sulung. Tetapi berubah setelah pakcik dan makcik ada anak masing-masing. Bukan cemburu, tetapi nak cerita pasal perbezaan layanan opah, sebab akhirnya opah sendiri kecewa tidak mendapat layanan daripada anak-anak yang berpangkat dan bijak pandai seperti yang opah harapkan.



“Opah ada lima orang anak. Emak anak sulung, tak bekerja, tiga lagi adik emak semuanya bekerja dan bergaji besar, yang bongsu lagi pandai bekerja dan duduk luar negara, maklum ‘orang minyak’. Saya masih ingat lagi kalau opah bercerita dengan jiran dan saudara mara yang datang ketika Hari Raya atau kenduri, semua tentang anak-anak opah yang pandai, pasal gaji, rumah dan kereta besar mereka. Dan saguhati serta hadiah yang mereka beri kepada opah.



“Tetapi hari berubah apabila anak-anak opah berkahwin dan kemudian ada anak sendiri. Mereka mula kurang beri perhatian dan sagu hati pada opah. Saya dapat lihat pasangan mereka mula tidak suka balik rumah opah. Kalau balik pun setahun sekali dua saja. Alasan mereka sibuk, anak-anak sekolah, tusyen, kelas tambahan, anak periksa dan pelbagai alasannya.






“Apabila anak-anak mereka semakin besar, mereka juga jarang balik rumah opah kerana aktiviti seperti kelas muzik, sukan dan hal peribadi. Opah dan atuk semakin sunyi terutama apabila usia semakin tua. Dan opah semakin sibuk uruskan atuk yang sakit-sakit.



“Bila atuk masuk hospital, opah suruh emak telefon pakcik dan makcik suruh balik. Kerana atuk sering keluar masuk hospital, bukan selalu mereka boleh balik. Lagi sedih atuk duduk hospital kerajaan sebab atuk kakitangan kerajaan. Saya perhatikan banyak perbezaan antara atuk dengan adik atuk apabila sakit, anak-anak mereka masukkan ayah mereka di hospital swasta tapi atuk duduk hospital kerajaan. Sedangkan anak-anak atuk bergaji besar, konon.



“Ketika atuk meninggal dunia cuma emak, ayah dan kami adik-beradik yang mengadap. Anak-anak opah sampai setelah atuk dimandikan dan dikapankan, sementara yang di luar negara sampai sehari selepas atuk dikebumikan. Sementara cucu-cucu opah tidak semuanya dapat balik, termasuk menantu perempuan opah, sebab bekerja.



“Ketika atuk di hospital, emak dan opah sahaja yang sering datang menguruskan makan minum atok. Saya lihat opah memang sedih dan kecewa. Tapi opah diam. Lepas sehari atuk meninggal, masing-masing balik ke rumah mereka, tinggallah opah sendirian. Emak ajak opah tinggal bersama kami, tetapi opah tolak, dia tak mahu rumahnya tinggal. Jadi terpaksalah emak berulang alik jengok opah, dalam seminggu dua atau tiga kali. Anak Bijak, Berpangkat Belum Tentu Mahu Jaga Ibu Bapa



“Untuk keselamatan opah, emak minta tolong saudara berdekatan datang jengok opah. Masa berlalu begitu pantas, ketika saya dan abang bekerja dan pindah ke bandar, emak terpaksa bawa opah tinggal bersamanya, sebab keadaan opah sering sakit dan emak tak mahu opah tinggal sendirian. Ada kalanya emak terpaksa tidur di hospital jaga opah beberapa hari.



“Sepanjang opah di rumah kami, saya dapat lihat dengan jelas anak-anak opah yang lain jarang datang jengok opah...,” Shaliza merumuskan ceritanya. - mydebat.com



Sumber TKO - 31-1-2017



-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sejarah Filipina Untuk Iktibar Kita (Bahagian 1)
Posted on Monday, January 30 @ 15:23:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33399

"Pada tahun 1950, Philippines adalah di antara negara yang paling maju di seluruh Asia. GDP per capita Philippines mengatasi GDP per capita negara Taiwan, South Korea dan malah China! Sebenarnya fakta ini tidak begitu menghairankan

sejarah filipina

Philippines diperintah oleh Amerika Syarikat hampir 50 tahun jadi banyak kesan pemerintahan Amerika di sana. Jalanrayanya lurus, bandarnya berpetak-petak, dan malah sistem pendidikan dan pemerintahannya juga mengikut sistem di Amerika. Negara itu sudah menikmati kemudahan highway yang dibina pada tahun 1970an dan bandar Manila sudah lama mempunyai gated and guarded properties!

3. Pada tahun 1970an dan 1980an, ramai rakyat Malaysia pergi bercuti di Manila.




4. Semasa saya buat training sebagai seorang cadet pilot di sana sepanjang tahun 1980, saya telah melihat sendiri the slide into mediocrity. Kejatuhan itu bermula semasa zaman pemerintahan Presiden Marcos.



5. Untuk kekal berkuasa apabila tempoh pemerintahannya hampir tamat, Marcos mengisytiharkan military law (undang2 tentera) pada tahun 1972 sebelum pilihanraya untuk melantik presiden baru berlangsung. Marcos telah memansuhkan institusi awam seperti Kongres, melemahkan badan kehakiman, dan mengharamkan parti-parti politik. RAMAI TOKOH PEMBANGKANG DAN MALAH PENGKRITIK DIHUMBANKAN KE DALAM PENJARA FOR ONE REASON OR ANOTHER. Ini termasuklah Senator Benigno (Ninoy) Aquino yang kemudiannya dibunuh pada tahun 1983. Malah terdapat cerita yang ramai orang lain juga telah dibunuh sepanjang pemerintahan kuku besi Marcos.

6. Zaman pemerintahan Marcos menjadi lagenda! Keluarganya dikatakan telah ‘melesapkan’ USD $10 bilion wang negara. Isterinya, Imelda, dikatakan mempunyai lebih 1,000 pasang kasut dan 1,000 tas tangan! Untuk mengaburi mata rakyat akan kekayaan tersebut (dan kerana bapa beliau bukan orang kaya (ehm, ehm)), penyokong-penyokong Marcos mendakwa SEMUA KEKAYAAN ITU DATANG DARI EMAS KARUN yang ditemuinya selepas Perang Dunia Ke-2.

7. Pada tahun 1980, jalan2 di Manila penuh dengan lubang dan lopak. Jutaan penduduk tinggal di kawasan setinggan. Level korupsi begitu berleluasa sehinggakan polis tak malu untuk minta rasuah di depan orang ramai. GDP per capita merosot ke $585 pada tahun 1985 kerana RECESSION, PROTECTIONISM, KEMEROSOTAN MANUFACTURING, CRONY CAPITALISM DAN PINJAMAN YANG TERLALU TINGGI. Sejarah Filipina 

Untuk Iktibar Kita



8. Incidentally, saya tak pernah berjumpa dengan mana2 rakyat Malaysia yang pergi bercuti di Manila sudah lebih 25 tahun! Dan negara2 lain di Asia jauh lebih maju dari Philippines



9. Part 2 lebih menarik. Tunggguuu…. Sumber: Mydebat.com
Sumber TKO - 30-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sakit mata 'koloni' pendatang
Posted on Monday, January 30 @ 15:21:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33398



Kuala Lumpur: Setiap kali cuti musim perayaan, warga asing yang bercuti akan keluar beramai-ramai berkumpul di beberapa lokasi tumpuan di ibu negara, sekali gus mengundang rasa tidak selesa penduduk tempatan dan pelancong.

Malah, lebih menyakitkan mata, apabila mereka turut membuat bising, minum minuman keras di khalayak ramai selain meludah merata tempat hingga menjadikan kawasan kotor.
Tinjauan Harian Metro di sekitar Pasar Seni, Medan Pasar, Jalan Chow Kit dan Bukit Bintang, di sini, mendapati kawasan berkenaan di bahagikan kepada warga negara tertentu dengan mereka mula berkumpul sejak pagi.

Pasar Seni dan Medan Pasar adalah kawasan yang dipenuhi warga Myanmar dan Bangladesh manakala Jalan Chow Kit pula adalah tempat warga Indonesia berkumpul untuk bertemu rakan masing-masing.

Kawasan Bukit Bintang pula dipenuhi warga asing dari Asia Barat berikutan kebanyakan kedai makan di kawasan berkenaan dipercayai dibuka oleh mereka.

Situasi berkenaan yang berlanjutan sejak beberapa tahun lalu mengundang rasa tidak selesa kepada orang ramai kerana ada antara mereka ‘besar kepala’ dengan lagaknya seperti warga tempatan.

Malah, jika melihat di kawasan Medan Pasar, warga asing dipercayai dari Myanmar membuka gerai di kaki lima menjual sireh dan makanan tanpa rasa takut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Seorang peniaga, Halimah Jantan, 54, berkata, dia yang berniaga di kawasan sekitar Pasar Seni sudah lali dengan kebanjiran warga asing terutama pada musim cuti perayaan.

“Setiap kali cuti perayaan pasti kawasan Pasar Seni dan Medan Pasar dipenuhi warga asing yang berkumpul sejak pagi dan mereka akan membuat bising hingga mengganggu perniagaan.

“Jika mereka mabuk keadaan lagi teruk kerana pasti berlaku pergaduhan antara kumpulan atau merosakkan barang perniagaan peniaga kaki lima,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, kakitangan swasta Ahmad Bukhari Osman, 30, berkata, kebanyakan penduduk tempatan akan mengelak daripada melalui kawasan berkenaan kerana suasananya yang serabut dan dipenuhi warga asing.

“Warga asing berkenaan akan berkumpul dalam kalangan mereka dan mengganggu orang yang lalu lalang hingga mencetuskan pergaduhan sekali gus membahayakan keselamatan orang awam.


 “Pihak berkaitan seharusnya memandang serius masalah terbabit kerana kawasan berkenaan seperti di negara asing dengan dipenuhi golongan terbabit terutama pada cuti perayaan,” katanya, di sini. - Metro

Sumber TKO - 30-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------




UMNO/BN Belajar Cara Amerika Selamatkan Israel
Posted on Sunday, January 29 @ 13:11:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33380



ISRAEL adalah sebuah negara kecil di Timur Tengah. Walaupun kecil, tapi kekuatan ketenteraannya menakutkan negara-negara jirannya yang jauh lebih besar. Kekuatan Israel adalah kerana adanya sokongan dari Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Israel tidak bersendirian, jika ada mana-mana negara yang cuba menyerangkan. Amerika dan beberapa negara sekutunya pasti akan membantu.
Pun begitu, sekiranya negara-negara Arab bersatu membentuk satu pakatan tentera dan menyerang Israel, negara tersebut telah lama lenyap dari bumi Arab. Amerika sendiri pun mungkin tidak mampu mempertahankan Israel jika perkara tersebut terjadi. Inilah yang membimbangkan Amerika.



Jadi untuk menjamin yang negara Israel itu selamat dan tidak dikacau ganggu oleh negara-negara Arab, maka strategi  Amerika ialah pecah dan perintah negara-negara Arab. Beberapa pemimpin  Arab diberi ‘dedak’ seperti Arab Saudi, Kuwait dan beberapa negara-negara Arab lain, supaya para pemimpin tersebut tunduk pada Amerika.



Manakala pemimpin yang tidak mahu terima dedak Amerika seperti Iraq dibawah pimpinan Saddam Husein, diserangnya dengan alasan untuk memusnahkan senjata terlarang. Hanya Iran saja satu-satunya negara Arab yang masih lagi tidak termakan dedak Amerika. Dan ini tidaklah membimbangkan sangat, apabila negara-negara Arab yang sebelum ini menjadi musuh ketat Israel telah banyak mengikut telunjuk Amerika.



Disamping itu Amerika juga telah menggunakan strategi halusnya, supaya negara-negara Arab sentiasa berada dalam kacau bilau.



 Ada dakwaan yang menyatakan kewujudan beberapa kumpulan pemisah di negara-negara Arab ada kaitannya dengan peranan Amerika dan negara-negara Barat. Tujuannya supaya negara-negara Arab lebih memberi tumpuan dalam memerangi kumpulan ini dari memberi perhatian terhadap penderitaan rakyat Palestin.



Dan nampaknya perancangan Amerika itu berjaya. Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin semakin tidak mendapat perhatian dari para pemimpin Arab. Sebaliknya tumpuan berita lebih pada perang saudara di Syria, Yaman, kumpulan militan Daesh, serta berita-berita pengeboman di negara-negara berkenaan.



Dalam konteks politik negara kita, UMNO/BN mungkin belajar cara Amerika menanggani masalah Israel yang selalu menjadi ancaman negara-negara Arab.



Dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU), Najib Razak cukup takut bila beliau membubarkan parlimen. Takut kalau-kalau BN/UMNO akan kalah. Ini kerana persepakatan pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR begitu jitu sekali. 



Walau bagaimana pun Najib Razak masih bernasib baik. UMNO/BN masih menang meskipun tanpa dua pertiga majoriti.



Najib Razak dan para penasihatnya sedar jika pihak pembangkang terus bersepakat lambat laun BN/UMNO akan tumbang. Justeru itu beliau ambil ikhtibar cara Amerika memecahbelahkan persepakatan negara-negara Arab demi untuk keselamatan Israel.



Maka itu, media arus perdana telah ‘diarah’ untuk memainkan sentimen melaga-lagakan pimpinan dalam Pakatan Rakyat. Jika ada sedikit perselisihan faham pimpinan dalam Pakatan Rakyat, ianya diperbesar-besarkan. Dan untuk menyakit hati pimpinan dari parti lain dalam Pakatan Rakyat, Najib Razak cuba berbuat baik dengan PAS.



Undang-undang hudud  yang PAS perjuangkan, tidak lagi mendapat tentangan kuat dari UMNO. Mana-mana pimpinan UMNO yang menyatakan sokongan terhadap undang-undang tersebut tidak banyak ulasan negatif dari media arus perdana milik UMNO. Tujuannya demi untuk menjaga hati pimpinan PAS.



Malah jika ada pimpinan PAS yang hadir dalam satu-satu majlis dengan Najib Razak, media arus perdana membesar-besarkan dengan memberi ulasan yang boleh menguris hati pimpinan parti lain dalam Pakatan Rakyat.



Malah dalam perhimpunan agong UMNO yang lalu para perwakilan langsung tidak menyerang pimpinan PAS. Tapi lebih banyak menyerang pimpinan parti yang bersama PAS dalam Pakatan Rakyat dulu. Ini menunjukkan seolah-olah PAS dan UMNO sekarang ini telah boleh duduk semeja.



Disamping itu media arus perdana juga tidak banyak menyiarkan berita-berita yang memburuk-burukkan PAS. Manakala media milik atau penyokong PAS pula tidak banyak menyiarkan berita-berita yang mengutuk UMNO/BN. Tapi lebih banyak menyiarkan berita-berita mengutuk rakan-rakan dalam pakatan dulu.



Secara tidak disedari ini menunjukkan yang Najib Razak telah berjaya memecahbelahkan Pakatan Pembangkang.Sama seperti Amerika yang berjaya memecahbelahkan negara-negara Arab.



Oleh itu Najib Razak sekarang ini lebih rasa selamat dan selesa untuk menghadapi PRU yang ke 14. BN/UMNO pasti akan menang besar dikala pihak pembangkang yang masing-masing nampaknya tidak sehaluan. Bagi PAS pula pimpinannya sedar jika mahu mengekalkan kerusi yang dimenanginya dalam PRU13, ianya tidak boleh bertanding secara bersendirian. Kalau tidak mahu bersama dengan Pakatan Pembangkang, PAS terpaksa bekerjasama dengan UMNO/BN. Kalau tidak PAS akan kalah teruk. Ini kerana PAS hanya mengharapkan seratus peratus pengundi Melayu jika bertanding bersendirian.



Sumber TKO - 29-1-2017



-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerdik Tak Boleh Diikut, Bodoh Tak Boleh Diajar
Posted on Sunday, January 29 @ 07:19:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33375



Hampir semua penganalisis politik menatijahkan bahawa blok pembangkang tak akan berjaya menewaskan BN dalam PRU14 nanti tanpa PAS. Penulis rasa pelik apabila mereka hanya ghairah memberi hujah sejak akhir-akhir ini sahaja. Sedangkan ramai ahli-ahli PAS di akar umbi sudah melahirkan pandangan yang sama sejak terkeluarnya geng GHB daripada PAS dua tahun yang lalu.

Kami di akar umbi sudah nampak apa yang akan berlaku. Kawan penulis hanya memberi satu hujah sahaja yang cukup mudah. Katanya, sedangkan semasa Pakatan Rakyat solid ketika menghadapi PRU13 lagikan BN tak tertewaskan. Inikan pula dalam keadaan PAS disingkirkan. DAP dan PKR bolehlah percaya auta PASMA, GHB dan kini PAN.



Penulis sendiri pelik dengn mainan politik DAP 2 tahun lepas. Mudah benar pemimpin DAP ditipu atau tertipu oleh PASMA dan GHB? Semasa Muktamar PAS Pusat yang ke-61, DAP cuba mengukuhkan kedudukan golongan anti-kepimpinan ulama. DAP seolah-olah berkempen  untuk mereka. Cuma penulis tak pasti tindakan DAP itu memang bertujuan untuk memenangkan proksi mereka atau sengaja mahu memecahbelahkan PAS. Namun kini penulis sudah mendapat jawapannya. DAP hanya mahu berkawan dengan parti yang Islamnya boleh ditunjuk dan dipijak oleh mereka.



KIni apa yang difikirkan oleh akar umbi dan pemimpin PAS hampir terbukti. Sebab itulah PKR berlembut dengan PAS. PPBM ajak berunding dan DAP tak malu-malu nak berbaik semula. Semuanya  jadi hidung  tak mancung pipi tersorong-sorong. Lepas memujuk mereka mengutuk. Puas merayu mereka mengugut. Nampak benar mereka yang rasa kuat menyorokkan rasa takut.  



Teruja juga penulis nak  jadi nujum politik ala Rafizi. Tilikan penulis,  PAS kekal sebagai blok ketiga. Dan pertandingan akan berlaku banyak penjuru. Satu perkara  penulis tak mampu baca. Apa yang berlaku selepas pilihanraya.? PAN pun; entah ada, entah tiada.



Sumber TKO - 29-1-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Video Rafizi, Khalid Samad Menyembah Ayam?
Posted on Saturday, January 28 @ 23:15:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33373



RAKYAT Malaysia terkilan dengan video sambutan Tahun Baru Cina pakatan harapan pimpinan DAP yang disulami dengan motif politik.

Walaupun ayam bukannya simbol atau objek berhala yang disembah oleh masyarakat Cina yang rata-ratanya menganut agama Budha dan Kristian namun ianya merupakan antara simbol penting dalam kalendar Cina. Ayam seperti mana-mana haiwan lain memberi makna tersendiri sebagai simbol kepercayaan masyarakat Cina dalam menyambut tahun baru dalam kalendar bangsa tersebut.

Jika simbol tahunan perayaan tahun baru ini pun Teresa yang berbangsa Cina cuba memperlekehkan, kenapa beliau tidak memberi cadangan untuk menukar kepada haiwan atau binatang lain atau benda lain?

Teresa dilihat terpaksa membayar dengan harga yang mahal untuk membuat video sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. 



Bayangkan dalam ramai-ramai pelakon yang dibayar di dalam youtube tersebut, hanya seorang sahaja yang mengalirkan air mata dan seorang lagi terpaksa berpura-pura menggunakan tisu untuk menyapu airmatanya. Pelakon yang lain pula hanya kaku tanpa berbuat apa-apa. 


Hanya seorang pelakon warga emas memeluk anak Anwar manakala yang lainnya hanya melihat tanpa ada sebarang reaksi kerana mungkin arahan Teresa yang fokus utama adalah untuk “memfitnah” ayam tersebut

Dan yang paling memalukan apabila Teresa tetap menggunakan ayam putih sebagai logo videonya, kenapa beliau dan rakan-rakan yang lain tidak mengunakan sahaja ayam hitam seperti lazimnya individu yang berwatak jahat? 



Ayam tu mengambarkan siapa sebenarnya?




















































Sumber TKO - 28-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Demi untuk raih undi Cina DAP ada sanggup “Sembah” Ayam Putih
Posted on Saturday, January 28 @ 20:42:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33371



Meraih undi untuk mendapat sokongan adalah satu daripada strategi untuk menang dalam PRU-14 nanti untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Sebagai seorang Islam, Allah telah mengariskan kita dengan panduan bagaimana kita hendak mendapatkan simpati undi bukan Islam.

Saya 'tertonton' satu video sambutan Tahun Baru Cina oleh seorang pimpinan DAP. Bersama video berkenaan beberapa pimpinan daripada orang Islam mewakili parti Pakatan Harapan.

Dalam video berkenaan seolah-olah beberepa pimpinan Islam 'menyembah' semangat tahun Ayam (Ayam Api).

Saya suka menonton filem kung fu. Ada adengan dalam filem tersebut menunjukkan orang-orang miskin diberikan makan atau pertolongan akan menunjukkan gaya macam pimpinan Islam dalam gambar di atas. Dia seolah-olah nak sembah pemberi pertolongan tersebut.

Jangan salah anggap, saya tak kata pimpinan berkenaan bertuhankan AYAM. Pimpinan DAP pun tak bertuhankan AYAM juga walaupun dia buat macam tu.

Pemimpin PAS ada yang bermenantukan orang Cina. Dia pun sambut Tahun AYAM API ni dengan meraikan menantunya. Tapi dia taklah 'sembah' ayam dalam sangkar.


Manusia ini boleh berlebihan dalam berbuat sesuatu. Untuk dapatkan sokongan masyarakat Cina DAP (bukan masyarakat Cina... kerana masih ada Cina masih kekal menyokong PAS dan BN) mereka akan buat apa sahaja, nak tunjuk mereka lebih Cina daripada Cina. Apatah lagi apabila partinya mendapat sokongan hanya 2% daripada 100,000 ++ panggilan dibuat. Manakala parti yang dilaung-laungkan akan kalah sepenuhnya pada PRU-14 mendapat 21%.

Tapi bagi pentabsud apa yang dibuat oleh pimpinan mereka semuanya betul dan apa yang dibuat ulama semuanya salah kerana mereka rasa mereka boleh tafsir agama mengikut selera masing-masing demi untuk mendapatkan Putrajaya.

Haji Hassan Omar @ Lebai Hassan
http://hajihassanomar.blogspot.com

Sumber TKO - 28-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dulu Ahli Lembaga Pengarah HARAKAH kini Penjual Akhbar AMANAH?
Posted on Friday, January 27 @ 12:33:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33346



Saya membaca artikel "Ketika Harakah umpama kapal bocor, Pas lagi menyedihkan, kata bekas ketua pengarang Harakah" yang diulas oleh Borhan Ahmad.

Bekas ketua pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyifatkan akhbar milik Pas itu kini umpama 'kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam' manakala nasib partinya pula, Pas, lagi menyedihkan.

Ahmad Lutfi Othman menyertai akhbar mingguan Amanah yang dimiliki oleh parti pecahan dari Pas, parti PAN sebagai Penasihat Editorial. Dia juga mula menulis dengan Malaysia Dateline akhbar PAN online yang ramai disertai bekas penulis-penulis akhbar Harakah yang tak serasi dengan kepimpinan ulama PAS. Jadi jangan hairan Malaysia Dateline akan mencari apa sahaja salah silap PAS untuk dijadikan berita serta dibesarkan sebagai ISU.

Saya doakan Ahmad Lutfi Othman akan mendapat kebahagian dan kebenaran bila dia berada di dalam organasasi parti PAN sebagai seorang bukan ahli PAN. Di sana mungkin dia boleh membandingkan apa yang buruk pada PAS dengan apa yang 'elok dan bersinar' di dalam PAN tersebut.

Saya juga mengharap dia bukan lagi mendapatkan gambaran tentang PAN daripada mulut orang lain sebagaimana dia mendapat gambaran tentang PKR daripada Ezam Mohd Noor dalam pertemuan panjang sebelum PRU-13 di pejabat Harakah atau gambaran PAS daripada Saifudin Nasution setelah sahaja pertemuan 10 mata antara pimpinan utama PKR dan PAS sebelum PRU-13.

Episod Ahmad Lutfi Othman di Harakah melalui jalan sedih dan pilu selepas Ustaz Idris Ahmad pulang daripada mengerjakan umrah. Beberapa hari daripada tarikh itu diadakan mesyuarat ALP Harakah. Sahabat-sahabat Ahmad Lutfi sendiri (kini semuanya berada dalam parti PAN) yang mencadangkan supaya Ahmad Lutfi Othman diberhentikan kerana hilang upaya untuk meneruskan kerja di Harakah. Salahudin Ayub, Suhaizan Kayat atau Mahfuz Omar boleh mengesahkannya.

20 Jun 2015 Nordin Ali  ada menulis tentang perkara ini. Diakhir penulisan Nordin Ali ada menyebut bahawa dia kecewa dan memecil diri daripada sahabat seperjuangan kerana isu ini dipolimik. Anda boleh baca tulisan penuh Nordin Ali di sini.

Dalam kesempatan tulisan ini, saya ingin menyatakan pendapat berhubungan dengan kenyataan PAKSI dalam isu kononnya pemecatan wartawan Harakah. Saya mendengar dan mengulangi video kenyataan tersebut selama 42 minit. Apa yang saya nak katakan, semuanya tak benar. Tak ada pemecatan sekadar mainan politik pengurusan sahaja.

Saya sangat kecewa apabila Cikgu Pa menjadi mangsa politik dalam isu ini. Dinsman cukup arif dalam isu ini pasal yang terlibat adalah adik beliau sendiri tetapi kenapa Dinsman mengambil jalan yang sangat tak berprinsip dalam isu ini? Saya masih tertanya-tanya sehingga penghormatan saya kepada Dinsman mula luntur!
 

Dinsman tahu bahawa politik dalam ALP Harakah sebagaimana Dinsman tahu politik dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Dulu orang tak suka Wan Omar bin Wan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sutung Umar RS sebagai ketua Editor Dewan Sastera. Sutung Umar RS diketepikan atas politik dalaman.

Ahmad Lutfi dicadangkan untuk digugur atas kesihatan (matanya yang kabur) oleh keputusan ALP bukan Cikgu Pa. Yang ada dalam ALP Harakah pada masa itu ialah Dr Rosli, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar, Suhaizan Kaiat dll lagi. Mereka ini bukan aliran Ustaz dan Ulama!

Salahudin Ayub sepatutnya menyampaikan keputusan ini. Kenapa Salahuddin tak jumpa Ahmad Lutfi untuk memberitahu keputusan ini hampir sebulan sehinggga Cikgu Pa pula terpaksa memberitahu? Kenapa Dinsman tak ceritakan kepada orang ramai perkara ini?


Begitu juga Tarmizi Mohd Jam ditidak dipecat, tapi kita sanggup berbohong atas pentas PAKSI. Apa kesannya, orang mula tidak mempercayai lagi PAKSI. Ini menjawab kepada tulisan Dinsman kekecewaannya terhadap sikap pimpinan PKR dan PAS terhadap seni-budaya.


Saya ada banyak maklumat tentang isu ini, tapi cukuplah setakat ini. Maklumat yang saya perolehi menyebabkan saya menjadi kecewa, memencil diri daripada sahabat seperjuangan.
Ahmad Lutfi Othman bukan manusia mudah dipengaruhi. Saya rasa dia pun ambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini. Lagi pun semasa sakit mungkin ramai kawan-kawan PAN mengziarahi lebih daripada kawan-kawan PAS. PAN pula memang nak tarik dia pasal dianggap aset berharga. Jadi lebih keraplah PAN melawat. Dia ada idea dan pendapat sendiri. Hanya mungkin kerana lingkungan maklumatnya berat kepada satu pihak sehingga dia 'buta' untuk satu pihak lagi seolah-olah apa yang satu pihak itu buat semuanya tak betul.

Mungkin ada yang nak saya berikan contohkan.

Ahmad Lutfi Othman percaya wujud UG. Tapi saya rasa Ahmad Lutfi Othman tak boleh buktikan bahawa UG betul-betul wujud atau sekadar kebetulan fakta dengan isu yang menampakkan seolah-olah benar. Itu membenarkan UG berlaku. Ini sama sebagaimana dia percaya ahli PAN begitu ramai termasuk di Terengganu kerana dia diberikan gambaran seolah-olah itu yang berlaku sedangkan untuk mendapat seorang ahli pun payah di Terengganu. Ini disebut sendiri oleh Haji Mohamad Sabu dalam ucapan pengulungan konvensyen parti PAN.

UG ni sama dengan isu cincin Rosmah. Maklumat persepsi menutupi kebenaran. Sama juga dengan orang menganggap Ahmad Lutfi Othman keluar PAS. Saya rasa Ahmad Lutfi Othman tahu dia PAS atau tidak.

Bila Ahmad Lutfi Othman kata Harakah kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam, kemudian tersebar pula Harakah tak bayar gaji pekerjanya. Maka puak-puak PAN pun meriahlah dalam facebook dan whatsapp menyerang PAS, termasuklah si Suhaizan Kayat.


Saya tak tahu Suhaizan ni ALP akhbar AMANAH atau tidak. Tapi saya tahu dia pengedar akhbar AMANAH berdasar kepada beberapa gambar. Mungkin juga dia memberikan akhbar itu secara percuma. Kalau dia beli dan memberi secara percuma, akhbar AMANAH ada sumber pendapatan. Jika dia beri secara percuma dan ambil pun percuma di mana akhbar ini dapat duit untuk mengurus? Mungkin yang berfikir nakal akan kata DAP seponsor.

Saya nak tanya,
Akhbar AMANAH dan puak PAN seronok menulis kononnya Harakah kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam adakah akhbar AMANAH itu sampai dah 10,000 cetakan?

Bukan apa saya takut nanti gaji Ahmad Lutfi Othman tak boleh bayar dan Ahmad Lutfi Othman akan menulis keluh kesahnya pada akhbar lain pula. Seteruk-teruk Harakah, walaupun tak ada duit, rasanya 26 bulan Ahmad Lutfi Othman mendapat gaji penuh dan pekerja-pekerja lain Harakah 'terpaksa ikat perut' sedikit demi memahami Harakah kurang sumber dan komitmen membantu Ahmad Lutfi Othman yang 'uzur'.

Haji Hassan Omar @ Lebai Hassan
http://hajihassanomar.blogspot.com



Sumber TKO - 27-1-2017



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti PAN tak anggap dikhianati DAP kata Salahudin Ayub
Posted on Friday, January 27 @ 10:16:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33345



Bila ramai orang berpendapat parti PAN ni adalah parti yang ditubuhkan oleh DAP untuk menggantikan PAS bila berlaku pertembungan pendapat antara PAS dan DAP ada yang membantah. Banyak hujah menunjukkan parti PAN semata-mata ditubuhkan untuk menyingkirkan kepimpinan ulama dalam PAS bila wujud pertembungan idea dikalangan pimpinan PAS bagaimana nak ambil Putrajaya.

DAP dikatakan memperuntukkan banyak kewangan bagi mengerakkan parti PAN diseluruh negara serentak sebagaimana Tun Mahathir membelanjakan wang RM500 juta untuk menggerakkan parti BERSATU untuk jatuhkan Najib.

Atas dasar itu semua kenyataan DAP setakat ini belum lagi dibantah oleh pimpinan PAN termasuk kaki bangkang paling kuat seperti Khalid Samad.

Malah untuk mengerakkan PAN beberapa orang pimpinan PAN dilantik sebagai CEO beberapa GLC di Pulau Pinang yang antara pimpinan tersebut mendapat wang bulanan antara RM15 - 30K sebulan. Tapi anda jangan hairan jika ada laporan harta jawatan itu akan disebut sebagai bayar bila hadir mesyuarat sahaja. Bonus RM15 - 30K bulanan tidak tercatat. Bijak-bijak!!

Lihat pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, siapa yang mengetuai bilik gerakan parti PAN? Siapa menentuk strategi? Khalid Samad yang dikatakan hebat sekadar pak turut sahaja. Dulu kalau dalam PAS kalau orang nak beri pendapat dia 'sergahnya' tapi bila DAP arah dia 'tunduk hormat'.

Semasa DAP Pulau Pinang nak mengadakan Pilihan Raya awal di Pulau Pinang, parti PAN tidak dipanggil untuk berbincang sehingga bos PAN Pulau Pinang mengatakan dia kesal DAP tak panggil mereka untuk tanya pendapat. Tapi bila wartawan tanya setuju tak dia kata apa yang DAP buat mestilah baik sebab DAP dah fikir panjang.

Pilihan Raya Awal di Pulau Pinang tak jadi kerana bantahan PKR. Dap memang tak tanya puak PAN kerana dia orang tahukalau tanya habis masa sahaja MESTI puak PAN aguk aje.

Semalam Parti Amanah Negara (PAN) tidak menganggap penasihat DAP Lim Kit Siang mengkhianati parti itu apabila menghulurkan salam perdamaian dengan PAS.

"Tak, tak, tak. Saya rasa itu bukan ideanya. Ideanya adalah untuk menggesa semua parti menentang Barisan Nasional," kata timbalan presiden PAN, Salahuddin Ayob.
Dengan menyatakan PAN tidak tersinggung dengan tindakan Lim, Salahuddin menegaskan parti itu pada masa lalu juga menggesa semua parti-parti pembangkang untuk bekerjasama untuk menguatkan pembangkang.

Soalannya bila DAP menghulurkan salam perdamaian dengan BN, apakah ini satu pakatan untuk menguatkan Pembangkang?

Tapi jangan bimbang puak PAN tak akan derhaka dengan bossnya. Tertubuhnya pun semata-mata nak jadi parti kuli DAP dan akan menongkak DAP dan menentang idea Negara Islam untuk ke Putra Jaya.

Haji Hassan Omar
(Lebai Hassan)

http://hajihassanomar.blogspot.com

Sumber  TKO - 27-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Di mana suara TS Muhyidin?
Posted on Friday, January 27 @ 00:05:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33339



Bersatu ini milik siapa sebenarnya? Apakah milik ahli atau milik individu? Yang selalu membuat kenyataan ialah Dr Mahathir sedang jarang sangat kedengaran suara TS Muhyidin.

Dr Mahathir adalah penasihat sedangkan TS  Muhyidin ialah president. Sepatutnya president yang banyak bercakap, penasihat hanya menasihat bukan bercakap. Sepatutnya president lebih kedepan tapi dalam Bersatu terbalik, penasihat yang mengatur parti.

Apa yang penulis lihat ialah president Bersatu macam tenggelam oleh keaktifan penasihat. Penasihat mencatur parti, mencatur siapa rakan parti dan mencatur gerak tujuan parti. President hilang suara nampaknya.

Penulis bependapat Dr Mahathir masih lagi merasakan dirinya ketua. Semua hendak ditarik hidung. Bila president Bersatu mahu bertahalluf dengan PAS, Dr Mahathir menentang. Dia menentang PAS dari bergabung dengan pakatan pembangkang. Dia mahu DAP dan PKR mengikut katanya. PAN penulis tidak mahu ulas apa-apa sebab PAN hanya tahap melukut ditepi gantang pakatan pembangkang. Dan mutakhir Dr Mahathir dipermalukan DAP, Kit Siang berkata dia tidak perlu pendapat Dr Mahathir sebab Dr Mahathir bukan ketua pakatan pembangkang.

Malu betul, cuma Dr kita ni macam tak reti erti malu.

TS Muhyidin kenapa pasif? Apakah tidak mampu untuk menonjol kerana malu alah dengan Dr Mahathir? Atau kalah aura? TS Muhyidin jangan jadi puppet atau patung wayang kulit sahaja dalam Bersatu. Jangan jadi Hamid Karzai Afghanistan, dia president tetapi dia menjadi puppet Rusia.

Dari sejak TS Muhyidin ditendang dari UMNO, penulis merasakan hanya PAS yang sesuai untuk TS Muhyidin meneruskan hayat politiknya. Namun TS Muhyidin memilih untuk bersama Dr Mahathir. Jangan harap politik TS Muhyidin akan naik semula jika kerajaan BN jatuh dalam PRU14, kalau jatuhlah, sebab mana mungkin Dr Mahathir mahu meletakkan TS Muhyidin sebagai Perdana Menteri, sebab Muhkriz tercongok hidup. Takkan Dr Mahathir mahu membiarkan Mukhriz sekadar menteri Belia dan Sukan. Belum lagi pakatan pembangkang mengalah BN, TS Muhyidin sudah dihilangkan suaranya oleh Dr M ahathir.

TS Muhyidin kena sedar siapa Dr Mahathir, sebab TS Muhyidin mungkin terlupa siapa Dr Mahathir kerana masih shock ditendang dari UMNO. Sedar sebelum terlambat, ditendang kali kedua oleh Bersatu, setelah kali pertama ditendang oleh UMNO.
Wassalam.

Sumber TKO - 27-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau Ikut ‘Kepala’ Suhaizan Parti PAN lebih Utama serang PAS daripaada UMNO
Posted on Thursday, January 26 @ 14:30:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33332



Banyak kajian dan penganalisis membuat rumusan bahawa parti PAN adalah perosak kerjasama pembangkang. Malah PAN adalah faktor utama kecelaruan pakatan Harapan dan barisan pembangkang untuk menjatuhkan BN dan UMNO.

Saya telah menulis, kalau benar-benar ingin menumbang BN @ UMNO parti PAN perlu dibubar dan ahli-ahlinya boleh masuk DAP dan PKR. Anda boleh baca di sini.

Beberapa hari lalu Suhaizan Kayat dalam kenyataannya menyeru PKR dan PAN untuk menyerang PAS dengan menarik ahli-ahli PAS.

Dalam hal ini, parti BERSATU dilihat lebih rasional dan bekerja dengan baik iaitu membuka kaunter keahlian di merata tempat dan kebanyakan mereka yang menyertai parti BERSATU adalah bekas ahli UMNO. Ini baru dikatakan usaha menjatuhkan UMNO.

Kita tak pernah dengar mana-mana pemimpin BERSATU berkata nak tarik ahli PAS untuk menjadi ahli BERSATU.

Ini bermakna BERSATU tahu mana sasaran sebenar dan tahu cara betul menjatuhkan UMNO @ BN.

Lain dengan puak PAN dan IKRAM. Mereka ini bukan sahaja 'bengong' dalam menentu hala tuju parti. Malah hati-hati mereka busuk dan penuh dengan sifat dengki. Kerja mereka nak jatuhkan PAS, Nak rosakkan PAS. Mereka lebih suka PAS mati daripada UMNO. Sekurang-kurangnya dendam mereka kerana tersingkir oleh perwakilan dalam muktamar lalu terbalas.

Cita-cita Suhaizan dan PAN untuk mengambil hati 38% ahli PAS yang tak akan mengundi Pakatan HARAPAN dalam PRU-14 nanti jika PAS tak bertanding di kawasan mereka hanya tinggal angan-angan mat jenin...


Sumber TKO - 26-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































Bumiputra Malaysia Finance, Tun M dan PAS

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44030-bumiputra-malaysia-finance-tun-m-dan-pas

ORANG hari ini terkejut dengan pembongkaran salah laku Tun M isu BMF 30 tahun dulu. Tapi PAS dah lama siapkan dokumen ini, mendahului CIA sejak 1984 lagi. Ini adalah buku penerangan isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang pernah menggemparkan negara pada awal zaman Tun M memerintah, yang turut melibatkan pembunuhan misteri juruauditnya.

Isu ni juga pernah dibangkitkan Lim Kit Siang dalam parlimen. Apakah sekarang dosa itu dah dimaafkan kerana matlamat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Ini yang sebenarnya membimbangkan Tun M. BMF hanya salah satu dari beribu sejarah salahlaku Tun M yang sedang ditutup. Sebab itu orang pertama menentang idea UG adalah Tun M sendiri, sampai terguling Pak Lah.

Ini kerana idea UG akan meletakkan semua parti berada dalam kerajaan. Institusi kehakiman ditadbir bersama. Pasti PAS akan heret isu-isu Tun M ke muka pengadilan.

Musuh sebenar Tun M adalah PAS. Walaupun tahu Umno tidak akan berjaya jatuh selagi tak bersama PAS, dia tetap menolak PAS. Matlamat sebenar bukan untuk menumbangkan Umno, tapi menyelamatkan empayarnya daripada diancam PAS yang tidak pernah berkompromi dengan penyelewengan. – HARAKAHDAILY 25/1/2017

Sumber HD - 25-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Parti Yang Pelik
Posted on Tuesday, January 24 @ 14:20:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33295



Pertama yang pelik bagi PAS ini ialah PAS dimusuhi oleh kedua-dua belah pihak. PAS dimusuhi oleh pemerintah dan PAS juga dimusuhi oleh pembangkang. Apa yang tak kena pada PAS ini? BN serang PAS dan bermati-matian. Blok pembangkang juga serang PAS siang dan malam. PAS pun bangkit bangun berhadapan dengan sesiapa sahaja di kiri dan kanannya yang cuba menikamnya. Peliklah PAS ini.

Dalam keadaan kawan dan lawan berjuang demi Putrajaya, PAS pula berjuang demi redha Allah. Orang lain kata PAS ini gila kerana berjuang untuk kalah. Yang peliknya, orang gila inilah yang sibuk mencatur gerakan massa. Orang tak gila pula sibuk mencatur kabinet bayangan, Orang gila inilah yang tidak duduk sebelum berlunjur. Orang tak gila pula  burung terbang dipipiskan lada.



Yang peliknya, dalam mengharapkan redha Allah, orang PAS-lah yang berjuang pelik-pelik. Orang lain berjuang apabila dihulurkan habuan. Ada duit minyak ada duit tambang. Ada bekal, ada makanan, ada upahan. Orang PAS pula turun ke medan sambil menghulurkan wang. Orang lain berjuang kerana rasa partinya akan menang. Orang PAS berjuang walaupun tahu partinya selalu kalah berjuang.



Peliklah PAS ini. Orang lain berimankan undi non-muslim penentu pemenang. PAS pula beriman dengan pertolongan Allah. Allah kata pertolongan-Nya dekat. Orang PAS yakin kemenangan itu semakin hari semakin dekat walaupun sudah menjangkau puluhan tahun. Inilah peliknya orang PAS. Mereka tak pernah ragu dengan janji Allah.



Orang lain mengangkat pakar yang berkiblatkan akal. PAS pula mengangkat pakar ilmu wahyu. Gahnya orang lain dengan kajian dan data yang bersumberkan hukum akal. PAS tidak. PAS dilihat lekeh kerana bersumberkan hukum wahyu. Orang lain sudah merasakan mereka telah jauh ke depan kerana akal. PAS pula yakin mereka sentiasa ‘evergreen’  kerana selari dengan wahyu.



Ya PAS memang pelik.  Orang lain takut menuntut syariah kerana takut hilang sokongan rakyat. PAS tegas dengan Islam. Kamu nak benci, bencilah. Kalau nak kalah, kalahlah. Orang PAS memang pelik. Ketegasannya gila-gila. Keyakinannya gila-gila. 



Pengorbanannya gila-gila. Kerja pilihanayanya gila-gila. Istiqamahnya gila-gila. Ini pelik orang PAS.



Puncak  segala kepelikan ini teringat aku akan hadis Nabi s.a.w. Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w., "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing,pelik). Dan ia akan kembali asing (pelik) pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing (pelik)".



Sumber TKO - 24-1-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Tun Mahahtir Mahu Najib dan BN Terus Berkuasa











http://buletinonline.net/v7/index.php/tun-mahahtir-mahu-najib-dan-bn-terus-berkuasa/

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyifatkan, kenyataan terbaharu Tun Dr. Mahatir Mohamed adalah bertujuan untuk mengekalkan pemerintahan Dato’ Seri Najib dan Barisan Nasional (BN).

Penolong Setiausahanya Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah melihat ‘ada pakatan’ diantara mantan Perdana Menteri itu dengan pengganti yang dipilihnya setelah menolak Tun Abdullah Ahmad Badawi.


“ada pakatan antara Najib dengan Mahathir………strateginya adalah untuk mengekalkan Umno dan Barisan Nasional selepas pilihanraya umum akan datang,

“Mahahtir telah ‘menggula-gula’kan pemimpin PAN dan DAP, ”jelas beliau.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu itu berkata ketika ditemui semalam Ahad 22 Jamuari, ketika diminta mengulas kenyataan Tun Mahathir yang dilaporkan menolak PAS dari bergabung dengan Pakatan Harapan.

Menurutnya, sehingga kini, PAS belum membuat sebarang keputusan mahu bergabung dengan pakatan musuhnya yang dibarisi oleh pemimpin DAP dan PAN.

“PAS sehingga kini tetap istiqamah akan menentang Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang…….ini dijelaskan oleh Presiden PAS sendiri, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,


“pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dungun pada Jumaat lalu,”tegas beliau.

Oleh itu, beliau bersetuju pendapat sesetengah pihak yang menyatakan, kenyataan Tun Mahathir bertujuan melemahkan usaha berterusan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menarik kerjasama dengan PAS.

Tambahnya, sebelum ini, Tun Mahathir telah menyokong Dato’ Seri Najib, ketika kemelut politik Umno yang membawa kepada penyingkiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Sumber BO - 24-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



PERKASA sindir DAP, cari Cina buta jika mahu lagi bersama PAS
Posted on Monday, January 23 @ 19:50:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33286



Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, DAP perlu membuktikan keikhlasan untuk bekerjasama dengan PAS sekali lagi dengan menerima dan menyokong Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Katanya, perkara itu perlu memandangkan memperkasakan Akta 355 adalah hak semua orang Islam.

“Saya tak cadang nak jadi orang tengah, saya tak ada cadang nak meminang DAP bagi pihak PAS.

“Maknanya itu bila Lim Kit Siang kata nak kerjasama dengan PAS terpulang dengan PAS. Perkara pertama saya rasa dia kena setuju dengan Akta 355, sekurang-kurangnya tunjuk kejujuran dulu. Sebab itu hak orang Islam.

“Kalau dia (DAP) boleh buat sokongan terhadap Akta 355 manalah tahu PAS nak rujuk balik,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA hari ini.
Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Lim yang menghulurkan salam perdamaian terhadap PAS.
Bagaimanapun Ibrahim sempat berseloroh bahawa DAP dan PAS sudah bercerai talak tiga dan perlu berkahwin dengan ‘Cina buta’ supaya dapat bersama semula.

“Saya tak tahu PAS dengan DAP bercerai talak tiga atau satu. Dulu dia dah kahwin lepas tu bercerai cuma perceraian mereka ini talak tiga ke satu?

“Kalau ikut kenyataan pemimpin mereka baik DAP atau PAS, macam dah talak tiga, kalau dah talak tiga dah tak boleh rujuk.

“Kena kahwin dengan Cina buta dulu. Jadi tak tahulah macam mana caranya, dia kena tunjuk dulu kesediaan nak rujuk balik,” katanya.

Perhimpunan Akta 355 PAS bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pindaan itu yang akan membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.
Sementara itu Ibrahim mengumumkan pihaknya akan mengadakan kongres PERKASA di seluruh negara.

Katanya, bagi kongres di semenanjung ia dikenali sebagai ‘Kongres Melayu’ manakala di Sabah dan Sarawak pula dinamakan ‘Kongres pribumi Sabah atau Sarawak”.
“Kongres yang akan diadakan bermatlamat di setiap negeri akan cuba kumpul data dan kenal pasti isu berkaitan Melayu dan pribumi.

“Fokus kita isu berkaitan ekonomi dan kemiskinan, pembangunan serta kepentingan rakyat termasuk isu penyelewengan, penindasan, salah guna kuasa di negeri masing-masing,” katanya.

Ibrahim berkata, setiap kongres mempunyai tema masing-masing bergantung dengan isu yang berlaku.

Katanya, Negeri Sembilan akan mendahului kongres iaitu pada 18 Mac 2017 dan diikuti dengan negeri-negeri lain.

Sumber TKO - 23-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Apa salahnya kalau DAP nak jawatan TPM?
Posted on Sunday, January 22 @ 13:54:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33275



Apa salahnya kalau DAP nak jawatan timbalan perdana menteri?
Entahlah.

Barangkali ini pertama kali rakyat menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad memperbetulkan kesilapannya secara terbuka.


Menariknya, beliau melakukannya demi DAP kerana beliau mengakui ada tersilap cakap sehingga menggambarkan DAP ada meminta jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia memenangi pilihanraya umum ke-14.

Dr Mahathir menjelaskan yang meminta jawatan TPM ialah MCA bukannya DAP.
Cuma hairan mengapa Dr Mahathir tidak mengambil sikap yang sama seperti ketegasannya dalam melabelkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah dan mengkritik tajaan haji oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun dikritik pelbagai arah.

“MCA pernah minta, jadi apa salahnya DAP minta?” – sepatutnya itulah bunyi jawapan yang mencerminkan sikap Dr Mahathir dalam politik.

Sayangnya tidak. Dr Mahathir memilih untuk meminta maaf. Permohonan maafnya datang selepas pertemuannya dengan Lim Kit Siang sejurus isu TPM ini meletup di sosial media.

Mungkin kedua-dua peristiwa ini tiada kaitan, tapi dalam politik persepsi yang diperjuangkan Pakatan Harapan di mana dua orang memakai baju sama boleh menjadi isu, kedua-dua peristiwa boleh berkait.


Tapi jika difikirkan secara mendalam, apa salahnya kalau DAP nak jawatan TPM? Benda ini tak perlu malu-malu pun kalau ia benar.

DAP ada calon Melayu yang boleh jadi TPM. Bukan semestinya calon Cina DAP yang menjadi TPM walaupun dalam minda orang ramai masih susah hendak memisahkan perkataan Cina daripada nama DAP.

Jika benar, ia juga memudahkan rakyat membuat keputusan untuk mengundi siapa pada PRU14.

Bagi mereka yang gilakan PH, sudah tentu ini sesuatu yang patut diraikan dan dilihat sebagai sesuatu yang melonjakkan sokongan kepada PH.

Ini juga dapat memenuhi salah satu syarat yang dikemukakan pakar strategi PKR Rafizi Ramli bagi membolehkan PH memenangi Putrajaya, iaitu tahap sokongan pengundi Cina yang mengundi PH mesti sama seperti tahap gundi Pakatan Rakyat pada PRU13.

Selain faktor undi Cina, Rafizi juga menyatakan PH memerlukan separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi PH dan mereka dapat “merampas” (meminjam kata-kata seorang pemimpin Amanah) lebih 38% penyokong PAS.

Dalam kajiannya, Rafizi berkata walaupun PH hanya mendapat 24% sokongan rakyat berbanding PAS 21% dan BN 40% (dalam erti kata lain, walaupun ada 61% yang menolak PH), PH masih mempunyai peluang ke Putrajaya asalkan beberapa syarat di atas dipenuhi.

Cuma kalau betul jawatan TPM diberikan kepada DAP, PH rasanya boleh melupakan hasrat memenuhi syarat Rafizi untuk merampas sokongan 38% penyokong PAS.
Kalau begitu, hanguslah hasrat PH ke Putrajaya. Ini mana boleh terima?

Memandangkan isu ini begitu serius, berbaloilah Dr Mahathir memperbetulkan kesilapannya secara terbuka. DAP pun sudah menjelaskan mereka tidak pernah meminta mahupun memerlukan jawatan TPM.

Tapi, kalau macam itu, bagaimana pula PH nak penuhi syarat Rafizi untuk mengekalkan sokongan Cina yang meluap-luap, seperti yang berlaku pada RPU13, setelah mendiang Karpal Singh membuat pengumuman ini pada 4 Mei 2013 (laporan Yahoo):

“Of course the man who is fit to be prime minister of this country, we in DAP propose and support Datuk Seri Anwar Ibrahim as Malaysia’s seventh prime minister. Hadi Awang can be deputy prime minister. Lim Kit Siang can be DPM II and he can also be home minister”.
Entahlah.

TIMMY SAY

Sumber TKO - 22-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu TPM: Setelah lihat muka Lim Kit Siang Mahathir Tidak Lupa Lagi!
Posted on Saturday, January 21 @ 21:27:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33269



Setelah isu DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi heboh oleh akhbar pro Kerajaan, Tun Mahathir menjawab isu tersebut dengan mengatakan bahawa akhbar berkenaan memutar belit kenyataannya.

"Mengenai persoalan mengenai jawatan timbalan perdana menteri, Mahathir menjelaskan bahawa media tertentu telah memutar belitkan kata-katanya. Beliau hanya berkata pernah mendengar cadangan sedemikian," kata Tun Mahathir.

Semalam, Lim Kit Siang ada berjumpa Tun Mahathir di pejabatnya. Lim Kit Siang dalam pertemuan dengan Tun Mahathir berkata, MCA adalah parti yang mahu jawatan timbalan perdana menteri kedua pada April 2009 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawat kerusi berkenaan. (sila baca di sini)

Tak sampai esoknya, malam hari yang sama juga Tun Mahathir menulis dalam blognya dan Malaysiakini DENGAN SEGERA menyiarkan berita ulasan blog Tun Mahathir itu di Malaysiakini pada edisi 8.52 malam. (sila baca di sini)

"Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri kedua.

"Saya ingin perbetulkan kesilapan. Bukan DAP tetapi adalah MCA," jelas beliau dalam blognya hari ini.

Kata Mahathir, permintaan itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri pada tahun 2009.

Mahathir turut melampirkan laporan di laman web Jabatan Penerangan Malaysia yang telah mengenengahkan permintaan Loke kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Laporan itu berbunyi: "Datuk Loke Yuen Yow, Timbalan Setiausaha Agung MCA dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan “perkongsian kuasa sebenar”.

"Menurut Loke lagi, jawatan kedua Timbalan Perdana Menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara."
Sebelum ini telah wujud video berkenaan kenyataan Tun Mahathir berkenaan jawatan itu, bukan salah petik daripada akhbar. Saya sudah menulis mengenai perkara ini di sini.

Video -  https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=KI1rq9p4CCw



Saya hairan bagaimana Tun Mahathir yang hebat dan licik  dalam politik akhirnya akur dan mengikut apa yang disyorkan oleh Lim Kit Siang.

Saya tak rasa janggal sekiranya puak-puak PAN boleh 'cium buntut dan kaki' DAP termasuk dalam isu-isu agama kerana ada dikalangan mereka dibayar RM15 - 30K sebulan untuk mengerakkan PAN. Tapi saya sangat hairan bagaimana Tun Mahathir yang dikatakan mempunyai wang RM500 juta bagi mengerakkan pembangkang untuk menjatuhkan Najib pada PRU-14 nanti juga 'tersungkur' dengan DAP.

Paling menyedihkan bila kenyataan yang berpusing arah ini tidak dilihat apa-apa oleh penyokong reformasi, malah komen-komen diakhbar Malaysiakini menyokong dan mengiyakan.

Situasi inilah menyebabkan blog-blog pro-kerajaan bangkit mengalahkan blog-blog pro-pembangkang kerana sifat mengampu, memuji dan mengiyakan tanpa sebarang kritikan membina. Tidak hairan blog MSO, Greenboc dll makin hari makin hilang dalam arus media politik.

Masyarakat mahu mencari kebenaran. Masyarakat mahu berita yang benar dan jelas bukan berita berbentuk persepsi dan memburukkan dengan mencipta unsur-unsur yang meragukan.



Sumber TKO - 22-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rafizi, Kamu Hebat
Posted on Saturday, January 21 @ 09:59:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33259



Rafizi kata berdasarkan Simulasi I-CPI, jika 38 peratus pengundi PAS memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH)-BERSATU sebagai tambahan kepada separuh pengundi baru yang menyokong gabungan pembangkang, serta sokongan pengundi Cina kekal pada tahap PRU13, maka PH-BERSATU akan memenangi 126 kerusi Parlimen, manakala PAS gagal menguasai mana-mana kerusi.


Aku nak tanya Rafizi pula, bagaimana pula jika ‘JIKA’ kamu itu tidak menjadi? Apa akan terjadi kepada blok kamu? Bagaimana kalau aku katakan,  usahkan 38% , 1 peratus pun undi ahli PAS tidak akan mengalir ke kantung  PH-BERSATU. Berkat ratib UG kamu, 38% itu akan pergi kepada BN. Dalam kajian aku melalui grup whatsapp PAS, daripada 100 orang ahli PAS, semuanya jawab mereka lebih rela undi UMNO/BN daripada Pakatan Harapan/Bersatu. Maklumlah Rafizi, mereka sedondon.

Jadi jelaslah JIKA’ kamu itu amat bercanggah dengan realiti.Maka berapa kerusi secara realitinya blok kamu dapat nanti. Boleh kamu dan cybertrooper kamu kira balik? Walau apapun, tahniahlah kerana blok kamu sudah ada kabinet bayangan yang cuba disembunyikan. Tahniahlah  untuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menanti. Lim Kit Siang tentu tersenyum .

Rafizi, aku simpan kejap kajian dan analisis kamu. Akan aku buka sehari selepas PRU14 untuk membuktikan kamu hebat, Rafizi.

Sumber TKO - 21-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































Kajian dan Realiti: Mengulas kenyataan Rafizi berdasar kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI)
Posted on Friday, January 20 @ 15:37:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33252



Ramai dah sahabat-sahabat beri ulasan darihal kenyataan Rafizi berdasar kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI). Sahabat saya MSO dalam postingnya terus menghukum PAS berdasar bacaan politik bergeliga Rafizi itu.

Itu hak masing-masing dan saya yakin PAS sedikit pun tidak terusik dengan dapatan yang "super" hebat itu.

PH dam Bersatu menang dan masuk Putrajaya. PAS kalah besar dan tersingkir dari Dewan Rakyat.

Apa pun sentimen anda pagi Jumaat ini saya mahu berkongsi satu pengalaman.

Sebelum PRU 2008 dulu saya ketika itu bertugas sebagai SU Akhbar Presiden PAS. Ketika itu fokus seluruh pimpinan dan ahli PAS adalah untuk mempertahankan negeri Kelantan yang kita menang dalam PRU 2004 dengan majoriti tipis.

Datanglah "pakar" PAS yang hari ni telah melompat ke Pan. Beliau ketika itu kira level separas Rafizi hari ini. Ber "geliga" dan pakar seba-serbi.

Beliau mohon untuk bertemu mata dengan Tuan Guru Presiden bagi membentangkan angka-angka dan bacaan politiknya mengenai PAS buat PRU 2008.

Tuan Guru setuju dan saya diajak bersama.

Lalu dibentangkannyalah hujah-hujah dan bacaannya. Berhelai-helai kertas diulasnya satu persatu di hadapan Tuan Guru. Dan Tuan Guru saya perhati tekun mendengar tidak langsung menganggu. Itulah Presiden kita " a good listener".

Ringkas cerita sama macam bacaan Rafizi PAS akan kalah teruk .... kalah semua kerusi atas pelbagai alasan termasuk kerana kononnya pendekatan yang terlalu keras, terlalu inklusif, tidak mesra pengundi dan berjela-jela lagi alasan yang disokong dengan angka-angka.

Saya yang mendengar turut gelisah.

Allah bayangkan kita kalah termauk di Negeri Serambi Mekah yang  ketika itu Almarhum Tok Guru MB nya.

Apa reakai Tuan Guru Presiden?

Beliau ucap terima kasih kepada doktor Phd berkenaan dan ambil maklum semua "point" nya. Namun kata Tuan Guru satu faktor penting yang beliau tersangat yakin yang malangnya tiada tempat dalam ulasan betjela-jela tadi adalah "bantuan Allah swt"!

Saya pula yang terpegun. Mana mungkin kita gerakan Islam boleh menidakkan elemen bantuan Allah swt ini.

Akhirnya sebagaima anda semua maklum, apakah prestasi PAS pada PRU 2008 itu?

Kita bertahan lebih kemas di Kelantan, menang dan membentuk kerajaan campuran di Kedah, Perak dan Selangor.

Malam keputusan PRU itu saya bertugas 24/7 di Pejabat Agung PAS. Satu demi satu keputusan diterima, meleleh air mata saya mengingatkan faktor penting yang dipegang kuat oleh Tuan Guru Presiden PAS, subhanallah.

Lalu tiggalah kajian "pakar" tadi atas kertasnya.

Kesimpulannya PAS tidak boleh berdiam diri. Programnya perlu dipertingkatkan. Bagi kita perjuangan ini bukan sekadar untuk buka pintu di Putrjaya tetapi lebih besar lagi untuk membuka pintu syurga Allah swt.

Biarlah Rafizi dan Pan seronok dengan kajian mereka. Kita pun sebenanya ada kajian kita yang jauh berbeza dari dapatannya itu tetapi tidak perlu dikeluarkan jika semata untuk berseronok-seronok.

Bahtera PAS  insyallah akan istiqamah terus berlayar menuju destinasi kita.

ROSLAN SMS 
Sumber TKO -20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU355 membaikpulih keluhuran perlembagaan

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43958-ruu355-membaikpulih-keluhuran-perlembagaan

RUU355 *BUKAN SETAKAT MENAIKTARAF MAHKAMAH SYARIAH, BAHKAN MEMBAIKPULIH KELUHURAN PERLEMBAGAAN*

MENARIK juga tulisan Raja Petra bertajuk "RUU355 IS PERFECTLY CONSTITUTIONAL". Dia menjawab beberapa persoalan yang sengaja ditimbulkan oleh para penentang usaha ini supaya mereka yang tidak celik undang-undang dan perlembagaan Malaysia meragui usaha ini.

Memandangkan tulisan tersebut dalam Bahasa Inggeris dan agak panjang, saya cuba simpulkan dengan beberapa penambahan seperti berikut:

1. Persoalan pertama ditimbulkan adalah RUU355 boleh mewujudkan situasi dual-legal system ataupun sistem dua undang-undang di Malaysia.

Sebenarnya, sistem dua undang-undang telah wujud sebelum Malaysia ini ditubuhkan lagi! Bahkan, Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 ditubuhkan atas persetujuan membahagikan dua set undang-undang antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Apabila mencapai kemerdekaan tahun 1957, dan juga setelah tertubuhnya Malaysia tahun 1963 hinggalah sekarang, sistem ini masih kekal sebagaimana dahulu!

2. Persoalan kedua adalah RUU355 ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebenarnya, ia langsung tidak bertentangan malah selari! Ini kerana sebagaimana yang termaktub dalam jadual kesembilan perlembagaan, kerajaan persekutuan hanya berkuasa dalam bidang tertentu seperti keselamatan, pendidikan, kesihatan, petahanan, urusan luar negara dan beberapa yang lain. Negeri pula masih memiliki kuasa eksklusif melibatkan soal agama, tanah dan hasil mahsul, air, tradisi dan beberapa yang lain.

Maka RUU355 adalah urusan agama yang berada di bawah kuasa negeri. Kerajaan persekutuan tidak berhak mengganggu perkara ini melainkan sekiranya undang-undang tubuh atau enakmen peringkat negeri bercanggah dengan bidang kuasa persekutuan.

3. Apa yang menarik menurut pandangan RPK ialah, jika persekutuan menyekat hak negeri ini, maka negeri boleh membuat keputusan untuk keluar dari persekutuan Malaysia, sebagaimana yang telah Singapura lakukan. Walaupun kita bukan mahu menuju ke arah itu, tetapi harus disedari bahawa kuasa negeri masih wujud dan kuat sehingga kini walaupun dibayangi kekuasaan kerajaan persekutuan.

4. RPK memberi contoh yang agak menarik. Ketika minyak dijumpai di Terengganu tahun 1972, kerajaan lekas merangka akta petroleum sehingga digazetkan tahun 1974. Secara asasnya petroleum adalah hak kerajaan negeri mengikut jadual kesembilan. Tetapi dengan akta tersebut, hak negeri cuma beroleh petroleum (kalau tak silap 5%). Tanpa akta ini, Terengganu hari ini sudah menikmati 100% hasil petroleumnya! Mungkin juga Menara Berkembar Petronas sudah berada di Paka ketika ini!

Maka dalam perkara agama Islam, tiada sebarang akta yang menetapkan urusan Islam ditadbir oleh persekutuan. Yang ada hanya akta mahkamah syariah bidang kuasa jenayah atau dikenali sebagai akta 355. Akta ini sekadar menetapkan had hukuman yang boleh diambil dalam kesalahan syariah. Di samping itu ada beberapa lagi akta tetapi tidaklah sampai agama Islam menjadi urusan mutlak kerajaan persekutuan.

5. Sebagaimana akta petroleum, akta 355 adalah suatu akta yang sebenarnya mengganggu maksud perjanjian persekutan yang dimeterai sejak dahulu. Justeru usaha RUU355 bukan sahaja satu projek menaiktaraf mahkamah syariah, tetapi juga sebuah projek mengembalikan keluhuran perlembagaan agar ianya benar-benar mengikut roh yang sebenar.

Syabas RPK! Tulisan anda sangat membuka minda! – HARAKAHDAILY 19/1/2017

Sumber HD - 19-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



H355: Bersediakah 300K Umat Berpartisipasi Demi Syariah?
Posted on Tuesday, January 17 @ 09:09:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33203



Himpunan RUU355 pada 18hb Februari nanti wajarnya  menjadi detik yang signifikan bagi umat Islam di negara kita. Apa tidaknya jika semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik dan gerakan dakwah sama-sama berhimpun dan berpartisipasi demi akidah. Ini akan menjadi signal yang jelas kepada MP-MP muslim agar bertindak sewajarnya dengan kehendak umat apabila dibahaskan di Parlimen nanti.

 Sama ada ahli dan penyokong PAS, UMNO, PKR, Gerakan Tabligh dan NGO-NGO muslim yang lain, perlu membuang ego kelompok masing-masing. Umat ini tidak sewajarnya sentiasa berbeza dan bertelingkah dalam semua perkara.  Walaupun masing-masing mempunyai pandangan sendiri, namun berilah ruang kepada agama ini untuk diangkat martabatnya sekadar yang kita mampu. 



Apabila umat mengamalkan politik matang, mereka akan tahu di mana mereka berpencak dan di mana pula mereka perlu berjabat. Kewarasan akan menjadi dayafikir yang mencetus keuntungan kepada umat. Penulis yakin tanpa sedikit ragu bahawa setiap pengorbanan masa, tenaga dan wang untuk menyertai perhimpunan ini adalah kerja mulia mendaulatkan syariah yang ganjarannya adalah berupa pahala dari Allah s.w.t.



Perhimpunan ini mempunyai objektif yang amat murni. Seperti kata Naib Presiden PAS, YB Dato’ Iskandar Abadul Samad, perhimpunan ini sama sebagaimana perarakan Maulidur Rasul. Jika pada perarakan Maulidur Rasul umat Islam turun beramai-ramai untuk menyatakan rasa kasih mereka terhadap Rasulullah SAW tetapi Himpunan Akta 355 itu umat Islam turun menyatakan sokongan mereka terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah.



Kedua-dua perarakan dan himpunan itu merupakan cara umat Islam menyatakan komitmen dan kasih mereka terhadap agama. Komitmen untuk melihat Mahkamah Syariah diangkat  martabatnya. Himpunan ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh sesiapa kerana mereka yang turun  adalah semata-mata didorong oleh rasa tanggungjawab mereka terhadap agama Allah.



Akhirnya, rancanglah dari sekarang perjalanan murni.  Ajaklah seramai mungkin saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk memanifestasikan kecintaan kepada syariah. Penjawat awam juga tidak perlu takut-takut lagi kerana ini adalah sebuah perhimpunan aman seperti perhimpunan Maulidur Rasul. Ironinya, bersediakah ahli-ahli dan penyokong PAS mengajak ahli-ahli dan penyokong UMNO, PKR, Tabligh dan NGO lainnya sama-sama berpartisipasi demi kecintaan kepada Syariah?



Sumber TKO - 17-1-20117



----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Kotaraya kini kota mereka
Posted on Tuesday, January 17 @ 09:04:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33202



Teringat zaman rock2 dulu, kemana kita pergi diKL ini pasti akan berjumpa stok2 rambut panjang rocker. Port (tempat lepak) budak2 rockers ini kebanyakkannya di shopping kompleks terutama di Komplek Kotaraya bersebelahan Puduraya. Disitulah bersidai rocker2 malaya suatu waktu dahulu membuang masa terutama dihari minggu. Nak membezakan lelaki dan wanita yang bersidai disitu pun susah. Semua rambut mengalahkan hantu...Itu 15 tahun yang lalu. Kini rocker semua dah bertaubat, yang peliknya komplek kotaraya kini sudah ditawan...

Begitulah masa berlalu, dahulunya KL ini meriah dengan pelbagai kaum yang ada dalam negara ini. Cina, india dan melayu mewarnai dunia KL itu. Tapi sekarang tidak lagi. Hendak mencari seorang rakyat Malaysia diKL agak susah ketika ini. Komplek kotaraya kini sudah 'ditawan' oleh peniaga dari filipino . Petaling street juga sudah ditawan peniaga vietnam. Mana perginya rakyat negara ini.

Sepanjang pemerhatian selama ini, Kotaraya dan Ampang point bukan lagi kawasan Malaysia. Majoriti pengunjung disana adalah rakyat filipino. Merekalah pelanggan dan merekalah peniaga. Dari restoran, kedai telephone dan sebagainya sudah dikuasai mereka.

Rakyat malaysia yang selama ini menguasai kawasan tersebut sudah mengalah dengan pesaing2 dari negara luar. Dikawasan bukit bintang pula, sudah menjadi kawasan arab pula. Pelbagai jenis restoran arab disepanjang jalan dibukit bintang itu. Rakyat malaysia sudah malas hendak hidup ker di KL ini.

Jalan masjid india pula, peniaga2 pakistan sudah mengepong kawasan itu dengan perniagaan karpet dan pakaian. Semua peniaga2 disitu hanya kelihatan bermuka pakistan sahaja. Peniaga2 melayu dan cina sudah patah hati ke nak berniaga di sana?

Inilah kesannya membawa ramai pekerja2 asing kedalam negara kita ini. Dengan niat untuk memajukan perusahaan dalam negara yang kekurangan pekerja, akhirnya anak2 kita esoklah yang bekerja sebagai kuli kepada warga asing yang sudah menguasai pasaran diKL ini.

Kita pula terpaksa bekerja siang dan malam untuk mencari sesuap nasi bagi menampong kehidupan yang semakin mencabar ini. Tidak cukup dengan satu kerja, ditambah lagi dengan kerja partime diwaktu lapang.

Walaupun begitu, pendapatan kita tetap tidak mencukupi. Kerana apa? Kerana kos hidup yang kita rancang selama ini amat tinggi dengan hutang disana sini. Bila lah tekanan ini akan berakhir?

Belajar dari pak menteri disuruhnya kita ini kerja, kerja, kerja, kerja..

Belajar dari pakar akhirat, dunia pula ikut kita....dunia terpaksa bekerja untuk kita.
Disinilah sebenarnya formula bagaimana nak rasa cukup dan mampu membela keluarga.
Video INI ada formulanya... InsyaAllah formula ini berhasil.

 wallahuaklam

md daud yusri almelintangi
www.dadiydoo.com


Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=i4hgo4KBiw0

Sumber TKO - 17-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































































Islam tidak sampai kepada DAP?

IZWAN ABDUL HALIM | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43903-islam-tidak-sampai-kepada-dap

PENTAKSUB dalam kalangan PAN cuba menjustifikasikan penerimaan mereka terhadap DAP dengan pelbagai hujah terutama aspek dakwah. Antaranya membandingkan Umno dengan DAP, seolah-olah tidak memandang bahawa majoriti Umno adalah Muslim dan majoriti DAP sebaliknya. Malah, hingga meletakkan perbahasan ulama mengenai status kalangan manusia yang tidak sampai kepadanya seruan Islam.

Sekalipun DAP boleh digolong sebagai mad'u, tetapi tersangat dangkal untuk membela DAP dengan hujah sedemikian. Mereka telah lama wujud di negara ini yang majoriti Muslim. Mendengar dan melihat sendiri cara hidup Muslim di dunia ini secara langsung atau dari pelbagai medium.

Bahkan, mereka pernah ke Mesir, Tunisia dan negara umat Islam lain bertemu para ulama. Juga menanggapi sendiri konsep Maqasid Syariah. Paling ketara juga, ramai terpesona dan teruja apabila kalangan DAP hadir ke kuliah agama atau berucap memetik ayat-ayat al-Quran, selain pengakuan meniru gaya Khalifah Umar Abdul Aziz dan meuar-uarkan peruntukan untuk pembangunan Islam.

Selain itu, tidak kurang dari kalangan DAP yang mempelajari mengenai Islam, tetapi paling kuat menafikan Islam dari dilaksanakan. Didokong pula oleh kalangan asatizah tertentu yang membantu menghias dengan dalil dan nas di mana akhirnya menjurus untuk Islam tidak dilaksana atau ditangguhkan. Sedangkan segala perbahasan sewajarnya membuka jalan untuk Islam dilaksanakan secara roh dan jasad biarpun seminima mungkin.

Mereka jugalah asatizah yang curang dan menjadi pemangkin mencampuradukkan Islam dengan idealogi dan teori lainnya hingga umat menjadi keliru dan menghadapkan agama Allah ini dalam pelbagai pertuduhan.

Sepatutnya, segala pembelaan mereka terhadap DAP dengan menyandarkan kalam-kalam Allah perlu dimuhasabah betapa kemungkinan diri telah termasuk sebagaimana kalangan yang disebut dalam ayat-ayat surah al-Mumtahanah. Antaranya telah wujud kasih sayang hingga melanggar batas kewajaran dalam memberi dan berhubungan, tanpa ada sedikitpun kewaspadaan.

Maka jelas, tidak relevan sama sekali untuk menstatuskan DAP sebagai belum sampai Islam kepada mereka. Mereka bukan seperti 'katak di bawah tempurung', tetapi perumpamaan itu mungkin sesuai untuk kalangan PAN yang berfikir sedemikian.

Sebaliknya, DAP semakin menzahirkan penentangan mereka kepada perkara-perkara bersangkutan Islam. Lihat juga sebagaimana secara terancang dan sangat halus apabila menyebabkan orang Islam-Melayu di Pulau Pinang bagaikan terusir dari pulau tersebut. Jika mereka cenderung kepada Islam dan tidak rasis, mengapa tidak diusaha untuk mempertahankan rakyat yang telah bergenerasi menetap di situ?

Tindakan itu boleh dianggap lebih buruk dari penjajah Francis Light yang sejahat-jahatnya, dikatakan menerima terma "Selagi Ada Bulan & Bintang" merujuk kepada keberadaan Islam; jika benarlah terma itu wujud. Kerana pastinya tempoh singkat Francis Light di Pulau Pinang dahulunya tidak sempat sampai Islam kepadanya berbanding DAP yang pernah makan setalam dengan PAN. – HARAKAHDAILY 14/1/2017

Sumber HD - 14-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada Apa Pada PAS – Bahagian Akhir

7-Wala’:

Inilah senjata paling ampuh PAS dalam menjayakan misi dakwah, politik dan juga kebajikan di Malaysia. Sebutlah apapun, gelarlah apapun namun wala’, tidak dapat dinafikan adalah satu keperluan terpenting dalam berjemaah. Mereka yang mengatakan bahawa wala’ itu candu hanyalah kerana mereka dengki dan gagal menembusi pertahanan PAS ini sehingga mereka kecewa.

Tidak pernah ada dalam kesatuan atau jemaah yang sering melawan ketuanya, jemaah itu akan berjaya. Wala’ terhasil antaranya dari makmal usrah PAS. Melalui usrah, ahli PAS akan dapat kesatuan pemikiran. Menambahkan lagi kekuatan jemaah dengan kepercayaan penuh kepada pimpinan.

Taksub? Oh, bukan. Wala’ bukan taksub. Kita mempercayai pimpinan kita telah bermesyuarat, berbincang dan berfikir panjang tentang sesuatu isu. Maka keputusan diambil berdasarkan itu. Terdapat juga keputusan yang dibuat secara segera, tetapi semuanya tidak pernah melanggar hukum agama. Pernah dengar Presiden PAS menyuruh berjudi? Pernah dia galakkan berzina? Pernah dia haramkan solat?

Jika perkara asas Islam tidak pernah dia suruh kita langgar, maka perkara yang lain itu hanyalah perkara khilaf. Jadi insyaAllah tiada kesalahan jika kita tersalah mengikut keputusan yang khilaf. Lebih utama, PAS banyak mengeluarkan ijtihad politik. Ijtihad politik sangat luas. Sedikit hairan apabila mereka yang saban hari mencaci, menghina dan mengfitnah PAS, tidak pula digelar taksub? Langsung tiada kebaikan PAS, tidakkah itu juga satu bentuk ketaksuban?

Adakah taksub hanya untuk PAS?

Jika ianya hanya isu tersalah ijtihad. Salah dapat satu, betul dapat dua. Jadi boleh teruskan wala’ kita selagi pimpinan tidak mengaramkan yang halal atau menghalalkan yang haram. Boleh juga berbeza pendapat tapi bukan terpekik terlolong merata-rata menyatakan bangkangan kita kepada pimpinan. Itu cara musuh, bukan kita.

Kita ada salurannya. Jika tidak bersetuju, gunakan saluran yang betul, bukan seperti mereka-mereka yang kecewa itu. Dan insyaAllah mereka yang melabelkan wala’ ahli PAS sebagai bodoh dan sebagainya, adalah orang yang tidak dapat membezakan antara mentaati pandangan ulamak dengan menyalahi hukum asas Islam dengan semberono.
Mereka istilahkan melawan keputusan pimpinan jemaah itu sebagai menegur kononnya. Kemudian mereka gembira apabila ada orang yang mengikut kata mereka. Selepas itu jika datang penegasan dari pimpinan dengan keputusan yang telah dibuat, mereka mengatakan bahawa pimpinan PAS tidak boleh menerima teguran. Mereka cuba mengaturkan jemaah kita mengikut acuan mereka. Lupakan….

Kesimpulan:

Ada tiga perkara jika berada di tangan tiga jenis manusia, maka ia akan menjadi sia-sia. Iaitu harta, jika ada di tangan orang bakhil, maka ia menjadi sia-sia kerana kedekut untuk bersedekah. Ilmu jika ada bersama dengan orang yang tidak mengamalkannya kerana ia tidak akan berkembang. Senjata jika berada di tangan si pengecut kerana dia akan lari dari perlawanan.

Lihatlah, ahli-ahli PAS, majoritinya tidak mensia-siakan tiga perkara ini. Harta mereka sedekahkan dengan banyaknya. Walaupun sedikit ilmu mereka akan cuba ajar dan amalkan. Senjata juga ahli PAS manafaatkan sepenuhnya tetapi bukanlah senjata perang kerana PAS bukan kumpulan militan. Senjata moden sekarang seperti ledakan teknologi dan banyak lagi.

PAS juga pernah digelar sebagai sesat. Tetapi sehingga kini tidak pernah dibuktikan kerana sememangnya PAS tidak sesat. Malah, berapa ramai pimpinan PAS mendapat pingat penghargaan seperti Dato’ dari sultan-sultan di Malaysia, diakui kepakaran dalam pelbagai bidang malah dijadikan rujukan.

Terang dan nyata, masakan tuanku sultan-sultan tidak tahu kesesatan PAS jika benar seperti yang didakwa musuh PAS? PAS sebenarnya menjalankan tanggungjawab mengikut al-Quran dan as-sunnah sedaya upaya walaupun ada ketikanya tidak sempurna, itu biasa. Pimpinan PAS bukan nabi.

PAS ada kekuatan dan kelemahan sendiri. Tetapi tidaklah kelemahan itu merebahkan PAS. Musuh sentiasa menikam pada tempat yang mereka katakan lemah itu. Tetapi alhamdulillah, musuh samada luar atau dalam, sebaliknya merekalah yang kecewa untuk melihat PAS tewas.

Sejujurnya tidak akan ada kesempurnaan bagi manusia. Ahli PAS yang mendakwa PAS adalah jemaah Islam yang sempurna, mereka telah tersilap. Tetapi mereka yang membenci PAS dengan mengatakan PAS tidak menyumbang apa-apa atau sepatutnya menjadi sempurna mengikut acuan mereka, adalah golongan dungu yang tiada penghujungnya. Dungu yang infiniti kata orang matematik.

Masih ingatkah bagaimana bekas Mursyidul Am PAS, almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang datang dengan plastik air kencing ke mesyuarat Majlis Syura Ulamak diakhir hayatnya. Pengganti beliau Dr Haron Din pula hadir mesyuarat dengan tong oksigen bersama beliau. Ustaz Harun Taib berkerusi roda ke sana ke mari berprogram selepas terkena stroke.

Ustaz Hashim Jasin, Mursyidul Am sekarang pula, tetap mengagahkan dirinya yang uzur bagi memenuhi undangan program PAS sana sini. Inilah semangat yang perlu ahli PAS contohi. Berjuang hingga akhir hayat demi Islam, biarpun kecil. Bukan melayan segala cacian, perlian, tohmahan, fitnah yang sememangnya sengaja dilempar musuh.

Jadi, sama-samalah kita memahami kenapa jemaah PAS adalah yang terbaik setakat ini. Terlalu banyak yang PAS ‘ADA’. Tinggal lagi ahli dan penyokong PAS sedar atau tidak keberadaan itu. Kita turun ke medan, bukan hanya bersembang. Kita lakukan yang terdaya walaupun sikit dan bukan tinggalkan kerja kebajikan. Kita melihat kita akan mati, maka kita persiapkan diri kita.

Cuma ahli PAS perlu sedar, dalam menggalas tugas sebagai pejuang Islam melalui PAS, mereka seharusnya membetulkan perkara-perkara asas dari dalam diri mereka sentiasa. Sebagaimana ungkapan allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik, PAS mahu mendirikan Islam di seluruh dunia. Tetapi Islam mesti ditegakkan dari dalam diri kita dahulu, kemudian kepada keluarga, masyarakat, negara dan akhirnya dunia.

Jangan kita terlalu taksub dengan mengatakan PAS tiada cacat celanya. Jangan kita menghina kumpulan lain dengan keterlaluan. Kerana jika kita juga sama-sama mereka berlumpur dengan fitnah, maka apa yang tinggal untuk membezakan kita yang mengaku sebagai pejuang Islam dengan mereka? Lengkapkan diri kita dengan ilmu, kemudian laksanakan tugas untuk Islam melalui PAS dengan seikhlasnya. Inilah cara PAS. Tak kenal, maka tak cinta.

Kita ada kerja yang sangat besar iaitu memikul amanah sebagai khalifah di bumi Allah dan akan menjawab persoalan dari Allah di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya kita mahu bawa semua orang ke jalan Allah. Kekalkan diri kita dalam acuan dan kehendak Islam, semoga PAS akan terus berjaya sebagai satu jemaah Islam, hasil bantuan anda yang takutkan Allah.

Saya tahu, faham apa yang PAS ‘ADA’. Oleh itu saya bersama PAS. Saya tidak bersama PAS tanpa maklumat. Anda bagaimana? Wallahua’lam.

Mohd Nasir Abdullah
Bukit Payong Marang
12 Jan 2017

Sumber BO - 12-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Ada Pada PAS: Bahagian 3

4-Perpaduan:

PAS menjadi tempat perpaduan bagi banyak pemikiran terutamanya berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Jika dilihat dalam PAS, anda boleh melihat bayangan jemaah Salafi- Wahhabi, Habaib, Pondok, Khalaf juga Tabligh yang mana ini antara kumpulan agama yang terkenal di Malaysia. Kesemua mereka ini alhamdulillah boleh duduk bersama, berbincang dengan mengenepikan pandangan mazhab masing-masing demi menaikkan Islam melalui PAS di Malaysia.


Warna-warni latar belakang inilah yang menyerikan PAS. Pandangan mereka ini sangat penting demi Islam secara keseluruhannya di Malaysia. Merekalah tulang belakang PAS dalam melakukan kewajipan demi umat. Bayangkan jika mereka terleka dengan hal ikhtilaf, bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah umat? Jadi perpaduan mazhab dalam PAS ini adalah ramuan kejayaan PAS.

Jika mereka terlalu keras dengan pandangan mereka, mereka akan terkeluar. Lihat contoh tokoh-tokoh PAS yang dahulu sering mengkafirkan orang lain. Ke mana mereka sekarang ini? Ada yang masuk Umno dan ramai yang keluar dari PAS.

Terlalu berlembut juga tidak bagus kerana akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Lihat bagaimana DAP cuba menguasai PAS dari dalam kerana ada sebahagian yang mahu terlalu berlembut. Tapi alhamdulillah golongan yang membantu DAP itu juga terkeluar sekarang ini.

5-Keyakinan:

PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Islam akan menang. Samada zaman sekarang ataupun zaman akan datang. Inilah keyakinan yang dipegang PAS dari dahulu lagi. Mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Allah adalah berbeza dengan berkeyakinan tinggi dengan kepandaian manusia.

Ramai ahli PAS yang gagal memahami hal ini. Mereka merasakan bahawa kerana merekalah PAS berjaya. Maka diangkat-angkat cerita kehebatan diri mereka supaya dipuji ahli dan penyokong. Ini tidak betul.


Sebaliknya perangai sebegini akan menenggelamkan mereka. Lihatlah sekumpulan ahli yang keluar PAS kerana mereka merasakan bahawa merekalah yang paling bijak dan pandai.

Sedangkan PAS percaya bahawa Allahlah memberikan kemenangan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Yang menjadi agenda penting PAS ialah ahli mesti bertaqwa kepada Allah walaupun mereka tidak pandai, tidak bijak mahupun tidak kaya.

Allahyarham Ustaz Harun Taib adalah contoh seorang yang sentiasa berkeyakinan Allah akan membantu kerja-kerja dakwah ini. Apabila merancang sesuatu program dan ia memerlukan wang, beliau sambil tersenyum akan menjawab “duit ada dalam poket”.

Bermaksud, jika tidak dikeluarkan dari poket orang lain, maka duit dari poket sendirilah yang kena di keluarkan.

Dan alhamdulillah program sentiasa berjaya. Antara buktinya, sekolah-sekolah yang mereka dirikan itu. Jutaan ringgit dibelanjakan. Dari mana datangnya? Itulah keyakinan kepada Allah. Tapi berbeza dengan terlalu yakin dengan kehebatan manusia. Mungkin atas sebab terlalu yakin atas kehebatan diri maka Kompleks PAS sehingga kini masih belum boleh didirikan?

6-Politik:

PAS sanggup berkorban demi rakan politik. Ketika bersama Semangat 46, ketika dengan PKR, DAP. Semua itu demi menjatuhkan kezaliman pemerintahan BN. Bukan sedikit kerusi-kerusi yang dikorbankan kepada rakan-rakan tahaluf PAS. Malah pernah bersama BN ketika melihat keperluan umat pada masa itu memerlukan PAS bergabung. Tetapi ini semua dengan satu matlamat iaitu Islam mesti didaulatkan.


Betapa peluang yang ada digunakan oleh Dato’ Asri ketika menjadi menteri dahulu dengan mengadakan kawasan-kawasan Felda yang dihuni oleh mereka yang memahami agama. Beberapa budaya barat berjaya dibendung ketika bersama dengan BN dalam kerajaan. PAS juga berhasil menerbitkan buku-buku agama yang digunakan kerajaan sehingga kini.

Ketika bersama Semangat 46, Kelantan berjaya menghapuskan premis judi secara keseluruhannya, menghapuskan pinjaman riba bagi kakitangan kerajaan, mengawal penjualan arak. Mengawal hiburan-hiburan yang melalaikan.

Dalam persefahaman bersama Barisan Alternatif, Terengganu pula menerima kebaikan seperti Kelantan. Tol dan cukai yang membebankan rakyat dihapuskan, tanah-tanah juga diberikan kepada puluhan ribu rakyat yang layak. Enakmen Hudud dan Qisas diwartakan. Ini jelas menunjukkan bahawa dengan kuasa politik yang diguna sebaiknya, Islam boleh dijulang.Dan PAS adalah bukti hidup untuk ini.

Berada dalam Pakatan Rakyat, PAS berjaya menawan Perak, Kedah dan kekal memerintah Selangor bersama komponen PR yang lain. Banyak kebajikan rakyat dapat diselesaikan sebelum Perak dan Kedah jatuh semula kepada BN.

Semua ini membuktikan bahawa PAS boleh bertahaluf dengan mana-mana parti tetapi semestinya Islam mendapat manafaat. Jika Islam dijadikan bahan hinaan, atau mahu diketepikan, maka PAS sanggup menukar regu politiknya, malah sanggup bersendiri. Begitu PAS dituduh sombong dan angkuh, namun pada akhirnya PAS juga yang dicari.


PAS tidak gila kuasa. Buktinya ialah PAS pernah mencadangkan negara teknokrat iaitu bukan ahli politik yang pakar-pakar dalam bidang masing-masing untuk menjadi menteri. Asalkan didasarkan dengan Islam. Kerana ahli politik yang kadang-kadang dilihat sebagai tidak layak. Ini jelas bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Malah kata almarhum TG Nik Aziz, jika Umno benar-benar laksanakan dasar Islam, PAS akan dibubar.

Dalam sudut lain pula, politik ini ruang membenarkan PAS berkata benar kepada pemimpin yang zalim. Masih ingatkah anda dengan isu pemisahan politik daripada agama? Sehingga sekarang penegasan PAS hampir 40 tahun dahulu, diterima seluruh orang Islam termasuk Umno sendiri yang tidak lagi bercakap tentang pemisahan politik dari agama ini.

PAS berkata benar samada dalam bentuk nasihat atau penegasan dalam kerangka undang-undang negara di Parlimen atau DUN. Tiada gerakan Islam lain di Malaysia yang boleh berbuat demikian jika mereka tidak terlibat dalam politik. Mungkin kadang-kadang ada. Tetapi PAS, sentiasa digunakan ruang ini dengan sebaiknya. Dan alhamdulillah, banyak perubahan yang berjaya dilakukan. (Nantikan sambungan bahagian akhir…..)

Mohd Nasir Abdullah
KLIA
5 Jan 2017

Sumber BO - 6-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































































Zaid Ibrahim malukan institusi guaman

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43800-zaid-ibrahim-malukan-institusi-guaman

SEMENJAK musuh PAS beroleh peluru baru iaitu kunjungan TGHH ke Tehran, nampaknya isu saman Sarawak Report (SR) tidak lagi riuh seperti dahulu. Digunakan cukup-cukup isu tersebut untuk mengaitkan PAS dengan syiah. Namun begitu, masih ada memperkatakan isu SR tetapi kini dengan naratif yang berbeza. Jika dahulu mereka mencabar untuk saman, kini mereka mempertikaikan pula tindakan PAS itu kononnya tidak relevan. Seolah-olah mengharap PAS berundur dari keputusan menyaman SR.

Untuk pengetahuan bersama, melalui kenyataan YB Dato Takiyudin Hassan, Setiausaha Agung PAS yang juga merupakan seorang peguam, peguam yang mewakili PAS di UK sudahpun menghantar notis tuntutan kepada editor SR, Clare Rewcastle Brown. Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016. Tuntutan tersebut adalah menuntut Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman webnya, menuntut SR menyiarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut SR memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang. Namun begitu, Clare mendakwa dia tidak menerima apa-apa dokumen sehinggalah berakhir tempoh tuntutan iaitu pada 20 Disember 2016 yang lepas.

Respon Clare terhadap media seperti ini sebenarnya akan memerangkap beliau sendiri. Kenyataannya itu boleh didakwa sebagai meremehkan firma dan profesyen guaman di negara beliau sendiri, serta secara tidak langsung memperkecilkan sistem perundangan dan keadilannnya. Penghantaran dokumen tersebut dilakukan melalui kaedah-kaedah perundangan dan menggunakan sistem penyampaian dokumen di United Kingdom yang cukup cekap dan sistematik. Kedegilan beliau untuk berurusan dengan kaedah-kaedah perundangan seumpama ini akan menyebabkan kredebiliti SR terjejas teruk di samping beliau akan menghadapi tindakan susulan perundangan yang lebih tegas.

Ada pihak yang mengkritik PAS tidak bertindak apa-apa selepas surat tuntutan tersebut tidak ditunaikan SR. Untuk pengetahuan pihak terbabit, pada akhir Disember sehingga awal Januari setiap tahun di kebanyakan negara-negara Eropah khususnya di UK, firma dan agensi perkhidmatan lazimnya menghentikan operasi mereka buat sementara waktu bagi menyambut perayaan Krismas dan tahun baru. Tempoh cuti yang panjang ini sudah tentu membantutkan usaha PAS dalam berurusan dengan pihak mahkamah untuk tindakan lanjut.

Saya sebenarnya tertarik untuk menjawab artikel Zaid Ibrahim berkenaan isu ini. Beliau menyatakan dalam blognya bahawa tindakan PAS menyaman SR hanya gimik politik semata-mata. Nada tulisan yang sangat hebat bermain persepsi ‘su` zhon’ bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan pemerhati politik negara ini. Dikaitkan isu ini dengan berbagai perkara yang tidak munasabah tetapi cuba bermain psikologi. Bagi yang lemah capaian mindanya sudah tentu mudah diulik lenggok bahasa beliau.

Antaranya beliau menimbulkan isu kos guaman yang sangat tinggi. Tidak berbaloi bagi PAS mengeluarkan sehingga RM 1.5 juta untuk menyelesaikan isu ini. Perkara ini telahpun dijawab oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Dr Mahfodz Mohamad bahawa saman ini adalah demi membela maruah PAS. Tindakan ini boleh memberikan pengajaran kepada pihak lain supaya tidak cuba bermain api dengan PAS. Fitnah bukan budaya sihat dalam politik di negara maju atau negara membangun. Oleh sebab itu ia tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Atas keyakinan PAS berada di pihak yang benar, PAS bertekad meneruskan prosedur undang-undang ini walaupun terpaksa mengeluarkan sejumlah wang di peringkat awal. Lagipun, segala kos guaman akan ditanggung oleh SR setelah terbukti kenyataan mereka sebelum ini adalah fitnah dan berniat jahat terhadap PAS. Zaid sengaja buat-buat tidak mengetahui mengenai prosiding ini walaupun beliau sendiri seorang peguam.

Antara lain, Zaid mendakwa belum pernah melihat ada parti politik berjaya dalam kes saman di United Kingdom khususnya di England. Sebenarnya persoalan itu sudah menjawab persoalan terdahulu yang beliau sendiri timbulkan berkenaan keputusan PAS menamakan Presidennya sebagai plaintif. Sekiranya beliau bermaksud belum ada mana-mana pihak luar yang menang dalam kes saman di UK melibatkan isu politik, bermakna beliau telah memalukan diri sendiri dan para pengamal guaman di Malaysia. Tercatat dalam lipatan sejarah, sudah banyak kes-kes seumpama ini berlaku di negara bekas penjajah Malaysia itu dan ia memihak kepada pihak luar yang memfailkan saman tersebut terhadap agensi tertentu dalam negara terbabit.

Bukti paling dekat adalah pada tahun 2007 di mana Tuan Guru Presiden PAS sendiri pernah menyaman akhbar Daily Mirror yang juga beroperasi di UK kerana menyenaraikan beliau sebagai salah seorang pemimpin tinggi Al-Qaeda yang menyebarkan ideologi terrorisme. Akhbar tersebut siap menyiarkan gambar beliau bersama beberapa pihak lain yang dituduh. Keputusannya ialah Daily Mirror mengaku telah membuat kesilapan dan Daily Mirror telah mengeluarkan kenyataan maaf serta membayar pampasan dan kos guaman beliau. Penyelesaian ini telah dirakamkan di hadapan hakim di dalam mahkamah.

Selain beliau, pada tahun 2014 Rashid Ghanouchi juga pernah menang dalam kes samannya terhadap agensi penerbitan Michel Lafon. Ghanouchi yang merupakan pemimpin parti Ennahda, parti terbesar Tunisia telah didakwa menerima dana daripada kerajaan Qatar bagi menghadapi pilihan raya Tunisia 2011.

Presiden Turki kini, Recep Tayip Erdogan juga pernah menang samannya terhadap akhbar British Daily Telegraph yang mendakwa AK Parti menerima dana USD25 juta daripada Iran. Akhbar yang sama juga telah disaman oleh isteri Emir Qatar, Sheikha Mouza atas dakwaan fitnah terhadapnya.

Selain kes-kes di atas, banyak lagi kes seumpama yang tidak sempat saya huraikan di sini. Saya cadangkan Zaid membuka arkib firma guaman Carter-Ruck yang mengendalikan kes Tuan Guru Presiden terhadap Daily Mirror dahulu dan juga kes-kes tokoh lain. Sikap lancang menulis tanpa mendahulukan kajian dan fakta hanya akan menjatuhkan air muka sendiri dan seluruh pengikut di belakang.

Kesimpulannya, tulisan Zaid jelas menunjukkan kebimbangan beliau dan mereka yang seumpamanya, jika PAS berpendirian untuk meneruskan kes ini. Setelah terbukti PAS tidak bersalah lalu menang sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini, sudah tentu nama PAS melonjak naik hingga ke mata dunia dan menenggelamkan segala parti-parti picisan yang cuba berpaut pada pengaruh PAS. PAS tidak sepatutnya melayan segala keraguan yang ditimbulkan musuh politiknya, bahkan melayarkan bahtera ini menuju matlamat yang kian dekat dan jelas. – HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD - 5-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Jadi Saksi DAP Anti Islam
Posted on Wednesday, January 04 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33086



Sejarah putusnya hubungan PAS dan DAP di atas sebab perjuangan hukum syariah ISLAM di Kelantan..

Setelah serangan bertali arus DAP terhadap PAS, Majlis Ulama mengusulkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dalam muktamar diterima sebulat suara atas beberapa perkara asas. Antaranya:

1. DAP melanggar perjanjian ‘agree to disagree’ yang dipersetujui.

2. Tahluf siyasi yang diputuskan Majlis Syura Ulamak (MSU) berkaitan kesepakatan dalam urusan teras tidak melibatkan urusan kepercayaan dan anutan aqidah umat ISLAM.

Ulama PAS lulus usul putus hubungan dengan DAP

3 Jun 2015.. GOMBAK – Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Usul yang dibawa oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik disambut dengan laungan ‘takbir’ oleh semua perwakilan yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-54, hari ini.

Sejurus usul tersebut dikemukakan, seorang perwakilan dari Dewan Ulama PAS Perak, Nor Azli Musa menyokong usul tersebut susulan serangan bertali-arus pemimpin DAP terhadap peribadi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Usul kita adalah memutuskan hubungan dengan DAP.. bukan dengan PKR atau PR.. sebab PR bukan DAP, dan DAP tidak semestinya PR.

“Kita sedia maklum bagaimana DAP lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden kita, yang menjadi ayah kita.

“Apakah kita sebagai anak-anak dalam PAS tiada perasaan? Sanggup menyerahkan PAS dan presidennya dinodai oleh DAP? Kita sedar bahawa keberaniaan DAP ini bersumberkan kepada sikap sesetengah daripada kita yang tidak wala kepada presiden dan parti,” katanya..

List kronologi serangan terhadap PAS dan Tuan Guru Haji Hadi sebelum Dewan Ulama mengusulkan putus hubungan dengan DAP.

1. Pada 18 Okt 2014 – DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan PAS kekal memperjuangkan hukum syariah di Kelantan malah menyuarakan pandangan jika golongan ulama kekal di dalam PAS maka DAP akan keluar PR, jika golongan LIBERAL menguasai PAS maka DAP akan kekal dalam gabungan.

2. Pada 30 Mac 2015 – DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan alasan yang sama. Jelas isunya berkaitan Undang-undang hudud di Kelantan.

3. Pada 15 Dis 2014 – Bekas Ahli jawatanKuasa PAS Pusat AJKPP mendedahkan terdapat perjanjian sebelum PRU 13 di antara PAS dan DAP berkaitan perjuangan teras Parti masing-masing. Perjanjian ‘Agree to disagree’ ditandatangani atas persetujuan bersama.
perjanjian
4. Pada 24 Mac 2015 – DAP melalui Setiausahanya Lim Guan Eng membuat keputusan melalui CEC memutuskan hubungan dengan Presiden PAS kerana meneruskan agenda PAS memperkasakan mahkamah syariah dengan membawa usul pindaan RUU 355 bagi negeri Kelantan.

5. 03 Jun 2015 – Setelah DAP Sabah dan Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS dan DAP pusat melalui CEC pula memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Dewan Ulama PAS Pusat membawa Usul supaya PAS memutuskan hubungan tahluf siyasi kerana DAP telah melanggar perjanjian *agree to disagree* serta tindakan awal mereka memutuskan hubungan dengan PAS dan Presiden PAS di dalam muktamar PAS..
————————————————————————
Rentetan dan kronologi bagaimana PR setelah DAP melakukan provokasi serta memutuskan hubungan dengan PAS hanyalah kerana PAS cuba membawa dan menyambung perjuangan mereka yang terdahulu seperti arwah Tuan Guru Nik Aziz dan juga Ustaz Fadhil Nor.

Maka tuduhan PAS lari daripada landasan perjuangan adalah tidak berasas dan mengelirukan.

Jangan bias dalam menilai sejarah hanya kerana habuan – habuan dunia yang sifat sementara..

Menyokong penuh Tuan Guru Presiden dan kepimpinan ulama
hudud

Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 4-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Ada Pada PAS? Bahagian 2

2-Kebajikan:

Dalam hal kebajikan, tiada siapa yang boleh menafikan kesungguhan ahli-ahli PAS turun membantu masyarakat. Lihat sahaja apabila terjadinya sebarang ujian bencana alam, Jabatan Amal PAS atau Tentera Merah akan menjadi barisan depan bagi menghulurkan bantuan.

Menafikan peranan PAS didalam kerja kebajikan ini hanyalah menjadikan seseorang itu kelihatan beku, tidak bermaklumat. Mereka bersedia setiap masa dipanggil berkhidmat. Tanpa upah, malah banyak ketika menggunakan duit sendiri pula.


Tidak puas dengan khidmat setempat, ada sebahagian ahli-ahli PAS menubuhkan pula NGO-NGO bagi menjalankan misi kemanusiaan dalam dan di luar negara. Tiada apa keuntungan yang mereka dapat, melainkan hanya mencari redha Allah.

Wakil-wakil rakyat PAS diwajibkan memotong 20% elaun mereka untuk diberikan kepada PAS bagi kerja-kerja kebajikan dan lain-lain. Bukan itu sahaja, bajet-bajet kebajikan di Dun masing-masing juga, wakil-wakil rakyat PAS kena keluarkan wang mereka sendiri jika tiada bantuan luar. Jika ada majlis, bergotong royong mereka menyiapkan majlis yang selalunya menggunakan sebahagian wang poket mereka sendiri. Ini semua program untuk rakyat.

Manakala ahli-ahli PAS pula dikelilingi dengan pelbagai tabung jangka pendek dan jangka panjang untuk menggerakkan program atau aktiviti. Ada yang sedikit kaya, akan menghulurkan jumlah yang besar. Tetapi dalam PAS, ramai yang miskin, terkial-kial menyeluk poket bila diminta. Tetapi mereka tidak lari. Saya percaya kerana keberanian mereka bersedekah inilah yang menjadikan PAS kuat.

Rakyat sangat mempercayai PAS dalam menghulurkan bantuan. Jika dimaklumkan ada orang miskin yang memerlukan bantuan, orang ramai akan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan kepada wakil-wakil rakyat PAS. Bukan sedikit ahli-ahli PAS yang komited ini, walaupun mereka sendiri miskin, mereka mendahulukan bantuan kepada orang lain.

Ada ahli Parlimen PAS yang sentiasa membawakan duit kecil bersama beliau jika keluar rumah bukanlah cerita asing. Duit-duit kecil itu bukan bertujuan lain, hanyalah kerana beliau mahu membahagi-bahagikannya jika bertemu dengan orang miskin. Secara ikhlas dia akan memaklumkan bahawa inilah duit yang ada. Sehinggakan pernah beliau berikan RM2 sahaja kerana waktu itu, itu sahaja duit yang dia ada, tetapi kerana rasulullah mengajar supaya tidak dikecewakan peminta, maka itulah beliau tetap memberinya. Niat di hati mahu sedekah banyak, apakan daya, bajet tak ada. Merasalah seorang sedikit.

Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di Taman Seri Intan, adalah tempat orang susah yang datang meminta bantuan. Malah ada kakitangan pejabat PAS, jika di kampung beliau, beliaulah yang menjadi tempat orang mengadu dan meminta pertolongan. Sedangkan dia bukanlah seorang wakil rakyat. Tapi kepercayaan orang bahawa beliau tidak akan mengecewakan harapan mereka, maka Allah membantu beliau dalam membantu orang ramai. Alhamdulillah hidup beliau tidak papa kedana kerana membantu orang susah malah berjaya menyekolahkan anak-anak beliau dengan kejayaan cemerlang.

3-Pengorbanan:

Teringat saya dengan kisah yang dibawakan oleh Mursyidul Am PAS, ayahanda Ustaz Hashim Jasin ketika satu usrah bersama beliau di Perlis dahulu. Beliau memberitahu yang beliau ketika mula-mula pulang bagi berkhidmat dengan PAS Perlis. Beliau masuk ke Pejabat PAS dan melihat allahyarham Pak Rahmat (orang lama PAS Perlis) yang sedang menaip dengan gaya menaip yang kurang mahir.

Melihat keadaan itu, beliau termenung sejenak, adakah benar tindakan beliau ini iaitu meninggalkan jawatan pegawai agama di Felda.

Namun pengorbanan beliau sangat berbaloi. Dibawah pengurusan beliau, beliau berjaya mendirikan beberapa buah sekolah agama, menyiapkan Kompleks PAS Perlis. Beliau juga berjaya menjadi ahli parlimen dan Adun dengan bantuan ahli-ahli PAS, serta mengukuhkan PAS Perlis.

Juga kisah bagaimana Presiden PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, allahyarham Ustaz Harun Taib dan lain-lain berhenti dari menjadi pegawai kerajaan kerana ingin bebas dalam berdakwah juga menjadi bukti pengorbanan mereka demi Islam.

Bukan sahaja mereka sahaja malah hampir semua pimpinan PAS terdahulu dan sekarang, melakukan pengorbanan masing-masing demi dakwah. Peluang berdakwah lebih luas apabila mereka mengorbankan diri mereka dari kesenangan dunia kepada kepayahan demi akhirat. Terbukti hasil pengorbanan mereka kini boleh dilihat dan dikecapi bukan sahaja setempat, malah dunia juga mengiktiraf mereka.

Seperti mana saya sentuh terdahulu bagaimana rendahnya gaji kakitangan pejabat PAS, guru-guru dan juga sesiapa juga yang terlibat secara langsung dengan PAS, mereka tiada pilihan lain, kecuali berkorban harta, dan masa. Malah kerja yang ditanggung pula, bukannya sedikit. Hei, tunggu dulu…! Guru-guru madrasah PAS tidak sedikit bilangannya yang ada ijazah, malah sarjanapun ada. Bandingkan dengan gajinya, anda akan tahu betapa besarnya pengorbanan yang mereka lakukan itu.


Yang menariknya, apabila terpaksa mereka mencari sendiri keperluan bagi jemaah ini, menjadikan mereka mangli dengan susah payah itu. Mereka menjadi mahir dengan kerja yang hanya mempunyai bajet yang terhad. Oleh itu banyak perkara yang dapat dibuat. Apabila dibandingkan dengan kos, ianya sangat jauh menjimatkan. Inilah antara hal yang memberikan kekuatan tersendiri kepada PAS.

Lihat sahaja masjid-masjid, surau-surau dan tak lupa juga markas-markas PAS. Semua itu didirikan atas hasil sumbangan orang ramai. Selepas didirikan, mereka sama-sama pula mengimarahkannya. Sudah didirikan atas duit sendiri, kutip derma pula, guna lagi duit sendiri. Maaf tanya, berapa buah masjid dan pusat-pusat tarbiyyah yang telah didirikan oleh parti politik Islam lain di Malaysia?

Jangan sebut Umno sebab pertamanya ia bukan sebuah parti politk berteraskan Islam, tetapi kebangsaan. Keduanya, jangan dilihat masjid-masjid kerajaan kerana kerajaan entiti lain, Umno entiti lain. Bahkan sekarang, amat menjadi lumrah orang Umno menumpang solat di masjid dan surau PAS. Bukan nak membesarkan diri, tapi inilah hakikatnya yang terjadi dalam PAS.


Dipenjara? Arrhh…pengorbanan ini sangat sinonim dengan pejuang-pejuang PAS. Bermula dari kumpulan pengasas PAS lagi, Presiden-Presiden, ahli-ahli jawatankuasa sehingga ahli-ahli biasa, semua mereka telah merasakan. Samada sekejap atau lama. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan penjara itu rumah kedua bagi sesetengah mereka.

Bahkan berkorban nyawa juga telah ahli PAS lakukan. Ingat Memali? Ingat Lubuk Merbau? Ingat allahyarham Abdul Samad Gul? Itu semua adalah ikon-ikon PAS yang terkorban dalam perjuangan mereka. Paling pelik, kesemua peristiwa pembunuhan itu bagaikan tergantung tanpa ada penyelesaian yang tuntas.
Bersambung…..

Mohd Nasir Abdullah
Al-Khor, Qatar
3 Jan 2017

Sumber BO - 3-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara Billionaire FB Dengan Saudagar Fitnah
Posted on Monday, January 02 @ 23:47:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33067

"

Kita jangan mencari kemuliaan selain dari Islam. Kita akan gagal. Tiada kemuliaan selain dari Islam. Apabila kita berpolitik, kita mencari kemuliaan. Kuasa adalah simbol kemuliaan. Dengan kuasa, seseorang itu     dimuliakan dan dihormati. Dengan kuasa, seseorang itu boleh menentukan kehendak dan halatuju sendiri. Dengan kuasa, manusia mengumpul harta dan pangkat. Semuanya itu demi apa yang  dinamakan kemuliaan.

Namun ke manakah sudahnya kuasa yang tidak berpaksikan Islam? Ke manakah akhirnya harta yang tidak berpedomankan Islam? Dan ke mana -kah pangkat yang tidak bersendikan Islam? Betapa ramai manusia yang berkuasa dikutuk dan disumpah 7 generasi kerana salah guna kuasa. Betapa ramai manusia yang berharta hancur hidupnya kerana rasuah dan perebutan harta? Betapa ramai manusia yang tinggi pangkatnya akhirnya dilayan tak lebih daripada manusia biasa apabila telah bersara?



Kita memilih pemimpin dan kerajaan kerana mengharapkan suaranya mewakili kita di Parlimen atau dalam kerajaan. Akhirnya kita dapati mereka menjadi wakil perut mereka sendiri. Jika lebih , mereka menjadi faraid bersama kroni. Kita memilih pemimpin dan kerajaan kerana mengharapkan ekonomi dan negara semakin baik dan aman. Akhirnya matawang kita merudum, kos hidup melambung lalu desakan hidup membuka jalan curi, rompak dan bunuh sana-sini. Itu belum dikira wang negara hilang berbilion entah dalam akaun siapa bersembunyi.



Kita sokong parti bukan macam sokong  rumah sukan semasa bersekolah. Kita sokong parti bukan macam sokong pasukan bolasepak. Sokong rumah sukan tamat cerita selepas penyampaian pingat dan piala. Sokong bolasepak hanya berakhir di atas padang. Sokong parti   tidak berakhir begitu. Lima tahun pemimpin dan parti kita buat kebaikan dan kerja berpahala, lima tahun kita rasai nikmatnya. Lima tahun pemimpin dan parti buat kerosakan dan kerja dosa, lima tahun pula kita deritai dan berkongsi saham dosanya.



Justeru, apabila kita berpolitik, berpolitiklah cara Islam. Pilih pemimpin dan parti cara Islam. Kempen cara Islam.     Menerang cara Islam dan membalas serangan pun cara Islam. Fitnah bukan cara kita. Itu cara mudah sampai ke lubang neraka. Jangan sosek-sosek di kedai kopi. Tuan kedai menjaja makanan, kita menjaja fitnah. Jangan jadikan facebook dan media sosial sebagai pasaraya fitnah. Tuan punya Facebook tak pasarkan fitnah untuk jadi billionaire. Apa hal pula kita memikul guni dosa kerana menjadi saudagar fitnah di bilik yang sempit.



Konklusinya, kepalsuan tidak mungkin menatijahkan kemuliaan. Perjuangan yang palsu hanya meletakkan kita pada kesempitan, kehinaan dan dosa. Sedangkan Islam telah memberitu kemuliaan hanya ada padanya. Mengapa kita menutup hati dan telinga untuk menerima kebenaran?

Sumber TKO - 2-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Itu “Intellectual Barbarism” ?
Posted on Monday, January 02 @ 21:51:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33066



Di Barat, golongan akademik baru sahaja mengenali istilah “Intellectual Barbarism” ini. Namun dalam dunia Islam, istilah ini telah lama dibahaskan secara tidak langsung. Dunia Islam lebih awal menyedari bahaya penyakit “Intellectual Barbarism” ini. Apa itu “Intellectual Barbarism”?

Jika dalam dunia Islam, Adab itu lebih tinggi nilainya berbanding ilmu. Ini kerana dengan melalui adab lah menunjukkan seseorang itu berilmu atau tidak. Jika seseorang itu kelihatan berilmu tetapi tidak beradab, maka inilah yang diistilahkan oleh Barat sebagai “Intellectual Barbarism”.

Tokoh terkehadapan di Malaysia yang membahaskan penyakit ini ialah al-Marhum Prof Dr Uthman el-Muhammady, seorang ulama tersohor dari Kelantan. Beliau begitu gusar melihat dunia keilmuan di Malaysia. Manusia kehilangan adab. Menurut beliau, penyakit ini hanya boleh diubati dengan ilmu Akhlak Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai ilmu Tasawwuf. Sebenarnya “Intellectual Barbarism” ini memiliki beberapa peringkat.

“Intellectual Barbarism” boleh berlaku ke atas seseorang itu seawal peringkat menuntut ilmu lagi. Sebagai penuntut ilmu, seseorang yang tiada adab belajar adalah dikategorikan sebagai “Intellectual Barbarism”. Sebagai contoh, bagi memudahkan faham, hal ini boleh dihurai melalui disiplin mempelajari ilmu hadis kerana masyarakat kita amat meminati akan ilmu ini.

Kita bermusafir menuntut ilmu ke oversea bagi mencari seorang guru yang alim. Namun apabila guru yang alim ini membacakan hadis-hadis, kita yang baru mengenali sedikit ilmu hadis celapak menuduh, “Ini tidak Sahih!!!”. Aneh. Kita yang hendak menuntut ilmu, tetapi bertindak “mengajar” guru yang lebih alim itu.

Sedangkan guru yang lebih alim itu lebih luas hafalan ilmunya manakala kita masih belum menjumpai hadis-hadis tersebut. Dalam tradisi pengajian Islam, murid begini layak dihalau serta-merta dari majlis kerana tiada adab.

Seterusnya, “Intellectual Barbarism” sebenarnya lebih banyak berlaku kepada mereka yang dilihat telah berjaya dalam dunia akademik. Sikap sombong tak tentu hala dengan sedikit ilmu yang dimiliki adalah satu bentuk “Intellectual Barbarism”.

Sebagai contoh, apabila telah berjaya dalam dunia akademik, seseorang yang berpenyakit “Intellectual Barbarism” itu cenderung untuk berasa “Akulah paling arif dan betul” sehingga bertindak di luar adab keilmuan dengan memperlekehkan pandangan ahli akademik lain. Malah pandangan tokoh agung juga diperlekeh oleh “orang baru” dalam dunia akademik ini.

Bagi memudahkan faham, masyarakat kita suka mengulas hukum-hakam Islam tanpa mempunyai ilmu Fiqh terlebih dahulu. Baru setahun dua mendapatkan sijil-sijil dari universiti, itu pun dalam keadaan tiada adab belajar, sudah mula memperlekehkan fatwa-fatwa Imam muktabar.

Kita berbangga-bangga dengan sedikit ilmu kita lalu mengelirukan masyarakat awam melalui ceramah, forum atau Kuliyyah. Sudah menjadi lumrah, seseorang yang tidak meiliki adab belajar, pastinya akan biadap dan sombong dengan ilmu yang dimilikinya ketika dia telah “berjaya”. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Ibnu Jawi

Sumber TKO -2-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Mahfuz check and balance PAS? Mengarut.........
Posted on Monday, January 02 @ 06:40:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33052

"

Assalamualaikum,,,

Tersendak mendengar kata kata Mahfuz berperanan untuk check and balance PAS yang kononya celaru dan huruhara.Mahfuz yang kalah muktamar tu nak pegang peranan check and balance PAS? Mahfuz yang becah mulutnya menuduh itu dan ini kepada Presiden dan pemimpin PAS yang lain nak check and balance PAS?

Mengarut, kalau kata kata Mahfuz berperanan menyediakan peluru kapur kepada PAN nampak BETUL kerana setiap kali Mahfuz berkokok dengan ekor bergelumbang taik, waluanta PAN yang akan turut berbunyi mengechokan suara Mahfuz keseluruh pelusuk dunia.Tak ada ahli dan penyokong PAS yang digelar walaunta oleh PAN yang turut berbunyi bersamanya.Mana peranan check and balance Mahfuz?

Lagi pula isu yang direka Mahfuz nampak benar dia ingin melihat PAS jatuh bukan naik, seperti terbaru dakwaannya PAS makan keliling sedangkan dia hanya merujuk kepada kata kata Dr.Zuhdi yang sebenarnya dia tahu benar bukan keputusan PAS lagi.Dia sebagai salah seorang bekas pemimpin tinggi PAS harus tahu peranan Dr. Zuhdi di pusat penyelidikan untuk membawa cadangan kepada PAS dan tidak semestinya cadangan itu diterima oleh PAS.Dr. Zuhdi melaksanakan tanggungjawabnya saja tetapi Mahfuz sudah berkokok dengan ekor bergelumbang taik dan yang galak berkokok bersamanya ialah gerombolang waluan PAN.Mana dia peranan check and balance Mahfuz?

Oh ya! sebelum lupa dakwaan check and balance Mahfuz juga datang dari gerombolang waluan PAN, apa ker jadah gerombolang walaun PAN yang mendakwa demikian sedangkan Mahfuz sedang menyediakan pelur kapur untuk mereka.Nak kaburi mata ahli dan penyokong PAS ya!

Maaflah kita ahli dan penyokong PAS sudah nampak dengan jelas peranan Mahfuz yang tidak punyai masa depan dengan PAS dan kita bersedia menerima Mahfuz sebagai ahli PAN malah sekarangpun suara Mahfuz dah tak laku dalam PAS, dia boleh berpindah ke PAN sekarang ,tak perlu tunggu PAS pecat dia.

Sampai bila bilapun Mahfuz tak boleh check and balance PAS dengan perangainya tu.........
Sumber TKO - 2-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Ada Dengan PAS?


Bahagian 1

Tulisan ini adalah pendapat peribadi saya bersama-sama dengan pengalaman saya dan juga hasil perhubungan saya dengan individu atau program-program PAS. Dengan semua gabungan ini, maka saya mengeluarkan tulisan ini. Tulisan ini, tiada saya rasmikan ianya sebagai tulisan bagi pihak PAS. Akan tetapi jika PAS atau pembaca merasakan ianya bermanafaat atau membawa kebaikan, maka itu terserah kepada budi bicara masing-masing jika mahu menyebarkannya.

Bagi tulisan ini, saya bahagikan kepada beberapa siri kerana terlalu banyak budi dan jasa PAS kepada masyarakat yang tidak cukup untuk dicoretkan di atas selembar kertas sahaja.

Saya tujukan tulisan ini kepada ahli-ahli dan penyokong PAS yang mungkin ada sebahagiannya tidak mendapat makluman yang jelas berkenaan kekuatan PAS yang telah sedia ada. Juga kepada pengundi atas pagar yang ingin tahu apakah tawaran PAS kepada mereka dan apa yang telah dilakukan oleh PAS dengan jentera yang ada.

Kepada pembenci PAS, anda mempunyai 1001 alasan untuk melihat segalanya sebagai buruk kepada PAS. Jadi tulisan ini sekadar menyatakan apa yang telah PAS lakukan. Bukan bagi tujuan perbalahan yang tak berkesudahan.

Apa yang ada dengan PAS mengikut kefahaman saya ada banyak. PAS adalah sebuah jemaah yang sangat dekat dengan masyarakat. Kewujudannya puluhan tahun lalu, adalah secara serius bagi mengisi kelompangan yang ada dalam masyarakat dengan menjadikan Islam sebagai teras. Boleh saya bahagikan kepada beberapa kategori iaitu antaranya seperti pendidikan.


1-Pendidikan:

Ilmu yang menekankan keagamaan adalah satu kemestian kepada PAS bagi melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah. Majoriti pimpinan PAS mempunyai sekolah masing-masing yang mungkin telah melahirkan ribuan pelajar di seluruh negara semenjak awal 80-an lagi. Mereka cukup memahami akan kepentingan pendidikan Islam inilah yang akan mengeluarkan manusia dari kejahilan agama.

Sebuah cerita yang menarik yang boleh saya kongsikan di sini berkaitan dengan persekolahan ialah berkenaan prinsip almarhum Ustaz Harun Taib, mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia yang begitu sinonim dengan dunia pendidikan PAS. Saya mendengar beliau suatu ketika menceritakan dialog antara beliau dengan orang kuat sebuah NGO yang mengaku Islam. Wakil NGO itu secara ringkasnya menyalahkan PAS kerana baginya sistem pendidikan cara PAS itu tidak betul.

Yang wakil NGO itu maksudkan ialah PAS mengambil secara borong iaitu menerima kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah PAS secara beramai-ramai samada pelajar pintar atau tidak, baik dan juga nakal. Ini bagi beliau, ini akan menjejaskan prestasi pelajar-pelajar.

Tetapi pandangan jauh almarhum mendiamkan wakil NGO itu dengan menerangkan bahawa PAS bukan mencari kejayaan peperiksaan sahaja, tetapi lebih utama mengambil tanggungjawab membina insan untuk menjadi manusia berguna. Oleh itu sesiapa sahaja yang ingin masuk ke sekolah PAS, bermakna mereka ingin membaiki diri. Tidak kira mereka cerdik atau tidak, kaya atau miskin, tanggungajawab mendidik itu tetap wajib. Bagi PAS, Islam tertegak dengan iman, ilmu, amal dan akhlak, bukan pintar semata-mata.

Jawapan itu sangat tepat kerana hasilnya kini PAS mempunyai satu pasukan yang terdiri daripada orang kaya, miskin, cerdik, biasa, berpangkat, tidak berpangkat tetapi memahami Islam. Ini kerana PAS tidak memilih bulu dalam mendidik. Begitu juga dalam mendidik pelajar, guru-guru diarahkan beliau untuk mendidik dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Manakala NGO yang kelihatan elit yang mengkritik itu, masih terkapai-kapai mencari ‘grass root’ kerana kumpulan mereka dilihat seperti hanya dihadkan kepada golongan yang pandai-pandai sahaja.

Terbukti madrasah PAS ini menjadi tarikan dengan adanya pelajar-pelajar bukan Islam di Pasti dan tidak kurang jumlah anak-anak orang Umno juga selain menyertai Pasti, ada juga yang bersekolah rendah dan menengah di madrasah-madrasah PAS.

Berapa ramai guru-guru agama yang sekarang ini bertebaran di serata pelusuk Malaysia datang dari madrasah-madrasah kelolaan PAS? Merekalah yang akan menjadikan agama sebagai tonggak pendidikan. Mereka ini juga yang sentiasa mengadakan kuliah-kuliah agama di surau-surau atau masjid-masjid di seluruh negara.

Ditambah dengan keadaan sekarang, permintaan terhadap sekolah agama kerajaan begitu tinggi, sehingga kerajaan sendiri tidak mampu menampung keperluan itu. Maka PAS tampil sebagai penyelamat masyarakat yang inginkan pendidikan agama. Malah tidak sedikit bilangan ramai pelajar-pelajarnya mendapat keputusan cemerlang berbanding sekolah agama kerajaan.

Dengan yuran yang teramat murah, terkadang juga atas faktor kemiskinan, yuranpun tidak dibayar, guru-gurunya berkorban dengan hanya mendapat gaji yang kecil, namun, ianya tidaklah mematahkan semangat bagi guru-guru ini terus mengajar, tanpa memikirkan kekurangan itu. Sedangkan mereka boleh mencari kekayaan di luar sana. Inilah sistem pendidikan yang PAS ada.

Mohd Nasir Abdullah
Al-Khor, Qatar
1 Jan 2017

Sumber BO - 1-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menakjudkan: BPMS Menampakkan Impaknya
Posted on Saturday, December 31 @ 08:05:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33046

Pada awalnya, ada orang mempersenda-sendakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Dalam kalangan ahli PAS sendiri ada yang keliru. Ada yang bertanya, “ kalau begitu, tiada demonstrasi lagilah?” Pastinya pada peringkat awal idea itu dilontarkan, berbagai-bagai persoalan timbul. Bagi musuh PAS, UG-lah tu. Hari ini apa berlaku?

Aku merekodkan 3 peristiwa yang aku peroleh maklumat tentang impak BPMS ini. Ahli PAS mesti memperkasakan pendekatan ini terutama dalam menghadapi PRU14 yang semakin hampir. Dalam situasi sebahagian besar ahli akar umbi UMNO benci akan PM Najib, PAS mestilah kelihatan menjadi alternative terbaik untuk menggantikan UMNO.



Pertama, cerita daripada Saudara Naraza Muda, Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS, yang memaklumkan bahawa ada JKK di Felda yang teruja melihat TGHH di Himpunan Solidariti Untuk Rohingya dan MAHA. Mereka mula mengkagumi dan menghormati TGHH. Mereka berbulu dengan PM Najib sekarang. Terlontarlah kata-kata, “ PRU nanti, hamba anak-beranak nak pangkah PAS pulok.”



Kedua, lagi dalam masyarakat Felda. Video yang menunjukkan seorang warga Felda yang banyak mempertahankan Felda selama ini. Dia amat marah atas apa yang berlaku dalam Felda sekarang. Saham FGV  jatuh menjunam. Baginya ini adalah kegagalan pengurusan Felda. Katanya dalam video itu,"Saya dihantar berceramah kepada beribu-ribu generasi kedua FELDA untuk pertahankan UMNO. Saya pusing satu Malaysia diberi kepercayaan untuk membela Felda. Kini saya sudah habis idea nak pertahan macamana. Pada 31.12.2016 jika masih tiada perubahan dalam FELDA, 1.1.2017 saya akan masuk PAS! “



Ketiga, pada 26hb Disember 2016 berlaku kemasukan 80 orang ahli UMNO ke dalam PAS di Kesedar Chalil. Berita keluar UMNO masuk PAS bukanlah satu berita sensasi bagi musuh-musuh PAS. Orang boleh saja anggap itu lebih kepada propaganda. Namun, kenyataan yang akan berlaku dalam PRU14 nanti adalah protes senyap ahli dan penyokong UMNO. Ini akan mewarnai keputusan PRU14 nanti.



Adapun pengundi-pengundi atas pagar diyakini akan bersama-sama dengan PAS kali ini. Tanpa mahu menyentuh parti-parti lain, PAS-lah yang berada tegak dengan prinsip Islam yang sejati.



Demikianlah impak pendekatan BPMS yang diejek dan jadi bahan cemburu musuh-musuh PAS. Motif tulisan kali ini ialah untuk menyuntik kesedaran kepada pendokong-pendokong PAS di segenap peringkat agar melaksanakan BPMS dengan sebaik mungkin. Imej kita terbina di sini.



Sumber TKO - 31-12-2016



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mala Petakit Hail Kerja Tangan Mat Politikus N Mat Gedebe Gomen
Posted on Friday, December 30 @ 22:34:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33039

"Kita telah pun lihat kesan kerja membalak di Kuala Krai yang melihat balak balak tiba dirumah orang semasa banjir besar di K Krai.Penghapusan Bukit Besi dan pembalakan di sekelilingnya menyebabkan banjir di kawasan itu.

Pengeluaran bauksit tanpa kawalan menyebabkan: banyak ikan mati /pupus di Sungai Pahang ; air sungai Pahang menjadi cetek -stok ikan akan pupus dan warga nelayan sungai akan hilang mata pencarian mereka. Gambaran jelas tentang senario balak tiba depan rumah dipaparkan selalu olih Tukar tiub di dalam blognya. pasti ia akan berlaku lagi di kampong kampong di Gua Musang.

Ya Kerajaan negeri ada kuasa ambil balak. kalau orang asal tentang bantuan dari pak Polisi akan tiba untuk kuatkuasa HAK Kerajaan negeri.KEGILAAN mencari kekayaan untuk kroni Mat MB atau syarikat yang ada pertalian rapat dengan Kerabat raja merusakkan alam sekitar, kesejahteraan hidup rakyat. Gomen hari ini sudah acap kali guna frasa kesejahteraan di dalam menamakan kementrian/jabatan Gomen. PM Mat Najib juga telah pada 9 Disember tahun ini lancarkan Jeffrey Sachs Environment Center di Universiti Sunway memberi sokongan kepada wawasan untuk mencapai 'sustainable development goals [SDG] untuk malaysia demi kesejahteraan hidup rakyatnya.

Ironi bukan?

PM Gomen target SDG sebagai matlamat kesejahteraan hidup rakyat. Bayangkan warna air yang di ambil olih orang asal di Gua Musang, penduduk di tepi sg pahang dan juga kini di Fraser Hill penduduk di terpi S Delam bakal mengambil air tercemar untuk minum dan masak.

Baru baru ini saya puji gomen Selangor kerana mengambil tindakan atas pengusaha tanah di Rawang di dalam 'A Tale of 2 cities. Nampaknya MB Mat Azmin sudah gelap mata- kroni kerjakan balak merata rata di dalam N Selangor.

kita mesti dukung konsep 'sustainable development goals' sebagai satu wawasan yang disokong dek PM kita. mat penjawat awam di negeri mesti update skill di dalam base inglis supaya dapat faham konsep ini. Saya percaya jika mat gomen bolih tinggalkan aktiviti golf , mereka akan dapat beri kesejateraan kepada rakyat. MB melaka terperanjat pegawainya tidak selesa dengan konsep sdg. Mungkin mat KSN dan juga penulis prolifik G25 , Mat Sarip b Mat Kasim bolih bantu 'point the right direction' kepada penjawat awam. "


Sumber TKO - 30-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bangau Oh Bangau
Posted on Friday, December 30 @ 15:17:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33036



1. Kita adalah mata rantai perjuangan. 

Mereka terdahulu telah melakukan perkara yang terbaik di zaman mereka dan demikianlah kita pula mesti lakukan sesuatu untuk menjadi terbaik di zaman kita.

2. Tentunya setiap zaman mempunyai cabaran tersendiri dan perlu ditangani dengan cara yang tersendiri pula disamping mengambil langkah maju kehadapan dengan nilai penambahbaikan dari masa ke semasa.

3. Itu adalah sunnah perjuangan. Kesesuaian pendekatan sangat berkait rapat dengan perkembangan semasa.

4. Sebagaimana kita mewarisi perjuangan ini dari pejuang - pejuang terdahulu maka mereka juga adalah pewaris perjuangan dari mereka yang berjuang mendahului mereka.

5. Antara dua zaman itu, pastinya sangat berbeza. "Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang." Benarnya bidalan  orang - orang tua kita dahulu menggambarkan setiap aktor mempunyai peranannya sendiri dan perlu bertanggungjawab terhadap amanah yang digalas tanpa menyalahkan orang - orang terdahulu.

6. Kelemahan diperkuatkan, kesilapan diperbetulkan dan kekurangan ditambahbaikkan supaya hari ini menjadi lebih baik dari hari esok.

7. Fenomena gemar menyalahkan orang lain seperti watak - watak dalam lagu rakyat "Bangau Oh Bangau" , juga suka menyalahkan orang terdahulu sedang amanah dan baton perjuangan berada ditangannya adalah satu sikap negatif yang bukan sahaja tidak berdaya untuk gerak maju kehadapan tetapi lebih menampakkan sikap melindungi kelemahan sendiri serta gagal menggalas beban tanggungjawab yang sedang dipikul.

8. Sementelah kita orang beriman telah diajar bagaimana sikap kita terhadap orang terdahulu yang menyertai dan menerokai perjuangan ini. Firman Allah swt :

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: 


"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

Al Hasyr : ayat 10

Sekian.

Nasrudin Hassan


Sumber TKO - 30-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mazhab Facebook
Posted on Friday, December 30 @ 15:04:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33033




1. Ilmu adalah tunjang yang mengakar kekuatan seorang pendakwah dan pejuang. Bagaimana dakwah Islam dapat disampaikan dan bagaimana pula Islam boleh diperjuangkan tanpa ilmu ? Ilmu kepada pejuang, bagaikan modal kepada peniaga. Firman Allah swt : 



وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Dan tidaklah wajar orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah sebahagian mereka mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka  kembali kelak kepangkuan kaumnya; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Surah At Taubah : 122

2. Namun Ilmu Islam ini mempunyai disiplin tersendiri yang perlu ditekuni untuk memilikinya. Bermula dari kaedah pengajian, subjek dan methodologinya, ilmu juga mesti dipelajari secara istimrar (berterusan).

3. Malang jika ilmu hanya dikutip secebis tanpa talaqqi (berguru) dengan guru yang mursyid. Mutaakhir ini, ramai yang menjadikan facebook sebagai medium memuktamad ilmunya.

4. Facebooklah tempat mereka "menuntut ilmu" dan di facebook juga mereka "lulus" dan akhirnya di facebook juga mereka "berfatwa". Google Search pula adalah "mursyid" mereka.

5. Facebook adalah laman sosial dan tidak salah untuk dijadikan sebagai lapangan mencari maklumat dan berbincang pelbagai topik.

6. Namun ia bukan method yang betul untuk memuktamadkan ilmu. Justeru facebook tiada kewibawaan untuk mengesahkan keabsahan sesuatu maklumat,  ilmu atau "status" yang di"post" atau di"share" kepada talian jalur lebar perlu terlebih dahulu ditashih (dibenarkan) dengan disiplin ilmu yang betul dan berwibawa.

7. Rujuk laman yang diyakini kewibawaan ilmunya dan teliti status yang di"post"kan dengan manhaj dan disiplin ilmu yang betul. Ingat ! Facebook sangat terdedah kepada pencemaran ilmu serta penyelewengan fakta dan figure.

Sekian.
Nasrudin bin Hassan

Sumber TKO - 30-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


2016: Tragedi Dalam Kesamaran Politik PAS
Posted on Friday, December 30 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33032



DINAMIKA corak politik yang dimainkan PAS sepanjang 2016 menjadikan parti Islam itu berada pada kedudukan menang-menang, apabila ia menjadi sandaran demi survival politik pihak lain, sekali gus kekal relevan dalam politik arus perdana.

Bangkit daripada perpecahan dalaman yang berlaku pada tahun lalu, PAS  menunjukkan percaturan kepimpinan ulama pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada pada tahap selesa.

Buktinya, selain parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), tiga lagi parti politik yang bertunjangkan Melayu-Islam iaitu Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing cuba menumpang tuah PAS.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada 28 November lalu mengakui bahawa hubungan tegang antara Umno-PAS kini semakin “kendur” termasuk di peringkat akar umbi.

Kata-kata Perdana Menteri itu jelas dilihat berdasarkan beberapa persefahaman yang dicapai kedua-dua musuh politik tradisi itu.

Paling ketara apabila tercipta sejarah baharu di mana buat kali pertama usul persendirian daripada wakil rakyat pembangkang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pada 24 November lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mencadangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).

Rentetan itu Umno-PAS sekali lagi bergandingan apabila Najib dan Abdul Hadi berkongsi pentas buat kesekian kalinya dalam acara perhimpunan solidariti untuk Rohingya pada 4 Disember lalu.

Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan hubungan kedua-dua parti politik itu tidak akan berkesudahan baik dalam gelanggang pilihan raya.

Katanya, persefahaman yang dicapai Umno dan PAS adalah jelas iaitu hanya membabitkan perkara tertentu yang khusus tanpa melibatkan pegangan politik.

“Masing-masing ada penolakan dan kepentingan, tak mungkin BN atau Umno nak beri kerusi mereka kepada PAS?

“The most they can go ialah dengan bertanding sebagai blok ketiga iaitu mewujudkan saingan tiga penjuru dengan tujuan mengurangkan sokongan kepada komponen Pakatan Harapan,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Kamarul Zaman lagi selain Umno, PAS, turut diintai PPBM dan PKR sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Ini adalah pencapaian terbaik PAS. Walaupun bergerak sendirian, tapi mereka sentiasa bijak meletakkan kedudukan supaya parti-parti lain sentiasa tertarik untuk mendekati PAS.

“Tapi pada masa sama, ia juga sebenarnya adalah satu tragedi dalam kesamaran yang dihadapi PAS. Kesamaran itu berlaku di peringkat akar umbi yang mungkin belum dapat membaca apa sebenarnya pendirian pemimpin atasan dalam PAS,” katanya.

Selain itu Kamarul Zaman turut meramalkan bahawa hubungan PAS dengan PKR yang selama ini dilihat 'tenang' juga mungkin tidak akan bertahan lama.

Kata beliau, usul Dewan Muslimat PAS yang diterima tanpa bahas ketika muktamar tahunan pada 1 Jun lalu bagi mengkaji tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR juga menjadi catatan penting pada 2016.

“Kita jangan lupa tragedi ini. Usul itu telah diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk diperhalusi. Jadi saya jangka keputusan mengenainya bakal ditetapkan sekitar awal 2017.

“Ia pastinya bakal menjadi satu lagi game plan bagi PAS untuk berhadapan PRU-14 kerana dalam PKR sendiri wujud dua kumpulan yang salah satunya bergandingan dengan Amanah untuk menyerang PAS,” katanya.

Ujar beliau, tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ‘membelasah’ pemimpin dan ahli akar umbi PAS ketika hadir di Kota Bahru pada 24 Disember lalu boleh mengundang padah kepada parti yang diwakilinya itu.

“Ketika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba menjalin hubungan baik dengan PAS, Rafizi pula dengan lantang mengkritik PAS dan memuji-muji pimpinan Amanah.

“Keadaan ini dilihat tidak begitu baik kepada PKR sendiri untuk berhadapan PRU-14," katanya.

Apa yang pasti, tahun baharu 2017 pastinya menjanjikan senario politik yang menarik untuk dikaji terutamya ketika cakap-cakap kuat mengatakan bahawa bahang pilihan raya sudah semakin dekat.

Harus diingat, jika PAS memutuskan hubungan dengan PKR dek kerana sikap satu dua pimpinannya, maka ia secara tidak langsung lebih mendekatkan hubungan antara parti itu dengan Umno.

ARIFFUDDIN ISHAK


Sumber TKO - 30-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































































PAN 'bayi tabung uji' DAP?

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/lain-lain/43717-pan-bayi-tabung-uji-dap

SELIDIK secara teliti di seluruh negara, PAN didirikan kerana atau oleh mereka yang punya tiga faktor utama iaitu kecewa, kedudukan dan keras. Untuk tubuh satu wadah hakikatnya mereka tidak punya kekuatan, jauh sekali asas atau dasar. PAN hanya lahir dari golongan yang bercampur dengan serpihan genetik JIM dan disuntik dengan ubat 'booster' khas DAP.

DAP mahu melanjutkan agendanya dan mengukuhkan dendamnya akibat diputuskan tahaluf oleh Majlis Syura Ulamak PAS yang menyaksikan kedudukannya di arena politik tergugat, apatah lagi setelah gagal menguasai Pakatan Rakyat.

Maka PAN ditubuhkan kononnya menggantikan PAS yang dilabel telah tergelincir dari landasan perjuangan Islam. PAN dikatakan lebih Islam dan moderat, walaupun PAN sebenarnya diambil alih asalnya dari Parti Pekerja berlogo cangkul di mana pengerusi atau pengasasnya seorang India beragama Hindu. Jadi, di mana dasar atau asas dan Perlembagaan Islam PAN?

Malah, ulama seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin yang mulanya ditonjolkan ketika menyaingi kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini langsung tenggelam dari kepimpinan PAN.

Begitu juga penubuhan Pakatan Harapan (PH) gabungan bersama DAP, PKR dan PAN, hakikatnya sekadar merawat kesedihan sendiri dan cuba menunjuk kuat. Sebaliknya, sokongan kepada PAS semakin menunjukkan peningkatan.

Penubuhan itu juga membuktikan ketidaktelusan DAP kerana Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak diikat bersama. Sedangkan, PAS dijadikan mangsa dengan seteruk-teruknya dalam isu Kota Damansara pada PRU13 lalu. Walhal, PAS berpendirian kerana pembahagian kerusi hanya melibatkan sesama anggota Pakatan Rakyat (PR). PAS mengambilnya sebagai waspada dari risiko memberi kemenangan percuma kepada BN, sementelah lagi PSM pula bukan anggota PR.

Bermakna wujud percaturan lain dibelakang yang turut didalangi (baca: dikhianati) beberapa pimpinan PAS ketika itu. Tetapi hari ini, setelah PAS tiada dalam gabungan mereka, mengapa tidak dijemput PSM untuk bersama? Kerana PSM juga hanya mahu dijadikan alat mereka.

Apatah lagi pimpinan PSM boleh dikatakan terdiri dari mereka yang berprinsip dalam sesuatu perkara di mana hal itu kurang disenangi DAP. Kerana DAP sudah terpalit pelbagai skandal dan kontroversi seperti hidup mewah atas jawatan, rasuah, melindungi kegiatan-kegiatan pusat hiburan dan rumah urut yang dipercayai berselindungnya gangsterisme, pelacuran, arak dan sebagainya.

Usaha DAP untuk berlagak dengan dengan PH tidak menjadi, akhirnya melenting apabila pemimpin PKR masih sepentas bersama PAS dalam program-program besar. Ketika sama, program PAN terlalu hambar dan mengecewakan.

Begitu juga tatkala ditubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sedaya upaya diusahakan bersama PH supaya PAS dilihat sendirian. Malangnya PPBM sekadar berminat menjalin kerjasama pilihan raya, tetapi tetap bebas bersama PAS.

Begitu angkuhnya DAP hingga cuba menghalau PAS dari Kerajaan Negeri Selangor. Padahal mereka lupa, tidak akan tertegak kerajaan tanpa gabungan bersama PAS+DAP+PKR. PAS terus kekal atas mandat asal yang datang daripada rakyat. Jika keluar PAS, maka tidak cukup gabungan untuk menjadi kerajaan, mandat rakyat akan dikecewakan atau dikhianati.

PAS boleh sahaja mengambil langkah berani, tetapi yang sengsaranya ialah DAP, kerana dengan tindakan itu tentunya PKR memilih untuk bersama PAS dan menjauhi DAP. Reputasi nasional DAP akan terjejas dan hanya menambah kekusutan serta melambakan masalah.

Maka, segalanya serba tidak menjadi bagi DAP ditambah PAN yang sememangnya dari dulu populis sering mengeluarkan pendirian bercanggah dan kalut.

Malah, mutakhir ini DAP dilihat semakin menikus apabila banyak isu-isu berlaku berkaitan Islam, Melayu dan Raja. Tidak mampu mereka untuk menampakkan muka. DAP barangkali sedar bahawa imej politik mereka akan kian merudum jika masuk campur. Maka terpaksalah digunakan PAN sebagai khadam yang setia.

Percayalah, selepas ini semakin PAS memperkasakan "Inilah Penyelesaian Kita" iaitu merujuk kepada penyelesaian Islam, akan semakin banyak hiruk pikuk dan sibuk tak tentu pasal yang PAN timbulkan untuk menyaingi PAS.

Hakikatnya, mereka dibayangi DAP yang tidak pernah selesa dengan agenda Islam dimartabatkan dalam negara ini. – HARAKAHDAILY 29/12/2016

Sumber HD - 29-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan cabar PAS!
Posted on Thursday, December 29 @ 08:58:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33018

"Assalamualaikum...

PH terdesak nak elak pertandingan 3 penjuru sebab itu nampaknya mereka lebih rela bermain permainan pujuk memujuk agar PAS bersama mereka menentang BN.Tetapi mereka sebenarnya mencabar PAS dalam permainan ini.Berbagai rentak permainan sudah dibuat tetapi PAS sudah menghantar mesej yang jelas kepada mereka, TIADA KERJASAMA KALAU PAN masih ada malah PAS tidak akan berunding kalau PAN ada semeja.

Itu mesej PAS tetapi PH nampaknya buat buat pekak badak tetap masih mahu meneruskan permainan ini.Ok kita teruskan permainan ini tapi jangan kata kita emosional pulak!Pencacai PAN teruskan agenda anda untuk menyebarkan sebanyak mana cerita bohong tetntang PAS, nafikan TGHH  itu ulamak tapi jangan berharap kita akan duduk diam.Kita juga hendak bermain dengan permainan emosional yang penuh maki hamun, tapi kita bukan emosional sekadar bermain emosional sebagai tindakbalas permainan pencacai PAN, itu aja.....

Dalam masa yang sama permainan ini turut disertai oleh Umno, makna kata PAS tidak boleh overlook akan kehadiran mereka dalam permainan ini.Permainan PH yang mahu mengelak pertandingan 3 penjuru mungkin juga boleh ditentukan oleh Umno.Pertandingan 3 penjuru yang mahu dielakkan oleh PH mungkin akan menjadi pertandingan 1 lawan 1 antara BN dengan PH dan PAS dengan PH. Nak ke macam tu?

Kalau nak, teruslah cabar PAS, situasai semasa menunjukkan ada ruang yang besar kepada kemungkinan MOU PAS dengan Umno berbanding bekerjasama dengan PH.MOU dengan Umno boleh jadi strategi pilihanraya PAS selain dari strategi lawan sendirian.

PH menerusi PAN semakin mencabar PAS dengan cabaran terbaru mahu membahagikan Kelantan dan Terengganu kepada PAS dengan syarat PAS mahu bekerjasama dengan PH.Tanpa sedar mereka menghina PAS dan dengan sedar mereka mahu menjadikan PAS sebagai alat untuk merebut kuasa dari BN.Apatah lagi ada pemimpin PKR berkata PKR tak payah bertanding kalau PAS tiada bersama mereka.

Menghina PAS kerana nak bagi Kelantan dan Terengganu kepada PAS seolah olah Kelantan dan Terengganu itu milik PH sedangkan PAS mampu bertanding sendiri di kedua dua negeri ini.Mahu menggunakan PAS sebagai alat mencapai kuasa dalam erti mahu menggunakan kekuatan PAS di tempat tempat lain bagi memenangkan PH. Situasi sebegini lebih merupakan mencabr PAS untuk membuka rundingan MOU bersama Umno dan menjadikan pertandingan 1 lawan 1 satu kemungkinan dengan PH akan berdepan samaada dengan BN atau PAS bukan sebaliknya seperti yang dikehendaki oleh PH.

PAN kena jawablah mana satu mereka nak, bertanding 3 penjuru atau pertandingan 1 lawan satu antara PH dengan BN dan antara PH dan PAS.


Sebabnya mudah PAS dah kata awal awal lagi tak akan bersama PAN, nak terus bermain silakan,,,,,,,,,,,,,,,

SumberTKO - 29-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kalau TGHH bukan ulamak, siapa pula ulamak kamu?
Posted on Wednesday, December 28 @ 18:56:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33013

"Assalamualaikum,,,

Saya terasa tercabar dengan karenah seorang pencacai tegar PAN yang menunjukkan kesiniskannya apabila ada seorang cybertrooper PAS menyatakan kekesalannya dengan sikap menghina ulamak yang ditunjukkan oleh pencacai aka waluan PAN yang agak konsistant sejak awal penubuhan PAN sehingga hari ini malah penghinaannya lebih melampau dari penghinaan yang pernah dilakukan oleh pencacai Umno.Tetapi dengan selamba seorang pencacai bertanya siapa ulamak yang dihina itu.

Ini berlaku dalam group whatassup dan secara jelas soalan sinis pencacai tersebut menunjukkan betapa mereka tidak mengiktiraf TGHH yang sejak awal penubuhannya.Dipromosikan oleh PAN ke seluruh pelusuk Tanah Air bahawa TGHH bukan ulamak yang boleh diikuti.Persoalannya, kalau TGHH bukan ulamak siapa ulamak mereka? PAN kan parti Islam?

Kita juga ingin tahu siapakah ulamak ikutan mereka, ilmunya setinggi mana, amalnya sehebat mana dan wawasannya sejauh mana?. Jangan asyik nafi TGHH sebagai ulamak tapi kemukakan juga ulamak kamu biar jelas kepada kami semua.Kalau kamu mahu kami ikut kamu maka pertontonkan ulamak ikutan kamu.

Setakat ini apa yang kita dengar semua tentang ketidak boleh percaya kepada pimpinan TGHH kerana berbagai bagai sebab yang diberikan oleh walaun PAN sehingga kita semua juga digelar walaun ketika memepertahakan TGHH dari dihina.Mereka hina kehadiran TGHH bersama Najib ketika perhimpunan soladiriti Rohinya, mereka hina kehadiran TGHH di muktamar perpaduan umat di Taheran lanjutan penghinaan mereka sebelum ini.Mereka juga dakwa Yusof Qardaqi tegur TGHH kerana kehadiranya di Taheran hanya dengan rujukan berita yang belum tentu sahihnya tetapi kerana berita itu menguntungkan mereka, mereka cepat sahkan sebagai benar.

Itulah kerja mereka untuk menghina TGHH.Tetapi sehingga hari ini mereka TAK PERNAH nyatakan siapa ulamak mereka, apakah pemimpin mereka adalah juga ulamak mereka tidak jelas.Sebaliknya mereka cuba manafikan PAS sebagai jemaah Islamiah dengan mendakwa  PAS ialah parti politik dan sesiapa yang memasuki politik termasuk TGHH mesti pandai bermain politik dan tahu selok belok sepak terajang politik seperti pemimpin mereka.Tanpa sedar mereka sedang mempromosikan politik sekular kepada orang Islam yang mahu bersama jemaah Islam yang dipimpin oleh ulamak.

Kalau mereka tak boleh terima ulamak itu tak mengapa, tak ada orang marahpun tetapi kalau mereka memghina ulamak dan mahukan pengikut ulamak mengikut mereka, maka mereka tidak akan dibiarkan.Kamu boleh menghina ulamak kami tetapi kamu tak akan dapat mengubah keimanan kami yang antara lain tetap teguh dengan pesanan Nabi saw yang berpesan kepada umatnya supaya menerima ulamak sebagai pewaris Nabi.

Kami juga tetap teguh untuk menjadikan PAS sebagai jemaah Islam walaupun kamu cuba menguubahnya kepada parti politik, tiada kompromi tentang itu.

Nyatakan ulamak kamu kalau kamu benar benar yakin bahawa TGHH yang turut bertanggugjawab menjawab kepada ALLAH bukan ulamak sebenarnya.

Sumber TKO - 28-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teduhnya Kepimpinan Ulama
Posted on Tuesday, December 27 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33002




Teguhnya PAS apabila dasarnya lestari Islam. Kelestarian Islam dapat dijaga dengan adanya kepimpinan ulama yang membentengi PAS. PAS bukan parti individu kepunyaan seorang Tok Guru. Tok Guru dalam PAS pergi seorang demi seorang sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951.  Namun PAS kekal lestari kerana PAS dibarisi oleh para ulama yang istiqamah dan fakih tentang Islam hingga ke hari ini.


Kini tuntutan agar umat Islam di bumi bertuah ini bersatu semakin gegar dan geger. Melayu berpecah kepada hampir 10 buah parti politik termasuk di Sabah dan Sarawak. Namun parti teras Melayu hanya dua iaitu PAS dan UMNO. Sebagai parti penguasa, suara ajakan untuk bersatu oleh UMNO sering menghiasi media massa kerajaan. Sebaliknya di serambi lain, PAS mengajak Melayu bersatu atas dasar Islam; bukan atas dasar bangsa.

PAS memahami Islam sebagai addin yang menyatukan manusia yang pelbagai warna kulit dan bahasa melalui akidah yang satu.  Allah pula memuliakan makhluknya hanya dengan Islam. Penyatuan atas dasar Islam adalah satu penyatuan yang kukuh. Peyatuan akidah inilah yang mewujudkan terminologi “Islam itu bersaudara.”

UMNO bukanlah tempat berpaut yang kukuh dengan penyatuan bangsa yang tidak berpaksikan Islam. UMNO pada hari ini juga sebuah parti siasah yang gagal mengangkat martabat bangsa. UMNO tunjang BN yang mendakwa berjuang untuk bangsalah yang mewarnai negara kita pada hari ini dengan jutaan pendatang Indon, Bangla, China, Myanmar dan Nepal. Hari ini Melayu dalam banyak sektor ekonomi terpinggir daripada peluang pekerjaan. Entah-entah 10 tahun lagi, Melayu pula bersaing dengan mereka dalam ruang politik.

UMNO tunjang BN-lah yang mengikis persen tanah rezab Melayu. Dari satu dimensi UMNO seolah-olah membela ekonomi Melayu. Tapi dari satu dimensi lain, UMNO melahirkan taikun-taikun besar yang menjadi sahabat kepada pemimpin-pemimpin tertinggi mereka.  Manusia pertama hingga ke lapan terkaya di negara kita ialah bukan Melayu. Dari sudut pemilikan tanah, kepada siapakah terjualnya tanah rezab Melayu? Inilah padahnya apabila kita mudah teruja pada manusia yang beretorik dengan bangsa.


Rumusannya ialah melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa oleh PAS kini, sewajarnya menggamit bangsa Melayu agar berteduh di bawah parti Islam ini. Kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi yang menjadi harapan dan rujukan dunia Islam amat wajar dihargai oleh bangsanya sendiri. Kerana….kepimpinan ulama secara horizontalnya ada rasa tanggungjawab kepada umat dan secara vertikalnya ada rasa tanggungjawab kepada Allah. Justeru, bangsaku, ayuhlah kita semua bersatu di bawah kepimpinan ulama ini.

Sumber TKO - 27-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beri pendapat berhemah walau beza pandangan
Posted on Sunday, December 25 @ 14:47:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32983



SHAH ALAM - Semua pihak diminta lebih berhemah dalam menyatakan pandangan walaupun wujud jurang perbezaan.

Pengerusi Asia Forum for Peace & Development (AFPAD), Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, golongan ulama, guru dan anak muda perlu berhenti mencaci, memanggil teman dengan panggilan keji dan nista.

"Perbezaan tidak semestinya meleraikan ukhuwah yang dibina sejak berpuluh-puluh tahun.
"Hentikan memanggil sahabat sebagai pengkhianat, barua, golongan terlaknat. Kita adalah pendakwah bukannya penghukum," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Syed Azman berkata demikian sebagai respons kepada isu kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ke Muktamar Taqrib ke Tehran minggu lalu.

"Terlalu banyak mereka yang membuat ulasan terutama melalui media baru tentang apa yang berlaku. Ada yang berhujah secara ilmiah, ada beremosi, dan ada secara terbuka menggunakan kata nista menegakkan kebenaran.

"Rata-rata ulasan dan komen menggambarkan betapa tenatnya tahap pemikiran sesetengah individu terutama dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam di negara kita sendiri," katanya.
Syed Azman berkata, beliau memahami pendirian yang diambil oleh Abdul Hadi, walaupun lebih setahun tidak bersama Pas.

"Saya sendiri telah banyak kali bersama beliau menghadiri program Muktamar Taqrib ini di Tehran dan bertemu dengan pimpinan Iran termasuk bekas Presiden Khatami, Ahmadinejad dan Ayatullah Khamenaie sendiri.

"Begitu juga kami bertemu dengan pimpinan Hizbullah Hassan Nasrullah di Beirut. Bagi saya, apa jua perbezaan yang ada, saya tetap menghormati pendirian beliau.

"Tetapi, jangan sekali-kali kita cuba memburuk-burukkan pihak lain termasuk ulama, Sheikh Qaradawi dan Sheikh Ghanoushi, jangan sekali-kali cuba mengheret mana-mana pihak lain termasuk pergerakan Ikhwan atau Hamas untuk disamakan dengan sikap kita,"katanya.

sumber TKO - 25-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ada Orang Menuduh Presiden PAS Penyokong Syiah?
Posted on Sunday, December 25 @ 14:17:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32982



Ketika dia berbicara kamu di mana?
Sebelum kamu kritik tak tentu hala dengan menuduh nista berbagai bahasa kepada beliau, kenali dunia dakwah dan dunia perjuangan beliau, dengan menuduh TGHH membela syiah seperti menepuk air di dalam dulang hasilnya terpercik kemuka sendiri.













Jangan biarkan iblis bersarang di hati benak mu tanpa sebarang pertimbangan rasional, ketika dia dipersada dunia islam membicarakan soal syiah dan sejarahnya kamu masih berlampin dan masih kebudak2kan tidak putus susu. Hentikan coretan tidak berilmiah hanya terperok dalam bilik yang sempit di hadapan muka FB sebagai senjata melebarkan fitnah ahkir zaman.

Bertaubatlah manusia selagi nyawa di kandung badan.

Kredit
Pemuda PAS Pahang

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mengaku Islam, Solat dan Puasa Tapi Fitnah Menjadi Amalan (1)
Posted on Sunday, December 25 @ 13:32:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32980



Serangan kepada Presiden PAS makin menjadi-jadi. Mereka putar belit setiap kenyataan supaya melihat perkara itu salah dan buruk. Jika tak ada isu mereka mereka-reka isu. Kalau dulu cybertropper UMNO yang buat tapi kini diambil alih orang yang kononnya hendak kebaikan tentang Islam. Mengamalkan politik Machiavellian. Hilang dosa pahala sedangkan Islam mengajar kita mencari pahala.



Sumber TKO - 25-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ingatkah setelah pencacai Umno berkubur, hidup akan aman
Posted on Sunday, December 25 @ 13:21:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32979

"

Assalamualaikum,,

Bagi kumpulan yang memberikan sedikit ruangan dalam memanjangkan bantuan sukarela dalam halaqah Islamiah dalam internet atau ruangan siber, sejak tahun 2004 telah dipaksa berdepan dengan dakyah dan provokasi oleh saikologi politik oleh Umno menerusi cybertrooper mereka yang dilatih untuk melemahkan ahli ahli PAS menerusi serangan saikologi cyber.Kemudian serangan ini terhenti apabila cybertroppper Umno lupus dan lenyap dari dunia cyber.Ingatkan semua serangan tidak bermoral dan berfakta akan berakhir.Tapi sangkaan itu meleset sebab timbul pula satu geng yang menyemak yang meneruskan legasi cybertrooper Umno dan lebih parah geng ini berasal dari PAS sendiri yang mufarakah dari PAS untuk menubuh parti baru bernama PAN yang mesra DAP.

Kini geng cybertrooper PAN memenuhi ruang ruang cyber di dalam FB, Whatasapp, blog blog, website dan  tak kurang juga dalam TKO.Kerja mereka sama seperti cybertrooper Umno yang sudah jadi sejarah. mengutuk, menuduh dan memperlekehkan PAS serta Presidennya.

Tak ada lain kerja mereka selain mengutarakan segala auta yang ada untuk memburuk burukkan PAS dan Presidennya yang kononnya tidak bagus, tidak boleh dijadikan pemimpin Islam.Hanya pemimpin mereka yang bagus kerana membela orang asli, bagus kerana berpakat dengan DAP, bagus kerana menganggap Mahathir itu bukan kepala perompak atau bekas kepala perompak, bagus kerana mengganggap Najib itu penyamun dan perlu dijatuhkan.

Mereka akan  terus mendakwa PAS dan Presidennya tidak bagus kerana berbaik dengan Najib, tidak bagus kerana  nak UG dengan Umno, tidak bagus kerana membentuk blog ke tiga bersama ikatan dan melupakan perjuangan Hududnya.

PAS dituduh celaru kerana tindak tanduknya tidak mengikut selera PAN yang lebih suka  PAS duduk diam dan biarkan PAN buat kerja.PAS dan Presidennya tak boleh ke muktamar di Taheran kerana menyokong syiah yang membantu Bashir Membunuh rakyatnya.Mereka dakwa PAN juga dijemput ke muktamar itu tapi tak pergi seperti presiden PAS.Betul ke tidak tak tentu lagi dan macam macam lawak  lagi yang dibuatnya membuatkan hidup yang disangka aman selepas pemergiaan pencacai Umno jadi tak aman juga.


Terpaksalah berdepan dengan mereka seperti berdepan dengan pencacai Umno dulu.Tapi tak apa, buatlah lawak macam manapun, kita sesekali tak akan berganjak sehingga geng mereka mampus dan tiada lagi tuduhan, dakwaan dan cerita rekaan dari mereka yang tarafnya sama dengan maki hamun, kalau dulu pencacai Umno yang sering dakwa kita suka maki hamun kerana cara kita bertindak balas kepada provokasi mereka itu, maka hari ini kita dengar mereka pula membuat dakwaan tersebut.Standard lah tu, mana mereka nak mengaku bahawa maki hamun kita itu berpunca dari provokasi dan auta mereka.

Sumber TKO - 25-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kelangsungan PPBM bergantung pada ihsan PAS?
Posted on Saturday, December 24 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32973



Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan berazam mahu menguburkan Umno kerana bencikan presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Razak.


Apa pun terjadi pada Umno bukan jadi perkiraan lagi kerana sudah putus kasih sayang dengan parti leluhur mereka itu. Maka dibangunkanlah PPBM sebagai sebuah parti yang mempunyai benih Melayu-Islam seperti Umno. 


Mereka yakin hanya parti bersifat dan bercirikan Umno boleh membenamkan Umno. Lantas tiadalah dalam sifir mereka mahu menjadikan PPBM sebuah parti nasional meliputi keahlian pelbagai kaum dan agama.


Didorong oleh nafsu mahu menurunkan Najib dan cepat pula menamatkan sejarah Umno, PPBM berharap soal mendapatkan sokongan bukan Melayu dapat diraih melalui wadah politik bukan Melayu sedia ada seperti DAP dan PKR.


Sebab itu, PPBM segera menggabungkan diri dengan perjuangan PKR yang ada sebilangan ahli bukan Melayu dan DAP untuk merangsang rakyat bukan Melayu yang bencikan Umno-BN supaya turut menyokong PPBM.


Bagaimanapun pengalaman 50 tahun DAP dan 18 tahun PKR berpolitik mengajar mereka supaya tidak gopoh. Meskipun berkongsi kebencian terhadap Umno, mereka berhati-hati melayan semangat PPBM mahu menumbangkan Umno-BN.


Anehnya Tun Mahathir rupanya mudah mabuk dengan adab hormat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Maka menjelmalah kembali sikap “angkuh” lamanya yang membuatnya mabuk kuasa. 


Lantas tanpa berfikir panjang beliau mengumumkan di London bahawa jika pembangkang menang dalam pilihanraya umum ke-13, presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jadi perdana menteri. 


Keyakinan diri melampau ini memberi isyarat merah pada pemimpin-pemimpin pembangkang lain terhadap “bahaya” Mahathir. Sekonyong-konyong timbul persoalan, bolehkah Mahathir ini dipercayai?


Tun M perlu ukur kekuatan PPBM


Ego Mahathir mula digugah oleh DAP, PKR dan Amanah apabila angin pilihanraya bertiup semakin kencang. Barulah PPBM sedar ukuran pengaruh dan kekuatannya terletak pada berapa banyak kerusi yang bakal dimenanginya.


Namun sebelum itu, yang lebih penting lagi ialah berapa banyak kerusikah (Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat) yang patut dan boleh ditandinginya. 


Ini meletakkan PPBM di persimpangan. Modal kekuatan pengaruh yang ada padanya ialah kemungkinan ahli Umno yang tidak selesa dengan kepemimpinan Najib akan berhijrah menyertainya. 


Bagaimanapun Perhimpunan Agung Umno awal bulan ini mempamerkan bahawa penekanan terhadap isu kesetiaan atau wala’ di kalangan ahli Umno terhadap pemimpin amat semarak dibicarakan. 


Malah perhimpunan berkenaan juga secara terbuka mengenalpasti bekas ahli yang menuntut wala’ diberikan kepada mereka ketika memimpin Umno kini mengkhianati ideologi itu dengan menghasut supaya menjatuhkan presiden. 


Apabila dikalungkan dengan jenama pengkhianat, pemimpin-pemimpin ini bukan sahaja terputus nasab keturunannya dengan Umno malah mulai dicerca dan dibenci sebagai musuh tegar.  


Dalam keadaan demikian, DAP dan PKR tidak boleh membantu banyak pada PPBM. Tanpa rekod pilihanraya, PPBM terpaksa berbaik dan berharap ihsan PAS yang juga sebuah parti Melayu-Islam tegar. 


Kerjasama dan simpati PAS akan mengizinkan PPBM menentukan berapa kerusi yang ia boleh tandingi. Namun tidak semudah itu PAS dipujuk. Ia tetap tidak mahu melepaskan semua kerusi tradisi yang pernah ditandinginya. 


Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan: "Setakat ini pendirian PAS adalah untuk tidak menyerahkan kerusi kami. Kami tidak akan kacau kerusi parti lain." 


Malah seorang lagi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, isu berkaitan rundingan kerusi di antara partinya dan PPBM perlu diperhalusi terlebih dahulu oleh jawatankuasa tertinggi PAS. 


"Parti belum lagi memutuskannya secara rasmi. Kita baru buat penyelidikan... Cuma masa ini kita bersama mereka (PPBM) sudah sepentas. Itu biasa. Kita (PAS) belum berbincang lagi mengenai itu," katanya.


PPBM sedar tak mudah PH beri laluan


Di peringkat ini Mahathir dan Muhyiddin tentu sedar bahawa bukan mudah bagi PKR, DAP dan Amanah yang membentuk Pakatan Harapan (PH) mahu memberi jalan kepada PPBM untuk memintas pengaruh mereka.


Pewaris Pakatan Rakyat (PR) itu insaf betapa PH kini tidak sekuat pengaruh PR suatu masa dahulu. Malah prestasi Amanah sebagai pengganti PAS masih samar untuk melonjakkan pengaruh PH menyamai apatah lagi mengatasi PR.


PKR pula mula bertegas dengan PPBM apabila Naib Presidennya, Tian Chua menyarankan PPBM memujuk sahaja PAS untuk mendapatkan kerusi bagi membolehkan mereka bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.


Tian Chua dilaporkan berkata, sasaran undi PPBM adalah di kalangan pengundi Melayu, lantas ia harus meyakinkan PAS memberi laluan untuk ia bertanding memandangkan kebanyakan kerusi berkenaan adalah milik tradisi PAS.


Kata Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, PH tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.


Yang lebih menggusarkan ialah ada laporan bahawa baik DAP mahupun PKR ‘tidak senang’ jika PPBM cuba meletakkan calon di Selangor dan Pulau Pinang yang dianggap “wilayah” milik mereka.


Ruang dan peluang PPBM nampaknya semakin sempit untuk muncul sebagai satu kuasa politik besar dan berpengaruh menjelang dan selepas PRU ke 14.


Harapan penuh PPBM kini adalah pada PAS. Sebab itu PPBM ‘tidak berselera’ untuk menjadi ahli penuh PH yang kini dimaklumi masih mencurigainya. 


Sikap PAS bertentangan dengan pembangkang


Malang bagi PPBM, PAS pula masih agak liat untuk menyatakan pendirian mahu bekerjasama dengannya hanya berdasarkan pada sebab “benci Najib” sahaja. 


Sebenarnya PAS mempunyai banyak sebab untuk mencurigai PPBM. Selain sikap membenci Najib yang agak bertentangan dengan akhlak dan ideologi politik “matang-sejahtera”nya, ada episod sejarah yang mempengaruhi sikapnya itu. 


Ketika Mahathir di puncak kediktatorannya, Almarhum Presidenya, Datuk Fadhil Nor ada meninggalkan kata-kata hikmat mengenai Mahathir yang kini dirasakan amat jelas kebenarannya oleh ahli-ahli PAS. 


Almarhum berkenaan menasihat ahli-ahli PAS jangan mendoakan perkara-perkara buruk terhadap Mahathir kerana sifat “Maha Firaunnya” ketika itu.


Sebaliknya beliau mengesyorkan mereka supaya mendoakan Mahathir panjang umur dan sihat supaya “akan melihat sendiri kesan” semua kezaliman yang telah dilakukan ketika berkuasa. 


Kini Mahathir bak cacing kepanasan. Atas nama benci pada Najib beliau cuba menyemarakkan semangat rakyat supaya menjatuhkan perdana menteri yang pernah menjadi pilihannya itu.


Bagaimanapun Mahathir kini terpaksa berpaut pada ihsan PAS yang pernah diremehkannya sebagai tidak arif soal sunnah Rasulullah s.a.w. yang menyimpan misai dan janggut kerana pada zaman baginda tidak wujud pencukur Gillete. 

 
ABDUL RAHMAN MALIK
ANTARAPOS



Sumber TKO - 24-12-2016



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aleppo berdarah umat bertelagah
Posted on Saturday, December 24 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32971



Mungkin umat kurang sensitif bila disebut perkataan Aleppo bermandi darah kerana kurang pendedahan dan pencerahan apa yang berlaku di sana.

Mereka yang mengikuti perkembangan di sana bertelagah mencari punca yang tidak membuahkan hasilnya untuk menyelamatkan keadaan apatah untuk membela muslim yang dizalimi amat tidak berperikemanusiaan.

Ketua Negara Islam mengharapkan United Nation atau negara kuasa besar menyelesaikannya sedangkan apa yang berlaku adalah percaturan musuh Islam yang dikawal selia oleh Barat dan Yahudi.Apa kesudahannya. Kenapa muslim di Aleppo dibunuh sekejam itu. Basyar dan sekutunya menggunakan segala kelengkapan senjata canggih dan merbahaya hanya untuk melenyapkan musuhnya. Dunia hanya memerhati ibarat sebuah drama peperangan yang ditayang dengan peralatan media yang canggih.

Penyeksaan psikologi yang amat berkesan berlaku di Aleppo sebagaimana pernah berlaku di Bosnia Herzegovina oleh tentera Serbia bila anak-anak gadis dan isteri dirogol diisaksikan oleh ibu bapa atau suami tanpa boleh berbuat apa apa kerana ibu bapa atau suami digari dan dipaksa melihat secara jelas perlakuan tersebut.
Ibu bapa atau suami tidak dibenarkan menutup atau pejam mata.

Kesan psikologi amat tragis. Akibatnya ibu bapa atau suami akan gila selepas sahaja melihat kejadian tersebut.

Kaedah ini diajar oleh pakar psikologi Yahudi kepada tentera Serbia semasa krisis di negara Balkan dahulu dan juga tentera Myanmar di Burma.

Apa yang berlaku di Aleppo adalah sebahagian dari bentuk penyiksaan selain dari pelbagai bentuk penyiksaan lagi. Kenapa Allepo dibiarkan berlalu tanpa pembelaan.

Adakah umat ini sudah dayus. Adakah umat ini sudah gagal untuk melahirkan pemimpin sehebat khalifah Muktasim.

Khalifah yang menghantar segerombolan tentera untuk membela seorang wanita muslimah yang telah diaibkan oleh beberapa orang pemuda Yahudi semasa berniaga mencari sesuap rezeki di sempadan. Sejarah yang perlu diajar untuk generasi baru. Kenapa dengan Aleppo. Siapa yang dizalimi. Mereka yang dizalimi ialah muslimin di Aleppo.Mereka yang dizalimi perlu dibantu dan dibela lebih-lebih lagi mereka seagama dengan kita. Mereka yang menzalimi perlu diperangi, dihalang dan dihukum.

Umat Islam tidak ada kekuatan untuk memerangi, menghalang dan menghukum mereka yang melakukan kezaliman tetapi janganlah dalam suasana sekarang umat Islam bertelagah mencari punca kenapa ianya boleh berlaku.

Mereka yang terlibat secara langsung sekarang menzalimi muslimin di Aleppo ialah Basyar dan sekutunya Rusia serta Syiah.

Umat bertelagah dengan pelbagai pendapat dan andaian. Ada yang menyalahkan sebahagian ulama kerana mengambil jalan kekerasan menentang Basyar.

Ada yang menyalahkan sejarah dunia dulu dan kini seolah-olah mereka yang menzalimi adalah hasil dari perancangan yang lalu.

Basyar dan sekutunya Rusia serta Syiah adalah hasil dari perancangan yang lampau dari Barat dan Yahudi.


  Hakikatnya ialah semua pendapat ini betul dan jelas. Semuanya berperanan menghancurkan Aleppo dan muslimin didalamnya. Kita berbicara dalam suasana sekarang.

Allepo dan muslimin didalamnya mesti diselamatkan dan dibela. Kumpulan pembunuh di Aleppo sekarang ialah Basyar dan sekutunya Rusia serta Syiah.

Kumpulan ini perlu diperangi dan dihalang terlebih dahulu. Muslimin di Aleppo perlu diselamatkan. Bukannya masa yang tepat untuk mencari punca punca lama dan baru.

Bukannya masa untuk memuji Basyar kerana membenarkan HAMAS dan kepimpinannya pernah bertapak di Syria. Bukannya untuk membela Syiah kerana pada hematnya Syiah tidak seganas itu.

Bukannya menyalahkan ulamak yang ambik jalan kekerasan menentang Basyar.

Bukannya menyalahkan Rusia semata-mata kerana negara Barat lain terutama USA juga terlibat untuk menghuru harakan Syria dan Timur Tengah.

Apa yang penting dalam suasana sekarang ialah menyelamatkan Aleppo dan muslimin didalamnya dari keganasan Basyar dan sekutunya Rusia serta Syiah.

Kumpulan ini sedang mengganas di bumi Aleppo. Rasanya cukup umat Islam bertelagah semasa sendiri terutamanya muslimin di Malaysia memperkatakan tentang Aleppo.

Muslimin di Aleppo adalah saudara kita seagama. Mereka mengharapkan pembelaan dari kita semua. Bukannya bertelagah mencari punca asal kejadian tersebut. Hasbunallah wa ni’mal wakil.
  
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Sumber TKO - 24-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibrahim Ali atau Abdul Hadi Nak Cari Glamor?
Posted on Saturday, December 24 @ 11:54:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32967



Tahukah Ibrahim Ahli bahawa bukan tahun ini aje Presiden PAS ke Tehran. Ini persidangan kali 30 dan dipercayai Presiden PAS dah hadir 25 kali. Takkan kali 30 pun baru nak cari glamor. Malainkan Ibrahim ali nak cari glamor atas isu Hadi di Tehran, Iran.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berharap kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Tehran baru-baru ini bukan kerana inginkan 'glamor'.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, berkata pertubuhan itu berharap ia dilakukan dengan ikhlas dan membawa manfaat.


Jika tidak, kata Ibrahim, kunjungan berkenaan hanya dibuat untuk Abdul Hadi menunjukkan kehebatan dan gambarnya tersiar namun tiada hasil, ia memang membazir.


"(Saya) takut, pergi hanya untuk glamour, lepas itu canang kehadirannya (di Tehran) tetapi (apabila di) sana tak bercakap, duduk diam, tukang angguk, mengeyakan saja apa yang mereka kata, tak ada faedahnya.


"Tapi kalau ada hasilnya, alhamdulillah," katanya pada sidang media sempena mesyuarat Dewan Tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.


Ibrahim berkata demikian mengulas tindakan presiden PAS hadir ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah di Tehran yang mengumpulkan pemimpin gerakan Islam, NGO dan aktivis mewakili mazhab Sunni dan Syiah.


Abdul Hadi berkunjung ke Tehran untuk menyertai persidangan anjuran kerajaan negara berkenaan tetapi mula mendapat kecaman beberapa pihak sejak beberapa hari lalu.


Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kemudian membuat kenyataan mendakwa pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.


Tambahnya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.


Anggota Parlimen Marang itu juga sebelum ini dilihat begitu akrab dengan pemimpin negara terbabit di mana jurugambar merakamkan gambar Abdul Hadi berpelukan.


Bagaimanapun semalam Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyatakan pemergian Abdul Hadi adalah untuk mewakili parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata lawatan Abdul Hadi itu ada mempunyai kesan baik dan buruk.

Namun, katanya, banyak pihak tidak senang hati dengan persidangan terbabit berkaitan mazhab Sunni dan Syiah/


"Dari segi interaksi untuk mereka bertukar pendapat, berdebat, berdialog tentang isu berkaitan kepentingan umat Islam, saya tengok ada baiknya dalam aspek itu.


"Tapi ada pihak melihat, oleh kerana Iran jadi tuan rumah, penyertaan itu memberi gambaran seolah-olah kita merestui tindak tanduk Iran di Aleppo," kata Ibrahim.


Sumber TKO - 24-12-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelikkah
Posted on Saturday, December 24 @ 11:34:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32961



Sesetengah merasa pelik dengan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang kerana menghadiri satu persidangan di Iran baru baru ini.

Lebih lebih lagi beliau adalah timbalan kesatuan ulama islama sedunia yang pendirian bahawa syiah itu musuh Islam.

Perkara ini telah ditegaskan oleh presidennya sendiri Prof  Dr. Yusof Qaradhawi sendirinya dalam kenyataan media tidak lama dahulu.

Penulis tidak rasa pelik pun, kerana Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah bekerjasama dengan DAP untuk tumbangkan kerajaan umno/BN.



Jadi kehadiran beliau dalam persidangan di Iran yang penah beliau hadir setiap tahun itu bukan perkara pelik tetapi ia adalah suatu yang lazim.

Lebih lebih lagi beliau terpesona dan terpengaruh dengan revolusi Iran menjatuhkan Shah Pahlavi Iran yang kejam dan zalim itu.

Mari kita lihat penjelasan beliau.

Katanya, beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada ‘Majma’ Taqrib’ yang ditubuhkan dalam tahun 1980.

“saya hadir ke program tahunan (setiap tahun) di situ, kecuali saya uzur……dan saya hadir, dan bukan (baru) kali pertama saya hadir,

“dan saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama…….tanpa mengira Sunni dan Syiah mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran (dalam ucapan saya),”jelasnya.

Tegasnya, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.

Beliau berkata demikian kepada pihak media apabila ditanya tentang kedudukan beliau dalam KUIS dan pemergian beliau ke negara Iran, hari ini Jumaat 23 Disember, selepas kuliah mingguannya di masjid Rusila.

Sehubungan itu, beliau telah menghantar surat penjelasan kepada KUIS dan bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak sesuai dengan dasar pertubuhan itu.

“dan bila ada desakan ini…….saya dah tulis surat kepada KUIS (dan menyatakan) bahawa itu pendirian saya…….(dan) saya tidak terpengaruh dengan dasar Qatar, dasar (Arab) Saudi (atau) dasar Emirate (Arab Bersatu),

“apa lagi saya terkilan dengan (sidang) Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dua minggu yang lalu yang turut disertai oleh Perdana Menteri British,”tegasnya.

Beliau mempersoalkan kehadiran British dalam sidang tersebut yang bukan terdiri daripada negara Teluk Parsi dan telah membuat resolusi untuk bersama menentang Iran.

“bukan untuk menentang Israel! (mahu) menentang Iran…..ini apa makna? Ini satu benda (perkara) yang sangat kacau di Asia Barat!,”tambahnya.

Beliau menjelaskan, PAS ada pendirian sendiri dalam menghadapi kemelut Timur Tegah sejak dari Perang Teluk yang pertama dahulu, yang mungkin berbeza pada pandangan pihak lain.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang juga menegaskan PAS adalah Sunni dan bukannya pengikut Syiah serta membaca politik antarabangsa, bukan hanya dengan pandangan lahir yang sempit.


Justeru itu, hadir persidangan di Iran itu bukan suatu yang pelik. Yang pelik enggan bekerjasama dengan umno/BN untuk memerintah Negara satu Malaysia.

Sumber TKO - 24-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mana pergi rakyat kita ni!
Posted on Friday, December 23 @ 07:18:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32957



Bila bus MRT lalu depan rumah,rasa bangga plak kerana negara kita ada sistem pengangkutan awam yang canggih. Bermula dengan komuter oleh KTM berhad, selepas itu LRT, kemudian monorel , ETS , KLIA express kini MRT pula. Berapa BILLION RM terpaksa dibelanjakan untuk merealisasikan projek rakyat ini. Maka kita sebagai rakyat Malaysia wajib berbangga dan wajib menggunakan sistem pengangkutan hebat ini. Tapi yang jadi masalahnya adalah, walaupun sistem ini berjalan dengan baik, jumlah kenderaan diatas jalan raya di KL tetap sama...

Majoriti pengguna kenderaan awam di KL ini adalah terdiri dari warga asing. Baik bas mahupun keretapi (LRT, Monorel dan kini MRT)  keebanyakkannya di guna oleh warga asing terutama warga Bangla , mymmar, vietnam dan juga pelancong asing.

Mana warga negara kita? Adakah mereka tidak berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini sehingga jalanraya sentiasa sesak nafas? Sepatutnya bila sistem 'public transport' ini tersedia dengan canggihnya, sekurang2nya separuh daripada kenderaan terutama kereta dapat ditarik keluar dari jalan raya utama diibu kota.

Tapi sebaliknya berlaku. Kenderaan tetap terlampau banyak dan jalan tetap juga sesak. Ini seolah menggambarkan semua yang kerajaan lakukan untuk rakyat tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari penduduk negara ini.

Pihak kerajaan harus memikirkan mekanisma dalam mengenakan tambang yang berpatutan khas untuk warga negara. Ini seperti mengenakan tambang tetap sehari untuk menggunakan kesemua sistem pengangkutan yang ada berbanding sekarang yang terpaksa membayar setiap kali ingin menggunakan perkhidmatan itu.

Untuk warga asing yang tiada IC Malaysia, mereka seharusnya membayar lebih dari rakyat kita untuk perkhidmatan ini. Ini baru adil kerana kebanyakkan warga asing terutama yang bekerja disiini mendapat banyak kelebihan seperti rumah sewa percuma yang disediakn oleh majikan berbanding dengan kita yang terpaksa membayar itu dan ini.

Kita perlu promosikan sistem pengangkutan hebat ini kepada rakyat kita sendiri dan bukan untuk rakyat orang lain. Kerajaan perlu memikirkan bagaimana satu sistem tambang untuk warga kita patut diberikan dan direalisasikan agar rakyat KL mengunci kereta mereka dirumah berbanding terpaksa mengharung kesesakkan lalulintas setiap hari.

Kita mahu semua perkhidmatan yang kita sediakan ini manfaatnya dapat dirasa oleh rakyat kita sendiri. Bayangkan jika tambang kepejabat dari putra height (contoh) ke KL sentral berharga rm5, tukar monorel ke HKL dengan tambang 5 juga , menjadikan perjalanan pergi balik sudah mencecah rm20. Adalah lebih selesa menggunakan kereta sendiri berbanding kenderaan awam. Jika dengan rm3 sehari pergi dan balik dari tempat kerja, saya pasti rakyat kL PASTI tidak mahu melepaskan peluang untuk berjimat  dengan sistem pemgamgkutan sebegini.

Sedangkan GRAB dan UBEr pun majoriti pengguna adalah warga asing walaupun tambangnya mahal, inilkan pula pengangkutan awam yang murah buat mereka.

Kerajaan wajib fikirkan rasionalisasi harga tambang buat rakyat malaysia berbanding membiarkan kesemua sistem pengangkutan awam yang ada 'KOSONG' penumpang diluar waktu puncak. Biarlah rugi sedikit daripada rugi besar yang akhirnya poket rakyat terpaksa diseluk lagi dengan GST yang meningkat semata untuk melihat MRT,LRT ,MONOREL dan sebagainya berjalan mengikut acuannya walaupun tanpa penumpang.

Wallahuaklam

md daud yusri almelintangi

www.dadiydoo.com

Ini realiti didalam kenderaan GRAB yang perlu anda ketahui.

Sumber TKO - 23-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penjelasan Tentang Kehadiran TGHH ke Tehran, Maulana Syaari Mustafa.
Posted on Thursday, December 22 @ 18:20:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32949

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=euzBTJdnV1g

Penjelasan Tentang Kehadiran TGHH ke Tehran oleh Maulana Syaari Mustafa dalam isu Presiden PAS ke Tehran untuk perpaduan ummah.

Kredit
Dokumentari Kuliah Studio 


Sumber TKO - 22-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

23 Fakta Presiden Pas Dan Geostrategi Iran-Syria
Posted on Thursday, December 22 @ 18:17:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32948



1) Tindakan Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (TGHH) menyertai Persidangan di Iran ialah tindakan baik dan boleh membawa kepada keadaan yang baik dari perspektif geopolitik.

2) Waktu yang dipilih beliau untuk menghadiri persidangan di Iran ini juga tepat, iaitu dalam keadaan Iran, Turki, serta Rusia merancang dan melaksanakan proses pemindahan orang awam dari Aleppo.

3) Sebagai seorang yang berkedudukan politik, TGHH boleh memilih untuk menolak jemputan dari Iran namun langkah sedemikian tidak mengubah apa-apa, tidak membawa kebaikan, malah sebaliknya mungkin menyemarakkan lagi persepsi permusuhan Sunni-Syiah dan menutup sebarang ruang positif yang boleh dimanfaatkan.

4) Dari perspektif hubungan antarabangsa, langkah Presiden PAS ini menepati solusi Konstruktivisme (Constructivism in International Relations) yang menekankan proses sosialisasi iaitu proses interaksi untuk mengubah sesuatu hubungan antarabangsa agar menjadi lebih baik – bukannya melalui konfrontasi antara negara (seperti Realism) mahupun diplomasi ganjaran material (seperti Neoliberalism).

5) TGHH pada hakikatnya memiliki pengalaman yang banyak dalam usaha rundingan keamanan di peringkat antarabangsa khususnya di negara-negara Islam, demikian juga hubungan dialog beliau dengan para sarjana dan ahli politik Iran dan Syiah. Langkah menolak jemputan ke Iran akan membantutkan potensi beliau untuk memanfaatkan hubungan sedia ada untuk berusaha membawa kepada situasi politik yang lebih baik dan aman.

6) Namun pastilah Presiden PAS hanya membataskan solusi Konstruktivisme ini buat hubungan dengan Iran dan bukannya dengan Israel yang dianggap sebagai musuh. Hal inilah mendorong TGHH mengatur hubungan baik dengan Iran untuk mendepani Israel (pendekatan Realism).

7) Sememangnya pergolakan Syria tidak dapat dinafikan disebabkan oleh pemerintahan diktator rejim Basyar Al-Assad dan Iran (serta Rusia) telah membantu rejim untuk berhadapan dengan penentangnya. Namun siapakah yang paling mendapat keuntungan daripada Syria yang bergolak?

8) Wajib diketahui Syria sebelum Arab Spring dari segi geostrategiknya bukan sahaja tidak mengiktiraf Israel dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengannya, bahkan juga menjadi negara perantara buat beberapa musuh Israel, iaitu Iran (Syiah Imamiyyah), Hamas (Sunni), Jihad Islami (Sunni), serta Hizbullah (Syiah). Wakil Hamas dari Palestin turut hadir ke persidangan di Iran tersebut bersama Presiden PAS.

9) Jika Syria membekalkan platform kepada Palestin menentang Israel iaitu Hamas dan Tanzim Jihad, Iran pula turut menyumbang kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah di Lubnan. Kombinasi kerjasama proksi Syria-Iran ini terbukti mengalahkan tentera Israel di Gaza dan Selatan Lubnan.

10) Syria juga mempunyai sejarah peperangan dengan Israel, bekerjasama dengan pakatan Arab seperti Mesir dalam beberapa siri seperti Perang Ramadan 1973, namun gagal merampas kembali Bukit Golan yang ditawan Israel.

11) Hasil lobi yang kuat di Washington, pelobi Yahudi telah berjaya menjadikan Amerika Syarikat sebagai sekutu strategik utama Israel dengan pakej bantuan persenjataan bernilai berbilion-bilion Dollar, manakala musuh Israel turut dilihat sebagai musuh Washington. Termasuklah Syria dan Iran yang masing-masing memiliki proksi yang kuat menghalang peluasan wilayah Israel.

12) Disebabkan persaingan kuasa antara negara Arab dengan Iran selepas Revolusi Khomenei menggulingkan Shah Iran pada 1979, Iran telah dianggap sebagai musuh utama beberapa negara Arab, bahkan dimusuhi melebihi Israel. Demikianlah terdapat negara-negara Arab dan juga Turki yang bekerjasama dari segi diplomasi, ekonomi, dan ketenteraan dengan Israel, ditambah pula dengan pelbagai pakej tawaran menarik dari Amerika Syarikat.

13) Perubahan politik sememangnya amat perlu di Syria namun ternyata perang saudara adalah jauh lebih buruk berbanding kediktatoran Basyar sebelum perang. Demikian juga Iran yang kini disasarkan. Siapa yang paling untung dengan pelemahan Iran dan Syria? Jawapannya ialah Israel kerana kekacauan di Syria serta peminggiran Iran telah melemahkan sokongan yang diperoleh Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah yang sejak sekian lama mengancam Israel.

14) Beberapa kali Israel terpaksa bertungkus-lumus menyekat pengedaran senjata Iran dan Syria daripada memasuki Gaza untuk disalurkan kepada Hamas dan juga daripada Lubnan. Pengawal Revolusi Iran antara watak penting membantu Hezbollah dalam menghalang kemaraan Israel dalam Perang Lubnan 2006.

15) Malah, akibat pergolakan di Syria dan Timur Tengah sejak 2011, Israel telah beberapa kali mencuba tindakan agresif ke atas Gaza di Palestin kerana Hamas telah mulai kekurangan sokongan daripada Syria dan Iran.

16) Namun Presiden PAS turut perlu menanggapi persoalan kepentingan nasional yang berkait rapat dengan hubungan diplomatik Malaysia sedia ada dan hal ini menarik untuk diketahui kerana beberapa negara Arab pastinya kurang selesa dengan hubungan TGHH dengan Iran ini.

17) Apa yang pasti, hubungan Malaysia-Iran sedia ada adalah dinamik di mana eksport Malaysia ke Iran yang bernilai RM2.4 bilion pada 2009 telah meningkat kepada RM3.5 bilion pada 2012. Namun, susulan daripada sekatan antarabangsa, eksport hasil utama Malaysia ke Iran seperti kelapa sawit, getah asli dan produk kimia pada 2015 sekadar mencatatkan RM1.3 bilion. Nilai import Iran ke Malaysia pula ialah RM1.1 bilion pada 2009 sebelum menurun kepada sekitar RM200 juta pada 2014. Tiga projek pelaburan Iran di Malaysia pada 2009 adalah bernilai RM151.5 juta manakala pada 2014 pula hanya sebuah projek pelaburan bernilai RM3 juta yang diluluskan dari Iran.

18) Akan tetapi hal ini berbeza dengan beberapa negara rapat Malaysia yang lain iaitu Arab Saudi, Turki (relatifnya), UAE, Qatar, dan Amerika Syarikat yang kurang mesra dengan Iran. Dalam konteks hubungan dengan Arab Saudi, pada 2009 eksport Malaysia ke Arab Saudi adalah bernilai RM2.9 bilion, manakala jumlah import pula RM3.9 bilion. Pada 2015, jumlah eksport Malaysia meningkat kepada RM3.4 bilion manakala import pula meningkat dengan lebih tinggi dengan nilai RM7.5 bilion. Arab Saudi yang memiliki pelaburan bernilai RM2 juta pada 2008 konsisten melabur di Malaysia di mana terkini pada tahun 2014 terdapat pelaburan yang bernilai RM550,000 dari Arab Saudi di Malaysia.

19) Hubungan Malaysia-Turki turut signifikan di mana Eksport Malaysia ke Turki pada 2009 yang bernilai RM1.6 bilion telah melonjak menjadi RM3.7 bilion pada 2015, manakala import pula yang bernilai RM395 juta pada 2009 telah meningkat kepada RM1.8 bilion pada 2015. Berbanding nilai projek pelaburan Turki di Malaysia pada 2009 yang bernilai RM10 juta, pada 2014 angka yang dicatatkan hanya berjumlah RM1.5 juta.

20) UAE meskipun bersaiz lebih kecil berbanding ketiga-tiga kuasa Asia Barat tadi, namun ternyata dari segi ekonomi Abu Dhabi merupakan rakan yang paling signifikan buat Malaysia. Eksport Malaysia ke UAE pada 2009 adalah bernilai RM10 bilion dan melonjak kepada sekitar RM11.8 bilion pada 2015. Import dari UAE juga meningkat mengatasi nilai eksport dengan nilai RM6 bilion pada 2009 menjadi RM12 bilion pada 2015. Tiga projek pelaburan UAE di Malaysia pada 2014 pula bernilai sebesar RM767 juta.

21) Qatar pula meskipun eksport Malaysia ke sana hanya berjumlah RM834 juta pada 2015, namun import Malaysia dari Qatar adalah cukup tinggi iaitu sebesar RM2.3 bilion pada 2015, meningkat berbanding RM1.1 bilion pada 2014.

22) Walau bagaimanapun, jumlah eksport Malaysia ke kesemua lima negara terbabit (sekitar RM20 bilion) adalah jauh lebih rendah berbanding ke Amerika Syarikat di mana jumlahnya ialah RM73.6 bilion. Amerika Syarikat juga adalah merupakan antara sumber pelaburan langsung asing (FDI) yang utama buat Malaysia. Maka adalah menarik untuk diketahui perancangan atau manifesto Presiden PAS dalam mengimbangi aspek hubungan diplomasi dan juga hubungan dagang antara blok AS-Qatar-Arab Saudi-UAE dengan blok Iran-Syria-Rusia-China untuk hala tuju Malaysia kelak seandainya beliau berhasrat untuk menerajui negara.

23) Apa yang pasti, sewajarnya tindakan beliau yang cuba untuk mewujudkan perdamaian di peringkat antarabangsa ini tidak diburukkan dengan perkelahian di Malaysia, baik dari kekhilafan tentang perbezaan dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), mahupun dari segi perbezaan pegangan Sunni-Syiah kerana ini ialah isu percaturan geopolitik, bukan isu perbezaan aliran pegangan agama.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber TKO - 22-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menanti as-syahid Dr.Abdullah Yusof al-Azzam Yang Baharu

Oleh : MNA

Sepanjang beberapa hari ini, cerita berkenaan dengan peperangan di Syiria yang dikaitkan dengan kehadiran Presiden PAS ke Tehran mewarnai masyarakat maya. Ditambah dengan surat dari Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) yang membantah kehadiran Presiden PAS ke Tehran, rencah ceritanya menjadi semakin menyesakkan dada sesetengah golongan yang masih mempunyai kepercayaan kepada Presiden PAS.

Walaupun sudah dimaklumkan akan rancangan pemergian itu, namun Setiausaha Kuis tetap melampiaskan kemarahan beliau bersama Presiden KUIS melalui sepucuk surat. Tidak dapat dinafikan kemarahan Syeikh Yusof al-Qaradhawi itu sangat wajar kerana nama KUIS kononnya telah digunakan bagi mendampingi Syiah.

Terima kasih Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi atas pengakuan kekhilafan beliau dalam mencoret penjelasan tentang kehadiran Presiden PAS di Tehran sebagai mewakili KUIS. Biarlah pihak kepimpinan KUIS menyelesaikan masalah itu kerana mereka belum bertemu mata lagi. Sebagaimana pertelingkahan Presiden PAS dengan almarhum Mursyidul Am PAS dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering kelihatan seperti perbalahan besar di alam maya, namun apabila bertemu, semuanya berpelukan. Terhapuslah keraguan dan kecewalah para penghasut.

Saya mengambil masa bagi membaca beberapa catatan sejarah setelah melihat isu ini berlarutan dengan harapan dapat mencari sesuatu kebaikan dalam isu ini. Ternyata ada satu sejarah berkenaan taqrib ini yang sangat dekat dengan kita dan saya percaya masih ramai yang menjadi saksi hidup atas sejarah ini. Ia berkenaan Dr Abdullah Yusof al-Azzam. Seorang daripada syuhada di Afghanistan yang telah syahid dibunuh pada hari Jumaat ketika langkahan kaki beliau sedang menuju ke masjid. Beliau terbunuh di tempat kejadian.

Menelusuri kisah perjalanan hidup beliau yang berasal dari Palestin itu, beliau ialah seorang yang taat beragama. Mempunyai latar belakang yang sangat kental dengan asuhan Islam daripada keluarga beliau. Seorang yang bersemangat dan sangat berkeyakinan dengan janji Allah. Beliau seorang yang sangat cerdas, sehingga dalam keadaan berjuang sekalipun, beliau berjaya memperolehi gelaran Dotor Falsafah dalam bidang syariah. Beliau meninggalkan kesenangan hidup dunia, bahkan membawa bersama keluarga beliau berjuang ke jalan Allah di Afghanistan. Isteri beliau membantu menjaga keperluan anak-anak yatim di Afghanistan. Inilah contoh peribadi seorang pejuang, sama seperti jalan yang ditunjukkan oleh rasulullah saw iaitu membawa bersama keluarga ke jalan Allah.

Paling menonjol ialah bakat kepimpinan beliau ketika memimpin mujahidin di Afghanistan. Kemampuan terulung beliau ialah berjaya menyatukan semua golongan mujahidin di sana sehingga berjaya menghambat keluar tentera Rusia dengan maruah yang begitu tercalar. Ketika memimpin, beliau memberi amaran kepada semua mujahidin agar membuang pemikiran yang berbeza seperti menghakimi golongan yang lain daripada fikrah mereka dalam pasukan mujahidin itu.

Menyerabutkan pemikiran dengan hal-hal remeh temeh dan khilafiayah, hanya memberikan ruang syaitan untuk menguasai hati. Maka amanlah mereka daripada perkara itu. Ternyata mujahidin Afghanistan adalah antara contoh mujahidin terbaik yang sejarahnya hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja, masih boleh disaksikan oleh sebahagian dari kita.


Namun semua itu berlaku ketika mereka bersama-sama menghadapi tentera Beruang Merah itu. Setelah Rusia berjaya dihalau keluar, para mujahidin tempatan menghalakan pula muncung senjata-senjata kepada sesama mereka. Mereka bertelagah untuk menjadi pemerintah Afghanistan. Maka muncul pula puak-puak dari suku kaum di Afghanistan mendakwa kelayakan mereka memerintah Afghanistan.

Peranan yang besar telah dimainkan oleh as-syahid Dr. Abdullah Azzam bagi menyatukan kembali mujahidin-mujahidin ini. Nama-nama seperti Ahmad Maso’ud, Gulbuddin Hekmatayar, Burhanuddin Rabbani, dan lain-lain lagi menjadi kepala-kepala yang mesti dijinakkan bagi mengurangkan risiko peperangan sesama mujahidin ini. As-syahid telah hampir berjaya menyatukan mereka semua dengan kehebatan yang Allah kurniakan kepada beliau. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya. Beliau syahid dibunuh musuh beliau sebelum sempat Afghanistan disatukan kembali.

Sejarah telah menyaksikan setelah syahidnya Dr.Abdullah Azzam, Afghanistan kembali bergolak dengan pembunuhan sesama bekas mujahidin kerana perpecahan itu. Ketika itu, kafir mengkafir, bunuh membunuh berlaku dengan jumlah yang besar. Ia bermula dengan isu ketidakpuasan hati, membawa kepada perang saudara yang akhirnya, tidak diketahui siapa yang benar dan siapa yang salah. Tetapi pembunuhan, kafir mengkafir, tetap berlaku.

Akhirnya, Rusia yang telah dihambat pulang dan dimalukan oleh mujahidin, kembali menguasai Afghanistan melalui proksinya Mohammad Najibullah. Rakyat Afghanistan sehingga kini bagaikan merempat di bumi sendiri walaupun mempunyai hasil bumi yang banyak.Begitulah hinanya umat Islam apabila memutuskan kesatuan umat hanya kerana nafsu haloba mereka sendiri.

Tidak ramai individu seperti as-syahid Dr. Abdullah Azzam, as-syahid Hassan al-Banna, Syeikh Ahmad Yaasin ataupun Syed Qutb ini. Persamaan yang sangat jelas pada perjuangan mereka ialah fokus kepada musuh yang nyata iaitu yahudi dan nasrani seperti yang sebut di dalam al-Quran. Tetapi teramat ramai golongan yang secara langsung atau tidak, menjadi batu penghalang kepada usaha-usaha penyatuan ini. Sebagaimana kata as-syahid Dr.Abdullah kepada golongan penghalang ini, bahawa percakaran sesama sendiri diapi-apikan sedangkan tiada sebutir pelurupun dibidik kearah musuh Allah. Lihatlah pula contoh bagaimana ketika kemenangan Mursi di Mesir. Beliau dihalang dan diganggu oleh golongan yang mengaku Islamis yang kemudian membiarkan Mursi terkial-kial diserang as-Sisi.

Saya secara peribadi, amat mengharapkan Presiden PAS akan dikurniakan kekuatan oleh Allah menjadi seperti as-syahid Dr. Abdullah Azzam ini. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau menyatukan semua golongan. Semoga beliau juga disyahidkan atas perkara yang sama. Saya yakin dan percaya Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga inginkan hal yang sama iaitu mati didalam menyatukan manusia kepada agama Allah.

Kekhilafan dalam membuat keputusan adalah biasa sebagai manusia. Hanya orang yang benar-benar hatinya bermasalah yang mahukan perpecahan sesama Islam. Pernah dinukilkan oleh Dr.Syeikh Yusof sendiri dalam menafsirkan beberapa ayat bahawa rasulullah saw yang mulia itu juga pernah terkhilaf dalam membuat keputusan. Membuktikan manusia sememangnya lemah.

Namun harus berhati-hati dengan kesempatan yang sentiasa diintai musuh-musuh dalam menghalang usaha ini. Sebagai contoh, dalam usaha Presiden PAS cuba mengurangkan perpecahan sesama Melayu-Islam di Malaysia, beliau ditentang dengan sedaya usaha oleh musuh-musuh beliau. Maka usah dipedulikan dengan suara-suara sumbang yang tidak menyumbang itu.

Mereka hanya tahu duduk di depan komputer, memberikan komen, mengkritik dan ada yang ingin menjatuhkan lebih-lebih lagi sasaran itu Presiden PAS. Hasilnya sangat lumayan jika beliau dijatuhkan. Tetapi mereka tidak pernah menjejakkan kaki mereka ke medan juang. InsyaAllah, Allah akan menggagalkan usaha mereka itu.

Sebagaimana ungkapan as-Syahid Hassan al-Banna “Sesungguhnya ramai orang yang mampu berkata-kata dan sedikit daripada mereka itu yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula daripada yang sedikit itu yang mampu bertahan semasa beramal dan sedikit daripada mereka itu yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan kerja berat. Para mujahidin itulah angkatan yang terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong agama Allah. Wallahua’lam

Sumber BO- 22-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jamal tak mandi datang bertuala ke pejabat MB, nak beristinjak juga ke?
Posted on Wednesday, December 21 @ 23:30:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32941



Kesihan betul penulis membaca artikel yang menceritakan kelakuan Jamal Yunos, seorang ketua bahagian UMNO. Macam budak kecik walaupun dianugerahkan gelaran Datok.

Rasanya masalah air di Selangor hanya berlaku apabila pembangkang mengambil alih kerajaan negeri aja. Jarang kedengaran ia berlaku dizaman Abu Hasan Omar, Mat Taib dan Khir Toyo jadi MB.

Kenapa ia berlaku? Mudah sahaja jawabannya. Sebab Syabash adalah di bawah penguasaan Syarikat Air Negara kalau tak silaplah. Dan harus, bukan wajib tapi harus, pemegang saham Syabash tu orang kerajaan. Maklumlah, penswastaanlah katakan. Jadi tak hairanlah air boleh dijadikan senjata untuk menekan kerajaan pembangkang.

Di Pahang, di beberapa kawasan Felda juga mengalami masalah air. Cuma surat kabar arus perdana aja tak siarkan. Tapi tak adalah pulak peneroka datang ke pejabat MB sambil pakai cawat, nak tumpang basuh punggung kerana tak ada air nak berinstinjak. 

Takut juga nak kritik Jamal ni. Nanti diacunya pistol kat penulis, parah juga.

Berat nanang Jamal ni.


Sumber TKO - 21-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Siapa Wahhabi?
Posted on Wednesday, December 21 @ 12:09:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32931

"

Berikut adalah 15 perkara atau ciri ciri yang tidak syak bahawa orang yang memilikinya itu dikira sebagai wahhabi :

1. Bukan semua individu yang meninggalkan bacaan qunut itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengumpamakan Allah dengan makhluk dan menyifatkan-Nya dengan anggota maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.


📕 Lihat : Tanbihat Fi Rad ^Ala Man Tawwala al Sifaat, Karangan Ibn Baz, Terbitan Riasah ^ Ammah Lilifta', Riyad, hlm 19. 2. Bukan semua individu yang meninggalkan Solat Sunat Qabliyyah sebelum Jumaat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah serta menghalalkan darah mereka itu maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕Lihat kitab yang berjudul Min Masyahir al-Mujaddidin Fi Islam, terbitan Riasah ^Ammah Lilifta^, Riyadh, hlm 32.
📕lihat juga Fathul Majid karangan Abdul Rahman,Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh, hlm 353.
📕kitab Manhaj Asya^irah fil Aqidah,karangan Dr Safar al-Hawali,hlm 5, 16 dan 29.
📕al-Maturidiyyah Wamauqifuhum Minal Asma^ Wa Sifaat, karangan Syamsul Salafi al-Afghani, 10,11 dan 44.
📕Kitab yang berjudul Tauhid, terbitan tahun 1423 H, hlm 66-67, Kata Soleh Fauzan al Wahhabi :
فهؤلاء المشركون هم سلف الجهمية والمعتزلة والأشاعرة
"Maka golongan musyrik tersebut adalah salaf puak al-Jahmiyyah, al-Muktazilah dan al-Asya^irah".
3. Bukan semua individu yang tidak melaungkan azan sebanyak 2 kali pada hari Jumaat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan umat Islam yang bertawassul dengan Rasulullah ﷺ dan menghalalkan darah serta harta mereka maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕Lihat kitab yang berjudul al Tauhid karangan Soleh Fauzan, hlm 70
4. Bukan semua individu yang meninggalkan majlis tahlil kepada si mati itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang menyifatkan Allah taala dengan duduk bersemayam, menetap, bergerak, dan berpindah-randah maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕Lihat kitab yang berjudul Fathul Majid karangan Abdul Rahman Bin Hasan Bin Muhammad Bin Abdul Wahhab, cetakan Darul Salam, Riyadh, hlm 356.
📕lihat kitab yang berjudul Fatawa Aqidah,karangan ibn al-Uthaimin, hlm 742.
5. Bukan semua individu yang mendakwa dia mengikut al-Quran dan al-Sunnah itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan orang yang mengikut mazhab-mazhab yang muktabar, menghalalkan darah mereka serta menganggap taqlid kepada imam-imam mazhab itu adalah syirik maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕Lihat kitab yang berjudul al Din al-Khalish,karangan al Qanuji, jilid 1 hlm 140. Katanya :
تقليد المذاهب من الشرك
" Mengikut mazhab-mazhab yang muktabar adalah syirik". Dengan ini, mereka telah mengkafirkan majoriti umat Islam di seluruh dunia pada hari ini dan umat Islam sebelumya yang beramal dan bertaklid kepada mazhab-mazhab yang empat.
6. Bukan semua individu yang membayar zakat fitrah dengan mengeluarkan bahan makanan seperti beras itu wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan pemusafiran dengan tujuan menziarahi maqam Rasulullah itu maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕Lihat Tahqiq Wal Idhoh Likathir Min Masail al- Haj Wa al ^Umrah, hlm 88,89, 90,dan 98.
7. Bukan semua individu yang meninggalkan ucapan “سيدنا” ketika berselawat ke atas nabi itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan sambutan Maulidurrasul dan mengkafirkan pelakunya maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕lihat kitab yang berjudul al-Tauhid, karangan Soleh Bin Fauzan, Riyadh, hlm 166 dan 120.
📕lihat kitab Tahzir Min al-Bid^ah karangan ibn Baz, hlm 3,4,5 dan 5
8. Bukan semua individu yang tidak membaca Surah Yasin pada malam jumaat adalah wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan bacaan al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕 Lihat kitab yang berjudul Taujihaat Islamiyyah karangan Muhammad Zainu,Riyadh. Hlm 137.
9. Bukan semua individu yang meninggalkan doa dan zikir setelah solat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan amalan bertabarruk dengan Rasulullah ﷺ dan menghentam orang yang melakukannya dengan syirik serta menghalalkan darah mereka maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕 Lihat Kitab Yang berjudul Islamiyyah La Wahhabiyyah, karangan Nashir Bin ^Abdul Kareem Al- ^Aqal, hlm 87.
📕lihat kitab yang berjudul Tahzir al-Sajid Min Ittikhaz al-Qubur Masaajid, hlm 68-69.
10. Bukan semua individu yang tidak melafazkan niat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengatakan bahawa Allah taala duduk di atas Arasy maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕Lihat Majalah Haji, bilangan 9 jilid 11,1415 hijriyyah,Makkah 73-74.
11. Bukan semua individu yang mengatakan bahawa pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati melainkan dengan cara berdoa itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengingkari kenabian Adam alayhissalam maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕lihat kitab yang berjudul al Iman Bil Anbiya' Jumlatan, karangan Abdullah bin Zaid, cerakan Maktabah Islami, Beirut.
📕lihat Syarah Thalathah al-Ushul, karangan Mohamad Bin Soleh Al- Uthaimin, Dar al Thurauyya Linnasyr, hlm 149.
12. Bukan semua individu yang melarang pembinaan di atas kubur yang diwakafkan itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan para sufi dan menganggapkan pembunuhan terhadap golongan sufi adalah suatu perkara yang wajib maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕 Lihat kitab yang berjudul Majmu^ al Mufid Min ^Aqidah al Tauhid, Maktabah Darul Fikr, Riyadh, hlm 102.
13. Bukan semua individu yang menyifatkan Allah dengan istiwa’ dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mentafsirkan istiwa’ yang warid di dalam al-Quran dengan makna duduk bersemayam (الجلوس) maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕lihat kitab Nazarot Wa Ta^aqubat ^Ala Ma Fi Kitab Al Salafiyyah, karangan Soleh Bin Fauzan, Cetakan Darul Watan Riyadh, hlm 40.
14. Bukan semua individu yang tidak menyebut sifat 20 di dalam kitab-kitab mereka dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang menyifatkan Allah dengan anggota badan maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕Lihat kitab Tanbihaat Fi Rod ^ Ala Man Taawwala al Sifat karangan ibn oleh Bin Baaz
📕Kitab yang berjudul Tanbihaat Fir Rad ^Ala man Taawwala al Sifat karangan ibn Baz, hlm 19.
15. Bukan semua individu yang tidak menyapu muka setelah berdoa dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan ucapan (صدق الله العظيم) setelah selesai membaca al-Quran, maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕 lihat Majalah Buhuth Islamiyyah, terbitan Riyasah Buhuth Al ^Alamiyyah wa al- Ifta' bilangan 45 tahun 1416 H, Riyadh,hlm 94.
📕lihat Kitab yang berjudul Taujihaat al Islamiyyah karangan Muhammad Zainu, hlm 81.
📕lihat juga al Bahthu wa al Istiqra' Fi Bida^ al Qurra^ Karangan Dr Muhammad Musa Nasr.
🔭🔭 Dengan 15 perkara yang telah disenaraikan di sini, kamu pasti akan dapat membezakan hakikat sebenar siapakah wahhabi dan siapakah yang bukan wahhabi.
والله أعلم وأحكم

✒Disediakan oleh:
Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)
Lihat khazanah Ilmu di sini :
https://m.facebook.com/kajianilmiahahlisunnah

Sumber TKO - 21-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Benarkah TUN M nak tumbangkan kerajaan umno/BN?
Posted on Wednesday, December 21 @ 12:03:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32930

"

Nampak jelas Tun Mahathir Mohammad tidak mahu dan tiada niat pun untuk tumbangkan kerajaan Umno/BN.Itulah yang penulis Nampak.

Tun Mahathir Mohammad bekas perdana menteri pernah keluar umno kerana marah dengan Tun Abdullah Ahmad dan masuk semula apabila Tun Abdullah serah jawatan perdana menteri kepada Datuk seri Mohd Najib Razak.

Tun Mahathir keluar semula umno Dek Marah pada Datuk seri Mohd Najib Razak. Mengapa? Tidak lain dan tidak bukan, kerana Najib memecat anaknya Datuk Mukhriz yang sedang menarajui negeri Kedah


Sejarah telah membukti, sesunggahnya Tun Mahathir ini pernah marah dengan Tunku Abdul Rahman al haj. Pernah marah dengan Tun Musa Hitam, pernah marah dengan Tun Ghaffar Baba pernah  marah dengan Anwar Ibrahim.pernah marah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini marah pula dengan Datuk Mohd Najib Razak.
Inilah penyakit yang dihidapi Tun Mahathir selain mengidap sakit pintasan jantung yang kemungkinan sampai sepanjang hayatnya.



Atas sebab itulah penulis berani berkata Tun Mahathir tidak ada niat pun untuk tumbangkan kerajaan umno/BN. Walaupun sudah ada parti bersatu, tetapi beliau  masih sayang lagi dengan parti umno dan kerajaan yang pernah diterajui selama 22 tahun itu.



Oleh itu, Tun Mahathir cuma mahu jatuh Datuk seri Mohd Najib Razak dan diganti dengan perdana menteri baru sepertimana yang pernah dilakukan keatas Tun Abdullah Ahmad Badawi.itu sahaja. Tidak lebih daripada itu.



 Berbeza dengan pendapat  Datuk Kadir Jasin tokoh wartawan Negara penyokong tegar Tun Mahathir  yang juga turut keluar  umno dan berkarta, kita mahu tumbangkan kerajaan umno/BN yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.



Usaha hebat untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak kemungkinnnan besar tidak berhasil, kerana ketika diserang bertubi tubi itu tiada kelihatan yang Najib mengalah.malah beliau begitu kuat semangat kebal untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga PRU 14 ini

Demikian juga usaha untuk tumbangkan kerajaaan umno.BN kelihatan tipis, kerana maufakat yang dibentuk dalam pakatan harapan kelihatan tak keruan.Hala tujunya tidak akan kemana.mana.



lebih lebih lagi Pas tidak akan sekali sekali turut bermaufakat selagi DAP dan Amanah masih ada dalam pakatan harapan.



sehubungan dengan itu Sesungguhnya PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam.



Tegas Prewsiden Pas datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, bahawa di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.



Sesungguhnya inilah jalan sukar bagi pakatan pembangkang untuk tumbangkan kerajaan umno/BN dalam PRU 14 nanti.



Tan Sri Muhyiddin Yassin,  walaupun sudah dipecat dari umno, kelihatan masih sayangkan parti keramat orang melayu itu.



Parti bersatu hanya dijadikan alat oleh Tun Mahathir untuk mencapai impiannya sahaja tidak lebih daripada itu. Percayalah.



Sumber TKO - 21-12-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Selamatkan Umat Syria Dan Aleppo
Posted on Tuesday, December 20 @ 14:23:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32915



1) Ustaz Salman Ali, Ustaz Rozaimie Ramli dan Dr MAZA menyindir kehadiran TG Haji Hadi ke konferens perpaduan ummah. Tidak pelik, kerana mereka berpegang dengan idea perang di Syria adalah perang sektarian, yakni perang akibat mazhab (Sunni vs Syiah).

2) Bukan mereka sahaja, tetapi kumpulan yang dituduh sebagai Wahabi (yang mereka nafikan), memang mempercayai ia adalah perang sektarian. Meyakini secara jelas yang Syiah sedang berpakat dengan Russia membaham saudara kita di Syria/Aleppo.

3) Saya rasa TG Haji Hadi ke sana bukanlah untuk memihak kepada USA atau Russia, Sunni atau Syiah. Beliau ke sana untuk menjai orang tengah mendamaikan pihak yang bertelagah dalam usaha menyelamatkan puluhan ribu rakyat Aleppo dan Syria daripada terus menjadi mangsa.

4)Yang awak sindir dia sebagai "Bermesra dengan perogol saudara kamu, pembunuh saudara kamu adalah sikap penghinaan kepada saudara sendiri!" itu kefala vana apa? You hanya nampak perang antara Sunni dan Syiah. You tak pandang penderitaan umat di sana yang tidak terlibat pun dengan perang.

5) Saudi ada kepentingan. USA ada kepentingan. Russia juga ada kepentingan. Anda beriman dengan media-media sebelah pihak tanpa tabayyun sebagai agamawan yang 'pakar' hadis. Saya tidak nafikan kezaliman Basyar Assad. Namun berita yang kita dapat daripada media-media antarabangsa belum tentu tepat. Ia adalah bercampur dengan ulasan dan emosi penulis berita, yang mungkin juga telah dibrainwash cara berfikirnya.

6) Saya percaya punca utama pergolakan yang berlaku adalah akibat daripada kezaliman pemerintahan ke atas rakyatnya. Bukan pertembungan Sunni vs Syiah. Kemudian faktor luar datang menyemarakkan semangat kumpulan-kumpulan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah.

7) Faktor luar itu datang dengan agenda hegemoni untuk menguasai rantau dari segi politik dan ekonomi. Penguasaan hegemoni blok US dan Barat mahu dilebarkan ke Syria sebagaimana mereka berjaya menakluki Iraq dan Libya yang suatu masa dahulu berstatus musuh kepada penguasaan mereka di rantau itu.

8) Untuk menyembunyikan agenda tersebut, mereka mencanang perang sektarian Sunni vs Syiah, supaya dunia melihat perang itu bukan disebabkan mereka. Ia adalah seranpang tiga mata, atau satu batu membunuh tiga ekor burung.

9) Satu perang yang bakal membolehkan mereka menguasai rantau, mencemarkan imej Islam dan memberitahu dunia bahawa mereka adalah penyelamat. Tindakan mereka ini pula membuka mata satu lagi blok kuasa besar, yakni Russia dan sekutunya, untuk datang menyelamat rantau daripada pengaruh hegemoni USA dan Barat. Mangsanya adalah umat Syria dan Aleppo, bukan sahaja umat Islam, bahkan umat Kristian juga di dalamnya menjadi mangsa.

10) Bukankah dalam youtube dan facebook banyak menunjukkan kekejaman tentera basyar dan kejahatan Syiah membunuh saudara kita di sana? Anda perlu faham. Perang ini sudah berlanjutan sekian lama, sehingga punca awalnya tenggelam dek propaganda. Video itu boleh jadi benar, boleh jadi manipulasi. Tidak pelik jika ada video itu benar sekalipun kerana fasa sekarang boleh dianggap fasa kejayaan propaganda sehingga kumpulan-kumpulan yang bertelagah juga terperdaya dengan Sunni vs Syiah, lalu berperang atas nama Sunni vs Syiah.

10) Luaskan pembacaan anda. Jika anda rasa ia sektarian, saya khuatir anda hanyalah terperdaya dengan mainan media hegemoni musuh yang sebenar. Kita kata Syiah jahat atas alasan video dan berita. Begitu juga di pihak sana, orang Syiah disajikan dengan video yang sama dikatakan keganasan Sunni terhadap mereka. Akhir sekali perang semakin kuat menyala, dendam semakin bernanah membarah. Siapa yang menang akhirya?
Sekian
Dr Tanaka Mustafa



Bagaimana komen yang ini drp 3 orang di atas



Sumber TKO - 20-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rupanya ada yang Tak boleh lihat Gambar Presiden PAS bersama Pemimpin Syiah
Posted on Monday, December 19 @ 10:23:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32901



Hari ini saya mendapat whatsapp daripada geng PAN dan IKRAM berkenaan dengan gambar Presiden PAS bersama pimpinan Syiah. Caption tertulis "Ayatollah hadi khominis.... Patut laa pasal rohingya buat2 demo, tapi pasal syria, diam macam org bisu.. ropanya pengikut syiah rupanya... siap pergi iran hadir persidangan syiah sedunia."

Malah facebook UAA (Ustaz Ahmad Awang) Supporters pun ada komen berkenaan gambar tersebut.


Saya pun hairan dengan parti PAN dan IKRAM ini yang lebih banyak menyerang PAS sehingga serangan kepada UMNO seolah-olah macam tiada langsung. Mereka hilang hala tuju dan menjadi tidak menentu. Benarlah kata-kata KINI PAN DAH JADI TONGKAT UMNO.

UMNO dan cybertroppernya boleh goyang kaki kerana kerja-kerja serangan kepada PAS telah dilakukan oleh PAN dan IKRAM.

Saya pernah membuat 'joke' kepada geng PAN dan IKRAM, kenapa UMNO tak serang PAS semasa persidanganya; hanya serang DAP.  Saya cakap kerana UMNO sudah minta PAN serang PAS pada konvensyen mereka. Ini kesepatan antara PAN-UMNO.

Saya dalam whatsapp berkenaan meminta mereka yang menyebar maklumat yang tidak betul supaya memahami situasi politik semasa dan mendapatkan maklumat yang benar supaya mereka tidak menjadi manusia yang bankrap di akhirat nanti. Ingat amaran Allah kepada penyebar berita buruk dan fitnah.

Ini makulmat yang anda perlu tahu.

Pemergian TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dpt membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini.

TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yg dtg ke KL bulan lepas, dgn hujah di atas. Jadi tak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS

Allah Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az Zumar: 53).

Jika Allah mahukan seseorang itu menjadi ahli neraka, mereka akan hilang pertimbangan dan kekal membuat jahat dan kerosakkan. Mereka tidak menginsafi perbuatan buruk kerana perbuatan itu seolah-olah menjadi darah daging mereka. Hati mereka tertutup.

Kita minta lindungan Allah menjadi manusia seperti ini.


Sumber TKO - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa kena depa ni? sakit mental ker?
Posted on Monday, December 19 @ 10:21:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32900

"Assalamualaikum,,,
Nampaknya semakin ghairah tindakan mereka untuk mengutuk PAS kerana baik dengan Umno. Seolah olah PAS tiada kebebasan mesti terikat dengan keputusan mereka.Siapa mereka? itu yang pening tu sebab mereka bukan siapa siapa tetapi menyibuk merapu sana sini menuduh PAS mahu berbaik dengan Umno.Semacamlah mereka yang boleh menentukan semuanya.

Bila kita kata mereka hanya menunjukkan kekecewaan kerana PAS tak nak berkawan dengan mereka, merka balas balik dengan kata kata kecewa hanya ada dalam kamus PAS.Gila ke apa mereka ni? PAS relek jer tak ada gopoh gopoh menuduh dan mendakwa itu dan ini, semuanya dibuat oleh mereka dan ahli keluarga mereka.Kesian melihat mereka ni, macam orang sakit mental.

Orang gila selalunya tak ngaku dia gila, dan orang bodoh selalunya mengaku cerdik.Inilah yang boleh kita lihat dengan cara mereka mendakwa PAS mahu baik dengan Umno.mereka macam tak kasi can langsung untuk PAS bebas. walaupun yang sering mendakwa politik itu tidak ada lawan dan kawan yang kekal itu kawan baik mereka Mahathir.Tapi dalam kes PAS, tak boleh bebas mesti kena ikut kata mereka.
Dan bila PAS MENOLAK UNTUK BERBAIK dengan mereka, timbul berbagai bagai cerita dongeng yang disebarkan.Pada mereka cerita dongeng ini benar walaupun mereka tahu manusia yang mendengar cerita dongeng ini semuanya berakal dan boleh menilai mana benar mana palsu.

Mereka tak mahu percaya itu, malah logik pada mereka hanya apa yang mereka dakwa. yang lain bukan logik tapi mereka lupa manusia sekeliling mereka boleh melihat logik, antaranya sikap yang yo yo yang ditunjukkan mereka ini sebenarnya berpunca dari kekecewaan.Mana ada parti politik boleh mengutuk parti lain yang berbaik dengan musuh mereka selain mengambil langkah gentleman untuk mengistiaharkan parti yang berbaik dengan musuh mereka itu musuh politik mereka yang tak perlu mereka ambil pot dengan corak berbaik dengan musuh mereka tetapi sentiasa alert agar kedudukan mereka tidak terjejas itupun kalau mereka benar benar kuat.

Mana gentemannya mereka kalau terus menerus membuat provokasi yang melampau dari segala sudut untuk menidakkan kerjasama parti yang mereka harapkan dengan musuh mereka? Tak ada langsung malah semua yang dilakukan mereka mendedahkan diri mereka seolah olah orang sakit mental.hu,hu,hu...........nanti ada orang buat LAWAK terkini.

Sumber TKO - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau Hadi Pegang Tangan Nazri Macam Ni?
Posted on Monday, December 19 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32897



Datuk Seri Nazri Aziz dan Lim Guan Eng berada di Rainbow Skywalk THE TOP Komtar, tingkat 68 bersempena majlis pelancarannya. Saya tak nak menulis panjang untuk artikel ini. Sekadar bersantai dan membuka minda.

Kalaulah Abdul Hadi Awang buat macam ni. Atau pun Ustaz Ahmad Yaakob MB Kelantan, agaknya apa anda kata?

Tak hairan perempuan pelacur beri minum anjing boleh masuk syurga dan yang solat siang malam tapi penyebar fitnah dan maklumat palsu, membuat fitnah kepada ulama dan gerakan Islam akhirnya mereka jadi orang yang bengkrap di akhirat kerana pahalanya semuanya habis disebabkan sifat buruk mereka dimuka bumi.

Walahualam.


Sumber TKO - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malaysiakini beriya-iya untuk menjayakan Gabungan UMNO - PAS
Posted on Monday, December 19 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32896



Gabungan UMNO - PAS mula tersebar apabila ada sekumpulan dalam pimpinan PAS yang mahu mengambil kesempatan daripada idea untuk mendekati UMNO bagi tujuan dakwah. Kumpulan ini tidak dapat menguasai PAS selagi ulama dalam PAS masih 'dominan'. Kebetulan kumpulan ulama lebih ramai yang bersetuju dengan idea mendekati UMNO bagi tujuan memecah tembak sempadan ahli di peringkat 'grasswood'.

Mereka melobi Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan maklumat yang salah melalui setiausaha politik sehingga hubungan TGNA dengan TGHH menjadi renggang. Akhirnya Allah selamatkan mereka berdua dengan maklumat yang benar akhirnya SU Politik Anuar Bakri dipecat dan TGNA telah mendapat maklumat yang betul.

Selepas SU Politik dipecat, kedudukan Husam Musa dengan TGNA menjadi makin renggang kerana dipercayai Husamlah menjadi 'tok dalang' wayang di Kelantan. TGNA pergi sendiri jumpa Ustaz Ahmad Yaakob dan menyerahkan jawatan MB kepada Ustaz Ahmad Yaakob dan maka terjadilah apa yang ada lihat pada hari ini.

Perancangan untuk menunjukkan solah-olah PAS-UMNO nak bergabung ini sangat teliti sehingga ramai orang percaya dan akhirnya Allah telah menunjukkan kebenaran, satu persatu tuduhan ini terbongkar dan akhirnya mereka yang membuat fitnah telah menerima 'kesengsaraan'nya.

Bayangkan daripada 2008 apa kita tak dengar. Kononnya ini, kononnya itu. Tapi semuanya fitnah. Semasa kempen muktamar akhir pemilihan, ramai yang menyebut jika golongan ulama menang PAS dan UMNO akan bergabung. Bukan menang malah hampir 100% dikuasa oleh ulama. Ingat belum ayam berkokok PAS dan UMNO duduk semeja. Tapi sampai hari masih tak ada bukti yang boleh diberikan hujah.

Yang lagi pelik mulut kata PAS-UMNO nak gabung tapi bila PAS tak mahu sertai PAKATAN HARAPAN beri tempuh. KAN BODOH NAMANYA....

Jika UMNO-PAS tak bergabung, kedudukan PAKATAN HARAPAN tiada apa-apa erti? Tiada kekuatan dan tiada peluang untuk menjatuhkan UMNO / BN. Oleh itu agenda PAS-UMNO mesti diteruskan.

PAN yang sebelum ini menjadi nadi utama dalam agenda ini gagal, malah ramai netizen melihat PAN sebenarnya TONGKAT UMNO dan menjadi faktor PEMBANGKANG tak boleh tawan Putrajaya.

Jadi kena ada orang lain ambil alih tugas ini.
Kini akhbar pembangkang mengambil tugas untuk mencanangkan setiap masa seolah-olah PAS -UMNO dalam keadaan nak bercium, berpeluk dan macam-macam lagi. Tak hairan Malaysiakini akan menjadikan berita ini berita utama. Cuba nak 'brainwash' minda pembaca

Maka dengan itu MALAYSIAKINI menjadikan dirinya BARUA dalam usaha jahat ini..Hilang etika kewartawanan dan maruah diri. Akhirnya MALAYSIAKINI menjadi 'SAMPAH' macam akhbar UMNO UTUSAN MALAYSIA.

Orang bodoh akan sentiasa ditipu, itu lumrah dunia. Dan MALAYSIAKINI akan menipu anda sebagaimana UTUSAN dan UMNO TIPU rakyat. Jadi jangan membodohkan diri membiarkan pemikiran anda dikuasai oleh maklumat yang tidak benar.

Allah adalah sebaik-baik rujukan kita.  Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].


Sumber TKO - 19-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas Kutuk PAS Dalam Ceramah, Kini Rayu PAS Berkorban Beri Kerusi
Posted on Sunday, December 18 @ 20:00:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32894



Sebelum ini, Tun Mahathir mengutuk PAS kononnya PAS makan dedak sehingga tidak mahu bersama Pakatan Pembangkang. Selepas itu kecaman dibuat pula oleh anaknya di beberapa ceramah oleh Bersatu.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato Seri Mukhriz Mahathir meminta PAS supaya mengukur baju di badan sendiri berkaitan dengan sikap PAS yang pada satu masa nak bersama untuk wujudkan pertandingan satu lawan satu, tetapi dalamasa yang sama nak bertanding di 70 buah kerusi parlimen.

Mukhriz menyatakan demikian di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (Kalau tak sokong PAS baik jadi pengkhianat macam PAN, ambil kata-kata dia ni) dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.

Mukhriz turut menyindir PAS, "Alang-alang ingin menjadi “parti kerusi”, lebih baiklah bertanding di semua 222 kerusi. Buat apa sekadar 70 saja!"


Kalau tiga penjuru maknanya Pas diperkuda Umno, kata Mukhriz

Beberapa hari lalu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam akhbar berbahasa Inggeris mengatakan PPBM perlu memujuk PAS untuk mendapatkan kerusi bagi membolehkan mereka bertanding pada pilihan raya kali ini.

Ujar Tian, target undi PPBM adalah dikalangan pengundi Melayu justeru parti itu harus meyakinkan PAS agar memberi laluan mereka untuk bertanding memandangkan kebanyakan kerusi tersebut adalah milik tradisi PAS.

Mengulas mengenai kenyataan Tian Chua dan saranan supya Bersatu berundingan bersama PAS, Mukhriz berkata sememangnya soal pembahagian kerusi adalah perkara yang perlu diperhalusi, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama pembangkang.

“Itu sebabnya kami di PPBM ini, (berpendapat) pendirian PAS itu tidak kurang pentingnya berbanding kesepakatan yang kita ada antara PPBM dengan Pakatan Harapan.

“Salah satu perkara yang perlu kita perhalusi dalam rundingan PAS itu soal kerusi. Tapi sebelum sampai ke peringkat itu, kita kena bincang mengenai dasar atau asas kesepakatan dengan PAS,” katanya lagi.

Mukhriz juga merayu agar PAS boleh bersedia untuk berganding dengan kawan-kawan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Komen Saya,
PAS dah ada pengalaman memberikan kerusi tradisi kepada PKR dan DAP dan akhirnya selepas dapat kerusi itu mereka pula berlagak seolah-olah mereka memang tanpa bantuan PAS.

Adalah lebih baik PAS tumpu aje 70 kerusi yang menjadi tradisinya, tanpa mengambil kira cerca maki rakan pakatan. Jatuhkan UMNO pada PRU-14 nanti. Biar mereka dengan dunia ego masing-masing kita nak lihat sejauh mana HARAPAN, PAN dan BERSATU boleh berkongsi kerusi untuk menjatuhkan BN.




Sumber TKO -18-12-2016



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kajian Bohong Untuk Persepsi buruk dan Tekanan Kepada PAS
Posted on Sunday, December 18 @ 12:53:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32890



Kajian Survey Persepsi Rakyat Selangor 2016 dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih relevan dalam perkembangan politik hari ini.

Pengerusi Kluster Pendidikan Politik & Demokrasi, IDE, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, Anwar masih dilihat sebagai ikon yang memberi kesan kepada pembangunan politik negara.


Katanya “Seramai 1,761 responden pelbagai kaum di 56 Dun Selangor terlibat dalam kajian dijalankan pada 26 Ogos hingga awal September lalu, di mana ia secara bersemuka.


Menurut Shaharuddin, 40 peratus hasil survey turut membuktikan Anwar perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara.

Maka berlumba-lumbalah Cybertopper musuh PAS (daripada PAN dan sekutunya) menyerang PAS dengan kajian ini.

Saya setuju dengan analisis daripada laman AIDC yang mengatakan setiap kali penganalisis politik membuat kritikan dan berpendapat Anwar Ibrahim sudah tidak relevan dalam arus politik perdana negara mutakhir ini, badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) akan menerbitkan ‘hasil kajian’ yang menunjukkan Ketua Umum PKR masih popular berbanding dengan tokoh pembangkang yang lain.

Siapa sebenarnya di belakang IDE yang mengeluarkan kajian HEBAT INI?? Sehingga semua cybertropper PAN dan PKR menjadi 'giler'.

Lihat gambar di atas anda sudah tahu apa akan terjadi kalau hasil kajian bukan Anwar Ibrahim paling popular?

Saya bukan prajudis kepada Anwar. Saya memahami bagaimana suara reformasi dan suara rakyat bangkit setelah Anwar di pecat dan dizalimi. Itu fakta dan hakikat yang kita tak boleh tolak.

Tetapi setelah masa berlaku, setelah Langkah Kajang, anda lihat sokongan rakyat kepada Anwar dan PKR makin luntur.

Kalau anda bukan orang kajian tetapi ingin memahami situasi ini. Anda boleh jadikan salah satu daripada media pembangkang sebagai bahan untuk pemerhatian "View research".

Anda boleh jadikan Malaysiakini (media pembangkang) sebagai contoh. Dulu kalau ada artikel mengutuk Anwar, lebih daripada 90% netizen akan mengecam artikel itu. Tapi sekarang tidak lagi malah tidak sampai separuh mereka yang membela Anwar. Perkara ini berlaku bermula daripada Langkah Kajang.

Langkah Kajang titik pecah (breaking point) kepada kemerosotan dan kacau bilau dalam Pakatan Rakyat.

Mengikut apa yang saya faham daripada sumber-sumber dekat dengan IDE hasil kajian ini bertujuan untuk mengembalikan sokongan Anwar dengan membina persepsi baik dan memberikan persepsi buruk kepada PAS supaya PAS lebih akur kepada kehendak Pakatan Harapan.

Saya juga mendapati sumber kajian dibentangkan tidak releven, malah dipercayai data-data kajian adalah daripada kajian lampau yang dikemaskini semula mengikut SELERA penaja IDE.

Ini kira MAKAN DEDAK jugalah.
No Komen.


SumberTKO - 18-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukti Kit Siang Ketua De Facto Pakatan Harapan
Posted on Sunday, December 18 @ 07:57:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32887



Pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14 oleh Lim Kit Siang membuktikan DAP merupakan ketua de facto Pakatan Harapan (PH).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pengumuman yang dibuat oleh Kit Siang itu membuktikan DAP merupakan mastermind dalam penentuan sesuatu jawatan penting negara.

“Sekarang Lim Kit Siang berkata Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin Yassin, masing-masing akan menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara.

“Ini bermakna Wan Azizah akan menjadi perdana menteri hanya untuk beberapa bulan sehingga Anwar mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, dibebaskan dari penjara, anggota Parlimen PKR akan mengosongkan kerusi, pilihan raya kecil diadakan, dan Anwar memenangi pilihan raya itu dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri, keseluruhan proses mengambil masa beberapa bulan,” kata Salleh dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sebaik sahaja Anwar mengambil alih sebagai PM, beliau kemudiannya akan memilih Timbalannya untuk menggantikan TPM sementara, Muhyiddin.

“Siapa bakal timbalan perdana menteri Anwar tidak diketahui di peringkat ini,” katanya
Salleh juga menegaskan bahawa Kit Siang tidak memaklumkan sama ada cadangan perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara itu berdasarkan kata sepakat daripada semua parti dalam Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi PPBM.
“Adakah ini juga terpakai sekiranya DAP menang paling banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum dan beberapa orang-orang yang menang adalah calon Melayu DAP?

“Apa akan berlaku jika Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada Anwar kerana Anwar tidak pernah memohonnya? Adakah Anwar bersetuju untuk memohon pengampunan atau beliau masih berkeras tidak akan memohon perkara itu kerana ini sama seperti mengaku bersalah?

“Adakah PM dan TPM sementara kemudiannya akan terus memegang jawatan itu selama-lamanya jika Anwar gagal untuk diampunkan dan dibebaskan?,”soalnya.

Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 18-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dah Pecah Tembelang PH
Posted on Sunday, December 18 @ 07:50:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32885



Patutlah PH merayu-rayu nak ajak PAS join ke dalam bloknya. Hari ini tembelangnya dah pecah. Busuk kohongnya tak dapat dielak lagi. PAS sekali lagi nak dijadikan mangsa pakatan. Kalau dulu PAS diperlukan untuk meraih sokongan Melayu. PAS diperlukan untuk diambil manfaat  tenaga kerja akar umbi PAS. Kini lain pula ceritanya.

PH mahu PAS bersama mereka kerana suatu maksud. Apabila BERSATU join PH, parti berpresidenkan Mahyuddin Yassin itu pasti nanti terlibat dalam tuntutan kerusi untuk ditandingi pada PRU14. BERSATU  pasti mahu sejumlah kerusi yang besar dan boleh menang. Masalahnya kerusi siapa yang patut dikorbankan untuk BERSATU? PKR-lah yang jadi mangsa. DAP tiada kerusi majoriti Melayu. PAN tiada langsung kerusi.



Selagi PAS berada di luar PH, sudah pasti PAS berkeras agar jangan sesiapa mengganggu 70 kerusi tradisinya. Jadi PAS mesti dipujuk sambil diugut agar join PH. Tujuannya ialah nanti mudahlah sikit agihan kerusi untuk dirundingkan.



Kini apabila mereka jelas PAS tak akan join PH dan BERSATU awal-awal dah mula bercakap tentang kerusi, maka hendak tak hendak urat geli mejadi sensitif. Maka terkeluarlah daripada mulut mereka agar BERSATU minta kerusi daripada PAS. Mereka beralasan bahawa BERSATU adalah parti teras Melayu macam UMNO dan PAS juga. Sebagai parti teras Melayu, tempat yang selayaknya ditandingi ialah kawasan majoriti Melayu. Di pihak pembangkang, siapa lagi yang memiliki banyak kerusi untuk ditandingi di kawasan majoriti Melayu kalau tidak PAS.



Nah, bagaimana BERSATU sekarang? Tersepit bukan? Join PH, awal-awal nak bergaduh tentang kerusi. Nak join PAS, masalah juga berlaku kerana PAS sudah serik berkorban kepada kawan yang kemudiannya bersikap kawan tikam kawan. 



Sekarang dah jadi cacamarba. Aku pernah lontarkan satu pendapat  taraf kampungan. Yang terbaik untuk PAS ialah lawan saja 3 atau 4 penjuru. Itulah satu strategi yang paling sesuai dalam kecacamarbaan kini. Sekurang-kurang PAS mudah dan lebih selesa merangka strategi tanpa ambil pusing  apa kemelut orang lain.



 Lantaklah PKR , DAP, PAN dan BERSATU berbalah sesama sendiri. Mereka semuanya pakar professional yang petah berbalah di Dewan. Pandai-pandailah mereka menguruskannya.



Kini aku makin optimis PRU14 adalah pertembungan banyak penjuru. PAS wajar mengatur strategi paling ampuh untuk menghadapinya. Please, jangan terlewat.

Sumber TKO - 18-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rupanya Cadangan PM Sementara Konvensyen PAN “Arahan” DAP
Posted on Sunday, December 18 @ 01:11:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32881



Sebelum ini heboh kononnya parti PAN mahu PM SEMENTARA. Parti Amanah Negara (PAN) Johor mencadangkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ‘sementara’ sekiranya Pakatan Harapan mampu menawan Putrajaya PRU14.

Ramai yang tertanya kenapa tiba-tiba keluar PM SEMENTARA oleh pihak PAN?

Hari ini DAP berkata Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita pertama, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara, kata penasihat DAP.


Lim Kit Siang yang dipetik China Press berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

“Selasa lalu kami (DAP) capai kata sepakat, jika berjaya kalahkan BN pada PRU akan datang, Muhyiddin adalah calon pemangku timbalan perdana menteri paling sesuai,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam kutipan dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor, semalam.


Lim Kit Siang dikatakan mendahului PAKATAN HARAPAN membuat kenyataan mengenai kedudukan PM dan PMS sedangkan akhbar Malaysiakini hari ini baru menyiarkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bahawa Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan masa depan gabungan itu, termasuk memilih calon yang berpotensi untuk jawatan perdana menteri.

MEMANG JELAS PENCATURAN PAKATAN HARAPAN ADALAH DI TANGAN DAP!!

Lim Kit Siang dikatakan juga mengesahkan satu rancangan semacam LANGKAH KAJANG sebelum akan dilakukan. Kenyataan Lim ini bersamaan dengan apa yang disebut oleh Rafizi Ramli selasa lalu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan satu rancangan menyerupai “Langkah Kajang” dengan harapan dapat menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, sekiranya PH memenangi PRU14.

“Salah seorang wakil rakyat PKR yang baharu menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri,” kata Rafizi dalam satu kenyataan minggu lalu.

Oleh itu, Anwar dijangka kekal dipenjara sehingga pertengahan 2018.Anwar pula akan dibebaskan dengan mencari cara lain termasuk pengampunan Agung.

Jika mengikut kaedah kedua ini Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi calon perdana menteri sementara dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula adalah calon bagi jawatan timbalan perdana menteri sementara.

Lim Kit Siang mengesahkan percaturan ini bagi pihak DAP ketika berucap pada majlis makan malam yang diadakan di Bukit Gelugor malam tadi.


Sumber TKO - 18-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kalau Serius Nak Jatuhkan BN, Bubar Aje Parti PAN, Ahlinya masuk PKR atau DAP
Posted on Saturday, December 17 @ 22:23:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32879



Beberapa hari lalu Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mencadangkan parti PAN bubar dan masuk PKR kerana kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana dan kedua-duanya bersifat pelbagai bangsa dan budaya.

Ramai penganalisis politik memberi pandangan bahawa parti PAN berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebelum ini.

Oleh itu strategik paling baik untuk mendapatkan kemenangan bagi pembangkang adalah parti PAN perlu diserapkan sahaja ke dalam parti-parti pembangkang sedia ada seperti DAP atau PKR.

Dengan kemasukkan ahli PAN ke dalam DAP mereka tak perlu lagi bersifat 'khadam' tetapi bersama DAP untuk memperjuangkan perjuangan mendapatkan Putrajaya disamping ahli-ahli PAN ini boleh mengimbangi kedudukan Melayu dalam DAP.

Saya telah menulis sebelum ini (sila baca di sini) cara PAN cuba mengikuti langkah-langkah seperti PKR iaitu ‘multi-cultural party’ bagi membina masa depan mereka yang lebih cerah telah mengundang keadaan celaru. Mereka akan bertembung dengan perjuangan PKR dan akhirnya mereka menjadi musuh secara senyap dalam selimut yang sama. Pasal itu kita sudah lihat idea dan pandangan PAN selalu di'bantai' oleh pimpinan PKR terutamanya Azmin Ali.

Rata-rata pemimpin PAN berucap lebih kepada mainan isu-isu politik dengan polemik rasuah dan salahlaku tak ubah seperti ‘whistleblower’ yang sepatutnya di mainkan oleh penggerak-penggerak NGO. Lihat bagaimana mereka mengerakkan isu Orang Asli yang dilihat tiada perjuangan asas untuk orang Asli tetapi semata-mata untuk menjatuhkan PAS. Daripada mereka menyerang PAS lebih baik menyerang UMNO. Adalah lebih baik PAN masuk PKR supaya gerak kerjanya lebih terfokus.

PAN tidak boleh menarik ahli UMNO, ini satu kenyataan yang sudah pasti jelas dan dibahaskan oleh pemikir strategik parti PAN, Dr Dzulkefly Ahmad bersama dengan Khalid Abdul Samad dalam mesyuarat mereka. BERSATU berjaya dalam isu menarik ahli UMNO. Jadi sudah pasti PAN tidak menghancurkan UMNO tetapi menyuburkan UMNO. Daripada PAN jadi tongkat UMNO adalah lebih baik bubar dan masuk dalam DAP atau PKR.


Malah Exco PAN Nasional Hu Pang Chaw dalam pertemuan bersama Antarapos baru-baru ini berkata pembubaran Pakatan Rakyat sekaligus mengenepikan PAS dalam gabungan baru mengundang masalah kepada PKR untuk terus mentadbir Selangor. Sejarah telah membuktikan bila ada pertandingan tiga penjuru atau lebih pemenang terakhir adalah BN katanya.

Kalau parti PAN tak wujud maka pembangkang tidak menghadapi masalah seserius seperti sekarang dimana kewujudan gabungan atau kesepakatan pembangkang boleh dirungkai dengan lebih baik.

Sifir mudah untuk JATUHKAN BN ialah PAN perlu BUBAR. Ahlinya boleh masuk DAP atau PKR. Kita pun tak habis masa bergaduh sesama sendiri kerana fitnah parti PAN ini.




Sumber TKO -17-12-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amanah biang pecah perpaduan pembangkang?
Posted on Saturday, December 17 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32874



"Berapa lamakah PAS nak jadi pembangkang? Mesti mahu jadi kerajaan. Saya pun tak mahu lama-lama di sini jadi pembangkang,” kata Presiden Parti Pribumi Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Penegasan itu dibuatnya bagi terus memujuk PAS supaya mengambil langkah pro-aktif menyertai pihak pembangkang termasuk PKR, PPBM dan mungkin juga DAP dan Amanah.


Muhyiddin mahu PAS faham bahawa satu-satunya cara menjayakan strategi pembangkang ‘satu lawan satu’ untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional ialah, perpaduan di kalangan pembangkang mestilah utuh. 


PPBM, khususnya, Muhyiddin, percaya anak kunci pada perpaduan pembangkang kini berada di tangan PAS. Sebab itu, PPBM keberatan menjadi kerabat Pakatan Harapan (PH).


Sebaliknya, PPBM meminda strategi daripada menjadi kerabat PH dan hanya kerjasama pilihanraya (electoral pact) sahaja dengan PH.


Ini demi menjaga hati PAS yang nampaknya amat serik untuk bekerjasama dengan DAP yang telah bertindak sendirian (unilateral) menendangnya keluar dari Pakatan Rakyat tahun lalu. 


PAS juga mempunyai pendirian tegas dan jelas bahawa ia tidak mahu bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dibangunkan oleh bekas ahli PAS sendiri. Mereka ini dianggap pengkhianat parti. 


PAS perlu mengambil pendirian degil dalam syarat bekerjasama dengan PPBM dan PKR ini kerana DAP baginya mempunyai penyakit Islamofobia sementara Amanah harus ditangani bak mendidik anak-anak yang nakal. 


Betapa tidaknya. Dalam menyeru PAS supaya bekerjasama menjayakan kempen pembangkang, Amanah tidak segan silu mengumumkan mahu menumbangkan PAS di Kelantan.


Lebih memusykilkan ialah Pengarah Pilihanraya Amanah, Dr Hatta Ramli juga tidak sedikitpun ‘rasa bersalah mahupun kasihan’ apabila mengumumkan Amanah akan meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi PAS.


Adalah jelas di mata dunia bahawa politik Amanah ialah berasaskan dendam kesumat bak remaja yang baru akil baligh. Bagi Amanah ukuran penerimaan rakyat terhadapnya, ialah sejauh mana ia dapat melumpuhkan PAS.


Menubuhkan satu parti Islam baru adalah satu hal. Tetapi untuk menyerang hingga terus membunuh parti Islam yang pernah menjadi tempat menggilap kepemimpinan mereka ialah sesuatu yang mencurigakan. 


Justeru PPBM cuba menjarakkan diri daripada Amanah dan DAP kerana amat berharap jentera PAS dapat membantunya menerobosi kawasan-kawasan undi yang ramai pengundi Melayu-Islam. 



PAS hanya berdiam diri. Bukan seperti anak dara yang hanya tersipu apabila ditanya persetujuannya menerima pinangan orang. PAS bertegas dengan syarat tidak mahu ada Amanah atau DAP sebagai orang tengah.


Justeru Amanah nampaknya adalah satu unsur yang boleh membahayakan strategi pembangkang. Sesekali kali ia menggertak mahu hapuskan PAS di Kelantan, di kala ia mengancam menentang PAS di mana jua.


Amanah tahu, jika PAS kehilangan Kelantan, bererti ia hilang tiara kuasanya. Justeru gertakan Amanah mahu merebut kuasa di Kelantan sudah tentu menaikkan amarah PAS.


Begitu juga jika dengan cabarannya untuk berhadapan dengan PAS di semua kerusi ditandinginya. Ini smakin menjengkelkan PAS. Lantas, apalah ertinya bagi PAS mahu bekrjasama dengan rakan-rakan politik Amanah?



Amanah dilihat naif mahu mencabar PAS dan berharap parti itu sedia untuk bekerjasama dengan PKR dan PPBM menghadapi PRU 14. Politik Amana bak biang yang akan menggagalkan strategi ‘satu lawan satu’ pembangkang. 


Namun PPBM tetap mahu menyantuni PAS. Tindakan menjarakkan diri daripada Amanah membayangkan bahawa PPBM percaya bekerjasama dengan PAS lebih besar manfaatnya sebagai sekutu pilihanraya berbanding Amanah.


PPBM nampaknya yakin ia tiada banyak masalah dengan DAP kerana sasaran parti itu ialah pengundi bukan Melayu. Soal ia bertembung dengan DAP dalam pilihanraya umum ke-14 kelak adalah agak mustahil.


Begitu juga dengan PAS. Kemungkinan ia berhadapan dengan DAP pun tidaklah begitu besar walaupun Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggertak akan mencabar DAP. Sasaran PAS masih pengundi Melayu-Islam.


Lantaran itu PPBM amat berharap PAS boleh mencarik undi Melayu-Islam dan sekaligus menundukkan Umno yang akan kehilangan undi ahli-ahlinya yang dipujuk oleh aura Tun Mahathir dan Muhyiddin.


Maka Muhyiddin cuba merangsang nafsu politik PAS dengan melontarkan pertanyaan sampai bila ia mahu berfungsi sebagai pembangkang. Lantaran beliau cuba menggiurkan nafsu politik PAS supaya menteladaninya.


"Saya nakkan kuasa yang boleh bentuk kerajaan. Yang saya boleh buat apa yang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak tak boleh buat," kata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh. 


Namun PPBM pun mungkin salah tingkah. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PPBM. Parti Muhyiddin juga berkemungkinan menjadi peracik pengundi Melayu-Islam dan mengizinkan PAS menang. 



Lebih menakutkan PPBM ialah, jika PAS tidak ghairah bekerjasama dengan pembangkang dan sebaliknya atas nama prinsip perpaduan Islam, ia membantu untuk meracik undi PPBM atau PKR. Ini mengizinkan Umno menang besar. 


Lantas PPBM (dan mungkin juga PKR) tiada pilihan selain “mengkasikan pengaruh PAS” dengan pelbagai label negatif supaya jika hati PAS berpaling kepada Umno demi solidariti kerajaan Islam Malaysia, kemenangan Umno masih mampu dibendung. 


Buat masa ini PAS amat dekat di hati PPBM dan PKR. Namun jika diperhalusi faktor penghalang terbesar bagi kedua-dua parti itu berjaya meminang PAS ialah Amanah.

 

Abdul Rahman Malik
ANTARAPOS



Sumber TKO - 17-12-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Parti PAN dan Fitnah Berpisah Tiada !
Posted on Friday, December 16 @ 08:11:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32861



Sehari dua ini viral gambar "rakyat miskin" yang disebut telah dizalimi oleh Kerajaan Kelantan. Mereka dikatakan sebagai mangsa kepada "jenayah kemanusiaan". Wah, hebat sungguh tajuk tulisan dan sebaran viral mereka!



Sedikit fakta dan jawapan saya kepada pemuda PAN dan SAMM atas isu Hafizah binti Awang ini :
1. Puan Hafizah ini asalnya 3 keluarga, adik beradik dia yang menetap dalam khemah selepas Bah Kuning 2014 dahulu termasuklah ayahnya yang di panggil Pak Da Awang.

2. Pihak Pejabat Tanah telahpun memasukkan nama Hafizah ini ke dalam senarai Borang A yang akan layak menerima Rumah Kekal di Kg Tanah Puteh Gua Musang.

3. Sementara menunggu rumah kekal siap, sudah tiga kali pihak berkuasa meminta Hafizah berpindah ke kediaman transit di Kem PLKN Gua Musang untuk keselesaan dan keselamatan keluarganya. Namun Hafizah berkeras mahu tinggal di khemah usang ini sehingga rumah kekal untuknya siap. Atas apa matlamat beliau mahu duduk di khemah ini menjadi tanda tanya kepada semua pihak. Wallahualam. Hanya dia sendiri boleh jawab.


4. Walaupun di peringkat kerajaan, telahpun berkali kali meminta beliau berpindah ke rumah transit di Kem PLKN bersama dengan penduduk lain ( berbelas belas keluarga), namun hanya dia SEORANG sahaja yang kekal mahu berada di khemah sehingga memburukkan imej kerajaan negeri serta boleh memberi ruang kepada fitnah dan pembina persepsi seperti apa yang sedang diviralkan saat ini. Untuk apa beliau memberikan salinan kad pengenalannya kepada pemuda PAN sedangkan rumah kekal untuknya sudah siap di Tanah Puteh? Dan hanya menunggu prasarana seperti jalan masuk, perbekalan air dan elektrik sahaja yang akan dibina oleh agensi kerajaan pusat dalam masa terdekat.

5. Abang kepada Hafizah bernama En Mat Nor sudah mendapat rumah PPRT di Estet Chin Teck. Mereka juga sudah lama berpindah ke sana, Alhamdulillah. Pak Da Awang menetap bersama di sini saat ini.

6. Ada lagi seorang abang beliau yang juga terlibat dengan banjir. Mereka juga sudah di pindahkan ke rumah kekal bantuan banjir di Kg.Batu Papan 2 (rumah yang dibina oleh YM Ku Li).

7. Saya ingin nasihatkan pemuda PAN dan NGO SAMM, sila rujuk pihak berkuasa tempatan dan juga negeri dalam isu isu sebegini. Anda tidak akan menjadi jaguh rakyat dengan menyebarkan berita tidak masak sebegini. Berpolitiklah secara matang dan bijaksana.
Catatan pagi : Nazman Che Iberahim

Sumber TKO - 16-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DAP Senyum, PKR Selamat, PAN dan BERSATU Mangsa Kerjasama
Posted on Thursday, December 15 @ 20:13:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32852



Dua hari lepas, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas perdana menteri dan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak hadir pada mesyuarat itu. Kenapa? Ada orang PAN kata kerana perjanjian itu dibuat di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tingkat empat bangunan ibu pejabat PKR. Takkan  Mahathir boleh datang, tapi di bangunan dia tak boleh pula. Loyar juga puak PAN.

Lim Kit Siang pun tak hadir kenapa? Tak ada pula puak PAN ulas.

Pakatan pilihanraya antara PAKATAN HARAPAN dengan PPBM (BERSATU) untuk meletakkan satu calon sahaja disatu-satu kawasan pilihan raya setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan antara dua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability) tercatat pada perkara 3 penjanjian tersebut.

Apa yang anda faham dengan Pakatan Pilihanraya ini?

Ya Pakatan antara HARAPAN - BERSATU?

Tak ada apa sekadar tandatangan kosong yang mungkin tidak akan memberikan apa-apa makna kepada rakyat. Sekadar gah aje.

Kenapa saya kata macam itu. Apa hujah saya?


Anda dengar ucapan Dr Hatta Ramli dalam konvensyen PAN yang lebih banyak mengutuk PAS daripada agenda lain. Malah UMNO terselamat daripada serangan perwakilan kerana mereka lebih suka kutuk PAS.

Dr Hatta berkata, PKR tetap dengan kerusinya, DAP memang tak akan beri kerusi mereka samasekali . PAN akan bertanding semua kerusi PAS, Bersatu nak bertanding di mana? Kalau tak diberikan kata Dr Hatta (dia rujuk kepada Anina yang hadir) BERSATU boleh bertanding di Thailand (Dr Hatta buat joke).

Kata Dr Hatta PAN kena berjiwa besar dan sanggup bahagikan kerusi dengan BERSATU.

Jiwa Besar?

Bahagi kerusi? Kerusi Mana?

Tahukan anda PAN dan BERSATU nak bahagikan kerusi PAS sedia ada 70 kawasan yang PAS bertanding semasa PRU-13 lalu.

Kalau mereka bertanding dikerusi PAS agaknya apa terjadi kepada 2 parti ini (PAN dan BERSATU)?

DAP senyum melihat rakannya kena hentam oleh PAS.

PKR selamat kerana mereka ada tahaluf dengan PAS.

Yang jadi MANGSA dan diPERBODOHKAN atas perjanjian PAKATAN PILIHANRAYA kononnya ini adalah PAN dan BERSATU.

Awak nampak tak bodohnya perjanjian baru-baru ini?


 Kalau tak nampak juga, makna pendek umur.




Sumber TKO - 15-12-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apabila Terompah Kayu DAP Masuk Tandas.....
Posted on Thursday, December 15 @ 08:28:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32842



Lama tak dengar kenyataan Aziz Bari. TGHH pernah beri ruang kepada watak ini untuk mengkritik secara berdepan. Besarnya jiwa TGHH untuk berada di bawah pentas dan menjemput pengkritiknya untuk beraksi dan berkomunikasi secara solo di atas pentas. Kini Si Aziz ini telah setahun lebih bersama DAP. Begitu banyak parti Melayu/Islam, DAP yang menentang syariah  berkenan di hatinya.

Hari ini aku baru dengar kenyataan terbaru beliau. Katanya PAS rugi kalau tidak menyertai PH. Pelik bukan? Bukankah DAP yang tendang PAS dan membubarkan Pakatan Rakyat. Kini tak semena-mena DAP secara berlapik kerana malu menjilat ludah sendiri nak mengajak PAS menguatkan Pakatan Harapan.

Setahu aku tiada istilah rugi berjuang bagi orang PAS. Tanyalah mana-mana ahli PAS. Adakah istilah rugi bagi mereka? Orang PAS keluar duit sendiri untuk parti, rasa bertuah. Keluar tenaga pacak bendera rasa beruntung. Beri harta rasa bersyukur kerana  dia yakin Allah pilih dia untuk menguatkan Islam.

Apakah maksud Si Aziz ini apabila gertak PAS rugi jika kalah pilihanraya? Aziz Bari sedar ke tidak berapa puluh tahun sudah PAS bertanding dan tak pernah-pernah menang lagi memerintah negara. Lepas kalah, kalah lagi. Kalau parti lain mungkin sudah lama bungkus. Tapi dalam kalah bertimpa-timpa itu ahli dan penyokong PAS semakin bertambah. Orang-orang muda yang cerdik dan tiada kepentingan diri pilih PAS. Mereka bangga berjuang dalam PAS. Baik mereka bekerja sendiri di kampung-kampung, peniaga atau usahawan muda, pekerja swasta atau pegawai kerajaan, PAS menjadi platform terbaik buat mereka.

Orang yang berjuang atas dasar akidah tidak pernah rugi. Tanyalah orang PAS, kemenangan dalam pilihanraya hanya berupa bonus bagi mereka. Berjaya meletakkan diri dalam perjuangan amar maaruf nahi mungkar itulah kejayaan sebenar. Sebab itulah juga orang PAS selalu sebut berjuang untuk cari redha Allah.

Tetapi kalah bagi Aziz Bari, pejuang, nasionalis, kapitalis dan sosialis adalah kekalahan sebenar. Kekalahan bagi mereka dalam PRU14 adalah kegagalan untuk jadi menteri, berebut projek, dan menimbun kekayaan. Andai kalah di Pulau Pinang, di Selangor dan gagal merebut  Putrajaya, sumbangan kewangan, tenaga dan masa kepada parti masing-masing menjadi sia-sia tanpa sebarang pulang. Entah-entah ada yang merempat dan diisytihar muflis. Inilah agaknya kerugian yang difikirkan Aziz Bari.

Yang pasti, Aziz Bari sendiri telah nampak kerugian yang akan berlaku jika PAS kekal menolak PH. Ketegasan PAS menyebabkan peluangnya untuk menjadi MB Selangor atas tiket Melayu DAP berkecai.  Inilah kerugian besar yang cuba disembunyikannya.


Pemimpin, penyokong dan cybertrooper mereka sudah awal-awal menghidu petaka ini. Strategi Aziz Bari yang memindahkan ketakutan sendiri kepada orang lain mudah dibaca. Yelah, kadang-kadang orang cerdik pun terperangkap dalam kebodohan sendiri. Akhirnya motif ucapan seorang pakar perlembagaan pun boleh diketawakan.Manakala motif tulisanku pula adalah untuk memberi pendidikan percuma kepada musuh-musuh yang belum kenal jatidiri pejuang Islam.

Sumber TKO - 15-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pragmatik haram hukumnya dalam Islam?
Posted on Thursday, December 15 @ 00:29:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32839

"

Dahulu Demokrasi juga haram dalam Islam,kerana ia bukan milik Islam.Demokrasi adalah milik kafir. akan tetapi sesetengah ulamak berpendapat ia tidak haram atas alasan yang syarie untuk meletakkan wakil rakyat muslim dalam parlimen.

jika Demokrasi haram macam mana parti Islam hendak mendaulatkan undang undang Islam pada sesebuah negara yang tidak melaksanakan undang undang islam.



Alasan itu adalah alasan syarie yang tidak dapat dinafikan tanda aras dalam Islam. Maka demokrasi berparlimen adalah halal, miskipun sesetengah ulamak tetap mempertikaian ke halalan hukumnya dalam Islam.


Persoalan kini penulis ada dengar,bahawa  Pragmatik haram hukumnya dalam Islam.Mungkin ada ulamak moden menghalalkan pragmatik atas alasan syarie juga sepertimana kehalalan demokrasi berpalimen.
Mari kita lihat apa dia pragmatik. Pragmatik adalah amalan orang kafir iaitu hari ini ia benci esok dia suka. Hari ini dia suka esok dia benci.



Hal ini telah diamalkan oleh parti Pas, iaitu boleh bekerjasama dengan musuh Allah, musuh Nabi Muhammad  SAW dan Musuh Islam dengan alas an Rasulullah SAW pernah bekerjasama dengan Yahudi ketika memerintah Madinah.



Padahal kerjasama Rasulullah SAW ketika memerintah Madinah itu sudah menjadi tanda aras yang harus dijadikan sempadan dan panduan, kerana Yahudi mengkhianati perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW.



Sesungguhnya sahlah pragmatic dilarang dalam islam.kerana  Pragmatik ialah kita melakukan sesuatu sesuka kita . Sesuka kita tidak lain dan tidak bukan ia mengikut hawa nafsu.



Bayangkan,kita  melakukan sesuatu sesuka kita (hawa nafsu) telah dilarang oleh Allah .Islam melarang orang orang beriman bertindak melakukan sesuatu menggunakan hawa nafsu dan disebut jangan kamu ikut hawa nafsu.



Bermakna, Islam melarang ikut hawa nafsu dan hukumnya adalah haram dalam Islam sepertimana yang disebut oleh seorang pembahas tulisan penulis bertajuk mahu pas dan umno bersatu.



Jika ia haram macam mana parti pas boleh mengamalkan iaitu telah banyak kali bekerjasama dengan parti yang menjadi musuh Allah musuh Rasulullah dan musuh Islam, sedangkan tanda aras telah ada pada kerajaan Madinah yang diterajui Rasulullah SAW.

Sumber TKO -15-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerjasama pilihan raya: Melayu mungkin tolak Bersatu kerana DAPPosted on Wednesday, December 14 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32834



BANGI, 13 Rabiulawal 1438H, Selasa – Perjanjian persefahaman (MoU) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pakatan harapan yang baru sahaja diumumkan petang tadi, mengundang kemungkinan besar parti diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan ditolak pengundi Melayu.

Bahkan, Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, Bersatu tidak akan menang mudah kerana adanya DAP dalam pakatan berkenaan.

"Secara umumnya, Melayu masih melihat DAP sebagai parti yang tidak mesra Melayu, berpaksikan liberal dan tidak menyokong agama Islam.

"Baiknya buat parti Bersatu ialah ia akan mendapat sokongan daripada kawasan pengundi campuran.
"Bagaimanapun, keburukannya, ada kemungkinan ditolak pengundi Melayu," katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Prof Yazid berkata, adalah lebih baik sekiranya Bersatu membuat pakatan dengan PKR sahaja tanpa DAP.

"Kita tengok pada tahun 2008 dan 2013, PKR tidak menang besar kerana ada DAP.

"Hanya sebilangan kecil Melayu yang boleh menerima DAP, yang lainnya menolak DAP kerana kempen DAP di kawasan Cina banyak menentang Melayu dan Islam. Dia (DAP) nak pergi kepada liberal sosial. Kita (Melayu) tidak mahu liberal sosial, kita nak Melayu dominan.

"Melayu pula dalam dilema, kebanyakannya ambil jalan mudah, lalu sokong Barisan Nasional. Jadi, pakatan ini tidak memberi sebarang kekuatan atau impak yang besar kepada Bersatu," katanya. - ISMAWEB

Sumber TKO - 14-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS bukan keliru, Mahathir yang mungkin sesat
Posted on Wednesday, December 14 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32832



Nampaknya, PAS tidak percaya pada poligami politik. Ini kerana dalam menegakkan prinsip politik matang dan sejahtera, PAS melayan wawasan yang jelas – ia tidak boleh rambang mata dalam memilih pasangan politiknya.

PAS sudah berpengalaman luas dalam usaha menyulam kerjasama dengan parti politik lain. Ia pernah menganggotai Barisan Nasional, gabungan Parti Alternatif, Gagasan Rakyat dan juga Pakatan Rakyat.
Pengalaman ini melentur PAS supaya lebih teliti dalam memilih gandingan politik kerana ia insaf apakah kesannya jika jalinan politik tidak menjadi. Bukan sahaja ia akan mengecewakan rakyat tetapi melunturkan nama baiknya sendiri.
Justeru soal pegangan atay prinsip calon gandingannya amatlah penting bagi PAS. Dek usaha Ketua Umum PKR . Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dan selepas pilihanraya umum 2008, PAS memilih menyertai Pakatan Rakyat. 
PAS terkesima dengan tawaran Anwar Ibrahim bahawa konsep “setuju untuk bersetuju” akan tetap menjadi hak setiap kerabat pakatan itu. Ini termasuk menentukan ideologi perjuangan masing-masing.
Meskipun sudah menandatangani persetujuan dengan DAP di ambang pilihanraya ke-13 pada 2013, PAS amat kecewa apabila parti dominasi Cina itu  tidak menghormati cita-citanya mahu melaksanakan perundangan Islam.
Malah kegelisahan DAP terhadap PAS yang mahu melunaskan tanggungjawab agamanya itu mencapai kemuncaknya apabila DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur kerana perbedaan ideologi ini. 
Malangnya, pengatur jodoh PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat berbuat banyak untuk mengekalkan solidariti Pakatan itu kerana beliau sudahpun dipenjara di Sungai Buloh.
Maka tinggallah PAS sendirian mengemudi haluan politiknya dan dikhianati pula oleh beberapa pemimpin ‘profesionalnya’ yang memilih meninggalkan PAS dan membentuk Parti Amanah Negara (PAN).
Lantas dalam uzlah politiknya itu, PAS berusaha secara tabayyun meneliti gerak dan prinsip parti-parti politik pilihan untuk diajak berganding menempuh pilihanraya umum ke-14. Namun kebanyakannya masih meragukan. 
Maka tidak hairanlah jika PAS tidak akan menjalin hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti pimpinan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menyertai Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, PAS menetapkan pra-syarat tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan PAN dan DAP.
 “Jika Bersatu (PPBM) berhasrat bersama PAS dalam satu gagasan politik, mereka seharusnya tiada hubungan dengan pihak lain. Itu jelas,” kata Takiyuddin. 
Namun PAS, katanya, akur bahawa ia tidak berhak untuk menghalang PPBM untuk menyertai PH. Majlis presiden PH dijadualkan akan membincangkan penyertaan PPBM esok, Rabu 13 Disember.
“Bersatu (PPBM) dan PAS, masing-masing adalah parti politik. Jika PPBM memilih bersama Pakatan Harapan, itu hak mereka. 
“Kita tidak boleh mempertikaikan tetapi ini bermakna persefahaman politik antara PAS dan PPBM sudah tidak wujud,” kata Takiyuddin.
Tambahan pula, lagak PPBM aristokratik. PPBM dipimpin oleh personaliti seperti Mahathir yang 22 tahun menjadi perdana menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah mendapat tempat istimewa dalam kerajaan dan Umno. 
Apabila menubuhkan PPBM, Mahathir terutamanya berasa ia sudahpun berjaya mengumpulkan kudrat baru di kalangan parti-parti pembangkang. Justeru secara naluri beliau bertindak seolah-olah seorang Demang Politik. 
Tanpa segan silu dan mungkin didorong naluri untuk “menunjuk-nunjuk” di hadapan pemimpin DAP minggu lalu, Mahathir menyatakan PAS patut diberi tempoh tertentu untuk menyertai PH.
Anehnya, parti pimpinannya sendiri belum tentu diterima menjadi kerabat PH. Minggu beerikutnya, mungkin sekali lagi “dirasuk keinginan untuk menunjuk-nunjuk kuasa dan pengaruh”, Mahathir menyifatkan PAS keliru pula.
Tidak salah jika dikatakan bahawa maksud Mahathir sebenarnya untuk menyatakan bahawa PAS masih bingung untuk membuat pilihan bergabung menghadapi pilihanraya umum bersama PH atau BN.
Dalam percubaan mengemudi DAP, PKR, Amanah dan PAS, Mahathir mahu keputusan politik dibuat ikut gayanya seraya memberi kata-dua sama ada PAS ikut atau ditinggalkan PH. Beliau tidak mahu PH menunggu lagi.
Respon PAS agak menarik. PAS tidak pernah meminta PPBM menunggu sehingga ia membuat keputusan muktamad berhubung isu itu, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, PAS kini giat memperkasakan jentera bagi menghadapi PRU14 berbanding kerjasama dengan parti Mahathir. 
"Kita tidak tunggu PPBM pun,” kata Tuan Ibrahim sambil menegaskan bahawa pilihan raya ialah pengalaman yang PAS lazim lalui sebagai pembangkang. 
"Kerjasama politik dengan mana pembangkang sekalipun mestilah mempunyai asas dan kekuatan," katanya.
Beliau menerangkan perbincangan dengan PPBM bukan untuk bersama PH cuma untuk melihat apa yang boleh diperjuangkan bersama dalam blok pembangkang. 
"Bagi PAS kita sudah ada Blok Ketiga Gagasan Sejahtera. PAS akan tengok siapa bersama PAS," katanya merujuk pada pertemuan di antara kepimpinan PAS dan presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin September lalu.
Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman  Razali berkata, PPBM boleh menjalin kerjasama dengan PH tanpa perlu menunggu PAS.   
  
"PAS tidak perlukan PPBM. Mereka boleh sahaja bersama PH. PAS menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang. Menerusi Gagasan Sejahtera, PAS membawa politik matang dan sejahtera yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan penyelesaian.
  
"Dr Mahathir baru sahaja belajar menjadi pembangkang. Beliau boleh belajar menjadi pembangkang tegar seperti PH yang membangkang apa sahaja dan bermain politik kepartian sepanjang masa," kata beliau.
Pendirian PAS jelas. Politik bukan ikut nafsu. Gertak menggertak bukanlah jalan atau tabiatnya. PAS lebih matang daripada politik terjah Mahathir. Sudah pasti ia tidak keliru jalan mana mahu ditempuhi. 
Hanya mungkin Mahathir dan PPBM sebenarnya yang sesat dalam menelurusi jalan menjadi pembangkang yang dikiranya akan bungkam dan terkesima dengan sifat aristokratiknya.


LOKMAN RAMLEE
ANTARAPOS 

Sumber TKO - 14-12-2016

No comments:

Post a Comment