BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, December 7, 2015

BENCANA ATAU BALA ALLAH (JILID 2)




Metmalaysia: Cold Weather Phenomenon In East Coast Could Recur

The cold weather experienced in several areas in Peninsular Malaysia is a temporary phenomenon.

However, it can recur if northeast monsoon winds from Siberia and China blow towards the peninsula.

Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) director-general Alui Bahari said the weather in the East Coast states, interior of Kedah and northern Perak had returned to normal from Feb 12, with daily minimum temperature readings of 20ºc and upwards at the meteorological stations.

He said the cold weather phenomenon might recur in February next year if there were cold northeast monsoon wind movements from China, and the sky was cloudless at night.

“Climatologically, February is a period with the lowest daily minimum temperatures compared to other months for states in the East Coast, the interior of Kedah and northern Perak,” he told Bernama on Saturday.

He was commenting on media reports recently that Kuala Krai had on Feb 11 recorded a low temperature of 18.4ºc.

Alui said the cold weather between Feb 9 an Feb 11 in Kelantan was also felt in Terengganu and Pahang as well as in the interior of Kedah and in northern Perak.

Meanwhile, Alui said MetMalaysia from time to time issued warnings in the event of thick fog due to cold weather and turbulent seas rendering it unsafe for sea and air transport.

“The information will be channelled to the public and related parties, including the Department of Civil Aviation, the Fisheries Department of Malaysia, the Marine Department of Malaysia and the Malaysian Maritime Enforcement Agency,” he said.

On the possible recurrence of Cyclone Tembin that hit the Philippines in December last year and its impact on Sabah, Alui said at present there was a tropical cyclone, the Sanba Tropical Storm, affecting southeast Philippines.

He said MetMalaysia would issue weather warnings from time to time for Sabah if heavy rains and strong winds were expected to occur. – Bernama

Sumber BO - 17-2-2018


Amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu
Posted on Sunday, November 26 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37000



KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga Rabu ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan turut mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Jajahan Lojing di Kelantan; Jerantut, Kuantan, Pekan,  Rompin, Temerloh dan Maran di Pahang serta daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor.


  Keadaan sama dijangka turut melanda  Perlis dan Langkawi, Kubang Pasu,  Kota Setar,  Pokok Sena, Pendang,  Padang Terap,  Sik dan Baling di  Kedah serta daerah Hulu Perak di Perak. - Bernama

Sumber TKO - 26-11-2017




Angin kencang, laut bergelora hingga lewat petang

RIBUT petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak (Rejang, Mukah dan Miri), Sabah (Pantai Barat) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga lewat petang ini. 
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Kenyataan jabatan itu memaklumkan ribut petir di perairan Selat Melaka Utara, Bunguran, Reef South, Labuan dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga lewat petang ini. 
“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” lapor jabatan itu menerusi laman web rasmi. - HARAKAHDAILY 12/11/2017
Sumber HD - 12-11-2017 





Monsoon Season; Heavy Rain And Strong Wind

The signs of the impending monsoon are here with thunderstorms, heavy rain and strong wind expected over several states in Peninsular Malaysia, today.

According to the Malaysian Meteorological Department’s forecast, the situation will persist until Thursday.

Tourism in Terengganu will be affected as access to its idyllic islands will be cut off during the monsoon season until March next year.
Continued rain is expected to cause flooding in low-lying areas in the peninsula states. The affected areas are in Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh and Hilir Perak), Selangor (Gombak, Petaling Jaya, Klang, Kuala Langat, Sepang and Hulu Langat), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol and Tampin), Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai and Pontian), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan and Kuantan), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang and Tanah Merah) and Terengganu.

The department also forecast strong north-easterly winds of 40-50 km per hour with waves up to 3.5 metres to occur over the waters off Samui (Thailand), Tioman, Bunguran, Condore, Reef North and Layang-Layang until Thursday (Nov 2).

Similar conditions are expected off the coast of Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor.

“This condition of strong winds and rough seas is dangerous to small crafts, recreational sea activities and sea sports,” the statement on its official website said – NST

Sumber BO - 29-10-2017


Pemandu 16 tahun Lamborghini Avantador Hentam Proton PERSONA
Posted on Thursday, July 06 @ 14:54:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35651































Remaja 16 tahun tiada lesen memandu bawa Lamborghini hingga mengakibatkan kemalangan
Semalam tular di laman Facebook mengenai kemalangan sebuah Lamborghini Avantador yang merempuh sebuah Proton Persona di persimpangan lampu isyarat di Shah Alam.


Menurut maklumat yang disampaikan oleh netizen, Lamborghini Avantador tersebut dikatakan dipandu laju dan hilang kawalan lalu merempuh Proton Persona yang berada di lorong bertentangan.

Menambah lagi kehangatan cerita ini, dikatakan pemandu Lamborghini Avantador merupakan anak sorang VIP yang baru berusia 16 tahun dan tiada lesen memandu.

Jika dilihat pada foto-foto yang tersebar, Proton Persona itu boleh dikatakan ‘total lost’, dan difahamkan kedua-dua pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan, namun tidak pasti sama ada serius atau cedera ringan sahaja.

Siasatan mengenai kes ini telah pun dijalankan oleh pihak Polis.

Kami nak pesan ni, kelajuan bukan satu perkara yang boleh dibuat main.

Tak kiralah supercar ke kereta marhaen yang perasan supercar ke, kena la jaga sikit kaki tu, jangan tau nak menekal pedal minyak je, tengok tempat juga nak memecut. Kalau nak test power kereta sila lah ke litar lumba dan lenjan la sampai barai kereta awak tu.

Bila jadi macam ni, nyawa orang yang tak bersalah mungkin boleh melayang disebabkan “kebijaksanaan” anda. Fikir-fikirkanlah.

Sumber: funtasticko

Sumber TKO - 6-7-2017




Terkena 13 peluru penabur jiran
Posted on Monday, April 24 @ 14:17:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34669



Alor Setar: Kanak-kanak perempuan parah terkena tembakan 13 butir peluru penabur sesat dilepaskan daripada senapang patah jirannya di Kampung Lubuk Keriang, Mukim Lesong, Pokok Sena, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa, Nur Syahida Bakar, 12, sedang makan bersama ahli keluarganya di rumah mereka yang terletak di tengah bendang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, bapa mangsa, Bakar Saad, 45, memberitahu ketika sedang makan, dia terdengar bunyi letupan di dapur rumah.
Katanya, selepas membuat pemeriksaan, bapanya menemui butir peluru berterabur di peti ais rumah dan terkena muka serta badan anak perempuannya.

"Mangsa cedera di paha, kedua-dua betis, lengan kanan, kepala serta dada dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Rozi berkata, ketika kejadian pintu dapur rumah mangsa terbuka dan mangsa bersama ibu dan dua lagi adik beradiknya sedang makan di dapur dalam keadaan bersila dilantai.

"Tidak lama kemudian dua lelaki yang tinggal berhampiran rumah mangsa datang sambil membawa sepucuk senapang meminta maaf kerana tersalah sasaran iaitu niat mereka hendak menembak burung," katanya.

Susulan itu, Mohd Rozi berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 52, 46 dan 74 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

"Hasil siasatan lanjut mendapati pemilik senjata berusia 74 tahun itu mempunyai lesen sah dan tidak tahu senjatanya digunakan oleh anaknya dan dibebaskan," katanya.

Sumber TKO - 24-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pelajar UniMAP Maut Terjatuh Dari Tingkat 7
Posted on Thursday, April 20 @ 05:44:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34615



PADANG BESAR – Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbunuh setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Kolej Kediaman Pelajar Kampus Uniciti Alam, Sungai Chuchuh di sini, tengah hari ini.

Goh Xin Li, 21, pelajar tahun satu bidang ‘Machining' kampus tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian, kata Ketua Polis Perlis Datuk Ab Rashid Ab Wahab.


Beliau berkata pelajar dari Pulau Pinang itu dilaporkan cuba memasuki rumah yang didiami bersama tujuh lagi rakannya melalui beranda untuk mengambil kunci rumah yang tertinggal di dalam biliknya dan dipercayai tergelincir lalu terjatuh.

Mayat pelajar itu ditemui tertiarap di atas lantai oleh seorang pelajar lagi UniMAP, Soon Pau Hong, 23, yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, kata Ab Rashid kepada pemberita di sini.

Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan UniMAP yang membuat pemeriksaan sebelum mayat mangsa dihantar ke HTF untuk dibedah siasat.

Katanya keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"UniMAP akan membantu menguruskan mayat Xin Li termasuk menghantar ke Pulau Pinang," kata Zul Azhar.
- Bernama

Sumber TKO - 20-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Berpantang Maut Sebelum Ajal













Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Seorang aktivis dan ahli jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Yayasan Amal Terengganu, nyaris maut setelah terlibat dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi pada petang semalam.

Kemalangan berlaku berhampiran simpang keluar dari PASTI Ar-Rahman, Kampung Baru Kertih ke jalan utama menuju ke Plaza Tol Kertih.

Mangsa, Ustaz Hassan Harun, 27, yang juga Imam Masjid Jamek Kertih dikatakan baru selesai bertugas berkhutbah dan mengimami solat jumaat.


Seorang saksi di tempat kejadian, Abdullah Lateh berkata kira-kira 2.50 petang sebuah motosikal jenis Kawasaki Z1000 SX yang ditunggang laju oleh mangsa merempuh sebuah kereta Honda Civic yang keluar dari simpang secara tiba- tiba.

“Impak kuat kejadian menyebabkan mangsa tercampak ke arah sebuah bangsal jualan di kanan jalan” kata Abdullah Lateh.

Menurut saksi itu lagi, mangsa dihantar oleh orang awam ke Klinik Kesihatan Kertih untuk rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kemaman.

Dalam pada itu, Ustaz Hassan Harun ketika dihubungi berkata beliau hanya mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kemaman dan disahkan hanya mengalami masalah kecil pada tulang rusuk dan bersyukur kerana masih terselamat walaupun motosikal rosak teruk dalam kemalangan tersebut.

Sumber BO - 16-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru Nyaris Maut Kereta Terjunam Dalam Lubang Pembetungan
Posted on Saturday, April 01 @ 13:55:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34292



KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita nyaris maut apabila dia gagal mengawal kereta dipandunya sebelum merempuh penghadang simen dan terjunam ke dalam lubang pembetungan sedalam 16 meter di Kajang Perdana, Kajang semalam.

Mangsa, R. Thamaenti, 25, bagaimanapun diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.45 petang itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Osman Nayan berkata, mangsa yang memandu Toyota Vios itu sedang dalam perjalanan pulang ke Taman Seri Jelok dari tempat kerjanya di Alam Damai.

“Ketika kejadian, cuaca berada dalam keadaan baik namun jalan raya yang dilalui mangsa sedikit curam selain terdapat kerja-kerja pembaikan sistem pembetungan di situ.

“Sebaik sahaja mangsa terjunam ke dalam lubang tersebut, beberapa pengguna jalan raya yang lain bertindak mengeluarkannya daripada kenderaan berkenaan dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tambah Osman, wanita terbabit kemudian mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kajang dan keretanya dikeluarkan dari lubang pembetungan kira-kira pukul 7 malam dengan menggunakan kren

Sumber TKO - 1-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















Akibat telefon bimbit nyawa melayang

BELAKANGAN ini tidak asing lagi untuk saya melihat orang menggunakan telefon bimbit sambil memandu mahupun menunggang motosikal. Adalah lebih parah bilamana ada dikalangan mereka yang berfikir ia langsung tidak berkait dengan ancaman nyawa walhal ia telah pun dikenalpasti sebagai salah satu punca utama kemalangan jalan raya. 
Menteri pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan penggunaan telefon yang kian canggih dengan pelbagai aplikasi telah mengubah soal keselamatan di jalan raya serta lebih berbahaya apabila pemandu mahupun penunggang menggunakannya untuk melayari laman sosial. 
Hal ini terbukti pada diri saya. Suatu ketika saya telah keluar bersama seorang rakan ke bandar untuk membeli barang dengan menaiki keretanya. Tatkala rakan saya sedang memandu kereta, dia juga asyik bermain telefonnya. Mungkin berbalas-balas mesej dengan rakan-rakannya di alam maya. 
Tiba-tiba kereta kami hampir sahaja melanggar kereta di hadapan yang telah lama membrek. Mujur saya sempat menyedarkan rakan daripada lekanya. Jika tidak, mungkin saya sudah lama terlantar di hospital.    
Saya juga berasa hairan dengan karenah sesetengah manusia. Sistem kit bebas tangan “hand free” sudah lama diperkenalkan untuk menelefon semasa memandu, namun masih ramai pemandu yang lebih suka menelefon secara bertangan. 
Termasuklah beberapa rakan saya sendiri. Apabila saya bertanyakan tentang hal ini, berbagai alasan yang diberikan. Mungkin juga alat ini sangat mahal jika dibandingkan dengan harga telefon mereka.      
Tidak kurang juga, ada dalam kalangan pemandu dan penunggang yang merasakan melihat ke bawah pada paparan skrin yang bercahaya semasa memandu mahupun menunggang tidak sekali-kali menggangu fokus mereka di jalan raya. 
Apakah mereka merasakan, memandu dan bermain telefon sama sahaja seperti berkayuh sambil bertimba? Atau harus sudah terhantuk baru terngadah? Janganlah kesilapan kita sebagai pemandu mahupun motorsikal menyusahkan banyak pihak.
Sebagai peringatan bersama, telah pun berlaku peristiwa hitam di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu akibat kecuaiannya semasa memandu. Seorang wanita terbunuh selepas dia memuat naik status di akaun Facebook miliknya semasa memandu. 
Statusnya mengulas lagu Happy oleh Pharrell Williams yang didengar dalam radio keretanya. 
Pihak 911 menerima panggilan mengenai kemalangan wanita tersebut selepas bebarapa minit statusnya dimuat naik. Satu jiwa melayang begitu sahaja kerana tidak memberi tumpuan sepenuhnya di jalan raya. Bayangkan bagaimana jika bersama wanita tersebut ada beberapa penumpang yang lain? Tentu saja mereka semua mati katak. 
Selain itu, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pusat pengajian kejuruteraan awam, Profesor Dr Ahmad Farhan Sadullah, turut menjelaskan berbual menggunakan telefon sebenarnya lebih banyak menganggu fokus pemanduan berbanding dengan penumpang yang gemar berbual. 
Demikian kerana risiko itu akibat daripada gangguan terhadap tumpuan ketika berkomunikasi. Maka, saya berasa amat kagum akan tumpuan pemandu yang dapat memberi fokus terhadap dua perkara sekaligus. Lebih-lebih lagi terhadap penunggang yang sempat menaip SMS seakan mereka sambil menyelam minum air. 

Dalam isu ini, saya juga berpendapat bermain telefon semasa memandu mahupun menunggang sangat berkait rapat dengan firman Allah “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Surah Al Baqarah, ayat 195. Perbuatan bermain telefon semasa memandu mahupun menunngang seperti menempah maut yang sedia menanti. 
Tidakkah pemandu dan penunggang yang leka dengan telefon canggih itu sedar akan peringatan daripada Sang Pencipta? Al-Imam As Syaukani (1173H-1250H) berkata dalam kitab tafsirnya Fathul Qadir (1/193) “maka setiap apa yang diyakini ia membinasakan dalam agama ataupun dunia maka ia termasuk dalam ayat ini. 
Demikian pandangan al-Imam Ibnu Jarir”. Sudah terang lagi bersuluh peringatan dalam Islam akan pentingnya menjaga keselamatan diri.    
Penulis juga mengingatkan bahawa dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan daripada Abu Sai’d Al Khudri, Rasulullah SAW bersabda “Jangan membahayakan diri dan jangan membahayakan orang lain”. Tidak syak lagi, bahawa Islam sangat mengambil serius akan keselamatan jiwa. Bermain telefon semasa memandu dan menunggang bukan sahaja membahayakan diri mereka bahkan juga kepada orang-orang yang berada di sekeliling mereka. 
Seharusnya mereka berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat agar tidak menyesal di kemudian hari. Janganlah bila nasi sudah menjadi bubur ketika itu barulah terngadah. Paling tidak ingatlah keluarga di rumah yang menanti kepulangan dengan selamat. –  HARAKAHDAILY 21/3/2017
Sumber HD - 21-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JKM, Polis Sah OKU Pemandu Gen 2 Nahas Lawan Arus
Posted on Friday, March 17 @ 06:05:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34055



JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis mengesahkan pemandu wanita yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kelmarin adalah orang kelainan upaya (OKU).

Menurut portal propembangkang, Free Malaysia Today, seorang pegawai JKM Pulau Pinang mengesahkan kad OKU itu adalah asli dan pernah dikeluarkan kepada remaja berkenaan pada tahun 2011 lalu.

Doktor mencadangkan dia perlu menyertai program pendidikan khas ketika suspek mahu memasuki tingkatan 1,” kata seorang pegawai JKM negeri berkenaan yang tidak didedahkan identitinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab. Hamid, turut mengesahkan bahawa remaja Cina yang berusia 19 tahun itu sebagai pemegang kad OKU.


Akhbar tempatan China Press melaporkan, salah seorang mangsa yang cedera pada hari kejadian juga mendakwa ibu suspek ada memaklumkan anaknya mempunyai kad OKU ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun, kenderaan jenis Proton Gen-2 yang dipandu laju remaja itu sehingga membunuh seorang bakal bapa; dilaporkan tidak mempunyai sebarang pelekat rasmi OKU dikeluarkan oleh pihak JKM.

Wajah Pemandu Cuai Tular Di Media Sosial
Difahamkan, kad OKU milik remaja itu tersebar menerusi media sosial oleh netizen yang bersimpati dengan nasib suspek sambil memperbesarkan pula kisah sedih bahawa dia pernah mempunyai masalah pembelajaran.

Terdahulu media tempatan melaporkan ujian air kencing mendapati suspek positif

methamphetamine dan di bawah pengaruh arak selepas menghadiri satu parti yang menghidangkan pelbagai jenis minuman keras.

Namun pihak polis semalam berkata ia bukan methamphetamine, sebaliknya hanya amfetamina iaitu sejenis ubat yang lazim digunakan individu untuk menangani gangguan defisit perhatian atau ADD.

Semalam, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan polis mereman remaja itu selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi menyiasatnya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Suspek yang pernah memenangi satu pertandingan model tempatan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain Seksyen 15 Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah. – MYEWSHUB.CC

Sumber TKO - 17-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Lelaki Maut Dirempuh Remaja Mabuk Melawan Arus
Posted on Wednesday, March 15 @ 06:24:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34022



BUTTERWORTH – Seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi tadi.

Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.

"Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

"Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Beliau berkata wanita terbabit, penunggang motosikal serta tiga pemandu kenderaan lain itu mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Sementara mayat Mohamad Fandi dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
Difahamkan Mohamad Fandi berasal dari Sungai Petani, Kedah dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas habis bekerja di sebuah kilang di Perai.

Pihak polis telah menahan serta mengambil sampel darah wanita itu untuk ujian lanjut, kata Nik Ros Azhan.

Beliau berkata kemalangan yang berlaku ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja itu menyebabkan kesesakan teruk sejauh lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya.

- Bernama

Sumber TKO - 15-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Musim Kren Tumbang: Seorang Cedera, Kren Tumbang Di Manjung
Posted on Saturday, January 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33191



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera selepas sebuah kren tumbang menghempap sebuah lori di tapak projek syarikat janakuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Manjung 5 Sdn Bhd, Manjung, Perak hari ini.

TNB dalam kenyataannya berkata dalam kejadian pukul 11.10 pagi itu, mangsa yang berada dalam lori hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa cedera selepas melompat keluar dari lori dan terjatuh ke dalam longkang. Dia telah mendapatkan rawatan di hospital,” kata TNB sambil menafikan dakwaan di laman sosial kononnya dua maut dan lima cedera dalam kejadian itu.

Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati pengendali kren tidak menggunakan besi pengimbang semasa menjalankan kerja mengangkat beban yang menyebabkan kren tersebut berada dalam keadaan tidak stabil.

“Kerja pembinaan di kawasan itu adalah di bawah selenggaraan kontraktor yang dilantik. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata TNB sambil menjelaskan kejadian itu dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Perak.

Gambar kren tumbang yang menghempap lori itu menjadi tular di laman sosial hari ini. – BERNAMA

Sumber TKO - 14-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jambatan Pejalan Kaki Runtuh: Seorang Pekerja Terperangkap Selamat
Posted on Thursday, December 01 @ 11:19:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32659



KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada dua pekerja dari Bangladesh yang terperangkap di bawah runtuhan jambatan pejalan kaki berhampiran Mid Valley Megamall di Jalan Kampung Haji Abdullah Hukum berjaya diselamatkan.

Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan di kedua belah kakinya terus dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, pasukan penyelamat masih meneruskan pencarian terhadap mangsa kedua.

Sebelum ini, dilaporkan seorang pekerja dari Vietnam terbunuh di tempat kejadian, manakala empat orang lagi cedera dan dua terperangkap di bawah runtuhan.

Jambatan yang runtuh itu sudah 80 peratus siap pembinaan.

"Kami masih menyiasat punca insiden ini," jelasnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit K9 turut menyertai operasi mencari dan menyelamat kejadian ini. 


Sumber TKO - 1-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nekad selamatkan isteri redah api, asap tebal
Posted on Thursday, October 27 @ 10:22:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32150



JOHOR BAHRU - Seorang pegawai teknikal Hospital Sultanah Aminah (HSA) nekad untuk masuk melalui tingkap dan meredah api yang marak serta asap tebal untuk menyelamatkan isterinya yang terlibat dalam insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital itu semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Hasmidi Mat Jais, suami kepada Nur Suhaily Sulaiman berkata dia berlari ke ICU sebaik sahaja mendapat panggilan daripada isterinya yang menyatakan bilik ICU terbakar kira-kira 9.00 pagi.

"Memang api marak dan asap tebal, saya masuk dan cari isteri saya walaupun orang cuba halang sebab fikirkan yang dia isteri saya," kata pemuda berusia 26 tahun itu kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Nur Suhaily Sulaiman, 23, merupakan seorang daripada tiga kakitangan HSA yang cedera akibat terhidu asap susulan kebakaran di hospital berkenaan pagi semalam.

Mohd Hasmidi berkata asap yang tebal menyukarkan dirinya untuk selamatkan  Nur Suhaily yang merupakan jururawat di ICU tetapi bersyukur apabila melihat kelibat isterinya. 

Tanpa membuang masa beliau membawa isterinya keluar melalui tingkap dan membawanya turun ke bawah.

Mengimbas keadaan ketika itu, Mohd Hasmidi berkata keadaan ketika itu sangat kelam kabut memandangkan semua orang cuba menyelamatkan diri masing-masing.

"Saya sampai muntah tiga kali sebab asap sangat tebal, saya bersyukur isteri saya selamat," katanya.

Mohd Hasmidi berkata isterinya kini telah sedar dan sedang mendapatkan rawatan di HSI.
"Dia sedar saya ada di tepinya dan dia masih tidak boleh bercakap tetapi kalau kami ingin berkomunikasi, dia akan tulis menggunakan pen. Doakan dia cepat sembuh," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi semalam, meragut nyawa enam pesakit, iaitu empat wanita dan dua lelaki.

Mereka adalah antara tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang pesakit lagi ditemui selamat dan masih dirawat di HSA.

Selain Nur Suhaily, dua lagi kakitangan HSA yang cedera dikenali sebagai Nurul Ain Zulkarnain, 24 dan pelajar fisioterapi, Nur Shafikah Hamzah, 20.

Dalam pada itu, ibu saudara kepada Nurul Ain meminta orang ramai mendoakan kesihatan anak saudaranya itu.

Hanya mahu dikenali sebagai Siti, 40, dia berkata menurut doktor, anak saudaranya itu kini semakin stabil namun masih memerlukan alat bantuan pernafasan. 

"Saya rapat dengan dia (Nurul Ain), memang dia baik orangnya. Kita doakan sama-sama agar dia semakin pulih... insya-Allah," katanya yang ditemui Bernama selepas melawat anak saudaranya itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini.

Insiden kebakaran di hospital itu turut menarik perhatian netizen yang memuji keberanian warga hospital berkenaan untuk menyelamatkan pesakit selain mendoakan semua jururawat, termasuk Nurul Ain yang cedera parah segera sembuh.

Suhaida Mat Jusoh melalui laman sosial Facebooknya berkata beliau bangga dengan sikap dipamerkan semua jururawat yang berusaha membantu pesakit lain dalam situasi itu.

"Selalu dengar masyarakat kutuk misi (jururawat)... tapi bila kejadian macam ini baru semua sedar yang misi juga sanggup bergadai nyawa demi nyawa orang lain. Bangga dengan semangatmu semoga dipermudahkan segalanya," katanya.

Rogayah Yah juga melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa jururawat Nurul Ain dan mendoakan beliau diberi kesembuhan.

"Sanggup bertarung nyawa engkaulah wirawati, kami bangga buatmu. Doa kami buatmu dan mangsa...semoga cepat sembuh" katanya menerusi catatan di laman sosial.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat berkata sehingga kini, 54 pesakit telah ditempatkan di HSI, 28 orang di Hospital Permai, Kempas dan selebihnya diletakkan di wad-wad lain di HSA. –Bernama

Sumber TKO - 27-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beberapa Orang Doktor Bantu Keluarkan Pesakit Terperangkap Di Wad ICU
Posted on Wednesday, October 26 @ 15:24:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32138



JOHOR BARU: Pakar bedah am, Dr Narendra Balasekaran berada di aras empat Hospital Sultanah Aminah (HSA) bersama pasukan perubatannya kira-kira pukul 9 pagi apabila terdengar sistem penggera berbunyi.

Berlaku kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang terletak di aras dua.

Dr Narendra bergegas ke sana dan melihat kakitangannya memindahkan pesakit dari wad pembedahan bersebelahan ICU.














"Saya terkejut apabila dimaklumkan terdapat tujuh pesakit terperangkap di dalam wad ICU," katanya.

Menyedari asap tebal menyelubungi kawasan ICU yang terbakar, dia dan tiga doktor lain membuat keputusan untuk masuk ke dalam bagi membantu mangsa terperangkap.

"Saya mengambil selimut dan membasahinya dengan air sebelum masuk ke dalam wad yang gelap dan dipenuhi asap," katanya.

Sebaik mereka mendekati pesakit pertama, seorang wanita, mereka menarik katil dan menolaknya keluar.

"Katil itu amat panas dan saya perlu membalut bahagian besi dengan tuala saya," katanya.

Dr Narendra berkata mereka kemudiannya memutuskan untuk membantu pesakit lain dan pada masa sama melihat di sekeliling sekiranya ada lagi mangsa yang masih terperangkap.

"Dengan bantuan anggota bomba, kesemua enam pesakit berjaya dibawa keluar," katanya.















Jururawat membantu memindahkan pesakit susulan kebakaran di wad ICU HSA.
Beliau berkata beberapa mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas kerana terhidu asap tebal.

Beberapa doktor lain yang turut bersama dengan beliau adalah Dr Shah Jahan, Dr Rishi Haran dan Dr Ashok Kannan.

Dr Narendra berkata mereka berjaya mendapatkan beberapa topeng gas sebelum masuk ke dalam wad yang terbakar.

"Kami sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit," katanya.

Dr Narendra berkata beliau kecewa kerana timbul spekulasi di media sosial bahawa doktor dan kakitangan perubatan meninggal dunia dalam kebakaran itu.

"Kami melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit kami dan semua kakitangan perubatan dan jururawat sudah melakukan yang sepatutnya dan mengikut prosedur pemindahan," katanya.
Dr Narendra mendedahkan beliau mengalami luka ringan akibat terkena api.

Beliau menyifatkan tragedi itu pengalaman paling menakutkan sepanjang kariernya selama 10 tahun bergelar doktor.

Sementara itu, seorang jururawat Nur Jahan Idayu, 26, yang baharu sahaja mula sesi bertugas sedang menyiapkan peralatan untuk pembedahan di bilik bedah aras dua ketika rakan sekerja meluru masuk dan memaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

"Semua barang terjatuh dan kami bergegas keluar. Pada waktu itu, lif masih lagi berfungsi. Pesakit yang menggunakan peralatan berat dibawa keluar terlebih dahulu manakala pesakit yang boleh berjalan turun menggunakan tangga," katanya.

Nur Idayu yang berkhidmat di hospital tersebut sejak tiga tahun lalu berkata mereka sudah sedaya upaya memindahkan semua pesakit.

Sumber TKO - 26-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebakaran Kedua, Bilik Bedah HSA PUla Terbakar (bersama video)
Posted on Wednesday, October 26 @ 15:14:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32137



JOHOR BAHRU: Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru sekali lagi gempar apabila satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku dipercayai bilik pembedahan tingkat satu, sebentar tadi, lapor Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kria 1.40 petang selepas kepulan asap kelihatan keluar dari kawasan bangunan berkenaan.

Difahamkan, kesemua kakitangan HSA dan pesakit telah diarahkan mengosongkan bangunan.
Sementara Berita Harian melaporkan, sebuah jentera bomba sudah tiba di lokasi.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat rasmi berhubung kebakaran itu sama ada melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=_l5K89d0Gvw



Sumber HD - 26-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kebakaran di ICU, HSA: 6 mangsa ditemui maut
Posted on Tuesday, October 25 @ 19:40:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32126



Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa enam mangsa ditemui mati dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi ini.
"Enam mangsa ditemui - semuanya maut,” kata tweet jabatan itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya dilapor Bernama.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang

maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seorang pesakit kritikal dipindahkan ke Unit Kebakaran di Hospital Sultan Ismail.

Beliau berkata 10 kakitangan turut mengalami kecederaan termasuk dua dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail manakala seorang lagi dimasukkan ke Hospital Sultan Aminah.

Tujuh kakitangan lain berada di bawah pemantauan rapi kerana cedera ringan, katanya.

"Kami mengucapkan takziah di atas kematian mangsa kejadian yang sangat malang ini dan kami berdoa supaya semua mangsa yang cedera pulih segera," katanya di Facebook.

Sementara itu menurut seorang saksi kejadian Habibah Abd Ghani, 37 dia hanya menyedarinya kebakaran itu sebaik keluar dari bangunan berkenaan.

"Ketika kejadian saya berada di wad tingkat empat menemani bapa saya yang ditahan dalam wad akibat sakit tulang rusuk.

"Kemudian saya mendengar riuh rendah dan kami yang berada di situ diminta oleh jururawat supaya keluar dari wad berkenaan. Keadaan adalah terkawal ketika kami turun menerusi tangga sambil dibantu oleh kakitangan hospital," katanya.

Habibah berkata dia kemudiannya melihat ramai pesakit dan kakitangan
hospital berada di sekitar kawasan hospital.

Awal pagi ini, menerusi klip video dan gambar-gambar yang diperolehi oleh Malaysiakini, asap tebal kelihatan di wad di tingkat dua bahagian selatan ICU.

Kejadian itu menyebabkan pesakit di wad berkenaan dibawa keluar untuk dipindahkan.

Asap hitam boleh dilihat berkepul di seluruh kawasan yang terjejas.




Sumber TKO - 25-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































Kebakaran HSA: Orang ramai diminta tidak buat spekulasi

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42961-kebakaran-hsa-orang-ramai-diminta-tidak-buat-spekulasi

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pagi ini.

Beliau menyatakan demikian menerusi laman facebook, sebentar tadi, sebagaimana di bawah.

Dukacita dimaklumkan bahawa satu kebakaran sedang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Pihak Bomba telah dan sedang menjalankan tugas menyelamat dan dalam proses untuk mengawal kebakaran dari merebak.

Saya dimaklumkan bahawa terdapat mangsa akibat kejadian ini, termasuk di kalangan pesakit dan staf; namun status dan maklumat terkini kejadian akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pesakit lain adalah sedang dalam proses dihantar ke hospital-hospital lain berdekatan Johor Bahru, terutamanya Hospital Sultan Ismail.

Diminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini. Semoga keadaan ini dapat dikawal daripada merebak dan didoakan agar para pesakit dan warga HSAJB berada dalam keadaan selamat. - HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Budak maut patah leher kena beg udara
Posted on Friday, September 16 @ 18:01:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31687


BESUT - Malang tidak berbau, itulah yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut terkena beg udara yang mengembung selepas kereta yang dipandu bapanya melanggar belakang sebuah kereta lain dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Gong Kemuntong, Jertih  di sini hari ini.
Dalam kejadian 12.30 tengahari itu, mangsa Muhammad Syawal Amsyar Mohd Fakhruzi disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd  Zamri Mohd  Rowi berkata, sebelum kejadian mangsa bersama bapa dan ibunya dari arah Kampung Raja ke Jertih.

Menurutnya, mangsa berada di kerusi penumpang hadapan sementara ibunya  berusia 30 tahun duduk di kerusi penumpang belakang.

"Apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang memakai tali pinggang keledar bangun berdiri di atas kerusi sambil bermain lalu bapa mangsa yang berumur 32 tahun menyuruhnya duduk dan tiba-tiba bapanya melihat kereta di hadapannya membrek dan bergerak perlahan kerana keadaan lalu lintas yang sesak.

"Bapa mangsa membrek kereta namun disebabkan jarak dekat menyebabkan keretanya melanggar kereta Proton Iswara di hadapan kemudian kereta Iswara  itu pula melanggar kereta Perodua Kelisa di hadapannya," katanya.

Mohd Zamri berkata lagi, pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua beg udara papan pemuka (dashboard ) hadapan pemandu dan penumpang hadapan terbuka.

Menurutnya,  kesan hentakan beg udara di hadapan kerusi penumpang hadapan itu menyebabkan kanak-kanak tersebut patah tulang tengkuk.

"Bapa dan ibu mangsa termasuk pemandu dua buah kereta lagi tidak mengalami kecederaan.  Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Besut namun disahkan meninggal dunia," katanya.
Jenazah mangsa dituntut ahli keluar dan di bawa pulang ke kampung ibu bapa mereka di Kampung Tok Dor di sini.


  Mohd Zamri berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber TKO - 16-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat Tiga Sekolah
Posted on Monday, August 29 @ 19:26:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31494



PUTRAJAYA:  Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dari SMK Presint 9 di sini maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

Difahamkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Azim Hakimi Abu Shuja terjatuh dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi Isnin ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain di tepian bangunan berdekatan kelasnya.

Menurut sumber sekolah, mangsa dikatakan tidak dapat mengimbangi badan ketika cuba mengambil beg yang dikatakan tersangkut di belebas bangunan tersebut.

Mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala mayatnya dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superitenden Rosly Hassan mengesahkan insiden itu.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa berhubung kejadian itu melalui laman Facebook beliau.


Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan polis, katanya.

Sumber TKO - 29-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengendali Kren 'Hilang' Selepas Cangkuk Besi Hempap
Kereta

Posted on Friday, August 26 @ 16:12:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31464



KUALA LUMPUR: Lelaki pengendali kren yang cangkuk besinya terjatuh ke atas sebuah kereta 
sehingga menyebabkan pemandunya terbunuh serta-merta pada Khamis masih menjadi 'misteri'.

Pengendali kren yang tidak dapat dikenal pasti itu 'lesap' selepas melarikan diri dari tapak 

pembinaan, sejurus selepas kejadian itu yang berlaku pukul 7.15 malam di Jalan Raja Chulan.

Pencangkuk itu menghempap sebuah kereta Perodua Kelisa dari tingkat 20 sehingga membunuh
pemandunya, Chin Khoon Sing, 24, di tempat kejadian.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berkata pihaknya sedang bekerjasama
dengan polis untuk mengesan pengendali terbabit.

Katanya, kemalangan berlaku disebabkan satu siri peraturan keselamatan teruk.

JKKP berkata syarikat pembinaan dan firma yang membekalkan kren itu tidak dapat mengesahkan
sama ada pengendali kren itu seorang warganegara Malaysia atau sebaliknya, satu keperluan
di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Kren itu sendiri telah melanggar undang-undang keselamatan kerana beroperasi di luar pagar sekitar
tapak pembinaan.

Ketua Pengarah JKKP Datuk Mohtar Musri berkata pembinaan di projek menara itu telah dihentikan,
 sementara menunggu siasatan selesai.

"Terdapat banyak pihak kita sedang siasat. Pertama kontraktor dan kemudian syarikat yang
membekalkan kren.

"Jadi sekarang kita cuba untuk memastikan pihak mana yang bertanggungjawab secara langsung
bagi kemalangan itu," kata Mohtar.

JKKP percaya bahawa cangkuk kren itu mungkin telah terjatuh selepas tali yang menyokongnya
terputus.

Tetapi kemalangan itu tidak akan berlaku jika cangkuk kren itu tidak berada di atas jalan awam.

"Terdapat penghadang di sekitar bangunan dan kren itu tidak sepatutnya beroperasi di luar
penghadang.

"Tetapi bahagian yang jatuh, adalah di luar penghadang itu, iaitu di jalan raya.

"Kami mengesyaki apabila talinya terputus, cangkuk kren itu terjatuh ke atas sesuatu dan tercampak
di atas jalan raya tetapi malangnya ia menghempap kereta mangsa yang sedang memandu," kata
Mohtar.

Lebih teruk lagi, pemandu kren itu didakwa melarikan diri.

"Kami tidak dapat mengesannya. Kami cuba mendapatkan maklumat daripada majikannya. Kami
tidak pasti jika dia rakyat Malaysia atau sama ada dia betul-betul terlatih untuk mengendalikan kren,"
katanya.

Apapun, Mohtar berkata JKKP sudah menyediakan kertas siasatan yang mungkin menyaksikan
pihak-pihak terbabit dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda sehingga RM250,000 atau
kedua-duanya di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan
Jentera 1967 .


Sumber TKO - 26-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































Penghad kelajuan: Bukan sahaja bas, lori 

juga perlu

HARAKAHDAILY | .

                           













http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41895-penghad-kelajuan-bukan-sahaja-bas-lori-
juga-perlu                                                                                                                                                                                                                                                    
 Seperti  mana yang dijangka, setiap kali berlaku kemalangan ngeri, maka menteri berkaitan akan
bersuara untuk mengatasi masalah kemalangan. Salah satu cadangan ialah pemasangan penghad
kelajuan pada bas ekspres. Ia dikuat kuasa serta merta kepada bas baru. Sebelumnya kita pernah
dengar kerajaan mewajibkan kotak hitam kepada kenderaan awam.

Persoalannya, mana pergi peraturan yang mewajibkan kotak hitam. Apakah setiap kali bertukar
menteri, maka bertukar pula penggunaan alatnya?

Kita mengharapkan tidak ada unsur-unsur kepentingan bagi syarikat yang menyediakan alat  ini.
Keselamatan dan nyawa rakyat mesti diutamakan.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, negara dianggarkan mencatat
kerugian sebanyak RM79 bilion ekoran kes kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh
10 tahun dari 2004 hingga 2013. Dianggarkan 18 kemalangan maut sehari di negara ini.

Mereka  yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya akan menyumbang kerugian kepada
negara sebanyak RM1.2 juta kerana kehilangan penyumbang pembangunan ekonomi berdasarkan
beberapa faktor melibatkan pendidikan, pendapatan, kesihatan dan pembayaran cukai.

Kenapa bas sahaja yang dikenakan, kenapa tidak kenderaan lori diwajibkan sama? Berapa ramai
pemandu lori yang tidak berhemah dan menjadi raja jalan raya, tidak kurang menjadi penyumbang
kemalangan jalanraya. Memandu ikut nafsu tanpa memikirkan keselamatan orang awam yang
tidak berdosa.

JPJ dan PDRM kena buat rondaan yang lebih kerap, memantau kenderaan besar. Jangan hanya
sibuk dengan perangkap laju yang tidak bertempat. Letak di tempat yang merbahaya, bukan
di dalam kawasan yang diletak papan tanda kelajuan 60 km sejam. Mana ada kenderaan yang naik
atas jalan raya 60 km sejam. Jangan sibuk dengan cermin gelap, saiz plat  kenderaan yang bukan
penyumbang kepada kemalangan.

Tidak ada makna jika alat penghad laju tidak dipantau secara berkala. Apakah mekanisme untuk
kawal kelajuan? Adakah alat ini boleh diketahui pemandu ini memandu laju? Pemandu mungkin
tunjuk warak ketika ada sekatan, tetapi mereka akan pecut, terutama pada waktu malam. Siapa
mahu kawal mereka? Adakah alat ini akan kawal? Adakah mereka boleh mencabut alat kawalan
ini supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa?

Jika perkara ini tidak boleh dibuat, maka mewajibkan penghad laju akan membazir duit dan
mengkaya syarikat pembekal sahaja, namun kemalangan meragut nyawa tetap berlaku.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Syawal 1437 / 19 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 19/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 19-7-2016                                                                                                                                                                               -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guna Telefon Bimbit, Wanita Melecur Disambar Api Semasa Isi Minyak Kereta

Posted on Wednesday, June 29 @ 06:15:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30790



KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api di sebuah stesen minyak di sini, Selasa.

Kejadian itu berlaku di stesen minyak di Setapak Indah di sini ketika mangsa berusia 25 tahun itu sedang mengisi minyak keretanya sambil menggunakan telefon bimbit.

"Akibatnya, berlaku percikan api daripada pam berkenaan hingga menyambar telefon bimbitnya," kata Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani dalam kenyataan di sini.

Pihak bomba, yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.25 tengah hari tadi, segera menghantar lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju ke lokasi kejadian.

Beliau berkata wanita itu melecur kira-kira 60 peratus pada bahagian badannya dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. 


Sumber TKO - 29-6-2016


Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup


Posted on Tuesday, June 28 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30775


SATU lagi insiden maut akibat beg udara berlaku hari ini membabitkan sebuah kereta Honda City dan sebuah Mercedes-Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.

Menurut berita disiarkan portal online, The Star Online (baca SINI), pemandu wanita berusia 44 tahun itu, yang memandu Honda bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya, menemui ajal di tempat kejadian pada tengah hari tadi.
Menurut Asisten Komisioner Polis (ACP) Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din, pemandu Honda tersebut tidak berhenti sebelum membelok masuk ke satu simpang dan merempuh belakang sebuah Mercedes-Benz. Salah seorang saksi kejadian mendakwa beg udara pemandu dan penumpang mengembung berikutan perlanggaran berkenaan.
Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Menyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan berkata, beg udara pemandu didapati pecah dan dada mangsa parah akibat material yang terkeluar daripada tengah roda stereng.

KREDIT FOTO. The Star Online “Ada darah dalam kereta apabila kami memeriksanya. Kakitangan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mendakwa mangsa sudah kritikal ketika bantuan tiba sebelum maut di tempat kejadian. Tiga lagi penumpang tidak cedera,” katanya.
Rosdi berkata lagi, pemandu Mercedes dan isteri juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh diketua Rosda tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 12.10pm selepas menerima panggilan kecemasan.
Sementara itu, ACP Zani berkata punca kematian akan diketahui selepas mendapat keputusan bedah siasat. Bagaimanapun, Honda City dipandu mangsa cuma mengalami kerosakan kecil.
BACA>>> Honda Malaysia Memanggil Semula 147,894 Unit Pelbagai Model
KRONOLOGI

  • Kes-1 berlaku di Sibu (Julai 2004), pemandu Honda City yang juga ibu mengandung meninggal dunia selepas berlanggar dengan kenderaan lain (tidak dimaklumkan jenis).
  • Kes-2 berlaku di Sungai Petani (Oktober 2015),  budak perempuan 8 tahun maut apabila abangnya yang memandu membrek kecemasan selepas terlanggar bonggol. Tidak dimaklumkan jenis kereta pemandu.
  • Kes-3 berlaku Jun 2016 (artikel ini). Pemandu Honda City berlanggar dengan Mercedes.

* Semua kes di atas berlaku di Malaysia, tidak termasuk kes luar negara.

* Kalau ada kes tertinggal boleh maklumkan di ruang komen sini. Kes-2 juga boleh diabaikan berpunca kereta Honda kerana tiada butiran lengkap. Tapi masih lagi berpunca beg udara gagal berfungsi baik (menurut laporan).

* Dua kes maut lain disahkan melibatkan pemandu Honda.‎


Ini ialah kes pertama insiden maut tahun ini akibat beg udara Honda di Malaysia. Sebelum itu, pada 2014 dan 2015 juga mencatatkan satu kes setiap tahun yang juga melibatkan kematian disebabkan beg udara meletup.
Kami di PanduLaju meminta pemilik Honda negara ini supaya segera hadir ke pusat servis berdekatan untuk diperiksa. Jika anda ada ahli keluarga, saudara atau rakan yang memiliki kereta Honda, sila sampaikan notis panggil balik yang dikeluarkan Honda. Sila jangan ambil mudah peringatan ini!
Kepada keluarga mangsa, salam takziah daripada kami. 😥
SUMBER: The Star Online 
Sumber TKO - 218-6-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arwah Pernah Bertemu Dengan Saya Di Parlimen……..

SETIU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa menziarahi pusara Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Harun yang terkorban dalam nahas helikopter AS350 di Sarawak.

Beliau sampai di Tanah Perkuburan Islam Tok Mek Ngah Kampung, Bukit Cempaka dekat sini kira-kira jam 3.30 petang Jumaat, 13 Mei.

“arwah pernah bertemu dan bergambar dengan saya di Parlimen,”kata Ustaz Hadi yang menghabiskan masa kira-kira 15 minit sebelum beredar untuk menghadiri satu program di negeri Kelantan.

Mengiringi beliau ialah bapa arwah Harun Muda, Bendahari PAS Negeri Cikgu Shukrimun Shamsudin, YDP PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pengerusi DUN Batu Rakit Ustaz Mohamad Nazari Alias serta penduduk kampung.

Sementara itu, di rumah arwah, muslimat DUN Tepoh dan cawangan Bukit Cempaka mengadakan majlis bacaan yasin dan doa.

Allahyarham Ahmad Sobri telah terbunuh bersama lima yang lain termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam kejadian pada 5 Mei lalu.

Sumber BO - 14-5-2016


Banjir Kilat di KL Semalam

Posted on Friday, May 13 @ 06:30:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Hujan lebat di kawasan di sini sejak pukul 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bangsar, Jalan Semantan dan Jalan Pudu mengalami banjir kilat.



















Sumber TKO - 13-5-2016


Empat jalan utama di KL ditengelami banjir kilat

Posted on Thursday, May 12 @ 23:19:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebanyak empat jalan utama terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam tadi.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

"Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

- Bernama

Sumber TKO - 12-5-2016



Mayat terakhir nahas helikopter ditemui

Posted on Monday, May 09 @ 16:38:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mayat terakhir nahas helikopter ditemui. - Foto Bomba

SHAH ALAM - Mayat terakhir mangsa nahas helikopter Eurocopter AS350 dipercayai juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas ditemui kira-kira jam 10.45 pagi ini di sekitar kawasan Triso, Sebuyau, Sri Aman.


Menurut laporan BHOnline, mayat yang ditemui tiba di jeti Pekan Lingga pada jam 11.35 pagi dan akan dibawa ke Hospital Umum Kuching menaiki helikopter.

Dalam insiden malang itu, helikopter yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama suami, Asmuni Abdullah dan beberapa yang lain berlepas dari Betong pada 4.12 petang Khamis lalu  dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Sumber TKO - 9-5-2016


Juruterbang mungkin terperangkap dalam helikopter

Posted on Sunday, May 08 @ 17:01:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SRI AMAN: Jasad juruterbang helikopter yang terhempas di hulu Sungai Batang Lupar, Kapten Rudolf Rex Ragas yang masih belum dijumpai dan berkemungkinan besar masih berada dalam bangkai utama helikopter.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, berkata usaha menjejaki bangkai utama helikopter itu kini menjadi keutamaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).


Khidmat pasukan penyelam juga katanya, akan dikerah ke lokasi berpotensi di mana bangkai helikopter itu berada selepas membuat pemetaan di kawasan terbabit termasuk meneliti arus benak dasar sungai.

"Kemungkinan masih di dalam badan utama helikopter, mungkin tersekat (tidak sempat keluar) sebab pakai tali pinggang," katanya. Beliau juga berkata, pukat tunda akan digunakan dalam operasi mencari satu lagi jasad serta bangkai utama helikopter, bagaimanapun perlu mendapatkan nasihat Jabatan Perikanan terlebih dulu bagi meneliti kesesuaian pukat.

"Kita akan teliti dengan mendapatkan pandangan jabatan terbabit. Kita tidak mahu penggunaan pukat ini menjejaskan nelayan tempatan dan tangkap ikan-ikan kecil. Kita guna pukat dibenarkan bukan yang haram," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Operasi SAR di jeti Lingga, di sini. Terdahulu beliau diberi taklimat serta penerangan ringkas mengenai operasi anggota SAR, selain berkesempatan membuat tinjauan udara di kawasan utama pencarian di hulu Sungai Batang Lupar, di Lingga.

Setakat ini juga, beliau berkata, operasi SAR babitkan pelbagai agensi mencari tidak akan dihentikan, malah jumlah anggota dan aset lojistik akan diganda dengan fokus carian masih kekal iaitu di darat dan sungai.

"Pagi ini beg galas jenama Camel ditemui selain penemuan serpihan helikopter pada jam 8.50 pagi serta kerusi helikopter pada jam 9.40 pagi.


"Penemuan ini serta serpihan yang lain, begitu membantu kita untuk menentukan di mana bangkai utama helikopter ini berada. Kita juga sedang kaji untuk mendapatkan lokasi berpotensi bangkai itu. Ia sedikit waktu ini sebab ada arus benak yang laju di dasar sungai," katanya.

Sumber TKO - 8-5-2016











































Takziah buat keluarga Wan Mohammad Khair-il Anuar

HARAKAHDAILY | .


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar serta keluarga mangsa tragedi helikopter yang mengakibatkan kematian dalam perjalanan Betong ke Kuching pada 5 Mei lepas.

Tragedi ini memberi kedukaan besar buat warga Malaysia terutama rakyat Kuala Kangsar. Allahyarham merupakan anak jati Perak yang mempunyai karisma tersendiri.

Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini. Bersama-samalah kita mendoakan agar Allah menerima segala amalan yang dilakukan juga mengampunkan dosa dan menempatkan Almarhum di syurga-Nya.

إنا لله و إنا إليه راجعون...
اللهم اغفـر له وارحمه و عافه اعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس و أبدله دارا خيرا من داره و أهلا خيـرآ من أهله و زوجآ خيـرآ من زوجه و قه فتنة القبر وعذاب النار.

AKMAL KAMARUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak - HARAKAHDAILY 8/5/2016

Sumber HD - 8-5-2016


Dia tahu lubuk Kain banyak ragut nyawa

Posted on Sunday, May 08 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mayat mangsa ditemui penduduk kampung di dasar lubuk yang berkedalaman kira-kira 10 meter.

DUNGUN - "Lubuk ini memang bahaya dan sudah ramai yang mati lemas di sini,"kata mangsa korban terbaharu Lubuk Kain, Sungai Bangan, kampung Shukor kepada rakan-rakannya sebelum terjun di lubuk maut berkenaan dan kemudiannya ditemui lemas selepas tenggelam ditarik pusaran air, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Mangsa, Muhammad Syafiq Abdullah, 20  dikatakan begitu bersungguh-sungguh mengajak rakan-rakannya untuk terjun di lubuk berkenaan walaupun tahu air terjun itu sudah banyak menelan mangsa.

Rakannya, Abu Zar Shamsuddin, 18 berkata, walaupun sudah tahu lubuk berkenaan sangat bahaya tetapi Syafiq tetap berkeras untuk terjun dan merasai sendiri pengalaman mandi di situ.

Bagaimanapun, tindakan berani itu membawa padah dan  jasad rakannya yang berasal dari Felda Kerteh 6 itu ditemui di dasar sungai.

"Dalam ramai-ramai hanya saya seorang yang berani mengambil risiko bersamanya. Selepas dia terjun saya lihat keadaan seperti tidak bahaya dan mengambil keputusan untuk terjun sama. Tidak lama kemudian dia kelihatan lemah kerana terpaksa melawan arus deras akibat pusaran air, malah saya juga semakin tidak berdaya dan hampir lemas,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, rakan-rakan lain melempar kain tuala untuk berpaut dan hanya dia sahaja berjaya mencapainya serta selamat sampai di darat.

“Syafiq sudah terlalu lemah sehingga  tidak mampu mencapai tuala dan seolah-olah berserah sahaja dirinya ditelan pusaran air.

"Dia mengangkat sebelah tangan ketika tenggelam dan tidak timbul-timbul. Kami menjerit meminta pertolongan penduduk tetapi hanya sia-sia kerana dia sudah lemas. Tidak lama kemudian penduduk yang terjun berjaya menemui jasadnya,"katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - SH

Sumber TKO - 7-5-2016




Gara-gara ribut, letak anak dalam almari
Posted on Sunday, May 08 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





ARAU - Sepasang suami isteri yang tidak dapat mengawal perasaan takut menggelabah lalu meletakkan anak perempuan mereka berusia dua tahun dalam almari pakaian ketika rumah mereka dilanda ribut pada jam 9.30 malam di Kampung Sungai Belati, di sini semalam.

Mangsa, Mohd. Adib Ramli, 26 bersama isterinya, Ifa Syafira Idris, 23 berada dalam bilik untuk menidurkan anak mereka, Nor Dahlia Zulaika.

"Saya dah tak tahu nak buat apa dah kerana terlampau takut bila ribut mengangkat bumbung rumah kami, kata Mohd. Adib ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Sungai Belati, Simpang Empat, dekat sini.

Menurut Mohd. Adib, dia segera menyuruh isterinya  memasukkan anak mereka itu ke dalam almari pakaian tetapi tidak menutup pintunya sambil mereka menunggu berhampiran almari itu.

Tambah Mohd. Adib ini adalah kali pertama mereka melihat kejadian ribut.

"Bunyi angin ribut macam enjin pesawat dan saya terlalu takut memikirkan keselamatan diri dan keluarga," katanya.

Sementara itu, seorang petani Ramlee Saad, 58 dari Kampung Banir Tembus, Simpang Empat berkata, mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam apabila ribut tiba-tiba melanda dan mengangkat keseluruhan bumbung bahagian depan rumah.

Ramlee berkata, dia dan anggota keluarga yang lain hanya melihat tanpa boleh berbuat apa-apa kerana ia berlaku terlalu pantas.

Menurut Ramlee, semalam mereka terpaksa bergelap kerana bekalan elektrik terputus berikutan ribut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Mohd Imran Abdul Salam berkata, sebanyak 17 buah rumah di kawasan Simpang Empat dan Sanglang, Perlis mengalami kerosakan termasuk sebuah di Kuala Sungai Padang  (Sanglang) rosak teruk.

Menteri Besar Perlis, Dato Seri Azlan Man turut meninjau serta melawat keluarga-keluarga terlibat dalam kejadian ribut di dua kawasan berkenaan, petang semalam disamping menyampaikan bantuan keperluan harian kepada keluarga berkenaan.

Sumber TKO - 8-5-2016


Mayat Kelima Ditemui

Posted on Saturday, May 07 @ 20:39:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUCHING: Pasukan polis marin menemui satu lagi mayat nahas helikopter terhempas menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui ialah lima.

Berdasarkan maklumat Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat berkenaan ditemui pada pukul 6 petang.

"Mayat dibawa ke jeti dan tiba di PKB Lingga pada pukul 6.50 petang.

"Mangsa dijumpai pada kedudukan 3 kilometer ke hulu Lingga dari PKB Lingga," katanya.


Dengan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi bagi mencari seorang mangsa yang masih hilang.

Sumber TKO - 7-5-2016











































Mayat keempat dijumpai SAR

Posted on Saturday, May 07 @ 17:04:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Mangsa keempat nahas helikopter ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat (SAR) ditemui petang ini di Sungai Batang Lupar.

Mayat mangsa itu dalam proses untuk dibawa ke Jeti Lingga menggunakan bot.

Dengan penemuan terbaru itu, pasukan SAR menumpukan pencarian kepada dua lagi mangsa. - MalaysiaGazette

Sumber TKO - 7-5-2016


Jenazah Noriah Kasnon Selamat Dikebumikan
Posted on Saturday, May 07 @ 15:04:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




TANJONG KARANG – Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong di sini, awal pagi Sabtu.

Jenazah Allahyarham disemadikan kira-kira pukul 2 pagi di kampung kelahirannya selepas disembahyangkan di Masjid Ar Rahmah, Batu 12 di sini.


Selain anggota keluarga, turut hadir di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Naib presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay.

Sebelum itu, jenazah tiba pada pukul 11.40 malam dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching, Sarawak yang berlepas kira-kira pukul 9.15 malam.

Sanak saudara dan sahabat handai yang berkumpul di perkarangan pangkalan udara itu diselubungi perasaan sedih dan pilu.

Allahyarham, 52, yang juga anggota Parlimen Sungai Besar meninggalkan empat orang anak berumur 29, 24, 21 dan 19 tahun daripada perkahwinan beliau sebelum ini serta seorang anak angkat berumur tiga tahun.

Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang Khamis.

Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat malang itu. – BERNAMA

Sumber TKO - 7-5-2016




Mayat ketiga berjaya dibawa naik

Posted on Saturday, May 07 @ 14:56:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mayat ketiga ditemui kira-kira 1 kilometer dari mayat pertama yang ditemui semalam dekat Sungai Batang Lupar.

SHAH ALAM – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya memindahkan mayat ketiga dipercayai mangsa nahas helikopter AS350 sebentar tadi yang dilaporkan ditemui kira-kira 1 kilometer dari mayat pertama ditemui semalam dekat Sungai Batang Lupar.


Mayat ketiga itu dipindahkan menggunakan bot kecil susulan paras air yang surut.
“Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bot kecil bagi memindahkan mayat ketiga yang kini berada di atas kapal peronda Pasukan Polis Marin.

“Usaha memindahkan mayat mangsa ketiga nahas helikopter itu sedikit sukar berikutan paras air sungai surut menyebabkan kapal peronda tidak dapat merapati Jeti Lingga,” lapor Bernama Radio.

Menurut laporan itu, mayat akan dibawa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lingga ke Hospital Umum Sarawak (HUS), menggunakan pesawat Nuri untuk bedah siasat.

Sebelumnya, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman memaklumkan penemuan mayat ketiga itu kira-kira 10.30 pagi tadi namun usaha membawa naik berdepan kesukaran susulan keadaan air surut.

Semalam mayat pertama ditemui sekitar jam 12 tengah hari tersangkut di tebing Sungai Batang Lupar dan disahkan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon .

Hari ini,  kira-kira jam 8.31 pagi mayat kedua lelaki berjaya ditemui dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pengesahan.

Namun masih tiada sebarang pengumuman dibuat pihak berkuasa mengenai identiti mayat kedua itu. - SH

Sumber TKO - 7-5-2016



Mayat kedua ditemui 15km daripada mayat pertama
Posted on Saturday, May 07 @ 14:54:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SRI AMAN - Mayat kedua nahas helikopter ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, pagi ini, kira-kira 15km daripada tempat mayat pertama dijumpai semalam.


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata mayat lelaki itu ditemui kira-kira jam 8.30 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

"Mayat itu ditemui kira-kira 10km daripada Pusat SAR Lingga, 49km dari bandar Sri Aman.
"Mayat mangsa telah dibawa menggunakan helikopter ke Hospital Umum Sarawak, Kuching," kata Abdul Aziz kepada pemberita di pusat SAR berkenaan.

Mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dijumpai di tebing sungai itu, tengah hari semalam.   

Selain Noriah, penumpang lain yang berada dalam helikopter tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah iaitu Asmuni Abdullah.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada jam 4.12 petang Khamis, menghala ke Kuching sebelum tragedi itu berlaku.

Beberapa serpihan pesawat itu telah ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, semalam.

Terdahulu operasi SAR bermula seawal 7.30 pagi tadi dengan kekuatan empat buah bot bomba bergerak daripada pusat SAR itu, melakukan rondaan di sepanjang perairan Batang Lupar.
Operasi SAR turut disertai enam bot Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), dua bot tentera dan sebuah bot polis.

Setakat 10 pagi, sejumlah 175 anggota SAR daripada pelbagai agensi seperti polis, bomba, JPAM dan tentera terlibat dalam operasi itu. –Bernama

Sumber TKO - 7-5-2016




Lagi Seorang Mayat Mangsa Nahas Helikopter Ditemui Pagi Ini
Posted on Saturday, May 07 @ 10:03:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SRI AMAN: Pasukan penyelamat pada pagi ini telah berjaya menemui seorang mayat mangsa nahas helikopter di kawasan hilir Sungai Batang Lupar berdekatan jeti Lingga, di sini pagi ini, lapor Berita Harian.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, ketika ini pihak bomba masih berusaha membawa keluar mangsa kedua ini ke jeti berhampiran.

Menurut beliau, pihak bomba akan memaklumkan perkembangan penemuan mangsa nahas dan operasi mencari mangsa yang lain dari semasa ke semasa di pusat operasi SAR di Lingga, Sri Aman.

Mangsa ditemui pada kira-kira jam 8.30 pagi masih belum dapat disahkan identiti. - Siakapkeli.my
Sumber TKO - 7-5-2016

Takziah buat keluarga mangsa tragedi Helikopter AS350

HARAKAHDAILY | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi Helikopter AS350 yang telah dilaporkan terhempas dua hari lepas.

Enam mangsa yang terlibat ialah Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Marilah kita sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat agar Allah selamatkan mangsa, dilindungi mereka dan dipermudahkan kerja Pasukan SAR untuk mencari mereka.

Semoga keluarga mangsa dan pihak terbabit diberikan ketabahan, kesabaran dan keredhaan hati untuk menghadapi ujian yang menimpa dengan segala ketentuan dari Allah.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
29 Rejab 1437 / 7 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 7/5/2016

Sumber HD - 7-5-2016



"Saya tak mahu makan banyak, takut helikopter tak boleh naik," antara gurauan akhir

Posted on Friday, May 06 @ 22:43:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



"Saya tak mahu makan banyak, takut helikopter tak boleh naik," itu antara gurauan akhir anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebelum pesawat dinaiki hilang petang semalam.

Gurauannya itu dikongsikan Ketua Puteri Umno Kuala Kangsar Nurul Azni Bani Ami yang menyertai satu program dihadiri Wan Mohammad Khair-il selaku Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Betong, Sarawak.

"Semasa jamuan makan selepas majlis itu, beliau (Wan Mohammad Khair-il) enggan makan banyak sebab takut helikopter berat. Sehingga kini gurauan itu masih terngiang-ngiang di telinga saya," katanya kepada Bernama di Ipoh hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media di Kuching pagi ini mengesahkan Mohammad Khair-il adalah antara enam penumpang pesawat Eurocopter AS350 yang hilang dari radar semalam dan ditemui serpihannya pagi ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai turut berada di dalam helikopter berkenaan.

Helikopter itu berlepas dari Betong, pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.
Menurut Nurul Azni, Mohammad Khair-il sepatutnya menaiki helikopter yang lain, namun disebabkan juruterbang pada ketika itu tiada maka beliau telah diajak oleh Noriah untuk terbang bersamanya.

"Disebabkan beliau mengejar penerbangan ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 9 malam (Khamis), maka Mohammad Khair-il terpaksa menumpang helikopter Noriah supaya sampai cepat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching," katanya.
Beliau berkata walaupun Perdana Menteri mengumumkan penemuan serpihan helikopter malang itu, namun seluruh keluarga Umno Kuala Kangsar masih berdoa dan berharap wakil rakyat mereka selamat.

Sementara itu, Exco Wanita Umno Malaysia Datuk Jamelah A Bakar menyifatkan Mohammad Khair-il sebagai seorang yang sangat rajin bekerja, positif dan sentiasa berusaha memastikan rakyat memahami aspirasi kerajaan.

"Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah minggu lalu dan seperti biasa beliau seorang yang sentiasa ceria," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
- Bernama

Sumber TKO - 6-5-2016




“Dok Sedap”, WhatsApp Terakhir Ahmad Sobri
Posted on Friday, May 06 @ 22:39:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Ahmad Sobri

KUALA NERUS – “Sdap ape..xsedap..(sedap apa..tak sedap)”. Ia WhatsApp terakhir Ahmad Sobri Haron, 26, yang turut berada di dalam helikopter yang nahas di Sarawak, kepada anggota keluarganya apabila diusik bahawa beliau akan seronok dapat menaiki helikopter.


Kiriman dihantar beliau pada 2.15 petang semalam itu, mendapat reaksi adik-beradiknya yang lain, dan ada mendoakan supaya beliau selamat mendarat, namun tiada sebarang balasan daripada mangsa.

Adik bongsu Ahmad Sobri, Siti Noriah, 22, berkata abangnya yang dipanggil Abang Cik itu, baru sahaja pulang ke kampung pada hujung April lalu dan sempat membawa kedua ibu bapa mereka bercuti di Cameron Highlands.

“Abang Cik (Ahmad Sobri) seorang yang penyayang. Saya berdoa agar abang cik selamat,” katanya dalam nada hiba ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Bukit Cempedak di sini.

Siti Noriah berkata Ahmad Sobri yang masih bujang, amat meminati kerjaya sebagai anggota polis dan mula menjadi pengawal peribadi sejak tiga tahun lepas.

Katanya Ahmad Sobri menamatkan latihan polis pada 28 Dis 2012. Beliau merupakan pengawal peribadi kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Siti Noriah berkata, keluarganya hanya menyedari berlaku nahas membabitkan anak keempat daripada lima beradik itu, menerusi televisyen malam tadi.

“Mak dan ayah serta dua adik beradik lain telah ke Kuching. Mak dan ayah keluar dari sini sejak 12 tengah hari tadi dan kedua beradik lain akan tunggu di KLIA,” katanya, yang turut menunjukkan gambar kiriman Ahmad Sobri menerusi WhatsApp sekitar 11.50 pagi semalam.

Gambar tersebut menunjukkan Ahmad Sobri sedang ‘berselfie’ bersama seorang lagi di dalam sebuah helikopter.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berharap Ahmad Sobri terselamat dan keluarganya tabah menerima dugaan tersebut. – BERNAMA

Sumber TKO - 6-5-2016





PAS Sedih Komen Tidak Berhati Nurani Atas Kematian Pimpinan UMNO@BN
Posted on Friday, May 06 @ 22:36:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kesal dengan pihak yang sedang bergembira dengan kematian Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon kerana ideologi politik.

Tegas beliau, adalah wajar untuk manusia yang berakhlak dan beragama mendoakan mereka yang terlibat dalam nahas helikopter tersebut agar selamat tanpa mengira agama mereka.


"Sedih saya melihat komen seperti tidak berhati nurani. Kelihatan mereka gembira kerana barangkali penumpang itu musuh politik mereka. Ada yang mula menghitung hari untuk pilihan raya kecil. Allahu Akbar!," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber TKO - 6-5-2016





Nahas helikopter: Mayat wanita sah Noriah Kasnon (bersama video)
Posted on Friday, May 06 @ 22:28:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


PETALING JAYA : Mayat mangsa tragedi helikopter yang ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, Sebuyau, disahkan jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, kata setiausaha sulitnya, Abidin Supardi.


Abidin berkata demikian kepada pemberita selepas menziarah jenazah tersebut di Hospital Umum Sarawak di sini.

Selain Noriah, suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia turut menaiki helikopter itu.

Turut berada di dalam pesawat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Mayat ditemui berhampiran serpihan helikopter di persisiran Sungai Batang Lupar di Sebuyau pada tengah hari tadi.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang menghala ke Kuching sebelum nahas itu berlaku.

Noriah berada di Betong untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan kementeriannya semasa pilihan raya negeri ini.

Sebelum ini Noriah dilaporkan lebih rela menaiki kereta, sekalipun perjalanan itu memakan masa, disebabkan beliau tidak sedap hati menaiki helikopter.

Pendedahan itu dibuat anak saudara Noriah, Ummu Hani Assaidah Abdullah, 30, yang mendapat tahu perkara berkenaan daripada ibunya yang dihubungi Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu beberapa minit sebelum beliau berlepas.

Datuk Noriah Kasnon, 52, dilahirkan di Tanjung Karang dan mempunyai empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.

Beliau memulakan kariernya sebagai seorang peguam, berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran kerajaan.

Lulusan bidang undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1988, beliau aktif dalam UMNO sejak 1992 dan merupakan penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar sejak Pilihan Raya Umum 2004.

Bermula sebagai setiausaha parlimen Kementerian Penerangan selama empat tahun sejak Mac 2004, Noriah, ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor dinaikkan jawatan kepada timbalan menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat di bawah Kabinet baharu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada April 2009, di bawah pentadbiran baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau dilantik sebagai timbalan menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Pada 2012, beliau ditukarkan menjadi timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan setahun kemudian selepas Pilihan Raya Umum 2013, beliau dipindahkan ke Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi hingga sekarang.

Dalam arena politik pula, Noriah pernah menjadi setiausaha Wanita UMNO Selangor pada 1992 sebelum dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional Selangor selama empat tahun dari 2000.

Pada 2005, beliau dilantik sebagi pengerusi Biro Penerangan Wanita UMNO Selangor dan menjadi anggota jawatankuasa Biro Wanita UMNO Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=G_soROX3fYw


Sumber TKO - 6-5-2016



Serpihan dipercayai milik helikopter hilang dijumpai

Posted on Friday, May 06 @ 14:59:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Imej serpihan yang di percayai pesawat terlibat di jumpai oleh Pasukan SAR 930 di Sebuyau. Pengesahan akan dibuat oleh DCA. - Foto ihsan Twitter bombaJBPM

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan pesawat dipercayai milik helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang, petang semalam.

Menurut beliau maklumat penemuan itu diterima pada jam 9.50 pagi tadi.

"Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain telah dijumpai. Pasukan SAR akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut," katanya pada sidang media.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Dalam pada itu, Najib berkata, kawasan penemuan bersebelahan Sungai Batang Lupar dan ini menyukarkan operasi namun segala aset yang ada akan digunapaki dalam operasi ini.

Helikopter yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Helikopter itu berlepas dari Betong, kira-kira 250km dari sini pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.

"Setakat ini kita tidak boleh buat sebarang kesimpulan yang kita sudah kehilangan mereka," katanya semasa ditanya sekiranya ini bererti semua mereka sudah tiada lagi.

Perdana Menteri berkata semua aset yang berkaitan sudah diarah melancarkan operasi dan menyelamat "semaksimum mungkin" di sekitar kawasan berkenaan.

Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa kawasan serpihan itu ditemui amat luas, yang mungkin akan menyukarkan operasi mencari dilancarkan.

"Namun segala usaha dan aset yang dapat kita guna pakai dalam operasi ini kita akan mengerahkan semaksimum mungkin," katanya.


  Beliau yang menganggap kejadian itu sebagai satu tragedi kemalangan yang tidak diduga, seterusnya mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak berkaitan yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dengan cukup pantas.

Sumber TKO - 6-5-2016


































































Mayat pertama dijumpai adalah timbalan menteri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Sekarang ini saya berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah adik saya YB Noriah yang merupakan mangsa pertama eksiden helikopter," ujar Datuk Seri Rohani Abdul Karim menerusi laman facebook.

Tulisan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mengesahkan bahawa mayat wanita yang dijumpai tengah hari tadi adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Noriah adalah salah seorang yang berada dalam helikopter yang terhempas setelah berlepas dari Betong ke Kuching jam 4.12 petang semalam.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan selain Noriah, turut menaiki helikopter itu ialah Asmuni Abdullah (suami Noriah), Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang Rudolf Rex Ragas.

Sumber HD - 6-5-2016



Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak

Posted on Friday, May 06 @ 07:16:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebuah helikopter dinaiki enam orang, termasuk seorang timbalan menteri, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching petang tadi.

Borneo Post melaporkan, salah seorang penumpang ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Noriah adalah anggota parlimen Sungai Besar manakala Wan Mohammad Khair-il Anuar anggota parlimen Kuala Kangsar.

Turut berada dalam pesawat sama ialah Ketua Pengarah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.
Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.

Menurut Harian Metro, menara kawalan dan helikopter berkenaan terputus hubungan selama tiga jam.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pula mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan.

Bernama menyatakan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.

Helikopter Eurocopter AS350 itu dikendalikan sebuah syarikat tempatan.

Polis di Kuching dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu malam ini.
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata unit khas penyelamat taktikal jabatan itu sedang menunggu pengesahan mengenai lokasi pesawat udara itu hilang.

.............

KUCHING – Polis mengesahkan helikopter Hornbills Skyways yang membawa beberapa kenamaan dan hilang ketika dalam penerbangan dari Betong ke sini petang Khamis tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman dalam sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini lewat malam Khamis.

“Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memaklumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan dan helikopter ini dikatakan terus terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara,” jelas beliau lagi.

Penerbangan RPC6828 menggunakan helikopter jenis AS350 itu dilaporkan berlepas pukul 4.12 petang dari Betong sebelum hilang daripada radar kira-kira pukul 4.32 petang di sekitar kawasan Triso dalam daerah Sri Aman.

Muhammad Sabtu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kesemua penumpang dan juruterbang pesawat malang tersebut yang sepatutnya dijadualkan tiba di Kuching 40 minit selepas berlepas dari Betong.

Mynewshub terdahulu melaporkan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Noriah Kasnon yang juga ahli Parlimen BN Sungai Besar di Selangor antara penumpang dalam helikopter berkenaan.

Turut termasuk ialah suami beliau, Tuan Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha MPIC, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen BN Kuala Kangsar, Perak. Selain itu, helikoper tersebut turut dinaiki pengawal peribadi dikenali dengan nama Ahmad Sobri Harun manakala juruterbangnya ialah Kapten Rudolf Rex Ragas.
peta1
“Saya ingin memaklumkan maklumat diterima daripada DCA setakat 8.20 malam. Bertindak atas laporan itu, polis memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdasarkan lokasi diberi DCA,” kata Muhammad Sabtu.

Operasi SAR tersebut jelas beliau melibatkan lebih 100 anggota termasuk masing-masing 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 30 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Selain itu tambah beliau, seramai 13 anggota daripada Pasukan Polis Marin dan satu platun Pasukan Gerakan Am serta masing-masing 12 anggota dari balai polis Sri Aman, Simunjan dan Betong turut dikerah dalam SAR itu.

“Memandangkan kawasan pencarian dekat hutan, laut dan sungai, kita juga akan meminta bantuan pasukan tentera darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” kata Muhammad Sabtu.

Sehingga kini jelas beliau, tiada perkembangan yang boleh dimaklumkan dan mengesahkan pesawat tidak mendarat di mana-mana kawasan tertentu seperti yang diviralkan oleh netizen menerusi media sosial sejak lewat petang.

Beliau memaklumkan pihaknya akan mengatur gerak pencarian seawal pukul 6 pagi Jumaat namun belum boleh memberi sebarang pengesahan apa-apa maklumat terbaharu sehingga disahkan. – Mynewshub.cc/HAA


Sumber TKO - 5-5-2016











































Helikopter hilang: Doa mohon kesejahteraan, keselamatan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyeru seluruh umat Islam dan rakyat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka yang berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak, petang semalam.

Beliau menyatakan demikian dalam satu tulisan malam tadi, sebagaimana di bawah.

Merujuk kepada kehilangan helikopter di Sarawak membawa dua ahli parlimen beserta rombongan, saya menyeru seluruh umat Islam dan rakyat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.

Antara doa yang boleh diwiridkan dalam situasi ini ialah:

  لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"Tiada Ilaah (yang diserahkan perhambaan diri dan ketaatan) melainkan Engkau. Maha suci Engkau. Sesungguhnya daku sebelumnya tergolong di kalangan orang yang melakukan kezaliman."

Ia merupakan Doa Nabi Allah Yunus ketika diuji dengan ditelan oleh ikan besar sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam surah al-Anbiya' ayat 87 dan disabdakan oleh Rasulullah SAW:

 دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الْحُوتِ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ، إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، إِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ بِهَا.
Maksudnya: Doa Nabi Yunus (baginda digelar sebagai Zu al-Nun) di saat berada di dalam perut ikan besar ialah:

(لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ، إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِين)
"Sesungguhnya tidak berdoa dengannya oleh seorang muslim dalam sesuatu perkara melainkan diterima oleh Allah untuk dirinya dengan doa tersebut."

Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim serta dinilai Sahih oleh Syeikh al-Albaani.
Berikut pula tulisan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Selamatkan mereka Ya Allah!


Apabila kita mendengar berita yang tidak diingini seperti berita helikopter hilang, selayaknya kita sebagai manusia yang berakhlak dan beragama segera mendoakan mereka agar mereka selamat walau siapa mereka termasuklah non muslim.

Sedih saya melihat komen seperti tidak berhati nurani. Kelihatan mereka gembira kerana barang kali penumpang itu musuh politik mereka. Ada yang mula menghitung hari untuk pilihan raya kecil. Allahu Akbar!

Susahkan anda mahu doakan keselamatan mereka dan memberi semangat kepada ahli keluarga mereka?

Ya Allah! Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijak dan Maha Perkasa. Selamatkan mereka dan permudahkan urusan serta situasi mereka. Amin. - HARAKAHDAILY 6/5/2016

Sumber HD - 6-5-2016



Statistik Kemalangan Kenderaan Menggemparkan

Posted on Wednesday, April 20 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Adalah membimbangkan Statisrik Kemalangan Jalanraya di Negara
menunjukkan angka yang sangat luarbiasa besarnya. Hampir setiap
hari ada saje laporan media tentang kemalangan besar yang berlaku
di jalan raya kita.

Setakat ini nampaknya Kerajaan akan belanjakan hampir RM 1/2 billion

untuk menangkap pemadu yang memandu laju dengan kamera AES.
Keberkesanan sistem ini nampaknya terhad kepada bilangan video penangkap
imej pesalah trafik. Dengan 1/2 billion keberkesanan penagkapan adalah
tidak memuaskan kerana hanya 1200 camera saje dapat iperolehi dengan
wang sebanyak itu hanaya 1200 kamera saje dapat diperolehi. Bandingkan
penggunaan sistem pengawasan yang ada di Dubai. Mereka memasang 1

kamera di setiap 1 km jalan raya mereka!




Namun ada beberapa cara pihak berkuasa bolih mendapat info dari ajensi

sekuriti yang ada di kondo /apartment.  Mereka dilesenkan dek KDN. Olih itu

pengurusan sekuriti dimestikan dengan memperkenalkan satu kaedah undang

undang melaporkan setiap observansi yang kamera mereka tangkap kepada
pihak

polis seperimana pihak hotel  di beri tugas melaporkan penghuni hotel mereka

kepada pihak polis.  Mereka juga bolih diberi kuasa polis bantuan untuk
membenteras

jenayah seperyi industri persundalan dam pemperosesan pil pil dadah.


Saya pernah melobi  supaya Gomen perkenalkan undang undang ketat
supaya orang

yang nak ke parti minum arak menempah teksi untuk bawa mereka pulang
dari kelab atau

lokasi parti minum arak itu diadakan.Undang ini diadakan di Singapura, USA
dan

mungkin di Barat.  Politikus MCA , Mei Fun suka jadi pak turut Gomen
Singapura

di dalam hal DZN . Jadi adalah wajar undang undang ketat Singapura di
dalam

Road Traffic Act ditiru dek mat /minah di Kementrian Pengangkutan di bawah
MCA-

Tong Lai!  Dua hari lalu [sekitar jam 2 pagi ] saya mengekori debuah kereta
Myvi yang pemandunya nampak

tak terkawal keretanya [tayar bergesel dengan bahu jalan dan buat  bunyi
kuat ].

Pemadu berhenti sekitar 20  meter selepas itu dan ianya membuka pintu dan
muntah

di luar pintu.  Saya biasa lihat pemandu tersungkur tak sedar diri dan
keretanya

di atas bahu jalan  menghampiri Kondonya.  Pada hujung minggu
kebanyakkan kemalangan kereta

yang saya nampak dari kereta yang ditarik ke bengkel di tepi Jalan Ipoh
adalah kemalangan

disebabkan hilang kawalan disebabkan mabuk [pandangan saya].  Polis peronda

harus tahan pemandu kereta yang memandu secar terhoyong hayang.  Untuk
menahan pemandu

adalah polis menggunakan test-arah pemandu jalan ditepi bahu jalan sekitar
20 kaki. Kalau si pemandu gagal jalan di dalam barisan yang lurus- dia dikira
gagal! 

kalau mereka gagal mereka patut dibawa ke balai dan di dakwa.  Tidak ada
keperluan untuk membekal

alat breathalyser untuk mengetahui berapa konsentrasi alcohol di dalam nafas
mereka. Mungkin

spray  yang digunakan referee epl bolih dibekalkan untuk beri garisan
penamat /permulaan

untuk si pemabuk berjalan!


saya diberitahu ada pemabuk yang melanggar 4 kereta semasa balik di awal pagi di

satu perumahan.  Di dalam taman yang sama ada pemandu mabuk
melanggar kereta terparkir

di hadapan rumah Puan M hampir hancur dan masih menunggu spare part
untuk dibaiki.

Anak tuan punya dan seorang jiran telah mengejar ke Villa Angsana dan piha
k pengurusan

enggan bekerjasama untuk kenal pasti si pesalah. kini Puan M menanggong
kerugian dianggarkan

sebanyak RMb 5000.  Dasar untuk meluluskan pembukaan kelab minum alkohol perlu di hadkan

hingga jam 2 pagi seperti di UK.  Pub patut hanya di benar beroperasi hingga jam 11 malam

aje. Ku Nana dan geng geng bandarayanya harus merumus dasar 'opening
hours ' yang munasabah

dan menapti ciri ciri Negara Islamik ala UMNO. Apa gunanya ada council Pas-
Umno untuk

agama bila arak dijual sepanjang hari!

Mei Fun tahu jadi anti Islam ala Singapura tapi undang undang RTA Singapura
geng China

MCA tak mahu ikut pulak!

Gomen perlu kenalkan perketatkan undang undan pengambilan arak dan
memberi kuasa dan

tanggongjawab kepada pihak sekuriti kondo/ sekuriti taman yang sekarang
tumbuh bagaikan

cendawan.  Geng geng china suka pada konsep 'gated lcommunity' dan
wajarlah gomen mengawal

bidabgkuasa dan tanggungjawab pengurusan sekuriti taman taman di dalam
Negara sipay

kerja Polis akan jadi lebih efisen mengahapuskan jenayah dan mengurangkan
kemalangan!

Translasi:  Seorang guard perlu melaporkan kepad pengurusannya bila dia
nampak pemandu

dikondo/tamannya balik mabuk dan keretanya ada bukti perlanggaran. 
Seterunya pihak poengerusannya

perlu melaporkan kepada balai berdekatan atas hal ini.


perumahan 

Sumber TKO - 20-4-2016



Malaysia Catat Hampir Setengah Juta Kemalangan Jalan Raya Pada 2015

Posted on Tuesday, April 19 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Hampir setengah juta kemalangan jalan raya telah berlaku di Malaysia pada 2015 dengan mengorbankan hampir 7,000 orang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Malaysia mencatatkan 489,606 kemalangan jalan raya dan 6,706 kematian disebabkan kemalangan bagi tahun 2015.

"Ini merupakan kenaikan dari tahun 2014 dan kerugian ekonomi yang ditanggung adalah dianggarkan melebihi RM8 bilion. Statistik sebegini amat membimbangkan, oleh itu kerajaan komited dengan memperkenalkan langkah-langkah baru yang berkesan untuk dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin.

Kenyataan media ini dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya pada Isnin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata taklimat mengenai inisiatif keselamatan jalan raya semasa, termasuk statistik kemalangan jalan raya pada waktu perayaan juga telah dibentangkan dalam mesyuarat ini.

"Jawatankuasa ini juga telah dimaklumkan mengenai status terkini Pelan Advokasi Jabatan Keselamatan Jalan Raya 2016, Pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 dan Status Pelaksanaan Projek Semakan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2016," katanya.

Katanya, mesyuarat turut membincangkan tentang pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara).

                                                                                                                                                              Sumber TKO - 19-4-2016


El Nino: Semua sekolah di Kedah ditutup 31 Mac, Perlis pula 31 Mac-1 April

Posted on Wednesday, March 30 @ 19:06:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



GEORGE TOWN: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup pada pada Khamis, 31 Mac susulan fenomena El Nino dan gelombang haba di kedua-dua negeri itu.

Bagi negeri Perlis, penutupan sekolah dilanjut sehingga Jumaat (1 April).

"Pemantauan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap cuaca kering dan panas yang sedang melanda negara sekarang mendapati beberapa daerah dan kawasan, khususnya di utara semenanjung sehingga hari ini (30 Mac 2016) mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius pada satu-satu masa, setiap hari dan melebihi 72 jam," ujarnya.

Penutupan yang diambil sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas itu melibatkan sejumlah 853 buah sekolah iaitu 232 buah sekolah menengah dan 621 buah sekolah rendah.

Jumlah murid terlibat adalah seramai 413,786 orang iaitu 397,832 orang murid sekolah menengah dan rendah serta seramai 15,954 orang murid prasekolah.

"Penutupan itu hanyalah melibatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja, dan penutupan tersebut juga adalah tidak perlu diganti," ujarnya.

Sementara operasi pentadbiran sekolah, kecuali aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid, berjalan seperti biasa.

Semua guru dan kaki tangan sekolah hendaklah hadir ke sekolah masing-masing dan bertugas seperti biasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti mesyuarat, merancang PdP termasuklah tugas-tugas rutin dan lain-lain tugas yang tidak melibatkan murid-murid.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada rabu.

Baru-baru ini, KPM turut mengumumkan semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari pada 22 hingga 23 Mac lepas ekoran cuaca panas dan gelombang haba melebihi 37 darjah Celsius.


Sumber TKO - 30-3-2016











































Kemaqlangan Maut di Bukit Permai Cheras

Posted on Wednesday, March 30 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Baru baru ini saya  menonton Program TV1-Titian Kasih
yang memaparkan kemalangan yang berlaku di Taman Bukit
Permai di Cheras.Saya terpanggil untuk memberi satu cadangan
yang bolih digunakan sebagai satu solusi universal untuk memperingatkan
pemandu pemandu apabila memandu dari cerun yang tinggi.

Tiga siituasi yang perlu dititiberatkan semasa memandu:


1.Memandu di waktu hujan [hujan renyai renyai atau hujan lebat]


2.Memandu di jalan raya yang banyak selekoh [corners] 


3.Memandu dari kawasan cerun yang tinggi-  Bukit Genting, Bukit Tinggi,


Fraser Hill, dan lain lain kawasan bukit seperti Bukit Permai.


Untuk pandu laju mana mana pemandu bolih lakukannya.  Tetapi memandu

dengan selamat memerlukan skill yang bolih di pelajari dan di buat latihan

bertubi tubi.  Mr Sato [Pemandu F1 dari Jepun} semasa memandu waktu hujan di Malaysia sangat terperanjat kerana beliau dapati pemandu Malaysia memandu laju di waktu hujan di lebuhraya.  Beliau berpendapat pemandu kita sangat

macho atau sangat bodoh kerana tidak dapat agak yang memandu laju semasa hujan adalah satu perkara yang bahaya kerana grip tayar dengan permukaan jalan  sangat berkurangan bila dibandingkan dengan jalan yang kering. Kerana

isu grilah tayar kereta F1 ditukar mengikut keadaan permukaan jalan-samada

jalan itu basah atau kering. 


Objjek [makasit] Memandu

--------------------------------


Memandu laju bukanlah satu perkara yang susah. Tekan ajew pedal minyak

cabutlah kereta yang dipandu. Kita sebagai pemandu mest jelas apa tugas

pemandu setiap masa. Kerta mestilah senantiasa bolih dikawal olih pemandu

di dalam semua situasi-hujan, memadu dari cerun dan menangani selekoh

dengan baik. 


Tool Untul Kawal Kereta

--------------------------


Mengawal kelajuan adalah kunci kepada kawalan kereta,  Gear dan brek

adalah tool utama untuk tujuan  Penggunaan gear rendah adalah penting

diguna dengan brek secara berhemah adalah penting. Gear terendam di dalam takongan minyak yang menyejukkannya  senantiasa dan bolih diguna

sepanjang trip turun dari bukit tinggi seperti Bukit Genting tanpa masalah.Keberkesanan brek agak berkurangan bila ianya digunakan untuk

30 minit terus menerus kerana  ianya akan jadi panas dan cecair brek

mungkin menjadukan master pump gagal bila ianya digunakan secara

berterusan. Fenomena inoi ada kaitan dengan suhu cecair mencecah boling

point menyebabkan pump tidak berfungsi  [vapour lock] atau keberkesanannya berkurangan apabila suhu elemen brek [pad]sudah jadi

panas.


Penggunaan gear rtendah adalah lebih s4elamat kerana kelajuan kereta

semasa turun senantiasa terkawal. Jadi pemandu hanya perlu jaga steering

dan pedal minyak. Tekan  pedal minyak kerta menerpa laju ,Angkat kaki

dari pedal minyak kelajuan kereta  tekawal dengan   had laju yang ditentukan

olih gear rendah itu. 


Di dalam satu  episod semasa saya memadu dari puncak bukit Tinggi saya

perhati kebanyakan pemandu guna brek sepanjang trip turun.  Ini adalah amalan kurang baik nkerana ada kemungkinan kereta itu bolih hilang kawalan  di phasa trip terakhir bila brek sudah jadi terlalu panas.


Di dalam proses memandu dari cerun yang tinggi menangani selekoh adalah

satu kemestian.Trip aturn akan menemukan pemandeu dengan satu series

mungkin 10 ke 20 selekoh yang bolih digredkan anta susah hingga terlalu susah.


Driving Line

--------------


Schumacher  bila dia memandu dia akan pilih satu Racing Line untuk mendapatkan satu laluan yang ia dapat mengawal keretanya dengan baik. Ianya juga saya dapat buat inferens yang paling selamat untuk semua situasi. Jadi saya syorkan pemandu bayangkan satu driving line yang kita anggap sepertu melakar di atas satu kanvas yang kita akan gunakan sepenuhnya. Meamandu dari bucu kebucu adalah teknik yang bagus untuk

menjauhkan kereta dari cerun yang bahaya .


senario-


bila kereta hampiri bucu 1-

masok dengan gear 2

exit ke bucu 2 dengan tukar gear 3


bila kereta hampiri bucu 2

masok bucu guna gear2

exit bucu dengan gear 3

seterusnya ikut pattern seperti diatas.
Tetapi kalau kereta terlajak bila keluar dari bucu [1 atau 2]
gunakan gear 2 atau 1.
Kalau tidak mahir bermain gear , guna saje gear 2 untuk trip turun. 
Sumber TKO - 30-3-2016

Ujian panas dan kering seluruh negara

HARAKAHDAILY | .


Merujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau 19 Mac 2016. Cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah akan turut dirasai seluruh Semenanjung sehingga penghujung Mac 2016. Keadaan ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyarankan agar:

1. Pihak surau dan masjid diseluruh negara mengadakan solat hajat secara berterusan semoga musibah yang diberikan oleh Allah tidak berpanjangan dan diturunkan hujan agar bahang kepanasan ini berkurangan. Sifat orang-orang yang beriman apabila diuji oleh Allah SWT akan sentiasa merujuk dan mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT dengan bersabar, bersolat, berzikir dan raja' kepadaNya.

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah: 156)

2. Pihak kerajaan mengkaji dan memantau semua program-program hiburan yang melampau di TV dihentikan kerana menghormati ujian dari Allah SWT, menjaga senstiviti agama dan rakyat yang ditimpa musibah agar tidak mengundang kemurkaan Allah SWT yang apabila datang menimpa sesuatu kaum dalam bentuk yang umum, salah satunya melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT. Gerunlah terhadap ancaman Allah SWT sekiranya umat manusia melakukan kezaliman dan kemungkaran di atas muka bumi ini.

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. (Al-Anfaal: 25)

3. Pihak kerajaan Malaysia seharusnya memuhasabah diri dengan dasar negara yang telah dan akan dilaksanakan agar selari dengan syariat Allah. Kezaliman, ketidakadilan, penyelewengan, kemungkaran, kemaksiatan, penganiayaan dan polisi-polisi yang menidas rakyat juga antara faktor turunnya bala daripada Allah SWT. Islam telah mengajar kita konsep "mencegah lebih baik daripada mengubat" jangan nanti "sudah terhantuk baru nak terngadah".

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum: 41)

Semoga dengan membanyakkan istighfar dan muhasabah diri, negara Malaysia semakin makmur dan rakyatnya semakin sejahtera dengan kepimpinan yang lebih bertaqwa di masa akan datang serta mendapat keampunan Allah SWT.

Kamalulhysham Mohd Suhut
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
11 Jamadil Akhir 1437/20 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 20/3/2016

Sumber HD - 20-3-2016











































6 kawasan catat suhu tinggi 35 darjah Celcius

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Enam kawasan di Malaysia mencatat suhu tertinggi 35 darjah Celcius dan telah mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba setakat semalam.

Kawasan terlibat ialah Chuping, Perlis; Alor Setar, Kedah; Ipoh dan Lubuk Merbau, Perak serta Batu Embun dan Temerloh, Pahang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata keadaan cuaca panas ini boleh mencetuskan gelombang haba, iaitu situasi yang membawa risiko kesihatan hipetermia atau strok haba dan dehidrasi.

"Cuaca panas yang dirasai pada ketika ini adalah berpunca daripada fenomena El Nino kuat. El Nino merupakan keragaman iklim yang berlaku secara tidak tetap dalam tempoh dua hingga tujuh tahun," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sehingga bila keadaan itu akan berterusan.

Justeru beliau menasihati orang ramai supaya mengehadkan aktiviti luar dan minum lebih banyak air dan merujuk kepada pakar kesihatan sekiranya mengalami masalah strok haba.

Wilfred berkata petunjuk bagi paras ambang gelombang haba di negara ini adalah apabila suhu tertinggi harian sesuatu tempat mencapai 35 darjah Celsius untuk lima hari berturut-turut dan melebihi dua darjah Celcius daripada purata jangka panjang suhu maksimum.

Paras ambang gelombang haba juga dikesan apabila suhu tertinggi harian mencapai atau melebihi 37 darjah Celcius untuk tempoh tiga hari berturut-turut bagi kawasan berkenaan, katanya.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi pada 8 Mac lepas, cuaca panas berikutan fenomena El Nino yang dialami sekarang diramal kembali normal pada Jun. - Bernama

Sumber HD - 17-3-2016











































Fenomena el-Nino boleh sebabkan jerebu

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Fenomena El Nino yang menyebabkan peningkatan suhu yang melanda negara sejak Oktober tahun lalu boleh membawa kepada kejadian jerebu tempatan, kata Jabatan Meteorologi.
  
Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu, Alui Bahari  berkata, jerebu tempatan berlaku apabila zarah-zarah terampai daripada aktiviti industri dan kenderaan bermotor berterbangan di udara dan boleh menjejaskan jarak penglihatan.
  
"Semasa cuaca panas, banyak zarah-zarah terampai berterbangan di udara di mana peredaran angin yang lemah, cuaca panas dan kekurangan hujan juga boleh menyumbang kepada berlakunya jerebu tempatan ini.
  
"Bagaimanapun kesan jerebu tempatan ini tidaklah teruk dan biasanya ia berlaku dalam tempoh sementara sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Mengulas lanjut mengenai cuaca panas, beliau menjelaskan negara sedang berada di penghujung musim Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir penghujung bulan ini atau awal bulan depan.
  
Alui berkata, dalam tempoh ini beberapa kawasan akan mengalami cuaca kering dan kekurangan hujan dan keadaan ini diburukkan lagi dengan kehadiran fenomena El Nino yang membawa peningkatan suhu antara 0.5 hingga 2.0 darjah Celsius berbanding keadaan biasa.
  
"Bagaimanapun, pemerhatian semasa mendapati kekuatan fenomena El Nino mulai menurun dan dijangka berakhir pertengahan tahun ini," katanya.
  
Sementara itu, ramalan cuaca bagi tempoh Mac hingga Ogos tahun ini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi di laman webnya menyatakan beberapa kawasan sedang merasai kesan El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kekurangan jumlah taburan hujan.
  
Menurut ramalan itu, negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Kelantan dan utara Terengganu dijangka terus mengalami keadaan cuaca yang kering bulan ini dengan jumlah taburan hujan yang kurang berbanding purata bulanan.
  
Keadaan sama dijangka berlarutan sehingga April bagi beberapa kawasan dan cuaca bagi seluruh Semenanjung Malaysia dijangka kembali normal pada Mei hingga Ogos 2016 dengan jumlah hujan dijangka berada pada paras purata.
  
Bagi negeri Sarawak pula, kawasan Kuching dan Sri Aman akan menerima jumlah taburan hujan lebih sedikit di atas paras purata bulan ini, manakala kawasan Bintulu, Miri dan Limbang dijangka menerima jumlah taburan hujan kurang sedikit daripada paras purata.
  
Kawasan-kawasan lain di negeri itu dijangka menerima jumlah taburan hujan pada paras purata dan keadaan itu dijangka berterusan pada April dan Mei di mana seluruh negeri itu akan menerima taburan hujan pada paras purata antara Jun hingga Ogos.
  
Bagi Sabah pula, kesan fenomena El Nino kuat yang berlaku telah mengurangkan jumlah taburan hujan di mana pada bulan ini, seluruh kawasan akan mengalami keadaan cuaca kering dengan jumlah taburan hujan di bawah paras purata.
  
Pada April pula, kawasan Kudat dan Sandakan dijangka menerima jumlah taburan hujan kurang sedikit daripada paras purata, manakala kawasan-kawasan lain dijangka menerima jumlah hujan pada paras purata.
  
Untuk tempoh jangkaan Mei sehingga Ogos 2016 pula, seluruh negeri Sabah dijangka akan menerima jumlah taburan hujan pada paras purata. - Bernama

Sumber HD - 12-3-2016

Freemason Illuminati Pemuja Matahari

Posted on Wednesday, March 09 @ 17:50:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



1. Setiap 4 tahun sekali kebanyakkan lokasi di dunia akan mengalami fenomena Gerhana Matahari. Ia terjadi apabila bulan menghalang pancaran matahari di waktu siang. Waktu siang akan gelap seketika selama kira-kira 2 jam. Fenomena ini berlaku sejak dunia ini diciptakan.

2. Syaitan mengambil peluang gerhana ini untuk menyesatkan manusia. Syaitan ujud sejak lama lagi sebelum manusia dijadikan. Syaitan tahu apa yang berlaku didunia sebab dia bebas bergerak umpama angin dan api. Melalui mimpi dan rasukan pembesar/pendita syaitan akan memberitahu bahawa gerhana akan berlaku pada bila dan dimana. Maka si pembesar/pendita akan maklumkan kepada rakyat. Memang perkara itu benar-benar terjadi dan menambah yakin rakyat kepada apa yang disampaikan oleh pembesar/pendita. Kemungkaran dan syirik semakin subur dengan fenomena gerhana ini. Ada pembesar/pendita yang mengambil kesempatan. 

3. Mereka sebenarnya ialah penyembah syaitan 'satan worshipper'. Tujuan utama mereka ialah menambah kesesatan rakyat daripada Tuhan sebenar. Ini sesuai dengan akujanji syaitan yang akan menyesatkan anak Adam. Allah benarkan syaitan menggoda dan menyesatkan manusia. Namun Allah juga akan menjaga hambanya yang sentiasa dekat denganNya.

4. Agama-agama kuno mengaitkan gerhana matahari dengan kemarahan tuhan dan dewa. Kemarahan tuhan/dewa dapat dipulihkan dengan memberi persembahan kepada tuhan/dewa. Persembahan boleh dalam bentuk ritual agama atau pengorbanan kepada tuhan. Sesetengah agama bertindak terlalu ekstreme dengan membuat 'human sacrifice'. 

5. Kaum mesir purba dan aztec antara yang dikenalpasti membuat amalan ini. Kaum astez melakukan pemujaan 'human sacrifice' di puncak piramid aztec, piramid yang bumbungnya mendata rata tidak seperti piramid mesir. Piramid ini dikenali dengan gelaran piramid tak siap (unfinished pyramid), dan piramid itu menjadi identiti wang kertas satu dollar Amerika sejak 1776. Piramid itu dihiasi dengan mata satu tergantung (all seing eye). Ia persis mata dalam cerita Lord Of The Ring. Frodo mengelarnya Mata Syaitan.

6. Amalan-amalan purba ini masih diteruskan hingga ke hari ini. Penyembah syaitan telah bertukar identiti dan wajah. Pembaca boleh menggoogle dan mengenalpasti identiti mereka. Antaranya ialah luciferianism, black metal, skull abd bones, illuminati dan freemason. Cuma bentuk ritual dan pemujaan mereka masih rahsia. Tidak jelas samada  meraka juga meneruskan amalan 'human sacrifice'.

7. Islam mengajar gerhana matahari adalah salah satu tanda kebesaran Allah. Allah mengatur alam dengan rutin harian yang tidak pernah silap. Manusia akan menjadi terbiasa dan kurang menghargai 'kebiasaan' yang Allah berikan. Maka Allah datangkan gerhana matahari memberi peringatan kepada manusia, bahawa siang tidak semestinya terang dan Allah berkuasa melakukannya malah lebih dari itu. Islam menganjurkan solat gerhana agar manusia dekat dengan Allah dan menyakini bahawa Allah berkuasa melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan dan Allah pelindung dari marabahaya.

9hb Mac 2016
Haji Harun Sheikh Malik

Pemikir Strategik Muda

Sumber TKO - 9-3-2016











































Fenomena gerhana matahari juga punca peningkatan suhu













































LUCIA TEREY ANAK JOHN | .


JOHOR BAHARU: Cuaca panas yang melanda negara sekarang juga berkait rapat dengan fenomena gerhana matahari kerana ia menyebabkan tiupan angin terhenti seketika, demikian hasil kajian sekumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  
"Gerhana ini seringkali dikaitkan dengan peningkatan suhu kerana ia akan memberhentikan seketika angin dan itu betul. Suhu normal iaitu 29 darjah Celsius umpamanya boleh meningkat dalam kadar satu atau dua darjah, berikutan fenomena itu," kata pakar astronomi dan pensyarah kanan Fakulti Geoinformasi dan Hartanah UTM, Dr Othman Zainon yang mengetuai kajian itu di sini hari ini.
  
Keadaan cuaca sekarang juga berikutan pertembungan fenomena gerhana matahari separa dan El-Nino, katanya sambil menambah beliau tidak pasti bila cuaca panas ini dijangka kembali normal.
  
Othman berkata kajian itu bertujuan bagi mengenal pasti kesan gerhana itu terhadap beberapa perkara termasuk daya tarikan graviti, cuaca, keperilakuan haiwan serta insiden suhu dan pasang surut di laut.
  
Kajian tersebut pertama kali dilakukan di Malaysia dan disertai kira-kira 80 orang pelajar dan 10 kakitangan universiti, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan peristiwa gerhana matahari separa menggunakan teleskop, teodolit dan 'total station' bersama orang ramai.
  
Kajian juga melibatkan beberapa uji kaji yang dilakukan dalam tiga fasa antaranya menganalisis tegakan telur ayam di atas permukaan lantai dan corak perubahan tekanan air ketika berada dalam sukatan silinder dengan kedua-dua uji kaji ini bermatlamat mengenal pasti kesan gerhana ke atas daya tarikan graviti bumi.
  
Othman berkata kajian juga meneliti perubahan yang berlaku terhadap tingkah laku haiwan umpamanya rusa dan kuda, selain melihat bagaimana gerhana tersebut memberi impak ke atas suhu di permukaan laut, cuaca dan peristiwa pasang surut.
  
Kajian juga turut melakukan cerapan ke atas pergerakan-pergerakan gerhana.
  
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan hasil serta data kajian tersebut dapat diproses sepenuhnya dalam masa sebulan, sebelum dikongsi dengan mana-mana pihak berminat.
  
"Setakat ini, biarpun belum lengkap, sudah ada pihak yang telah menyatakan minat untuk mendapatkan hasil dan data kajian. Mereka ialah Institut Penyelidikan Astronomi Kebangsaan Thailand (NARIT), yang mahukan data berbentuk gambar cerapan gerhana setiap dua minit bagi menentukan secara tepat jarak

sebenar bumi dan bulan," katanya.- Bernama

Sumber HD - 9-3-2016

Gempa bumi kuat di Sumatera, tiada ancaman tsunami buat Malaysia

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku di barat daya Sumatera malam ini.
  
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
  
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini malam ini, gempa bumi itu berpusat kira-kira 649 km Barat Daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163 km Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan pada 8.49 malam ini.
  
Berikutan kejadian itu, gegaran dirasai di beberapa tempat di Selangor dan Johor, menurut jabatan itu.
  
Jabatan itu kini sedang memantau perkembangan gempa bumi itu, dan akan memaklumkan maklumat terkini, menurut kenyataan itu.
Di JAKARTA, INDONESIA, siaran stesen televisyen memetik Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Andi Eka Sakya sebagai berkata gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada pukul 7.58 malam waktu tempatan.
  
Menurut Andi, pihaknya telah mengeluarkan amaran potensi berlakunya tsunami.
  
Laporan televisyen juga menyebut gempa itu turut dirasai sehingga ke Padang di Sumatera Barat, Medan dan Aceh. Kawasan air di pantai Meulaboh di Aceh Barat pula dilaporkan surut secara tiba-tiba dan dikhuatiri sebagai tanda-tanda berlakunya tsunami.
  
Andi berkata, penduduk diminta tidak panik dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan.
  
Bagaimanapun, ribuan penduduk di kawasan pantai di Padang dilaporkan bergerak ke arah kawasan tinggi di Kota Padang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan keadaan di kota itu dilaporkan mengalami kesesakan yang teruk.

Setakat ini, belum ada sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.
  
Sementara itu, Pengarah Education Malaysia di Jakarta, Dr Juzhar Jusoh ketika dihubungi Bernama berkata, kesemua 314 pelajar Malaysia di Aceh dan 78 pelajar di Andalas, Padang diarah supaya berpindah ke tempat yang selamat.
  
Katanya, semua ketua-ketua pelajar telah dimaklumkan supaya mengikut arahan yang ditetapkan dan pihak Education Malaysia sedang menguruskan keperluan pelajar.
  
"Kita sedang memantau keadaan dan menghubungi ketua-ketua pelajar dan setakat ini kesemua pelajar telah tahu apa yang harus mereka lakukan. Mengikut laporan yang diterima, pelajar memberitahu gempa kali ini terasa kuat di Padang dan masa yang berlaku agak lama," kata beliau.
  
Beliau berkata, ibu bapa di Malaysia tidak perlu bimbang kerana Education Malaysia mempunyai sistem prosedur bagi menghadapi sebarang bencana alam dengan melantik seorang ketua bagi setiap 10 orang pelajar.
  
Juzhar berkata, menerusi sistem itu, semua ketua pelajar akan memastikan anggota kumpulannya dapat berhimpun dan tiada sesiapa yang akan ketinggalan. - Bernama

Sumber HD - 2-3-2016




Empat Sahabat Dilaporkan Hilang Ditemui Mati Lemas

Posted on Wednesday, February 17 @ 14:47:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



JOHOR BAHARU: Empat remaja lelaki dilaporkan hilang sejak Rabu lepas ditemui mati lemas selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam sungai.

Awal pagi Rabu, kesemua mangsa yang berusia 21 tahun iaitu Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa ditemui terperangkap bersama dalam kereta yang terbabas ke sungai di Tenggaroh, berhampiran Mersing.

Difahamkan orang awam telah melihat sebuah kereta di dalam sungai di KM50 di Jalan Kota Tinggi-Mersing dan telah memaklumkan kepada pihak bomba.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Mersing telah menarik keluar kereta itu dan kesemua mayat dibawa ke Hospital Mersing.

Timbalan Superintendan Polis Daerah Mersing S.M. Kumar berkata, pengecaman mayat telah dibuat oleh keluarga masing-masing.

Gambar dari Facebook menunjukkan kereta yang dinaiki empat sahabat terbabas ke dalam sungai.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dijangka akan mengadakan sidang media mengenai kes ini.

Keempat-empat remaja itu meninggalkan rumah mereka di Seri Alam dengan menaiki Honda Accord lebih kurang pukul 9.30 malam Rabu menuju ke Terengganu untuk bercuti.

Namun mereka gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing sebelum membuat laporan orang hilang pada 10 Februari.

Sumber TKO - 17-2-2016

Ajal enam sekeluarga

Posted on Sunday, January 24 @ 19:13:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Gua Musang: Enam sekeluarga terbunuh selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Gua Sejuk di sini, pagi ini.

Semua mangsa meninggal dunia, termasuk tiga kanak-kanak di lokasi kejadian manakala seorang parah, dalam kemalangan kira-kira 10 pagi.

Semua mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Difahamkan, semua tujuh mangsa yang menaiki Proton Persona dari arah Gua Musang ke Kuala Krai dikatakan cuba memotong lori sebelum bertembung dengan lain dari arah bertentangan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Saharmi Harun, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 10 pagi.
Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian semua mangsa didapati tersepit di dalam kereta. Kita mengambil lebih 30 minit untuk mengeluarkan semua mangsa sebelum dibawa ke hospital," katanya.
Senarai nama mangsa
1 Muhd Hafiz Adzudin, 30, -parah
2 Nor Azila Yahya, 28, (isteri Muhd Hafiz)-maut
3 Nur Hadif Haykal Mohd Hafiz, setahun enam bulan (anak Muhd Hafiz)-maut
4 Madiah Drani, (ibu Muhd Hafiz)48-maut
5 Siti Nur Raudah Abdul Rahman, 4, (cucu Madiah)-maut
6 Siti Nur Batrisya Abdul Rahman,4 ( cucu Madiah)-maut
7 Noor Amira Adzudin, 23, (adik Muhd Hafiz) pemandu-maut

                                                                                                                                                            Sumber TKO - 24-1-2016











































DPPM seru bantu anak mangsa lemas 5 beranak













































HARAKAHDAILY | .


DEWAN Pemuda PAS Malaysia  (DPPM) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan saudara-mara mangsa lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu yang telah meragut nyawa Ustaz Abdul Halim Samian serta isteri dan tiga orang anak beliau ketika bermandi-manda di kawasan tersebut.

Tragedi ini begitu menyayat hati dan meruntun jiwa kita semua, namun hakikatnya ialah kehidupan dan kematian adalah suatu ketetapan daripada Allah SWT. Manusia tidak berupaya mengelak daripanya.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allahyarham dan ahli keluarganya diletakkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

DPPM juga menyeru dan merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada adik Mohd Hasif iaitu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden tersebut supaya beliau dapat meneruskan kehidupan dengan sabar dan tenang.

Kini, kita semua adalah ayah dan ibu kepadanya.

Semoga adik Mohd Hasif membesar dalam jagaan dan inayah Allah ta'ala dengan kekuatan yang luar biasa daripada-NYA.

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Isnin, 21 Disember 2015 | 9 Rabiulawal 1437 H - HARAKAHDAILY

Sumber HD - 21-12-2015



Adik Kena Kuat!

Posted on Sunday, December 20 @ 20:30:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

"

Salam semua,

Kehilangan lima ahli keluarga serentak. Satu beban yang amat-amat berat. Takziah diucapkan kepada adik Mohd Hasif Mohd Halim, satu-satunya ahli keluarga yang terselamat daripada tragedi lemas di Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu semalam. Nasihat saya dari jauh ni, “Adik kena kuat! Tabahkan hati. Kehidupan perlu diteruskan. Sudah tentu ramai orang yang masih menyayangi anda. Allah beri ujian berat ini kerana Dia mengasihi anda dan Dia tahu anda kuat untuk mengharunginya.”



Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan dalam satu liang, pada pukul 1.20 pagi semalam. – Foto Rozainah Zakaria (Berita Harian)

Itulah yang berlaku semalam apabila lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan mati lemas ketika mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu. Dalam tragedi tersebut, hanya seorang sahaja yang terselamat, iaitu Mohd Hasif Mohd Halim yang merupakan anak bongsu (9 tahun) kepada pasangan Mohd Halim Saiman (44 tahun) dan Nurul Adilah @ Salaiwati Awang (39 tahun) yang terkorban. Lain-lain ahli keluarga yang turut terkorban Nurul Arifah Abdul Halim (16 tahun), Nurul Aina Abdul Halim (11 tahun) dan Nurul Izah Abdul Halim (10 tahun).

Berita Harian melaporkan jenazah lima sekeluarga itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam, di Terengganu. Berita sepenuhnya di SINI.

Saya tidak dapat membayangkan apa yang difikirkan oleh Adik Hasif sekarang ini. Kehilangan ayah, ibu serta adik beradik yang lain sekelip mata sahaja. Pada saya, sangat berat bebanan yang perlu adik pikul. Saya juga kehilangan ibu semasa berumur 12 tahun, saya rasa lemah, kehilangan tempat bergantung, kehilangan kasih sayang seorang ibu. Namun begitu, saya akhirnya pasrah dan saya akhirnya tahu, Allah beri ujian sedemikian kerana Allah sayangkan kita. Dan Allah tidak akan memberi ujian yang kita tidak mampu menanggungnya.

Tetapi saya tidak sekuat adik. Kerana saya hanya kehilangan ibu. Izinkan saya berkongsi Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286:

Maksudnya:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Jelas dalam ayat ini Allah tidak akan sekali-kali menguji kita di luar kemampuan kita. Allah tahu kita cukup kuat untuk menghadapi ujian ini. Allah uji kita sebab Allah sangat kasih dan sayang kepada kita.

Adik jangan bersedih kerana adik tidak keseorangan. Walau apa pun yang berlaku, Allah sentiasa bersama kita.

Adik kena kuat!

Caption gambar pertama (featured image): Mohd Hasif, satu-satunya daripada enam sekeluarga itu yang terselamat, kelihatan lemah dan ditenangkan anggota keluarganya. – Foto Rozainah Zakaria (Berita Harian)

*NOTA: Blog ini tercalon dalam Lynk Review Contest Malaysia 2015. Bantu penulis dengan undi anda. Klik di sini untuk cara-cara membantu beliau.Terima kasih."


Sumber TKO - 20-12-2015



Presiden PAS ucap takziah tragedi 5 beranak lemas

HARAKAHDAILY | .


"Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Al-Jumu'ah : 8)

Saya merakamkan ucapan takziah diatas tragedi yang menimpa keluarga Ustaz Abdul Halim Samian sekeluarga ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit,  Terengganu.

Semoga Allahyarham bersama empat ahli keluarga dikurniakan keampunan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang soleh di syurga Allah SWT.

Kepada adik Mohd Hasif, ahli keluarga tunggal yang terselamat, semoga Allah kurniakan kekuatan dan kemudahan untuk meneruskan  hidup mendatang dan menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu adik Mohd Hasif agar beliau dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

08 Rabiul Awwal 1437 H / 20 Disember 2015 M

Sumber HD - 20-12-2015 

Banjir Terburuk Chennai Menjadi Rahmat

Seorang Jurutera Muslim bernama Younus dari Kolej Kejuruteraan Crescent telah menjadi tajuk berita dalam akhbar Tamil kerana beliau mempertarungkan nyawanya, bagi membantu untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Dia berenang dan menyelamatkan seorang wanita bukan Islam dari tempat yang berbahaya terkandas dan bergerak dia ke tempat yang selamat.



Wanita itu mengalami sakit buruh pada masa dan dengan rahmat Allah dapat melahirkan bayinya itu dengan selamat.

Sebagai tanda terima kasih kepada Younus untuk menyelamatkan nyawa mereka, Mohan dan Chitra ibu bapa berugama Hindu yang tinggal di Chennai, Tamil Nadu India itu, telah menamakan anak mereka yang baru lahir dengan nama Islam ‘Younus’.

Itu adalah satu kisah antara ribuan lagi cerita tentang banjir buruk yang melanda bandaraya dan wilayah tersebut pada minggu lalu.

Seorang lain yang berbangsa Hindu, yang bermusuh dengan orang-orang Islam sebelum ini telah mencatatkan dalam laman sosial mereka, “Kami tidak bersedia untuk memberi rumah kita untuk disewa kepada umat Islam di kawasan-kawasan kami”.



“Hari ini umat Islam membuka masjid mereka dan memberikan kami tempat tinggal. Saya sangat berharap masjid Babri tidak dirobohkan, ia akan membantu kami untuk bencana lain (pada masa hadapan,”tambahnya.

Seorang warga yang lain, Sankara Rama Bharathi menyifatkan hujan lebat dan banjir yang buruk melanda kawasan terbabit sebagai ‘hujan kemanusiaan’.

Sankara menulis, seorang Ibu berugama Hindu yang baru sahaja menjemput anaknya dari sebuah masjid menceritakan, bagaimana beliau dan anaknya telah berlindung di masjid itu selama bencana yang dianggap terburuk itu, yang menenggelamkan hampir keseluruhan Chennai.

“Saya berasa selamat dan juga melihat bagaimana umat Islam bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan mereka dari belakang (dalam masjid),

“kami semua juga berdoa kepada Allah pada masa itu,”ujarnya lagi.



Katanya, hujan itu telah membanjiri bandar dan manusia, ramai orang kita (Hindu) melepaskan diri daripada perangkap kematian pada hari-hari tersebut.

Pada zaman berbahaya seperti ini, tulisnya, media popular kami telah membuat kita percaya bahawa penyelamat adalah wira-wira tindakan seperti Arjun, Sarath Kumar dan Vijayakanth dan penjahatnya adalah pemuda muslim yang berjanggut.

“Tetapi hari ini, saya menyaksikan bahawa belia Islam berjanggut telah bertebaran di seluruh liku dan sudut bandar dan telah dengan beraninya menceburi bidang (mencari dan menyelamat) di mana pentadbiran kerajaan dan tentera telah teragak-agak,



“Saya dapat melihat pemuda ini menyelamatkan mana-mana lelaki yang menjadi mangsa, wanita, kanak-kanak serta orang tua yang berumur, menarik keluar mayat dan mengedarkan makanan.
“Seperti saya yang duduk dan berlindung di masjid hari ini, saya memohon keampunan daripada Allah kerana banyak kali percaya bahawa anak-anak muda (muslim berjanggut) yang berhati baik itu adalah pengganas,”tambahnya.

Hujan dan banjir yang melanda Chennai dan Tamil Nadu serta kawasan sekitarnya adalah rahmat dengan iklan yang disebarkan dimerata tempat berbunyi, “semua yang terjejas kerana hujan dan banjir, sila datang ke masjid – Ini adalah Kemanusiaan”.

“bukan pegawai kerajaan atau ahli politik yang telah melawat kami semasa hari-hari hujan melanda dan berlalu,

“(sebaliknya) beberapa orang yang tidak dikenali mengetuk pintu kami semalam dan memberi kami makanan. Saya tidak pernah melihat orang-orang Islam sebelum ini,”tulis seorang warga yang lain.



Banjir di Chennai telah melumpuhkan bandaraya tersebut apabila beribu-ribu orang telah tersangkut di lapangan terbang antarabangsanya, apabila keseluruhan kawasan pendaratan dan pelepasan kapal terbang ditakungi air, bahkan puluhan pesawat yang tenggelam dalam banjir.

Bencana yangditurunkan oleh Allah, mengancam kehidupan manusia, sebaliknya merupakan hikmah yang paling besar, menjernihkan persepsi dan sikap prejudis orang-orang Hindu di India terhadap orang-orang Islam dan masyarakat Islam seluruhnya!

Sumber BO - 8-12-2015

No comments:

Post a Comment