BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, November 26, 2016

ANALISA ISU (JILID 3)







Pengarah Strategi Parti Amanah (PAN) Mengaku Kalah Sebelum PRU-14 di
Kawasan Mel
ayu

Posted on Friday, June 23 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35510



MEMBACA wawancara Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), 

Dr Dzulkefly Ahmad, di dalam akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 19-25 
Jun 2017, jelas tergambar bayangan pengakuan kalah awal-awal lagi AMANAH 
di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang akan ditandingi olehnya di dalam Pilihan Raya 
Umum Ke-14.
Bayangan pengakuan kalah AMANAH di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang akan
ditandingi olehnya ini dapat dilihat di dalam dua kenyataan Dr Dzulkefly berikut:

(1) “The nascent support base that was emerging as the core support for PAS, in the
2008 and 2013 general elections [notably the Chinese, Indians and urban Malays],
would have left them (PAS). They are now our core support.”

(Terjemahan: “Tapak sokongan baru yang muncul sebagai sokongan teras terhadap
PAS, dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan Pilihan Raya Umum 2013 [khususnya
golongan Cina, golongan India dan golongan Melayu bandar], akan telah
meninggalkan mereka (PAS). Mereka sekarang adalah sokongan teras kita.”)

(2) “AMANAH has to depend on mixed seats due to its core strength among middle
Malaysians who no longer support PAS.”

(Terjemahan: “AMANAH terpaksa bergantung kepada kerusi-kerusi campuran
 disebabkan kekuatan terasnya di kalangan golongan pertengahan Malaysia yang
tidak lagi menyokong PAS.”)

Sehubungan ini, selaras dengan pengakuan Dr Dzulkefly bahawa sokongan teras
AMANAH adalah golongan Cina, golongan India dan golongan Melayu bandar yang
sekali gus menyebabkan AMANAH terpaksa bergantung kepada kerusi-kerusi
campuran, eloklah jika para pemimpin AMANAH lain melupakan terus usaha
mereka untuk menawan kerusi-kerusi majoriti Melayu, khususnya di negeri-negeri
 Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Serentak dengan itu, eloklah juga jika para pemimpin AMANAH Kelantan berhenti
dari melaungkan bahawa mereka akan menawan tampuk pemerintahan Kelantan dari
tangan PAS kerana kerusi-kerusi di Kelantan adalah kerusi-kerusi majoriti Melayu, 
bukan kerusi-kerusi campuran.

Sesungguhnya Allah melarang hamba-Nya dari melakukan perkara sia-sia.

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ


Jangan lupa, pemberi nasihat ini adalah Pengarah Strategi AMANAH sendiri.

FB
Dr Kamarul Zaman yusoff 


Sumber TKO - 23-6-2017

DoJ : Syed Saddiq Masuk Perangkap Raja Petra
Posted on Thursday, June 22 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35507



Berkaitan serangan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendakwa Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman telah memasuki perangkap yang dipasangnya apabila tampil membuat laporan polis.

RPK dalam tulisan terbaharu di blognya berkata laporan polis Syed Saddiq itu seperti mengulangi kesilapan yang dilakukan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu yang membuat laporan polis terhadap buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM”.

Katanya, selepas Syed Saddiq membuat laporan polis ke atasnya, mengikut undang-undang pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan.

“Dan jika polis memanggil saya – misalnya ke Bangkok – untuk mengambil keterangan, maka saya terpaksa ke Bangkok dan bertemu polis.

“Kemudian saya perlu mendedahkan nama tiga exco pemuda anda yang pernah dimaklumkan mengenai rancangan pengumuman DoJ pada 15 Jun 2017.

“Dan ini bermakna tiga anggota exco itu sudah terheret bersama dalam isu ini kerana polis akan memanggil mereka untuk dirakam keterangannya,” katanya.

Jika polis mendapati dakwaan itu benar, katanya, maka ia mungkin sama seperti suatu konspirasi.
“Konspirasi berlaku apabila dua orang atau lebih bertindak secara terancang untuk melakukan jenayah. Dan konspirasi untuk menghancurkan negara dan/atau perdana menteri dengan niat untuk melunturkan keyakinan orang awam dan asing kepada negara dan merosakkan ekonomi negara sama dengan sabotaj ekonomi.

“Pendek kata, ini adalah perbuatan khianat dan anda adalah rakan subahat yang boleh didakwa dengan tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, jenayah yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya lagi. - AIDCNews

Sumber TKO - 22-6-2017


Baca betul betul.......
Posted on Thursday, June 22 @ 06:35:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35503



Assalamualaikum,,,

"Naib presiden PAS itu dipetik Harakah Daily berkata, pelawaan itu terbuka kepada 

PKR dan PPBM, jika mereka hendak memutuskan hubungan dengan Amanah dan 
DAP untuk menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)". Inilah 
kenyataan Nik Amar yang nampaknya tidak disedari atau sengaja diabaikan oleh 
musuh musuh yang menyerang kembali seperti harimau tiada gigi.Di mana silapnya
apa yang dikatakan  Nik Amar itu dan di mana tidak berpendirian PAS?

PAS tak akan rujuk kembali dengan mana mana parti tetapi sekadar menyatakan
keterbukaan untuk berunding dengan parti parti yang memutuskan HUBUNGAN
DENGAN PAN DAN DAP SERTA UNTUK MENJATUHKAN BN PADA PRU 14.
Inilah mesej penting dari Nik Amar yang nampaknya disalah ertikan oleh para musuh
dengan berbagai bagai hujah longgar dan longlai.

Antara hujuh yang dapat dilihat ialah kluk klik, PAS nak rujuk kembali dengan
kekasih lama dan apa apa entah.Semacam mereka gelisah dalam gembira ketika
mengemukakan hujah hujah sebegini.

Namun PAS biasa jer, ada orang kata PAS sengaja beri bola tanggung kepada lawan
tetapi lawannya pemain amatur yang terlalu amatur sehingga nak smash bola pun tak
pandai.

Bukan jenis yang teliti, bukan jenis mengkaji tapi jenis hentam kromo, tengok saja
tajuk, terus hentam, langsung tak ada bakat mencacai, ca Umno yang dah pupus juga
ditiru, apalah dia orang ni.

PAS kata terbukapun di hentam tanpa melihat dulu apa yang terbuka tu,Sikit sajapun
yang PAS bukanya, cuma berunding untuk PRU 14 dan untuk meghadapi Umno
bukannya berunding nak tubuh pakatan ker apa ker.Dan lebih penting ianya mesti
didahului dengan memutuskan hubungan dengan DAP dan PAN.Lagi pula kenyataan
Nik Amar ini keluar setelah keluar cerita PKR sedang mengintai peluang untuk
bekerjasama dengan PAS apabila mereka meninggalkan DAP dan PAN.

Peliknya cerita dari kem PKR ini tak pulak mereka siasat betul atau salahnya,
sebaliknya terus melanyak PAS yang kononnya tak ada prinsip.Itulah prinsip PAS,
keterbukaan untuk meghadapi Umno pada PRU 14 akan datang.Jadi sesiapa saja yang
mahu bersama PAS dengan dasar terbukanya mesti terlebih dahulu meninggalkan DAP
dan PAN, di mana untuk kedua parti ini,tiada dasar terbuka.

Maknanya PAS hanya bersedia berunding dengan parti yang memutuskan hubungan
dengan DAP dan PAN, itu muktamat dan perundingan itulah hanya untuk PRU 14
bukan untuk membentuk pakatan............

Baca betul betul!

Sumber TKO - 22-6-2017



BN tak perlu dikekalkan: Pas
Posted on Tuesday, June 20 @ 11:43:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35500



SHAH ALAM - Pas menjangkakan rakyat akan dipaksa  membayar  cukai barang dan perkhidmatan (GST)  untuk  petrol  dan juga ubat-ubatan sekiranya BN terus memerintah negara ini.

 Timbalan Presiden Pas, Tuan  Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan terbaharu untuk mengenakan GST terhadap 60 item baharu  walaupun dibatalkan menunjukkan BN sanggup melanggar janjinya untuk  tidak mengenakan GST terhadap makanan asas.

“Tiada  jaminan  bagi  rakyat bahawa BN tidak akan melanggar  janjinya  yang lain jika ia kekal berkuasa.

“Justeru itu, BN tidak lagi boleh  dikekalkan  sebagai kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, Pas juga berkeyakinan bahawa tindakan  pembatalan berkenaan  berkait  dengan PRU14 yang berlangsung tidak lama lagi.

“Cadangan untuk mengenakan  GST  terhadap 60 barangan  dibatalkan  kurang dari  tempoh 24 jam  adalah disebabkan  reaksi rakyat yang membantah perlaksanaan itu.

“Jadi,  Pas  amat yakin tindakan ini ada kaitan langsung  dengan  PRU14 yang  tidak lama lagi, namun apakah jaminan yang ada bahawa  ia  tidak  dilaksanakan selepas PRU14?,” katanya.

Beliau berkata, belum lagi inflasi negara jatuh ke tahap yang disasarkan Bank Negara, kerajaan BN mengumumkan GST yang  baharu dan sekiranya ia dilaksanakan ia pasti akan melonjakkan tahap inflasi.

“Apakah perbendaharaan negara kini di tahap kritikal sehingga BN sanggup mencadangkan pelaksanaan GST ke atas makanan asas walaupun pilihan raya bakal diadakan dalam tempoh kurang daripada 14 bulan,” soalnya.

Sebelum ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengumumkan pembatalan terhadap tindakan mengenakan GST terhadap lebih 60 jenis barangan makanan.


Sumber TKO - 20-6-2017



Pelik, lawan lanun tapi bila menang nak angkat lanun jadi boss!
Posted on Tuesday, June 20 @ 11:41:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35499

"Assalamualaikum,,,

PH terus bergegar dengan kokokan yang bergelumbang taik.Merancakan kokokan ini pula ialah Zaid Ibrahim, orang Islam liberal yang tumpang bertengek dengannya puak puak tak tahu menghargai nikmat ALLAH, LGBT.Tapi dalam kokokan itu, nampaknya sudah hilang kesungguhan untuk menghapuskan lanun kerana yang  nak diangkat nanti juga lanun yang sebenarnya jauh lebih dasyat dari lanun 1MBD.Kepala lanun yang menjadikan segala rompakan wang rakyat jadi nyata kini sudah bersedia untuk jadi kepala lanun lagi.Apa sudah jadi PH?

Zaid menyifatkan PH sebagai pakatan rapuh dan akan sentiasa terdedah kepada kehancuran mereka sendiri.Apa tidak rapuhnya kalau ketua lanun yang memulakan segala keruntuhan negara kini kembali memimpin penentang lanun melawan anak didiknya sendiri.

Zaid Ibrahim juga teruja menamakan LKS sebagai menteri pendidikan yang nampak bagus untuk agenda liberal dan sudah tentu menguntungan LGBT.Dan lebih menarik dia menamakan Mujahid Rawa sebagai menteri ugama yang akan meraikan semua kumpulan seperti liberal, LGBT, evangelis dan sebagainya.

Itulah visi Zaid Ibrahim yang sentiasa advance memikirkan kemenangan liberal di bumi Malaysia.Tetapi peliknya kenapa pulak Zaid menyokong ketua lanun untuk menjadi boss Malaysia sekali lagi ya?

Ada apa yang  Zaid nak melanun?Muhyiddin Yasin yang dicadangkan Zaid sebagai menteri petroleum juga janggal, sebab Muhyiddin bukanlah seorang tokoh ekonomi dan pakar perangcangan yang bagus.Sebelum meninggalkan Umno dan kerajaan, muhyiddin masih ada hutang dengan kerajaan kerana ada tanda dia melanun di makmal makmal komputer sekolah sekolah yang sampai hari ini masih belum pulih.

Apa nak jadi dengan kerajaan PH dan Malaysia kalau PH jadi kerajaan dengan Mahathir jadi PM lagi.......

Sumber TKO - 20-6-2017 


Kemanusiaan dan kasih sayang yang palsu:LGBT
Posted on Sunday, June 18 @ 15:11:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35485

"

Assalamualaikum,,, Presiden Pelangi Campaign, Numan Afifi menyifatkan kemanusian 

dan kasih sayang menjadi asas kepada perjuangan keserataan untuk LGBT.Katanya lagi
 kemanusiaan dan kasih sayang pasti akan menang.boleh percaya kah, LGBT menuntut 
keserataan berdasarkan kemanusiaan dan kasih sayang? Kemanusiaan apa kalau 
kerosakan kemanusiaan yang berlaku kerana LGBT, kasing sayang apanya kalau apa 
yang menjadi tumpuan hidup LGBT semata mata sex rambang? Apakah itu kasih 
sayang yang mereka perjuangkan?

Dr Suhazeli Abdullah,Pakar Perubatan Keluarga, Klinik kesihatan Ketengah Jaya
menjelaskan bagaimana LGBT menjadi punca utama penyakit kelamin yang membawa
kehancuran kepada kemanusiaan.Sex semasa lelaki menyebabkan kerosakan yang teruk
kepada dubur manusia yang dijadikan ALLAH untuk membuang najis dari badan.
Kenapa manusia jadi bengang dan hina lebih hina dari binatang kerana gagal
menggunakan kemudahan yang diberi ALLAH untuk meneruskan kehidupan dan
kemanusiaan?

Logik kah LGBT dengan dakwaan kemanusiaan dan kasih sayang mereka? Di mana
nilai kasih sayang dalam hubungan kemanusiaan LBGT? Manusia dijadikan sebagai s
ebaik baik kejadian tetapi manusia boleh jadi hina dari haiwan kalau manusia
berpendapat boleh mengubah fitrah yang ALLAH jadikan.Sebenarnya LGBT bukanlah
 perkara baru sebab ianya pernah berlaku di zaman Nabi Luth sehingga akhirnya
manusia ketika itu dilaknati ALLAH kerana hanya tertumpu kepada kasih sayang
sesama jenis dan hari ini LGBT mengulangi perlakuan umat Nabi Luth dengan
menggunakan alasan yang dangkal,kemanusian dan kasih sayang.

Kemanusian dan kasih sayang menurut Numan Afifi akan menang, memang benar
kemanusiaan dan kasih sayang akan menang tetapi LGBT tidak, sebab akan tewas
kerana tiada kemanusiaan dan kasih sayang dalam LGBT.

Yang ada hanyalah kerosakan , rosak kemanusian, rosak kasih sayang dan lebih dasyat
LGBT hanya akan memberi masalah kepada umat.Tiada nilai tambah dari sudut
kehidupan tetapi kemusnahan yang ditempah LGBT akan terpaksa ditanggung bersama
oleh masyarakat sekeliling, sama teruknya masyarakat terpaksa menanggung anak luar
nikah.

Tiada apa yang untung dengan LBGT yang sudah mula menyusupi kehidupan segelintir
umat Islam yang dididik secara yahudi dan nasaran,pelajar pelajar yang pergi belajar ke
US dan lain lain negara barat sebahagiannya kembali untuk membentuk masyarakat
LGBT, bukan mereka tidak berpendidikan tetapi pendidikan yang mereka terima
menjadikan mereka kaku dan beku akan erti kemanusian dan kasih sayang yang
sebenarnya.Pada mereka kasih sayang hanyalah sex rambang yang menjadi amalan
mereka.

Minda LGBT akhirnya tertutup dan hari demi hari akan menjadi manusia yang tidak
produktif serta menyusahkan pihak perubatan yang terpaksa merawat mereka kerana
pelbagai bagai penyakit kelamin yang dihadapi.

Kasih sayang dalam bentuk pembinaan keluarga menerusi perkahwinan yang
dihalalkan ALLAH dengan janji Mawaddah wa Rahmah, tidak akan dapat dinikmati
oleh LGBT. Mana mungkin LGBT boleh melahirkan anak? Oleh itu mana dia kasih
sayang yang mereka perjuangkan?

Semuanya palsu semata!

Sumber TKO - 18-6-2017

PAS tak sepatutnya terlibat dalam DEMOKRASI SEKULAR...
Posted on Saturday, June 17 @ 15:55:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35472



Assalamualaikum,  Saya cuba menyentuh satu topik yang sering menjadi hujah dan alasan untuk memburuk burukkan PAS sejak dulu lagi, sejak zaman kekuasaan UMNO dan Mahathir terhadap semua saluran media yang ada dalam negara.Suara yang mengatakan PAS tidak sepatutnya berada dalam sistem demokrasi sekular sudah lama berkumandang dan masih lagi dikumandangkan dengan pembaharuan pada melody dan skripnya atau dengan kata lain, ianya direcycle.

Tujuannya hanya satu, nak tunjukkan PAS tidak layak bergelar parti Islam dan  parti Islam yang sebenarnya ialah PAN(campur GAN, jadi PANgan).Kalau PAS benar benar mahu Islam, PAS patut bergabung dengan Hizbur Tahir dalam dunia khayalan yang tiada kesudahan.Kenapa PAS sertai demokrasi sekular? Pada setengah orang, lebai yang menyertai demokrasi sekular adalah low class, tetapi lebai yang macam mana yang high class, lebai yang suka mengkritik parti Islam dan berdiam diri bila LGBT dan evangelis mengganas kot! Entah orang yang mendakwa sebegitu yang low class.

Demokrasi ialah satu sistem untuk memilih kerajaan, maka mana mana organisasi yang mahu menawarkan diri untuk pemilihan kerajaan perlu menyertai demokrasi.Mana mungkin sebuah pertubuhan atau jemaah seperti Hizbur Tahir yang tidak menyertai demokrasi boleh menjadi kerajaan atau khalifah di muka bumi ALLAH ini kecuali mereka memilih jalan peperangan atau merampas kuasa secara kekerasan atau revolusi.Maknanya hujah mengatakan PAS patut ikut Hizbur Tahir ialah hujah yang langsung tidak praktikal dan penyertaan PAS dalam demokrasi yang diputuskan sebaik saja penubuhannya di awal tahun 50an dulu ialah keputusan yang praktikal untuk melahirkan carahidup Islam dalam negara.

Soal demokrasi itu sendiri samada sekular atau tidak, sebenarnya banyak bergantung kepada pemain pemain demokrasi atau parti parti politik yang terlibat.Kalau parti parti yang ada semuanya sekular, maka nampaklah demokrasi itu sekular tetapi kalau parti parti yang terlibat tidak mengikut jalan sekular sebaliknya mengikut kaedah dan cara politik Islam, maka demokrasi itu akan jadi Islam.
Pendeknya demokrasi adalah alat  atau kenderaan yang tiada cacat atau celanya untuk sebuah parti Islam atau dengan lebih tepat Jemaah Islam melibatkan diri di dalamnya.Tiada istilah low class bagi lebai lebai menyertai demokrasi.

Di samping itu penglibatan dalam Demokrasi juga akan menyebabkan PAS sebagai sebuah parti politik yang bertanding dalam pilihanraya akan berinteraksi dengan parti parti lain yang kebetulan umumnya sekular.Untuk cacatan, hanya PAS satu satunya parti Islam yang begitu istiqamah mengamalkan politik Islam sementara parti  parti lain termasuk PANgan adalah sekular.
Interaksi dengan parti parti sekular yang ada disekeliling inilah yang memberi peluru kapur kepada pengamal demokrasi sekular untuk menembak PAS sebagai tidak sepatutnya berada dalam demokrasi.Tahaluf siyasi merupakan sebahagian politik Islam yang menjadi amalan PAS yang tidak diamal oleh parti parti lain dan tahaluf siyasi inilah yang membezakan PAS ketika berpakat dengan parti parti lain dengan parti parti yang disepakati oleh  PAS serta parti parti lawannya.Ianya sama seperti perbezaan antara pinjaman tanpa riba dengan pinjaman dengan riba yang menjadi dua amalan berbeza bagi orang Islam dan bukan Islam dalam sistem kewangan kita sekarang, ungkapan "serupa tapi tak sama".Maka PAS juga begitu dalam demokrasi hari ini.

Maknanya orang yang mendakwa PAS terlibat dalam demokrasi sekular itu sendiri nampak kurang matang dan yang mendakwa lebai yang terlibat dalam demokrasi sekular low class pula pra matang atau jahil dalam memahami ilmu politik dan ilmu ugama.

Oleh itu sebagai kesimpulannya, kepada macai macai PANdap yang selama ini copy and paste perangai macai Umno yang sudahpun berkubur, cukup cukuplah, kalau ada dedak yang ditabur sekalipun, cukup cukuplah memperbodohkan diri anda sekelian.

Sumber TKO - 17-6-2017 

Allah larang lelaki berkahwin?
Posted on Thursday, June 15 @ 17:39:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35446



Macam mana Profesor Dr Siti Musdah Mulia boleh berkata muslimah boleh kahwin 

lelaki kafir, sedangkan dalil qati’e firman Allah yang bermaksud: “janganlah kamu 
nikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman”.


Macam mana benda yang dilarang dengan perkataan janganlah merupakan perintah 
daripada Allah kepada lelaki Islam supaya jangan berkahwin dengan perempuan kafir,
Maka dikatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir suatu ajaran 
sesat yang berbahaya.


Ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada lelaki beriman semata mata,akan tetapi khusus 
kepada semua lelaki beragama Islam agar jangan sekali kali kamu berkahwin dengan 
wanita musyrik(kafir).

Jika lelaki Islam dilarang dengan perkataan janganlah kamu nikahi perempuan 
musyrik sebelum beriman. macam mana dibolehkan kepada perempuan yang bersifat 
lemah itu.


 Sudah tentu perempuan (muslimah) sangat sangat dilarang menikahi lelaki kafir.Lebih 
lebih lagi lelaki adalah ketua dalam rumahtangga dalam melayari sepanjang kehidupan.

Tidak dinafikan dihalalkan kepada lelaki islam nikahi perempuan kafir, tetapi 
perempuan kafir dhimmah sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas bahawa 
lelaki Islam diharuskan berkahwin dengan mereka selagi mereka ahli al-dhimmah.

Sehubungan dengan itu ada yang berpendapat lelaki Islam boleh berkahwin dengan 
perempuan kafir ahli kitab.

Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “ Dan dihalalkan mengahwini wanita 
yang menjaga kehormatan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum 
kamu”.

Perkataan kitab sebelum kamu Iaitu kitab injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, 
Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS dan kitab Taurat yang diturunkan 
\kepada nabi Musa AS. Bukan kitab Bable dan Kitab Talmud yang paling berbahaya itu.

Oleh itu, Hanya sebahagian sahaja dihalalkan lelaki Islam nikahi perempaun ahli kitab 
sepertimana perkataan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu.

Mengapa tidak? Kerana ada sebahagian orang orang yang diberi kitab Taurat dan Injil 
syirik kepada Allah, iaitu Yahudi yang berpegang dengan kitab Talmud dan Nasrani 
yang berpegang dengan kitab Bable.

Hujahnya, Yahudi dan Nasrani  tidak sekali kali setuju dan benci dengan Islam dan t
idak sekali kali akan redha dengan Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, tidak semua perempuan ahli kitab halal dikahwini oleh lelaki Islam, kerana 
sangat berbahaya.Miskipun dikatakan Saidina Uthman Affan pernah berkahwin dengan 
Nailah seorang wanita Nasrani dan Talhah bin Ubaidillah berkahwin dengan seorang 
wanita Yahudi di Sham.

Atas sebab itu Saidina Umar minta Huzaifah bin Al Yaman yang berkahwin dengan 
perempuan yahudi ketika di Madain supaya melepaskan isterinya itu atas sebab 
kebimbangan kalau kalau terkena perempuan sundal.

Saidina Umar menulis kepada Huzaifah,  aku berharap sebelum kau selesai membaca 
surat ini kamu telah lepaskannya, aku bimbang tindakan kamu itu menjadi ikutan 
orang orang Islam yang lain.Mereka akan memilih perempuan ahli kitab, kerana 
kecantikan mereka dan tindakan itu suatu ancaman kepada perempuan Islam.

Saidina Umar dari segi lain tidak suka perkahwinan itu, kerana mendatangkan kesan 
yang buruk yang berkemungkinan perempuan perempuan itu dijadikan pengintap 
kepada musuh dan boleh membocorkan segala rahsia gerakan Islam.

Pernah ditanya pada Saidina Umar mengenai perkahwinan dengan wanita ahli kitab 
agar ada kejelasannya.

 Saidina Umar berkata, Allah mengharamkan peremuan perempuan msyrik kepada 
orang Islam. Apakah syirik yang lebih besar daripada seorang yang berkata Isa itu 
tuhannya atau tuhannya hamba Allah.

Macam mana Profesor Dr siti Musdah Mulia kelahiran Amerika syarikat itu boleh 
berkata, perempuan islam boleh kahwin dengan lelaki kafir tanpa perlu tukar agama. 
Mana dia dalilnya.

Sudah tentu dalilnya adalah dalil akal yang jahat terhadap islam yang telah 
diperjuangkan oleh ulamak jahat bersama musuh musuh  Allah Subha nahu wataalah 
dan musuh musuh Nabi Mohammad SAW.

Pada hemat penulis, perdapat  yang mengatakan perempuan Islam boleh berkahwin 
dengan lelaki kafir, wanita boleh kahwinkan dirinya sendiri, wanita tidak perlu 
wali untuk berkahwin, perempuan boleh kahwin sama perempuan dan lelaki 
boleh berkahwin sama lelaki.


 sesungguhnya tidak lain dan tidak bukan ia suatu ajaran sesat dan perlu diambil 
tindakan oleh pihak berwajib Negara satu Malaysia ini.Jangan sekali kali dibiar 
bermaharajalela nanti buruk padahnya kepada agama Islam agama rasmi Negara.

Sumber TKO - 15-6-2017



Kesesatan yang semakin menghampiri......LGBT
Posted on Thursday, June 15 @ 15:03:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35444



Assalamaulaikum......  Ramadan kali ini, umat Islam menerima badai aluan berantai apabila bermulanya ombak liberal SIS dan diikuti oleh ombak ombak kecil LGBT serta gelora pemikiran laput dalam isu kejadian manusia yang didakwa berasal dari monyet.Islam sedang digayat hebat oleh golongan liberal sambil disokong oleh parasit Evangelis.Betapa hebatnya mereka mengasak Islam sehingga banyak hukum dan muamalat Islam mahu diubah.Zina dan hubungan sejenis mahu mereka halalkan,nikah tanpa wali mahu mereka amalkan dan mungkin juga budaya berbuka puasa tanpa perlu berpuasa mahu mereka terapkan dalam masyarakat Islam setempat.Mereka ada platform untuk memperjuangkannya, bermula dengan Bersih dan dinaungi sepenuhnya oleh PH.Itu fakta kalau nak nafikan, nafikanlah....

Sebelum ini umat Islam sering diserabutkan dengan berita berita berbentuk dakyah politik, fitnah dan berita tidak adil tetapi muktakhir ini, semua bentuk pemberitaan sedemikian sudah mula luntur dan diganti pula oleh serangan mendadak Islam lberal dan LGBT yang dimulakan oleh bersih mula meningkat.

Ramadan kali ini diambil kesempatan oleh puak liberal ni dengan turut sama berbuka puasa dan menganjurkan program menambah semangat kepada perjuangan LGBT.Apa kah perjuangan LGBT? perjuangan untuk mengubah fitrah kehidupan berpasangan manusia daripada kehidupan berpasangan berlainan jantina kepada pasangan sejenis, itulah perjuangan mereka.Apa ni sebenarnya perjuangan? Apa perlunya kepada keinginan  luar tabie ini disokong?Apa untungnya? cuma satu untung kalau ada pun, munculnya berbagai bagai penyakit kelamin yang bakal menambah masalah kepada kehidupan manusia.

Apakah manusia LBGT ingat mereka boleh mengubah hukum kejadian manusia? Apakah LBGT akan mampu melahirkan anak hasil perhubungan sejenis mereka? Bolehkah mereka mengubah hukum kejadian manusia itu?

Kelemahan yang ketara boleh dikesan dari segi logiknya sahaja tetapi persoalannya, Ugama Islam telah menetapkan peraturan hidup mengikut apa yang ALLAH turunkan kepada manusia sejak lebih 1400 tahun lalu bilamana Baginda Nabi diutuskan kepada manusia.Allah mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak untuk manusia dan untuk keperluan hidup berpasangan diturunkan kepada kita syariat  perkahwinan yang jelas nasab keturunannya.

Kenapa perlu kita ubah semuanya ini? suatu yang terbaik untuk manusia nak diubah! bukankan itu bangang namanya, nak ubah seuatu yang baik dan diganti dengan suatu yang buruk.

Namun hakikatnya liberal dan LGBT sudah menembusi kehidupan orang Islam menandakan kesesatan semakin menghampiri, kalau kita tidak membendungnya siapa lagi?

Membendung dalam erti kembali kepada petunjuk Islam sepenuhnya.Oleh itu kalau ada pihak yang mahu mengetuai kita dalam usaha membendung  ini, kenapa perlu kita tolak dan kalau ada pihak pihak yang sebelum ini turut sesat sudah mula menyedari kesilapan mereka dan mahu bersama membendung gelaja sesat ini, kenapa perlu kita tolak?

Kalau ada pula pihak yang menyokong liberal dan LGBT kenapa pula perlu kita sokong? nak hapuskan lanun? atau nak tembak 1MBD? Apa sajalah  tetapi yang penting apakah semuanya itu lebih utama dari ugama?

Sumber TKO - 15-6-2017 



Silap hala muncung pistol : Perjuangan yang tersasar........
Posted on Thursday, June 15 @ 15:01:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35442



Assalmualaikum,,, Dr.Maza, Dr. Rozaimi Ramlee(Dr.Roza), ustaz Zamihan Mat Zin merupakan contoh contoh pejuang ugama yang tersasar dari sasaran.Sepatutnya sasaran perjuangan ditetapkan kepada musuh musuh ugama tetapi sasaran mereka nampaknya bukan musuh ugama tetapi ulamak, baik yang ada dalam parti Islam atau yang diuar parti.Sebaliknya seorang tokoh akademik yang menguasai ilmu kristian dan yahudi, Dr. Kamarul Azman Yussoff pula tampil dengan berani  menjadi pembela ugama dengan kemampuan yang ada padanya.Apa sudah jadi?

Dr. Maza dan Dr. Roza memiliki sarjana ugama yang membawa erti mereka adalah pakar dalam keilmuan ugama dan memilik kelayakan untuk duduk di barisan depan mempertahankan ugama dari sebarang serangan,kerosakan dan sebarang penyelewengan yang besar sehingga membawa kepada ugama cuba didefinasikan semula dengan hukum hukum baru yang tidak boleh diterima.Tapi malangnya, nampaknya mereka boleh goyang kaki dengan segala penghinaan yang diterima ugama ketika ini sebaliknya menumpukan kepada kritikan kepada parti Islam, kepada ulamak parti Islam yang berpesan kepada pembeli pembeli bazar Ramadan yang sebenarnya tak perlu dikritikpun sebab tidak akan membawa kerosak kepada ugama berbanding dengan serangan evangelis yang parasitnya ada pada Dap dan serangan LGBT yang turut iftar bersama sama orang yang berpuasa.

Banyak yang boleh diperkatakan dan dipesan kepada masyarakat Islam kalau kedua mereka mahu dengan ilmu yang ada pada mereka.Banyak kerosakan yang bakal dibawa oleh LGBT boleh dianalisa dan diperincikan tetapi malang, yang diperincikan oleh mereka ialah kedudukan membeli dari orang orang yang tak tutup aurat dan tidak solat di bulan puasa ini.kenapa orang yang tak tutup aurat dan tak solat yang dibeli mereka tetapi orang yang nak ubah hukum dan muamalat ugama dibiarkan?
Kenapa parti Islam yang jadi fokus serangan mereka dan membiarkan parti evangelis berluasa? Bukankah ini pelik pada ketika umat Islam sedang hebat diserang dari segenap sudut di mana sekarang muncul pula anak buah Darwin  dari kalangan penganut Islam yang kembali mendakwa manusia berasal dari monyet dan kisah Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga hanya untuk menakut nakutkan agar manusia patuh kepada pemerintah.Bayangkan kisah lama diungkit kembali dan bayangkan bagaimana 2 orang Dr.pala sapah yang ada sarjana dalam ugama boleh tersenyum sinis sambil begelak ketawa, tak seperti ketika RUU 355 dipolimikkan dulu.

Begitu juga Ustaz Zamihan Mat Zin.nama saja presiden ASWAJA.Tapi sumbangannya? tak lebih dari mempertikaikan Dr.Zul mufti wilayah sebagai ada kaitan dengan wahabi sambil soal LGBT dan kisah karut marut manusia berasal dari monyet tidak dipentingkan seolah olah tidak menjejaskan ASWAJA seperti wahabinya Dr.Zul.Sekadar recalled, bukankah Dr.Zul merupakan mufti pertama yang tampil menyokong RUU 355 dan pendirian Usta Zamihan tentang RUU 355 tidak diketahui(maaflah kalau ada tapi saya tak jumpa di mana mana pendiriannya)

Bagaimana begitu cepat dan mudah bagi Ustaz Zamihan membuat kesimpulan, tinggi benar ilmunya? Kesimpulan hasil dari kajian yang bertahun tahun agaknya.

Itulah yang menjadikan personaliti personaliti ugama ini menonjolkan diri sebagai pejuang pejuang yang silap sasaran.Sasaran sebenarnya dibiarkan bebas tetapi sasaran yang tak ujudnya diadakan untuk dijadikan lapang sasar peluru penaburnya.

Apa nak jadi dengan pejuang dan pendakwah sebegini? Mungkinkan nanti kita akan lihat mereka akan berbaris sama dengan pendakwah evangelis? Siapa tahu.

Benarlah firman Allah yang  menyebut semua penghormatan dan penghinaan terhadap seseorang itu datang  dari ALLAH.Kita lihat saja bagaimana kerana sebuah buku Evangelis Hannah Yeoh, Dr,Kamarul muncul membela ugama sedangkan beliau bukan sarjana ugama seperti 2 orang doktor tadi tetapi sarjana ilmu barat yang langsung tidak kedapatan ilmu ugama di dalamnya.


Dan sehingga hari Dr. Kamarul terus tampil membela ugama mengikut kaedahnya
sendiri.

Sumber TKO - 15-6-2017



Dr. Maza dan gengnya suka pada LGBT agaknya.....
Posted on Wednesday, June 14 @ 15:33:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35429



Assalamualaikum. Antara banyak banyak mufti yang ada, Dr. Maza merupakan mufti
yang terkedepan dalam mengkritik dan menghentam RUU 355 yang dibentangkan oleh
TGHH.Dr. Maza bukan main jantannya bila membawa hujah hujah yang kaw kaw
dengan andian akalnya semata ketika mengkritik RUU 355 TGHH seperti dia mahu
menunjukkan dia lebih hebat dari TGHH.Itu ketika RUU 355 menerima kritikan dan
hentaman dari puak gerabak Dr.Maza. Tapi kini apabila timbul isu maruah ugama mahu
dicabar oleh kristian evangelis dan ketika negara berdepan dengan serangan liberal
terutama dari kumpulan LGBT songsang menyerupai haiwan, tiba tiba Dr Maza jadi
kelu tak dapat berkata kata.

Begitu juga dengan Dr. Mazlee Malik,ustaz Rohaimi Ramli. Fathul Bari serta beberapa
orang ustaz yang ada kaitan dengan wahabi, semuanya diam kelu ketika berdepan
dengan isu Evangelis dan LGBT.Di mana mereka? Wajahpun tak kelihatan!.

Kenapa takut dengan evangelis dan LGBT? ada apa apa ker? Zaman sekarang zaman
tuduhan makan dedak kalau berbaik baik dengan Umno.Itu tuduhan Dap, Pan dan Pkr
 kepada PAS yang didakwa sudah terkena dedak Umno.Tetapi dalam masa yang sama
Dap juga dikesan menjadi organisasi yang membawa parasit evangelis dalam negara
dan disokong oleh Pan dan Pkr dan sekarang turut mendapat sokongan Bersatu dan
Mahathir.

Kenapa ketika usul yang dibawa PAS dikritik habis habisan sementara agenda evangelis
serta program LBGT pula dikesan mendapat sokongan Dap langsung tidak diusik.
Apakah RUU 355 itu bertentangan dengan Islam sementara Evangelis dan LGBT tidak?
Dr. Maza dan lain lain  yang dulunya petah membantah RUU 355, kenapa boleh
membisu? Apakah ini juga makna mereka sudah diberi dedak untuk berdiam diri
sebab kalau nak kata RUU 355 itu lebih bahaya dari evangelis dan LGBT kepada Islam,
budak tadika pun boleh gelak!

Makan dedak juga ka?

Sementara itu ustaz Zamihan Mat Zin, presiden persatuan ahlusunah wal jamaah pula
 tiba tiba muncul untuk menuduh mufti wilayah sebagai wahabi tanpa ada angin dan
ribut.Entah apa gerangan Ustaz Zamihan ni, sambil dia boleh abaikan ancaman evangelis
dan LBGT begitu saja sebaliknya mengheret suhibul mufti ke kancah percanggahan
tanpa sebab.

Mentang mentanglah dia presiden persatuan ahli sunnah, dia ingat dia boleh tuduh
semua orang wahabi tanpa perlu usul periksa taraf keilmuan yang ada.Apakah Ustaz
Zamihan fikir ilmunya lebih tinggi dari Dr. Zul?

Ukur baju di badan sendirilah ustaz.Sepatutnya sebagai presiden persatuan ahli sunnah,
ustaz Zamihan perlu lebih perihatin kepada ancaman ancaman yang sedang dihadapi
oleh umat Islam sekarang dan bersama sama ulamak seperti Dr. Zul mempertahankan
Islam.Ini tidak ,perangainya sama juga dengan Dr.Maza.

Boleh tanya sikit, Dedak siapa pula yang diterima Ustaz Zamihan?

Sumber TKO - 14-6-2017

Tidak hairan dengan wanita SIS
Posted on Monday, June 12 @ 14:30:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35402



Penulis tidak hairan dengan pendapat wanita wanita anggota Sisters In Islam, kerana
ada menteri dan timbalan menteri yang memberi sokongan penuh dengan NGO tersebut

YB Datuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menteri kementerian Belia dan Sukan ada
berkata tangkap orang tak puasa tidak bagus yang bagus kena beri bantuan kepada asnaf.

Pendapat ini  jelas dan nyata sebagai  trade mark salah seorang menteri  berbangsa
melayu beragama islam dalam kerajaan satu Malaysia tidak suka dengan kerja amal
Islam.

Pada hal kerja tangkap yang tidak berpuasa itu suatu tindakan yang di syariatkan Islam,
kerana orang tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai adalah jenayah syariah.mereka
itu adalah pejenayah. Kena ambil tindakan berdasar enakmem jenayah syariat.

Macam juga tangkap orang melayu islam yang minum arak dikhalayak ramai yang jika 

sabit kesalahanya disebat 40 puluh sebatan  yang telah ditetapkan enekman jenayah 

syariah negari negeri di Malaysia ini.



Demikian juga tangkap orang Melayu Islam yang tidak berpuasa yang telah ditetap 

hukumannya jika sabit kesalahannya.



Akan tetapi dianggap oleh YB Datuk Khary Jamaluddin sebagai tidak bagus dan tidak 

harus dilakukan oleh pegawai penguat kuasa  jabatan agama Islam negeri Selangor yang 

beroperasi sepanjang bulan Ramadhan ini.




Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu hidangan arak dalam kapal terbang 
Mas.

Beliau berkata, arak bukan masalah. Padahal dalam Islam arak itulah ibu segala 
kejahatan yang jadi masalah kepada masyarakat  dan manusia yang meminumnya.

Tiba tiba timbalan menteri orang Melayu masih Bergama Islam yang diberi amanah 
oleh rakyat jelata memimpin Negara ini mengatakan arak bukan masalah.

Macam mana benda diharamkan oleh islam bukan masalah, sedangkan itulah 
permasalahannya yang jadi isu penumpang mabuk dalam kapal terbang Mas baru baru 
ini.

Apa bezanya dengan pendapat wanita wanita dalam sisters In Islam yang suatu masa 
dahulu pernah memdesak poligami diharamkan.

Terbaharu wali tidak diperlukan lagi kepada wanita yang sudah berkahwin  dan yang
hendak berkahwin. Bukan satakat itu saahaja malah sudah ada  pendapat bahawa
kahwin lelaki sama lelaki dan perempuan sama perampuan sebagai satu ramhat

Zainah Anwar adalah ahli pengasas dan bekas Pengarah Eksekutif Sisters in Islam,
sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia yang bekerja mengenai hak-hak wanita
dalam kerangka Islam.  Kumpulan itu bekerja dalam bidang penyelidikan, advokasi,
pendidikan awam dan pembaharuan undang-undang dan perkhidmatan untuk menolak
kerana memahami berasaskan hak progresif Islam. Ia terlibat dengan pelbagai isu,
termasuk Undang-undang Keluarga Islam, Undang-undang Jenayah Islam, keganasan
rumah tangga, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, Islam sebagai sumber
undang-undang dan dasar awam, Islam dan hak-hak wanita.

Zainah adalah Pengarah Musawah, satu pergerakan global untuk kesaksamaan dan 
keadilan dalam keluarga Islam. Dia juga menulis kolum bulanan mengenai politik, 
agama dan hak-hak wanita, yang dipanggil Berkongsi Nation, dalam Sunday Star, 
Malaysia. Dia adalah seorang bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

pengalaman kerjanya yang lain termasuk: Ketua Pegawai Program, Bahagian Hal 
Ehwal Politik, Sekretariat Komanwel, London; Penganalisis Kanan, Institut Kajian 
Strategik dan Antarabangsa, Kuala Lumpur; dan Politik dan Penulis Diplomatik, New 
Straits Times, Kuala Lumpur. buku beliau, kebangkitan semula Islam di Malaysia: 
Dakwah Antara Pelajar, telah menjadi rujukan standard untuk kajian Islam di Malaysia. 
Beliau mendapat pendidikan di Fletcher School of Law and Diplomacy di Universiti 
Tufts, Boston University, dan Institut Teknologi MARA.

Penulis tidak nafi mereka juga Islam, akan tetapi Rasulullah SAW ada menyatakan 
umat islam suatu masa nanti akan berpecah kepada 73 puak. Hanya satu puak sahaja 
yang di terima keislamannya , iaitu yang ikut ajaranNya.

oleh itu, orang Islam kena hati hati dengan pendapat yang bertentangan dengan ajaran 
Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW.kerana narangsiapa yang beramal dengan 
ajaran islam selain daripada yang diajar oleh Rasulullah SAW, tempatnya didalam 
neraka.


Sumber TKO - 12-6-2017



Itu belum PH memerintah lagi.........
Posted on Monday, June 12 @ 14:26:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35401



Assalamualaikum,,,

Siti Kasim muncul dengan desakan terbarunya,  mahu kerajaan hapuskan para ulamak demi kepentingan LGTB.Siapa kerajaan sekarang? BN/Umno yang melanun negara.maknanya siti kassim mendesak kerajaan BN untuk menghapuskan ulamak yang insyallah tak kan berjaya tetapi kalaulah negara diperintah oleh PH yang didalamnya ada DAP evangelis, ada kemungkinan Siti Kassim akan berjaya!

Siti Kassim nampaknya sengaja test market dulu, mana tahu boleh berjaya.Benci benar dia kepada ulamak yang selama ini bertnugkus lumus menjaga ugama sehingga tanpa disedari oleh Siti Kassim sendiri, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi oleh negara selama ini adalah hasil sumbangan para ulamak yang menjaga ugama dengan tidak pernah melupakan ALLAH.

Bayangkan Siti Kassim berjaya memujuk kerajaan menghapuskan ulamak, apa akan kerajaan lakukan kepada ulamak? Apakah kerajaan bertindak membunuh ulamak seperti berlaku di kebanyakan negara dulu atau akan memenjara para ulamak demi memenuhi permintaan Kasim dan LGBT.

Selepas itu apabila tiada ulamak,  Siti Kassim dan LGBTnya akan mengambil alih setiap lorong dan jalan untuk mempamerkan kejelikan serta aksi aksi mungkar mereka dan sepelas itu negara akan dikuasai oleh LGBT dari segi sosialnya.

Kemungkinan permintaan Siti Kassim akan dipenuhi apabila PH mengambil alih Putra Jaya bersama parti Islam liberal dan orang Islam liberal. Ketika itu, apabila Siti Kassim dan LGBT menguasai sosial negara, puak evangelis yang selama ini berselindung di belakang topeng DAP akan mendapat peluang memenuhi cit cita suci mereka, mengkristiankan negara,

Maka fikir fikirkan lah, sama ada nak PH menang atau sebaliknya.............

Sumber TKO - 12-6-2017 



Dah tak larat bersuara agaknya........
Posted on Monday, June 12 @ 14:24:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35400



Assalamualaikum,,,

Menarik dan tertarik apabila terperasan sikap keras lembik beberapa ulamak pembela 

ugama di negara kita.Keras dan tegas bila berdepan dengan RUU 355 dan segala usaha 
pemimpin PAS tetapi jadi lembik apabila ianya datang dari pemimpin suci DAP dan 
PKR.Tiada lagi suara hebat dan dalil dalil yang kaw kaw yang keluar dari mulut ulamak 
hebat kita ini tetapi semuanya diam membuta dan biarkan sebanyak manapun ugama
 nak dirobek.
Ketika RUU 355 hangat dibahaskan bukan main bising lagi ulamak ulamak ni
berdailog, berdiskusi dan ada pula yang update FB ini saban hari memberitahu kita
RUU 355 tidak bagus untuk ugama dengan berbagai bagai alasan, hujah dan dalil.

Tetapi apabila tiba giliran evangelis mahu menakluki umat Islam menerusi peranan
Hannah Yeoh dan  segelintir pemimpin DAP yang berpakat dengan PAN dan PKP
serta bersatu, ulamak yang galak berdailog tentang keburukan RUU 355 tiba tiba
hilang, jadi halimunan dan tiada lagi kelibat mereka baik dalam FB atau youtube
bercakap pasal evangelis atau ultra kaisu.......

Mana pergi ulamak hebat kita ni? Kalau dulu kita sering mendengar hujah dan komen
dari mufti hebat dari utara tapi dalam kes evangelis, void and null!

Begitu juga seorang ulamak wahabi yang begit petah membangkang RUU 355 juga
missing in Action, tak dengar suara lagi sejak evangelis didedahkan oleh Dr, Kamarul.........

Apa sudah jadi ya?

Sumber TKO - 12-6-2017



Tulisan Jawi Semakin Dilupakan Bangsa Sendiri
Posted on Saturday, June 10 @ 06:31:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35367



Boleh baca dan menulis jawi? Kalau boleh anda termasuk di dalam golongan-golongan manusia special yang masih hidup di bumi Malaysia.

Kenapa saya kata begitu?

Berani saya kata, pengetahuan bahasa jawi terutama di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini sebenarnya semakin tenat. Buktinya, pada tahun 2012 seorang pakar dalam bidang tulisan jawi berbangsa Korea pernah menzahirkan kebimbangannya terhadap tulisan jawi yang dikatakan semakin dilupakan terutama golongan muda di Malaysia.

Cuba tengok, orang luar pun risau terhadap tulisan jawi di Malaysia. Tidak mustahil suatu hari nanti hendak cari orang yang mahir membaca dan menulis jawi di Malaysia susah. Sedangkan, dahulu inilah tulisan yang menjadi sebahagian daripada sumber ilmu.


Gambar: Twitter

Seperti yang kita tahu, tulisan jawi dahulunya merupakan salah satu medium komunikasi penting yang digunakan zaman sebelum dan selepas merdeka.

Buktinya sangat banyak, contoh seperti penemuan semula batu bersurat, surat beranak datuk anda, surat-surat jual beli dan sebagainya. Selain itu, dulu terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Generasi 90an pasti masih ingat lagi.

Dahulu, tulisan jawi merupakan satu pelajaran wajib di sekolah. Namun, sejak kebelakangan ini minat dan penguasaan masyarakat terhadap tulisan jawi dilihat semakin berkurangan.

Mungkin kerana setelah semua mata pelajaran di sekolah secara rasminya sudah di alih ke bahasa rumi termasuk Pendidikan Islam. Apa yang boleh saya kata, tulisan jawi kini seperti dianak tirikan.

Perkara ini pernah saya bincang bersama kawan dahulu. Antara faktor penyumbang kepada masalah ini mungkin kerana:

1. Kurangnya pendedahan tulisan jawi kepada generasi sekarang. Ibu bapa yang pandai mungkin tidak lagi mahu mengajar atau melatih anaknya kemahiran bahasa jawi.

2. Seperti yang dinyatakan di atas, selepas bahasa rumi secara rasminya mengganti tulisan jawi.
3. Kurang sumber bacaan dalam bahasa jawi. Ialah, sekarang Vocket sendiri pun ditulis dalam bahasa rumi. Tetapi jangan lupa, buat anda yang mahu teruskan membaca jawi masih boleh layari portal Utasan Melayu. Laman web berbahasa jawi sepenuhnya yang masih wujud.

Oleh itu, demi mengelak bahasa jawi terus terkubur saya kira masih belum terlambat untuk kita sama-sama menyemarakkan semula bahasa warisan Melayu ini.

Buat anda yang berminat, pada peringkat awal boleh cuba layari laman web Ejawi. Di situ anda boleh mengalih tulisan rumi kepada jawi sebagai pengenalan dan pembelajaran.

Tidak dinafikan, terdapat banyak perkataan jawi yang telah berubah ejaan. Semuanya dikemaskini mengikut peredaran zaman supaya bersesuaian dengan masyarakat dan lebih mudah untuk dieja dan dibaca.

Saya tahu, mungkin sekarang masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang boleh dan pandai dalam tulisan jawi. Tapi, bagaimana dengan nasib tulisan jawi dikalangan generasi akan datang? Maksud saya 30 tahun ke hadapan mungkin.

Jawapannya ada pada kita hari ini.

Sekurangnya, nanti taklah malu nak mengaku ‘pejuang melayu’ tapi tak reti jawi.

......
https://www.thevocket.com

Sumber TKO - 10-6-2017




PRU14: Azmin ke Ampang, Zuraidah ke Pandan?
Posted on Thursday, June 08 @ 06:24:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35334



KUALA LUMPUR – PKR dikatakan akan meletakkan Datuk Seri Azmin Ali bertanding di kerusi Parlimen Ampang pada PRU ke-14 akan datang, manakala penyandang sedia ada,
Zuraidah Kamaruddin bakal beralih di kerusi Pandan.

Percaturan itu dipercayai ada kaitan dengan prestasi Zuraidah yang merudum dan tidak
disenangi di kalangan pengundi Ampang.

Menurut sumber yang juga pegawai kanan di pejabat Menteri Besar Selangor, perkara
itu walau bagaimanapun masih di peringkat perbincangan di kalangan pemimpin PKR,
terutama dalam ‘kem’ Azmin.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan berkenaan calon yang bakal menggantikan Azmin
untuk bertanding di Parlimen Gombak.

“Bos (Azmin) akan ke Ampang, Zuraidah ke Pandan ganti Rafizi. Semua tahu Zuraidah
macam mana,” menurut sumber yang enggan identitinya didedahkan.

Langkah tersebut juga sebagai persediaan untuk menggantikan tempat Rafizi yang
hilang kelayakan bertanding pada PRU 14 berikutan keputusan mahkamah tahun lepas
menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang
didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi
RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Rafizi bagi setiap
pertuduhan yang masing-masing memiliki dan mendedahkan laporan Pengauditan
1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Mac tahun lalu. -MaaysiaGazette

Sumber TKO - 8-6-2017

Antara Penerima BRIM dan dekorder TV percuma,
siapakah yg untung "atas angin"..???

Posted on Thursday, June 08 @ 06:04:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Kos decoder RM199, bakal diberi kepada penerima Brim seramai 4.2juta. Berapa kos 
keseluruhan belanja decoder ini ?
4.2j pengguna brim x RM199

= RM835,800,000 / RM836juta -Projek mee segera PRU14.

Belanja decoder ini saja hampir RM1bilion untung kpd pembekal syarikat decoder ? 
Wahai menteri, mana pergi otak kalian di saat Malaysia berkira utk beri Brim tapi 
projek pisang panas buleh di selitkan ?

Inilah yg GM kata dahulu, Malaysia tidak bijak berbelanja. Sama juga kes pembatalan 
peruntukan belajar, kesihatan & sebagainya. Dan telah di beritahu akan idea hapuskan 
ptptn & duti eksais kenderaan yg menyebabkan harga meningkat hampir 300%.

Bayangkan RM836 juta itu di peruntukkan lebih kepada 5juta penerima Brim. 
Bukankah lebih ramai rakyat dapat merasa ?

Mengapa tidak buleh harga RM199 yg kerajaan sementara ini perlu bayar kepada 
pembekal decoder di alihkan kepada bantuan bayaran elektrik & air rumah rakyat, 
bukankah lebih elok membantu mengurangkan tekanan rakyat ? 

Rakyat miskin menerima Brim, kerajaan suruh cucuk decoder di tv ? ada rakyat yg 
tak ada tv pun di rumah, tercari wang lebih semata nak bayar bill perbelanjaan.

Entah mana akal menteri bijak dalam Malaysia ni. Bijak pelahap duit utk keuntungan 
kroni.

Dah GM katakan dulu, Umno Baru & BN ini tidak ada keupayaan apa sbnrnya. Hanya 
bergantung kpd projek kerajaan utk cari wang lebih bagi perbelanjaan PRU14 milik 
partinya sendiri. Sekiranya kalah mereka di PRU14 ini, tercarap segalanya kerna 
segala akses kita sekat. Jika di siasat satu persatu, lagi habis terbungkam wajah 
mereka satu persatu.

Benamkan Umno Baru & BN pada PRU14 ini. Hanya ini saja caranya agar kita dapat 
selamatkan negara dari musnah di tangan sang kleptokrasi.

Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.

Sumber TKO - 8--2017

Kenapa Dulu DAP Tak Tentang Hudud Tapi Sekarang
DAP Tentang Hudud?

Posted on Wednesday, June 07 @ 15:06:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35319



Hari ini KiniTV menyiarkan kenyataan Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, mempersoalkan kehadirannya di majlis berbuka puasa menjadi masalah sedangkan
sebelum ini tidak menjadi masalah.

Dia seolah-olah tidak memahami kenapa? Katanya mungkin tahun ini hampir PRU.

Lim Guan Eng betul-betul tak tahu atau memang dia sengaja nak sembunyikan apa
sebenarnya yang berlaku.

HADIR BERBUKA PUASA BAGI BUKAN ISLAM TAK ADA MASALAH PUN
itu semua orang faham tapi kalau datang berbuka dengan tujuan lain sedangkan
ANTI-ISLAM itu orang Islam marah.

Apa Sikap DAP Terhadap Hudud Sebelum Ini?

Lebai mengajak pembaca sorok 8 tahun lalu kenapa orang tak kisah pun Lim Guan
Eng datang berbuka malah masyarakat Islam mengalu-alukan kedatangnya.


27 Jun 2012 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'dihujani' pelbagai persoalan
berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan
parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat pada Majlis Wacana II "Benarkan Dasar
 DAP Mengacam Islam"
anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini .

Dalam program wacana itu, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu
yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu hudud kepadanya.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama
dalam isu yang lebih besar,"
katanya. Jawapan DAP pada masa itu tidak menentang
pun usaha PAS atas dasar muafakat.

Memang kita tahu dasar DAP tidak setuju denan hudud dan PAS salah satu agendanya
 ialah hudud. Tapi masing-masing DAP dan PAS boleh bertolak-ansur dalam isu
Hudud.

Malah pada 29 April 2013 DAP dalam kenyataan bersamanya dengan PAS Pulau
 Pinang dengan sebelum PRU 2013 sangat jelas tidak menolak Hudud yang dibawa
oleh PAS.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TPvyYjm7a
NA




"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari
kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan
yang berbeza,"
katanya.

Kenyataan ini juga menunjukkan DAP boleh bersikap tolak ansur atas dasar muafakat
dan PAS juga menerima bahawa DAP tidak sokong HUDUD kerana itu polisi parti
mereka.

Sikap ini membuat penyokong PAS dan masyarakat Islam boleh terima jika ada
pimpinan DAP untuk berbuka puasa di majlis berbuka puasa anjuran PAS yang
\biasanya di surau dan masjid.

Sikap Ahli dan Penyokong DAP Terhadap Hudud Sebelum Ini

Cina DAP (lebai fokus kepada masyarakat Cina yang sokong DAP) pada masa itu itu
tidak kisah tentang hudud yang dibawa oleh PAS kerana hudud adalah untuk orang
Islam dan untuk menghukum mereka yang jahat sahaja. Biasanya yang jahat, yang
mencuri dan merompak harta rakyat adalah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

INi bukan omong kosong bahawa Cina DAP tak kisah pun. Lihat keadaan pada masa
itu. Gambar tidak berbohong. Ini adalah bukti yang nyata bagi mereka yang berfikir
menggunakan akal.



Cina DAP bangga tampal stiker sokong hudud dibaju dan tubuh mereka yang ini
jarang penyokong PAS buat!


Laman Helen Ang seorang penulis berbangsa Cina pro BN ada memetik petikan
di atas yang mengulas sokongan Cina DAP kepada Hudud bagi membenteras
salahlaku BN terutamanya rompak wang rakyat.

Apa Sikap Pimpinan DAP lain terhadap Hudud yang diperjuangkan oleh PAS?

Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras
 kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud
oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.


Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menetang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.

Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang Cina juga menyokong hudud. Mereka
pernah membuat kenyataan terbuka dalam hal ini. Ketua Dewan Himpunan Penyokong
PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kini AJK pasti AMANAH (PAN) tidak menentang
Hudud seperti sekarang. Dia buat kenyataan akhbar kenapa Bukan Islam takut dengan
Hudud yang tak ada kaitan dengan mereka.

Bukan itu sahaja anda dikalangan Cina DAP berkempen untuk hudud. Mereka pula
lebih daripada PAS berkempen dengan mengedar risalah kepada masyarakat bukan
Islam berkenaan hudud.


Kita tahu Hannah Yeoh yang ada agenda kristianisasi pun menunjukkan sikap terbuka
tidak menetang hudud, malah dia, Hannah Yeoh membenarkan usul hudud dibahaskan
dengan bebas di DUN Selangor dalam satu kenyataannya semasa itu. Dia kata "I'm
speaker for all parties" 
Kenyataan ini masih ada pada Youtube. Tapi sekarang maaf
speaker ini tidak lagi terbuka dengan Islam, kenapa? Kerana ada orang Islam memberi
"taring" kepada dia!!


Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=bfQ3luKg
CGA



Mengejutkan ada juga Cina DAP buat kempen "Hudud In Penang 2020".
Mereka tak takut pun kepada Hudud.


Anthony Loke juga mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Mereka
tak rasa Islam itu mengacam mereka.


Siapa Mengubah Sokong Cin DAP terhadap Islam dan Hudud? Siapa sebenar PENGKHIANAT ISLAM?

Sikap Cina DAP berubah bila dan kenapa? Lebai mengajak pembaca memahami dan
menghayati supaya kita sedar siapa sebenar mengkhianati perjuangan menegakkan
Islam di Malaysia ini?

Cubaan mengambil alih kepimpinan PAS daripada Ulama
Wujud pengeseran pendekatan dalam PAS, ada yang ingin ke Putrajaya dengan cepat
menolak pendekatan menjulang syariat Islam. Mereka berkata dapat Putrajaya dulu
baru kita laksanakan syariat Islam (hudud). Ramai orang miskin, basmi rasuah itu
lebih penting daripada hudud.

Maka mereka mendekati DAP dan PKR membawa slogan kebajikan lebih utama
 daripada hudud dengan tujuan menyingkir kefahaman dan golongan ulama dalam
PAS yang berfokuskan syariat Islam sehingga jurang perbezaan dalam PAS makin
 besar kerana pengeseran kecil dibesarkan oelh akhbar pro-pembangkan g seperti
Malaysiakini dan The Malaysian Insider (sebelum mati). Orang-orang seperti Dr. Zul
dan Zul Solong dibelakang TMI memainkan peranan dalam isu ini.

DAP lebih suka kumpulan (GHB) ini kerana mereka juga tidak mahu hudud sebagai
dasar perjuangan mereka. Kumpulan ini GHB (sekarang parti AMANAH) telah
membuka ruang untuk orang bukan Islam mendapat manafaat. Sikap DAP makin
berubah kerana mereka menyangka kumpulan ini akan menguasai PAS pada masa itu
kerana hampir 2/3 ahli majlis tertinggi PAS terdiri daripada kumpulan ini.

Untuk mendominasi PAS, DAP mengambil sikap menyokong kumpulan ini untuk
menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.


Majlis berbuka puasa di rumah Kamarudin Jaafar (dulu Setiausaha Agung PAS Pusat) dihadiri oleh pimpinan DAP dan PKR bagi merancang menguasai PAS.

Mereka mencari seseoarng untuk di'perkuda'kan untuk melawan Abdul Hadi yang
bersifat ulama, maka Ahmad Awang dicalonkan bertanding melawan Abdul Hadi
merebut jawatan Presiden.  Tapi Apabila parti AMANAH (PAN) tertubuh Ahmad
Awang tidak dilantik pun menjadi Presiden, hanya sekadar "tukang baca doa" dalam
majlis parti AMANAH (PAN)

Bila pemilihan Muktamar PAS Pusat 2015, DAP dan sebahagian PKR terang-terang
menyokong kumpulan yang ingin menjatuhkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.


Malaysiakini akhbar pro kumpulan ini telah membuat kajian bohong macam kajian
Rafizi dengan data-datanya mengatakan bahawa sokongan menjatuhkan Abdul Hadi
Awang sangat besar dalam PAS. Orang yang bodoh selalu tertipu dengan fakta-fakta
kajian rekaan ini.

Keputusan akhirnya terbalik, tak sampai 20% ahli PAS sokong kumpulan pengkhianat
ini. Ramai pimpinan pengkhianat disingkirkan oleh ahli PAS dalam pemilihan tersebut.

Mereka tubuh parti baru diberi nama AMANAH (PAN). 


Kemudian DAP serang PAS hampir setiap hari. Mereka cuba singkirkan PAS dalam
PAKATAN RAKYAT.





Dulu ahli PAS bersabar kerana PAS masih dalam PR tapi bila tak bersama, mereka
fikir mereka boleh tahan dengan serang PAS.... tunggu 

Itu saham yang dilaburkan oleh parti AMANAH (PAN) dan ahli-ahlinya. Merekalah
yang menyebabkan sikap Cina DAP makin keras dengan hudud. Mereka yakni Islam
 AMANAH (PAN) sendiri merasakan hudud belum sesuai lagi kerana keutamaan 'fiqh
 alawiyyat' kononnya.

Kesimpulannya...
Puak-puak AMANAH (PAN) lah yang memberikan TARING kepada DAP untuk
 mengigit umat Islam. Inilah pengkhianatan terhadap perjuangan menegakkan Islam
di bumi Malaysia. Mereka yang menjadi 'mastermind' adalah IRC, JIM dan kini dikenali
sebagai IKRAM. Duri dalam daging kepada Jamaah Islam PAS.



Sumber TKO - 7-6-2017

Non Muslim masuk Masjid dan Non Muslim diberi kebenaran berucap di ruang solat.
Posted on Wednesday, June 07 @ 12:50:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35314



Assalamualaikum. Penjelasan Ustaz Zaharuddin tentang kedudukan non muslim yang
masuk ke masjid padat, ringkas dan menjawab soalan yang diajukan tetapi ianya tidak
menjelaskan kedudukan MP Subang,R Sivarasa, masuk dan berucap dalam masjid An
Nur Kampung Melayu.Ianya agak mudah difahami, kerana yang  bertanya hanya
bertanyakan soalan non muslim masuk masjid dan tidak bertanya non muslim berucap
dalam ruangan solat masjid.Ustaz Zaharudin hanya menjawab soalan.Isu MP R.
Sivarasa lebih besar dari non muslim masuk masjid kerana non muslim berucap di
ruang solat masjid tidak kelihatan ada dalam garis panduan memberi kebenaran
kepada non muslim masuk masjid.Maknanya non muslim boleh masuk masjid tapi
dengan kebenaran pengurusan masjid yang perlu menepati syarat syarat tertentu.Non
Muslim berucap samada ucapan politik atau ucapan alu aluan tidak kedengaran
menepati syarat yang kan ulamak yang membenarkan non muslim masuk masjid.


Ini bermakna tak kira betapa bersungguh sungguh R Sivarasa dan kuncu kuncunya mempertahankan dirinya dengan hujah ucapan itu bukan ucapan politik, ianya masih
tidak cukup kerana berucap tak kira politik atau bukan  masih tidak terakluk kepada
syarat izin masuk masjid kepada R.Sivarasa yang sepatutnya masuk sambil duduk
dengan diam mendengar apa jua pengisian yang ada.

Ini pula bermakna tujuan dia masuk Masjid untuk memberi sumbangan kerajaan
Selangor tidak perlu, jadi kenapa kebenaran diberikan kepada dia untuk masuk masjid
dan berucap? Sumbangan boleh disampaikan terus dari perbendaraan Negeri ke akaun
bank bendahari Masjid jadi kenapa perlu R. Sivarasa pergi ke masjid pada waktu
berbuka puasa pula?

Ya, R Sivarasa boleh pergi untuk mengumumkan sumbangan yang telah dikreditkan
ke akuan bendahari masjid tetapi tak perlu dia masuk ke masjid, program boleh
dianjurkan di anjung atau di perkarangan masjid bersama sama majlis berbuka puasa
tersebut.

Tapi majlis yang disertai oleh program menyerahkan replika cek sumbangan tak perlu
diadakan apatah lagi diruang solat masjid.Maknanya majlis sebegini diadakan dengan
satu tujuan iaitu untuk berkempen dan dengan itu ianya sudah menjadi majlis politik
dan ucapannya sudah tentu diklafikasikan sebagai ucapan politik walaupun dia tidak
menyentuh tentang politik.Bukan susah sangat nak faham!

Sumber TKO - 7-6-2017 




Melayu Islam dalam PH tetap pekak badak air!
Posted on Wednesday, June 07 @ 12:49:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35313


Assalamualaikum,  Lepas satu,muncul pula yang lain,pendedahan tentang gerakan
menyebarkan agenda Kristian yang turut melibatkan parti  ultra kiasu yang disubahati
oleh sekumpulan Melayu Islam dengan harapan dapat merampas kuasa dari parti
sekular dan lanun, Umno/BN.Mereka semacam tuli, pekak badak air yang menyelam
dalam sungai afrika, tak kisah dengan aktiviti aktiviti yang mengancam kedaulatan
Islam di negara kita.Sehingga ada yang sanggup menjadi jurcakap kepada 
ultra kiasu
seperti Mahadzir Ibrahim dan jadi kuda kayu serta budak suruhan
ultra kiasu menerusi
parti gabungan PH, PAN dan PKR.Apa nak jadi dengan melayu Islam sebegini?


Terbaru heboh pasal perhimpunan jubli Jerusalem yang akan diadakan di Melaka yang 
membawa 33 NGO Islam membuat lapuran polis setelah Ketua penerangan PAS 
membuat gesaan agar oang Islam bangkit membantah agenda halus  Kristian 
Evangelisnya ini.Tapi melayu Islam dalam PH? tetap berperangai seperti badak air 
berendam di sungai sungai Afrika mengelak dari kepanasan!

Kemudian timbul pula berita yang disiarkan oleh  Majalah The Minaret terbitan Pusat
Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara
 negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40”, kerana
Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta
 dunia

Sebelum ini kita dikejutkan oleh syarahan Mohamed Razali Abdul Rahman bekas 
pengarah strategik orang melayu Islam DAP yang pernah dilatih oleh Mossad.Di 
mana menurutnya,tiap tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Dia biasa 
mengikut banyak kali rombongan beliau ke Singapura pada hari Sabtu petang dan 
akan balik Ahad petang.Di Singapura mereka akan jumpa dua orang sahaja, satu 
bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil duta Israel.

Jelas beliau lagi, sewaktu kita jumpa duta Israel atau wakil pihak Israel telah bersetuju
 memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU 13. Benda ini antara projek Israel 
 singapura dan DAP.

Dua penemuan yang penting kepada kita umat Islam untuk bangkit menentang
melepasi batas atau sempadan parti politik kerana ianya akan memberi kesan secara
langsung kapada Ugama kita.Tetapi melayu dalam PH? masih lena dibuai mimpi DAP
 mengetuai perjuangan suci yang sebenarnya disucikan oleh Kristian Evangelis yang 
pada Dr. Redzuan Tee mempunyai perancangan yang sama busuk dengan yahudi.

Tetapi DAP tetap ada hudungan dengan Israel seperti didedahkan sendiri oleh bekas
ahlinya, Mohamed Razali Abdul Rahman dan sehubungan dengan itu melayu dalam 
PH tetap dengan perangai badak airnya, enggan percaya walaupun ugama mereka di 
usik dengan teruk, pada mereka yang mereka tahu cuma satu, hapuskan parti Lanun 
yang merompak duit rakyat tanpa mengira bersama siapa, sekalipun rakan yang
bersama mereka merancang untuk melanun ugama mereka.Bodoh ke apa ni?

Kita masih hangat dengan polimik antara Dr. Kamarul, ahli akademik yang tiada
hubungan dengan mana mana parti politik yang sayangkan ugamanya dengan kuda
kayu DAP yang sudah lupa ugama mereka di mana Dr. Kamarul sedang bersedia
menghadapi Dr.Mujahid anak ulamak pemimpin PAS, di mahkamah.Soalannya
di manakah rasa cinta dan sayang kepada ugama melayu Islam yang bersama DAP
dalam PH?

Di sebalik mereka patut bersama Dr. Kamarul yang menemui satu perkara penting
kepada umat Islam seluruhnya, mereka menjadi benteng kepada DAP yang berniat
mahu meruntuhkan ugama mereka.Mereka tetap dengan ideologi kepartian mereka
dan berkempen agar Umno/BN dikuburkan sedangkan mereka tidak mempunyai apa
apa rancangan untuk melihat kerajaan sekular Umno/BN itu diganti dengan kerajaan
Islam.

Yang ada ialah kerajaan baru nanti ialah kerjaaan sekular juga yang kononnya menjadi
kerajaan yang suci dan adil kepada semua termasuk kepada perkara perkara ugama
yang sensitif seperti LGBT.Itu kerajaan alternatif yang mereka perjuangkan bersama
DAP yang kecenderungan akan tetap serupa, kembali melanun seperti Umno/BN.

Itulah perjuangan melayu Islam dalam PH.Tanpa haluan, tanpa petunjuk ugama dan
tanpa menghiraukan betul salah tetapi segalanya ditentukan oleh big boss, DAP yang
tanpa sedar berniat mahu meruntuhkan ugama mereka.
Satu perkara malang bagi kita semua kerana adanya sekumpulan melayu Islam yang 
menjadi benteng kepada ultra kiasu baik sebagai macai pemakan dedak, sebagai kuda 
kayu yang ditunggang ultra kiasu atau sebagai budak suruhan yang diberi upah 
sekupang dua..........


Sumber TKO - 7-6-2017




PRU14 tangguh hingga tahun depan?
Posted on Wednesday, June 07 @ 08:15:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35311



SHAH ALAM - PRU14 yang dipercayai akan diadakan pada Oktober ini mungkin
 tidak menjadi kenyataan dan terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.

Sumber dalaman memberitahu Sin Chew Daily, penangguhan itu dibuat kerana pada
Oktober ini, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia.

Antara atur cara yang akan dihadiri pemimpin utama China itu ialah menyaksikan
majlis perasmian Xiamen University Malaysia, Sepang yang turut dihadiri oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semasa lawatan kerja Presiden China di Malaysia, perdana menteri dan jemaah
Kabinet perlu hadir. Oleh itu, Parlimen tidak boleh dibubarkan pada ketika itu," kata
akhbar ini.

Sebelum ini, Najib pernah membayangkan PRU14 kemungkinan jatuh pada September
atau Oktober ini dan jika tidak, ia akan ditangguhkan sehingga tahun depan.

"Melihat kepada perkembangan politik semasa dan kedudukan kewangan negara,
tahun ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan PRU.

"Oleh itu, PRU14 besar kemungkinan diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun
depan iaitu pada Mac 2018," tulis akhbar ini lagi.

Sumber TKO - 7-6-2017



Anwar-Mahathir Rebut Jawatan PM, Pertembungan
1998 Mungkin Berulang?

Posted on Tuesday, June 06 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35303



Laluan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri yang diimpikannya sejak dipecat daripada UMNO pada 1998 semakin sukar setelah Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya untuk kembali menggalas jawatan nombor 1 negara itu.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan beliau akan kembali menjadi Perdana Menteri sekiranya ianya dimahukan oleh penyokong Pakatan Harapan.

"Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan dalam PH, kalau mereka ada cadangan itu (melantik sebagai Perdana Menteri) dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbang (kembali menjadi Perdana Menteri)," kata Dr Mahathir.

Menyanggah kenyataan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pilihan pakatan pembangkang, Anwar berkata, jawatan berkenaan bukan ditentukan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, tetapi pimpinan Pakatan Harapan.

“Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan,” kata Anwar ringkas.

Bagi bekas editor eksekutif Malay Mail, Datuk Ahirudin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, pertembungan Anwar dan Mahathir bagi jawatan berkenaan lebih memihak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu.

"Sejujurnya, Anwar berdepan laluan sukar menentang orang yang menyingkirkan, memecatnya dan memenjarakan beliau pada 1998," kata Rocky merujuk kepada penyingkiran Anwar dari UMNO suatu masa dahulu.

"Mahathir mempunyai beberapa pemimpin utama daripada PKR, Amanah dan DAP - terutama DAP - yang menyokong kuat beliau. Saya tidak rasa beliau akan 'menawarkan' dirinya untuk menjadi PM jika beliau tidak mendapat sokongan daripada mereka."

Antara pemimpin DAP yang bersetuju Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri termasuk Ahli Parlimen Segambut Utara, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran; dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru sahaja menyertai DAP tahun ini, Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut Kulasegaran, hubungan bersama Dr Mahathir umpama kerjasama DAP bersama Anwar pada awal tempoh beliau dipecat dari UMNO pada 1998 dan ianya memberi impak kepada sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang.

Sementara bagi Lip Eng, beliau melihat Dr Mahathir benar-benar mahu menggulingkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan tidak bermain wayang bersama Pakatan Harpan.

“Mula-mula memang ada penyokong atau ahli DAP yang ragu tapi lepas hampir setahun, mereka sudah mula terima kehadiran Dr Mahathir sebab kita tengok seorang ‘datuk’ yang begitu tua – umur sudah 93 tahun – bertungkus lumus lari sana sini masuk Felda, buat perhimpunan dan ceramah di kampung dan kita rasa terharu dan tertarik dengan keikhlasan beliau.

“Bukan senang untuk seorang warga tua umur 93 tahun lari sana sini beri ceramah,” katanya menjelaskan penerimaan DAP terhadap Dr Mahathir.

Bagi Setiausaha BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, pencalonan Dr Mahathir merupakan muslihat untuk mendapatkan simpati rakyat untuk mengalih sokongan kepada pembangkang.

"Pada saya, muslihat itu sudah boleh dibaca oleh rakyat  malah tindakan tersebut juga dilihat sebagai bentuk 'penderaan politik' yang sengaja dilakukan pembangkang kepada Dr Mahathir," tegasnya.

Katanya, adalah tidak relevan untuk blok pembangkang menjadikan Dr Mahathir sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat bagi menjayakan agenda politik
- mD

Sumber TKO - 6-6-2017


Apa Beza ABIM dengan IRC?
Posted on Tuesday, June 06 @ 12:18:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35293



Baru-baru ini lebai dihantar video petikan ucapan almarhum Ustaz Nikmat Yusof
pegasas Maahad Tarbiah Derang di Pokok Sena Kedah. Tak pasti apa tujuan
dihantarnya video lama ini. Maybe untuk tunjukkan tahaluf dengan UMNO-PAS gagal
dan PAS dikhianati oleh UMNO atau mungkin nak cerita bagaimana PAS yang nazak
ketika itu dibantu oleh ABIM.

PAS mengalami banyak perubahan dan pergolakan jika kita mengkajinya secara
mendalam. Hari ini lebai akan fokus tentang ABIM dan IRC.

ABIM


ABIM adalah singkatan Angkatan Belia Islam Malaysia ditubuhkan pada 6 Ogos 1971
di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengerusi penaja
rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Dato' Fauzi Abd. Rahman
sebagai Setiausaha Agung. ABIM adalah NGO Islam yang berdaftar dengan Pendaftar
Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Prof. Dr.
Razali Nawawi telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala DS
Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah
dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua.

Macam wujud kesefahaman pada masa itu sehingga 1982 (tahun dimana Anwar
Ibrahim masuk UMNO)
PAS tak masuk ke pusat pengajian tinggi kerana PAS parti
politik dan ABIM memainkan perananan untuk menyebar luas 'fikrah perjuangan PAS'
di U.



Ustaz Fadhil Nor semasa menjadi pensyarah UTM juga tidak bergerak atas PAS tetapi
bergerak atas ABIM.

Selepas 1982 barulah PAS mengembangkan sayapnya ke pusat pengajian tinggi dan
wujud pertembungan antara PAS dan ABIM dalam mencari keder. Hubungan sebelum
ini antara PAS dan ABIM telah tidak wujud lagi kerana ABIM tidak lagi macam dulu.

Sebelum 1982, ramai pemimpin ABIM di tahan ISA. Misalnya pada tahun 1974 kerana
Demosntrasi di Universiti Malaya dan di padang Dataran Merdeka dan Tun Mahathir
adalah Menteri Pelajaran semasa itu. Itulah kalau nak kenal siapa Tun Mahathir!!

Asal IRC

Islamic Representative Council (IRC) adalah gerakan pelajar di UK. Di Mesir pula
dikenali sebagai al-ikhwan (‘Alami). Zaman 80an dulu lebai pening juga fikir
bagaimana IRC di UK dan gerakan alami di Mesir boleh bersama bila pulang ke
Malaysia?

Difahamkan bahawa gerakan ini asal daripada ahli-ahli Ikhwan Muslim di Mesir. Bila
 mana Ikhwan Muslimin di haramkan dan ramai pimpinan mereka ditangkap dan
dikatakan hampir 20 ribu orang. Anda boleh bayangkan kalau kita bandingkan Ikhwan
dengan PAS, 20 ribu pimpinan PAS ditangkap. Ketua cawangan dan ahlinya ditangkap,
bukan pimpinan atas sahaja. Yang tinggal ahli biasa. Ini yang mulakan gerakan Ikhwan
Muslimin baru dengan fikrah baru siir.

Ikhwan Muslimin mempunyai susunan tarbiyyah yang agak baik, walaupun pimpinan
 ditangkap mereka masih bergerak dan usrah-usrah masih berjalan dan wujudlah idea
gerakan "siir" (sembunyi termasuk tidak mengetahui siapa pimpinan demi menjaga
keselamatan)
untuk menyelamatkan gerakan mereka daripada buruan pihak berkuasa
Mesir.

Usrah-usrah dengan idea baru ini bercambah dan ada yang ke luar negara atas pelbagai
urusan maka gerakan ini bercambah dan tertubuh di luar negara dengan fikrah ikhwan
yang baru. Jadi itulah sebabnya di Mesir atau di UK mereka adalah berfikrah ikhwan
Muslimin yang baru.Awal 70an terdapat 3 golongan gerakan Islam di UK, iaitu;
kumpulan pelajar daripada Institut Teknologi Kebangsaan (ITK kini dikenali UTM),
 pelajar-pelajar di serata UK yang terdedah kepada tarbiyyah dan para pelajar di
Brighton, Selatan UK, yang diperkenalkan kepada fikrah (pemikiran) daripada
sahabat-sahabat Jama’ati Islami yang berasal dari Pakistan berhimpunan untuk bentuk
gerakan Islam.

Selepas perhimpunan Musim Sejuk FOSIS pada 1974, satu pertemuan khusus
 diadakan di kalangan wakil-wakil daripada Brighton, sahabat-sahabat MISG,
pelajar-pelajar lepasan ITK (UTM) dan pelajar-pelajar lainnya di Brighton. Pertemuan
ini bertujuan membincangkan lebih lanjut idea asal penubuhan satu badan dakwah
yang mula terbit pada tahun 1972 bagi menjadikan ia satu kenyataan.

24 Disember 1974 menjadi titik pertemuan pelajar-pelajar tersebut di satu mesyuarat
yang dianjurkan khususnya untuk membincangkan perkara tersebut. Lanjutan daripada
mesyuarat ini, pertemuan ketiga dirancang dan diadakan pada cuti Easter universiti
pada musim bunga bulan Mac 1975. Daripada pertemuan inilah nama Islamic
Representative Council (IRC) ataupun Majlis Syura Muslimun (MSM) dipilih.

Said Hawa, Abdul Hadi dan Harun Taib


Said Hawa
adalah menantu Iman Hassan al-Banna pengasas Ikhwanul Muslimin Mesir.
Beliau adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan menjadi penggerak
gerakan Ikhwanul Muslimin Syria. (Gerakan Ikhwanul Muslimin menarik jika dikaji.
Ikhwanul Muslimin juga berpecah kepada 3 iaitu Ikhwan Alami, Jihadi dan Ku'tri.
Yang ni lebai takkan panjangkan).


Pada tahun 1966-1971 pada ketika Said Hawa berusia 32-37 tahun belia tinggal di
Arab Saudi selama lima tahun dan menyiapkan buku al-Usul Thalathah dan Jundullah
Thaqafatan wa Akhlaqan.


Pada ketika itu dia membentuk usrah dan ahli usrahnya ialah Ustaz Abdul Hadi Awang
dan Ustaz Harun Taib yang kebetulan mengambil Ijazah di Universiti Islam Madinah
untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah. (Ada juga wakil daripada gerakan Islam
Indonasia,  Masjumi, Majlis Sjura Muslimin, Indonesia dalam usrah mereka)


Kitab Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan adalah silibis usrah mereka. Ini
dimaklumakan sendiri oleh almarhum Dato' Harun Taib kepada lebai.

Abdul Hadi Awang di Mesir


Ustaz Abdul Hadi melanjutkan pelajaran beliau peringkat Ijazah Sarjana (master)
di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, dalam jurusan Siyasah Syar’iyyah (Sains
Politik)
dari tahun 1974-1976. Ustaz Harun pun sama dalam jurusan yang sama.

Ustaz Hadi diminta untuk pulang ke tanah air lebih awal bagi membantu PAS,
 manakala Ustaz Harun Taib akan menyambung untuk PHD, maka mereka merancang
dan membahagikan tugas di mana Ustaz Abdul Hadi membawa usrah bagi melatih

 (mengkeder) dan Ustaz Harun pula bergiat dalam persatuan Melayu di sana.


Ustaz Abdul Hadi membentuk usrah naqabah terdiri daripada 7 orang iaitu Ustaz Alias
Osman, Ustaz Darus Sanawi, Ustaz Zawawi Ali (Adik Cikgu Pa) dan 4 lagi yang lain.


Masa itu pilihanraya hampir, Ustaz Abdul Hadi pulang ke tanah air untuk bantu PAS.
Mulanya beliau bekerja sebagai Pegawai Yayasan Islam Terengganu (1977-1978),
 dalam masa yang sama menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
 Negeri Terengganu. Tahun itu juga beliau mula menjadi tenaga pengajar Maahad
Al-Ikhwan (Institut Berakan yang pernah diroboh dengan zalim oleh UMNO), sebuah
 sekolah swasta yang ditubuhkan oleh beberapa anak muda PAS di Mengadang Akar,
Kuala Terengganu dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Chik.

Pada tahun 1978 juga Ustaz Hadi bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia yang
ke-5 pada tahun 1978 di Dun Marang mewakili PAS tetapi kalah dengan majoriti 64
undi kepada calon BN, Tengku Zahid Tengku Musa.

Ustaz Harun Taib tak sempat menyiapkan tesis Ph.D dalam bidang politik antarabangsa
sehingga dia meninggal kerana terlibat dengan PAS dan beliau juga pulang awal ke
Malaysia demi untuk membantu PAS dalam PRU-5.

Jadi apa yang dikatakan oleh almarhum Ustaz Nikmat Yusof pegasas Maahad Tarbiah
Derang di Pokok Sena Kedah bahawa kemasukkan Ustaz Fadhil Nor oleh Majlis Syura
ABIM untuk membantu PAS perlu difahami bahawa PAS dan ABIM sebenarnya tidak
 terasing sangat melainkan selepas Anwar Ibrahim masuk UMNO.

Sebelum Anwar Ibrahim masuk UMNO yang mengubah cara dan pendekatan ABIM,
 penglibatan ahli dan pimpinan PAS dalam ABIM suatu perkara yang biasa kerana
ABIM suatu badan NGO yang boleh bergerak bebas dan PAS badan politik yang pada
masa itu sangat buruk ditekan oleh kerajaan UMNO.

Perpecahan ABIM


Setelah Anwar Ibrahim masuk UMNO pada 1982 suatu keputusan yang mengejutkan.
Kalau anda mendengar video ucapan Ustaz Nikmat Yusof anda akan tahu bahawa
Majlis Syura ABIM sekali lagi telah dikuasai Anwar untuk membenarkan dia masuk
UMNO. Hampir semua tak setuju berbeza dengan kemasukkan Ustaz Fadhil Nor,
Ustaz Hadi dan beberapa orang pimpinan lain adalah atas kebenaran Majlis Syura
ABIM.

Kemasukkan Anwar menjadi tamparan hebat kepada PAS apatah lagi hampir dengan
PRU-6 dan Anwar Ibrahim telah diura-urakan menjadi calon PAS.

Kenapa Anwar masuk UMNO ada banyak teori dan analisis penulis. Jika anda baca
“Memo Buat Bakal PM”
tulisan Ahmad Lutfi Othman, bekas ketua pengarang
Harakah yang kini berjinak dengan parti AMANAH (PAN) anda akan lihat ada
pandangan lain daripada apa yang Ustaz Nikmat nyatakan.

“Sebenarnya Anwar merancang kemasukannya dalam UMNO dengan begitu 

licin. Anwar sertai UMNO ketika dia sudah pastikan ABIM tidak lagi mempunyai 

tokoh yang boleh mempersoalkan ‘ijtihadnya’. Anwar sengaja mengarahkan 

Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin kanan ABIM yang lain sertai PAS sebelum itu 

bukan kerana dia rasakan waktu itu PAS satu jemaah Islam yang perlu didukung 

tetapi kerana dia mahu menjayakan cita-cita besarnya untuk masuk UMNO 

ketika Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, “ hujahnya UMNO ketika Dr Mahathir 

jadi Perdana Menteri, “hujahnya.
Lebai cadangkan anda baca buku "Memo Buat Bakal PM" atau baca link di sini untuk
memahami isi perbahasan sepenuhnya.

Ada juga penganalisis lain ada yang mengatakan kedudukan Anwar dalam PAS
 mungkin tidak sebaik dalam UMNO kerana pada masa itu nama Ustaz Abdul Hadi
lebih tertonjol kehebatannya terutama dalam pidato apabila mereka berdua berceramah.
Ini membuatkan Anwar mungkin mendapat saigan dalam menerajui PAS selepas Ustaz
Fadhil. Tapi kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Apabila Anwar Ibrahim masuk UMNO menyebakan kedudukan ABIM menjadi tidak
 sehebat dulu. ABIM tidak lagi menjadi satu badan yang dikaguni kerana ABIM
berpecah kepada 4 iaitu ABIM asal, ABIM pro UMNO, ABIM Perlis (HALUAN) dan
ABIM Pro PAS.

HALUAN


Seperti lebai nyatakan di atas, kemasukkan kemasukkan Anwar Ibrahim dalam UMNO
pada 1982 membuatkan ABIM berpecah. Salah satunya ABIM Perlis yang dipimpin
oleh Ustaz Dahlan Mohd Zain.


Ustaz Dahlan adalah mudir Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) dan beliau
membawa pendekatan yang ada sedikit kelaianan dengan ABIM sebelum ABIM
berpecah lagi.

4 tahun selepas Anwar masuk UMNO, ABIM Perlis membawa haluan sendiri dengan
HALUAN (ABIM Perlis) pada tahun 1988 yang diketuai oleh Ustaz Dahlan Mohd
Zain.


Tubuhnya JIM


Mereka yang menjadi ahli Islamic Representative Council (IRC) apabila menamatkan
pelajaran mereka pulang ke Malaysia menubuhkan IRC di Malaysia secara sembunyi
sedangkan pada masa itu telah ada hubungan baik antara PAS dan ABIM.

IRC meresap dalam ABIM dan cuba menguasai ABIM tetapi tidak berjaya. Kemudian
mereka meresapi PAS dan memasuki PAS.

IRC menggunakan Ustaz Abdul Awang sebagai saluran untuk mengambil alih PAS
 dalam penguasaan fikrah melalui Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat yang kebetulan Ustaz
Abdul Hadi Awang adalah ketuanya.



Apabila Ustaz Abdul Hadi Awang pulang ke Malaysia pada 1977, 7 orang anak usrah
beliau telah diserahkan kepada seorang aktivis gerakan Ikhwanul Muslimin, Mustafa
Masyhur seorang ahli fizik untuk meneruskan usrah berkenaan. (Asy-Syeikh Mustafa
Masyhur kemudiannya menjadi Mursyidur Am Ikhwanul Muslimin yang ke-5 mulai
1996 hingga 2002).


IRC mengambil kesempatan dalam PAS, Ustaz Alias Osman semasa berada dalam
Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat hanya menerbitkan buku terjemahan "Apa Erti Saya
Menganut Islam" dan aktiviti lain ialah banyak menyerap ahli-ahli PAS kepada IRC
sehingga berlaku pertembungan yang sangat besar sekitar 1980an dan IRC mula
terdedah secara menyeluruh.

Lajnah Tarbiyyah cuba menyelesaikan masalah ini dengan mengumpul pimpinan PAS
dan IRC untuk ditamrinkan di Taman Melewar selama 3 hari tetapi tak beberapa hari
selepas itu terjadi semula pertembungan sehingga sebahagian besar IRC disingkirkan
daripada PAS.

IRC mula mendekati UMNO pula. Mereka membentangkan kertas kerja untuk IRC
menyertai UMNO tetapi ditolak oleh Majlis Syura. Penolakan kertas kerja berkenaan,
 tidak berakhir usaha memasuki UMNO dan wujud dikalangan ahli IRC mengusulkan
untuk menzahirkan IRC pada masyarakat. Nama yang telah dicadangkan ialah Jamaah
Islam Malaysia (JIM).


Maka JIM telah ditubuhkan pada 27 Julai 1990 dan didaftarkan dengan Pendaftar
Pertubuhan. Usul diterima majoriti dan Presiden JIM pertama adalah Abu ‘Urwah
(Saari Sungip) sehingga tahun 1999 di mana Prof. Madya Dr. Mohd Hatta Shahrom
(ketika itu) mengambil tempat sebagai Presiden.


“Kalau dilihat dari jalur waktu sejarah, tertubuhnya JIM serentak dengan kemenangan
PAS di Kelantan akibat perpecahan UMNO pada tahun 1990. Pada masa itu, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim tengah memuncak karier politiknya di dalam UMNO akibat perpecahan
yang berlaku.

“Malah, kalau dilihat dari jalur kesatuan pelajar, tokoh-tokoh pelajar MISG (persatuan
pelajar di Amerika Syarikat)
yang menyertai beliau ialah Wan Hasni Wan Sulaiman
yang pernah menjawat Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan pengerusi
ABRAR INC. Turut bersama Abdul Rahim Ghouse, Mantan Presiden MISG sebelum
Wan Hasni yang menjadi Ketua Pemuda Pulau Pinang dan juga bersama Wan Hasni
membina ABRAR INC.

“MISG dan IRC punyai hubungan yang agak erat di kalangan penggerak persatuan
pelajar di luar negara. MISG yang berpusat di illinois, Amerika, manakala kumpulan
IRC bergerak di UK. Ramai juga, lepasan lepasan ABIM turut sama menyertai MISG
lantas secara tak sedar membina jaringan langsung dengan UMNO di bawah pimpinan
DS Anwar Ibrahim.

“Maka tidak hairan ketika itu, tatkala Anwar berada di puncak kuasa UMNO,
tokoh-tokoh JIM menguasai di sektor pendidikan di UIA, USM Kubang kerian,
di UTM, di UM dan lain-lain lagi.

“Dalam masa yang sama Saari Sungip (Presiden JIM) mempunyai hubungan secara
langsung dalam urusan perniagaan bersama agensi agensi kerajaan yang ketika itu
mendapat faedah bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.

“Pertembungan Anwar Ibrahim dengan PAS ketika itu juga turut dibantu oleh JIM
dalam menaikkan imej islamisasi Anwar Ibrahim. Malah JIM turut membantu Anwar
Ibrahim untuk beliau merampas kemabli Kelantan dari PAS pada tahun 1995. (Jadi tak
hairan IKRAM - sebelum ini dikenali JIM bekerja keras membantu AMANAH dan
UMNO untuk jatuhkan PAS di Kelantan)


Saari Sungip cuba menyatukan dengan HALUAN dengan JIM pada tahun 1995 tetapi
tidak berjaya.

Hubungan IRC/JIM dan ISMA


Perjalanan ISMA agak berbeza sedikit. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ditubuhkan
pada 7 Julai 1997 pada asalnya adalah ialah sebuah badan bukan kerajaan dengan nama
"Ikatan Siswazah Muslim Malaysia" sebelum berkembang maju dan kemudian menukar
namanya kepada Ikatan Muslimin Malaysia pada tahun 2005. Terdiri daripada aktivis
IRC yang tidak minat pertembungan Jamaah dan penglibatan politik. Lebih tertumpu
kepada kepentingan, kebajikan dan isu-isu umat Islam termasuk luar negara.


Setelah tertubuhnya ISMA pada 2005 sehingga kini ISMA diterajui oleh Ustaz
Abdullah Zaik b Abd Rahman yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Aman
Palestin. ISMA juga mesra kerajaan.

Agak mengejutkan pada tahun 2013 ISMA mula melibatkan dalam dunia politik
Malaysia dengan menurunkan calon daripada Biro Poltik ISMA pada Pilihan Raya
Umum ke-13. ISMA menggunakan tiket parti BERJASA dengan kawasan-kawasan
yang mereka bertanding majoriti pengundi adalah pengundi muslim tetapi diletakkan
calon bukan muslim oleh parti kerajaan dan pembangkang.

Ini menyebabkan JIM agak marah, 2009 mereka cuba gabungkan HALUAN, ISMA dan
JIM kepada IKRAM tetapi ISMA menolak antara alasan tak mahu terlibat politik.

ISMA secara tidak langsung terlibat dengan GAGASAN SEJAHTERA (GS), blok
 ketiga yang diasaskan oleh PAS melalui pasrti BERJASA. Ini membuatkan
 pertembungan dengan IKRAM (JIM) dan AMANAH makin menebal.

Keretakan IRC dan Suara Islam


Sebenarnya retakan dalam fikrah IRC pertama kalinya bermula di UK pada akhir tahun
tujuh puluhan lagi apabila ada kalangan yang ingin menubuhkan Suara Islam yang
kemudian dijelmakan sebagai "Parti Negara Islam" apabila kembali ke tanah air. Khalid
Samad sebelum itu aktif dengan IRC tetapi akhirnya bersama dengan Suara Islam
semasa dia mengambil Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Api dan Tenaga,
 University of Leeds, United Kingdom pada tahun 1979 kerana banyak pandangannya
berbeza dengan IRC.

Pemecatan Anwar dan Kejatuhan JIM



Anwar Ibrahim dipecat 1998. Parti KeADILan Nasional ditubuhkan pada 4 April 1999
dengan mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu "Ikatan Masyarakat
Islam Malaysia" (IKATAN - bukan IKATAN yang ditubuhkan oleh Tan Sri Abdul Kadir
Sheikh Fadzir
) yang ditubuhkan pada 1990 oleh Haji Abdul Wahab Yunus bekas ahli
parlimen PAS Dungun, Terengganu.

Pada tahun 1999 juga ramai pimpinan JIM menganggotai Parti Keadilan, di antaranya
 ialah Sahri Bari (bekas Naib Presiden JIM dan bekas pensyarah kejuruteraan di ITM
tahun 80-an)
yang menjadi EXCO Pemuda Keadilan dan pernah memegang jawatan
Setiausaha Agung.

Saari Sungip menjadi calon Keadilan dalam Pilihan Raya 29 November 1999 di Dewan
Undangan Negeri (DUN) Selangor tetapi tewas. Pada 2004, Saari Sungip bertanding
atas tiket PKR di Parlimen yang sama iaitu Paya Besar, juga kalah kepada Dato’ Seri
Dr Hajjah Siti Zaharah Sulaiman. 


Prestasi PKR makin merosot, 2008 makin ramai pimpinan JIM menyertai PAS
termasuk Saari Sungip. Kemasukkan Saari Sungip ini menjadi catatan apabila
almarhum Dato' Harun Taib pernah berkata "Enta masuk PAS nak apa? Nak buat
kacau dalam PAS lagi ke?"
Kata-kata ini terbukti benar.

Tak hairan kalau 2 orang Adun PAS boleh melanggar sumpah untuk menjadi
 PENGKHIANAT kepada PAS kerana memang mereka datang dengan niat yang tak
 betul.


JIM sekali lagi bergolak pada tahun 2009 apabila kepimpinannya yang berada dalam
HIS mencadangkan penubuhan IKRAM pada 22 Oktober 2009. IKRAM diwujudkan
bagi menggabungkan tenaga semua ikhwahnya yang pernah mendapat pendedahan
tarbiyyah IRC di luar negara tetapi kini terlibat dalam pelbagai jemaah seperti JIM,
ISMA dan HALUAN.

Demi menggabungkan semua kenalan seniors yang masing-masing membawa uslub
yang berbeza, IKRAM dilahirkan. Namun JIM, HALUAN dan ISMA tetap berasingan.
 Pada Disember 2011, dalam PPN JIM ke-21, Zaid Kamaruddin mengisytiharkan dalam
 Muktamar berkenaan bahawa JIM akan dibubarkan dan diserapkan ke dalam IKRAM
sepenuhnya, yakni tanpa ISMA dan HALUAN.

Semua ahli, harta, aset maknawi serta institusi-institusi seperti sekolah, Hidayah Centre
 dan Raudhatus Sakinah milik JIM akan diserahkan kepada IKRAM.

Panjang dah lebai menulis... apa kesimpulannya?

Kesimpulan

1.  ABIM dan PAS sebenarnya adalah 2 intutusi yang saling berhubung, memanafaat
antara satu sama lain demi perjuangan Islam sehingga Anwar Ibrahim merosakkannya.
Kenyataan Ustaz Nikmat tidak tepat kerana kemasukkan ramai pimpinan ABIM kepada
PAS adalah usaha untuk menjadi ABIM sebagai jalan mudah menguasai UMNO oleh
Anwar Ibrahim.

2.  IRC, JIM dan nama barunya sekarang IKRAM adalah PENGKHIANAT kepada
 perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Mereka ini bukan membantu PAS untuk
 Islam tetapi cuba menjadikan PAS batu loncatan matlamat mereka. Kini mereka
menyerap dalam parti AMANAH (PAN) dan sebahagian kecil dalam PKR.  Mereka
memusuhi PAS dengan pelbagai tuduhan dan membuat persepsi jahat. Tunggulah
AMANAH (PAN) akan alami nasib yang buruk. Sekiranya anda sayangkan perjuangan
Islam, tinggalkan IKRAM. Jangan sokong apa-apa perkara yang ada hubungan dengan
IKRAM.



Sumber TKO - 6-6-2017


Perhimpunan Jubli Jerusalem?
Posted on Tuesday, June 06 @ 12:11:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35292



Bercakap pasal perhimpunan jubli Jerusalem yang akan diadakan di Melaka, teringat 
dengan syarahan Mohamed Razali Abdul Rahman bekas pengarah strategik orang
melayu islam DAP yang pernah dilatih oleh Mossad.

Memang DAP mempunyai hubungan istimewa dengan Israel. Kalau tidak istimewa
mana mungkin !7 orang anggota pakar stratigek DAP dilatih oleh Mossad.

Betapa istimewanya hubungan Israel dengan DAP, termasuk Mohamed Razali Abdul
Rahman yang pernah dilatih hampir tiga tahun oleh Israel.

Untuk makluman, kata Mohamed Razali, tiap tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke 

Singapura. Dia biasa mengikut banyak kali rombongan beliau ke Singapura pada  hari 

Sabtu petang dan akan balik Ahad petang.



Katanya, di Singapura kita akan jumpa dua orang sahaja, satu bekas perdana menteri 

Singapura Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil duta Israel. Dua ni yang akan kita jumpa.



Jelas beliau lagi, sewaktu kita jumpa duta Israel atau wakil pihak Israel telah bersetuju 

memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU 13. Benda ini antara projek Israel 

singapura dan DAP.



Tambahnya, bila  saja  bubar parlimen, masa itulah duit akan masuk dan juga pakar 

pakar Istrael. Mereka merupakan beberapa warga asing akan menyusup masuk ke 

bumi Malaysia.



Oleh iru hujahnya,himpunan jubli jesusalem yang dikatakan diadakan di Melaka 

bukan rekaan akan tetapi ia suatu reality yang didalangi oleh DAP sebagai agenda 

sembunyi bersama diantara Singapura dan Israel.



Maka isu hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel suatu masa dahulu 

bukan khabar angin, akan tetapi ia suatu realiti yang tidak boleh dinafikan.

Bermakna bukan DAP sahaja yang ada hubungan akrab dengan Israel, malah PKR 
juga punya hubungan  dengan Israel.

Sumber TKO - 6-6-2017

Antara DAP dan Akidah.....
Posted on Tuesday, June 06 @ 12:09:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35291

"

Assalamualaikum, Saya tebaca satu artikal tulisan pengarah pendidikan politik DAP
Johor, Mahdzir Ibrahim memberi hujah balas kepada tulisan Ustaz Nik Abduh di
Malaysiakini. Artikal ini dihantar untuk terbitan kepada The Malaysian Insight.

Tulisan itu menarik minat saya kerana yang menulis itu bernama melayu, beragama
dan mengaku beragama Islam tetapi hujah logiknya sedikitpun tidak menggambarkan
dia seorang Islam yang berpengetahuan yengang ugamanya.Dia jelas tidak dapat
membezakan antara maksud Ustaz Nik Abduh antara kuasa ALLAH, Tuhan seluruh
alam dengan kekuasaan manusia yang kerdil.

Lihat saja hujahnya, "DAP adalah sebuah parti yang menuntut keadilan dalam 
konteks undang-undang dan dasar sosial terhadap perkara yang menyentuh 
 sensitiviti kaum, budaya atau agama".Menulis menyangkal hujah ustaz Nik Abduh
tentang matlamat DAP mahu terus mengekalkan negara sekular dengan hujah
“Mereka secara langsung menolak wujudnya sebuah negara Islam yang terlaksana 
di dalamnya nilai dan hukum Islam.”tetapi bagi Mahzir Ibrahim ianya bermaksud
"secara halus cuba untuk mengolah pandangan buruk rakyat terhadap perjuangan 
suci DAP".

Rupanya DAP ada kaedah mendidik rakyat terutama orang melayu Islam untuk
menampakkan perjuangan mereka suci.Untuk kelihatan suci DAP mengrekrut seorang
yang ICnya bernama Islam serta ugamanya Islam.Bijak dalam dungu DAP ini.
Masakan orang Islam yang belajar ugama sedari kecil tidak mampu membezakan
antara perjuangan fisabillah dengan perjuangan suci DAP?

Bagaimana pula pendedahan Dr. Redzuan Tee seorang Islam yang berbangsa cina
yang berbunyi "puak Kristian Evangelis yang sedang menguasai parti ultra kiasu 
mempunyai perancangan busuk sama seperti Yahudi"Serta pendedahan Dr.Kamarul
 tentang cita cita DAP menerusi buku Hannah Yeoh untuk melahirkan suasana hidup
kristian menrusi kuasa yang akan diperolehi DAP. Apakah tidak terkesan sedikitpun
kepada orang Islam dan yang mengaku Islam ang berada dalam DAP?

Sehingga sanggup bermati matian mempertahankan DAP sebagai parti dengan
matlamat perjuangan suci hanya kerana diberi jawatan pengarah pendidikan politik.


Walaupun Mahdzir Ibrahim ada hujahnya tidak seperti Pancai kuda kayu yang 

rata rata tiada hujah langsung dalam melemparkan presepsi mereka tetapi cara 

diberhujah seolah olah dia bukan seorang Islam.Walaup dia ada mengatakan DAP 

tidak berkuasa menentukan akidah kepercayaan yang padnya hak individu tetapi cara 

kesombongan bicaranya menjelaskan ahhaw adia sendiri tidak faham dengan 

ajaran ugamanya sehingga gagal menghadam hujah Ustaz Nik Abduh,



Hujahnya hanya pada logik akal untuk mempertahankan DAP sekaligus 

sebenarnya tanpa dia sendir sedar menjadi bentang kepada DAP menghadapi 

kabangkitan Islam sambil memberi peluang yang lebiih besar kepada DAP yang 

sudahpun ada kuda kayu untuk tunggangannya serta sudah ada pakatan yang 

menjadi budak suruhannya untuk terus berdakwah kepada Kristian Evangelisnya.



Jelas sejelas jelasnya Mahdzir Ibrahim dan orang orang Islam yang masih ada dalam 

DAP adalah merupakan Islam pada namanya saja, tiada pengetahuan tentang 

akidah dan syariat kerana sejak kecil lagi sudah diajar untuk jadi sekular.

Lahirnya kumpulan sekular di kalangan orang Islam menguntungkan Yahudi 

dan  Kristian Evangelis serta geng alahzabnya.
Sumber TKO - 6-6-2017


Salam Penuh Bermakna
Posted on Tuesday, June 06 @ 12:06:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35290

Image may contain: 2 people, text

Lawatan Trump bersama isterinya Melanie ke Saudi catat sejarah baru Saudi.

Antaranya Wanita Pertama US tidak perlu pakai scaf kepala dan hebatnya apabila 

Milenia berjabat tangan dengan Penjaga Dua Kota Suci.
Sebelum ini tiada tercatat dan foto mana mana Raja Saudi bersalaman dengan wanita
bukan muhrim hinggalah giliran Raja Salman.Bahkan Saudi mempunyai Badan
Syariah yang ketat dari segi hukum.
\
Juga lawatan Trump ke Saudi penuh dengan pemberian hadiah mewah kepada Trump
dan isteri.Dunia tahu Trump adalah seorang jutawan.Raja Salman juga tahu dan
 maklum tentang status Trump itu.

Tetapi mengapa Raja Salman kurnia juga emas berlian kepada Trump?

Ramai tidak mengerti dengan aksi-aksi itu.

Selepas sebulan aksi ini berlaku,barulah nampak hasilnya.

Sebenarnya Amerika sedang mencari lokasi baru untuk uji dan jual senjatanya.Tidak
cukup dengan Afghanistan,Iraq,Libya,Somalia,Syria maka Amerika datang ke Saudi
untuk ajak Raja Salman buka dan teroka lokasi baru.

Langkah Saudi bersama sekutu Arabnya putus hubungan dengan Qatar adalah ikut
skrip Amerika.

Bagi Amerika,Teluk Farsi perlu dialirkan darah lagi.Kali terakhir air darah mengalir
di Teluk Farsi ketika perang 10 tahun Iraq-Iran.

Lokasi Teluk Parsi adalah sasaran baru Amerika.Maka Saudi,Mesir,Bahrin dan UAE
 adalah team Ahzab baru Amerika untuk kesinambungan kejayaan skrip ini. Sasaran
utama nya ialah Ikhwanul Muslimin,Dr Yusuf Qardawi dan HAMAS.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya

Sumber TKO - 6-6-2017



Sifirnya mudah, kawan dibela, lawan ditembak!
Posted on Monday, June 05 @ 10:32:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35278



Assalamualaikum,,, Membaca tentang hebatnya serangan pemimpin DAP dan kuda
kayunya PAN terhadap Dr.Kamarul Azman Yusof dari UUM yang akhir akhir ini
digelarnya ‘askar upahan’ propagandis UMNO-BN” dan hujah balas dari Dr.Kamarul
tentang kenapa kritikan pensyarah UM, Dr Azmi Sharom tidak menerima kutukan
dan serangan yang sama sedangkan beliau seperti pensyarah UM, Dr Azmi Sharom
 hanya sekadar memberikan pendapat akademik objektif mengenai politik Malaysia
 selaku seorang ahli akademik tanpa mempunyai apa-apa jawatan di dalam
mana-mana parti politik.Nampak dengan jelas kenapa berlaku perbezaan dua darjat
ini, satu dikutuk dan satu dibela atau dipelihara seperti lembu belaan.Sebabnya:  

Dr Kamarul hanya mengkritik DAP yang ditemui satu fakta menarik mengenainya.
Dr.Kamarul awalnya menulis mengkritik DAP kerana fakta yang ditemuinya dalam
buku Hannah Yeoh.Fakta yang membimbangkan bagi umat Islam seluruhnya.Fakta
yang  ada dalam buku Hannah Yeoh itulah yang membawa tulisan Dr. kamarul kepada kecenderungan DAP menjadi parti politik yang bergerak mencari kuasa untuk
melahirkan suasana kristian dalam perkhidmatan awam atau dengan secara halusnya
ingin mengembangkan ugama kristian di kalangan penduduk yang majoritinya Islam
dan dalam suasana tidak dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia.

Itulah punca kenapa Dr.Kamarul diiserang oleh pemimpin DAP dan kuda kayu
mereka, PAN.Dengan penemuan fakta dari buku yang secara objektifnya boleh dibeli,
Dr.Kamarul dituduh menjadi macai, dituduh bodoh tahap maksima. askar upahan dan
berbagai bagai tuduhan yang boleh dikatogerikan sebagai maki hamun(tapi PAS juga
dilebel sebagai parti maki hamun) Sedangkan tulisan Dr.Azmi Sharom lebih banyak
berkisar mengkritik kerajaan dan PAS serta memuji DAP dan PKR sementara
hujahnya adalah hujah presepsi tanpa sebarang fakta dari mana mana sumber yang
terbukti benar.Ianya banyak hearsay dan propaganda untuk DAP dan PKR, sebab itu
Dr.Azmi tidak dikecam oleh  DAP dan kuda kayunya PAN.Dr.Azmi memberi kredit
dan kelebihan kepada DAP dan PH, jadi kenapa dia perlu dikencam walaupun hujah
Dr. Kamarul, tulisan beliau dan Dr.Azmi hanyalah pendapat akademik objektif
walaupun isunya bertentangan dan berbeza jadi seadilnya kedua dua dilayan dengan
cara yang sama.Kalau tulisannya dikutuk. maka tulisan Dr.Azmi juga perlu dikutuk.

Hujah di atas sekaligus membuktikan tiada keadilan yang diperjuangkan oleh PH
seperti diwar warkan oleh mereka.PH tetap bias dan akan tetap bias apabila menjadi
pemerintah nanti.

Boleh nampak dengan jelas sikap bias PH terutama DAP dan kuda kayunya PAN
dalam soal kritikan Dr.Kamarul yang sehingga kini terpaksa berdepan dengan DAP
dan PAN sendirian tanpa sebarang dana dari 1MDB atau dari mana mana sumber
kecuali gajinya.DAP dan kuda kayunya PAN akan guna presepsi untuk menyerang
sementara Dr.Kamarul terpaksa membuat scrool back untuk mencari hujah berfakta
untuk membalas setiap serangan DAP dan kuda kayunya PAN.

Bagusnya Dr.Kamarul kerana mampu memberi kita semua pengetahuan berguna
sehingga dalam setengah kes, kita mungkin tak sedar adanya perkara perkara sepeti
Dr, Azmi Sharom disekeliling kita.DAP dan kuda kayu PAN silakan serang
Dr.kamarul lagi sebab lebih banyak kamu serang lebih banyak pengetahuan baru akan
sampai kepada kita semua,,,,,,,

Dr. Kamarul mampu lawan DAP dan kuda kayunya PAN tanpa sebarang bantuan dari
1MDB atau dari PAS.......

Sumber TKO - 5-6-2017 



Kerana itu kita perlu RUU 355 dilulus dan 
dilaksanakan
Posted on Sunday, June 04 @ 15:46:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35258



Assalamualaikum,,,  Membaca apa yang ditulis oleh Irshad Manji, saya agak t
ersentak memikirkan betapa advancenya kumpulan songsang ini boleh pergi.Sudah 
pasti sesuatu perlu dilakukan sekarang sebelum timbul pula keadaan yang lebih parah.
Sebelum ini kita terkejut dengan kemunculan Siti Kassim dan sebelum itu Aminah 
Wadud, serta Marina Mahathir juga Zaid Ibrahim.Mungkin selelpas ini ramai lagi
personaliti dari kumpulan LGBT akan bersuara mahu mengubah Ugama mengikut
tafsiran mereka sendiri.


Sebenarnya banyak kepincangan dan kerosakan yang sudah berlaku dalam 

masyarakat Islam setempat akibat sistem pendidikan sekular barat yang menekankan 
kepada kebendaan semata mata.Sijil SPM dengan straight A bukanlah sijil yang boleh 
menjamin ke syurga tetapi sijil yang cenderung membawa pemiliknya ke neraka.

Hasil dari sistem pendidikan inilah yang melahirkan Siti Kasim, Zaid Ibrahim dan 

personaliti sewaktu dengannya.Lantaran itu kita terlalu terdesak untuk membawa 
sistem pendidikan Islam kedalam Negara tetapi sebelum itu, undang undang Islam 
perlu dahulu ditegakkan.Untuk itu Sesuatu tentang RUU 355 perlu diberi perhatian 
oleh semua umat Islam.

RUU 355 adalah pindaan kepada bidang kuasa mahkamah syariah di mana pindaan 

yang dicadangkan itu merupakan permulaan kepada pindaan pindaan yang akan 
datang atau pindaan permulaan pada ketika bidang kuasa mahkamah syariah berada 
di tahap paling hina ehingga tidak mampu menghukum hukuman mengikut kehendak 
syarak.

Kenapa pindaan ini penting? sebab ianya merupakan langkah paling utama bagi 

membolehkan undang undang syariah Islam yang sebenarnya dilulus dan 
dilaksanakan di bawah bidang kuasa negeri.Setiap kesalahan syariah dibicarakan 
di Mahkamah Syariah maka Mahkamah syariah perlu mempunyai bidang kuasa 
untuk menghukum mengikut kehendak syarak.

Rasanya sudah banyak kali perkara ini dijelaskan, jadi cukuplah sekadar itu kerana 

saya ingin masuk ke bahagian yang lebih penting iaitu kemampuan RUU 355 
mengubah carhidup orang Islam di negara ini.Hari ini kalau kita pergi ke mana mana 
tempat awam, kita akan berjumpa dengan muslimah yang perpakaian tetapi telanjang 
pada kadar yang cukup

membimbangkan.Pemikiran wanita wanita moden ini pula dipengaruhi oleh minda 

wanita UMNO Shahrizat yang pernah menganggap cara berpakainan muslimah PAS 
ialah cara jahiliah.

Nampak remeh tetapi ianya memberi masalah besar kepada carhidup Islam, malah 

Irshad Manji adalah antara wanita yang bertelanjan, begitu juga Siti Kassim.Kerana 
telanjanglah mereka akhir menjadikan akal mereka juga telanjang tanpa sebarang 
ilmu ugama memasukinyi.

Tiada cara untuk membendung perkara ini selain perlaksanaan undang undang 

syariah dengan bidang kuasa yang cukuo oleh Mahkamah Syariah.Achech sudah 
buktikan keberkesanan undang undang Syariah ini.Begitu juga kita lihat kerosakan 
lain seperti budaya couple, budaya lepak dengan aktiviti yang menyalahi perintah 
ugama, rempit dan seumpamanya hanya mampu dibendung dengan undang undang 
Syariah.

Mungkin ada yang mengatainikan apa kaitan kesemua kepincangan carahidup Islam 

ini dengan kehadiran Irshad Manji atau Siti Kassim.Perkaitannya jelas, sebab 
carahidup sebeginilah orang orang seperti Irshad Manji dan Siti Kassim akhirnya 
terjebak dengan akal singkat mereka dan mula menjadi berani  bercakap kerosakan 
yang mereka lakukan itu tidak menyalahi

ugama,Memebendung individi seperti Irshad Manji, Siti Kassim dan golongan 

sewaktu dengannya memerlukan usaha membenteras segala gejala keruntuhan 
akhlak secara keseluruhan, tidak boleh ditangani secara terpencil.

Untuk itu apa yang sangat diperlukan sekarang ialah lulusnya RUU 355 bagi 

memulakan semua usaha itu.

Sumber TKO - 4-6-2017


Undur Mahathir Negara Ok, naik Mahathir negara
KO!

Posted on Saturday, June 03 @ 06:34:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35209



Assalamualaikum,,,  Satu waktu dulu ketika Mahathir jadi PM dan ketika juak juak 

pembangkang yang hari ini bersama Mahathir dalam PH begitu cekal dan teguh 
menentang Mahathir, timbul satu solgan yang diubah sesuai dari UMNO ia itu Undur 
Mahathir Negara OK.
Slogan ini begitu kuat dilaungkan oleh tokoh pembangkang ketika itu seperti Mat Sabu,
LKS dan gengnya yang kini sudah bersama Mahathir menentang Najib pula.Apakah
\sekarang negara tak ok lagi walaupun dah lama Mahathir undur?



Kenapa sekarang Najib pulak menjadikan negara tak ok sehingga personaliti
pembangkang yang pernah menentang Mahathir kerana kerosakan yang dilakukannnya
kini boleh pulak bersama Mahathir menentang Najib Pula? Lebih pelik, semakin kuat
suara dari dalam PH mahukan Mahathir jadi PM dan semakin sayup suara yang
mahukan DSAI.Apa makna semua ini?

Kalau dulu mereka melaungkan slogan Undur Mahathir Negara Ok, hari ini mereka
menentang Najib pula atas sebab negara masih belum ok.Kerana negara masih tidak
ok, maka kelibat Mahathir dalam penentangan terhadap Najib mungkin satu kesilapan.
Untuk apa mengajak Mahathir menentang Najib untuk memperbaiki Negara sedangkan
kerosakan ini berpunca darinya?

Apa kejadahnya pulak menaikkan nama Mahathir untuk jadi PM? Di mana tokoh
pembangkang yang kuat menentangnya dulu? Yang pernah menggelarkannya Maha
Zalim, Maha Firaun dan berbagai bagai gelaran lagi. Apakah kezalimannya terhadap
DSAI sudah dilupakan sedang sampai hari ini dia tak pernah mengaku secara terus
terang pernah menzalimi DSAI dan malah ketika kes liwat DSAI dengan Saiful,
Mahathir mengulangi tudahannya bahawa DSAI memang sah kaki liwat.Selain itu tak
kedengaran pengakuannya bahawa semuanya itu fitnah walaupun dia baru saja
mengatakan sudah insaf.Tapi kat mana insafnya tak tahulah pula.


Kemungkinan yang agak nyata ialah kalau Naik Mahathir Negara KO, walaupun
situasi yang terpaksa ditanggung Najib hasil kerja tangan Mahathir, negara hampir
KO tapi apabila Mahathir naik kembali, kemungkinan yang sukar ditolak ialah negara
akan ko terus........

Sumber TKO - 3-6-2017



Ini bukan soal non muslim berbuka puasa tapi soal
DAP yang kemaruk berbuka...

Posted on Wednesday, May 31 @ 17:57:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35188




Assalamualaikum,  Sekali lagi apabila dibangkitkan keghairahan DAP berbuka
bersama orang berpuasa, maka muncullah pembela kuda kayu mereka seolah olah
yang dipersoalkan berbuka itu ialah non muslim keseluruhannya, datang berbagai
bagai hujah dan alasan kenapa pembantah itu ialah orang yang tak mahu menyebarkan
keindahan Islam kepada non muslim, tidak mesra dengan non musim dan berbagai
bagai lagi hujah dan alasan yang menyelewengkan fakta dan sebab sebenar pembantah
membantah kelibat DAP dalam memeriahkan suasana beribadat umat Islam.


Untuk pengetahuan golongan yang petah membela DAP dan golongan yang jadi kuda
kayu kepada DAP. apa yang dipersoalkan selama ini ialah niat sebenar DAP
menunjukkan kesungguhannya kepada ibadat umat Islam yang satu ini, berbuka puasa
seperti orang berpuasa.Bukannya mengatakan salah mengajak non muslim turut
bersama dalam majlis berbuka tetapi untuk apa yang dibuat DAP, mereka kelihatan
menjadi penganjur majlis berbuka tersebut bukan dijemput untuk berbuka sebaliknya
menjemput orang Islam yang berpuasa berbuka bersama mereka.

Perkara ini tidak pernah ditimbulkan oleh pembela DAP sebaliknya menekankan
kepada tiada salah dan silapnya menjemput non muslim berbuka bersama.Inilah kuda
kayu DAP yang bertindak mempertahankan perbuatan DAP dengan menggunakan
alasan non muslim keeluruhannya.

Terlebih lagi untuk tahun ini, DAP bersungguh sungguh menganjurkan majlis
berbuka untuk orang orang tetentu seperti A.Samad Said yang sebelum majlis itu
menjadi jurucakap kepada DAP mengenai buku Hannah Yeoh yang sejelasnya
merupakan buku yang memberitahu kita tujuan sebenar Hannah dan DAP terlibat
dalam politik mencari kuasa di Malaysia.A. Samad Said  muncul wira DAP untuk
mengakui Hannah sebagai pendakwah kristian yang cekal dan selepas itu A.Samad
Said diraikan berbuka bersama LKS.

Inilah yang dipersoalkan oleh pembantah bukannya non muslim yang dijemput untuk
bersama berbuka.Jadi kepada kuda kayu DAP, tolong faham sebab sebenar dan jangan memusingkan fakta dengan mengatakan tidak mesra non muslim lah, tidak mahu
menunjukan keindahan Islam lah malah anda semua perlu sedar, apa yang DAP buat
dengan majlis berbuka puasa itu sebenarnya untuk menunjukkan keindahan kristian
secara halus dan licik.

Sedarlah wahai umat Islam...........

Sumberr TKO - 31-5-2017 


PAS mahu bawa sistem Islam dan DAP pula mahukan
sistem Kristian, mana nak pilih?

Posted on Tuesday, May 30 @ 12:29:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35168

"

Assalamualaikum,,  TITM, penolong TGHH menegaskan komitment PAS untuk
membawa sistem Islam dalam pentadbiran negara sementara Hannah Yeoh
memberitahu kita tentang cita citanya yang juga mewakili cita cita DAP, untuk
melahirkan persekitran kristian dalam perkhidmatan atau dengan lebih tepat dalam
pengurusan dan pentadbiran negara.Atau dengan kata kata lain Hannah Yeoh mewakili
DAP untuk memberitahu kita bahawa DAP sebenarnya mahu membawa sistem kristian
dalam petadbiran negara.mana nak pilih?

Orang Islam seharusnya memilih sistem Islam, itu yang sepatutnya tetapi kalau ada
segelintir orang Islam masih mahu melhat DAP berpeluang melaksanakan sistem
kristian, alamak punah ranahlah ugama, bukan sahaja kepada kita malah kepada
generasi akan datang juga.

Persoalannya,  kenapa masih ada yang sanggup menolong DAP membawa kristian
kepada anak cucu kita? Kenapa masih ada yang sanggup jadi kuda kayu kepada DAP
walaupun agendanya sudahpun dijelaskan oleh Hannah Yeoh? Buat apa masih jadi
bodoh untuk memperkatakan buku becoming Hannah sedangkan yang mendedah
agenda jahat DAP itu bukan calang calang melayu, malah sepatutnya mendapat
pengiktirafatan sebagai salah seorang melayu yang cerdik sebab beliau jelas masih
ingat akan mati.

Bukannya melayu seperti Mahathir yang hanya pandai bersajak tetapi banyak kali
terlajak dan bukan juga seperti A.Samad Said yang juga pandai bersajak mengingatkan
bangsanya tetapi dia sendiri terperangkap dengan agenda mahu memusnahkan melayu
DAP.

Dr, Kamarul bukan orang pertama mengingatkan kita mengenai agenda DAP tetapi
Dr.Redzuan Tee Abdullah telah lama memberitahu kita tentang sikap aultra kaisu
DAP.Kenapa masih ada yang tak percaya? kenapa masih ada melayu(merujuk kepada
melayu Islam) yang masih nak turut sama bersubahat dengan agenda kristian DAP ini?

Barangkali didikan makbapak merekalah yang menyebabkan mereka jadi begini,
didikan yang pentingkan dedak maka jadilah mereka orang yang lebih pentingkan
dedak walaupun ugama tergadai.

Sekaligus menjadi peringatan kepada kita kaum makbapak agar tidak mengiikuti
makbapak mereka dalam mendidik anak anak.........


Sumber TKO - 30-5-2017



PRU 14, pertembungan antara PAS/GS dengan DAP/
PH?

Posted on Tuesday, May 30 @ 12:27:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35167



Assalamualaikum,,,   Melihat perkembangan semasa, semakin jelas kemungkinan 

berlakunya pertembungan antara PAS/GS dan DAP/PH.Ini juga bermakna Umno/BN 
mungkin tidak releven lagi di PRU 14. Serangan serangan presepsi yang semakin 
rancak oleh DAP dan kuda tunggangannya PAN tentang Keinginan PAS UG dengan 
Umno akhirnya membawa pertembungan sebenarnya nanti ialah antara PAS/GS 
dengan DAP/PH.Siapa menang atau kalah belum tentu boleh membentuk kerajaan 
kerana walaupun Umno/BN mungkin tidak releven tidak bermakna Mereka tidak ada 
peluang untuk menang PRU malah dengan fixed deposit yang mereka ada di Sabah 
dan Serawak, Umno/BN masih menjadi pilihan untuk menguasai parlimen tetapi untuk
DUN beberapa negeri Umno/BN mungkin boleh melupakannya.
Dalam situasi PRU 14 semakin hampir DAP/PH terutama oleh kuda tunggangan DAP,
PAN bercakap mengenai memenangi PRU dan menguasai Putra Jaya, sementara PAS
sedang memperkukuhkan ikatan Gagasan Sejahteranya dengan kemasukan beberapa
parti kecil ke dalamnya.Kemasukan ini bakal menambah keupayaan PAS untuk
melebarkan sayap perjuangannya nanti.Parti parti kecil ini akan menyertai PRU
dengan bantuan PAS sepertimana PKR dan DAP pernah dibantu ketika dalam PR
dulu, jadi parti parti kecil yang bersama PAS tidak perlu bimbang dengan jentera
pilihanraya yang akan disediakan oleh PAS.

Serangan saikologi DAP/PH terhadap PAS semakin rancak, taktik serangannya
diambil dari Umno/BN yang pernah menyerang PAS di masa lalu.Konsep cybertrooper
yang pernah dipopularkan oleh Umno/BN kini digunakan oleh DAP/PH untuk
membentuk presepsi yang tidak langsung bersandar kepada fakta dann hujah, malah
dalam setengah kes, ada yang bertentangan dengan fakta dan dengan hujah yang
longgar atau merapu.

Dengan serangan bentuk inilah DAP/PH berharap dapat melawan PAS pada PRU 14
nanti, DAP/PH sudah tidak berminat untuk menjatuhkan Umno/BN walaupun masih
bermain dengan 1MDB dan beberapa kes penyelewengan yang didedah oleh mamat
SD, Rapiji Ramli tanpa ada bukti bukti kukuh.Tetapi serangan ini masih dihalakan
kepada PAS dengan percubaan mengaitkan PAS dengan dedak 1MDB.

Serangan serangan ini tidak hanya dibiarkan oleh PAS, sesekali PAS juga menembak
balas tetapi sekadar memberi maklumat yang mencukupi bagi masyarakat menilai
mana betul dan mana salah.Ada ketika pemimpin PAS muncul dengan kenyataan
kenyataan membalas semula serangan presepsi sebegini dan ada masa blogger blogger
PAS menyiarkan dan mendedahkan hujah dan fakta sebagai bukti serangan presepsi
dari DAP/PH tidak berasas dan pada kebanyakan masa, penulis penulis percisan
seperti saya menulis untuk menjelaskan kepada dunia betapa tidak bergunanya
serangan presepsi mereka ini.


Semuanya menjurus kepada pertembungan antara PAS/GS dan DAP/PH walaupun
yang menang mungkin Umno/BN.Bagi ahli dan penyokong PAS, kita akan sentiasa
bersedia menghadapi DAP/PH walaupun ini bermakna kita terpaksa melupai Umno/
PH seketika.

Sumber TKO - 30-5-2017



Politik persepsi yang jijik dibina bila PH gagal
'perkudakan' PAS

Posted on Monday, May 29 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35165



Politik persepsi, sudah lapuk. Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu
berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk
mencapai matlamat politik. Dosa dan pahala ketepikan dahulu.  Inilah yang cuba
dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan PAS. Mereka silap, PAS sudah 66
tahun melawan Umno  Perikatan, kemudian Umno Bn.  13 kali PRU di negara ini,
cuma sekali sahaja PAS tidak lawan umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin
 pakatan harapan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU 14. Inilah modal
lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," PAS hendak
masuk umno".  inilah tag line yang paling popular.

Paling kelakar sekali menuduh PAS, sekiranya BN menang  PRU 14, semuanya 

 berpunca daripada PAS kerana PAS tidak mahu sertai Pakatan Harapan. Belum 

menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara 

ini. Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baru, kemudian sertai Pakatan 

Harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu 

memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan 

BN. Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi PAS yang melawan Umno. 

Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak 

namakan.



Cyber trooper  mereka cukup cekap dibantu pula oleh portal  popular yang memang 

dulu kini selamanya tidak pernah bersama dengan PAS untuk agenda Islam. Ucapan 

pemimpin PAS akan diambil sekerat dan diletakkan tajuk supaya memburukkan PAS.


Isi keseluruhan tidak diambil. Etika  kewartawanan sudah dibuang ke laut China 

Selatan. Manakala ucapan pemimpin mereka akan disucikan seperti air mutlak  oleh 

cyber trooper mereka. Walau pun kadang -kadang mengguris perasaan hati umat 

Islam.



Jika ada gambar pemimpin PAS  bersama dengan pemimpin Umno walau pun minum 

teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk umno. Pantang 

lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus 

mengatakan PAS sudah bersama dengan umno. Jika ada pemimpin Dap, bukan 

sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah. 



Maka terus cyber trooper mereka akan membersihkan tindakan ini, seperti suci 

di dalam debu. Ini program kerajaan tidak ada masalah.  Jika pemimpin kesayangan 

mereka tidak apa, kalau pemimpin PAS, maka macam-macam ayat yang dihamburkan.

Sehingga ada yang menuduh akan disambar oleh api neraka, kerana hadir program 
 kerajaan. InsyaAllah pengikut PAS tidak sebodoh itu hendak melebelkan seorang 
kerana berpegang tangan dan berlaga perut di dalam program kerajaan.

Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan 
seberang masuk BN dan melutut kepada umno selepas kalah PRU 14. Kita kenal 
siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana.

Generasi muda yang berumur 20-30 tahun tidak menerima kaedah ini. Mereka mahu 
penyelesaian. PAS akan buktikan dengan amalan walau pun tidak sempurna tetapi 
lebih baik daripada pemimpin BN dan Pakatan Harapan. Biar rakyat menjadi saksi. 

Walau pun mereka nampak gagah tetapi tidak kekal. Benar kata Syed Qutb "Kebatilan 
walau pun nampak kuat, ia akan musnah. Manakala kebenaran walau pun nampak 
lemah ia akan menang". Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar 
fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada 
 penerusannya hingga kiamat.

Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
2 Ramadhan 1438/ 29 Mei 2017

Sumber TKO - 29-5-2017


Keluar parti taktik ‘bunuh’ PPBM menjelang PRU14
Posted on Saturday, May 27 @ 16:16:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35126



PETALING JAYA: Tuduhan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dilanda kemelut dalaman dilakukan pihak-pihak yang ingin melihat parti itu gagal menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi PPBM Perak, Faizal Azumu.

Beliau berkata, tohmahan seumpama itu dibuat pihak-pihak yang tidak selari dengan perjuangan PPBM dan tuduhan kononnnya berlaku amalan kronisme adalah petanda bahawa mereka tidak ikhlas dalam perjuangan dan tidak sesuai berada dalam mana-mana parti.

“Tidak ada kronisme dalam PPBM. Bagi mereka yang ingin lihat parti ini gagal, mereka akan kata macam-macam seperti kronisme, sekutu Umno, peribadi jahat dan sebagainya.

“Golongan ini adalah mereka yang mahu melihat kegagalan parti. Lain di mulut, lain di hati. Mereka tidak sesuai berada di parti mana sekalipun,” katanya kepada FMT, hari ini.

Faizal berkata demikian sebagai respons terhdap tindakan lebih 1,000 anggota PPBM Perak diketuai penaja bahagian PPBM Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja bahagian PPBM Teluk Intan, Jemaat Yaacob isytihar keluar parti semalam.

Mereka berkata, ia dilakukan susulan kegagalan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri.

Sebaliknya, tegas Faizal, Muhyiddin dengan dibantu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengemudi parti dengan baik.

“Majoriti ahli menerima baik kepimpinan beliau. Dikhabarkan 1,000 yang keluar parti. Kami percaya ia tidak benar. Jumlah itu dipetik dari angin yang berlalu. Akan ada lagi usaha-usaha sebegini untuk memecah-belahkan parti.

“Semakin dekat dengan pilihan raya kami jangka akan ada lagi ahli-ahli yang akan keluar parti kononnya mereka tidak sehaluan dengan peringkat tertinggi parti dan membuat berbagai tohmahan dan dakwaan yang tidak berasas.

“Hakikatnya, kepentingan-kepentingan peribadi melampaui kepentingan ramai yang tidak dapat dituruti,” kata beliau.

Sebelum ini, exco srikandi PPBM, Zulaiha Sidek turut bertindak meletak jawatan kerana hilang kepercayaan kepada parti dan mendakwa PPBM di Perak sedang bergolak.

Sumber TKO - 27-5-2017



Akhirnya Dr Mahathir masuk DAP?
Posted on Friday, May 26 @ 14:26:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35109

"

Sejak Dr Mahathir menubuhkan BERSATU,hanya DAP nampaknya konsisten untuk
bersama Mahathir.

PKR sudah berpecah dua tiga.Team Rafizi dan Saifuddin mengadap sembah Mahathir.
 Itu tidak menghairankan kerana mereka berdua mencari pautan dahan untuk hidup
dalm politik. Lebih-lebih lagi untuk bekalan menentang Team Azmin.

Team Rafizi-Saifuddin amat murka lagi geram dengan tindakan MB Azmin yang
mengekalkan Exco PAS dalam Kabinetnya.

Bagaimana dengan Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR.Wan Azizah terlalu
lemah untuk memimpin.Kita lihat sejak Anwar masuk penjara,segala keputusan
 dibuat oleh Team Razifi untuk membuat keputusan.Wan Azizah sekadar jadi rubber
stamp shaja.Perubahan kekalkan Exco PAS menjadi bukti betapa lemahnya
kepimpinan Wan Azizah.

Anwar pula bagaimana?Anwar sudah tiada karisma sebagai bekas pemimpin ABIM.
Juga selepas beliau berbelit-belit dalam isu RUU355.Nasib Anwar menghampiri takat
tepu dalam politik.Selangkah dua akan mengikuti Mahathir...elok berlama-lama atas
 sejadah!

Team Rafizi-Saifuddin setotalnya akan ikut jejak PAN menjadi khadam DAP.Mereka
menjadi barisan hadapan bersama PAN untuk mendepani "ancaman" PAS bukan
UMNO.

DAP selamanya dengan sekular dan anti Islam yang Syumul.Kita melihat bagaimana
Dr Mahathir begitu mesra dengan DAP sedangkan dulu Mahathir amat anti DAP.
Mengapa?

Kerana pimikiran Mahathir adalah sekular.Dan tempat sesuai untuk Mahathir selepas
UMNO adalah DAP.

Jangan hairan jika BERSATU menjadi mendiang selepas PRU 14,Mahathir akan isi
 borang ahli DAP dan diikuti oleh Haji Mohammad Sabu,Rafizi dan Saifuddin.Jangan
hairan,bro.

Sumber TKO - 26-5-2017




Fatini: Isu Buku Hannah Yeoh Tanda Pensyarah Bangkit
Posted on Friday, May 26 @ 13:06:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35107



KUALA LUMPUR,— Usaha pensyarah mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
 (ROS) meneliti perlembagaan DAP perlu diraikan, kata pengkaji sejarah rusuhan Natrah.

Fatini Yaacob, pengarang Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, menyifatkan tindakan
itu sebagai “kebangkitan ahli akademik yang membisu” dalam isu Islam.

“Untuk ini, kita raikan sebagai satu tanda, insya Allah, kepada kebangkitan kumpulan
ahli akademik ini, yang selama ini diam membisu,” katanya kelmarin.

Bercakap dalam diskusi isu Natrah di Singapura pada 1950, yang membangkitkan
kemarahan etnik itu, beliau suka jika pensyarah tidak mengikut kepentingan parti.

Kamarul Zaman Yusoff, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), mengambil
tindakan itu selepas mendakwa aktiviti DAP bertentangan dengan Islam.

Beliau mengumpul lebih 100 tandatangan rakan sejawatan susulan aduan polis terhadap
Speaker Selangor Hannah Yeoh berhubung isu Kristian.

Kamarul Zaman mendakwa buku Becoming Hannah: A Personal Journey cuba
 mempengaruhi pembaca termasuk Muslim agar cenderung kepada agama itu.

Yeoh menafikan dakwaan itu dan membuat aduan polis terhadap ahli akademik tersebut.
Mengulas lanjut, Fatini menyifatkan pendedahan Kamarul — yang meneliti butiran buku
tersebut dengan terperinci — mengejutkan pemimpin DAP.

“[Pendedahan] itulah menjadi huru-hara di kalangan DAP. Segala sumpah seranah dan
 maki hamun [orang ramai] datang kepadanya,” kata pengarang itu lagi.

Tambahnya, beliau membangkitkan semula isu rusuhan Natrah demi mengingatkan
Melayu yang “hebat tetapi tidak sedar diri” supaya bangun daripada tidur.

“Sebenarnya orang Melayu, rakyat marhain dengan pengorbanan, [sanggup] berkorban
nyawa, sanggup dipenjara kerana kasih kepada agama.

“Apabila merdeka, tanggungjawab ini dipindahkan kepada kerajaan. Manakah kita
apabila Islam dan Melayu dihina?” katanya.

“Kenapa keazaman politik tidak boleh menjawab, [atau] mematikan isu?”

Beliau juga menyatakan rasa kesal apabila orang Islam didakwanya tidak sepakat
menyokong rang undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 yang diusulkan oleh PAS.

Demonstrasi Natrah atau nama asalnya Maria Huberdina Hertogh, remaja Belanda
yang dibesarkan sebagai Islam di Terengganu, meledak di Singapura apabila ibu
bapanya ingin mengambilnya semula.

Kisah perebutan hak penjagaan itu, yang melibatkan proses mahkamah, mencetuskan
kebangkitan orang Melayu terbesar sebelum kemerdekaan-themalaymailonline.com

Sumber TKO - 26-5-2017
3 lagi penemuan tinjauan INVOKE, Kalau ada masa
boleh layan baca

Posted on Thursday, May 25 @ 13:26:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35077



Walaupun ada hasil kajian positif untuk PAS tetapi ada yang kata lebih untuk 

menutup 'kencing' sebelum ini dan mengembalikan keyakinan kepada hasil kajian 
Invoke. Kajian Invoke lebih kepada kajian 'syok sendiri' dengan mencipta persepsi.

Tinjauan melalui telefon oleh INVOKE yang berkaitan dengan PKR, mendapati 

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon yang paling popular untuk jawatan perdana
menteri bagi pembangkang.

Bagaimanapun, tinjuan itu juga turut mendedahkan perkara-perkara lain.

1. Wan Azizah bukan pilihan popular untuk jawatan PM

Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan
bukan pilihan popular untuk menjadi perdana menteri, walaupun majoriti dalam
Pakatan Harapan menyokong beliau untuk jawatan itu secara sementara sehingga
suaminya dibebaskan dari penjara.

Tinjauan itu mendapati bahawa daripada hampir 18,000 responden, hanya 1.6 peratus
memilih Wan Azizah menjadi perdana menteri.

Anwar mendahului senarai calon-calon pembangkang untuk jawatan itu, dengan 8.1
peratus memilih beliau. Walaupun mungkin dibebaskan seawal tahun depan, jika tiada
pengampunan, Anwar masih dilarang bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

Dengan Wan Azizah menjadi pilihan yang tidak popular, maka Parti Bersatu Pribumi
Malaysia (BERSATU) mempunyai kes yang kuat untuk melonjakkan dua pemimpin
tertingginya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - untuk
jawatan perdana menteri.

Kedua-dua Dr Mahathir dan Muhyiddin mendapat lebih banyak sokongan dari
responden, berbanding dengan Wan Azizah - dengan masing-masing mendapat 5.7
peratus dan 4.4 peratus.

Bagaimanapun, sokongan untuk Wan Azizah adalah lebih baik daripada timbalannya
yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, yang hanya dipilih oleh 1.2
peratus responden.

Tetapi ia boleh dikatakan bahawa mereka yang menyokong Anwar untuk jawatan
perdana menteri secara tidak langsung menyokong Wan Azizah kerana beliau mungkin
memanaskan kerusi itu sehingga suaminya mendapat pengampunan.

2. Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga pilihan paling popular
untuk jawatan perdana menteri selepas penyandangnya Datuk Seri Najib Razak dan
Anwar.

Sebanyak 6.1 peratus responden menyokong Hadi untuk jawatan tersebut.

Presiden PAS itu juga merupakan pilihan paling popular di kalangan penyokong
pembangkang Melayu, sebanyak 29 peratus.

Lapan calon HARAPAN keseluruhannya memperolehi gabungan 28.5 peratus
 sokongan di kalangan responden, manakala Najib memperolehi 31 peratus.

Walaupun perdana menteri Malaysia tidak dipilih secara langsung, namun jika hasil
tinjauan itu diterjemahkan kepada bagaimana rakyat mengundi parti-parti politik,
iamengukuh ramalan bahawa HARAPAN mungkin kalah dalam pilihan raya akan
datang kerana PAS memecah undi pembangkang.

3. BN masih mempunyai sokongan besar, tapi...

Walaupun tidak mempunyai sokongan majoriti, Najib dan BN, masih mendapat
sokongan besar.

Sebanyak 44 peratus responden berkata mereka menyokong tindakan Najib sebagai
perdana menteri, manakala 44 peratus tidak menyokong, dan 12 peratus tidak pasti.

Peratusan itu adalah sama di kalangan responden Cina dan India, manakala tindakan
Najib itu disokong lebih tinggi sedikit oleh responden Melayu, dengan 49 peratus
menyokong, 39 peratus tidak menyokong, dan 12 peratus tidak pasti.

Bagaimanapun, apabila ditanya siapa yang patut menjadi perdana menteri, hanya 31
peratus daripada responden memilih Najib.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang membentangkan hasil tinjauan itu, mendakwa
sekiranya beliau memasukkan nama lebih ramai pemimpin BN, maka sokongan untuk
Najib akan lebih berkurangan.

Ini mungkin satu petunjuk bahawa manakala rakyat menyokong BN, sejumlah
penyokong mahu orang lain menjadi perdana menteri.

4. Ramai belum buat keputusan

Sebilangan besar responden tidak memberi jawapan mereka apabila ditanya, dan ini
menunjukkan mungkin ramai masih belum membuat keputusan untuk mengundi siapa
dalam pilihan raya umum akan datang.

Dua belas peratus tidak pasti sama ada mereka menyokong tindakan Najib sebagai
perdana menteri, manakala 34.4 peratus tidak menamakan pilihan mereka bagi jawatan
perdana menteri.

Rafizi mendakwa bahawa berdasarkan kaji selidik lalu, mereka yang tidak memberikan
respon, berkemungkinan adalah penyokong pembangkang.

Bagaimanapun, tidak ada soalan dalam tinjauan ini untuk menunjukkan sama ada ini
akan menjadi satu cara yang tepat untuk mentafsirkan data berkenaan.


Golongan atas pagar mungkin menjadi faktor penentu dalam pilihan raya akan datang,
yang mungkin sengit.

Sumber TKO - 25-5-2017



Lahirnya parti percisan dalam politik Malaysia........
Posted on Monday, May 22 @ 15:20:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35043



Assalamualaikum,,  Era selepas PRU 13 menampakkan perkembangan menarik dalam
sejarah politik tanah air.Menariknya kerana kesemua parti parti utama melahirkan parti
parti percisan masing masing.Mula mula PAN lahir dari PAS, kemudian Bersatu dari
UMNO, PCM dari DAP dan akhirnya akan lahir PHM dari PKR.Sebelum ini PAS
pernah melahirkan Berjasa dan Hamim tetapi kelahirannya tak bertahan lama kecuali
Berjasa yang berjaya kekal menerusi masa dan muncul kembali untuk kembali bersama
PAS .Tentunya PRU 14 nanti akan menyaksikan pertembungan menarik antara parti
parti percisan ini yang bergabung dengan parti parti utama tetapi dalam kem yang
berbeza.PAN dan Bersatu dalam PH sementara PCM,PHM dan Berjasa dalam Gagasan
sejahtera sambil UMNO kekal dalam BN.

Kini kesemua parti pembangkang utama tidak boleh lagi berdabik dada sebagai parti
yang kuat kerana setiap satu dari mereka sudahpun melahirkan anak anak yang
membahagikan keahlian parti masing masing sambil UMNO juga terpaksa bergantung
kepada parti parti komponen BN yang sudahpun lemah seperti MCA, MIC dan
Gerakan walaupun masih boleh bergantung harap kepada Sabah dan Serawak yang
masih kekal menjadi Fixed Deposit mereka.

Oleh itu kalau ada pihak yang mendakwa mereka atau parti mereka kuat, itu hanya
omong kosong untuk menyedapkan hati semata.Hakikatnya terpancar kemungkinan
pertandingan 3 penjuru yang masih sukar ditentukan kemenangannya.Walaupun ada
pihak mendakwa pertandingan 3 penjuru menguntungkan BN,Namun belum tentu kesahihannya.Walaupun teori berkata undi akan berpecah tetapi komponen undi tegar
memberitahu kita perkara yang lain.Selama PAS dalam PR, undi PAS pergi kepada
PKR dan DAP tetapi selepas berpecah, undi ini tidak akan pergi kepada PKR atau DAP
atau BN sekalipun PAS tidak bertanding.Ini bermakna jumlah undi di kerusi yang tidak
ditandingi PAS sebenarnya tidak banyak berubah maka dakwaan pertandingan 3
penjuru menguntungkan UMNO tidak benar sama sekali.

Contoh undi tegar dapat dilihat dalam PRU 13 yang lalu di Kota Damansara di mana
berlaku pertindihan kerusi antara PKR dan PAS.Maka dapat dilihat di situ sekiranya
dicampur  jumlah undi kedua dua calon PAS dan PKR maka PR akan menang, atau
dengan kata lain kalau cuma seorang calon dari PR bertanding,PR akan menang.

Sebenarnya suatu yang gagal difahami dari kejadian pertindihan calon ini ialah mesej
awal PAS supaya PKR tidak bertindak sesuka hati sebaliknya mematuhi persetujuan
bersama tetapi apa yang didakwa PAS yang mungkir janji.Mungkir janji atau tidak,
keputusan di Kota Damansara menceritakan bagaimana kesan kepada undi tegar
apabila pertandingan 3 penjuru berlaku nanti.

PH tidak boleh mendakwa PAS sebagai sebab kekalahan mereka kalau mereka kalah
sekiranya undi tegar mereka tidak cukup dan tidak mampu menandingi BN kerana undi
tegar PAS tidak akan pergi kepada PH.Bayangkan kalau ketika bersama PR undi tegar
PAS tetap berpihak kepada PAS ketika pertindihan calon berlaku, apatah lagi nanti
kalau sudah tidak bersama.

Parti percisan yang ujud juga pasti akan bergantung kepada parti parti utama dalam
pakatan samaada dalam PH atau dalam Gagasan Sejahtera.Umumnya, seharusnya
semua pihak mengakui fenomena ini sambil bersedia menerima apa jua keputusan
PRU nanti.Malangnya ada pihak yang seperti tak boleh terima kenyataan dan terus
menerus menyalah dan menyerang PAS sebagai punca berlakunya apa yang berlaku.

Ada pihak tak mahu mengaku kesilapannya sebaliknya menuding kepada PAS dengan
hujah hujah yang tiada  sandaran fakta, menyokong sesuatu pihak dengan membuta tuli
dan cuba membuktikan mereka di pihak yang benar dengan fitnah dan suara suara
mencacai.

Kesian mereka ini.........

Sumber TKO - 22-5-2017 


PKR Jangan Gelojoh Berpolitik
Posted on Friday, May 19 @ 19:37:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35007



Sikap, gelagat politik gelojoh beberapa pemimpin PKR seperti YB Rafizi, SU PKR
Saifudin Nasution dan beberapa lagi ekoran keputusan PAS memutuskan hubunngan
tahaluf siyasi baru-baru ini, sepatutnya dibaca dan dilihat jauh dari lubuk hati dan
basyirah mata yang halus dan tajam. Wajar dilihat dari lapis-lapis tebal politik negara
yang sudah lama dalam kawalan umno/BN yang telah mencengkam benak, Jiwa rakyat
negara ini terutama zaman Tun Mahathir.


Dalam pada itu, rakyat terutama umat Islam dan orang Melayu dan bumiputra sebagai
rakyat majoriti negara. Umat Islam negara ini tanpa mengira bangsa apa, kaum apa atau
suku apa, sebab umat Islam itu bersaudara dalam iman dan Islam. Inilah yang PAS
hendak bawa dalam politik negara. Islam untuk semua. Islam adil untuk semua. Islam
tidak Akan menzalimi mana-mana bangsa, kaum dan agama di negara ini.

PKR Kena Berpolitik Matang dan Jiwa Besar

Jika DS Anwar Ibrahim diluar penjara, tidak mungkin beliau akan bertindak politik
kasar untuk meruntuhkan kerajaan Negeri Selangor yang dibina bersama PKR, PAS dan
DAP sejak 2008 itu. Tenth beliau masih ingat jasa-jasa PAS sejak zaman Dato' Fadzil
Nor, presiden PAS ketika beliau diaibkan oleh Tun Mahathir pada 1998 dulu.

PAS zaman Dato' Fadzil, TG Nik Aziz dan sekarang zaman TG  Hadi, juga sama saja,
cuma mungkin pendekatan dan bawaan politik mereka terdapat perbezaan.

Kerana itu, politik dendam buta tuli, emosi dan amarah politik benci sebagaimana cuba
digarap cantik oleh segelintir politikus gelojoh dalam PKR, juga DAP dan PAN serta
Bersatu, seolah-olah mereka sahaja yang hendak selamatkan negara ini daripada
angkara politik umno/BN.

PKR kena halusi dan lihat jauh-jauh lagi warna-warni politik negara, parti-parti politik
di negara ini, lihat juga dalam-dalam rakan politik yang beriya-iya menyokong
mati-matian, supaya PKR terus menyerang dan membenci satu lagi rakan politik sendiri.

Rakyat Bimbang Bila Kerajaan Selangor Runtuh

Kemelut politik Selangor ekoran putus tahaluf siyasi PKR-PAS sehingga ada segelintir
politikus PKR yang gelojoh supaya EXCO PAS letak jawatan. Bukan bab letak jawatan
itu besar. Tetapi PKR kena lihat amanah,kepentingan rakyat, Negeri, umat Islam, orang
Melayu dan kuasa politik umat Islam dan orang Melayu di Selangor itu yang lebih besar.

Jawatan EXCO, ADUN, MP itu paling lama pun 5 tahun sahaja. Tapi kuasa politik umat
Islam, orang Melayu, bumiputra sebagai rakyat majoriti  Akan terhakis umpama pantai
yang dilanda ombak besar.

Sejak 2008 ombak politik DAP yang dikuasai pengundi satu kaum yang bersama-sama
bergayut dalam Kapal besar politik pembangkang bernama Pakatan Rakyat bersam PKR
dan PAS telah memberi untung besar kepada DAP hingga menang banyak kerusi majoriti kaum Cina, sehingga DAP lupa diri, mau jadi Tuan besar politik pembangkang.

PKR wajar belajar politik kerjasama Tengku Razaleigh Hamzah, presiden Semangat 46
Padas PRU 1990 dulu. Kerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyat yang juga
melibatkan parti-parti politik di Sabah, selain kerjasama dengan PAS dalam Angkatan
Perpaduan Ummah, akhirnya umno/BN tumbang di Kelantan.

Kematangan politik inilah dirindukan oleh majoriti rakyat negara ini, untuk menghalang
umno/BN Dari terus mensengsarakan rakyat negara ini dengan segala macam petaka
ekonomi, gst, harga minyak tiap minggu naik, turun, harga barang naik, inflasi dan
banyak lagi.

Ketika rakyat Selangor menaruh harapan tinggi kepada Selangor, Kelantan terus
dipertahankan dalam PRU 14 dan menguasai Putrajaya supaya negara dipimpin oleh
para pemimpin yang benar-benar amanah, jujur, beriman dan bijaksana.

DAP dan PAN Punca PAS PKR Putus Tahaluf Siyasi

Putus tahaluf siyasi bukan makna putus ukhuwah, putus kerjasama dalam tugas dan
amanah melaksana tanggungjawab untuk rakyat, Negeri dan negara. Di sinilah
menuntut ahli politik di negara ini berjiwa matang, hikmah dan berpandangan jauh.
Jangan lihat untung rugi politik jangka pendek untuk ke Putrajaya, tetapi umat Islam
dan orang Melayu serta anak peribumi/bumiputra negara ini hilang kekuatan,
sedangkan kita rakyat majoriti di negara ini.

DAP bukan rakan politik yang setia. Kerana DAP hanya akan berkawan bila ia
memberi untuk politik mereka. DAP hanya mahu berkawan dengan mereka yang boleh
dicucuk hidung dan ikut rentak politik mereka.

SPR Jangan Berpolitik

Memilih pemimpin negara adalah Hak mutlak rakyat dan warganegara Malaysia.
Warga asing adalah sama sekali tidak layak dan tidak wajar dibenar untuk menjadi
pengundi bagi memilih wakil rakyat di negara ini.

Apa Akan jadi bila kita sebagai wakil rakyat, KETUA kampung, pengerusi JKKK,
imam, pegawai, Kerani dan lain-lain dengan mudah-mudah menyokong,memproses,
meluluskan dan sebagainya warga asing jadi warganegara walaupun tiada kewajaran,
malah bertentangan Perlembagaan Negara dan undang-undang negara.

Belum cerita pasal angkara SPR, orang politik berjiwa hamba, pegawai hamba abdi
yang menjual negara kepada warga asing kerana senang-senang mengiyakan proses
memberi, melulus, menyokong permohonan warga asing menjadi warganegara
semata-mata untuk mengundi umno/BN agar terus menang dalam pilihanraya.

Sedang tindakan itu amat membahayakan negara dan Negeri untuk jangka masa Akan
datang. Inilah yang dibimbangkan oleh rakyat negara ini di Sabah, sebagaimana tuntutan
rakyat melalui Suruhanjaya Di Raja atau RCI baru-baru.

Doa dan harapan majoriti rakyat yang telah sekian lama meyakini dan menaruh harapan
kepada pemimpin PKR, PAS dan NGO'S yang berjiwa merdeka dan bermaruah sorta
amanah.

Inilah celoteh dan keluhan penulis sebagai rakyat marhaen.

Sumber TKO - 19-5-2017

Ini dia dalilnya
Posted on Friday, May 19 @ 14:21:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35005



Bekas pengarah strategic hal ehwal orang Melayu-Islam DAP Mohammad Razali 

Abdul Rahman memberitahu, bahawa yang dia adalah setiausaha Bahagian masa itu.

Dia  ( YB Jeff) ahli parlimen Jelutong, Pulau Pinang, buat satu mesyuarat, ingin 

membuat satu jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak.

Jadi, kita buat keputusan, ingin menjemput 12 orang calon yang menang disana datang 

ke pulau Pinang untuk merayakan bersama kami satu jamuan makan malam.

Kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap. kita dah atur 

semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja.


So, saya berada di Indonesia hampir seminggu. Jadi saya serahkan semua tugas tugas 
saya dekat penolong setiausaha saya.

Lepas itu Mohammad Razali  balik ke Malaysia 4 Mei 2011. Malam tu. Esok dah 5 
Mei. Dia tak tanya kat dia perancangan, sebab dia tahu penolongnya tu can do 
everything.

Kata, Razali 5 Mei saya hadir, saya hadir dalam pukul 8 lebih. Sepatutnya kena ada 
dalam majlis tu 40 orang sahaja iaitu ahli parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang 
menang 12 orang.

Katanya lagi, Tetapi yang ada pada malam itu hampir seratus orang berada dalam 
dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di Sarawak. 
Di sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kena. Begitu juga paderi daripada 
Seri Aman.

Dia rasa hairan. Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir. Ada pula sesetengah 
wakil luar Negara yang dia tak pernah kenal langsung. Dia Tanya kat rakannya. Pasal 
apa semua paderi ni hadir, sedangkan ni cuma makan malam DAP saja.Rakannya itu 
jawap dia pun tak tahu.

Kata Razali, saya rasa malam tu tak puas hatilah. Saya setiausaha Bahagian, kenapa 
benda ni tak dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik siapa 
orang orang putih ni. Dia kata mereka merupakan ketua paderi daripada beberapa 
Negara asing.

Tegas Razali, Majlis makan malam DAP pasal apa kertua paderi luar Negara dan dalam 
Negara hadir. Ini penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.

Majlis pun bermula dengan ucapan ahli parlimen Jelutong ni, sebelum ni ucapannya 
sama, saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina Islam. Tak ada masalah bagi saya.

Terangnya, Tetapi pada malam itu,dia kata benda yang sama juga. Saya tak boleh nak 
terima langsung. Dia mempertikaikan, dia kata agama islam merupakan satu agama 
pengganas, terrorist religion. Dia pertikaikan kenapa al kitab tidak dibenar masuk ke 
semanjung Malaysia.

Dia (Razali) mendiamkan diri, datang seorang paderi daripada Seri Aman. Nama beliau 
paderi Jackson ketua paderi Seri Aman.

Ujarnya, ucapan dia. Dia kata, hanya Nabi Isa saja dalam dunia ini yang boleh 
membawa masuk syurga, bukan Nabi Mohammad.Dia kata nabi mohammad tidak 
layak di panggil nabi.

Kata razali, sebab itu pihak kristian telah berusaha telah mengkristiankan seramai 
banyak yang boleh untuk mereka bersama sama dia masuk ke syurga.

Dia kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang saja yang memberi 
jaminan semua orang dalam dunia ini masuk syurga.

Inilah yang dikatakan dakyah kristian, malangnya ada orang islam tergamak 
mengatakan kristian juga berdakwah yang sangat bercanggah dengan peristilahan 
sebenarnya.Awas menggunakan Istilah.

Selepas itu datang pula, Ketua paderi daripada Afrika Selatan.Ucapan beliau, dia kata 
mereka telah membuat satu Frame time

Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia 
adalah agama kristian. Dalam pada itulah YB Jeff telah bangun dan memberi satu 
menyataan.

Dia (YB Jeff) kata, pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak kristian 
untuk menjayakan misi ini. Kita akan berganding bahu dengan pihak kristian untuk 
pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama kristian.

Lepas itu paderi itu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh mubaligh Kristina 
datang ke semanjung Malaysia. Dia kata projek  mereka di Sabah dan Sarawak telah 
Berjaya.

Lepas itu mereka akan fokus di Semanjung Malaysia. Tentang dana. No problem. Kita 
akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO NGO kristian.

Terang Razali lagi, Selepas itulah, 35 orang paderi dipanggil satu satu nama datang 
kedepan buat satu bulatan.Inilah cara mereka berikrar, bersumpah dan berdoa tiga 
dalam satu.

Ini kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh paderi itu, We must sure Christian 
became official religion in Malaysia and we must make sure the next prime 
minister is a Christian. (Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi 
di Malaysia dan kita mesti memastikan perdana menteri akan datang seorang Kristian.)

Sumber TKO - 19-5-2017 

Putus hubungan dengan PKR keputusan tepat
Posted on Thursday, May 18 @ 09:32:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34985



KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempertahankan keputusan untuk memutuskan
 hubungan dengan PKR walaupun dianggap sesetengah pihak akan merugikan parti itu.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Pas tidak perlu fikir
panjang apabila melibatkan perkara yang melanggar perjuangan parti.

“Ramai penganalisis yang melihat ia satu langkah tidak betul kerana sifir politiknya
merugikan Pas. Tetapi Pas adalah parti yang memberikan perhatian kepada prinsip
perjuangan.

“Kalau ada prinsip perjuangan yang dilanggar, kita tidak fikir panjang untuk ambil
tindakan putus hubungan dalam tahaluf siyasi,” katanya, semalam.

Beliau memberitahu, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak itu juga adalah
tindakan paling tepat.

“Kalau mengikut fahaman politik Barat, sesuatu yang dibuat mestilah mahu dapat
sokongan ramai khususnya dalam PRU. Tetapi dalam politik Islam kita bukan saja
melihat dari sudut kekuatan orang yang sokong.

“Pas adalah sebuah parti bertunjangkan politik Islam yang asasnya ialah politik yang
benar.

"Jadi bagi Pemuda Pas, kita lihat putus hubungan dengan PKR ini adalah keputusan
yang benar,” katanya.

Muhammad Khalil turut menafikan dakwaan yang mengatakan Pemuda Pas kurang
bersuara dalam isu tersebut.

“Pemuda Pas sudah bawa perkara ini dalam muktamar untuk dibahas dan dilulus
sebulat suara.

"Jadi ini satu suara dan signal yang sangat jelas daripada Pemuda Pas berkait hubungan
dengan PKR.

“Majlis Syura Ulamak juga telah lihat daripada semua aspek sebelum membuat
keputusan. Pemuda Pas pastinya mendokong penuh keputusan tersebut,” katanya.

Sumber TKO - 17-5-2017




Kritikan Anda Tidak Melemahkan Semangat Saya -
Dr Kamarul Azman Yusoff

Posted on Thursday, May 18 @ 01:45:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34978



Bertalu-talu nampaknya serangan yang dibuat terhadap diri saya ekoran laporan polis
yang saya buat terhadap Hannah Yeoh. Bermacam-macam kata nesta yang keluar
khususnya daripada mulut pemimpin dan penyokong DAP dan AMANAH, termasuk
juga PKR, terhadap saya.

Apa yang tidak keluar dari mulut mereka hari ini? Bodoh, bongok, bangang, dungu,
kangkung, paranoid, pathetic, hampir semua kata-kata buruk yang biasa digunakan
dihamburkan kepada saya. Sungguh pelik saya begitu bersungguhnya mereka,
khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, hingga sanggup menghina
saudara sendiri semata-mata kerana mahu membela Hannah Yeoh.

Banyak daripada komen negatif yang diberikan, termasuk oleh beberapa orang peguam
yang agak terkenal, antaranya daripada AMANAH, berkisar di sebalik dakwaan
bahawa tidak munasabah untuk dibayangkan bahawa buku Hannah Yeoh boleh
mendorong pembacanya menganut agama Kristian atau cenderung kepada agama
Kristian, yang disertakan dengan hinaan mengenai lemahnya tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia.

Hujjah ini jugalah yang digunakan oleh Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng,
yang menyebut secara spesifik kononnya dakwaan saya bukan sahaja menghina
 kebijaksanaan rakyat Malaysia pelbagai agama, tetapi juga menunjukkan tahap kualiti
ahli akademik di negara ini. Kata beliau, seperti kata yang lain, “Umat Islam, Hindu,
Buddha dan bukan Kristian lain di negara ini tidak akan memeluk agama Kristian
dengan hanya membaca buku Hannah”.

Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pula
dilaporkan membela Hannah Yeoh dengan bertanya, “Sejak bila bukan Islam tidak
dibenarkan bercakap tentang agamanya sendiri?” Begitu juga Timbalan Presiden
AMANAH, Salahudin Ayub, yang mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman
dalam negara kita.

Bagi saya, semua hujah yang diberikan ini melambangkan kebodohan penuturnya,
baik Lim Lip Eng, Lim Guan Eng, Salahudin Ayub atau siapa saja yang berpandangan
sama.

Selaku ahli politik atau selaku peguam, takkanlah mereka tidak tahu bahawa Perkara
11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Undang-undang Negeri
dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan
 apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama
Islam”?

Sebab itulah maka Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan
Islam diwujudkan di peringkat negeri di mana salah satu daripada seksyen kecilnya
memperuntukkan bahawa “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk,
mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi
penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama
 itu”.

Jelas diperuntukkan di dalam satu seksyen kecil lain (4) bahawa “Adalah tidak menjadi
suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang lain itu
telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang
yang dituduh itu kepadanya”.

Maksudnya adalah, sama ada orang beragama Islam yang dipujuk, dipengaruhi atau
dihasut “supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya
cenderung kepada agama itu” benar-benar menjadi penganut atau anggota agama itu
atau benar-benar cenderung kepada agama itu adalah tidak berbangkit.

Bila anda atau rakan anda didapati memujuk, mempengaruhi, atau menghasut
seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu
 agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu, maka ia adalah tetap
satu kesalahan walaupun usaha anda atau rakan anda itu menemui kegagalan.

Jika anda benar-benar mengakui kedaulatan undang-undang, anda cabar sajalah
enakmen ini di mahkamah jika anda tidak berpuas hati dengannya. Usahlah jadi
bangang dengan mengaitkannya dengan kelemahan tahap iman saya dan penganut
agama Islam lain di Malaysia pula.

Dr Kamarul Yusoff

Sumber TKO - 17-5-2017




Mengapa marah
Posted on Wednesday, May 17 @ 21:29:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34974



Rasulullah SAW pesan umatnya jangan marah. jangan marah. jangan marah.Akan tetapi
hari ini presiden Pas,Datuk Seri Haji Hadi Awang yang buat baik dengan umno
dimarahi.dicaci dan dihina.

>Bukan setakat dimarahi dan diserang dengan pelbagai tentuk serangan, malah ada
yang sumpah seranah dan maki hamun dan ada yang kata itu dan ini dengan pelbagai
gelaran huduh dan buruk. Nak sebut malu.

Walaupun Rasulullah saw berpesan sebanyak tiga kali agar jangan marah, bukan 

bermakna tidak boleh marah langsung.Boleh marah, tapi kena pada tempatnya, Wajib 

marah dengan orang buat jahat.



Marah dalam hati dengan orang orang yang buat jahat, tanda aras bahawa kita masih 

ada iman setebal selaput bawang. Maka marah kadang kadang kala jatuh wajib, haram 

dan harus.



Tidak marah langsung dengan orang orang yang jahat, bermakna kita redha dengan 

kejahatan yang mereka lakukan.



Ada pula yang kata, kita tidak marah dengan mereka yang melakukan kejahatan. 

Macam macam pandapar yang telah sedang dan boleh kita dengar menerusi media 

maya.



Oleh itu, wajib marah agar mereka sedar dengan kelakuan buruk yang boleh 

menjejaskan sebuah parti dan kerajaan yang di terajui mereka.



Maka, marah ahli akar umbi terhadap presiden pas memang ada asas iaitu tidak boleh 

berbaik dengan pemimpin yang mungkar dan zalim.



Sesetengah ahli akar umbi mengatakan apa yang dilakukan prisedien Pas itu jelas 

bercanggah dengan pesan Tok Guru Nik Abdul Aziz ketika menjawat jawatan musyidul 

Am pas.



Mengapa tidak? Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan jangan sekali kali 

percaya dengan umno. memang pun para pemimpin umno tidak boleh dipercayai 

kerana mereka bercakap tak serupa bikin.mereka kadang kadang berdusta, sedangkan 

berdusta itu amat dibenci oleh Rasulullah SAW.



Lihat Hadis diriwayat dari sayidatina Aishah yang bermaksud: tidak ada peribadi 

yang paling dibenci oleh Rasulullah SAW selain dari berdusta.



Bukan setakat berdusta, malah, mereka gembira dengan murka dan kebencian Allah. 

Ingat, jangan sekali kali kita gembira dengan murka dan kebencian Allah.



Akan tetapi jangan lupa dengan kata kata Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jadi 

isu di perbincangkan diperingkat pusat dan negari oleh Lujnah penerangan dan lujnah 

politik, implikasinya.



Apakah kata kata itu? Kata kata itu berbunyi: kalau umno mahu Islam kita bubar 
Pas.

Rasa rasa , inilah kata kata yang dijadikan pegangan presiden Pas yang sedang melayari 
bahtera parti  Islam se Malaysia itu.Sebab itu adakan silaturrahim dengan Perdana 
menteri Datuk Seri Mohd najib Razak

Beliau percaya umno parti orang melayu yang beragama Islam mahu kepada Islam. 
Buktinya, umno menyokong RUU355 yang di bentang oleh Datuk Seri Haji Abdul 
Hadi Awng di Parlimen Khamis (5 April 2017).

Atas sebab itulah Haji Hadi dan Mohd Najib ada hubungan jinak menjinak dan berkata,
Kuasa politik orang melayu ada pada parti Pas dan umno. Jika mana mana parti 
nak tadbir Malaysia pilih pas atau umno. Kita terbuka kepada mana mana parti 
nak bersama dengan pas, syaratnya mahukan Islam.

Dahulu  pucuk kepimpinan pas boleh percaya dengan parti DAP butir tahi PAS yang 
penuh dengan tipu muslihat dan bertahaluf siyasi dan sanggup apa sahaja hatta demi 
politik untuk tumbangkan Umno/BN tak kan berbaik dengan umno yang mahukan 
islam tidak boleh.

Waktu bersama sama pakatan rakyat presiden pas boleh berkata, boleh kawan dengan 
yahudi dan yang tidaknya zionis. Manakala timbalan presiden Mat Sabu tergamak 
berkata, demi poitik agama boleh berkompromikan (politik menghalalkan cara. 
Bermakna halal/haram belakang kira.

Sehubungan dengan itu bagaimana pula dengan amanat Haji  Hadi yang mengatakan 
umno kafir. Ramai yang kata kena tarik balik perkataan pas kata umno kafir baru boleh 
berbaik baik dengan umno.

Pada penulis isu itu tidak timbul, kerana pas tak kata umno kafir. Yang kata umno kafir 
orang umno sendiri yang rekacipta bahawa pas kata umno kafir sedangkan erti 
sebenarnya orang umno kata umno kafir bukan pas yang kata umno kafir.

Sila rujuk semula ucapan Haji Abdul Hadi Awang dalam suatu ceramah di kampung 
Banggol Peradung, Kuala Nerus Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Sumber TKO - 17-5-2017

Putus tahaluf siyasi: PKR parti paling rugi
Posted on Monday, May 15 @ 13:50:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34947



SHAH ALAM - PKR jelas menjadi parti paling rugi dengan terputusnya tahaluf 
bersama Pas, menurut penganalisis politik.
Ini kerana pemerhati politik Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, PKR yang
kebiasaannya mengharap undi kaum Cina atau DAP dan juga undi akar umbi Pas, jadi
tanpa Pas, PKR boleh diandaikan hilang separuh undi yang diperoleh parti itu.

"PKR harus akui bahawa mereka tiada sistem akar umbi yang kuat seperti dipunyai Pas.
Hanya ada dua parti besar yang ada sistem komuniti yang kukuh iaitu Umno dan Pas,
jadi PKR kini perlu bersedia untuk 'pupus'.

"Apatah lagi dengan wujudnya Bersatu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, maka
populariti Bersatu jauh mengatasi PKR termasuk Amanah. Kini Pakatan Harapan
banyak bergantung kepada pengaruh DAP menerusi undi total kaum cina kepada
Pakatan dan Bersatu untuk menambat sokongan Melayu dan pengundi atas pagar,"
katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, survival PKR kini seolah nyawa-nyawa ikan, selain dilihat  lesu dan
lemah dengan tiadanya hubungan bersama Pas.

Jelasnya, kerugian PKR bukan sahaja dari segi sokongan akar umbi, malahan parti itu
akan sukar mengendalikan jentera kempen kerana selama ini banyak bergantung pada
Pas.

"Satu gerakan besar-besaran oleh PKR bagi membina jaringan akar umbi yang kuat,
serta mempopularkan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keluarganya  perlu
dilakukan jika tidak mahu PKR menjadi 'koma'.

"PKR kini memerlukan satu talian hayat yang baru dengan modal dan tokoh politik
baru, dan inilah yang perlu PKR cari. PKR juga akan rugi kerana banyak kawasan
yang dimenangi PKR mungkin terlepas tangan kepada Pas atau BN. Jadinya PKR
adalah mangsa politik akibat kecelaruan dan pertembungan hubungan politik antara dua
gergasi pembangkang iaitu DAP dan Pas," katanya lagi.

Majlis Syura Ulamak Pas baru-baru ini memutuskan untuk membatalkan hubungan
politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.


  Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak
pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak
dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.

Sumber TKO - 15-5-2017

Persoalan pendirian hudud Wan Azizah Menjadi
Pertikaian

Posted on Monday, May 15 @ 13:39:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34945



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mungkin memalapkan peluang Pakatan Harapan
 (HARAPAN) dengan komennya mengenai hudud ketika diwawancara Al Jazeera, kata
seorang penganalisis.

Menurut Khoo Kay Peng, cara Wan Azizah menjawab soalan pada sesi berkenaan
membayangkan beliau tidak membincangkan pendiriannya mengenai hudud dalam
majlis pimpinan HARAPAN.

Ia juga, kata Khoo, menunjukkan majlis pimpinan parti gabungan pembangkang itu
tidak mempunyai pendirian bersama ketika hudud dijangka bakal menjadi isu penting.

Dalam wawancara itu Dr Wan Azizah diminta untuk membuat kenyataan bahawa "tiada
hudud, tiada rejam dan tiada potong tangan" jika ditakdirkan menjadi perdana menteri.

Jawapan ketua pembangkang itu ialah, "hudud tidak akan dilaksanakan kecuali semua
keperluan untuk keadilan" dapat disediakan.

Ditanya sama ada jawapan itu membayangkan hukuman rejam akan diterima di
Malaysia, Dr Wan Azizah menjawab: "Tidak dalam tempoh terdekat".

Khoo berkata jaminan bahawa rejam dan potong tangan tidak akan berlaku di Malaysia
juga tidak memadai bagi menjelaskan pendirian HARAPAN terhadap undang-undang
Islam yang bukan sekadar dua hukuman itu.

"Ia adalah mengenai prinsip dan proses perundangan dengan sesetengahnya tidak selaras
dengan undang-undang sivil," katanya.

Bagaimanapun kata Khoo, Dr Wan Azizah mungkin berdepan kesukaran untuk
menegaskan bahawa hudud bukan keutamaan kerana ia mungkin akan menjarakkan
sokongan pengundi konservatif Islam pada pilihan raya akan datang.

"Sepatutnya beliau perlu menyatakan mengapa Malaysia adalah lebih baik menjadi
inklusif berbanding menjadi tertumpu kepada isu bangsa dan agama, serta bagaimana
agenda HARAPAN untuk orang Melayu adalah lebih baik berbanding apa yang
ditawarkan BN.

"Pilihan raya umum (PRU) ke-14 adalah detik penting untuk orang Islam di negara ini.
Ia juga membawa persoalan mengenai arah masa depan untuk memilih, serta menjawab
pertanyaan sama ada ia mengenai urus tadbir yang baik, kerajaan bersih, kepelbagaian
budaya dan kemampuan menyatukan berbanding perpaduan Muslim, hudud dan negara
Isllam," katanya.

Felo Penang Institute, Wong Chin Huat, pula percaya PKR kini berpeluang untuk
membuka perbincangan mengenai Islam lebih daripada ruang lingkup hudud.

Katanya, ada dua wacana mengenai hudud di kalangan umat Islam iaitu mereka yang
melihat pelaksanaan undang-undang jenayah syariah sebagai nasionalisme Islam bagi
memulihkan penguasaan Islam, dan satu lagi yang bercakap tentang keadilan sejagat
dalam Islam.

Sumber TKO - 15-5-2017

Al Quran Tidak Larang Homoseksual – Peguam
Anwar

Posted on Monday, May 15 @ 10:15:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34943



Putrajaya: Muhammad Afiq Mohamad Noor, bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, 

berpendapat bahawa ulama’ sering berat sebelah apabila mengeluarkan hukum terhadap
 perbuatan LGBT bahawa perbuatan ini adalah salah kerana merujuk kepada kisah 
kaum Nabi Lut di dalam Qur’an.
Menurutnya keseluruhan kaum Nabi Lut telah diazab kerana perbuatan mereka
melawan Nabi mereka dan bukan kerana kesalahan homoseksual. Ini kerana cerita
Nabi Lut sering disebut seiringan dengan kisah Nabi-Nabi lain.

Contoh yang diberikannya, kaum Nabi Salleh diazab kesemuanya kerana membunuh
seekor unta betina. Nyata hukum membunuh seekor unta pada zaman sekarang ini,
mengikut ulama tidak sama seperti hukum untuk LGBT. Jadi membunuh unta itu,
bukan satu kesalahan tetapi perbuatan melawan Nabi Salleh itu yang menjadi satu
kesalahan yang dihukum Allah. “Apabila Allah mengazab kaum Nabi Salleh kerana
seekor unta betina yang dibunuh tidak pula ulama’ mengeluarkan hukum terhadap
pembunuhan unta tetapi prinsip yang sama tidak digunakan dalam kes Nabi Lut”, tegas
Muhammad Afiq.

Afiq M Noor semasa menghadiri forum anjuran G25 pada bulan Disember 2015

Menurut Afiq, umat Islam sering berpendapat bahawa LGBT itu adalah satu perbuatan
yang bercanggah dengan Islam dan itulah satu-satunya pendapat yang ada, sedangkan
terdapat juga pendapat yang lain.

“Jika kita bercerita tentang LGBT dari perspektif Islam seolah-olah ada hanya satu
pendapat iaitu LGBT, ini adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Islam. Itu
yang kita semua faham”, kata Afiq.

Menurut Afiq, tafsiran kepada hadith juga merupakan andaian manusia dan tidak
semestinya menyatakan realiti sebenar. Beliau memetik hadis dari Anas bin Malik
yang berbunyi,

“Dari Anas bin Malik RA, bahwa seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW, maka
seorang lelaki (lain) melintasinya, dan ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya
aku mencintai orang ini.

” Maka Nabi SAW bertanya, “Apakah kamu telah memberitahukannya?’” Ia menjawab,
 “Belum”, lalu beliau bersabda, “Beritahukanlah kepadanya. ” (Perawi) berkata, “Maka
orang (yang di sisi Nabi SAW) itu mengejarnya, seraya berkata, “Aku mencintaimu
kerana Allah.” Orang itu menjawab, “Semoga yang kerana-Nya kamu mencintaiku
akan mencintaimu.”

“Bila kita baca hadith, ianya macam satu cerita pendek, kadang-kadang kita tak tahu
kenapa Rasulullah sebut macam itu, kadang-kadang ianya merupakan andaian manusia,
tetapi maksud hadith ini kita tidak tahu, adakah dia suka orang itu sebagai sahabat
ataupun “macam-macam” suka dia”, ujar Afiq lagi.

Afiq menyatakan pendapat beliau bahawa terdapat khilaf dalam isu LGBT dan jika
seseorang itu beranggapan bahawa hanya terdapat satu hukum iaitu haram maka jelas
orang itu salah.

Tambah beliau lagi, liwat adalah tidak sama dengan perbuatan homoseksual,ini kerana
bagi beliau liwat adalah satu usaha untuk merogol atau mencederakan dengan tujuan
menghina dan bukan sesuatu yang dilakukan atas prinsip suka sama suka.

“Saya tak jumpa satu hadith spesifik tentang hukuman homoseksual, tak ada, tetapi
untuk hukuman liwat ada.” – menara.my

Sumber TKO - 15-5-2017

PKR tak pernah khianati ?
Posted on Sunday, May 14 @ 16:17:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34931

"

Sangat tidak munasabah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu apakah itu tahaluf siyasi. Jika dia tahu macam mana dia boleh berkata PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik antara pas dan PKR dalam pakatan rakyat.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau musykil terhadap alasan yang diberikan berhubung isu pembatalan tahaluf siyasi antara PKR dan Pas.

Semacam dia tidak tahu apakah erti tahaluf siyasi, kalau  dia tahu sudah brang tentu dia berkata PKR tidak khianat dan musykil.

Seseorang yang musykil pasti keliru dan tidak tahu apakah itu tahaluf siyasi dengan kata lain biar tahu jangan keliru.



Mungkin dia tahu tetapi masih keliru dan buat buat tak tahu dan terus jadi keliru dan haru biru.

Tahaluf siyasi iaitu kerjasama, bantu membantu dan tong menolong atu dengan kata limbal balik.

PKR tolong pas dan pas tolong PKR. PKR bantu pas dan pas bantu PKR. Jika PKR tidak tolong pas dan pas tidak tolong PKR, maka ia bukan tahaluf siyasi lagi.



Dan inilah yang dikata khianat kerana tidak amanah dan jujur dengan tahaluf siyasi yang  dibuat selama ini.



Tak kan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak faham atau tidak boleh faham. Atau beliau sengaja buat buat tak faham.



Jika dia faham pasti tidak musykil dengan pembatalan tahaluf siyasi dengan PKR yang dibuat menerusi usul tanpa bahas pada muktamar agung tahunan ke 63 lalu.



macam mana bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden umno dan tokoh yang diangkat menjadi perdana menteri  jika pakatan harapan menang pru 14 nanti boleh tidak tahu apakah erti tahaluf siyasi.



Sumber TKO - 14-5-2017

Selangor 'patah tangan' tanpa Pas
Posted on Sunday, May 14 @ 10:48:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34929



SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan pakatan pembangkang akan lemah 
di Selangor selepas ketiadaan Pas dalam gabungan pakatan itu. 


Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan 

Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd 
Azizuddin Mohd Sani berkata, ketiadaan Pas dalam pakatan itu sekaligus memberi 
kelebihan kepada BN.


"Namun kuasa rakyat Selangor adalah penentu kepada kerajaan mana yang akan 
terbentuk di Selangor nanti," katanya kepada Sinar Online.

Mohd Azizuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai implikasi terputusnya 
tahaluf siyasi PKR dan Pas dalam pentadbiran negeri Selangor.

Terdahulu, Majlis Syura yang bermesyuarat pada 11 Mei lalu memutuskan untuk 
membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak 
pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak 
dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.

Sebelum ini, semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf 
siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, 
Zulkifli Ismail sewaktu Muktamar Pas kali ke-63 baru-baru ini.
Dalam pada itu, mengulas lanjut Mohd Azizuddin berkata 'BN terlalu bergantung 
kepada Umno dan parti kompenen lain lemah di Selangor'.

"Di Selangor juga masih banyak kerusi campuran, jadi BN masih ada banyak halangan 
dan cabaran untuk merampas Selangor.

"Satu lagi saya setuju yang pengundi Selangor banyaknya berpelajaran dan boleh 
berfikir kerajaan mana yang seharusnya dibentuk. Mereka tahu siapa yang mereka 
hendak pilih," katanya.

Sementara mengulas perkara yang sama, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains 
Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan 
Pandian berkata, buat masa ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin 
Ali tidak perlu mengadakan pilihan raya negeri  memandangkan PRU semakin dekat.

"Azmin masih ada kelebihan majoriti dua kerusi. Kelantan dan perak serta Terengganu 
lebih kurang sama sepertt Selangor sekarang jika pas keluar," katanya.


Dalam pada itu, Sivamurugam menegaskan pada ketika ini masa ujian sebenar Azmin 
dan Pas untuk kenal siapa musuh politik sebenar mereka.

Sumber TKO - 14-5-2017

Penceraian PAS-PKR menguntungkan PAS dan
UMNO kata Penganalisis

Posted on Saturday, May 13 @ 18:51:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34917



'Perceraian politik' di antara PAS dan PKR akan menjadikan gelanggang pilihan raya umum (PRU) ke-14 menyaksikan pertandingan yang lebih rancak bagi merebut sesuatu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di kalangan semua parti politik, kata penganalisis politik tempatan.

Mereka berpendapat keputusan PAS kelmarin, untuk memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR yang terjalin sejak pilihan raya umum ke-11 itu, menyemarakkan lagi arena politik negara yang kini dilihat lebih kepada perjuangan mencari rakan kongsi dan rakan dagang ataupun menjadi 'lone ranger' sewaktu PRU14 nanti.

Pensyarah dan penganalisis Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata semestinya perceraian politik ini membawa kepada pertandingan tiga atau empat penjuru dalam merebut sesuatu kawasan Parlimen atau dewan undangan negeri dan ini situasi tidak boleh dielak lagi pada pilihan raya umum akan datang.

"Yang totok (penyokong tegar) akan terus berpihak kepada parti masing-masing sama ada Umno, PAS atau PKR. Dalam kajian kita, kebiasannya, gabungan yang terkuat akan berpeluang tinggi untuk memenangi pertandingan ini seperti Barisan Nasional (BN).

"Namun jangan dilupakan, kawasan kubu kuat PAS pasti akan terus padu kerana tidak perlu lagi menjaga hati rakan sepermainan seperti sebelum ini dalam isu meletakkan calon atau kawasan yang ingin ditandingi mereka. Itulah permainan politik sekarang," katanya kepada Bernama.
Majlis Syura Ulama PAS kelmarin sebulat suara mengambil keputusan menamatkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta dan keputusan itu dibuat sebagai merujuk kepada tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara PAS dan PKR yang terjalin sejak sekian lama.

Keputusan Majlis Syura PAS itu sememangnya dijangkakan selepas Muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini di Alor Setar, Kedah meluluskan usul sebulat suara supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan berikutan PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Mohd Fuad menarik perhatian, PAS yang terkenal dengan jentera kerja keras itu tidak ada masalah untuk bergerak sendiri tanpa sokongan parti lain kerana matlamat mereka adalah untuk memperjuangkan Islam dan bukannya agenda peribadi pakatan.

Jelasnya, episod perceraian politik ini dijangka berpanjangan dengan PAS pastinya akan menuntut semula kerusi yang dipinjamkan kepada PKR seperti di Gombak untuk diduduki semula dan bertanding di kawasan yang sebelum ini 'dinasihatkan' sekadar menyokong dari belakang sahaja.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat pula percaya perkembangan politik di Selangor pastinya akan menambah drama dalam perceraian politik ini memandangkan PAS Selangor telah membuat keputusan untuk mengekalkan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di dalam barisan exco negeri.

"Inilah yang pelik dalam politik kita, corak baharu yang mana sesebuah parti itu saling bersaing untuk menunjuk kekuatan bagi meraih perhatian orang Melayu. Jika ada yang berjaya mendapat bantuan dan sokongan parti lain, pastinya mereka akan menjadi kuat dan membentuk kerajaan.
"Ini belum lagi episod lompat parti. Jadi segala-gala kemungkinan baharu pasti ada seolah-olah petanda yang PRU14 semakin dekat," katanya.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata tindakan PAS bercerai politik dengan PKR itu adalah langkah awal untuk mengatur strategi menghadapi PRU14 tanpa sebarang bantuan rakan sekutu untuk bergerak bersendirian.

"PAS sudah menjalankan kuasa prerogatif mereka dan satu langkah yang menggambarkan mereka tidak akan bekerjasama baik dengan PKR mahupun Pakatan Harapan. Ini isyarat kepada bekas rakan mereka dalam kem pembangkang untuk susun strategi tanpa PAS," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan perceraian politik ini hanya akan menguntungkan PAS dan Umno sahaja berbanding parti-parti lain jika dilihat dari segi momentum sokongan dan keupayaan jentera pilihan raya mereka selama ini.
- Bernama

Sumber TKO - 13-5-2017


Kerajaan Selongor milik PKR ker?
Posted on Saturday, May 13 @ 11:38:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34902



Assalamualaikum,,,
Azmin kata kerajaan Selangor terbentuk dengan mandat rakyat, dan diakui oleh
Presiden PKR, DSWA tetapi Saifudin Nasution kata kalau putus hubungan PAS tak
boleh bersama mesti kena tinggalkan kerajaan negeri, Aziz Bari pakar undang undang
DAP pun kata benda yang sama.Persoalannya, apakah kerajaan Selangor milik PKR?

Kalau PAS perlu meninggalkan kerajaan Selangor mengikut sifir Saifudin dan Aziz Bari
bermakna kerajaan Selangor itu milik PKR.Tetapi kalau kerajaan Selangor dibentuk
dengan mandat rakyat bermakna Saifudin dan Aziz Bari tiada hak menentukan hala tuju
kerajaan Selangor.Mandat bermakna keputusan PRU 13 yang terpakai selama
umumnya 5 tahun sehingga DUN dibubarkan, untuk PRU 14.Sifirnya mudah, Majoriti
yang dimiliki oleh kerajaan sekarang ialah majoriti PR yang menang PRU 13 yang
terdiri dari 3 parti.Walaupun PR sudah tiada tetapi ketiga tiga parti tersebut tetap ada
dan mandat yang diperolehi masih terpakai untuk ketiga tiga parti, tiada siapa yang
berhak untuk menyingkirkan PAS dari kerajaan negeri.

Kalau PAS mahu meninggalkan kerajaan, itu mesti dengan pilihan mereka sendiri bukan
disuruh oleh orang orang yang tak berkenaan.Keputusan jawatankuasa Pusat PAS dalam
 perkara ini ditunggu, kalau jawatankuasa memutuskan PAS kekal dalam kerajaan
sehingga DUN bubar, maka keputusan itu perlu dihormati, begitu sebaliknya kalau
jawatankuasa memutuskan PAS keluar dari kerajaan sebelum mandat rakyat berakhir
maka itulah natijahnya, tiada perlu ada bantahan dari mana mana suara sumbang
mambang.

Cerita ini sekali gus membawa kita kembali ke Penang yang telah menukar kerajaan
mereka kepada kerajaan PH yang tiada mandat dari rakyat.PAS disingkirkan dengan
cara yang biadap oleh DAP seolah olah kerajaan Penang itu milik DAP sepenuhnya,
sedangkan mandat yang diperolehi dalam PRU 13 adalah untuk PR yang terdiri dari 3
parti, ia itu PAS, PKR dan DAP tetapi tanpa segan dan silu PAN pula mengganggotai
kerajaan, muka tidak malu!Sungguhpun mereka tiada kerusi di DUN Penang, tapi
mereka tetap menjadi anggota kerajaan menerusi perlantikan politik sedangkan
perlantikan ini tanpa mandat rakyat.


Perkara sama nak dibuat di Selangor apabila mereka mendesak MB menyingkirkan
PAS dan melantik mereka tanpa mandat,Muka tak malu.....

Sumber TKO - 13-5-2017

Kemana Hilangnya Muhyiddin?
Posted on Friday, May 12 @ 09:09:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34898



Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad ada membuat kenyataan dia mengalu-alukan
mana-mana ahli PPBM (BERSATU) yang ingin meninggalkan PPBM, supaya keluar
dari parti berkenaan jika tidak sehaluan dengannya. Ini susulan daripada tindakan lebih
1,600 ahli BERSATU yang meninggalkan parti sejak awal tahun ini menurut sumber
dalaman BERSATU.

Jika kita teliti kenyataan Mahathir ini, timbul persoalan, adakah mereka yang
 dimaksudkan Mahathir ini termasuklah Presiden BERSATU sendiri, Tan Sri
Muhyiddin?

Ada banyak cakap-cakap awam (hearsay - Ini lebai belajar daripada Sarawak Report)
mengatakan sejak krisis hubungan PAS-BERSATU, sukar untuk melihat kelibat
Muhyiddin dalam sebarang majlis BERSATU. Mahathir lebih banyak ditemani oleh
Datuk Seri Mukhriz yang juga Timbalan Presiden BERSATU.

Ada juga pendapat yang mengatakan Muhyiddin sudah disingkirkan dari kerusi
Presiden BERSATU sehinggakan dia tidak lagi bersuara tentang apa sahaja mengenai
BERSATU? Andaian ini mungkin benar kerana Muhyiddin sendiri pernah
 mempertikaikan, di mana haknya selaku Presiden apabila segala perkara yang
diputuskan olehnya, pasti akan di sanggah oleh Mahathir selaku Pengerusi.

Memang agak janggal apabila melihat Pengerusi sesebuah parti jauh lebih berkuasa
daripada Presiden itu sendiri. Dalam amalan sesebuah organisasi, Pengerusi hanya
bertindak sebagai penasihat kepada Presiden dan bukannya individu yang menentukan
dasar sesebuah organisasi. Namun hal ini jelas berlawanan dengan apa yang diamalkan
oleh BERSATU sehingga dilihat Muhyiddin  hanya sebagai tunggul.

Jadul penjalanan "roadshow" Muhyidin (Bersatu) dengan PAN untuk menjelajah Felda
bersama Mazlan Aliman juga tidak terlaksana.


Malah semua gerak kerja yang sepatutnya dilakukan Presiden BERSATU Muhyiddin
telah diambil alih oleh Timbalannya Mukhriz Mahathir. Sebagai contoh kemasukkan
529 org ahli baru dari PPBM Felda Palong 7 Jempol 10 Mei lalu, yang semua berasal
dari UMNO telah dilakukan oleh Mukhriz bukan Muhyiddin.

Malah kelibat Muhyddin tidak kelihatan. Facebook Muhyiddin sudah lama tidak
dikemaskini.


Datuk Rais dalam temubual terkini ada menyatakan seolah-olah tidak puas hati dengan
PAS kerana dikatakan PAS mendedahkan maklumat perbincangan antara PAS-
BERSATU.

Disebut dalam Malaysiakini PAS mendedahkan kononnya BERSATU mendekati DAP
dan ini dijawab oleh Dr Kharuddin BERSATU mendekati DAP adalah maklumat awam
bukan perkara sulit.

Lebai tidak nampak isu DAP tetapi lebai lebih nampak bila Presiden PAS mengeluarkan
kenyataan BERSATU tiada hala tuju. Ini menjurus kenyataan Muhyiddin bahawa
BERSATU tiada hala tuju kerana Tun Mahathir membawa BERSATU lari daripada
matlamat asal.

Pembocoran krisis kepimpinan ini membuat Datuk Rais tidak puas hati, tetapi tidak
dinyatakan secara jelas dan PAS sendiri memang tidak dapat membuat apa-apa
keputusan sekiranya BERSATU ada dua nahkoda dalam hala tujunya. Bagaimana PAS
nak berikat janji kalau seorang kata lain seorang lagi membuat keputusan yang lain?
Tindakan Mahathir juga menyebabkan PAS terpaksa putus hubungan walaupun ada
perkembangan positif antara PAS dengan Muhyiddin.

Berbalik kepada Muhyiddin....
Ada sesiapa nampak beliau dalam seminggu dua ini?
Bukan apa lebai rindu juga kenyataan dan ceramahnya.




Sumber TKO - 122-5-2017

Kit Siang Tidak Mungkin Bertanding Di Kedah –
Akhbar Cina

Posted on Thursday, May 11 @ 16:07:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34884



PULAU PINANG – Seorang kolumnis Kwong Wah Daily berpendapat, Lim Kit Siang
tidak akan menanggung risiko untuk bertanding di Kedah, walaupun terdapat ura-ura
bahawa pemimpin veteran DAP itu akan melakukan percubaan tersebut.

Penyokong DAP Kedah juga dilaporkan mengalu-alukan Kit Siang untuk bertanding di
kerusi Parlimen Alor Setar.

Kolumnis akhbar Cina itu berpendapat, DAP perlu mengambil kira faktor Mahathir
dalam percaturannya iaitu kemungkinan berlaku kehilangan undi Cina dan sejauh mana
undi Melayu dapat menggantikan undi Cina jika Kit Siang bertanding di Kedah.

“Beberapa ramaikah penyokong Pas yang sanggup membelakangi parti mereka dan
mengundi Kit Siang sebagai menyahut seruan Tun Dr. Mahathir Mohamad?

“Mereka yang asalnya menyokong UMNO mungkin mengalihkan sokongan kepada
Dr. Mahathir, tetapi adakah mereka sanggup untuk menyokong DAP?” tanya Lin En
Ting dalam kolumnya.

Katanya lagi, Kedah secara tradisinya bukan medan utama DAP dan Kit Siang tidak
sanggup menanggung risiko di negeri utara Semenanjung itu.

Penulis itu juga membangkitkan bahawa Kedah merupakan negeri yang pernah
diperintah Pas dengan masyarakat yang secara bandingannya lebih konservatif
berbanding Johor.

MCA secara tradisinya bertanding di dua kerusi Parlimen di Kedah iaitu Alor Setar
dan Padang Serai yang masing-masing mempunyai 34 dan 24 peratus pengundi Cina.

Terdapat 52 peratus pengundi Cina di Gelang Patah, Johor yang mana Kit Siang
sedang menjadi wakil rakyatnya selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya 2013.

Pada pilihan raya lalu, Kit Siang telah memimpin jentera DAP untuk menembus
kawasan MCA Johor termasuk Gelang Patah, Kluang dan Kulai.

Selain Johor, pemimpin DAP tersebut juga pernah bertanding di Melaka, Selangor,
Pulau Pinang dan Perak. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 11-5-2017

Perlantikan Datuk Husam Musa Sebagai Naib 
Presiden Parti Amanah Negara Tidak Sah?
Posted on Tuesday, May 09 @ 22:36:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34858



Ada yang bertanya saya mengenai keabsahan perlantikan Datuk Husam Musa sebagai
Naib Presiden Parti Amanah Negara kerana ia didakwa dibuat oleh Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara, Mohd Anuar Tahir, di dalam Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat yang dianjurkan oleh parti itu di Dewan Himpunan Cina Selangor-
Kuala Lumpur (KLSCAH) pada 9 April lalu.

Mengikut Mohd Anuar Tahir, perlantikan Datuk Husam Musa, yang juga Penasihat
Parti Amanah Negara Kelantan, sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara itu
berkuatkuasa pada hari itu (9 April lalu) dan selaras dengan usul yang dipersetujui
dalam Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara pada 10-11 Disember 2016.

Saya sebenarnya tidak berapa gemar untuk mencampuri urusan dalaman Parti Amanah
Negara ini, apatah lagi kerana parti ini dikatakan dibarisi oleh ramai pemimpin yang
 mempunyai latar belakang undang-undang, tetapi bagi menghormati rakan yang
bertanya maka inilah sedikit sebanyak komen umum saya mengenai perkara ini.

Untuk menentukan sama ada perlantikan Datuk Husam Musa sebagai Naib Presiden
Parti Amanah Negara adalah sah atau tidak, dua perkara berikut perlulah dikenal pasti:

(1) Apakah Datuk Husam Musa sebelum dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah
Negara adalah salah seorang daripada 25 Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipilih oleh
Kongres Tahunan Parti atau adalah salah seorang daripada 5 ahli tambahan
Jawatankuasa Pusat yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa
Pusat? Ini kerana Fasal 56 Perlembagaan Parti Amanah Negara dengan jelas menyebut
bahawa “2 orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Timbalan
Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Setiausaha Organisasi, seorang
Pengarah Komunikasi, seorang Pengarah Pilihan Raya, seorang Pengarah Strategi, dan
seorang Pengarah Kepimpinan” hendaklah dilantik dari kalangan Ahli-Ahli
Jawatankuasa Pusat.

(2) Apakah perlantikan Datuk Husam Musa sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara adalah dibuat oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Pusat? Ini kerana Fasal 56
 Perlembagaan Parti Amanah Negara sekali lagi dengan jelas menyebut bahawa “2
orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Timbalan Setiausaha Agung,
seorang Bendahari Agung, seorang Setiausaha Organisasi, seorang Pengarah
Komunikasi, seorang Pengarah Pilihan Raya, seorang Pengarah Strategi, dan seorang
Pengarah Kepimpinan” hendaklah dilantik oleh Presiden dengan persetujuan
Jawatankuasa Pusat.

Kehendak dalam kedua-dua perkara ini adalah terkandung di dalam Fasal 56
 Perlembagaan Parti Amanah Negara yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 Oktober 2015 yang berbunyi: “The Annual Party
Congress shall elect a Central Committee every 3 years consisting of 25 members. The
members of the Central Committee shall from amongst their number elect a President, a
Deputy President and 3 Vice Presidents. The President in turn shall appoint 5 additional
 members of the Central Committee with the approval of the Central Committee. The
President shall appoint from among the Central Committee members; 2 Vice Presidents,
A Secretary General, A Deputy Secretary General, a Treasurer General, an Organising
Secretary, a Communication Director, an Election Director, a Strategy Director, and a
Leadership Director, with the approval of the Central Committee.”

(Terjemahan Fasal 56 Perlembagaan Parti Amanah Negara: "Kongres Tahunan Parti
hendaklah memilih satu Jawatankuasa Pusat setiap 3 tahun yang terdiri daripada 25 ahli.
Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah dari kalangan mereka memilih seorang
Presiden, seorang Timbalan Presiden dan 3 orang Naib Presiden. Presiden pula
hendaklah melantik 5 ahli tambahan Jawatankuasa Pusat dengan persetujuan
Jawatankuasa Pusat. Presiden hendaklah melantik dari kalangan Ahli-Ahli
Jawatankuasa Pusat; 2 orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang
Timbalan Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Setiausaha Organisasi,
seorang Pengarah Komunikasi, seorang Pengarah Pilihan Raya, seorang Pengarah
 Strategi, dan seorang Pengarah Kepimpinan, dengan persetujuan Jawatankuasa Pusat.”)

Jika kehendak dalam kedua-dua perkara ini dipenuhi maka perlantikan Datuk Husam
Musa sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara adalah sah, tetapi jika kehendak
dalam kedua-dua perkara ini tidak dipenuhi maka perlantikan Datuk Husam Musa
sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara adalah tidak sah.

Pada hemat saya, keraguan mengenai perlantikan Datuk Husam Musa sebagai Naib
Presiden Parti Amanah Negara ini berlaku kerana:

(1) Tiada sebarang pengumuman pernah dibuat mengenai perlantikan Datuk Husam
Musa sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara, apa yang pernah dibuat
hanyalah pengumuman mengenai perlantikan beliau sebagai Penasihat Parti Amanah
Negara Kelantan yang bukanlah melayakkan beliau berada di dalam Jawatankuasa
Pusat Parti Amanah Negara.

(2) Pengumuman mengenai perlantikan Datuk Husam Musa tidak menyatakan bahawa
 ia adalah dibuat oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Pusat dan hanya
dibuat oleh Setiausaha Agung selepas berlangsungnya Seminar Pemikiran Tuan Guru
Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bukan selepas berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa
Pusat.

KAMARUL YUSOF

Sumber TKO - 9-5-2017

Antara Mahfuz Omar Pas
Posted on Tuesday, May 09 @ 15:50:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34848



Sebelum ini Datuk Mahfuz Omar ahli parlimen Pokok Sena Kedah ada berkata yang dia 
sayangkan Pas. Penulis berani mengatakan itu adalah dusta belaka. Kalau dia sayangkan 
Pas macam mana dia boleh kata presiden pas gopoh dan tidak betul, tak mahu menyertai 
pakatan harapan.

Dalam pada itu, Haji Subky Latif pula kata, Mahfuz Omar sayangkan pas dan sayang ia 

sudah pergi jauh.kalau masih sayangkan pas mengapa mesti pergi jauh. Jauh mana 
pemergiannya kita tidak tahu.Barangkali sudah bertenggek dalam PAN, Kot.

Kalau Mahfuz Omar sayangkan Pas macam mana  dia boleh pergi jauh.Ini sangat 

munasabah yang dia sudah tidak lagi sayangkan pas.


Kalau dia sayangkan pas dia patut setuju dengan pas memutuskan hubungan dengan 
DAP dan PKR yang sahih tak mahu undang undang Islam didaulatkan.

Bukan tidak mahukan Islam didaulatkan, malah tidak menyokong dan tidak sekali kali 
bersetuju RUU 355 di bentangkan di parlimen.

Oleh itu, Mahfuz Omar dan Subky Latif,jelas berdusta dan penulis harap hendak 
bercakap benar sepertimana maksud hadis: hendak kamu bercakap benar, kerana ia 
membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa ke syurga selagi seseorang itu 
bercakap benar dan mengutamakannya sehinggalah ia ditulis disisi Allah sebagai 
orang yang bercakap benar. Jauhilah kamu dari berdusta kerana ia membawa 
kepada keburukan dan keburukan membawa ke neraka selagi seseorang itu 
berdusta dan mengutamakannya sehingga ia ditulis disisi Allah sebagai seorang 
pendusta (Fath al Bari)

Sehubungan dengan itu, kata Subky Latif, Pas masih sayangkan Mahfuz Omar yang 
cuba pergi jauh dengan pas itu.

Penulis setuju yang pas masih sayangkan Mahfuz Omar. Munasabah.Sebab itu Pas tidak 
memecatnya, sedangkan Husam Musa sudah pun di pecat, kerana sah benci dengan Pas 
dan Presidennya.

Kita tidak tahu macam mana pas masih sayangkan  Mahfuz Omar ini sedangkan mahfuz 
tak sayang Pas dan banyak buat perkara tidak baik dengan Presiden yang mengambil 
pendekatan politik matang.

Usah cakaplah dengan orang orang Pan. Orang Pan dengan bantuan orang PKR  yang 
telah disesatkan Allah itu buat fitnah macam macam terhadap Datuk Seri Haji Abdul 
Hadi Awang.

Yang pelikny dilemparkan  dengan pelbagai tuduhan dan macam macam gelaran 
termasuk pas sesat politik dan tergamak mengatakan babi kepada seseorang yang tidak 
mahu menyertai pakatan harapan. nau’zubillah min zalik.

Teringat penulis dengan firman Allah mengenai perselisihan dan perpecahan yang 
berpunca dari jarum yang disuntik oleh orang munafik yang bermaksud: Maka apakah 
yang menyebabkan kamu berpecah menjadi dua golongan terhadap kaum munafik 
itu, padahal Allah telah menjerumuskan (kedalam kekufuran) disebabkan apa 
yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi petunjuk 
kepada orang orang yang telah disesatkan oleh Allah.Padahal sesiapa yang telah 
disesatkan Allah, maka kamu tidak sekali kali akan mendapat jalan untuk 
menyelamatkannya (surah sn-Nisa; ayat 88)

Jika benar benar  sayangkan pas macam mana Mahfuz Omar boleh sokong desakan 
orang orang Pan dan PKR yang memang berniat jahat terhadap Pas dan Presidennya.

Sah, langkah tersebut  adalah langkah jahat untuk mecemari reputasi parti Islam se 
Malaysia  yang membuat keputusan tidak sekali kali akan menyertai pakatan Harapan 
sebaliknya telah setuju usul putus tahaluf syasi dengan PKR dalam Muktamar agung 
tahunan ke 63 baru baru ini.

Semakin luas lingkungan keburukan yang timbul dari kata kata dusta yang dijaja 
oleh seorang pendusta, maka semakin bertambahlah dosanya disisi Allah. Seorang 
penulis yang menyebarkan tulisannya  yang tidak benar kepada ribuan pembaca, 
seorang ahli politik yang memberikan gambaran yang terbalik terhadap isu isu 
pokok dan orang orang yang berkepentingan yang bergantung kepada tuduhan 
tuduhan palsu untuk hidup mereka semuanya melakukan jenayah yang membawa 
padah dan akibat yang buruk keatas diri mereka.(Muhammad Al Ghazali, peribadi 
muslim)

Oleh itu, penulis dan ahli politik kena ingat padah dan akibatnya. Jangan sekali kali 
menyebarkan  cerita yang tidak benar dan jangan sekali kali memberi gambaran yang 
terbalik dengan isu isu pokok.


Kita bimbang dengan kes kes seumpama ini, kerana Rasulullah SAW ada menyatakan, 
yang bermaksud: Akan terdapat di akhir umatku manusia dajjal penipu yang 
memperdengarkan kepada kamu apa yang tidak pernah kamu dan bapa bapa 
kamu mendengarnya, berwaspadalah kamu dengan mereka sehingga mereka tidak 
menyesat serta memfitnahkan kamu -(hadis muslim)

Sumber TKO - 9-5-2017

Dr Asri tak kenal perangai Kafir?
Posted on Thursday, April 27 @ 19:13:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34708

"

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin hairan dengan mereka (kafir) yang menuduh 

Dr Zakir Naik sebagai pengganas.  Penulis hairan menjadi hairan bertambah hairan 
yang amat sangat dengan seorang mufti yang banyak ilmu Islam boleh tak kenal 
perangai kafir.


Sememang orang orang Islam ini dibenci oleh Orang orang kafir. Bukan setakat 
dibenci malah sanggup membunuh. Nabi nabi ada yang dibunuhnya.Hari hari dibunuh 
umat di Palestin.
 

Mengapa hairan. Memang itulah hakikatnya.Allaah subha nahu watala sudah beritahu. 

Kafir adalah musuhnya musuh Nabi Mohammad Saw dan musuh Islam.


Oleh itu, amat wajarlah musuh islam menuduh Zakir naik sebagai pengganas.Lebih 
labih di Malaysia dahulu dan kini, DAP adalah jaguh kutuk islam .hina Islam.

Seorang Padri dari Seri Aman yang bernama Jackson, pernah berkata hanya nabi Isa 
AS  dalam dunia ini yang boleh membawa masuk syurga bukan Nabi Mohammad. 
Mohammad tak layak di panggil nabi.

Mengapa hairan dengan mereka. Kan mereka itu kafir. Sudah tentu mereka benci 
dengan orang orang Islam.

Jila Nabi Mohammad tak layak dipanggil nabi, apatah lagi orang orang Islam, sebab itu 
orang Islam dicop sebagai pengganas.

Orang orang DAP , termasuk Ahli Parlimen jelutong Pulau Pinang pernah berkata  
agama islam merupakan satu agama penggnas, terrorist religion

Kafir, Mereka musuh Islam. mustahil mereka sayang dan bersetuju dengan orang Islam, 
Apatah lagi orang orang yang beriman macam Dr Zakir Naik.

Hal ini telah dinyatakan oleh Allah subhanahu wataala didalam Al Quran dengan 
kejelasan yang tidak meragukan orang orang beriman.Hanya kita sahaja yang tidak 
yakin.

Para nabi mereka buru habis habisan. Termasuk Nabi Muhammad Saw yang hampir 
hampir jadi mangsa pembunuhan musyrikin Mekah.

Kalau mereka bersetuju dan suka dengan nabi mana mungkin mereka kejar dan buru 
untuk dibunuh.

Demikian juga dengan orang Islam terutama orang orang yang beriman macam 
Dr Zakir Naik, tak masul akal dikatakan sebagai pengganas.

Mana bukti yang Dr Zakir naik pengganas. Tak ada, mana dia faktanya. Atas agenda 
kafir, Dia jadi mangsa di tuduh pengganas wajib diambikkra,  kerana ia berbahaya dan 
mengatakan kerajaan Malaysia  melindunginya.

Dr Asri Seolah olah tidak tahu perangai orang orang kafir., sedangkan  sudah 
dijelaskan oleh Allah di dalam Quran dan menjadi bukti sejarah yang tidak boleh 
dinafikan lagi..


Yang menghairankan penulis beliau (Dr Asri) pernah menyokong agenda DAP, jika 
berjaya menduduki Putrajaya azan akan diharamkan dan agama rasmi kerajaan 
agama kristian (fakta Mohamad Razali Abdulu Rahman bekas pakar strategik DAP)

Sumber TKO - 27-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesej jelas, Umno hanya lawan PAS, bukan
bersengkongkol!

Posted on Friday, April 21 @ 06:35:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34629



Assalamualaikum,,,

Janji janji yang diberikan oleh MB Terengganu untuk menawarkan perumahan PPR
kepada rakyat sekiranya mereka berjaya merampas semula kerusi Kuala Nerus dan
Kuala Terengganu serta janji peruntukan RM30 juta hanya kepada DUN yang
dimenangi BN saja menyerlahkan satu mesej jelas, Kepada siapa BN takut?

Sah dan jelas janji janji ini merupakan umpan kepada pengundi agar memberi undi
kepada BN yang bimbang kerusi kerusi Parlimen dan DUN akan dikuasai oleh PAS
bukan PAN atau PH! Jadi walaupun ada potensi pertandingan 3 penjuru BN masih
bimbangkan PAS.Kerana itu mereka menggunakan umpan janji janji sebegini kerana
pengundi Terengganu sudah terbiasa makan umpam BN dalam PRU yang lepas lepas.

Ini juga bermakna PAN atau PH tiada tempat di Terengganu, jadi tak usah menyibuk
apatah lagi mahu mendakwa PAS akan memecahkan undi.BN yang boleh
memanupulasikan kehadiran PAN atau PH dalam PRU pun turut tidak yakin boleh
menang kalau undi pecah.Jadi bagaimana PAN atau PH boleh yakin PAS yang akan
memecahkan undi?

PAN atau PH tak ada masa depan di Terengganu kerana Terengganu masih kekal
dengan tradisi pertembungan PAS Umno dan kelihatannya akan kekal begitu.Untuk 2/3
PRU lepas, survival PKR juga turut dibantu oleh PAS dan kini PKR yang bersama
PAN, Bersatu dan DAP dalam PH perlu bergerak sendiri tanpa bantuan PAS kalau
mereka ingin bertanding di Terengganu.

Mesejnya cukup jelas, PH harus tarik diri di Terengganu kalau tak mahu berdepan
risiko rugi besar!


PH juga perlu mengubah presepsi mereka bahawa PAS maka dedak Umno kerana
Umno tetap dan akan hanya bimbang dengan PAS bukan PH!

Sumber TKO - 21-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ceramah rakyat oleh mamat SD!
Posted on Thursday, April 20 @ 13:10:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34617



Assalamualaikum,,,  Selepas sebaik selesai solat jamak qasar maghrib dan isya' di 
homestay yang saya sewa di Shah Alam pada pukul 7.37 malam, saya menerima 
panggilan talipon dari nombor 03-76278503.Sebaik saja menekan butang hijau talipon 
saya, saya mendengar suara yang dirakamkan memperkenalkan dirinya sebagai RAFIZI 
RAMLI menjemput saya ke satu Ceramah rakyat di Kemaman yang akan di adakan 
pada tarikh yang saya tak ingat.Rakaman itu mengatakan ceramah pada tarikh tersebut, 
Rafizi akan membongkar penyelewengan wang pencen dan wang Tabung Haji oleh 
rakan Najib(namanya saya lupa juga)
Saya tidak berminat mendengar keseluruhan rakaman tersebut tetapi saya terfikir
betapa kuatnya pejuang rakyat bersama teamnya bekerja sehinggakan saya kira kalau
saya ke masjid untuk solat maghrib dan isya', sudah tentu saya tidak sempat
mengangkat talipon saya itu, begitu jugalah saya kira orang lain yang ke masjid pada
masa tersebut.Saya juga terfikir pejuang rakyat dan teamnya tak solat jemaah maghrib
ker? Sehingga begitu kuat mereka bekerja untuk rakyat.

Kuatnya pejuang rakyat bekerja sehingga semua rakan Najib yang songlap duit rakyat
dia boleh bongkar? SPRM tak berani nak bongkar, tapi pejuang rakyat  boleh.Tak nak
buat SD ker?

Begitu perihatinnya pejuang rakyat kepada isu rasuah Najib  sekarang ini seolah olah
Najib sahaja PM yang mula rasuah, PM yang lepas lepas tak rasuah lagi, Pak Lah
Badawi tak rasuah, tak ada kroni yang songlap duit rakyat, Mahathir tak rasuah dan tak
ada kroni yang lesapkan duit rakyat, cuma Najib sahaja rasuah dan ada kroni yang
besar yang mencuri duit rakyat dari segala sumber yang ada dan Najib membenarkan
duit dicuri dan diberikan sebagai dedak kepada PAS untuk menjagakan kekuasaannya.
Mahathir bersih rasuah sebab itu pejuang rakyat kini sedang bersatu dengan Mahathir
untuk menjatuhkan Najib.

Pejuang rakyat kini seperti hanya menumpukan kepada pembongkaran rasuah pada
masa yang sama SPRM sedang aktif membawa perasuah ke mahkamah sehingga pada
masa ini, seorang Exco Johor sudah didakwa di mahkamah kerana rasuah.Pejuang
rakyat  semacam tak perasan bahawa SPRM sedang menuju kepada jerung tapi pejuang
rakyat tetap mahu memberitahu rakyat SPRM hanya cari bilis bilis sahaja.

Begitu juga pejuang raktyat semacam mahu menipu rakyat bilamana amalan bilis dan
jerung ini sudah lama bertapak dalam negara.Malah sejak merdeka lai sudah ada bilis
dan jerung dan amalan ini dipergiatkan lagi ketika negara menikmati kekayaan yang
dianugerahkan ALLAH ketika Mahathir pegang kuasa bukan oleh Najib sahaja, tetapi
Najib mewarisinya dari Mahathir.makna kata, pejuang rakyat sepatutnya mengheret
Mahahthir juga ketika membongkar rasuah oleh Najib ini.Itu baru betul!

Yang pejuang rakyat tak ambil peduli bahawa apa yang Najib buat ada suatu yang
memberi keuntungan kepada rakyat apabila Najib bertindak menggantikan Mahyudin
dengan Zahid Hamidi kerana Zahid Hamidilah orang pertama membongkarkan
wujudnya kroni dalam pemerintahan negara.Dan Zahid Hamidilah yang memainkan
peranan untuk Umno menerima usul pindaaan RUU 355 demi agama.

RUU 355 jugalah sepatutnya diperjuangkan oleh pejuang rakyat dalam perjuangannya membenteraskan rasuah.Tetapi pejuang rakyat mengenepikannya sebaliknya muncul
dengan SDnya untuk turut mengheretkan PAS bersama aktiviti rasuah Najib dan
menenggelamkan peranan Zahid yang bersih rasuah dalam menaikkan RUU 355 di
Parlimen.


Kesimpulannya, adilkah pejuang rakyat ini dan layakkan dia menganjurkan ceramah
rakyat? dan benarkan pejuang rakyat berjuang untuk ugama atau hanya untuk
mengisi poket sendiri dengan menipu rakyat?

Sumber TKO - 20-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahfuz sedang cari tempat bergantung?
Posted on Monday, April 17 @ 10:03:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34570



KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa
 kedudukan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam parti itu tidak
mempunyai peluang yang cerah.

Menurutnya, Mahfuz seolah-olah tidak tahu hendak membuat keputusan.

"Saya sebenarnya kesian tengok sebab beliau (Mahfuz) tak tahu ke mana dan mencari
tempat untuk bergantung.

"Namun, bagi saya beliau sudah buat silap. Kalau duduk elok-elok kat Pas, peluang
beliau lebih cerah," katanya ketika temubual eksklusif bersama Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena, mengkritik
tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Bersatu di Stadium
Malawati menyifatkan, tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan
menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.

Tambah Mohd Amar lagi, beliau melihat bahawa sebab utama Mahfuz masih kekal
dengan bai'ah dan sumpah sumpah Pas.

"Saya rasa dia ni takut dengan bai'ah dan sumpahnya sebab itu beliau tidak berani
keluar dari parti dan menunggu untuk dipecat.

"Namun, kalau beliau sertai Amanah, secara automatik beliau akan terkeluar daripada
Pas sebab dalam Perlembagaan jelas mengatakan jika ahli menyertai parti lain, akan
dikeluarkan serta-merta," tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau tidak mengulas lanjut sama ada tindakan akan dikenakan pada
Mahfuz.

"Kami ahli jawatankuasa Pas pusat tidak masuk campur urusan ahli jawatankuasa
disiplin ini, tugas kami hanyalah menyediakan bahan bukti sahaja" katanya.

Sumber TKO - 17-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Najib takut dengan BERSATU, kata PAS
Posted on Monday, April 17 @ 09:56:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34569



Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah percaya Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak dengan pengaruh Parti Pribumi Rakyat Bersatu Malysia (BERSATU)
dan akan mempercepatkan pilihan raya umum akan datang.

"Pada pendapat saya,Najib takut dengan BERSATU kerana parti itu boleh kacau undi
orang Melayu.

"Oleh itu, jika BERSATU dilihat boleh gugat Umno maka pilihan raya umum akan
diadakan pada Julai namun kalau mereka rasa yakin, pilihan raya akan diadakan pada
September," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Menurut Mohd Amar, beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri sedang
membuat kaji selidik untuk lihat kekuatan parti serpihan Umno yang diterajui oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin itu.

"Kaji selidik itu dibuat di seluruh negeri di beberapa kawasan tertentu untuk lihat
kekuatan dan pengaruh BERSATU.

"Macam parti lain seperti DAP, PKR dan PAS sendiri, Umno dah tahu kekuatan mereka,
tapi BERSATU, mereka tidak tahu.

"Tambahan pula, BERSATU punyai potensi besar untuk rampas undi orang Melayu
maka ia jadi satu risiko besar buat Umno," katanya.

Akhbar itu juga memetik pemimpin PAS itu sebagai berkata, BERSATU membuat satu
kesilapan besar apabila menyertai Pakatan Harapan.

"Bila BERSATU sertai Pakatan Harapan, susah sikit untuk dapatkan undi Melayu sebab
majoriti pengundi, mereka tidak sokong DAP,” katanya.

Justeru, Mohd Amar yang juga adalah timbalan menteri besar Kelantan percaya PRU14
bakal berlangsung di antara Julai hingga September tahun ini.

Sumber TKO - 17-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------



3 kisah timbulkan teori konspirasi politik
Posted on Monday, April 17 @ 06:39:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34566


Kisah 1
Pelbagai jenis spekulasi timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan sepupunya, yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.


Ia disusuli dengan pembangkang terus membuat tekaan pelantikan itu menandakan 

kedudukan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini goyah, 
dan peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri semakin malap.

Ketika spekulasi liar hangat, Najib menyimbah air sejuk dengan mendedahkan
sebenarnya Zahid yang mencadangkan agar Hishammuddin agar menjawat jawatan
tersebut.

Ada yang terus bertanya, jika benar, mengapa Zahid sendiri tidak mengumumkannya
ketika media mendapat reaksinya sejurus pelantikan Hishammuddin diumum?

Bukan itu sahaja, ada yang turut menyoal apakah 9 menteri yang ada di Jabatan
Perdana Menteri hari ini tidak boleh menggalas tugas “Tugas-Tugas Khas” yang
diberikan kepada Hishammuddin? Di mana keperluannya? Jika 9 menteri ini sibuk,
Hishammuddin lagilah sibuk dengan portfolio Menteri Pertahanan dan juga Naib
Presiden Umno yang tunggal.

Persoalannya, apakah yang mencetuskan pelantikan ini terjadi?

Menariknya, susulan pelantikan Hishammuddin, Najib terus membuat deklarasi
bahawa BN akan menang PRU14 sama ada ia diadakan tahun ini atau tahun depan.

Kalau begitu, apa yang sedang ditunggu BN? Apakah BN perlu menunggu
Hishammuddin untuk menyiapkan tugasan khasnya terlebih dahulu?

Kisah 2

Pada 28 Mac 2017, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi kebenaran melawat isterinya,
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dirawat di hospital baru-baru ini selama 45
minit.

Peliknya, hanya 18 hari sebelum itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru sahaja
menolak permohonan Anwar untuk dibenarkan sentuhan fizikal dengan ahli
keluarganya semasa lawatan ke penjara.

Harap semua dapat bersangka baik bahawa pihak teratas yang memberikan kelulusan
itu melakukannya atas dasar kemanusiaan semata-mata tanpa sebarang niat politik.

Tapi… mungkinkah, terutamanya jika dinilai berdasarkan amalan politik PKR dan
Umno? Buatlah bacaan sendiri.

Kisah 3

Hanya berdasarkan perbualan dengan seorang bekas pegawai “paling kanan” dalam
 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak dinamakan, Naib
Presiden PKR Rafizi Ramli membuat akaun bersumpah (SD).

Di dalam SDnya, beliau mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin
Mat Isa, yang tidak lagi melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PAS sejak ditewaskan
Mohamad Sabu di 2011, menerima dana melibatkan 1MDB, yang disalurkan melalui
SRC International Sdn Bhd ke akaun Najib.

SD berdasarkan “hearsay” ini bukan pertama kali dilakukan. Ia seiras dengan SD yang
dilakukan Raja Petra Kamaruddin pada 2008 terhadap pembunuhan Altantuya di mana
beliau menggunakan perkataan “I am reliably informed…”.

Cabaran SD sebegini ialah ia memerlukan pemberitahu maklumat untuk
 mengesahkannya. Apakah pemberi maklumat ini akan tampil atau menghilangkan
diri? Selain itu, rekod kes mahkamah Rafizi setakat ini juga tidak menyebelahi beliau.

Tujuan Rafizi membuat sedemikian sejurus selepas presiden PAS berjaya
membentangkan RUU 355 di parlimen agak jelas.

Cuma ramai yang tertanya, apakah ada motif lain selain motif yang nyata itu, dan apa
untungnya isu ini kepada PKR mahupun Pakatan Harapan yang ingin mendapatkan
undi orang PAS untuk menjatuhkan BN?


Ataupun sasaran sebenar Rafizi bukan PAS, tapi orang sendiri di dalam partinya?

Rakyat terpaksa tunggu dan lihat.

TIMMY SAY

Sumber TKO - 17-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



Siapa lawan PH sekarang?
Posted on Sunday, April 16 @ 12:29:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34556



Assalamualaikum,  PH semacam hilang arah! kesemua parti dalam PH hari ini lebih
takut kepada PAS dari BN.Walaupun PH sedang tetap memainkan isu 1MBD sebagai
isu utama mereka dalam menghadapi PRU 14 nanti, ketakutan mereka masih pada
PAS.PAS dilihat boleh menjejaskan usaha mereka merampas Putra Jaya dan mungkin
boleh mengkuburkan mereka selepas PRU 14, bukan BN.

Justeru itu seluruh senjata yang ada pada PH dihala kepada PAS dengan harapan PAS
menyebelahi mereka.Sesudah mereka yang memulakan serangan dan mereka
memulakan melempar taik kepada PAS, mereka muncul untuk mendakwa PAS tidak
bermaruah, PAS parti lebai yang suka maki hamun dan ahli PAS hanya pandai
mencarut tak ada fakta dan tak ada hujah.Mereka menyembunyikan tangan selepas
melontar batu dan dengan bebalnya menuduh PAS yang biadap tanpa melihat bahawa
dunia menyaksikan bahawa segalanya dimulakan mereka.

Begitu juga dengan sikap double standard mereka seperti dalam contoh terbaru
bagaimana mereka mendakwa TGHH melemparkan fitnah kepada DAP kerana
mengatakan DAP berunding dengan Amerika sedang apa yang Rapiji buat bukan
pula fitnah.TGHH didakwa tiada bukit, sedangkan Piji hanya memutar mutarkan
autanya dengan SD tanpa bukti yang sahih boleh pula dianggap mereka benar.
Bukankah ada sesuatu yang tidak kena dengan PH?

PH sekarang sudah tidak tahu siapa musuh poilitik mereka jadi mereka mengganggap
PAS  musuh mereka kerana PAS berbaik dengan Umno, bukan Umno lagi.Hala peluru
kapurnya ditujukan kepada PAS.PAS didakwa terima dedak dari Umno, ingin
mendapatkan habuan dunia dan tidak lagi berjuang untuk rakyat.

RUU 355 itu bukan perjuangan PAS untuk rakyat tetapi cuma dedak untuk sengaja
menjadikan pertandingan 3 penjuru yang memberi untung kepada Umno.Sebab itu
PAS yang perlu dilawan dulu dan untuk melawan perlu mereka mulakan dari sekarang,
serang PAS bertubu tubi dengan peluru kapur bercampur taik kambing, biar PAS
berbau busuk dengan harapan mampu meraih simpati pengundi kepada mereka.

Kalau PAS melawan kembali dengan kaedah yang kasar, maka lemparkan tuduhan
PAS parti lebai yang suka mencarut, yang buat bertimbun timbun dosa, seolah olah
mereka parti yang bersih dari dosa.Itu taktik mereka yang mereka perasan boleh
meraih undi tetapi tanpa sedar mereka sebenarnya membunuh diri kerana semakin
mereka menjalankan provokasi kotor ini kepada PAS, sokongan kepada PAS semakin
bertambah dan mereka semakin hilang sokongan.

PKR hari ini sudah berada pada tahap berkecamuk.DSAI menyatakan sokongannya
kepada RUU 355 setelah sebelum itu pendirian PKR seperti diumumkan presidennya,
menyebut mahu melihat dulu penjelasan dari TGHH sebelum membuat keputusan dan
Rapiji dengan bongkaknya mengumumkan penemuannya mengenai dana 1MBD yang
disalurkan kepada PAS sebagai dedak pada hari RUU 355 dibentang oleh TGHH.
Tambah berkecamuk apabila naib presidennya Shamsul M. Akin menyatakan
sokongan PKR kepada RUU 355 setelah PKR Selangor berbuat demikian.Rapiji
menjuarai PKR dalam penentangan kepada RUU 355 sehingga dalam sidang Parlmen
olok oloknya, dia sanggup menghina hakim mahkamah syariah dengan andaian
rasuahnya kalau hukuman dinaikkan.

Kemudian timbul pula tahalul siyasi yang menurut beberapa orang pemimpin PKR,
tuduhan Rapiji itu tidak akan menjelaskan tahalul siyasi partinya dengan PAS, itu
tuduhan peribadi Rapiji sebagai MP Pandan, bukan tuduhan PKR.Tanpa sedar banyak
pihak dalam PAS sekarang menunggu muktamar yang akan diadakan pada hujung
bulan ini untuk memutuskan tahalul siyasi dengan PKR.

PKR juga menghadap masalah apabila seorang  ketua pemudanya, Adam Rosly
ditahan kerana rasuah pada hari yang sama Rapiji menamakan tokoh bekas pemimpin
PAS menerima dana dedak untuk PAS itu.Selepas itu, PKR dan pakar strateginya tak
buat apa apa dengan kes Adam Rosly yang memberi imej buruk kepada PKR
sebaliknya terus sibuk untuk memburukan imej PAS  dengan beberapa SD dan
cadangan membuat SD kepada orang yang dituduh.Peliknya, pakar strategi mereka
tak kisah dengan apa yang berlaku dalam parti tapi sibuk untuk membuktikan PAS
terima dedak dari Umno.

Mungkinkah itu tanda tanda awal berakhirnya PH? kata orang" beginning of the end"
dan tanda PH tak kenal siapa musuh mereka?

Sumber TKO - 16-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hokkine bukan tidak faham bahasa
Posted on Sunday, April 16 @ 12:28:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34555



Sesetengah orang Islam mengatakan persatuan hokkine di Malaysia ini tidak faham 

bahasa Melayu. Pada penulis, mereka bukan tak faham bahasa akan tetapi itulah 
perangai orang orang kafir sejak dahulu sehingga kini.

Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah subhanahu wataala didalam Al Quran dan 

mustahil orang Islam sendiri tidak mengetahuinya. Sesungguhnya Allah subhanahu 
wataala sudah beri penjelas satu persatu akan perangai orang kafir dan meminta orang 
mukmin jangan ikut orang orang kafir dan jangan sekali kali menjadi macam 
orang orang kafir

Orang orang kafir tidak sekali kali bersetuju dengan Islam.tak kiralah dia kristian ke. 

hindu ke. budha ke.tidak ada agama ke.demikian perangai penganut 4200 agama diatas 
muka bumi ini..

mereka yang kafir tetap berperangai yang sama, anti islam, apabila apa apa atas nama
Islam mereka tidak bersetuju.Macam RUU 355 yang  dibentangkan oleh Ahli
parlimen Marang.

Yang peliknya RUU 355 164  yang bercanggah dengan Islam itu akan dibentangkan
oleh kerajaan dan mengatakan demi keharmonian kaum di Malaysia ini.

 Namun, sekali sekali tidak akan bersetuju RUU355 yang berfungsi untuk menjaga
keturunan umat Islam dibentangkan.

 RUU335 pindasn 3 tahun penjara ke 30 tahun RM 5,denda ke RM 100, dan 6 rotan
ke 100 rotan sebatan khabar yang menakut orang umat manusia lebih lebih lagi
orang orang kafir satu Malaysia.

RUU355 akta 164  pindaan yang tak dapat dibentangkan  parlimen penggal ini
khabar gembira umat manusia, lebih lebih orang kafir dan golongan libralisme yang memperjuangkan transgender,lesbian dan gay.

RUU 355 yang dibetang pada khamis 6 April ) pindaan dikatakan  boleh menghuru
hara rakyat, akan tetapi akan mengancam urus niaga orang orang kafir iaitu memberi
kesan langsung pada penjualan arak, termasuk boleh menyekat industri pelacuran
yang menjadi sumber ekonomi orang kafir di Malaysia ini.

Pada hal memperjuangkan transgender, lesbian dan gay boleh membuat masyarakat
 rosak punah ranah dan hidup tidak keruan dan berkecamuk serta songsang macam
masyarakat di Amerika Syarikat

 Lagi pelik golongan liberalis islam mengatakan lesbian dan gay itu adalah hak asasi
manusia yang tidak boleh dipertikaikan. Bila masanya  transgender,lesbian dan gay
itu jadi hak asasi manusia.

Barangsiapa yang memperjuangkan hak transgender, lesbian dan gay mereka
merupakan golongan yang membuat kerosakan di atas muka bumi Allah ini, miskipun
mereka tidak mengaku. Akan tetapi itulah hakikatnya.

Seperkara lagi, pengumuman yang di perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak
bahawa kerajaaan tidak bentang RUU355 persendirian MP Marang itu jelas
bercanggah dengan kata katanya dalam  ucapan dasar perhimpunan agung umno 2016
bahawa RUU355 akan diambil oleh kerajaan

Dan sesungguhnya telah dinyatakan semula oleh timbalan perdana menteri Datuk seri
Dr Zahid Hamidi bahawa kerajaaan akan ambil alih RUU 355 dan akan  arah speaker
untuk dibentangkan undang undang itu.Khamis 6 April sudah jadi reality miskipun
diganggu 4 MP DAP butir tahi PAP dan PKR butir tahi DAP..

Kita tidak kisah sangat cakap dan usaha jahat DAP dan PKR, kerana ia butir tahi kafir
Yahudi yang dapat Dana politik Israel melalui PAP, tetapi yang melayu dan mengaku
Islam bercakap macam golongan islam pluralism, islam liberalimse dan islam
sosialisme dan  bersetuju RUU 164 yang bercanggah dengan Islam

Speaker Tan Sri pandikar Amin Mulia yang menbenarkan MP Marang meneruskan
pembentangan RUU355 persendirian,RUU355 akta 164 itu sebelum ini meminta agar
orang luar jangan campurtangan, hatta mufti sekalipun.

Memang  islam jenis ini ada persamaan dengan orang orang yang dinyatakan oleh
Allah sebagai makhluk perosak diataa muka bumi Allah ini.Islam jenis ini ikut kafir
dan jadi macam kafir.

Pendek kata kebanyakan bersetuju RUU 355 akta164  boleh di bentangkan dan pasti
akan diluluskan oleh Dewaan rakyat dan Dewan Negara serta mendapat perkenan
(yang dipertuan Agung) raja raja dan diwarta menjadi undang undang yang dipinda
lantas beroperasi.miskipun bercanggah dengan perlembagaaan Negara dan Islam.


Akan tetapi RUU355 ahli persendirian bernama rang undang undang mahkamah
syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 belum tentu  boleh dibahaskan dalam
persidangan parlimen penggal akan datang Apatah lagi untuk diluluskan dan
diwartakan, kerana ia merupakan khabar yang sangat menakutkan umat manusia
di Malaysia, lebih labih lagi orang kafir, Manakala pemerintah sekarang lebih
utamakan kepentingan Negara berbanding kepentingan masyarakat dan agama Islam

Sumber TKO - 16-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rupa-rupanya Rafizi Nak Tembak Azmin
Posted on Friday, April 14 @ 18:32:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34522

"

Rafizi ada cara lain untuk tembak Azmin. Gunalah jalan jantan, bukan jalan pondan. 

Menyerang PAS dengan menempel pada nama seorang yang tiada kaitan dengan 
kepimpinan PAS sejak 2011, bukanlah cara jantan.
Apabila berlaku krisis antara PAS-PKR yang memungkinkan PAS memutuskan 
tahaluf siyasi, Azmin menggelabah. Nadanya mula mengendur seolah-olah cuba 
menyejukkan suasana. Kemnya mula bertindak. PKR Selangor dikatakan mula 
menyokong RUU355.

Azmin dan sekutunya dalam PKR melibat bahana menanti jika PAS berputus arang. 
Penganalisis meramalkan beliau tidak akan menjadi MB lagi selepas PRU14. 
Implikasinya juga, kedudukannya dalam hierarki kepimpinan akan tercabar. Justeru, 
hati PAS perlu disejukkan kembali.

Sebab itulah beliau berkata pemimpin PAS dalam kerajaan Selangor tidak perlu 
menarik diri atas nama dan semangat Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR, Dr Xavier 
Jayakumar pula berkata pertuduhan Rafizi tidak mewakili parti PKR. Tiada kesan 
kepada tahaluf siyasi katanya.

Namun bagi Rafizi, Azmin perlu ditembak sebelum kedudukannya kembali teguh. Itu 
saja cara mudah untuk Rafizi naik lebih ke atas. Bukankah Rafizi juga membangkitkan 
isu rasuah seks dalam kerajaan Selangor pimpinan Azmin dulu? Apa tujuan Rafizi 
sebenarnya?

Dengan menembak PAS agar peluru terpantul pada tubuh Azmin, Rafizi fikir dia 
dapat dua ekor burung sekaligus. Rupa-rupanya tembakannya hanya terkena pelepah 
sayap Azmin. Usaha Azmin untuk mengendurkan amarah PAS digagalkan oleh Rafizi 
melalui fitnah terbaru ini.

Maka kedudukan Azmin menjadi goyah. Cita-cita untuk menjadi MB untuk penggal 
kedua tersirna. Manakala kedudukannya dalam kepimpinan PKR tergugat. Yang 
untung adalah Rafizi, si butir tahik yang berlagak hero.


PAS adalah burung yang tersasar dari tembakan Rafizi. Dentuman peluru kapur hanya mengejutkannya sebentar. Burung ini akan terus terbang tinggi dengan jatidiri sendiri. Meninggalkan Azmin, Rafizi dan PKR memperjudikan nasib di tangan Mahathir dan 
DAP.

Sumber TKO - 14-4-20117

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sapa kata PAS bertanding tak mahu menang?
Posted on Thursday, April 13 @ 15:36:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34489



Assalamualaikum,,,   Baru sebentar tadi saya menerima panggilan dari pejabat pusat
khdmat PAS Kawasan kemaman bertanya untuk mengesahkan status daftar undi saya.
Sungguhpun terkejut kerana PAS kawasan Kemaman tidak mempunyai rekod saya
sebagai bekas ahli jawatankuasa MTD Chukai,tetapi saya sedari satu perkara.PAS
Kawasan makin maju dalam kerja culaan mereka, Sehingga sudah ada kakitangan
tetap yang membuat kerja kerja culaan di mana ketika saya duduk dalam dewan harian
dulu, satu kerja yang sukar ialah kerja culaan.Untuk apa kerja culaan dijalankan kalau
tidak mahu menang pilihanraya?

Sekali gus ini menjawab dakwaan setengah pihak PAS tidak berminat untuuk menang,
hanya bertanding untuk kacau undi saja.Harapan yang cukup besar diletakkan di
Terengganu untuk menang.Sebagaimana ditunjukkan dalam sambutan kepulangan
TGHH dua tiga malam lepas. begitulah harapan besar untuk PAS menang di
Terengganu.

Sambutan kepulangan itu juga menghantar satu mesej kepada Rafizi yang mengada
ngada desak TGHH menjelaskan kepadanya mengenai dakwaan adanya segelintir ahli
PAS yang masih UG dengan UMNO. Tapi macam biasa Rafizi dan penjilatnya ada
tahap mindset ponda, dia buat selamba dan tak reti bahasa saja.

PAS masuk pilihanraya untuk menang walaupun dengan pertandingan 3 penjuru
bukan nak dedak UMNO.PAS tidak akan kisah siapa lawannya nanti kerana PAS
mahu menang.PAS tidak berminat nak beri kemenangan mudah kepada UMNO tapi
minat PAS adalah untuk menang.

Inilah buktinya, kerja culaan dipergiat dan diperkemaskan.Hari ini seperti ditunjukkan
pada malam sambutan kepulangan TGHH, anak anak muda yang bermotor besar
semakin dekat dengan PAS, terima kasih kepada UAI, dan dengan adanya anak anak
muda bersama PAS ini maka kerja kerja culaan makin mudah, tidak seperti semasa
saya dulu, nak cari tenaga kerja amat susah.Yang menalipon saya tadi merupakan
sebahagian anak muda yang tampil membantu PAS.

Kepada pondan mania, bukalah mata besar besar dan hadamkan maklumat maklumat
yang ada dengan betul, ayuh tinggalkan icon pondan anda, Rafizi untuk bersama anak
muda geng kita UAI!

Sumber TKO-13-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pas hanya menang 30 kerusi parlimen sahaja
Posted on Thursday, April 13 @ 15:35:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34488

"Oleh: Abdullah Ngah

Ini adalah suatu ramalan yang dibuat oleh seorang penganalisi politik tanah air selepas 

Pas putus hubungan dengan DAP.

Ramalan ini merupakan berita gembira ahli akar umbi pas, kerana sebelum ini waktu 

menyertai pakatan rakyat Pas hanya menang 26 kerusi parlimen sahaja.

Sehari dua ini suatu ramalan dari seorang penganalisi politik tanah air bahawa Pas 

hanya boleh menang 30 kerusi parlimen sahaja.

Bagi penulis, memenangi 30 kerusi parlimen itu sudah cukup baik dan adalah positif 


kerana pakatan harapan lebih baik berbanding dengan pas yang dianggap bersendirian 
pada PRU 14 nanti.


Lebih lebih lagi dikatakan sudah 200 ribu ahli pas menyerti parti Amanah dan 
mungkin lebih ramai lagi yang akan masuk parti orang orang kecewa  itu.

Seperkara lagi, Datuk Husam Musa orang bijaksana dan besar pengarah pernah 
berkata yang dia bersedia bila bila masa untuk goyang Kelantan pada PRU 14 nanti 
yang ertinya pas akan tumbang pada musim PRU 14 nanti.

Kita tidak tahu sama ia jadi reality atau sebaliknya, amanah setakat ini masih terkial 
kial sama ada akan bertanding atau tidak di Kelantan dan mengharapkan Datuk Mahfuz
Omar dapat buat kacau agar nama baik pas tercemar.

Ramalan yang dibuat oleh seorang penganalisi politik tanah air ( dalam akhbar  berita 
harian selasa 11 April 2017) benar benar berlaku atau sebaliknya adalah berita gembira
bagi orang orang Pas.

 Rasa penulis, presiden pas orang yang sering menjadi mangsa kutukan orang orang 
pakatan harapan turun gembira apabila mendengar berita baik ini.

Mengapa tidak? Sebab selama ini pas memang tidak pernah mencapai target sasar  
begitu besar yang diharap harapkan.

Tiba tiba hari ini, dalam kemelut yang berpanjangan ada penganalisis politik tanah 
buat ramalan yang pas hanya akan menang 30 kerusi parlimen sahaja pada PRU 14 
nanti.

Penulis ingat, penganalisis politik tanah air, buat ramalan pas akan kalah semua kerusi 
parlimen yang  dipertandingkan sepertimana  pernah berlaku pada Pilihanraya umum  
1978 atas sebab ditendang Barisan Nasional.

Kini Pas telah ditendang oleh DAP  dalam pakatan rakyat dan dikatakan akan 
bertanding bersendirian ibarat kambing yang bersendirian, tidak selamat dan sangat 
mudah di bahan serta jadi mangsa harimau yang kelaparan.

Jikalau ramalan tersebut jadi kenyataan bererti pas masih menang dan memerintah 
negeri miskin rakyat kaya dan Pas ada cam memerintah semula negeri kaya rakyat 
miskin serta ada kemungkanan pas boleh menang dan memernitah semula negeri 
Kedah.


Sumber TKO - 13-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Siapa sumber maklumat Rafizi Ramli dalam
membuat tuduhan terhadap PAS? Bahagian 2

Posted on Sunday, April 09 @ 17:49:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34422



Bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain sekali lagi
mencetuskan polemik. Beliau dan Rafizi sekali lagi cuba mencemarkan nama baik
PAS dengan harapan PAS akan terpalit dengan skandal. Mereka mahu PAS berkubur
agar PAN mampu terus hidup. DAP tidak mahu PAN terkubur kerana DAP ‘memiliki'
PAN dan adalah parti versi Islam milik DAP. Maka dengan beberapa dokumen pada
Rafizi yang di serahkan oleh Bahri, dokumen tersebut akan dikemukakan sebagai
‘bukti' bahawa sah PAS menerima dana daripada Najib melalui 1MDB.

DARI SUDUT LAIN


Bahri Sekali Lagi Bertindak, Kali Ini Untuk Menguburkan PAS.

Bahri Mohamad Zain, bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM yang meletakkan
 jawatan lewat tahun lalu ialah orang yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat
kepada Rafizi Ramli berkenaan dakwaan bahawa PAS menerima  dana daripada 1MDB (baca laporan FMT di bawah).

Topik utamanya cukup mudah. Pakatan Harapan mahu tumbangkan PAS. Di samping
itu juga, mereka juga mahu menumbangkan UMNO dengan kerja dan usaha sedang
giat dijalankan. Namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa lagi kepada UMNO
kerana setelah hampir dua tahun berusaha keras umpama orang gasar bertempik
di hadapan pagar, UMNO bukan sahaja makin kuat malah lebih kuat lagi dari tahun
2013.


Mat Sabu Ketua Parti Islam DAP

Mat Sabu, Presiden PAN iaitu parti versi Islam milik DAP berkata jika Pakatan
menang, UMNO mati dan jika BN menang PPBM mati (baca di sini). Apa yang
tidak mahu di perkatakan Mat Sabu atas beberapa sebab ialah, jika PAS menang maka
PAN mati.

Oleh itu meraka mahu PAS berkubur agar PAN terus hidup. PAN juga lebih mustahak
dari PPBM, dari pelbagai sudut pandang DAP kerana PAN milik DAP manakala
PPBM milik Tun Dr. Mahathir Mohamad. Untuk PPBM terus hidup, perlu UMNO
mati yang sudah tentunya amat sukar untuk berlaku.

Langkah pertama ialah mematikan serta menguburkan PAS. Jika PAS berjaya
dikuburkan, maka akan menjadi lebih mudah untuk mematikan UMNO. Kegusaran
utama mereka adalah jika PAS dan UMNO berkerjasama atau bersatu di atas nama
Islam, maka PAN, PKR dan PPBM akan mengalami kekalahan besar dan mereka
hanya akan mampu bergantung kepada pengundi cina sahaja untuk kelangsungan
hidup.

Oleh itu Bahri akan mengemukakan apa yang mereka definasikan sebagai ‘bukti’
untuk Rafizi gunakan terhadap PAS. Namun semua itu akan mengambil masa yang
panjang kerana ia perlu dimainkan dan dijadikan isu besar oleh blogger dan wartawan ‘
Mat Saleh’ dari England, Amerika dan Australia. Kemudian mereka akan berkata ini
adalah dari orang luar serta memainkan isu tersebut di dalam negara.


SPRM Adalah Anggota ke Enam Pakatan Harapan Selepas Parti Rasuah Malaysia 
Milik Ezam

Di sebalik semua ini, ia akan menjadi seolah-olah ianya bukan Rafizi yang menuduh
tetapi beliau hanya memetik tuduhan orang lain. Kemudian Rafizi terselamat dari
tindakan undang-undang serta tidak perlu mendedahkan siapa dari SPRM yang
memberi bahan bukti dan dokumen kepada beliau. Sudah tentu Rafizi tidak akan
mendedahkan yang Bahri memberikan beliau semua dokumen tersebut. Kemudian
Rafizi akan memberikan semua dokumen yang diserahkan oleh Bahri kepada
seseorang di luar Malaysia dan berkata orang tersebut adalah sumber tanpa perlu
mengemukakan dari mana sumber sebenarnya, iaitu orang yang memberikan bahan
bukti dan dokumen.

Sebenarnya dokumen yang diberikan Bahri kepada Rafizi tidak berupaya menjejaskan
sesiapa pun. Tiada bukti kukuh jaringan kewangan yang menunjukkan bahawa Najib
menyalurkan dana 1MDB kepada PAS, membayar kepada orang perseorangan di
dalam PAS mahupun kepada yang rapat dengan PAS. Mereka akan mengambil dua
isu yang tiada bersangkutan dan mengatakan dua isu tersebut saling berkaitan antara
 satu sama lain.


Rafizi Kembali Bermain Dengan Muslihat dan Tipudaya

Sebenarnya ia adalah muslihat lapuk yang mereka gunakan dua tahun lalu untuk ‘
membuktikan’ yang Perdana Menteri Najib Tun Razak merompak RM 42 Billion
wang milik 1MDB. Dan jika seorang yang berkulit putih, atau tiga orang berkulit
putih mengatakan ia benar maka benarlah ia seolah-olah orang kulit putih atau ‘Mat
Saleh’ adalah manusia suci yang tidak pernah berbohong.

Rafizi sepatutnya berlaku jujur dan memberitahu kepada umum berkaitan jutaan r
inggit yang beliau, Saifuddin Nasution, Zaid Ibrahim dan ramai lagi di dalam PKR
menerima habuan dari John Soh Chee Wen. Soh ialah rakan niaga Tun Daim
Zainuddin, memberi habuan kepada Zaid Ibrahim sahaja sebanyak RM 6 Juta.
Manakala Rafizi dan Saifuddin Nasution menerima habuan mencecah angka RM 20
Juta. Anwar Ibrahim menerima habuan lebih banyak daripada angka tersebut, begitu
juga Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah.  Di sebalik semua itu, Free
Malaysia Today menerima habuan sebanyak RM 12 Juta seperti mana The Malaysian
Insider menerima RM 13 Juta dari Tong Kooi Ong, juga Ho Kay Tat iaitu penerbit
 kumpulan The Edge Media Group, semuanya di dedahkan (baca di sini).


John Soh Membelanjakan Puluhan Juta Ringgit Untuk PKR dan Pimpinannya

BACA UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA:

John Soh Chee Wen, Rakyat Malaysia di Tahan di Singapura Atas  Kesalahan 


Penipuan Sekuriti
Soh Chee Wen dikenakan tujuh tuduhan baru menggangu saksi

Soh sedang menghadapi perbicaraan di Singapura dan telah menolak permohonan
ikat jamin. Beliau telah memberikan puluhan juta kepada PKR dan pemimpinnya
termasuk bekas pemimpin PKR seperti Zaid Ibrahim dan portal berita Free Malaysia
today yang pernah di miliki PKR. Soh juga rakan niaga Daim, Pernahkan anda terfikir
dari mana datangnya wang Daim? Berapa banyakkah Daim ( juga Tun Dr. Mahathir )
mendapat hasil daripada RM 30 billion yang mereka curi dari Bank Negara?

Rafizi bercakap seolah-olah beliau dan pimpinan PKR umpama malaikat. Mereka
bercakap mengenai orang lain menerima dan memakan wang dedak. Zaid boleh
mengesahkan beliau menerima RM 6 Juta dari Soh ketika beliau masih bersama PKR
(Soh berhenti memberi dana selepas Zaid meninggalkan PKR). Rafizi, Saifuddin dan
ramai lagi pemimpin PKR menerima puluhan juta daripada Soh.


Oh ya, berkenaan Husam Musa. Beliau menerima jutaan ringgit daripada Genting.
Adakah beliau mahu menafikan perkara ini sebelum bercakap tentang PAS? Salah satu
sebab mengapa Husam menerima wang tersebut adalah kerana beliau berada di dalam
PAS. Genting memerlukan kuda tunggangan di dalam PAS sekiranya pembangkang
memenangi pilihanraya dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Genting agak risau
jika PAS akan mencadangkan supaya kasino diharamkan dan Husam seharusnya
memastikan agar perkara tersebut tidak berlaku.

*****************************************************
RAFIZI: SPRM BERJAYA MENJEJAK ALIRAN DANA 1MDB KEPADA I
NDIVIDU BERKAIT RAPAT DENGAN PAS

Naib Presiden PKR berkata beliau akan mendedahkan identiti individu terbabit 
tidak lama lagi serta mengandaikan yang PAS dan UMNO akan melalui tempoh 
yang sukar akibat pendedahan tersebut

(FMT) Rafizi Ramli hari ini mendakwa bahawa SPRM telah berjaya menjejak aliran
dana dari 1MDB kepada individu yang rapat dengan kepimpinan PAS.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden PKR berkata ini adalah hasil daripada
penyiasatan SPRM ke atas dana milik agensi pelaburan kerajaan terbabit yang
kononnya telah di pindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri Najib Razak.

Oleh itu kata Rafizi adalah tidak menjadi keperluan bagi beliau untuk mengemukan
bukti kepada SPRM sebagaimana yang di sarankan oleh Setiausaha Agung PAS
Takiyuddin Hassan.

“Saya akan dedahkan identity individu terbabit dalam minggu akan datang dan akan
membuat laporan kepada SPRM”. (baca di sini)

Sumber TKO - 9-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Siapa sumber maklumat Rafizi Ramli dalam membuat tuduhan terhadap PAS?
Posted on Sunday, April 09 @ 17:12:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34421



Bahri (sumber Rafizi Ramli) berkata beliau bersara awal daripada SPRM adalah di sebabkan prinsip dan kuat berpegang pada ajaran agama serta melakukan perkara tersebut tersebut kerana Allah. Namun sekarang segalanya telah terbongkar bahawa beliau mempunyai aset bernilai RM100 juta di bawah nama abang iparnya yang telah meninggal dunia namun semuanya seakan tergantung apabila balunya enggan menyerahkan semula aset tersebut. Bagaimana Bahri memperolehi RM100 juta melainkan beliau sebenarnya adalah seorang "penyangak".

DARI SUDUT LAIN

Noraihan Che Ali berkata Bahri Mohamad Zain memaksa beliau menyerah aset berjumlah RM100 juta.

(Malay Mail Online, 20 Jan 2017) – Satu laporan polis telah di buat terhadap bekas Pegarah Badan Siasatan Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain tahun lalu dalam satu pengesahan oleh PDRM.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, laporan tersebut di buat ke atas penyalahgunaan kuasa ketika Bahri masih lagi bertugas dan laporan polis tersebut dibuat di Kelantan. “Laporan tersebut di buat jika tidak salah tahun lalu”, kata Khalid kepada portal berita The Star Online.

“Satu siasatan telah dibuat dan pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Sebagaimana biasa, kita akan menyiasat setiap laporan dan apa juga hasil siasatan yang kita dapat, kita serahkan kepada pihak Peguam Negara”, ujar Khalid.

Bahri telah bersara awal pada 30 Disember 2016 dan  SPRM menafikan persaraan beliau adalah di sebabkan kekecewaan ke atas proses siasatan terhadap SRC International. SPRM dalam pada itu memberitahu bahawa Bahri “telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan untuk bersara awal 6 bulan yang lalu”. Ini adalah selaras dengan pekeliling yang telah di tetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Persoalannya, apakah tujuan sebenar laporan polis tersebut dibuat (sebenarnya terdapat 2 laporan polis) dan adakah itu penyebab utama Bahri mengambil keputusan untuk bersara awal? SeaDemon Says ada menyebut tentang perkara ini di dalam blog beliau (baca di bawah).

KENYATAAN PUAN NORAIHAN BINTI CHE ALI BERHUBUNG LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH DATUK BAHRI MOHAMAD ZIN


Bahri Mohamad Zain dan isteri kedua beliau Noor Haslina Abdullah yang membantu menyembunyikan RM100 Juta

Kisahnya bermula seperti berikut. Bahri mempunyai isteri kedua bernama Noor Haslina Abdullah. Bahri kemudian meletakkan aset bernilai RM 100 juta di atas nama Muhamad Zamly Abdullah, abang kepada Noor Haslina (abang ipar Bahri) termasuk antaranya 21 unit rumah kedai di Dutamas bernilai RM 40 Juta. Muhamad Zamly kemudiannya meninggal dunia dan Norihan Che Ali, balu beliau enggan menyerahkan kembali aset bernilai RM 100 juta tersebut kepada Bahri, yang mana ia adalah harta pusaka milik si mati.

Bahri kemudiannya menggunakan SPRM untuk menyerbu rumah Norihan dan merampas semua dokumen berkenaan aset yang bernilai RM 100 juta tersebut. SPRM turut merampas rumah Norihan dan “Noor Haslina serta Bahri cuba mendapatkan tandatangan Norihan dan anak-anaknya ke atas satu dokumen perlucutan hak serta persetujuan penyerahan hak milik harta yang dianggarkan bernilai RM 100 Juta yang ditinggalkan si mati (suami Norihan) kepada mereka”, menurut SeaDemon Says.

Anda boleh baca kisah lanjut pada pautan di bawah:
Bahri Stinks To High Heaven
Why is Bahri no longer so talkative?
Bahri’s proxy went and died and now RM100 million is stuck
Ex-MACC director Bahri should come clean
Did Bahri resign because of his abuse of power?
AG to look into former MACC director abuse of power case
Adakah Bahri Meletakan Jawatan Disebabkan Beliau Menyalah Guna Kuasa?
Ipar menuduh bekas penjawat tertinggi SPRM Bahri salah guna kuasa


Pakatan Harapan menyokong SPRM walaupun mereka tidak jujur dan amanah asalkan mereka berkhidmat kepada pembangkang

Dalam sekelip mata, Bahri menjadi “penyangak” dan ramai lagi sepertinya di dalam SPRM. Harta yang Bahri dan isteri keduanya sedang berusaha mengambil semula dari Norihan, balu Mohamad Zamly, berjumlah RM 100 juta. Bagaimana Bahri mampu mengumpulkan harta sebanyak RM 100 juta? Mengapa harta tersebut dinamakan kepada Mohamad Zamly jika benar diperolehi secara sah? Jika benar Bahri tidak mempunyai hak ke atas harta tersebut, mengapa beliau berhempas pulas berusaha cuba mendapatkannya semula melainkan ia sebenarnya adalah harta beliau, tidakkah begitu?

Sebenarnya, Bahri telah terperangkap dalam skandal penyalahgunaan kuasa dan menyembunyikan aset berjumlah RM100 juta di bawah nama iparnya iaitu Muhamad Zamly. Masalahnya timbul apabila Muhamad Zamly meninggal dunia dan Norihan (isteri si mati) enggan menyerahkan semula harta tersebut. Bahri kemudiannya menggunakan SPRM menyerbu rumah Norihan untuk merampas dokumen berkaitan aset yang bernilai RM 100 juta tersebut.

Norihan membuat dua laporan polis tahun lalu dan SPRM kemudiannya memaksa Bahri bersara awal agar semua permasalahan yang timbul dapat disembunyikan. Bahri diberitahu jika beliau bersara awal, semua isu akan di padamkan dan SPRM akan menganugerahkannya pengampunan. Dalam kata lain, kesannya tidak terpalit kepada sesiapa pun. Namun sekarang permasalahan tersebut diketahui umum, SPRM tidak mampu melindunginya lagi. Bahri, yang berpura-pura seperti orang yang taat dan patuh kepada ajaran agama serta melakukannya ikhlas kerana Allah dan mengambil keputusan bersara awal kerana prinsip, akan di dedahkan sama seperti penjenayah lain sebagaimana masih terdapat ramai lagi seperti beliau yang berada di dalam SPRM.


Demikianlah perihal moral individu yang menjadi sumber maklumat Rafizi Ramli dalam membuat tuduhan terhadap PAS.

Sumber TKO - 9-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Agama suku politik suku bukan isu lagi?
Posted on Friday, April 07 @ 17:36:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh ketambatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34400



Tulisan saya ini berdasarkan satu pertemuan tidak sengaja saya dengan kawan lama
saya  di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu Khamis  6 April 2017.

Jika ia bukan isu lagi, mengapa masih ada orang orang umno bercakap bahawa agama 

tidak ada kena mengena dengan politik.

Mereka berkata Politik, politik dan agama, agama. Kata kata ini domenasinya politik 

suka agama suku yang jadi dilema orang orang melayu suatu masa dahulu.



Sehubungan itu,mak berlakulah tuduh menuduh antara orang orang pas dengan orang 

orang umno konon.


Tuduhan bahawa orang orang pas mengkafir orang orang umno atau dengan kata lain
isu kafir mengkafir sesama orang orang Melayu beragama Islam disenyapkan kerana
penyatuan pas dan umno (penyatuan Melayu) lebih penting

Sejarah telah membuktikan kafir mengkafir sesama umat Islam mula berlaku selepas 

kewafatan Nabi saw lagi.



Isu kafir mengkafir sesama islam bermula bahawa orang orang Islam di Madinah 

enggan membayar zakat, sedangkan zakat adalah salah satu rukun Islam.Jika zakat 

tidak dimasukkan, maka tidak sempurnalah Islam itu.



Maka sesungguhnya barangsiapa yang tidak membayar zakat atau engkar,atau 

mengatakan zakat itu tidak wajib,mereka adalah kafir dan wajib di perangi.



Di  Malaysia isu kafir mengkafir berlaku lebih awal. Bukan angkara amanat Haji 

Abdul Hadi Awang yang dikatakan pas kata umno kafir.



Persoalan yang timbul sekarang isu agama suku politik suku bukan isu lagi, belum 

boleh  diterima akal. Kerana a masih ada orang orang umno bercakap bahawa agama 

tidak ada kena mengena dengan politik.



Kalau ia bukan isu lagi mengapa masih ada yang bercakap penuh semangat politik 

tidak boleh campur dengan agama dan isu pas kata umno kata masih segar dan meniti 

dari mulut kemulut.



Berkata, Politik tidak boleh campur dengan agama masih kedengaran dan isu ini 

adalah isu yang disenyapkan atas sebab isu pas akan bekerjasama dengan umno.



Jika isu ini di war warkan maka usaha para pemimpin pas/umno untuk menyatukan 

kedua dua parti  (kerjasama pas dan umno)  mustahil boleh berlaku, kerana orang pas

 tetap istiqamah bahawa politik suku agama suku salah.



Demikian juga dengan orang orang umno. Mereka tetap istiqamah bahawa politik 

tidak ada kena mengena dengan agama betul.



Atas sebab itulah orang orang umno boleh buat apa sahaja yang mereka mahu dalam 

arena politik, kerana agama tidak dalam politik.



Boleh makan riba dan boleh makan rasuah serta boleh salahguna kuasa dan melaku 

sebarang penyelewengan setelah diberi amanah oleh rakyat jelata memerintah Negara 

ini.



Politik mereka tidak melarang dan tak salah melanggarnya. Yang melarang itu semua 

ialah agama yang tidak ada dalam politik umno.



Sebab itu, apabila menang dan jadi wakil rakyat ahli parlimen, menteri, timbalan 

menteri, perdana menteri dan timbalan perdana asyik duduk kumpul harta.



Pendek kata kebanyakan  orang politik diperingkat atas dan bawahan rasa tidak 

bersalah, (tak berdosa) hatta rompak duit Negara sekalipun, kerana agama tidak ada 

dalam politik mereka. 



Sumber TKO - 7-4-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------


MAKNA LEBAI DALAM MASYARAKAT MELAYU ISLAM
Posted on Friday, April 07 @ 16:42:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34399



Assalamualaikum,,,

Akhir akhir ini terdapat sekelompok orang melayu Islam yang kononnya berjuang untuk menegakan Islam memulakan satu fenomena baru dalam menjenamakan semula makna
kalimah LEBAI yang telah lama bertapak dalam masyarakat Islam bagi memberi
penghormatan yang tinggi kepada golongan yang alim dan berakhlak dengan akhlak
yang diajarkan oleh baginda Nabi s.a.w

Inilah makna lebai kepada orang melayu Islam yang digunakan sejak zaman berzaman.

Tetapi sejak dijajah oleh kristian British, sedikit demi sedikit penghormatan kepada 

golongan alim dan berakhlak Islam ini mula longgar dan kelonggaran itu dibawa 

ke hari ini untuk terus memandang hina kepada lebai yang ada dalam masyarakat.


Tiba giliran bilamana sekumpulan lebai membentuk jemaah untuk turut sama
 memperjuangkan politik mengikut panduan Islam dalam kelompok melayu
 pertamanya dalam masyarakat Achech dimana setiap lebai yang pergi ke Mekah
untuk menunaikan fardu haji kembali untuk menyertai dan mengimarahkan perjuangan mempertahankan aqidah Islam di tanah tumpah mereka dan keduanya sekumpulan
lebai di Tanah Melayu membentuk sebuah parti politik bernama PAS yang fungsi
sebenarnya ialah sebuah jemaah Islamiah sebagaimana dituntut oleh baginda Nabi
menerusi hadis popular akhir zamannya.

Sejak itu bermulakan perjuangan lebai lebai untuk memartabatkan Islam yang telah
dihakis oleh penjajah dan kumpulan orang Islam yang makan keju penjajah.

Perjuangan ini mengalami beberapa fasa sehingga sampai hari ini, lebai lebai yang ada
 dalam jemaah PAS sudah mencapai tahap yang sukar dibayangkan boleh dicapai
ketika mula mula negara di merdeka secara yang salah oleh Tengku Abdul Rahman dan UMNO.Sepanjang tempoh tersebut hampir di setiap sudut lebai lebai dalam PAS
diserang dengan politik kotor dan jahat oleh UMNO.Lebai PAS didakwa taksub
dengan parti malah mendakwa Lebai PAS mengganggap PAS itu sebagai ugama,
Amanat Hadi disebarkan ke merata rata tempat sebagai bukti taksubnya Lebai PAS
dengan PAS dengan dakwaan mereka lagi semuanya itu hanya untuk kuasa,
menggunakan ugama bagi mendapatkan kuasa.

Dakwaan dakwaaan songsang dan jahat kini hampir sudah luput,Tiada lagi ahli
UMNO yang lantang seperti dulu menuduh itu dan ini kepada Lebai PAS kerana
mereka semakin sedar peranan Lebai lebai PAS dalam menjaga Islam dari terus
dicemar dengan rakus oleh penganut penganut Islam sendiri.

Tapi entah macam mana muncul pula satu puak yang berasal dari dalam PAS
mengambil alih peranan jahat UMNO ini untuk meneruskan lagenda mengutuk Lebai
Lebai PAS sedangkan mereka tahu benar bagaimana fael perangai seorang Lebai,satu
 fenomena yang pelik.Mereka tahu benar seorang Lebai ialah seorang yang taat kepada
ALLAH dan RASULya dan tak akan sesekali melakukan perkara perkara yang
di larang ugama waima ketika berpolitik sekalipun.Tetapi mereka tampil dengan mulut
busuk mereka menuduh Lebai PAS rasuah kerana mula berbaik baik dengan UMNO,
menuduh lebai lebai PAS mengkafirkan orang, memunafiqkan orang menjiratkan orang
sedangkan mereka sedar semua dakwaan yang dilemparkan itu sedikit sebanyak terpalit
juga kepada mereka kerana apa jua dakwaan yang dilemparkan Lebai adalah dakwaan
yang bersandarkan kepada ajaran Islam bukan dakwaan ikut suka suka Lebai saja.

Kerana poitik kekuasaan mereka sanggup mufarakah dari Jemaah PAS dan sanggup
pula mereka reka cerita dongeng pasal Lebai yang mereka sendiri tahu benar tidak akan
melanggar larangan ugama seperti mereka, mereka sanggup menghina Lebai, mereka
reka cerita yang tidak benar dan sanggup menyanggah hukum ALLAH yang
diperjuangkan Lebai.Mereka ingat mereka pandai tapi sebenarnya mereka bodoh
kerana mensia siakan peluang untuk mendapat kemerdekaan yang hakiki dan abadi.

Sumber TKO - 7-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerja orang orang yang benci dengan Islam
Posted on Tuesday, April 04 @ 19:11:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34349



Apa hendak dikatakan,itu memang kerja mereka. Memang kutuk mengutuk kerja orang 

orang yang benci dengan Islam.


Macam juga bapa saudara, anak saudaranya sendiri hendak dibunuhnya. Beberapa kali 
ditahan perangkap untuk membunuh Nabi SAW.Usah kita hari ini. Benci dengan Pas, 
usah kiralah.

Apabila kita cakap begitu ada pula yang kata memang orang  pas gemar dan pandai 
menghukum dan melabelkan itu dan ini.Ada juga yang kata kita ambil hak Allah.


Ada juga yang kata pas bukan islam. Jadi tidaklah salah kutuk pas dan kerajaanya dan 

boleh nak kata itu dan ini,malah ia tidak melanggar ajaran Islam.

Bermakna tidak berdosa kutuk kerajaan Pas Kelantan, kerana kerajaan itu bukan Islam. 
Yang salah, kutuk Islam.

Demikian pendapat orang orang yang benci dengan pas.sebab itu bukan sahaja yang 
datang ke negeri Kelantan tak segan silu mereka kutuk kerajaan habis habis.

Kalau DAP kutuk kerajaan Kelantan tak apa jugak, kerana DAP anti Islam dan Pas 
telah putuskan hubungan tiada kaitan lagi dengan DAP. Wajar dia kutuk kerajaan 
Kelantan, kerana pas sudah jadi musuh partinya.

Yang peliknya ada juga orang Pas bekas naib presiden yang tergamak berkata Pas 
gopoh hendak pinda RUU 355.Kita tidak hairan  DAP cakap macam itu, kerana 
memang dia anti Islam.

Lagi pelik, Datuk Mahfuz Omar pula yang tuduh pas gopoh gapah hendak pinda 
RUU 355. Bermakna tak sabar sabar hendak tengok undang undang Islam dipinda 
kearah lebih perkasa berbanding RUU 355 sebelum ini.

Sehubungan dengan itu tak semena mena Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Awang 
pula jadi mangsa dan diminta oleh Datuk Husam Musa letak jawatan, kerana salah 
bersikap gopoh dalam melayari bahtera yang sedang dilanda ombak  besar.

Presiden pas dianggap salah dan kena letak jawatan yang disandang sekarang. Itulah 
motif politik mereka yang benci dengan Islam macam juga musyrikin Mekah benci 
dengan Nabi SAW.

Oleh itu, jangan rasa bimbang dengan tindak tanduk orang orang yang benci dengan 
ulamak sekarang ini, kerana mereka duduk sekapal dengan DAP dan terpaksa ikut kafir
 dan mahu tidak mahu mesti jadi macam kafir tidak menyokong dan menentang 
RUU355 dibentang dan dipinda.

manakala RUU 355 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan 
Penceraian) 1976 (Akta 164) yang akan dibentang dan bercanggah dengan Islam mereka membisu pulak.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta kerajaan menarik kembali pindaan 
terhadap Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 
(Akta 164) daripada dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menurutnya, cadangan pindaan Akta 164 itu dilihat bertentangan dengan Islam dan 
hukum syarak seperti yang diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis 
Kebangsaan ke-87 pada Jun 2009.

“Pada muzakarah itu memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan ibu atau 
bapa yang memeluk Islam, status agama anak-anak di bawah umur secara langsung 
adalah Islam dan ia diterima dalam negara.

“Pembentangan (Akta 164) ini seolah-olah memperlekeh dan menghina serta tidak 
menghormati fatwa. Diharapkan kerajaan menarik balik pindaan itu agar tidak 
menimbulkan kekeliruan.

“Saya nasihatkan kepada semua ahli kerajaan atau pemegang tampuk kuasa untuk 
menghormati perlembagaan, melaksanakan perlembagaan, menghormati agama serta 
menghormati perasaan rakyat beragama Islam dalam negara,” katanya pada sidang 
media di Pejabat Mufti Perak di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pindaan Rang 
Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan 
dan Perceraian) 1976 [Akta 164] wajar diteliti semula sebelum dibentangkan di 
Dewan Rakyat.

Ini kerana menurutnya, akta ini melibatkan isu sensitif iaitu melibatkan status aqidah 
anak-anak.

“Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada 
perjuangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu masa dahulu yang kita sama-sama 
telah tolak dahulu secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.


Sumber TKO - 4-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAN gesa Hadi letak jawatan tidak profesional -
Penganalisis

Posted on Monday, April 03 @ 09:41:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34325



SHAH ALAM: Desakan Amanah yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
 Awang untuk meletak jawatan kerana Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah
 Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 disifatkan sebagai
tidak profesional.

Menurut penganalisis politik Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, meskipun usul itu 

kembali menjadi usul persendirian, ia tidak bermakna usul itu gagal dibentang dan 

tidak mendapat sokongan kerajaan.


"Amanah perlu bersifat profesional kerana dalam hal ini kita melihat bahawa jika 

gesaan itu dibuat ia (nampak) bersifat peribadi. 


"Mungkin ketidakpuasan mereka kepada Hadi sehingga menyebabkan timbul gesaan 

untuk letak jawatan," katanya kepada Antarapos.


Malah tegas beliau lagi, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana proses 

usul yang dibawa Ahli Parlimen Marang itu sedang berjalan.


"Saya melihat masih terlalu awal untuk Amanah menggesa Hadi letak jawatan kerana 

Parlimen masih lagi bersidang dan ruang untuk beliau mengemukakan usul itu masih 

lagi ada. Jadi agak tak matang untuk menggesa peletakkan jawatan sehingga belum 

proses-proses yang dijalankan itu selesai," kata beliau lagi.


Minggu lalu, Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa menggesa Hadi 

bersama jawatankuasa parti segera meletakkan jawatan.


Katanya ini kerana rancangan untuk kerajaan mengambil alih RUU355 gagal seperti 

yang giat diusahakan selama ini antara Umno dan PAS.


Malah ujar beliau lagi, Hadi tidak boleh melepaskan diri kerana telah mencemarkan 

kredibiliti PAS.



Sumber TKO - 3-4-2017



--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azmin Ali Hilang Kerusi Menteri Besar Selepas
PRU14: Kajian Badan Bebas

Posted on Sunday, April 02 @ 21:11:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34318



BANGI– Azmin Ali bakal kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Demikian hasil kajian yang dijalankan Zaaba Institute for Leadership (ZIL) terhadap
3,000 pengundi di lima kawasan di negeri itu baru-baru ini.


Lima kawasan tersebut meliputi Gombak, Shah Alam, Selayang, Ampang dan Hulu
Langat.

Ketua Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin berkata, kaji selidik itu bertujuan
mengenalpasti kecenderungan pengundi Melayu terhadap parti yang akan dipilih pada
PRU14 serta mengetahui isu yang memberi kesan terhadap pengundian tersebut.

Beliau memberitahu bahawa kaji selidik itu dibuat bermula Oktober sehingga
Disember 2016.

“Hasil soal selidik, apabila ditanya jika esok adalah pilihan raya, parti manakah yang
anda akan undi, sebanyak 24.4 peratus responden berkata akan mengundi PAS, 9.3
peratus akan mengundi UMNO, 5.4 peratus akan mengundi BERSATU dan hanya
5.6 peratus akan mengundi pakatan harapan. Manakala bakinya “masih atas pagar”.

“5.6 peratus adalah undi kepada pakatan harapan, yakni bercampur antara DAP, PKR
dan PAN. Jika diasingkan PKR sahaja, mungkin peratus itu akan semakin berkurangan.
Kami asingkan antara pakatan harapan dan BERSATU kerana senario pada waktu itu
mereka belum bergabung,” katanya.

Mengulas mengenai respon pengundi Melayu di kawasan kerusi Azmin Ali sekarang,
iaitu Parlimen Gombak, Dr Ali berkata, hasil tinjauan menunjukkan 26 peratus akan
mengundi untuk PAS, 9 peratus untuk UMNO, 9 peratus untuk Pakatan Harapan, 4
peratus untuk BERSATU manakala bakinya “di atas pagar”.

Dr Ali berkata, hasil dapatan kajian itu berkemungkinan berkait rapat dengan pengundi
Melayu yang mahukan parti yang lebih berperanan dalam memartabatkan Islam.

“Antara 16 isu yang ditanya pada pengundi, yang manakah paling perlu diberikan
perhatian oleh parti yang memerintah, isu ‘memartabatkan Islam dan memelihara
kesuciannya’ menduduki tangga ke-3 selepas ‘turunkan kos sara hidup’ dan ‘basmi
rasuah dengan berkesan’.

“Ini menunjukkan agama masih menjadi soal utama pada pengundi Melayu dan
parti-parti yang bertanding harus memberi perhatian yang serius ke arah itu,” jelasnya
ismaweb.net

Sumber TKO - 2-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Kubu Umno Jeli Makin Retak
Posted on Sunday, April 02 @ 15:50:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34312


Oleh LANJUSOH
KEWUJUDAN dua kem tentera di parlimen Jeli menjadi penyelamat kepada Umno
sejak 2004. Kem 301 di Batu 11 dan Kem 302 di Batu Melintang membolehkan Umno
lebih mudah menguasai parlimen Jeli, Dun Bukit Bunga dan Dun Kuala Balah.


Maka tidak hairanlah Umno mencatat majoriti lebih 1,500 undi di Dun Bukit Bunga
dan lebih 2,000 undi di Dun Balah pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

Berbeza dengan Dun Air Lanas, tiada kem yang menjadi penyelamat hayat Umno.
Sama juga dengan Dun Kok Lanas di Ketereh, menjadikan Kem Desa Pahlawan
 sebagai benteng Umno.

Ketiadaan kem tentera di Dun Air Lanas menyebabkan Pengerusi Perhubungan Umno
Kelantan Dato’ Seri Mustapa Mohamed terpaksa mencalon dirinya sendiri di kawasan
berkenaan.

Pada PRU 2004 dan PRU 2013 Mustapa mewakili Dun Air Lanas dan parlimen Jeli.
Namun pada 2013 kemenangannya hanya kelebihan 47 undi berbanding Dato’ Abdullah
 Ya’kub daripada PAS.

Pada PRU 2008 Abdullah menguasai Dun berkenaan mengalahkan calon BN, Dato’ Dr
Azmi Stapa. Begitu pada PRU 1999 Abdullah menang dengan majoriti 1,132 undi di
Dun berkenaan.

Namun selepas berlaku persempadan baru, parlimen Jeli dirombak dengan memasukkan
kem Batu 11 di Batu Gajah bagi menyelamatkan Umno.

Sedangkan pentadbiran kawasan itu termasuk dalam Majlis Daerah Tanah Merah
(MDTM).

“Boleh dikatakan kira-kira 70 peratus kawasan Dun Bukit Bunga berada dibawah
pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.

“Hanya 30 peratus sahaja Dun Bukit Bunga berada di bawah pentadbiran Pejabat
Tanah dan Jajahan Jeli. Ini tentunya menyukarkan pentadbiran peringkat Dun,” kata
Ramzi Mohd Yusof, 51.

Beliau yang juga Penyelia Dun Bukit Bunga berkata biarpun sebahagian besar Dun itu
berada di bawah pentadbiran MDTM, hanya dua orang sahaja dilantik sebagai ahli di
Tanah Merah.
Dan lima lagi mewakili Dun Bukit Bunga sebagai ahli Majlis di Jeli.

Menurutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merombak semula kawasan parlimen
Jeli pada persempadanan 2004 mengikut kehendak Umno.

Ramzi juga mendakwa PRU-13 ramai anak muda terutamanya yang tinggal di luar
Kelantan terperangkap dengan taktik ësumpah Umno’.

Menurutnya anak-anak perantau yang pulang mengundi dikatakan diminta mengambil
gambar kertas undi dengan memangkah ruang BN untuk membolehkan mereka
menerima habuan daripada Umno.

“Masa mengundi mereka diminta merakamkan gambar dengan handphone. Kemudian
gambar itu ditunjukkan kepada petugas Umno untuk mendapatkan habuan.

“Pengundi luar yang pulang mengundi ketika itu memberitahu mereka dibayar RM300
selepas menunjukkan gambar memangkah Umno pada kertas undi,” dakwa beliau
ketika ditemui.

Umno juga sekarang dikatakan memulakan gerak kerja kempen pilihan raya bagi
mempertahankan Dun Bukit Bunga.

Rombongan Wanita Umno Jeli yang dikenali sebagai Jalinan Rakyat membawa
 hamper barangan keperluan harian, diagih dari rumah ke rumah di Dun berkenaan.

Tumpuan kumpulan berkenaan pada peringkat awal di taman perumahan JPN di Batu
Gajah.

“Wanita Umno membawa barangan keperluan harian termasuk beras, gula, biskut dan
sebagainya. Saya juga dimaklumkan penduduk dipaksa bersumpah mengundi BN pada
PRU 14 nanti.

“Selepas mengikrarkan sumpah barulah barangan keperluan harian itu diberi kepada
penduduk yang dikunjungi wanita Umno,” tambahnya.

Baginya Umno Jeli benar-benar terdesak bagi menghadapi PRU ke-14 tidak lama lagi
sehingga menjadikan sumpah sebagai mainan mereka.

Umno juga berdepan dengan dilema apabila Adun yang ada sekarang Dato’ Mohd
Adhan Kechik difahamkan tidak lagi mempertahankan kerusinya.

Beliau menyandang Adun Bukit Bunga sejak 2004 sehingga sekarang. Bagaimanapun
keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan memberi ruang kepada perebutan dalam
kalangan Umno.

Beliau mengalami strok tahun lepas sehingga terpaksa dipapah ketika datang ke
persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Adhan pernah mempunyai hubungan yang agak dingin dengan Mustapa sebelum ini.
Beliau mencabar orang kuat Mustapa bagi perebutan jawatan peringkat bahagian pada
mesyuarat agung bahagian Jeli suatu ketika dahulu.

Ekoran itu Adhan diketepikan daripada arus politik perdana Jeli. Namun mengikut
sumber bagi meredakan konflik dalaman, Mustapa melantik Zahari Kechik sebagai
pegawai khasnya.

Zahari yang juga seorang peguam merupakan adik Adhan.

Dan Zahari antara yang dilihat penduduk tempatan bakal menggantikan tempat
abangnya di Dun Bukit Bunga.

Namun laluan itu tidak mudah kerana tiga lagi orang kuat Mustapa juga sudah lama
mengimpikan kerusi Bukit Bunga.

Antaranya Bakri Jedok, Cikgu Zailani dan Cikgu Ahmad Nizam Yahya.

Berbanding Bukit Bunga, peluang PAS lebih terbuka di Dun Air Lanas memandangkan
kemenangan Umno pada PRU lebih amat tipis.

Lagi pun tiada tokoh yang boleh diketengah Umno bagi mempertahankan Dun
berkenaan selepas kematian Dr Azmi.

Ditambah pula dengan taktik yang pernah digunakan Mustapa bagi meraih simpati
pengundi di Dun berkenaan sudah dihidu musuh politiknya.

Penduduk mendakwa taktik hendak menumpang solat di rumah penduduk dengan kain
pelikat mungkin tidak berkesan pada PRU kali ini.

“Ini kerana adegan itu hanya berlaku pada musim kempen pilihan raya sahaja dan s
elepas itu tiada lagi. Ini menyebabkan penduduk muak dengan gelagat alim pemimpin
Umno Jeli,” ujar Penghulu Kalai, Inche Mat Zin Ismail.

Penyelia Dun Air Lanas Mustapa Idris, 60 pula berkata sejak Mustapa menjadi menteri
yang mewakili Jeli, tidak ada usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan.

Katanya kedudukan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
 tidak dimanfaatkan anggota parlimen Jeli untuk rakyat di kawasan itu.

“Sepatutnya tumpuan mewujudkan peluang pekerjaan sudah lama dilakukan sebagai
menteri kabinet, namun kami melihat Mustapa tiada kesungguhan ke arah itu,” katanya.

Penghulu Sungai Satan, Mohd Hassan Sidi Ahmad berkata pemimpin Umno pernah
menjanjikan mahu membina kilang Proton di Jeli, namun tidak menjadi kenyataan
sehingga sekarang.

Katanya, papan iklan kilang Proton yang dipasang ketika pilihan raya 1999 di hadapan
stesen minyak Petronas sudah lama terbalik.

Sebaliknya kerajaan negeri mewujudkan kilang memproses air mineral di Batu
Melintang dan kilang sawit di Lubuk Bongor. Ramai penduduk tempatan mencari
rezeki di situ.

PRU 14 bukan sekadar Dun Air Lanas terlepas semula di tangan PAS, sebaliknya
kedudukan parlimen Jeli juga tergugat.

Isu membelenggu Dato’ Seri Najib Razak tidak mampu membantu Mustapa.
Apa yang nyata kubu Umno di Jeli dilihat semakin retak.

Sumber TKO - 2-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------


Benarkah Amanah untung?
Posted on Sunday, April 02 @ 10:27:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34303



Kata pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Iskandar Samad, AMANAH yang untung apabila
PAS putus hubungan dengan PKR. Apabila pas putus hubungan dengan PKR
AMANAH  akan masuk dan jawatan Exco yang kosong akan di isi dengan ADUN
AMANAH

Jika AMANAH untung sudah barang tentu pas yang rugi, kerana tidak ada dalam 

kerajaan Selangor selepas ini.
 

Apakah benar pas yang rugi dan AMANAH yang untung kerana ADUNnya dapat
jawatan exco yang dikosongkan PAS.

Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah kata dalam ucapan dasarnya 

di Muktamar agung Tahunan di Putih Kelantan suatu masa dulu bahawa PAS tidak rugi.



Kebanyakan ahli akar umbi pas tidak bersetuju dengan kata kata bahawa pas tidak rugi 

yang keluar dari mulut presiden, kerana pas sehingga hari sudah hilang banyak kerusi 

parlimen dan DUN atas sebab larinya geng Mat Sabu menubuhkan parti Amanah.



Secara lahiriahnya memang pas rugi. mengalami kerugian kerana kehilangan ramai 

para pemimpin yang istiqamah dengan perjuangan Islam yang diasaskan parti Islam 

se Malaysia sebelum ini.



Presiden tetap dengan prinsip bahawa pas tidak rugi apa apa, hatta telah hilang ramai 

pucuk kepimpinan diperingkat pusat.



Atas sebab itu, Pas pusat telah bertindak tegas, memecat Datuk Husam Musa dan 

masih mengekalkan Datuk Mahfuz Omar yang jadi duri dalam daging, gunting dalam 

lipatan dan api dalam sekam.



Rasa penulis, ia betepatan dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi: 

“Orang yang paling beruntung adalah yang dapat mengawal hawa nafsunya dan 

beramal untuk kehidupan setelah kematian, sedangkan orang yang rugi adalah yang 

sentiasa mengikut hawa nafsunya dan banyak berangan angan terhadap Allah ( HR. 

At-Tirmizi)



Oleh itu, telahan Datuk Iskandar Samad itu tidak lain dan tidak bukan adalah suatu 

penilaian yang bercanggah dengan hadis Nabi SAW diatas.



Iaitu, beliau lebih utamakan hawa nafsunya atau dengan kata lain tidak dapat 

mengawal hawa nafsunya atas nama sayang dengan jawatan exco yang disandang.



Katanya  yang dia tidak takut hilang jawatan dan takut Amanah masuk hanya lakonan 

dengan bahasa berlapik supaya ahli akar umbi pas menghormatinya.


Mengapa penulis berkata demikian? Kerana kebanyakan orang Pas di Selangor sangat 
tidak bersetuju pas memutuskan hubungan dengan DAP. Mereka menggunakan  hujah 
pas rugi bersendirian dan ia menguntungkan umno/BN.

Sumber TKO - 2-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azmin Ali Hilang Kerusi Menteri Besar Selepas
PRU14: Kajian Badan Bebas

Posted on Saturday, April 01 @ 18:48:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34297


BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Azmin Ali bakal kehilangan jawatan Menteri Besar
Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Demikian hasil kajian yang dijalankan Zaaba Institute for Leadership (ZIL) terhadap
3,000 pengundi di lima kawasan di negeri itu baru-baru ini.

Lima kawasan tersebut meliputi Gombak, Shah Alam, Selayang, Ampang dan Hulu
Langat.

Ketua Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin berkata, kaji selidik itu bertujuan
mengenalpasti kecenderungan pengundi Melayu terhadap parti yang akan dipilih pada
PRU14 serta mengetahui isu yang memberi kesan terhadap pengundian tersebut.

Beliau memberitahu bahawa kaji selidik itu dibuat bermula Oktober sehingga Disember
2016.

“Hasil soal selidik, apabila ditanya jika esok adalah pilihan raya, parti manakah yang
anda akan undi, sebanyak 24.4 peratus responden berkata akan mengundi PAS, 9.3
peratus akan mengundi UMNO, 5.4 peratus akan mengundi BERSATU dan hanya 5.6
peratus akan mengundi pakatan harapan. Manakala bakinya “masih atas pagar”.

“5.6 peratus adalah undi kepada pakatan harapan, yakni bercampur antara DAP, PKR
dan PAN. Jika diasingkan PKR sahaja, mungkin peratus itu akan semakin berkurangan.
Kami asingkan antara pakatan harapan dan BERSATU kerana senario pada waktu itu
mereka belum bergabung,” katanya.

Mengulas mengenai respon pengundi Melayu di kawasan kerusi Azmin Ali sekarang,
 iaitu Parlimen Gombak, Dr Ali berkata, hasil tinjauan menunjukkan 26 peratus akan
mengundi untuk PAS, 9 peratus untuk UMNO, 9 peratus untuk pakatan harapan, 4
peratus untuk BERSATU manakala bakinya “di atas pagar”.

Dr Ali berkata, hasil dapatan kajian itu berkemungkinan berkait rapat dengan pengundi
Melayu yang mahukan parti yang lebih berperanan dalam memartabatkan Islam.

“Antara 16 isu yang ditanya pada pengundi, yang manakah paling perlu diberikan
perhatian oleh parti yang memerintah, isu ‘memartabatkan Islam dan memelihara
kesuciannya’ menduduki tangga ke-3 selepas ‘turunkan kos sara hidup’ dan ‘basmi
 rasuah dengan berkesan’.

“Ini menunjukkan agama masih menjadi soal utama pada pengundi Melayu dan
parti-parti yang bertanding harus memberi perhatian yang serius ke arah itu,” jelasnya.

* Sumber: http://www.ismaweb.net/…/azmin-ali-hilang-kerusi-menteri-b…/

Sumber TKO - 1-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah sarkas perdana menteri
Posted on Friday, March 31 @ 14:48:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34274



Saya sangat tidak bersetuju dengan kata Datuk Kadir Jasin RUU 355 tidak akan di 
bentang di parlimen itu adalah sarkas politik tahap maksimum yang mendedahkan 
hipokrasi Umno-PAS.


Mengapa membabitkan Pas sedangkan keputusan itu adalah keputusan dibuat oleh 
umno/BN  berdasarkan kesepakatan anggota Barisan Nasional dalam mesyuaratnya.


Kenapa membabitkan Pas, sedangkan pas bukan anggota Barisan Nasional dan tiada 

kaitan langsung dengan keputusan yang dibuat oleh perdana menteri Datuk Seri Mohd 
najib Razak itu..


Beliau membuat keputusan berdasarkan konsensus iaitu sebuah kesepakatan antara 
MCA, GERAKAN, MIC dan lain lain parti yang menganggotai BN.

Sangat tidak wajar pas dihukum terbabit sama dengan umno. Umno sebelum ini 
dikatakan menyokong RUU 355 dan akhirt buat keputusan tidak akan bentang 
di parlimen.

Patut umnolah yang dijatuhkan hukum sebagai parti orang melayu beragama islam 
yang bermain sarkas bersama harimau dan singa serta gajah.

Bayangkan harimau dan singa yang walaupun sudah sekian lama dijinakkan tuan yang 
bela ayam persis macam menjinak musang berbulu ayam.

Sangat tidak patut pas dihukum menyerlahkan pakatan gelap Presiden Umno, Datuk 
Seri Mohd Najib Abdul Razak, dan pemimpin tertentu dalam PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dikatakan bertindak macam kena sawan 
bentangkan rang undang-undang persendirian yang kemudiannya dikenali umum 
sebagai RUU355.

Keputusan tidak akan membentangkan RUU 355  itu adalah sarkas umno dan 
presideannya dan berkata, rang undang-undang ini akan terus menjadi rang 
undang-undang persendirian dan terserah kepada speaker untuk menentukan, 
mengikut pada order paper.

Apakah akan jadi kenyataan yang dikatakan, kalau speaker putuskan ia akan 
dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Dan speaker juga akan putuskan peraturan 
berhubung undang-undang tersebut,sedagkan kerajaan melalui perdana menteri sudah 
buat keputusan.


Inilah sarkas umno dan perdana menteri dan pas tiada kaitan dan tak rugi apa apa yang 
rugi ialah masyarakat Islam itu sendiri kerana RUU 355 tidak dapat dipinda kerana 
kerajaan umno/BN terpaksa mengikut orang kafir dan jadi macam kafir.

Sumber TKO - 31-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kajian Invoke Rafizi Kencing Lagi!
Posted on Friday, March 24 @ 16:56:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34165



Kita tidak lupa bagaimana Rafizi menitis air mata menerangkan tentang kenapa 

LANGKAH KAJANG perlu dilakukan dan terpaksa mengorbankan seorang Adun. 
Rafizi  menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri 
(DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah 
langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 
dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula 

dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada 
Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. 

"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib 
disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu 
kenyataan.

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya 

kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik 
sahaja Najib tersingkir.

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan 

bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk 

mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," 
katanya.

KENA KENCING.
Akhirnya siapa bersama Tun Mahathir??
Siapa yang menyucikan dosa-dosa Tun Mahathir sebelum ini.

Selepas itu Rafizi dan PKR mencipta tuduhan kepada TS Khalid Ibrahim kerana TS 

Khalid cuba menyelamatkan khazanah Selangor daripada dibolot oleh pimpinan PKR. 
Maka Wan Azizah pun berceramah dengan bantuan "slide show" membaca 83 
mukasurat tuduhan kepada TS Khalid Ibrahim.

Saifuddin Nasution jadi "tok dalang" menjaja kesalahan TS Khalid Ibrahim. Akhirnya

mahkamah membuktikan bahawa semuanya adalah rekaan semata-mata.

KENA KECING LAGI
Saifudin kini membantu LGE dan DAP untuk mendapat sokongan orang Melayu.

Rafizi mengeluarkan kajian Invoke nak perkena PAS katanya PAS hanya dapat 21% 

sokongan, PH mendapat 24% dan BN mendapat 41% dan Atas Pagar 14%. Katanya 
PAS akan kalah semua tempat jika bertanding termasuk di Kelantan.


Rafizi ter'bogel' dengan kajian Invokenya apabila kedudukan HARAPAN + BERSATU 

yang 24% menunjukkan 10% daripada DAP, 8% PKR, 4% BERSATU dan 2% parti 
PAN.

Kajian bohong dia mendedahkan bahawa tiada sokongan kepada PAN dan dikatakan 

kewujudan PAN menyebabkan PAKATAN HARAPAN bermasalah.Mereka kini NAK 
SEMBELIH PAN dan nak ganti dnegan BERSATU.


Kajian menunjukkan PAS mendapat sokongan tapi Rafizi membuat kesimpulan PAS 

kalah semua tempat.

RAFIZI KENCING LAGI
Tapi kali ini terpencik di kakinya sendiri.

Seperti saya menulis pagi tadi, sehingga sekarang masih belum ada artikel khusus 

mengenai keputusan kajian INVOKE TAJAAN RAFIZI oleh Malaysiakini. Kita tahu 
Malaysiakini adalah portal yang suka menyerang PAS dan ISLAM. Kajian Rafizi 
mengatakan 70.1% penyokong PAS yang ditelefon menjawab tidak tahu mengenai 
RUU 355. Sepatutnya Malaysiakini paling awal menyiarkan KAJIAN HEBAT RIFIZI 
ini.

Yang peliknya MK hanya siar kajian liberalisme oleh Merdeka Centre. MK kaki 

pembohong dan kaki manipulasi berita-berita berkenaan Islam pun tahu Rafizi lagi 
bohong dan tak logik!

Pew Research Center membuat kajian dan mendapati 86% sokong RUU 355 yang ini 

membuatkan Zairil DAP melenting dalam twitter.

Kenapa kajian Invoke Rafizi tak sama keputusan dengan kajian Pew Research Center 

dan Merdeka Centre?

Sebenarnya Rafizi sedang memperbodohkan rakyat dengan kajian agar rakyat 

 mengikut apa yang diperkatakan kononnya dia dah buat kajian sedangkan dia tak tahu
bahawa PAS ada sistem CULA yang mana sistem CULA lebih tempat kerana cula
berlaku kepada setiap orang manakala kajian hanya mengambil ruang sampel mengikut
pola tertentu.

Dulu Rafizi kencing dengan air mata, kini Rafizi kencing dengan kajian.

SAYA RASA AIR KENCING RAFIZI AKAN TERPENCIK KEMUKANYA 

SENDIRI.

Sumber TKO - 24-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------


Selangor Tomorrow: Kepala Tinggalkan Gerabak ????

Posted on Friday, March 24 @ 07:32:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34156



Sebenarnya latar belakang pimpinan PAS kedah & Selangor  hampir sama. Krisis Pas 
Kedah bermula apabila beberapa exco memberikan projek kepada kroni yang tidak 
disenangi oleh MB (Ustaz Azizan). Natijahnya bunga taik ayam makin membesar 
hingga meletup spt yang kita sedia maklum.Apabila Pas tumbang  & Ustaz Azizan 
pergi menemui Allah. Kesalahan ditujukan kepada Presiden yang gagal menurunkan 
MB menyebabkan PAS kalah.

Akhirnya Pasma terbentuk kemudian bercantum dgn kumpulan kecewa kalah 

 muktamar menjadi PAN atau bahasa Cina Parti Tunggui Kayu ( Balaci DAP ).

Biar apa  asbab & alasan.Punca krisis sebenarnya adalah lemah amal Cinta Dunia dan
Suka  hidup dalam senang lenang.Realitinya memegang kuasa pemerintahan membuka
banyak  ruang membolot kekayaan.Meskipun mempunyai basic pejuang islam  dengan
dugaan dunia ramai yang tumbang..

Kini di Selangor  bunga-bunga kearah itu dah nampak.Namun kegagalan demi
kegagalan  PAN mendapat sokongan umat islam terutama di kalangan ahli PAS
menyebabkan golongan munafiqin ini mereka berfikir 2 kali.Namun sejak usul akar
umbi ketika mesyuarat agung yang sedang berjalan agar diputus hubungan dengan
PKR saya ramal kemungkinan berlaku adalah tinggi. Namun saya yakin 90%
penyokong PAS akan menolak kepimpinan yang membelakangi keputusan syura
ulama/jemaah.

Bersamalah kita berdoalah agar pimpinan PAS Selangor di jauhi Penyakit NIFAK
dan tidak ada lagi perpecahan.Namun sekiranya Allah takdirkan belaku ikutilah l
angkah  Saidina Abu Bakar RA & para sahabat rhum dalam menangani golongan nifak.

Sesungguhnya golongan munafik senantiasa wujud di sepanjang zaman. Mereka
bersekongkol dengan golongan kafir membentuk kekuatan "Ahzab" menentang
orang-orang yang bertaqwa.

Sumber TKO - 24-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Serangan Pemikiran
Posted on Wednesday, March 22 @ 13:27:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34131



1) Serangan pemikiran semakin tajam. Takkan kita nak lawan dengan report polis atau 

kecam-mengecam di alam maya je?

Serangan pemikiran dilakukan oleh media-media yang dikuasai mereka, atas nama 

kebebasan bersuara. Mereka menyelit fikrah mereka dicelah-celah berita yang benar 
dan juga cerita-cerita yang direka atau dimanipulasu dari berita sebenar.
2) Sasaran yang mereka akan dapat dengan mudah adalah para pentaksub media
tersebut. Kemudian audiens yang gagal untuk mendapat penjelasan (tabayyun) dan
berita yang sebenar. Kemudian golongan yang mencari idea untuk menghentam kita.
Seterunya, masyarakat marhaen yang hari-hari diasak dengan fikrah mereka ini.

3) Setelah serangan pemikiran menjadi sesuatu yang normal dan kebiasaan, mereka ini
muncul depan khalayak satu persatu. Daripada aktivis alam sekitar, peguam, penulis,
dan seterusnya akan berusaha menjadi populis dan mempopularkan idea serta
menajamkan serangan pemikiran mereka. Hatta hari ini mereka tidak ada selindung lagi
 menyerang institusi mufti dengan berita-berita manipulasi dan menipulasi.

4) Mereka bukan sahaja menyerang mufti, malah turut menyerang agamawan dan
guru-guru agama tak kira warna dan latar yang dilihat menghalang kemaraan mereka.
Dan agamawan dan Islamis yang paling ramai tentunya dalam PAS. Menyerang PAS
dan merobek-robek kepercayaan umum kepada PAS menjadi batu loncatan untuk
memburukkan agamawan. Mereka tidak gentar lagi untuk melawan PAS, kerana
mereka menumpang sekaki dengan musuh-musuh politik PAS yang bakal membela
mereka jika PAS menyerang balas.

5) Ops, bukan PAS sahaja. Termasuk Umno.PKR, PAN dan mana-mana parti yang cuba mempertahankan fikrah Islam, mereka akan serang. Cuma setakat ini, mereka lebih
menyerang idea PAS. Malangnya PAS kurang serius menghadapi kumpulan ini. Jika
ada pun hanyalah inisiatif individu. PAS lebih fokus kepada politik, yakni mendepani
parti-parti politik yang tidak sehaluan. Maaf jika saya kekurangan maklumat t
ersembunyi PAS.

6) Jika anda membaca berita-berita yang suspicious dengan agenda serangan pemikiran
dan serangan terhadap institusi agama, anda catatlah nama penulisnya. Next time, anda
lihat artikel yang berbaur serupa itu adalah daripada penulis yang sama.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa


Sumber TKO - 22-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


TGHH Tak Berdolak-dalih Dalam Isu Perintah 5
Negeri

Posted on Tuesday, March 21 @ 12:25:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34114


Penulis terbaca tulisan al-Abror Mohd Yusuf dalam Malaysiakini. Beliau menuduh 
Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) berdolak-dalih malah dipersepsikan orang-orang PAS 
silap mengangkat TGHH sebagai presiden sebuah parti Islam. Isu ini diangkat daripada 
berita dalam akhbar PAN. Kononnya PAS hanya hendak memerintah lima negeri 
sahaja. 


Para pemfitnah dan spin doctor , cuma memetik ayat “PAS nak perintah lima negeri”. 
Ayat “PAS nak perintah semua negeri” dibuang dari konteks perbicaraan. Inilah kerja 
kotor para spin doctor. Tujuannya supaya TGHH dipandang buruk – penipu, 
berbolak-balik dan tidak boleh dipercayai. Dan objektif mereka adalah agar ahli-ahli 
dan para penyokong PAS sendiri timbul keraguan terhadap kredibiliti ulama ini. Kerja 
kebaruaan ini telah lama dipelopori oleh DAP yang anti-ulama dan anti-Islam terutama 
melalui Malaysiakini. Kini kerja durjana itu diikuti oleh PAN.

TGHH tidak berdolak-dalik walaupun beliau ada menyebut “ nak perintah 5 negeri”. 
Ini adalah kerana al-Abror yang menjadi spin doctor tadi cuba memanupulasi dengan 
cara mengerat-ngerat ucapan TGHH.

Apa kata kalau penulis menuduh al-Abror berkata “tiada tuhan yang berhak disembah”. 
Lalu penulis dakwa al-Abror murtad. Tentu implikasinya amat besar bukan. Kalau 
TGHH dituduh menipu, penulis juga boleh mengatakan al-Abror menipu dan 
berdolak-dalih. Mengapa berlaku demikian?

Maksud ucapan kalimah syahadah yang pertama ialah “Aku menjadi saksi bahawa 
tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah”. Dari segi bahasa ayat ini adalah ayat 
majmuk. Ayat majmuk itu kalau ditulis dalam ayat tunggal menjadi dua ayat.

Ayat pertama, “ Aku menjadi saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah.                                       Ayat kedua, “ Aku menjadi saksi bahawa Allah 
sahaja yang berhak disembah. Apabila dua ayat itu dihubung dengan kata hubung 
menjadilah “ Aku menjadi saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali 
Allah”. Lalu maksudnya berubah sama sekali.

Kalimah syahadah itu tidak boleh sama sekali dipisahkan menjadi dua ayat seperti 
di atas kerana boleh membawa dua maksud yang berbeza. Jelas bukan; ayat itu tak 
boleh dibaca secara berasingan. Apabila dikerat apalagi dihightlightkan ayat pertama 
tadi sudah pasti ia amat menyimpang maksudnya. Secara jelasnya, al-Abror akan nafi 
jika penulis mendakwa al-Abror rosak akidah kerana  berkata “tiada tuhan yang berhak 
disembah”. Adakah wajar dikatakan al-Abror berdolak-dalih dan berbohong?

Maka, kenapa pula ditududh TGHH berbohong atau berdolak-dalih apabila konteks 
ucapannya dikerat-kerat dan dihighlight begitu?


Penulis bukanlah hendak membela batang tubuh TGHH secara semberono.  Ini adalah 
hakikat kerja kotor musuh-musuh politik PAS dan TGHH. Penulis akan tegar 
menentang musuh-musuh baik yang berbulu ayam mahupun yang datang dengan bau 
hamis seekor musang. Penulis nampak permainan jahat yang dimulakan oleh PAN 
melalui akhbarnya ini. Biarlah semuanya melihatnya dari depan tirai, namun penulis 
sedia mendedahkan apa yang sedang bermain-main di belakang tirai.

Sumber TKO - 21-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAN Tak Sebut TGHH Kata Nak Perintah Semua
Negeri, Boleh Agak Kenapa?

Posted on Sunday, March 19 @ 19:31:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34089



Hendaklah ada di kalangan kamu yang istiqamah ‘menerang dan menyerang’ PAN. 
Terang saja tak jadi apa apa puak-puak ini. Makin mereka mua (manja). Kata pantun 
orang Tranung, air tea air hangat, ko tete ko sangat ( Makin ikut makin manja).
Memang kerja PAN serang PAS; mana dia serang UMNO? Serang Najib adalah. Doh 
larat kita layan serangan mereka. Nak menerang sokmo?



Kita harap dengan menerang, akan ada orang PAN yang faham dan sedar kesilapan
mereka. Dalam kelompok mana pun, jiwa manusia berbeza. Ada orang PAN boleh
terima cara ini. Dan memang pun kerja kita untuk selamatkan mereka ini.



Tetapi ada jenis manusia keras kepala. Dendamnya dijadikan maharaja. Untuk
manusia seperti ini, kita kena faham pesan Ustaz Azhar Idrus. Kata Ustaz Azhar,
tukang besi katok ( menukul) besi. Mana boleh katok slow-slow. Tak menjadilah
golok jawabnya.



Isu terbaru, mereka spin dengan kata ‘TGHH nak perintah 5 negeri saja’. Kalau orang
tak faham memang kena makan sungguhlah. Lepas itu, kata TGHH kluk-klek pulak.
Mereka ambil ayat TGHH sebut nak perintah 5 negeri. Ayat TGHH sebut nak 
perintah semua negeri kalau mampu, mereka tak sebut.



Boleh pembaca agak apa pulak mereka kata kalau TGHH nak perintah semua negeri;
bukan sekadar 5 negeri yang realistik itu?  Mereka kata TGHH nyanyuk, mabuk, Mat
Jenin dan segala macam hinaan. Inilah core business PAN.



Tanyakan PAN pula , tak berminatkah kepada isu Siti Kassim? Atau saja buat tak tahu
apa Siti Kassim kata tentang tuhan. Ambil klip video tu tempek depan lubang telinga
PAN.



Sekali lagi, maka hendaklah ada sebahagian di kalangan kamu yang sentiasa 
‘menerang dan menyerang’ PAN. Selamatkan mana-mana yang boleh 
diselamatkan. Hancurkan partinya. Dikuburkan atau berkubur dengan sendiri.



Sumber TKO - 19-3-2017



--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Menteri besar kena gossip
Posted on Thursday, March 16 @ 21:29:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34048



Tidak pasal pasal menteri besar Terenggan Datuk Seri Razif Abdul Rahman kena 
gossip. Bukan gossip dengan mana mana perempuan jelita. Atau mana mana skandal. 
Tapi gossip kalah dalam PRU 14 nanti.

Biasalah orang politik. Memang itulah status qua orang politik yang banyak buruk 
daripada baik.Kata Dr Zakir naik politik banyak buruk daripada baik. Sebab itu beliau 
tidak berminat masuk politik.
 Memang orang politik ada yang kena jadi lanun.lena jadi perompak. kena jadi pencuri.
kena Jadi pengkhianat, termasuk kena jadi pengkhianat bangsa, agama dan Negara.

Biasalah. Kena jadi pecuri duit kerajaan dan rakyat jelata. Kalau tidak macam mana 
nak jadi kayaraya. Itulah kaedah yang utama untuk kumpul harta sebanyak mungkin 
apabila diberi amanah menjadi pemimpin  negeri dan Negara.

Berbalik pula kita dengan  tak pasal pasal Datuk Seri Razif Abdul Rahman kena gossip
kalah dalam musim PRU 14 nanti.

Pada penulis, menteri besar yang mula berbaik semula dengan Al Sultan Terengganu
mustahil boleh kalah, jika ia kekal bertanding di DUN Sebarang Takir.semacam
mustahil umno boleh kalah dan pas boleh menang dikubu tegar umno itu.

Bayangkan, satu satunya DUN di negeri kaya rakyat miskin yang selamat dan sejarah
telah membukti umno tidak pernah kalah, hatta batu yang diletakkan bertanding disitu.

Lainlah jika beliau yang dikatakan akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus. Belum
boleh jamin  Datuk Seri Razif menang PRU 14 nanti.

Mungkin inilah punca Razif digosip kalah. Mengapa hendak tukar dari DUN ke
Parlimen? Untuk jadi menteri di pusat ke?

Semacam ada lojik juga, kerana nama Datuk Seri Saberi Cheek menetri asas tani
dikatakan tidak tersenarai sebagai calon yang akan bertanding di parlimen Kemaman
pada PRU 14 ini.

Di beritkan menteri besar Terengganu juga akan bertukar dengan muka baru iaitu
Datuk Jailani Johari Ahli psrlimen Hulu Terengganu yang  juga timbalan menteri
komunikasi dan akan bertanding DuN Kuala Berang.

Itulah nama yang di disebut sebut sebagai menteri besar baru Terengganu jika umno
boleh mempertahankan Terengganu pada PRU 14 nanti.

Jika benar gossip Datuk Seri Razif Abdul Rahman kalah pada PRU 14 nanti, rasa
rasanya PAS pula yang ada cam  akan  memerintah semula negeri kaya rakyat miskis
nanti.


Jika umno Kalah di DUN Sebarang Takir, bermakna kalah lah di lain lain DUN,
termasuk dun dun di Parlimen Besut yang mana dikatakan Datuk Seri Idris Jusoh
menteri pengjian tinggi  juga tidak tersenarai sebagai calon PRU 14 nanti.

Sumber TKO - 17-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidak Molek agamawan berbalah?
Posted on Wednesday, March 15 @ 23:08:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34039



Sememangnya, memang tidak molek agamawan berbalah. Bukan sahaja tidak elok 

malah kebanyakan anatara kita yang sakit hati apabila mereka berbalah satu sama lain.

Betapa ramainya umat Islam yang sakit hati apabila agamawan berbalah. Memang 

cukup ramai. Malah kebanyakan antara kita  mengidap penyakit hati apabila agamawan berbalah sesama sendiri.termasuk ada yang  tergamak saman hudud yang hendak 
didaulat di malaysia ini.wujud G25 yang sangat tidak puas hati dengan RUU 355.
Sudah tentu ada sebab musababnya mereka berbalah. Macam juga dalam rumah tangga 
yang disebut sedang gigi lagi tergigit. Gigit lidah yang sama sama duduk diposisi yang 
sama juga tergigit.

Ada pula yang mengatakan berbalah sesama sendiri itu satu rahmah. Macam mana 
boleh jadi satu rahmah sedangkan antara mereka kutuk mengutuk satu sama lain.


Jika benar berlaku kutuk mengutuk pasti ianya satu bala yang menimpa umat Islam. 
Dahulu dan Hari ini bukan setakat kutuk mengutuk hina menghina, Malah ada yang 
tergamak tuduh kafir mengkafir dan bunuh membunuh dan yang berlaku di Memali 
Kedah.

Kita sudah nampak berbalah antara mereka bukan satu rahmah. Ia adalah bala yang 
boleh membuat umat islam hancur lebur sepertimana yang pernah berlaku di Iraq, 
Syria nagara para anbiya.

Macam mana Negara para anbiya boleh jadi macam itu.Memang tidak masuk akal  
boleh berlaku demikian. Bayangkan Negara para anbiya yang memang penuh berkat 
tiba tiba jadi Negara bunuh membunuh  dan puluhan juta umat Islam jadi pelarian.

Sekarang kita semakin Nampak dengan jelas mengapa agamawan Negara kita berbalah.
Satu pihak mahu mencari kebenaran  manakala satu pihak lagi mahu tunjuk kedudukan 
ilmu akulah yang lebih tinggi.

Senang faham bahawa umat Islam banyak puak dan mereka berbeza pendapat. 
Agamawan puga banyak puak. Mereka berpuak puak dan membina pendapat masing
 masing hatta dalam kes mendaulatkan undang undang Allah mereka turut berbeza.

Kita boleh kategorikan antara mereka ada yang baik dan ada yang jahat. Memang yang 
jahat dan yang baik tidak boleh bersama. Atau dengan kata lain yang jahat  tetap 
dengan kejahatannya dan yang baik tetap dengan kebaikannya.

Maka sampai bila pun mereka tidak boleh bersefahaman. Malah  mahu tidak mahu 
mereka kena berbalah dan berhenti sehingga jahat itu bertaubat nasuha .

Lihat Firman Allah yang bermaksud: Hendaklah ada  diantara kamu satu puak yang 
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan mereka 
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah 
(buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang Berjaya 
(surah A’li Imran ayat 104).

Kita ambil istilah berdakwah. Ada agamawan yang setuju dengan kafir supaya suara 
azan tidak dilaungkan menerusi pembesar suara atas hujah boleh menganggu tidur 
orang kafir.sedangkan azan waktu subur sahaja yang barangkali boleh menggangu 
tidor. bagaimana pula dengan  waktu zuhur, asar, maghrib dan Isya. Ganggu tidur juga 
ke.

Azan Ia adalah dakwah secara langsung dan secara tidak langsung  yang wajib 
dilakukan oleh orang Islam untuk mengajak umat Islam solat dan manusia am untuk 
menuju kejayaan sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW apabila berhijarh 
ke Madinah.

Bina masjid dan azan ajak masyarakat Madinah solat untuk menuju kejayaan. Adalah 
tidak masuk akal apabila syiar besar dalam Islam ditamatkan daripada dilaungkan.Ini 
juga punca agamawan berbalah sehingga hari ini.

Mengapa ada agamawan boleh setuju suara azan tidak boleh dikumandangkan keudara menerusi pembesar suara. Mungkin atas alasan zaman Rasulullah SAW tiada 
mikropong pun.

Tapi kita kena ingat bahawa setan sangat takut dengan azan  dan ia mungkin membuat 
orang orang kafir takut dan benci.

Sebab itu DAP (kafir) tidak mahu suara azan dikekumandangkan ke udara,Lebih lebih 
lagi satu kajian yang dibuat  70 peratus orang kafir terpikat dengan Islam dek azan 
suatu syiar besar agama Islam selepas membina masjid.

Kita juga kena ingat bahawa ulamak terbahagi kepada dua golongan. Pertama,ulamak 
yang jahat dan kedua, ulamak yang baik. Apatah lagi dengan agamawan yang ada hari 
ini.


Ada PHD pun ikut kafir. jadi macam kafir, sedangkan Allah minta jangan jadi macam 
kafir dan jangan sekali kali ikut kafir.

Sumber TKO - 15-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------


AMK Sedang Giat Lobi Jadi Calon Di Selangor; Kini Pecah Dua?
Posted on Saturday, March 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33963



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor dilihat sedang mencatur 
calon-calon yang bakal bertanding di negeri itu bagi Pilihan Raya Umum 
ke-14 (PRU 14).
Menurut Hanisya Abdul Hamid, senarai pendek calon-calon AMK SELANGOR itu 
sedang tular di media sosial.

Senarai pendek calon-calon AMK SELANGOR yang dilihat pro Timbalan Presiden 
PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali itu mencadangkan Ketua AMK pusat, Nik 
Nazmi Nik Ahmad yang sebelum ini penyandang di DUN Seri Setia dipindahkan ke 
Parlimen luar Selangor iaitu Parlimen Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Pada PRU 13, calon PKR, Ibrahim Yaacob telah ditewaskan calon BN, Datuk Ahmad 
Fauzi Zahari di Parlimen Setiawangsa.

DUN Seri Setia pula dicalonkan untuk Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Timbalan Ketua 
AMK Selangor yang dahulunya bukan dari team AMK pro Azmin.

Manakala dalam senarai pendek calon itu, orang-orang kuat Azmin sama ada dikekalkan bertanding di tempat asal atau diberi tempat baharu.

Misalnya, Setiausaha MPN Selangor, YB Amirudin Shari dikekalkan bertanding di 
DUN Batu Caves.

Dato Adam Rosly Abdullah, Naib Ketua AMK Selangor diberi tempat bertanding di 
Parlimen Pandan bagi mengantikan penyandangnya, Rafizi Ramli.

Radzlan Jalaludin, penasihat AMK Selangor pula diberi tugas menawan semula DUN 
Kota Damansara yang dimenangi calon BN, YB. Halimaton Saadiah binti Bohan.

Sikap tamak kuasa AMK Selangor dapat dilihat apabila cuba merampas dua DUN 
milik PAS Selangor, iaitu DUN Chempaka yang disandang YB Datuk Iskandar A 
Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor dan DUN Taman Templer disandang oleh YB Zaidy 
Abdul Talib, Bendahari PAS Selangor.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Muhamad Mizan Adli Mohd Noor dicalonkan 
bertanding di DUN Chempaka, manakala Exco AMK Selangor, Muhamad Muhaimin 
Harith Abdullah Sani sama ada akan dicalonkan di DUN Templer atau DUN Batang 
Kali.

“AMK-AMK Selangor ini dikatakan berlagak lebih sudu dari kuah.

“Sumbangan dan jasa kepada masyarakat setempat boleh dikatakan sifar tetapi 
punyalah pelahap dan kemaruk sakan nak bertanding.

“Mohon penjernihan demi kebenaran akan memo ini,” ulas Hanisya Abdul Hamid.

Pemilihan AMK 2014
Team AMK Untuk Malaysia

Team AMK Baru
Team NadiAMK



Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 11-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------Mampukah Malaysia hadapi ancaman Korea Utara?
Posted on Tuesday, March 07 @ 21:36:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33902


 PETALING JAYA: Berdepan krisis diplomatik paling serius sejak era “Konfrontasi” 
dengan Indonesia pada 1963, persoalan yang bermain kini adalah bagaimana Malaysia menangani krisis dengan Korea Utara, sebuah negara yang secara terbuka menonjolkan keupayaan tenteranya kepada seluruh dunia.

Ia timbul kerana Korea Utara bukan seperti negara lain. Regim Pyongyang terkenal 

dengan tindak tanduknya yang kerap mencabar kuasa besar lain terutama Amerika 
Syarikat.

Hanya beberapa hari lalu, ia menunjukkan kekuatannya dengan melancarkan peluru 
berpandu jarak jauh ke arah Laut Jepun, ketika musuh ketatnya Korea Selatan 
mengadakan latihan bersama tentera dengan Amerika Syarikat.

Laporan Institut Antarabangsa Kajian Strategik (IISS) yang berpusat di London, Korea 
Utara mempunyai bilangan tentera aktif keseluruhan seramai 1,190,000, termasuk 
60,000 tentera laut.

Menurut laporan itu, tentera Malaysia yang aktif berjumlah 109,000 dengan 80,000 
tentera, 14,000 tentera laut dan 15,000 tentera udara, dan selebihnya separa tentera.

Teknologi peluru berpandu

Seorang penganalisis pertahanan bagaimanapun tidak menganggap negara yang 
digembar gemburkan memiliki senjata nuklear itu mendapat jalan mudah sekiranya 
perang mulut bertukar kepada sesuatu yang lebih drastik.

Katanya, Malaysia masih mampu menghadapi ancaman tentera konvensional Korea 
Utara.


Menurutnya, Korea Utara bukan merupakan negara tentera yang kuat walaupun ia 
mempunyai tentera darat yang kuat.

“Tapi tidak mungkin digunapakai untuk menyerang Malaysia. Tentera udara dan laut 
Korea Utara boleh diabaikan. Walaupun Korea Utara ada pelbagai jenis misil balistik, 
tetapi bukan semua boleh sampai Malaysia,” kata penyelidik kanan Institut Kajian 
Kemajuan Sosial (Refsa), Lam Choong Wah.

Menurutnya, walaupun benar ia memiliki peluru berpandu jarak jauh, ia masih 
dibelenggu “ketepatan dan kemantapan teknologi yang rendah”.

Bagaimanapun, Lam mengakui apa yang perlu dibimbangi ialah serangan bukan 
konvensional seperti sabotaj, “dirty bomb” dan sebagainya.

Hubungan Malaysia dan Korea Utara kini di tahap paling tegang sejak kedua-dua 
negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1973.

Ia susulan kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, 
selepas diserang 2 wanita, yang dipercayai diupah Korea Utara, dakwaan yang ditolak Pyongyang sejak awal.

Malaysia dan Korea Utara sudah pun menghantar pulang kedua-dua dutanya, dan hari 
ini kedua-dua kerajaan berkeras menghalang rakyat masing-masing pulang ke tanah 
air.

Ia mengancam membawa pertelingkahan itu ke tahap baharu menyamai tebusan, 
ekoran dakwaan polis yang suspek warga Korea Utara yang terlibat dalam 
pembunuhan Jong Nam masih bersembunyi di dalam bangunan kedutaan di Bukit 
Damansara.

Bantuan luar

Keyakinan Lam mengenai kesediaan pertahanan Malaysia juga disebabkan Malaysia 
merupakan salah sebuah negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Selain Malaysia, FPDA ditandatangani Britain, Australia, New Zealand dan Singapura, 
susulan tamatnya jaminan Britain untuk mempertahankan Malaysia dan Singapura 
seperti mana terkandung dalam Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British pada 
1957.

Di bawah FMDA, kelima-lima negara perlu serta merta berbincang sekiranya Malaysia 
atau Singapura diserang.


“Ini menjamin Malaysia perlindungan pertahanan daripada United Kingdom, Australia, 
New Zealand dan Singapura terhadap sebarang ancaman tentera dan dalam kes ini 
serangan Korea Utara akan mencetuskan tindakan balas daripada FPDA,” kata Lam.

Sumber TKO - 7-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------



Apabila Bukan Islam Mengajar Umat Islam
Berkenaan Maqasid Syariah

Posted on Tuesday, March 07 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33894



Menurut portal AIDCNews, Projek berjenama Islam yang dinamakan ‘Maqasid Syariah’ direstui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ia digerakkan oleh badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute
dengan kerjasama dua badan liberal Islamic Renaissance Front (IRF) dan G25
Malaysia.

Penggeraknya, Zairil Khir Johari (Christopher Lim) yang merupakan Pengarah
Eksekutif Penang Institute dan Dr Wong Chin Huat, Penganalisis Politik dan Sosial
Penang Institute.

Zairil berkata mengapa Penang Institute bekerjasama dengan kumpulan moderate seperti G25 adalah untuk membawa idea-idea dan perbincangan yang lebih berfikiran terbuka mengenai Islam.
“Islam adalah agama keamanan dan sekarang ia dikaitkan dengan keganasan jadi kami perlu membawa pandangan yang berbeza mengenai Islam,” katanya kepada The Malay Mail.
zairil
zairil1
zairil2
Laman bangkit.info mempertikaikan kelayakan dan agenda bukan Islam seperti Dr Wong Chin Huat dan tokoh-tokoh liberal dalam mengupas berkenaan Maqasid Syariah kepada umat Islam di negara ini.

Maqasid asy-Syariah juga kerap dibincangkan oleh tokoh-tokoh bukan Islam, terutamanya Wong Chin Huat daripada Penang Institute, sebuah badan pemikir DAP. Namun apa yang lebih menghairankan ialah bagaimana seseorang yang tidak beragama Islam dan secara terbuka pernah menggelarkan diri sendiri sebagai ‘kafir’ di depan khalayak begitu terkedepan sekali membawa agenda ‘Maqasid asy-Syariah’?
Tambahan pula dia tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik yang ada kena mengena dengan Pengajian Islam untuk berbicara mengenai Maqasid asy-Syariah. Kita bimbang pemahaman salah beliau tentang konsep tersebut bakal membawa kepada kekeliruan yang lebih besar?
Persoalannya adakah pemegang ijazah PhD dalam bidang Sains Politik seperti beliau mempunyai agenda tersendiri untuk mempolitikkan ‘Maqasid As-Syariah’ semata-mata?
Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Konvensyen Al-Islam Rahmatun Lil Alamin 2 dan pada satu forum Wong Chin Huat telah dilantik sebagai moderator.
Masalahnya dia telah dilihat cuba memaksa masuk naratifnya sendiri dengan lambakan soalan dan tambahan maklumat hanya kerana naratif selewengnya gagal diketengahkan. Sikapnya pada hari itu yang degil bertegas mahu mewar-warkan kefahaman mengenai perundangan syariah Islam versinya yang tersendiri adalah amat mencurigakan. Apakah niatnya yang sebenar?
Begitu juga kumpulan G25 yang aktif membincangkan mengenai Maqasid asy-Syariah sedangkan mereka bukanlah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam bidang tersebut. Kejahilan mereka terserlah apabila salah seorang ahli G25, mendakwa kesalahan khalwat tidak perlu didakwa memandangkan kesalahan itu tidak lebih hanyalah sebagai ‘personal sin’ sahaja.
Pandangan itu mungkin disebabkan natijah pengaruh budaya dan kefahaman orang Barat memandangkan dia pernah bertugas sebagai Duta Malaysia di Belanda. Mungkin dalam keghairahan mereka yang kononnya cuba mengekang ‘creeping Islamization’, tanpa disedari mereka sebaliknya membawa ‘creeping westernization’ di dalam masyarakat negara ini.
wo1wo2wongwong1wong3






Penang Institute Sarang Penyebar Islam Liberal

Sumber TKO - 7-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------




jangan Konpiuskan Tuntutan Keadilan Denagn Rasisma
Posted on Tuesday, March 07 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33887



Nukilan ini adalah respon dari saya kepada tulisan C H Wongie {Ah Choon] di The Star 5 March dan pandanagan Lam Thye di Star juga minggu sudah. Nampaknya 2 sosok ini dan ' put words in the mouth' bani Melayu untuk mengampu/membela nasib pemandu China yang terlibat di dalam 2 kemalangan berlainan.

Minggu sudah Lam Thye bangkitkan kebimbangannya ada unsur rasisma bila mat mat basikal cuba nak buat demo di bandaraya JB. Dan ada 2 sosok Zaharin dan kawannya ditahan reman kononya terlibat di dalam aktiviti mengahasut.
Kepada 2 Ah Chai nih, saya nak nasihat- ' don' t jump de gun!'

Tunggulah dulu hingga polis buat caj kepada Pemandu, Bike rider [jika menunggang basikal waktu malam satu kealahan] dan keatas 2 sosokyang kononya menghasut. Di dalam The Star 5 March Ah Choon ada beri naratif- keret6a BMW di pandu dilorong [lane] yang salah dan telah sebabkan kemalangan yang menyebabkan pemandunya maut. Ini pun Ah Choon bimbang ada unsur rasisma.

Saya heran kerana saya baca The Star, BH dan NST -tak sedar yang ada kes rasisma terlibat. Ketiga tiga surat khabar ini tak nyatakan siapa maut dan siapa memandu BMW di lorong salah pada awal pagi. Ah Choon telah beritahu secara inuendo pemandu itu china dan si mati itu Melayu! Ah Choon , Lam Thye Saya akui melayu kurang senang dengan kaum China pasal bila pergi pasar, kita kena bayar lebih dari china. Bila beli tayar peniaga kedai tayar jual tayar yang rusak sebagai tayar celup dan ada kes tayar sudah pecah , china tampal dan jual sebagai tayar secondhand ok kononya. bayangkan ada hampir 50 kes tayar letup di LPT2 yang baru dibuka!

Baru baru semasa morning walk , saya jumpa se orang pemandu tengah buka dan tukar tayarnya yang meletup di tepi jalan. Saya tanya dia -'bolih saya tengok tayar yang meletup itu? Dia jawab tayar ini baru dibeli dari kedai sambil buka boot kereta. Woh - tayarnya tayar celup- bunganya banyak tapi ianya meletup selepas beberapa hari digunakan. bayangkan ianya bolih membuat pemandu itu maut kalau kereta itu terbabas /terbalik.

Ah Choon/ Lam Thye kamu kamu kena beritahu peniaga china supaya beretika sikit dlam hidup. Kita . melayu tahu kamu tidak ada kepercayaan pasal akhirat/ hidup selepas mati. tapi mesti hormat kepada nyawa orang yang guna barang yang mereka jual.

Law Untuk Semua Melayu seperti bangsa bangsa lain di dalam Negar ini hanya mahu keadailan untuk anak mereka yang sudah meninggal. Jangan konpius tuntutan untuk keadilan dengan rasisma. Takde kena mengena. lihat aje ibu bapa pemuda India yang mati di dalam lock up-ibu bapa mereka tuntuk keadilan keatas kematian anak mereka! Ada melayu kata- ini kes rasisma? Tuduhan kamu berasaskan rasisma?

Tak de!i ilek!

So Ah Choon dan lam Thye, di dalm kes kemalangan hanya isu tuntutan keadilan yang relevan. Isu rasisma tak important. Jangan bangkitkan isu rasisma. Ah Choon kamu saje beritahu yang kes langgar di jalan tun Razak itu ada unsur rasisma! Jangan merapu dan buat ribut dan menipu! Ini sudah jadikan nukilan kamu di Star sebagai 'fake news' macam dipesbook! yanadda?

Mekanisma Kemalangan Kereta tak berkemalangan 'out- of- the-blue'. Mesti ada punca - cause. Selalunya kes kemalangan di waktu awal pagi adlah sebab mabuk [ alcohol atau dadah terlarang] Kini polis ada laporkan party drugs senang di dapati di disko disko dan 'affordable' [murah].

Persoalan yang timbul di dalam 2 kes ini?

Mengapa the young drivers ini berkeliaran di jalan raya pada jam 3 pagi? Kita hanya bolih agak- mereka baru tinggalkan kawan kawan mereka setelah berparti. takkanlah mereka baru balik dari temple- sembahyang malam kot?

Itu pasal saya selalu buat kempen minta Tong lai rumus undang undang yang beri hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk. SAya telah syorkan supaya MOT pinda RTA ikut Singapura/ USA. Perkaraini telah di lakukan di Singapura sejak 7 tahun lalu. dari masa itu saya selalu kempen supaya MOT ketatkan RTA supaya pemandu yang pergi ke parti minum arak akan sediakan teksi/grabcar/uber untuk bawa mereka pulang.

Lihat aje betapa amanya Singapura dari sudut kemalangan jalanraya berbanding 3rd world Malaysia! Sikap kechinaan hak untuk minum [ dan bawa kecelakaan kepada orang lain] mesti ditongsampahkan.

Ah choon, lam Thye Kamu berdiua sebagai media men mesti tolong saya kempen supaya MOT bikin perubahan di RTA-keraskan hukuman minum atau makan dadah berbahaya semasa memandu. Kamu tidak sepatutnya jadi barua baru geng kaya untuk membuat tipu helah , buat naratif kononya rasisma muncul di dalam 2 kes kemalangan ini. Be responsible and God fearing men bukan chinaman auta lagi haprak!

catatan:
[nukilan ini diterbitkan di tok-man.blogspot.my untuk rujukan senantiasa . . "

Sumber TKO - 2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------
DAP Atur kerusi PPBM & PAN Untuk Lemahkan PAS Selangor
Posted on Sunday, March 05 @ 17:50:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33862



Kewujudan PAN dan Parti Pribumi Bersatu sebagai parti sekongkol baru DAP-PKR menyebabkan kehadiran PAS yang telah membantu Pakatan Rakyat menguasai Selangor menerusi 15 kerusi DUN bagi membolehkan Pakatan Rakyat memperolehi 44 daripada 56 kerusi DUN pada PRU yang lalu, dianggap melukut di tepi gantang memandangkan PAS enggan menjalinkan sebarang kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

PAS tidak mahu lagi berada di bawah kepimpinan DAP, malah PAS dituduh dan dikempen sebagai musuh utama Pakatan.

Malah DAP dan Pakatan Rakyat melemparkan tuduhan ke atas PAS dengan mengatakan PAS goyah dan tidak sekuat PRU yang lepas. Kononnya daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh PAS, 8 daripadanya iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaraas, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat dimenangi dengan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu-Islam.

DAP tidak mengambil kira kemenangan 14 kerusi PKR yang dimenangi kerana pengundi-pengundi Melayu-Islam. Begitu juga dengan beberapa kerusi DUN DAP termasuklah di Teratai yang dimenangi dengan bantuan undi-undi Melayu-Islam.

Akhbar Oriental Daily yang berbahasa Cina mendakwa tanpa kerjasama pengundi-pengundi Cina, PAS diramalkan kehilangan 8 kerusi berkenaan dan dalam masa yang sama PAS bakal berhadapan dengan risiko kehilangan dua kawasan luar bandar iaitu DUN Morib dan Tanjung Sepat.

Beberapa bulan yang lalu, Tony Pua yang merupakan Pengerusi DAP Selangor mendakwa DAP akan merampas kelapan-lapan kerusi DUN berkenaan daripada PAS untuk mereka sendiri bertanding. Beberapa orang anak Melayu yang menyanjungi Lim anak beranak telah dipilih sebagai calon mereka, antaranya termasuklah Rara Othman yang dikatakan bakal dipertandingkan di DUN Dusun Tua.

Untuk kerusi DUN Chempaka dan Lembah Jaya, DAP akan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun untuk dua kerusi ini, PAN dan Parti Pribumi Bersatu akan mengintai peluang dan kesempatan memandangkan jumlah pengundi Melayu yang lebih ramai apatah lagi kedua-dua kerusi berkenaan pernah menjadi kubu kuat UMNO-BN.

DAP bekerjasama dengan PKR cuba mewujudkan perasaan takut dan ragu-ragu di kalangan pemimpin PAS Selangor walaupun mereka sangat takut sekiranya PAS Selangor terus berpegang kepada pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU-14 akan datang.

Kedudukan PAN dan Parti Pribumi Bersatu sangat lemah dan tidak mampu menarik banyak sokongan. Ini agak menyukarkan PAN dan Parti Pribumi Bersatu untuk membantu DAP dan PKR walaupun PRK Sungai Besar yang lepas.
DAP dan PKR bertungkus lumus membantu calon PAN yang akhirnya memberikan kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi.

Pada bulan April nanti, DAP dan PKR akan terus memberikan tekanan yang sekuat-kuatnya ke atas PAS dengan cerita-cerita dongeng dan ketinggalan zaman seperti ‘Pengundi-pengundi Cina dan Bukan Islam’ walaupun pada masa yang sama sebenarnya mereka yang mengharapkan undi-undi Melayu-Islam dari PAS.

Ini disebabkan oleh Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hasan menyatakan bahawa PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu membincangkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR, Nasrudin mendakwa PAS juga akan membuat keputusan sama ada mahu terus kekal bersama Kerajaan Negeri ataupun sebaliknya.

Jika PAS mengambil keputusan untuk keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor, Azmin tidak ada pilihan melainkan terpaksa membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri lebih awal. Ini sememangnya tindakan yang cuba dijauhi DAP dan PKR.


Tekanan demi tekanan akan terus diberikan kepada PAS demi kelangsungan PAN dan Parti Pribumi Bersatu. Kejayaan meletakkan PAN dan Parti Pribumi Bersatu di mana-mana kerusi yang pernah disandang oleh PAS sebelum ini, sebenarnya akan lebih memantapkan DAP, dan bukannya Pakatan Rakyat sebagaimana yang difikirkan oleh PKR.

Sumber FB

Sumber TKO - 5-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------


20 Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Harus Tolak DAP
Posted on Saturday, March 04 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33844



1) DAP sudah bersatu dengan sekutu – sekutunya iaitu PAN dan PKR untuk memerintah Malaysia. Mereka melihat inilah masa terbaik untuk berkuasa ketika orang Melayu berpecah kepada pelbagai parti. Mereka amat perlukan undi orang Melayu untuk mencapai cita-cita tersebut. DAP MAHU KUASAI PUTRAJAYA!.

2) Lihat Manifesto DAP dalam Pilihanraya 2008. Mesej tersirat mereka adalah untuk mengajak semua orang Cina bersatu. Mereka tulis “Hanya DAP yang kuat dapat melakukan semua ini”, itu bukan maksudnya. Maksud sebenar adalah “HANYA CINA YANG KUAT DAPAT MELAKUKAN SEMUA INI”. Apakah orang Melayu masih tidak sedar lagi?

3) Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair (MP Bangsar pada waktu itu) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP).

Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia.

4) DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930.

5) Pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa. Salah seorang Naib Presiden Socialist International adalah Ehud Barak (Bekas Perdana Menteri Israel). DAP bukanlah demokratik, ideologi DAP sama seperti Parti Buruh di Israel. Dari sinilah Lim Guan Eng meniru konsep “Middle Malaysia” dari konsep “Middle Israel”.

6) Dalam ucapan Lim Guan Eng di DAP Melaka State Annual Convention, pada Disember 2005, Guan Eng ada menyatakan akan adaptasi 3 People’s Principles (Nationalism, Democracy dan Equality yang diterapkan oleh Dr. Sun Yat Sen (Pengasas Parti Nasionalis Cina Koumintang). Guan Eng percaya dengan teori Sun Yat Sen bahawa “Oversea chinese as the mother of revolution”. DAP mahu membuat revolusi cara chauvinisme Cina. Guan Eng bukanlah ikut cara Umar Abdul Aziz tetapi ikut Chauvinisme Cina (Assobiyah).

7) Berapa bintang di bendera Singapura dan China? Lihat pula logo DAP dan PAP serta bendera Singapura dan China. DAP adalah serpihan PAP yang bersifat chauvinisme Cina.

8) Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena kempen Tahun Melawat Selangor 2011. Logo bintang 3 tersebut adalah sama dengan logo bintang 3 komunis yang dibawa oleh Chin Peng. DAP cuba menghidupkan dan membawa masuk kembali fahaman komunis di Malaysia.

9) Pada 22 November 2009 Karpal Singh (Pengerusi DAP) mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia mengapa tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Dari sini jelas Karpal Singh sokong Chin Peng pulang ke Malaysia.Bukti DAP sokong komunis.
10) Lim Kit Siang dan Ronnie Liu mengatakan bahawa Zainuddin Maidin buta sejarah kerana menggelar Memorial di Nilai, sebagai Memorial Komunis. DAP menggangap bahawa ahli-ahli MPAJA (komunis) yang gugur tersebut sebagai pejuang kebebasan yang berjuang melawan pendudukan tenteran Jepun di Tanah Melayu. Di sini jelas DAP begitu menggagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

11) ADUN Baruas Ngeh Koo Ham adalah anak saudara kepada Chin Peng (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya). Manakala Nga Kor Ming adalah sepupu Ngeh. Chin Peng pula dikatakan menggunakan peguam yang sama digunakan oleh Ngeh. Ngeh juga merupakan ahli pertubuhan Socialis International yang mendukung ideologi komunis dan sosialis.

12) Pada 1969 DAP pertama kalinya menyertai Pilihanraya Umum. Ketika Pilihanraya tersebut DAP berkempen untuk mansuhkan perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu. Perarakan kemenangan DAP di Kuala Lumpur yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

13) Perarakkan oleh Pemuda DAP yang mengangkat penyapu gergasi bertujuan untuk ‘sapu’ orang Melayu. Ada yang kencing pada orang Melayu, maki hamun serta menunjukkan kelakuan yang kurang ajar kepada orang Melayu pada 13 Mei 1969. Melayu dilabelkan sebagai ‘sakai’ ‘melayu masuk hutan’ dan ‘balik kampung tanam jagung’.

14) Pada 12 Mac 2008 Kit Siang mengarahkan semua ADUN DAP Perak memboikot perlantikkan Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak. Kit Siang tidak mahu PAS menjadi MB. Kit Siang dikatakan mahukan Ngeh Koo Ham sebagai MB Perak. Selepas perjanjian Pangkor 2 diadakan barulah DAP bersetuju Nizar Jamaluddin menjadi MB bagi negeri Perak. Dalam perjanjian itu Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyatakan mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa arab seperti Hudud dan Qisas. Jelas Nizar Jamaluddin hanyalah MB boneka kepada DAP!

15) Pada 6 Februari 2009 Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan biadap kepada Sultan Melayu di Malaysiakini. Beliau berkata “Saya meminta Sultan menghenti dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini”. Kenyataan ini boleh dibaca di Malaysiakini. Ini menunjukkan bahawa DAP cuba untuk menghapuskan kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.

16) Dalam sebuah buku bertajuk “Conversation With Lee Kuan Yew” tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas bahawa ” Bangsa melayu adalah suatu bangsa yang pemalas dan kurang berkemampuan (M/S 53). DAP menggunakan hujah ini dengan menyatakan kaum melayu sebagai bangsa pendatang. Mereka menafikan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Malaysia.

17) Lim Guang Eng mempunyai cita-cita yang sama dengan Lee Kuan Yew, DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘Singapura kedua’. Guan Eng dikatakan sudah menyiapkan cadangan untuk menyerahkan Seberang Prai kepada Kedah dan membatalkan perjanjian lama antara Kedah dan Francis Light. Cadangan ini mahu dibawa kepada Sultan Kedah.

18) Pada 18 Oktober 1990, Karpal Singh (Pengerusi DAP) mengeluarkan kenyataan “Kami memberi pengakuan, untuk mewujudkan negara Islam.

“LANGKAH MAYAT KAMI DAHULU”. Di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang. Butakah Melayu Islam terhadap kenyataan Karpal Singh ini? Atau sememangnya Hudud sudah tiada lagi dalam perjuangan Islam PAS?

19) Pada 25 Februari 2009 Karpal dilaporkan berkata”SAYA SINGH IS KING”.

Ketika mengulas mengenai 100 laporan polis dan dua peluru hidup yang diterima beliau. Malah beliau memberi amaran kepada Pemuda UMNO supaya ‘jangan main-main dengan beliau’. Adakah Karpal Singh ingin menjadi Raja di Tanah Melayu?

20) Pada 10 Januari 2008 Karpal Singh telah menafikan kenyataan Haji Hadi Awang berhubung dalam isu Hudud dimana di sini jelas menunjukkan bahawa DAP MENOLAK HUDUD! Ini bermakna DAP anti undang-undang Islam dan anti agama Islam!

Sumber TKO - 4-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar dan Lim Kit Siang Ubah Peraturan Tanpa Hadi
Posted on Friday, March 03 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33819



Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today menulis: Dua hari lepas, Anwar Ibrahim akhirnya mendedahkan di mahkamah motif sebenar untuk Langkah Kajang. Satu-satunya masalah dengan pendedahan Anwar adalah bahawa ia bercanggah dengan alasan yang Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Tony Pua berikan. Dan ini menimbulkan persoalan siapa daripada mereka berempat yang berkata benar atau adakah keempat-empat mereka berbohong dan sebenarnya ada sebab yang berbeza sama sekali?

Pada titik masa yang berbeza sepanjang 2013 dan 2014 rakyat Malaysia telah diberikan sebab berlainan mengapa Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim perlu disingkirkan. Anwar berkata, yang mana boleh anda baca di bawah, adalah supaya beliau boleh mengambil alih jawatan Menteri Besar dan membawa perubahan kepada Selangor.

Anwar, bagaimanapun, setakat ini tidak pernah berkata apa yang salah dengan Selangor semasa di bawah Khalid dan perubahan apa yang diperlukan. Anwar menggambarkan bahawa Selangor telah ditadbir dengan teruk dan bahawa beliau diperlukan untuk mengambil alih daripada Khalid untuk menangani perkara ini.

Jadi apakah yang Khalid telah lakukan yang salah, atau tidak lakukan, dan yang Anwar akan ubah sebaik sahaja beliau mengambil alih sebagai Menteri Besar?

Anwar terkenal untuk bercakap secara teka-teki atau dalam bahasa yang tidak jelas.

Beliau tidak pernah berkata secara terus apa yang dimaksudkan tetapi hanya memberi petunjuk sahaja. Malah apabila ditanya soalan yang memerlukan jawapan ‘ya' atau ‘tidak' beliau tidak pernah berkata ‘ya' atau ‘tidak'. Beliau bercakap mengenai itu ini tetapi tidak pernah memberikan ‘ya' atau ‘tidak'.

Malah semasa temu bual dengan media antarabangsa, apabila ditanya soalan yang mudah sama ada beliau gay, Anwar tidak pernah menjawab. Soalan ini telah diajukan kepadanya tiga kali dan setiap kali beliau mengubah ke topik tentang konspirasi politik dan bagaimana beliau mendatangkan bahaya kepada golongan pemerintah dan bagaimana mereka takut kepadanya dan bagaimana seruannya untuk pembaharuan menakutkan kerajaan dan sebagainya. Mungkin itu benar tetapi itu masih tidak menjawab soalan sama ada beliau adalah gay atau tidak, yang mana adalah soalan sebenar yang ditanyakan.

Jadi, menurut Anwar, Khalid terpaksa disingkirkan supaya perubahan boleh dibuat di Selangor. Anwar kini perlu memberitahu kita apa yang tidak kena dengan Selangor semasa Khalid adalah Menteri Besar. Anwar juga perlu memberitahu kita perubahan apa yang beliau fikirkan untuk Selangor. Kemudian Anwar perlu memberitahu kita sama ada perubahan ini berlaku dengan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendek kata, kita memerlukan perbandingan ‘dulu' dan ‘kini' supaya kita tahu apakah senario di bawah Khalid dan apakah senario kini di bawah Azmin. Dalam erti kata lain, adakah penyingkiran Khalid membawa pembaharuan di Selangor atau adakah ia masih sama atau semakin teruk? Adakah Anwar berani memberitahu kita atau beliau, seperti biasa, akan membiarkan perkara itu dalam keadaan samar-samar?

Rafizi dan Saifuddin memberikan alasan yang berbeza mengapa Khalid terpaksa digantikan, begitu juga Tony. Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menentang penyingkiran Khalid, begitu juga Tok Guru Abdul Hadi Awang. Dan mereka berkata mereka tidak menyokong penyingkiran Khalid kerana tidak ada sebab yang sah untuk berbuat sedemikian. Dalam erti kata lain, Nik Aziz dan Hadi tidak menerima banyak sebab yang bercanggah yang diberikan untuk penyingkiran Khalid. Pendek kata, para pemimpin PAS berpendapat bahawa semuanya hanyalah alasan yang lemah dan tidak benar.

Alasan Rafizi adalah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jika itu berlaku maka Selangor akan jatuh. Bagaimana penyingkiran Najib akan membawa kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? Adakah Rafizi berkata sekiranya Najib jatuh maka sebilangan besar ADUN Pakatan Rakyat akan menyeberang ke Barisan Nasional seperti yang berlaku di Perak pada tahun 2009?

Sama seperti Anwar, Rafizi tidak menjelaskan perkara itu. Saifuddin pula, yang menerbitkan satu laporan tebal salah laku, pelanggaran dan jenayah rasuah Khalid yang mewajarkan penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Kemudiannya, Saifuddin memohon maaf dan lebih kurang mengakui semua dakwaan adalah dusta. Jadi ini lebih kurang mengesahkan apa yang Nik Aziz dan Hadi katakan: bahawa Khalid adalah mangsa fitnah.

Sebenarnya, Khalid telah meningkatkan rizab Selangor dan itu mengecewakan Pakatan Rakyat. Mereka merasakan bahawa wang itu perlu untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan. Jadi Khalid tidak melakukan kerjanya dengan menyimpan wang itu dan bukannya membelanjakan.

Itu mungkin benar. Anda membuat wang supaya anda boleh membelanjakannya dan bukan untuk menyimpannya. Dan itu adalah apa yang Mahathir lakukan semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun: beliau menghabiskan wang dan bukannya menyimpannya. Tetapi dalam kes Selangor Khalid enggan membelanjakan wang sewenang-wenangnya. Kecuali terdapat alasan yang baik untuk menghabiskan wang, beliau tidak akan berbuat sedemikian.

Sebagai contoh, Khalid enggan membelanjakan wang negeri untuk tujuan parti. Anwar mahu Selangor untuk memberikan setiap parti dalam Pakatan Rakyat RM100 juta. Itu berjumlah RM300 juta, iaitu 10% daripada rizab negeri. Khalid bagaimanapun enggan berbuat itu. Dan ini adalah masalah utama mereka dengan Khalid, terutamanya semasa pilihan raya umum 2013 apabila Khalid kekal enggan memberi wang kepada parti untuk membiayai pilihan raya.

Dan itu adalah sebab utama Khalid perlu disingkirkan. Beliau tidak akan menyalahgunakan kuasa dan pemerintahannya dengan merompak negeri ini.

Pakatan Rakyat tidak berjaya mendapatkan RM3 bilion atau lebih rizab Selangor.

Kini, Khalid bukan lagi Menteri Besar dan Pakatan Harapan kini mendapat pembiayaan dari Selangor.

Semuanya tentang wang, walaupun untuk Pakatan Harapan.

Sumber TKO -3-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiga Nama Melayu Fail Fail Permohonan Isytihar Zakir Naik ‘Ancaman Kepada Keselamatan Negara’
Posted on Friday, March 03 @ 00:26:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33813



Tiga nama Melayu memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Mereka adalah Siti Zabedah Kassim, Asiah Abd Jalil dan Mujahidin Zulkifli.
Permohonan saman yang diketuai P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) di Mahkamah Tinggi menuntut perisytiharan bahawa Dr Zakir adalah satu ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.

Mereka memohon kepada mahkamah untuk segera mengusir Dr Zakir dan untuk mendapat satu perintah sekatan bagi menghalang beliau daripada memasuki Malaysia sebagai pelancong atau melalui apa-apa cara lain.

Mereka mahu perintah mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menangkap Dr Zakir serta-merta.

Selain itu, mereka menamakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.

Sumber TKO - 3-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Malaysia jahil, lembap dalam isu Korea Utara, kata bekas duta
Posted on Monday, February 27 @ 13:18:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33753



PETALING JAYA: Seorang diplomat veteran Malaysia berkata Kementerian Luar Negeri dilihat tidak proaktif dalam isu melibatkan Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri diktator Kim Jong Un, pada 13 Februari lalu.

“Hanya selepas duta Korea Utara melancarkan serangan tanpa asasnya terhadap cara kerajaan menangani kes itu, Wisma Putra akhirnya bersuara, dan itupun hanya memberi jawapan balan kepada duta,” kata Datuk Dennis Ignatius, bekas duta Malaysia ke Kanada.

Dennis bagaimanapun berkata polis mengambil pendirian berbeza dan giat menjalankan siasatan, berbeza dengan Wisma Putra.

Malah, menurutnya, beberapa sumber media antarabangsa juga mengadu, tidak ada sesiapa pun di Wisma Putra yang mahu memberikan komen atau menjelaskan isu mengenai kes tersebut.

Pada 13 Feb, Jong Nam berada di lapangan terbang tambang murah klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau, apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Korea Utara bertegas lelaki itu bernama Kim Chol seperti mana dalam pasportnya.
Kejadian itu mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, yang mahu mayat Jong Nam dikembalikan tanpa bedah siasat.

Siasatan polis Malaysia setakat ini mendapati Jong Nam diracuni, dan ramai percaya ia merupakan angkara pembunuh diupah regim Pyongyang yang selama ini tidak menyenangi Jong Nam.


Berurusan dengan ‘penyangak’

Dennis berkata kes melibatkan Jong Nam mendedahkan kelemahan dasar luar Malaysia, dan mempersoalkan sikap Malaysia yang bertolak ansur terhadap sebuah regim “penyangak” di mata antarabangsa.

Katanya, ini terbukti apabila Malaysia dijadikan Pyongyang sebagai medan memperkasakan program senjatanya, termasuk menggunakan kemudahan perbankan, disebabkan sekatan ekonomi antarabangsa.

“Korea Utara menggunakan bandar raya seperti Kuala Lumpur bagi menggunakan kemudahan sistem perbankannya, melanggar sekatan PBB.

“Disebabkan kelonggaran terhadap Korea Utara, Pyongyang dapat meluaskan operasinya di Malaysia dan kini terdapat kira-kira 1,000 rakyat Korea Utara di Malaysia, komuniti Korea Utara paling ramai di wilayah ini,” kata Dennis.

Menurutnya, regim ala Stalin seperti Pyongyang menjadikan setiap warganegaranya menjadi agen kerajaannya.

“Adalah naif mempercayai rakyat Korea Utara yang tinggal di Malaysia merupakan ahli perniagaan, usahawan dan pelajar semata-mata. Mereka semua dihantar ke sini sebagai agen negara itu, bagi menjalankan sesuatu misi,” katanya.

Dennis berkata pelbagai agensi di Malaysia seolah-olah senang diperdayakan dalam urusan mereka bersama negara seperti Korea Utara.

Beliau memberi contoh sebuah pameran penjenamaan antarabangsa, Malaysia International Branding Showcase, tahun lalu, yang disertai Korea Utara.

“Salah seorang pegawai kanan perdagangan Malaysia teruja mengatakan Korea Utara kini menjadikan Malaysia pintu masuknya untuk pasaran Asia Tenggara kerana ia mendapati negara ini mempunyai dasar mesra perniagaan.”

Satu lagi contoh diberikan Dennis ialah kerjasama agensi berita nasional Bernama dengan pihak berkuasa Korea Utara, di samping tindakan sebuah universiti tempatan menganugerahkan ijazah kedoktoran kehormat kepada Kim Jong Un atas jasa beliau kepada rakyatnya dalam sektor pendidikan.

“Kita tertanya-tanya apa yang menjadi motivasi di sebalik keputusan yang bodoh seumpama itu,” tulis Dennis.

Sumber TKO - 27-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jong-nam diselubungi ketakutan
Posted on Wednesday, February 22 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33688



LONDON 21 Feb. – Perjalanan hidup Kim Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebelum dibunuh di Malaysia sering diselubungi ketakutan dan paranoia kerana menjadi individu penting dalam arena politik di tanah airnya.

Memetik pendedahan akhbar The Guardian dalam satu temu bual bersama rakan baik Jong-nam semasa bersekolah, Anthony Sahakian menceritakan tentang pandangan terbuka dan personaliti yang membawa kepada keputusan beliau hidup dalam buangan dan mungkin juga kematiannya.


Menurut Sahakian, 44, dalam beberapa siri kunjungan Jong-nam ke Geneva, Switzerland dan terakhir beberapa bulan lalu, Jong-nam yang dikenalinya sebagai Lee ada bercerita mengenai Jong-un mungkin melihatnya sebagai ancaman kepada pemerintahan kuku besi yang diwarisi daripada bapa mereka, Kim Jong-il.


“Kami ada membincangkan tentang rejim diketuai adiknya dan perkara yang berlaku di republik itu. Satu perkara yang boleh saya katakan, beliau tidak berminat untuk berkuasa.

“Beliau mahu keluar dan tidak pernah mengimpikan untuk memerintah negara itu, malah Lee (Jong-nam) tidak menerima atau menghargai apa yang terjadi di sana dan memastikan hubungannya dengan rejim kekal jauh,” katanya.

Sahakian memberitahu, berdasarkan perbualan mereka, dapat dirumuskan bahawa Lee ber­anggapan jangka hayatnya tidak akan lama sepanjang pemerintah­an enam tahun adiknya.

“Beliau amat takut dan paranoia. Secara politik, Lee merupakan individu penting dan beliau amat bimbang dan sudah tentu beliau bimbang,” jelasnya.

Bagaimanapun, masih tidak jelas mengapa Jong-nam yang merupakan waris pertama dike­tepikan daripada pemerintahan Pyongyang.

Ibu saudaranya pernah menerbitkan memoir menyatakan Jong-il amat menyayangi anak lelaki sulungnya itu dengan menggelarnya sebagai baby.

Bagaimanapun datuk Jong-nam, Kim Il-sung, yang juga pe­ngasas Korea Utara moden tidak merestui hubungan luar nikah antara Kim Jong-il dengan ibunya, seorang pelakon filem tempatan.

Sumber TKO - 22-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari-hari ratib PAS dan UG dengan UMNO akhir terbongkar rupanya AMANAH - UMNO Kelantan buat pakatan sulit. Nak letak mana muka?
Posted on Tuesday, February 21 @ 23:42:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33683



Percanggahan pendapat antara pimpinan UMNO KELANTAN berhubung cadangan kerjasama yang sedang dijalankan oleh pimpinan tertentu UMNO Kelantan dengan PARTI AMANAH NEGARA ( AMANAH) semakin membarah.

Ada diantara Ketua Umno Bahagian mula menyuarakan ketidak puas hati berkaitan kerjasama yang bakal dibentuk oleh Umno Kelantan di bawah pimpinan Datuk Seri Mustafa Muhamad dengan Pengerusi Amanah Kelantan yang dipimpin Dato Wan Rahim WAN Abdullah untuk menawan Kelantan dari Pas.

Antara pimpinan Umno yang melahirkan kekecewaan atas kerjasama yang bakal dibentuk ialah Setiausaha Umno Negeri Kelantan merangkap Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, Ketua Wanita Umno negeri, Datuk Rahimah Mahammad, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Mas, Datin Shuhanie Deraman, Ketua Pemuda Umno bahagian, Nor Azmawi Ab Rahman dan Ketua Puteri Umno bahagian, Wan Harinawati Wan Daud.

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, ada berkata beliau pernah mengemukakan cadangan dalam beberapa siri perjumpaan bersama pemimpin Umno Kelantan pada beberapa bulan lalu untuk membentuk gagasan kerjasama dengan UMNO Kelantan bagi menghadapi PAS dalam Pru 14 akan datang. Katanya, secara peribadi beliau tidak mahu melihat Kelantan terus diperintah oleh Kerajaan PAS yang korup dan bermasalah.

“Sebenarnya, saya sudah tidak dapat menunggu lebih lama lagi mengenai cadangan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PAS.

“Kerjasama ini tidak bermakna kita tidak bertanding. Ada tempat kita letak calon dan UMNO akan bantu kita, ada tempat kita ( AMANAH) akan bantu UMNO.

“Namun, saya pun tidak boleh tunggu terlalu lama dan rasa sudah tidak boleh tahan (sabar) kerana sehingga kini tiada sambutan balas daripada pemimpin UMNO negeri ini.

Tetapi persoalannya mampukah UMNO Kelantan menawan Kelantan tanpa bantuan Amanah setelah 25 tahun menjadi pembangkang di Kelantan?

Dalam politik tidak ada yang mustahil. Apa yang penting ialah pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sedia buka ruang perbincangan dan menjalin kerjasama dengan AMANAH bagi mencapai matlamat yang sama.

Mereka juga perlu berusaha memperkukuhkan kedudukan UMNO Kelantan serta sedia menjalin kerjasama dengan AMANAH dan dengan meninggalkan segala perangai buruk dan sikap pentingkan diri yang selama ini menjadi penghalang utama kemaraan UMNO untuk menumbangkan Pas di Kelantan.

Oleh itu pemimpin yang terlibat perlu berubah sikap demi masa depan UMNO di Kelantan. Mereka sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan lebih bersedia membuka ruang perbincangan bersama AMANAH atas tujuan yang sama iaitu kembali memerintah Kelantan.

Untuk UMNO kembali memerintah Kelantan bukanlah sesuatu yang aneh atau pelik, tetapi yang aneh atau pelik ialah jika tiada usaha dijalankan untuk menjalinkan kerjasama bagi mencapai kemenangan biarpun sejarah membuktikan Pas boleh dikalahkan.

Ghazali Ibrahem
Penganalisis Umno Kelantan

Sumber TKO - 21-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------



RUU355: Siapa Yang Mencari Keuntungan Politik?
Posted on Tuesday, February 21 @ 09:02:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33672




Apabila seorang mufti secara sinis mendakwa PAS mencari keuntungan politik melalui hudud dan juga RUU355, penulis melihat dua perkara di sini. Pertama, sikap buruk sangka yang bertolak daripada keegoan dan kebusukan hati. Kedua, kejahilan politik apabila ilmu politik hanya ditimba dari perigi buta yang digali dalam ruang yang sempit.


Mana mungkin PAS memperdagangkan hukum Allah demi keuntungan politik. Kalau mufti mahu berniaga, mufti akan menawarkan barangan yang mendapat permintaan yang tinggi. Barangan yang diniagakan mestilah barangan yang mudah laku dan memberi pulangan yang lumayan. Itu tujuannya berniaga.  

PAS perjuangkan syariah sejak ditubuhkan lagi. Ketika itu majoriti Melayu menolak hudud. Mereka mengatakan agama suku politik suku. Pemimpin mereka, Mahathir terutamanya apa tak kata tentang hudud. Setiap kali pilihanraya, mereka membangkitkan isu hudud dengan segala momokan. Mereka mewarnakan hudud dengan palitan hitam.

PAS ditolak oleh pengundi setiap kali mereka memanipulasikan isu ini. PAS tahu bahawa majoriti orang Melayu/Islam tak faham tentang hudud dan tuntutannya. Tetapi atas premis penubuhan PAS itu sendiri untuk memperjuangkan Islam dari sudut politik, maka PAS terus menjelaskan kepada rakyat tentang hudud dari semasa ke semasa.

Kerja memahamkan umat akan syariat dan mengajak mereka mendaulatkannya adalah kerja dakwah. PAS telah menjelaskan sejak dulu bahawa PAS adalah gerakan politik, dakwah dan tarbiyah. Mengapakah seorang mufti memperlekehkan usaha murni ini?

Sebaliknya, UMNO/BN ketika itu menggunakan sepenuhnya media massa kerajaan dan media kawalannya untuk memburuk-burukkan PAS. Pada masa yang sama, 

media internet baru bertatih dan jaringan sosialnya belum lagi wujud. PAS berhujan berpanas untuk menjelaskan tuntutan syariah dan hubungkait agama dengan politik.

Dengan tekad memperjuangkan Islam, PAS berterusan memberi penerangan kepada rakyat dalam majlis-majlis ceramah, forum dan  media cetaknya. Dan hasilnya kini, tak kedengaran lagi nyanyian agama suku, politik suku dan persendaan terhadap syariah. Sangat mengujakan apabila hari ini sebahagian besar pemimpin, ahli dan penyokong UMNO bersetuju kuasa mahkamah syariah dimartabatkan melalui RUU355. Sebaliknya, mereka yang dulu memperjuangkan syariah bersama-sama PAS, hari ini berdolak-dalih dengan pelbagai alasan.

Pelikkah jika ada mufti terkeliru atau memang buta terhadap sejarah perjuangan PAS? Tidak. Bukankah Allah ada menyatakan di dalam al-Quran tentang manusia yang ada mata tetapi buta. Malah Allah membangkitkan mereka dalam keadaan buta di akhirat kerana di dunia  dahulu mereka buta untuk melihat kebenaran.

Manusia yang lebih hebat dari mufti dari segi ilmu dan amalannya pun tersesat. Semuanya telah dirakamkan di dalam l-Quran, al-hadis dan sirah. Mereka itu bukan tak ada ilmu atau sedikit amalannya. Sebab terjadinya demikian mengikut sejarah adalah sifat ujub, riak dan takabur.

Sepatutnya, mufti melihat dengan mata yang celik – malah sudah terang lagi bersuluh siapa sebenarnya mencari ‘polical mileage’ dalam isu hudud dan syariah.

Mufti tidak menyentuh pun bagaimana DAP menahan lukah di pergentingan. Amat tepatlah apabila Presiden PAS mengumpamakan orang-orang seperti ini sebagai meraba politik di bilik yang sempit.

Mereka tidak turun ke lapangan. Ironinya, bagaimana seorang guru sejarah tiba-tiba nak bercakap tentang ikan dan gelora di laut hanya dengan memetik papan kekunci, internet dan facebook. Turunlah ke laut meredah gelora dan menyukat dalam dasarnya. Dan kalau bernasib baik boleh merasa sendiri mabuk lautnya.

Sepatutnya mufti menegur DAP yang menghina hudud dan syariah. DAP menentang berhabis-habisan, separuh nak berperang. Apa kena-mengena hudud dengan DAP? Kalau DAP rasional, mereka hanya perlu angkat tangan untuk tidak menyokong di Parlimen. Mudah dan selamat. Tak berlakulah kecoh-kecoh dan konfrantasi seperti sekarang. Ini negara demokrasi. Tak kan DAP tak faham melainkan ada maksud dan tujuan.

Tak lain tak bukan DAP membina persepsi ‘hero’ di kalangan bukan Islam sebenarnya. DAP mewajahkan hudud dan syariah itu sebagai hantu kemudian DAP datang sebagai superman untuk kononnya menghalau hantu. Dan terbukti usaha DAP yang sangat menguntungkannya ini cuba disaingi oleh MCA, Gerakan dan MIC. Hasilnya, DAP ternobat sebagai juara. 80% undi kaum Cina dan bukan Islam diraihnya.

Apakah mufti buta tentang permainan kotor ini? Mufti tak pernah mendakwa DAP mempolitikkan agama, apalagi untuk mengecamnya. Maka, adakah salah jika umat melihat gelagat mufti ini sekapal dengan DAP – mempunyai objektif dan destinasi yang sama.   

Sumber TKO - 21-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Langkah Kajang: Tindakan PAS (TG Haji Abdul Hadi dan TG Nik Abdul Aziz) Ternyata Benar
Posted on Monday, February 20 @ 20:45:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33671



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan “Langkah Kajang” pada 2014.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi pihak Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau menteri besar Selangor, yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, keputusan dibuat bahawa seseorang pemimpin kanan patut menggantikan Khalid dan langkah itu termasuk menggantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Chin Cheh.

Shafee: Niat awalnya untuk letakkan kamu sebagai calon, tetapi ini tidak berlaku?

Anwar: Ya, tidak berlaku.

Shafee: Akhirnya, calon lain diletakkan?

Anwar: Ya, kami putuskan seorang yang kanan daripada beliau (Lee), iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kami lihat Khalid juga turun berkempen.

Shafee: Kamu setuju dalam Langkah Kajang, Khalid baut kenyataan tidak setuju dengan langkah itu?

Anwar: Sudah tentu, kerana dia tidak mahu lepaskan jawatan itu.

Shafee juga bertanya sama ada Khalid tersinggung kerana merasakan dikhianati oleh partinya.,

“Ada perbezaan pandangan berkaitan pengurusan. Saya seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

“Ia berlaku di mana-mana, malah di Pahang dan juga Kedah, yang melibatkan (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir).

"Perubahan ini juga melibatkan kepimpinan Umno,” katanya.

Mukhriz disingkirkan tahun lalu selepas bapa beliau Mahathir Mohamad melancarkan serangan keras dan bertubi-tubi terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.



Manakala Langkah Kajang adalah punca retaknya Pakatan Rakyat dan PAS menerima tekanan kerana semua suara cuba menjadikan PAS sebagai 'kambing hitam' atas langkah ini.

Pembohongan demi pembohongan dan reka cerita kesalahan TS Khalid Ibrahim tersebar dan mereka sanggup membohongi rakyat atas isu ini.

Rafizi membohongi rakyat kononnya, langkah Parti Keadilan Rakyat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya. Dia mendedahkan kononnya UMNO merancang untuk mengambil alih Selangor. Dengan air mata Rafizi kata demi untuk selamatkan Selangor kami terpaksa mengerakkan Langkah Kajang.

Sumber TKO - 20-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Retak dalam DAP semakin besar Kata ADUN DAP Sekarang
Posted on Thursday, February 16 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33630



GEORGE TOWN: Keretakan dalam DAP dilihat semakin melebar selepas lebih ramai pemimpinnya bersuara mempertahankan 4 wakil rakyat Melaka yang keluar parti pada Ahad, kerana kehilangan keyakinan terhadap kepimpinan.

The Star melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu berkata beliau bersimpati dengan 4 “rakan” di Melaka.

Empat pemimpin DAP negeri yang berhenti ialah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan Ahli Dewan Undangan Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

Teh berkata beliau memahami rasa tidak puas hati mereka, terutamanya ke atas kerjasama DAP dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Saya boleh bersetuju mengapa mereka berasa bosan DAP bekerjasama dengan Pribumi. Sesetengah daripada kita turut merasakannya.

“PPBM adalah satu cabang atau serpihan kumpulan Umno. Pemimpin DAP kami menghabiskan banyak masa pengukuhan hubungan dengan saudara kami dalam Pakatan tetapi tidak dalam parti kita sendiri,” katanya kepada The Star.

Teh berkata pemimpin PPBM adalah ahli lama Umno, dan beliau bimbang bekerja dengan parti akhirnya akan membawa kepada pembentukan “Barisan Nasional II”.

Pada Isnin, Ahli Exco Selangor dan Naib Pengerusi DAP negeri Selangor Teng Chang Khim membidas rakan ahli parti kerana memburuk-burukkan 4 sekawan yang meletakkan jawatan.

Teng juga menyelar pemangku kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai yang menggambarkan 4 wakil rakyat itu sebagai “tumor malignan” yang tindakan keluar mereka memberi kesan baik kepada parti, sambil menambah tidak seharusnya kata-kata kesat diberi kepada bekas rakan mereka.

Sumber TKO - 16-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dari Akhbar Cina: Kekuatan DAP bakal terjejas
Posted on Wednesday, February 15 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33615



ISU empat wakil rakyat DAP dari Melaka yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini, dipercayai akan menggugat kedudukan parti itu pada PRU akan datang.
Krisis dalaman DAP itu dilihat bukan sahaja menyebabkan perpecahan dalam parti, malah turut menghilangkan kepercayaan pengundi Cina, sekali gus menutup peluang calon-calon parti itu untuk mencapai kemenangan.

Demikian pandangan diberikan penganalisis politik, Dr Phoon Wing Keong kepada Sin Chew Jit Poh, ketika mengulas isu empat pemimpin DAP termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him meninggalkan parti tersebut. Tiga lagi yang turut keluar parti ialah Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

Menurut Wing Keong, sebelum isu itu tercetus, sudah terdapat ura-ura mengatakan jumlah pengundi Cina yang akan keluar mengundi pada PRU14 akan berkurangan sebanyak 10 hingga 20 peratus berbanding PRU lalu.

"Isu empat wakil rakyat DAP keluar parti ini perlu dipandang serius kerana ia mungkin akan menyebabkan ramai pengundi rasa kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan yang bertelagah serta berpuak-puak," katanya.

Menurutnya, keempat-empat wakil rakyat itu sebenarnya tidak puas hati terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng kerana dipercayai campur tangan dalam pemilihan parti di Melaka tidak lama dulu.

"Kehilangan mereka memberikan kesan amat besar terhadap parti, terutama di Melaka kerana mereka mempunyai pengaruh dan sokongan yang kuat. Saya percaya DAP menghadapi ujian besar untuk mempertahankan keempat-empat kerusi Dun ini pada PRU14," katanya.



  Wing Keong berkata, selain krisis dalaman DAP, perpecahan antara parti pembangkang dan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjadi antara faktor yang memungkinkan DAP dan parti-parti pembangkang lain menghadapi laluan sukar pada PRU14.

Sumber TKO - 15-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

PRU14: Kedudukan PKR Lebih Terancam
Posted on Wednesday, February 15 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33612




SHAH ALAM: Penganalisis politik berpendapat dalam situasi terkini politik Selangor, kedudukan PKR dilihat lebih terancam berbanding Pas.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, berkata, jika pengundi Pas menarik sokongan ke atas Pakatan dan tidak mahu mengundi PKR, maka parti itu akan hilang banyak kerusi.


Kini di Selangor katanya, parti yang benar-benar kukuh dan boleh meraih kerusi di Dun adalah DAP, Pas dan Umno.

"PKR dan Amanah akan berhadapan krisis hanyutan sokongan rakyat terutama dari kalangan orang Melayu kerana sikap mereka yang melebihkan DAP serta meminggirkan Pas.

"Saya ramalkan selepas PRU14 akan berlaku senario kedudukan kerusi Dun yang rumit untuk menubuhkan kerajaan negeri dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali serta PKR akan tinggal kenangan sahaja," katanya.

Md Shukri berkata, jika DAP mahupun Amanah yang dilihat seolah penyokong kuat DAP gagal berkompromi dengan Pas Selangor, maka PKR akan jadi mangsa hilang kerusi di Dun termasuk hilang kerusi menteri besar (MB).

"Eloklah jika kerusi MB Selangor diberikan peluang kepada Pas jika Umno dapat bekerjasama dengan parti itu.

"Cabaran Pas Selangor kepada Amanah untuk memberanikan diri bertanding di kerusi Pas adalah cabaran agar parti itu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ihsan serta sokongan DAP sahaja," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penegasan Khairuddin sekiranya Amanah ingin meneruskan niat untuk berdepan pertandingan tiga penjuru hanya akan memberi kemenangan mudah kepada BN mempunyai asasnya.

Menurutnya, jika berlaku pertandingan tiga penjuru sekalipun, ia hanya akan mengukuhkan dominasi DAP di Selangor mewakili Pakatan dan Pas pula akan kekalkan beberapa kerusi, manakala BN menerusi Umno akan menang beberapa kerusi tambahan.

Katanya, jika Pas dan Umno bekerjasama membentuk kerajaan baru Selangor pun tiada masalah.

"Soal satu lawan satu pula hanya sebuah teori dan impian politik sahaja, ia bukan satu ketetapan.

"Parti-parti yang wujud ada agenda dan perjuangan tersendiri. Perbezaan itu jika ketara maka tidak akan wujud satu kesepakatan dan perbezaan inilah yang menjadi punca pertentangan antara Pas dan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR serta Amanah," katanya.


- Sinar Harian

Sumber TKO - 15-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mengelirukan umat Islam
Posted on Tuesday, February 14 @ 15:38:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33596



Jika benar Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis berkata bahawa apa yang salah sekarang ini kita beri gambaran pada dunia apa yang kita katakan keadilan, apabila dipotong tangan pencuri, disebat orang berzina, minum arak maka terlaksana keindahan Islam.

Maka sahlah fahaman Islam beliau ada persamaan dengan fahaman Islam Tun Dr Mahathir Mohammad dan kucu kucunya

Seolah olah dipotong tangan pencuri, disebat orang berzina, minum arak  mengambarkan betapa  hudoh dan buruknya Islam.

Itu bukan keindahan Islam.Katanya.Keindahan Islam bagi Mufti Perlis ini, perempuan yang  tak tutup aurat tak masuk neraka.tidak boleh potong tangan pencuri, tidak boleh sebat orang minum arak dan tidak boleh rejam orang yang berzina. mungkin inilah keindahan Islam menurut fahamanya.



Sehubungan dengan itu, Tun Dr Mahahir bukan sahaja mempersenda sendakan hudud, malah tergamak menghina dan mengatakan bahawa habislah rakyat Malaysia kudung tangan.



Bukan setakat itu sahaja, malah ada penyokong Tun Dr Mahahthir Mohammad yang tergamak mengatakan akan habislah batu batu di tepi jalanraya jika zina di jatuh hukuman rejam.



Yang sangat menyayat hati kita, dikatanya habislah sungai Nerus dipenuh dengan tangan tangan manusia.



Sampai begitu sekali persepsi mereka yang mengaku beragama islam terhadap undang undang Islam yang hendak didaulat oleh parti Pas se Malaysia.



Sekarang  ini Dr Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis  pula yang cuba berperanan lakukan sesinambungan yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohhamad dahulu itu

Mungkin memberi gambar habis batu ditepi jalan dan habis kudung tangan rakyat Malaysia  itu indahnya Islam bagi Dr Asri Zainal Abidin dan yang salah dan yang tidak indahnya Islam, potong tangan kepada pencuri kereta dan rejam terhadap orang yang berzina juga sebat terhadap orang minum arak.  



Sumber TKO - 14-2-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Pengundi Cina mungkin tak sokong kalau Zaid calon DAP di Gelang Patah
Posted on Monday, February 06 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33481



SHAH ALAM: Penyertaan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP merupakan satu lagi taktik parti yang sinonim dengan cauvinisme bagi meraih undi daripada kalangan Melayu.

Demikian menurut penganalisis politik yang juga bekas ahli akademik, Dr Baharuddin Aziz yang tidak menolak kemungkinan tersebut ketika ditanya berhubunglangkah yang bakal diambil Zaid Ibrahim. 
Walau bagaimanapun, menurut Baharudin, sekiranya sah Zaid menyertai DAP, kemasukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak mendatangkan kesan kepada parti berkenaan.
"Ya, saya nampak itu satu taktik DAP untuk menggunakan sedikit pengaruh yang ada pada Zaid Ibrahim. Tetapi pada saya, ia tidak mendatangkan kesan seperti yang diharapkan DAP," katanya.
Justeru, Baharuddin berpandangan Zaid wajar kekal dalam bidang kerjayanya sebagai seorang peguam seperti sekarang berbanding dalam arena politik, apatah lagi pemimpin itu seorang yang berpengaruh dan mempunyai nama dalam bidang perundangan. 
"Dia (Zaid) nak masuk parti mana dan bertanding di mana, itu terpulang pada pilihan dia. Tapi pada mata orang ramai, Zaid Ibrahim lebih terkenal sebagai seorang peguam, bukan ahli politik.
"Lebih baik dia (Zaid) duduk dalam bidang perundangan, bukan politik. Jadi seorang peguam yang baik, yang mempunyai nama di arena antarabangsa,” katanya kepada Antarapos.
Ketika ditanya tentang kemungkinan kemasukan Zaid ke dalam DAP bagi menggantikan Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU14, Baharuddin meramalkan bekas pengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu bakal mengalami kegagalan.
Ujarnya, walaupun peratusan pengundi Cina lebih tinggi berbanding Melayu di kerusi tersebut, namun faktor calon mungkin menjadi penyebab kekalahan Zaid kelak.  
"Zaid Ibrahim susah dia nak menang di Gelang Patah. Mungkin pengundi-pengundi bukan Melayu akan memihak kepada Zaid, tapi kalau Zaid Ibrahim bertanding, ramai pengundi Cina tidak akan keluar mengundi," katanya. 
Terdahulu, sumber-sumber DAP mengesahkan Zaid sudah memohon memasuki parti itu yang sebelum ini kehilangan beberapa pemimpin Melayu.
Kemasukannya ke dalam DAP dilihat bertujuan menghakis tanggapan umum bahawa DAP terlampau berteraskan kaum Cina dan tidak memberi ruang kepada ahli Melayu.
Setelah meninggalkan Umno, Zaid menyertai PKR pada 2009 dan diberi peluang oleh parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kurang setahun kemudian.

  Bagaimanapun beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan. - AntaraPos

Sumber TKO - 6-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Senarai Kenyataan Pemimpin DAP Perlekeh Islam
Posted on Sunday, February 05 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33464



KUALA LUMPUR – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyenaraikan beberapa fakta yang menggambarkan DAP sebuah parti politik anti-Islam.

Beliau dalam kenyataan itu  turut berhujah tentang kajian Institut Darul Ehsan milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti-Islam.

Selain itu, katanya, sikap DAP ke atas Islam itu turut tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.


Tambah beliau, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

“Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam,” katanya.

Kenyataan Kamarul Zaman itu disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook beliau hari ini.

Kamarul Zaman turut mengemukakan kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP yang mendedahkan sikap anti-Islam parti itu seperti berikut:

– Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

– Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

– Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.

– Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Mekah.

– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

– Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’

– Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

Untuk rekod, sekutu DAP dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) turut membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 5-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lagak DAP bagaikan kumpulan samseng
Posted on Monday, January 30 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33392



KUALA LUMPUR 29 Jan. - Lagak DAP bagaikan seperti sebuah kumpulan samseng kepada musuhnya ketika cuba mencari perdamaian dengan Pas, dengan sikap yang dipamerkan itu meruncingkan pertelingkahan selain mempersendakan lawan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, DAP tanpa segan silu menghulurkan salam perdamaian dengan partinya hanya melalui media. Sikap itu katanya tidak mempamerkan adab orang yang mahu berdamai.

"Sebelum ini dia putuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selepas itu hulurkan salam perdamaian kepada Presiden Pas dan kemudian bertekad untuk saman Presiden Pas. Esok entah apa pula pelan dan strategi pemimpin DAP," katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Beliau mengulas laporan berhubung hasrat Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengarahkan peguamnnya membuat kajian supaya dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi yang mendakwa beliau sebagai anti-Islam.

Jelasnya, seluruh ahli Pas teguh bersama Abdul Hadi dalam menggalas cita-cita perjuangan Islam.

Tambah beliau, ahli-ahli Pas sedia mempertahankan presiden parti untuk berdepan tindakan saman Kit Siang, selain mempunyai bukti kenyataan dan sikap kepemimpinan DAP yang mempersendakan hukum Islam

Sementara itu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Kit Siang yang mahu menyaman Abdul Hadi dilihat sebagai individu yang kecewa ‘akibat cintanya tidak berbalas'.

"Pemikirannya semakin kacau dan kami tidak nampak hala tuju Kit Siang. Malah dengan tindakan saman itu, Pas tidak nampak wujudnya peluang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP. Selama ini Pas sudah dua kali bekerjasama dengan DAP tetapi mereka tetap menentang usaha kami. Saya nasihatkan cukup-cukuplah," katanya



Sumber TKO - 30-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cuma 2 Aje Di Pasaran, Tanda Jualan Akhbar Tenat?
Posted on Monday, January 30 @ 08:01:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33391



PUTRAJAYA - Lazimnya syarikat persuratkhabaran tempatan waima di seluruh dunia tidak pernah gagal menjual akhbar pada Ahad, yang dianggap sebagai paling laris berbanding enam hari lain.

Malahan, sekiranya tarikh perayaan secara kebetulan jatuh pada hari minggu tersebut sekali pun, syarikat surat khabar tetap mencetak akhbar mereka untuk dijual menemui pembaca setia masing-masing sepanjang Ahad itu.

Bagi mereka yang pernah bertugas dalam bidang persuratkhabaran, jika akhbar perlu diedarkan di pasaran pada hari perayaan utama, ia kebiasaannya dicetak lebih awal atau dikurangkan muka surat berbanding keluaran normal.

Ini juga untuk memberi peluang kepada pekerja terlibat agar dapat balik awal bertemu ahli keluarga serta mampu bersama-sama meluangkan lebih masa menyambut cuti perayaan tersebut dengan rakan-rakan atau saudara mara.

Bagaimanapun, atas pertimbangan faktor kemanusiaan selain tuntutan kesatuan sekerja, surat khabar di Malaysia lazimnya tidak dipasarkan pada hari-hari perayaan besar antaranya Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.

Namun apa yang bakal berlaku kali ini amat luar biasa apabila buat julung kalinya dalam sejarah, syarikat akhbar dilaporkan tidak juga menjual akhbar pada Ahad iaitu sehari selepas Tahun Baharu Cina yang jatuh 28 Januari.

Berdasarkan pemerhatian MYNEWSHUB di beberapa kedai runcit, hampir kesemua akhbar memaklumkan kepada pembaca mereka di halaman depan bahawa tiada penerbitan pada 29 Januari dan menemui semula keesokannya.
akhbar
Keadaan ini bukan sahaja pelik tetapi janggal kerana syarikat persuratkhabaran tidak melepaskan peluang menjual pada Ahad yang dianggap paling tinggi edaran apabila ramai orang akan mencari akhbar mengisi masa minggu.

Setakat ini hanya Mingguan Malaysia dan KOSMO! Ahad dipasarkan pada hari tersebut sementelahan Kumpulan Utusan juga tetap menerbitkan akhbarnya seperti biasa sepanjang tahun kecuali ketika Hari Raya Puasa sahaja.

Timbul persoalan kenapa semua syarikat akhbar tersebut seperti enggan ‘berniaga’ pada Ahad yang dianggap lubuk rezeki jualan surat khabar bahkan membiarkan Kumpulan Utusan berjaya menguasai pasaran seluruh negara.

Atau adakah bos akhbar berkenaan terlalu bimbang produk mereka tidak dibeli hanya kerana persepsi negatif konon selera masyarakat kini semakin canggih dan cuma mengikuti perkembangan semasa menerusi laman atas talian.

Bukankah pembelian akhbar berkala layak menerima insentif pengecualian cukai di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai usaha pihak kerajaan untuk memperkasakan industri persuratkhabaran tempatan yang agak lesu.

Untuk rekod, Mingguan Malaysia tahun lalu kekal sebagai akhbar berbahasa Melayu yang paling laris di pasaran, manakala Kosmo! pula muncul menjadi harian bahasa Melayu popular di negara kita. – Mynewshub.cc/HAA

.....

Webmaster: Zaman saya belajar dulu, kami beli akhbar 2 kali sehari terutama pada hari Ahad kerana pada akhbar ada lambang *. Jika ada *** 3 biji itu bermakna terbitan (cetakan terbaru) Beberapa halaman utama akhbar itu memaparkan isu terkini.



DAP Parti Rasis, Tidak Demokratik & Korup kata Tunku Aziz. Kenapa DAP Tak Saman Tunku Aziz?
Posted on Sunday, January 29 @ 07:30:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33377



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata penyertaannya dalam parti itu pada Ogos 2008 merupakan satu kesilapan terbesar dalam hidupnya kerana DAP adalah sebuah parti rasis, tidak demokratik dan korup yang berlawanan dengan prinsip hidupnya.

Ikuti luahan Tunku Aziz kepada Hafeez Ismail ketika makan bersama di Kota laksamana pada 1 Mei 2013.

Ramai orang tanya, kenapa saya seorang Melayu masuk DAP?

Kawan saya, Datuk Zuraidah, hantar sms kepada saya, dalam bahasa Inggeris. Dia kata, “dah hilang fikiran ke (masuk DAP) ?.”

Masa saya masuk DAP dulu, saya bukan muda, (ketika itu) saya sudah berumur 74 tahun. Jadi, ramai orang hairan, bertanya, kenapa baru nak masuk parti politik?

Sebab masuk DAP

Saya masuk DAP ni, bukan kerana saya nak jadi ahli politik. Tetapi kerana Lim Kit Siang, seorang yang saya kenal, jemput saya masuk DAP. Dia kata, DAP ini adalah satu parti yang tidak ada rasuah. Itu kononnya. Tetapi, (bila) orang yang dah masuk (DAP), yang keluar itu, (mereka) sudah tahu (benarkah tiada rasuah).

Saya sudah lama jadi aktivis, nak mengurangkan rasuah di dalam negara kita, kerana saya sangat sayang negara saya.

Kalaulah betul saya ada cadangan nak jadi seorang ahli politik, saya sudah masuk UMNO semasa saya keluar dari universiti, semasa saya balik dari luar negara (dulu).

Seorang guru saya di Alor Setar, (Tan Sri) Hanafiah Hussain, dia jadi MP Yan, Kedah. Dia kata, Tunku mari masuk UMNO. Saya kata, tentang politik ini memang suka kerana masa di universiti dulu saya belajar tentang sains politik. Dia kata, belajar politik itu tidak sama dengan jadi ahli politik. Jadi, saya tak fikirlah saya ini boleh jadi seorang ahli politik.

Di dalam DAP, dia (Kit Siang) kata dia (akan) beri kepada saya satu platform. Katanya satu platform yang awak boleh teruskan kerja anti-korupsi. Saya bertanya kepadanya, sebab masa dulu saya ada platform, saya Presiden Transparency International Malaysia dan juga Naib Presiden Transparency Worlwide.

Bila saya dah letak jawatan itu (Transparency International), saya sudah tidak ada lagi platform. Jadi, bila dia (Kit Siang) kata, “Okay, awak ada platform” , (maka) saya terima lah (masuk DAP). Bukanlah bererti saya minta pangkat ke apa dengan DAP, tidak.

Bila saya mula-mula masuk DAP (Ogos 2008), dalam masa dua hari, (saya) diberi jawatan Naib Pengerusi DAP. Lepas tu, tak lama selepas itu, dilantik jadi seorang Senator.Senator DAP pertama dari Pulau Pinang.

Pujukan Kit Siang & Guan Eng

Tetapi, bila saya masuk DAP dalam dua bulan sahaja, saya mula berfikir, saya masuk parti tak betul ini. Jadi, saya tulis surat kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP). Saya kata, saya nak letak jawatan lah. Dalam DAP ini, kalau kita tulis surat, tak kira pangkat kita pangkat bawah, pangkat atas, mereka tak jawab surat kita.

Kemudian, setahun lepas itu (2009), sekali lagi. saya tulis surat kepada Kit Siang (Penasihat DAP). Selepas itu, Kit Siang dan Guan Eng datang berjumpa saya. mereka pujuk saya, ‘Tolonglah, kalau Tunku keluar DAP akan banyak masalah’.

Saya ingat, kita (saya dengan Kit Siang) ini kawan lama, oklah saya tak jadi keluar. Namun, saya lihat perkara yang dibuat dalam DAP adalah perkara yang saya tak boleh terima. Kita kena ada prinsip.

Dalam DAP ini, masa bercakap cukup pandai. Kata tak ada rasuah, tapi rasuah dalam DAP ini, macam Encik Jafrei (Nordin), dia buat satu press conference di Pulau Pinang, cerita semua.

Agenda rahsia

Kononnya DAP ini satu parti multiracial (berbilang kaum). Tetapi cuba kita tengok, kalau mereka nak berbincang tentang polisi, mereka bersama-sama mereka sahaja.

Yang kita ini (Melayu) hanya pelaksana keputusan umum, tetapi tentang agenda rahsia memang dia setuju. Dia tak kata dia setuju tapi kita fahamlah dia setuju.

Kita tengoklah orang Melayu, orang India dalam DAP, semua diketepikan.

Baru-baru ini, konvensyen DAP di Pulau Pinang, nak melantik CEC, jawatan paling tinggi dalam parti. Lapan calon Melayu (masuk bertanding), seorang pun tak terpilih, tak dilantik.

Maknanya, kepimpinan tertinggi DAP tak boleh terima (Melayu). Jadi, nak tunjuk juga DAP ini satu parti berbilang kaum, dia kata dia buat silap semasa proses pemilihan itu.

Jadi, budak nama Zairil, dia kata Zairil ni orang Melayu tetapi Zairil ni bukan orang Melayu. Zairil ni nama betul dia.. (Christopher Howard Lim).. Dia (Zairil) jadi anak angkat kepada Tan Sri Khir Johari. Khir Johari ni biasa dengan saya. Dia guru saya dulu di kolej. Saya kenal dia.

Kalau keturunan keluarga Zairil, bapa Cina, emak Cina, macam mana anak dia jadi Melayu ? Kalau dah masuk Islam tu, kita boleh terima dia sebagai seorang Islam tetapi jangan kata pula ini orang Melayu.

Kalau tak bersetuju, habis..

Dalam DAP ini, kalau kita tak bersetuju, habis. Saya masa masuk itu, ada seorang yang lama dengan DAP, saya tak boleh nak sebut nama dia, di Taiping. Dia kata, dalam DAP ini awak tidak boleh kritik Kit Siang dan Guan Eng. Jika awak kritik, cita-cita politik awak akan tamat. Maknanya, janganlah kita nak kata tak bersetuju.

Tapi saya, bukanlah saya nak minta sedekah dengan mereka ini. Mereka yang pelawa saya. Jadi, kalau benda tu tak betul, saya kata tak betul. Kalau benda itu betul, okay betul.

Sungguhpun saya dalam pembangkang, tetapi apa yang YAB Perdana Menteri lakukan itu, saya kata, kita kena sokong program transformasinya. Ini adalah satu program yang baik dan akan memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia, (saya) sokong. Mereka cukup marah dengan saya.

Kalau saya sebut 1Malaysia pun marah, sampai begitu.. Jadi, ini satu parti yang khianat. mereka tanam sentimen benci, bukan satu parti yang macam 1Malaysia, tidak.
Kalau tengok dia punya cara mereka menulis di siber, baru kita tahu bahawa parti ini (DAP) satu parti yang tak boleh halang kerana mereka bukan peduli, kalau melanggar undang-undang. Sungguh pun mereka ini semua pembuat undang-undang, ahli parlimen.

Taja Demonstrasi jalanan

Saya keluar dari DAP semasa saya jadi Senator. Dalam Senat saya bangun dan saya kata, saya tak bersetuju dengan apa yang Bersih akan buat iaitu street demonstration (demonstrasi jalanan). DAP hantar banyak duit kepada semua, beratus-ratus, boleh kata beribu-ribu orang rakyat Malaysia, suruh mereka keluar hari itu, buat satu demonstrasi jalanan.

Jadi, saya kata, ini saya tak boleh sokong. Saya memang sokong pemilihan yang adil dan bersih. Siapa tak sokong, semua rakyat sokong. Tetapi saya tak boleh sokong kalau Datuk Ambiga mahu melanggar undang-undang.

Kerajaan dah kata, jalan Dataran Merdeka itu satu kawasan larangan. Maknanya kita tak boleh nak masuk ke situ. Tapi mereka dah masuk juga, mereka tak peduli.

Jadi berlaku konfrantasi saya dengan Lim Guan Eng. Saya kata, memang saya tak boleh sokong. Saya tak boleh bersetuju. Dia kata, orang lain semua setuju, kenapa Tunku tak boleh setuju. Saya kata, dia nak bersetuju dia setujulah tapi saya tak boleh nak terima ini (kerana) nak memecahkan dan melanggar undang-undang.

Kalau satu undang-undang itu yang tak baiklah katanya, kita ada kaedah dalam sistem kita. Sistem demokrasi dalam parlimen. Kita nak ubah, nak alih, kita mesti melalui Parlimen.

Civil disobedience

Jadi, dia (Guan Eng) ingat dia pandai. Dia kata semula kepada saya. Dia kata, ini bukan nak pecah undang-undang, ini hanya ‘civil disobedience‘ (penentangan masyarakat awam tanpa keganasan).

Ini Lim Guan Eng dia ingat dia pandai. Tetapi bagi saya, budak ini cukup bodoh. Dia tak faham apa itu civil disobedience

Civil disobedience ini adalah satu konsep, bukan konsep baru, tetapi konsep lama. Di Eropah dulu. berpuluh-puluh tahun dulu sebelum Mathma Ghandi (di India). Tetapi Ghandi, dia buat civil disobedient kerana apa ? kerana dia nak halau orang Inggeris keluar dari India.

Jadi, saya tanya Guan Eng, “Di Malaysia, siapa yang awak nak tendang keluar? Kita adalah negara merdeka. Siapa yang awak nak tendang keluar ?

Oh dia (Guan Eng) kata di Southern Amerika Syarikat (AS), Martin Luther (orang kulit hitam) kata, mengikut Guan Eng, kalau undang-undang itu zalim, kita tak payah ikut undang-undang itu. Itu pun satu orang, saya kira otak yang dah beku.

Di Southern AS, orang kulit hitam , tidak ada apa-apa hak, no right. Nak naik bas pun tak boleh bersama-sama dengan orang putih. Kalau ada pun pendaftaran perhimpunan, orang kulit hitam ini, bukan sebahagian daripada sistem mereka.

Kalau begitu (keadaannya) saya pun bersetuju (jika menentang), tetapi di Malaysia ini, mana ada kita kata, bas ini untuk orang Melayu, bas ini untuk orang Cina, bas ini untuk orang India…tidak, semua sekali (boleh naik). Yang ada dibuat itu asing itu keretapi. Yang ini gerabak untuk perempuan sahaja.

Perjumpaan empat mata

Lim Kit Siang datang ke rumah (saya) dua kali. Dua kali.

Dia kata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pakatan lain marah dengan apa yang saya kata itu, (iaitu) saya tak bersetuju dengan Bersih.

Jadi, saya kata kepada dia.. “Kit Siang, saya bukan masuk PKR, saya masuk DAP. Patutnya DAP..” Ini point penting, dengar betul-betul, “DAP namanya Democratic Action Party”. Tapi demokrasi ini bukan demokrasi yang kita faham.

Dia kata, mereka tak bersetujulah apa yang Tunku kata itu. Saya kata okaylah.
Dia kata, “giliran anda disambung kontrak tidak lama lagi,”. Bila dia kata begitu, saya berasa marah.

Saya kata kepada Kit Siang..Jika kemasukan saya dalam DAP menimbulkan masalah, apabila awak jumpa Guan Eng esok, awak habiskan, jangan sambung jawatan (senator) saya lagi, saya tak mahu.

Tetapi apabila Guan Eng buat pengumuman kononnya, dia kata, saya ‘menyerang’ dia, tetapi dia tak kata saya menyerang dia sebab dia nak melanggar undang-undang.

Jadi, yang undang-undang itu disorokkan. Diberitahu kepada semua orang bahawa saya menentang, menentang pilihan raya yang adil dan bebas. Itu kejahatan dia. Saya tak boleh jadi ahli parti yang begini, tipu menipu, macam-macam.

Malaysia Spring

Lagipun, dalam DAP, mereka bukan kira apa akan jadi kepada negara kita ini. Mereka kata, kami harap akan berlaku satu lagi Arab Spring (di Malaysia).

Seorang lagi, lelaki senior, dia kata, “saya harap demonstrasi ini (BERSIH) adalah permulaan untuk Malaysia Spring”. Maknanya, mereka tak peduli. Mereka tak peduli apa akan jadi kepada negara.

Saya sudah kata saya menentang demonstrasi jalanan. Kita tengok dengan mata sendiri dan baca. Semua demontrasi jalanan ini, mula-mula secara aman. Tipu lah kalau kata demonstrasi kononnya aman. Mana ada penganjur demonstrasi ini kata “demontrasi untuk keganasan, tidak. Dia akan kata ‘sangat aman’. Tetapi tengok apa jadi.

Apa yang saya kata tu bukanlah bererti saya pandai, tetapi dah orang tua, memang ada pengalaman sikit. Apa yang akan (diramalkan), terjadi.

Jadi, bila dah jadi begitu, siapa yang lari dulu…Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dan pembantunya itu lompat atas trak, lari keluar. Yang tinggal di situ Datuk Ambiga.
Datuk Ambiga menangis, minta maaf itu ini tapi dia sungguhpun seorang peguam tetapi bodoh juga kerana membenarkan Anwar, Kit Siang dan Guan Eng sabotaj demonstrasi anjurannya itu. Maknanya, ahli-ahli politik telah berjaya memanipulasi demonstrasi itu.

Apa respon mereka, apa yang mereka kata, “Oh ini (kerja) polis. Polis masukkan orang dia dalam tu buat kacau”.

Macam saya juga bila sudah keluar parti, apa mereka kata, “saya dah dibeli”. Dibeli oleh UMNO dan dibayar oleh MCA. MCA banyak duit daripada UMNO. UMNO beli, MCA bayar.

Masa kita masuk dulu, lagi kita kritik UMNO, wah kita hero, tetapi jika anda tidak bersetuju (dengan parti sendiri), habis cerita. Inilah DAP.

Masa depan Melayu

Saya dalam DAP dekat empat tahun dan hampir dapat banyaklah pengalaman, tengok apa dia buat betul (dan) tak betul. Kita khususkan kepada orang Melayu, kita ambil contoh Pulau Pinang.

Kalau ikut Guan Eng semasa tahun 2008, dia kata, “Sekarang DAP akan buat satu program nak naikkan hak orang Melayu di Penang.” Tetapi masa sekarang, apa yang jadi. Apa pun tak jadi.

Jadi, janganlah sekali-kali kita percaya, janganlah harap, sungguh pun dia kata parti berbilang kaum. Parti ini (DAP) adalah satu parti chauvinis.

Kawan-kawan saya dari DAP dulu, mereka faham. Kerana pandangan mereka sama dengan kita di sini iaitu perkara yang paling penting adalah negara. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak cucu dan untuk semua rakyat Malaysia.

BN sudah memerintah kita dah berpuluh tahun, lebih daripada 50 tahun. Dalam masa ini kita tengok, negara kita cukup maju, rakyat kita boleh hidup dan kerjasama walaupun kadang-kadang ada tak setuju.

Masa British dulu, masa kita baru-baru merdeka dulu, orang Malaya masa itu apa pun tak ada. Kita tengok sekarang ini, bukanlah saya nak kata apa yang BN buat ini semuanya betul. Banyak juga yang tak betul tetapi kalau yang tak betul tu saya sendiri selalu kritik dia dalam majalah-majalah atau dalam surat khabar. Tetapi kalau perkara yang betul, patut kita kata bagus, patut kita sokong.

Saya pergi mana-mana pun saya kata, ini janganlah dengar parti pembangkang kata, “kita semua kena ubah.” Nak ubah apa kalau benda tu tak rosak, kita nak ubah apa. Jadi, dia kata ubah..ubah. Kita tak boleh ikut apa yang dikatakan oleh parti pembangkang.

Janji banyaklah. Kalau kita dengar Anwar Ibrahim, janji dia semua boleh buat tetapi kita tengok rekod dia. Janji itu hanya tinggal janji.
tunku-aziz
Tunku Aziz Dedah Sifat Sebenar Lim Guan Eng


SUMBER : AIDCNEWS


Sumber TKO - 29-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah DAP jelas makin terdesak - penganalisis
Posted on Friday, January 27 @ 08:50:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33343



BANGI: DAP nyata terdesak untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak sekalipun seteru politiknya selama ini, Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis politik Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, dalam keadaan sekarang parti yang dipimpin Lim Kit Siang itu sanggup melakukan apa saja selepas huluran salam perdamaian kepada PAS disambut dingin pemimpin parti itu. 


"Memang DAP terdesak sekarang ni sebab tu sanggup berbaik dengan Hadi, sebelum ni DAP kutuk Hadi. Ini adalah politik, apa-apa saja boleh berlaku. Kerana nakkan kuasa sanggup berbaik dengan Hadi, sanggup panggil parti komponen BN bersama mereka (DAP). Jadi inilah politik terdesak DAP menjelang PRU14.


"Untuk berkuasa mesti ada PAS, sekarang ni pun PAS mungkin tidak akan (kerjasama). Mereka melihat Tan Sri Muhyiddin gagal memujuk, Mahathir pun. Akhirnya DAP cuba menghulurkan tangan kepada PAS (tapi) mungkin PAS tidak akan (kerjasama). (Kit Siang) mungkin ada memikirkan satu lagi parti politik Cina iaitu Gerakan dan MCA," katanya ketika ditemubual Antarapos.


Selepas huluran salam perdamaian terhadap PAS tidak bersambut, Kit Siang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pemimpin atasan Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Malaysia.


Katanya beliau bersedia untuk berbincang dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan tersebut.


Tambah Fuad lagi, DAP cuba mencari peluang demi merealisasikan cita-cita pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain mahu mengisi jawatan timbalan perdana menteri jika berjaya menjadi kerajaan.


"DAP mencari apa juga peluang untuk mencapai matlamat mereka. Untuk menjatuhkan kerajaan dan bercita-cita jadi TPM. Jadi oleh kerana itu mungkin Kit Siang baru terfikir, kenapa tak hulur tangan kepada pengundi Cina sendiri (dan) parti Cina juga. 


"Ini adalah strategi terakhir Lim Kit Siang untuk menawan (selepas) gagal dengan PAS, jadi yang tinggal adalah parti Cina," tambah beliau.

Sumber  TKO - 27-1-2017

-------------------------------------------------------------------------

PAS jangan masuk 'perangkap' DAP lagi, kata penganalisis
Posted on Thursday, January 26 @ 12:19:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33331



SHAH ALAM: Selepas beberapa kali menjadi mangsa kepada agenda politik DAP, PAS diingatkan supaya terus berhati-hati dengan salam perdamaian daripada parti itu, demikian nasihat pemerhati politik Datuk Dr. Aidit Ghazali.


Ujarnya, langkah DAP ini dilihat hanyalah mahu menjaga kepentingan politik sendiri dan mahu mempergunakan PAS dalam menarik sokongan Melayu bagi menghadapi PRU ke-14.

"Semua pihak tahu DAP sedar bahawa tanpa sokongan PAS, mereka tidak boleh menawan Putrajaya. Jadi, taktik PAS untuk berdegil dengan DAP sudah nampak kesannya bahawa demi memenangi Pilihan Raya, DAP perlu berkawan dengan seramai mungkin parti Melayu.

"Mereka (PAS) perlu sedar bahawa mereka sudah menjadi mangsa kepada DAP bukan sekali, banyak kali. Jadi, kenapa hendak bersetuju dengan ajakan DAP sedangkan mereka tahu DAP hanya mahu memperalatkan mereka.”

Aidit yang juga merupakan tokoh akademik tempatan turut mempersoalkan agenda politik DAP sekiranya PAS menerima pelawaan untuk berdamai itu.

Tegasnya, umum mengetahui hubungan DAP-PAS putus adalah disebabkan prinsip perjuangan parti yang berbeza, maka adalah sukar untuk kedua-dua mereka berdamai.

"DAP sebenarnya memberitahu PAS bahawa DAP hendak PAS untuk jatuhkan kerajaan. DAP tidak sebut pasal agenda. Kalau katakan menang, apakah agenda yang mahu DAP lakukan bersama PAS?

"Apa pendirian DAP bersabit dengan agenda Islam, kerana dalam perlembagaan, agenda Islam itu dimartabatkan.

"Selagi PAS setuju dengan DAP dengan syarat ini (jatuhkan kerajaan) maka selagi itulah PAS hanya menjadi alat kepada agenda DAP," katanya lagi.

DAP sebelum ini membuat kejutan apabila menghulurkan salam perdamaian kepada PAS untuk menjalin semula kerjasama politik bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Penasihatnya, Lim Kit Siang memaklumkan partinya boleh bekerjasama sekali lagi dengan PAS jika Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

Bagaimanapun, salam berkenaan disambut dingin beberapa pemimpin PAS dan menyifatkan tidak akan menjerat dirinya sekali lagi dalam 'permainan' politik DAP.

Malah menganggap huluran salam Kit Siang dengan 'kata-kata' mahu menyelamatkan Malaysia hanya sekadar menabur janji. - AntaraPos



SumberTKO - 26-1-2017

-------------------------------------------------------------------------

DAP Miliki Kuasa Veto : Tidak Perlu Berbincang Dengan Pakatan Harapan & Tun Mahathir
Posted on Wednesday, January 25 @ 21:47:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33324



DAP seolah-olah memiliki kuasa veto di kalangan pembangkang apabila mengambil sikap tidak mahu berbincang dengan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat sesuatu keputusan termasuk mahu berunding semula dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU 14 dibuat atas kapasiti partinya dan tidak perlu berbincang dengan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, cadangan itu akan diteruskan, walaupun mendapat tentangan daripada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14 memang tidak dibincang bersama Dr Mahathir kerana kami mempunyai pandangan berbeza dengan beliau berhubung perkara ini.

“DAP juga tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan berhubung cadangan ini. Malah, saya juga bukan boneka kepada Dr Mahathir,” katanya pada sidang media hari ini.

Semalam, kesediaan Kit Siang untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14 akan datang dilapor bercanggah dengan pendirian Dr Mahathir yang menegaskan Pakatan Harapan tidak memerlukan kerjasama dengan PAS.

Ia sekali gus mencerminkan perbezaan pendapat terus menular dalam kalangan kepemimpinan pakatan pembangkang, manakala PAS sebelum ini bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP, selain mahu terus menjauhkan diri daripada parti serpihannya, Parti Amanah Negara yang berada dalam Pakatan Harapan. - AIDCNews

Sumber TKO - 25-1-2017

-------------------------------------------------------------------------


Seronok pula lihat orang agih jawatan - Tuan Ibrahim
Posted on Saturday, January 21 @ 18:41:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33266



SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak dapat mengelak dari berkongsi rasa 'seronok' apabila beberapa parti pembangkang didakwa mula berbincang tentang pengagihan jawatan dalam kerajaan baharu.

Katanya, parti pembangkang mula membahagi jawatan sehingga tidak sedar untuk memelihara kepentingan pengundi di negara ini.

"Terkadang naik seronok juga bila memikirkan beberapa parti pembangkang sibuk nak agihkan jawatan dalam kerajaan baru nanti.

"Siapa nak jadi Perdana Menteri. Siapa pula nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Dan siapa pula yang jadi Menteri Kewangan," sindirnya dalam kenyataan, semalam.

Menurut beliau, tanpa sedar, parti-parti pembangkang itu telah mengabaikan gerak kerja jentera parti untuk bersedia pada pilihan raya akan datang.

"Seronok berteori atas meja dan membahagi-bahagikan jawatan sama sendiri.

"Jentera parti tidak dipedulikan. Cawangan tak ada. Petugas parti tidak dibina, latihan dan kursus tidak diadakan," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, pembangkang sepatutnya sedar yang mereka kini berdepan dengan kesukaran untuk memenangi hati pengundi.

Dengan pelbagai janji manis yang ditabur BN, kata Tuan Ibrahim lagi, pembangkang sepatutnya bekerja lebih kuat dalam usaha memenangi hati rakyat.

"Di waktu yang sama pelbagai "dedak" diumumkan oleh kerajaan untuk terus menggengam rakyat marhain dan pengundi sasaran.

"Akhirnya, siapa yang akan dinobat oleh rakyat?" soalnya.
Cakap-cakap mengenai adanya pakatan sulit antara Bersatu dan DAP untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan jawatan timbalan perdana menteri kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dinyatakan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim pada 31 Disember tahun lalu.

Mengikut pakatan sulit itu, Kit Siang juga dikatakan akan menjadi menteri kewangan.

Tunku Aziz telah mencabar Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kit Siang untuk membuat perakuan bersumpah menafikan tuduhannya.

Kit Siang bagaimanapun, menafikan bahawa DAP meminta jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi PRU14.

Sumber TKO - 20-1-2017

-------------------------------------------------------------------------

Kajian “BOHONG” Rafizi menunjukkan PAS masih kuat
Posted on Friday, January 20 @ 09:05:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33245



Bulan lepas saya mengulas mengenai kajian Survey Persepsi Rakyat Selangor 2016 dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE). Saya mengatakan daripada sumber-sumber dekat dengan IDE hasil kajian ini bertujuan untuk mengembalikan sokongan Anwar dengan membina persepsi baik dan memberikan persepsi buruk kepada PAS supaya PAS lebih akur kepada kehendak Pakatan Harapan.

Saya mendedahkan siapa sebenarnya di belakang IDE yang mengeluarkan kajian  itu sehingga semua cybertropper PAN dan PKR menjadi 'giler' menyerang PAS. Anda boleh baca artikel saya di sini.

Semalam Malaysiakini menyiarkan kaji selidik dijalankan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) menunjukkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh membentuk kerajaan jika keadaan memihak kepada pembangkang.

Rafizi 'mastermind' kepada I-CPI telah mengeluarkan satu simulasi yang menunjukkan HARAPAN dan BERSATU boleh memenangi 126 kerusi parlimen berbanding 96 oleh BN dan PAS pula diramalkan boleh kehilangan semua kerusinya di Dewan Rakyat.

Kata Rafizi, daripada 104,340 responden, 41 peratus menyatakan mereka akan mengundi BN berbanding 24 peratus memilih HARAPAN dan BERSATU. PAS pula memperoleh 21 peratus. 14 peratus lagi memberitahu mereka tidak akan mengundi sama sekali.

Jika mengikut apa yang diperolehi oleh kajian I-CPI menunjukkan undi untuk PAS (satu parti) 21% berbanding dengan HARAPAN + BERSATU (4 parti) mendapat 24%. Perbezaan hanya 3% sahaja.

Agaknya berapa peratuskah untuk PKR ? untuk DAP ? Untuk Parti Balaci PAN? dan Bersatu pula berapa?

Jika 24 dibahagikan sama rata (Prinsip HARAPANkan) ini bermakna
DAP = 6%
PKR = 6%
PAN = 6%
BERSATU = 6 %
PAS = 21%
BN (14 Parti) = 41%
ATAS PAGAR = 14%

Orang tak mahir kajian pun boleh tahu bahawa PAS MASIH KUAT berbanding dengan HARAPAN + BERSATU.

Daripada keputusan kajian tersebut menunjukkan 14% respoden tidak akan mengundi. Ini menunjukkan  bilangan 14% itu datang daripada HARAPAN. Rakyat dah boring dengan mainan politik yang jijik sama seperti UMNO/BN selepas mendapat kuasa.

PAS daripada kajian ini menunjukkan sedikit penurunan daripada 23% kajian-kajian sebelum ini turun kepada 21%. Kita boleh buat anggapan orang PAS masih kekal undi PAS. Hanya undi atas pagar sahaja PAS belum tentu memperolehinya.

Kesimpulan yang boleh saya buat ialah RAFIZI bodoh mendedahkan data kajian NGOnya  I-CPI yang kononnya membuat simulasi PAS akan hilang kuasa tetapi mendedahkan bahawa HARAPAN + BERSATU tiada HARAPAN jika PAS tak BERSAMA mereka.

Sumber TKO - 20-1-2017

-------------------------------------------------------------------

Siapa yang sebenarnya melarang Faiz Berucap Dalam Bahasa Melayu?
Posted on Saturday, January 14 @ 19:38:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33197



JARINGAN anak kelahiran Kedah, Mohd Faiz Subri yang dianggap melanggar hukum fizik tidak disambut majoriti masyarakat kita dengan tuntutan supaya menyelamatkan kawasan padang awam dan padang sekolah.

Tapak lapang untuk generasi kanak-kanak dan remaja kita mengasah bakat dalam sukan semakin pupus diratah kapitalis dengan restu angguk birokrat.

Sudahlah begitu, nilai jati diri negara bangsa pun masyarakat dunia tidak kenal ketika melihat penampilan dan mendengar ucapan pemenang anugerah berprestij Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) itu.

Tendangan bola yang cantik sehingga diiktiraf dunia lebih bermakna andainya Mohd Faiz tampil berbahasa dan berpakaian kebangsaan di pentas antarabangsa.

Tidak memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional pun boleh sahaja bersut dengan mengenakan songkok. Bahkan sungguh pun mahu tampil berbaju sut begitu, alangkah lebih bergaya memberi ucapan sepenuhnya dalam BAHASA MELAYU.

Ikon Running Man warga Korea itu pun ketika bertandang di Kuala Lumpur baru-baru ini berucap penuh dalam bahasa kebangsaannya sebelum diakhiri dengan menyebut ‘Terima kasih’.

Kenapa tidak Mohd Faiz seorang anak berketurunan Melayu warganegara Malaysia? Pencapaian Mohd Faiz sebagai pemain pertama Asia membawa pulang Anugerah Puskas itu tidak akan tarik balik jika beliau berbahasa kebangsaan di pentas antarabangsa.

Daripada segi kebudayaan yang merentas sempadan negara, pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu bukan sahaja membawa nama Malaysia bahkan Mohd Faiz mewakili ratusan juta penutur bahasa Melayu dan mereka yang berketurunan Melayu yang tersebar di seluruh dunia.

Jika Faiz berucap dalam bahasa Melayu, warganegara di negara yang bahasa kebangsaannya adalah bahasa Melayu iaitu di Indonesia, Singapura dan Brunei akan turut berasa bangga sekali gus menyuburkan kembali rasa kebersamaan di rantau ini.

Masyarakat Melayu di selatan Thailand dan Filipina bahkan sehingga ke ceruk paling timur kepulauan Melayu iaitu Papua di Pulau New Guinea dengan ibu kotanya bernama 'Jayapura' itu pun tentunya berbangga dengan pencapaian Mohd Faiz.

Lidah Mohd Faiz mustahil jadi kelu untuk melontarkan kata-kata meskipun suhu di Zurich, Switzerland dikatakan mencecah -5 Darjah Celsius andai beliau berucap dalam bahasa Melayu.

Lebih bermakna jika Faiz mungkin menyelitkan serangkap pantun yang umum diketahui dunia merupakan warisan keintelektualan bangsa Melayu dalam mengoptimumkan penggunaan kata ketika menyampaikan maksud yang dicita.
'
Namun, Mohd Faiz dilapor tidak dibenarkan berucap dalam bahasa kebangsaannya. Siapa yang sebenarnya melarang Faiz untuk beliau dibenarkan berucap dalam bahasa kelima terbesar di dunia itu?

Jika kita menyaksikan rakaman majlis itu, jelas pemenang Piala Dunia Fifa tahun 1994 dan 2002, Ronaldo bercakap dalam bahasa Portugis.

Melihatkan Mohd Faiz di pentas sebaik namanya diumumkan sebagai penerima anugerah terpaksa mengambil tempoh 25 saat untuk mencari teks dalam bahasa Inggeris di telefonnya, itu sebenarnya patut memalukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri sebagai pendesak kepada penganjur untuk membenarkan Mohd Faiz berucap sahaja dalam bahasa Melayu.

Soal tiada penterjemah untuk bahasa Melayu kalau Mohd Faiz berucap dalam bahasa Melayu, itu bukan halangan di pihak kita. Penganjur boleh cari jalan kalau ada tuntutan di pihak kita.

Pengajian Melayu yang berada di seluruh dunia boleh sahaja dimanfaatkan. Hanya yang mungkin tiada kesungguhan adalah di pihak elit birokrat sukan kita dan pihak kementerian tentunya.

Wajar sekali FAM serta Kementerian Belia dan Sukan terlebih dahulu menuntut pengecualian memandangkan Mohd Faiz sudah bertaraf dunia. Anugerah itu tidak harus dibiar menafikan hak Mohd Faiz sebagai pemain bertaraf dunia untuk meluahkan isi hatinya dalam bahasa Melayu.

Setakat menuntut pihak penganjur membenarkan Mohd Faiz berucap dalam bahasa Melayu itu bukan satu permintaan yang keterlaluan ketika kita sedia maklum ramai pemain dunia yang bukan dari latar bangsa Inggeris selamba berucap dalam bahasa masing-masing.

Sayangnya, kelas elit birokrat sukan di negara ini tidak cukup kuat semangat negara bangsanya untuk melakukan desakan seperti itu. Mereka sendiri sama seperti pemimpin politik lebih selesa bercakap Inggeris.

Ada pula orang Melayu sendiri menganggap Mohd Faiz perlu dimasukkan ke kelas bahasa Inggeris! Ini satu reaksi melampau dan jelas lahir tanda sedar akibat minda tertawan seperti pernah dibahaskan ilmuan, Allahyarham Dr Syed Hussein Alatas.

Sepatutnya Mohd Faiz perlu diberi lebih ruang dan peluang untuk membuka kelas bola sepak khusus mengasah bakat generasi pelapis. Beliau jadi terkenal dan menerima anugerah bukan kerana kemahirannya dalam bahasa Inggeris.

Kelebihan Mohd Faiz adalah kejayaannya menguasai putaran bola itu. Bahkan, kejayaan Mohd Faiz yang dikecapi itu juga pada masa sama menjadi bukti tanpa bahasa Inggeris, seseorang itu masih boleh melakar kejayaan yang tiada tolok bandingnya.

Orang Melayu yang berjaya dalam bidang masing-masing sehingga melakar kecemerlangan di pentas antarabangsa harus mempunyai tanggungjawab dan kesedaran diri yang tinggi untuk memperkenalkan nilai kebudayaan kita sama ada dari segi berpakaian dan juga berbahasa apa lagi majlis rasmi bertaraf dunia itu.

Dari segi kebudayaan kebangsaan, baju Melayu sudah diiktiraf sebagai pakaian kebangsaan. Begitu juga taraf bahasa Melayu yang termaktub di perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan.

Jadi, mengapa dua nilai kebudayaan kebangsaan ini harus dibiar lenyap ketika kita berada di pentas antarabangsa ketika nilai kebudayaan bangsa negara lain sudah jauh menjalar sehingga dalam konteks budaya popular?

Mengapa pihak pengurusan sukan di negara ini sanggup pejam mata tunduk pada arahan penganjur (jika benar) membiarkan hak bahasa Melayu dinafikan untuk dipendengar kepada seluruh dunia yang bukan sahaja terdiri daripada bangsa Inggeris?

Adakah FAM tidak cukup berjiwa besar untuk memperjuangkan nilai bahasa kita daripada 'dijajah' oleh pihak pihak penganjur? Jauh lebih penting, adakah soal berkaitan Melayu hanya digembar-gemburkan hanya demi kepentingan parti politik yang berasaskan kaum semata-mata?

Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang merentas kaum bahkan sempadan negara. Jika kelas elit birokrat sukan dan elit politik di negara ini gagal memahami maruah bahasa Melayu sama pentingnya dengan pencapaian hebat Mohd Faiz itu, sampai bila pun sukan di Malaysia dan maruah bangsa Melayu tidak ke mana.

Kemenangan Faiz itu peluang untuk kita bukan sahaja suka-suka berbangga pada dunia tetapi jauh lebih penting menyuntik kembali semangat pada lebih ramai anak-anak bangsa untuk maju dalam bidang masing-masing.

Sayangnya, sekali lagi golongan elit birokrat sukan dan elit politik di negara ini sendiri masih lagi berjiwa hamba.    

MOHD ARIF

Sumber TKO - 14-1-2017

------------------------------------------------------------------------ 



Kit Siang tak saman Tunku Aziz kerana bimbang banyak 'rahsia' terbongk
Posted on Saturday, January 14 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33193



SHAH ALAM: Penganalisis politik berpandangan keengganan Lim Kit Siang menyaman Tunku Aziz Tunku Ibrahim adalah disebabkan bimbang akan lebih banyak lagi pendedahan yang bakal dibongkar bekas naib pengerusi DAP itu.

Sehubungan itu, Dr Baharuddin Aziz tidak menolak tindakan Penasihat DAP itu adalah satu perkara yang 'cerdik' dengan hanya menyaman akhbar yang melaporkannya.
"Kalau Lim Kit Siang ambil tindakan undang-undang terhadap Tunku Aziz maka akan terbongkar lagi cerita DAP (pakatan sulit).
"Sebab itu Kit Siang takut untuk saman (Tunku Aziz). Dari sudut ini, Kit Siang (nampak) cerdiklah," katanya sinis.
Tambah Baharuddin, pendedahan yang dibuat oleh bekas pemimpin tinggi DAP itu bukanlah perkara yang asing dalam politik tempatan.
Menurutnya, umum mengetahui, Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu merupakan seorang pakar strategi.
Ujar Baharuddin lagi, merujuk kepada cara politik Mahathir selama ini, beliau secara  terbuka dilihat mahu anaknya, Datuk Mukhriz menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang.
"Apa yang diketahui (pendedahan) Tunku Aziz, bukanlah perkara yang menghairankan. Umum juga mengetahui, Mahathir seorang pakar strategi.
"Dari perspektif itu, maka dia tidak masuk (blok pembangkang) secara suka-suka. Dia pasti ada strategi. Salah satu strateginya ialah kesinambungan pemerintahannya (Mukhriz).
"Apabila (perkara) ini dibongkar oleh Tunku Aziz, maka ia bukanlah satu perkara (yang) menghairankan," katanya.
Terdahulu Tunku Aziz mendedahkan wujudnya komplot membabitkan Kit Siang untuk menaikkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.
Ekoran daripada pendedahan tersebut, Kit Siang pada minggu lalu mengemukakan saman ke atas Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) selepas dua akhbar itu menyiarkan pendedahan Tunku Aziz.
Tunku Aziz seterusnya mempersoalkan tindakan Penasihat DAP itu, yang enggan mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya sebaliknya menyaman akhbar yang melapor pendedahan tersebut. - ANtaraPOS

Sumber TKO - 14-1-2017

---------------------------------------------------------------------------



Siapa bakal ketua menteri baru Sarawak?
Posted on Thursday, January 12 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33171



Spekulasi berhubung pengganti allahyarham Tan Sri Adenan Satem sudah bermula. Walaupun bukan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan perlu bertanding dahulu, nama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof turut disebut.

Bagaimanapun yang paling kerap meniti di bibir ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg.
  “Semasa pentadbiran allahyarham Adenan, Abang Johari ialah orang kanannya.

“Adenan tunjukkan beliau suka Abang Johari gantikannya,” kata profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Faisal Hazis kepada Malaysiakini.

Beberapa lagi penganalisis, termasuk James Chin daripada Universiti Tasmania, Jeniri Amir (Univerisi Malaysia Sabah) dan Wong Chin Hua (Penang Institute) turut sependapat dengan pandangan ini.

Ini bukan kali pertama nama Abang Johari disebut-sebut sebagai pemimpin nombor satu Bumi Kenyalang.

Beliau telah lama diramal, malah sebelum Adenan dipilih ke jawatan itu secara mengejut pada Februari 2014.

Persoalannya sekarang adakah Taib akan kekal jadi halangan kepada timbalan presiden PBB itu?

“Saya syak dari balik tabir, hanya Taib akan putuskan siapa pengganti Adenan,” kata Chin.

Bagaimanapun, Jeniri merasakan perkara itu tidak harus berlaku dan Taib patut mendengar suara hari parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) – sebagai tunjang utama dalam kerajaan Sarawak.

Bagaimanapun, sebagai yang di-pertua negeri, Taib mempunyai kata putus dalam keputusan itu.

Dipercayai Taib tidak memilih Abang Johari tiga tahun lalu kerana keretakan hubungan kedua-duanya. Sama ada sejarah akan berulang, itu belum pasti.

“Jika Taib tidak mahu PBB bergoncang, dia kena pilih Abang Johari,” kata Faisal, yang tidak menolak anak didiknya Datuk Awang Tengah Ali Hassan mungkin berada dalam senarai.

Awang Tengah dikatakan telah ditawarkan jawatan itu pada 2014 tetapi menolaknya, sehingga membuatkan Taib memilih Adenan.

Bagaimanapun, pelantikan seorang naib presiden kanan PBB sebagai ketua menteri boleh memecahbelahkan parti, apabila Abang Johari dikatakan menjadi pilihan banyak pihak.

Awang Tengah bagaimanapun memberitahu Borneo Post bahawa beliau mendukung Abang Johari untuk ke jawatan itu pada Mei tahun lepas.

Sumber TKO - 12-1-2017

---------------------------------------------------------------------------

Jika Benar Lantikan Saifuddin Demi Melayu P.Pinang, Kenapa 'Last Minute'?
Posted on Thursday, January 12 @ 16:28:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33168



KUALA LUMPUR: Lantikan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Lim Guan Eng dikatakan untuk membela masyarakat Melayu Pulau Pinang.

Mengakui perkara berkenaan, Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul berkata, kepakaran Saifuddin sebagai bekas Ahli Parlimen, bekas setiausaha politik menteri serta pemimpin PKR melayakkannya untuk 'dipinjamkan' di Pulau Pinang.

"Harus diingat Ketua Menteri daripada kaum Cina, seorang pimpinan DAP. Maka tentulah beliau hendakkan input dari orang Melayu yang di luar DAP.

"Beliau boleh dapat (pandangan) dari exconya, namun kesemua mereka berada di bawahnya (Guan Eng). Tentunya mereka akan mempunyai pandangan berbeza," ujarnya menjelaskan matlamat lantikan Saifuddin untuk menaiktaraf ekonomi dan sosial masyarakat Melayu.

"Apakah itu salah?," soal Johari.

Walaubagaimanapun, persoalan timbul kini adalah tempoh lantikan Saifuddin adalah disaat akhir ditambah lagi Guan Eng bersama DAP sudah mentadbir negeri berkenaan hampir dua penggal sebagai Ketua Menteri sejak 2008.

Pastinya, agenda memartabatkan ekonomi Melayu, dan masyarakat Pulau Pinang terutamanya sudah diterbitkan dalam polisi kerajaan negeri dan didalam bajet tahunan.

Sehingga tahun lepas, lapan bajet tahunan kerajaan negeri di Pulau Pinang sudah dibentangkan dan agenda memperkasakan ekonomi masyarakat Melayu sepatutnya menjadi tumpuan setiap kali ianya dibentangkan.

Media Antarapos menerusi analisis Abdul Rahman Malik mengenai lantikan Saifuddin mempertikaikan kerjasama DAP dan PKR ini selain mempersoalkan kepentingan sebenar usaha kerajaan 'membela masyarakat Melayu-Islam' Pulau Pinang.

"Kini dalam menghadapi PRU 14, barulah kedua-duanya (bekerjasama?) meningkatkan pembangunan untuk mereka.

"Setelah meminggirkan kepentingan Melayu Islam di negeri itu barulah mereka terkocoh-kocoh mencari Saifuddin untuk membuat perbaikan," kata Abdul Rahman.

Tambahnya, Saifuddin nyata tidak mampu melakukan perubahan drastik dalam usaha meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu malah tugasnya kelak hanya bersifat kosmetik ataupun tempelan untuk menutup kelemahan kerajaan negeri.

"Restu dan sokongan PKR untuk "menutup" kelemahan DAP adalah satu persekongkolan untuk "mempermainkan" nasib Melayu-Islam di negeri itu. Bakat dan kepemimpinan sebenar Saifuddin agak terlindung oleh sifir politik ini," ujarnya.

Pulau Pinang nyata tidak kurang pemimpin Melayu, malah ada dalam kalangan ADUN PKR juga terdiri daripada masyarakat Melayu.

Malah, Saifuddin ketika lebih diperlukan di Selangor sungguhpun peluang seumapama itu tidak digunakan beliau sepenuhnya apabila dilantik sebagai Ketua Staf Pejabat Menteri Besar sewaktu pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Namun yang lebih sesuai dan perlu diutamakan oleh Saifuddin ialah memperkukuh kubu dan sokongan rakyat di Selangor untuk partinya. Dengan kemunculan parti Amanah, politik pembangunan di Selangor semakin kompleks.

"Ini kerana PKR perlu mengimbangi keghairahan Amanah untuk mempamerkan kemampuan kepimpinannya di Selangor melalui wakil-wakil dan kerajaan tempatan dengan prestasi wakil PAS yang masih menjadi sekutu PKR di Selangor," katanya lagi.
- Malaysian Digest

Sumber TKO - 12-1-2017


----------------------------------------------------------------------------

Apabila Berjaya Menabur Dedak Kepada Pemimpin PAN dan PKR, DAP Semakin Berani.
Posted on Wednesday, January 11 @ 14:17:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33154



Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup mengecam DAP dan penasihatnya, Lim Kit Siang yang bermain politik melampau di Sabah. Ini berikutan, DAP  cuba untuk membangkitkan sentimen kebencian dengan memutarbelit  RUU355 ketika kunjungannya ke Pensiangan, Sabah.
Nampaknya DAP beriy-iya benar mahu menjadi ‘Ahok Malaysia’. DAP tak pernah rehat untuk menggagalkan syariah daripada terlaksana di negara kita. Pemimpin mereka sanggup ke pedalaman Sabah dan Sarawak untuk mencari ‘political mileage’ dengan cara durjana. DAP meneroka wilayah baru bermodalkan RUU355. Mereka membuat andaian yang jahat lalu dijaja merata-rata demi menakutkan non-muslim terhadap Syariah. Mengapakah DAP menjadi begitu biadap setelah berjaya membeli dan membela beberapa kerat pemimpin politik Islam yang bersedia melahap dedak  mereka?



DAP nampak RUU355 amat menguntungkan politik mereka kalau mereka dapat mengeksploitasikannya. DAP cuba menimbulkan rasa takut dan terancam dalam kalangan non-muslim. Lantas non-muslim akan melihat mereka sebagai juara yang mampu menghalang ancaman itu. Inilah yang dimahukan oleh DAP dalam melebarluaskan pengaruh cauvanismenya.

Justeru, seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik hendaklah menunjukkan solidariti mereka dalam mempertahankan tuntutan syariah.  Sebanyak 6 juta umat Islam di Indonesia turun dalam unjuk rasa bagi membantah kebiadapan Ahok.  Apakah 13 juta umat Islam di Malaysia tidak mampu mewakilkan 300 000  pencinta agama untuk turun dalam himpunan RUU355 nanti?



 Kegagalan kita turun akan memberi justifikasi yang kuat kepada DAP dan non-muslim untuk mengatakan umat Islam di Malaysia boleh dipermainkan. Sebaliknya kehadiran berjumlah mega pencinta syariah  akan  menjadi suatu indikator bahawa umat ini sudah mula bersatu apabila amalan agamanya digugat.

MCA dan GERAKAN tidak akan meninggalkan jauh DAP. Mereka terpaksa bersaing untuk mengaut sokongan dan undi non-muslim. Sekiranya mereka diam, mereka fikir sokongan non-muslim akan dimonopoli oleh DAP.  Lantas, mereka akan bertindak seiring dengan tingkah DAP.



Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengeluarkan kenyataan bahawa himpunan  itu bersifat 'pecah-belah' dan menjejaskan perpaduan di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini. Ini satu kenyataan yang amat dangkal. Sikap  pemimpin non-muslim itulah pencetus perpecahan. Apa hak non-muslim untuk mengganggu dan cuba menghalang hasrat umat Islam melaksanakan tuntutan agamanya? Kenapa pemimpin DAP, MCA dan GERAKAN memberi perspektif yang amat negatif terhadap Syariah?  Kalau non-muslim amat inginkan kesatuan etnik-etnik di Malaysia, apakah salah umat Islam juga inginkan kesatuan umat Islam atas dasar akidah yang satu?



Sumber TKO - 11-1-2017



--------------------------------------------------------------------------
Bolehkah Pakatan Harapan tewaskan BN tanpa Pas?
Posted on Tuesday, January 10 @ 16:05:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33151




SHAH ALAM - Penganalisis Politik, Md Shukri Shuib menyifatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang mendakwa Pakatan Harapan mampu tumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang walaupun tanpa Pas sebagai ‘bermimpi di siang hari’.
Menurutnya, mungkin pada realitinya DAP di bawah Pakatan Harapan memang mendapat sokongan majoriti di bahagian bandar namun tidak di kawasan luar bandar.

“Di kawasan campuran dan luar bandar, parti tersebut memerlukan sokongan Pas untuk menang lebih-lebih lagi dengan 25 peratus undian penyokongnya.

“Oleh itu, jika tiada Pas di dalam Pakatan Harapan sebelum ini, pastinya parti itu sukar untuk pihak pembangkang memenangi kerusi,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata kepada media tempatan bahawa Pakatan Harapan mampu menewaskan BN pada PRU14 walau tanpa Pas memandangkan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu membawa undi yang mencukupi untuk mengalahkan BN.

Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa perpecahan pemimpin Melayu merupakan sebab utama perpecahan undi.

“Dalam konteks kini menyaksikan survival untuk memilih sebuah kerajaan yang kukuh pada PRU14 nanti maka perpecahan pemimpin sendiri menjadi sebab utama perpecahan undi di kalangan orang melayu.

“Disebabkan itulah orang Melayu sendiri harus bijak membuat pilihan supaya tidak memilih pemimpin yang tidak mesra Melayu dan akhirnya diri sendiri yang rugi,” tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau juga turut menyatakan bahawa BN boleh menggunakan situasi ini untuk mengukuhkan lagi parti mereka.
“Gunakan peluang yang ada ini untuk mengukuhkan parti untuk memenangi PRU14 nanti, lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu yang timbul di antara parti pembangkang,” katanya lagi. 

Sumber TKO - 10-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------



Istiqamah dalam perjuangan bukan bermakna mesti bersama PAN @ PH
Posted on Sunday, January 08 @ 17:47:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33128



Assalamualaikum,

Sejak PAN dan PH ditubuhkan, timbul berbagai bagai tuduhan kepada PAS hanya kerana PAS enggan bersama mereka.PAS antara lain dituduh sudah tidak istiqamah menentang kezaliman Umno sebaliknya dilihat cuba membentuk kuasa bersama Umno yang zalim.Apa jua pendekatan yang diambil PAS sudah tidak dianggap istiqamah lagi kerana PAS enggan bersama PAN dan PH.Kalau PAS mengubah pendekatan dan bersetuju bersama PAN dan PH maka ketika itu PAS akan dianggap menentang kezaliman Umno.Benar ker begitu?

Barang diingat Umno tidak zalim, yang zalim ialah manusia yang mengendalikan Umno dan kezaliman ini bukan baru malah telah diberbanyakkan di zaman Umno ditadbir oleh Mahathir.Kezaliman yang ada hari ini merupakan kesinambungan dari kezaliman lampau, maka kezaliman itu boleh juga berubah dan pendekatan untuk menentang kezaliman itu bila bila masa boleh diubah, tak semestinya mengikut apa yang ditentukan oleh PAN dan PH.Maka dengan itu pendekatan PAS tidak perlu dipersoalkan oleh pihak pihak yang mahukan PAS bersama PAN dan PH.

Istiqamah dalam perjuangan bukan bermakna sentiasa bersama pembangkang melawan kerajaan yang zalim, kerana pembangkang itu sendiripun belum dapat menjamin mereka tidak zalim.Tetapi istiqamah merujuk kepada keteguhan mempertahankan prinsip perjuangan ia itu teguh mempertahankan Al quran, Hadis dan Ijmak ulamak sebagai ikutan dan panduan bukannya dipaksa mengikut ideologi ciptaan manusia PH.Pendekatan boleh diubah mengikut kesesuaian zaman dan berlandaskan prinsip perjuangan tersebut.
Kalau zaman Mahathir dan zaman Pak Lah kezaliman perlu ditentang mengikut pendekatan kesatuan pembangkang kerana di zaman itu pembangkang tidak banyak kerenah dalam menerima prinsip perjuangan serta menerima kaedah bersetuju untuk tidak bersetuju serta menerima kenyataan bahawa PAS berhak memperjuangkan negara Islam secara sendiri seiring persetujuan PAS menerima perjuangan Malaysia Malaysian Pembangkang lain juga secara sendiri.Tetapi kaedah itu sudah tidak sesuai lagi bagi PAS di zaman Najib kerana perlanggaran kaedah yang dipersetujui dan kelancangan rakan PR yang satu itu menentang usaha PAS memartabatkan  hukum Islam.
Oleh itu secara khususnya PAS sudah tidak boleh bergantung kepada PH lagi untuk meneruskan prinsip perjuangannya, itu namanya istiqamah dalam perjuangan bukan bergantung harap kepada PH.PAS perlu mencari pendekatan baru dan pendekatan politik matang dan sejahtera yang dipilih PAS adalah pendekatan yang meletakkan penentangan kepada kezaliman sebagai satu tujuannya bukan untuk berbaik dengan Umno atau Ug dengannya.PAS tetap pembangkang yang menentang kezaliman dan perjuangan ini tidak ditinggalkan.

Bezanya, pendekatan PAS di zaman Mahathir dan zaman Pak Lah tidak sama dengan zaman Najib, kalau kata PAS tidak tentang 1MBD, itu bohong kerana masih ada saman Najib terhadap harakah mengenai 1MDB yang masih belum selesai. PAS kelihatan baik dengan Umno bukan kerana menyokong kezaliman seperti kata TGHH baik dengan Najib tak semestinya sokong Najib, begitu juga baik dengan Umno tak semestinya sokong kezaliman Umno tetapi mahu memastikan Umno tidak lagi berbuat zalim, buktinya sekarang, kerajaan Umno baru saja mengumumkan peruntukan RM300 juta untuk tambatan banjir di Kelantan, lihatlah hasilnya dari pendekatan politk matang dan sejahtera ini.Berpuluh tahun Kelantan diabaikan terutama di zaman Mahathir sedangkan cukai terus dikutip dari rakyat Kelantan dan royalti minyak tidak dibayar kepada Kelantan.

Bukankah itu adalah tanda kejayaan awal pendekatan menentang kezaliman politik matang dan sejahtera PAS.Tapi biasalah pemuka pemuka PAN terutamaya pasti akan menafikanna walaupun bukti dan fakta sudah ada di depan mata kerana satu sebab, PAS  tidak mahu bersama PAN dan DAP untuk menentang kezaliman dan menukar kerajaan.

Sumber TKO - 8-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------

Sejak bila BN Zalim?
Posted on Saturday, January 07 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33110



Assalamualaikum,,,

Soalan yang sering berlegar legar di kepala apabila PAN dan gerombolangnya sering mendakwa PAS lunak dan enak dengan pemerintah BN yang zalim ialah sejak bila BN zalim? Apakah sejak munculnya 1MBD sahaja BN jadi zalim? Atau apakah setelah BN diambil alih oleh Najib sahaja baru BN jadi zalim, sebelum ini terutama ketika pemerintahan Mahathir BN tak zalim? BN tak curi duit rakyat ketika Mahathir tetapi hanya menjadi pencuri ketika Najib memerintah? Mahathir dulu bukan kepala penyamun ataupun zalim sehingga beliau dipanggil mahazalim oleh Mat Sabu? Cuma setelah Najib memerintah barulah munculnya penyamun.Itukah mulanya BN jadi zalim sehingga PAS sudah buat gerombolang PAN panas punggung?

Sebab apa PAS lunak kepada pemerintah yang zalim tetapi tegas kepada pembangkang yang berjuang untuk rakyat? Walupun perjuangan pembangkang sering ditolak rakyat apabila tiba musim pilihanraya dan BN yang zalim terus menjadi pilihan rakyat selama ini?

Oh! silap BN tak zalim sebelum Najib dan 1MBD muncul sebab itu rakyat tetap pilih BN.Tetapi suasana masakini berbeza, BN dah zalim, dan rakyat akan tolak mereka, PH yang akan dipilih untuk ganti BN.

Betul kan? gerombolang PAN sering kali mendakwa begitu setiap kali mereka mendakwa PAS celaru dan makan keliling, PAS sudah lunak dengan BN yang zalim, PAS tak serang 1MDB macam Mahathir.Kalau Pas serang baru PAS boleh dibebaskan dari sebarang kezaliman seperti mereka membebaskan Mahathir dari kezaliman silamnya.PAS tak serang 1MDB sebenarnya sebab PAS dah tolak untuk bersekutu dengan DAP dan PAN.
Sementara penerimaan Islam oleh BN tak lebih baik dari PH tetapi penerimaan Islam oleh DAP sudahpun jelas,DAP memusuhi Islam sejak dari dulu dan kelihatan akan terus memusuhi Islam yang menyebabkan PAS menolaknya secara total, kalau bentuk kerajaan pun tak akan bersama DAP wlalaupun PAS akan serang 1MDB dan tegasnya PAS bukan kepada PH tetapi kepada DAP dan parti parti yang sekepala dengannya.

Oleh kerana PAN tak pernah tegur DAP ketika menyerang Presiden PAS yang juga seorang ulamak yang diakui oleh PAN dan tak pernah tegur DAP ketika parti itu menolak hukum Islam,maka PAN telah dilihat oleh orang melayu Islam sebagai satu cawangan dari DAP dan sudah pasti akan gagal meraih undi dari orang melayu nanti.Terutama orang  melayu atas pagar yang menjauhi diri dari PAS ketika PAS bersama DAP dalam PR, kini mula mendekati PAS kembali.

Tetapi budak pendek akal dari gerombolang PAN masih bertanya kenapa PAS yang nak menukar kerajaan tidak menyerang 1MBD dan lunak kepada BN tetapi tegas kepada
pembangkang.Walaupun dah berbuih kita cuba terangkan PAS tegas dengan pembangkang kerana sikap liberal pembangkang yang tidak bagus untuk Islam dan kita lunak kepada BN kerana BN sudah memberi sedikit laluan kepada PAS untuk memartabatkan Islam.Itu permulaan yang baik kepada usaha PAS menukar kerajaan tetapi bukan dengan DAP dan PAN.Penukaran kerajaan itu nanti boleh jadi bersama BN yang sepenuhnya sudah ditukar atau sudah bertukar daripada zalim kepada penyayang, yang sudah bertukar daripada penyamun kepada penderma.

BN sememangnya sudah lama zalim, bukan hanya pada zaman Najib sahaja, BN memang penyamun sejak dulu ladi, bukan sahaja 1MBD.Penyelesaian kepada kezaliman BN, darah penyamun dalam BN mesti dibuat secara berhemat dan matang, tetapi gerombolangan PAN yang pendek akal tak akan dapat melihat atau memahaminya.Sebab itu mereka sudah baik dengan Mahathir setelah Mahathir nak jatuhkan Najib dan 1MDB sahaja sehingg terjadilah perjuangan akal pendek mereka hanya nak jatuhkan Najib dan 1MDB sahaja.


Tanpa sedar PAS sudah di depan mereka sebab itu PAS tak terlalu terdesak nak jatuhkan Najib sebaliknya berusaha untuk mengubah kezaliman kerajaan BN  kepada kerajaan yang prihatin tak kira siapa yang akan perintah nanti.Untuk itu sudah pasti bukan PH dengan DAP dan PAN bersamanya sebab kerajaan PH tidak akan jadi lebih baik dari BN.

SumberTKO - 7-1-2017

------------------------------------------------------------------------------

PAS nak tukar kerajaan tapi bukan bersama DAP dan PAN!
Posted on Thursday, January 05 @ 19:43:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33097



Assalamualaikum,,,

Nampaknya masih ada yang buat buat tak faham sedangkan mesejnya jelas, tidak celaru dan tidak pula kluk klik.PAS sebagai pembangkang mahu pertimbangankan option utama untuk menumbangkan BN kerana masalah masalah yang sudah diketahui umum.Semua tahu masalahnya bukan sahaja PAN dan DAP dan semua tahu mesej jelas PAS bahawa kalau nak tukar kerajaan pun bukan bersama PAN atau DAP.Kenapa tidak faham faham?

Sebab itu PAS awal awal lagi sudah menolak kerjasama dengan DAP dan PAN, sebab PAS tahu kerajaan ang nak dibentuk nanti mesti tanpa DAP dan PAN, itupun kalau nak PAS jadi kerajaanlah.Kalau nak juga PAN dan DAP jadi kerajaan, maka lupakan PAS, PAS sedia terus menjadi pembangkang cuma pilihannya kalau PAS jadi pembangkang, PAS perlu pastikan BN terus jadi kerajaan,Sebabnya sikap BN kepada Islam sudah diketahui tetapi sikap DAP dan PAN meragukan.

Jadi tak payahlah PAN nak tawar apa apa kepada PAS, sebab PAS sedang dalam proses membina hubungan politiknya sendiri tanpa perlu campurtangan PAN , lagipun PAN bukan pemilik mana mana negeri nak tawarkannya kepada PAS.

Terimalah hakikat PAS tak akan jadi kerajaan atau pembangkang bersama DAP dan PAN.katalah apa saja, ugutlah apa saja, tawarlah apa saja tak ada kesannya kepada PAS,PAS tahu apa yang dibuat

Sumber TKO -5-1-2017

-------------------------------------------------------------------------

Bilakan PAS kena tuduh?
Posted on Thursday, January 05 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33089

"Assalamualaikum,,

PAS sudah lama wujud dan sejak kewujudan PAS, sejak bila menerima tuduhan bertubi tubi?Sejarah PAS melihat munculnya parti serpihan pertama bernama Berjasa dan kemudian parti kedua bernama Hamim, ketika terbentuknya Berjasa dan Hamim tiada kedengaran tuduhan demi tuduhan yang diterima PAS.Tetapi setelah munculnya parti serpihan ketiga bernama dengan nama yang hendak mereka dikenali ia itu Amanah tetapi kerana semasa kelahirannya dia diberi nama PAN maka agak lebih selesa menyebut nama bayinya, jadi kita sebutlah PAN saja.PAN agak istimewa kerana kelahirannya tidak seperti Berjasa dan Hamim, kalau Berjasa dan Hamim menerima penajaan Umno, PAN kelihatannya berbeza dengan kelibat DAP dllihat lebih banyak menjadi pendokongnya.

Barangkali kerana itulah PAN semacam bersungguh sungguh di peringkat awal penubuhannya untuk mengggantikan PAS sebagai rakan karib DAP dan untuk itu PAN berusaha bersungguh sungguh untuk mengajak ahli PAS lari menyertai mereka.Macam  macam tawaran, ugutan kedengaran malah lebih menonjol apabila kelihatan PAN membuka kaunter pendafaran ahli di pasar pasar malam.

Tetapi semuanya itu tidak mendapat hasil yang bagus.Percubaan PAN untuk menambah ahli di perhimpunan Fastaqim PAS juga tidak berhasil dan lebih parah lagi apabila melihat ceramah ceramah anjuran PAN dipenuhi kerusi kosong dan dalam satu ceramah oleh pengerusi PAN Terengganu di Pasar Dungun, orang ramai langsung tidak menghiraukan kehadirannya dan ceramahnya yang berdegar degar.

PAN kemudian menciplak taktik politik Umno, mula mula dengan pencacainya yang menyerupai pencacai Umno dan kemudiannya meniru provokasi Umno terhadap PAS satu ketika dulu dengan kisah kereta Dr.Hatta dibakar, tayar 4x4 Salehuddin di torek dan ugutan bunuh yang diterima Husam.Ini semua menyerupai cara umno memprovoke PAS di akhir 80an dan awal 90an.

Akhir sekali sejak penubuhan PAN, bertimbun timbun tuduhan diterima oleh TGHH dan PAS.Presiden PAS ketika tertubuhnya Berjasa dan Hamim tak pernah menerima sebarang tuduhan tetapi TGHH serba  tak kena, pergi ke Iranpun salah,muncul sepentas sedondon dengan Najib salah, bersama Najib dalam
perhimpunan soladiriti Rohinya pun salah, bentang RUU 355 pun salah, tangguh RUU 355 pun salah.Tak ada yang betul seolah olah TGHH tak bijak seperti Mat Sabu yang mengatakan PAN akan mengambil Kelantan pada PRU 14 sebab rakyat dah tak terima PAS.

PAS dituduh celaru dan tidak boleh diselamatkan lagi kerana makan keliling.PAN yang tak makan keliling akan mengambil alih peranan PAS.Tetapi tiba tiba, pakar strategi PAN Khalid Samad menawarkan Kelantan dan Tengganu kepada PAS kalau PAS mahu bersama PH.Tawaran yang tidak boleh ditolak oleh PAS, dakwa pencacai PAN dan seolah olah Kelantan dan Terengganu itu milik PAN, kalau PAS tak nak dakwa mereka, PAN akan ambil alih dari PAS.

Taktik licik yang mudah dilihat, Lebih baik menuduh PAS celaru sambil mengumpan tawaran yang tak dapat ditolak untuk mendapatkan sokongan jentera pilihanraya PAS untuk dimenafaat oleh PAN.

Lupakan penegasan yang sudahpun dibuat oleh PAS mengenai wawasan dan hal tujunya, terus mengandaikan PAS tidak ada hala tuju dan terus menuduh PAS celaru agak satu hari ahli PAS akan kecut perut dan menerima PAN.


Strategi budak tadika, kita dalam politik sudah masak dengan menang kalah dalam pilihanraya, kita tak kisah lagi samada menang atau kalah, bukan kuasa yang kita cari sebab kalau kuasa yang kita cari kita tak akan jadi lebih baik dari Umno, tetapi lebih penting, Mardhatillah.......

Sumber TKO - 5-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------

Siapa tuduh PAS begitu?
Posted on Wednesday, January 04 @ 06:28:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33076

"Assalamualaikum,,
Siapa yang tuduh PAS makan keliling? Siapa yang memutuskan PAS akan tersingkir? Siapa yang menawarkan PAS mengetuai pakatan? Jawabannya tak lain tak bukan gerombolan  PAN yang layak dipanggil walaun.Dakwaan makan keliling itu datang dari Mahfuz tetapi yang mengalunkan sehingga kedengaran di seluruh dunia ialah walaun PAN menerusi alam siber.Kemudian mereka cepat menghukum PAS akan tersingkir dari politik Malaysia kalau terus dengan makan keliling.

Dan selepas itu mereka enchokan pula suara tawaran pakar strategi mereka Khalid Samad yang menawarkan Kelantan dan Terengganu kepada PAS.Seperti Kelantan dan Terengganu itu milik mereka yang boleh mereka bahagi bahagikan.Nampaknya PAN boleh buat apa saja termasuk yang mustahil untuk mengugut PAS supaya gentar dan menerima mereka sebagai sekutu.

PAS dah cakap siang siang tidak akan bersekutu dengan PAN dan kembar mereka DAP tapi mereka tetap pekak badak malah menuduh PAS pula meletakkan syarat yang tak masuk akal, walaupun tak ada syarat yang diletakkan PAS.

Lebih parah PAS dituduh celaru tak ada hala tuju  dan akan kalah teruk PRU kalau tak nak bersekutu dengan mereka.PAS Selangor pula didakwa kecut perut kerana tak mahu menerima mereka bersama dan macam macam lagi perkara yang tidak masuk akal boleh mereka dakwa.

Sebenarnya tindakan mereka ini mudah dibaca walaupun kelihatan licik, mereka cuma mahu satu saja, PAS menerima mereka sebagai rakan sekutu pembangkang dan sedia memberi laluan kepada mereka bertanding dalam PRU serta membantu kempen mereka nanti.Cara mereka sudah terserlah ketakutan yang amat sangat kerana bimbang tak dapat undi yang boleh memenangkan mereka nanti tanpa PAS.

Itu sebenarnya dari semua tindakan luar kotak yang mereka lakukan dan sebab itulah seperti kata Ir. Iskandar kita panggil mereka PAN bukan Amanah.

Sumber TKO - 4-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------

PAN yang celaru didakwanya PAS pulak!
Posted on Tuesday, January 03 @ 18:24:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33072



Assalamualaikum,,,

Amanah sebagaimana mereka mahu dikenali bagi kita semua tetap PAN, nama awal mereka sebelum mahu ditukar kepada Amanah.PAN lebih sesuai dengan perilaku dan tindak tanduk gerombolang mereka yang terdiri dari barisan kepimpinan sampailah kepada pencacai atau lebiih enak dipanggil waluan kerana keseluruhan barisan gerombolang mereka menunjukkan ketidakpastian atau kecelaruan dalam tindak tanduk sejak mereka menubuhkan parti mereka.Pada awal penubuhannya mereka kata mereka nak gantikan PAS dalam pakatan pembangkang dan sibuk ke sana ke mari menambah ahli dengan tindakan berkempen kepada ahli PAS agak menyertai mereka.

Pada perhimpunan Fastaqim PAS dulu, mereka ghairah berkempen dan cuba mengganggu dengan tindakan tindakan seperti menampal poster oren ganti hijau dan meletakkan borang borang keahlian mereka didalam akhbar sinar harian yang diedarkan kepada peserta perhimpunan.Nampak benar keghairahan mereka nak melemahkan  PAS dengan cara mencuri ahli PAS tetapi malangnya mereka tidak berjaya.

Bukan main agresifya mereka diperingkat awal penubuhan dulu untuk menggantikan PAS sebagai rakan pembangkang yang mesra sehingga ke pasar pasar malam mengedarkan borang keahliannya.Dan lebih parah bila Naib Presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa PAN sudah bersedia mengambil alih Kelantan dari PAS.Kemudian Wan Rahim pengerusi PAN Kelantan mula membuat berbagai bagai dakwaan kononnya PAS Kelantan sudah lumpuh, terakhir katanya 10 orang ADUN PAS akan masuk PAN bersama Husam yang dipecat dari PAS.Tetapi berbohong selepas itu dengan dakwaan budak tadika, bahawa Husam seorang menyamai 10 orang ADUN.

Itu baru sedikit, sudahpun nampak bagaimana celarunya mereka tetapi bebalnya gerombolang pencacai mereka yang menyalak mengatakan PAS yang celaru.PAS yang sudah menjelaskan pendirian dan hala tujunya didakwa celaru, ditambah pula dengan pertolongan ahli PAS yang kian mereput, Mahfuz dan akhir akhir ini muncul pula Syed Azman, maka banyak peluru kapur disediakan untuk pencacai atau walaun PAN ini menyalak bukan menyerang,Sebab PAS tidak terjejaspun dengan salakan salakan mereka yang berbagai bagai ini.Malah sudah diitegaskan berkali kali bahawa PAS tidak akan bersekutu dengan PAN dan DAP tetapi dalam keadaan celaru mereka tetap buat pekak badak.

Sehingga timbul pula tawaran dari pelanggar bai'ah mereka untuk menyerahkan Kelantan dan Terengganu kepada PAS sekiranya PAS mahu bersama mereka dalam PH.Buat apa mereka tawar sedangkan awal awal lagi mereka kata akan rampas Kelantan yang Presiden mereka kata tak jadi masalah? Bukankah itu celaru? Mereka juga mendakwa ada pemimpin PAS yang melahirkan kebimbangan akan kehilangan kelantan kerana PAN makin kuat tetapi tidak pula disertakan apa apa kenyataan dari mana mana pemimpin.

Akhir akhir ini pula kedengaran tulisan dari gerombolang mereka desak PAS agar membuang kebencian kepada PAN dan menerima mereka.Apa ke jadah permintaan ini? Bila PAS benci PAN? Pelik dengan seruan ini yang mendakwa pemergian mereka ke PAN itu kerana terpaksa, bai'ah yang dilanggar itu tidak lagi sesuai dengan situasi mereka,mudahnya mereka memberi justifikasi sedangkan semua tahu kegagalan mereka menguasai kepimpinan PAS yang menyebabkan mereka pergi, mereka tak boleh terima suara mereka tidak diperlukan lagi dalam kepimpinan, kalau mereka istiqamah, mereka tak akan lari, itu pasti.Tapi kerana tidak istiqamah dan ada cita cita peribadi melebih cita cita jemaah, mereka tidak mahu bermuhasabah diri sebaliknya dengan terburu buru dan celaru meninggalkan parti.

Hari ini cara mereka provokasikan isu celaru hanyalah untuk mengajak PAS kembali bersama mereka dalam PH dengan melupakan dulu ugama, tetapi mahu PAS jadi tangga untuk mereka capai cita cita mereka, Putra Jaya.

Pencacai mereka tak akan mengalah, sebaliknya akan terus memprovokasikan PAS celaru walaupun mereka tahu mereka tak akan berjaya sebaliknya tindakan mereka tak ubah seperti anjing menyalak bukit dan babi menyodol dan menyepak tin kosong.......

Sumber TKO - 3-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------

Mahathir bukan haji Mabrur, haji mabruk!
Posted on Monday, January 02 @ 19:38:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33060



Assalamualaikum,,,Pandai pula Mahathir mahu cari haji mabrur.Sesudah dia berkali kali memperlekehkan hukum Islam menerusi hukum Hudud kini dia nak haji mabrur pulak.Cantik Mahathir, boleh pulak memutuskan siapa boleh  haji mabrur siapa tidak! IMBD jadi kayu ukur, sebab 1MDB sahaja penyelewengan yang berlaku, lain lain hal tidak.


Najib pernah ambil komisyen kapal selam, pernah hilangkan duit negara dalam pembelian jet perang yang tak boleh berperang dan kalau disenaraikan berlambak lambak lagi pencurian duit negara yang dilakukan Najib di zaman Mahathir jadi bossnya, tak pula dia dituduh pencuri malah dia disokong penuh ketika nak mengambil alih ketua negara dari Pak Lah dulu.

Tapi masa tu Najib tak tubuh lagi 1MDB, cuma selepas Mahathir tak ada baru Najib tubuh 1MDB dan ketika inilah baru Mahathir sedar bahawa Najib tu seorang pencuri serta mungkin dia menggunakan duit curi untuk hantar pak pak imam ke Mekah menunaikan fardu haji.Haji ini kata Mahathir tidak mabrur kerana mungkin guna duit yang Najib curi dari rakyat.Perihatin sungguh Mahathir dengan nasib rakyat seoah olah dia tak pernah mencuri duit rakyat.Tapi peliknya cerita yang pernah didengar dulu, bahawa Mahathirlah yang ajar Najib dan lain lain pemimpin Umno termasuk Mahyudin Yassin mencuri.

Itu tak penting, yang lebih penting ialah kebolehan Mahathir memutuskan siapa dapat haji mabrur siapa tidak, pada Mahathir sesiapa juga yang naik haji dengan duit 1MBD tu tidak mabrur sebab duit haram.Mudahnya Mahathir memutuskan hukum seoalah oalah dia berada dalam panel anugerah haji mabrur, nak tergelak pulak!

Kalau macam tu, semua yang naik haji dengan duit 1MDB itu tak boleh haji mabrur, apa kata Mahathir anugarahkan saja kepada mereka haji mabruk, gelak lagi!

Seorang yang mempunyai rekod pernah menghina Nabi, pernah menghina hukum Islam memberi kelayakan kepda dirinya sendiri untuk bercakap pasal haji mabrur, haji yang berkait dengan 1MBD sahaja, lain lain perkara tidak ada kena mengena dengan haji mabrur.

Pelik juga memikirkan ada orang yang pertahankan Mahathir dalam soal haji mabrur ini sehingga membangkitkan soal pelaburan di tempat tempat haram.Segalanya berkaitaan 1MDB nampaknya haram cuma yang tak haram langgar bai'ah sahaja.
Mahathir pun pernah naik haji, mungkin haji yang di dapat juga haji mabruk, bukan haji mabrur

Sumber TKO - 2-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------

PAS makan keliling, Mahfuz makan apa?
Posted on Friday, December 30 @ 22:36:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33040



Assalamualaikum,,

Kata orang adat dalam mana mana pertubuhan kena ikut keputusan ramai sekalipun tak setuju.Kalau tak boleh ikut boleh saja tinggalkan pertubuhan itu untuk sertai pertubuhan yang lebih serasi dengan selera makan kita.Itu yang peliknya dengan Mahfuz Omar ni, tuduh PAS makan keliling tapi dia masih dalam PAS, apa diapun makan keliling?

Kalut betul Mahfuz tak seperti jawatankuasa displin parti yang tetap juga cool dengan perangai Mahfuz.Mahfuz pula tak sabar sabar, tengok jer PAS baik sikit dengan Umno dah mengelabah  dah timbul tuduhan makan keliling padahal tak ada apa pun yang berlaku, sama seperti perangai budak budak Mahfuz masih lagi tak ada apa yang berlaku kepada keahliannya.Dalam segi yang lain pula, tuduhan makan keliliing ini pula disebarkan seluas luasnya di alam maya oleh pemuka pemuka PAN, tak ada pula ahli PAS yang turut sama mengencokan tuduhan makan keliling ini.Ini menjadi tanda jelas, Mahfuz sebenarnya menyediakan peluru kapur kepada pemuka PAN untuk menyerang PAS.Apa Mahfuz nak dengan penyediaan peluru kapur ini? 


Bukan kali pertama Mahfuz berbuat demikian.Dulu ketika isu rasuah Presiden di Kelantan, Mahfuz juga yang menggerakkannya. Berbagai bagai soalan dilemparkan kepada Presiden walaupun dia tahu dokumen aku janji yang ditandatangani oleh pemegang amanah Presiden PAS itu tidak benar, masakan dia tak tahu pasal pemegang amanah Presiden PAS? Jelas Mahfuz sengaja menyediakan peluru kapur kepada PAN sebab yang menyiarkan berita ini ialah Malaysia dateline, web propangada PAN dan yang menviarkan di FB, Whatassup dan TKO inilah ialah pencacai PAN, tak ada ahli dan penyokong PAS yang sibuk sama dengan cerita dongeng yang direka dengan gambar TGHH berada di kawasan lombong ketika anak orang asli hilang di hutan.

Apa yang Mahfuz nak ni? Apakah selama ini Mahfuz makan sedap dengan PAN? Mahfuz yang gaji MP dia masih lagi gaji PAS yang belum dicurii seperi MP MP PAN yang lain semuanya makan duit curi,

Apa yang Mahfuz makan kalau dia tak makan sekeliling bersama PAS?.Ingatlah Jawatankuasa tak kalut nak pecat Mahfuz seperti Mahfuz kalut tuduh itu dan ini sedangkan satupun tuduhan dia tak pernah berlakupun.

Nanti ada yang kata Mahfuz tegur PAS supaya bersama PH walaupun dia tahu PAS dah kata tak akan bersama PAN dan DAP.Mahfuzpun kalau nak PAS bersama PH tolong minta PAN dan DAP keluar dulu, jangan kalut nak bahagi kerusi dan tawar apa apa yang bukan milik mereka kepada PAS sebelum itu.

Sumber TKO - 30-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------


Jika benar kerana skandal, Anina akan hilang semua jawatan PPBM
Posted on Wednesday, December 28 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33010



PETALING JAYA: Jika “skandal mesej seks” benar-benar punca di sebalik penyingkiran Anina Saadudin daripada jawatan ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), maka beliau mungkin boleh kehilangan kedudukan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya Prof Madya Azman Awang Pawi berkata setiausaha agung PPBM sudah pun memberi penjelasan yang jawatan ketua wanita parti itu masih belum diwujudkan lagi, jadi tindakan ini mungkin hanya sementara.

“Tetapi jika benar isu itu timbul kerana skandal baru-baru ini, beliau mungkin boleh kehilangan jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyingkiran Anina daripada jawatan ketua wanita PPBM, minggu lalu.

Anina berkata dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita PPBM namun dakwaan itu dipertikaikan ketua penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.

Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.

“Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya merujuk nama sayap itu.

Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi.


Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”.

Anina mendakwa beliau disingkir daripada jawatan itu kerana “skandal mesej seks”. “Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini.

Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.

Azman berkata masyarakat umum tidak sepatutnya terlalu menghakimi, kerana ahli politik tempatan biasa dilempar dengan tuduhan fitnah di kedua-dua bahagian pembangkang dan Barisan Nasional.

“Selagi ia tidak terbukti di mahkamah, kita tidak sepatutnya menghakimi isu itu,” katanya.

Beliau berkata sudah tiba masanya politik tempatan bertindak matang dan menghindar penggunaan skandal seks untuk memperoleh kelebihan politik.

“Ada banyak isu negara yang penting memerlukan perhatian segera seperti rasuah dan ketirisan seperti dilaporkan audit negara,” katanya.

Anina bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks.
Jun lalu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.

Muhyiddin kemudian mendakwa pemimpin Umno menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya.

Sumber TKO - 28-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------



Jangan pandang ringan kerjasama Pakatan, Bersatu
Posted on Wednesday, December 28 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33007



SHAH ALAM - Perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan dan Bersatu tidak dipandang ringan oleh Umno walaupun dirasakan ia sukar menjadi kenyataan.
Menurut penganalisis politik , Profesor Dr Sivamurugan Pandian mendakwa Umno berkemungkinan melihat dari sudut ideologi setiap parti yang berbeza.

“Umno barangkali melihat ia sukar kerana parti masing-masing mempunyai ideologi dan yang berbeza.

“Malahan, saya lihat pengagihan kerusi untuk keempat-empat parti tersebut juga sukar buat masa kini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Pimpinan Tertinggi empat Parti iaitu PKR, DAP, Bersatu dan Amanah menunjukkan bahawa keempat-empat komited dalam memperjuangkan agenda reformasi untuk membangunkan semula negara demi rakyat.
Sebelum, ini Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman mendakwa kerjasama itu sukar direalisasikan berikutan setiap parti punyai matlamat dan asas juang yang berbeza.
Namun begitu Sivamurugan berkata, ada di kalangan pemimpin Umno yang menganggap kerjasama tersebut tidak boleh dipandang ringan.

“Kerjasama ini tidak juga boleh dipandang ringan malah saya yakin ada segelintir pemimpin Umno yang mengambil berat soal ini.

“Setiap kerjasama harus diberikan perhitungan sewajarnya untuk memastikan Umno sentiasa bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang menjadi pesaing mereka,” katanya lagi.

Menurutnya, setakat ini Umno kekal yakin menjadi parti pilihan rakyat untuk kekal memerintah negara ini.

“Dengan kemenangan sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak meyakinkan Umno untuk menang kerusi yang telah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).


  “Itu pun jika pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielakkan,” katanya.

Sumber TKO - 28-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------



Rujuk Nabi, Bukan Ahli Falsafah, Pendeta – Hadi
Posted on Tuesday, December 27 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32993



KUALA LUMPUR – Umat Islam tidak sepatutnya merujuk kepada teori ahli falsafah dan pendeta Grece, Rom dan Parsi atau pemikir bukan Islam dalam berbicara atau mengupas sesuatu isu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setiap penganut Islam wajib menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai teladan untuk setiap urusan dunia dan akhirat.
“Pujangga Islam Mustafa Lutfi Manfaluti pernah menegaskan kita tidak perlu kepada teori ahli falsafah dan pendeta atau pemikir bukan Islam daripada Timur dan Barat kerana kita punya Rasulullah S.A.W yang menjadi teladan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hadi turut mengingatkan sesetengah teori dan falsafah yang hanya berasaskan pemikiran manusia itu cuma mementingkan hak kebebasan individu tanpa mengambil kira hak masyarakat atau menjaga kepentingan masyarakat.
Tegas beliau, hal tersebut akhirnya mengorbankan hak individu, berkeluarga dan berbangsa sesebuah masyarakat.
“Begitulah seterusnya menggunakan akal dan ilmu manusia sahaja tanpa hidayah wahyu yang dibawa para Rasul sehingga berlakunya kepincangan dan kerosakan dalam kehidupan manusia dan alam sekitarnya,” katanya.
Segelintir Pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering mengutarakan teori dan falsafah ilmuan bukan Islam dalam ucapan atau perbahasan mereka.
Mereka mengetengahkan eori dan falsafah berasaskan logik akal dan pemikiran manusia semata-mata itu bagi menghasut pemikiran orang ramai supaya menyokong mereka. -MYNEWSHUB.CC
 ............
TEKS ASAL KENYATAAN PRESDIEN PAS
Rasulullah SAW Wajib Diikuti Sempena Maulid Dan Kewafatan Baginda
SETIAP penganut Islam bukan sahaja berikrar menerima kerasulan Baginda, bahkan wajib menjadikan Baginda teladan bagi hamba Allah yang berwawasan dunia sehingga akhirat. Firman Allah:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ (الأحزاب 21).

"Sesungguhnya adalah menjadi kewajipan kamu, menjadikan pada diri Rasulullah S.A.W ikutan yang terbaik kepada sesiapa yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan di hari Akhirat" (Al Ahzab:21)

Firman Allah dengan perintah dan amaran:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ   (7:الحشر).

"Apa-apa yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W ambillah dan apa-apa yang dilarangnya tinggalkanlah dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangat keras balasannya."(Al Hasyr: 7)

Muhammad S.A.W adalah Rasul terakhir sebelum ditamatkan ajal dunia. Semua para Rasul itu pilihan Allah yang menjadi contoh pelaksanaan hikmah kejadian makhluk manusia di alam bumi dengan sifat kejadian yang istimewa berfitrahkan jasad, akal, roh, kedirian, berkeluarga dan bermasyarakat. Berbeza dengan makhluk yang lain.

Peranan manusia ialah beribadah (memperhambakan diri kepada Allah) dan berkhilafah (mentadbir alam bumi dengan petunjuk Allah daripada Islam) menunaikan amanah (pelaksanaan Syariat Allah) Yang Maha Adil kepada makhluknya. Konsep ini hanya terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna dan lengkap melalui sebahagian prinsip yang tetap dan sebahagian yang boleh berubah serta berbeza. Kesempurnaan ini tidak mampu dicipta oleh akal dan pengalaman manusia sahaja tanpa hidayah (petunjuk) daripada Allah pencipta alam.

Bagi Rasul akhir zaman dikurniakan Al-Quran yang diwahyukan menjadi mukjizat ilmu, berbeza dengan mukjizat para Rasul terdahulu. Tugas Rasul akhir zaman ini adalah kepada seluruh manusia di semua benua dan sepanjang zaman. Pelaksanaannya pula ditafsirkan oleh Rasulullah S.A.W dalam segala aspek, merangkumi Iman, Islam dan Ihsan. Bermula dengan tarbiyah jati diri dan keluarga serta persaudaraan kemanusiaan keseluruhannya, sehinggalah menegakkan masyarakat madani di bawah negara masyarakat majmuk. Ini dilaksanakan oleh Baginda setelah melakukan Hijrah ke Yathrib yang ditukar namanya kepada Madinah, sinonim dengan perkataan Madani dan Al-Din yang sempurna itu.

Rasulullah S.A.W berdakwah secara langsung kepada semua mereka yang ada di sekeliling Baginda, menghantar perutusan kepada raja-raja dan pemimpin dan mengarahkan kalangan umatnya yang meneruskan dakwah supaya bergerak ke seluruh pelosok dunia.

Negara Islam Madinah yang berkonsepkan Islam yang berkuasa memerintah dengan menerima kewujudan masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama, termasuk kalangan bukan Islam. Adapun kalangan yang menolaknya diterima tanpa permusuhan dan yang bermusuh pula dihadapi dengan adil dan berperikemanusiaan.

Rasulullah S.A.W menolak segala tawaran ketika masih berada di Mekah, tawaran ditabal menjadi raja, dilantik menjadi ketua yang diberi kekayaan melimpah ruah. Ini kerana bercanggah dengan Islam, kerana semua tawaran itu adalah ciptaan manusia tanpa hidayah daripada Allah.

Islam yang dilaksanakan sepenuhnya tidak akan mampu dihujah oleh penentangnya. Allah menegaskan dengan firman ketika Haji Wada' (selamat tinggal) yang selepasnya diwafatkan Rasulullah S.A.W.

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا (3) المائدة
"Pada hari ini orang kafir (yang menentang Islam itu) telah berputus asa daripada agama kamu. Maka jangan kamu takut menghadapi mereka, takutlah kepada Ku. Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu, Aku juga telah menyempurnakan nikmat Ku (Islam) kepada kamu dan Aku telah redha hanya Islam menjadi ajaran anutan kamu."(Al Maidah:3)

Generasi awal yang membawa ajaran Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W telah berjaya menumbangkan kuasa besar yang zalim, apabila rakyat seluruh jajahan takluknya menerima pemerintahan Islam tanpa paksaan. Keadaan ini dapat disaksikan di kawasan yang dikuasai pengaruh Islam di sepanjang jalan sutera di Asia Tengah, seterusnya Asia Tenggara, sehingga ke Afrika dan sebahagian Eropah. Dalam tempuh tidak sampai satu abad, para pendukung Islam itu mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (55)النور .
"Allah telah berjanji kepada mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia akan jadikan mereka kalangan yang memerintah di bumi sebagaimana pernah dikurniakan kepada mereka yang sepertinya di zaman dahulu. Di kala diberikan Islam agama yang diredhai-Nya itu berkuasa memerintah, lalu bertukarlah keadaan daripada ketakutan menjadi aman, dalam keadaan mereka semua beribadah kepada Ku (Allah)  dan tidak menyekutui Aku (Allah) dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu, nescaya mereka menjadi orang-orang yang fasik."(An Nur: 55)

Generasi awal yang melangsungkan Islam selepas wafatnya Rasulullah S.A.W memerintah negara berteraskan empat perkara penting daripada ajaran Islam yang diwarisinya iaitu Beriman Kepada Allah, Beriman Kepada Hari Akhirat, Konsep Taqwa dan Konsep Rahmat.

Beriman kepada Allah menjadikan Ketua Negara tidak boleh mengatasi hukum Syariat atau undang-undang negara, semuanya dikawal sempadan hukum Syariat. Maka tidak ada sesiapa yang bebas daripada tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan. Setiap Ketua Negara samada bernama Khalifah atau Raja dan sebagainya tidak ada kekebalan di bawah Syariat Allah.

Beriman kepada Hari Akhirat, menjadikan seseorang itu tidak terlepas daripada balasan selepas meninggal alam dunia, dimana hukumannya lebih keras sekiranya menipu atau menyalahgunakan kuasanya di alam dunia.

Konsep taqwa pula menjadikan ketaatan kepada Allah adalah kedudukan martabat manusia, bukannya keturunan, warna kulit, pangkat dan harta.

Adapun rahmat kepada seluruh alam itu mencipta keadilan untuk semua, termasuk terhadap penganut bukan Islam dan pihak musuh. Juga mencipta hak asasi manusia yang sebenarnya mengikut sifat kemanusiaannya yang berbeza dengan binatang dan makhluk lain yang ada haknya juga.

Islam yang berpandukan petunjuk Allah, menghormati akal manusia dan pengalamannya mengikut bangsa dan tempat masing-masing. Ini menjadikan Islam menerima segala yang baik dari seluruh pelosok dunia daripada tamadun kebendaannya yang bermanfaat dan menolak segala keburukan yang dinamakan jahiliyyah, temasuk jahiliyah Arab di Mekah bangsa Rasulullah S.A.W sendiri. Maka terciptalah Tamadun Islam yang murni berasaskan ilmu wahyu daripada Allah, kemajuan sains teknologi ciptaan akal serta ilmu dan pengalaman manusia yang berpandukan Hidayah Wahyu.

Allah menghuraikan ciri -ciri Islam kepada mereka yang berkuasa memerintah negara dengan firman-Nya:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ (41)الحج.
"Mereka (kumpulan Islam) yang kami berikan kepada mereka kekuasaan memerintah di bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan mereka mencegah kemungkaran. Ingatlah! Bagi Allah jua kesudahan segala urusan."(Al Hajj: 41)

Ciri-ciri ini merangkumi hubungan diri dengan Allah (solat), ekonomi yang adil (zakat), dakwah dan kehebatan undang-undang (amar maaruf dan nahi mungkar) dan berwawasan akhirat (balasan Allah).

Islam tidak memisahkan ibadat, politik, ekonomi dan dakwah. Di mana urusannya akan dihisab apabila kembali kepada Allah setelah berlakunya hari Kiamat. Ini menjadikan seluruh kegiatan manusia berkait dengan Islam dan perhitungan Allah.

Adapun kejatuhan umat Islam selepasnya kerana leka dengan kemajuan dunia sahaja sehingga meninggalkan petunjuk Islam, sehingga memutuskan hubungan segala cara kehidupan dengan petunjuk Allah.

Adapun Tamadun Barat yang menciplak Tamadun Islam pula, sedang megalami kemusnahannya kerana menolak Hidayah Allah daripada ajaran Islam yang sempurna.

Kini, Tamadun Barat tanpa iman dan budiman sedang memusnahkan diri manusia sejagat dengan senjata pemusnah, politik, ekonomi, kezaliman dan penjajahan, serta pembangunan kebendaan yang merosakkan diri, alam sekitar dan seluruh kehidupan alam dunia. Berbeza dengan kedatangan Islam menjadi penyelamat bukannya penjajah.

Firman Allah:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (41) قُلْ سِيرُوا فِي الأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُم مُّشْرِكِينَ (42) فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لاَّ مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ (43)  الروم.
"Telah zahirlah kerosakan di darat dan lautan dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia, supaya dirasakan sebahagian daripada perkara yang dilakukan oleh mereka, mudah-mudahan mereka kembali (ke pangkal jalan setelah bersalah). Katakanlah! Berjalanlah kamu di muka bumi, lihatlah bagaimana akibat menimpa golongan yang terdahulu. Sebenarnya kebanyakan mereka melakukan dosa syirik. Tegakkanlah wajahmu beristiqamah bersama ajaran yang betul (Islam), sebelum datangnya hari yang tidak dapat ditolak  berlakunya. Pada hari mereka diasingkan (sebahagianya  ke syurga dan sebahagian lagi ke neraka)."(Ar Rum: 41-43)

Terserlah kebenaran firman Allah dengan tersebarnya penyakit diri, keluarga, masyarakat dan kemusnahan alam sekitar kerana melakukan perkara yang haram, menolak yang wajib, yang halal dan diharuskan, serta mencipta undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Bacalah Firman Allah:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ وَلَوْلا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21)الشورى.

"Apakah mereka punya sekutu-sekutu (tuhan-tuhan selain Allah)? Yang mencipta hukum syariat sendiri  dalam urusan agama dan cara hidup tanpa keizinan Allah? Kalaulah tidak kerana firman Allah menjanjikan adanya keputusan (di hari kiamat) nescaya mereka telah dijatuhkan hukuman (di dunia ini). Dan disediakan kepada orang-orang yang zalim itu azab neraka yang menyakitkan."(As Syura: 21)

Jika dikaji betapa ajaran selain daripada Islam itu tidak memenuhi fitrah kemanusiaan di mana ia tidak mampu untuk menjalinkan hubungan penting yang sekali-kali tidak boleh dipisahkan daripada perkara kehidupan manusia dan agamanya.

Ada ajaran yang mementingkan jasad tanpa roh, atau roh tanpa jasad. Ada yang mementingkan hak kebebasan individu tanpa mengambil kira hak masyarakat, atau menjaga kepentingan masyarakat sehingga mengorbankan hak individu, berkeluarga dan berbangsa. Begitulah seterusnya menggunakan akal dan ilmu manusia sahaja tanpa Hidayah Wahyu yang dibawa para Rasul, sehingga berlakunya kepincangan dan kerosakan dalam kehidupan manusia dan alam sekitarnya.

Akhirnya, Pujangga Islam Mustafa Lutfi Manfaluti pernah menegaskan: "Kita tidak perlu kepada teori ahli falsafah dan pendeta Greece, Rom dan Parsi atau pemikir bukan Islam daripada Timur dan Barat, kerana kita punya Rasulullah S.A.W yang menjadi teladan terbaik."

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
26 Rabiul Awwal 1438 / 26 Disember 2016


Sumber TKO - 27-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------


Surat untuk YB Rafizi
Posted on Monday, December 26 @ 07:47:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32986



Assalamualaikum YB,,

Selama ni, saya cuba memahami segala tindakan YB terhadap PAS. Kenapa YB menyerang PAS?Apa salah PAS terhadap YB? Dua soalan ni selalu bermain difikiran saya dan ianya saling berkait diantara satu sama lain. Seingat saya la, tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang melancar serangan direct terhadap YB.

Sehingga kini dan hari ini, PAS masih menghormati hubungan tahalul siyasi dengan PKR.

Alhamdulillah, ceramah YB semalam telah menjawab segala persoalan yang bermain difikiran saya.

Tak sangka, rupa-rupanya YB marah sangat kepada PAS kerana PAS tidak bertindak seperti yang YB rancang dalam langkah Kajang dan YB membawa emosi itu sehinggalah sekarang!.. YB!Pas bukan khadam YB yang hanya menurut segala permainan politik YB.

Malah tindakan PAS ketika itu adalah wajar dan ia juga telah termaktub dalam perjanjian PR yang membolehkan bersetuju untuk tidak bersetuju.

YB juga mengatakan sepatutnya Langkah Kajang adalah smooth jika PAS berhikmah dan tidak bersikap keras. YB pliz, jangan salahkan orang lain diatas kelemahan kita sendiri. Sepatutnya YB ada backup plan dan bersedia dengan segala kemungkinan.  Untuk makluman YB sikap keras PAS adalah betul berdasarkan keputusan mahkamah terhadap Dato’ Khalid Ibrahim. Membuktikan penilaian PAS adalah sangat tepat.

Sepatutnya YB tidak membawa emosi peribadi ke medan politik. Yang lepas biarkanlah berlalu letakkanlah kepentingan rakyat dihadapan.

YB juga ada memaklumkan, yang Datuk Seri Anuar Ibrahim meminta YB dan beberapa pimpinan PKR yang lain untuk memujuk ahli PAS yang kalah dalam pemilihan supaya menyertai PKR.Saya rasa la YB, mungkin dulu DSAI telah nampak  apa yang akan berlaku hari pada hari  ini. Sebab itu dia mengarahkan supaya memujuk ahli PAS yang kalah tersebut untuk masuk PKR.

Persoalan pokoknya, bila sudah memengang jawatan beberapa penggal dalam parti maka mereka merasakan jawatan tu satu hak  milik. Ada lagi satu parti yang menganggap Jawatan ni satu hak milik. YB tahu parti mana?Parti umno. Second citizen, first citizen tak perlu timbul pun. Malah pimpinan yang kalah tak perlu pun keluar daripada PAS, duduk sahaja dalam PAS . Berjiwa besarlah kalau nak jadi pemimpin.

Jika DSAI sendiri telah mengeluarkan arahan memujuk pemimpin yang kalah tersebut supaya masuk PKR.Apa lagi saya boleh kata YB, natijahnya ialah apa yang kita hadapi pada hari ini. Bubarlah PAN sahabat jika kita mahu mengalahkan BN. Saya percaya ramai penyokong2 PAN sebelum ini telah pun sedar. Politik PAN bukanlah untuk menyelamatkan rakyat. Politik PAN  hanyalah politik untuk menyelamatkan karier politik individu.

 Masalah peribadi dan emosi peribadi jangan dicampur adukkan dalam masalah politik. Jika dicampur adukan rakyatlah yang akan menjadi mangsa YB. Sebelum ini, saya jangkakan rakan sembang di kedai kopi lebih penting daripada rakyat tapi saya silap. Realitinya, rakan sembang dalam kereta selama 4 jam adalah lebih penting daripada rakyat.

Saya begitu kecewa dengan YB. Sebagai akauntan, YB semestinya sudah terlatih supaya membuat keputusan secara objektif . Elakkan elemen bias yang boleh override professional judgement, inilah yang terkandung dalam MIA-by law Fundemental Principal yang saya belajar. ICAEW juga ada Five fundamental principal code of ethics yang YB belajar. Bagi saya, YB adalah akauntan yang gagal.

Sekian.

Sumber TKO - 26-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------



Orang Melayu penduduk asal
Posted on Saturday, December 24 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32976



KUALA LUMPUR 8 Ogos – Orang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian Benua Sunda yang tenggelam pada akhir zaman ais, kira-kira 50,000 tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Seri Dr. Salleh Yaapar berkata, orang Melayu yang berhijrah ke daerah lain di kawasan Benua Sunda merupakan seorang perantau dan bukan pendatang kerana mereka bergerak dalam lingkungan kawasan sendiri.

Salleh yang merupakan Pensyarah Kesusasteraan Bandingan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu merupakan kaum pendatang adalah tidak benar.

“Sebagai contoh, apabila Parameswara bergerak dari wilayah Palembang ke Singapura dan kemudian ke Melaka untuk membina empayar baharu, beliau bukan pendatang yang datang ke Melaka atau Semenanjung, sebaliknya seorang perantau yang bergerak di dalam wilayahnya sendiri.

“Malah, berdasarkan sejarah, orang Melayu di Tanah Melayu adalah mereka yang berasal dari zaman kerajaan Sriwijaya iaitu semua daerah di bawah empayar itu mengakui diri mereka adalah orang Melayu, dan apabila orang Melayu ketika itu bergerak ke daerah lain, mereka bergerak di dalam kawasan rantaunya sendiri yang dikenali sebagai Benua Sunda,” katanya ketika ditemui selepas
menyampaikan syarahan bertajuk Melayu: Asal Usul, Migrasi dan Pengembaraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Salleh berkata, masyarakat di negara ini begitu terikut-ikut dengan dasar Kerajaan Singapura yang menganggap masyarakat mereka sebagai pendatang.

“Kerajaan Singapura menjadikannya sebagai satu dasar untuk semua orang mengaku diri mereka sebagai pendatang, tetapi mereka lupa sebelum Singapura tertubuh sebagai negara bangsa, negara itu adalah kepunyaan Sultan Johor.

“Singapura mengambil ketetapan yang tidak betul, dan malangnya orang di sini terikut-ikut dengan turut menganggap kita juga sebagai pendatang kerana Parameswara dahulu datang dari Palembang,” katanya.

Menurutnya, selepas berlaku banjir besar yang menenggelamkan Benua Sunda, keadaan geografi mula berubah seperti yang dapat dilihat di Tanah Melayu, Sumatera dan Borneo sekarang.


“Ketika itu, orang Melayu yang tinggal di sini mula berhijrah ke luar menuju New Zealand ke selatan, Taiwan di utara dan Madagascar,” katanya.

Sumber TKO - 24-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------


Inikah Bukti Mala Fide MAZA Terhadap TGHH?
Posted on Saturday, December 24 @ 11:35:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32962



"Jika ucapan Hadi itu menonjolkan bantahan umat Islam terhadap Islam, pada saya, apa yang Hadi buat itu ok lah. Namun secara peribadi yang saya lihat, setakat yang dilaporkan media, saya tidak nampak apa-apa kritikan yang tegas terhadap Iran. Sebaliknya ucapan Hadi memuji Iran dari awal hingga akhir.

Demikianlah kata-kata Mohd Asri Zainal Abidin ( MAZA) dalam mengulas kunjungan TGHH ke Tehran. Itukah standard pandangan seorang  mufti yang kelek  Phd? Mengapa aku kata demikian? Mari kita menyelami bait-bait petikan  tulisan beliau di atas.



Pertama, beliau menggunakan perkataaan ‘jika’. Ini bermakna beliau tidak pasti. Maka sudah pastinya  beliau tidak tahu isi sebenar ucapan TGHH. Beliau belum pasti dan belum tahu perkara sebenar namun bagai terjun tidak bertangga beliau mencapai pena. Terus mengulas dan menulis. Gelojoh juga MAZA ni.



Kedua, beliau berkata “secara peribadi yang saya lihat setakat yang dilaporkan oleh media”  menggambarkan sekali lagi beliau tidak pasti. Beliau hanya berpandu kepada laporan media. Media apa yang  MAZA rujuk. Berita daripada Reuters, Aljazeera, CNN CNBC, AFP? Bolehkah  MAZA pastikan syarikat-syarikat berita itu adil dan benar dalam melaporkan berita dari dunia Islam? Tidakkah berita-berita yang beliau rujuk itu ada kepentingan Barat yang memusuhi Islam  atau bias kepada sesuatu pihak?



Semua orang boleh merujuk kepada laporan media. Tetapi adakah laporan media itu boleh dibawa untuk berhujah? Adakah laporan media merupakan laporan yang mesti tepat? Bolehkah saya menghukum seseorang hanya berpandukan laporan media? Bagaimana andai laporan media itu tidak tepat, spin dan sebagainya? Maka sudah pasti saya menjadi penyebar fitnah kerana buat cerita yang bukan-bukan. Jadi, MAZA bagaimana?



Ketiga, beliau begitu yakin  dengan berkata,  “saya tidak nampak apa-apa kritikan yang tegas terhadap Iran.Sebaliknya ucapan Hadi memuji Iran dari awal hingga akhir.” Ini mala fide namanya. Mula-mula tadi tak pasti, tiba-tiba di hujung tulisan beliau  tahu pula isi ucapan TGHH dari awal hingga akhir. Dan isi ucapan yang dikatakan itu semuanya memuji Iran dari awal hingga akhir. Ini jahat, atau fitnah, atau apa namanya, MAZA?


Kalau begitulah standard methodologi pemikiran MAZA, budak lepasan SPM yang minat menulis pun boleh menulis macam itu.

Kerja begini biasa dibuat oleh pelacur politik saja yang suka edit-edit gambar lelaki perempuan.  Itu bukan taraf Phd-lah MAZA. Aku bimbang satu je. MAZA  menulis bertolak dari premis ego, Wahabi atau sesuatu penyakit yang tersembunyi di dalam diri. Tabayyun MAZA."

Sumber TKO - 24-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------


Krisis Syria: Fitnah yang menguji umat Islam
Posted on Saturday, December 24 @ 11:29:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32959

"

KRISIS
yang berlaku di Timur Tengah perlu dilihat dengan kerangka yang luas bukan sahaja pertembungan Sunni dan Syiah yang hanya strategi untuk melaga-lagakan umat Islam walaupun tidak dinafikan Syiah adalah salah.

Antaranya ialah perebutan kuasa-kuasa besar untuk menakluk kawasan yang kaya dengan minyak. Sangat menarik kebanyakan kawasan yang dikuasai oleh ISIS samaada di Iraq atau Syria adalah kawasan yang kaya dengan minyak. Ini menimbulkan banyak persoalan.

Antaranya ialah perebutan kuasa-kuasa besar untuk menakluk kawasan yang kaya dengan minyak. Sangat menarik kebanyakan kawasan yang dikuasai oleh ISIS samaada di Iraq atau Syria adalah kawasan yang kaya dengan minyak. Ini menimbulkan banyak persoalan.

Perancangan Israel juga mesti diambil kira untuk meluaskan jajahannya bagi mencapai matlamat Israelraya yg merangkumi seluruh negara Arab.

Dalam krisis Syria, ia sangat rumit dan payah untuk dirungkai.

AS, Saudi Arabia, Turki dan kebanyakan negara-negara Teluk mengambil pendekatan untuk menjatuhkan regim Basyar Al-Asad dengan matlamat yang berbeza. Matlamat AS ialah untuk menyelamatkan Israel (pendirian AS berubah-berubah). Matlamat Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang bersama dengannya untuk menghentam Iran yang bersekutu dgn regim Basyar. Matlamat Turki untuk menjaga sempadannya dari pemberontak Kurdis.

Iran pula menyokong regim Basyar, matlamatnya untuk mempertahan dan mengukuhkan kedudukannya kerana Syria hanyalah satu-satu negara di Timur Tengah yang menjadi sekutunya.

Rusia juga menyokong regim Basyar, matlamatnya untuk menandingi kuasa hegemoni AS. Setakat ini Rusia berjaya apabila diberikan keizinan pengkalan tentera lautnya dibina di Tortuz, Syria (Satu-satunya pengkalan tentera laut Rusia yang berada di laut lepas).

Krisis yang berlaku ini yang menjadi mangsanya ialah rakyat Syria. Justeru perlu kepada kaedah yang tuntas utk menyelesaikan krisis ini supaya ianya tidak berpanjangan yang akan menambahkan lagi pertumpahan darah. Teringat amaran Nabi SAW yang menyebut antara apa yang akan berlaku di akhir zaman; orang yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh dan orang yang membunuh tidak tahu kenapa dia membunuh.

Semoga Allah menyelamat dan mengeluarkan umat Islam daripada fitnah ini.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
23 Rabiul Awwal 1438/23 Disember 2016
Sumber : Harakahdaily

Sumber TKO - 24-12-216

------------------------------------------------------------------------------------

Kata PAN menyemak tak percaya!
Posted on Friday, December 23 @ 07:15:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32955



Assalamualaikum,,,
Pemergian TGHH ke  muktamar perpaduan ummah di Taheran bukan perkara baru, malah setiap tahun TGHH akan hadir sebagai wakil PAS dalam muktamar tersebut.Ini bermakna lama sebelum walaun walaun keluar PAS dan tubuh PAN TGHH sudahpun hadir muktamar tahunan itu dan sewaktu PAN masih lagi ahli PAS tak ada yang buat bising atau cari apa apa alasan yang nak kata TGHH menyokong Iran atau syiah tetapi apabia timbul jer PAN,semuanya jadi bising serupa itik jumpa air.

Begitu juga dulu ketika PAS membuat perjanjian blok ke 3 bersama parti ikatan, bising satu dunia bahawa PAS dah lupakan Hudud,Bingit betul waluan PAN ni pantang ada jer isu yang boleh dimanupulasikan terus saja diprovokasikan mereka.

Patut pun kalau ada saranan PAN dibubarkan atau diserapkan kepada PKR, sebab mulut mereka ni dah macam pencacai Umno yang sudah jadi sejarah.PAN sudah dikesan menjadi penyemak dunia dan patut disingkirkan Kalaupun mereka mahu berhenti bernyanyi setiap kali TGHH melakukan sesuatu yang disokong penuh oleh ahli PAS,dan berhenti berlagak dengan gelagat bodoh sana sini,PAS  sudah menjelaskan pendirian mereka, tak akan bersama PAN
PAN kena faham perkara ini dan berhenti menyemak dan pergi mampus!!!!!!!!!


Sumber TKO - 23-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------

Yes, PAN boleh mampus sekarang, menyemak dunia jer!
Posted on Thursday, December 22 @ 14:03:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32942

"Assalamualaikum,,

Ada hujah menuntut PAN dibubarkan, ada pula mahu digabungkan dengan PKR dan ada pula hujah pekak badak tak mahu PAN dibubarkan tanpa terlebih dahulu melihat huraian dan kejadian semasa yang diketengahkan.Tapi yang saya lihat PAN  boleh mampus sekarang sebab tidak pernah mahu menilai sesuatau kejadian itu untuk ugama tetapi segalanya hanya politik.PAN ialah parti politk yang sempit tak mampu menjadi wadah untuk menjaga ugama dan tidak layak disertai oleh orang Islam.Lebih baik PAN mampus untuk menyelamatkan orang Islam yang sudah terpengaruh dengan dakyah busuk mereka.

PAN hanya melihat segala gala yang dibuat oleh TGHH hanya untuk politik, mereka tak mahu mengaku itu semua untuk ugama, sebab itu mereka tentang TGHH malah lebih teruk mencari alasan itu dan ini untuk menyalahkan TGHH dan PAS dalam semua hal.

Mereka kononnya golongan yang bijaksana tetapi sebenarnya golongan bodoh sana sini kerana tak mahu menerima tindakan TGHH dan PAS walaupun untuk kemanusiaan, pada mereka yang penting semuanya untuk politik.Lihat saja ketika TGHH muncul dengan Najib untuk menyatakan sokongan kepada Rohinya, apa mereka kata? TGHH nak geng dengan Najib yang zalim? Hampeh punya PAN tak ada kebaikan langsung bagi mereka, segala galanya politik.

Begitu juga terbaru bila TGHH pergi ke Iran bukan main lagi tuduhan mereka padahal sebelum ini sudah berkali kali presiden mereka pergi ke Iran tak berbunyi apa apa pun! Bodoh sana sini betul sehingga mereka tak dapat melihat kekejaman Basyir Al Assad di Allepo dan tak dapat memahami atau sengaja tak mahu faham pemergiaan TGHH ke Iran ada hubungan dengan kekejaman ini, bukan untuk menyokong tapi untuk mengurang atau menghentikannya.

Sedang apa PAN buat? cuba perincikan,Kalau dalam kes Rohinya PAN hanya pandai kemukakan usul di Parlimen untuk mengutuk kerajaan Myanmar, dalam kes Allepo apa yang PAN buat? Sehingga bukan main bodoh sana sini sehingga nama Yusof Qardawipun digunakannya.bebal tak boleh diajar.

Begitu juga dalam kes Mohd Faiz, bukan main bodoh sana sini sungguh sehingga kepada keadilan Islam disebut mereka serta alasan alasan untuk mengatakan Mohd Faiz tak salah seperti alasan Mohd Faiz bukan kutuk solat Agung tetap tegur golongan yang suka memuji Agung sampai termuntah, alasan bodoh sana sini, tak nak mengakui apa yang dikatakan Mohd Faiz hanyalah nak kata Agung rajin solatpun apa faedahnya untuk rakyat, satu penghinaan bukan sahaja kepada Agung, tapi pada ALLAH!

Ngoklah PAN dan percayalah lepas ni mungkin akan terus ngok dan patutpun kalau terus mampus, hiduppun menyusahkan orang Islam saja serta menyemakkan dunia saja.........

Sumber TKO - 22-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa PAN perlu di bubarkan?
Posted on Wednesday, December 21 @ 23:22:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32939



1.Tidak mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu


    Sejak pelancaran PAN 16 September 2015 masih belum terbukti PAN mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu malah dari kaum lain sekalipun, yang ramai hanyalah dari penyokong DAP. Sejak ke dua PRK sebelum ini sehinggalah hari ini PAN masih belum mengumumkan secara tepat berapa bilangan keseluruhan ahli PAN. Anuar tahir hanya memberi anggaran umum iaitu ahli PAN dibawah 100 ribu orang.Boleh baca disini:

rujuk di sini

2.PAN bukan generasi ke 2 parti Islam

     PAN hanyalah parti orang-orang yang kalah pemilihan. Mengunakan hujah sebagai jelmaan Parti AKP turki adalah tersangat (…………)-letakkan la perkataan yang sesuai- . Calon presiden bagi turki adalah dari parti AKP. Calon PM Malaysia bukan dari parti  PAN. Jangan sekali-kali cemarkan nama AKP untuk survival karier politik individu. Bila sudah hilang jawatan politik dalam parti PAS bermaksud sukarlah untuk di calonkan pada pilihan raya. Hal rakyat letak tepi.  

3.Menyukarkan keadaan politik 

       Parti PAN berbeza dengan PPBM. PPBM lebih mempunyai kelebihan untuk menarik pengundi. Jika kita berada dalam mukasurat yang sama untuk menjatuhkan BN, kita perlu akuinya. Untuk mengakui menjadi sukar bila ia melibatkan rakan sembang di kedai kopi.  

4.Pas adalah parti yang sukar digugat.

      Setelah hadirnya PAN, PAS telah melalui siri-siri serangan yang begitu hebat. Paling hebat ketika PRK dahulu. Gabungan PAN, DAP, Mahathir, Prof Kankung,( Agus dan sebagainya) Rafizi. Tapi belum mampu melepasi PAS. Kalau serangan yang terdahulu pun PAS masih tetap utuh, serangan akan datang pun tetap sama. Pas tetap akan utuh pada penyokong dan pendokongnya. Yang ni kita perlu akuinya.Bangga ambe jadi salah seorang penyokong PAS bersama penyokong PAS yang lain.. PAS tetap selamanya dihatiku.

5.Cita-cita ke Putrajaya

     Jika betul-betul kamu memang berniat untuk ke Putrajaya, kamu perlu sedar kenapa perlunya PAN dibubarkan. Persoalan pertama yang perlu di utarakan ialah, betul ke kamu mahu menukar Putrajaya? Ataupun kamu hanya melakukan sembang kosong sebagai ahli politik. Walaupun tidak dapat menukar Putrajaya kamu masih tetap mendapat laba politik dengan pencen2 yang terdahulu.

Rakan sembang di kedai kopi lebih penting dari rakyat.

Persoalan kedua yang perlu difahami oleh ahli politik ialah kenapa kamu hendak mengambil alih Putrajaya??. Sematkanlah dalam hati kamu yang kamu lakukan adalah untuk rakyat. Tolonglah wahai ahli politik.Tapi….

Apa kisah keadaan Rakyat kan>? Menukar Kerajaan Pusat adalah suatu yang mesti dilakukan. Perkataan “mesti dilakukan”  bukan bermaksud bencikan BN tapi realiti sebuah Negara maju, menukar sebuah kerajaan adalah satu perkara biasa, dan bila bicara tentang Malaysia, menukar kerajaan pusat bermaksud menyelamatkan Malaysia. Kenapa perlu tunggu 5 tahun lagi sedangkan 5 tahun lagi adalah sekarang?

#Fahamilah_dengan_mata_hati

Sumber TKO - 21-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------

PAN boleh pergi mampus.....
Posted on Tuesday, December 20 @ 23:31:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32925

"Assalamualaikum,,

Dalam artikal ni saya guna balik panggilan PAN, with hell lah nak hormati mereka.Dan kali ni saya nak merapu kembali setelah saya melihat banyak pemuka pemuka dan walaun PAN masih lagi duk selak kain PAS sana sini.Kalau mereka amat ghairah nak ajar PAS supaya ikut kepala otak mereka,saya juga boleh ajar mereka supaya ikut kepala saya.Satu yang saya nak ajar PAN dan GAN ini ialah supaya pergi mampus, amankan dunia.Kalau tak nak mampus pun pergi gabung dengan PKR sementara masih ada yang berminat dengannya.

Dulu ada pencacai PAN mendakwa kenapa saya suka mengacau rumahtangga PAN, jawaban saya sebab mereka telebih dulu suka memporak perandakan rumah tangga PAS.Kalau mereka tak kacau PAS saya juga nak ada masa nak layan mereka.Tapi jenis bebal tak boleh diajar masih juga melalak tak pandai berhenti dan tak pandai nak hormati pendirian orang.

Banyak aritikal mengenai pendekatan dan kaedah serta sudut pandangan PAS merupakan penerangan kepada umum agar umum boleh faham apa yang PAS sedang lakukan.Dan kalau tak mahu setuju dengan apa yang PAS buat pun tak semestinya boleh sewenang wenangnya mengutuk dan mempersoalkan tindakan yang PAS ambil itu serta sewenang wenangnya menuduh dengan membuat kesimpulan mengikut akal pendek mereka.Sepatutnya mereka menghormati tindakan PAS ini dan kalau nak bantahpun, kemukakan pula alternatif tindakan yang mereka ambil dan tunjukkan lah fakta fakta  hasil dari tindakan mereka itu.

Ini tidak apa sekalipun sondol juga macam babi hutan.Tak ada sedikitpun fakta didakwanya benar, tidak sedikitpun ada tanda tanda sokongan dikatakan ada sokongan malah dalam kes Mohd Faiz tu pun nak tunjuk pandai yang memdedahkan kebebalan mereka sendiri.Ada ker dalam kes solat Agung pun disuruhnya Mohd Faiz adili dulu, Apa semua boleh adili solat Agung dan solat seluruh umat Islam.Kes ini bukan sahaja biadap dengan Agung tetapi biadap dengan ALLAH juga sebab ALLAH yang perintah kita semua orang Islam supaya solat bukan untuk adili.Apa yang agung lakukan ialah sesuatu yang biasa dilakukan oleh hamba kepada Khalidnya, apa yang nak diadili?
Bengong punya PAN, pergi mampus lah.............

Sumber TKO - 20-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------


Rasuah amalan Umno sejak dulu dulu lagi,,,,,,,,
Posted on Tuesday, December 20 @ 23:31:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32924



Assalamualaikum,,,

Bercakap pasal rasuah sudah bukan rahsia lagi menjadi amalan Umno sejak dulu dulu lagi.Rasuah bukan hanya terjadi kepada Najib tetapi kepada hampir semua PM Umno bermula dari arwah Tengku Abdul Rahman, cuma komposisinya ketika itu agak kecil kerana Negara tidak punya hasil yang lumayan.

Hasil yang lumayan hanya direkod ketika Mahathir jadi PM.Dengan kemewahan hasil ini, Aktiviti rasuah menjadi rutin harian kepada Umno malah pernah dilapurkan oleh salah seorang penjada Umno di peringkat akar umbi yak ni JKKK bahawa Mahathir dalam pertemuan mereka pernah menggalakkan mereka membuat harta hasil dari penglibatan politik menjaga Umno yang mereka lakukan.

Timbul persoalan kenapa hari ini penentangan kepada kerajaan Najib terlalu ditumpukan kepada rasuahnya? Sehingga hari ini duit 2.6 Billion dan penyelewang 1MBD terus terus menjadi agenda utama untuk menuduh Najib itu penyamun yang menzalimi rakyat padahal Umno secara keseluruhannya adalah penyamun dan penzalim rakyat.Jangan lupa Najib juga bukan baru dalam bidang rasuah kerana sebelum ini sudah tercetus kes komisyen kapal selam yang tidak boleh menyelam serta kes helikopter perang yang tak dapat berperang.Najib terlibat ketika Mahathir masih PM tapi kenapa Mahathir tidak loghat untuk pecat Najib seperti yang dia lakukan hari ni dengan menggunakan 1MBD?

Begitu juga Muhyidin ketika jadi Menteri pelajaran, berapa banyak  duit rakyat yang ditiriskan untuk projek Bistari.com serta makmal komputer sekolah yang entah ke mana hari ini?

Ada hospital yang bangunan barunya tidak dapat digunakan sehingga hari ini kerana tidak memenuhi piawaan keselamatan dan kalau diimbas kembali orang sakit yang terbakar di Johor Bharu dulu ada kemungkinan kerana kes 10% atau seumpamanya.

Bottom linenya, Umno memang diketahui pengamal rasuah dengan kuasa yang mereka miliki dengan menipu rakyat.Tak ada faedahnya hanya membangkitkan Najib itu penyamun sebab semua pemimpin Umno secara umumnya penyamun termasuk bekas pemimpin mereka seperti Mahathir dan Muhyidin.kalau nak baik dengan mereka atas tiket pembangkang tak jadi masalah tetapi yang jadi masalahnya membersihkan mereka dari rasuah sedangkan tahi yang mereka tinggalkan dalam Umno masih ada.

Begitu juga nak baik dengan Najib atas alasan menjaga ugama dan kemaslahatan umat kerana Najib masih ada kuasa yang boleh dimenafaatkan, maka tidak munasabah mereka dituduh bersubahat dengan penyamun oleh orang yang turut bersubahat dengan penyamun.
Dalam situasi hari ini keutamaan kepada sesuatu tindakan itu perlu tanpa mengambil kira rasuah kerana sememangnya Umno itu perasuah sejak dulu dulu lagi.Kita boleh mengubahnya dengan menjatuhkan Umno tetapi kita sudah cuba dan masih gagal, maka mencari pendekatan baru untuk mengubah rasuah adalah tindakan yang bijak.Hari ini kita boleh lihat siapa yang bijak dan siapa yang bebal tapi mengaku bijak, tak perlu saya ulas panjang panjang sebab semua daripada kita dikurniakan akal oleh ALLAH untuk melihat mana yang benar dan mana yang salah.

Begitu juga kita jangan biarkan diri kita terperangkap dengan janji manis pihak pihak tertentu yang kononnya berjuang menetang rasuah tetapi kita harus bijak menilai tindak tanduk mereka yang ada juga unsur unsur rasuah kerana kalau  kita silap memberi sokongan ada kemungkinan situasi kita seperti kata pepatah keluar dari mulut buaya masuk ke mulut singa, nak hapuskan rasuah tetapi rasuah juga yang akan jadi apabila pihak pihak ini menguasai kerajaan.

Oleh cuba mengubah pentabdiran dan perlakuan agar kembali kepada ajaran Quran dan Hadis atau islah serta berdakwah kepada pelaku rasuah dan penyelewengan akan banyak membantu menyelesaikan bukan sahaja masalah rasuah tetapi lain lain masalah kemanusia termasuk masalah menjadi muktazillah di kalangan kita.

Dalam politik, pendekatan politik matang dan sejahtera yang di dalamnya tersirat unsur islah dan dakwah adalah option terbaik di antara option perjuangan politik yang ada.Ayuh bangkitlah menyokong pendekatan ini dan istiqamahlah sehingga kemenangan...

Sumber TKO - 20-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------

Mujahidin Halab bertaqrib dengan syiah
Posted on Tuesday, December 20 @ 14:54:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32917



Bagaimana orang2 awam halab yang terkepung dalam perang dapat dikeluarkan sebahagiannya ke turki dan sebahagiannya ke bandar idlib, syria? Jumlah mereka dianggarkan 100 ribu.


Jika mereka yang berjumlah 100 ribu ini terkepung dalam kawasan tak sampai 10km tak dikeluarkan, apa akan jadi? Mereka semua akan dibunuh, dirogol, diseksa dll.

Adakah mujahidin yang berada disitu mengatakan biarlah kami semua mati terbunuh, dirogol dll? Jawabnya tidak.

Tetapi mereka BERUNDING supaya dikeluarkan para mujahidin dan keluarga mereka, orang2 awam dan kanak2. Tak dinafikan berlaku pelanggaran perjanjian dari pihak basyar, iran dan militia syiah.

Tetapi hasilnya puluhan ribu dapat dikeluarkan dan diselamatkan.

Dengan siapa mujahidin ini berunding? Antaranya dengan pihak IRAN, MILITIA SYIAH, RUSSIA.

Adakah mujahidin ini bersekongkol dengan perogol dan pembunuh atau bertaqrib dengan syiah?

Ustaz Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff

Sumber TKO - 20-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------

PKR Bersedia Beri Kerusi Kepada BERSATU, Tapi Tidak Kepada PAN dan PSM
Posted on Tuesday, December 20 @ 08:56:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32910



PKR tidak ada masalah untuk menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pilihan raya umum ke 14 akan datang. Mengambil pendirian sama yang dilakukan oleh DAP dan PAS sewaktu PKR mula dibentuk, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kini giliran parti itu untuk berbuat demikian.

Itu salah satu kerjasama yang dibentuk supaya ada perbincangan dan kefahaman di antara Pakatan Harapan dengan BERSATU, saya telah berbincang dengan pimpinan PKR dalam beberapa tempoh yang lalu di mana kita juga harus mengambil sikap yang terbuka kata Azmin Ali kepada wartawan semalam.

Adakah DAP akan mengikuti PKR? Jawapannya sudah PASTI TIDAK. DAP sekadar mahu dan manipulasi pengaruh Tun Mahathir sahaja kerana sokongan Melayu kepada DAP SANGAT MEROSOT.

Artikel ini bukan untuk mengulas mengenai sikap DAP tapi sikap PKR. Oleh itu saya akan fokus kepada PKR.

Persoalan timbul kenapa PKR bersedia memberikan kerusinya kepada BERSATU tetapi tidak kepada parti PAN dan PSM? (Baca di sini)

Malah sikap PKR kepada PAN sangat berbeza. Bukan sahaja kerusi tidak diberikan malah PKR kalau boleh tidak mahun parti PAN bertanding di Selangor.

Jika mengambil petikan Azmin di atas, apa nama PAKATAN HARAPAN yang tidak boleh nak kerjasama, tidak boleh nak adakan perbincangan dan kesefahaman sehingga rakan sendiri pun diketepikan?

Menjadi persoalan kenapa PKR seolah-olah mencurigai PAN? Adakah kini PKR sedar hubungan dalam PH, 1 lawan 2 (DAP + PAN) akan memakan dirinya sebagaimana PKR dan DAP perkena PAS dalam banyak keputusan semasa PAKATAN RAKYAT dulu sehingga PAS tersempit?

PSM pula, berapa kerusi PSM mahu? Hanya 1 atau paling banyak pun 2. Kenapa PKR tak boleh bertolak ansur. Malah bukan kerusi sahaja mereka tak berikan kepada PSM, nak masuk PAKATAN HARAPAN tak dijemput.

Saya mengambil petikan tulisan Nordin Ali dalam blognya "Kesian kepada pengerusi PSM Nasir Hashim. Semasa acara Pakatan Rakyat dulu termasuk BERSIH 4 dia dijemput dan ada tempat untuk berceramah di pentas PR. Tapi kenapa tak dijemput semasa penubuhan PAKATAN HARAPAN?

Hampir menitis air mata saya membaca kenyataan Dr Nasir.
“Tiada undangan."
"Kita pun bukan berminat sangat kerana kita ada kerja untuk dibuat, untuk memperkasakan rakyat dan meneliti masalah mereka,”
Yang saya masih menjadi tanda tanya Dr Nasir ni bertanding di Kota Damansara atas tiket PKR sehingga menjadi perebutan kerusi antara PAS-PKR. Kenapa sanggup ambil Dr Nasir jadi calon tapi tidak dijemput Dr Nasir dan PSM bersama PAKATAN HARAPAN?

Kenapa pula jemput ahli UMNO seperti Datuk Saifuddin Abdullah? (Masa ini belum masuk PKR). Diakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) walaupun mewakili Pengerusi Akedemi Belia. Apa lebih dia berbanding dengan Dr. Nasir yang sepanjang hidupnya nak menjatuhkan UMNO @ BN?

Pelbagai persoalan kepada kita kenapa PSM diketepikan. JAHAT BENARkah PSM ini?

Apakah PAKATAN HARAPAN ditubuh untuk kepentingan sahaja tanpa mengambil kira hasrat dan cita-cita rakyat pelbagai pandangan?

Politik PAKATAN HARAPAN menjadi makin kelam kerana sangat banyak agenda tersembunyi dan PAS mengambil satu pendekatan yang sangat baik untuk terus ISTIQAMAH MENENTANG KEMUNGKARAN UMNO @ BN.

Sumber TKO - 20-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------

PKR Bersedia Beri Kerusi Kepada BERSATU, Tapi Tidak Kepada PAN dan PSM
Posted on Tuesday, December 20 @ 08:56:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32910



PKR tidak ada masalah untuk menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pilihan raya umum ke 14 akan datang. Mengambil pendirian sama yang dilakukan oleh DAP dan PAS sewaktu PKR mula dibentuk, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kini giliran parti itu untuk berbuat demikian.

Itu salah satu kerjasama yang dibentuk supaya ada perbincangan dan kefahaman di antara Pakatan Harapan dengan BERSATU, saya telah berbincang dengan pimpinan PKR dalam beberapa tempoh yang lalu di mana kita juga harus mengambil sikap yang terbuka kata Azmin Ali kepada wartawan semalam.

Adakah DAP akan mengikuti PKR? Jawapannya sudah PASTI TIDAK. DAP sekadar mahu dan manipulasi pengaruh Tun Mahathir sahaja kerana sokongan Melayu kepada DAP SANGAT MEROSOT.

Artikel ini bukan untuk mengulas mengenai sikap DAP tapi sikap PKR. Oleh itu saya akan fokus kepada PKR.

Persoalan timbul kenapa PKR bersedia memberikan kerusinya kepada BERSATU tetapi tidak kepada parti PAN dan PSM? (Baca di sini)

Malah sikap PKR kepada PAN sangat berbeza. Bukan sahaja kerusi tidak diberikan malah PKR kalau boleh tidak mahun parti PAN bertanding di Selangor.

Jika mengambil petikan Azmin di atas, apa nama PAKATAN HARAPAN yang tidak boleh nak kerjasama, tidak boleh nak adakan perbincangan dan kesefahaman sehingga rakan sendiri pun diketepikan?

Menjadi persoalan kenapa PKR seolah-olah mencurigai PAN? Adakah kini PKR sedar hubungan dalam PH, 1 lawan 2 (DAP + PAN) akan memakan dirinya sebagaimana PKR dan DAP perkena PAS dalam banyak keputusan semasa PAKATAN RAKYAT dulu sehingga PAS tersempit?

PSM pula, berapa kerusi PSM mahu? Hanya 1 atau paling banyak pun 2. Kenapa PKR tak boleh bertolak ansur. Malah bukan kerusi sahaja mereka tak berikan kepada PSM, nak masuk PAKATAN HARAPAN tak dijemput.

Saya mengambil petikan tulisan Nordin Ali dalam blognya "Kesian kepada pengerusi PSM Nasir Hashim. Semasa acara Pakatan Rakyat dulu termasuk BERSIH 4 dia dijemput dan ada tempat untuk berceramah di pentas PR. Tapi kenapa tak dijemput semasa penubuhan PAKATAN HARAPAN?

Hampir menitis air mata saya membaca kenyataan Dr Nasir.
“Tiada undangan."
"Kita pun bukan berminat sangat kerana kita ada kerja untuk dibuat, untuk memperkasakan rakyat dan meneliti masalah mereka,”
Yang saya masih menjadi tanda tanya Dr Nasir ni bertanding di Kota Damansara atas tiket PKR sehingga menjadi perebutan kerusi antara PAS-PKR. Kenapa sanggup ambil Dr Nasir jadi calon tapi tidak dijemput Dr Nasir dan PSM bersama PAKATAN HARAPAN?

Kenapa pula jemput ahli UMNO seperti Datuk Saifuddin Abdullah? (Masa ini belum masuk PKR). Diakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) walaupun mewakili Pengerusi Akedemi Belia. Apa lebih dia berbanding dengan Dr. Nasir yang sepanjang hidupnya nak menjatuhkan UMNO @ BN?

Pelbagai persoalan kepada kita kenapa PSM diketepikan. JAHAT BENARkah PSM ini?

Apakah PAKATAN HARAPAN ditubuh untuk kepentingan sahaja tanpa mengambil kira hasrat dan cita-cita rakyat pelbagai pandangan?

Politik PAKATAN HARAPAN menjadi makin kelam kerana sangat banyak agenda tersembunyi dan PAS mengambil satu pendekatan yang sangat baik untuk terus ISTIQAMAH MENENTANG KEMUNGKARAN UMNO @ BN.

Sumber TKO - 20-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------

Peranan PAS di arena antarabangsa (Termasuk krisis di Syria sekarang)
Posted on Monday, December 19 @ 10:09:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32898

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lXbcsqEOPQk

Video ini disunting dari Pergulungan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke 58



Kredit
Rentasi87

Sumber TKO - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------

PH kecewa kerana gagal gunakan PAS!
Posted on Monday, December 19 @ 03:50:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32895



Assalamualaikum,,,

Berbagai bagai alasan,presepsi dan komen komen yang kadang kadang terlampau tidak ada asas, banyak andaian dan angan angan keluar dari PH mengutuk PAS, menuduh PAS berbaik dengen Umno dan lebih seronoknya diakhir kutukan itu muncul pula pujukan kepada PAS agar menerima pakatan dalam PH.Kenapa jadi macam tu? Kalau benar tak mahu PAS bersama maka biarlah PAS membuat pendirian mereka sendiri, tak usah tuduh itu dan ini.Kita semua dalam politik dan seperti yang Mahathir pernah kata, tiada musuh atau kawan yang kekal dalam politik, jadi terimalah kenyataan tanpa perlu menuduh ala provokasi dan komen separuh masak tanpa asas sama sekali.

Apa yang nampak dari tindakan PH terutama Amanah ialah kegelisahan mereka kepada kemungkinan berlakunya kerjasama politik antara PAS dan Umno.Amanah tak boleh terima kenyataan ini dan lagi tak boleh terima penegasan PAS bahawa mereka TAK AKAN BERUNDING DAN BERPAKAT DENGAN AMANAH justeru itu Amanah terus menerus membuat provokasi, mereka cipta cerita dongeng dengan orang asli, orang tak asli yang tinggal dalam khemah untuk menidakkan kemampuan PAS untuk terus bertahan untuk ugama.

Amanah teruskan juga kerja kerja tidak bermoral pencacai pencacainya termasuk pencacai yang menghina solat YDPA semata mata mahu melemahkan PAS dan mahu memastikan PAS tidak bekerjasama dengan Umno walaupun kita bagi tahu dengan siapa PAS hendak bekerjasama bukan urusan mereka tetapi mereka tetap bebal meneruskan tanpa mengambil kira apa jua fakta dan analisa yang kita kemukakan.

Pada mereka semua itu merapu tak kira apa jua fakta yang kita kemukakan.Apa semuanya ini? jawabannya nampak mudah semudah a,b,c, mereka tidak mahu PAS berkerjasama dengan Umno dan kelihatan ketakutan yang jelas yang ditunjukkan oleh samaada pemimpin atau pemuka pemuka serta pencacao pencacai mereka.


PH terutama Amanah sudah menampakkan kekecewaan mereka kerana PAS enggan bersama sekalipun sudah ditegaskan PAS tidak mempunyai apa apa obligasi untuk bersama PH, noktah

Sumber TKO - 19-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------

Rakyat pilih PH? berangan jer lebih!
Posted on Sunday, December 18 @ 18:39:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32891



Assalamualaikum,,,

Berangan angan itu mudah, berangan angan itu indah, tapi realitinya? hampeh! itu kesimpulan awal daripada dakwaan yang mengatakan Ph menjadi pilihan rakyat.Siapa PH? PH terdiri dari DAP, Amanah dan PKR.

Itu jer parti yang ada dalam PH selain dari Bersatu yang baru sain MOU dengannya.Inikah pilihan rakyat? Setelah beberapa siri PRK yang lalu menunjukkan pola BN masih jadi pilihan rakyat? Pola yang ditunjukkan ketika BN semakin lemah dan PH dikatakan gagah? Betul ker gagah,, mari kita lihat setakat mana gagahnya PH.

Pertama mari kita imbas kembali sudut pandangan seorang MP PKR yang bernama Tian Chua yang baru saja berpendapat PKR tak perlu letak calon kalau tidak bersama PAS.Kenapa Tian Chua berkata demikian kalau PH benar benar kuat? Sudah tentu kerana Tian Chua melihat PH tidak kuat dan tidak mendapat sokongan rakyat.betul tak? atau Tian Chua salah? Apakah Tian Chua tidak tahu bagaimana nak bertandingpun, PKR perlukan tenaga kerja dari PAS? Nak harapkan Amanah sekarang? mana mungkin kalau mesyuarat parti pun banyak kerusi dari ahli, bagaimana nak harapkan kerusi nak buat kerja PRU? betul tak? atau masih ada yang kata tak betul, Amanah ada tenaga kerja pilihanraya yang besar atau yang berkata itu akan menjadi super man ketika pilihanraya?

Kedua, kenapa Rafizi seorang pakar strategi PH berkata PH masih memerlukan PAS untuk ke putrajaya? Kalau PH benar benar kuat, kenapa Rafizi berkata demikian? Kenapa nampak sangat pakar pakar PH masih mahukan PAS untuk menguatkan mereka?

Jelasnya dakwaan PH tu kuat dan mendapat sokongan rakyat hanyalah angan angan.PH masih perlu diperkuatkan lagi dengan menggunakan PAS dan kalau PAS lari kepada Umno maka PH akan hancur.Undi Umno tak akan berjaya ditawan oleh PH tapi mungkin boleh diambil oleh PAS, sementara Undi PAS yang tegar tidak akan dapat diusik oleh sesiapapun.Tak perlu PAS membuat pendiriannya sekarang kerana undi tegar PAS tidak akan berganjak walau apa keputusan PAS sekalipun.Tak percaya tengok saja pada Mat Sabu yang pernah menjadi hero ketika dalam PAS, tapi sekarang lihat saja tempat ceramahnya berapa orang yang hadir? Kehadiran itu menjadi ukuran yang  yang baik kepada sokongan kepada PH.


Apa macam nak berangan lagi? Agak agaklah kalau nak berangan pun, buatlah analisa berdasarkan fakta semasa bukan bantai ikut andaian dan tuduh orang memacam tanpa asas yang kuat, nanti orang ingat kita sakit mental!

Sumber TKO - 18-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------

Kita berpakat untuk jadi kuat bukan jadi anak tangga orang menang pilihanraya
Posted on Sunday, December 18 @ 10:36:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32889



Assalamualaikum,,
Ketika berpakat untuk membentuk BA dan PR dulu, tujuan PAS ialah untuk jadi kuat agar dapat menewaskan BN.Sebab itu ketika membentuk PR TGHH menawarkan semua parti pakatan agar rmelupakan dulu perbezaan antara mereka dan bersetuju untuk tidak bersetuju, satu syarat yang longgar bagi membolehkan pakatan rakyat direalisasikan, bukan digunakan konsesus bersama dalam membuat apa jua keputusan bersama.Pengalaman dalam BA banyak memberi pengajaran kepada prinsip yang ditawarkan PAS ini malah Mujahid pernah menyifatkan wawasan TGHH ini sebagai bijak.Inilah asas kepada pakatan yang nak ditubuhkan, untuk jadi kuat bukan dipergunakan untuk parti lain berkuasa tanpa mempedulikan PAS.
Perkara yang lebih utama berlaku dalam PR dulu ialah timbulnya satu puak dalam PAS dan berjaya menguasai jawatankuasa pusatnya yang celaru dan haru biru dengan membenarkan parti lain dalam pakatan mengambil kesempatan untuk membuat keputasan tanpa PAS.Majlis presiden dpergunakan untuk membuat konsesus dengan puak celaru dalam PAS seringkali mewakili PAS dalam majlis presiden memberikan persetujuan PAS dalam apa jua konsesus yang dibuat tanpa merujuk kepada Presiden dan jawatankuasa pusat.Lepas itu parti lain mendakwa PAS sudah bersetuju seolah olah konsesus itu menjadi panduan PR padahal sudah dipersetujui diawalnya parti parti boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tetapi ditukar kepada konsesus sesuka hati parti parti lain tanpa pengetahuan PAS dengan pertolong kumpulan yang celaru dalam PAS ini.

Sebab itu ketika krisis Kajang Move, apabila TGHH bangkit menentang keputusan majlis presiden yang didakwa sudah dipersetujui oleh PAS padahal yang setuju hanyalah Mat Sabu yang mewakili presiden tanpa merujuk dulu kepada presiden dan jawatankuasa pusat serta majlis syura yang lebih layak membuat keputusan, maka didakwanya TGHH mungkir janji sedangkan awal awal lagi TGHH sudahpun menawarkan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju dan dipersetujui oleh semua parti.

Bersetuju untuk tidak bersetuju bermakna semua parti boleh menolak apa jua keputasan majlis presiden walaupun dibuat secara konsesus kalau didapati keputusan itu lebih berbentuk dipergunakan dari memperkuatkan parti dalam pakatan.Ini yang dilakukan oleh TGHH, mana salahnya TGHH sedangkan inilah prinsip yang membawa pembentukan PR.PAS bersama dalam PR untuk jadi kuat bukan untuk dipergunakan sewenang wenangnya dan sesuka hati oleh parti lain.
Kerana itu juga PAS sudah dari awal lagi menolak sebarang perbincangan dengan Amanah(saya gunakan Amanah sebagai menghormati perlembagaannya walaupun saya lebih suka menyebut PAN) dan DAP kerana secara jelasnya inilah parti yang menyelewengkan prinsip PR serta menjadi pengkianat kepada PAS dan Islam.

Tidak ada perbincangan bermakna tiada pakatan baru yang akan dibuat oleh PAS bersama parti parti ini walaupun majlis syura masih belum memutuskan kedudukan PKR yang juga kelihatan seperti dua parti ini juga, bermakna PAS masih boleh berunding dengan PKR dan juga Bersatu sebagai parti baru yang tidak ada apa apa masalah dengan PAS lagi.

PAS juga sebagai alternatif masih boleh berunding dengan Umno secara terhadnya.Ingat tujuan sebarang rundingan ialah untuk jadi kuat, maka PAS boleh berunding dengan Umno untuk menjadi kuat bukan untuk dipergunakan.Option ini masih terbuka kepada PAS tanpa mengira provokasi yang cuba dibuat oleh pencacai Amanah bahawa berbuat baik dengan Umno sama berbuat baik dengan penyamun dan berbuat baik dengan penyamun itu salah.

Salah pada mereka tapi tidak salah bagi PAS asalkan hasil perbincangan itu boleh menjadikan PAS kuat dan diterima rakyat.Katalah apa sekalipun yag penting PAS berpakat untuk jadi kuat bukan untuk jadi anak tangga kepada parti lain untuk menang pilihanraya dan bila menang PAS dilupakan.........

Mesej ini sepatutnya jelas,  loud and clear, bukannya mesej memperlekkan solat agung....... 

Sumber TKO - 18-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------

Benarkah rakyat tak ada pilihan selain pilih PH?
Posted on Sunday, December 18 @ 01:09:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32880



Assalamualaikum,,,

Bercakap dengan fakta dan bercakap dengan auta jelas berbeza, yang satu guna akal untuk menilai  kepada kebaikan bersama dan yang satu lagi guna akal untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokongnya.Terbukti dalam 2 PRK yang lalu, rakyat tidak terpengaruh dengan auta sebaliknya menyerahkan nasib mereka untuk terus ditabdir oleh BN, parti yang didakwa penyamun oleh para pengauta tegar dalam negara.

Mana tidaknya, BN yang dituduh penyamun itu pula sebab dikatakan diketui oleh penyamun Najib dengan alasan tak ada pemimpin lain sebelum ini memasukan duit yang disamunnya ke dalam akaunnya.Cara mereka mengauta pula seolah olah BN hanya jadi penyamun semasa dperintah oleh Najib, sebelum ini BN bukan penyamun.Ketirisan yang berlaku sebelum ini bukan masalah besar untuk pengauta ini berbanding sekarang kerana penyamun Najib lebih bahaya dari pemerintah BN sebelum ini walaupun kerajaan Najib merupakan kesinambungan kerajaan lama yang sudah lama rosak tetapi masih menjadi pilihan rakyat.Barangsiapa yang baik dengan Najib adalah penyamun juga dan barang siapa bersama PH untuk menjatuhkan Najib dan BN adalah terbaik serta rakyat diautakan tiada pilihan selain memilih PH.Apa maksudnya ungkapan ini?

Ianya bermaksud untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong PH bukannya bermaksud PH itu terbaik kerana komponennya bersih dari segala perbuatan menyeleweng.Tak ada jaminan pun PH bersih sebab kalau PH betul betul bersih tak akan ada dakwaan rasuah yang boleh timbul di dalamnya.Dua kejadian semasa membuktikannya, pertama dakwaan rasuah LGE dan kedua kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Aziz bahawa DAP dicemari oleh amalam rasuah dalaman.Begitu  juga pendedahan kemunculan Adam Rosli di Selangor juga terpalit dengan unsur rasuah dan samun duit rakyat walaupun tiada bukti rasuah yang terdedah.Berilah alasan macam mana pun, timbulnya dakwaan ini walaupun belum dibuktikan tetap mencemarkan kebersihan PH dalam erti belum tentu kalau rakyat memilih PH rasuah akan dihapuskan.

Apa makna semuanya ini? maknanya semua alasan untuk mengatakan PH terbaik hanyalah auta dan lawak di mata rakyat.Alternatif yang diambil oleh PAS untuk berbaik dengan BN dan Najib pula tidak boleh dikatakan  bersubahat dengan BN sebab apa yang dibuat oleh PAS ada wawasan yang boleh dilihat oleh semua orang.Najib tidak lagi mampu untuk terus penyamun kerana sudah ketiadaan sumber setelah dia menjahanamkan 1MBD.Sudah BERKALI KALI saya sebut tentang ini tapi penauta tetap buat pekak badak tetapi terus menerus menyebut pasal 1MBD.

Kita sedar kerajaan Najib sekarang iala kerajaan yang lemah dan boleh dimenafaatkan untuk faedah Islam dan itu yang PAS lakukan tetapi dibangkang oleh  PH kerana sebab politik, sebab yang tidak memberi apa apa keuntungan politik kepada PH.Penauta pula terus mengunakan alasan berbaik dengan penyamun tanpa menghiraukan hubungan mereka dengan Mahathir yang menyamun lebih banyak dari Najib.Zaman Mahathir zaman mewah, hasil masyur negara melimpah ruah sehingga dia boleh mengaut begitu banyak kemewahan bersama kroni dan anak beranaknya tetapi tidak ada duit yang dimasukkan ke dalam peribadinya.Sebab itu Mahathir tidak dianggap penyamun atau bekas penyamun oleh penauta.

Nampaknya rakyat masih bijak menilai tindak tanduk PH yang mahukan kuasa dan yang boleh difikirkan ialah setelah PH mendapat kuasa, aktiviti menyamun tidak akan terhenti sebaliknyya akan dibuat dalam bentuk baru.

PH bukan terbaik untuk mengantikan BN.dua duanya sama saja tapi yang berbeza ialah pragmatisnya Umno yang boleh menolong Islam menjadi amalan dalam negara, sedangkan PH langsung tak ada unsur pragmatis ini sebaliknya lebih berminat kepada liberal yang bahaya untuk Islam.


Sebagai umat Islam, kita seharusnya bijak berdepan dengan keadaan, tidak boleh rigid dengan pendirian yang tidak membantu kemaslahatan umat Islam.Politik matang dan sejahtera adalah yang terbaik bukan PH untuk menangani BN.

Sumber TKO - 18-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------

Nak lawan rasuah mesti bersih rasuah!!!!!!!
Posted on Saturday, December 17 @ 08:15:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32870



Assalamualaikum,,

Kata orang kalau seorang yang jual ubat putih kulit berkulit hitam, ada ker orang percaya? Begitu juga kalau seorang atau sesuatu Parti politik mahu melawan rasuah 1MBD didakwa terbabit dalam rasuah dan bersengkongkol pula dengan bekas perasuah macam mana orang nak terima perjuangannya?

Konar macam manapun tak akan  ada sokongan.Terlebih lagi kalau seorang penyokong parti berkenaan suka konar baring ke atas satu satu berita yang tidak menyenangkannya seperti konar kepada Najib apabila ada orang melapurkan PAS menyerahkan surat tuntutan kepada Serawak Report dan mempersoalkan kenapa Tengku Aziz tidak membangkitkan isu rasuah 1MBD oleh kerajaan persekutuan ketika Tengku Aziz mendakwa ada amalan rasuah dalam DAP.

Logiknya tetap kekal, nak lawan rasuah mesti oleh orang  yang bersih rasuah tak kira kicil atau besar rasuahnya, tak kira masuk akuan sendiri atau tidak kerana rasuah tetap rasuah.Beballah seseorang yang menyokong seseorang yang  tidak bersih rasuah untuk melawan perasuah dan tidak waraslah sokongan yang diberi dengan justifikasi hanya untuk menghapuskan rasuah lebih lebih lagi kalau yang nak disingkirkan itu kerajaan dan pihak yang nak menggantikannya pula tidak bersih rasuah.

Risikonya, rasuah boleh berulang dan penyokongnya yang dipergunakan untuk berkuasa dan untuk meneruskan legasi rasuah kerajaan mungkin dalam bentuk yang berbeza, dijenamakan semula, tetapi rasuah tetap rasuah.
Oleh itu rakyat yang sudah lama tertindas dengan tindakan rasuah kerajaan harus berhati hati dalam memberi sokongan, jangan nanti sokongan membawa rebah, sokong dengan harapan mendapat kehidupan yang lebih baik, tapi kesudahannya menjadi semakin teruk, harapan untuk bebas dari mulut buaya tetapi masuk pula ke mulut singa.

Hati hati dalam memilih jangan tersalah pilih, hati hati dalam menilai, jangan tersalah nilai mungkin yang dinilai tidak baik itu lebih baik dan yang dinilai baik itu akan jadi tak baik.Dan hati hati membaca komen sebab mungkin ada yang buat LAWAK.....

Sumber TKO - 17-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------
Kedudukan PAS lebih baik dari PH dan Bersatu..
Posted on Friday, December 16 @ 02:50:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32854

"Assalamualaikum,,

Bahagian merapu seterusnya, saya akan ulas sedikit mengenai kedudukan parti parti pembangkang hari ini.PH dan Bersatu sudah tandatangani MOU untuk PRU 14 dan PAS masih bersendiri bersama blok ketiganya.Melihat kedudukan ini, sedikit goyah di pihak PH kerana gagal membawa bersatu ke dalam pakatan.MOU yang ditandatangani pula berpihak kepada bersatu yang mengharapkan ehsan PH untuk memberi mereka beberapa kerusi untuk dipertandingkan dalam PRU 14 dan bersatu terus berusaha untuk memujuk PAS menerima mereka agar tidak berlaku pertandingan dengan PAS nanti.

Itu percaturan bersatu yang semacam diakui oleh  PH dengan harapan mungkin dapat membawa PAS kedalam satu MOU yang menguntungkan semua pihak.Menguntungkan setengah pihak juga kerana sekiranya Putra Jaya berjaya dirampas, ada pihak yang boleh mempengaruhi kerajaan untuk tidak meletakkan Islam sebagai keutamaan dan ini tidak sesekali menyenangkan PAS.

Maknanya kalaupun ada MOU bersama PH, bersatu dan PAS, kerajaan yang akan dibentuk sesudah menang pilihanraya belum tentu stabil lagi.Ada kemungkinan kerajaan akan terjebat dalam pergolakan yang lebih serius apabila Islam dikebelakangkan kerana PAS tidak akan berdiam diri kalau itu berlaku,Maaf cakap tetapi sekarangpun perpecahan dalam PR bersebab kerana DAP enggan menerima hukum Islam jadi kalau nanti DAP yang menjadi parti komponen kerajaan akan terus menentang hukum Islam apakah PAS akan mengalah? Tidak sama sekali.

Dalam masa yang sama PAS sedang dilambai oleh saudara seagamanya Umno dengan lambaian yang mesra Islam.Laluan kepada RUU 355 mungkin dedak Umno tetapi kerana ianya menunjukkan mesra Islam, maka PAS tidak teragak menerimanya kerana PAS yakin dengan pertolongan ALLAH, dedak ALLAH itu lebih lazat dari dedak Umno.Maka alternatif baru terbuka kepada PAS.Kalau PAS tak mahu bersama PH dan bersatu, PAS masih boleh mengelak perlawanan 1 lawan 1 dengan menandatangani MOU bersama Umno di mana PAS akan dapat laluan di kerusi yang dipertandinginya untuk berdepan 1 lawan 1 dengan PH atau bersatu serta mendapat undi yang besar dari pengundi Umno.

Melihat kemungkinan yang ada, peluang  PAS lebih cerah untuk mengelakkan Kelantan dan merampas Terengganu kalau ada persefahaman dengan Umno berbanding persefahaman dengan PH dan bersatu.

MOU ini pula merupakan strategi politik untuk mempertahankan survival PAS yang hebat diserang oleh PAN sekarang ini.Tidak salah berstrategi untuk terus berada di peringkat tertinggi pentabdiran negara sambil terus memastikan Islam terus dimartabat dan diluaskan lagi pengamalannya dalam nagara.


Pendek kata PAS adalah free agent ketika ini, bak kata TITM PAS perlu masa untuk menentukan samaada akan bersama PH atau BN.Dan apapun pilihan PAS, ianya tetap yang terbaik sesuai dengan kenyataan PAS sedang mencari kedudukan kedua terbaik(2nd best) kerana ketiadaan peluang untuk mencapai kedudukan yang ideal.(Ingat Teorem 2n best)

Sumber TKO - 16-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan muafakat kalau tak beri Bersatu kerusi?
Posted on Thursday, December 15 @ 20:12:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32851



Masalah besar yang dihadapi oleh parti bersatu iaitu tiada satu kerusi pun yang akan diberi oleh ketiga tiga parti dalam pakatan harapan.

 Hal ini telah dinyatakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelihatan sedikit sedih.

Oleh itu, beliau  berharap ketiga-ketiga parti dalam Pakatan Harapan akan bekerjasama memberikan kerusi kepada parti bersatu pada PRU 14 nanti.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, muafakat kerjasama antara Bersatu dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada Bersatu.
"Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan Amanah) untuk menyumbangkan kerusi.



"Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral," katanya dalam sidang media, di Paya Jaras semalam



Masing-masing menandatangani enam dokumen bersama dalam Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan dengan Bersatu.



Persetujuan itu ditandatangani dalam mesyuarat rasmi pertama antara Pakatan Harapan dan Bersatu.



"Sebagaimana yang disebut dalam perjanjian, kami akan adakan rundingan dan semua pihak akan terlibat untuk mengadakan perbincangan pokok.



"Apa yang kita persetujui dalam perjanjian itu adalah kebolehmenangan dan kalau itulah yang menjadi asas, maka kita harap kita akan sampai ke tahap di mana semua pihak akan berpuas hati," kata Muhyiddin lagi.



Persoalan yang timbul sekarang macam mana ketiga tiga parti dalam pakatan harapan itu  hendak bahagi kerusi kepada bersatu sedangkan parti itu tidak ramai keahliannya.



Amanah walaupun parti baru sudah ada sejumlah 200,000 ahli setakat hari ini.manakala PKR pula sudah ada 500, ahli, ahli umno seluruh Negara.



Tidak mustahil bersatu boleh ambik ahli umno sejumlah 500, jugak, kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang tokoh bekas perdana menteri dan timbalan presiden Umno macam juga Anwar Ibrahim.



Parti Pas sudah tentu tidak sekali kali akan bekerjasama dengan pakatan harapan, jika DAP dan Amanah masih ada dalam kerjasama tersebut.

Maka, bersatu boleh bertanding dimana sahaja pada posisi kerusi yang pas bertanding diseluruh Negara yang pasti tidak akan diambil oleh  parti Amanah, kerana parti amanah setakat ini merupakan parti yang baru yang miskipun ahlinya ramai tetapi tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian.



Sumber TKO - 15-12-2016



---------------------------------------------------------------------------------------------
Apa erti kerjasama HARAPAN dan parti Mahathir?
Posted on Thursday, December 15 @ 18:36:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32850



Ramai yang tidak puas hati. Setelah mengetahui berulang kali bahawa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahu partinya bergabung dalam Pakatan Harapan, akhirnya tujuan itu tidak menjadi kenyataan. Parti cap bunga raya pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya sekadar buat perjanjian politik sahaja dengan HARAPAN. Tidak jadi sekutu gabungan.

Mahathir pula tidak hadir semalam. Barangkali kerana cita-citanya belum lagi tercapai. Setakat tandatangan perjanjian dan tidak membentuk gabungan, hantar anak sahaja cukuplah. Lim Kit Siang juga serupa. Kedua-duanya hanya hantar anak masing-masing.

Atau mungkin kerana mesyuarat semalam berlangsung di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tingkat empat bangunan ibu pejabat PKR. Meski sudah bersalam dan berbual mesra, Mahathir mungkin belum boleh masuk ke pejabat bekas timbalannya itu. Tapi tak apa, itu semua hal anekdot sahaja. Tak akan dicatat di nota kaki sejarah pun.

Namun apa yang sejarah akan rakam ialah dua acara ini. Pertamanya ceramah ‘blok ketiga’ anjuran PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di Paya Jaras, dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga wakil PKR, Sivarasa Rasiah. Kedua, majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara BERSATU dan Pakatan Harapan, keesokan harinya.

Dalam acara pertama, PAS Selangor menghidangkan sebuah majlis yang dinamakan “Ceramah Mega Rakyat”. Hadir dalam acara tersebut ialah pemuka-pemuka PAS dan IKATAN, bersama Muhyiddin dan wakil PKR, setelah Datuk Seri Wan Azizah Ismail enggan hadir ke majlis tersebut.

PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor, dan bekerja dalam satu bangunan dengan pemimpin DAP, namun tidak pula menjemput wakil DAP ke ceramah meganya itu. PAS juga masih berpatah arang dengan rakan-rakan lama yang sudah membentuk parti baru. Sebut nama Parti Amanah Negara (PAN) pun tak mahu, inikan pula mahu diajak berceramah sekali untuk melawan Umno.

Berbalik kepada cerita “ceramah mega”.

Tuan Ibrahim dilapor berkata "Kita tidak ada hubungan dengan DAP, PAN, soal BERSATU nak jadi jambatan, itu tanggungjawab BERSATU, bagi PAS kita ada hubungan dengan PKR sahaja, dengan BERSATU kita pun masih dalam perbincangan."

Dalam bahasa orang biasa-biasa seperti kita, Tuan Ibrahim secara mudahnya berkata:

“Eh kau ni. Kita ini pun baru nak bermesra, kau nak ajak aku bermadu dengan kekasih lama?”

Lebih kurang begitulah.

Acara itu kemudiannya disambut dengan majlis semalam. Muhyiddin sekali lagi disoal tentang usahanya untuk berunding dengan PAS, dan berapa lama lagi beliau mahu terus memujuk parti pimpinan Haji Hadi itu.

Vakum kepimpinan Melayu

Politik orang Melayu, seawal perjuangan menuntut kemerdekaan lagi, adalah permainan kelompok kecil-kecilan yang tidak rumit mana pun naratifnya.

Orang Melayu hanya memerlukan seorang dua sosok pemimpin yang boleh memberi jaminan bahawa hak dan keistimewaannya terjamin, selain kedudukannya sebagai ‘tuan’ tidak digoyang-goyang.

Itu sebabnya kenapa Umno masih lagi mampu mengekalkan kuasanya, walaupun demikian banyak bobrok dan kegilaan menimpa masyarakat.

Skandal kewangan, cukai, kenaikan kos sara hidup, roti canai dan teh tarik naik harga, itu semua tidak penting asalkan Melayu kekal berkuasa.

Kita telah menyaksikan bagaimana Umno cuba menjadi lebih Islam dan bermain dengan politik angin syurga dalam persidangannya yang baru selesai. 

Itu semua untuk memujuk sokongan Melayu yang kian condong untuk mahu beragama. Hatta Umno pun akhirnya menampilkan ustaz penceramah televisyen sebagai perwakilan, selain membahaskan kepentingan usul persendirian presiden PAS.

Ini semua terjadi kerana wujud kelompangan dalam kepimpinan Melayu.

Kelompangan ini sekarang sedang cuba diisi parti Mahathir, dan juga PAS, selain oleh tokoh-tokoh politik Melayu dalam gabungan Pakatan Harapan.

Langkah paling cepat untuk mengisi kelompangan ini sebenarnya adalah dengan memaksa PAS ke suatu sudut, mengambil garis jelas memisahkan ‘kita’ dan ‘mereka’. Kalau bukan bersama para demokrat, kamu bersama para kleptokrat. Mudah.

Memberi ruang rundingan dan kecurangan dalam sela masa yang begitu singkat menuju pilihan raya seawal April adalah kerja yang tidak memberi keyakinan kepada rakyat. Sudahlah calon perdana menteri pun tak ada, rakan gabungan juga tidak nyata. Maka mana dia barisan kepimpinan yang sedang bersiap untuk mengambil alih Putrajaya?

Itu pendapat ramai yang menepuk dahi apabila mengetahui parti bunga raya belum lagi masuk HARAPAN.

Tetapi dalam politik, banyak perkara boleh berubah dalam masa yang sangat singkat. Justeru kita tidak boleh berhenti berharap, walaupun itulah benda paling menyampah untuk kita lakukan.


Jadi pendeknya begini. Kerjasama politik HARAPAN dan parti baru Mahathir hanyalah langkah awal.

Sumber TKO - 15-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pembangkang perlukan PAS untuk ke Putra Jaya tapi PAS dah boleh ke Putra Jaya
Posted on Thursday, December 15 @ 07:26:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32841



Assalamualaikum,  Suara sumbang dalam PH dan Bersatu berkata, Pembangkang perlukan PAS untuk menang piliahraya dan menakluk Putra Jaya, kali ini saya tidak mengarut tetapi merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh  Rafizi, Tian Chua da Muhyidin Yassin.
Ketiga tiga menekankan perlunya PAS bersama pakatan pembangkang untuk menumbangkan BN.Tetapi PAN tidak berpendapat begitu malah dengan angkuhnya menyebut mereka mampu menawan Kelantan ialah dan Terengganu, dua negeri majoriti melayu.PAN tak perlukan PAS malah mahu menghancurkan PAS sama seperti mereka mahu menghancurkan Umno.

Persoalan pokok daripada apa yang dinyatakan sendiri dari dalam pakatan pembangkang ialah mereka tidak mampu meninggalkan PAS walaupun PAN tak mahu PAS.Tian Chua berkata PKR tak perlu meletakkan calon mereka pada PRU 14 kalau tanpa PAS bersama semasa DAP yang sudah awal awal ditolak PAS untuk bersama.Pakatan pembangkang perlu menyinkirkan PAN dan DAP kalau mahu PAS bersama serta bersedia memberi laluan kepada PAS untuk melaksanakan peruntukkan Islam dalam negara.

Dalam masa yang sama, PAS dituduh nak ug dengan Umno oleh PAN dan DAP yang mewakili suara lain dalam pakatan pembangkang.Dari suara ini sebenarnya sudah ada kemungkinan yang jelas untuk PAS ke Putra Jaya tanpa bantuan dari pakatan pembangkang.Kalau PAS nak ke Putra Jaya sekarangpun boleh.PAS cuma perlu masuk BN seperti mana sudah dipersetujui oleh parti parti komponen BN sejak PAU Umno tahun lepas lagi dan sudahpun berada di Putra Jaya dengan beberapa orang menteri.Jalan terbuka luas untuk PAS ke Putra Jaya tanpa perlu tunggu PRU 14 dan tanpa berpekik terlolong di jalanan.
PAN nak kata apa kalau PAS sudah menyertai BN? Tapi PAS tetap seperti dulu, membawa imej pembangkang yang ditohmah memacam oleh PAN dan DAP terutamanya, tetap tidak UG dengan Umno sampai hari ini.Bukti jelas yang ditolak PAN dan DAP sebaliknya menuduh PAS makan dedak dan terima $ dari Umno walaupun tak ada apa apa yang dimiliki oleh orang penting PAS sampai hari ini.PAN dan DAP tak mahu terima hakikat bahawa bukan Putra Jaya yang diingini PAS tetapi Islam yang mahu dimartabatkan, dan PAS dapati tak perlu ke Putra Jaya seperti pernah diungapkan oleh presiden PAN bahawa tunggu kita menang dulu baru kita laksana Islam.Islam sudah boleh diusahakan sekarang tak perlu jadi kerajaan baru boleh usaha Islam.Itu yang PAS mahu yang tidak mahu dimengertikan oleh pakatan pembangkang.


Akhirnya timbul suasana di mana dalam mengeji PAS kerana nak ug dengan Umno, pakatan pembangkang juga masih memujuk PAS.Inilah orang kata muka tak malu.......

Sumber TKO - 15-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------

Khalid Samad bukan pemimpin umat Islam...
Posted on Thursday, December 15 @ 00:38:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32840

"

Assalamualaikum,,

Bahagian merapu setrusnya, kisah pemimpin yang mempunyai ciri ciri kepimpinan yang mematuhi segala perintah ugama dalam tindakannya.Bergaul ikut perintah ugama, bercakap ikut perintah, menguruskan masa ikut perintah ugama dan berpolitik ikut perintah ugama.Dari ciri ciri ini adakah ahli politik di negara kita layak dipanggil pemimpin umat Islam? Masing masing boleh jawab sendiri.

Kerana mengikuti suruhan ugama bagi seorang pemimpin itu dari yang sekecil kecilnya sehingga yang sebesar besarnya tiada yang mahu ditinggalkan atau diganti dengan ikutan selain Islam termasuk ikutan idoelogi tertentu yang sebenar benarnya dicetuskan oleh akal semata mata tanpa petunjuk dan panduan ugama.

Jadi ciri pertama yang perlu diperhatikan yang perlu ada pada setiap pemimpin yang layak dipanggil pemimpin Islam ialah kesediaannya menurut semua perintah dam panduan ugama termasuk menyokong segala usaha baik yang dibuat oleh pihak lain tanpa perlu melihat siapa.Buat masa sekarang usaha baik untuk ugama yang sedang berjalan di negara kita ialah RUU 355, seorang pemimpin umat Islam ialah pemimpin yang menyokong RUU 355 tanpa ragu ragu atau berniat untuk menentang kerana ianya dibuat oleh rival politiknya.Seorang pemimpin umat Islam tidak akan ragu menyokong usaha baik ini sekalipun ianya dibuat oleh penyamun(bahasa perlambangan ya).

Ciri kedua pemimpin umat Islam ialah pemimpin yang menolak ideologi, bukannya pemimpin yang mencipta ideologi seperti ideologi Islam progresif atau liberal.Pemimpin yang ada dalam katogeri ini terang terang bukan pemimpin Islam.Pemimpin Islam mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang ALLAH dan kekuasaan ALLAH serta terikat untuk melakukan sesuatu dalam kerangka perintah ALLAH bukannya pemimpin yang merasakan diri mereka bebas untuk berbuat apa saja, mengambil pendekatan apa saja tanpa batasan seperti bersengkongkol dengan bukan Islam yang menentang hukum ALLAH sambil membenarkan semua tindak tanduk mereka.Bukan juga pemimpin yang bagitu gah tampil membela bukan Islam tetapi membiarkan saudaranya dibunuh oleh kafir laknakdengan hanya menunjukkan usaha melepas batuk di tangga.

Akhir sekali dalam bahagian merapu ini, suka dinyatakan pemimpin umat Islam ialah seorang yang tawaduk dalam amalannya, sentiasa berserah kepada ALLAH tanpa sekali menunjukkan sikap takaburnya, sentiasa bangun untuk qialmullai dan tahajud serta sujud dhuha di waktu siangnya sambil sentiasa berzikir kepada ALLAH dan berselawat kepada Nabi dan ini merupakan ciri terpenting seorang pemimpin umat Islam.

Umat yang mengambil pemimpin selain dari ini ialah umat yang mahu meliberalkan, tidak lain dan tidak bukan.untuk maklumat seluruh  umat harus melihat ciri ciri ini ada pada seseorang pemimpin sebelum mengiktiraf mereka sebagai pemimpin.

Kesimpulannya Khalid Samad tak ada ciri ciri ini dan  tidak layak diiktiraf sebagai pemimpin umat Islam.

Sumber TKO - 15-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------

Pakatan Harapan-BERSATU masih perlukan PAS kata Penganalisis
Posted on Wednesday, December 14 @ 19:35:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32836



Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memerlukan penyertaan PAS jika mereka mahu peluang yang lebih baik untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya umum akan datang, kata para penganalisis.

"Tanpa PAS mereka akan berdepan masa yang sangat sukar (melawan BN)," kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak dan pengulas politik, Jeniri Amir kepada Malaysiakini.


Ketua Eksekutif IDEA, Wan Saiful Wan Jan bersetuju bahawa pembangkang mungkin mempunyai peluang jika kepimpinan tertinggi PAS boleh diyakinkan untuk bekerjasama dengan HARAPAN dan BERSATU.

Jeniri dan Wan Saiful mengulas mengenai perjanjian yang telah ditandatangani oleh HARAPAN dan BERSATU semalam mengenai kerjasama rasmi antara mereka.

Antara lain, kedua-dua pihak bersetuju bahawa mereka hanya akan mengambil bahagian dalam pertandingan satu lawan satu menentang BN dalam pilihan raya umum ke-14.

Mereka juga bersetuju untuk berbincang dengan parti-parti lain yang tidak menandatangani perjanjian itu mengenai pertandingan satu lawan satu.
Para penganalisis dan veteran politik telah mengingatkan bahawa pertandingan banyak penjuru dalam pilihan raya, akan memberi kelebihan kepada BN.

Presiden BERSATU, Tan Muhyiddin Yassin berkata beliau akan memberi PAS masa sehingga tahun depan untuk memutuskan sama ada ia akan bekerjasama dengan pakatan pilihan raya bersama pembangkang.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengisytiharkan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti AMANAH.

Tuan Ibrahim juga berkata parti itu tidak akan berkompromi untuk bertanding semula di 70 kerusi yang ditandingi PAS dalam pilihan raya umum lepas.
Pada hari Ahad, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata beliau yakin parti itu boleh merampas Kelantan dan Terengganu - kedua-duanya merupakan kubu kuat PAS.

Wan Saiful berkata ada berkemungkinan pembangkang akan menyalahkan PAS sekiranya BN kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.
"Ia agak tidak adil untuk meletakkan semua beban kepada PAS, tetapi malangnya, parti ini perlu memutuskan sama ada ia mahu memberi keutamaan untuk mengalahkan BN atau melaksanakan undang-undang syariah," katanya.
'Jalan tengah'

Wan Saiful percaya sekiranya PAS yakin bahawa BN akan kalah dalam PRU-14, ia tidak akan mahu berada di pihak yang kalah.

Jeniri pula berkata dengan memutuskan untuk bekerjasama dengan HARAPAN dan bukannya menyertainya, BERSATU telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang baik untuk 'pujuk' PAS bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.

"Ini adalah jalan tengah, dengan cara ini BERSATU tidak akan kelihatan terlalu rapat dengan AMANAH dan DAP," katanya.

Wan Saiful menambah, keadaan ini juga akan membantu BERSATU - sebuah parti serpihan Umno - untuk menarik pengundi sasarannya yang mungkin tidak percaya pada DAP.

Sumber TKO - 14-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------


Dua suara satu pakatan!
Posted on Wednesday, December 14 @ 19:32:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32835



Assalamualaikum,,,

Kisah merapu dari saya seterusnya.Kisah bagaimana PAN sebagai wakil PH merancakkan serangannya kepada PAS dengan tuduhan makan dedak dan terima $ dari Umno serta ugutan menakutkan untuk meminggirkan PAS dalam arus politik negara.Tapi dalam masa yang sama mengajak PAS untuk berunding dan bergabung.Terdapat dua suara dari satu pakatan.Satu suara mengacah akan meminggirkan PAS dan menuduh PAS nak bekerjasama dengan Umno serta sudah makan dedak Umno, terima $ Umno.Kemudian tuduh PAS keliru dan bersungguh sungguh pulak mahu PAS bergabung dengan pakatan, pelik sebab yang nampak keliru adalah mereka.

Mujahid Rawa bersama Mahathir mewakili pakatan memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada PAS untuk menentukan kedudukannya.Suara mengancam yang menjurus kepada keinginan untuk melihat PAS kembali bersama Pakatan.Bak kat orang mengacah untuk menakutkan PAS padahal mahu PAS bersama mereka.Taktik lama yang menujukkan pakatan benar benar harapkan PAS.

Presiden Bersatu pula menawarkan diri menjadi penghubung untuk menyatukan semua parti dalam Pakatan walaupun partinya tidak berminat bersama pakatan tetapi sekadar bersetuju menerusi satu MOU untuk bekerjasama dalam PRU 14 sahaja.Tapi sudah bersedia menjadi penghubung antara pakatan dan PAS.Maknanya pakatan dan bersatu masih berharap kepada PAS untuk bersama mereka baik menerusi MOU atau bersama pakatan.

Kerja MOU ini mudah, untuk kerjasama Bersatu berharap dapat beberapa kerusi tanpa gangguan pakatan dan PAS dan untuk membentuk kerjasama dengan PAS memang terlalu mudah tak perlu MOU pun, pakatan dan bersatu hanya perlu tahu di mana PAS bertanding dan jangan kacau kerusi itu.Secara tidak langsung sudah ada kerjasama, apa nak kecoh? apa nak bincang?

Sebaliknya satu suara lagi dari pakatan baik dari PAN atau DAP, terus menerus menuduh PAS mahu bekerjasama dengan Umno, mahu UG dengan Umno, makan dedak Umno, terima $ dari Umno dan menggugut akan meminggirkan PAS.Sebaran hearsay diperluaskan mereka untuk memburuk burukkan apa saja yang dilakukan oleh PAS, TGHH muncul sedondong dengan Najibpun dituduh nak bergabung tanpa mahu mengasingkan mana politik mana tidak!

Kalau begini perangai pakatan, macam mana nak bekerjasama dengan PAS? sedangkan PAS sudah membuat pendirian yang jelas tak akan bersama PAN dan DAP, jadi walaupun Muhyidin mahu jadi penghubung, tindakan mengutuk terus menerus menggunakan pencacai ala pencacai Umno dan  pencacai hit & run, tak akan ke mana usahanya itu.

TTIM berkata PAS patut diberi masa untuk menentukan samaada ingin bersama PH atau BN.Ramai yang overlook kenyataan ini kerana TITM juga menegaskan keputusan majlis Syura yang memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Umno dan ini menjelaskan kepada kita tiada UG dengan Umno tapi puak PAN dan DAP buat pekak badak jer.Sebenarnya kalau diamati betul betul, sah tiada UG dengan UMNO dan lain lain bentuk kerjasama yang memberi faedah kewangan kepada PAS tetapi persetujuan untuk saling tidak mencabar kerusi kerusi yang dipertandingan atau MOU untuk PRU14(Sahaja) masih terbuka jadi tak perlulah PH buat dua suara lagi dan sekaligus menyatakan PAS tidak keliru sebaliknya yang keliru itu PH.PH seolah olah gusar dan bimbang apa keputusan PAS nanti.

Sumber TKO - 14-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------

Rafizi kata Jalan ke Putrajaya perlukan PAS
Posted on Wednesday, December 14 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32829



Pakatan Harapan perlu membentuk gabungan pilihan raya dengan PAS demi mendapatkan sokongan golongan atas pagar, kata Rafizi Ramli semasa beliau menjadi Setiausaha Agung PKR .

Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk pembangkang menawan Putrajaya, tegasnya.

Memetik tinjauan bebas pada 4 Disember, Rafizi berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus orang Melayu sudah membuat keputusan untuk menolak Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Bagaimanapun, mereka dikatakan belum memutuskan pembangkang mana yang akan disokong. 


Rafizi berkata, golongan itu dipengaruhi isu yang mempunyai kesan langsung terhadap mereka, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), melebihi perkembangan politik.

Sebahagian mereka tidak mengetahui kewujudan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (PAN), beliau memberitahu Malaysiakini dan KiniTV.

Menurut beliau, BN memperoleh 53 peratus undi Melayu manakala pembangkang pula 46 peratus. 


Umno, PAS dan PKR pula masing-masing mempunyai 20 peratus penyokong tegar daripada orang Melayu, sementara bakinya akan membuat keputusan berdasarkan isu dan sentimen.

“Jika mereka tolak Umno, mereka akan berpatah balik kepada PAS,” katanya.


Manakala Tian Chua pula berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.

Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.

Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.

Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.

“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.

“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PAS adalah kunci penyatuan dan kekuatan pembangkang dan beliau percaya PAS menerima beliau sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik Straits Times Singapura berkata, PAS yang tidak sehaluan dengan DAP “mengiktiraf saya boleh memainkan peranan dalam kerjasama itu”.

“Gambaran lebih besar ialah keperluan kita bekerjasama untuk mendapatkan kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan,” katanya.

Saya hanya kemuka 3 tokoh sahaja. Rasanya sudah cukup. Siapa tak kenal Rafizi Ramli yang banyak menghentam PAS sepanjang dia menjadi SUA PKR.  

Tapi dia jenis manusia yang melihat dan 'beriman' dengan data dan angka.

Sudah pasti kenyataannya berdasar angka dan data yang betul.

PKR dan BERSATU perlu bersama PAS dalam satu Pakatan Pembangkang dan memastikan DAP mengikut Agenda Melayu dan Islam. Manakala parti PAN perlu dibubarkan ahlinya boleh masuk PKR atau DAP.


Sumber TKO - 14-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------

BERSATU Hanya Menterai Gabungan Dengan HARAPAN
Posted on Tuesday, December 13 @ 19:26:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32823

Sebelum ini sudah menjadi viral kononnya BERSATU akan menyertai PAKATAN HARAPAN pada Konvensyen HARAPAN di Shah Alam tetapi bila tiba saat aklhir TS Muhyiddin meminta maaf untuk menangguhkannya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan mempunyai agenda yang berbeza dengan Tun Mahathir. Malah  strateginya yang tersendiri khususnya dalam daya-usaha untuk memenangi hati PAS mengadakan satu perikatan dengan Parti Bersatu (PPBM) terlebih dahulu sangat menepati keadaan politik sekarang dimana sokongan PAS makin meningkat dibeberapa negeri yang dominan Melayu.


Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan lebih cenderung kepada mengadakan pakatan dengan PAS.

Semalam anak Mahathir Mukhriz menyebut BERSATU mempunyai 4 pilihan dalam usaha bergading dengan HARAPAN iaitu;

1. "Harapan plus BERSATU" dalam kerjasamanya.
2. BERSATU menyertai HARAPAN
3. Membentuk sebuah gabungan baru bersama
4. Satu lagi bentuk kerjasama lain

Hari ini kalau orang yang mahir tentang pencaturan politik sudah pasti mengetahui bahawa BERSATU memilih pilihan yang keempat iaitu membentuk kerjasama lain dengan HARAPAN.

HARAPAN dan BERSATU bersetuju mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

HARAPAN - BERSATU telah bersetuju mengenai tujuh perkara dalam perjanjian bersama berkenaan yang telah ditandatangani hari ini.


Mereka juga setuju berbincang dengan parti-parti yang masih belum menandatangani perjanjian tersebut (sasaran mereka ialah PAS) bagi memastikan hanya satu calon mewakili pembangkang bagi menghadapi BN.

Dikatakan PAKATAN HARAPAN tiada ruang untuk berhubung dengan PAS, maka tugas berkenaan diberikan kepada BERSATU.

Kenapa BERSATU tak menyertai HARAPAN?
Ini pokok perbincangan yang menarik untuk dibahaskan bersama.

Kenapa BERSATU memilih cadangan PAS untuk bergabung dengannya iaitu seperti PAS pernah bergabung dengan SEMAGAT 46. Pada masa itu PAS tiada hubungan dengan DAP dan SEMANGAT 46 membuat hubungan dengan PAS dan juga DAP dalam usaha menjatuhkan BN dan memastikan satu lawan satu dalam PRU.

Pendirian PAS kini yang tegas dalam memastikan tiada hubungan dengan parti PENGKHIANAT seperti PAN dan DAP telah menjadikan PAS makin disegani. Syabas saya ucapkan kepada PAS.


Sumber TKO - 13-12-2016

Video - https://www.youtube.com/watch?     v=mwlcANTaX-k

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Mana ada PAS keliru?
Posted on Tuesday, December 13 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32815



Assalamualaikum,,
PAS keliru atau PH keliru? Mengikut maklumat yang diberi Ramasamy yang dah menarafkan dirinya sebagai pencacai PAN Mahathir kata PAS keliru sebabnya makan dedak Umno.Bodoh seperti pencacai juga rupanya Ramasamy ni............gemar menyebarkan hearsay dari fakta sebenar.Bila kita bercakap dengan fakta ada pulak pencacai gila PAN kata itu andaian, kalau andaian buktikan kat mana dedak Umno yang sudah dimakan PAS? Apakah selama ini PAS bercakap bagi pihak Umno atau kesana kemari nak bela Umno seperti PAN buat nak bela DAP? Hujah kita bahawa PAS dan Umno adalah bersaudara kerana seagama tidak mahu diiktiraf oleh PAN apatah lagi DAP.Ramasamy yang rancak bercakap PAS buat kerja kotor untuk Umno, di mana dia buktikan dengan fakta? Setakat ini hanya hearsay yang lebih.

Nanti ada pencacai kata hilang stim bila masuk keisi setalah intro berjela jela.Mana tak hilangnya stim, apa jua tajuk yang dibacarakan ,dia akan pergi kepada kerjasama PAS Umno.Kalau macam inilah pencacai yang berugama berperangai, macam mana Ramasamy tak berani campur tangan dalam urusan adik beradik seIslam? Pencacai ini pula nampaknya amat suka kepada Mahathir yang jahil 2k, setiap kali Mahathir bercakap pasal ugama mereka bersorak bukan nak menegur!

Lepas tu bila Ramasay kata PAS buat kerja kotor untuk Umno pencacai itu juga bertepuk tangan? Apa kerja kotor yang PAS buat? PAS tolong daftar pengundi hantu ker untuk Umno? Atau  PAS tolong agihkan wang ehsan Umno, cuba dedahkan kerja kotor yang PAS dan buat.

Pokoknya Ramasamy tak nak mengaku bahawa BN dan Umno jadi kerajaan sebab mereka menang PRU 13 tak kiralah mereka menang tipu atau tidak.Jadi kalau nak tewaskan mereka kena tunggu PRU juga dan sehingga itu tak patut sesiapapun kata Umno kotor dan tak perlu sesiapa bimbang PAS akan bekerjasgama dengan Umno, sebab negara kita demokrasi bebas untuk bekerjasama dengan sesiapa saja dan bebas untuk menolak mana mana parti sekalipun.

DAP mengganggap mereka bersih dan PAN yang bersama mereka juga bersih tetapi DAP kena akui hakikat mereka bukan Islam dan menolak hukum Islam, bagaimana nak harapkan PAS bersama mereka.PAS kena cari pasangan yang secucuk demi survial politiknya itu biasa dalam sistem demokrasi negara kita.Kita dah jelaskan selama ini terutama ketika PRK kuala Terengganu DAP dan PKR menerusi pemidato mereka mengakui menerima Hudud untuk orang Islam sebab itu ketika itu kita boleh bersama DAP tetapi selepas mereka menolak dengan keras Hudud maka kita kata bye bye tak boleh bersama dah, Cuma ada sebahagian ahli PAS entah makan dedak, entah tidak tiba tiba mufarakah dari PAS untuk bersama DAP.

Kalau itu pilihan mereka silakan tetapi tidak enak apabila selepas keluar PAS mereka mula menggunakan taktik politik saikologi yang pernah digunakan Umno untuk melemahkan semangat ahli PAS sehinggaah sekarang.Kini ada pula pencacai mereka dah bertukar kepada mencacai ala hit and run dengan auta auta tertentu dan kemudian muncul pula di tempat lain dengan auta auta yang lain pula.Hujah yang mereka bawa tergantung kepada kisah penceritaan seperti yang dibawa Ramasamy PAS buat kerja kotor untuk Umno, PAS sudah keliru dan tidak kurang juga membangkitkan semula kisah kisah yang pernah dipopularkan oleh pencacai Umno seperti Amanat Hadi, Kes Syatain ATGNA dan tak kurang juga video sex Mustafa ali, tapi peliknya mereka tak sentuh langsung video lucah Anwar Ibrahiim.Cerita recycle yang dibawa mereka.

Apa hak Ramasamy untuk menuduh PAS membuat kerja kotor untuk Umno dan di mana dedak yang dimakan oleh PAS,Cuba tunjukkan, jangan kisah ini jadi hearsay sahaja tiada bukti seperti bukti pembelian bungalow oleh  LGE  atau mahligai Adam Rosly di Selangor.ayuh tunjukkan kalau ada bungalow yang diterima TGHH dari Umno, atau jawatan penasihat bertaraf menteri bergaji 5 angka atau jet peribadi yang dihadiahkan kepada TGHH.

Ternyata yang keliru bukan PAS tapi pemimpin pemimpin PH dan Bersatu termasuk  Mahathir serta mempelam manis yang masih ada dalam PAS kerana PAS sudah mengariskan hala tujunya dengan jelas menerusi politik matang dan sejahtera ditambah pula oleh poliitk dakwah tapi mana hala tuju PH dan bersatu selain nak jatuhkan Najib yang sudah lemah tapi masih gagal dijatuhkan? Najib dah tak ada daya untuk jadi penyamunpun lagi.

Sepekara lagi saya sengaja merapu dalam artikal ini kerana dah ketagih nak tengok komen pencacai pencacai hit & run PAN.................

Sumber TKO - 13-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Tak mahu percaya tapi Najib tunjukkan dia boleh berubah!
Posted on Tuesday, December 13 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32813

"Asaalamualaikum,,
Kalau Mahathir dikesan serupa seperti dulu, Najib pula mula menampakkan dirinya boleh berubah, cuma kita tidak pasti apakah perubahan itu juga satu lakonan atau tidak.Tapi yang pasti perlantikan Zahid Hamidi dan Jamil khir sebagai menteri seperti menerbitkan satu sinar baru kepada perjuangan memartabatkan Islam di bumi Malaysia, yang dimulakan oleh PAS dan masih diteruskan oleh PAS walaupun dilanyak teruk oleh blog pembangkang.PAS tak KISAH asalkan Islam boleh dikedepankan.

Umno pula bukan milik Najib seperti mana dimilikii oleh Mahathir dulu.Sudah ada banyak kelonggaran cengkaman Najib terhadap Umno.Sudah ada suara suara akar umbi semacam semakin berani.Permintaan di PAU agar Najib turun bersama rakyat merasai keperitan rakyat tak pernah kedengaran di zaman Mahathir malah ketika Zahid Hamidi membangkitkan isu kroni Mahathir bagai nak gila marahkan Zahid.Begitu juga suara mengkritik negara yang banyak hiburan yang melalaikan sehingga rancangan Otai masih berdosa pun ada, bagaimana Islam nak diamalkan dengan baik dalam negara.

Najib pula untuk sekian kalinya menyatakan akan berbincang dengan parti komponen BN berkenaan RUU 355 di mana sampai sekarang Mahathir tak pernah setuju dengan hukum Islam,Najib itu perasuah, penyamun negara, bukan kes 1MDB saja tetapi kes kapal selam juga ketika Mahathir masih lagi menteri kewangan Najib sudahpun songlap duit negara, jadi kenapa 1MBD sahaja yang diperbesarkan? Apa Mahathir cuma tahu pasal 1MBD bukan pasal kapal selam? hal ini pelik kerana ketika Najib songlap duit beli kapal selam tu,yang luluskannya Mahathir kenapa dia tak tahu sedangkan 1MBD berlaku ketika dia tak ada kuasa apa apa.Tidakkah ini pelik? kenapa 1MBD sahaja yang dibisingkan sehingga minta Najib letak jawatan sebaliknya Mahathir yang sudah tahu kes kapal selamnya kenapa biarkan Najib naik jadi PM.Bukankah lebih mudah mencegah dia jadi PM ketika Mahathir sudah mengetahuinya dari biarkan dia songlap duit 1MBD pulak? pelik, pelik, pelik....

Lagi pelik bila dilihat perkembangan semasa di mana Najib yang dikatakan disokong oleh TGHH mula mengailh perhatiannya kepada PAS dan TGHH sehingga Mahfuz kecewa sekali kerana PAU tidak serang PAS tetapi menyerang Mahathir.Najib pula sejak baik dengan TGHH ini serang bercakap pasal imam dan tawqa dan pemimpin lain Umno pula semakin kerap menyentuh soal Islam.Tetapi berbeza dengan mahathir tetap seperti dulu dan baru saja bercakap dengan perkataan orang jahil tentang ugama.Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Penyamun nak jadi baik atau sengaja pura pura baik?  Tapi bagi kita orang beriman, kita tetap menilai dari apa yang kita tengok dan biarlah kesudahannya ditunjukkan ALLAH nanti.Tak perlu kita nak buat apa apa andaian tapi yang penting Najib dan Umno sudah membuka laluan kepada perkembangan Islam menerusi RUU 355, amatlah rugi kalau kita tak menerima laluan itu bak kata ATGNA kalau syaitan nak tolong kitapun kita terimaI Inikan pula penyamun.

Syaitan dan penyamun itu bahasa perlambangan sahaja bukanya syaitan sahaja perlambangan yang AGTNA guna sedangan penyamun itu bukan perlambangan kerana ianya lebih jahat dari syaitan. Opp betul ker? kalau syaitan dalam bentuk Jin dan dalam bentuk manusia itu tidak berpeluang bertaubat kot. tapi penyamun adalah manusia yang pintu taubatnya terbuka lebih luas dari dosanya, kecuali penyamun yang berbentuk syaitan jelah kot lebih jahat dari syaitan.


Betul ker ni?

Sumber TKO - 13-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------

Obsesi ganti PAS boleh jadi punca kejatuhan parti PAN
Posted on Monday, December 12 @ 13:05:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32802



Konvensyen Kebangsaan Parti Amanah Negara (PAN) yang julung kali diadakan telah berakhir semalam dengan cabaran yang boleh memakan diri pembangkang dan meletakkan parti serpihan PAS itu dalam kedudukan yang sukar.

PAN yang baru setahun jagung itu menyatakan bahawa telah bersedia untuk menewaskan PAS pada pilihan raya umum akan datang - satu tindakan yang mungkin boleh menjejaskan prestasi pembangkang untuk memenangi pilihan raya melalui pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Presiden PAN, Mohamad Sabu pada mulanya memberi gambaran bahawa musuh parti itu adalah BN, bukan PAS semasa berucap merasmikan konvensyen tersebut pada hari Sabtu yang lalu.

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku menjelang pengakhiran ucapan penutup beliau dengan mengisytiharkan PAN mempunyai peluang yang cerah untuk menawan Kelantan dan Terengganu.

Ia adalah cabaran langsung kepada PAS yang telah menguasai Kelantan sejak 1990 manakala presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula membuat gerak kerja dari Terengganu.

"Nyah kamu!" laung Sabu ketika berucap mengenai usaha menawan Kelantan daripada PAS.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAN Sany Hamzan turut mengeluarkan kenyataan sama dengan berkata parti itu akan meletakkan calon di mana sahaja PAS bertanding.

"Dua penjuru, tiga penjuru, empat penjuru, kita akan berjuang!" teriak Sany.

Pengajaran tidak dipelajari

Cabaran sedemikian telah diutarakan oleh para penganalisis politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pertembungan pelbagai penjuru yang berkemungkinan besar dalam memihak kepada BN.

Ia juga mengabaikan keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan Jun yang lalu dengan PAS terus bertelagah dengan PAN menyebabkan BN menang mudah.

Sumber TKO - 12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------



Mahathir tak pernah berubah!!!!!!!
Posted on Monday, December 12 @ 12:58:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32801



Asalamualaikum,,
Mahathir yang ada sekarang sama dengan Mahathir yang dulu, yang pernah dipecat oleh Tengku dari Umno, yang pernah naik pentas PAS untuk berceramah, yamg pernah tulis buku Malay dailema yang diharamkan oleh Tengku dan dihalalkan oleh Musa Hitam ketika dia jadi PM.Itulah Mahathir yang ada hari ini, Mahathir yang bersungguh sungguh mahu menurunkan Najib dari takhta yang pernah di berada dulu, Mahathir yang akhirnya keluar Umno sesudah ia rosakkan Umno dengan teruk dan membiarkan Najib membaikinya,

Mahathir yang tubuh parti Bersatu dan jadi pengerusinya serta Mahathir yang beri tempoh kepada PAS sehingga hujung tahun untuk bergabung dengannya.Itulah Mahathir yang pernah hina sunnah Nabi satu ketika dulu dan sekarang tonjolkan kejahilan yang serupa dengan bercakap bagi pihak ALLAH.

Sememangnya Mahathir tak berubah langsung, barangkali Mat Sabu pun kalau masih lagi seperti dia dalam PAS dahulu sudahpun maki Mahathir ketika dia buat pandai mengatakan ALLAH mahu orang Islam tinggal bersama orang bukan Islam atas dunia ini tanpa merujuk kepada apa apa syarat dan panduan yang telah digariskan oleh Islam.Tapi sebab sekarang Sabu tak lagi panggil Maha Firaun kepada Mahathir, tiba tiba Mahathir bertukar jadi hero Mat Sabu pulak.

Tapi cuma hero Mat Sabu dan beberapa orang yang  belot kepada jemaahnya sahaja, bukan semua rakyat,Orang Umno sendiripun tak ramai yang ikut dia, masih ikut Najib walaupun berbagai bagai tekanan diberikan.

Mahathir tak berubah dan nampaknya masa semakin suntuk untuk dia berubah kepada persediaan mati,tapi tak ramai yang berada disekelilingnya yang menasihatiya supaya kembali ke tikar solat, sujud pada ALLAH, bertaubat sungguh sungguh dan kembali kepada rakyat mohon maaf suggguh sungguh, itu lebih baik dari cuba bercakap bagi pihak ALLAH di mana kita manusia tidak dibenarkan sama sekali bercakap untuk ALLAH tetapi diberi kebenaran yang luas untuk bercakap dengan ALLAH dalam erti meminta doa yang baik baik,Mahathir perlu belajar meminta doa kepada ALLAH dari terus belajar dengan otak kecilnya untuk jadi wakil ALLAH.

Mahathir dipercayai ada agenda tersendiri untuk menyinkirkan Najib dan berbuat baik dengan pembangkang.Cuma peliknya pembangkang yang ramai antaranya pernah dipenjarakan oleh Mahathir di bawah operasi lalang boleh berpakat dengan Mahathir atau pembangkang juga ada agenda? Ia itu bila Najib jatuh mahu mengambil alih pemerintahan negara? Macam mana pembangkang boleh punyai agenda begini, sedangan awal awal lagi PAN sudah mencadangkan Muhyidin sebagai PM menunggu sambil menunggu DSAI keluar penjara.Pelik pembangkang ini tokoh muda yang masih gagah seperti Rafizi terlalu layak dlantik ke jawatan PM masih menunggu otainya juga! Dan pelik juga memikirkan pembangkang tetap pilih bekas ahli Umno sebagai PM.Hebat sangat ker pembangkang sehingga tiada tokoh sendiri yang jadi pembangkang dari awal mula lagi tetapi tetap menuding kepada bekas ahli Umno tapi marahkan Umno!

Nampaknya Pembangkang dan Mahathir masih sama seperti dulu jadi marilah sama sama kita tunggu adengan selanjutnya......

Sumber TKO - 12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS bersendirian tapi berteman!
Posted on Monday, December 12 @ 12:43:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32798



Assalamualaikum
PAN gusar PAS akan bertemankan Umno, PAS tak gusar tidak mahu berteman dengan PAN, Mahathir dan PH.Umno gembira kerana menyangka PAS akan bertemankan mereka tetapi belum tentu, ianya bergantung kepada hasil dari strategi baru PAS.

Apa strategi baru PAS? Politik matang dan sejahtera, politik dakwah dan islah umat kepada menerima paduan agung Islam dan menolak sebarang bentuk ideologi baik ianya pragmatik, progresif, sosialist atau apa apalah.Keputusan akhir samada berjaya Umno dan PAS akan berteman adalah keputusan strategi dan seperti biasa ahli PAS percaya keputusan akhir itu nanti adalah ketentuan ALLAH, jadi kita hanya bersedia menerima apa jua keputusannya nanti.

Walaupun hari ini, yang kuat menggugat kemungkinan bertemannya PAS dan Umno ialah PAN.PAN sehingga sanggup mengambil tugas pencacai Umno yang satu ketika dulu kuat buat provokasi melampau terhadap PAS, kini macai PAN ambil alih.Tujuannya satu membawa kegoyahan di kalangan ahli PAS akar umbi yang diharapkan akan menggagalkan penyatuan ini.

Macai PAN ni anggup memprovokasikan bahawa persiden PAS didedakkkan oleh Umno dan hari ini hidup dengan $ kononnyalah.Macai macai PAN ini cuma memaluka diri mereka sendiri sebab mereka pun sedar provokasi itu provokasi murahan, tak ada orang  beli pun walaupun murah.

Macai dan pemuka PAN tak akan terima hakikat bahawa PAS sebenarnya bersendirian walaupun diteman sesekali oleh Umno.Sebabnya mereka masih mahu mengheret PAS dalam gabungan mereka dan bila PAS enggan maka datanglah  tuduhan murahan mereka seperti makan dedak dan $nya. Tapi kalau PAS sedia bersama gabungan mereka semuanya akan gugur sama seperti mereka gugurkan dakwaan terhadap Mahathir dan Yiddin ,,,,,,,,,,,,,

Sumber TKO - 12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh! baru tahu kenapa PAN marahkan sangat Najib dan belai Mahathir
Posted on Monday, December 12 @ 01:00:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32796



Assalamualaikum, Terima kasih pencacai waluan PAN! kerana memahamkan saya kenapa Najib dimarahi sangat sangat dan kenapa Mahathir dibelai lembut oleh PAN selama ini.Sebab Najib menyeleweng wang 1MBD dan menkreditkan wang tersebut ke dalam akuan persendiriannya.Sedab  Mahahtir walaupun banyak terbabit dengan penyeleweng tetapi tidak  pernah membuat apa apa transfer ke akuan persendiriannya, makna kata yang jahat Najib kerana menyeleweng terus wang syarikat yang datang dari rakyat tetapi Mahahthir walaupun bermewah mewah anak beranak, dia tidak menyeleweng sebab tak ada wang yang masuk ke akaunnya.
Walaun PAN itu juga mengaku Najib tiru Mahathir tetapi Najib terlajak dalam meniru sehingga lupa dan mendedahkan dirinya ketika menyonlap duit rakyat.Sebab itu Najib tak boleh diterima lagi memerintah.Barangkali ada rahsia yang disampaikan walaun itu kerana selama ini Muhyidin Yassin dikenali sebagai mr. 10% dan kecoh seketika tindakan menyelewengannya ketika menjadi menteri pertanian termasuk kes lembu Sharizat yang didedahkan diluluskan Muhyidin.Tetapi Muhyidin kecewa apabila tahu Najib dapat 2.6 billian dalam akuan persendirianya, barangkali Muhyidin kecewa kerana dia tak pernah dapat apa apa dalam akuan persendiriannya walaupun dapat banyak faedah penyelewengan yang lain.Muhyiddin tak mahu Najib pecah tradisi sebab itu dia bantah, mungkin itu maksud maklumat yang waluan itu sampaikan.

Walaun itu mengaku Mahathir juga buat kerja jahat tetapi tidak boleh dianggap jahat dan masih boleh dibelai oleh PAN sebab dia tak pernah menyeleweng duit rakyat masuk ke dalam akuan persendirian,Malah isu bail out yang satu ketika dulu heboh diperkatakan orang masih nak dipertahankan lagi dengan dakwanya bukan 8 billion tapi hanya 1 billion itupun atas keputusan perniagaan, demikian bersihnya Mahathir, waluan PAN itu beritahu.Tetapi dulu ketika kes ini terjadi puak puak PAN jugalah yang ketika itu masih dalam PAS yang menjadikan isu ini hangat dalam ceramah ceramahnya, tak pernah dengar 1 billion dan keputusan perniagaan pun! lagipun beballah orang percaya keputusan perniagaan jenis apa ini untuk beli syarikat yang tinggal nyawa nyawa ikan walaupun dengan harga 1 Billion.Busines man mana yang bongok sangat membuat keputusan ini sedang hanya beberapa tahun saja konsotium perkapalan milik Mirzan Mahathir anak kepada PM ketika  gulung tikar.Pertronas bukan tempat tolong syarikat syarikat anak PM yang nak bangkrap, duit petronas itu duit rakyat tapi walaun PAN itu tetap berkata keputusan perniagaan, keputusan perniagaan kepala bapak dia!

Begitu juga kalau lihat Perwaja, tiada penglibatan kewangan langsung dari Mahathir tetapi kalau bukan seorang yang berkuasa dan berpengaruh,ingat mudah ker KWSP nak buang duit rakyat melabur dalam syarikat yang rugi teruk itu? Kalau bukan Mahathir siapa lagi? Anwar Ibrahim? Biarlah walaun PAN jawab, mungkin dia tahu siapa kerana tak ada wang yang masuk ke dalam akaun Mahathir seperti Najib dalam kes 1MDB.

Saya dah berkali kali bagi tahu walaun PAN bahawa selepas skandal 1MDB,

Najib dah tak mampu nak rasuah lagi, kenapa sibuk nak jatuhkan dia dan naikkan seseorang yang ada rekod buruk rasuah dengan rekod Mahathir yang tak pernah insaf dan tak pernah mengaku dan minta maaf dari rakyat.Tak percaya sekarang pun selepas dibuang dari Umno dan menubuhkan Bersatu, Mahyudin masih mahu diantik PM oleh PAN.

Apa ke jadahnya nak lantik mr10%? Mana hebatnya PAN lawan Umno dan Najib? Atau sebenarnya PAN marahkan Najib sebab dia mula beri laluan kepada TGHH sesudah menyedari dirinya lemah? Itukah sebenarnya sebab kenapa walaun PAN marahkan Najib? Mungkin kalau Najib pilih untuk berbaik dengan PAN segala tuntutan PAN kepada Najib akan gugur secara atomatik  seperti gugurnya maha firaun Mahathir.


Kita dengar pula apa kata walaun PAN yang hebat itu!

Sumber TKO - 12-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau syaitan nak tolongpun kita terima kata ATGN
Posted on Sunday, December 11 @ 06:58:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32791



Assalamualaikum,  Satu ketika dulu ATGNA pernah berkata bahawa kalau syaitan nak tolong ugama kita terima dan kata kata inilah yang jadi bahan macai PAN ketika berkata ATGNA bersetuju PAS bersama DAP.Persetujuan yang didakwa dikianati oleh TGHH kerana menolak DAP sesudah ATGNA tiada.Bukan main rancak macai PAN meniru gaya macai Umno menyebarkan dakyah  yang hampeh ini tetapi macam biasalah nanti akan ada pemuka PAN di TKO akan kata saya hanya menegakkan benang yang basah.Tanpa sedar dan tanpa ilmu yang mencukupi macai PAN ini sedang menyebarkan satu tohmahan kotor kepada seorang ulamak besar seperti ATGNA.

ATGNA bercakap dalam bahasa kiasan ulamak tetapi macai PN seperti juga macai Umno dulu cuba mengatakannya maknanya secara terus dan lebih malang lagi mereka mendakwa ATGNA mahu bersama DAP tetapi TGHH mengkianati ATGNA.Satu dakwaan yang longgar kerana setiap kali saya membangkitkan satu fakta yang berlaku ketika TGHH menolak cadangan menyinkirkan TSKI sebagai MB Selangor di mana ketika itu orang pertama menyatakan sokongannya ialah ATGNA, Kenapa kalau ATGNA mahu bersama DAP, arwah menyokong TGHH?

Dimana kianatnya TGHH kalau ATGNA menyokong tindakannya,macai PAN seperti macai Umno dulu juga akan skip fakta ini tetapi terus dengan syaitan yang mahu tolong.

Apakah mereka nak bagi tahu DAP tu syaitan yang nak tolong Islam?Bayangkan Dr,Rezuan Tee sendiri sebagai seorang cina boleh bercakap seperti orang melayu ketika mendakwa DAP itu ultra kaisu yang hanya tahu memusuhi Islam bagaimana melayu dalam PAN boleh  terima syaitan DAP ini?

Barang diingat ketika PRK Kuala Terengganu, isu yang dibawa Umno ketika itu ialah isu Hudud yang akhirnya menewaskan mereka dalam pilihanraya itu.Ketika itu berlaku debat antara KJ dengan Husam di KB yang dimoderatorkan oleh kawan saya, Proffesor Agus Yusuf di mana dalam debat  itu KJ bertanya Husam apakah dia bersetuju dengan Hudud? jawab Husam dengan yakin "ya" saya orang Islam! Begitu juga dalam ceramah pasca PRK, Tan Sing Giow yang mewakili DAP dan DSAI yang mewakili PKR semuanya setuju bahawa Hudud hanya untuk orang Islam.

Jadi sedarkan mereka kenapa PAS menerima DAP dan PKR ketika itu, sebab mereka setuju dengan Hudud untuk orang Islam, ini bukan auta barangkali masih boleh dicari rakaman ceramahnya di web Terengganukini dan bukan juga mahu tegakkan benang basah tetapi hanya nak bagi tahu macai PAN semua, kalau TGNA masih hidup pasti beliau akan menyokong TGHH seperi mana  beliau menyokong TGHH ketika krisis MB Selangor.Masakan ketika DAP sudah tolak Hudud walaupun untuk orang Islam, ATGNA akan bersetuju?

Sekali lagi ni bukan menegakkan benang yang basah tapi yang ditegakkan ialah  benang kering

Sumber TKO- 11-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara buat baik dengan penyamun dan bekas ketua penyamun...
Posted on Saturday, December 10 @ 19:22:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32784



Assalamualaikum, PAS dan TGHH didakwa sedang berbuat baik dengan penyamun oleh golongan yang sedang berbuat baik dengan bekas ketua penyamun dan tanpa sedar dan waras terus menuduh PAS sedang mencari kuasa menerusi cara berbaik baik dengan penyamun sedangkan mereka sedang begitu rapat dengan guru kepada penyamun yang pernah menjadi ketua penyamun menentang penyamun.

Pokoknya, justifikasi PAS untuk berbaik dengan penyamun tidak boleh diterima mereka dan sebarang justifikasi yang diberikan dianggap menegakkan benang basah tetapi justifikasi mereka berbaik dengan ketua penyamun dianggap bagus sebab ketua penyamun tidak lagi berkuasa dan sedang gigih berusaha menjatuhkan penyamun yang pernah jadi anak murid nya.Kumpulan ini ada pasukan mereka yang menegakkan apa jua tindakan kumpulan mereka dan terus menyerang dan memperlekehan pendirian PAS dengan politik matang dan sejahtera serta politik dakwah tetapi apa jua tindkan mereka dianggap betul, selain itu tindakan PAS dan penyokongnya mempertahankan pendekatan PAS ini dianggap  menegakkan benang yang basah.

Kenyataan negara kita ialah negara demokrasi tidak dianggap benar oleh penentang PAS dan bagi mereka PAS tidak boleh berbaik dengan penyamun biarpun mereka bebas memilih untuk berbaik dengan bekas ketua penyamun dan bekas mr 10 %.Apa saja alasan yang mereka beri bukan menegakkan benang  basah tetapi hujah mempertahankan tindakan PAS dianggap mereka hujah menegakkan benang basah.

PAS tak boleh buat baik kepada penyamun walaupun disedari bahawa sejak skandal 1MBD didedahkan sudah tidak ada lagi skandal baru, sudah tak ada lagi skandal dari MCA dan MIC seperti zaman Sammy Vellu dulu dan zaman PKZF yang duit rakyat hilang begitu saja, begitu juga bail out Mirzan Mahathir berjumlah RM8 billion duit rakyat hilang begitu sahaja.Tapi kehilangan 1MDB juga yang diperbesarkan, RM2.6 bilion yang dibesar besarkan tetapiRM 8 billion yang hilang tu nilainya mungkin lebih RM20 billion hari ini.Hilang RM8 bilion tak mengapa bagi mereka selagi mahathir berjuang bersama mereka menjatuhkan Najib dan  Umno.Kalau kita tanya buat apa bersengkongkol dengan Mahathir yang songlap duit rakyat begitu banyak, mereka kata itu hujah tegakkan benang yang basah, Mahathir boleh bersama pakatan mereka untuk jatuhkan Umno malah Mahfuz mendakwa Mahathir boleh tolong mereka jatuhkan Umno.Tapi kalau Najib boleh tolong PAS tegakkan Islam mereka tak boleh terima!

Tapi pendangan PAS berbeza, PAS tak mahu bersama mereka sebab mereka bersikap acuh tak acuh dengan ugama malah masih tetap mahu bersama dengan DAP yang secara terang terang tidak bersetuju dengan hukum Islam sambil penyamun yang pada mereka tidak layak dibuat baik menunjukkan sikap yang berbeza dalam penerimaan Islam.Sikap yang ditunjukkan Umno kepada Islam jauh berbeza dengan mereka yang menggunakan khidmat pencacai ala pencacai Umno yang meyebarkan provokasi memburukan PAS dan Presidennya walaupun sebahagan besar dakwaan mereka tidak benar dan sebarang penafian terhadap dakwaan mereka dianggap menegakkan benang basah.

Hujah mereka semakin  longgar dan menampakkan semakin hari semakin bebal dan minda yang sehala terutama dengan hujah berbuat baik kepada penyamun adalah salah tidak seperti berbuat baik dengan bekas ketua penyamun.Mereka sudah tidak boleh melihat bahawa PAS juga tidak melupakan sikap menyamun ini dan baru sahaja satu memorandum yang ditandatangan bersama dengan parti Ikatan dihantar kepada menteri membantah budaya politik wang yang berlaku.
Sedangkan kumpulan mereka hanya pandai melalak mengenai kehilangan duit menerusi 1MDB sahaja, duit yang hilang menerusi bail out dianggap sudah berlalu dan tak perlu diungkit lagi.

Justifikasi mereka sahaja dianggap betul sementara sebarang hujah menafikan justifikasi dan hujah meminta mereka menghentikan budaya mencacai dianggap menegakkan menang yang basah.

Soalan bonus untuk pencacaI PAN  terutama yang ada dalam TKO,Selepas 1MDB adakah lagi tempat Najib dan Umno menyamun? Kalau ada senaraikan di mana dan kalau tak ada kembali kepada hujah bahawa Mahathir yang tak berkuasa dan sudah tidak boleh menyamun lagi jadi samada dia kembalikan duit yang disamunnya atau tidak, Mahathir boleh dibuat baik, jadi kenapa Najib masih didakwa penyamun sedangkan dia sudah tidak menyamun lagi dan kenapa PAS tak boleh buat baik padanya? Ini bukan nak menegakkak benang yang basah tapi cuma soalan bonus kepada pencacai PAN sekelian terutama yang mengenalkan dirinya dengan nama infoterkini dan Mofza.

Sumber TKO - 10-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Nak terima atau tidak, PAN akan terus jadi musuh politik PAS!
Posted on Saturday, December 10 @ 19:21:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32783



Assalamualaikum,
Mesej TITM jelas, PAN dan DAP akan jadi musuh politik PAS.Ini hakikat yang perlu diterima PAN sekaigus wajar menyediakan diri untuk berlawan dengan PAS secara gentelman atau anak jantan bukan menggunakan taktik provokasi ala pencacai Umno yang pernah menjadi senjata Umno satu ketika dulu.Tidak anak  jantanlah PAN kalau terus menyerang PAS ala pencacai Umno,lagipun sudah terbukti cara Umno menyerang PAS sudah luput dan yang luput ini diambil kembali oleh PAN.Lepas tu nak tuduh orang tegak benang basah dan tidak mampu menjawab balik soalan mencacai mereka,Hampeh betul, nak berdepan secara anak jantan tak berani tapi cuma berani membuat provokasi untuk mengelirukan ahli dan penyokong PAS yang gagal dibuat pencacai Umno dulu.Apa ker hal?

PAN sekarang kena terima kenyataan bahawa  PAS dah tak nak terima mereka dan PAS boleh memilih Umno untuk mengambil tempat ahli ahli PAN yang meninggalkan PAS.Tak usah dakwalah PAS sekarang berkawan dengan perompak, lagipun PAN sendiri sedang berkawan malah nak jadikan bekas ketua penyamun sebagai boss mereka.

Menuduh PAS berkawan dengan penyamun tak akan menjadikan PAN hero atau boleh membalikkan hati hati ahli dan penyokong PAS untuk menyertai PAN.Berbaik dengan penyamun yang ada kuasa sebenarnya bagus sebab yang nak diperolehi oleh PAS bukan penyamun itu tetapi penyokongnya yang masih majoriti di Malaysia.Apa PAN dapat dengan menuduh PAS berkawan dengan penyamun? dapat undi penyokong penyamun?

PAS juga berbaik dengan penyamun sambil berdakwah kepada penyokongnya sebab PAS tahu penyokongnya yang penting bukan penyamun itu.Apa PAN dapat dengan mengangkat bekas ketua penyamun sebagi Boss? Undi penyokong penyamun atau bekas penyamun?

Sudah sudahlah, ayuh berlawan secara anak jantan, tunggu pilihanraya nanti kita tengok siapa yang rakyat pilih dan kalau PAN nakkan sokongan rakyat terutamanya melayu Islam bentangkan kepada rakyat agenda PAN dalam politik sambil membuktikan PAS tidak bagus bukan sekadar mengembangkan hearsay yang lapuk.

Atau mungkin PAN tak mahu undi melayu Islam sebab sokongan bukan Islam termasuk orang asli sudah cukup bagi PAN?

Sumber TKO - 10-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Teorem 2nd best untuk PAS
Posted on Friday, December 09 @ 12:44:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32766

"Assalamaulaikum,,, Masa belajar dulu,ada satu paper yang bernama Ekonomi kebajikan yang didalamnya ada subjek teorem 2n best dan kebetulan pensyarahnya ialah Ghani Othman, bekas MB Johor,difahamkan pensyarah sebelumnya ialah Rafidah Aziz bekas menteri yang juga bekas ketua wanita Umno.Menarik bagi saya untuk memperkatakan sedikit tentang subjek ini kerana di sana dinyatakan bahawa kalau keadaan tidak boleh mencapai kedudukan ideal maka apa yang perlu diusahakan ialah mencapai kedudukan 2nd best.Menarik kerana sitausi yang sedang ditempuhi PAS memerlukan sedikit pengajaran dari subjek teorem 2nd best ini.

Apa yang perlu dilakukan PAS sebagai strategi politik yang merupakan sebahagian ikhtiar untuk mencari pertolongan ALLAH dalam memastikan kedudukan PAS tidak terjejas sebagai sebuah jemaah Islam yang menjaga agama umat.PAS boleh belajar dari subjek ini kerana kedudukan PAS hari ini terbukti tidak pada kedudukan untuk mencapai tahap ideal dan PAS perlu bekerjasama samada dengan parti pemerintah atau pembangkang untuk mencapai kedudukan 2nd best yang boleh memastikan Islam terus dijaga.

Dari 2 alternatif yang ada, siapa yang patut PAS pilih untuk menhadapi PRU? Inilah persoalan yang menjadi igauan kepada parti parti yang ada dalam PH, PAN terutamanya sebagai bekas ahli PAS yang mendakwa mereka disingkirkan dari PAS tetapi sebenarnya adalah orang orang yang kecewa yang membawa diri untuk terus bersama DAP sebuah parti yang dikatakan mesra Islam tetapi menolak hukum Islam.

Kerana kekecewaan, PAN sanggup mengambil taktik kotor Umno yang pernah digunakan untuk melumpuhkan semangat ahli PAS satu ketika dulu ia itu budaya mencacai menerusi cybertrooper mereka yang tidak menyandarkan hujah mereka kepada fakta tetapi kepada auta, itu yang dilakukan dan digerakkan dengan lebih rancak lagi sekarang ini.Mana tahu akan lahir pula blogger seperti papagomo mencacai dan bekerja untuk menyebarkan dakyah untuk PAN.

Kenapa PAN bertindak begini? Satu perkara yang saya semakin yakin ialah kerana ketakutan mereka kepada kemungkinan kerjasama PAS dan Umno untuk PRU 14 nanti.Mereka seolah tahu PAS tak akan masuk BN dan menjadi kerajaan selepas PRU 14 tetapi akan terus bergerak sebagai pembangkang tetapi budaya pembangkang yang akan dibawa PAS berbeza dengan budaya pembangkang  sekarang yang suka keluar dewan dan suka mengusulkan usul usul yang boleh dimanupulasikan mereka di saat saat akhir persidangan seperti usul Rohinya.Budaya politik sejahtera dan matang yang sedang dibawa PAS akan diteruskan selepas PRU 14, untuk itu PAS perlu terus berada di Parlimen.

PAS perlu melihat survival politiknya jauh lebih baik kalau ada kesepakatan dengan Umno berbanding kalau lawan Umno bersama PH.Oleh itu tidak salah bagi PAS untuk mencapai kesepakatan itu bersama Umno untuk menghadapai PRU 14 dan memastikan PAS akan terus berada di Parlimen untuk meneruskan budaya politik sejahtera dan matangnya.

PAS tak perlu bimbang dengan provokasi ala pencacai Umno oleh PAN kerana ianya tak memberi bekas sedikitpun,Biarkanlah pencacai ala Umno mereka terus menyalak bukit, lagipun dakwaan dakwaan kosong seperti makan dedak Umno dan secara konsisitan mahu menunjukkan PAS sudah dibiayai Umno dengan menunjukkan tanda $ ketika mencacai bukan sahaja tidak benar malah mereka sendiripun tahu tidak benar.

Biarlah mereka membangunkan web mencacai mereka, biarkah mereka terjun dengan labu labu mereka, mereka tak akan mampu menggugat PAS insyaallah, yang penting PAS terus mencari kedudukan 2nd best untuk survival politik dan memastikan Islam terus dijaga, Insyaallah.
Takbir!

Sumber TKO -9-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Amerika Syarikat Beri Dana, Bantu Suu Kyi Hapus Rohingya?
Posted on Thursday, December 08 @ 16:24:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32760



Tidak jauh bezanya dengan gerakan Color Revolution yang berlaku di negara lain, gerakan Saffron Revolution di Myammar dipersembahkan kepada seluruh masyarakat dunia sebagai gerakan ultra-liberal-pro-demokrasi yang paling progresif, disokong dengan watak antagonis ciptaan Barat yang paling berjaya; Aung San Suu Kyi, yang dilihat sebagai duta ‘keamanan’ mempromosi nilai demokrasi dan neo-liberalisme di negara terbabit.


Namun di sebalik propaganda ‘kedamaian’ yang dicanang gerakan tersebut, terbongkar sisi gelap demokrasi yang mereka mahukan apabila gerakan Saffron yang diketuai Suu Kyi turun padang bukan kerana hendak mempertahankan hak asasi manusia mahupun kebebasan, tetapi bagi membantah tindakan kerajaan Myammar  memberi status kerakyatan kepada ratusan ribu pelarian Rohingya.


Puak pelampau sami Buddha di Myammar merupakan tulang belakang Suu Kyi dalam Revolusi Saffron beliau.

Menurut satu laporan berita Australia melaporkan bahawa kerajaan Myammar mengumumkan bahawa kad pengenalan kaum minoriti Rohingya yang tidak diberi status kerakyatan akan tamat pada akhir Mac lepas, mengakibatkan mereka kehilangan hak asasi seorang rakyat termasuk hak mengundi.

Laporan itu turut mengeluarkan laporan baru-baru ini berikutan tindakan ektremis Buddha, Wirathu yang menghina dan menggelar wakil UN ke Myammar, Yanghee Lee sebagai pelacur, selepas Lee bertindak mengkritik draf undang-undang yang menindas wanita dan kaum tidak beragama Buddha di negara tersebut.



Wirathu, ektremis Buddha mengetuai Revolusi Saffron pada tahun 2007, membuat bantahan jalanan menyatakan sokongan mereka kepada parti Suu Kyi, National League for Democracy (NLD)

Pelik dan aneh apabila gerakan yang dikatakan mempromosi konsep demokrasi Barat bertindak bertentangan dengan idea yang mereka banggakan. Malah gerakan demokrasi Saffron ini bukan sahaja dipelopori oleh blok politik Suu Kyi, malah ditaja berbilion dolar oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom melalui organisasi demokrasi mereka, National Endowment Democracy (NED).

Berikut merupakan laporan dana yang dikeluarkan oleh NED pada tahun 2006. Laporan sebanyak 36 muka surat itu menyatakan secara terperinci jumlah yang disalurkan kerajaan Amerika Syarikat dan beberapa badan korporat bagi menaikkan imej Suu Kyi dan ‘gerakan’ beliau:

1. NED telah menyokong sebarang usaha mempromosi demokrasi di Burma sejak tahun 1996. NED memperuntukkan dana sejumlah $2,500,000 pada tahun 2003 dalam penggubalan undang-undang Foreign Operations di negara tersebut.

2. Kedua-dua media massa milik Amerika, Voice of America (VOA) dan Radio Free Asia (RFA) menawarkan khidmat untuk Burma dan membantu secara langsung bagi menaikkan reputasi Suu Kyi di mata dunia. Sebagai contoh, laman web RFA menyediakan rakaman audio ucapan-ucapan Suu Kyi dari 27 May 2003.

3. Jabatan Negara Amerika Syarikat menyediakan peruntukan sebanyak $150,000 pada tahun 2001/02 bagi memberi biasiswa kepada anak muda Burma menerusi program Prospect Burma, sebuah organisasi yang bekerjasama dengan Suu Kyi. Mereka merancang bagi menyediakan peluang pendidikan bagi individu yang dinafikan hak oleh junta tentera  dan mengembalikan demokrasi di Burma.

Setuju atau tidak, senarai dana di atas kelihatan seperti satu langkah yang mulia yang mempromosi hak asasi manusia, namun apabila sampai kepada hak minoriti Muslim Rohingya, NED dan Suu Kyi kelihatan seperti hilang suara. Ke mana perginya laungan kebebasan demokrasi yang mereka canangkan?

Rupa-rupanya hanya indah khabar dari rupa.


Sumber TKO - 8-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAN nak jadi hero tapi tak kena tempatnya........
Posted on Thursday, December 08 @ 11:25:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32752



Assalamualaikum, Makin rancak nampaknya usaha nak jadi hero rakyat yang dibuat PAN di ambang kebimbangan ada kesepakatan MOU antara PAS Umno untuk menghadapi PRU 14 nanti.Kehadiran TGHH bersama Najib di perhimpunan solidariti Rohinya dan kemunculan TGHH di pameran MAHA 2016 dan kelihatan minum kopi bersama Dollah Badawi serta Sabery Cheek amat menggusarkan PAN lantaran mereka kelihatan begitu bersungguh sungguh lagi cuba menunjukkan ahli PAS keliru dengan tindakan TGHH ini.Itulah PAN yang berusaha menjadi juara PH.
Kisah tipikal Umno orang asli masih belum berakhir sekalipun ada orang PKR sudah menawarkan untuk menceritakan kisah sebenar permasalahan orang asli tetapi PAN macam biasa buat pekak badak.Usaha terbaru mereka mahu menunjukkan orang asli yang ditangkap akan menghantar memorandum bantahan yang mahu dijadikan grand serta 54 orang asli masih mahu dijadikan hero orang asli dengan ugutan tidak akan mengundi PAS dan Umno di PRU 14 nanti walhal selama ini orang asli tak pernah memberi kemenangan kepada PAS kecuali sekali di Galas yang kemudiannya diambil kembali oleh BN dalam PRK.Perasan betul PAN ni,seolah olah mereka akan dapat undi orang asli yang selama ini begitu setia dengan Ku Li.Jadilah hero tamil wahai PAN dengan hawariyyunnya yang semakin hari semakin melalut, bercakap ikut lutut dan punggung!

Begitu juga dalam kes Rohinya, di bawanya usul ke Parlimen selepas TGHH selesai membentang dan menangguhkan RUU 355 dan parlimen sedang bersiap untuk bercuti termasuk speakernya yang mungkin sedang bersiap sedia dengan percutiannya di mana ketika itulah PAN nak tunjuk heronya dengan usul yang dibawa.Serta merta mereka menyalahkan PAS kerana tidak prihatin dengan masalah Rohinya tetapi kemudiiannya tidak nampak muka di perhimpunan solidariti bersama ethik Rohinya yang ada di negara kita,Cantik, PAN hanya menunjukkan keprihatinannya di parlimen tetapi cepat menuduh PAS dan Umno main wayang di  perhimpunan solidariti.Siapa yang keliru sebenarnya, ahli PAS atau PAN?

Kemudian disedari MP PAS sudah lebih dulu membahaskan isu Rohinya ketika perbahasan bajet lagi, MP PAS tak tunggu PAN bawa usul untuk menarik perhatian kepada apa yang berlaku di Rohinya tetapi PAN tak kata apa ketika itu sebaliknya menunggu hari terakhir persidangan untuk membawa usul.Cantk!

Lagipun bukan semua orang kuat PAN itu MP.Di mana mereka ketika usul dibawa? main wayang?


Akhirnya PAN akan terus melalut dengan auta yang tak kunjung padam sebab nak jadi hero, da nmenyebabkan ahli PAS yang didakwa keliru dengan Presiden mereka sebenarnya semakin teguh di belakang Presidennya tetapi siapa yang keliru sebenarnya? Ingatlah auta tak akan memadamkan fakta sekuat manapun mereka mencuba sebaliknya akan mengurangkan sokongan mereka sendiri sahaja.Kebimbangan kepada persetujuan MOU PAS Umno akan terus menebal dan akan menyebabkan PAN akan keharuan tanpa hujung......

Sumber TKO - 8-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hebat Kini PAN Ada Bukti: Kini dakwaan Pas rapat dengan Umno telah terbukti
Posted on Wednesday, December 07 @ 23:03:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32748



SHAH ALAM - "Kini apa yang disembunyikan Pas selama ini, bukan sekadar khabar angin, Pas makin dekat dengan Umno dan mulai mengadakan pakatan (tidak rasmi) dengan parti itu atas nama Melayu Islam,".
Demikian ujar, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir mengenai kisah 'parti abang' mereka, yang sebelum ini didakwa menyembunyikan hubungan intim dengan Umno.
Katanya, sebelum ini pemimpin Amanah (yang ketika itu masih dalam Pas) telah menghidu perkara itu namun dinafikan oleh pimpinan tertinggi parti Islam itu.

"Kami terhidu bahawa pucuk pimpinan semakin condong ke BN, bila tanya tiada pengesahan...sekarang kami keluar, nah sekarang kita boleh tengok bukti, di Parlimen mereka tidak tolak bajet, tidak mahu tolak tuntutan mengenai 1MDB, bila buat Bersih tidak mahu bersama," katanya ketika diwawancara Sinar Harian di ibu pejabat Amanah, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Himpunan Solidariti Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, sebelum ini.


  "Isu Rohingya ini, Amanah sudah lama perjuangkan, yang kita mahukan adalah bincang isu ini di Parlimen, tapi waktu kita tuntut dibincangkan di Parlimen isu ini ditolak mentah-mentah," katanya lagi.

Sumber TKO - 7-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu Rohingya: Najib, panglima ATM tak sehaluan, kata PAS
Posted on Wednesday, December 07 @ 10:52:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32742




PETALING JAYA: PAS hari ini berkata kunjungan panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara bertentangan dengan sikap tegas Datuk Seri Najib Razak terhadap Muslim Rohingya pada Himpunan Solidariti Ummah. 

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata perdana menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hadir untuk memulihkan hubungan Malaysia dan Myanmar.


“Akhbar Myanmar Times melaporkan Panglima Angkatan Tentera itu berada di negara itu untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.



“Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Najib ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah menganggap masalah Muslim Rohingya sebagai isu kemanusiaan yang wajib diperjuangkan.





Malah, perdana menteri juga tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya akan menjejaskan hubungan dengan Myanmar.



Bagaimanapun, Iskandar berkata sikap ditunjukkan panglima ATM yang ingin memperbaiki hubungan kedua-dua negara itu tidak akan memberi tekanan pada Myanmar, malah dilihat tidak serius memperjuangkan nasib Rohingya.



“Kecuali jika panglima ATM ke sana adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar,” katanya.


Pada himpunan sama yang turut disertai kira-kira 10,000 orang itu, Najib mengecam tindakan pemenang Anugerah Nobel Keamanan Aung Sang Suu Kyi yang enggan berjumpa wakil Malaysia bagi membincangkan isu hak asasi manusia itu.



Piagam Asean menyatakan negara anggota tidak boleh mencampuri hal ehwal dalaman negara anggota lain, namun, piagam serantau itu juga mengingatkan anggotanya untuk mempertahankan hak asasi manusia.



Myanmar Times melaporkan, Zulkifeli bertemu Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan ketua angkatan tentera Myanmar Min Aung Hlaing baru-baru ini.



Dalam pertemuan itu, Aung Hlaing memberitahu Zulkifeli tiada pelanggaran hak asasi manusia berlaku terhadap masyarakat Muslim Rohingya.

Sumber TKO - 7-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Isu Rohingya disuarakan MP PAS
Posted on Wednesday, December 07 @ 07:21:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32738



Ada yang menyebar cereka bahawa PAS hanya mahu bersandiwara politik dalam isu Rohingya apabila turut bersama PM dalam Himpunan Solidariti di Stadium Tertutup Titiwangsa pada Ahad lepas. Mereka bising kerana usul isu Rohingya oleh YB PAN Kuala Terengganu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat pada hari terakhir sidang, 24 November 2016. Mereka menjaja berita di alam maya bahawa ketika usul itu ditolak, tidak ada YB PAS yang bangun pertahankan usul PAN tersebut.

Mudah bukan? Sebar sahaja berita tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian?

Saya meneliti kembali rakaman video dan hansard penyata rasmi Dewan Rakyat yang bertarikh 24 November 2016. Isu penolakan usul YB PAN Kuala Terengganu dibangkitkan sejurus sahaja YB Marang selesai membaca pindaan usul RUU 355.

Tuan Guru Presiden PAS bersama para Ahli Parlimen PAS mengadakan sidang media di Lobi Parlimen ketika para YB PAN, PKR dan DAP bangkit mengenai penolakan usul mereka.

Jadi, adakah adil membuat tuduhan sedemikian rupa dek kerana PAS tidak bangkit membela usul PAN yang ditolak.

Cereka itu disebar meluas oleh juak mereka untuk dijadikan modal serangan menggambarkan kononnya Ahli Parlimen PAS ini bisu, tidak berperanan, hanya Ahli Parlimen PH sahajalah yang menjadi jaguh juara membela isu rakyat.

Kita jawab kembali dengan hujah bukan fitnah.

Untuk rekod, Ahli Parlimen PAS sudah pun menyuarakan isu Rohingya 10 hari lebih awal sebelum usul tergempar YB PAN Kuala Terengganu. Sila semak penyata rasmi (handsard) Dewan Rakyat bertarikh 14 November 2016, bahkan rakaman video pun ada di Channel Youtube TV PAS.

Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang telah menyentuh isu Rohingya dalam perbahasan Bajet 2017 peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri.

Begitu juga dengan seorang lagi Ahli Parlimen PAS, YB Pasir Puteh, Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad turut membahaskan isu yang sama ketika perbahasan tersebut.

YB PAS sudah sebut isu Rohingya dalam Dewan 10 hari lebih awal daripada usul YB PAN. Bahkan, Tuan Guru Presiden PAS berucap isu Rohingya di dalam Parlimen sudah bertahun-tahun lamanya.

Mereka yang terlewat sebenarnya, tetapi masih berbangga mendabik dada seolah hanya merekalah pejuang sejati lagi tulen.

Saya petik sebahagian ucapan perbahasan YB Bukit Gantang daripada handsard:

Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat malam, terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak ambil sedikit masa sahaja iaitu berkenaan dengan Butiran 040000 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia iaitu berkenaan dengan Rohingya yang kita harapkan perkara ini perlu diambil perhatian oleh kerajaan Malaysia selaku negara yang agak dekat dengan negeri yang dianggap sebagai Gaza di sebelah Asia Tenggara pada hari ini yang disebut oleh —
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Rohingya ini adalah salah satu minoriti dunia yang paling teruk ditindas. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan supaya tindakan drastik yang diambil oleh Kerajaan Malaysia ini perlu sama ada dengan cara diplomasi yang agak proaktif dan lebih agresif. Ini kerana Rohingya kalau kita lihat banyak perkara yang amat menyayat hati kita kerana dia tidak diiktiraf oleh Kerajaan Myanmar sana. Dianggap macam bukan bangsa dia ataupun rakyat dia. Ini satu perkara yang amat menyedihkan.

Kedua, kita lihat Bangladesh pun juga sama. Kadang-kadang mereka hendak pergi minta pertolongan di sana, dihalau, ditembak dan sebagainya. Ini perkara yang amat menyedihkan. Ketiga, kalau kita lihat juga dari segi hak asasi manusia. Mereka dinafikan. Malahan kita tengok bantuan-bantuan yang hendak dihantar ke tempat mereka dinafikan.

Bukan sahaja kerajaan mereka tidak hendak bantu malahan kalau ada NGO dari negeri-negeri lain yang hendak pergi bantu, mereka tidak benarkan. Ini adalah pengalaman-pengalaman daripada NGO Malaysia yang pergi ke sana yang tidak dibenarkan untuk menghulurkan bantuan.
(Pencelahan oleh YB PKR Kuala Kedah)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Memang pada abad ketujuh dahulu memang Arakan ini telah menjadi salah satu daripada kesultanan Islam selama 350 tahun sebenarnya yang ketika itu Sultan Mahmud, seorang sultan daripada Rohingya. Memang masuk apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi.

Keempatnya, kita lihat bagaimana keadaan buta huruf yang begitu tinggi di kalangan masyarakat Rohingya di sana. Yang amat kita sedih kalau dalam suasana dunia yang pada hari ini, kadar buta huruf yang cukup tinggi. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan supaya Malaysia sama ada melalui OIC ataupun melalui ASEAN dan boleh untuk bertindak dengan secara agresif untuk memastikan keadaan Rohingya ini. Ini kerana apa yang berlaku di Rohingya sekarang ini telah pun mendatangkan masalah sosial juga kepada kita seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi, kita bertembung antara dua kepentingan. Satu, kemanusiaan. Keduanya, ialah soal kedaulatan yang ada di dalam negara kita."

Ini pula sebahagian ucapan perbahasan YB Pasir Puteh:

Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Perkara yang kedua ialah tentang kita tahu masalah antarabangsa ini ialah suatu yang amat menggusarkan kita kerana kita melihat betapa ramainya manusia di dunia ini dalam keadaan yang susah dan lebih teruk daripada kita. Ini juga sepatut menjadi iktibar kepada kita bahawa kita patut bersyukur kepada Allah SWT kerana kita boleh hidup dalam keadaan aman, tenteram, dalam sistem demokrasi yang berperlembagaan dan kita boleh bersuara di sini dengan bebas, agak bebaslah jika kita lihat. Kebebasan ini agak banyak jika dibandingkan dengan banyak negara lain yang kita lihat di sana itu penindasan yang dilakukan kepada sesama manusia ini begitu teruk sekali.

Kalau kita lihat kepada jiran tetangga kita yang di ASEAN, maka kita lihat akan penindasan yang berlaku misalnya di Myanmar. Maka ini suatu yang menyayat hati kita kerana kita lihat di sana itu segolongan rakyat mereka sendiri tidak diiktiraf kerakyatannya, kemudian ditindas dan berbagai-bagai lagi yang kita dengar khabar berita yang menyedihkan. Sehingga ada ramai bilangan mereka itu terpaksa melarikan diri sampai ke negara kita dan mencari perlindungan di sini. Banyak kita lihat bilangan mereka di Malaysia ini begitu banyak sekali. Masalah ini berpanjangan.

Jadi peranan yang kita mainkan setakat ini saya ingin ucapkan tahniah. Sekadar yang kita mampu tetapi saya rasa kita boleh mainkan peranan yang lebih lagi untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat Rohingya di Burma ini atau di Myanmar ini. Ini kerana kita tahu bahawa mereka ini adalah golongan yang tertindas, golongan minoriti dan juga mereka ini kalau kita lihat mereka ini beragama Islam. Kita lihat bagaimana disebabkan perbezaan agama sahaja boleh menyebabkan mereka ini ditindas. Walaupun kita tahu juga ada penindasan kepada sesama bangsa mereka sendiri. Kaum Cham misalnya mereka terpaksa lari juga ke Malaysia ini dengan bilangan begitu ramai ke Malaysia walaupun mereka ini seagama dengan pemerintah. Akan tetapi kerana berbeza kabilah atau berbeza kaum menyebabkan mereka ini juga ditindas.

Jadi, penindasan ini banyak sebab menyebabkan penindasan kepada sesama manusia ini. Kita tahu kita sebagai seorang mukmin kita kena ambil tahu tentang masalah sesama Islam khususnya dan kepada umat manusia umumnya. Ini kerana kita tidak boleh mengatakan bahawa kita terselamat apabila kita tidak memikirkan masalah bangsa-bangsa yang lain. Bahkan bangsa yang membezakan di antara bangsa yang bertamadun dengan bangsa yang kurang tamadun ialah keprihatinan mereka kepada masalah manusia sejagat.

Jadi manusia bertamadun, kita harap kita ini tergolong daripada manusia yang bertamadun maka kita mesti peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita khususnya kepada manusia seagama dengan kita dan juga manusia yang tertindas di tempat lain. Maka kita mesti mempunyai sifat kemanusiaan dan mesti menenangkan keadaan supaya mereka ini tidak ditindas dan menegur sesiapa yang menindas ini.

Jadi siapa - kalau kita melihat suatu kemungkaran itu maka kita mesti usaha sedaya upaya kita untuk mencegah kemungkaran itu. [Berucap dalam bahasa Arab]

Apabila kita melihat kemungkaran, kita mesti mencegah. Kita sebagai suatu negara yang berdaulat dan kita pula bersahabat dengan negara-negara yang kita maksudkan ini, maka kita mesti menegur mereka, mesti menasihati mereka dalam forum-forum yang ada dan juga hubungan peribadi dan juga hubungan kepimpinan kita dengan mereka itu mesti berhubung. Sama ada dengan telefon atau melawat ke sana untuk bertanya masalah mereka yang tertindas ini dan meminta pertolongan supaya jangan dianiayai sesama manusia walaupun mereka ini bukanlah rakyat Malaysia. Ini adalah keprihatinan yang kena ada kepada kita jika kita tergolong kepada satu bangsa atau satu negara yang bertamadun. Ini tanggungjawab kita."

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
06 Disember 2016 - HARAKAHDAILY

Sumber TKO - 7-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bongok penyokong PAN, ada ker perhimpunan solidariti Rohinya dianggap politik!
Posted on Tuesday, December 06 @ 07:35:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32730



Assalamualaikum, Mereka penyokong dan pencacai PAN tak mahu dengar bila kita mengingatkan mereka bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan MCA dalam hal hal kepentingan dengan cina tapi tetap bebal dan bongok mendakwa perhimpunan solidariti Rohinya bermotif politik.Apa kejadahnya mereka letakkan politik lebih tinggi dari ugama?DAP boleh gelak sakan dengan perangai sekutu mereka yang menjadikan semua perkara yang melibatkan PAS Umno sebagai politik.
Penolakan speaker terhadap usul yang mereka bawa di Parlimen sejurus sebelum  bermulanya perhimpunan dianggap wayang politik PAS Umno dan kerana itu mereka enggan hadir memberi sokongan kepada Rohinya sebab sokongan yang mereka tawar menerusi undi Parlimen ditolak.Pada mereka mencapai resolusi mengutuk kerajaan Myanmar lebih besar dari berhimpun bersama ethnik Rohinya.Punya bongok mereka ini sambil pencacai pencacainya pula meneruskan perangai pencacai Umno, kata nak lawan Umno tapi peninggalan pencacai Umno juga diambil sebagai peluru kapor untuk serang PAS.Apa ker hal?

Lebih bongok bila ada penyokong mereka yang mendakwa non partisan menyamakan perhimpunan solidariti ini dengan bersih 4 & 5 kononnya perhimpuna bersih untuk rakyat tapi enggan dihadiri PAS tapi perhimpunan solidariti Rohinya yang juga perhimpunan untuk rakyat hadir pulak bersama sedondong dengan Umno pulak tu? Bongok sampai tahap gaban.Soalan pertama nak tanya Bersih itu untuk bela rakyat Malaysia yang ditembak, disembelih, dirogol oleh Umno ker? Soalan kedua nak tanya apakah rakyat Malaysia semuanya menyokong Bersih? Kalau semua rakyat sokong bersih sudah tentu PH akan menang pilihanraya dan Umno akan kiok.

Macam mana minda penyokong PAN ni? Segala perkara adalah  politik buat mereka dan kalau perkara itu tidak memenuhi selera politik mereka, macam macam alasan yang diberi untuk mengelak dan mengutuk.kenapa mereka tak belajar dari DAP yang dengan mudah mengenepi sentimen politik apabila kepentingan kaum cina digugat.


Bodoh pian penyokong dan pencacai PAN............Ugama letak belakang, utamakan politik merebut kuasa dulu..........Jadilah mokpek DAP selamanya........

Sumber TKO - 6-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dekat Mana Salah TG Haji ABdul Hadi Pada Perhimpunan Rohinya?
Posted on Monday, December 05 @ 07:27:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32718



Apa masalahnya TGHH hadir himpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini. Ada yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.

Persoalanya dekat mana yang salah TGHH?. Adakah TGHH minta projek dalam ucapannya?. Adakah TGHH baca ayat Quran tidak betul. Adakah TGHH berucap menyebut fakta tidak betul?. Adakah TGHH terkeluar tajuk?

Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama?. Adakah Salah TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam. Adakah TGHH minta supaya bangkit menentang syariat Allah.

Adakah TGHH minta supaya hadirin semua sokong Umno.

Ada yang tafsir ayat "Jangan kamu cenderung dengan kezaliman". Seolah-olah TGHH sokong orang zalim, maka ia akan disambar oleh api neraka. Salah kerana TGHH duduk sebaris dengan PM, nanti akan disambar oleh api neraka.

Biarlah orang menilai dengan tulisan mereka. Biarlah orang menilai tafsiran ayat quran mereka. Baru orang tahu tahap ilmu mereka dan dendam kesumat mereka.
Kesimpulannya, marah kerana yang pergi itu TGHH. Yang berucap itu pemimpin PAS, kalau pemimpin mereka Ok. Kalau yang mereka suka, buatlah macam mana pun akan di "taqdiskan" (disucikan).

Fahamlah dengan kaca mata Islam,bukan emosi. Rujuklah Quran, Sunnah, Sirah. PAS tidak akan tunduk kepada sesiapa. Selagi tidak bertentangan dengan Islam dan syariat PAS akan terus bekerja untuk menegakkan Islam.

PAS tahu jalannya sukar dan jauh. Mereka yang ada agenda yang jahat akan terpelanting. Kalau Umno BN ada strategi dan ada agenda tersendiri, PAS juga ada strategi dan tawakkal kepada Allah SWT. Perancangan Allah lebih hebat

Idris Ahmad

Sumber TKO - 5-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahniah, Mahathir Berjaya Pecah Belah DAP!
Posted on Monday, December 05 @ 00:14:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32714



Tun Mahathir mempunyai pemikiran politik yang jarang ada pada orang-orang Melayu, mungkin kerana dia bukan Melayu Asli (bukan orang asli). Cara pemikiran politik banyak dipengaruhi oleh buku "The 48 Laws of Power".

Saya kemukakan 7 daripada 48 yang anda boleh fikir.
1. Never put too much trust in friends, learn how to use enemies,
2. Conceal your intentions.
3. Get others to do the work for you.
4. Make people come to you - use bait if necessary.

5. Win through your actions, never through argument.
6. When asking for help, appeal to people's self interest, never to their
mercy.

7. Use selective honesty and generosity to disarm your victim

Tun Mahathir belajar menggunakan musuh tradisi 22 tahun, DAP (learn how to use enemies) untuk kepentingan dirinya dan membunyikan niat (Conceal your intentions). Dia akan menggunakan PKR, DAP dan PAN untuk parti barunya BERSATU (Get others to do the work for you). Dia menjanjikan sumbangan 500 juta untuk PRU-14 nanti (Make people come to you - use bait if necessary) .
Dia turun dalam majlis Pakatan Harapan (Win through your actions) atas tujuan menguasai keadaan dan massa dengan menunjukkan sikap bahawa dia prihatin kepada rakyat (When asking for help, appeal to people's self interest, never to their mercy).

Mahathir dulu boleh menagis dalam perhimpunan UMNO, kini dia boleh menunjukkan usaha murninya walaupun tua atas kepentingan rakyat (Use selective honesty and generosity to disarm your victim) dia sanggup turun dan abaikan kesihatan.

HEBAT LAKUNAN ORANG TUA INI. Itu baru 7 belum 48. Kalau 48 berjela-jelas artikel ini.

KENA INGAT MAHATHIR INI "KARAT" UMNO dulu keluar UMNO masuk semula. Kini dia keluar UMNO, anda percaya? Anda percaya dia benci UMNO?

Ingat Laws of Power - Conceal your intentions.
Jika anda ingat pemikiran Mahathir maka anda tahu bahawa dia SEDANG MENJAHANAMKAN PAKATAN HARAPAN.

Hanya PAS SAHAJA yang tidak boleh ditipu oleh MAHATHIR kerana PAS parti Islam yang bersikap jujur dan amanah dalam perjuangannya.

Ok Balik kepada DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Shamsher mempunyai hak meninggalkan parti itu jika tidak bersetuju dengan pakatan politik yang baru ditubuhkan tetapi pendirian beliau tidak mewakili ahli parti lain.

Lim Guan Eng minta Shamsher menarik balik kata-katanya kepada Tun Mahathir. Shamsher ditegur oleh Guan Eng dan diminta menarik balik perkataan ‘ular’ dan ‘bapa ayam’ yang ditujukan kepada Dr Mahathir.

Tapi Shamsher tidak mengedah. Lalu Guan Eng menghalau Shamsger.

“Beliau (Shamsher) mempunyai hak berbuat demikian (keluar parti)" katanya.

Shamsher tengah hari ini mengeluarkan kenyataan akhbar mengumumkan peletakan jawatannya daripada DAP, memetik kehilangan keyakinan terhadap pemimpin parti, terutama Lim Kit Siang.

“Daripada apa yang saya lihat, sama ada Kit Siang berbohong mengenai Dr Mahathir dan (bekas timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin (Yassin), atau beliau tidak mempunyai masalah bekerjsama dengan orang yang menyalahgunakan kuasa mereka dan rasuah pada masa lalu."
“Mana-mana pandangan yang diguna, perkara yang ingin saya buktikan adalah Kit Siang kehilangan kredibilitinya,” kata Shamsher dalam satu kenyataan akhbar.

Julai 2016 lalu Shamsher Singh Thind dan beberapa kumpulan India dalam DAP telah menggesa Guan Eng melepaskan jawatan dan perlu berundur dari jawatannya sehingga kes mahkamahnya ketika Lim Guan Eng didakwa oleh SPRM.

Ada sekelumpulan penyokong kuat Shamsher mahu Guan Eng mengambil cuti daripada jawatannya secara sukarela dan kembali semula ke pejabatnya apabila namanya dibersihkan.

Sikap penguasaan Lim Guan Eng kepada DAP membuatkan ada sekumpulan yang tak setuju dengan Lim anak beranak. Mereka kini sedang mencari peluang untuk menjatuhkan kepimpinan Lim anak beranak.

AKHIRNYA DAP, parti pakatan terakahir KENA DIPERBODOHKAN oleh MAHATHIR.


Sumber TKO - 5-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP juga yakin ada MOU antara PAS dan Umno
Posted on Sunday, December 04 @ 20:47:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32706



Assalamualaikum,,
Kenyataan terbaru dari pemimpin DAP menampakkan satu kebimbangan mereka mengenai kemungkinan yang boleh menyebabkan PH gulung tikar pada PRU 14 nanti ia itu keyakinan kepada satu persetujuan antara PAS dan Umno untuk menghadapi PRU 14 nanti.Jelas dari kenyataan itu menunjukkan kebimbangan DAP kepada persetujuan tidak menentang satu sama lain antara PAS dan Umno.Atau dengan kata lain persetujuan secara MOU yang bakal menyaksikan pertembungan 3 penjuru tidak akan berlaku sebaliknya pertembungan antara PH dengan Umno atau PAS sahaja di mana mana kerusi termasuk di kerusi DAP yang akan ditandingi oleh parti komponen BN lain.

Itu yang semakin dibimbangi DAP dan ada kemungkinan DAP akan menggerakkan segala sumber yang mereka ada untuk menafikan MOU antara PAS dan Umno terutama menggerakkan sekutunya PAN agar lebih banyak menyebarkan kebencian antara PAS dan Umno.

Kini semakin jelas peranan DAP untuk menhancurkan kemungkinan yang semakin terserlah itu dan PAN ditugaskan menjadi pengacau kepada kemungkinan ini.Mereka mengunakan sumber orang asli yang boleh dimanupulasikan untuk menidakkan keupayaan PAS mentadbir negeri tapi mereka tak sedar bahawa selama ini orang asli terutamanya di Gua Musang tak pernah sokong PAS sebaliknya memberi kerusi Gua Musang dan beberapa kerusi DUN kepada BN.Sekalipunn mereka menyedari menggunakan beberapa kepala samseng orang asli tak akan ke mana tapi mereka lakukan juga, sebabnya mereka semakin terdesak untuk menidakkan MOU PAS-Umno.

Hari ini perhimpunan solidariti umat akan menemukan PAS dan Umno sekali lagi dan sudah tentu perhimpunan ini akan menyebabkan DAP dan PAN terutamanya kepanasan.Sekarang mereka tak hirau lagi solidariti sebagai simpati kepada kesengsaraan Rohinya tetapi mereka melihatnya sebagai perhimpunan bermatlamatkan politik dan sudah tentu ini menggusarkan mereka.

Sebabnya mereka tahu kesolidkan undi PAS yang tidak mampu mereka pecahkan dan akan menjadi lebih solid kalau MOU PAS Umno menjadi kenyataan.

Lebih menggusarkan lagi di ketika PH mengeluarkan kenyataan mengutuk penangkapan orang asli, tiba tiba orang PKR di Gua Musang menafikan semuanya dan menawarkan PKR supaya berjumpanya untuk mendapatkan gambaran yang sebenarnya.

Jelasnya kenyataan yang dtandatangani bersama oleh presiden PKR itu dinafikan sendiri oleh ahlinya.Ini menyebabkan kredibiliti presiden PKR tercalar dan tidak lagi meyakinkan pengundi kepada kemampuannya berjuang menentang ketidakadilan sebaliknya menyokong ketidakadilan dan provokasi.

Ada juga ahli PAS yang jadi pelam manis Mahfuz Omar melahirkan kebimbangannya menerusi kritikannya kepada PAU yang tidak lagi menyerang PAS sebaliknya menyerang Mahathir yang didakwanya boleh membantu PH menewaskan BN.Mahfuz tidak bercakap berlandaskan fakta sebaliknya emosi kerana tertekan dengan kemungkinan termenterainya MOU PAS Umno yang bukan sahaja melenyapkan impian PH menewaskan Umno malah akan menolak Mahathir ke bawah dengan lebih teruk lagi.Oleh itu selagi dia boleh membalikkan hati orang Umno untuk menyokong Mahathir dia akan lakukan sebab Mahathir adalah wild card PH.

Cuma satu yang tidak disedari, politik matang dan sejahtera PAS turut menggariskan uslub tarbiyah dan islah kepada orang orang Islam yang ada dalam Umno.Perkara pertama yang mesti diakui ialah Umno dianggotai oleh melayu Islam, agama yang sama dengan ahli dan penyokong PAS.Pendekatan Islam adalah pendekatan terbaik untuk membawa penyatuan.Malangnya orang Islam yang ada dalam PAN tak mahu terima kenyataan ini, mereka enggan memberi kerjasama untuk penyatuan Umat beralasankan Umno itu penyamun dan penyangak serta enggan mengakui manusia boleh berubah.sebaliknya mereka lebih suka berkawan secara BFF,mendengar semuanya dari BFFnya ia itu DAP, waima dalam beragamapun mereka masih mendengarnya lagi.Kalau DAP kata Umno menyeleweng maka Umno meyeleweng selamanya.Itulah one way thinking dari PAN dan sedikit sebanyak orang Islam dalam PKR termasuk presidenya turut terikut ikut.

TIdak ada penyatuan umat bagi PAN dan PKR selagi Umno tidak dihancurkan.DAP pula menjadi rujukan dalam setiap tindakan mereka.sekarang DAP menghidu ada tanda yang kuat untuk MOU PAS Umno, maka tunggulah reaksi dan cerita baru dari mereka!

Sumber TKO - 4-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

14 kaedah penghapusan etnik muslim Rohingya
Posted on Saturday, November 26 @ 15:04:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32595



Tulisan ini merupakan tulisan yang sangat penting untuk kita, terutamanya rakyat
Malaysia, supaya boleh menilai apakah sebenarnya yang berlaku di Burma khususnya
bumi Arakan dan ujian yang bagaimana yang dihadapi secara sabar oleh saudara
Rohingya kita.

Apakah sebenarnya yang berlaku sehinggakan baru-baru ini tercetus sekitar 
7000-8000 orang Rohingya telah tersadai di Selat Melaka.

Nak tahu apa yang berlaku kepada mereka sebenarnya? Ringkas sebagai permulaan 
tulisan ini bahawa kejadian di Selat Melaka tersebut adalah sedikit cerminan-cerminan 
peristiwa penghapusan etnik di Burma sejak tahun 1942 lagi.

Dalam masa yang sama, tulisan ini ingin membawa satu muhsabah yang dalam 
buat rakyat Malaysia bahawa jika orang Melayu Islam di Malaysia tidak 
berhati-hati dan bersungguh menjaga kuasa dan keharmonian negara, maka 
tidak mustahil kejadian yang berlaku di Rohingya berlaku juga di Malaysia.

Perspektif kejadian di Burma perlu dilihat dari kerangka bangsa dan agama. Ia 
adalah racism tetapi itulah hakikat yang berlaku. Perspektif ini sering dinafikan kerana 
dikatakan sebagai satu perspektif yang negatif dan pesimis.

Namun begitu, perspektif inilah yang mendasari umat Islam di Palestine, di Burma, 
di China, di Thailand, di Filipina dan mana-mana pelosok dunia yang mempunyai 
pembantaian ke atas umat Islam.

Secebis sejarah Rohingya dan Burma

Arakan iaitu tanah yang didiami Rohingya mempunyai 2 kelompok kaum yang besar 
iaitu yang terdiri daripada etnik Rohingya yang beragama Islam dan Rakhines 
ataupun Maghs yang beragama Buddha.

Arakan merupakan antara 14 daerah di dalam wilayah Burma di mana daripada 7 juta 
umat Islam di sana, hampir separuh berada di Arakan.

Arakan yang berkeluasan  36,778.0 Km persegi mempunyai populasi lebih 
daripada 3 juta penduduk, tidak termasuk seramai 1.5 juta etnik Rohingya yang 
dibunuh dan dibuang daripada Burma sejak daripada tahun 1942.

Kini, majoritinya terdiri sama banyak daripada etnik Rohingya dan etnik maghs. 
Seawal tahun 1942 juga, terdapat lebih kurang 200,000 etnik di Burma tetapi 
kini hanyalah tinggal sekitar 100 lebih sahaja.

Siapakah dalang yang perlu dipersalahkan?

Jika diselidiki siapakan di sebalik Kerajaan Burma yang menjalankan ethnic 
cleansing ke atas muslim Rohingya maka jawapan yang ada terbukti bahawa 
majoriti daripada kerajaan dan tentera adalah  daripada etnik Maghs.

Mereka bukanlah penduduk asal Burma. Mereka ini berhijrah ke Burma dalam sekitar 
1200-1500 tahun yang lepas. Asal usul bahasa mereka adalah Sino-tibetan dan 
merupakan susur galur dari keturunan Yunnan yang bermigrasi daripada China. Etnik 
Maghs telah menduduki tanah Arakan sehingga berjaya memerintah tanah tesebut.

Pada tahun 1982, mereka telah membuat satu proses Burmanization dan 
memperkenalkan identity mereka sebagai Burman.

Burmanization adalah proses asimilasi menjadikan Burma sebagai satu bangsa, 
budaya, bahasa dan sejarah. Identiti bangsa adalah Burman dan identiti agama adalah 
Buddha.

Sebagai tambahan kepada identity tersebut, jika diimbas kembali pada tahun 
1961, kerajaan Burma telah mengisytiharkan Buddhism sebagai state religion tanpa 
mengambil kira etnik majority lain seperti Rohinyga yang beragama Islam dan 
Kachin yang 90 peratus beragama Kristian.

Mana-mana etnik yang cuba menolak asimilasi identiti ini maka mereka perlu 
berhadapan dengan penghapusan etnik.

Wajarlah ia ditentang orang Islam kerana pemaksaan identiti ini akan mendorong 
mereka untuk murtad. Setelah diselidiki, terdapat 14 kaedah penghapusan etnik 
yang berjaya direkodkan seawal tahun 1942 lagi yang dilakukan secara kejam 
dan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik Muslim Rohingya.

Berikut merupakan keempat belas usaha tersebut.

1. Statistical genocide sebagai usaha mengaburi usaha jahat tentera dan kerajaan 
Burma
Statistical genocide yang dilakukan oleh tentera State Law and Order 
Restoration Council(SLORC)  adalah satu usaha yang bertujuan mengaburi mata 
dunia daripada segala kekejaman tentera dan kerajaan Burma dengan 
menunjukkan angka penduduk Rohingya yang telah digelapkan.

Ideanya adalah supaya menunjukkan tiada berlaku pembunuhan dan paksaan migrasi 
kepada etnik muslim Rohingya di muka bumi Arakan.

Dengan cara ini segala usaha jahat pembunuhan, rogol, pukul, rampasan dan lain-lain 
usaha boleh dilakukan dengan sangat selesa.

Jika diperhatikan, angka penduduk Rohingya yang ditunjkkan kini adalah lebih 
rendah daripada apa yang pernah dibuat oleh Burma Socialist Programme Party 
(BSPP) pada 30 tahun yang lalu.

Mana mungkin setelah siri-siri pembunuhan dan paksaan migrasi (akan 
diterangkan lanjut di bawah) besar-besaran tidak menunjukkan sebarang pengecilan 
drastik angka populasi etnik muslim Rohingya?

Dalam masa yang sama statistical genocide ini bertujuan untuk tidak mengiktiraf 
status majoriti etnik muslim Rohingya dan sekaligus menafikan hak kerakyatan mereka.

2. Proses murtad dan menghapuskan identiti: Burmanization dan De-
muslimization

Ketika Burman mendapat kuasa dan mendaulatkan Buddha sebagai agama negara 
maka Burman ataupun etnik Maghs ini telah melakukan satu proses Burmanization.

Proses Burmanization ini bertujuan menghasilkan satu asimilasi agama, etnik, budaya, 
masyarakat dan sejarah etnik-etnik Myanmar ini sebagai satu kaum dengan satu 
bahasa dan agama.

Antara slogan terkenal adalah “to be Burmese is to be a Buddhist” dan slogan ini 
dicanang-canangkan kepada seluruh etnik.

Maka proses ini secara tidak langsung menetapkan satu pemaksaan 
prinsip-prinsip de-muslimazation kepada etnik Rohingya.

Ataupun dengan kata lain, kalau ingin kekal di Burma maka tolong murtad! Ia 
bertentangan dengan prinsip agama islam dan Rohingya terpaksa menolaknya.

Hasil penolakan oleh etnik Rohingya terhadap Burmanization dan de-
muslimizationini, maka kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik 
Maghs telah menjalankan satu proses yang dinamakan Rakhine Pyi pada tahun 
1974 dengan memberi taraf kerakyatan kepada etnik Maghs yang beragama buddha 
di Arakan dan tidak mengikritaf kerakyatan etnik Rohingya.

3. Pogrom 1942: Penyembelihan etnik Muslim Rohingya sebelum kemerdekaan
rohingya-2
Etnik Maghs yang beragama Buddha di Arakan sentiasa menginginkan tanah yang 
diduduki oleh etnik Rohingya. Pada tahun 1942, sebanyak 10,000 orang etnik 
Rohingya yang beragama Islam telah dibunuh dengan kejam dan ribuan lagi 
dihalau daripada perkampungan mereka.

Pada bulan April 1942 khususnya, ketika rusuhan dan peperangan sivil tercetus 
di Arakan daripada kepulauan Akyab, etnik Maghs bersama-sama dengan para 
pemerintah Burma telah memanfaatkan situasai tersebut dengan menyembelih 
seramai 100,000 orang muslim Rohingya lagi dan membakar lebih daripada 
307 buah perkampungan muslim.

Ketika itu hampir sahaja keseluruhan bahagian timur Arakan menjadi tanah 
perkampungan bukan Islam dan etnik Maghs yang beragama Buddha menduduki tanah 
tersebut.

Namun begitu, setelah Burma mendapat kemerdekaan pada tahun 1948, muslim 
Rohingya telah merayu kepada kerajaan baru Burma untuk mendapatkan semula 
tanah mereka, tetapi permintaan ini telah ditolak. Hasilnya ribuan umat Islam 
Rohingya tidak mempunyai tempat tinggal.

4. Rohingya dinafikan hak pemilikan tanah: Panlong Conference 1945

Terdapat beberapa siri penafian hak pemilikan tanah oleh Kerajaan Burma terhadap 
etnik muslim Rohingya. Antara yang terpenting adalah pada tahun 1945, di mana 
ketika itu General Aung San sedang berusaha mendapatkan kemerdekaan daripada 
tangan British.

Syarat yang diberikan oleh British adalah agar beliau mendapat sokongan segala 
etnik baik majoriti dan minoriti di Burma.

Justeru itu, pada tahun 1947 telah diadakan satu persidangan yang 
dinamakan Panlong Conference yang diadakan di wilayah Shan.

Setiap etnik minoriti seperti Shan, Kayah, Kachin, Karen dan lain-lain etnik telah 
diberikan jaminan untuk mendapat autonomi kepada tanah mereka.

Namun begitu, etnik Muslim Rohingya yang merupakan antara etnik majoriti tidak 
dipanggil.

Bahkan, wakil bagi etnik di Arakan telah diwakili oleh etnik Buddhist Maghs yang 
sebenarnya merupakan satu konspirasi kerajaan pusat untuk meletakkan Arakan iaitu 
tanah umat Islam Rohingya di bawah kekuasan mereka yang beragama Buddha.

Ini secara tidak langsung telah menafikan hak pemilikan tanah kepada etnik Muslim 
Rohingya.

5. Etnik Muslim Rohingya dinafikan hak politik

Namun begitu, penafian hak ini tidak berhenti disitu. Pada pilihan raya Burma yang 
pertama pada tahun 1947, Majlis Perlembagaan Burma dengan sengajanya tidak 
mengambil kira perwakilan daripada kawasan utara Arakan untuk terlibat dalam 
 pilihanraya kerana kawasan tersebut dipenuhi oleh umat Islam.

Walaupun selepas itu wujud usaha untuk bernegosiasi dengan pihak British, namun 
begitu ia merupakan satu usaha yang terlambat kerana Perlembagaan Burma telah siap 
dihasilkan.

Ini merupakan satu tindakan jahat menafikan hak politik sekaligus memansuhkan 
jaminan hak dan keistimewaan etnik muslim Rohingya sebagai pribumi 
Burma menurut perlembagaan.

Selepas kejadian ini, etnik Rohingya diarahkan keluar daripada mendiami kawasan 
penempatan mereka kerana tidak diiktiraf sebagai pribumi.
6. Operasi Tentera: BTF Operation dan Nagamin (King Dragon) Operation 
1978
data-2
data
Jadual1: 19 operasi ketenteraan yang tidak pernah berhenti sejak Kemerdekaan 
Burma.

Selepas kemerdekaan Burma, pada tanggal 4 januari 1948, 19 operasi ketenteraan 
di wilayah penempatan Rohingya dijalankan dengan alasan untuk mengawal 
rusuhan daripada berlaku.

Tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah 19 operasi-operasi pembunuhan, 
pencerobohan masjid dan tempat ibadah, pemusnahan sumber pendapatan, dan 
rampasan ladang-ladang serta tempat tinggal.

Antara 19 operasi ini, operasi Burma Territorial Force (B.T.F) adalah yang paling 
kejam sekali. Kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Buddhist 
Maghs telah membunuh, merogol, membuat kemusnahan dan melaksanakan 
undang-undang sesuka hati mereka.

Akhirnya ia mengakibatkan ribuan penduduk muslim Rohingya terpaksa lari 
meninggalkan tempat tinggal mereka.

Antara operasi lain yang tidak berperikemanusian juga adalah operasi Nagamin 
(King Dragon) pada tahun  1978. Dalam operasi ketenteraan ini, seramai 300,000 
etnik muslim Rohingya dihalau keluar daripada perumahan mereka dan hampir 1/3 
dibunuh.

Lebih 200,000 orang pada kemudian harinya telah dikembalikan dengan jaminan 
keselamatan di bawah Bilateral Repartriation Agreement antara kerajaan Burma 
dan kerajaan negara lain, tetapi jaminan tersebut hanyalah tipu daya tentera yang sekali
 lagi, nasib etnik muslim Rohingya diperkotak-katikkan oleh kerajaan Burma.

7. Etnik muslim Rohingya dinafikan hak kerakyatan dan hak istimewa pribumi.
citizenship-law
Bukan sahaja mereka dinafikan hak penempatan dan politik, tetapi pada masa yang 
sama turut dinafikan hak mereka dalam mendapat kerakyatan serta hak istimewa 
penduduk pribumi.

Hak kerakyatan etnik Muslim Rohingya walaupun di bawah UnionCitizenship Act of 
1948 ada meletakkan undang-undang asas kerakyatan sebagai “ there shall be one 
citizenship through out theUnion” tetapi mereka tidak diterima dalam perincian 
etnik yang berautonomi seawal persidangan Panglon 1945.

Bahkan lebih teruk lagi apabila satu semakan semula kerakyatan yang bertujuan 
mengiktiraf status pribumi dibuat pada tahun 1982.

Di bawah Burma Citizenship Law 1982 (Pyithu Hluttaw law no. 1982-87) telah 
membahagikan kerakyatan kepada beberapa kelas iaitu kelas rakyat biasa, rakyat 
bersekutu dan rakyat pribumi. Seperti yang dijangka, etnik muslim Rohingya tidak 
tersebut dalam kelas rakyat pribumi yang sekaligus dinafikan langsung hak 
keistimewaan pribumi mereka.

Berbeza dengan etnik-etnik lain seperti Kachin, Kayah, Karen, Chin, Maghs (Burman),
 Mon dan Arakanese yang melalui kerakyatan ini telah diiktiraf hak pemilikan 
tanah melalui status pribumi.

Di akhir usaha kerakyatan ini adalah etnik Rohingya dengan kerakyatan “
stateless people”. Tiada Negara, tiada tempat tinggal dan tiada tanah.

8. Pembunuhan dan pembantaian di bawah kempen Pyi Thaya (Prosperous 
Country)oleh SLORC.

Dalam keghairahan Burma cuba mengejar modernisasi dan pertumbuhan rancak 
demokrasi sekitar tahun 1988, justeru itu, pada awal tahun 1991 satu kempen 
menghapuskan etnik Rohingya dijalankan di bawah nama “Pyi Thaya” ataupun 
nama lainnya sebagai Prosperous Country Campaign.

Kempen ini bertujuan menjadikan Myanmar terkehadapan dari sudut 
pembangunan dan keselesaan. Tetapi dibeli dengan harga nyawa Rohingya.

Di bawah kempen ini, askar-askar daripada State Law and Order Restoration 
Council(SLORC) yang rata-ratanya terdiri daripada etnik Buddhist Maghs telah 
dikerahkan ke Arakan untuk melakukan pogrom(penyembelihan dan penghapusan) 
ke atas etnik muslim Rohingya.

Akibatnya, 300,000 orang muslim telah melarikan diri sehelai sepinggang ke Chittatong
 iaitu satu daerah di Bangladesh.

Setelah dihalau, kerajaan tempatan telah melakukan jemputan berbondong-
bondong khusus kepada penganut agama Buddha dari dalam dan luar negara untuk 
menetap dan membangun penempatan di tanah etnik muslim Rohingya yang telah 
ditinggalkan di bawah program pembangunan kerajaan.

9. Konflik dan konspirasi tentera SLORC dan United Nation Human 
Rights Council (UNHRC)
unhr
Walaupun kewujudan institusi antarabangsa United Nation Human Righst Council 
(UNHRC) cuba memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalah ini tetapi ia 
merupakan satu tindakan yang sia-sia.

Segala usaha UNHRC seperti projek pemulihan dan penyatuan kaum diselenggara 
sendiri oleh tentera SLORC yang dalam masa yang sama turut terlibat membunuh 
etnik muslim Rohingya. Mana-mana etnik muslim Rohingya yang dihantar pulang 
ke Arakan di bawah perjanjian bilateral UNHRC telah dipindahkan semula oleh tentera 
SLORC.

Dalam masa yang sama kakitangan kerja yang dipilih untuk berkhidmat sebagai 
staff UNHRC juga disekat hubungannya untuk menceritakan hal-hal sebenar kepada 
media luar.

Namun begitu, walaupun  seringkali berlaku konflik antara staf UNHRC dan 
tentera SLORC tetapi terdapat juga waktu dimana kakitangan UNHRC seakan-akan 
berkompromi dan bekerjasama dengan tentera SLORC dalam usaha yang 
menggadaikan nyawa etnik muslim Rohingya serta tidak kurang juga 
meluluskan tindakan SLORC yang membunuh etnik muslim Rohingya.

Dalam ruang ini perlu untuk direkodkan juga statistik yang dikeluarkan oleh Curt 
Lambrachi dalam laporannya bertajuk “The return of Rohingya refugees to Burma: 
Voluntary Repartriation or Refoulment”.

Dalam laporan ini, selain merekodkan segala salah laku tentera SLORC ia turut sama
merekodkan statistik dimana dalam sebuah keluarga 10 orang pasti 2 
daripadanya pernah mengalami tembakan, luka parah, dibelasah, dibakar dan apa-apa 
 kecederaan fizikal.
Dalam masa yang sama dalam setiap keluarga paling kurang seorang 
perempuan daripada keluarga tesebut pernah dirogol.

10. Operasi Na-Sa-ka 1992: operasi paling kejam dalam sejarah.

Selepas tarikh 28 April 1992 di mana Refugee Repatriation Agreement telah 
menunjukkan hasil yang baik dalam membela nasib penduduk Rohingya.

Etnik buddhist Maghs masih tidak berpuas hati. Maka mereka telah melancarkan 
satu operasi ketenteraan dengan mewujudkan satu task force bernama Na-Sa-Ka 
yang terdiri daripada tentera, polis dan imigresen.

Kalau dibandingkan dengan 18 operasi ketenteraan sebelum ini, Na-Sa-Ka 
merupakan operasi yang mengakibatkan kesan paling teruk berbanding 
operasi-operasi sebelumnya.

Ia merupakan satu operasi jangka masa panjang dimana walaupun sudah bermula 
sejak tahun 1992 namun begitu sehingga kini ia masih belum berakhir. Na-Sa-Ka 
mempunyai beberapa tujuan utama iaitu:
  1. Menghasilkan tekanan sosio-ekonomi terhadap etnik muslim Robingya.
  2. Memindahkan populasi etnik Rohingya daripada Burma di bawah polisi 
  3. pelindungan seperti polisi pekerja asing.
  4. Mengawal keseluruhan proses pengembangan populasi etnik Rohingya.
  5. Menjayakan usaha De-muslimization wilayah Arakan melalui penghapusan kaum.
  6. Menyebarkan ajaran Buddhism dan tradisi Burma Buddhist di Arakan dengan 
  7. menanam prejudis terhadap tradisi serta budaya Rohingya.
Kesan operasi ini, bukan sahaja mengakibatkan pembunuhan, tetapi setiap sumber 
ekonomi etnik muslim Rohingya dimonopoli SLORC.

Ratusan ekar tanah pertanian dan sumber pendapatan mereka diambil begitu sahaja 
tanpa ada apa-apa pampasan oleh penyangak Buddha dan SLORC.

Dalam masa yang sama, mereka juga dikerah untuk menghasilkan bahan 
perumahan, menyediakan simpanan makanan, ternakan, produk pertanian 
tanpa dibayar sedikitpun oleh kerajaan Burma.

11. Syarat perkahwinan tidak masuk akal dan suntikan kemandulan
rohingyaa
Lanjutan daripada operasi Na-Sa-ka, salah satu objektif mereka adalah 
mengawal proses pengembangan etnik Rohingya supaya populasi tersebut tidak 
berkembang.

Atas dasar ini, pemerintah telah memaksa syarat yang ketat bagi mana-mana pasangan 
Rohingya yang ingin berkahwin. Hampir sahaja banyak perkahwinan tidak diluluskan 
kerajaan. Antara syarat-syarat tersebut adalah:
  1. Perlu mendapat surat pengesahan daripada ibu bapa.
  2. Perkahwinan memerlukan surat sokongan daripada Majlis tempatan yang 
  3. menguruskan hal ehwal kampung.
  4. Perkahwinan juga memerlukan sijil perubatan yang menunjukkan pasangan boleh berkahwin.
  5. Pasangan juga perlu mendapat kelulusan dari pihak polis bahawa pasangan tidak 
  6. terlibat dengan mana-mana aktiviti jenayah.
  7. Perkahwinan juga perlu mendapatkan sokongan daripada Komander kawasan dan 
  8. pegawai pengarahan daripada tentera SLORC.
Syarat-syarat ini merupakan syarat perkahwinan yang gila lagi menyusahkan tetapi 
inilah hakikat perkahwinan bagi etnik muslim Rohingya.

Sering kali juga askar SLORC menangkap perempuan yang telah berkahwin dan 
menyuntik suntikan kemandulan secara paksa kepada mereka. Ia gara-gara untuk 
memandulkan ibu-ibu Rohingya dan mengelak kelahiran. Ini bukan sahaja menghina 
agama Islam tetapi turut sama menghalang populasi etnik Rohingya untuk berkembang 
lanjut.

12. Pembunuhan golongan elit etnik Muslim Rohingya di Arakan

Bagi mengelakkan etnik muslim Rohingya bangkit melawan, ramai dari kalangan elit, 
pelajar, dan golongan cerdik pandai diburu, dipenjara, dibunuh.

Siapa yang tidak takut jika lahirnya golongan yang boleh melawan kekejaman Burma? 
Sejak dari tahun 1994, bahagian utara Arakan telah menjadi padang pembunuhan bagi 
golongan elit ini.

Di bawah tuduhan jenayah yang tidak berasas, seramai 3000 orang yang tidak 
bersalah telah ditembak mati ataupun disembelih. Manakala, 1500 lagi orang 
telah masuk bersembunyi bagi mengelakkan ditangkap lantas dibunuh oleh SLORC.

13. Larangan melaksanakan apa-apa syiar agama Islam.

 Mungkin ramai tidak percaya tetapi inilah hakikat sebenar apa yang berlaku. 
Etnik Muslim Rohingya yang beragama Islam tidak boleh menunjukkan sedikit pun 
syiar Islam mereka.

Sebgai seorang muslim mereka tidak dibenarkan menyimpan janggut, memakai 
pakaian yang menutup aurat ataupun mengenakan kopiah. Bagi para wanita pula, 
tudung dan hijab dilarang sama sekali ketika berada di luar rumah.

Jika ada upacara kematian, kubur-kubur mereka tidak boleh diletakkan batu nisan. 
Bahkan tahlil sekalipun dilarang kerana itu dikatakan sebagai satu syiar Islam. Di 
sekolah pula, ajaran Buddha adalah subjek wajib sejak di sekolah rendah lagi.

Terdapat juga di beberapa buah Kampung di mana umat Islam di situ 
diharamkan untuk menunaikan solat berjemaah Maghrib, Isya dan Subuh di 
masjid-masjid.

Selain itu, bagi meredakan sentimen umat Islam Rohingya, para ulama telah digesa 
juga dipaksa untuk mengeluarkan fatwa palsu sebagai mengesahkan tindakan 
pemerintah Burma.

14. Undang-udangan larangan untuk bergerak 11 oktober 1966

stop-killing-muslim
Satu undang-udang Restriction of movement telah dipaksakan kepada etnik Rohingya 
sejak dari tanggal 11 oktober 1966. Undang-undang ini melarang etnik muslim 
Rohingya melakukan pergerakan antara kampung ke kampung sekitar Arakan.

Pada tanggal 1 september 1992, polisi ini diperketatkan. Etnik muslim Rohingya 
digesa untuk mengalihkan sampan dan boat dari sungai.

Mereka dilarang membeli tiket kapal terbang ataupun apa-apa kenderaan untuk 
bergerak. Disebabkan masalah ini, ramai daripada etnik Rohingya yang sakit telah 
mati kerana tidak dibenarkan berjumpa doktor di wilayah bandar Akyab ataupun 
Rangoon.

Kerana polisi ini jugalah, ia telah memberi kesan yang sangat teruk kepada 
keseluruhan hidup masyarakat Rohingya. Ramai daripada mereka terpaksa 
mengalah daripada menjalankan mana-mana aktiviti ekonomi, sosial dan agama. 
Ramai juga pelajar-pelajar mereka terpaksa turut sama berhenti dari meneruskan 
pengajian.

Kesimpulan

14 kaedah penghapusan etnik ini adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh 
penduduk negara lain dalam mengenal bahawa isu etnik muslim Rohingya bukanlah 
sekadar isu yang biasa. Mereka telah dinafikan hak mereka seawal usia 1942 lagi 
dan sehingga kini diselang-seli dengan pembantaian, pembunuhan serta dirampas 
hak milik mereka. Justeru itu, isu ini tidak boleh dilihat sebagai isu pelarian 
yang boleh diselesaikan dengan derma ataupun diberikan tempat perlindungan 
sementara.

Persoalan penting bagi mereka adalah apakah solusi tuntas bagi 
menyelesaikan projek penghapusan etnik ini sekaligus mengembalikan segala 
hak—hak yang sudah berkurun lamanya telah dinafikan? Kenapa Myanmar 
seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan dunia terhadap projek penghapusan 
etnik ini? Gesaan dan koalisi antarabangsa harus dilaksanakan segera, dan sebarang 
pembisuan, adalah tanda kepada sokongan institusi dunia terhadap pembantaian ini.

Aiman Faudzi

Penganalisis Institut IRIS
Sumber: http://focuss.my/14-kaedah-penghapusan-etnik-muslim-rohingya/
www.indahnyaislam.my

Sumber TKO - 26-11-2016



No comments:

Post a Comment