Assalamualaikum,,, Rafizi Ramli bergerak terlalu advance sehingga terlepas pandang kepada agama sendiri, itulah hebatnya seorang yang terlalu cerdik, kali ini dia tampil dengan garis merah dalam usahanya untuk PH meletakkan usaha untuk mendekati dan berunding dengan PAS.Selain itu Rafizi juga kelihatan terlepas pandang dengan kenyataan DAP yang menganggap Adun Likas yang keluar parti sebagai pengkianat sedangkan berdozen ahli Parti Amanah yang bersama sama mereka juga setaraf dengan Adun Likas itu.Kenapa Rafizi tidak terlebih dahulu meletakkan garis kepada Parti Amanah dalam PH sebelum meletakkan garis merah kepada PAS? Rafizi jelas jelas sudah terlupa kepada hakikat perjuangan PAS yang terlalu jauh dari perjuangan PKR, Rafizi lupa dan terlalu lupa bahawa PAS bergerak sebagai jemaah Islam melebihi parti politik seperti PKR, sebaliknya terus menganggap PAS sama setaraf dengan PKR. Rafizi lupa langkah kajangnya dulu yang menjadi titik kemusnahan PR dan sebaliknya masih mahu mengajak PAS menyertai PH sambil dengan sombong meletakkan garis merah yang sebenarnya tidak lagi merah kerana jelasnya sekarang garis merah yang Rafizi letakkan itu sudah berwarna hitam.Hujahnya mudah, ketika PAS sedang komited untuk memartabatkan Islam sebagai carahidup, PH dengan sombongnya bergabung dengan lgbt dan puak puak liberal yang lain untuk menganjurkan Bersih 5.0. Bukankah terdapat pertentangan yang jelas antara PAS dan PH di situ dan tak perlu meletakkan apa apa garis kerana ianya sudahpun hitam atau dengan kata kata lain. sudah tidak ada persamaan antara PAS dan PH.Maka sudah tidak ada jalan untuk bergabung dan garis merah Rafizi itu sudahpun out of date. Kemudian tindakan DAP mengutuk Adun Likas yang keluar parti secara automatiknya terpalik kepada tertubuhmya parti Amanah yang bergabung dalam PH.Kalau Adun Likas dianggap pengkianat kerana keluar parti, bagaimana pula kedudukan berdozen dozen ahli parti Amanah yang keluar PAS itu? Bukankah mereka juga pengkianat dan kenapa DAP boleh bersengkongkol dengan pengkianat? Lebih penting lagi Rafizi sepatutnya mengambil kira perkara ini sebelum meletakkan garis merah kepada PAS kerana secara jelas dan tegasnya PAS tak akan mungkin bersama dengan pengkianat dalam apa jua keadaan. Rafizi juga macam bagus jer bila mengatakan cakap cakap setengah ahli PKR bahawa PKR tidak akan menang tanpa PAS itu hanyaah spekulasi tetapi tetap tidak menolak untuk berunding dengan PAS dengan meletakkan garis merah.Inilah ungkapan Rafizi yang cuba menunjukkan PKR itu lebih bagus dan menjadi abang besar dalam PH. Betulkan Rafizi benar benar cerdik? Sumber TKO - 6-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Hang Tuah di sini dikejarkan untuk membantu mengeluarkan tangan anggota Rela yang tersangkut dalam lubang tandas. Difahamkan warga emas berusia 65 tahun itu gagal menarik keluar tangannya selepas cuba mengambil gigi palsu milik mangsa yang terjatuh ke dalam lubang tandas. Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata enam anggota bomba tiba di tingkat tiga Anjung Singgah dekat Jalan Hang Lekiu di sini kira-kira pukul 8 pagi Sabtu selepas menerima panggilan kecemasan. "Dia tergelincir ketika cuba mengambil gigi palsunya yang terjatuh ke dalam lubang tandas itu. "Mangsa menghidap penyakit kencing manis. Dia berdepan risiko mengalami gangren jika darahnya tidak mengalir secara bebas," katanya. Samsol Maarif berkata anggota bomba berdepan kesukaran untuk mengenal pasti alatan yang sesuai untuk misi menyelamat itu. "Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dari lubang tandas itu kira-kira pukul 11.30 pagi," katanya. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sumber TKO - 2-10-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kren Bawa Turun Lembu 4 Tahun Tinggal Tingkat 4 Flat Posted on Saturday, October 01 @ 01:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31855 |
Ini bermakna hanya binatang comel dengan saiz kecil dibela antaranya kucing, anjing, tikus atau burung. Namun tidak demikian halnya dengan seorang lelaki di Pakistan, Ejaz Ahmad yang menetap di Karachi dekat sini.
Media tempatan melaporkan, dia membeli seekor anak lembu dan seladang untuk dipelihara jinak di tempat tinggalnya yang terletak di tingkat empat sebuah flat kos rendah di bandar raya pelabuhan itu pada 2012 lalu.
Bagaimanapun kini, setelah empat tahun kemudian membela dua ekor haiwan berkenaan, lelaki tersebut terpaksa pula menghubungi pasukan kecemasan setempat untuk menolongnya mengeluarkan binatang itu dari rumahnya.
Ejaz dilaporkan meminta pihak berkuasa menurunkan seladang dan lembu berkenaan ke tanah apabila mendapati kedua-duanya telah dewasa menjadi terlalu besar dan sudah tidak muat lagi untuk dibawa menerusi tangga flat.
Untuk rekod, ketika binatang tersebut masih kecil, ia dibawa ke rumahnya melalui tangga. Akibatnya sebuah jentera kren besar pun digerakkan ke rumah pangsanya untuk operasi pengeluaran dua haiwan besar tersebut ke tanah.
Media tempatan melaporkan, seladang dan lembu berkenaan tinggal di dalam sebuah kandang buatannya sendiri dan langsung tidak pernah menginjak kaki mereka ke tanah semula jadi selama empat tahun berada di situ.
“Kawasan penempatan manusia di Karachi ini sangat sempit dan tidak ada ruang terbuka. Saya ingin menjaga dua ekor haiwan ini di rumah saya dan membawa mereka ke bumbung flat adalah satu-satunya pilihan sesuai.
“Saya beli binatang jinak ini untuk dipelihara di tingkat 4 dan semuanya baik-baik sahaja.
Saya pernah cuba bawa mereka turun melalui tangga, tetapi ternyata ia tidak mungkin berjaya sehingga saya panggil kren,” ujarnya.
Adegan yang penuh dramatik itu menyaksikan jentera kren setinggi 60 meter tersebut berjaya menurunkan kedua-dua haiwan terbabit tanpa sebarang masalah besar sambil disaksikan ratusan penduduk perumahan berkenaan.
Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan tempatan yang enggan identiti didedahkan menyatakan kepada media: “Saya tidak pernah langsung terlibat dalam tugas penyelamatan pelik seperti ini sepanjang umur saya sendiri.”
Ejaz bagaimanapun tidak pula menjelaskan lokasi baharu untuk dua haiwan berkenaan selepas operasi tersebut selesai termasuk sama ada diternak di kawasan lain, dijual atau pun disembelih. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 1-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak Curi ATM, Rupanya Mesin Kemaskini Buku Posted on Wednesday, September 28 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31835 |
Perompak yang dikenalpasti sebagai Sahab Ali, Saiful Rahman, Mainul Haque dan Saddam Hussain memecah masuk bangunan Bank Negara India (SBI) di Binovanagar untuk mencuri mesin ATM namun mesin yang dicuri mereka itu ialah sebenarnya hanyalah mesin kemaskini buku bank.
Kesemua mereka bagaimanapun ditahan polis peronda yang melalui kawasan berkenaan ketika cuba melarikan mesin itu dengan sebuah kereta jenis Chevrolet.
Memetik The Assam Tribune, polis turut sedang menyiasat bagaimana empat lelaki warga tempatan itu memperoleh kereta vip berkenaan.
Kejadian kecurian ATM di India sering dilaporkan sejak kebelakangan ini terutamnya di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai langkah keselamatan yang baik.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 28-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tertekan Dilahirkan Sebagai Seorang Manusia, Lelaki Ini Nekad Menjadi Seekor Kambing Posted on Monday, September 12 @ 20:24:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31637 |
Lazimnya kalau seseorang itu berdepan masalah dalam kehidupannya, pelbagai cara akan dilakukan untuk mengembalikan keyakinan diri dan erti sebenar untuk terus hidup.
Contohnya pergi bercuti ke tempat yang menjadi impian untuk dikunjungi bersama orang yang tersayang atau seorang diri.
Tetapi, berikutan kecewa dengan kehidupan yang dialaminya, lelaki berasal dari United Kingdom sanggup seorang diri pergi ke kawasan pergunungan Swiss untuk menikmati kehidupan sebagai seekor kambing.
Justeru, dia mendapatkan sepasang kaki kambing dan usus kambing buatan manusia yang boleh menghadam rumput hijau untuk dirinya.
Lelaki yang dimaksudkan itu bernama Thomas Thwaites, sebelum itu dia menetap di London, berdepan masalah pengangguran dan masalah peribadi serta bosan dengan kehidupan di bandaraya.
Suatu hari dia mendapati anjing yang dibela oleh rakannya kelihatan sungguh ceria, dan keadaan tersebut membuatkannya teringin menjadi haiwan. Pelik, kan?
Setelah memikirkan ia secara mendalam, Thomas Thwaites akhirnya memilih untuk menjadi seekor kambing.
Bagi menyesuaikan diri dengan tabiat makan rumput seperti kambing, dia memasang usus buatan manusia di bahagian pinggangnya.
Pelbagai cabaran dialaminya ketika hidup sebagai kambing, contoh seperti sering terjatuh ketika merangkak bersama kumpulan kambing, dan sebagainya.
Selain itu, kewujudannya tidak diterima oleh sekumpulan kambing dan menganggap dia sebagai spesis asing, malah ada yang cuba menyerangnya.
Namun, akhirnya seekor kambing kelihatan mengekorinya ke mana saja dan cuba menyentuhnya melalui hidungnya.
Menurut seorang pengembala kambing, tindakan kambing tersebut menandakan Thomas Thwaites telah diterima sebagai spesis mereka. Thomas Thwaites rasa terharu dengan apa yang terjadi.
Kehidupan menjadi kambing beri inspirasi kepada Thomas Thwaites bahawa manusia wajar belajar daripada kambing dalam usaha menjalani kehidupan dengan lebih relaks, ini kerana kambing didapati lebih tahu menikmati kehidupan daripada manusia.
Sumber : Dairishare
Sumber TKO - 12-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada 23 Negara Tiada Pasukan Tentera Sendiri Posted on Monday, September 12 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Editor http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31630 |
Seperti kebanyakan negara lain di dunia, berbeza tugas utamanya berbanding pasukan polis yang berfungsi menguatkuasakan undang-undang, angkatan bersenjata dibentuk khas untuk menjaga kedaulatan sesebuah negara daripada diceroboh oleh pihak musuh luar.
Ini mungkin kerana saiz negara berkenaan adalah agak kecil dan menurut Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS), tugas tentera diambil alih secara signifikan oleh pihak polis tempatan yang bertugas seperti askar sambilan jika berlaku situasi kecemasan.
Antara negara yang disenaraikan CIA sebagai tidak mempunyai pasukan tentera profesional sepenuh masa ialah Dominica, Haiti, Iceland, Kiribati, Mauritius, Micronesia, Monaco, Panama, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, San Marino, Tuvalu dan Vanuatu.
1. Solomon
Terletak di Lautan Pasifik ini, negara ini sejak menjadi sebahagian daripada naungan penjajah British pada 1893, tidak memiliki kekuatan militer signifikan. Ketika Perang Dunia Kedua, negara kecil ini cuma terdapat Pasukan Pertahanan Protektorat Kepulauan Solomon.
Pada 1976, negara ini akhirnya memiliki pemerintahan sendiri cukup stabil hingga 1998 apabila konflik etnik meletus hingga 2006. Untuk menyelesaikan masalah ini, New Zealand dan Australia datang membantu menguatkuasakan undang-undang dan melucut senjata perusuh.
Ketika ini, Kepulauan Solomon hanya memiliki pasukan polisi. Negara ini menjalin kerja sama pertahanan dengan Australia. Jika ada negara melancarkan perang terhadap Kepulauan Solomon maka Australia adalah negara pertama yang akan memberikan perlindungan.
2. Costa Rica
Negara pernah memiliki angkatan bersenjata sebelum Presiden Figueres Ferrer pada 1 Disember 1948 menandatangani undang-undang yang menghapuskan pasukan tentera dan dilakukan setelah terjadi perang saudara yang mengorbankan kira-kira 2,000 orang.
Penghapusan militer tempatan ini bermula dengan penghancuran Cuartel Bellavista, markas besar tentera darat Costa Rica. Kini negara ini hanya memiliki Fuerza Publica atau polis tempatan yang bertugas untuk memelihara undang-undang dan menjaga keamanan negara.
Pasukan ini juga mengawasi sempadan dan tugas-tugas kepolisian lain. Berdasarkan Perjanjian Bantuan Resiprokal Inter-Amerika 1947, jika Costa Rica diserang negara lain, maka pemerintah akan meminta bantuan 21 buah negara termasuk AS, Chile dan Cuba.
3. Samoa
Negara kepulauan di Lautan Pasifik ini sama sekali tidak memiliki angkatan bersenjata sehinggakan negeri ini yang merdeka daripada New Zealand sejak 1962 harus menggantungkan diri kepada negara-negara sahabat untuk menjadi pelindung pada masa perang meletus.
Samoa memang memiliki pasukan kepolisian, tetapi mereka tidak memiliki kemampuan militer yang cukup untuk mempertahankan negara itu sendiri ketika masa genting setelah menandatangani perjanjian kemerdekaan dengan kerajaan New Zealand pada 1962.
Perjanjian tersebut demi memastikan Samoa mampu mendapatkan bantuan ketenteraan pada waktu yang diperlukan. Namun, perjanjian berkenaan juga mengatur terma bahawa dua negara berjiran itu boleh menarik diri daripada perjanjian ketika diinginkan bila-bila masa.
4. Palau
Negara kepulauan di wilayah barat Lautan Pasifik ini juga hanya memiliki pasukan kepolisian termasuk 30 anggota Unit Pengawasan Maritim untuk memberikan perlindungan domestik secukupnya kepada rakyatnya yang berjumlah kurang 20,000 orang itu.
Jika terjadi perang dilancarkan oleh pihak asing, maka pemerintah Palau harus meminta bantuan ketenteraan daripada negara-negara lain untuk melindungi negara kecil yang berkeluasan hanya 465 kilometer persegi dengan meliputi gugusan 250 buah pulau itu.
Sejak 1983, Palau menjadi sebuah wilayah protektorat AS, sekali gus taraf khas tersebut membolehkan Palau akan mendapat perlindungan pertahanan militer daripada kuasa dunia tersebut jika terlibat dalam perang pada bila-bila masa sahaja.
5. Andorra
Meskipun tidak memiliki pasukan tentera yang signifikan, negara kecil Eropah ini yang berkeluasan hanya 467 kilometer persegi serta tersepit antara Perancis dan Sepanyol itu pernah berani mengisytiharkan perang terhadap Jerman pada 1914 lalu.
Dengan pasukan militer berkekuatan cuma 10 anggota sahaja ketika itu, deklarasi perang Andorra ini tidak pun dianggap serius oleh Jerman dan negara tersebut juga tidak banyak menonjol dalam sejarah Perang Dunia Pertama awal abad ke-20 lepas.
Pada 1931, pemerintah Andorra secara rasmi menghapuskan tentera diganti kepolisian berkekuatan 240 orang. Pasukan ini dilatih untuk mencipta kedamaian, menjaga ketertiban hingga membebaskan mangsa culik. Syarat utama menjadi polis mesti lelaki memiliki senjata api.
Waima tiada tentera, Andorra tidak pernah bimbang jika terjadi perang kerana dilindungi Perancis dan Sepanyol menerusi perjanjian pertahanan bersama selain pihak NATO yang akan mengambil bahagian melindungi negara pergunungan itu sendiri jika diperlukan.
6. Grenada
Sejak ditawan AS pada 1983, negara kecil seluas 344 kilometer persegi ini tidak pernah lagi membentuk militer sendiri. Kini ia hanya bertumpu pada Pasukan Polis Diraja Grenada dan sistem keselamatan regional untuk tugas khas melindungi negara itu.
Uniknya, Grenada secara rasmi juga tidak memiliki perjanjian pertahanan dengan mana-mana negara lain untuk bantuan perlindungan ketenteraan sebaliknya cuma bergantung kepada sistem keselamatan rantau Caribbean yang meliputi beberapa buah pulau kecil.
Grenada perlu meminta bantuan negara di sekitaranya seperti Antigua dan Barbuda, Barbados, Dominica, Saint Kitts and Nevis, Saint Lucia dan Saint Vincent. Namun, negara-negara itu pun tiada cukup kekuatan militer, maka pihak tentera AS akan membantu mereka.
7. Marshall
Berdasarkan perjanjian pada 1983, Kepulauan Marshall berstatus sebagai sebuah negara berdaulat. Namun, negara gugusan ini juga memiliki perjanjian ketenteraan strategik dengan tetangga terdekatnya, Federasi Negara-negara Micronesia dan Palau.
Berdasarkan perjanjian ini, tiga buah negara berjiran ini adalah negara merdeka tetapi memiliki kesatuan khusus dengan pihak AS, sekali gus kuasa besar dunia itu akan menjadi pelindung dan Kepulauan Marshall tidak perlu memiliki pasukan militer regular.
Untuk menjaga keamanan dan menegakkan peraturan awam, Kepulauan Marshall memiliki pasukan kepolisian termasuk unit pengawasan maritim yang berfungsi seumpama tentera sepenuh masa jika berlaku pengisytiharan perang secara konvensional.
8. Liechtenstein
Kerajaan kecil tersepit antara Switzerland dan Austria ini menghapuskan sepenuhnya pasukan tenteranya sendiri pada 1868 lalu selepas tamat perang Austro-Hungaria kerana bajet untuk memelihara angkatan bersenjata terlalu mahal untuk negara kecil Eropah itu.
Setelah bebas daripada konfederasi Jerman, Liechtenstein sepatutnya perlu memiliki tentara sendiri tetapi tidak memiliki cukup wang maka, untuk menjaga ketenteraman awam, negara itu hanya mengendalikan sebuah pasukan kepolisian nasionalnya.
Tiada negara yang memiliki perjanjian untuk melindungi Liechtenstein ketika perang. Bantuan kemungkinan besar datang dari jirannya, Switzerland. Namun anehnya kedua-dua negara berjiran ini tidak pernah mengesahkan kerjasama pertahanan tersebut secara formal.
9. Nauru
Sebagai sebuah negara pulau terkecil di dunia dengan luas wilayah pun hanya 21 kilometer persegi dan penduduk setakat 10,000 orang, Nauru memang secara logik tidak memerlukan sebuah pasukan militer sepenuh masa sejak mencapai kemerdekaan pada 1968 lalu.
Seperti halnya dengan beberapa buah lagi negara kecil lain termasuk di benua Amerika dan Eropah, Nauru hanya mengendalikan pasukan kepolisian tempatan untuk mengatur ketertiban dan stabiliti domestik selain berharap tidak akan terjebak dalam kancah perang.
Pada ketika ini, Nauru masih lagi memiliki hubungan erat dengan jiran terdekatnya Australia dan negara-negara Micronesia lain di sekitarnya termasuk dari segi bantuan pertahanan sekiranya meletus perang tanpa diduga.
10. Vatican
Sebagai negara terkecil di dunia dengan luas wilayah hanya 0.44 kilometer persegi, tidak hairan jika Vatican tiada pasukan tentara. Pada masa lalu, banyak kelompok militer dibentuk untuk melindungi negara itu, terutama pemimpin tertingginya, Paus atau Pope.
Dua pengawal kepausan terakhir iaitu Noble Guard dam Palatine Guard bagaimanapun dihapuskan oleh Paus Paulus VI pada 1970. Kini satu-satunya kelompok askar yang dianggap sebagai militer di Vatican ialah Swiss Guard yang bertugas menjaga keselamatan Paus.
Dahulu pernah ada pasukan Gendarmerie, tetapi ia lebih dianggap sebagai agensi pertahanan awam dan bukan militer. Tugas Gendarmerie kini seumpama polis iaitu menjaga ketenteraman, aliran lalu lintas, mengawasi sempadan dan menyiasat kes jenayah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 12-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10 Cili Terpedas Di Dunia Posted on Saturday, September 03 @ 23:53:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31543 |
Sebelum ini, spesies cili Trinidad Moruga Scorpion dikenali sebagai cili yan terpedas di dunia. Tetapi, menurut rekod Guinness Book of World Records pada bulan lalu, spesies lada baru yang dikenali sebagai Carolina Reaper yang telah ditanam oleh Ed Currie, seorang pengusaha di PuckerButt Lada Co. di South Carolina telah dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia.
Kadar kepedasan purata cili ini adalah dalam lingkungan 1,569,300 unit Scoville (unit haba), seperti yang di uji oleh Winthrop University di South Carolina, kata pihak Guinness.
Kadar kepedasan purata cili ini adalah dalam lingkungan 1,569,300 unit Scoville (unit haba), seperti yang di uji oleh Winthrop University di South Carolina, kata pihak Guinness.
Walaubagaimana pun, menurut pihak Associated Press, kuasa kepedasan tertinggi dalam kumpulan cili yang di uji ini telah diberi kod yang dinamakan "HP22B", yang bermaksud "Higher Power, Pot No. 22, Plant B" yang mana ia mencecah sebanyak 2.2 juta unit Scoville.
Pada tahun lepas, Institut Tanaman Lada Chile di New Mexico State University telah menobatkan cili spesies Trinidad Moruga Scorpion sebagai cili paling pedas di dunia, dengan kepedasan minimum sebanyak 1.2 juta unit Scoville manakala kepedasan maximum individu sebanyak 2 juta unit Scoville. Kini, rekod berkenaan telah beralih kepada cili baru ini.SHU = Scoville Heat Unit (A measure of Spiciness) All seed packs include 10+ Seeds
1. Carolina Reaper 2,200,000 SHU 2. Trinidad Moruga Scorpion 2,009,231 SHU
3. 7 Pot Douglah 1,853,936 SHU
4. 7 Pot Primo 1,469,000 SHU
1. Carolina Reaper 2,200,000 SHU 2. Trinidad Moruga Scorpion 2,009,231 SHU
3. 7 Pot Douglah 1,853,936 SHU
4. 7 Pot Primo 1,469,000 SHU
5. Trinidad Scorpion “Butch T” 1,463,700 SHU
6. Naga Viper 1,349,000 SHU
7. Bhut Jolokia (Ghost Pepper) 1,041,427 SHU
8. 7 Pot Barrackpore ~1,000,000 SHU
9. 7 Pot Red (Giant) ~1,000,000 SHU
10. Red Savina Habanero 500,000 SHU
6. Naga Viper 1,349,000 SHU
7. Bhut Jolokia (Ghost Pepper) 1,041,427 SHU
8. 7 Pot Barrackpore ~1,000,000 SHU
9. 7 Pot Red (Giant) ~1,000,000 SHU
10. Red Savina Habanero 500,000 SHU
Sumber TKO - 3-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nekad Rempuh Cermin Depan, Tersangkut Separuh Badan Posted on Saturday, August 13 @ 15:20:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31357 |
SEORANG lelaki cedera parah dan tersangkut di cermin penghadang angin sebuah bas setelah nekad merempuh cermin berkenaan dari dalam bas terbabit.
Sebuah laman tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Suihua, wilayah Heilongjiang, China, pagi semalam.
Manakala menurut penumpang yang berada di dalam bas terbabit memberitahu bahawa seorang lelaki dengan tiba-tiba melulu dan merempuh cermin berkenaan sebanyak dua kali.
Rempuhan kali kedua menyebabkan cermin hadapan itu pecah namun mangsa pula tersangkut separuh badan.
Akibatnya, cermin yang pecah tersebut telah menusuk badan dan menyebabkan dia kehilangan darah yang agak banyak.
Para penumpang yang lain cuba membantunya tetapi gagal, lalu menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.
Pasukan penyelamat segera ke lokasi kejadian serta berjaya mengeluarkan mangsa. Mangsa dihantar ke hospital berhampiran dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan kecil selain sedikit calar sahaja.Bagaimanapun, menurut laman itu, motif mangsa bertindak sedemikian tidak dapat dipastikan dan pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada mangsa pernah mempunyai sejarah gangguan mental. -MYNEWSHUB.CC Sumber TKO - 13-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aiskrim Emas tulen Dijual Di Jepun, Harga Hanyalah RM38 sahaja (bersama video) Posted on Saturday, August 06 @ 16:28:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31273 |
Buktinya, pelbagai restoran mewah telah banyak menghasilkan pelbagai juadah berasaskan emas.
Antaranya, aiskrim dilapisi emas yang boleh dijumpa di negara Matahari Terbit iaitu Jepun.
Dek keistimewaan itu, sebuah restoran Kinkaku Soft Ice Cream di Daerah Kinkauji (Golden Pavilion) menerima ribuan pengunjung setiap tahun yang mahu mencuba aiskrim unik itu.
Difahamkan, pelanggan yang mahu membeli aiskrim bersalut emas ini sanggup beratur panjang demi merasai sendiri rasa pencuci mulut itu, lapor portal Roketnews.
Antara komen yang sering diberi pelancong ialah: ‘Aiskrimnya berkilauan’, ‘Apabila makan rasa seperti jadi kaya’, ‘Wajib ambil gambar’.
Menurut kenyataan di laman Kinkaku Soft Ice Cream, daun yang digunakan untuk menyaluti aiskrim itu adalah emas tulen.
Emas tulen dikatakan boleh memberikan tenaga dan menguatkan bahagian kiri otak serta mengurangkan kesedihan setelah dimakan.
Selain itu, memakan emas tulen boleh menimbulkan rasa yang nyaman serta mempunyai kesan yang baik pada jantung.
Oleh itu, pelanggan tidak perlu rasa perlu khuatir tentang rasa emas tersebut kerana ianya tidak mempunyai sebarang rasa aneh.
Bagi yang ingin mencubanya, boleh dapatkan aiskrim ini dengan harga 950 yen (RM37.68). – MYNEWSHUB.CC
Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=y0fD--BlWC0
Note:
LELAKI DIHARAM MAMAKAI EMAS
MAKAN EMAS MACAM MANA? Sumber TKO - 6-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara Unik Buat Telur Rebus, Putih Di Dalam Kuning Di Luar (bersama video) Posted on Saturday, August 06 @ 01:25:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31269 |
KANAK-KANAK pada umumnya lebih suka makan kuning telur berbanding bahagian putih telur. Semasa makan telur rebus mereka lebih cenderung buang bahagian putih kerana tidak gemarinya.
Namun ketika direbus, ada bahagian putih telur akan menutup bahagian kuning telur sehingga menyusahkan jika memang hanya ingin mengambil bahagian kuning telur itu sahaja.
Bagaimanapun sebuah video berdurasi pendek yang dimuat naik menerusi media sosial Facebook mengajarkan kepada kita cara rebus telur agar bahagian kuning telur pula berada di luar. Pertama, tutup telur dengan pita plastik hingga menutup seluruh bahagian telur dan masukkan telur ke dalam kain yang nipis dan putarkan seperti bermain gasing.
Setelah selesai memutar, rebus telur ke dalam periuk seperti biasa. Apabila telur masak, kupas telur dan lihatlah hasilnya.
Maka ketika dikupas telur itu akan berwarna kuning dengan bahagian putih pula di dalam dan kuning telur di luar. Untuk melihat lebih lanjut lihat video tutorial di bawah ini. – MYNEWSHUB.CC
Video:
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9AlHBgF9K0s
Sumber TKO - 6-8-2016
Lawak Politik 16 Posted on Thursday, August 04 @ 19:39:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31244 |
Ini dia realiti PAKATAN HARAPAN yang kini macam tak ada harapan lagi...
Kredit
Ir Ahmad Hakimi
Sumber TKO - 4-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
99% Netizen Gagal Temui Kucing Pada Gambar Ini Posted on Thursday, August 04 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31240 |
Misalnya gambar di atas. Trend teka-teki seumpama ini terus menjadi trending dalam dunia maya. Salah satu teka-teki tersebut adalah untuk mencari seekor kucing yang sedang tidur di atas longgokan kayu.
Si kucing memang cukup pintar bersembunyi. Dia ternyata berada di…
(sila klik di sini untuk jawapannya)
Oleh kerana bulunya sama warna dengan bahagian dalam kayu tersebut menjadikannya seolah-olah ‘sebati’ dengan batang kayu yang terbelah itu.
Rata-rata netizen mengambil masa yang lama untuk mencari kucing berkenaan, malah ada dalam kalangan netizen tidak menjumpai langsung haiwan tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 4-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LEBIH lima bulan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi ‘penganggur’ selepas beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berikutan hilang majoriti keyakinan ADUN di negeri itu terhadap kepimpinannya, anak bekas Perdana Menteri itu nampaknya ‘terpaksa’ mencari pekerjaan lain untuk menyara kehidupannya. Mukhriz yang turut dipecat keahliannya dari UMNO pada Jun lalu mencuri perhatian ramai apabila mengambil keputusan untuk memohon pekerjaan sebagai pelayan di sebuah kafe di Kedah, beberapa hari lalu. Iklan jawatan kosong yang dimuat naik di laman Instagram AOR Festival memaklumkan kafe Bendang Kitchen sedang mencari pekerja bagi mengisi jawatan sebagai sebagai pelayan. Antara syarat yang dinyatakan kafe tersebut termasuklah pemohon mesti seorang lelaki, boleh bekerja sepenuh masa, berumur 18 tahun ke atas, menepati masa serta berperwatakan menarik. Apa yang mencuit hati ramai pengguna media sosial adalah tindakan bersahaja Mukhriz meninggalkan komen di entri berkenaan untuk memohon jawatan tersebut. “Lelaki - ya memang lelaki. - boleh kerja sepenuh masa - memang tak ada kerja pun. - berumur 18 tahun ke atas - dah 52 tahun dah. - Menepati masa - Inshaa-ALLAH. -berperwatakan menarik-boleh lah. Menariklah juga. “Menjaga kebersihan diri - wajib. - berkomunikasi dengan lancar - bersyarah pun boleh. - sihat tubuh badan - kalau makan free lagi sihat,” tulis Mukhriz di Instagram AOR Festival. Sebagai sebuah kafe, pastinya permohonan kerja oleh seorang yang berpengaruh seperti Mukhriz tidak akan dilepaskan mereka apabila pengendali Instagram berkenaan secara selamba memberi respons terhadap komen anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu. “Kelia...nanti kita interview Datuk @mukrizmahathir.. hehe,” tulis AOR Festival. Komen lucu Mukhriz itu nyata mencuri perhatian ramai pengguna media sosial. Sumber TKO - 14-7-2016 --------------------------------------------------------------------------------
Nak sambut raya, harap-harap kerajaan buat sesuatu yang mengembirakan rakyat atau meringankan beban rakyat. Tapi BN @ UMNO kerjanya hari-hari nak susahkan rakyat. Kredit Sham SuePelukis Rakyat Shidie Art Sumber TKO - 1-7-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berjuang tak julang keris tapi memfitnah Tan Sri Khalid Ibrahim 91 muka surat bukan cara pejuang yang sebenar. Adakah PAS yang menyuruh PKR menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan memfitnah cara kotor sebegini? Ingat Saifuddin, di sebalik pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, TG Nik Abdul Aziz tetap menyokongnya. Kredit تنڤا ناما Sumber TKO - 7-6-2016
Dap benci kerana business2 yg didalangi oleh taiko2 mereka terancam. Tu jer... Bagi Pan@AMANAH@IKRAM ....terhutang budi dgn supplier terpaksalah tentang dgn 1000 alasan. Kredit Wan Noraini Wan Harun Sumberr TKO - 7-6-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Lawak Politik 2 Posted on Monday, June 06 @ 17:41:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
Hilang di telan waktu..
Suaranya sudah diketepikan oleh kuncu-kuncu sendiri...
Kredit
M Uwais Qarni
Sumber TKO - 6-6-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted on Monday, June 06 @ 17:39:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Politik musuh jadi kawan dan kawan jadi musuh. Tapi pengkhianat tak boleh buat kawan... he he
Kredit
Abe Dee
Sumber TKO - 6-6-2016
Sekiranya anda masih ingat, gambar-gambar diatas adalah gambar yang pernah viral satu ketika dahulu.
Satu ketika dahulu pernah kecoh apabila gambar beberapa wanita memegang khinzir mula tersebar secara meluas.
Menerusi satu posting di Facebook, seorang individu yang mengaku tuan empunya badan kepada gambar diatas ; yang juga seorang doktor vaterinar; akhirnya membuka mulut menjelaskan perkara sebenar di sebalik cerita yang timbul.
Secara ringkasnya, wanita tersebut berkata gambar-gambar tersebut adalah satu koleksi peribadi yang telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, kursus ini adalah satu kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar yang mengambil jurusan Doktor Perubatan Veterinar.
Menurutnya juga, dia terpaksa menahan pelbagai tohmahan selama 8 tahun kerana menganggap orang ramai tidak mengetahui apa yang berlaku.
"Selama 8 tahun saya hanya berdiam diri dengan tohmahan, cacian, fitnah, seperti murtad, penghinaan kepada ibu dan ayah saya kerana telah membesarkan saya, ugutan, ancaman dan sebagainya.. kerana saya menganggap kalian mungkin tidak mengetahui.
"Kursus ini merupakan salah satu subjek wajib ketika kami belajar dalam jurusan Doktor Perubatan Veterinar.
"Sedia maklum, veterinar merangkumi semua jenis haiwan untuk pembelajaran dan kajian seperti penyakit-penyakit yang mungkin boleh menjangkiti haiwan dan manusia (H1N1, Nipah Virus, Rabies-anjing gila, Leptospirosis, Selsema Burung, dan sebagainya).
Selain itu, doktor itu juga berkata gambar-gambar itu dahulunya mula tersebar melalui emel, memandangkan Facebook masih belum terkenal lagi pada ketika itu.
Perkongsian penuh dari doktor tersebut
AMARAN! IMEJ YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU MENTAL DAN PERASAAN SESETENGAH INDIVIDU
To those yang dah banyak cakap buruk pasal 'perempuan' ni.. saya maafkan anda semua..
Bismillahirrahmanirrahim. .
Assalamualaikum..
Kepada admin dan individu yang menyebarkan gambar-gambar ini..saya ucapkan tahniah jika post ini dapat meningkatkan bilangan likers dan pengunjung blog anda..
Saya merupakan seorang Doktor Veterinar. Gambar tersebut merupakan gambar ketika saya menjalani latihan praktikal kira-kira 8 tahun lalu. Dan gambar-gambar ini telah pun tersebar luas suatu masa dahulu dan sepanjang 8 tahun ini.(Masa tu Facebook pun tak famous lagi)
Pada mulanya saya berniat untuk hanya berdiam diri tentang penyebaran cerita yang berlaku. Tetapi saya terpaksa membuat sesuatu untuk meredakan kekecohan yang berlaku, dan fitnah yang semakin tersebar dengan jayanya.
Bukan untuk menegakkan benang yang basah, dan bukan pula untuk bercakap tentang hukum agama.. sesungguhnya saya tidaklah layak.
Di sini saya sertakan kronologinya..
Gambar diambil sekitar tahun 2007 hanya untuk SIMPANAN PERIBADI
Malangnya ada pihak tak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar-gambar ini TANPA KEBENARAN saya dan tanpa usul periksa (ketika itu penyebaran melalui e-mail).
Yang menjadi persoalan saya hingga hari ini, ramai lagi rakan-rakan saya yang mengambil gambar sebagai kenangan ketika itu tidak pula disebarkan. Kenapa hanya gambar saya yang menjadi 'pilihan'?
Selama 8 tahun saya hanya berdiam diri dengan tohmahan, cacian, fitnah, seperti murtad, penghinaan kepada ibu dan ayah saya kerana telah membesarkan saya, ugutan, ancaman dan sebagainya.. kerana saya menganggap kalian mungkin tidak mengetahui.
Kursus ini merupakan salah satu subjek wajib ketika kami belajar dalam jurusan Doktor Perubatan Veterinar.
Sedia maklum, veterinar merangkumi semua jenis haiwan untuk pembelajaran dan kajian seperti penyakit-penyakit yang mungkin boleh menjangkiti haiwan dan manusia (H1N1, Nipah Virus, Rabies-anjing gila, Leptospirosis, Selsema Burung, dan sebagainya).
Cara-cara menyucikan dari najis berat juga di ajar dan diprakktikan ketika di Universiti. Jadi, saya harap kalian tidak pertikaikan tentang adakah saya sertu atau tidak selepas melakukan tugas saya.
Jika tersebarnya gambar- gambar yang berlaku adalah 'kesalahan' saya, menyebabkan saya dikeji dan dihina.. cukuplah hanya saya sahaja yang mendapat cacian dan cemuhan.. jangan dikaitkan dengan ahli keluarga, agama, universiti dan pensyarah saya. Mereka tidak bersalah dalam hal ini.
Walaupun ada yang menyamakan rupa saya dengan makhluk ciptaan Allah itu..saya maafkan anda.. sekurang-kurangnya saya mempunyai cukup sifat dan deria..Alhamdulillah kerana ciptaan-Mu ya Allah..
Selama 8 tahun saya bersabar dengan segala celaan dan komen2 yang tidak elok.
Tetapi, mungkin kali ini saya terpaksa bersuara untuk mengelakkan saudara saudari mendapat dosa kering dengan komen-komen yang tidak baik ini.
Saya mohon maaf jika post ini mengganggu perasaan mana-mana pihak.
Untuk makluman semua, Alhamdulillah saya telah pun mempunyai sebuah Klinik Veterinar di Kota Kemuning, Shah Alam (Serv-U Veterinary Clinic & Surgery) dan sebuah lagi klinik di Bandar Sri Damansara (Trio Veterinary Clinic & Surgery) atas doa rakan-rakan dan keluarga yang banyak menyokong saya selama ini.
Dan saya berharap, janganlah kerana post yang diviralkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab ini menjadikan profession Doktor Veterinar ini di pandang hina dan menjadi tempias kepada rakan-rakan Veterinar saya yang lain.
Sesungguhnya rakan-rakan Veterinar saya ini telah banyak mempertaruhkan nyawa mereka apabila berhadapan dengan penyakit-penyakit berjangkit yang melibatkan haiwan dan manusia. Kerana kami merupakan 1st line defense yang akan di hantar apabila ada 'outbreak' penyakit yang zoonotik (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia).
Jika post ini berterusan dan diviralkan tanpa usul periksa, saya nasihatkan agar admin atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar ini bersedia untuk sebarang kemungkinan tindakan undang-undang.
Oh ya..di sebalik peristiwa 'pahit' ini yang berlaku pada saya 8 tahun lalu, kursus ini tidak lagi diwajibkan kepada junior-junior saya selepas itu.. hey guys! You are so lucky! Hehehehe.. well.. mungkin ini lah yang dikatakan HIKMAH di sebalik kejadian.. EXPERIENCE is the best TEACHER, right?
Saya nak minta TOLONG sangat-sangat.. tolong jangan main sentimen perkauman atau agama dalam hal ini ya. Jangan kerana kesilapan individu, kaum atau agama di petik.
Segala yang buruk datang dari diri saya sendiri, segala yang baik datang dari Allah s.w.t.
Hanya Allah yang berhak menghakimi hamba2-Nya.
Semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua. Aamiin..
Assalamualaikum.
DR. SALEHATUL KHUZAIMAH MOHAMAD ALI
sumber asal - Siakapkeli.my
Sumber TKO - 20-1-2016
-------------------------------------------------------------------------
Kenapa Perkenakan Orang Tua Ini??
Posted on Sunday, June 05 @ 00:30:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Posted on Sunday, June 05 @ 00:30:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Catatan: Artikel ini pernah dikeluarkan sebelum ini di TKO Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat tu tenampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le... Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni... "Asalamualaikum bro. Pehal ni?" Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. "boleh saya tengok?" Aku tanya dia. "Bro pomen ke?" Dia tanya aku balik."tak ahh...tapi saya pernah kena camni dulu" aku bagitau dia. "Takpe la bro, rase saya boleh setel ni". "Oo...ok la kalau cantu" kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara pompuan..."masuk ni dah 2-3 orang nak tolong, awak tak nak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !". Aku pun pusing balik kat dia. Aku suruh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang takda minyak. Aku mintak spana hidup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je...dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering camni. Setau aku, kalau pun oil pump rosak, minyak mesti akan meleleh sikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump. Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak - tak naik langsung ! Meter tu rosak katanya. Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cerita, aku keluar dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tak nak. Tapi lepas bini dia membebel kereta buruk la, tak berguna la, apa la, dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama. Masa dalam kereta tu, aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je...sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam, beli air soya dua kotak besar, 2 bantal roti bun (entah kenapa aku boleh terpikir nak belikan) dan bayar termasuk minyak. Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentiasa ada dalam kereta aku, dia nak bayar, tapi aku cakap takyah la, macam la beratus... Mungkin terasa nyusahkan aku, dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat kereta dia balik. Aku ok je la...dalam 2 kilometer nak sampai dia suruh aku berenti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal ? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah...aku punya la saspen masa tu tuhan je yang tau. Aku pun berenti le...tetiba..."Bro, saya nak mintak maaf sesangat dengan bro". "Apsal ?" Aku tanya. Kelopak matanya berkaca digenangi air. "Sebenarnya saya bohong. Kereta saya tak rosak pun bro. Kereta saya tu memang habis minyak." Aku tak dapat cakap apa dah..."Saya memang takda duit nak isi minyak. Saya ingat minyak kereta sampai la ke rumah,tapi..." Aku masih diam..."duit bro ni pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro..." Aku bagitau dia, pasal duit tu. Takpa...aku halalkan. Dia sambung lagi. "Percaya tak kalau saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro...dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang berhenti, tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diorang cuma tanya, tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah...Allah hantar bro untuk saya." Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aih...dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le...Tapi dia tetap beria-ia ucap terima kasih kat aku. Lantak le hei... Lepas tu dia pandang anaknya. "Abang, maafkan babah ye. Babah belum dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?" Anaknya angguk kepala. "Lagi satu, abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal kereta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu tak nak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang rasa malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentiasa beusaha untuk senangkan ibu dan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye." Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beranak tu berpelukan sambil menangis. Aku keluar kereta...Sumpah...Demi Allah, aku pun nangis sama... Sambil kesat air mata, aku masuk kereta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup, aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. "Jangan bro, saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya...saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi pada saya ni." Dia mintak nombo telipon aku. Nak tak nak aku bagi... Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk...aku pesan sikit kat dia. "Nak, belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat...Besok kalau dah berjaya, jaga babah dan ibu macam babah jaga nenek sekarang. Doa bebanyak supaya babah tu sentiasa sihat dan tabah". Sambil aku selitkan duit yang babahnya tak nak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya. Allahuakbar...sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku... Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan, Kau sedarkan aku yang selama ni sentiasa lupa bahawa ada orang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan. Bukan niat aku untuk betakbur riak, sekadar buat renungan dan peringatan betapa bersyukurnya hidup kita. Sumber TKO - 24-1-2016
HUDDERSFIELD - BRITAIN. Kanak-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak lain kerana dia tidak pernah berasa lapar mahupun mengantuk malah tidak pernah berasa sakit malah doktor mengelarnya sebagai gadis bionik. Olivia Farnsworth menimbulkan tanda tanya doktor selepas tidak langsung menangis walaupun dia dilanggar serta diseret oleh sebuah kereta. Kanak-kanak berusia 7 tahun ini juga sering tidak berasa mengantuk walaupun tidak tidur tiga hari berturut-turut. Ia adalah kerana dia mempunyai 6 kromoson dan dipercayai hanya dia seorang sahaja didunia yang mempunyai ketiga-tiga sindrom berkenaan di dunia. Ibunya, Niki Trepak, 32, berkata, keadaaan anaknya itu bermakna anaknya itu tidak terdedah kepada bahaya. "Olivia pernah dilanggar malah diseret oleh kereta, namun dia langsung tidak mengadu sakit. "Dia terseret 10 meter di jalan raya, Ia adalah dasyat. Saya menjerit dan semua adik beradiknya belari keluar, namun Olivia bangun dan berjalan seperti biasa ke arahnya seolah-olah tiada apa yang berlaku malah hanya melecet di bahagian kaki dan pinggul," katanya dipetik MailOnline. Ibu kepada lima anak itu berkata, tanda-tanda 'pelik' pada Olivia bermula ketika usianya beberapa bulan. Olivia tidak pernah menangis seperti bayi normal lain dan tidak tidur di siang hari sejak umurnya 9 bulan. "Keadaan ini juga meyebabkan rambutnya tidak tumbuh dengan baik sehinggalah usianya empat tahun," ujarnya lagi. Menurut Niki lagi, anaknya itu sangat cerewat hal berkaitan makanan dan tidak makan apa-apa selain susu dan pada masa ini dia hanya makan mi ayam. "Olivia tidak berasa lapar, jadi dia tidak boleh memaksanya makan seperti kanak-kanak lain. Dalam pada itu, Olivia terpaksa mengambil ubat untuk membolehkannya tidur. Niki yang juga ibu kepada Ella-Mae, 12, Bradlee, 10,Archie, 6 dan Poppy, 4 berkata keluarganya itu mendapat sokongan dari kumpulan gangguan kromosom, Unique. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Beverly Searle yang juga bekas penyelidik biologi berkata Olivia adalah satu-satunya kes yang pernah didengarnya didunia. Dari 15,000 kes ganguan kromosom pada pangkalan data di seluruh didunia, hanya 100 kes yang berkaitan 6 kromosom seperti Olivia. "Namun tiada siapa yang sama seperti apa yang terjadi kepada Olivia. 'Anda tidak boleh merawat gangguan kromosom tetapi apa yang kita boleh lakukan ialah mengurangkan gejala," ujarnya. Tambahnya lagi, pihaknya akan memberi maklumat serta sokongan kepada keluarga. - SH Sumber TKO - 24-1-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- Setelah 8 Tahun Berdiam Diri, Akhirnya Pemilik Gambar Viral Tampil Cerita Perkara Sebenar Posted on Wednesday, January 20 @ 19:25:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Sekiranya anda masih ingat, gambar-gambar diatas adalah gambar yang pernah viral satu ketika dahulu.
Satu ketika dahulu pernah kecoh apabila gambar beberapa wanita memegang khinzir mula tersebar secara meluas.
Menerusi satu posting di Facebook, seorang individu yang mengaku tuan empunya badan kepada gambar diatas ; yang juga seorang doktor vaterinar; akhirnya membuka mulut menjelaskan perkara sebenar di sebalik cerita yang timbul.
Secara ringkasnya, wanita tersebut berkata gambar-gambar tersebut adalah satu koleksi peribadi yang telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, kursus ini adalah satu kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar yang mengambil jurusan Doktor Perubatan Veterinar.
Menurutnya juga, dia terpaksa menahan pelbagai tohmahan selama 8 tahun kerana menganggap orang ramai tidak mengetahui apa yang berlaku.
"Selama 8 tahun saya hanya berdiam diri dengan tohmahan, cacian, fitnah, seperti murtad, penghinaan kepada ibu dan ayah saya kerana telah membesarkan saya, ugutan, ancaman dan sebagainya.. kerana saya menganggap kalian mungkin tidak mengetahui.
"Kursus ini merupakan salah satu subjek wajib ketika kami belajar dalam jurusan Doktor Perubatan Veterinar.
"Sedia maklum, veterinar merangkumi semua jenis haiwan untuk pembelajaran dan kajian seperti penyakit-penyakit yang mungkin boleh menjangkiti haiwan dan manusia (H1N1, Nipah Virus, Rabies-anjing gila, Leptospirosis, Selsema Burung, dan sebagainya).
Selain itu, doktor itu juga berkata gambar-gambar itu dahulunya mula tersebar melalui emel, memandangkan Facebook masih belum terkenal lagi pada ketika itu.
Perkongsian penuh dari doktor tersebut
AMARAN! IMEJ YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU MENTAL DAN PERASAAN SESETENGAH INDIVIDU
To those yang dah banyak cakap buruk pasal 'perempuan' ni.. saya maafkan anda semua..
Bismillahirrahmanirrahim. .
Assalamualaikum..
Kepada admin dan individu yang menyebarkan gambar-gambar ini..saya ucapkan tahniah jika post ini dapat meningkatkan bilangan likers dan pengunjung blog anda..
Saya merupakan seorang Doktor Veterinar. Gambar tersebut merupakan gambar ketika saya menjalani latihan praktikal kira-kira 8 tahun lalu. Dan gambar-gambar ini telah pun tersebar luas suatu masa dahulu dan sepanjang 8 tahun ini.(Masa tu Facebook pun tak famous lagi)
Pada mulanya saya berniat untuk hanya berdiam diri tentang penyebaran cerita yang berlaku. Tetapi saya terpaksa membuat sesuatu untuk meredakan kekecohan yang berlaku, dan fitnah yang semakin tersebar dengan jayanya.
Bukan untuk menegakkan benang yang basah, dan bukan pula untuk bercakap tentang hukum agama.. sesungguhnya saya tidaklah layak.
Di sini saya sertakan kronologinya..
Gambar diambil sekitar tahun 2007 hanya untuk SIMPANAN PERIBADI
Malangnya ada pihak tak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar-gambar ini TANPA KEBENARAN saya dan tanpa usul periksa (ketika itu penyebaran melalui e-mail).
Yang menjadi persoalan saya hingga hari ini, ramai lagi rakan-rakan saya yang mengambil gambar sebagai kenangan ketika itu tidak pula disebarkan. Kenapa hanya gambar saya yang menjadi 'pilihan'?
Selama 8 tahun saya hanya berdiam diri dengan tohmahan, cacian, fitnah, seperti murtad, penghinaan kepada ibu dan ayah saya kerana telah membesarkan saya, ugutan, ancaman dan sebagainya.. kerana saya menganggap kalian mungkin tidak mengetahui.
Kursus ini merupakan salah satu subjek wajib ketika kami belajar dalam jurusan Doktor Perubatan Veterinar.
Sedia maklum, veterinar merangkumi semua jenis haiwan untuk pembelajaran dan kajian seperti penyakit-penyakit yang mungkin boleh menjangkiti haiwan dan manusia (H1N1, Nipah Virus, Rabies-anjing gila, Leptospirosis, Selsema Burung, dan sebagainya).
Cara-cara menyucikan dari najis berat juga di ajar dan diprakktikan ketika di Universiti. Jadi, saya harap kalian tidak pertikaikan tentang adakah saya sertu atau tidak selepas melakukan tugas saya.
Jika tersebarnya gambar- gambar yang berlaku adalah 'kesalahan' saya, menyebabkan saya dikeji dan dihina.. cukuplah hanya saya sahaja yang mendapat cacian dan cemuhan.. jangan dikaitkan dengan ahli keluarga, agama, universiti dan pensyarah saya. Mereka tidak bersalah dalam hal ini.
Walaupun ada yang menyamakan rupa saya dengan makhluk ciptaan Allah itu..saya maafkan anda.. sekurang-kurangnya saya mempunyai cukup sifat dan deria..Alhamdulillah kerana ciptaan-Mu ya Allah..
Selama 8 tahun saya bersabar dengan segala celaan dan komen2 yang tidak elok.
Tetapi, mungkin kali ini saya terpaksa bersuara untuk mengelakkan saudara saudari mendapat dosa kering dengan komen-komen yang tidak baik ini.
Saya mohon maaf jika post ini mengganggu perasaan mana-mana pihak.
Untuk makluman semua, Alhamdulillah saya telah pun mempunyai sebuah Klinik Veterinar di Kota Kemuning, Shah Alam (Serv-U Veterinary Clinic & Surgery) dan sebuah lagi klinik di Bandar Sri Damansara (Trio Veterinary Clinic & Surgery) atas doa rakan-rakan dan keluarga yang banyak menyokong saya selama ini.
Dan saya berharap, janganlah kerana post yang diviralkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab ini menjadikan profession Doktor Veterinar ini di pandang hina dan menjadi tempias kepada rakan-rakan Veterinar saya yang lain.
Sesungguhnya rakan-rakan Veterinar saya ini telah banyak mempertaruhkan nyawa mereka apabila berhadapan dengan penyakit-penyakit berjangkit yang melibatkan haiwan dan manusia. Kerana kami merupakan 1st line defense yang akan di hantar apabila ada 'outbreak' penyakit yang zoonotik (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia).
Jika post ini berterusan dan diviralkan tanpa usul periksa, saya nasihatkan agar admin atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar ini bersedia untuk sebarang kemungkinan tindakan undang-undang.
Oh ya..di sebalik peristiwa 'pahit' ini yang berlaku pada saya 8 tahun lalu, kursus ini tidak lagi diwajibkan kepada junior-junior saya selepas itu.. hey guys! You are so lucky! Hehehehe.. well.. mungkin ini lah yang dikatakan HIKMAH di sebalik kejadian.. EXPERIENCE is the best TEACHER, right?
Saya nak minta TOLONG sangat-sangat.. tolong jangan main sentimen perkauman atau agama dalam hal ini ya. Jangan kerana kesilapan individu, kaum atau agama di petik.
Segala yang buruk datang dari diri saya sendiri, segala yang baik datang dari Allah s.w.t.
Hanya Allah yang berhak menghakimi hamba2-Nya.
Semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua. Aamiin..
Assalamualaikum.
DR. SALEHATUL KHUZAIMAH MOHAMAD ALI
sumber asal - Siakapkeli.my
Sumber TKO - 20-1-2016
No comments:
Post a Comment