Merdeka; Membebaskan Diri Dari Belenggu Kesesatanبسم الله الرحمن الرحيم Firman Allah Taala: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ هَمَّ قَوْمٌ أَنْ يَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, kenanglah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu ketika kaum kuffar yang memusuhi kamu hendak menghulurkan tangannya demi untuk menyerang kamu, lalu Allah menahan tangan mereka daripada menyerang kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Maidah: 11) Sesungguhnya, Baginda Rasulullah SAW adalah seorang tokoh agung pejuang pembebasan dan kemerdekaan. Bagindalah yang bertanggungjawab membebaskan umat manusia dari segala bentuk penjajahan dan perhambaan. Ianya bermula dengan penjajahan minda dan pemikiran, penjajahan akidah dan kerohanian, sehinggalah kepada penjajahan fizikal dan sistem kehidupan, sama ada dalam bentuk ekonomi, politik mahupun sosial. Bersempena dengan sambutan kemerdekaan kali ke-58 ini, marilah kita sama-sama menghayati aspek sebenar sebuah kemerdekaan sebagaimana yang telah diungkapkan oleh seorang pejuang kemerdekaan iaitu Rib’ie bin Amir kepada panglima tentera Parsi, Rustum: إِنَّ اللهَ ابْتَعَثَنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ العِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ رَبِّ العِبَادِ وَمِنْ جَوْرِ الأَدْيَانِ إِلَى عَدْلِ الِإسْلَامِ وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا إِلَى سعَةِ الدُنْيَا وَالآخِرَة Maksudnya: Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki daripada penghambaan diri kepada sesama manusia agar mereka menghambakan diri hanya kepada Tuhan manusia, daripada penyelewengan agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada sempitnya dunia menuju kepada luasnya dunia dan akhirat. Inilah intipati kemerdekaan yang sebenar iaitu membebaskan diri sendiri daripada belenggu kesesatan yang mendiami diri. Manusia yang bebas ialah yang menyerahkan semua urusannya kepada Tuhan dalam segala hal dan sentiasa menjadikan kebaikan serta keadilan agenda utama kehidupan mereka. Ini bermakna, kemerdekaan menurut Islam ialah tidak tunduk kepada makhluk Allah, kemerdekaan yang meletakkan sepenuhnya cara hidup berlandaskan syariat Allah dan kemerdekaan yang menolak ideologi dan pemikiran manusia yang bertentangan dengan hukum Allah yang ianya akan membawa kepada kemurkaanNya. Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama ialah menentang jahiliyah yang ada dalam masyarakat Arab ketika itu. Mekah pada masa itu bukannya dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi, tetapi dijajah oleh jahiliyah Arab. Kemerdekaan dicapai setelah peristiwa Fathul Makkah berlaku dan disitulah jahiliyah mula tunduk kepada kekuasaan syariat islam sehinggalah ke zaman khulafa Al-Rasyidin. Di negara kita, setiap tahun pada tanggal 31 Ogos disambut sebagai tarikh perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan kuasa asing. Sambutan ini seharusnya diraikan oleh kesemua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik mahupun aliran fahaman, kerana ia merupakan satu anugerah kemenangan yang besar dalam sejarah perjuangan umat ini membebaskan diri dan watan daripada cengkaman kuasa asing. Sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama mempertahankan akidah umat Islam semenjak negara kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13 lagi. Nama-nama besar seperti Tuan Guru Haji Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut yang bangkit mempertahankan ketuanan Islam di Pasir Puteh Kelantan pada tahun 1915, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu telah memimpin kebangkitan ummah menentang kemaraan penjajahan British serta tokoh-tokoh lain seumpama Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohamad Taha, Pendita Za’ba, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dan Dr Zulkifli Mohamad adalah merupakan antara golongan terawal memulakan gelombang pertama meniupkan semangat kemerdekaan. Peta pemikiran yang dibina mereka juga telah melahirkan idea dan pemikiran bagi memajukan masyarakat untuk bangkit membina tamadun umat Islam yang unggul di negara kita. Sempena memperingati kemerdekaan ini juga, marilah sama-sama kita kukuhkan jalinan ukhuwwah, Ta’awun ‘Ala Al-Birri Wa Al-Taqwa iaitu berganding bahu dalam perkara kebaikan dan takwa untuk membina umat yang kuat. Dengan kesatuan hati, bergerak sehati sejiwa dan rasa tanggungjawab terhadap negara, kita akan mampu membina ketamadunan yang unggul dalam negeri dan negara, kita akan mampu membangunkan negara dengan stabil dan saksama. Akhirnya, marilah sama-sama kita menjadikan kemerdekaan ini sebagai anugerah Allah SWT yang sangat bermakna dalam usaha membangunkan negara ini dengan tuntutan syariat sepertimana yang disifatkan Allah sebagai; بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُور ٌ “MERAKYATKAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” “MERDEKA FIKRAH DARIPADA FAHAMAN JAHILIYAH” USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB Menteri Besar Kelantan Darulnaim Bertarikh: 15 Zulkaedah 1436/30 Ogos 2015 Sumber BO - 31-8-2015 Jangan Gadaikan Kemerdekaan Negara Dengan Tandatangani TPPASempena mengenang tarikh kemerdekaan marilah kita berdoa agar negara ini dapat dimerdekakan dari kepimpinan yg merosakkan negara, menyusahkan rakyat dan mengemudi negara ke arah yg salah. Ini berlaku bila kita mengambil ringan panduan yang diberi oleh Tuhan melalui Agama Islam yang sesuai dengan fitrah kehidupan dan menganjurkan kesejahteraan. Kerajaan BN yg ada sedang menunggu masa dan alasan yg sesuai untuk menandatangani PERJANJIAN TPPA yg sudah banyak kali tertangguh kerana rakyat menentang. PERJANJIAN TPPA sekiranya ditandatangani akan membuka ruang besar kepada penjajahan kuasa kuasa besar melalui kemasukan syarikat syarikat gergasi yg mempunyai modal yg besar yg akan bersaing merebut segala ruang dan peluang dalam negara tanpa sekatan. Keistimewaan dan keutamaan kepada bumiputera, peluang kerja untuk warga Malaysia yg berbilang bangsa akan terancam kebanjiran pekerja asing. Dasar pemilikan dan sekatan pemilikan tanah kepada orang asing mungkin diubah. Adanya TPPA, kemerdekaan negara terhakis lagi. BN sedang menggadai kemerdekaan negara dengan menjadikan Malaysia tunduk kepada tekanan asing lantaran terdesak kerana hutang luar negara yang terlalu tinggi. Skandal skandal kewangan yang bimbang terbongkar perlukan bantuan kuasa luar agar dapat diselindungkan. Kita bagai hamba tebusan yang diperas ugut oleh kesalahan pemimpin BN. Yang jadi mangsa adalah negara. Lebih dahsyat dari itu kita jangan lupa BN pernah mengupah berpuluh juta RM juruperunding pro Israel APCO untuk menjadi penasihat penting kepada kerajaan BN yg diterajui UMNO sekarang. Bukan rahsia kempen 1 Malaysia dan One Israel (1 Israel) datang dari penasihat yang sama. 12hb September 2015, dengan penglibatan tokoh tokoh penting dalam negara, KONGRES RAKYAT di Shah Alam akan membincangkan dengan fokus dan serius jalan menyelamatkan negara dengan tema Membina Malaysia Sejahtera. MALAYSIA PERLUKAN PERUBAHAN TOTAL TOLAK UMNO, TOLAK BN. HJ AHMAD AMZAD HASHIM Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat 31hb Ogos 2015 Sumber BO - 31-8-2015 58 tahun merdeka: Anak muda, ayuh tolak BN, selamatkan negara! |
Posted on Monday, August 31 @ 10:17:42 MYT by paklang
FIRMAN Allah SWT, maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebajikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat ; dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (An-Nahl: 90) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (Matrade) telah mengeluarkan nilai eksport negara bagi tempoh Januari hingga Jun 2015 telah menyusut pada nilai RM368 bilion berbanding tempoh yang sama sebanyak RM 380 bilion bagi tahun lepas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pula pada Jun baru-baru ini meletakkan jumlah kedatangan pelancong luar ke dalam negara bagi suku pertama tahun ini berkurang sebanyak 8.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Kemerdekaan yang sebenar tidak dapat diperolehi apabila dalam diam kita dijajah sendiri oleh pemimpin bangsa. Dasar-dasar yang sepatutnya membangunkan sosioekonomi rakyat dan mewujudkan sistem pentadbiran kerajaan yang telus dan amanah, telah dizalimi dengan taburan kekayaan yang hanya dikongsi oleh peratusan kecil golongan hartawan dan jutawan melalui jalan tipu helah dan rasuah. Ketika wang tabung haji secara sewenang-wenangnya digunakan bagi menyelamatkan 1MDB, maka Barisan Nasional yang cuba menjadi “jaguh rakyat” patut lebih dahulu membela nasib petani dan pekebun kecil dengan membantu menstabilkan harga komoditi mentah seperti getah dan kelapa sawit yang mana Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar komoditi terbabit dan hasil ini jualah yang menjadi lapikan perut sumber rezeki warga miskin di desa. Kejatuhan nilai matawang ringgit pada hari ini akan lebih membebankan rakyat. Susut nilai ringgit ini mengakibatkan kenaikan harga barang terutamanya beras. Sumber Fama menunjukkan Malaysia mengimport lebih dari 30 peratus beras bagi menampung keperluan dalam negara. Secara purata Malaysia mengimport 600,000 hingga 700,000 tan metrik beras dari negara jiran Thailand dan Vietnam. Kemerosotan ekonomi ini akan membawa kepada kenaikan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Apatah lagi kebanyakannya adalah daripada kalangan anak muda yang dibebani dengan hutang kereta dan rumah. Jika kos sara hidup ini terus meningkat, kuasa membeli rakyat akan berkurang dan akan memberi tekanan hidup kepada rakyat amnya. Jelas sekali tema “Sehati Sejiwa” bagi sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang diumumkan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Razak hanyalah omongan dan retorik kosong yang sebenarnya tidak memberi makna yang tepat terhadap apa yang berlaku pada rakyat bawahan. Dengan kacau bilau dalam siasatan kes 1MDB oleh PAC dan SPRM, ternyata masa depan negara terus muram, meruncing dan terancam. Ayuh anak muda! Kita bangkit atas rasa cinta pada agama, bangsa dan negara. Lakukan perubahan secara bijaksana melalui seluruh saluran aman yang ada. Demi masa depan kita, bersiap siagalah untuk mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang mendatang. Anak muda, anda mampu mengubahnya! Sumber DD - 31-8-2015 |
MERDEKA GANU KITE : Harga sehelai kain....... Posted on Monday, August 31 @ 08:21:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah https://www.youtube.com/watch?v=g_fzyuvcvyY&feature=player_embedded |
"Erti harga sehelai kain........
Sumber TKO - 31-8-2015
Ertikan kemerdekaan dengan penghayatan Islam
ISLAM sentiasa memberikan kebebasan untuk penganutnya melaksanakan keperluan harian berlandaskan syariat Islam yang telah digariskan melalui panduan al-Quran dan Sunnah. Maka seharusnya sebagai pendokong perjuangan Islam, dalam segala tindakan dan perilaku mestilah berada di atas landasan Islam yang tulen.
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58, mari kita ertikan bersama nilai kemerdekaan dengan penghayatan Islam agar kita tidak leka menikmati intipati kebebasan sehingga mengundang murka Allah SWT.
Prinsip dan dasar kemerdekaan telah digariskan oleh Allah SWT untuk diterjemahkan dalam kehidupan manusia. Bahkan dengan pegangan prinsip ini mampu memelihara moral dan akhlak manusia tanpa dijajah dengan pemikiran asing yang akhirnya merosakan akal serta gaya hidup muslim. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum ayat 30:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan Lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
Dalam ayat ini jelas Allah SWT menggariskan beberapa indikator untuk dicapai dalam merealisasikan sebuah kemerdekaan.
1. Kekuatan aqidah dan keyakinan kepada Allah SWT
2. Istiqamah dan komited di atas fitrah seorang manusia yang diciptakan oleh Allah SWT
3. Pegangan agama yang kukuh
Atas laungan kebebasan kita tidak semudahnya mengasingkan kekuatan akidah. Implikasi daripada akidah yang sahih akan menatijahkan amalan yang soleh. Justeru meletakkan keutamaan menjaga akidah akan mengharmonikan nilai kemerdekaan sebenar.
Keimanan dan ketaqwaan berkualiti mampu diiringi dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT namun jika berlaku sebaliknya , agama diperdagangkan, dijadikan bahan sindiran jenaka maka tidak mustahil kemurkaan Allah SWT hanya menanti saat dan ketika untuk dijelmakan.
Hal ini jelas telah disebutkan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 96:
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”
Kemerdekaan yang dikecapi hari ini, bukan menjadi satu batu loncatan kita terus mengejar segala kemudahan sehingga kita menjadikan agama sebagai satu pilihan bukan kewajipan. Selayakanya nikmat kemerdekaan ini, diertikan dengan menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan meningkatkan amalan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT .
Satu kisah yang dirakamkan oleh Allah SWT sebagai suntikan kesedaran untuk diambil iktibar seterusnya dijadikan pengajaran kepada generasi akan datang.
“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad?. (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai Bangunan-bangunan yang tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah. Dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak). Yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri. Lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu. Kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.” (Surah al-Faj: Ayat 6 – 14). – HARAKAHDAILY 30/8/2015
Penulis merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber HD - 31-8-2015
Kemerdekaan Islam Kemerdekaan Hakiki
Erti Sebenar Kemerdekaan Islam.
Kemenangan perjuangan Islam yang dipimpin Baginda Nabi dikenali sebagai “Al-Fath” iaitu pembukaan. Pembukaan pembebasan Kota Mekah dari kegelapan jahiliyah menggambarkan satu contoh sebuah kemerdekaan sebenar Islam. Sesuai dengan satu ungkapan yang cukup terkenal oleh seorang Pahlawan Islam iaitu Rubaei Bin Amir apabila ditanya kepada oleh Rustum, Panglima Perang Parsi. Jawab Rubaei :
“Sesungguhnya kami adalah kaum yang diutuskan oleh Allah untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada menyembah yang Maha Pencipta. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan Islam, daripada kekeliruan agama agama kepada keadilan Islam”.
Nilai Kemerdekaan Kita Hari ini.
Malaysia merdeka setelah dijajah sejak awal kurun ke-16 selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511. Kemudian bersilih ganti dengan Belanda, British, Jepun dan British semula sehingga hampir sahaja ummat kita kehilangan identiti sebenar. Bermula di zaman British dan Belanda, Tanah Melayu dan Nusantara disusun untuk memenuhi kepentingan politik, ekonomi dan agama empayar mereka. Dengan penduduk asal di kalangan Melayu, penjajah mula membawa pekerja pekerja luar dari India dan China. Penduduk dari India dibawa untuk bekerja di estet-estet getah manakala orang-orang dari Tanah Besar Cina dibawa untuk sektor perlombongan.
Peninggalan penjajahan ini telah menjadikan demografi negara kita masyarakat majmuk yang kompleks. Di hujung era penjajahan, berlaku kebangkitan rakyat di seluruh dunia untuk keluar daripada cengkaman penjajah barat. Perjuangan kemerdekaan negara diisi oleh rantaian perjuangan yang panjang dipelopori oleh golongan ulamak seawal zaman penjajahan yang kemudiannya dikongsi bersama oleh semua kaum di Tanah Melayu. PAS sangat menghargai pengorbanan pejuang pejuang kemerdekaan negara, justeru kita sebagai golongan pewaris perlu mengisi kemerdekaan ini sebaik mungkin supaya pengorbanan mereka tidak disiakan.
PAS meyakini dengan sedalam dalamnya bahawa Islam sahajalah yang akan dapat menyatukan dan memerdekakan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dalam erti kata sebenar kemerdekaan.
Pembentukan kemerdekaan Islam seperti ini dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW yang memimpin Negara Islam Madinah. Sejak terdirinya Madinah, cahaya Islam telah menerangi seluruh alam sehingga tempiasnya bersinar menyuluh kegelapan Eropah yang tenggelam dalam kezaliman Feudalisme dan Gereja. Namun, malang sekali cahaya Islam itu semakin ditinggalkan ummat Islam, sehingga barat pula mengambil kesempatan menjajah tanah tanah ummat Islam.
Kemerdekaan Islam, Kemerdekaan Hakiki.
PAS meyakini bahawa Islam sahajalah yang dapat memerdekakan seluruh ummat manusia khususnya di Malaysia kepada kemerdekaan hakiki. Islam yang merdeka ini bukan sahaja akan dinikmati oleh Islam, tetapi akan juga melimpahi rahmatnya kepada penganut penganut agama lain. Lihat sahaja ketika pembukaan Kota Mesir dan Palestin Di zaman Saidina Umar, Orang orang bukan Islam menerima keamanan dan kemerdekaan di bawah Islam dengan nilai kebebasan yang tak pernah mereka kecapi ketika berada di bawah Rom Timur atau Rom Barat. Kebaikan yang dapat daripada futuhat Islam akan membawa segala kebaikan dan keadilan kepada semua masyarakat dan kaum.
Akhirnya, di hari kita menyambut kemerdekaan kali ke-58 ini, marilah bersama-sama PAS untuk kita membina negara dengan kemerdekaan sebenar. Kemerdekaan yang menyeluruh yang mendapat bimbingan Pencipta seluruh alam yang menjadikan Islam sebagai penyelesaikan kepada seluruh kehidupan manusia.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
15 Zulkaedah 1436H / 30 Ogos 2015M
Sumber BO - 30-8-2015
No comments:
Post a Comment