PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Thursday, August 13, 2015
NEGERI PAKATAN RAKYAT - KELANTAN NEGERI SERAMBI MEKAH (JILID 2)
Beras percuma: Kelantan terajui perubahan
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Program MyBeras yang dijangka dilaksana bermula Mei hadapan dianggap
sebagai pengiktirafan skim beras percuma (al-Itaam) dilaksanakan kerajaan Kelantan sejak enam
tahun lepas.
Adun Chempaka Ahmad Fathan Mahmood berkata skim Al-Itaam yang dilaksanakan di Kelantan
bermula akhir 2010 diteruskan sehingga ke hari ini.
“Program ini membuktikan Kelantan menerajui perubahan. Ini membuktikan suatu pengiktirafan
kerajaan Malaysia terhadap program yang dilaksanakan di sini sejak enam tahun lalu,” katanya pada persidangan Dun.
Pada 26 Januari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan program Myberas
akan dilaksanakan pada Mac 2016 sehingga Februari 2017.
Bagaimanapun ia ditangguh pula kepada Mei 2016 kerana menghadapi masalah penyelarasan.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi
Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata Kelantan benar-benar menerajui perubahan.
“Kita mulakan skim al Itaam dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta pada 2010. Pelancaran rasmi
pada Febuari 2011. Pada peringkat awal 100 orang miskin di setiap Dun menerima beras percuma.
“Pemilihan penerima yang layak dibuat daripada senarai e-Tegar. Dan sekarang telah ditingkatkan peruntukan kepada RM3 juta setahun,” katanya.
Oleh itu beliau berharap dengan adanya bantuan MyBeras membolehkan lebih ramai lagi penduduk
miskin menerima beras percuma setiap bulan. - HARAKAHDAILY 9/3/2016 Sumber HD - 9-3-2016
Kelantan pertingkat kuasa Mahkamah Syariah
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan melulus pindaan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah bagi meningkat bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.
Pindaan itu membolehkan Mahkamah Rendah Syariah membicara dan memutuskan segala tindakan berkaitan pertikaian pusaka yang tidak melebihi RM200,000.
Sedangkan sebelum ini Seksyen 14(1) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 memperuntukkan bidang kuasa perakuan pesaka yang tidak melebihi RM25,000.
Enakmen pindaan itu dibentang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada persidangan Dun petang ini.
Pindaan enakmen itu yang mengandungi lima bahagian kemudian dilulus sebulat suara anggota Dewan yang hadir.
Enakmen terbabit kali terakhir dipinda pada 2009 yang memperuntuk bidang kuasa mal dan bidang kuasa jenayah syariah.
Nassuruddin berkata pada 10 Mei tahun lepas Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan mencadangkan pindaan dibuat ke atas Seksyen 14(1) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 untuk memberi tambahan bidang kuasa perakuan pesaka di Mahkamah Rendah Syariah kepada RM200,000.
“Peningkatan itu dibuat supaya selari dengan bidang kuasa mal yang telah diberikan kepada Mahkamah Rendah Syariah di setiap jajahan pada 2009.
“Draf cadangannya mendapat persetujuan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 11 Oktober 2015 dan mendapat persetujuan Exco pada 23 Disember 2015,” ujarnya.
Pindaan yang dibuat dengan membuang perkataan “dua puluh lima ribu ringgit” kepada “dua ratus ribu ringgit”. - HARAKAHDAILY 9/3/2016 Sumber HD - 9-3-2016
Politik matang Kelantan buah kejayaan
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Hasil pendekatan politik matang yang diamalkan kerajaan Kelantan
membolehkan tiga tuntutan kerajaan negeri terhadap pusat kini dilaksanakan di negeri ini.
Tiga kejayaan tersebut iaitu pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, pembesaran Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra dan migrasi bekalan air.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa
Ahmad berkata kerajaan negeri di bawah Ustaz Datuk Ahmad Yakob berusaha merapatkan lagi
hubungan antara kerajaan negeri dan pusat.
Katanya, pada 29 November 2013 kunjungan hormat pertama yang diketuai Menteri Besar dan
disertai bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dibuat ke atas
Perdana Menteri di Putrajaya.
“Pada pertemuan itu lima isu dibangkitkan kepada Datuk Seri Najib Razak
iaitu isu royalti petroleum, migrasi projek bekalan air, lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, jambatan
di Kampung Cina dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
“Cadangan projek jambatan di Kampung Cina ke Palekbang di Tumpat bagi menyurai kesesakan
trafik di Kota Bharu. Projek itu dianggar bernilai
RM200 juta,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun hari ini.
Begitu juga permohonan kerajaan negeri bagi menaik taraf airport dengan anggaran kos awal
sebanyak RM500 juta, namun dilulus kerajaan pusat sebanyak RM550 juta.
Hanifa berkata tiga tuntutan yang dibuat itu bukan sekadar secara lisan sahaja sebaliknya bertulis
diberi kepada perdana menteri.
“Oleh itu kami berharap wakil kerajaan pusat yang ada dalam Dun Kelantan membantu dan
menyemakan kembali tuntutan tersebut di mana dua lagi belum ditunaikan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 9/3/2016 Sumber HD - 9-3-2016
Kelantan sedia hantar pendakwah ke
madrasah BN
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia menghantar tenaga pengkuliah di masjid atau madrasah
yang dinaungi Adun Barisan Nasional (BN) sekiranya ada permintaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Nassurudin Daud berkata tenaga pendakwah dari Unit Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan (Jaheaik) tidak pernah mengajar memburukkan mana-mana pemimpin.
“Kita tidak pernah ajar untuk buruk-burukkan sesiapa, namun kalau pemimpin itu sudah buruk
orang ramai sedia maklum,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Nozula Mat Diah (BN-
Paloh) pada persidangan Dun hari ini.
Menurutnya, kalau ada permohonan daripada Adun Paloh kerajaan negeri sedia untuk menghantar pengkuliah dari Halaqat mengajar di surau miliknya.
Menjawab soalan asal Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) katanya kelas tafakuh
fiddin diadakan membabitkan pendahwah Halaqat dengan kerjasama Jaheaik dan Kolej Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra.
Katanya mulai Mac ini akan dilancarkan kursus-kursus bersiri yang dirancang melibatkan tenaga
pengkuliah Unit Dakwah Halaqat.
Selain itu kelas mingguan atau dua minggu sekali yang dikendalikan guru-guru dari pondok dan
pensyarah institusi pengajian tinggi. - HARAKAHDAILY 8/3/2016 Sumber HD - 9-3-2016
Banjir: Pusat hanya siap 25 peratus rumah
kekal
HARAKAHDAILY | .
KOTA BHARU: Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tidak menolak kemungkinan beliau
tidak mendapat data mengenai rumah kekal mangsa banjir yang siap dibina selepas Jawatankuasa
Bersama Pasca Banjir dibubar.
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jawatankuasa itu sudah dibubar atas persetujuan bersama
kerajaan negeri.
“Bagaimanapun saya berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan bagi mendapat
mileage politik.
“Kalau ada masalah kita boleh bincang bersama. Lagi pun sebelum ini saya sudah acap kali
berkunjung ke pejabat Menteri Besar membincangkan secara kondusif,” katanya ketika mengambil
bahagian membahas titah ucapan diraja pada persidangan Dun petang ini.
Pagi tadi, kerajaan negeri memberitahu kerajaan pusat hanya menyiapkan pembinaan 256 rumah
kekal mangsa banjir selepas lebih setahun bah besar berlalu.
Sedangkan dalam tempoh sama rumah kekal disiapkan kerajaan negeri berjumlah 497, hanya
kekurangan 138 buah berbanding ditetapkan sebanyak 635 unit.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul
Fattah Mahmood berkata rumah yang sepatut dibina kerajaan pusat sebanyak 1,036 unit.
Kerajaan pusat sebelum ini menubuh Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Kelantan yang
dipengerusi bersama Menteri Besar dan Mustapa.
Bagaimanapun jawatankuasa itu difahamkan dibubar tahun lepas.
Jumlah keseluruhan rumah yang rosak sepenuhnya akibat banjir besar akhir 2014 sebanyak 1,671
buah setelah berlaku penapisan beberapa kali. - HARAKAHDAILY 8/3/2016 Sumber HD - 8-3-2016
Wanita Islam rai hak telah lama diberi bukan baru dicari
MUMTAZ MD NAWI | .
8 Mac adalah hari yang dipilih bagi mewakili wanita seluruh dunia.Ia adalah hari yang
diperkenalkan dan diterima oleh sebahagian penduduk dunia akan wujud dengan entiti hak dan tanggungjawab seorang wanita. Wanita merupakan rukun dalam satu komuniti yang normal.
Islam mengiktiraf wanita bermula sejarah kisah ulung Adam a.s dan Hawa isterinya. Kisah ini
takkan lengkap tanpa kisah Hawa dan Iqlima kemudiannya.
Seterusnya kehebatan Nabi 2 ulul azmi semuanya terkandung peranan wanita dari pelbagai posisi.
Kisah Ibrahim a.s ulul azmi dengan kisah hebat isteri bernama Sarah dan anaknya Nabi Ishak a.s
dan Hajar selaku madunya dan ibu kepada Nabi Ismail sehingga mencetuskan manasik haji rukun
Islam hasil pengorbanan mereka sekeluarga.
Nabi Musa a.s diperkukuhkan dengan peranan dengan Firaun dan tak akan sempurna tanpa ada
peranan 5 wanita dalam hidupnya iaitu permaisuri bernama Asiah ibu angkatnya, Yu'kabad ibu
kandungnya, Maryam kakaknya dan Safura isterinya anak kepada nabi Syuaib dan kakaknya.
Nabi Isa a.s. dengan kisah unik sucinya seorang wanita bernama Maryam yang tak mungkin akan
diganti dengan jutaan wanita baik dan cantik seluruh dunia sepanjang masa. Dara suci abidah yang
menjadi ibu yang hebat.
Kisah Nabi Nuh a.s. dalam menghadapi bencana alam luar biasa yang mana isterinya yang menjadi
dalang kepada kaumnya yang menentang dakwah dan perjuangan Nabi Nuh a.s.
Biografi Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan puluhan ribu wanita hebat yang diketuai oleh
Khadijah r.a, Aishah dan semua ummahatul mukminin, Aminah ibunya dan para puterinya bernama
Fatimah dan adik beradik perempuannya serta ibu-ibu susu, ibu saudara dan para sahabiyyah
seluruhnya.
Semua wanita ini adalah sebahagian catatan sejarah yang diwahyukan kepada seorang lelaki hebat
bernama Muhammad SAW dan di dalam al-Quran terdapat surah atas nama wanita seperti surah
Maryam bukannya surah isa dan surah Yusuf a.s. yang menukilkan cerita Zulaikha dan para wanita
dalam kerajaan Mesir dan beberapa surah lain yang asbab nuzulnya juga berkait dengan wanita.
Dalam Islam hukum dan tatacara berkait wanita dijelaskan terperinci dalam surah an-Nur dan
an-Nisa' dan surah-surah lain. Semua ikon-ikon dan hukum ini masih menunggu perincian dan
kupasan mengikut keperluan zaman dan tempat untuk pelaksanaannya.
Wanita adalah golongan istimewa dengan perlindungan dan hak yang dikurniakan Allah SWT, yang
tak mungkin mana-mana lelaki soleh dan berilmu berani menyanggah dan mempertikaikannya.
Kini yang menjadi perbahasan ialah pelaksanaan bukan undang-undang dan hukum. Wanita harus
bangkit mengingatkan para lelaki tentang hak dan tanggungjawab ini seterusnya menikmati semua
yang dikurniakan dalam masa yang sama menunaikan hak dan tanggungjawab kepada para lelaki
dalam hidupnya.
Maka bagi wanita Islam kita merai Hari Wanita ini sebagai simbol memperingati bagaimana
istimewanya hak wanita yang diberikan Allah SWT dalam Islam bukannya meraikan kejayaan
menuntut hak sebagai seorang wanita.
Maka piagam dan wasiat terbesar Nabi Muhammad SAW "berbuat baiklah kepada kaum wanita"
selari dengan kehendak Islam harus sama-sama ditunaikan secara tuntas dan optimum maka
selamatlah masyarakat dunia dan akhirat.
'Selamat Hari Wanita Antarabangsa' untukmu Wanita yang istimewa. - HARAKAHDAILY 8/3/2016
Penulis ialah Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan. Sumber HD - 8-3-2016
Isu potongan gaji guru Yik selesai
ASLANI M |
.
KOTA BHARU: Isu tunggakan potongan gaji dan caruman guru-guru Yayasan Islam Kelantan
(Yik) yang dibangkitkan sebelum ini kini sudah diselesaikan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr
Mohamed Fadzli Hassan berkata sebanyak RM13.4 juta tunggakan tersebut sudah dijelaskan Yik.
Katanya bayaran dibuat pada Oktober 2015 sebanyak RM2.15 juta, November (RM3.6 juta),
Disember (RM826,000), Januari 2016 (RM3.8 juta) dan Febuari (RM3.47 juta).
“Bermula Mac ini tidak ada lagi tunggakan potongan gaji dan caruman guru-guru Yik seperti
dibangkitkan pihak tertentu sebelum ini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Adhan
Kechik (BN-Bukit Bunga) pada persidangan Dun hari ini.
Sebelum ini isu tunggakan potongan gaji dan caruman guru-guru Yik kepada koperasi tidak
dibuat yang berjumlah RM14.6 juta.
Tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor termasuk penyusunan kembali
bayaran pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia bermula pada tahun lepas.
Potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dibayar kepada beberapa agensi termasuk Biro Angkasa,
Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama
Islam Kelantan (Maik).
Dr Mohamed Fadzli juga berkata Yik turut mendapat dana sebanyak RM11 juta daripada projek
pajakan ladang yang diusaha sama dengan syarikat-syarikat swasta.
Menurutnya juga Yik merancang dan melaksanakan beberapa langkah bagi meningkatkan sumber
kewangan termasuk menubuh Akademik Yik berperanan melaksana projek pelaburan. - HARAKAHDAILY 8/3/2016 Sumber HD - 8-3-2016
Proaktif tangani kegawatan ekonomi - Sultan
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan disaran mengambil langkah proaktif sebagai usaha
menangani kegawatan ekonomi dengan mengamal langkah-langkah penjimatan.
Sultan Muhammad V bertitah perkara ini perlu dijalankan memandangkan tahun lepas
menyaksikan kelesuan ekonomi global dengan kadar pertumbuhan 3.1 peratus.
“Pertumbuhan yang perlahan dijangkakan berterusan dua atau tiga tahun akan datang sebagaimana
diunjur International Monetary Fund iaitu 3.4 peratus tahun ini hingga 2017.
“Tiga faktor utama penyebab keadaan ini ialah pengucupan ekonomi China, kejatuhan harga
minyak dan komoditi lain, di samping dasar ketat kewangan Amerika,” titah baginda ketika
merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dun Kelantan hari ini.
Sebelum itu baginda melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat di tingkat atas Kompleks Kota Darulnaim. Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan.
Menyambut keberangkatan baginda Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, Menteri Besar,
Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Titah baginda kerajaan negeri wajar berbelanja berdasarkan keutamaan sebagaimana yang
diamalkan sebelum ini.
Baginda bertitah, kegawatan ekonomi dunia lebih terkesan bagi negara pengeluar minyak dan
negara sedang membangun.
Ujar baginda, Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak sudah tentu akan terkesan
sekiranya harga minyak dan komoditi terus jatuh.
“Kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia menyebabkan berlakunya inflasi serta
kenaikan harga barangan keperluan harian,” titah baginda.
Oleh itu sebagai persediaan menghadapi fasa kemelesetan, baginda menyarankan kerajaan negeri
mengambil langkah proaktif yang tidak memberi impak negatif kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 7/3/2016 Sumber HD - 7-3-2016
4 minit awal ke HUSM selamat nyawa Ustaz Kazim
BERNAMA | .
(Foto daripada facebook Ustaz Kazim)
IPOH: "Empat minit awal sampai ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian menyelamatkan nyawa saya," demikian cerita pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias yang diserang
sakit jantung akhir bulan lalu.
Mohd Kazim berkata sekiranya beliau tiba lewat di hospital berkenaan banyak risiko boleh berlaku
termasuk lumpuh, kematian sel otak dan strok.
"Saya bersyukur saya menamatkan ceramah saya awal dalam tempoh lima hingga tujuh minit dan
berterima kasih kepada Klinik Kesihatan Gunong kerana membawa saya ke hospital dengan kadar
segera.
"Saya tidak sangka saya kena serangan jantung memandangkan saya seorang yang mengamalkan
pemakanan sihat dan kuat bersenam," katanya ketika ditemui pemberita selepas buat pertama kali
menerima pelawat di Pusat Pendidikan Al-Barakah di sini hari ini.
Beliau turut menerima sumbangan pejabat Menteri Besar Perak sebanyak RM500,000 untuk
pengurusan pusat itu yang disampaikan Pegawai Khas Menteri Besar Perak Datuk Azhar Ahmad.
Mohd Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang
berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok,
Kelantan pada 9.30 malam, 19 Feb lepas.
Bercerita lebih lanjut, Mohd Kazim berkata berdasarkan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan
tahun lepas tidak menunjukkan sebarang masalah terutama jantung.
"Imbasan elektrokardiogram, ujian darah semuanya sihat, tidak ada masalah jantung," katanya
sambil menambah bebanan kerja menjadi salah satu punca serangan jantung.
Mohd Kazim berkata laporan doktor menunjukkan kesihatan beliau kini semakin bertambah baik,
kecuali otot bahagian jantung yang terluka semasa serangan jantung masih belum pulih.
"Ia menyebabkan pergerakan agak terbatas, saya tidak boleh bergerak laju dan pantas. Saya
bercakap pun tidak boleh laju dan mungkin mengambil masa," katanya.
Mengenai Pusat Pendidikan Al-Barakah, Mohd Kazim berharap agar kerajaan Negeri dapat
mengambil alih dan menjadikan ia maahad tahfiz berasrama penuh supaya semua urusan berjalan
dengan baik dan lancar.
Selain faktor kesihatan, Mohd Kazim berkata beliau juga tidak mampu menanggung keseluruhan
operasi pusat itu yang mencecah sehingga RM200,000 setiap bulan. - Bernama Sumber HD - 5-3-2016
AMK bantu PAS pertahan Kelantan
ASLANI M | .
TANAH MERAH: Angkatan Muda KeADILan (AMK) bersama Pemuda PAS berusaha
mempertahankan Kelantan sebagai kesinambungan perjuangan ditinggalkan arwah Tok Guru Nik
Abdul Aziz.
Ketuanya Dr Hafidz Rizal berkata AMK tetap mempertahankan kerajaan yang ada sekarang warisan peninggalan Tok Guru.
“Kita berusaha mempertahankan kerajaan yang ada hari ini di bawah kepimpinan ulama. Hendaklah kita berjuang kerana Allah.
“PKR dan PAS di Kelantan sebuah organisasi yang mantap. Kita hendaklah korbankan masa untuk sama-sama mempertahankan Kelantan.
“Kami mengharap anak-anak muda bangkit bagi mencapai hasrat tersebut,” katanya pada ceramah
sempena pelancaran Anak Muda Pertahan Kelantan (Pertahan) malam tadi.
Program itu diadakan di Markas Tarbiyah Tanah Merah (MATTAM). Pelancaran Pertahan dilakukan
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Hadir sama Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad
Fadhli Shaari, Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan timbalannya
Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman.
Ribuan penduduk tempatan memenuhi perkarangan MATTAM bagi mengikut ceramah pelancaran
Pertahan.
Dr Hafidz juga berkata doa wehdah yang menjadi amalan pejuang Islam sebelum ini menjadi
kenyataan apabila Umno semakin teruk berpecah.
“Tun Dr Mahathir Mohamad pengasas Umno Baru kini sekali lagi mengumumkan keluar parti itu.
Inilah antara kesan doa yang kita amalkan,” ujarnya.
Menurutnya juga Pakatan Rakyat yang dipertahankan di Kelantan dan Selangor berusaha untuk
menukar kerajaan di Putrajaya bagi memastikan bebanan rakyat angkara GST dimansuh pada
pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ahmad Fadhli pula berkata Pemuda PAS dengan gandingan padu AMK akan berusaha untuk
merampas semula Parlimen Tanah Merah dan Dun Gual Ipoh pada PRU akan datang.
“Betapa perlunya gerak kerja yang selari dengan arahan parti dalam usaha mempertahankan
kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam,” kata Ustaz Ahmad.
Pada program itu Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri menyerahkan bendera dan logo
Pertahan kepada wakil pemuda PAS setiap kawasan di Kelantan. - HARAKAHDAILY 3/3/2016 Sumber HD - 3-3-2016
SPM 2015: 45 pelajar Yik dapat semua A
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) terus mengungguli pencapaian
dalam peperiksaan SPM 2015 apabila seramai 45 pelajar memperolehi semua A dalam mata
pelajaran diambil.
Pelajar terbabit empat dari Maahad Muhammadi Perempuan mendapat 11A (9A+) iaitu Aeisyah
Humai’ra Mohd Zaidi, Liyana Izzati Hanazi, Noor Fatihah Ab Rahman dan Uswan Hasanah Md
Shukri.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi,
Muhammad Awang berkata Maahad Amir Indera Putera muncul sekolah cemerlang Yik apabila dua
pelajar memperolehi 12A.
“Ia diikuti Maahad Muhammadi Pasir Mas apabila seorang pelajar memperolehi 12A,” katanya
pada majlis pengumuman keputusan itu di Nilam Puri hari ini.
Pelajar lain yang mendapat 12A iaitu Siti Asmat Abdul Aziz dari Maahad Amir Indera Putera dan
Nur Dalili Damia (Maahad Muhammadi Pasir Mas).
Sementara itu sembilan sekolah mencapai kelulusan 100 peratus iaitu Maahad Tahfiz Sains Tanah
Merah, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Pulai Chondong.
Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Syamsul Maarif Perempuan,
Maahad Muhammadi Pasir Pekan, SMU (A) Sullamiah Bunut Payong dan SMU (A) Tarbiah Diniah
Bunut Sarang Burung. - HARAKAHDAILY 3/3/2016 Sumber HD - 3-3-2016
Undang-undang kawal gejala sosial di
Kelantan
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kelantan mencadang transfomasi undang-undang kecil di peringkat pihak
berkuasa tempatan (PBT) bagi mengawal gejala sosial kalangan anak-anak muda.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri mencadang kajian khusus
dilakukan untuk meminda Undang-Undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
1986.
Katanya, pindaan itu dilakukan bagi menangani masalah anak muda yang berkeliaran di kawasan
taman khususnya pada waktu Maghrib.
“Walau pun gejala sosial di negeri ini tidak membimbangkan, namun usaha perlu dibuat agar ia
dapat dibendung lebih awal,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.
Menurutnya cadangan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Islam (JPI) di peringkat
PBT di seluruh majlis daerah tahun ini.
Sedangkan sebelum ini JPI hanya ada di MPKB-BRI sahaja, tetapi mulai tahun ini ia diperluaskan
ke seluruh PBT di Kelantan.
Menteri Besar berkata JPI diharap dapat membuat kajian berkaitan undang-undang kecil tersebut
bagi menangani gejala anak muda melepak di waktu Maghrib.
“Hasrat kerajaan negeri supaya dengan undang-undang itu dapat mengawal anak-anak muda yang
masih bebas berkeliaran khasnya di kawasan taman atau di tepi pantai.
“Membonceng motosikal bukan dengan muhrim sering berlaku, ini yang kita nak kawal.
“Trend sekarang mereka suka membonceng, bebas ke sana ke mari dan ini amat tidak baik
khususnya dalam agama kita,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 2/3/2016 Sumber HD - 2-3-2016
Warga emas Cina Kelantan kuasai tulisan
jawi
Salmah Mat Husain|Foto Rizal Tahir | .
KOTA BHARU: Tahun-tahun 1960-an sehingga 1980-an ramai masyarakat Cina di Kelantan yang
mampu menulis dan membaca tulisan jawi.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata keadaan itu menggambarkan hubungan
masyarakat Cina dan orang Melayu di Kelantan begitu rapat.
“Ada baiknya generasi muda masyarakat Cina yang ada sekarang mengimbau nostalgia itu dengan
cuba mempelajari tulisan jawi seperti mana dilakukan datuk nenek mereka.
“Tidak salah untuk memperbaharui semula usaha tersebut sebagai menggambarkan kelainan
masyarakat Cina di Kelantan,” katanya pada majlis ramah mesra dan penyampaian sumbangan
sempena Tahun Baru Cina di JKR 10, kelmarin.
Program itu dihadiri 60 pemimpin masyarakat Cina yang bertugas sebagai ahli-ahli majlis daerah,
penghulu dan kakitangan awam negeri.
Hadir sama anggota Exco Datuk Anuar Tan Abdullah, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan
Negeri Md Ashari Mamat, Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chuan dan Pengerusi Dewan
Himpunan Penyokong PAS Kelantan Lim Guang Seng.
Menteri Besar juga berharap masyarakat bukan Islam merujuk maklumat daripada sumber yang
tepat berkaitan kerajaan negeri dan PAS. - HARAKAHDAILY 1/3/2016 Sumber HD - 1-3-2016
Kabus: Masih menggigil jam 9 pagi di Lojing
ASLANI M | .
GUA MUSANG: Lojing yang terletak bersebelahan Blue Valley, Cameron Highlands masih kekal
dengan suhu sederhana sejuk biarpun pembangunan pertanian di kawasan itu semakin pesat.
Sehingga kini difahamkan terdapat kira-kira 190 pengusaha mengusahakan tanaman sayur-sayuran
secara komersial di kawasan lebih 1,300 ekar di sekitar tanah tinggi Lojing.
Paling terasa suhunya di sekitar Masjid Long Tan iaitu di bawah 18 darjah Celsius. Jam 9 pagi
seperti jam 6 pagi di tempat lain. Suasananya berkabus tebal sehingga mengehadkan pandangan.
Imam Masjid Long Tan Muhamad Kadir berkata cuaca di sekitar masjid lebih sejuk berbanding t
empat-tempat lain di Lojing.
“Apabila hujan turun suhu menjadi semakin sejuk. Sudah menjadi kebiasaan hujan turun bersama
tiupan angin. Kehadiran angin menyebabkan suhu bertambah sejuk lagi.
“Di sini boleh dikatakan sejuk sepanjang tahun. Musim kemarau pun suhunya sejuk juga. Kalau di
musim kemarau waktu malam pula sejuk,” katanya ketika ditemui semalam.
Lojing terletak di barat daya negeri Kelantan, berkeluasan 1,817 km persegi iaitu satu perempat
daripada keluasan jajahan Gua Musang.
Kedudukan geografinya diketinggian 610 meter hingga 1,500 meter dari paras laut membuatkan
suhu antara 18C hingga 25C.
Kehadiran hujan menyebabkan kabus menjadi tebal pada sebelah malam dan pagi. Kabus tebal
menghadkan pandangan sehingga menyebabkan kenderaan yang melalui kawasan itu terpaksa lebih
berhati-hati.
Ketika rombongan Harakah dan media Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) melewati
kawasan itu malam Ahad lepas pandangan begitu terhad.
“Kalau ada lubang di atas jalan tidak nampak langsung. Kita kena rempuh apa sahaja yang ada di
hadapan.
“Pemanduan lebih sukar kerana tidak ada garis putih di tepi dan tengah jalan. Hanya tembok batu
di tengah jalan sahaja menjadi panduan,” kata Hisyam, pemandu UPKN.
Tiupan angin menyebabkan lantai kawasan lobi masjid sentiasa basah. Marmar lantai masjid ketika
dijejaki terasa sengal.
Begitu juga ketika menjamah air bagi mengambil wuduk, sejuknya mencucuk sehingga ke tulang.
Malam Ahad dan pagi semalam menyebabkan kami terpaksa mengenakan pakaian tiga lapis.
Suasana berkabus itu hanya berlaku di sekitar Masjid Long Tan, sedangkan setengah kilometer dari
tempat itu cuacanya lebih terang dan kurang sejuk.
Masjid tersebut yang terletak di pintu sempadan Kelantan-Pahang sentiasa menjadi tumpuan
pelancong dan pengguna jalan raya Simpang Pulai-Gua Musang.
Mereka tidak melepaskan peluang merakam suasana sekitar masjid dengan handphone.
Hanya menjelang waktu Zohor kawasan sekitar masjid cerah dan kabus mulai hilang.
“Suasana seperti ini sudah biasa di sini. Solat Subuh terpaksa memakai jaket dan pintu masjid
terpaksa sentiasa ditutup bagi mengelakkan kemasukan angin dingin,” kata Zaki, bilal masjid
berkenaan. - HARAKAHDAILY 1/3/2016 Sumber HD - 1-3-1016
Pemuda lancar gerakan pertahan Kelantan
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Pemuda PAS melancar Gerakan Mempertahan Kerajaan Negeri Kelantan
(Pertahan) dengan penglibatan semua pihak termasuk Angkatan Muda KeADILan (AMK).
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata gerakan itu diadakan di seluruh kawasan parlimen
di Kelantan bermula 2 Mac ini.
Katanya, Pemuda PAS akan mengemudikan gerakan itu dengan mengumpul sebanyak mungkin
badan, organisasi dan NGO yang konsisten bagi mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang.
“Gerakan dicetus di sebalik kecaman dan serangan dibuat ke atas kerajaan negeri sama ada dari
dalam dan luar.
“Kami tetap yakin dan percaya anak-anak muda masih menaruh harapan untuk melihat PAS kekal
menerajui negeri ini,” katanya pada persidangan media di Syabab Point di sini petang ini.
Hadir sama anggota-anggota jawatankuasa Pemuda PAS Negeri termasuk Naib Ketua Mohd Ariff
Abdullah.
Pelancaran Pertahan akan diadakan 2 Mac ini di Markas Tarbiah PAS Tanah Merah di Kampung
Bukit Tebu dan kemuncaknya penganjuran Kongres Anak Muda Pertahan Kelantan pada 29 April
di Rantau Panjang.
Pemuda PAS juga akan menganjur perhimpunan anak-anak perantau yang bekerja di Lembah
Klang bertempat di Nilai, Negeri Sembilan pada 19 Mac.
Tahun lepas Pemuda PAS Kelantan menganjurkan Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah)
di Pasir Puteh yang dihadiri kira-kira 10,000 anak muda dari seluruh jajahan.
Fadhli berkata, 14 siri ceramah dan penerangan diadakan pada Mac dan April di samping
pengedaran risalah mengenai perubahan dan dasar dilaksanakan kerajaan Kelantan.
Menurutnya juga Pemuda PAS yakin kewujudan serpihan parti itu tidak memberi kesan besar bagi mempertahan kerajaan negeri untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14.
“Kesannya mungkin minimum, namun kita tetap berjaga-jaga dan sentiasa memantau pergerakan
parti baharu tersebut,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/2/2016 Sumber HD - 24-2-2016
Kerajaan BN makin hilang arah berdepan
kemelut PM
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin hilang arah apabila harga
barangan dan perkhidmatan semakin meningkat sedangkan peluang pekerjaan terus mengecut.
Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Negeri Ahmad Fadhli Shaari berkata rakyat berpendapatan
rendah berdepan banyak kesukaran kerana silap urus kerajaan.
“Rakyat perlu diberi kesedaran secara menyeluruh selagi kerajaan BN dibiar mentadbir negara,
kehidupan rakyat semakin terbeban.
“Apa yang berlaku sekarang kerana kerajaan BN semakin hilang arah setelah berdepan dengan
kemelut pentadbiran dan peribadi perdana menteri,” katanya di sini.
Indeks harga pengguna (IHP) dikeluarkan Jabatan Perangkaan bagi Januari 2016 menunjukkan
harga barangan lebih tinggi sebanyak 3.5 peratus berbanding Januari 2015.
Malah laporan Matlamat Pembangunan Milenium Malaysia 2015, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu mendapati isi rumah berpendapatan rendah paling teruk terjejas akibat pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST).
Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat berkata kerajaan BN tidak mampu lagi
menafikan kesan GST banyak menyusahkan rakyat.
“Hari ini kerajaan mengakui bebanan kewangan ekoran kejatuhan harga petroleum diselamatkan
GST.
“Sebaliknya risiko GST pun ditanggung rakyat termasuk golongan miskin,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 24/2/2016 Sumber HD - 24-2-2016
Masyarakat Cina diugut jika hadir program
PAS
M ZIN | .
TANAH MERAH: Biarpun kaum Cina diugut mahu disisih daripada mendapat bantuan kerajaan
BN sekiranya hadir program anjuran PAS, namun ia tidak mematahkan semangat mereka.
Ini dibuktikan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri yang diadakan di Dewan
Majlis Daerah Tanah Merah baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan.
Masyarakat Cina terutamanya warga emas dan budak-budak memenuhi dewan. Mereka diraikan
dengan jamuan makan malam dan penyampaian angpau oleh Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad
Yakob.
Turut hadir masyarakat Siam dan penduduk Melayu tempatan. Hadir sama anggota-anggota Exco
kerajaan negeri Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Nassurudin
Daud.
Selain itu Penyelia Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa dan Ketua Jajahan Tanah Merah,
Nor Azman Abdul Ghani.
Seorang penduduk Tionghua memberitahu masyarakat Cina pada awalnya bimbang untuk hadir
pada program anjuran kerajaan negeri itu kerana khuatir mereka disisih.
“Kami di sini menjadi serba salah kerana diugut pemimpin Umno supaya tidak hadir pada program
anjuran PAS,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau mendakwa Umno meneruskan budaya ugut supaya masyarakat Cina takut untuk hadir
program anjuran PAS atau kerajaan negeri.
Bagaimanapun kata beliau ugutan tersebut tidak menghalang mereka hadir beramai-ramai pada
program sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di sini malam Sabtu lepas. – HARAKAHDAILY 23/2/2016 Sumber HD - 23-2-2016
Kelantan tidak diberi taklimat TPPA
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Biarpun Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani pada 4
Februari lepas namun kerajaan Kelantan tidak pernah diberi taklimat berkaitan perjanjian tersebut.
Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata kerajaan negeri pernah
meminta agensi berkaitan menyampaikan taklimat mengenai TPPA, namun tidak menjadi kenyataan.
“Pembentangan mengenai TPPA tidak dibuat kepada Kerajaan Kelantan bagi membolehkan kita
melihat dari dekat perjanjian perdagangan tersebut.
“Kita minta supaya agensi berkaitan di bawah kerajaan pusat mengadakan taklimat khas namun ia
tidak berlaku,” katanya di sini.
Kerajaan BN tetap menandatangai TPPA biarpun ditentang secara meluas pelbagai pihak termasuk
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, pembangkang dan NGO.
TPPA ditandatangani wakil Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Auckland pada 4 Februari
lepas.
Malaysia menyertai 11 lagi negara lain menandatangani TPPA, sebuah pakatan perdagangan
dengan harapan dapat meluaskan pasaran dan mengurang tarif.
Ekoran penyisihan itu kerajaan Kelantan menganjur sendiri taklimat TPPA dengan mengundang
tokoh akademik dan NGO tanpa kehadiran wakil kerajaan pusat. - HARAKAHDAILY 22/2/2016 Sumber HD - 22-2-2016
MB Kelantan lawat Kazim Elias di HUSM
HARAKAHDAILY | .
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan isteri melapangkan
masa menziarahi Datuk Mohd Kazim Elias di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang
Kerian di sini, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat
negeri, Mumtaz Md Nawi turut serta.
Malam tadi, Kazim terpaksa memberhentikan ceramahnya di pekarangan Pejabat Pertubuhan
Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok selepas mengadu sakit dada.
Beliau kemudian dibawa ke HUSM. - HARAKAHDAILY 20/2/2016 Sumber HD - 20-2-2016
Terima kasih kerana menderma kepada saya
SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Berita masalah kewangan dihadapi pelajar perubatan di Universiti Zaqaziq Mesir,
Nor Atiqah Mamat yang disiar Harakah sebelum ini mendapat perhatian orang ramai.
“Ada yang menderma RM5 dan RM10. Ada juga bagi RM100. Malah ada juga sumbang RM3,000. Sumbangan itu jika dicampur kesemunya hampir RM50,000.
“Lebih terharu lagi seorang doktor dari Sabah menderma sebanyak RM10,000,” kata bapa pelajar
terbabit Mamat Zakaria, 50.
Baru-baru ini Harakah dan Harakahdaily memaparkan rayuan bapa pelajar terbabit yang memohon sumbangan sebanyak RM100,000 bagi melangsaikan tunggakan hutang anaknya di universiti.
Mamat berkata masalah dihadapi anaknya menarik perhatian pembaca Harakah di seluruh negara.
Menurutnya hasil sumbangan orang ramai dan pinjaman yang dilulus Skim Bank Mara berjaya
dikumpul sebanyak RM90,000.
Kata beliau juga kelulusan pinjaman Skim Bank Mara membolehkan Nor Atiqah
melunaskan pembiayaan pengajian selama setahun iaitu RM35,000.
“Anak saya hanya memerlukan RM10,000 lagi melunaskan kesemua hutangnya dengan universiti.
Bayaran tertunggak itu perlu dijelaskan sebelum konvokesyen 2 Mac ini,” katanya.
Nur Atiqah pula memberitahu beliau lulus peperiksaan akhir dan keputusannya diketahui akhir Januari lalu.
Katanya juga beliau akan ke Mesir pada 20 Februari ini sebagai persediaan
majlis konvokesyen pada awal Mac.
“Saya amat terharu di atas pengorbanan penderma dan orang ramai yang
membantu saya. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan,” ujarnya.
Orang ramai yang berminat membantu bakal doktor tersebut boleh menyumbang melalui Maybank 105046179128 atas nama Mamat Zakaria atau hubungi talian 019 2532484. – HARAKAHDAILY 19/2/2016 Sumber HD - 19-2-2016
PAS Kelantan gerak jentera hadapi PRU14
ASLANI M | .
KOTA BHARU: PAS Kelantan mulai menggerakkan jentera pilihan raya biarpun ada pihak
mendakwa kemunculan serpihan PAS menyebabkan parti itu berdepan kesukaran mempertahankan
negeri tersebut.
Oleh itu pelancaran gerak kerja pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan diadakan di Putik Sabtu ini
dengan mengumpul semua petugas dari seluruh Kelantan.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata gerak kerja
pilihan raya tersebut akan dilancar Pesuruhjaya PAS Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Katanya dianggar lebih 4,000 petugas jentera pilihan raya PAS peringkat negeri, kawasan, Dewan
Undangan Negeri (Dun), kakitangan serta pegawai lantikan politik hadir pada program berkenaan.
“Termasuk juga semua wakil rakyat, penyelia, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ahli Majlis
Tindakan Dun. Program separuh hari itu bermula jam 8 pagi,” katanya di sini.
Pada program itu juga akan diadakan penyerahan panji-panji PAS kepada setiap PAS kawasan.
Selain itu turut diadakan lafaz ikrar dan baiah fastaqim.
Baru-baru ini bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam ketika berceramah di Teluk Kitam Pengkalan
Chepa dilapor berkata pada 2018 pihaknya yakin parti serpihan PAS akan perintah Kelantan.
Oleh itu Che Abdullah berharap semua jentera pilihan raya di peringkat dewan-dewan dan
jawatankuasa PAS kawasan serta MTD menghadiri program berkenaan.
“Gerak kerja itu bertema Beristiqamah Hingga Kemenangan memperlihatkan kesungguhan PAS
bagi mempertahankan Kelantan pada PRU14 nanti,” katanya. - HARAKAHDAILY 18/2/2016 Sumber HD - 18-2-2016
Penduduk setinggan diami penempatan
baharu
ASLANI M | .
GUA MUSANG: Ramai bekas setinggan di sekitar bandar ini terselamat daripada bah besar yang
melanda akhir 2014 kerana berpindah lebih awal ke penempatan baharu diwujudkan kerajaan negeri.
Sehingga kini tiga penempatan diwujudkan di Dun Galas iaitu Tanah Putih, Kampung Kundur dan
Kampung Kerinting.
Malah penempatan tersebut kini menjadi kawasan pertumbuhan baru terutamanya di Tanah Putih,
turut dilengkapi sekolah dan projek perumahan komersial.
Penyelia Dun Galas Suhaimi Deris berkata sebelum ini penduduk di
penempatan baharu tersebut tinggal di kawasan setinggan di sekitar bandar
lama Gua Musang.
Antaranya Kampung Tiong, kawasan sekitar stesen kereta api lama, Kampung
Baru Hulu, Kampung Baru Hilir, tanah kereta api di sepanjang landasan dan
pinggir Sungai Galas.
“Sebahagian penduduk yang tinggal di kawasan tersebut diberi lot di penempatan yang diwujudkan
kerajaan negeri sejak awal 1990-an.
“Di Tanah Putih sekarang terdapat lebih 500 rumah yang dibina penduduk. Selain itu terdapat juga
dua projek perumahan rakyat termiskin,” katanya di sini.
Kata beliau penduduk yang lebih awal berpindah ke Tanah Putih terselamat daripada banjir besar
akhir 2014 kerana kedudukannya lebih tinggi.
Bagaimanapun beliau juga tidak menafikan masih ada penduduk yang diberi lot di penempatan
baharu belum berpindah dan kekal mendiami kawasan setinggan.
“Kalau dahulu memang tidak banyak kemudahan asas di kawasan tersebut, namun sekarang sudah
jauh berubah. Sekolah pun sudah ada.
“Malah kerajaan negeri merancang membangunkan kawasan perumahan yang lengkap dengan
kemudahan premis perniagaan,” katanya.
Tanah Putih terletak di laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis. Sepanjang jalan ke penempatan
tersebut pesat membangun premis perniagaan. – HARAKAHDAILY 17/2/2016 Sumber HD - 17-2-2016
Syarat Terlampau Ketat, Syarikat Panggung Wayang Tarik Diri Dari Aeon Mall Kota Bharu
Posted on Tuesday, February 16 @ 20:00:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
AEON MALL Kota Bharu Bakal di buka seawal bulan 4 tahun ini. Oleh kerana syarat yang ditetapkan terlampau ketat, negeri Kelantan masih kekal sebagai negeri tanpa panggung wayang.
Syarat-syarat ketat mesti dipatuhi dan ianya salah satu sebab syarikat pawagam mengambil langkah menarik diri dari membuka pawagam di negeri ini.
Antara syarat-syarat di Kelantan termasuklah pengasingan tempat duduk untuk penonton lelaki dan perempuan, dan larangan tayangan semasa waktu Maghrib, malam Jumaat, dan ketika bulan Ramadan.
Sumber TKO - 16-2-2016
Ada ahli PAN ingin kembali semula – Nik
Amar
SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .
BACHOK: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah mengesahkan terdapat bekas anggota
parti yang menyertai Parti Amanah Negara sebelum ini berhasrat kembali semula kepada PAS.
Menurutnya, sebelum ini mereka keliru sehingga tidak mampu membuat pertimbangan dengan baik
semasa menyertai parti baharu.
Bercakap kepada media selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Kelantan 2016 di Sudara
Beach Resort, di sini semalam katanya perkembangan itu begitu membanggakan.
Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa ada beberapa bekas ahli
PAS yang menyertai PAN berharat kembali semula kepada PAS.
“Alhamdulillah semoga dengan penyertaan mereka, kita sama-sama dapat mengukuhkan perjuangan
parti, kerajaan negeri di Kelantan,” ujarnya.
Beliau juga berkata pembangkang di negara ini perlu bersatu untuk mencapai matlamat perjuangan.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Abdullah Md Nawi mengalu-alukan turut
hasrat bekas ahli PAS mahu menyertai semula parti itu.
Katanya, ia merupakan tindakan yang wajar demi kepentingan umat Islam.
“Harap bila reda dan jernih dengan kekeliruan sebelum ini, kita berharap mereka dapat bersama
perjuangan asal.
“PAS negeri menerima baik mana-mana pihak atau individu yang berhasrat ingin semula sertai
PAS,” katanya selepas merasmikan perletakan batu asas pembinaan asrama Sekolah Menengah
Agama (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat. – HARAKAHDAILY 15/2/2016 Sumber HD - 15-2-2016
Kes Husam: PAS Kelantan tidak campur
tangan
SALMAH MAT HUSAIN | .
BACHOK: PAS Kelantan menyerah sepenuhnya kepada Jawatankuasa Tatatertib parti itu bagi
menentukan kedudukan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian Datuk Husam Musa.
Timbalan Pesuruhjayanya Datuk Mohd Amar Abdullah berkata sebarang keputusan sama ada
dikenakan tindakan atau sebaliknya terserah kepada jawatankuasa berkenaan.
“Kita tidak campur tangan dalam kes ini. Dalam perlembagaan parti sendiri Jawatankuasa Tatatertib
ada hak untuk menentukan sebarang tindakan terhadap anggotanya bila ada aduan diterima.
“Berdasarkan perkara itu kami tak ganggulah, biar Jawatankuasa Tatatertib yang menentukan,”
katanya di sini semalam.
Sabtu lepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Husam akan
dirujuk kepada Lembaga Tatatertib selepas jawatankuasa kerja PAS pusat mengkaji beberapa aduan
yang diterima.
Menurutnya, pihak parti menerima aduan terhadap bekas Naib Presiden itu daripada PAS Kelantan
dan cawangan di Dun Salor. – HARAKAHDAILY 15/2/2016 Sumber HD - 15-2-2016
'Sejak Nik Aziz tiada, PAS parah, tiada faktor penyatuan' - Mustapa
Posted on Sunday, February 14 @ 13:59:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Selain PAS, senario pasca pemergian Allahyarham Nik AbduL aziz juga memberi kesan besar kepada blok pembangkang secara keseluruhannya.
TANAH MERAH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha
Mohamed menyifatkan PAS kehilangan faktor penyatuan sejak setahun kehilangan Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau turut merumuskan bahawa apa yang berlaku terhadap sejak 12 bulan lalu adalah kesan serta
impak ketiadaan Allahyarham yang merupakan seorang tokoh yang amat disegani.
KOTA BHARU: Mengurus 89 sekolah agama dengan bilangan pelajar lebih 37,000 orang bukan
tugas mudah. Paling terasa kos pengurusan yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri.
Bagi pemimpin Umno Kelantan teori mereka mudah, serah sekolah agama di bawah Yayasan Islam
Kelantan (Yik) kepada kerajaan pusat bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan negeri.
Sebaliknya bagi kerajaan negeri mempertahankan sistem pembelajaran agama lebih penting,
mengelakkan subjek agama dan bahasa Arab terkubur begitu sahaja.
Contohnya, setelah beberapa sekolah agama diserah kepada Kementerian Pelajaran semasa Kelantan
di bawah pentadbiran Barisan Nasional, banyak mata pelajaran agama dicicirkan.
Hasilnya tidak ada sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) di bawah kementerian pelajaran
yang layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed
Fadzli Hassan berkata bagi mengurangkan bebanan kewangan, kerajaan negeri menganugerah tanah
kepada Yik untuk membangunkan ladang.
“Tanah diberi kepada Yik untuk mendapat pulangan ekonomi bagi mengurangkan pengantungan
kepada kerajaan negeri.
“Ekoran itu Yik mengadakan kerjasama dengan syarikat swasta bagi membangunkan tanah untuk
memberi pulangan hasil,” katanya di sini.
Menurutnya sehingga sekarang Yik mengadakan kerjasama dengan 13 syarikat bagi membangunkan
tanah tersebut.
Kata beliau hasil usahasama membangunkan ladang sawit Yik mendapat pulangan hasil sebanyak
RM12 juta setahun.
Tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM78 juta kepada Yik bagi melaksanakan
program pendidikan.
Selain itu sebanyak RM4 juta lagi untuk pembangunan baru, menaik taraf dan menyelenggara
bangunan sekolah. – HARAKAHDAILY 11/2/2016 Sumber HD - 11-2-2016
Kerajaan negeri, Pemuda PAS bantu mangsa ombak
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Mangsa ombak besar di Pulau Kundur dekat sini mendapat simpati kerajaan
negeri dan Pemuda PAS Kelantan.
Pagi tadi mangsa-mangsa ombak terbabit menerima sumbangan disampaikan Ketua Pemuda PAS
negeri, Ahmad Fadhli Shaari dan anggota-anggota exconya.
Beliau berkata sumbangan itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa-mangsa ombak besar.
“Mereka berdepan dengan banyak kesukaran termasuk rumah dan perabot rosak akibat dipukul
\ombak. Mereka juga terpaksa menyelamatkan diri dan keluarga dengan menumpang di pusat
pemindahan,” katanya di sini.
Baru-baru ini 16 keluarga yang tinggal di Pulau Kundur dipindahkan ke pusat pemindahan di
Sekolah Kebangsaan Pulau Kundur disebabkan air pasang besar.
Mereka berpindah ke penempatan tersebut kali kedua tahun ini. Dua hari lepas mangsa-mangsa
terbabit diziarahi Menteri Besar dan wakil-wakil rakyat.
Pada kunjungan itu Ustaz Datuk Ahmad Yakob menyampaikan sumbangan kepada 85 mangsa di
Sekolah Kebangsaan Kundur. Mereka menumpang di situ sejak lebih seminggu lepas.
Ustaz Ahmad juga berkata kerajaan negeri sudah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk dijadikan penempatan mangsa ombak besar. - HARAKAHDAILY 10/2/2016 Sumber HD - 10-2-2016
Air pasang: 73 penduduk Pantai Pulau Kundur dipindah
BERNAMA | .
KOTA BAHARU: Seramai 73 penduduk daripada 16 keluarga yang tinggal di pantai Pulau Kundur
di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Pulau Kundur berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku Ahad malam.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Pegawai Kanan II Ayub Mustafa
berkata kesemua mangsa itu dipindahkan sejak 8 malam berikutan ombak yang membadai pesisir
pantai itu memasuki kediaman mereka.
"Ini merupakan kali kedua penduduk di kawasan tersebut dipindahkan selepas kejadian pertama
pada bulan lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Bulan lepas, lebih 70 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan fenomena
tersebut yang turut memusnahkan lapan kediaman di kawasan itu. - Bernama Sumber HD - 8-2-2016
Perutusan Tahun Baru Cina 2016 MB Kelantan
HARAKAHDAILY | .
Salam sejahtera kepada semua masyarakat Tionghua khasnya yang berada di Kelantan dan di
Malaysia amnya. Saya ingin mengucapkan Selamat tahun Baru Cina 2016, semoga kedatangan
tahun baru ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelum ini.
Pihak kerajaan Negeri Kelantan mengutamakan masyarakat bukan Islam sebagaimana masyarakat
Islam yang lain, tidak ada perbezaan antara satu sama lain. Islam mengiktiraf hak setiap manusia
tanpa mengira kaum.
Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan perbezaan agama dan etnik.
Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Seharusnya
kita perlu kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran
hidup dapat dikecapi bersama.
Islam menyuruh umatnya agar menyemaikan sikap hormat menghormati dan melahirkan rasa
kasih-sayang di kalangan kelompok yang berlainan agama dan bangsa. Dalam konteks kepelbagaian
kaum dan agama di negeri dan negara kita, masyarakat bukan Islam perlu diberi perhatian dan d
ijaga. Malah setiap tindak-tanduk kita hendaklah tidak menimbulkan rasa tidak selesa hingga
menjejaskan ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat.
Keupayaan pelbagai kaum untuk duduk semeja dalam merancang pembangunan negara dan negeri
adalah satu perkara yang dituntut oleh setiap agama dan memberi manfaat serta faedah kepada
pembangunan negeri dan negara kita.
Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan skim-skim kebajikan kepada masyarakat bukan
Islam sama seperti masyarakat Islam yang lain seperti skim rumah dhuafa’ atau rumah orang miskin,
skim kifalah, skim Al-It’am atau bantuan beras termasuklah skim untuk membantu orang berkahwin
atau Al-Ziwaj.
Melalui Skim Takaful Kifalah Warga Emas umpamanya yang telah dilancarkan pada 7 Februari
2007, boleh dikatakan hampir sebahagian peserta adalah daripada kalangan masyarakat bukan Islam. Menariknya, ada daripada mereka yang memilih untuk menyalurkan sumbangan yang diterima
kepada Badan Amal dan Kebajikan, NGO, masjid dan lain-lain. Inilah semangat kemuwafakatan
yang ada di Negeri Kelantan.
Semoga Kelantan dibawah kepimpinan Ulama akan sentiasa mengemudi seluruh masyarakat dengan
dasar yang adil dan saksama dibawah Merakyatkan Membangun Bersama Islam. Sementara
masyarakat Tionghua di Kelantan khususnya terus memberikan kerjasama dan sokongan kepada
pihak Kerajaan Negeri untuk mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya. Akhir kata, Gong Xi Fa Cai, 恭贺各界 萬 事 如 意
Salam Hormat,
USTAZ DATO’ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
27 Rabiul Akhir 1437/7 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 7/2/2016 Sumber HD - 7-2-2016
Beras percuma: BN tiru kerajaan Kelantan
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Selepas hampir tujuh tahun skim bantuan beras percuma (al-It’am) dilaksanakan
di Kelantan, akhirnya program itu turut ditiru kerajaan Barisan Nasional (BN).
Skim bantuan beras untuk rakyat termiskin dilaksanakan di Dun Wakaf Bharu bermula Jun 2010.
Kemudian pada Febuari 2011 program itu diperluaskan ke seluruh Dun di Kelantan.
Setiap penduduk miskin menerima bantuan beras sebanyak 10 kg setiap bulan. Sehingga sekarang
lebih 4,500 penduduk miskin mendapat manfaat tersebut.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Md Ashaari Mamat berkata beliau pernah
melaksanakan program bantuan beras di Dun Kok Lanas bermula 1995.
Katanya selama empat tahun program tersebut dilaksanakan di Kok Lanas atas inisiatif sendiri bagi membantu penduduk miskin.
“Alhamdulillah program itu dijadikan agenda kerajaan negeri bermula 2011 selepas berjaya
dilaksanakan di Kok Lanas dan Wakaf Bharu.
“Kerajaan Kelantan melaksanakan program terbabit bukan kerana kegawatan ekonomi seperti yang
berlaku sekarang sebaliknya melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah negeri berkebajikan,”
katanya di sini.
Baru-baru ini kerajaan BN mengumumkan pemberian beras melalui program MyBeras kepada
200,000 penduduk miskin tegar setiap bulan.
MyBeras berkenaan dikatakan akan diagih bermula 1 Mac depan. – HARAKAHDAILY 4/2/2016 Sumber HD - 4-2=2016
Dr Vida Akan Bina Hotel PQPTRW Berharga RM280 Juta!
Posted on Thursday, February 04 @ 10:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
PENGASAS produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali
sebagai Datuk Seri Vida sememangnya antara ahli perniagaan yang boleh dicontohi oleh
kebanyakan rakyat Malaysia.
Masakan tidak, selepas menjadi penaja utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors
(PQPTRW), wanita berusia 43 tahun ini bakal menubuhkan sebuah hotel bertaraf enam bintang.
Hotel dilengkapi kemudahan sukan dan riadah itu dibina berhampiran Stadium Sultan Muhammad
IV, Kota Bharu dikhabarkan menelan kos keseluruhan sebanyak RM280 juta yang dijangka siap
dalam tempoh dua tahun.
Memetik Berita Harian, Hotel PQPTRW setinggi 19 tingkat itu nanti akan dibina di tanah keluasan
0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV.
“Bahagian bawah hotel berkenaan akan dijadikan kompleks sukan yang menyediakan tempat
permainan boling, padang tenis, latihan pukulan golf dan lain-lain lagi.
Sumber TKO - 4-2-2016
Janji naik taraf Masjid Razaleigh disenyap
ASLANI M | .
GUA MUSANG: Umno bahagian ini kelihatan bersungguh-sungguh mahu masjid baharu bernilai
RM23 juta dibina di tapak bekas balai polis di bandar lama Gua Musang.
Sedangkan janji menaik taraf Masjid Razaleigh ketika kempen pilihan raya kecil Galas pada
November 2010 seperti mahu disenyapkan.
Pada 8 Jun 2013 anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan
memberitahu pembinaan masjid baharu di bandar lama akan dimulakan dalam tempoh terdekat.
Laporan berkenaan juga menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerah cek RM3 juta
ketika melawat lokasi tersebut sebelum ini.
Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Abdullah Husain berkata projek masjid baharu kemungkinan dibangkitkan semula selepas penduduk menagih janji projek menaik taraf Masjid
Razaleigh.
Katanya, kebelakangan ini nampak pemimpin Umno begitu bersungguh-sungguh mahu membina
masjid baharu di tapak balai polis lama.
“Sedangkan kerajaan negeri sudah menyediakan tapak seluas lima ekar di Tanah Putih. Tapak itu
juga telah dilawati pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
“Keperluan masjid di situ lebih mendesak kerana penduduk sekarang terpaksa menunaikan solat
Jumaat di tempat yang agak jauh,” katanya di sini.
Lagi pun kata beliau tapak bekas balai polis terletak tidak jauh dari Masjid Razaleigh di bandar lama.
Pada akhir Disember lepas Adun Galas Ab Aziz Yusof dilapor memberitahu kerajaan pusat akan
membina masjid baharu bernilai RM23 juta.
Menurutnya masjid tercantik di Kelantan itu akan dibina di tapak balai polis lama.
Penyelia Dun Galas, Ustaz Suhaimi Deris pula berkata masjid baharu di Tanah Putih lebih
mendesak kerana penduduk di kawasan berkenaan sekarang terpaksa menunaikan solat Jumaat
di tempat lain.
“Terdapat kira-kira 500 rumah penduduk di Tanah Putih, penempatan baru yang dibangunkan
kerajaan negeri sejak 1990-an.
“Sekarang mereka terpaksa menunaikan solat Jumaat di Masjid Fa-iz Petra di bandar baharu atau
Masjid Razaleigh yang terletak lebih 5 kilometer,” katanya.
Difahamkan hasil pendedahan Harakah mengenai janji membina masjid baharu bernilai RM3 juta
di bandar lama Gua Musang baru-baru ini, dikatakan menimbul gelisah kalangan pemimpin Umno.
Malah ada kalangan mereka mengangggap pemimpin PAS Gua Musang mahu menjadi juara kerana membangkitkan isu tersebut. – HARAKAHDAILY 3/2/2016 Sumber HD 3-2-2016
Ustaz Mohd Zaki, Tokoh Usahawan Kelantan 2015
IZWAN ABDUL HALIM | .
SETAPAK demi setapak didaki dalam menuju puncak perniagaannya, biarpun dengan modal hanya RM2,000 yang didapati dari pinjaman keluarga beliau. Dalam usia 24 tahun, Ustaz Mohd Zaki
Zakaria memulakan perniagaannya dengan menubuhkan Pusat Bimbingan Azkia yang berfokus
kepada kelas bimbingan al-Quran.
Bermula di Kampung Tok Burong, Jalan Pantai Irama Bachok, Kelantan pada tahun 2005, tahun
berikutnya beliau membuka pula cawangan di Kawasan Perniagaan Beris Kubur Besar, Bachok.
Kemudian menapak di bandar dalam tahun 2007 apabila membuka cawangan di Simpang Empat
Jalan Pekeliling, Kota Bharu.
Kesungguhannya terhadap ruang perniagaan tidak terhenti di situ, pada tahun 2008, beliau
mengembangkan lagi perniagaannya dengan menceburi pula bidang sewaan khemah dan
perkhidmatan katering.
Begitu juga minatnya terhadap perkembangan awal kanak-kanak, diterjemahkan dengan
penubuhkan Tadika Azkia pada tahun 2010 di Kampung Tok Burong.
Tidak berhenti meneroka, di penghujung tahun 2010, beliau menubuhkan pula syarikat percetakan
dan pengiklanan yang didaftarkan atas nama Azkia Trading dan beroperasi di Jalan Telipot,
Kota Bharu.
Rezeki beliau, Tadika Azkia turut berkembang dan membuka cawangan di Wakaf Zin, Tawang,
Bachok serta di Jalan Kubur Maras, Langgar, Kota Bharu.
“Alhamdulillah, dalam rencah perniagaan yang turun naik dan pelbagai cabaran, saya terus komited
meneliti kelemahan dan peluang untuk saya perbaiki supaya lebih maju dan lebih maju. Kini
perniagaan baru saya ialah menjadi pembekal kepada kerajaan dan saya mempunyai Perakuan
Syarikat Bumiputera dan Lesen Pembekal dari Kementerian Kewangan Malaysia.
“Pada masa hadapan, saya merancang untuk mula memasarkan produk pendidikan Azkia dengan menggunakan konsep francais. Dengan sokongan pelbagai pihak, harapan ini akan menjadi realiti
tidak lama lagi. Maka Azkia, akan berada di mana-mana dan seluruh ceruk daerah seluruh Malaysia,
insya-Allah,” ujar Mohd Zaki menyatakan keazaman dan tekad kuatnya.
Terbukti berani dan bersedia meningkatkan potensi diri, beliau juga bercadang untuk terlibat pula
dalam bidang hartanah dan pembinaan.
Kepimpinan dan kecemerlangan beliau dalam perniagaan ternyata diakui apabila pada menerima
Anugerah Abdul Rahman Bin Auf yang merupakan pengiktirafan sebagai Tokoh Usahawan tahun
2015 dari Kerajaan Negeri Kelantan.
Ustaz Mohd Zaki boleh dihubungi menerusi talian 019-9863003 dan 012-4004600 atau pejabat
09-7477800 selain alamat Azkia Trading, PT361, Aras Bawah, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu,
Kelantan. – HARAKAHDAILY 2/2/2016 Sumber HD - 2-2-2016
MB ziarah keluarga mangsa kemalangan
Chiku 2
SALMAH MAT HUSAIN | .
GUA MUSANG: Keluarga mangsa kemalangan jalan raya yang membabitkan enam beranak
baru-baru ini diziarahi Menteri Besar petang semalam.
Ustaz Datuk Ahmad Yakob turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa di Felda
Chiku 2 dan Kampung Panggung Lalat.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad, timbalannya Abdullah Husain dan
Penyelia Dun Paloh, Noraini Hussin.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga kita tabah menghadapi ujian yang
gentir ini,” katanya pada kunjungan tersebut.
Dalam kejadian 23 Januari lalu enam sekeluarga terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah
dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 25 Jalan Gua Musang - Kuala
Krai,
Mangsa ialah pemandu kereta Nur Amira Azudin, 23, ibunya Mardiah Drani (48), kakak iparnya
Noor Azila Yasin, 27 tahun.
Tiga lagi mangsa anak Noor Azila, pasangan kembar Siti Badrishah Ab Rahman dan Siti Noraudah,
empat tahun dan Muhammad Hadif Haykal Muhd Hafiz, 18 bulan.
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Panggong Lalat dalam
perjalanan ke Felda Chiku 2. – HARAKAHDAILY 2/2/2016 Sumber HD - 2-2-2016
Husam bukan tanggungjawab saya kata Takiyuddin
Posted on Monday, February 01 @ 10:29:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
SHAH ALAM - "Saya tidak bertanggungjawab kepada (bekas Naib Presiden Pas) Datuk Husam Musa untuk jelaskan apa-apa yang diamanahkan kepada saya dalam apa-apa tugas termasuk hudud," demikian kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Jelas Takiyuddin, Husam tidak tahu banyak perkara dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan banyak
perkara tidak perlu diberitahu kepadanya.
"Pihak kami tiada tanggungjawab memberikan penjelasan kepada Husam. Bagi saya, tanggungjawab saya
melakukan kerja diamanahkan. Saya tidak bertanggungjawab kepada dia,” katanya kepada Sinar Harian,
semalam.
Husam dalam satu forum sebelum ini menyarankan, dua individu penting dalam pelaksanaan hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.
Menurutnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Takiyuddin perlu
melepaskan tanggungjawab sekiranya gagal memberikan penjelasan.
Berkongsi cerita mengenai Husam, Takiyuddin mengakui mengenali Husam sejak belajar di universiti dan
bekerjasama dalam Pas serta pentadbiran kerajaan negeri.
“Saya dengan Datuk Husam ini, kami bersama-sama sejak dari universiti lagi. Kemudian bersama-sama dalam
Pas, bersama-sama dalam kerajaan negeri, Exco dan sebagainya.
“Datuk Husam ada jawatan dalam parti dan saya pun ada jawatan dalam parti. Kami kerja bersama-sama
termasuk hudud ini,” katanya.
Namun katanya, Husam bertindak sebaliknya selepas tidak lagi mempunyai jawatan dalam pentadbiran
kerajaan negeri dan parti dengan mula memainkan peranan mengkritik.
“Itu sahajalah yang dia buat. Dia kata semua orang tidak betul, parti tidak betul dan kepimpinan pun tidak betul,”
katanya.
Sementara itu, ketika ditanya adakah benar dakwaan Husam bahawa pada 18 Mac 2015, seorang wakil pusat
datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen serta-merta
dan mempersoalkan mengapa sehingga sekarang tiada berita, jelas Takiyuddin, Malaysia negara demokrasi
dan Husam berhak berkata apa sahaja.
Husam perlu jawab kepada rakyat
Takiyuddin dalam pada itu mahu Husam menjelaskan kewajarannya menjadi saksi sebuah syarikat pembinaan
yang menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan.
“Saya minta Husam jelaskan kepada rakyat Kelantan, kenapa beliau sanggup menjadi saksi syarikat
pembinaan yang menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri di mana salah satu syarikat itu, dia (Husam)
pernah jadi pengerusi sewaktu menjadi Exco.
“Saya minta dia jelaskan kepada rakyat Kelantan, kenapa dia bersikap sebegitu bila tiada lagi jawatan dalam
kerajaan negeri,” ujarnya.
Pada 26 Januari 2014, sebuah syarikat binaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri menuntut ganti
rugi RM230 juta kerana didakwa ingkari surat hasrat pembinaan Lebuhraya Rakyat (Kota Bharu-Kuala Krai).
Sumber TKO - 1-2-2016
U-BeS FC rebut Piala FAM musim ini
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Peminat bola sepak dikejutkan dengan kehadiran pasukan baru U-BeS FC
(MPKB-BRI) mewakili Kelantan beraksi di kejohanan Piala FAM musim ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul
Fattah Mahmood, berkata pasukan itu satu-satunya wakil dari Kelantan.
“Tahun ini merupakan tahun pertama pasukan kita menyertai Piala FAM.
“Kita berharap penyertaan pertama dapat membawa matlamat besar bukan sahaja untuk menang,
sebaliknya kecekalan bersaing dengan pasukan lain,” katanya selepas meninjau pemilihan pemain
pasukan U-BeS FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini petang semalam.
Oleh itu beliau berharap pemilihan pemain diharap dapat diselesaikan sebelum beraksi di kejohanan
tersebut.
Katanya pemain yang dipilih sebahagian berpengalaman akan dibimbing jurulatih berkeliber. Mohd
Ridza Zain dilantik sebagai Ketua Pengurus Pasukan U-BeS FC (MPKB-BRI).
“Kita akan memilih 25 pemain termasuk juga pegawai dan jurulatih. Kita juga berharap media dapat memberikan imej yang baik kerana U-Bes FC satu-satunya pasukan yang wakili Kelantan,” ujarnya.
Liga FAM Malaysia 2016 merupakan edisi ke-64 iaitu liga divisyen 3 dalam sistem piramid
bolasepak Malaysia akan bermula 28 Februari ini. - HARAKAHDAILY 1/2/2016 Sumber HD - 1-2-2016
150,000 kunjungi pameran Tok Janggut
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BAHRU: Pameran Tok Janggut, Sultan Muhammad Al Fateh dan mumia Firaun yang
diadakan di Muzium Negeri dikunjungi seramai 150,000 pengunjung.
Pameran itu diadakan selama tiga bulan bermula 20 Oktober tahun lepas dan berakhir hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam
Abdul Rahman berkata pameran itu turut dikunjungi pelancong luar negara.
Katanya sambutan orang ramai begitu memberangsangkan sepanjang tempoh pameran diadakan.
“Pameran ini bukan sekadar pameran semata-mata sebaliknya sarat dengan unsur pendidikan dan
ilmu pengetahuan bagi pelajar.
“Sebab itulah kita pameran ini dikenali sebagai pameran pendidikan perdana,” katanya ditemui
selepas Bual Bicara bersama bekas Pengarah Muzium Negeri, Dr Nik Azlan Abdul Hadi dan
penyampaian hadiah kuiz dan selfi bersama unta di Muzium Negeri.
Sepanjang pameran diadakan pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik
termasuk forum, pertandingan melukis dan mewarna. - HARAKAHDAILY 31/1/2016 Sumber HD - 31-1-2016
MB menyambut ketibaan rombongan yang membawa balik dua jenazah mangsa kemalangan
Posted on Thursday, January 28 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
YAB Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar bersama Exco-Exco Kerajaan Negeri menyambut ketibaan rombongan yang membawa balik dua jenazah mangsa kemalangan di Jordan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sekejap tadi. Takziah kepada Ustaz Azhar dan Ustaz Syafie sekeluarga. Semoga Allah tempatkan mereka di Syurga-Nya.
Sumber TKO - 28-1-2016
Mangsa ombak besar dibantu kerajaan negeri
HISSAM TUAN MAMAT | .
PENGKALAN CHEPA: Mangsa ombak besar di Kampung Pulau Kundur dekat sini menerima
sumbangan kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
PKINK merupakan agensi pertama yang menghulur sumbangan kepada mangsa terbabit.
Pegawai Perhubungan Awam Pusat Kawalan Bantuan Bencana Kumpulan PKINK, Mohd Rozi
Mohd Noor berkata, sebanyak 14 keluarga yang terjejas akibat fenomena air pasang besar diberi
bantuan segera.
Katanya, setiap keluarga menerima bantuan keperluan harian dan kelengkapan lain.
“PKINK sentiasa mendahului bagi menjaga keperluan rakyat yang ditimpa bencana. Awal tahun
lepas kami menghulur bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan selatan,”
katanya.
Setiausaha Dun Kijang Muhammad Sulaiman berkata, PKINK merupakan agensi kerajaan yang
pertama turun padang membantu mangsa air pasang besar di Pulau Kundur.
Oleh itu, beliau mengucap terima kasih kepada kumpulan PKINK yang menghulurkan sumbangan
kepada mangsa air pasang besar tersebut.
Manakala semalam anggota Exco dan Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar turut melawat rumah
penduduk yang terjejas ekoran ombak besar di kampung tersebut.
Mumtaz juga turut menghulur sumbangan kepada mangsa ombak besar yang dipindahkan ke pusat
pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kundur. – HARAKAHDAILY 28/1/2016 Sumber HD - 28-1-2016
Vida: Cekal bangkit setelah berkali-kali
terjatuh
SHARIFAH HUNAINI SYED ISMAIL | .
KUALA LUMPUR: Stadium bola sepak dicat warna merah jambu? Dan pemain turut memakai jersi warna sama?
Semua ini atas hasrat seorang wanita, yang mahu menampilkan ciri feminin dalam sukan lelaki sebagai balasan bagi menaja pasukan bola sepak Kelantan.
Beliau tidak lain tidak bukan Hazmiza Othman, 44, bekas guru, ratu kosmetik dan usahawan luar biasa.
Dalam dunia perniagaan beliau dikenali sebagai Dr Vida, dengan gelaran Datuk Seri yang dikurniakan oleh Sultan Pahang pada 2014.
Jutawan yang sentiasa mengenakan pakaian muslimah dengan stail tersendiri, biasanya berwarna
merah jambu atau warna terang yang lain, biasanya dihiasi sulaman batu permata, serta memakai t
iara untuk dipadankan dengan rantai leher, gelang dan cincin dipakainya.
Jadi, macam mana wanita kecil molek daripada Machang Kelantan ini terbabit dalam pasukan bola
sepak negeri kelahirannya?
Selepas kejayaan menaja program realiti Gegar Vaganza disiarkan secara langsung di saluran Astro
Ria tahun lepas, nama Dr Vida menjadi sebutan ramai awal tahun ini apabila Persatuan Bolasepak
Kelantan (KAFA) bersetuju untuk beliau menaja pasukan bola sepak itu walaupun dengan
memberikan dua syarat.
Syarat itu adalah menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors, menambah
nama satu daripada produknya bagi pasukan terkenal itu, dan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota
Baharu perlu dicat merah jambu.
Malah semasa majlis menandatangani perjanjian kontrak penajaan RM16 juta antara syarikat
Dr Vida dengan KAFA baru-baru ini, presidennya Datuk Seri Annuar Musa dan pasukan itu turut
memakai warna merah jambu dan bersedia dirakamkan gambar dengan 'trademark' wanita itu -
meletakkan isyarat huruf V di tepi bibir dengan slogan "Qu Puteh Qu Puteh barulah putih", dan
mereka turut melantiknya sebagai penasihat kehormat KAFA bagi 2016/2017.
Sebagai peminat nombor satu bola sepak tempatan, Dr Vida memberitahu Bernama, penglibatannya
dengan KAFA, satu daripada pasukan terbaik di negara ini, kerana ingin produknya menembusi
pasaran baharu.
Bagi Dr Vida, untuk berada di tempatnya sekarang beliau telah menempuh pelbagai cabaran dan
jalan berliku. Bermula dengan menjual kacang putih dan nasi bungkus kepada rakan sekolah untuk
duit poket selepas bapanya meninggal dunia, beliau telah memperluaskan produk jualannya kepada
kain batik, telekung, sambal daging dan keropok semasa melanjutkan pengajian di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
Pada masa sama beliau bekerja sambilan sebagai pekerja kilang dan di kedai makanan ringan untuk menampung pembelajarannya di universiti, katanya.
Selepas lulus Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), dan menjadi guru di
Sekolah SJK (C) Poi Lam, Ipoh, beliau tidak pernah berhenti daripada meninjau peluang perniagaan
dan telah mengikuti kursus dalam bidang kecantikan iaitu dandanan rambut dan solekan.
Dengan pinjaman bank sebanyak RM100,000, beliau membuka salun kecantikan dan menganggap ia
adalah masa yang amat sukar kerana dengan gaji guru sebanyak RM3,000 sebulan, beliau terpaksa
membayar balik pinjaman bank sebanyak RM2,000 sebulan, dan menggunakan selebihnya RM1,000
untuk bayar rumah, kereta dan untuk makan.
Selepas 12 tahun menjadi guru sekolah, beliau bertukar angin dengan menjadi tenaga pengajar di
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dengan mengajar kursus dandanan rambut dan
solekan, dan di situlah tercetus idea untuk menghasilkan produk kosmetik apabila bila program cuci
muka secara percuma kepada orang ramai di pasar raya oleh pelajarnya menerima sambutan hangat.
"Di situlah saya lahirkan kosmetik saya, Vida Beauty yang merupakan gabungan nama panggilan
Miza dan Ida oleh rakan-rakan saya dan menggunakan huruf 'V' yang saya anggap mempunyai nilai
yang tinggi," katanya.
Dengan geran sebanyak RM1 juta daripada kerajaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan
kosmetiknya, beliau bagaimanapun gagal untuk "break into the market" kerana pelaburan sebanyak
RM500,000 untuk mengiklankan produknya di majalah tempatan, radio dan televisyen swasta tidak
berjaya mempromosikan produknya.
Beliau yang tertekan dan mengalami tekanan darah tinggi, telah mendapat hikmahnya daripada
kejadian itu apabila formula sendiri dihasilkan menggunakan gamat dan buah delima untuk produk
kesihatan, Pamoga, telah berjaya mengurangkan tekanan darah tingginya.
Dengan semangat baharu, beliau sendiri memasarkan Pamoga melalui program di radio Kelantan
FM, "dengan durasi 15 minit untuk satu sesi, produk saya tiba-tiba menerima sambutan di luar
dugaan. Itulah yang berlaku enam tahun lepas," katanya.
"Dari situ jualan semakin meningkat, dengan iklan gaya testimoni pengguna yang berkesan, produk
ini semakin mendapat sambutan hingga melonjak jualan mencapai 100,000 botol sebulan buat
Pamoga. Saya ada lebih 100 produk," katanya dan menambah, hasil jualan kesemua produknya mula
mencapai lapan angka sebulan selepas hampir 10 tahun beliau berniaga.
Beliau yang kini turut melabur dalam pembikinan filem dan drama, serta beberapa bisnes sampingan,
berkata tindakannya untuk menjadi model untuk produknya dan mencipta tagline serta penampilan
'bling-bling'nya adalah untuk menjual produknya, dan hasilnya amat menggalakkan.
Dr Vida juga berkata cabarannya dalam bidang perniagaan bukan sahaja berhadapan dengan sabotaj
dan fitnah, malah produk tiruan, iaitu Pamoga, dihasilkan di Damansara dan berjaya merampas
40,000 produk tiruan itu, bersama-sama pihak berkuasa beberapa tahun lepas.
Beliau berkata semua itu tidak mematahkan semangatnya, walaupun beliau tahu ramai yang
mencemuh terutama penampilannya, "biarlah, saya dah kebal. Mereka tak faham saya ...saya ada
hala tuju sendiri ... kalau saya ikut kata-kata mereka, tak ke manalah saya," katanya yang menjadikan
anak-anak sumber inspirasi untuk terus bekerja keras mencapai apa yang dihajati.
Bagi Dr Vida, cabaran paling getir apabila dua daripada empat anaknya maut dalam kebakaran di
Ipoh beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan adiknya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10,
serta pekerja syarikat Dr Vida, Muhammad Norsyamil Zaidi, 26, maut dalam kebakaran di rumah
penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya, Ipoh pada 9
malam, 3 Ogos 2013.
"Pada masa itu saya hampir- hampir tewas, tiap-tiap hari menangis, namun saya kuatkan semangat
demi dua lagi anak saya," katanya.
Dr Vida berkata bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan, terutama bagi yang tidak
mempunyai modal, "Kalau ada RM10 buat meniaga cara RM10. Kalau ada RM100 buat bisnes yang
sesuai dengan modal RM100".
Contohnya, dengan modal RM10, mereka boleh berniaga air minum dan keropok lekor, katanya dan
turut mengingatkan peniaga supaya tidak mudah tergoda untuk berbelanja boros bila mendapat
keuntungan. - Bernama Sumber HD - 28-1-2016
Jenazah pelajar Malaysia terkorban di Jordan dikebumi
BERNAMA | .
(Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan mengangkat keranda jenazah mangsa kemalangan di Jordan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Foto daripada fb Datuk Ahmad Yakob) KOTA BAHARU: Jenazah dua pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di
Jordan Sabtu lepas, dikebumikan di kampung masing-masing malam tadi.
Jenazah Al Najiatun Nailah Mohd Safie dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang,
Tumpat manakala Hana' Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Bok,
Machang.
Mereka bersama seorang lagi pelajar Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz adalah pelajar tahun tiga
Universiti Mu'tah, Jordan, maut dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq ketika
dalam perjalanan untuk menghadiri satu program keagamaan.
Jenazah Fatin Iqmal Idziyani dibawa ke Lenggong, Perak untuk dikebumikan di sana.
Di TUMPAT, jenazah Al Najiatun Nailah yang tiba dengan van jenazah dari Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kota Baharu, tiba di rumahnya pada 8.57 malam
untuk solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang untuk dikebumikan.
Solat jenazah yang disertai 100 penduduk termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, diimamkan oleh bapa Allahyarham Mohd Safie Ismail.
Jenazah Al Najiatun Nailah kemudiannya diusung ke tanah perkuburan itu yang terletak berdekatan rumahnya dalam keadaan hujan renyai-renyai dan dikebumikan di sebelah kubur neneknya Hasnah
Yusoff, pada 9.58 malam.
Selepas mengetuai bacaan tahlil, Mohd Safie mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan kepulangan jenazah anaknya sehingga selesai dikebumikan.
Ketika ditemui pemberita, Ibu Allahyarham, Rohaizom Omar, 53, mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak termasuk kedutaan Malaysia di Jordan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan
kerajaan negeri atas segala bantuan yang diberikan sehingga jenazah anaknya selamat dibawa
pulang.
"Kami terima pemergian anak kami sebagai takdir," kata Rohaizom.
Sementara itu di MACHANG, jenazah Hana' tiba dengan van jenazah dari LTSIP di rumah
datuknya Salleh Mohd Yusof di Kampung Tok Bok pukul 8.25 malam untuk solat jenazah yang
disertai kira-kira 100 penduduk, diimamkan Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Mohd
Hafizi Ramli.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Bok juga dalam keadaan
hujan untuk dikebumikan pada 10.45 malam.
Ketika ditemui pemberita, Salleh bersyukur kerana jenazah cucunya itu selamat dikebumikan di
kampung berkenaan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu
membawa pulang jenazah.
Terdahulu kedua-dua jenazah tiba dengan pesawat Malaysia Airlines di LTSIP pada 7.25 malam
dan terus dibawa dengan van jenazah ke kampung masing-masing.
Sebelum itu, penerbangan Royal Jordanian RJ185 yang membawa ketiga-tiga jenazah tersebut tiba
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 4.25 petang. - Bernama Sumber HD - 28-1-2016
60 lagi mangsa banjir dapat rumah baru
SALMAH MAT HUSAIN | .
KUALA KRAI: Lima penempatan baru yang diwujudkan kerajaan negeri memberi harapan baru
kepada mangsa-mangsa banjir besar akhir 2014.
Sehingga kini dua daripada penempatan tersebut sudah diduduki termasuk di Kampung Telekong
dekat sini.
Penempatan pertama yang diusahakan kerajaan negeri di Desa Rahmat, Machang yang
menempatkan 10 mangsa banjir dari Dun Temangan diduduki awal tahun lepas.
Dan hari ini 60 lagi mangsa banjir di Kuala Krai menerima kunci rumah di Laman Seri Ehsan yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail
Petra.
Penempatan baru itu yang melibatkan kos sebanyak RM10.2 juta disumbang Lembaga Zakat
Selangor (LZS) disiapkan selama tempoh enam bulan.
Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman merakam ucapan terima kasih kepada LZS kerana membiayai pembinaan penempatan tersebut bagi mangsa banjir di Kuala Krai.
“Kosnya begitu besar. Ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan Kelantan menyediakan
rumah kekal kepada mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai,” katanya di sini.
Hadir sama Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz,
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun
Datuk Abdullah Ya’kub, Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Selain itu kerajaan Selangor juga membina 60 rumah kekal di Taman Darul Ehsan di Kampung
Manek Urai Baru, kini hampir siap sepenuhnya.
Penempatan lain yang dibangunkan kerajaan negeri termasuk Simpang Pulai dan Tanah Putih, Gua Musang. - HARAKAHDAILY 26/1/2016 Sumber HD - 26-1-2016
Jenazah pelajar dijangka dibawa pulang 27
Jan
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Ustaz Azhar Salleh merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan Kelantan
kerana menanggung kos membawa pulang jenazah anaknya yang meninggal akibat kemalangan
jalan raya di Jordan.
Beliau yang juga Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan di Mesir turut merakam penghargaan kepada Kedutaan Malaysia dan universiti di Jordan mengurus jenazah anaknya.
“Jenazah anak saya dijangka dibawa balik dari Jordan ke Kelantan pada 27 Januari ini,” katanya
ketika dihubungi di Jordan.
Sabtu lalu tiga pelajar Malaysia di Universiti Mu’tah Jordan maut akibat kemalangan jalan raya di
Safawi, manakala dua lagi cedera.
Pelajar yang meninggal dunia Fatin Ikmal Idziyani Che Aziz, Hana’ Azhar dan Al Najiatun Nailah
Mohd Shafie. Fatin Nor Syahirah Ramli dan Muhammad Izzam Hasif Anuwar pula cedera.
Muhammad Izzam, 20, cedera di kaki dan patah tangan manakala Fatin Nor cedera di muka dan
rahang.
Menurut laporan ketika kejadian kenderaan dinaiki pelajar terbabit dilanggar dari arah bertentangan.
Semalam Menteri Besar, Ustaz Ahmad Yakob mengunjungi keluarga Azhar di Kampong Tok Bok, Machang.
Sekarang Azhar serta bapa kepada Al Najiatun, Ustaz Mohd Shafie Ismail, 55, dan isteri Rohaizon
Omar, 54 berada di Hospital Basyeer Amman.
Mohd Shafie merupakan Mudir Maahad Tahfiz Sains Berangan Tumpat. - HARAKAHDAILY 25/1/2016 Sumber HD - 25-1-2016
Kelantan sedia biayai bawa pulang jenazah
dari Jordan
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia menanggung kos membawa pulang dua jenazah dan
seorang pelajar Kelantan yang cedera dalam kemalangan jalan raya di Wilayah Mafraq, Amman,
Jordan semalam.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata bantuan itu dibuat melalui Tabung Khairat
Kematian di bawah Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin).
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menyampaikan amanat sebagai
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kelantan Trade Centre
(KTC), di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Ahmad berkata, pihaknya juga akan menghantar seorang wakil daripada Yayasan Islam Kelantan
(YIK) ke Jordan hari ini bagi mengikuti perkembangan terkini dan membantu keluarga pelajar
berkenaan.
“Memang kita telah ada pegawai pelajar yang menguruskannya khususnya di Mesir, tetapi
memandangkan anaknya juga salah seorang dari mangsa ada baiknya kita menghantar seorang lagi
wakil.
“Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu,” katanya.
Dalam kemalangan di wilayah Mafraq, tiga pelajar wanita maut, manakala dua lagi cedera.
Dua daripada tiga pelajar yang maut dan seorang yang cedera adalah dari Kelantan.
Sementara itu, ibu bapa pelajar Al Najiatun Nailah, 20, Mohd Shafie Ismail, 55 dan Rohaizon
Omar, 54, akan berlepas ke Jordan malam ini.
Mohd Shafie yang juga pengetua Maahad Tahfiz Kampung Berangan, Tumpat dan isterinya
berangkat ke Kuala Lumpur pagi tadi dengan penerbangan dari LTSIP sebelum berlepas ke Jordan
malam ini dengan pesawat pada jam 7.50 malam.
Turut hadir di lapangan terbang, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Tengku Abdul Rahman Tuan
Yunus dan timbalannya, Ustaz Che Kamaruddin Kamil Mohamed dan lain-lain kakitangan Yik. - HARAKAHDAILY 24/1/2016 Sumber HD - 24-1-2016
Kolam ais buat pasukan PQPTRW
Posted on Saturday, January 23 @ 23:36:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KOTA BHARU: Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bakal memiliki gimnasium yang dilengkapi kemudahan kolam ais seperti dimiliki pasukan terkemuka dunia, dalam tempoh lebih sebulan dari sekarang.
Kemudahan itu akan disediakan penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman di tingkat tiga Wisma Vida Beauty di Kubur Langgar, di sini, memandangkan ruang di Stadium Sultan Muhammad IV agak terhad.
Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, kolam renang itu adalah satu kaedah pemulihan menggunakan ais yang sangat penting untuk pemain merawat badan terutamanya selepas perlawanan dan latihan.
"Saya difahamkan pemain sebelum ini perlu mencari alternatif sendiri untuk berenang dalam ais dengan membeli kolam renang plastik kanak-kanak. "Jadi, saya akan menyediakan kolam itu di bangunan saya sendiri supaya pemain tidak lagi bersusah payah ke tempat lain kerana semua kemudahan di Wisma Vida Beauty sudah disediakan.
"Apa yang kita mahukan adalah kemudahan pemain untuk menjalani latihan fizikal di dalam gimnasium yang serba lengkap supaya mereka lebih cergas dan dapat beraksi dengan cemerlang.
"Selain gimnasium, bangunan itu juga akan dilengkapi dengan kafe, tempat pemain berehat dan bilik mesyuarat, jakuzi, sauna dan kolam renang, termasuk tempat menjual tiket.
"Kerja pengubahsuaian bangunan itu akan bermula minggu depan mengikut reka bentuk saya sendiri," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Ab Fattah Mahmood, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Vida berkata, Wisma Vida Beauty setinggi tiga tingkat itu sudah terbengkalai sejak tiga tahun lalu dan akan berubah wajah sepenuhnya selepas dicat dengan warna asas Qu Puteh iaitu merah jambu dan putih.
Sumber TKO - 23-1-2016 Pas Kelantan masih mampu bertahan
Posted on Saturday, January 23 @ 00:18:02 MYT by paktam
SENARIO politik dalam PRU14 dilihat sukar diramal. Apatah lagi, kelahiran parti serpihan Pas,
Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka menggugat pengaruh dan kukuhnya
Pas Kelantan mengekalkan pemerintahan lebih 20 tahun di negeri ini.
Ramai pemerhati politik melihat, kerusi-kerusi yang dimenangi Pas pada PRU
lalun dengan majoriti tipis bakal menjadi penentu kelangsungan pengaruh Pas Kelantan.
Senario semasa yang menyaksikan rakan tahaluf siyasi Pas, PKR dilihat cuba bermain api apabila
sepentas dengan pemimpin parti Amanah dalam beberapa siri program parti itu hingga gus
mengundang kekecewaan Pas Negeri. Ikuti wawancara Sinar Harian bersama Setiausaha Pas
Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang mengupas dan memberi reaksi berhubung konflik
terkini itu.
PKR bikin Pas 'panas' bila sepentas dengan Amanah. Apa reaksi Datuk?
Apa tujuan sebenar PKR hingga menyebabkan hubungan bersama Pas dilihat sedikit tegang?
Adakah Pas Kelantan masih perlukan PKR?
Bagi saya, perlu atau tidak ia tidak berbangkit. Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)
sebelum ini pernah buat perumpamaan kalau galah kita untuk ‘kait’ satu-satu benda, kalau tidak
cukup satu kaki pun, tidak sampai juga kepada buah itu, jadi kita perlu juga satu kaki itu dalam apa
suasana sekalipun. Kita perlu kepada kerjasama PKR dan sebagainya untuk kekal kemenangan
di Kelantan.
Sebenarnya, isu timbul ekoran surat saya yang diviralkan baru-baru ini. Kandungan surat itu
menyatakan rasa dukacita Perhubungan Pas Kelantan terhadap penyertaan pimpinan PKR Pusat
yang menyertai program Amanah di Kelantan. Jadi itu yang jadi kecoh sedikit. Sebenarnya, dalam
konteks negeri Kelantan kita memang tidak ada masalah.
Saya mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pimpinan PKR Kelantan, bahkan dalam
program di Gua Musang baru baru ini, saya sentiasa diiringi pimpinan PKR, penyelia Dun Neggiri
dan penyelia Dun Paloh, dua-dua ini mewakili PKR bersama dengan saya dalam program itu.
Cuma bila kita lahirkan rasa dukacita itu, pimpinan PKR Pusat memahami bahawa dalam usaha
kita untuk kita mengekalkan hubungan harmoni antara PKR di Kelantan ini, kita juga berhadapan
dengan tekanan akar umbi Pas yang melihat apabila pimpinan PKR ini bersama di atas pentas
Amanah, sudah jelas kepada mereka yang Amanah ini hadir di Kelantan ini adalah untuk
menjatuhkan kerajaan Islam. tiba-tiba pimpinan PKR pun ada di atas pentas yang sama.
Jadi ini yang melahirkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan akar umbi dan kita sebagai parti
politik ini mestilah sensitif reaksi akar umbi.
Dalam masa yang sama kita langsung tidak ada masalah dengan kepimpinan PKR di Kelantan.
Saya juga ucapkan terima kasih kepada pimpinan PKR di Kelantan yang sentiasa memahami dan
memberi kerjasama yang sebaiknya kepada pimpinan Pas di Kelantan.
Merujuk kepada surat viral tersebut, adakah ia satu amaran kepada PKR?
Amaran pun tidak, teguran pun tidak, cuma kita melahirkan rasa dukacita kita, kiranya benda itu
dibiarkan berterusan, akhirnya boleh merencatkan.
Adakah Amanah boleh menggugat kerajaan Pas Kelantan?
Saya tidak banyak melihat kepada ucapan ataupun kenyataan mereka tetapi saya melihat kepada
apa yang berlaku di bawah, kerja-kerja yang dibuat oleh Amanah di bawah bertujuan menjatuhkan
kerajaan Kelantan.
Tiada sebab munasabah untuk mereka menang, jadi kerja mereka di bawah ini tidak lain dan tidak
bukan untuk menyempurnakan rasa dendam dan mengalahkan Pas. Jadi kerja-kerja itu memang
dibuat ke arah itu. Pas Kelantan anggap Amanah musuh utama?
Sebenarnya tak perlu sebut musuh, maknanya kalau mereka berusaha untuk menjatuhkan kerajaan
Islam Kelantan, sedangkan kita ini berusaha untuk mempertahankan kerajaan Islam Kelantan.,
maka dengan sendirinya kita berlawanlah.
Difahamkan Yang Dipertua Pas Kawasan Kubang Kerian, Datuk Husam Musa menghantar surat
kepada Pas Pusat dan kesal kerana ceramah yang dihadiri pemimpin tertinggi Pas Kelantan
termasuk Menteri Besar dibuat di kawasannya tanpa dimaklum kepada kawasan.
Saya sendiri mendapat jemputan mulut. Jadi bila saya dapat tahu ada jemputan mulut, soalan
pertamanya yang saya tanya ialah adakah dimaklumkan kepada kawasan, lalu saya pun
menasihatkan, walaupun dia sebut memang ada.
Lalu saya menasihatkan supaya pastikan pimpinan semua dijemput sebagai mengharmonikan dan
semalam pun bila saya dapatkan pengesahan sekali lagi iaitu jemputan memang ada dibuat kepada
Yang Dipertua dan pimpinan kawasan.
Program itu merupakan program cawangan yang mengadakan program Maulud Rasul, jadi saya
tidak pelik untuk mereka jemput Menteri Besar dan sebagainya. Tapi kawasan (Kubang Kerian)
hantar surat itu baguslah, sekurang-kurangnya kita sensitif, saya di Wakaf Bharu pun banyak
pimpinan yang masih mengaku bersama dengan Pas, pergi buat program di atas pasar dan
sebagainya. Saya tidak dimaklumkan tetapi tidak hantar surat.
Menyentuh persiapan PRU14, adakah perundingan baharu berhubung agihan kerusi ditandingi PKR Kelantan?
Masih terlalu awal untuk Pas Kelantan bincang kerusi. Cuma oleh kerana kawasan-kawasan yang
ditandingi oleh PKR, kita sudah pun lantik penyelia Dun atau penyelia parlimen daripada PKR dan
apabila kita lantik penyelia-penyelia tersebut, kita mengiktiraf mereka itu seperti juga penyelia Dun
dan Parlimen Pas.
Baik dari segi peruntukan, kita salurkan melalui penyelia Dun dan penyelia parlimen PKR dan kita harapkan sebarang kelemahan dapat mereka baikilah, kita tidak ganggu dari segi untuk rampas
kerusi dan sebagainya. Kita memang setia berkawan.
Maknanya, selagi mana kepimpinan Pas ini bersama dalam Pakatan Rakyat, maka kita menghormati pembahagian yang dibuat, cuma dalam masa yang sama, pada musim perbincangan, memang ada perbincangan-perbincangan yang tidak lain tidak bukan untuk saling menguatkan pakatan untuk pertahankan kerajaan Islam Kelantan.
Cabaran Pas Kelantan mempertahankan negeri pada PRU14 cukup kuat datang daripada Amanah dan Umno. Apa komen Datuk?
Kelantan ini sebagaimana yang kita sedia maklumlah, kita lebih kurang dari segi kekuatan ahlinya,
Umno dalam 30 peratus, Pas 30 peratus dan kemudian yang boleh mengundi Umno atau Pas semasa PRU adalah 40 peratus.
40 peratus inilah yang selalunya memberi kemenangan kepada Pas, jadi dalam suasana hari ini,
di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Yakob, yang mana pegawai-pegawai pun sudah mula melihat
dari segi ketegasan dari segi terlepas diri daripada kepentingan-kepentingan, pegawai sudah lihat
keikhlasan dan kejujuran Menteri Besar dalam melaksanakan kerja dan rakyat boleh tengok, jadi
kita tidak nampak secara perbandingan, maknanya pimpinan Pas masih dilihat lebih relevan dengan
rakyat Kelantan, saya yakin 40 peratus itu memihak kepada Pas.
Sekarang ini, bila orang Melayu yang cerdik pandai dan tidak banyak terlibat dengan politik, macam profesor dan saintis, mereka tidak terlibat dengan politik. Sebelum ini, dia rasa Pas ini bersama
dengan DAP, mereka ini sudah lama tidak suka kepada Umno, nak harap kepada Pas pun tidak
boleh, Pas dilihat macam takut Dap, sekarang ini mereka mula merasakan yang Pas sudah mula menunjukkan kesungguhan, keberanian dan kegagahan selain menunjukkan ketegasan dalam dasar perjuangan dan juga prinsip apabila Pas mengambil risiko yang disebut oleh pimpinan Amanah itu, maknanya Pas berjaya mengambil risiko politik kerana nak pertahankan dasar dan polisi.
Jadi ini yang akan memberikan sokongan yang begitu besar dalam kalangan orang Melayu.
Cendekiawan-cendekiawan Melayu yang tidak terlibat dengan politik, kalau orang politik ini, dia
hanya baca politik sahaja, Pas pergi mana pun, kita nak menang Putrajaya .
Tapi orang bukan politik ini dia tidak baca semua itu, dia cuma mahu tengok Pas boleh bela orang
Melayu dan hari ini mereka lihat Pas boleh diharap.
Sumber DD - 23 -1-2016
600 rumah kekal mangsa banjir siap dibina
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Sehingga pertengahan Disember lepas hampir 600 rumah kekal
mangsa banjir akhir 2014 siap dibina di Kelantan.
Sebanyak 213 unit daripada jumlah tersebut dibina kerajaan negeri, manakala
kerajaan pusat 245 dan NGO (138).
Ketika bah besar melanda Kelantan akhir 2014 hampir 3,000 rumah penduduk musnah sama sekali.
Bancian fasa pertama dikenal pasti sebanyak 1,827 rumah, kedua (879) dan ketiga (99).
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negeri berkata bagi pembinaan fasa pertama sebanyak 166
lagi rumah di bawah kerajaan negeri sedang dalam pembinaan.
Manakala 51 lagi mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi Gua Musang dalam proses
penyediaan penempatan baru.
“Sebanyak 430 rumah kekal baru dirancang dibina di bawah kerajaan negeri bagi fasa pertama,
” katanya di sini.
Projek tersebut dibiayai Tabung Bencana Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan (Maik), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kerajaan Selangor.
NGO pula sedang menyiapkan 113 unit lagi di mana keseluruhan yang dibina sebanyak 251. Jumlah
tersebut termasuk 60 unit dibina di Kampung Telekong dan 20 lagi Kampung Dusun Nyior.
Sebanyak 603 rumah kekal di bawah kerajaan pusat juga sedang dalam pembinaan. Jumlah
keseluruhan rumah kekal di bawah pembiayaan persekutuan sebanyak 976 unit.
Bagaimanapun seramai 128 lagi mangsa banjir masih lagi di peringkat verifikasi dan pengesahan
di bawah projek rumah kekal kerajaan pusat.
Di Gua Musang 16 rumah kekal mangsa banjir di Kampung Tanah Putih siap sepenuhnya dan 16
lagi sedang dalam pembinaan.
Penyelia Dun Galas, Ustaz Suhaimi Deris berkata sebanyak 123 unit rumah kekal dirancang dibina
di kawasan seluas 53 ekar di kawasan tersebut dengan dibiayai Maik.
Manakala 44 unit di Kampung Pulai yang dibina kerajaan negeri siap sepenuhnya. - HARAKAHDAILY 21/1/2016 Sumber HD - 21-1-2016
Kerja cat Stadium Sultan Muhammad IV sudah bermula Posted on Thursday, January 21 @ 06:46:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KOTA BHARU: Kerja pembersihan dan mengecat Stadium Sultan Muhammad IV di sini, mengikut ilham penaja utama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida sudah dimulakan sejak awal pagi tadi.
Kira-kira 50 pekerja kontraktor yang dilantik Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Impian Berkat Trading melakukan kerja pembersihan bahagian dalam stadium terutama di kawasan astaka, manakala pagar dicat dengan warna putih.
Pengurus Besar, Mohd Azilan Abidin, berkata kerja mengecat keseluruhan stadium, termasuk bahagian luar dan dalam dijangka mengambil masa selama tiga minggu. Beliau berkata, pihaknya menggunakan cat berkualiti yang boleh tahan lebih lima tahun.
"Lebih 50 pekerja sudah memulakan kerja pembersihan bermula jam 8 pagi tadi. Buat masa ini kami memberi tumpuan dalam kerja fasa pertama iaitu pembersihan di semua kawasan menggunakan penyembur air.
"Kami juga mengecat lapisan pertama dengan warna putih sebelum dicat sekali lagi dengan warna sama dan merah jambu seperti dikehendaki Dr Vida," katanya ketika ditemui, hari ini. BH Sukan sebelum ini melaporkan sebanyak RM1 juta akan dibelanjakan bagi mengubah wajah Stadium Sultan Muhammad IV, termasuk mengecatnya dengan warna merah jambu. Stadium berkenaan akan dijadikan sebagai mercu tanda baharu pelancongan di negeri ini apabila bukan saja dicat warna merah jambu, malah mempunyai rekaan tersendiri dengan dihiasi lampu yang berwarna sama.
Mengulas lanjut, Mohd Azilan berkata, pihaknya akan mengecat kerusi penonton warna merah jambu, yang dikombinasikan dengan warna merah jambu dan putih.
"Cuma bahagian astaka belum dapat dipastikan lagi kerana Dr Vida akan melakukan kunjungan pada Jumaat ini. Keputusan belum dibuat dan akan ditentukan pada hari berkenaan berhubung tempat yang perlu dicat," katanya. Sumber TKO - 21-1-2016
Apartmen sebelah masjid dicadang untuk
Muslim
SALMAH MAT HUSAIN Foto AZIS AZIFF | .
KOTA BHARU: Apartmen yang akan dibina di Jalan Telipot dekat sini berhampiran Masjid
Telipot dibangunkan Jalur Saujana Sdn Bhd membabitkan kos RM145 juta.
Majlis perjanjian pembinaan apartmen 24 tingkat itu membabitkan Perbadanan Kemajuan Iktisad
Negeri Kelantan (PKINK) dengan syarikat berkenaan.
PKINK diwakili Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk
Mohd Faudzi Che Mamat, manakala Pengarah Eksekutif Johan Zainal dan Ir Edward Khoo
mewakili Jalur Saujana.
“Apartmen tersebut dibina sebelah masjid, jadi Menteri Besar cadang ditawarkan kepada penduduk
Islam sahaja.
“Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan termasuk isu suara azan
melalui corong pembesar suara,” ujarnya.
Johan berkata sebanyak 468 unit akan ditawarkan kepada pembeli orang Islam sahaja melalui
beberapa kategori termasuk penginapan.
Sebelum ini tapak apartmen itu digunakan Tadika Tengku Anis namun berpindah ke tempat lain
sejak beberapa tahun lalu.
Ada juga kalangan penduduk sebelum ini membantah pembinaan apartmen tersebut dengan alasan bersebelahan masjid. – HARAKAHDAILY 20/1/2016 Sumber HD - 20-2-2026
Hormati persefahaman PAS-PKR Kelantan
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pusat sepatutnya menghormati persefahaman antara
PAS dan PKR Kelantan bagi memantapkan keutuhan Pakatan Rakyat di negeri ini.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAS Kelantan ada perjanjian
persefahaman dengan PKR Kelantan.
“Sebab itu kita minta perjanjian persefahaman itu dihormati PKR pusat,” katanya selepas mesyuarat
Exco di sini hari ini.
Semalam Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menyifatkan PKR dan PAS bergabung tanpa
sebarang ikatan hitam putih.
Menurut anggota parlimen Sungai Petani itu “Kita ada hubungan yang tidak rasmi dan saling
menghormati, namun ia tidak mengikat kita, berbeza dengan Pakatan Harapan,”.
Mohd Amar yang juga angggota Exco kerajaan negeri berkata beliau difahamkan kehadiran
pemimpin PKR Pusat ke Kelantan jemputan dibuat PAN.
Oleh itu beliau berkata PKR pusat perlu menghormati perjanjian persefahaman antara kedua-dua
parti dalam konteks Kelantan.
“Persefahaman antara PAS dan PKR Kelantan bagi mengadakan hubungan baik dan bersetuju
menghormati antara satu sama lain.
“Antaranya mereka dicadangkan tidak menghadiri program yang melibatkan PAN di Kelantan,”
ujarnya.
Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi hubungan akrab antara PAS dan PKR
sudah lama terjalin.
Katanya pemimpin PKR dilantik sebagai Penyelia Dun, Penyelia Parlimen, ahli majlis tempatan,
penghulu dan ahli lembaga dalam agensi kerajaan negeri.
Selain itu menurut beliau pertemuan antara kedua-dua pihak sering diadakan dari semasa ke semasa
bagi membincangkan pelbagai isu. - HARAKAHDAILY 20/1/2016 Sumber HD - 20-1-2016
Forum PAN: PAS terikat arahan Majlis
Syura
ASLANI M | .
Che Abdullah menunjukkan surat dihantar Cakna UT menjemput wakil PAS sertai forum agenda rakyat Kelantan. KOTA BHARU: PAS Kelantan sedia menganjurkan forum agenda rakyat bersama pemimpin
PAN sekiranya mendapat persetujuan PAS Pusat.
Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata buat masa ini PAS di setiap
negeri perlu mematuhi ketetapan dibuat Majlis Syura Ulamak untuk tidak terlibat program
membabitkan PAN tanpa kebenaran PAS Pusat.
Katanya berdasar kepada keputusan itu penglibatan seorang pemimpin PAS Kelantan dalam forum
agenda rakyat anjuran PAN tidak berbangkit.
“Berdasar arahan Majlis Syura Ulama, PAS Kelantan buat masa ini tidak boleh menghantar wakil
menyertai forum tersebut kerana ia melibatkan PAN.
“Tidak berbangkit PAS Kelantan takut untuk berforum dengan pemimpin PAN kerana kita perlu menghormati arahan dibuat Majlis Syura.
“Sekiranya mendapat keizinan dalam kes-kes tentu, PAS Kelantan sedia menganjurkan forum
tersebut pada masa akan datang,” katanya di sini.
Sebelum ini menjadi viral di media baru kalangan penyokong PAN kononnya Ketua Penerangan
PAS Kelantan Datuk Nassuruddin Daud takut untuk menghadiri forum agenda rakyat Kelantan
anjuran Cakna UT.
Program tersebut yang disebar di merata tempat dijangka diadakan di Tunjung Banquets pada 9
malam 29 Januari ini. Panelis lain yang disenaraikan ahli Naib Pengerusi PAN Kelantan, Che
Ibrahim Mohamed.
Selain itu majlis tertinggi Umno, Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki, Adun Salor Datuk Husam Musa,
pemimpin DAP Dr Abdul Aziz Bari dan moderator Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff.
Surat jemputan yang dihantar Cakna UT kepada Nassuruddin baru-baru ini hanya bertanda tangan
nama Mat Black.
Che Abdullah juga berkata, Ustaz Nassuruddin tidak dapat hadir pada forum agenda rakyat kerana
kebetulan pada tarikh sama beliau menghadiri program ceramah di Pasir Pekan Tumpat.
Surat makluman mengenai perkara sudah dihantar kepada pihak penganjur yang beralamat di
Bangunan Suara Muda, Kota Bharu bertarikh 19 Januari lepas. - HARAKAHDAILY 201/1/2016
Sumber HD - 20-1-2016
PKR sertai PAN di Kelantan keliru
penyokong
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BAHARU: PAS bimbang runggutan penyokong peringkat akar umbi terhadap pembabitan pemimpin PKR pusat di program anjuran serpihan PAS di negeri ini.
Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata penyokong di peringkat bawah
keliru mengapa PKR bertahaluf siyasi dengan PAS boleh berada di pentas parti serpihan, PAN.
“PKR bertahaluf siyasi dengan PAS bagi membentuk kerajaan di Kelantan tiba-tiba berada atas
pentas PAN. Ia dilihat seolah-olah berada pada pasukan yang hendak jatuhkan kerajaan PAS
Kelantan,” katanya di sini semalam.
Baru-baru ini Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli difahamkan menghadiri majlis anjuran PAN di
beberapa tempat di Kelantan.
Ekoran itu Che Abdullah menghantar surat kepada PKR bagi meluah rasa tidak senang pembabitan
secara langsung PKR bersama serpihan PAS di Kelantan.
"Kami tak boleh halang PKR nak buat majlis di Kelantan, cuma kami rasa dukacita apabila mereka
buat majlis bersama PAN di sini," kata Che Abdullah.
Menurutnya PAS juga tidak berhasrat untuk mencampuri urusan PKR dengan Parti Amanah Rakyat
dalam Pakatan Harapan. HARAKAHDAILY 20/1/2016 Sumber HD - 20-1-2016
Hebat! Anak Melayu Bersantai Di Kutub Selatan Pakai Kain Pelikat Posted on Wednesday, January 20 @ 08:53:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
SEMUA sudah maklum bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan merupakan ceruk benua paling
sejuk di dunia. Justeru apabila seorang lelaki Melayu mengenakan kain pelikat ketika berada di
Kutub Selatan dan memuatnaik gambar itu di Facebook, dah pasti ianya mengejutkan ramai orang.
Bayangkan, pada bulan Januari seperti sekarang pun suhu kawasan itu berada pada tahap -16 darjah
celcius.
Senang cakap, jika pakai baju sejuk berlapis-lapis pun masih terasa hingga ke tulang apatah lagi
bagi anak Malaysia yang biasa hidup dalam suhu panas lembab sepanjang tahun!
Hal itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka yang ‘kebal’ dari
kesejukan tersebut.
‘Mat Salleh’ yang berada di kawasan Kutub Selatan waktu itu pun, sudah pasti pelik melihat jenis
kain dan bendera negeri Kelantan yang dibawa bersamanya.
Jejaka berkain pelikat sambil mengibar bendera Kelantan di negeri berlantai ais itu tak lain tak
bukan adalah Shahrom Abdullah, anak Malaysia pertama yang berjaya menjelajah ke Kutub Selatan.
Jejaka berusia 33 tahun dari Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan ini merupakan atlet sukan lasak
duathlon dan triathlon negara.
Shahrom telah berjaya menamatkan Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan pada 9 Disember 2015
lalu.
Ekspedisi berkenaan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, awal
Julai tahun lepas.
Tahniah buat Shahrom, semoga semangat nasionalisme dan kental dirinya jadi ikutan anak muda
lain di negara ini. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 20-1- 2016
Kelantan sasar 2 juta pelancong Thailand
RIZAL TAHIR | .
HATYAI: Kelantan mensasar dua juta pelancong dari Thailand berkunjung ke negeri tersebut sempena Tahun Melawat Kelantan 2016.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi menarik lebih ramai pelancong Thailand ke Kelantan.
Katanya, kerajaan negeri mendapat kerjasama penggiat industri pelancongan bagi mempromosi Kelantan di negara tersebut.
"Sambutan Tahun Melawat Kelantan 2016 dilancar akhir tahun lepas. Hari ini kita melancarkan program di sini bagi mempromosi kepada rakyat Thailand supaya berkunjung ke Kelantan.
"Kita ingin menjemput rakyat di sini menyertai dan menyaksikan pelbagai program yang diadakan di Kelantan termasuk pesta wau antarabangsa, pameran kenderaan klasik dan pelbagai lagi," katanya selepas merasmikan Festival Kelantan 2016 di sebuah pasar raya terkemuka di sini semalam.
Beliau juga berharap dapat mencapai sasaran dua juta pelancong Thailand berkunjung ke Kelantan memandangkan hubungan yang terjalin sejak sekian lama.
Pada program itu sebanyak 15 agensi dari Kelantan menyertai Festival Kelantan 2016 termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium Kelantan, syarikat-syarikat perhotelan dan agensi pelancongan.
Turut hadir Timbalan Gabenor Wilayah Songkhla, Ekkarat Leesen, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Mohd Aidil Afizie Daud. – HARAKAHDAILY 18/1/2015 Sumber HD - 18-1-2016
Peraturan tutup aurat di Kelantan sejak 1992
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Sejak 1992 setiap premis perniagaan di Kelantan dikenakan syarat berpakaian menutup aurat sebagai peraturan kelulusan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).
Peraturan terbabit antara lain menyebut semua pemegang lesen serta pekerja Islam hendaklah berpakaian menutup aurat dan bukan Islam berpakaian sopan.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata gejala tidak sihat diharap dapat dikekang melalui peraturan dikuatkuasa PBT di Kelantan.
Bagaimanapun katanya, peraturan itu hanya membabitkan premis perniagaan sahaja.
“Peraturan menutup aurat hanya dikuatkuasakan di premis perniagaan sahaja. Namun kita bimbang gejala sosial yang berlaku di tempat-tempat lain.
“Kita hendak selamatkan anak-anak muda. Sebab itulah kerajaan perluaskan peraturan menutup aurat ke semua PBT di Kelantan,” katanya pada majlis penyampaian watikah dan angkat sumpah ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di sini hari ini.
Hadir sama anggota Exco Datuk Abdul Fattah Mahmood, Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Shahidani Abdul Aziz, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Datuk Nazran Mohamad dan Yang Dipertua MPKB BRI, Zamri Ismail.
Ustaz Ahmad juga berkata bagi mempertingkatkan lagi kesedaran agama kepada masyarakat, kerajaan negeri mewujudkan Jabatan Pembangunan Islam di setiap PBT bermula tahun ini.
“Jabatan itu bukan sekadar memberi penerangan kepada orang ramai, sebaliknya melaksanakan pelbagai program berdasar tuntutan syariat,” katanya.
Beliau juga mencadangkan agensi kerajaan termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan merintis usaha mewujudkan hotel berdasar patuh syariat bertaraf empat bintang.
Menurutnya hotel tersebut boleh menyediakan perkhidmatan yang mampu memuaskan hati pelanggan berdasar tuntutan agama.
Zamri pula berkata MPKB BRI merancang bagi memunggut hasil sehingga RM100 juta setahun pada tahun 2020.
Katanya, kutipan hasil yang dipunggut MPKB BRI sekarang sekitar RM57 juta hingga RM60 juta setahun.
Pada majlis tersebut dua wakil PKR, Nor Hanazalmah dan Abu Samah Hassan dilantik sebagai ahli majlis MPKB BRI. Dua wakil kaum yang turut dilantik Lim Guan Seng dan Chia Chin Chua. - HARAKAHDAILY 17/1/2016
Sumber HD - 17-1-2016
PAS Dun Salor ikrar pertahan kepimpinan ulama
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Selepas agak lama akar umbi PAS di Dun Salor berdiam diri ekoran kemelut berlaku membabitkan Adun kawasan berkenaan, akhirnya malam tadi mereka berikrar secara terbuka mempertahankan kerajaan PAS Kelantan.
Ikrar mendukung kepimpinan ulama diketuai aktivis PAS Dun berkenaan, Datuk Adnan Mohd Zain dilafaz di hadapan kepimpinan utama PAS Kelantan.
Adnan berkata cawangan-cawangan PAS di Dun Salor kekal istiqamah bagi mempertahankan kepimpinan kerajaan negeri yang ada sekarang.
Hadir sama pada program sambutan Maulidur Rasul di Kampung Surau itu Timbalan Mursyidul Am Ustaz Datuk Ahmad Yakob, naib-naib presiden, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Abdullah Mat Nawi, bendahari, Datuk Hanifa Ahmad dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Abdul Razak Abas.
Program tersebut diusahakan cawangan-cawangan PAS di Dun berkenaan selepas mereka hilang kepercayaan kepada Adun Salor, Datuk Husam Musa.
Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS sebelum ini membuat kritikan terbuka terhadap kerajaan negeri dan kepimpinan PAS.
Malah risalah-risalah mengkritik kerajaan negeri diedar terbuka di program anjuran PAN di Kelantan.
Manakala dalam perkembangan berkaitan lebih 1,500 pendukung PAS peringkat kawasan dari seluruh Kelantan juga bersumpah dan berikrar melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab yang diamanah bagi memenangkan perjuangan Islam.
“Ini sekali gus mempertahankan kerajaan Kelantan. Saya juga bersumpah dan berikrar tidak akan melakukan apa-apa perkara melalui apa cara sekali pun yang boleh merosak dan menjatuhkan maruah PAS,” ujar mereka.
Lafaz ikrar dan baiah itu diketuai Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Tuan Sharifuddin Tuan Ismail.
Lafaz ikrar itu diadakan sempena program Liqa Penerangan anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media serta Lajnah IT dan Media Baru PAS Kelantan di Putik hari ini.
Hadir sama Ustaz Ahmad, Ustaz Idris, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, pimpinan utama PAS Kelantan dan isteri mantan Menteri Besar Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Pada program itu Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dan Universiti Malaya dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan membentang kertas kerja.
Sementara itu dalam perkembangan lain Kelantan melahirkan rasa kesal di atas kehadiran pemimpin PKR di majlis anjuran PAN di negeri tersebut.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan tersebut disifatkan bertentangan dengan semangat parti itu sendiri bagi mengekalkan hubungan baik dengan PAS di Kelantan.
“Semangat itu pernah disuarakan Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin semasa mengunjungi Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan baru-baru ini.
“Tindakan tersebut boleh mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 16/1/2016 Sumber HD - 16-1-2016
Janji bina masjid baharu 6 tahun berlalu
ASLANI M | .
GUA MUSANG: Biarpun pilihan raya kecil (PRK) Galas hampir enam tahun berlalu namun janji Umno mahu membina masjid baharu di bandar lama Gua Musang tidak kelihatan sehingga sekarang.
Masjid Razaleigh yang terletak di tepi Sungai Galas masih lagi kekal tidak berubah.
Sedangkan sebelum ini pemimpin Umno Gua Musang acap kali memberitahumendapat peruntukan sebanyak RM3 juta daripada kerajaan pusat bagi membina masjid baharu.
Malah pada 8 Jun 2013 anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, pembinaan masjid baharu bernilai lebih RM3 juta di bandar lama Gua Musang akan dimulakan dalam tempoh terdekat.
Menurutnya masjid baharu itu merupakan janji Barisan Nasional ketika PRK Galas pada November 2010.
Laporan berkenaan juga menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerah cek RM3 juta ketika melawat lokasi tersebut ketika itu.
Penduduk di sini memberitahu biar pun diuar-uarkan mendapat peruntukan agak besar daripada kerajaan pusat, namun tiada masjid baharu dibina.
Malah kata mereka ketika bah besar melanda akhir 2014, NGO yang datang membantu membaiki masjid tersebut termasuk menyediakan karpet baru dan peralatan lain.
Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang Abdullah Husain berkata sudah acap kali pemimpin Umno Gua Musang memberitahu mahu membina masjid baharu di bandar lama namun tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.
“Penduduk melahirkan rasa hairan peruntukan dikatakan sudah diterima tetapi masjid baharu tidak dibina. Ini isu yang dibangkit penduduk sekarang,” katanya di sini.
Kata beliau juga penduduk dan jawatankuasa lama Masjid Razaleigh mendakwa mereka tidak tahu di mana wang RM3 juta yang dikata dilulus sebelum ini.
Beliau juga melahirkan rasa hairan biar pun Masjid Razaleigh yang baharu belum dibina, tiba-tiba diumumkan pula projek masjid lain bernilai RM23 juta di tapak balai polis lama Gua Musang.
Pada akhir Disember lepas Adun Galas Ab Aziz Yusof dilapor memberitahu kerajaan akan membina masjid baharu bernilai RM23 juta, bakal muncul masjid tercantik di Kelantan di tapak balai polis lama. - HARAKAHDAILY 14/1/2016 Sumber HD - 14-1-2016
Syarikat baru bina lebuh raya rakyat
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Pembinaan lebuh raya Rakyat Machang - Kuala Krai yang diurus kerajaan negeri berjalan lancar selepas dilantik kontraktor baru.
Kerja-kerja pembinaan bermula dari Berangan Mek Nab ke Bukit Bakar sejauh 10 kilometer sedang rancak dijalankan sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata kerajaan negeri melantik syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd meneruskan pembinaan lebuh raya tersebut.
Katanya, pelantikan itu dibuat Ogos tahun lepas menggantikan Kelkon Sdn Bhd.
Difahamkan Kelkon anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan menarik diri disebabkan masalah kewangan bagi membiayai projek tersebut.
Pada 2014 kerajaan negeri merancang membina Lebuh Raya Rakyat sepanjang 30.5 kilometer dari Machang ke Kuala Krai.
Bagaimanapun kerajaan pusat dikatakan bersetuju mengambil alih sebahagian daripada pakej tersebut.
Hanifa juga berkata kerja-kerja membaik pulih semula jalan yang sudah disodok dilakukan berikutan hujan lebat akhir tahun lalu.
“Ada tanah yang ditimbun runtuh menyebabkan kerja-kerja membaikinya dilakukan sekarang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/1/2015 Sumber HD - 14-1-2016
Kelantan setuju asing pintu lelaki, wanita masuk stadium
RIZAL TAHIR | .
KOTA BAHRU: Kerajaan negeri bersetuju cadangan mengasingkan pintu masuk Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk lelaki dan perempuan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata cadangan itu selari dengan dasar kerajaan sebelum ini.
“Begitu juga cadangan mahu mengecat bahagian dalam atau luar stadium dengan warna pink biarlah dibuat secara sempurna.
“Takkan semua nak warna pink nanti kelabu mata pula, kalau tambah warna puteh barulah nampak cantik. Kita pastikan stadium menjadi satu lagi pusat tarikan pelancong,” katanya selepas kunjungan hormat Tan Sri Annuar Musa di pejabat Menteri Besar petang ini.
Annuar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) sebelum itu mengadakan perbincangan dengan Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Baru-baru ini Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Dr Vida) menetapkan syarat mengecat Stadium Sultan Muhammad Ke-1V merah jambu untuk membantu skuad bola sepak Kelantan.
Abdul Fattah berkata kerajaan negeri akan meneliti pelaksanaan penambahbaikan stadium disebabkan sekarang hampir jadual Liga Perdana. - HARAKAHDAILY 11/1/2016 Sumber HD - 11-1-2016
Pusat diminta timbang permohonan Kias
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Sebelum ini permohonan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dinaik taraf kepada kolej universiti dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perkara itu dijelaskan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika berkunjung ke Sri Perdana di Putrajaya sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berharap kementerian berkaitan mempertimbang permohonan Kias.
“Ini memandangkan syarat ditetapkan telah dipenuhi Kias. Kias menghantar permohonan itu sejak 2010.
“Selepas memenuhi kriteria ditetapkan, kementerian menghantar pula kriteria baru sebagai syarat tambahan. Kias juga berusaha memenuhi syarat baru tersebut,” katanya di sini.
Kias diwujudkan kerajaan negeri sebagai kesinambungan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang ditubuh pada 1965.
Bagaimanapun selepas Barisan Nasional mentadbir Kelantan YPTIK diambil alih Universiti Malaya pada 1 April 1981 dan ditukar nama kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Namun selepas PAS kembali mentadbir Kelantan pada 1990, kepimpinan ulama menubuh Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada 1994 yang dicetuskan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah dinaik taraf kepada Kias pada 24 Ogos 1999.
Dr Fadzli juga berkata selain Kias, Yayasan Islam Kelantan (Yik) juga mempunyai Pusat Pengajian Pondok di Kandis, Bachok.
Katanya, pelajar lepasan Sijil Menengah Ugama (SMU) atau lepasan pondok yang setaraf dengan SMU layak memohon pusat pengajian itu.
“Pelajar menduduki SPM di Pusat Pengajian Pondok pada tahun pertama, tahun kedua Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) dan tahun ketiga STAM,” katanya.
STUP setarraf dengan diploma. sebelum ini pelajar lepasan sijil berkenaan diterima masuk tahun ketiga Universiti Al Azhar. – HARAKAHDAILY 11/1/2016 Sumber HD - 11-1-2016
Penempatan mangsa banjir di Gua Musang siap
ASLANI M | .
GUA MUSANG: Penempatan baru diwujudkan kerajaan negeri bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir di Dun Galas akhir 2014 kini sebahagiannya siap sepenuhnya.
Sebelum ini mangsa-mangsa banjir terbabit tinggal di kawasan setinggan milik Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) dan rezab sungai.
Sebanyak 44 rumah kekal siap sepenuhnya di Mukim Simpang Pulai sumbangan Tabung Bencana Negeri yang dibangun di kawasan seluas 15 ekar.
Setiap rumah yang dibina membabitkan kos lebih RM40,000 dijangka dapat diduduki tidak lama lagi. Sekarang hanya jalan dan longkang belum siap sepenuhnya.
Rumah tersebut jenis berkembar dilengkapi tiga bilik tidur, sebuah bilik air dan ruang dapur.
Manakala di Tanah Putih lebih 50 unit rumah jenis sebuah dibina dan 15 daripadanya sudah siap.
Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang Abdullah Husain berkata rumah kekal di Tanah Putih seluas 800 kaki persegi juga dilengkapi tiga bilik tidur, bilik air dan dapur.
Katanya rumah tersebut dianggar membabitkan kos RM48,000 sebuah termasuk GST.
“Penempatan baru di Tanah Putih diwujudkan kerajaan negeri membabitkan kawasan seluas 53 ekar. Sebanyak 123 unit rumah kekal dirancang dibina di kawasan tersebut.
“Mangsa banjir yang mendapat rumah kekal di situ lebih beruntung kerana setiap lot rumah seluas satu per enam ekar,” katanya di sini.
Projek rumah kekal di Tanah Putih dibiayai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
Selain itu 16 rumah kekal dibina kerajaan negeri di Kampung Kolam Mas sudah diduduki mangsa banjir dan dua lagi di peringkat akhir pembinaan.
Ketika banjir besar melanda akhir 2014 sebanyak 120 rumah penduduk rosak teruk di Dun Galas.
Baru-baru Harakahdaily.net mendedahkan dua penempatan mangsa banjir di bawah kerajaan pusat di Kuala Krai iaitu di Batu Jong dan Sungai Durian belum dimulakan pembinaan sehingga sekarang.
Malah penempatan di Batu Jong ditumbuhi semak samun, biar pun notis mengarah penduduk yang tinggal di situ berpindah sudah lama dikeluarkan. - HARAKAHDAILY 10/1/2016 Sumber HD - 10-1-2016
Penempatan banjir kerajaan pusat dipenuhi semak
ASLANI M | .
KUALA KRAI: Sehingga sekarang hanya penempatan banjir di Telekong diwujudkan inisiatif kerajaan negeri, sebaliknya di Batu Jong dan Sungai Durian dirancang kerajaan pusat yang diterajui Umno hanya ditumbuhi semak dan lalang.
Sebanyak 60 rumah kekal siap dibina penempatan baru di Telekong hasil sumbangan Pusat Zakat Negeri Selangor.
Adun Mengkebang Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata pemilihan mangsa banjir yang akan mendiami rumah kekal di Telekong diurus Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.
Katanya, mangsa banjir terbabit merupakan kalangan asnaf yang layak menerima bantuan rumah kekal kerana sebelum ini mereka menumpang di tanah kerajaan.
Bagaimanapun kata beliau projek rumah kekal di bawah kerajaan pusat pimpinan Umno di Batu Jong dan Sungai Durian belum dimulakan lagi biar pun sudah lebih setahun banjir besar berlalu.
“Sebelum ini difahamkan penduduk yang tinggal di lokasi tersebut diarah berpindah kerana projek rumah kekal mangsa banjir akan dibina kerajaan pusat.
“Malangnya sehingga sekarang projek berkenaan belum dimulakan. Malah kawasan itu dipenuhi semak dan lalang yang tumbuh meliar,” katanya.
Ketika banjir besar melanda akhir 2014 hampir 2,000 rumah penduduk di Kuala Krai musnah sama sekali dan hanyut. Sebahagian besar mereka sekarang tinggal menumpang di rumah transit dibina pelbagai NGO.
Manakala sebahagian mangsa banjir yang ada lot sendiri mendapat rumah dibina kerajaan negeri, pusat, PAS dan NGO.
Sementara itu Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, sebanyak 30 daripada 59 rumah kekal mangsa banjir di Desa Darul Ehsan Manek Urai Baru siap sepenuhnya kecuali bekalan elektrik.
Katanya, pemilik rumah terbabit boleh membayar deposit di Tenaga Nasional Bhd bagi membolehkan bekalan elektrik disambung ke rumah mereka.
Sebanyak 59 rumah kekal dan sebuah madrasah dibina di desa tersebut disumbang kerajaan Selangor. – HARAKAHDAILY 7/1/2015 Sumber HD - 7-11-2016
Gerbang Haji Cheng Ho ilham Allahyarham Tok Guru
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Dataran Rehal berhampiran Masjid Muhammadi menjadi lokasi wajib bagi setiap pelancong ke Kelantan, namun tidak lama lagi bakal muncul pula mercu tanda baru. Pintu Gerbang Haji Cheng Ho Cina Town di Jalan Kebun Sultan yang kini sedang dalam pembinaan akan menambahkan lagi destinasi pelancongan di Kelantan. Nama Cheng Ho dipilih Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengumumkan nama baru lokasi tersebut pada 8 Mac 2013. Menurut mantan Menteri Besar terbabit nama Cheng Ho dipilih sebagai iktibar kejayaan pelayaran Cheng Ho, seorang pahlawan beragama Islam dari China ke Melaka. Ketua Penolong Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Azman Mohd Daham berkata kawasan Haji Cheng Ho Cina Town Kota Bharu mempamerkan kewujudan masyarakat pelbagai kaum di Kelantan. Katanya pengisytiharan Haji Cheng Ho Cina Town diharap dapat meningkatkan persepsi positif terhadap dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dipraktik di Kelantan sejak 1990. “Lokasi tersebut menggambarkan keharmonian, kedamaian, kesejahteraan dan keadilan antara kaum yang wujud di Serambi Mekah sejak berzaman,” katanya di sini. Jalan Kebun Sultan merupakan lokasi perniagaan yang sebahagian besar didominasi kaum Cina. Suasananya begitu meriah pada waktu malam. Di sepanjang jalan itu terdapat Dewan Perniagaan Cina Kelantan, pasar basah Cina, dan wujud banyak restoran dan gerai-gerai makanan kaum tersebut. Manakala pada sebelah malam pula ramai peniaga Melayu menjalankan perniagaan menjual makanan di gerai bergerak. Azman juga berkata, pembinaan pintu gerbang tersebut melibatkan kos kira-kira RM1 juta dijangka siap tidak lama lagi. “Seni binanya berciri tamadun Cina dan gambaran permuafakatan persatuan, komuniti dan peniaga kaum Cina dan kaum-kaum lain yang ada di Kelantan,” katanya. Kerja-kerja pembinaan dimulakan akhir tahun lepas di mana pembiayaan disumbang pelbagai pihak. Masjid Beijing di Rantau Panjang merupakan bangunan berbentuk seni bina Cina dan pelbagai kaum yang pertama dibina kepimpinan ulama. – HARAKAHDAILY 6/1/2015 Sumber HD - 6-1-2016
ILPK tingkat profesional Guru Yik
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Di bawah kepimpinan ulama Yayasan Islam Kelantan (YIk) yang menerajui 89 sekolah agama terus diperkasa selaras dengan perkembangan semasa.
Sehingga sekarang Yik mempunyai lebih 2,600 guru yang mendidik seramai 37,000 pelajar di seluruh Kelantan.
Oleh itu bagi meningkatkan lagi profesionalisme guru-guru Yik, kerajaan negeri mewujudkan Institut Latihan Penguruan Kelantan (ILPK) di Nilam Puri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata ILPK bekerjasama dengan Yik bagi melatih guru-guru.
Katanya kalangan tenaga pengajar institut tersebut kalangan pensyarah universiti dan kolej tempatan.
“ILPK merupakan satu badan berasingan daripada Yik. Ia seumpama Institut Aminudin Baki atau Institut Pendidikan Guru yang berperanan melatih guru-guru.
“ILPK ada pengarah dan diurus jawatankuasanya. Saya sebagai pengerusi lembaga, selain itu termasuk juga Pengarah Yik,” katanya di sini.
Menurutnya juga kerajaan negeri bercadang membina kampus ILPK pada masa akan datang bagi memperluaskan lagi peranannya.
Kata beliau juga ILPK sehingga sekarang sudah melatih kira-kira 500 guru. - HARAKAHDAILY 5/1/2016 Sumber HD - 5-1-2016
Kelantan bina jalan alternatif ke Pemberian
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Penduduk Kampung Pemberian, Kuala Krai yang terputus hubungan akibat jambatan besi runtuh baru-baru ini akan dibina laluan alternatif melalui Slow Mengkuang.
Laluan sepanjang 3.6 kilometer itu dianggar bernilai RM1.4 juta akan dibina kerajaan negeri.
Laluan alternatif tersebut sebelum ini dirintis Penyelia Dun Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin setelah jambatan menghubungkan Kampung Pemberian dengan Manjor runtuh 29 Disember lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata laluan itu dari jalan Slow Mengkuang melalui Bukit Kuah.
Katanya, keadaan jalan sedia ada ke kampung tersebut hanya 30 peratus daripadanya jenis konkrit dan selebihnya jalan berbukit melalui kebun penduduk.
“Kita perlu menyegerakan laluan tersebut memandangkan jambatan yang rosak mengambil masa agak lama untuk dibaiki.
“Lagi pun laluan alternatif terletak di kawasan lebih tinggi dan tidak ditenggelami air. Ini dapat memudahkan penduduk ke pekan bagi membeli keperluan harian,” katanya di sini, hari ini.
Semalam beliau bersama Ku Zaki dan pegawai Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai serta JKR meninjau jambatan besi yang runtuh akibat rempuhan kayu hanyut.
Dan kelmarin Ketua Jajahan Kuala Krai, Tengku Azmi Tengku Jaafar turut meninjau kerja-kerja menyodok laluan alternatif tersebut.
Hanifa juga berkata seramai 1,900 penduduk Kampung Pemberian, 76 pelajar yang belajar di Sekolah Menenga Kebangsaan Laloh terpaksa menggunakan jambatan sementara setiap hari.
Selain itu seramai 18 guru berulang alik ke Sekolah Kebangsaan Pemberian juga menggunakan jambatan sementara itu.
“Angkatan Tentera Malaysia menyediakan letfloat bagi menyeberangi sungai tersebut menggantikan jambatan yang runtuh.
“Bagaimanapun ia hanya boleh dilalui pejalan kaki sahaja,” katanya.
Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata kerajaan pusat melulus peruntukan RM40 juta bagi membina jambatan baru di Pemberian.
Janji membina jambatan sebelum ini sudah acap kali disebut pemimpin Umno terutamanya ketika kempen pilihan raya. - HARAKAHDAILY 5/1/2016 Sumber HD - 5-1-2016
Kelantan kekal larang premis jual vape
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik larangan mengeluarkan lesen premis vape sebagaimana diputus sebelum ini.
Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kelonggaran diberi kepada penjual vape sehingga akhir Januari 2016 bagi memindahkan peralatan vape.
“Memang kita kekalkan arahan yang dibuat sebelum ini cuma kita ada perbincangan dengan persatuan vape.
“Mereka menghantar surat meminta ditangguhkan arahan tersebut, tetapi mereka tidak menolak pengharaman atau tidak keluarkan lesen perniagaan vape di Kelantan,” katanya selepas perasmian penutup Seminar Perbandaran Islam Pencapaian MPKB BRI Berdasar Pelan Induk 2006-2015 di sini hari ini.
Seminar berkenaan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama wakil-wakil rakyat, Penyelia Dun, ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Zamri Ismail.
Sebelum ini kerajaan Kelantan mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen premis vape berkuatkuasa 1 Januari ini.
Abdul Fattah juga berkata Persatuan Peniaga Vape memahami suasana yang berlaku sekarang.
“Apa yang penting kita adakan perbincangan. Januari ini kita laksanakan pemantauan bagi membolehkan peniaga memindahkan keluar barangan.
“Dalam tempoh itu tidak akan berlaku penyitaan lagi. Saya telah maklumkan kepada mereka dan membuat arahan kepada semua PBT,” katanya.
Beliau juga menjelaskan tidak berbangkit tempoh penguatkuasaan pengharaman premis vape dilanjutkan.
Kata beliau apa yang penting perbincangan dibuat bersama dengan memberi sedikit kelonggaran sehingga akhir Januari.
“Perbincangan dengan Persatuan Vape dibuat petang semalam. Kita bagi peluang kepada mereka memindahkan barangan vape,” katanya.
Beliau juga menolak kononnya penjual vape akan mengadakan demontrasi bagi membantah tindakan kerajaan negeri.
“Itu hanya spekulasi. NGO itu berdisiplin dan kita berbincang dengan baik. Kita akan selesaikan isu ini secara baik,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/12/2015 Sumber HD - 30-12-2015
Sejak 2010 Kias dinafi hak kolej universiti
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Anehnya kolej di beberapa negeri mudah dinaikkan taraf kepada kolej universiti, sedangkan permohonan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dinaik taraf sejak 2010 belum dijawab.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata permohonan Kias masih dinafikan sehingga sekarang.
“Kita berharap kerajaan Persekutuan mempercepatkan kelulusannya. Kita telah berusaha memenuhi syarat dikenakan.
“Usaha telah banyak dilakukan. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob juga telah menjelaskan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Saya juga sudah jumpa Menteri Pengajian Tinggi membincangkan isu berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Maahad Tahfiz Quran (SMTQ) dan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) di Nilam Puri hari ini.
Turut hadir Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik) Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, pengetua sekolah agama dan pegawai Yik.
Kias merupakan kesinambungan Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri yang ditubuhkan pada 1965, namun dimansuhkan Barisan Nasional selepas mentadbir Kelantan pada 1978.
Bagaimanapun selepas PAS kembali berkuasa di Kelantan, kerajaan negeri melalui Yik menubuh Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada 1994.
Ekoran perkembangan pesatnya pada 24 Ogos 1999 dipertingkatkan dan ditukar nama kepada Kias.
Dr Fadzli berkata Kias satu-satunya kolej di Kelantan yang mengharap dipertimbang status kepada kolej universiti.
“Kita sangat-sangat berharap Kias dilulus menjadi kolej universiti sejajar dengan perkembangan pesatnya sekarang,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/12/2015 Sumber HD - 30-12-2015
Sekolah Yik mula jam 8 pagi tahun depan
RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Bermula sesi persekolahan tahun baru pada 3 Januari 2016, semua pelajar Yik akan memulakan sesi pengajian mereka bermula jam 8.00 pagi.
Ia akan berlarutan sehigga bulan Jun berikutan perubahan waktu siang lebih singkat berbanding malam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, langkah itu diambil berikutan waktu Subuh semakin lewat.
Katanya, pada awal Januari waktu Subuh bermula jam 6.04 bagi zon satu dan paling lewat sehingga pukul 6.14 pagi.
“Kami tidak mahu ibu bapa serta pelajar menunaikan solat Subuh dalam keadaan tergesa-gesa di rumah kerana ingin ke sekolah.
“Untuk itu saya selaku exco yang berkaitan pendidikan Islam, berharap ibu bapa memastikan anak-anak menunaikan solat Subuh di rumah terlebih dahulu sebelum ke sekolah,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, sesi persekolahan akan kembali sebagaimana biasa bermula 1 Julai iaitu 7.30 pagi setelah situasi itu kembali pada biasa. – HARAKAHDAILY 29/12/2015 Sumber HD - 29-12-2015
Kelantan realisai tubuh Jabatan Pendakwaan Syariah
HARAKAHDAILY | .
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada hari ini 16 Rabiul Awwal 1437 bersamaan 28 Disember 2015 telah merasmikan Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan.
Sebelum ini, Pendakwaan Syariah adalah terletak di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik).
Pengasingan ini adalah bertujuan untuk menjamin kewibawaan, integriti dan ketelusan pentadbiran sama ada dari aspek penguatkuasaan, pendakwaan dan juga kehakiman.
Pewujudan Jabatan Pendakwaan Syariah juga akan memberi ruang kepada perkembangan fungsi keadilan dan peningkatan keupayaan pendakwaan yang lebih baik, profesional, efisen dan lebih bersistematik.
Selain itu, ia juga dapat membantu proses pengukuhan keupayaan pendakwaan untuk menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, meningkatkan kecekapan pengurusan pendakwaan, serta meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan secara fokus dan komprehensif.
Sehingga Ogos 2015, 11 negeri telah mendapat perakuan, kelulusan dan perkenan oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri berkaitan cadangan pewujudan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri, termasuklah Negeri Kelantan.
Maka dengan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah ini, Kelantan adalah negeri pertama di Malaysia yang merealisasikan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah yang berasingan dari sudut pentadbiran dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika berucap merasmikan jabatan tersebut berkata: Dengan tertubuhnya Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri ini, ianya akan memacu satu entiti utama dalam mewujudkan proses keadilan berdasarkan hukum Syarak dan juga peruntukan undang-undang. Usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah telah kita persiapkan semua sekali, baki lagi hanya berada di kuasa kerajaan Persekutuan untuk memberi kelulusannya. Alhamdulillah hasrat untuk kerajaan negeri siapkan persediaan dengan sempurna telah berjaya pada tahun 2015 ini, mudah-mudahan usaha kita ini dipermudahkan untuk fasa pelaksanaan nanti.
Laporan oleh Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kelantan
16 Rabiul Awwal 1437
Sumber HD - 28-12-2015
Sekolah menengah tahfiz: Kelantan dahului negeri lain
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Keunggulan bangsa bergantung kepada ketinggian ilmu. Umat mementingkan ilmu akan bangkit sebagai umat ulung di dunia khususnya mengenai ilmu wahyu.
Kelantan sendiri dibangunkan berasaskan ilmu, dengan menghidupkan pusat pengajian ilmu Islam, pengajian kitab dan tahfiz al-Quran.
“Tindakan itu dilakukan supaya ummat ini sentiasa 'hidup' dengan ilmu, satu-satunya jalan ke arah membina tamaddun unggul,” kata Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berucap pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi tahun 1015 di Balai Islam, Lundang dekat sini pagi tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan.
Hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMK), Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Pengarah YIK Tengku Ab Rahman Tuan Yunus serta para pegawai.
Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri sentiasa peka dan mengambil berat medium pendidikan agama dan tahfiz.
“Bahkan itu menjadi agenda utama Kerajaan Negeri melalui program pengemaskinian dan pengukuhan kurikulum, peningkatan pengetahuan dan kemahiran ilmu agama Islam di bawah YIK,” ujarnya.
Pada pembentangan Bajet Negeri 2016 baru-baru ini, sejumlah RM78 juta diperuntukkan kepada YIK berbanding RM72 juta pada 2015 bagi melaksanakan programn pendididkan.
Sejumlah RM4 juta diperukkan bagi projek pembangunan YIK.
Kerajaan Negeri 23 tahun lalu, menubuhkan Maahad Tahfiz Wal-Qiraat pertama pada awal 1992, selaras dengan cadangan mantan Menteri Besar Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaik-baik memerintah Kelantan di bawah Kepimpinan Ulama.
“Inilah sekolah peringkat Menengah pertama di Malaysia menggabungkan pengajian tahfiz dan akademik sekaligus.
“Kini terdapat lebih 45 buah Pusat Tahfiz Negeri dibangunkan, dengan mengambil pakai kurikulum itu.
“Kini dengan jumlah sekolah Maahad Tahfiz sebanyak enam buah, dengan pelajar seramai 1,999 orang, kita berbangga melahirkan ribuan huffaz sebelum ini,” ujar Menteri Besar.
Dengan pencapaian memuaskan, pada majlis graduasi tersebut seramai 375 pelajar diraikan dan Graduan Tahfiz itu menerima Sijil Khatam Al-Quran masing-masing.
Pada majlis itu Wan Nurul Husna Wan Syukri dari Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah diisytiharkan Tokoh Tahfiz 2015.
Penerima Anugerah Hafiz Terbaik Keseluruhan Tingkatan Tiga ke bawah ialah Muhammad Murabbi As-Solihin Kayati (Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong), manakala Wan Nurul Husna Wan Syukri (Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah) diumumkan Hafiz Terbaik Keseluruhan Tingkatan Emat ke atas.- HARAKAHDAILY 26/12/2015 Sumber HD - 26-12-2015
Haram vape: Langkah Kelantan tepati Majlis Fatwa
SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Pelbagai pihak menyifatkan langkah Kelantan mengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis vape tahun depan bertepatan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Seorang pendidik Ustaz Abdul Aziz Abdullah (kiri) berkata vape disifatkan pintu-pintu kepada gejala sosial di zaman moden sekarang.
“Ini bukan dakwaan kosong kerana ia diberitahu pegawai Pejabat Kesihatan dan polis di mana mereka mengakui vape memberi kesan terhadap kesihatan.
“Gejala vape dan merokok mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, apa yang dibuat kerajaan Kelantan bertepatan sekali,” katanya di sini.
Baru-baru ini kerajaan Kelantan mengumumkan mulai 1 Januari 2016 PBT di negeri tersebut diarah tidak mengeluarkan lesen premis kepada kedai-kedai menjual vape.
Malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga kelmarin memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram hukumnya.
Zuhairi Ismail (kanan) dari Kota Bharu berkata, fenomena vape amat tidak sihat khususnya kepada golongan remaja sekiranya ia tidak dibendung segera.
“Sebagai guru saya risau terhadap situasi itu sekarang bukan hanya menjejaskan kesihatan, sebaliknya ia menjurus kepada gejala sosial.
“Langkah diambil kerajaan Kelantan dan Johor seharusnya disokong semua pihak lebih-lebih lagi penggunaan vape haram di sisi agama,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/12/2015 Sumber HD - 23-12-2015
Kerjasama bukan gabung, ramai salah faham
RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan banyak orang salah faham kononnya parti itu mahu mengadakan kerjasama politik dengan Umno.
“Banyak orang salah faham tentang isu ini. PAS sejak dari dahulu lagi mengamalkan sikap terbuka dan boleh bekerjasama dalam perkara-perkara bagi kepentingan Islam dan masyarakat.
“Bukan bermakna pengabungan antara PAS dengan Umno. Kerjasama dimaksudkan dalam isu-isu kepentingan Islam, masyarakat dan negara,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
Pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menghulur salam kerjasama kepada PAS.
Malah usaha ke arah itu terus dirintis dengan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia apabila Najib bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi berada di satu pentas.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata mungkin dengan suasana sekarang orang ramai mudah membuat spekulasi dan andaian.
“Untuk bersatu dengan Umno masuk Barisan Nasional (BN) itu tak ada. Tiada keperluan untuk kita bergabung. PAS pernah sertai BN pada 1974 dan tidak mungkin kita mahu digigit dua kali,” ujarnya.
Ditanya cadangan Parti Amanah Negara mahu bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 katanya, ia akan memecahkan undi pembangkang dan akan memberi kelebihan kepada Umno.
“Siapa nak bertanding di Kelantan kita tak sekat tapi dia kena ingat kerana parti itu pernah membuat kenyataan tidak akan kacau Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/12/2015 Sumber HD - 23-12-2015
Tunggakan pinjaman guru Yik selesai 2016
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Isu tunggakan pinjaman kakitangan Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang berbangkit sebelum ini dijangka diselesaikan sepenuhnya pertengahan tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata sebelum ini Yik telah membayar tunggakan tersebut sebanyak RM2 juta.
Katanya tunggakan yang ada sekarang sebanyak RM12 juta akan dibayar sepenuhnya pertengahan 2016.
“Tunggakan tersebut sebenarnya sejak 2001 lagi. Namun kebelakangan ini jumlahnya agak tinggi memandangkan Yik terpaksa mengambil tanggunjgawab selepas Kementerian Pendidikan memperkenalkan skim baru.
“Tambahan pula Yik terpaksa membelanjakan sebanyak RM5 juta bagi membeli tanah di Tunjung untuk membina pejabat baru,” katanya di sini.
Tapak pejabat baru Yik itu seluas 10 ekar sekarang sedang dijalankan kerja-kerja menambun tanah.
Kompleks pendidikan itu akan turut dilengkapi Pusat Bahasa Arab dan pelbagai lagi. Anggaran kos pembangunan sebanyak RM14 juta.
Pada persidangan Dun lepas ada penyokong kerajaan membangkitkan isu tunggakan pinjaman kakitangan Yik yang tidak dijelaskan kepada beberapa koperasi.
Dr Fadzli juga berkata Yik menerima bayaran hasil projek perladangan daripada syarikat usahasama sebanyak RM10 juta selepas kes mengenainya dibawa ke mahkamah.
Beliau juga menjelaskan tunggakan tersebut tidak membabitkan gaji guru dan kakitangan Yik.
“Sebanyak RM8.5 juta diperuntukan bagi membayar gaji guru dan kakitangan Yik setiap bulan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/12/2015 Sumber HD - 22-12-2015
Pas, UMNO kini di peringkat muhasabah – Ahmad Yakob
Posted on Sunday, December 20 @ 20:09:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Ahmad Yakob (tiga dari kanan) beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai ketika melawat Bazar Siti Fatimah selepas merasmikannya di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan, semalam. RANTAU PANJANG 19 Dis. – Pas dan UMNO kini boleh disifatkan sedang bermuhasabah apabila masing-masing mengenal pasti kelemahan sendiri serta faktor yang menjadi penghalang kepada penyatuan umat Islam dan Melayu di negara ini.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, peringkat muhasabah kedua-dua pihak itu dicetuskan menerusi Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang berlangsung baru-baru ini.
Malah, tambah beliau, semua pihak yang ingin melihat satu bentuk perpaduan mutlak berlaku di Malaysia kini turut memikirkan apakah langkah terbaik yang boleh diambil bagi merealisasikan agenda itu.
“Ini peringkat muhasabah kepada semua pihak. Kalau benar ingin melihat mahabbah dan perpaduan di negara ini, kita kena melihat di mana sebenar penghalangnya.
“Paling utama, kita kena merujuk semangat mahabbah dan kasih sayang yang diterapkan oleh Rasulullah ketika di Madinah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Siti Fatimah di sini, hari ini.
Ketika berucap merasmikan multaqa itu kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewakili kabilah UMNO menghulurkan salam perpaduan kepada wakil kabilah Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersatu mengikut ajaran al-Quran.
Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai salam perpaduan yang dihulurkan Presiden UMNO itu dan sekadar berkata, perkara tersebut sudah diulas oleh Abdul Hadi sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar itu menasihatkan rakyat di negeri ini supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan ramalan air pasang besar pada 25 hingga 28 Disember ini oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
“Kerajaan negeri sudah buat persiapan jauh lebih rapi berbanding tahun lalu. Apa pun, kita harap Allah tidak datangkan banjir atau musibah luar biasa.
“Kita juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak seperti bomba, tentera, polis dan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) serta pertubuhan bukan kerajaan yang turut membantu membuat persiapan menghadapi banjir di negeri ini,” katanya.-utusan
Sumber TKO - 20-12-2015
Sekolah agama di Kemboja guna kurikulum Yik
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Bukan sahaja pentadbiran berasas Islam di Kelantan ditiru negeri-negeri lain, sebaliknya ada negara asing menggunakan kurikulum pendidikan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sekolah-sekolah agama di Kemboja menggunakan kurikulum Yik sejak lebih 10 tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan berkata ada beberapa sekolah agama di negara terbabit menggunakan kurikulum dan kertas peperiksaan Yik.
“Mereka guna sepenuhnya kurikulum Yik. Pengawas pun kita hantar ke sana bagi mengendalikan peperiksaan. Peperiksaan Sijil Menengah Ugama dijalankan serentak di Kelantan dan Kempuchea.
“Jadual peperiksaan pun sama. Keputusan peperiksaan sekolah agama di Kemboja dikeluarkan di sini,” katanya di sini.
Menurutnya ketika peperiksaan diadakan pelajar di Kemboja ditempatkan di Pejabat Mufti bagi memudahkan pengawasan.
Kata beliau setiap tahun dianggar antara 50 hingga 100 calon di negara tersebut menduduki peperiksaan SMU kelolaan Yik.
“Biar pun kita menyedia dan membekalkan segala kemudahan namun tidak dikenakan sebarang bayaran. Kelantan membantu secara percuma.
“Dan tahun hadapan keseluruhan sekolah agama di negara itu berminat menggunakan peperiksaan SMU dikendalikan Yik,” katanya. - HARAKAHDAILY 17/12/2015 Sumber HD - 17-12-2015
SPRM siasat laporan dakwaan rasuah pembalakan di K'tan Posted on Thursday, December 17 @ 07:49:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil tindakan terhadap satu laporan media berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan pembalakan di Kelantan bernilai lebih RM5 juta.
SPRM dalam kenyataan semalam berkata siasatan berhubung perkara itu sedang dikendalikan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga selesai siasatan dijalankan.
"Dalam kes yang dilaporkan media terbabit, SPRM mengucapkan terima kasih atas maklumat yang dikongsi, namun SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan.
"Sekiranya mana-mana pihak yang pernah membuat laporan kepada SPRM ingin mengetahui status siasatan boleh menghubungi SPRM sendiri untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut," katanya.
SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan berkesan jika setiap anggota masyarakat bekerjasama dengan pihaknya, katanya.
- Bernama
Sumber TKO - 17-12-2015
Kelantan larang jual vape mulai awal 2016
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kelantan mengharamkan penjualan vape berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kesihatan, polis dan Jabatan Mufti.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata keseluruhan pandangan mereka diambil kira sebelum keputusan dibuat.
Katanya kerajaan negeri tidak membuat pandangan sendiri berhubung penjualan vape di negeri tersebut.
Oleh itu kata beliau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarah tidak mengeluarkan lesen kepada peniaga vape di tempat masing-masing.
“PBT akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga vape untuk mengosongkan premis mereka bermula hari ini.
“Kerajaan akan mengambil tindakan sekiranya ada premis gagal berbuat demikian termasuk kemungkinan disita selepas 1 Januari ini,” katanya selepas di Kota Darulnaim hari ini.
Menurutnya juga sebelum ini ada beberapa PBT mengeluarkan lesen di bawah penjualan elektronik dan pelbagai iaitu Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Majlis Daerah Gua Musang, Majlis Daerah Pasir Mas dan Majlis Daerah Tanah Merah.
“Bagaimanapun MPKB-BRI langsung tidak mengeluarkan sebarang lesen seumpama itu apa lagi untuk penjualan vape,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/12/2015 Sumber HD - 16-12-2015
AKSB elak gangguan bekalan air di musim bah
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan memastikan tidak berlaku gangguan bekalan air bersih kepada pengguna sekiranya banjir sekali lagi melanda tahun ini.
Sehubungan itu beberapa langkah diambil AKSB terutamanya di jajahan yang terlibat banjir termasuk Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Datuk Hanifa Ahmad berkata beberapa langkah diambil bagi mengelakkan berlaku gangguan bekalan air di musim banjir.
Katanya, AKSB membaik pulih sepenuhnya sistem operasi di loji yang tergendala akibat banjir akhir tahun lepas berkaitan sistem eletrikal, mekanikal dan juga kerja-kerja sivil.
“Di Pasir Mas paip yang rosak telah ditukarkan dan dijangka siap sepenuhnya minggu ketiga Disember ini.
“Kerja-kerja baik pulih di Pasir Mas melibatkan loji dan paip agihan membabitkan kos hampir RM5.9 juta,” katanya pada satu kenyataan di sini.
Beliau juga berkata AKSB mengadakan kerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyediakan janakuasa eletrik terutama di kawasan banjir.
Katanya juga AKSB turut menyertai perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani operator bekalan air bagi menangani krisis bekalan air yang diterajui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). - HARAKAHDAILY 16/12/2015
PT3: 10 sekolah Yik 100 peratus
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Sepuluh sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat pencapaian 100 peratus dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2015.
Sekolah terbabit iaitu Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Pasir Pekan.
Selain itu Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Al Kauthar Peringat, SMU (A) Arabiah Ternang dan SMU (A) Marziah Jabo.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata seramai 6,105 pelajar sekolah agama di bawah Yik menduduki peperiksaan tersebut.
Katanya pencapaian 11A bagi pelajar sekolah agama kerajaan negeri seramai 127 orang, sekolah agama bantuan kerajaan (3 orang) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) seorang.
“Sekolah yang paling banyak mendapat 11A iaitu Maahad Muhammadi Perempuan seramai 46 pelajar, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah 37 pelajar dan Maahad Muhammadi Tumpat 10 pelajar,” katanya di sini.
Pencapaian bagi sekolah agama kerajaan negeri sebanyak 91.20 peratus, sekolah bantuan kerajaan negeri 69.13 peratus dan SABK 99.67 peratus.
Dr Muhamed Fadzli berkata, pencapaian PT3 sekolah agama Yik tahun ini meningkat berbanding tahun lepas.
Katanya juga pelajar sekolah Yik yang mendapat 10 seramai 175 orang, 9A (224 orang), 8A (270 orang), 7A (374 orang), 6A (397 orang) dan 5A (460 orang).
“Oleh itu saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yik, ibu bapa dan pelajar di atas kejayaan peperiksaan PT3 tahun ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/12/2015 Sumber HD - 16-12-2015
Tiada kerjasama PAS-Umno di Kelantan - MB
RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob menegaskan tiada kerjasama antara parti itu dengan Umno di Kelantan.
Katanya apa yang berlaku sekarang hanya kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
“Tidak berbangkit PAS-Umno bekerjasama. Kita hanya bersama dari aspek perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
“Bukan setakat hari ini, tetapi sudah lama. Hubungan kerajaan negeri dan pusat memang wujud dalam perlembagaan,” katanya selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) penjawat awam negeri dan penyampaian Sijil Tasawur Islam Siri II di Dewan Teratai hari ini.
Baru-baru ini ketika ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno Datuk Seri Najib Razak dilapor mahu menjalin kerjasama dengan PAS.
Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata hubungan antara kerajaan negeri dan pusat bagi manfaat rakyat.
“Bab kerjasama politik hanya Presiden dan pimpinan tertinggi PAS layak bercakap,” ujarnya.
Sebelum ini Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan PAS berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap perpaduan dalam masyarakat berteraskan syariat Allah SWT. – HARAKAHDAILY 15/12/2015 Sumber HD - 15-12-2015
Kelantan beri ruang lebih luas kepada lulusan agama
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Kelantan memperkasakan lagi pentadbiran awam apabila memberi ruang lebih luas kepada calon-calon pegawai kerajaan dari kalangan lulusan bidang agama.
Bahkan bonus tambahan bagi graduan lulusan hafiz al-Quran untuk mengisi jawatan sebagai pegawai tadbir memandangkan mereka mempunyai prestij yang tinggi dalam masyarakat.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata kepakaran atau kebolehan dalam bidang agama merupakan kekuatan kepada pegawai baru yang akan dipilih.
“Calon yang ada asas agama yang kuat diberi keutamaan kerana ia selaras dengan dasar kerajaan negeri sekarang,” katanya pada sidang media selepas perasmian program Pemantapan Integriti Dalam Mengurangkan Ketirisan Dalam Sektor Perhutanan Negeri Kelantan 2015 di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Ketua Unit Integriti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Nor Rahim.
Mohd Faudzi juga berkata Jabatan Perhutanan menjadi antara penyumbang utama kepada hasil negeri selain Pejabat Tanah dan Jajahan.
Pada 2016 hasil hutan dianggarkan berjumlah RM172.96 juta iaitu meningkat sebanyak 29.12 peratus berbanding 2015.
“Dalam usaha mencapai hasrat itu kita perlu komitmen. Perlu mengelakkan berlaku ketirisan hasil hutan.
“Ketirisan yang berlaku biasanya berpunca daripada mereka yang enggan membayar hasil dan cukai.
“Ini salah satu menyebabkan kita menjalankan penguatkuasaan walaupun kekangan dihadapi Jabatan Perhutanan dari segi jumlah kakitangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/12/2015 Sumber HD - 11-12-2015
PAS berusaha bertapak semula di Jeli
ABDUL RAHIM MUHAMAD | .
JELI: Kekalahan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) 13 lalu membangkit semangat PAS melipatgandakan usaha bagi merampas semula Dun Air lanas pada PRU14.
Pada PRU 2013 Datuk Abdullah Ya’kub hanya tewas 47 undi kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Dun berkenaan.
Mustapa turut menang di kerusi Parlimen Jeli. Dun Kuala Balah dan Bukit Bunga juga dikuasai Umno.
Sehingga kini pelbagai usaha dan program dilaksanakan di mana mendapat sokongan menggalakkan masyarakat tempatan.
Abdullah yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dun Air Lanas berkata PAS berusaha memperkasakan khidmat kepada rakyat dalam misi menawan semula kawasan itu.
Katanya banyak program dan aktiviti yang diadakan sejak berakhir kempen PRU13 mendapat sambutan memberangsangkan penduduk setempat.
“Rakyat kembali bersemangat selepas usaha mereka mempertahankan Dun berkenaan pada PRU lepas tidak menjadi kenyataan.
“Kali ini mereka bekerja lebih kuat dan tekun lagi dalam misi merampas semula Dun berkenaan. Begitu juga dua lagi Dun dan kawasan Parlimen Jeli.
“Malah ramai penyokong Umno juga kecewa BN di bawah Perdana Menteri sekarang membebankan rakyat termasuk risiko GST,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Khitan Perdana dan penyampaian sumbangan kepada pelajar IPT sesi kedua.
Khitan perdana itu disetai seramai 100 kanak-kanak sebahagian kalangan keluarga miskin.
Manakala program forum anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang diadakan di Dewan Rabana baru-baru ini turut mendapat sambutan menggalakkan penduduk tempatan.
Forum itu mendedahkan fikrah dan perjuangan arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang memimpin kerajaan Kelantan dan PAS.
Panelisnya Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, bekas Setiausaha Sulit Tok Guru, Dr Nik Azlan Abdul Hadi dan Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad. – HARAKAHDAILY 10/12/2015 Sumber HD - 10-12-2015
Barat kagumi al-Quran, G25 taksub akal
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Pihak yang menganggap isu khalwat hak privasi seseorang disifatkan sebagai berada di luar kewajaran akal dan adab manusia.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata perbuatan khalwat dengan berdua-dua antara lelaki dan perempuan bukan mahram merupakan penyumbang kepada kanser masyarakat.
“Ini bukan sebuah cereka semata-mata. Perbuatan khalwat di premis milik peribadi adalah dosa pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam.
“Malaysia satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu,” katanya yang juga seorang peguam.
Isu khalwat menjadi geger apabila jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin dilapor memberitahu pihaknya menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana ia hak dan privasi seseorang.
Mumtaz juga berkata, hubungan sulit di tempat sunyi terletak di bawah Enakmen Keluarga Islam.
Khalwat dimaksudkan berdua-duaan tanpa hubungan yang sah dan dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak.
“Untuk apa G25 mahu mencari populariti dan kontroversi. Mereka dilihat seperti mahu meminda undang-undang Allah kerana bertentangan dengan nafsu manusia,” katanya.
Menurutnya pada saat masyarat barat dan timur tercari-cari kebenaran dengan keajaiban al-Quran, ada juga golongan memuja hukum manusia. – HARAKAHDAILY 10/12/2015 Sumber HD - 10-12-2015
Mangsa banjir terima kunci rumah kekal
ASLANI M | .
KUALA KRAI: Selepas hampir setahun berteduh di rumah transit akhirnya 30 mangsa banjir yang kehilangan rumah akibat bah besar akhir tahun lepas menerima kunci rumah Desa Darul Ehsan semalam.
Seramai 30 mangsa banjir menerima kunci rumah banglow tersebut yang disampaikan Exco kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.
Sebanyak 60 unit dibina kerajaan Selangor di kawasan seluas 7 ekar membabitkan kos RM6.2 juta.
Adun Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah berkata separuh daripada 60 mangsa banjir kini boleh menduduki rumah tersebut selepas menumpang di rumah transit sebelum ini.
Katanya mangsa banjir terbabit sebelum ini menumpang di tanah rezab sungai dan Kereta Api Tanah Melayu, musnah sama sekali akibat banjir besar akhir tahun lepas.
“Kita bersyukur kini mereka boleh tinggal di rumah yang jauh lebih selesa dan lokasinya lebih selamat berbanding tapak rumah lama mereka.
“Sebagai mewakili rakyat Dun Manek Urai saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Selangor kerana membiayai rumah kekal mangsa banjir terbabit,” katanya di sini.
Hadir sama pada program itu anggota Exco kerajaa Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Mengkebang, Abdul Latif Abd Rahman dan Ketua Jajahan Kuala Krai, Tengku Azmi Tengku Jaafar.
Difahamkan penyerahan fasa kedua 30 unit lagi di Desa Darul Ehsan dijangka dilakukan Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob Februari depan.
Pelancaran projek terbabit dilakukan pada 17 Jun lepas oleh Mohamad Azmin Ali.
Mohd Fauzi juga berkata sebanyak 10 rumah kekal fasa pertama siap dibina kerajaan negeri di Dun Manek Urai dan enam lagi dalam pembinaan fasa kedua. - HARAKAHDAILY 9/12/2015 Sumber HD - 9-12-2015
GST: Rumah mampu milik naik harga
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ternyata memberi kesan kepada pembinaan projek perumahan sehingga memaksa berlaku kenaikan harga.
Mengambil kira masalah tersebut kerajaan negeri menambah peruntukan bagi membolehkan projek rumah mampu milik Kelantan di Badang dekat sini dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM9 juta bagi projek berkenaan.
Katanya projek tersebut telah dilakukan pecah tanah pada 23 Febuari tahun lepas serentak dengan pelancaran projek rumah mampu milik Kelantan.
“Ia dibangunkan di kawasan seluas 4.92 ekar akan dibangunkan tiga blok yang mengandungi unit rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana.
“Sebanyak 334 unit akan dibina di penempatan tersebut. Kerja-kerja menanam cerucuk sudah dilaksanakan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kota Darulnaim hari ini.
Pada majlis itu Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri mewakili kerajaan negeri, manakala PKINK diwakili Ketua Eksekutif, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan Timbalan Menteri Besar, Ustaz Datuk Mohd Amar Abdullah.
Hadir sama anggota-anggota Exco, pegawai kanan kerajaan negeri dan PKINK.
Rumah mampu milik di Badang merupakan projek pertama kerajaan negeri meliputi kos rendah sebanyak 162 unit, sederhana rendah (108 unit) dan sederhana (64 unit).
Rumah kos rendah dijual dengan harga RM45,000, sederhana rendah (RM85,000) dan sederhana (RM130,000).
Bagaimanapun sebelum pelaksanaan GST apartmen itu ditawar pada harga RM43,000 kos rendah, sederhana rendah (RM65,000) dan sederhana (RM99,000).
Abdul Fattah berkata, projek berkenaan memberi keutamaan kepada penduduk yang tinggal di lembah Sungai Kelantan di sekitar Kota Bharu.
Syarat lain keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan. - HARAKAHDAILY 9/12/2015 Sumber HD - 9-12-2015
Perjuangan tuntut royalti Kelantan diteruskan
R KELANTAN | FOTO WAN ZAHARI | .
Kelantan menang rayuan untuk kemukakan 14 isu dalam perbicaraan kes saman Kerajaan Kelantan terhadap Petronas.
Walaupun perjuangan melalui mahkamah masih jauh dan berliku, Pertubuhan R Kelantan (Royalti, R) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan dan kelangsungan perjuangan menuntut royalti.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang hadir menyatakan sokongan di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan turut mendoakan kejayaan perbicaraan itu. Kehadiran pimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri, Adun, Ahli Parlimen, aktivis R dan wakil Persatuan Anak Kelantan - Perakan dan Persada serta rakyat Kelantan.
Sesungguhnya perjuangan royalti ini berupaya menyatukan rakyat Kelantan tanpa mengira latar belakang politik. Kehadiran wakil dari PAS, PKR, PAN dan PSM menggambarkan bahawa perjuangan royalti ini adalah hak rakyat Kelantan keseluruhannya.
Tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan di atas kejayaan @ keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan 14 isu dari Kelantan dimasukkan semula, selepas ditolak Mahkamah Tinggi pada 10 April 2015.
Mengimbas pada 30 Ogos 2010, Kerajaan Kelantan telah memfailkan writ saman terhadap Petronas. Bermula dari itu, proses mahkamah telah menyaksikan beberapa perkara aneh.
i. Pertama, kerajaan Malaysia secara tiba-tiba memohon menjadi defendan kedua (asalnya tuntutan Kelantan hanya melibatkan Petronas). Mahkamah meluluskan perkara ini.
ii. Kedua, Mahkamah Tinggi menukar kes dari Mahkamah Dagangan kepada Mahkamah Sivil. Pertukaran ini dilakukan tanpa permohonan pihak yang memfaikan. Hanya notis disampaikan kepada pihak Kelantan.
iii. Ketiga, mahkamah menetapkan kes tidak boleh membawa saksi hidup. Hanya menggunakan Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Ini bermakna, saksi seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi Petronas ketika perjanjian ditandatangani) dan Tun Salleh Abas (pembuat perjanjian) masih hidup dan bersedia memberi keterangan, tidak boleh tampil.
iv. Keempat, Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 juga bermakna, tiada perbicaraan terbuka yang boleh dihadiri media dan awam. Sebaliknya satu perbicaraan dalam kamar.
v. Kelima, pada asalnya, Kerajaan Kelantan yang memfailkan kes terhadap Petronas. Tetapi Mahkamah Tinggi pada 10 April 2015 telah menolak 14 isu (persoalan) dari fail Kelantan. Sebaliknya menggunakan 6 isu dari Petronas dan 3 isu dari kerajaan Malaysia.
Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 Disember 2015 telah mengembalikan semula fail Kelantan di landasan yang sebenarnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Walau masih tidak dibenarkan membawa saksi hidup, tetapi afidavit (dalam bentuk dokumen) berupaya memberikan harapan baru.
Bagi pihak Royalti, perjuangan menuntut kedaulatan hasil bumi Kelantan mempunyai banyak sektor. Jalan raya, gerakan massa, forum pendidikan dan juga proses mahkamah. Walaupun proses mahkamah sangat rumit dan kini seolah-olah memberi sedikit sinar dan kejayaan awal, perjuangan melalui sektor-sektor lain tetap akan diteruskan. - HARAKAHDAILY 9/12/2015 Sumber HD - 9-12-2015
Kelantan Nekad Laksana Kanun Jenayah Syariah
Posted on Wednesday, December 09 @ 12:42:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Sejak awal pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kelantan 25 tahun yang lalu, perjuangan untuk melaksanakan undang-undang Islam berkait dengan hudud, qisas dan ta'zir telah diusahakan sebaik mungkin. Pada 7 Mei 1992, Almarhum Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar ketika itu telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Malaysia memohon untuk melaksanakan sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam. Namun pada 15 ogos 1992 Perdana Menteri menghantar surat balas menolak permohonan tersebut.
2- Usaha diteruskan lagi dengan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada 25 November 1993. Tok Guru sekali lagi menulis surat pada 21 Mac 1994 kepada Kerajaan Persekutuan memohon untuk melaksanakan hudud, akan tetapi ditolak melalui surat yang dihantar bertarikh 15 Julai 1994.Tok Guru seterusnya menghantar lagi sepucuk surat pada 17 November 1994 bagi memberi gambaran jelas bahawa hudud yang akan dilaksanakan ini adalah tuntutan dan perundangan Allah, ianya tiada kena mengena dengan agenda politik sebagaimana yang ditohmah oleh Barisan Nasional pada masa itu. Walaupun berkali-kali ditolak, tetapi tidak timbul pada masa itu PAS yang mentadbir Kerajaan Kelantan telah ditipu oleh Umno/BN!
3- Usaha Kerajaan Negeri diteruskan lagi dengan diadakan Sambutan Hari Hududullah saban tahun sehingga ke hari ini. Sambutan ini diadakan bagi menjelaskan kepada rakyat Kelantan pelbagai kaum agar dapat memahami tentang Kanun Jenayah Syariah (KJS) yang bersifat mendidik dan bukannya semata-mata menghukum. Jika disemak melalui ucapan-ucapan Tok Guru semasa beliau menjawat jawatan Menteri Besar, terlalu kerap beliau mengaitkan ucapannya dengan kewajipan melaksanakan hukum Allah di atas muka bumi. Walaupun kompenan BN tidak berhenti menyerang usaha ini dengan tuduhan ianya agenda politik PAS, Tok Guru terus berdakwah dan menerangkan peri-penting pelaksanaan KJS. Kini, perjuangan Tok Guru telah disambung oleh YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob, sebagai penerus kepimpinan Kelantan Membangun Bersama Islam.
4- YAB Ustaz Dato' dengan tegas menyebut berkali-kali dalam ucapannya bahawa KJS ini adalah agenda utama yang sentiasa diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri dan PAS sehingga ianya terlaksana. Usaha untuk menjadikan tahun 2015 sebagai ‘tahun mula’ pelaksanaan KJS sentiasa diuar-uarkan kepada khalayak bagi mempertingkatkan persediaan dari semua sudut disamping memberi semangat kepada rakyat dalam mendokong serta menyokong penuh pelaksanaan KJS di Kelantan.
5- Beliau memandang serius usaha-usaha untuk menjayakan pelaksanaan KJS semasa diberi mandat sebagai Menteri Besar. Menurutnya, tiada guna beliau memegang jawatan tersebut tanpa mempastikan usaha pelaksanaan KJS berjaya sepenuhnya di Kelantan. Namun, malangnya sesetengah pihak yang sengaja mencari kesalahan beliau, mengambil peluang menghujum dan mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana dikatakan gagal untuk melaksanakan KJS pada tahun 2015 ini.
6- Pada hakikatnya, beliau beserta kepimpinan Kerajaan Negeri telah berusaha semaksima mungkin antaranya dengan memperuntukan sejumlah RM1 juta setiap tahun bermula tahun 2014 demi untuk menjayakan persiapan prasarana kearah pelaksanaan KJS. Sehingga kini, semua persediaan termasuk pindaan enakmen, tatacara, persediaan Kerajaan Negeri dan beberapa prasarana lain telah disediakan. Akan tetapi, usaha pada tahun ini belum lagi berjaya apabila usul pindaan akta 355 yang diangkat ke Dewan Rakyat masih tidak diberi laluan.
7- Kerajaan Negeri telahpun berusaha sedaya-upaya, namun pelaksanaan KJS masih terhalang. Yakinlah, Allah telah mengira usaha ini sebagai jihad dalam melaksanakan tuntutan-Nya dan Allah pasti meredhai kepimpinan Kerajaan Negeri yang tidak berputus-asa bekerja untuk menjayakannya. Soal usaha ini ditipu atau masuk perangkap Umno sebagaimana dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab adalah ucapan yang tiada asas bahkan tidak sepatut keluar daripada mulut seseorang muslim yang telah memahami tuntutan memperjuangkan Islam dan tribulasi yang bakal dihadapi.
8- Ketahuilah, bahawa tabiat perjuangan Islam sudah pasti akan ada ranjau dan penghalangnya. Ia adalah sunatullah dalam kehidupan pejuang yang menegakkan tuntutan agama. Jika perjuangan Rasulullah S.A.W pun pernah didustai, dipinggirkan serta dihalang, maka begitulah juga tabiat perjuangan golongan yang berada diatas landasan perjuangan Islam. Baca dan fahamilah Al-Quran yang menjelaskan tentang liku-liku pahit yang dilalui oleh generasi terdahulu, firman Allah:
وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ Maksudnya: Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka sememangnya menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka, kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Al-Anfal: 30)
Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (tipu daya terhadap Nabi-Nabi mereka). Oleh itu, (janganlah engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri dan orang-orang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan buruk) pada hari akhirat kelak. (Al-Ra'd:42)
9- Sebilangan Mufassirin menghuraikan ayat diatas berikutan kisah Nabi Isa A.S yang dikhianati oleh pengikutnya dan orang-orang Yahudi yang telah merencana pelbagai tuduhan dan tipu daya terhadap Baginda A.S. Mereka merancang untuk membunuh Nabi Isa A.S. Namun, Allah menyelamatkan Nabi Isa daripada musibah tersebut. Terlalu banyak kisah perjuangan para Rasul yang telah didustai oleh kaum mereka sendiri daripada kalangan kuffar dan munafiqin, namun mereka tetap bersabar. Sementara para Hawari atau pengikut Rasul tetap istiqamah menyokong usaha Rasul mereka dan sama sekali mereka tidak pernah menyalahkan Rasul-Rasul diatas tipu daya yang telah dilakukan oleh musuh mereka.
10- Umat Islam perlu sedar bahawa tipu daya daripada pihak musuh ketika memperjuangkan Islam, adalah perkara yang sudah pasti. Baki lagi kita hendaklah berwaspada dan selebihnya diserahkan kepada kuasa Allah. Perlu diingat, bahawa kita sebagai umat Islam memperjuangkan tuntutan agama adalah bukan kerana wadah politik dan kerana habuan tertentu. Kita berhempas-pulas berjuang adalah semata-mata kerana Allah. Kita juga telah menimbang baik atau buruk serta mafsadah dan maslahahnya sebelum melaksanakan sesuatu agenda.
11- Maka atas dasar inilah, pimpinan PAS dan juga Kerajaan Negeri Kelantan telah membincangkan agenda pelaksanaan KJS secara syura dan keputusan yang dibuat adalah keputusan sepakat! Apa sahaja halangan dan risiko selepas ini, kita serahkan kepada Allah. Jika musuh Islam atau musuh politik ingin menipu usaha ini, sesungguhnya mereka bukanlah menipu PAS atau Kerajaan Kelantan, sebaliknya mereka menipu dan menafikan hak Allah! Renunglah sebuah penegasan dan motivasi Allah SWT kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW dikala menghadapi tipu daya musuh dan pelbagai halangan:
قَدْ نَعْلَمُ إِنَّهُ لَيَحْزُنُكَ الَّذِي يَقُولُونَ فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَٰكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ. وَلَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَ فَصَبَرُوا عَلَىٰ مَا كُذِّبُوا وَأُوذُوا حَتَّىٰ أَتَاهُمْ نَصْرُنَا وَلَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ وَلَقَدْ جَاءَكَ مِن نَّبَإِ الْمُرْسَلِينَ. Maksudnya: Sesungguhnya, Kami mengetahui bahawasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (Maka janganlah kamu bersedih hati) karena mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mempertikaikan ayat-ayat Allah. Sesungguhnya Rasul-Rasul sebelum kamu juga telah didustai, akan tetapi mereka sabar terhadap penipuan dan penganiayaan yang dilakukan, sehingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Tiada seorangpun yang dapat merubah janji-janji Allah dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian daripada berita Rasul-Rasul itu. (Al-An'am:33-34)
12- Usahlah orang-orang PAS khususnya dan penganut agama Islam dalam parti lain mengambil posisi menyerang Kerajaan Negeri Kelantan dalam hal pelaksanaan KJS. Ianya sangat rugi kerana akan menjejaskan ‘mood’ rakyat yang sudah bersemangat untuk melihat pelaksanaan KJS benar-benar terlaksana. Islam sama-sekali tidak membenarkan seseorang muslim untuk bertindak mengelirukan masyarakat apatah lagi menyebabkan umat Islam ‘undur ke belakang’ dalam memahami tuntutan Allah. Hargailah usaha pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjaya memperlihatkan kepada ummah bahawa KJS adalah tuntutan Allah dan ianya pada hari ini tidak lagi diratib sebagai agenda politik kepartian. Sokongan padu yang telah diberikan dan perbincangan secara meluas berkaitan hudud, qisas dan ta’zir adalah merupakan kemenangan yang insya-Allah kemenangan lebih besar akan dikurniakan oleh Allah peringkat demi peringkat, yakinlah!
Mohd Asri Mat Daud Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kelantan
Sumber TKO - 9-12-2015
Umno wajib tukar dasar, bukan tukar skrip
MUMTAZ MD NAWI | .
HATI orang hanya Allah SWT yang tahu namun kalau ia strategi terancang dan berperancangan maka lakonan berskrip panjang Umno, Najib, Muhyiddin dan Mahathir nyata ada genre yang agak menarik dan ada plotnya.
Pelbagai isu ekonomi dan kewangan negara secara zahir dan hakikatnya menjerut leher rakyat tidak mungkin selesai dengan ucapan dan harapan yang masih diperankan oleh orang dan individu yang sama dengan dasar yang sama tapi dialog yang sedikit berbeza.
TPPA, GST, Royalti, 1MDB, Akta 355 adalah isu rakyat yang perlu tindakan bukan janji kosong dan mata terbuntang.
Membaca amanat dari beberapa pimpinan Umno kini mula menampakkan keperluan untuk cenderung balik kepada Islam dan ajarannya sebagai teras untuk kembali menarik hati rakyat.
Namun masih tiada tanda ia akan mengubah dasar perjuangan kepuakan dan mengaplikasikan Islam dalam seluruh aspek kehidupan termasuk undang-undang jenayah. Sekalipun semua menyedari kes jenayah berat dan jenayah sosial bertali arus dilaporkan bertambah setiap hari didalam bandar mahupun diceruk kampung.
Hentikanlah drama sama ada diparlimen atau luar parlimen dan buktikan dgn perbuatan dan tindakan-tukar dasar dengan segera dan gantilah pemimpin dan pentadbir yang benar, kalau inginkan benar-benar sayangkan dan mahu negara ini dan rakyatnya selamat.
Semoga Islam akan menjadi peneraju dalam semua aspek negara sebagaimana Nabi Muhammad saw yang sering diidolakan dan dinasyidkan dalam program mereka akhir-akhir ini.
Islam Penyelamat Negara dan Rakyat. Allahu Akbar! - HARAKAHDAILY 8/12/2015
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kelantan. Sumber HD - 8-12-2015
Kelantan sebagai “the land of Dinar”
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Pelaksanaan mata wang syariah dapat membebaskan masyarakat daripada amalan riba kata Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Selain itu mata wang syariah dapat menyelamatkan ummah kerana kalis inflasi.
Oleh itu, katanya kerajaan negeri terus komited merealisasikan pembangunan mata wang syariah di negeri ini.
“Dinar diharap dapat digunakan dalam masyarakat biar pun bukan sebagai mata wang sekarang, namun ia boleh dijadikan hadiah dan urusan perkahwinan,” katanya selepas pelancaran Dinar Emas dan Wafer di Kota Darulnaim petang semalam.
Mata wang syariah itu dilancarkan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pada Oktober 2010. Dan semalam sekali lagi kerajaan negeri melancar Dinar dan Wafer edisi baru.
Menteri Besar juga berkata Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Kelantan Golden Trade (KGT) melakukan penyelidikan termasuk aspek keselamatan Dinar dan Dirham.
Katanya Dinar, wafer dan Dirham kini dilengkapkan sijil ketulenan yang disahkan, selain mempunyai nombor siri bagi mengesan pergerakannya di pasaran.
Kata Ustaz Ahmad penggunaan wafer bertujuan memberi peluang kepada pembeli yang belum mampu membeli Dinar.
“Hasrat kerajaan negeri menjadikan Kelantan sebagai ‘the land of Dinar & Dirham. Setelah lima tahun menyelidik kini diperkenalkan wafer emas,” ujarnya.
Beliau juga berkata kerajaan negeri menetapkan dasar pelombong emas di negeri ini perlu menjual emas kepada KGT tidak melebihi 30 peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh. – HARAKAHDAILY 8/12/2015 Sumber HD - 8-12-2015
Royalti: 14 isu tuntutan di benar ke Mahkamah Tinggi
SALMIYAH HARUN | .
PUTRJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengizinkan Kelantan membawa kesemua 14 isu berkait tuntutan royalti Petroleum ke Mahkamah Tinggi.
Keputusan tersebut diputuskan oleh tiga orang hakim yang bersidang bagi mendengar rayuan kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mei lalu.
Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan negeri berkata keputusan tersebut mengarahkan hakim Mahkamah Tinggi menerima terlebih dahulu rayuan itu.
"Hakim Mahkamah Tinggi mesti menerima 14 isu yang kita buat ini untuk dipertimbangkan terima atau tidak itu terpulang kepada dia, yang pastinya dia kena terima dahulu isu tersebut.
"Yang pasti, dia tidak boleh tolak. Seperti yang sebelum ini, Mahkamah terus tolak apabila kita masuk 14 isu ini," katanya ketika ditemui selepas kes rayuan itu selesai di Istana Kehakiman disini.
Perbicaraan hari ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mei 2015 menolak untuk membicarakan 14 isu dan persoalan pokok menerusi Aturan 14 A mengenai hak Kerajaan Kelantan ke atas telaga minyak di perairan negeri itu yang dicarigali oleh Petronas serta royalti yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan.
Petronas mengemukakan enam isu manakala Kerajaan Malaysia mengemukakan tiga isu yang sama dengan Petronas dalam jawapan pembelaan mereka.
Kesemua 14 isu ini sangat relevan dan penting untuk maruah dan kedaulatan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri dalam persekutuan, tanah, hak pemunyaan dan perjanjian termasuk bayaran royalti dan tunai 5% kepada Kelantan dan rakyat Kelantan.
"Dan hari ini Alhamdulillah, kita berjaya dalam kes rayuan tersebut berkat doa, solat hajat, sokongan semua rakyat Kelantan. Terima kasih kepada semua yang mendokong perjuangan ini.
"Ia adalah sangat bermakna dalam menunjukkan tanggungjawab moral dan komitmen kepada kerajaan negeri Kelantan dan rakyat yang sebenarnya sebagai tuan punya yang berhak untuk menikmati hasil bumi tanah air sendiri," ujar NGO Royalti kepada Harakahdaily
Justeru katanya, perjuangan ini selari dengan Islam dan undang-undang Malaysia demi menegakkan hak hakiki rakyat dalam membela ekonomi tuan tanah asal petroleum itu sendiri. – HARAKAHDAILY 7/12/2015 Sumber HD - 7-12-2015
Elaun penghulu Kelantan antara tertinggi di Malaysia
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Berdepan kekangan kewangan tidak membantut usaha kerajaan Kelantan menjaga kebajikan penghulu, apabila menaikkan elaun bulanan kepada RM900.
Malah kadar tersebut merupakan antara tertinggi di Malaysia, juga lebih tinggi berbanding elaun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sebanyak RM800.
Elaun baru dinikmati penghulu di Kelantan dibayar mulai Julai lepas. Sebelum ini elaun mereka sebanyak RM600 sebulan sejak 2007.
Pengarah Urusetia Majlis Penghulu Kelantan Jamaluddin Ishak (kiri) berkata selepas PAS mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Oktober 1990, elaun bulanan penghulu dibayar sebanyak RM400.
Katanya di Kelantan terdapat seramai 790 penghulu mukim dan tanpa mukim termasuk wakil kaum mewakili masyarakat Cina, India, Siam dan Orang Asal.
“Penghulu terbabit juga termasuk 14 wakil PKR dan dua wakil yang pernah dicadang DAP. Kadar elaun baru tersebut diharap dapat menyuntik semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
“Kadar elaun diambil kira dengan kos kehidupan yang semakin meningkat sekarang dan bebanan tugas penghulu,” katanya di sini.
Beliau juga berkata pelantikan penghulu di Kelantan dibuat secara kontrak dari setahun ke setahun.
Syarat pelantikannya pada peringkat pertama berusia antara 18 hingga 55 tahun. Malah pelantikan boleh disambung sehingga usia 60 tahun bagi yang berkhidmat cemerlang.
Dan sekali lagi boleh disambung sehingga usia 65 tahun dalam kes-kes tertentu dengan rayuan daripada pengurusan parti peringkat kawasan.
Jamaluddin juga berkata bagi memastikan penghulu lebih terbela Koperasi Penghulu Negeri Kelantan Bhd juga ditubuh bagi meningkatkan ekonomi mereka.
Selain itu setiap penghulu juga dicarum dalam skim takaful dengan bayaran sebanyak RM20 setahun. Mereka akan mendapat manfaat RM10,000 sekiranya meninggal dunia. – HARAKAHDAILY 7/12/2015 Sumber HD - 7-12-2015
Insya Allah, Kelantan kekal bawah kepimpinan ulama
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: “Pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, Kelantan kita kekalkan di bawah kepimpinan ulama diterajui PAS, insya Allah,” ujar Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Bagaimanapun, katanya ‘cetusan konvensyen’ politik Umno negeri ini sebagai satu isyarat bahawa Umno bersungguh-sungguh untuk menawan Kelantan.
“Namun kita yakin dengan perjuangan kita. Bahkan rakyat khususnya pendukung PAS sangat memahami keadaan isu semasa, dan meneruskan perjuangan serta sokongan mereka sehingga 25 tahun kini bersama PAS, memerintah Kelantan.
“Dan kita yakin bahawa perjuangan kita bukan atas asas peribadi, tetapi atas asas yang dikehendaki Allah swt. Benda benar tetap benar,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan ketika ditemui media pada kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini hari ini.
Mengenai hasrat Pengerusi Umno Kelantan mahu menjadikan PRU14 ‘Kelantan milik Umno’, beliau berkata sebenarnya mereka patut sedar diri.
“Apabila mereka mendakwa kita ada ‘penyakit’, namun mereka pun ada ‘penyakit’ juga, bahkan lebih berat lagi.
“Sembuhkan penyakit itu dahulu, kemudian kita sama-sama berjuang.
"Ini demokrasi, tiada masalah, dan seterusnya terserahlah kepada rakyat memilih parti mana memerintah Kelantan pada PRU14 nanti,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 4/12/2015 Sumber HD - 4-12-2015
MB serah kunci lima lagi rumah mangsa banjir
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: YAB Menteri Besar Kelantan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Taman Firdaus Kg Berlian, Mukim Kok Keli Tumpat.
Sebanyak lima unit rumah kekal telah diserahkan kepada penerima masing-masing. Rumah kekal tersebut telah dibina oleh PKINK melalui anak syarikatnya Kelkon Sdn Bhd.
Dengan penyerahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan rumah kekal yang telah didiami ialah sebanyak 378 unit daripada jumlah keseluruhan 720 unit.
Jumlah tersebut adalah hasil pembinaan yang telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri dan NGO.
Sebanyak 47 unit rumah kekal di tiga kawasan iaitu Machang, Tumpat dan Pasir Mas telah siap sepenuhnya dan telah diduduki.
Di Kota Bharu masih terdapat lima unit yang dalam prapembinaan daripada jumlah 16 unit kesemuanya. Sementara di Gua Musang dan Kuala Krai, ada rumah-rumah yang telah siap namun belum boleh diduduki kerana kerja-kerja infrastruktur sedang dijalankan umpamanya sebanyak 44 unit rumah di Mukim Pulai.
Kerajaan Negeri sebelum ini melalui kenyataan rasmi YAB Menteri Besar akan menyiapkan sejumlah 600 unit rumah kekal kepada semua mangsa banjir yang rumah mereka rosak keseluruhannya.
Baki rumah kekal yang lain akan disiapkan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan sebagaimana dalam persetujuan yang telah diambil. – HARAKAHDAILY 4/11/2015 Sumber HD - 4-12-2015
Desas -Desus Rombakan Exco Adalah Tidak Benar
Posted on Thursday, December 03 @ 09:38:12 MYT by paktam
Oleh Mohd Asri Mat Daud
Desas-desus daripada media sosial dan alternatif yang memaparkan berita tidak benar berkaitan rombakan Exco termasuk Timbalan Menteri besar Kerajaan Negeri Kelantan amat dikesali kerana membuka ruang fitnah dan menjadi pertanyaan kebanyakan pembaca facebook serta blog.
Kenyataan yang yang mengaitkan YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob selaku Menteri Besar Kelantan dalam membentuk Exco Kerajaan Negeri selepas PRU ke-13 dalam tempoh 48 jam sebagaimana yang didakwa oleh pihak tertentu dalam laman sosial adalah tidak benar sama sekali.
Berita yang hanya dikutip dijalanan turut mendedahkan bahawa barisan Exco yang telah dilantik tidak berfungsi termasuk YB Timbalan Menteri Besar juga akan turut sama ditukar oleh YAB Menteri Besar adalah berita dan desas-desus yang tidak berasas serta fitnah kepada barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Sepatutnya maklumat berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri hendaklah dirujuk dahulu melalui sumber berautoriti Kerajaan Negeri Kelantan.
Islam dengan keras melarang sama sekali mengambil berita tanpa di selidik apatah lagi terus menerima berita dan desas-desus tersebut lalu disebarkan kepada khalayak. Berita persinggahan dan jalanan ini biasanya dilakukan oleh orang fasik dan peringatan hal ini ditegaskan oleh Allah dalam maksud firman-Nya :
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada golongan lain tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. ( Al-Hujurat : 6 )
Mohd Asri Mat Daud
Setiausaha Akhbar kepada YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan
10 Safar 1436 / 3 Disember 2014
Sumber DD - 3-12-2015
Tanpa bekerjasama ,Kelantan boleh jatuh ke tangan BN
Posted on Thursday, December 03 @ 09:02:28 MYT by paktam
Oleh DARI JENDELA TO'KI BUAT sekian kali dalam ruangan ini penulis membuat ramalan bahawa Kelantan boleh jatuh ke tangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ini juga pandangan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Konvensyen UMNO Kelantan baru-baru ini.
Beliau memberikan alasan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah tidak ada dan senario politik Kelantan di bawah Menteri Besar yang baharu tidak sama. Di samping itu Datuk Ahmad Yakob turut berdepan cabaran parti Amanah Malaysia (Amanah).
Alasan kedua Mustapa ialah perpecahan dalam Pas sendiri. Asas ini benar kerana kekuatan Pas di Kelantan tidak seperti zaman Nik Aziz menjadi Menteri Besar. Amanah sedang menguatkan barisannya untuk menentang Pas dalam PRU-14 nanti. Bila ini terjadi pengaruh Pas akan terbahagi dua dan ini membolehkan pihak ketiga iaitu UMNO mendapat dukungan.
Pas menganggap Amanah sebagai pengkhianat dan belot daripada perjuangan. Amanah menentang Pas kerana dikatakan pemimpinnya sedang berjinak dengan UMNO. Memang terdapat dalam kalangan akar umbi Pas masih jelik melihat UMNO. Ini bakal diambil kesempatan oleh Amanah untuk mendapat sokongan. Untuk mengatakan faktor ini boleh memenangkan Amanah tidaklah mudah tetapi sebagai faktor mengurangkan undi Pas, mungkin.
Faktor ketiga ialah UMNO itu sendiri yang kelihatan semakin kuat dan bersatu. Ini kunci yang boleh membawa kepada kemenangan itu. Penulis pernah beberapa kali hadir di perhimpunan membincangkan isu dakwah, pendidikan dan ekonomi dalam kalangan ahli UMNO Kelantan, sambutan agak baik sekali.
UMNO Kelantan perlu mengatur strategi dari sekarang bagaimana dapat menampilkan pemimpin berwibawa yang berjiwa rakyat dan mendekati rakyat, memahami masalah mereka dan cuba meleraikan masalah yang berbangkit. Dengan dukungan Mustapa, beliau amat dihormati kerana caranya sering turun ke bawah dan merakyat. Ia adalah aset bagi UMNO Kelantan.
Faktor agama amat penting bagi Kelantan. Calon-calon yang berintegriti tinggi perlu ditampilkan dari sekarang yang mengambil pendekatan sederhana, melakukan perancangan lebih tersusun mengembangkan dakwah, menyusun pendidikan yang Islami dan mengatur kegiatan ekonomi yang memperkasa rakyat.
Pas sendiri sering mengulangi pendirian tidak akan bersama dengan UMNO dalam perjuangan politik dan PRU-14. UMNO harus melakukan pembinaan minda atau jalur berfikir yang lebih ‘real’ iaitu bersedia menghadapi PRU-14 seadanya. Ini tidak bermakna UMNO tidak terbuka untuk menjalin kerjasama demi kebaikan umat Melayu tidak saja di Kelantan tetapi juga di Malaysia.
Di Pulau Pinang kedudukan Lim Guan Eng tercabar terus dengan sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkecuali dalam usul BN terhadap isu tambak laut. Tunjuk perasaan di Komtar meminta Guan Eng kembali ke Melaka dan jawatan Ketua Menteri digantikan dengan orang lain dan peletakan jawatan ramai orang Pas dalam Jawatankuasa Kemajuan menjadikan Guan Eng semakin resah.
Di Perak kedudukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang pernah menjadi Menteri Besar dalam pertikaian. Orang Pas Perak tidak lagi bersama dengannya dan perpecahan Pas dan Amanah menjadi semakin serius.
Di Selangor Mohamed Azmin Ali cuba mencari jalan selamat untuk terus bersama dengan Pas dalam kerangka lama di tengah-tengah desakan DAP supaya Pas disingkirkan. Mohamed Azmin enggan menerima Pakatan Harapan di Selangor dan ini adalah suatu strategi yang tidak popular.
Senario ini digambarkan betapa Pas sedang menghadapi dilema perjuangan di seluruh negara. Tiga wakilnya di Parlimen tidak bersama pimpinan utama Pas dalam undian menolak Bajet 2016. Isu takzir hudud masih belum mampu dibawa ke Parlimen, pendirian beberapa pemimpinnya yang tidak jelas bersama Pas atau Amanah membayangkan keberkesanan syura dan baiah Pas semakin tercabar.
Senario ini tidak mudah dileraikan oleh Pas Pusat dan bakal memberi kesan kepada Pas Kelantan kerana tanpa Pas bekerjasama secara terancang dengan pihak lain Kelantan boleh jatuh ke tangan BN. Ini tidak mustahil terjadi.
KOTA BHARU: Rakyat Kelantan dianggap celik politik dan mereka tidak mudah diperdaya pemimpin Umno bagi merampas negeri itu.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kepimpinan ulama membuktikan kemampuan mentadbir Kelantan sehingga sekarang sudah melewati 25 tahun.
Katanya rakyat Kelantan menikmati banyak program berkebajikan berbanding negeri-negeri lain yang ditadbir di bawah BN.
“Pentadbiran kerajaan Umno dan BN penuh skandal sehingga menyusahkan rakyat. Jadi tidak munasabah rakyat hendak bertukar kepada parti itu,” katanya di sini, hari ini.
Baru-baru ini Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendakwa parti itu akan merampas Kelantan pada PRU14.
Che Abdullah juga berkata kerajaan Kelantan tidak pernah menyimpang dari acuan dirintis Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun beliau menyifatkan kenyataan Mustapa tidak boleh dipandang remeh dan perlu ada kesungguhan jentera pilihan raya PAS bagi mempertahankan Kelantan sama ada daripada Umno atau PAN. - HARAKAHDAILY 2/12/2015 Sumber HD - 2-12-2015
Tiada benteng punca Sungai Golok melimpah
ASLANI M | .
RANTAU PANJANG: Hujan lebat di kawasan hulu di sempadan Thailand menyebabkan berlaku limpahan Sungai Golok di beberapa tempat di sini petang semalam.
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang jam 5.30 petang semalam dicatat 9.59 meter iaitu tahap merbahaya.
Malah laluan dari Pasir Mas ke Rantau Panjang melalui jalan lama juga terputus hubungan di Kampung Gual Tok Deh.
Penghulu Bandar Rantau Panjang Wan Idris Wan Deraman bagaimanapun berkata paras air Sungai Golok surut hari ini memandangkan cuaca agak cerah.
Katanya, biar pun berlaku peningkatan paras Sungai Golok semalam namun belum ada mangsa banjir yang dipindahkan.
Katanya, hanya kawasan rendah yang terletak berhampiran Sungai Golok yang tenggelam semalam.
“Air Sungai Golok lebih mudah melimpah ke sebelah Kelantan berbanding sebelah Bandar Sungai Golok kerana ada benteng yang sudah lama dibina kerajaan Thailand.
“Biar pun air tidak melimpah di sebelah Thailand namun kelihatan anggota tentera meronda bagi menjaga keselamatan penduduk,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD) Gual Periok di sini.
Beliau juga berkata Adun Gual Periuk menyedia peruntukan sebanyak RM5,000 bagi membeli keperluan asas untuk diagih kepada penduduk sekiranya berlaku banjir.
Katanya sebanyak 300 bungkusan makanan akan disediakan dan diagih kepada 14 penghulu di Dun berkenaan. - HARAKAHDAILY 1/12/2015 Sumber HD - 1-12-2015
Umno lebih baik fokus pertahan kerajaan pusat
AHMAD FADHLI SHAARI | .
Saya baca kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyebut bahawa sekarang ialah masa yang paling sesuai untuk Umno merampas Kelantan. Saya kira kenyataan ini agak terpesong dari realiti sebenar yang berlaku hari ini.
Situasi sekarang ialah Umno sudah sangat tenat dan tidak pernah Umno mengalami krisis sebegini di dalam sejarah. Keyakinan rakyat tehadap kemampuan Umno dan Barisan Nasional berada di tahap yang sangat rendah ekoran situasi ekonomi yang sangat tidak menentu.
Nilai mata wang ringgit Malaysia yang diniagakan dengan nilai yang sangat teruk membayangkan keyakinan pelabur asing juga berada pada tahap yang sangat membimbangkan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Menteri yang bertanggungjawab berhubung perdagangan antarabangsa wajar melihat ini sebagai agenda utama.
Sekadar yakin untuk merampas Kelantan bukanlah satu perkara baru bahkan menjelang pilihanraya umum 2008, Umno Kelantan pernah menabalkan bakal 'Menteri Besar' yang hari ini telah hilang dari landskap politik.
Justeru, saya kira Umno fokuslah kepada usaha pertahankan kerajaan pusat terlebih dahulu. Majoriti 47 undi di Dun Ayer Lanas dalam pilihan raya umum yang lalu bukanlah tiket yang selesa untuk Datuk Seri Mustapa bercakap tentang merampas Kelantan.
Tambahan pula krisis dalaman Umno yang cukup kuat sehingga mewujudkan 'pasukan Najib' dan 'pasukan Muhyidin', hampir pasti ia akan mencetuskan implikasi sendiri menjelang pilihanraya umum nanti.
Pemuda PAS sedia menyahut cabaran, Insya Allah Kelantan kita kekalkan bahkan Umnolah yang wajar bersiap sedia untuk menjadi pembangkang di peringkat nasional nanti.
Pertahankan Kelantan itu tidak semudah slogan, ia wajib dibuktikan dengan kerja keras! - HARAKAHDAILY 30/11/2015
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Sumber HD - 30-11-2015
Di Ambang banjir! penduduk Kelantan berserah kepada siapa? Posted on Sunday, November 29 @ 06:58:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"Assalamualaikum,,,,
Banjir datang lagi? atau lebih tetap musim banjir datang lagi dengan kemungkinan berlakuknya banjir mungkin sama atau lebih sedikit atau lebih besar dari tahun lepas dan begitu juga Kelantan yang masih trauma dengan banjir tahun lepas segala galanya mungkin, yang tahu hanya ALLAH.Di ambang banjir ini, ada suara suara politik yang cuma memainkan kelemahan kerajaan dalam usaha menghadapi banjir.
Kesempatan diambil untuk membunuh kerektor MB Kelantan yang dikatakan tidak mahu mendengar nasihat orang dan tidak tahu mengurus negeri.Bagaimana pula respon dan persediaan rakyat? Apakah rakyat Kelantan yang terjejas teruk oleh banjir turut menzahirkan perasaan marah kepada kerajaan dan bersedia untuk menukar kerajaan?
Satu persoalan yang menarik untuk ditinjau kerana satu pihak yang nampak konfiden mendakwa kemarahan rakyat sudah sampai ke puncak, rakyat menyalahkan kerajaan kerana banjir tahun lepas dan akan terus menyalahkan kerajaan kalau banjir melanda lagi.Sementara satu lagi suara yang kedengaran mengatakan kerajaan Kelantan sedang mengelabah teruk dan kelihatan sudah bersedia untuk tumbang walaupun PRU masih jauh lagi.
Membaca lapuran dan temuramah dengan bebarapa penduduk Kelantan seperti dilapurkan dalam Detikdaily lapuran wartawan Paktam menampakkan dakwaan di atas sengaja diada adakan sebab kesemua yang ditemuduga dari kalangan umat Islam menyebut tidak mengadakan apa apa persedian untuk menghadapi banjir sebaliknya berserah kepada ALLAH sementara yang bukan Islam turut berkata tiada apa apa persedian juga.
Nampaknya rakyat memilih untuk beriman kepada ALLAH melebihi dari mencampuri urusan politik negeri.Sungguhpun beberapa orang sahaja yang ditemuduga, tetapi kita boleh memahami bahawa mereka mewakili suara majoriti rakyat kelantan yang beriman.Mungkin adalah seorang dua yang berfikiran mahu menukar kerajaan kerana musibah banjir tetapi majoritinya tetap melihat musibah banjir adalah ketentuan ALLAH yang tak dapat dilawan oleh sesiapa pun tak kira kuat semacam manapun mereka.
Kita juga mengerti bahawa musibah banjir menjadi bahan kempen kepada mereka yang mahukan sangat kerajaan Kelantan jatuh bukan kerana musibah itu sendiri tetapi kerana masalah yang timbul dalam menyelesaikan masalah rakyat terutama menyediakan rumah.
Ada NGO yang tampil membantu dan mendakwa merekalah hero, tetapi NGO sebegini hanyalah segelintir yang turut digunakan oleh parti yang mahu memerintah sedangkan ada banyak lagi NGO yang turut membantu tetapi tidak mendapat apa apa publisiti pun.
NGO yang selalu dibangga banggakan itu hanyalah digunakan untuk menunjukkan kegagalan Kerajaan Kelantan menjalankan tugasnya terhadap rakyat.Begitu juga di kalangan rakyat, ada berbagai bagi karenah di mana karenah rakyat yang suka komplin itu dan ini sahaja yang ditonjolkan untuk mengatakan kerajaan gagal, sedangkan majoriti rakyat tidak begitu.
Namun ada suara yang tetap mengatakan hanya parti mereka yang mampu mengatasi masalah rakyat yang terjejas dengan banjir.Nampaknya mereka tak sabar mengambil alih kerajaan Negeri.Tapi rakyat kelantan yang beriman tetap menyerahkan kepada ALLAH bukan kepada kerajaan negeri.
Sumber TKO - 29-11-2015
Rampas Kelantan: Bahtera Umno lagi teruk pecah
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Impian Umno mahu menawan Kelantan bukan hanya sekarang diuar-uarkan, sebaliknya setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) slogan itu diulang-ulang.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata sejak daripada dahulu lagi Umno menguar-uarkan hendak rampas Kelantan.
“Kita pula hendak pertahankan Kelantan. Kedua-duanya dalam konteks berlainan, jadi sama-sama kena bekerjalah.
“Mereka mahu mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku dalam PAS sekarang, dan kita pula mengambil kesempatan isu melibatkan parti itu.
“Umno pun mempunyai banyak penyakit. Melihat kepada keadaan sekarang kita lihat bahtera Umno hampir hendak pecah.
“Saya merasakan peluang kita lebih luas berbanding mereka,” katanya pada sidang media selepas pelancaran sambutan 50 tahun Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sini hari ini.
Semalam Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata parti itu yakin dapat merampas negeri ini daripada PAS pada PRU14 bagi menebus maruah sejak 1990.
Menurutnya ketiadaan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan masalah dalaman PAS sehingga wujud PAN dianggap memberi kelebihan kepada Umno.
Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata PAN hanya baru tumbuh seumpama masih berada dalam polybeg.
“Mereka bubuh baja banyak-banyak dan sering pula dijirus menyebabkan ia nampak segar. Sedangkan PAS sudah berusia 64 tahun dan telah mengharungi pelbagai cabaran dalam perjuangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/11/2015 Sumber HD - 29-11-2015
Kerjasama negeri-pusat demi manfaat rakyat – MB
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kelantan melangkah setapak lagi ke hadapan apabila kerjasama negeri-pusat membolehkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) diwujudkan di negeri ini.
Projek bernilai RM16 juta itu termasuk mengubahsuai bangunan sebanyak RM11 juta dan RM5 juta pengambilan balik tanah, dijangka beroperasi tahun hadapan.
Hubungan rapat dijalin berdasar Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, bagaimanapun ia disalah tafsir pihak tertentu kononnya PAS mahu bergabung dengan Umno.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerjasama itu dapat dilihat di mana dua wakil Kementerian Kewangan (MoF) dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
“Dalam lembaga PKINK pun ada wakil MoF. Ini menggambarkan eratnya peranan kerajaan pusat dan negeri dalam memajukan ekonomi Kelantan.
“Wakil itu menjadi ahli tetap, kalau mereka tidak hadir Lembaga PKINK tidak boleh bermesyuarat,” katanya selepas merasmikan pelancaran sambutan 50 tahun PKINK di Kelantan Trade Centre hari ini.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, pegawai kanan kerajaan, wakil-wakil rakyat dan Ketua Eksekutif PKINK, Dr Wan Zawawi Wan Ismail.
PKINK ditubuh pada 6 November 1966 diusahakan kerajaan PAS pada zaman pemerintahan Datuk Mohd Asri Muda. Pada 6 November 2016 PKINK akan mencapai usia 50 tahun.
UTC diubahsuai daripada bangunan milik PKINK iaitu KB Bazar. Apabila siap kelak UTC akan menempatkan jabatan-jabatan kerajaan pusat dan negeri untuk memudahkan orang ramai berurusan.
Ustaz Ahmad juga berkata kerajaan negeri diberi tempoh tiga bulan bagi menyelesaikan masalah berkaitan termasuk pengambilan tanah bagi membina parkir kenderaan.
“Kita memainkan peranan bagi membolehkan rakyat Kelantan berurusan pada bila-bila masa di UTC termasuk menyelesaikan pembayaran bil pada waktu malam.
“Rakyat datang membayar hasil tanah atau bil lain sambil membeli belah.
Kita jangka UTC beroperasi awal tahun hadapan,” katanya.
Menurutnya juga sejak diwujudkan PKINK berjaya melahirkan ramai usahawan Bumiputera yang berjaya.
Oleh itu beliau berharap peranan PKINK bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan Melayu diteruskan pada masa akan datang.
Kata beliau juga PKINK memain peranan penting dalam pembangunan sektor perumahan dan perladangan di Kelantan.
“Dua sektor ini paling ketara sekali berjaya dibangunkan PKINK dalam tempoh usia 50 tahun,” katanya.
Beliau juga berkata PKINK melakukan penstrukturan semula empat anak syarikat yang kurang berdaya maju iaitu KTC, Kelkon, Perdana Resort dan Kompleks Perkayuan Kelantan. – HARAKAHDAILY 29/11/2015 Sumber HD - 29-11-2015
Solat hajat, munajat elak bah besar - MB Kelantan
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan mengajak rakyat negeri ini solat hajat dan munajat bagi memohon kepada Allah Taala supaya dielakkan daripada berlakunya bah besar seperti tahun lalu.
Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata solat hajat boleh diadakan di masjid atau surau di kampung masing-masing.
“Hanya Allah yang berkuasa di atas segala sesuatu. Kita sekarang berada di musim tengkujuh dan persiapan sewajarnya perlu dibuat dengan baik oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pekeliling Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 24 November lepas menjangka berlaku hujan lebat peringkat kuning di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula 26 hingga 28 November ini.
Bagi menghadapi kemungkinan banjir akhir tahun ini kerajaan negeri turut menyediakan 4,269 anggota penyelamat bagi membantu mangsa banjir.
Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata anggota tersebut terdiri daripada pasukan polis, Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), JPAM, Rela, Kastam, Marin, Jabatan Pengairan dan Saliran, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Briged Sukarelawan Bencana Negara.
Jawatankuasa khas berkenaan di bawah seliaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi.
Bagaimanapun cuaca di Kota Bharu hari ini cerah dan kadang-kadang mendung. - HARAKAHDAILY 26/11/2015 Sumber HD - 26-11-2015
Siapa kata zaman TGNA semua betul? Posted on Thursday, November 26 @ 06:36:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
SHAH ALAM - Sewaktu zaman pemerintahan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, negeri itu turut dihidangi peristiwa pahit manis.
Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh, hal itu berlaku kerana bapanya itu hanya insan biasa yang tidak maksum.
"Siapa kata pada zaman TGNA, semuanya benar dan betul? Itu pembersihan yang kotor. Mana ada kemaksuman daripada insan dan insani?
"Bezanya adalah bagaimana kekurangan, keaiban dan kesalahan itu dibendung dan diperbaiki. Ia berlaku baik, pada zaman pemerintahan almarhum TGNA," katanya melalui tulisan di Facebook.
Menurutnya lagi, peristiwa manis yang dihadapi Kelantan sentiasa disyukuri dengan anggapan ia hadiah dan ganjaran awal sebelum hadiah dan ganjaran yang lebih besar menanti.
"Yang pahit, kadang-kadang adalah daripada fitnah musuh dan kadang-kadang adalah daripada kesalahan sendiri. Jika ia fitnah, maka ia adalah ujian, maka ia dihadapi dengan sabar dan berjuang pertahankan diri. Pahala dan darjat tinggi menanti daripadaNYA.
"Jika ia adalah akibat daripada kesalahan sendiri, ia menjadi balasan dan peringatan. Balasan dan hukuman ALLAH di dunia jika sabar dan diinsafi, ia menghapus dosa dan menghapuskan balasan buruk lebih besar di akhirat nanti. Maka ia menjadi kesyukuran selepas kesabaran," katanya.
Beliau membangkitkan suasana yang sudah tidak berlaku hari ini di mana pemimpin berusaha ke arah kebaikan dan rakyat memberi harapan serta kepercayaan.
"Mengapa ia tidak berlaku hari ini? Adakah tidak menghebohkan kesalahan dan keaiban sesama sendiri di kalangan pemimpin adalah satu legasi buruk daripada dan pada zaman almarhum TGNA?
"Perhatikan, jika anda gemar dan beria-ia membongkar kesalahan atau kekurangan sesama sendiri, anda akan didorong nafsu untuk menokok tambah dengan fitnah dan tuduhan.
Mencampur aduk antara benar dan salah adalah kesukaan syaitan dan kebencian ugama. Anda perlukan syaitan untuk membantu meyakinkan ramai," katanya.
Sebelum ini, Adun Salor, Datuk Husam Musa mempertikaikan pentadbiran kerajaan Kelantan termasuk keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji wakil rakyatnya.
Tambahnya, "Justeru kembalikan kegemilangan era TGNA dengan menuruti sunnah yang baik daripada pemerintahan lampau. Nantinya anda akan dianugerahi kepuasan, ketenangan, keyakinan dan kebahagiaan." - SH
Sumber TKO - 26-11-2015
Ada orang hendak matikan PAS, sifir mereka silap
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Ada orang hendak mematikan PAS di persada politik tanah air. Sifir mereka silap," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, kelahiran PAS bukan kerana emosi atau kecewa dalam pertandingan.
Beliau menegaskan, tetapi PAS lahir atas kesedaran untuk mendaulatkan Islam.
"Berbagai usaha untuk memadamkan PAS, namun PAS tetap segar seperti rumput yang disiram embun pagi," katanya menerusi laman facebook.
Justeru, ujarnya PAS Kelantan yang baru mengadakan sambutan 60 tahun sarat dengan pengalaman jatuh bangun dalam arena politik di negara ini.
Menurutnya lagi, Kelantan kebanggaan ahli PAS di seluruh negara, kerana ia menjadi mercu tanda perjuangan PAS.
Tambahnya, bermula dalam keadaan dagang akhirnya berjaya memerintah negeri Kelantan 1959-1978.
"Kemudian daripada tahun 1990 hingga kini. Alhamdulillah Kelantan menjadi guru politik kepada rakyat di negara ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 24/11/2015 Sumber HD - 24-11-2015
Sambutan 60 Tahun PAS Kelantan | 20 Nov 2015 Posted on Sunday, November 22 @ 15:07:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KOTA BHARU: Ketika masih ada kalangan penyokong keliru dengan dakwaan pemimpin PAN kononnya PAS mahu bergabung dengan Umno, pertandingan pidato khas bertema istiqamah diadakan esok.
Program itu diadakan bagi memperlihatkan idea-idea baru bagi memperkukuh perjuangan sempena sambutan 60 tahun PAS Kelantan.
Malah pada sebelah malam pula diadakan anugerah tokoh istiqamah bagi kategori lelaki dan perempuan yang dicalonkan setiap PAS kawasan di Kelantan.
Setiausaha Jawatankuasa Teknikal sambutan tersebut Wan Zulkefli Wan Muhammad berkata tokoh-tokoh istiqamah turut diberi penginapan percuma di hotel sempena program berkenaan.
“Mereka diberi peluang mendiami hotel dua malam sebagai menghargai semangat istiqamah mereka dalam perjuangan,” katanya di sini.
Sambutan 60 tahun PAS Kelantan dimulakan dengan kuliah pagi Jumaat perdana pada jam 8.45 pagi disampaikan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebelum itu diadakan kawad hormat dan perarakan pemimpin ke pentas utama di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di Jalan Datuk Pati.
Laluan berkenaan sejak pagi tadi ditutup kepada semua lalu lintas. Kenderaan dari pusat bandar untuk ke Jalan Sultan Ibrahim dilencong ke jalan belakang Pejabat PAS berhampiran kedai kain Laila Rawas.
Khemah tempat pameran PAS kawasan dan agensi-agensi kerajaan sedang disiapkan di sepanjang Jalan Datuk Pati.
Perasmian sambutan 60 tahun PAS Kelantan akan disempurnakan Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Datuk Ahmad Yakub.
Selepas itu akan diadakan perasmian Pejabat Legasi Tok Guru dan Galeri Penerangan PAS Kelantan di tingkat satu Pejabat PAS Negeri.
Selepas acara perasmian bermula jam 11 pagi himpunan muslimat diadakan, kemudian diikuti himpunan ulama dan anak muda sebelah petang.
Pentas anak muda akan diisikan persembahan nasyid Shoutul Amal dan dikir barat oleh Jen Endoro.
Selepas solat Isya pula diadakan tayangan video 60 tahun PAS Kelantan dan pengisahan suka duka PAS Kelantan.
Turut diadakan pelancaran dan persembahan lagu khas tribut Murabi Ummah oleh Shoutul Amal.
Sambutan ulangtahun berkenaan akan berakhir dengan ceramah Timbalan Presiden PAS, Menteri Besar dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud. - HARAKAHDAILY 19/11/2015 Sumber HD - 19-11-2015
Perlu cermat berbahas agar tidak dimanipulasi media
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan negeri terpaksa lebih berhati-hati menjawab setiap isu yang timbul bagi mengelakkan diambil kesempatan media.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata laporan media yang tidak seimbang terhadap kerajaan negeri dan PAS menyebabkan setiap isu perlu diulas lebih cermat.
Katanya, masih ada media yang sengaja memberi gambaran negatif biarpun penjelasan sesuatu isu dibuat termasuk pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.
“Sebab itulah kita tidak boleh bebas sangat ketika berhujah semasa menjawab soalan kerana ada media yang sengaja mengutamakan aspek negatif.
“Begitu juga jawapan yang diberi di persidangan Dun perlu dielak memberi kesan yang tidak sengaja kepada wakil-wakil rakyat lain,” katanya di sini.
Menurutnya juga, bekas veteran PAS Datuk Omar Mohamad acap kali memberi ingatan tidak semua isu yang timbul boleh dijawab secara terbuka anggota Exco.
Malah bekas Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah pernah memberitahu wakil-wakil rakyat tidak popular hanya sekadar boleh berhujah di persidangan Dun.
“Jadi mereka berpesan tak usah hendak tunjuk kita hebat sehingga menyanggah sahabat sendiri kerana sebagai manusia kita tidak terlepas daripada kesalahan,” ujarnya yang juga Setiausaha PAS Kelantan. – HARAKAHDAILY 19/11/2015 Sumber HD -19-11-2015
Memorandum bersama menyokong Kerajaan Kelantan
Wan Hairul Anuar Abdullah | .
Mutakhir ini, serangan demi serangan bertubi-tubi terhadap Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS dilakukan samada dari dalam mahupun dari luar.
Bermula dengan serangan yang dilakukan oleh DAP apabila usaha Kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan Qanun Jenayah Syariah II di Kelantan. Pelbagai tuduhan dan penghinaan dilemparkan oleh DAP ke atas Kerajaan Kelantan ditambah lagi dengan musibah banjir teruk yang melanda beberapa kawasan pada tahun yang lalu.
Tindakan DAP ini memperlihatkan gambaran bahawa DAP tidak senang dengan konsep pemerintahan yang membawa konsep Membangun Bersama Islam yang telah berjaya dilaksanakan oleh PAS selama 25 tahun sejak 1990 lagi. Walaupun pelbagai tekanan dan sekatan yang dihadapi oleh Kerajaan PAS Kelantan, namun ia berjaya mengharungi dengan teguh dan istiqamah.
Tidak cukup dengan itu, selama ini bermacam-macam bentuk usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan Umno BN untuk merampas Kelantan daripada PAS. Sekatan demi sekatan dan dinafikan hak, seperti dirampas royalti minyak, tidak diberi peruntukan persekutuan, mengadakan kerajaan dalam kerajaan, janji projek pilihan raya dan pelbagai lagi semata-mata untuk meruntuhkan Kerajaan Kelantan yang dipimpin berlandaskan prinsip Islam dan ketelusan.
Sehingga kini sejak 25 tahun yang lalu, tiada satu kes pun penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah disabitkan dan didakwa terhadap mana-mana pimpinan kerajaan baik dari Menteri Besar, Exco Kerajaan, Adun sehinggalah pegawai di peringkat bawahan.
Oleh itu, maka tiada alasan syarie yang diharuskan oleh islam agar Kerajaan PAS Kelantan harus bertukar kepada pihak lain.
Begitu juga serangan dalaman sejak akhir-akhir ini sedang rancak diusahakan secara terancang oleh beberapa individu dalaman parti termasuklah juga daripada parti orang kecewa iaitu PAN yang turut menyatakan hasrat ingin merampas pemerintahan daripada PAS.
Mereka yang pernah berada dalam PAS sudah mengenali bagaimana jerih dan payahnya PAS mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Umno BN pada tahun 1990 pimpinan Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. PAS berjuang dengan segala pengorbanan dan kesabaran akhirnya dikurniakan kemenangan ini oleh Allah s.w.t.
Mereka juga tahu bahawa legasi pimpinan Al Marhum Tuan Guru disambung oleh pimpinan sekarang yang diketuai oleh Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob serta para pimpinan yang lain meneruskan kesinambungan konsep pemerintahan berteraskan Islam yang menekankan prinsip ketelusan dan kejujuran.
Namun, niat jahat dan dendam serta kekecewaan mereka kerana beberapa sebab tertentu seperti kalah dalam pemilihan jawatankuasa PAS, tidak dilantik sebagai exco kerajaan serta ditolak oleh ahli PAS, mereka mula menjadi duri dalam daging dan bergerak bagi memburukkan Kerajaan PAS Kelantan dengan pelbagai tuduhan kononnya demi menyelamatkan kerajaan. Perbuatan mereka ini sebenarnya secara langsung memberikan kelebihan kepada musuh politik untuk dijadikan sebab kepada kejatuhan kerajaan Islam yang dibina selama ini.
Oleh kerana itu, kami gabungan dan persepakatan beberapa NGO ingin menyatakan bahawa, Kerajaan PAS Kelantan tidak harus dijatuhkan dan diubah pemerintahannya selagi ia ditadbir dengan berlandaskan hukum syarak dan selari kehendak Islam.
Sekiranya adanya kekurangan dan kecacatan pada pentadbiran maka hendaklah dipanjangkan melalui saluran yang betul. Ahli parti sepatutnya mengetahui bahawa PAS mempunyai sikap terbuka kepada ahlinya untuk mengkritik tetapi ada disana cara dan kaedah yang sesuai yang disediakan oleh parti dan bukannya dengan cara terbuka dan melalui facebook dan lelainnya sekaligus tidak memberikan kesan yang baik dan membina.
Pihak kami juga menggesa kepada pihak tertentu di luar sana di kalangan ahli PAS dan parti kecewa agar janganlah disebabkan kebencian kepada PAS, kerajaan Islam pula yang dijadikan mangsa. Pihak kalian telah mengambil alih tugas Umno BN yang selama ini tidak pernah senang dengan kejayaan demi kejayaan yang telah ditunjukkan oleh PAS dalam Kerajaan Kelantan walaupun pelbagai hak dinafikan dan sekatan dikenakan.
Pihak kami juga memberi sokongan dan dokongan yang penuh terhadap Kerajaan Kelantan pimpinan PAS dan berbangga dengan usaha-usaha yang dibuat bagi memartabatkan Islam di negeri ini yang akan dijadikan contoh kepada negeri-negeri yang lain dalam Malaysia.
Moga Allah s.w.t. mengekalkan Kerajaan Kelantan pimpinan PAS.
Kami dari kalangan NG0-NGO sepakat berdiri teguh di belakang kerajaan negeri Kelantan dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi demi kelangsungan pemerintahan Islam di negeri Kelantan.
Wan Hairul Anuar Abdullah
Setiausaha Agung,
Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (GENG USTAZ).
17 November 2015 / 4 Safar 1437H
Memorandum ini diserahkan oleh Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GENG USTAZ) bagi mewakili NGO yang dipersetujukan bersama yang disenaraikan di bawah:
1. PERTUBUHAN PENDOKONG DAN PENCINTA ULAMAK (GENG USTAZ)
2. MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY
3. PERTUBUHAN RABITHAH ASATIZAH UMMAH (ASATIZAH)
4. ALUMNI PONDOK PASIR TUMBUH KELANTAN
5. PERTUBUHAN CAKNA PALESTIN MALAYSIA (CAKNA PALESTIN)
6. PERTUBUHAN DAIE DAN ILMUWAN MUSLIM (DAIM)
7. PERTUBUHAN ITTIHAD SAUDARA PROFESIONAL (ISP)
8. TAUTAN RAHMAT
9. GERAKAN ANAK TERENGGANU INSAF (GANTI)
10. GENERASI AL FATEH
11. PERSATUAN PRIHATIN SAHABAT SABAH (PPSS)
12. LANGAT ISLAMIC GENERATION (LIG)
INDIVIDU YANG TURUT MENYOKONG MEMORANDUM INI:
1. BOB LOKMAN (PENDAKWAH & BEKAS AHLI SENI)
2. MUSTAFA KAMAL (ARTIS)
Sumber HD - 17-11-2015
Program agama sukar ditemui pada era BN
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Rata-rata rakyat Kelantan yang ditemui melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan PAS menerajui negeri ini, biar pun kedengaran suara sumbang pemimpin serpihan PAS.
Seorang peniaga Rohani Omar berkata pekembangan ekonomi Kelantan pesat biar pun sering berdepan halangan politik kerajaan pusat.
Katanya, kedatangan pelancong pada hujung minggu atau cuti umum membawa rezeki kepada peniaga.
“Saya rasa ini antara keberkatan apabila kerajaan negeri menjadikan agama sebagai panduan dalam kehidupan. Solat hajat dan munajat sering dianjurkan.
“Sedangkan dahulu program seperti itu sukar ditemui kerana ia tidak menjadi agenda utama kerajaan pada masa tersebut,” katanya di sini.
Beliau juga berkata hubungan kaum di Kelantan begitu erat termasuk masyarakat non-Muslim.
Nik Sulaiman Nik Wan dari Kota Bharu berkata berkata masyarakat Melayu di Kelantan suka mengimarah masjid hasil dakwah berterusan kerajaan negeri.
Katanya program kuliah dan ceramah agama ada di mana-mana termasuk juga di pasar raya dan pejabat kerajaan.
“Dahulu saya kasihan melihat orang PAS sering ditekan pemimpin Umno termasuk pemuda tahan lasak pada zaman awal PAS muncul di Kelantan.
“Pemimpin Umno sering menekan penyokong PAS kerana pada masa itu mereka berada dalam keadaan lemah,” katanya.
Bahkan kata beliau ada jambatan dibakar di Rantau Panjang bagi menghalang orang PAS keluar mengundi.
Beliau juga menyokong usaha kerajaan negeri mengeratkan kerjasama dengan kerajaan pusat bagi membolehkan banyak kemudahan untuk rakyat diselesaikan.
Katanya sempena sambutan 60 tahun PAS Kelantan pemimpin hendaklah lebih proaktif lagi memajukan negeri.
“Saya juga setuju undang-undang hudud dilaksanakan dengan membawa usul persendirian di parlimen bagi meminda Akta Mahkamah Syariah,” katanya.
Aktivis NGO dari Pengkalan Chepa Mohd Zain Omar, 57 pula berharap tidak ada pemimpin PAS yang mencipta gimik sendiri sehingga memperlihatkan pertentangan dengan pemimpin yang ada sekarang.
Katanya, tindak tanduk pemimpin tertentu sekarang seolah-olah memperlihatkan hanya beliau sahaja yang sempurna.
“Ini dapat dilihat biar pun penjelasan sudah dibuat berkali-kali namun beliau enggan menerimanya. Lebih malang lagi ketika penjelasan dibuat di Dun Adun terbabit tidak hadir,” katanya. - HARAKAHDAILY 17/11/2015 Sumber HD - 17-11-2015
Pemuda PAS Kelantan sedia anjur dialog Mustafa-Husam
MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sedia menjadi penganjur majlis dialog terbuka antara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dan Adun Salor, Datuk Husam Musa.
Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya akan menyediakan ruang yang luas bagi menampung kehadiran yang berminat untuk mengikuti penjelasan isu ini secara langsung daripada individu yang terlibat.
"Pemuda PAS Kelantan menyambut baik kenyataan Mustafa yang mengajak Husam bersekemuka di dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran berhubung pertemuan PAS-Umno selepas Pilihan Raya Umum 2008.
"Kita bersedia menjadi penganjur dan menyediakan ruang untuk majlis dialog tersebut sekiranya ia difikirkan sesuai dan mendapat kebenaran," katanya.
Mustafa Ali sebelum itu turut mencadangkan agar majlis tersebut diadakan di kota Bharu dengan mana-mana pihak bertindak sebagai penganjur atau moderator dan turut melibatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
"Harapan kami agar kedua individu yang dicadangkan iaitu Husam dan Khalid bersetuju dan boleh hadir bersekemuka dengan Mustafa apabila dijemput nanti.
"Ini adalah kerana khalid juga dikaitkan sebagai salah seorang pemimpin PAS yang berjumpa dengan pimpinan Umno pada waktu itu," katanya lagi.
Beliau berharap dengan majlis dialog tersebut akan dapat menghilangkan keraguan yang ditimbulkan berhubung tohmahan kononnya PAS berhasrat untuk bergabung dengan umno.
Semoga ia menjadi majlis yang bermanfaat dan menghilangkan keraguan yang ditimbulkan berhubung tohmahan kononnya PAS berhasrat untuk bergabung dengan Umno. – HARAKAHDAILY 17/11/2015 Sumber HD - 17-11-2015
PAN cuba lemahkan kerajaan Islam Kelantan
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kenyataan PAN untuk memberi tempat kepada wakil rakyat PAS yang tidak dipilih bertanding pilhan raya umum (PRU) akan datang dianggap tidak selari kenyataan awal pemimpin parti serpihan itu.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sebelum ini PAN kerap mengeluarkan kenyataan mahu berdepan dengan Umno dan tidak memusuhi PAS.
Katanya, kenyataan Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah baru-baru ini memperlihatkan wujud percanggahan dengan kenyataan awal PAN.
“Kalau ada wakil rakyat PAS sekarang tidak dipilih maka PAN hendak calonkan semula pemimpin terbabit, maka jelaslah pemimpin parti itu berusaha untuk melemahkan kerajaan Islam Kelantan,” katanya di sini.
Baru-baru ini ketika berceramah di Pasir Puteh Wan Abdul Rahim dilapor memberitahu PAN akan memberi tempat kepada wakil rakyat PAS yang tidak terpilih bertanding pada PRU akan datang.
Malah bekas Yang Dipertua PAS Kota Bharu itu menyifatkan ada pemimpin PAS sekarang seumpama harumanis iaitu hijau di luar namun oreng di dalam.
Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata tiada wakil rakyat sekarang yang tahu beliau dipilih atau tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya sendiri pun tidak tahu siapa akan jadi calon pada masa akan datang.
Begitu juga pemimpin lain benar-benar boleh jadi calon PAS atau tidak.
“Tak kiralah sama mereka itu berjiwa PAS yang bersih atau tidak. Saya tidak merujuk kepada mana-mana individu,” katanya. - HARAKAHDAILY 16/11/2015 Sumber HD - 16-11-2015
Serangan Paris bertentangan dengan ajaran Islam Posted on Monday, November 16 @ 07:02:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengutuk sekerasnya serangan ganas di Paris dan mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mewujudkan kemudaratan dan pembunuhan antara manusia.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, selaras itu, kerajaan negeri berharap media Nasional dan Antarabangsa dapat melaporkan kejadian tersebut dengan adil dan tidak mengaitkannya dengan kemuliaan agama Islam yang menegah umatnya daripada berbuat perkara yang tidak elok.
“Islam adalah agama keamanan yang sangat mementingkan aspek keselamatan dalam negara, dan dalam agama Islam, seseorang yang membunuh nyawa sendiri adalah dianggap penjenayah besar dan akan dihumban dalam neraka jahanam.
“Maka bayangkan kesalahan membunuh orang lain, ia sudah tentu mendapat hukuman yang sangat menakutkan di akhirat kelak,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, perbuatan membunuh di lokasi orang awam walaupun melibatkan penjenayah besar, adalah terlarang dan Islam mengharamkannya.
Beliau berkata, Islam tidak menjadikan kekufuran manusia itu sebagai sebab halal darah, sebagaimana dipegang oleh beberapa golongan yang mendakwa kumpulan jihad Islam, kerana pada hakikatnya tindakan mereka berlawanan dengan ajaran Islam.
Terdahulu, Perancis BFM melaporkan sekurang-kurangnya 128 orang awam dilaporkan mati dalam beberapa tindakan keganasan di Paris termasuk tembakan di sebuah restoran dan letupan berhampiran stadium sukan utama di negara itu.
Dalam masa yang sama, serangan pistol dan bom yang kelihatannya diselaraskan itu datang ketika Perancis sedang dalam keadaan berjaga-jaga menghadapi serangan pengganas menjelang persidangan iklim global yang akan diadakan bulan ini. - SH
Sumber TKO - 16-11-2015
Kelantan: PAS ingatkan PAN kalau berkeras, silakan
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Tidak ada sebab pihak Parti Amanah Negara (PAN) untuk menggantikan Kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti memandangkan pentadbiran kerajaan negeri masih berteraskan Islam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sewajarnya pimpinan PAN tidak berbuat demikian memandangkan mereka sudah mengetahui dasar dan perjuangan PAS itu sendiri.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui pada 'Majlis Kacaa Sugho' anjuran Parlimen Kota Bharu, semalam sebagai mengulas kenyataan Presiden PAN, Mohammad Sabu yang pihaknya bersedia menggantikan PAS mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14 akan datang.
Turut hadir pada majlis itu Adun-Adun dalam Parlimen Kota Bharu, masyarakat pelbagai kaum dan orang ramai.
Sebanyak 10 kawah disediakan untuk memasak bubur berkenaan yang akan diagihkan kepada 1,000 penerima termasuk para pelancong.
“Saya tidak nampak perlunya pihak-pihak lain untuk cuba menggantikan PAS di Kelantan kerana sebab-sebab yang telah saya nyatakan itu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Menurutnya lagi, PAS yang ada sekarang adalah pimpinan yang diwarisi oleh Tok Guru sehingga kini sudah melangkah 25 tahun.
Katanya, begitu juga Menteri Besar dan exco- exco sekarang adalah yang dipilih sendiri oleh almarhum.
“Jadi tidak perlu campur tangan di Kelantan, biar PAS yang mengendalikan kerajaan. Kalau nak campur tanganpun, berilah kerjasama bersama PAS,” ujarnya.
Ketika ditanya berkaitan dakwaan PAN peringkat awal yang dahulunya Parti Pekerja Malaysia mendakwa parti itu tidak akan menjatuhkan Kelantan, beliau berkata, sewajarnya PAN berpegang pada janji sekiranya benar-benar ‘amanah’.
Sebelum ini, Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata pihaknya tidak akan menjatuhkan Kerajaan Kelantan.
Takiyuddin menambah, tidak ada cacat celanya kerajaan sekarang sehingga ada pihak ingin ambil alih pentadbirannya.
“Kalau setakat kekurangan atau kelemahan semua pihak ada kekurangan. Yang penting sekarang kerajaan Kelantan masih dengan dasar Islam,” katanya.
Tambahnya, kalau ada kelemahan seharusnya bekerjasama untuk membantu kerajaan negeri untuk membaikinya dan bukan mengalahkan Kerajaan Kelantan.
“Bagi saya itu yang sepatutnya, tetapi sekiranya mereka tetap berkeras juga untuk mengambil bahagian untuk campur tangan dalam politik di Kelantan, silakanlah,” ujarnya.
Ini kerana, katanya demokrasi pun membenarkan perkara itu berlaku dan pihaknya juga menghormati keputusan mereka.
“Kita berada di padang yang sama rata, kita ‘berlawan’ dan kemudian serah pada rakyat untuk menentukannya,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkeyakinan rakyat akan terus bersama kepimpinan yang ada sekarang. - HARAKAHDAILY 14/11/2015 Sumber HD - 14-11-2015
Lim Guan Eng, kenapa anda pula yang kalut?
AHMAD FADHLI SHAARI | .
SAYA membaca kenyataan Lim Guan Eng berhubung ugutan bunuh yang didakwa diterima oleh bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di dalam satu panggilam telefon yang diterima oleh isterinya. Secepat kilat Lim Guan Eng mengaitkannya dengan teguran Datuk Husam berhubung isu pembalakan di Kelantan.
Saya suka mengingatkan Lim Guan Eng, tidak payahlah bersusah-susah membuat spekulasi apa yang berlaku di Kelantan dengan mengaitkan dengan isu-isu lain.
Laporan polis telah dibuat dan siasatan akan dijalankan. Serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat. Mana-mana individu yang membuat kesalahan ugutan bunuh ini wajib dihadapkan ke muka pengadilan. Budaya ugut-mengugut ini tiada tempat dalam amalan politik di Malaysia.
Cuma barangkali Lim Guan Eng telah lupa, pada 8 Jun 2013, bekas Naib Pengerusi DAP juga telah membuat laporan polis menyatakan bahawa dirinya telah menerima ugutan bunuh.
Tidak pula mana-mana pihak di dalam kepimpinan PAS sibuk membuat kenyataan mengaitkan ugutan bunuh Tunku Aziz dengan kritikan terhadap DAP. Semuanya tunggu dan lihat hasil siasatan polis.
Bahkan tuan sendiri pun nampak yakin dengan pihak polis untuk membuat siasatan apabila membuat laporan terhadap ugutan bunuh yang tuan terima pada 12 September 2013. Ia masih boleh dirujuk di: http://www.sinarharian.com.my/ugutan-bunuh-guan-eng-buat-laporan-polis-1.201744
Tuan sendiri membuat laporan polis dan kita semua menunggu hasil siasatan tanpa perlu membuat spekulasi.
Persoalan saya mudah sahaja, kenapa tiba giliran PAS dan Kelantan, tuan menyibuk untuk membuat kenyataan? Atau sememangnya tuan ada rahsia tersendiri sehingga sangat berminat dengan PAS dan Kelantan? - HARAKAHDAILY 13/11/2015 Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan. Sumber HD - 13-11-2015
PAN, jangan khianati bumi Serambi Mekah
ASRI ED-DIWANIE | .
Pembangunan Negeri Kelantan yang berteraskan Syariat Islam telah dilaksanakan dengan jayanya. Pendekatan aqidah Islamiah adalah kunci utama yang menaungi seluruh aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan di negeri Serambi Mekah ini. Melalui kefahaman aqidah Islamiah ini, ia berupaya membawa rakyat Kelantan kearah pengukuhan dasar pentadbiran yang berteraskan Islam di Kelantan.
Ini kerana pendekatan aqidah adalah pra-syarat utama dalam membangunkan diri serta masyarakat dan sudah tentulah masyarakat yang sejahtera ialah masyarakat yang berjaya pasakkan aqidah yang kukuh dalam jiwa dan pemikiran mereka.
Inilah yang telah diasaskan oleh Arwah Tok Guru semenjak beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar pada 21 Oktober 1990 setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan Kawasan Semut Api pada PRU tahun 1990.
Dasar pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang diasaskan oleh Tok Guru ialah Membangun Bersama Islam dengan tiga teras utama iaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan (UMI) diperkukuhkan dalam jiwa masyarakat.
Tok Guru semasa mempersembahkan Ucapan sempena Majlis Sambutan 20 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan pada 12 Zulkaedah 1431 bersamaan 20 Oktober 2010, di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu secara tegas menyatakan: “Dasar Membangun Bersama Islam kita perkenalkan apabila diberikan mandat oleh rakyat pada tahun 1990. Membangun Bersama Islam dengan maksud kita akan terus memacu pembangunan selari dengan landasan yang ditentukan oleh Allah SWT. Pembangunan perlu terus dilaksanakan kerana dunia ini dijadikan oleh Allah SWT untuk manusia, bukan untuk malaikat atau makhluk lain. Namun pembangunan yang kosong rohaninya hanyalah umpama pokok besar yang akarnya buruk dan reput. Daunnya sekalipun merimbun tidak akan lama menaungi, masanya tersemban jatuh sangat mudah. Di antara ajaran penting dalam Islam ialah dunia ini bersambung dengan akhirat dan ini tidak ada di dalam ajaran ideologi yang lain selain Islam. Oleh yang demikian, sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja”.
Sehingga kini, setelah YAB Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengambil alih tanggungjawab sebagai Menteri Besar, beliau menyambung perjuangan yang sama bagi mengekalkan kerajaan Islam Kelantan dan meletakkan enam dasar utama Kerajaan Negeri Kelantan yang berpaksikan Membangun Bersama Islam dengan memasyhurkannya pada fasa ini dengan Merakyatkan Membangun Bersama Islam iaitu:
1) Dasar Pentadbiran Kerajaan berteraskan Syariat;
2) Dasar Perundangan dan Kehakiman;
3) Dasar Kebudayaan dan Kesenian;
4) Dasar Pembangunan Pendidikan;
5) Dasar Pembangunan Ekonomi, dan
6) Dasar Pembangunan Sosial.
Sejak sekian lama Umno/BN bertungkus lumus untuk mengambil alih pemerintahan PAS Kelantan dengan mengutarakan pelbagai manifesto dan terlalu banyak perbelanjaan duit poket dalam pilihan raya ditabur, namun rakyat tetap mempertahankan Kerajaan Islam ini.
Kini, setelah muncul PAN sebagai sebuah parti politik baharu yang belum jelas identiti secara tidak malu menyatakan kenyataan terbuka melalui Presidennya Mohamad Sabu bahawa PAN bersedia mengambil alih Kelantan pada PRU14 bagi menyelamatkan kerajaan Islam Kelantan yang diasaskan oleh arwah Tok Guru.
Sebelum ini pihak PAN telah mengeluarkan kenyataan tidak akan bertentang dengan PAS bahkan PAN ditubuhkan untuk bantu PAS tetapi kini selera PAN sudah berubah, tidak berprinsip!
PAN sedarkah kewujudannya hanya memecahbelahkan ahli PAS dan setiap agenda mereka hanya merehatkan kerja Umno/BN?
Asas aqidah Islam yang telah dibangunkan di Kelantan sudah tidak relevan lagi bagi PAN dan barangkali Membangun Bersama PAN lebih baik daripada Membangun Bersama Islam!
Ingat, rakyat Kelantan sangat tahu dosa pahala, sangat tahu dunia akhirat, PAS Kelantan sudah sebati dengan dasar Islamnya, maka PAN jangan musnahkan asas-asas Islam yang sudah lama bertapak ini.
Kenapa PAN tidak ke Sarawak atau Sabah atau negeri-negeri lain yang masih memerlukan santunan politik islamik? Kenapa Kelantan menjadi target dan serangan PAN untuk diperbaiki?
Tidak lain dan tidak bukan kerana PAN ingin lihat Kelantan ‘Samo Ssajo’!
Sumber HD - 12-11-2015
Lapangan terbang: Harap titah sultan jadi kenyataan
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata berdasarkan kepada latar belakang penerima anugerah Kehormatan Negeri Kelantan Tahun 2015, bukan dari kalangan orang politik dan ahli akademik sahaja, bahkan mereka terdiri dari kalangan ahli perniagaan dan tokoh-tokoh masyarakat.
“Ini menunjukkan kecaknaan tuanku, dengan mengambil kira semua lapisan masyarakat dan sumbangan mereka kepada rakyat dan negeri,” katanya, ditemui selepas isitiadat penganugerahan Kehormatan Negeri di Istana Balai Besar di sini petang semalam.
"Selain itu, tuanku prihatin dan peka dengan perkembangan dan pertadbiran kerajaan negeri,’’ katanya.
Beliau adalah antara penerima Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan Tahun 2015 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhamamad V ke-46.
Pada istiadat penzahiran anugerah tersebut, beliau dianugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, S.J.M.K.
Beliau menyifatkan titah Sultan Muhammad V pada istiadat penganugerahan itu adalah satu ucapan yang baik.
“Cadangan kerajaan negeri, contohnya, pembesaran 'airport' disentuh tuanku. Ini kerana cadangan pembesaran dan penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu itu terlalu lama.
“Cadangan-cadangan berkenaan diangkat kepada Kerajaan Persekutuan dan sekarang ini baru nampak hendak menjadi kenyataan.
“Jadi kita harap, dengan titah tuanku ni, pihak Persekutuan akan dapat mempercepatkan projek yang telah dinyatakan itu,” ujarnya.
Beliau melahirkan kesyukuran kepada Allah swt dan menjunjung kasih kepada Tuanku Al-Sultan atas penganugerahan Darjah Kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) itu.
“Mudah-mudahan Allah swt memberi rahmat dan kekuatan untuk meneruskan agenda Membangun Bersama Islam di negeri Kelantan ini, insya Allah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/11/2015 Sumber HD - 12-11-2015
Sultan Kelantan harap naik taraf lapangan terbang
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu adalah salah satu lapangan terbang tersibuk di Malaysia perlu diberi keutamaan.
Baginda yakin lapangan terbang itu dapat dijadikan hab penerbangan serantau serta dapat menyediakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara terus.
Oleh itu, Sultan Kelantan berharap agar pembesaran dan penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra itu menjadi kenyataan.
Pada penzahiran istiadat penganugerahan Kehormatan Negeri Kelantan Tahun 2015 sempena perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-46 di Istana Balai Besar di sini pagi tadi, Sultan Kelantan bertitah, dengan penaiktarafan lapangan terbang itu juga membolehkan penerbangan mengerjakan umrah dan haji ke Tanah Suci, ke negara Thailand, Vietnam dan lain-lain negara.
Selain itu, baginda mendapat maklum sebanyak 393 pembinaan bantuan rumah kekal kepada mereka ditimpa musibah banjir tahun lepas telah siap dibina, manakala 560 unit lagi sedang dalam pembinaan.
“Selain itu, beta berharap semua pihak berada dalam siap sedia, menghadapi sebarang kemungkinan banjir lagi.
“Pelan ‘A’, pelan ‘B’ dan seterusnya perlu diatur agar tidak berlaku perkara di luar jangkaan, kejutan dan kecemasan,” titah baginda.
Mengenai perancangan pembangunan kawasan perindustrian Tok Bali dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Sultan Kelantan berharap pembangunan tersebut dapat dilaksanakan bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Tok Bali sebagai hab pelaburan berimpak tinggi dapat dicapai.
“Di kesempatan ini juga, beta berasa terharu atas pemergian buat selama-lamanya Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat mantan Menteri Besar Negeri Kelantan.
“Dan beta berterima kasih atas segala jasa-jasa, keringat, pemikiran serta tenaga yang beliau curahkan untuk membangunkan Negeri Kelantan sepanjang beliau memegang jawatan Menteri Besar selama 24 tahun, dengan berjaya membawa Kelantan ‘Membangun Bersama Islam,” titah baginda. - HARAKAHDAILY 11/11/2015 Sumber HD - 11-11-2015
Comey weh gewe Pasir Mas...
Posted on Wednesday, November 11 @ 11:12:00 MYT by paktam
Mek Molek. Itu frasa masyhur menggambarkan betapa cantiknya wanita Kelantan. Dan di Kelantan, yang paling cantik daripada sekalian yang cantik itu adalah wanita Pasir Mas.
Jangan terus bertanya benar atau tidak gambaran yang diberi tetapi bacalah dahulu ...
Di Pasir Mas, antara kawasan yang terkenal dengan kecantikan wanitanya ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Lemal, Tok Uban, Pengkalan Batu, Bunut Susu, Slow Machang dan Kubang Bemban.
Jangan salah faham!
Janganlah dikatakan rencana ini menafikan kecantikan wanita dari kawasan lain, jajahan lain ataupun negeri lain. Namun oleh sebab mahsyurnya Kelantan, juga jajahan Pasir Mas dengan kecantikan wanitanya, dirasakan ada sesuatu yang perlu dihuraikan di sebalik tanggapan itu.
Tokoh budayawan yang juga ahli akademik asal Kelantan, Dr Lim Swee Tin berkata, apa yang diperkatakan mengenai kecantikan wanita Pasir Mas memang ada asasnya.
“Pasir Mas pada zaman silam adalah pusat ekonomi terkemuka. Banyak pedagang dari Pakistan, India, Tanah Arab, China dan Thailand berhijrah ke sini.
“Justeru banyak berlaku perkahwinan campur yang melahirkan keturunan berdarah kacukan yang mempunyai rupa paras bukan sahaja cantik, malahan juga unik untuk terus berkembang biak di sini,” katanya.
Kenyataan itu diperakui oleh bekas Adun Lemal, Noor Mohamed Din, 75, yang anggota keluarganya dikenali memiliki wajah dan rupa paras yang menarik dalam kalangan penduduk Pasir Mas.
Menurut Noor, beliau sendiri generasi ketiga pedagang Arab, Syed Mahmood yang berhijrah ke Pasir Mas pada 1917.
“Moyang saya (Syed Mahmood) dua kali berkahwin di sini. Kali pertama dengan wanita tempatan dan kedua dengan anak pedagang Pakistan yang bernama Haji Murab. Kedua-dua perkahwinan ini melahirkan keturunan berdarah kacukan. Saya sendiri berdarah Arab, Melayu dan Pakistan,” katanya.
Di Kelantan, mereka yang memiliki darah campur seperti ini dikenali sebagai keturunan Tok Syeikh.
Ketika itu, kata Noor, golongan Tok Syeikh atau pedagang dari luar ini banyak berkahwin dengan wanita dari kawasan Seberang Salor yang sebahagian daripada Pasir Mas.
Selain itu, rupa paras mereka juga dikatakan turut dipengaruhi cara pemakanan.
Budu
Dalam keluarga Noor sendiri, budu dan belacan yang sinonim dengan rakyat Kelantan dilarang keras.
“Moyang saya tak benarkan budu atau belacan dibawa balik. Kalau ada yang ingkar, dia suruh bawa keluar masa itu juga. Sebabnya, makanan yang diperam seperti itu katanya tidak baik untuk kesihatan dan tidak digalakkan dalam agama.
“Moyang saya memberi penekanan terhadap soal kesihatan dan juga sahsiah peribadi menerusi pemakanan,” katanya.
Inilah juga mungkin antara faktor yang mempengaruhi kecantikan rupa paras keturunan mereka.
Salah seorang anak Noor, Noor Suriyati pernah memenangi anugerah Dewi Remaja manakala cucunya, Neelofa kini artis yang cukup terkenal dengan kecantikan rupa parasnya.
Puteri Saadong
Selain faktor-faktor yang disebutkan, ada juga yang mengaitkan cantiknya wanita Pasir Mas konon kerana mereka daripada keturunan Puteri Saadong, pemerintah wanita Kelantan yang kedua (selepas Cik Siti Wan Kembang) yang memerintah pada 1667-1671).
Kecantikan Puteri Saadong memang menjadi cerita legenda kerana rupa parasnya, baginda pernah ditangkap dan dilarikan ke Siam untuk dipaksa berkahwin dengan raja negara Gajah Putih itu.
Raja Balqis Raja Mukhtar, 30, seorang waris keturunan Raja Jembal yang ada hubung kait dengan Puteri Saadong berkata, datuknya ada memberitahu bahawa wanita dalam keluarga mereka sesetengahnya mewarisi rupa paras legenda itu.
Beberapa dekad lalu, sering berlaku pergaduhan membabitkan lelaki tempatan dengan orang luar, juga sesama warga Pasir Mas yang berpunca kerana berebut wanita.
SKMK
Bagi orang luar pula, apabila seseorang lelaki termasuk yang sudah berkahwin datang ke Kelantan, terutama Pasir Mas, ada satu frasa masyhur yang selalu dikaitkan dengan mereka iaitu SKMK – Sampai Kelantan Mesti Kahwin – yang diubah daripada akronim nama Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan.
Ini sebagai gambaran betapa cantiknya wanita Kelantan terutama di Pasir Mas hingga sering mempesonakan lelaki luar untuk mengahwini mereka.
Tidak cukup dengan itu, ada juga cerita kononnya seorang lelaki yang pernah patah hati kerana cintanya ditolak gadis idaman pernah menyumpah wanita dari Kampung Pengkalan Batu, Pasir Mas tidak akan bertemu jodoh sepanjang hayat mereka.
Wallahua’lam. Tidak dapat dipastikan sama sumpahan itu menjadi ataupun tidak! Apa pun, ini tetap jadi gambaran betapa tingginya saham wanita Pasir Mas.
Ilmu hitam
Kerana rupa, ada yang hidup teraniaya. Ini berlaku pada sesetengah wanita yang jadi mangsa ilmu hitam kerana menolak lelaki yang terlalu menggilai mereka hingga terlupa hukum hakam dan takdir dirinya.
Bagi Wan Noor Solehah Wan Kamal Ruzaman, 28, itu rencah kehidupan yang terpaksa dihadapi oleh wanita setiap kali melangkah keluar dari rumah.
Wan Noor sendiri sudah punya dua anak namun ada anak muda yang lebih muda masih berani bermain kenyit-kenyit mata terhadapnya.
“Saya anggap mereka bergurau saja. Ini bukan soal bangga diri tetapi kita wanita, tanggung jawab untuk jaga maruah diri, maruah suami perlu sentiasa diingat,” katanya.
Orang tidak tahu, julukan cantik yang diberi kepada wanita Pasir Mas ada kalanya jadi beban dan mengganggu mereka sendiri.
Antaranya, Nursyahida Alam, 29. Kata Syahida, dia kadang kala segan hendak mengaku berasal dari Pasir Mas dan respons yang paling tidak diingininya ialah “patutlah cantik”.
“Bagi saya cantik itu subjektif dan ia bergantung kepada orang yang mentafsirkannya,” katanya.
Berkahwin dalam usia yang muda, seawal 18,19 atau 20 tahun tidak asing bagi wanita Pasir Mas. Ini juga ada hubung kait dengan rupa paras mereka yang lawa.
Bagi mengelak timbul masalah, jadi rebutan hingga mungkin menyebabkan konflik, sesetengah ibu bapa membuat keputusan untuk mengahwinkan anak-anak gadis mereka dalam usia yang muda.
Perkahwinan juga adalah ruang buat pasangan itu membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka secara berdikari dan lebih bertanggungjawab.
Apabila usia anak-anak meningkat remaja, rupa paras ibu yang masih bertahan menyebabkan mereka kelihatan sebaya.
Apa pun, soal kecantikan bagi kebanyakan orang bukan pada rupa paras semata-mata. Kecantikan dalaman lebih penting!
Komen lelaki luar
"Sejak menuntut di UiTM saya sudah dengar cerita kecantikan wanita Pasir Mas. Ayah saya sendiri yang asal dari Tok Uban pun ada cakap perkara sama. Sekarang saya dapati apa yang dikatakan itu memang benar." - Firdaus Hassan, 29, Pahang
"Bukan saja rupa, intonasi suara mereka juga seakan sama." - Wahidin Salim, 31, Negeri Sembilan
Perkara itu diakui sendiri oleh salah seorang anak rantau dari Pahang, Firdaus Hassan,29, yang mulai bertugas di negeri Che Siti Wan Kembang sejak April lalu.
Firdaus berkata, sebelum merantau ke negeri ini rakan-rakannya sempat berpesan supaya singgah ke Pasir Mas kerana wanita di situ lawa-lawa kata mereka.
“Jika kamu ke Kelantan, tempat pertama kena singgah ialah Pasir Mas kerana orang perempuannya lawa-lawa,” katanya.
Menurutnya, bagi melihat dakwaan itu dia meluangkan masa ke jajahan tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung perkara berkenaan.
Dakwaan itu benar
Firdaus berkata, cerita yang di dengarinya berhubung kecantikan wanita Pasir Mas itu memang betul dan berasas sama sekali selepas beberapa kali berkunjung ke jajahan itu.
Katanya, kebanyakkan mereka mempunyai hubungan keluarga dengan masyarakat Melayu di Selatan Thailand yang turut terkenal memiliki rupa paras yang cantik.
“Maka tidak hairanlah jika tempias itu turut kena kepada wanita di Pasir Mas kerana ia bersempadan dengan Selatan Thailand malah menjadi pintu masuk utama untuk ke negara ini melalui Rantau Panjang,” katanya.
Cerita sejak zaman universiti
Anak kelahiran Jerantut Pahang itu berkata, perihal kecantikan itu diketahuinya sejak mula-mula melangkah masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Katanya, kebanyakkan rakan-rakan yang berasal dari Kelantan akan bercerita tentang kecantikan paras rupa wanita Pasir Mas.
“Bukan itu sahaja, ayah saya yang berasal dari Tok Uban, di sini turut bercerita perihal yang sama. Hujah itu semakin kuat, ketika zaman belajar itu saya lihat memang betul pelajar wanita dari Pasir Mas memiliki raut wajah yang cantik.
“Bukan itu sahaja, kebanyakkan mereka berkulit putih dan cerah, bahkan mereka lebih lawa berbanding dengan wanita-wanita yang tinggal di jajahan-jajahan lain.
“Bagaimanapun itu hanyalah pandangan saya berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat,” katanya.
Bukan sahaja lawa, tapi lemah lembut
Seorang lagi anak perantau Wahidin Salim, 31, berasal dari Negeri Sembilan turut setuju dengan dakwaan mengatakan wanita di sini lawa dan berpewatakan menarik.
Katanya, bukan itu sahaja wanita Pasir Mas turut mempunyai sifat lemah lembut yang dikatakan cukup sinonim dengan masyarakat Kelantan.
“Sifat itu boleh dilihat setiap kali mereka bertutur dengan susunan ayat serta intonasi suara yang hampir sama,” katanya.
Sumber DD - 11-11-2015
Timbalan MB Kelantan Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran Posted on Wednesday, November 11 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KOTA BAHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengetuai senarai 582 penerima darjah kebesaran, bintang, dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada Rabu.
Mohd Amar dianugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.
Baginda Sultan berkenan menyampaikan anugerah di istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini.
Sebanyak 36 individu lain dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, didahului Presiden Akademi Sains Malaysia Tan Sri Datuk Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali, iaitu penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Datuk Seri) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK).
Pengarah Perancangan Strategik dan Perhubungan (Tentera) Syarikat Target Resources Sdn Bhd Datuk Mamat Ariffin Abdullah merupakan penerima tunggal untuk anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK).
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Datuk Ir Yusoff Ismail dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Tan Sri Mohd Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan masing-masing menerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK), manakala Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff...(ulang)...Rahamat Bivi Yusoff, dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER DC) Datuk Seri Jebasingam Issace John dianugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).
Empat individu dianugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) iaitu anggota kerabat Di Raja Kelantan Tengku Rozlynda Petri Tengku Mohd Nasrun; Pengarah Eksekutif Iris Corporation Bhd Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor; Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang Prof Sr Dr Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin; dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kelantan Wan Ali Wan Ahmad.
Dua penerima iaitu Presiden Persatuan Anti Penuaan, Estetik dan Penjanaan Semula Perubatan Malaysia (SAAARMM) Prof Dr Selvaraj Subramaniam; dan Pengarah Eksekutif Kelantan Development Resources Sdn Bhd Subramaniam A.R.A Nachiappan menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).
Empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) iaitu Mej Jen Datuk Wira Md Tajri Alwi yang kini berkhidmat di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Asisten Ketua Staf, Cawangan Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Darat Mej Jen Mohammad Ab Rahman; Ketua Pengarah Operasi Logistik Markas ATM, Brig Jen Azlan Othman; dan Ketua Jabatan Perubatan Tentera Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Brig Jen (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh.
Panglima Pemerintahan Operasi Khusus, Markas Tentera Darat Mej Jen Datuk Azmy Yahya pula dianugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK).
Seramai 12 individu pula menerima aungerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) iaitu Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri Datuk Nik Ali Mat Yunus; Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Dr Abdul Rahman Hassan dan Presiden Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.
Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Dr Ab Rahman Awang; Timbalan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia Ab Rahman Mat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Adnan Husin.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Abd Aziz Abdullah; Felo Akademi Sains Malaysia Dr Ahmad Ibrahim; Pengurus Besar Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kelantan Ir Md Yuslan Md Yusoff; Pensyarah di Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad; Komander Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman SAC Hazani Ghazali; dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara Wan Jamaluddin Wan Yusoff.
Lima menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) iaitu Penasihat Undang-Undang Kelantan Shahidani Abd Aziz @ Juned dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Ab Razak; Naib Presiden Usaha Niaga Tani Nor Azman Mufti @ Jaafar; dan Pengurus Besar, Bahagian Perancangan Strategik Korporat ECER DC Ragu Sampasivam.
Anugerah tiada gelaran 'Datuk':
Baginda turut menganugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (PMK) kepada seorang penerima; tiga individu menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK) dan lima individu menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK).
Sebanyak 38 penerima pula dianugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK); 57 individu menerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK) dan 54 dianugerah Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Yang Amat Terbilang (ASK).
Bagi penerima Bintang-Bintang pula, seramai 30 orang dianugerah Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 42 dianugerah Bintang Seri Kelantan (SK) dan 75 dianugerah Bintang Ahli Kelantan (AK).
Manakala 57 individu menerima Pingat Bakti (PB), 74 menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS); 66 orang Pingat Taat (PT) dan 32 orang Pingat Perangai Baik (PPB), manakala empat lagi menerima Surat Kepujian dan tujuh menerima Jaksa Pendamai (JP).
Kesemua penerima menerima anugerah pada hari ini.
- Bernama
Sumber TKO - 11-11-2015
Pemuda Kelantan Siap Sedia Hadapi PAN
Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad bin Sabu bahawa parti tersebut bersedia untuk menggantikan PAS mentadbir kerajaan negeri Kelantan di dalam pilihan raya umum yang akan datang hanyalah menyerlahkan tujuan sebenar parti itu ditubuhkan. Ia hakikatnya bukanlah satu kenyataan yang mengejutkan bahkan sudah dijangka sekian lama sekalipun selama ini beberapa pemimpin parti tersebut menegaskan bahawa penubuhan parti baru itu bukannya untuk menentang PAS.
2. Saya mengalu-alukan kenyataan Mohamad bin Sabu atas semangat dan amalan demokrasi. PAN berhak untuk memilih mana-mana kerusi di Kelantan untuk bertanding bahkan Mohamad bin Sabu sendiri tidak dihalang untuk bertanding di negeri ini sebagaimana yang pernah ditandinginya semasa berada di dalam PAS. Dengan pengumuman terbaru ini, PAN secara rasminya telah mengambil alih tugas UMNO untuk menentang PAS di negeri ini.
3. Namun suka untuk dinyatakan bahawa Pemuda PAS Kelantan bersedia untuk menggerakkan kempen dan gerak kerja secara serius bagi memastikan lawan PAS di Kelantan sama ada bernama UMNO atau PAN akan tewas di dalam pilihanraya. Sekalipun mungkin ancaman dari pihak PAS ini tidak dilihat serius, namun saya ingin mengingatkan bahawa di dalam politik, tidak ada lawan yang kecil. Semua lawan adalah besar dan wajib dipandang serius.
4. Hakikatnya, kenyataan Presiden PAN itu mengesahkan bahawa itulah tujuan sebenar PAN ditubuhkan iaitu untuk menentang PAS sekalipun implikasinya memberikan kemenangan kepada UMNO / Barisan Nasional. Adakah Kelantan sudah menyeleweng dari asas pentadbiran Membangun Bersama Islam sehingga ia wajib ditentang juga oleh parti yang mendakwa berteraskan Islam? Jika didakwa ada penyelewengan, adakah ia dibuktikan oleh saluran undang-undang yang sah? Barang diingat bahawa logiknya kerajaan UMNO/Barisan Nasional pastinya tidak akan membiarkan sebesar kuman pelanggaran undang-undang sekiranya dilakukan oleh PAS di Kelantan.
5. Ketika UMNO sedang melancarkan kempen ‘Kelantan Milik BN PRU14’, PAN hadir pula sebagai lawan PAS. Saya rakamkan tahniah kepada DAP di Pulau Pinang yang dilihat sangat sempurna di mata PAN sehingga tiada niat dan sebarang kenyataan untuk PAN turut bertanding kerusi DAP atau sekurang-kurangnya bertanding di Pulau Pinang. Tahniah juga kepada UMNO Kelantan kerana mendapat bantuan untuk menentang PAS dari sumber yang barangkali tidak diduga ini.
6. Dengan kenyataan Mohamad bin Sabu ini, jelaslah kepada rakyat Kelantan siapakah yang akan memberikan keuntungan politik kepada UMNO. Ia memudahkan untuk rakyat membuat keputusan awal bermula sekarang berhubung undi di dalam pilihan raya umum nanti.
7. Di antara PAN dan PAS, rakyat tentunya dapat menilai dengan adil, siapakah yang akan lebih tegas mempertahankan prinsip Islam di dalam pentadbiran.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
10 November 2015.
Sumber BO - 11-11-2015
PAS Kemaman Siapkan Rumah Abdul Kadir Dalam Masa 4 Bulan
KUALA KRAI – PAS Kawasan Kemaman mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang telah sudi menghulurkan sumbangan, sehingga dapat menyiapkan sebuah rumah untuk mangsa banjir, di kampung Batu Jong, di sini.
Menurut Yang Dipertuanya, Ustaz Alias Abdul Hamid, atas kerjasama semua pihak, rumah tersebut dapat disiap dengan segera, lebih awal dari yang dijangka.
Kini, ia dapat menjadi tempat berteduh kepada seorang penduduk, Abdul Kadir Teh sekeluarga, yang ssebelumnya menumpang di rumah mertuanya.
“hari ini kita menyerahkan kunci kepada Abdul Kadir, rumah yang berharga kira-kira RM40,000, telah siap di bina selama 4 bulan,”Ujar Ustaz Alias, selepas majlis ringkas serahan kunci rumah tersebut.
Turut hadir adalah rombongan PAS Kemaman, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat.
Beliau ketika mengulas perkara tersebut berkata, hanya orang PAS sahaja yang membantu mangsa banjir mendirikan rumah.
“Orang Umno dan buat rumah untuk mangsa, mereka datang melawat dan minta kerajaan selesaikan, tidak bantu dengan usaha sendiri,”ujarnya yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kemaman.
Penyerahan kunci rumah itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Mengkabang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan disaksikan oleh ADUN Manik Urai, Abang Uji.
Sumber BO - 10-11-2015
PAS Kelantan kurang senang Azizah lancar PH di negeri itu malam ini
Posted on Tuesday, November 10 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SHAH ALAM: PAS Kelantan berasa kurang senang apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail dikatakan akan berkunjung ke negeri itu malam ini, bagi melancarkan Pakatan Harapan (PH) Kelantan.
Bagi ADUN Wakaf baru, Che Abdullah Mat Nawi kehadiran Azizah itu seolah-olah tidak menghormati kerjasama antara PAS dan PKR.
"Jangan sampai ahli PAS di peringkat bawah menuntut PKR buat pilihan di Kelantan, sama ada nak bekerjasama dengan Amanah atau meneruskan kerjasama dengan PAS," katanya kepada Antarapos.
Malah, tindakan Azizah melancarkan PH di negeri itu bertentangan dengan usaha parti berkenaan yang bertindak menghantar Naib Presidennya, Dr Shaharuddin Badaruddin dua minggu lalu, bagi menyatakan ikrar PKR untuk terus berhubungan baik dengan PAS Kelantan.
"Kunjungan (Dr Shaharuddin) mahu menyatakan bahawa PKR ini walau apapun yang berlaku dalam negara, PKR akan tetap terus mengharmonikan hubungan dengan PAS.
"Kita memang menyambut baik dan dalam kita berurusan dengan PKR, kita tak pernah khianat walau di Kelantan ini kita ada majoriti yang besar," ujar Che Abdullah.
Che Abdullah berkata merujuk kepada kain rentang yang dipasang di merata-rata tempat di negeri itu, Azizah dijadualkan melancarkan PH Kelantan bersama pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Dr Aziz Bari mewakili DAP.
Majlis pelancaran di Pasir Mas, malam ini adalah penutup kepada siri jelajah PH ke seluruh negara sebelum ini.
Ujar Che Abdullah, PAS Kelantan kecewa dengan perkembangan berkenaan berikutan parti Islam itu tidak pernah sekali-kali mengkhianati PKR.
"Kita tak khianat walau pun di peringkat akar umbi (PAS) di setiap pilihan raya meminta supaya ambil beberapa Parlimen yang bagi mereka kuat dan boleh dimenangi parti, tapi kita menghormati persefahaman yang ada, kita bahagi mengikut status quo dan meletak tepi dahulu desakan akar umbi itu," kata beliau.
"Sehingga hari ini hubungan kami antara Pimpinan PAS dan PKR Kelantan cukup Baik", tambah beliau.
"Kalau nak kalahkan Umno, maknanya kena memperkuatkan kerajaan Kelantan, jadi kalau bersama program dengan Amanah itu kita bimbang desakan ahli bawahan," katanya lagi.
Bagaimanapun jika PKR tidak terlibat di dalam program tersebut, parti itu diminta tampil menafikan penglibatannya.
PAS kini hanya menjalinkan kerjasama bersama PKR setelah Pakatan Rakyat 'berkubur' ekoran krisis berpanjangan bersama DAP.
Dalam masa yang sama, PKR menjalinkan kerjasama bersama DAP dan parti serpihan PAS iaitu Amanah menerusi blok pembangkang baru, PH.
Selain tidak dijemput untuk menyertai PH, PAS juga berikrar tidak akan menyertai gagasan itu kerana enggan bekerjasama dengan Amanah yang disifatkan sebagai 'pengkhianat'. - AntaraPos
Sumber TKO - 10-11-2015
Sultan Kelantan berkenan ringan hukuman 7 banduan
BERNAMA | .
KOTA BAHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan meringankan hukuman terhadap tujuh banduan termasuk dua warga Thailand sempena Hari Keputeraan baginda ke-46 esok.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata seorang banduan dibebaskan awal manakala empat banduan diringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.
"Dua lagi banduan diringankan hukuman mati kepada penjara sepanjang hayat," katanya pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini, hari ini.
Beliau berkata Lembaga Pengampunan Negeri Kelantan telah meneliti 37 kes rujukan dan mempertimbangkan semua aspek kesalahan, tempoh hukuman yang dijalani dan usaha pemulihan yang telah dilalui banduan terbabit.
Katanya kesemua tujuh banduan yang diringankan daripada hukuman penjara itu membabitkan kes dadah.
"Banduan yang diberi pengampunan pembebasan awal pula diharap dapat menggunakan peluang kedua itu untuk memanfaatkan diri, keluarga dan masyarakat," katanya. - Bernama Sumber HD - 10-11-2015
PAS Kemaman serah rumah kepada mangsa banjir
HARAKAHDAILY | .
KUALA KRAI: PAS Kawasan Kemaman hari ini menyerahkan sebuah rumah secara rasmi kepada mangsa banjir 2014, Abdul Kadir Teh.
Rumah yang dibina dengan kos RM40,000 daripada hasil sumbangan orang ramai disiapkan dalam tempoh 2 bulan.
Rumah Abdul Kadir rosak teruk dalam bencana banjir di Kelantan tahun lepas.
Penyerahan dibuat oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kemaman, Ustaz Alias Hamid kepada tuan rumah disaksikan oleh Adun Mengkebang yang juga YDP PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abd Rahman.
Turut serta ialah Timbalan YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Nasri Nik Malek, Md Hafiz Adam (setiausaha), Hanafiah Mat (Adun Chukai) dan Ketua Urusan Ulamak Ustaz Ali Muhammad. - HARAKAHDAILY 10/11/2015 Sumber HD - 10-11-2015
Projek Desa Darul Ehsan di peringkat akhir
ASLANI M | .
KUALA KRAI: Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, pembinaan rumah di bawah kerajaan negeri berjalan lancar termasuk di Desa Darul Ehsan Kampung Manek Urai Baru.
Katanya, 60 unit rumah kekal di desa tersebut sekarang di peringkat akhir kerja-kerja pembinaan, selain menyediakan kemudahan infrastruktur.
“Pembinaan rumah sumbangan kerajaan Selangor itu berjalan lancar. Selain itu turut dibina sebuah madrasah di penempatan baru tersebut.
“Mungkin dalam tempoh sebulan dua lagi mangsa-mangsa yang disenaraikan mendapat rumah tersebut boleh berpindah ke penempatan terbabit,” katanya di sini.
Penempatan baru seluas 7 ekar terbabit disediakan kerajaan negeri dan dana pembinaan disumbang kerajaan Selangor.
Kedudukannya begitu strategik di tepi jalan raya Kuala Krai-Gua Musang. Rumah jenis sebuah dibina dengan kos lebih RM60,000 seunit.
Perletakan batu asas projek Desa Darul Ehsan disempurnakan Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali pada 17 Jun lepas.
Mohd Fauzi juga berkata mangsa-mangsa banjir yang tidak memiliki lot sendiri disenaraikan layak menduduki rumah di desa berkenaan.
Kata beliau sebelum ini mangsa banjir terbabit menumpang di tanah rezab Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) dan sungai.
“Itu kriteria utama ditetapkan kerajaan bagi melayakkan mangsa banjir mendapat rumah disumbang kerajaan Selangor,” ujarnya.
Beliau juga mendakwa sehingga sekarang tiga rumah kekal dibina di bawah kerajaan pusat runtuh ketika dalam pembinaan di Dun Manek Urai.
Katanya, dua rumah kekal yang separuh siap dibina runtuh di Kampung Laloh dan sebuah lagi di Sungai Rek.
Pada Mei lepas sebuah lagi rumah juga sedang dalam pembinaan di Kampung Bedal Dun Mengkebang juga runtuh.
“Sebab itulah sekarang saya difahamkan kerajaan pusat tidak lagi membina rumah kekal bertiang tinggi bagi mengelakkan berulang peristiwa hitam tersebut.
“Perkara itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya kontraktor membina mengikut piawaian ditetapkan kerajaan dan bukannya mengutamakan keuntungan,” katanya. - HARAKAHDAILY 10/11/2015 Sumber HD - 10-11-2015
Kenapa kita mahu Adun Kelantan papa kedana? Posted on Monday, November 09 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
MUNGKIN gaji RM4,600 ini yang kita mahu kepada Adun kita di Kelantan. Dengan gaji sebanyak itu, MB dan Exco tawarkan diri pula untuk ditolak 20% dari gaji mereka untuk dikembalikan kepada Rakyat.
Bakinya digunakan pula untuk menampung kos Pusat Khidmat Dun serta program Rakyat yang lain di sekitar RM15,000 sebulan. Kerana tidak cukup duit, mereka terpaksa minta derma dari kawan-kawan dan ada sebahagiannya terpaksa berniaga. Ketika musibah banjir melanda Kelantan tahun yang lalu, MB dan Exco-excolah yang menyerahkan 1 bulan gaji mereka untuk kegunaan mangsa banjir.
Dengan semua keringat dan pengorbanan itu, kita maki dan caci mereka. Tuduh jahat dan zalim. Tidak berhati perut dan sebagainya atas dua alasan yang kononnya munasabah untuk ditolak kenaikan gaji itu, iaitu rumah mangsa banjir dan tunggakan caruman YIK.
Tahukah anda, Kerajaan Kelantan sudah berjaya membina 76.3% dari sasaran 600 buah rumah jika dibandingkan Kerajaan Pusat di sekitar 39.9% sahaja dari sasaran yang dijanjikan.
Walaupun berlaku kelewatan dari Kerajaan Pusat dalam menyiapkan rumah mangsa banjir itu, tiada kedengaran pula sumpah seranah menentang kenaikan 40% gaji Ahli Parlimen sehingga RM16,000 pada bulan April yang lalu.
Yang kita tentang adalah kenaikan gaji Adun Kelantan dari RM4,600 ke RM8,000?, separuh dari gaji yang diperoleh Ahli Parlimen walaupun salah seorang dari Ahli Parlimen itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri di Kelantan.
Kali terakhir pindaan gaji adalah pada tahun 2010 manakala sebelumnya adalah pada tahun 2004. Dari RM3,600 ke RM4,600 sahaja.
Sebelum didedahkan masalah urus tadbir tunggakan caruman YIK oleh Datuk Husam, pihak pengurusan YIK telah pun memenangi kes tuntutan RM10 Juta di Mahkamah. Inilah bukti kesungguhan pihak pengurusan YIK untuk menjelaskan tunggakan dari kutipan RM10 Juta itu pada kakitangannya walaupun tanpa campurtangan Datuk Husam sekalipun.
Pelik juga kenapa kali ini Datuk Husam tidak menyokong kenaikan gaji Adun itu walaupun beliaulah yang menyokong kenaikan gaji Adun ketika pindaan sebelumnya (2010). Malah ada pihak yang kata, beliau jugalah yang mencadangkan kenaikan gaji Adun di Kelantan ketika itu.
Mungkin kita suka agaknya melihat wakil Rakyat Islam kita di Kelantan papa kedana. Naik basikal buruk dan berpakaian compang-camping khususnya wakil Rakyat PAS sebab itulah kononnya jalan zuhud para pejuang Islam yang wajib dipilih kesemua wakil Rakyatnya.
Apabila gagal membantu Rakyat kerana kekangan kewangan, disumpah seranah pula sekali lagi kerana dituduh mengabaikan kebajikan Rakyat.
Kenaikan yang berpatutan pun tidak boleh, gagal bantu Rakyat kerana kekangan kewangan pun tidak boleh. Jadi apa yang boleh buat Adun di Kelantan? Patutlah para Adun PAS serba salah dengan kenaikan itu walaupun Adun BN mahukan yang tinggi lagi.
Mungkin bukan kerana sayangkan Rakyat kita tidak mahu kenaikan gaji kepada Adun di Kelantan itu. Mungkin yang kita mahu adalah kegagalan mereka khususnya dari kalangan wakil Rakyat PAS untuk membantu Rakyat akibat kekangan kewangan itu. Dengan cara itu, kita berharap Kelantan, selepas 25 tahun ditadbir PAS akhirnya dapat ditawan musuh politiknya dalam pilihan raya yang akan datang.
Adakah kerana sebab-sebab ini kita mahu Adun kita di Kelantan khususnya dari kalangan wakil Rakyat PAS terus miskin papa kedana? Walaupun gaji yang dinaikkan itu untuk Rakyat juga akhirnya. Sama-samalah kita fikirkan. – HARAKAHDAILY
Sumber TKO - 9-11-2015
Bajet 2016: Perkasakan industri emas di Kelantan
HARAKAHDAILY | .
Tuan Yang Dipertua, memang susah ahli politik dan juga peguam untuk bercakap 10 minit tetapi saya cuba. Saya pertamanya mengucapkan terima kasih, walau bagaimanapun, kerana dapat peluang untuk bersama membahaskan Belanjawan 2016, belanjawan yang pertama selepas RMK11 dan RMK11 ini merupakan Rancangan Malaysia yang terakhir sebelum tahun 2020.
Perbelanjaan ataupun belanjawan yang bertajuk, “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” telah menampilkan belanjawan sebanyak RM267.2 bilion yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan pada 23 Oktober yang lalu. Saya mempunyai empat poin yang utama yang akan saya huraikan secara ringkas.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa dalam Bajet 2016 kita dapat lihat beberapa inisiatif-inisiatif kerajaan yang telah dilontarkan baik dalam bentuk pemberian langsung mahupun inisiatif percukaian dan sebagainya yang disebutkan untuk mengurangkan tekanan kepada kehidupan rakyat terutamanya kelompok yang paling terdedah kepada kesan negatif keadaan ekonomi umum yang lemah.
Begitu juga dalam Belanjawan 2016 telah memperlihatkan kononnya ada perluasan kelompok barangan yang katanya berkadar GST sifar, peningkatan paras gaji minimum, penambahan pemberian langsung BR1M serta pelepasan cukai bagi golongan berpendapatan rendah.
Apapun, saya berpendapat bahawa seelok dan sebaik mana pun dasar yang telah dibuat oleh sesebuah kerajaan itu, ia hanya akan menjadi nikmat sebenar kepada rakyat sekiranya ia dilaksanakan dengan penuh saksama, tidak ada penyelewengan serta diselia dengan penuh jujur oleh agensi penguat kuasa.
Federalisme
Saya ingin menekankan satu aspek yang cukup penting dalam sebuah kerajaan ataupun dalam sebuah negara terutamanya seumpama Malaysia ini yang bersifat persekutuan ataupun federalisme. Dalam konteks kerajaan federalisme ini apa yang hendak saya sentuh ialah bagaimana komponen negeri-negeri yang berada di dalam satu federalisme ini harus dilayan dengan begitu baik, harus dilayan dengan saksama dalam apa bentuk keadaan sesebuah negeri tersebut.
Oleh sebab itu saya melihat ada sedikit perkara dalam Belanjawan 2016 ini yang nampaknya tidak memenuhi ataupun tidak menurut sepatutnya konsep federalisme ini.
Saya ambil satu contoh, perbelanjaan 2016 ini nampaknya masih lagi bergantung kepada suatu logik zaman kolonial iaitu pembangunan yang ditumpukan adalah lebih di Pantai Barat berbanding dengan Pantai Timur.
Saya ambil satu contoh dalam belanjawan ini misalnya, daripada peruntukan RM267.2 bilion ini terdapat sejumlah peruntukan berjumlah RM42 juta bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah di Sarawak serta kenaikan taraf Lapangan Terbang Kuantan dan Kota Bharu. Diandaikan Lapangan Terbang Mukah yang baru hendak dibina ini jumlahnya RM30 juta, maka tinggal lagi RM12 juta yang akan dibahagikan antara Kuantan dan Kota Bharu. Jadi inilah nasib negeri-negeri yang berada di Pantai Timur.
Infrastruktur Kelantan
Kerajaan Persekutuan juga nampaknya tidak dapat mempertimbangkan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan yang cuba menawarkan segala keperluan infrastruktur terutamanya tanah untuk membina satu lagi lapangan terbang baru di daerah Machang di negeri Kelantan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan hasil daripada perkara yang saya sebutkan tadi, ketidakseimbangan pengagihan pembangunan di antara negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia ini.
Pertamanya, saya hendak mencadangkan supaya bagi memastikan pembangunan yang seimbang antara Pantai Barat dan Pantai Timur, saya ingin mengesyorkan supaya Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan Pelan Fizikal Negara yang mencadangkan supaya satu sistem hubungan kereta api laju ataupun speed rail diadakan di Pantai Timur. Sebolehnya tanpa melalui landasan yang juga dibuat oleh kolonial dahulu iaitu melalui Gemas, terus dari Kuala Lumpur Pantai Barat seterusnya ke Pantai Timur Kelantan dan juga Terengganu yang tidak mempunyai kereta api sehingga sekarang ini.
Keduanya saya juga ingin mencadangkan supaya kerajaan memikirkan bagaimana memperkasakan industri-industri tempatan yang berdasarkan kepada budaya dan juga bakat kepakaran yang ada di kalangan rakyat di sesebuah negeri itu. Umpamanya saya mencadangkan supaya industri emas dan perhiasan peribadi diperkasakan di negeri Kelantan di mana di negeri tersebut mempunyai banyak faktor-faktor yang boleh memajukan industri ini.
Begitulah juga saya tidak ketinggalan mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan dapat memikirkan untuk mewujudkan negeri Terengganu di Pantai Timur juga sebagai sebuah pangkalan utama industri perikanan di dalam negara kita ini.
Dengan kata lain, wilayah Pantai Timur yang masih kurang tercemar di samping kaya dengan alam semula jadi serta flora dan faunanya boleh dimajukan sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan teknologi hijau yang dirasakan amat sesuai di wilayah Pantai Timur.
Isu yang kedua mengenai isu antarabangsa. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan khususnya Kementerian Luar Negara mengenai cadangan ataupun usaha perdamaian di selatan Thailand yang mana pada 28 Februari 2014 yang lalu, Kerajaan Thailand telah pun bersetuju untuk melantik Kerajaan Malaysia menjadi sebagai facilitator, dengan izin, ataupun pemudah cara bagi mencari suatu langkah perdamaian antara Kerajaan Thailand dengan pejuang-pejuang pembebasan selatan Thailand.
Saya sebagai wakil rakyat dari negeri Kelantan amat merasakan apabila berlakunya suasana yang tidak tenteram di negara jiran di Thailand maka kita yang berada di negeri-negeri yang berada di sempadan juga merasai bahang kepada rasa tidak selamat yang berlaku di negeri kita. Itu yang kedua.
Ketiganya, saya mengambil kesempatan ini untuk merekodkan suatu penghargaan saya kepada pasukan Polis Diraja Malaysia Negeri Kelantan yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan ataupun membendung angkara kes-kes jenayah di negeri Kelantan. Sehingga bulan Mei 2014, polis Kelantan telah berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 2% dan dengan harapan akhir tahun 2015 ini sehingga mencecah kepada 5%.
Vape
Isu yang terakhir, ini isu yang tidak popular mungkin di kalangan sesetengah orang. Kebetulannya Yang Berhormat Bera berada di dalam Dewan pada hari ini. Saya ingin mendapat kepastian daripada kerajaan mengenai langkah kerajaan untuk menilai semula kebenaran penggunaan vape di kalangan rakyat Malaysia.
Saya tidak tahu kenapa Yang Berhormat Bera yang menjadi Menteri Pertanian begitu berminat dalam isu vape ini dan saya merasakan bahawa beliau mungkin telah berjaya melobi di dalam Kabinet sehingga vape ini yang pada asalnya nampak seolah-olah ingin diharamkan oleh kerajaan sebagaimana yang diharamkan di Singapura, sebagaimana yang diharamkan di negara hiburan- di Thailand, dan juga negara yang kuat merokok, di Indonesia telah ada undang-undang untuk diban ataupun diharamkan. Jadi saya ingin dapat penjelasan lah daripada kementerian yang berkenaan, kenapa dan mengapakah?
Adakah kerajaan tidak ingin mengambil pandangan terutamanya bagi orang Islam di kalangan mufti-mufti yang telah membuat fatwa bahawa vape ini haram sebagaimana haramnya rokok dan berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan? Jadi untuk itu saya mengakhiri ucapan perbahasan saya. - HARAKAHDAILY 6/11/2015
Ucapan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 3 November lalu. Sumber HD - 6-11-2015
Jangan fitnah kerajaan berusaha daulatkan Islam
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Islam melarang seseorang yang cuba membangkit fitnah terhadap kerajaan yang berusaha mendaulatkan Islam kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata Ngeri Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata rahsia kerajaan merupakan suatu amanah yang tidak boleh disebarkan sesuka hati.
Katanya mereka yang cuba menyebarkan rahsia kerajaan yang hendak melaksanakan Islam secara sembrono disifatkan mempunyai penyakit hati.
“Sebagai wakil rakyat kita tidak boleh sebar rahsia dalaman kerajaan sehingga boleh menimbulkan fitnah kalangan rakyat.
“Hukum sebar fitnah itu adalah tidak boleh. Pernah berlaku peristiwa di zaman Rasulullah SAW cubaan seorang sahabat menyebarkan rahsia baginda kepada masyarakat musyrikin Makkah.
“Sahabat terbabit mengirim surat melalui seorang wanita untuk dihantar ke Makkah namun dihidu Rasulullah dengan mengarah sahabat menahan wanita terbabit,” katanya pada persidangan Dun Kelantan, di sini.
Menurutnya juga sebagai seorang pemimpin ada tempatnya bagi membangkitkan sesuatu isu dan bukannya di tempat terbuka.
Kata beliau perlu ada sikap collective responsibility sebagai seorang pemimpin.
Sebelum ini seorang penyokong kerajaan sering membuat teguran terbuka di media sosial berkaitan beberapa isu termasuk tunggakan pinjaman kakitangan Yayasan Islam Kelantan (Yik). - HARAKAHDAILY 6/11/2015 Sumber HD - 6-11-2015
Pusat lewat bantu mangsa banjir tahun lepas
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kesungguhan jentera kerajaan negeri membantu mangsa banjir akhir tahun lepas tidak dapat dinafikan, biar pun ada suara sumbang cuba mempertikaikannya.
Ini dapat dibuktikan biarpun 339,000 penduduk menjadi mangsa banjir dan 140,000 daripadanya terkepung, mangsa yang terkorban hanya 11 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Mumtaz Md Nawi, berkata sebahagian besar yang menjadi korban banjir merupakan warga emas yang uzur.
Katanya banjir yang melanda Kelantan tahun lalu terburuk dalam sejarah di negeri tersebut.
“Kerajaan negeri sudah berusaha sedaya mungkin membantu mangsa banjir melalui agensi-agensinya bermula 17 November lagi.
“Tidak timbul kelewatan bantuan diagih kepada mangsa banjir kecuali kawasan yang terkepung dan sukar dihubungi melalui laluan darat,” katanya pada persidangan Dun Kelantan, di sini.
Sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Nozula Md Diah mendakwa Kelantan lambat bertindak membantu mangsa banjir.
Mumtaz berkata semua jabatan kerajaan negeri termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri turun membantu bersama wakil-wakil rakyat.
“Biar pun ada kalangan mereka yang turut menjadi mangsa banjir namun demi tugas kakitangan kerajaan negeri datang membantu mangsa lain.
“Kakitangan Urusetia Pembangunan Wanita ada yang tidak pulang ke rumah dua minggu kerana membantu mangsa banjir.
“Begitu juga agensi kerajaan negeri termasuk PKINK, PMBK, penghulu dan ahli majlis daerah turut terlibat membantu mangsa banjir,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya berbeza dengan agensi kerajaan pusat hanya kelihatan bersungguh-sungguh dan serius selepas kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 27 Disember 2014. - HARAKAHDAILY 6/11/2015 Sumber HD - 6-11-2015
Adun Umno Kelantan ajak PAS bersatu
Posted on Thursday, November 05 @ 14:56:37 MYT by paktam
Oleh BORHAN AHMAD
Para pemimpin PAS diajak bersatu dengan Umno untuk mempertahankan pemimpin Islam yang sedang teruk diserang oleh DAP dan penyokongnya sekarang.
Ajakan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Norzula Mat Diah ketika berucap membahaskan Belajawan Kelantan 2016 di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam.
Menurut beliau, mereka perlu belajar dari pengalaman yang berlaku di Iraq dan Afghanistan apabila musuh Islam menghancurkan negara umat Islam itu apabila umat Islam tidak bersatu.
"Musuh Islam ini sedang menyerang pemimpin Islam di negara dan juga di Kelantan. Kita kena bersatu lawan mereka," kata Norzula yang dipercayai merujuk kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.
Sebelum Norzula, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sedia bekerjasama dengan Umno.
Beliau juga menyifatkan parti pecahan darinya, Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan adalah pengkhianat. http://malaysiadateline.com/
Sumber DD - 5-11-2015
Dun Kelantan tolak Akta Laut Wilayah
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan mencipta sejarah apabila menolak Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang dilulus di parlimen pada April 2012.
Usul tersebut yang dibentang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mendapat sokongan anggota dewan.
Persidangan Dun gemuruh dengan suara “sokong” ketika Speaker, Datuk Abdullah Ya’kub ketika meminta sokongan daripada anggota Dun.
Sebelum itu dua Adun pembangkang Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) dan Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani (BN-Nenggiri) turut mengambil bahagian membahaskan usul berkenaan.
Tiga penyokong kerajaan turut berbahas menyokong termasuk Dr Yusnan Yusof (PAS-Melor), Datuk Husam Musa (PAS-Salor) dan Rozi Muhamad (PAS-Tendong).
Dr Fadzli berkata Akta 750 bertentangan dengan Perkara 2 perlembagaan kerana tidak mendapat kebenaran Dun setiap negeri dan Majlis Raja-Raja.
“Ini kerana cadangan untuk mengubah sempadan negeri perlu mendapat kelulusan Dun dan Raja-raja terlebih dahulu.
“Sedangkan apa yang berlaku rang undang-undang mengenainya dibentang secara tergesa-gesa tanpa melibatkan persetujuan negeri-negeri dan sultan,” katanya ketika membentang usul tersebut.
Kerajaan Persekutuan membentangkan Rang Undang-Undang Laut Wilayah Malaysia 2012 pada 18 April 2012 untuk memenuhi syarat-syarat Konvensyen Undang-undang Laut Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS).
Ekoran itu setiap negeri di Malaysia perlu menyerahkan pelantar benua kepada kerajaan Persekutuan dan perairan negeri hanya dihad 3 batu nautika.
Dr Fadzli juga berkata Akta 750 dianggap melanggar Perkara 4 dan Perkara 76 (1) perlembagaan persekutuan kerana tidak dirundingkan dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Menurutnya juga usul tersebut dibentang di Dun kerana Akta 750 menyentuh sempadan negeri dan usaha kerajaan pusat mengambil hak negeri terhadap pengeluaran minyak dan gas di pelantar benua.
Kata beliau juga sebelum ini Maritim Kelantan menjelaskan terdapat 20 pelantar cari gali minyak di kawasan seluas 20,000 km persegi perairan milik Kelantan.
Husam pula berkata tindakan Dun Kelantan dijangka diikuti negeri-negeri lain yang mempunyai pelantar minyak termasuk Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang.
“Tahniah kepada kerajaan negeri kerana bertindak berani. Dun Kelantan satu-satunya yang membawa usul menolak Akta 750 sehingga sekarang.
“Saya yakin selepas ini negeri-negeri lain juga akan mengikut jejak langkah Dun Kelantan kerana tanah di bawah laut adalah milik negeri,” katanya. - HARAKAHDAILY 5/11/2015 Sumber HD - 5-11-2015
Kenaikan elaun wajar dengan keadaan semasa
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyifatkan kenaikan elaun Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota Exco kerajaan negeri wajar dengan keadaan semasa.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kenaikan saraan baru itu diambil berdasar kedudukan kewangan kerajaan negeri.
“Kalau dikira peringkat awal Menteri Besar menolak elaunnya dinaik sehingga RM18,000 sebulan, beliau meminta dipotong kepada RM15,000.
“Elaun anggota Exco dan Menteri Besar sudah menjadi peraturan pentadbiran lebih tinggi berbanding dengan wakil rakyat biasa.
“Kalau elaun Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota Exco sama dengan Adun, jadi elaun wakil rakyat kena lebih rendah lagi,” katanya selepas persidangan Dun hari ini.
Adun Salor Datuk Husam Musa semalam menyifatkan kenaikan elaun Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan anggota Exco tidak sesuai berdasar suasana ekonomi semasa.
Beliau mempersoalkan mengapa Menteri Besar, timbalannya dan anggota Exco turut mengambil kesempatan dinaikkan elaun sama serupa wakil rakyat biasa.
Mohd Amar juga berkata sekiranya ada wakil rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut mereka boleh menulis surat kepada kerajaan bagi menolak elaun baru.
Pada Isnin lepas Dun Kelantan melulus elaun saraan baru Adun dan anggota pentadbir kerajaan negeri termasuk Speaker, timbalannya dan Setiausaha Politik Menteri Besar.
Sekarang elaun Adun sebanyak RM4,600 ditambah kepada RM8,000 sebulan.
Elaun saraan anggota Exco dan Speaker Dun pula daripada RM6,000 kepada RM10,000.
Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Dewan Negeri (Pindaan 2015) berkuatkuasa 1 Januari 2016. - HARAKAHDAILY 5/11/2015 Sumber HD - 5-11-2015
Maksudnya: Dan sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami). Maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka lakukan. (Al-A’raf: 96)
Kerajaan Negeri Kelantan baharu sahaja selesai membentangkan Belanjawan 2016 yang bertemakan “Keberkatan Membawa Kemakmuran” di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ketigabelas pada hari ini. Pembentangan pada kali ini ditumpukan kepada lima teras utama iaitu Pembangunan Insan, Kerancakan Ekonomi, Pembelaan Golongan Tidak Berkeupayaan, Pengukuhan Institusi Dan Badan Pelaksana dan Pengukuhan Kewangan Negeri.
Pembentangan bajet ini sudah pasti akan menggerakkan Kelantan terus maju ke hadapan berpaksikan tiga tonggak utama iaitu Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan. Ketiga-tiga tonggak ini adalah teras asas yang setiap satunya merupakan pra-syarat kepada turunnya barakah di bumi Serambi Mekah ini.
Barakah bukan hanya membawa makna bertambah dan berkembang, malah perkembangan dan pembangunannya dikecapi bersama dengan kebahagiaan dan ketenangan yang membawa Kelantan kepada kemakmuran kerana mendapat rahmat daripada Allah SWT. Negeri yang mempunyai barakah dan makmur akan membawa kebajikan kepada rakyatnya. Inilah intipati daripada bajet yang telah dibentangkan oleh YAB Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan pada pagi tadi.
Barakah kehidupan di bawah payungan Syariat dapat dilihat dengan jelas di Kelantan apabila kita meneliti kepada kadar kemiskinan yang telah menurun daripada 29.5 peratus pada tahun 1992 kepada 0.9 peratus pada tahun 2014.
Inilah sebahagian daripada keberkatan yang dikurniakan Allah SWT kepada Negeri Kelantan walaupun menghadapi kekangan kewangan. Alhamdulillah, Kerajaan Kelantan mampu memperuntukan kewangan bagi tujuan membasmi kemiskinan yang ada di Kelantan. Kita dapati bahawa skim-skim bantuan kepada golongan dhaif dan miskin, orang kelainan upaya, armalah dan warga emas diberi keutamaan.
Dalam bajet 2016, sebanyak RM2.55 juta telah diperuntukan di bawah program pembelaan rakyat miskin, RM3.3 juta untuk program Al-It’am yang diagih pada setiap bulan dan RM1.8 juta untuk bantuan baja. Sejumlah RM800 ribu juga diperuntukkan bagi Program Kesihatan Rakyat Miskin.
Selain itu, Kerajaan Kelantan menyediakan bantuan kepada golongan Armalah dan Anak Yatim dengan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi tahun 2016 berbanding RM4.5 juta pada tahun 2015. Sementara Bantuan Am Bulanan kepada golongan yang tidak berkemampuan ditambah pada bajet kali ini iaitu dengan jumlah RM10.6 juta berbanding RM9.92 juta pada tahun 2015.
Bajet Barakah Kelantan 2016 ini juga sangat mengutamakan sektor pembangunan Insan dan pendidikan. Peruntukan untuk aktiviti-aktiviti bina insan, dakwah dan tarbiyah, penerapan kefahaman agama dan kecemerlangan ibadat sahaja telah diperuntukan sejumlah RM10.71 juta.
Bajet ini tidak dikesampingkan program yang mendidik rakyat seperti Tafaqquh Fiddin dan program bersama para ulama pondok. Tafaqquh Fiddin walaupun sudah lama diterapkan di Kelantan tetapi ia akan dijadikan program bersepadu di seluruh jajahan. Dalam aspek pembangunan pendidikan, penambahan bajet telah diperuntukan berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM78 juta.
Ini tidak ditambah dengan peruntukan yang berkaitan dengan projek pembangunan baru, menaiktaraf dan menyelenggara bangunan sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan termasuk aspek pendidikan dan pembelajaran untuk pra sekolah, aktiviti pendidikan, bantuan pelajaran, dana pendidikan guru YIK dan program pengajian tinggi yang menjadikan jumlah peruntukan pendidikan ini mencecah RM100 juta.
Perlu diketahui bahawa Kelantan telah memiliki sistem pendidikan yang tersendiri dan unik di bawah YIK juga KIAS, yang dipertahankan hingga ke hari ini. Institusi ini dipertahankan kerana ia merupakan aset bernilai dan unik untuk membina generasi ummah mengikut acuan Membangun Bersama Islam yang telah diasaskan sekian lama.
Kerajaan Kelantan terpaksa menyediakan perbelanjaan yang besar setiap tahun dalam sektor pendidikan ini bagi menjana hasil yang bukan sekadar diukur secara fizikal dan material, tetapi ia adalah khazanah yang berharga terhadap tamadun ummah dan penyediaan modal insan.
Dalam membangunkan anak muda yang merupakan aset penting kepada agama dan negara, Kerajaan Kelantan sentiasa memberi perhatian dan meningkatkan usaha untuk melahirkan anak muda Kelantan bermaruah dan mempunyai kemantapan dari pelbagai aspek meliputi syakhsiah, intelek dan akademik di samping pembangunan fizikal dan sosial yang cemerlang.
Kerajaan Kelantan menyediakan program teras seperti program Anak Muda Kelantan (AMK) dan Program Bina Ummah (PBU) yang telah dilaksanakan di semua jajahan bagi meninggalkan kesan yang sangat positif kepada pentarbiyahan anak muda negeri ini. Dengan demikian, pada pembentangan tadi, YAB Menteri Besar telah menyatakan sejumlah RM5.5 juta diperuntukan khususnya dalam pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Kerajaan Negeri Kelantan juga terus meningkatkan usaha memberi kesedaran kepada rakyat bahawa aspek kebajikan yang paling utama ialah apabila pemimpin dan rakyat sesebuah kerajaan dapat akur segala perintah Allah. Oleh itu, YAB Menteri Besar Kelantan seringkali menekankan bahawa Kanun Jenayah Syariah ialah agenda yang melangkaui aspek politik dan lain-lain.
Usaha untuk membawa usul bagi membuat pindaan terhadap akta 355 Akta Mahkamah Syariah di persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang diteruskan. Kita faham bahawa hasrat yang sudah lama ini bukan mudah untuk dicapai dan pelbagai kemungkinan mesti diletakkan dihadapan.
Namun, kita perlu sedar bahawa Private Members Bill yang telah dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada dua persidangan lalu telah tersenarai dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat. Begitu juga isu berkaitan Kanun Jenayah Syariah ini telah menjadi isu antarabangsa yang diperbincangkan disemua peringkat.
Maka ini adalah kejayaan dan anugerah yang telah dikurniakan Allah dan kita semua mengharapkan kejayaan yang lebih besar selepas ini. Atas semangat dan tanggungjawab besar ini, Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan peruntukan sejumlah RM1 juta untuk Prasarana Material Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II pada bajet 2016. Usaha ini mesti didokong dan disokong oleh semua pihak.
Pada 31 Oktober 2015 lepas, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah melancarkan Sambutan Tahun Melawat Kelantan 2016 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV. YAB Menteri Besar ketika mempersembahkan ucapan pada majlis tersebut telah menekankan agar sektor pelancongan juga perlu diberi perhatian yang serius khasnya bagi menyambut kira-kira 5 juta pelancong yang dijangkakan sehingga penghujung tahun 2015 ini.
Usaha telah digerakkan semaksima mungkin agar Kelantan berjaya muncul sebagai destinasi pilihan pertama pelancongan domestik, di samping meningkatkan kemasukan pelancong antarabangsa berasaskan penampilan negeri Kelantan sebagai hub-pelancongan Islam, warisan, budaya dan kesenian.
Kelantan sangat mengutamakan Program Penghayatan Islam yang sememangnya menjadi agenda utama dan secara tidak langsung mampu menjadi produk pelancongan berdaya tinggi. Untuk tahun 2016, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM3.6 juta bagi Program Pembangunan Pelancongan, Pembangunan Seni dan Budaya dan Galakan Kebudayaan berbanding pada tahun lalu hanya sebanyak RM2.2 juta. Manakala jumlah keseluruhan peruntukan untuk menjayakan sektor ini adalah sekitar RM6.9 juta.
Walaupun Bajet Negeri Kelantan bagi tahun 2016 merupakan belanjawan defisit di mana perolehan hasil yang dianggarkan bakal diperolehi ialah berjumlah RM593.8 juta, manakala perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM639.41 juta. Defisit bagi tahun 2016 dijangka berjumlah RM45.61 juta, berbanding dengan anggaran defisit dalam bajet tahun 2015 yang berjumlah RM70.69 juta.
Walau bagaimanapun, anggaran hasil tahun 2016 telah menunjukkan peningkatan berbanding Anggaran Hasil Tahun 2015 yang berjumlah RM530.83 juta. Peningkatan ini antaranya adalah anggaran bayaran Perdagangan Karbon yang dijangka mendatangkan hasil sebanyak RM50 juta apabila Kerajaan Negeri meluluskan hasil berkenaan nanti.
Perdagangan Karbon ini insya-Allah akan diusahakan di kawasan-kawasan HSK pada seluas 300 ribu hektar yang tidak terlibat dalam kelas fungsi hutan pengeluaran, kawasan zon ladang, kawasan terlibat dengan empangan di bawah kendalian TNB Sdn Bhd dan lain-lain kawasan.
Perlu diketahui bahawa sekalipun bajet ini adalah bajet defisit, ia sama sekali tidak akan merencatkan pembangunan negeri Kelantan berasaskan pertimbangan bajet defisit ialah satu isu yang biasa. Semenjak awal pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kelantan, bajet yang dibentangkan sentiasa defisit namun di akhir tahun, berlaku lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan dan penjimatan dalam urusan perbelanjaan.
Untuk rekod, pada tahun 1992, dalam anggaran bajet, Kelantan mengalami defisit sebanyak RM16.63 juta, tetapi ketika perbelanjaan sebenar, Kelantan mempunyai lebihan RM9.32 juta. Begitu juga pada tahun 1993, semasa anggaran bajet dibuat, defisit sebanyak RM27.27 juta, tetapi selepas perbelanjaan sebenar, Kelantan masih mempunyai lebihan sebanyak RM30.33 juta. Insya-Allah Kelantan akan terus memacu pembangunan ummah dengan panduan Syariat dan rakyat di negeri ini sentiasa di ampuni Allah dengan dilimpahi barakah yang berterusan. - HARAKAHDAILY 5/11/2015 (Penulis ialah Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kelantan) Sumber HD - 5-11-2015
Baiki sekolah rosak punca kos Yik meningkat
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan peningkatan kos mengurus Yayasan Islam Kelantan (Yik) disebabkan kerja-kerja membaiki sekolah agama yang rosak akibat bah besar akhir tahun lepas.
Sebanyak 21 sekolah agama di bawah Yik rosak akibat bah yang membabitkan kos baik pulih sebanyak RM2.3 juta.
Sekolah terbabit iaitu di Kota Bharu tiga, Pasir Mas (7), Tumpat (3), Tanah Merah (4), Kuala Krai (3) dan Gua Musang sebuah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata Yik juga membelanjakan sebanyak RM4 juta bagi membeli hartanah di Tunjung untuk dibangunkan pejabat.
Katanya, peningkatan kos mengurus tersebut menyebabkan berlaku tunggakan bayaran pinjaman kakitangan Yik sehingga mencecah RM12.6 juta.
“Yik sudah membayar sebanyak RM2 juta sebelum ini. Bayaran tunggakan itu sedang dalam proses penyelesaian.
“Yik bukan tidak bayar tunggakan tetapi pembayaran belum selesai sepenuhnya lagi,” katanya ketika menggulung perbahasan bajet Kelantan 2016 pada persidangan Dun hari ini.
Tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM72 juta kepada Yik bagi pengurusan dan pembangunan, namun kos keseluruhan meningkat sehingga RM83.9 juta.
Bagaimanapun bagi belanjawan tahun hadapan kerajaan negeri mempertingkatkan peruntukan pembangunan insan sehingga RM90 juta.
Beliau juga memberitahu Yayasan Kelantan Darulnaim akan mengadakan kerjasama dengan Kolej Universiti Tun Hussien Onn bagi menaja pelajar yang sedang menunggu peperiksaan SPM mengikuti kursus subjek sains dan matematik di universiti berkenaan.
“Seramai 100 pelajar yang mendapat keputusan sederhana peperiksaan percubaan SPM akan ditawarkan bagi mengikuti kursus tersebut.
“Pelajar yang berjaya pada kursus tersebut akan ditawarkan mengikuti pengajian di universiti terbabit,” katanya. - HARAKAHDAILY 4/11/2015
Sumber HD - 4-11-2015
43 tahun daripada usia PAS mampu tadbir Kelantan
ASLANI M | .
KOTA BHARU: PAS Kelantan mencatat rekod tersendiri apabila 43 tahun daripada 60 tahun usia penubuhannya di negeri ini mampu mentadbir sebuah kerajaan negeri.
Pada fasa pertama PAS mentadbir Kelantan pada 1959 sehingga 1978 dan disambung pula fasa kedua sejak 1990 sehingga sekarang.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata PAS berupaya mentadbir Kelantan dalam tempoh begitu lama.
“Ini merupakan satu pencapaian yang sepatutnya diraikan penyokong PAS dan rakyat Kelantan. PAS bertapak di negeri ini pada 1955 dan sekarang genap 60 tahun.
“Oleh itu kita merancang merayakan ulangtahun tersebut pada 20 November ini dengan pelbagai program menarik bermula pagi sehingga tengah malam,” katanya di sini.
Program tersebut akan diadakan di Medan Ilmu dan perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di Jalan Datuk Pati.
Program bermula jam 8.30 pagi dengan perasmian, diikuti kuliah pagi Jumaat Perdana. Turut diadakan pertandingan aulad, himpunan muslimmat, jamuan rakyat, pertandingan pidato dan syarahan istiqamah, himpunan anak muda, persembahan kebudayaan, himpunan ulama.
Selain itu solat hajat, forum pengisahan suka duka PAS Kelantan, ceramah perdana dan anugerah Tokoh Istiqamah PAS Kelantan.
Program lain pameran agensi-agensi kerajaan dan ekspo jualan. Jalan Datuk Pati ditutup sepenuhnya sepanjang sambutan tersebut.
Oleh itu Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berharap rakyat Kelantan tanpa mengira kaum dan agama turut meraikan sambutan tersebut. - HARAKAHDAILY 4/11/2015 Sumber HD - 4-11-2015
Bantuan banjir diserap unsur politik – Exco
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Biarpun pembangkang bercakap ketika bah besar melanda akhir tahun lepas semua pemimpin boleh bekerjasama membantu rakyat, namun selepas banjir lain pula jadinya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata selepas bah berlalu elemen politik mulai muncul ketika mengagih bantuan banjir.
“Tidak patut berlaku untuk kita cuba politik bantuan kerajaan kepada rakyat rakyat. Ada pihak menggunakan politik bagi menyekat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di sesetengah tempat.
“Masa banjir tidak timbul isu politik, namun selepas bah masa hendak agih bantuan banjir muncul pula elemen politik,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Kelantan 2016 pada persidangan Dun hari ini.
Beliau juga memberitahu kerajaan negeri menyediakan sebanyak 773 pusat pemindahan banjir bagi menghadapi kemungkinan bah akhir tahun ini.
Selain itu turut disediakan 218 pangkalan hadapan bagi menghantar bantuan kepada pusat-pusat pemindahan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata Datuk Nassuruddin Daud berkata tahalus siyasi PAS bersama DAP sebelum ini dilakukan dengan bersyarat.
Katanya ketika itu DAP tidak boleh menentang usaha kerajaan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah memandangkan ia sudah dilakukan sejak 1993.
“Pada masa itu DAP tidak menentang apa yang PAS perjuangkan. Malah perakuan mengenainya ditandatangani pada konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan sebelum ini.
“Semua Presiden parti Pakatan menandatangani konvensyen tersebut. Bagaimanapun sekarang mereka bangkit menentang perjuangan PAS,” katanya. - HARAKAHDAILY 4/11/2015 Sumber HD - 43-11-2015
Isu KPK: Pekerja dapat ganjaran RM200,000
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) Sdn Bhd menjelaskan biarpun kerajaan negeri meluluskan kawasan pembalakan kepada syarikat itu, namun had tebangan yang dibenarkan hanya 1,800 ekar setahun.
Anggota pengarahnya, Zulkifli Mamat berkata selain itu sebahagian tanah yang diberi KPK sebelum ini diambil semula kerajaan untuk diagih kepada agensi lain.
Katanya berdasar keluasan kawasan itu hasil pembalakan KPK sekitar RM3 juta setahun dengan harga setiap ekar sebanyak RM1,600.
“Pembalakan dijalankan pula di kawasan yang sudah dikerjakan. Catuan tebangan tahunan dibuat kerajaan bagi memastikan kawasan tersebut boleh diguna pakai semula selepas 25 hingga 30 tahun.
“Ini suatu usaha yang cukup baik. Dan sekarang sebahagian besar kawasan KPK telah masuk tebangan kedua dan bukan lagi hutan dara,” katanya pada persidangan Dun Kelantan.
Sebelum ini Adun Salor Datuk Husam Musa melalui surat terbuka di media baru mendakwa bagi tempoh 10 tahun KPK sepatutnya mendapat keuntungan RM80 hingga RM120 juta berdasar keluasan pembalakan 20,000 ekar.
Beliau juga mendakwa kawasan pembalakan KPK hanya terdapat kayu balak kurang 3 tan setiap ekar.
“Sedangkan apa yang sebenar berlaku setiap ekar KPK mengeluarkan balak kira-kira 8 tan,” kata Zulkifli ketika menjawab isu berkenaan tanpa kehadiran Adun Salor petang semalam.
Beliau yang juga Adun Pulai Chondong berkata disebabkan hasil pembalakan semakin kurang kerajaan negeri baru-baru ini meluluskan seluas 20,000 ekar untuk dibangunkan ladang hutan bagi menjaga kelestarian alam.
Katanya KPK diberi tanggungjawab melaksanakan sendiri atau mengadakan usaha sama dengan mana-mana syarikat bagi membangunkan ladang hutan.
“KPK memilih untuk menanam getah jenis klon. Melalui mesyuarat Lembaga Pengarah KPK yang turut disertai Pengarah Perhutanan Negeri dipastikan harga ditawarkan tidak jauh berbeza dengan harga semasa.
“Harga yang ditawarkan dengan memasuk jumlah premium yang tidak dibayar ada syarikat menawar RM2,386 seekar. Ada juga RM2,286 seekar dan syarikat lain pula RM2,856.
“Misalnya kita ambil RM2,386 dicampurkan premium sebanyak RM1,214 setiap ekar menjadikan jumlahnya RM3,600,” katanya.
Jumlah itu tidak termasuk tribute sebanyak RM60 satu tan sebagai syarat lesen.
Kata beliau harga itu tidak rendah sebagaimana digambarkan pihak tertentu sebelum ini.
Mengenai dakwaan kesemua pekerja KPK diberhentikan Zulkifli berkata, mereka diberi peluang membuat pilihan berhenti secara sukarela dengan mendapat ganjaran setimpal.
“Kita ambil dua langkah sama ada pekerja hendak berhenti atau kekal. Ekoran itu 60 pekerja memilih berhenti secara sukarela.
“Mereka mendapat ganjaran daripada RM60,000 sehingga RM200,000 seorang. Ia boleh digunakan bagi menjalankan perniagaan sendiri. Cuma yang mahu bekerja seramai 6 orang,” katanya. - HARAKAHDAILY 4/11/2015 Sumber HD - 4-11-2015
Kelantan tetap utama pendidikan agama
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (Yik) menerima peruntukan paling besar iaitu sebanyak RM78 juta bagi perbelanjaan mengurus pada 2016.
Peruntukan itu bertambah sebanyak RM6 juta berbanding Belanjawan 2015 sebanyak RM72 juta.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pertambahan peruntukan itu selaras dengan dasar kerajaan negeri Membangun Bersama Islam dengan mengutamakan pendidikan agama.
Katanya sebanyak RM4 juta lagi disediakan untuk projek pembangunan dan menaik taraf bangunan sekolah Yik.
“Pertambahan sebanyak RM6 juta itu termasuk pembiayaan pendidikan prapersekolahan, aktiviti pendidikan, bantuan pelajaran dan dana pendidikan guru Yik.
“Sebanyak RM2 juta pula untuk Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) untuk projek pembangunan dan pengurusan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2016 pada persidangan Dun hari ini.
Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM21.1 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memperluaskan rangkaian jalan negeri.
Ia meliputi pembinaan jambatan di Pulau Melaka, jambatan Kampung Kerinting, Gua Musang dan jambatan di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh.
Jalan pintas Pasir Tumboh ke Pasir Jelatang, Pasir Hor yang sepanjang 3.7 juta kilometer juga akan dibina.
Bagi mengekalkan program berkebajikan sebanyak RM2.55 juta diperuntuk program penduduk miskin, RM3.3 juta (al It’am), RM1.8 juta (baja subsidi) dan RM800,000 bantuan penyakit kronik. – HARAKAHDAILY 3/11/2015 Sumber HD - 3-11-2015
Belanjawan Kelantan 2016 perbelanjaan berhemat
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kelantan membentang Belanjawan 2016 bertema Keberkatan Membawa Kemakmuran dengan melaksanakan perbelanjaan berhemat.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata bajet tersebut memberi tumpuan kepada lima aspek dengan keutamaan memperkasakan pembangunan insan berteraskan Islam.
Selain itu merancakkan pembangunan ekonomi rakyat termasuk membela golongan daif, miskin, OKU, anak yatim, armalah dan warga emas.
“Walaupun kejatuhan nilai ringgit di samping banjir besar melanda Kelantan akhir tahun lalu, ekonomi Kelantan terus kekal sederhana tahun ini.
“Syukur Alhamdulillah walau pun ia sedikit sebanyak membantutkan ekonomi, namun masih kekal sederhana. Insya Allah pada tahun hadapan ekonomi negeri dijangka lebih baik khususnya melalui pelaksanaan projek RMK11,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2016 pada persidangan Dun hari ini.
Hasil yang dianggarkan sebanyak RM593.80 juta meliputi cukai sebanyak RM163.49 juta, hasil bukan cukai RM289.49 juta dan terimaan bukan hasil RM140.86 juta.
Menurut Menteri Besar, jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan hasil sebanyak RM62.97 juta atau sebanyak 11.86 peratus berbanding anggaran hasil 2015 berjumlah RM530.83 juta.
“Hasil hutan merupakan penyumbang terbesar sebanyak RM172.96 juta daripada keseluruhan hasil.
“Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM58.05 juta jika dibandingkan anggaran belanjawan 2015 sebanyak RM114.91 juta,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/11/2015 Sumber HD - 3-11-2015
Rakyat Kelantan perlukan pelabuhan
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat digesa membina pelabuhan di negeri Kelantan sebagai usaha menjadikan negeri yang digelar Serambi Mekah itu pesat membangun, demikian tegas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad.
Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016, Nik Mazian turut merayu kepada kerajaan agar membina pelabuhan walaupun ia hanya sebuah pelabuhan kecil.
"Kita perlukan pelabuhan, sehingga kini kita tidak dibenarkan. Ia tetap tidak dibenarkan. Saya merayu. Kecil pun tak apa," katanya di Dewan Rakyat.
Beliau juga yakin dan percaya pelabuhan itu nanti akan menyumbang kekayaan kepada rakyat, negeri, seterusnya Malaysia.
Nik Mazian turut mengakui negeri Kelantan jauh ketinggalan berbanding Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun katanya, rakyat Kelantan mempunyai sifat sabar dan menerima apa sahaja yang diberi oleh kerajaan pusat.
"Mereka tidak banyak mengadu dalam masa yang sama mereka terus memilih pembangkang menerajui negeri Kelantan," katanya.
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa turut bersetuju negeri Kelantan sangat ketinggalan berbanding negeri lain.
"Dengan kerjasama PAS dengan BN akan membawa harapan baru kepada Kelantan nanti," ujarnya ketika mencelah. – HARAKAHDAILY 3/11/2015 Sumber HD - 3-11-2015
Agensi pusat kurang minat Bertani Satu Ibadah
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Biarpun kempen Bertani Satu Ibadah dilancar di Kelantan sejak 2009, namun ia kurang mendapat sambutan agensi pertanian di bawah kerajaan pusat.
Sedangkan kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi pada persidangan Dun hari ini, konsep terbabit berjaya meningkatkan kesedaran petani mengusahakan bidang pertanian secara lebih bersungguh-sungguh.
Beliau berkata, kempen berkenaan kini diperluaskan sehingga ke peringkat masjid mukim dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
“Kerajaan negeri juga menerbit buku khas mengenainya,” katanya pada sidang Dun.
Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) beliau berkata malangnya kempen itu kurang mendapat sambutan agensi-agensi di bawah pusat.
“Sedangkan kita di peringkat negeri juga menerimapakai tema Pertanian Adalah Perniagaan yang digunakan di peringkat persekutuan kerana pertanian bagi menjana pendapatan.
“Namun, konsep Bertani Satu Ibadah lebih meluas sebagai kesinambungan Pertanian Adalah Perniagaan. Ia bukan semata-mata sebagai sumber pendapatan sebaliknya mencakupi semua perkara dalam kehidupan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau bersyukur konsep itu mulai diminati pembangkang di Kelantan yang mahu kempen kesedaran bidang pertanian mencakupi bidang lebih luas.
Menjawab soalan asal Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumbuh) Che Abdullah berkata penghayatan konsep Bertani Satu Ibadah turut mencakupi usaha kerajaan negeri memulih tanah terbiar. – HARAKAHDAILY 3/11/2015 Sumber HD - 3-11-2015
Royalti: Dun Kelantan dijangka tolak Akta 750
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) kali ini dijangka membentang usul bagi menolak Akta 750 yang dilulus di parlimen sebelum ini.
Usul berkenaan dijangka dibawa wakil kerajaan memandangkan akta berkenaan secara tidak langsung menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata sepatutnya kerajaan terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-Raja Melayu sebelum akta itu dibentang ke parlimen.
Bagaimanapun katanya apa yang berlaku rang undang-undang berkenaan dilulus secara tergesa-gesa tanpa dibincangkan secara mendalam kerana ia melibatkan hak negeri.
“Usul berkenaan cukup penting untuk dibincangkan kerana hak Kelantan dan negeri-negeri lain juga terjejas,” katanya selepas persidangan Dun hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata usul mengenainya dijangka dibentang pada hari akhir persidangan Dun kali ini.
Pada 18 April 2012 kerajaan Persekutuan membentangkan Rang Undang-Undang Laut Wilayah Malaysia 2012.
Tujuan untuk memenuhi syarat-syarat Konvensyen Undang-undang Laut Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS).
Ekoran itu setiap negeri di Malaysia perlu menyerahkan pelantar benua kepada kerajaan Persekutuan dan perairan wilayah setiap negeri hanya dihad 3 batu nautika.
Menteri Besar menegaskan kerajaan negeri tetap memperjuangkan hak Kelantan kerana Akta 750 menghilangkan wilayah laut yang menjadi milik setiap negeri. – HARAKAHDAILY 2/11/2015 Sumber HD - 2-11-2015
Tunggakan Yik: Syarikat usahasama tidak lunas bayaran
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan tunggakan pinjaman kakitangan Yayasan Islam Kelantan (Yik) berlaku disebabkan syarikat yang mengadakan kerjasama dengan agensi itu tidak melunas bayaran sebagaimana sepatutnya. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata sepatutnya isu berkenaan sudah selesai tahun lepas. Katanya kerajaan negeri menjangka mendapat RM10 juta hasil pelaburan Yik dengan syarikat swasta namun bayaran itu tidak diterima. “Kita tidak terima bayaran daripada syarikat terbabit dan Yik telah mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat itu. “Keputusan mahkamah berpihak kepada Yik dalam kes berkenaan dan syarikat terbabit perlu membayar sebagaimana sepatutnya,” katanya ketika ditemui selepas persidangan Dun Kelantan hari ini. Difahamkan dua syarikat yang mengadakan kerjasama dengan Yik tidak menjelaskan bayaran hasil keuntungan projek perladangan. Sebuah daripada syarikat itu sepatutnya membayar kepada Yik sebanyak RM6.5 juta, namun belum lagi membayar sehingga sekarang. Sebelum itu ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) Dr Fadzli berkata tunggakan potongan gaji kakitangan Yik yang belum dijelaskan Yik sekarang berjumlah RM12.6 juta. Menurutnya sebanyak RM2 juta telah dibayar Yik sebelum ini kepada beberapa koperasi yang terlibat memberi pinjaman kewangan. Kata beliau juga dalam tempoh tiga tahun kebelakangan jumlah tunggakan meningkat dengan ketara, di mana September lalu berjumlah RM14.6 juta. Katanya jumlah tunggakan meningkat disebabkan penyelarasan gaji guru-guru Yik. “Sebelum 2001 tidak berlaku tunggakan pinjaman kerana tidak ramai kakitangan Yik yang membuat pinjaman. Sekarang ramai guru yang berjawatan tetap melayakkan mereka membuat pinjaman,” ujarnya. Katanya isu berkenaan mendapat perhatian serius kerajaan, di mana ia dibincang setiap kali mesyuarat Lembaga Yik. “Sekarang kita buat pelan pembayaran balik dan sebagai permulaan kita sudah bayar RM2 juta. Jadi jumlahnya berkurang kepada RM12.6 juta,” katanya. Beliau juga memberitahu kerajaan negeri membuat pengstrukturan pembayaran balik pinjaman tersebut bagi menyelesaikan isu berkenaan. Isu terbabit sebelum ini dibangkit melalui surat terbuka Adun Salor, Datuk Husam Musa yang diviral di media sosial. Bagaimanapun pada persidangan pagi tadi Adun berkenaan tidak kelihatan, difahamkan beliau terbabit dengan perbicaraan di mahkamah. - HARAKAHDAILY 2/11/2015 Sumber HD - 2-11-2015
Bantuan banjir disalur melalui ketua Umno
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Penyokong kerajaan meluahkan rasa hairan senarai penerima bantuan banjir di bawah kerajaan pusat disalur melalui ketua Umno bahagian dan bukan agensi kerajaan. Sedangkan kata Rozi Muhamad (PAS-Tendong) senarai mangsa banjir turut diangkat penghulu yang disahkan penggawa daerah sebelum diserah kepada Ketua Jajahan (DO). Katanya, senarai kedua mangsa banjir juga diangkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). “Namun malangnya senarai penerima bantuan yang layak tidak diagih semula kepada Pejabat Jajahan atau penggawa sebaliknya diberi melalui ketua Umno. “Sepatutnya perkara seperti itu tidak berlaku yang memperlihatkan ia dipolitikkan pula,” katanya ketika mengajukan soalan tambahan pada persidangan Dun Kelantan hari ini. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, isu terbabit tidak sepatutnya berlaku memandangkan semua pihak memain peranan membantu mangsa-mangsa banjir. Sedangkan katanya penyelarasan bantuan pernah dibincangkan dalam Jawatankuasa Bersama Bencana Negeri yang dianggotai agensi kerajaan negeri dan pusat. Oleh itu beliau memberitahu akan membangkitkan lagi isu berkenaan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Kelantan. Sebelum itu Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) mendakwa ada sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri tidak membenarkan sekolah mereka dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir dengan alasan tiada dalam senarai. “Sedangkan mangsa-mangsa banjir perlu dipindahkan segera ke tempat lebih selamat. Sebagai wakil rakyat kita meminta kebenaran sekolah dijadikan pusat pemindahan. “Sepatutnya perlu ada penyelarasan bagi membolehkan wakil-wakil rakyat turut memain peranan membantu rakyat,” katanya. Menjelaskan perkara itu Menteri Besar berkata Jawatankuasa Bencana Peringkat Jajahan dipengerusikan DO turut disertai wakil-wakil rakyat. Menurutnya DO diberi kuasa untuk membuka pusat pemindahan baru biar pun pada awalnya tidak disenaraikan bagi membantu mangsa banjir. “Ada tempat pemindahan yang hanya boleh menampung 400 mangsa banjir namun ketika banjir besar akhir tahun lepas 4,000 mangsa banjir ditempatkan di pusat tersebut,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 2/11/2015 Sumber HD - 2-11-20115
Menyusuri warisan tarik pelancong ke Kelantan 2016
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kelantan mempertaruhkan seni warisan sebagai aset utama bagi menarik 6 juta pelancong mengunjungi negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2016. Tema Menyusuri Warisan (Walking Heritage) menjadi moto sambutan tersebut bagi memperlihatkan kelainan Kelantan berbanding negeri-negeri lain. Dan malam tadi berlangsung pelancaran TMK 2016 yang mencatat sejarah tersendiri biar pun musim tengkujuh sudah bermula di negeri ini. Sejak lebih seminggu setiap malam hujan mencurah-curah, namun malam tadi biar pun langit gelap tanpa kelihatan bintang, bagaimanapun tidak hujan menitis sejak selepas Maghrib sehingga selesai program jam 11 malam. Perasmian bersejarah itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan. Hadir sama Tengku Laksamana, Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakub. Selain itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, Konsul Diraja Thailannd, Konsul Besar Indonesia, pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat. Menteri Besar berkata Kelantan kaya dengan seni warisan terutamanya bercirikan Islam yang mampu menjadi tarikan pelancong. Katanya kelebihan institusi pondok pengajian agama dan sekolah tahfiz yang banyak terdapat di negeri ini boleh menjadi tarikan pelancong sesuai dengan dasar kerajaan negeri Membangun Bersama Islam. “Islam menggalakkan melancong bagi aktiviti riadah untuk merapatkan hubungan silaturahim, hubungan diplomatik dan lebih penting lagi bertebaran menuntut ilmu agama. “Melalui melancong kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah Taala dan bagi mencari keredhaan-Nya,” katanya pada program berkenaan. Katanya juga sektor pelancongan menjadi penyumbang utama bagi menjana pertumbuhan ekonomi negeri ini. Menurutnya juga sasaran 5 juta pelancong sehingga akhir tahun ini bakal menjadi kenyataan memandangkan sehingga September lepas 3.9 juta pelancong bertandang ke Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata pelbagai program menarik diadakan setiap tahun sebagai tarikan pelancong termasuk Pesta Wau Antarabangsa, Gendang Antarabangsa dan cabaran mendaki Gunung Stong di Jelawang. “Pada tahun ini sebanyak 25 negara menyertai Pesta Wau Antarabangsa yang diadakan di Pantai Geting, Tumpat,” katanya. Oleh itu kata beliau pelbagai usaha sedang giat dijalankan bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke Kelantan tahun hadapan. Perasmian TMK 2016 diserikan dengan persembahan kebudayaan Kelantan termasuk dikir barat, wayang kulit, rebat dan paluan rebana. Turut diundang pelawak Sabri Yunus dan penyanyi rap D Ravi (Awang Kelantan). Palung gong gergasi sebanyak tiga kali oleh Tengku Mahkota sebagai gimik perasmian yang disaksi ribuan penduduk tempatan yang hadir. - HARAKAHDAILY 1/11/2015 Sumber HD - 1-11-2015
Indeks Syariah sudah lama dilaksana di Kelantan
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
KOTA BHARU: Indeks Syariah Malaysia yang dicetus kerajaan pusat sekarang sudah lama dilaksanakan kerajaan Kelantan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, lima objektif MBI iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. “Kita di Kelantan sangat menekankan penerapan pentadbiran berteraskan Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqaan (UMI). “Apa jua kerja dilakukan mesti diletak dosa pahala di hadapan. UMI diterap dalam pentadbiran kerajaan bukan hanya slogan yang diuar-uarkan. “Dengan itu integriti mampu dijanakan sepenuhnya dalam melaksanakan urusan kerja,” katanya pada Perasmian Penutup Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia Peringkat Negeri di Balai Islam hari ini. Teks ucapannya dibaca anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Nassuruddin Daud. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha, Ketua Hakim Syar’ei Negeri Datuk Daud Mohamd, Timbalan Pengerusi Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysia Prof Datuk Sri Dr Zaleha Kamaruddin. Hadir sama Timbalan Mufti Negeri Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK) Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh. Menteri Besar juga berkata bagi meningkat kualiti diri dengan keilmuan Islam kalangan pegawai tadbir, mereka ditawar mengikuti kurus Diploma Tasawwur Islam. Kata beliau sekiranya panduan syariat itu dijunjung pemimpin dan rakyat, keadilan serta keindahan Islam akan dikecapi. “Alhamdulillah sekarang golongan non-muslim sudah ramai faham pelaksanaan syariah Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. “Jika kita melihat dalam konteks perbankan di Malaysia, didapati ramai pemegang akaun Mudharabah dalam kalangan non-muslim. “Begitu juga pemilik sijil halal Malaysia hampir 68 peratus dari kalangan non-muslim,” ujarnya. Menurutnya juga pelaksanakan hukuman Qisas membolehkan masyarakat hidup aman damai tanpa jenayah. “Apa yang diusahakan kerajaan negeri bagi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah untuk mendapat jaminan Allah SWT mengelakkan manusia daripada perlakuan jenayah dan kemungkaran, insya Allah. “Namun apa yang kita sedih ada di kalangan umat Islam sendiri sanggup memperlekeh serta mempersendakan tuntutan agama itu,” katanya. Pengarah JAHEAIK berharap wacana itu boleh membantu kerajaan negeri bagi mendapat sokongan semua pihak untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah. - HARAKAHDAILY 29/10/2015 Sumber HD - 29-10-2015
Sidang Dun: NOTIS Soalan Dari Saya
Posted on Thursday, October 29 @ 15:04:05 MYT by paktam
Oleh Husam Musa
Sikap demokratik YAB MB Kelantan sangat saya alu-alukan. Melalui kenyataan akhbar SUAnya yang disiarkan Harakahdaily, semua soalan yang diutarakan akan dijawab dalam sidang Dun terdekat.
Sefaham saya, kesudian menjawab itu meliputi soalan yang telah dihantar kepada SU Dun dan juga soalan di luar Dun yang belum terjawab, khususnya surat-surat yang saya kirimkan selaku Adun Salor.
SUA MB meminta Adun untuk bertanya apa sahaja dalam sidang Dun akan datang.
Setahu saya, peluang bertanya dan menjawab semasa sidang Dun adalah seperti berikut:
A. Kerajaan akan menjawab soalan lisan yang telah dihantar dalam tempoh satu jam setengah pada setiap hari sidang.
Lazimnya, tidak semua soalan tersenarai akan berpeluang dijawab kerana kesuntukan masa.
Semasa kerajaan menjawab tiap tiap soalan, Adun dibenarkan bertanya soalan tambahan, lazimnya dua soalan lagi.
Jika masih ada perkara yang ingin diketahui, ia terhalang dengan peraturan itu.
B. Semasa pihak kerajaaan menggulung atau Adun berucap, Adun lain dibenarkan bertanya soalan bergantung kepada tajuk yang sedang diucapkan dan kebenaran pihak yang sedang berucap.
C. Semasa perbahasan oleh Adun berkenaan sendiri.
D. Soalan bertulis. Jawapan yang akan diberikan juga bertulis.
Bagi soalan bertulis, saya telah menghantar lima soalan, iaitu had maksima bagi setiap Adun.
Mengenai janji Sua MB bahawa semua soalan akan dijawab dalam sidang ini, saya masih tertanya-tanya.
Adakah kerajaan akan menentukan satu-satu tajuk lalu bersedia dengan apa jua soalan spontan untuk dijawab?
Rasanya tidak begitu.
Mungkin Adun boleh bertanya ketika satu-satu isu sedang dijawab oleh kerajaan. Namun begitu, lazimnya jika soalan agak detail, kerajaan berdalih perlukan notis.
Saya memahami kalimat NOTIS yang selalu digunakan baik di Parlimen atau Dun sebagai soalan dan pertanyaan hendaklah dihantar lebih awal dari masa menjawab.
Setelah memikirkan janji dan tawaran kerajaan serta tingginya rasa inginkan jawapan dari berbagai perkara berkerajaan (bukan serangan peribadi), saya memutuskan untuk menyerahkan kepada MB soalan terdahulu atau soalan bernotis.
Ia akan memudahkan kerajaan.
Ia memberi peluang Adun mendapatkan jawapan.
Kerajaan Kelantan akan dilihat amat demokratik.
Khususnya boleh mempamirkan kepada dunia kematangan amalan demokrasi. Iaitu Adun kerajaan seperti saya boleh berperanan untuk check and balance yang InsyaAllah akhirnya berguna untuk rakyat dan semua pihak, dunia dan akhirat.
Sejumlah soalan tambahan dengan notis ini, saya akan sampaikan satu salinan kepada MB sebelum sidang bermula. Satu salinan akan juga disampaikan kepada Pengerusi Pac Negeri Kelantan, kalau kalau ada aspek yang boleh diteliti oleh mereka.
Terpulang kepada kerajaan untuk menjawab pada masa yang sesuai sepanjang sidang itu.
Di samping saya mengekalkan pendirian saya bahawa setiap Adun boleh bertanya di luar dan di dalam Dun. Tidak ada peraturan bahawa Adun hanya boleh bertanya di Dun.
Apa lagi dengan konsep mas'uliyyah/accountability - setiap Adun mempunyai tanggungjawab dunia akhirat atas apa jua isu berkerajaan dalam rangka menjaga amanah dan maslahah pemerintahan.
Yb. Dato Hj. Husam Musa
ADUN Salor
16 Muharam 1437/29 Oktober 2015
NOTA:
Soalan-soalan ini tidak disiarkan di sini sebelum kerajaan menjawabnya.
Sumber DD - 29-10-2015
Royalti: Negeri pengeluar tuntut kadar baru
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Biar pun kerajaan mengakui lebih 40 peratus pendapatan negara bergantung kepada sumber petroleum, namun hak Kelantan ke atas royalti dinafikan sehingga sekarang. Sedangkan pada 9 Mei 1975 Kelantan menandatangani perjanjian seperti juga negeri-negeri lain yang mempunyai sumber petroleum. Presiden Pertubuhan R Kelantan Nazri Deraman berkata royalti yang menjadi hak rakyat Kelantan terus dinafikan kerajaan pusat. “Sekarang negeri-negeri pengeluar minyak bercakap menaikkan kadar royalti dan bukan lagi kadar lama 5 peratus. “Malangnya hak Kelantan di atas kadar lama belum lagi menjadi kenyataan sehingga sekarang,” katanya di sini. Katanya ada negeri pengeluar minyak mahu mengkaji kadar royalti lama sehingga muncul isu mahu mengurus sendiri kekayaan negeri mereka. “Ini adalah satu situasi penting yang memperlihatkan negeri pengeluar minyak tidak berpuas hati biar pun Kelantan dinafikan hak tersebut sejak sekian lama,” katanya di sini. Ketika membentang Bajet 2016 Jumaat lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pendapatan Petronas dianggar menyusut daripada RM39 bilion kepada RM21 bilion. Tahun lepas Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan usul memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti minyak dan gas daripada lima sekarang kepada 20 peratus. Nazri juga berkata sampai bila Malaysia mahu bergantung kepada sumber minyak yang terdedah kepada manipulasi harga negara kuasa besar. Menurutnya Malaysia perlu menjadi negara industri pengeluar produk yang mampu mencipta permintaan di pasaran dunia. “Lebih 80 peratus atau RM267 bilion bajet 2016 diperuntukan untuk sektor pengurusan. Hanya sekitar 20 peratus sahaja bagi menyediakan pasarana untuk kemudahan rakyat,” katanya. Menurutnya ketidakseimbangan itu menyebabkan kebajikan rakyat terabai kerana kerajaan terpaksa menggunakan banyak dana awam bagi mengurus negara. Baru-baru ini Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob menjelaskan perjuangan menuntut royalti petroleum tidak terhenti biar pun sehingga kini belum menjadi kenyataan. - HARAKAHDAILY 29/10/2015 Sumber HD - 29-10-2015
Menjawab tuduhan bahawa Pemuda PAS Kelantan mendapat RM300 ribu dari Kerajaan Negeri Kelantan Posted on Thursday, October 29 @ 09:08:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Saya menunggu-nunggu Dato menjawab semula isu berhubung tuduhan bahawa Pemuda PAS Kelantan mendapat RM300 ribu dari Kerajaan Negeri Kelantan untuk menganjurkan program HAMASAH tempoh hari. Bahkan kononnya tiga orang exco kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak Rm100 ribu setiap orang. Begitu terperinci dan sangat mengkagumkan fakta yang diberikan. Telah saya katakan bahawa itu adalah fitnah yang jahat dari Dato, saya jangka tidak sampai 24 jam akan ada balasan jawapan dari Dato, nampaknya saya hampa.
Dilihat kepada rekod Dato, sangat cepat Dato menjawab semula apa jua jawapan dari pihak lain, bahkan nama seorang guru YIK pun dimasukkan dalam senarai akan disaman. Tapi kenapa tidak isu tuduhan ke atas Pemuda PAS Kelantan itu.
Ayuh, Dato orang hebat. Datangkan fakta dan data. Ada pula juak-juak yang mencabar supaya dibentangkan secara rasmi perbelanjaan program tersebut untuk mengesahkan bahawa ia adalah fitnah. Wah, dunia sudah terbalik. Sepatutnya yang menuduh membawa bukti bukannya yang dituduh. Jika demikian, bagaimana jika ada yang menyatakan bahawa Yayasan Dato mendapat dana sebanyak RM5 juta dari Kerajaan Pulau Pinang melalui peranan DAP? Ya, itu adalah satu fitnah, tetapi adakah Dato pula wajib membentangkan akaun Yayasan Dato pula atau kerajaan Pulau Pinang membentangkan akaun wang keluarnya?
Sudah tentu sekali tidak. Prinsip umum ialah yang menuduh datangkan fakta bukannya yang tertuduh. Datangkanlah minit mesyuarat parti atau keputusan mesyuarat Exco yang menyebut sebagaimana tuduhan Dato itu. Bukankah ini kemahiran Dato?
Atau jelas sekali tuduhan Dato ialah satu pembohongan. Barangkali lebat sekali sehari dua surat ditulis untuk menutup pembohongan itu?
Once you tell a lie, you need ten more lies to cover the lie.
Ada yang kata, samanlah kalau fitnah. Ya, boleh saman. Tapi buat masa sekarang, kami tidak tergamak menyaman seorang bekas pimpinan kami sendiri hanya kerana tersalah tulis.
Cukuplah kami menafikan. Kami anak-anak muda hanya berdoa untuk berjuang pertahankan kerajaan sebagaimana Dato pernah berjuang. Banyak jasa Dato kepada kami dan kami tidak mahu calarkan ia dengan saman di mahkamah.
Adapun jika Dato tergerak hati mahu menyaman kerana saya menyatakan Dato menfitnah kami, silakankah. Kami tidak mencari musuh, tetapi bila berhadapan, Insya-Allah kami tidak akan lari.
Kami akan terus bekerja, pertahankan kerajaan Kelantan ini. Ia tidak sempurna sebagaimana dulu pun ia tidak sempurna, tapi kelemahan itu bukan untuk disebarluaskan. Selagi dasarnya tidak berubah, selagi asasnya tidak berganjak, selagi itu ia wajib dipertahankan biarpun siapa barisan exconya.
Saya hairan, katanya Dato, saluran dalaman telah habis digunakan, isu YIK bila digunakan saluran dalaman? Saya menganggotai Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan bermula tahun 2011, tetapi untuk bersua dengan Dato di dalam mesyuarat sangatlah sukar sekali.
Tahun 2013, saya memasuki Dewan Harian Perhubungan PAS Negeri. Mesyuaratnya seminggu sekali berselang-seli dengan Lajnah Politik, tetapi sayang, saya tidak melihat wajah Dato untuk mendengar hujah mantap dan panas bagi mengesahkan penggunaan saluran dalaman itu.
Seingat saya sepanjang dua tahun, sekali Dato hadir Mesyuarat Harian dan sekali Dato hadir mesyuarat Lajnah Politik. Dua kali dalam masa dua tahun! Itu yang saya lihat, jika Dato hadir lebih dari itu, pohon maaf.
Jujur, saya juga bukannya hadir semua mesyuarat, tetapi saya bukannya jenis orang yang menghentam keputusan mesyuarat sedangkan boleh sahaja disebut di meja rundingan.
Saya menahan diri lama untuk menulis, sangat berhati-hati saya memilih bahasa dan tuturnya.
Kerana saya tahu, 'tentera maya' siap sedia menggempur semula. Namun, kebenaran tetap kebenaran.
Pulanglah kembali Dato. Jalan masih terbuka luas. Kita bina semula kekuatan kerajaan ini.
Tetapi bukan dengan cara yang Dato pilih pada hari ini.
Sejarah sedang melakar....
- Ahmad Fadhli Shaari, 29/10/2015
Sumber TKO - 29-10-2015
Pada era Tok Guru, Umno buat laporan SPRM
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kalau sebelum ini Umno dan NGO mesra parti itu sering menjuarai isu dengan melapor dakwaan rasuah pemimpin kerajaan negeri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohd Arif Abdullah berkata, pada zaman arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berpuluh laporan SPRM dibuat Umno. Katanya, beratus-ratus fail disiasat dan digeledah SPRM namun ternyata akhirnya berjaya membersihkan pentadbiran Tok Guru. “Tok Guru memberikan 25 jam sehari untuk SPRM membuat siasatan,” katanya di sini. Sebelum ini bekas Menteri Besar itu disiasat atas dakwaan dorongan menerima tawaran menunaikan fardhu haji melibatkan kos RM65,000. Selain itu turut ditohmah isu pelantikan menantunya Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Dan semalam seorang pengundi Mohd Afiq Ayob membuat laporan kepada SPRM terhadap dakwaan rasuah lebih RM5 juta berkaitan kegiatan pembalakan melibatkan seorang pemimpin di negeri ini. Turut kelihatan hadir di pejabat SPRM semalam bekas aktivis NGO yang lantang memperjuangkan royalti petroleum. Mohd Arif juga berkata tindakan Mohd Afiq tampil membuat laporan kepada SPRM berkaitan kerajaan negeri lebih baik berbanding membuat tuduhan melalui surat terbuka di media sosial. “InsyaAllah hasil siasatan SPRM nanti akan menjawab kebenaran dan menghilangkan kekeliruan,” katanya. - HARAKAHDAILY 28/10/2015
Sumber HD - 28-10-2015
Rasuah RM5 Juta: MB Kelatan Sedia Disiasat Posted on Wednesday, October 28 @ 16:09:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah bernilai lebih RM5 juta terhadap seorang Adun yang mempunyai hubung kait dengan kegiatan pembalakan di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sejak pemerintahan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas Menteri Besar Kelantan), Kelantan begitu terbuka dalam setiap isu yang dibangkitkan.
“Kalau sudah bawa kepada SPRM kita serah pada SPRM, kerajaan Kelantan terbuka, sejak dari zaman Tok Guru (bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) kita sentiasa terbuka.
“Kita akan memberikan kerjasama dan tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya didapati terlibat, kerajaan negeri penuh integriti,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Sebelum ini satu aduan rasmi berkaitan dakwaan rasuah bernilai lebih RM5 juta terhadap Adun itu telah difailkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama wakil pengundi muda luar Kelantan.
Wakil pengundi muda luar, Mohd Afiq Ayob dipetik sebagai berkata, beliau yakin SPRM dapat menjalankan siasatan dengan bantuan 50 helaian dokumen yang menjadi bukti untuk menyelesaikan hampir separuh daripada kes ini.
"Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan pembayaran wang kepada seorang Adun Kerajaan Negeri, 'sumbangan' kenderaan Toyota Fortuner termasuk salinan perjanjian jual belinya, dan pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan.
"Dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai 'sumbangan' RM32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang Adun kerajaan negeri, ‘sumbangan’ ‘tiles’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana bilnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan dan mendedahkan pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan salinan cek disertakan.
"Selain itu, dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai satu dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta). Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta." - SH
Sumber TKO - 28-10-2015
Rupa-Rupanya Inilah Dikatakan Bukti Kukuh Padu Yang Mau Didedahkan Kepada Umum Jika SPRM Gagal Siapkan Siasatan Dalam Tempuh 30 Hari "Skandal" Balak Kerajaan Kelantan Posted on Wednesday, October 28 @ 15:35:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Diperturunkan kenyataan media oleh seorang pelapor mengenai suatu "skandal" balak terbesar paling hebat yang melibatkan kerajaan PAS Kelantan setelah satu laporan rasmi sudah pun dibuat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam.
Siap bagi ultimatum lagi tu .... siapkan siasatan dalam tempuh 30 hari jika tidak dokumen berkaitan akan didedahkan kepada umum ... pergh!!!! siap beri ugutan dan amaran lagi ... dahsyat dan hebat sungguh!!!!
Kenyataan media. 27 Oktober 2015
Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.
Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.
Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan
· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri
· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya
· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan
· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri
· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan
· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.
· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)
· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.
Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.
Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.
Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini.
Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.
Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyelesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat.
Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.
Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.
Sekian. Mohd Afiq Bin Ayob
KUPASAN OMAK KAU:-
Punyalah sengkek lagi haprak dua dokumen yang mau dijadikan bahan ugutan untuk didedahkan kepada umum jika SPRM gagal bertindak menyiapkan siasatan dalam tempuh 30 hari .. sanggup cetak dan edar.
Sekali pandang manusia yang memiliki sedikit akal waras sudah tahu dua dokumen ini tidak mempunyai apa-apa nilai pembuktian pun untuk menyabit dan mengaitkan penglibatan skandal balak antara kerajaan PAS Kelantan dengan seorang towkey balak Cina yang bergelar datuk.
1) Surat perjanjian dikatakan tertera perkataan Istana Negara 50480 Kuala Lumpur W.Persekutuan (KL) bertarikh 20 November 2012 dialamatkan kepada Datuk Dr Peter Sow Chin Chuan 2046, Taman Sari, Jalan Hospital, 115200 Kota Bharu, Kelantan atas tajuk SALES AND PURCHASE OF 5000 ACRES LOGGING CONCESSIONS AND TLC RUBBER PLANTATION PROJECT FOR 50 YEARS.
a) Penurun tanda tangannya ialah antara Dato Zahari bin Ismail dengan purchaser Datuk Sow Chin Chuan dengan disaksikan oleh Chris Lee Siong Yee.
b) Surat perjanjian berkenaan jelas tidak pun melibatkan mana-mana anggota kerajaan Negeri Kelantan.
c) Jelas nama Istana negara sudah dipergunakan untuk kerja memperdaya si tukang beli .... mana mungkin surat dari Istana Negara tiada Letter Head ... mana mungkin jika benarlah ianya datang dari istana negara ... siapa si Datuk Zahari Ismail ini dengan Istana Negara????? .... siapa?????
d) Dokumen ini pun sudah nampak kantoi untuk mengaitkan Kerajaan PAS Kelantan ...
2) Surat dari LAPANGAN DESIRAN SDN BHD bertarikh 8 Oktober 2013 alamatkan kepada Kompleks Perkayuan Kelantan, Kampung Stong Kemubu , 18000, Kuala Krai, Kelantan ( Attn: En Nik Kamal bin Nik Mahmud General Manager ) atas tajuk JOINT VENTURE AGREEMENT BETWEEN KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN AND LAPANGAN DESIRAN SDN BHD.
a) Mananya surat perjanjian antara JV antara Kompleks Perkayuan Kelantan dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd???? ... adakah surat perjanjian dimaksudkan itu surat yang ditanda tangan oleh Datuk Zahari Ismail dengan Datuk Chow Chin Chuan bertarikh 20 November 2012????? ..
Apakah itu surat perjanjian yang sahih antara Kompleks Perkayuan Kelantan dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd???? Surat perjanjian dengan perkataan Istana Negara sekadar ditaip sahaja dengan alamat pun tidak betul tanpa ada sebarang letter head nombor talipon serta rujukan ...
boleh pula ada rakyat berfikiran waras boleh terpengaruh dan percaya dokumen yang amat diragui kesahihan ini.
b) Isi kandungan surat ini banyak kepada kononnya beberapa bayaran dan transaksi telah dibuat mengunakan beberapa keping cek bernilai RM1,524.295.56 sen
c) Segala transaksi melalui Datuk Zahari b Ismail dengan hanya menyebut nama YB Zul atau YB Zulkifli bin Mamat.
d) Apakah sudah memadai dan mencukupi bahawa ini suatu bukti kukuh gagah perkasa padu lagi sahih dan benar betapa kerajaan PAS negeri Kelantan dengan ahli Exconya terlibat dalam kegiatan rasuah pembalakan??????
KONKLUSI:-
Ternyata ini adalah sekadar bukti taraf sampah dan haprak yang cuba mengaitkan kerajaan PAS Kelantan dan seorang Ahli Exconya dengan kononnya ada skandal pembalakan antara seorang towkey balak dari Kuala Lumpur.
Ini pada hemat Omak Kau adalah suatu kes penipuan yang dilakukan oleh seorang individu bernama Datuk Zahari bin Ismail yang menjual nama Istana Negara dan Kompleks Perkayuan Kelantan ... mana mungkin surat perjanjian boleh dilakukan sekadar taip perkataan Istana Negara ... lagi pun mana surat janji JV antara Kompleks Perkayuan Kelantan dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd??? ... MANA?????
Kejadian ini dikatakan sudah berlaku 2 tahun yang lalu .... mana mungkin pihak yang terasa diri ditipu tidak membuat sebarang laporan polis ataupun mengadu kepada SPRM ... kalau tidak lagi lakukan mengapa perlu seorang individu yang entah mana datangnya boleh jadi pak sanggup membuat laporan kepada SPRM pula.
Ikut hukum akal logik ... isu sebesar ini sudah pasti akan dikutip pihak yang berkepentingan dalam politik, tampil dan hadir sendiri ke pejabat SPRM membuat aduan, bukannya memperguna dan memperalatkan individu yang entah siapa pun rakyat tidak kenal .... nampak sangat pemimpin yang pernah bangkitkan isu ini tidak berani membuat laporan sendiri .. jenis bacul dan dayus!!!! .. lempar batu lepas itu mencicit lari menyorok belakang jamban.
Sudah pasti Kompleks Perkayuan Kelantan menafikan sekeras-kerasnya terlibat dalam penipuan ini.
Rakyat yang waras dan mampu berfikir dan menilai pasti akan menolak bulat-bulat "bukti-bukti dokumen" ini sebagai suatu bahan bukti yang cukup kuat mau menyabit dan mengaitkan seorang Ahli Exco Kelantan terlibat dalam skandal pembalakan.
KOTA BHARU: Kelantan sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan berlaku rasuah membabitkan pemimpin kerajaan negeri. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri menunggu laporan daripada SPRM berhubung dakwaan itu. “Memandangkan laporan terhadap dakwaan itu dibuat kepada SPRM, kita tunggu sahaja maklumat pihak terbabit,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini. Semalam seorang pengundi luar Kelantan Mohd Afiq Ayob membuat laporan kepada SPRM terhadap dakwaan rasuah lebih RM5 juta berkaitan kegiatan pembalakan melibatkan seorang pemimpin di negeri ini. Berdasar viral di media sosial turut hadir di pejabat SPRM semalam bekas aktivis NGO yang kini difahamkan terbabit dengan PAN. Ustaz Ahmad bagaimanapun enggan menjawab isu dibangkit Adun Salor, Datuk Husam Musa yang aktif membuat teguran terbuka di media sosial berkaitan kerajaan negeri. “Maaf itu saya tidak mahu komen,” ujarnya. Sebelum ini Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Asri Mat Daud menjelaskan segala isu berkaitan kerajaan negeri termasuk dibangkit Husam akan dijawab pada persidangan Dun bermula Isnin hadapan. Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am berkata PAS hanya bekerjasama dengan Umno berkaitan kebajikan rakyat dan bukannya hubungan antara parti. Katanya, dasar PAS tetap al Quran dan Hadis. “Ia tidak sama dengan Umno dan dasar parti kita tentunya berbeza,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/10/2015 Sumber HD - 28-10-2015
Pemandu kereta sewa pasang kuliah Tok Guru
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Pada awal 1990-an bas-bas ekspress laluan jarak jauh memasang video cakera padat (VCD) doa memulakan perjalanan dan dokumentari berkaitan Kelantan yang disumbang kerajaan negeri. Pelancaran kempen tersebut pernah diadakan di hentian bas ekspress Jalan Hamzah. Namun sekarang aktiviti tersebut tidak lagi kelihatan. Bagaimanapun pemandu-pemandu kereta sewa pula mengambil inisiatif sendiri memasang kaset atau CD kuliah arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam teksi mereka. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata pemandu kereta sewa menggunakan medium terbaik menyampaikan tazkirah melalui kaset yang boleh didengari penumpang ketika dalam perjalanan. “Ini secara tidak langsung dapat melebarkan lagi mesej dakwah tanpa disedari melalui tazkirah Tok Guru atau mana-mana ulama,” katanya pada majlis kesyukuran anjuran Persatuan Pemandu, Pemilik Kereta Sewa/Teksi Negeri Kelantan (PPTK) bersama Menteri Besar di sini semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Zamri Ismail. Menteri Besar juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pemandu kereta sewa kerana bertindak sebagai duta kerajaan negeri bagi menjelaskan isu semasa yang berlaku di Kelantan. Katanya sambil memandu menuju destinasi mereka juga boleh mendengar pelbagai maklumat daripada rakyat tempat termasuk pelancong berkaitan kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 28/10/2015 Sumber HD -28-10-2015
Kunjungi Wat Siam: MB Kelantan teruskan dasar TGNA
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dicetus Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 25 tahun lalu membawa PAS melangkaui sempadan budaya dan kaum. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata keberanian arwah Tok Guru apabila berkunjung ke Wat Siam di Tumpat bagi mengadakan pertemuan dengan sami dan masyarakat Siam. Katanya kunjungan itu pada awalnya menimbulkan salah sangka sesetengah pihak kerana ia tidak pernah dilakukan sebelum ini. “Sekarang sudah ada hubungan erat dengan masyarakat bukan Islam. Mereka pun tidak lagi melihat PAS sebagai musuh. “Hari ini kita teruskan aktiviti tersebut. Inilah idea Tok Guru yang tidak pernah difikirkan orang lain sebelum ini,” katanya di sini. Tok Guru Nik Abdul Aziz sering kali diundang ke Wat Siam di Tumpat bagi menghadiri perjumpaan dengan masyarakat Siam di rumah ibadat tersebut. Malah kehadiran pemimpin PAS disambut dengan penuh hormat sami Buddha termasuk yang datang dari Bangkok. – HARAKAHDAILY 28/10/2015 Sumber HD - 28-10-2015
TMK 2016 rangsang ekonomi Kelantan
RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Tahun Melawat Kelantan 2016 dijangka akan merangsang lagi perkembangan ekonomi negeri ini dengan kehadiran lebih ramai pelancong. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, kehadiran pelancongan memberi manfaat langsung kepada peniaga di Kelantan. "Industri pelancongan ini tidak memberi pendapatan secara langsung kepada kerajaan negeri sebaliknya terus kepada rakyat. "Dari segi pengangkutan, makanan, perkhidmatan dan penginapan ia memberi manfaat ekonomi kepada rakyat," katanya pada sidang media sempena majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2016, hari ini. Bagaimanapun Md Anizam mengingatkan peniaga tidak mengenakan bayaran yang mahal kepada pelancong kerana ia boleh menjejaskan kedatangan pelancong. "Sambutlah pelancong yang datang dengan ramah mesra dan senyuman," ujarnya. Beliau juga berkata acara menarik yang akan diadakan tahun hadapan sempena TMK 2016 termasuk Pesta Wau Antarbangsa Kelantan, pertandingan gasing dan beberapa pelbagai lagi. Sehubungan itu kata beliau majlis pelancaran promosi TMK 2016 akan diadakan 31 Oktober ini dijangka dirasmikan Sultan Muhammad V di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV. Majlis berkenaan bermula jam 8.30 malam dan akan diselitkan pelbagai acara termasuk persembahan Awe Kelate dan dikir barat. Oleh itu beliau menjemput orang ramai hadir bagi memeriahkan program berkenaan. - HARAKAHDAILY 27/10/2015 Sumber HD - 27-10-2015
Isu kerajaan negeri dijawab dalam sidang Dun
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Menteri Besar berharap mana-mana Adun yang mempunyai soalan berkaitan kerajaan negeri boleh mengemukakan soalan pada persidangan Dun yang akan bermula 2 November ini.
Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Mat Daud berkata, Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah meneliti soalan yang diemailkan kepada pejabatnya dan akan menjawabnya di persidangan Dun nanti.
“Oleh itu Menteri Besar berharap wakil-wakil rakyat dapat mengemukakan soalan sepanjang persidangan tersebut diadakan.
“Begitu juga isu dibangkit Adun yang dihantar melalui surat akan dijawab pada persidangan Dun 2 hingga 5 November ini,” katanya di sini.
Difahamkan Adun Salor, Datuk Husam Musa antara Adun yang aktif menghantar surat kepada kerajaan negeri dengan membangkitkan isu termasuk pembalakan di Hutan Simpan Ulu Sat dan pembalakan laluan lebuh raya rakyat.
Selain itu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK, fakta-fakta isu penswastaan tebangan balak KPK dan pemberian hutan simpan kekal untuk ladang hutan.
Surat tersebut yang sebelum ini diviral di media baru kini dicetak setebal 24 halaman diedar pihak tertentu difahamkan program anjuran PAN Sabtu lepas.
Mohd Asri berkata apabila isu membabitkan kerajaaan negeri diviralkan di laman sosial ia akan mengundang kekeliruan orang ramai yang tidak tahu kedudukan sebenar. - HARAKAHDAILY 26/10/2015 Sumber HD - 26-10-2015
Kelantan hampiri sasaran bina rumah kekal
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Sehingga 20 Oktober lepas kerajaan negeri sudah membina sebanyak 76.3 peratus rumah kekal mangsa banjir daripada sasaran 600 unit.
Jumlah tersebut termasuk rumah yang sudah siap dibina sebanyak 135, sedang dalam pembinaan (135 unit) dan di peringkat prapembinaan (188).
Manakala projek rumah kekal di bawah kerajaan pusat kemajuannya sehingga tempoh tersebut sebanyak 39.9 peratus daripada sasaran 1,227 unit.
Rumah kekal yang disiapkan di bawah projek persekutuan sebanyak 137 unit, sedang dalam pembinaan (289) dan prapembinaan (64).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata rumah kekal yang siap dibina badan bukan kerajaan (NGO) pula sebanyak 99 unit.
Katanya, NGO juga sedang menyiapkan 140 lagi, manakala di peringkat pra pembinaan sebanyak 31 unit.
“Rumah kekal mangsa banjir yang berjaya disiapkan kerajaan negeri iaitu di Kuala Krai sebanyak 46 unit, Gua Musang (39), Machang (31), Kota Bharu (5), Tumpat (8), Pasir Mas (2) dan Tanah Merah (4),” katanya di sini.
Agensi pelaksanaan di bawah kerajaan negeri termasuk dana dari Tabung Amanah Bencana Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dana kerajaan Selangor.
Berdasar bancian fasa pertama rumah yang rosak sepenuhnya akibat bah besar akhir tahun lepas sebanyak 1,827 unit dan fasa kedua pula 879 unit.
Fasa ketiga pula 99 unit membabitkan rumah penduduk Orang Asal di Gua Musang.
Kerajaan juga mengenal pasti beberapa tapak baru bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir iaitu Gua Ikan, Dabong seluas 9 ekar yang boleh menampung 90 mangsa.
Kampung Gua Chatok Kampung Machang seluas 8 ekar bagi menempatkan 75 mangsa, Kampung Manjong Ulu Keneteh (7.5 ekar) dan Kampung Prial enam ekar.
Pengambilan tanah yang dilakukan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian meliputi Mukim Kuala Nal (8.5 ekar), tapak Jabatan Pengangkutan Jalan Mukim Kenor (8.7 ekar), lot 2904/B tapak rumah kediaman (0.9 ekar), tapak pajakan Puspakom (0.9 ekar) dan Mukim Kenor (5 ekar).
Manakala tapak baru yang dikenal pasti di Limau Kasturi seluas 13 ekar bagi menempatkan 67 mangsa banjir, di mana rumah akan dibina Maik.
Abdul Fattah juga berkata rumah kekal di Simpang Tiga Kampung Manek Urai yang dibina kerajaan Selangor sebanyak 60 unit kini hampir siap sepenuhnya.
“Sekarang di peringkat penyediaan infstruktur. Manakala 28 rumah kekal di Kampung Pulai Gua Musang sudah siap dibina dan kini penyediaan kemudahan asas dilakukan.
“Begitu juga 11 rumah kekal di Kampung Kolam Mas, Gua Musang juga sudah siap dibina,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/10/2015 Sumber HD - 26-10-2015
Tekanan BODOH Kepada MB Kelantan Posted on Sunday, October 25 @ 19:16:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Ana cukup tak faham bila kita dah bercakap macam pembangkang. Sedang UMNO Kelantan sendiri tak pernah minta MB Kelantan undur diri dan letakkan jawatan, cakap-cakap kononnya MB kena letak jawatan jika Hudud gagal ini adalah cadangan orang bodoh dan bengong.
Hudud ini isu sudah lebih 20 tahun. Bukan waktu kepimpinan MB sekarang. Waktu kepimpinan Allahyarham TG Nik Aziz pun tak mampu dilaksana. Tapi tak ada sebut minta letak jawatan. Sebab apa? Sebab semua ada kepentingan.
Hudud ini isu yang besar. Bukan kecik anok isu ni.
Pada ana, kalau UMNO Kelantan macam Tok Pa, Anok Dusuki, Jazlan, Wa Muso – tak ada sebut minta MB letak jawatan, apa bodoh orang kita sendiri nak MB letak jawatan?
Dalam politik jangan sampai jadi mereka yang tolol dan lembu. Main ikut sahaja.
Jangan ikut perangai puak AMANAH yang tak ada amanah. Mereka ini tarafnya pelacur politik sahaja. Tak lebih dari itu.
Siapa bayar lebih, dia akan dapat servis AMANAH.
Kalau nak kira janji, banyak lagi janji malah AKAD puak AMANAH yang masih belum terlaksana.
Baiah mereka. Cerai mereka. Talak mereka. Zina mereka.
Murid Orang Asli SK Tohoi yang masih hilang Sasa - Polis Posted on Saturday, October 24 @ 08:03:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
GUA MUSANG: Polis mengesahkan seorang lagi murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang masih belum ditemui selepas sesat dalam hutan bersama enam rakannya pada 23 Ogos lalu ialah Sasa Sobrie, 8 tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata hasil ujian deoksirinobukleik (DNA) Jabatan Kimia, Petaling Jaya mengesahkan satu mayat dan satu rangka yang ditemui masing-masing disahkan sebagai Linda Rosli, 8, dan Haikal Yaakob, 8.
Beliau berkata, spesimen 'Tohoi 1' yang dijumpai dalam keadaan mereput kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi ialah Linda Rosli yang menunjukkan pertalian sehingga 99.99 peratus dengan Rosli Alik dan Hamisah Oshen.
Manakala, katanya, hasil spesimen 'Tohoi 2' iaitu rangka kanak-kanak ditemui 1.3 kilometer dari Pos Tohoi adalah milik Haikal Yaakob, 8, iaitu anak kepada Midah Angah.
"Menerusi rakaman percakapan Norieen Yaakob dan Mirsudiar Aluj pihaknya akan menumpukan operasi di kawasan Sungai Perias dan Sungai Nenggiri dengan menggunakan bantuan 3 bot polis marin dan bot pancung milik penduduk kampung," katanya di sini, hari ini.
Setakat ini, operasi mencari diteruskan dengan membabitkan 128 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Gerakan Am, RELA, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Sumber TKO - 24-10-2015
Akta 355: Kali ketiga usul ke parlimen
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kelantan berharap sebelum berakhir sidang parlimen sesi ini usul persendirian bagi meminda Akta 355 dapat dibawa ke persidangan Dewan Rakyat. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata PAS akan cuba berusaha membawa usul berkenaan pada sesi parlimen kali ini. “Kita akan cuba sekali lagi membawa member’s private bill tersebut pada sesi persidangan sekarang. “Sebelum ini kita diberitahu tidak sempat dibentang biar pun usul mengenainya sudah dibawa kepada Speaker,” katanya ditemui di sini. Pada dua sesi parlimen sebelum ini usul bagi meminda Akta 355 yang dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak sempat dibentang. Usul tersebut disenarai di bahagian bawah berbanding rang undang-undang dibawa kerajaan. Sebelum ini kerajaan pusat pernah merancang meminda Akta 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini, bagaimanapun sehingga ke hari ini ia tidak menjadi kenyataan. Ekoran itu PAS mengambil tanggungjawab tersebut bagi membawa usul terbabit untuk membolehkan sebahagian Kanun Jenayah Syariah (KJS) II (1993) Pindaan 2015 dapat dilaksanakan di Kelantan. Menteri Besar berkata kerajaan negeri telah membuat persiapan bagi membolehkan KJS dilaksanakan, namun kuasa hanya ada di parlimen. Oleh itu beliau berharap Jawatankuasa Teknikal yang membabitkan negeri dan pusat memastikan usul meminda Akta 355 dapat dibawa ke parlimen sekali lagi. “Kita berusaha melaksanakan KJS bagi mendapat keredhaan Allah dan bukannya untuk kepentingan politik. “Apa yang penting perintah Allah untuk kepentingan ummah. Kalau semua pihak boleh fahami saya rasa tidak ada jalan sukar. “Pindaan itu juga bagi memberi kekuatan kepada Mahkamah Syariah di negara ini,” ujarnya. Beliau juga berkata kerajaan negeri sedang berusaha mewujudkan Galeri KJS sebagai tempat rujukan mengenai perundangan syariah. - HARAKAHDAILY 23/10/2015 Sumber HD - 23-10-2015
92% rakyat Kelantan sokong laksana KJS
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Kajian Pusat Kajian Strategik (PKS) di 24 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan mendapati 92 peratus pengundi memberi sokongan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) ll. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata reaksi pengundi diperolehi daripada soalan-soalan yang ditanya kepada pengundi terbabit. Soalan terbabit iaitu patutkah KJS dilaksanakan di Kelantan dan perlukah pelaksanaan KJS perlu mendapat kerjasama kerajaan pusat. “Responden dipilih melalui tiga kategori iaitu bandar, pinggir bandar dan pedalaman yang dihantar penyelidik melalui sistem pesanan ringkas,” katanya selepas pelancaran Promosi KJS II (1993) (Pindaan 2015) di majlis Himpunan Belia Negeri Kelantan sempena Hari Hududullah semalam. Terdahulu ketika berucap beliau berkata, promosi hudud itu dibuat supaya anak-anak muda memahami lebih jelas usaha yang dibuat kerajaan negeri. Selain itu bertujuan meyakinkan masyarakat hanya undang-undang Allah sahaja yang boleh menyelesaikan masalah manusia. “Biar kita yakin undang-undang Allah sahaja yang boleh menyelesaikan segala masalah dihadapi manusia kerana Dia sebagai pencipta,” ujarnya. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Muhammad, Penasihat Undang-Undang Negeri Shahidani Abd Aziz @ Juned, anggota-anggota Exco dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh. - HARAKAHDAILY 22/10/2015 Sumber HD - 22-10-2015
Ustaz Ahmad penerus legasi Tok Guru
MOHD ASRI MAT DAUD | .
HARI ini, 21 Oktober 2015 maka genaplah 25 tahun usia pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dibawah dasar Membangun Bersama Islam. Legasi Allahyarham Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disambung oleh penerus kepimpinannya iaitu Ustaz Datuk Haji Ahmad Yakob. Ustaz Ahmad telah menjadi Adun dan Exco sejak tahun 1995 dan kemudiannya sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bermula tahun 2004 hingga 2013. Ustaz Ahmad adalah anak didik Tok Guru yang sangat berdedikasi dan kuat bekerja. Tok Guru mendidik beliau dengan menyerahkan tanggungjawab pentadbiran negeri khasnya dalam hal-hal berkaitan dengan pentadbiran. Tok Guru sangat rapat dengan beliau dan banyak berbincang soal pentadbiran negeri bersama sehinggakan Tok Guru menyebut terlalu banyak kerja pentadbiran diserahkan kepada beliau semasa menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar. Ustaz Ahmad telah membuat beberapa tindakan dan pembaharuan sejak beberapa bulan menjadi Menteri Besar Kelantan bagi tujuan untuk memperkasakan lagi pentadbiran dan pembangunan di negeri Kelantan Darulnaim iaitu: - 1. Menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) yang dianggotai oleh sembilan orang pakar ekonomi, ilmuwan dan ahli teknokrat. Jawatankuasa ini berperanan untuk mencadang dan menasihati Kerajaan Kelantan khususnya dalam aspek pembangunan negeri. Ia merupakan satu pendekatan baru yang dikira lebih produktif. Dengan demikian, kepimpinan baru kini diberi peranan dan tanggungjawab mempengerusikan GLC yang sesuai dengan portfolio yang dipegang bagi menggerakkan pembangunan wilayah dan tempatan secara bersama. 2. Mewujudkan Unit Pelaksanaan dan Pemantauan Strategik Negeri Kelantan (SPARK) yang diterajui oleh Menteri Besar sendiri. Tujuan unit ini ialah untuk memantau pelaksanaan plan strategik dan pencapaian KPI setiap potfolio Exco Kerajaan Kelantan. 3. Menubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG). Visi IPTG yang telah digariskan ialah untuk menjadi sebuah institusi yang mengembangkan dasar Membangun Bersama Islam berasaskan kepimpinan ulama. Manakala misinya pula ialah untuk melaksanakan program latihan, penyelidikan dan pembangunan bagi melahirkan jentera kerajaan dan masyarakat yang memenuhi kehendak dasar Membangun Bersama Islam. 4. Mewujudkan ‘fasa’ baru pada dasar Membangun Bersama Islam (MBI) seterusnya memasyhurkan pada fasa ini dengan Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI). Pada fasa ini diwujudkan tiga tonggak utama iaitu Keberkatan, Kemakmuran dan Kebajikan. Ia adalah fasa penerapan dasar MMBI secara bersama antara pemimpin dan rakyat bagi membangunkan Kelantan sejahtera dan diredhai Allah. 5. Membuat penambahbaikan dalam PAC (Public Account Committee) dan meminta PAC Kelantan melaksanakan fungsi hisbah dengan pendekatan yang tegas dan berkesan. Ia adalah suatu pendekatan baharu ke arah memantapkan lagi peranan yang telah dimainkan oleh jawatankuasa PAC selama ini di negeri Kelantan Darul Naim dibawah seliaan para ulama. 6. Mewujudkan portfolio hubungan seranta di bawah Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta bagi membolehkan penyaluran maklumat Kerajaan Negeri dipercepatkan menerusi pusat-pusat aktiviti Kelantan di luar negeri. 7. Memperuntukkan RM1 juta dalam bajet 2014 dan seterusnya 2015 untuk persiapan dan beberapa gerak kerja persediaan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan. Ustaz Ahmad telah menegaskan bahawa KJS akan dilaksanakan bermula 2015 sekiranya diberi laluan oleh kerajaan persekutuan. 8. Mewajibkan kepada Pegawai tadbir Negeri menyertai Program Diploma Tasawwur Islam. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membiayai yuran pengajian. Kursus ini juga ditawarkan kepada Pegawai-pegawai Gred 41 ke atas di lain-lain Jabatan Negeri. Tujuan program ini adalah bagi melahirkan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak hanya cekap dalam pekerjaan semata-mata, bahkan mempunyai ilmu keagamaan yang tinggi. 9. Menubuhkan sekolah baru berkonsepkan asrama penuh yang dibina di Pengkalan Chepa dan perletakan batu asas telah disempurnakan pada 6 Februari 2014 yang lalu. Sekolah ini diberi nama ‘Maahad Sains Tok Guru’ bagi menggemilangkan ketokohan arwah Tok Guru sebagai bapa pendidikan. 10. Memperuntukkan melalui program Kerusi Tok Kenali sejumlah bajet bagi membiayai pelajar terpilih yang akan menyambung ke peringkat Doktor Falsafah dibidang yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri. Ini adalah satu usaha kerajaan negeri bagi mewujudkan pelapis masa hadapan yang berpotensi. 11. Memprogramkan hari ‘Mabit’ sempena mabit di Muzdalifah bagi menghayati ‘ibrah (pengajaran) dari mabit yang berlaku dalam sejarah hidup Rasulullah SAW. Ustaz Ahmad berharap agar seluruh pemimpin dunia Islam yang mengerjakan haji mengambil inisiatif agar berkumpul bagi membincangkan isu tragis umat Islam dan menetapkan ketetapan untuk menyelesaikan kemelut tersebut. Sekurang-kurangnya ia adalah sumbangan dunia Islam kepada saudara seislam yang ditindas. Ustaz Ahmad juga sentiasa mempastikan agenda kerajaan negeri tercapai dalam tempoh yang ditetapkan. Sebelum ini sepanjang tempoh dua tahun pentadbiran beliau, telah ada beberapa projek dan agenda besar yang telah dilaksanakan antaranya ialah:- 1. Memberi tumpuan bagi menarik lebih ramai pelabur dari Asia Barat dan Asia Timur. Tumpuan diberikan kepada pelaburan dalam bidang halal hub dan industri berasaskan mineral terutamanya limestone yang belum diusahakan secara industri. Kerajaan Kelantan telahpun mengadakan MoU dengan Wilayah Linxia China pada tahun lalu yang mana MoU tersebut berkonsepkan kerjasama atas dasar kesaksamaan dan faedah bersama dalam menjalankan kerjasama di bidang industri, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan. Persetujuan juga telah dibuat dalam industri halal dan pensijilan dari segi makanan, ubat-ubatan, pakaian, produk biologi dan penternakan. MoU telahpun dicapai pada tahun lalu antara Shanghai Al-Amin Biotech dan Golden Triangle Worldwide Sdn Bhd bagi membina kilang pengeluaran gelatin halal di Negeri Kelantan untuk pasaran tempatan juga luar negara. 2. Menubuhkan Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) yang bertujuan untuk memantapkan lagi perjalanan prestasi pendidikan di Kelantan. Semenjak ditubuhkan, ILPK telah berjaya mengendalikan kursus peningkatan profesionalisma guru untuk 180 orang guru Yayasan Islam Kelantan pada awal Disember 2014 dan turut mengendalikan bengkel kepimpinan Pengetua pada Mei 2015 lalu. Selain itu, ILPK telah menyediakan modul kursus yg meliputi pengurusan sekolah, pedagogi, Al-Quran dan subjek-subjek teras dan pilihan bagi SPM, SMU, STAM serta UPSR. 3. Menandatangani beberapa perjanjian persefahaman dalam bidang pengajian di Turki dalam bidang perubatan dan juga pengajian Islam, ini termasuklah telah diadakan MoU sebelum ini di Qatar, Dubai, Kuwait dan Maghribi untuk menempatkan pelajar-pelajar dari Kelantan dalam pelbagai bidang. 4. Menaiktaraf kehidupan rakyat di luar bandar melalui perancangan pewujudan bandar-bandar baru sebagai katalis pembangunan dan ekonomi di koridor negeri Kelantan antaranya Bandar Baru Sungai terah seluas 1,000 ekar. Dengan adanya bandar-bandar baru ini, maka peluang pekerjaan semakin bertambah, pembinaan rumah kediaman semakin rancak dan taraf sosio-ekonomi setempat akan meningkat 5. Membangunkan projek perintis yang dikenali sebagai Nucleus Green Valley atau 'Lembah Hijau Nukleus' untuk dijadikan sebagai projek contoh oleh Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai projek tanaman tanah tinggi yang mesra alam dan menjadi penanda aras pertanian kepada tanah tinggi Lojing. Ini adalah antara usaha dalam membangunkan sektor pertanian serta mengoptimumkan hasil kerajaan negeri. 6. Menjadikan Pondok Moden Kandis sebagai Produk Pondok Pelancongan Kandis. Hal ini adalah bagi menjadikan pusat-pusat pengajian pondok supaya menjadi mercu ilmu di Kelantan selain ia menjadi tarikan utama dalam menarik pelancong luar melihat tradisi pengajian ilmu bertalaqqi yang masih dikekalkan serta mempromosi kepada masyarakat negeri lain untuk turut datang bertalaqqi di Kelantan. 7. Memberi kebebasan kepada aktiviti-aktiviti agama lain, menjaga kepentingan dan hak kaum-kaum lain agar tidak terabai memandangkan mereka juga adalah rakyat Kelantan. Sebelum ini, Kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada 24 buah wat siam di Kelantan yang dalam proses digazet untuk diletakkan dibawah Majlis Sangkha negeri Kelantan. Selain daripada itu, rumah ibadat orang cina turut diberi perhatian. Berdasarkan usaha-usaha dan agenda yang telah dilaksanakan, adalah jelas bahawa Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Ustaz Ahmad adalah satu penerusan cemerlang terhadap prinsip dan dasar yang telah dirintis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Allahu Akbar! Walillahil Hamd! – HARAKAHDAILY 21/10/2015 Penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan Sumber HD - 21-10-2015
KJS: MB rakam tahniah kejayaan pasukan peguam
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa syukur apabila Mahkamah Persekutuan menolak usul difailkan Gerakan bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015). Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kejayaan itu hasil kesungguhan pasukan peguam dilantik kerajaan negeri mempertahankan kanun berkenaan. “Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan peguam yang bertungkus lumus bagi menyelesaikan kes saman berkenaan,” katanya di sambutan Jubli Perak dasar Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi. Pasukan peguam PAS diketuai Datuk Sulaiman Abdulllah. Semalam Mahkamah Persekutuan menolak cabaran parti kompenan BN, Gerakan bagi menghalang Kanun Jenayah Syariah (KJS) dilaksanakan di Kelantan. Sebelum ini Gerakan berusaha mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahan undang-udang itu dari segi perlembagaan. Pengerusi Biro Undang-undang Pemuda Gerakan Kebangsaan Chai Ko Thing dilaporkan berkata, parti itu tidak akan berundur daripada mencabar KJS yang dianggapnya mengandungi kekeliruan. Pada Mei lepas Gerakan menfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan perundangan tersebut. Bagaimanapun Mahkamah Persekutuan menolak permohonan tiga anggota Gerakan selepas mendapati plaintif gagal membuktikan mereka akan terjejas disebabkan undang-undang berkenaan. Tiga anggota Gerakan terbabit iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie Menteri Besar berkata pindaan KJS pada Mac lepas merupakan titik tolok ke arah pelaksanaan perundangan berkenaan di Kelantan. - HARAKAHDAILY 21/10/2015 Sumber HD - 21-10-2015
Laungan takbir semarak ulang tahun 25 Kelantan MBI
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Malam tadi tepat detik 12 tengah malam laungan takbir dilaungkan lima kali sebagai tanda genap 25 tahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang memayungi Kelantan sejak 20 Oktober 1990. Gemuruh seluruh stadium dengan laungan penuh bersemangat itu selepas gagasan MBI dijelmakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah menduduki kerusi Menteri Besar pada tanggal tersebut. Turut melaungkan takbir Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan. Sebelum detik tengah malam menjelma ribuan yang hadir menyaksikan persembahan kebudayaan dan hiburan Islam begitu mengujakan. Persembahan kebudayaan India, Cina, Siam dan Melayu dipertontonkan oleh pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu orang ramai juga disajikan persembahan dikir barat, nasyid dan lagu-lagu bertema ketuhanan oleh penyanyi Iwan dan jemputan dari Indonesia. Persembahan kapal terbang dan helikopter kawalan jauh turut menarik perhatian orang ramai. Persatuan pemilik automobil antik, Volkswagen, Viva, Land Rover, Alza, Kancil, motosikal berkuasa besar dan SYM pula mengambil bahagian mempamerkan kenderaan mereka di dalam stadium. Pemilik-pemilik kenderaan terbabit menerima sijil penyertaan daripada Menteri Besar sejurus tiba di padang stadium kira-kira jam 11 malam. Timbalan Menteri Besar berkata sambutan tersebut merupakan acara kemuncak terhadap program sambutan MBI yang bermula sejak awal tahun ini. “Sejak awal tahun sudah bermula beberapa program sambutan Jubli Perak MBI yang akan berakhir sehingga hujung 2015. “Program yang diadakan sebelum ini termasuk sambutan MBI peringkat zon utara di Pasir Mas, zon tengah di Machang dan zon selatan di Gua Musang. “Menjelang sambutan malam ini turut diadakan program Perhimpunan Ulama dan Guru-guru Pondok Kelantan dan Ijtimak Ulama Nusantara,” katanya pada program berkenaan. Mohd Amar juga berkata dasar MBI yang diasaskan arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus memberi suntikan semangat kepada kita untuk membangunkan Kelantan. – HARAKAHDAILY 21/10/2015 Sumber HD - 21-10-2015
PAS Kelantan sedia kaji baiah taklik
SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: PAS Kelantan sedia membincangkan semula syarat baiah taklik bagi calon-calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bagaimanapun berkata cadangan itu belum dibincangkan bersama pimpinan di peringkat negeri. “Lagi pun baiah taklik sebelum ini dibuat di hadapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memenuhi tuntutan semasa. “Langkah Tuan Guru masa itu amat baik dan sesuai memandangkan pengalaman pilihan raya umum 2004 kerajaan negeri begitu getir untuk dipertahankan kerana majoriti amat tipis. “PAS Kelantan ketika itu memikirkan cara terbaik bagaimana untuk membendung wakil rakyat kita tidak berhadapan dengan lompat parti,” katanya selepas merasmikan Pameran Tok Janggut, Sultan Ahmad Al-Fateh dan mumia firaun di Kelantan Trade Centre hari ini. Kelmarin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kemungkinan PAS mengkaji balik peraturan baiah taklik wakil rakyat PAS di Kelantan pada masa akan datang. Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar berkata PAS akan membuat kajian kewajaran untuk memansuhkan peraturan itu. – HARAKAHDAILY 20/10/2015 Sumber HD - 20-10-2015
Pengundi Kuala Krai sedia hadapi saman Dr Hatta
ASLANI M | .
KUALA KRAI: Seorang pengundi di Parlimen Kuala Krai bersedia berhadapan saman anggota parlimen kawasan itu Dr Mohd Hatta Ramli bagi mempertahankan kewibawaan PAS. Seorang pengundi Ali Omar, 28 berkata berapa pun harga terpaksa dibayar demi perjuangan Islam mereka sanggup. “Saya dan rakyat Kuala Krai sentiasa bersedia jika makhamah dunia tidak cukup, maka nantilah makhamah Allah SWT di akhirat nanti. “Setiap kejahatan dan pengkhianatan yang kita lakukan sudah pasti akan dipersoalkan oleh-Nya kelak,” katanya di sini. Sebelum ini Ali menulis di laman facebooknya mengenai dakwaan pengkhianatan ahli parlimen Kuala Krai yang diundinya pilihan raya lepas. Menurutnya beliau menulis mengenainya ekoran kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang meminta wakil rakyat PAS melompat parti merujuk ke mahkamah kerana mereka terbabit baiah taklik. Berikutan itu anggota parlimen terbabit mengugut mahu menyaman Ali di mahkamah melalui sepucuk surat yang dihantar peguam bertarikh 13 September lepas. “Saya menulis dalam keadaan sedar dan berpaksikan kepada hukum-hakam agama Islam yang kita semua anuti. “Pengkhianatan dilakukannya apabila melompat parti kepada Amanah dengan melanggar baiah serta lafaz cerai taklik. “Dr Hatta meneruskan langkah tidak bijak menyaman saya selaku rakyat dan pengundi di sini pada pilihan raya lalu,” katanya. Ali juga berkata, beliau sedang mendapatkan salinan lafaz baiah dan cerai taklik ditandatangi Dr Hatta untuk dirujuk ke Makhamah Syariah. – HARAKAHDAILY 20/10/2015 Sumber HD - 20-10-2015
Ceramah Majlis Perasmian Wisma Ibadurr Rahman Posted on Monday, October 19 @ 19:59:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Ceramah Majlis Perasmian Wisma Ibadurr Rahman di Kg Paloh, Morak, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Ceramah ini menjadi agak penting bila ada kenyataan TGHH berkenaan Dr Yusof Qardawi mengatakan haram tubuh parti Islam baru.
KOTA BHARU: Sejak ulama mentadbir Kelantan 25 tahun lalu pelbagai perubahan dilakukan yang kini menjadi ikutan negeri-negeri lain di seluruh negara. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Adnan Hussin berkata antara perubahan yang dibuat perbankan Islam, pajak gadai Islam, kurikulum pengajian Islam dan penubuhan sekolah tahfiz sains. Katanya perubahan itu menyebabkan Kelantan mendapat perhatian di Malaysia. Oleh itu, kata beliau pada malam 20 Oktober ini (esok) sambutan Jubli Perak Membangun Bersama Islam (MBI) peringkat negeri akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. “Tahun 2015 genaplah 25 tahun permintahan kerajaan negeri yang beraksikan dasar MBI. Dasar keramat ini dicetus mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya pada kenyataan di sini. Program tersebut akan disempurnakan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan kebudayaan rakyat Kelantan terdiri kaum Melayu, Siam, India dan Cina. Selain itu persembahan brass band, permainan kapal terbang kawalan jauh dan nasyid. Turut diadakan tribut kepada arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz dan penganugerahan Tokoh Sambutan Jubli Perak MBI. Kemuncak sambutan terbabit ialah laungan takbir mengiringi kiraan detik genap 25 tahun dasar MBI dan pertunjukkan bunga api. Kata Adnan persembahan kebudayaan pelbagai kaum itu menunjukkan keharmonian kaum yang wujud di bawah dasar MBI. Sehubungan itu rakyat Kelantan dijemput menghadiri program berkenaan. - HARAKAHDAILY 19/10/2015 Sumber HD - 19-10-2015
Ulama pondok Kelantan istiqamah bersama PAS
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Pusat pengajian pondok tradisional seluruh Kelantan berikrar memberi sokongan dan dukungan padu serta terus istiqamah bersama PAS bagi memartabatkan Islam di negara ini. Ikrar itu dilafaz ribuan ulama dan guru-guru pondok yang datang dari seluruh Kelantan sempena ijtimak diadakan di Pondok Pasir Tumbuh malam tadi. Ia dilafazkan di hadapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan pemimpin-pemimpin utama PAS Kelantan. Ikrar yang diketuai Ustaz Abdul Halim Daroni dari Pondok Pasir Tumbuh menegaskan ulama dan guru-guru pondok menolak Parti Amanah Negara dan menyeru mereka kembali semula kepada PAS. Selain itu memberi wala dan ketaatan kepada jemaah Islam selama mana arahan mereka tidak bercanggah dengan ajaran al Quran dan al Sunnah. “Kami juga tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha sama ada dari dalam mahu pun luar untuk memecahbelahkan kesatuan jemaah Islam. “Mendukung kepimpinan ulama yang sedang mentadbir negeri Kelantan dan mempertahankannya dari sebarang anasir yang cuba menjatuhkannya,” kata Abdul Halim. Beliau juga menegaskan ulama dan guru-guru pondok negeri Kelantan bersama kepimpinan kerajaan negeri untuk memartabatkan pengajian pondok yang merupakan banteng utama kekuatan Islam di negeri ini. Ikrar yang turut dilafazkan pelajar-pelajar pondok turut bertekad untuk bersama-sama berganding bahu untuk memastikan kemenangan jemaah Islam pada pilihan raya umum ke-14. Berikut kandungan ikrar. Pertama: Memberi sokongan dan dukungan padu dengan beristiqamah bersama Jemaah Islam PAS dalam usaha memartabatkan Islam dan syariatnya di negara ini. Kedua: Memberikan kesetiaan (wala’) dan ketaatan kepada kepimpinan Jemaah Islam selama mana arahan mereka tidak bercanggah dengan ajaran Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Ketiga: Tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk usaha sama ada daripada dalam mahupun daripada luar untuk memecahbelahkan kesatuan Jemaah Islam. Keempat: Mendukung Kepimpinan Ulama yang sedang mentadbir kerajaan negeri Kelantan dan mempertahannya dari sebarang anasir yang cuba untuk menjatuhkannya. Kelima: Bersama kepimpinan kerajaan negeri Kelantan untuk memartabatkan pengajian pondok yang merupakan benteng utama kekuatan Islam di negeri Kelantan. Keenam: Bertekad untuk sama-sama berganding bahu untuk memastikan kemenangan Jemaah Islam dalam pilihan raya umum ke 14. Ketujuh: Menolak Parti Amanah Negara (PAN) bersama kepimpinannya dan kami menyeru semua mereka untuk kembali bersama PAS. - HARAKAHDAILY 17/10/2015 Sumber HD - 17-10-2015
TERKINI : TUAN GURU DAN ULAMA PONDOK SELURUH KELANTAN IKRAR PERTAHAN PAS DARI MUSUH
KELANTAN, 16hb Oktober 2015 : Perhimpunan seluruh para ulamak dan guru pondok semalam memberikan satu penghormatan yang besar bagi PAS.
Sempena Ijtima‘ Ulama dan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan yang berlangsung semalam menyaksikan kesungguhan ulamak dalam mendokong perjuangan Islam .
Pondok Pasir Tumbuh menjadi saksi tekad dan ikrar mereka untuk memberikan peringatan kepada musuh Islam, sama ada merancang menghancurkan Islam serta memusnahkannya.
Antara intipati ikrar mereka , akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam, memberikan wala' kepada pimpinan selagimana dasar serta pegangannya Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Mereka juga berjanji , komited menyokong kepimpinan ulamak menjadi teras utama memimpin gerakan Islam ini. Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak untuk menghancurkan Islam.
Menghapuskan segala entiti asing, dengan hanya berkiblatkan matlamat memecah belahkan jemaah dan menyuntik fahaman songsang dalam minda aktivis Islam.
Memperanankan institusi pondok dalam melahirkan ilmuwan Islam yang membantu gerakan dakwah serta menyampaikan wajah fikrah Islamiyyah sebenar.
Berikut adalah ikrar penuh ulama-ulama pondok :
IKRAR ULAMA DAN GURU-GURU PONDOK NEGERI KELANTAN 1437H
Sempena Ijtima‘ Ulama dan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan yang berlangsung pada 4 Muharram 1437H bersamaan 16 Oktober, 2015M bertempat di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan:
Pertama:
Memberi sokongan dan dukungan padu dengan beristiqamah bersama Jemaah Islam PAS dalam usaha memartabatkan Islam dan syariatnya di negara ini.
Kedua:
Memberikan kesetiaan (wala’) dan ketaatan kepada kepimpinan Jemaah Islam selama mana arahan mereka tidak bercanggah dengan ajaran Al-Qur’an dan Al-Sunnah.
Ketiga:
Tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk usaha sama ada daripada dalam mahupun daripada luar untuk memecahbelahkan kesatuan Jemaah Islam.
Keempat:
Mendukung Kepimpinan Ulama yang sedang mentadbir kerajaan negeri Kelantan dan mempertahannya dari sebarang anasir yang cuba untuk menjatuhkannya.
Kelima:
Bersama kepimpinan kerajaan negeri Kelantan untuk memartabatkan pengajian pondok yang merupakan benteng utama kekuatan Islam di negeri Kelantan.
Keenam:
Bertekad untuk sama-sama berganding bahu untuk memastikan kemenangan Jemaah Islam dalam pilihan raya umum ke 14.
Ketujuh:
Menolak Parti Amanah Negara (PAN) bersama kepimpinannya dan kami menyeru semua mereka untuk kembali bersama PAS.
~BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN~
Sumber PP - 17-10-2015
Cerita Sebenar Tragedi Kehilangan Murid Orang Asli Posted on Thursday, October 15 @ 18:40:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KOTA BHARU: Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada pukul 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.
Warden itu kemudiannya telah memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.
"Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," katanya
Mengulas lanjut, Mazlan berkata pada pukul 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos pula warden telah membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama telah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari murid-murid berkenaan.
"Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).
Beliau berkata, rancangan murid-murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah tersebut diketahui hasil temubual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.
Katanya pada 24 Ogos, pihak sekolah dan penduduk kampung meneruskan usaha pencarian bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 kilometer (KM) dari kawasan sekolah serta berjumpa dengan ibu bapa murid-murid berkenaan di Kampung Penad dan Kampung Gawin. "Namun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 2.25 pagi pada 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada pukul 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan," katanya. Katanya, bermula pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan telah digerakkan, sekali gus menolak dakwaan di laman-laman sosial yang mendakwa pasukan SAR hanya melaksanakan operasi berkenaan pada 27 Ogos. "Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka," katanya. Mazlan berkata, lebih daripada 350 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan awam telah terlibat dalam operasi berkenaan sehinggalah pasukan SAR menemui mayat pertama pada 7 Oktober lepas. Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas. Mereka adalah antara tujuh murid SK Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran. Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.
--BERNAMA
Sumber TKO - 15-10-2015
Kelantan benteng akhir gerakan Islam
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Bermula esok sehingga Selasa ini akan berlangsung lima program menarik di Kelantan bakal menyaksikan kehadiran puluhan ribu pendokong PAS dari seluruh negara. Kelantan yang dianggap sebagai benteng akhir gerakan Islam di negara ini menjadi medan mempertahankan PAS dalam ruang lingkup demokrasi berparlimen. Petang esok akan diadakan Konvensyen Sekretariat PAS peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa. Pada petang dan malam esok pula akan diadakan penjelasan isu semasa dan dialog bersama pelajar institusi pondok dari seluruh Kelantan bertempat di Pondok Pasir Tumbuh. Pada jam 3 petang Sabtu pula bermula Himpunan Fastaqim yang mensasarkan kehadiran kira-kira 60,000 peserta dari seluruh negara. Program bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV turut diadakan munajat dan ceramah yang membariskan pemimpin-pemimpin utama PAS. Manakala pada Ahad pula bakal dilangsungkan Ijtimak Ulama Nusantara di Balai Islam, Lundang. Program sehari itu menghimpunkan ulama dari negara-negara Asia Tenggara. Perayaan Jubli Perak dasar Membangun Bersama Islam pula akan diadakan pada petang 20 Oktober, genap 25 tahun Kelantan di bawah pentadbiran ulama. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin berkata Himpunan Fastaqim Sabtu ini akan memperlihatkan kekuatan PAS yang didokong pejuang dari seluruh negara. Katanya PAS Pengkalan Chepa akan menghantar seramai 1,400 peserta yang mewakili pimpinan di peringkat kawasan dan cawangan. “Ini tanggungjawab kita kepada parti bagi memperlihatkan sokongan tidak berbelah bagi ketika berdepan kemelut dalaman yang baru berlalu,” katanya di sini. Menurutnya ketika PAS berdepan dengan cabaran, semua anggota parti perlu memperkukuh jemaah Islam. – HARAKAHDAILY 15/10/2015 Sumber HD - 15-10-2015
Pinggirkan agama punca tamadun Islam pudar
ASLANI M | .
BACHOK: Umat Islam perlu mengambil iktibar kejatuhan tamadun Islam pada zaman lampau berlaku disebabkan amalan agama dipinggirkan dalam kehidupan masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Nassuruddin Daud berkata kegemilangan Islam jatuh satu demi satu selepas kesedaran agama hilang dalam diri umat Islam. Sedangkan katanya sebelum itu Islam mempelopori tamadun ilmu dengan pencapaian yang menjadi kekaguman dunia. “Oleh sebab itu, kita perlu memulakan lebaran baru dengan memperkasakan lagi kehidupan umat Islam lebih-lebih lagi sempena sambutan tahun baru hijrah,” katanya pada sambutan Hijratul Rasul 1437 peringkat negeri di Masjid Mahmudi Bandar Bachok di sini malam tadi. Sambutan itu dirasmikan Tengku Mahkota Kelantan. Berangkat sama Tengku Temenggong dan Tengku Bendahara. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco, Mufti kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohammad dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Sambutan itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti kuliah agama. Selepas solat Isyak diadakan penyampaian anugerah sempena Hijratul Rasul. Masjid Mahmudi terletak tidak jauh dari Pantai Irama penuh sesak dengan kehadiran penduduk tempatan sehingga ruang solat muslimat disediakan khemah di perkarangan masjid. Nassuruddin juga berkata konsep hijrah sepatutnya disambut sepanjang tahun dan bukannya sempena sambutan tahun baru sahaja. Tengku Mahkota ketika bertitah mahu umat Islam bersatu padu untuk menjamin kejayaan mereka di dunia dan akhirat. Sempena program berkenaan, bekas pensyarah UiTM, Ustaz Nik Razi Nik Mat diumumkan sebagai Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1437. Anugerah itu melayakkan beliau menerima wang tunai RM10,000 dan sijil penghargaan. Manakala Tokoh Saudara Kita pula dianugerah kepada Asyikin Ong Abdullah yang berasal dari Pasir Mas. Anugerah sekolah agama bantuan terbaik dimenangi Sekolah Menengah Ugama (Arab) Panchor, kategori maahad pula dimenangi Maahad Shamsul Maarif Perempuan Pulai Chondong dan maahad kawalan terbaik dijuarai Maahad Muhammadi Perempuan. Anugerah masjid bandar terbaik pula dimenangi Masjid Sultan Ismail Petra Tanah Merah, kedua Masjid Sultan Yahya Petra Machang dan ketiga Masjid Ibrahimi Pasir Puteh. Masjid mukim terbaik dimenangi Masjid Sri Aman Pasir Puteh, kedua Masjid Bendang Nyiur Tanah Merah dan ketiga Masjid Kasar, Pasir Mas. Kategori institusi pondok terbaik dimenangi Pondok Sri Permai Seligi Pasir Puteh, manakala jajahan cemerlang melaksanakan aktiviti agama iaitu jajahan Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 14/10/2015 Sumber HD - 14-10-2015
Naik kadar tol: Kerajaan BN persenda rakyat
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Alasan kerajaan Barisan Nasional kenaikan tol bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan dan sekolah dianggap seperti mempersendakan rakyat. Senator Khairiah Mohamed berkata alasan yang diberikan kerajaan BN tidak berpijak di bumi nyata. “Pembinaan sekolah dan hospital dimasuk dalam belanjawan tahunan dan bukannya datang dengan tiba-tiba. “Alasan diberi kerajaan bukan boleh meredakan keadaan, sebaliknya akan membangkitkan lagi kemarahan rakyat,” katanya di sini. Sebelum ini kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar tol sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat. Bagaimanapun semalam beberapa lebuh raya utama di seluruh negara mengumumkan menaik kadar tol antara 17 hingga 80 peratus bermula 15 Oktober ini. Khairiah berkata kerajaan Persekutuan dengan mudah mungkir segala janji yang ditabur sebelum ini. - HARAKAHDAILY 13/10/2015 Sumber HD - 13-10-2015
Giliran kita pertahan perjuangan Islam
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Ketibaan tahun baharu Islam 1437 hendaklah dijadikan agenda penting seluruh umat Islam bagi melebarkan dakwah Islamiah. Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata umat Islam hendaklah lebih berusaha dan berstrategi bagi mencapai hasrat tersebut. Katanya peristiwa hijrah dijadikan asas dalam penetapan tahun baharu memandangkan pengaruh Islam mulai melebar ke seluruh pelosok dunia. “Namun hijrah menuntut kepada pengorbanan yang tinggi terhadap tuntutan agama Islam. “Kejayaan hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda dapat kita lihat di mana mereka berjaya merubah masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, moral dan cara berfikir daripada jahiliyah kepada Islam,” katanya pada perutusan sempena Hijratul Rasul 1437. Kerajaan Kelantan akan mengadakan sambutan Hijratul Rasul 1437 peringkat negeri di Masjid Mahmudi Bandar Bachok malam ini. Program berkenaan bermula solat Maghrib. Ustaz Ahmad berkata, intipati daripada hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada perkara-perkara negatif kepada perkara-perkara positif yang selari dengan ajaran Islam. “Umat Islam hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak boleh hanya berpeluk tubuh menyerah urusan kepada takdir tanpa ada usaha memperjuangkan kebenaran. “Lihatlah bagaimana umat Islam terdahulu berjihad secara habis-habisan sehingga mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang paling mulia,” katanya. Oleh itu beliau berkata sekarang giliran kita pula memberi sumbangan kepada perjuangan agama supaya ia terus dipandang mulia, digeruni dan dihormati. - HARAKAHDAILY 13/10/2015 Sumber HD - 13-10-2015
Sembunyi dalam hutan kerana takut hukuman sekolah Posted on Tuesday, October 13 @ 09:05:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Penemuan anak-anak Orang Asli yang hilang minggu lalu mencetuskan pelbagai emosi di kalangan rakyat yang mengikuti isu itu.
Semua gembira apabila mendapat tahu dua daripada tujuh yang hilang ditemui masih hidup, namun pada masa sama bersedih dengan kematian yang lain.
Kini butiran tentang punca anak-anak ini lari dan bersembunyi di hutan sejak akhir Ogos lalu mula timbul, dan ia bukanlah sesuatu yang menyenangkan.
Nampaknya, mereka tidak "hilang". Tetapi bersembunyi kerana takut dengan hukuman keras yang bakal dikenakan oleh pengurusan sekolah.
Laman The Malay Mail Online melaporkan dakwaan bahawa pengabaian dan layanan buruk oleh guru dan warden SK Pos Tohoi mempunyai kaitan dengan tindakan mereka.
"Anak perempuan saya beritahu yang mereka semua tidur atas lantai simen di hostel, dan dipaksa memakai uniform kotor untuk ke kelas," kata Ayel Ajib, 48 tahun, seperti dipetik.
Beliau adalah bapa kepada Ika Ayel, yang mayatnya ditemui Jumaat lalu.
"Dia beritahu ada hari mereka hanya belajar dua jam di kelas. Kadang-kadang dalam satu minggu, kelas hanya ada dua hari. Waktu lain mereka dibiarkan membuat kerja sendiri," katanya lagi.
Ibubapa kepada anak yang lain turut menceritakan tentang penderaan fizikal yang dilakukan guru-guru.
Sobrie Latip,yang mayat anaknya ditemui Rabu lalu, berkata, anaknya memberitahu pernah melihat sebahagian pelajar senior yang ditampar, dan ada juga yang disepak seperti bola.
"Kami bergantung sepenuhnya kepada guru kerana tidak terlibat menentukan kegiatan apa yang dianjurkan sekolah. Kami hanya mahu mereka dididik," kata bapa berusia 25 tahun itu.
Ada juga dakwaan yang sekolah tidak menunjukkan keperluan untuk bertindak segera ketika tujuh kanak-kanak tersebut didapati hilang pada 23 Ogos lalu.
Menurut dakwaan, pihak berkuasa menyerahkan tanggungjawab kepada penduduk kampung, dan ada kalanya membiarkan orang tempatan sahaja yang meneruskan pencarian apabila masuk ke kawasan sukar.
Sementara itu, nota yang dimuat naik NGO Centre of Orang Asli Concerns (COAC) di laman Facebook mereka menyatakan bahawa anak-anak tersebut tahu lokasi mereka dan jalan untuk pulang ke sekolah, namun takut untuk berbuat demikian.
"Kawasan kanak-kanak ini ditemui adalah kira-kira 3km dari sekolah, atau kira-kira 2km daripada jambatan dan jalan pembalakan utama yang digunakan ramai orang. Ia bukan jarak perjalanan yang mustahil untuk kanak-kanak, walaupun dengan muka bumi (yang mencabar).
"Ketika dua kanak-kanak dilihat anggota penyelamat pada Jumaat lalu, reaksi awal mereka adalah untuk lari dan sembunyi. Ini bukan reaksi yang ditunjukkan oleh orang yang sesat selama 47 hari dan ingin diselamatkan," katanya.
Menurut seorang kanak-kanak yang berjaya diselamatkan, mereka semua masih hidup pada dua minggu pertama. Mereka hidup dengan air yang ada dan buah dan sayuran hutan yang terhad, dan berlindung di akar sebuah pokok yang cukup besar untuk memuatkan mereka semua.
Mereka juga merancang untuk pulang ke sekolah, namun takut hukuman yang bakal diterima. Keadaan fizikal yang lemah juga menghalang mereka. Tidak lama kemudian, ada yang tewas akibat kebuluran, dan sekurang-kurangnya tiga lagi dihanyutkan sungai ketika mereka mengambil air atau tidur terlalu dekat dengan tebing.
Nota itu juga memaklumkan usaha pencarian juga tertumpu di kawasan-kawasan selain hulu sungai - tempat persembunyian mereka. Penduduk kampung, termasuk ibubapa kanak-kanak itu, dihalang untuk mencari di sana. Ini kerana hanya anggota pencarian dan penyelamat yang sah dibenarkan masuk ke kawasan itu. Maklumat ini disampaikan ibubapa kanak-kanak tersebut kepada COAC.
Ini sangat memualkan.
Bayangkan ketakutan yang dihadapi kanak-kanak itu, sehingga sanggup bersembunyi di dalam hutan berbanding pulang ke sekolah.
Mereka tiada makanan dan tempat perlindungan yang sepatutnya dan terdedah dengan bermacam bahaya. Namun mereka sanggup menghadapinya berbanding layanan teruk yang bakal diterima jika pulang ke sekolah.
Adakah nyawa Orang Asli kurang bernilai?
Adakah Kementerian Pendidikan akan mengambil berat episod memalukan ini dan memberikan hukuman yang setimpal kepada sekolah, atau akan menutup sebelah mata?
Oleh V Shuman The AntDaily Sumber TKO - 13-10-2015
Pengajaran di sebalik tragedi murid hilang di Pos Tohoi
Posted on Monday, October 12 @ 15:25:22 MYT by paktam
Oleh Harris Nasril Salah seorang ibu mangsa kanak-kanak Orang Asli yang hilang menuding jari kepada guru Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, sebagai punca mereka melarikan ke dalam hutan."Ini semua salah cikgu sekolah marah anak saya... kalau tak marah tak akan jadi begini,” marah Midah Angah, ibu mangsa kanak-kanak Orang Asli yang terselamat, Norieen Yaakob, 10.
Apakah kata-kata yang dilemparkan oleh cikgu tersebut kepada anak kecil tersebut sehingga menyebabkan mereka benar-benar ketakutan sehingga lari dari asrama dan masuk ke hutan, sehingga mati mereput?
Hanya 2 mangsa yang terselamat dapat menjawab misteri sebenar di sebalik persoalan kehilangan 7 orang anak Orang Asli, yang menjadi buah mulut di kedai kopi mahupun di media sosial.
Adakah anak-anak ini sesat atau mereka sebenarnya memang tidak mahu kembali? Anak Orang Asli ni mereka memang sudah biasa dengan hutan, jika mereka mahu balik, boleh sahaja mereka turun mengikut arus sungai, pasti mereka akan berjumpa jalan keluar.
Malah, menurut peguam Orang Asli terbabit, Siti Kasim, lokasi di mana mereka dijumpai dilalui oleh penyelamat sebelum ini.
Mungkin juga anak kecil ini ternampak pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melalui tempat tersebut, tetapi mereka berdiam diri. Mereka sengaja bersembunyi sebalik akar kayu di tepi sungai supaya tidak dijumpai oleh pasukan tersebut.
Menurut laporan, seramai 13 murid SK Pos Tohoi mandi di sungai berhampiran asrama sekolah tanpa kebenaran. Tiga daripada mereka dihukum manakala 10 yang lain menyembunyikan diri bagi mengelakkan dihukum.
Tiga daripada mereka pulang semula ke sekolah manakala 7 lagi lari dari sekolah menuju ke hutan. Ada 2 spekulasi, sama ada terus menyembunyikan diri di hutan atau pulang ke rumah masing-masing.
Spekulasi pertama lebih kuat. Selepas 48 hari, hanya 2 daripada 7 murid berkenaan dijumpai selamat, dalam keadaan kekurangan zat dan dehidrasi yang sangat teruk. Tekanan psikologi ke atas mereka dahsyat, tidak mampu terfikir dek akal manusia.
Ada pula yang menuding jari kepada sekolah berkenaan dalam aspek keselamatan, berikutan tersebar gambar pagar sekolah tersebut yang berlubang, memudahkan murid meloloskan diri.
Bagaimanapun, kita gagal merujuk kepada masalah pokok yang membuatkan murid-murid ini lari. Jika ada tembok batu seperti di Israel dan Palestin sekalipun, jika mereka ingin lari keluar dari sesuatu yang mereka takuti, naluri kemanusiaan mereka akan mencari juga jalan survival.
Mengenal pasti masalah pokok di dasarnya adalah lebih relevan dari menyelesaikan masalah di luaran, yang hanya tampak elok di permukaan sahaja.
Buat masa sekarang, polis masih belum menyoal siasat 2 mangsa yang terselamat, menunggu lampu hijau daripada doktor.
Perkara ini tidak boleh lagi disorok di bawah karpet. Sudah terlalu banyak kes yang melibatkan guru bermasalah disorokkan untuk pengetahuan umum.
Bagi penyelesaian jangka pendek, guru terbabit wajar diberikan hukuman setimpal (mungkin dipindahkan) untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali.
Penyelesaian jangka panjang pula, Kementerian Pendidikan atau maktab perguruan wajar memberikan guru kursus khas dalam menangani murid Orang Asli yang mempunyai naluri (mandi sungai contohnya) berbeza dengan murid di bandar. Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita dan roh anak kecil ini dirahmati Tuhan hendaknya.
Sumber DD - 12-10-2015
Ibu: Norieen tak dapat tidur lena teringat rakannya
Posted on Monday, October 12 @ 08:42:07 MYT by paktam
Seorang kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakob yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) di Kota Bharu memberitahu ibunya dia tidak dapat tidur nyenyak kerana terbayang rakan-rakannya yang meninggal dunia ketika mereka hilang di Pos Tohoi, Gua Musang sejak Ogos lepas.
Ibunya Midah Angah, 40, berkata Norieen, 10, memberitahu dia masih takut dan trauma dengan bau busuk mayat rakannya.
"Anak saya beritahu setiap malam dia bermimpi nampak mayat dua rakannya, Juvina dan Ika yang (didakwanya) mati di depannya.
"Malam tadi, semasa dia tidur, air matanya jatuh," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HRPZII semalam.
Norieen dan seorang lagi rakannya Mirsudiar Aluj, 11, ditemui selamat di tebing Sungai Perias, Pos Tohoi, pada Jumaat lepas namun tidak bermaya kerana dehidrasi dan kini dirawat di hospital itu.
Midah berkata anaknya itu semakin pulih dan meminta untuk makan nasi dan ayam goreng tetapi pihak hospital memberinya makanan lembut seperti bubur.
Beliau masih menaruh harapan agar seorang lagi anaknya Haikal, 8, akan dapat dijumpai oleh anggota pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).
Sementara itu, bapa saudara Mirsudiar, Akid Baher, 46, berkata anak saudaranya itu kini sudah mula bercakap dan semakin berselera ketika waktu makan berbanding mula dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat.
"Hari ni perkembangannya semakin sihat dan kami ada suapkan bubur dan bagi air suam...dia makan habis dan semakin berselera.
"Dia ada minta mahu makan ayam, nak tengok televisyen dan dengar lagu tapi dia tidak banyak bercakap," katanya.
Akid berkata anak saudaranya itu masih belum menceritakan mengenai kejadian dia dan enam rakannya hilang dalam hutan di Pos Tohoi, Gua Musang kerana masih trauma.
"Mirsudiar masih tidak bercakap banyak mungkin masih lagi letih... cuma dia ada minta untuk pulang ke kampung kerana rindu bertemu keluarga dan rakan-rakannya," katanya.
Tujuh murid Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang itu dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.
Polis telah mengesahkan Sasa dan Ika meninggal dunia manakala dua rangka kanak-kanak yang ditemui belum dikenal pasti melalui ujian DNA manakala satu lagi masih hilang. - Bernama Sumber DD - 12-10-2015
Keluarga cam rangka ditemui adalah Juvina
BERNAMA | .
GUA MUSANG: Anggota keluarga Juvina David, 7, mengecam bahawa rangka yang ditemui di Sungai Perias, Pos Tohoi pada Sabtu adalah milik kanak-kanak itu. Bapanya David Kuasam, 32, berkata isterinya Shela Omar, 26, mengecam rangka berkenaan berdasarkan rantai leher manik dan getah ikat rambut pada pergelangan tangan rangka berkenaan. "Selepas penemuan rangka pada sebelah pagi, isteri saya dipanggil ke Pusat Operasi SAR di SK Tohoi untuk membuat pengecaman dan dia cakap kemungkinan besar rangka yang ditemui semalam itu adalah anak kami berdasarkan rantai leher dan gelang getah itu. "Isteri saya masih mengecam kedua-dua barangan berkenaan, bagaimanapun dia tak dapat kenal pasti pakaian yang dijumpai berdekatan rangka itu kerana telah berubah warnanya," katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang untuk menjalani ujian DNA, Ahad. Rangka tersebut ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi dua mangsa dijumpai selamat bersama satu mayat pada Jumaat. David bagaimanapun berkata mereka akan menunggu keputusan ujian DNA yang dijalankan untuk pengesahan anaknya. Sementara itu Rosli Alik, 31, bapa kepada Linda, 8, berkata keluarganya tidak mahu membuat sebarang andaian tentang nasib anaknya yang masih hilang dan akan menunggu sehingga keputusan DNA dikeluarkan. "Kita tak tahu rangka itu milik kanak-kanak mana. Kami hanya akan berpuas hati selepas keputusan DNA dikeluarkan," katanya. Juvina dan Linda adalah antara tujuh murid Orang Asli dari SK Tohoi yang melarikan diri dari asrama sekolah mereka pada 23 Ogos lepas. - Bernama Sumber HD - 11-10-2015
Mari kita sama-sama bantu keluarga ini Posted on Saturday, October 10 @ 23:13:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"Puan Siti dari Pasir Mas, Kelantan telah menghubungi saya pada Sabtu, 10 Oktober 2015 jam 10.29 pagi. Kisah kesusahan keluarga ini telah pun keluar di akhbar pada bulan Ogos yang lalu katanya. Namun hingga kini tiada bantuan dari pihak agensi berkaitan yang diterima walaupun mereka ada datang mengmbil butiran, sementara suaminya yang OKU (cacat kekal betis kiri bengkok) akibat kemalangan belum mendapat kad OKU katanya. Tak apalah, mungkin banyak permohonan sedang diproses sekarang ini, tambahan Kelantan masih belum pulih sepenuhnya pasca banjir.
Saya cuma minta tolong sesiapa dapat hubungi pihak sekolah dan tadika untuk saya sampaikan duit amanah orang untuk jelaskan yuran sekolah dan yuran tadika yang tertunggak.
Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Othman Talib 1, nama pelajar Nur Elya Elyana, kelas 1 Ali, yuran tertunggak RM41. Nama Tadika ialah Tadika KEMAS Nur Iman B Tendong, nama pelajar Muhammad Putra Syazlan bin Muhammad Azman , yuran tertunggak RM40 (RM10 X 4 bulan). Mohon pihak berkenaan hubungi saya 0122267406 (Rozmal) untuk saya jelaskan yuran tersebut.
Disamping itu Puan Siti memohon kalau sesiapa dapat bantu menjelaskan bayaran bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM301.45, no akaun bil elektrik dilampirkan.
Sewa rumah tertunggak setakat ini katanya RM400 (RM200 X 2 bulan).
Puan Siti juga mengalu-alukan bantuan sumbangan makanan kepada mereka yang ingin membantu.
Mereka yang ingin membantu boleh hubungi terus keluarga ini, Puan Siti Raabiatul Adariah 0179669937 beralamat di Lot 1/1323, Kampung Gaung Tendong, 17000 Pasir Mas, Kelantan
Sumber TKO - 10-10-2015
Mayat Ke-6 Ditemui, 2 Murid Orang Asli Hidup Susut Badan 10kg Posted on Saturday, October 10 @ 15:58:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol
GUA MUSANG – Satu lagi rangka manusia cuma 10 meter dari lokasi dua murid Orang Asli dan satu mayat ditemui di bawah akar pokok besar di tebing Sungai Perias Jumaat ditemui kira-kira pukul 11.30 pagi Sabtu.
Ia dipercayai milik salah seorang daripada dua murid lagi yang masih hilang. Identiti jenazah mangsa keenam setakat ini belum dikenal pasti sama ada adalah milik Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; atau Juvina Daud, 7.
Terdahulu Miksudiar Alui, 11; dan Norieen Yaakob, 10; berjaya ditemui kira-kira 3.3 kilometer dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pukul 12.15 tengah hari pada Jumaat, bersama satu mayat perempuan.
Identiti jenazah kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Ika Ayel, 9. Ketiga-tiga kanak-kanak Orang Asli ini dijumpai tidak jauh dari lokasi penemuan tengkorak, petang Khamis dan sebelumnya satu lagi mayat pada lewat Rabu.
Mayat pertama disahkan pihak polis sebagai Sasa Sobrie, 8; berdasarkan pengecaman ahli-ahli keluarga mangsa sendiri yang dibawakan khas ke Hospital Gua Musang (HGM) di sini pada tengah hari Khamis
Sementara itu boleh dikatakan hampir semua media utama negara, baik arus perdana atau bukan memaparkan kisah penemuan dua murid Orang Asli yang masih hidup tetapi kerus kering selepas 47 hari ‘hilang’ dalam hutan.
Sumber TKO - 10-10-2015
Semua kawan mati, hanya kami hidup Posted on Saturday, October 10 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Gua Musang: Salah seorang kanak-kanak yang ditemui masih hidup selepas 48 hari hilang, mendakwa hanya mereka yang hidup manakala lima lagi rakan sudah meninggal dunia.
Siti Kasim yang juga peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa yang hilang berkata, perkara itu dimaklumkan Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya Midah Angah, 38, ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) sebaik mangsa ditemui pasukan penyelamat tengah hari semalam.
Katanya, maklumat berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh adik Midah, Henry Angah di HGM sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
"Noreen mendakwa yang pertama mati ialah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.
"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias, " katanya.
Menurutnya, Noreen mendakwa mereka turut diberi makan oleh ‘seseorang' menyebabkan mereka masih hidup.
"Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya. HM
Sumber TKO - 10-10-2015
Anggota keluarga pengsan lihat anak masih hidup Posted on Saturday, October 10 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
GUA MUSANG - Tiga ahli keluarga dua kanak-kanak Orang Asli yang dijumpai kurus kering dan masih hidup, pengsan ketika melihat anak mereka dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan, petang semalam.
Suasana cemas di lobi hospital itu juga riuh rendah dengan suara jeritan ahli keluarga yang tidak dapat menahan sebak dan sedih melihat dua kanak-kanak tersebut, Noreen Yaacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, tidak seperti sebelum ini.
Malah, polis terpaksa mengawal keadaan itu dengan membawa ahli keluarga yang pengsan ke kawasan rehat supaya mereka dapat bertenang.
Dua kanak-kanak terbabit ditemui anggota polis bersama penduduk kampung ketika melancarkan gerakan mencari sepanjang Sungai Perias, Pos Tohoi, dengan menggunakan bot kira-kira jam 12.17 tengah hari.
Turut ditemui, mayat seorang lagi rakan mereka dikenali Ika Ayel, 10, kira-kira 3.3 kilometer dari Pos Tohoi dalam keadaan berpakaian lengkap dan dikenali ahli keluarganya. Penemuan itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa ditemui setakat ini lima orang dan dua lagi masih dicari.
Kira-kira jam 7 petang, Rabu lalu, mayat separuh reput dikenali Sasa Sobrie, 8, dijumpai dalam Sungai Perias dengan kakinya tersangkut pada dahan kayu, manakala seorang lagi mangsa ditemui dalam keadaan tinggal rangka dan belum diketahui identitinya.
Seorang ibu mangsa yang ditemui selamat, Midah Angah, 40, berkata, dia belum gembira sepenuhnya kerana seorang lagi anaknya, Haika Yaacob 8, belum ditemui dan belum tentu nasibnya.
“Saya tidak tahan sedih dan menjerit sekuat hati kerana wajah anak cengkung serta kurus kering tetapi mujur dia ditemui, jika tidak tak tahulah apa yang akan berlaku.
“Ketika datang ke hospital beberapa hari lalu untuk mengecam mayat pertama, saya risau kerana takut anak saya macam itu dan meninggal dunia, tetapi seorang masih selamat,” katanya.
Ayel Ajip, 42, pula berkata, dia menerima kematian anaknya, Ika Ayel, 9, dengan hati yang terbuka.
“Saya amat pilu melihat mayat anak saya yang baru ditemui tetapi masih berpakaian lengkap. Dia dipercayai baru meninggal dunia kerana lapar,” katanya. - Sinar Harian
Sumber TKO - 10-10-2015
Hanya makan rumput dan buah Posted on Saturday, October 10 @ 06:51:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Gua Musang: Dua kanak-kanak perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang 48 hari lalu dan ditemui selamat tengah hari tadi, dijumpai di bawah akar pokok besar yang bergayutan di tebing Sungai Perias, di sini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata dua mangsa yang masih hidup itu, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan.
"Mayat ditemui pula dikenali sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman dilakukan anggota keluarganya di Hospital Gua Musang (HGM). Mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari lalu," katanya pada sidang media di HGM di sini, hari ini.
Mazlan berkata, Miksudiar dan Norieen ditemui dalam keadaan lemah kerana dehidrasi dan hasil temu bual awal dengan kedua-dua mangsa mendapati mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan.
Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 48 hari hilang, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lalu.
Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu lepas menemui satu mayat kanak-kanak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.
Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.
Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha untuk mencari baki murid-murid yang masih hilang.
Sehinga ini, tiga yang masih belum ditemui dan dikenal pasti adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.
Mazlan berkata, lokasi penemuan lima mangsa setakat hari ini masih dalam kawasan pencarian pasukan SAR dan murid-murid berkemungkinan menyembunyikan diri ketika pasukan SAR melaksanakan operasi.
"Kami difahamkan, mangsa yang masih hidup bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasi sebagai hilang.
"Tiga mayat yang telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh anggota keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan," katanya.
Ditanya mengenai penemuan rangka kanak-kanak pada petang semalam, Mazlan berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat oleh pasukan patologi daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Terdahulu, suasana sayu dan pilu menyelubungi Pusat Operasi SAR SK Tohoi ketika kedua-dua mangsa dibawa ke pusat berkenaan untuk menerima rawatan awal kira-kira 1 tengah hari tadi.
Mereka yang dibawa keluar menggunakan pacuan empat roda kemudian dibawa menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang ketika tiba di SK Kuala Betis sebelum dihantar ke HGM untuk rawatan susulan.
Suasana di perkarangan Unit Kecemasan HGM sedikit kelam kabut dengan tangisan Rozita Behel, 41, dan anggota keluarga terdekatnya ketika menatap wajah anaknya, Miksudiar buat pertama kali selepas hilang selama 48 hari dalam hutan.
Hanya jeritan ‘saya sayang anak saya, saya sayang anak saya, saya sayang anak saya' kedengaran daripada mulutnya sambil disulami tangisan kegembiraan.
Sementara itu, suasana sedih mengiringi apabila Ayel Ajib, 46, dan isterinya, Nora Tegeu, 39, keluar dari Bilik Mayat HGM selepas membuat pengecaman ke atas mayat anaknya, Ika, kira-kira 5.30 petang.
Nora, dalam tangisannya hanya mampu menyebut nama Ika Ayel beberapa kali sambil ditenangkan oleh suaminya serta petugas SAR yang fasih berbahasa Temiar.
Difahamkan, kedua-dua pasangan berkenaan mengecam mayat anaknya itu menerusi gelang tangan manik yang dibuat oleh Nora dan dipakai Ika serta pakaian sukan yang dipakai oleh mangsa. - Bernama
Sumber TKO - 10-10-2015
Gambar Pertemuan 2 anak orang asli SK Tohoi Gua Musang Posted on Friday, October 09 @ 22:02:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Beginilah keadaan fizikal lebih jelas 2 anak orang asli SK Tohoi Gua Musang yang ditemui masih hidup selepas hilang selama 47 hari
Sumber TKO - 9-10-2015
Dua kanak-kanak masih hidup, satu mayat ditemukan
Posted on Friday, October 09 @ 15:33:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
GUA MUSANG 9 Okt. - Dua daripada tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui selamat di sekitar Sungai Perias di sini.
Pasukan Penyelamat turut menemukan satu lagi mayat dipercayai murid Orang Asli sekolah itu di kawasan sungai tersebut.
Dua kanak-kanak yang masih hidup itu ialah Mirsudiar Aluj, 11 dan Norieen Yaakob, 10.
Ketika ditemui, kedua-duanya sukar dikenali ekoran berada dalam keadaan kurus kering dan tidak bermaya.
Mereka ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan mayat semalam. - UM
Sumber TKO - 9-10-2015
Antara PAS di Kelantan dengan DAP di Pulau Pinang
DR AZMAN IBRAHIM | .
KERAJAAN PAS Kelantan usia 25 tahun, Kerajaan DAP Pulau Pinang belum sampai 2 penggal. Pulau Pinang mungkin punya wang, tetapi Kelantan kaya dengan pengalaman memerintah. Antara senjata wang dengan modal pengalaman, dua-dua ada kelebihan. Tapi pengalaman tak dapat dibeli dengan wang. Mengekalkan sebuah kerajaan yang dianaktirikan dari segenap aspek selama 6 penggal berturut-turut adalah satu rekod dalam sejarah perjuangan gerakan Islam di dunia. DAP ditentukan mentadbir sebuah negeri kaya. Maka mereka ada wang dan kuasa. Wang dan kuasa bukanlah lesen untuk memperlekehkan kerajaan PAS Kelantan yang mungkin dilihat tak berduit dan kurang bergaya. Walau DAP mempunyai juak-juak di Kelantan yang setiap hari bekerja untuk memperlekehkan parti dan kerajaan sendiri. Hakikatnya juak-juak mereka semakin dilupakan orang. Usia 8 tahun berbanding 25 tahun terlalu jauh beza. Kalau di sekolah, yang berumur 25 tahun adalah guru sementara yang 8 tahun adalah murid. Belajarlah dari guru walau kita rasa kita lebih hebat. Saya menulis teguran ini lantaran rasa simpati kepada segelintir pimpinan DAP seperti Tony Pua dan Lim Guan Eng yang berterusan menghina Kelantan. Kenapa saya bersimpati? Simpati atas kedangkalan mereka menyedari hakikat bahawa PAS Kelantan dah bertahun-tahun mentadbir negeri tanpa DAP sebelum Pakatan Rakyat wujud lagi tetapi hakikatnya DAP menang 2 penggal atas nama Pakatan Rakyat yang turut diperkuatkan PAS di Pulau Pinang. Ukuran sebenar untuk mereka adalah PRU14. Simpati seterusnya adalah kerana mereka tak memahami senario dan sepak terajang orang Melayu Kelantan berpolitik. Kerana tak memahami inilah maka mereka sangka parti oren dokongan mereka akan mendapat tempat di hati rakyat Kelantan dengan mudah lantas PAS mampu digugat lalu dilemahkan dengan siri-siri perlekehan dan penghinaan. Bukan setakat pimpinan DAP tak memahami gaya orang Melayu Kelantan berpolitik malah mereka juga tak memahami kehendak orang Cina Kelantan sendiri. Mereka tak tahu bahawa majoriti Cina Kelantan adalah penyokong PAS bukannya DAP malah jauh sekali MCA. Umum menerima bahawa Kelantan adalah Universiti Politik terbuka. Sesiapa pun dipersilakan untuk mengaji ilmu berpolitik dari masyarakat Kelantan yang sangat unik. Banyak langkah Kerajaan Kelantan akhirnya menjadi ikutan Kerajaan Pusat walau mereka cuba mempertahankan keegoan tetapi akhirnya terpaksa akur dengan realiti. Saya tak perlu senaraikan semuanya. Tak salah juga untuk Pulau Pinang belajar sesuatu dari Kelantan. Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. Dalam masa yang sama, saya tak pernah mendengar bahawa Kerajaan Kelantan ada mengemis ihsan dari Pulau Pinang untuk menumpang kekayaan mereka. Silalah hina Kelantan kalau Kelantan ada menyusahkan Pulau Pinang, ada pinjam duit tak bayar atau ada itu dan ini. Akhir sekali saya nak tanya, apa pimpinan DAP nak sebenarnya? - HARAKAHDAILY 9/10/2015 Sumber HD - 9-10-2015
Mayat kedua dipercayai rakan Sasa ditemui Posted on Thursday, October 08 @ 21:07:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
GUA MUSANG – Satu lagi rangka mayat dipercayai kanak-kanak Orang Asli yang hilang di Pos Tohoi ditemui jam 5.30 petang tadi.
Rangka mayat itu ditemui di tebing Sungai Periah, 800 meter dari penemuan mayat Sasa Sobrie, 8, yang dijumpai penduduk kampung petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mayat berkenaan ditemui oleh pasukan operasi penyelamat dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk pengecaman identiti.
“Bedah siasat akan dibuat untuk mengenalpasti identiti dan punca kematian,” katanya.
Semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui tersangkut di celah batu 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kanak-kanak itu adalah salah seorang tujuh mangsa yang hilang sejak sebulan yang lalu. - Sinar
Sumber TKO - 8-10-2015
DAP terus angkuh perlekeh Kerajaan Kelantan
AZIS AZIFF | .
PASIR MAS: Adakah DAP merasakan parti itu selamat di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang sehingga mendakwa tiada sebab rakyat Kelantan memberi kepercayaan kepada PAS? Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kenyataan pemimpin DAP terbabit memperlihat betapa sombong dan angkuhnya mereka. Katanya, pemimpin parti itu langsung tidak menghormati orang lain sehingga berterusan mencampuri urusan parti lain. “Sepatutnya DAP menjaga kerajaan Pulau Pinang sebaik mungkin daripada sibuk urusan kerajaan Kelantan,” katanya sebagai mengulas kenyataan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. Pemimpin DAP ketika berucap pada majlis Makan Malam anjuran Parti Amanah Rakyat semalam mendakwa tiada sebab rakyat Kelantan menaruh kepercayaan kepada PAS bagi menerajui kerajaan negeri itu lagi. Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata DAP patut melihat kemungkinan sokongan orang Melayu terhadap parti itu di Pulau Pinang juga terjejas. Beliau ditemui pemberita hari ini selepas melawat Pondok Gelang Mas yang terbakar kelmarin. Pada lawatan itu beliau juga menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar pondok yang terbabit dengan kebakaran. Hadir sama Adun Tendong, Rozi Muhammad, Ketua Jajahan Tanah Merah, Dr Che Hamad Che Muda dan Mudir pondok berkenaan Tuan Guru Awang Yusof. - HARAKAHDAILY 8/10/2015 Sumber HD - 8-10-2015
Mayat Disahkan Kanak-Kanak Perempuan Orang Asli Posted on Thursday, October 08 @ 16:14:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
GUA MUSANG: Mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di perairan Sungai Perias dekat sini pada Rabu telah dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie berusia lapan tahun.
Dia adalah salah seorang daripada tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang lebih daripada enam minggu lalu.
Mayat mangsa dikenal pasti oleh bapa saudaranya di sebuah hospital di sini pada Khamis.
Mayat kanak-kanak yang sudah reput itu ditemui di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari asrama di Sekolah Kebangsaan POS Tohoi pada pukul 7 malam.
Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.
Sumber TKO - 8-10-2015
Polis sahkan mayat adalah murid Orang Asli hilang
BERNAMA | .
KOTA BAHARU: Polis Kelantan hari ini mengesahkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui reput dalam Sungai Perias, berhampiran Pos Tohoi, dekat Gua Musang malam tadi adalah antara tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata hasil pengecaman yang dilakukan anggota keluarga ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan mengenal pasti mangsa berkenaan sebagai Sasa Sobrie, 8. "Keluarga mangsa mengecam mayat itu menerusi tanda-tanda yang terdapat di badan mangsa. Bagaimanapun pembuktian menerusi ujian DNA masih perlu dilakukan untuk pengesahan sebelum mayat mangsa dapat dituntut oleh anggota keluarganya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Zon Timur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini, hari ini. Majlis yang dirasmikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani itu turut dihadiri kira-kira 300 pegawai dan anggota SSPDRM dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Seorang penduduk kampung menemui mayat seorang budak perempuan yang reput dalam Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pukul 7 malam. Mengulas lanjut, Mazlan berkata hasil penemuan mayat itu, pihaknya akan mengubah operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan memberi fokus di sepanjang sungai berkenaan selepas ini dan turut menggunakan khidmat pasukan penyelam daripada beberapa agensi terlibat. Di GUA MUSANG, Pengarah Hospital Gua Musang (HGM) Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin ketika ditemui berkata hasil bedah siasat malam tadi mendapati kanak-kanak itu telah meninggal dunia kira-kira satu atau dua minggu lepas dan pengesahan mayat akan ditentukan menerusi ujian DNA. Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran. Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad. - Bernama Sumber HD - 8-10-2015
Gerak kerja PAS Kota Bharu masih lancar
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Gerak kerja parti tetap berjalan lancar biarpun bekas Yang Dipertua (YDP) PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berhijrah ke parti lain. Naib Yang Dipertua, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata rakyat masih memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dan PAS. “Biar pun ada pemimpin keluar dari PAS, itu tidak menjadi masalah kerana itu adalah hak peribadi mereka,” katanya ketika menghadiri satu di sini. Baru-baru ini Ketua Muslimat PAS Kota Bharu Rohani Ibrahim memberitahu PAS kawasan terbabit tetap utuh biar pun bekas YDP kini menyertai parti lain. Anuar Tan yang juga Adun Kota Lama berkata rakyat Kelantan memberi sokongan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah. Bagaimanapun menurutnya pemimpin Umno masih lagi bermain tarik tali bagi menyokong usul persendirian dibawa PAS untuk meminda Akta 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah. “Pada peringkat awal mereka menyatakan akan memberi sokongan, bagaimanapun apa yang berlaku selepas itu adalah sebaliknya,” katanya. Sebelum ini anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dua kali membawa private member’s bill ke parlimen bagi memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah. Bagaimanapun usul berkenaan belum dapat dikemukakan kerana disenaraikan di bahagian akhir usul yang dibawa ke parlimen. - HARAKAHDAILY 8/10/2015 Sumber HD - 8-10-2015
Penerokaan haram ganggu projek Ladang Rakyat
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Usaha kerajaan negeri bagi membantu penduduk miskin melalui projek Ladang Rakyat berdepan masalah apabila ladangnya berdepan penerokaan haram. Selain itu gangguan Orang Asal yang tinggal berdekatan menyebabkan syarikat yang mengadakan kerjasama dengan Perbadanan Ladang Rakyat tidak dapat meneruskan kerja-kerja menanam kelapa sawit. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata disebabkan masalah tersebut projek pembangunan ladang menjadi perlahan. Malah katanya ada ladang belum dapat ditanam oleh syarikat kerana gangguan masyarakat Orang Asal yang tinggal tidak jauh dari ladang. “Faktor kedua peneroka haram. Sudah beberapa kali perbincangan diadakan dengan pihak terbabit namun mereka masih lagi berdegil. “Pencerobohan haram masih lagi berlaku. Ini menjejaskan kerja-kerja pembangunan ladang. Selain itu syarikat juga berdepan binatang liar yang memusnahkan tanaman,” katanya di sini. Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang beroperasi sejak 2006 sehingga sekarang berjaya mengagihkan dividen hampir RM90 juta kepada lebih 4,853 peserta. Setiap peserta menerima dividen sebanyak RM200 sebulan. Dividen itu dibayar tiga bulan sekali. Baru-baru ini Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Mohd Khairil Hazmie Yusof memberitahu sebanyak RM11 hingga RM12 juta setahun diagih kepada peserta dalam bentuk dividen. Bagaimanapun Mohd Amar berkata biar pun berdepan masalah tersebut namun Perbadanan Ladang Rakyat masih mampu memainkan peranan membantu penduduk-penduduk miskin. – HARAKAHDAILY 8/10/2015 Sumber HD - 8-10-2015
Mayat dipercayai kanak-kanak Orang Asli hilang sejak 23 Ogos ditemui - Polis
Posted on Thursday, October 08 @ 09:02:12 MYT by paktam
GUA MUSANG: Mayat seorang budak perempuan ditemui reput dalam Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pukul 7 malam tadi.Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata mayat kanak-kanak yang kakinya tersangkut pada dahan kayu dalam sungai berkenaan dijumpai seorang penduduk kampung.
"Penduduk berkenaan kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pasukan pencari dan mereka mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mayat berkenaan dari sungai berkenaan.
"Ketika ditemui, mayat telahpun reput akibat terlalu lama berada dalam air dan dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini malam ini.
Bagaimanapun, Saiful Bahri berkata pihaknya belum dapat mengesahkan mayat itu adalah antara tujuh murid SK Tohoi yang hilang pada 23 Ogos lepas kerana proses pengecaman masih belum dilakukan.
Menurut Saiful Bahri pihaknya akan membawa anggota keluarga mangsa yang terlibat untuk membuat proses pengecaman pagi esok.
"Kita juga akan melancarkan operasi besar-besaran di sepanjang Sungai Perias di Pos Tohoi hingga ke Sungai Nenggiri dekat Pos Pulat mulai pagi esok dengan menggunakan beberapa bot bagi mengesan murid yang masih hilang itu.
"Kita masih mempunyai ramai anggota penyelamat untuk melancarkan operasi itu termasuk Senoi Praaq (Pasukan Gerakan Am suku Orang Asli) yang masih berkampung di Pos Tohoi sekarang," katanya.
Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.~Bernama
Sumber DD - 8-10-2015
MP keluar PAS urusan di Kuala Krai, Tumpat lancar
ASLANI M | .
KOTA BHARU: PAS Kuala Krai dan Tumpat tidak banyak terjejas biar pun kedua-dua anggota parlimen (MP) kawasan berkenaan menyertai parti lain baru-baru ini. Malah pentadbiran pusat khidmat parlimen di Kuala Krai dan Tumpat diurus PAS kawasan berkenaan. Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman berkata pengurusan berkaitan rakyat lebih banyak diurus jentera Majlis Dewan Undangan Negeri (MTD). Katanya, di parlimen Kuala Krai terdapat Dun Mengkebang, Manek Urai, Guchil dan Dabong yang mengendalikan segala urusan rakyat sama ada berkaitan kerajaan atau parti. “Jentera parti peringkat kawasan berjalan lancar tanpa masalah biar pun anggota parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli kini menyertai parti lain. “Malah kita sudah menggerakkan kempen daftar pemilih pada Ogos hingga September lepas dan mencapai sasaran ditetapkan,” katanya ketika dihubungi. Dr Mohd Hatta yang berasal dari Selangor mewakili parlimen Kuala Krai sejak 2008 setelah menang bertanding atas tiket PAS. Kini beliau merupakan anggota jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN). Bagaimanapun difahamkan selepas menyertai parti baru beliau jarang kelihatan di Kuala Krai. Abdul Latif juga berkata biar pun tidak ramai menyertai PAN di Kuala Krai, namun sedikit sebanyak boleh menjejas prestasi PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 tanpa ada usaha bersungguh-sungguh dari sekarang. Situasi serupa juga berlaku di Tumpat setelah anggota parlimennya Datuk Kamaruddin Jaffar menyertai PKR. Perkhidmatan kepada rakyat diambil alih PAS kawasan. Setiausaha PAS Tumpat Wan Rosdi Wan Ibrahim berkata urusan pentadbiran peringkat parlimen berjalan seperti biasa biar pun wakil rakyat berhijrah ke parti lain. Katanya urusan berkaitan rakyat lebih banyak dijalankan MTD Wakaf Bharu, Pasir Pekan, Kelaboran dan Pengkalan Kubor. Beliau juga berkata, PAS Tumpat tidak banyak terjejas ekoran kewujudan PAN kerana pengaruhnya tidak meluas kecuali beberapa bekas ahli yang menyertai parti itu di Dun Kelaboran. - HARAKAHDAILY 7/10/2015 Sumber HD - 7-10-2015
Pondok Gelang Mas terima bantuan kerajaan negeri
SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .
PASIR MAS: Seramai 53 pelajar yang terbabit dalam kebakaran di Madrasah ad-Diniyah al-Yusufiyah, Gelang Mas menerima bantuan segera kerajaan negeri berjumlah RM23,800.
Setiap pelajar menerima sebanyak RM200 seorang, manakala 44 pondok yang terbakar pula diberi RM300 sebuah.
Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi semalam.
Turut hadir Adun Tendong, Rozi Muhamad, pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Pasir Mas serta Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan.
Mumtaz berharap pelajar madrasah terbabit tidak trauma dengan apa yang berlaku, sebaliknya menjadikannya sebagai perangsang.
“Kita hendaklah redha dengan ketentuan-Nya kerana Allah mungkin akan menggantikan yang lebih baik.
“Apa yang penting pelajar perlu terus menekuni ilmu sebanyak mungkin sebagai bekalan di masa hadapan. Jangan mudah patah semangat,” katanya di majlis berkenaan.
Ketika kejadian semua pelajar berada di masjid kerana sedang menekuni kitab disampaikan Tuan Guru Awang Yusof, 70 (Gambar kanan).
Ekoran kejadian itu sebanyak 44 daripada 127 pondok hangus terbakar yang melibatkan 53 pelajar. Pondok tersebut mempunyai 160 pelajar.
Turut menyampaikan bantuan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Hanifa Ahmad serta Adun Salor, Datuk Husam Musa mewakili Yayasan Darul Hijrah.
Pada lawatan itu Mumtaz turut meninjau kesan-kesan kebakaran di pondok berkenaan.
Pondok tradisional itu mula beroperasi pada 1985 diasaskan Tuan Guru Awang Yusof.
Ustaz Awang ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersimpati dan menyalurkan sumbangan.
Katanya, sumbangan orang ramai itu akan digunakan untuk membina pondok baru secepat mungkin.
“Pembinaan perlu disegerakan memandangkan ada kalangan pelajar terpaksa pulang ke rumah kerana ketiadaan tempat tinggal,” ujarnya.
“Binaan semula pondok akan dibuat bangunan konkrit bagi mengelakkan berulang peristiwa seperti berlaku semalam,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, pembelajaran di pondok itu akan tetap diteruskan biar pun sebahagian pondok musnah dalam kebakaran.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalur bantuan kewangan melalui akaun pondok Al-Madrasah ad-Diniyah al-Yusufiah (Bank Islam: 03027010048338).
Atau boleh membantu menyalurkan bahan-bahan binaan seperti simen, kayu, bumbung dan sebagainya.
Pondok Al Yusufiah yang lebih sebagai Pondok Gelang Mas, Pasir Mas antara institusi pondok tradisional yang terbesar di Kelantan. – HARAKAHDAILY 7/10/2015 Sumber HD - 7-10-2015
PAS Kelantan bantu penghuni pondok terbakar
ASLANI M | .
PASIR MAS: Adun Tendong, Rozi Muhamad antara pemimpin PAS yang awal datang membantu penghuni Madrasah ad-Diniyah al-Yusufiah ketika kebakaran sedang marak malam tadi.
Katanya, kebakaran itu memusnahkan 60 pondok yang dijadikan kediaman pelajar madrasah berkenaan.
“Kebakaran dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.20 malam tadi. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku biar pun api marak dengan cepat,” katanya di sini.
Manakala pagi tadi Dewan Pemuda PAS Pasir Mas menyampaikan sumbangan awal kepada mudir pondok berkenaan. Sumbangan itu diserah ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari.
Beliau turut berharap orang ramai membantu bagi membangunkan semula pondok berkenaan, yang merupakan antara yang terbesar di Kelantan sekarang.
“Insya-Allah Pemuda PAS Pasir Mas akan melancarkan projek Pondok Istiqomah bagi membantu pembinaan semula pondok yang musnah itu melalui sistem wakaf,” ujarnya.
Pondok Al Yusufiah Gelang Mas, Pasir Mas antara institusi pondok tradisional yang terbesar di Kelantan, selain Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas dan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalur bantuan kewangan melalui akaun Bank Islam 03102010008767 atas nama Kelab Prihatin Pasir Mas Kelantan.
Atau akaun pondok Al-Madrasah ad-Diniyah al-Yusufiah (Bank Islam: 03027010048338) – HARAKAHDAILY 6/10/2015 Sumber HD - 6-10-2015
Kes kehilangan pelajar Pos Tohoi, Gua Musang Kelantan: Kita hipokrit? - See more
Posted on Tuesday, October 06 @ 09:57:49 MYT by paktam
Oleh Nik Aziz Afiq Abdul Kemana hilang deria rasa kita?
Jika anda seorang ayah, anda akan terasa.
Jika anda seorang ibu, anda akan terasa.
Jika anda seorang kakak, adik, abang, anda akan terasa.
Jika anda seorang anak Kelantan, anda akan terasa.
Jika anda seorang manusia, anda akan terasa!
Namun apa yang berlaku ialah kita semua hilang deria rasa. Kes kehilangan 7 orang anak Orang Asli Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan ibarat bukan isu besar bagi kita. Kenapa?
Masih ingat beberapa kes kehilangan kanak-kanak di negara kita? Bagaimana cepat dan dahsyatnya cara kita menunjukkan prihatin pada isu tersebut. Sana sini poster ditampal.
Pelbagai medium digunakan. Negara berkabung!
Hairan bilamana seorang kanak-kanak hilang, dikhuatiri diculik, seluruh negara bersedih namun bila 7 orang kanak-kanak hilang serentak di dalam hutan, kemudian terdapat pandangan mengatakan diculik kita berdiam diri! Kita membisu!
Kenapa? Kerana anak yang hilang tu bukan anak Melayu?
Kenapa? Kerana anak yang hilang tu anak Orang Asli diceruk hulu Kelantan?
Kenapa? Apa lagi yang mahu dijadikan alasan?
Kita hipokrit dan pentingkan diri. Itu jawapan paling tepat.
Menginsafi keadaan ini, saya dan 19 orang rakan yang terdiri dari kalangan mahasiswa, anak muda, aktivis rakyat, dari negeri Kelantan dan beberapa negeri lain akan cuba membuang rasa pentingkan diri itu dengan menyatakan simpati dan kebersamaan pada mereka. Kami ambil keputusan untuk mengadakan satu ziarah kemanusiaan, bermalam selama satu malam disana pada hujung minggu didalam bulan ini.
Ziarah ini bertujuan memberi sokongan moral, menggerakkan satu munajat khas perdana bersama masyarakat setempat, juga bercadang mengadakan jamuan penghormatan buat orang kampung serta anggota keselamatan yang bertungkus lumus mengadakan operasi mencari sejak hari pertama.
Benar tindakan kami ini terlalu terlambat. Namun inilah upaya kami dari tidak berbuat apa-apa, duduk selesa dan mematikan deria kemanusiaan kami.
Namun kekangan berlaku apabila kami, yang bergerak tanpa memakai nama mana-mana organisasi tidak dapat menampung kos perbelanjaan bagi menjalankan misi ini. Kami berjaya mengumpul 20 orang anak muda yang bersemangat. Namun masing-masing majoriti terdiri dari kalangan mahasiswa mahasiswi yang tidak berkemampuan. Bahasa mudah kami cuma punyai hati yang penuh cinta bersama poket yang "penuh kosong".
Sekiranya anda mempunyai rasa seperti kami, yang merasakan tiada dan tidak patut ada anak dari mana-mana bangsa, kaum, agama dan etnik harus diperlakukan begini, yang merasakan getirnya ahli keluarga menerima kehilangan kami menggalakkan anda menyertai dengan menghulurkan sumbangan kewangan seikhlas hati.
Kos pengangkutan pacuan 4 roda yang kami pinjam, makan minum peserta, sumbangan buat keluarga dan penduduk kampung, jamuan penghormatan menelan belanja ribuan ringgit. Bagi memastikan ketelusan pengaliran dana sumbangan ini, sebuah laporan lengkap akan diberikan buat setiap penderma untuk dinilai.
Sila dan tanpa perlu rasa kekok untuk hubungi saya di talian 0177144750 sekiranya terdapat sebarang persoalan
60 Pondok Adiniah Al Yusufiah musnah dalam kebakaran Posted on Tuesday, October 06 @ 08:31:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KOTA BHARU: Lebih 60 unit Pondok Adiniah Al Yusufiah, Gelang Mas, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 8.15 malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Nazri Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.24 malam dan apabila tiba ke lokasi kejadian mendapati sudah lebih 50 peratus kawasan pondok itu terbakar.
Katanya, pihaknya juga mendapatkan bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung serta Kota Bharu membabitkan seramai 24 anggota untuk membantu memadamkan api yang marak.
"Ketika kejadian itu, semua pelajar berada di dalam masjid untuk mengaji al-Quran. Api merebak terlalu cepat kerana struktur pondok yang dibina daripada kayu dan berdekatan.
"Kita berjaya mengawal kebakaran dalam masa 30 minit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, sebentar tadi. Mohd Nazri berkata anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
"Setakat ini tiada kemalangan fizikal dan jiwa dilaporkan kerana kita bertindak dengan pantas," katanya.
Gambar sebahagian Pondok sebelum ini.
Sumber TKO - 6-10-2015
Bila pemimpin sibuk berpolitik.. Inilah jadinya..
Posted on Monday, October 05 @ 14:38:12 MYT by paktam
Selepas hilang tempat tinggal akibat banjir besar yang melanda Kelantan, sebahagian besarnya pedalaman pada penghujung Disember lalu, penduduk Kampung Limau Kasturi di Gua Musang tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sedang membina rakit sebagai persedian menghadapi hujan lebat susulan angin monsun timur laut yang dijangka membadai negeri itu hujung tahun ini.
Mereka mula mengumpul tong plastik, kayu dan bahan lain untuk dijadikan rakit yang boleh digunakan jika banjir besar melanda negeri itu sekali lagi tahun ini.
"Kami sudah mula mengumpul barang-barang ini untuk membina rakit," kata penduduk kampung Fatimah Mat sambil menunjukkan tong berwarna biru yang disusun di satu kawasan di kediamannya.
Banjir tahun lepas adalah yang paling teruk dalam sejarah hingga menyebabkan lebih 100,000 orang di Kelantan terjejas. Ini termasuk 1,821 keluarga yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dihanyutkan air banjir.
Fatimah, 47, dan beberapa jirannya ketika ditemui The Malaysian Insider di kampung mereka yang terletak kira-kira 40km dari Gua Musang berkata, mereka tidak menyangka akan mengalami banjir sebegitu teruk seperti itu.
"Memang pernah berlaku banjir sebelum ini tetapi masa itu air hanya berada pada paras lutut kami saja.
“Kejadian banjir besar pada Disember lepas adalah kali pertama sehingga menenggelamkan kampung kami serta menghanyutkan rumah penduduk kampung," kata Alias Mohamad, 64.
"Jiran kami, juga sudah mula membina rakit untuk mengangkut barang-barang dan penduduk ke kawasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku lagi tahun ini.
“Jika kita hanya bergantung kepada polis, kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain, matilah kita."
Katanya, tahun lepas penduduk kampung yang membantu menyelamatkan satu sama lain, berpindah ke kawasan lebih tinggi, apabila air semakin naik di kawasan itu.
"Kampung kami berada terlalu dalam. Bantuan luar hanya akan sampai beberapa hari kemudian."
Fatimah berkata, penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri apabila kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang langkah persiapan menghadapi banjir akhir tahun ini.
"Tiada siapa yang memberitahu kami apa yang perlu dilakukan jika ia (banjir) datang lagi dan tiada siapa datang menerangkan mengenai langkah kontingensi yang perlu diambil bagi memastikan ia tidak berlaku lagi di sini," katanya.
Seperti kebanyakan keluarga lain di kampung itu, Fatimah kini menetap di rumah sementara, selepas lebih 4 bulan tinggal di dalam khemah selepas banjir itu.
Tetapi tidak seperti orang yang lain, Fatimah dan suaminya membina rumah mereka sendiri, menggunakan bahan-bahan daripada rumah lama mereka, selepas beberapa bulan tinggal berkhemah itu.
"Kami penat hidup dalam khemah. Kami tinggal dalam khemah sampai ia koyak rabak akibat hujan dan angin," katanya.
Mereka dijanjikan rumah baharu oleh kerajaan persekutuan dan negeri namun tiada sebarang usaha digerakkan setakat ini.
"Mereka (kerajaan negeri) kerap datang ke sini dan memberitahu kami rumah akan siap. Yang terbaru adalah pada sebelum bulan puasa. Mereka kata, kami akan dapat rumah baharu sebelum Hari Raya.
“Kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sama saja," kata Fatimah yang sudah berputus harap dengan janji yang ditaburkan kerjaaan.
"Sudah hampir setahun tetapi apa yang boleh kami buat?"
Alias kini tinggal di rumah sementara yang dibina April lalu oleh Malaysian Relief Agency dengan kerjasama Akademi Sukarelawan Briged Bakti Malaysia.
Strukturnya diperbuat daripada papan lapis nipis dan terletak hanya 50 meter dari rumah lama yang mana hanya tinggal tangga simennya sahaja.
"Kami tidak menyangka akan tinggal lama dalam khemah itu dan rumah sementara ini. Mereka sering menabur janji tetapi tiada apa-apa pun setakat ini," kata isteri Alias, Cik Som Cik Ali, 58.
Cik Som berkata beliau bersyukur dapat tinggal di dalam khemah dan rumah sementara itu.
"Saya bersyukur dengan rumah ini tetapi apabila hujan, kita agak takut."
Ibu Alias, Jahari Sulaiman tinggal di rumah sementara lain yang terletak tidak berapa jauh dari rumah anaknya.
Balu berusia 85 tahun itu menitiskan air mata ketika menceritakan pengalaman tinggal dalam khemah untuk beberapa bulan.
"Saya tidak pernah melihat perkara ini berlaku. Rumah saya hanyut dan saya masih belum melihat rumah baru yang dijanjikan kepada kami," kata Jahari yang tinggal bersendirian.
"Apa pun, saya bersyukur kerana kumpulan ini sudah mendirikan rumah sebagai tempat saya berlindung. Saya tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika saya masih tinggal di dalam kemah."
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan Kampung Limau Kasturi Mohamad Sokani Mat berkata beliau tidak menjangkakan rumah baharu akan dibina pada bila-bila masa tidak lama lagi kerana terdapat pertikaian berhubung tapaknya.
"Tanah yang pada mulanya mereka dapat, didapati tenggelam. Oleh itu, mereka kini sedang mencari tapak yang baharu," katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung terbabit.
"Saya fikir ia akan mengambil masa lebih setahun sebelum kita dapat menyiapkan rumah baharu."
Petikan/Sumber http://darisungaiderhaka.blogspot.my
Sumber DD - 5-10-2015
Tidak semua Cina sokong DAP Posted on Monday, October 05 @ 15:49:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
TUMPAT – Pas masih mempunyai sokongan daripada pengundi-pengundi kaum Cina walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah.
Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yakin bukan semua pengundi dalam kalangan kaum Cina menyokong DAP, sebaliknya masih ramai yang menyokong Pas terutama di Kelantan.
Beliau berkata, sambutan diberikan masyarakat Cina melalui jumlah kehadiran pada Majlis Penyampaian Kuih Bulan Kepada Masyarakat Tionghoa Dun Wakaf Bharu di Kampung Kulim, dekat sini, kelmarin menguatkan lagi keyakinan itu.
"Kita yakin sokongan pengundi Cina kepada Pas tidak berbelah bahagi walaupun dalam suasana berkecamuk hari ini. Masyarakat Cina di Kelantan masih beri sokongan kepada Pas.
"Melihat kepada sokongan masyarakat Tionghoa pada program agihan kuih bulan ini, saya yakin mereka masih bersama-sama Pas. Mereka keluar beramai-ramai memeriahkan majlis ini," katanya.
Tambahnya, masyarakat Cina di negeri ini masih memberi sokongan kepada Pas kerana rekod pentadbiran yang cukup baik termasuk dalam aspek perhubungan dengan masyarakat Cina.
"Ketika peristiwa 13 Mei 1969...ketika itu Kelantan ditadbir oleh Pas. Masa itu kita tak ada kerjasama dengan DAP...Pas bersendirian. Tetapi dapat kawal dengan cara kepimpinan agar tak berlaku pertumpahan darah di negeri ini.
"Kita jaga keselamatan rakyat atas tuntutan agama...kita (Pas) jalankan tanggungjawab kerana ALLAH SWT," katanya yang menyampaikan kuih bulan kepada kira-kira 500 masyarakat Tionghoa dan tanglung kepada kanak-kanak pada majlis berkenaan.
Pas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya, Jun lalu, dan enggan menyertai gabungan baharu pembangkang bagi membentuk Pakatan Harapan pada September lalu. - SInar Harian
Sumber TKO - 5-10-2015
PAS tetap pertahan kerusi jika 3 penjuru dengan BN, PAN
MUHAMMAD YUSRI AMIN | .
RANTAU PANJANG: Benarkah kehadiran serpihan PAS yang kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (PAN) boleh memperkuatkan pakatan pembangkang? Naib Pesiden PAS Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mempertikaikan dakwaan itu kerana kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi yang ditandingi PAS. Katanya dakwaan mereka mahu menguatkan pakatan pembangkang sekaligus menjatuhkan BN seperti tidak berasas. "Itu dakwaan tidak betul terutama apabila calon PAN juga bertanding di kerusi ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti. “Kehadiran tiga penjuru tentunya boleh mengurangkan kekuatan parti pembangkang," katanya kepada media selepas program Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang hari ini. Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata calon PAS PRU14 di Kelantan belum lagi ditentukan sekarang. Bagaimanapun tambah beliau PAS tetap mempertahankan kerusi sedia ada sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAN. Beliau juga menganggap sukar bagi calon PAN bertanding pada PRU14 kerana tidak mudah parti pembangkang lain memberi laluan kepada mereka. “Ini kerana dipercayai DAP tidak akan memberi laluan di kerusi ditandingi mereka sebelum ini. Begitu juga PKR. "Jadi akhirnya PAN akan bertanding di kerusi dimiliki PAS. Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi realiti itu," ujarnya. Menurutnya juga keahlian PAS bertambah secara mendadak dalam tempoh setahun dengan kemasukan ahli baru yang begitu memberangsangkan. Kata beliau setiap program yang dianjurkan PAS menerima permohonan keahlian baru yang begitu ramai. “Ertinya walaupun ada bekas pemimpin PAS menubuh parti baru kesan daripada muktamar PAS baru-baru ini, namun ia tidak memberi kesan besar,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/10/2015 Sumber HD - 3-10-20115
Tahaluf siyasi bukan perkara baru bagi PAS
ASLANI M | .
RANTAU PANJANG: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata tahaluf siyasi yang PAS lakukan bukan perkara baru kerana ia pernah dijalankan dengan Nasma dan CCC pada 1986. Menurutnya tahaluf bukan perkara baru yang hanya dilaksanakan pada 2008 sahaja selepas munculnya Pakatan Rakyat. Kata beliau juga tahaluf siyasi dengan DAP merupakan strategik dan ia bukan prinsip. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan demikian ketika membentang kertas kerja pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Markas PAS Rantau Panjang di sini, hari ini. “Strategik itu ialah benda seni. Majlis Syura Ulamak putuskan berdasar kepada strategik. Sebab itulah sejak zaman Prof Dr Zulkifi Muhammad lagi beliau mencadangkan diwujudkan ahli bersekutu namun tidak diterima jemaah ketika itu. “Namun sekarang selepas berpuluh tahun barulah ada kesedaran membuka keahlian PAS sebagai ahli bersekutu sehingga muncul Dewan Himpunan Penyokong PAS,” katanya. - HARAKAHDAILY 3/10/2015 Sumber HD - 3-10-2015
PRU14: Ramaikan ahli PAS, mungkin tanding 3 penjuru
ASLANI M | .
RANTAU PANJANG: PAS perlu meneroka bidang yang bukan tradisional kepada parti itu, sebaliknya menjuarai isu-isu baru bagi memperlihatkan kemampuan mengurus hal ehwal negara.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata rakyat mahu melihat PAS keluar daripada bidang-bidang biasa yang dijuarai sebelum ini.
Katanya isu-isu yang menjadi perhatian masyarakat termasuk alam sekitar hendaklah diketengahkan kepada umum.
“Isu tersebut hendaklah kita perjelaskan dan dibentang kepada rakyat. Ini memperlihatkan PAS bukan lagi sebuah parti tradisional,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Markas PAS Rantau Panjang hari ini.
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Selangor berkata PAS hendaklah turun ke bawah bagi menyebarkan fikrah Islam dan tidak lagi tertumpu di masjid serta madrasah sahaja.
Katanya di Selangor sekarang PAS tidak lagi memberi tumpuan kepada masjid-masjid sahaja bagi memberi penerangan mengenai Islam.
“PAS keluar dari masjid dengan menumpukan medan baru termasuk pasar-pasar malam yang dikenali sebagai dakwah street. Kita tahu mereka yang datang masjid orang yang sudah minat agama.
“Jadi kita kena keluar dari linkungan itu dengan mendekati golongan muda dan mereka yang tidak datang ke masjid atau surau,” ujarnya.
Beliau juga menjelaskan perjuangan PAS tidak boleh sekadar syok dengan slogan sahaja tanpa memperlihatkan kemampuan apa yang kita lakukan.
Selain itu kita kena ada hubungan mesra dengan NGO bagi memperlihatkan kemampuan boleh berkawan dengan orang lain.
Beliau juga meluahkan rasa bimbang bagi menghadapi PRU14 kemungkinan berdepan cabaran yang cukup berbeza kerana kemungkinan berdepan pertandingan tiga penjuru selepas muncul parti baru serpihan PAS.
“Oleh itu kita hendaklah meramaikan ahli bagi menghadapi situasi tersebut. Apabila jentera parti kita ramai lebih mudah untuk berdepan dengan mereka,” katanya.
Beliau berharap wakil-wakil rakyat PAS hendaklah meneruskan tugas khidmat kepada rakyat biar pun berdepan dengan pembelotan rakan yang pernah berjuang bersama kita sebelum ini.
Kata beliau juga seorang pemimpin MCA Datuk Seri Ong Ting Kiat yang menang di Selangor pada PRU 2008 biar pun MCA kalah teruk pada pilihan raya tersebut.
“Biar pun MCA kalah tetapi Ting Kiat masih lagi menang. Ini kerana khidmat beliau kepada rakyat sebelum ini,” katanya. - HARAKAHDAILY 3/10/2015 Sumber HD - 3-10-2015
Pendukung PAS di Kelantan pamer komitmen tinggi
ASLANI M | .
RANTAU PANJANG: Biarpun PAS dikejutkan dengan kemunculan serpihan baru, namun PAS Kelantan tetap mempamerkan komitmen tinggi bagi mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata ketika berdepan dengan kemelut dalaman, namun sebahagian besar pemimpin dan ahli PAS tetap istiqamah dalam perjuangan.
Katanya, kemelut berlaku kerana terdapat rakan-rakan yang sebelum ini bersama bekerja meninggalkan PAS yang diasaskan sejak 1951.
“Mereka tidak lagi bersama kita bahkan sebahagiannya bekerja keras bagi mengalah dan memecahkan perpaduan kita.
“Gerakan kumpulan serpihan itu biar pun tidak ramai namun mereka bekerja kuat dan keras sehingga memasuki kedai-kedai kopi bagi meluahkan rasa tidak puas hati dan dendam,” katanya pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di sini, hari ini.
Program itu diadakan di Markas PAS Rantau Panjang. Program dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan lagu PAS yang dinyanyikan penuh semangat lebih 1,500 pemimpin dan ahli yang datang dari seluruh Kelantan.
Dewan dua tingkat Markas PAS Rantau Panjang penuh sesak dengan kehadiran peserta. Sebelum itu peserta terpaksa beratur panjang untuk mendaftar sebelum memasuki dewan.
Hadir sama Naib-naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad serta pimpinan PAS Kelantan.
Hadir sama wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS yang diketuai timbalan pengerusi pusat, Lim Guan Seng.
Che Abdullah juga berkata pendokong PAS hendaklah mempertahankan kerajaan Islam di Kelantan dengan lebih bersungguh-sungguh.
“Selepas ini kita akan turun ke kawasan-kawasan bagi mengadakan program ucapan dasar supaya kefahaman penyokong di peringkat akar umbi lebih meluas.
“Pimpinan di peringkat negeri berusaha menyelamatkan ahli-ahli kita daripada gangguan pihak yang berusaha memecahkan perpaduan kita,” katanya. - HARAKAHDAILY 3/10/2015 Sumber HD - 3-10-2015
Musim Tengkujuh Mula Melanda; Jambatan Sementara Kampung Pulau Setelu Ditutup
Jambatan sementara Kampung Pulau Setelu di Gua Musang yang dibina Mei lalu, ditutup sementara waktu malam ini berikutan paras air Sungai Nenggiri, semakin meningkat sejak petang tadi.
Ketua Polis Daerah Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan perkara itu dan menasihati orang ramai supaya menggunakan laluan alternatif lain buat sementara waktu.
“Jambatan itu tidak boleh dilalui buat sementara waktu kerana anggota kita di lokasi memaklumkan ia berisiko runtuh kerana rempuhan kayu balak,” katanya ketika harian Metro semalam.
Pada bencana banjir besar, Disember tahun lalu, jambatan di situ musnah mengakibatkan lebih 600 penduduk sekitar dan ribuan pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli, terjejas.
Pengguna terpaksa menggunakan laluan alternatif Kuala Krai-Dabong untuk ke dua bandar berkenaan, sebelum jambatan sementara siap dibina, Mei lalu dengan kos RM600,000.
Ketika ini proses pembinaan jambatan kekal masih berlangsung yang dijangka menelan belanja RM40 juta.
Sementara itu, pengasas badan bukan kerajaan ( NGO) Third Force Raja Shamri Raja Husin ketika dihubungi berkata, dia mendapat berita berhubung kejadian itu kira kira jam 9.30 malam tadi menerusi aplikasi Whatsapps oleh penduduk setempat dikenali sebagai Abe Zin.
Katanya, Abe Zin mewakili penduduk kampung memohon bantuan beberapa bot getah untuk mereka menyeberang sungai berkenaan.
“Di Bertam dan Pulau Setelu mereka mohon bot getah sebab arus terlalu kuat dan kalau guna bot biasa mudah pecah.
” Insya-Allah, kami akan usahakan secepat mungkin supaya masalah mereka dapat diselesaikan,” katanya.
Sumber BO - 2-10-2015
‘Masyarakat Cina tidak 100% sokong, undi DAP’ Posted on Tuesday, September 29 @ 18:53:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bukan semua masyarakat Cina di negara ini 100 peratus menyokong dan mengundi DAP, hanya disebabkan parti itu telah memutuskan hubungan politik dengan PAS.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, masyarakat Cina khususnya di Kelantan masih menyokong PAS.
“Jangan ada tanggapan yang mengatakan semua Cina adalah penyokong DAP dan jika dilihat di peringkat akar umbi, memang ramai juga yang tidak menyokong DAP.
“Pengundi Cina bukan semuanya menyokong dan undi DAP. Kalau tidak percaya, kita tengoklah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Itu kita kena faham. Di peringkat bawah, masih ramai yang tidak menyokong mereka. Itu kita kena jelas dan jangan ingat DAP mendapat 100 peratus sokongan daripada masyarakat Cina,” katanya selepas mesyuarat pre-council di Kota Darul Naim, hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, setakat ini, sokongan yang diterima daripada masyarakat Cina di Kelantan masih kuat, berdasarkan pemantauan PAS.
“Di luar (Kelantan) pun bukan semua yang marah pada PAS. Itu kita kena faham, walaupun ada tanggapan yang mengatakan bila PAS dan DAP berpecah, maka PAS sudah tidak mendapat sokongan masyarakat Cina dan itu sebenarnya tidak benar,” katanya.
Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas wujud tanggapan masyarakat Cina mungkin tidak akan menyokong PAS, selepas ia tidak menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
PAS juga menolak Pakatan Harapan, disebabkan penyertaan Amanah yang dianggap pengkhianat kepada PAS.
KOTA BHARU: PAS Kota Bharu tetap utuh biarpun bekas Yang Dipertuanya (YDP), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kini menyertai Parti Amanah Negara.
Ketua Muslimat PAS Kota Bharu, Rohani Ibrahim berkata PAS kawasan berkenaan kini diurus anggota jawatankuasanya diketuai Dr Rosli Alaani Abdul Kadir.
“PAS Kota Bharu tetap berjalan seperti biasa khususnya melalui program bersama masyarakat diadakan dari semasa ke semasa.
“Lagipun Cikgu Wan Rahim berpesan kepada semua anggota jawatankuasa pada mesyuarat khas sebelum ini supaya menjaga PAS sebaik mungkin.
“Pada masa yang sama juga dia juga tidak membenarkan sekali-kali ahli parti keluar daripada PAS biar pun dia menyertai parti baru,” katanya di sini.
Menurutnya lagi bekas YDP turut berpesan supaya menjaga kemenangan PAS di negeri itu terutamanya di Parlimen Kota Bharu.
Bagaimanapun Rohani yang juga Adun Tanjung Mas berkata pemergian Wan Rahim diakui memang memberi kesan kepada parti memandangkan beliau sudah lama menerajui PAS Kota Bharu.
“Malah bagi kami ia satu kehilangan besar bagi PAS Kota Bharu, tetapi apa boleh buat kerana itu pilihannya,” ujar beliau.
Wan Rahim kini mengetuai Amanah Negeri Kelantan. Turut menyertai parti tersebut bekas anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin dan bekas Adun Pasir Mas era 1970-an, Hashim Omar. - HARAKAHDAILY 29/9/2015 Sumber HD - 29-9-2015
Pendukung PAS jangan sekadar berpeluk tubuh
ASLANI M | .
RANTAU PANJANG: Biarpun PAS Kelantan kurang terkesan dengan gerakan memecahkan parti itu dari dalam, namun ahli dan pendukung PAS perlu terus istiqamah mempertahankan kepimpinan ulama.
Setiausaha Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kelantan, Md Ashaari Mamat berkata sikap istiqamah dan semangat juang perlu ditonjolkan ketika ada segelintir bekas pemimpin PAS mencari wadah baru.
Katanya, ahli dan penyokong PAS tidak boleh hanya berdiam diri di saat ada pihak berusaha merencat perjuangan mendaulatkan Islam.
“Oleh itu bagi mempamerkan semangat juang yang tidak pernah pudar, ahli dan penyokong PAS perlu menghadiri Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan yang akan diadakan Sabtu ini.
“Kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh melihat telatah segelintir rakan yang cuba merosak perjuangan diasas ulama sejak 1951,” katanya di sini.
PAS Kelantan akan menganjurkan Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK) pada 3 Oktober ini bertempat di Markas PAS Rantau Panjang.
Program itu bermula dengan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden pada sebelah pagi, santai anak muda dan jamuan rakyat di sebelah petang.
PIHAK dimulakan dengan kuliah haraki disampaikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Senator Datuk Dr Johari Mat diikuti solat Isya dan solat hajat.
Kemudian ceramah membariskan Naib-Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan.
Selain itu anggota-anggota jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadhli Hassan, Datuk Nasuruddin Daud, Razman Zakaria dari Asokan Perumal dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Md Ashaari juga berkata ahli dan penyokong PAS turut berpeluang berdialog dengan pemimpin PAS Pusat berkaitan isu semasa yang berlaku sekarang.
Katanya program itu akan diadakan jam 12 tengahari turut membariskan Ustaz Idris Ahmad, Datuk Ir Iskandar Abd Samad, Ustaz Nasruddin Hassan, Ustazah Nuridah Salleh dan Datuk Mustafa Ali.
“Pada sebelah petang pula kita akan saksikan konvoi bermotor dan kereta antik anak-anak muda dan persembahan dikir barat serta pertunjukan aerospace,” ujarnya.
Markas PAS Rantau Panjang dibangunkan di kawasan seluas 12 ekar dilengkapi dewan dua tingkat, masjid, asrama pelajar tahfiz, kantin, Pusat Pengembangan Wanita Kelantan dan padang bola.
Setiausaha PAS Rantau Panjang, Abdul Rasul Muhamad berkata PAS kawasan itu sedia menerima pendukung PAS dari seluruh Kelantan bagi melahirkan iltizam mempertahankan kepemimpinan ulama. - HARAKAHDAILY 29/9/2015 Sumber HD - 29-9-2015
Saman tidak halang Kelantan martabat Islam
ASLANI M | .
KOTA BHARU: PAS Kelantan akan terus mendepani arus semasa perjuangan Islam di negara ini biar pun berdepan dengan episod saman pihak yang benci syariat Allah didaulatkan.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim berkata PAS pernah berdepan dengan kes saman oleh bekas anggota parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Ibrahim dalam isu pelaksanaan kanun jenayah syariah.
Selain itu PAS juga pernah disaman MCA berkaitan isu judi di Kelantan.
“Saman yang terbaru ini hanyalah menambah satu siri perjalanan jauh gerakan Islam di bumi Kelantan.
“Kami menyeru kumpulan terbabit bertaubat dan menarik balik saman mereka agar tidak akan mengalami kerugian di akhirat nanti,” katanya di sini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 5 Oktober ini bagi memutus bantahan awal Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkaitan saman terhadap usul persendirian bagi meminda Akta 355.
Empat individu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaludin menyaman Presiden PAS dan empat lagi defendan kerana membawa Private Member's Bill ke Parlimen untuk meminda Akta 355 bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Shariah.
Nazman berkata, Pemuda PAS Kelantan sedih dan kecewa berhubung isu saman beberapa individu yang beragama Islam berkaitan usul persendirian tersebut. – HARAKAHDAILY 28/9/2015 Sumber HD - 28-9-2015
Pentadbiran ulama di Kelantan lewati usia 25 tahun
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Tanpa sedar usia Kerajaan Kelantan di bawah kepemimpinan ulama melewati usia 25 tahun pada 20 Oktober ini.
Sehubungan itu Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata sambutan Jubli Perak dasar Membangun Bersama Islam (MBI) akan diadakan pada tarikh tersebut.
Katanya semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama dijemput hadir pada program berkenaan yang akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
“Kita berharap rakyat yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asal yang tinggal di negeri ini menghadiri program berkenaan.
“Pasukan pancaragam dari sekolah Cina juga akan diundang bagi memeriahkan program berkenaan,” katanya pada Perarakan Muhibah Pesta Tanglung Kelantan di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.
Hadir sama anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Pengerusi Pengerusi Persatuan Orang Kota Bharu, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki dan Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Oie Poh Choon.
Sebelum ini Anuar Tan bersama Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lim Guan Seng dan masyarakat Cina berarak sambil membawa tanglung dari Kampung Cina ke dewan berkenaan.
Turut mengikuti perayaan berkenaan pelancong-pelancong asing dan masyarakat Melayu.
Mohd Amar juga berkata pesta tanglung sudah lama diadakan di Kelantan ketika sambutan ulangtahun keputeraan sultan.
Katanya program seumpama itu boleh merapatkan lagi hubungan antara kaum yang tinggal di Kelantan.
“Maka tidak hairanlah orang Cina yang tinggal di kampung-kampung lebih dikenali dengan panggilan Awang atau Mek berbanding nama asal mereka.
“Ini mencerminkan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum di Kelantan wujud sejak dari dahulu sehingga sekarang,” katanya.
Menurutnya juga sebagai mengiktiraf sumbangan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi, kerajaan negeri menukar nama Jalan Kebun Sultan kepada Jalan Haji Cheng Ho. – HARAKAHDAILY 28/9/2015 Sumber HD - 28-9-2015
Kelantan rancang pembangunan di pinggir sungai
RIZAL TAHIR | .
TANAH MERAH: Kerajaan negeri mengenal pasti kesesuaian pembangunan termasuk projek perumahan di persekitaran sepanjang Sungai Kelantan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata ada beberapa kawasan yang berpotensi dibangunkan projek perumahan untuk memenuhi keperluan rakyat.
“Selain itu pembinaan jambatan bagi menghubungkan antara kampung di seberang sungai perlu diberi perhatian bagi merancakkan pembangunan setempat,” katanya ketika ditemui selepas program menyusuri Sungai Kelantan dari Kuala Krai ke Tanah Merah, hari ini.
Program itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Selain itu Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Datuk Nazran Muhammad, Ketua Jajahan Tanah Merah Dr Hamad Che Muda dan Ketua Jajahan Kuala Krai, Tengku Azmi Tengku Jaafar.
Program menyusuri Sungai Kelantan bermula di Tangga Krai berakhir di pinggir Kota Harmoni, Tanah Merah. Ia mengambil masa sejam setengah.
Sepanjang perjalanan itu ada bot rombongan yang tersangkut disebab perairan yang cetek akibat berlaku longgokan pasir.
Mohd Amar berkata berdasar tinjau tersebut didapati banyak kawasan di sekitar sungai Kelantan boleh dimajukan bagi kepentingan rakyat setempat.
“Sungai Kelantan juga memberi sumber pendapatan kepada kerajaan negeri melalui punggutan hasil pasir,” katanya.
Oleh itu beliau mencadangkan PTG menyediakan kertas kerja bagi mengkaji sejauh mana industri pasir di Sungai Kelantan dapat menyumbang pendapatan tambahan kepada kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 22/9/2015 Sumber HD - 22-9-2015
Presiden PAS Bersama OPS TOHOI Posted on Tuesday, September 22 @ 20:17:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
OPS TOHOI hari ke 31 pada 22/09/2015.Taklimat oleh Ketua Polis Daerah Gua Musang SUPT. Saiful bahri dan Pengarah Bomba Negeri Kelantan dalam OPS TOHOI dalam misi menyelamatkan dan mencari mangsa yang hilang. Kejadian kehilangan 7 org pelajar sekolah Kebangsaan Tohoi, perkampugan orang asli Kuala Betis,Gua musang, Kelantan.
Sumber TKO - 22-9-20215
Sejarah PKINK, Kada yang perlu diketahui
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Mungkin tidak ramai yang perasan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) diwujudkan kerajaan PAS ketika ditadbir Datuk Mohd Asri Muda.
Agensi korporat milik kerajaan negeri itu mula beroperasi pada 10 November 1969 dan Mohd Asri merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah yang pertama.
PKINK antara beberapa agensi yang ditubuh kerajaan negeri di bawah PAS selepas era kemerdekaan.
Keupayaan kerajaan PAS juga dapat dilihat apabila berjaya membina Jambatan Sultan Yahya Petra, menubuh Rancangan Tali Air Kemubu (Kada).
Selain itu membina Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTN) dan Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri biar pun berdepan dengan kekangan kewangan dan tiada kerjasama kerajaan pusat.
Malah ada projek yang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mendapat pinjaman Bank Dunia bagi membina terusan sepanjang 500 batu, mulai dibina pada 1968.
Agensi-agensi terbabit antara lain membantu mempercepatkan pembangunan Kelantan dalam sektor ekonomi, pendidikan dan sosial.
Misalnya PKINK antara lain membantu menyediakan program dan infrastruktur ke arah melahirkan generasi usahawan yang berdaya maju.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata keupayaan kerajaan negeri mewujudkan prasarana tersebut membuktikan kemampuan PAS mentadbir Kelantan.
Menurutnya agensi-agensi pembangunan ekonomi diwujudkan bertujuan melahirkan usahawan Bumiputera yang berjaya dan berdaya saing.
Katanya juga PKINK mempunyai banyak kemudahan boleh merintis usaha membantu usahawan tempatan menceburi perniagaan yang tidak mampu dilakukan orang perseorangan.
Misalnya kata beliau, PKINK berkemampuan memulakan perniagaan perhotelan seumpama Perdana Resort dan setelah perniagaan itu berdaya maju boleh diserah kepada usahawan Bumiputera yang berminat.
“Selepas perniagaan berjaya syarikat tersebut boleh diberi peluang pengusaha yang berminat untuk mengambil alih. Sepatutnya agensi kerajaan jual syarikat yang mendapat untung.
“Hal ini kerana tidak ramai orang Melayu yang mampu memulakan perniagaan perhotelan kerana masalah modal. Oleh itu PKINK atau mana-mana agensi boleh rintis dan apabila berjaya diserah kepada pengusaha yang berkemampuan.
“Usaha seperti itu dilakukan bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dalam bidang perhotelan. Dan agensi kerajaan terlibat boleh buat hotel lain pula,” katanya.
Sebaliknya kata beliau pemikiran seperti itu bertentangan dengan amalan yang berlaku sekarang, yakni agensi kerajaan hanya menjual anak syarikat bermasalah.
Menurutnya juga amalan konvensional yang diamalkan sekarang setiap anak syarikat yang ditubuh kerajaan perlu mendapat keuntungan.
Sedangkan katanya sesetengah anak syarikat diwujud untuk membuat kajian dalam bidang baru yang mampu menyumbang kepada industri.
“Misalnya Kelantan Biotech Corporation membuat kajian dalam bidang bioteknologi sudah tentunya tidak mencatat keuntungan dalam jangka pendek.
“Kelantan Biotech juga melakukan kajian bagi menghasilkan madu kelulut, tisu kultur dan baja organik,” katanya.
Kata beliau juga budaya di Malaysia apabila sesebuah syarikat kerajaan tidak mencatat keuntungan dianggapnya sebagai lemah. – HARAKAHDAILY 22/9/2015 Sumber HD - 22-9-2015
40 bomoh dan pawang tapi gagal Posted on Monday, September 21 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Gua Musang: Sekurang-kurangnya 40 bomoh dan pawang tampil membantu mengesan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang masih hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah mereka sejak sebulan lalu.
Ada antara pengamal perubatan itu dijemput sendiri masyarakat Orang Asli selain ada juga menawarkan diri selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui sebarang petunjuk mengenai kanak-kanak itu hingga hari ini.
Malah, ibu bapa mangsa turut mengakui menjemput Tok Halak iaitu orang kepercayaan paling dihormati masyarakat Orang Asli dari Bidor, Perak untuk melakukan ritual sewang berubat minggu lalu.
Upacara dilakukan tiga malam berturut-turut untuk mendapat petunjuk lokasi tujuh murid berada, namun masih belum berhasil.
Midah Angah, 40, ibu kepada Noreen Yaacob, 10, dan Haikal, 8, berkata, dia sekeluarga sudah puas menggunakan khidmat bomoh dan pawang termasuk menjemput Tok Halak, namun masih belum berhasil.
Sumber TKO - 21-9-2015
Ladang Rakyat agih dividen hampir RM90 juta
SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Mungkin ramai tidak menjangka sejak Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat diwujudkan pada 2006, hampir RM90 juta dividen diagih kepada lebih 4,500 peserta.
Dividen yang diagih itu hasil pembangunan ladang sawit berikutan kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta.
Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Mohd Khairil Hazmie Yusof berkata sebanyak RM11 hingga RM12 juta setahun diagih dalam bentuk dividen kepada 4,853 peserta.
Katanya sejak 2006 sehingga September tahun ini sebanyak RM87.47 juta dividen diagihkan kepada peserta Ladang Rakyat.
“Setiap bulan peserta menerima dividen sebanyak RM200. Dividen dibayar tiga bulan sekali,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Mohd Khairil memegang jawatan itu mulai 1 September lalu turut menjalankan kerja-kerja Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.
Sebelum ini beliau bertugas sebagai Setiausaha Khas Sulit Kanan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Beliau juga berkata pihaknya bercadang mengadakan program Sedekad Ladang Rakyat pada Jun tahun hadapan sebagai simbolik 10 tahun penubuhannya.
“Kita akan menjemput semua peserta, bekas-bekas peserta yang kini sudah mampu berdikari pada majlis tersebut,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/9/2015 Sumber HD - 17-9-2015
Parlimen Tumpat setuju ditandingi PAS sekian lama
RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Kerusi Parlimen Tumpat sudah dipersetujui ditandingi PAS sejak sekian lama, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah. Beliau berkata demikian ketika ditanya kedudukan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai PKR. “Jadi tidak timbul PAS akan mengambil balik kerusi itu pada Pilihan raya Umum ke-14 memandangkan Parlimen Tumpat milik PAS. “Cuma sekarang ini Datuk Kamarudin membawa larikan kerusi tu apabila menyertai PKR,” ujarnya. Beliau yang Timbalan Menteri Besar menjelaskan menjadi amalan biasa surat pekeliling diedar kepada mana-mana kakitangan lantikan politik bagi mengelakkan tindak tanduk mereka menjejaskan parti dan kerajaan. Menurutnya, kedudukan mereka sentiasa disemak dari semasa ke semasa. Katanya mana-mana negeri yang diperintah parti yang menang pada pilihan raya akan melantik kakitangan tertentu atas asas politik. “Jadi mereka berkhidmat mengikut kehendak kerajaan. Lebih-lebih lagi sekarang muncul parti baru pula. “Setakat ini belum dapat diputuskan lagi apa tindakan sekiranya ada yang terlibat dengan parti baru atau seumpamanya. Lagi pun belum ada laporan yang diterima mengenainya. “Kalau mereka tidak lagi boleh meneruskan aspirasi kerajaan atau tidak boleh membantu kerajaan, jadi tiada keperluan untuk kita kekalkan mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini. Sebelum ini beredar di laman sosial surat ditandatangani Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamat kepada mana-mana agensi yang ada kaitan dengan pelantikan politik. Agensi yang dilantik secara kontrak secara pelantikan politik termasuk Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Belia dan Sukan, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan. Selain itu Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Urusetia Penghulu Kelantan dan Dakwah Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Mohd Amar juga berkata kerajaan negeri belum menerima sebarang permohonan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi mendapat dana untuk membayar gaji pemain yang tertunggak. Katanya, tiada permohonan rasmi kepada kerajaan negeri diterima setakat ini. Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mendakwa telah menulis surat kepada Menteri Besar untuk memohon dana bagi membayar gaji pemain yang tertunggak pada Mei dan Jun lepas. - HARAKAHDAILY 15/9/2015 Sumber HD - 15-9-2015
Ada pihak gelabah ramai sertai himpunan istiqamah
ASLANI M | .
KUALA KRAI: Kejayaan Pemuda PAS Kelantan menghimpunkan ribuan anak muda pada Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) di Pasir Puteh, Jumaat lepas dicemburui pihak tertentu.
Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Nazman Che Iberahim berkata, sasaran 10,000 anak muda hadir pada program berkenaan menjadi kenyataan.
Katanya pihak terbabit begitu cemburu di atas kejayaan Pemuda PAS Kelantan menganjurkan program tersebut.
“Biarpun mereka sebelum ini berjuang bersama PAS namun sekarang mahu kepimpinan ulama dipinggirkan dari arus perdana politik,” katanya di sini.
Program himpunan istiqamah Jumaat lepas bermula sebelah pagi dengan perhimpunan pendekar muda yang dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman.
Kemudian diikuti persembahan aerospace, himpunan guru-guru Pasti, pembahagian beras al itaam, persembahan motosikal kuasa besar dan pertunjukan autoshow.
Dan pada sebelah petang pula pelancaran ARC Kelantan oleh anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Bagaimanapun kehadiran yang begitu ramai itu cuba dinafikan pihak tertentu apabila menganggap laporan Harakahdaily sebagai satu pembohongan.
“Sedangkan apa yang berlaku di sebaliknya, paparan foto yang dikatakan puluhan ribu itu adalah dusta dan tidak benar.
“Cekupan dari udara memperlihatkan suasana padang begitu lengang malah ketika ucapan Presiden PAS hanya beberapa baris yang kelihatan,” kata sebuah blog yang dipercayai ada kaitan dengan serpihan PAS.
Petang Jumaat lalu juga boleh dilihat deretan anak muda berbaju hijau di sepanjang laluan ke Pasir Puteh termasuk dari arah Kota Bharu, Machang, Bukit Yong dan Tok Bali.
Mengujakan lagi apabila Masjid Ibrahim dipenuhi warnai hijau ketika solat Asar, Maghrib dan Isyak.
“Apa yang berlaku Jumaat lalu memperlihatkan kebangkitan anak muda Kelantan. Inilah yang membuat pihak tertentu menjadi gelabah,” ujarnya.
Pada program tersebut juga Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari menyerahkan sebanyak 2,051 borang anak muda memohon menyertai PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Paling banyak borang permohonan dihantar Pemuda PAS Dun Kuala Balah iaitu sebanyak 191 permohonan yang dikumpul dalam tempoh seminggu. - HARAKAHDAILY 15/9/2015 Sumber HD - 15-9-2015
MB Kelantan bertolak ke Makkah tunai haji
SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Hampir 1,000 pemimpin kerajaan negeri, wakil rakyat dan penyokong PAS mengucap ucapan selamat jalan kepada Menteri Besar yang akan menunaikan ibadat haji.
Turut hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang tadi Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.
Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersama isteri, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid dan 10 lagi ahli rombongan dijangka bertolak ke Makkah pagi esok.
Mereka termasuk Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Syamsul Abu Bakar dan pegawal keselamatannya, Tengku Hussin Tuan Ibrahim.
Sebaik tiba di lapangan terbang Ustaz Ahmad disambut orang ramai yang hadir. Ada yang memasang sepanduk bagi mengucap selamat jalan.
Menteri Besar kelihatan begitu ceria dan terharu di atas kehadiran orang ramai. Beliau turut mengambil kesempatan bersalaman dengan mereka.
Beliau juga membaca doa dengan diaminkan orang ramai bagi mempermudahkan perjalanannya menunaikan ibadat haji.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Asri Mat Daud berharap rakyat Kelantan mendoakan keselamatan Menteri Besar, keluarganya serta semua jemaah haji dari seluruh Malaysia supaya selamat dan mendapat haji mabrul.
“Semoga dengan doa kita bakal-bakal haji dari Malaysia dan seluruh dunia dibebaskan daripada tragedi seperti berlaku Jumaat lepas,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/9/2015 Sumber HD - 14-9-2015
Hamasah: Taahniah buat ribuan anak muda Kelantan
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah buat ribuan anak muda Kelantan yang membanjiri bandar Pasir Puteh semalam dalam program Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Katanya, himpunan memperingati Tok Janggut adalah bertujuan mewariskan semangat (hamasah) perjuangan ulama dan pejuang agung Kelantan ini kepada generasi muda Kelantan.
Tambahnya, Tok Janggut berjuang untuk Islam.
"Tidak pernah ada perjuangan sempit kebangsaan dan perkauman dalam kamus hidup umat Islam di Tanah Melayu dahulu.
"Umno saja yang pandai-pandai," tulisnya menerusi laman faceook. - HARAKAHDAILY 12/9/2015
Sumber HD - 12-9-2015
Kita mahu bawa Islam ke Putrajaya - Presiden PAS
ASLANI M | .
PASIR PUTEH: Usaha PAS untuk mendaulatkan Islam mendapat tentangan parti lawan dan kawan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kesukaran Kerajaan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah kerana tidak mendapat sokongan kawan dan lawan.
"Kita berkawan untuk menang Putrajaya bagi membolehkan Islam didaulatkan.
"Kita mahu bawa Islam ke Putrajaya, namun malangnya ada kawan dan lawan yang tidak senang dengan usaha itu," katanya pada amanat sempena Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh petang tadi.
Menurutnya, orang Melayu Islam kena yakin dengan agama Islam.
Ahli Parlimen Marang itu menambah, kalau hanya Melayu yang tegak Islam tidak tahu entah ke mana.
Beliau berkata, hanya apabila Islam dapat ditegakkan barulah Melayu dan bangsa-bangsa lain juga akan selamat.
Tuan Guru Abdul Hadi turut menegaskan biarpun ada wakil-wakil rakyat PAS pergi meninggalkan parti, namun tunas-tunas baru sekarang semakin banyak yang tumbuh. - HARAKAHDAILY 11/9/2015 Sumber HD - 11-9-2015
Puluhan ribu sertai Himpunan Anak Muda Istiqamah
ASLANI M | .
PASIR PUTEH: Puluhan ribu anak muda menyertai Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh petang ini.
Padang sendat dengan kehadiran anak-anak muda dari seluruh Kelantan.
Ramai yang datang berkonvoi motosikal. Himpunan anak muda bermula jam 8 pagi dengan acara pertama himpunan pendekar muda.
Program petang ini yang bermula jam 5.00 petang tambah meriah dengan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, naib Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari serta anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Pagi tadi turut diadakan program himpunan guru-guru Pasti, pembahagian beras al-itaam, persembahan motosikal kuasa besar, pertunjukan autoshow dan pelancaran ARC Kelantan oleh Abdul Fattah. - HARAKAHDAILY 11/9/2015 Sumber HD - 11-9-2015
Kelantan berusaha wujud ladang skala besar
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengadakan usaha awal bagi menyatukan ladang-ladang di bawah syarikat milik kerajaan untuk diletak di bawah satu bumbung.
Ia selaras dengan keputusan kerajaan negeri sebelum ini mewujudkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan.
Malah enakmen mengenai perbadanan baru tersebut dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pertengahan tahun lepas.
Sekarang kerajaan negeri mempunyai beberapa ladang kelapa sawit dan getah yang diurus syarikat berlainan iaitu Ladang Sungai Terah, Ladang Tapis, Ladang Rakyat dan Ladang PMBK Sawit.
Selain itu ada juga ladang diurus di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata usaha penyatuan ladang di bawah satu entiti bertujuan mewujudkan skala perniagaan lebih besar.
“Selain itu mencapai tahap kemahiran ekonomi yang lebih tinggi, perkongsian sumber tenaga dan mewujudkan kuasa beli serta kuasa jual lebih besar.
“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Penasihat Ekonomi Kelantan yang terdiri kalangan korporat, ahli akademik, pakar ekonomi dan korporat strategis,” katanya di sini.
Sebelum ini ada pihak mempertikaikan langkah kerajaan negeri mahu menjual semula ladang yang dibeli PMBK Sawit kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi mengurangkan bebanan pinjaman bank.
Pihak terbabit juga mendakwa kerajaan negeri mengenepikan pengurus besar lama PMBK Sawit.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah sebelum ini menjelaskan pembelian ladang tersebut dan projek tanam semula menyebabkan PMBK Sawit berdepan dengan aliran tunai sekarang.
Che Abdullah yang juga Pengerusi PMBK Sawit menjelaskan pengurus besar lama PMBK Sawit tidak dipecat sebagaimana didakwa pihak tertentu dalam media sosial.
“Kita tidak pecat tetapi ketika mengadakan mesyuarat awal selepas saya dilantik sebagai pengerusi, pengurus besar tidak datang.
“Sebagai orang baru tentunya saya memerlukan khidmat beliau kerana kita yakin pengurus besar mempunyai banyak maklumat dan boleh membantu,” katanya.
Beliau juga menolak dakwaan melantik kroni sebagai pengurus besar baru sedangkan ia dibuat melalui temuduga, di mana panelnya kalangan mereka yang mahir dalam industri sawit.
“Sebelum ini saya pun tidak pernah kenal beliau melainkan setelah dia datang temuduga yang diadakan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 11/9/2015 Sumber HD - 11-9-2015
Baiah selamatkan kerajaan PAS Kelantan 2004
ASLANI M | .
PASIR PUTEH: Lafaz taklik selepas akad nikah antara lain menyebut apabila suami meninggalkan isteri melebihi empat bulan tanpa sebarang nafkah zahir dan batin serta tanpa redha isteri maka jatuh talak satu. “Itu syarat ditetapkan bagi memastikan suami tidak mengabaikan isteri. Bagaimana pula bagi seorang wakil rakyat kemaslahatan kepada rakyat dan negeri. “Bebanannya lebih besar apabila wakil rakyat mengabaikan parti sehingga boleh menyebabkan jatuh sesebuah kerajaan. “Peristiwa itu berlaku di Perak pada 2009 apabila tiga wakil rakyat Pakatan melompat parti,” kata bekas Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat. Ketika itu dua wakil rakyat PKR, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu serta Hee Yit Foong dari DAP mengisytiharkan keluar dari parti sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan di Perak tumbang. Zainuddin berkata, situasi hampir serupa boleh berlaku di Kelantan pada 2004 kerana PAS dan Barisan Nasional (BN) hanya dibezakan dengan kelelebihan satu kerusi dengan dua undi. Katanya, selepas PAS menang dengan majoriti kecil terdapat usaha-usaha mahu mengumpankan wakil rakyat PAS dengan wang supaya melompat parti. “Saya sendiri didatangi orang PAS yang menjadi agen kepada Umno dengan menawarkan wang supaya melompat parti. “Begitu juga wakil rakyat lain termasuk Datuk Hassan Mohamood, Cikgu Zakaria Yaacob, Allahyarham Datuk Hassan Muhammad dan Allahyarham Buniamin Hamzah. “Cuba bayangkan kalau tidak kerana baiah sudah hampir tentu kerajaan PAS yang diasas pada 1990 akan tumbang kerana pengaruh material yang begitu kuat,” katanya. Sebelum ini pelbagai pihak tidak senang dengan biaah talak tiga yang dijadikan syarat setiap wakil rakyat PAS di Kelantan, dengan menganggap menjadikan isteri sebagai mangsa. Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Abim, Fadhlina Siddiq dilaporkan berkata amalan baiah taklik talak tiga dalam parti politik perlu dihapus kerana merupakan penganiayaan kepada wanita. Zainuddin yang menang tiga penggal di Dun Limbongan sejak 1999 berkata, mereka yang tidak tahu kedudukan sebenar kepentingan baiah tidak perlu memberi kenyataan di media massa. “Cuba bayangkan kalau jatuh kerajaan PAS pelbagai usaha bagi menjunjung syariat agama akan terbiar begitu sahaja kerana tiada kehendak politik kerajaan. “Tentunya kita tidak dapat mendengar lagi kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu dan pelbagai lagi program mendaulatkan agama termasuk pelaksanaan perundangan Islam di Kelantan,” ujarnya. Seorang pegawai agensi kerajaan berkata, tanpa ada baiah dengan lafaz talak tiga sudah lama kerajaan di bawah kepemimpinan ulama tiada di Kelantan. “Kita masih lagi ingat ramai wakil rakyat PAS di Kelantan hendak dibeli agen Umno dengan tawaran jutaan ringgit bagi menumbangkan kerajaan PAS pada 2004,” katanya. - HARAKAHDAILY 9/9/2015 Sumber HD - 9-9-2015
Kelantan mahu pastikan GLC berdaya maju
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kegagalan memanfaatkan tempoh tangguh (grace periods) bayaran pinjaman bank selama tiga tahun bagi menanam sawit dikenal pasti antara punca masalah kewangan dihadapi PMBK Sawit sekarang.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata sepatutnya selepas bank memberi pinjaman PMBK Sawit memulakan kerja-kerja menanam.
Katanya kelazimannya kelapa sawit mengeluarkan hasil dalam tempoh dua tahun setengah.
“Malangnya dalam masa diberi itu kerja-kerja menanam tidak dilakukan oleh pengurusan lama syarikat itu sehingga ia menghadapi masalah aliran tunai sekarang,” katanya di sini.
Bekas kakitangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menggunakan media sosial mendesak Menteri Besar dan anggota Exco meletak jawatan kerana mendakwa gagal mengurus syarikat milik kerajaan (GLC).
Facebooker terbabit juga mendakwa tindakan meminta pengurus besar lama yang memberi keuntungan kepada PMBK Sawit meletak jawatan sebagai punca agensi itu bermasalah.
Mohd Amar juga berkata sebelum ini kerajaan negeri sudah meragui usaha pengurusan lama PMBK Sawit hendak membeli ladang milik Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Namun katanya pihak pengurusan syarikat ketika itu memberi jaminan terhadap keupayaan mereka membayar balik pinjaman.
Difahamkan hasil pembelian ladang milik Yik itu menyebabkan PMBK Sawit terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM500,000 sebulan.
“Jumlah hutang bank yang dibayar setiap bulan begitu tinggi. Itu belum lagi dikira ladang PMBK Sawit di Panggung Lalat yang perlu ditanam semula. “Ini sudah tentu memerlukan kos yang besar. Ladang getah yang diambil alih daripada ladang milik Felcra sudah tua menyebabkan hasilnya semakin kurang,” katanya.
Oleh itu kata beliau pengurusan PMBK Sawit baru-baru ini merancang menjual semula ladang yang dibeli terbabit kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Menurutnya ladang yang dibeli daripada Yik terbabit terletak di Relai, Gua Musang akan dijual kepada PKINK biar pun ada syarikat lain yang juga berminat.
PMBK Sawit sekarang dipengerusikan Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Kata beliau juga kerajaan negeri mahu memastikan GLC meneliti setiap perancangan dibuat bagi mengelakkan berulang kesilapan lama. - HARAKAHDAILY 8/9/2015 Sumber HD - 8-9-2015
Ada NGO jadi batu loncatan pemimpin
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Aktivis-aktivis badan bukan kerajaan (NGO) diharap lebih berhati-hati memandangkan ada pihak tertentu mewujudkan NGO sebagai batu loncatan bagi memperluaskan pengaruh peribadi.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata NGO diharap tidak dijadikan medan memperjuangkan kepentingan individu tertentu sahaja.
Sedangkan katanya ada anggota masyarakat tertarik dengan kegiatan NGO untuk terbabit sama.
“Oleh itu kegiatan badan berkenaan perlu diselarikan dengan kepentingan masyarakat setempat dan budaya politik negara,” katanya ketika merasmikan Persidangan NGO 2015 di Kelantan Trade Centre semalam.
Teks ucapannya dibaca Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob. Hadir sama anggota Exco, Dr Ramli Mamat dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Zamri Ismail.
Sebanyak 46 NGO menyertai persidangan itu termasuk Aman Palestin Malaysia, Pertubuhan R, Jabatan Amal Negeri Kelantan, KB Care, Muslim Care Malaysia, Nisa’ Kelantan, Kelab Kenegaraan Yik dan Cakna Ummah.
Menteri Besar juga mencadangkan kajian mengenai NGO harus dipergiatkan selaras dengan perkembangan politik semasa.
“Ini kerana ada NGO yang tidak jelas matlamatnya. Sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong kepada penubuhan NGO.
“Ada pandangan pula mengatakan parti politik sukar dijadikan struktur bagi menyuarakan pelbagai kepentingan masyarakat,” ujarnya.
Kata beliau sepatutnya NGO menjadi suara ketiga bagi masyarakat untuk membela penduduk miskin dan membantu mereka yang ditimpa sesuatu musibah.
Menurutnya NGO juga berperanan sebagai pengimbang kepada masyarakat sama ada di peringkat negeri atau negara.
“Jika kita tinjau sejak pertengahan 1970-an, peranan NGO di negara maju mengalami pertumbuhan yang berlipat ganda.
“Semasa Kelantan dilanda bah besar pada akhir tahun lepas, usaha-usaha pemulihan semula mangsa banjir banyak dibantu NGO sama ada tempatan dan negeri lain.
“Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan yang diberikan NGO terbabit,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan MPKB-BRI menjadikan Taman Hijau berhampiran Dataran Rehal sebagai lokasi pertama dijadikan Laman Sejahtera untuk kegiatan NGO. - HARAKAHDAILY 7/9/2015 Sumber HD - 7-9-2015
Usah pandang ringan isu ahli, pemimpin kecewa
Posted on Monday, September 07 @ 08:51:11 MYT by paktam
Pas dinasihat tidak memandang ringan isu ahli dan pemimpin yang kecewa kerana jumlah tersebut dilihat semakin meningkat seterusnya menjadi salah satu punca pengurangan undi dalam pilihanraya akan datang.
Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, pemimpin yang kecewa di bahagian pusat atau negeri tidak begitu ramai tetapi ia memberi kesan kepada pemimpin bawahan, ahli parti, pengundi dan penyokong.
Menurutnya, makin lama sesebuah parti politik memerintah negeri atau negara, makin ramai puak yang kecewa kerana terhadap parti tersebut.
“Agak mustahil nak melayani kehendak semua rakyat khususnya ahli dan pengundi tegar mereka, apatah lagi Pas memerintah lebih 23 tahun di Kelantan, sudah tentu ramai yang kecewa dengan pentabiran dan pemerintahan kerajaan selama ini.
“Terdapat beberapa punca mereka kecewa antaranya sikap ego sesetengah pemimpin, tidak mendapat layanan yang sempurna daripada wakil rakyat, perubahan mendadak (kejutan budaya) sesetengah wakil rakyat dan pemimpin parti dan perebutan jawatan,” katanya.
Beliau berkata, pelantikan jawatan politik membabitkan ahli majlis daerah, penghulu, pegawai dakwah, guru al-Quran, pengambilan peserta Ladang Rakyat dan pemberian ‘one off’ subsidi turut menyumbang kepada rasa kecewa.
Fatah turut bertanya, sama ada Pas membuat kajian terhadap perkara melibatkan ahli yang kecewa hingga tak mahu bergerak cergas dalam parti dan sikap tunggu dan lihat saja perkembangan yang berlaku.
Ada juga katanya, ahli yang berhasrat hendak keluar parti tapi takut diambil tindakan kerana mereka masih ada kepentingan dengan kerajaan.
“Antara jalan penyelesaian, semua pihak perlu bertanya khabar atau berjumpa secara berdepan terutama golongan ulama di kalangan masyarakat,” katanya
Fatah yang juga bekas Adun Bukit Tuku berkata, Pas perlu mencari inisiatif baharu supaya rakyat nampak dan boleh membuat perbandingan, selepas berlakunya pergolakan dalaman.
Ini kerana katanya, rakyat sudah tidak berbangga dengan tugas pemimpin Pas malah mereka mahu lihat perubahan drastik yang mampu dilakukan demi Kelantan~Sinar Harian
Sumber DD - 7-9-2015
Penjelasan ringkas isu Baiah Taklik Posted on Friday, September 04 @ 21:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PERTAMA: Patutkah Baiah ini dibuat, tidakkah ia kelihatan zalim dan kejam kepada isteri? Jawapan: Melihat kepada zahir sesuatu perkara tanpa memahami tujuan kenapa perkara itu dibuat akan membuatkan kita tempang dalam membuat penilaian.
Nabi menyuruh minum air yang dimasuki lalat dengan merendamkan sepenuhnya lalat itu tidakkah kelihatan jijik? Tetapi apabila kita memahami tujuan kenapa dibuat maka kita akan mudah menerimanya.
Hidup di padang pasir yang sememangnya sangat menghargai nikmat air walau segelas sudah cukup memadai dan menginsafkan kita kepada keperluan dan kepentingan air daripada dibazirkan kerana seekor lalat.
Baiah disertai Taklik talak tiga kepada isteri secara zahirnya kelihatan dahsyat dan zalim. Tetapi apabila kita memahami tujuan dan sebab ia dibuat akan membuatkan kita menyedari kepada keperluan Baiah sebegitu dibuat.
Sikap sebahagian manusia zaman sekarang yang mudah menjual harga diri tanpa mempedulikan kepentingan orang lain sudah menjadi lumrah kehidupan.
Terutamanya dalam politik, di mana persaingannya cukup genting dan tidak mengira cara bagi menjatuhkan parti lawan.
Untuk mereka yang biasa membaca sejarah Islam zaman Imam Malik, mereka sedar baiah sebegini pernah berlaku.
Untuk mereka yang biasa berhadapan dengan masalah nikah cerai di mahkamah Syariah, mereka juga menyedai hal ini biasa berlaku.
Bahkan ada kes seorang lelaki yang melafazkan taklik talak kepada isterinya jika dia menonton video lucah. Tujuannya ialah untuk dia bertegas terhadap nafsu dirinya sendiri.
Dalam soal politik di Negeri Kelantan, umum mengetahui bagaimana Kelantan cuba dijatuhkan sejak berzaman oleh tiga perdana menteri namun tidak berjaya.
Bahkan Kelantan pernah berada di hujung tanduk dengan kelebihan satu kerusi sahaja pada tahun 2004. Namun walau dengan kelebihan satu kerusi ini, kerajaan Kelantan dapat bertahan sehingga ke akhir penggal.
Sarjana Islam dalam Siyasah Shar'iyyah sendiri menegaskan bahawa pemerintah berhak mencipta hukuman yang tegas sesuai dengan perubahan jenayah masyarakat pada zamannya.
Zaman nabi Muhammad, Nabi melarang menghukum manusia dengan membakarnya hidup-hidup.
Namun zaman Sayyidina Ali, beliau memerintahkan hukuman bakar hidup-hidup bagi mereka yang terus berdegil mempertuhankan Ali. Hukuman ini diperakui oleh sarjana Islam sebagai bersesuaian dengan maslahah mengatasi jenayah tersebut.
Sekarang ini, timbul isu Baiah Taklik. Isu ini timbul setelah mereka yang berbaiah taklik itu sibuk mahu menukar parti. Mereka mempertikaikan kembali baiah taklik yamg pernah mereka sendiri lakukan.
Sepatutnya soalan PATUT atau TIDAK PATUT baiah taklik ini tidak lagi menjadi persoalan kerana mereka sendiri telah bertanding dalam pilihan raya beberapa kali menggunakan Baiah Taklik tersebut.
Seperti orang yang telah makan nasi dua tiga pinggan kemudian bertanya kepada tuan rumah, patut atau tidak nasi tersebut dihidangkan.
KEDUA: Berlaku penafian oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri ketika ditanya oleh wartawan tentang kewujudan Baiah Taklik ini, macam mana?
Jawapan: Mereka yang mengesahkan kewujudan Baiah Taklik ini telah membuktikan kewujudannya. Maka penafian tentang kewujudannya yang perlu dipersoalkan.
Apakah wartawan telah tersalah memetik kenyataan, atau kenyataan yang dibuat itu di luar konteks yang sepatutnya atau individu yang membuat penafian itu bercakap bagi dirinya sendiri yang tidak perlu membuat Baiah Taklik tersebut atau pelbagai andaian lain lagi.
Soalnya perkara ini telah dibuktikan, justeru, jika ada penafian yang dibuat, maka penafian itu yang perlu dipersoalkan.
Tambahan pula, individu yang dikatakan mengangkat sumpah Baiah Taklik hanya mendiamkan diri yang menunjukkan bahawa beliau sebenarnya memang pernah mengangkat sumpah Baiah Taklik tersebut. Tuan punya badan yang terkena senyap, tiba-tiba penyokong yang tidak tahu apa-apa sibuk mempertahankan.
KETIGA: Bagaimana untuk membebaskan diri daripada Baiah Taklik ini?
Mereka yang telah melakukan baiah taklik ini dengan rela untuk menjadi wakil rakyat kepada PAS perlulah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat iaitu memulangkan kembali amanah yang diwatikahkan kepada mereka dengan cara yang sepatutnya.
Mereka bertanding mewakili PAS dan menang, maka mereka perlu meletakkan jawatan yang dimenangi tersebut sebelum menyertai parti lain tanpa menggunakan jawatan tersebut untuk mewakili parti lain pula.
Dengan cara ini, baiah taklik mereka akan gugur dengan perletakan jawatan mereka. Mereka juga akan kelihatan lebih AMANAH dan PROFESIONAL.
Wallahu'alam.
Sekian, wassalam.
Ahmad Fathi Muhammad B.A & M.A Uni Qadi Iyyad Marrakech. Morocco.Anak Kpd Dr Muhammad Daud (Bekas Adun Tendong)
12:57 PM 3/9/2015
Sumber HD - 4-9-2015
Ni Dia Contoh Bai'ah PAS Kelantan Kepada Calonnya Posted on Friday, September 04 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Ramai yang bertanya berkenaan bai'ah PAS Kelantan. Ada yang minta salinan jika saya ada. Jadi saya sertakan contoh salinan bai'ah, pasal bai'ah Dr Hatta sekarang ini dah jadi terlalu sulit dan sukar untuk didekati dalam simpanan PAS Kelantan.
Salinan ini dalam tulisan jawi. Kalau ada yang tak 'reti' baca pasal terlalu profesional dan progresif saya tolong rumikan.
Bahawa saya .................................................. berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan rasul-Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat, maka tertalaklah isteri/isteri-isteri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah haram. Dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI untuk meletakkan jawatan dari menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari parti.
Ramai yang tak faham berkenaan dengan bai'ah tambahan talak isteri dengan talaq 3 yang diminta oleh tuan guru Nik Abdul Aziz. Anda boleh baca di sini.
Saya setuju dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang menyatakan dalam kuliah Jumaatnya pada 4 September 2015 bahawa bai'ah talaq 3 itu lebih kecil daripada bai'ah dengan Allah s.w.t. tetapi akhbar lebih fokus kepada isu talaq 3.
Isu bai'ah ini tiada paksaan bagi mereka yang ingin menjadi calon terutama di Kelantan kerana di situ adalah kawasan selamat.
Sejarah calon di Kelantan perlu difahami. Dulu Kelantan beri 4 MP kepada luar daripada PAS Kelantan. Masa itu yang dapat ialah Nasuriddin Mat Isa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Mohd Ramli dan Kamaruddin Jaffar.
Kemudian Tok Guru menyebut untuk memberikan 2 sahaja MP untuk PAS luar Kelantan pada PRU-13. Idea ini disebabkan ada kawasan yang mana MP jarang pulang seperti Mat Sabu dulu. Maka menjadi isu dalaman parti walaupun taklah serius sangat siapa akan ditolak.
Yang sah memang ustaz Nasruddin Mat Isa atas isunya. Tinggal 3 orang yang sudah pasti akan ditolak seorang. Ada orang yang mengatakan ketiga-tiga ini mula aktif pulang ke Kelantan untuk meninjau masalah di kawasan masing-masing. Ada sindir-sindir sinis kata nak elak namanya akan tercicir sebagai calon pada PRU-13.
Projek untuk bertapak di Johor dan Salahuddin Ayub diminta bertanding di Johor, walaupun pada mula dia tak setuju akhirnya dia akur. Maka tinggallah 2 orang MP dan kedua-duannya selamat pada kerusi MP yang diduduki sebelum ini.
Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli perlu memberi penjelasan kepada Mahkamah Syariah negeri berhubung taklik cerai talak tiga yang dibaiahnya, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad.
Daud berkata Dr Hatta tidak wajar membuat keputusan sendiri tanpa melalui proses perbicaraan dan berkemungkinan beliau keliru antara baiah mengosongkan kerusi sebagai anggota Parlimen dan lafaz taklik.
"Kalau dia langgar sumpah, dia boleh bayar kifarat. Tapi berbeza dengan taklik... kalau dia lafaz taklik macam tu (cerai talak tiga), maka kena ikutlah. Untuk kes taklik tak ada kifarat," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Baharu, Khamis.
Pada Rabu, PAS Kelantan mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini adalah bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.
Daud berkata jika terdapat keraguan berhubung talak, perkara itu perlu ditentukan oleh mahkamah.
"Dia kena sahkan di mahkamah... sahkan dulu. Kalau dia kata tak jatuh, buat permohonan dan kemukakan alasan. Kemudian mahkamah akan buat keputusan.
"Kalau seseorang itu ragu-ragu tentang talak ini, dia kena tentukan di mahkamah untuk sahkan atau tidak. Undang-undang (Malaysia) kata begitu. Dia tak boleh kata begitu, bertaklik tapi tak jatuh (talak), tak selesai. Mungkin dia keliru dengan kifarat," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia di Tanah Merah malam tadi, Dr Hatta mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.
Katanya beliau telah merujuk masalah berkenaan kepada beberapa ulama di dalam dan luar negara, antaranya penasihat Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) Ahmad Awang, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ulama Mesir Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
"Kita dinasihat oleh penasihat umum kita, Ustaz Ahmad Awang (berhubung lafaz cerai).
Tak menjadi masalah, kehidupan diteruskan, perjuangan diteruskan. Kita bayar kifaratlah kepada baiah, beri makan 10 orang... itu dah memang tercatat. Ustaz-ustaz, ulama-ulama tahu benda itu.
"Saya mempunyai cukup alasan dan panduan untuk tidak mengambil pandangan sedemikian (jatuh talak) walaupun datang daripada seorang Menteri Besar, ataupun seorang Timbalan Menteri Besar... hatta mufti (Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad) sekalipun," katanya.
Ditanya mengenai anjuran Daud sebelum ini supaya beliau ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan penceraiannya, Dr Hatta berkata: "Saya tak akan pergi.. tak ada kaitan."
PAS pada Selasa mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).
Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata PAS memperkenalkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
Katanya bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.
- Bernama Sumber TKO - 3-9-2015
Dr Hatta perlu beri penjelasan kepada Mahkamah Syariah
BERNAMA | .
KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli perlu memberi penjelasan kepada Mahkamah Syariah negeri berhubung taklik cerai talak tiga yang dibaiahnya, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad.
Daud berkata Dr Hatta tidak wajar membuat keputusan sendiri tanpa melalui proses perbicaraan dan berkemungkinan beliau keliru antara baiah mengosongkan kerusi sebagai anggota Parlimen dan lafaz taklik.
"Kalau dia langgar sumpah, dia boleh bayar kifarat. Tapi berbeza dengan taklik... kalau dia lafaz taklik macam tu (cerai talak tiga), maka kena ikutlah. Untuk kes taklik tak ada kifarat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.
Pada Rabu, PAS Kelantan mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini adalah bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.
Daud berkata jika terdapat keraguan berhubung talak, perkara itu perlu ditentukan oleh mahkamah.
"Dia kena sahkan di mahkamah... sahkan dulu. Kalau dia kata tak jatuh, buat permohonan dan kemukakan alasan. Kemudian mahkamah akan buat keputusan.
"Kalau seseorang itu ragu-ragu tentang talak ini, dia kena tentukan di mahkamah untuk sahkan atau tidak. Undang-undang (Malaysia) kata begitu. Dia tak boleh kata begitu, bertaklik tapi tak jatuh (talak), tak selesai. Mungkin dia keliru dengan kifarat," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia di Tanah Merah malam tadi, Dr Hatta mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.
Katanya beliau telah merujuk masalah berkenaan kepada beberapa ulama di dalam dan luar negara, antaranya penasihat Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) Ahmad Awang, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ulama Mesir Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
"Kita dinasihat oleh penasihat umum kita, Ustaz Ahmad Awang (berhubung lafaz cerai). Tak menjadi masalah, kehidupan diteruskan, perjuangan diteruskan. Kita bayar kifaratlah kepada baiah, beri makan 10 orang... itu dah memang tercatat. Ustaz-ustaz, ulama-ulama tahu benda itu.
"Saya mempunyai cukup alasan dan panduan untuk tidak mengambil pandangan sedemikian (jatuh talak) walaupun datang daripada seorang Menteri Besar, ataupun seorang Timbalan Menteri Besar... hatta mufti (Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad) sekalipun," katanya.
Ditanya mengenai anjuran Daud sebelum ini supaya beliau ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan penceraiannya, Dr Hatta berkata: "Saya tak akan pergi.. tak ada kaitan."
PAS pada Selasa mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).
Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata PAS memperkenalkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
Katanya bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing. - Bernama Sumber HD - 3-9-2015
MB harap keluarga murid Orang Asli bersabar
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berharap pihak keluarga murid Orang Asli daripada Sekolah Kebangsaan Tohoi bersabar dan usaha mencari mestilah dipertingkatkan daripada semua pihak.
Ini berkaitan insiden kehilangan seramai tujuh orang murid Orang Asli daripada Sekolah Kebangsaan Tohoi semenjak 11 hari lalu.
Kelmarin, beliau sempat hadir sendiri ke Pos Tohoi setelah selesai Sambutan Hari Kebangsaan 2015 bagi meninjau perkembangan tersebut secara dekat dan mendapat taklimat daripada pihak polis tentang usaha yang telah dilakukan.
"Walaupun operasi pencarian ini sedikit rumit memandangkan kawasan di sekitar Pos Tohoi ini terlalu luas serta laluannya yang berbukit, namun hasil usaha semua pihak yang bertungkus-lumus sejak hari kehilangan mereka, insya allah akan memudahkan lagi urusan ini," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, kata beliau semua pihak terutamanya pihak berwajib mestilah mengerahkan pasukan masing-masing bagi menjayakan operasi pencarian itu.
"Saya sangat berterima kasih kepada pihak anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sendiri yang telah berusaha sedaya mungkin bagi operasi menyelamat tujuh orang pelajar terbabit," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 2/9/2015 Sumber HD - 2-9-2015
Selamat jalan dan selamat beristiqamah
MUMTAZ MD NAWI | .
Detik bersejarah hitam, kuning dan jingga buat sebuah parti yang berteraskan warna hijau putih. Sekumpulan anak didik sekian lama kini bergerak berkelompok keluar dari jamaah setelah tidak lagi bersama saf kepimpinan.
Apapun keputusan yang dibuat kita percaya ia dibuat berdasarkan keyakinan pendekatan yang berbeza sekian lama walau terasnya masih sama. Selamat jalan buat kalian moga berjaya memastikan kebersamaan kumpulan "untapped market" yang belum dipelopori jadi kenyataan yang memberangsangkan untuk masa depan agama dan negara tercinta.
Bagi sebahagian besar ahli PAS seluruh negara yang istiqamah dan terus istiqamah dengan perjuangan PAS maka kita akan tetap bergerak atas landasan ini. Juga kerana keyakinan akan kebenaran sebuah aqidah dan pendekatan melampaui minda sezaman berdasarkan pengalaman politik dan dakwah pimpinan.
Gegaran perubahan hala tuju yang berlaku ini barang kali menggusarkan sebahagian pihak namun kita tetap menerimanya sebagai sebahagian proses pematangan cabaran politik dan dakwah kini.
Rencam dugaan politik semasa susah dan kalah tak sama dengan trend ujian dan pujian semasa senang dan menang.
Bersih 4 datang pada ketika yang sangat historik penuh gesaan ekonomik dan politik. Budaya politik memijak gambar sebagai tanda dendam dan benci harus dihenti dan diganti dengan penumbangan regim secara demokratik dan sistematik. Anak muda dan rakyat harus terus menterjemahkan kemarahan ini menerusi undian ketika pilihan raya dengan memastikan semua yang turun ketika bersih berdaftar sebagai pemilih dan terus berjuang menyebarkan informasi tepat serta bertanggungjawab.
Menggantikan pemimpin dari regim yang sama resam dan budaya tidak akan menukar apa-apa .Umpama menukar TPM Muhyiddin kepada TPM Zahid yang kelihatan tiada kesan kepada ekonomi dan politik negara malah makin memburuk.
Maka PAS sedar dan perlu mengambil segala langkah menggerakkan massa mengikut acuan dan cara tersendiri untuk membuktikan bahawa kita kekal sebagai parti bermanfaat, berprinsip, professional dan relevan dalam dunia politik Malaysia kini.
Kesedaran dan sikap celik politik yang makin berkembang di kalangan rakyat adalah satu petanda positif untuk tiupan pilihan raya bagi parti bukan be end. Maka, selepas ini sebarang kerjasama dan muafakat politik bakal menitipkan kesan caturan politik aras tinggi dan berimpak.
Apa saja gandingan langkah berani dan luar kotak oleh mana-mana parti akan diulas dan diperhati secara ilmiah dan praktikal dan pastinya juga terdedah dengan pelbagai spekulasi dan tribulasi. Belajarlah dari kesilapan dan kekhilafan pakatan yang lepas, sesungguhnya ilmu itu sangat mahal dan tiada nilai dalam sejarah negara.
Semangat kemerdekaan tahun ini disambut dengan doa agar ukhuwwah kekal terpelihara di saat kita tidak lagi bersama dan masing-masing perlu membuktikan bahawa adawah bukanlah agenda sesama kita. Semua laungan gerak kerja dan slogan dakwah dan tarbiah selama ini kini teruji dan menguji.
Selamat Menyambut Merdeka dan menuju kepada pengorbanan harta dan jiwa menghadapi ibrah idil adha yang bakal menjelma. Amilin aktivis, ulama dan profesional istiqamah untuk tetap membantu memperkuatkan kepimpinan Presiden yang kami kasihi. Moga di sana ada rahmat dan berkat atas segala ijtihad dan syura walau kadang kala dirasa kelat untuk ditelan umpama ubat buat pesakit, tak sedap tapi penuh manfaat.
Pintu tetap terbuka menyambut kepulangan saudara andai satu masa teringat jalan ke rumah kita.
Wassalam.
Mumtaz Md Nawi
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan
1/9/2015 - HARAKAHDAILY 1/9/2015 Sumber HD - 1-9-2015
Pijak gambar: Pemuda Kelantan lapor polis
ASLANI M | .
KUALA KRAI: Pemuda PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab 'memijak' gambar Presiden PAS pada himpunan Bersih 4.0.
Laporan dibuat Ketua Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Gatal, Kuala Krai Mohd Nasrun Harun di dua lokasi berbeza hari ini.
Laporan Pemuda PAS negeri dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa dan satu lagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.
Mohd Nasrun berharap pihak polis melakukan siasatan terperinci terhadap kejadian tersebut kerana ia boleh mengundang suasana tidak harmonis dalam negara.
“Saya melihat adegan memijak gambar itu melalui laman Facebook. Pada awalnya saya tidak percaya namun selepas mengamati video yang dimuat naik ia benar-benar mengejutkan,” katanya di sini.
Hadir memberi sokongan terhadap laporan polis itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim dan Pemuda PAS Kuala Krai.
Nazman berkata, perbuatan sekumpulan peserta Bersih 4.0 memijak gambar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak sepatutnya berlaku kerana menyimpang daripada matlamat asal perhimpunan itu diadakan.
Katanya pihak penganjur perlu menjelaskan situasi sebenar kerana perbuatan tersebut cukup menggelirukan di tengah-tengah kebangkitan anak muda menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Menjadi viral di media baru sejak kelmarin aksi anak muda bukan Melayu memijak gambar Tuan Guru Abdul Hadi.
Selain itu gambar yang diubah suai (super impose) dengan adegan berpeluk Datuk Seri Najib Razak. - HARAKAHDAILY 1/9/2015 Sumber HD - 1-9-2015
Kekuatan politik dorong Acheh laksana syariat Islam
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kekuatan politik dan kemahuan tinggi rakyat terhadap agama menjadi faktor utama wilayah autonomi Acheh mampu melaksanakan syariat Islam.
Kepala Dinas Syariah Islam Acheh Prof Dr Shahrizal Abbas berkata kemahuan politik pemerintah dan kefahaman mendalam rakyat terhadap agama menjadi pendorong utama.
Katanya, tanpa ada kemahuan politik pemerintah sudah tentu hukuman sebat sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis tidak dapat dilaksanakan di Acheh.
“Islam datang ke Asia Tenggara melalui Acheh dan Pasai. Sebab itulah Acheh dikenali sebagai Serambi Mekah sama juga dengan Kelantan.
“Setelah pemerintah Acheh mempunyai kuasa politik tuntutan terhadap agama perlu dilaksanakan. Segalanya bermula dengan keyakinan tinggi terhadap agama Islam,” katanya pada diskusi pelaksanaan syariat di Acheh bersama Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Kelantan di JKR 10 petang semalam.
Diskusi itu dipengerusikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Dr Yusnan Yusof. Hadir sama anggota Exco, Mumtaz Mohd Nawi, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Md Ashaari Mamat dan ahli jawatankuasa Persatuan Perubatan Islam Malaysia.
Dr Shahrizal juga berkata hukuman ke atas pesalah hudud iaitu zina sebanyak 100 rotan dan tuduhan ke atas zina 80 rotan sama seperti yang terkandung dalam al-Quran.
“Selepas mendapat kuasa autonomi pemerintah Acheh perlu mendengar nasihat ulama dan diikuti, tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja,” ujarnya.
“Bagaimanapun berdasar kepada sejarah Acheh telah berusaha untuk melaksanakan syariat sejak ketika awal Indonesia mencapai kemerdekaan daripada Belanda.
“Acheh bersama Indonesia memperjuangkan kemerdekaan. Namun janji awal membolehkan Acheh melaksanakan syariat Islam tidak ditunaikan Sukarno selepas negara merdeka.
“Acheh melalui sejarah selama 30 tahun berjuang dengan senjata menyebabkan ribuan menjadi korban sehinggalah diberi kuasa autonomi khusus selepas tsunami melanda pada 2004,” katanya.
Acheh diberi kuasa autonomi khusus dalam bidang politik, ekonomi, undang-undang dan sosial. Begitu juga pelantikan ketua polis perlu mendapat izin daripada Gabenor terlebih dahulu.
Kata beliau selepas kejayaan Acheh mewujudkan Dinas Syariat, wilayah-wilayah lain di Indonesia juga mulai mewujudkan jabatan berkenaan bagi menasihati pemerintah.
Dr Shahrizal juga memberitahu Acheh pernah belajar daripada Kelantan sebelum undang-undang syariat dilaksanakan di wilayah tersebut.
Oleh itu kata beliau biar pun Kelantan belum dapat melaksanakan syariat, namun usaha secara berterusan hendaklah dijalankan.
“Tidak boleh berhenti setakat dibawa usulnya di parlimen sahaja. Perlu cari jalan keluar lain. Setidak-tidaknya pelaksanaan syariat boleh dilaksanakan dalam bidang sosial dan ekonomi terlebih dahulu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/8/2015 Sumber HD - 30-8-2015
Gawat: Peluang terbaik giatkan sektor pertanian
SALMAH MAT HUSAIN | .
KOTA BHARU: Krisis ekonomi global yang melanda rantau ini sekarang kurang memberi kesan kepada negeri yang berorientasikan pertanian.
Oleh itu Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata ketika ini peluang terbaik bagi rakyat Kelantan mempertingkatkan usaha di sektor pertanian.
Katanya, rakyat disaran mempergiatkan aktiviti pertanian dengan mempelbagai produk bagi meningkatkan ekonomi negeri dan keluarga.
“Kelantan tetap menjadikan sektor pertanian sebagai sumber hasil utama sektor ekonomi kerana permintaan tidak pernah surut,” katanya merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri 2015 di sini hari ini.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Md Nawi, anggota-anggota Exco dan pegawai kerajaan.
Pada majlis itu seramai 10 orang menerima anugerah hasil kejayaan mereka dalam sektor petani, usahawan dan nelayan.
Sebanyak 36 agensi kerajaan negeri dan persekutuan menyertai pameran. Selain itu terdapat 71 gerai jualan usahawan tani. Sambutan Hari Peladang berakhir Ahad ini. - HARAKAHDAILY 27/8/2015 Sumber HD - 27-8-2015
Mohd Amar mengaku beli Range Rover Posted on Thursday, August 27 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR: Setelah tersebar di media sosial dakwaan memiliki beberapa kenderaan mewah, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui membeli kenderaan pacuan empat roda Range Rover bernilai RM200,000.
Harakahdaily melaporkan naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).
"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baharu sekitar RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.
Namun Harakahdaily tidak melaporkan sama ada pendapatan Mohd Amar selaku timbalan menteri besar melayakkan beliau memiliki beberapa buah kereta mewah seperti yang tersebar di media sosial.
Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pula didakwa membina lima rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta.
Namun ia dinafikan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud yang menjelaskan dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad melalui skim pinjaman perumahan.
"Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta," katanya.
Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.
"Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).
"Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," katanya. - Astro
Sumber TKO - 27-8-2015
Mudir tolak serpihan PAS sebar pengaruh di pondok Posted on Thursday, August 27 @ 06:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KOTA BHARU: Menjelang muktamar lepas ada pihak yang berselindung di sebalik nama NGO mahu menganjurkan program ceramah di kawasan Pondok Pasir Tumbuh dekat sini.
“Pada awalnya saya mengeluarkan surat kebenaran kerana ingatkan pihak itu menyokong perjuangan Islam dibawa ulama.
“Namun selepas mendapat maklumat pihak terbabit bukan mendukung perjuangan PAS yang diketuai Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang maka saya menarik balik surat tersebut,” kata mudir pondok terbabit Tok Guru Wan Muhammad Wan Othman.
Difahamkan sebelum ini NGO terbabit yang ada kaitan dengan serpihan PAS mahu mengadakan ceramah di kawasan pusat pengajian pondok terbesar di Malaysia tersebut.
Kata Tok Guru Wan Muhammad wakil NGO terbabit datang menemui pengurusan pondok menjelang muktamar PAS awal Jun lalu.
“Saya ingat mereka yang datang itu pendukung perjuangan ulama yang berada dalam PAS. Namun selepas diselidik mereka bukan dari kelompok tersebut.
“Cadangan awal mereka mahu mengadakan ceramah di hadapan masjid berhampiran pejabat pengurusan pondok. Namun saya batalkan surat kelulusan kemudiannya,” katanya ketika ditemui di pondok tersebut hari ini.
Pondok tersebut mempunyai 500 pelajar lelaki dan 200 pelajar perempuan yang belajar sepenuh masa.
Pelajarnya datang dari Patani, Narathiwat dan Bangkok di Thailand. Selain itu dari Kempuchea dan Indonesia. Sebahagian besar pelajar tempatan dari seluruh Malaysia.
Di kawasan pondok tersebut juga kira-kira 500 masyarakat Kampuchea tinggal sambil menimba ilmu agama.
Pondok Pasir Tumbuh mempunyai kawasan seluas 60 ekar merupakan institusi pondok tradisional yang terbesar di Kelantan dan Malaysia.
Tok Guru Wan Muhammad juga menasihatkan bekas pemimpin PAS yang berhasrat mewujudkan parti Islam baru berfikir panjang bagi masa hadapan umat Islam di negara ini.
“Usah duduk banyak bercanggah pendapat sehingga memperlihatkan seolah-olah lahir mazhab baru pula.
“Saya tidak setuju kalau ada orang hendak tubuh parti Islam baru, cukup dengan apa yang ada. Salah silap dalam pengurusan parti itu perkara biasa,” katanya.
Sebagai guru agama yang dihormati beliau turut menasihatkan bekas pemimpin PAS berhati-hati dengan pihak yang terang-terangan menolak pelaksanaan perundangan Islam di Kelantan.
“Sebelum ini kita tidak nampak penentangan terbuka DAP terhadap usaha melaksanakan perundangan Islam di sini, ketika itu harus kita berkawan.
“Sekarang lain, keharusan itu seperti tidak nampak lagi kerana mereka secara jelas lagi terang menentang secara terbuka,” ujarnya. - HARAKAHDAILY
Sumber TKO - 27-8-2015
Ekonomi gawat paksa rakyat miskin kerja keras
SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .
TUMPAT: Kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai Ringgit yang sukar dibendung kerajaan sekarang memaksa rakyat berpendapatan rendah bekerja lebih keras.
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan dilihat seperti gagal membendung kejatuhan mata wang apabila semakin parah sekarang.
Katanya, keadaan itu bertambah gawat lagi bila mana harga komoditi yang dieksport seperti getah, kelapa sawit dan minyak turun.
“Bukan hanya mata wang yang turun, sebaliknya bahan-bahan eksport kita juga susut nilainya apabila berlaku pertukaran mata wang asing,” katanya ketika merasmikan projek Bandar Baru Tumpat di sini hari ini.
Projek Bandar Baru Tumpat yang bernilai RM80 juta dijangka siap dua tahun lagi, bakal berubah wajah pekan Tumpat.
Projek itu hasil kerjasama Majlis Daerah Tumpat (MDT) dan syarikat Induk Setia Sdn Bhd dibangunkan di kawasan seluas 6.62 hektar.
Ia bakal mengandungi rumah kedai, lot bazar dua tingkat mampu milik 82 unit, stesen bas dan perhentian teksi.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Mejar (B) Datuk Mohd Anizam Ab Rahman, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Jajahan Tumpat, Mohd Saberi Ramli.
Ustaz Ahmad juga berharap pembangunan Bandar Baru Tumpat akan merangsang lebih cepat pertumbuhan ekonomi jajahan tersebut.
Menurutnya juga Tumpat terkenal sebagai lokasi pelancongan memberi peluang penduduk setempat menceburi bidang perniagaan dengan memiliki lot-lot bazar di bandar baru terbabit.
Pengarah Induk Setia Sdn Bhd Mohd Yusof Salleh pula memberitahu bandar baru tersebut mampu menyediakan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan apabila siap kelak. - HARAKAHDAILY 25/8/2015 Sumber HD - 25-8-2015
PAS perang semula dengan UMNO jika usul hudud tidak dibentang Posted on Tuesday, August 25 @ 12:46:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KOTA BHARU: PAS bersedia menamatkan 'gencatan senjata' dengan UMNO sekiranya Rang Undang-Undang Persendirian, (RUU) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 pindaan 2015 tidak dapat dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika hasrat kerajaan negeri itu masih gagal, maka kedua-dua parti akan kembali berperang.
"Betul, sebab itu kita kemukakan RUU pindaan kepada Akta 355, iaitu usaha hendak perkasakan Mahkamah Syariah dan kalau UMNO betul-betul jujur dan mahu melihat Mahkamah Syariah diperkasakan, mereka perlu memberi laluan.
"Kita akan berusaha dan akan cuba masukkan untuk kali terakhir pembentangan RUU pada sesi sidang Parlimen bulan 10 ini. Kalau tidak jadi, lepas ni kita (PAS) akan kembali kepada asal. Waktu ini 'genjatan senjata' kita tamatkan dan kita perang balik," katanya di sini pada Isnin.
Mohd Amar mengulas cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta Mahkamah Syariah Kelantan diperkasa sebelum hudud dibentangkan.
Kerajaan Pusat dan negeri sebelum ini sebulat suara bersetuju untuk meminda undang-undang mengikut Akta 355 Kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dan perkara 76a (1) Perlembangaan Persekutuan.
Pindaan itu penting bagi membolehkan hukuman hudud bagi jenayah sariqah (curi), hirabah (rompak), zina, liwat, murtad dan bunuh dilaksanakan.
Pindaan Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993/2015 mendapat persetujuan sebulat suara oleh semua wakil rakyat dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, pada 16 Mac lalu. Sidang Parlimen dijadual berlangsung 19 Oktober ini.
GUA MUSANG: Sejak kelapa sawit yang ditanam pada 1996 mengeluarkan hasil peserta program tanam semula berkelompok (TSK) Orang Asal di Kuala Betis hanya menerima dividen RM500 sebulan.
Ladang TSK seluas 2,400 ekar yang dibangunkan Risda itu membabitkan Koperasi Kijang Mas, My Mazal Plantation Sdn Bhd dan peserta kalangan Orang Asal serta penduduk Melayu.
Pemimpin masyarakat Orang Asal Kuala Betis, Luwi Anak Siam berkata seramai 282 penduduk Rancangan Pemulihan Tanah (RPS) Kuala Betis terbabit sebagai ladang tersebut.
Katanya, ladang itu yang dibangunkan pada 1985 dengan tanaman getah bagi meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan.
“Bagaimanapun disebabkan harga getah tidak stabil menyebabkan Jabatan Kemajuan Orang Asli menebang getah dan ditanam pula sawit.
“Ladang itu yang diurus di bawah Koperasi Kijang Mas sudah berapa kali berpindah tangan termasuk kepada Risda dan syarikat swasta,” katanya di sini.
Menurutnya setiap peserta projek TSK tersebut diberi lot kebun seluas kira-kira enam ekar.
Kata Luwi berdasar kepada keluasan ladang lebih 2,000 ekar tidak sepatutnya setiap peserta hanya menerima dividen hanya RM500 sebulan. - HARAKAHDAILY 25/8/2015
(Berita lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang) Sumber HD - 25-8-2015
Melayu Tidak Bangsat Dan Tidak Pernah Bangsat Tanpa Umno
Pemuda PAS Kelantan merasa sedih dengan kenyataan Perdana Menteri Dato’Seri Najib Razak yang semakin bercelaru dan bercakap tanpa asas.
Ketua Penerangannya Nazman Che Ibrahim mengingatkan Najib dan ahli-ahli Umno bahawa rakyat Kelantan tidak pernah menjadi bangsat sejak PAS memerintah negeri tu 25 tahun yang lalu.
“(Najib kata) dengan hilangnya kuasa UMNO, maka disebut bahawa Melayu bukan sahaja akan bangsat, tetapi akan menjadi terbangsat.
“Sedarkah Dato’ Seri bahawa kami di Kelantan sudah hampir 25 tahun pemerintahan tanpa UMNO di negeri ini? Bangsatkah kami selama dekad itu? Terbangsatkah Melayu Kelantan tanpa UMNO yang dinafikan kuasa selama 25 tahun ini?,”soalnya.
Malahan katanya, Melayu Kelantan semakin bermaruah dan meningkat keupayaan kendiri selama tempoh tersebut.
Katanya, darjat Melayu Kelantan lebih tinggi dengan penghayatan Islam apabila kerajaan negeri melaksanakan kewangan Islam, membersihkan negeri dari najis arak dan judi.
“Kewangan kerajaan negeri dipindahkan daripada bank konvensional dengan asas riba, ke bank dan kaunter islamik. Pusat pusat judi ditutup.
“Arak tidak lagi dijual secara terbuka dan wewenang. Melayu lebih tinggi darjatnya dengan Islam,”jelasnya
Dari segi ekonomi, tegas beliau, ramai anak-anak Melayu Kelantan yang berjaya dalam perniagaan dan memberi pula peluang yang cukup banyak untuk anak anak muda bekerja.
Sebaliknya, menurutnya, Melayu jadi ‘terbangsat’ adalah kerana Umno, sehingga diperkatakan orang ‘dimana ada Umno, disitu ada Melayu yang miskin dan papa kedana’.
“Melayu bangsat saat ini adalah kerana UMNO. Hinanya Melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia adalah kerana UMNO.
“Nama negara ini terpampang di seluruh akhbar dunia dengan skandal Altantuya, Skandal 1MDB, Duit RM2.6 billion dan sebagainya. Bangsat maruah kita di mata masyarakat dunia kerana pemimpinn Umno termasuk presidennya,”jelas Nazman.
Sehubungan itu, Predidenn MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid menzahirkan rasa kecewa dan mempersoakan kenapa pemimpin tertinggi Umno, berjawatan Presiden memilih untuk mengistilahkan bangsa Melayu akan jadi bangsa terbangsat jika Umno hilang kuasa.
“Istilah bangsat yang dipilih itu melambangkan pemimpin sudah terdesak dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu itu sendiri sudah semakin sedar bahawa kepincangan yang berlaku adalah natijah dari kekonyolan pemimpin mereka sendiri.
“Sepatutnya pemimpin Melayu harus insaf bahawa kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri. Bermakna pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri,” tegas Mohd Azmi dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, melafazkan bangsa terbangsat bukan sahaja menunjukkan kedangkalan kefahaman mengenai faktor-faktor jatuh bangunnya sesuatu kaum atau bangsa, akan tetapi lebih parah menunjukkan betapa pemimpin itu bersikap bebal, fanatik dan dangkal kepada nurani bangsa, sedangkan bangsa sendiri sudah semakin berani mempersoal dan menegur pemimpinnya.
Tidak wajar bangsa yang berpegang kepada Islam tiba-tiba pemimpinnya merumuskan apabila parti politik yang mewakilinya kehilangan kuasa, pemimpin itu pula sanggup mencerca bangsa sendiri sebagai bangsa yang jahat dan hina.
“Soalnya benarkah tanpa sebuah parti politik yang berdasarkan perjuangan nasionalisme, bangsa akan menjadi hina dan bertukar menjadi bangsa yang berwajah fasad dan mungkar.
“Akal sihat tidak dapat menerima kata-kata ini sebagai kata-kata yang benar, apatah lagi kepimpinan parti itu sendiri yang menjadi punca polimik dan konflik menyebabkan kaumnya berhadapan dengan kemelut yang parah,” tegasnya.
Mapim berpendapat yang menjadi masalah sebenarnya ialah pemimpin bangsa itu sendiri bukan bangsanya semata-mata. Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam. Jika begitu, itu apakah bangsa Melayu terlalu cetek pemikirannya untuk tidak mahu memileh bahtera yang lain.
“Keselamatan Melayu hanya terjamin jika bangsa ini dididik, diasuh dan dimantapkan dengan penghayatan Islam seluruhnya. Ia tidak akan mulia dan selamat dengan wadah yang tercemar dengan pemimpin yang berkepentingan diri dan membolot kekayaaan atas nama bangsanya sendiri,” kata Mohd Azmi lagi.
Sumber BO - 25-8-2015
Usah “double standard” hanya minta orang lain letak jawatan
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Ketika tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak mengumumkan keluar daripada parti, semua pihak mendesak mereka mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun Adun terbabit iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) enggan meletak jawatan sebagai Adun.
Berikutan tindakan mereka itu menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata ketika itu semua pemimpin Pakatan mendesak wakil rakyat terbabit mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka.
“Bagaimanapun pemimpin yang pernah mendesak ketiga-tiga Adun terbabit mengosongkan kerusi selepas meninggalkan parti asal enggan meletak jawatan setelah dia juga mahu menyertai parti lain.
“Kalau mereka tidak dipilih PAS sebagai calon pada pilihan raya umum lepas sudah tentu mereka tidak boleh bertanding.
“Jadi kalau hendak kata mereka menang atas nama Pakatan tidak tepat kerana PAS yang mencalonkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Halal dan Hari Francais Kelantan 2015 di Kelantan Trade Centre hari ini.
Program itu dianjur Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
Hadir sama anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Ketua Eksekutif PKINK, Dr Wan Zawawi Wan Ismail, Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Serpuddin Mohamad dan Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia, Mohd Shukri Salleh.
Seramai 270 peserta kalangan usahawan dan pelbagai agensi kerajaan serta Universiti Malaysia Kelantan menyertai seminar tersebut.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, jangan pula ada pihak yang bersikap double standard hanya mahu orang lain sahaja meletak jawatan selepas tidak lagi bersama parti asal.
“Kalau pemimpin itu tidak dicalonkan PAS maka dia tidak boleh bertanding. Macam mana pula tiba-tiba dia kata menang kerana Pakatan, sedangan PAS yang mencalonkan mereka,” katanya.
Berucap sebelum itu katanya, Lulu Hypermarket dari Dubai merancang membuka cawangan di Kota Bharu tidak lama lagi.
Katanya, pihak pengurusan pasar raya besar dari Timur Tengah itu memilih tiga lokasi di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Bharu.
“Lulu mengutamakan produk tempatan. Ini memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka. Pasar raya itu juga mempunyai lebih 100 cawangan di seluruh dunia,” katanya.
Pada majlis itu QSR Brands Malaysia Holdings Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan kepada Maik sebanyak RM90,000. – HARAKAHDAILY 24/8/2015 Sumber HD - 24-8-2015
Golongan progresif utamakan isu bukan syariat
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Terlalu ghairah sehingga meminggirkan persoalan asas syariah antara perjuangan kumpulan yang mahu menjadikan PAS lebih bersifat inklusif.
Felo Kehormat Unit Penyebaran Legasi Tok Guru, Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif berkata kumpulan terbabit memfokus kepada perspektif berkaitan isu semasa.
Katanya, mereka yang mendokong progressisme-inklusif lebih menumpukan perhatian isu pertanggungjawaban, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pilihan raya dan Putrajaya.
“Sikap ini akhirnya melihat golongan konservatisme-ulamak sebagai tidak releven bagi mendepani persoalan semasa yang begitu pantas berlaku dalam masyarakat,” katanya di sini.
Beliau yang juga bekas pensyarah Sains Politik UKM berkata pengkaji yang mengkaji gerakan Islam dari perspektif progressisme menginginkan gerakan Islam lebih bersifat inklusif.
Tumpuan mereka kepada hal-hal yang berkaitan bukan syariat seperti rasuah, kemiskinan dan penyalahgunaan kuasa.
Katanya, dalam pendekatan inklusif gerakan Islam dikehendaki melebarkan sayap penyertaannya dengan memberi pandangan yang simpathetik terhadap isu-isu semasa.
“Bukankah Islam itu rahmatan-lil’alamin. Jelas sekarang berlaku pemisahan antara dua kelompok terbabit ada kaitan proses tarbiyah yang panjang.
“Ahli PAS pada usrah yang pertama perlu menjadikan perlembagaan parti sebagai teks asas usrah dan perlu dihadam dari muka satu hingga muka terakhir.
“Sehingga ini belum selesai, teks usrah lain seperti isu semasa tidak boleh dijadikan teks. Ia boleh dibincang secara tidak formal dalam hal-hal lain,” katanya.
Kata beliau apa yang lebih penting isu-isu semasa perlu disuluh dari perspektif perlembagaan parti. - HARAKAHDAILY 23/8/2015
Ada orang Islam tidak mahu syariat dilaksana
SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: “Lebih menyedihkan lagi sekiranya ada umat Islam sendiri yang cuba menggagal syariat Islam dilaksanakan kerana beranggap mempunyai unsur keganasan.
“Sedangkan kefahaman seperti itu dibawa orang barat. Malangnya hari ini ada orang Islam juga berfikiran barat,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau berkata situasi itu berlaku kerana salah faham terhadap agama sehingga muncul pelbagai aliran kefahaman sekarang.
Sedangkan katanya kekeliruan itu sengaja ditimbulkan barat dengan memberi fahaman yang salah berkaitan Islam.
“Oleh itu umat Islam di negara ini diminta berhati-hati dengan fahaman Islam yang dibawa barat termasuk label teroris terhadap orang Islam.
“Mereka mengelirukan umat Islam dengan ciptaan Islam sebagai teroris, ganas, melampau atau Negara Islam (IS) yang tidak tahu dari mana bermulanya,” kata beliau.
Berucap pada Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini semalam berkata kekeliruan terhadap Islam sengaja ditimbulkan barat selepas melihat era kebangkitan Islam sekarang.
Dr Mohamed Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi berharap guru-guru Yik menjadi tunggak kebangkitan Islam di Kelantan sehingga mampu menular ke negeri-negeri lain.
Menurutnya juga rakyat perlu menggunakan kuasa undi bagi memilih kerajaan yang benar-benar mampu membela nasib mereka selepas dicengkam krisis ekonomi sekarang.
“Tak akan selesai masalah sekiranya hanya menukar Perdana Menteri. Selepas Tun Mahathir Mohamad diganti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Razak keadaan negara semakin menjadi tenat.
“Hanya kerajaan baru sahaja yang mampu memulih semula kepercayaan rakyat,” katanya.
Progam itu dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Pengarah Yik, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus dan pegawai kanan.
Di majlis tersebut bekas Mudir Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Nik Radzi Nik Mat dianugerahkan Tokoh Yik 2015. - HARAKAHDAILY 23/8/2015 Sumber HD - 23-8-2015
Lantang di pentas PAS berakhir dengan parti lawan
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Kalau diambil kira faktor gagal dalam muktamar alasan bagi mewujud parti baharu, sehingga kini sudah berdozen parti baharu diwujudkan dari rusuk PAS.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar berkata, beliau dua kali tewas bertanding jawatan naib presiden dan sekali timbalan presiden PAS.
Katanya ketika muktamar PAS di Shah Alam dua tahun lepas beliau tewas 98 undi bagi jawatan Timbalan Presiden kepada Mohamad Sabu.
“Kalau diambil kira dengan situasi yang berlaku sekarang, saya lebih awal boleh tubuh parti parti kerana kalah muktamar.
“Saya juga pernah dua kalau tewas bertanding jawatan Naib Presiden PAS. Hanya percubaan kali ketiga sahaja menang pada muktamar lepas,” katanya di sini.
Pada muktamar PAS di Selangor awal Jun lepas 18 pemimpin PAS yang digelar kumpulan progresif gagal mempertahankan jawatan.
Ekoran kegagalan itu mereka yang dikenali Kumpulan G18 mengadakan ceramah pertama di Muar, Johor 16 Jun lepas.
Tidak lama selepas itu Pengerusi Kumpulan G18 diketuai Mohamad Sabu mengumumkan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata “sekiranya diambil kira faktor kalah dalam muktamar bagi mewujudkan parti baru, sudah lama saya berada dalam parti lain.
“Lagi pun ketika kalah bertanding jawatan timbalan presiden dua tahun lepas hanya kalah 98 undi. Ini bermakna saya ada sokongan agak besar ketika itu,” ujarnya sinis.
Bagaimanapun katanya tiada alasan yang kukuh bagi sesiapa pun untuk pertikai keputusan muktamar.
Beliau juga mengandaikan antara faktor lain pihak terbabit mahu mewujudkan parti baru kerana mereka merasakan sudah tiada peluang dalam PAS akibat penolakan pada muktamar lalu.
“Seperti mereka tidak ada masa hadapan dan jalan akhir mereka tubuh parti baru,” ujarnya.
Mohd Amar juga tidak menolak sejarah lama berulang di mana ramai pemimpin PAS yang lantang ketika bersama PAS berakhir karier politik dengan parti lawan.
Mereka seperti mengulangi sejarah dilalui beberapa bekas pemimpin PAS yang lantang di pentas termasuk Omar Khalid, Nakhaei Ahmad, Noor Idris dan Abdullah Saamah akhirnya menyertai Umno.
“Boleh jadi begitu. Saya sebenarnya kasihan juga kepada mereka. Sumbangan besar mereka kepada PAS tidak dapat dinafikan,” ujarnya.
Beliau juga mengakui ada usaha-usaha dilakukan bagi mengajak pemimpin terbabit kembali bersama PAS namun belum berhasil.
Menurutnya juga kepemimpinan PAS sekarang mengadakan program turun ke bawah dengan menganjurkan dialog bersama ahli di peringkat akar umbi.
Katanya, hasil program penerangan dan dialog membolehkan ramai penyokong di peringkat bawah faham.
“Di Kelantan juga program penerangan dan dialog diadakan di seluruh kawasan parlimen.
“Di negeri ini tidak ramai yang bersikap melawan arus. Lagi pun pemimpin PAS yang terbabit dengan wadah baru itu orang ramai sudah kenal background mereka,” tambahnya. - HARAKAHDAILY 23/8/2015 Sumber HD - 23-8-2015
Kelantan cadang “airport” baharu di Machang
RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengenal pasti kawasan seluas 800 hektar di Estet Bagan, Machang sebagai lokasi bagi membina lapangan terbang baharu di Kelantan.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kawasan berkenaan dipilih kerana mempunyai keluasan yang cukup sesuai dibina Lapangan Terbang Antarabangsa.
Katanya cadangan itu dibuat memandangkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa sekarang tidak lagi mampu menampung pembesaran landasan.
“Hasrat untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa bermasalah kerana ruangnya tidak mencukupi.
“Lagi pun kalau diambil balik tanah sekitarnya juga menjadi masalah kerana terdapat banyak bangunan termasuk Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik),” katanya di Kota Darulnaim semalam.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri sebelum ini pembangkang memberitahu mereka mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Machang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar.
Ustaz Ahmad berkata lapangan terbang baru yang lebih besar membolehkan jemaah haji dari Kelantan berlepas ke Jeddah tanpa perlu singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Katanya hasrat tersebut telah dinyatakan kepada kerajaan pusat baru-baru ini dan surat permohonan mengenainya juga sudah dihantar.
“Kerajaan negeri belum mendapat sebarang jawapan lagi daripada kerajaan pusat,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2015 Sumber HD - 20-8-2015
Lapangan terbang baharu mampu lonjak ekonomi Kelantan
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Majlis Perdagangan dan Ekonomi Kelantan (KELTREC) menggesa supaya usaha bersepadu kerajaan negeri dan persekutuan tanpa birokrasi politik untuk menyegerakan pembinaan infrastrurktur asas seperti jaringan lebuhraya baru Gua Musang Kota Bharu dan Pasir Puteh Jeli yang perlu dinaiktaraf bagi menyokong pusat pertumbuhan baru yang bakal muncul hasil dari pembinaan lapangan terbang yang bakal dibina di negeri itu.
Pengerusi Majlis Perdagangan dan Ekonomi Kelantan Abdul Ariffahmi Ab Rahman berkata dengan siapnya fasa pertama lebuhraya Kota Bharu Machang maka akan wujud jarak strategik antara pusat bandar Kota Bharu dan lapangan terbang ini yang akan hanya mengambil masa dalam 30 minit perjalanan.
Katanya, dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai wilayah ekonomi timur bagi Malaysia yang terdedah kepada pasaran Indo China, Jepun dan Korea maka semua infrasturktur ekonomi seperti pelabuhan Tok Bali dan kemudahan kastam di sempadan Thailand terutama di Bukit Bunga, Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang harus dinaiktaraf supaya asas kepada ekonomi Kelantan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
"Lapangan terbang antarabangsa di Kelantan akan berupaya mengaut segala manfaat ekonomi dari pasaran Indo China yang terbuka luas. Keltrec juga menyeru supaya semua pihak berusaha dan menyokong projek ini supaya disegerakan," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau turut menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri dan usaha Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk merealisasikan lapangan terbang antarabangsa di negeri ini yang terletak di Sungai Bagan Machang.
Beliau berkata, usaha ini bertepatan dengan hasrat warga perniagaan di negeri Kelantan yang mahu melihat munculnya satu pemutar ekonomi baru (economic spinner) yang akan jadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan seluruhnya di dekad akan datang.
"Pemilihan lokasi yang luas ini juga amat tepat kerana kemudahan rundingan dengan pemilik tunggal estet Sungai Bagan yang mudah berbanding dengan pengambilan tanah yang biasa dibuat oleh kerajaan negeri melibatkan jumlah pemilik yang ramai dan mengambil masa yang lama," tambahnya.
Dari segi geografi, katanya, Machang perlu menjadi pusat pertumbuhan baru kerana berada di tengah-tengah negeri.
"Sudah tentu limpahan ekonomi (spill over) daripada pertumbuhan pesat di Kelantan Tengah ini akan dirasai di seluruh negeri menjadikan pacuan kegiatan ekonomi akan berlaku dan dirangsang oleh seluruh rakyat tanpa mengira parti politik," katanya.
KELTREC adalah sebuah NGO yang ditubuhkan pada 2013 utk menyokong dan memantau kegiatan ekonomi Negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 20/8/2015 Sumber HD - 20-8-2015
Bola: DPP Kelantan vs DHPP model perpaduan kaum
WAN NORDIN WAN YAACOB | .
KOTA BHARU: Islam tidak pernah mengajar umatnya memisahkan warna kulit dan bangsa. Itulah yang dijelmakan dalam program perlawanan persahabatan bolasepak anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan Dan Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan pembabitan penuh Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Malaysia yang dipimpin Ustaz Mohammad Ibrahim.
Turut terbabit menjayakan perlawanan bersejarah itu adalah Lajnah Dakwah, DACS dan Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Kelantan.
Hadir memeriahkan perlawanan persàhabatan ini adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaary serta Ketua DHPP Kelantan.
Perlawanan yang diadakan Rabu malam Khamis di Padang Perdana Kota Bharu membuktikan PAS di Kelantan berjaya memupuk perpaduan kaum dengan penyertaan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam khasnya Melayu, India, Cina dan Siam.
Menurut Ustaz Mohamad Ibrahim yang juga turut bersama dalam program itu, sambutan baik pelbagai kaum dalam memperlihatkan Kelantan sebagai hub- perpaduan nasional.
Kata beliau dapat dilihat bukan sahaja mereka datang semata mata untuk perlawanan bola, sebaliknya mereka mahu menjalinkan hubungan lebih erat dan mahu membuktikan bahawa PAS adalah parti yang didalamnya menerapkan nilai perpaduan antara kaum yang sebenar.
Dalam hujan yang lebat sekalipun perlawanan tetap diteruskan. Ia memberi gambaran bahawa mesej perpaduan yang mahu disampaikan tercapai.
"Mereka faham bahawa Islam tidak membataskan perpaduan hanya dalam satu kaum atau fahaman agama, sebaliknya Islam adalah penyatu dan rahmat kepada semua kaum," kata beliau yang turut mendendangkan sebuah lagu yang dinukil khas untuk Lajnah Perpaduan Nasional.
Kata beliau program sedemikian akan diteruskan ke seluruh pelosok negara bagi membuktikan PAS adalah parti yang tidak hanya berasaskan satu kaum.
Sebaliknya sangat menghormati kedudukan semua bangsa yang ada di negara ini.
"Alhamdulillah program ini sangat berjaya. Ini bukti bahawa PAS diterima semua kaum dan PAS di Kelantan adalah role model dalam memastikan perpaduan kaum menjadi kenyataan," katanya lagi.
Melihat kepada kejayaan program pada malam ini LPN Dewan Pemuda PAS Malaysia berhasrat untuk menggerakkan DHPP Muda diseluruh negara agar mesej perpaduan nasional dapat diterapkan, kata Ustaz Mohammad Ibrahim lagi. - HARAKAHDAILY 20/8/2015 Sumber HD - 20-8-2015
Orang Asal gesa Jakoa proaktif bantu mangsa bah
ASLANI M | .
GUA MUSANG: Biar pun kerajaan memperuntukkan kira-kira RM300 juta setahun untuk kebajikan Orang Asal, namun masih ramai lagi kalangan mereka di pedalaman yang kais pagi makan pagi.
Lebih malang lagi 30 rumah masyarkat Orang Asal yang rosak teruk akibat bah besar akhir tahun lepas di Kuala Betis masih lagi belum dibaiki.
Luwi Siam, 51 (kiri) dari Kuala Betis mendakwa mangsa banjir terpaksa membina bangsal sementara kerana rumah mereka rosak teruk dilanda arus banjir.
Katanya, ketika bah melanda tidak ada bantuan yang sampai ke perkampungan mereka kecuali dibawa badan bukan kerajaan.
Pandak Panjang (kanan) dari pedalaman Kuala Betis pula memberitahu jambatan gantung laluan utama ke Kampung Podek yang rosak akibat banjir belum dibaiki sehingga sekarang.
Katanya, disebabkan laluan itu belum dibaiki menyebabkan kelas tadika di Kampung Lambok Kuala Betis masih lenggang.
“Ibu bapa menghadapi masalah untuk menghantar anak belajar. Sekarang sudah masuk bulan kelapan namun tiada usaha membaiki jambatan di kampung tersebut,” katanya di sini.
Oleh itu beliau berharap Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengambil tindakan segera membina semula jambatan gantung berkenaan.
Katanya juga NGO lebih terkehadapan membantu masyarakat Orang Asal termasuk membina rumah kekal antaranya di Kampung Podek Lambok, Kuala Betis.
Berdasar laporan Unit Pemulihan Pasca Banjir Jabatan Perdana Menteri terdapat 99 rumah Orang Asal di Gua Musang rosak akibat banjir tahun lepas.
Jumlah tersebut berdasar bancian fasa ketiga di mana kesemua pembinaan rumah kekal itu di bawah Jakoa.
Luwi juga berkata, Jakoa mendapat peruntukan besar setiap tahun bagi membangunkan masyarakat Orang Asal, namun tidak banyak perubahan yang berlaku.
Oleh itu beliau berharap kerajaan mengkaji semula peranan dimainkan agensi itu bagi memastikan masyarakat terbabit yang tinggal di pedalaman lebih terbela. – HARAKAHDAILY 19/8/2015 Sumber HD - 19-8-2015
Galeri Tok Guru dilancar di Kota Darulnaim
SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .
KOTA BHARU: Selepas kira-kira enam bulan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pergi meninggalkan kita, kini legasi kehidupannya boleh ditonton orang ramai di Kota Darulnaim.
Galeri khas diwujudkan dengan menempatkan pelbagai khazanah peninggalan Tok Guru termasuk himpunan kaset kuliah agama, gambar-gambar, album keluarga dan pakaian hariannya ditempatkan di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG).
Pelancaran Galeri Tok Guru di IPTG yang terletak di sebelah Bilik Gerakan Negeri dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob semalam.
Turut dipamerkan koleksi tulisan belasungkawa Tok Guru yang menyentuh perasaan dan cukup bernostalgia.
Galeri itu akan dibuka kepada umum itu tidak lama lagi.
Ustaz Ahmad ketika ditemui berkata hasil perjuangann Tok Guru sepanjang hayatnya dipamerkan di galeri tersebut.
“Buku-buku yang pernah dibaca Allahyarham Tok Guru dan koleksi pakaiannya turut dipamerkan. Walaupun Tok Guru telah pergi namun kita perlu meneruskan perjuangannya,” ujar beliau.
Hadir sama pada pelancaran itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, ahli-ahli lembaga pengarah IPTG, Senator Datuk Dr Johari Mat, Mohd Apandi Mohamad dan Pengarah IPTG, Dr Che Shamsuddin Mohd Noor.
Selain IPTG, PAS Kelantan juga mewujudkan Unit Penyebaran Legasi Tok Guru bertempat di tingkat satu Badan Perhubungan PAS.
Sebelum ini Perbadanan Muzium Negeri juga mengadakan pameran khas legasi Tok Guru di Muzium Islam. - HARAKAHDAILY 19/8/2015 Sumber HD - 19-8-2015
Pelajar pondok tolak parti Islam kedua
ASLANI M | .
KOTA BHARU: Tindakan segelintir bekas pemimpin PAS mahu mewujudkan parti baru berorientasi syariat dan keadilan sosial ditolak pelajar-pelajar institusi pondok di Kelantan.
Kata mereka tidak perlu wujud lebih dari satu parti berteras Islam di negara ini kerana ia akan merugikan perjuangan umat Islam dari aspek politik.
Amizul Abdullah, 47 dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas berkata umat Islam tidak perlu dikelirukan dengan usaha mewujudkan parti Islam baru.
Katanya apabila wujud banyak parti Islam sudah tentu sokongan dalam pilihan raya akan berpecah sehingga memberi kemenangan mudah kepada pihak lawan.
“Saya tidak nampak perlu ditubuh sehingga dua parti berteras Islam di Malaysia. Idea seperti itu tidak sesuai lebih-lebih lagi ia kelihatan didominasi pemimpin yang kalah dalam muktamar PAS,” katanya di sini.
Che Mohd Farizi Che Abdul Rahim, 26 juga dari Pondok Lubuk Tapah berkata, pengasas pondok terbabit Allahyarham Tok Guru Haji Abdullah Yusof meninggal dunia ketika bersama PAS.
Katanya Tok Guru memperjuangkan Islam sepanjang hayatnya biar pun beliau bukan berada di barisan hadapan kepemimpinan PAS.
“Saya pun hairan sebelum kalah dalam muktamar tidak pernah dengar cerita mahu wujudkan parti Islam baru, namun selepas kalah timbul pula hendak tubuh parti baru.
“Ketika masih bersama PAS siang malam menuduh orang lain salah, sekarang setelah tiada lagi jawatan PAS pula tidak betul. Saya tidak faham pemimpin macam itu,” katanya.
Ustaz Mohd Rosdi Abdul Samad, 45 dari Pusat Pembangunan Pondok Bhd pula memberitahu mungkin program tarbiah dalam PAS hanya perlu diikuti pemimpin peringkat kawasan dan bukan yang berada di pusat.
Katanya, kalau pemimpin di peringkat pusat melalui program tarbiah dan usrah sudah tentu kecelaruan macam sekarang tidak berlaku.
“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam proses tarbiah PAS. Apa yang berlaku sekarang seolah-olah pemimpin yang tidak dipilih dalam muktamar lepas tidak dimatang dengan agenda tarbiah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 18/8/2015 Sumber HD - 18-8-2015
Saya masih bekerja untuk Pas - Adun Kelaboran Posted on Thursday, August 13 @ 16:43:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
TUMPAT – Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim mahu pihak tertentu tidak mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan fitnah bahawa beliau bakal menyertai Harapan Baru.
Menurutnya, ini adalah propaganda individu tidak bertanggungjawab yang mahu melemahkan kepimpinan Dun Kelaboran yang didukungnya sejak tahun 2004 lagi.
“Saya masih wakil rakyat Dun Kelaboran, masih bekerja untuk Pas.
“Jangan ada pihak yang sebarkan fitnah mengatakan saya tolak kepimpinan ulama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian pelbagai bantuan kerajaan negeri di pejabatnya, di sini, petang semalam.
Sebelum ini, desas-desus pembabitan Mohd Zaki dalam gerakan kumpulan progresif Pas berlaku apabila namanya menjadi viral untuk hadir sebagai penceramah semasa majlis Pelancaran Harapan Baru 19 Julai lalu di Kota Bharu.
Bagaimana pun Mohd Zaki menafikan penglibatan beliau dan sehingga kini masih setia dengan perjuangan Pas.
Dalam pada itu, Mohd Zaki mengingatkan walau apa pun status penyebar fitnah itu sama ada ustaz mahu pun imam tetapi dosa membuat fitnah itu tetap sama.
“Tak semestinya ustaz atau imam yang membuat fitnah mereka terlepas dari dosa, dapat masuk syurga.
“Kalau dah buat fitnah pada orang, sama saja dosanya dengan orang biasa membuat fitnah,” katanya.
Mohd Zaki mahu rakyat di Dun ini menilai dengan bijak setiap penyebaran apa sahaja berita kerana ia akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat. - SInar
Sumber TKO - 13-8-2015
Sebuah lagi rumah mangsa banjir runtuh
ASLANI M | .
KUALA KRAI: Trauma akibat banjir tahun lepas belum lagi reda, namun rumah kekal yang diharap
dapat menggantikan kediaman yang dihanyut arus, tiba-tiba runtuh menyembah bumi.
Malam tadi sebuah lagi rumah kekal dalam pembinaan runtuh ketika hujan lebat.
Penghulu Mukim Manjor Selatan, Mohd Zamri Hassan berkata runtuh tersebut yang siap kira-kira 60
peratus runtuh keseluruhan strukturnya.
Katanya, rumah berkenaan yang dibina dengan tiang setinggi lapan kaki dimulakan sebelum Ramadan
lalu.
“Kira-kira jam 8 malam tadi ketika hujan lebat rumah itu runtuh ekoran tiang yang dibina turun akibat
tanah jerlus.
“Tiang yang dibina memang tidak sepadan dengan ketinggian rumah. Malah tiangnya tidak banyak
bagi menongkat struktur lantai.
“Langsung tiada tiang di bahagian tengah cuma ada tiang di tepi sahaja. Kalau diambil kira saiz tiang
memang tidak sepadan,” katanya di sini.
Pada awal Mei lepas sebuah rumah di Kampung Bedal, Dun Mengkebang juga runtuh ketika sedang
dalam pembinaan.
Rumah tersebut yang disumbang syarikat korporat dari Kuala Lumpur difahamkan berada di bawah
pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Sehingga kini dua rumah kekal mangsa banjir bertiang tinggi di bawah projek kerajaan persekutuan
runtuh di Kelantan.
Mohd Zamri berkata, rumah tersebut milik keluarga Mohd Azwan Alwi dibina di tapak milik
keluarganya di Kampung Laloh.
Difahamkan di kampung tersebut terdapat 20 rumah di bawah projek kerajaan persekutuan dibina
di Laloh. Kesemuanya masih lagi dalam pembinaan. Setiap rumah melibatkan kos lebih RM60,000.
Manakala kerajaan negeri pula sudah menyiapkan 10 rumah yang diduduki mangsa banjir akhir
Ramadan lepas.
“Terdapat sebanyak 95 rumah yang rosak sama sekali di Laloh pada kejadian banjir besar melanda
hulu Kelantan pada akhir tahun lepas,” ujar Mohd Zamri. - HARAKAHDAILY 13/8/2015 Sumber HD - 13-8-2015
No comments:
Post a Comment