PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Tuesday, December 20, 2016
NGO-NGO PRO ISLAM: MAPIM,ABIM,DAN LAIN-LAIN (JILID 2)
Sesi 2017-2019
Lajnah Hubungan NGO:
Pengerusi: Sdr Kamaruzaman Mohamad Timbalan Pengerusi: Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki Sumber PP - 6-5-2017
PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan Bajet 2018 yang diumumkan semalam meskipun ada insenitf-insentif baharu tetapi tidak menangani isu-isu asas menghantu rakyat.
Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, kenaikan kos sara hidup, harga rumah yang
melambung, ketinggian paras hutang negara dan hutang isi rumah, kemiskinan relatif khususnya
di bandar dan kesenjangan ekonomi antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah ternyata
masih belum ditangani dengan tuntas dalam Bajet 2018.
“Perancangan Bajet 2018 hanya boleh mencapai matlamat mendepani cabaran ekonomi pada masa
akan datang sekiranya mekanisme penyampaian serta pelaksanaannya digerakkan secara adil, telus
dan saksama.
“Pelaksanaan perancangan belanjawan yang efisyen tanpa sebarang ketirisan secara langsung akan
merancakkan perkembangan ekonomi negara dan rakyat pasti akan menikmati kesan positifnya,”
kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, sekiranya perkara tersebut dapat dilaksanakan, Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) tidak akan lagi diperlukan untuk menampung keperluan belanjawan negara,
sesuatu yang dinantikan oleh rakyat.
Bagaimanapun Raimi berkata, pihaknya menyambut baik penekanan terhadap beberapa aspek
sepertimana yang dijelaskan dalam pembentangan Bajet 2018, antaranya peruntukan sebanyak
RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.
Katanya, tumpuan bajet terhadap institusi kekeluargaan juga harus disambut baik dengan para
penjawat awam wanita yang mengandung pulang awal sejam ketika mengandung dalam tempoh
melebihi 5 bulan ke atas, di samping kebenaran untuk suami yang bekerja kerajaan juga turut
dibenarkan berbuat demikian dengan syarat-syarat berkaitan.
“Ke arah menghadapi kemelut kebejatan sosial hari ini yang merangkumi pelbagai latar
masyarakat, ABIM menyarankan untuk diberi penekanan secara serius terhadap projek-projek
pembangunan dan pendidikan komuniti yang digerakkan secara bersama antara NGO-NGO dan
agensi kerajaan.
“Pemberdayaan projek pembangunan dan pendidikan komuniti yang menyentuh aspek
kekeluargaan, remaja dan sebagainya amat dihajati oleh masyarakat sebagai jawapan kepada
krisis sosial yang merebak kini,” kata beliau.
Malah, katanya, projek pembangunan dan pendidikan komuniti ini seharusnya tidak mengecualikan
kelompok pelarian yang terbiar seperti Rohingya yang menjadi salah 1 pencorak kepada isu sosial
dalam masyarakat.
Mengenai penekanan bajet 2018 untuk membuka ruang untuk generasi muda mempelopori cabaran
yang bakal didepani menjelang perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan peluang geran pembiayaan
perniagaan sosial serta memantapkan institusi Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Raimi
berkata, inisiatif itu wajar disambut dan dimanfaatkan segera oleh generasi muda.
“Untuk mencapai sasaran tersebut, ABIM menyarankan integrasi sistem penyampaian membabitkan
pembuatan bestari, pusat sehenti membangunkan protaip produk serta ‘regulatory sandbox’, yang
disasarkan untuk pengkormersialan inovasi di semua suruhanjaya,” katanya.
Sumber HD - 29-10-2017
Kenapa menjulingkan sejarah Rohingya?
MENJULINGKAN sejarah juga terjadi dengan penulisan cincai asalkan terhasil sebuah artikel,untuk mengiringi sebuah perjalanan, fakta dan bahan yang saheh menjadi nombor dua atau tidak
ada nombor sama sekali. Penjulingan sejarah kerana sumber dan penulisan cincai boleh membawa
akibat buruk sehingga menjadi penyambung propaganda musuh yang melakukan genocide kepada
Muslim Rohingya. Paling kurang ia boleh membina persepsi salah kepada Rohingya yang sedang dizalimi.
Menulis artikel tentang Rohingya yang mahu ditularkan perlu cermat. Cermat penting kerana
usaha mengubah sejarah, memadam fakta dan menghalalkan genocide telah diusahakan oleh junta
Myanmar sejak lama dulu.
Contohnya jika ditulis 'Rohingya berkulit hitam kerana mereka berketurunan benggali" adalah
adalah satu penjulingan sejarah kerana tidak memahami keseluruhan plot jahat Myanmar. Malah
ia seperti telah membenarkan propaganda junta dan gerakan 969 Sami Budha Myanmar yang
membunuh, memperkosa dan menghalau Rohingya keluar dari Arakan-Myanmar kerana mereka
adalah Benggali. Penghapusan etnik (genocide) etnik Rohingya dihalalkan atas alasan rohingya
adalah Benggali.
Sumber HD - 26-10-2017
PAS akan teruskan misi kemanusiaan
Rohingya
PAS tetap akan meneruskan misi kemanusiaan ke Myanmar demi etnik Rohingya, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.
Ini katanya, sebagai sokongan dalam membela nasib umat Islam Rohingya yang dizalimi
dengan kejamnya oleh tentera Myanmar.
Beliau berkata, misi bantuan PAS dibuat
melalui PASRelief.
"Soal politik dan diplomatik kita
serahkan kepada kerajaan," katanya
ketika ditemui di ibu Pejabat Harakah,
Jalan Pahang Barat, dekat sini.
Semasa berucap di parlimen, 23 Oktober
lalu, Timbalan Menteri Luar Negeri,
Datuk Seri Reezal Marican berkata, Malaysia tidaka akan putuskan hubungan dengan
Myanmar walaupun ada cadangan supaya putuskan hubungan dengan Myanmar.
Katanya, jika kerajaan Malaysia memutuskan hubungan dengan Myanmar ia tidak selesai
isu Rohingya.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, PAS terus sedia
bertaawun dalam aspek berkaitan dengan kepentingan umat Islam dan agama Islam amnya.
Tujuh tahun lalu, pada Oktober dan November 2010, 1,060 orang muda Islam berumur antara 15 hingga 25 tahun telah ditemubual oleh mereka yang dikatakan sebagai terlatih daripada Merdeka Centre.
Setiap temubual mengambil masa lebih daripada satu jam dan berlegar sekitar pembangunan diri, orientasi keluarga, agama, politik, persekitaran sosial, lifestyle (gaya hidup) dan nilai-nilai.
Para responden pula telah memberi maklumat yang banyak berkenaan kehidupan keluarga, aktiviti-aktiviti rekreasi, profesyen dan matlamat peribadi serta orientasi politik, selain daripada peranan Islam dalam hidup mereka.
Menariknya, survey ini dilaksanakan ke atas golongan muda Muslim oleh Merdeka Centre, laporannya pula disediakan oleh Datuk Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz (IDEAS) dan Dr Wong Chin Huat (Monash University), manakala para penganalisis pula adalah Dr Shamsul Amri Borhan (UKM) dan Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz dan Dr Wong Chin Huat, yang semuanya dilihat sebagai tidak ada minat untuk membina generasi baru Islam.
Lebih menarik apabila penganalisis yang membuat laporan perbandingan bagi kajian serentak dengan Indonesia ini adalah tokoh Indonesia iaitu Dr Siti Musdah Mulia (UIN, Jakarta).
Daripada kacamata kajian, ianya dilihat sebagai satu inisiatif terpuji kerana dapat mengenalpasti kecenderungan sikap dan pemikiran golongan muda, serta seharusnya maklumat dan analisis boleh digunakan untuk membantu membina generasi baru.
Namun, daripada ruang lingkup persoalan yang dikemukakan, dan ianya dikaji oleh mereka yang jelas tidak ada kaitan dengan program pembangunan Muslim, apa lagi apabila nama-nama yang terbabit sudah ada rekod aktiviti mereka dalam usaha mengacau-bilau pemikiran Muslim di negara ini, kajian ini, rumusannya dan tindakan-tindakan pasca kajian ini seharusnya hendaklah diberi perhatian oleh mereka yang berasa diri mereka mahu menjaga Islam di negara ini.
Malah, kesimpulan matlamat kajian ini terangkum dalam tajuk laporan pada kulitnya, yang berbunyi "Winning Young Voters - A Handbook for Campaigns, Candidates, Political Parties and Organisations" (Memenangi Pengundi Muda - Buku Panduan untuk Kempen, Calon-calon, Parti-parti Politik dan Organisasi), diterbitkan oleh Friedrich Naumann Stiftung (Bangkok, Jakarta) dengan kerjasama Goethe Institut (Jakarta, Kuala Lumpur), atau saya singkatkan sebagai kerjasama FNS-GI.
Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah fokus kajian adalah kepada golongan julat umur 15-25 tahun pada tahun 2010, merangkumi 10 batch, atau boleh mewakili sekitar 2.7 juta pengundi muda Muslim bagi PRU14, dengan julat umur kini antara 22-32 tahun. Pemerhatian ini lebih menarik apabila para penyokong Kerajaan Pusat (UMNO-BN) membuat perkongsian gembira dengan keputusan pilihanraya kampus yang berlangsung baru-baru ini di mana semua kampus IPTA kepemimpian mahasiswa dimenangi oleh para pelajar Pro-BN.
Tahun lepas, apabila perkongsian kemenangan yang serupa dibuat, saya buat hipotesis bahawa pihak perancang Pro-Bukan Kerajaan sudah meninggalkan kampus dan memberi tumpuan kepada golongan pekerja muda. Apabila kemenangan begitu mudah dicapai dalam kampus pada tahun ini oleh pasukan Pro-Kerajaan BN, saya teliti semula kajian FNS-GI ini, sangkaan saya semakin hampir kepada telahan tahun lepas, iaitu ‘medan IPT sudah ditinggalkan' kerana golongan pengundi tumpuan mereka sudah berada di persada kotak undi.
Mungkin, sebagai nota ringkas catatan ini, para perancang harus teliti rumusan kajian yang telah dibuat bagi kajian tahun 2010 tersebut yang memberi petanda corak pendekatan bagi memenangi hati dan undi bagi golongan Muslim dalam julat umur 22-32 tahun.
Dr Mohd Fauzi Shaffie Pengurus Besar, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)
GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa telah berikrar mengumpulkan US $ 340 juta (€ 290 juta)
untuk menjaga pelarian Rohingya Myanmar di Bangladesh, sebagai langak-langkah yang
menggalakkan lsebagai tindak balas kepada krisis yang semakin sengit.
PBB berkata pada Isnin dana untuk kumpulan minoriti Islam, yang telah melarikan diri daripada
keganasan di bahagian utara negeri Rakhine Myanmar, telah dijanjikan pada sidang peringkat
tinggi di Geneva, dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah
dan Kuwait.
ketua kemanusiaan PBB, Mark Lowcock, kepada pemberita, PBB memerlukan US $ 434 juta
untuk memberi sokongan hingga Februari bagi 900,000 Rohingya yang melarikan diri merentasi
sempadan, serta 300,000 warga Bangladesh tempatan hosting kemasukan.
“Kami telah mempunyai pagi yang menggalakkan, kami kini mempunyai aku janji US 340 juta
dolar.” Ujarnya.
Sebahagian wang yang telah dijanjikan sehingga persidangan itu dan Lowcock berkata beliau
menjangka lebih banyak komitmen pada masa akan datang.
Menurutnya, ada sekumpulan negara juga telah menawarkan US $ 50 juta derma dalam bentuk
wang.
Lowcock menekankan kepentingan negara sebenarnya untuk menyampaikan tunai, dengan
janji-janji yang tidak dipenuhi, PBB telah berhadapan dalam krisis yang lalu.
“Janji adalah satu perkara, ia benar-benar penting kepada kita bahawa janji ditukar secepat
mungkin ke dalam sumbangan,” ujarnya.
Dengan penyelesaian jelas kepada krisis tersebut, Lowcock menyatakan bahawa mungkin ada
keperluan untuk meningkatkan lebih banyak dana lagi tahun depan.
Sementara itu, Ketua Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi, William Lacey Swing berkata,
gelombang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh adalah sesuatu ‘krisis pelarian yang
berkembang paling cepat di dunia.”
“Ia adalah, dengan cara sendiri, mimpi ngeri,” katanya, merujuk kedatangan pelarian yang
mendadak dalam masa dua, tiga bulan kebelekangann.
Kerajaan Bangladesh dan masyarakat di kawasan Cox’s Bazar di sempadan Myanmar yang telah
dipuji kerana sambutan yang diberilkan terhadap Rohingya yang masuk, terutamanya kesediaan
membuka sempadan.
Pelarian Rohingya telah menuju ke Bangladesh dalam jumlah yang besar selepas serangan militan
terhadap pasukan keselamatan Myanmar di Rakhine mencetuskan tindakan keras tentera yang besar
kepada masyarakat itu, disamakan dengan pembersihan etnik oleh PBB.
Rohingya telah secara sistematik dinafikan hak asas selama beberapa dekad dalam majoriti
Buddha Myanmar.
Dalam tindakan keras terkini, pasukan keselamatan Myanmar telah menembak
sewenang-wenangnya ke atas orang awam yang tidak bersenjata, termasuk kanak-kanak, dan
melakukan keganasan seksual meluas, menurut penyiasat PBB.
***Menyumbang melalui Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran PASRelief Terengganu atas nama DANA TAAWUN DPPNT MAYBANK ISLAMIC , NO AKAUN : 5630 6411 3873 Sumber BO- 24-10-2017
Musuhi Zakir Naik adalah langkah ekstrem
DAP
DAP diingat supaya menghentikan kebiadaban parti itu yang mutakhir ini galak mencampuri
hal ehwal agama Islam. Cukup sudah dengan sentimen perkauman yang pernah diapi-apikan,
kini DAP wajib menahan diri dari terus berwatak melampau. Jika tidak, sikap itu hanyalah
mencabar kesabaran umat Islam yang sewajarnya tidak disentuh sama sekali dan mungkin
mengundang kemarahan.
Bukan sekali DAP secara terang-terangan campur tangan urusan umat Islam, malah sering
menyerlahkan sikap anti-Islam. Permusuhan ditunjukkan DAP juga menjangkau kepada
tokoh-tokoh penting umat Islam antaranya terhadap pendakwah perbandingan agama, Dr
Zakir Naik. DAP bukan sahaja pernah menggelar secara keterlaluan, malah seolah-olah
menjadikannya ancaman.
Inilah paranoid DAP lalu mencipta kebencian dan persengketaan yang menyanggahi sama
sekali kecenderungan umat Islam sedunia terhadap pendakwah itu. Dr Zakir Naik diakui dan
diiktiraf atas keilmuan serta pendekatan beliau yang sederhana. Beliau mengemukakan
pandangan secara akademik secara hujah perbincangan tanpa ada elemen hasutan dan
ekstrem.
Demikian itu penampilannya, mengapa pula DAP menunjukkan sikap bebal dan kecaman?
DAP seharusnya matang untuk berdepan segala perbezaan langsung dengannya secara
wacana atau debat sihat lagi harmoni. Namun, pastikan tujuannya ke arah menemukan dan
mengakui hakikat kebenaran. Tidak perlu zahirkan busuk hati dan kedengkian terhadapnya
tanpa alasan yang benar.
Perlu diingati oleh DAP, Dr Zakir Naik bukan asing bagi negara ini di mana beliau pernah
dinobatkan oleh Kerajaan Malaysia selaku Tokoh Maal Hijrah dan anugerah itu diterimanya
sendiri dari Yang DiPertuan Agong. Oleh itu, DAP jangan bertabiat cabul untuk menjadikan
beliau sasaran politik dan seolah-olah melancarkan perang terhadap kepentingan Islam
di negara ini.
HJ AMINUDIN YAHAYA
Setiausaha
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
24 Oktober 2017 | 4 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 24/10/2017
GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa telah berikrar mengumpulkan US $ 340 juta (€ 290 juta)
untuk menjaga pelarian Rohingya Myanmar di Bangladesh, sebagai langak-langkah yang
menggalakkan lsebagai tindak balas kepada krisis yang semakin sengit.
PBB berkata pada Isnin dana untuk kumpulan minoriti Islam, yang telah melarikan diri daripada
keganasan di bahagian utara negeri Rakhine Myanmar, telah dijanjikan pada sidang peringkat
tinggi di Geneva, dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah
dan Kuwait.
ketua kemanusiaan PBB, Mark Lowcock, kepada pemberita, PBB memerlukan US $ 434 juta
untuk memberi sokongan hingga Februari bagi 900,000 Rohingya yang melarikan diri merentasi
sempadan, serta 300,000 warga Bangladesh tempatan hosting kemasukan.
“Kami telah mempunyai pagi yang menggalakkan, kami kini mempunyai aku janji US 340 juta
dolar.” Ujarnya.
Sebahagian wang yang telah dijanjikan sehingga persidangan itu dan Lowcock berkata beliau
menjangka lebih banyak komitmen pada masa akan datang.
Menurutnya, ada sekumpulan negara juga telah menawarkan US $ 50 juta derma dalam bentuk
wang.
Lowcock menekankan kepentingan negara sebenarnya untuk menyampaikan tunai, dengan
janji-janji yang tidak dipenuhi, PBB telah berhadapan dalam krisis yang lalu.
“Janji adalah satu perkara, ia benar-benar penting kepada kita bahawa janji ditukar secepat
mungkin ke dalam sumbangan,” ujarnya.
Dengan penyelesaian jelas kepada krisis tersebut, Lowcock menyatakan bahawa mungkin ada
keperluan untuk meningkatkan lebih banyak dana lagi tahun depan.
Sementara itu, Ketua Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi, William Lacey Swing berkata,
gelombang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh adalah sesuatu ‘krisis pelarian yang
berkembang paling cepat di dunia.”
“Ia adalah, dengan cara sendiri, mimpi ngeri,” katanya, merujuk kedatangan pelarian yang
mendadak dalam masa dua, tiga bulan kebelekangann.
Kerajaan Bangladesh dan masyarakat di kawasan Cox’s Bazar di sempadan Myanmar yang telah
dipuji kerana sambutan yang diberilkan terhadap Rohingya yang masuk, terutamanya kesediaan
membuka sempadan.
Pelarian Rohingya telah menuju ke Bangladesh dalam jumlah yang besar selepas serangan militan
terhadap pasukan keselamatan Myanmar di Rakhine mencetuskan tindakan keras tentera yang besar
kepada masyarakat itu, disamakan dengan pembersihan etnik oleh PBB.
Rohingya telah secara sistematik dinafikan hak asas selama beberapa dekad dalam majoriti
Buddha Myanmar.
Dalam tindakan keras terkini, pasukan keselamatan Myanmar telah menembak
sewenang-wenangnya ke atas orang awam yang tidak bersenjata, termasuk kanak-kanak, dan
melakukan keganasan seksual meluas, menurut penyiasat PBB.
***Menyumbang melalui Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran PASRelief Terengganu atas nama DANA TAAWUN DPPNT MAYBANK ISLAMIC , NO AKAUN : 5630 6411 3873 Sumber BO- 24-10-2017
KUALA TERENGGANU – Umat Islam digesa agar lebih sedar dan memahami bahawa gambaran keadaan pelarian Rohingya yang sedang dipaparkan dalam media di Bangladesh sekarang, adalah ‘real’ dan benar.
Timbalan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Haji Sazali Mohd Noor berkata, masyarakat di luar sana haruslah sedar, bahawa Rohingya yang sedang ditindas adalah satu bangsa manusia beragama Islam.
“Ia sangat penting kerana mungkin ada diantara kita yang mengambil sikap tidak endah dan hanya menjadi pemerhati sahaja dalam isu atau krisis yang melanda, khususnya apa yang berlaku kepada Rohingya sekarang ini,
“Banyak krisis yang berlaku kepada umat Islam dimerata ceruk rantau dunia sekarang ini, namun krisis pelarian Rohingya ini adalah satu keadaan yang luar biasa, “ jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual di Studio Harap TV, Khamis 19 Oktober, selepas beliau
bersama tiga lagi anggota KAMI pulang daripada membuat liputan Misi Kemanusiaan PASRelief
Kali Kedua membatu pelarian Rohingya pada 9hb hingga 12hb Oktober, mingg lalu.
Menurutnya, sejak 25 Ogos lalu, lebih 500,000 Rohingya lari menyelamatkan diri dan masuk ke
Bangladesh secara berterusan dan pada setiap bulan sejumlah 100,000 keluar dari Myanmar.
“Ada pelarian yang datang ke Bangladesh atau ke mana-mana tempat tujuan di dunia ini, mereka
membawa duka dan cerita yang sama,
“Ada balu menggendong anak kecil yang kematian bapa, suami lari tanpa isteri yang hilang nyawa,
anak-anak tanpa sepatu tidak berbaju habis kekeringan airmata, diburu umpama haiwan rejim
Myanmar durjana,” jelas beliau sedih.
Selain itu katanya, para pelarian tersebut yang sebelumnya telah merasai ‘hidup sengsara’ hidup
di negeri Rakhine umpama duduk dalam penjara.
Setiap pergerakan mereka, kata beliau, diperhatikan dan maut mengintai mereka selama 24 jam.
“Jika sedikit sahaja berlaku pergeseran, mereka terus dibunuh, disembelih, dibakar hidup-hidup,
diseksa,dan dirogol,
“Rohingya juga sering digambarkan sebagai ‘minoriti paling tertindas di dunia’ dan ia disahkan
oleh PBB bahawa berbanding mana-mana bangsa di dunia ini, Rohingya yang paling teruk
menerima tekanan kehidupan,
“Pelarian ini adalah kumpulan etnik, majoritinya adalah Muslim yang telah hidup selama
berabad-abad dalam majoriti Buddha Myanmar,” tegas beliau.
Justeru itu beliau menyegur agar orang ramai dapat membreikan sumbangan, walaupun sedikit, bagi
membantu mereka yang sedang dizalimi.
“rakyat Terengganu juga turut boleh menyumbang melalui Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran
PASRelief Terengganu dan sumbangan tersebut atas nama DANA TAAWUN DPPNT MAYBANK
ISLAMIC , NO AKAUN : 5630 6411 3873,
“Delegasi PAS Relief Terengganu in shaa Allah akan berangkat ke Bangladesh pada 12hb
November dan berada disana sehingga 17hb untuk menyantuni warga Rohingya di kem-kem
pelarian di Cox’s Bazar,”” kata beliau.
Sumber BO - 22-10-2017
Bencana kemanusiaan terbesar di rantau ini
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memberi amaran bahawa bencana kemanusiaan terbesar akan disaksikan di rantau ini apabila pelarian Rohingya yang kini mencecah lebih sejuta orang di Bangladesh tidak lagi dapat dikawal dan dikendalikan oleh pihak Bangladesh.
Demikian dinyatakan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan
sebagaimana di bawah.
BENCANA KEMANUSIAAN TERBESAR DI RANTAU INI - MAPIM BERSIAP
UNTUK BANTUAN MUSIM SEJUK DI KEM PELARIAN ROHINGYA,
BANGLADESH
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memberi amaran bahawa
bencana kemanusiaan terbesar akan disaksikan di rantau ini apabila pelarian Rohingya
yang kini mencecah lebih sejuta orang di Bangladesh tidak lagi dapat dikawal dan
dikendalikan oleh pihak Bangladesh.
Musim sejuk yang bakal dirasai antara November hingga Februari ini bakal menambah
penderitaan lebih sejuta pelarian Rohingya di Bangladesh. Setiap musim sejuk yang
menimpa, ramai akan berdepan dengan maut terutama kanak-kanak, wanita dan warga tua
jika mereka tidak memilikki selimut tebal di waktu malam.
Mapim kini bersiap untuk menghantar misi bantuan musim sejuk ke Bangladesh untuk
diagihkan segera kerana hujung bulan Oktober ini akan mulai musim sejuk yang sangat perit
bagi pelarian.
Dalam masa yang sama Mapim amat khuatir bahawa aliran kemasukan pelarian Rohingya
dari Myanmar terus meningkat dan tidak nampak sebarang tanda ia akan berhenti kerana
serangan tentera Myanmar di perkampungan Rohingya terus berlaku.
Malah sudah berlaku beberapa kes perahu yang membawa pelarian telah karam dan puluhan
yang hilang. Mayat yang hanyut yang di dalam sungai akibat mati lemas menjadi berita di
Bangladesh.
Lebih parah pihak tentera Myanmar memasang jerangkap samar di laluan pelarian yang
mahu melarikan diri ke Bangladesh. Tujuannya adalah untuk tidak membenarkan pelarian
kembali ke kampung asal mereka.
Di kem-kem pelarian Bangladesh kebuluran bakal berlaku dan potensi merebaknya
penyakit kian bertambah dan hanya menunggu saat wabak mungkin sahaja tercetus
bila-bila masa sahaja.
Walaupun bantuan mencurah masuk untuk pelarian sema ada dari segi bekalan makanan
rawatan kesihatan, membina tempat perlindungan, keperluan kanak-kanak dan wanita akan
tetapi yang jelas ialah pihak Bangladesh dan agensi kemanusiaan antarabangsa tidak dapat
menyalurkan bantuan kepada semua mangsa. Ribuan yang masih tidak dapat dicapai kerana
pelarian maseh berada di merata tempat termasuk di kawasan hutan.
Melihat kem pelarian yang berhimpit-himpit dan sangat padat, pelarian kanak-kanak,
wanita dan orang tua Rohingya merupakan mangsa yang sangat terdedah dan mudah
menghadapi pelbagai penderitaan yang bertambah.
Kini sudah terdapat lebih 12 kem pelarian baru di sekitar Cox Bazar, bertambah dari hanya
2 kem sebelum ini sejak serangan 25 Ogos 2017.
Mapim mengingatkan bahawa jika komuniti dunia gagal menyekat operasi pembersihan
etnik serta genocide di Myanmar, bencana kemanusiaan tidak dapat dielak lagi.
Dalam siri Misi Kemanusiaan Mapim yang mengiringi TYM Raja Muda Perlis pada 15-18
Oktober 2017, jelas dapat dilihat ratusan ribu pelarian memenuhi hampir setiap ruang yang
ada di tepi jalan dan di kawasan bukit-bukit di sekitar permukiman Kutupalong dan Balukhali
sekitar 50 km dari kota Cox Bazar.
Keadaan pelarian yang padat cuba bertahan hidup di kem-kem tersebut berisiko sangat
tinggi dengan kes kebuluran dan wabak penyakit.
Mapim menggesa penyelesaian yang drastik perlu dicari segera. Penyelesaian untuk
mengurangkan penderitaan pelarian hanya dapat dilaksanakan jika serangan di Myanmar
dihentikan melalui penghantaran tentera pengaman PBB, manakala mangsa Rohingya\
diberi perlindungan secukupnya untuk kembali ke tempat asal mereka di Arakan, Myanmar.
SETIU – Seluruh masyarakat diseru untuk sama-sama membantu saudara seIslam Rohingya, yang
ditindas dan dizalimi yang kini memerlukan bantuan dan sumbangan.
Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, pihaknya
sedang mensasarkan sumbangan kewangan sebanyak RM 50,000.00.
Katanya, ia adalah bagi membantu PAS Negeri mencapai sasaran setengah juta ringgit untuk
dihantar kepada Rohingya melalui Misi Kemanusiaan PASRelief November nanti.
“kita mengharapkan orang Setiu bersama-sama dalam menyumbang bagi saudara kita ini tanpa
mengira perbezaan politik,” katanya selepas berakhir program kutipan unuk Tabung Kemanusiaan
Rohingya di Pasar Pagi Kampung Buloh, Bandar Permaisuri pada Sabtu.
Sementara itu, Pengerusi bagi Tabung tersebut bagi Kawasan Setiu, Ustaz Mohamad Nazari Alias
yakin sumbangan daripada ‘orang Setiu’ akan membantu meringankan bebanan yang sedang
di tanggung oleh para pelarian.
“solidariti kepada saudara seIslam ini kita akan beri sumbangan sebanyak mungkin. Apa yang
berlaku kepada mereka adalah tidak mustahil akan menimpa kita satu masa nanti dan di sinilah
kita wajib membantu dan menghulurkan sumbangan ],
“tanpa mengira di mana sahaja umat Islam berada.” Tegasnya.
Menurutnya, beliau sudah merancang pelbagai program untuk mencapai sasaran yang ditetapkan
dan memberikan tumpuan kutipan orang di tempat awam.
Selain itu, kata beliau, beberapa siri ceramah sedang disusun serta sumbangan daripada ahli parti
dan usaha melalaui sebaran melalui media sosial.
Beliau bersyukur kerana jumlah dana yang dikutip pada program tersebut amat menggalakkan
dengan kutipan sebanyak RM 1464.75 berjaya dikutip.
Sehubungan itu, beliau berkata, mana-mana pihak yang mahu menghulurkan sumbangan atau
mendapat penjelasan, boleh menghubungi beliau sendiridi talian 01137572449.
Selain itu katanya, pihak yang prihatin juga boleh menghubungi Setiausaha Kerja PAS Kawasan,
Amir di talian 0148003381.
KUALA TERENGGANU – Jumlah yang dikesan memasuki negara sebenarnya jauh lebih tinggi,
kira-kira 521000 orang, menjadikan keseluruhannya angka pelarian yang bermukim di kawasan Cox’
Bazar seramai 939,000 orang.
Akhbar Newage Bangladesh melaporkan, seramai 17,526 orang Rohingya telah didaftarkan masuk
ke negara itu dalam tempoh sebulan setengah sejak ketegangan memuncak di negeri Rakhine, 25
Ogos lalu.
Ia menimbulkan kebimbangan banyak pihak tentang kelambatan pemerintah Bangladesh yang
lambat melaksanakan pendaftaran dengan pengesanan cap jari atau ‘bio-metrik’.
Buat masa ini, hanya lima pusat pendaftaran yang dibuka bagi tindakan pendaftaran disifatkan
terlalu sedikit bagi menampung pelarian yang kini berkampung di kawasan seluas 790 hektar.
Sedangkan Rohingya telah mula meraikan diri dari Myanmar sejak tahun 1970-an kerana
penindasan rejim Myanmar yang telah membatalkan kerakyatan mereka.
Pada akhir 1990, lebih daripada 250,000 tinggal di kem-kem pelarian di Bangladesh dan ada awal
tahun 2000, hanya 20,000 daripada mereka telah dihantar pulang ke Myanmar atas kerelaan mereka
sendiri.
Dalam tempoh hampir dua bulan kebelakangan, lebih 500,000 pelarian Rohinya tiba di negara itu
yang majoritinya bertumpu di sepanjang lebuh raya Teknaf- Cox’s Bazar, selari dengan Sungai Naf.
Kawasan-kawasn tersebut; Balukhali, Kutupalong, Thangkhali, Niyapara, Leda dan Teknaf, yang
terletak hanya kira-kira dua hingg lima kilometer dengan sempadan antara Bangladesh dan
Myanmar.
Walaupun keseluruhan kem-kem terbabit, kesemuanya mempunyai infrastruktur yang sangat
minima, Misi Kemanusiaan PASRelief hanya akan menumpukan sumbangan kepada Balukhali,
yang merupakan kem terbesar, digabungan dengan Thangkali.
Pengarahnya Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia lebih memudahkan bagi NGO tersebut
untuk mengenalpasti bentuk bantuan yang akan disampaikan.
“Sepanjang misi kali ini, PASRelief telah menyampaikan sumbangan ahli PAS dan seluruh rakyat
Malaysia yang prihatin dengan penderitaan pelarian Muslim Rohingya,
“70 buah telaga tiub (tubewell), 5000 pakej makanan asas dengan berat keseluruhan pakej makanan
ini adalah kira-kira 65 tan,
“25 buah khemah kediaman lagi didirikan untuk diberikan khusus kepada keluarga balu (ibu
tunggal) akibat suami mereka dibunuh oleh rejim Myanmar
“55 buah khemah, 15 buah sekolah atau bilik darjah dan tiga buah Musolla tempat ibadah yang
akan digunakan juga sebagai madrasah pengajian Al-Quran anak-anak pelarian,” jelasnya.
Sementara itu, Menteri Untuk Pengurusan Bencana Dan Bantuan, Mofazzal Hossain Chowdhury
Maya pada 6 Oktober lalu berkata Bangladesh merancang untuk mengembangkan sebuah
kembaharu pelarian di Kutupalong.
Beliau berkata, dua daripada penempatan yang sedia ada telah pun ditutup, manakala pada setiap
minggu dilaporkan antara 4,000 hingga 5,000 Rohingya melintas sempadan dengan 10,000 lagi
menunggu di sempadan.
KUALA TERENGGANU – Keadaan umat Islam Rohingya sangat kritikal dan PAS berasa sungguh
dukacita dengan apa yang berlaku kerana jelas, ini adalah satu agenda pembersihan etnik.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Yahya Ali berkata, Mereka telah
diperlakukan dengan sebegitu dahsyat dan dinafikan hak sebagai manusia. Tiada penempatan dan
keperluan asas seperti makanan,
minuman, keperluan ibadat dan
sebagainya.
“Aktiviti pembersihan etnik
Rohingya terus berlanjutan dan
sekarang hanya tinggal 500,000
orang
sahaja. Sebahagian besar daripada
mereka telah dibunuh dan
sebahagiannya menjadi pelarian.
Malah di sepanjang perjalanan ke
tempat baharu, sebahagian daripada
mereka telah mati,
“Mereka sebagai pelarian datang
dalam keadaan sehelai sepinggang
dengan pelbagai penderitaan
yang ditanggung dan sangat memerlukan makananan, bekalan air bersih, penempatan, pelajaran
dan keperluan ibadah,” ujarnya.'
Beliau yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu
(DEMI) berkata demikian ketika diwawancara Harap TV dan turut siarkan secara langsung oleh
Radio Internet PAS, Hijau.FM melalui slot Suara Dari Terengganu, Khamis, 12 Oktober, disini.
Menurutnya, keadaan di sana sangat menuntut satu tindakan pembelaan khususnya daripada
masyarakat Islam.
“Alhamdulillah, ini adalah antara tanggungjawab yang perlu dan telah dimainkan oleh PAS Relief
dan kami telah merancang untuk mengumpulkan sejumlah wang tunai sebanyak setengah juta bagi
disumbangkan kepada saudara seIslam di sana,
“InsyaAllah jumlah yang dikutip nanti akan dimanfaatkan untuk menyediakan keperluan-keperluan
yang disebutkan tadi,” jelas Haji Yahya.
Katanya lagi, yang paling utama sekarang adalah ‘shelter’ atau tempat perlindungan sementara
untuk mereka berlindung dari terik panas dan hujan. Di samping itu, makanan dan bekalan air
bersih juga akan diusahakan.
“Ini adalah isu kemanusiaan. Walaupun kita dipisahkan oleh sempadan geografi, tetapi mereka
adalah saudara kita yang telah diperlakukan dengan begitu dahsyat. kita sebagai umat Islam lebih
bertanggungjawab terhadap mereka,
“Di atas rasa kebertanggungjawaban inilah maka PAS Relief mengajak masyarakat untuk turut
bersama mengambil tanggungjawab ini. Sumbangkanlah sekadar kemampuan masing-masing
ke dalam satu dana yang telah ditetapkan iaitu Dana Ta’awun DPPNT (Maybank) dengan nombor
akaun 563064115873,” seru beliau.
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu adalah antara penyumbang kepada
pembiaan rumah sementara (Shelter Home) bagi pelarian Cox’s Bazaar, Bangladesh.
Ketuanya Hajah Zarani Othman mengucapkan tahniah dan bersyukur kerana ‘khemah kediaman’
itu telah dirikan di kawasan Kem Balukhali, semasa Misi Kedua PASRelief yang berakhir semalam.
“Tahniah dan Alhamdulillah di atas kejayaan dan kecaknaan PASRelief pada misi kemanusiaan
Rohingya bersama Timbalan Presiden PAS Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man bersama kepimpinan PAS
yang lain termasuklah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Mohd Salleh,”
ujarnya ketika dihubungi
Beliau berkata demikian metika mengulas kenyataan Pengarah Pengarah PASRelief Muhammad
Sanusi Md Nor, berhubung Misi tersebut.
Menurut Zarani, dengan sedikit sumbangan itu adalah tanda kasih sayang dan kecaknaan daripada
Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dapat dimanfaatkan untuk membina khemah kepada
pelarian.
“Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami kepada wakil Kumpulan Aktivis Media Independen
(KAMI) yang turut serta dalam misi tersebut,
“yang telah memahat nama Dewan Muslimat Negeri Terengganu di kem tersebut…..dan kami
jugak ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah berusaha
membantu saudara-saudara kita di sana. Allah sajalah yang membalasnya,” jelas beliau.
Katanya, Muslimat Terengganu juga sedang berusaha mengumpulkan sumbangan untuk PASRelief
Terengganu untuk misi kemanusiaan Rohingya ke 2 pada bulan November ini.
Pengarah Pengarah PASRelief Muhammad Sanusi Md Nor berkata antara penyumbang kediaman
(Shelter Home) pada Misi empat hari, 8hb hingga semalam 13 Oktober ialah daripada dana yang
dikumpulkan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dari Terengganu.
Selain itu, Sanusi berkata, keseluruhan sumbangan PASRelief dalam misi kali ini berjumlah ialah
berjumlah RM362,730.00.
“ia tidak termasuk kos lain seperti pengurusan, perjalanan dan penginapan yang ditanggung sendiri
oleh peserta Misi,
“Sepanjang misi kali ini, PASRelief telah menyampaikan sumbangan ahli dan penyokong PAS
serta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan penderitaan pelarian Muslim Rohingya,”
katanya.
Alhamdulillah! Delegasi misi kemanusiaan PASRelief bersama Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa pimpinan PAS Pusat dan negeri telah selamat tiba ke tanahair pagi tadi, 13 Oktober 2017 jam 6.30 pagi.
Sepanjang misi kali ini, PASRelief telah menyampaikan sumbangan ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan penderitaan pelarian Muslim Rohingya, seperti berikut:
1. 70 buah telaga tiub (tubewell) untuk bekalan air bersih untuk minuman, mandi dan mencuci. Penaja terbesar projek ini ialah PAS Negeri Pahang yang menyumbangkan 40 buah tubewell di beberapa buah kem pelarian. Penyumbang lain adalah SABASUN HYPERrUNCIT (15 buah) dan dana yang disumbangkan oleh orang ramai melalui Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (TKA) sebanyak 15 buah. Sebahagian besar sumbangan tubewell ini masih dalam proses pembinaan.
2. 5000 pakej makanan asas yang mengandungi 10 kilogram (kg) beras, 1 kg minyak masak, 0.5 kg kacal dal, 0.5 kg garam dan 0.5 kg bawang dan 0.5 kg bijirin. Pakej ini memberi manfaat kepada 5000 keluarga pelarian yang sangat terdesak akibat terputus bekalan sejak lebih sebulan lalu. Berat keseluruhan pakej makanan ini adalah kira-kira 65 tan.
3. 25 buah khemah kediaman lagi didirikan untuk diberikan khusus kepada keluarga balu (ibu tunggal) akibat suami mereka dibunuh oleh regim. myanmar dan anak yatim pelarian Muslim Rohingya. Dalam misi pada bulan lalu, 55 buah khemah kediaman seumpama ini telah disiapkan. Antara penyumbang kediaman ini ialah Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dari Terengganu (11 buah) dan dana TKA (14 buah).
4. 15 buah sekolah (bilik darjah) didirikan untuk manfaat 600 anak-anak pelarian mendapat pendidikan sekolah rendah mengikut silibus khas yang dirangka oleh kumpulan graduan Universiti Islam Chittagong yang juga terdiri daripada anak-anak pelarian yang mendiami kem-kem ini seja lebih 20 tahun lalu. Mereka juga akan menjadi pengelola dan tenaga pengajar di kelas-kelas tersebut. Kumpulan ini bernaung di bawah persatuan Ittihad Al-Tullab Al-Muslimeen Arakan (ITM).
5. 3 buah Musolla tempat ibadah yang akan digunakan juga sebagai madrasah pengajian Al-Quran anak-anak pelarian juga disumbangkan oleh PASRelief melalui dana terkumpul peserta misi dan dana TKA. Kos setiap sebuah musolla ini adalah RM10,000 dengan keluasa 50 kaki lebar dan 75 kaki panjang menggunakan bahan-bahan asas yang didapati di daerah ini. DSCN0285
6. Sumbangan tunai juga diberikan kepada para pelarian yang sempat, terutama ibu-ibu dengan bayi dan orang-orang tua serta kanak-kanak yang meruntun tangan dan baju merayu bantuan.
Sumbangan wang amat sukar disampaikan kerana akan berlaku perebutan dan pergelutan untuk mendapatkan wang, yang dikhuatiri boleh mengundang kecederaan kepada mereka.
7. Keseluruhan sumbangan PASRelief dalam misi kali ini berjumlah RM362,730.00, tidak termasuk kos lain seperti pengurusan, perjalanan dan penginapan yang ditanggung sendiri oleh peserta misi.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua DMPM), YB Ustaz Mohd Rosli Abdul Jabar (Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang), YB Ustaz Sollehen Mukhyi (PJ PAS Selangor), Ustaz Misbahul Munir Masduki (AJK PAS Pusat), Ustaz Norazli Musa (Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat) Ustaz Mohd Yusni Mat Piah (Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang), Pimpinan Kumpulan Aktivis Media Independen Terengganu (KAMI), wakil Jabatan Amal dan Yayasan Amal Pahang, En Zubir Ahmad (YDP PAS Kawasan Langkawi), dua orang wartawan Harakah dan sukarelawan-sukarelawan PASRelief yang telah menjayakan misi kali ini.
Paling dihargai adalah para penyumbang dana sama ada secara tunai atau yang menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief (5640 7061 1352- Maybak). Allah lah sebaik-baik pemberi balasan kepada jasa baik para penyumbang. Semoga semua ini diterima sebagai Jihad yang besar di sisiNya.
Laporan
Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PASRelief
Ketua Operasi Misi 8-12 Oktober 2017
Sumber BO - 14-10-2017
Pelihara hubungan antara agama dengan hikmah
MAPIM mengambil perhatian berat terhadap isu terkini berkenaan dengan kedudukan hubungan masyarakat Islam dan bukan Islam. Isu yang telah dibangkitkan oleh seorang pegawai Jakim dalam kuliahnya telah mendapat respon dari masyarakat Islam dan bukan Islam.
Kini ia semakin panas apabila golongan politik dan khalayak awam mulai memberi komentar.
Sementara Islam mengariskan fiqh tersendiri dalam mengatur hubungan antara agama, adalah tidak bijak untuk membangkitkan soal amalan orang bukan Islam yang dilihat secara negatif secara terbuka dikhalayak ramai.
Masyarakat Islam memang mempunyai panduannya sendiri dalam urusan harian yang berbeza dengan bukan Islam. Akan tetapi tidak perlu dibangkitkan secara terbuka sehingga dianggap oleh orang bukan Islam sebagai menghina mereka.
Menjelaskan bahawa Islam ada cara tersendiri dalam menentukan urusan harian seseorang Muslim. Ia termasuk soal makanan, pakaian, acara sambutan agama, pergaulan dan berurusan dalam perdagangan.
Kami berpendapat rakyat Malaysia memang perlu akui bahawa menjaga keharmonian antara kaum dan agama amat penting. Dengan tidak bermaksud untuk mengenepikan syariat atau sebarang hukum agama Islam, setiap penda'wah harus berhikmah dalam menyatakan pandangan secara terbuka bila menyentuh isu perhubungan antara masyarakat Islam dengan bukan Islam.
Ini tidak samasekali bermakna Islam harus tunduk kepada orang bukan Islam dalam menentukan peraturan hidup orang Islam. Islam tidak boleh dicorakkan berdasarkan restu orang bukan Islam.
Akan tetapi ucapan secara terbuka bila menyentuh soal budaya harian orang bukan Islam yang tidak tepat atau dibicarakan secara rambang akan mencetuskan reaksi negatif dan kemarahan mereka. Sebagaimana orang Islam punya sensitiviti demikian juga penganut agama dan kaum lain ada juga sensitiviti mereka. Inilah garis pemisah yang telah ditetapkan oleh Al Quran dalam Surah Al Kafirun.
Oleh kerana itu adalah sangat diperlukan agar semua penda'wah tahu bagaimana Islam dapat dipertahankan kemurniannya dan dalam masa yang sama mahu memberi gambaran masyarakat Islam boleh hidup harmonis dengan masyarakat bukan Islam.
Kami memberi perhatian berat terhadap kecenderungan polarisasi kaum dan agama di negara ini yang sudah dibina selama 60 tahun. Islam sebagai agama resmi adalah tonggak negara manakala penganut agama lain dibenarkan mengamalkan agama masing-masing.
Dari prinsip ini kita memelihara keharmonian antara agama di negara ini dengan sebaik mungkin.
Kami menyeru semua pihak terutama ahli agama dapat mencari titik temu yang terbaik dan berhemah dalam menjaga keharmonian antara kaum dan agama sekaligus dapat menunjukkan keindahan Islam kepada masyarakat bukan Islam.
Perbedaan pendapat antara tokoh agama secara terbuka perlu dielakkan agar tidak timbul kekeliruan dan akhirnya membawa polimik yang berpanjangan diperingkat masyarakat. Menyatakan kebenaran adalah prinsip , akan tetapi bagaimana ia disampaikan dan mengambil contoh dari sesuatu yang menjadi perdebatan awam perlu dibicarakan dengan bijak.
Isu yang pernah dibahaskan didalam majlis fatwa yang resmi seharusnya menjadi panduan dan jika ada khilaf seharusnya dibicarakan dalam majlis yang tertutup agar tidak mencetuskan kekeliruan. – HARAKAHDAILY 13/10/2017
Sumber HD- 13-10-2017
PAS khuatir Rohingya boleh pupus
COX’S BAZAAR (Bangladesh): PAS melahirkan rasa kebimbangan bahawa penghapusan dan pengusiran etnik Rohingya secara berterusan di Myanmar akan menyebabkan umat Islam pupus dari negara tersebut.
Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Ustaz Norazli Musa berkata, kebimbangan terhapusnya umat Islam di bumi Arakan yang kini dikenali Rakhine itu sangat berasas berdasarkan situasi semasa.
Katanya, pembunuhan dan pengusiran besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Myanmar amat dahsyat terhadap etnit Rohingya hingga mangsa-mangsa pelarian yang ditemui di beberapa buah kem penempatan sementara di sempadan Bangladesh tidak lagi berhasrat untuk kembali ke tanah air mereka.
“Kami (PAS) bimbang jika Kerajaan Myanmar berterusan menzalimi, membunuh dan mengusir umat Islam dari etnik Rohingya. Suatu hari tidak akan ada lagi orang Islam di bumi Arakan itu.
“Ramai mangsa pelarian yang kami temui dalam misi bantuan kemanusiaan ini, rata-rata mereka tidak lagi mahu kembali ke tanahair kerana takut mati dibunuh.
“Jutaan umat Islam Rohingya kini menjadi pelarian dan puluhan ribu yang mati dibunuh atau terkorban dalam masa pelarian itu,” ujarnya kepada Harakah. selepas menyampaikan bantuan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan anjuran PASRelief di Kem Balokhali, Cox’s Bazaar, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PASRelief turut kesal dengan sikap Pemenang Nobel, Aung Suu Kyi yang membisu apabila kezaliman itu berlaku terhadap umat Islam.
Justeru, kata Ustaz Norazli masyarakat antarabangsa wajar mengambil langkah drastik serta memberikan tekanan kepada Kerajaan Myanmar.
Delegasi misi itu diketuai oleh Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor dan disertai sama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pahang, Ustaz Sollehin Mukhyi dan Ustaz Rosli Abdul Jabar serta Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah. - HARAKAHDAILY 12/10/2017
COX’S BAZAAR, Bangladesh – Ramai pelarian Rohingya yang baru tiba masih tidak mempunya khemah sementara untuk mereka berlindung.
“Kita rasa sangat terharu dengan situasi yang berlaku terutama apabila kita bertemu dengan anak-anak kecil yang sangat lapar.
“Masing-masing berebut (makanan) dan menadah tangan di sepanjang jalan yang kita jumpa mereka (pelarian). Sebahagian mereka itu baharu tiba dan tidak tahu ke mana nak pergi (penginapan),” kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan awal di sepanjang jalan Teknaf melalui tiga buah penempatan pelarian di Kem Balukhali, Camp Putupalong dan kem Thaingkhali, pada Selasa 10 Oktober.
Katanya, banyak Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk UNHCR datang membantu tetapi masih belum mencukupi keperluan semasa.
Malah, katanya berita kesedihan mengenai pelarian etnik Rohingya yang menjadi pelarian itu ada yang tidak mempunyai tempat berteduh.
“Cuma saya lihat, selain dari keperluan makanan yang kita bahagi agaknya ada keperluan kewangan yang mereka perlukan. Sebab, saya tengok dari segi keperluan ada dijual di kedai-kedai. Maknanya, jika mereka (pelarian) ada duit mereka boleh belilah.
“Selain dari kita beri keperluan makanan asas seperti beras, minyak masak, gandum dan sebagainya mungkin ada keperluan mendesak seperti susu yang mereka terpaksa beli sendiri,” jelasnya
Menurutnya, maklumat yang diperolehi melalui PASRelief bahawa jumlah pelarian etnik Rohingya itu seramai 1.3 juta orang.
Katanya, setiap hari berlaku kemasukan dan kehadiran pelarian baharu yang hidup tanpa tempat tinggal untuk berteduh.
“Hari ini kami (PAS) lihat sendiri kaum-kaum ibu yang berdiri di tepi jalan, menadah tangan minta simpati orang yang lalu-lalang.
“Nampaknya, mereka sangat terdesak untuk dapat menginapan. Kem-kem pelarian yang disediakan (kerajaan) Bangladesh tidak mencukupi untuk menampung.
“Setiap hari ada pelarian yang baharu tiba dari menyeberang. PASRelife yang kita usahakan ini dapat menyediakan beberapa penempatan dan keperluan kepada air bersih (tubewell) untuk minum dan membersih diri,” jelasnya.
COX BAZAAR, Bangladesh – Kesempatan berada di bumi penuh berpaya, Bangladesh, bermula hari ini hingga 13 November, bersama Misi Bantuan Kemanusian PASRelief kali ke dua menyantuni muslim Rohingya di kem-kem pelarian sekitar bandar sempadan Cox’s Bazar, adalah sangat bermakna.
Buat pertama kalinya mata ini melihat sebahagian daripada ratusan ribu etnik Rohingya yang terpaksa berhijrah untuk mencari perlindungan.
Rasa sebak sempit di dada, mengenangkan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan beribu kilometer di tanahair tercinta.
Semenjak krisis memuncak bermula Ogos lalu, kini mereka memenuhi beberapa kem antaranya Kem Kutupalong, Balukhali dan Theinkali yang terletak hanya lima kilometer di sempadan Bangladesh-Myanmar. Keadaan di kem penempatan itu cukup daif dan kebetulan ketika di sana petang tadi, jelas dapat melihat gerombolan ‘pengungsi’ yang baru tiba.
Dengan wajah mereka yang penuh kepenatan, longlai tidak bermaya, berehat di tepi jalan di bawah panas setelah mengharungi bukit bukau, sungai dan lembah untuk sekurang-kurangnya perjalanan, tiga hari empat malam sebelum sampai ke tempat permukiman sementara itu.
Mereka terpaksa berjalan tanpa sebarang alas kaki, tanpa bekalan makanan dan minuman semata-mata mahu mengutamakan keselamatan diri dan maruah agama.
Majoriti masih terpingga-pingga, kebingungan seolah-olah tidak percaya kaki mereka berpijak di bumi aman dan bebas dari cengkaman kezaliman junta Myanmar serta pelampau Buddha yang tidak berhati perut. Walaupun belum mempunyai penempatan hatta khemah untuk menumpang teduh namun di wajah mereka terpancar sinar di wajah untuk hari muka.
Yang jelasnya, petang yang semakin merangkak kepada senja dan malam yang bakal mereka lalui, dengan beratapkan bulan dan bintang serta tidur berlantaikan tanah.
Ratusan ribu lagi hanya berlindung di bawah rimbunan pokok di sebalik semak samun di dalam hutan.
Ada yang terbaring kepenatan terutama orang tua, wanita yang masih mengendong anak kecil dan kanak-kanak berjalan mundar-mandir mencari-cari jajan dari mereka yang mempunyai belas ihsan.
Antara pelarian yang ditemui ialah seorang wanita muda dalam lingkungan 30-an sambil meriba anak kecilnya yang seperti dahagakan susu.
Fatima (bukan nama sebenar) ibu yang kurus kering, menangis tersedu-sedu kesedihan, mengenangkan arwah suami yang baru mati terbunuh dua hari yang lalu dimuncung senapang askar rejim.
Begitulah, senario sepanjang sepetang KAMI memasuki Kem Kutupalong, Balukhali dan Theinkali yang saban hari menerima ribuan etnik Rohingya ke wilayah Bangladesh dengan seribu satu kisah duka………
Sumber BO - 11-10-2017
Meskipun RM10 amat bernilai untuk Rohingya
MESKIPUN sumbangan yang dihulurkan itu hanya sekadar RM10 sahaja, namun ia tetapi amat bernilai kepada para pelarian Rohingya.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man merayu kepada seluruh umat Islam termasuk di Malaysia agar sama-sama membantu pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar, Bangladesh.
“Walaupun pada kita kecil, RM10 atau RM20 dan tidaklah besar sangat tetapi bagi mereka (pelarian), jumlah itu sangat besarlah. Mereka dengan anak kecil menyeberangi sungai, menyelamatkan diri.
“Saya merayu dan mengambil kesempatan bagi semua pihak untuk menyalur sumbangan melalui PASRelief khususnya.
“Ini kerana, PASRelief merupakan satu badan yang kita (PAS) turun sendiri, kita buat sendiri program untuk sampai ke tangan mangsa pelarian yang terlibat, insya Allah,” jelasnya dipetik Buletin Online.
Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan awal di sepanjang jalan Teknaf melalui tiga buah penempatan pelarian di Camp Balukhali, Camp Putubalong dan Camp Thaing Khali, semalam.
Turut serta bersama delegasi itu ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Pengerusi PASRelife, Muhammad Sanusi Md Nor.
Justeru katanya, umat Islam mempunyai tanggungjawab yang sangat besar, mendidik anak-anak dan membesarkan mereka dengan selesa.
Katanya, kehidupan saudara seIslam Rohingya di sini sangat terdesak dan membantu mereka diberikan Allah pahala yang besar.
“Mereka yang ada kemampuan hulurkanlah sumbangan. Sebab, mereka sangat perlu dan saya masih ingat pesanan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Jika kita boleh beri sesuatu diwaktu mereka yang sangat terdesak pahalaNya sangat besar,” ujarnya.
DHAKA, Bangladesh – Rombongan delegasi Misi Bantuan PAS Relief Kali Kedua ke Bangladees bagi menyantuni pelarian Rohingya telah selamat sampai.
Sebelum itu, setiap umat Islam di Malaysia mestilah memberi sumbangan bagi membantu pelarian Rohingya yang sedang menghadapi detik sukar dalam kehidupan.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka sedang ditindas dan dihina.
“kita tidak boleh berdiam diri……..paling tidak, kalau kita tidak mampu (membantu) dengan kewangan, iringi dengan doa,
“mudah-mudahan saudara-saudara (Rohingya) kita dilindungi oleh Allah SWT,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang semalam, sejurus sebelum berangkat ke Bangladesh bersama delegasi Misi Bantuan PAS Relief.
Menurutnya seramai 20 orang anggota yang menyertai Misi terbabit termasuk Ketua Muslimat Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Misbahul Munir Masduki, Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Muhyi dan Pesuruhjaya PAS Pahang YB Ustaz Rosli bin Abdul Jabar.
Sehubungan itu, beliau berharap para dermawan terus menyumbang agar apa yang diusahakan bagi membantu pelarian Rohingya dapat menyelesaikan masalah mereka secara berkekalan.
Beliau turut menyeru orang ramai mendoakan agar rombongan delegasi Misi Bantuan Kali Kedua ke Bangladesh itu diberikan keselamatan dan kemudahan oleh Allah sepanjang perjalanan.
KUALA LUMPUR: Penindasan, penderitaan dan pembunuhan terancang oleh junta tentera kerajaan Myanmar terhadap kaum Rohingya sejak beberapa dekad lalu dan kini semakin serius wajib ditangani segera.
Badan-badan dunia seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) harus bangkit dengan tegas bagi menangani nasib umat Islam Rohingya itu.
Dunia yang membela umat Islam itu seperti tertutup ‘pekak’ dan ‘membisu’ kerana mungkin sumber maklumat berita yang terhad serta kurang pedulinya.
Justeru itu, Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) Terengganu terpanggil untuk membuat liputan secara langsung bersama dengan delegasi PASRelief dan Harakah ke Kem Pelarian Balokhali, Cox’s Bazaar, Bangladesh.
Misi bantuan dan kemanusiaan PAS itu turut disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh dan Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor dari 9 hingga 13 Oktober ini.
Timbalan Pengerusi KAMI, Sazali Mohd Noor berkata KAMI Terengganu terpanggil untuk sama-sama mengambil tanggungjawab peduli Rohingya.
Sebelum ini, katanya dunia seolah-olah tertutup dari pendapat liputan sebenar tentang isu dan kezaliman kerajaan Myanmar terhadap etnik Muslim Rohingya.
“Ribuan umat Islam Rohingya dibunuh, diperkosa kaum wanitanya, dibakar rumah kediaman mereka dan dihalau dari kampung halaman.
“Dunia seolah tidak tahu ribuan etnik Muslim Rohingya tenggelam di laut dan mati lemas di sungai kerana diburu oleh tentera Myanmar yang tidak berperikemanusiaan itu,” ujarnya kepada Harakah.
Beliau antara tiga peserta rombongan khas anggota KAMI Terengganu yang akan membuat liputan secara langsung bersama media rasmi PAS dan Harakah.
Wartawan KAMI, Khalid Abdullah melahirkan rasa teruja kerana pertama kali ditugaskan membuat liputan berita di luar negara.
“Saya rasa teruja kerana ini pertama kali ditugaskan oleh KAMI untuk buat liputan berita di luar negara bergolak seperti ini.
“Saya akan cuba buat yang terbaik untuk tatapan dan pendedahan kepada dunia luar tentang penindasan dan kezaliman terhadap etnik Muslim Rohingya, Insya’Allah,” ujarnya.
Manakala, rakannya Jurugambar KAMI, Md. Syukri Mohamed juga berpendapat tugasan mengikut misi bantuan kemanusiaan Rohingya ini satu pengalaman baharu.
“KAMI akan buat yang terbaik, KAMI akan rakam gambar-gambar kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh umat Islam Rohingya. Biarlah gambar yang membicarakan tentang keadaannya,” ujarnya seorang jurugambar profesional.
Menurutnya, dunia masih lagi tidak peka dan cakna terhadap nasib etnik Muslim Rohingya walaupun ribuan telah terkorban dan ratusan ribu menjadi pelarian.
Antara pimpinan PAS lain yang turut serta mengikuti delegasi itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Norazli Musa dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Jabar.
Sumber BO - 9-10-2017
PASRelief bantu Rohingya di Cox’s Bazaar
PAS menggerak misi kemanusiaan ke Kem Pelarian Balokhali, Cox’s Bazaar, Bangladesh bagi menghulur bantuan kepada pelarian Rohingya.
Delegasi itu diketuai Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut serta Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh dan Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor.
Misi kemanusiaan terbabit akan berada Bangladesh bermula hari ini sehingga Jumaat depan.
Misi kemanusiaan itu turut disertai Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) Terengganu yang akan membuat liputan bersama delegasi PASRelief dan Harakah.
Timbalan Pengerusi KAMI, Sazali Mohd Noor berkata KAMI Terengganu terpanggil untuk sama-sama mengambil tanggungjawab terhadap nasib menimpa umat Islam Rohingya.
Katanya, penindasan, penderitaan dan pembunuhan terancang oleh junta tentera Myanmar terhadap kaum Rohingya sejak beberapa dekad lalu sekarang semakin serius.
“Badan-badan dunia seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) harus bangkit bagi menangani nasib umat Islam Rohingya itu.
“Malangnya dunia seperti tertutup, pekak dan membisu kerana mungkin sumber maklumat berita yang terhad serta kurang dipeduli mereka,” katanya. - HARAKAHDAILY 9/10/2017
KUALA TERENGGANU – Orang ramai diseru membantu pelarian Rohingya demi menyelamatkan nyawa dan akidah mereka dari kekejaman tentera junta Myanmar.
Dendam kesumat serta rasa kebencian yang tinggi terhadap Islam, Rohingya diperlakukan seperti binatang dan dibunuh dengan kejam.
Oleh itu, Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Dr Azman Ibrahim berkata NGO tersebut akan berkolaborasi dengan PAS Relief dalam Misi terdekat, 8hb hingga 12 Oktober ini.
Katanya, empat orang anggota KAMI akan memulakan perjalanan ke kem Pelarian Rohingya Cox Bazar bermula lusa.
“Bagi menjayakan misi media dan kemanusian ini, empat orang ‘crew’ akan turut serta iaitu Haji Sazali Mohd Noor, M. Shukri Mohamed, Khalid Abdullah dan Khairul Azlam Mohamad akan bertugas,
“membuat liputan dan dalam objektif untuk memaparkan realiti sebenar penderitaan pelarian Rohingya kepada dunia secara liputan terus dari bumi yang penuh derita,” jelasnya.
Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS itu, delegasi misi tersebut akan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau yang dihubungi berkata, beberapa pakej yang akan menjadi tumpuan pada misi kali ini ialah antaranya agihan makanan, telaga tiub, bangunan sekolah, penginapan sementara pelarian dan pembinaan musolla.
Katanya, pemergian anggota KAMI itu juga sebagai pasukan tinjauan, sebelum rombongan PAS Terengganu berangkat ke sana, dijadualkan pada bulan November 2017.
Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan, PAS Terengganu menggerakkan usaha murni itu melalui Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi (DEMI) dibawah Timbalan Pesuruhjaya 3, Haji Yahaya Ali .
“saya dimaklumkan kempen akan bermula esok, untuk mengutip sebanyak mana mungkin sumbangan bagi membantu Rohingya,” katanya.
Justeru itu beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang bagi perjalanan anggota KAMI dan merayu orang ramai terus mengulurkan derma kepada ‘kaum yang paling tertindas’ itu. “KAMI merayu untuk kita bersama menunjukkan rasa persaudaraan dan solidariti dengan penderitaan saudara kita dengan menghulurkan sumbangan,
“sekiranya tidak sempat menyumbang kepada KAMI orang ramai boleh terus menderma melalui Kempen Derma Khas yang dilancarkan oleh PAS negeri,” ujar beliau.
Tambah beliau, sntuk sumbangan melalui KAMI boleh hubungi Haji Sazali di talian 013-9869 187 dan untuk terus menyumbang kepada Tabung Rohingya PAS Terengganu, boleh menelefon Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah di talian 019-989 4125
Sumber BO - 6-10-2017
55 rumah sementara untuk pelarian Rohingya
KUALA LUMPUR: Sebanyak 55 rumah sementara untuk etnik Muslim Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman junta tentera Myanmar berjaya dibina melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) di Kem Pelarian Balokhali, Cox’s Bazar, Bangladesh.
Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembinaan tersebut adalah hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia yang disampaikan ketika misi pada September lalu di mana urusan tapak dan pembinaannya dikendalikan oleh Cooperation For Humanitarian Activities.
Katanya, sumbangan itu masih jauh dari mencukupi di mana dengan jumlah sekitar 550,000 pelarian terbaharu, bermakna sekurang-kurangnya 55,000 khemah perlu dibina sebagai perteduhan asas bagi para pelarian tersebut.
“Bayangkan betapa gembiranya mereka yang sehelai sepinggang kerana menjadi pelarian apabila menerima sumbangan rumah untuk berteduh sekeluarga? Walaupun hanya berstruktur sementara dalam sebuah negara asing kepada mereka serta hidup dalam ketidakpastian.
“Sudah tentu perteduhan itu mewakili kasih sayang, kepedulian dan nyalaan obor perjuangan Islam yang sampai dari tangan-tangan saudara seagama sendiri dari Malaysia. Walaupun tidak menghapus sengsara besar yang mereka tanggung, setidak-tidaknya mengurangkan.
“Bolehlah untuk anak-anak kecil mereka yang tidak mengerti berlindung dari panas dan hujan, serta tahu di mana tempat untuk melabuhkan diri berehat atau tidur di waktu malam sementara menanti langit siang mencerah semula,” ujarnya ketika menerima kiriman gambar dan video rumah tersebut.
Maklumnya, PASRelief akan meneruskan misi selanjutnya bersama 19 anggota pada 8 hingga 12 Oktober ini dengan pelbagai projek akan dilaksanakan antaranya agihan makanan, pembinaan telaga tiub, sekolah, musolla dan rumah sementara.
Jelas Sanusi, situasi ketika ini adalah paling kritikal kerana jumlah pelarian yang tiba di sempadan Bangladesh itu semakin besar jumlahnya di mana menghulurkan sumbangan di saat paling memerlukan adalah amalan paling utama (awla).
Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang prihatin diseru terus memanjangkan pertolongan dengan sumbangan derma menerusi akaun Maybank 5630 7061 1352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi 013-384 5555 (Mohd Adram) atau 012-596 9220 (Sanusi).
Sumber HD - 5-10-2017
Apakah Malaysia mahu dijadikan negara penagih arak?
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendirian pesta arak BetterBeerFestival 2017 (F&B) tidak wajar diadakan di Malaysia dan pihak berkuasa perlu tegas dengan keputusan tidak meluluskan permohonan pihak penganjur.
Penganjur seolah-olah mahu menjadikan negara ini menjadi sebuah negara berimej penagihan arak.
Mengikut penganjurnya, Mybeer (M) Sdn Bhd, acara yang dikatakan dianjur setiap tahun sejak 2011 di Malaysia adalah bersamaan dengan F&B yang diadakan di Jerman atas nama Octoberfest.
Anehnya penganjur tidak melihat bahawa menganjurkannya di Malaysia sebagai suatu isu yang sensitif memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.
Dengan mengungkap bahawa isu keselamatan dan pematuhan semua peraturan pihak berkuasa tempatan ketika acara itu berjalan akan dipatuhi, mereka merasakan menganjurkan pesta itu sepatutnya dibenarkan.
Soalnya adakah Malaysia memerlukan acara seperti itu diadakan di negara ini? Apa manfaatnya acara minum arak secara beramai-ramai secara terbuka diadakan dalam bentuk pesta yang khusus untuk arak?
Harus diingat, kini wujud banyak gerakan anti arak di seluruh dunia. Badan Kesihatan Sedunia juga mempunyai kempen untuk membanteras ketagihan arak (alcoholism) kerana jelas membawa mudarat kepada pelbagai aspek kesejahteraan masyarakat.
Kesan kepada kesihatan, sosial, ekonomi, serta keselamatan sosial amat jelas bila masyarakat terdedah kepada ketagihan arak.
Amerika Syarikat kini mempunyai 15 juta warganya yang sudah disahkan mengalami ketagihan yang teruk. Kesannya kini dirasai merentas sosial dan ekonomi masyarakatnya.
India juga memiliki gerakan sivil yang meluas mahu membanteras ketagihan arak kerana kesannya ke atas keluarga juga sangat parah.
Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) berusaha untuk membantu negara-negara di seluruh dunia merangka polisi yang berkesan bagi mengatasi masalah arak dan akibat buruk dari minum arak.
Global Alcohol Policy Alliance (GAPA), sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa berusaha untuk mengatasi isu komersialisasi industri arak yang sedang membebankan kesihatan dan keselamatan sosial sesebuah negara. GAPA menggabungkan pelbagai NGO untuk bekerjasama bagi mengatasi isu ketagihan arak.
Pihak yang menyokong pesta arak yang mahu dianjurkan di Kuala Lumpur atas nama hak untuk minum arak dalam kalangan bukan Islam, hanya berdalih bahawa hak bukan Islam minum arak tidak boleh dihalang. Namun menafikan hak masyarakat untuk menolak akibat buruk dari ketagihan arak kepada kesihatan dan sosial masyarakat tidak pula diberi perhatian.
Kini Malaysia sudah menjadi antara negara yang memiliki konsumpsi arak perkapita yang tinggi. Tidak dapat dinafikan pelbagai masalah sedang dan bakal dihadapi oleh masyarakat jika ketagihan arak di negara ini menjadi fenomena dan tidak dibanteras.
Tanggungjawab pihak berkuasa adalah untuk memastikan kesihatan dan keamanan masyarakat terpelihara. Keputusan pihak berkuasa tidak meluluskan acara Beer Fest tersebut adalah wajar. Keputusan itu berdasarkan bantahan orang awam kerana acara itu dibuat secara terbuka.
Hak orang bukan Islam dibolehkan minum arak di negara ini sering dijadikan hujah, soalnya apakah hak masyarakat untuk mendapat perlindungan dari kerosakan yang dibawa oleh arak tidak boleh dipertegaskan juga? Untuk menganjurkan pesta minum arak yang mempromosi budaya dan gaya hidup minum arak sudah pasti bercanggah dengan polisi negara menjaga kesihatan masyarakat.
Kami berpendirian pihak kerajaan harus konsisten dengan dasar memelihara kesihatan rakyat dan tidak tunduk kepada pihak yang ghairah dengan promosi industri arak yang dapat meraih keuntungan besar atas kerosakan masyarakat.
MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim - HARAKAHDAILY 4/10/2017
Sumber HD - 4-10-2017
Lagi misi PASRelief untuk Rohingya minggu depan
KUALA LUMPUR: Nasib para pelarian Rohingya yang sedang menyelamatkan diri dari kezaliman Junta Tentera Myanmar serta sekutunya sejak Ogos lalu terus diberi perhatian serius Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) di mana akan melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan berikutnya ke Kem-kem Pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh pada 8 hingga 12 Oktober depan.
Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, misi yang bakal disertai 19 anggota delegasi itu akan berfokus untuk menyalurkan bantuan mendesak terhadap keperluan makanan dan asas kehidupan lain khususnya melibatkan para pelarian baharu tiba ke Bangladesh di mana kini sudah mencecah 500,000 orang.
Menurutnya, PASRelief merancang mengedarkan pakej bahan makanan asasi kepada 3,000 keluarga dengan keutamaan diberi kepada ibu tunggal yang mempunyai ahli keluarga ramai, anak yatim yang menumpang keluarga lain, orang tua dan ibu-ibu dengan bayi di mana agihan ini dijangka menelan kos RM130,000.
PASRelief juga maklumnya akan menguruskan projek pembinaan antara 40 hingga 50 telaga tiub (tubewell) sebagai sumber air bersih untuk kegunaan pelarian di kem-kem yang baru dibuka, kerana ketiadaan sumber air bersih bakal mendedahkan pelarian kepada penyakit bawaan air tercemar akibat daripada penggunaan air parit dan longkang untuk minuman, mandi dan mencuci.
"Program 'tubewell' ini menjadi fokus utama delegasi PAS Pahang yang akan turut serta dalam misi PASRelief kali ini diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar. Projek ini dianggarkan memerlukan kos sekitar RM50,000 dan sumbangan orang ramai masih diperlukan melalui wakaf ataupun derma. Sebuah 'tubewell' menelan kos antara RM850 hingga RM1,000.
"PASRelief juga akan membina 10 bilik darjah yang boleh menampung 400 pelajar pada misi kali ini. Buat permulaan kita akan bina dulu bangunan asas, dan keperluan berikutnya seperti buku, peralatan mengajar dan elaun guru akan disumbangkan kemudian. Kos bangunan asas bilik darjah adalah sekitar RM2,000 seunit," terangnya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menyatakan, kos untuk mengendalikan sebuah kelas sekolah rendah dengan jumlah 40 murid bersama seorang guru di kem pelarian adalah sekitar RM10,000 setahun, di mana PASRelief juga telah mengadakan persetujuan melibatkan para graduan Chittagong International Islamic University melalui pertubuhan Ittihad al-Tullab Muslimin (ITM) bagi membekalkan guru dan menyediakan kurikulum selaras keperluan pendidikan anak-anak pelarian Rohingya.
Beritahu Sanusi, bangunan musolla dan masjid menjadi struktur penting untuk disediakan segera bagi para pelarian sebagai pusat ibadat, berkumpul, belajar dan bermesyuarat, selain akan menjadi tempat anak-anak pelarian mendapatkan pendidikan akademik dan belajar al-Quran pada waktu ia tidak digunakan untuk solat berjemaah.
"Kos musolla berukuran 20' x 40' dianggarkan RM6,000. PASRelief merancang membina 10 musolla pada kali ini dengan anggaran kos RM60,000. Tandas, bilik mandi wanita dan keperluan kebersihan diri amat penting di kem-kem pelarian. PASRelief akan membina beberapa set tandas, bilik mandi wanita dan mengagihkan barangan kebersihan diri khas kepada wanita dan kanak-kanak dalam misi kali ini.
"Program kemudahan asas ini dianggarkan akan menelan kos sekitar RM30,000. Walaupun rancangan misi kemanusiaan kali ini masih jauh daripada mencukupi, usaha mengumpulkan sumbangan rakyat Malaysia akan diteruskan oleh PASRelief sepanjang masa bagi melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan dan kewajipan agama kepada saudara Muslim Rohingya yang terperosok dan terhimpit di kem-kem pelarian sekitar Cox's Bazaar.
"Delegasi PASRelief kali ini akan diketuai sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa orang AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri. Turut serta ialah Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Timbalan Pengarah, PASRelief, Ustaz Norazli Musa," maklum beliau merangkap Pengarah Operasi misi kali ini.
Harakah juga katanya, turut menghantar dua orang wartawan untuk membuat liputan, selain wakil daripada kumpulan media KAMI Terengganu dan sumbangan orang ramai terus dialu-alukan untuk menjayakan misi kali ini yang boleh dibuat kepada akaun Tabung Kemanusiaan Antarabangsa Maybank 5630 7061 1352.
Sumber HD - 2-10-2017
Dunia, dengarlah derita Rohingya ini
KETIKA saya sedang memberi fokus 100 peratus terhadap Rohingya di Bangladesh, saya mengenepikan hal-hal lain. Namun sekembali dari melaksanakan program korban dan akikah di Jammu-Kashmir India, saya tidak dapat lagi menahan suatu perkara yang cuba saya sembunyikan. Berbeza dengan Hyderabad, di mana pelarian Rohingya hidup di tengah-tengah masyarakat Muslim, pelarian Rohingya di Jammu hidup dikelilingi masyarakat Hindu yang sebahagiannya juga adalah ekstremis. (Jammu adalah dibawah kekuasaan India). Keadaan tegang di Jammu kerana eksremis Hindu di sana telah memberi kata dua supaya kerajaan menghalau pelarian Rohingya yang lari ke sana.
Kami sendiri teragak-agak untuk ke Jammu. Tapi memandangkan tidak pernah pihak luar masuk ke kem pelarian Rohingya di Jammu, kami beranikan diri juga masuk ke sana. Selain ibadah korban dan akikah yang telah dijalankan, kami berhasrat menziarahi dan menyantuni pelarian-pelarian ini dan mengetahui keadaan mereka. Selama ini dunia tidak pernah dimaklum bahawa terdapat Rohingya yang lari sebegitu jauh, ke utara India. Di Jammu ini, askar India berkawal merata tempat. Pemeriksaan keselamatan usahlah diperkata. Entah berapa kali kami diperiksa. Seperti sedia maklum, sering berlaku pertembungan antara askar dan Pejuang Kemerdekaan Kashmir.
India mendakwa seluruh negeri Jammu dan Kashmir adalah haknya. Pada 2010 India mentadbir 43 peratus wilayah termasuk sebahagian besar Jammu, di Lembah Kashmir, Ladakh, dan glasier Siachen. Negara Pakistan pula menguasai sekitar 37 peratus dari Kashmir, iaitu Azad Kashmir dan wilayah utara Gilgit dan Baltistan. China menguasai 20 peratus dari Kashmir, termasuk Aksai Chin yang diduduki selepas Perang China-India 1962, dan Tran Karakoram (juga dikenali sebagai Lembah Shaksam), yang diserahkan oleh Pakistan pada tahun 1963. Jammu dan Kashmir menjadi lokasi konflik antara Angkatan Bersenjata India , militan, dan pemisah.
Walaupun keadaan tegang di Kem Pelarian Jammu, kami tetap berada di sana hingga korban dan akikah telah pun selesai dilaksana. Tetapi belum pun apa-apa, kunjungan kami dihidu kumpulan ektremis. Maulana Yusof, ketua pelarian Rohingya yang bimbang keselamatan kami, segera mengurung kami di pondok buruknya. Pintu dikunci dan lampu ditutup. Keadaan sangat tegang. Berjam-jam kami begitu sambil merancang dan mencari jalan untuk segera keluar dari Jammu. Destinasi kami adalah untuk segera keluar ke Srinagar. Malangnya, tidak ada penerbangan kecuali keesokan hari.
Setelah keadaan reda, kami kembali dan hanya berkurung di hotel dan tidak berani ke mana-mana lagi termasuk untuk keluar makan malam. Arafat, orang perantaraan di sana membawa makanan untuk kami di hotel. Sedih rasanya tidak sempat ziarah kem-kem lain di sekitar Jammu. Esoknya kami terbang keluar dari Jammu ke Srinagar. Balik ke Malaysia, kami mendapat khabar sedih, 12 pelarian Rohingya ditangkap termasuk Maulana Yusof, mereka ditahan. Pembebasan mereka perlukan duit. MAPIM menghantar sedikit duit, sembilan orang dibebaskan manakala tiga masih ditahan hingga saat ini termasuk Maulana Yusof.
Dua hari lepas kami dimaklum, pelarian Rohingya telah dipaksa keluar dari Jammu. Semalam 70 telah berpindah dan 10 orang lagi ditangkap. Ketika saya menaip ini, ratusan lagi sedang bersiap-siap untuk meninggalkan Jammu. Sebahagian akan bergerak ke Hyderabad sejauh hampir 2,000 km.
Allahuakbar! Saya kongsikan perkara dan pengalaman ini. Itulah derita Rohingya... Saya tak mampu menyimpannya lagi
NADZIR SHAFIE
Aktivis MAPIM/ Group Titian Kasih - HARAKAHDAILY 29/9/2017
Sumber HD - 29-9-2017
Muslim ada hak praktik amalan Islam
BADAN bukan kerajaan (NGO) menyifatkan sikap prasangka dalam kalangan pemimpin politik hanya menjarakkan perpaduan kaum di negara ini.
Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, sikap yang ditunjukkan sesetengah pemimpin disifatkan boleh menanam bibit kebencian rakyat.
Katanya pemimpin politik terbabit tidak perlu mencanang ekstremisme kaum kerana Rukun Negara sebagai tiang bagi memupuk keharmonian di negara ini sudah lama dihayati rakyat.
“Jika ahli politik sering cetus isu sensitif terhadap amalan orang Islam dan kaum hanya mengundang kepada gugatan ketenteraman,” katanya di Kota Bharu.
Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilapor menyifatkan isu dobi pakaian untuk Muslim bertentangan dengan pendirian kerajaan.
Sebelum itu tular di media sosial sebuah kedai dobi layan diri di Muar Johor melaksanakan dasar “mesra Muslim” dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan beragama Islam sahaja.
Pengendali dobi itu, dilapor memberitahu beliau sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Dr Zulkeflee juga orang Islam ada hak memilih mempraktik amalan agama mereka.
“Sekarang seolah-olah ada pihak cuba campur tangan dan tidak setuju orang Muslim hidup dengan amalan Islam yang selaras dengan perlembagaan di mana Islam agama tertinggi,” katanya.
Oleh itu kata beliau politikus ekstremis dan vernakular tidak wajar diberi tempat sebagai pemimpin besar dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
“Apa pun teguran Sultan Johor dan pemilik premis dobi boleh dijadikan pedoman untuk mengelak ketegangan dalam masyarakat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/9/2017
Sumber HD - 28-9-2017
RUU 164: NGO Ummah serah memo kepada YDPA, Raja-Raja Melayu
NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah) telah menyerahkan memorandum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad dan juga Yang di-Pertuan Agong, berhubung isu Rang Undang Undang Akta 164 (Pindaan).
Penyerahan itu dibuat Pengerusi Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahya dan Timbalan Pengerusi Sekretariat Ummah, Kamaruzaman Mohammad hari ini di Pejabat Majlis Raja-Raja Melayu di Jalan Bellamy.
Memorandum itu antara lain menyebut mengenai kesan pindaan Akta 164 yang dibawa ke Parlimen sebelum ini.
Penyerahan memo kepada Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu dan YDPA Agong juga dihadiri Panel Penasihat Undang-undang Ummah, Wan Mohd Fauzi.
Sementara di Istana Negara pula, memorandum yang sama diserahkan kepada YDPA Agong melalui Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Mohd Husin Yusop. – HARAKAHDAILY 20/9/2017
Lanjut di Harakah 2283 edisi Isnin.
Sumber HD - 20-9-2017
Pelajar Malaysia ditahan di Mesir, kedutaan digesa ambil peranan
SUSULAN penangkapan dan tahanan lokap ke atas beberapa orang pelajar Malaysia di Mesir pada waktu ini oleh pihak berkuasa Mesir, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) menyeru pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Kerajaan Malaysia memberi perhatian serius untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan segera.
ILMAM dimaklumkan bahawa pelajar yang terlibat dengan penangkapan ini ialah mereka yang menuntut di Pusat Kursus Bahasa Arab di Kaherah.
Seperti sedia maklum, mana-mana pelajar yang baru tiba ke Mesir memperoleh visa selama 3 bulan daripada Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur. Walaupun demikian, visa tersebut akan tamat tempoh dan peluang untuk memperbaharuinya amat sukar kerana para pelajar masih belum mendapatkan pengesahan pengajian (tasdiq) daripada pihak institusi pengajian.
ILMAM turut dimaklumkan oleh para pelajar Malaysia di Mesir bahawa pihak berkuasa Mesir juga tidak lagi mengakui surat sokongan yang dikeluarkan oleh pihak KBMK kepada pelajar yang belum memperolehi visa. Masalah ini dirumitkan lagi apabila pegawai-pegawai tempatan yang dilantik untuk menguruskan pembaharuan visa telah menahan pasport para pelajar sehingga melebihi sebulan untuk diproses hingga mengakibatkan sebahagian pelajar Malaysia kini bukan hanya tidak memiliki visa bahkan pasport mereka juga tidak berada dalam simpanan masing-masing.
Justeru ILMAM menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan yang segera dan konkrit kerana ia melibatkan keselamatan rakyat Malaysia. Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai di Mesir serta isu keselamatan pelajar yang sedang berlaku ini, sewajarnya kerajaan Malaysia menyegerakan pelantikan Duta Besar Malaysia ke Mesir serta Menteri Penasihat Pendidikan, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang ketika ini kekosongannya masih belum diisi.
Syed Abdul Kadir Aljoofre
Presiden ILMAM
Tarikh: 19 September 2017
Sumber HD - 19-9-2017
Mufti usah perlekeh sekolah tahfiz - NGO
BIARPUN ramai tahu sebahagian besar sekolah tahfiz yang diurus pihak persendirian kurang sempurna, namun ibu bapa tetap juga memilih sekolah terbabit.
Ini kerana ibu bapa era pascateknologi sedar mereka amat memerlukan pendidikan agama kepada anak sebagai benteng akidah menghadapi ancaman global.
Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, kesedaran kepada agama menyebabkan pusat pengajian tahfiz berkembang pesat sekarang.
Bagaimanapun malang ada tokoh agama yang berstatus mufti seperti memperlekehkan pusat pengajian tahfiz.
“Sesiapa pun boleh membuat komentar terhadap kejadian yang berlaku terhadap beberapa sekolah tahfiz termasuk gagal patuhi piawai keselamatan.
“Sepatutnya kita tampil membantu kerana ada pusat pendidikan tahfiz dan pondok kekurangan dana, fasiliti dan sumber kewangan tidak mencukupi,” katanya di Kota Bharu.
Baru-baru ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilapor berkata, mahaad tahfiz di mana-mana saja tidak memenuhi syarat, namun kerana sentimen agama pihak berkuasa takut hendak ambil tindakan. – HARAKAHDAILY 19/9/2017
Sumber HD - 19-9-2017
Arakan: Pentingnya umat peduli politik
KANGAR: Sejarah menunjukkan bahawa Kesultanan Kerajaan Islam Arakan telah wujud sejak kurun ke-14 (1345M) dan diperintah sehingga kurun ke-18 (1784M)
Di mana terdahulu Islam diterima dengan meluas di Arakan sejak dari kurun ke-9 (877M) lagi iaitu sewaktu pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid.
Demikianlah antara ringkasan sejarah Arakan oleh Pengarah Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief), Muhammad Sanusi Md Nor pada Himpunan Fastaqim dan Pelancaran Jentera PRU14 PAS Kawasan Kangar, di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS), baru-baru ini.
Menurutnya, antara turut dikisahkan adalah bumi Arakan pernah disinggahi Sahabat Rasulullah yang tersohor iaitu Saiyidina Saad Abi Waqas untuk berdakwah, dalam perjalanannya ke China.
Sumber HD - 14-9-2017
Kisah meruntun jiwa, Fatimah dan Salman
KEPERLUAN paling mendesak waktu ini bagi pelarian yang baru tiba dalam minggu ini adalah makanan asas (beras, dal, minyak dan garam) kerana sebahagian mereka telah menempuh perjalanan dengan berjalan selama 10 hari untuk tiba di sempadan. Sebahagian besar daripada 300,000 orang yang baru tiba, menumpang di pinggir jalan, kem-kem baru di Thankhali dan Balokhali terlalu lapar.
Kisah Fatimah
Fatimah, seorang balu bersama anak tiga orang lari bersama keluarga dan jiran-jirannya dari Buthidaung, daerah paling jauh dari sempadan yang sedang dibakar oleh puak Rakhine dan tentera Myanmar.
Suaminya telah syahid. Anak kecilnya Salman berusia dua tahun didukungnya, dua lagi diheret oleh jiran-jiran merentasi belantara gunung.
Buthidaung dipisahkan dengan sempadan Bangladeah oleh banjaran bukit bukau dan anak sungai. Tiada apa yang sempat dicapai oleh Fatimah dari rumahnya, kecuali tiga orang anak itu sahaja, sehelai sepinggang. Tempoh perjalanan yang terpaksa ditempuhi untuk tiba ke sempadan tidak diketahui, itulah kali pertama Fatimah meninggalkan rumahnya, itupun kerana terpaksa demi nyawa anak-anak.
Perjalanan menjadi perlahan kerana dihutan belantara itu juga mereka diburu pelampau Rakhine dan tentera. Selain peluru dari belakang, laluan mereka di tanam periuk api. Setiap 1 kilometer, mereka akan berhenti. Salah seorang daripada kumpulan mereka seramai sekitar 100 orang dewasa dan kanak-kanak itu akan ditugaskan meninjau laluan satu kilometer di depan, jika selamat, mereka teruskan, jika ada musuh menanti, mereka menunggu hingga musuh beredar.
Makanan Fatimah dan anak-anak sepanjang jalan hanya pemberian jiran dan saudara mara yang sempat mencapai beras dan periuk, dia menumpang sesuap dua nasi sehari untuk dia dan anak-anak.
Hari ketujuh, semua bekalan makanan habis. Pucuk kayu dan air bukit saja yang ada untuk mengalas perut kanak-kanak dan orang dewasa. Anak-anak yang menangis kelaparan dipujuk supaya tidur menanti esok.
Hari ke sepuluh, waktu hampir senja mereka tiba di anak sungai terakhir yang memisahkan mereka dengan Bangladesh, tanah penyambung nyawa.
Salman yang menangis kelaparan sejak dua hari lalu, dipujuk supaya tidur dalam pelukan Fatimah sejak awal pagi, ketika mereka memulakan perjalanan hari ke-10 itu. Dua lagi anaknya dikendong jiran dan saudara mara yang masih punya kudrat bergilir-gilir. Dengan sisa tenaga terakhir, lemah longlai, mereka melangkah menuju sempadan. Dunia baru yang selamat dan tenteram.
"Fatimah, anakmu sudah tiada, matanya terpejam sejak pagi tadi," kata jiran di belakangnya.
"Tidak! Salman hanya takut dan lapar, aku memujuknya supaya tidur, nanti aku akan memanggilnya bangun, membuka mata jika kita telah selamat dan ada makanan untuk dia makan," kata Fatimah.
"Fatimah! Betul katanya, Salmanmu ini telah tiada," Kata jirannya yang lain yang menjamah Salman di pelukan Fatimah.
"Tidak! Salman sedang tidur. Nanti aku akan kejutkan dia di seberang sana," Kata Fatimah sambil meranduk anak sungai berair masin separas pinggang. Batas ban selebar dua meter di depan itu adalah dunia baru mereka. Tempat untuk mereka mendapat status baru - pelarian!
Sebaik tiba di seberang, masing-masing melepaskan lelah di tanah, terduduk, terbaring, terlentang, terjelepok kehabisan upaya.
Mereka disambut sukarelawan Rohingya dan warga Bangladesh yang datang dari serata tempat, membantu saudara mara yang baru tiba. Biskut, roti dan minuman diagihkan kepada setiap orang yang selamat sampai. Sebotol air minuman umpama sebotol emas buat mereka.
"Salman! Bangun Salman, buka matamu, kita telah sampai di tempat yang selamat. Ibu sudah ada makanan untukmu," Fatimah mengejutnya anak bongsunya
Salman tetap terpejam, terdiam terkulai layu. Sambil mengusap kepala Salman di ribaannya, Fatimah terus memanggil manggil nama buah hatinya itu berulang kali. Dia tidak akan makan sebelum anaknya dapat merasai makanan.
"Bangun Salman! Sudah boleh buka matamu, di sini kita sudah selamat dan ada makanan untuk kita. Bangunlah nak! Bangunlah Salman! Mak ada biskut dan roti untuk kita".
Fatimah tidak sedar dia dikerumuni jiran dan saudara-mara seperjalanannya, termasuk Saudara Ibrahim dari WAMY yang sedang mengagihkan makanan. Semuanya terpaku memandang Fatimah, air mata mereka yang telah kering pun menitis jua, menjurai memandang Fatimah.
Salman benar-benar tidur kelaparan, tidur untuk selama-lamanya. Fatimah meraung merangkul anaknya, dua lagi anak Fatimah menerpa memeluk ibu dan adik mereka. Biskut dan air botol terlepas dari genggaman, Ibrahim terduduk menangis sayu. Fikirannya kosong.
Nota: Kisah ini diceritakan oleh Saudara Ibrahim di Pejabat CHA malam tadi dalam keadaan tersekat-sekat menahan sebak. Peristiwa ini saya saksikan dengan mata saya sendiri, mereka itu samua dari kampung asal saya Buthidaung, katanya.
Saya ingin ucapkan terima kasih kepada PASRelief yang datang membantu kami. Kisahkan cerita ini kepada saudara kita di Malaysia, beginilah keadaan pelarian Muslim Rohingya pada waktu ini.
Saya tidak dapat bertanya apa-apa, terlupa untuk mengesahkan nama anak Fatimah yang telah tidur lena itu, kerana kerongkong saya juga dihimpit air liur dan nafas yang tersekat.
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengarah PASRelief
Tabung Kemanusiaan Antarabangsa
5640 7061 1352 (Maybank) - HARAKAHDAILY 13/9/2017
Sumber HD - 13-9-2017
Buka
pusat kemanusiaan Malaysia di Cox Bazar
MAPIM bersama gabungan NGO Malaysia akan membuka sebuah pusat operasi bantuan kemanusiaan (Malaysian Humanitaraian Center - MHC) di Cox Bazar Bangladesh, minggu ini. Pusat ini berfungsi untuk menjadi pusat menyelaras, komunikasi serta fasilitasi untuk NGO Malaysia dan NGO Serantau melaksanakan operasi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di daerah Cox Bazar dengan lebih efisien dan berkesan.
Sejak 25 Ogos 2017, antara 18,000-20,000 orang warga Rohingya melarikan diri untuk mencari perlindungan di Bangladesh melalui sempadan sungai Naf. Kini hampir 400,000 orang pelarian Rohingya telah berada di Teknaf, bandar kecil di selatan Cox Bazar, sebuah daerah yang popular sebagai pusat pelancongan.
Keadaan pelarian sangat berat. Ada yang berjalan kaki berhari-hari tanpa makanan dan minuman. Situasi ini sangat parah sehingga Bangladesh mendesak Myanmar menerima semula warga Rohingya ini pulang ke tempat mereka kembali.
Agensi kemanusiaan kini tidak dibenarkan masuk ke dalam daerah di mana tentera Myanmar beroperasi di Maungdaw, Buthidung dan Ruthidung. Lantaran itu ribuan warga Rohingya terperangkap manakala yang dapat menyelamatkan diri sedang berada di sebelah Bangladesh.
Mapim akan berusaha untuk mengerakkan kerja assesmen di Cox Bazar untuk menilai keperluan bantuan kemanusiaan dan bagaimana kaedah serta mekanisme pengedaran bantuan asas makanan, ubatan, khemah, keperluan kanak-kanak dan wanita dapat dilakukan dengan lancar oleh semua NGO Malaysia.
MHC akan mula beroperasi juga sebagai pusat maklumat dan komunikasi agar sukarelawan dari pelbagai NGO boleh menyelaraskan kerja kemanusiaan di Bangladesh setelah mendapat maklumat yang terkini dan lengkap.
Mapim sedang berusaha untuk mendapat kelulusan dari pihak Bangladesh dan sokongan dari kerajaan Malaysia supaya MHC tidak berhadapan dengan kerumitan prosedur dari pihak yang berkenaan di Bangladesh. - HARAKAHDAILY 13/9/2017
Sumber HD - 13-9-2017
Bantuan NGO kepada Rohingya dipusatkan
PUSAT Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) bersetuju untuk seluruh kolaborasi, penyelarasan dan penyaluran maklumat berhubung Misi Bantuan dan Kemanusiaan Rohingya bersama semua pihak diselaraskan di bawah satu pengurusan pusat bantuan.
Bendahari PASRelief, Mohd Adram Musa berkata, ia ketetapan bersama yang telah dipersetujui oleh semua NGO pada mesyuarat tergempar dipengerusikan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, di Pejabat MAPIM, di sini semalam.
Maklumnya, pusat bantuan NGO itu akan beroperasi di Cox’s Baazar, Bangladesh dalam usaha mengatur dan menyelaraskan penggerakan misi agar dapat meluaskan tindakan misi secara lebih berkesan dan maksimum termasuk menghadapi pelbagai birokrasi di kedua-dua negara termasuk Myanmar.
Semua NGO yang hadir juga menurutnya, bersetuju menyumbangkan RM1,000 sebulan sebagai melicinkan kos pengurusan operasi dan lain-lain keperluan berkaitan di mana penting disiap bina dalam masa terdekat, selain menggerakkan khidmat sukarelawan sekerap mungkin.
Adram turut membutirkan perkembangan terbaru dari tindakan penghapusan etnik yang dilakukan pihak Myanmar hingga menyebabkan ribuan terkorban dan keseluruhan etnik Rohingya di Arakan telah melarikan diri ke hutan dan menyeberang ke sempadan Bangladesh.
Keadaan itu katanya, menjadikan kem pelarian sedia ada di Cox’s Baazar, Kutupalong, Balukhali, Shamlipur, Leda, Nayapara dan Teknaf menerima kebanjiran yang tidak dapat ditampung lagi, serta keperluan bekalan makanan dan perubatan sangat mendesak.
Orang ramai yang berhasrat menyumbang boleh menyalurkan ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS Pusat (Maybank 5640 7061 1352) dan boleh mendapatkan keterangan lanjut di talian 012-596 9220 (Pengarah) atau 013-384 5555 (Bendahari). – HARAKAHDAILY 12/9/2017
Sumber HD - 12-9-2017
Akibat menjadi Muslim di Arakan
LARI bersembunyi di hutan tidak bermakna selamat, kerana hutan lebih banyak bahaya dari pelbagai punca.
Pulang semula ke kampung yang telah dibakar binasa semuanya, akan membinasakan nyawa pula. Satu-satunya pilihan yang ada hanyalah merentasi sempadan negara, merentasi bukit bukau dan sungai menjadi pelarian di negara jiran.
Kumpulan yang tidak sempat pun masuk ke hutan, tergopoh gapah meredah kelam subuh menuju sempadan sebaik sahaja kampung sebelah dibantai dan dibakar. Belumpun rumah dan kampung halaman hilang dari pandangan, api dan asap mula menjulang membakar rumah tinggalan mereka.
Apa saja yang sempat di sambar, digalas, dijinjing sepanjang jalan menuju sempadan. Orang tua dan wanita yang uzur diusung bergilir-gilir oleh anak dan saudara mara. Sebahagiannya mati dijalanan.
Yang tidak sempat lari, atau tiada upaya untuk pergi, maut pun menerpa mereka di hujung senjata api, parang dan api dan asap, ada yang hangus rentung bersama rumah. Setelah menguruskan mayat ibu bapa, anak dan ahli keluarga, sisa yang bernyawa pun berangkat juga ke sempadan.
Ini fasa terakhir Myanmar laksanakan genocide kepada Muslim Rohingya dia Arakan, projek yang dimulakan selepas merdeka pada 1948. Digiatkan sejak 1962 selepas junta merampas kuasa dan memerintah sehingga 2005.
Pada 1982, Akta Kerakyatan diluluskan, semua etnik Muslim Rohinga dilucutkan kerakyatan bersama semua hak sebagai warga negara.Sejak 1979, Bangladesh menjadi lokasi pelarian kerana jaraknya yang hampir, sebahagian lagi bertebaran ke seluruh dunia. Tiga juta telah meninggalkan Burma (Myanmar) sejak operasi genocide dimulakan, dan fasa terkahir ini untuk mengosongkan tiga daerah di bahagian utara Arakan - Buthidaung, Muangdaw dan Rathedaung.
Setelah kekejaman ke atas Muslim Rohingya selama berdekad-dekad, masyarakat dunia dipaksa menyaksikan ribuan senario, peristiwa, gambar dan video yang luar biasa, yang mencabar ketamadunan manusia.
Kritikan, teguran, kecaman dan desakan komuniti atau agensi antarabangsa supaya Myanmar menghargai nyawa manusia, hak asasi dan sejarah, serta berhenti daripada berhati binatang, tidak memberi sebarang bekas.
Inilah yang kami saksikan dalam misi PASRelief kali ke empat ke kawasan tumpuan pelarian Muslim Rohingya di Bangladesh - Ramu, Ukiya, Kutupalong, Balukhali, Thankhali hingga ke Teknaf. Misi ini paling meremukkan hati, kondisi Muslim Rohingya di sini pada waktu ini sukar sekali ditulis dengan perkataan. Kami kirimkan dulu gambar-gambar dan video sebagai jurubicara. – HARAKAHDAILY 11/9/2017
Catatan Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor bersama Mohd Shahir Abu Hassan dan Awang Salahuddin Hashim Dari Cox's Bazaar, Bangladesh. 11 September 2017 Bersambung di Bahagian 2
Sumber HD - 12-9-2017
Ayuh bantu Misi Kemanusiaan ke Rohingya
MISI yang keempat PASRelief kali ini ke kem pelarian Muslim Rohingya di Bangladesh. Kem Cox’s Bazar. Kem ini terletak di Kutupalong, Balokhi, Teknaf dan lain-lain.
Untuk kem pelarian yang akan dilawati kali ini ialah kem pelarian yang baru datang yang jumlahnya dianggarkan 200,000-300,000 di Thankhali. Misi kali ini disertai oleh tiga orang iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengarah PAS Relief Sanusi Md Noor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS WP merangkap AJK PAS Titiwangsa Mohd Shahir Abu Hassan dan TYDP PAS Pendang Awang Salahuddin Hashim.
Misi ini dijadualkan pada 10-14 September 2017. Semuanya tertumpu di kawasan tersebut. Antara sasaran utama misi ialah mendapatkan gambaran tentang keperluan pelarian seperti keperluan khemah dan makanan, serta keperluan telaga tiub untuk keperluan sumber bekalan air bersih, untuk minuman, tandas dan tempat mandi. Perkara ini adalah isu utama di mana-mana kem pelarian - khemah, sanitasi dan keselamatan.
Di Thankhali, penduduk tempatan mengambil inisiatif apabila membuka kem sendiri. PASRelief terpanggil atas kewajipan sosial sesama Islam ini.
PASRelief akan pergi dengan sejumlah wang yang dikumpulkan daripada sumbangan entiti PAS dan juga orang ramai, masjid dan juga surau di seluruh negara dan masih memerlukan lagi sumbangan orang ramai untuk mencukupkan bekalan.
Bantuan boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 (Maybank)
Hakikatnya berapa banyak yang ada pun tidak mungkin dapat mampu menampung keperluan sebenar yang diperlukan di sana tapi PASRelief akan bantu sedaya yang boleh dengan kedudukan kewangan yang kita ada. – HARAKAHDAILY 7/9/2017
Sumber HD - 7-9-2017
Sejarah Arakan, Muslim Rohingya yang
dijulingkan
MATAWANG kurun ke 16, dan lukisan-lukisan sejarah kesultanan kerajaan Islam Arakan ini adalah petunjuk bahawa Arakan sejak kurun ke-14 (1345M), telah diperintah oleh kerajaan Islam sehingga kurun ke-18 (1784M). Islam diterima meluas di Arakan sejak kurun ke-9 (877M) sewaktu pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid.
Dikisahkan bumi Arakan pernah disinggahi sahabat Rasulullah yang tersohor iaitu Syaidina Saad Abi Waqas untuk berdakwah, dalam perjalanannya ke China.
Satu-satunya bangsa di dunia yang 100% menganut Islam adalah etnik Rohingya di Arakan. Kekalahan kepada penjajah Burma pada 1784M dan dijajah Inggeris pula pada 1824M membelahkan wilayah Islam Arakan ini kepada Burma pada 1948M, bahagian yang diserahkan kepada India kemudiannya menjadi Pakistan Timur pada 1947M dan menjadi sebahagian Bangladesh pada 1971M.
Pelabuhan terbesar Bangladesh di Cittagong dahulu adalah sebahagian daripada Arakan.
Sebuah tugu Field Marshal William Joseph Slim (The Viscount Slim) yang bertugas dalam British Indian Army didirikan di Kota London, bertentangan dengan kediaman Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street. Tugu ini dipahat wilayah-wilayah imperial di bawah kendalian beliau antaranya adalah Arakan, terpahat berasingan daripada Burma. Beliau pernah dilantik mengetuai 14th Army Burma (1943-45) dan kemudiannya Gavenor General Australia (1952-60).
Rohingya adalah penduduk asal Arakan, Islam adalah pegangan dan kerajaan yang mereka dirikan. Untuk memadamkan sejarah ini, semua media mutakhir ini di Burma tidak menggunakan Istilah 'Rohingya' malah kerajaan Burma memanggil mereka kaum Benggal. Nama Arakan di tukar kepada Rakhine State dan ibu negerinya Akyab dinamakan Sittwe.
Masjid-masjid yang berusia ratusan tahun dan premis perniagaan milik orang Islam dibakar, ditutup dan dirampas. Orang Islam tidak boleh berada di mana-mana bahagian bandar Akyab (Sittwe).
Siapa kata Muslim kaum bukan Rohingya tidak terancam di Myanmar?
Pada Mac 2013, di Maktila, Mandalay ( bahagian tengah Burma), 5 buah Masjid, kedai-kedai milik umat Islam dibakar dan lebih 20 muslim dibunuh (bakar hidup-hidup) . Mereka bukan dari bangsa Rohingya tetapi Muslim Burma. Ia disenyapkan.
Sejak 2005, Kerajaan Myanmar melarang membina masjid baru dan masjid sedia ada tidak boleh diperbesar atau dibaikpulih. Ia juga disenyapkan!
Adalah pelik dan buta sejarah apabila ada pihak mendakwa Rohingya adalah pendatang di Myanmar dan hanya mereka dizalimi tentera kerana mereka bukan warga Myanmar dan kerana berkelakuan buruk.
Sahabat saya di Yangon berketurunan Rohingya sebelah neneknya, dan datuknya berbangsa Rakhine yang memeluk Islam. Datuknya berkhidmat selama 40 tahun sebagai pegawai kerajaan Burma. Neneknya masih menerima pencen datuknya sebagai pesara kerajaan.
Dia terpaksa membuang semua identiti Rohingya untuk tinggal bebas di Yangon. Semua Rohingya yang berada di luar Arakan menanggalkan identiti Rohingya untuk hidup. Semua Muslim Burma tidak dibenarkan masuk atau keluar ke Arakan, kecuali dengan permit khas.
Saya dapat memerhatikan seorang muslim Burma yang beratur di hadapan saya, ketika mahu pulang ke Rakhine State, diperiksa seluruh badan, dan diselongkar bagasinya di Lapangan terbang Yangon dan setibanya di Akyab, walaupun dia memiliki permit khas.
Dia seorang sahaja dibuat begitu, lebih daripada pemeriksaan terhadap kami, warga asing. Saya bertanya kepada saudara Nasim yang menguruskan keberangkatan kami ke Arakan, dia memaklumkan kerana maulana itu muslim. Orang Islam sukar sekali mahu pergi atau keluar dari Arakan.
Sejak keluar dari Arakan pada 2007, Nasim tidak pernah pulang lagi ke bumi itu. Dia terpaksa merasuah pegawai Myanmar sekitar RM30,000 untuk membenarkan ibunya keluar dari Arakan untuk merawat sakit diabetis di Yangon tahun lalu.
Ada tiga pihak yang sedang membunuh, mengusir dan membakar kampung-kampung Muslim Rohingya. Junta tentera kerajaan, Arakan Army -sayap bersenjata parti politik etnik Rakhine dan sami buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu. Jika Rohingya adalah pendatang haram, kenapa urusan pandatang haram menjadi urusan Arakan Army dan Gerakan 969 Ashin Wirathu?
Ada pihak cuba menulis sejarah Rohingya seolah-olah Myanmar tidak pernah dikenali sebagai Burma, Arakan bukan nama asal Rakhine State. Bagaimana etnik yang mendiami Arakan sejak seribu tahun dikatakan berasal dari sebuah negara lain yang hanya wujud pada 1971?
Tuduhan-tuduhan pelik kepada Muslim Rohingya yang baru muncul di media internet adalah sejenis propaganda politik kerajaan Myanmar untuk menghalalkan kekejaman terhadap Muslim Rohingya. Setelah bertahun-tahun cuba memadamkan sejarah Islam di Arakan dan kaitannya dengan Muslim Rohingya, kini muncul pula usaha mewajarkan mereka diperlakukan persis haiwan perosak, dibunuh dan dihapuskan... Berwaspadalah! - HARAKAHDAILY 3/9/2017
Penulis ialah Pengarah PASRelief
Sumber HD - 3-9-2017
Panggilan kecemasan dari Maungdaw, Arakan
MOHON Jawatankuasa PASRelief, sukarelawan, ahli-ahli PAS dan seluruh umat Islam melipatgandakan kempen 'Tabung Kecemasan Rohingya' yang sedang PASRelief gerakkan, kolaborasi bersama MAPIM.
Saya sudah mengatur dengan PIC (ketua kampung /Imam) di Maungdaw dan juga kumpulan Muslim Rohingya yang sedang lari menyelamatkan diri ke sempadan Bangladesh untuk mereka di sana segera dapat membeli beras, makanan, selimut, ubat dan khemah. Mereka sedang menunggu wang dari kita untuk membeli barangan tersebut..
Ribuan sedang kelaparan dan ketakutan, sakit dan cedera, anak-anak sedang menangis, mereka lari sehelai sepinggang.\
Mohon dengan segera kita gandakan usaha untuk bantu mereka dalam tempoh 24 jam hari Arafah dan berikutnya hari-hari tasyrik untuk kumpulkan minima RM20,000 untuk dihantar segera ke sana.
Salurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (Maybank) 5640 7061 1352 – HARAKAHDAILY 31/8/2017
Penulis ialah Pengarah PASRelief
Sumber HD - 31-8-2017
Siapa dalang di sebalik pembantaian Rohingya?
SELAIN China dan India, rakyat Malaysia dan musyrikin Rakhine yang bekerja di negara ini membiayai pembantaian ke atas Muslim Rohingya.
China menjadi pelabur, pendana, penyumbang dan menguasai ekonomi dan politik Myanmar. India menjadi kuasa negara luar yang kedua terbesar menanam modal di Myanmar. Projek pelabuhan, saliran paip minyak, pembinaan lapangan terbang baru dan jajaran jalan raya sedang rancak di wilayah majoriti muslim di Arakan. Bekalan elektrik jugak sedang diperluaskan ke bahagian pedalaman wilayah itu.
Dua kuasa baru ekonomi dan politik Asia ini segera mendorong regim junta yang terkenal dengan kekejaman dan amalan rasuah membantai Muslim Rohingya dia Arakan. Mereka mahu kuasai tanah dan wilayah yang paling stretegik di Arakan.
Selain junta, parti politik etnik Rakhine dan sami-sami buddha juga mengambil kesempatan menjalankan pembunuhan untuk menguasai geopolitik dan geoekonomi di bahagian Barat Myanmar. Parti politik etnik Rakhine memiliki unit bersenjata mereka sendiri yang dikenali sebagai Arakan Army.
Sebahagian besar pembiayaan untuk memperoleh senjata, menggaji pasukan ini untuk menjalankan aktiviti keganasan ke atas Muslim Rohingya diperoleh daripada kalangan etnik itu yang bekerja di Malaysia. Pembiayaan juga diperolehi atas nama agama buddha dan program pengumpulan dana sentiasa berjalan. Dimaklumkan kepada saya oleh rakan-rakan dari Myanmar, aktiviti mengumpulkan dana mereka sering dilakukan di Ipoh dan Pulau Pinang.
Walaupun junta di peringkat kerajaan pusat Myanmar dengan parti politik etnik Rakhine sedang bertelagah tentang penguasaan wilayah, autonomi dan kemerdekaan, mereka menjadi regu yang intim dalam aktiviti pembunuhan, pengusiran dan kekejaman untuk memastikan Muslim Rohingya dapat dilenyapkan dari waliyah Arakan.
Ketakutan tentang kadar pertambahan penduduk dari kalangan Muslim Rohingya akan membahayakan penganut dan kerajaan buddha sentiasa diapi-apikan di kalangan rakyat dan birokrat Myanmar. Kata mereka, jika Rohingya dibiarkan hidup bebas, Myanmar akan menjadi negara Muslim seperti Indonesia dan Malaysia.
Keagungan kerajaan hindu telah menjadi sejarah dengan kedatangan Islam.
Kekejaman dan pembunuhan sekarang ini sedang dan akan terus disebarkan seluas-luasnya sebagai propaganda politik bagi menimbulkan rasa takut dan tidak selamat dalam kalangan muslim Rohingya.
Ini adalah fasa terakhir operasi genocide selepas kerakyatan mereka dilucutkan, kegiatan ekonomi, pendidikan, aktiviti sosial, hak mengundi, akses rawatan kesihatan, kemudahan asas dan penyertaan dalam politik mereka dinafikan sejak 1962.
Auun San Suu Kyi adalah pemerintah boneka Myanmar, tunduk kepada junta tentera, kuasa China dan India.
Tambahan pula, dia sentiasa hidup dengan dokongan kuat sami-sami buddha yang sebahagian mereka menyertai gerakan pelampau 969 pimpinan Ashin Wirathu.
Sekurang-kurangnya tiga 'talian hayat' daripada luar yang perlu 'dipotong' untuk menamatkan genocide terhadap Muslim Rohingya di Arakan.
I. China.
2. India
3. Penyumbang dana daripada Malaysia - tenaga kerja asing dari Myanmar dan pendana atas nama agama buddha.
Myanmar pasca demokrasi (wayang) telah muncul sebagai pusat pelaburan dan pasaran yang besar bagi kuasa-kuasa besar dan para kapitalis. Selain projek pembangunan infrastruktur, paip minyak merentasi daratan ke China, pelabuhan, hasil bumi berupa minyak dan gas, laluan perdagangan di perairan Arakan telah dilalui kapal sejak ratusan tahun lalu.
Kepala junta dan boneka politik boleh dibeli dan sedia menjual diri. Keuntungan dan bisnes bernilai bilion dollar sedang menanti para pelabur dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Korea, Jepun dan beberapa negara barat. Kelibat mereka berpakaian segak boleh di lihat ditengah-tengah konflik kemanusiaan itu, berunding dengan kepala junta di hotel dan padang golf di Akyab (Sittwe). Di Yangon dan Naypyidaw (pusat pentadbiran kerajaan baharu) tidak perlulah diceritakan.
Mengusir keluar tenaga kerja asing Myanmar dari negara kita boleh memutuskan satu talian hayat para pembunuh Muslim Rohingya. Beranikah Malaysia? –
HARAKAHDAILY 31/8/2017 Penulis ialah Pengarah PASRelief
Sumber HD -31-8-2017
Kerajaan didesak tangguh laksana pindaan Akta 164
SEGALA ruang yang ada perlu digunakan untuk mendesak kerajaan daripada melaksanakan Akta 164 walaupun sudah dilulus di parlimen baru-baru ini.
Pakar Perundangan, Dr Ahmad Jailani Abd Ghani berkata, pelbagai usaha perlu diambil untuk menghalang pindaan itu daripada dilaksanakan.
“Gunakan kuasa eksekutif untuk menggagalkan pelaksanaan pindaan itu demi masa depan Islam khususnya mualaf,” katanya pada Wacana Pindaan Akta 164 Dari Kaca Mata Islam di Putik hari ini.
Seorang lagi panelis iaitu Pengerusi Luham Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah
Program berkenaan anjuran bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Yayasan Amanah Tok Kenali dan Ilmuan Kelantan.
Perasmiannya disempurnakan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru, Datuk Dr Johari Mat. Hadir sama Pengerusi Ilmuan Kelantan, Datuk Hassan Mahmood.
Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) diluluskan selepas dibaca kali ketiga di Dewan Rakyat awal pagi 11 Ogos lepas.
RUU yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, diluluskan pada jam 12.45 pagi selepas dibahaskan lebih empat jam.
Pindaan RUU itu memberi hak kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam bagi memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil mengikut peruntukan Subseksyen 51(1) Akta 164.
Dr Ahmad Jailani juga berkata, sebahagian besar masyarakat khususnya umat Islam tidak mengetahui kenapa pindaan akta itu perlu ditentang.
“Sekiranya mereka tahu, langkah meminda Akta 164 lebih mencetuskan pertikaian undang-undang berbanding penyelesaian,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/8/2017
Sumber HD - 30-8-2017
Mesej kepada yang lakukan ibadat korban
MAJLIS Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru semua kaum Muslimin yang melakukan ibadat korban pada tahun ini memikirkan nasib saudara seagama Rohingya di Myanmar dan juga diserata dunia yang terkorban akibat penindasan dan kezaliman.
Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jutaan haiwan kambing, lembu, kerbau dan unta yang disembelih untuk menyahut seruan Allah SWT adalah bertujuan menyatakan ketaqwaan kepada-Nya dan memberi makan kepada kaum yang miskin seperti dinyatakan dalam Surah Al-Hajj ayat 33.
"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya, demikianlah Allah telah menundukkannya supaya kamu mengagungkan Allah terhadap Hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang orang yang berbuat baik," ujarnya kepada Harakahdaily.
Kini puluhan ribu kaum Muslimin Rohingya sedang dizalimi di Myanmar yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Tambahnya, mereka diburu, dibunuh dan perkampungan diserang dan dimusnahkan di saat kaum Muslimin akan berkorban haiwan dan banyak daging yang terbazir nanti.
Sebaliknya kata beliau, kaum Muslimin di Arakan kebuluran kerana melarikan diri ke hutan dan di benteng Sungai Naf untuk menyeberang ke Bangladesh bagi menyelamatkan diri daripada buruan tentera Myanmar.
"Kami memerhatikan pembazir daging korban yang kerterlaluan di negara ini sehingga menghilangkan erti dan ruh korban.
"Kami menyeru agar sebahagian wang dalam perayaan korban diinfaqkan kepada ribuan warga Rohingya mangsa kezaliman tentera Myanmar dan ekstrimis Buddha.
Kita tidak boleh hanya menumpu kepada mendapat ganjaran amal korban untuk diri masing-masing semata-mata," katanya. – HARAKAHDAILY 29/8/2017
Sumber HD- 29-8-2017
Keganasan Rohingya: Geng Ustaz seru umat Islam bangkit bersama
PERTUBUHAN Pendukung dan Pencipta Ulamak@Geng Ustaz mengecam keganasan terbaru di Myanmar apabila tentera Kerajaan Myanmar bertindak membunuh lebih 40 orang etnik Rohingya di kawasan Maungdaw, Buthidaung dan Rathedaung.
Keganasan terbaru ini membuktikan bahawa Kerajaan Junta Myanmar tidak serius mengatasi masalah etnik Rohingya yang selama ini disuarakan dan juga diambil perhatian oleh pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri.
Masyarakat etnik Rohingya yang diburu dan dibunuh kini bertebaran melarikan diri memohon pertolongan keselamatan dan bantuan, namun dunia masih juga menyepi terhadap Junta Myanmar yang tidak berperikemanusiaan.
Oleh itu, Geng Ustaz mendesak Kerajaan Malaysia, Asean dan seluruh rakyat Malaysia bangkit bersama membela dan memperjuangkan hak kebebasan dan menyelesaikan krisis kemanusiaan yang sedang dialami oleh umat Islam etnik Rohingya ini.
Kami juga menyeru agar umat Islam beramai-ramai untuk turun bersama ke Himpunan Solidariti Rohingya pada 30 Ogos 2017 pada jam 11.00 pagi di Kedutaan Myanmar Kuala Lumpur.
Keprihatinan anda adalah simbol keimanan dan kasih sayang serta cinta sesama umat Islam.
"Sejahtera Bersama Islam"
Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ
28 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 28/8/2017
Sumber HD- 28-8-2017
Ibadat korban diniagakan hingga jadi beban
PENINGKATAN harga haiwan korban menjelang Aidiladha ini dianggap mengabaikan prinsip muamalah dalam Islam sehingga memperlihatkan ada pihak mahu mengaut keuntungan.
Yang Dipertua Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, berdasar kepada peningkatan harga lembu korban sekarang menyebabkan penduduk miskin dan berpendapatan rendah tidak mampu menjalani ibadat korban.
Katanya, ia seolah-olah memberi gambaran ibadat korban menjadi perniagaan di mana ada pihak mahu mengejar keuntungan dan bukannya keberkatan.
"Sekarang ada penternak lembu dan kambing menawarkan harga mencecah RM800 hingga RM1000 satu bahagian.
"Sedangkan lima tahun lepas kos bagi satu bahagian korban lembu hanya RM300 ke RM500 sahaja," katanya yang juga seorang pensyarah. – HARAKAHDAILY 24/8/2017
Sumber HD - 24-8-2017
RUU 164: Ini kebimbangan Persatuan Peguam Muslim
MINGGU lepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).
RUU penuh kontroversi ini pada asalnya sangat ditentang oleh orang Islam kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan hukum syarak.
Penulis mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana pihak kerajaan menarik balik RUU tersebut setelah mendapat bantahan pelbagai pihak.
Dikatakan asas penarikan balik ini adalah kerana ia bertentangan dengan perlembagaan dan bercanggah dengan kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah tertinggi dalam negara khususnya berkaitan dengan hak pemelukan Islam anak di bawah 18 tahun oleh salah seorang ibu atau bapa atau penjaganya.
Namun sehari selepas ditarik balik kerajaan mengumumkan pula untuk membentang RUU baharu yang tidak memasukkan isu pemelukan Islam tersebut ke dalam Akta 164.
Peliknya menteri berkenaan tergesa-gesa memberi arahan supaya RUU ini dibaca dan diselesaikan dengan segera dalam sidang kali ini juga.
Penulis berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengeluarkan seksyen 88A berkaitan pemelukan Islam anak di bawah umur itu dalam RUU baharu ini.
Perbahasan dimulakan dengan wakil DAP yang mempertikai tindakan kerajaan menggugurkan seksyen 88A tersebut dengan pelbagai alasan. Seksyen 88A ini memperuntuk jika salah seorang ibu atau bapa bagi anak di bawah 18 tahun memeluk agama Islam, kedua ibu bapanya mestilah bersetuju dengan pengislaman tersebut.
Namun kita mesti akur bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntuk salah seorang ibu atau bapa atau penjaga sahaja yang perlu bersetuju dan Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan sebegitu oleh mahkamah tertinggi negara dalam kes Subahsini lawan (lwn) Saravanan.
Bagaimanakah suatu undang-undang boleh dibuat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan? Untuk ini penulis bersetuju dengan tindakan Kerajaan mengeluarkan seksyen 88A ini.
Bagaimanapun oleh kerana pembentangan ini dibuat tergesa-gesa beberapa perkara mungkin terlepas pandang oleh pihak berwajib. Pindaan ini cuba menyelesaikan isu di mana mualaf yang tidak dibenarkan memfailkan pembubaran perkahwinan boleh berbuat demikian selepas pindaan ini diwartakan. Tetapi yang peliknya apabila hak ini diberikan kepada mualaf tiada pula pindaan bersaling kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah –Wilayah Persekutuan) 2003 dalam seksyen 46(2) yang memperuntuk mualaf boleh memfailkan pembubaran perkahwinan sivilnya di Mahkamah Syariah.
Penulis boleh bersetuju setakat mualaf dibenarkan mendaftar pembubaran perkahwinan mereka tetapi isu-isu lain mestilah mengikut undang-undang diri mualaf tersebut iaitu hukum syarak.
BAKAL MENIMBULKAN KONTROVERSI
Dalam hal ini wujud polemik yang lebih besar berkaitan pertindanan bidang kuasa kedua-dua mahkamah. Apa akan jadi jika Akta Undang-Undang Keluarga Islam 2003 tidak dipinda? Bagaimana pula keadaannya jika negeri-negeri tidak meminda Enakmen Keluarga Islam mereka masing-masing? Tidakkah keadaan ini akan terus menimbulkan kontroversi?
* Sepatutnya pihak kerajaan berunding terlebih dahulu dengan negeri-negeri dan mendapatkan persetujuan negeri bagi memansuhkan Seksyen 46(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga negeri. Barulah pindaan yang dibuat ini akan memberi kesan yang baik dan tidak menimbulkan masalah lain pula.
* Bagi mualaf hak mereka adalah sama dengan hak orang yang dilahirkan Islam. Tatkala mualaf memeluk agama Islam mereka telah meninggalkan undang-undang peribadi mereka dan bernaung bawah undang-undang Islam. Hak ini dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan kebebasan beragama.
* Sekali imbas jika kita hanya melihat pindaan ini daripada lensa undang-undang keluarga dan kontrak perkahwinan sahaja mungkin kita berpuas hati dengan pindaan yang dicadangkan.
* Namun jika menggunakan parameter yang lebih makro iaitu berkaitan dengan hak dalam perlembagaan, pendekatan yang digunakan tidak menepati peruntukan tersebut.
* Manakah hak mualaf ini mengamalkan agama mereka sekiranya mereka masih lagi boleh diheret ke mahkamah sivil dan dipaksa menggunakan Akta Membaharui Undang-Undang yang berakar umbi daripada Ordinan Perkahwinan Kristian?
* Adakah mualaf tidak dilindungi jaminan mengamalkan agamanya iaitu agama Islam?
* Penentuan hak jagaan anak pula mestilah mengambil kira kebajikan anak tanpa mengira agama ibu bapa.
* Pindaan ini tidaklah mengatakan orang yang memeluk Islam digugurkan haknya untuk mendapat jagaan anak.
* Ia hanya tidak memberi keistimewaan Islam sebagai faktor yang perlu diberi perhatian mahkamah.
* Isu penjagaan anak akan diputuskan oleh mahkamah sivil berdasarkan kebajikan anak.
* Isu agama anak pula tidak boleh dibicarakan melalui akta ini kerana Seksyen 88A telah pun dikeluarkan.
* Pindaan undang-undang ini masih lagi belum diuji di mahkamah. Jika peruntukan ini dicabar mungkin ia boleh diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan kerana mualaf tidak dapat mengamalkan agamanya.
PRINSIP MEDIASI
Dalam aspek yang lain pula penulis sangat tertarik dengan perbahasan yang dikemukakan oleh dua ahli Parlimen dari PAS yang mencadangkan dalam hal ehwal kekeluargaan prinsip mediasi perlu diberikan keutamaan berbanding litigasi.
Hal ini sebenarnya sudah diusulkan oleh Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia sebagaimana yang dimaklumkan oleh seorang ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagi menyelesaikan kemelut ini, PPMM pernah mencadangkan diwujudkan badan ketiga atau tribunal yang akan meneliti kes-kes antara agama ini berdasarkan prinsip rundingan secara mediasi.
Penyelesaian ini perlu diberi perhatian agar isu-isu kekeluargaan dapat diselesaikan secara rundingan dan situasi menang-menang dapat dicapai.
Dengan cara ini kedua-dua belah pihak akan diberi peluang mencapai kata sepakat dalam rundingan. Sekiranya persetujuan dicapai kontroversi akan dapat dielakkan. – HARAKAHDAILY 16/8/2017
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia
Sumber HD -16-8-2017
Akta 164: Jangan tergesa-gesa laksana
PRESIDEN Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar meminta kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk melaksanakan Akta 164 yang baru diluluskan di Parlimen semalam.
Beliau berkata, Akta 164 perlu diperhalusi lebih lanjut lagi kerana ada banyak perkara yang perlu dikaji semula oleh kerajaan.
"Mungkin selepas lulusnya akta ini akan tercipta polemik-polemik yang baru sebab itu akta ini perlu diperhalusi," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Sementara itu, ADN Bangi Syafie Ngah berkata jika kerajaan ada ruang untuk menarik balik akta ini adalah sangat perlu kerana ia akan menimbulkan konflik agama.
"Masalah besar yang akan timbul adalah status agama anak pasangan berkenaan, ini isu yang paling besar kerana ia akan menjadi konflik agama umpama 'api di dalam sekam' di negara kita.
"Bila-bila masa sahaja ia akan marak dan membakar, sangat bahaya terutama dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Beliau mencadangkan, agar kerajaan menubuhkan satu medium baru untuk menguruskan konflik yang spesifik ini antara lain menubuhkan mahkamah khas yang menggabungkan hakim dari kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.
PAS menolak Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164) yang diluluskan di parlimen semalam kerana terdapat percanggahan dengan undang-undang persekutuan yang sedia ada. – HARAKAHDAILY 11/8/2017
Sumber HD - 11-8-2017
Kerangka NGO bantu PAS menang PRU14
PAS meletakkan kerangka kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara bagi membantu parti itu menguasai dan memenangi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat, Kamaruzaman Muhammad berkata semua NGO Islam adalah ‘mini jemaah’ kepada perjuangan.
“Kita adalah NGO Islam yang merupakan mini jemaah dalam PAS yang akan menjadi pendesak dan pencetus ke arah kemenangan PRU14.
“NGO PAS ini akan berada dalam masyarakat sebagai mata telinga parti,” ujarnya pada Majlis Dialog NGO Bersama Pemimpin PAS di sebuah restoran di Kuala Terengganu, kelmarin.
Justeru, beliau menyeru dan berharap semua NGO mempunyai hala tuju dan terajunya bersama PAS dan mendukung perjuangan Islam.
Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ustaz Husain Awang dan timbalan pesuruhjaya III, Yahaya Ali.
Yahaya selaku Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS negeri berkata, para anggota parti perlu mendapat maklumat dari sumber yang betul.
“NGO perlu mengambil pendekatan yang jelas dari sumber yang jelas dan media rasmi kita itu yang perlu dirujuk saperti Buletin Online, Harap TV dan Harakah supaya setiap tindak tanduk yang bakal dibuat itu berfakta dan jelas, itu semestinya akan membantu PAS,” jelasnya dipetik Buletin Online.
Menurutnya, setiap NGO perlu mewujudkan unit media masing-masing dan diselaraskan bagi membantu tenaga media PAS.
“Kita mahu semua (unit) media (NGO) bergabung dan mampu diselaraskan untuk membantu ‘upgrade’ media kita sebagai NGO yang mampu menguasai pemikiran di alam maya dan terkesan dengan apa (isu) yang dikeluarkan oleh NGO kita,” katanya.
Katanya, ia adalah amat perlu untuk melahirkan tokoh di kalangan NGO yang mampu menjadi pencetus dan menjadi suara kuasa ketiga
Sumber HD - 6-8-2017
Bapa biologi: NGO pertahan tindakan JPN
PERTUBUHAN Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA) turut mempertahankan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak membenarkan anak tak sah taraf boleh dibinkan kepada nama bapa biologi.
Yang Dipertuanya, Dr Zulkeflee Yaacob berkata, penetapan nasab seseorang anak bagi menentukan sama ada sah atau tidak tarafnya, bukan bertujuan menghukum anak atas dosa yang dilakukan ibu bapanya.
Sebaliknya kata beliau bertujuan menjaga kesucian dan keutuhan nasab dan keturunan.
“Ini telah dirumuskan oleh ulama sebagai termasuk salah satu daripada matlamat atau maqasid syariah,” katanya.
Baru-baru ini Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur memutuskan bidang kuasa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 dan tidak terikat dengan fatwa.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dilapor berkata, Ketua Pengarah JPN bertindak secara tidak rasional apabila enggan mengubah nama bapa daripada 'Abdullah' kepada nama sebenar bapa anak berkenaan dalam sijil kelahiran.
Dr Zulkeflee juga berkata, keutuhan nasab amat penting untuk dipelihara, kerana akan memberikan implikasi terhadap aspek hukum syarak.
Selain itu menurutnya aspek pembahagian harta pusaka, perwalian, pernikahan dan hukum-hakam berkaitan mahram. – HARAKAHDAILY 1/8/2017
Sumber HD - 1-8-2017
Palestin dan peranan NGO Islam Malaysia
MASJID al-Aqsa al-Mubarak, Baitulmaqdis, Negara Palestin adalah kiblat pertama kaum Muslimin dan ia sebahagian tempat suci penting umat Islam seluruh dunia selain di Masjidil Haram di Mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi.
Mengikut rekod sejarah, sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638 Masihi dan Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705 Masihi.
Bermula pada 14 Mei 1948, sejarah hitam buat penduduk Palestin dan Umat Islam seluruh dunia apabila perisytiharan penubuhan negara Israel ketika itu dan dunia dapat melihat kecenderungan seluruh pentadbiran negara di dunia tentang Palestin dan juga Israel.
Palestin pada masa kini seolah-olah ditimpa pelbagai asakan Israel dan sekutunya serta melancarkan pelbagai perancangan untuk ‘memusnahkan’ apa sahaja atas nama dan bumi Palestin yang sedang ‘memanggil’ dunia untuk membantu mereka.
Justeru, di negara Malaysia tidak kira bangsa dan agama perlu membantu rakyat Palestin atas nama kemanusian yang diserang dengan pelbagai keadaan termasuk fizikal serta nyawa mereka yang memerlukan pembelaan dunia terutamanya juga Malaysia.
Peranan setiap rakyat Malaysia atas nama kemanusian, perlu disampaikan dengan maklumat terkini keadaan rakyat Palestin dan apa yang sedang benar-benar berlaku di sana dengan kesedaran serta penerangan dan informasi yang tepat dan benar.
Sudah tiba masanya semua pihak bersatu atas nama kemanusian untuk melihat kerakusan yang dilakukan kepada penduduk dan bumi Palestin terbela, peranan besar Badan Bukan Kerajaan menggerakkan agenda penting ini dengan segera.
Penjelasan yang tepat dan berdasarkan fakta apa yang berlaku di Palestin adalah isu kemanusian dan bukanya isu agama kerana terdapat juga penduduk Palestin yang bukan dikalangan orang Islam dan mereka semua sedang teraniaya.
Penganjuran penerangan melalui kempen di media arus perdana dan media sosial selain penganjuran Persidangan Meja Bulat dan pelbagai penganjuran perbincangan boleh diaturkan untuk merancangan bantuan yang boleh disalurkan.
Malah, hasilnya juga perlu menjadi suara pendesak agar semua pihak memainkan peranan mereka termasuklah Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC yang semangkin ‘hilang sengat’ untuk membantu negara-negara yang majoriti penduduk Islam.
Masa kini, Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu bergerak seiring melalui gerakan Badan Bukan Kerajaan di ASEAN bertindak sebagai penggerak mencetuskan suara untuk membantu penduduk Palestin.
Jika kita di ASEAN, boleh dan mampu untuk membantu penduduk Palestin di atas kemampuan dan keupayaan kita dan ia sebagai contoh pemangkin pula kepada Pertubuhan Besar Dunia untuk turut sama kelak pada masa yang akan datang.
Biar bermula di sini, ASEAN yang dianggotai Badan Bukan Kerajaan masing-masing duduk semeja untuk sama-sama membantu penduduk Palestin yang seolah-olah tiada kesudahan yang dipandang remeh oleh Israel dan sekutunya.
Perlu dijadikan indikator bagi satu lagi usaha seumpama ‘flotila’ oleh Badan Bukan Kerajaan di Malaysia dan ia perlu digembelingkan bagi menjelaskan suasana sebenar dan menjiwai erti perkongsian keamanan dan perdamaian. – HARAKAHDAILY 31/7/2017
#Penulis adalah Pensyarah Kanan Geopolitik Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Sumber HD- 31-7-2017
Jangan ulangi daging kambing bercampur babi
SEKRETARIAT Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM) melahirkan rasa kesal dengan tindakan pengimport produk dan pengusaha tempatan daging sejuk beku yang rakus mengaut keuntungan sehingga tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam dengan penemuan 4 kontena daging kambing bercampur daging babi di dalam kontena yang sama pada 16 Julai lalu.
SPPM mendesak agar siasatan dilakukan dengan teliti dan terperinci oleh pihak yang bertanggungjawab dan hukuman setimpal mesti dikenakan terhadap pengimport produk dan pengusaha tempatan yang cuai dan rakus mengaut keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti majoriti pengguna Muslim di negara ini.
Menurut Presiden SPPM, Normala Sudirman tindakan itu adalah penting supaya menjadi pengajaran bagi peniaga yang lain agar kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang dilaporkan telah menyita 4 kontena berisi daging kambing bercampur daging babi dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor dipercayai dibawa masuk dari Sepanyol.
Bekalan daging anggaran 120 tan bernilai kira -kira RM2 juta yang dirampas dalam satu serbuan sekitar jam 1 tengahari, bukanlah jumlah yang sedikit.
"Persoalannya, berapa ramai lagikah pengguna muslim yang telah membeli daging akan menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab ini?
"Dilaporkan sebanyak 74 kontena telah terlepas sebelum ini dan pendedahan ini cukup mengguris hati dan menimbulkan keresahan pengguna Muslim di Malaysia.
"Melalui pemeriksaan awal, MAQIS menemui 160 kotak daging babi disusun secara bercampur dengan 1,142 kotak daging kambing dalam kontena pertama, selain kira-kira 30 tan daging kambing pada kontena kedua dan ketiga," ujarnya kepada Harakahdaily.
Jelas beliau yang juga Setiausaha Lajnah Pengguna dan Pekerja PAS Pusat, peniaga harus sedar bahawa isu produk makanan halal atau haram bagi umat Islam di negara ini harus diperhalusi dan tiada kompromi dalam memastikan setiap produk perlu memenuhi piawaian tertentu.
Ianya, tambah beliau bagi memastikan hak pengguna muslim terjamin dan tidak menimbulkan keresahan serta keraguan umat Islam di Malaysia kerana majoriti penduduk negara ini adalah beragama Islam.
"Kami merakamkan ucapan tahniah kepada pihak MAQIS atas penemuan dan rampasan terhadap 4 kontena daging kambing bercampur daging babi.
"Sekurang-kurangnya pendedahan ini akan menyebabkan semua pengguna di Malaysia berwaspada dan meninggalkan makanan yang meragukan dan tidak membeli sesuatu produk yang menimbulkan perasaan was-was," kata beliau.
Justeru, beliau menasihati pengguna muslim meninggalkan apa yang menjadi keraguan dan apa yang menimbulkan perasaan was-was, selain bertenang dengan pendedahan isu itu serta serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya agar insiden seperti itu tidak akan berulang lagi. - HARAKAHDAILY 19/7/2017
Sumber HD - 19-7-2017
Airbus AirAsia A330: Geng Ustaz ucap syukur dan tahniah
Maksudnya, ".. Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)..."
1. Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ bersyukur dan merakamkan tahniah kepada juruterbang pesawat A330 yang merupakan seorang Muslim yang meminta agar penumpang membacakan doa ketika pesawat berkenaan manghadapi masalah teknikal dalam penerbangannya dari Perth ke Kuala Lumpur baru-baru.
2. Tindakan spontan setiap manusia apabila dalam situasi lemah, terdesak dan ketakutan, nescaya mereka akan kembali kepada pencipta iaitu Allah azza wajalla.
3. Sebagai seorang Muslim, doa adalah "tool" penting dalam setiap urusan. Malah doa dianggap kemuncak pengharapan diletakkan dalam jiwa manusia sesudah mereka melakukan sesuatu perkara. Keyakinan itu bertambah dalam setiap Muslim apabila mereka berdoa kepada Allah swt.
4. Geng Ustaz memuji Kapten dan Juruterbang Airbus A330 berkenaan yang mendidik jiwanya dan seluruh penumpang agar menyerahkan diri kepada Allah swt di kala situasi yang sangat berhajat kepada pertolongan sang Pencipta. Inilah sikap dan seorang Muslim Mukmin.
5. GENG USTAZ juga kesal terhadap Datuk Zaid Ibrahim yang membidas juruterbang berkenaan seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini. Apakah Datuk Zaid tidak menyukai seorang juruterbang yang beriman dan memiliki perasaan jiwa takut kepada Tuhan memandu pesawat? Tidak wajar seorang yang mengaku Islam mempertikai juruterbang berkenaan hanya kerana dia meminta doa dibacakan.
6. Apakah Datuk Zaid ini ketinggalan zaman atau terlepas info, bahawa sudah banyak syarikat penerbangan antarabangsa bertaraf dunia kelas pertama yang memasukkan doa menaiki pesawat dalam prosedurnya? Adalah memalukan sikap Datuk Zaid ini, membuat komentar dalam perkara sebegini. Janganlah sampai tidak menyukai, skeptikal dan prejudisnya terhadap unsur agama Islam. Mungkin Datuk Zaid tidak sedar diri dia berada di darat dalam zon selesa. Cubalah merasai perasaan dan cemasnya penumpang di udara ketika itu, nescaya Datuk Zaid pun pasti teringat pada Allah swt dengan menadah tangan berdoa.
7. GENG USTAZ juga merasakan syarikat penerbangan di Malaysia yang memasukkan bacaan doa dalam salah satu prosedur memulakan penerbangan atau ketika situasi cemas sebagai langkah yang mulia dan harus dipuji dan dicontohi.
8. GENG USTAZ juga memuji kenyataan Kamaruddin Meranun Ketua Eksekutif AirAsia yang mempertahankan kapten pesawat AirAsia A330 berkenaan atas respons negatif Datuk Zaid Ibrahim. Kenyataan ini adalah gambaran bagaimana masyarakat menolak sikap sebahagian orang yang membenci terhadap Islam.
Tahniah dan Syukur Alhamdulillah.
Daripada:
Ustaz Norazli Musa
Presiden Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak@GENG USTAZ
3 Syawwal 1438H / 27 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 27/6/2017
Sumber HD - 28-6-2017
Misi Arakan: Masjid 131 tahun ditutup!
SEBUAH Masjid berusia 131 tahun di tengah bandar Sittwe, Ditutup! Kemudiannya apa?
Sukar sekali untuk merakam gambar masjid yang dibina pada tahun 1886 ini, kerana ia kini adalah kawasan larangan. Mengambil gambarnya seperti membaling tebuan bersarang rendah di siang hari. Kita mungkin ditangkap polis atau dikepung atau dihalau balik.
Ini gambar 'curi' dari dalam van yang sengaja diberhentikan untuk membeli buah limau. Pemandu van beragama buddha itu berulang kali berpesan... No photo please, very dangerous for us! Petua untuk kita melintasi bandar Sittwe, menginap di hotel atau membeli barang keperluan di sini ialah Jangan Menarik Perhatian Mereka dengan imej seorang Muslim.
Masjid ini ditutup regim junta tentera 25 tahun lalu. Saiz dan senibinanya seperti Masjid Zahir di Alor Setar. Usia masjid ini 131 tahun, mewakili zaman kegemilangan Islam di Arakan. Ia dibina umat Islam Arakan di zaman British. Ia dibaikpulih pada 1959, tahun terakhir masjid-masjid dibenarkan dibina.
Dua tahun lalu, larangan untuk membaik pulih, membina baru atau membesarkan masjid dikuatkuasakan ke seluruh negara Myanmar.
Terdapat tiga buah masjid besar di bandar Akyab, nama lama bagi Sittwe. Dua buah lagi dibakar sewaktu konflik 2012, tidak boleh dimasuki lagi. Salah satunya dijadikan kubu dan tandas pihak polis.
Ketiga-tiga buah masjid besar ini dikelilingi pagar tembok pagar yang kukuh, dua buah masjid yang dibakar itu berwarna hijau dengan pintu gerbang berukir ayat-ayat Al-Quran. Letaknya antara satu sama lain tidak terlalu jauh.
Saya dapat membayangkan kesuburan Islam satu masa dahulu di Akyab. Berdasarkan senibina dan saiznya, tentulah jumlah umat Islam di Akyab dahulu berpuluh ribu jumlahnya. Azan dari menara-menara masjid itu tentunya saling menerjah satu sama lain.
Hari ini, ikon Islam seperti masjid ini berdiri sepi, menjadi kawasan terlarang, dikelilingi semak samun dan usang, cuba dilenyapkan daripada sejarah. Tidak diizinkan seorangpun Muslim berada di bandar Akyab.
Apabila syariat dan syiar Islam sudah berjaya dimatikan dan dibenam, kini Arakan menjadi medan badan-badan dakyah masuk menerusi misi kemanusiaan dan agensi bantuan antarabangsa dengan dana ratusan juta dollar.
Petugas mereka dapat ditemui di hotel-hotel penginapan, berbincang strategi sesama mereka dari negara yang berbeza, Australia, UK, USA, Perancis, Denmark, Italy, Filipina di samping petugas tempatan.
Pejabat operasi, sekolah, klinik, setor makanan dan pusat bantuan bergerak terdapat di merata tempat. Disebalik misi kemanusiaan mereka yang kita kagumi, ramai di kalangan mereka itu adalah missionary kristian yang terlatih dan berbayar. Misi mereka serampang banyak mata.
Kita? Kita terpaksa merayu ke sana ke mari untuk menghantar beras dan barangan dapur sekadar seratus ringgit. Jika kerap kita pergi, kita akan ditanya dengan keras: "Yang hampa terpa jauh-jauh sampai rohingya, dok kira rohingya, adakah sudah habis orang miskin di Malaysia kamu bantu"?
Selanjutnya, hujung nama kita akan disambung dengan perkataan 'rohingya' dalam nada yang kurang sedap didengar. Demikian masyarakat kita hilang sensitiviti dan rasa tanggungjawab. Sesungguhnya, di medan Arakan ini, kewajipan agama dan kemanusiaan kita lebih besar daripada sangkaan kita.
Semoga rakaman sejarah masjid-masjid ini menjadi pengajaran untuk kita semua.
Di negara kita: Janganlah ada yang cuba-cuba memendamkan Islam yang sudah diteguhkan pasaknya oleh pejuang-pejuang Islam terdahulu, dan diterima baik oleh masyarakat dengan aman, hanya kerana menagih sokongan pihak yang berusaha memadamkan cahayanya... Kelak kita akan ditimpa malapetaka buruk yang tiada nokhtahnya.
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengarah PASRelief
27 Ramadhan 1438 – HARAKAHDAILY 23/6/2017
Sumber HD - 23-6-2017
Ketua Muslimat PAS cipta sejarah memasuki Sittwe
SEJAK konflik berdarah terbesar tercetus di Arakan pada 2012, malah lebih awal daripada itu belum ada seorang wanita bertudung labuh dari mana-mana negara dapat memasuki Arakan (Sittwe). Malah sejak 2012, tiada wanita muslim yang bertudung litup berjaya melepasi imigresen di lapangan terbang Sittwee mahupun memasuki kawasan pekan di Sittwe. Mereka dikurung di kem pelarian dan kampung-kampung terperosok serba daif sejak lebih lima tahun lalu.
Agensi-agensi bantuan antarabangsa hanya mengirimkan petugas lelaki ke medan berdarah dengan percikan api kebencian dan kecurigaan ini.
Jika adapun petugas wanita, agensi bantuan termasuk dari Malaysia akan mengirimkan petugas wanita mereka yang tidak bertudung, berpakaian sama seperti petugas agensi antarabangsa lain yang kebanyakan mereka adalah missionary kristian dari negara barat. Jumlah mereka tidak sedikit, dana mereka ratusan juta. Operasi mereka serampang beberapa mata.
Wanita-wanita Rohingya sudah sekian lama tidak dibenarkan keluar dari kem dan kampung masing-masing.
Seorang petugas agensi bantuan dari Malaysia yang telah 5 tahun bertugas di Myanmar (lelaki), berulang alik setiap minggu masuk ke Sittwe, melahirkan perasaan terkejut melihat dua orang wanita bertudung dalam deligasi PASRelief kali ini. "Belum ada wanita bertudung di Sittwe dalam tempoh lima tahun ini. Ini satu kejutan besar bagi saya dapat melihat wanita bertudung di bandar ini, doa apa ustazah baca hingga dapat masuk ke sini?" katanya kehairanan.
Walaupun telah dimaklumkan sikap 'anti Islam' masyarakat di sini, Kak Nuri turut terkejut dengan 'kejutan' sahabat itu, ketika kami bertemu berbuka puasa di hotel penginapan.
Sejak awal, ketika saya mempelawa Ustazah Nuridah dan penemannya ikut misi ke Sittwe, saya sudah maklumkan 'dresscode' yang sesuai untuk mengelak ditahan di lapangan terbang. Beberapa pengalaman sahabat-sahabat terutama daripada MAPIM saya ceritakan sebagai panduan.
MAPIM pernah membawa masuk seorang petugas NGO China Muslim beberapa tahun lalu. Beliau berskarf, berseluar jeans, memakai jaket dengan hood dan memakai topi besar menutupi sama sekali skarfnya. Barulah berjaya lepasi 'sekatan'.
Namun atas semangat dan kesungguhan, juga selaku Timbalan Pengarah PASRelief yang sedang memberi fokus kepada penindasan Muslim di Arakan, Ustazah Nuridah membulatkan tekad untuk turut serta. Dia membeli sebuah topi besar, namun pakaian dan penampilannya sebagai Ketua DMPM dikekalkan.
Memang wajar isu Muslim Rohingya diambil berat oleh Muslimat PAS, kerana mangsa kezaliman dan penindasan paling ramai di sini adalah kaum wanita dan kanak-kanak. Naluri keibuan adalah alat timbangan paling cocok untuk mengukur dan memahami sejauh manakah 'kegalapan hidup' yang sedang dijalani dalam kem-kem pelarian dan desa terkepung di Arakan.
Saya dapat lihat Kak Nuri menangis saat melayani rintihan seorang ibu yang tinggal di dalam bilik kecil diserang strok. Tangisannya melarat hingga ke dalam kenderaan yang membawa kami pulang.
Dewan Muslimat PAS Malaysia turut menyumbang RM12,000 dalam misi kali ini, cukup untuk memberi makanan kepada 145 buah keluarga, yang mampu bertahan selama sebulan, di samping sebuah tubewell di sebuah masjid di Kampung Bume Ungdo Arakan. Tambang penerbangan mereka dan perbelanjaan lain semuanya datang dari poket sendiri.
Jumlah sumbangan dalam Misi Ramadhan Food Pakage PASRelief, MAPIM yang turut disertai Cakna Palestin kali ini berjumlah 3,070 pakage untuk 3,070 buah keluarga.
Sumbangan turut diterima daripada China Muslim Volunter Helping Rohingya (USD24,000) Humanitarian Affair Pejabat Sheikul Islam Thailand (USD7,600) dan Igiveonline United Kingdom (RM6500) selain dana Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief, MAPIM dan Cakna Palestin. Nilai keseluruhan sumbangan kali ini kira-kira berjumlah RM174,800.
Sebagai makluman, jumlah mangsa 'etnik cleansing' yang berlindung dalam kem-kem IDP di Sittwe sahaja melebihi 50,000 keluarga (300,000 orang).
Wajarlah dengan semangat dan kesungguhan Kak Nuri dan Puan Norhafizah, satu sejarah telah tercipta.
Harapan saya, kemasukan mereka ke medan ini akan menghilangkan sikap anti Islam pelampau buddist Rakhine dengan kebaikan yang di bawa PASRelief ke sini, Insya Allah. Sekalung tahniah Kak Nuri dan Puan Norhafizah dan seluruh warga DMPM.
Kami sudah separuh jalan untuk pulang.
Catatan:
Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PASRelief
Orchid Hotel
Yangon, Myanmar. - HARAKAHDAILY 22/6/2017
Sumber HD - 22-6-2017
Misi bantuan kecemasan PASRelief untuk Rohingya
PUSAT Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) telah menggerakkan Misi Kecemasan Taufan Mora Pelarian Rohingya dan berjaya menyempurnakan tindakan pasukan pertama di Kem Balukhali, Cox’s Bazaar, Bangladesh pada 15 hingga 17 Jun lalu.
Pasukan diketuai Bendahari, Mohd Adram Musa dan disertai Timbalan Presiden MAPIM, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman serta sukarelawan PASRelief, Anuardi Abu Bakar itu berjaya menyampaikan bantuan bernilai RM21,000 kepada para mangsa yang terjejas teruk akibat dilanda bencana tersebut pada kejadian awal Ramadan lalu.
Bantuan yang terdana hasil sumbangan orang ramai itu meliputi bungkusan keperluan makanan untuk 100 keluarga dan jamuan berbuka puasa untuk 600 pelarian serta pembaikan dan pembinaan rumah perlindungan.
Menurut Mohd Adram, rumah perlindungan yang dihuni para pelarian terjejas dengan amat teruk hingga menjadikan keadaan di kem padat itu bertambah daif, setelah juga menerima pertambahan jumlah pelarian hampir setiap hari.
Ketika sama ujarnya, susulan bantuan berfokus perlu dilakukan terutama perhatian berkaitan pendidikan anak-anak pelarian Rohingya itu dengan harapan membebaskan mereka dari cengkaman kemiskinan ilmu.
Sementara itu pasukan kedua diketuai Pengarah, Muhammad Sanusi Md Nor pula telah menggerakkan misi bermula semalam bersama lima anggota dengan membawa bantuan ke kem pelarian di Sittwe, Myanmar dan akan pulang pada 22 Jun nanti.
Mereka terdiri daripada Ahli Jawatankuasa, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan sukarelawan, Faizah Fadzil serta wakil Cakna Palestin, Abd Shakur Sharrie, selain disertai lagi oleh Ustaz Ahmad Tarmizi dan Anuardi.
Pasukan ini akan mengedarkan 540 bungkusan keperluan makanan di lima kem berasingan, serta membuat ziarah bantuan makanan ke perkampungan dan kem Rohingya sekitar Sittwe yang dilanda Taufan Mora.
Menurut Sanusi, pihak PASRelief juga akan membuat tinjauan keperluan mendesak mangsa serta melancarkan dana khusus untuk membina semula kediaman yang musnah, tambahan pula pihak media Myanmar dan antarabangsa tidak membuat laporan terperinci bencana itu.
Maklumnya juga, PASRelief dalam usaha membina lima telaga tiub di lima lokasi terpilih dan sedang mengusahakan pertemuan dengan pihak berkuasa Myanmar bagi merundingkan ‘Unity Flotilla’ ke Sittwe.
Beliau turut mengumumkan bahawa pihaknya telah mendapat kerjasama dan persetujuan dari NGO dari negara lain bagi membina 100 rumah perlindungan untuk mangsa.
Orang ramai yang berhasrat menyumbang boleh menyalurkan ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS Pusat (Maybank 5640 7061 1352) dan boleh mendapatkan keterangan lanjut dari beliau di talian 012-596 9220.
Juga boleh hubungi Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (019-984 3277), Ustazah Nuridah Mohd Salleh (013-920 5012), Mohd Adram Musa (013-384 5555) atau Ustaz Norazli Musa (019-571 0933). - HARAKAHDAILY 19/6/2017
KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kecam keras pandangan biadab Senator Dr. Ariffin Omar apabila mendakwa tidak salah Pulau Pinang menjadi bandar Kristian.
Ia jelas bertentangan dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama persekutuan dan Artikel 11 juga menyebut bahawa halangan mana-mana pihak untuk menyebarkan agama lain kepada orang Islam.
“GPMS sangat kecewa dan terkejut dengan kenyatan dikeluarkan oleh YB DAP itu. Bagi GPMS, beliau adalah tali barut DAP dan ejen DAP dalam kalangan Melayu Islam mempromosi agenda Evengelism Kristian di Malaysia.
“Malah menerusi kenyataan itu, ia mensahihkan lagi dakwaan bahawa DAP bukan sekadar parti politik semata-mata malah DAP dan pemimpin mereka sebenarnya mendokong agenda Evangelism Kristian ke dalam negara ini.
“Ini termasuk usaha untuk memerangi Islam serta berhasrat mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai sebagai pusat kegiatan agama tersebut,” ujar Presiden GPMS, Zambri Mohd. Isa yang dipetik oleh portal UMNO Online.
Ariffin yang menyertai DAP sejak 2011 dilaporkan menyatakan perkara tersebut ketika berdebat dengan bekas Naib Canselor UiTM, Senator Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pada persidangan Dewan Negara di sini pada 19 April lalu.
Bekas aktivis hak asasi manusia dan pensyarah pelbagai universiti itu dipilih DAP untuk menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang meletak jawatan sebagai senator dan Naib Pengerusi parti tersebut pada 2012 lalu.
Sehubungan itu, GPMS tegas Zambri mendesak pihak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas tanpa kompromi untuk menghalang gerakan dan dakyah Evangelism Kristian dalam kalangan rakyat khususnya orang Islam.
Gerakan mereka ini tambah beliau lagi boleh mewujudkan kacau bilau dan merosakkan keharmonian negara yang pastinya negara akan menuju sebuah kehancuran seandainya tidak dibendung dan dicegah daripada awal.
“Sekiranya pihak kerajaan selama ini mampu membendung pelbagai kumpulan ajaran sesat dalam kalangan orang Islam sendiri, maka tidak mustahil kerajaan juga mampu membendung gerakan dakyah Envagilisme Kristian.
“Kita khuatir nanti apabila kerajaan berdiam diri dan biarkan perkara ini berlaku berleluasa, ia akan menimbulkan ketidaksenangan rakyat yang akhirnya mengambil tindakan di luar batas undang-undang,” ujar Zambri lagi.
Baru-baru ini DAP turut menyokong penganjuran Jerusalem’s Jubilee di sebuah gereja Melaka yang dibantah keras pelbagai pihak sebelum diarah untuk dibatalkan kerajaan kerana hina Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
BANGI, 19 Ramadan 1438H, Rabu – Penganjur majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada 10 Jun lalu perlu disiasat dan dipanggil memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Menggesa tindakan itu, Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim berkata, tindakan mereka menganjurkan majlis berbuka puasa yang mengagungkan hawa nafsu ini turut sama menghina Islam.
"Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Islam mengharamkan zina, macam mana kita boleh membiarkan orang mempromosikan zina
"Islam mengharamkan seks sejenis, apa yang mereka lakukan ialah mempromosikan maksiat dan kehancuran," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, umat Islam kena bertindak berdasarkan hadith, yang mafhumnya, barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan kuasa yang dimilikinya.
"Jika tidak mampu dengan lidahnya. Jika tidak mampu dengan hatinya. Dan dengan hati adalah serendah iman.
"Mereka mengagungkan hawa nafsu, sehingga menyatakan tiada ayat di dalam Al-Quran mengharamkan gay.
"Mereka boleh pergi lebih jauh hingga menyatakan tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran.
"pengharaman seks sejenis ini secara jelas diharamkan di dalam Al-Quran apabila Nabi Lut berdakwah kepada keluarganya dalam surah An-Naml ayat 54-58.
"Betapa jauh liberalisme ini boleh pergi ke dasar kesesatan. Ini satu agama baru yang berhujah dengan Al-Quran tafsiran sendiri," keluhnya.
Program yang diadakan minggu lalu itu dihadiri oleh ramai aktivis liberal serta penyokong LGBT tempatan.
Antara pendukung gerakan ini yang hadir untuk menyerikan majlis ini adalah mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.
Program ini juga menyajikan tayangan filem berlatar belakangkan perjuangan gay, bertajuk Pride dan bacaan puisi yang bertajuk "Halal/Haram" oleh Catherine Brogan yang berasal dari Ireland.
Ianya difahamkan diadakan bertujuan untuk mengingati pengamal LGBT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 12 Jun tahun lalu. Demikian itu tajuk forum adalah "Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity", atau Bahasa Melayunya, ‘Memperingati Orlando: Keberanian Berdepan Dugaan'.
Persatuan Ulama Islam Antarabangsa (al-Ittihaad al-'Aalami li 'Ulama'i al-Muslimin) menyatakan bahawa haram hukumnya memutuskan hubungan dengan Qatar dan memboikotnya.
Kenyataan ini dikatakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, Ali al-Qurrah Daghi maklum balas aksi pemutusan hubungan diplomatik disertai boikot yang dilakukan Arab Saudi Cs kepada Qatar sejak hari Isnin (5/06) kemarin.
Ali al-Qurrah Daghi menekankan pentingnya persatuan, persaudaraan dan perdamaian untuk memutuskan rantai fitnah yang berlaku di kawasan Dunia Arab, serta mengingatkan wajibnya menjaga persatuan umat diatas kepentingan tertentu.
"Boikot sangat tidak dibolehkan dalam Islam, terutama jika diantara mereka mempunyai hubungan nasab dan darah," ujar Setiausaha Agung Ali al-Qurrah Daghi dalam satu kenyataan.
Sementara itu wakil Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, Dr. Maghribi Ahmed Raissouni, dalam kenyataan bersama dengan dai asal Kuwait, Hamed bin Abdullah Al-Ali, mengatakan bahawa wajib bagi ahli imu untuk menjelaskan haramnya undang-undang pemboikotan atas warga Qatar. "Mereka yang diam tentang hal ini adalah syaitan bisu, yang hanya boleh diam dan tidak dapat menjelaskan kebenaran."
Krisis Teluk bermula dari pernyataan palsu yang dibuat oleh penggodam melalui media rasmi Qatar News Agency. Kenyataan yang dikaitkan kepada Emir Qatar itu dengan cepat menyebar ke sejumlah media-media rasmi milik negara di Timur Tengah terutama saluran TV Al-Arabiya, milik Saudi, dan Sky News Arabia milik UAE, serta media Barat lain. (Cnnarabic / Ram)
sumber eramuslim.com
Sumber TKO - 14-6-2017
Krisis negara Teluk perlu diselesaikan segera
1. PERSATUAN Ulama Malaysia (PUM) merasa dukacita terhadap krisis yang sedang berlaku di rantau Teluk Arab, yang mana beberapa negara Teluk termasuk Mesir dan Maldives telah memutuskan hubungan diplomatik dan mengenakan sekatan udara, laut dan darat terhadap Qatar.
2. Dalam perkembangan semasa yang berlaku, PUM turut terkejut dengan penyenaraian seorang tokoh ulama terkemuka iaitu Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam senarai pengganas.
3. Penyenaraian ini seperti mengikut tindakan Mesir yang pernah menyenaraikan al-Qaradawi dalam senarai pengganas pada tahun 2014 dan meminta bantuan Interpol untuk menahannya.
4. Begitu juga dengan penyenaraian pertubuhan-pertubuhan yang banyak memberikan bantuan kepada pembangunan umat Islam di seluruh dunia, sebagai sesuatu yang di luar jangkaan dan tidak menguntungkan umat Islam.
5. Sehubungan dengan itu, PUM merasakan adalah keterlaluan untuk menyenaraikan al-Qaradawi sebagai pengganas. Sementelahan umum mengetahui sumbangan beliau yang cukup banyak dalam mengarang pelbagai kitab yang menjadi rujukan umat.
Beliau juga seorang tokoh yang sentiasa mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan pelbagai anugerah, termasuklah anugerah Tokoh Maal Hijrah.
6. Oleh yang demikian, PUM meminta supaya semua pihak agar dapat menjaga tokoh ulama ini dan tidak mengambil tindakan menyamakan beliau dengan pengganas yang bertindak di luar daripada batasan agama.
7. PUM sentiasa bersikap konsisten dan jelas dalam menyokong sebarang bentuk tindakan untuk menangani keganasan yang mengancam keselamatan, seperti IS (Daesh), dan lain-lain. PUM juga turut sama mengutuk serangan di Manchester dan London, dan di beberapa negara lain.
8. Kita melihat bahawa berdasarkan trek rekod sebelum ini bahawa al-Qaradawi bukan pengganas dan dalam masa yang sama beliau konsisten menentang Zionisme. Menentang zionisme ini bukan suatu dosa, bahkan ianya adalah untuk menuntut hak terhadap masyarakat Palestin yang tertindas.
9. Di dalam salah sebuah kitabnya yang bertajuk: al-Quds fi al-Wa’yi al-Islami, beliau menjelaskan bahawa kita tidak menentang zionis Israel disebabkan ianya Yahudi, tetapi kita menentang zionis Israel kerana ia telah merampas tanah Palestin untuk mewujudkan sebuah negara untuk Yahudi di atas tanah Palestin.
10. Tambahan pula, pada tahun ini Palestin menyambut 50 Tahun Naksah, iaitu penjajahan Yahudi terhadap Jerusalem Timur (Baitul Maqdis) pada tahun 1967.
Begitu juga, tahun ini merupakan genap 100 Tahun kesengsaraan penjajahan ke atas Palestin yang didasari sokongan kuasa besar dunia melalui dokumen penting Deklarasi Balfour 1917 yang memberikan izin untuk Yahudi menubuhkan negara di Palestin.
11. PUM turut ingin menegaskan bahawa kelompok yang tidak bersetuju dengan zionis iaitu Hamas dan Ikhwanul Muslimin bukanlah pendokong keganasan, sebaliknya mereka merupakan kumpulan pro-demokrasi. Kemenangan Hamas di Gaza dalam pilihanraya 2006 adalah melalui demokrasi. Begitu juga kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 2012 adalah juga melalui proses demokrasi.
Namun, kemenangan mereka ini dinafikan barangkali disebabkan pendirian mereka yang membela rakyat Palestin dan tidak menyokong Israel.
12. Adalah tidak wajar untuk menyekat sebarang bentuk sokongan kepada mana-mana kumpulan Islam yang ingin mempertahankan hak dan bergerak dalam kerangka demokrasi hanya semata-mata tunduk kepada kehendak kuasa besar dunia.
13. Justeru, bagi menyelesaikan krisis terkini negara Teluk ini, PUM menggesa supaya ianya ditangani secara diplomasi dengan semua pihak yang terlibat. Beberapa pendekatan boleh digunakan, seperti:
a. Para pemimpin negara Islam perlu berganding bahu dengan para ulama’ dari seluruh dunia untuk bertindak tanpa mengira latar belakang bagi meredakan keadaan dan menyelesaikan konflik ini.
b. Rundingan di antara negara-negara yang terlibat mesti dipercepatkan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Penyelesaian secara diplomasi dan rundingan adalah lebih baik agar sebarang bentuk tindakan ketenteraan atau seumpama dengannya dapat dielakkan.
c. Di peringkat negara Islam, pertubuhan OIC tidak boleh berdiam diri, mereka mesti berperanan dan seharusnya tidak menunjukkan berpihak kepada mana-mana negara yang terlibat dalam menyelesaikan rundingan ini.
14. Marilah kita bermunajat di dalam bulan Ramadan yang mulia ini supaya krisis ini akan segera tamat dan umat Islam kembali bersatu dalam menentang musuh sebenar.
Sekian, terima kasih.
Dato’ al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir
Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia
11 Jun 2017 / 16 Ramadhan 1438H
Sumber HD - 11-6-2017
Pembatalan perayaan Jubli Jerusalem wajar
MAPIM mengalu-alukan arahan TPM untuk pihak PDRM menolak dan membatalkan acara Jubli Jerusalem 50 tahun yang dirancang untuk diadakan di Melaka.
Tindakan tersebut memang sepatutnya diambil memandangkan isu itu bukan sahaja membabitkan soal sensitiviti agama malah berkait dengan dasar kerajaan Malaysia terhadap penjajahan Israel terutama menyentuh soal Baitul Maqdis serta Palestin keseluruhannya.
Sehingga hari ini Malaysia tidak mengiktiraf Israel. Lantaran itu mengadakan acara untuk merayakan peringatan pencerobohan 50 tahun Israel ke atas Jerusalem dan Masjid Aqsa adalah suatu tindakan yang sama sekali tidak dapat diterima.
Kerajaan Pusat dan negeri perlu meneliti sambutan seumpama ini yang berkait dengan penonjolan aktiviti agama yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Memelihara kedudukan dan maruah Islam di negara harus utamakan di atas segala pertimbangan.
Apatah lagi sambutan tersebut menampilkan unsur merayakan kejayaan zionis Yahudi menceroboh Masjid Aqsa, masjid tertiga paling suci di dalam Islam.
Kami mendesak agar semua pihak memahami bahawa sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan agama di negara ini perlu disekat dari awal.
Kini dunia sedang bergolak akibat pembantaian terhadap kaum muslimin di mana-mana. Regim Zionis Yahudi adalah paksi segala penindasan yang kini berlaku terutama di Timur Tengah. Umat Islam Palestin sudah menderita 70 tahun sejak 1948 dan ditambah lagi perampasan Jerusalem Timur pada tahun 1967.
Kami mengingatkan jika ada pihak yang cuba menganjurkan acara yang memperkecilkan malah memperolokkan khazanah umat Islam, perlu berdepan dengan kemarahan umat Islam di mana sahaja.
Toleransi umat Islam tidak harus dicabar sehingga nasib umat Islam yang ditindas seperti isu Palestin dianggap suatu kemenangan yang mahu dirayakan di tanah air ini.
MOHD AZMI ABDUL HAMID Presiden Mapim
Sumber HD - 6-6-2017
Jerusalem's Jubilee: Awasi missionary Kristian Yahudi
PERTUBUHAN Tautan Rahmat Malaysia (Tautan Rahmat) menyokong penuh laporan polis yang digerakkan Dewan Pemuda PAS Melaka yang diketuai, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin dalam menggesa pihak polis menyiasat penganjuran "Nations of the Golden Gate aligning with Jerusalem’s Jubilee”, yang diadakan selama 4 hari dari 15 ke 18 Jun, di Gereja Calvary Life Assembly (Chinese) di Melaka.
Seperti makluman umum, penganjuran Jerusalem Jubilee ini ialah sambutan kejayaan Rejim Israel Laknatullah yang merampas Kota Jerusalem dalam Peperangan 6 hari 1967 sempena tahun ke-50.
Hari sambutan ini juga diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis yang menyaksikan titisan darah dan air mata umat Islam bergenangan.
Bagi kami, penganjuran sambutan ini di Melaka apatah lagi dalam Ramadan sangat mengguris hati dan perasaan Umat Islam malah mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Kami amat bimbang bahawa penganjuran ini sebenarnya adalah agenda jahat Evangelist yang sedang dan telah bertapak di negara ini sejak sekian lama.
Ini juga menandakan bahawa Malaysia sedang berada dalam radar agenda Kristianisasi antarabangsa yang pastinya akan menggunakan segala kecekapan dan kewangan mereka untuk memastikan dakyah mereka menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Apa yang kami lihat, usaha kristianisasi ini satu bentuk penjajahan agama yang sedang berlaku ke atas rakyat Malaysia melalui missionary terancang mereka ini.
Seandainya benar bahawa mereka sudah mula berani menyebar secara terbuka, kami yakin bahawa ia akan mengundang ketidakharmonian dalam negara apatah lagi Malaysia adalah negara majoritinya umat Islam.
Sememangnya usaha kristianisasi ini bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan negara Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana adalah melanggari undang-undang sekiranya terdapat usaha mengembang iktikad dan agama selain Islam kepada orang Islam.
Kami di Tautan Rahmat menyambut baik tindakan Kerajaan Melaka pimpinan Datuk Seri Idris Haron yang telah mengarahkan pembatalan segera program tersebut.
USTAZ MOHAMAD IBRAHIM
Presiden Tautan Rahmat Malaysia
5 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 5/6/2017
Sumber HD - 5-6-2017
PASRelief lancar dana kecemasan pelarian Rohingya
TAUFAN Mora yang membadai Bangladesh dilaporkan telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa dan menyebabkan lebih 300,000 penduduk dipindahkan, termasuk memusnahkan dua kem utama pelarian Rohingya di Balukhali dan Kupalong.
Sehubungan itu, Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) telah membuat pengisytiharan khas pelancaran Dana Kecemasan Pelarian Rohingya bagi memberi bantuan segera kepada lebih 20,000 pelarian yang terjejas teruk akibat bencana itu.
Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pasukan awal PASRelief telahpun diaktifkan untuk segera menyalurkan bantuan kepada para pelarian di kem tersebut.
Menurutnya, para pelarian yang sedang menjalani ibadah Ramadan dalam keadaan serba kekurangan itu semakin gawat setelah tempat berteduh mereka musnah dilanda taufan dan memerlukan keprihatinan segera umat di seluruh dunia.
“Kita merayu seluruh rakyat Malaysia segera menghulurkan simpati dengan memberikan sumbangan untuk PASRelief menjayakan Misi Bantuan Kecemasan ini. Pasukan besar PASRelief akan memberikan sumbangan terkumpul pada 15 Jun ini.
“Inilah masanya juga umat Islam memanfaatkan peluang Ramadan bagi menggandakan ganjaran daripada Allah S.W.T dengan membantu saudara seagama kaum Rohingya yang tersepit oleh kekejaman junta tentera dan pelampau agama dan kini terpukul oleh ribut,” serunya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, menjelang 15 Jun itu PASRelief mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM50,000 dan berharap ianya dapat dicapai serta berterusan sehingga keperluan asas para pelarian di kem-kem terjejas dapat dipulihkan.
Orang ramai yang berhasrat menyumbang boleh menyalurkan ke Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS Pusat (Maybank 5640 7061 1352) dan boleh mendapatkan keterangan lanjut dari beliau di talian 012-596 9220 atau Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (019-984 3277), Ustazah Nuridah Mohd Salleh (013-920 5012), Mohd Adram Musa (013-384 5555) atau Ustaz Norazli Musa (019-571 0933).
Sumber HD - 3-6-2017
Pendidikan Rohingya: PAS, Mapim temui NGO antarabangsa
PADA 8 Mei 2017, rombongan PASRelief dan MAPIM mengadakan kunjungan ke Turki, bertemu Saadet Parti, dan NGO Antarabangsa seperti Cansuyu Organisation, Gözbebekleri, IHH, Ansor dan tokoh-tokoh besar Turki.
Pertemuan ini bertujuan mengumpulkan sokongan, menjalin kerjasama dan membina kekuatan dan perpaduan Islam bagi membela masyarakat muslim yang dizalimi dan tertindas di seluruh dunia.
Khusus untuk Muslim Rohingya, PASRelief membawa kertas cadangan (proposal) bagi mewujudkan pusat pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan kolej untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tinggi di kalangan pelarian Muslim Rohingya di rantau ini. Pusat ini akan diwujudkan di Muassasah Darul Ulum yang telah dipersetujui oleh PAS Kedah dan Ahli Majlis Muassasah.
Bagi program jangka pendek, PASRelief dan MAPIM membawa kertas cadangan bagi mendapatkan sokongan kewangan bagi menjayakan 'Ramadhan Food Pakage' kepada keluarga pelarian di kem-kem pelarian di Arakan, Bangladesh dan Malaysia.
Semua pertemuan tersebut diadakan bersama pemimpin tertinggi organisasi tersebit, seperti Presiden Saadat Partisi Mr Temel Kamarallaoglu, Naib-Naib Presiden, SU Agong dan sayap pemudanya.
Pertemuan dan perbincangan dengan Cansuyu diadakan dengan Presidennya Mr Mustaffa Koylu, pemimpin dan kakitangan NGO tersebut.
Pertemuan dengan Gözbebekleri di Istanbul disertai oleh Presidennya Mr Ali Cëtin dan Pengurus besar Ustaz Abdul Rasheed.
Organisasi kemanusiaan paling disegani, yang ditubuhkan oleh Almarhum Necmatin Erbakan, IHH turut menyambut kedatangan PASRelief dan MAPIM ke Turki.
Pertemuan diadakan dengan Pengurus Besar Antarabangsa Mr Hassan dan sayap pemuda IHH di ibu pejabat IHH bersebelahan Masjid Jami' Fateh, Istanbul.
Pertemuan turut diadakan dengan NGO al-Ansar, yang berkunjung ke kediaman rombongan PASRelief dan MAPIM di pangsapuri wakaf al-Quds. Pertemuan terakhir diadakan dengan Mr Harun Majeed, tokoh ternama dalam aktiviti kebajikan di Turki dan antarabangsa.
Rombongan PASRelief yang turut disertai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, merangkap Timbalan Pengarah PASRelief, turut mengadakan pertemuan dengan organisasi Islam lain, selain menyertai beberapa mesyuarat dan aktiviti gerakan Islam antarabangsa.
PASRelief dan MAPIM seterusnya meneruskan misi menghidupkan kemanusiaan ke United Kingdom.
Dari Ankara dan Istanbul Turki, PASRelief ke London, Manchester, Sheffield, Nottingham bertemu beberapa NGO antarabangsa dan komuniti Malaysia.
Menghidupkan perjuangan kemanusiaan. Akan ada beberapa langkah susulan berkaitan tindakan membantu Muslim Rohingya yang akan dijayakan bersama dalam skala yang lebih besar dan berkesan.
Rombongan ini tiba ke KLIA pada hari ini, 19 Mei 2017.
Ahli misi:
1.Muhammad Sanusi Md Nor (Pengarah PASRelief)
2.Ust Muhd Khalil Abdul Hadi (Ketua DPPM/Timbalan Pengarah PASRelief)
3.Ust Musadaq Hj Ahmad (Lembaga Pengarah Muassasah Darul Ulum)
4.Ust Ahmad Tarmizi Sulaiman (Naib Presiden MAPIM/ Ahli Jawatankuasa PASRelief)
5.Syakur (Cakna Palestin)
6.Zulkifli Che Harun (Rohingya Leaning Centre MAPIM)
7.Syukri Shaari (MAPIM).
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengarah PASRelief
AJK PAS Pusat – HARAKAHDAILY 19/5/2017
Sumber HD - 19-5-2017
Mapim, NGO lancar kempen kariah bebas rokok
SEBAGAI lanjutan dari penubuhan Jawantankuasa Khas Sekretariat Benteras Rokok (Sebar), Mapim, Salimah dan gabungan beberapa NGO yang lain melancarkan pendaftaran kariah untuk terlibat dalam kempen basmi rokok.
Setakat ini NGO yang bergabung untuk menjayakan kempen ini ialah Mapim, Salimah, Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malysia (KPIPM), Bless, Unggas, LKPI Flat Harmoni Sg. Petani, Teras dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Masjid Andalusia Sg. Petani, Sekolah Agama Daris Sg. Petani.
Sebagai suatu usaha yang akan menumpu kepada komuniti kariah, sekretariat ini akan menggerakkan anak kariah untuk bersama dalam usaha membasmi rokok di kawasan kariah masing-masing.
Pendekatan ini akan membina pengelaman setiap kariah untuk menjadi model kariah tanpa rokok untuk dikongsikan dengan kariah yang lain.
Kami berpendapat fatwa merokok haram yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995 dan Majlis Fatwa Kedah pada 1996 sepatutnya dihayati oleh setiap kariah sebagai suatu panduan syariah yang boleh menyelamatkan anak kariah dari kemudharatan akibat gejala merokok. Kami percaya bahawa berpegang teguh kepada panduan agama adalah satu-satunya cara untuk membenteras budaya negatif yang merosakkan masyarakat.
Jika tabiat merokok dapat dibasmi dari masyarakat kami percaya setiap kariah di negara ini akan menjadi aset besar kepada umat untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. Sudah sampai masanya umat Islam di negara ini berperanan untuk membangun masyarakat bebas dari budaya yang negatif bukan sahaja untuk generasi masakini malah generasi mendatang.
Setiap kariah yang mendaftar akan dijemput untuk turut terlibat dalam pelbagai aktiviti pendidikan kesedaran membasmi rokok dikalangan masyarakat. Ahli Jawatankuasa Masjid di kariah akan turut dilibatkan kerana masjid adalah sebuah institusi penting untuk membangun masyarakat yang baik.
Pihak sekretariat akan mendekati setiap masjid agar mendaftarkan diri dan terlibat aktif dalam kempen basmi rokok dan usha melengkapkan aktivis di kariah untuk menjadikan kariah mereka bebas dari merokok melalui siri latihan dan bengkel akan dilaksanakan.
Kami percaya dengan memanfaat masjid sebagai tapak mengerakkan kempen ini , ia boleh menyampaikan mesej secara lebih meluas dan berkesan. Anak kariah yang menjadikan masjid sebagai paksi untuk membentuk budaya hidup yang sihat dalam masyarakat pasti dapat menanam kesedaran yang lebih mendalam dan berkekalan.
Antara aktiviti yang akan digerakkan diperingkat kariah ialah:
1. Khutbah Jumaat mengenai rokok dan kemudharatannya.
2. Sembang “Anak Muda Hidup Sihat Tanpa Rokok”.
3. Perhimpunan kaum ibu "Rokok Membinasakan Keluarga"
4. Kumpul tandatangan qaryah bebas dari rokok.
5. Program menyemai rokok itu bahaya peringkat kanak-kanak pra sekolah.
6. Perasmian qaryah tanpa rokok.
7. Mengedar risalah " Rokok Membazir, Pembaziran adalah Ikhwan Syaitan"
8. Siri Penerangan fakta mengenai rokok di surau-surau qaryah.
9. Edaran pelekat setiap rumah "Selamat Datang Ke Rumah Kami Tanpa Rokok" – HARAKAHDAILY 12/5/2017
Sumber HD - 12-5-2017
Kerajaan tidak harus sekongkol industri merosakkan
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Ma[pim) menyatakan kekesalan dan bantahan jika Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Henry Sum Agong turut terlibat merasmikan sebuah kilang vape bernama Vape of Malaysia yang bakal didirikan di Negeri Sembilan pada 12 Mei 2017 ini.
Isu menularnya budaya merokok sama ada dalam bentuk rokok yang biasa mahupun dalam bentuk rokok eletronik seperti vape telahpun berleluasa dan tidak dapat dikawal. Hal ini mendapat reaksi negatif dari kebanyakan masyarakat awam pada 2015.
Soalnya kenapa pula seorang timbalan menteri tidak memahami kesan buruk yang bakal menimpa masyarakat bila tabiat ketagih kepada rokok jenis ini menjadi gejala baru.
Sudahlah tabiat merokok semakin meningkat, kini menghisap vape yang kononnya tidak mudharat menguasai gaya hidup masyarakat sebagai tren terbaru.
Perbahasan dan pendedahan mengenai kesan negatif ke atas kesihatan dan budaya bagi pengamal vape telah disuarakan oleh pakar kesihatan terutama ke atas tabiat dan sikap generasi muda. Tidak mungkin pakar kesihatan mempunyai pendirian yang positif terhadap ketagihan kepada vape.
Apabila seorang timbalan menteri diundang untuk merasmikan kilang yang mengeluarkan peranti vape dan cecair vape walaupun didakwa tanpa nikotin, ia menunjukkan industri ini tidak mempedulikan bantahan awam. Malah industri itu mendapat pengabsahan dari pihak kerajaan sendiri untuk membina tapak industri vape yang akan berkembang di Malaysia.
Apakah Datuk Henry tidak mengetahui implikasi dari penglibatannya jika beliau merestui untuk merasmikan kilang tersebut? Apakah mesej yang akan dihantar oleh timbalan menteri itu kepada masyarakat malah oleh kerajaan sendiri jika beliau menjadi promoter kepada sebuah industri yang jelas tidak ada manfaat sama sekali malah jelas membawa mudharat jangka panjang?
Sementara kerajaan Malaysia mendakwa mempunyai polisi kesihatan awam yang jelas, penglibatan seorang anggota kabinet menteri sudah tentu menjadi tanda tanya malah membawa mesej yang bertentangan dengan dasar yang diperkenal oleh kerajaan sendiri.
Dari sudut agama, hampir semua mufti telah menyatakan sikap bahawa amalan menghisap vape membawa mudharat malah majlis fatwa beberapa negeri telah mengeluarkan fatwa haram. Sayangnya fatwa yang diisytiharkan belum ada yang digazetkan sebagai undang-undang.
Umum tahu tanpa kawalan yang khusus terhadap sesuatu yang menjadi ketagihan di kalangan pengguna terutama generasi muda, pasti akan membawa bencana yang sukar dikawal nanti.
Sebagaimana industri rokok ketika pertama kali ia diperkenalkan ratusan tahun yang lalu, kini sangat sukar dibanteras . Kami yakin gejala rokok elektronik yang sama akan dihadapi oleh masyarakat bila pihak berkuasa sendiri turut tidak peka terhadap gejala yang tidak bermanfaat malah membawa petaka kepada masyarakat awam.
Kami menggesa Datuk Henry selaku timbalan menteri kepada sebuah kementerian yang sepatutnya peka terhadap kesan kepada masyarakat pengguna apabila vape menjadi ketagihan yang baru.
Kami menuntut pihak Kerajaan Negeri Sembilan membatalkan kelulusan pembinaan kilang vape tersebut supaya ia tidak menjadi tapak membiaknya penagih vape apabila industri itu akan mengembangkan lagi pembinaan kilang di tempat yang lain.
Apa gunanya ia menjadi sumber pendapatan kerajaan dengan mengenakan cukai GST ke atas pengguna vape, padahal kos yang terbeban akibat penyakit dan kesan sosial yang akan merebak adalah jauh lebih parah.
Kami menggesa Datuk Henry supaya menarik diri dari menjadi perasmi kepada kilang berkenaan dan berpendirian tegas dan tidak berkompromi terhadap kesihatan awam yang bakal tergadai dari industri yang akan mengaut keuntungan dari kemudharatan yang menimpa masyarakat. - HARAKAHDAILY 9/5/2017
Penulis ialah Presiden Mapim.
Sumber HD - 9-5-2017
26.5% penduduk Kedah perokok mengejutkan
KAMI memandang serius pendedah Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail kelmarin bahawa negeri Kedah adalah negeri kedua tertinggi perokok di negara ini.
Fakta yang didedahkan bahawa 26.5% penduduk Kedah yang berumur 15 tahun ke atas adalah perokok sangat mengejutkan.
Menganggarkan kanak-kanak berumur 0-15 tahun berjumlah sekitar 500,000 mengikut statistik penduduk Kedah pada 2010 dan kini Kedah mempunyai populasi lebih 2 juta, bermakna Kedah mempunyai lebih 1.5 juta perokok.
Kerana penduduk negeri Kedah adalah majoriti kaum Melayu, kami percaya perokok di negeri ini pasti majoritinya adalah di kalangan kaum Melayu.
Angka kasar ini menunjukkan Kedah berpotensi berhadapan krisis penduduk berpenyakit akibat merokok yang cukup besar.
Ini belum lagi dilihat dari sudut implikasi ekonomi dan sosial. Tabiat merokok merupakan punca yang utama kepada kanser dan kardiovaskular. Kos rawatan yang terpaksa ditanggung kini adalah sangat besar untuk dua penyakit utama tersebut. Manakala merokok di kalangan anak muda berpotensi besar terdedah kepada penyalahgunaan dadah.
Bagi perokok di kalangan golongan B40 ternyata ia akan menjadi beban ekonomi yang bertambah dan akan menjadi lebih kritikal bila wang untuk kesihatan dan pendidik disalur kepada tabiat perokok.
Kami berpandangan jika gejala ini tidak diatasi segera, negeri Kedah akan berdepan masalah yang sangat berat dari sudut kesihatan dan ekonomi rakyat.
Tidak ada gunanya Kerajaan Kedah berusaha mencapai taraf pendapatan tinggi di kalangan rakyat jika gejala merokok akan menyedut pendapatan rakyat dan juga beban kos khidmat kesihatan dari bajet kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang tinggi perlu ditanggung.
Sudah sampai masanya pihak kerajaan menggunakan kaedah yang lebih berkesan dari hanya menubuhkan 58 buah Klinik Berhenti Merokok di seluruh negeri Kedah untuk merawat golongan perokok tegar.
Kempen pihak Jabatan Kesihatan sempena bulan Ramadhan ini sudah dilakukan saban tahun, namun ia maseh tidak berkesan kerana tabiat merokok sudah menjadi norma masyarakat sebaik sahaja berbuka puasa.
Pendekatan ke arah menguatkuasakan larangan menjual dan merokok di kawasan awam mesti dilaksanakan dengan tegas.
Terlalu jelas pelanggaran merokok di premis awam seperti restoran, kawasan pasar, kawasan masjid dan surau, premis pejabat awam dan swasta sangat berleluasa. Pihak masyarakat maseh tidak melihat kepentingan melapor perlanggaran peraturan terhadap perokok dan membiarkan penjual dan perokok berleluasa tanpa diambil tindakan.
Suatu gerakan yang berkesan yang melibatkan pemimpin politik, NGO dan pemimpin akar umbi di kalangan masyarakat mesti dikerah. Pihak berkuasa kesihatan dan kerajaan tempatan mesti diperkasakan lagi untuk membenteras pelanggaran undang-undang mengenai penjualan rokok dan merokok di premis awam.
Kami mengambil perhatian terhadap fatwa mengharamkan rokok di negeri Kedah masih belum digazetkan sehingga kini. Padahal fatwa negeri Kedah itu sudah dikeluarkan sejak 1996 lagi. Manakala fatwa haram terhadap rokok vape juga telah dikeluarkan pada 25 November 2015 yang lalu.
Sayangnya ia hanya tinggal fatwa di atas kertas semata-mata.
Sudah sampai masanya pihak Majlis Fatwa Negeri Kedah segera mengambil langkah untuk mengangkat fatwa tersebut supaya digazetkan di Dewan Undangan Negeri.
Isu ini melibatkan majoriti umat Islam dan mudaratnya terlalu jelas. Tidak munasabah fatwa yang boleh menjadi salah satu kekuatan dalam mengekang tabiat merokok di kalangan umat Islam masih ditangguh penguatkuasaannya.
Pihak kami bersama rangkaian NGO di bawah gerak kerja dakwah akan mengadakan perbincangan khas untuk merancang strategi menggembleng masyarakat akar umbi supaya tabiat merokok terutama di kalangan remaja dan generasi muda dibanteras.
Kami berharap mendapat dukungan dan sokongan dari pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah untuk memberi kemudahan dan sokongan kewangan supaya Kempen Benteras Rokok dapat dijayakan. - HARAKAHDAILY 7/5/2017
Penulis ialah Presiden Mapim.
Sumber HD - 7-5-2017
Mapim selar pihak yang tuduh Dr Zakir ancaman
SETELAH meneliti kes tuduhan terhadap pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, Mapim mengambil pendirian menolak dan membantah beberapa golongan termasuk Hindraf dan badan gabungan agama Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh di Malaysia yang menuduh beliau sebagai ancaman kepada keselamatan negara dan dengan itu mereka melancarkan kempen menolak kehadiran beliau di Malaysia.
Soalnya apa agenda mereka untuk menolak Zakir Naik berceramah di Malaysia jika kerajaan Malaysia tidak melihat beliau sebagai ancaman dan dengan itu mempunyai masalah menerima beliau sebagai tetamu dan penda'wah?
Kami mengikuti isu serangan dakwaan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan di negara ini yang pada hakikatnya mahu menyekat pengaruh beliau kepada masyarakat awam di Malaysia, terutama mengenai keupayaan beliau berhujah dalam perbandingan agama yang menarik ramai penganut agama lain kepada Islam.
Pengaruh beliau di India dalam menjelaskan kefahaman masyarakat terhadap Islam dan bandingan dengan agama lain ternyata dilihat sebagai gugatan kepada pihak yang bersikap fobia dan cemburu terhadap Islam.
Kami berpendirian apa sahaja tuduhan ke atas beliau yang dilaporkan oleh pihak media di India dan di negara yang lain, hendaklah dibukti tanpa prejudis. Jika hanya dengan bersandar kepada pandangan esktrimis Hindu di India dan kelompok Barat yang melebel beliau sebagai pembicara yang menerapkan faham terorisme, maka bagi kami ia tidak lain dari propaganda Islamofobia yang telah mempengaruhi kelompok penentang Zakir Naik.
Kami kesal terhadap penentang Zakir Naik yang begitu ghairah mahu beliau dihantar balik ke India. Nampaknya pihak yang menfailkan kes dimahkamah itu beria-ia untuk menghukum beliau dan dengan sentimen yang melampau mendesak kerajaan Malaysia menangkap dan mengusir beliau.
Apa agenda mereka sebenarnya? Mengguna alasan Dr Zakir diburu oleh pihak berkuasa di India, tidak cukup untuk menjadi asas kerajaan Malaysia untuk menahan dan mendesak taraf pemastautin tetap beliau di Malaysia dibatalkan. Malaysia ada undang-undangnya tersendiri dan tidak perlu tunduk kepada desakan dari luar.
Sepanjang kami mengikuti ceramah beliau secara langsung di India dan di Malaysia tidak ada bukti bahawa beliau mengembangkan faham esktrimis dan menganjur keganasan terhadap penganut agama lain.
Hanya mereka yang tidak mampu berdebat dengan beliau akan terasa tergugat kerana beliau mampu membentang wacana yang jelas dan menyakinkan mengenai Islam untuk didengar dan difahami oleh audien Muslim dan non Muslim.
Dengan fenomena ramai yang mahu melafazkan syahadah dalam majlis ceramah Zakir Naik, ia tidak harus dilihat sebagai gugatan kepada agama lain. Ia hanya suatu perkembangan yang positif bahawa penerangan Islam yang jelas dan dapat menghindar dari faham esktremis merupakan sumbangan besar Zakir Naik kepada masyarakat dunia.
Kenapa kumpulan pendesak ini tidak mahu berdepan dengan Zakir Naik dan berdebat secara langsung dengan beliau? Apa yang menyebabkan mereka mengambil keputusan menuntut perintah mahkamah ke atas beliau? Kenapa mereka mahu dilihat juara dan mewakili kumpulan pendesak di India untuk mengambil tindakan ke atas Zakir Naik?
Kemampuan beliau menguasai pengetahuan mengenai agama lain dan secara ilmiah membuat perbandingan dengan Islam, tidak sama sekali menunjukkan beliau menghina atau memprovokasi kebencian terhadap agama Iain.
Malah beliau lebih banyak berhujah untuk memperbetulkan salah faham masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap Islam.
Ruang bersoal jawab yang disediakan, setiap kali beliau menyampaikan ceramahnya telah menarik ramai bukan Islam sama ada belia, cendekiawan, golongan profesional dan ahli agama yang lain untuk mendapat penjelasan yang menyakinkan terhadap keindahan Islam.
Sebahagian besar mesej beliau adalah ke arah menanam sikap toleransi, dialog, keamanan dan saling hormat menghormati antara agama dan kaum.
Tuduhan yang dilontar terhadap beliau oleh golongan yang merasa terancam kerana pengaruh beliau, adalah semata-mata atas sikap prejudis dan sentimen fanatik terhadap agama dan ketakutan terhadap potensi beliau menarik minat masyarakat awam terhadap Islam yang sebenar.
Tuntutan mahkamah yang difail oleh beberapa kumpulan untuk menangkap, mengusir beliau dari Malaysia dan membatalkan taraf penduduk tetap yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepadanya, adalah melampau. Malah adalah sangat biadap apabila ada yang mahu anugerah Maal Hijrah kepada beliau yang disampaikan oleh KDYMM yang DiPertuan Agung, ditarik balik.
Sebaliknya kami menegaskan sikap prejudis agama yang mendalam dari kumpulan seperti Hindraf jelas boleh menimbulkan ketegangan antara agama kerana merekalah yang mencabar kedudukan Islam di negara ini.
Kami menegaskan bahawa kumpulan ini dengan terang-terangan mahu campur tangan dalam urusan agama Islam di negara ini dengan mengguna saluran undang-undang untuk menyekat pendakwah seperti Zakir Naik.
Padahal tidak sedikit para sami dari India dibenarkan masuk ke negara ini atas nama memimpin dan menguruskan ribuan kuil Hindu yang wujud di Malaysia. Kerjasama yang dijalinkan antara Malaysia dengan India jangan diambil kesempatan untuk menekan kerajaan Malaysia mengusir Zakir Naik.
Kami mengingatkan kepada Hindraf dan kumpulan-kumpulan yang bersama dengannya yang sering mempersoalkan isu yang berkait dengan kedudukan Islam di negara ini , agar jangan melampau batas sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.
Negara ini adalah bebas untuk mengamalkan agama masing-masing kecuali dalam konteks yang boleh menjejaskan keamanan awam. Sikap beragama yang sempit dan prejudis terhadap agama lain tidak harus dibenarkan menguasai pemikiran awam. – HARAKAHDAILY 6/5/2017
Sumber HD - 6-5-2017
PPMM desak ambil tindakan terhadap Rafizi
PERSATUAN Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak agar suatu tindakan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menurut Akta Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Demikian dinyatakan Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam kenyataan akhbar hari ini, sebagaimana di bawah.
Kenyataan akhbar ini adalah lanjutan daripada kenyataan-kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sebelum daripada ini berkaitan dengan kenyataan YB Rafizi Ramli yang dilaporkan sebagai mendakwa antara lain bahawa jika Akta 355 dipinda ramai hakim mahkamah syariah akan menerima rasuah dan hakim mahkamah syariah lebih ramai ditangkap dan ditahan kerana rasuah berbanding hakim mahkamah sivil.
PPMM sangat kesal dengan kenyataan Rafizi tersebut yang tidak berasas dan tiada statistik yang dikeluarkan bagi menyokong dakwaan beliau. PPMM berpandangan kenyataan Rafizi itu juga telah menimbulkan fitnah, keraguan dan memperkecil malah menghina mahkamah syariah di Malaysia. Memandangkan sebahagian besar ahli PPMM juga adalah peguam syarie makluman mengenai sebarang pendakwaan dan sabitan kesalahan hakim syariah adalah di dalam pengetahuan PPMM.
Oleh kerana tiada sebarang reaksi balas oleh Rafizi walaupun kedua-dua pertubuhan di atas telah mengeluarkan kenyataan mereka, PPMM mendesak agar Penguatkuasa Agama mengambil tindakan menurut Akta Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan dimajukan kepada Ketua Pendakwa Syarie agar suatu tindakan di bawah seksyen 210 akta yang sama Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah untuk diambil terhadap Rafizi. Begitu juga bagi semua negeri-negeri lain yang mana dakwaan Rafizi ini terpalit kepada semua mahkamah syariah negeri-negeri.
Rafizi mesti bertanggungjawab terhadap apa yang diucapkannya semasa sidang Parlimen olok-olok tersebut. Walaupun ia sidang olok-olok tetapi kenyataan yang dibuat tidak wajar bersifat olok-olok juga kerana ia sangat memberi kesan kepada kedudukan mahkamah syariah di mata awam.
Seksyen 210 di atas memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa menghukum mana-mana orang yang melakukan suatu penghinaan Mahkamah dengan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit. Seksyen yang sama juga terdapat di dalam Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah di semua negeri lain.
PPMM juga mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan agar isu-isu agama tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak apatah lagi dipermainkan. Orang Islam hendaklah bersatu suara di dalam isu-isu agama Islam dan tidak dihambat oleh kepentingan politik semata-mata.
Umat Islam arusperdana sudah jelak dengan sikap pihak-pihak tertentu yang tidak sudah-sudah mahu mempolitikkan kepentingan masing-masing walaupun di dalam isu agama. - HARAKAHDAILY 17/4/2017
MAPIM berpendapat bahawa sistem pendidikan negara yang ada sekarang gagal dalam menerapkan tahap celik budaya dikalangan generasi muda antara kaum dan agama yang berkesan.
Akibatnya kerenggangan perpaduan nasional semakin jelas. Polarisasi antara kaum bermula dari bangku sekolah dan natijahnya ialah semangat kekitaan dan perpaduan semakin lusuh.
Sistem pendidikan Malaysia boleh dibanggakan dari segi celik huruf. Tahap literasi Malaysia mencapai 92.5% iaitu setaraf dengan Turki dan Russia.
Akan tetapi sistem pendidikan Malaysia masih tertinggal dari segi celik budaya. Ini dapat dilihat betapa berbudaya hanya dilihat secara kosmetik dalam acara pementasan untuk diperagakan sebagai produk pelancongan. Bukan sebagai suatu gaya hidup yang berfungsi dalam kehidupan seharian. Natijahnya, budaya luar yang asing dan bertentangan dengan budaya tempatan menguasai generasi muda.
Budaya Malaysia yang berlatarbelakang pelbagai kaum dan agama merupakan cabaran paling berat dalam sistem pendidikan negara. Tercapainya kemerdekaan adalah kesediaan dari kaum bumiputera untuk menerima pendatang dari luar untuk mendapat kerakyatan di bumi Melayu dan kini generasi muda dari semua kaum yang lahir selepas merdeka diiktiraf dan diterima sebagai warga negara.
Istimewanya di negara ini ialah kaum dari luar yang dibenar hidup dan mendapat kerakyatan di negara ini tidak dijadi objek asimilasi. Budaya hidup, bahasa dan adat resam dibenarkan berfungsi dan menjadi integral dalam Budaya Kebangsaan yang berteraskan budaya rakyat tempatan bumiputera berbangsa Melayu. Ini tidak berlaku di negara- negara jiran.
Akibat perubahan pendedahan generasi muda kepada pelbagai pengaruh media sosial dan impak globalisasi budaya serta ujudnya polarisasi kaum yang semakin tajam, sistem pendidikan kelihatan tidak mampu menerapkan perpaduan nasional yang diharapkan. Wujudnya kebangkitan semula sentimen perkauman akibat persaingan politik telah mengenepikan apa yang cuba dibina didalam sistem pendidikan negara.
Sekolah pelbagai aliran tidak dilihat sebagai pelengkap dan pengkayaan dalam sistem pendidikan tetapi dilihat sebagai pesaing untuk meraih undi dan menuntut hak kaum atas nama demokrasi.
Mangsanya ialah perpaduan antara kaum dan keharmonian antara agama.
Penilaian semula sistem pendidikan yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menyentuh soal keperluan meneliti sama ada sistem pendidikan yang ada sekarang berjaya melahirkan perpaduan nasional atau sebaliknya.
Kami berpendapat seluruh rakyat dan mereka yang terlibat dalam pembangunan sistem pendidikan perlu jujur untuk bertanya sama ada negara ini mahu menjadi sebuah negara yang akhirnya runtuh akibat keretakkan perhubungan antara kaum atau menjadi sebuah negara model berdasarkan kesepakatan antara kaum dan semangat saling menghormati budaya dan adat sesama rakyat.
Inilah yang sepatutnya menjadi fokus penilaian sistem pendidikan dalam perbahasan mengenai isu kepelbagaian aliran sekolah yang ada dalam negara sekarang.
Adalah malang jika isu ini dilihat dari sudut kepentingan politik. Pendidikan adalah nadi kepada pembangunan dan masa depan negara. Jika semua pihak melihat dari kaca mata perkauman, pencapaian negara selama ini bakal terhakis dan matlamat asal penjajah untuk mengguna strategi " pecah dan perintah" akan kembali bertapak di negara ini. – HARAKAHDAILY 16/4/2017
SAYA mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kerana akhirnya projek pembinaan kompleks SPRM yang terbesar ini terlaksana di Kampung Melintang, Wakaf Beruas, Mukim Kubang Parit, Kuala Terengganu.
Empat tahun lalu sebagai Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) saya pernah menuntut supaya ‘kewujudan’ SPRM lebih dirasai di Negeri Terengganu Darul Iman ini dengan kompleks yang lebih besar, pasukan yang lebih besar, pengarah yang lebih punya kuasa bertindak sama ada oleh pangkatnya atau karakter peribadinya yang berjuang memerangi rasuah.
Hal ini kerana SPRM Terengganu ketika ini dilihat kecil, cuma menumpang tingkat bawah dan setingkat di atas Bangunan Wisma Persekutuan, bangunan yang tua usianya. Kerana itu kehadiran SPRM tak disedari rakyat Terengganu.
Kelantan yang ditadbir oleh PAS, walaupun tiada kes rasuah yang melibatkan pemimpin negeri, pentadbiran yang bersih, boleh gah dengan kehadiran bangunan SPRM yang hebat.
Keadaan sifar rasuah di Kelantan saya percaya oleh adanya komitmen pentadbiran PAS sejak Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang sangat bekerja rapat dengan SPRM yang kini diteruskan lagi oleh Datuk Ahmad Yaakob MB Kelantan.
Terengganu berbelanja lebih RM2 billion setiap tahun. Banyak projek mega bernilai ratusan juta dilaksanakan dengan jumlah perbelanjaan berbillion wang negeri Terengganu.
Namun malangnya perbelanjaan besar ini melibatkan pelbagai kegagalan yang merugikan rakyat dan negeri.
Pembinaan Stadium Sultan Mizan yang telah runtuh dua kali sampai kini masih tidak berganti bumbung yang dianggarkan perlukan lebih RM100 juta ringgit lagi. Taman Ilmu yang terbengkalai dengan laporan Malay Mail menyebut angka lebih RM700 juta. Pelbagai kemudahan yang telah dilaburkan untuk acara Monsun Cup bernilai mencecah RM1 billion. Strawberry Park (ubah suai jadi Institut Jantung, gagal), Kompleks Tekstil yang gagal, Zoo Bukit Takal, Taman Burung, Taman Rama-Rama, Sekolah Menengah Alor Limbat, Projek E Book yang menelan ratusan juta ringgit, projek pertanian seperti fertigasi, Kaprima, agrotech.
Itu belum Projek Pulau Bebas Cukai bernilai mencecah RM200 juta setakat ini yang kelihatannya bakal menjadi kegagalan yang sangat merugikan.
Semua ini mustahil gagal begitu sahaja tanpa adanya berpunca dari gabungan kelemahan, kepincangan, kesalahan di pelbagai peringkat pembuatan keputusan dan perlaksanaan kerajaan.
Pelbagai laporan SPRM pernah dibuat. Antara lain isu konsesi balak yang melibatkan arahan bayaran fee tertentu kepada peguam yang dinamakan untuk beberapa penerima konsesi, isu pembelian Bangunan untuk pelajar di Mansoura, Mesir, isu berkait perlombongan bijih besi di Bukit Besi, isu Banggol Donas berkaitan pembinaan jalan susur Banggol Tuan Muda.
Isu Banggol Donas sebanyak tiga laporan SPRM telah dibuat oleh Jawatankuasa Bertindak Banggol Donas yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Salleh Embong. GANTI terlibat sama memperjuangkan hak pemilik tanah yang menjadi mangsa.
Namun dalam keadaan pelbagai laporan dibuat kepada SPRM, dalam keadaan rakyat boleh melihat dengan mata lendir mereka pembaziran beratus juta daripada pelbagai kegagalan projek yang tersergam besar bangunan bangunan yang gagal dimanfaatkan seperti dijanjikan, SPRM tidak dilihat pernah membongkar apa-apa salah laku dalam kerajaan Terengganu.
Seolah-olah segala kerugian yang besar itu bukan salah sesiapa! Itu yang rakyat pelik. Tiada siapa boleh percaya kerajaan ini bersih. Rakyat di bawah bercakap merata-rata dan menjadi buah mulut tentang permainan wang dan kuasa orang-orang politik Umno di Terengganu yang kaya raya belaka sekarang.
Saya harap apabila kompleks SPRM yang begitu luas dan besar ini siap nanti, janganlah bangunan sahaja yang hebat. Bawakan sekali pasukan pegawai dan kakitangan yang hebat untuk bersihkan negeri Terengganu ini daripada rasuah.
Kalau perlu, biar Ketua Pengarah SPRM beribu pejabat di sini pun tak apa.
Negeri Terengganu dengan sumber petroleum berbillion setiap tahun sepatutnya menjadi negeri paling maju, membangun, cukup infrastrukturnya, baik pengangkutannya, air dan elektrik yang sempurna, jalur lebar internet, jika wang negeri diurus secara yang hemah dan ada akauntabiliti.
Tun Mahathir menyekat bayaran lima peratus Royalti Petroleum Terengganu bernilai berbillion kepada Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh PAS ketika dulu dengan memberi alasan wang itu akan diselewengkan PAS.
Sedangkan apa yang berlaku ternyata sebaliknya. Kerajaan PAS Terengganu dengan pendapatan yang dicari sendiri tanpa royalti petroleum (kerana dikhianati Kerajaan Pusat) mampu berdikari. Sempurna memerintah selama sepenggal tanpa tunggakan hutang malah meninggalkan simpanan beratus juta ringgit.
Sebaliknya Umno yang memerintah dengan berbillion peruntukan tetap tidak pernah cukup wang berkenaan malah terpaksa menanggung hutang pula dengan kerajaan Pusat.
Setelah adanya pasukan SPRM yang sebesar ini di Terengganu, Kerajaan Pusat tidak berhak lagi memberi alasan untuk menahan peruntukan pembangunan yang adil dan berterusan kepada Negeri Terengganu.
Bayaran royalti petroleum adalah hak Terengganu sampai kiamat walau dikhianati kerajaan Pusat dengan bantuan boneka pemimpinnya daripada kalangan pemimpin Umno Terengganu sendiri.
Jika selepas PRU 14, PAS menang di Terengganu, SPRM akan jadi sahabat terbaik Kerajaan Terengganu yang sentiasa akan diajak membantu memperbaiki intergriti urus tadbir negeri dalam rangka membanteras gejala rasuah.
Prinsip Islam yang dijulang PAS bermatlamat membentuk kerajaan yang tunduk kepada perintah Tuhan. Tahu dosa dan pahala, Halal dan Haram,
Saya sendiri sangat teruja dengan duduknya kompleks ini di sekitar kampung saya sendiri.
Insya-Allah saya dan GANTI akan jadi sahabat baik kepada SPRM. Roti Canai, Kopi O setiap pagi di Kafeteria SPRM yang baru pun tak apa.
Semoga Terengganu akan lebih gemilang dan keluar daripada bayangan gelap ketinggalan pada masa hadapan. Menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Terengganu untuk bersama tuntut perubahan.
AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
16hb April 2017 – HARAKAHDAILY 16/4/2017
Pendidikan: Bahasa kebangsaan sebagai pengantar semua peringkat
KAMI mengusulkan supaya sistem pendidikan negara menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua peringkat serta aliran kebangsaan hanya dibenarkan di peringkat sekolah rendah sahaja.
Isu kegagalan sistem pendidikan sedia ada mewujudkan perpaduan antara kaum yang dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini adalah akibat dari kegagalan dalam mendidik erti kehidupan antara kaum dan agama. Bukan sahaja pelajar terpisah dalam persekitaran sekolah malah polarisasi antara kaum berlaku dalam dengan nyata sehingga di peringkat pengajian tinggi.
Isu perpaduan kaum juga ada kaitan dengan faktor sosial, ekonomi dan politik persekitaran yang terbina dalam masyarakat. Lantaran itu pendidikan tidak formal juga harus dikaji supaya pengukuhan perpaduan antara kaum berlaku di semua medan, institusi pendidikan dan institusi masyarakat.
Puncanya ialah pihak kerajaan telah tunduk kepada kehendak parti politik berasaskan kaum sehingga sekolah aliran pelbagai bahasa wujud di negara ini. Sehingga sekarang, akibat sistem itu sudah berjalan sekian lama pihak yang berkenaan mempertahankan dan mengukuhkan sekolah vernikular ini yang berjalan bertahun-tahun sejak kemerdekaan.
Kami berpendapat akibat aliran sekolah yang berbeza, kanak-kanak di peringkat prasekolah itu lagi tidak mengenal erti bergaul dengan bangsa lain.
Soal mengguna satu aliran di peringkat sekolah menengah sepatutnya menjadi polisi kebangsaan sejak dahulu lagi.
Malaysia sudah mendekati usia 60 tahun sejak mencapai kemerdekaan. Jika perpaduan antara kaum gagal dilakukan secara benar dan bersunggguh, negara ini akan mundur ke belakang untuk mencapai sebuah negara model pelbagai kaum.
Kami berpendapat Rancangan Integrasi Murid Perpaduan (RIMUP) yang diwujudkan sebelum ini oleh Kementerian Pendidikan yang bertujuan memupuk perpaduan antara kaum di kalangan pelajar dengan program yang menggabungkan beberapa sekolah termasuk daripada aliran berbeza, hendaklah disegarkan dan dikembangkan agar berkesan dalam pelaksanaan.
Kami mengusulkan agar sekolah aliran agama menerapkan kurikulum dan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan pengenalan dengan kaum lain kerana realiti kepelbagaian kaum di Malaysia akan kekal menjadi realiti Malaysia dan pelajar aliran agama perlu berinteraksi dengan realiti itu. Elemen "Litaaruf" iaitu saling berkenalan dan saling hormat antara kaum dalam kehidupan perlu diperkenalkan di sekolah dalam sistem pendidikan di sekolah agama. - HARAKAHDAILY 15/4/2017
APA makna “kemelut”? Berdasarkan semakan dengan Kamus Dewan Edisi Keempat “kemelut” adalah keadaan yang genting atau berbahaya.
Adakah RUU 355 mengundang bahaya hingga perlu ditentang sebegitu rupa?
Sebagai seorang Islam yang yakin dengan keadilan Islam, usaha memartabatkan Mahkamah Syariah perlu disokong oleh semua yang cintakan keadilan dan kedamaian. Undang-undang disediakan untuk menghukum orang yang bersalah, namun dalam Islam tujuannya ditambah lagi iaitu sebagai langkah mendidik supaya manusia beradab.
Amat malang apabila terdapat segelintir ilmuwan Islam yang memperkecilkan usaha memartabat perundangan Islam dengan beralasan bahawa penguatkuasaan perundangan jenayah Islam buat masa ini bertentangan dengan tujuan syariah (Maqasid Syariah) yang perlu didahulukan kerana suasana dalam negara yang belum mengizinkan (tidak kondusif). Selain dari itu mereka juga berhujah bahawa negara yang mengamalkan perundangan Islam masih mundur ekonominya dan mencatat kadar jenayah yang tinggi.
Jelas mereka ini tidak melakukan kajian ilmiah. Antara tujuan-tujuan Syariah (maqasid Syariah) ialah untuk memelihara agama, nyawa, keturunan, maruah diri (kehormatan) dan harta. Jelasnya tujuan pelaksanaan undang-undang syariah antaranya ialah mengurangkan jenayah.
Saya perturunkan disini antara indikator jenayah yang boleh digunapakai ialah bilangan banduan per 100,000 penduduk. Data ini boleh didapati dengan mudah diinternet. http://www.prisonstudies.org/.
"Antara" maknanya ada yang lain lagi. Saya hanya perturunkan satu di sini kerana masalah ruang.
Di tempat kedua tertinggi dalam senarai yang disiarkan ialah Amerika Syarikat dengan kadar 666 banduan bagi setiap 100,000 penduduk. Amerika Syarikat adalah negara maju, maju dari banyak segi, ketenteraan, pembangunan, ekonomi dan tamadun. Namun negara yang dianggap bertamadun ini masih mencatat kadar banduan yang tinggi berbanding negara-negara yang dianggap mundur. Ini adalah bilangan banduan, BUKAN bilangan penjenayah. Maknanya bilangan penjenayah tentu lebih ramai.
Thailand, sebuah negara anarki yang mengamalkan agama Buddha berada di tempat ke-12 dengan bilangan banduan seramai 424 orang bagi setiap 100,000 penduduk. Finland di tangga ke-190 (57 banduan/100,000 penduduk) diikuti Sweden di tempat ke-192 dengan 53 banduan bagi setiap 100,000 penduduk. Finland dan Sweden dikatakan negara yang sistem pendidikannya cukup maju berada jauh mengatasi Pakistan dari sudut kadar banduan yang serba kekurangan.
Arab Saudi berada di tangga ke-96 dengan bilangan banduan seramai 161 bagi setiap 100,000 penduduk. Sudan di tangga ke-199 dengan bilangan banduan seramai 50 bagi setiap 100,000 penduduk dan Pakistan di tangga 206 dengan bilangan banduan seramai 43 orang bagi setiap 100,000 penduduk.
Saya ambil tiga negara ini kerana ketiga-tiganya melaksanakan perundangan Islam. Data ini dengan jelas menunjukkan bahawa negara yang mengamalkan perundangan Islam akan dibantu oleh Allah dalam bentuk pengurangan jenayah dengan tidak menafikan bahawa banyak lagi perlu dilakukan untuk memajukan negara mereka. Namun kondusif atau tidak kondusif bukan syarat untuk melaksanakan perundangan Islam.
Apa ukuran kondusif menurut mereka yang menentang pelaksanaan perundangan Islam? Mereka tidak pernah mendatangkan fakta kondusif. Yang disebut ialah “banyak lagi masalah lain seperti tekanan ekonomi, kemiskinan, rasuah dan lain-lain yang perlu diutamakan.”
Jika ekonomi menjadi ukuran, berikut adalah senarai kedudukan negara menurut kajian yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) dan disenaraikan dalam “Worldwide Cost of Living 2017 – A ranking of the world’s major cities”. Bandaraya New York (US) mendapat 100 mata dan diletakkan di tempat ke-9 teratas dalam kos hidup termahal.
Pakistan berada di tempat ke-130 (ke-4 paling bawah) dengan 44 mata. Maknanya kos hidup di negara yang dianggap maju jauh lebih mahal daripada hidup di Pakistan yang jauh lebih murah. Untuk mendapatkan 1kg roti di New York pengguna perlu belanjakan US$7.95 berbanding di Karachi yang hanya memerlukan US$1.69.
Ini hanya sebahagian kecil bukti. Banyak lagi bukti yang boleh dibawakan namun ia memerlukan ruang yang panjang untuk dibincangkan.
Jelas dan nyata bahawa apa juga alasan yang disebutkan, ia hanya sekadar alasan untuk menghalang perundangan Islam dilaksanakan. Kerana apa mereka tidak mahu dilaksanakan? Jawapan mudahnya ialah kerana mereka takut Islam menjadi agama pilihan apabila keadilan perundangan Islam dapat dibuktikan.
PROF. MADYA DR. MOHD FUAD MOHD SALLEH
Presiden Ilmuwan
13 April 2017. – HARAKAHDAILY 13/4/2017
MAPIM kesal terhadap editor akhbar Nanyang Siang Pau yang telah menunjukkan sikap yang sangat tidak beretika dan memprovokasi kemarahan masyarakat Islam terhadap isu sokongan kepada pindaan RUU 355.
Dalam perbahasan yang hangat terhadap isu RUU 355, sebarang kenyataan atau komentar serta siaran yang cuba menunjukkan sikap yang menyentuh sensitiviti dan kerukunan beragama, sepatutnya dielakkan.
Adalah amat tidak bijak apabila sikap tidak bersetuju kepada sesuatu isu ditunjukkan dengan cara menghina dan mempersenda institusi Parlimen. Walaupun tidak bersetuju dan mahu menunjukkan protes, media di Malaysia tidak harus meniru cara Barat yang menganggap memperolok-olokkan institusi, individu, agama atau kaum adalah suatu kebebasan media yang mutlak.
Akbar Nanyang sepatutnya sudah cukup matang mengamalkan kewartawanan yang beradab. Nilai dan sikap masyarakat timur yang sepatutnya berteraskan adab dan menjaga maruah pihak lain terutama dalam dunia media semestinya dipelihara dengan baik.
Kami tidak boleh menerima sama sekali kewartawanan yang biadab dan tidak menghormati perbahasan yang matang dan beradab. Apakah pihak editor Nanyang tidak memahami sensitiviti masyarakat beragama di negara ini? Apakah kebebasan mutlak yang menghina individu dan institusi boleh diterima dalam negara yang berbilang agama dan kaum seperti di Malaysia?
Editor akhbar Nanyang harus ingat, negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian bangsa dan agama yang sangat beragam ini dapat bertahan sebagai sebuah negara yang berdaulat apabila semangat menghormati sesama agama dan kaum masih dapat dikekalkan.
Dengan etika kewartawanan yang tidak matang dan kebudak-budakkan ini, boleh sahaja merungkaikan benteng keharmonian yang begitu lama dipupuk. Apabila hal ini tidak dihargai akhbar Nanyang harus menilai semula sama ada kehadhirannya di negara ini releven atau sebaliknya.
Perbahasan pindaan RUU 355 telah diangkat pada tahap yang sangat sensitif bukan sahaja antara parti politik malah antara agama dan kaum. Dengan sengaja memaparkan ilustrasi kartun yang menghina Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, ia tidak membantu sama sekali untuk rakyat memberi fokus kepada hujah yang "factual" dan berdasarkan ketepatan maklumat yang benar.
Pendekatan Nanyang mempersenda dan menghina secara sengaja, jelas bertujuan memprovokasi kemarahan dan perselisihan bukan sahaja antara penganut agama dan bangsa di negara ini.
Kami menegaskan bahawa jika tindakan tidak diambil terhadap Nanyang berdasarkan Akta Hasutan dan undang-undang penerbitan yang lain, maka pihak berkuasa akan dilihat lemah dan tidak berwibawa. – HARAKAHDAILY 12/4/2017
TINDAKAN Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang membuat pengumuman mengemparkan dengan "dakwaan-dakwaan fitnahnya” kepada individu yang rapat dengan kepimpinan PAS bagi mengalihkan tumpuan umat Islam untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dilihat menjadi liabiliti yang besar kepada PKR dan Pakatan Harapan, demikian menurut Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) Mohd Zai Mustafa.
Tambahnya, di dalam cubaan untuk mengalih tumpuan umat Islam kepada fokus memperkasakan Mahkamah Syariah telah menjadi "tersilap langkah" apabila beliau juga telah didedahkan menerima jutaan dana politik oleh Raja Putra Kamarudin (RPK) pada 8 April lepas.
"Semacam sudah jelas kelihatan Rafizi telah dipermainkan dengan "langkah silap" strateginya oleh pimpinan keadilan PKR Pusat.
"Amat malang bagi Rafizi yang cuba untuk bernafsu besar dalam impian politiknya, Rafizi yang sentiasa mencipta politik glamor dan sensasi serta popular dengan "dakwaan-dakwaan fitnahnya" tetapi akhirnya kecundang jua.
"Akhirnya Rafizi telah kelihatan menjadi liabiliti yang besar kepada PKR dan PH yang telah memalukan serta merundumkan sokongan orang Melayu kepada PKR," katanya kepada Harakahdaily.
Hari ini, ujarnya kenyataan daripada Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah memperkuatkan lagi dakwaan bahawa Rafizi telah menerima jutaan dana politik seperti yang telah didedahkan dalam Malaysiagazatte.com sebelum ini.
"Apa dah jadi kepada Rafizi? Nampaknya beliau telah menjadi ‘orang suruhan politik’. Kesilapan strategi beliau juga telah diambil kesempatan oleh Shamsul Iskandar sebagai Naib Presiden PKR yang telah membuat kenyataan bahawa PKR telah bersetuju mengangkat pandangan Ketua Umum PKR Anuar Ibrahim sebagai dasar parti yang telah memberi tamparan yang paling 'down', sekali gus memberi sokongan moral kepada cadangan usul persendirian Tuan Guru Presiden PAS.
"Persoalannya, adakah benar Rafizi akan mendapat bayaran jutaan dana politik daripada tindakkan beraninya yang membuat dakwaan fitnah tersebut? Berapa banyak yang beliau akan terima? Dan siapa taikun di belakang Politik Rafizi Ramli?" soalnya.
Justeru, katanya, Rafizi sudah tersilap langkah dan pimpinan PKR melepaskan diri apatah lagi tiada siapa lagi yang mahu 'backup' beliau.
Tegasnya, tindakan Rafizi sudah dianggap tindakan peribadi dan bukan lagi tindakan yang berdasarkan kepada dasar parti.
"Jadi siapakah sebenarnya beliau di dalam parti PKR? atau mungkin beliau sudah menjadi wakil taikun beliau yang menjana jutaan dana politik beliau?" katanya.
Sementara itu, bekas ahli PKR seumur hidup, Chegubard menyanggah penafian Rafizi Ramli berhubung isu dana kepada parti daripada seorang individu bernama John Soh dan mendedahkan jutawan itu sebenarnya penyumbang dana terbesar kepada parti pembangkang tersebut.
Chegubard mendesak supaya kepimpinan PKR terdahulu dan sedia ada menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti. – HARAKAHDAILY 12/4/2017
DESAKAN oleh beberapa pihak mahu memperkenalkan pendidikan seks disekolah harus diteliti dengan halusi.
Rasional pendidikan seks dalam sistem pendidikan nasional kerana meningkatnya pelbagai kes sumbang mahram dan juga penganiayaan seksual ke atas kanak-kanak, tidak harus menyebabkan pendidikan seks diperkenal dengan cara dan pendekatan yang tidak sesuai dengan agama.
Pendidikan Islam yang berteraskan kepada hukum dan panduan pergaulan serta hubungan antara lelaki dan wanita dalam Islam, termasuk hukum mahram dalam sistem kekeluargaan Islam, sepatutnya menjadi teras kepada pendidikan berkaitan dengan isu tesebut.
Kami tidak percaya bahawa cara pendidikan sekular barat yang sangat liberal dalam hal gaya hidup seks akan berkesan dalam membendung gejala salah laku seks dalam masyarakat terutama dikalangan generasi muda.
Pendidikan liberal Barat berorientasikan kebebasan yang lebih menekankan "seks selamat" (safe sex) bukan hubungan yang berdasarkan hukum agama yang menjaga adab dan hubungan yang sah mengikut syariat Islam.
Dengan hanya memberi fokus kepada soal hubungan yang selamat dari sudut fizikal tidak akan mengekang budaya hidup seks liar sebagai suatu gejala yang semakin merebak dalam masyarakat.
Meningkatnya kes buang anak dan salah laku seks harus dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh. Sistem sosial, kehilangan nilai moral, pengaruh media sosial, pornografi dan budaya hidup liar adalah penyumbang kepada gejala berkaitan. Ia bukan hanya berkaitan kerana tidak ada pendidikan seks atau undang-undang yang lebih tegas.
Kurikulum kini Pendidikan Reproduktif dan Sains Kesihatan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada 1989 untuk sekolah menengah dan 1994 untuk sekolah rendah perlu diperkukuhkan dengan menekankan soal hukum agama.
Budaya hidup masa kini yang mendedahkan kanak-kanak kepada jenayah seks berlaku dalam pergaulan tanpa kawalan bukan sahaja oleh ibu bapa malah masyarakat keseluruhannya.
Pemikiran dan gaya hidup liberal yang semakin menguasai masyarakat menambah lagi kecenderungan kanak-kanak diperangkap menjadi mangsa kepada pelbagai gejala dan jenayah seks.
Mapim mengesa pihak kerajaan menggujudkan panel penggubal pendidikan sosial dan kesihatan bersama pakar pendidikan Islam supaya pendekatan sepadu antara ilmu pengetahuan sains kesihatan dan nilai serta hukum agama dapat diterapkan dikalangan kanak-kanak dan anak remaja dibangku sekolah lagi.
Kami juga percaya bahawa pendidikan kepada ibu bapa untuk menangani gejala jenayah seks yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa, perlu dilaksanakan secara konsisten.
Kami percaya jika pendidikan Islam disepadukan dengan pendidikan sosial dan kesihatan, isu gejala salah laku seks ke atas kanak-kanak ini dapat diatasi dengan lebih berkesan. – HARAKAHDAILY 12/4/2017
PEMERGIAN Allahyarham Azhan Atan pada awal pagi, 10 April 2017 sangat mengejutkan kita semua.
Kehilangan beliau amat menyedihkan seluruh warga Mapim dan sudah pasti juga kepada para ahli gerakan dakwah dan sukarelawan di seluruh negara.
Saudara Azhan Atan yang sangat dikenali dalam dunia dakwah khususnya selepas beliau muncul dalam rancangan realiti Akademi Nasyid TV9, dan menang sebagai juara dalam rancangan ini. Suaranya yang sangat merdu mengalukan nasyid menjadi mesej suara dakwah yang sangat terkesan.
Beliau yang banyak terlibat dalam gerakerja sukarelawan MAPIM dan unit Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat gigih bergerak ke seluruh negara menyantuni masyarakat walapun beliau sendiri adalah seorang yang cacat separuh penglihatan. Kegigihan beliau bertungkus lumus dalam operasi bantuan banjir pantai timur beberapa tahun lalu amat dingingati oleh para sukarelawan dari seluruh negara.
Beliau juga adalah sukarelawan Mapim yang telah mengikuti misi kemanusian ke Gaza Palestin beberapa tahun yang lalu.
Komitmen beliau dalam kerja kerja sukarelawan adalah idola anak-anak muda yang ramai dilatih di bawah bimbingannya.
Semoga kerja kerja amal kebajikannya di ganjari rahmat oleh Allah SWT.
Mudah-mudahan rohnya dirahmati Allah SWT dan mendapat syafaat Nabi SAW.
Takziah kepada kepada isteri,anak anak dan keluarganya.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
PASRelief terus mengatur langkah menyuburkan kemanusiaan, lanjutan daripada misi-misi sebelumnya, menyalakan obor Islam di mana sahaja diperlukan.
Menyelamatkan Muslim Rohingya kini teratas dalam senarai misi kemanusiaan PASRelief, yang telahpun bermula sejak puluhan tahun lalu.
Misi kali ini rurut disertai oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua DMPM), Syarifah Rasyidah Syed Idrus (Ketua DMP Titiwangsa), Shahril Rizal Saidon (Pemuda PAS Selangor) dan Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (Naib Presiden MAPIM).
Kami tiba di Dhaka jam 11:00 malam waktu Bangladesh (jam 1:00 pagi waktu Malaysia). Polisi kerajaan Bangladesh yang tidak mengalu-alukan misi kemanusiaan kepada Muslim Rohingya menjadi asas bagi urusan mendapatkan visa dan menyusun taktik perjalanan sejak awal.
Mereka ada alasan mereka sendiri atas halangan ini. Kita perlu bersedia, sentiasa diekori dan dipantau pasukan intelligen mereka setiap masa. Ramai yang diarahkan pulang sebaik mendarat di Dhaka, ramai lagi yang gagal memperolehi visa untuk memasuki negara ini.
Sebaik tiba, kami menginap di Dhaka, diuruskan NGO tempatan (rakan MAPIM) dengan rangkaian tempatan mereka sendiri. BDT9,000 hanya untuk 2 bilik (lebih kurang RM496) hotel tanpa bintang, pagar utama hanya dibuka jika ada tetamu sampai - atas faktor keselamatan.
Pasukan polis sibuk ke sana ke mari, memeriksa semua bangunan dan pergerakan. Kata penyambut tetamu hotel apabila ditanyakan sebab begitu ramai polis di sana-sini: "Security matter. Dont worry sir, our country is very-very safe". Saya senyum saja.
Pagi 4 April, kami ambil penerbangan ke Cox's Bazar, bandar pelancongan yang mendapat nama sempena nama Kepten Hiram Cox, pegawai tentera British yang berkhidmat dalam tentera British India. Dia meninggal pada 1798 sebelum sempat menyelesaikan tugasnya menghentikan pertelagahan berpanjangan antara penduduk Islam dan Buddha di Palongki itu (nama asal Cox's Bazar).
Penduduk Islam diberikan kawasan kampung, penganut buddha ditempatkan di kawasan bukit bukau di pedalaman. Sehingga 1948 (kemerdekaan Burma daripada Inggeris), pentadbiran British India meliputi seluruh India hingga ke Arakan (dimasukkan ke dalam wilayah Burma). Negara Bangladesh hanya wujud selepas pemisahan dengan Pakistan pada 1971.
Pelarian Rohingya bertebaran di seluruh pelusuk desa
Lokasi pertama kami selepas makan tengah hari di kediaman Ustaz Mohamed Aayaz ialah Kampung Gualiya Selatan meninjau kerja pembinaan telaga tiub sumbangan NGO Cakna Palestin untuk kegunaan 20 keluarga di situ. Terletak jauh ke dalam kampung dikelilingi sawah padi, ladang pinang dan sireh.
Terdapat beberapa buah khemah (rumah) pelarian Muslim Rohingya yang baru dibina di sini. Bahannya plastik hitam, buluh, ranting kayu dan tanah liat. Sekali pandang sudah cukup untuk menghidupkan kemanusiaan kita.
Kampung Pembagan di Ramu menjadi lokasi kedua. Kami agak lewat tiba ke lokasi, kerana jarak yang jauh, namun mereka setia menanti.
Reaksi dan paparan wajah 50 orang penerima sumbangan pakej makanan itu menyerlahkan derita luka yang dalam, dibaluti kain, selendang dan burqa yang lusuh dan koyak.
Suara mereka perlahan, senyum yang tawar, mata mereka berkaca memandang kami, senyap dan sunyi. Demikianlah mereka berterima kasih kepada kewajipan kita yang telah lama tertangguh. Maafkanlah kami wahai ibu ayah dan sanak saudara yang lama dijamah sengsara, kami terleka dibuai dunia kami sendiri.
Mereka semua baru dua bulan tiba dan menumpang di tanah penduduk kampung itu. Rasa bersalah segera menerpa kerana telah membuatkan mereka menanti begitu lama. Majlis sumbangan itu terpaksa dibuat di kawasan yang agak terpencil di atas kawasan berbukit, jauh daripada ramai lagi pelarian yang tidak terpilih sebagai penerima. Apakan daya, itu sahaja yang PASRelief mampu sediakan dalam misi kali ini di kampung itu. Nanti kami pasti kembali lagi.
Salah seorang penerima pada lewat petang itu ialah seorang hafiz al-Quran yang menceritakan pengalaman berjalan kaki selama tiga hari tiga malam dari Mangdaw di Arakan, merentasi bukit bukau dan sungai bersama keluarganya, akhirnya tiba di kampung itu. Beliau tidak lagi mampu menghadapi ancaman kematian dari kekejaman puak rakhine dan tentera kerajaan Myanmar. Rumah dan segala yang dimiliki di kampungnya hangus dibakar.
Insya-Allah, kami akan datang lagi, membawa secebis kelegaan dari rakyat Malaysia. Kami sampai ke penginapan menjelang waktu Isyak.
Hari Kedua di Cox's Bazar
Pagi 5 April, kami menyusuri jalan-jalan kecil menuju perkampungan di pedalaman, meninjau pembinaan telaga tiub kedua. Alhamdulillah, ia sudah memuntahkan air untuk kegunaan warganya, Muslim Rohingya.
Perjalanan diteruskan ke Madrasah Khalid Al-Walid, di Kurnia Palong, sebuah madrasah dan rumah anak yatim Rohingya. Ia diusahakan oleh Ustaz Mohamed Aayaz bersama jawatankuasa dari kalangan penduduk tempatan dan muhajirin Muslim Rohingya.
Selesai bertemu pelajar dan tenaga pengajar madrasah, PASRelief menyampaikan bantuan makanan kepada 150 keluarga Muslim Rohingya yang tinggal di sekitar madrasah. 25 kilogram beras, 2 kilogram minyak masak, kacang dan bahan-bahan lain dibungkus dengan guni. Majlis terpaksa dicepatkan kerana dihidu oleh penduduk sekitar yang tidak terpilih sebagai penerima. Bimbang diserbu, kami pun beredar.
Demikianlah realiti penyampaian bantuan makanan kepada pelarian Muslim Rohingya di mana-mana pun. Memilih penerima sentiasa membelah koyak hati penyusunnya
Mereka semua sangat terdesak, semuanya setara, sama daif, sama-sama sedang menderita dan layak dibantu. Penghalang utama adalah bekalan yang sedikit berbanding keperluan sebenar. Harapan kami, teruskanlah menderma untuk menyantuni mereka pula.
Selain bekalan makanan, beberapa telaga tiub yang disumbangkan oleh PASRelief dan MAPIM sedang giat dibina di sekitar Kurnia Palong.
Perjalanan dilanjutkan lagi ke kampung yang tidak dapat dimasuki van, sebuah CNG (tut tut) digunakan untuk menyusuri jalan di batas sawah untuk melihat sebuah telaga tiub yang telah siap di sana.
Menuju Ke Teknaf, pintu masuk muhajirin
Kerana waktu masih jauh menjelang malam, kami memutuskan untuk ke Teknaf. Beberapa telaga tiub juga sedang dibina dalam kem pelarian Muslim Rohingya di sana.
Teknaf adalah lokasi paling hujung di 'tanjung' wilayah Bangladesh, lokasi utama kemasukan pelarian dari Arakan.
Hanya Sungai Naf memisahkan Bangladesh dengan Myanmar. Mangdaw adalah wilayah di Arakan, terletak di seberang sungai Naf. Sungai itu menjadi pelabuhan perikanan utama bagi Daerah Cox's Bazar. Terdapat bahagian daratan yang menyambung kedua-dua negara, di Teknaf dan Nila, di situlah pintu masuk pelarian dari Arakan.
Walaupun laluan itu dikawal sepanjang masa, namun ada waktunya pengawal tidur dan alpa dengan helaian Taka, lima atau enam keluarga akan menyeberang ke kem pelarian setiap hari.
Jumlah mereka yang terpaksa berhijrah semakin ramai. Sejak Oktober 2016, terdapat kemasukan lebih 70,000 pendatang dari Arakan ke Bangladesh yang dicatatkan, menjadikan jumlah mereka kepada 500,000 orang (setengah juta). Tidak menghairankan, dari Puthupalong ke Teknaf, kami terpaksa melepasi empat sekatan tentera dan polis Bangladesh.
Dari Puthupalong, melewati Balukhali di Ukhiya, di sebelah kanan sepanjang jalan, kelihatan ribuan khemah pelarian baru dibina berhimpit-himpit di lereng bukit dan tebing. Bahannya sama, plastik hitam dan ranting-ranting buluh. Penempatan pelarian yang berdaftar dan tidak berdaftar semakin bertambah setiap hari.
Pemandangan kami tersorot kepada 'tetamu tidak diundang' mengendong anak kecil dan menjinjing bungkusan di tangan. Dua tiga orang anak mengekori rapat di sisi dan di belakang, bergegas- gegas. Ia boleh dilihat sepanjang laluan. Tidak pasti ke mana arah tuju mereka itu. Berteduh dan bermalam di manakah mereka itu? Tiada siapa boleh menjawabnya. Semoga Allah menganugerahkan mereka kesabaran.
Terdapat juga kelompok-kelompok wanita tua, dengan bungkusan di sisi, bersimpuh di bawah pokok dan di dipinggir jalan, meninjau-ninjau arah untuk pergi. Ada yang terbaring di tanah, dibawah terik matahari. Makanan apa yang mereka jamah hari ini? Berapa lama sudah mereka terperosok dan berlapar di situ? Entahlah... Mereka itu Muslim Rohingya!
Selepas dua jam perjalanan, kami tidak dapat melepasi sekatan keempat (terakhir). Hanya 200 meter jaraknya dengan kem pelarian Teknaf. Tentera yang menyapa kami memaklumkan keadaan agak tegang di kem-kem pada waktu ini, dan kami dinasihatkan berpatah balik. Saya pula cemas terlupa passport.
Kami singgah menyaksikan Sungai Naf, pemisah dan laluan dagang dua negara. Arakan nampak jelas di seberang sana.
Di sanalah kekejaman - genocide- pembunuhan, pemerkosaan, penyiksaan dan pembakaran ke atas Muslim Rohingya sedang bermaharajalela. Mereka diusir secara terancang, untuk membolot tanah dan wilayah.
Di seberang Sungai Naf ini, mereka tetap dijamah derita juga, bezanya adalah mereka bebas dari ancaman kematian yang menghambat, yang semakin dekat setiap saat, jika terus berada di kampung halaman sendiri. Hijrah mereka hanya untuk menyelamatkan nyawa, bukanlah untuk mencari kesenangan!
Zohor di Jadimura
Kehampaan tidak melepasi sekatan terakhir ke Teknaf terlerai di Kampung Jadimura. Sapaan saya kepada seorang jemaah tertua menjadi perbualan panjang. Semua jemaah zohor tengahari itu adalah pendatang dari Arakan.
Warga emas berusia 83 tahun itu baru dua bulan tiba dari Arakan, menumpang di tanah penduduk tempatan. Kampungnya di Arakan musnah sama sekali. Anak-anak kecil dicampak ke dalam api yang sedang marak, membaham rumah-rumah usang menjadi abu. Ibu-ibu diperkosa, dibunuh dan hangus bersama rumah yang dinyalakan.
Orang dewasa diikat, didera akhirnya tewas di hujung senjata tajam pengganas Rakhine. Warga emas seperti beliau melintasi sempadan berjalan kaki selama berhari-hari, menyelamatkan sisa umur di tanah seberang, menumpang di tanah saudara seaqidah, sekadar apa yang ada.
Sewaktu meminta diri beredar, air mata membuak dari seorang warga emas berusia 78 tahun, benar-benar meruntun meluluhkan jiwa.
Setelah berbincang dengan imam dengan bantuan seorang penterjemah yang mampu berbahasa Melayu, kami menyerahkan USD500 (RM2,250 wang bekalan kecemasan kami) untuk mereka beli dan agihkan beras kepada 50 keluarga yang baru tiba di situ.
Jadimura nama kampung itu. Mereka semuanya adalah bapa-bapa kita, yang merenung wajah kita seperti anak-anak mereka yang baru pulang dari perantauan berpuluh tahun. Tiba-tiba ingin pergi semula. Dengan renungan itu, hati mana yang tega berpaling pergi begitu saja. Rezeki mereka rupanya datang dari Malaysia. Rasa lega di Jadimura mengubati rasa berdosa.
Bendang garam
Perjalanan pulang ke Cox's Bazar melintasi sawah-sawah (bendang) garam di kiri kanan jalan. Plastik-plastik hitam dihampar dipetak-petak sawah. Air masin dipam ke hamparan itu dan dijemur menjadi garam. Garam yang dikumpulkan berlori-lori banyaknya. Selain padi, pinang dan sireh dalam sektor tani, garam dan batu bata merah adalah industri mereka.
Rupa-rupanya, plastik hitam hamparan bendang garam itulah menjadi dinding dan atap khemah-khemah pelarian. Plastik-plastik yang telah koyak dijual di tepi jalan untuk dikitar semula menjadi 'istana' pelarian.
Kem Puthupalong menyimpan sejuta luka
Lokasi: Kem Puthupalong, Ukhiya Cox's Bazar.
Populasi: Lebih 80,000 orang
Jumlah keluarga: Lebih 16,000
Status tanah: Persendirian
6 April 2017 adalah hari 'bertuah' bagi misi PASRelief. Kem-kem pelarian adalah kawasan larangan, sukar sekali menembusi pintu masuknya. Ia dikawal polis tanpa seragam, dipantau cawangan khas (SB) setiap masa. Alasan mereka ialah jika bantuan subur di situ, pandatang baru akan tumbuh membiak.
Alhamdulillah, kami berjaya masuk dan 'menikmati' sengsara penghuninya. Kem Puthupalong didiami lebih 80,000 pelarian di ladang mempelam dan sawah seluas-luas pandangan mata. Penghuninya kini mencecah lebih 16,000 keluarga sejak ia wujud. Sebelum wujud kem, mereka menumpang berselerak di kampung warga tempatan. Apabila krisis di Arakan memuncak, Puthupong menjadi kem pelarian swasta.
Tanah ladang yang dilingkari laluan sepanjang 5 kilometer itu milik Encik Bakhtiar, warga tempatan yang bersimpati, merelakan ladangnya didiami pelarian. Di celah-celah pokok mempelam dibuat teres sebagai tapak khemah, berhimpit-himpit 16,000 keluarga tanpa sebarang kemudahan asas. Beliau sendiri yang mengendalikan kawasan berpenghuni padat serba kekurangan itu.
Surau tempat solat dan kanak-kanak belajar terlalu sempit, padat sendat dibina dari sumbangan orang ramai. Sudah lama beliau berharap ia dapat diperbesarkan. Apabila ditanya berapa keperluan telaga tiub yang mencukupi sebagai sumber air minuman kepada warga kem. Spontan saja jawapannya, "Kami perlukan minimum 100 unit lagi telaga tiub".
Sebagai ganti kehilangan tanahnya, Bakhtiar mengenakan sewa tapak BDT200 (RM11) sebulan untuk sebuah kediaman, sebagai wang komitmen penghuni. Tidak ramai yang mampu membayarnya. Dia menanggung risiko 'kehilangan' tanah itu selama mereka tidak dapat pulang ke Arakan.
Dalam kepadatan itu yang semakin meningkat setiap hari itu, penghuni kem tidak dapat bekerja, ramai yang sedang sakit tanpa rawatan, ibu-ibu melahirkan bayi dalam khemah berlantai tanah.
Balu-balu bersama anak-anak kecil, anak-anak yatim yang menumpang keluarga lain, yang cacat, yang tercedera, warga tua - siang berpanas, malam bergelap - segelap pekat masa depan mereka. Makan minum hanya dari sumbangan pihak luar yang diuruskan oleh Bakhtiar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Pemilik hati tisu bisa lemas dalam air mata sendiri. Hanya yang melegakan mereka di kem ini adalah kebebasan daripada ancaman kehilangan nyawa di tangan pelampau rakhine dan tentera Myanmar. Derita selainnya adalah sama saja. Kemiskinan dan kelaparan seperti sudah tiada makna. Wajah-wajah mereka hambar dan tawar, kering tandus daripada ceria dan gembira memendam sejuta luka.
PASRelief membina tiga telaga tiub dan bilik mandi wanita di sini selain menyampaikan 50 guni beras untuk 50 keluarga yang dipilih oleh Bakhtiar.
Penghuni yang beratur di pintu masuk kem, menunggu di pintu setor IOM (International Organization For Migration), berdiri di sepanjang laluan bersama anak-anak, tepi di tepi jalan, mundar mandir tanpa tujuan-tidak mampu kami santuni.
Kami segera beredar sebaik selesai menyampaikan sumbangan, mengelak diserbu ribuan penghuni lain yang sedang kesempitan.
Hati yang luluh hanya mampu memanjatkan doa supaya gambaran ini sampai ke pintu hati para dermawan untuk menyumbang sebagai penawar derita mereka.
Kem Balukhali menanti kita bermurah hati
Penghuni: Lebih 22,000
Keluarga: 3,200 keluarga
Status tanah: Milik kerajaan
Kem Balukhali terletak beberapa kilometer sahaja daripada kem Puthupalong. Semua penghuninya adalah muhajirin baru, memasuki Bangladesh selepas operasi genocide Myanmar pada Oktober 2016. Tidak ada sebarang kemudahan asas, hanya sebuah telaga tiub sedang dibina di lereng bukit. Bekalan air diambil dari telaga tiub lama di sebuah surau di kampung warga tempatan di hadapan kem.
Sewaktu kami memasukinya, terdapat agensi UNICEF sedang mengadakan klinik rawatan kepada ibu dan kanak-kanak di sebuah khemah. Sebuah khemah lagi seperti sedang membuat bancian.
Tiada surau atau khemah sebagai tempat belajar untuk kanak-kanak seperti di Puthupong. Mereka berkeliaran sesama sendiri, mengangkut air, membantu keluarga membina khemah, berkubang dalam debu dan 'berkelahi'.
Rentapan tangan-tangan kecil untuk sebiji gula-gula.
Bekalan gula-gula dan buah yang kami beli semalam untuk menceriakan kanak-kanak diagihkan. Agihan gula-gula ini tiba-tiba bertukar menjadi pesta rebut merebut olak menolak, sambar menyambar, sehingga pijak memijak. Ia sangat mencemaskan! Anak-anak kita di rumah juga berebut, tapi bukan seperti ini. Tidak pernah sampai ke tahap ini.
Saya berlari dan rebah di parit, mereka tetap mengejar dan menerkam. Saya memanjat tebing, supaya senang mengagihkan mereka di bawah, mereka tetap memanjat mengekori, merentap kaki, tangan, pakaian, dan terus menyambar. Saya mendaki tebing yang lebih tinggi, mereka muncul pula di depan. Akhirnya tewas dengan serbuan itu, saya leparkan bungkusan gula-gula kepada seorang warga kem yang sedang berdiri di luar khemah bersama isterinya. Dia pula diserbu.
'Ragutan di tangkai hati'
Ragutan gula-gula oleh tangan-tangan kecil yang keras dalam hela tangisan dan rengekan, menusuk tepat kelubuk hati. Rentapan mereka bisa memutuskan tangkai nurani. Ia meremukkan jiwa, meruntun keinsanan. Tanpa segan silu, tanpa takut dan bimbang, mereka menerkam.
Kanak-kanak yang lebih kecil dan rendah tenggelam lenyap dalam himpitan, tangan mereka terkapai-kapai ditepis tangan yang lebih tinggi. Belum sempat gula-gula di tangan kita sampai ke tangan kecil itu, ia disambar hilang. Ia hanya sebiji gula-gula berperisa mangga.
Gambaran saya untuk pembaca: Senarionya lebih dahsyat daripada menyaksikan sekelompok ikan dalam takungan, melonjak melepasi permukaan air, bernafas di daratan untuk merebut secebis roti.
Allahu Rabbi! Mungkin ini manisan pertama mereka dalam tempoh bertahun-tahun. Entahlah. Ragutan Balukhali akan diingati sampai mati.
Kem Balukhali menerima 100 pakej makanan untuk 100 keluarga daripada PASRelief. Dua buah telaga tiub PASRelief juga akan dibina di sini, terlalu jauh daripada keperluan.
Kami mengidamkan sebuah bangunan sementara dibina untuk dijadikan tempat kanak-kanak belajar membaca, mengira dan mengaji al-Quran. Mereka jugak meminta surau untuk berjemaah di beberapa lokasi sekitar kem itu. Telaga tiub untuk sumber air minuman dan makanan adalah keperluan paling mendesak untuk terus hidup. Kami memohon diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk kembali lagi ke sini, merungkai derita 22 ribu penghuni Kem Balukhali.
Kami beredar dari Cox's Bazar menuju ke Cittagong menjelang tengahari, menempuh tujuh jam perjalanan dengan van. Selamat tinggal lembah penuh luka, medan yang telahpun padat dengan manusia, ditambah pula kebanjiran muhajirin Rohingya.
Suasananya menjadi kelat dan pekat, murung dan mendung seperti tiada lagi perasaan untuk mendorong tangis mahupun katawa. Berkat kesabaran dan ketabahan mereka yang datang dan yang menerima seadanya, semoga Allah SWT menganugerahkan mereka syurga. – HARAKAHDAILY 9/4/2017
Catatan Misi Kemanusiaan PASRelief Ke Bangladesh 3-8 April 2017oleh Muhammad Sanusi Md Nor.
KUALA LUMPUR, 8 Rejab 1438H, Rabu – Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang juga dikenali sebagai Akta 164 memperlekeh titah dan sumpah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada istiadat pembukaan penggal kelima Parlimen ke-13 lalu, untuk terus memastikan kedaulatan negara kekal terpelihara.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, memelihara kedaulatan Islam dan memelihara kedaulatan Perlembagaan adalah sebahagian daripada kedaulatan negara.
"Sumpah Yang di-Pertuan Agong (ketika baginda menaiki takhta) untuk memelihara Islam pada setiap masa seperti termaktub dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan juga mempunyai obligasi berperlembagaan, yang mana juga menjadi tugas Parlimen sebagai badan legislatif negara untuk turut memelihara Islam pada setiap masa," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan kerajaan meminda Akta 164 juga seolah-olah berlawanan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-87, pada 2009.
"Keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2009 secara jelas memutuskan; apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam.
"Akta 164 yang menyebut apabila salah seorang pasangan memeluk Islam dan berlaku perceraian, penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa, adalah jelas berlawanan dengan apa yang diputuskan dalam fatwa serta ditetapkan hukum syarak," katanya lagi.
Justeru, pihaknya menyokong penuh cadangan penangguhan pembentangan Akta 164 akta kerana ia akan menimbulkan lebih banyak pertikaian undang-undang berbanding membawa penyelesaian kepada masalah.
"Saya menyokong desakan supaya kerajaan menarik balik Akta 164 dan mengekalkan peruntukan sedia ada supaya tidak timbul kekeliruan dan kemarahan umat Islam.
"Malah Majlis Raja-Raja juga perlu dirujuk untuk mendapat perkenan baginda dalam perkara ini. Undang-undang pelbagai negeri juga perlu dipinda bagi menyeragamkannya.
"Tindakan hanya meminda Akta 164 akan menimbulkan lebih banyak pertikaian undang-undang berbanding menyelesaikan masalah," katanya. - Ismaweb
Pinda Akta 164 gagalkan hak pertahan aqidah anak-anak muallaf
SEJARAH perundangan negara kita menyaksikan beberapa kes mahkamah syariah yang melibatkan kekeluargaan Islam, aqidah dan hadanah dicabar di Mahkamah sivil atas beberapa peruntukan undang-undang yang membenarkan hal ini berlaku walaupun Perkara 121 (1A) menjamin keputusan dan kuasa Mahkamah Syariah.
Kini jika berlakunya pindaan terhadap Akta 164 sebagaimana hasrat kerajaan mambawa bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang juga dikenali kini sebagai Akta 164, peluang untuk mempertahan aqidah anak-anak muallaf akan semakin sukar, sempit dan terhalang.
Antara intipati perubahan yang bakal dicadang kerajaan adalah:
Pertama, jika selama ini orang yang menganut Islam tidak mempunyai hak untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan melalui seksyen 51 akta berkenaan, pindaan ini mengusulkan agar mualaf turut dibenarkan untuk membubarkan perkahwinannya mengikut undang-undang sivil sama ada berdasarkan pemelukan Islam ataupun kausa tindakan lain.
Kedua, agama anak mualaf ini kekal pada agama asalnya dan hanya boleh ditukar jika kanak-kanak ini mendapat persetujuan kedua belah pihak selepas usia 18 tahun.
Pihak kami merasa kesal dengan jawapan Timbalan Perdana Menteri yang menggunakan alasan berlapang dada dan toleransi semua agama, dan menghormati hak semua kaum untuk meneruskan agenda pindaan yang merugikan agama Islam selaku agama rasmi. Malah kami sependapat dengan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mahu kerajaan menangguhkan pembentangan pindaan Akta 164 itu sehingga kajian dan pemurniaan intipati diadakan.
Tindakan pihak kerajaan ini menghampakan dan menyedihkan para pejuang Islam baik dari kalangan ahli politik mahupun NGO Islam kerana ia bercanggah dengan suara majoriti umat Islam.
Sebelum ini Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil Kali Ke-19 telah sebulat suara memutuskan antara lain mana-mana pasangan bukan Islam yang memeluk Islam dan mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun hendaklah menjadi orang Islam selaras hukum syarak.
Manakala keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-87, 2009 yang secara jelas memutuskan bahawa “Apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam”.
MAPIM meningatkan rakyat Malayia isu agama anak muallaf bukan sekadar isu maruah seorang ibu bapa yang inginkan anaknya beragama sepertinya, tetapi ia melibatkan isu faraid (agihan harta) isu nafkah kepada anak serta isu hadanah ataupun hak penjagaan anak yang kesemuanya adalah dalam ruang bicara Mahkamah Syariah.
Kami juga menasihati beberapa pemimpin politik bukan Islam agar menjaga kata-kata supaya jangan sewenang mengutuk usaha umat Islam mempertahan keputusan keputusan fatwa di negara ini. MAPIM juga bersetuju agar suatu suruhanjaya yang berautoriti serta disertai oleh ahli akademik dan ilmiah Islam bagi membincangkan kembali secara terperinci kesan kepada aqidah umat Islam selepas pindaan akta ini di Parlimen.
AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Naib Presiden
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) – HARAKAHDAILY 5/4/2017
NGO Islam mengajak rakyat beragama Islam serta Ahli Parlimen Islam tidak kira apa jua ideologi politik supaya bersatu hati menolak hasrat kerajaan Malaysia untuk meminda Akta 164 yang memberi implikasi kepada penyuburan gejala murtad.
Tiga gabungan Ngo Islam itu menyifatkan pindaan akta itu sekali gus
memperlecehkan ketetapan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil Kali Ke-19 yang sebulat suara memutuskan antara lain mana-mana pasangan bukan Islam yang memeluk Islam dan mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun hendaklah menjadi orang Islam selaras hukum syarak.
Timbalan Presiden Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia (PPMM), Ir Mohd Jamal Nasir menyifatkan usul pindaan Akta 164 mencerminkan sikap pimpinan Umno BN yang tidak cermat dan peka dengan sensitiviti umat Islam, di samping mengekang gejala murtad yang melanda umat Islam ketika ini.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila pimpinan kerajaan yang diterajui Umno yang beragama Islam boleh membenarkan usul meminda Akta 164 di buat kerana ia begitu jelas peruntukkan ke atas pindaan tersebut mengancam akidah anak-anak di bawah umur 18 tahun kepada pasangan yang bercerai kerana memeluk agama Islam.
Jelasnya, tindakan kerajaan meminda Akta 164, juga seolah-olah mencabar keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-87, 2009 yang secara jelas memutuskan bahawa “Apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam”.
“Adakah pemimpin Islam dalam kabinet tidak dapat melihat kesan dan bahayanya pindaan Akta 164 ke atas akidah anak-anak yang terlibat dalam kes atau pihak kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas kelemahan pihak kerajaan masa kini," soalnya.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) Mohd Zai Mustafa membidas tindakan kerajaan yang sepatutnya berbincang terlebih dahulu perkara itu dalam kalangan semua mufti supaya ia menepati kehendak Islam dan menghormati perlembagaan negara.
"Sepatutnya cadangan pindaan Akta 164 ini dibincangkan terlebih dahulu. Adalah sangat wajar akta ini ditarik dan dikaji semula serta pindaan tersebut diperhalusi oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh parlimen yang akan sertai oleh pelbagai ahli yang boleh memberi pandangan yang menyeluruh kepada kesejahteraan agama Islam, rakyat dan negara," katanya kepada Harakahdaily.
AJK Induk Pertubuhan Permuafakatan Ayahanda Malaysia Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed berkata, hasil penelitian pihaknya ke atas pindaan itu ia secara jelas memberi suatu peruntukkan bahawa agama anak kepada pasangan yang bercerai kerana seseorang dari mereka memeluk Islam, perlu kekal mengikut agama asal perkahwinan pasangan terbabit.
Tambahnya, pada hal Enakmen asal (sebelum pindaan), ia telah memberi peruntukkan bahawa keperluan untuk mendaftar keislaman anak tersebut diperlukan dan hanya salah seorang ibu atau bapa tersebut bersetuju atas pemelukan Islam anak tersebut.
Dr Kadir menegaskan, kesan dari pindaan tersebut ialah umat Islam akan mundur ke belakang lagi daripada keislamannya, di mana ia bersifat secara otomatik ke arah pelbagai syarat dikenakan untuk pemelukan Islam.
Di samping, katanya, ia turut memberi kesan kepada kes-kes terdahulu yang masih belum diputuskan, walaupun pindaan hanya akan berlaku setelah kelulusan dan diwartakan oleh pihak kerajaan.
“Jika pindaan ini diluluskan ia merupakan mala petaka kepada agama Islam dan umat Islam di negara ini, tegasnya
Sehubungan itu, ketiga-tiga Ngo ini mendesak supaya pindaan Akta 164 ini ditarik semula oleh pihak kerajaan, demi menjaga akidah dan martabat Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan. – HARAKAHDAILY 4/4/2017
We need to see an end to the widespread and systematic abuses of Rohingya rights which for too long have been ignored. I appeal to all the people for action, today. Please help end the "slow burning genocide of more than 1 million Rohingya in Myanmar. The Burmese government’s plan is to drive us out of our own ancestral land. This cannot happen – we are people of Myanmar, and should be treated as such. Failure to act will have devastating consequences and lead to untold suffering. - Tun Khin
It is a great honor to speak at this event today. First of all I would like to express many thanks to the organizers for arranging this timely conference and for inviting me to share the history and reality of Rohingya people.
My own personal history in Burma dates back generations. My family had long resided in Buthidaung, and my paternal grandfather, Mt Gaffar, was a parliamentary secretary during Prime Minister U Nu’s parliamentary government. A British-educated Burmese national – and a Rohingya man – he served the newly independent Burma. Other members of my family have served the government and as part of the civil service.
I was born and brought up in Buthidaung Arakan State. My parents, along with over 200,000 Rohingya, were forced to fled the country on foot into neighbouring Bangladesh Burma’s first large scale campaign against the Rohingya – nagamin or “Dragon King” operation. They left in the spring of 1978 were repatriated back to Burma – and their home in Buthidaung – in the autumn the same year. I was born three years later.
Despite of our ancestral roots in western Burma, my family, and many others have been stripped of our citizenship and denied a nationality in Burma. This has had long lasting consequences, and has made it increasingly difficult for Rohingyas in Myanmar to exercise other rights and live in dignity. The latest round of violence against Rohingya in Burma is part of a long standing pattern of discrimination, abuse and oppression which I will speak about in some detail later.
Before I do, I want to talk a little bit about the history of the Rohingya in Burma. The government has often claimed that Rohingyas do not exist in the country, that there is no such thing as Rohingya, and that we are in fact “illegal migrants” from Bangladesh. This is not true.
Rohingyas were ancient settlers of Indo- Aryan descendant converted into Islam in 8th century A.D and new generation of mixed blood of Arab (788 A.D - 801 A.D ) plus Persian (700 AD -1500 A.D) plus Bangali (1400 AD - 1736 AD) plus mogul in 16th century AD.
In ancient times the Rakhine State was called Rohang and the people in Rohang were called as Rohingyas so that Rohingya was a name of an ethnic group only occurred under historic event. Rohingya was not created under politics and not the same as Mujahids, armed group.Although Rohingyas’ spoken dialect are not the same as Rakhines’ spoken words, it ought to be taken care of the fact that their words are the same as ancient waithali (vesali) words and the culture is same too based on Ananda Sandra Stone Monument or Shitthoung Temple pillar of Arakan translated by Oxford University in 1935-42 which was erected in 8th Century.
According to history, Islam reached Arakan before 788 AD and it attracted the local people to come to the fold of Islam en masse all over Arakan. Since then Islam had played an important part towards advancement of civilization in Arakan where Muslim, Buddhists and Hindus lived side by side for centuries with amity and concord as one family and ruled the country together. Coins and medallions were issued bearing “Kalima” (the profession of faith in Islam) in Arabic Language and persian script. Persian was the Court Language of Arakan and it was common for the kings to adopt Muslim names.
Rohingya Muslims of Arakan who have their proud history, culture and tradition as other indigenous races of Burma and there is no justification to take them as foreign race for the simple reason that they profess Islam and keep Islamic names. Other Nationals can easily distinguish from their features who are them. They are also different from one another in their Language, customs and culture. Similar is the case with Rohingya Muslims who have been together as a race in a group from time immoral in a territory included within the Arakan and Burma.
The word “Rohingya”, use of the term in the English language can be traced back at least until 1799, when researcher Francis Buchanan wrote of a dialect in western Burma “spoken by the [Muslims], who have long settled in Arakan, and who call themselves Rooinga, or natives of Arakan.” Rohingya ethnicity was also identified in the Journal of London published in 1811, as well as in the 1815 of collectiones vocabulorum in Berlin of Germany.
By denying our existence and identity, the Burmese government have sought to distract attention from the appalling human rights violations we are and continue to be subjected to. This cannot continue.
Before I speak about the recent violence and the atrocities taking place in northern Rakhine State, I want first to talk about the situation for Rohingyas and other Muslims in Rakhine state before 9 October. It is important to place this recent violence in a historical context of state sponsored discrimination, oppression and persecution of the Rohingya.
Since Burmese independence on 4 January 1948, 19 full-fledged armed operations with frequent state patronized communal riots, have been engineered and carried out against the Rohingyas resulting in their death, massive destruction of their settlements, holy places of worship, economic bases and expulsion from their hearths and homes.
Some of the major armed operations against the Rohingya people, orchestrated by the Burmese government since 1948 are mentioned below:
•Military Operation (5th Burma Regiment) - November 1948
•Burma Territorial Force (BTF) - Operation 1949-50
•Military Operation (2nd Emergency Chin regiment) - March 1951-52
•Mayu Operation - October 1952-53
•Mone-thone Operation - October 1954
•Combined Immigration and Army Operation - January 1955
•Union Military Police (UMP) Operation - 1955-58
•Captain Htin Kyaw Operation – 1959
•Shwe Kyi Operation - October 1966
•Kyi Gan Operation - October-December 1966 (Buthidaung-Maung Daw)
•Ngazinka Operation - 1967-69
•Myat Mon Operation - February 1969-71(" in Sittway and Kyaukpyu districts)
•Major Aung Than Operation – 1973
•Sabe Operation February - 1974-78
•Naga-Min (King Dragon) Operation - February 1978-79 (resulting in exodus of some 300,000 Rohingyas to Bangladesh)
•Shwe Hintha Operation - August 1978-80
•Galone Operation – 1979
•Pyi Thaya Operation – July 1991-92 (resulting in exodus of some 268,000 Rohingyas to Bangladesh)
•Na-Sa-Ka Operation – (ongoing )since 1992
The first issue I want to talk about is citizenship. As many of you know, Rohingyas in Myanmar are not granted full citizenship rights. Indeed, we have gradually stripped of our citizenship and our right to a nationality, notably by the 1982 Citizenship Law. While many of our countrymen and women were given national identity cards, we Rohingyas – myself included - were issued with temporary registration cards known as a “white cards”. With this card, we are neither citizens nor foreigners, but instead live somewhere in between in legal limbo.
Without citizenship many of the rights we would normally take for granted were no longer guaranteed for Rohingyas. Rohingyas movement was – and remains - severely restricted, and they are subject to a tightly controlled system of travel permissions. Whether they want to travel to the next village or to neighboring townships, Rohingyas can only go with authorization of the authorities. This has major consequences for their day to day lives. It makes it very difficult to travel to find work and to travel to market to sell and buy goods. Rohingyas are also barred from studying at universities and colleges in Burma. I should note that in the past during Rohingya students not only studied at higher education institutions, they formed official Rohingya student associations and cultural organizations in Rangoon. Not anymore. In taking away our citizenship the government took away something just as precious: our future.
Many of you will be aware of the 2012 violence, primarily between Rakhine and Buddhists, and later supported by the state, which led to loss of lives and massive destruction of Rohingya and Rakhine homes and other property. Over 140,000 people were displaced by that violence, and today almost five years later over 120,000 people, the vast majority of them Rohingyas, live in squalid displacement camps. The government has no plan for them to return to their homes, or to ensure they can live their lives in dignity. Instead, they keep them segregated in these camps, prevent them from travelling outside –and cruelly, and restrict humanitarian organizations from providing vital support and assistance.
In fact the government can be said to trying starve Rohingya in to submission by placing extreme constraints on our livelihood opportunities and by blocking and/or severely restricting humanitarian assistance to our communities, either in internal refugee camps or in Rohingya villages.
Recent years have also seen the political disenfranchisement of the Rohingya. Where as in previous elections Rohingyas had been allowed to vote and even run as Parliamentary candidates – indeed in 2010 a Rohingya MP was elected for Buthidaung – this was not the case in 2015. Rohingyas, and other white card holders, were barred from voting, and Rohingya candidates were not allowed to stand as candidates on the basis of deeply discriminatory criteria and procedures enforced by the Election commission at the local and national levels.
The government relied on various security forces – police, Border Guard Police (BGP) Special Branch, the military and other agencies – to control Rohingyas lives, whether our physical movement, ability to build and repair homes, pray and gather together in mosques or register newly born babies. These forces extort money, extract forced labor, and confiscate food and other produce with total impunity. As Rohingyas, people are not able to complain or access justice mechanisms. Human rights violations and other abuses against Rohingyas are usually met with impunity.
This brings me to the present day, where security forces have committed the most unspeakable atrocities against Rohingyas since armed group attacked border police posts on 9 October. Let me be clear: there is no justification or excuse for the use of violence and these attacks were unacceptable. But the disproportionate response by the security forces, who have essentially rampaged thought Rohingya villages with total impunity is unacceptable and must be met with the strongest condemnation and responses by the international community.
To date, the government of Burma has failed to even acknowledge human rights violations have occurred. This is despite mounting evidence to the contrary. The UN Office of the High Commissioner published a report in early February which contained detailed of the most unspeakable acts of cruelty. These findings have also been documented by human rights groups like Amnesty International and Human Rights Watch. They have documented unlawful killings, extrajudicial executions, rape, torture, enforced disappearances and mass arrests. The military have burned hundreds of Rohingya homes and buildings to the ground. The UN has concluded that these crimes very likely amount to crimes against humanity.
Almost 100,000 people have been displaced as a result of the violence and around 73,000 of them had now fled to Bangladesh. I recently met with some of the survivors and they recounted to be tales of violence and devastation so appalling. As a Rohingya refugee myself, I was especially moved and cannot bear to watch our fellow Rohingya people being treated like animals, hunted by the security forces in this way.
Instead of speaking out the government has continued its long standing policy of denying security force violations. State media has published article after article of propaganda, accusing Rohingyas of lying about the situation, and of spreading “fake news”.What’s more, they have allowed advocacy of hatred, of discrimination and of violence to go unchallenged.
All this is happening today in a country which the British government, the USA, and other countries describe as making great progress, where human rights are improving, and is making a transition to democracy. Indeed, Since the Burmese military government announced six years ago its intention to open up the country to western investors and engage with the anti-China Western forces, various western governments, including EU and its members states like the UK, the USA and others have applauded the government in Naypyaydaw for allowing limited human rights reforms and undertaking market reforms. A great deal of global praise has been showered on the Burmese government – while all the new waves of violence and persecution have flared up.
The reality is, the situation cannot continue. We need to see an end to the widespread and systematic abuses of Rohingya rights which for too long have been ignored. I appeal to all the people for action, today. Please help end the "slow burning genocide of more than 1 million Rohingya in Myanmar. The Burmese government’s plan is to drive us out of our own ancestral land. This cannot happen – we are people of Myanmar, and should be treated as such. Failure to act will have devastating consequences and lead to untold suffering.
PEMERINTAH Myanmar menolak keputusan PBB untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia (HAM) di negara itu bahagian Rakhine. Demikian menurut laporan media rasmi, kelmarin.
Dewan HAM PBB, Jumaat minggu lalu telah memutuskan untuk menghantar misi carian fakta antarabangsa ke negara Asia Tenggara itu. Para pencari fakta ini bertujuan untuk mengumpulkan "fakta-fakta dan keadaan" atas dugaan pelanggaran yang dilakukan oleh tentera dan pasukan keselamatan Myanmar, khususnya pelanggaran terhadap Muslim Rohingya.
Kementerian Luar Negeri Myanmar menyatakan bahawa pembentukan misi ini hanya akan membuat masalah lebih besar, bukan menyelesaikan masalah yang sudah ada pada masa ini. Demikian menurut laporan Anadolu Agency.
"Myanmar telah dipisahkan diri dari resolusi secara keseluruhan," kata kenyataan itu. Kenyataan itu juga menyatakan bahawa keputusan untuk menghantar misi carian fakta tidak sesuai dengan situasi yang kompleks dan mencabar di lapangan serta keadaan negara Myanmar.
Kerajaan Myanmar juga mengatakan akan menetapkan pelan tindakan yang jelas untuk pelaksanaan cadangan interim yang dibuat oleh Suruhanjaya Penasihat pimpinan Koffi Annan bekas Setiausaha Agung PBB di negara bahagian Rakhine minggu lalu. [Islampos]
MAPIM mendesak pihak Suruhanjaya Hak Manusia PBB (UNHRC) segera menubuhkan badan siasatan antarabangsa mengenai jenayah ke atas kemanusiaan (crimes against humanity) di Myanmar seperti yang diusulkan oleh ketua pelapur khas PBB Yanghe Lee serta Kesatuan Eropah.PBB tidak boleh berlembut dengan Myanmar walaupun resolusi ke atas Myanmar di veto oleh China dan Rusia di sidang UNHRC baru-baru ini.
Bukti jenayah penghapusan etnik dan genocide yang jelas terkumpul dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak Wakil PBB dan juga dari kajian Universiti Queen Mary UK sudah cukup kuat untuk menjadi alasan kenapa sebuah kawantankuasa inkuari antarabangsa yang bebas untuk menyiasat perlakuan jenayah perang oleh Myanmar perlu ditubuhkan.
Dunia tidak boleh membiarkan Myanmar terlepas dari sebarang dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan ke atas etnik Rohingya Muslim kerana mereka yang menjadi mangsa berhak mendapat keadialan.
Komuniti Rohingya yang hilang, disiksa, hartabenda yang dirampas, penangkapan arbitrari, jenayah rogol dan seksual, pembakaran rumah kediaman, pembakaran masjid dan madrasah dan pengusiran paksa, sudah jelas berlaku sejak puluhan tahun di Myanmar .
Jika regim Myanmar dibiar bebas dari dipertanggungjawapkan ke atas ratusan ribu etnik Rohingya yang teraniaya, maka undang-undang antarabangsa yang selama ini diwar-warkan perlu dipatuhi, tidak bermakna lagi.
PBB tidak boleh menjadi alat kepada regim yang zalim untuk membiarkan jenayah genocide tidak dikenakan tindakan undang-undang antarabangsa. PBB berhak menfailkan kes jenayah keatas kemanusiaan oleh Myanmar kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Kezaliman yang dialami oleh etnik Rohingya hanya atas alasan bahawa mereka bukan warga negara Myanmar sama sekali tidak boleh diterima.
Kami menyokong pendirian tegas Kerajaan Malaysia yang menuntut agar kerakyatan etnik Rohingya dikembali di Myanmar. Kerajaan Myanmar tidak boleh lagi berdalih kerana menindas komuniti yang didakwa bukan rakyat adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Kami mengesa kerajaan Malaysia mengusulkan kepada sekretariat Asean supaya mengeluarkan pendirian terhadap Myanmar yang melanggar Deklarasi Hak Manusia Asean yang ditandatangai bersama. – HARAKAHDAILY 23/3/2017
DEWAN seminar Hotel Marriott Putrajaya terasa panas membahang walau dialun dengan penghawa dingin kelas lima bintang. Pembentang mengungkapkan dengan penuh simpati dan empati, sarat dengan saranan, mengilas sejarah peta luka umat Islam ini. Arakan adalah Gaza Asia dan Malaysia adalah negara yang diharapkan untuk membantu krisis yang semakin memburuk terutama selepas tragedi pembantaian 2012.
Konferens Antarabangsa mengenai Rohingya yang dianjurkan oleh Yayasan Amal, IPSOM, Kesatuan Ulama SeDunia (IUMS) bertujuan membincangkan dengan teliti solusi membantu muslim Rohingya agar dapat keluar daripada kemelut panjang lebih separuh abad ini.
Konferens Antarabangsa yang menghimpunkan ramai cendekiawan, relawan, pengkaji sosio politik, penjawat awam daripada 13 buah negara ini, bermukim selama tiga hari di sini. Konferens tiga hari ini, setakat ini menjadi mercu tanda kesungguhan rakyat negara ini untuk membantu Muslim Rohingya pasca program "Food Flotilla for Myanmar" bulan Februari yang lepas. Malaysia walaupun agak terlewat memulakan langkah mulia ini, namun paling kurang hari ini disebut di peringkat antarabangsa, menjadi negara paling terkedepan dalam membantu Rohingya, selain kerajaan Turki.
Isu muslim Rohingya perlu digarap dengan berhati-hati, dengan kerapuhan isu agama dan etnik yang sangat mudah memicu kebencian, seterusnya mewabak kepada konflik berdarah di rantau ini. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulama melihat isu ini juga jangan sampai membenarkan rantau Asia Tenggara ini bergolak seterusnya mengundang campurtangan Barat. Mengapikan kebencian agama, antara Islam dan Buddha walhal konflik ini boleh diuruskan dengan lebih harmoni.
Setiap negara dalam dunia ini wajib mengambil langkah membantu penduduk Rohingya, memberikan fokus penyelesaian isu penindasan ini. Negara-negara yang menandatangani Perjanjian Hak Asasi atau terlibat dalam konvensyen Geneva, juga negara-negara Islam di bawah payung OIC serta seluruh aktivis bantuan kemanusiaan wajib mengembleng tenaga untuk menghentikan pembantaian, intimidasi dan perlanggaran terhadap hak etnik minoriti Rohingya.
Kezaliman regim Myanmar sangat sadis apabila separuh daripada muslim Rohingya telah meninggalkan tanah leluhur mereka, ada yang meregang nyawa di lautan atau menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Tiada layanan sebagai warganegara Mynmar kepada muslim Rohingya apabila mereka dinafikan kewarganegaraan. Saya berkongsi kepiluan dengan Ustaz Tarmizi Sulaiman pagi tadi, bagaimana usaha mengusir muslim Rohingya adalah melalui rekayasa pihak regim Mynmar sendiri.
Pada tahun 2012, seorang gadis Buddha kononnya dirogol sehingga mati oleh pemuda Islam Rohingya, kalendar-kalendar dicetak dengan wajah gadis yang dirogol untuk menyalakan api permusuhan antara agama dan etnik. Isu ini digunakan untuk menyulut api perbalahan sehingga muslim Rohingya dibunuh beramai-ramai, pembakaran kampung, pembakaran masjid serta gadis-gadis muslim diperkosa oleh tentera Myanmar.
Peristiwa serangan 9 oktober 2016 oleh kelompok yang kononnya "jihadis" terhadap sebuah kem tentera kerajaan juga akhirnya menjadi alasan untuk serangan balas yang telah mengorbankan ribuan ummat Islam. Segalanya seolah drama terancang untuk menyudutkan orang Islam di kandang orang salah. Lebih setengah juta muslim Rohingya mengungsi ke Bangladesh, sebuah negara miskin yang tak menjanjikan sinar harapan bahagia buat pelarian.
Konferens Antarabangsa mengenai Rohingya ini juga akan menyalurkan resolusi perbincangan kepada kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan efektif serta seruan kepada seluruh dunia untuk bangkit bersuara serta membantu tragedi kemanusiaan terbesar di Asia Tenggara ini. – HARAKAHDAILY 15/3/2017
MESYUARAT Jawatankuasa PAS Pusat kali ke-22 pada malam tadi, di KUIZM meluluskan penubuhan sebuah pusat bagi menangani isu-isu kemanusiaan serantau dan antarabangsa di kenali sebagai PAS Humanitarian Affair & Relief Centre – PASRelief di bawah Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.
Matlamat khusus penubuhannya antara lain adalah untuk memberi fokus yang serius kepada isu kemanusiaan dalam kalangan Muslim Rohingya di Arakan Myanmar, di kem-kem pelarian, di kalangan komuniti Rohingya di Malaysia dan seluruh dunia.
Selain itu HRC @ PASRelief akan menjadi plarform mengumpul dan menyalurkan bantuan daripada PAS dan seluruh rakyat Malaysia kepada mangsa-mangsa tragedi kemanusiaan di seluruh dunia.
PASRelief juga akan menjadi pusat pengembelengan sumber dan kepakaran, penganjur program dialog dan perundingan dalam usaha membina peradaban manusia yang menjunjung tinggi nilai-nilai dan norma-norma kemanusiaan sejagat. – HARAKAHDAILY 14/3/2017
Kenapa dunia terus gagal bertindak ke atas Myanmar?
PRESIDEN MAPIM, Cikgu Azmi telah berucap di UN di Geneva pada 8 Mac 2017 dalam forum khas anjuran Islamic Human Rights Commission (IHRC) yang berstatus perundingan (consultative) di bawah Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, UN.
Beliau diminta berucap mengenai pengelaman dan kesan Food Flotilla for Myanmar. Dalam ucapan lebih 25 minit itu beliau telah menekankan bagaimana komuniti dan agensi dunia gagal mengatasi penindasan ke atas kaum Rohingya sejak lebih enam dekad.
"Ini bukan isu yang kompleks sebagaimana ramai pihak cuba melihatnya. Ia isu yang jelas dan terang. Ia isu penafian hak dan penghapusan etnik," kata beliau di depan wakil pelbagai NGO dan wakil negara.
"Apakah kita nak memberitahu ibu yang diperkosa dan anaknya disembelih oleh tentera Myanmar, bahawa ini isu kompleks dan susah untuk diselesaikan? Sedangkan ia jelas soal keganasan yang didalangi oleh pemerintah Myanmar dan melanggar segala perundangan antarabangsa. Kenapa dunia bertangguh untuk mengambil tindakan ke atas Myanmar yang sudah sekian lama melakukan jenayah ke atas kemanusiaan?" ujar beliau lagi.
Cikgu Azmi telah mendedahkan fakta yang diperolehi dari dalam Maungdaw mengenai keganasan yang telah dilakukan ke atas etnik Rohingya sejak 9 Oktober 2016 di negeri Rakhine/ Arakan utara:
Tentera Myanmar dan Polis Kawalan Sempadan telah melakukan jenayah berikut
•50 perkampungan dibakar
•12,118 rumah dibakar
•118 madrasah dimusnah
•143 masjid dibakar dan dimusnah
•913 kedai muslim dibakar
•1,094 orang (lelaki, wanita, kanak-kanak) hilang
•97,000 orang hilang tempat tinggal
•2,327 orang ditahan
•1,447 orang cedera
•2,287 wanita dan gadis dirogol
•1,234 orang terbunuh
•73,000 melarikan diri ke Bangladesh
"Kami menggerakkan inisiatif flotilla bukan hanya soal menghantar bantuan kemanusiaan semata-mata tetapi adalah untuk menarik fokus dunia. Bahawa jenayah yang dilakukan pemerintah Myanmar tidak boleh dibiarkan berterusan. Dunia mesti melakukan tekanan yang cukup kuat ka atas Myanmar untuk dipaksa menghentikan kezaliman yang dilakukan ke atas minoriti Mulsim Rohingya," tambahnya lagi.
Turut berucap dalam sessi khas itu ialah Pengerusi ARU (Arakan Rohingya Union), Dr Wakaruddin dan Pengarah IHRC, Massoud Sajareh.
"Bangladesh juga tidak boleh dilepaskan? Kesukaran untuk badan kemanusiaan untuk membantu pelarian ke Bangladesh perlu diatasi segera. Anehnya sementara Bangladesh mengatakan ia tidak mampu menerima ratusan ribu pelarian Rohingya, namun ia juga beralasan jika dibenarkan badan antarabangsa membantu pelarian akan mengalakkan lagi pelarian Rohingya memasukki Bangladesh," kata Cikgu Azmi lagi.
Namun bukankah itu isu Bangladesh untuk bersama komuniti dunia menekan Myanmar supaya menghentikan keganasan ke atas etnik Rohingya. Apakah alasan yang sama boleh diberi kepada negara lain yang menerima pelarian Rohingya?
Pengalaman hanya 25 orang sahaja dari 182 orang delegasi Flotilla yang dibenarkan melawat kem pelarian telah menggambarkan pihak Bangladesh keberatan menerima pihak luar membantu pelarian.
"Padahal ini adalah usaha besar Malaysia yang mahu meringankan bebanan Bangladesh," ujar Cikgu Azmi.
Cikgu Azmi mempersoalkan kenapa komuniti dunia gagal bertindak menyelamatkan etnik Rohingya daripada penindasan yang menderita lebih setengah abad. Apa yang menghalang Myanmar daripada diheret ke mahkamah anatarabangsa atau sekatan dikenakan keatas negara tersebut?
Dalam ucapan beliau, perkara yang dituntut dilaksanakan oleh pihak Majlis Hak Manusia PBB (UNHRC) ialah mewujudkan Komisi Penyiasatan Antarabangsa (International Commission of Inquiry) atau badan yang seumpama itu untuk menyiasat pelbagai perlakuan ganas tentera Myanmar.
Operasi Pemusnahan (Clearance Operation) yang dilancarkan oleh tentera Myanmar telah melanggar pelbagai undang-undang hak manusia antarabangsa. Ia termasuk jenayah ke atas wanita dan kanak-kanak, pembunuhan dan penangkapan tanpa bicara, pengusiran, pemusnahan dan perampasan harta benda.
Pejabat UNHRC telahpun mendokumentasikan kes-kes pelanggaran hak manusia oleh tentera Myanmar yang serius terhadap etnik Rohingya ketika operasi tentera Myanmar tersebut yang jelas melakukan jenayah ke atas kemanusiaan. Banyak lagi dokumentasi telah dikumpulkan yang sepatutnya menjadi alasan kukuh untuk mewujudkan badan penyiasatan tersebut.
Pihak Myanmar telah menafikan semua bukti yang dikumpul dan pihak tentera mengguna imuniti berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan 2008 untuk tidak didakwa. Sehingga hari ini tidak ada seorangpun yang didakwa ke atas jenayah yang dilakukan.
Pada Februari 2016, tiga orang pegawai rendah telah dihukum dua bulan penjara dan tiga pegawai tinggi diturun pangkat mengenai kes memukul dan menyiksa tahanan Rohingya yang diviralkan. Sejak Oktober 2016, empat komisi untuk menyiasat ditubuhkan oleh kerajaan Myanar, namun semuanya tidak mempunyai wibawa, kredibiliti, kebebasan dan kepakaran untuk melakukan sisatan yang berkesan dan bebas.
Pada 1 Disember 2016 Presiden Myanmar Htin Kyaw menubuhkan komisi siastan 13 anggota yang dipengerusi oleh Timbalan Presiden, Myint Swe, seorang bekas jeneral tentera untuk ‘mencari kebenaran’ keganasan tentera. Anggota komisi itu termasuk Ketua Polis Myanmar dan bekas pegawai kerajaan. Rumusan siasatan ialah menafikan sebarang salah guna kuasa oleh tentera Mynamar.
Demikian juga sebuah komisi yang ditubuh oleh parlimen negeri Rakhine pada 24 Oktober 2016 yang dianggotai oleh 11 anggota, namun secara dominan dikuasai oleh etnik Rakhine dari Parti Nasional Arakan (ANP). Komisi ini tidak menyiasat pelanggaran hak manusia, hanya menumpu kepada serangan ke atas pos tentera pada 9 Oktober 2106.
Pengerusi Komisi tersebut seorang ahli Parlimen ANP, Aung Win, menyatakan kepada BBC, bahawa kes merogol wanita Rohingya tidak mungkin terjadi sebab wanita Rohingya adalah "kotor" dan "mereka tidak cantik, jadi tidak ada orang Buddha tempatan mahupun tentera yang mahu merogol mereka". – HARAKAHDAILY 11/3/2017
PAS sampai di Kampung Perling & Kampung Shan Taung di Mrauk-U, semakin menghampiri Maungdaw.
Misi hari kedua di Arakan adalah di dua perkampungan Rohingya Muslim di Daerah Mrauk-U, di timur-laut Sittwe. Ia boleh dihubungi melalui jalan darat ataupun separuh jalan dengan bot menyusuri sungai.
Perjalanan ke Mrauk-U dengan van dari Sittwe mengambil masa 4-5 jam, kami bertolak pada jam 7.00 pagi, dan sampai balik ke penginapan jam 7.00 malam.
Pemandu dan pengurus perjalanan kami daripada etnik rakhine beragama buddha, kedua-duanya baik dan ramah berbahasa 'Inggeris Burma'. Tiga kali diulang, belum tentu difahami.
Membawa amanah PAS untuk menyampaikan sumbangan di wilayah bergolak seperti Arakan (Rakhine State) tidak semudah sangkaan. Selain perlukan visa dan permit khas dari Bahagian Keselamatan dan Sempadan, penampilan diri yang Islamik dan istilah paling sensitif bagi Myanmar –ROHINGYA - wajib dielakkan. Hampir saja pelekat pada barangan sumbangan tidak boleh digunakan kerana ada istilah itu.
Hanya organisasi berpengalaman dan punyai hubungan baik dengan agensi dan NGO tempatan seperti MAPIM mampu menguruskan pergerakan di sini. Kami beruntung kerana Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (Naib Presiden MAPIM) ada bersama.
Beliau sangat dikenali di kalangan penggerak bantuan untuk Muslim Rohingya di sini. Ini kali ke-9 beliau ke Sittwe.
Kira-kira empat ribu keluarga mendiami Kampung Perling, di kelilingi perkampungan penganut Buddha di sekeliling mereka. Dan 750 keluarga mendiami Kampung Shan Taung, 100 peratus adalah Rohingya Muslim.
Orang Perling dan Shan Taung bersawah padi, tanaman setahun sekali, menternak lembu dan menjadi nelayan. Kami temui 4 orang yang boleh berbahasa melayu dengan baik, kerana pernah menjadi buruh di Malaysia.
Walaupun kekal di kampung sendiri, kehidupan mereka seperti Rohingya Muslim di tempat lain, terkurung dalam penjara terbuka, dokumen kerakyatan yang 'dirampas', terhapus semua hak sebagai warganegara, semakin dihimpit dalam kepayahan, dan hari-hari mendatang penuh ranjau.
Kanak-kanak membesar dalam serba kekurangan dan halangan, hanya proses pendidikan paling minimum, atas inisiatif komuniti mereka sahaja yang ada untuk membentuk diri mereka menjadi dewasa.
Suasana kehidupan mereka seolah-olah di luar bandar Malaya pada tahun 50-an atau 60-an, terhimpit dan terkurung pula. Belum lagi diambilkira hal sanitasi, zat pemakanan, imunisasi, kesihatan, kadar kelahiran dan kematian, kesihatan bayi dan ibu mengandung, pergigian, penyakit kronik dan rawatan.
Sebahagian yang mendiami kem penempatan lebih rela memilih mati di rumah berbanding menerima rawatan di hospital.
Pergerakan mereka terhad, tidak dibenarkan ke bandar, ke sekolah atau bekerja di luar lingkungan yang dikawal tentera dan polis. Hanya beberapa premis diperbuat daripada buluh, menjual barangan runcit dan keperluan asas harian.
Di sini, barangan yang bernilai RM100 boleh meningkat menjadi RM200 kerana mereka hanya berharap ada yang sanggup datang menghantar pesanan. Wang mereka hanya berputar sesama mereka sahaja.
Saya dapat perhatikan dari dalam van yang sedang bergerak, seorang ibu menggendong anak kecil berusia kira-kira 5 bulan, berjalan kaki merentasi sawah di tengah panas, beberapa kilometer jaraknya, hanya untuk membeli garam. Ketika sedang makan, saya dapat melihatnya telah sampai ke 'pekan'. Sambil mundar mandir ke sana sini memerhatikan barangan di beberapa 'kedai', dia meminta garam di kedai sebelah tempat kami mengalas perut. Muka mereka berdua basah disimbah peluh-panas.
Alangkah sukarnya kehidupan yang sedang dijalani. Dengan bantuan penterjemah, saya bertanya beberapa soalan, dijawab dengan selamba, 'tanpa rasa' sambil tercungap kepenatan. Anaknya 5 orang, suaminya buruh kasar menggali parit di sawah. Dia kemudian tersenyum dalam kehairanan menerima jariah MK5000 (RM15) daripada kami. Dia langsung beredar dengan bungkusan garam di tangan.
Di Kampung Perling, kami melawat sebuah surau yang juga menjadi sekolah 150 kanak belajar menulis dan mengaji. Solat Jumaat juga dilakukan di surau itu. Lantai dan dindingnya daripada anyaman buluh yang kian reput, atapnya daun nipah yang telah usang. Ia perlu dibaiki segera. Mereka memandang penuh harapan.
Di kampung sebelah (saya terlupa mencatat nama kampung itu), MAPIM telah menguruskan pembinaan sebuah sekolah beberapa tahun lalu. Hari ini kami dibawa melawatinya.
Di Shan Taung, juga terdapat bangunan yang diuruskan pembinaannya oleh MAPIM, dana disumbangkan oleh muslim China (Laila dan rangkaiannya) dijadikan sekolah.
Hari ini kami mengagihkan keperluan makanan berupa beras, gula dan tepung.
Sebahagian beras dalam guni 25kg terpaksa dibuka untuk mencukupkan agihan. Bagi yang terlalu dhaif, mereka menerima seguni beras dan barangan dapur. Mata mereka berkaca, wajah mereka terpancar kegembiraan dengan kehadiran dan sumbangan yang disampaikan oleh delegasi PAS pada kali ini.
Kami menanam azam untuk kembali lagi ke sini membawa lebih banyak sumbangan daripada ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia untuk membina semula surau, bangunan sekolah, membaiki madrasah tahfiz, membaiki masjid, kediaman yang usang, menyarungkan baju dan seluar kepada kanak-kanak yang terlanjang.
Besarlah harapan agar PAS dapat terus menghulurkan sumbangan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka di sini, kalaupun tidak berupaya mencapai selesa seperti kita, cukuplah sekadar mereka berasa selamat. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 (Maybank). Inilah nyalaan obor Islam buat mereka yang tertindas dan dizalimi. – HARAKAHDAILY 9/3/2017
Catatan Muhammad Sanusi Md Nor dari Sittwe, Arakan, Myanmar.
SEJAK Kelmarin, saya memerhati dan menilai berita-berita di Harian Metro (HM) tentang misi membantu muslim Rohingya. Saya kenal wartawan HM di kapal Nautical Aliya. Dia orang baik dan mesra.
Laporan semalam dan hari ini di pautan: http://www.hmetro.com.my/node/211822.
Seolah-olah tiada apa-apa selain usaha berterusan pihak KP1M melanjutkan usaha murni food flotilla tempohari. Saya sentiasa positif tentang food flotilla dan akan mengulanginya jika ada lagi flotilla pada masa depan.
Sebetulnya saya bersama rombongan daripada PAS merancang ke Sittwe sebaik sahaja food flotilla tidak dibenarkan berlabuh di sini. Di Yangon pun sukarelawan tidak diizinkan turun.
Maka, sebaik sampai di Cittagong, saya meminta bantuan Ust Ahmad Tarmizi Sulaiman (sepupu dan timbalan saya dalam PAS Kawasan Sik) mengaturkan pertemuan dan menyusun program ke Sittwe melalui rakan-rakan MAPIM di Yangon dan Sittwe.
Maka kami menetapkan beberapa kem penempatan dan kampung untuk dilaksanakan program sumbangan food pack dan tube well, menziarahi kem-kem untuk meninjau keperluan paling mendesak, selain menziarahi sekolah dan rumah yang didirikan oleh MAPIM sebelum ini.
Kami membuat pesanan barangan dan telaga tiub lebih awal, dan membuat pembayaran sebaik tiba di Yangon melalui wakil yang dilantik oleh pembekal.
Sewaktu berlepas dari Kuala Lumpur, dimaklumkan rombongan KP1M juga akan ke Sittwe untuk menyertai Duta Malaysia ke Myanmar untuk masuk ke Mangdaw untuk menyaksikan majlis penyerahan barangan flotilla di sana. Saya percaya hubungan baik mereka sebagai NGO kerajaan dengan pihak kedutaan akan memudahkan urusan mereka.
Hanya sepucuk surat daripada MAPIM memaklumkan kehadiran deligasi kami kepada kedutaan, dan tidak mendapat jawapan. Permit kebenaran memasuki Sittwe diuruskan oleh NGO di sini, kakitangan kedutaan pun kami tak dapat bertemu.
Pada pagi 7 Mac, dalam perjalanan memasuki kem, kami 'terserempak' dengan wakil KP1M di hotel mereka. Saya rasa mereka ada menghubungi Ustaz Tarmizi memaklumkan situasi mereka. Saya difahamkan mereka gagal memasuki Mangdaw bersama rombongan duta. Mereka tidak merancang tujuan lain. Tiket pulang hanya pada 8 Mac. Jadi mereka tiada tempat untuk dituju, tiada aktiviti untuk dilakukan. Mereka hanya makan maggi kerana tiada restoren makanan halal di Sittwe.
Atas dasar ingin membantu agar perjalanan mereka ke sini tidak sia-sia, kami mempelawa mereka ikut masuk bersama kami ke kem, melihat sendiri program-program yang telah kami aturkan. Setidak-tidaknya mereka akan dapat menjamah nasi yang telah kami pesan di sana nanti. Itulah cerita sebenar.
Laporan HM semalam menyebut PAS hanya 'turut serta' dalam kunjungan KP1M dan MAPIM ke kem Rohingya. Laporan kelmarin tidak sepatahpun menyebut PAS dan aktiviti PAS di kem yang yang menyelamatkan perjalanan mereka daripada sia-sia itu.
Malah laporan HM yang menjadikan aktiviti di kem dan perkampungan Rohingya sebagai program yang disusun oleh KP1M adalah bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya rasa ini adalah kerja pemberitaan yang memalukan KP1M, lebih memalukan lagi jika KP1M sendiri yang meminta demikian.
Kenapa mereka mengatakan ekor itu adalah kepala? Kenapa perlu dihilangkan PAS dalam pemberitaan dalam situasi sebenar yang sama-sama diketahui? Kenapa perlu ada sikap tidak jujur seperti itu dalam misi kemanusiaan atau sebetulnya mereka sudah diresapi sifat ganas 'Myanmarism'. – HARAKAHDAILY 9/3/2017
DELEGASI PAS tiba di Sittwe, Rakhine State (Arakan) pada jam 6.30 malam waktu Myanmar, setelah berlepas dengan penerbangan domestik dari Yangon pada jam 5 petang.
Sehari di Yangon, delegasi ini yang dianggotai oleh saya, saudara Zaki Mustaffa, Ustaz Ahmad Tarmizi (MAPIM) dan Mohamad Azwan Kamaruzzaman (Rahmat Care) berjaya menguruskan kebenaran memasuki Sittwe dengan pihak berkuasa Myanmar. Proses ini agak rumit tetapi berjaya diselesaikan dengan bantuan kenalan di sini yang berpengalaman.
Pada hari pertama di Sittwe, misi PAS bermula di kampung Thambi Para, yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari pusat bandar Sittwe. 100 set bahan makanan yang mengandungi seguni beras, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain diagihkan kepada penduduk kampung. Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT dan perasaan lega terpancar di wajah penerima, memandangkan penduduk kampung amat jarang dilawati berbanding mereka yang tinggal di kem-kem penempatan.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah kanak-kanak yang menerima ole-ole ais krim dan gula-gula.
Penduduk Thambi Para sangat berterima kasih dengan kehadiran PAS untuk membantu mereka. Terdapat di antara mereka yang terharu sehingga menitiskan air mata. Kami beredar setelah menerima pelukan persaudaraan daripada jemaah masjid yang bersiap menunaikan solat zohor.
Misi berikutnya di Kem Penempatan Thet Kya Pyin yang dihuni 200,000 orang muslim Rohingya di pinggir sebuah kampung yang hanya berkeluasan kira-kira 4.8 kilometer persegi.
Delegasi PAS menyampaikan sumbangan untuk membina tiga buah telaga tiub (tubewell) di sini. Kami turut dibawa melawat rumah-rumah penempatan sementara yang telah uzur dan dibangunkan semula oleh MAPIM dengan kerjasama Baraka City, sebuah NGO Perancis.
Menurut Saudara Hashim yang mengaturkan kehadiran delegasi PAS ini, keperluan paling mendesak di kem-kem di Sittwe pada masa ini ialah makanan.
Selain merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada keprihatinan PAS kepada Muslim Rohingya, mereka juga memohon PAS untuk turut membantu dalam usaha menguruskan sistem pendidikan anak-anak Muslim Rohingya termasuk program membina bangunan sekolah dan penyediaan guru-guru terlatih.
Ramai daripada kalangan Muslim Rohingya yang berpendidikan tinggi memilih untuk berkhidmat dengan NGO dan agensi bantuan kerana faktor pendapatan dan gaji. Guru-guru sekolah Rohingya tidak bergaji dan berkhidmat secara sukarela.
Apabila ada peluang lebih baik untuk mencari wang untuk menyara kehidupan, mereka terpaksa meninggalkan sekolah untuk bekerja di tempat lain. Akibatnya, anak-anak mereka tidak mendapat didikan daripada guru yang memiliki kemahiran, kini bergantung kepada guru berpendidikan rendah dan berkhidmat secara sukarela.
"Saya melihat masa depan kami dan anak-anak yang sangat gelap dengan situasi yang ada pada masa ini." ujar beliau.
Misi seterusnya adalah di beberapa kem penempatan dan beberapa buah kampung yang memakan masa perjalanan 4 hingga 5 jam dari bandar Sittwe.
Sumbangan untuk program bantuan untuk Muslim Rohingya boleh disalurkan ke akaun Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 (Maybank). – HARAKAHDAILY 8/3/2017 Catatan Muhammad Sanusi Md Nor dari Sittwe (Arakan) Myanmar.
KUALA TERENGGANU – NGO perlu berfikir beberapa langkah ke hadapann dan bukan hanya berlegar sekitar gerak kerja kebajikan sahaja.
Pengerusi Lujnah Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, NGO perlu digera4kkan secara jelas, samada secara sembunyi atau nyata untuk menumbangkan kerajaan yang korup sekarang.
“Mesti ada satu gerakan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan sasaran,
“untuk memastikan kemenangan Gagasan Sejahtera pada pilihan raya umum akan datang,”jelasnya.
Beliau berkata demikian pada program Bengkel Agenda Bertindak NGO Menghadapi PRU-14
disebuah hotel disini hari ini.
Turut sama ialah Pengerusi MAPIM Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Lujnah Hubungan NGO Prof
Zainal Abidin Kidam
Berikut ialah beberapa realiti masyarakat yang seharusnya diperhatikan oleh setiap aktivis NGO yang mahu menjelaskan kepada pengundi dalam PRU 14 kenapa perlu kerajaan BN perlu diganti.
1. Penagihan Dadah.
April 2016 : Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Azizan Ariffin berkata penagih dadah dalam kumpulan umur 19 hingga 39 tahun direkodkan seramai 15,128 tahun lepas berbanding 14,324 pada 2014.
2. Penagihan Arak.
Malaysia menduduki tangga kesepuluh terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Walau pun kita hanya mempunyai 26 juta rakyat tetapi kedudukan kita sepuluh tertinggi di dunia. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD 500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion untuk minuman keras. Penjualan bir berkembang di antara 5% hingga 7% setahun. Ia melebihi kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.4% dan umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun. Semakin ramai remaja mula mengambil minuman beralkohol dan 45% dari belia Malaysia di bawah umur 18 tahun mengambil alkohol secara regular.Trend di Asia semakin meningkat pengambilan alkohol. Akan tetapi di negara-negara Eropah trend pengambilan sudah mulai menurun oleh sebab kempen agresif mereka untuk membendung masalah atau gejala alkohol.
3. Zina dan anak luar nikah
Kajian yang telah didedahkan oleh Dr. Fatimah Abdullah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia merekodkan maklumat dan angka yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejak tahun 2000 hingga julai 2008 bahawa terdapat 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa tercatat nama bapa. (Anak luar nikah atau anak tidak sah taraf). Secara purata , 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari atau berlaku setiap 17 minit 17 saat. Angka ini amat menggerunkan kita. Persoalannya sekarang bagaimana pula untuk 10 tahun akan datang.
Perlu difahami bahawa kajian itu tidak mengambil kira jumlah bayi yang dibuang, disembunyikan, digugurkan, dijual, atau mati dibuang yang tidak dapat dikesan.
Jika kita unjurkan lagi angka tersebut maka akan lebih menggerunkan lagi dan tidak syak lagi generasi kita akan datang adalah dari kalangan anak luar nikah sedangkan Islam amat menjaga nasab dan keturunan dengan melaksanakan hukuman zina. Kalau jumlah anak luar nikah yang didaftarkan (bagi bayi Islam atau bukan Islam) dalam tempoh 10 tahun adalah lebih suku juta. Maka kebarangkalian anak yang tidak didaftarkan adalah juga suku juta. Bagaimana pula anak yang dibuang samada yang dijumpai mayatnya atau tidak dijumpai kerana ditanam, atau di buang lalu dimakan anjing atau ular atau ikan atau di buang dalam lubang tandas. Katakan jumlahnya juga suku juta. Termasuk yang masih dalam kandungan lalu digugurkan, saya rasa jumlahnya lagi besar dan katalah ianya suku juta. Maka jumlah hasil perzinaan dalam tempoh 10 tahun adalah 1,000,000 orang.
Jika hasil anak luar nikah adalah sejuta orang maka pelaku zina pula adalah dua kali ganda kerana pelakunya adalah lelaki dan perempuan, maka jumlahnya adalah 2,000,000 orang. Golongan pelacur samada tempatan atau luar negara di negara kita dijangkakan hampir sejuta orang. Golongan homoseks, lesbian, pengkid, lelaki dan perempuan simpanan juga golongan maknyah dan pondan.
Tidak dikira pula mereka yang berzina tetapi memakai kondom atau mengeluarkan mani di luar perlu diambil kira. Maka dijangkakan bahawa penzina bserta hasilnya dalam tempoh 10 tahun boleh mencecah seramai 5 juta orang, sama dengan penduduk Negeri Selangor.
Menurut Laporan kajian oleh Durex & Durex , mendapati Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah dikalangan remaja Malaysia dengan purata 62 kali setahun (kajian 2003) dan 86 kali setahun (kajian 2004) berbanding Jepun yang hanya 37 kali setahun (2001).
Turut direkodkan , remaja perempuan di Malaysia didapati kehilangan dara pada usia muda iaitu 20 tahun (kajian 2001) dan ketika berumur 19 tahun ( kajian 2004).
Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan 81,000 anak luar nikah didaftarkan sehingga 2011. Manakala kajian penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendapati 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terbabit dengan salah laku seksual dan seks bebas.
Dinyatakan, 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu langsung tidak menyesal, malu atau takut malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.
Statistik Polis Diraja Malaysia pula mencatatkan kes pembuangan bayi yang dilaporkan antara 2000 sehingga 2006 ialah 580 orang, majoriti sebanyak 92 peratus adalah bayi baru dilahirkan, manakala lapan peratus adalah janin. Di Lembah Klang saja hasil laporan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 mendedahkan seorang bayi dibuang setiap 10 hari.
4. Aktiviti seksual
Kadar aktiviti seksual dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012. Statistik itu diperoleh daripada kaji selidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012.
Sementara itu, data direkod daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun.
5. Kes penceraian.
Mengikut statistik, dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai institusi keluarga Islam di negara ini.
Melihat pada rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu.
Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.
Selain itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima tahun lalu juga menunjukkan peningkatan begitu ketara iaitu daripada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik sebanyak 10,121 kes.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kebanyakan kes perceraian yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke bawah.
“Kajian menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah iaitu 37.2 peratus bagi wanita dan 35.4 peratus bagi lelaki.
“Keadaan ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa tempoh lima tahun merupakan jangka masa yang sangat penting kepada pasangan dalam mengharungi bahtera perkahwinan,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
6. Merokok
Mengikut statistik di Malaysia, seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari. Dianggarkan, terdapat 4.7 juta orang merokok pada 2011 dan jumlah itu meningkat daripada 3.1 juta orang pada 2007.
Sementara itu, kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010 turut merekodkan tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun. Lebih 23.7 bilion rokok dihisap dalam tempoh setahun dan jumlah ini meningkat dalam kadar tinggi daripada 18 bilion batang pada 1998.
Bukan itu saja, sebilangan besar perokok juga dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur mula merokok ialah 19 tahun. Pada 1985, 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat kepada 18 peratus pada 2000.
Hasil kajian mendapati matlamat iklan rokok hampir semuanya ditujukan kepada remaja untuk dapatkan pelapis perokok baru. Setiap remaja yang mula merokok berkemungkinan akan merokok purata selama 30 tahun akan datang.
Mengikut statistik yang diperoleh di The Tobacco Atlas, 36.3 peratus remaja lelaki dan 4.2 peratus remaja perempuan Malaysia yang berusia antara 13 hingga 15 tahun merokok.
7. Masalah moral.
Kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di negara ini semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes.
Malah, angka kegiatan jenayah berat golongan remaja yang tamat persekolahan pula mencatatkan peningkatan ketara sehingga 137 peratus kepada 2,011 kes berbanding hanya 849 kes dicatatkan pada 2012.
Kategori jenayah berat ini turut dikaitkan dengan remaja bawah umur berusia antara 12 hingga 17 tahun. Angka direkodkan turut meningkat kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol.
8. Lari dari rumah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan statistik pada 2010 yang menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat sebanyak 4,097 remaja terbabit dengan kegiatan ini seawal usia 13 hingga 17 tahun. Difahamkan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kebanyakan kes ini membabitkan remaja.
Selain itu, remaja berumur 14 hingga 17 tahun adalah golongan yang paling banyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum lain, tetapi kelompok itu juga tersenarai dalam kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula.
Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan, Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, secara kiraan rawak, dua daripada tiga laporan kes orang hilang membabitkan wanita.
9. Judi
Malaysia mempunyai 9 syarikat judi berlesen. Kutipan peruta tahunan keseluruhan syarikat judi ialah antara Rm 2 bilion hingga Rm 4 bilion.
Akan tetapi judi tidak berlesen ( judi haram ) sangat lumayan di negara ini.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sebanyak 109,000 serbuan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras kegiatan perjudian haram setakat bulan ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata daripada jumlah itu, 5,834 serbuan berjaya dilaksanakan dengan jumlah tangkapan sebanyak 15,154 orang membabitkan penganjur dan kaki judi. “Daripada serbuan itu juga, pihak polis telah merampas sebanyak 70,149 buah mesin dan alat-alat perjudian dengan kos kasar berjumlah RM70.1 juta beranggaran RM1,000 setiap mesin dan peralatan tersebut,” katanya.
Katanya, walaupun polis telah menjalankan operasi khas melalui Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterism (STAGG), masih ada lagi aktiviti perjudian haram yang masih belum dibanteras sepenuhnya. “Hal ini kerana modus operandi yang digunakan oleh pengusaha perjudian ini berubah-ubah dan mereka didapati sering beroperasi di sebalik premis berlesen, rumah kediaman serta kondominium yang tidak dapat dikesan oleh pihak polis,” katanya.
Katanya, sehubungan itu, bagi membanteras kegiatan perjudian haram secara berkesan, PDRM mencadangkan undang-undang tertentu diperkasakan seperti Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Loteri 1952 dan Akta Pertaruhan 1953. “Selain itu, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga perlu diubah suai supaya ia mengambil kira perjudian secara online serta kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan melalui pindaan Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1998,” katanya.
Nur Jazlan berkata, pihaknya membentangkan nota maklumat perjudian haram pada Oktober tahun lepas dan Mac tahun ini ketika mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menggariskan cadangan kaedah pelaksanaan aktiviti perjudian tanpa lesen.
10. Pelacuran.
Malaysia tersenarai di tangga kelapan antara sepuluh negara di dunia yang mempunyai bilangan pekerja seks teramai untuk setiap 10,000 penduduk.
Menurut laporan yang dikeluarkan pada 2013 di portal Liveandinvestoverseas.com mendapati setiap tahun dianggarkan tiga juta orang mengembara menggunakan khidmat pelancongan untuk tujuan seks dan angka ini dijangka semakin meningkat.
Malaysia mempunyai kadar pelacuran lebih tinggi dari Thailand iaitu 52 pekerja seks setiap 10,000 berbanding 45 pekerja seks setiap 10,000 di Thailand. Malaysia telah diletakkan Amerika Syarikat di dalam senarai hitam dalam kalangan negara yang mempunyai kes paling teruk isu permerdagangan manusia dan penyalahgunaan hak asasi manusia termasuk pelacuran kanak-kanak.
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44437-rohingya-perlukan-keprihatinan-umat KEHIDUPAN rutin etnik minoriti Muslim Rohingya yang menghuni kem pelarian berselerakan di beberapa daerah dalam Bangladesh hakikatnya diselubungi keperitan dan kebuntuan. Mungkin mereka selamat dari menjadi mangsa kerakusan kekejaman yang menzalimi jasad dan menjahanamkan maruah hingga disembelih dan diputuskan nyawa. Tetapi meniti kehidupan tanpa sekelumit perhatian kemanusiaan menyebabkan diri tidak terurus seperti insan.
Hari esok dan masa depan penuh dengan ketidakpastian kerana yang ada hanyalah kebebasan untuk menghirup udara. Bila-bila masa sahaja boleh terusir di tanah yang sedang ditumpangi kerana ia ‘milik orang’. Bangladesh sebagaimana juga Malaysia, tidak menandatangani perjanjian protokol pelarian 1952. Mereka boleh lepas tangan, bahkan bertindak mengeluarkan dari kedudukan ketika ini. Ketika itu, di mana para pelarian yang terusir dan lari demi menyelamatkan nyawa dan keturunan ini dapat menjejakkan kaki?
Keadaan di kem pelarian yang terwujud tanpa kebenaran melainkan izin simpati dari pemilik tanah tempatan kini telah padat berganda-ganda, di mana belum didaftarkan sebagai kem pelarian. Demi untuk berteduh, binaan kediaman dibuat seadanya dari sulaman dan campuran pelbagai tumbuhan yang melata. Sebuah ‘rumah’ kecil, dibahagikan kepada beberapa bilik untuk setiap keluarga. Tetapi keadaan yang mendesak dan menyesak kini menyebabkan satu bilik dihuni bergilir hingga 15 keluarga.
Kebanyakannya adalah pelarian baharu yang bukan sahaja tiada tempat berteduh, bahkan juga tidak mendapat sebarang bantuan keperluan harian dari mana-mana agensi. Mujur rakyat tempatan tidak banyak soal menerima para pelarian yang terpaksa berdikari meraih segala disekelilingnya untuk terus hidup, walaupun mereka sendiri dihimpit kemiskinan. Namun, risikonya tetap ada apabila kedaifan seperti itu menyebabkan masalah kesihatan sangat teruk dan membimbangkan.
Ramai kanak-kanak tidak mendapat gizi seimbang dan berpotensi terbantut pembesaran mereka. Penyakit imuniti, alahan dan penyakit kulit menjadi pemandangan yang kelihatan pada mereka. Keadaan penempatan pula tidak ada privasi, jauh sekali tandas dan sistem kumbahan serta sanitasi. Malah, menular juga penyakit seperti tibi, malaria dan lain-lain yang menjemput hampir kematian. Menyebabkan, hidup seolah-olah hanya mengadap langit siang dan malam serta makan dan tidur.
Atas semua sengsara derita sedang berlaku itu, amat mustahil menggarap usaha kepada mereka untuk menekuni sekurang-kurangnya pekerjaan mahupun pendidikan. Masih banyak keperluan asas perlu diusahakan disebalik pelbagai cabaran dan kongkongan politik dan peraturan antarabangsa sedia ada.
Bagi PAS sebagaimana ikrar Ketua Delegasi PAS, Muhammad Sanusi Md Nor yang menyertai Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar baru-baru ini, akan tetap meneruskan bantuan dan kesukarelawan bagi menghulurkan sumbangan semampunya kepada golongan tertindas itu.
Sumbangan kepada misi yang dilaksanakan PAS boleh diberikan melalui akaun Maybank 564070611352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS Pusat dan sebarang pertanyaan hubungi 013-3845555 (Mohd Adram) atau 013-9142305 (Abdul Malik). – HARAKAHDAILY 28/2/2017 Sumber HD - 28-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami, delegasi Food Flotilla for Myanmar 2017 dari 29 NGO, pasukan perubatan dan sebuah parti politik yang belayar pada 3 Februari 2017 hingga 23 Februari 2017 mewakili negara Malaysia, China, Thailand, Indonesia, Sweden, US, Germany, Cambodia, Saudi, Bangladesh melalui kapal Nautical Aliya dengan ini mengisytiharkan:
MENGIKTIRAF bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang betul menyuarakan keprihatinan terhadap penindasan Rohingya yang perlu dihentikan oleh kerajaan Myanmar demi kestabilan serantau.
MENGHARGAI YAB DS Mohd Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia), telah berperanan besar membantu menjayakan misi kemanusiaan Food Flotilla for Myanmar.
MENYEDARI penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar tidak boleh dibiarkan berterusan.
MENGINSAFI bahawa kezaliman ke atas etnik Rohingya adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan Deklarasi Universal Hak Manusia.
MEMAHAMI bahawa pembelaan terhadap penderitaan Rohingya adalah atas pertalian dan tanggungjawab persaudaraan Islam dan persaudaran kemanusiaan.
MENGINGATKAN bahawa masyarakat antarabangsa di seluruh dunia bertanggungjawab menghalang jenayah pembersihan etnik dan genocide ke atas etnik minoriti Rohingya yang dilakukan oleh Myanmar.
MEMAHAMI bahawa kesengsaraan etnik Rohingya disifatkan oleh PBB sebagai etnik yang paling tertindas di dunia.
MENYEDARI bahawa pelarian Rohingya kini sudah mencecah 500,000 di Bangladesh dan kerajaan Bangladesh tidak mempunyai keupayaan untuk menyantunan keperluan mereka.
MENELITI dasar penghapusan etnik dan genocide yang disasarkan kepada etnik Rohingya akibat kempen pembencian yang dilancarkan oleh golongan ekstremis Buddhis masih berterusan di Myanmar.
MENGAMBIL perhatian pelbagai resolusi dalam persidangan antarabangsa telah dikeluarkan mengenai isu Rohingya termasuk PBB, OIC dan Asean, namun pemerintah Myanmar masih belum menghentikan penindasan terhadap etnik minoriti Rohingya.
Maka, dengan ini kami menggesa:
Kerajaan Bangladesh memberi laluan kepada agensi kemanusiaan untuk masuk ke kem pelarian di beberapa kawasan penempatan mereka bagi mengedarkan bantuan dengan lancar dan teratur. Pihak Bangladesh harus membuka ruang kepada NGO kemanusiaan antarabangsa agar memudahkan kemasukan dan membantu pelarian.
Agensi kemanusiaan seharusnya memulakan projek ekonomi di Bangladesh dan Myanmar agar pelarian dapat menampung keperluan asas mereka seperti pertanian dan ternakan.
Pihak Bangladesh dan Myanmar dan NGO kemanusiaan perlu memberi perhatian kepada aspek rawatan kesihatan atau bekalan perubatan yang berterusan untuk menangani isu berkaitan dikalangan pelarian Rohingya terutama keperluan rawatan wanita dan kanak-kanak.
Meningkatkan desakan kepada PBB untuk menekan Myanmar menangani isu kerakyatan Rohingya yang dinafikan oleh Myanmar sejak 1982.
Agensi kemanusiaan dan antarabangsa perlu memberi perhatian khusus kepada keperluan pendidikan kanak-kanak Rohingya yang menjadi pelarian di beberapa negara. Mereka berhak mendapat pendidikan sebagai hak asasi manusia.
Pihak PBB hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memfailkan kes jenayah kemanusiaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa ke atas pihak yang bertanggungjawab di Myanmar yang melakukan pelanggaran hak manusia dan kezaliman ke atas etnik Rohingya. Usha ini perlu menggembleng gabungan kerajaan, parti politilk dan NGO agar masyarakat antarabangsa mendukung tindakan ini.
Mewujudkan kumpulan anak muda Rohingya yang ada di dalam Myanmar dan Bangladesh yang dilatih dengan kualiti dan struktur kepimpinan yang kemas bagi membantu menguruskan pelarian Rohingya. Kumpulan Rohingya yang berada di luar Myanmar dan Bangladesh hendaklah membantu menjayakan kebangkitan dari dalam dengan dana dan pengurusan yang beramanah.
Satu usaha gabungan NGO termasuklah NGO antarabangsa dalam gerak kerja membela nasib etnik Rohingya dalam kempen yang berterusan perlu dilancarkan. Sebuah Sekretariat Flotilla yang kekal perlu diwujudkan untuk meneruskan usaha pembelaan kepada etnik Rohingya secara strategik, berterusan dan berkesan.
Kerajaan Malaysia, NGO nasional dan serantau perlu memantau barangan kemanusiaan sumbangan pelbagai pihak yang diserahkan kepada kerajaan Myanmar dan Bangladesh telah diagihkan kepada mangsa Rohingya di kem pelarian kedua-dua negara.
Semua NGO yang terlibat dalam FFFM mengadakan Hari Memperingati Flotilla setiap tahun pada setiap 4 Februari bagi menyegarkan masyarakat bahawa misi flotilla yang diusaha adalah usaha yang berpanjangan dan ia juga sebagai rekod dalam sejarah negara yang penting.
Mendesak Kerajaan Malaysia untuk menilai semula pengambilan pekerja Myanmar dan Bangladesh di Malaysia dan memberikan peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya.
Suatu kempen dilancarkan oleh gabungan NGO Malaysia untuk mengumpul 1 juta tandatangan menyatakan sokongan dan mendesak kerajaan Myanmar dan Bangladesh membuka laluan masuk bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya.
Mendesak Kerajaan Malaysia menilai semula penglibatan sebarang acara sukan yang diadakan di Myanmar bagi menyampaikan mesej tegas bahawa Malaysia serius dalam desakkannya untuk Myanmar menghentikan dasar penindasannya terhadap minoriti Rohingya.
Mendesak Kerajaan Thailand dan Malaysia agar mengambil langkah yang bersungguh bagi membanteras dan memerangi sindiket permerdagangan manusia terutama etnik Rohingya.
Menggesa agar diberikan ruang untuk wakil dari delegasi Flotilla membentang deklarasi Flotilla dalam mesyuarat negara-negara Asean.
Mengesa media arus perdana di Malaysia memberi slot khas untuk meneruskan pendedahan kepada masyarakat mengenai isu Rohingya serta meningkatkan kesedaran kemanusiaan di kalangan masyarakat.
Sekretariat Flotilla mengusahakan sebuah pembukuan kisah Rohingya dan pelayaran flotilla dalam pelbagai bahasa bagi menyebarluaskan maklumat dan meningkatkan kefahaman mengenai isu kezaliman ke atas etnik Rohingya.
Kerajaan Malaysia dan NGO tempatan memberi tumpuan untuk membantu usaha memberi peluang pendidikan Islam yang sempurna kepada kanak-kanak Rohingya di Malaysia terutama institusi yang dibangunkan oleh NGO Islam seperti Mapim, MRA dan GPM.
Organisasi yang memperakui Deklarasi:
MALAYSIA
PUTERA 1MALAYSIA CLUB
MAPIM
YAYASAN AMAL
SALIMAH
GPMS
PAS
PERMAS
HALUAN
TERAS
SHURA
RAHMAT CARE
GENG USTAZ
BLESS
ANSAR GLOBAL
CAKNA PALESTINE
DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM
I-REACH
MUSLIM CARE
MY INSPIRE
SERANTAU MUSLIM
ANTARABANGSA
CHINA MFR MUSLIM - CHINA
DPP BADAN KOMUNIKASI PEMUDA REMAJA MASJID INDONESIA (BKPRMI)
AQSA WORKING GROUP - INDONESIA
BANI STREET - FRANCE
INTERNATIONAL RELEIF ORGANIZATION – USA, GERMANY & SWEDEN
UMMATEE - THAILAND
HUMANIATARIAN RELIEF NGO NETWORK SHEIKHUL ISLAM -THAILAND
WORLD HALAL CENTRE & SAUDI INDUSTRIAL DEVELOPMENT - BANGLADESH
HUMANITARIAN & JUSTICE ORGANIZATION - CAMBODIA
Anggota Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaari, berkata pada masa yang sama, mereka berharap umat Islam mendoakan supaya konflik serta kezaliman itu berakhir.
Marzuk berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini pagi tadi.
Katanya, dua buah negara iaitu Myanmar dan Bangladesh tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat dua negara terbabit.
“Kerana itu nasib mereka sentiasa malang, menderita, tidak ada ilmu, pekerjaan dan berbagai kesukaran lain,” ujarnya.
Jelasnya lagi, ketika mengikuti program Food Flotilla For Myanmar, mereka dapat memasuki kem pelarian Rohingya di Bangladesh, walaupun terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran.
“Alhamdulillah, rombongan kita dibenarkan masuk, bagaimanapun hanya 125 orang sahaja dapat memasuki kem tersebut.
“Di sana kita bertemu dengan masyarakat yang tahu berbahasa Melayu kerana pernah bekerja di Malaysia,” ujarnya.
Sambungnya, dari mereka nasib malang yang menimpa keluarga umat Islam Rohingya dapat diketahui.
Tegasnya, ada yang tinggal seorang diri setelah keluarga mati dibunuh, ada juga isteri menceritakan mereka dibunuh kerana tidak sempat lari bersama suami.
“Perlu kita ketahui, penghayatan Islam sebagaimana kita di sini telah dilaksanakan mereka.
“Ada tempat untuk solat berjemaah, membaca al-Quran dan sebagainya,”ujarnya.
Kerana itu, tambah Marzuk mereka dituduh sebagai penjenayah, sering membuat rusuhan di negara berkenaan semata-mata untuk memburukkan imej mereka.
Beliau memberitahu, dalam seminggu dua ini beliau bersama rombongan Malaysia akan ke sana lagi.
“Kita ingin pastikan makanan yang kita bawa itu sampai ke tidak pada mangsa pelarian.
“Banyak makanan yang kita bawa baru ini untuk mereka sumbangan rakyat kita juga,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, apa yang penting bukan hanya makanan yang disalurkan, sebaliknya pembelaan.
Katanya, sekiranya tidak ingin mengiktiraf mereka sebagai rakyat sendiri, beri ruang supaya mereka membentuk kerajaan sendiri.
Ketika menyampaikan kuliah itu juga beliau turut memperbetulkan salah faham beberapa pihak di negara ini berkaitan sumbangan yang dibawa di Myanmar baru-baru ini.
Jelasnya, perkara itu telah dibincangkan sebaiknya dengan kerajaan Myanmar melalui menterinya.
“Geger dalam media sosial kononnya kita bagi pada kerajaan kafir dan tak sampai pada Rohingya.
“Kita dah buat rundingan, tak betul kita beri terus pada mereka, kita suruh agihkan pada pelarian, kita nak bagi sendiri tak boleh,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/2/2017 Sumber HD - 24-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mapim akan pantau agihan bantuan, tindakan susulan
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan berangkat ke Bangladesh dan Myanmar untuk memantau pengagihan bantuan kemanusiaan setelah Food Flotilla for Myanmar (FFFM) telah selesai misinya.
Barangan bantuan kemanusiaan telah diserah kepada pihak berkuasa Myanmar ketika Flotilla sampai di Pelabuhan Yangon pada 9 Februari 2017 dan kepada International Organization of Migrants (IOM) and International Red Cresent (IRC), di Pelabuhan Chittagong Bangladesh pada 14 Februari 2017 sebagaimana dipersetujui oleh urusetia FFFM.
Mapim berpendapat kedua-dua negara itu perlu menunjukkan kesungguhan mengagihkan bantuan kepada mangsa Rohingya seperti yang dijanjikan. Adalah suatu yang mencemarkan imej negara yang berkenaan jika bantuan tidak disampaikan. Integriti pihak kerajaan kedua-dua negara berkenaan akan dipersoalkan jika misi flotilla itu dikhianati.
Sumbangan dari pelbagai pihak NGO Malaysia dan antarabangsa dan rakyat biasa merupakan amanah yang perlu ditunaikan. Kedua-dua negara tersebut telah mensyaratkan Food Flootilla for Myanmar menyerahkan bantuan kepada pihak berkuasa negara berkenaan.
Sebagai menghormati hak negara tersebut menetapkan syarat, maka flotilla telah akur dan memenuhi kehendak tersebut walaupun ramai aktivis flotilla yang kecewa kerana tidak dapat melihat sendiri kem dan mengedarkan bantuan secara langsung kepada mangsa pelarian Rohingya.
Mapim sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai agihan bantuan tersebut dan akan menghantar deligasi khas kedua-dua negara tersebut untuk memastikan janji pihak berkuasa Myanmar dan Bangladesh menyampaikan bantuan disempurnakan.
Mapim tidak akan berhenti hanya dengan flotilla yang baru selesai tetapi akan merancang gerak kerja berpanjangan sehingga isu Rohingya yang ditindas akan dihentikan oleh rejim yang kini memerintah Myanmar.
Kami menegaskan isu utama Rohingya adalah mengenai hak kerakyatan. Namun, sebagai tindakan jangka pendek Mapim mengerakkan operasi menghantar bantuan kemanusiaan. Ini adalah kerana tindakan Myanmar yang terus menerus melancarkan operasi penghapusan etnik Rohingya, maka ratusan ribu menjadi mangsa sehingga mereka terputus bekalan makanan dan dipaksa tinggal di kem-kem pelarian.
Oleh yang demikian, Mapim akan tetap mengembeling dan mengambil inisiatif merancang dan melaksana Food Flotilla for Myanmar. Apa yang penting, masyarakat dunia diharap akan memberi perhatian kepada usaha Malaysia dan bertindak menekan Myanmar agar menghentikan penindasan.
Tindakan susulan Mapim adalah seperti berikut:
1. Menggerakkan tindakan susulan kepada dua negara iaitu Myanmar dan Bangladesh. Mereka penerima bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh Flotilla untuk diagihkan kepada mangsa Rohingya di kem pelarian. Apakah janji mereka telah dipenuhi? Siapa yang mengaudit pengagihan tersebut? Apa bukti bantuan telah sampai? Perlu diusahakan pengumpulan testimoni dari mangsa Rohingya.
2. Mewujudkan sebuah Sekretariat Flotilla to Myanmar yang kekal untuk menjadi pusat merancang, melaksana dan menilai jadual kerja lanjutan untuk kempen berterusan menangani isu Rohingya. Pusat ini menjadi pusat komunikasi, clearing house, jaringan, koordinasi dan pusat advokasi. Sekretariat ini akan melakar jadual bertindak untuk kempen Rohingya dalam dan luar negara.
3. Mengadakan pertemuan strategik dengan pelbagai NGO lokal dan antarabangsa untuk melakar gerakerja berterusan meningkatkan kempen peringkat antarabangsa mengenai isu Rohingya.
4. Mengadakan konsultasi dengan kerajaan-kerajaan Asean dan OIC untuk menilai segala rumusan mengenai isu Rohingya bagi memastikan resolusi yang dihasilkan diterjemahkan kepada tindakan yang nyata, mewujudkan hubungan dengan UNCHR untuk memberi tekanan kepada UNSC supaya tindakan diambil terhadap Myanmar yang bertanggungjawab ke atas penghapusan etnik dan genocide ke atas kaum Rohingya.
5. Mengumpul dokumentasi yang relevan mengenai isu Rohingya sebagai bahan kempen untuk disebarkan kepada khalayak ramai, mengadakan roadshow menyebarkan maklumat kepada orang ramai diperingkat lokal, serantau dan antarabangsa. - HARAKAHDAILY 23/2/2017 Penulis ialah Presiden Mapim. Sumber HD - 23-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BACAAN akal yang singkat dan merewang dengan segala teori mudah melontarkan skeptikal kononnya Misi FFFM sebagai suka ria, ‘honeymoon’ dan sekapalnya PAS dengan Umno.Kedangkalan mereka yang cemburu dan gagal mengerti itu tidak lebih disekitar ruang lingkup politik kepartian semata-mata.
Sedangkan misi ini menggalas tujuan sangat besar untuk ummah yang berdepan situasi kritikal.
Mata yang tidak terbuka luas melihat misi hanya untuk menyampaikan barangan, dengan membawa juga lebih 200 manusia bersiar melancong.
Hentikan! Jika tidak mahu membantu, jangan merekayasa dari sempadan sepatutnya.
Mereka yang terlibat pada misi ini bukan para penganggur atau manusia buangan untuk dibebani tugasan atau dipertaruhkan mendepani pelbagai kemungkinan terhidang.
Semua mereka punyai tanggungjawab dan peranan sedia terpikul serta kehidupan masing-masing di tanah air, tetapi meninggalkannya untuk mewakili sebahagian lain atas tuntutan yang sangat mendesak.
Terperuk lama dalam ruang dan keperluan terbatas bukanlah kemewahan dan keselesaan. Sebaliknya, dengan tenaga anggota yang terbahagi pelbagai tugasan, ia hakikat jauh dari memenuhi hasrat bantuan akan diberikan nanti.
Tidak kurang 100,000 pelarian perlu disantuni, selain liku-liku perjalanan darat beribu kilometer bakal ditempuhi.
Misi kali ini hanya dapat dilaksanakan sekadar ketetapan yang dipersetujui antara tiga negara utama.
Had itupun sebenarnya tercabar oleh spekulasi sangat sensitif biar telah punya ikatan diplomatik yang diagungkan selama ini.
Pelbagai risiko sedang menanti di hadapan, namun di sebalik kegentaran yang fitrah, meneroka ketidakpastian adalah perjuangan dan jihad untuk diupayakan dengan segala jaminan dan mutlak milik Allah.
Perjanjian boleh terungkai, pemberian mungkin tidak sampai, keselamatan bisa terbarai. Tetapi biarkan al-Quran dan Hadis memujuk serta meneguhkan aqad bai’ah yang telah dilafaz kepada al-Khaliq di mana sebagai hamba telah berserah segalanya.
Dipanjatkan agar dipermudahkan urusan walaupun mengerti akan tabiat dan sunnatullah bahawa ia tidak seindah bentangan permaidani merah.
“Ya Allah, pertingkatkanlah kesabaran kami dan perteguhkanlah hati kami di perbatasan.”
(*Seusai mesyuarat pergerakan kumpulan masing-masing dan jadual mendatang, manakala pasukan ‘Abang-abang Sado’ bersiap untuk tugasan logistik.
Disebalik ketegangan yang wujud, kapten kapal menyuntik ketenangan membenarkan warga Nautical Aliya menikmati malam di sekitar ruangan kapal atas keadaan keselamatan yang stabil.
Ketika sama nasihat dari sahabat-sahabat lainnya agar tidak menghentikan munajat supaya segala yang dirancang berjalan seperti dijadualkan).
Tidak mudah untuk membantu pihak yang tertindas oleh politik atau kerajaan hingga berlaku pencerobohan bukan sahaja hak, tetapi juga kezaliman ke atas jasad, nyawa, maruah diri dan harta benda.
Demikian sukarnya dihadapi para aktivis kemanusiaan atau hak asasi dalam usaha ke atas golongan seperti itu termasuk pelarian, etnik minoriti atau mangsa pihak yang melampau. Ia hanya membesarkan ugutan, ketakutan dan risiko.
Namun, ada mereka yang tetap bangkit atas gerak perjuangan, berkorban diri demi menyelamat dan membuka kesedaran kepada lainnya serta menjadi teladan.
Itulah yang telah dibuktikan Tchantchuing Puemo, 29, dari Paris, Perancis dalam pengalamannya membantu pelarian etnik minoriti Muslim Rohingya sejak 8 tahun lalu. Beliau kini dikenali dengan nama Moussa Yaacob setelah memeluk Islam ketika berusia 19 tahun.
Menurut beliau, penglibatan pertamanya bermula dengan kerja amal membantu gelandangan di Perancis yang kebanyakannya datang dari negara umat Islam. Selama 5 tahun, beliau bekerja sebagai sukarelawan yang berfokus pada tugasan itu sebelum menyertai NGO Barakah City.
Atas pengalamannya, Barakah City mempercayakan Moussa sebagai Pengurus Projek pertamanya iaitu membantu golongan Rohingya. Untuk itu, beliau terbang ke Myanmar dan dalam tiga tahun, telah tujuh kali berulang-alik ke Arakan.
Urusan utama dilakukannya adalah melakukan pembahagian makanan disamping menyiapkan testimoni yang ditetapkan pihak NGO. Selain di Arakan dan Sittwe, beliau juga banyak ke kem-kem pelarian di Bangladesh khususnya Khutupalong di Cox's Bazar.
Di mana, setiap kali memasuki Bangladesh untuk urusan tersebut, Moussa pasti berdepan masalah melibatkan imigresen, pihak berkuasa tempatan termasuk tentera. Kebenaran secara sah seakan cuba disukarkan kepadanya.
Hinggalah pada September 2015 ketika ke Teknaf, beliau telah ditangkap di tempat pemeriksaan terakhir dan dibawa ke suatu tempat di mana beliau telah disoal siasat dari jam 7 pagi hingga tengah malam oleh pelbagai agensi.
Namun, setelah gagal menemui sesuatu tuduhan yang berasas kepada dirinya, mereka menjadikan nama Islamnya sebagai alasan hingga mengaitkan beliau dengan pelbagai tuduhan termasuk keganasan.
Usaha Moussa merujuk kepada pihak Kedutaan Perancis ternyata mengecewakannya apabila mereka sekadar memberi reaksi tidak tahu dan melepaskan diri dari usaha membantu membebaskannya. Malah, setelah beberapa ketika barulah beliau tahu bahawa pihak negaranya juga telah memberi gambaran negatif mengenai NGO diwakili Moussa.
Akhirnya setelah melalui pelbagai siasatan dan tanpa pembelaan dari pihak Perancis, beliau telah dipenjarakan. Dalam tempoh itu, dua kali beliau dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan terorisme.
Ekoran itu, Barakah City telah membuat kempen bantahan untuk membebaskannya serta berjaya membuat petisyen dengan mengumpulkan 444,000 tanda tangan. Perhatian awam telah menyebabkan desakan kepada Kerajaan Perancis yang kemudiannya menukar pernyataan terhadap Moussa.
Sekali gus, keadaan itu berubah menjadikan Moussa sebagai individu dan isu penting hingga ia kemudian mendapat pembebasan pada Mac 2016. Katanya, walaupun pihak Kedutaan Perancis ada menemuinya untuk pembebasan itu, tetapi mereka seperti enggan mengambil tanggungjawab atasnya.
Pun begitu, pembebasan diberi kepadanya adalah dengan syarat dan di bawah pemerhatian di mana beliau tidak dibenarkan pulang ke Perancis. Kesempatan di Cox's Bazar itu dimanfaatkan Moussa di mana telah membuka 'Bani Street School' dengan mengambil anak-anak Rohingya yang tercicir.
Malah, kempennya melalui talian (online) telah berjaya mengumpulkan 70,000 Euro untuk membina sekolah tersebut dan membiaya keperluan 34 pelajarnya. Dengan 'kebaikan' dizahirkan itu, beliau akhirnya mendapat pembebasan mutlak pada hujung Julai 2016.
Beliau setelah itu terus pulang ke Perancis dan kemudian datang ke Malaysia untuk menyertai Misi Kemanusiaan Food Flotilla for Myanmar. - HARAKAHDAILY 16/2/2017
Rombongan misi bantuan kemanusiaan flotilla disambut dengan demonstrasi bantahan dan wajah cemberut oleh sekelompok demonstran Myanmar berkain sarung. Media massa di negara berdarah ini lebih sebulan memainkan pelbagai isu berkaitan dengan misi bantuan yang dianggap menceroboh masalah dalaman negara mereka.
“Food Flotilla for Myanmar” memicu perhatian antarabangsa apabila lebih 60 media antarabangsa berhimpun di pelabuhan, pelaporan mereka positif atau negatif tetap memberikan impak yang positif kepada umat Islam yang tertindas. Misi untuk mengejutkan masyarakat antarabangsa bahawa ada negara pariah yang sedang menindas rakyatnya dengan alasan agama dan etnik.
Penampilan bahasa badan dan guratan wajah pegawai-pegawai Myanmar jelas tidak bersahabat dengan anggota misi flotilla. Ada yang mengacungkan tangan kearah peserta-peserta misi yang melaungkan takbir. Wajah sombong itu memandang dengan penuh kebencian terhadap kapal yang menjadi lambang kemenangan usaha rakyat pelbagai negara untuk membantu saudara mereka Muslim Rohingya.
Peserta-peserta bahu membahu membantu mengangkat barang untuk diserahkan pada pihak berkuasa Myanmar dan mereka memberikan persetujuan untuk acara agihan barangan di Sitwea dipantau oleh wakil Malaysia. Perjalanan ke Chitaggong Bangladesh tertangguh hampir sehari kerana keadaan sungai Yanggon yang surut.
Rombongan flotilla telah mengadakan solat jumaat di atas kapal dan menurut Kapten Firdaus itulah solat kali jumaat kali pertama diadakan di atas Nautica Aliya. Khutbah Jumaat dengan tajuk kewafatan Rasulullah SAW mengimbau kembali peristiwa penting sebelum kewafatan iaitu himpunan paling ramai dalam sejarah dakwah nabi iaitu haji widak, seterusnya peristiwa selepas kembalinya daripada haji widak sehingga kewafatan baginda. Jemaah solat jumaat diingatkan bahawa tanggungjawab membantu umat Islam ialah sebahagian arahan ar rasul SAW, qudwah yang dicintai dan menjadi keteladanan di sepanjang jalan dakwah.
Perjalanan ke Chittagong melalui jalan laut mengambil masa lebih tiga hari dan flotilla telah dihentikan oleh pihak keselamatan Bangladesh untuk diadakan perbincangan ditengah laut. Persetujuan dicapai untuk misi bantuan meneruskan bantuan ke Chittagong walaupun pada asalnya ada cadangan supaya misi flotilla terus ke Cox Bazaar melalui pelabuhan kecil dan pihak marin Bangladeh memberikan iringan keselamatan.
Tiba di Chittagong, rombongan flottila menghadapi muara sungai yang cetek, kelihatan kapal-kapal besar di atas beting pasir. Untuk memasuki ruang pelabuhan Chittagong seorang kapten tempatan menakhodai kapal Nautica Aliya yang dibina dengan kos 100 juta itu. Perbincangan terakhir akhirnya berlangsung di atas kapal diantara wakil Flotilla dengan pihak berkuasa Bangladesh.
Pada asalnya mereka hanya mahu barang bantuan diturunkan dan relawan tidak dibenarkan ke kem pelarian, namun setelah asakan wakil flotilla maka merela bersetuju hanya 25 wakil turun untuk ke kem pelarian Cox Bazaar dan barangan diserahkan kepada IOM (International organization of migrant) dengan persetujuan pengagihan berikutnya dipantau daripada dekat oleh wakil-wakil Malaysia.
Ada relawan yang bersedih kerana tidak dapat mengagihkan sendiri barangan bantuan ke kem pelarian, namun pihak Bangladesh memberikan alasan -alasan keselamatan dalam kem yang juga berlaku infiltrasi daripada pihak agen Myanmar. Ustaz Tarmizi daripada MAPPIM menerangkan bahawa IOM mempunyai jadual pengagihan mingguan, maka NGO Malaysia mempunyai peluang untuk turun bersama mereka. Setiap barangan dihitung dan diaudit oleh IOM tentang tarikh lupus, produk halal dan sebagainya, mereka mempunyai reputasi yang baik dalam membantu pelarian-pelarian di seluruh dunia.
Misi Flotilla mencapai sasaran yang pertama iaitu menghebahkan pada dunia tentang sebuah sketsa kezaliman bumi Arakan yang digelar “Gaza Asia”, media massa dalam dan luar negara melaporkan perkembangan misi pertama membantu muslim Rohingya dalam skala besar. Mesej yang jelas, semua negara umat Islam wajib bangkit membantu bukan menjadi pemerhati bisu. Matlamat membantu pengungsi melibatkan relawan Flotilla yang ramai separuh berjaya kerana halangan dua negara, Myanmar dan Bangladesh.
Namun ini menjadi motivasi intrinsik kepada seluruh relawan dan NGO bahawa usaha membantu Muslim Arakan wajib diteruskan tanpa lelah, memberikan pencerahan kepada masyarakat, menggalang dana berterusan, turun ke medan dengan modus operandi khusus tanpa menghadapi karenah birokrasi dua buah kerajaan ini (saya tidak memperincikan di sini kaedah khusus ini, namun berjaya dilakukan dalam diam oleh beberapa NGO termasuk Muslim Care Malaysia). Dalam membantu muslim dipeta luka tertindas ini, abaikan penistaan dan kejian mulut manusia yang memang suka menghambur lancang kejian. Teruskan langkah membantu dan mendoakan muslim Arakan.
*** Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersama-sama Misi Sumber BO - 16-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nautical Aliya Tiba Di Chittagong, 25 Sukarelawan Dibenar Ke Kem Rohingya Posted on Wednesday, February 15 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
DIATAS KAPAL NAUTICAL ALIYA: Selepas melalui pelayaran selama 12 hari, kapal misi kemanusiaan, Nautical Aliya tiba di pelabuhan Chittagong, Bangladesh kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan.
Nautical Aliya tiba di pelabuhan itu dengan diiringi dua bot pengawal pantai Bangladesh serta kapal Tentera Laut Bangladesh.
Ketua misi kemanusiaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berterima kasih kepada kerajaan Bangladesh kerana membantu menyediakan laluan khas ke pelabuhan.
"Memang pelabuhan ini sibuk dan harapnya semua urusan dipermudahkan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini hanya 25 sukarelawan dibenarkan turun ke darat untuk pergi ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh.
"Kami akan adakan perbincangan dan rundingan bagi membolehkan semua sukarelawan turun membantu di kem pelarian Rohingya," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati sukarelawan kekal bersemangat untuk membantu masyarakat Rohingya meskipun mendapat khabar hanya 25 sukarelawan dibenarkan turun.
Setelah berlepas pada 3 Februari dari Pelabuhan Klang, kapal itu pada Khamis, 9 Februari menurunkan bantuan di pelabuhan Yangon, Myanmar untuk komuniti Rohingya sebelum kembali belayar menuju ke Chittagong.
Misi itu yang dikenali sebagai FoodFlotillaforMyanmaranjuranKelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia disertai182 sukarelawan merangkumi wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia dan negara luar, pasukanperubatan, tenaga pengajar dan pengamal media.-- Bernama
Projek terbabit dilaksanakan juga di Teka, Rohingya bagi mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan pelarian Rohingya.
Timbalan Presiden II Cakna Palestin, Abdul Shakur Sharrie berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam SeMalaysia (MAPIM).
Katanya, Royalti dan Cakna Palestin bersama Advance Team Food Flotilla for Mynmar berada di Bangladesh dalam misi bantuan kemanusiaan Rakhine, Mynmar baru-baru ini.
“Kami berada di Bangladesh pada 6 hingga 10 Februari lepas bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang berada di sana,” katanya di sini.
Menurutnya juga bantuan turut disampaikan kepada institusi pendidikan pelarian Rohingya di Bangladesh antaranya Abu Bakar As Siddique Education Centre dan Madrasah Khalid Ibnu Walid.
Kata beliau jumlah pelarian Rohingya di Bangladesh sekarang lebih 70,000 orang dan jumlah itu sentiasa bertambah.
“Terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan media, Advance Team FFFM, kerajaan Bangladesh dan rakyat Malaysia yang menyumbang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/2/2017 Sumber HD - 15-22-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malah, pihak misi sedia mematuhi peraturan keselamatan ditetapkan oleh pihak berkuasa Bangladesh, tetapi akhirnya terpaksa juga menerima kompromi hanya 25 sukarelawan dibenarkan.
Demikian luahan bernada terkilan Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid setelah rundingan lebih dua jam berakhir dengan keputusan tersebut.
Katanya, Bangladesh tetap menolak permintaan pihak misi kerana mahu meletakkan keutamaan keselamatan delegasi berikutan timbulnya beberapa peristiwa berkaitan di kem yang mahu dilawati.
"Kita mahu pergi lihat dan mengedar sendiri bantuan, namun mereka tetap menolak. Akhirnya, kita terima kompromi, 25 sukarelawan kita dibenarkan ke Cox's Bazar dan mengedar bantuan di tiga kem yang dibenarkan.
"Ia sebagai simbolik, manakala selebihnya diserahkan kepada Organisasi Antarabangsa Migran (IOM). Pihak Bangladesh juga telah menjamin bahawa semua bantuan itu diserah kepada pelarian Rohingya sahaja," terang beliau.
Katanya, barangan tersebut akan dibawa dengan 160 lori di mana menurut IOM akan sampai sekitar 5 hari setelah penyerahan dan disasarkan pengagihan kepada pelarian baharu yang berjumlah lebih 70,000.
Luah beliau, pihaknya kecewa dengan keputusan itu kerana urusan misi telah mengambil masa yang lama dan penyertaan ramai sukarelawan, selaim sumbangan dari banyak pihak.
Tetapi para sukarelawan menurutnya, berazam untuk datang lagi bagi melihat sendiri keadaan di kem pelarian serta mendapatkan laporan penerimaan bantuan itu dari kalangan pelarian.
"Kami faham kekangan yang ada dan amat menghargai kerjasama ditunjukkan oleh Tentera Laut Bangladesh mengiring hingga ke pelabuhan. Namun berpendapat, sepatutnya Bangladesh boleh menggunakan budibicara menimbangkan rayuan misi ini.
"Kerana Malaysia adalah negara Muslim dari ASEAN yang sangat dekat dengan Bangladesh. Oleh kerana itu, usaha misi adalah sangat signifikan dan harus diberi keistimewaan agar membuka mata dunia untuk menyedari bahawa isu Rohingya mesti diselesaikan segera.
"Negara-negara Islam tidak boleh lagi hanya bercakap dan beretorik tanpa membuat tindakan konkrit," bidasnya.
Jelas Azmi lagi, usaha misi bukan hanya menghantar bantuan, tetapi menekan Myanmar supaya menghentikan penindasan ke atas etnik Rohingya dan menyeru semua Negara Islam agar tidak berlengah.
Serunya, suatu tekanan antarabangsa terhadap Myanmar dan kesempatan untuk membela nasib Rohingya mesti dijadikan agenda besar-besaran.
Beliau melontarkan hasrat untuk menggerakkan kempen "Sejuta Rohingya Kembali Ke Arakan" selepas dari misi ini sebagai menunjukkan etnik itu berhak kembali ke tanah air mereka dan menggerakkan Myanmar untuk menerima semula rakyatnya.
"Akhir sekali saya ingin tegaskan, bahawa penolakan Bangladesh ini tidak mengendurkan semangat kami termasuk delegasi dari lebih 10 buah negara yang saya lihat mereka tidak kenal erti putus asa," ujarnya tetap bersemangat. – HARAKAHDAILY 15/2/2017 Sumber HD - 15-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Flotilla: PAS datang nyalakan obor perjuangan Islam
Menurut Ketua Delegasi PAS, Muhammad Sanusi Md Nor, ketika ditaklifkan tugas itu, beliau telah sasarkan untuk mengumpul bantuan sebanyak mungkin dari ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia seluruhnya.
"Tetapi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menyuntik kami dengan misi yang lebih jelas dan besar. Seru Tuan Guru, ini juga adalah misi perjuangan Islam di tempat umat Islam ditindas dan dizalimi.
"Misi PAS bukan setakat membawa wang dan makanan, tetapi hasrat PAS adalah meneruskan nyalaan obor perjuangan Islam pada masa depan," ujarnya mengulang kalimah dipasak Tuan Guru Abdul Hadi kepada penyertaan Delegasi PAS.
Menurut Sanusi, isu-isu umat Islam sebenarnya adalah 'isu PAS' yakni sentiasa diperjuangkan PAS secara konsisten sepanjang masa.
Di mana katanya, isu Rohingya telah ditangani PAS sejak belasan tahun tanpa liputan media yang luas, iaitu sejak tahun 2012, Lajnah Antarabangsa PAS telah berulang alik ke Arakan, Myanmar dan Bangladesh.
Kerana itu jelasnya, apabila ada pihak mahu turut serta dalam menangani isu-isu seperti ini, PAS sangat mengalu-alukan dan sedia menghulur tangan kerjasama demi kepentingan Islam di seluruh dunia.
Lantaran itu tegasnya, dalam isu kemanusiaan umat Islam, PAS terbuka tangan atas nama kebajikan dan kebaikan untuk menentang kezaliman dan kejahatan kerana ia termasuk urusan takwa yang diperintahkan Allah.
"Tidak timbul isu sekapal. Orang kata PAS sekapal dengan Umno. Isu ini tidak patut ditimbulkan kalau kita memahami misi sedang digalas ini untuk sampai ke Arakan. Isu perbezaan politik di tanah air terlalu kecil berbanding isu kezaliman sedang dihadapi umat Islam di Arakan.
"Ada keberuntungan umat Islam Malaysia bila kerjasama atas nama Islam, bukan atas nama kaum atau bangsa. Ini akan selamatkan negara dari kerosakan.
"Masalah umat dan negara mesti ditangani bersandarkan Islam. Insya-Allah kita akan berjaya, bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat," tegas beliau penuh yakin. - HARAKAHDAILY 14/2/2017 Sumber HD - 14-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Demikian penegasan diungkapkan Ketua Delegasi PAS, Muhammad Sanusi Md Nor membetulkan perspektif fokus pandang terhadap usaha itu.
Misi itu katanya, bukan sekadar mengenai pelayaran, bantuan beras dan makanan, tetapi usaha untuk membuka mata masyarakat dunia yang kian melupakan penderitaan etnik Rohingya.
"Sebahagian mereka kini bertebaran di serata dunia, di Arab Saudi, Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Indonesia, sehingga ke UK dan USA. Lari mencari perlindungan, menyelamatkan nyawa dan zuriat keturunan.
"Mereka asalnya adalah rakyat sebuah kerajaan berdaulat, yakni Arakan; sebuah Kerajaan Islam selama lebih 400 tahun. Rohingya adalah satu-satunya etnik di dunia yang 100 peratus adalah Islam dan bermazhab Hanafi.
"Menerima Islam seawal abad ke 8, lebih awal daripada kita di nusantara yang menerima Islam di abad ke 14," terang beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Menyentuh mengenai isu yang menjadi tular di media sosial kononnya pihak misi berurusan dengan pihak tidak sewajarnya, beliau menjelaskan mengenai aspek hubungan antarabangsa.
"Apabila kita berurusan di arena antarabangsa melibatkan wilayah, kedaulatan, sempadan dan perairan negara, tidak dapat dielak daripada urusan Kerajaan dengan Kerajaan (G to G)," katanya.
Antara dua negara katanya, terikat dengan undang-undang antarabangsa di mana tidak mungkin PAS atau mana-mana NGO Malaysia dapat merentasi sempadan negara lain tanpa melibatkan pihak negara sendiri.
Oleh itu ujarnya, apabila melibatkan negara, semua pihak tertakluk kepada prosedur urusan negara dan tindakan misi ini menyerahkan barangan kepada Kerajaan Myanmar bukanlah kesilapan.
Terang beliau, untuk sumbangan itu sampai kepada masyarakat Rohingya di Rakhine, pemberian kecil itu bukanlah kerja sia-sia tetapi strategi dan seni dalam mencapai matlamat misi.
"Sudah banyak penjelasan diberikan oleh sahabat-sahabat bagi menjawab kritikan netizen dalam isu tersebut. Media Myanmar melaporkan penyerahan dan penerimaan itu.
"Ia adalah langkah membuka pekong Myanmar yang dinafikan selama ini. Dalam menilai isu-isu antarabangsa, kita harus meninggalkan dulu tempurung yang mengurung," ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/2/2017 Sumber HD - 14-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar akhirnya mendapat kebenaran dari Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazid meneruskan perancangan asal untuk kem-kem pelarian di Cox's Bazar dan Teknaf.
Setelah bersauh lebih 6 jam sejak 10.00 pagi tadi berhampiran pantai Cox's Bazar, kini Nautical Aliya sedang dilayar dengan kelajuan 7.8 knot dengan arus bawah laut hanya 0.8 knot.
Pelabuhan Chittagong terletak kurang 65 batu nautika dari kedudukan ketika ini latitude 21°24.2'N dan longitude 091°48.4'E dengan jangkaan tiba pada jam 8 pagi esok di 'pilot station'.
Perjalanan darat melalui Chittagong ke lokasi kem-kem pelarian dimaklumkan lebih selamat walaupun terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 6 jam, sedangkan keadaan laut dan ombak serta keselamatan perjalanan darat di Cox's Bazar lebih berisiko untuk dihadapi.
Pihak Pelabuhan Chittagong dilaporkan telah bersiap sedia dari sudut logistik bagi membolehkan semua urusan berkaitan pemunggahan dan pemindahan barangan berjalan lancar. - HARAKAHDAILY 13/2/2017 Sumber HD - 13-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Forum telah dikendalikan oleh moderator Ustaz Shaiful Yamin Dahlan yang juga wartawan Flotilla Media Team.
Ahli panel terdiri daripada Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Timbalan Presiden KP1M, Datuk Farid Hassan, sukarelawan dari Arab Saudi, Dr Rasyed Osman Moher yang juga berketurunan Rohingya.
Menurut Pengarah Forum, Ustaz Shukri Othman, objektif forum ini diadakan adalah untuk menyuntik semula kesedaran, semangat dan keinsafan terhadap isu Rohingya.
"Kami ingin menyelaraskan kefahaman dan pengetahuan terhadap isu sebenar Rohingya dari sumber yang tepat dan benar," tambah beliau dipetik dari laman facebook Food Flotilla.
Forum juga diserikan oleh lagu dalam bahasa Rohingya yang kemudiaannya diterjemahkan oleh Dr Rasyed dan lagu "Selamat Malam Rohingya" yang dinyanyikan oleh semua sukarelawan yang hadir. - HARAKAHDAILY 13/2/2017 Sumber HD- 13-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kehadiran beliau diiringi anggotanya itu turut membawa bersama bekalan mentah berupa ikan, udang dan sotong segar yang menjadi simbolik pertemuan mesra dua pihak.
Dalam maklumannya, keberadaan pihaknya adalah untuk menjamin perlindungan dan keselamatan penuh terhadap Misi Food Flotilla For (Arakan) Myanmar sepanjang berada di perairan Bangladesh.
Pada ketika ini kelihatan dua kapal Tentera Laut dan beberapa bot penguatkuasa maritim Bangladesh berhampiran Nautical Aliya di samping bot-bot nelayan yang rancak menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
Penjelasan Kapten Nizamul itu sememangnya melegakan seluruh anggota misi yang berharap dapat menyempurnakan serahan bantuan ke kem-kem pelarian.
Beliau turut menyatakan pandangan pihak Bangladesh untuk memberi kebenaran melabuh di Pelabuhan Cox's Bazar kerana lebih hampir dengan lokasi dituju misi.
Berbanding Chittagong katanya, aktiviti yang sangat sibuk di pelabuhan itu mungkin akan menimbulkan kesukaran kepada misi untuk mengurus logistik barangan.
Demikian itu jelasnya, tiada halangan untuk membenarkan Nautical Aliya berlabuh di mana perbincangan berkaitan masih dijalankan antara pihak dari kedua-dua negara.
Ketika ini Nautical Aliya masih berada kurang 5 batu nautika dari pantai Cox's Bazar sejak bersauh tepat jam 10.00 pagi waktu tempatan (12.00 tengahari waktu Malaysia).
Difahamkan, kapal akan bergerak ke Chittagong setelah pihak pelabuhan di sana bersiap sedia bagi membolehkan semua urusan berkaitan pemunggahan dan pemindahan barangan berjalan lancar. - HARAKAHDAILY 13/2/2017 Sumber HD - 13-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, atas hubungannya dengan Malaysia, negara itu dilihat paling wajar untuk menerima kehadiran Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar.
Malah menurutnya, sebagai negara anggota Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC), Bangladesh dianggap dan seharusnya lebih mesra untuk membantu etnik tertindas berbanding Myanmar.
"Tidak wajar Bangladesh melakukan sesuatu yang tidak konduksif seperti ini. Malah, sukarelawan tidak dibenarkan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya.
"Kita maklum bahawa Bangladesh negara miskin dan kedatangan pelarian satu beban. Lantaran itu sewajarnya inisiatif mana-mana pihak luar terutama dari Negara Islam seperti Malaysia diterima terbuka dan baik tanpa sebarang prasangka.
"Sebab itu Bangladesh harus mempertimbangkan dengan wajar kerana negara itu punya hubungan bersama Malaysia," ujarnya ketika ditemui Harakah.
Terang beliau, hubungan itu dapat dilihat di mana jutaan rakyat Bangladesh diterima sebagai tenaga kerja dan disambut baik untuk membina kehidupan di Malaysia.
Demikian itu katanya, kedatangan misi harus dibalas baik sebagai simbol persaudaraan dua negara, lebih-lebih lagi telah mengambil masa panjang dan membawa amanah ratusan juta umat Islam.
Bahkan maklumnya, misi ini mewakili umat Islam dari 10 negara yang menunjukkan komitmen untuk membantu pelarian etnik minoriti Muslim Rohingya.
"Jika tidak, imej Bangladesh di kaca mata dunia Islam akan terjejas. Kita mempertimbangkan untuk mendesak Kerajaan Malaysia menilai semula hubungan dengan Bangladesh jika mereka tidak menunjukkan kesediaan kepada usaha murni ini.
"Kami menegaskan, sebagai usaha yang bersifat antarabangsa dan atas semangat persaudaraan dan kemanusiaan, kami sanggup menunjukkan bantahan kepada Bangladesh jika mereka menghalang sukarelawan turun.
"Kami mahu bantu pelarian Rohingya yang sangat terdesak menunggu bantuan kemanusiaan dari kami," jelasnya. - HARAKAHDAILY 13/2/2017 Sumber HD - 13-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Kejutan' Bangladesh kepada Food Flotilla For Myanmar
Malah, sistem komunikasi termasuk penggunaan dua perkhidmatan wifi utama di dalam kapal juga didapati telah disekat kepada akses luar.
Arahan terbaru yang diterima dari pihak berkuasa Bangladesh mengarahkan pula kapal untuk berlabuh di Pelabuhan Cox's Bazar yang terletak hanya kira-kira 5 batu nautika dan dijangka tiba sekitar satu jam dari sekarang.
Pada jam 8.50 pagi waktu tempatan (10.45 pagi waktu Malaysia) Nautical Aliya berada di latitude 21° 19.2' N dan longitude 091° 53.7' E dengan kelajuan 10.5 knot dan arus bawah laut hanya 0.8 knot.
Mengikut ketetapan asal, kapal sepatutnya berlabuh di Pelabuhan Teknaf, tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Bangladesh ke Pelabuhan Chittagong yang lebih utara atas alasan keselamatan dan perairan cetek.
Bagaimanapun, setelah misi melepasi Teknaf semalam, makluman terkini diterima jam 3 pagi tadi mengarahkan Nautical Aliya ke Pelabuhan Cox's Bazar atas alasan Chittagong terlalu sibuk dan banyak aktiviti perikanan.
Harakah juga difahamkan, beberapa syarat ditetapkan oleh pihak Bangladesh masih dalam perundingan dengan pihak Malaysia yang berada di sana. - HARAKAHDAILY 13/2/2017 Sumber HD - 13-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penghormatan itu diadakan serentak dengan majlis khatam al-Quran kali kedua selepas selesai solat jamak qasar Maghrib dan Isyak serta solat sunat hajat di kabin navigasi sebentar tadi.
Tahlil khas itu bersempena dua tahun pemergian Almarhum yang meninggal dunia pada 12 Februari 2015 di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan.
Setakat rekod pada jam 1.00 petang tadi waktu tempatan (2:30 petang waktu Malaysia), Nautical Aliya berada di Barat Pulau Manaung Cheduba dengan latitude 18° 56.9' N dan longitude 093° 10.9' E berkelajuan 8 knot dan arus bawah laut 2.1 knot serta berhalatuju 343° utara.
Kapal sedang menuju Pelabuhan Chittagong, Bangladesh yang berjarak kurang 255.5 batu nautika di mana cuaca dan ombak sangat baik dengan jangkaan memasuki Perairan Bangladesh pada jam 4.00 pagi esok Isnin, 13 Februari.
Pada hari ini warga media diberi penerangan dan kesempatan berkaitan pemanduan kapal oleh pengemudi Nautical Aliya, Kapten Mohd Firdaus Faisal Mohamad di kabin navigasi.
Manakala pasukan perubatan dari kalangan doktor dan sukarelawan menjalankan sesi pembelajaran khas berkaitan kemahiran pembedahan (surgical skill) dan mengurusan pengudaraan (airway management).
Malam ini akan dilangsungkan forum "Isu-isu Rohingya" yang dipanelkan oleh Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid dan Aktivis World Halal Centre Arab Saudi, Dr Rasheed Osman. - HARAKAHDAILY 12/2/2017 Sumber HD - 12-2-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia terhasil dari peranan media baharu seperti facebook, twitter dan seumpamanya yang menjadi gaya hidup anak muda kini.
Di mana menurut beliau, terdapat kesan sangat hebat dan memberangsangkan dengan turut dijayakan oleh pihak media massa.
"Banyak memberi kesedaran kepada anak muda terutamanya. Walaupun anak muda Malaysia juga berhadapan masalah sosial dan tekanan hidup, tetapi apabila isu ini diketengahkan, mereka melihat jauh.
"Anak muda kita tidak lagi hanya melihat konteks Malaysia, mereka semakin matang dan berfikir lebih luas melihat masalah serantau (Asia Tenggara) dan antarabangsa," ujarnya dalam temubual yang disertai bersama Astro Awani dan Bernama.
Menurut beliau, FFFM adalah misi bersejarah yang merentasi sempadan politik dan agama setiap lapisan masyarakat Malaysia walaupun terdapat anggapan Rohingya adalah isu umat Islam.
Malah katanya, ia telah membuka mata sejagat untuk memberi perhatian kepada penindasan sedang terjadi ini sekali gus memberi pembelaan sewajarnya kepada Rohingya.
"Ini isu yang sangat penting. Peranan dimainkan semua pihak dari kerajaan, parti politik, NGO telah menggembleng tenaga untuk memberikan sumbangan bantuan kemanusiaan.
"Malah, terhasil juga kesedaran kepada masyarakat dan perhatian kepada isu ini, selain memberi tekanan politik kepada pihak yang melakukan penindasan," ujarnya.
Ustaz Khalil antara salah seorang anggota Delegasi PAS pada misi tersebut bersama 180 aktivis dan sukarelawan serta 17 krew kapal Nautical Aliya yang pada ketika ini sedang belayar menuju ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh.
Dijangka tiba pada Selasa 14 Februari, misi akan ke beberapa kem pelarian terutama di Cox's Bazar dan Teknaf yang bersempadan dengan Myanmar membawa sumbangan 2,300 tan barangan makanan, keperluan harian dan perubatan.
Pada jam 11.30 pagi waktu tempatan (1.00 petang waktu Malaysia, Nautical Aliya berada di Selatan Alguada Reefs dengan kelajuan 8.2 knot dan arus laut selaju 4.0 knot.
Kapal misi dijangka memasuki Teluk Benggala antara sekitar jam 3.30 hingga 4.00 petang nanti. - HARAKAHDAILY 11/2/2017 Sumber HD- 11-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Demikian perasaan sayu diluahkan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh setelah menonton video penindasan berkaitan yang ditayangkan oleh Sekretariat Misi Kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar.
"Apabila melihat yang menjadi mangsa itu bukan sahaja lelaki, bahkan wanita. Kita merasa sangat tidak suka untuk dengar tragedi yang berlaku pada mereka.
"Mereka diperlakukan, bukan sahaja dibunuh, tetapi sebelum dibunuh itu dipaksa melakukan perkara mengaibkan di hadapan mata keluarga mereka," ujarnya sebak.
Beliau antara lapan anggota Delegasi PAS pada misi tersebut yang sedang belayar kini bersama 180 aktivis dan sukarelawan pelbagai NGO dari 12 negara serta 17 anak kapal.
Pelayaran dengan kapal Nautical Aliya itu membawa 2,600 tan bantuan berupa makanan, keperluan harian serta perubatan.
Menurutnya, beliau percaya ramai wanita Malaysia dan seluruh dunia merasa tersentuh dengan penindasan yang berlaku di bumi Arakan itu.
Ramai anggota Muslimat PAS sendiri katanya, berhasrat mengikuti misi hampir tiga minggu itu, namun terhalang oleh kuota yang terhad.
Jelas Nuridah, membantu masyarakat merupakan tanggungjawab bersama semua manusia lebih-lebih lagi kepada pihak yang tertindas dan dinafikan hak.
Tambahnya, seolah-olah mereka itu dilayan seperti bukan manusia yang layak untuk hidup.
Tuturnya lagi, perkara itu amat menyedih dan mendukacitakan di mana dalam suasana masyarakat dunia hari ini ia tidak patut berlaku sama sekali.
"Doakan agar Allah mudahkan misi ini berjaya membawa harapan dari rakyat Malaysia agar dapat dilaksanakan sebaiknya bantuan boleh disampaikan.
"Bila pulang nanti, kami (kaum wanita) yang tak ramai ini, yang akan lihat sendiri (keadaan pelarian di lapangan) akan sampaikan pada wanita di Malaysia," ujarnya.
Delegasi PAS dari kalangan Muslimat turut diwakili oleh Syarifah Rasyidah Syed Idrus dari Wilayah Persekutuan dan Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali dari Kedah.
Siti Ashah sejak semalam Jumaat, 10 Februari telah berada di Cox's Bazar, Bangladesh membuat tinjauan lapangan di Kem Baru Pelarian Khutupalong. - HARAKAHDAILY 11/2/2017 Sumber HD -11-2-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Delegasi Muslim Care, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor berkata demikian pada khutbah Jumaat yang disampaikan di atas kabin navigasi kapal Nautical Aliya di Pelabuhan Antarabangsa Thilawa, di sini sebentar tadi.
Dalam kupasan bertajuk "Kewafatan Rasulullah SAW" itu beliau menghurai banyak detik penting dilaksanakan Nabi Muhammad yang terkait dengan pembelaan ke atas Arakan.
Bumi yang asalnya milik umat Islam itu terang beliau, tidak harus dipisah dan diabaikan oleh faktor geografi atau hanya kerana warna kulit mereka berbeza dari kebanyakan rakyat Malaysia.
"Rasulullah tegaskan bahawa sesiapa tidak mengambil hal ehwal kaum Muslimin dia bukan sebahagian dari umat Baginda. Bermakna Baginda seru kita cakna, ambil tahu dan bertanggungjawab kepada hal orang lain.
"Tiada perbezaan antara kita kecuali sempadan akidah dan Rohingya serta seluruh umat Islam lain diikat satu dengan kalimah tayyibah," ujar beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Menurut Dr Riduan, Malaysia sedang menggerakkan misi sangat mulia dan diharap mencetuskan gelombang dunia untuk menyedarkan sebahagian lainnya yang masih tidur lena dan kekenyangan.
Terangnya, umat Islam Rohingya bukan sahaja mengalami kelaparan dan tidak aman, tetapi juga dilanda tindakan ekstrem yang menyaksikan mereka dibunuh, diperkosa dan maruah diinjak-injak.
Perkara itu jelas beliau, kontradik dengan ajaran Rasulullah SAW yang telah mempersaudarakan manusia atas kesatuan akidah, seumpama dicubit paha kanan sakit terasa paha kiri.
Malah Baginda ujarnya, mengajar pelbagai perhatian dan hubungan kepada saudara seakidah yang kekurangan melalui zakat, infak, sedekah dan wakaf.
"Tentulah lebih lagi ke atas saudara kita yang tertindas dan dizalimi. Oleh itu kita buka perhatian dunia untuk cakna dan prihatin. Dengan kelebihan harta, pendapatan dan kita pula terpelajar serta punya keupayaan, kekuatan, kita datang bantu," kata beliau kepada media selepas solat Jumaat itu.
Terdahulu dalam khutbahnya, beliau memetik beberapa kisah penting termasuk kisah khutbah Haji Wida' yang dipertegaskan Rasulullah antaranya mengenai pembelaan terhadap umat.
Begitu juga beberapa kisah penting dan cabaran hebat ditempuh Baginda dan para sahabat dalam mengurus umat mengangkat agenda diperintah Allah SWT.
Warga Nautical Aliya yang mulanya teruja mendengar khutbah itu akhirnya kelihatan menunduk sayu dan ada bergenang air mata saat Dr Riduan memperincikan detik kewafatan Rasulullah SAW di mana terdapat para sahabat sukar menerima hakikat itu.
Solat diimamkan oleh aktivis Muslim Care, Ustaz Ahmad Rashdan Ikhsan diikuti solat jamak qasar Asar. - HARAKAHDAILY 10/2/2017 Sumber HD - 10-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebaliknya Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar adalah satu usaha dari pelbagai rintangan yang ada, demikian gambaran diberikan Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Menurut beliau, pihak penganjur telah memohon masuk ke Myanmar sebagai usaha membantu dan pihak negara itu telah memberi keizinan secara bersyarat ke atas misi tersebut.
"Maka kita menunjukkan pula kesediaan bekerjasama bagi membantu rakyatnya sendiri terutama mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan pihak terbabit. Namun, kita juga telah memohon supaya Myanmar memberi keizinan untuk kita mengedar sendiri bantuan.
"Khusus ecara langsung ke Sittwe dan Maungdaw. Bagaimanapun mereka enggan beri keizinan itu. Tetapi atas alasan kita masih mahu bekerjasama, maka kita patuhi syarat Myanmar itu," ujar beliau kepada Harakah.
Kata beliau, sekretariat bersetuju memberikan sebahagian kecil dari jumlah 2,600 tan barangan yang dibawa dari Malaysia itu iaitu tidak lebih dari 350 tan atau bersamaan 13.5 peratus.
Tambah beliau, barangan diturunkan di Myanmar itu terdiri dari 200 tan beras, 50,000 kotak mi segera, 24,000 kotak air minuman dan 10,000 kit kebersihan diri.
Tegasnya, jumlah kecil itu sebagai tanda akur syarat diberikan dan sebagai imbalannya misi dibenarkan memasuki perairan Myanmar.
"Ini penting kerana kita hendak mengadakan misi kemanusiaan selanjutnya selepas ini. Walaupun kita ada kesangsian bahawa barangan mungkin tidak sampai, tetapi kita telah memohon supaya Pegawai Kedutaan Malaysia di Yangon memantau.
"Pengedaran atau pembahagian itu mesti dilaporkan kembali kepada sekretariat. Kita mengharap lebih 85 peratus lagi makanan dan bantuan lain kepada Rohingya yang kini menjadi pelarian akan mendapat manfaat dari misi ini.
"Mereka kini berada di beberapa kem di Bangladesh dengan jumlah lebih 30,000 keluarga," ujarnya menegaskan bahawa dunia sedang memerhatikan situasi semasa ini.
Jelas beliau, jika Myanmar terbukti tidak menyampaikan bantuan tersebut, maka imej negara itu aka dinilai dunia di mana mereka boleh dilabel sebagai negara atau kerajaan yang tidak berperikemanusiaan.
Pihak Atase Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia turut kelihatan pada majlis serahan semalam dan difahamkan sedang mengadakan pemerhatian terhadap urusan tersebut.
Harakah dimaklumkan, agensi antarabangsa seperti World Food Programme (WFP) juga telahndiminta memantau proses pengagihan di lapangan.
Sementara itu, kelewatan masuk ke dermaga Pelabuhan Antarabangsa Thilawa (MITT) tengah hari semalam menyebabkan kerja-kerja menurunkan kontena barangan juga tertunda.
Urusan tersebut hanya selesai pada jam 7.00 pagi ini waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia), Jumaat 10 Februari selain disebabkan beberapa masalah teknikal.
Nautical Aliya dijangka meneruskan pelayarannya seawal jam 10.00 pagi ini setelah air pasang menuju ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh dan dijangka tiba pada Selasa 14 Februari. - HARAKAHDAILY 10/2/2017 Sumber HD - 10-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita memegang janji kerajaan Myanmar bahawa dia benarkan kedutaan Malaysia bersama dalam proses pengagihan kepada Rohingya di Arakan.
Berpegang pada kaedah Fiqihiyah "Jika tidak dapat lakukan semua, jangan tinggalkan semua".
Flotilla adalah kempen 'perhatian dunia untuk Rohingya' dan bantuan makanan hanya sebahagian langkahnya.
Flotilla adalah 10 langkah daripada ribuan langkah untuk 'pembebasan Rohingya dari kezaliman'. Langkah itu telah bermula dan belum berakhir.
Team flotilla sudah gunakan semaksimun langkah dan usaha untuk memastikan bantuan ini sampai kepada muslim Rohingya di Arakan dan langkah terakhir adalah 'tawakkal a'la allah'... فائزا عظمت يتوكل على الله
Ahmad Tarmizi Sulaiman
Advance Team, FFfM
Cox Bazar, Bangladesh
Penunjuk perasaan anti-Rohingya berkumpul di pelabuhan Yangon pada hari Khamis, 9 Februari, menyambut kapal Malaysia yang membawa bantuan untuk beribu-ribu pelarian dari minoriti Muslim yang dianiaya kerana melarikan diri tindakan keras tentera berdarah.
Berpuluh-puluh sami Buddha dan penunjuk perasaan mengibarkan bendera kebangsaan dan sepanduk berbunyi “Tidak Kepada Rohingya” berkumpul di pelabuhan Thilawa menunggu kapal untuk berlabuh.
“Kami mahu membiarkan berlabuh dan memberitahu mereka bahawa kami tidak mempunyai Rohingya di sini,” kata seorang sami Buddha Thuseitta dari kumpulan Sami Yangon Patriotik Myanmar kepada AFP di pelabuhan.
Myanmar telah menafikan kewarganegaraan kepada jutaan Rohingya, walaupun ramai di antara mereka yang tinggal di tanah air mereka itu sejak beberapa generasi.
Kumpulan nasionalis Buddha yang mengadakan tunjuk perasaan berkata dengan ‘pedas’ dalam perkataan mereka, menggambarkan Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh.
Tindakan ketenteraan Myanmar terhadap Rohingya telah mencetuskan kritikan daripada majoriti Islam Malaysia, menjarakkan hubungan di antara negara jiran di Asia Tenggara.
Kapal Nautical Aliya berlepas dari Malaysia minggu lalu membawa 2,200 tan beras, bantuan perubatan dan pakaian bersama-sama dengan beratus-ratus pekerja kesihatan dan aktivis.
Sebahagian daripada bantuan itu akan diserahkan di Yangon dan diangkut melalui darat ke utara negeri Rakhine, kawasan tindakan keras tentera.
Selebihnya akan diturunkan di Teknaf, sebuah pelabuhan di selatan Bangladesh, di mana hampir
70,000 Rohingya telah melarikan diri daripada keganasan sejak Oktober .
Misi ini disertai 184 aktivis dan sukarelawan serta 17 krew kapal bersama 2,300 tan barangan bantuan berupa makanan dan keperluan diri serta perubatan.
Ketika ini sukarelawan dan krew kapal sedang bersiap untuk menurunkan barangan bantuan sebanyak 200 tan beras bersama 10,000 kit kebersihan dan mi segera.
Bantuan itu disalurkan melalui Kerajaan Myanmar yang diwakili Menterinya, Dr Winmyat Aye dan akan dipantau Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd Haniff Abdul Rahman.
Hadir sama Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican dan Ahli Pas Parlimen Bachok, Ustaz Ahmad Marzuky Shaari.
Nautical Aliya telah tiba di 'pilot station' yakni sempadan menanti bagi semua kapal sebelum mendapat keizinan berlabuh dari pihak berkuasa pelabuhan pada jam 11.20 malam tadi waktu Malaysia.
Jangkaan awal memasuki MITT jam 10:00 pagi tadi tertunda setelah penunjuk arah pandu dari pihak Tentera Laut Myanmar, Kapten Myat Soe hanya tiba sekitar jam 12.45 tengahari.
Setelah itu, kapal dilayar memudiki Terusan Thanlyetsoon dengan kelajuan hampir maksima iaitu 11.5 knot dan arus 2.1 knot.
Pelayaran Nautical Aliya akan diteruskan hari ini juga dijangka pada jam 6.00 petang menuju ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh bagi lanjutan serahan bantuan.
Misi mensasarkan serahan hingga ke Kem Pelarian Teknaf yang terletak kira-kira 6 jam perjalanan darat dari pelabuhan itu. - HARAKAHDAILY 9/2/2017 Sumber HD - 9-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang Islam Rohingya saudara Kristian, kata Pope Francis Posted on Thursday, February 09 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
BANDAR VATICAN: Pope Francis hari ini mengecam kekejaman terhadap minoriti Rohingya Myanmar, berkata mereka didera dan dibunuh hanya kerana mahu mengamalkan budaya dan agama Islam mereka.
Kenyataan Francis di pertemuan mingguan itu menyusuli laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lepas yang melaporkan pasukan keselamatan di utara negara itu melakukan pembunuhan besar-besaran, rogol berkumpulan dan membakar kampung.
“Bertahun sudah lamanya mereka menderita, didera, dibunuh hanya kerana mahu mengamalkan budaya dan agama Islam,” kata Francis.
“Mereka dihalau dari Myanmar, berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana tiada siapa mahukan mereka. Tetapi mereka orang yang baik dan aman. Mereka bukan Kristian. Mereka saudara kita,” katanya.
Selepas laporan yang diterbitkan Jumaat lepas, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB Zeid Ra’ad al-Hussein berkata pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi berjanji akan menyiasat dakwaan itu.
Myanmar, sebuah negara majoriti pengikut Buddha, sebelum ini menafikan semua dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap orang Islam di utara negara itu.
Pope Francis dijangka akan melawat Bangladesh tahun ini.
Saksi yang disebutkan dalam laporan PBB melaporkan “pembunuhan bayi, kanak-kanak, perempuan dan warga emas; menembak orang ramai yang sedang melarikan diri; membakar seluruh kampung; penahanan besar-besaran; pemerkosaan dan keganasan seksual secara tersusun dan besar-besaran; memusnahkan makanan dan sumber makanan secara sengaja”.
Sekiranya tidak, tragedi menimpa bumi Palestin yang dirampas Israel bakal berulang ke atas Arakan dan menjadi tragedi malang buat rantau Asia Tenggara.
Kerana itu PAS bersungguh menggerakkan penyertaan dalam Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar untuk membuka mata dunia terhadap malapetaka ke atas sebuah lagi negara bangsa yang bakal menjejaki nasib seperti Palestin.
Ketua Delegasi PAS, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau akan mencadangkan untuk PAS menganjurkan Persidangan Khas Ahli Parlimen Islam Antarabangsa bagi mengusahakan penyelesaian politik terhadap isu ini.
Menurutnya, Akta Kewarganegaraan 1982 yang menyebabkan kerakyatan etnik Rohingya dilupuskan dan hak sebagai warganegara dilucutkan adalah bertentangan dengan Konvensyen Geneva dan banyak Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
"Situasi ketika ini sangat gawat dan memerlukan tindakan kecemasan yang amat segera. Pembunuhan dan pengusiran, rampasan tanah dan pemusnahan harta benda yang berlaku mesti dihentikan segera. Hak mereka untuk hidup sebagai rakyat merdeka dalam sebuah negara berdaulat mesti dikembalikan.
"Begitu juga langkah diambil Bangladesh beberapa hari lalu untuk menempatkan para pelarian di sebuah pulau, ia seperti mencampak mereka ke dalam perigi. Kerana pulau tersebut saban tahun dibadai taufan dan ditenggelami banjir.
"Asean perlu menegaskan dasar negara anggota terhadap isu kemanusiaan dan hak asasi termasuk pengusiran Rohingya dari Rakhine State," tegas beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Jelasnya, sekian lama yakni sejak dari peningkatan penindasan pada 2012, PAS telah dan akan terus mendesak pembelaan terhadap Muslim Rohingya.
Tambah beliau lagi, terdapat perkara-perkara strategik ekonomi yang juga menyumbang terhadap faktor berlakunya isu tersebut.
Terangnya, selain isu kemanusiaan dan hak asasi manusia, faktor ekonomi kuasa-kuasa besar sedang mempercepatkan proses penghapusan etnik (genocide) komuniti Rohingya dari Arakan (Rakhine State).
Beliau berkata, antaranya adalah penglibatan China, Bangladesh dan India dalam pelaburan besar-besaran di Sittwe.
Selain ujarnya, dikatakan terdapatnya simpanan minyak dan gas di perairan Rakhine yang sedang 'disasarkan' oleh banyak negara.
Malah menurutnya, ia menjadi laluan strategik perkapalan dalam urusan pelaburan dan perdagangan yang menentukan ekonomi China.
Masyarakat dunia juga tegas Sanusi, perlu segera menghalangi satu lagi kezaliman terhadap orang Islam yang sedang ditunjangi oleh pelampau Buddha pimpinan Ashin Wirathu dengan bantuan pasukan bersenjata negara Myanmar. - HARAKAHDAILY 9/2/2017 Sumber HD- 9-2-2017
Kedudukan ini menjadi sempadan bagi semua kapal sebelum menerima kebenaran daripada pihak berkuasa pelabuhan untuk memudiki laluan ke Pelabuhan Yangon yang terletak kurang 10 batu nautika.
Kelihatan ketika kapal-kapal lain juga telah berada berhampiran, di mana 'pilot' (maling) dari pihak Myanmar akan menaiki Nautical Aliya jam 10 pagi (waktu tempatan) Khamis 9 Februari setelah air pasang untuk memandu ke dermaga ditetapkan.
Setelah itu kontena yang mengandungi 200 tan beras dan 10,000 kit kebersihan serta mi segera akan diturunkan menggunakan kren.
Ia akan turut dibantu tenaga logistik dari kalangan sukarelawan Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar dan petugas tempatan, di mana 300 tan beras lagi sudah berada di pelabuhan.
Seterusnya, majlis penyerahan rasmi kepada Kerajaan Myanmar akan diadakan pada jam 4 petang dengan penglibatan sama 30 wakil Misi FFFM dan Nautical Aliya setelah itu akan berangkat meneruskan pelayaran pada jam 6 petang di mana dijangka tiba pada jam 2 pagi, Selasa 14 Februari di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh.
Pelayaran menuju pelabuhan paling utara Bangladesh itu berikutan Pelabuhan Teknaf yang menjadi destinasi asal misi tidak mendapat kebenaran dari pihak Kerajaan Bangladesh atas faktor keselamatan selain ketidakupayaan perairan di situ agak cetek berbanding kapal. - HARAKAHDAILY 9/2/2017 Sumber HD - 9-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
In the darkness and out across the waves, a man’s voice called.
“Allahuakbar!” he said over the microphone as the sound of the azan is heard from the loud speakers on the aid ship Nautical Aliya.
It was about 5.40am Thailand time, and the Muslim call to prayers.
Men dressed in robes (jubah) got out of the rooms and made their way to the bridge.
There, little lights blinked on the console panels in front of the captain’s seat, and screens have brightly colored pixels on them, one showing the ship’s position on the radar, another the depth of the sea below.
Nearby, a lamp’s bulb shone onto a table bearing charts and maps of the region, the sea in shades of blue according to their depth, the land in yellow.
Its glow was wrapped in a curtain, creating a small section on the bridge, leaving the rest of the deck shrouded in darkness.
Lights from a flood lamp raised on a stand were pointed at dozens of prayer mats.
The room started to fill up quickly. Soon some 50 people had lined themselves facing west towards Mecca.
And they prayed in the darkness, with light from the flood lamp illuminating their figures.
It was Tuesday Feb 7, and the Nautical Aliya was on its way to Myanmar and Bangladesh, bearing 2,300 tonnes of aid for Rohingyas in the two countries.
The aid ship was carrying 185 volunteers from 12 countries, many of whom Muslims.
Rohingyas are Muslim, and thousands have fled on boats in the last two years, fearing violence in Myanmar’s Rakhine State.
At the time, the nearest large island was nearly 200km to the east, in Thailand. And another 400km to the west were the Andaman Islands.
An unknown number – perhaps hundreds – have died in the same seas that the ship now crosses.
After prayers, Mohd Azmi Abdul Hamid, 59, one of the ship’s chief organisers, sat on a chair facing the rest and spoke.
“In Islam, differences are something to be celebrated. You can be different, but not disunited,” he said, switching between English and Malay.
He said the ummah – referring to Muslims all over the world – who came from different races, languages and cultures was today divided.
The issue, he said, was how to respect these differences.
Then he adjusted his spectacles, peering into the figures before him, shrouded in the darkness. “Moussa? Are you here, brother?” he asked.
Moussa Yacoub, 39, a French volunteer of Cameroonian descent laughed as he sat in the front row and said, “Yes.”
“I can’t see you,” Azmi said, before adding with a smile: “Differences.”
He told those present: “Where can you find the qualities of Islam today? In Japan, in Denmark, in the most modern countries in the world today, in the non-Muslim countries.”
“Our issue is how do we save our brothers in Rakhine, in Mindanao, in Xinjiang? You can’t do anything because you are divided!” he said.
Then, Azmi looked behind him, at a wall near the ship’s port windows where 1,000 copies of the Quran were wrapped in yellow plastic bags.
These would be given to Rohingya children in the camps near Teknaf, Bangladesh, where thousands of refugees from Myanmar are believed to reside.
When met later, Azmi said the prayers would be held three times a day, in the morning, afternoon and the last at night.
Anyone, he said, could lead the ship’s prayers over the public address system, and that the mission’s organisers would schedule for people to lead the prayers.
The prayers on the ship continued until the sun started to rise, painting the sky orange, yellow and blue.
“This mission gives us a chance to unite everyone. We will arrive at the same destination,” Azmi said with a smile.
A few hours later, a press conference on the ship was held.
Bangladesh, a country of over 145 million Muslims, nearly 87% of the population, had responded by still not allowing the ship to dock at the Teknaf port.
The government, however, gave the ship an alternative – the cargo can be offloaded at the islands of Kutubdia and Saint Martin’s or at the Chittagong port.
It also would not allow the volunteers on the ship to visit the Rohingya camps.
The ship continued to sail towards Yangon, Myanmar’s capital. And in the afternoon the prayer mats were shifted a little to the left, always facing Mecca – thestar.
Camar laut terbang rendah menghampiri kapal yang kami naiki, bercermin dengan laut biru yang indah. Perjalanan menuju ke tanah Arakan penuh dengan kenangan dan warna warni potret perjuangan. Dek kapal menampung pelbagai bangsa daripada pelbagai negara, antaranya Amerika Syarikat, Turki, Sweden, China, Peranchis, Cambodia,Thailand, Indonesia, Saudi dan lain-lain negara.
Kapal yang sarat 2,700 tan barangan bantuan kemanusiaan bergerak dengan perlahan dinakhodai oleh Kapten Firdaus. Seawal subuh dengan laungan azan daripada dek kapten yang bertukar menjadi surau, bahkan sebuah madrasah yang mencerahkan akal serta mengharumkan nurani. Selesai solat subuh, sama ada bertilawah al Quran atau mencicip tazkirah sebagai sarapan ruhani.
Di waktu pagi, sarapan disediakan oleh Haji Jamuliddin Elias, mantan Pengarah Unit Amal Malaysia yang dibantu oleh petugas-petugas dengan cara bergilir mengikut jadual yang ditetapkan.
Bukan sahaja menyediakan makanan dibuat secara berkumpulan dan bergilir, bahkan tugasan membersihkan dek serta membersihkan surau sementara.
Pelbagai acara digalang di atas flotilla bagi mengisi masa para peserta dengan beragam latarbelakang sosio ekonomi. Latihan kebakaran, kursus CPR, menonton dokumentari berkaitan muslim Arakan, tilawah al Quran, mesyuarat demi mesyuarat dan latihan kecemasan unit rawatan.
Flotilla dibekalkan dengan akses internet yang sangat minimum kerana kapal Nautica Aliya ini menampung puluhan pengamal media yang berusaha setiap masa menghantar maklumat kepada masyarakat antarabangsa. Media mengintai berita yang boleh memancing pesona masyarakat untuk mengikuti daripada dekat misi bantuan yang melakar sejarah ini.
Misi membantu masyarakat muslim Rohingya kali ini adalah gemblengan tenaga paling besar yang pernah dibuat oleh gabungan pelbagai NGO dari pelbagai negara. Isu muslim Rohingya seolah disepikan walaupun inilah antara muslim genocide yang setara dengan Palestine dan juga Syria.
Misi yang dirancang berbulan-bulan lebih awal ini juga pada awalnya beberapa kali telah ditangguhkan akibat karenah birokrasi negara Myanmar dan juga Bangladesh.
Bangladesh adalah sebuah negara agraria yang tidak bersahabat dengan perbedaan pandangan.
Tidak mudah berurusan dengan negara sub continent ini yang juga negara yang mempunyai populasi muslim yang ketiga paling ramai di dunia. Beberapa kali mereka mengubah pusat pendaratan dan ini sangat menyulitkan misi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.
Apatah lagi dengan negara Myanmar yang menjadi pemicu kepada isu pembantaian muslim Arakan. Pelbagai "red tape" yang menyukarkan misi walaupun misi ini dalam skala "G to G".
Namun anggota misi setiap hari bermunajat kepada Allah semoga dilorongkan jalan untuk membantu saudara akidah mereka. Ada yang setiap hari berpuasa, malah menghiaskan malam hari mereka dengan doa yang lirih, agar misi sempurna sebagaimana perancangan asal. - HARAKAHDAILY 8/2/2017 Sumber HD- 8-2-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kapal Misi Rohingya Tidak Dibenarkan Berlabuh Posted on Wednesday, February 08 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
LAUT ANDAMAN: Kapal misi bantuan Rohingya, Nautical Aliya tidak dibenarkan berlabuh di pelabuhan Teknaf, Bangladesh, kata penganjur misi kemanusiaan tersebut pada Selasa.
Perkembangan itu berlaku susulan keputusan Bangladesh pada Isnin yang memaklumkan kerajaan Malaysia bahawa pelabuhan Teknaf tidak mampu menampung kapal besar seperti Nautical Aliya.
Ketua jawatankuasa penganjur misi itu, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, satu surat dihantar kepada pihaknya yang menyatakan bahawa kapal tersebut tidak dibenarkan memasuki perairan Teknaf yang terletak berdekatan beberapa kem pelarian Rohingya.
"Misi ini tidak selesai jika kita gagal memasuki Teknaf," kata beliau.
Azeez menunjukkan surat daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh yang dihantar kepada Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), satu daripada pertubuhan yang berada dalam jawatankuasa misi.
Beliau berkata, berita itu diterima ketika sebuah kapal tentera laut Bangladesh menghampiri kapal misi bantuan, kira-kira 90 minit selepas dikesan menerusi radar kapal berkenaan.
Kapal tentera itu akan mengiringi Nautical Aliya ke Yangon berdasarkan komunikasi kedua-dua pihak.
Kapal Nautical Aliya membawa 202 penumpang dan krew selain bekalan bantuan seberat 2,300 tan untuk dihantar kepada masyarakat minoriti Rohingya di Bangladesh dan Myanmar.
Perkara tersebut dinyatakan oleh dua sukarelawan dari Negara Tembok Besar itu yang menyertai Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar.
Terang mereka, NGO diwakili telah ditubuhkan dan mula beroperasi secara aktif sejak Mei 2015 dengan sejumlah sukarelawan yang komited.
Mereka bertindak sebagai penyampai maklumat dengan membangkitkan keprihatinan dalam kalangan rakyat di negara itu khusus terhadap isu dan permasalahan Rohingya.
Dengan menggunakan media sosial terutama aplikasi WeChat, pihak NGO mereka berjaya mengumpulkan pelbagai sumbangan daripada rakyat di negara tersebut.
Kumpulan mereka turut berperanan memperjuangkan nasib Rohingya di mana telah beberapa kali melakukan kerja-kerja amal di kem pelarian terutama di Teknaf, Bangladesh menerusi hubungan bersama Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM).
Harakah dimaklumkan, NGO mereka menerima dana dari orang awam di China dan menyalurkan sumbangan berbentuk makanan, pendidikan, keperluan hidup dan perubatan kepada para pelarian.
"Kami harap hentikan pembunuhan ini. Bebaskan Rohingya dan pulangkan tanah, kehidupan serta segala hak mereka. Berikan mereka peluang mengakses dunia luar dengan aman.
"Berikan mereka peluang pekerjaan, menerima pendidikan dan rawatan perubatan. Juga duduk berunding bersama mereka selesaikan masalah ini," rayuan yang menjadi harapan mereka.
Mereka berdua memuji usaha Malaysia yang dianggap sebagai negara Islam contoh dan sentiasa terkehadapan dalam membantu umat Islam di seluruh dunia.
Tambah mereka juga, Malaysia diharap terus menjayakan usaha membantu umat manusia yang memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. – HARAKAHDAILY 7/2/2017
Jam 8 malam tadi, Isnin 6 Februari, kapal Nautical Aliya berada di Laut Burma dan dipacu dengan kelajuan antara 8.6 - 8.9 knot di bawah Kapten Mohd Firdaus Faisal Mohamad. Sumber HD - 7-2-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berita mengenai pelayaran Food Flotilla for Myanrmar kini sampai kepada ribuan pelarian di kem IDP di Sittwe dan Maungdaw di Arakan dan Teknaf di Bangladesh.
Etnik Rohingya di Arakan menganggap kedatangan Flotilla bagaikan anak-anak yang kelaparan yang menunggu ibu bapa yang sudah lama tidak pulang.
Mereka telah merakam suara melalui telefom bimbit dan mengguna whatsapp untuk dihantar kepada wakil Mapim yang berada di atas kapal.
"Seperti anak-anak kehilangan ibu bapa, kami merasa kedatangan kapal flotilla yang sedang menuju ke Arakan suatu hadiah Allah kepada kami. Kami menganggap peserta wanita seperti ibu kami dan yang lelaki sebagai bapa kami," kata Nur Alam, 42, dari kem IDP di Sittwe, Arakan.
Aisyah, 50, ibu kepada 5 seorang anak, dari Kg. Muanama, Arakan berkata "Mendengar sahaja kapal sudah bergerak dari Malaysia, perasaan kami tidak terkata. Kami hanya menangis dan berdoa. Kami berdoa sebaik sahaja mendapat tahu saudara-saudara kami akan datang dengan kapal Flotilla. Mereka bersusah payah untuk datang membantu kami."
Abdul Aziz,19 , dari Maungdaw, yang hanya tinggal sebatang kara, "Bagaikan seorang itu dalam keadaan lemas di tengah lautan dan tidak tahu semada akan hidup atau mati, bila mendapat khabar kapal bantuan Flotilla sedang menuju ke Arakan, kami merasa seolah mendapat nyawa semula".
Nur Islam, 68, dari Kg. Gozobil, yang pernah menyaksikan tentera Myanmar membunuh remaja dalam kampung tersebut, "Ramai dikalangan kami yang ingin bercakap tentang betapa gembiranya kami mendengar mengenai Flotilla yang akan sampai, tetapi tidak mampu hendak bercakap, kerana menangis kegembiraan".
"Kami berada semua peserta Flotilla dilindungi Allah, diberi ganjaran dunia dan akhirat. Allah sahaja yang tahu bagaimana membalas jasa saudara yang mengambil risiko merentas laut untuk datang membantu kami."
Kaum Rohingya yang telah melalui penindasan yang sedemikian lama, kini mendapat nafas segar dan harapan semula bila Flotilla sekarang menjadi realiti. Mereka hampir putus asa untuk mendapat sebarang pembelaan dari dunia. Dari hanya mendengar resolusi dan deklarasi, kini bertukar menjadi pembelaan dalam bentuk tindakan yang nyata.
Kapal Nautical Alya yang telah berlayar pada 3hb Februari 2017 dari Pelabuhan Klang kini menuju ke Yangon Myanmar. Dengan kelajuan 7.2 knot (14 km sejam), kapal dijangka akan melalui Selat Melaka, Lautan Andaman dan Teluk Benggal. Mengikut Kapten Firdaus, dijangka Flotilla akan sampai pelabuhan Yangon, Myanmar pada 10.30 malam 8hb Februari 2017.
SHAH ALAM: Terikat dengan komitmen memberi kuliah agama setiap pagi Jumaat menyebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir ke majlis perasmian misi kemanusiaan Malaysia Food Flotilla for Myanmar, Jumaat lalu.
Bercakap kepada Antarapos, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali kemudiannya menambah ketidakhadiran Hadi tidak perlu dijadikan isu memandangkan pemimpin itu mewakilkan timbalannya ke majlis berkenaan.
"Beliau mengajar di Rusila, kuliah setiap minggu hari Jumaat.
"Memang ada hal lain dan program itu boleh diganti, sebab itu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man gantikan beliau. Dan itu bukan jadi isu," katanya menjelaskan ketidakhadiran Hadi itu.
Jumaat lalu kerajaan Barisan Nasional (BN) bersama PAS melancarkan misi kemanusiaan Malaysia Food Flotilla for Myanmar bagi membantu kaum Islam di negara itu yang tertindas.
Kapal Nautical Aliya yang membawa 230 sukarelawan dan 2,200 tan makanan serta ubat-ubatan itu belayar tepat pukul 4 petang dengan majlis pelepasan dirasmikan secara bersama oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam ucapannya Najib berkata, flotila tersebut merupakan perlambangan kepada perpaduan ummah bukan sahaja melibatkan Umno dan PAS tetapi lebih penting menunjukkan kasihnya umat Islam negara ini kepada etnik Rohingya selaku saudara seagama.
Merujuk hal itu, Mustafa mengingatkan kebersamaan Umno dan PAS dalam misi kemanusiaan itu tidak disalah anggap sebagai kerjasama politik, sebagaimana yang dituduh oleh banyak pihak sebelum ini.
"PAS sudah beritahu kita ada polisi politik kita iaitu tahaluf dan taawun. Tahaluf ialah kerjasama politik, manakala taawun adalah hal berkaitan ummah, kemanusiaan dan agama Islam.
"PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa termasuk Umno. Tapi dalam politik kita lawan Umno.
"Dalam pilihan raya PAS memang akan lawan Umno, dan itu keputusan yang kita buat," tegasnya lagi.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dunia masih belum memberi perhatian sewajarnya ke atas Rohingya terutama kalangan pemimpin-pemimpin Islam.
Termasuk juga ujarnya, dari badan seperti Pertubuhan Negara Islam Dunia (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Terang beliau, masih kuat sentimen terutama kalangan pemimpin Islam di Negara-negara Arab yang melihat tragedi ke atas Rohingya sebagai masalah dan isu rantau Asia Tenggara semata.
"Walhal, mereka yang ramai dan mengelilingi Palestin juga gagal menangani permasalahan di negara itu hingga ada juga tunduk pada tekanan negara haram Israel.
"Begitu juga di rantau Asia Tenggara ini yang ada sekitar 500 juta umat Islam termasuk di India dan Pakistan. Kita melingkungi Arakan, Myanmar, tetapi tidak melakukan tindakan sewajarnya.
"Tanggunglah dosa jika kita terus biarkan penderitaan akibat penindasan dan kezaliman ke atas saudara kita Rohingya," ujarnya kepada Harakah dalam kapal Nautical Aliya, malam tadi.
Jelas beliau, Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar ini hanya membawa bantuan yang memadai untuk keperluan selama sebulan kepada para pelarian.
Demikian itu katanya, pihak beliau akan mengembleng usaha lanjutan dan berterusan menerusi kempen khas yang akan diisytiharkan setelah selesai misi awal ini.
Tambahnya lagi, beliau amat kecewa dengan perhatian, resolusi dan tindakan dunia kepada Rohingya di mana ia tidak dibincang serius delegasi Negara Islam pada sidang di Tehran baru-baru ini.
Menurutnya, mereka seperti memencilkan isu dan permasalahan Rohingya hingga ia hampir tidak kedengaran di rantau Arab.
Beliau memuji Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang begitu memberi perhatian terhadap masalah Rohingya dan nasib umat Islam sedunia.
Mohd Azmi melahirkan harapan agar Malaysia yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar dapat mengadakan pelan lanjut berterusan selepas dari misi ini.
Pada jam 10:35 pagi, pelayaran masih berada dalam perairan Malaysia berhampiran Pulau Pinang dengan kelajuan sekitar 7 knot dan dijangka memasuki perairan Thailand pada malam ini.
Setakat ini kapal membawa lebih 200 sukarelawan, petugas dan urusetia misi bersama 17 krew atau anak kapal yang dikemudi oleh Kapten Mohd Firdaus Faisal Mohamad.
PAS turut serta dengan delegasi seramai lapan anggota diketuai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor. – HARAKAHDAILY 5/2/2017 Sumber HD - 5-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Flotilla Myanmar: Bangladesh Beri Lampu Hijau Guna Pelabuhan Posted on Saturday, February 04 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan bahawa kerajaan Bangladesh bersetuju membenarkan kapal 'Humanitarian Mission Food Flotilla for Myanmar' berlabuh di Pelabuhan Teknaf.
Kebenaran itu diberi berikutan pertemuan antara Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia Md Shahidul Islam.
"Perkara itu kini selesai hasil hubungan baik antara Malaysia dan Bangladesh," kata kementerian itu dalam kenyataan seperti dilaporkan Bernama pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu, Malaysia mengucapkan penghargaannya kepada kerajaan Bangladesh atas kesediaannya membenarkan flotila itu menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar pelabuhan berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan bahawa kerajaan Bangladesh tidak membenarkan kapal itu berlabuh di Pelabuhan Teknaf untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang berada di Bangladesh.
Kapal itu merancang untuk berlabuh di Yangon, Myanmar, sebelaum menuju ke Teknaf, Bangladesh, pelabuhan yang terletak paling hampir dengan kira-kira 65,000 pelarian Rohingya di negara itu.
'Food Flotilla for Myanmar' dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) Foundation dari Turki.
Flotilla berkenaan, yang membawa kira-kira 2,200 tan makanan, berlepas dari Pelabuhan Klang semalam setelah disempurnakan pelepasan pelayarannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan dijangka tiba di Yangon, Myanmar pada 7 atau 8 Februari.
Kira-kira 230 sukarelawan dari 13 negara yang menganggotai pasukan perubatan, pendidikan serta pengamal media tempatan dan antarabangsa, di samping wakil pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan luar negara, menyertai misi itu. - Mstar
Tangisan dan air mata muslim Rohingya menggamit dunia Islam untuk menyantuni dan menyelami luka mereka. Selama puluhan tahun mereka dibantai oleh regim Myanmar dan juga penganut agama lain tanpa ampun hanya kerana mereka menuturkan kalimah toyyibah. Sejarah keberadaaan mereka di tanah Arakan cuba dipalsukan oleh sejarawan Burma kerana sejarah itu ditulis oleh pemenang.
Kewujudan mereka sebagai muslim di tanah Arakan semenjak zaman kerajaan Abasiyyah, seterusnya di zaman pemerintahan Moghul India. Mereka mempunyai kerajaan Islam yang berdaulat, malah disinggahi oleh pedagang-pedagang Arab untuk berdagang dan menyebarkan agama Islam. Etnik Benggali ini dibuktikan keberadaannya dengan mahkota muslim mereka dengan bukti empiris, kewujudan masjid-masjid lama yang berumur ratusan tahun, begitu juga dengan tanah perkuburan Islam yang berumur ratusan tahun.
Burma yang dijajah oleh British telah memperolehi kemerdekaan pada tahun 1948, sama tahun dengan berlakunya nakbah Palestin. Muslim dikucilkan malah sejarah kewujudan mereka juga dipalsukan. Sejarawan Burma merakamkan mereka sebagai pengungsi dan pendatang daripada Bangladesh di zaman penjajahan Pax Britanica. Namun ianya benar jika menyorot sejarah Tanah Melayu di zaman penjajahan British, untuk menggerakkan ekonomi komersial. Penjajah mengimport buruh-buruh kasar dari Tanah Besar China dan India melalui sistem kanggani, sistem tiket, mahu pun sistem kangcu.
Dengan sejarah yang dipalsukan seolah memberikan lesen kepada mereka untuk menindas muslim. Ribuan yang menggeletak hilang nyawa, diperkosa, dibakar kampung halaman, menjadi pengungsi tanpa kewarganegaraan yan jelas. Mereka cuba melambai- lambai dunia Islam bahawa mereka sedang tertindas, namun suara mereka kurang didengari dan dicaknai. Saat mereka mengikat perut kelaparan, di Qatar sebanyak 240 juta ringgit diperuntukkan untuk sambutan tahun baru (happy new year). Satu kontradiksi yang sangat menjolok akal nurani!
Food Flotilla For Myanmar
Seseorang Muslim dan seseorang Muslim yang lain mempunyai hubungan yang sangat erat, di mana mereka mempunyai pertanggungjawaban yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.
Sebelum daripada Misi Food Flotilla For Myanmar, pelbagai NGO negara ini berada di barisan hadapan membantu saudara seakidah mereka yang tertindas di Bumi Arakan. Antaranya seperti MAPIM, Kelab Putera 1 Malaysia, Muslim Care, Yayasan Amal, dan juga NGO-NGO yang lain. Begitu juga Rakan media yang memberikan sokongan seperti Astro Awani, TV3, TV Al-Hijrah, RTM, Bernama, Al Jazeera dan rakan media yang lain.
Dalam keadaan yang sangat menyedihkan, kebanyakan negara-negara ASEAN belum bertindak secara proaktif untuk membantu saudara Muslim yang ditindas di Tanah Arakan, bahkan juga negara-negara umat Islam di belahan Asia Barat. Pembantaian ke atas Muslim Arakan semakin menjolok mata, bahkan mereka terpaksa melarikan diri dan hilang nyawa di lautan seperti kes dua tahun lepas di mana enam ribu pelarian telah terapung berbulan-bulan lamanya di Laut Andaman.
Antara penggerak dan pemikir utama yang menggerakkan misi Food Flotilla For Myanmar ialah Haji Azmi Abd Hamid, seorang tokoh aktivis bantuan kemanusiaan daripada NGO MAPIM. Di mana Flotilla ini merupakan satu kesinambungan daripada apa yang telah dilakukan untuk membantu umat Islam di Gaza, iaitu peristiwa Kapal Mavi Marmara (2010) membuka kepungan kepada Gaza. Walaupun misi Mavi Marmara tersebut telah menyebabkan sembilan orang anggota NGO IHH telah terbunuh, dan 600 orang lebih telah ditawan oleh tentera Israel dan dipenjarakan kurang dari 48 jam di penjara Israel, namun ianya telah membuka mata dunia untuk membantu Gaza.
Maka, Misi Food Flotilla For Myanmar ini juga diharap dapat membuka dan mencelikkan mata seluruh warga dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam tentang penindasan dan pembantaian kepada Muslim di Arakan yang cuba disepikan daripada media Antarabangsa. Banyak NGO-NGO terlibat, bahkan lebih dari 10 negara termasuk daripada Amerika, United Kingdom, Turki, Sweden, Perancis, Indonesia, Thailand, China mengikuti Misi Food Flotilla For Myanmar ini. - HARAKAHDAILY 4/2/2017
Penulis ialah Pengarah Penerangan Muslim Care Malaysia Sumber HD - 4-2-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Presiden PAS ucap selamat kepada misi ke Myanmar Posted on Friday, February 03 @ 16:22:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
Apakah yang menghalang kamu sehingga kamu tidak keluar untuk berjuang pada jalan Allah (menegakkan agama kamu) padahal di sana ada orang-orang yang lemah ditindas di kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang merayu kepada Allah. "Wahai tuhan kami selamatkanlah kami daripada negeri yang penduduknya berlaku zalim terhadap kami, wujudkanlah dari sisi-Mu pembantu dan penolong". (An-Nisa': 75)
Bersama dengan ayat ini, saya mengucap selamat kepada rombongan NGO dan lain-lain yang menyertai misi bantuan ke Myanmar, mudah-mudahan mereka dapat menyempurnakan perintah Allah yang terkandung di dalam ayat ini, mereka diberi fadhilat dan kelebihan oleh Allah SWT bukan sahaja selamat dalam perjalanan di laut bahkan mendarat, mendapat pahala dan berkat daripada Allah SWT.
Saya iringi dengan doa, iringi dengan dukungan yang sepenuhnya, mudah-mudahan langkah yang diambil ini dapat menggerakkan hati-hati umat Islam khususnya dan pejuang perikemanusiaan di seluruh dunia, supaya memberi perhatian kepada mereka yang tertindas di Myanmar. Mudah-mudahan diselamat semua. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu'alaukum.
Apakah yang menghalang kamu sehingga kamu tidak keluar untuk berjuang pada jalan Allah (menegakkan agama kamu) padahal di sana ada orang-orang yang lemah ditindas di kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang merayu kepada Allah. "Wahai tuhan kami selamatkanlah kami daripada negeri yang penduduknya berlaku zalim terhadap kami, wujudkanlah dari sisi-Mu pembantu dan penolong". (An-Nisa': 75)
Bersama dengan ayat ini, saya mengucap selamat kepada rombongan NGO dan lain-lain yang menyertai misi bantuan ke Myanmar, mudah-mudahan mereka dapat menyempurnakan perintah Allah yang terkandung di dalam ayat ini, mereka diberi fadhilat dan kelebihan oleh Allah SWT bukan sahaja selamat dalam perjalanan di laut bahkan mendarat, mendapat pahala dan berkat daripada Allah SWT.
Saya iringi dengan doa, iringi dengan dukungan yang sepenuhnya, mudah-mudahan langkah yang diambil ini dapat menggerakkan hati-hati umat Islam khususnya dan pejuang perikemanusiaan di seluruh dunia, supaya memberi perhatian kepada mereka yang tertindas di Myanmar. Mudah-mudahan diselamat semua. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu'alaukum. - HARAKAHDAILY 3/2/2017
Sumber HD - 3-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, semua anggota delegasi telah melaporkan diri di kapal Nautical Aliya sejak jam 4.30 petang semalam.
Mereka mengikuti sesi pengenalan oleh ketua masing-masing sebelum ke bilik penginapan diikuti solat jamak Maghrib dan Isyak berjamaah serta tazkirah disampaikan Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, diikuti makan malam.
Manakala sesi pagi ini dimulakan dengan solat Subuh berjamaah dan tazkirah juga oleh Mohd Azmi diikuti sarapan bersama 230 sukarelawan.
Semua mereka akan menjalankan pelbagai tugas melibatkan agihan makanan, logistik, kejuruteraan, pembinaan asas, perubatan dan lain-lain keperluan.
Selain menyumbang dan membawa bekalan terutama makanan, delegasi PAS juga akan mengurus pembinaan sekurang-kurangnya 15 telaga tiub bagi kegunaan di kem-kem pelarian.
Delegasi PAS terdiri daripada Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat PAS Malaysia), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia), Dato' Siti Ashah Ghazali (AJK Muslimat PAS Malaysia) Shabudin Md Nor (Kedah), Sazali Sudin (Kedah) dan Syarifah Rasyida Syed Idrus (Wilayah Persekutuan). – HARAKAHDAILY 3/2/2017 Sumber HD - 3-2-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin detik itu masih jauh, sejauh perjalanan akan ditempuh oleh 230 sukarelawan Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar yang akan memulakan pelayaran selepas solat Jumaat, 3 Februari dari Pelabuhan Klang.
Tetapi, tanpa memulakan langkah bersungguh secara bersepadu dari saat ini, bumi Arakan bukan sahaja dibasahi tangisan derita, tetapi juga aliran darah kezaliman.
Penindasan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya bukan baharu dan sejak itu juga tidak sedikit misi bantuan digerakkan.
Namun, kerakusan manusia tanpa batas telah membunuh, merogol, membakar kediaman dan mengusir dari kampung halaman.
Myanmar sudah tidak malu kepada dunia dan tega berbohong lantaran diselimuti keangkuhan menjahanamkan kehidupan sesama manusia.
Bantuan dihantar pada misi ini tentulah terlalu kecil berbanding kehilangan insan tersayang, didera jasad dan jiwa, dimusnahkan harta benda, bersembunyi di hutan dan lautan, serta menjadi pelarian.
Kerana itulah mata dunia yang lalai alpa lagi terpesona diharap terpanar buka seluasnya menjadi saksi di atas segala sedang ditempuh di wilayah ternoda tersebut.
Pembebasan biarpun untuk hak asasi hidup sukar menjadi kenyataan ketika ini, setidak-tidaknya menjentik ribuan juta keprihatinan agar kekejaman dihentikan.
Kesempatan dari misi ini tidak hanya berimpian mencipta diplomasi di Yangon, tetapi turut menyantuni lebih 60,000 pelarian yang menghuni kem pelarian di Teknaf, Bamgladesh.
Mereka dalam ketidaktentuan hidup yang sentiasa berhadapan kegawatan makanan dan perubatan, selain keselamatan sehingga mengundang kebuluran dan penyakit.
Demikian itu, kepedulian yang sedang dihulurkan bersama kira-kira 2,000 tan bekalan makanan serta ubat-ubatan ini nantinya sedikit sebanyak menawar duka saudara seiman di sana. – HARAKAHDAILY 3/1/2017 Sumber HD - 3-2-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selamat berangkat delegasi Food Flotilla For Myanmar
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda (maksudnya): “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya.
[Hadis Riwayat Muslim no. 2699]
Alhamdulillah, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bakal menyertai satu misi besar demi membantu pelarian etnik Rohingya yang berada di Mynmmar dan Bangladesh.
Misi ini akan membawa sumbangan rakyat Malaysia untuk diagihkan. Aktiviti kebajikan di kem-kem pelarian termasuk pembinaan perigi tiub (tube well) juga akan diadakan bagi memudahkan urusan bekalan air untuk aktiviti harian mereka.
Oleh itu, kami saf pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan ini mengucapkan selamat berangkat kepada semua delegasi dari Malaysia khasnya buat delegasi muslimat yang diketuai oleh Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh , YB Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali dan Puan Sharifah Rashida Sayed Idrus serta seluruh ahli rombongan. Semoga segala urusan dipermudahkan serta dalam naungan Allah SWT.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua penyumbang yang memberi sokongan terhadap misi ini. Sesiapa yang masih belum menyumbang, anda bolehlah melakukan demikian di Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 564070611352 (Maybank).
Sesungguhnya, ganjaran Allah SWT itu sangat besar bagi mereka yang memudahkan urusan orang lain. Ayuh teruskan menyumbang dan berdoa buat saudara kita yang dizalimi. Semoga kita tergolong dari hambaNya yang beriman, insya-Allah.
DR ROSNI ADAM
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Jamadil Awal 1438 /2 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 2/2/2017 Sumber HD - 2-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami mengutuk sekeras-kerasnya asasinasi pakar undang-undang di Myanmar iaitu U Ko Ni (nama Muslimnya Abdul Ghani), seorang penasihat undang-undang parti NLD, pimpinan Aung San Suu Kyi, kelmarin. Beliau dibunuh dengan tembakan pada jarak dekat secara terang-terangan di hadapan orang ramai di Lapangan Antarabangsa Yangon, Myanmar sebaik tiba dari lawatannya di Indonesia.
Pada ketika kerajaan Myanmar berada dalam keadaan kritikal; operasi pembersihan etnik Rohingya oleh tentera Myanmar di Maungdaw yang mengakibatkan ratusan terbunuh dan ribuan kehilangan tempat tinggal, berlaku kes rogol dan penyiksaan yang dilaporkan, delegasi PBB yang menyiasat dan mendapati ada bukti genocide, mesyuarat khas OIC mengenai Rohingya di Kuala Lumpur, pendirian tegas Malaysia mengenai pembersihan etnik Rohingya di Myanmar. Ditambah pula berlakunya kes pembunuhan U Ko Ni, keadaan di Myanmar akan menjadi lebih rumit.
U Ko Ni adalah seorang figur Muslim yang terkenal di Myanmar bukan sahaja kerana kepakaran beliau dalam undang-undang Perlembagaan malah ketegasan beliau untuk merubah undang-undang yang terlalu banyak memberi kuasa kepada tentera.
Pembunuhan Ko Ni di hadapan khalayak ramai di kawasan sekuriti di lapangan terbang antarabangsa Yangon, menandakan ada kelompok dalam pemerintahan Myanmar yang merasa inisiatif beliau yang berusaha untuk merubah beberapa peruntukan undang-undang dan dasar Myanmar akan mengancam kuasa tentera.
Ko Ni, seorang peguam Muslim, terkenal dan dihormati kerana sikapnya yang tegas terhadap hak golongan minoriti di Myanmar. Beliau menggesa perlu reformasi kepada undang-undang dan polisi yang telah diwujudkan ketika junta tentera memerintah.
Beliau pemberani yang menyuarakan pembelaan terhadap golongan tertindas tanpa takut walaupun kerap menerima ugutan.
Pada pendapatnya, undang-undang yang tidak melindungi hak minoriti perlu dipinda. Keprihatinan beliau bahawa perlu undang-undang yang ketat untuk menghalang ucapan yang menanamkan kebencian antara etnik dan agama. Beliau juga mahu Akta Perlindungan Pemerintahan 1975 (1975 State Protection Law) dipinda. Ini dilihat sebagai menggugat kedudukan tentera.
Beliau pernah mengutarakan supaya dipinda perkhidmatan awam berpusat di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Beliau tegas mengkritik Peraturan Pendaftaran Tetamu dan cadangan mewujudkan undang-undang yang melarang perkahwinan antara agama.
Advokasi beliau mengenai undang-undang antara agama yang mempromosi kesaksamaan hak merupakan suara yang memberi keadilan kepada semua agama dan hujah beliau sangat kukuh. "Kerajaan bertanggungjawab menjaga kepentingan semua agama. Kerajaan tidak harus hanya memberi perhatian kepada agama Buddha sahaja tetapi harus juga kepada agama yang lain, sebab perlembagaan menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak kebebasan agama.” (Myanmar Times, May 20, 2016)
Ko Ni juga tegas mengenai diskriminasi dalam undang-undang kerakyatan Myanmar: "Jika seseorang itu dilahirkan di Burma dan hidup sepanjang hayat di Burma, kita harus menerimanya sebagai rakyat Burma ...adalah merosakkan jika membiarkan rakyat dipecah-pecahkan kepada 'kelas'." (The Irrawaddy, 12 May 2016)
Reaksi beliau mengenai pengharaman penubuhan Persatuan Peguam Muslim sangat tegas dan berhujah dengan hujah yang kukuh: "Saya tidak tahu kenapa ada pihak yang mengkritik kami bila mendengar kalimah "Muslim". Kami tidak mengganggu orang lain. Kami hanya mahu memberi bantuan kepada suadara Muslim minoriti yang sudah menderita sedemikian lama dibawah pemerintahan tentera." (Myanmar Times, 21 June 2016)
Mengenai rasuah, beliau memberi pandangan demi masa depan Myanmar: "Masalahnya rasuah berleluasa di Myanmar walaupun ada Undang-Undang Anti Rasuah. Berlaku rasuah disemua hiraki kerajaan. Akan tetapi tindakan menghukum pelaku rasuah jarang diambil." (The Irrawaddy, 9 April 2016)
Kami berpendapat mensasar pemimpin dan aktivis Muslim sangat merbahaya, jika tidak disekat akan mencetus ketidakstabilan agama berpanjangan di Myanmar.
Kerajaan Myanmar tidak ada pilihan. Siasatan bebas perlu segera dilaksanakan. Jika tidak, kemungkinan tindak balas boleh tercetus.
Kami menggesa hukuman undang-undang segera dikuatkuasakan ke atas pembunuh Ko Ni. Jelas ini bukan sekadar pembunuh yang bebas berkeliaran tetapi adalah perancangan yang serius oleh pihak tertentu yang sanggup mengupah pembunuh melaksanakan jenayah hina ke atas seorang pemimpin Muslim di Myanmar.
Myanmar sering menafi berlaku pembersihan etnik dan genocide. Padahal laporan yang diterbit oleh siasatan PBB dan Universiti Queen Mary UK jelas membuktikan ada jenayah kemanusiaan dilakukan ke atas etnik Rohingya di Myanmar.
Kini Myanmar sedang menerima tekanan akibat laporan pembunuhan berleluasa, rogol, penangkapan tanpa sebab dan pembakaran kediaman dan pemusnahan masjid. Komuniti antarabangsa tidak harus berhenti meneruskan tekanan ke atas Myanmar supaya menghentikan penindasan ke atas etnik Rohingya yang berlaku sejak berdekad-dekad lamanya. - HARAKAHDAILY 31/1/2017
Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia. Sumber HD- 31-1-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teras ingatkan Felda adalah amanah bangsa dan negara
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah agensi yang diwujudkan sebagai sebuah amanah yang besar untuk kemajuan sosioekonomi bangsa Melayu di negara ini. Semenjak penubuhannya di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 , iaitu pada 1 Julai 1956, terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara.
Ramai orang Melayu dapat manfaat dan kini generasi kedua Felda juga sedang meraih kesenangan.
Felda telah ditubuhkan untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.
Antara fungsi Felda adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial.
Sebagai usaha menjana pendapatan, Felda telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap untuk aktiviti terasnya.
Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan Felda (Koperasi Felda), Felda Global Ventures (FGV) dan Felda Investment Corporation (FIC).
Sekarang fokus Felda adalah untuk menjadi ‘Economic Powerhouse’ dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun 2020 melalui program berstrukturnya dengan modal insan yang mempunyai pelbagai potensi.
Pengurusan Felda diharap diberi kepada mereka yang cukup berwibawa, berintegriti bukan sahaja dari sudut pengurusan malah juga untuk merancang masa depan Felda secara mapan.
Kepimpinan pengurusan Felda yang silih berganti sepatutnya menjadikan agensi itu lebih kukuh. Politik tidak seharusnya mengganggu pengurusan Felda kerana ia akan memporak-perandakan keputusan yang mesti dibuat dengan profesional dan urus kelola korporat yang betul dan telus.
Sejak ia menjadi aset negara bernilai berbilion ringgit kini pelbagai inisiatif baru diambil untuk menganjakkan agensi itu kepada tahap yang lebih menyerlah melibatkan pelaburan yang besar bukan sahaja dalam negara malah ke medan antarabangsa.
Syarikat korporat FGV kemudian disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur pada 2012 yang mula melibatkan diri dalam dunia ekonomi global bersifat spekulatif.
FGV sebagai sebuah korporat pengurusan ladang lebih 811,000 hektar adalah yang terbesar di dunia. Namun kini dari Tawaran Harga Awal (IPO) RM4.55 seunit pada 2012, nilai sahamnya merudum kepada hanya berlegar pada sekitar RM1.80 seunit. Kemungkinan untuk menyahsenaraikan FGV dari Bursa Saham KL mungkin menjadi pilihan jika keadaan tidak berubah segera.
Kemudian diberitakan pula mengenai beberapa pegawai tinggi dalam pengurusan Felda yang kini sedang disiasat oleh SPRM telah menggoncangkan keyakinan awam terhadap ketelusan agensi tersebut. Penahanan 4 orang pegawai kanan Felda baru-baru ini oleh SPRM yang melibatkan pengeluaran wang Felda bernilai RM47 juta dalam projek ternakan ikan Sturgeon adalah petanda perlunya kawal selia yang lebih rapi.
Dengan sebab itu bila publik mulai mendengar berita salah urus dan pelaburan yang tidak mengikut prosedur dalam pengurusan Felda yang melibatkan ratusan juta ringgit, kekecewaan rakyat mulai memutik.
Felda kini mempunyai puluhan anak syarikat yang hanya pihak pengurusan tertinggi sahaja yang tahu yang mana berjalan dengan sihat dan yang mana yang sudah nazak.
Sebelum ini, pada 2010 sebuah memorandum pernah dimajukan kepada Suhakam yang mengungkap pelbagai isu yang dikaitkan dengan hak peneroka, kebajikan, nasib generasi kedua, pendidikan, geran hakmilik tanah, dokumen perjanjian dan peruntukan skim tanam semula. Ternyata isu-isu yang dibangkit belum terungkai.
Bila rakyat memberi kepercayaan penuh kepada pihak pengurusan yang berada di bawah kawal selia langsung Pejabat Perdana Menteri, Felda diharapkan mempunyai jaminan kukuh untuk diurus kelola dengan baik.
Kami berpendapat jika sebuah agensi sebesar Felda mulai dicemari dengan salah urus dan salah guna kewangan, pihak awam akan mulai hilang kecercayaan kepada pemerintah yang diamanah untuk menguruskan aset bangsa.
Kami menggesa Felda mewujudkan sebuah badan Hisbah yang boleh menilai dan mengawal selia pelbagai kegiatan pengurusan agensi tersebut.
Tanpa kawal selia yang rapi agensi itu bakal jatuh dan boleh tergadai kepada pihak asing yang sentiasa mencari peluang untuk menguasai aset ekonomi negara yang besar.
MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Teras Pengupayaan Melayu
28 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 28/1/2017 Sumber HD - 28-1-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umno-PAS akan kongsi pentas lagi di acara Flotilla Posted on Saturday, January 28 @ 07:13:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
Umno akan terus bekerjasama dengan PAS dan terbaru, kedua-dua parti politik itu akan bersama-sama pada pelancaran kapal misi Flotilla Rohingya pada 3 Februari depan.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, kedua-dua parti itu akan terus mengadakan kerjasama terutamanya isu berkaitan ummah dan Islam.
"Atas isu kepentingan ummah macam Rohingya, kita dapat berada di pentas yang sama dan saya diberitahu, pelancaran kapal Flotilla 3 Februari ini, insha-Allah PAS juga akan hadir bersama untuk majlis pelancaran pelayaran tersebut.
"Kita boleh bekerjasama atas isu-isu yang menyentuh soal ummah, soal Islam dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Anggota Majlis Tertinggi Umno di PWTC hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung perkembangan kerjasama antara Umno dan PAS.
Selain itu, ditanya sama ada akan wujud kerjasama antara Umno dan PAS pada pilihan raya umum akan datang, Najib yang juga perdana menteri sebaliknya hanya memberitahu perkara itu lambat lagi akan berlaku.
"Itu (kerjasama semasa pilihan raya) lain cerita. Ini soal ummah, soal (pindaan) rang undang-undang kita bincanglah bersama. Pilihan raya umum lambat lagi," ujar Najib.
Ditanya tentang kehadiran Umno pada Himpunan RUU 355 anjuran PAS pada 18 Februari depan, Najib sebaliknya berkata pihaknya kini sedang memperhalusi segala aspek mengenai rang undang-undang berkenaan.
"Saya akan buat ulasan nanti. Kita tengah halusi segala aspek rang undang-undang (akta 355). Bagi saya tempoh sikitlah," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44062-waspada-perjanjian-perdagangan-versi-baru SETELAH Presiden Trump mengumumkan, melalui Excecutive Order pejabat Presiden US, bahawa US keluar dari TPPA, kami berpendapat Trump tidak akan berhenti mencari versi perjanjian perdagangan baru yang menjaminkan polisi "American First" (Amerika Diutamakan) yang beliau umumkan untuk ditawarkan kepada negara-negara yang menjadi pilihannya.
Trump mengumumkan penarikan diri US keluar dari TPPA pada 23 hb Januari 2017. Dengan itu Malaysia berpendapat perjanjian itu kini boleh dianggap telah mati. Bermakna US tidak akan melakukan ratifikasi undang-undang dan polisinya untuk disesuaikan dengan TPPA yang ditandatanganinya pada 4 Februari 2016.
Jelas ini menunjukkan betapa US sebenarnya dari awal lagi adalah pencatur TPPA dan kepentingan US menjadi inti kepada perjanjian tersebut. US bermatlamat meraih keuntungan maksima dari 11 anggota negara TPPA yang menguasai 40% GDP dunia.
Sebenarnya , sementara Trump dilihat sebagai "penyelamat" kepada tuntutan yang disuarakan oleh banyak pertubuhan masyarakat sivil yang menentang TPPA, namun itu tidak bermakna negara-negara yang menandatangani TPPA, selamat dari hegemoni US yang akan terus mencari jalan mengeksploitasi negara yang lain.
Yang jelas US terkenal dengan polisi tidak mahu saingannya mengatasi kepentingan US seperti China, India, atau Jepun yang berkeupayaan mengambil alih dominasi ekonomi dunia.
Kini Trump telah mengumumkan bahawa US akan mengguna model perjanjian bilateral iaitu perjanjian US dengan setiap negara secara berasingan. Katanya jika negara tersebut berkelakuan tidak memihak kepada kepentingan US, maka US akan membatalkan perjanjian tersebut.
Malaysia pernah ditekan untuk menandatangani Free Trade Aggreement (FTA) dengan US pada zaman Presiden George Bush dalam rundingan bermula 2007. Dokumen perjanjian FTA US itu sangat jelas bersifat eskploitatif ke atas ekonomi Malaysia. Kepentingan Malaysia mengenai isu kewangan dan prokumen kerajaan hampir dikompromikan untuk memberi laluan kepada syarikat transnasional US menguasi ekonomi Malaysia. Namun kerana tarikh Fast Track Presiden US sudah melewati tarikh yang dibenarkan oleh Kongres, maka FTA US-Malaysia tidak dapat ditangani.
Soalnya setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada Sekretariat TPPA yang tidak tahu berpusat di mana. Sedangkan tidak kurang selama 7 tahun pusingan perundingan telah diadakan dengan sekian banyak sumber kewangan dan tenaga yang telah dihabiskan.
Malaysia turut menyertai rundingan TPPA pada Oktober 2010 dan menandatanganinya , walaupun dengan bantahan ahli parlimen, rakyat dan masyarakat sivil, pada 4 Februari 2016 bersama 11 negara lain di Aukland, New Zealand.
Dengan matinya TPPA sepatutnya semua proses ratifikasi undang-undang dan dasar di Malaysia seharusnya diberhentikan dan tidak diteruskan. Akan menjadi suatu kepelikan jika Malaysia meneruskan ratifikasi sedangkan TPPA sudah tidak lagi boleh berfungsi.
Kami mengesa supaya sebarang perjanjian perdagangan yang akan dimeterai oleh Malaysia perlu dilakukan secara terbuka, bukan dalam kerahsiaan. Proses debat terbuka di Parlimen dan mendapat maklumbalas dari pihak awam sepatutnya menjadi amalan oleh pihak kerajaan.
Kini, kami mendengar pula, sebuah perjanjian baru sedang dirundingi. Iaitu Perkongsian Serantau Ekonomi Komprehensif (Regional Comprehensive Economic Partnership - RCEP). RCEP melibatkan 10 negara Asean bersama China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand.
Sebanyak 316 organisasi sivil dari beberapa negara Asia dan Pasifik telah mengingatkan bahawa ada usaha klausa yang dilihat merbahaya yang tedapat di dalam TPPA mahu dimasukkan kedalam RCEP. Klausa kontroversi mengenai mekanisme Penyelesaian Perselisihan antara Negara dan Pelabur (investor-state dispute settlement (ISDS) mechanisme) cuba dimasukkan dalam rundingan RCEP .
Sekali lagi, jika perundingan seumpama ini dirundingkan dalam keadaan berahsia, akan ada implikasi bantahan lagi dari masyarakat sivil kerana pihak kerajaan meletakkan kepentingan rakyat dalam keadaan risiko. – HARAKAHDAILY 28/1/2017 Sumber HD - 28-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Solat hajat, bacaan Yasin misi Food Flotilla for Myanmar
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru semua masjid dan surau di seluruh negara secara serentak mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin untuk misi Food Flotilla for Myanmar pada 2 Februari 2017 (Khamis malam Jumaat).
Misi telah muktamad akan bertolak dari Pelabuhan Klang pada 3 Februari 2017 selepas solat Jumaat.
Kami merasakan adalah penting seluruh rakyat di negara ini mengambil keprihatinan untuk mendoakan agar misi ini selamat dan berjaya mencapai matlamatnya.
Sesungguhnya inisiatif yang pertama seumpamanya di negara ini, malah yang pertama dalam bentuk ini di dunia merupakan suatu usaha yang sangat bermakna untuk menunjukkan kepada seluruh warga antarabangsa bahawa Malaysia mampu memimpin komuniti dunia untuk bertindak membela kumpulan yang tertindas.
Solat hajat dari seluruh umat Islam di Malaysia pada malam itu adalah kesinambungan dari khutbah dan solat hajat untuk solidariti bersama Rohingya yang telah dilancar sebelum ini.
Kami berpendapat adalah wajar acara ini diadakan ketika mana misi ini amat signifikan dan membawa mesej yang tersendiri untuk menyatukan seluruh umat Islam atas nama persaudaraan Islamiyyah bagi membela dan meringankan penderitaan etnik Rohingya yang tertindas sedemikian lama.
Inisiatif ini yang merentas kepentingan kaum dan ideologi politik seharusnya menjadi kesempatan semua pihak mengenepikan perselisihan dan perbezaan politik dan menumpukan perhatian kepada kewajipan untuk membela mereka yang menderita akibat polisi zalim rejim Myanmar.
Kami menyeru kepada pihak Jakim dan seluruh Jabatan Agama Islam negeri-negeri mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau dalam negara agar melaksanakan solat dan membaca Yasin untuk mendoakan agar mereka yang menyertai misi ini selamat belayar dan melaksanakan tugas dalam misi tersebut serta juga selamat pulang ke tanah air.
Kami berpendapat pihak berkuasa agama akan turut menyokong seruan ini agar semua anak qaryah masjid dan surau di negeri-negeri mengambil inisiatif melaksanakan acara ini demi menunjukkan kebersamaan seluruh umat Islam bersolidariti dengan umat Islam Rohingya.
Dijangka misi yang mengambil masa 15-18 hari ini akan menguji ketahanan fizikal dan mental sekitar 240 para aktivis dalam dan luar negara. Flotilla tersebut akan meredah lautan Andaman dan Teluk Benggal.
Pelayaran yang mencabar ini juga akan berdepan dengan segala kemungkinan. Perubahan cuaca, gelombang laut, syarat pihak Myanmar untuk membenarkan Flotilla masuk ke dalam pengairannya, kerja memunggah dan mengedar bantuan dari kapal ke kem IDP, karenah pihak militeri serta perjalanan yang jauh pergi dan balik akan memberi ujian kepada seluruh delegasi.
Setakat ini semua delegasi menunjukkan semangat untuk menjayakan Flotilla ini dan persiapan tahap terakhir sedang berjalan.
Matlamat misi ini adalah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan sekian lama dan sekali gus menarik perhatian seluruh dunia untuk memberi fokus kepada isu ini agar ia dapat diselesaikan dengan tuntas atas nama keadilan dunia.
Lebih 240 orang delegasi yang mewakili sekitar 40 NGO dari dalam dan luar negara juga akan ditugaskan untuk siap melaksanakan kerja mengedar, merawat, mendirikan khemah, memasak dan melihat keperluan kanak-kanak dan wanita di kem pelarian Rohingya kepada tidak kurang dari 70,000 orang di Teknaf, Bangladesh dan hampir 150,000 orang di Sittwe, Myanmar.
Perjalanan Flotilla tidak kurang mencabar melihat kepada perubahan cuaca yang boleh berlaku di luar jangka apatah lagi sebenarnya di Myanmar dan Bangladesh kini berada dalam musim sejuk.
Peserta Flotilla diingatkan supaya bersiap dengan pakaian yang mencukupi dan sesuai dengan misi ini.
Kami menyeru umat Islam di seluruh negara mendoakan kejayaan misi ini dengan harapan ia boleh menjadi permulaan kepada penyelesaian isu Rohingya ini dalam jangka masa panjang.
Kami juga mengharapkan agar sokongan moral dan sumbangan untuk mengumpul dana dan barangan makanan diteruskan di kalangan masyarakat kerana sehingga ini sasaran untuk mencapai 1,000 tan bantuan masih belum tercapai.
Misi ini memerlukan kesediaan dan kesanggupan untuk masing-masing delegasi berkorban meninggalkan keluarga dan keselesaan berada di kediaman masing-masing. Bukan sahaja mereka perlu turut menyumbang untuk membiayai kos menyertai Flotilla ini, mereka juga harus siap menghadapi risiko dari sebarang kemungkinan. - HARAKAHDAILY 25/1/2017
Penulis ialah Presiden Mapim. Sumber HD - 25-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jumlah itu hanya mampu memberikan bantuan kepada 30,000 pelarian Rohingya sahaja jika tiada lagi bantuan diterima, lapor SelangorKini.
“Masih ada beberapa pihak yang berjanji membantu misi ini, namun belum menyerahkan bahan untuk dibawa ke sana. Saya bimbang sekiranya belayar dengan jumlah muatan kurang dari 1,000 tan dan tinggal dua minggu lagi sebelum ke kem pelarian.
“Misi berkenaan perlu membawa 80 peratus bahan makanan dan 20 peratus lagi untuk perubatan kerana terdapat ratusan ribu pelarian di kem Teknaf, Bangladesh memerlukan bantuan segera selain bantuan makanan kepada rakyat Rohingya yang masih terperangkap di negara mereka,” katanya selepas Dialog Flotilla ke Myanmar, di Shah Alam, semalam.
Katanya, usaha Malaysia bagi membantu pelarian Rohingya kini mula mendapat perhatian dunia termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada beberapa negara luar.
Antaranya, ujar beliau United Kingdom, China, Jerman, Belanda, Perancis, Amerika Syarikat, Filipina dan Singapura yang mula menyatakan sokongan serta menghulurkan bantuan.
“Kita ingin capai 1,000 NGO dari seluruh dunia untuk menyatakan sokongan bagi misi kemanusiaan ini.
“Ia diketuai Malaysia tetapi Flotila sedunia, selain itu kita juga dapat sokongan kuat daripada agensi dalam dan luar negara,” katanya.
Azmi turut merayu mana-mana syarikat juga orang ramai supaya tampil menghulurkan bantuan bagi misi pelayaran kemanusiaan yang membantu ratusan ribu pelarian Rohingya itu.
Misi berkenaan akan menggunakan kapal Nautical Aliya dan belayar dari Pelabuhan Klang menuju ke Yangon, Myanmar sebelum meneruskan pelayaran ke Teknaf dengan membawa 200 aktivis termasuk 30 doktor perubatan serta 27 wakil media daripada dalam dan luar negara.
Khartoum, SUDAN – Lebih dari 10,000 naskah al-Quran sumbangan wakaf rakyat Malaysia telah diagihkan ke pusat-pusat pendidikan yang memerlukan di seluruh pelusuk negara ini.
Pengerisi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu Dr Suhazeli Abdullah berkata, kempen wakaf al-Quran untuk Sudan diteruskan berikutan keperluan yang mendesak.
“Dalam hidup serba daif anak-anak Sudan mereka mempelajari al-Quran di sini dengan anak-anak menggunakan papan-papan kayu dan tanah untuk menulis dan belajar mengaji,
“Pada September lepas, ketika Misi Kemanusiaan dan Qurban pada Aidiladha sebahagian mushaf telah diserahkan dan kali ini, kami ke sini lagi, untuk menyerahkan bakinya,”ujarnya.
Menurutnya, rombongan YAMCT tekah berada di negara ini, sejak minggu lalu menyampaikan dan memantau agihan naskah Al Quran di negara tersebut.
Turut hadir dalam program kali ini adalah ialah Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia Ustaz Misbahul Munir Masduki.
Dr Suhazeli, berkata naskah al-Quran tersebut telah diagihkan kepada lebih 10 buah madrasah di sekitar bandar Al-Gadarif dan Kasalla yang terletak kira-kira 800 km dari bandar ibu negara Khartoum.
“Penyerahan sumbangan itu disempurnakan bersama Yayasan Ehsan (Ehsan charity foundation).
Pengagihan sumbangan kepada madrasah-madrasah dan pusat pendidikan yang memerlukan.
“Sistem pendidikan hafaz Al Quran dan madrasah seumpama ini cukup subur di sini,
“Walaupun agihan telah dilakukan oleh Yayasan Ehsan namun YAMCT selaku penganjur dan penerima amanah wakaf dari orang ramai mengambil pendirian memantau agihan ini bagi menunjukkan keperihatinan kami kepada setiap amanah yang diberikan,”jelas beliau.
Delegasi YMACT yang terdiri dari ima orang jawatankuasa dengan kerjasama lapan orang dari pelajar dari Persatuan Pelajar Malaysia Sudan, melaksanakan pemantuan agihan dari dari 14hb hingga 21hb Januari, 2017.
Negera Sudan mempunyai ribuan pelarian yang menumpang berteduh dari pelbagai negara bergolak sekitarnya seperti Eriteria, Ethiopia, Somalia dan Republik Sudan Selatan.
MAPIM mengalu-alukan 22 resolusi yang dihasilkan kelmarin dari Mesyuarat Tergempar Menteri Luar OIC mengenai etnik minoriti Rohingya di Myanmar yang telah diadakan di Kuala Lumpur 19 hb Januari 2017 kelmarin.
Sementara beberapa tindakan digariskan dalam deklarasi tersebut, namun kami berpendapat tindakan tegas terhadap Myanmar yang selama ini tidak mahu tunduk kepada tuntutan OIC perlu diambil. Pelampau Buddhis pernah mengadakan demonstrasi di Yangon kerana menolak OIC.
OIC seharusnya bersedia mengambil tindakan lebih tegas terhadap Myanmar jika masih meneruskan penindasan terhadap etnik minoriti Rohingya.
Kami berpendapat bahawa inisiatif yang diambil OIC ini wajar. Akan tetapi OIC pernah merumuskan resolusi khas mengenai kedudukan Rohingya sebelum ini dipersidangan di Mekah, malah melantik seorang Envoi Khas untuk isu Rohingya tetapi diendahkan oleh regim Myanmar. Malah sebuah resolusi khas PBB juga pernah dikeluarkan namun Myanmar menolaknya.
Kami berpendapat adalah penting Myanmar diberi tekanan diplomatik yang lebih tegas untuk pertama menghentikan penindasan berbentuk pembersihan etnik yang berterusan dilakukan ke atas Rohingya. Kedua, supaya isu kerakyatan diselesaikan sebagai isu asas yang menjadi punca penindasan regim Myanmar.
Kami khuatir jika kerajaan Myanmar dibiarkan terus melaksanakan polisi menindas yang disasarkan ke atas Rohingya seperti operasi ketenteraan yang dilancarkan di Maungdaw sekarang ini, keadaan akan menjadi lebih parah dan berkemungkinan pembersihan etnik akan berlaku sepenuhnya.
Kami mengharapkan pemantauan perlaksanaan dan penilaian dari perlaksanaan semua tindakan resolusi berkenaan akan membawa kepada hasil paling utama iaitu memberhentikan penindasan ke atas etnik Rohingya dan mengembalikan status kerakyatan mereka.
Soalnya pendekatan yang bersifat diplomatik telah berkali-kali digunakan, akan tetapi nasib etnik Rohingya tetap tidak berubah.
Kami menegaskan bahawa sudah sampai masanya pelanggaran hak manusia ke atas Rohingya di Myanmar perlu disiasat dan Myanmar perlu diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabbangsa.
Jenayah ke atas kemanusiaan telah dinyatakan sendiri oleh penyiasat PBB kini berlaku di Myanmar.
OIC harus mengambil inisatif supaya mencadangkan dakwaan keatas Myanmar di Mahkamah Jenayah Antarabangsa diusulkan. Mengikut kriteria dari perbagai laporan dari siasatan delegasi PBB dan penyiasat bebas dari Universiti Queen Mary UK serta Burma Human Rights Network UK, genocide memang terbukti berlaku.
Penyelidik di International State Crime Initiative (ISCI), berpusat di Universiti Queen Mary di London (QMUL), menemui bukti yang jelas bahawa etnik Rohingya sedang berhadapan dengan pemusnahan massa dan sedang berada di tahap terakhir proses genocide.
OIC harus menumpukan kepada isu utama iaitu penindasan akibat kerakyatan yang dinafikan ke atas etnik Rohingya. – HARAKAHDAILY 20/1/2017 Sumber HD - 20-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bertolak dari Port Kelang: 3 Febuari 2017. Muatan ke kapal: 31 Januari 2017.
Pembelian: 25-27 Januari 2017.
Sumbangan orang ramai boleh dibuat melalui akaun: Parti Islam Semalaysia (PAS) 564070705537 (Maybank).
Anggaran kos: RM80,000 - RM100,000.
Delegasi PAS pusat:
1. Muhammad Sanusi Md Nor
(AJK PAS Pusat- Ketua Delegasi)
012-5969220
2. Ustazah Nuridah Mohd Salleh
(Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia)
013-9205012
3. Ustaz Khalil Abdul Hadi
(Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia)
019-9843277
4. Ustaz Dr Riduan Md Nor
(AJK PAS Pusat)
019-3728844
5. Dato' Ustazah Siti Aisyah Ghazali
(Exco DMPM-Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah)
0 19-545 7196
6. Puluhan sukarelawan...
Semoga sumbangan kita mampu meringankan derita mereka – HARAKAHDAILY 18/1/2017 Sumber HD - 18-1-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kami menggesa Mesyuarat Khas Menteri Luar OIC mengenai isu Rohingya yang bakal diadakan pada 19 Januari 2017 di Kuala Lumpur nanti meluluskan sokongan dan perakuan kepada misi Food Flotilla for Myanmar anjuran gabungan NGO dari pelbagai negara.
Mesyuarat tersebut tidak harus hanya bersifat ucapan retorik dari menteri-menteri luar di kalangan negara anggota OIC kerana Myanmar sehingga kini tidak menghiraukan sebarang resolusi untuk menghentikan penindasan ke atas etnik minoriti Rohingya.
Kami mengalu-alukan keputusan mengadakan mesyuarat ini kerana keadaan terkini di Arakan sangat parah sehingga pelarian mencecah 60,000. Bukan sahaja pembunuhan kanak-kanak dan wanita berlaku dengan sangat kejam, kaum ibu yang hamil juga menjadi sasaran tentera Myanmar. Ribuan rumah sudah dibakar di 35 perkampungan. Masjid juga tidak terlepas dari sasaran serangan militari.
Keadaan pelarian yang terperangkap dalam kawasan operasi tentera kini terputus bekalan makanan dan tempat perlindungan.
Kempen Flotilla yang dilancarkan adalah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan kadar segera.
Sehingga kini Flotilla belum mendapat sokongan dari agensi antarabangsa seperti OIC.
Kami menggesa agar OIC menyokong sepenuhnya usaha yang dilakukan oleh Mapim bersama beberapa NGO yang lain di Malaysia seperti Kelab Putra 1Malaysia, Yayasan Amal dan Muslim Care. Sebanyak lebih 40 NGO nasional dan antarabangsa akan turut menyertai Flotilla ini dari hampir 20 negara.
Yayasan Diyanet Turki yang mewakili kerajaan Turki telahpun bergabung dalam kempen Flotilla ini.
Kami mengharapkan Turki dan Malaysia boleh mengetuai dan menjuarai isu ini sehingga agenda misi Floitilla ini dapat dicapai.
Mesyuarat OIC ini adalah khusus untuk membincangkan isu Rohingya. Sebarang kelewatan bertindak akan bermakna kehilangan nyawa tidak berdosa di kalangan kaum Rohingya. Kesengsaraan mereka sudah terlalu lama dan OIC tidak boleh membiarkan ia berterusan.
Dengan sokongan OIC terhadap Food Flotilla for Myanmar ini kami mengharapkan akan ada pengaruh kepada badan dunia yang lain juga untuk bertindak mendesak Myanmar membuka laluan bantuan kemanusiaan yang sangat diharapkan oleh mangsa.
Kami sangat mengharapkan agar resolusi yang bakal dihasilkan oleh mesyuarat ini tidak akan hanya tinggal pernyataan di atas kertas semata-mata, akan tetapi perlu merangka pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang yang konkrit untuk menyelesaikan isu Rohingya.
Flotilla ini memerlukan bantuan dari sudut legitimasi antarabangsa dan bantuan serta sokongan yang secukupnya bagi memberi impak yang diharapkan. - HARAKAHDAILY 15/1/2017
Penulis ialah Presiden Mapim. Sumber HD - 15-1-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Delegasi YAMCT Ke Jordan, Untuk Agihkan Bantuan Di Sempadan
Amman, JORDAN – Delegasi misi kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) selamat sampai di Jordan dari Istanbul, Turki, bagi menumpukan urusan agihan bantuan kepada hampir 600 ribu orang pelarian Syria yang berada di sempadan Jordan dan Lubnan.
Menurut Ketua Delegasi, Fauzi Abu Samah, misi yang masuk tahun keempat ini juga mendapat kerjasama bersama Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO), Life dan Tangisan Syria di Bumi Jordan.
“Hasil perbincagan bersama dengan Presiden Life yang berpusat di Jordan, Ir. Walid Qonat., pihak kami berkeyakinan penuh segala bantuan yang merupakan sumbangan dari rakyat Malaysia ini, akan sampai ke sasaran yang betul, insya Allah,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi YAMCT.
Disamping itu, tambah Fauzi lagi, mereka juga akan membuat lawatan ke kem pelarian di Al-Mafraq dimana Life telah membuka laluan untuk sama-sama membantu pelarian yang berada di Lubnan.
Sehubungan itu, seorang anggota Delegasi tersebut, Che Salmi Ibrahim berkata, kira-kira seramai dua juta orang yang kurang mendapat perhatian dari mana-mana NGO.
“Kami bersetuju dengan sokongan dan bantuan penuh dari kerajaan Jordan dan Turki dalam memberi perhatian kepada pelarian Syria yang berada di Lubnan,
“dan tidak mendapat perhatian daripada pemerintahan negara itu, Presiden Michel Auon,”kata Che Salmi
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO-NGO Islam yang telah berkerjasama dalam menjayakan Himpunan 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari 2017 membuktikan usaha memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia mendapat sokongan semua pihak.
Tidak membezakan fahaman politik dan latar belakang semua bersatu demi melihat peranan mahkamah syariah mampu dinikmati serta mendapat fungsi sebaiknya demi kebaikan umat Islam.
Antara pertubuhan yang turut sama sebagai penganjur Kongres Rakyat, Majlis Sekretariat Ulamak Umarak (UMUM), Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Peguam Musliam Malaysia, Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA), Majlis Ittihad Ummah Malaysia ( ITTIHAD), Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Pertubuhan Pendukungn & Pencinta Ulamak (GENG USTAZ) , Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia( PROFESIONAL) dan Pertubuhan Pembela Pembela Islam (PEMBELA).
Menurut Pengarah Himpunan 355, Ustaz Nasrudin Hasan bertemakan purple akan siri kempen serta roadshow 'Road to #H355' sedang berlangsung dan kini marak keseluruh negara.
"#H355 mengangkat tema Syariat diperkasa, Rakyat sejahtera. Malaysia perlukan perubahan.
"Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara.
"Sudah sampai masanya negara ini memerlukan perlaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah swt.
"Sekaligus mengundang rahmat dan berkat dari Tuhan yang Maha Mencipta," ujanya.
Nasrudin berkata, Himpunan 355 (#H355) adalah bermaksud memugar semangat dan sokongan seluruh rakyat agar terus bangkit berjuang, berdoa dan memastikan Parlimen Malaysia yang berlangsung pada 6 Mac hingga 6 April akan datang, meluluskan Pindaan Akta 355 melalui sikap positif dan sokongan ahli - ahli parlimen yang ada sekarang.
PAS terbuka bersama demi memperkasakan peranan mahkamah syariah untuk kebaikan bersama.
Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Ahmad Sukari Halim berkata mereka pergi di atas platform Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi melakukan pemeriksaan kesihatan secara umum.
Selain itu mereka juga ditugaskan untuk membersihkan kediaman, sekolah dan masjid yang terlibat bersama 46 lagi anggota NGO lain.
"Mereka diberi peluang untuk membantu mangsa banjir di Thailand di samping merapatkan hubungan kita dengan NGO luar.
"Kita menyediakan tempat berkumpul di sini sebagai salah satu agenda bagi memberi sokongan terhadap usaha kemanusiaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelepasan 14 pacuan empat roda di 12 Kompeni Ubat Wataniah, USM Kampus Kesihatan di sini petang tadi.
Dalam pada itu, seramai 46 orang daripada 18 NGO mengambil inisitif menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di selatan Thailand.
Mereka bergabung di bawah satu Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) yang diketuai Prof Dr Dinsuhaimi Sidek.
Konvoi yang disertai 14 kenderaan pacuan empat roda akan mengagihkan sumbangan seperti 'hygiene kits', makanan, ubat-ubatan, sejadah dan kain sembahyang.
Menurutnya misi bantuan banjir di Nakhon Si Tammarat diadakan memandangkan kawasan itu paling teruk terjejas akibat bencana banjir.
"Misi ini untuk membantu semua mangsa terlibat termasuk orang bukan Islam keranan kawasan ini majoritinya penduduk bukan Islam," katanya.
Antara NGO terlibat seperti Mycare, Ikram, KEMAHANGcare, PKINK, PPSUSM, MESRA, KEK4X4, Crocs 4x4, Isuzu, Mra, Kuwak, PKB, Arkb, Az Solution, MKD, 12 Kompeni Ubat Askar Wataniah, IMARET dan MCOBA. - HARAKAHDAILY 12/1/2017 Sumber HD - 12-1-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lori tersebut membawa bekalan berupa bekalan makanan, keperluan bayi dan keperluan untuk kebersihan ke wilayah Idlib di Syria petang ini.
Selain daripada itu, tikar musim sejuk juga akan dibekalkan dengan muatan sebuah trak itu akan bergerak Ahad dan Isnin, bagi membantu pelarian Syria.
Ketua Delegasi Misi Kemanusiaan Syria YAMCT, Cikgu Fauzi Abu Samah berkata, bantuan tersebut akan di agihkan kepada pelarian di Idlib dan Reyhanli yang mana di sekitar kawasan ini di anggarakan seramai 100,000 pelarian yang melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan.
“Air mata saya berguguran apabila diberi peluang melawat sebuah bangunan yang separuh siap yang mana saya dimaklumkan di tempat ini dijadikan sebagai hospital bagi merawat warga Syria yang terkena serangan di negara mereka.
“Ada yang patah kaki, ada yang buta dan ada yang lumpuh, ketika ini saya tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat sendiri nasib yang menimpa mereka,” katanya.
"Misi kali ini digerakkan ke Turki pada kali ini memandangkan sudah 4 tahun kebelakangan ini banyak bantuan kami hantar di sempadan Jordan Al-Mafraq.
“Untuk kali ini, YAMCT banyak fokuskan ke Turki dengan kerjasama Cansuyu salah satu NGO berdaftar di Turki.
“Di Turki sahaja dimaklumkan seramai 3.5 juta pelarian yang telah melarikan diri mencari perlindungan,” tambah beliau.
Sehubungan itu, beliau berkata, kunjungan ke sempadan Syria-Jordan Jordan tidak diabaikan, bahkan delegasi yang sama akan bergerak dan tiba di sana, pada pada 12 Januari nanti.
Katanya, delegasi YAMCT akan cuba memberi tumpuan untuk mengagihkan kepada pelarian yang berada di lokasi terbabit.
Sementara itu, wakil Cansuyu Yilmaz Balcin berkata pihaknya tidak mencadangkan delegasi ke Idlib, Syria kerana keadaan yang amat berisiko.
“Pada awalnya kami memang rancang untuk membawa semua delegasi YAMCT ke dalam Idlib, oleh kerana pihak kami Cansuyu diberikan maklumat bahawa berlaku situasi yang amat berisiko di dalam Idlib.
“Selepas Aleppo digegarkan serang demi serangan maka kami memutuskan hanya membawa delegasi ke pintu sempadan di Rehanly Hatay,” kata Yilmaz.
Justeru itu, walaupun merasa sedikit kecewa, anggota delegasi Che Salmi Ibrahim berpuas hati dengan pengaturan hantaran bantuan yang diselenggara Cansuyu.
“Kami amat berpuas hati dengan apa yang di aturkan oleh Cansuyu dari awal hingga akhir persiapan bekalan bantuan ke Syria.
“Pada mulanya kami tidak menjangkakan persiapan sebegini rupa. Dan kami amat kagum dengan semua yang diaturkan sehingga kami diberi peluang untuk melihat sendiri bekalan ini dibawa ke pintu sempadan,” jelasnya.
Oleh kerana itu, menurut Cikgu Fauzi, kesempatan yang ada akan mengalihkan tumpuan delegasi YAMCT untuk menziarahi sekolah anak-anak Syria yang berada di sempadan tersebut.
“Pada esok hari insya Allah, pula delegasi YAMCT akan dibawa ke sekolah anak-anak Syria untuk melihat sendiri perjalanan persekolahan yang menempatkan majoriti anak yatim dari Syria.
“Insya Allah, segala sumbangan dari rakyat Malaysia akan disalurkan kepada sasaran yang memerlukan,” kata beliau lagi. (Buletin Online)
SANA’A – Delegasi Kemanusiaan Yemen Care telah selamat tiba di ibu negara Yaman, Sanaa, setelah mengharungi perjalanan selama hampir 20 jam
Ketua Delegasi, Abdul Rahman Che’ Mat berkata Perjalanan yang biasanya hanya 9 jam menelan masa hingga 20 jam.
“Alhamdulullah.. kami selamat sampai jam 12 malam waktu Yaman setelah mengharungi sekurang-kurangnya 30 sekatan pemberontak Houthi”
” Perjalanan yang biasanya hanya 9 jam menelan masa hampir 20 jam kerana terpaksa melalui jalan alternatif yang tidak layak dipanggil sebagai jalan, Ujarnya
Beliau berkata demikian setelah tiba di ibu kota Yaman itu untuk menyambung misi menyalurkan bantuan buat pelarian yang berada di Sana’a.
Pelarian di Ibu Kota Yaman makin bertambah apabila mereka yang berada disekitar Hudaidah, Sa’adah dan Amron lari untuk menyelamatkan diri.
Sementara itu, Abdulrahman berkata pelarian yang berada di Sana’a mencecah hampir 600 ribu orang berdasarkan anggaran penduduk setempat.
“Sehingga sekarang, hampir 600 ribu orang pelarian yang masuk dan menumpang teduh di sana’a dan mereka ini sedang berhadapan dengan suhu yang sangat sejuk sekitar 7 darjah celcius ”
Sehubungan dengan itu, delegasi Yemen Care sedang merangka untuk membahagikan selimut tebal untuk mereka bagi menghangatkan kesejukan suhu yang sedang dialami.
Pun begitu mereka mengharapkan sumbangan dari tuan-tuan untuk disalurkan kepada pelarian-pelarian ini.
HULU TERENGGANU – Delegasi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) telah berlepas ke Turki dan kemudiannya Jordan untuk ke sempadan Syria bagi membantu ribu pelarian Aleppo dan Idlib.
Pengarah YAMCT, Dr Suhazeli Abdullah berkata rombongan sukarelawan itu yang berlepas semalam, akan berada selama 12 hari di sempadan Turki-Syria dan sempadan Jordan-Syria bermula 6 hingga 12 Januari 2017.
Beliau berkata tujuan delegasi tersebut bagi menyampaikan bantuan kepada pelarian yang menjadi mangsa perang di Syria.
Katanya, bantuan seumpama itu merupakan kali keempat pernah diusahakan oleh pihak YAMCT dengan kerjasama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negara terbabit.
Menurutnya, sekarang ini musim sejuk tahap beku yang sudah pasti mangsa pelarian berkenaan amat memerlukan bantuan.
“Tujuan kita (YAMCT) adalah untuk menghantarkan bantuan kepada pelarian-pelarian yang berada di sempadan Syria-Turki dan sempadan Syria-Jordan.
“Ini adalah tahun keempat kita melaksanakan program yang sama dengan memberi bantuan terutama sekali sekarang ini musim sejuk yang mencecah tahap beku di negara-negara berkenaan.
“Kita mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan bantuan dengan menghantar barangan keperluan seharian, baju sejuk, alat pemanas badan serta barangan makanan yang diperlukan oleh pelarian di musim sejuk ini,” ketika bersama program ‘Dapur KAMI’ di Kampung Kepah, Telemong, dekat sini, hari ini.
Dr. Suhazeli bersama isterinya, Dr Khadijah Musa turut membantu aktivis media KAMI menyediakan makan tengahari kepada penduduk kampung dan bagi para petugas operasi pembersihan pasca banjir.
Menurutnya lagi, delegasi YAMCT itu, diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Cikgu Mohd Fauzi Abu Samah bersama lima orang sukarelawannya termasuk Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Terengganu, Che Salmi Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Ustaz Hilmi Harun dan seorang Selebriti Pencetus Ummah (PU) Izzat.
Food Flotilla for Myanmar anjuran koaliasi NGO Malaysia dan antarabangsa akan diteruskan dengan pendekatan dan dasar yang termaktub dalam Deklarasi Hak Manusia Antarabangsa.
Tujuan Flotilla adalah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa pelarian konflik di Myanmar terutama di kawasan Maungdaw, Myanmar.
Sehingga ini ribuan pelarian yang kehilangan tempat tinggal sama ada di dalam Myanmar mahupun yang dapat menyelamatkan diri ke Bangladesh. Mereka tidak mempunyai perlindungan, makanan, kit penjagaan diri, ubat, alat rawatan, pakaian, selimut dan khemah serta keperluan harian.
Flotilla ini dijangka akan belayar pada Januari 2017 ini dan akan diturut serta oleh sekitar 200 orang terdiri dari delegasi lebih 40 NGO dan 20 media Malaysia dan antarabangsa. Peserta NGO dari negara seperti Thailand, Indonesia, Turki, China, Perancis, Holland, Bangladesh, Kemboja, Kuwait dan UK adalah antara negara yang akan menyertai.
Dijangka sebanyak 2,000 tan bantuan kemanusiaan akan dibawa di dalam kapal yang akan belayar lebih 3,000 km (1,600 batu nautika) itu. Bantuan kemanusiaan adalah dikumpulkan dari sumbangan orang awam, NGO, pihak korporat serta agensi kemanusiaan yang dianggar bernilai lebih RM1.5 juta hingga RM2 juta.
Bantuan dijangka dapat diedarkan kepada lebih 50,000 pelarian Rohingya di dalam Myanmar serta di kem pelarian Teknaf disebelah Bangladesh. Di samping menghantar bantuan, peserta Flotilla sedang disiapkan untuk melakukan pelbagai tugasan untuk memastikan kerja dilaksanakan dengan sempurna seperti melakukan khidmat rawatan, mengedar bantuan, melihat keperluan wanita dan kanak-kanak, membantu mendirikan khemah dan tempat beribadah sementara.
Sehingga ini sebuah kapal dari Malaysia telah muktamad diperolehi untuk menjayakan Flotilla dengan muatan 2,000 tan.
Hampir 80% persiapan Flotilla sudah dapat disempurnakan setakat ini.
Misi pelayaran Flotilla ini dijangka akan mengambil masa 15 hingga 19 hari pergi dan balik dan akan merentas lautan Andaman dan Teluk Bengal.
Beberapa pilihan laluan sedang dipertimbangkan untuk flotilla ini belayar dari Pelabuhan Klang sehingga Maungdaw. Berdasarkan kepada keadaan pelabuhan yang ada di Rakhine Myanmar, kami sedang berunding dengan pihak berkuasa Malaysia, Myanmar dan Bangladesh untuk mendapat laluan yang selamat dan mudah untuk menyampaikan bantuan tersebut.
Kami merancang untuk memastikan bantuan kemanusiaan disampaikan secara langsung dari delegasi Flotilla kepada mangsa di mana mereka berada. Hasrat kami adalah untuk melihat secara terus, barang bantuan sampai ke tangan mangsa.
Urusetia Flotilla sudah menghantar surat kepada Setiausha PBB, OIC dan Asean serta beberapa ketua negara seperti Turki, Indonesia, Saudi supaya turut menyokong dan membantu untuk menjayakan flotilla tersebut.
Penganjur utama flotilla iaitu Mapim, KP1M Dan TDV Turki bersepakat bahawa kami tidak akan melanggar undang-undang negara Myanmar dan undang-undang antarabangsa. Kami hanya mahu diberi akses untuk menyampaikan sendiri bantuan tersebut. Pihak berkuasa Myanmar perlu menghormati usaha NGO dari pelbagai negara supaya penyelesaian yang muktamad dicapai bagi warga Rohingya yang telah menderita sekian lama.
Sebagaimana tercatat dalam Deklarasi Hak Manusia Asean bahawa setiap nyawa awam hendaklah dilindungi, maka Flotilla meminta agar objektif utama misi ini untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan diberi laluan dan kerjasama sepenuhnya oleh pihak berkuasa Myanmar.
Kami juga menegaskan bahawa kami menghormati kedaulatan negara Myanmar tetapi dalam masa yang sama kami juga meminta negara tersebut juga mematuhi hak orang awam yang menjadi mangsa dalam konflik tersebut dilindungi. Ini termasuk memberi akses kepada agensi dan mana-mana NGO kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa tidak kira agama ataupun bangsa.
Kami menegaskan bahawa konsep misi ini adalah demi kemanusiaan untuk siapa sahaja yang memerlukan bantuan. Misi ke Myanmar adalah juga membawa mesej untuk membantu, bukan untuk berkonfrantasi.
Kami mahukan rantau yang aman dan harmoni antara agama, bangsa dan budaya. Flotilla ini adalah simbolik kepada inisiatif rakyat kepada rakyat. - HARAKAHDAILY 5/1/2017 Penulis ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Sumber HD - 5-1-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysian Flotilla May Be Turned Back By Force If It Enters Myanmar Waters Without Official Approval
A Malaysian flotilla transporting aid for Rohingya Muslims may be turned back by force if it enters Myanmar waters without official approval, according to local media.
Irrawaddy online magazine reported the president’s office as warning Malaysian NGOs not to deliberately fuel flames sparked by ongoing violence in Myanmar’s western Rakhine State, emphasizing the importance of not exploiting religion for political purposes.
“The first thing is, don’t exploit religion. The second thing is, respect the government. The third one is, review what the real purpose of the plan is,” office spokesman Zaw Htay was quoted as saying.
“If they do as they wish without approval from Myanmar authority, that will be their mistake, not ours,” said Zaw Htay, adding that the government had so far received no official request for the ship to enter Myanmar waters.
The Malaysian Consultative Council of Islam Organizations (MAPIM), a coalition of non-governmental organizations, has organized the shipment of rice, medical aid and other essential supplies for the minority Muslim community in conflict-torn Maungdaw district in Rakhine.
MAPIM’s secretary-general, Zulhanis Zainol, has said that the flotilla faces three scenarios on arrival — being allowed in to hand over the aid, told to turn back, or being attacked by Myanmar security forces.
“Access to the affected areas is completely blocked. This resembles Gaza as victims are squeezed between military attacks and closure of the border to a neighboring country,” Zainol told Malaysia’s Star Online.
“We also want to bring a message of peace with the flotilla. It is not only a religious issue but a humanitarian one.”
On Friday, the deputy president of MAPIM told Anadolu Agency that the decision to send the flotilla had been made after the Myanmar government agreed in principle at a recent ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) foreign ministers meeting to open borders to such convoys.
“That is the reason behind the flotilla launch. The flotilla will be launched next month and will return after two weeks. No definite date has been determined yet as the NGO is trying to gather as much resources as it can,” Zulkifly Ibrahim underlined by phone.
He said that 200 people are expected to take the journey from Malaysia, comprising medical officers, religious leaders, politicians and media, but the mission still faces “unforeseen challenges”.
When asked how the flotilla would react to physical confrontation, Ibrahim said a decision was yet to be made.
“Many things can change between now and the launch date,” he added.
The predominantly Rohingya area of Maungdaw has been under strict military control since Oct. 9 when a gang killed nine border police officials in an area close to Myanmar’s western border with Bangladesh.
In the ensuing military clampdown, aid agencies and independent journalists were denied access and at least 93 people — 17 police and soldiers and 76 alleged “attackers” (including six who reportedly died during interrogation) — were killed and some 600 suspects detained for alleged involvement in the Oct. 9 attacks.
State media have reported that another three Muslim men have been killed on suspicion of collaborating with authorities.
Rohingya advocacy groups, however, claim around 400 Rohingya — described by the United Nations as among the most persecuted groups worldwide — were killed in the military operations, women were raped and Rohingya villages torched.
Malaysia has heavily criticized Myanmar’s government and military over the violence, with Prime Minister Najib Razak and his cabinet referring to it as “genocide” or “ethnic cleansing”.
Fellow Muslim neighbor and ASEAN member Indonesia, however, has pledged to help Myanmar resolve all conflicts between the Buddhist and Muslim communities in impoverished Rakhine, which it sees as the root of the problem.
On Thursday, the Irrawaddy quoted Zaw Htay as telling the MAPIM that if they want to support Muslim communities in the area, they should follow Indonesia’s lead.
He underlined that Jakarta is in cooperation with the Myanmar government to deliver rice to both Buddhist and Muslim communities in Maungdaw and that the government is also collaborating with UN agencies, international NGOs, and international and regional governments for humanitarian outreach in the area.
The flotilla is presently expected to leave Port Klang in Malaysia Jan. 10 and to return after dropping off aid around two weeks later.
Zaw Htay underlined Thursday that if the journey goes ahead in its present form, the ships would be told to return to Malaysia once entering Myanmar waters, or they would be turned back by force.
Rakhine has been torn by religious and ethnic division since mid-2012, after communal violence broke out between ethnic Rakhine Buddhists and Rohingya.
The violence left more than 100 people dead, over 100,000 (primarily Rohingya) displaced in camps and more than 2,500 houses razed — most of which belonged to Rohingya.
Members of the minority were also not allowed to stand or vote in Myanmar’s 2015 elections, which Nobel Peace Prize laureate Aung San Suu Kyi’s party won in a landslide, as Myanmar does not see them as nationals.
Despite being accused of indifference to the Rohingya and their suffering, Suu Kyi has long said that the situation in Rakhine is economic, not political, as she strives to balance calls for intervention from the international community with anti-Muslim cries from nationalists — many of whom voted for her party — back home.
MAPIM describes itself on its Facebook page as a medium to coordinate, consult and facilitate efforts to improve the effectiveness of Islamic organizations and activists “in the efforts to build Islamic society that is ‘Khairo Ummah’ [for the good of the Muslim community] as a whole”. – worldbulletin
AFMY menggesa agar semua pihak tidak meneruskan spekulasi dengan perkembangan terkini jalan penyelesaian konflik Syria yang cuba diusahakan oleh Presiden PAS, Sheikh Abdul Hadi Awang.
Perlu diakui, Sheikh Abdul Hadi Awang mempunyai pengalaman yang tinggi sebagai juru runding berwibawa dalam menyelesaikan banyak konflik yang melanda negara-negara umat Islam sama ada di wilayah Asia, Timur Tengah dan seluruh dunia bagi membantu menguatkan dan menyatukan umat Islam.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;
Secara umumnya, AFMY melihat langkah Sheikh Abdul Hadi Awang menepati beberapa proses penyelesaian konflik seperti;
1.Memahami dan menghuraikan konflik Syria-Aleppo secara mendalam dalam kerangka yang lebih luas tanpa pengaruh media musuh dan proksi musuh.
2.Mengambil sikap berusaha berkomunikasi dengan pihak-pihak yang terlibat secara dekat di dalam konflik Syria termasuk pihak oposisi dan kumpulan Islam. segala perancangan dan perangkap musuh dapat dipatahkan.
3.Berbincang dengan pelbagai pihak yang memerhati konflik Syria dan Asia Barat termasuk dari kalangan cendekiawan, pimpinan gerakan Islam, kerajaan, dan NGO akan solusi terbaik .
4.Memilih pendekatan terbaik yang mampu menyelesaikan permasalahan konflik Syria tanpa terpalit sentimen negara dan aliran mazhab yang telah memecahkan dunia Islam.
5.Mengambil pendekatan perantara pihak ketiga yang berupaya memberi langkah cerah ke jalan penyelesaian seperti negara-negara Islam, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, OIC dan lain-lain yang difikirkan wajar.
6.Memikirkan langkah alternatif yang tuntas setelah pihak perantara kurang memberi kesan penyelesaian terhadap konflik Syria. Ini termasuklah mengambil ruang mengemukakan pendirian yang jelas bagi menamatkan konflik Syria khususnya Aleppo di dalam persidangan Majma' Taqrib yang berlangsung di Iran baru-baru ini.
7.Menghadapi situasi konflik dengan usaha memberikan tekanan dan desakan yang tinggi untuk menggesa semua pihak menghentikan konflik perang dan jenayah kemanusiaan Syria. Desakan dan tekanan wujud secara konsensus dengan semua pihak hasil kejayaan rundingan.
Seterusnya, AFMY menyelar sikap pelbagai pihak sama ada individu atau kumpulan Islam yang cuba memberi kesimpulan awal secara dangkal bagi mengundang persepsi negatif terhadap usaha ini.
Semua pihak disaran menilai sewajarnya serta menonjolkan sikap optimis terhadap langkah yang diambil agar konflik Syria berjaya diselesaikan dengan segera dan seterusnya melakar momentum kebangkitan baru dalam dunia Islam.
DR ABDUL MUNTAQIM ABU BAKAR
Setiausaha Agung,
Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)
23 Disember 2016 | 23 Rabi'ul Awwal 1438H – HARAKAHDAILY 23/12/2016 Sumber HD - 23-12-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pusat Komunikasi, Koordinasi Flotilla ke Myanmar ditubuh
MOHD AZMI ABDUL HAMID | .
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengumumkan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Flotilla ke Myanmar (PKKFM) ditubuhkan bermula hari ini di alamat sekretariat Mapim Selangor Tingkat 1, 37A Jalan 8 /1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Pusat tersebut berfungsi penuh menjadi sekretariat kepada seluruh persiapan Flotilla ke Myanmar yang dianjurkan oleh gabungan NGO Malaysia, serantau dan antarabangsa.
Masyarakat awam boleh mendapatkan maklumat berkaitan misi Flotilla ini dengan berhubung terus kepada sekretariat tersebut melalui Direktor PKKFM, Encik Zulhanis 0389126298 atau 0192890298, e-mel
flotillaformyanmar@gmail.comThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
.
Mapim dan rangkaian rakan NGOnya kini sedang mempertingkatkan usaha persiapan menyusun semua keperluan Flotilla agar misi penting ini akan berjalan lancar dan berjaya.
Mapim telah menetapkan kod Operasi Relay (Operation Safe the Last Rohingya) sebagai kod yang akan digunakan dalam gerak kerja persiapan.
Pusat ini dijangka akan melaksanakan pelbagai gerak kerja yang melibatkan urusan penetapan jadual pelayaran, pengumpulan dana, kepastian bilangan kapal, jenis dan pengumpulan serta pemindahan itineri bantuan kemanusiaan, kepastian delegasi dan syarat menyertai Flotilla, persiapan logistik, komunikasi dan koordinasi dengan pelbagai NGO serta penetapan tugas setiap NGO, penyenaraian sukarelawan dan persiapan yang berkaitan, keperluan dan menguruskan perhubungan media nasional, serantau dan antarabangsa, keselamatan dan perhubungan dengan pelbagai agensi antarabangsa.
Setakat ini 50 sukarelawan dan anggota NGO di peringkat nasional dan serantau sedang dikerah untuk membantu semua aspek persiapan Flotilla. Seramai 200 delegasi akan disenarai pendek untuk menyertai Flotilla dengan syarat yang ditetapkan.
Flotilla ini dijangka akan memberangkatkan minimum 2 kapal untuk kargo dan delegasi dari Malaysia. Mapim sedang berunding untuk mendapatkan kapal dari Thailand dan Indonesia. Jadual pelayaran yang direncanakan paling awal ialah pada 10 Januari 2017 bermula dari Pelabuhan Klang. Setakat ini misi Flotilla akan mengambil masa 12 hari pergi dan pulang.
Pusat ini telah menetapkan jadual sasaran tarikh untuk setiap fasa dan tahap kerja persiapan Flotilla iaitu:
Tarikh konfirmasi kapal.
Tarikh akhir pendaftaran organisasi dan wakil organisasi yang ingin menyertai Flotilla.
Tarikh pengumuman rasmi pelayaran Flotilla.
Tarikh akhir pengumpulan Dana Flotilla.
Tarikh pengumpulan dan pemindahan bantuan ke kapal Flotilla.
Tarikh perhimpunan delegasi dan taklimat akhir.
Tarikh senarai semak sukarelawan. - HARAKAHDAILY 22/12/2016
Penulis ialah Presiden Mapim. Sumber HD - 22-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bantuan Dibolot Tentera, Sami Myanmar Posted on Wednesday, December 21 @ 23:29:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR: Usaha membawa masuk bantuan ke Rohingya sejak enam tahun lalu sia-sia akibat sebahagian besar daripadanya dibolot tentera dan sami Buddha Myanmar.
Pengerusi Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Zahidi Zainul Abidin,
mendakwa tentera Myanmar kononnya mengenakan cukai terhadap bantuan luar yang ingin
disalurkan ke wilayah Rakhine.
Beliau mendakwa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan yang terbabit dalam misi itu kecewa ekoran bantuan yang dihantar, dikongsi secara haram oleh tentera dan sami Myanmar.
"Bantuan yang kami dan NGO lain bawa dihalang tentera Myanmar untuk terus masuk ke
Rakhine. Kami tidak dibenarkan masuk.
"Pihak tentera kata mereka sendiri akan menghantar bantuan berkenaan. Bagaimanapun,
kami dapati bantuan untuk masyarakat Rohingya cuma tiba separuh sahaja kerana bakinya
diambil tentera dan sami Buddha atas alasan cukai," katanya pada sidang media selepas
sesi pertemuan dengan sembilan NGO Rohingya, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Selain itu, Zahidi berkata, IKIAM akan bekerjasama dengan pemerintah Indonesia dan
Bangladesh bagi memudahkan proses penyampaian bantuan, termasuk menubuhkan kem
pelarian di negara berkenaan.
Dalam pada itu, Shahidan mencadangkan proses saringan pelarian Rohingya ditambah baik
di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) bagi mengelakkan
pelarian dari negara lain seperti Bangladesh, termasuk penduduk Islam Myanmar di salah
anggap sebagai etnik Rohingya.
Justeru, beliau menggesa etnik Rohingya yang tinggal di negara ini dilantik dalam
jawatankuasa saringan UNCHR.
KAMI mengalu-alukan hasil daripada Retreat Menteri Luar Asean di Yangon kelmarin, pengumuman oleh Kaunselor Negara, Aung San Su Kyi, bahawa kerajaan Myanmar akan membuka laluan untuk bantuan kemanusiaan dihantar kepada kawasan utara Rakhine tempat berlaku serangan ke atas etnik Rohingya Muslim berlaku sejak 9 Oktober yang lalu.
MAPIM dengan itu akan segera bersiap untuk melancarkan Flotilla Makanan untuk Myanmar seperti yang telah diumumkan sebelum ini. Segala persiapan teknikal untuk menyegarakan persiapan kapal, partisipasi delegasi dan pengemblengan sokongan dari dunia akan digerakan.
Pelayaran Flotilla akan disasar pada awal atau pertengahan Januari 2017.
Usaha untuk mendesak agar Myanamr memberi akses kepada agensi bantuan kemanusiaan memasukki kawasan berkaitan, setelah semua laluan ditutup, akan membolehkan bantuan disalurkan sesegara mungkin.
Situasi kebuluran dan pelarian tanpa perlindungan dan tempat tinggal kini sudah mencecah puluhan ribu dan keadaan akan menjadi lebih parah jika bantuan segera tidak diusahakan.
MAPIM telah memulakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang telah sempat melarikan diri merentasi sungai Naf untuk masuk ke Bangladesh pada 14 hb hingga 18 hb Disember yang lalu.
Keadaan yang sangat mendesak dalam kalangan ribuan kaum ibu yang hanya melarikan diri sehelai sepinggang bersama bayi dan anak kecil di daerah Teknaf, selatan Bangladesh, menyebabkan Misi MAPIM tidak berlengah untuk menyalurkan bantuan makanan.
Sehingga ini laluan untuk masuk ke Myanmar maseh tertutup dan usaha melalui laut dengan misi Flotilla akan bergerak merentas Teluk Bengal untuk masuk secara langsung ke daerah Maungdaw.
Kami mengesa supaya misi Flotilla yang diusahakan ini tidak akan dihalangi oleh kerajaan Myanmar. Misi ini bertujuan membawa makanan, ubatan, khemah, peralatan dan pakaian untuk lebih 30,000 mangsa yang kini menjadi IDP (Internal Displace People)
Kami juga mengesa supaya agensi antarabangsa memastikan bantuan melalui Flotilla ini mendapat kemudahan yang secukupnya supaya bantuan dapat disalurkan dengan lancar.
Flotilla yang diusahakan oleh MAPIM bersama rangkaian Ngo nasional, serantau dan internasional akan dijangka bergerak secepat mungkin melibatkan penyertaan sekitar 200 orang atas 2 buah kapal.
Dijangka pelayaran akan mengambil masa 3 - 4 hari dari pelabuhan Klang Malaysia menuju ke pengairan Myanmar melalui Lautan Andaman dan masuk ke Teluk Benggal.
Flotilla ini akan membawa 15,000 ton bantuan yang akan diserahkan kepada pos pihak UN yang akan membantu mengedarkan bantuan tersebut.
Kami tetap berpendirian bahawa isu asas dan punca kepada masalah penindasan ke atas Rohingya selama ini ialah penafian kerakyatan serta hak manusia yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan Myanmar. Jika isu ini tidak diselesaikan krisis yang berkaitan yang berpanjangan. – HARAKAHDAILY 20/12/2016 Sumber HD - 20-12-2016
No comments:
Post a Comment