BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, November 4, 2016

AL MURSHIDUL AM PAS - AL FADHIL TG HJ HASHIM JASIN - ILMU DAN PANDANGAN



a

PRK Sg Kandis: Pilih yang lebih baik

ALOR SETAR: Ahli dan penyokong PAS di Dun Sungai Kandis dinasihati memilih calon dari parti yang dilihat lebih baik dan kurang membawa kemudaratan kepada rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu yang akan diadakan pada 4 Ogos ini. 
Demikian disarankan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, ketika dihubungi Harakah di kediamannya pagi tadi. 
Katanya lagi, PAS mempunyai dasarnya tersendiri dan setakat ini tiada sebarang keputusan yang dibuat oleh parti itu melanggar dasar berkenaan 
"Sebagai salah seorang Ahli Majlis Syura, apa saja keputusan yang PAS buat setakat ini belum lagi terkeluar atau menyanggahi dasar parti. 
"Oleh itu andainya ada pemimpin PAS yang secara terbuka memberi sokongan kepada calon dari BN, ia tidak terkeluar dari dasar PAS kerana kita dibenarkan untuk memihak kepada yang lebih ringan bahayanya dari keduanya (BN dan PKR)," ujar beliau. 
Tambahnya lagi, walaupun setakat ini PAS tidak mengeluarkan arahan secara khusus namun ahli dan penyokong PAS di Sungai Kandis dapat menilai dan membuat pemilihan yang bijak mana satukah antara kedua-dua calon yang bertanding sama ada dari BN atau PKR. 
Justeru itu, wakil dari parti yang lebih cenderung membawa kemudaratan kepada rakyat dan politik negara sewajarnya ditolak. – HARAKAHDAILY 1/8/2018
Sumber HD - 1-8-2018 

Tuan Guru Hashim Jasin dapat Dato’

ARAU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin dianugerahkan Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang membawa gelaran Dato’. 
Istiadat pengurniaan sebahagian daripada penerima darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-75 hari ini, berlangsung di Balairung Seri, Istana Arau.
Sumber HD - 17-7-2018 

Mengikhlaskan diri dalam perjuangan

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/mengikhlaskan-diri-dalam-perjuangan.html



DUA kejutan

Saya nak mengambil kesempatan untuk menerangkan, menghuraikan matan yang diberi oleh Yang Berhormat Ustaz Idris tadi. Dia matan, saya nak buat huraian semampu yang saya boleh mengikut keadaan masa yang ada kepada kita pada malam ini.

Minggu lepas saya di Kelantan beberapa kejutan telah saya lihat dan alami. Yang pertama selepas solat maghrib di Masjid Pulau Melaka, saya dipelawa oleh Yang Berhormat Nik Abduh ke rumah Tok Gurulah, rumahnya. Saya pun dengan beberapa orang kawan masuk rumah Tok Guru, tengok buah limau mandarin separuh ruang rumah. Saya pun dengan suara yang agak sinis berkata enta raya hebat tahun ini, limau banyak.

Barulah Yang Berhormat beritahu dekat saya, dia kata ada seorang tauke Cina menghantar buah limau ini selori ke rumah dia dengan menyebut hadiah untuk Tok Guru. Nik (Abduh) kata Tok Guru mati tiga tahun dah. Tak apa, hadiah untuk Tok Guru.

Tuan-tuan, saya peristiwa itu membuat saya berfikir, sudah tiga tahun al-Marhum Tok Guru Nik Aziz meninggalkan, tiba-tiba perkara hadiah limau ini masih terus berlaku. Kenapa boleh berlaku? Apa hubungan Tok Guru dengan penderma ini? Apa jasa Tok Guru bagi dekat dia? Dan apa hubungan pula dia dengan Tok Guru? Tak ada apa. Bukan keluarga dia, bukan pernah bagi projek dekat dia, bukan itu dan bukan ini. Tetapi kejujuran, amanah, keberkatan daripada keikhlasan Tok Guru menegakkan kebenaran. Maka terpaut hati orang yang bukan Islam dengan Islam. Dia bawa buah itu dah tiga tahun. Tiga tahun dah mati.

Inilah yang selalu ditekankan oleh pimpinan kita bahawasanya untuk mengubat penyakit yang menyentuh masyarakat kita hari ini adalah disebabkan oleh penyelewengan-penyelewengan yang berlaku. Seorang yang boros sampai bila pun dia tak senang selagi dia tak buang perangai borosnya.

Perasuah, penipu dan sebagainya sekarang tak payah kita duduk sebut lagi, dia tutuh sesama dia saja, orang duduk kata, orang ini kata, dan memang itu pun hakikatnya yang duduk berlaku dalam masyarakat. PAS boleh ubah, kita yakin dan kita buktikan di Kelantan. Ustaz Ahmad Yakob buktikan bahawa pengurusan kewangan pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Kewangan Negeri, bahagian-bahagian lain dalam kerajaan negeri telah mencapai kejayaan yang cukup cemerlang dan bebas daripada unsur-unsur penyelewengan, rasuah dan sebagainya.

Kita dah bukti, cumanya kalau dah, rakyat dapat tahu. Yang kita hairan, kita dah buktikan kepada dunia pada masyarakat bahawa kita boleh buat yang terbaik mengikut panduan al-Quran. Kenapa ada pula daripada kalangan orang Islam sendiri yang sekarang sedang bekerja keras, ceramah tiap-tiap hari, tiap-tiap malam untuk nak menjatuhkan kerajaan yang sudah pun membuktikan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik.

Jadi, kita ragu bekas Pesuruhjaya tuan-tuan ini saya berkenallah, kenal dengan dia. Dan pada satu ketika dulu saya hormat dia, masa saya mengikuti rombongan Tok Guru Nik Aziz ke London, dia menjadi ‘Amir kepada pelajar-pelajar yang berhimpun untuk program-program yang diatur. Saya hormat dekat dia. Balik ini, saya puji Presiden kerana melantik dia sebagai Pesuruhjaya.

Tapi rupa-rupanya menjadi lagu itu juga. Saya minta maaf, saya datang ke Johor ini kalau boleh saya nak ziarah dia. Saya sayang dekat dia, saya kesian dekat dia, dia seorang yang baik, yang saya kenal. Tetapi dia hasut, maka dia sanggup untuk nak menolak kebenaran yang pernah satu ketika dialah pendukungnya.

Jadi, manusia-manusia jenis ini kita kena lihat mereka dengan perasaan kesian, kasih-sayang, kesian jadi begitu. Kenapa? Kenapa tidak kembali? Macam tadi alasan yang Ustaz... marah dekat PAS, sebab PAS putus hubungan dengan DAP. Cuba tanya balik kenapa PAS putus hubungan dengan DAP? Mana dia hujah syaraknya kita putuskan hubungan, kita putuskan hubungan dengan PKR, mana hujah syaraknya yang mereka tuduh kita ini menyeleweng dan meninggalkan perjanjian? Mana hujah syaraknya?

Saya mengikuti seorang pemimpin yang juga kawan baik saya, pemimpin parti Amanah ini melalui media massa. Dia kata baiah yang berlakunya  antara dua pihak, antara PAS dengan calon. Apabila salah satu mungkir, maka tersendirinya baiah itu batal.

Ertinya, dia bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallah sumpah itu dia ingat dia dengan Tok Guru Haji Hadi, dia dengan Ustaz Idris. Maka kerana DAP tolak Tok Guru Haji Hadi dan Tok Guru Haji Hadi tak mahu dekat DAP, maka dengan sendirinya dia bebas, terlepas daripada janji:

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ (١٠)

“Orang yang berbaiah dengan kamu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka berbaiah dengan Allah (10).”

(al-Fath: 10)

Hat ini tidak disedari oleh mereka, mereka melakukan apa yang otak mereka suruh mereka lakukan. Dengan sebab itu inilah satu yang mengejutkan saya ketika di Kelantan.

Satu lagi peristiwa mengejutkan saya. Saya juga pada malam yang sama malam terkejut buah limau itu, saya dijemput dalam satu majlis makan malam derma pilihan raya dianjurkan oleh satu kawasan, saya nak habak kawasan Kubang Kerian, buat di PUTIK. Apabila majlis berjalan, pengerusi dia sebut kutipan kita sehingga sekarang ini, dia duduk kutip lagi pun ada, untuk derma pilihan raya bagi kawasan,  bukan negeri.

Tuan-tuan malam ini negeri ke kawasan? Ini negeri. Tadi alhamdulillah kita dah dapat 6000. Kalau Dato’ Dr Haron Din duduk bagi kertas yang macam itu tulis berapa puluh ribu pun dia  cukup marah. Dia kata tunjuk replika cek itu, duit sekupang pun tak ada. Dia tak nak macam itu, dialah, saya tak apa.

Apabila pengerusi mengumumkan setakat dia duduk bercakap lagi, kutipan sudah dicapai sebanyak 160 ribu ringgit oleh satu kawasan, hat itu saya terkejut kali yang kedua. Apa makna itu? Maknanya Kelantan negeri mundur tahu. Perlis tiga tahun dah diisytihar sebagai negeri maju, Negeri Perlis. Di Kelantan satu kawasan kutip boleh 160 ribu. Kalau kutip di Perlis boleh 1600, Pesuruhjaya lompat sampai siling, dia suka. Apa makna? Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, ramai orang kaya, orang ada duit, dan pemurah, penderma pada jalan Allah S.W.T.

Perlis negeri maju, miskin, tak ada duit, kedekut. Saya tak malu untuk sebut benda-benda seperti itu. Baru bulan lepas kita dihadiahkan seluas lebih kurang orang Perlis panggil lima relung tanah kosong untuk diberi kepada Maahad Tarbiyah kepada PAS Perhubungan Negeri Perlis. PAS pun bersihkan sikit, buatlah sikit, panggil Presiden untuk pergi membuat pelancaran. Panggil semua cawangan-cawangan yang ada dalam Perlis, tetamu-tetamu jemputan. Saya tak malu untuk sebut Negeri Perlis negeri maju, boleh 16 ribu. Itulah, sepatut boleh 160 ribu, bukan satu kawasan, Perlis satu negeri, negeri maju pula. Apa makna? Maknanya kesedaran keagamaan, pengorbanan ke arah menegakkan hukum Allah begitu rendah di Negeri Perlis.

Dan saya harap juga bahawa sumbangan-sumbangan ini akan menunjukkan bahawa kesedaran al-wa’yul Islami di kalangan kita ini adalah tinggi.

Kisah Umair dan Safwan

Saya nak balik sikit lagi, ada sikit. Saya teringat kita ini musuh kita disebut tadi macam-macam. Dalam politik ini cukup banyak musuh. Tadi saya jumpa seorang Yang Berhormat di airport, dia pun menceritakan di negeri dia itu dia Yang Berhormat juga, kena santau dah dua orang Yang Berhormat disantau. Yang Berhormat PAS kena santau, ini apa ini?

Tapi dalam pada itu,  saya suka mengingatkan kita semua, mari kita lihat dengan perasaan ingin mengubah kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita kepada ke arah yang lebih baik. Kerana kita tak tahu kadang-kadang seorang itu jahatnya, musuhnya terhadap Islam begitu tinggi, tiba-tiba dia boleh jadi baik.

Untuk ini saya nak paparkan kepada tuan-tuan pada malam ini suatu peristiwa yang pernah berlaku selepas daripada peperangan Badar, perang Badar, tentera Islam 313 orang menewaskan musuh lebih daripada 1000 orang kaum Quraisy.

Apabila Quraisy kalah, 70 orang pemimpin-pemimpin besarnya terkorban, Quraisy balik ke Makkah dengan perasaan sangat geram, benci, dengki kepada orang Islam terutamanya Rasulullah. Mereka berpakat, bincang, bagaimana nak mengatasi ataupun nak menebus kekalahan mereka dalam perang Badar. Ringkaskan cerita, ada dua orang yang ahli sejarah menyifatkan Min Syayatin Quraisy, dua orang ini pemimpin Syaitan daripada Quraisy. Insan Syaitan ini, jahat sungguh. Mereka tak terbunuh, mereka balik.

Satu hari, orang yang pertama nama dia Umair Bin Wahb al-Jumahi, dia kepala Syaitan. Dia duduk geram dekat Nabi Muhammad, dia berjumpa dengan sahabat baik dia, Safwan Bin Umaiyah. Dia beritahu, hai Safwan, kalaulah tidak kerana aku ini anak banyak, hutang pun banyak, tanggungjawab rumah tangga banyak, kalau tak kerana itu, hari ini juga aku akan pergi ke Madinah dan membunuh Muhammad.

Apabila Safwan mendengar apa keluhan yang dibuat oleh Umair, dia kata jangan bimbang, aku jamin hutang kamu banyak mana pun aku bayar. Anak-anak kamu dan keluarga kamu akan aku anggap seperti keluarga aku sendiri jika berlaku satu keburukan kepada kamu. Kamu pergilah, aku berjanji dan aku ambil tanggungjawab itu. Dia pun balik siap pedang dia itu dia tajamkan, dia bubuh terus dah racun. Kalau kena sikit saja, mati. Terus pergi ke Madinah.

Kebetulan dia sampai saja di Madinah, Nabi dalam masjid bersama dengan beberapa orang Sahabat termasuklah Saidina Umar Bin al-Khattab. Apabila Saidina Umar tengok kedatangan Umair dengan wajahnya yang bengis, menunjukkan geramnya kepada Rasulullah, dia pun beritahu ya Rasulullah, Umair, syaitan Quraisy datang. Aku jangka dia datang dengan perasaan jahat, nak melakukan sesuatu. Nabi kata apa? Nabi beritahu izinkan dia masuk jumpa aku.

Sahabat tak bantah apabila Nabi kata masuk, dia pun dibenarkan masuk. Pedang dia itu terhunus, tapi diiringi oleh Sahabat-sahabat Nabi kalau dia bergerak agak mencurigakan, mungkin mereka akan buat dia dulu. Nabi kata, duduk, dia duduk. Bagi tahu kepada aku wahai Umair, tolong beritahu kepada aku, apa matlamat kamu datang ini? Cakap betul.

Dia kata, kau tahu anak aku Wahb Bin Umair Bin Wahb. Jadi, dia suka sangat nama Wahb. Kamu dah tawan, aku nak tebus balik anak aku. Nabi kata apa? Nabi kata kamu bercakap tak betul. Yang sebenarnya kamu telah berbincang dengan Safwan Bin Umaiyah di tepi Kaabah, di tepi Hajar Aswad begini-begini-begini. Nabi cerita habis daripada awal perjumpaan sampai habis, dan perjanjian yang dia buat di antara Umair dan juga Safwan. Dia terkejut waktu itu bukan ada handphone nak whatsapp ke, nak ini, nak telefon ke, nak beritahu segera tak ada. Tapi apa yang Nabi kata, bertepatan dengan apa yang dia buat.

Waktu itu tuan-tuan, tersemat di pemikirannya, akalnya bahawa Muhammad tak akan tahu benda ini, tak ada siapa yang tahu, orang Quraisy pun. Dia dengan Safwan sahaja yang tahu cerita ini, rahsia ini. Bagaimana Muhammad boleh tahu? Maka dia buat kesimpulan Muhammad adalah seorang Nabi, dimaklumkan kepada dia oleh satu kuasa iaitu Allah S.W.T. Selepas daripada itu dia terus mengucap dua kalimah syahadah dan dia peluk Islam.

Orang jahat ini nak bunuh Nabi, datang dalam keadaan jahat. Tapi Allah beri hidayah dekat dia. Dia beriman dengan dinamakan al-imanul aqli, beriman dengan ajaran Islam dan dia selamat. Si kawan dia Safwan, dia pun panggil orang-orang Quraisy, dia kata tuan-tuan, insyaa Allah dua tiga hari lagi kita akan dapat khabar gembira. Dia tak cerita apa yang Umair pergi itu dia nak buat apa, tapi kita akan dengar berita gembiralah.

Jadi tiap-tiap orang balik daripada Utara, Madinah ke, Syam ke, dia orang bertanya, ada apa-apa berlaku di Madinah? Tak ada. Tiba-tiba satu orang yang balik, dia orang tanya, Safwan tanya apa dia yang berlaku? Dan apa yang dibuat oleh Umair? Dia itu jawab, Umair telah peluk agama Islam. Apabila dia dengar Umair telah peluk agama Islam, dia duduk harap Umair bunuh Nabi, tiba-tiba beriman dengan Nabi, pengsan sekejap. Dia duduk tunggu di Makkah. Yang Umair ini, ini yang saya nak simpulkan, setelah dia memeluk agama Islam, Nabi pesan dua perkara:

فقهه في الدين، وعلمه القران

Apa makna itu?

“Bagi dia faham agama ini, (agama Islam, bagi dia faham). Dan ajar kepadanya al-Quran.”

Kenapa Nabi sebut dua ini? Dua inilah asas iaitu orang yang duduk menentang Islam sebahagian besarnya dia tak faham Islam. Sebab itu Nabi pesan:

 فقهه في الدين

“Bagi dia jadi fakih dalam agama.”

Dan ini tugas kita sekarang. Nak bawa masyarakat faham agama. Dan memahami, mempelajari al-Quran. Minta maaflah saya duduk bercakap ikut kampung saya saja, di luar saya jarang bercakap. Tapi hari ini dia berani pula bercakap sini iaitu anak kamu ini nak pergi mana? Oh nak jadi doktor. Anak kamu nak bagi dia masuk mana? Nak bagi jadi engineer, akauntan itu dia. Kamu tak tengok ke itu berapa orang dah doktor yang lulus doktor tak ada kerja? Adalah. Anggapkan lima tahun lagi, banyak mana doktor yang tak ada kerja? Banyak mana engineer yang tak ada kerja?

Kalau dulu daftar sahaja mula masuk belajar bahagian perubatan, hospital duduk tungguh dah, bila nak keluar budak ini nak diambil kerja? Jadi, keluar Tanjung Malim, jamin kerja dapat. Sekarang beribu orang tak ada kerja. Cuba kita balik semula kepada apa Nabi pesan:

 فقهه في الدين

Ini tugas kita. Sebab Nabi pesan dekat Sahabat:

فقهه

Orang baru ini, ajar dia agama:

وعلمه القران

“Ajar dia al-Quran.”

Maka tak sia-sia Maahad-maahad Tahfiz melahirkan ribu setahun mereka yang menghafal al-Quran, tetapi mereka insyaa Allah Allahuwar Razzak, tuhan yang beri rezeki, dan mereka terus mendapat rezeki daripada Allah S.W.T.

Akhirnya terima kasih kepada tuan-tuan terutama PAS Johor yang sudi menjemput saya untuk hadir dalam majlis yang permai pada malam ini. Tempat ini tempat bersejarah iaitu tempat bermulanya tercetus pertembungan antara dua puak dalam PAS. Inilah tempat yang saya masih ingat.

Dan diikuti setahun selepas itu di Kuala Selangor dengan Allah bersihkan. Dan sekarang saya cukup senang apabila melihat kepimpinan yang faham cakap. Pimpinan yang wala’ kepada pemimpin atasan dan juga arahan-arahan yang diberi. Kita harap tuan-tuan juga akan mengikuti jejak yang sama, kita akan dapat keberkatan. Kalau Umair yang degil boleh berubah, Safwan yang degil akhirnya dia juga masuk Islam, dan mereka bekerja meng-Islamkan orang-orang di Makkah pada ketika itu sebelum datangnya tahun Fathu Makkah.

TUAN GURU HASHIM JASIN

MR : Memahami perjuangan Islam bukan terletak kepada kemenangan sebagai pengukur kebenarannya. Yang perlu difahami perjuangan menguji sejauh mana kita memahami Islam dan penghayatannya.....

Sumbeer MR - 4-7-2018



Mursyidul Am PAS berpeluang menang

JIKA kita teliti keputusan undi di ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis sejak PRU 1999, maka akan didapati bahawa kerusi P.003 Arau adalah yang paling berkemungkinan untuk jatuh ke tangan pembangkang berbanding kerusi-kerusi P.001 Padang Besar dan P.002 Kangar.
Ini kerana dalam PRU 2013, Datuk Seri Shahidan Kassim hanya menang dengan majoriti 1,371 undi sahaja ke atas Datuk Dr Haron Din. Begitu juga Datuk Ismail Kasim yang menang dengan majoriti 300 undi sahaja ke atas Datuk Dr Haron Din dalam PRU 2008. 
Menariknya, sejak PRU 1999, pertandingan di P.003 Arau hanya membabitkan pertembungan dua penjuru antara calon BN dan calon PAS sahaja. Tetapi kini berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon BN, calon PAS dan calon PPBM menjadikan persaingan lebih terbuka. 
Datuk Seri Shahidan Kassim selaku penyandang kerusi P.003 Arau merangkap Pengerusi Umno Perlis dan Menteri Kabinet mempunyai banyak kelebihan kerana mempunyai sumber yang banyak dan pengaruh yang kuat dengan kedudukan dan pengalaman beliau tersebut. 
Ditambah pula bila antara lima kerusi Dun di bawah P.003 Arau, calon PAS, iaitu Mohd Shukri Ramli, menang dengan majoriti 121 undi di N.15 Sanglang. Manakala Rus'sele Eizan hanya kalah dengan majoriti 85 undi sahaja di N.14 Simpang Empat dalam PRU 2013. 
Begitu pun, kemunculan semula Ustaz Hashim Jasin selaku Mursyidul Am PAS di kerusi itu dalam PRU 2018 ini pastilah akan lebih melonjakkan semangat penyokong PAS untuk mengusahakan kemenangan beliau kerana beliau pernah menang di sini dalam PRK 1998.

Apatah lagi kerana kali ini turut bertanding adalah seorang calon berwibawa dari PPBM, iaitu Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Daud, bekas pensyarah UPSI. Di mana jika beliau dapat mencuri banyak undi dari Umno kepadanya maka Ustaz Hashim Jasin berpeluang menang. 
Walaupun PAS berpecah kepada PAN, tetapi kewujudan PAN tidak banyak menjejaskan kedudukan PAS di Perlis kerana PAN Perlis, khususnya di Arau, tidak kuat. Sebab itulah calon Pakatan Harapan (PH) di Arau adalah dari PPBM bukan dari PAN. 
Terdapat juga desas-desus kuat mengenai pertikaian dalaman yang berlaku dalam Umno Perlis, termasuk membabitkan soal pemilihan calon, sehingga menyebabkan pengumuman calon BN Perlis terpaksa ditangguhkan dan menjadi antara negeri terlewat berbuat demikian. 
Kemelut pemilihan calon-calon Dun dalam Umno Perlis ini dikhabarkan agak serius kerana ada jentera dan akar umbi Umno yang tidak berpuas hati dengan sesetengah calon yang dipilih menyebabkan ada antara mereka yang menghentikan gerak kerja pilihan raya. 
Dari lima kerusi Dun di bawah P.003 Arau, paling diperbualkan adalah tindakan menukarkan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, dari N.11 Pauh menjadi calon N.06 Bintong di bawah P.002 Kangar di mana mengambil tempat beliau di N.11 Pauh ialah Rozieana Ahmad. 
Begitu juga dengan N.15 Sanglang yang menyaksikan calon BN yang tewas tipis dengan majoriti 121 undi dalam PRU 2013, iaitu Datuk Fathul Bari Mat Jahya, digugurkan terus dari menjadi calon di mana mengambil tempat beliau di sini ialah Che Zaidi Saidin. 
Begitu juga dengan tindakan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kerap-kali memberikan bayangan seolah-olah Kerajaan BN perlu ditukar yang boleh mendatangkan mudarat kepada kedudukan Datuk Seri Shahidan Kassim walaupun mereka agak rapat. - HARAKAHDAILY 1/5/2018
Sumber HD - 1-5-2018 




Mengikhlaskan diri dalam perjuangan

DUA kejutan
Saya nak mengambil kesempatan untuk menerangkan, menghuraikan matan yang diberi oleh Yang Berhormat Ustaz Idris tadi. Dia matan, saya nak buat huraian semampu yang saya boleh mengikut keadaan masa yang ada kepada kita pada malam ini.  
Minggu lepas saya di Kelantan beberapa kejutan telah saya lihat dan alami. Yang pertama selepas solat maghrib di Masjid Pulau Melaka, saya dipelawa oleh Yang Berhormat Nik Abduh ke rumah Tok Gurulah, rumahnya. Saya pun dengan beberapa orang kawan masuk rumah Tok Guru, tengok buah limau mandarin separuh ruang rumah. Saya pun dengan suara yang agak sinis berkata enta raya hebat tahun ini, limau banyak.  
Barulah Yang Berhormat beritahu dekat saya, dia kata ada seorang tauke Cina menghantar buah limau ini selori ke rumah dia dengan menyebut hadiah untuk Tok Guru. Nik (Abduh) kata Tok Guru mati tiga tahun dah. Tak apa, hadiah untuk Tok Guru.  
Tuan-tuan, saya peristiwa itu membuat saya berfikir, sudah tiga tahun al-Marhum Tok Guru Nik Aziz meninggalkan, tiba-tiba perkara hadiah limau ini masih terus berlaku. Kenapa boleh berlaku? Apa hubungan Tok Guru dengan penderma ini? Apa jasa Tok Guru bagi dekat dia? Dan apa hubungan pula dia dengan Tok Guru? Tak ada apa. Bukan keluarga dia, bukan pernah bagi projek dekat dia, bukan itu dan bukan ini. Tetapi kejujuran, amanah, keberkatan daripada keikhlasan Tok Guru menegakkan kebenaran. Maka terpaut hati orang yang bukan Islam dengan Islam. Dia bawa buah itu dah tiga tahun. Tiga tahun dah mati.  
Inilah yang selalu ditekankan oleh pimpinan kita bahawasanya untuk mengubat penyakit yang menyentuh masyarakat kita hari ini adalah disebabkan oleh penyelewengan-penyelewengan yang berlaku. Seorang yang boros sampai bila pun dia tak senang selagi dia tak buang perangai borosnya.  
Perasuah, penipu dan sebagainya sekarang tak payah kita duduk sebut lagi, dia tutuh sesama dia saja, orang duduk kata, orang ini kata, dan memang itu pun hakikatnya yang duduk berlaku dalam masyarakat. PAS boleh ubah, kita yakin dan kita buktikan di Kelantan. Ustaz Ahmad Yakob buktikan bahawa pengurusan kewangan pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Kewangan Negeri, bahagian-bahagian lain dalam kerajaan negeri telah mencapai kejayaan yang cukup cemerlang dan bebas daripada unsur-unsur penyelewengan, rasuah dan sebagainya.  
Kita dah bukti, cumanya kalau dah, rakyat dapat tahu. Yang kita hairan, kita dah buktikan kepada dunia pada masyarakat bahawa kita boleh buat yang terbaik mengikut panduan al-Quran. Kenapa ada pula daripada kalangan orang Islam sendiri yang sekarang sedang bekerja keras, ceramah tiap-tiap hari, tiap-tiap malam untuk nak menjatuhkan kerajaan yang sudah pun membuktikan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik.  
Jadi, kita ragu bekas Pesuruhjaya tuan-tuan ini saya berkenallah, kenal dengan dia. Dan pada satu ketika dulu saya hormat dia, masa saya mengikuti rombongan Tok Guru Nik Aziz ke London, dia menjadi ‘Amir kepada pelajar-pelajar yang berhimpun untuk program-program yang diatur. Saya hormat dekat dia. Balik ini, saya puji Presiden kerana melantik dia sebagai Pesuruhjaya. 
Tapi rupa-rupanya menjadi lagu itu juga. Saya minta maaf, saya datang ke Johor ini kalau boleh saya nak ziarah dia. Saya sayang dekat dia, saya kesian dekat dia, dia seorang yang baik, yang saya kenal. Tetapi dia hasut, maka dia sanggup untuk nak menolak kebenaran yang pernah satu ketika dialah pendukungnya. 
Jadi, manusia-manusia jenis ini kita kena lihat mereka dengan perasaan kesian, kasih-sayang, kesian jadi begitu. Kenapa? Kenapa tidak kembali? Macam tadi alasan yang Ustaz... marah dekat PAS, sebab PAS putus hubungan dengan DAP. Cuba tanya balik kenapa PAS putus hubungan dengan DAP? Mana dia hujah syaraknya kita putuskan hubungan, kita putuskan hubungan dengan PKR, mana hujah syaraknya yang mereka tuduh kita ini menyeleweng dan meninggalkan perjanjian? Mana hujah syaraknya?  
Saya mengikuti seorang pemimpin yang juga kawan baik saya, pemimpin parti Amanah ini melalui media massa. Dia kata baiah yang berlakunya  antara dua pihak, antara PAS dengan calon. Apabila salah satu mungkir, maka tersendirinya baiah itu batal.  
Ertinya, dia bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallah sumpah itu dia ingat dia dengan Tok Guru Haji Hadi, dia dengan Ustaz Idris. Maka kerana DAP tolak Tok Guru Haji Hadi dan Tok Guru Haji Hadi tak mahu dekat DAP, maka dengan sendirinya dia bebas, terlepas daripada janji: 
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ (١٠)
“Orang yang berbaiah dengan kamu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka berbaiah dengan Allah (10).”
(al-Fath: 10)
Hat ini tidak disedari oleh mereka, mereka melakukan apa yang otak mereka suruh mereka lakukan. Dengan sebab itu inilah satu yang mengejutkan saya ketika di Kelantan.
Satu lagi peristiwa mengejutkan saya. Saya juga pada malam yang sama malam terkejut buah limau itu, saya dijemput dalam satu majlis makan malam derma pilihan raya dianjurkan oleh satu kawasan, saya nak habak kawasan Kubang Kerian, buat di PUTIK. Apabila majlis berjalan, pengerusi dia sebut kutipan kita sehingga sekarang ini, dia duduk kutip lagi pun ada, untuk derma pilihan raya bagi kawasan,  bukan negeri. 

Tuan-tuan malam ini negeri ke kawasan? Ini negeri. Tadi alhamdulillah kita dah dapat 6000. Kalau Dato’ Dr Haron Din duduk bagi kertas yang macam itu tulis berapa puluh ribu pun dia  cukup marah. Dia kata tunjuk replika cek itu, duit sekupang pun tak ada. Dia tak nak macam itu, dialah, saya tak apa.  
Apabila pengerusi mengumumkan setakat dia duduk bercakap lagi, kutipan sudah dicapai sebanyak 160 ribu ringgit oleh satu kawasan, hat itu saya terkejut kali yang kedua. Apa makna itu? Maknanya Kelantan negeri mundur tahu. Perlis tiga tahun dah diisytihar sebagai negeri maju, Negeri Perlis. Di Kelantan satu kawasan kutip boleh 160 ribu. Kalau kutip di Perlis boleh 1600, Pesuruhjaya lompat sampai siling, dia suka. Apa makna? Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, ramai orang kaya, orang ada duit, dan pemurah, penderma pada jalan Allah S.W.T. 
Perlis negeri maju, miskin, tak ada duit, kedekut. Saya tak malu untuk sebut benda-benda seperti itu. Baru bulan lepas kita dihadiahkan seluas lebih kurang orang Perlis panggil lima relung tanah kosong untuk diberi kepada Maahad Tarbiyah kepada PAS Perhubungan Negeri Perlis. PAS pun bersihkan sikit, buatlah sikit, panggil Presiden untuk pergi membuat pelancaran. Panggil semua cawangan-cawangan yang ada dalam Perlis, tetamu-tetamu jemputan. Saya tak malu untuk sebut Negeri Perlis negeri maju, boleh 16 ribu. Itulah, sepatut boleh 160 ribu, bukan satu kawasan, Perlis satu negeri, negeri maju pula. Apa makna? Maknanya kesedaran keagamaan, pengorbanan ke arah menegakkan hukum Allah begitu rendah di Negeri Perlis. 

Dan saya harap juga bahawa sumbangan-sumbangan ini akan menunjukkan bahawa kesedaran al-wa’yul Islami di kalangan kita ini adalah tinggi.  
Kisah Umair dan Safwan
Saya nak balik sikit lagi, ada sikit. Saya teringat kita ini musuh kita disebut tadi macam-macam. Dalam politik ini cukup banyak musuh. Tadi saya jumpa seorang Yang Berhormat di airport, dia pun menceritakan di negeri dia itu dia Yang Berhormat juga, kena santau dah dua orang Yang Berhormat disantau. Yang Berhormat PAS kena santau, ini apa ini?  
Tapi dalam pada itu,  saya suka mengingatkan kita semua, mari kita lihat dengan perasaan ingin mengubah kepincangan yang berlaku dalam masyarakat kita kepada ke arah yang lebih baik. Kerana kita tak tahu kadang-kadang seorang itu jahatnya, musuhnya terhadap Islam begitu tinggi, tiba-tiba dia boleh jadi baik. 

Untuk ini saya nak paparkan kepada tuan-tuan pada malam ini suatu peristiwa yang pernah berlaku selepas daripada peperangan Badar, perang Badar, tentera Islam 313 orang menewaskan musuh lebih daripada 1000 orang kaum Quraisy.  
Apabila Quraisy kalah, 70 orang pemimpin-pemimpin besarnya terkorban, Quraisy balik ke Makkah dengan perasaan sangat geram, benci, dengki kepada orang Islam terutamanya Rasulullah. Mereka berpakat, bincang, bagaimana nak mengatasi ataupun nak menebus kekalahan mereka dalam perang Badar. Ringkaskan cerita, ada dua orang yang ahli sejarah menyifatkan Min Syayatin Quraisy, dua orang ini pemimpin Syaitan daripada Quraisy. Insan Syaitan ini, jahat sungguh. Mereka tak terbunuh, mereka balik. 
Satu hari, orang yang pertama nama dia Umair Bin Wahb al-Jumahi, dia kepala Syaitan. Dia duduk geram dekat Nabi Muhammad, dia berjumpa dengan sahabat baik dia, Safwan Bin Umaiyah. Dia beritahu, hai Safwan, kalaulah tidak kerana aku ini anak banyak, hutang pun banyak, tanggungjawab rumah tangga banyak, kalau tak kerana itu, hari ini juga aku akan pergi ke Madinah dan membunuh Muhammad. 
Apabila Safwan mendengar apa keluhan yang dibuat oleh Umair, dia kata jangan bimbang, aku jamin hutang kamu banyak mana pun aku bayar. Anak-anak kamu dan keluarga kamu akan aku anggap seperti keluarga aku sendiri jika berlaku satu keburukan kepada kamu. Kamu pergilah, aku berjanji dan aku ambil tanggungjawab itu. Dia pun balik siap pedang dia itu dia tajamkan, dia bubuh terus dah racun. Kalau kena sikit saja, mati. Terus pergi ke Madinah.  
Kebetulan dia sampai saja di Madinah, Nabi dalam masjid bersama dengan beberapa orang Sahabat termasuklah Saidina Umar Bin al-Khattab. Apabila Saidina Umar tengok kedatangan Umair dengan wajahnya yang bengis, menunjukkan geramnya kepada Rasulullah, dia pun beritahu ya Rasulullah, Umair, syaitan Quraisy datang. Aku jangka dia datang dengan perasaan jahat, nak melakukan sesuatu. Nabi kata apa? Nabi beritahu izinkan dia masuk jumpa aku.  
Sahabat tak bantah apabila Nabi kata masuk, dia pun dibenarkan masuk. Pedang dia itu terhunus, tapi diiringi oleh Sahabat-sahabat Nabi kalau dia bergerak agak mencurigakan, mungkin mereka akan buat dia dulu. Nabi kata, duduk, dia duduk. Bagi tahu kepada aku wahai Umair, tolong beritahu kepada aku, apa matlamat kamu datang ini? Cakap betul. 
Dia kata, kau tahu anak aku Wahb Bin Umair Bin Wahb. Jadi, dia suka sangat nama Wahb. Kamu dah tawan, aku nak tebus balik anak aku. Nabi kata apa? Nabi kata kamu bercakap tak betul. Yang sebenarnya kamu telah berbincang dengan Safwan Bin Umaiyah di tepi Kaabah, di tepi Hajar Aswad begini-begini-begini. Nabi cerita habis daripada awal perjumpaan sampai habis, dan perjanjian yang dia buat di antara Umair dan juga Safwan. Dia terkejut waktu itu bukan ada handphone nak whatsapp ke, nak ini, nak telefon ke, nak beritahu segera tak ada. Tapi apa yang Nabi kata, bertepatan dengan apa yang dia buat.  
Waktu itu tuan-tuan, tersemat di pemikirannya, akalnya bahawa Muhammad tak akan tahu benda ini, tak ada siapa yang tahu, orang Quraisy pun. Dia dengan Safwan sahaja yang tahu cerita ini, rahsia ini. Bagaimana Muhammad boleh tahu? Maka dia buat kesimpulan Muhammad adalah seorang Nabi, dimaklumkan kepada dia oleh satu kuasa iaitu Allah S.W.T. Selepas daripada itu dia terus mengucap dua kalimah syahadah dan dia peluk Islam. 
Orang jahat ini nak bunuh Nabi, datang dalam keadaan jahat. Tapi Allah beri hidayah dekat dia. Dia beriman dengan dinamakan al-imanul aqli, beriman dengan ajaran Islam dan dia selamat. Si kawan dia Safwan, dia pun panggil orang-orang Quraisy, dia kata tuan-tuan, insyaa Allah dua tiga hari lagi kita akan dapat khabar gembira. Dia tak cerita apa yang Umair pergi itu dia nak buat apa, tapi kita akan dengar berita gembiralah. 
Jadi tiap-tiap orang balik daripada Utara, Madinah ke, Syam ke, dia orang bertanya, ada apa-apa berlaku di Madinah? Tak ada. Tiba-tiba satu orang yang balik, dia orang tanya, Safwan tanya apa dia yang berlaku? Dan apa yang dibuat oleh Umair? Dia itu jawab, Umair telah peluk agama Islam. Apabila dia dengar Umair telah peluk agama Islam, dia duduk harap Umair bunuh Nabi, tiba-tiba beriman dengan Nabi, pengsan sekejap. Dia duduk tunggu di Makkah. Yang Umair ini, ini yang saya nak simpulkan, setelah dia memeluk agama Islam, Nabi pesan dua perkara:
فقهه في الدين، وعلمه القران
Apa makna itu? 
“Bagi dia faham agama ini, (agama Islam, bagi dia faham). Dan ajar kepadanya al-Quran.”
Kenapa Nabi sebut dua ini? Dua inilah asas iaitu orang yang duduk menentang Islam sebahagian besarnya dia tak faham Islam. Sebab itu Nabi pesan:
 فقهه في الدين
“Bagi dia jadi fakih dalam agama.” 
Dan ini tugas kita sekarang. Nak bawa masyarakat faham agama. Dan memahami, mempelajari al-Quran. Minta maaflah saya duduk bercakap ikut kampung saya saja, di luar saya jarang bercakap. Tapi hari ini dia berani pula bercakap sini iaitu anak kamu ini nak pergi mana? Oh nak jadi doktor. Anak kamu nak bagi dia masuk mana? Nak bagi jadi engineer, akauntan itu dia. Kamu tak tengok ke itu berapa orang dah doktor yang lulus doktor tak ada kerja? Adalah. Anggapkan lima tahun lagi, banyak mana doktor yang tak ada kerja? Banyak mana engineer yang tak ada kerja?
Kalau dulu daftar sahaja mula masuk belajar bahagian perubatan, hospital duduk tungguh dah, bila nak keluar budak ini nak diambil kerja? Jadi, keluar Tanjung Malim, jamin kerja dapat. Sekarang beribu orang tak ada kerja. Cuba kita balik semula kepada apa Nabi pesan:
 فقهه في الدين
Ini tugas kita. Sebab Nabi pesan dekat Sahabat:
فقهه
Orang baru ini, ajar dia agama:
وعلمه القران
“Ajar dia al-Quran.”
Maka tak sia-sia Maahad-maahad Tahfiz melahirkan ribu setahun mereka yang menghafal al-Quran, tetapi mereka insyaa Allah Allahuwar Razzak, tuhan yang beri rezeki, dan mereka terus mendapat rezeki daripada Allah S.W.T.  
Akhirnya terima kasih kepada tuan-tuan terutama PAS Johor yang sudi menjemput saya untuk hadir dalam majlis yang permai pada malam ini. Tempat ini tempat bersejarah iaitu tempat bermulanya tercetus pertembungan antara dua puak dalam PAS. Inilah tempat yang saya masih ingat. 
Dan diikuti setahun selepas itu di Kuala Selangor dengan Allah bersihkan. Dan sekarang saya cukup senang apabila melihat kepimpinan yang faham cakap. Pimpinan yang wala’ kepada pemimpin atasan dan juga arahan-arahan yang diberi. Kita harap tuan-tuan juga akan mengikuti jejak yang sama, kita akan dapat keberkatan. Kalau Umair yang degil boleh berubah, Safwan yang degil akhirnya dia juga masuk Islam, dan mereka bekerja meng-Islamkan orang-orang di Makkah pada ketika itu sebelum datangnya tahun Fathu Makkah. 
(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dari Ucapan Mursyidul Am PAS dalam Ceramah Fastaqim 2.5 H10K JDT semalam di Dataran Istiqamah, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Johor.) - HARAKAHDAILY 25/2/2018
Sumber HD - 25-2-2018 





Amal soleh untuk menghilangkan kerugian hidup

HAKIKAT bahawa seluruh manusia hidup dalam kerugian adalah tidak dapat ditolak, apabila mereka tidak mencapai tujuan penciptaannya. Sememangnya, manusia adalah dijadikan oleh Allah dengan tujuan dan sebab, bukannya secara sia-sia sahaja. 
Al-Quran telah menggariskan lima tujuan kejadian manusia iaitu sebagai hamba yang beribadat kepada Allah, khalifah yang menegak hukum Allah, penanggung amanah dalam menjalankan perintah Allah, pemakmur dunia dengan agama Allah dan penerima ujian terhadap perintah, larangan dan takdir Allah.
Al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa seluruh kemuliaan manusia sebagai makhluk terbaik akan menggelungsur jatuh ke tempat yang sehina-hinanya apabila mereka tidak mentaati perintah Allah. Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah" (Surah at-Tiin: 4-5). 
Dalam Surah al- Asr ayat 1-2, Allah menjelaskan "Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian."
Kehidupan dan perjuangan manusia yang tidak berteraskan keimanan kepada Allah dan tidak beramal dengan Islam akan menjadi sia-sia, bahkan merugikan seluruh masa, tenaga dan harta benda yang dihabiskan sepanjang hidupnya. Pada hari ini, begitu banyak kelompok dan kumpulan yang bergerak atas nama bangsa, ideologi dan agenda-agenda yang tidak menuju kepada keredhaan Allah, pasti perjuangan mereka berakhir dengan kerugian dan penyesalan. 
Kerana Allah sekali-kali tidak akan menerima amal yang dibangunkan selain atas nama Islam. Apabila Allah tidak mempertimbangkan seluruh amal sepanjang hidup kita di akhirat kelak, ertinya kita telah mengalami kerugian yang sangat disesalkan.
Bagaimanakah kita mengelakkan kerugian dan penyesalan ini? Hanya satu pilihan sahaja! Iaitu dengan beriman dan beramal dengan amal yang soleh. Apabila kita telah percaya terhadap ketuhanan Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah oleh makhluk-Nya, ertinya kita telah membina keimanan yang benar. Tetapi ia tidak memadai sehingga kita beramal dengan Islam. 
Beramal dengan Islam ertinya kita melaksanakan seluruh perintah dan meninggalkan larangan yang terdapat dalam hukum syariat yang diturunkan oleh Allah. Bahkan, apabila kita hanya menerima Islam sahaja sebagai sistem hidup, sewajarnya kita menolak apa sahaja yang selain daripada Islam, barulah kita boleh dianggap telah beramal dengan Islam secara sempurna.
Amal yang dibina dalam setiap aspek kehidupan setelah seseorang itu beriman kepada Allah belum juga boleh dianggap sebagai telah mencapai darjat amal soleh sekiranya ia tidak memenuhi syarat-syarat sesuatu amal soleh. 
Apa jua amal kebaikan yang dilakukan oleh manusia hanya dikirakan sebagai amal soleh apabila memenuhi tiga syarat iaitu pertama, amal yang dibina di atas keimanan kepada Allah. Amal yang dibuat tanpa iman, adalah amal yang sia-sia dan tidak membawa manfaat di hari akhirat. 
Kedua, semua amal yang dilakukan mestilah mengikuti apa yang diajar atau ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Mengadakan sesuatu yang baharu dalam aqidah dan ibadat adalah menyesatkan. Begitu juga dalam soal kehidupan seharian, Islam telah menggariskan prinsip yang jelas untuk memandu manusia. Para ulama berijtihad mengeluarkan hukum, termasuk hukum-hukum semasa berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Kehidupan yang tidak berpandukan apa yang ditunjukan oleh Nabi S.A.W akan menyebabkan manusia mengikuti hawa nafsu, lalu menyia-nyiakan amalnya.
Ketiga, amal yang dibuat di atas iman dan mengikuti petunjuk Nabi S.A.W mestilah dibuat semata-mata kerana Allah. Dalam kata lain, amal yang tidak diikhlaskan kepada Allah tidak boleh dikatakan sebagai amal soleh. Kebaikan yang dibuat dengan tujuan mencari nama, mendapat habuan dunia, mengharapkan puji-pujian dan seumpamanya akan menghancurkan nilai kebaikan tersebut. Gejala-gejala seperti riak, takabbur, sum'ah, ujub dan lain-lain yang menjadi penyakit hati ini, berperanan merosakkan keikhlasan amal kita. 
Gabungan tiga aspek inilah yang melahirkan amal soleh dalam hidup manusia. Lalu ia menjadi bekalan bagi kehidupan kita di akhirat. Inilah yang disebut oleh Allah yang bermaksud, "(Manusia menjadi hina) kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amal yang soleh" (Surah at-Tiin: 6)
Apabila kita telah dapat memandu hidup kita berdasarkan keimanan dan beramal dengan amal yang soleh ini, barulah dapat membina kehidupan yang beruntung dan berjaya di dunia dan akhirat. Seluruh keyakinan, ibadat, kehidupan dan perjuangan yang tidak dilandaskan di atas dasar ini adalah sia-sia dan merugikan. 
Tidak ada seorang pun dapat mencapai kemenangan di akhirat sekiranya mereka tidak menutupi ruang-ruang kerugian ini dengan amal yang soleh sesudah mereka beriman. Apalah ertinya kita berpenat lelah dalam perjuangan atau dapat mencapai tujuan perjuangan di dunia yang sementara tanpa iman dan kesolehan amal, kerana ia adalah penyesalan di hari akhirat. Inilah hakikat sebenar perjuangan PAS.
HAJI HASHIM JASIN
Mursyidul Am PAS - HARAKAHDAILY 17/1/2018
Sumber HD- 17-1-2018 






Akhlak pejuang Islam







KETIKA Rasulullah SAW ditanya, “Apakah itu agama?” Baginda telah menjawab, “Agama itu ialah akhlak yang baik.” Demikian maksud hadis riwayat Imam Ahmad. Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang bekerja di jalan agama, sebagai pejuang Islam mesti mempunyai akhlak Islam sebagai contoh terhadap apa yang diperjuangkan. Seorang pejuang agama, dibezakan dengan orang awam pada akhlaknya.

Tujuan utama perjuangan Islam adalah untuk memulihkan akhlak manusia terhadap Khaliqnya.

 Manusia yang diciptakan dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah, pada setiap zaman telah mengalami krisis akhlak, justeru mereka menderhakai Allah, hatta syirik kepada Rabbul Jalil. Lantaran itu, Nabi-nabi AS telah diutuskan untuk mengembalikan manusia kepada Allah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Aku hanya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Sumber HD - 10-12-2017







Tiga jalan kejayaan disabda Rasulullah S.A.W

SAHABAT Rasulullah bertanya dengan satu soalan:
يا رسول الله 
 ما النجاة 
Bermaksud, wahai Rasulullah, manakah jalan kejayaan? 
Satu soalan yang ringkas, tetapi pengertiannya adalah sangat dalam. An-Najah, kejayaan yang sering difahami dan digunakan sekarang ini sistem nilai kejayaan itu berdasarkan kepada kebendaan. Orang itu berjaya dalam hidup apabila dia jadi seorang yang kaya-raya, ada motor car besar, rumah, kemudahan-kemudahan lain ada pada mereka. Tapi Nabi tak jawab begitu, Nabi tak kata apabila ada rumah besar, apabila ada kekayaan, apabila ada kemudahan hidup, maka itu lah kejayaan, An-Najah. 
Nabi kata, dia bagi tiga je, hat ini perlu kita ambil perhatian ya. Yang pertama ialah 
ابكي على خطيئتك 
Maksud dia, tangis lah atas kesalahan-kesalahan yang telah kamu lakukan. 
Nak berjaya, kita kena menangis kalau ada kesalahan yang kita lakukan. Tapi orang tak pernah diajar begitu, tak pernah ditonjolkan nilai itu, tangisan apabila kita bersalah, bertaubat kepada Allah S.W.T. Yang ini yang sepatutnya. 
Yang kedua, 
 أمسك عليك لسانك
Pelihara lidah.
Sebab lidah lah yang selalunya membawa kepada permusuhan, pergaduhan dan kucar-kacir dalam masyarakat disebabkan oleh lidah.
Cuba tengok sekarang ini kita dah dekat dengan nak masuk Pilihan Raya, lidah berperanan, fitnah-fitnah cukup banyak, orang melepaskan cakap ikut sedap hati, orang itu tuduh orang ini penyamun, perompak, pencuri, penipu, semua itu berpunca daripada lidah. 
 أمسك عليك لسانك
Kawal lidah kamu. 
Bukan tak boleh, bukan tak boleh bercakap, tak payah bercakap, tak, bercakap hal baik je. 
من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا او ليصمت
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap yang baik ataupun senyap.
Tak payah bercakap, ataupun kalau kita bercakap itu boleh yang hat betul pun boleh membawa kepada pergaduhan, perselisihan, malapetaka, berhenti. Sebab itu ulamak kata kalau hat baik dengan hat buruk itu sama je. Kalau kita cakap, ada kebaikan, ada keburukan, tak payah bercakap, berhenti dulu, tak payah bercakap, sebab bimbang keburukan itu akan mengatasi kebaikan dan masyarakat akan menjadi porak-peranda. 
 أمسك عليك لسانك
Dan yang ketiga yang Nabi bagi itu ialah 
 وليسعك بيتك
Maksud dia, perluaskan rumah kamu.
Rumah jadi luas, lapang. Bukannya suruh buat rumah besar, bukan wajib kita buat rumah besar, kalau kita tak ada kemampuan, tak payah. 
 وليسعك بيتك
Maksud dia, kalau yang belum berumah-tangga, dia seorang, perluaskan rumah ertinya dia berkeluarga, dia berkahwin mengikut syariat dan panduan yang diberikan oleh Allah S.W.T, oleh syariat. Lepas berkahwin, dia akan dapat keturunan, anak, anak banyak,
تزوجوا الودود والولود 
Kalau nak pilih isteri, pilih hat jenis anak ramai. 
Itu termasuk dalam 
 وليسعك بيتك
Minta maaf lah kalau kadang-kadang orang terasa juga, kahwin 15 tahun tak ada seorang pun lagi anak, kita pergi duduk ceramah bab ini, dia kecik hati tuan-tuan, dia rasa kita kata kat dia, padahal itu pesanan Nabi. Soal dapat anak, tak ada anak itu bukan kerja kita, itu kerja orang lain, jangan campur. 
Tapi Nabi suruh 
تزوجوا الولود 
Hat jenis mahu beranak banyak, 
 والودود
Hat yang berkasih-sayang, bermesra, baik.
Semuanya kerana nak membina rumah tangga. Saya ulang balik, 
 ما النجاة 
Semua kita nak kejayaan, tapi macam mana nak capai kejayaan? Kalau dalam Hadis itu dia mula dengan,
 أمسك عليك لسانك
Jaga lidah. 
 وليسعك بيتك
Perluaskan rumah kamu. Bina keluarga kamu mengikut panduan yang diberi oleh syarak.
 وابك على خطيئتك
Dan tangislah atas kesalahan yang telah kita lakukan.
Biasa orang buat taubat, menangis, dia nak ulang lagi perbuatan yang salah, sebab manusia ini tak boleh lari daripada melakukan kesalahan. 
كل ابن ادم خطاء
Setiap anak Adam bersalah, 
وخير الخطائين التوابون
Sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang mahu bertaubat kepada Allah S.W.T. 
Tuan-tuan dan saudara sekalian. 
Melihat kepada Hadis pendek ini, dan melihat kepada panduan yang Nabi bagi, boleh memberi kepada kita panduan yang jelas tentang halatuju kehidupan kita, terutama kita yang terlibat dengan jamaah PAS ini, organisasi politik yang kita berjuang, yang kita pilih, yang kita yakin bahawasanya ini lah satu jalan yang boleh membantu dan membawa kita menuju kepada kejayaan. 
(Petikan transkrip oleh Pelatih Harakah, Zaid Mohd Adhar dari Kuliah Dhuha Siri Ke-2 Politik Islam Mursyidul Am PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad KUIZM, Taman Melewar, Selangor paa Ahad, 26 November 2017)
HARAKAHDAILY 27/11/2017
















Sumber HD - 27-11-2017









Pilih pemerintah hidayah, tolak kerajaan jibayah

BALING: Adalah menjadi kewajipan kepada rakyat untuk memilih kerajaan hidayah bukannya jibayah menjadi pentadbir di Malaysia andainya ingin melihat keadilan dan hak-hak Islam terbela.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin berkata, kerajaan yang ditadbir oleh pemimpin jibayah hanya akan memikirkan urusan dunia semata-mata terutama berkaitan hal kekayaan dan wang ringgit.
Itu sebabnya ujar beliau, apabila berlaku tegahan wanita berhijab dari sebuah hotel antarabangsa, kerajaan tidak melakukan sebarang bantahan walaupun negara ini mempunyai Perlembagaan, Raja dan Ketua Agama.
"Hak Islam gugur satu persatu apabila redha demi kerana kerja untuk mencari keperluan, namun kenapa kita membiarkan pihak luar mencabuli hak seorang Islam untuk berhijab dan ini menunjukkan kerajaan sekarang membiarkan Islam dicabar," tegas beliau.
Tuan Guru membawa contoh peristiwa yang pernah berlaku di Madinah suatu ketika dahulu, bagaimana keberanian seorang Muslim membunuh Yahudi yang menarik jilbab (menutup muka) Muslimah yang berniaga di pasar. 
Walaupun perkara sedemikian nampak kecil hanya sekadar menarik tudung muka bukannya mencederakannya, namun ia dipandang serius kerana melibatkan hak tuntutan Islam, lebih-lebih lagi ketika itu sudah termeterai perjanjian antara Nabi Muhammad S.A.W bersama Bani Qainuqa, Nadhir dan Khuraizah.
"Kisah ini hendak memperlihatkan kepada kita, betapa pentingnya kita mempertahankan hak-hak yang dituntut dalam Islam. Namun apabila kerajaan yang ada berdasarkan jibayah maka perkara seumpama itu tidak dipedulikan," sambungnya lagi.
Beliau seterusnya mengingatkan hadirin agar merealisasikan pesanan Rasulullah S.A.W iaitu memahami agama dan memahami Al-Quran kerana dengan cara demikian dapat menghasilkan pemimpin yang mentadbir kerajaan secara hidayah dan mendapat perlindungan Allah sama ada dunia dan akhirat. 
Sehubungan itu katanya lagi, semua manusia boleh bersatu dan bekerjasama asalkan berpegang teguh dengan tali Allah dan meletakkan prinsip Islam mengatasi yang lain. - HARAKAHDAILY 23/11/2017
Sumber HD - 23-11-2017 











Intipati ucapan perasmian penutup Mursyidul Am PAS



SEORANG bayi baharu lahir dalam keadaan terlalu lemah, hanya mampu menangis. Anggota yang ada tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya bergantung kepada si ibu. Keadaan ini berubah dari semasa ke semasa. Sampai kemuncak kekuatan, ia mula menurun.
Ini semua sepatutnya menjadi perhatian, pengajaran kepada kita. Saya berbangga apabila hadir dalam majlis ini, kita dapat lihat orang yang menurun dari segi usianya, ada pelapisnya. Saya menyaksikan kita berada dalam trek yang betul. 
Dalam satu program tv, panel bercakap tentang perpaduan Umno dan PAS. Saya tertarik apabila pengerusinya berkata seorang AJK PAS Pusat sebut PAS dan Umno ibarat seperti ikan sembilang dan ikan keli. Rupa sama, tiada sisik, sengat ada tetapi ikan keli tidak boleh hidup dalam air masin, dan ikan sembilang tidak boleh hidup dalam air tawar. Umno umpama ikan keli, PAS umpama ikan sembilang. Kalau nak tahan lama sikit, letak dalam raga, jangan letak air, lama-lama dua-dua mati. Umno, PAS tak boleh bersatu. 
Namun kita bukannya ikan keli atau sembilang. Kita dibekalkan dengan akal, Nabi, syariat. Ada tempat kita boleh hidup bersama tetapi ada tempat dan syaratnya. 
Orang PAS sebenarnya senang diajak berunding dengan syarat pihak satu lagi bersedia terima agama dan syariat Allah. Soalnya 'ikan keli' ini tidak mahu terima Islam secara lengkap. 
Dalam sirah Nabi, apabila Nabi kalahkan Quraisy dalam Perang Badar, pemimpin Quraisy iaitu Umair bin Wahab alJumahi dan Safwan bin Umayyah berbincang di tepi Kaabah. Umair sanggup bunuh Nabi, Safwan nak jamin anak isteri Umair. Apabila Umair pergi ke Madinah, Saidina Umar beritahu Nabi tentang kedatangan Umair. Nabi izinkan Umair masuk. Dialog berlaku antara Nabi dan Umair. Dia berkata dia hanya mahukan anaknya. Nabi dedahkan rahsia percakapan sebenar Safwan dan Umair sama seperti mereka berdua bercakap sebelumnya. Umair kata Muhammad dapat berita dari langit. Akhirnya Umair masuk Islam. 
Apa faktor Umair tertarik dengan Nabi? Atau apakah faktor Nabi dapat menarik mad'u? 
Kita semua adalah jentera parti dan kempen. Almarhum Tok Guru Nik Aziz ada caranya. Presiden kita ada caranya. 
القيادة تهوي إليها الأفئدة 
Kita perlukan jentera parti yang disebut: 'Pemimpin yang dapat menarik hati orang lain.' 
Untuk hadapi pilihan raya akan datang, perlu jaga adab dan akhlak, termasuk penentuan bakal calon. Serahkan perkara ini kepada pimpinan. Sematkan dalam diri agar patuh kepada keputusan dan arahan parti.

Dakwah paling baik ialah mengikut Nabi, iaitu dengan cara berdepan, pujuk, beritahu, berbincang empat mata dan lain-lain walaupun mungkin cara moden sekarang seperti Facebook, portal dan lain-lain ada sebagai medium dakwah kini. – HARAKAHDAILY 18/10/2017 
(IMPAK ialah singkatan Ijtimak Pecutan Akhir Ulamak PRU 14
Sumber HD- 18-10-2017 













Jangan runtuhkan atau sisih diri dari perjuangan

SHAH ALAM: Matlamat perjuangan tidak akan tercapai sekiranya masih terdapat kalangan anggota yang terlibat mengganggu atau merosakkan jalan dilaluinya.













Ia sebagaimana bangunan sedang dibina, tetapi terdapat kalangan pekerja yang bertindak meruntuhkannya, menyebabkan binaan tidak pernah siap.
Demikian ibarat dikemukakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin mengupas mengenai sikap golongan yang mengabaikan tanggungjawab, bahkan khianat terhadap jamaah.
Perkara itu dinyatakannya pada program Hi-Tea anjuran Persatuan Anak Perlis Di Perantauan (PERINTIS) di Hotel De Palma, di sini semalam.
Oleh itu tegasnya, mereka yang seperti itu mesti disingkirkan agar tidak membantut atau menyebabkan perjuangan tidak mencapai hala tujunya.
Beliau turut memetik syair Imam as-Syafie yang mengingatkan agar tidak mencela musibah dihadapi kerana di zaman Rasulullah, ujian tertimpa lebih berat.
Hakikatnya terang beliau, perkara dihadapi kini mengulangi kitaran perjuangan sejak zaman Rasulullah yang hanya berbeza manusia disepanjang masa.
"Perkara utama perlu dilakukan adalah mengenali kebenaran. Kerana jika kita kenal kebenaran, kita akan tahu siapa yang benar," jelas beliau.
Tuan Guru turut menukilkan kisah Hasan al-Basri yang menghadapi sikap muridnya bernama Wasil bin Ata' di mana bertindak keluar dari kelompoknya kerana berbeza pandangan.
Tindakan Wasil itu menurutnya, dinamakan sebagai i'tizal dan kumpulannya digelar Muktazilah iaitu orang yang mengasingkan diri.
Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan mereka yang menyisihkan diri dari kelompok perjuangan di mana mereka juga boleh digelar Muktazilah.
Ini kerana ujarnya, mereka itu juga mengasingkan diri, cuma hanya berbeza maksud itu tidak kepada sudut akidahnya.
Beliau turut menyatakan bahawa tujuan PAS mengadakan Himpunan Fastaqim bukanlah menjadi juara dalam mengumpulkan orang ramai.
Tetapi jelasnya, ia adalah salah satu usaha untuk menggerunkan musuh yang ingin menjatuhkan PAS
"Kita mengambil pengajaran dari peristiwa sirah yang berlaku semasa Fathu Makkah apabika Nabi Muhammad S.A.W mengajak para Sahabat bertawaf beramai-ramai untuk menggerunkan musuh sehingga mereka terus lari ke atas bukit," terangnya. - HARAKAHDAILY 24/9/2017


Sumber HD- 24-9-2017















PRU14: Amanat Mursyidul Am kepada petugas PAS













TUAN Guru Ustaz Hashim Jasin menyampaikan beberapa amanat dan nasihat kepada ahli dan penyokong PAS bagi menghadapi PRU ke-14 akan datang pada pagi ini di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dalam Liqa Fikri PAS Pusat yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS Pusat. 
Liqa Fikri kali ini bertajuk PRU 14: Merealisasikan Makna Pengorbanan Dalam Perjuangan. 
Dalam ucapan yang ringkas tetapi padat itu, Mursyidul Am PAS menyebut beberapa perkara: 
1. Hadis Nabi: 'Islam datang dalam keadaan dagang, Ia akan kembali dagang, maka beruntunglah orang yang dagang. Para sahabat bertanya: Siapakah orang yang dagang itu? Nabi bersabda (lebih kurang maksudnya): Mereka yang membaiki urusan manusia di saat rosaknya masyarakat.' 
2. Islam datang ke tengah masyarakat jahiliah. Ada 38 orang Islam ketika itu, Abu Bakar minta berceramah. Nabi sebut: Kita sedikit. Abu Bakar minta juga, Nabi akhirnya benarkan. Abu Bakar terima kesan negatif dari perkara itu. 
3. Ayat Quran yang menyebut tentang 'celaka dua tangan Abu Lahab' turun di awal Islam. Ayat 'Apabila datang pertolongan Allah' turun di Madinah, tetapi ayat dan surah dalam Al-Quran terletak berdekatan. 

Apa hikmahnya?
4. Umat Islam sedikit, masyarakat jahiliah ramai. Kini, di akhir zaman, umat Islam sedikit dan jahiliah bertambah. Ia kembali seperti asal. Namun yang sedikiit inilah yang beruntung. Ini disebut supaya kita tidak rasa kecewa andainya kita tidak dapat kerusi dalam PRU14. 
5. Dalam hadis lain disebut 'ghuraba' ialah golongan yang soleh tetapi minoriti, berada di tengah majoriti yang tidak soleh. Orang yang menolak orang soleh ini lebih ramai dari yang mengikut orang soleh. 
6. Saya bawa perkara ini di ambang PRU14. Kita nak menang, tapi kalau tak menang? Maka hadis ini jadi panduan. 
7. Allah boleh tolong kita dengan pelbagai cara. Antaranya orang yang kita tak pernah termimpi dia akan berubah, dia boleh berubah. Sebab itu, kita lihat dalam sirah Nabi ada beberapa tahap dakwah: 
i. Asalnya dakwah rahsia, organisasi rahsia. Ia berlaku di rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam. 
ii. dakwah terang, organisasi rahsia. 
iii. Selepas hijrah, dakwah dan organisasi terbuka. 
8. Sekarang, mungkin boleh dipraktikkan ketiga-tiga tahap ini menurut orang tertentu dan situasi tertentu. 
Contohnya di Perlis, ada orang yang kuat lawan PAS tapi sekarang nampak dekat dengan kita. Justeru, tahap dakwah rahsia, organisasi rahsia ini boleh digunakan dalam situasi dan figur tertentu. 
9. Saidina Umar asalnya keluar rumah untuk membunuh Nabi SAW tetapi apabila beliau mendengar awal ayat surah Taaha, dia akhirnya bersedia menerima Islam. 
Umar kata Islam betul, Muhammad betul, sedangkan dia belum mengucap lagi. Inilah yang disebut Al-Iman al-aqli. Secara akal, dia boleh terima, cuma belum mengucap. 
Orang ini mudah mendapat iman zauqi iaitu iman yang dirasai dalam hati.
Perkara ini mesti diberi perhatian, dan ia termasuk dalam jihad. 
10. Perkara yang kedua, jihad ada rukun. 

Dimulakan dengan Al-uzlah iaitu asingkan diri dari tempat yang tidak membawa kita taat kepada Allah. 
Kedua, assamtu, iaitu tidak bercakap banyak, terutama dalam perkara yang tidak perlu.
Ketiga, asahr, berjaga malam dengan qiamulail. 
Keempat, alju'-berlapar.
Semua perkara ini dilihat secara zahir seperti negatif sahaja tetapi ia membawa kepada kesan yang positif. 
11. PAS cantik, ramai orang nak pinang. Syarat yang kita letak ialah apa sahaja yang kita buat, mesti menguntungkan Islam. Kalau tidak untungkan Islam, kita tolak. 
12. Kita putus tahaluf. Orang lihat seolah-olah kita tutup pintu kepada sesetengah parti. Kita tutup pintu, bukan selak. Ertinya ada ruang lain dalam persefahaman politik, dengan syarat menguntungkan Islam. 
13. Sekarang bangkit kembali gerakan perselisihan mazhab. Ini mengganggu perjalanan menegakkan Islam. Belajarlah dari 2 ekor anjing yang berebut tulang. Bila datang serigala, anjing ini halau serigala dahulu. 
Ini di antara beberapa perkara yang mesti diberi perhatian oleh petugas PAS bagi menghadapi PRU14 akan datang. 
Penulis ialah Ketua Lajnah Tarbiah PAS Kemaman dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu
Sumber HD- 26-8-2017 


















Tiga tanggungjawab yang memakmurkan dunia

SALAH satu tujuan Allah SWT menciptakan manusia adalah untuk memakmurkan bumi ini. Dalam pengertian Barat, makmur dan kemakmurkan sering kali ditakrifkan sebagai kemajuan ekonomi, pembangunan fizikal dan pencapaian hidup manusia.  Bertolak dari asas ini, hampir seluruh makna kemakmuran manusia disandarkan kepada pencapaian kebendaan, sebagai mana ia didukung oleh ideologi-ideologi moden hari ini, sama ada di sebelah kanan (kapitalis), kiri (sosialis) mahupun campuran. 
Islam datang kepada kita dengan prinsip yang sangat jelas. Allah SWT dalam Surah Hud ayat 61 mempertegaskan tujuan penciptaan manusia dengan firman-Nya yang bermaksud, "Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya." Memakmurkan bumi ini telah menjadi tujuan penciptaan manusia, selain beberapa tujuan yang turut disebutkan oleh al-Quran seperti mengabdikan diri kepada Allah, menjadi khalifah, melaksanakan amanah dan menerima ibtila' (ujian). 
Persoalan besar yang ada di hadapan kita ialah apakah makna kemakmuran dalam konsep Islam sejajar dengan pengertian kemakmuran yang diungkapkan oleh Barat? Para ulama yang membahaskan makna "isti'mar" atau memakmurkan dalam ayat ini ialah perintah supaya manusia melaksana dan menegakkan segala tanggungjawab yang terbeban ke atas diri mereka, bukan semata-mata mencipta kemajuan metarial dan memacu pertumbuhan ekonomi sahaja. Tanggungjawab adalah aspek yang jauh lebih luas daripada makna kemajuan, kerana kemajuan dalam sudut pandang Barat sangat mengabaikan tanggungjawab, sebaliknya hanya memuja hak-hak mereka sahaja. 
Tiga tanggungjawab besar yang digariskan oleh para ulama dalam mengungkap makna memakmurkan ini ialah tanggungjawab diini (agama), ijtimaie (kemasyarakatan) dan insani (kemanusiaan). Islam meletakkan urusan Allah SWT iaitu agama sebagai tanggungjawab yang paling besar mesti ditunaikan oleh manusia. Menegakkan apa sahaja perintah Allah SWT atau disebut sebagai syariat merupakan beban tugas yang menjadi hak Allah SWT ke atas setiap manusia. Kita tidak boleh mengambil mudah terhadap perintah dan larangan agama bermula dari soal ketauhidan dan larangan syirik, sehinggalah kita mentaati segala perintah dan tegahan Allah dengan tujuan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. 
Konflik yang timbul dalam pengolakan politik hari ini ialah pertembungan di antara melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan seperti membela rakyat tertindas, menuntut keadilan ekonomi dan membendung kezaliman regim dengan kewajipan mereka menegak dan melaksanakan hukum Allah SWT. Ada golongan yang memandang sepi, bahkan menentang perlaksanaan hukum Allah SWT, sebaliknya berjuang keras untuk membela kemanusiaan. Bahkan, di kalangan pendukung aliran liberal hari ini, mereka menolak hukum-hukum Allah SWT yang mereka anggap sebagai tidak rasional, sebaliknya memperjuangkan hak-hak yang sama sekali bercanggah dengan agama seperti menuntut hak untuk berzina dan seks bebas, fenimisme melampau dan hak untuk murtad dan melakukan maksiat, kononnya atas nama hak individu, kebebasan sivil dan kemerdekaan berfikir. 
Apakah Islam meminggirkan kemanusian? Tidak! Hak-hak kemanusiaan hanya akan tercapai apabila manusia mematuhi hukum-hukum Tuhan. Telah banyak sistem hidup yang berdiri dalam sejarah manusia, tidak ada satu pun yang terlepas daripada mencabul dan menindas kemanusiaan, melainkan seluruhnya terpalit dengan kezaliman yang dibangunkan di atas runtuhan kezaliman sebelumnya. Melainkan Islam sahaja yang telah membuktikan era ketamadunannya sebagai "zaman emas kemanusiaan." Sektor kemasyarakatan (ijtimaie) yang berdiri bermula dengan sistem keluarga, muamalat, undang-undang hingga kepada kenegaraan menjadi pelindung utama kemanusiaan, apabila pada setiap peringkat kemasyarakatan ini melaksanakan hukum Islam dan setiap manusia mengambil tanggungjawab menegakkannya. 
Tanggungjawab yang diseimbangkan dengan hak, kefahaman tentang hak individu yang mesti selaras dengan hak masyarakat, perlaksanaan hak yang menyeluruh meliputi hak individu, hak politik, hak ekonomi, hak sosial dan hak budaya, serta tertegaknya hak Allah ke atas makhluk, telah menjadi tunjang yang memakmurkan kehidupan manusia di dunia dan juga akhirat. Inilah perintah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis sahih Bukhari riwayat Abu Juhaifah Wahab bin Abdullah yang bermaksud, “Sesungguhnya bagi Rabbmu ada hak, bagi dirimu ada hak, dan bagi keluargamu juga ada hak. Maka penuhilah masing-masing hak tersebut.“ 
Untuk melaksanakan tujuan memakmurkan dunia dengan perlaksanaan tanggungjawab inilah, gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia berjuang untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT. Dan setiap pendukung gerakan Islam mesti menyedari tujuan yang mendasar dalam perjuangan kita, yakni setiap langkah untuk melaksanakan tanggungjawab ini tetap kekal dalam landasan mentaati Allah SWT. – HARAKAHDAILY 5/8/2017
Sumber HD- 5-8-2017 



















Manifesto Perpaduan: Seruan kepada seluruh ummah

SAYA bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan berbesar hati mengucapkan tahniah di atas penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (IAPU) 2017 di Kota Bharu pada 20-22 Julai 2017. Ijtimak ini adalah anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan PAS. 
Pada masa ini, Islam dengan mengalami proses kebangkitan semula setelah hampir 100 tahun kejatuhan khalifah pada 1924. Umat Islam sendiri dibelit oleh isu-isu perpecahan, penularan ideologi moden, serangan pemikiran oleh musuh-musuh pasca penjajahan dan juga usaha-usaha untuk menindas negara umat Islam. Dalaman umat sendiri terpaksa berhadapan dengan masalah kejahilan umat, kepemimpinan yang tidak berpegang dengan al-Quran dan Sunnah, kemiskinan dan penindasan serta perbalahan mazhab dan aliran. Semua ini adalah bertolak daripada hilangnya ukhuwah dan persaudaraan aqidah orang-orang Islam. 
Perpaduan adalah jawapan terbaik dalam merungkai semua masalah ini, sekali gus membangunkan semula umat bagi memacu kegemilangan Islam. Atas dasar inilah, PAS menjadi tuan rumah bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia bagi menganjurkan IAPU kali keempat. 
Bagi pihak PAS, saya menyeru seluruh umat Islam, khususnya ahli PAS supaya menghadiri ijtimak ini sebagai dukungan ke arah menyatupadukan umat Islam dalam era kebangkitan ini. Jangan ada di kalangan kita yang terlepas daripada menghadiri ijtimak antarabangsa yang julung-julung kalinya kita adakan di Kelantan ini. 
Inilah Penyelesaian Kita
HAJI HASHIM JASIN
Mursyidul Am PAS
23 Syawal 1438 / 17 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 17/7/2017    
Sumber HD- 17-7-2017 























Sambut Aidifitri, Suka Dalam Sedih

Pertama saya mengucapkan hari raya Aidilfitri kepda seluruh pendukung gerakan Islam di mana saja mereka berada.

Yang keduanya kepada seluruh umat islam di dunia ini bahawa kita menyambut hari raya pada tahun ini adalah dengan peraaan bercampur aduk antara kegembiraan dan kesedihan.

Kita gembira kerana kita telah berjaya menunaikan tanggungjawab berpuasa sepanjang bulan ramadhan dan yang mendukacitakan kita kerana pada bulan ramadhan pada tahun ini berlaku peristiwa yang amat menyedihkan.

Kalau dalam negara kita di hangatkan dengan isu-isu ‘khilafiah’ diantara umat islam yang tidak memberi sebarang faedah kepada umat islam keseluruhannya.


Dan diluar negara kita dapati bahawa lapan buah negara arab telah memutuskan hubungan dengan bukan dengan israil tetapi dengan sebuah negara islam iaitu Qatar .
Ini merupakan pertandaan perpecahan di kalangan umat islam yang berlaku pada bulan ramadhan yang mulia ini.
Sepatutnya kita jadikan ramadhan sebagai bulan perpaduan islam tapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Harus kepada umat islam menyedari hakikat bahawa kita perlu mengatasi masalah ini.

Jangan lagi masa-masa yang akan datang kita akan tercampak terjebak dalam suasana yang amat menyedihkan ini.

Bagi saya kegembiraan sedikit yang kita rasa tidak dapat mengatasi kesedihan yang berlaku ke atas umat islam.

Berdoalah moga -moga Allah menolong kita bagi membantu mempertingkatkan kualiti pemikiran dan minda umat islam bagi membetulkan keadaan yang selama ini terpinggir ke belakang jika dibandingkan dengan masa-masa islam cemerlang dahulu.

Doa moga Allah memperkenankan.

Sekian.

Ustaz Hashim Jasin
Mursyidul Am PAS
1 Syawal 1438

Sumber BO - 26-6-2017






















Perutusan Khas Aidilfitri Mursyidul Am: Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Seluruh Rakyat Malaysia











Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar 
“Segala puji bagi Allah yang telah membenarkan janjiNya, memenangkan hambaNya dan mengalahkan pakatan Al-Ahzab dengan sendiriNya.” 
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberikan nikmat kepada kita semua bertemu hari kemenangan, iaitu Hari Raya Eidilfitri 1438H setelah sebulan madrasah Ramadan dilalui. Semoga Allah S.W.T menerima segala amal ibadah yang dilakukan sepanjang sebulan berpuasa. 
Hari raya merupakan hari kegembiraan kepada seluruh umat Islam. Sirah para nabi menukilkan hari raya disambut dengan perasaan gembira dan penuh syukur kepada Allah S.W.T. 
Dalam kemeriahan sambutan aidilfitri, usah dilupa saudara seagama yang ditindas tanpa belas kasihan. Hari ini, umat Islam diduga dengan pelbagai ujian yang sangat menyedihkan hati. Identiti umat Islam mula dipalit sebagai pengganas dan dilaga-lagakan atas nama mazhab. Hal demikian sengaja diwujudkan supaya umat Islam terus berpecah belah kerana musuh Islam sangat gerun dengan usaha umat Islam untuk bersatu di atas nama Islam dan seruan Al-Quran. 
Sempena Aidilfitri ini, marilah sama-sama kita hayati kisah perang Hunayn yang berlaku pada awal Syawal tahun ke-8 Hijriyah. Melalui perang tersebut, tentera kaum Muslimin dengan kekuatan dua belas ribu orang berhadapan bala tentera musyrikin yang jumlahnya seramai dua puluh ribu orang tentera. 
Dalam peperangan tersebut, puak Muslimin yakin bahawa mereka mampu mengalahkan pihak lawan dengan kekuatan yang ada. Namun Allah S.W.T mempunyai perancangannya yang tersendiri di mana pada akhirnya Muslimin tidak menang kepada musuh. 
Perang ini memberi pelajaran yang penting tentang aqidah Islam. Walaupun jumlah tentera kaum Muslimin ramai, namun ianya tidak dapat memberikan manfaat apabila mereka tidak bersabar dan bertaqwa. Hal ini kerana keimanan dan nilai-nilai keislaman belum menghujam ke dalam hati sebahagian besar di antara mereka. 
Walaupun kebanyakan masa mereka bersama dengan Rasulullah S.A.W secara fizikalnya, namun hati dan jiwa mereka masih leka dengan kehidupan dunia.
Justeru, marilah kita bersatu dalam satu saff, terus istiqamah menyebarkan kebenaran Islam kepada masyarakat. 
Akhir kata, raikanlah kedatangan Syawal dengan penuh rasa kehambaan. Sesungguhnya Syawal merupakan anugerah buat hambaNya yang beriman dan taat. 
Taqabbalahu minna wa minkum
'SEJAHTERA BERSAMA ISLAM'
HAJI HASHIM JASIN
Mursyidul Am
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Sumber HD - 24-6-2017 



Benteng Umat Dari Terpimpin Ulama Juhal
Posted on Thursday, March 02 @ 10:33:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33796


Oleh IZWAN ABDUL HALIM

SHAH ALAM: Usaha meramaikan melibatkan diri dalam perjuangan dan pengembangan Islam perlu didokong agar umat tidak dipimpin oleh ulama-ulama juhala’ yang sesat lagi menyesatkan, demikian nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin.

Menurutnya, peranan dan perhatian serius oleh kumpulan seperti Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) telah menampung keperluan tersebut yang jika tidak dilaksana, akan menyebabkan umat memilih ulama juhala’.


“Allah tidak cabut ilmu itu secara kasar, tetapi dicabutkan ilmu daripada manusia ini dengan cara mematikan ulama. Ada ulama yang faham, faqih mati sehingga sampai satu ketika habis semua ulama, tak ada lagi dah ulama. Pada ketika itu orang ramai akan memilih ulama-ulama yang juhala’, yang jahil. Mereka memberi fatwa dan fatwa mereka itu sesat dan menyesatkan.

“Hari ini pun kita dah mula nampak, suara-suara ulama juhal. Ada dalam _‘facebook’_ dalam _‘youtube’_ dia tulis kata macam-macam. Orang nak buat yang baik pun mereka menjadi penentang. Mereka menolaknya dan mereka memberi cadangan-cadangan yang tidak menampakkan kebaikan dan kebajikan kepada perkembangan Islam dalam negara kita,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Geng Ustaz, di sini baru-baru ini.

Serunya, para pendokong perjuangan Islam perlu menjadikan khidmat dan istiqamahnya sebagai amal yang akan dipersembahkan kepada Allah, Rasul dan orang Mukmin menepati sifat termaktub di dalam al-Quran dan hadis.

Beliau menyandarkan nasihatnya itu berdasarkan ayat 105 surah at-Taubah dan kisah Sahabat R.A iaitu Abu Dzar al-Ghifari yang kematiannya tepat sebagaimana pernah diungkapkan Rasulullah S.A.W ketika berucap

Cerita beliau, pada tahun ke-9 Hijrah tentera Islam telah pergi ke medan Tabuk untuk menghadapi kekuasaan Rom dalam keadaan ekonomi dan kewangan yang sangat meruncing hingga peperangan dibiayai seadanya.

Di mana Abu Dzar telah pergi dengan untanya yang tua dan uzur, namun dipertengahan jalan unta itu gagal untuk terus melangkah, menyebabkan Abu Dzar terpaksa menuntun unta itu.

Akibatnya Abu Dzar lewat sampai di medan Tabuk dan saat tibanya disambut Rasulullah dengan kata-kata bahawa Abu Dzar akan mati keseorangan dan dibangkitkan keseorangan.

Pernyataan itu menghairankan para Sahabat kerana orang yang menyertai angkatan jihad akan mati keseorangan, namun benar apabila Abu Dzar hanya mati 20 tahun kemudian keseorangan diri di tengah padang pasir.

“Kita tak jangka Tok Guru Nik Aziz akan meninggalkan ketika itu, kita tak jangka Ustaz Fadhil yang ada di muktamar, balik dari muktamar terus meninggal. Kita tak jangka juga Dato’ Abu Bakar Chik, Ustaz Harun Taib dan kita tak jangka jugak Dato’ Dr Haron Din yang seminggu sebelum dia bertolak ke Amerika masih sempat untuk berjalan-jalan balik ke Sik, menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin.

“Kita tak jagka, tapi benda itu berlaku. Dan yang penting ialah mereka telah pun menamatkan hidup ini sepenuhnya dalam memberi khidmat semampu yang boleh kepada agama yang suci ini.

Sebab itu apabila Presiden selalu menyeru dan mengajak kita beristiqamahlah kita dalam perjuangan ini. Kita tidak ada apa lagi yang kita nak persembahkan kepada Allah S.W.T.

“Mereka-mereka yang kita sebutkan yang kita ingatkan dan yang terdahulu daripada itu Tuhan ambil mereka, Tuhan matikan mereka. Maknanya, kalau kita tak buat persediaan apa-apa, akhir kita akan mendapat ulama juhal. Kerana itulah saya amat menjunjung tinggi segala usaha jamaah Geng Ustaz ini.

“Kita patut memberi sokongan usaha suci mereka untuk menyambung perjuangan pejuang-pejuang kita yang terbukti beristiqamah dalam perjuangan ini, dalam agama ini dan menabur bakti untuk kepentingan agama Allah S.W.T,” ujarnya mahu masyarakat menjejak tanggungjawab sama seperti NGO itu.

Menurutnya, kejayaan dan lambang kesedaran Islam di negara ini sudah menampakkan cahaya yang semakin memancar terang kini sebagaimana ditunjukkan pada Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari lalu.

Tetapi katanya, ia bukan baru bermula sebaliknya telah berlangsung sekurang-kurangnya sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951 dan generasi kini wajib terus menyumbang agar nur itu tidak padam dan malap kerana dikuasai oleh ulama-ulama juhal yang ada dalam negara ketika ini.

“Kita berada dalam zaman _“tabbad”_, zaman Islam ditekan, dan sekarang kita mula masuk zaman _“iza jaa nasrullah”_. Jarak masa antara dua itu cukup panjang antara _“tabbad”_ dan _“iza ja”_. Kita bermula dengan _“tabbad”_, kita telah hadapi rintangan dan halangan nak menggerakkan agama ini. Tapi sekarang kita dak mula masuk langkah kaki kepada _“iza jaa nasrullahi walfat”_,” ujarnya menyuntik semangat.-izwan@harakah.net.my

Sumber TKO - 2-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sikap DAP Keras Terhadap Islam - Mursyidul Am
Posted on Monday, February 06 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33480



KUALA LUMPUR - DAP mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti-Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha untuk menegakkan Islam.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, PAS pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dengan DAP.'

“Terkeluarnya DAP dari Barisan Alternatif pada 2001 kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam.

“Sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha PAS melaksanakan undang-undang syariat di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Hashim berkata, PAS tidak dapat menerima sama sekali politik anti-Islam yang didukung oleh DAP.

DAP yang mengetuai Pakatan Harapan kini merupakan sekutu kuat kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pakatan Harapan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), manakala PPBM ditubuhkan bekas pemimpin UMNO yang berdendam dengan parti itu.


Mahathir berdendam dengan UMNO selepas hasrat beliau menggangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Presiden ditolak akar umbi parti itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 6-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Rasulullah SAW pelopor politik matang

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44158-rasulullah-saw-pelopor-politik-matang

PENDEKATAN matang dalam tindakan politik telah membolehkan Islam bangkit dalam sejarah manusia dari sebuah agama yang ditentang keras di Mekah, menjadi sebuah agama yang diterima oleh semua bangsa dan budaya di seluruh dunia. Matang ertinya bertindak mengikut pertimbangan iman dan akal, bukannya mengikut hawa nafsu, serakah, kesumat dan sentimen sehingga menolak kebenaran sebagai benar dan kebatilan sebagai batil.

Inilah ingatan Allah SWT kepada Nabi Daud AS yang menjadi ibrah sepanjang zaman untuk orang-orang yang beriman. Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan al-Haq (wahyu Allah) dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan" (Shad: 26).

Allah SWT memerintahkan Nabi Daud AS supaya tidak mengikuti hawa nafsu kerana ia bukan sahaja menyesatkan manusia, tetapi ia menjadi gantian terhadap hukum dan perintah Allah (al-Haq). Sesiapa yang tidak berpegang dengan wahyu Allah, pada hakikatnya dia telah mengikuti hawa nafsu, sehingga seluruh pertimbangannya adalah berasaskan sentimen yang sempit, kebencian dan dendam serta tidak berasaskan kebenaran.

Agenda bertindak berasaskan kebenaran, menyokong apa sahaja yang benar dan menolak segala kemungkaran inilah yang membentuk tindakan yang matang. Pertimbangan yang berasaskan wahyu adalah tidak dibelit oleh muslihat dan kepentingan sempit, sebaliknya mengutamakan kebenaran berasaskan syariat yang diturunkan oleh Allah. Inilah yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dalam seerahnya.

Perihal kematangan Rasulullah SAW dalam dakwahnya telah banyak dicatat oleh para ulamak, sehingga zahir kebijaksanaan yang memberikan kemenangan besar kepada Islam. Dalam peristiwa dakwah di Taif misalnya, Baginda telah menerima layanan yang sangat buruk daripada pendudukan Taif. Baginda bukan sahaja ditolak dakwahnya, dicerca dan dimaki, bahkan dicederakan. Pada saat itu, datang malaikat menawarkan azab untuk dihempapkan ke atas penduduk Taif. Ketika Baginda mempunyai pilihan untuk melepaskan dendam terhadap kejahatan penduduk Taif, Baginda bertindak matang dengan mendoakan agar lahir dari sulbi mereka pendukung agama Allah, bah merayu kepada Allah agar mereka diberikan petunjuk.

Begitu juga ketika pembukaan Kota Mekah, Baginda telah mengambil tindakan matang dengan menjadikan rumah Abu Sufian sebagai tempat perlindungan kepada orang Mekah. Abu Sufian, pemimpin Mekah yang sangat keras memusuhi Islam telah merasakan dirinya diberikan penghormatan tinggi oleh Nabi SAW, sehingga tunduk dia akhirnya kepada Islam. Dalam masa yang sama, Nabi SAW menyenaraikan tokoh-tokoh Mekah mesti dihapuskan termasuk Ikrimah bin Abu Jahal. Tetapi apabila Ikrimah datang kepada Baginda dengan mengucapkan syahadah, beliau segera dimaafkan. Kerana dua tindakan matang ini, seluruh negeri Mekah menyerah diri kepada Islam dan terbukanya kemenangan.

Dua contoh tindakan matang Rasulullah SAW ini adalah secebis dari ratusan kisah kebijaksanaan Baginda yang sepatutnya menjadi tauladan dan ikutan terbaik kepada seluruh pejuang Islam. Bukankah Rasulullah SAW telah mempelopori politik matang dalam sejarah Islam? Maka mengapa orang yang berjuang di jalan Allah terpengaruh dengan politik sentimen? Sentimen yang dibina tanpa asas kebenaran, sebaliknya diselaputi kesempitan fikiran akan menimbulkan taksub dan perasaan asobiyah yang menyesatkan. Perjuangan sempit seperti inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW sebagai "bukan dari kalangan kami!" (Riwayat Abu Daud).

Dalam hal ini, PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berkecimpung dalam arena politik negara, kita telah memilih untuk mengikuti jejak Rasulullah SAW dengan berpolitik secara matang. Kita memilih antara dua kemudharatan  - bertaawun dengan orang Islam yang zalim atau bertahaluf dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam (juga suatu kezaliman menurut pandangan Islam). Kita tidak menyokong, bahkan menentang tanpa kompromi terhadap semua bentuk kezaliman dan penyelewengan Umno/BN. Tetapi kita harus mengakui mereka adalah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 juga.

Berbanding dengan DAP yang mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha menegakkan Islam. Kita pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif (1999-2001) dan Pakatan Rakyat (2008-2015), ketika mana DAP bersikap lunak terhadap Islam. Terkeluarnya DAP dari BA pada 2001 adalah kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam, sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha PAS melaksanakan undang-undang syariat di Kelantan.

Ketika kita tidak dapat menerima sama sekali politik anti Islam yang didukung oleh DAP dan tindakan zalim BN ke atas rakyat, kita sebenarnya mempunyai sasaran bahawa ahli-ahli Umno dan penyokong BN adalah mad'u kita. Seperti Nabi SAW mengharapkan lahirnya pejuangan-pejuang Islam dari sulbi penduduk Taif, PAS juga mengharapkan lahirnya penyokong-penyokong Islam dari sulbi Umno. Kebencian mereka terhadap kebobrokan Najib Razak akan menguatkan Islam dengan sikap pemaaf kita dan kesediaan kita memberikan penghormatan terhadap bekas-bekas pemimpin mereka.

Kita mempelajari seni politik Rasulullah SAW yang sangat matang itu, dan kita sepatutnya mengambil pendekatan serupa dalam menjana kemenangan Islam. Kita tidak akan biarkan diri kita tersepit atau dipermainkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya kita memanfaatkan kekuatan yang kita miliki untuk tawar-menawar yang memberikan keuntungan kepada Islam. – HARAKAHDAILY 4/2/2017

Sumber HD - 4-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























Politik matang, bukan politik binatang

TUAN GURU HASHIM JASIN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43957-politik-matang-bukan-politik-binatang

ALLAH SWT menjadikan manusia sebaik-baik kejadian, mengatasi semua makhluk yang lain. Akan tetapi nilai diri manusia akan menjunam jatuh ke lembah yang paling hina apabila mereka mengikuti hawa nafsu dan membelakangkan wahyu. Persoalan nilai ini bukan hanya berkisar dalam urusan ibadat dan makan minum sahaja, tetapi melibatkan seluruh kehidupan manusia, termasuk politik dan negara. Apabila manusia tidak mengikuti ajaran agama, maka seluruh tindak-tanduknya menjadi lebih buas dan lebih ganas dari seekor singa!

Itulah peringatan tegas Allah SWT dalam Surah at-Tiin ayat 4-6 yang bermaksud "Demi sesungguhnya Kami menjadikan manusia sebaik-baik bentuk kejadian. Kemudian Kami kembalikan dia ke serendah-rendah tempat orang yang rendah. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amal soleh." Orang-orang yang tidak beriman dan hidupnya tidak dipandu oleh Islam sehingga tiada amalnya yang soleh, mereka akan mendapat kegagalan dan kehinaan dalam hidupnya di dunia dan akhirat. Kehidupan yang tidak bersandarkan agama akan menjadi kehidupan manusia liar seperti binatang yang tidak terikat dengan undang-undang dan peraturan.

Al-Quran sendiri menyebutkan tentang fenomena 'insan hayawani' (manusia binatang). "Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi (dari binatang). Mereka itu orang-orang yang lalai" (al-A'raf: 179). Manusia yang hidup di dunia dengan tidak berpandukan hukum dan peraturan, kerana mengikuti hawa nafsu serakahnya, pada hakikatnya mereka adalah binatang. Binatang tidak mengenal hukum-hakam melainkan berusaha untuk memenuhi temboloknya sahaja. Yang difikirkan hanyalah kesedapan, keseronokan, keuntungan dan kemenangan tanpa mengambil kira halal dan haram. Jika beginilah manusia berperangai, apakah beza mereka dengan binatang! Kerana mengejar kemenangan yang dicita-citakan, sanggup mereka menderhakai Tuhan.

Dalam dunia politik hari ini, ramai orang yang terjerat dengan 'kebinatangan' demokrasi, mengejar kuasa tetapi syariat yang tidak dipeduli. Teori-teori sesat yang menghalalkan cara, semata-mata kerana matlamat yang kononnya mulia, telah mewarnai gerak tari politik kontemporari. Ahli-ahli politik yang asalnya mendukung cita-cita yang objektif, berubah menjadi penggila kuasa yang provokatif. Orang-orang yang mahu berpegang dengan agamanya dianggap ketinggalan, mereka yang berdiri di atas api nafsunya dianggap pejuang.

Nah! Di hadapan kita selalunya ada dua golongan. Pemerintah yang zalim, korup dan menindas rakyat; dan kelompok pembangkang yang anti kezaliman, menentang penyelewengan dan menolak politik wang, tetapi bersikap keras terhadap Islam. Ya, kita tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kezaliman, korupsi dan penindasan. Lalu apakah kita perlu bersekongkol dengan mereka yang anti Islam? Bukankah perbuatan menolak syariat dan menentang agama Allah juga suatu kemuncak dalam tindak kezaliman?Hakikatnya, kedua-dua mereka - pemerintah yang zalim dan penentang menolak syariat - adalah penganut politik binatang!

PAS tampil membawa agenda matang dan sejahteta kerana Islam adalah kesejahteraan yang terhasil dari sifat wasatiyah (matang). Umat wasatiyah adalah umat yang adil, kata Nabi SAW. Meletakkan segala sesuatu betul dan tepat dengan tempatnya menurut pandangan Islam merupakan makna sebenar keadilan. Jika Jahilliyah mendukung politik binatang, Rasulullah SAW adalah pengasas politik matang. Orang-orang yang matang bertindak dengan fikiran yang waras, menyokong mana yang benar, menolak mana yang batil. Menyokong dengan membabi buta, dan menolak dengan membabi buta adalah tindakan taksub yang jauh dari makna kematangan. Islam datang dengan kesederhanaan yang mahu manusia bertindak mengikut pertimbangan yang waras, berasaskan wahyu dan memahami realiti. Inilah budaya matang dan sejahtera.

Apakah yang mempertembungkan antara Rasulullah SAW dengan orang Arab Jahilliyah? Budaya binatang yang mereka warisi zaman berzaman. Mereka tidak mengenal hukum Tuhan, mereka tidak mematuhi peraturan, pada mereka tiada halal dan haram, yang dikejar oleh mereka hanyalah keseronokan, saban hari berbunuhan serta berzina, mabuk, berbuat zalim, memutuskan silaturrahim menjadi amalan. Kerana itu budaya mereka saling tidak tumpah seperti binatang. Pemimpin-pemimpin politik mereka juga berbudaya binatang - zalim, menindas, suka berperang dan berbunuhan!

Rasulullah SAW mengajak mereka kepada kehidupan yang sebenar berdasarkan tujuan penciptaan. Mereka diajak supaya Allah ditauhidkan, memperkukuhkan persaudaraan, meninggalkan perbuatan sia-sia, menjauhi kemungkaran dan menerima hakikat adanya Hari Pembalasan. Saban tahun di Mekah sejak kerasulan hingga penghijrahan, Baginda SAW terus mengajak dengan sabar. Tentangan dan cercaan dibalas dengan senyuman dan doa hidayah kepada Tuhan. Tiada tindak balas yang keras dibuat, sentiasa menunjukkan sikap siddiqul amiin kepada masyarakat, sehingga orang-orang Arab Jahilliyah kehilangan akal dalam menghadapi Baginda SAW. Demikian itu Nabi SAW menunjukkan contoh kematangan dalam berhadapan dengan budaya kebinatangan.

Islam adalah satu sistem politik yang mendukung kesejahteraan dengan kematangan. Pendekatan Islam yang sentiasa sederhana dan adil, bukan sahaja meletakkan sesuatu betul pada tempatnya, tetapi sentiasa bersikap terbuka terhadap kebaikan dan kebenaran. Islam tidak boleh bertolak ansur dengan pihak yang mencetuskan permusuhan, melakukan pengkhianatan, menentang syariat Tuhan dan berbuat kezaliman. Tetapi Islam mengambil jalan tengah yang matang, bertindak berdasarkan al-Quran, menyokong semua kebaikan dan menolak semua keburukan. - HARAKAHDAILY 19/1/2017

Sumber HD - 19-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Kemenangan kerana mentaati Allah dan Rasul-Nya

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43880-kemenangan-kerana-mentaati-allah-dan-rasul-nya

SETIAP perjuangan mempunyai cita-cita untuk mencapai kemenangan. Apa pun dasar yang dianut oleh seseorang atau sesuatu pihak dalam perjuangannya, pasti ia mempunyai matlamat akhir untuk mencapai kemenangan dan melaksanakan agenda bertindak mereka. Kalau pemain bola sepak di padang pun mahukan kemenangan, apatah lagi bagi pejuang-perjuang Islam. Parti-parti politik yang beraksi di medan siasah juga pasti mempunyai matlamat untuk mencapai kemenangan, apatah lagi kalau parti itu mendukung perjuangan Islam, maka sudah pasti kemenangan akan membolehkan syariat Islam ditegakkan.

Kemenangan atau kejayaan disebutkan sebagai "al-falah" dalam istilah Islam. Inilah seruan yang saban hari dilaungkan oleh mauzzin (bilal) yang sentiasa mengajak manusia kepada kejayaan dan kemenangan yang hakiki atau al-falah. Al-falah adalah kata tunggal dari kata falaha-yaflahu yang memberi maksud mengolah dan membajak. Kebanyakkan ulamak tafsir menyatakan al-falah memberi makna memperolehi apa yang diinginkan atau mencapai kebahagiaan. Sheikh Ahmad Mustafa al-Maraghi mengatakan al-falah bermaksud tercapainya tujuan yang dicita-citakan hasil daripada ketaqwaan kepada Allah. Dalam bentuk lain, kata al-falah juga disebutkan sebagai faa-izun yang membawa erti kemenangan.

Dalam suasana semua orang mengejar kejayaan dan kemenangan, ramai pula orang terkeliru apakah sebenarnya yang dicita-citakan oleh mereka. Apakah mereka mahu melihat Islam tertegak atau sekadar mahu menguasai Putrajaya? Untuk apa sesebuah parti politik menguasai Putrajaya jika mereka tidak dapat menegakkan ideologi yang menjadi dasar mereka? Saya yakin jika Parti Komunis yang menguasai Putrajaya, pasti mereka mahu melaksanakan dasar-dasar komunisnya, seperti mana kelompok sekular kebangsaan melakukannya sekarang ini. Maka, mengapa orang yang berada dalam perjuangan Islam boleh terkeliru tentang tujuan untuk apa kita menguasai Putrajaya. Mana mungkin PAS akan menegakkan dasar liberal atau bersama dengan dasar sekular yang dianut oleh parti-parti lain, sedangkan dasar PAS ialah Islam.

Kemenangan yang disasarkan jika sekadar memenangi pilihan raya, ia adalah satu kefahaman yang sangat dangkal bagi ahli-ahli politik walau dari parti mana sekali pun mereka. Pilihan raya hanyalah alat untuk mencapai matlamat, ia bukan tujuan. Bukankah setiap daripada parti politik itu ditubuhkan dengan tujuan, dan mahu menjadikan keyakinan mereka terhadap ideologinya sebagai sesuatu yang diterjemahkan? Tidak ada parti yang meletakkan sasarannya hanya untuk menang pilihan raya. Begitu juga PAS! Mencapai kemenangan yang dihitung semata-mata dengan memenangi pilihan raya ertinya matlamat perjuangan kita sangat singkat dan terhenti di pelabuhan dunia. Kita tidak akan mencapai apa-apa kejayaan atau kemenangan sekiranya kita tidak dapat melaksanakan dasar dan tujuan sebenar kewujudan parti kita, apatah lagi tujuan penciptaan kita!

Apakah erti sebenar kemenangan bagi sebuah perjuangan Islam? Dalam al-Quran sering kali Allah SWT menyebutkan "Itulah kemenangan yang agung" (as-Saff: 12) dan "Itulah kemenangan yang besar" (al-Buruj: 11) yang menjelaskan konsep kemenangan mengikut jendela al-Quran. Islam memberikan satu garis optimis tentang kemenangan kepada para pejuang agama dengan langsung tidak mengambil kira pencapaian material keduniaan, tetapi bersandarkan kepada keupayaan mempertahankan iman, ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya serta kemampuan untuk beristiqamah di atas jalan yang benar. Jika kita berjaya mencapai tiga bentuk kemenangan ini, itulah kemenangan hakiki untuk kita. Ada pun kemenangan pilihan raya hanyalah bonus untuk kita menambahkan amal soleh dan melaksanakan segala perintah agama.

Ukuran kemenangan dalam Islam bersandarkan kepada tiga aspek. Pertama, kejayaan kita mempertahankan iman pada setiap masa yang kita diuji oleh Allah SWT. Allah SWT menguji kita dengan pelbagai ujian sehingga dengan nyawa. Dalam kisah Ashabul Ukhdud, Allah SWT mengisytiharkan kemenangan yang besar kepada pemuda-pemuda yang mengorbankan nyawa masing-masing ke dalam parit api kerana mempertahankan iman. Nah! Itulah kemenangan yang besar walaupun terkorban di mata manusia. Kedua, kejayaan kita mentaati apa sahaja perintah Allah dan rasul-Nya serta meninggalkan larangan-Nya adalah kemenangan bagi orang yang beriman. Allah memberi kita dua jalan pilihan - taat atau kufur. Apabila kita memilih untuk taat, itulah satu kemenangan yang besar. Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mencapai kemenangan dengan kemenangan yang besar." (al-Ahzab:71)

Ketiga, kemenangan sebenar akan dicapai oleh setiap orang yang beriman apabila dia istiqamah dengan keimanannya. Iman kita sentiasa diuji, kerana itu kita diperintah supaya beristiqamah dalam mentaati Allah dan rasul-Nya. Apakah itu istiqamah? Istiqamah adalah berkekalan di atas jalan yang benar dengan mentaati Allah dan rasul-Nya sehingga akhir hayat kita. Apabila kita mati dalam keadaan menyerah diri kepada Allah, ertinya kita telah mencapai kemenangan. Allah SWT berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah, dan dia beristiqamah dengannya, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan 'jangan kamu merasa takut dan janganlah bersedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu." (Fussilat: 30) - HARAKAHDAILY 12/1/2017

Sumber HD - 12-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas perincikan tahaluf siyasi, kata Mursyidul Am
Posted on Saturday, January 07 @ 19:02:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33124



KUALA KANGSAR – Pas akan memperincikan kandungan tahaluf siyasi mereka melalui perbincangan bersama jemaah lain yang dijadualkan pada pertengahan bulan ini.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, secara dasarnya Pas telah meletakkan agama di kedudukan pertama sebagai syarat untuk bekerjasama menghadapi PRU14.

Menurutnya, pintu kerjasama itu dibuka kepada mana-mana pihak termasuk yang pernah memusuhi parti berkenaan, dengan syarat ia perlu dipimpin oleh Islam.

“Kita dah ada banyak pengalaman bertahaluf sebelum ini, jadi kali ini dengan sesiapa pun boleh, tapi mesti letakkan agama di tempat pertama. Syaratnya mesti dipimpin oleh Islam. Jadi siapa yang nak ikut...mailah dan pada sapa (siapa) yang tak mau... tak apa.

“Kepada sahabat kita yang pernah atau sedang atau akan datang yang mahu memusuhi kita dengan apa cara sekalipun, pintu Pas terbuka untuk mereka kembali. Kembalilah dengan nawaitu yang betul, kita sedia maafkan dan terima,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana anjuran Pas Kuala Kangsar, kelmarin.

Hashim berkata, pihaknya tidak pernah mengambil serius sindiran dan kritikan parti lain apabila memilih menjadi blok ketiga dalam landskap politik negara.

Menurutnya, blok ketiga yang ditubuhkan Pas itu bukanlah rekaan, namun atas matlamat perjuangan yang jelas untuk agama.

“Pilihan raya bukan satu-satu kepentingan, bila orang kata Pas tak akan menang kalau bertanding sendiri, kita tak kisah pun kerana kejayaan perjuangan parti ini tidak boleh disamakan dengan parti lain, ukurannya tidak kena.


  “Sepertimana pada zaman Rasulullah, blok ketiga memainkan peranan bersihkan fahaman-fahaman Islam yang cacat, proses ini makan masa panjang, kita tak kisah berapa banyak masa nak diambil, yang penting kita dapat libatkan diri dalam perjuangan Islam,” katanya.

Sumber TKO - 7-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Kemenangan setelah bergantung hanya kepada Allah

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43805-kemenangan-setelah-bergantung-hanya-kepada-allah

PERJUANGAN menegakkan Islam adalah satu kewajipan yang melibatkan perjalanan yang sangat jauh lagi menyusahkan. Namun begitu perjuangan suci ini telah mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga Islam dapat menguasai dunia ini. Lihatlah bagaimana Islam telah menjadi kuasa besar dunia dalam tempoh tidak sampai 100 tahun selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masehi. Islam menguasai dunia ini selama 1,342 tahun sebelum jatuhnya Khilafah Othmaniyah pada tahun 1924 Masehi.

Apakah kekuatan utama yang dimiliki oleh pejuangan Islam ketika itu? Bukankah Nabi kita seorang yang miskin, yatim dan buta huruf? Bukankah orang-orang Mekah membenci dan menentangnya? Bukankah Islam pada awalnya hanya disokong oleh orang miskin dan hamba 'abdi sahaja? Bukankah jumlah orang Islam sangat sedikit sebelum Nabi berhijrah? Lalu bagaimana Baginda boleh mencapai kemenangan dalam keadaan serba lemah itu? Kalau kita masih ingat, sebelum berlakunya hijrah ke Madinah, Allah SWT telah mematikan Abu Talib dan Khadijah sehingga tahun itu dikenali sebagai 'tahun kesedihan.' Sebelum ini Abu Talib diketahui telah memberikan perlindungan kepada dakwah Nabi dengan pengaruh politik nya, sedangkan Khadijah membiayai gerakan dakwah Islam itu. Bukankah dengan kematian mereka telah menyebabkan perjuangan Islam 'kepatahan' tongkat?

Tidak! Dengan kematian mereka berdua dan hilangnya 'sokongan' politik dan ekonomi dari manusia ini telah menyebabkan Nabi SAW menyerahkan sepenuhnya pergantungannya kepada Allah SWT. Ketika Nabi SAW tidak lagi mengharapkan kepada manusia, sebaliknya menyerahkan pengharapan secara mutlak kepada Allah, ketika itulah Allah mendatangkan kemenangan kepada Islam. Hakikat bahawa perjuangan menegakkan agama Allah pasti akan ditolong oleh Allah tidak dapat dinafikan. Demikian firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 40 yang bermaksud "Dan pasti Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Tidak Tandingan." Menurut Imam at-Thobari, Allah SWT pasti akan menolong orang-orang yang berjihad untuk meninggikan agama Allah ke atas musuh-musuh Allah.

Perjuangan Nabi SAW untuk menegakkan Islam dengan segala ikhtiar akhirnya mendapat pertolongan Allah setelah Nabi SAW tidak lagi mengharapkan sebarang pertolongan kepada makhluk. Inilah sebahagian daripada makna husnu thiqah billah - mempunyai sangkaan baik terhadap segala janji Allah termasuk janji untuk memberikan kemenangan kepada Islam, sehingga manusia menyerahkan seluruh usahanya untuk diberikan kejayaan oleh Allah SWT.

Dalam perjuangan kita hari ini, cabaran yang sengit semakin dirasakan. Kita melihat ada orang kehilangan punca kerana merasakan bagaimanakah Islam boleh mencapai kemenangan tanpa pertolongan parti-parti Pakatan Rakyat atau pengundi bukan Islam. Atau kita merasakan mustahil parti Islam boleh mencapai kemenangan dalam sebuah masyarakat politik yang majmuk tanpa sebarang pakatan politik dengan pihak lain. Ada ahli-ahli PAS lari meninggalkan perjuangan kerana mengikuti orang-orang yang tidak meyakini janji Allah, tetapi mahukan kemenangan yang dekat lagi segera. Mereka menghitung data-data tanpa memandang faktor pertolongan Allah SWT. Seumpama orang menghitung perbelanjaan berdasarkan gajinya, tetapi tidak menilai faktor keberkatan dalam hartanya.

Nah! Di sinilah perbezaan keyakinan di antara pejuangan Islam yang beriman terhadap Allah dan pertolongan-Nya dengan golongan yang meyakini sebaliknya. Perjuangan Islam dibangunkan dengan segala usaha dan ikhtiar, disulami dengan doa dan pengharapan kepada Allah. Tawakkal atau berserah diri kepada Allah dan menggantungkan seluruh pengharapan hanya kepada Allah adalah asas yang sangat penting untuk Allah memberikan pertolongan terhadap perjuangan Islam.

Sememangnya kita tidak mempunyai sebarang kekuatan, apatah lagi untuk menghadapi musuh-musuh yang mempunyai senjata yang canggih, timbunan harta dan juga bala tentera yang ramai. Jika kita mengharapkan selain daripada Allah, siapakah yang sanggup untuk membantu perjuangan Islam?

Kerja-kerja menegakkan agama Allah adalah sangat rumit, mencabar dan banyak rintangan. Kita hanya berupaya untuk berusaha dengan pelbagai gerak kerja, tetapi kemenangan adalah milik Allah dan menjadi hak Allah untuk menyerahkan kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki. Seperti kita bercucuk tanam, menjadi tanggungjawab kita untuk menebang dan menebas, membajak dan membaja, menyemai dan menyiram. Tetapi bukan tanggungjawab kita, apatah lagi kuasa kita untuk mengeluarkan buah! Di sinilah pentingnya setiap dari kita meletakkan pergantungan perjuangannya semata-mata kepada Allah.

Orang-orang yang hanya mengharapkan selain dari Allah untuk membantu mereka dalam perjuangannya, bukan sahaja tersasar hala tuju hidupnya, tetapi pasti dia tidak akan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Kemenangan yang diberikan oleh Allah kepada perjuangan Islam tidak boleh diukur dengan akal manusia yang sangat dangkal ini, tetapi mesti diukur dengan wahyu Allah. Sama ada kita mendapat kemenangan dengan berjaya mentaati Allah dan rasul-Nya atau kita diberikan kemenangan lalu membolehkan kita melaksanakan segala perintah Allah dan rasul-Nya.

Yang penting bagi kita, dalam mencapai kemenangan ini, mesti kita meletakkan pergantungan hanya kepada Allah. - HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Perutusan Maulid Nabi 1438H Mursyidul Am PAS

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43550-perutusan-maulid-nabi-1438h-mursyidul-am-pas

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. (Riwayat Imam Malik)

PADA hari ini umat Islam di seluruh dunia meraikan Sambutan Maulid Nabi SAW sebagai menzahirkan kecintaan kita semua kepada Penghulu Segala Nabi, Nabi Muhammad SAW. Kelahiran Baginda dalam bulan Rabi'ul Awal Tahun Gajah merupakan satu cahaya yang menerangi seluruh kegelapan alam. Kita sangat bertuah kerana dipilih menjadi umat Nabi Muhammad SAW, sehingga kita mendapat nikmat iman dan Islam pada hari ini.

Dilahirkan dalam sebuah masyarakat yang penuh kesesatan dan dunia yang menjadi perebutan kuasa besar - Rom dan Parsi - telah memberi isyarat betapa kehadiran Baginda adalah untuk membawa rahmat, cahaya hidayah dan agama yang akan mengembalikan semula manusia kepada Sang Pencipta. Dalam tempoh 23 tahun, Baginda telah berjaya mengubah umat Arab Jahilliyah menjadi 'Khair Ummah.' Demikianlah besarnya kesan akibat kelahiran Sang Nabi SAW ini.

Sekarang, setelah 1348 tahun Baginda mendirikan negara di Madinah untuk menyempurnakan ketaatan kepada Allah, segalanya telah berubah. Kewafatan Baginda telah membawa semula manusia kepada kesesatan agama dan ideologi ciptaan manusia. Umat Islam yang bertebaran di seluruh dunia menjadi seperti buih di tengah lautan kerana mereka meninggalkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Lihatlah apa yang terjadi kepada umat Islam di Palestin dan Rohingya, ditindas tanpa pembelaan!

Bagi menguatkan semula umat yang telah terbabas dari al-Quran dan Sunnah inilah, para ulamak telah menubuhkan PAS pada 1951 dengan meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber hukum yang memandu perjuangannya. PAS mengajak manusia kembali semula kepada al-Quran dan Sunnah demi untuk mengembalikan kekuatan seluruh orang yang beriman, sebagai mana zahirnya Nabi SAW dengan agenda Rabbani untuk benar-benar meletakkan manusia sebagai hamba Allah.

Bersempena dengan Sambutan Maulid Nabi SAW pada hari ini, saya menyeru seluruh umat Islam atas nama agama yang suci dan kemuliaan Nabi SAW, supaya kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Bersatu dan membina kekuatan atas nama Islam, melaksanakan syariat Allah demi sebuah ketaatan dan meninggalkan kesesatan seluruh ideologi serta kemungkaran demi menjayakan tujuan penciptaan.

HAJI HASHIM JASIN
Mursyidul Am PAS
12 Rabiul Awal 1438 - HARAKAHDAILY 12/12/2016

Sumber HD - 12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BPMS; Tajdid Siasah ‘Kontemporari’ PAS


MARANG – Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) merupakan satu tajdid siasah PAS, untuk ‘persembahan’ kepada Allah, rasulNya dan orang-orang mukmin.

Mursyidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin berkata, kepimpnan PAS sentiasa mengajak masyarakat melalui saluran yang tepat, untuk beribadah kepada Allah.

“PAS telah melontarkan kepada masyarakat terutama ahli-ahli kita Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS),

“bagi saya ia satu tajdid, pembaharuan dalam hubungan (dan) aktiviti politik kita……..pemimpin yang pertama mengamalkan BPMS ialah Nabi Muhammad SAW, ” ujarnya.

Menurutnya, walaupun Nabi SAW pulang dari berdakwah dengan hampa dari kota Taif, namun baginda tidak membenarkan malaikat Jibril membalas perbuatan warga kota itu,

bahkan kata beliau, Muhammad SAW mengamalkan politik matang dan sejahtera, mengharapkan anak cucu penduduk Taif akan memeluk Islam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal anjuran Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) di Dewan Tok Guru, Rusila semalam Jumaat 9 Disember.


“Nabi SAW telah melakukan lebih lama……politik matang ini dan akhirnya pada tahun 8 Hijrah, ketika pembukaan kota Mekah,

“puak-puak yang menentangnya masuk Islam dan bersama-sama mendokong Islam, bukan setakat mengamalkan ibadah, bahkan sanggup berperang menghadapi musuh Islam ketika itu,”tambah beliau.

Menurutnya, Perjanjian Hudaibiyah adalah satu ‘duluan politik’ (political precedent) yang paling ketara, amalan politik matang yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.

Oleh itu, kata beliau, asas utama politik PAS bukan hanya kepintaran berhujah, tetapi bertawakkal dan bergantung kepada Allah, kerana Allah telah mengaturkan segala-galanya.


“kita buatlah itu……..yakin! Bergantung dengan Allah, yakin dengan Allah, Allah beri pertolongan, kalau Allah pernah tolong Nabi Muhammad dan orang Islam dulu,

“kalau kita buat perkara yang sama hari ini, Allah yang sama, tuhan itu juga yang akan memberi pertolongan kepada kita, ” tegasnya.

Turut hadir di majlis berkenaan Timbalan Pesuruhjaya Negeri, Haji Yahya Ali, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Ismail Osman dan Pengerusi LATAS Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir.


Sumber BO - 10-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Berjemaah dengan akhlak

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43521-berjemaah-dengan-akhlak

KEWAJIPAN berjemaah adalah perkara yang tidak disangsikan lagi oleh orang yang beriman, kerana Nabi Muhammad SAW telah berpesan dalam hadis riwayat Bukhari “Hendaklah kamu sekalian bersama jemaah” dan hadis riwayat Nasa’i “Sesungguhnya rahmat Allah bersama jemaah. Sesungguhnya syaitan berlari bersama orang yang memisahkan diri dari jemaah.” Jemaah yang benar itu adalah yang berpegang dengan dasar Islam dan bekerja untuk menegakkan Islam berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Apakah kewajipan berjemaah hanya sekadar wajib berjemaah sahaja? Atau wajib juga kita mengikuti disiplin atau adab-adab dalam berjemaah. Apakah rupa bentuk akhlak orang yang berjemaah dan bagaimana adab berjemaah yang sebenar? Perkara ini sangat penting untuk dihalusi oleh setiap ahli PAS ketika kita mula melihat keadaan akhlak sesetengah ahli PAS mulai kritikal sekarang ini. Konflik akhlak dalam berjemaah akan membuka ruang kepada syaitan untuk menjarakkan ahli-ahli dari jemaah.

Ada ahli yang mengkritik keputusan jemaah kerana pandangan politiknya mengatasi pertimbangan dakwah. Ada yang menolak pendirian jemaah kerana kezaliman itu difahami sebagai menindas rakyat, sedang perbuatan menolak syariat tidak pula dikatakan zalim.  Ada pula di kalangan pimpinan bertindak dengan tindakan yang merugikan jemaah, tetapi memberi alasan sebagai tindakan peribadi. Di kalangan ahli-ahli pula ramai yang menganggap mematuhi arahan jemaah, menghadiri program dan melaksanakan amanah adalah pilihan, bukan kewajipan.

PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang tertua dan terbesar di Malaysia telah memiliki lebih sejuta ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang. Apakah yang boleh mengikat dan menyatukan kepelbagaian ini? Ia adalah akhlak berjemaah. Setiap ahli PAS terikat dengan adab dan disiplin supaya seluruh fikiran dan tindakan ahli PAS dapat diselaraskan, sehingga tercapai tujuan-tujuan perjuangan PAS. Ketika Syaidina Ali bin Ali Talib KWJ menyebut tentang perjuangan yang benar tanpa nizam (sistem) akan ditewaskan oleh kebatilan yang bersistem, sudah pasti salah satu daripada nizamnya adalah akhlak.

Setiap ahli PAS adalah bertanggungjawab meletakkan keikhlasan semata-mata kerana Allah sebagai teras perjuangannya. Dalam hadis Muttafaq Alaih, ketika menjawab pertanyaan tentang perang di jalan Allah, Nabi SAW bersabda “Sesiapa yang berperang supaya Kalimah Allah (agama Islam) menjadi paling tinggi, dialah yang berperang di jalan Allah.” Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud, “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.”

Kedua, sikap husnu al-thiqah billah (bersangka baik kepada Allah), memohon pertolongan-Nya dan yakin dengan janji-Nya mesti ada dalam diri setiap pejuang Islam. Meyakini segala jaminan Allah serta janji-Nya untuk dunia dan akhirat akan meningkatkan taqwa sehingga tidak boleh dicabar oleh ancaman musuh, sogokan, tawaran dan janji-janji dunia yang dibuat oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, sangat meyakini kemenangan dan pertolongan yang dijanjikan oleh Allah walaupun tidak tercapai oleh akal dan tidak terlihat oleh mata. Para Sahabat RA yang berhijrah hanya berpegang dengan janji Allah, walaupun Nabi SAW tidak memperlihatkan sebarang wawasan keduniaan daripada hijrah tersebut. Allah berfirman dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud “Dan sesungguhya Allah pasti akan menolong orang-orang yang menolong agamanya. Allah Maha Kuat lagi Tiada Tandingan.”

Dan ketiga, menjadi kewajipan bagi setiap pejuang Islam untuk istiqamah di atas jalan yang benar, yakni jalan al-Quran dan Sunnah. Sikap berterusan dengan prinsip perjuangan dan beramal dengan tuntutannya, serta tidak terpesong atau cenderung ke arah perkara yang boleh menyelewengkan diri dari arus perjuangan, akan meletakkan kita dalam keadaan istiqamah dalam perjuangan. Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 89 yang bermaksud “Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua (Musa dan Harun); oleh itu hendaklah kamu tetap istiqamah (menjalankan perintah-Ku seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janji-Ku).”

Tiga prinsip utama akhlak berjemaah ini, iaitu keikhlasan dalam perjuangan semata-mata kerana Allah, mempunyai sangkaan yang baik serta yakin dengan janji dan pertolongan Allah dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan akan meletakkan seseorang pejuang Islam dalam keadaan yakin terhadap apa yang diperjuangkannya. Perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang sentiasa bersulam dengan ujian dan cabaran daripada musuh. Bagaimana seorang pejuangan Islam menghadapi ujian yang berat dengan jayanya, sekiranya mereka tidak diikat dengan akhlak ini.

Tiga elemen asas inilah yang akan membentuk kesabaran dan kekuatan dalaman kepada setiap pejuang Islam dalam menghadapi ujian Allah. Cuba kita bayangkan bagaimana kisah kekecewaan Nabi Yunus AS yang digambarkan oleh Allah dalam surah al-Qalam ayat 48-50, sehingga Allah telah memerintah kepada Nabi SAW supaya bersabar dengan menghadapi ujian perjuangan. “Maka bersabarlah (wahai Muhammad) untuk menerima ketentuan Tuhanmu” (al-Qalam: 48). Maka dari tiga elemen akhlak ini nanti, barulah lahir tuntutan-tuntutan akhlak dalam amal jamaie. - HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD - 9-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Presiden PAS Bertanggungjawab Dengan Allah, Bukan Hanya Kepada Ahli PAS
Posted on Sunday, December 04 @ 20:48:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32707




Sabtu 3 Dis-Tuan Guru Hj Hashim Jasin, Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS, bukan sahaja bertanggungjawab kepada ahli PAS, tetapi juga kepada Allah.


Penegasan ini dibuat bagi menenangkan sebahagian ahli PAS yang mungkin terpengaruh dengan propaganda musuh bagi mengikis keyakinan terhadap kepimpinan Tok Guru. Apa yang dibuat tentulah untuk kepentingan Islam. Perkara ini diucap dalam Majlis Malam Mesra PAS Kemaman bersama Mursyidul Am PAS di Mujamma’ Imam Shafie, Taman Islam, Kemaman malam tadi.
Dalam ucapan sulungnya di Kemaman malam tadi,
beliau memetik firman Allah:
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
At Taubah: 105

Allah mengarahkan kepada kita supaya kita buat sesuatu yang akan dilihat oleh Allah, Rasul dan orang mukmin. Kita dikira berjaya jika penonton suka dengan persembahan kita. Jika kita persembahkan sesuatu yang hebat tapi lpenonton tidak suka, maka ia tiada nilai.
Allah perintah kita buat ‘persembahan’ di atas dunia. Allah, Rasul dan orang mukmin yang menjadi ‘penontonnya’. Justeru, kita mesti membuat perkara yang disukai oleh Allah, Rasul dan orang mukmin.
Kita jangan buat persembahan yang tidak disukai oleh 3 penonton tadi.
Dari segi politik, orang Melayu boleh masuk Umno, PKR, Bersatu, PAN atau PAS, bahkan DAP. Masing-masing membuat ‘persembahan’.
Cerdikkah kita kalau kita buat persembahan yang tidak disukai oleh 3 penonton tadi? Bila kita masuk parti ini, kita yakin apa yang kita buat, dan panduan kita ialah petunjuk dari Allah.
Dalam ucapan tersebut, beliau juga mengingatkan kepada ahli PAS supaya bersama dengan kebenaran yang datang dari Allah.
Seorang hukama berkata:
‘Kamu kawanku. Kebenaran juga kawanku. Apabila bertembung, maka kebenaran lebih berhak untuk dijadikan kawan’
Ini wajib. Allah yang suruh, bukan hanya nak seronok dengan syair.
Kita ada landasan syarak.
“Dan katakanlah: Kebenaran itu dari Tuhanmu”
Kalau ada perkara yang bercanggah dengan Quran, takkan kita nak ikut mereka yang tidak ikut Quran.
Kita buat sesuatu yang mestilah matlamatnya redha Allah. Menilai sesuatu samada baik atau buruk dengan syarak.
Perkara yang dipandang elok oleh syarak, itulah yang elok. Perkara yang dipandang keji oleh syarak, itulah yang keji.
Melayu berada dalam pelbagai parti. Masing-masing rasa betul. Kita ada panduan. Apa yang PAS persembahkan kepada masyarakat adalah berdasarkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Sekarang, PAS nak duduk di mana?
Parti Umno, Dr M dan Muhyidfin, PKR, semuanya nak ajak PAS. Di sini kita tidak dilepas untuk membuat halatuju sendiri. Kita ada panduan Quran. Teknik, cara boleh berubah. Oleh itu, PAS tubuh blok ke 3.
Zaman Nabi, ada 2 kuasa besar, Rom dan Parsi. Rom beragama Kristian. Parsi beragama Majusi. Mereka berperang. Akhlak orang Islam ialah bersama dengan Rom kerana mereka dekat dengan Islam. Parsi sembah api, dia jauh.
Bila Rom bertembung dengan Parsi, Nabi tubuh blok ke 3.
Kita tubuh blok ini dahulu. Kita ada Lajnah Politik PAS Pusat. Mereka buat kajian dan ijtihad. Majlis Syura akan nilai menurut syarak. Syura ada 16 ahli sekarang.
Ahli kita tengok gambar Najib dengan Tok guru dah pening. Dulu PAS Pusat dah garis kerjasama untuk tahaluf. Almarhum Ustaz Fadhil kata jangan ikat kuat-kuat. Bila tak setuju, senang lepas. Ini dibolehkan kerana Nabi buat. Ta’awun juga boleh. Ayat Quran sebut:
“Dan bertolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa”
Ini tidak bercanggah dengan ayat. Justeru, dalam isu Rohingnya, PAS bersama. Jangan kata kita makan dedak.
Mursyidul Am PAS mengakhiri ucapannya dengan menyebut: Nabi suruh campak biji kurma supaya tumbuh, walaupun sangat hampir dengan kiamat. Umur saya 77 tahun. Mungkin lebih sesuai untuk berehat, tetapi kerana Islam, saya datang dan bersama di sini. Tok Guru Nik Aziz membawa bekas plastik air kencingnya dalam mesyuarat terakhir. Demikian juga Dato Harun Din yang datang mesyuarat terakhir dengan bekas oksigennya, yang menunjukkan kesungguhan dalam berjuang.
Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan
Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu

Taman Islam, Sabtu 3 Dis 2016

Sumber TKO -4-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Blok Ketiga’ Persediaan Terbaik Menghadapi Gelombang PRU – MSU

KEMAMAN – Majlis Syura Ulama (MSU) menyifatkan penubuhan ‘blok ketiga’ politik ‘Gagasan Sejahtera’, yang digagaskan bersama antara PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) adalah kerjasama politik (tahaluf) terbaik buat masa ini.

Mursyidul Am Ustaz Hashim Jasin berkata pihaknya akan memantau perkembangan dan politik semasa dan membuat keputusan mengikut panduan Islam.


“cara yang tepatnya sebagai persediaan mengahadapi gelombang perubahan dalam keadaan politik tanah air kita ini……..(ialah) apabila PAS menubuhkan blok yang ketiga,

“di sinilah kita kita tidak dilepaskan untuk mencari halatuju sendiri, panduan kita boleh dapat dari agama kita menghadapi suasana yang ada,”ujarya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Mesra Bersama Mursyidul Am di Dewan Mujama’ Taman Islam Kemaman, dekat sini pada Sabtu malam, 3 Disember.

Kedudukan PAS masakini, menurut beliau, adalah berpandukan pada zaman Rasulullah menubuhkan kerajaan Islam di Madinah pada lebih 1400 tahun yang lalu.

Pada masa tersebut, terdapat dua blok kuasa besar, Rom menganut agama kristian dan Parsi yang beragama majusi.


Oleh itu, orang-orang Islam pada masa itu, kata beliau, lebih suka Rom menang daripada Paris kerana agama Kristian lebih dekat dengan Islam.

“dua-dua blok (Rom dan Parsi) bertembung……..berperang (sesama mereka), akhlak orang Islam (masa itu) bersama dengan Rom…….dia suka Rom menang biar Parsi kalah,
“sebab hujah syarak……Rom adalah ahli kitab (dan) dekat dengan Islam, Parsi majusi sembah api, jauh daripada Islam,

“nabi (SAW) telah menubuhkan blok ketiga (dan) tidak duduk ‘bertenggek’ dengan Rom,”jelasnya.
Justeru itu, beliau meminta semua ahli dan penyokong PAS agar tidak gusar dengan langkah-langkah yang diambil oleh Presiden, Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Katanya, beliau yakin dengan kepimpinan Ahli Parlimen Marang itu, yang berjuang bukan untuk kepentingan peribadi dan bertanggungjawab kepada Allah dan Rasul, selain kepada semua umat Islam.

“saya bagi jaminan kepada tuan-tuan, Yang Berhormat Presiden kita, dia bukan hanya bertanggungjawab kepada ahli (sahaja), tapi yang lebih besar dia bertanggungjawab dengan Allah,
“apa yang dia persembahkan, dia sedar…..sesedar-sedarnya, bahawa persempahan beliau untuk mencari keredaan Allah, Rasuk dan orang-orang mukmin (semata-mata),”tegasnya

Sumber BO - 4-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Akhlak pejuang Islam

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43455-akhlak-pejuang-islam

KETIKA Rasulullah SAW ditanya, “Apakah itu agama?” Baginda telah menjawab, “Agama itu ialah akhlak yang baik.” Demikian maksud hadis riwayat Imam Ahmad. Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang bekerja di jalan agama, sebagai pejuang Islam mesti mempunyai akhlak Islam sebagai contoh terhadap apa yang diperjuangkan. Seorang pejuang agama, dibezakan dengan orang awam pada akhlaknya.

Tujuan utama perjuangan Islam adalah untuk memulihkan akhlak manusia terhadap Khaliqnya. Manusia yang diciptakan dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah, pada setiap zaman telah mengalami krisis akhlak, justeru mereka menderhakai Allah, hatta syirik kepada Rabbul Jalil. Lantaran itu, Nabi-nabi AS telah diutuskan untuk mengembalikan manusia kepada Allah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Aku hanya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Apakah sebenarnya pengertian akhlak? Akhlak dari segi bahasa ialah tabiat dan kebiasaan. Tetapi dari segi agama ia adalah satu keadaan jiwa atau rohani yang kukuh, kemudian daripadanya keluar perbuatan, percakapan dan tindakan yang baik dengan mudah tanpa perlu berfikir atau angan-angan. Natijah yang baik itu terpapar dengan sendiri tanpa dibuat-buat, sesuai dengan fitrah, hasil daripada kekuatan iman yang terbentuk dalam diri. Akhirnya terjelma watak seorang yang beragama.

Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-A’raf ayat 58 yang bermaksud, “Dan tanah yang baik, tanaman-tanaman tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tidak tumbuh tanaman-tanamannya melainkan dalam keadaan bantut. Demikianlah Kami ulangi tanda-tanda kebesaran Kami, bagi orang yang bersyukur.” Bandingan yang dikemukakan oleh Allah ini sangat tepat untuk menjadi kayu ukur kepada para pejuangan Islam tentang natijah daripada kekuatan iman yang melahirkan akhlak.

Imam Ghazali RA menegaskan bahawa segala perilaku manusia adalah bertepatan dengan apa yang ada di kalbunya (imannya). Kata Imam Ghazali, “Semua sifat yang terdapat dalam kalbu, pasti pengaruhnya akan terlihat pada perilaku, sehingga manusia tidak berperilaku, melainkan sesuai dengan apa yang ada dalam kalbunya.” Ertinya, seluruh tingkah laku kita menjadi gambaran terhadap nilai iman yang telah tertanam dan diyakini oleh setiap orang. Apakah seorang pejuang Islam bangkit tanpa iman?

Untuk menjadi seorang pendukung Islam yang tegar, kita telah melalui proses tarbiyah yang panjang. Bukan hanya ahli-ahli bawahan yang diwajibkan mengikuti tarbiyah harakiyah, tetapi juga para pimpinan. Supaya setiap orang daripada kita berjuang dengan ilmu, iman dan akhlak. Tanpa ilmu pasti kita malas berjuang, tanpa iman kita tidak akan bangkit. Mungkinkah kita bangkit berjuang tanpa akhlak? Ternyata jihad dan akhlak adalah “kembar siam” yang sukar dipisahkan, kerana akhlak adalah lahir pada diri pejuang yang beriman!

Saya menyeru diri saya sendiri dan seluruh anak-anak harakah yang berada dalam perjuangan Islam, khususnya ahli-ahli PAS supaya sentiasa mempamerkan akhlak terbaik sebagai seorang pejuang Islam. Inilah modal yang terbesar dalam kita merubah masyarakat sehingga mereka merasa tertarik dengan Islam kerana mulianya akhlak para pejuangannya. Jika Nabi-nabi AS didatangkan oleh Allah terhadap kaum yang engkar, lalu merubah mereka dengan akhlak, maka sudah pasti ia adalah satu contoh yang terbaik untuk kita semua dalam memperbaharukan masyarakat dengan Islam.

Pada suatu hari, telah ditanyakan kepada Ummul Mukminin, Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah SAW. Beliau menjawab, “Akhlaknya adalah al-Quran.” Nah! Di hadapan kita sekarang adalah perjuangan untuk menegakkan al-Quran dan Sunnah dalam seluruh sistem kehidupan.

Bagaimanakah kita dapat mendirikan sebuah negara yang berasaskan al-Quran, jika al-Quran itu sendiri tidak berdiri di dalam diri kita. Ternyata Rasulullah SAW telah mendirikan akhlaknya dengan al-Quran, kemudian seluruh Sahabat RA juga turut mendirikan akhlaknya dengan al-Quran, sehingga terbangun sebuah masyarakat dan negara yang mendaulatkan al-Quran.

Hari ini, kita melihat satu krisis yang besar di kalangan generasi muda terutama golongan yang tegar dalam perjuangan membela hak rakyat jelata. Mereka bangkit dengan isu-isu dan tuntutan yang menggegarkan. Media-media sosial digembleng untuk mewujudkan kesedaran. Tetapi dalam rangka perjuangan yang bersulam dengan kata nista, caci dan cerca, fitnah dan cerita yang direka, bergaul bebas semua jantina, iman terbiar nafsu dipuja. Apakah ini akhlak orang yang mahu menjadi pembela?

Saya tidak mahu ahli-ahli PAS terikut-ikut dengan pendekatan mereka. Atas sebab mencari popular, semua perkara halal belaka. Ahli PAS mesti berpijak di bumi yang nyata, bahawa seluruh perjuangan ini mestilah berasaskan akhlak mulia yang telah dicontohkan oleh Nabi SAW. Baginda berjaya membentuk masyarakat dengan akhlak, bukan dengan isu-isu yang diperjuangkan tanpa batas kawalan. Tidak ada ruang untuk para pejuang Islam meniru-niru pendekatan yang tidak melahirkan akhlak mulia. Merubah masyarakat mestilah dengan akhlak, bukannya dengan laung pekik yang jelak! - HARAKAHDAILY 3/12/2016

Sumber HD - 3-2-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mursyidul am PAS jelaskan mengapa PAS elak serang Najib
Posted on Monday, November 28 @ 17:02:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32626



PETALING JAYA: PAS menganggap kejatuhan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan hanya mengembalikan kekuatan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan orang baharu, kata mursyidul am PAS Hashim Jasin.
Beliau memberikan contoh bagaimana BN yang lemah di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad muncul kuat semula selepas digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyaksikan kemenangan besar merampas semula sejumah besar kerusi pembangkang yang dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) 1999.

“Bukankah pada pilihan raya 2004, BN menang besar? BN akan lebih kuat dalam tangan orang baharu,” kata Hashim dalam wawancara bersama Sinar Harian.

“Najib sekarang dalam keadaan lemah, jadi kita sebagai pembangkang tak perlulah nak kempen (beri kekuatan baharu kepada BN). Dia lemah, biarlah,” katanya.

BN memenangi 198 kerusi Parlimen pada PRU 2004 manakala pembangkang memenangi 20 kerusi, majoriti terbesar yang diperolehi BN sejak 1978.

Hashim turut mempersoalkan apa yang akan berlaku selepas kempen pembangkang menjatuhkan Najib berjaya.

“Bolehkah kita pastikan tidak akan ada masalah lagi, jika Najib dijatuhkan? Pada pandangan saya, kalau sistem sama masih dipakai, samalah juga.

“Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya.

“Kalau boleh kata dalam keadaan dia banyak ‘dosa’, banyak perkara yang dia buat orang marah, masa itulah kita tumbangkan dia. Itu lebih baik daripada kita usaha jatuhkan dia sekarang,” katanya.

Sumber TKO - 28-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Akhlak pemangkin dakwah

TUAN GURU HASHIM JASIN | .












http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43357-akhlak-pemangkin-dakwah

NABI Muhammad SAW telah dibangkitkan oleh Allah SWT sebagai pembentuk akhlak mulia di kalangan manusia. Baginda telah dilahirkan dalam masyarakat yang mengalami keruntuhan moral, kehilangan nilai kemanusiaan dan memiliki akhlak sangat buruk. Inilah realiti orang Arab Jahiliyah ketika bangkitnya nabi akhir zaman.

Bagaimana Nabi SAW mendepani mereka? Akhlak Baginda yang agung itulah telah mengubah orang Arab menjadi ‘khir ummah’ kemudiannya. Baginda SAW dengan membawa contoh-contoh akhlak terpuji telah menggagalkan usaha-usaha jahat yang dibuat oleh musuh-musuh untuk menuduh Nabi SAW dengan tuduhan-tuduhan liar. Yang terlekat di hati orang Mekah ialah kemuliaan akhlak Baginda, sehingga terkenal dengan gelaran al-Amin.

Akhlak adalah sifat fitrah atau semula jadi manusia yang sukakan kebenaran. Secara falsafah, akhlaklah yang menghubung antara Khaliq dengan makhluk. Allah SWT telah menjadikan manusia secara semula jadi berpihak dan cenderung kepada kebenaran. Kemungkaran yang dilakukan oleh manusia bukan kerana fitrahnya, tetapi ditaja oleh hawa nafsunya.

Kerana itulah apabila Nabi SAW dibangkitkan dengan akhlak yang mulia seperti firman Allah dalam ayat 4 surah al-Qalam yang bermaksud, “Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung,” Baginda dapat mengatasi pengaruh politik dan kekayaan pembesar Mekah. Keburukan akhlak orang Arab Jahiliyah tidak dapat mengatasi kemuliaan akhlak Nabi SAW walaupun Baginda adalah seorang anak yatim yang miskin lagi buta huruf. Ini disebabkan oleh fitrah manusia yang sukakan kebenaran.

Dalam sejarah dakwah di negara kita sendiri, telah dicatatkan bahawa antara faktor yang mendorong seluruh orang-orang Melayu meninggalkan agama datuk nenek mereka ialah kerana akhlak pendakwahnya. Orang Melayu yang dahulunya beragama Hindu-Buddha selama ratusan tahun dengan mudah sahaja meninggalkan agama tersebut dan beralih kepada Islam, setelah melihat, kagum dan terpesona dengan akhlak para pendakwah.

Tentu aneh untuk kita fikirkan bagaimana orang Melayu boleh menerima Islam dengan hati yang terbuka. Tiada catatan yang menunjukkan mereka di-Islamkan dengan pedang atau paksaan, bahkan tiada setitik darahpun yang tumpah dalam perkembangan dakwah Islam. Hanya dengan akhlak mulia yang dipamerkan oleh para pendakwah, Islam telah tersebar luas di Alam Melayu sehingga tiada lagi orang Melayu, melain mereka beriman kepada Allah SWT.

Saya cuba menunjukkan contoh yang dekat dengan kita sesudah contoh terbesar ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Supaya setiap daripada kita, ahli-ahli PAS yang menjadi penggerak Islam yang berada di medan dakwah, sedar tentang pentingnya akhlak dalam perjuangan. Akhlak adalah paparan imej yang pertama dilihat oleh mad’u sebelum mereka menerima apa yang kita ajakkan. Kita menawarkan Islam yang begitu tinggi nilainya, tetapi apakah kita sendiri telah berakhlak dengan akhlak Islam?

Kalau Nabi SAW dibinakan oleh Allah sebagai seorang pendakwah dengan akhlaknya, lalu Baginda berjaya menawan hati mad’unya, lalu kita berada di mana sekarang? Perjuangan Islam memerlukan akhlak yang mulia para pejuangannya. Mungkin kita tidak dapat menawarkan projek-projek, saham-saham dan mata dunia yang lain kepada mereka. Tetapi sekiranya ahli-ahli PAS memiliki akhlak yang mulia, kita pasti dapat mengatasi kekuatan pengaruh kebendaan yang ada.

Manusia yang hidup tanpa pengaruh agama telah mengalami kekosongan jiwa. Mereka mungkin menyangka bahawa kebahagian dapat dicapai dengan harta benda dan anak-pinak yang banyak. Hari ini, semangat maddiyah (kebendaan) begitu tebal di hati mereka. Tetapi ternyata hati mereka merasa kosong dan tercari-cari alternatif sebagai ‘ubat penenangnya.’ Hiburan, hedonisme, arak, dadah dan seumpanya telah menjadi alternatif yang tidak menyelesaikan masalah!

Kenapa mereka tidak mencari Islam? Sedangkan di situlah mereka akan menemui penawar yang paling mujarab. Antara sebabnya kerana mereka tidak melihat akhlak kita para pendakwah sebagai contoh tauladan, lalu Islam tidak menjadi pilihan. Bukanlah saya bermaksud akhlak kita sangat buruk, tetapi kualiti akhlak kita belum memadai untuk menjadi daya penarik kepada mereka.

Saya sangat yakin jika para pimpinan dan ahli-ahli PAS terus memperbaiki akhlak mereka dan mempamerkan akhlak mulia seperti yang dicontohi oleh Nabi SAW, pasti berbondong-bondong manusia akan datang kepada Islam dan memilih Islam sebagai cara hidup mereka. Manusia akan meninggalkan budaya hidup tanpa hala tuju sekarang ini, kepada hidup yang bermatlamat kejayaan dunia dan akhirat, dengan kekuatan akhlak kita sebagai para pendakwah! - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Tahaluf perlu berprinsip

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43277-tahaluf-perlu-berprinsip

KERJASAMA adalah satu amalan mulia yang diperintahkan oleh Allah dalam kita menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Itulah mafhum daripada perintah Allah dalam Surah al-Ma’idah ayat 2 yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonganlah di dalam perkara kebajikan (menegakkan makruf) dan takwa (meninggalkan mungkar)”.

Salah satu kerjasama yang penting ialah kerjasama politik atau disebut “Tahaluf Siyasi.” Nabi Muhammad s.a.w. telah menunjukkan contoh-contoh terbaik dalam melaksanakan kerjasama politik terutama dengan orang bukan Islam.

Ketika umat Islam diwajibkan bersatu padu di atas dasar Islam (hablillah), umat manusia secara umum diperintahkan supaya saling berkenalan (taaruf), yang menunjukkan perlunya ada hubungan kemanusiaan sesama insan.

Dalam sejarah, tahaluf yang berlaku dalam peristiwa al-Fudhul untuk menentang kezaliman, tahaluf dengan Abu Talib untuk melaksanakan dakwah, tahaluf dengan Muth’im bin Adi untuk memelihara keselamatan pendakwah, tahaluf dengan Yahudi dalam Sahifah Madinah untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan Madinah dan tahaluf dalam Perjanjian Raidhwan dengan Quraisy untuk diadakan gencatan senjata, telah menunjukkan bagaimana keharusan dan prinsip dalam tahaluf.

Adapun beberapa peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. menolak tahaluf dengan Abu Lahab untuk berkompromi tentang akidah, menolak tahaluf dengan Bani Amir kerana tidak mahu memberi komitmen untuk menyerah pemerintahan kepada orang tidak beriman dan menolak tahaluf dengan Bani Syaiban kerana mengelakkan gerakan Islam terjerumus ke dalam perangkap musuh, telah memberikan garis-garis sempadan dalam kita mengadakan hubungan atau kerjasama politik dengan pihak lain.

Satu prinsip terpenting dalam tahaluf siasi yang dilaksanakan ialah ia mesti memberikan keuntungan kepada Islam. Mustahil kita melakukan sesuatu tahaluf yang tidak menguntungkan, apatah lagi merugikan Islam Islam.

Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Muslim dan Abu Daud dari Jubair bin Muth’im yang bermaksud: “Tidak ada tahaluf dalam Islam dan setiap tahaluf yang dibuat semasa jahiliyyah, maka Islam menambahkan kekuatannya”.

Maka dalam hal ini, saya gariskan beberapa prinsip asas yang mesti menjadi panduan setiap kali kita membawa cadangan untuk melakukan kerjasama politik. Pertama, Islam hendaklah menjadi pemimpin dalam kerjasama politik. Tidak boleh sama sekali Islam dipimpin. Sesiapa yang mempunyai kecenderungan untuk bersamasama dengan PAS, mesti menerima PAS sebagai pemimpin.

Kedua, kerjasama mestilah dibuat atas dasar Islam. Dasar-dasar lain yang bercanggah dengan Islam tidak boleh diterima dalam kerjasama politik. Kita mungkin boleh bertolak ansur untuk menerima “persepakatan” dalam kepentingan bersama yang selari dengan Islam seperti menentang kezaliman, mencegah rasuah dan seumpamanya.

Tetapi kita tidak akan bertolak ansur untuk menggadai dasar Islam. Ketiga, semua kerjasama yang dirangka mesti membawa keuntungan kepada Islam. Kerjasama yang terang-terangan merugikan Islam, mencabar kemuliaan Islam atau menentang Islam tidak akan wujud sama sekali.

Sebagai sebuah gerakan Islam, apabila kita mahu menjadikan tahaluf sebagai satu srategi politik, maka kita mesti memastikan ia berjalan mengikut landasan syariat. Tidak boleh kita berhujah semata-mata atas dasar “diluluskan oleh Muktamar.” Kerana Muktamar PAS sendiri adalah terikat dengan sumber hukum PAS iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias. Segala keputusan Muktamar PAS yang bercanggah dengan sumber hukum atau pelaksanaannya yang menyanggahi sumber hukum, maka ia adalah terbatal dengan sendirinya.

Dalam konteks ini, setiap ahli PAS mesti sedar bahawa tahaluf berdiri di atas beberapa syarat antaranya membawa maslahat dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip; mengakui kepemimpinan Islam dan tidak menjejaskan prinsip perjuangan; tidak berwalak kepada sekutu pakatan dan tidak reda dengan pegangan mereka.

Pengalaman PAS dalam mengadakan tahaluf sejak 1973 telah mewarnai pendirian kita dalam tahaluf bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Kita telah bersama Barisan Nasional (BN) (1973-1977), Harakah Keadilan Rakyat (HAK) (1986), Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) (1988-1996), Barisan Alternatif (BA) (1998-2008), Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015), dan kini kita memimpin Gagasan Sejahtera untuk menyatukan kekuatan pembangkang mengikut prinsip tahaluf yang digariskan oleh Islam.

PAS sentiasa terbuka untuk menerima semua kumpulan Islam supaya bersatu di bawah Gagasan Sejahtera berdasarkan prinsip Islam. PAS juga boleh menerima mana-mana kumpulan bukan Islam yang bersedia untuk menerima kepemimpinan Islam, mengakui perjuangan Islam dan sanggup untuk bersama-sama mempertahankan Islam. Tidak ada ruang kerjasama bagi kumpulan yang menentang dan mengkhianati Islam! - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber HD - 21-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Kunjungan sulung Mursyidul Am PAS ke Terengganu

HARAKAHDAILY | .











http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43259-kunjungan-sulung-mursyidul-am-pas-ke-terengganu

KUALA LUMPUR: Tuan Guru Hashim Jasin akan menjejakkan kaki buat kali pertama ke Terengganu pada 9 Disember ini selepas dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) negeri, Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir berkata, Tuan Guru Hashim Jasin akan menghadiri Majlis Makan Malam yang dianjurkan lajnah tersebut pada 9 Disember di Dewan Tok Guru, Rusila.

Menurutnya, makan malam sambil menderma adalah satu inisiatif bagi mencari dana untuk melicinkan program lajnahnya yang telah diatur.

“Kita akan mengadakan program sehari bersama nelayan peringkat negeri bermula di Dun Batu Rakit.

“Dana yang dikutip ini juga akan kita gunakan untuk membantu golongan petani dan nelayan yang kita semua ketahui amat terkesan dengan kenaikan harga barang, lebih-lebih lagi di saat musim tengkujuh setiap akhir tahun,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Katanya, program Sehari Bersama Nelayan yang akan diadakan di kawasan Dun-Dun terpilih bermula Januari 2017.

Sehubungan itu, Ustaz Shahari yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu berharap agar semua pendukung dan penyokong PAS dapat hadir ke program makan malam itu.

Katanya, sebarang pertanyaan berhubung program makan malam itu boleh menghubungi Setiausaha LATAS Abdul Raof Mohamed di talian 019 264 3481.

Sumber HD -19-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kunjungan Pertama Mursyidul Am Ustaz Hashim, Ke Terengganu

KUALA TERENGGANU – Mursyidul Am PAS Ustaz Hashim Jasin akan menjejakkan kaki kali pertamanya ke negeri Terengganu selepas beliau dilantik ke jawatan .

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) sekitar Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau akan menghadiri Majlis Makan Malam yang dianjurkan Lujnah itu pada 9 Disember, di Dewan Tok Guru, Rusila.

Menurut Sahari, makan malam sambil menderma adalah satu inisiatif bagi mencari dana untul melicinkan program Lajnahnya yang telah di atur.









“kita (LATAS) akan mengadakan program sehari bersama Nelayan peringkat Negeri bermula di DUN Batu Rakit,

“Dana yang di kutip (melalui Makan Malam) ini juga akan kita gunakan untuk membantu golongan petani dan nelayan yang kita semua ketahui amat terkesan dengan kenaikan harga barang, lebih-lebih lagi di saat musim tengkujuh setiap akhir tahun,”jelasnya.

Katanya, program Sehari Bersama Nelayan yang akan di adakakan di DUN-DUN terpilih bermula Januari 2017.

Sehubungan itu Ustaz Shahari yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Setiu berharap agar semua pendokong dan penyokong PAS dapat hadir ke program makan malam itu.

Katanya, sebarang pertanyaan tentang makan malam tersebut boleh menghubungi Setiausaha LATAS Abdul Raof Mohamed,di talian 019 264 3481.

Sumber BO - 17-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Will Not Join Barisan Nasional – Ustaz Hashim

PAS will not join Barisan Nasional (BN) but this does not mean the Islamist party is forbidden from meeting members of the ruling coalition or holding discussions together, according to Hashim Jasin.

The newly-appointed PAS spiritual advisor was quoted by news a news portal today as saying that his party would be willing to meet other parties even though they might be political enemies.

“For PAS, although they may be enemies, our religion does not stop us from meeting and talking.

“So now they (BN) want to talk to us. We are prepared to hear them out and they should hear what we have to say,” Hashim reportedly said.

“But don’t accuse us of joining BN. We have decided (against it),” Hashim added.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang recently expressed intentions to cooperate with Pakatan Harapan to ensure straight fights against BN in the coming general elections.

He, however, added a caveat that that negotiations can only go on if opposition parties do not interfere in PAS’s internal affairs.

PAS has previously said that it will not be part of any grand Opposition coalition if it includes DAP or Amanah, founded by former PAS rebels.

After the dissolution of Pakatan Rakyat about a year ago, PAS had formed its own coalition last August with Parti Ikatan Bangsa Malaysia, formerly known as Gagasan Sejahtera, but said it would still be open to cooperation with Pakatan Harapan parties.

Sumber BO - 123-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas tawar kerjasama berasaskan kepentingan Islam untuk tewaskan BN
Posted on Thursday, November 10 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32313



SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, strategi satu lawan satu adalah strategi terbaik menewaskan BN, yang pengaruhnya semakin lemah.

Hashim berkata, Pas mempunyai sikap sangat terbuka untuk bekerjasama dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang.

“Kerjasama politik adalah pendekatan sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman kerajaan BN pada PRU14.

"Justeru, Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang,” katanya.

Namun katanya, sebagai parti berasaskan Islam dan mempunyai pengalaman luas dalam politik serta pilihan raya di negara ini, Pas tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam.

Menurutnya, Pas berpandangan tahaluf siyasi yang mahu dilakukan kali ini mestilah dipimpin oleh Islam.

"Pas telah menyediakan platform kerjasama yang dipimpin oleh Islam melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang kini telah disertai Ikatan dan Berjasa.

“Mana-mana parti politik yang mahu bekerjasama dengan Pas pada PRU14, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka menerima kerjasama ini dipimpin oleh Islam.

"Tawaran kerjasama ini juga terbuka kepada parti-parti bukan Islam yang bersedia dipimpin oleh Islam,” katanya.

Hashim berkata, bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa jika Umno menerima Islam, pihaknya bersedia membubarkan Pas.

“Ini prinsip kerjasama dipimpin oleh Islam, yang menjadikan penerimaan terhadap Islam sebagai syarat kerjasama.


  "Pihak menentang Islam atau mengkhianati Islam tidak layak bekerjasama dengan Pas, kecuali mereka berubah sikap untuk menerima Islam sebagai pemimpin dalam kerjasama ini,” katanya.

Sumber TKO - 10-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Bersatu dengan tali Allah

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43147-bersatu-dengan-tali-allah

AQIDAH menjadi tali penghubung yang mengikat hubungan antara sesama manusia yang lebih kuat dari ikatan dan pertalian darah dan keturunan. Inilah yang disebutkan oleh Allah bahawa setiap orang Mukmin adalah bersaudara, dan hubungan mereka seperti susunan batu-bata dalam binaan sebuah bangunan. Mereka saling kukuh-mengukuh antara satu sama lain.

Dalam sejarah Islam, ia bermula dalam sebuah masyarakat yang begitu fanatik dan taksub perkauman dan perpuakan. Islam datang dengan menyatukan seluruh perbezaan darah dan keturunan kepada persamaan aqidah. Semangat perkauman yang kuat sebelum ini telah luntur akibat kekuatan iman sehingga para Sahabat yang berkulit hitam dari Habsyah seperti Bilal bin Rabah dan Sahabat imigran dari Yaman seperti Ammar bin Yasir mendapat kemuliaan setanding bangsawan Quraisy.

Kerana iman yang menjadi asas perpaduan, tidak ada lagi rasa terpisah antara golongan bangsawan dengan hamba sahaya. Persoalan kelas ekonomi dan sosial telah diruntuhkan oleh kekuatan iman. Golongan hamba sahaya dan orang miskin yang selama ini dipandang jijik oleh bangsawan Quraisy Mekah, telah mula mendapat pembelaan di atas semangat iman sehingga Abu Bakar mengorbankan hartanya bagi memerdekakan Bilal.

Kita sudah biasa mendengar nama-nama seperti Salman al-Farisi, Suhaib ar-Rumi, Bilal al-Habsyi dan lain-lain yang menunjukkan mereka bukan berbangsa Arab. Bahkan, di kalangan Ansar wujud Aus dan Khazraj, manakala tidak kurang juga Bani Israel dari keturunan Qainuqak, Quraizah dan Nadhir yang beriman. Mereka disatukan oleh Rasulullah SAW bersama Muhajirin dari Mekah dengan hablillah (tali Allah), sehingga menjadi sumber kekuatan dalam kebangkitan Islam.

Inilah kekuatan iman yang bertunjangkan tali Allah. Apakah tali Allah? Itulah Islam, agama suci yang menjadi cara hidup yang sempurna untuk manusia. Orang-orang yang telah beriman, diperintahkan oleh Allah supaya berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah. Islam menjadi asas yang menyatukan semua orang beriman. Perbezaan kerana warna kulit, daerah, status ekonomi, keturunan, bahkan pegangan politik tidak sepatutnya mengasingkan kumpulan-kumpulan orang yang beriman.

Sebagai mana kita merasai manisnya iman apabila mengenangkan nasib saudara seagama di Palestin, Chechen, Kashmir, Bosnia, Rohingya dan lain-lain, sehingga kita sanggup menghulurkan bantuan, menyuarakan tuntutan dan membela nasib mereka, begitulah sepatutnya rasa keimanan berkembang dalam diri kita. Kita tidak pernah mengenali atau bertemu dengan saudara seaqidah dari Chechen dan Bosnia, tetapi kita menyatakan solidariti. Kenapa?

Nah! Hari ini di hadapan kita orang Melayu menjadi bangsa yang beragama Islam. Bangsa-bangsa lain seperti Cina, India dan Bumiputera juga mempunyai minoriti Islam. Telah lama kita dipisahkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah. Islam menyerukan perpaduan semua manusia atas semangat taaruf, sedangkan Islam memerintahkan orang yang beriman bersatu atas dasar aqidah (hablillah). Perbezaan sedia ada tidak menjadi halangan kerana kita mempunyai ‘penawar’ yang menyatukan iaitu Islam.

PAS telah mendukung Islam sebagai cara hidup yang syumul meliputi soal politik, ekonomi dan sosial. Islam yang diperjuangkan oleh PAS bukan hanya ibadat dan ritual semata-mata, tetapi sebagai sistem hidup. Dalam pada itu, terdapat kumpulan-kumpulan politik dan NGO yang turut disertai oleh umat Islam. Umat Islam hari ini ada dalam Umno, PKR, Bersatu, PAN, DAP dan lain-lain. Kita memperkatakan tentang kerjasama dan perpaduan. Tetapi mengapa umat Islam tidak mahu menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka?

Jika kita bersedia memilih Islam sebagai alat menyatukan kita, sudah pasti umat Islam boleh menjadi kuat dan kukuh. Kita lupakan dahulu soal semangat kebangsaan atau ideologi yang kita anut, sebaliknya kita kembali kepada Islam sebagai tali Allah. Atas dasar iman, kita telah diperintahkan bersatu dan dilarang berpecah belah. Orang-orang Islam dalam PAS, Umno, PKR, Bersatu, hatta DAP dan PAN juga sewajarnya bersatu hati atas nama Islam, dan melupakan semua kepentingan sempit.

Saya menyeru semua umat Islam dan mereka yang beriman, khususnya di negara ini, supaya bersatu dengan berpegang teguh pada tali Allah. Kita kembalilah kepada Islam yang sebenar dan kita binakan kekuatan melalui perpaduan atas nama Islam. Kerjasama politik atau tahaluf siyasi adalah ruang yang sangat terbuka untuk semua orang, tetapi ia mestilah didasarkan atas nama Islam dan dipimpin oleh Islam. Bergerak di atas dasar al-Quran dan Sunnah akan menyatukan seluruh perbezaan kita dan mengembalikan kekuatan kepada kita! - HARAKAHDAILY 9/11/2016

Sumber HD - 9-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Islam memimpin: Pintu PAS terbuka untuk kerjasama

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43138-islam-memimpin-pintu-pas-terbuka-untuk-kerjasama

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) berpandangan bahawa kerjasama politik adalah satu pendekatan yang sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman Kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Strategi ‘satu lawan satu’ ada strategi terbaik dalam menewaskan BN yang pengaruhnya semakin melemah hari ini. Kerana itu, PAS mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang.

Namun begitu, sebagai sebuah parti yang berasaskan Islam dan mempunyai pengalaman yang luas dalam politik dan pilihan raya di negara ini, PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam. Pengalaman PAS bertahaluf siyasi semenjak 1986, telah memperlihatkan satu hasil yang tidak menguntungkan Islam, terutama selepas 2008. PAS berpandangan bahawa tahaluf siyasi yang hendak dilakukan kali ini mestilah dipimpin oleh Islam.

PAS telah menyediakan platform kerjasama yang dipimpin oleh Islam melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang kini telah disertai oleh Ikatan dan Berjasa. Mana-mana parti politik yang mahu bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya akan datang, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka menerima kerjasama ini dipimpin oleh Islam. Tawaran kerjasama ini juga terbuka kepada parti-parti bukan Islam yang bersedia dipimpin oleh Islam.

Bekas Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengingatkan bahawa jika Umno menerima Islam, kita bersedia membubarkan PAS. Inilah prinsip kerjasama yang dipimpin oleh Islam yang menjadikan penerimaan terhadap Islam sebagai syarat kerjasama. Pihak yang menentang Islam atau mengkhianati Islam tidak layak bekerjasama dengan PAS, kecuali mereka berubah sikap untuk menerima Islam sebagai pemimpin dalam kerjasama ini.

HAJI HASHIM JASIN
Mursyidul Am PAS - HARAKAHDAILY 8/11/2016

Sumber HD -8-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Taaruf menyatukan manusia

TUAN GURU HASHIM JASIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43094-taaruf-menyatukan-manusia

MANUSIA telah diakui oleh para sarjana, merupakan makhluk yang sentiasa bersosial atau bergaul antara satu sama lain. Inilah fitrah kejadian manusia yang diiktiraf oleh Islam sebagai satu cara hidup terbaik.

Al-Quran menjelaskan kepada kita isu tentang kejadian manusia dalam keadaan tolak-menolak, yang menunjukkan kecenderung manusia adalah untuk bermusuh, bertelagah, bergeser dan akhirnya berpecah.

Di sebalik kecenderungan manusia untuk bertelagah, Allah telah menjadi manusia secara fitrah, tidak dapat hidup secara bersendirian, bahkan sentiasa memerlukan teman-teman untuk memeriahkan hidupnya.

Penciptaan Hawa pada kala Nabi Adam kesunyian di syurga adalah gambaran bagaimana setiap manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Fitrah ini tidak terhad kepada orang beriman sahaja atau orang Melayu sahaja, tetapi menjadi fitrah bagi setiap manusia.

Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujuraat: 13).

Allah SWT telah menyebutkan tentang tujuan kejadian manusia untuk berkenalan (li taarafu). Ertinya, manusia perlu hidup dalam suasana harmoni, penuh kasih sayang, tolong-menolong dan bertimbang rasa.

Mana mungkin manusia yang hidup dalam keadaan bencimembenci, bermusuhan dan bercakaran atas apa jua sentimen boleh berkenalan atau bertaaruf.

Taaruf hanya dapat dibina dengan perasaan kemanusiaan yang mendalam, sehingga kita merasakan semua manusia adalah saudara kita.

Saya masih teringat pesanan bekas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sangat menekankan soal persaudaraan manusia.Bahawa kita semua adalah anakcucu kepada datuk dan nenek yang sama Adam dan Hawa.

Bangsa apa pun kita, baik Melayu, Cina, India, hatta Jepun, Eropah dan Afrika sekalipun, hakikatnya kita adalah adik-beradik.Atas asas itu, kita perlu terbuka untuk sentiasa bertaaruf dan menghulurkan perkenalan sehingga terbina kasih sayang dan kemanusiaan.

Siapakah yang mengiktiraf seluruh kepelbagaian manusia ini sebagai punca perpaduan dan kasih sayang? Hanya Islam! Islam tidak membawa agenda kaum, bangsa dan puak. Islam hanya membawa agenda ketaatan kepada Sang Pencipta, yakni Allah.

Islam tidak mempedulikan dari bangsa apa kita dilahirkan atau di negeri mana darah kita ditumpahkan, tetapi Islam memberati tentang darjah taqwa yang ada di hati kita. Semangat berpuak atau berbangsa yang sempit itulah kemudiannya membawa kepada permusuhan dan pertumpahan darah.

Al-Quran telah memerintahkan manusia supaya berkenalan atau bertaaruf agar manusia dapat menghentikan kebencian, permusuhan dan perpecahan. Fenomena ini berlaku di mana-mana di seluruh dunia hari ini. Kita melihat pertumpahan darah kerana perbezaan kelas ekonomi, perbezaan agama, perbezaan warna kulit, perbezaan geografi dan sebagainya.

Di negara kita sendiri, keadaan ini telah terbina oleh dasar pecah dan perintah penjajah dahulu. Antara kita dibezakan oleh budaya, bahasa, agama dan bangsa. Hingga kini kita masih saling mencurigai.

Kita hanya ada satu pilihan untuk menamatkan bencana ini, iaitu kita kembali kepada Islam. Ketika Islam berkembang pada awal sejarah tamadunnya, ia menjalar dari Transoxania di Asia Tengah hingga ke Andalusia di barat Eropah.

Berbagai-bagai bangsa dan budaya bersatu di bawah payung Islam, kemudian orang bukan Islam menumpang tuah keamanannya. Sehingga kini, dunia mengakui bahawa zaman Islam itulah “The Golden Ages” zaman keemasan bagi kemanusiaan.

Ketika dunia dalam keadaan teraba-raba mencari formula, bagaimana seluruh krisis kemanusiaan ini hendak dihentikan, maka kita mesti menampilkan Islam untuk memimpin perubahan atas semangat “li taarafu” yang diperintahkan oleh Allah.

Para pejuangan Islam seperti PAS, walaupun kita bersaiz kecil di mata manusia, tetapi kita mesti menjadikan Islam sebagai pemimpin untuk menyatukan semula manusia walau di ceruk mana mereka berada.

Jika PAS dapat membentuk kesedaran global, bahawa kita sesama manusia perlu berkenalan dalam erti membina kasih sayang, melahirkan mawaddah dan membangunkan kemanusiaan, ertinya PAS telah berjaya membawa satu agenda al-Quran untuk menjadikan manusia sentiasa berkenalan di kalangan mereka ke arah kebaikan dan perpaduan.

Memimpin manusia menuju penyatuan adalah langkah besar yang tidak mempedulikan perbezaan, yang akhirnya akan menatijah perakuan manusia terhadap ketuhanan Allah, Tuhan sekalian alam. Islam pernah melakukannya, tinggal lagi untuk kita mengulanginya!

Sumber HD - 4-11-2016

No comments:

Post a Comment