KOTA BHARU: Tiga remaja perempuan di negeri ini sanggup berkongsi wang semata-mata mahu membeli sebotol air ketum berharga RM10 dan meneguknya beramai-ramai di tempat awam. Video aksi tiga pelajar berkenaan meneguk air ketum terbabit yang berdurasi 20 saat mula tular di media sosial Facebook pagi ini. Menurut sumber, pihak polis telah menerima maklumat berkaitan video beberapa pelajar perempuan minum cecair disyaki ketum tersebut dan siasatan lanjut segera dilakukan. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2 petang kelmarin dan kumpulan remaja terbabit merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di negeri ini. "Soal siasat ke atas pelajar mendapati mereka berkongsi duit bagi membeli sebotol air ketum yang berharga RM10. Perbuatan ini kali pertama dan mereka minum air itu kerana perasaan ingin tahu dan mahu mencuba. "Pihak JSJN Kelantan sudah mengenal pasti lelaki yang menjual air ketum ini untuk tindakan lanjut dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut sumber lagj, hasil semakan dengan pihak sekolah mendapati kesemua pelajar perempuan terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan disiplin. "Adalah diingatkan kepada semua pelaja bahawa pihak polis dan sekolah memandang serius penglibatan dan salah laku pelajar terutama melibatkan kegiatan meminum air ketum. "Jika ditangkap mereka boleh didakwa di bawah seksyen 30(5) Akta Racun 1952 yang mana hukuman bagi seksyen ini adalah denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara 4 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. Sumber TIKO - 3-4-2018 Maut Kena Bilah Mesin, Kontraktor Didakwa Cuai Posted on Sunday, March 18 @ 07:46:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38681 |
BONGKAR... Kementerian Pendidikan mendapati ada kecuaian di pihak kontraktor pembersihan dan pengurusan sekolah dalam insiden pelajar maut terkena bilah mesin pemotong rumput.
Perkara itu didedahkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengulas kes di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan pada 13 Februari lalu.
Beliau turut mengesahkan sudah pun menerima laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan selepas siasatan dalaman dilakukan bagi mencari punca sebenar kejadian kemalangan tersebut.
“Saya sudah baca laporan itu dan saya sahkan memang berlaku kecuaian di pihak kontraktor pembersihan dan pengurusan sekolah itu sendiri. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dalam kes ini.
“Bagi pihak kementerian, tindakan dalaman terhadap pengurusan sekolah sedang diambil mengikut peraturan sedia ada” katanya selepas merasmikan Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan program bersama Usahawan Mikro Amanah Ikhtiar di Pusat Komuniti Cikgu Hashim, Barokhas, Padang Terap, Kedah, hari ini.
Mahdzir mengulas perkembangan kes Nur Afini Roslan, 14, yang maut selepas bilah mesin potong rumput terpelanting dan terkena kepalanya, sementara dua lagi pelajar mengalami kecederaan.
Mereka ialah Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, yang cedera di bahagian belakang kepala manakala Abdullah Hazlan, 14, pula cedera pada bahagian telinga kanan.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu, berlaku di padang sekolah tersebut ketika mereka menjalani latihan perbarisan untuk program hari sukan sekolah berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 18-3-2018
Solat Tahajud, hafaz al-Quran rahsia kejayaan SPM Posted on Saturday, March 17 @ 07:52:41 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38674 |
KUANTAN, 27 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Mendisiplinkan diri dengan tidak pernah meninggalkan solat tahajud dan solat hajat setiap malam adalah kunci kejayaan Nilia Nur Mohd Ramlan, 18, yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.
Bagi pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) itu, dorongan kuat daripada ibu bapanya yang tidak pernah memberi tekanan dalam soal pelajaran, membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk belajar bagi membuktikan dirinya mampu berjaya dan mengharumkan nama keluarga.
"Syukur Alhamdulillah sebab memang tidak sangka dapat keputusan 11A. Apa yang saya amalkan setiap hari menghafaz al-Quran serta berbuat baik kepada orang lain dan mungkin kerana itu Allah permudahkan saya untuk mencapai keputusan cemerlang," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2017 Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang Airulamri Amran dan Ketua Pegawai Eksekutif Maahad Tahfiz Negeri Pahang Datuk Zulkifle Ali Al-Hafiz.
Muhammad Aliff Furqan Abdul Ghani, 18, yang muncul sebagai pelajar cemerlang sekolah berkenaan dengan turut memperoleh 11A, pula berkata faktor membahagikan masa dalam pelajaran dan bersukan amat penting untuk membolehkan pelajar aktif sepertinya memperoleh keputusan yang baik.
"Sekiranya waktu bersukan, saya akan fokus kepada aktiviti itu sahaja dan tidak mencampur-adukkan dengan pelajaran, begitu jugalah sebaliknya. Kebiasaannya saya lebih gemar belajar dalam keadaan senyap supaya pelajaran yang diulang kaji lebih mudah difahami," katanya.
Anak keempat dari lima beradik itu juga merancang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Of Cambridge, London.
Seorang lagi pelajar yang memperoleh keputusan 11A, Muhammad Aiman Nasaruddin, 18, dari Temerloh, berkata memberi fokus kepada pelajaran yang sukar seperti Matematik Tambahan dan kerap bertanya kepada guru menjadi antara resepi kejayaannya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.
"Selain itu, banyakkan berdoa dan sentiasa cuba untuk dekatkan diri pada Allah. Ibadah juga jangan tinggal kerana bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita," katanya yang ingin menyambung pengajiannya di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah. - Bernama
Sumber TKO - 17-3-2018
TULAR menerusi media sosial apabila seorang guru berbangsa Cina telah mengamuk secara tiba-tiba di dalam mesyuarat di sebuah sekolah tempatan. Mengikut maklumat yang dikongsikan oleh netizen, guru berkenaan mengalami sakit mental dan merupakan salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Chio Min, Kulim, Kedah. Ketika mesyuarat itu dijalankan, seorang guru berpangkat atasan sedang menerangkan sistem pembelajaran yang perlu dipraktikkan oleh setiap guru bagi tahun 2018 ini. Secara tiba-tiba, guru berkenaan yang dikenali sebagai Tan Hong Lian telah mengamuk dan mengeluarkan ayat kesat tetapi tidak diketahui ditujukan kepada siapa. “I sudah bayar RM70. Melayu punya English low! Semua diam ya semua diam! Semua duduk diam! “I ada hak untuk menyampuk and you shut up okay! English saya sangat bagus kerana saya seorang guru,” katanya sambil menjerit sehinga kata-katanya itu tidak difahami oleh guru-guru yang lain. Dia juga telah menyampuk ketika pengumuman sedang dilakukan oleh guru lain yang berkemungkinan berpangkat guru penolong kanan sehingga menaikkan kemarahan salah seorang guru lelaki di situ. Malangnya, guru lelaki berkenaan turut dimarahinya sehingga membuatkan dia bertambah berang. Akibat tidak tahan dengan gangguan itu, guru penolong kanan yang sedang membuat pengumumam itu telah memarahi Hong Lian serta menyuruh supaya dia segera duduk. “Mohon jangan ganggu mesyuarat ya Madam Hong. You dah melampau sangat mengganggu mesyuarat,” katanya dengan nada tegas. Guru-guru yang lain dilihat seperti tidak mengendahkan kelakuan peliknya itu dan berkemungkinan kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku. Seorang guru wanita yang merakam video berkenaan turut dimarahinya sehingga dia mengambil keputusan untuk menangkap gambar guru tersebut. Video yang berdurasi selama hampir enam minit itu telah mendapat perhatian netizen dan ramai yang menyeru pihak berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap guru berkenaan. Menurut seorang netizen, terdapat ibu bapa yang telah membuat laporan kepada pihak sekolah berkenaan guru itu tetapi tiada sebarang tindakan pernah dibuat. Malah, kakitangan sekolah juga tidak mampu untuk menahan guru tersebut daripada terus mengamuk. Selain itu, difahamkan juga pihak bertanggungjawab tidak dapat membuang guru tersebut dengan sewenang-wenangnya kerana perlu melalui beberapa lapisan sebelum berbuat demikian. Namun, diharapkan selepas tersebarnya video itu, akan ada tindakan susulan yang dapat dijalankan kerana dikhuatiri jika ada mana-mana pelajar yang menjadi mangsa amukan sehingga mendatangkan kecederaan. Netizen turut bersimpati atas nasib yang menimpa Madam Hong kerana keadaan dirinya itu tidak membolehkan dia mengajar seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC/AH Video - https://youtu.be/f4NLdRBgVXk Sumber TKO - 25-1-2018 Orang ramai berkumpul sokong Cikgu Idzahril Posted on Wednesday, January 10 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37676 |
Selepas isu melibatkan seorang guru di Nilai Azizan Manap, satu lagi kes hampir sama mendapat perhatian awam di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Hari ini, pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di perkarangan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, sebagai tanda setiakawan kepada guru bahasa Inggeris Noor Idzahril Ahmad, lapor Sinar Harian.
Cikgu Idzahril, 52, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada muridnya yang berusia sembilan tahun pada 2 Ogos 2017.
Proses mahkamah kini di peringkat pendengaran kes.
Guru sekolah kebangsaan di Nibong Tebal itu berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kisah Idzahril mendapat perhatian pengguna maya selepas ia tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Sementara itu, akhbar itu melaporkan orang ramai berkumpul di perkarangan Mahkamah Majistret Jawi seawal jam 8 pagi bagi menyatakan sokongan moral kepada Idzahril.
Berdasarkan gambar, mereka memaparkan kain rentang bertulis “Doa untuk Cikgu Idzahril”.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambri Mohd Isa dan Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat Datuk Mohamed Sabri Mohd Arshad turut hadir.
Cikgu Idzahril hadir ditemani tiga peguam. Pengamal media dilapor tidak dibenarkan memasuki kamar yang dikawal polis.
Mahkamah Majistret Seremban bulan lepas telah melepaskan tanpa membebaskan Azizan dari pertuduhan mencederakan muridnya setelah menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik semula pertuduhan.
Sumber TKO - 10-1-2018

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik bukan lah sesuatu yang mudah. Ramai yang beranggapan tugas seorang cikgu adalah mudah, mereka ini hanya perlu medidik anak bangsa sahaja. Ada pula yang beranggapan kerjaya seorang guru tidak sesibuk mana, mampu pulang seawal 2 petang dan banyak masa terluang. Namun secara hakikatnya tugas guru sekarang bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka. Tugas mereka ini mencabar bukan hanya tertumpu kepada mengajar sahaja. Hanya mereka yang bergelar guru sahaja yang akan memahami tugas dan beban yang dipikul sebagai pendidik. Menerusi perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, berkongsi kisah anak-anak pelajar yang menyakiti guru tidak pernah dihebohkan. Banyak perkara yang tidak pernah dikongsi oleh seorang guru mengenai kelakuan anak muridnya. Cikgu rotan anak dengan pembaris kayu 15cm je pun, merah sikit je. Terus bawa check hospital siap report polis. Yang kena jentik telinga pun sama juga. Ada merah sikit, terus saman cikgu. Ini antara cabaran guru Tahun Satu. Digigit murid yang mengamuk hendak ibu. Pernah terlihat jari kawan sampai berdarah digigit anak murid, kena baling botol air hingga benjol dahi mereka. Dibaling pasir hingga masuk mata. Tapi guru tetap senyum. Tetap dukung mereka. Tetap kasih dan melayani mereka tanpa sedikit pun memilih. Nak pergi check hospital dan report polis? Jauh sekali. Seumur hidup aku belum pernah dengar cerita guru report polis dan saman ibu bapa kerana anak mereka gigit mereka sampai lebam. Sampai berdarah. Sampai benjol. Yang kena tumbuk pun ada. Yang kena tendang kat perut saat sarat mengandung pun pernah berlaku juga. Malah, ada yang kena ludah. Banyak kisah guru 'didera' dan 'disakiti' murid sebenarnya. Cuma mereka tak hebohkan sahaja. Tak nak kecoh-kecoh. Tak nak panjangkan cerita. Mereka tahu itu asam garam melayan karenah anak-anak. Lagi pun mereka masih budak kecil tidak tahu perbuatan itu salah. Maka jika pernah ada guru tersilap 'menyentuh' anak kalian dengan niat untuk mendidik, jangan cepat hendak menghukum. Jangan cepat hendak membuat laporan dan membawa kes ke mahkamah. Datanglah dengan tenang. Ceritalah dengan matang. Yang perlu maafkan, maafkan sahaja. Guru bukan malaikat. Masih manusia biasa yang sesekali membuat salah silap juga. Kalian banyak tidak tahu kisah tersembunyi yang para guru sorokkan dari kalian. Kisah anak-anak kalian yang 'menyakiti' guru tidak dihebohkan. Sungguh! - Kredit gambar : Cikgu Ahmad Din #MFS - Asam garam insan yang bergelar guru. Sumber - Mohd Fadli Salleh Sumber TKO - 5-1-2018 Henti asing kelas, tiada lagi sekolah kawalan Posted on Friday, December 29 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37473 |
Bermula tahun 2019, semua sekolah diarahkan supaya tidak mengamalkan budaya pengasingan kelas antara pelajar berdasarkan tahap penguasaan akademik murid.
Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin yang menegaskan budaya pengasingan kelas perlu dihentikan sepenuhnya bagi mengelakkan jurang kepandaian antara pelajar.
Beliau berkata, amalan itu bukan dasar pendidikan namun dilaksanakan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI).
"Kita tidak menggalakkan sekolah untuk melakukan pengasingan kelas mengikut tahap kepandaian seseorang, tetapi amalan itu dilakukan oleh pihak sekolah untuk menjaga KPI sekolah mereka.

"Namun bermula tahun ini kita telah selaraskan dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), yang mana pihak sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS kerana kita mahu murid dididik secara holistik dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik
"Tiada lagi keperluan untuk mengasingkan murid, sebaliknya kita akan mengumpulkan mereka dalam kumpulan pelajar yang mempunyai kelebihan berbeza-beza tahap penguasaan mereka agar boleh saling membantu," katanya yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian.
Amin berkata, sehingga kini masih ada lagi sekolah yang mengamalkan budaya pengasingan kelas, hingga ada yang melaksanakan ujian saringan kemasukan kelas bagi tahun satu.
Sementara itu, Berita Harian pula memetik Amin sebagai berkata Jabatan Pelajaran Negeri juga mesti menghentikan sekolah kawalan, iaitu memilih pelajar berdasarkan pencapaian sukan, akademik serta disiplin, kerana tidak selaras dengan dasar pendidikan negara.
"Kita tidak menggalakkan amalan ini yang kadang kala menyusahkan pelajar kerana ada sesetengah kes, pelajar terpaksa pergi ke sekolah yang jauh kerana tidak diterima di sekolah berhampiran kawasan perumahannya," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Amin turut berkata Kementerian Pendidikan tidak bercadang mengeluarkan pekeliling berhubung semua amalan lama berkenaan, namun berharap pentadbir sekolah memahami perubahan yang sedang dilaksanakan kementerian dan menerapkan amalan yang seiring dasar pendidikan negara.
Sumber TKO - 29-12-2017
KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar agar ia bersesuaian dengan cabaran guru mendidik masa kini. Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata kajian semula perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 yang dikeluarkan bagi memberi maklum kepada guru mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar yang melakukan salah laku di luar Peraturan-peraturan Pelajaran seperti berkeliaran dan bising di dalam kelas. “Surat pekeliling itu kali terakhir dikeluarkan pada tahun 1983, ada peraturan-peraturan baharu mengenai hukuman yang dikemas kini dari semasa ke semasa, tetapi lebih baik jika satu garis panduan lengkap yang terkini dikeluarkan. “Bukan sahaja mengenai hukuman yang dilarang tetapi yang dibenarkan, supaya guru ini boleh mendisiplinkan pelajar tanpa rasa seperti tangan mereka diikat,” katanya kepada Bernama. Tan mahu supaya surat pekeliling atau garis panduan baharu itu menerangkan dengan jelas bentuk hukuman yang dibenarkan supaya tidak menjadi salah faham dalam kalangan ibu bapa sehingga menyebabkan guru disiplin dipersalahkan. Beliau juga mencadangkan agar pelantikan guru disiplin di setiap sekolah selepas ini disusuli dengan surat lantikan khas, walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2001 sebelum ini menyatakan semua guru adalah guru disiplin. “Walaupun ia hanya surat lantikan namun itu merupakan kuasa dan boleh membantu guru jika tindakan mengenakan hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan menjadi masalah kepada guru itu di kemudian hari,” katanya. – BERNAMA Sumber TKO - 27-12-2017
Bila mana isu Azizan Manap, 44 atau Cikgu Azizan sedang hangat diperkatakan akibat mencederakan muridnya. Mengikut pertuduhan, Azizan didapati telah menyebabkan cedera pada pipi sebelah kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun pada 6 April 2017, jam lebih kurang 7 pagi di hadapan tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai. Walau bagaimanapun, Mahkamah Majistret Seremban (pada 19 Disember) telah melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu. Rentetan daripada isu ini, maka banyaklah komen-komen pelayar bertebaran di laman sosial. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang mencemuh. Ramai juga yang bercerita kembali nostalgia zaman silam mereka ketika di sekolah. Kalau tak kerana guru si folan ini merotan dahulu, takkan jadi 'orang'lah dia sepertimana hari ini. Ramai juga yang 'tag' guru masing-masing untuk melahirkan ucapan terima kasih walaupun mereka pernah didenda atau sakit hati dengan guru tersebut. Namun, hasil didikan dan denda yang bertujuan mendidik itulah yang menjadikan mereka berjaya pada hari ini. Dalam pada itu, perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh mencuri tumpuan pelayar di media sosial. Dalam perkongsiannya menyatakan tentang perbandingan pelajar yang mengikuti pembelajaran di negara sebelah barat dan juga persekolahan di sini. Dan bagaimana budi bahasa pelajar dan guru di sana. Ikuti perkongsiannya dan sama-sama kita renungkan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. ~ "Cikgu sentuh saya saman!" ~ Ada sahabat yang tinggal di US bercerita, betapa anaknya gembira pergi ke sekolah. Betapa ceria dan terujanya anak dia bercerita tentang seronoknya alam persekolahan. Betapa baiknya guru, betapa menariknya aktiviti di sana. Dan aku terus bertanya, bagaimana silibus di sana? Bagaimana pula penilaian mereka? Katanya silibus di sana sangat ringkas. Tidak berat, lebih kepada seni dan muzik. Banyak belajar sambil bermain. Tidak ada peperiksaan berpusat yang membanding beza darjat murid. Kelasnya juga tidak sepadat kita. (Anaknya sekolah rendah) Di Barat, sentuhan fizikal sangat ditegah. Mereka lebih cenderung kepada motivasi dan pujuk memujuk. Dan kita. Silibus kita makin lama makin berat. Makin maju makin padat. Tanya saja ibubapa, soalan anak-anak tahun 3 belum tentu mereka dapat jawab. Terlampau KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ). Murid belajar mengejar silibus yang berat dalam masa yang singkat. Maka guru bertungkus-lumus cuba memberi faham topik payah dalam masa yang singkat. Pelajar rasa susah, guru juga rasa terbeban. Ibubapa di rumah cuba membantu, tapi kadang-kadang mereka pun tidak faham. Kita cuba meniru hukuman. Bab sentuhan fizikal. Tapi kita tidak meniru silibus dan cara menggembirakan murid untuk sekolah. Padat sungguh aktiviti sekolah anak-anak kita kan? Kita mula tiru tempat yang salah (pada aku). Kita dan mereka berbeza. Jauh berbeza. Kita Islam, dan kita berada di Timur, bukan di Barat. Cuba lihat akhlak mereka orang Barat, bagaimana mereka berakhlak dengan guru. Bagaimana akhlak mereka dengan ibubapa sendiri. Sangat biadab bagi kita orang Timur. Apatah lagi jika kaitkan dengan kita sebagai orang Islam. Adab kita dengan ibubapa dan guru dalam Islam sangat penting. Sangat dititik beratkan dalam Islam. Kita meniru tempat yang salah. Tempat yang membuat murid makin biadab. Sepatutnya kita tiru bagaimana membuatkan murid gembira ke sekolah. Itu dulu patut ditiru. Pernah seorang rakan guru sekolah menengah bercerita, seorang pelajar begitu biadab hingga dia mencekak kolar leher murid itu. Ingin dilempang sahaja pelajar itu agar dia reti menghormati sang guru. Tapi budak itu menjawab, "Cikgu tahu siapa ayah saya? Cikgu sentuh saya, saya saman!" Dan ramai guru kini berazam, tidak lagi mengambil berat soal pelajarnya. Nak belajar, silakan. Tak nak belajar, sudahlah. Mereka serik, nama naik di balai polis, terpaksa pula meminta maaf dengan pelajar jika tidak mahu kerjaya mereka disusahkan. Guru meminta maaf dengan pelajar? Jangan terkejut. Ini realiti. Senyum. :) Siapa yang rugi? Siapa yang rugi bila ribuan guru yang dahulunya begitu cakna dan ambil berat tentang kemenjadian murid kini kecewa dan tidak lagi peduli. Meskipun pendidikan Barat lebih maju dari kita, namun bukan semua boleh kita tiru. Kita ada budaya kita, kita ada agama kita. Tirulah tempat yang betul, bukan tempat yang salah lagi. Dan aku akan terus menulis, walau mereka di atas tidak membaca, sepaling kurang aku pernah berusaha. Pernah cuba menyuarakan apa yang terbuku dihati. Kerana aku seorang guru. #MFS Sumber: Mohd Fadli Salleh Sumber TKO - 21-12-2017 Ustaz rotan murid ponteng solat dilokap 5 hari, kini dibicarakan di mahkamah Posted on Thursday, December 21 @ 08:00:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37389 |
Satu lagi kes yang tular di laman sosial ialah melibatkan seorang guru yang mengajar di sekolah agama rakyat. Berikut adalah maklumat kes yang berhasil dikumpulkan menerusi penyebaran di Facebook;
1. Ustaz Adib mengajar di SRA = Sekolah Rendah Agama.
3. Bukan ahli NUTP.
4. Bekerja di bawah Jabatan Agama. Bukan penjawat awam kerajaan sepenuhnya.
5. Hukuman yang dia buat hanyalah merotan pada empat pelajar yang lari semasa disuruh bersolat, 3 daripadanya telah memaklumkan pada ibu bapa kenapa dirotan, seorang lagi tidak memaklumkan sebab dirotan.
6. Turut dilaporkan kanak-kanak yang dirotan masih boleh berlari-lari selepas dirotan.
7. Kanak-kanak yang dirotan juga berkulit cerah.
8. Perbualan dengan Ustaz Adib :
9. Turut dimaklumkan, ibu bapa enggan mendengar penjelasan dan enggan menarik balik laporan polis yang telah dibuat sebelumnya.
10. Kronologi kejadian seperti keterangan Ustaz Adib :
11. Ustaz Adib berkata beliau dimasukkan ke dalam lokap selama lima hari selepas hadir ke IPD Kajang untuk memberikan keterangan bagi kes berkaitan.
12. Bagaimanapun keterangan beliau tidak diambil sebaliknya beliau dimasukkan ke dalam lokap bersama suspek lain.
13. Selepas tamat tempoh lima hari kemudiannya, beliau diminta hadir ke mahkamah untuk proses perbicaraan.
14. Beliau perlu hadir ke mahkamah pada 26 Disember 2017 ini.
15. Ustaz Adib juga meminta doa yang baik-baik dari semua pihak agar kesnya dapat diselesaikan dengan seadilnya.
Sumber: sozpress.com
Sumber TKO - 21-12-2017
Lempang tidak boleh, kecuali rotan Posted on Thursday, December 21 @ 06:50:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37386 |
SHAH ALAM - Garis panduan sudah menetapkan bahawa seorang guru tidak dibenarkan menampar pelajarnya walaupun bertujuan memberi pengajaran.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak berkata, seorang guru bagaimanapun dibenarkan merotan pelajarnya setelah mendapat kebenaran daripada pengetua atau guru besar sekolah.
“Guru yang boleh merotan itu pula, adalah yang telah diberikan kuasa atau dilantik oleh guru besar atau pengetua seperti penolong kanan hal ehwal murid atau guru disiplin. Ketika merotan perlu ada saksi dan pelajar perlu turunkan tandatangan.
“Operasi Prosedur Standard (SOP) sudah ada, cuma dalam keadaan tertentu seorang guru perlu tegas dan dalam ketegasan itu mungkin guru itu tertampar atau mencubit. Sebagai ibu bapa, selagi ia tidak mendatangkan kecederaan maafkanlah. Itu sebagai mendidik anak-anak,” katanya.
Namun, tidak dinafikan terdapat segelintir ibu bapa yang tidak boleh menerima tindakan guru ini dan mahukan anak mereka dilayan bagaikan raja.
“Anak-anak ini pula kalau ibu bapa ‘memperjuangkan’ tindakan mereka, pelajar akan rasa macam rajalah. Sebagai ibu bapa, mereka perlu profesional dan tidak emosional,” katanya.
Kamarozaman berharap, isu ini dapat diselesaikan secara baik.
“Saya mohon pihak luar yang tidak terlibat dalam isu ini, menjadi pendamai, bukannya mengeruhkan lagi keadaan.
“Jangan mengambil kesempatan, kerana ia akan merosakkan satu sistem yang selama ini dihargai masyarakat,” katanya.
Sumber TKO - 21-12-2017
Kes Cikgu Azizan menampar anak murid tidak berdisiplin Posted on Wednesday, December 20 @ 12:26:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37380 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Melayu akan bebaskan Baitulmaqaddis“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Cikgu Azizan yang didakwa di makamah kerana menghukum anak murid.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik SiniGempar satu Malaysia apabila Cikgu Azizan di dakwa di Makamah Seremban kerana menghukum anak murid yang didapati melanggar disiplin sekolah. Cikgu Azizan didakwa di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dengan sengaja. Sabit kesalahan 1 tahun penjara atau denda RM2000. Bagi penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dipotong 3 mata gaji dan ditahan kenaikkan 3 tahun atau lebih berat ditamatkan perkhidmatan.
Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes Cikgu Azizan :
31 Oktober 2017 : Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban. Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500
Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan: Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta. Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016. Memukul murid lain. Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
27 November 2017 : Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.
19 Disember 2017 : Perbicaraan akan bermula.
Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.
RASAH 19 Dis. – Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa dibebaskan Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu.
Majisteret Mohd. Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan itu, dituduh kerana dikatakan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang, antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.Teringat kisah Abang kena tampar dengan cikgu masa sekolah dulu kerana melanggar disiplin. Tak berani nak mengadu pada Abah sebab tahu bila mengadu silap-silap kena penampar sekali lagi dari Abah. Dulu Ibu bapa sangat menghormati cikgu dengan memberi sepenuh tanggung jawab sepenuhnya mendidik anak-anak yang dihantar ke sekolah. Semangat cikgu mendidik anak-anak murid seperti mendidik anak sendiri. Jasa cikgu sangat besar kerana telah mengubah hidup ramai anak-anak murid yang datang dari keluarga miskin sehingga menjadi doktor, jurutera, ushawan dan jutawan hebat.
Hikmah kena tampar, cikgu yang pernah melempang Abang dulu adalah guru yang paling Abang ingat. Asbab dari tamparan tersebut telah mendisiplinkan Abang dan sahabat-sahabat. Alhamdulillah dengan izin ALLAH kami semua berjaya dalam kerjaya.
Hari ini cikgu dalam ketakutan hendak mendidik anak-anak murid. Niat nak mendisiplinkan anak murid silap-silap boleh terperuk dalam penjara kerana didakwa oleh ibu bapa yang terlalu menyayangi anak-anak walaupun berulang kali melanggar disiplin sekolah. Ramai cikgu yang berhenti menjadi cikgu kerana tidak tahan dengan tekanan terlampau daripada ibu bapa.
Ustaz Rahim Nasir :
Cikgu / Guru / Teacher / Ustaz / Ustazah adalah MURABBI terbaik kita semua..
Belajarlah hormat kpd mereka.Mereka berusaha mendidik anak kita dgn sebaik mungkin.. Kadang-kadang anak kita agak nakal di sekolah..so cikgu pun dendalah yang patut padan sebagai pengajaran.. Denda untuk mendidik anak kita menjadi insan mulia dan berjaya. Bukannya berdendam. Pengalaman kena denda di sekolah dulu perkara biasa je.
Aku pernah kena ketuk ketampi 100x sebab main-main masa kelas bahasa melayu…rasa nak tercabut lutut ooooooo….Ustazah Rozana namanya…Ustazah sihat ke ? Pernah kena jalan itik keliling padang, berdiri atas kerusi tu perkara biasa.Rotan di tangan & punggung juga pernah dirasai kelazatannya….hihi…
Yang paling best .. kena lempang sampai tercampak songkok dari kepala…hahahaa…padan muka aku..
Lelaki itu berkata lagi, “Beritahukan kepadaku kapan terjadinya Kiamat.” Nabi menjawab, “Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.” Dia pun bertanya lagi, “Beritahukan kepadaku tentang tanda – tandanya!” Nabi menjawab, “Jika budak wanita telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta penggembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.” (HR Muslim)Yang menjadi polimik di sosial media adakah patut guru melempang anak murid?
Muhamad Abdullah : kalau anak hisap gam.. kena tampar memang sesuai.. kalau anak aku.. aku tambah dgn beluti lagi… itu pun nak kena paham sikit ke… budus level gaban betul mak budak tu.
Lepat Pisang : Isap gam tu lebih mncederakan.Kegiatan menghidu gam ini mempunyai kesan dan keburukannya tersendiri. Sebagaimana yang kita tahu bahawa Gam mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Oleh itu, Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Disamping itu juga, kesan dari gam tersebut juga memberikan kesan kepada fungsi otak iaitu seperti boleh mengakibatkan seseorang yang mengambilnya secara berlebihan menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan pada bahagian tertentu.
Selain dari itu juga, perlu juga diketahui bahawa apabila remaja terlibat dengan gejala hidu gam, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing sebab ia bukannya dadah. Ini akan menyukarkan kita untuk mengesan mereka yang terlibat dengan masalah ini kecuali ketika mereka sedang melakukannya. Malah ada diantara remaja apabila sudah ketagihan sanggup menggunakan bahan alternatif seperti pencair cat, petrol dan tahi lembu kering. Tahi lembu kering itu dibakar asapnya disedut. Oleh yang demikian setelah seseorang tersebut sudah ketagih maka tidak mustahil mereka boleh terjebak dengan ganja ataupun dadah.
Justeru itu juga, pelajar yang terlibat dengan gejala menghidu gam ini pada kebiasaannnya hilang minta untuk belajar dan menjadi pemalas dan akhirnya perkara ini boleh mempengaruhi masa depan mereka. Tambahan lagi, mereka yang baharu selesai melakukan kegiatan menghidu gam ini juga selalunya boleh bertindak di luar kawalan dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang lain seperti mengamuk, bergaduh, merempit dan sebagainya.
Salbiah Mohd Yusof : Denda dulu biasa je tapi mak bapa kita tak kisah, tak taulah mungkin mak/bapak kita orang tak berpelajaran tapi bijak dalam mengajar anak orang sekarang terbalik pulak terpelajar tapi anak-anak dibiarkan buat apa saje (terutama cuti sekolah ni) senang hati ke duduk tempat kerja tu anak kat rumah terbiar.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Sumber TKO- 20-12-2017
NUTP tuntut kod etika elak guru 'diserang' Posted on Wednesday, December 20 @ 12:23:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37379 |
Selepas peristiwa melibatkan Azizan Manap atau Cikgu Azizan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendesak pelaksanaan segera kod etika ibu bapa atau penjaga bagi “melindungi guru”.
Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razak berkata kod itu tidak boleh ditangguhkan bagi melindungi guru jika "diserang", seperti mana yang berlaku terhadap Cikgu Azizan, lapor Berita Harian.
Menjadikan kes Azizan sebagai kes contoh, Kamarozaman berharap guru disiplin dapat menjalankan tugas dengan penuh berhemah selepas ini, tidak seperti sekarang yang “seolah-olah tangan mereka telah diikat dari belakang”.
“NUTP sedang menyediakan cadangan kod etika ibu bapa/penjaga untuk dijadikan sebagai panduan atau tatacara ibu bapa ketika berurusan dengan guru.
“Kod etika itu juga nanti akan memastikan maruah dan emosi guru-guru tidak terjejas akibat tekanan berpunca daripada serangan ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap mereka.
“NUTP berharap masyarakat dapat memberi lebih perlindungan kepada guru-guru dalam menguruskan hal-hal disiplin dengan lebih berkesan,” beliau dipetik sebagai berkata.
Mahkamah Majistret Seremban semalam melepas tanpa membebaskan Azizan, 44, guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, daripada pertuduhan mencederakan murid Oktober lalu.
Dia ditahan selepas dikatakan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat dan berulang, antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain.
Sementara itu, NUTP juga mencadangkan semua guru-guru diberi latihan khusus untuk menangani masalah disiplin khususnya bagi kes yang berulang, kes berat atau kritikal.
NUTP juga berharap warga pendidik diberi ruang oleh masyarakat agar dapat mengekalkan keharmonian dalam mendisiplinkan murid di sekolah agar aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dicapai.
'Tak pertahan guru sengaja dera murid'
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock pula menegaskan NUTP tidak akan mempertahankan guru yang sengaja mendera dan mencederakan murid sehingga berlaku pendarahan atau kemudaratan.
Sokongan ibu bapa dan penjaga melalui PIBG terhadap guru dan sekolah mestilah secara sepenuhnya bagi membina keyakinan diri guru dalam mendidik anak bangsa tanpa ada pengaruh luar.
NUTP tahun lalu menyerahkan cadangan kod etika berkenaan kepada Kementerian Pendidikan tetapi sehingga sekarang badan itu mendakwa masih belum ada tindakan.
Kod etika itu antara lain memberi garis panduan kepada ibu bapa dan penjaga apabila masuk ke kawasan sekolah dan berurusan dengan guru dan pihak pentadbir sekolah.
Sumber TKO - 20-12-2017

Pengalaman dihukum di sekolah Posted on Wednesday, December 20 @ 08:42:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37377 |
Kes Cikgu Azizan ini membuatkan saya gigit jari. Saya tidak boleh nak tunding jari cakap siapa yang bersalah walaupun berdasarkan berita, dikatakan pihak pelajar yang bermasalah. Itu berdasarkan pembacaan saya la. Ada juga yang cakap ibubapa pelajar tersebut mengambil tindakan undang-undang disebabkan kecederaan serius - dikatakan Cikgu Azizan menampar pelajar tersebut sehingga berdesing telinga. Terkini yang saya terima, mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan beliau daripada pertuduhan. Walau apapun yang terjadi, ada sesuatu yang kita perlu take note daripada kes ini.
Saya tertanya-tanya kenapa sekarang ni ada sahaja konflik antara guru dan pelajar? Saya tak pasti sekarang apa yang bermain dalam minda pelajar-pelajar dan ibubapa ketika berbuat demikian kepada guru mereka? Di pihak guru pun serupa, jika benarlah pelajar itu dicederakan, adakah ia bertujuan menghukum atau ada sebab lain? Mindset mereka macam mana? Mungkin zaman berbeza, mungkin pengalaman saya berbeza. Jadi saya nak kongsikan jugak la sedikit sebanyak pengalaman saya dihukum semasa sekolah rendah dan menengah. Boleh tahan la jugak banyaknya.
Masa saya sekolah rendah dahulu saya berpindah sekolah sekali. Mula-mula saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdullah (SRKSA), Kuantam, Pahang kemudian berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Bachok (Kemudi), Bachok, Kelantan masa darjah 6. Masa saya sekolah di SRKSA, ada jugak rakan-rakan sezaman saya yang nakal dan pada masa tu, cikgu boleh je hukum murid dan kami pada masa tu tak ambik kisah pun. Saya senaraikan yang saya ingat denda-denda yang saya pernah kena dan kawan-kawan saya pernah kena pada masa sekolah rendah:
1.. Saya ingat dulu ada rakan saya budak India, kena kurung dalam almari sebab nakal. Nama Cikgu tu Cikgu Nasa, sama pulak ngan nama saya kan? Masa tu saya masih dalam darjah 2 (kelas 2 Hijau, tahun 1990). Dalam kelas kami masa tu ada satu almari kayu kosong, saya tak ingat dah kenapa budak tu kena kurung, si mamat India tu meraung la "Cigu, cigu tak mau cigu, tolong cigu". Lepas kena kurung boleh cikgu tu gelak kecil ngan kami, kami pun gelak jugak sebab kelakar. Kena kurung kejap je pun, tak sampai 10 minit. Lepas tu budak India tu tak ambil hati pun, tak mengadu kat mak ayah dia pun, sebab kalau ngadu memang kena tambahan la dari mak ayah dia. Kami pun tak lah nak besar-besarkan isu sebab kami sangat hormat cikgu kami.
2. Ada dulu budak kelas lain yang kantoi beli tikam dan menang tu, cikgu pun beli satu papan tikam tu, gantung kat kepada budak tu, bawak masuk setiap kelas. Cikgu tu bawak budak tu ke setiap kelas hokey.. lawak tu.
3. Ni pun masa darjah 2, saya ni suka buat bising, lepas tu ada cikgu tu lalu, dia kawan ayah saya.. dia masuk terus bedal saya dengan pembaris panjang kuning tu. Tapi saya tak da pun nak merepot-repot kat ayah saya sebab saya tahu kalau saya repot, saya akan kena lagi teruk kat rumah.
4. Teringat masa darjah 4, sebelum cuti sekolah, cikgu Bahasa Melayu ada bagi kerja rumah sebelum cuti sekolah. Dia nak setiap orang poskan dia satu surat tidak rasmi setiap sorang sebab masa tu belajar pasal karangan surat tidak rasmi. Dia bagi alamat. Masa cuti tulis surat dan pos kepada beliau. Lepas cuti kalau siapa tak pos kena lari keliling padang. Masa cuti sekolah tu saya balik Kelantan. Jadi saya tulis surat tu. Cerita la pengalaman balik kampung dan sebagainya dalam surat tidak rasmi tersebut. Lepas je cuti sekolah (2 minggu kalau tak silap), cikgu panggil nama sorang-sorang yang tak pos surat kena lari keliling padang, 5 round kalau tak silap. Ada kawan tu anak cikgu sekolah tu jugak pun tak tulis surat tu. Dia pun kena round padang, tapi takda isu pun.
5. Masa darjah 5, masa antara matapelajaran, masa tu cikgu tak datang lagi, kami bising dengan budak kelas sebelah. Lepas tu datang cikgu lelaki, suruh beratur depan kelas dapat penampar sorang satu. Pedih jugak dapat penampar tu. Tapi kami tak berdendam pun sebab tu salah kami.
6. Yang ni saya ingat masa kat Kelantan sebab saya pindah sekolah Kelantan masa darjah 6. Sebab kami akan menduduki UPSR masa tu, memang selalu buat latih tubi. Untuk matapelajaran Bahasa Melayu, kalau latih tubi tu dapat kurang dari 80% (A) akan kena rotan, so saya pernah la kena. 2-3 kali jugak. Rotan kat tapak tangan guna rotan nipis tu. Sekali 'piap' je. Tapi pedih, memang terasa sampai habis sekolah. Tapi kami tak berdendam dan merepot pun. Bila dapat A dalam UPSR, kami pegi jumpa cikgu tu cakap terima kasih. Nama cikgu tu Cikgu Zawawi, saya masih ingat.
Ni pengalaman masa kat sekolah menengah pulak. Sekolah menengah saya berpindah sekolah 3 kali. Mula-mula saya bersekolah di Sekolah Menengah Bachok (1 minggu), lepas tu berpindah ke Sekolah Menengah Dato' Ismail (2 minggu) lepas tu pindah lagi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher sampailah saya habis SPM. Dalam 2 sekolah menengah pertama tu, takda kena apa-apa sebab 3 minggu je. Yang sekolah ke-3 tu adalah kena hukum ngan cikgu tapi atas kesilapan sendiri jugak. Saya tak ada berdendam apa-apa pun dengan Cikgu, malah jadi kamcing pulak terutama sekali bila dah masuk Tingkatan 5.
1. Masa tingkatan 1 saya pernah tolak kawan tu jatuh katil. Bengkak kepala dia. Ada orang report kat PK Ko (Penolong Kanan Ko-Kurikulum), Ustaz Mahadi nama dia. Dia panggil saya, kena 'tipah' (saya tak tahu perkataan sebenar, tapi tempeleng kena belah belakang kepala tu). Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Kena maki. Tapi saya tak da pun nak mengadu kepada keluarga.
2. Tingkatan 2, saya ingat saya tak siap kerja rumah Kemahiran Hidup. Kena rotan halus tu lagi. 3 kali. Adessss...
3. Tingkatan 2 jugak, masa ni lambat pegi mandi nak pegi 'Prep'. Keluar bilik air Ketua Warden dah siap standby dengan batang penyapu libas kat punggung sorang-sorang. Sakit makkk...
Lepas tu saya dah tak kena hukum dah sebab dah pandai cover. Tapi ni saya tengok orang lain kena dengan cikgu sebab masalah disiplin dan kenakalan.
1. Ada kena rotan depan semua. Dia panggil 'Public Canning' sebab hisap rokok. Yang merotannya cikgu disiplin. Ada dalam 5 orang kalau tak silap. Tapi tak da isu selepas tu.
2. Selalu masa perhimpunan, masa pengetua berucap, kalau ada yang bercakap, pengetua akan panggil berdiri di depan.
3. Masa tingkatan 5, saya dilantik sebagai exco asrama. Ada satu kes tu budak Tingkatan 3 kantoi mencuri duit tabung Kadet Polis di sekolah. Setelah disoal siasat, budak tu mengaku. Memang kena belasah dengan ketua warden. Tapi selepas tu tiada isu sebab ibubapa budak tu pun tahu anak mereka bermasalah.
4. Masa tingkatan 5, masa kelas, PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) datang dan panggil semua exco asrama ke pejabat beliau. Apabila masuk bilik mesyuarat bersebelahan dengan pejabat PK HEM tu, terkejut kami (exco asrama) sebab semua budak Tingkatan 3 yang tinggal di asrama ada di situ. PK HEM cakap mereka tak mengaku buat bising masa Prep sebab ada seorang warden perempuan menyuruh mereka agar tidak membuat bising masa Prep, tapi ada beberapa orang pelajar yang mengejek warden tersebut dan warden tersebut melapor ke PK HEM. Untuk pengetahuan, PK HEM pada masa tu ketua warden, memang kena paksa la siapa yang buat bising. Budak-budak ni kan jenis setiakawan, memang tak mengaku. Last-last ada yang mengaku. Sebab tak tahan tengok kawan-kawan depa kena bantai. Yang kelakarnya, PK HEM bantai budak-budak tu sambil senyum, kami berdiri situ je sebab PK HEM nak kami jadi saksi.
Yang penting selepas kesemua peristiwa-peristiwa di atas, tiada pun ibubapa datang menyerang guru di sekolah, tiada pun tindakan undang-undang diambil ke atas guru tersebut dan tiada pun pelajar-pelajar masa tu bawak geng nak bantai cikgu-cikgu terbabit. Sebab apa? Sebab kami hormat cikgu dan kami tahu kami bersalah. Dan juga kepercayaan ibubapa kepada guru sangat mustahak. Saya tak tahu bilakah undang-undang yang mengekang guru ini dikuatkuasakan? Saya rasa zaman saya dulu tak da pun. Paling tidak guru disiplin memang ditakuti oleh pelajar-pelajar. Tapi depa tak la nak cari pasal sesuka hati. Mereka akan bertindak jika adanya perlanggaran peraturan, masalah disiplin dan sebagainya.
Guru ni orang yang mengajar kita, memberi ilmu. Seharusnya kita hormat mereka. Jangan sakiti hati mereka. Merekalah ibubapa kita di sekolah. Keberkatan ilmu itu ada dengan mereka. Mereka bukanlah hendak menghukum sesuka hati. Siasatlah mengapa mereka berbuat sedemikian. Mereka tidak mahu anda gagal. Mereka nak kita jadi orang yang berguna.
Kalau adapun guru yang ada masalah, barulah boleh diambil tindakan sewajarnya. Masa saya sekolah dulu pun ada juga guru-guru bermasalah, seingat saya 2 orang sepanjang saya bersekolah menengah. Tapi tak bolehlah sebab tu terus hilang hormat kepada semua cikgu. Tak ramai guru bermasalah. Yang selalu mendatangkan masalah adalah murid-murid atau pelajar-pelajar juga.
Kepada ibubapa, jangan percaya anak-anak anda bulat-bulat walaupun mereka seperti malaikat di rumah. Kena ambil tahu perkembangan anak-anak anda di sekolah. Jangan apabila dah ada kes, baru nak datang sekolah serang guru. Jangan 'campak' je anak-anak ke sekolah dan mengharapkan produk akhir.
Guru pun ada hak juga. Kalau pelajar datang serang, tak kan nak duduk diam senyum je. Kalau kena ludah, nak sapu je air liur tu? Kalau kena pukul, takkan nak diam je kat situ tanpa berbuat apa-apa tunggu lebam lepastu baru nak report polis? Adakah ini tatacara yang betul? Pejam mata sahaja? Boleh Kementerian tunjukkan tatacara kalau diserang oleh pelajar? Atau tatacara bertindak kalau diserang oleh ibubapa? Atau geng-geng pelajar? Atau geng-geng ibubapa?
Undang-undang yang digubal seharusnya adil untuk para guru juga, bukan hanya pelajar. Guru ni bukan hamba pelajar.
Oleh: Aizen Nasa (watcher)
Ibu murid dilempang akan saman guru, dakwa ada bukti Posted on Wednesday, December 20 @ 08:20:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37376 |
PETALING JAYA: Ibu kepada murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai berkata pihaknya akan memfailkan saman terhadap Azizan Manap, selepas tuduhan terhadap guru sekolah itu digugurkan semalam di sebalik sokongan ditunjukkan warga guru.
Ibu kepada Muhammad Zainul Danish Zaridin, yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 45 berkata keluarganya terkilan apabila mahkamah memutuskan untuk melepaskan guru itu, yang dituduh mencederakan anak bongsunya berumur 11 tahun.
Mas mendakwa mempunyai bukti anaknya mengalami kecederaan serius termasuk gambar dan laporan perubatan.
“Pipi anak saya merah manakala telinganya berdesing akibat ditampar. Pegawai perubatan yang merawatnya juga mencadangkan supaya membuat laporan polis kerana kecederaan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, Sinar Harian memetik ayah murid itu sebagai menafikan sebarang rancangan mengambil tindakan mahkamah.
“Kami sudah terlalu tertekan dengan apa yang berlaku dan saya rasa tumpuan ketika ini adalah untuk pulih daripada trauma akibat tekanan yang kami hadapi.
“Jadi tindakan saman sivil bukan sebahagian daripada perkara yang kami akan ambil buat sekarang,” katanya.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret Seremban menggugurkan tuduhan di bawah Kanun Keseksaan terhadap Azizan, tanpa membebaskannya.
Azizan berkata beliau sudah “memaafkan” murid berkenaan dan keluarganya.
Pihak sekolah mendakwa murid itu terlibat dalam pelanggaran disiplin, termasuk menghidu gam dan membuli.
Bagaimanapun, Mas mendakwa keluarganya tidak pernah dimaklumkan mengenai masalah disiplin itu.
“Kami hanya tahu anak kami dikatakan ada masalah disiplin selepas kejadian dia ditampar oleh cikgu berkenaan. Itu pun selepas kami bertanya mengapa tampar anak kami sampai begitu sekali,” katanya.
Azizan didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 April lalu. Dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri Zainul.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Sumber TKO - 20-12-2017
'Cikgu Azizan, kami di belakang anda' Posted on Monday, December 18 @ 18:14:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37346 |
“ANAKKU Sazali tidak akan berulang.” Itu pendirian Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak Md Fakarudin Ab Rahman apabila ditanya mengenai kes guru sekolah itu, Cikgu Azizan atau Azizan Manap, 44, yang tular di Facebook (FB).
Menurutnya, pihaknya mewujudkan solidariti menyokong Cikgu Azizan selepas mengetahui guru itu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memukul muridnya pada Oktober lalu.
Beliau tidak menyangka ia mendapat sokongan secara meluas bukan saja dari ibu bapa, tetapi juga penduduk sekitar dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan menjadi tular di FB.
"Saya memulakan solidariti menyokong Cikgu Azizan bukan kerana nak jadi hero, tetapi menghormati guru sebagai pendidik. Sokongan itu bukan bersifat peribadi sebaliknya demi melihat kemenjadian murid mendepani aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).
"Dalam hal ini, kita bukan mahu mencari salah sesiapa tetapi sekadar memberi sokongan. Kalah atau menang bergantung kepada keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Md Fakarudin berkata, pihaknya turut mewujudkan hashtag buat guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu seperti #pray4cikguazizan dan #anakkusazalitidakakanberulang.
Katanya, solat hajat dan taklimat turut diadakan di Masjid Al-Azim Taman Semarak, Nilai, selepas solat Isyak malam tadi dan kira-kira 100 orang terdiri daripada ibu bapa, ahli kariah dan NUTP hadir.
Beliau menjangkakan 300 guru, ibu bapa dan masyarakat setempat hadir memberi sokongan kepada Cikgu Azizan yang akan menghadapi perbicaraan kes di Mahkamah Majistret Seremban, esok.
Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan dalam kenyataan menzahirkan simpati terhadap apa yang berlaku kepada Cikgu Azizan.
Jelasnya, iGuru memberi sokongan penuh dan bersolidariti kepada guru terbabit atas usahanya mendidik dan mendisiplin murid.
"iGuru berharap ibu bapa dan mahkamah dapat menyelesaikan isu dengan penuh bijaksana dan harmoni serta adil. iGuru berharap ibu bapa tidak terburu-buru membuat pendakwaan dan sewajarnya mencari jalan muzakarah atau perbincangan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya menggesa warga guru menjaga imej dan profesion agar martabat guru dihormati dan disegani.
Sumber TKO - 18-12-2017
Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan Posted on Saturday, December 16 @ 22:56:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37326 |
Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.
Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.
Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.
Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:
- Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.
- Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa)
- Masa: 8.30 pagi
Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.
Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizan tabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.
Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat? Hukuman apa yang guru boleh kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid di dalam SSDM sahaja..
Buat ibu bapa, usahlah selalu menangkan anak, seperti mana anda mahukan anak menjadi insan yang baik, begitu jugalah cikgu yang mahu melihat anak muridnya menjadi murid yang baik dari segi akhlaknya.
Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.
Saya menyokong Cikgu Azizan:
Ya, menyokong dan mendoakannya.
Berkecuali.
Saya menyokong Cikgu Azizan:
Ya, menyokong dan mendoakannya. 7979 ( 99.81 % )
Berkecuali. 15 ( 0.19 % )
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH:
Sumber TKO - 16-12-2017
Zaid: Mewajibkan Solat ke atas pelajar hanyalah satu lagi drp perkara bodoh Posted on Tuesday, December 05 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37173 |
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mengkritik tindakan pegawai pendidikan daerah di Pahang yang mengarahkan sekolah di Kuantan mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah.
Bekas menteri itu merujuk kenyataan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar yang dipetik Bernama Rabu lalu sebagai berkata, sembahyang antara salah satu pengisian utama pihaknya membina perwatakan warga sekolah, khasnya di kalangan pelajar.
“Mewajibkan sesi sembahyang ini ke atas pelajar hanyalah satu lagi daripada banyak perkara bodoh pendidik kita lakukan kepada pelajar kita.
“Ritual agama diamalkan setiap hari di sekolah kita adalah satu kegagalan dan mereka akan terus gagal membina perwatakan dan menyemai nilai baik dalam kehidupan.
“Anda mahu membina perwatakan? Maka ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras,” tulisnya dalam blognya hari ini.
Razali dilaporkan berkata, solat berjemaah juga boleh membantu memperkukuhkan ketahanan diri pelajar daripada terbabit dalam kegiatan negatif dan masalah sosial.
“Demi kecemerlangan murid-murid, kita meletakkan 5 fokus utama iaitu pembinaan karektor, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, pemimpin pertengahan (guru) dan bijak sifir.
“Untuk itu, setiap sekolah menganjurkan solat berjemaah di kawasan sekolah dan untuk itu (solat) jangan sempitkan pemikiran untuk membina surau baharu atau besarkan,” kata Razali.
Bagaimanapun, Zaid berkata, “ritual” sedemikian membebankan pelajar yang menurutnya sudah melakukan “ritual lain”.
'
“Ritual ini tidak dapat membantu pelajar Melayu menjadi lebih berpendidikan, memahami tanggungjawab peribadi atau lebih berdisiplin.
“Ia tidak perlu dan tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada persekolahan abad ke-21. Saya juga bersetuju dengan Abdul Razak Baginda yang berkata kita mempunyai ‘terlalu banyak agama’ di sekolah kita.”
Pada 28 November lalu, Razak dalam forum bertajuk “Pendidikan Malaysia: Ke Mana Arah Tuju kita” berkata, peningkatan pengaruh agama di sekolah memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan.
“Pengaruh agama telah merayap, mengeluarkan sisi buruknya di sekolah dan institusi pendidikan kita. Ia mempunyai kesan negatif.
“Agama kini terlalu menonjol di sekolah, tetapi tiada seorang pun ahli politik berani mempersoalkan kesan buruk daripadanya kerana bimbang digelar anti-Islam,” kata penganalisis politik yang mengetuai badan pemikir, Pusat Hal Ehwal Sedunia (Icon).
Ambil guru baik
Zaid berkata, Kementerian Pendidikan perlu mengelak daripada “melaksanakan pelbagai tanggungjawab agama ke atas pelajar”.
“Beri mereka pendidikan yang betul. Tak mengapa jika ada yang tidak layak menjadi imam.
“Mula ambil guru yang baik, bukan mereka yang hanya tahu tentang ritual agama, tetapi pendidik yang pandai dalam pelbagai disiplin akademik.
“Dengan cara itu, pelajar yang kebanyakannya berasal daripada golongan berpendapatan rendah berpeluang cemerlang seperti rakan mereka yang kaya di sekolah swasta.”
Beliau turut mendakwa peningkatan ritual agama di sekolah ialah satu lagi petanda “pemimpin Umno, pendidik dan pegawai hilang akal”.
“Ia jelas menunjukkan mereka tiada minat atau kemahiran lain untuk disampaikan kepada pelajar. Pendidik ini nampaknya tiada kemampuan apabila bercakap mengenai pendidikan moden.
“Hanya agama dan tuhan yang memberi mereka sesuatu untuk dikatakan kerana kedua-dua subjek tidak memerlukan standard kecekapan dan tiada persekitaran kompetitif untuk cemerlang.”
Katanya, untuk pendidik sedemikian, ritual mudah dilaksanakan kerana mereka boleh meletak unsur ketakutan ke atas pelajar, tanpa perlu mereka memahami keseluruhan prosesnya.
“Mungkin pendidik ini tidak tahu apa maksud pembinaan perwatakan. Mungkin mereka sibuk cuba memuaskan hati ahli politik Umno sehingga mengabaikan kerja mereka dan lupa apa yang baik untuk pelajar.”
Dahulu tiada polis moral
Zaid bagaimanapun memuji kejayaan umat Islam dalam pelbagai bidang beberapa dekad dulu.
“Lelaki dan wanita generasi terdahulu tidak mempunyai tahap atau keamatan ritual agama hari ini, sama ada di sekolah atau tempat awam.
“Tiada polis moral yang akan mencari mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat atau bersama gadis di pusat joget.
“Mereka bagaimanapun melakukan dengan baik sebagai penjawat awam, hakim, wartawan, anggota polis dan pemimpin politik.”
Katanya, ini kerana orang seperti itu bangga dengan profesionalisme dan memahami kehormatan dan integriti untuk berkhidmat kepada orang ramai.
“Mereka hidup secara sederhana. Ia bukan cara mereka untuk menayang ketakwaan. Itulah karektor.
“Pengajaran hidup boleh dipelajari di banyak tempat, pelbagai cara dan daripada ramai orang kerana pembinaan perwatakan lebih daripada sekadar membaca ayat-ayat.”
Sumber TKO - 5-12-2017
Bicara Akhlak - Perkara Besar Yang Dipandang Kecil Posted on Tuesday, December 05 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37172 |
Ada kalanya redha dengan kehidupan yang susah dan sederhana itu lebih baik dari hidup mewah yang menjadikan kita togho (melampau) dan akhlak jadi tidak tentu hala.
Ketika hidup orang Melayu di tahap susah dahulu, masing-masing tahu berjimat. Baju dan buku sekolah tetap dipelihara untuk diguna semula. Kalau tidak untuk diri sendiri, mungkin untuk adik beradik, saudara mara atau jiran tetangga.
Apabila tabiat buruk ini tidak dicegah ketika ia bermula sedikit masa dahulu, kini tabiat ini sudah membentuk habitat.
Ya... habitat pelajar yang sudah tidak lagi terdidik... yang sudah tidak lagi kenal batas jantina.., sudah jadi sombong dan pemboros.
Semua ini ada kaitan dengan kemewahan rezeki yang telah Allah kurnia. Lihat sahaja motosikal dan kereta yang diberikan ibubapa, lihat sahaja jenis gajet mereka.
Semua ini ada kaitan dengan sikap liberal dan 'tidak apa' oleh ibubapa, saudara mara dan jiran tetangga. Sekarang ini nak tegur mereka pun sudah tidak berani.
Sekarang ini guru disiplin, ketua kampung, imam masjid bahkan saudara mara sendiripun cuma boleh 'tengok' sahaja mereka bercengkerama, bahkan merokok di depan pagar sekolah.
Itu belum masuk lagi 'acara' gila selepas habis periksa. Lelaki perempuan sewa hotel atau berhimpun di 'private house' yang di'hadiahkan' oleh ibubapa. Beramai-ramai mereka meraikan 'hari akhir' persekolahan selepas SPM.
Apabila diserbu, ada yang dengan selamba saja menempelak penguatkuasa yang itu adalah hak 'peribadi' mereka.
Dengan rokok dan arak di tangan, dengan pakaian tidak cukup kain dan lelaki perempuan ramai-ramai duduk 'bersentuhan' rapat-rapat di atas katil, mereka masih katakan itu hak peribadi mereka???
Inikah anak-anak 'pintar' yang sudah sangat yakin dan terjamin akan masuk universiti selepas SPM? Pasti benarkah yang mereka ini tidak akan masuk sekolah lagi (mungkin perlu tingkatan 6) sehingga pakaian sekolah harus dimusnah?
APAPUN JANGAN TERKEJUT DENGAN SEMUA INI KERANA PELBAGAI TARIAN SEKSI, LAKONAN LUCAH, NYANYIAN CINTA BERAHI SUDAH PUN DI'AJAR'KAN DAN DIPERSEMBAHKAN DALAM ACARA RASMI SEKOLAH. TENTUNYA ITU LAH JUGA 'MINAT' SANG GURU.
ADA YANG BARU NAK ANJURKAN SOLAT BERJEMAAH DI SEKOLAH PUN SUDAH DITENTANG DENGAN LANTANG.
Sesungguhnya kita sudah tiada masa untuk berpolitik tentang ini. Yang perlu hanyalah tindakbalas segera untuk mencegah dan memberhentikan segalanya.
WARGA PRIHATIN
Kredit untuk mereka yang mengengahkan isu ini berserta gambar-gambar sebagai bukti. Semuga ia mampu mengetuk pintu hati ibubapa dan generasi muda kita.
Sumber TKO - 5-12-2017
Bantahan Solat Sebelum Pulang Sekolah Sebagai Emosional Posted on Tuesday, December 05 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37153 |
KUANTAN - Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyifatkan sebagai emosional bantahan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim terhadap arahan mewajibkan pelajar Islam sekolah di daerah Kuantan solat Zohor berjemaah sebelum pulang.
Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata, bantahan itu dibuat tanpa memahami secara mendalam tentang perkara berkenaan.
"Sepatutnya perkara ini disokong oleh semua pihak kerana ia membantu membentuk keperibadian pelajar, malah saranan itu adalah bertepatan dengan tuntutan agama Islam sendiri yang mewajibkan penganutnya solat lima waktu.
"Lebih-lebih lagi jika boleh melakukannya secara berjemaah, sudah pasti ia lebih baik dan ini juga merupakan sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjadi pemimpin... mereka juga akan dilatih sebagai imam atau bilal oleh ustaz sekolah masing-masing bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Sabri juga berkata arahan itu tidak menjejas pelajar yang menganut agama lain.
Rabu lalu, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan meminta semua pelajar sekolah di daerah itu menunaikan solat berjemaah sebelum pulang ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri pelajar selain mengelak mereka daripada terlibat dalam gejala sosial.
- Bernama
Sumber TKO - 4-12-2017
Guru Tak Guna Tablet percuma sepenuhnya di sekolah Posted on Monday, December 04 @ 08:25:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37138 |
PETALING JAYA: Para guru yang menerima komputer tablet percuma daripada kerajaan belum menggunakan peranti itu sepenuhnya.
Mereka hanya menggunakan tablet untuk perkara asas seperti nota atau mencari maklumat dakam talian, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak.
Beliau berkata tidak semua guru menerima tablet itu buat masa ini kerana ia sedang diedarkan secara berperingkat.
“Ciri-ciri khas tablet untuk guru melaksanakan pengajaran kreatif belum lagi dilaksanakan dan masih sedang dibincangkan,” katanya.
Utusan Melayu, yang menerbitkan akhbar harian Utusan Malaysia dan Kosmo, diberi kontrak untuk membekalkan lebih 180,000 tablet untuk para guru di seluruh negara tahun ini, menurut Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan.
Tablet itu dipakejkan dengan aplikasi untuk mengakses akhbar syarikat itu dengan mudah.
Bagaimanapun, para guru yang ditemubual berkata mereka belum menggunakan aplikasi itu untuk membaca berita dalam talian.
Nurul Shafiyah Mustafa Kamal, 31, yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Perak, berkata beliau terima tablet itu pada Ogos tetapi tidak menggunakan tablet itu sepenuhnya.
“Kualiti tidak berapa bagus tetapi boleh digunakan untuk kegunaan asas seperti cari maklumat dalam talian atau nota,” kata Nurul.
Nurul akui beliau tidak membaca Utusan melalui aplikasi kerana beliau jarang menggunakan tablet itu dan lebih gemar guna laptop.
Tablet yang dibekalkan itu ialah Lenovo Tab 3 Essential dengan paparan skrin 7 inci dan resolusi 1024 x 600.
Ia berfungsi menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dan 1.3 Ghz pemproses quad-core.
Seorang lagi guru, yang tidak mahu dinamakan dan berkhidmat di sebuah sekolah menengah di Jempol, Negeri Sembilan, berkata beliau menggunakan tablet di sekolah tetapi tidak menggunakan tablet itu sepenuhnya di rumah.
“Saya pernah sambungkan tablet itu pada projector semasa mengajar.
“Tablet itu berguna kerana ia mengalakkan guru seperti saya yang keberatan menggunakan peranti elektronik untuk mula menggunakannya. Tablet itu sebenarnya menjadikan kerja kami lebih efisien,” katanya
Bagaimanapun, beliau juga tidak menggunakan aplikasi Utusan dalam tablet itu untuk membaca berita.
Sumber TKO - 4-12-2017
“Tak Salah Conteng Baju Sekolah, Tapi...” Posted on Tuesday, November 28 @ 09:16:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37034 |
PETALING JAYA: Segelintir netizen kurang setuju apabila pakaian seragam sekolah diconteng pelajar, dengan alasan untuk meraikan hari-hari terakhir persekolahan mereka.
Amalan ini dibuat terutamanya oleh mereka yang telah selesai atau masih menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, yang pada masa ini berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi.
Ada netizen berpendapat baju tersebut sekiranya tidak digunakan lagi sebaik-baiknya disedekahkan kepada adik-beradik lain atau mereka yang lebih memerlukan.
Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (Wazan) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Razali Othman berpandangan, tindakan menconteng baju sekolah sebagai kenang-kenangan selepas habis belajar bukanlah satu kesalahan.
Bagaimanapun katanya, ia boleh dilakukan secara 'lebih sopan' tanpa perlu memakai baju yang diconteng itu untuk ditayang secara terbuka di tempat awam.
“Saya berpendapat ia sebagai tanda kenang-kenangan bersama rakan-rakan pada masa akan datang untuk diimbas kembali zaman persekolahan mereka.
“Tak salah conteng baju sekolah, tapi biarlah dengan cara bersopan, disimpan dengan baik dan bukannya dibuang selepas diconteng,” katanya kepada mStar Online.
Pada Isnin, mStar Online melaporkan kisah beberapa gambar baju sekolah lengkap, termasuk tudung yang diconteng dan tular sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Razali berkata, kebiasaannya hanya sehelai baju yang diconteng sebagai kenang-kenangan dan jika pelajar mempunyai lebih dari satu uniform ia boleh digunakan semula.
Sehubungan itu katanya, lebihan baju terpakai itu boleh disumbangkan kepada mereka yang memerlukan sekiranya ia masih dalam keadaan baik.
“Kalau sehelai yang diconteng, ada baki sehelai dua lagi. Kalau masih elok untuk dipakai, lebih baik disumbangkan daripada dibuang begitu saja,” ujar Razali.
Wazan yang ditubuhkan pada 1 Oktober 2016 di bawah Pejabat Naib Canselor UPM, antaranya berfungsi mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap budaya memberi untuk kepentingan ramai, menerusi ibadah wakaf, zakat dan sumbangan umum.
Dalam pada itu, Razali memperkenalkan Projek Baju Sekolah, satu inisiatif Wazan untuk mengumpulkan keperluan sekolah yang terpakai atau baharu.
Selain baju sekolah, katanya, sumbangan itu termasuk kasut sekolah, alat tulis dan buku teks untuk dikumpulkan di kedai percuma atau Freeshop Wazan (FSW).
Beliau menjelaskan, FSW yang terletak di Pejabat Wazan di UPM, Serdang memberikan pengalaman membeli-belah tanpa bayaran kepada golongan tidak berkemampuan bagi mendapatkan barang keperluan mereka.
“Freeshop Wazan bukan saja ada barang sekolah tetapi pelbagai keperluan lain yang disumbangkan oleh pelbagai pihak.
“Ada yang datang bawa anak-anak untuk mendapatkan baju sekolah dan dari raut wajah mereka jelas terpancar kegembiraan dan menghargai pemberian itu," katanya.
Bagaimanapun Razali berkata, setiap sumbangan itu perlu dipastikan masih dalam keadaan baik dan boleh dipakai semula.
Projek Baju Sekolah dikendalikan Wazan bermula dari 13 November sehingga 8 Disember, dengan waktu penghantaran dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.
IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my

Sumber TKO - 27-11-2017
Pendidikan Islam bangunkan manusia secara lengkap Posted on Monday, November 27 @ 08:26:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37010 |
AMPANG: Asas pendidikan negara yang tidak didasari ketakwaan dan acuan al-Quran gagal membangunkan masyarakat seimbang pada intelek, emosi dan spiritualnya, demikian menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar.
Berbeza katanya, pendidikan berteras al-Quran sebagaimana diterapkan di PASTI, akan melahirkan generasi Islam yang cintakan agama, sarat dengan cita-cita menjadi generasi terbaik kerana mengikuti jalan para Sahabat R.A.
Perkara itu dinyatakannya ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Kecemerlangan PASTI Iqra' Taman Melur anjuran PAS Cawangan Tasek Tambahan di Auditorium MPAJ, Pandan Indah, di sini semalam. PAS menurutnya, serius membangunkan sistem pendidikan Islam kerana itu mempunyai rangkaian institusi PASTI di seluruh negara yang ditubuhkan sejak tahun 1987 lagi selain peringkat rendah, menengah dan tinggi seperti SRITI, KIDU dan KUIZM.
Majlis penganugerahan itu turut diserikan dengan persembahan hafazan surah al-Mulk yang merupakan silibus wajib PASTI, selain pertandingan pakaian beragam serta cabutan bertuah.
Sementara itu, Pengurus PASTI Iqra', Abd Jalil Halim memaklumkan, pihak PASTI Ampang menjadi kawasan perintis di Selangor yang memiliki van dalam usaha mengembangkan khidmat kepada masyarakat. Hadir sama pada majlis meraikan 93 pelajar PASTI itu ialah Naib Ketua Pemuda PAS Ampang, Ustaz Mohd Hamdi Husin.
NADZIRAH MOHD NIZAR
HARAKAHDAILY 26/11/2017
Sumber TKO - 27-11-2017
MAKIN maju negara, makin teruk nilai budaya. Nak menangis rasanya bila tengok perangai budak-budak sekolah zaman sekarang ni.
Mana taknya, masih lagi dibangku sekolah sudah pandai melakukan seks serupa orang dewasa yang dah berkahwin. Allahu!
Baru-baru ini dua rakaman video membabitkan sepasang remaja lelaki dan perempuan dipercayai pelajar sekolah kantoi ‘beromen’ menjadi tular di media sosial.
Rakaman berdurasi kurang daripada seminit itu memaparkan pasangan terbabit dilihat sedang melakukan aksi tidak senonoh di sebuah taman permainan kanak-kanak.
Jika diperhatikan betul-betul, remaja lelaki terbabit dilihat sedang menindih pelajar perempuan berkenaan untuk melakukan aksi terkutuk itu.
Menerusi video kedua pula memaparkan aksi remaja perempuan berkenaan dilihat melakukan ‘lancapan’ dengan menggunakan tangan bagi memuaskan nafsu budak lelaki tersebut.
Hmmm…Macam tak percaya la pulak kan budak sekolah zaman sekarang begitu berani buat sampai tahap macam ni!
Insiden yang tidak diketahui masa dan lokasi kejadian itu dilihat telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata antara mereka melemparkan rasa kecewa terhadap sikap remaja pada masa kini.
Dalam pada itu, ramai yang kecewa dan mengkritik tindakan perakam yang dikatakan melampau kerana tidak menegur perbuatan terkutuk berkenaan.
Dalam pada itu, penularan video berkenaan turut menarik perhatian seorang pengendali modul ‘Goodbye Pornography’ dikenali sebagai Mohd Fadhli Othman yang meluahkan rasa kesal berhubung perkara itu.
Menurut Fadhli, dia percaya bagi kes seperti ini, para guru sudah habis baik mendidik namun sistem pendidikan masa kini yang mungkin merupakan faktor remaja gagal untuk menyeimbangkan antara akademik dan akhlak.
Video - https://www.youtube.com/watch?v=s-tIsidJeqg
Video yang viral itu sehingga kini ditonton lebih daripada 31,000 kali di media sosial, namun identiti remaja berkenaan masih tidak dapat dipastikan lagi. – MYNEWSHUB.CC/AM
Sumber TKO - 24-11-2017
KUALA LUMPUR - Pengagihan tablet percuma untuk dijadikan alat bantuan mengajar bagi keperluan 430,000 guru di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Jun tahun depan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata sehingga ini sebanyak 182,712 unit tablet itu yang bernilai RM152 juta telah diagihkan kepada guru-guru di beberapa negeri iaitu Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Selangor dan Perak.
“Pemberian tablet bantuan mengajar ini bertujuan membantu guru mengakses pangkalan data soalan dan memudahkan mereka menyediakan latihan kepada murid-murid dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran,” katanya menjawab soalan tambahan Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) yang bertanya bila pembahagian tablet untuk guru dapat diselesaikan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai liputan jalur lebar di sekolah-sekolah terutamanya di kawasan pedalaman, Kamalanathan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam mencari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
Kepada soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) mengenai peratusan jenis buku paling laris di pasaran, Kamalanathan berkata pada tahun lalu, buku dalam bidang bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menduduki tangga pertama dengan jualan sebanyak 46.04 peratus.
“Ia diikuti bidang sastera, iaitu bidang kedua terlaris sebanyak 26.45 peratus, bidang agama 5.04 peratus, kesihatan 4.79 peratus dan pertanian 4.52 peratus… kelima-lima bidang ini memang popular dan mendapat permintaan masyarakat.
“Selain DBP, Institut Penterjemahan dan Buku Malaysia (IBTM) turut meneribitkan karya daripada 523 penulis tempatan bermula 2012 dan sehingga kini IBTM mempunyai 2,300 penterjemah yang mana hanya 500 daripadanya yang aktif,” katanya.
Kamalanathan berkata pelbagai usaha kini dilaksanakan untuk meningkatkan bilangan penterjemah dalam negara terutamanya dalam bidang kritikal seperti perubatan dan teknologi komunikasi. - Bernama
Sumber TKO - 23-11-2017
KUALA LUMPUR – Langkah untuk memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris di negara ini memerlukan penyelidikan dan perbincangan yang menyeluruh sebelum dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
Beliau berkata ia menjadi topik utama yang akan dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira pertimbangan dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian dan pihak-pihak berkaitan."Sekolah aliran Inggeris telah ditukarkan kepada sekolah-sekolah aliran Melayu iaitu selepas kita mempunyai Akta Pendidikan. Di bawah akta tersebut, kita hanya mempunyai sekolah aliran Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah.
"Mungkin sesetengah pihak meminta supaya sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali, pada akhirnya, mungkin pihak lain tidak bersetuju, jadi kita perlu bersikap terbuka dan berbincang" kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada "Pesta Buah-buahan Tempatan" di bangunan parlimen hari ini.
Bagaimanapun, Chong berkata kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan mempunyai rancangan pembangunan yang jelas untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Melalui Program Dwibahasa (DLP) dan Program Imersif Tinggi (HIP), kita menuju ke arah landasan yang betul. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah ,mengarahkan supaya kita memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Kita juga telah melatih semula 40,000 guru bahasa Inggeris dan mengadakan latihan yang lebih baik untuk guru. Jadi segala-galanya telah digerakkan untuk meningkatkan standard bahasa Inggeris,"kata beliau.
Tinjauan oleh Institut Yusof Ishak (Iseas) Singapura yang dikeluarkan oleh pada 13 Nov mendapati bahawa lapan daripada setiap 10 rakyat Johor mahu sekolah-sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali di negeri ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seperti dilaporkan dalam media juga meminta kerajaan supaya mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris seperti di Singapura, melalui dasar tersebut, republik itu telah berkembang pesat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga berkata bahawa sekolah aliran Inggeris harus diwujudkan semula di negara ini untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar supaya mereka boleh bersaing di dunia yang menghadapi penuh cabaran pada masa depan.
-- BERNAMA
Sumber TKO - 23-11-2017
MASALAH buli dalam kalangan pelajar nampaknya semakin berleluasa apabila ada sahaja individu yang menjadi korban masalah sosial itu.
Terbaharu pada 4 November lalu, seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai dipukul beramai-ramai di sebuah bilik asrama sebuah sekolah yang terletak di Seri Iskandar, Perak.
Ekoran insiden itu, mangsa disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil dan luka di bahagian mata kirinya.
Mangsa dipukul kerana mengaku telah mencuri wang rakannya di tiga bilik berasingan sekolah tersebut. Kejadian ini dilaporkan didalangi seorang pelajar tingkatan lima dan melibatkan beberapa pelajar lain.
Sebelum kejadian, mangsa diminta datang ke sebuah bilik untuk menghadiri perjumpaan kelas. Namun, matanya diikat dengan kain pelikat dan dipimpin seorang pelajar lain sebelum dibelasah.
Ibu mangsa hanya menyedari keadaan lemah anaknya itu pada keesokan hari semasa datang melawat.
Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Remaja tersebut dikatakan mengalami sakit di bahagian perut dan disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil.
Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat pada 8 November lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya telah menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang pelajar 17 tahun.
"Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di hospital berkenaan dan keadaannya bertambah pulih," katanya dipetik Sinar Online.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - MYNEWSHUB.CC/SA
Sumber TKO - 16-11-2017
Seperti diceritakan oleh seorang doktor. Beberapa tahun lalu ada seorang pelajar cemerlang, SPM dapat 10A, dapat jurusan perubatan sebelum “sesuatu” berlaku yang akhirny membawa dia ke tali gantung.. Allahu. Jom baca kisah ni semoga jadi pedoman.
Sumber TKO - 10-11-2017
KUALA LUMPUR - Kegagalan pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seharusnya ditujukan kepada Kementerian Pendidikan.
Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berkata, kerajaan tidak seharusnya menunding jari kepada para pendidik kerana kelemahan sebenar terletak kepada sistem dan dasar pendidikan yang tidak ditambah baik.
"Saya mahu tanya, adakah guru yang mahu memahami apa itu penilaian KBAT? Apakah mereka telah mendapat latihan dan pemahaman secukupnya sebelum ia dilaksanakan?
"Sebab jika guru-guru pun tidak diberi latihan untuk berfikir aras tinggi, bagaimana mereka mahu menyampaikan dan memastikan anak murid menjayakan penilaian KBAT?" soalnya ketika dalam temubual bersama Sinar Online, hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan sebelum ini meletakkan kelemahan guru sebagai punca 60 peratus sekolah berhadapan masalah KBAT yang mula diperkenalkan pada tahun 2013.
Kamalanathan berkata, guru-guru kini sedang dilatih dalam proses lebih memahami penilaian KBAT.
Terdapat beberapa inisiatif yang Kementerian Pelajaran Malaysia lakukan bagi memastikan KBAT dapat difahami semua.
Sementara itu, kata Manivannan lagi, kerajaan sepatutnya merombak sepenuhnya sistem pendidikan yang ada bagi memudahkan sistem pembelajaran di negara ini.
Ini kerana menurutnya, kekerapan menteri mengubah tambah dasar pendidikan yang ada menyebabkan guru dan pelajar ketinggalan dalam menguasai subjek dasar baharu.
"Yang menjadi mangsa adalah pelajar dan murid. Mangsa kedua yang terkesan dengan pelaksanaan penilaian KBAT pula adalah golongan guru.
"Sepatutnya sistem pendidikan kita diubah terus. Kita juga perlu wujudkan dasar baharu di mana ia tidak boleh diubah selama 20 tahun," katanya lagi.
Sumber TKO - 10-11-2017
PETALING JAYA: Pegawai tinggi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghadiri upacara sembelihan seekor kerbau di Tenom, Sabah, hujung minggu lalu sebagai tanda permohonan maaf kepada masyarakat Murut di Sabah, susulan kesalahan fakta mengenai adat kematian Murut seperti diterbitkan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 1.
a selepas Persatuan Murut Sabah (PMS) memutuskan untuk mengenakan denda “sogit” berupa seekor kerbau, sebagai tanda perdamaian kedua-dua pihak susulan permohonan maaf DBP tahun lalu.
Upacara menyembelih kerbau dihadiri Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas, Pengarah DBP Sabah Asmiah Ajamain dan wakil Kementerian Pelajaran, Zainap Derahim dan Yusri Amir, menurut akhbar Borneo Post.
“Kami bersyukur kepada Tuhan atas pertemuan aman ini. Malah setiap bentuk keamanan diterjemahkan berdasarkan adat resam Murut. Kami bersedia memaafkan DBP atas kesilapan itu,” kata presiden PMS, Datuk Rubin Balang, yang juga Ketua Umno Tenom, dipetik akhbar itu.
Sogit merupakan denda yang diamalkan sejak turun temurun, dan dikenakan ke atas mereka yang melanggar adat Murut.
Tahun lalu, DBP memohon maaf selepas protes beberapa pihak di Sabah terhadap kesalahan fakta mengenai upacara kematian Murut.
Sumber TKO - 6-11-2017
PUTRAJAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Pulau Pinang dan Kedah yang kini dilanda banjir akan diteruskan seperti biasa esok.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata, seramai 23,114 calon akan menduduki ujian itu di 159 pusat peperiksaan di Pulau Pinang.
Di Kedah, seramai 34,672 akan menduduki peperiksaan itu di 261 pusat peperiksaan yang disediakan, katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini.
Kamalanathan berkata kementerian sentiasa memantau secara dekat bencana tersebut dan sehingga kini ia tidak menjejaskan persediaan yang dibuat bagi peperiksaan itu dijalankan.
Katanya, beliau juga telah berhubung dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dan Kedah bagi mendapat maklumat terkini banjir dan status persediaan JPN dalam menghadapi bencana banjir di negeri tersebut.
“Di Pulau Pinang, hanya dua pusat peperiksaan terlibat banjir iaitu Sekolah Menengah Mak Mandin dengan 100 calon peperiksaan akan dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Perai.
“Seramai 400 calon di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin akan dipindahkan ke Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin dengan tiga trak polis disediakan bagi membantu dalam membawa calon serta kertas peperiksaan ke sekolah tersebut,” katanya.
Peperiksaan SPM berlangsung sehingga 4 Disember depan di 3,363 pusat di seluruh negara membabitkan 443,883 calon.
Dalam pada itu, 45,303 calon peperiksaan Penggal 3 bakal menduduki STPM 2017 di 683 pusat peperiksaan seluruh negara bermula esok 14 Nov, manakala 50,011 calon pula akan mengambil peperiksaan Penggal 1 STPM 2018 yang dijadual pada 15 hingga 21 November di 670 pusat peperiksaan. – MalaysiaGazette
Sumber TKO - 6-11-2017
Mengulas lanjut, Chang yang juga adalah Setiausaha Pemuda PKR (AMK) berkata, guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian.
“mplikasinya, golongan
pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
“Selain itu, saya juga mendapat aduan bahawa kertas yang dibekalkan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menampung bahan-bahan yang hendak difotokopi untuk diberikan kepada murid.
“Oleh yang demikian, guru perlu menggunakan cara lain untuk mendapatkan dana membeli kertas. Terdapat guru yang menggunakan wang sendiri dalam membeli kertas,” katanya.
Menurut Chang, tugas guru yang semakin rumit dan mencabar pasti mengundang tekanan kepada guru-guru.
“Tugas yang asalnya merupakan satu bentuk tanggungjawab kini dirasakan oleh guru sebagai satu bentuk bebanan kerja.
“Ini pastinya mengundang ketidakselesaan kepada guru-guru. Mereka melaksanakan kerja secara terpaksa dan pastinya hasil kerja guru ini tidak tidak seperti yang diharapkan,” katanya.
Beliau berkata, jika bebanan ini tiada atau dihapuskan, maka sudah pasti setiap guru dapat memberi komitmen serta tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan prestasi pelajar memandangkan berkurangnya beban kerja
Sumber TKO - 30-10-2017
Sumber TKO - 13-10-2017
PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar membuat ujian air kencing terhadap semua pelajar sekolah menengah, susulan pendedahan lebih 500 pelajar Tingkatan 4 dan 5 positif dadah dalam tempoh kurang 3 bulan tahun ini.
Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berkata ia bertujuan menyelamatkan generasi muda daripada terbabit dengan dadah.
Menurutnya, ujian air kencing di sekolah menengah pada masa ini dibuat secara rambang kerana terdapat ibu bapa pelajar yang tidak setuju agar dibuat kepada semua pelajar.
“Ujian air kencing ini dibuat secara rambang sahaja dan ambil budak-budak yang disyaki. Dia tak ambil semua,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan memberi amaran kepada pengetua sekolah yang cuba menyembunyikan masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar mereka.
Beliau mendedahkan sebanyak 554 pelajar sekolah menengah didapati positif dadah dalam tempoh singkat 1 Januari sehingga 15 Mac tahun ini.
Kamarozaman berkata, kebiasaannya pelajar yang akan diambil ujian air kencing adalah mereka yang ponteng sekolah dan merokok.
Tambahnya, ibu bapa perlu membantu pihak sekolah untuk memberikan kebenaran kepada pihak berwajib agar anaknya diberi kelulusan untuk menjalankan ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada menagih dadah atau tidak.
Mengulas amaran yang dibuat Mahdzir kepada pengetua, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali berkata pengetua yang menyembunyikan fakta dan mengelak daripada mendedahkan penyalahgunaan dadah di sekolah melibatkan pelajar atau guru perlu diambil tindakan yang serius.
“Kita mengharapkan satu gerakan pembersihan dilakukan secara besar-besaran. Kedua, pemeriksaan mengejut tentang saringan dan ujian air kencing perlu dilakukan dari semasa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pihak sekolah.
“Dan kita mesti mensasarkan sekolah sifar dadah, jadi bagi mereka yang menyembunyikan, tidak melaporkan kes-kes dadah, satu tindakan serius perlu diambil tindakan,” katanya.
Sumber TKO - 22-4-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Kira-kira 62,000 guru di sekitar Selangor akan menerima komputer tablet yang dilengkapi perisian Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kumpulan Utusan dalam satu kenyataan memberitahu, sebagai permulaan kira-kira 80 guru di Pulau Ketam dan 2,500 guru di daerah Sabak Bernam menerima tablet mereka mulai hari ini.
"Pemberian tablet itu diteruskan ke Selangor selepas Sarawak dan Kuala Lumpur. Tablet yang menjadi milik peribadi guru itu diberikan kerajaan Persekutuan sebagai tanda penghargaan kepada mereka di atas jasa yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.
"Dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah penting untuk mereka meningkatkan kompetensi selain menjadi pemangkin untuk terus kreatif dan inovatif," katanya.
Jelas kenyataan tersebut, tablet yang dilengkapi perisian Tutor Guru itu mengandungi hampir 16,000 soalan pelbagai aras termasuk yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
"Guru boleh mengaplikasikan Tutor Guru untuk mencipta Lembaran Kertas Digital (LKD) yang mengandungi soalan latihan, sumber rangsangan multimedia serta jawapan bagi soalan latihan.
"Kemudahan itu akan memberi ruang kepada guru untuk menggunakan kreativiti mereka bagi meneroka maklumat tambahan dan menggalakkan penglibatan murid di dalam kelas," katanya.
Tambahnya, melalui tablet tersebut guru boleh menjimatkan masa untuk menyediakan kertas soalan dan mereka boleh mempelbagaikan bahan pengajaran dengan lebih interaktif dan meringankan beban tugas guru.
"Pemberian tablet akan diteruskan ke semua daerah di Selangor dan dijangka tamat pada pertengahan Mei ini," katanya.
Sumber TKO - 18-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah menghantar surat tujuk sebab kepada lima guru yang didapati menaiki pentas politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“Kita ini dalam sebuah negara demokrasi. Kita tiada masalah sesiapa mahu sokong siapa. Tetapi yang masalah adalah dia sebagai penjawat awam naik ke pentas pembangkang dan keluarkan ucapan menghentam kerajaan, sedangkan dia adalah penjawat awam.
“Kalau sampai ke tahap itu, itulah yang saya maksudkan baik dia berhentilah daripada menjadi guru,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 peratus’ di sini hari ini.
Semalam, Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.
Beliau berkata semua guru sebagai kakitangan kerajaan tertakluk kepada Perintah-perintah Am dalam perkhidmatan awam dan hal ini berkait dengan salah laku sebagai penjawat awam.
Mahdzir berkata di pihak kementerian, pendekatan yang akan diambil adalah dengan memberi nasihat kepada guru yang terlibat.
“Saya ini pun bukanlah ganas sangat. Kalau boleh saya tak mahulah sampai perlu mengambil tindakan. Kita lebih utamakan ‘engagement’ sekiranya mereka mahu mendengar,” jelas beliau.
Menyentuh tentang kritikan penjawat awam terhadap kerajaan di media sosial, Mahdzir berkata prinsip kerajaan adalah sama iaitu tidak menghalang teguran tetapi janganlah ia sampai digunakan sebagai medan menyebarkan fitnah. – BERNAMA
Sumber TKO - 27-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ALOR SETAR 19 Feb.- Pelajar tingkatan empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk oleh seorang guru displin di sini, baru-baru ini mengakui dia tidak diperlakukan sedemikian sebaliknya hanya diluku pada bahagian dahi kerana memberontak.
KOTA BHARU - Warga sebuah kolej swasta, di sini gempar apabila menemui janin bayi dipercayai lelaki dalam bakul sampah di sebuah bilik di asrama pelajar perempuan kolej tersebut hari ini.
Janin cukup sifat itu yang dibalut dengan plastik itu ditemui oleh warden asrama berkenaan kira-kira jam 3 petang.
Dipercayai sebelum penemuan janin itu, warden asrama terbabit terdengar perbualan beberapa pelajar yang mendakwa ternampak kesan darah di atas katil salah seorang penghuni bilik itu.
Ekoran itu, dia membuat pemeriksaan di bilik berkenaan dan menemui kain cadar dipenuhi darah dalam baldi sebelum menemukan beg plastik berisi janin bayi di dalam bakul sampah di bilik yang sama.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan janin bayi tersebut.
Sumber TKO -8-2-2017

KUALA NERANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada sindiket dadah di negara ini yang semakin berani menggunakan pelajar sekolah untuk menjual bahan terlarang itu kepada pelajar lain.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, berdasarkan rekod, kegiatan tersebut semakin berleluasa di sekolah terutama di sekitar Lembah Klang dan Kedah.
Tegasnya, PDRM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mematahkan modus operandi terbaharu sindiket dadah itu.
“Memang ada dalam rekod kita tetapi ia sebenarnya bukan merekrut mereka (pelajar) sebagai pengedar dadah, tetapi diupah oleh pengedar untuk menjual dadah ini kepada pelajar lain.
“Pelajar ini jika diberi upah aiskrim pun mereka akan lakukan (jual dadah). Kita sedang pantau perkara ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah peringkat Kebangsaan 2017 dan Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad di sini semalam.
Sumber TKO - 6-2-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43504-peperiksaan-sekolah-jangan-gadai-masa-depan-pelajar
PERTUBUHAN Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menjadikan teori pencapaian pelajar melalui peperiksaan yang dilaksanakan di semua peringkat sekolah ini hanya berdasarkan ujikaji atau eksperimen semata-mata apabila memperkenalkan dasar atau format pelajaran dan peperiksaan baharu di sekolah pada masa kini.
Sewajarnya instrumen pendidikan dijadikan asas utama pencapaian pendidikan pelajar melalui peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah dan ianya dibimbangi akan menggadai masa depan pelajar yang melalui proses perlaksanaan peperiksaan yang telah diperkenalkan oleh KPM ketika ianya diperkenalkan tersebut.
Ada pihak berpandangan agar sesuatu dasar atau format yang telah diperkenalkan oleh KPM mestilah melalui proses atau pendekatan sehingga seseorang pelajar yang terlibat daripada awalnya sehingga penghujungnya di dalam sistem formal pendidikan yang dilaluinya. Ini kerana perubahan dalam tempoh pendek tersebut akan menyukarkan semua pelajar dalam tempoh diantara perubahan yang ingin diperkenalkan dan ia akan menyebabkan kegagalan seseorang pelajar mencapai kehendak perubahan yang ingin diperkenalkan seta menyebabkan mereka mencapai keputusan yang mungkin buruk dan kedudukan peperiksaan akan menurun malah memberikan kesan yang agak besar.
ARUS Perak berpandangan agar KPM perlu mengambil pengajaran daripada Sistem Pendidikan Negara dahulu dan menyesuaikannya dengan kehendak masa kini serta mengambil modal daripada negara maju di luar yang boleh diguna pakai di dalam penambah baikikan Sistem Pendidikan Negara kita pada dunia global sekarang ini.
Jangan kita ketepikan kebaikan sistem pendidikan di negara maju yang boleh dipratikkan di dalam negara kita kerana ianya mampu mengubah corak pemikiran terutamanya sifat negatif seseorang itu kepada sikap yang lebih baik iaitu sikap positif. Malah kepentingan pendidikan Islam juga boleh dijadikan teras pendidikan dalam negara kita yang memungkinkan teorikalnya yang telah dipelopori oleh saujana ilmuwan Islam khanya dahulu.
Bagi ARUS Perak, Sistem Pendidikan Negara perlu dipasak dengan kekuatan dalaman dan kebolehan berfikir secara terbuka melalui format pembelajaran mahupun peperiksaan yang diperkenalkan oleh KPM.
Tenaga pengajar ataupun guru dan pelajar mampu mengikutinya dengan mudah dan faham kehendak sistem pendidikan tersebut dan akhirnya bukan sahaja di kertas peperiksaan tetapi suatu modal insan yang lebih berkeyakinan dan mampu mencorak masa depan yang lebih cemerlang lagi. KPM harus berani dengan memperkuatkan Sistem Pendidikan Negara agar mencapai satu paras pendidikan yang lebih baik lagi dan bukanya tunduk dengan teori yang memfokuskan keuntungan semata-mata serta menjadikan pelajar mangsa kepada keadaan mereka di dalam pencapaian peperiksaan mereka semata-mata.
DR RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Timbalan Pengerusi
Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak – HARAKAHDAILY 7/11/2016
Sumber HD - 7-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Mereka faham apa yang mereka inginkan
Pelajar "C" tidak menghabiskan banyak masa untuk kelas yang tidak penting.
Jika anda hendak menjadi seorang juruteknik, sudah jelas yang anda tidak perlu menulis karanngan yang panjang tentang budaya dan percutian anda.
Mereka berhenti mengambil kelas yang diperlukan dan lebih fokus pada pekerjaan yang berkaitan dengan subjek yang dapat membantu mereka ketika kerja.
"The only way to succeed, is to love what you do. Keep looking, don't settle" - Steve Jobs
2. Mereka mendapat pengalaman lebih awal.
Kebanyakan pelajar "C" mula bekerja lebih awal berbanding rakan sebaya yang lain, yang mana gred mereka rendah disebabkan mereka terpaksa ponteng kelas untuk mencari rezeki. Dalam masa yang sama, mereka mendapat pengalaman yang tidak ternilai harganya.
3. Mereka bina rangkaian.
Ketika pelajar "A" sibuk belajar, pelajar "C" berkomunikasi dengan ramai orang setiap hari. Dalam kehidupan sebenar, mengenali orang yang berkedudukan tinggi serta berkebolehan dalam komunikasi akan memberi kesan yang besar dalam kerjaya.
4. Mereka tahu menghayati hidup.
Baik ketika di kolej mahupun kerja, orang yang bahagia lebih berjaya. Mereka lebih mudah didekati dan dapat menceriakan keadaan, dan itulah salah satu kemahiran yang ketua anda mahukan.
5. Mereka mempunyai penyelesaian paling mudah.
Antara kata-kata Bill Gates yang terkenal, "I will always choose a lazy person to do a hard job. Because he will find an easy way to do it".
6. Mereka mengejar impian.
Kebanyakan kisah kejayaan datang daripada perasaan suka akan apa yang mereka lakukan. Apabila anda masuk ke kolej, anda sangat muda dan boleh jadi anda tidak memahami apa yang sebenarnya yang anda inginkan.
Sebagai contoh, Elizabeth Holmes, yang keluar dari Stanford hanya untuk mengejar cita-citanya. Kini, dia jutawan wanita termuda yang membuat perubahan besar dalam perubatan.
7. Mereka faham apa itu kesusahan.
Kejayaan memerlukan kebijaksanaan dari segi emosi, ketabahan, keinginan dan yang paling penting, kemampuan untuk mengatasi kegagalan.
Dalam bisnes ataupun kehidupan, anda akan ada saat jatuh dan bangun walau apa pun gred anda. Pelajar "C" akan lebih berjaya kerana mereka tahu apa itu kepayahan, bermula dengan lulus peperiksaan dan berakhir dengan mencari wang untuk memulakan bisnes.
Sumber TKO - 17-11-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43246-murid-jadi-ujikaji-format-baharu-upsr
KOTA BHARU: Ekoran kemerosotan luar jangka keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, kerajaan perlu mengkaji semula syarat-syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh.
Anggota Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamed berkata kerajaan perlu mengkaji punca kejatuhan mendadak UPSR tahun ini, di mana hanya 1.11 peratus sahaja pelajar memperolehi A penuh.
Sedangkan katanya seramai 452,721 pelajar yang menduduki peperiksaan itu sebelum ini.
“Kerajaan perlu mengambil kira faktor pencapaian pelajar secara keseluruhan dan prestasi pelajar luar bandar terutamanya Bahasa Inggeris.
“Ramai pelajar luar bandar lemah mata pelajaran bahasa Inggeris, tetapi cemerlang subjek lain,” katanya di sini.
Keputusan UPSR yang dikeluarkan hari ini mengejutkan pihak sekolah dan ibu bapa sehingga tersasar daripada jangkaan awal.
Khairiah berkata pencapaian UPSR 2016 tidak boleh dibandingkan keputusan tahun lalu memandangkan perubahan soalan yang bersifat Keupayaan Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
“Kerajaan juga perlu mengkaji kelemahan dari sudut kebolehan tenaga pengajar, alat bantu mengajar dan infrastuktur asas pendidikan terutama di luar bandar,” katanya.
Menurutnya juga kerajaan perlu mengatasi segera kelemahan ketara yang berlaku pada UPSR tahun ini.
“Kita tidak mahu rakyat terbeban bukan setakat ekonomi sahaja, malah bebanan sistem pendidikan boleh membantut mereka keluar dari kemiskinan,” katanya.
Seorang ibu, Nooraisiah Deraman turut melahirkan rasa sedih di atas keputusan UPSR yang diumumkan.
Menurutnya, keputusan yang di luar jangka itu membuatkan anak-anak takut untuk meneruskan pengajian di peringkat menengah.
“Anak-anak kami bahan ujikaji format baharu peperiksaan yang mahu diperkenalkan menteri pelajaran. Inilah kesan perubahan perubahan dibuat tanpa kajian mendalam,” ujarnya.
Beliau berkata, kemerosotan yang berlaku secara jelas menggambarkan kegagalan menteri dan kementerian.
Nooraisiah turut mencadangkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) menilai semula syarat kemasukan ke maahad pilihan memandangkan kemerosotan ketara UPSR tahun ini. - HARAKAHDAILY 17/11/2016
Sumber HD - 17-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A.
Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu.
Selain itu seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C).
Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E.
Gred Purata Nasional ialah 2.96. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata pencapaian calon UPSR 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon tahun lalu.
"Calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
"Keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B, C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D.
"Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran untuk menjawabnya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
DI WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 308 calon memperoleh A dalam UPSR di negeri ini dengan gred purata negeri 2.77.
DI SELANGOR, seramai 1,025 calon memperoleh A dalam semua subjek pada UPSR 2016 di Selangor dengan gred purata negeri (GPN) 2.85. DI KEDAH, UPSR 2016 peringkat Kedah menyaksikan seramai 280 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A.
Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu.
DI PAHANG, seramai 296 daripada 23,351 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua subjek yang diambil.
DI NEGERI SEMBILAN, seramai 247 orang atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh 6A.
DI JOHOR, seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
DI PERAK, seramai 363 daripada 34,713 calon peperiksaan UPSR 2016 di Perak mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.
DI SABAH, seramai 187 calon UPSR 2016 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.29.
DI KELANTAN, seramai 320 calon UPSR 2016 mendapat keputusan cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 peratus.
DI MELAKA, seramai 159 atau 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,261 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu. DI SARAWAK, seramai 284 pelajar atau 0.69 peratus daripada keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil dalam UPSR di negeri ini. DI TERENGGANU, seramai 271 atau 1.33 peratus dari keseluruhan 20,341 calon UPSR di Terengganu memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.
- Berita Harian
Sumber TKO - 17-111-2016

MASIHKAH anda ingat berapa kali dirotan, disuruh berdiri atas kerusi, dipaksa jalan itik di luar kelas, kutip sampah, berdiri di tengah padang dan bermacam-macam lagi hukuman diberikan guru atas kesalahan dilakukan.
Suatu ketika dahulu, mereka yang mengalami ‘kesakitan’ itu tidak akan memberitahu ibu bapa jika dirotan atau didenda oleh guru kerana bimbang hukuman tersebut akan ‘digandakan’ pula.
Namun, lain pula ceritanya pada zaman serba canggih ini apabila ada sebilangan ibu bapa yang tidak dapat menerima ‘hukuman’ daripada guru terhadap anak-anak mereka.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tersebar gambar sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun dr Ismail didenda duduk di atas jalan tar gara-gara lewat datang ke sekolah.
Belum reda dengan kisah itu, tersebar pula kisah mengenai seorang guru yang ditegur oleh ibu bapa pelajarnya gara-gara meminta anak didiknya itu memadamkan papan hitam.
Kebanyakan sekolah di Jepun tidak mempunyai tukang cuci atau janitor iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah dan aspek kebersihan ini dilakukan sendiri oleh pelajar dan guru.
Membersihkan kawasan sekolah sudah menjadi tradisi di Jepun kepada pelajar dari sekolah rendah hingga menengah akan meluangkan masa sapu kelas, bersihkan debu dan tugasannya berbeza mengikut sekoah.
Yumi Tagawa, 44, yang berpindah ke Amerika Syarikat menceritakan pengalamannya ketika belajar di sebuah sekolah di Osaka, Jepun.
Menurutnya, setiap hari dia bersama rakan-rakannya akan mengangkat meja dan membersihkan kawasan bilik darjah serta apabila meningkat dewasa, pelajar akan diarahkan untuk membersihkan tandas.
Pendidikan Tanpa Roh Sahsiah, Remaja Makin Rosak Posted on Friday, November 24 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36965 |
MAKIN maju negara, makin teruk nilai budaya. Nak menangis rasanya bila tengok perangai budak-budak sekolah zaman sekarang ni.
Mana taknya, masih lagi dibangku sekolah sudah pandai melakukan seks serupa orang dewasa yang dah berkahwin. Allahu!
Baru-baru ini dua rakaman video membabitkan sepasang remaja lelaki dan perempuan dipercayai pelajar sekolah kantoi ‘beromen’ menjadi tular di media sosial.
Rakaman berdurasi kurang daripada seminit itu memaparkan pasangan terbabit dilihat sedang melakukan aksi tidak senonoh di sebuah taman permainan kanak-kanak.
Jika diperhatikan betul-betul, remaja lelaki terbabit dilihat sedang menindih pelajar perempuan berkenaan untuk melakukan aksi terkutuk itu.
Menerusi video kedua pula memaparkan aksi remaja perempuan berkenaan dilihat melakukan ‘lancapan’ dengan menggunakan tangan bagi memuaskan nafsu budak lelaki tersebut.
Hmmm…Macam tak percaya la pulak kan budak sekolah zaman sekarang begitu berani buat sampai tahap macam ni!
Insiden yang tidak diketahui masa dan lokasi kejadian itu dilihat telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata antara mereka melemparkan rasa kecewa terhadap sikap remaja pada masa kini.
Dalam pada itu, ramai yang kecewa dan mengkritik tindakan perakam yang dikatakan melampau kerana tidak menegur perbuatan terkutuk berkenaan.
Dalam pada itu, penularan video berkenaan turut menarik perhatian seorang pengendali modul ‘Goodbye Pornography’ dikenali sebagai Mohd Fadhli Othman yang meluahkan rasa kesal berhubung perkara itu.
Menurut Fadhli, dia percaya bagi kes seperti ini, para guru sudah habis baik mendidik namun sistem pendidikan masa kini yang mungkin merupakan faktor remaja gagal untuk menyeimbangkan antara akademik dan akhlak.
Video - https://www.youtube.com/watch?v=s-tIsidJeqg
Video yang viral itu sehingga kini ditonton lebih daripada 31,000 kali di media sosial, namun identiti remaja berkenaan masih tidak dapat dipastikan lagi. – MYNEWSHUB.CC/AM
Sumber TKO - 24-11-2017
Pemberian tablet kepada 430,000 guru dijangka selesai Posted on Thursday, November 23 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36953 |
KUALA LUMPUR - Pengagihan tablet percuma untuk dijadikan alat bantuan mengajar bagi keperluan 430,000 guru di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Jun tahun depan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata sehingga ini sebanyak 182,712 unit tablet itu yang bernilai RM152 juta telah diagihkan kepada guru-guru di beberapa negeri iaitu Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Selangor dan Perak.
“Pemberian tablet bantuan mengajar ini bertujuan membantu guru mengakses pangkalan data soalan dan memudahkan mereka menyediakan latihan kepada murid-murid dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran,” katanya menjawab soalan tambahan Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) yang bertanya bila pembahagian tablet untuk guru dapat diselesaikan.
Menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai liputan jalur lebar di sekolah-sekolah terutamanya di kawasan pedalaman, Kamalanathan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam mencari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
Kepada soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) mengenai peratusan jenis buku paling laris di pasaran, Kamalanathan berkata pada tahun lalu, buku dalam bidang bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menduduki tangga pertama dengan jualan sebanyak 46.04 peratus.
“Ia diikuti bidang sastera, iaitu bidang kedua terlaris sebanyak 26.45 peratus, bidang agama 5.04 peratus, kesihatan 4.79 peratus dan pertanian 4.52 peratus… kelima-lima bidang ini memang popular dan mendapat permintaan masyarakat.
“Selain DBP, Institut Penterjemahan dan Buku Malaysia (IBTM) turut meneribitkan karya daripada 523 penulis tempatan bermula 2012 dan sehingga kini IBTM mempunyai 2,300 penterjemah yang mana hanya 500 daripadanya yang aktif,” katanya.
Kamalanathan berkata pelbagai usaha kini dilaksanakan untuk meningkatkan bilangan penterjemah dalam negara terutamanya dalam bidang kritikal seperti perubatan dan teknologi komunikasi. - Bernama
Sumber TKO - 23-11-2017
Langkah Perkenal Semula Sekolah Aliran Inggeris Perlu Perbincangan Menyeluruh Posted on Thursday, November 23 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36942 |
KUALA LUMPUR – Langkah untuk memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris di negara ini memerlukan penyelidikan dan perbincangan yang menyeluruh sebelum dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
Beliau berkata ia menjadi topik utama yang akan dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira pertimbangan dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian dan pihak-pihak berkaitan."Sekolah aliran Inggeris telah ditukarkan kepada sekolah-sekolah aliran Melayu iaitu selepas kita mempunyai Akta Pendidikan. Di bawah akta tersebut, kita hanya mempunyai sekolah aliran Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah.
"Mungkin sesetengah pihak meminta supaya sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali, pada akhirnya, mungkin pihak lain tidak bersetuju, jadi kita perlu bersikap terbuka dan berbincang" kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada "Pesta Buah-buahan Tempatan" di bangunan parlimen hari ini.
Bagaimanapun, Chong berkata kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan mempunyai rancangan pembangunan yang jelas untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Melalui Program Dwibahasa (DLP) dan Program Imersif Tinggi (HIP), kita menuju ke arah landasan yang betul. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah ,mengarahkan supaya kita memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Kita juga telah melatih semula 40,000 guru bahasa Inggeris dan mengadakan latihan yang lebih baik untuk guru. Jadi segala-galanya telah digerakkan untuk meningkatkan standard bahasa Inggeris,"kata beliau.
Tinjauan oleh Institut Yusof Ishak (Iseas) Singapura yang dikeluarkan oleh pada 13 Nov mendapati bahawa lapan daripada setiap 10 rakyat Johor mahu sekolah-sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali di negeri ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seperti dilaporkan dalam media juga meminta kerajaan supaya mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris seperti di Singapura, melalui dasar tersebut, republik itu telah berkembang pesat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga berkata bahawa sekolah aliran Inggeris harus diwujudkan semula di negara ini untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar supaya mereka boleh bersaing di dunia yang menghadapi penuh cabaran pada masa depan.
-- BERNAMA
Sumber TKO - 23-11-2017
Akibat Buli, Pelajar Tingkatan 3 Sukar Kencing Posted on Thursday, November 16 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36772 |
MASALAH buli dalam kalangan pelajar nampaknya semakin berleluasa apabila ada sahaja individu yang menjadi korban masalah sosial itu.
Terbaharu pada 4 November lalu, seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai dipukul beramai-ramai di sebuah bilik asrama sebuah sekolah yang terletak di Seri Iskandar, Perak.
Ekoran insiden itu, mangsa disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil dan luka di bahagian mata kirinya.
Mangsa dipukul kerana mengaku telah mencuri wang rakannya di tiga bilik berasingan sekolah tersebut. Kejadian ini dilaporkan didalangi seorang pelajar tingkatan lima dan melibatkan beberapa pelajar lain.
Sebelum kejadian, mangsa diminta datang ke sebuah bilik untuk menghadiri perjumpaan kelas. Namun, matanya diikat dengan kain pelikat dan dipimpin seorang pelajar lain sebelum dibelasah.
Ibu mangsa hanya menyedari keadaan lemah anaknya itu pada keesokan hari semasa datang melawat.
Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang dan dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Remaja tersebut dikatakan mengalami sakit di bahagian perut dan disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil.
Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat pada 8 November lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya telah menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang pelajar 17 tahun.
"Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di hospital berkenaan dan keadaannya bertambah pulih," katanya dipetik Sinar Online.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - MYNEWSHUB.CC/SA
Sumber TKO - 16-11-2017
Pelajar SPM 10A Tapi Akhirnya Ke Tali Gantung. Kisahnya Sungguh Menyayat Hati Semua Posted on Sunday, November 12 @ 18:44:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36667 |
Seperti diceritakan oleh seorang doktor. Beberapa tahun lalu ada seorang pelajar cemerlang, SPM dapat 10A, dapat jurusan perubatan sebelum “sesuatu” berlaku yang akhirny membawa dia ke tali gantung.. Allahu. Jom baca kisah ni semoga jadi pedoman.
PESAKIT TELAH BUNUH 3 ORANG SEKELUARGA
Ibu bapa acuan akhlak anak-anak. Jika baik acuannya, maka baiklah hasilnya. Begitu jugalah sebaliknya. Mungkin ada yang setuju dengan kenyataan di atas dan ada juga yang tidak bersetuju.
Walau apapun pandangan anda, apa kata anda baca dahulu kisah Puan Nadiah Yusof, tentang seorang remaja yang tersalah memilih jalan dalam kehidupan, walaupun pernah mendapat 10A dalam SPM.
Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian lapan tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua-dua belah tangannya.
Kira-kira tidak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.
Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya.
Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh 3 orang penghuni rumah iaitu isteri, anak berusia 3 tahun dan orang gaji.
RUPANYA PENAGIH DADAH
Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.
Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tidak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya.
Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya. Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah sebelum pecah masuk dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi.
Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di rumah. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.
KISAH HIDUP SUSPEK YANG SANGAT TRAGIS
Bila masuk ke ward, social history lebih terperinci didapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan. Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.
Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada no telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian denngannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.
Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya.
BAHAYA NAJIS DADAH
Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam 2 hari habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.
Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90% (anggaran kasar dan personel) dari kes rogol, sumbang mahram, sodomy malah dadah terhasil dari broken family.
Ketika ini lihat dimana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan. Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang.
Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.
Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat. Siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia. Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.
SUSPEK TU TAK SIAPA DUDUK DEKAT SEHINGGA…
Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih ingat soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari ‘high’, baru sedar dia membunuh tiga nyawa.
“Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh.”
“Sebab kamu manusia, manusia buat silap. Kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.”
Ketika itu saya sebak. Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah & masalah keluarga.
Sumber : Nadiah Nay via khalifahmailonline
Gambar Hiasan..
Sumber TKO - 12-11-2017
Siapa mangsa KBAT - Kementerian, pelajar atau guru? Posted on Friday, November 10 @ 12:51:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36596 |
Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan awal Malaysia diharapkan dapat menambah baik produk yang dilahirkan sekolah-sekolah.
Apa yang kita inginkan, agar para guru dan pelajar kita dapat berubah - daripada pendekatan berasaskan penghafalan teori dan konsep semata-mata, kepada proses pembelajaran yang berlandaskan pemikiran terbuka, kritis dan penuh aplikasi.
Namun naratif yang dicanang oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan mempamerkan kegusaran kementerian bahawa guru-guru kita masih belum bersedia sepenuhnya untuk sistem pendidikan berasaskan KBAT.
Apa lagi yang boleh kita banggakan, jika sejumlah 169 daripada 282 sekolah yang dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (bersamaan 60%), hanya mencapai tahap ‘gagal’ atau ‘memuaskan’ hasil pemeriksaan penarafan amalan terbaik KBAT.
Dan perlu kita ingat, jumlah populasi kajian sebanyak 282, hanyalah sekelumit daripada bilangan keseluruhan 10,180 sekolah di Malaysia pada penghujung Julai 2016 !
Sebelum kita sibuk menyalahkan pihak guru tentang statistik ini, adalah wajar jika kita dapat meneliti implementasi sistem KBAT ini.
KBAT mula disebut-sebut apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 dibentangkan. Tetapi, langkah Kementerian selepas itu kurang jelas, terutamanya dalam memandu para guru dan pelajar ke arah gaya pemikiran yang baru.
Bukanlah sesuatu yang mudah bagi membiasakan barisan guru yang komited dan anak-anak pelajar yang sudah terlalu terbiasa dengan cara pembelajaran lama. Anjakan yang digesa pihak kementerian adalah terlalu mendadak, dan masih membelenggu tenaga pengajar sehingga hari ini.
Bukankah lebih baik jika pihak kementerian menjalankan kajian segenap negara, sebelum mendesak perubahan pola pembelajaran yang mengejut? Dan adakah tindakan susulan sewajarnya diambil bagi membaik pulih sistem pendidikan yang semakin kucar-kacir?
Akhirnya, guru jugalah yang menjadi kambing hitam atas kekurangan KBAT. Bagi saya, ini adalah cara mudah bagi kementerian melepaskan tanggungjawab pada guru atas kelemahan yang timbul.
Mana tidaknya, tugasan guru yang seharusnya tertumpu pada perkongsian ilmu dengan anak-anak, kian ditokok tambah dengan beban kerja yang berterusan.
Tugas pentadbiran, pengisian laporan dan data atas talian, penganjuran aktiviti sekolah, penyertaan kursus dan latihan yang keterlaluan semakin menekan para pendidik. Sehinggakan tugas hakiki sebagai pengajar yang mencambah minda pelajar tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Kerisauan yang dipanjangkan oleh pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) saban tahun tentang beban tugas guru dan polisi pendidikan negara yang kerap berubah, langsung diabaikan kementerian berwajib.
Adakah kementerian lupa, para guru adalah insan paling tepat untuk menilai keberkesanan satu-satu inisiatif pendidikan? Mereka jualah yang bertemu para pelajar setiap hari, ibarat ibu bapa kedua bagi anak-anak yang masih bersekolah.
Oleh itu, saya menyarankan agar pihak kementerian lebih proaktif dalam isu keberkesanan pembelajaran berdasarkan KBAT. Di sebalik tudingan jari yang tidak putus-putus ke arah para guru, dengarilah rintihan mereka tentang kaedah dan cara pelaksanaannya yang mengelirukan dan membebankan.
Latihan dan kursus yang berterusan mungkin tampak ideal pada Timbalan Menteri Pendidikan dan kementerian, namun jangan sekali-kali alpa terhadap kebajikan para pendidik dan kesesuaian inisiatif KBAT terhadap populasi pelajar yang pelbagai.
Di saat kementerian mendokong visi sistem pembelajaran moden seperti kelompok negara dunia pertama, masih ramai yang sengsara dengan akses kepada pendidikan asas seperti membaca dan mengira.
Pandangan saya, para guru perlu dilibatkan sewajibnya di dalam setiap pelan yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan.
Utamakan kualiti pendidikan asas, di samping mengubah gaya pembelajaran baru.
Harus ada fasa-fasa transisi yang jelas dan mudah diikuti, tanpa menambah beban mana-mana pihak.
Dan usahlah sakiti para guru dan pendidik dengan rasa bersalah yang tak putus-putus. Mereka yang patutnya disanjung sebagai wira tauladan, semakin terpalit dengan caci-maki dan ancaman.
Tingkatkan sistem pendidikan kita ke arah kemakmuran berterusan Malaysia, bukan untuk dijadikan mainan politik dan populariti semata.
NURUL IZZAH ANWAR

KBAT: Yang gagal kementerian, bukan guru Posted on Friday, November 10 @ 06:26:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36587&mode=thread&order=0&thold=0 |
KUALA LUMPUR - Kegagalan pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seharusnya ditujukan kepada Kementerian Pendidikan.
Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berkata, kerajaan tidak seharusnya menunding jari kepada para pendidik kerana kelemahan sebenar terletak kepada sistem dan dasar pendidikan yang tidak ditambah baik.
"Saya mahu tanya, adakah guru yang mahu memahami apa itu penilaian KBAT? Apakah mereka telah mendapat latihan dan pemahaman secukupnya sebelum ia dilaksanakan?
"Sebab jika guru-guru pun tidak diberi latihan untuk berfikir aras tinggi, bagaimana mereka mahu menyampaikan dan memastikan anak murid menjayakan penilaian KBAT?" soalnya ketika dalam temubual bersama Sinar Online, hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan sebelum ini meletakkan kelemahan guru sebagai punca 60 peratus sekolah berhadapan masalah KBAT yang mula diperkenalkan pada tahun 2013.
Kamalanathan berkata, guru-guru kini sedang dilatih dalam proses lebih memahami penilaian KBAT.
Terdapat beberapa inisiatif yang Kementerian Pelajaran Malaysia lakukan bagi memastikan KBAT dapat difahami semua.
Sementara itu, kata Manivannan lagi, kerajaan sepatutnya merombak sepenuhnya sistem pendidikan yang ada bagi memudahkan sistem pembelajaran di negara ini.
Ini kerana menurutnya, kekerapan menteri mengubah tambah dasar pendidikan yang ada menyebabkan guru dan pelajar ketinggalan dalam menguasai subjek dasar baharu.
"Yang menjadi mangsa adalah pelajar dan murid. Mangsa kedua yang terkesan dengan pelaksanaan penilaian KBAT pula adalah golongan guru.
"Sepatutnya sistem pendidikan kita diubah terus. Kita juga perlu wujudkan dasar baharu di mana ia tidak boleh diubah selama 20 tahun," katanya lagi.
Sumber TKO - 10-11-2017
Kesilapan buku teks Sejarah, DBP bayar denda sembelih kerbau Posted on Monday, November 06 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36498 |
PETALING JAYA: Pegawai tinggi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghadiri upacara sembelihan seekor kerbau di Tenom, Sabah, hujung minggu lalu sebagai tanda permohonan maaf kepada masyarakat Murut di Sabah, susulan kesalahan fakta mengenai adat kematian Murut seperti diterbitkan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 1.
a selepas Persatuan Murut Sabah (PMS) memutuskan untuk mengenakan denda “sogit” berupa seekor kerbau, sebagai tanda perdamaian kedua-dua pihak susulan permohonan maaf DBP tahun lalu.
Upacara menyembelih kerbau dihadiri Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas, Pengarah DBP Sabah Asmiah Ajamain dan wakil Kementerian Pelajaran, Zainap Derahim dan Yusri Amir, menurut akhbar Borneo Post.
“Kami bersyukur kepada Tuhan atas pertemuan aman ini. Malah setiap bentuk keamanan diterjemahkan berdasarkan adat resam Murut. Kami bersedia memaafkan DBP atas kesilapan itu,” kata presiden PMS, Datuk Rubin Balang, yang juga Ketua Umno Tenom, dipetik akhbar itu.
Sogit merupakan denda yang diamalkan sejak turun temurun, dan dikenakan ke atas mereka yang melanggar adat Murut.
Tahun lalu, DBP memohon maaf selepas protes beberapa pihak di Sabah terhadap kesalahan fakta mengenai upacara kematian Murut.
Sumber TKO - 6-11-2017
SPM, STPM di P. Pinang, Kedah tetap diteruskan esok Posted on Monday, November 06 @ 04:07:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36469 |
PUTRAJAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Pulau Pinang dan Kedah yang kini dilanda banjir akan diteruskan seperti biasa esok.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata, seramai 23,114 calon akan menduduki ujian itu di 159 pusat peperiksaan di Pulau Pinang.
Di Kedah, seramai 34,672 akan menduduki peperiksaan itu di 261 pusat peperiksaan yang disediakan, katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini.
Kamalanathan berkata kementerian sentiasa memantau secara dekat bencana tersebut dan sehingga kini ia tidak menjejaskan persediaan yang dibuat bagi peperiksaan itu dijalankan.
Katanya, beliau juga telah berhubung dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dan Kedah bagi mendapat maklumat terkini banjir dan status persediaan JPN dalam menghadapi bencana banjir di negeri tersebut.
“Di Pulau Pinang, hanya dua pusat peperiksaan terlibat banjir iaitu Sekolah Menengah Mak Mandin dengan 100 calon peperiksaan akan dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Perai.
“Seramai 400 calon di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin akan dipindahkan ke Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin dengan tiga trak polis disediakan bagi membantu dalam membawa calon serta kertas peperiksaan ke sekolah tersebut,” katanya.
Peperiksaan SPM berlangsung sehingga 4 Disember depan di 3,363 pusat di seluruh negara membabitkan 443,883 calon.
Dalam pada itu, 45,303 calon peperiksaan Penggal 3 bakal menduduki STPM 2017 di 683 pusat peperiksaan seluruh negara bermula esok 14 Nov, manakala 50,011 calon pula akan mengambil peperiksaan Penggal 1 STPM 2018 yang dijadual pada 15 hingga 21 November di 670 pusat peperiksaan. – MalaysiaGazette
Sumber TKO - 6-11-2017
Guru terbeban - ADUN Teja tempelak menteri Posted on Monday, October 30 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36312 |
ADUN Teja, Chang Lih Kang hari ini menempelak Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyangkal dakwaan bahawa bebanan kerja guru di sekolah mengakibatkan mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mendampingi pelajar.
Katanya, pemimpin Umno itu bercakap tanpa melihat realiti yang dihadapi guru ketika ini, sebaliknya, hanya berdasarkan apa yang dilihat melalui mata kasarnya sahaja
“Dia (Mahdzir) kena tahu bahawa bebanan guru semakin bertambah apabila mereka terpaksa menjalankan kerja-kerja di luar bidang pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan.
“Bebanan tugas yang berlebihan ini juga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki mereka sebagai pendidik, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja selain terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus,” katanya.
Mahdzir pada 23 Oktober lalu, memetik laporan International Level Organization (ILO), berkata, guru di sekolah-sekolah negara ini tidak terbeban dengan waktu bekerja hakiki seperti peraturan yang ditetapkan agensi antarabangsa itu.
“Dia (Mahdzir) kena tahu bahawa bebanan guru semakin bertambah apabila mereka terpaksa menjalankan kerja-kerja di luar bidang pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan.
“Bebanan tugas yang berlebihan ini juga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki mereka sebagai pendidik, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja selain terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus,” katanya.
Mahdzir pada 23 Oktober lalu, memetik laporan International Level Organization (ILO), berkata, guru di sekolah-sekolah negara ini tidak terbeban dengan waktu bekerja hakiki seperti peraturan yang ditetapkan agensi antarabangsa itu.
Mengulas lanjut, Chang yang juga adalah Setiausaha Pemuda PKR (AMK) berkata, guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian.
“mplikasinya, golongan
pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
“Selain itu, saya juga mendapat aduan bahawa kertas yang dibekalkan oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menampung bahan-bahan yang hendak difotokopi untuk diberikan kepada murid.
“Oleh yang demikian, guru perlu menggunakan cara lain untuk mendapatkan dana membeli kertas. Terdapat guru yang menggunakan wang sendiri dalam membeli kertas,” katanya.
Menurut Chang, tugas guru yang semakin rumit dan mencabar pasti mengundang tekanan kepada guru-guru.
“Tugas yang asalnya merupakan satu bentuk tanggungjawab kini dirasakan oleh guru sebagai satu bentuk bebanan kerja.
“Ini pastinya mengundang ketidakselesaan kepada guru-guru. Mereka melaksanakan kerja secara terpaksa dan pastinya hasil kerja guru ini tidak tidak seperti yang diharapkan,” katanya.
Beliau berkata, jika bebanan ini tiada atau dihapuskan, maka sudah pasti setiap guru dapat memberi komitmen serta tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan prestasi pelajar memandangkan berkurangnya beban kerja
Sumber TKO - 30-10-2017
'Nanti Mak Kata Saya Bodoh' - Rintihan Murid Tahun 1 Yang Meruntun Hati Gurunya Posted on Friday, October 13 @ 14:47:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35851 |
"Mak kata saya bodoh"
Kipas usang dalam bilik darjah ini masih utuh berputar meskipun pelbagai bunyi dikeluarkannya. Tidak laju, namun angin yang dihasilkan cukup untuk membuat mata anak-anak semakin layu. Apatah lagi apabila waktu sudah menginjak ke jam 6 petang.- Kesemuanya seolah-olah sudah tidak bermaya. Termasuklah saya, seorang guru mendekat usia 40 tahun yang masih melompat dan bermain dengan anak-anak tahun satu ini.
Dalam layu mata menahan mengantuk yang amat sangat, tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon dari salah seorang rakan guru yang turut mengajar di tahun 1. Meminta saya untuk segera hadir ke kelasnya.
Beliau sudah menunggu di luar kelas saat saya menghampiri kelasnya. Bercekak pinggang sambil tersenyum. Saya sebenarnya mengkagumi guru wanita ini. Usianya sudah mendekat 50, namun masih gigih bertenaga mengajar anak-anak di tahun 1 ini.
“Akak rasa si Azril tu dah terberak kat dalam seluar,”bisiknya perlahan apabila saya betul-betul berada dekat dengannya.
Begitu berhati-hati dia agar suaranya tidak didengar oleh anak murid-anak murid yang lain. Sangat prihatin dia menjaga aib anak muridnya.
“ Cubalah madi tengokkan”, sambungnya lagi.
Ini seolah-olah sudah menjadi sebahagian tugas ‘rasmi’ku. Menyelesaikan kes-kes murid lelaki yang terkencing atau terberak di dalam seluar.
Perlahan saya mengetuk pintu kelas, memberi salam kepada murid – murid yang sedang tekun membuat latihan.
facebook.com - Image via hannahumairah.blogspot.comGambar sekadar hiasan.
- “Azril, mari ikut cikgu sekejap”, laungku sambil tersenyum ke arahnya. Murid- murid lain sekadar mengangkat kepala memerhatikan Azril dengan perlahan bangun dan berjalan menuju ke arahku. Barangkali tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
Saya membawanya masuk ke tandas lelaki. Mengunci tandas daripada dalam agar tidak ada orang lain yang memasukinya.
“Azril berak dalam seluar ke?” soal saya.
Dia mengangguk lemah. Raut wajahnya menjadi suram kelat. Barangkali menggambarkan betapa secara dalaman beliau sebenarnya amat tersiksa dengan apa yang berlaku.
“ Tali pinggang tak boleh bukak”, sambungnya secara tiba-tiba.
Aku melemparkan senyuman. Tidak mahu aku menekannya lagi dengan wajah ketat atau marah kepadanya. Bagi saya anak-anak dalam keadaan ini sudah tentu menjadi serba salah. Macam- macam barangkali ada dalam benaknya.
Barangkali bimbang di marahi oleh guru kerana tidak ke bilik air untuk membuang air besar. Pasti juga malu kepada rakan sebaya yang lain yang mungkin selepas ini akan mengejeknya kerana berak di dalam seluar. Ya, sudah pasti macam -macam lagi rasa yang bercampur baur. Tidak mahu saya menekannya lagi dengan wajah ketat dan masam mencuka.
“Takpe. Mari kita bersihkan dulu. Nanti lepas ini cikgu akan telefon mak atau ayah kamu untuk ambil kamu dalam sekolah,”pujukku.
facebook.com - Image via Harian News/FacebookGambar sekadar hiasan.
- Serta merta wajahnya berubah. Matanya mula berkaca-kaca. Dadanya mula berombak-ombak. Kembang kempis hidungnya menahan tangis yang ingin keluar.
Dalam teresak-esak itu dia berkata,
“Nanti mak kata saya bodoh lagi, taknak. “
Terpinga-pinga saya mendengar kata-katanya. Saya merendahkan badan mengadapnya.
“Azril, takkan mak nak cakap Azril macam tu, “bangkang saya meragui kata-katanya.
“ Mak cakap kat kawan-kawan dia saya tak pandai. Pergi sekolah tak tahu belajar apa. Tak pandai”, sambungnya dengan esak tangis yang semakin kuat.
“Azril, mak tak cakap Azril bodohkan?”, soal saya inginkan kepastian. Bukan apa kadang-kadang anak-anak memang bijak membuat kesimpulan. Malangnya kesimpulan yang dibuat selalunya menggunakan perbendaharaan kata yang sering mereka dengar dan guna.
“ Tapi mak cakap abang tak pandai. Kat kawan-kawan dia”, sambungnya membahasakan dirinya abang.
“Tak pandai bukan semestinya bodoh. Azril kan baru darjah 1. Belum pandai lagi. Nanti lama-lama kalau Azril belajar betul-betul Azril pandailah,“ jawab saya menenangkannya.
Saya faham kadang-kadang anak-anak ini dengan akal gopoh mereka akan cepat membuat kesimpulan dari apa yang mereka dengan dan lihat. Apatah lagi sekiranya perkara tersebut dilakukan oleh ayah dan ibu mereka.
Saya percaya kadang-kadang ada ibu atau bapa yang bersembang sesama rakan dan secara tak sengaja berseloroh menggunakan perkataan –perkataan yang tanpa mereka sedar memberikan makna yang berbeza kepada anak-anak.
“Entahlah anak aku ni, tak tau dia ke sekolah belajar apa. Tak pandai-pandai”.
“Kau tengoklah anak aku ni, asyik main je. Tu yang tak pandai-pandai tu.
Bahkan ada sesetengah ibu bapa juga yang tanpa rasa bersalah menjatuhkan air muka anak-anak di depan rakan- rakan mereka dengan menggunakan ayat-ayat yang tidak sepatutnya.
“Ok lah kawan, aku jalan dululah. Anak-anak aku kat belakang ni dah macam monyet dah melompat."
facebook.com - Image via ibudoakan.comGambar sekadar hiasan.
- Kawan,
Apa sangat yang anak-anak kita faham mengenai bahasa-bahasa gurauan yang kita gunakan dengan rakan-rakan kita. Anak-anak juga ada maruah dan harga diri. Bukankah dengan menghina mereka sedemikian rupa di hadapan orang lain boleh menjatuhkan maruah dan harga diri mereka. Bukankah kita yang sepatutnya menanamkan rasa bangga dengan diri mereka dan melindungi maruah mereka.
Saya pernah ditegur oleh seorang sahabat yang saya anggap seperti guru saya hanya kerana mengatakan kepadanya bahawa anak saya hantu rambutan. Suka sangat kalau dapat buah rambutan.
“Hantu ni buruk sangat perangainya. Kamu nak anak kamu jadi hantu sungguh ke? Dia dengar apa yang kamu cakap. Tapi dia mungkin tak faham pun istilah main-main hantu yang kamu sebut,”tegurnya yang bagaikan genggaman kuat yang meramas jantung. Pahit tapi itulah kebenarannya.
Azril barangkali salah seorang murid yang sering berhadapan dengan perkara ini. Sehinggakan gurauan ibunya bersama rakan-rakannya turut dianggap serius dan dirumuskan dengan kefahamannya sendiri..
Matanya masih berkaca-kaca. Sambil tangannya terus menjirus-jirus kakinya yang sudahpun bersih.
Saya kembali berdiri mengadapnya. Membantunya menutup pili air dan memimpinnya ke kawasan berlantai kering di dalam tandas murid lelaki. Mengeluarkan persalinan baru dari beg plastik putih dan memakaikan untuknya. Pakaian sekolahnya yang berjeruk basah itu saya masukkan ke dalam beg plastik hijau untuk di bawa balik.
facebook.com
- Kesemuanya seolah-olah sudah tidak bermaya. Termasuklah saya, seorang guru mendekat usia 40 tahun yang masih melompat dan bermain dengan anak-anak tahun satu ini.
-
- Image via Astro AwaniGambar sekadar hiasan.
- “Esok, Azril datang sekolah macam biasa ya. “Nanti cikgu telefon bagitahu ibu elok-elok. Insyaallah ibu tak marah.
Kami berdiri di luar pintu tandas. Sekolah telah mula lengang. Murid-murid lain sudahpun beransur pulang. Dari jauh terkocoh-kocoh kelibat seorang lelaki tinggi lampai menuju ka arah kami. Ayahnya.
Saya bersalam dengan ayahnya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Menunjukkan betapa ketatnya talipinggang yang dijerut sehingga menyukarkannya untuk membuka talipinggang tersebut.
Terselit juga sedikit nasihat untuk menjaga tutur kata dan bahasa di depan anak-anak yang sedang membesar. Bukan bermakna saya yang terbaik atau pandai serba serbi, tetapi kerana inilah suara dari anak-anak kalian yang kalian amanahkan untuk dididik. Lalu kami sampaikan hasrat mereka buat kalian yang mereka letakkan segala pengharapan.
Asmadi Abdul Samad
Suara anak-anak tahun 1
p/s : Di bawah saya kongsikan jenis talipinggang yang selalu buatkan anak-anak terberak dalam seluar. Sangkutnya boleh jadi terlalu ketat sehingga anak-anak gagal membukanya. Kalau bak buang air kecil ok lagi, tapi kalau nak terberak memang malapetaka. Pastikan ianya tidak di ikat terlalu kemas. Labih elok lagi pakai yang jenis ada lubang.
facebook.com - Image via Cikgu Asmadi Samad
- SUMBER: Cikgu Asmadi Samad
Sumber TKO - 13-10-2017
11 Vocational Students Held Over Bullying Cases
ELEVEN more students have been remanded for three days ending Saturday, to facilitate investigations into bullying cases at a vocational college in Kuala Terengganu.
The remand order was issued by the magistrates’ court assistant registrar, Roszita Md Saad.
On Wednesday, 9th August, 15 students from the college were remanded until Saturday for alleged involvement in the bullying of three fellow students, namely two form four students and a form five student.
Terengganu police chief Datuk Aidi Ismail said the 11 students were picked up yesterday from their homes and the college hostel, adding there could be more arrests.
“The bullying incidents were said to have occurred after the (first) two victims refused to follow instructions from the senior students,” he told reporters at the Terengganu International Endurance Park in Lembah Bidong, Permaisuri.
In the 1.30am incident last Tuesday, two 16-year-olds claimed to have sustained body injuries following an assault by several senior students.
One is undergoing treatment at Sultanah Nur Zahirah Hospital.
In the other case, a 17-year-old student claimed to have been beaten up twice by the same group of students while at a surau at 9.30pm and at a dormitory about an hour later on August 6. – Bernama
Sumber BO - 13-8-2017

Saya pasti semua sedia maklum mengenai hasil tinjauan yang dijalankan pada 1996 yang mendapati bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua (2) buah buku secara purata, setahun. Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada 2005 yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PMN) mendapati hasil kajian tidak berubah walaupun hampir sedekad berlalu. Sampai ke hari ini, kita masih uar-uarkan angka dua yang menjadi taboo. Seolah-olah tiada peningkatan. Teruk sangatkah kita? Tapi, tunggu dulu. Laporan statistik Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2010 pula mendapati, purata buku yang dibaca oleh seorang rakyat Malaysia antara dua (2) hingga lapan (8) buku setahun. Hmm, ada peningkatan bukan? Namun, mengikut Prof. Dr. Abdul Jalil Othman, pensyarah Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, mendapati sikap ‘memilih’ bahan bacaan atau membaca mengikut keperluan di kalangan orang muda (berumur 36 tahun ke bawah) yang menyumbang kepada peningkatan purata ini. Bahan bacaan yang bagaimana yang dipilih orang golongan muda ini? Menurut Prof. Dr. Abdul Jalil lagi, ‘budaya memilih bahan bacaan tertentu tanpa berminat untuk membaca bahan ilmiah…’yang menyumbang kepada peningkatan jumlah. Sudah tentunya, peningkatan ini bersifat positif, kan? Tentang jenis bahan bacaan, belakang kira terlebih dahulu. Nah, saya bawakan lagi kajian yang lebih terkini, iaitu kajian interim tahun 2014 oleh Perpustakaan Negara Malaysia telah mendapati bahawa tabiat membaca rakyat Malaysia sebenarnya telah meningkat ke secara puratanya sebanyak 15 buah buku setahun! Peningkatan mendadak sebanyak 750% berbanding kajian pada tahun 2005. Wah, ini bermakna rakyat kita semakin celik ya. Jom kita bandingkan pencapaian Negara kita dengan Negara-negara lain ya. Mengikut kajian tahun 2016 oleh Pew Research Center mendapati secara puratanya rakyat Amerika Syarikat membaca 12 buah buku setahun! Kebanyakan mereka yang membaca merupakan wanita dan dalam lingkungan umur 18 ke 29 tahun! Wah, nampaknya rakyat kita lebih banyak membaca berbanding mereka. Persoalan pertama yang menyentuh kepada nombor atau jumlah, terbukti menunjukkan berlakunya peningkatan yang positif terhadap minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, terutama generasi muda. Hal ini turut diakui Presiden Universiti Terbuka PTS, Puan Ainon Mohd., melalui peningkatan jumlah buku yang diterbitkan mereka iaitu sebanyak 6000 pada tahun 2003, judul ke 14,000 judul pada tahun 2007. Antara faktor utama kepada peningkatan jumlah pembaca boleh dilihat melalui jualan buku besar-besaran yang dianjurkan saban tahun dengan harga yang murah! Kejayaan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) saban tahun, sebagai contohnya, melihat kepada jumlah pengunjung yang ramai (kemuncaknya) pada tahun 2010 iaitu sebanyak 1.5 juta pengunjung, suatu peningkatan yang membanggakan. Atau penganjuran jualan besar-besaran Big Bad Wolf yang dimulakan sejak 2009 dan menjual buku-buku bahasa Inggeris (kebanyakannya) dengan harga serendah RM3 berjaya menarik minat ramai pembaca untuk membeli secara borong. Sekarang, kita beralih pula kepada persoalan kedua, iaitu kualiti bahan bacaan. Kita melihat buku-buku dalam kategori tertentu seperti cinta, kekeluargaan, travelog dan motivasi merupakan antara kategori buku yang popular; malah dikatakan novel-novel Melayu tertentu boleh mencapai jualan melebihi 20 ribu naskhah setahun. Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia, 2014 mendapati majoriti pembaca di Malaysia membaca majalah dan surat khabar, iaitu masing-masing seramai 63% dan 61% orang. Bagi para pelajar, 55% daripada mereka membaca buku akademik dan ilmiah. Seperkara yang menarik ialah 46% responden mendedahkan bahawa mereka turut menganggap media baharu seperti Facebook, Blog dan Twitter sebagai bahan bacaan mereka. Trend baharu pembacaan ini seharusnya kita kaji bagi mendapatkan data yang lebih khusus mengenai tabiat membaca rakyat Malaysia. Melalui kajian ini juga, didapati 80% responden membaca untuk menambah ilmu pengetahuan, manakala 64% responden pula menganggap aktiviti membaca adalah hobi masa lapang mereka. Rakyat Malaysia juga membaca kerana aktiviti ini merupakan sumber hiburan, motivasi, memenuhi tuntutan akademik, menenangkan fikiran dan bagi memajukan kerjaya mereka. Bagi sesiapa yang rajin berkunjung di kedai-kedai buku MPH, anda akan mendapat perbezaan yang ketara antara buku-buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang tersenarai dalam Carta 10 buah buku bestseller / terlaris pada setiap bulan. Perbezaan ini kita boleh lihat melalui genre-genre buku berkenaan, yang mana senarai buku bahasa Inggeris yang mengungguli carta biasanya buku-buku berbentuk pembangunan diri dan motivasi serta buku biografi bagi buku bukan fiksyen, dan bagi buku fiksyen pula, dari pelbagai genre; young adult, thriller, fantasy, poetry, horror, politics, dan sebagainya. Bagi senarai buku bahasa Melayu yang mengungguli carta, bagi buku bukan fiksyen, kebanyakannya buku berbentuk bacaan umum yang ringan seperti travelog, inspirasi dan motivasi, manakala bagi senarai buku fiksyen pula, genre cinta hampir mendominasi carta, dengan sedikit celahan dari genre misteri, seram, kekeluargaan & Islamik. Daripada genre bahan bacaan, kita boleh lihat jenis pembaca di kalangan rakyat Malaysia. Tidak perlu pergi jauh, pemenang buku bagi kategori Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017 sahaja telah membuktikan kecenderungan pembaca di negara kita. Rata-rata sukakan bahan bacaan yang santai, ringkas dan mudah. Adakah salah untuk membaca bahan bacaan yang ringan? Sudah tentu tidak. Membaca itu mempunyai tujuan yang berbeza bagi setiap individu. Ada yang membaca untuk menambah pengetahuan, untuk lulus peperiksaan, atau sekadar hobi dan santai semata-mata. Namun, isu yang lebih besar di sini ialah apabila bahan bacaan bersifat santai dan mudah ini mendominasi masyarakat sehingga menjejaskan tahap pemikiran masyarakat. We are what we read. Mereka yang suka membaca surat khabar tabloid seperti Harian Metro berlainan cara dan tahap pemikirannya berbanding mereka yang membaca New Straits Times, sebagai contohnya. Jika kita terlalu cenderung membaca dan mendapatkan ilmu daripada satu sumber sahaja, tahap pemikiran kita akan menjadi pasif, tidak berkembang dan kita tidak akan terdedah kepada corak pemikiran lain. Justeru itu, sudah tentunya kepelbagaian bahan bacaan merupakan kaedah terbaik untuk ‘memandaikan’ diri. Baca buku cinta itu tidak salah, bacalah. Namun pada masa yang sama, usahakan membaca buku daripada genre lain seperti motivasi, travelog, agama, biografi dan juga, buku-buku dalam bahasa lain. Ada sesetengah pembaca cenderung membaca dalam satu bahasa sahaja hingga mennyebabkan mereka tidak terdedah kepada cara berfikir, budaya dan adat kaum lain. Mesti ramai yang tertanya-tanya, penting ke membaca ni? Aku lepas SPM tak baca buku satu apa pun, hidup je. Lepas habis belajar di universiti, tak baca buku pun, survive je hidup berjawatan tinggi di syarikat. Memang boleh survive, tapi cukup-cukup makan je la. Maksud penulis, hidup sekadar di tahap sedia ada, tidak berkembang jauh, tidak ke mana. Fizikal, mental, rohani dan emosi. Balik-balik layan hiburan dan komedi yang tidak membina di radio dan televisyen atau baca perkongsian yang membuka aib orang di portal-portal yang kurang bermanfaat isi kandungannya. Banyak manfaatnya jika kita membaca, tak payah pergi jauh dengan membaca buku-lah. Baca artikel-artikel dalam The Patriots setiap hari pun sudah boleh membantu minda anda berkembang. Malah ia boleh dijadikan topik perbualan yang menarik apabila bertemu rakan-rakan dan saudara-mara. Takdelah asyik nak berbual tentang artis dan hiburan, kan. Antara manfaat dan kebaikan membaca ialah aktiviti ini membantu anda fokus. Kajian mendapati dengan ledakan penggunaan telefon pintar pada masa kini, kebanyakan daripada kita (terutama yang kurang membaca), mengalami masalah sukar untuk fokus dalam tempoh yang lama. Haa, ini disebabkan oleh penggunaan media sosial melalui telefon pintar. Fokus ini penting contohnya, dalam aspek pekerjaan, bagi memudahkan urusan kerja, kerja cepat siap dsb. Fokus penting agar kita dapat berikan yang terbaik dalam pekerjaan. Jadi, tabiat membaca membantu anda fokus kerana anda perlu duduk di satu tempat dalam suatu tempoh dan fokus terhadap satu bahan bacaan, berbeza dengan membaca melalui media sosial yang mana bahan bacaannya pendek dan ringkas. Tabiat membaca juga berguna dalam membantu kita menguatkan memori dan daya ingatan. Hal ini kerana apabila membaca, ada pelbagai elemen dalam cerita seperti watak, jalan cerita dan plot, latar belakang tempat dsb yang perlu kita ingat. Sama juga dengan membaca buku motivasi yang mana kita akan mengingati beberapa tip yang diberikan, atau buku kepimpinan yang mana kita akan ingat langkah-langkah tertentu. Biasanya, orang yang membaca ini juga mempunyai kosa kata (vocabulary) yang lebih luas berbanding mereka yang tidak membaca. Mereka juga lebih yakin menyuarakan pendapat kerana mereka ada ilmu melalui pembacaan mereka, malah pendapat mereka biasanya lebih berfakta dan bukannya bersifat hearsay (orang kata). Mereka juga biasanya mempunyai skil menulis yang lebih baik. Selain itu membaca dapat membantu mengurangkan stress dan depresi, mengelakkan Alzheimer, menginspirasikan arah tuju dan matlamat yang positif, menggalakkan daya empati dan emosi yang sihat, tidur dengan lebih lena, dan banyak lagi! Sekarang kita pergi ke persoalan ketiga pula, bagaimana nak terapkan minat dan budaya membaca di kalangan masyarakat? Kita tidak boleh selesa dengan purata 15 buah buku setahun itu, kerana statistik ini sebenarnya kurang tepat bagi menggambarkan tahap pembacaan sebenar rakyat kita. Ada banyak tip telah dikongsikan oleh pelbagai sumber, yang anda boleh cari sendiri di Internet. Penulis sendiri sering ditanya oleh rakan-rakan tentang cara untuk pupuk minat membaca dan cara untuk fokus apabila membaca. Di sini, penulis kongsikan tiga tip mudah yang penulis rasakan paling relevan, praktikal dan mudah untuk diamalkan. Pertama, mulakan dengan buku yang nipis. Sebenarnya tak perlulah anda terus nak beli buku Salina setebal 371 muka surat. Anda boleh mulakan dengan buku yang nipis, terdapat banyak di pasaran. PTS Media Group Sdn. Bhd. merupakan antara jenama penerbit yang penulis sarankan untuk anda lihat untuk memulakan tabiat membaca. Mereka ada buku bahasa Melayu dalam pelbagai genre; fiksyen dan bukan fiksyen, agama, biografi, sejarah, keluarga, kesihatan, remaja, kanak-kanak dan malah, komik pun ada. Buku-buku mereka boleh didapati juga di kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular. Manakala, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merupakan antara penerbit buku yang penulis sarankan jika mahu memastikan bahan bacaan berkualiti yang tidak berkompromi dengan tatabahasa. Anda juga boleh mendapatkan bahan bacaan daripada penerbit-penerbit indie seperti Fixi, Lejen Press, Terfaktab Media, Dubook Press, Selut & SFP Press, dan Sindiket Soljah & Studio Anai-Anai. Bahan bacaan mereka biasanya, nipis, bersifat santai namun terdapat mesej dan perlu dibaca dengan minda yang terbuka. Kebanyakan buku-buku nipis dijual dalam julat harga mampu beli antara RM15 ke RM25 sahaja. Tip ketiga, tetapkan masa untuk membaca. Ramai yang beritahu bahawa mereka tiada masa untuk membaca kerana tuntutan kerja dan keluarga. Benar. Tapi penulis mengenali ramai pembaca yang berada dalam kalangan mereka yang berjawatan tinggi dan bekerja lebih sibuk daripada kita-kita yang biasa ni, dan ada antara mereka, ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil namun masih boleh luangkan masa untuk membaca. Mudah saja, beri prioriti kepada diri untuk membaca. Tidak perlu luangkan masa terlalu lama, cukup 20 minit. Cari satu sudut di dalam bilik tidur, di meja makan, di ruang tamu, duduk dan baca buku. Setkan penentu waktu (timer) selama 20 minit dan jangan berhenti, atau tatap telefon sewaktu membaca. Mula-mula memang sukar (ditambah lagi dengan isu sukar fokus), namun lama-kelamaan, anda akan biasa dan tidak sedar masa berlalu sewaktu membaca. Sebaiknya anda cuba membaca setiap hari, agar kita tidak hilang tempo dan tidak lupa isi kandungan buku yang dibaca. Jika anda merasakan 20 minit terlalu lama, cuba renungi berapa lama anda melayari media sosial dan khidmat pesanan (messaging services seperti Whatsapp, Telegram, e-mel) pada telefon bimbit setiap hari? Mengikut kajian (terkini Mei 2017), masa yang diluangkan ialah sekurang-kurangnya dua jam sehari. Itu yang paling minimum. Jadi, apa salahnya waktu itu diperuntukkan sedikit untuk membaca, ya tak? Baiklah, ada satu soalan ditanya kepada penulis. Ada antara mereka yang tidak membaca buku, namun membaca artikel dari surat khabar, majalah, laman web dan blog, seperti artikel The Patriot sebagai contohnya. Adakah itu dikira sebagai membaca buku? Ia dikira sebagai membaca, namun bukanlah medium buku. Anda dikira sebagai membaca artikel. Tapi ada yang tidak puas hati, bolehkah dengan membaca artikel dikira sebagai membaca buku? Sudah tentu tidak, nama pun lain apatah lagi jenis mediumnya. Namun, sebagai tolak ansur, saya ada cadangkan begini (Kita ambil purata bagi tujuan pengiraan di sini ya. Jika anda benar-benar serius mahu mengira, saya cadangkan anda buat kiraan peribadi berdasarkan apa yang anda baca). Purata bilangan patah perkataan bagi standard sebuah novel ialah 50,000. Bagi artikel pula, sukar untuk kita kira kerana ada banyak perbezaan dari segi bilangan patah perkataan. Bagi tujuan contoh, kita tetapkan secara puratanya 1,000 patah perkataan bagi satu artikel, justeru itu, bagi melengkapkan sebuah buku dibaca, anda perlu baca 50 artikel. Ini cara pengiraan yang mudah untuk mereka yang memang tidak dapat membaca buku. Kaedah menang-menang untuk semua. Ada juga bertanya, betul ke baca buku bukan fiksyen tu lebih baik berbanding membaca buku fiksyen seperti novel? Haa, ini penulis nak maklumkan, banyak sudah kajian dikeluarkan mengenai manfaat membaca buku fiksyen tau. Jadi, janganlah anda bimbang jika suka baca novel. Tak salah, cuma bergantung kepada genre dan mesej novel. Manfaat utama orang yang baca buku fiksyen ialah mereka mempunyai nilai empati yang tinggi. Empati ialah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Orang yang mempunyai empati lebih mudah memahami orang lain, tidak mudah berprasangka buruk, lebih bertolak ansur dan bersifat terbuka. Kita memerlukan lebih ramai orang sebegini dalam dunia yang semakin judgemental. Jadi, bacalah buku fiksyen agar anda dapat menjadi manusia yang lebih baik. Tapi, perkara lebih utama, kita mulakan dengan sedikit-sedikit. Mulakan dengan bahan bacaan mudah seperti artikel dan majalah, buku yang nipis, genre yang kita suka. Selepas mendapat tempo, baru beralih kepada buku dalam genre lain, bahasa lain, lebih tebal dan berat isi kandungannya. Yang penting, seharusnya membaca ini aktiviti yang menyeronokkan, dan anda bukannya berlumba dengan orang lain untuk membuktikan anda lebih pandai, lebih banyak membaca dan sebagainya. Anda membaca untuk pembangunan diri, ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Jika ada dalam kalangan pembaca ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan, ketahuilah bahawa kajian mendapati orang yang berjaya ialah orang yang membaca. Warren Buffet, salah seorang pelabur dan ahli perniagaan terkemuka di Amerika Syarikat, membaca 500 ke 1000 helai muka surat setiap hari. Bill Gates, Oprah Winfrey, Mark Cuban dan Mark Zuckerberg membaca secara puratanya 50 buah buku setahun. CEO SpaceX, Elon Musk merupakan seorang usahawan, pelabur, jurutera dan pereka cipta hebat masa kini, membaca dua ke tiga buah buku dalam genre yang berbeza setiap sehari! Ramai lagi tokoh-tokoh ternama dan terkemuka yang merupakan pembaca tegar, ini hanya sekadar contoh sahaja. Jadi, apa lagi, mulakan membaca. Balik berhari raya di kampung, jangan lupa bawa balik sebuah buku untuk dibaca sewaktu senggang seperti sebelum tidur. Jika kewangan agak terhad, tidak apa, baca saja artikel daripada The Patriots! ~ E. H. Nathasia Sumber Rujukan & Bacaan Lanjut: Baca 2 buku setahun, macam 1996, http://www.malaysiakini.com/news/81988 Rakyat Malaysia ‘memilih’ dalam membaca, http://www.sinarharian.com.my/nasional/rakyat-malaysia-memilih-dalam-membaca-1.438156 Budaya Ilmu dalam Kalangan Rakyat Malaysia, http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1254 Sindrom Malas Membaca di Kalangan Rakyat Malaysia, http://www.southern.edu.my/malay/lain/artikel02.html Rakyat Malaysia baca 15 buku setahun: makin cerdik atau tidak? http://mukasurat.my/2017/05/03/rakyat-malaysia-baca-15-buku-setahun-makin-cerdik-atau-tidak/ Senario Budaya Membaca Di Malaysia: Isu dan Cabaran, http://prisma.uitm.edu.my/prisma/view/viewPdf.php?pid=36048 10 Benefits of Reading: Why You Should Read Every Day, http://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-benefits-reading-why-you-should-read-everyday.html Benefits of Reading: Getting Smart, Thin, Healthy, Happy, http://www.rd.com/health/wellness/benefits-of-reading/ 6 Science-Backed Reasons To Go Read A Book Right Now, http://www.huffingtonpost.com/2015/08/05/health-benefits-reading_n_4081258.html Reading Fiction Improves Brain Connectivity and Function, https://www.psychologytoday.com/blog/the-athletes-way/201401/reading-fiction-improves-brain-connectivity-and-function 10 Reasons Nonreaders Don’t Read — And How to Change Their Minds, https://www.scholastic.com/teachers/articles/teaching-content/10-reasons-nonreaders-dont-read—and-how-change-their-minds/ 14 Ways to Cultivate a Lifetime Reading Habit, http://www.lifehack.org/articles/featured/14-ways-to-cultivate-a-lifetime-reading-habit.html The Reading Habits of Ultra-Successful People, http://www.huffingtonpost.com/andrew-merle/the-reading-habits-of-ult_b_9688130.html Do You Read More Books Than The Average American? https://www.bustle.com/articles/182106-do-you-read-more-books-than-the-average-american 5 Bookish Facts About American Reading Habits, http://mentalfloss.com/article/70303/5-bookish-facts-about-american-reading-habits Annual book sale Big Bad Wolf will offer 3.5 million books this year, http://www.therakyatpost.com/business/2015/12/03/annual-book-sale-big-bad-wolf-will-offer-3-5-million-books-this-year/ Beware, the Big Bad Wolf is back! http://www.themalaymailonline.com/read/article/beware-the-big-bad-wolf-is-back Buku Kontroversi Fattah Amin Terima Anugerah Buku Negara 2017, http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/05/03/fattah-anugerah-buku/#IBftsmTQc9bjOr9A.99 Mahu Ubah Selera Bacaan Anda? Mungkin Anda Perlu Mencuba Buku Terbitan Dari Penerbit Alternatif Ini, https://www.thevocket.com/penerbitan-alternatif/ Daily time spent on social networks rises to over 2 hours, http://blog.globalwebindex.net/chart-of-the-day/daily-time-spent-on-social-networks/ MPH Online Bestsellers http://www.mphonline.com/books/bestseller.aspx PTS http://pts.com.my/ ITBM http://itbm.com.my/#default DBP http://dbpniaga.my/ms/ ....... https://www.thepatriots.asia Sumber TKO - 24-6-2017
Bila sebut aje pasal pendidikan, orang akan petik nama college dropout macam Bill Gates (Microsoft Corporation), Steve Jobs (Apple Inc), dan Mark Zuckerberg (Facebook Inc). Kata mereka, walau kena buang universiti pun tetap boleh berjaya. Dalam konteks Malaysia, SPM 17A pun belum tentu boleh berjaya dalam hidup. Lepas tu evangelist pun cakap soal rezeki dan takdir. Kemudian puak liberal pun cakap pasal kelemahan sistem pendidikan. Lepas tu masuklah cikgu-cikgu cerita pasal situasi sistem pendidikan Malaysia. Macam itulah keadaan kita sekarang. Bantai cikgu kata merit cikgu Malaysia ni rendah-rendah. Bantai kerajaan cakap silibus pendidikan Malaysia ni ketinggalan zaman. Bantai pulak sistem sekolah yang membezakan kelas pelajar pandai dengan pelajar kelas hujung. Bantai ibu bapa sekali cakap ibu bapa yang tak prihatin soal pendidikan anak-anak. Aku malas jawab semua tu. Aku nak cakap definisi pendidikan dan cara menguatkan sistem pendidikan oleh orang-orang yang pernah kena buang universiti tapi boleh berjaya. Tiga orang yang aku sebut atas tu lah iaitu Bill gates, Steve Jobs, dan Mark Zuckerberg. Ketiga-tiga ni tak masuk dengan sistem pendidikan negara mereka. Tanpa sistem yang gomen deme provide, deme boleh berjaya. Jadi ketiga-tiga ni explain macam mana sistem pendidikan Amerika Syarikat patut dilaksana. Steve Jobs Menurut Steve Jobs, pelanggan pendidikan ialah masyarakat, majikan, dan ibu bapa. Masalah hari ini, pelanggan lari dari provider. Mereka tak peduli dengan pendidikan. Bila pelanggan lari, jadilah monopoli di mana sekolah akan mengawal semuanya. Monopoli ni tak bagus. Tengoklah Astro tu. Tiba masanya kita perlu beri semula pendidikan kepada pelanggan utama iaitu ibu bapa. Caranya ialah dengan menggunakan sistem baucer. Kerajaan patut beri sejumlah wang kepada ibu bapa. Bukan beri wang kepada sekolah. Jadi, untuk dapatkan wang, sekolah perlu berusaha dapatkan pelajar. Ibu bapa hanya akan hantar anak ke sekolah yang power. Contohnya macam ni. Kos pendidikan seorang anak ialah RM20000 setahun. Kerajaan pun bagilah RM20000 kepada aku. Aku kena guna RM20000 tu untuk bayar kepada sekolah tempat anak aku belajar. Dengan cara itu baru sekolah sentiasa upgrade diri mereka. Kalau sekolah tu tak cemerlang, ibu bapa mana nak hantar anak mereka? Ini kaedah yang Steve Jobs kemukakan. Steve berfikir macam ni sebab dia ahli korporat. Dia percaya pada meritokrasi. Ada keburukannya tapi aku malas cakap. Panjang nanti. Mark Zuckerberg Contohnya macam ni. Buat 4 kelas. Satu kelas untuk budak yang suka belajar guna video. Satu kelas untuk pelajar yang suka guna internet. Satu kelas lagi untuk pelajar yang suka membaca. Satu lagi untuk yang suka ketiga-tiga cara. Kalau yang suka dengan cara sekarang, tambah lagi satu kelas. Bagus cara ni. Kalau kita belajar ikut cara yang kita suka, memang kita akan nak belajar. Ada kelemahan? Ada. Kaedah ni akan abaikan sense of exploration. Dalam pendidikan, kita perlukan panduan dan bukannya bantuan. Komputer, video, internet, etc ialah alat bantu. Kita tetap memerlukan manusia. Tapi memang patutlah kalau Mark Zuckerberg cadangkan kaedah itu pun. Facebook ni pun dia buat sebab dia suka orang berhubung cara online. Bill Gates Bill Gates lagi sorang. Mamat ni aku tak berapa berkenan sebab dia macam penjual snake oil. Dia sekarang duk fokus pada kurikulum yang disebut sebagai Common Core. Cadangan dia senang aje. Buat macam negara China, Korea, dan Jepun. Kena fokus pada subjek kritikal sejak usia awal. Kena upgarde silibus agar bebudak dapat tahu satu-satu ilmu lebih awal dari sekarang. Macam KSSRdan KSSM yang kita buat sekaranglah. Darjah 3 dah kena pandai buat perpuluhan. Tingkatan satu dah kena tahu pasal kitaran haid. cara ni bagus tapi memerlukan pengorbanan yang besar. China dah buat dulu. Sekarang ni China kaya raya. Tak ada nak kesian-kesian anak stress ke, anak terbeban ke. Yang penting, di awal usia dah kuasai subjek sukar. Bill Gates boleh la cakap macam tu. Negara dia besar. Depa ada 74.6 juta pelajar. Kalau 74.6 juta buat, at least 40 juta boleh kuasai. ramai tu 40 juta. 40 juta orang dah cukup untuk memacu ekonomi negara. Baki 34.6 juta tu campak mana? Okeylah. Itu serba sedikit cadangan sistem yang disukai oleh orang-orang yang kena buang universiti tapi boleh berjaya. Kalau nak tahu lebih lanjut, tengoklah interview mereka dekat Youtube. Taip je personalized education, Bill Gates Common Core, atau Steve Jobs abriged interview. Nota Editor: Artikel ini dinaikkan selepas mendapat izin pemilik artikel iaitu Mohd Zailee. ....... https://www.thepatriots.asia Sumber TKO - 24-6-2017
Kementerian Pendidikan menetapkan 23 Jun iaitu hari jumaat sebagai hari cuti berganti untuk negeri-negeri selain Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu sempena sambutan Aidilfitri ini. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesemua sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Sabah dan Sarawak perlu mengganti hari persekolahan itu pada 17 Jun ini. "Kementerian Pendidikan telah bersetuju memberikan cuti berganti pada negeri-negeri kategori B pada 23 Jun dan diganti pada 17 Jun Ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama 1,000 warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya malam tadi. Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar. Mengikut jadual asal yang dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun ini (Jumaat) manakala negeri lain bermula pada 24 Jun. Media melaporkan Presiden KGMMB, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata kesesakan jalan raya dijangka berlaku teruk pada Sabtu kerana orang ramai mula cuti dan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun (Ahad). - Bernama Sumber TKO - 8-6-2017 Bapa pelajar dibuli akan kemuka samanMUNGKIN ramai sudah lupa seorang pelajar di Pengkalan Chepa yang didakwa dibuli di sekolah terbabit pada 10 April tahun lepas, kini masih lagi mengalami trauma. Ketika itu Aiman Hazim Zulkeflee, 15 dikatakan retak tulang leher akibat dibuli pelajar tingkatan empat sekolah terbabit. Akibat kejadian malang tersebut beliau tidak dapat menduduki peperiksaan PT3 akhir tahun lepas kerana masalah kesihatan. “Anak saya sampai sekarang tidak boleh melewati sekolah itu kerana trauma akibat kejadian tersebut. Awal tahun ini saya pindahkan dia belajar di sebuah sekolah di Bachok,” kata bapanya Dr Zulkeflee Yaacob. Kejadian yang berlaku lebih setahun itu mengejutkan banyak pihak memandangkan ia berlaku di kawasan sekolah. Aiman Hazim mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan sering berulang alik menjalani rawatan di klinik pakar termasuk di Kuala Lumpur. Dr Zulkeflee juga berkata, sepanjang anaknya mendapat rawatan pihak sekolah tidak datang bertanya khabar biarpun kes tersebut dirujuk kepada Pejabat Pelajaran Negeri. Oleh itu katanya beliau bercadang memfail saman terhadap pihak sekolah, ibu pelajar yang terbabit dan Kementerian Pelajaran bagi mendapat pembelaan sewajar. “Insya-Allah tidak lama lagi saya akan failkan saman terhadap pihak-pihak terlibat melalui peguam yang dilantik,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/5/2017Sumber HD - 14-5-2017 Ujian air kencing ke atas semua pelajar, bukan sahaja yang bermasalah Posted on Saturday, April 22 @ 12:04:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34649 |
PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyarankan agar membuat ujian air kencing terhadap semua pelajar sekolah menengah, susulan pendedahan lebih 500 pelajar Tingkatan 4 dan 5 positif dadah dalam tempoh kurang 3 bulan tahun ini.
Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berkata ia bertujuan menyelamatkan generasi muda daripada terbabit dengan dadah.
Menurutnya, ujian air kencing di sekolah menengah pada masa ini dibuat secara rambang kerana terdapat ibu bapa pelajar yang tidak setuju agar dibuat kepada semua pelajar.
“Ujian air kencing ini dibuat secara rambang sahaja dan ambil budak-budak yang disyaki. Dia tak ambil semua,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan memberi amaran kepada pengetua sekolah yang cuba menyembunyikan masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar mereka.
Beliau mendedahkan sebanyak 554 pelajar sekolah menengah didapati positif dadah dalam tempoh singkat 1 Januari sehingga 15 Mac tahun ini.
Kamarozaman berkata, kebiasaannya pelajar yang akan diambil ujian air kencing adalah mereka yang ponteng sekolah dan merokok.
Tambahnya, ibu bapa perlu membantu pihak sekolah untuk memberikan kebenaran kepada pihak berwajib agar anaknya diberi kelulusan untuk menjalankan ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada menagih dadah atau tidak.
Mengulas amaran yang dibuat Mahdzir kepada pengetua, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali berkata pengetua yang menyembunyikan fakta dan mengelak daripada mendedahkan penyalahgunaan dadah di sekolah melibatkan pelajar atau guru perlu diambil tindakan yang serius.
“Kita mengharapkan satu gerakan pembersihan dilakukan secara besar-besaran. Kedua, pemeriksaan mengejut tentang saringan dan ujian air kencing perlu dilakukan dari semasa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pihak sekolah.
“Dan kita mesti mensasarkan sekolah sifar dadah, jadi bagi mereka yang menyembunyikan, tidak melaporkan kes-kes dadah, satu tindakan serius perlu diambil tindakan,” katanya.
Sumber TKO - 22-4-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
62,000 Guru Di Selangor Bakal Terima Tablet, Selepas Sarawak dan Kuala Lumpur Posted on Tuesday, April 18 @ 13:17:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34582 |
KUALA LUMPUR: Kira-kira 62,000 guru di sekitar Selangor akan menerima komputer tablet yang dilengkapi perisian Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kumpulan Utusan dalam satu kenyataan memberitahu, sebagai permulaan kira-kira 80 guru di Pulau Ketam dan 2,500 guru di daerah Sabak Bernam menerima tablet mereka mulai hari ini.
"Pemberian tablet itu diteruskan ke Selangor selepas Sarawak dan Kuala Lumpur. Tablet yang menjadi milik peribadi guru itu diberikan kerajaan Persekutuan sebagai tanda penghargaan kepada mereka di atas jasa yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.
"Dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah penting untuk mereka meningkatkan kompetensi selain menjadi pemangkin untuk terus kreatif dan inovatif," katanya.
Jelas kenyataan tersebut, tablet yang dilengkapi perisian Tutor Guru itu mengandungi hampir 16,000 soalan pelbagai aras termasuk yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
"Guru boleh mengaplikasikan Tutor Guru untuk mencipta Lembaran Kertas Digital (LKD) yang mengandungi soalan latihan, sumber rangsangan multimedia serta jawapan bagi soalan latihan.
"Kemudahan itu akan memberi ruang kepada guru untuk menggunakan kreativiti mereka bagi meneroka maklumat tambahan dan menggalakkan penglibatan murid di dalam kelas," katanya.
Tambahnya, melalui tablet tersebut guru boleh menjimatkan masa untuk menyediakan kertas soalan dan mereka boleh mempelbagaikan bahan pengajaran dengan lebih interaktif dan meringankan beban tugas guru.
"Pemberian tablet akan diteruskan ke semua daerah di Selangor dan dijangka tamat pada pertengahan Mei ini," katanya.
Sumber TKO - 18-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru Bantu Pelajar SPM 'Menginap' Di Pusat Snuker Terima Anugerah Posted on Tuesday, April 18 @ 10:33:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34579 |
JOHOR BAHRU: Seorang guru disiplin dari SMK Seri Kota Puteri menerima anugerah khas dari Jabatan Pendidikan negeri Johor di atas keprihatinannya mengubah hidup seorang pelajar berusia 18 tahun yang pernah 'menginap' di pusat snuker.
Suraya Abdul Rahim, 38, menerima anugerah berkenaan atas usahanya membantu Farah Marcella Bandi yang beberapa kali digantung sekolah, sehingga berjaya mendapat keputusan 6A, 1B+ dan 1C+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.
Farah sering ponteng kelas dan tidak hadir peperiksaan sejak masuk ke sekolah itu ketika Tingkatan 3.
Apabila Farah tidak muncul pada peperiksaan percubaan SPM, Suraya memutuskan untuk pergi ke rumahnya.
"Ketika itulah saya mendapati dia tinggal di sebuah bilik kecil yang disewa bersama ibu dan lima adik-beradik.
"Sebelum ini, mereka 'berteduh' dan tidur di bawah kaunter juruwang di pusat snuker tempat ibunya bekerja," kata Suraya ketika ditemui selepas majlis anugerah itu di sini, Isnin.
Walaupun mendapat bantahan daripada rakan sejawat dan kawan yang lain, Suraya tetap membawa Farah ke rumahnya bagi memberikan persekitaran yang lebih kondusif sebagai persediaan untuk pelajar berkenaan mengambil SPM.
Beliau melakukan demikian kerana melihat potensi yang ada pada Farah.
Dalam tempoh dua bulan, Suraya memantau aktiviti Farah, memastikan beliau pergi ke sekolah, menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.
"Alhamdulillah semua usahanya membuahkan hasil. Apabila mendapat keputusan peperiksaan, kami saling berpelukan dan menangis kegembiraan.
"Saya gembira kerana saya tidak pernah berputus asa dengan dirinya," katanya.
"Sayang sekali jika dirinya dibiarkan kerana walaupun berdepan banyak kesusahan, dia sangat bijak, sopan dan tidak pernah bercakap buruk mengenai ibunya," kata Suraya, yang turut mengambil Farah sebagai anak angkatnya.
Suraya telah mengajar selama 13 tahun dan mempunyai empat anak sendiri, kesemuanya perempuan.
Beliau sering menasihatkan anak-anaknya supaya mencontohi Farah, yang telah membuktikan segalanya mampu dicapai dengan usaha dan pemikiran yang betul.
Farah, yang kini masih tinggal dengannya telah menerima tawaran biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan dan beberapa universiti swasta dan kini sedang membuat pertimbangan.
Ketika nasib Farah mula diketengahkan dan kisahnya menjadi tular, beliau menerima banyak perhatian.
Beliau mula bekerja pada usia 14 tahun untuk membantu keluarganya, selepas ditinggalkan bapanya beberapa tahun yang lalu.
Apabila Farah berada di Tingkatan 2, beliau membantu rakannya berniaga di pasar malam di sini.

5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid Posted on Monday, March 27 @ 21:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34217 |
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah menghantar surat tujuk sebab kepada lima guru yang didapati menaiki pentas politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“Kita ini dalam sebuah negara demokrasi. Kita tiada masalah sesiapa mahu sokong siapa. Tetapi yang masalah adalah dia sebagai penjawat awam naik ke pentas pembangkang dan keluarkan ucapan menghentam kerajaan, sedangkan dia adalah penjawat awam.
“Kalau sampai ke tahap itu, itulah yang saya maksudkan baik dia berhentilah daripada menjadi guru,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 peratus’ di sini hari ini.
Semalam, Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.
Mahdzir berkata di pihak kementerian, pendekatan yang akan diambil adalah dengan memberi nasihat kepada guru yang terlibat.
“Saya ini pun bukanlah ganas sangat. Kalau boleh saya tak mahulah sampai perlu mengambil tindakan. Kita lebih utamakan ‘engagement’ sekiranya mereka mahu mendengar,” jelas beliau.
Menyentuh tentang kritikan penjawat awam terhadap kerajaan di media sosial, Mahdzir berkata prinsip kerajaan adalah sama iaitu tidak menghalang teguran tetapi janganlah ia sampai digunakan sebagai medan menyebarkan fitnah. – BERNAMA
Sumber TKO - 27-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar dakwa dipukul guru disiplin hanya diluku Posted on Monday, February 20 @ 09:47:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33661 |
ALOR SETAR 19 Feb.- Pelajar tingkatan empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk oleh seorang guru displin di sini, baru-baru ini mengakui dia tidak diperlakukan sedemikian sebaliknya hanya diluku pada bahagian dahi kerana memberontak.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Mohd. Najib Abu Bakar berkata, melalui mesyuarat khas antara kesemua pihak pada Isnin lalu, pelajar itu mengakui bahawa dia sendiri tidak berpakaian kemas ketika datang ke sekolah.
"Dalam mesyuarat, pelajar itu mengakui diluku (ketuk) pada bahagian dahi kerana memberontak apabila ditegur kerana tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar tetapi tidak pula ditumbuk dan ditendang seperti laporan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi pada 8 Februari lalu, pelajar itu mendakwa dicekak, ditumbuk di belakang kepala dan ditendang oleh seorang guru disiplin di hadapan pintu pagar sekolah kerana dikatakan tidak berpakaian kemas.
Bapa pelajar itu membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin itu yang dikatakan telah mencederakan anaknya.
Mohd. Najib bagaimanapun kesal kerana mesyuarat yang diadakan itu masih gagal mencapai jalan penyelesaian disebabkan bapa pelajar itu yang berusia 38 tahun masih mahu mengambil tindakan undang-undang.
"Saya syorkan bapa mangsa agar tidak meneruskan tindakan tersebut kerana ia akan berlarutan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar berkenaan untuk proses mahkamah dan sebagainya," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Assisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera.- BERNAMA
Sumber TKO - 20-2-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dalam mesyuarat, pelajar itu mengakui diluku (ketuk) pada bahagian dahi kerana memberontak apabila ditegur kerana tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar tetapi tidak pula ditumbuk dan ditendang seperti laporan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bapa pelajar itu membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin itu yang dikatakan telah mencederakan anaknya.
Mohd. Najib bagaimanapun kesal kerana mesyuarat yang diadakan itu masih gagal mencapai jalan penyelesaian disebabkan bapa pelajar itu yang berusia 38 tahun masih mahu mengambil tindakan undang-undang.
"Saya syorkan bapa mangsa agar tidak meneruskan tindakan tersebut kerana ia akan berlarutan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar berkenaan untuk proses mahkamah dan sebagainya," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Assisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera.- BERNAMA
Sumber TKO - 20-2-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumpa janin dalam bakul sampah asrama Posted on Wednesday, February 08 @ 06:45:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33493 |
KOTA BHARU - Warga sebuah kolej swasta, di sini gempar apabila menemui janin bayi dipercayai lelaki dalam bakul sampah di sebuah bilik di asrama pelajar perempuan kolej tersebut hari ini.
Janin cukup sifat itu yang dibalut dengan plastik itu ditemui oleh warden asrama berkenaan kira-kira jam 3 petang.
Dipercayai sebelum penemuan janin itu, warden asrama terbabit terdengar perbualan beberapa pelajar yang mendakwa ternampak kesan darah di atas katil salah seorang penghuni bilik itu.
Ekoran itu, dia membuat pemeriksaan di bilik berkenaan dan menemui kain cadar dipenuhi darah dalam baldi sebelum menemukan beg plastik berisi janin bayi di dalam bakul sampah di bilik yang sama.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan janin bayi tersebut.
Sumber TKO -8-2-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sindiket rekrut pelajar jual dadah Posted on Monday, February 06 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33477 |
KUALA NERANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada sindiket dadah di negara ini yang semakin berani menggunakan pelajar sekolah untuk menjual bahan terlarang itu kepada pelajar lain.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, berdasarkan rekod, kegiatan tersebut semakin berleluasa di sekolah terutama di sekitar Lembah Klang dan Kedah.
Tegasnya, PDRM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mematahkan modus operandi terbaharu sindiket dadah itu.
“Memang ada dalam rekod kita tetapi ia sebenarnya bukan merekrut mereka (pelajar) sebagai pengedar dadah, tetapi diupah oleh pengedar untuk menjual dadah ini kepada pelajar lain.
“Pelajar ini jika diberi upah aiskrim pun mereka akan lakukan (jual dadah). Kita sedang pantau perkara ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah peringkat Kebangsaan 2017 dan Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad di sini semalam.
Sumber TKO - 6-2-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peperiksaan sekolah: Jangan gadai masa depan pelajar
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43504-peperiksaan-sekolah-jangan-gadai-masa-depan-pelajar
PERTUBUHAN Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menjadikan teori pencapaian pelajar melalui peperiksaan yang dilaksanakan di semua peringkat sekolah ini hanya berdasarkan ujikaji atau eksperimen semata-mata apabila memperkenalkan dasar atau format pelajaran dan peperiksaan baharu di sekolah pada masa kini.
Sewajarnya instrumen pendidikan dijadikan asas utama pencapaian pendidikan pelajar melalui peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah dan ianya dibimbangi akan menggadai masa depan pelajar yang melalui proses perlaksanaan peperiksaan yang telah diperkenalkan oleh KPM ketika ianya diperkenalkan tersebut.
Ada pihak berpandangan agar sesuatu dasar atau format yang telah diperkenalkan oleh KPM mestilah melalui proses atau pendekatan sehingga seseorang pelajar yang terlibat daripada awalnya sehingga penghujungnya di dalam sistem formal pendidikan yang dilaluinya. Ini kerana perubahan dalam tempoh pendek tersebut akan menyukarkan semua pelajar dalam tempoh diantara perubahan yang ingin diperkenalkan dan ia akan menyebabkan kegagalan seseorang pelajar mencapai kehendak perubahan yang ingin diperkenalkan seta menyebabkan mereka mencapai keputusan yang mungkin buruk dan kedudukan peperiksaan akan menurun malah memberikan kesan yang agak besar.
ARUS Perak berpandangan agar KPM perlu mengambil pengajaran daripada Sistem Pendidikan Negara dahulu dan menyesuaikannya dengan kehendak masa kini serta mengambil modal daripada negara maju di luar yang boleh diguna pakai di dalam penambah baikikan Sistem Pendidikan Negara kita pada dunia global sekarang ini.
Jangan kita ketepikan kebaikan sistem pendidikan di negara maju yang boleh dipratikkan di dalam negara kita kerana ianya mampu mengubah corak pemikiran terutamanya sifat negatif seseorang itu kepada sikap yang lebih baik iaitu sikap positif. Malah kepentingan pendidikan Islam juga boleh dijadikan teras pendidikan dalam negara kita yang memungkinkan teorikalnya yang telah dipelopori oleh saujana ilmuwan Islam khanya dahulu.
Bagi ARUS Perak, Sistem Pendidikan Negara perlu dipasak dengan kekuatan dalaman dan kebolehan berfikir secara terbuka melalui format pembelajaran mahupun peperiksaan yang diperkenalkan oleh KPM.
Tenaga pengajar ataupun guru dan pelajar mampu mengikutinya dengan mudah dan faham kehendak sistem pendidikan tersebut dan akhirnya bukan sahaja di kertas peperiksaan tetapi suatu modal insan yang lebih berkeyakinan dan mampu mencorak masa depan yang lebih cemerlang lagi. KPM harus berani dengan memperkuatkan Sistem Pendidikan Negara agar mencapai satu paras pendidikan yang lebih baik lagi dan bukanya tunduk dengan teori yang memfokuskan keuntungan semata-mata serta menjadikan pelajar mangsa kepada keadaan mereka di dalam pencapaian peperiksaan mereka semata-mata.
DR RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Timbalan Pengerusi
Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak – HARAKAHDAILY 7/11/2016
Sumber HD - 7-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Presidennya Kamarozaman Abd Razak berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Ahli Majlis NUTP ke-9 yang berlangsung hari ini dan melibatkan 73 anggota exco kesatuan tersebut. "NUTP bersetuju dengan cadangan kementerian untuk mansuhkan UPSR dengan syarat mereka rujuk kepada kami dahulu. "Kementerian perlu melibatkan kami dalam perbincangan termasuk ketika melakukan kajian mengenai perkara tersebut," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini, hari ini. Jelasnya, keputusan itu dibuat untuk mengurangkan tekanan kepada guru di negara ini selain mengubah persepi sesetengah masyarakat yang menganggap 'A'itu semata-mata sebagai kayu ukur kualiti seseorang murid. Kamarozaman bagaimanapun berkata pemansuhan UPSR tidak bermakna murid tidak akan dinilai sama sekali terutama berhubung kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). "Murid akan tetap dinilai tetapi oleh sekolah masing-masing dan bukannya berorientasikan peperiksaan berpusat semata-mata," katanya. Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata kementeriannya akan memuktamadkan sama ada memansuhkan UPSR atau sebaliknya pada tahun hadapan. Katanya, cadangan tersebut dipertimbangkan dengan mengambil kira pandangan ahli akademik tempatan, modul-modul luar negara yang diketengahkan seperti Perancis, Finland dan Korea Selatan serta agensi berkaitan selain guru-guru berpengalaman di sekolah. Sementara itu, Kamarozaman berkata pihaknya meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Bahagian Pembangunan Kurikulum kementerian supaya mendedahkan kepada orang awam skema pemarkahan bagi UPSR baru-baru ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan prestasi guru berikutan peratusan murid yang mendapat keputusan semua A dalam UPSR tahun ini hanya 1.11 peratus dari jumlah keseluruhan 440,782 calon. - Bernama Sumber TKO - 29-11-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh Muzaffar Syah Mallow Sudah sampai masanya ketagihan sesetengah pihak untuk memperolehi jumlah A dalam peperiksaan diatasi. Berapa banyak pun A yang diperolehi tidak akan menjamin kejayaan hidup seseorang dalam menempuh pelbagai jenis cabaran di alaf baru ini. Ketagihan untuk mendapat sejumlah A dalam kertas peperiksaan dilihat mencapai kemuncaknya terhadap pelajar di sekolah, di mana mereka diberi pendedahan awal mengenai kepentingan untuk memperolehi sejumlah A dengan harapan ia membantu kehidupan mereka di kemudian hari. Ini secara tidak langsung mengundang tekanan emosi dan mental para pelajar itu yang terpaksa bertukus lumus belajar siang dan malam serta mengambil beberapa kelas tambahan semata-mata mengejar sejumlah A dalam peperiksaan. Kita tidak boleh hanya menyalahkan ibu bapa serta pelajar terhadap harapan mereka untuk memperolehi A dalam peperiksaan, kerana sistem sedia ada menyebabkan ramai di antara kita terpaksa bergantung pada jumlah A yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu. Misalnya, tawaran memasuki institusi pengajian atau sekolah berasrama masih terikat kepada jumlah A yang diperolehi. Begitu juga, pemberian biasiswa selain daripada hadiah serta ganjaran yang diberikan terhadap pelajar yang berjaya memperolehi A dalam semua subjek. Sistem kini menyebabkan ramai terpaksa belajar untuk memperolehi sejumlah A. Akibatnya, ramai generasi muda yang bakal dilahirkan kelak hanya memberi fokus serta keutamaan mereka untuk memperolehi sejumlah A kerana mereka dilatih serta didedahkan pada peringkat awal di rumah, sekolah serta melalui kefahaman yang kejayaan hidup bergantung kepada “A”. Ini memberi impak negatif terhadap pelajar yang tidak berjaya memperolehi A, yang beranggapan masa depan mereka gelap. Sindrom ketagihan atau kebergantungan terhadap “A” mesti dihapuskan. Sistem pendidikan negara harus ditambah baik lagi bagi melahirkan generasi muda yang betul-betul berkualiti serta yang tidak dinilai berdasarkan jumlah A yang diperolehi mereka. Pihak media dalam negara kita juga harus membantu bagi merubah sindrom berkenaan. Setiap tahun, media memberi ruang terhadap pelajar yang memperolehi A setiap kali keputusan peperiksaan diumum. Ini, walaupun mempunyai tujuan baik untuk memberi contoh kepada pelajar lain, secara tidak langsung juga mereka menyumbang kepada ketagihan untuk mendapat sejumlah A. .... Muzaffar Syah Mallow merupakan pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Sumber TKO - 22-11-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 7 Sebab Mengapa Pelajar Gred "C" Akan Menjadi Manusia Berjaya Posted on Thursday, November 17 @ 21:22:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32425 |
1. Mereka faham apa yang mereka inginkan
Pelajar "C" tidak menghabiskan banyak masa untuk kelas yang tidak penting.
Jika anda hendak menjadi seorang juruteknik, sudah jelas yang anda tidak perlu menulis karanngan yang panjang tentang budaya dan percutian anda.
Mereka berhenti mengambil kelas yang diperlukan dan lebih fokus pada pekerjaan yang berkaitan dengan subjek yang dapat membantu mereka ketika kerja.
"The only way to succeed, is to love what you do. Keep looking, don't settle" - Steve Jobs
2. Mereka mendapat pengalaman lebih awal.
Kebanyakan pelajar "C" mula bekerja lebih awal berbanding rakan sebaya yang lain, yang mana gred mereka rendah disebabkan mereka terpaksa ponteng kelas untuk mencari rezeki. Dalam masa yang sama, mereka mendapat pengalaman yang tidak ternilai harganya.
3. Mereka bina rangkaian.
Ketika pelajar "A" sibuk belajar, pelajar "C" berkomunikasi dengan ramai orang setiap hari. Dalam kehidupan sebenar, mengenali orang yang berkedudukan tinggi serta berkebolehan dalam komunikasi akan memberi kesan yang besar dalam kerjaya.
4. Mereka tahu menghayati hidup.
Baik ketika di kolej mahupun kerja, orang yang bahagia lebih berjaya. Mereka lebih mudah didekati dan dapat menceriakan keadaan, dan itulah salah satu kemahiran yang ketua anda mahukan.
5. Mereka mempunyai penyelesaian paling mudah.
Antara kata-kata Bill Gates yang terkenal, "I will always choose a lazy person to do a hard job. Because he will find an easy way to do it".
6. Mereka mengejar impian.
Kebanyakan kisah kejayaan datang daripada perasaan suka akan apa yang mereka lakukan. Apabila anda masuk ke kolej, anda sangat muda dan boleh jadi anda tidak memahami apa yang sebenarnya yang anda inginkan.
Sebagai contoh, Elizabeth Holmes, yang keluar dari Stanford hanya untuk mengejar cita-citanya. Kini, dia jutawan wanita termuda yang membuat perubahan besar dalam perubatan.
7. Mereka faham apa itu kesusahan.
Kejayaan memerlukan kebijaksanaan dari segi emosi, ketabahan, keinginan dan yang paling penting, kemampuan untuk mengatasi kegagalan.
Dalam bisnes ataupun kehidupan, anda akan ada saat jatuh dan bangun walau apa pun gred anda. Pelajar "C" akan lebih berjaya kerana mereka tahu apa itu kepayahan, bermula dengan lulus peperiksaan dan berakhir dengan mencari wang untuk memulakan bisnes.
Sumber TKO - 17-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Murid jadi ujikaji format baharu UPSR
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43246-murid-jadi-ujikaji-format-baharu-upsr
KOTA BHARU: Ekoran kemerosotan luar jangka keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, kerajaan perlu mengkaji semula syarat-syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh.
Anggota Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamed berkata kerajaan perlu mengkaji punca kejatuhan mendadak UPSR tahun ini, di mana hanya 1.11 peratus sahaja pelajar memperolehi A penuh.
Sedangkan katanya seramai 452,721 pelajar yang menduduki peperiksaan itu sebelum ini.
“Kerajaan perlu mengambil kira faktor pencapaian pelajar secara keseluruhan dan prestasi pelajar luar bandar terutamanya Bahasa Inggeris.
“Ramai pelajar luar bandar lemah mata pelajaran bahasa Inggeris, tetapi cemerlang subjek lain,” katanya di sini.
Keputusan UPSR yang dikeluarkan hari ini mengejutkan pihak sekolah dan ibu bapa sehingga tersasar daripada jangkaan awal.
Khairiah berkata pencapaian UPSR 2016 tidak boleh dibandingkan keputusan tahun lalu memandangkan perubahan soalan yang bersifat Keupayaan Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
“Kerajaan juga perlu mengkaji kelemahan dari sudut kebolehan tenaga pengajar, alat bantu mengajar dan infrastuktur asas pendidikan terutama di luar bandar,” katanya.
Menurutnya juga kerajaan perlu mengatasi segera kelemahan ketara yang berlaku pada UPSR tahun ini.
“Kita tidak mahu rakyat terbeban bukan setakat ekonomi sahaja, malah bebanan sistem pendidikan boleh membantut mereka keluar dari kemiskinan,” katanya.
Seorang ibu, Nooraisiah Deraman turut melahirkan rasa sedih di atas keputusan UPSR yang diumumkan.
Menurutnya, keputusan yang di luar jangka itu membuatkan anak-anak takut untuk meneruskan pengajian di peringkat menengah.
“Anak-anak kami bahan ujikaji format baharu peperiksaan yang mahu diperkenalkan menteri pelajaran. Inilah kesan perubahan perubahan dibuat tanpa kajian mendalam,” ujarnya.
Beliau berkata, kemerosotan yang berlaku secara jelas menggambarkan kegagalan menteri dan kementerian.
Nooraisiah turut mencadangkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) menilai semula syarat kemasukan ke maahad pilihan memandangkan kemerosotan ketara UPSR tahun ini. - HARAKAHDAILY 17/11/2016
Sumber HD - 17-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UPSR 2016: 4,896 Calon Peroleh Semua A Posted on Thursday, November 17 @ 12:04:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32417 |
PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A.
Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu.
Selain itu seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C).
Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E.
Gred Purata Nasional ialah 2.96. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata pencapaian calon UPSR 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon tahun lalu.
"Calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
"Keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B, C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D.
"Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran untuk menjawabnya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
DI WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 308 calon memperoleh A dalam UPSR di negeri ini dengan gred purata negeri 2.77.
DI SELANGOR, seramai 1,025 calon memperoleh A dalam semua subjek pada UPSR 2016 di Selangor dengan gred purata negeri (GPN) 2.85. DI KEDAH, UPSR 2016 peringkat Kedah menyaksikan seramai 280 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A.
Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu.
DI PAHANG, seramai 296 daripada 23,351 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua subjek yang diambil.
DI NEGERI SEMBILAN, seramai 247 orang atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh 6A.
DI JOHOR, seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
DI PERAK, seramai 363 daripada 34,713 calon peperiksaan UPSR 2016 di Perak mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.
DI SABAH, seramai 187 calon UPSR 2016 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.29.
DI KELANTAN, seramai 320 calon UPSR 2016 mendapat keputusan cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 peratus.
DI MELAKA, seramai 159 atau 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,261 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu. DI SARAWAK, seramai 284 pelajar atau 0.69 peratus daripada keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil dalam UPSR di negeri ini. DI TERENGGANU, seramai 271 atau 1.33 peratus dari keseluruhan 20,341 calon UPSR di Terengganu memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.
- Berita Harian
Sumber TKO - 17-111-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kecoh Murid Didenda, Pelajar Jepun Rileks Jadi ‘Kuli’ Posted on Wednesday, November 16 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32398 |
MASIHKAH anda ingat berapa kali dirotan, disuruh berdiri atas kerusi, dipaksa jalan itik di luar kelas, kutip sampah, berdiri di tengah padang dan bermacam-macam lagi hukuman diberikan guru atas kesalahan dilakukan.
Suatu ketika dahulu, mereka yang mengalami ‘kesakitan’ itu tidak akan memberitahu ibu bapa jika dirotan atau didenda oleh guru kerana bimbang hukuman tersebut akan ‘digandakan’ pula.
Namun, lain pula ceritanya pada zaman serba canggih ini apabila ada sebilangan ibu bapa yang tidak dapat menerima ‘hukuman’ daripada guru terhadap anak-anak mereka.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tersebar gambar sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun dr Ismail didenda duduk di atas jalan tar gara-gara lewat datang ke sekolah.
Guru tersebut diarahkan untuk tidak lagi menyuruh pelajarnya memadamkan papan hitam kerana pelajar bukanlah orang gaji atau orang suruhan tetapi pelanggan.
Di manakah tahap mentaliti ibu bapa ketika ini yang seakan-akan ‘memanjakan’ anak-anak mereka sehingga tidak boleh ‘diusik’. Tindakan ini boleh ‘memakan diri’ suatu hari nanti.
Memetik kata-kata juara Pencetus Ummah musim kedua, Azman Syah Alias: ‘Zaman sekolah dulu, bila cikgu minta padam papan hitam, bawa buku latihan ke bilik guru, ambil rotan di bilik guru, ya Allah! Berbunganya hati. Terasa sangat diraikan,”.
Itu yang digambarkan penceramah bebas itu apabila diminta untuk membantu guru ketika di sekolah tetapi ianya sangat berbeza pada zaman yang penuh berteknologi kini.
Pelajar sekolah di negara ini nampaknya perlu mencontohi sikap pelajar di negara matahari terbit iaitu Jepun dalam mendidik tingkah laku seiring dengan kemodenan negara ini.

Di Jepun, setiap pelajar akan diberikan tugas mencuci sekolah selepas makan tengah hari bersama guru bagi membentuk generasi yang bersederhana dan menjaga kebersihan.
Kebanyakan sekolah di Jepun tidak mempunyai tukang cuci atau janitor iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah dan aspek kebersihan ini dilakukan sendiri oleh pelajar dan guru.
Membersihkan kawasan sekolah sudah menjadi tradisi di Jepun kepada pelajar dari sekolah rendah hingga menengah akan meluangkan masa sapu kelas, bersihkan debu dan tugasannya berbeza mengikut sekoah.
Tokyo Times melaporkan, amalan membersihkan kawasan sekolah ini bermula seawal usia 6 tahun hingga 17 tahun sebanyak empat kali seminggu.
Yumi Tagawa, 44, yang berpindah ke Amerika Syarikat menceritakan pengalamannya ketika belajar di sebuah sekolah di Osaka, Jepun.
Menurutnya, setiap hari dia bersama rakan-rakannya akan mengangkat meja dan membersihkan kawasan bilik darjah serta apabila meningkat dewasa, pelajar akan diarahkan untuk membersihkan tandas.
“Kami melakukan perkara ini kerana kewajipan. Ia bukanlah sesuatu yang asing sehingga saya berpindah ke luar negara,” katanya yang kini bekerja sebagai pengurus di Manhattan, New York.
Idea melibatkan pelajar dalam aktivit membersihkan kawasan sekolah ini dapat memupuk rasa hormat mereka dengan persekitaran selain mewujudkan kerjasama di antara pelajar.
Namun, tiada lagi laporan daripada ibu bapa di Jepun yang tidak berpuas hati apabila anak mereka diarahkan untuk mencuci sekolah sendiri.
Sudah tiba masanya, ibu bapa negara ini buka minda dan ubah mentaliti ke arah lebih baik serta mencontohi budaya Jepun dalam usaha menjadikan anak-anak yang lebih hormat, bersih dan bekerjasama. -MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 16-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“MADI pergilah tolong gosok-gosok sikit budak tu. Kasihan dah akak tengok,” kata Sarana, guru setengah baya yang mengajar di kelas yang sama denganku.
Dia menahan saya ketika berjalan menuju ke kelas. Nampak wajah gusar beliau yang jelas melalui kerut dahinya yang bergaris-garis itu. Meski dalam payah mengusung buku latihan murid yang meninggi tetap juga dia mahu berbicara.
“Kenapa kak? Siapa?” soal saya berhenti mengadap beliau.
“ Hafiz tu lah,” balasnya pantas.
Kini giliran dahi saya pula yang berkerut. Mendengar nama seorang murid yang memang cukup terkenal dikalangan guru-guru yang mengajarnya.
Seorang murid lelaki tahun 1 yang namanya memang sering disebut-sebut. Satu demi satu keluhan-keluhan guru yang mengajarnya melintas di hadapan kotak mindaku.
Dia tak boleh duduk diam.
Dia kerap mengganggu rakan.
Dia taknak buat latihan
Dia kerap berjalan sewaktu guru mengajar.
“Dah kenapa kak? Markah dia teruk ke kak?” teka saya yang dipengaruhi oleh keluhan-keluhan dalam kotak memori saya.
Kebiasaannya begitulah untuk anak-anak yang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid yang menghadapi masalah ini akan berakhir dengan keputusan peperiksaan yang teruk.
Nombornya juga corot.
Tidak dinafikan ada juga tetap cemerlang meskipun berhadapan dengan masalah ini. Tergantung kepada bagaimana proses dan cara dalaman bagaimana seseorang murid itu belajar.
“ Bukan,” nafi guru tersebut.
“Markah dia ok lah kalau nak banding dengan perangai dia dalam kelas tu. Subjek akak dia dapat A kali ini,” sambungnya lagi.
“ Dah tu kenapa kak?” soal saya kehairanan.
“ Macam ni,” ujarnya sambil meletakkan timbunan buku latihan murid-muridnya di atas benteng kaki lima bangunan sekolah.
Merehatkan sedikit tangannya yang lenguh kerana menanggung beban berat itu sekian lama.
“ Tadi akak nampak dia buang kertas jawapan yang telah dipulangkan kepadanya ke dalam tong sampah. Bila akak tanya kenapa buang. Dia kata sebab tak dapat A. Akak suruh dia keluarkan balik dari dalam tong sampah.
“Bila akak tengok semua kertas tu dapat B. Markah 70 lebih tu kira ok lah bagi akak. Akak tanya kenapa dia buang. Kertas tu kena bawa balik. Tunjuk pada ibu atau ayah. Air mata dah bergenang-genang. Tiba-tiba dia menangis. Lepas dia berhenti menangis tu akak tanya lagi. Menangis lagi. Lama lepas tu, bila dia berhenti akak tanya semula. Baru dia bagitahu, mak taknak tengok kalau tak dapat A. Geram betul akak,
Saya berundur sedikit ke belakang apabila melihat rakan sejawat saya ini semakin emosi gaya cakapnya. Gerak tangan dan bahasa badannya sememangnya menunjukkan geram yang sunguh-sungguh.
“Patutlah ada budak yang terjun tingkat 17,tingkat 18, tingkat 19 sebab tak lulus periksa. Dulu kita dengar pelik, bila dah jumpa sendiri depan mata baru tahu kenapa berlaku macam tu. Mujur dia buang kertas periksa, kalau dia buat benda lain yang kita tak jangka, menyesal tak sudah jawabnya,” sambung beliau penuh emosi.
“Kita ni kadang-kadang memang geram juga masa-masa dia buat perangai dalam kelas tu, tapi bila tengok dia menangis tadi tu dengan kita–kita sebak,” ujar beliau lagi menyambung luahan ketidakpuashatiannya.
“Gi lah Madi. Mu gi pujuk-pujuk sikit. Kito tokleh mendo-mendo goni. Sat gi dengan kito-kito jerik,”
( Dialek kelantan)
Saya mengangguk-ngangguk faham. Memang jelas kelihatan airmata sang guru juga sudah mula bertakung. Menunggu masa tumpah. Mungkin kerana segan cepat-cepat diusung kembali buku latihan murid –muridnya dan terus mengorak langkah menuju ke pejabat guru.
Saya menyambung langkah ke bilik darjah. Dari jauh sudah melihat anak-anak murid di dalam kelas terjenguk-jenguk di pintu kelas meninjau kehadiran guru. Bergegas mereka berlari ke tempat duduk apabila terlihat kelibat saya.
Masuk sahaja ke dalam kelas, satu demi satu wajah anak murid saya perhatikan.
Pada waktu ini saya berharap sangat agar setiap gejolak emosi dalam diri mereka dapat saya lihat dan rawat. Namun siapalah saya.
Bukan seorang superhero atau ahli nujum yang punya kuasa sakti meneroka hati dan perasaan orang lain.
Dari wajah mereka saya hanya melihat wajah suci tanpa dosa yang sentiasa menagih perhatian dari guru,ibu dan ayah. Persis wajah putera dan puteri saya di rumah.
Sebagai ayah ada kalanya saya juga turut keliru apa yang harus saya tekankan kepada anak saya. Samada apa yang perlu dibuat atau apa yang perlu di capai.
Menekankan apa yang perlu di capai selalunya menyebabkan anak-anak akhirnya belajar mencari helah menyembunyikan perbuatan mereka atau bertindak kasar. Asalkan hasrat yang diingini tercapai.
Merampas mainan dengan kasar dari tangan adiknya yang masih kecil asalkan mainan itu dapat diperolehinya. Sedangkan yang perlu diasuh pada waktu itu adalah tindakannya mengambil mainan tersebut.
Perlu berlemah-lembut dengan adik yang masih kecil atau menggantikan mainan ditangan adik dengan mainan yang lain.
Kerap juga meninggikan suara menyuruh anak membaca dengan lancar sedangkan yang perlu diasuh dan didisiplinkan adalah budaya membaca sekerap yang mungkin yang akhirnya akan melancarkan bacaannya.
Kita menekankan mereka supaya mesti mendapat A dan cemerlang tetapi tidak menekankan apa yang perlu dibuat untuk cemerlang.
Ya, mungkin juga boleh berhasil namun akhirnya kita akan melihat anak- anak hanya akan berprestasi di bawah kawalan kita dan gagal mengekalkan kecemerlangan apabila berada jauh dari pemantauan ibubapa.
Saya belajar dari Hafiz. Anak murid yang pada saya memerlukan banyak bimbingan dari guru-guru yang mengajarnya. Namun hari ini runtuhan emosi Hafiz telah membimbing saya untuk melihat apakah keperluan yang perlu saya titik beratkan dalam mendidik anak saya di rumah.
Begitu juga dengan askar-askar kecil disekolah ini yang punya warna-warni kehidupan tersendiri.
Adakalanya kami mencorak mereka dan tidak kurang juga ada waktunya mereka mencorak peribadi kami sebagai guru. Terima kasih daripada sang guru buat mujahid dan mujahidah kecil dalam dunia pendidikan.
Cikgu Asmadi Abdul Samad
General Briged Tempur Tahun 1
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menafikan khabar angin berlaku kebocoran kertas soalan Sejarah 2 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang berlangsung pada Rabu.
"Dakwaan itu tidak benar," demikian jawapan ringkasnya kepada mStar Online.
Kamalanathan pada masa sama turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada sebarang penyebaran mesej palsu.
Terdahulu, satu mesej disebarkan melalui Twitter menyatakan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM perlu mengambil semula subjek Sejarah 2 kerana berlaku kebocoran pada soalan tersebut.
Pengguna dengan nama akaun@Faiz Daong menerusi laman Twitternya berkata; "Soalan #sejarahspm bocor? Habisla budak-budak SPM kena repeat semula paper."
Malah katanya, dakwaan kebocoran soalan membabitkan mata pelajaran tersebut akan disiasat.
"Mungkin ada pihak yang akan buat laporan polis. Setiap tahun ada je barua yang buat onar," katanya.
@Faiz Daong turut mendakwa dia dimaklumkan mengenai dakwaan itu ada kebenaran.
"Habis kecoh dah dalam WhatsApp group cikgu-cikgu. Kebenaran kena beritahu walaupun pahit," tulisnya bagi membalas pertanyaan @SyahiraArte.
Isu kebocoran soalan bagi peperiksaan SPM ini bukan sesuatu yang baharu kerana khabar angin seperti ini pernah menjadi viral pada 2014 membabitkan kertas soalan Matematik 2 (Kod 1449/2).
Namun, Kementerian Pendidikan pada ketika itu turut menafikan insiden tersebut yang didakwa berlaku di negeri Melaka, Selangor dan Sabah.
Sebelum ini pelajaran aliran Sains berlebihan. Dasar 60-40 dilakasanakan tak berkesan. Menteri Pelajaran hanya buat duit untuk kepentingan kroni, lihat projek-projek KPM termasuk 1Bestari.net
KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan masalah kekurangan pelajar aliran sains yang serius yang mampu menjejaskan usaha mencapai status negara maju.
Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata ketika ini terdapat hanya 90,000 pelajar aliran sains yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jauh kurang berbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun.
Kekurangan itu boleh mengakibatkan jumlah ahli sains yang tidak mencukupi di negara ini.
"Bagi menggerakkan negara ini ke depan, kita memerlukan lebih ramai ahli sains dan jurutera yang lahir daripada mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)," katanya pada sidang media selepas perasmian Pameran Sains dan Kejuruteraan Kuala Lumpur (KLESF), di sini pada Jumaat.
Ia disempurnakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang mewakili menterinya, Datuk Seri Madius Tangau.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.
Ahmad Tajuddin, yang juga Pengerusi Unit Khas Teknologi Tinggi (MIGHT) berkata penurunan jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran STEM bukan hanya berlaku di Malaysia.
Mengulas isu sama, Abu Bakar berkata punca kepada jumlah yang rendah itu adalah kurangnya minat pelajar mengambil mata pelajaran STEM, terutama dari luar bandar.
Katanya, kementerian-kementerian berkaitan bekerjasama erat untuk mengambil langkah mengatasi masalah itu.
Menurut Abu Bakar antara langkah itu ialah Program Kimia ke Desa pada 2013 kendalian kementeriannya, yang disesuaikan untuk meningkatkan kesedaran dan keseronokan mata pelajaran STEM dalam kalangan pelajar luar bandar.
KLESF selama tiga hari yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines menampilkan pelbagai program dan aktiviti yang menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah yang antara tujuannya bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran STEM.
-- BERNAMA
Sumber TKO - 5-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JOHOR BAHRU: Pada usia 23 tahun, Mundzir Abdullah, sudah berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dan bidang pengajian pilihannya juga bukan calang-calang.
Kejayaan pensyarah Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu menjadikannya pelajar termuda dianugerahkan kelulusan berkenaan di negara ini.
Serentak itu, nama anak kepada pasangan bekas pensyarah UTM, Dr Abdullah Daud, 61, dan suri rumah, Zakiah Mat, 56, ini kini tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBR), menggantikan Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, juga lepasan UTM dari Kelantan, yang muncul graduan PhD termuda pada usia 24 tahun, tahun lalu. "Saya bersyukur kerana hasrat menerima PhD termakbul walaupun hampir putus asa untuk menyiapkan tugasan penyelidikan dalam bidang aplikasi laser.
"Seperti tidak percaya apabila menjadi penerima termuda PhD. Ini membuktikan ilmu bukan diukur dengan usia," kata Mundzir, yang menerima ijazahnya pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-55, di sini, hari ini.
Anak keenam daripada 11 beradik itu berkata, beliau tiada rahsia khusus di sebalik kejayaan berkenaan, malah mengakui pernah hampir berputus asa sebelum diberi tunjuk ajar dan galakan semangat oleh tenaga pengajar serta rakan sehingga berjaya menyiapkan penyelidikan dalam aplikasi laser.
Mundzir yang mengikuti pengajian peringkat PhD selama 33 bulan, berkata sepanjang pengajian, beliau menerbitkan lebih 20 kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain membuat pembentangan pada persidangan berkaitan.
Sumber TKO - 229-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42927-upm-kukuh-terajui-bidang-pertanian
KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) kukuh menerajui bidang pertanian pendidikan di Asia Tenggara atas kejayaan penghasilan produk penyelidikan dan inovatif dalam bidang Sains Pertanian.
Kejayaan manis itu diiktiraf Thompson Reuters menerusi pengiktirafan pada kedudukan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara dalam senarai Best Global University Ranking For Agricultural Sciences yang diterbitkan US News and World Report.
Menyambut baik pengiktirafan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar inisiatif di peringkat universiti terus diluaskan di peringkat pengajian pendidikannya, lapor SelangorKini.
“Beta gembira atas usaha dan kesungguhan inisiatif dirancang UPM bukan sahaja sebagai menerajui bidang pertanian dan sekuriti makanan, tetapi juga menerajui lonjakan pendidikan tinggi negara.
“Tahniah dan syabas beta ucapkan kepada semua warga universiti,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UPM ke 50 di Serdang, hari ini.
Sebelum ini, UPM mencapai tahap kedudukan ranking terbaik apabila berada pada kedudukan ke-270 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking 2016.
Di peringkat Asia, UPM berada dalam kelompok 50 universiti terbaik, berbanding kedudukan 66 tahun lalu.
Dalam konteks ranking mengikut disiplin pertanian dan perhutanan, UPM kekal tersenarai kelompok 51 hingga 100 terbaik dunia untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.
Sumber HD - 22-10-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42923-graduan-harus-yakin-keupayaan-diri-untuk-berjaya
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar usaha penyebaran ilmu diperluaskan ke arah mengangkat martabat bangsa di negeri itu.
Titah baginda, usaha tersebut perlu digerakkan menerusi kerjasama warga pendidik khususnya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) demi manfaat jangka panjang, lapor SelangorKini.
“Beta menggesa agar semua warga universiti untuk terus memberikan yang terbaik untuk masyarakat dan negara.
“Usaha menyebarkan ilmu pengetahuan dan mengangkat martabat bangsa dan negara harus diteruskan secara terancang menerusi aktiviti bersama industri dan komuniti bagi manfaat bersama.
“Kerjasama universiti dan industri berupaya meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pengkomersilan ke tahap lebih dinamik,” titah baginda sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-40 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Baginda turut bertitah agar graduan dan warga pendidik terus optimis meningkatkan keupayaan diri demi mencapai kejayaan cemerlang di masa depan.
“Tiada yang membezakan antara graduan dengan masyarakat di luar melainkan ilmu pengetahuan, kerana latar belakang dan taraf sosial bukan menjadi penghalang kepada kejayaan.
“Bahkan dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, graduan harus yakin dan percaya terhadap keupayaan diri untuk berjaya dan maju dengan lebih cemerlang,” titah baginda.

\http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42858-pelajar-buli-wajar-digantung-sekolah
KOTA BHARU: Pakar bidang pendidikan menyifatkan tadbir urus lemah dan sikap menyembunyikan salah laku serta disiplin buruk menjadi punca mengundang kejadian buli.
Dr Zulkeflee Yaacob dari Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata kelakuan ponteng kelas, sekolah, ganggu gugat rakan dan amalan keluar masuk kelas tanpa kawalan guru sebagai petanda awal gangguan sikap seseorang pelajar.
Katanya, kes buli perlu dimasukkan dalam peraturan disiplin sekolah dan dan perlu tindakan tegas pihak Kementerian Pendidikan.
“Cadangan menteri mempertimbangkan hukuman gantung sekolah selama setahun sebagai alternatif hukuman buang sekolah suatu makanisme cegah buli wajar disokong masyarakat,” katanya di sini.
Semalam Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilapor mencadangkan pelajar yang menjadi pembuli digantung sekolah setahun.
Selain itu akan dilibatkan dengan kerja-kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat pemulihan dalam tempoh berkenaan.
Pada April lepas seorang pelajar tingkatan empat di Pengkalan Chepa disiasat berikutan dipercayai terbabit membuli pelajar tingkatan tiga sehingga tidak sedarkan diri.
Pada kejadian itu mangsa dilapor ditendang dua kali di leher sehingga menyebabkan retak tulang leher dan mengalami kebas di tangan.
Dr Zulkeflee berkata kementerian perlu mencari alternatif bentuk hukuman terhadap pembuli yang melakukan kesalahan serius hingga mendatang kecederaan kekal dan kehilangan nyawa.
“Tindakan buang sekolah pilihan terakhir tetapi proses gantung sekolah maksimum setahun sebagai pengajaran dan teladan kepada pelajar.
“Perkara ini tidak dilihat sebagai hukuman semata-mata kerana proses pendidikan masih berlaku kerana mereka dilibatkan kerja sosial dan kaunseling serta kelas pemulihan akhlak dikawal selia pihak berkaitan,” ujarnya.
Malah katanya pembuli tegar dicatat dalam rekod berhenti sekolah sebagai amaran agar menjauhi anasir buli di sekolah. – HARAKAHDAILY 18/10/2016
Sumber HD - 18-10-2016

KUALA LUMPUR: Cadangan menggantung persekolahan selama setahun terhadap pembuli memerlukan perbincangan mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pihak berkaitan termasuk wakil kanak-kanak, ibu bapa dan badan bukan kerajaan perlu duduk berbincang mengenai cadangan itu bagi mencari penyelesaian terbaik.
Beliau berkata, tindakan menggantung persekolahan pelajar selama setahun tidak semestinya akan memperbaiki keadaan dan mungkin terdapat kaedah lain bagi menyelesaikan masalah buli di sekolah secara keseluruhan.
"Tindakan memang perlu diambil kerana kita tidak boleh membenarkan anak-anak kita di Malaysia ini menjadi pembuli, namun perbincangan secara serius perlu dibuat supaya tindakan dan situasi menang-menang dapat dicapai," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Katanya sebarang tindakan juga perlu berlandaskan undang-undang mengikut Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.
Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya bercadang agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun sebagai pengajaran kepada pelajar.
Mahdzir berkata, selama tempoh penggantungan, pelajar akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah.
--BERNAMA
Sumber TKO - 17-10-2016

KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan tegas itu perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar.
"Ini peringkat cadangan kementerian, namun sudah sampai masanya kita mengenakan tindakan tegas agar isu buli tidak berpanjangan.
"Saya berpendapat isu buli sudah semakin serius dan perlu kita bendung segera dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik," katanya kepada pemberita.
Beliau merasmikan Majlis Kasihi Pekebun dan Penyampaian Bantuan Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) serta Laman Kebun Risda Daerah Padang Terap, Ahad.
Mahdzir berkata cadangan itu akan membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Beliau berkata pelajar yang digantung tetapi bakal menduduki peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia boleh menduduki semula peperiksaan mereka selepas tempoh penggantungan selesai.
"Semasa tempoh penggantungan, pelajar tersebut akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, kementerian bersedia untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak terhadap cadangan berkenaan.
"Kita faham akan ada pihak yang tidak bersetuju dan kita bersedia untuk mendengar pandangan pihak lain sebelum keputusan muktamad dibuat," katanya.
Mahdzir berkata sekiranya cadangan itu dipersetujui, kementerian mungkin akan melaksanakannya pada Januari tahun hadapan.
Beliau juga berkata pihaknya tidak bercadang untuk memberhentikan terus pelajar dari sekolah demi masa depan pelajar itu sendiri.
Mengenai fenomena air pasang besar, katanya kementerian sedang memantaunya yang membabitkan sekolah.
"Sehingga petang ini fenomena itu masih lagi terkawal dan tidak menjejaskan mana-mana sesi persekolahan. Jabatan Pelajaran Daerah akan melaporkan jika terdapat sekolah yang terjejas," tambahnya.-- Bernama
IPOH: Sebanyak 787 kes kehamilan dalam kalangan remaja direkodkan di Perak sepanjang tahun lepas, dengan 615 daripada membabitkan pelajar sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jumlah itu menurun berbanding 892 kes pada 2014.
Walaupun menurun, katanya perkara itu terutama yang membabitkan pelajar sekolah tidak boleh dipandang ringan dan usaha perlu dilakukan termasuk memberi advokasi pendidikan kepada remaja.
“Sebanyak 30,607 kes antenatal (kehamilan) direkodkan di seluruh Perak sepanjang tahun lepas dengan 2.6% daripadanya membabitkan remaja.
“Ada di antara remaja hamil ini merupakan mangsa rogol dan bukan atas kehendak mereka maka, kita akan berusaha membantu mereka dan menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat program Generasiku Sayang di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Mah berkata sebanyak 3 kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh Januari hingga September lepas berbanding 5 kes sepanjang 2015.
Selain itu, katanya ‘Baby Hatch’ yang disediakan hospital swasta sejak 2010 juga menerima 7 orang bayi.
Mengenai program Generasiku Sayang, Mah berkata ia bertujuan membantu remaja hamil tanpa nikah dengan menyediakan perlindungan, penjagaan semasa hamil serta pemulihan awal.
“Ini bagi memastikan remaja berkenaan dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dari segi fizikal, mental dan sosial,” katanya.
Sumber HD - 12-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUNGAI PETANI - Ibu kepada pelajar Malaysia yang hilang di Paris baru-baru ini memaklumkan beliau sudah berhubung secara terus dengan anaknya Nur Sakinah Naim, 19, melalui telefon dan WhatsApp.
Bagaimanapun Nur Halizah Ahmad, 43, berkata beliau masih belum mengetahui kejadian sebenar yang berlaku sehingga menyebabkan penuntut Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Normandy itu menghilangkan diri selama beberapa hari.
"Tak tahulah nak kata apa. Saya pun tidak jumpa dia lagi, jadi saya tak mahu tanya macam-macam takut dia tertekan. Dia cuma beritahu dia sihat," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu dekat sini, hari ini.
Nur Shakinah Naim, 19, dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan kembali ke kediamannya di Paris semalam. Khabar gembira itu disampaikan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berkunjung ke rumah keluarga itu di sini semalam.
Terdahulu Umno Bahagian Sungai Petani yang diwakili Naibnya, Mohd Rodhi Rejab menyampaikan tiket penerbangan pergi-balik ke Perancis kepada Nur Halizah dan suaminya Naim Awang, 46, yang mereka dijadual berlepas ke Paris Ahad ini.
Mohd Rodhi berkata, pembiayaan termasuk kos penginapan, makan dan minum yang ditaja sepenuhnya Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad yang akan turut mengiringi mereka ke Perancis.
Pasangan tersebut akan bertolak ke Kuala Lumpur esok sebelum menaiki penerbangan pada pukul 2.10 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba di Paris pada 1.30 petang (waktu tempatan).
Sementara itu Naim berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan sehingga membolehkan beliau dan isterinya bakal bertemu anak mereka di Paris dan seterusnya mengetahui lebih lanjut perkara yang menimpa anaknya.
"Sama ada kami akan membawa Nur Shakinah pulang bersama atau tidak, itu saya belum dapat membuat sebarang keputusan kerana kami perlu berbincang dulu.
"Saya memang mahu dia balik ke sini terlebih dahulu untuk tenangkan fikirannya," katanya.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 30-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN peperiksaan percubaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi mata pelajaran Sains kini menjadi perbualan hangat menerusi media sosial tempatan.
Ini berikutan, terdapatnya satu soalan bertanyakan pendapat tentang penjualan kondom.
Soalan itu berbunyi: ‘Jualan kondom secara terbuka akan membawa kesan negatif yang menyebabkan masalah sosial. Adakah anda bersetuju? Sila jelaskan.’
Sementara, dalam kertas soalan itu turut tertera jawapan pelajar yang bertulis: ‘Tidak. Kondom adalah satu langkah mengawal kelahiran yang diperlukan untuk mencegah kehamilan’
.
Namun, tiada lagi laporan daripada ibu bapa di Jepun yang tidak berpuas hati apabila anak mereka diarahkan untuk mencuci sekolah sendiri.
Sudah tiba masanya, ibu bapa negara ini buka minda dan ubah mentaliti ke arah lebih baik serta mencontohi budaya Jepun dalam usaha menjadikan anak-anak yang lebih hormat, bersih dan bekerjasama. -MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 16-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terjun tingkat 17 - Perkongsian Guru Sekolah Ini Membuatkan Ibu Bapa Menitiskan Posted on Friday, November 11 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32338 |
“MADI pergilah tolong gosok-gosok sikit budak tu. Kasihan dah akak tengok,” kata Sarana, guru setengah baya yang mengajar di kelas yang sama denganku.
Dia menahan saya ketika berjalan menuju ke kelas. Nampak wajah gusar beliau yang jelas melalui kerut dahinya yang bergaris-garis itu. Meski dalam payah mengusung buku latihan murid yang meninggi tetap juga dia mahu berbicara.
“Kenapa kak? Siapa?” soal saya berhenti mengadap beliau.
“ Hafiz tu lah,” balasnya pantas.
Kini giliran dahi saya pula yang berkerut. Mendengar nama seorang murid yang memang cukup terkenal dikalangan guru-guru yang mengajarnya.
Seorang murid lelaki tahun 1 yang namanya memang sering disebut-sebut. Satu demi satu keluhan-keluhan guru yang mengajarnya melintas di hadapan kotak mindaku.
Dia tak boleh duduk diam.
Dia kerap mengganggu rakan.
Dia taknak buat latihan
Dia kerap berjalan sewaktu guru mengajar.
“Dah kenapa kak? Markah dia teruk ke kak?” teka saya yang dipengaruhi oleh keluhan-keluhan dalam kotak memori saya.
Kebiasaannya begitulah untuk anak-anak yang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid yang menghadapi masalah ini akan berakhir dengan keputusan peperiksaan yang teruk.
Nombornya juga corot.
Tidak dinafikan ada juga tetap cemerlang meskipun berhadapan dengan masalah ini. Tergantung kepada bagaimana proses dan cara dalaman bagaimana seseorang murid itu belajar.
“ Bukan,” nafi guru tersebut.
“Markah dia ok lah kalau nak banding dengan perangai dia dalam kelas tu. Subjek akak dia dapat A kali ini,” sambungnya lagi.
“ Dah tu kenapa kak?” soal saya kehairanan.
“ Macam ni,” ujarnya sambil meletakkan timbunan buku latihan murid-muridnya di atas benteng kaki lima bangunan sekolah.
Merehatkan sedikit tangannya yang lenguh kerana menanggung beban berat itu sekian lama.
“ Tadi akak nampak dia buang kertas jawapan yang telah dipulangkan kepadanya ke dalam tong sampah. Bila akak tanya kenapa buang. Dia kata sebab tak dapat A. Akak suruh dia keluarkan balik dari dalam tong sampah.
“Bila akak tengok semua kertas tu dapat B. Markah 70 lebih tu kira ok lah bagi akak. Akak tanya kenapa dia buang. Kertas tu kena bawa balik. Tunjuk pada ibu atau ayah. Air mata dah bergenang-genang. Tiba-tiba dia menangis. Lepas dia berhenti menangis tu akak tanya lagi. Menangis lagi. Lama lepas tu, bila dia berhenti akak tanya semula. Baru dia bagitahu, mak taknak tengok kalau tak dapat A. Geram betul akak,
Saya berundur sedikit ke belakang apabila melihat rakan sejawat saya ini semakin emosi gaya cakapnya. Gerak tangan dan bahasa badannya sememangnya menunjukkan geram yang sunguh-sungguh.
“Patutlah ada budak yang terjun tingkat 17,tingkat 18, tingkat 19 sebab tak lulus periksa. Dulu kita dengar pelik, bila dah jumpa sendiri depan mata baru tahu kenapa berlaku macam tu. Mujur dia buang kertas periksa, kalau dia buat benda lain yang kita tak jangka, menyesal tak sudah jawabnya,” sambung beliau penuh emosi.
“Kita ni kadang-kadang memang geram juga masa-masa dia buat perangai dalam kelas tu, tapi bila tengok dia menangis tadi tu dengan kita–kita sebak,” ujar beliau lagi menyambung luahan ketidakpuashatiannya.
“Gi lah Madi. Mu gi pujuk-pujuk sikit. Kito tokleh mendo-mendo goni. Sat gi dengan kito-kito jerik,”
( Dialek kelantan)
Saya mengangguk-ngangguk faham. Memang jelas kelihatan airmata sang guru juga sudah mula bertakung. Menunggu masa tumpah. Mungkin kerana segan cepat-cepat diusung kembali buku latihan murid –muridnya dan terus mengorak langkah menuju ke pejabat guru.
Saya menyambung langkah ke bilik darjah. Dari jauh sudah melihat anak-anak murid di dalam kelas terjenguk-jenguk di pintu kelas meninjau kehadiran guru. Bergegas mereka berlari ke tempat duduk apabila terlihat kelibat saya.
Masuk sahaja ke dalam kelas, satu demi satu wajah anak murid saya perhatikan.
Pada waktu ini saya berharap sangat agar setiap gejolak emosi dalam diri mereka dapat saya lihat dan rawat. Namun siapalah saya.
Bukan seorang superhero atau ahli nujum yang punya kuasa sakti meneroka hati dan perasaan orang lain.
Dari wajah mereka saya hanya melihat wajah suci tanpa dosa yang sentiasa menagih perhatian dari guru,ibu dan ayah. Persis wajah putera dan puteri saya di rumah.
Sebagai ayah ada kalanya saya juga turut keliru apa yang harus saya tekankan kepada anak saya. Samada apa yang perlu dibuat atau apa yang perlu di capai.
Menekankan apa yang perlu di capai selalunya menyebabkan anak-anak akhirnya belajar mencari helah menyembunyikan perbuatan mereka atau bertindak kasar. Asalkan hasrat yang diingini tercapai.
Merampas mainan dengan kasar dari tangan adiknya yang masih kecil asalkan mainan itu dapat diperolehinya. Sedangkan yang perlu diasuh pada waktu itu adalah tindakannya mengambil mainan tersebut.
Perlu berlemah-lembut dengan adik yang masih kecil atau menggantikan mainan ditangan adik dengan mainan yang lain.
Kerap juga meninggikan suara menyuruh anak membaca dengan lancar sedangkan yang perlu diasuh dan didisiplinkan adalah budaya membaca sekerap yang mungkin yang akhirnya akan melancarkan bacaannya.
Kita menekankan mereka supaya mesti mendapat A dan cemerlang tetapi tidak menekankan apa yang perlu dibuat untuk cemerlang.
Ya, mungkin juga boleh berhasil namun akhirnya kita akan melihat anak- anak hanya akan berprestasi di bawah kawalan kita dan gagal mengekalkan kecemerlangan apabila berada jauh dari pemantauan ibubapa.
Saya belajar dari Hafiz. Anak murid yang pada saya memerlukan banyak bimbingan dari guru-guru yang mengajarnya. Namun hari ini runtuhan emosi Hafiz telah membimbing saya untuk melihat apakah keperluan yang perlu saya titik beratkan dalam mendidik anak saya di rumah.
Begitu juga dengan askar-askar kecil disekolah ini yang punya warna-warni kehidupan tersendiri.
Adakalanya kami mencorak mereka dan tidak kurang juga ada waktunya mereka mencorak peribadi kami sebagai guru. Terima kasih daripada sang guru buat mujahid dan mujahidah kecil dalam dunia pendidikan.
Cikgu Asmadi Abdul Samad
General Briged Tempur Tahun 1
Sumber TKO - 11-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Khabar Angin Kertas Soalan Sejarah 2 Bocor Tidak Benar - Kamalanathan Posted on Thursday, November 10 @ 06:25:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32310 |
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menafikan khabar angin berlaku kebocoran kertas soalan Sejarah 2 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang berlangsung pada Rabu.
"Dakwaan itu tidak benar," demikian jawapan ringkasnya kepada mStar Online.
Kamalanathan pada masa sama turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada sebarang penyebaran mesej palsu.
Terdahulu, satu mesej disebarkan melalui Twitter menyatakan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM perlu mengambil semula subjek Sejarah 2 kerana berlaku kebocoran pada soalan tersebut.
Pengguna dengan nama akaun@Faiz Daong menerusi laman Twitternya berkata; "Soalan #sejarahspm bocor? Habisla budak-budak SPM kena repeat semula paper."
Malah katanya, dakwaan kebocoran soalan membabitkan mata pelajaran tersebut akan disiasat.
"Mungkin ada pihak yang akan buat laporan polis. Setiap tahun ada je barua yang buat onar," katanya.
@Faiz Daong turut mendakwa dia dimaklumkan mengenai dakwaan itu ada kebenaran.
"Habis kecoh dah dalam WhatsApp group cikgu-cikgu. Kebenaran kena beritahu walaupun pahit," tulisnya bagi membalas pertanyaan @SyahiraArte.
Isu kebocoran soalan bagi peperiksaan SPM ini bukan sesuatu yang baharu kerana khabar angin seperti ini pernah menjadi viral pada 2014 membabitkan kertas soalan Matematik 2 (Kod 1449/2).
Namun, Kementerian Pendidikan pada ketika itu turut menafikan insiden tersebut yang didakwa berlaku di negeri Melaka, Selangor dan Sabah.
Sumber TKO - 10-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysia Berdepan Kekurangan Pelajar Aliran Sains Yang Serius Posted on Saturday, November 05 @ 11:20:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32238 |
Sebelum ini pelajaran aliran Sains berlebihan. Dasar 60-40 dilakasanakan tak berkesan. Menteri Pelajaran hanya buat duit untuk kepentingan kroni, lihat projek-projek KPM termasuk 1Bestari.net
KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan masalah kekurangan pelajar aliran sains yang serius yang mampu menjejaskan usaha mencapai status negara maju.
Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata ketika ini terdapat hanya 90,000 pelajar aliran sains yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jauh kurang berbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun.
Kekurangan itu boleh mengakibatkan jumlah ahli sains yang tidak mencukupi di negara ini.
"Bagi menggerakkan negara ini ke depan, kita memerlukan lebih ramai ahli sains dan jurutera yang lahir daripada mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)," katanya pada sidang media selepas perasmian Pameran Sains dan Kejuruteraan Kuala Lumpur (KLESF), di sini pada Jumaat.
Ia disempurnakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang mewakili menterinya, Datuk Seri Madius Tangau.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.
Ahmad Tajuddin, yang juga Pengerusi Unit Khas Teknologi Tinggi (MIGHT) berkata penurunan jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran STEM bukan hanya berlaku di Malaysia.
Mengulas isu sama, Abu Bakar berkata punca kepada jumlah yang rendah itu adalah kurangnya minat pelajar mengambil mata pelajaran STEM, terutama dari luar bandar.
Katanya, kementerian-kementerian berkaitan bekerjasama erat untuk mengambil langkah mengatasi masalah itu.
Menurut Abu Bakar antara langkah itu ialah Program Kimia ke Desa pada 2013 kendalian kementeriannya, yang disesuaikan untuk meningkatkan kesedaran dan keseronokan mata pelajaran STEM dalam kalangan pelajar luar bandar.
KLESF selama tiga hari yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines menampilkan pelbagai program dan aktiviti yang menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah yang antara tujuannya bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran STEM.
-- BERNAMA
Sumber TKO - 5-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mundzir penerima PhD termuda (23 Tahun) Posted on Saturday, October 29 @ 19:53:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32168 |
JOHOR BAHRU: Pada usia 23 tahun, Mundzir Abdullah, sudah berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dan bidang pengajian pilihannya juga bukan calang-calang.
Kejayaan pensyarah Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu menjadikannya pelajar termuda dianugerahkan kelulusan berkenaan di negara ini.
Serentak itu, nama anak kepada pasangan bekas pensyarah UTM, Dr Abdullah Daud, 61, dan suri rumah, Zakiah Mat, 56, ini kini tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBR), menggantikan Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, juga lepasan UTM dari Kelantan, yang muncul graduan PhD termuda pada usia 24 tahun, tahun lalu. "Saya bersyukur kerana hasrat menerima PhD termakbul walaupun hampir putus asa untuk menyiapkan tugasan penyelidikan dalam bidang aplikasi laser.
"Seperti tidak percaya apabila menjadi penerima termuda PhD. Ini membuktikan ilmu bukan diukur dengan usia," kata Mundzir, yang menerima ijazahnya pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-55, di sini, hari ini.
Anak keenam daripada 11 beradik itu berkata, beliau tiada rahsia khusus di sebalik kejayaan berkenaan, malah mengakui pernah hampir berputus asa sebelum diberi tunjuk ajar dan galakan semangat oleh tenaga pengajar serta rakan sehingga berjaya menyiapkan penyelidikan dalam aplikasi laser.
Mundzir yang mengikuti pengajian peringkat PhD selama 33 bulan, berkata sepanjang pengajian, beliau menerbitkan lebih 20 kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain membuat pembentangan pada persidangan berkaitan.
Sumber TKO - 229-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UPM kukuh terajui bidang pertanian
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42927-upm-kukuh-terajui-bidang-pertanian
KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) kukuh menerajui bidang pertanian pendidikan di Asia Tenggara atas kejayaan penghasilan produk penyelidikan dan inovatif dalam bidang Sains Pertanian.
Kejayaan manis itu diiktiraf Thompson Reuters menerusi pengiktirafan pada kedudukan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara dalam senarai Best Global University Ranking For Agricultural Sciences yang diterbitkan US News and World Report.
Menyambut baik pengiktirafan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar inisiatif di peringkat universiti terus diluaskan di peringkat pengajian pendidikannya, lapor SelangorKini.
“Beta gembira atas usaha dan kesungguhan inisiatif dirancang UPM bukan sahaja sebagai menerajui bidang pertanian dan sekuriti makanan, tetapi juga menerajui lonjakan pendidikan tinggi negara.
“Tahniah dan syabas beta ucapkan kepada semua warga universiti,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UPM ke 50 di Serdang, hari ini.
Sebelum ini, UPM mencapai tahap kedudukan ranking terbaik apabila berada pada kedudukan ke-270 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking 2016.
Di peringkat Asia, UPM berada dalam kelompok 50 universiti terbaik, berbanding kedudukan 66 tahun lalu.
Dalam konteks ranking mengikut disiplin pertanian dan perhutanan, UPM kekal tersenarai kelompok 51 hingga 100 terbaik dunia untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.
Sumber HD - 22-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Graduan harus yakin keupayaan diri untuk berjaya
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42923-graduan-harus-yakin-keupayaan-diri-untuk-berjaya
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar usaha penyebaran ilmu diperluaskan ke arah mengangkat martabat bangsa di negeri itu.
Titah baginda, usaha tersebut perlu digerakkan menerusi kerjasama warga pendidik khususnya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) demi manfaat jangka panjang, lapor SelangorKini.
“Beta menggesa agar semua warga universiti untuk terus memberikan yang terbaik untuk masyarakat dan negara.
“Usaha menyebarkan ilmu pengetahuan dan mengangkat martabat bangsa dan negara harus diteruskan secara terancang menerusi aktiviti bersama industri dan komuniti bagi manfaat bersama.
“Kerjasama universiti dan industri berupaya meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pengkomersilan ke tahap lebih dinamik,” titah baginda sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-40 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Baginda turut bertitah agar graduan dan warga pendidik terus optimis meningkatkan keupayaan diri demi mencapai kejayaan cemerlang di masa depan.
“Tiada yang membezakan antara graduan dengan masyarakat di luar melainkan ilmu pengetahuan, kerana latar belakang dan taraf sosial bukan menjadi penghalang kepada kejayaan.
“Bahkan dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, graduan harus yakin dan percaya terhadap keupayaan diri untuk berjaya dan maju dengan lebih cemerlang,” titah baginda.
Sumber HD - 22-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelajar buli wajar digantung sekolah
\http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42858-pelajar-buli-wajar-digantung-sekolah
KOTA BHARU: Pakar bidang pendidikan menyifatkan tadbir urus lemah dan sikap menyembunyikan salah laku serta disiplin buruk menjadi punca mengundang kejadian buli.
Dr Zulkeflee Yaacob dari Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata kelakuan ponteng kelas, sekolah, ganggu gugat rakan dan amalan keluar masuk kelas tanpa kawalan guru sebagai petanda awal gangguan sikap seseorang pelajar.
Katanya, kes buli perlu dimasukkan dalam peraturan disiplin sekolah dan dan perlu tindakan tegas pihak Kementerian Pendidikan.
“Cadangan menteri mempertimbangkan hukuman gantung sekolah selama setahun sebagai alternatif hukuman buang sekolah suatu makanisme cegah buli wajar disokong masyarakat,” katanya di sini.
Semalam Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilapor mencadangkan pelajar yang menjadi pembuli digantung sekolah setahun.
Selain itu akan dilibatkan dengan kerja-kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat pemulihan dalam tempoh berkenaan.
Pada April lepas seorang pelajar tingkatan empat di Pengkalan Chepa disiasat berikutan dipercayai terbabit membuli pelajar tingkatan tiga sehingga tidak sedarkan diri.
Pada kejadian itu mangsa dilapor ditendang dua kali di leher sehingga menyebabkan retak tulang leher dan mengalami kebas di tangan.
Dr Zulkeflee berkata kementerian perlu mencari alternatif bentuk hukuman terhadap pembuli yang melakukan kesalahan serius hingga mendatang kecederaan kekal dan kehilangan nyawa.
“Tindakan buang sekolah pilihan terakhir tetapi proses gantung sekolah maksimum setahun sebagai pengajaran dan teladan kepada pelajar.
“Perkara ini tidak dilihat sebagai hukuman semata-mata kerana proses pendidikan masih berlaku kerana mereka dilibatkan kerja sosial dan kaunseling serta kelas pemulihan akhlak dikawal selia pihak berkaitan,” ujarnya.
Malah katanya pembuli tegar dicatat dalam rekod berhenti sekolah sebagai amaran agar menjauhi anasir buli di sekolah. – HARAKAHDAILY 18/10/2016
Sumber HD - 18-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gantung Sekolah Setahun Perlu Dibincang Posted on Monday, October 17 @ 20:53:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32070 |
KUALA LUMPUR: Cadangan menggantung persekolahan selama setahun terhadap pembuli memerlukan perbincangan mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pihak berkaitan termasuk wakil kanak-kanak, ibu bapa dan badan bukan kerajaan perlu duduk berbincang mengenai cadangan itu bagi mencari penyelesaian terbaik.
Beliau berkata, tindakan menggantung persekolahan pelajar selama setahun tidak semestinya akan memperbaiki keadaan dan mungkin terdapat kaedah lain bagi menyelesaikan masalah buli di sekolah secara keseluruhan.
"Tindakan memang perlu diambil kerana kita tidak boleh membenarkan anak-anak kita di Malaysia ini menjadi pembuli, namun perbincangan secara serius perlu dibuat supaya tindakan dan situasi menang-menang dapat dicapai," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Katanya sebarang tindakan juga perlu berlandaskan undang-undang mengikut Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.
Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya bercadang agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun sebagai pengajaran kepada pelajar.
Mahdzir berkata, selama tempoh penggantungan, pelajar akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah.
--BERNAMA
Sumber TKO - 17-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan Pembuli Digantung Sekolah Setahun - Mahdzir Posted on Sunday, October 16 @ 17:54:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32058 |
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan tegas itu perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar.
"Ini peringkat cadangan kementerian, namun sudah sampai masanya kita mengenakan tindakan tegas agar isu buli tidak berpanjangan.
"Saya berpendapat isu buli sudah semakin serius dan perlu kita bendung segera dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik," katanya kepada pemberita.
Mahdzir berkata cadangan itu akan membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Beliau berkata pelajar yang digantung tetapi bakal menduduki peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia boleh menduduki semula peperiksaan mereka selepas tempoh penggantungan selesai.
"Semasa tempoh penggantungan, pelajar tersebut akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pusat pemulihan akhlak sebagai syarat untuk diterima masuk semula ke sekolah," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, kementerian bersedia untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak terhadap cadangan berkenaan.
"Kita faham akan ada pihak yang tidak bersetuju dan kita bersedia untuk mendengar pandangan pihak lain sebelum keputusan muktamad dibuat," katanya.
Mahdzir berkata sekiranya cadangan itu dipersetujui, kementerian mungkin akan melaksanakannya pada Januari tahun hadapan.
Beliau juga berkata pihaknya tidak bercadang untuk memberhentikan terus pelajar dari sekolah demi masa depan pelajar itu sendiri.
Mengenai fenomena air pasang besar, katanya kementerian sedang memantaunya yang membabitkan sekolah.
"Sehingga petang ini fenomena itu masih lagi terkawal dan tidak menjejaskan mana-mana sesi persekolahan. Jabatan Pelajaran Daerah akan melaporkan jika terdapat sekolah yang terjejas," tambahnya.-- Bernama
Sumber TKO - 16-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
800 remaja hamil di Perak, 615 babit pelajar sekolah Posted on Wednesday, October 12 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31997 |
IPOH: Sebanyak 787 kes kehamilan dalam kalangan remaja direkodkan di Perak sepanjang tahun lepas, dengan 615 daripada membabitkan pelajar sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jumlah itu menurun berbanding 892 kes pada 2014.
Walaupun menurun, katanya perkara itu terutama yang membabitkan pelajar sekolah tidak boleh dipandang ringan dan usaha perlu dilakukan termasuk memberi advokasi pendidikan kepada remaja.
“Sebanyak 30,607 kes antenatal (kehamilan) direkodkan di seluruh Perak sepanjang tahun lepas dengan 2.6% daripadanya membabitkan remaja.
“Ada di antara remaja hamil ini merupakan mangsa rogol dan bukan atas kehendak mereka maka, kita akan berusaha membantu mereka dan menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat program Generasiku Sayang di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Mah berkata sebanyak 3 kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh Januari hingga September lepas berbanding 5 kes sepanjang 2015.
Selain itu, katanya ‘Baby Hatch’ yang disediakan hospital swasta sejak 2010 juga menerima 7 orang bayi.
Mengenai program Generasiku Sayang, Mah berkata ia bertujuan membantu remaja hamil tanpa nikah dengan menyediakan perlindungan, penjagaan semasa hamil serta pemulihan awal.
“Ini bagi memastikan remaja berkenaan dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dari segi fizikal, mental dan sosial,” katanya.
Sumber HD - 12-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keluarga Sudah Hubungi Nur Shakinah Posted on Friday, September 30 @ 19:56:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31848 |
SUNGAI PETANI - Ibu kepada pelajar Malaysia yang hilang di Paris baru-baru ini memaklumkan beliau sudah berhubung secara terus dengan anaknya Nur Sakinah Naim, 19, melalui telefon dan WhatsApp.
Bagaimanapun Nur Halizah Ahmad, 43, berkata beliau masih belum mengetahui kejadian sebenar yang berlaku sehingga menyebabkan penuntut Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Normandy itu menghilangkan diri selama beberapa hari.
"Tak tahulah nak kata apa. Saya pun tidak jumpa dia lagi, jadi saya tak mahu tanya macam-macam takut dia tertekan. Dia cuma beritahu dia sihat," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu dekat sini, hari ini.
Nur Shakinah Naim, 19, dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan kembali ke kediamannya di Paris semalam. Khabar gembira itu disampaikan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berkunjung ke rumah keluarga itu di sini semalam.
Terdahulu Umno Bahagian Sungai Petani yang diwakili Naibnya, Mohd Rodhi Rejab menyampaikan tiket penerbangan pergi-balik ke Perancis kepada Nur Halizah dan suaminya Naim Awang, 46, yang mereka dijadual berlepas ke Paris Ahad ini.
Mohd Rodhi berkata, pembiayaan termasuk kos penginapan, makan dan minum yang ditaja sepenuhnya Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad yang akan turut mengiringi mereka ke Perancis.
Pasangan tersebut akan bertolak ke Kuala Lumpur esok sebelum menaiki penerbangan pada pukul 2.10 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba di Paris pada 1.30 petang (waktu tempatan).
Sementara itu Naim berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan sehingga membolehkan beliau dan isterinya bakal bertemu anak mereka di Paris dan seterusnya mengetahui lebih lanjut perkara yang menimpa anaknya.
"Sama ada kami akan membawa Nur Shakinah pulang bersama atau tidak, itu saya belum dapat membuat sebarang keputusan kerana kami perlu berbincang dulu.
"Saya memang mahu dia balik ke sini terlebih dahulu untuk tenangkan fikirannya," katanya.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 30-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan PT3 Tentang Kondom Dapat Perhatian Posted on Friday, September 30 @ 19:52:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31846 |
Ini berikutan, terdapatnya satu soalan bertanyakan pendapat tentang penjualan kondom.
Soalan itu berbunyi: ‘Jualan kondom secara terbuka akan membawa kesan negatif yang menyebabkan masalah sosial. Adakah anda bersetuju? Sila jelaskan.’
Sementara, dalam kertas soalan itu turut tertera jawapan pelajar yang bertulis: ‘Tidak. Kondom adalah satu langkah mengawal kelahiran yang diperlukan untuk mencegah kehamilan’
.
Bagaimanapun, pemeriksa yang menyemak kertas soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) itu menandakan jawapan tersebut adalah salah.
Dek kerana itu, timbul persoalan kerana umum mengetahui, kondom digunakan sebagai alat pencegahan kehamilan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon yang dipetik oleh akhbar The Star berkata, pihaknya akan menyiasat hal tersebut.
“Mari kita siasat dan lihat apa masalah sebenar. Sesuatu tidak kena kerana kondom digunakan untuk mencegah kehamilan.
“KBAT memerlukan pelajar mempertahankan pendapat mereka ketika menjawab soalan-soalan tersebut. Kita perlu menghormati maklum balas mereka,” katanya.
Manakala, bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN), Datuk Dr. Raj Karim menyifatkan tindakan menandakan salah pada jawapan itu sebagai tidak adil.
“Kami sentiasa mengatakan bahawa kita perlu ajar pendidikan seks atau pendidikan kehidupan keluarga di sekolah dan kanak-kanak untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dan selamat.
“Ia tidak bermakna anda perlu mengajar mereka mengenai perancangan keluarga, tetapi anda meminta mereka untuk mengamalkannya di kemudian hari.
“Walaupun pendidikan sedia diajar semasa mata pelajaran Biologi, pelajar tidak diajar mengenai fakta utama. Guru mungkin atau tidak mahu bercakap mengenainya atau hanya meminta pelajar membacanya sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: mStar Online
Sumber TKO - 30-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEORANG pelajar Malaysia, Norsakinah Naim, 19, yang sedang menuntut di sebuah universiti di Perancis dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.
Sakinah tidak pulang kerumah selepas keluar dengan hanya membawa beg dompetnya dan disedari oleh rakan serumahnya yang kemudian membuat laporan kehilangan di Kedutaan Malaysia di Perancis.
Berasal dari Sungai Petani Kedah, Sakinah merupakan pelajar tahun pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di IUT De Rouen mengambil jurusan kejuruteraan kimia.
Rakan serumah Sakinah memberitahu bapanya, Naim Awang bahawa mereka menemui telefon bimbit anaknya itu sedang berdering dan ditinggalkan dalam biliknya, sebelum menyedari ketiadaan Sakinah di rumah sewa mereka.
Guru kaunselor Sakinah di Sekolah Mengengah Kebangsaan Pekula, Tikam Batu juga memberitahu bahawa Sakinah ada menghubunginya pada Jumaat lalu tetapi panggilan tersebut terputus.
Walau bagaimanapun, guru tersebut ada menghubungi Sakinah semula selepas itu tetapi panggilan tersebut dijawab oleh rakan serumahnya yang memberitahu Sakinah tidak pulang kerumah.
Tambah Naim, dia dan isterinya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar anaknya berada dalam keadaan yang sihat dan selamat serta dijumpai dalam masa yang terdekat. - MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 28-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuti Yang Boleh Diberikan Melebihi Bilangan CRK
Posted on Saturday, September 17 @ 14:13:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31695
Selaras dengan pelaksanaan dasar sedia ada, pemberian CRK sebanyak 7 Hari layak diambil oleh PPP secara Pro-Rata mulai bulan Januari - Disember bagi sesuatu tahun, walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu, Ketua Jabatan boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang melayakkan terhad untuk tujuan-tujuan berikut:
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.
Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"
Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."
"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"
"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa.
Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
Sy kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita.
Sumber TKO - 16-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERMULA bulan hadapan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperkenalkan modul pendidikan seks kepada remaja lelaki berusia 16 tahun ke atas.
Ketua setiausahanya, Dr. Rose Lena Lazemi dalam satu kenyataan berkata, model Pendidikan Seks berkenaan akan mula diajar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah di mana ia akan dimasukkan dalam program kaunseling sekolah.
“Antara kandungan modul yang akan diberi penekanan termasuk isu seks sebelum berkahwin, variasi seks, kehamilan remaja, penderaan seksual dan penyakit kelamin termasuk HIV atau AIDS.
“Modul ini untuk menangani isu seksual, kesihatan reproduktif dan sosial dalam kalangan remaja lelaki sekaligus mengelakkan kelakuan songsang dalam kalangan remaja,” katanya dipetik laporan Berita Harian.
Bagaimanapun berdasarkan laporan media itu tidak dinyatakan sama ada remaja perempuan akan terlibat sama dalam proses pembelajaran berkenaan.
Sementara itu, Rose Lena mendedahkan pada 2015 sahaja, sebanyak 3,980 daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah..
Katanya, lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja tertinggi iaitu Sabah dengan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes.
“Laporan polis juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah merupakan punca utama kes tersebut berlaku,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42379-beban-pendidikan-antara-punca-pelajar-sakit-mental
Kami memberi perhatian serius terhadap kajian Kementerian Kesihatan baru-baru ini ke atas 30,000 orang pelajar sekolah dari 2011-2015 yang mendedahkan 2 daripada 10 orang pelajar di negara ini mengalami sakit mental.
Kenyataan ini sangat serius memandangkan generasi muda sekarang adalah pewaris masa depan negara. Malah ia perlu dilihat sebagai bom jangka yang boleh memberi kesan sosial dan ekonomi yang berat jika ia tidak diatasi dengan berkesan.
Selain pelbagai faktor yang menjadi punca kepada tekanan emosi, stres dan mental yang tidak stabil di kalangan pelajar, kami berpendapat sistem pendidikan yang membebankan harus diambilkira di dalam negara ini.
Isu sistem pendidikan yang terlalu memfokuskan pencapaian akedemik yang diukur melalui keputusan peperiksaan pernah dibangkitkan oleh pelbagai pihak di kalangan ibu bapa, pendidik, ahli akademik dan penggubal kurikulum. Kesan negatif yang berkait dengan tekanan emosi dan hilang minat belajar adalah antara akibat dari beban pembelanjaran yang terlalu memberatkan akademik.
Sistem pendidikan yang menumpu kepada mencapai gred cemerlang menyebabkan pendidik dan ibu bapa tertekan untuk memastikan pelajar di bawah jagaan mereka mendapat segala peluang untuk bersiap menghadapi peperiksaan. Akibat memaksa anak-anak menghadiri tiusyen dan pelbagai aktiviti yang menambah beban mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik, tekanan emosi dan mental menjadi natijah yang tidak dapat dielakkan.
Kami menyarankan bahawa jika sistem pendidikan tidak digubal agar menjadikan ia lebih mesra ilmu dan mesra pelajar, isu stres dan sakit mental seperti yang dikaji oleh pihak Kementerian Kesihatan tidak akan selesai.
Perlu diingat betapa ibu bapa sendiri mengamali stres kerana pencapain anak-anak dalam peperiksaan di sekolah menjadi ukuran utama. Mereka terpaksa berbelanja lebih dengan penambahan kos pendidikan untuk membiaya kelas tiusyen. Bertambahnya pusat tiusyen menandakan adalah disebabkan permintaan ibu bapa yang mahu anak-anak mencapai kecemerlangan akademik sebagai matlamat utama.
Demikian juga tekanan yang dirasai oleh pendidik yang terpaksa memberi fokus lebih kepada pencapaian peperiksaan pelajar kerana mereka juga diukur dengan kriteria yang sama. Keresahan guru terhadap sistem pendidikan kini yang membebankan, menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dilalui oleh guru dan murid menjadi sangat berat.
Kami prihatin bahawa sistem pendidikan begini sudah banyak dikaji semula oleh negara seperti Singapura dan India. Mereka melihat bahawa generasi muda harus diberi peluang melalui pendidikan yang lebih merangsang potensi ingin tahu dan mencungkil minat untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang secocok dengan keperluan mereka. Bukan dengan tekanan dan paksaan yang menyebabkan pembelajaran menjadi suatu beban.
Peringatan pihak Kementerian Kesihatan bahawa implikasi sakit mental di kalangan pelajar yang didapati menjadi gejala yang merisaukan, harus dipandang serius lantaran ia bukan sahaja bahaya kepada diri pelajar itu sendiri malah kepada keluarga dan masyarakat sekitar.
Fenomena jenayah, lari dari rumah, ponteng sekolah, gengsterism, merokok, dadah dan perlakuan ganas menjadi rantaian akibat dari tekanan emosi, stres dan sakit mental yang tidak terkawal.
Kami menggesa supaya isu ini ditangani secara menyeluruh di peringkat Kementerian Pendidikan, Kementarian Kesihatan dan pelbagai agensi awam dan institusi masyarakat yang lain. Semakan kepada kurikulum dalam sistem pendidikan perlu dilakukan untuk merengankan beban pelajar, guru dan ibu bapa. Hanya dengan cara ini gejala sakit mental di kalangan golongan berusia muda dapat diminimumkan. - HARAKAHDAILY 3/9/2016
Penulis ialah Presiden Mapim.
Sumber HD - 3-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JABATAN Pendidikan Negeri Melaka menafikan berlakunya kebocoran kertas soalan peperiksaan percubaan SPM di negeri berkenaan.
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Abu Bakar Sahari, soalan peperiksaan percubaan SPM bukan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan.
Sekiranya berlaku kebocoran, ia adalah berkaitan dengan masalah dalaman sekolah yang terbabit.
Abu Bakar berkata demikian ketika dihubungi Sin Chew Jit Poh mengenai kononnya berlaku kebocoran kertas soalan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sehingga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil peperiksaan semula.
Katanya, sekiranya kertas soalan bocor, pihak sekolah perlu mengambil langkah sewajarnya tertakluk kepada keadaan, termasuk juga membenarkan pelajar mengambil semula peperiksaan.
"Biasanya Jabatan Pendidikan tidak akan campur tangan dalam hal ini," katanya.
Difahamkan, pelajar mendakwa mereka memperoleh kertas soalan daripada pelajar sekolah lain di kelas tuisyen.
Sementara itu, pihak sekolah terbabit menjelaskan peperiksaan tetap berjalan lancar dan tiada apa-apa laporan mengenai kebocoran kertas soalan.
-Sinar Harian
Hari ini 17 Ogos 2016 adalah antara hari yang sangat menyedihkan dalam karier saya sebagai seorang guru. Saya di'setan'kan oleh anak murid sendiri oleh kerana nasihat dan niat saya untuk memanusiakan dan tidak mahu disoal di akhirat kerana tidak menegur dan memperbaiki akhlak sesama muslim.
Pada waktu saya di kelas darjah 3, saya didatangi oleh seorang pelajar perempuan ketika saya khusyuk membuat saringan LINUS.
"Teacher, saya nampak Ahmad (bukan nama sebenar) pegang payudara Nurul (bukan nama sebenar)".
"Ha?! Panggil si Ahmad ke sini".
Si Ahmad pun datang ke meja guru.
"Teacher dengar aduan benda tak senonoh awak buat ni. Jelaskan dekat teacher sekarang".
"Saya tak sengaja. Saya tercucuk dia sebab dia pukul saya dulu."
Bila dengar sahaja perkataan tak sengaja, saya lega. Mungkin tiada niat seorang kanak kanak berumur sembilan tahun untuk melakukan gangguan/serangan seksual terhadap rakan sekelas yang juga seorang perempuan.
"Nurul, sini sekejap. "
Si Nurul datang dekat dengan saya.
"Kenapa teacher?".
"Betul ke si Ahmad ni cucuk awak kat situ?"
"Ya. Petang semalam pun waktu sekolah agama di selak kain saya."
"Jangan cuba reka cerita. Ini serius. Ada saksi?"
Si Ahmad diam. Datanglah budak yang pertama mengadu dengan saya.
"Betul teacher. Dia selak kain Nurul".
Allahu, gugur jantung saya.
"Ahmad, betul awak buat?"
"Saya terselak tak tinggi pun teacher. Setakat betis je".
Saya urut dada sambil pandang muka mereka. Bagaimana budak sekecil ini mampu/mempunyai nafsu untuk bergurau begitu? Saya ambil pembaris panjang dan ketuk sekuat hati di meja guru untuk mengalih perhatian semua anak murid.
"Dengar sini semua. Ada ke tak mak ayah awak semua terangkan bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh oleh orang lain?"
"Ada!"
"Awak semua tahu ke pada setiap inci anggota tubuh awak ada bahagian sensitif dan tak boleh disentuh orang lain? Jelas ke tak pasal ni?"
"Jelas, teacher" dengan sekuat hati mereka.
"Antara lelaki dan perempuan ada batas pergaulan. Lelaki tak boleh sama sekali sentuh perempuan begitu juga dengan perempuan. Haram untuk sentuh lelaki! Ini amaran terakhir. Teacher tak nak dengar lepas ni salah seorang daripada kamu bergurau melebihi batas. Ini sangat serius dan ini adalah satu bentuk gangguan seksual".
Mata si Ahmad berkaca.
"Saya nak kamu bertiga jumpa Guru Penolong Kanan sekarang".
Jadi saya serahkan kes ni kepada GPK. Lepas disoal siasat, mereka dibenarkan balik ke kelas dengan amaran terakhir. Tidak meletakkan salah seratus peratus terhadap Ahmad sebab Nurul pun sama juga tiada batas ketika bergurau.
Saya kembali dengan tugasan dan kemudian didatangi lagi 3 orang murid perempuan menyerahkan saya sebuah buku.
"Ini buku nota Ahmad. Dalam ni dia ada tulis pasal teacher".
Saya ambil buku tu. Baca. Dan saya sebak.
Dalam hati saya terlintas Ahmad mesti berdendam dengan saya.
Saya duduk dan tiba tiba Ahmad datang.
"Saya ada ambil susu untuk kawan kawan teacher" nada suara tenang.
"Good. Boleh teacher cakap dengan awak sekejap?"
Dia angguk dan saya pimpin tangan dia bawa ke perpustakaan. Saya meletakkan Ahmad seperti anak saya sendiri.
"Teacher nak awak cakap jujur Ahmad. Teacher tak akan marah awak tapi teacher nak tahu awak marah teacher ke?"
"Tak."
Saya tunjuk helaian itu pada Ahmad.
"Awak tulis ni?"
Dia tenung saya. Membisu. Mata berkaca.
"Tak payah nangis, teacher tak akan marah awak. Cakap terus terang awak tulis?"
"Ya."
"Apa perasaan awak masa awak tulis ni?"
"Malu dan marah".
"Baik, teacher faham. Teacher tak salahkan awak. Teacher faham awak rasa malu dengan kawan kawan awak sebab ni kan? Sebab teacher marah awak depan kawan kawan kan?"
Dia angguk dan mula menangis teresak esak.
Saya pegang tangan dia.
"Dengar sini Ahmad. Awak marah teacher bersebab dan teacher marah awak pun bersebab. Awak faham kenapa teacher marah awak?"
"Faham teacher."
"Awak ni budak yang sangat baik. Tiap pagi awak datang dekat kereta teacher tolong angkat barang barang teacher. Awak sangat ringan tulang, Teacher sayang awak sebab awak budak baik."
Tangisannya makin deras dan kuat.
"Teacher juga tahu keadaan awak dekat rumah. Ayah awak bawak lori 2 minggu sekali baru balik rumah kan? "
Ahmad mengangguk laju.
"Ahmad bayang ye kalau ayah takde kat rumah siapa akan jaga mak dan kakak?"
"Saya".
"Kalau Ahmad kena jaga kakak dan mak, Ahmad tak boleh buat perangai macam ni. Ahmad suka kalau tengok kakak kena peluk dengan orang lelaki, disentuh pada tempat yang tak sepatutnya?"
"tak suka teacher".
"Teacher sanggup Ahmad kalau awak nak cakap teacher setan sekarang pun daripada esok-esok mak awak yang orang setankan sebab tak pandai jaga anak. Ingat pengorbanan mak yang terpaksa bekerja siang malam untuk sara awak. Jauh lagi perjalanan awak. Macam-macam orang yang awak akan jumpa. Lebih daripada apa yang awak jumpa kat sini. Awak faham kan?"
Dia mengangguk sambil genggam tangan saya kuat.
"Kalau awak berdendam dengan teacher, awak tak akan dapat ilmu daripada teacher. Jadi macam ni. Teacher seikhlasnya mintak maaf pada awak, Teacher tak bermaksud nak memalukan awak. Hanya nak bagi peringatan pada orang lain. Pada kawan-kawan awak yang benda ni sangat serius. Teacher maafkan awak dan harap awak tak ulang lagi benda ni".
"saya mintak maaf teacher. Saya salah. Saya tak sepatutnya buat macam tu."
"Lain kali bila kawan perempuan pukul awak, jangan balas. Bagitau teacher, faham?"
"Faham".
Saya pimpin Ahmad ke kelas.
"Dengar sini semua, lepas ni teacher tak nak dengar sesiapa pun mengejek Ahmad pasal kejadian pagi tadi. Kalau teacher dengar, siap kamu."
saya tanya Ahmad berapa duit dia bawa ke sekolah.
"seringgit teacher".
Saya hulurkan RM2 kepada Ahmad untuk mengembirakan hati dia.
"Ambil duit ni makan di kantin apa yang awak nak ye?"
"Terima kasih teacher"
Betapa sucinya kanak-kanak. Tiada hasad, tiada dengki, Ini pengajaran buat saya untuk menjadi lebih baik. Moga Allah ampunkan dosa saya dan permudahkan urusan untuk saya terus ikhlas mendidik.
SUMBER (ARTIKEL & FOTO): http://thenajihahrahman.blogspot.my/…/08/teacher-setan.html…
Sumber TKO - 20-8-2016
BAGAN DATOH, Jumaat – Guru diingatkan supaya tidak berkongsi atau memuat naik hasil kerja pelajar yang dianggap melucukan ke laman sosial kerana ia melanggar etika perguruan, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin.
Beliau berkata guru perlu menjaga privasi pelajar serta tidak boleh menjatuhkan maruah dan moral pelajar.
"Kebelakangan ini kita sering melihat hasil kerja pelajar dikongsi sebagai bahan melucukan dan diviralkan dalam laman sosial.
"Namun begitu tanpa disedari, sebenarnya guru telah melanggar etika dan privasi hasil kerja anak murid untuk dijadikan bahan lawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis temu mesra guru-guru Tahun Enam daerah Hilir Perak 2016, di sini hari ini.
Sebanyak 687 guru dari 114 buah sekolah seluruh daerah Hilir Perak diraikan pada majlis itu atas jasa mereka dalam membantu pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Adik aku pandai, pandai jenis yang boleh hafal buku sekali page, yang tak gabra lansung Kalau dia tak capai target. Tak kejar gred lansung, rileks sangat. Pemalas ya rabbi, aku heran macam mana dia ni boleh score. Bila masuk u, Kami masuk sekali, Kira aku lambat sikit la. Baru aku perasan cara adik aku ni.
Mindset dia. Dia tak paksa diri belajar. Macam aku cakap, dia tak kejar gred, dia pernah hampir2 fail, tapi dia boleh senyum cakap sorry, dia tak sempat study. Tak sempat kepala hotak, malam sebelum exam pukul 10 dah tidur tak sempat apanya. Bila aku tanya dia cakap dia tak mampu study last minute. Dia taknak dia ingat untuk masa yang pendek. Lepas exam lupa habis. In the end, apa yang dia dapat? Kalau setiap sem ajar diri study last minute, nnt grad setakat sijil, tak tau belajar apa, lupa habis. Dia start study dr awal, nak exam buat revision ja. Kalau tak sempat, tak sempat la. Tak payah tension. Ha punya rileks adik aku ni. Kental hati dia, satu bilik study esok nak exam, dia boleh lena.
First sem dia tak banyak study. Dia lebih banyak tanya senior, lecturer sana sini, macam mana nak score, cara dekat u macam mana. Banyak la soalan dia. Dia study environment dia dulu. Sangat membantu sebenarnya.
Setiap hari dia akan belajar. 15 minit pun jadi, kadang2 lansung tak sentuh buku. Dia hafal sambil menyanyi, sambil berlakon kononnya dia lecturer, sambil menyibuk Kat bilik sebelah discuss balik apa yang dia belajar td. Kira dia banyak study in group. Tak pernah la lebih sejam masa study dia, sebab tu kot aku tak nampak dia study. Dah tak pegang buku.
Jaga Hati Jaga hati. Adik aku tak bercinta, tak tengok drama cinta, kadang-kadang ja tengok Kalau nak melepak dengan aku. Dia cakap drama cinta melayu dekat dengan culture Kita, it can be me or you, sebab tu dia malas nak tengok, takut terikut2. Kalau keluar tengok org date pegang sana sini, mata dia Kat bawah. Selalu istigfar, mulut selalu sebut Allah, selalu beringat. Dia ni lawa, berjalan mana mesti ada orang pandang. Banyak jugak orang mengorat tapi cara dia simple sangat. Nak kenal terus kahwin boleh, setakat nak kawan buang masa tak payah.
Jaga Makan Jaga makan. Adik aku tak makan fast food, segala junk food semua. maggi setahun sekali kot kalau malas sangat nak beli makanan. Tak makan organ dalaman macam limpa, hati. Tak makan asam, banyak la pantang dia. Kira makanan dia sihat belaka la. Senaman tak tinggal, habis malas dia buat squat dalam bilik.
Jaga Adab Adab. Adab dengan guru, dia tak pernah lambat, prepare sebelum masuk kelas. Selalu salam , say thank you Kat lecturer. Tak ponteng kelas tanpa sebab, selalu excited masuk kelas. Mungkin sebab dia ni memang malas, dia akan make sure dia faham dalam kelas sebab dia taknak study benda yg sama dah bila balik blik.
Jaga Hubungan Dengan Allah Hubungan dengan Allah. Bab lain aku tak tau aku tak nampak, yang aku nampak, adik aku solat awal waktu, selalu buat dhuha. Kalau dia study susah nak faham, dia baca Quran sehelai, baru sambung balik study. Tak berkira pasal duit, hari tu kena marah dengan aku sebab dia derma RM50, padahal duit tu ja dia ada. Tapi seminggu tu ada ja rezeki dia, macam menyesal pulak aku marah dia.
Jaga Hubungan Dengan Manusia Hubungan dengan manusia. Yang aku nampak dia jaga kawan-kawan dia. Jenis senang tolong kawan, rezeki dia sama dapat kawan semua baik2. Dengan orang tua dia beradab, kadang2 dia pun macam orang tua punya bersembang.
Dulu, aku nampak adik aku malas, degil semua ada. Pernah jugak aku iri hati, kenapa nampak senang dia belajar. Tak ada benda yang senang, kalau niat Kita betul, Inshallah Allah permudahkan semua. Satu ja aku doa, moga jodoh dia tak lambat sgt. Tengok gaya adik aku ni, macam tak ada perasaan lansung. Sebelum nak jealous orang pandai, check dlu apa yang diorang buat, Kita tak buat.
Sumber: IIUMC Sumber TKO - 19-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap guru sudah pasti ada cara tersendiri untuk mengajar murid-muridnya, pelbagai gaya pembelajaran digunakan sehinggakan ada yang sanggup mengorbankan wang sendiri membuat 'prop' untuk dibawa ke sekolah demi menarik minat muridnya untuk belajar.
Sudah pasti cara pembelajaran sekolah menengah dan sekolah rendah agak berlainan, contohnya untuk sekolah rendah ada guru yang membawa permainan yang boleh digunakan dalam pembelajaran manakala sekolah menengah banyak menggunakan kuiz atau aktiviti lain.
Bagi seorang guru sejarah bernama Rysherz Rayn, beliau mempunyai cara terendiri mengajar anak muridnya disamping mempunyai pengajaran dari pembelajarannya yang cukup berguna kepada anak-anak muridnya, sesuai dengan subjek Sejarah yang mengajar kita kenal erti jati diri dan semangat patriotism.
Jom kita baca dan lihat gelagat guru ini mengajar, memang terbaik.
Kelas sejarah saya hari ini mudah. (Tapi nak mengolahnya jadi karangan yang payah). Cerita ini panjang. Kalau nak tahu, baca. Tak nak pun tak apa.
Hari ini saya buat kuiz dengan pelajar tingkatan 1UKM di dataran. Saya tanya soalan2 berkaitan bab yang dipelajari, siapa angkat tangan dulu dia boleh cuba jawab. Kalau jawapan dia tepat, dia boleh langkah satu step ke depan. Tapi kalau jawapan dia salah, dia perlu undur satu step ke belakang.
Lebih banyak soalan yang berjaya dijawab, makin majulah pelajar itu ke depan. Kalau asek salah je, makin mengundur lah dia ke belakang. Atau kalau takut nak ambil risiko sangat, play safe, maka kekallah mereka di garisan yang sama sampai habis masa.
Dan di hari ini, pelajar dapat lebih dari sekadar siapa bendahara Melaka yang terbilang? Atau di tahun bila Portugis mula menyerang?
Hari ini mereka dapat merasa secubit asam garam kehidupan.
*****
"Tak aci lah teacher ni, asek orang yang sama je dapat jawab!"
Well, kalau dah orang yang sama je yang berani sahut peluang, orang yang sama je lah yang akan mendapat keuntungan. Hidup ni macamtu jugak. Peluang depan mata tapi ditengokkan saja, memang tak dapat apa2.
*****
"Kami bukan tak tau jawapan, teacher. Tapi tak sempat nak jawab, orang lain dah jawab dulu."
Hidup ni memang macamtu. Siapa yang lambat / melembik / lemah gemalai bagai memang susah nak kejar peluang. Semua benda kat zaman ni kena pantas. Kena cepat. Kena segera. Sampul raya kat bank pun habis kalau datang last2 minit! Kita kena alert!
"Tapi mana aci teacher. Saya ni at least try jugak. Aleh2 dok belakang. Lagi belakang dari orang yang tak try. Aduhai.. baik takyah jawab!"
Siapa suruh angkat tangan tapi tak betul2 tahu jawapan? Main bedal je jawab. Padan muka! Macamtu jugak dengan hidup.
Dah nama pun peluang. Mestilah ada risiko. Setiap risiko yang kita ambil tapi gagal, kita akan jatuh lebih teruk dari asal. Kerja kalau semberono, tak study dulu, pakai buat asal siap, memang melingkup. Orang nak bisnes, awak nak bisnes. Orang nak kawin awak nak kawin. Orang bukak butik awak bukak butik. Orang main saham awak pun sibuk main saham. Tapi tak bersedia, tak prepare. Last2 hutang keliling pinggang. Hidup dari senang jadi tak senang.
Ambil peluang yang ada. Gapai. Capai. Do it. But do it wisely!
Ingat, hidup ni memang tak adil. Sebab kadang2 orang pengecut survive lama. Tapi kekal kat level tu je lah sampai bila2.
"Teacher makin ke depan-ke depan, kami yang belakang ni tak boleh nak dengar sangat soalan teacher. Sebab tu orang depan je dapat jawab."
That's what I called 'privilege'. Kelebihan. Makin kita berjaya dalam hidup, makin banyak kelebihan yang kita dapat. Dan dengan kelebihan tu lah, orang kaya, orang pandai, orang femes akan terus kaya, pandai dan femes. Dan yang mundur akan terus mundur sebab makin lama makin luas jarak dia dengan sumber dan peluang yang jauuuuuuhhh nun di depan.
"Teacher, kami tak boleh borak dah sebab dia kat depan sana!" buat muka sedih sambil tunjuk rakan yang berada di depan.
To be honest. berapa banyak dalam hidup ni contoh hubungan yang mula-mula akrab lepastu sepi? Berapa banyak kawan yang dah tak jadi kawan sebab perbezaan status dan ekonomi?
*****
Welcome to a real life gambling, my dear!
RR
Kuala Kurau
- Siakapkeli.my
TIDAK lama dahulu, kecoh seketika menerusi media sosial mengatakan tugasan seorang guru adalah ‘ringan' jika dibandingkan dengan bidang pekerjaan lain.
Iyalah, waktu tengah hari sudah boleh pulang ke rumah dan cuti pula memang banyak dalam setahun.
Dakwaan itu kemudian mendapat lontaran balas daripada warga pendidik mengatakan tugasan mereka tidak berakhir di sekolah, malah ketika di rumah dan hari minggu dengan aktiviti sekolah.
Mungkin nampak ‘mudah’ buat segelintir manusia namun pergorbanan seorang guru dalam membimbing murid-murid sebenarnya merupakan tugasan yang besar dan agak mencabar.
Terbaharu, coretan daripada seorang pengguna Facebook yang bertajuk ‘Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1.00’ menerima pelbagai reaksi daripada pengguna alam maya.
‘Adat’ memberi atau menghulurkan sedekah RM1 ini boleh dikatakan sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di mana-mana sekolah sekiranya terdapat guru yang bakal bersara.
Apalah sangat derma RM1 berbanding dengan nilai jasa dan pengorbanan seorang guru kan…
Jom ikuti coreta daripada saudarai Izman Pauzi ini.
Semalam ketika makan tengah hari, salah seorang sahabat saya meluahkan rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta RM1.00 setiap seorang pelajar bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara.
“Sekolah ini ingat ibu bapa ini cop duit ke? Sudahlah yuran PIBG mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan bagai.
“Ini cikgu nak bersara pun anak murid kena bagi duit untuk beri hadiah. Cikgu ini sesak sangat ke?” luahnya kasar.
Saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang disuap ke mulut. Saya tidak jadi nak makan.
“Yela, anak aku pun sama. Semua minta duit RM1.00 untuk cikgu nak bersara itu. Anak aku tiga orang, dah kena bagi extra RM3 semalam,” balas saya dalam beremosi. Dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong.
“Kau tahu tak, anak aku cerita yang tahun lepas pun ada guru bersara juga. Samalah semua murid kena bayar RM1.00 seorang. Masa Hari Guru, cikgu itu dapat ‘handbag’ mahal!
“Pastu dekat dua jam jugalah semua murid tak belajar sebab kena raikan guru bersara,” jelas saya lagi.
“Apa kerja cikgu ini? Sudahlah gaji mahal, masa bersara murid wajib bagi derma RM1.00, waktu belajar murid pun dia kacau. Memang melampau!” kata sahabat saya itu sambil mengetuk meja.
Marah benar dia dengan pentadbiran sekolah yang menyalahgunakan masa pembelajaran murid dan memaksa murid menderma untuk guru yang bersara.
“Kau tahu kan, seorang murid wajib bagi RM1.00. Kalau 500 murid dah RM500. Pergh! Memang beg mahallah dapatnya,” kata saya lagi. Dia angguk lagi sambil makan dengan asyik.
“Pada aku, sepatutnya pihak sekolah minta RM100 seorang, itupun paling kurang. Barulah dapat beli hadiah besar sikit,” kata saya.
Dia menyoal kata-kata saya yang dianggap kurang waras.
“Begini, dalam 365 hari setahun, hanya Ahad sahaja anak-anak kita berada di rumah sepanjang masa. Selebihnya memang di sekolah dengan cikgu-cikgu. Iyelah, dengan kelas tambahan, kelas agama, taekwando, pengakap, kem motivasi, hari kantin dan macam-macam lagi.
“Urusan belajar, adab, solat, mengaji dan bersahabat. semua kita sub-contract pada cikgu dan sekolah. Aku rasa RM100 seorang murid bayar itu pun tak memadai untuk jasa cikgu itu.
“Mungkin masa mesyuarat PIBG nanti, kau sokong aku jadi Pengerusi PIBG yang baharu. Aku dapat kuasa nanti, aku akan mewajibkan semua pelajar ‘start’ masuk darjah satu, kena simpan RM1 sehari untuk tabung hadiah hari persaraan guru.
“Memang boleh minta derma pada syarikat swasta untuk sponsor, tapi baik minta dengan pelajar untuk bagi mereka sedar bahawa nilai yang ada pada diri mereka itu meningkat tahun demi tahun tu adalah kerana didikan daripada guru-guru inilah,” kata saya panjang lebar.
Sahabat saya itu segera menghabiskan makanannya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata.
"
Guru pembina negara bangsa. Itulah tema sambutan hari guru peringkat kebangsaan pada tahun ini. Antara kerjaya yang paling dihormati, tidak dapat dinafikan sumbangan guru sangat besar kepada kehidupan kita. Bermula dari kecil hingga ke dewasa, dari tidak pandai membaca sehingga bergelar sasterawan negara, dari tidak pandai mengira sehingga menjadi pakar matematik terkemuka, dari seorang insan biasa kepada insan luar biasa, semuanya bermula dari guru. Menyebut jasa golongan pendidik ini, teringat saya kepada puisi yang diilhamkan pada tahun 1979 oleh sasterawan Usman Awang.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Puisi ini membuatkan saya terkenang kembali zaman saya kecil-kecil dahulu. Ketika saya mula memasuki tadika KEMAS di Kuantan pada tahun 1988, saya sudah lupa nama cikgu tersebut tetapi wajah beliau tetap saya ingat sampai sekarang. Beliau antara insan yang cukup sabar melayan kerenah saya yang manja dan mengada-ngada setiap kali saya tiba di sekolah. Sebab masa tu saya memang tak nak pergi sekolah. Beliau sabar melayan tangisan dan rengekan saya sehingga saya pada masa itu sangat suka ke sekolah.
Dari mula-mula masuk ke sekolah sehinggalah ke universiti, wajah-wajah guru kesayangan saya masih tersemat di hati. Ada yang garang, ada yang sangat baik, ada yang tegas, ada yang kelakar, ada yang selamba, ada yang suka maki hamun dan macam-macam lagi. Walau macam mana pun sikap mereka, tujuan mereka hanyalah satu, untuk melihat anak didik mereka berjaya. Kita juga harus ingat, guru terawal dalam hidup kita bukanlah di sekolah, tetapi IBU dan BAPA kita.
Insan bergelar guru ini merupakan insan yang hebat. Tugas mereka bukan tugas yang mudah dan tidak mudah dipikul semua orang. Justeru itu, guru dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa. Lebih-lebih lagi dalam zaman penuh cabaran masa kini, menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaan dariNya.
Seharusnya, kerjaya guru ini seharusnya diangkat dan disanjung bukan sahaja semasa sambutan hari guru sahaja malah sepanjang masa. Dari segi perkhidmatan mereka seharusnya sentiasa dipantau dan ditambah baik, selaras dengan cabaran sekarang, demi memberi keselesaan para guru dalam berperanan mendidik anak bangsa. Yang kelakarnya, apabila tiba hari guru, media-media masa hanya menampakkan guru hanya cikgu dari sekolah sahaja, walhal kerjaya guru ini juga merangkumi kerjaya guru-guru KAFA, guru-guru agama bahkan pensyarah-pensyarah di universiti. Peranan media ini seharusnya lebih menyeluruh, bukan mengangkat satu kumpulan dan meminggirkan kumpulan yang lain yang peranannya turut bersama membina negara bangsa.
Apa yang dikesali, kerjaya yang membina negara bangsa ini – dibebani dengan kerja-kerja pengkeranian yang tidak munasabah, polisi kenaikan pangkat yang tidak konsisten, beban pengajaran yang bertambah, bebanan tugas sebagai ahli jawatankuasa itu dan ini, diberi peranan yang bukan dalam bidang kepakarannya, skim gaji yang liat untuk ditambah baik (skim pensyarah), kecenderungan pihak atasan menyalahkan guru jika pelajar mempunyai masalah disiplin dan sebagainya. Hal ini tidak selaras dengan tingginya sumbangan seorang guru yang menyumbang kepada negara yang dinafikan peranannya. Malah ditambah muatan kerja sehingga menyebabkan guru-guru masa kini ada yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja yang berlebihan.
Bolehkah saya katakan di sini bahawa pembuat polisi yang membebani guru ini tidak menghormati mereka malah hanya menganggap mereka sebagai orang bawahan yang hanya bekerja untuk memenuhi KPI mereka sahaja?
Mengapa pihak pembuat polisi ini tidak mencari jalan bagaimana untuk memastikan golongan guru mendapat keselesaan dan gembira dalam mendidik anak bangsa di samping mendapat masa berkualiti dalam hidup mereka?
Bolehkah saya katakan di sini yang masalah yang berlaku di tanahair kita kini adalah hasil tidak hormatnya kita kepada guru sehingga ilmu yang diajarkan mereka gagal dipraktikkan dengan baik?
Guru tugasmu mulia, nama dan gambarmu tidak ada di akhbar dan televisyen. Tetapi jasamu telah berjaya melahirkan manusia yang berperanan di seluruh negara. Ada yang menjadi pemimpin negara, ahli politik, profesor, ulama, korporat. Tanpa didikan kalian siapalah kami. Semoga Allah merahmati kehidupanmu wahai guru.
Buat semua insan yang bergelar guru khasnya guru yang pernah mendidik diri ini mengenal erti hidup yang bermakna sebagai seorang muslim, kuucapkan Selamat Hari Guru dan pastinya jasa kalian tidak pernahku lupakan malah senantiasaku doakan agar kalian semua dikurniakan pahala berganda dan dirahmati Allah SWT pada setiap ketika.
Terima kasih guru kerana mendidik diriku dan seluruh anak bangsa.
Sumber HD - 16-5-2016
PUTRAJAYA 9 Mei - Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, hukuman tersebut bagaimanapun tidak dibenarkan dilakukan di depan khalayak ramai semasa perhimpunan, sebaliknya di dalam bilik.Menurutnya, cadangan tersebut merupakan antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017.
Katanya, antara penambahbaikan peraturan adalah kewujudan jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah dan mewajibkan sesi kaunseling kepada pelajar bermasalah.
"Kementerian sedang melakukan kajian terhadap garis panduan sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Disiplin Pelajar 1959 yang terkandung dalam Ordinan Pendidikan 1957 sebelum draf penambahbaikan itu dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi.
"Usaha penambahbaikan ini bertujuan menjadikan peraturan disiplin di sekolah lebih komprehensif supaya pihak sekolah dapat mengawal tingkah laku pelajar dan murid dengan lebih teratur," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin, di sini hari ini.
Dalam masa sama, Sin Woon memberitahu, mesyuarat tersebut yang disertai oleh pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menggariskan empat pendekatan bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Katanya, pihak kementerian akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk melaksanakan ujian air kencing dengan lebih kerap dan pemeriksaan mengejut di sekolah bagi mengesan pelajar yang mengambil dadah.
"Selain itu, pihak PDRM diminta merangka program di sekolah dalam memberi kesedaran kepada pelajar mengenai ancaman dan bahaya pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS).
"Berkaitan kes buli, kementerian terus melakukan siasatan tanpa menerima aduan terlebih dahulu selepas menerima maklumat awal berhubung kejadian itu," katanya.
Mengenai penyebaran video kes buli di laman sosial, Sin Woon berkata, kementerian akan memberi penjelasan kepada orang ramai dengan segera sama ada kejadian itu benar berlaku atau sebaliknya.
"Kita perlu memperjelaskan kepada masyarakat berhubung penyebaran video itu kerana di media sosial merupakan rakaman lama atau terjadi di negara lain," katanya.
Menurut Sin Woon, penurunan kadar kes ponteng dan buli di sekolah sejak dari tahun 2012 sehingga 2015 adalah hasil kerjasama para guru dan ibu bapa serta masyarakat yang bekerjasama untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah.
"Pembentukan disiplin remaja harus menjadi tanggungjawab semua pihak sekiranya kita mahu melahirkan modal insan kelas pertama dengan memfokuskan kepada pembinaan insan bersahsiah tinggi," katanya.
Sumber TKO - 11-5-2016
Tadi, saya selongkar yahoogroup yang saya sertai. Nampaknya yahoogroup macam dah mati je, dah tak ada orang yang minat untuk posting lagi. Sedang selongkar, saya jumpa satu artikel ini dari seorang guru tuisyen yang menggunakan id yahoo cikgu_tuition dalam yahoogroup tersebut. Artikel tersebut bertajuk 25 petua untuk anak pandai berbahasa Inggeris.
Sebahagian daripada tips untuk anak pandai berbahasa Inggeris ini memang ada dipraktikkan untuk anak saya yang sulong, dan alhamdulillah saya dah nampak hasilnya. Sekarang, saya dan isteri sedang gunakan teknik dan tips yang sama untuk dua orang lagi anak kami.
Maka, saya kongsikan kepada anda semua, terutama untuk ibu bapa muda untuk praktikkan ... in Sha Allah, dalam 3-4 tahun akan nampak hasil yang baik dan positif. Cubalah ye ...
In Sha Allah, 25 petua yang diberikan di atas akan menjadi sangat berkesan kalau anda sebagai ibu bapa bersungguh-sungguh melakukannya. Saya dan isteri memang mempraktikkannya, dan alhamdulillah, kami berdua gembira dengan hasil yang telah diusahakan.
Oh ya, sebagai salah satu tips tambahan daripada saya ialah ... mohon anda sebagai ibu bapa agar sentiasa bersabar dengan karenah anak-anak. Ia bukan sesuatu yang mudah, untuk ajar anak tentang sesuatu yang di luar kebiasaan. Untuk biasakan mereka, anda juga perlu turut sama memberikan galakan yang sepatutnya. Didik anak tentang ilmu terutama bahasa Inggeris bukan hanya tanggungjawab seorang guru. Bantu guru, bantu sekolah, dan bantu anak-anak untuk berjaya. Mereka berjaya, anda gembira.
Semoga bermanfaat.
PETALING JAYA: Seorang lagi pelajar menjadi mangsa dipatuk ular ketika berjalan pulang ke asrama sekolah di Sungai Gadut di Negeri Sembilan selepas menunaikan solat Isyak, malam kelmarin.
Menurut laporan Harian Metro, pelajar tingkatan tiga itu, Khairul Rusidy Kamaruddin berasa sakit pada tumit kaki kanan sebelum kakinya membengkak dan mengadu kepada warden asrama.
Sumber menyatakan, mangsa dipercayai dipatuk ular ketika melalui kawasan gelap berhampiran bengkel sekolah berkenaan untuk pulang ke asrama.
“Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) oleh warden terbabit sebelum memaklumkan kepada keluarganya. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa dipatuk ular berdasarkan kesan patuk pada atas tumit kaki kanan mangsa.
“Mangsa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. Dia kemudian dibenarkan keluar hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengesahkan kejadian dan memaklumkan pelajar terbabit sudah dibenarkan keluar wad dan akan kembali bersekolah Khamis ini.
Sebelum ini dua kes murid sekolah dipatuk ular dilaporkan, insiden pertama yang meragut nyawa murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim 1, di Pengkalan Chepa dan insiden kedua murid perempuan tahun dua yang dipercayai dipatuk ular, ketika berlari di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong.
Sumber TKO - 26-4-2016
Seorang guru yang dikatakan memuat naik status di media sosial berkaitan pertikaian teks sastera tingkatan 4 akan dipanggil memberikan penjelasan.
Faiez Ali dikatakan menulis status berkaitan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin di Faceboook pada 11 Januari lalu.
Kementerian Pendidikan juga akan menemui panel pemilih novel teks Komponen Sastera (Komsas) bagi mata pelajaran bahasa Melayu yang mencetuskan polemik itu, lapor BH Online.
Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan (gambar) dilaporkan berkata pertemuan panel pemilih dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum bertujuan memperoleh justifikasi menyeluruh sebab pemilihan Pantai Kasih.
"Kedua-dua pihak akan dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai isu novel berkenaan, manakala pada Rabu ini pula, akan diadakan pula mesyuarat peringkat pengurusan tertinggi membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, (Dasar dan Pembangunan), Datuk Seri Khairil Awang.
"Mesyuarat khas peringkat pengurusan tertinggi itu akan dilakukan secara dalaman bagi menentukan sebarang keputusan berkaitan isu itu dan dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid," Kamalanathan dipetik sebagai berkata ketika dihubungi BH.
Polemik novel itu bermula minggu lalu selepas penggunaannya sebagai teks Komsas dipersoal pengguna media sosial susulan adegan yang didakwa terdapat elemen lucah.
Pemilihannya juga dikatakan kurang menepati matlamat Komsas untuk membentuk pembangunan diri dan memupuk nilai murni di kalangan pelajar.
Sumber TKO - 19-1-2016
PUTRAJAYA: Sebanyak 37,271 atau 20.07 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh negara pada tahun lepas mencatat keputusan 8A.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak 4.78 peratus daripada 15.29 peratus yang dicatatkan tahun sebelumnya.
Beliau berkata keputusan UPKK 2015 juga menyaksikan semua negeri mengekalkan pencapaian 100 peratus lulus tanpa D, sama seperti tahun sebelumnya.
"Selangor merekodkan pencapaian calon paling ramai mendapat 8A iaitu 5,152 orang, diikuti Kelantan dan Terengganu dengan masing-masing seramai 4,559 dan 4,148 calon," katanya pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.
Sebanyak 185,675 calon menduduki peperiksaan UPKK melibatkan lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat; Penghayatan Cara Hidup Islam; Bidang Al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Pelajaran Jawi; Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Bahasa Arab.
Othman berkata mata pelajaran Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 100 peratus, diikuti Bidang Al-Quran dengan 99.5 peratus lulus.
Ini menjadi penanda aras kepada kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian, katanya.
Beliau berkata mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan 92.27 peratus, diikuti Adab 90.74 peratus; Bahasa Arab (88.60 peratus); Ulum Syariah (82.92 peratus) dan Sirah (82.04 peratus).
Othman berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 1.70 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 1.76, menyaksikan Selangor muncul negeri terbaik dengan GPN 1.484 mata, diikuti Wilayah Persekutuan dan Melaka dengan GPN 1.488 dan 1.533 mata.
"Bagi memastikan kecemerlangan berterusan Jakim akan terus perkasakan kemahiran guru melalui latihan secara berterusan," katanya. - BERNAMA
Sumber HD - 15-1-2016
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak harus tergesa-gesa mahu mengubah format UPSR kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Sepatutnya KPM mengambil iktibar daripada apa yang terjadi kepada sistem PBS khususnya lagi PT3 yang banyak memaparkan kelemahan hingga menimbulkan masalah kepada para pelajar, guru-guru dan sekolah itu sendiri.
DPPM menegaskan bahawa KPM mesti terlebih dahulu mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan yang ada serta menyemak semula dasar dan pelaksanaan PBS itu sendiri sebelum apa-apa perubahan dilakukan terhadap sistem UPSR sekarang.
Desakan sama ini juga telah disuarakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini.
Keutamaan kajian tersebut mestilah berdasarkan maklum balas serta aduan yang menyeluruh daripada semua pihak termasuk para pelajar, ibu bapa, guru-guru dan persatuan-persatuan ibubapa dan guru selain daripada pihak KPM serta agensi-agensinya yang berkaitan, ahli akademik dan pihak NGO.
Bertindak secara tergesa-gesa menggantikan suatu dasar atau sistem sedia ada dengan sistem baru yang belum terbukti berkesan secara positif bahkan telah dapat dilihat aspek-aspek negatifnya pastinya bukan jalan keluar yang terbaik bagi menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang.
DPPM mendapati tindakan Kerajaan kerap kali menukar kaedah serta dasar pembelajaran hanya mengganggu atau menimbulkan kekeliruan terhadap dasar serta hala tuju sistem pendidikan negara.
Adalah dirasakan lebih elok ditambah nilai serta diperbaiki sistem sedia ada agar menjadi lebih baik, berdaya maju serta kompetitif berbanding menukarkannya dengan sistem yang baru.
USTAZ MOHAMAD ISMAIL
Pengarah Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah DPPM
15 Januari 2016 | 5 Rabi’ul Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 15/1/2016
Sumber HD - 15-1-2016
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 akan dikeluarkan pada minggu depan, 21 Jan.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 8,982 calon menduduki peperiksaan itu di 128 pusat peperiksaan pada tahun lepas.
Daripada jumlah itu calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah seramai 2,130 orang, sekolah menengah agama negeri (4,703), sekolah menengah agama rakyat (705), calon persendirian (1,419) dan sekolah menengah swasta yang berdaftar dengan kementerian (25).
"Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar," katanya.
Kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan STAM melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM jarak angka giliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan itu diaktifkan mulai 10 pagi pada 21 Jan dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Jan. - Bernama
Sumber HD -14-1-2016
KOTA BHARU: Biar pun kekurangan kemudahan asas berbanding sekolah di bawah Kementerian Pelajaran, namun permohonan belajar di sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) tetap meningkat.
Malah tahun ini peningkatan pelajar baru di tingkatan satu begitu ketara sekali sehingga ada sekolah agama terpaksa menolak permohonan pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata sekolah Yik tidak dapat mampu menampung jumlah permohonan pelajar baru begitu ramai sekarang.
Contohnya kata beliau Sekolah Menengah Agama (Arab) Tarbiah Mardiah Panchor lebih 700 pelajar memohon belajar di tingkatan satu tahun ini.
“Bagaimanapun sekolah tidak mampu menerima kesemuanya kerana masalah kelas yang terhad.
“Kesedaran tinggi masyarakat terhadap pendidikan Islam menyebabkan sebahagian besar sekolah Yik menerima banyak permohonan pelajar baru.
“Masyarakat mulai kembali kepada agama bagi menangani masalah sosial yang melanda golongan muda sekarang,” ujarnya.
Peningkatan pelajar baru bukan sahaja berlaku di kawasan bandar sebaliknya di SMU (A) Sungai Sok, Kuala Krai juga berlaku pertambahan pelajar baru.
Hampir 100 pelajar baru mendaftar pada hari pertama persekolahan Ahad lepas. Pelajar terbabit termasuk dari Sungai Rek, Sungai Syam, Lata Rek dan Manek Urai.
Sekolah tersebut terletak kira-kira 4 km dari jalan Kuala Krai-Gua Musang. Ia menawarkan tingkatan satu hingga lima. Bilangan pelajar akhir tahun lepas lebih 200 orang.
Manakala guru pula seramai 17. SMU (A) Falahiah juga mempunyai bangunan asrama lelaki dan perempuan. Bagaimanapun asrama lelaki hanya dapat memuatkan 17 pelajar dan perempuan (40 orang).
Ketika bah besar melanda akhir 2014 asrama lelaki rosak, manakala sebuah rumah guru yang terletak berdekatan terjejas teruk.
Sekolah berkenaan juga merupakan sekolah agama tertua di Dun Manek Urai.
Dr Fadzli juga berkata banyak sekolah di bawah kementerian menerima pakai peraturan diamal pelajar sekolah Yik termasuk tudung labuh, songkok dan amalan solat dhuha serta solat hajat.
“Ada sekolah mewajibkan pelajar membaca al-Quran sebelum masuk kelas dan menyertai usrah seperti amalan di sekolah Yik,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/1/2015
Sumber HD - 7-1-2016
STATISTIK oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, merekodkan daripada sejumlah 6,910 kes rogol yang dilaporkan bagi tahun 2013 hingga 2015, 52% kes rogol tersebut adalah membabitkan gadis bawah umur iaitu 1,424 kes pada 2013, 1,243 kes pada 2014 dan 920 kes sehingga Oktober 2015. Lebih merisaukan, daripada 52% itu, kira-kira 90% adalah kategori suka sama suka manakala hanya 10% sahaja ketegori paksaan.
Berhubung isu ini, terdapat dua isu utama yang perlu diberikan perhatian dan tindakan segera oleh semua pihak khususnya Kerajaan. Pertama, langkah-langkah membendung gejala ini dan Kedua, hukuman ke atas pesalah dan pembelaan ke atas mangsa.
Sekiranya Pendidikan Seks atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif yang mahu diperkenalkan nanti oleh Kerajaan hanya tertumpu pada aspek undang-undang dan kesihatan serta keselamatan, ia adalah sesuatu yang sia-sia dan berpotensi besar menggalakkan lagi gejala ini kerana ia tanpa sedar menjadi seumpama kempen ‘safe & healthy sex life’ seperti di negara-negara Barat.
Sepatutnya, pendidikan pergaulan dan bersosial menurut perspektif Islam dijadikan panduan utama dan diberikan penekanan kepada masyarakat sebagai kaedah pencegahan yang berkesan untuk melindungi masyarakat tidak kira usia dan jantina daripada jenayah rogol dan zina.
Adab berziarah seperti memberi salam dan meminta izin yang dianjurkan Islam adalah bertujuan menjaga privasi seseorang yang ada di dalam sesebuah rumah atau bilik justeru dapat memelihara maruahnya daripada terdedah kepada orang lain dan dapat melindungi tetamu tersebut daripada melihat perkara-perkara yang boleh merosakkan iman serta menaikkan nafsunya.
Adab pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan serta etika berpakaian adalah tersangat penting untuk kembali diberikan penekanan serius terutamanya di sekolah-sekolah lebih-lebih lagi dalam keadaan statistik menunjukkan data yang demikian.
Anjuran bernikah pula adalah ubat yang paling mujarab disediakan oleh Islam dalam aspek membendung gejala sosial ini. Masyarakat khususnya ibu bapa mesti menggalakkan dan memudahkan urusan perkahwinan anak-anak. Manakala Kerajaan pula mesti membantu menyediakan insentif tertentu bagi meringankan beban pasangan yang bakal berkahwin.
Adapun pada aspek hukuman ke atas pesalah dan pembelaan ke atas mangsa, takrif rogol, kaedah pendakwaan dan perbicaraan serta hukuman ke atas pesalah dan hak-hak mangsa yang digunapakai sekarang hendaklah disemak semula dan diselarikan dengan undang-undang jenayah syariah yang telah ditetapkan oleh Islam. – HARAKAHDAILY 30/12/2015
Sumber HD - 30-12-2015
Semua sambutan tetamu kehormat di sekolah perlu dihadkan supaya tidak menjejas masa pengajaran dan pembelajaran murid, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
"Segala jenis persiapan dalam menjalankan sesuatu majlis di sekolah contohnya dalam menyambut kedatangan menteri atau timbalan menteri perlu dikurangkan dan disambut ala kadar tanpa mengambil masa pembelajaran dan pengajaran," kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin yang ingin tahu cadangan kementerian mengatasi dan mengurangkan masalah tekanan dan kepenatan di kalangan para pendidik.
Mahdzir berkata kementeriannya memahami guru turut menjalankan pelbagai tugas di sekolah selain daripada melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
"Saya tahu guru melaksanakan pelbagai tugas khas seperti urusan data, warden, guru kelas dan guru disiplin.
"Tetapi istilah beban tugas ini sepatutnya ditukar kepada menggalas tanggungjawab," katanya. - Bernama
Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JJAKIM) di Kedah terpaksa ditutup kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar untuk bil elektrik dan air, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014.
Menurut siri ketiga laporan yang dikeluarkan hari ini, kelas yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi itu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke lima masjid dan surau.
"Jabatan Pelajaran Kedah tidak lagi menyediakan dana untuk membayar bil-bil elektrik dan air bermula dari penggal persekolahan 2010.
"Sekolah tidak lagi dapat menanggung kos utiliti jika kelas KAFA diadakan di sana," petik laporan itu.
Kelas KAFA di SK Kilim, Kedah juga berpindah ke Masjid Kilim kerana "tidak ada peruntukan yang cukup untuk memenuhi keperluan pelajar".
JAKIM yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengadakan kelas berkenaan kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun selepas sekolah.
Menurut laporan itu, program ini diberi peruntukkan RM1.05 bilion dari 2012 hingga 2014. Sejumlah 854,271 pelajar mendaftar di kelas KAFA pada tahun lalu.
Walaupun peruntukan yang besar, kajian audit juga mendapati bahawa pelajar-pelajar di Kota Belud, Sabah terpaksa belajar di bilik darjah tanpa meja dan kerusi.
Dua kelas terpaksa berkongsi sebuah bilik darjah di Tawau manakala pelajar di Papar terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan meja.
Seramai 257 guru KAFA juga memberitahu juruaudit bahawa mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk bahan-bahan pengajaran, termasuk membeli pen penanda.
Audit juga mendapati rekod latihan untuk guru-guru dalam keadaan "kucar-kacir" dengan sebahagian besar guru tidak menghadiri latihan yang diperlukan.
Sesetengah guru di Sabah juga mengakui kepada kepada juruaudit bahawa mereka tidak tahu lokasi pejabat JAKIM di Sabah. - MK
Sumber TKO - 24-11-2015
ALOR SETAR – Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat kes membelasah pelajar Tingkatan Satu sehingga mengalami pendarahan pada usus dan buah pinggang, di sebuah sekolah agama rakyat di Pokok Sena, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, kesemua suspek yang berumur lingkungan 15 hingga 17 tahun itu ditangkap di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kota Setar 8.45 malam tadi.
Seorang lagi suspek akan ditahan hari ini, katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian 3 pagi itu, Mohd Irfan Azizan, 13, berasal dari Kampung Permatang Kaka, Megat Dewa, Kodiang dibelasah lima pelajar senior di luar bilik asrama sekolah itu.
Adzaman berkata mangsa dipukul kerana dituduh mencuri telefon bimbit milik rakan suspek selepas mangsa dikatakan orang paling awal masuk ke dalam bilik asrama.
– BERNAMA
Sumber TKO - 22- 11-2015
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Selasa (17 November).
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari tersebut.
Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2015 melalui mySMS 15888 yang diaktifkan bermula 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 23 November.
Untuk menggunakan perkhidmatan mySMS itu calon perlu menaip UPSR angka giliran dan hantar SMS berkenaan ke 15888.
Sejumlah 455,929 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,134 pusat peperiksaan seluruh negara. - Bernama
Sumber TKO - 10-11-2015
Insiden memaparkan pelajar berpakaian sekolah berpelukan dan berciuman tidak harus berlaku dan tidak harus diperbesar, kata ibu kepada seorang pelajar itu.
Wanita yang enggan namanya disebut itu berkata, disebabkan video rakaman itu dikongsi meluas, pelbagai tanggapan negatif turut tersebar.
"Ia tiada apa pun.
"Mereka masih budak mentah, kejadian itu wujud apabila ada orang bersorak di sekeliling yang memberi provokasi," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini.
Dalam siaran video 15 saat itu, kelihatan seorang pelajar perempuan berlari ke arah si lelaki sebelum berpeluk sambil dikelilingi pelajar lain.
Lelaki itu pula kelihatan menunggu sambil melutut dan memegang sesuatu, yang dikatakan seutas rantai.
Sebaik berdakap satu sama lain, suasana riuh dan pelajar lelaki tadi kelihatan memberi ciuman pada pipi wanita itu.
Ibu itu menjelaskan anak lelakinya melamar gadis itu untuk ke sebuah acara tari-menari sempena meraikan pelajar yang menamatkan persekolahan.
Kementerian cari sekolah mana.
Bagaimanapun, katanya lagi, ada pihak mengambil kesempatan menggunakan rakaman itu untuk mengeruhkan keadaan.
Beliau menegaskan kedua-dua pelajar itu sememangnya anak yang mendengar kata, malahan segala tindak-tanduk mereka diketahui ibu bapa.
Kata wanita itu, pelajar yang sudah saling mengenali satu sama lain sejak kecil itu juga tidak pernah keluar berdua-duaan.
"Saya mengenali mereka berdua dan persahabatan mereka diketahui oleh kedua belah keluarga.
"Itu hanya cara mereka meluahkan perasaan, tidak lebih dari itu.
"Ini hanya permulaan hubungan mereka, tapi sudah pasti ia di bawah pemerhatian ibu bapa dan kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan dilapor akan menyiasat video yang menjadi viral di laman sosial itu.
Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata kementerian itu masih dalam proses mengenal pasti sekolah yang terlibat, lapor mStar.
KUALA LUMPUR: Sebuah rakaman video ala-ala ‘Putera Raja melamar kekasihnya’ di hadapan khalayak ramai mula tersebar di laman sosial Facebook, hari ini.
Lebih mencuri tumpuan, aksi tersebut dilakukan oleh dua pelajar sekolah yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah, bagaimanapun lokasi sebenar kejadian belum dapat dipastikan.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook komuniti India, 1TAMILANZ SANGAM satu jam lalu, ia memaparkan aksi ‘romantik' pasangan kekasih yang lengkap berpakaian sekolah berpelukan sambil disaksikan oleh pelajar lain yang turut bersorak.
Berdasarkan visual berdurasi 16 saat itu, pelajar lelaki terbabit dikatakan melamar teman wanitanya di kawasan sekolah tersebut, sebelum kekasihnya berlari menerpa kearah lelaki tersebut dan memeluknya.
Kelihatan lelaki terbabit seolah memegang kotak yang dipercayai sebagai hadiah untuk melamar gadis terbabit.
Aksi kedua pelajar itu berakhir dengan adegan bercumbu.
Ternyata, adegan romantik kedua pelajar terbabit mengundang kritikan daripada pengguna media sosial.
Sehingga kini video tersebut ditonton lebih 10, 000 orang.
IPOH: "Belajar dari dalam buaian hingga ke liang lahad."
Itulah kata-kata azimat yang dipegang seorang pesara berusia 60 tahun, Chong Sing Woh yang merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.
Bagi Sing Woh yang merupakan bekas pekerja Pos Malaysia, ini merupakan kali keenam dia menduduki peperiksaan itu selepas lima kali percubaannya sebelum ini, gagal.
Sing Wong akan menduduki enam mata pelajaran teras bagi peperiksaan tahun ini, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Pendidikan Moral.
Bapa kepada seorang anak ini ingin membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk berjaya dan melepasi halangan dalam kehidupan.
Setiap hari, dia meluangkan masa dua jam bagi mengulang kaji untuk memastikan cubaannya kali ini berjaya dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang sains sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
"Belajar itu adalah untuk pertama, untuk mendapatkan ilmu, yang kedua untuk memperbaiki diri. Selebihnya, kita dapat berbakti kepada nusa bangsa dan agama.
"Seperti kata orang tua belajarlah dari buaian hingga liang lahad lah," katanya ketika ditemui selepas menduduki kertas Bahasa Melayu 1 Di SMK Seri Ampang, Ipoh pada Isnin.
Sing Woh merupakan antara 39,102 calon yang menduduki peperiksaan SPM di Perak. - Astro
Sumber TKO - 3-11-2015
PETALING JAYA: Malaysia disenaraikan sebagai negara kelima paling mahal untuk mendapatkan pendidikan universiti berdasarkan pendapatan isi rumah.
Purata ibu bapa yang bekerja di Malaysia menghabiskan 55 peratus dari gaji mereka untuk setiap orang anak bagi melengkapkan pengajian di peringkat tinggi, menurut Expert Market yang berpangkalan di London.
Kajiannya terhadap 40 buah negara dibuat berdasarkan yuran pengajian yang disenaraikan dalam Quacquerelli Symmonds Top Universities untuk tahun akademik 2014/2015 dan Pendapatan Gallup Median Self-Reported 2013.
Negara yang paling mahal untuk pendidikan universiti adalah Hungary, yang merupakan salah sebuah daripada negara dengan pendapatan isi rumah terendah.
Negara-negara lain 'di hadapan' Malaysia dalam senarai adalah Romania, di mana ibu bapa menghabiskan 86 peratus daripada gaji mereka untuk tujuan itu, Romania (86 peratus), Estonia (76 peratus) dan Chile (73 peratus).
"Menariknya, Britain merupakan salah sebuah daripada negara di Eropah yang mengenakan sebilangan kecil yuran pengajian. Norway, Greece, Poland dan Ireland adalah antara beberapa negara Kesatuan Eropah yang menawarkan ijazah percuma secara keseluruhan," kata Expert Market.
Ironinya, kaji selidik itu menunjukkan bahawa Malaysia mencatatkan kos yuran pengajian paling rendah antara '10 tempat paling mahal untuk menghantar anak-anak ke universiti' pada kos £11,875 (RM76,925).
"Negara ini mempunyai kira-kira 20 universiti dan yurannya adalah kompetitif berbanding dengan negara lain di dunia.
"Walau bagaimanapun, bagi dalam negara, gaji purata masih hanya RM2,052 sebulan," kata Business Insider Malaysia, yang merupakan sebuah laman web berita perniagaan dan teknologi.
"Ini bermakna tanpa biasiswa atau pinjaman, ibu bapa akan kehilangan lebih dari separuh gaji mereka untuk yuran pengajian," katanya. - MStar
KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin melaksanakan format baru UPSR pada tahun 2016 dilihat akan membebankan banyak pihak. Format baru tersebut bakal menyaksikan pertambahan 6 kertas peperiksaan. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) format baharu tersebut akan diuji kepada kira-kira 450,000 orang pelajar pada tahun hadapan.
PAS Sarawak menyatakan pendirian bahawa pelaksanaan format ini akan membebankan pelajar kerana terpaksa menghadapi kertas tambahan yang tidak sesuai dengan umur mereka.
Para guru pula sudah tentu mengalami bebanan tugas yang kian bertambah dengan terpaksa menyiapkan pelbagai laporan pentaksiran yang perlu diisi bagi memenuhi penilaian keseluruhan bagi format baharu tersebut.
Malahan guru-guru Bahasa Inggeris sudah tentu diberi tekanan yang lebih untuk menghadapi penyediaan ujian Bahasa Inggeris yang akan dipecahkan kepada 2 Kertas nanti. Tidak cukupkah lagi dengan segala yang dialami oleh guru-guru Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dahulu? Sepatutnya tidak ada sebarang pengulangan pada halangan seperti ini.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan risiko lebih ramai pelajar menjadi mangsa ujikaji kepada dasar yang nampak hanya berfokus kepada menambah bilangan 'A' sahaja.
Keadaan ini tidak selaras dengan dasar pendidikan negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek. Pelaksanaan ini juga dilihat tergesa-gesa tanpa perancangan jangka panjang.
Tidak ubah seperti Pelaksanaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang diumum pada 2014 dan terus dilaksanakan dalam tahun itu juga sehingga menimbulkan pelbagai masalah dan persoalan berbangkit.
Malahan, dimaklumkan bahawa kebanyakan guru-guru yang terlibat masih belum didedahkan dengan jelas format-format penilaian dan pentaksiran tersebut.
Maka, PAS Sarawak mendesak agar KPM melakukan kajian semula dengan lebih terperinci berkaitan hal ini. Sudah tentu kita tidak mahu dasar ini mengulangi sejarah pelaksanaan PPSMI yang ternyata gagal serta merugikan.
Sepatutnya pihak KPM lebih memfokuskan ke arah pengisian nilai dan penguasaan kemahiran pelajar yang sesuai dengan keperluan semasa. Sewajarnya setiap pelaksanaan polisi baharu perlu mempunyai jangka masa dan kumpulan fokus tersendiri.
Contohnya, jika ingin mengubah format tahun 6, sepatutnya diubah bermula daripada tahun 1, 2016. Sedarlah bahawa pendidikan bukan kilang tetapi adalah proses pembangunan insan. – HARAKAHDAILY 21/10/2015
Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Sarawak
Sumber HD - 21-10-2015
Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU) sentiasa dikenali mengambil pendekatan yang realistik dan praktikal dan kerana itu cadangan dan pandangan mereka terhadap isu pendidikan bukan sekadar retorik semata-mata.
Kini STU mahu Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantara untuk semua matapelajaran, berkata dengan cara itu, masalah kelemahan kefasihan bahasa akan dapat ditangani.
Presiden STU Jisin Nyud berkata tidak cukup untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains sahaja sekiranya matlamatnya adalah mahukan pelajar yang fasih dalam bahasa itu, yang merupakan bahasa perhubungan dunia, termasuk di alam siber.
"Berdepan dengan globalisasi, kepentingan bahasa Inggeris tidak boleh dinafikan dan tidak dipedulikan memandangkan bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan paling utama di seluruh dunia.
"Kerana bahasa Inggeris memainkan peranan utama dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan,
pembangunan teknologi dan pendidikan, bahasa inilah yang perlu dikuasai penduduk Sarawak untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
"Untuk sekolah rendah, kita boleh bermula dengan Darjah Satu dan untuk sekolah menengah, Tingkatan Satu. Kita akan mampu mencapainya selepas enam tahun.
"Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di sekolah boleh membantu para pelajar dalam tugasan mereka. Di peringkat universiti pula, kebanyakan rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.
"Kita mahu para pelajar kita untuk diiktiraf dan diterima di peringkat dalam dan luar negara."
Jisin berkata untuk permulaan negeri boleh menggaji semula pesara guru dan pensyarah serta pada masa yang sama memulakan latihan para guru di universiti dan institusi pendidikan.
Katanya STU mahukan autonomi pendidikan kerana mereka mahu Sarawak menggunakan autonomi itu untuk berubah kembali kepada sistem lama di mana bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara di sekolah-sekolah negeri itu.
"Sekiranya kita mampu melakukannya pada tahun 50an, 60an dan 70an, apa bezanya dengan masa sekarang? Ia boleh dilakukan," Jisin dipetik sebagai berkata.
Ya, Sarawak pasti boleh buat. Zaman sekarang kita mempunyai pelbagai buku untuk membantu dalam proses pengajaran. Dan kita juga mempunyai Internet, juga, di mana maklumat hanya dihujung jari.
Ketika kita mula-mula bermula, pensil juga sukar dijumpai apatah lagi mendengar kewujudan kertas A4.
Di Samarahan pada tahun 1962, kita bermula dengan buku Tangga dan terpaksa untuk membaca "A pan and a man".
Sebelum itu kita tidak mengenali buku. Bahan bacaan terhampir yang kita miliki ialah kertas pembungkus tin Milkmaid yang mempunyai gambar The Beatles, Rolling Stones, Elvis Presley, Cliff Richard, dan sebagainya lengkap dengan biodata mereka dan beberapa baris lirik lagu, yang kita tidak baca pun.
Kakak saya Roseni Wan Ulis barangkali bernasib baik kerana dia bersekolah yang terletak di kawasan bandar Kuching.
Sementara di Samarahan pula kami belajar bahasa Iban dan Melayu, di Kuching Roseni juga belajar bahasa Cina- dialek Cina tempatan.
Tetapi, pastinya, pengajaran dan pembelajaran ketika itu tidak dipengaruhi oleh politik, yang merupakan tulang belakang sistem masa kini.
Sebilangan guru kami hanya menamatkan pengajian Darjah Enam. Mereka tidak berkelulusan Common Entrance Examination pun tetapi mereka mengajar kami dengan baik.
Beberapa orang guru pula merupakan lulusan Kolej Latihan Perguruan Batu Lintang, kebanyakan mereka mempunyai kelulusan Junior Cambridge Examination sementara hanya beberapa orang sahaja mempunyai kelulusan Senior Cambridge Examination.
Menjelang tamatnya tahun pertama, kami sudahpun bercakap dalam bahasa Inggeris dan membaca buku teks kami dengan gaya menyanyi.
Kini, kita semua tahu yang para guru keliru dengan sistem yang dipolitikan, malah dasar yang sering bertukar-tukar memburukan keadaan.
Masalah ini- sistem pendidikan yang dilayan seperti bola sepak- perlu ditangani.
Bagi Sarawak, sekiranya autonomi pendidikan ialah jalan keluar, biar kita bersama-sama mendapatkannya. Kita telah membazirkan banyak masa kepada sebuah sistem yang menjadikan para graduan kita kurang berdaya saing.
Cadangan STU untuk bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara di sekolah-sekolah kita ialah praktikal dan realistik.
Oleh Jimmy Adit
The ANtDaily
Sumber TKO - 19-10-2015
Selamat Menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Dewan Ulamak Pas Pusat mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Semoga Berjaya
PETALING JAYA: Tahap Bahasa Inggeris di sini telah semakin merosot, menyebabkan timbulnya seruan untuk meningkatkan penguasaan bahasa ini selama bertahun-tahun.
Banyak kajian telah dibuat mengenai perkara itu. Pada tahun 2003, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dalam sistem sekolah kebangsaan.Tetapi dasar ini telah ditukar pada tahun 2012 berikutan rasa tidak puas hati di kalangan ahli akademik dan ahli-ahli politik Melayu yang merasakan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah menyebabkan orang Melayu luar bandar menunjukkan prestasi lemah dalam mata pelajaran tadi semasa peperiksaan.
Di sebalik pembalikan dasar ini, ahli-ahli akademik atas dan pembuat dasar berhujah bahawa Bahasa Inggeris bukan hanya merupakan bahasa komunikasi antarabangsa.
Selain daripada ini, mereka berkata penguasaan bahasa itu akan membuka sebuah dunia pengetahuan kepada rakyat Malaysia. Pelajar universiti yang tidak fasih dalam Bahasa Inggeris akan ketinggalan di belakang negara lain kerana buku-buku teks dalam bidang sains, teknologi dan kebanyakan mata pelajaran ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Pada September 2013, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, mengumumkan inisiatif untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam SPM tahun depan.
Dasar ini telah disahkan semula Januari ini oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan yang berkata kementerian akan meneruskan cadangan itu di sebalik seruan supaya penangguhan dilakukan.
Walau bagaimanapun, tidak sampai tujuh bulan kemudian, kerajaan menarik balik rancangan untuk melaksanakan dasar itu atas alasan bahawa ia mesti memberikan lebih banyak masa kepada pelajar dan guru-guru untuk bersedia.
Sejak itu, golongan profesional dan rakyat biasa telah menyatakan pandangan mereka sama ada menyokong atau menentang idea menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus di peringkat SPM.
Ada yang melihat keperluan yang jelas untuk menguasai Bahasa Inggeris; sementara pihak lain melihat pelaksanaannya sebagai mengurangkan peluang ramai pelajar untuk lulus SPM dan menyertai pendidikan tinggi.
Focusweek bertemu dengan dua individu - aktivis pendidikan Datin Noor Azimah Abdul Rahim dan wakil NGO Melayu sayap kanan, Datuk Sirajuddin Salleh - bagi mendapatkan pandangan mereka.
MF Kamaruddin
* Ini merupakan petikan sebuah rencana yang pertama kali diterbitkan dalam Focusweek isu 26 September-2 Oktober 2015. Sila layari www.focusweek.my untuk membaca dengan lebih lanjut.
Sumber TKO - 13-10-2015
KUALA LUMPUR: Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula hari ini berjalan lancar melibatkan 465,674 calon menduduki peperiksaan itu di 2,667 pusat di seluruh negara.
Ujian itu bermula dengan subjek Bahasa Melayu dan Matematik hari ini, diikuti subjek Bahasa Inggeris dan Sains pada Selasa.
Pada Khamis, subjek terlibat ialah Kemahiran Hidup Bersepadu (Kemahiran Teknikal), Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga), Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian) dan Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan dan Keusahawanan); Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
Negeri Selangor mencatatkan calon teramai menduduki PT3 iaitu 82,160 calon yang mengambil peperiksaan itu di 329 pusat peperiksaan.
Di Kuala Lumpur. seramai 22,261 calon menduduki peperiksaan itu di 103 pusat peperiksaan dan di Putrajaya 1,514 calon mengambil peperiksaan itu di 12 pusat peperiksaan.
Di PAHANG, seramai 24,783 calon menduduki peperiksaan PT3 di 215 pusat peperiksaan 11 daerah di negeri itu.
Bagaimanapun, Ketua Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Mohd Razali Mustafar berkata 10 calon dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Razak, Pekan gagal menduduki peperiksaan itu hari ini kerana disyaki keracunan makanan.
Katanya, kesemua pelajar terbabit akan menduduki kertas peperiksaan hari ini pada tarikh lain.
Di TERENGGANU, seramai 21,794 calon menduduki peperiksaan PT3 di 151 pusat peperiksaan di seluruh negeri, termasuk 15 calon berkeperluan khas (CBK).
Di MELAKA, Pengarah Pendidikan negeri Abu Bakar Sahari berkata seramai 14,460 calon menduduki peperiksaan PT3 melibatkan 83 pusat peperiksaan seluruh negeri.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 13,819 merupakan calon sekolah kerajaan manakala selebihnya calon sekolah swasta.
Di PERAK, seramai 40,751 calon menduduki peperiksaan itu di 269 pusat peperiksaan.
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan negeri Adnan Rejab berkata ia melibatkan 40,262 calon sekolah kerajaan dan 489 calon sekolah swasta.
"Setakat ini, peperiksaan berjalan lancar dan tiada calon yang menduduki peperiksaan di hospital," katanya.
Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Ab Aziz Abdullah berkata 33,196 pelajar menduduki PT3 di 240 pusat peperiksaan di 10 jajahan. - Bernama
Sumber HD - 12-101-12015
YB Cikgu Alias Harun Adun Rantau Abang berkesempatan bersama pelajar yang mengambil peperiksaaan UPSR 2015 Matematik 1 di Sekolah Bt. 48, Dungun. PAS perlu turun ke padang dan meninjau segenap segi kehidupan masyarakat demi untuk perjuangan Islam.
Sumber TKO - 10-9-2015
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan perlu mewujudkan juga pembantu guru bukan sahaja warden asrama seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
"Pembantu guru bertujuan untuk meringankan bebanan guru-guru. Dengan ini guru-guru hanya akan menumpukan pembelajaran dan pengajaran (P&P) sahaja," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau berkata, guru juga boleh menumpukan pembangunan syaksiah pelajar apabila mereka mempunyai pembantu untuk menyelesaikan kerja-kerja perkeranian seperti memasuki data dan markah pelajar.
Tambahnya, guru mesti dielakkan daripada dibeban dengan kerja-kerja yang tidak ada kaitan dengan P&P seperti menghantar murid ke hospital, menjaga lalu lintas, membawa pelajar ke pertandingan antara sekolah-sekolah, memungut yuran kelas, PIBG dan lain-lain tugas yang mengganggu tugas sebagai seorang pendidik.
Menurutnya, pembantu guru boleh diambil daripada mereka yang mempunyai kelulusan SPM sahaja, misalnya setiap 10 orang guru ada seorang pembantu guru.
"Saya pernah cadang di dalam Parlimen tentang perkara ini, tetapi dijawab oleh menteri, cadangan ini baik, malangnya masalah kewangan menjadi halangan.
"Kita mengharapkan supaya kementerian kena peka kepada perkara ini," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.
Menurutnya, biarlah guru merasa tenang dan gembira apabila hadir ke sekolah yang kesannya akan diperolehi oleh murid-murid kerana guru dapat memberi tumpuan kepada mereka. - HARAKAHDAILY 8/9/2015
Sumber HD - 8-9-2015
KUANTAN: Polis menahan 24 pelajar lelaki berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun selepas didapati ponteng sekolah di sebuah pusat snuker dekat Jalan Air Putih, di sini semalam.
Serbuan pukul 12.45 tengah hari itu dilakukan anggota pasukan petugas Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kuantan yang diketuai oleh Deputi Superitendan Mohd Zaidi Mat Zin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, selain itu pemilik premis terbabit, seorang lelaki warga tempatan berusia 63 tahun turut ditahan.
"Semasa serbuan dilakukan, semua pelajar terbabit yang lengkap berpakaian sekolah sedang leka bermain snuker.
"Siasatan awal mendapati pelajar-pelajar itu bersekolah di sekolah berhampiran pusat snuker tersebut.
"Perkara itu juga akan dimaklumkan kepada ibu bapa serta pihak sekolah untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, selain itu hasil pemeriksaan turut mendapati pusat snuker tersebut memiliki lesen perniagaan yang sah namun menyalahgunakan aktiviti dengan membenarkan remaja bawah umur memasuki premis.
Katanya, semua pelajar terbabit dan pemilik premis dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. - BERNAMA
Sumber TKO - 13-8-2015
KUALA NERUS – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang baru dilancarkan dijangka akan meneruskan dasar ‘liberal-sekular’ dan tidak akan mampu melahirkan manusia yang mampu mentadbir muka bumi ini.
Sistem yang tidak meletakkan Islam sebagi teras itu hanya akan melahirkan manusia yang cerdik tetapi tidak berakhlak dan celik tetapi buta al-Quran.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dr. Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, walau apa pun ‘pelan’ yang yang dibuat, ia akan gagal kerana tidak ada ‘ruh’ yang dapat mendidik spiritual manusia.
“ramai di kalangan tokoh-tokoh pendidik negara yang mempunyai kesedaran betapa pentingnya manusia dididik dengan pendidikan agama (mereka) mengatakan dasar dan pendidikan yang dilaksanakan kerajaan pada hari ini tidak ada ruh,
“ini yang melahirkan manusia pelbagai rupa dan gaya kehidupan, pemimpin-pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, hipokrit dislubungindenga akhlak yang kotor keran mereka dihasilkan daripada sisitem pendidikan yang tidak berpaksikan kepada Islam,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ihtifal Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah di sini, Khamis 30 Julai.
Dr. Abu Bakar yang juga Pengerusi Kumpulan Ma’ahad tersebut mengumumkan penubuhan Markaz Tahfiz Cacat Penglihatan (Buta), yang menurutnya telah mula beroperasi setahun lalu.
Katanya, ia merupakan institusi pertama seumpamanya di negara ini yang akan menyediakan peluang pendidikan kepada golongan tersebut.
Majlis ulangtahun penubuhan MTT yang bermula dengan Institut Berakan pada tahun 1977 itu dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sumber BO - 1-8-2015
KEPUTUSAN KE PROGRAM MATRIKULASI DIUMUM 13 APRIL - KPM
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34809-keputusan-ke-program-matrikulasi-diumum-13-april
Sumber HD - 10-4-2015
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mendesak supaya analisis keseluruhan pencapaian sulung Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mesti segera dilaporkan di Dewan Rakyat dan kepada umum.
Ini, katanya untuk penilaian awam sebelum pihak kerajaan melancarkan secara rasmi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 yang dijangka akan diadakan pada hujung Mac ini.
Menurutnya, sejak keputusan sulung Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) diumumkan pada 22 Disember 2014, Kementerian Pendidikan masih gagal mengemukakan laporan keseluruhan pencapaian 453,413 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.
Pihak Kementerian Pendidikan juga, ujar beliau tidak membuat pengumuman rasmi dan tidak memaklumkan analisis pencapaian para pelajar seperti mana yang lazim dilakukan untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kata Nasrudin Menteri Pendidikan Kedua telah mengakui terdapat pelbagai kelemahan dalam pelaksanaan PT3 tersebut.
Begitu juga, katanya maklum balas para guru, PIBG, ibu bapa dan para pelajar sendiri yang masih keliru dengan kaedah pentaksiran yang dilakukan.
"Kita akur bahawa PT3 sama sekali tidak boleh dibandingkan secara seimbang dengan orientasi PMR, namun pelaksanaannya pada tahun 2014 dilihat dijalankan secara tergesa-gesa setelah kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan PMR," ujarnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, antara isu-isu yang ditimbulkan ialah tahap keberkesanan teknik soalan berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, tahap kefahaman panduan penskoran oleh guru-guru, integriti para guru dan persediaan masa pelajar untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan baru PT3. - HARAKAHDAILY 14/
Sumber HD - 14-3-2015
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, selaku Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan kerana gagal meningkatkan prestasi pendidikan negara dan bertindak segera selepas hasil penilaian Program Penilaian Pelajar Internasional (PISA) dikeluarkan lebih setahun lalu.
Beliau berkata, berdasarkan rekod menyedihkan sepanjang sepuluh tahun beliau bergelar Menteri Pendidikan, Muhyiddin seharusnya meletakkan jawatan.
“Ramai lagi rakyat yang mampu menjadi Menteri Pendidikan bagi memulakan usaha membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia kepada semua,” katanya dipetik Roketkini.
Masalah pendidikan negara di bawah pentadbiran Muhyiddin bukan hanya sekadar penurunan prestasi pelajar, malah tiga lagi masalah lain telah disebut dalam PISA dan kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).
Menurutnya, Malaysia tersekat di kedudukan sepertiga terbawah dari kalangan negara yang terlibat dalam penilaian antarabangsa dan tidak membuat sebarang peningkatan menuju tingkat sepertiga teratas dari kalangan negara-negara yang dinilai.
“Walaupun berada di kedudukan sepertiga terbawah, Malaysia sedang dipintas oleh negara-negara lain seperti Kazakhstan dan Thailand,” ujarnya.
Katanya lagi, keputusan yang paling tidak menyenangkan ialah bertambahnya jurang antara Malaysia dan negara-negara berprestasi cemerlang.
Tambahnya, ia berdasarkan kesenjangan dalam skor antara murid berumur 15 tahun di Malaysia berbanding rakan seusia di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai berdasarkan penilaian PISA sebelum ini.
“Berasaskan perbezaan 38 markah skala PISA, kesenjangan tersebut kian melebar ke tahap di mana seorang pelajar 15 tahun di Shanghai, Singapura dan Korea Selatan mendapat lebih empat ke lima tahun persekolahan berbanding rakan seusia di Malaysia,” ujarnya.
Kit Siang turut mengecam kenyataan Muhyiddin yang terkejut dengan prestasi hambar pelajar Malaysia dalam penilaian antarabangsa walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk memperbaiki sistem pendidikan.
“Hanya selepas 15 bulan menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, baru sekarang dia terkejut dengan prestasi menyedihkan anak-anak Malaysia, padahal hasil penilaian PISA telah diterbitkan 15 bulan lalu," katanya.
Ini, ujar Lim merupakan kali pertama Muhyiddin menyatakan rasa terkejutnya atau memberi ulasan terbuka mengenai hasil PISA 2012.
“Sepanjang 15 bulan lalu, apa dia lakukan? soal Kit Siang.
Sumber HD - 13-3-2015
KOTA BHARU: Sebanyak 12 sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mencapai kelulusan 100 peratus pada peperiksaaan SPM 2014 yang diumumkan hari ini.
Sekolah berkenaan iaitu Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.
Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Maahad Muhammadi Tumpat, Maahad Pengajian Islam, Maahad Ar Rahmah Kenali, Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maahad Syamsul Maarif (P) dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Rahmaniah Paloh.
Manakala seramai 32 pelajar Yik pula memperolehi keputusan A dalam semua mata pelajaran. Daripada jumlah itu dua pelajar memperolehi 12A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata empat pelajar mencatat keputusan cemerlang.
Ain Atiya Azmi Nazmi dari MMP memperolehi 11A (10A+,1A), Abdul Wafi Misbah memperolehi 11A (10+,1A-), Faqihah Yusof Maahad Syamsul Maarif Perempuan Pulai Chondong 12A (9A+, 3A) dan Ghazian Amin Mukhtar (12A) dari Maahad Muhammadi Tumpat.
Dr Fadzli berkata, seramai 4,828 pelajar sekolah Yik menduduki peperiksaan SPM tahun lepas dan 143 orang daripadanya memperolehi 9A hingga 12A.
“Daripada jumlah calon SPM seramai 4492 orang atau 93.04 peratus layak mendapat sijil. Keputusan keseluruhan merosot 0.4 peratus berbanding 2013.
“Penurunan itu kerana syarat baru persijilan mulai 2013 yang mewajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mendapat sijil,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/3/2015
Sumber HD - 3-3-2015
PENDIDIKAN NEGARA KENYATAAN MENTERI JADI BAHAN SINDIRAN - MPMS
http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34056-pendidikan-negara-kenyataan-menteri-jadi-bahan-sindiran
Sumber HD - 26-2-2015
PENDIDIKAN MALAYSIA KENYATAAN MENTERI TIDAK BERASAS REALITI - PRESIDEN PMUM
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34031-pendidikan-malaysia-kenyataan-menteri-tidak-berasas-realiti
Sumber HD - 25-2-2015
KEPUTUSAN STPM 2014 DIUMUM 2 MAC - KPM
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34022-keputusan-stpm-2014-diumum-2-mac
Sumber HD - 24-2-2015
SYOR TAMBANG PERCUMA KEPADA PELAJAR - BASPEL
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33710-syor-tambang-percuma-kepada-pelajar-sekolah
Sumber HD - 7-2-2015
HUKUMAN ROTAN PERLU DIDIK,DISIPLINKAN PELAJAR - SUA NUTP
thttp://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33584-hukuman-rotan-perlu-didik-disiplinkan-pelajar-nutp
Sumber HD - 31-1-2015
STAM : MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KELANTAN TERUS CEMERLANG
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33568-stam-maahad-muhammadi-perempuan-kelantan-terus-cemerlang
Sumber HD - 30-1-2015
NISBAH PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA ANTARA TERTINGGI - IDRIS JUSOH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33543-nisbah-pelajar-antarabangsa-di-malaysia-antara-tertinggi
Sumber HD - 29-1-2015
SOLAT TAHAJUD : RESEPI PELAJAR CEMERLANG - SYAMIMI
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33536-solat-tahajud-resepi-pelajar-cemerlang
Sumber HD - 29-1-2015
STAM : CALON LULUS SEMUA MATA PELAJARAN MENINGKAT - KETUA PENGARAH PELAJARAN
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33515-stam-calon-lulus-semua-mata-pelajaran-meningkat
Sumber HD - 28-1-2015
PIBGN MINTA JANGAN POTONG WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN - PRESIDEN PIBGN
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33251-pibgn-minta-jangan-potong-wang-bantuan-persekolahan
Sumber HD - 14-1-2015
Sumber HD - 23-12-2014
Dek kerana itu, timbul persoalan kerana umum mengetahui, kondom digunakan sebagai alat pencegahan kehamilan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon yang dipetik oleh akhbar The Star berkata, pihaknya akan menyiasat hal tersebut.
“Mari kita siasat dan lihat apa masalah sebenar. Sesuatu tidak kena kerana kondom digunakan untuk mencegah kehamilan.
“KBAT memerlukan pelajar mempertahankan pendapat mereka ketika menjawab soalan-soalan tersebut. Kita perlu menghormati maklum balas mereka,” katanya.
Manakala, bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN), Datuk Dr. Raj Karim menyifatkan tindakan menandakan salah pada jawapan itu sebagai tidak adil.
“Kami sentiasa mengatakan bahawa kita perlu ajar pendidikan seks atau pendidikan kehidupan keluarga di sekolah dan kanak-kanak untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dan selamat.
“Ia tidak bermakna anda perlu mengajar mereka mengenai perancangan keluarga, tetapi anda meminta mereka untuk mengamalkannya di kemudian hari.
“Walaupun pendidikan sedia diajar semasa mata pelajaran Biologi, pelajar tidak diajar mengenai fakta utama. Guru mungkin atau tidak mahu bercakap mengenainya atau hanya meminta pelajar membacanya sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: mStar Online
Sumber TKO - 30-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Norsakinah, Pelajar Malaysia Tajaan JPA Hilang Di Perancis Posted on Wednesday, September 28 @ 16:23:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31838 |
Sakinah tidak pulang kerumah selepas keluar dengan hanya membawa beg dompetnya dan disedari oleh rakan serumahnya yang kemudian membuat laporan kehilangan di Kedutaan Malaysia di Perancis.
Berasal dari Sungai Petani Kedah, Sakinah merupakan pelajar tahun pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di IUT De Rouen mengambil jurusan kejuruteraan kimia.
Rakan serumah Sakinah memberitahu bapanya, Naim Awang bahawa mereka menemui telefon bimbit anaknya itu sedang berdering dan ditinggalkan dalam biliknya, sebelum menyedari ketiadaan Sakinah di rumah sewa mereka.
Guru kaunselor Sakinah di Sekolah Mengengah Kebangsaan Pekula, Tikam Batu juga memberitahu bahawa Sakinah ada menghubunginya pada Jumaat lalu tetapi panggilan tersebut terputus.
Walau bagaimanapun, guru tersebut ada menghubungi Sakinah semula selepas itu tetapi panggilan tersebut dijawab oleh rakan serumahnya yang memberitahu Sakinah tidak pulang kerumah.
Tambah Naim, dia dan isterinya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar anaknya berada dalam keadaan yang sihat dan selamat serta dijumpai dalam masa yang terdekat. - MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 28-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted on Saturday, September 17 @ 14:13:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31695
Selaras dengan pelaksanaan dasar sedia ada, pemberian CRK sebanyak 7 Hari layak diambil oleh PPP secara Pro-Rata mulai bulan Januari - Disember bagi sesuatu tahun, walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu, Ketua Jabatan boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan tempoh perkhidmatan yang melayakkan terhad untuk tujuan-tujuan berikut:
a) Menziarahi 'ahli keluarga' dan 'ahli keluarga' rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia.
b) Menziarahi upacara keagamaan yang di anuti pegawai.
c) Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.
d) Majlis konvokesyen bagi pegawai atau 'ahli keluarga'
e) Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara)
f) Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi.
g) Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus.
h) Perkahwinan pegawai atau anak pegawai.
Sumber: Pekeliling Sumber Manusia KPM
Sumber TKO - 17-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5 Kesalahan Ibubapa Punca Anak Menjadi Kurang Ajar dan Tak Dengar Cakap Posted on Friday, September 16 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31681 |
“Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!”
Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.
Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"
Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."
"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"
"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa.
Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
Sy kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita.
Sumber TKO - 16-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendidikan Seks Untuk Pelajar Lelaki Di Sekolah Bulan Depan Posted on Monday, September 12 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Editor http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31629 |
Ketua setiausahanya, Dr. Rose Lena Lazemi dalam satu kenyataan berkata, model Pendidikan Seks berkenaan akan mula diajar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah di mana ia akan dimasukkan dalam program kaunseling sekolah.
“Antara kandungan modul yang akan diberi penekanan termasuk isu seks sebelum berkahwin, variasi seks, kehamilan remaja, penderaan seksual dan penyakit kelamin termasuk HIV atau AIDS.
“Modul ini untuk menangani isu seksual, kesihatan reproduktif dan sosial dalam kalangan remaja lelaki sekaligus mengelakkan kelakuan songsang dalam kalangan remaja,” katanya dipetik laporan Berita Harian.
Bagaimanapun berdasarkan laporan media itu tidak dinyatakan sama ada remaja perempuan akan terlibat sama dalam proses pembelajaran berkenaan.
Sementara itu, Rose Lena mendedahkan pada 2015 sahaja, sebanyak 3,980 daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah..
Katanya, lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja tertinggi iaitu Sabah dengan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes.
“Laporan polis juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah merupakan punca utama kes tersebut berlaku,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 12-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beban pendidikan antara punca pelajar sakit mental
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42379-beban-pendidikan-antara-punca-pelajar-sakit-mental
Kami memberi perhatian serius terhadap kajian Kementerian Kesihatan baru-baru ini ke atas 30,000 orang pelajar sekolah dari 2011-2015 yang mendedahkan 2 daripada 10 orang pelajar di negara ini mengalami sakit mental.
Kenyataan ini sangat serius memandangkan generasi muda sekarang adalah pewaris masa depan negara. Malah ia perlu dilihat sebagai bom jangka yang boleh memberi kesan sosial dan ekonomi yang berat jika ia tidak diatasi dengan berkesan.
Selain pelbagai faktor yang menjadi punca kepada tekanan emosi, stres dan mental yang tidak stabil di kalangan pelajar, kami berpendapat sistem pendidikan yang membebankan harus diambilkira di dalam negara ini.
Isu sistem pendidikan yang terlalu memfokuskan pencapaian akedemik yang diukur melalui keputusan peperiksaan pernah dibangkitkan oleh pelbagai pihak di kalangan ibu bapa, pendidik, ahli akademik dan penggubal kurikulum. Kesan negatif yang berkait dengan tekanan emosi dan hilang minat belajar adalah antara akibat dari beban pembelanjaran yang terlalu memberatkan akademik.
Sistem pendidikan yang menumpu kepada mencapai gred cemerlang menyebabkan pendidik dan ibu bapa tertekan untuk memastikan pelajar di bawah jagaan mereka mendapat segala peluang untuk bersiap menghadapi peperiksaan. Akibat memaksa anak-anak menghadiri tiusyen dan pelbagai aktiviti yang menambah beban mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik, tekanan emosi dan mental menjadi natijah yang tidak dapat dielakkan.
Kami menyarankan bahawa jika sistem pendidikan tidak digubal agar menjadikan ia lebih mesra ilmu dan mesra pelajar, isu stres dan sakit mental seperti yang dikaji oleh pihak Kementerian Kesihatan tidak akan selesai.
Perlu diingat betapa ibu bapa sendiri mengamali stres kerana pencapain anak-anak dalam peperiksaan di sekolah menjadi ukuran utama. Mereka terpaksa berbelanja lebih dengan penambahan kos pendidikan untuk membiaya kelas tiusyen. Bertambahnya pusat tiusyen menandakan adalah disebabkan permintaan ibu bapa yang mahu anak-anak mencapai kecemerlangan akademik sebagai matlamat utama.
Demikian juga tekanan yang dirasai oleh pendidik yang terpaksa memberi fokus lebih kepada pencapaian peperiksaan pelajar kerana mereka juga diukur dengan kriteria yang sama. Keresahan guru terhadap sistem pendidikan kini yang membebankan, menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dilalui oleh guru dan murid menjadi sangat berat.
Kami prihatin bahawa sistem pendidikan begini sudah banyak dikaji semula oleh negara seperti Singapura dan India. Mereka melihat bahawa generasi muda harus diberi peluang melalui pendidikan yang lebih merangsang potensi ingin tahu dan mencungkil minat untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang secocok dengan keperluan mereka. Bukan dengan tekanan dan paksaan yang menyebabkan pembelajaran menjadi suatu beban.
Peringatan pihak Kementerian Kesihatan bahawa implikasi sakit mental di kalangan pelajar yang didapati menjadi gejala yang merisaukan, harus dipandang serius lantaran ia bukan sahaja bahaya kepada diri pelajar itu sendiri malah kepada keluarga dan masyarakat sekitar.
Fenomena jenayah, lari dari rumah, ponteng sekolah, gengsterism, merokok, dadah dan perlakuan ganas menjadi rantaian akibat dari tekanan emosi, stres dan sakit mental yang tidak terkawal.
Kami menggesa supaya isu ini ditangani secara menyeluruh di peringkat Kementerian Pendidikan, Kementarian Kesihatan dan pelbagai agensi awam dan institusi masyarakat yang lain. Semakan kepada kurikulum dalam sistem pendidikan perlu dilakukan untuk merengankan beban pelajar, guru dan ibu bapa. Hanya dengan cara ini gejala sakit mental di kalangan golongan berusia muda dapat diminimumkan. - HARAKAHDAILY 3/9/2016
Penulis ialah Presiden Mapim.
Sumber HD - 3-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nafi Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Melaka Bocor Posted on Friday, August 26 @ 14:50:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31462 |
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Abu Bakar Sahari, soalan peperiksaan percubaan SPM bukan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan.
Sekiranya berlaku kebocoran, ia adalah berkaitan dengan masalah dalaman sekolah yang terbabit.
Abu Bakar berkata demikian ketika dihubungi Sin Chew Jit Poh mengenai kononnya berlaku kebocoran kertas soalan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sehingga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil peperiksaan semula.
Katanya, sekiranya kertas soalan bocor, pihak sekolah perlu mengambil langkah sewajarnya tertakluk kepada keadaan, termasuk juga membenarkan pelajar mengambil semula peperiksaan.
"Biasanya Jabatan Pendidikan tidak akan campur tangan dalam hal ini," katanya.
Difahamkan, pelajar mendakwa mereka memperoleh kertas soalan daripada pelajar sekolah lain di kelas tuisyen.
Sementara itu, pihak sekolah terbabit menjelaskan peperiksaan tetap berjalan lancar dan tiada apa-apa laporan mengenai kebocoran kertas soalan.
-Sinar Harian
Sumber TKO - 26-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teacher Setan Posted on Saturday, August 20 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31415 |
Hari ini 17 Ogos 2016 adalah antara hari yang sangat menyedihkan dalam karier saya sebagai seorang guru. Saya di'setan'kan oleh anak murid sendiri oleh kerana nasihat dan niat saya untuk memanusiakan dan tidak mahu disoal di akhirat kerana tidak menegur dan memperbaiki akhlak sesama muslim.
Pada waktu saya di kelas darjah 3, saya didatangi oleh seorang pelajar perempuan ketika saya khusyuk membuat saringan LINUS.
"Teacher, saya nampak Ahmad (bukan nama sebenar) pegang payudara Nurul (bukan nama sebenar)".
"Ha?! Panggil si Ahmad ke sini".
Si Ahmad pun datang ke meja guru.
"Teacher dengar aduan benda tak senonoh awak buat ni. Jelaskan dekat teacher sekarang".
"Saya tak sengaja. Saya tercucuk dia sebab dia pukul saya dulu."
Bila dengar sahaja perkataan tak sengaja, saya lega. Mungkin tiada niat seorang kanak kanak berumur sembilan tahun untuk melakukan gangguan/serangan seksual terhadap rakan sekelas yang juga seorang perempuan.
"Nurul, sini sekejap. "
Si Nurul datang dekat dengan saya.
"Kenapa teacher?".
"Betul ke si Ahmad ni cucuk awak kat situ?"
"Ya. Petang semalam pun waktu sekolah agama di selak kain saya."
"Jangan cuba reka cerita. Ini serius. Ada saksi?"
Si Ahmad diam. Datanglah budak yang pertama mengadu dengan saya.
"Betul teacher. Dia selak kain Nurul".
Allahu, gugur jantung saya.
"Ahmad, betul awak buat?"
"Saya terselak tak tinggi pun teacher. Setakat betis je".
Saya urut dada sambil pandang muka mereka. Bagaimana budak sekecil ini mampu/mempunyai nafsu untuk bergurau begitu? Saya ambil pembaris panjang dan ketuk sekuat hati di meja guru untuk mengalih perhatian semua anak murid.
"Dengar sini semua. Ada ke tak mak ayah awak semua terangkan bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh oleh orang lain?"
"Ada!"
"Awak semua tahu ke pada setiap inci anggota tubuh awak ada bahagian sensitif dan tak boleh disentuh orang lain? Jelas ke tak pasal ni?"
"Jelas, teacher" dengan sekuat hati mereka.
"Antara lelaki dan perempuan ada batas pergaulan. Lelaki tak boleh sama sekali sentuh perempuan begitu juga dengan perempuan. Haram untuk sentuh lelaki! Ini amaran terakhir. Teacher tak nak dengar lepas ni salah seorang daripada kamu bergurau melebihi batas. Ini sangat serius dan ini adalah satu bentuk gangguan seksual".
Mata si Ahmad berkaca.
"Saya nak kamu bertiga jumpa Guru Penolong Kanan sekarang".
Jadi saya serahkan kes ni kepada GPK. Lepas disoal siasat, mereka dibenarkan balik ke kelas dengan amaran terakhir. Tidak meletakkan salah seratus peratus terhadap Ahmad sebab Nurul pun sama juga tiada batas ketika bergurau.
Saya kembali dengan tugasan dan kemudian didatangi lagi 3 orang murid perempuan menyerahkan saya sebuah buku.
"Ini buku nota Ahmad. Dalam ni dia ada tulis pasal teacher".
Saya ambil buku tu. Baca. Dan saya sebak.
Dalam hati saya terlintas Ahmad mesti berdendam dengan saya.
Saya duduk dan tiba tiba Ahmad datang.
"Saya ada ambil susu untuk kawan kawan teacher" nada suara tenang.
"Good. Boleh teacher cakap dengan awak sekejap?"
Dia angguk dan saya pimpin tangan dia bawa ke perpustakaan. Saya meletakkan Ahmad seperti anak saya sendiri.
"Teacher nak awak cakap jujur Ahmad. Teacher tak akan marah awak tapi teacher nak tahu awak marah teacher ke?"
"Tak."
Saya tunjuk helaian itu pada Ahmad.
"Awak tulis ni?"
Dia tenung saya. Membisu. Mata berkaca.
"Tak payah nangis, teacher tak akan marah awak. Cakap terus terang awak tulis?"
"Ya."
"Apa perasaan awak masa awak tulis ni?"
"Malu dan marah".
"Baik, teacher faham. Teacher tak salahkan awak. Teacher faham awak rasa malu dengan kawan kawan awak sebab ni kan? Sebab teacher marah awak depan kawan kawan kan?"
Dia angguk dan mula menangis teresak esak.
Saya pegang tangan dia.
"Dengar sini Ahmad. Awak marah teacher bersebab dan teacher marah awak pun bersebab. Awak faham kenapa teacher marah awak?"
"Faham teacher."
"Awak ni budak yang sangat baik. Tiap pagi awak datang dekat kereta teacher tolong angkat barang barang teacher. Awak sangat ringan tulang, Teacher sayang awak sebab awak budak baik."
Tangisannya makin deras dan kuat.
"Teacher juga tahu keadaan awak dekat rumah. Ayah awak bawak lori 2 minggu sekali baru balik rumah kan? "
Ahmad mengangguk laju.
"Ahmad bayang ye kalau ayah takde kat rumah siapa akan jaga mak dan kakak?"
"Saya".
"Kalau Ahmad kena jaga kakak dan mak, Ahmad tak boleh buat perangai macam ni. Ahmad suka kalau tengok kakak kena peluk dengan orang lelaki, disentuh pada tempat yang tak sepatutnya?"
"tak suka teacher".
"Teacher sanggup Ahmad kalau awak nak cakap teacher setan sekarang pun daripada esok-esok mak awak yang orang setankan sebab tak pandai jaga anak. Ingat pengorbanan mak yang terpaksa bekerja siang malam untuk sara awak. Jauh lagi perjalanan awak. Macam-macam orang yang awak akan jumpa. Lebih daripada apa yang awak jumpa kat sini. Awak faham kan?"
Dia mengangguk sambil genggam tangan saya kuat.
"Kalau awak berdendam dengan teacher, awak tak akan dapat ilmu daripada teacher. Jadi macam ni. Teacher seikhlasnya mintak maaf pada awak, Teacher tak bermaksud nak memalukan awak. Hanya nak bagi peringatan pada orang lain. Pada kawan-kawan awak yang benda ni sangat serius. Teacher maafkan awak dan harap awak tak ulang lagi benda ni".
"saya mintak maaf teacher. Saya salah. Saya tak sepatutnya buat macam tu."
"Lain kali bila kawan perempuan pukul awak, jangan balas. Bagitau teacher, faham?"
"Faham".
Saya pimpin Ahmad ke kelas.
"Dengar sini semua, lepas ni teacher tak nak dengar sesiapa pun mengejek Ahmad pasal kejadian pagi tadi. Kalau teacher dengar, siap kamu."
saya tanya Ahmad berapa duit dia bawa ke sekolah.
"seringgit teacher".
Saya hulurkan RM2 kepada Ahmad untuk mengembirakan hati dia.
"Ambil duit ni makan di kantin apa yang awak nak ye?"
"Terima kasih teacher"
Betapa sucinya kanak-kanak. Tiada hasad, tiada dengki, Ini pengajaran buat saya untuk menjadi lebih baik. Moga Allah ampunkan dosa saya dan permudahkan urusan untuk saya terus ikhlas mendidik.
SUMBER (ARTIKEL & FOTO): http://thenajihahrahman.blogspot.my/…/08/teacher-setan.html…
Sumber TKO - 20-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kongsi hasil kerja ‘melucukan” pelajar di laman sosial langgar etika perguruan Posted on Saturday, August 20 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31412 |
BAGAN DATOH, Jumaat – Guru diingatkan supaya tidak berkongsi atau memuat naik hasil kerja pelajar yang dianggap melucukan ke laman sosial kerana ia melanggar etika perguruan, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin.
Beliau berkata guru perlu menjaga privasi pelajar serta tidak boleh menjatuhkan maruah dan moral pelajar.
"Kebelakangan ini kita sering melihat hasil kerja pelajar dikongsi sebagai bahan melucukan dan diviralkan dalam laman sosial.
"Namun begitu tanpa disedari, sebenarnya guru telah melanggar etika dan privasi hasil kerja anak murid untuk dijadikan bahan lawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis temu mesra guru-guru Tahun Enam daerah Hilir Perak 2016, di sini hari ini.
Sebanyak 687 guru dari 114 buah sekolah seluruh daerah Hilir Perak diraikan pada majlis itu atas jasa mereka dalam membantu pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Sehubungan itu, katanya Kementerian Pendidikan akan mencari mekanisme terbaik bagi mencegah perkara itu. - Bernama
Sumber TKO - 20-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Patutla Adik Belajar Ala Kadar Tapi Result Gempak Giler? Ini Rahsia Rupany Posted on Friday, August 19 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31391 |
Adik aku pandai, pandai jenis yang boleh hafal buku sekali page, yang tak gabra lansung Kalau dia tak capai target. Tak kejar gred lansung, rileks sangat. Pemalas ya rabbi, aku heran macam mana dia ni boleh score. Bila masuk u, Kami masuk sekali, Kira aku lambat sikit la. Baru aku perasan cara adik aku ni.
Mindset dia. Dia tak paksa diri belajar. Macam aku cakap, dia tak kejar gred, dia pernah hampir2 fail, tapi dia boleh senyum cakap sorry, dia tak sempat study. Tak sempat kepala hotak, malam sebelum exam pukul 10 dah tidur tak sempat apanya. Bila aku tanya dia cakap dia tak mampu study last minute. Dia taknak dia ingat untuk masa yang pendek. Lepas exam lupa habis. In the end, apa yang dia dapat? Kalau setiap sem ajar diri study last minute, nnt grad setakat sijil, tak tau belajar apa, lupa habis. Dia start study dr awal, nak exam buat revision ja. Kalau tak sempat, tak sempat la. Tak payah tension. Ha punya rileks adik aku ni. Kental hati dia, satu bilik study esok nak exam, dia boleh lena.
First sem dia tak banyak study. Dia lebih banyak tanya senior, lecturer sana sini, macam mana nak score, cara dekat u macam mana. Banyak la soalan dia. Dia study environment dia dulu. Sangat membantu sebenarnya.
Setiap hari dia akan belajar. 15 minit pun jadi, kadang2 lansung tak sentuh buku. Dia hafal sambil menyanyi, sambil berlakon kononnya dia lecturer, sambil menyibuk Kat bilik sebelah discuss balik apa yang dia belajar td. Kira dia banyak study in group. Tak pernah la lebih sejam masa study dia, sebab tu kot aku tak nampak dia study. Dah tak pegang buku.
Jaga Hati Jaga hati. Adik aku tak bercinta, tak tengok drama cinta, kadang-kadang ja tengok Kalau nak melepak dengan aku. Dia cakap drama cinta melayu dekat dengan culture Kita, it can be me or you, sebab tu dia malas nak tengok, takut terikut2. Kalau keluar tengok org date pegang sana sini, mata dia Kat bawah. Selalu istigfar, mulut selalu sebut Allah, selalu beringat. Dia ni lawa, berjalan mana mesti ada orang pandang. Banyak jugak orang mengorat tapi cara dia simple sangat. Nak kenal terus kahwin boleh, setakat nak kawan buang masa tak payah.
Jaga Makan Jaga makan. Adik aku tak makan fast food, segala junk food semua. maggi setahun sekali kot kalau malas sangat nak beli makanan. Tak makan organ dalaman macam limpa, hati. Tak makan asam, banyak la pantang dia. Kira makanan dia sihat belaka la. Senaman tak tinggal, habis malas dia buat squat dalam bilik.
Jaga Adab Adab. Adab dengan guru, dia tak pernah lambat, prepare sebelum masuk kelas. Selalu salam , say thank you Kat lecturer. Tak ponteng kelas tanpa sebab, selalu excited masuk kelas. Mungkin sebab dia ni memang malas, dia akan make sure dia faham dalam kelas sebab dia taknak study benda yg sama dah bila balik blik.
Jaga Hubungan Dengan Allah Hubungan dengan Allah. Bab lain aku tak tau aku tak nampak, yang aku nampak, adik aku solat awal waktu, selalu buat dhuha. Kalau dia study susah nak faham, dia baca Quran sehelai, baru sambung balik study. Tak berkira pasal duit, hari tu kena marah dengan aku sebab dia derma RM50, padahal duit tu ja dia ada. Tapi seminggu tu ada ja rezeki dia, macam menyesal pulak aku marah dia.
Jaga Hubungan Dengan Manusia Hubungan dengan manusia. Yang aku nampak dia jaga kawan-kawan dia. Jenis senang tolong kawan, rezeki dia sama dapat kawan semua baik2. Dengan orang tua dia beradab, kadang2 dia pun macam orang tua punya bersembang.
Dulu, aku nampak adik aku malas, degil semua ada. Pernah jugak aku iri hati, kenapa nampak senang dia belajar. Tak ada benda yang senang, kalau niat Kita betul, Inshallah Allah permudahkan semua. Satu ja aku doa, moga jodoh dia tak lambat sgt. Tengok gaya adik aku ni, macam tak ada perasaan lansung. Sebelum nak jealous orang pandai, check dlu apa yang diorang buat, Kita tak buat.
Sumber: IIUMC Sumber TKO - 19-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru Buat Kuiz Sejarah Di Dataran Buatkan Pelajar Rasa Pelik Posted on Friday, August 05 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Editor http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31257 |
Setiap guru sudah pasti ada cara tersendiri untuk mengajar murid-muridnya, pelbagai gaya pembelajaran digunakan sehinggakan ada yang sanggup mengorbankan wang sendiri membuat 'prop' untuk dibawa ke sekolah demi menarik minat muridnya untuk belajar.
Sudah pasti cara pembelajaran sekolah menengah dan sekolah rendah agak berlainan, contohnya untuk sekolah rendah ada guru yang membawa permainan yang boleh digunakan dalam pembelajaran manakala sekolah menengah banyak menggunakan kuiz atau aktiviti lain.
Bagi seorang guru sejarah bernama Rysherz Rayn, beliau mempunyai cara terendiri mengajar anak muridnya disamping mempunyai pengajaran dari pembelajarannya yang cukup berguna kepada anak-anak muridnya, sesuai dengan subjek Sejarah yang mengajar kita kenal erti jati diri dan semangat patriotism.
Jom kita baca dan lihat gelagat guru ini mengajar, memang terbaik.
Kelas sejarah saya hari ini mudah. (Tapi nak mengolahnya jadi karangan yang payah). Cerita ini panjang. Kalau nak tahu, baca. Tak nak pun tak apa.
Hari ini saya buat kuiz dengan pelajar tingkatan 1UKM di dataran. Saya tanya soalan2 berkaitan bab yang dipelajari, siapa angkat tangan dulu dia boleh cuba jawab. Kalau jawapan dia tepat, dia boleh langkah satu step ke depan. Tapi kalau jawapan dia salah, dia perlu undur satu step ke belakang.
Lebih banyak soalan yang berjaya dijawab, makin majulah pelajar itu ke depan. Kalau asek salah je, makin mengundur lah dia ke belakang. Atau kalau takut nak ambil risiko sangat, play safe, maka kekallah mereka di garisan yang sama sampai habis masa.
Dan di hari ini, pelajar dapat lebih dari sekadar siapa bendahara Melaka yang terbilang? Atau di tahun bila Portugis mula menyerang?
Hari ini mereka dapat merasa secubit asam garam kehidupan.
*****
"Tak aci lah teacher ni, asek orang yang sama je dapat jawab!"
Well, kalau dah orang yang sama je yang berani sahut peluang, orang yang sama je lah yang akan mendapat keuntungan. Hidup ni macamtu jugak. Peluang depan mata tapi ditengokkan saja, memang tak dapat apa2.
*****
"Kami bukan tak tau jawapan, teacher. Tapi tak sempat nak jawab, orang lain dah jawab dulu."
Hidup ni memang macamtu. Siapa yang lambat / melembik / lemah gemalai bagai memang susah nak kejar peluang. Semua benda kat zaman ni kena pantas. Kena cepat. Kena segera. Sampul raya kat bank pun habis kalau datang last2 minit! Kita kena alert!
"Tapi mana aci teacher. Saya ni at least try jugak. Aleh2 dok belakang. Lagi belakang dari orang yang tak try. Aduhai.. baik takyah jawab!"
Siapa suruh angkat tangan tapi tak betul2 tahu jawapan? Main bedal je jawab. Padan muka! Macamtu jugak dengan hidup.
Dah nama pun peluang. Mestilah ada risiko. Setiap risiko yang kita ambil tapi gagal, kita akan jatuh lebih teruk dari asal. Kerja kalau semberono, tak study dulu, pakai buat asal siap, memang melingkup. Orang nak bisnes, awak nak bisnes. Orang nak kawin awak nak kawin. Orang bukak butik awak bukak butik. Orang main saham awak pun sibuk main saham. Tapi tak bersedia, tak prepare. Last2 hutang keliling pinggang. Hidup dari senang jadi tak senang.
Ambil peluang yang ada. Gapai. Capai. Do it. But do it wisely!
Ingat, hidup ni memang tak adil. Sebab kadang2 orang pengecut survive lama. Tapi kekal kat level tu je lah sampai bila2.
"Teacher makin ke depan-ke depan, kami yang belakang ni tak boleh nak dengar sangat soalan teacher. Sebab tu orang depan je dapat jawab."
That's what I called 'privilege'. Kelebihan. Makin kita berjaya dalam hidup, makin banyak kelebihan yang kita dapat. Dan dengan kelebihan tu lah, orang kaya, orang pandai, orang femes akan terus kaya, pandai dan femes. Dan yang mundur akan terus mundur sebab makin lama makin luas jarak dia dengan sumber dan peluang yang jauuuuuuhhh nun di depan.
"Teacher, kami tak boleh borak dah sebab dia kat depan sana!" buat muka sedih sambil tunjuk rakan yang berada di depan.
To be honest. berapa banyak dalam hidup ni contoh hubungan yang mula-mula akrab lepastu sepi? Berapa banyak kawan yang dah tak jadi kawan sebab perbezaan status dan ekonomi?
*****
Welcome to a real life gambling, my dear!
RR
Kuala Kurau
- Siakapkeli.my
Sumber TKO - 5-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1.00’ Posted on Friday, July 29 @ 07:39:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31180 |
TIDAK lama dahulu, kecoh seketika menerusi media sosial mengatakan tugasan seorang guru adalah ‘ringan' jika dibandingkan dengan bidang pekerjaan lain.
Iyalah, waktu tengah hari sudah boleh pulang ke rumah dan cuti pula memang banyak dalam setahun.
Dakwaan itu kemudian mendapat lontaran balas daripada warga pendidik mengatakan tugasan mereka tidak berakhir di sekolah, malah ketika di rumah dan hari minggu dengan aktiviti sekolah.
Mungkin nampak ‘mudah’ buat segelintir manusia namun pergorbanan seorang guru dalam membimbing murid-murid sebenarnya merupakan tugasan yang besar dan agak mencabar.
Terbaharu, coretan daripada seorang pengguna Facebook yang bertajuk ‘Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1.00’ menerima pelbagai reaksi daripada pengguna alam maya.
‘Adat’ memberi atau menghulurkan sedekah RM1 ini boleh dikatakan sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di mana-mana sekolah sekiranya terdapat guru yang bakal bersara.
Apalah sangat derma RM1 berbanding dengan nilai jasa dan pengorbanan seorang guru kan…
Jom ikuti coreta daripada saudarai Izman Pauzi ini.
Semalam ketika makan tengah hari, salah seorang sahabat saya meluahkan rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta RM1.00 setiap seorang pelajar bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara.
“Sekolah ini ingat ibu bapa ini cop duit ke? Sudahlah yuran PIBG mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan bagai.
“Ini cikgu nak bersara pun anak murid kena bagi duit untuk beri hadiah. Cikgu ini sesak sangat ke?” luahnya kasar.
Saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang disuap ke mulut. Saya tidak jadi nak makan.
“Yela, anak aku pun sama. Semua minta duit RM1.00 untuk cikgu nak bersara itu. Anak aku tiga orang, dah kena bagi extra RM3 semalam,” balas saya dalam beremosi. Dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong.
“Kau tahu tak, anak aku cerita yang tahun lepas pun ada guru bersara juga. Samalah semua murid kena bayar RM1.00 seorang. Masa Hari Guru, cikgu itu dapat ‘handbag’ mahal!
“Pastu dekat dua jam jugalah semua murid tak belajar sebab kena raikan guru bersara,” jelas saya lagi.
“Apa kerja cikgu ini? Sudahlah gaji mahal, masa bersara murid wajib bagi derma RM1.00, waktu belajar murid pun dia kacau. Memang melampau!” kata sahabat saya itu sambil mengetuk meja.
Marah benar dia dengan pentadbiran sekolah yang menyalahgunakan masa pembelajaran murid dan memaksa murid menderma untuk guru yang bersara.
“Kau tahu kan, seorang murid wajib bagi RM1.00. Kalau 500 murid dah RM500. Pergh! Memang beg mahallah dapatnya,” kata saya lagi. Dia angguk lagi sambil makan dengan asyik.
“Pada aku, sepatutnya pihak sekolah minta RM100 seorang, itupun paling kurang. Barulah dapat beli hadiah besar sikit,” kata saya.
Dia menyoal kata-kata saya yang dianggap kurang waras.
“Begini, dalam 365 hari setahun, hanya Ahad sahaja anak-anak kita berada di rumah sepanjang masa. Selebihnya memang di sekolah dengan cikgu-cikgu. Iyelah, dengan kelas tambahan, kelas agama, taekwando, pengakap, kem motivasi, hari kantin dan macam-macam lagi.
“Urusan belajar, adab, solat, mengaji dan bersahabat. semua kita sub-contract pada cikgu dan sekolah. Aku rasa RM100 seorang murid bayar itu pun tak memadai untuk jasa cikgu itu.
“Mungkin masa mesyuarat PIBG nanti, kau sokong aku jadi Pengerusi PIBG yang baharu. Aku dapat kuasa nanti, aku akan mewajibkan semua pelajar ‘start’ masuk darjah satu, kena simpan RM1 sehari untuk tabung hadiah hari persaraan guru.
“Memang boleh minta derma pada syarikat swasta untuk sponsor, tapi baik minta dengan pelajar untuk bagi mereka sedar bahawa nilai yang ada pada diri mereka itu meningkat tahun demi tahun tu adalah kerana didikan daripada guru-guru inilah,” kata saya panjang lebar.
Sahabat saya itu segera menghabiskan makanannya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata.
Aduhai, cakap benda betul pun dah sentap. – MYNEWSHUB.CC Sumber TKO - 29-7-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAU - Seorang pelajar tingkatan lima bertindak mencekik kekasihnya yang merupakan pelajar tingkatan dua dari sekolah sama selepas mangsa enggan memberikan gambar lucahnya dalam kejadian di sebuah sekolah, di sini Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa turut bertindak memutuskan hubungan dengan suspek kerana tidak tahan dengan permintaan suspek. “Insiden tersebut berlaku di sebuah tandas sekolah kira-kira jam 2.40 petang yang mana suspek turut mengugut untuk menyebarkan gambar lucah milik mangsa. “Kemudian suspek berjumpa sekali lagi dengan mangsa pada sebelah petangnya di sebuah gelanggang bola keranjang lalu mencabulnya pula,” katanya selepas mengesahkan kejadian laporan semalam. Keluarga mangsa seterusnya membuat laporan polis kelmarin jam 5.21 petang di Balai polis Bandar Seri Jempol dan suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 354/506 Kanun Keseksaan. Sementara itu, dalam kes berlainan, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di gugusan Felda Palong ditahan selepas dipercayai merogol teman wanitanya berusia 15 tahun. “Mangsa dan suspek rakan di sekolah sama di kawasan Felda Palong. Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, suspek bertindak masuk ke bilik mangsa lalu merogolnya lebih kurang jam 8.30 malam. “Walau bagaimanapun, mangsa pernah melakukan hubungan seks dua kali sebelum ini namun merahsiakannya, dan kali ini memaklumkan hal itu kepada keluarganya lalu laporan polis dibuat,” katanya. Noorzainy berkata, suspek seterusnya berjaya ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan polis kelmarin. Sumber TKO - 21-5-2016
KUALA LUMPUR 19 Mei - Skim gaji guru berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan sarjana antara perkara yang perlu diperbaiki bagi menjadikan perkhidmatan perguruan lebih menarik dan menjanjikan pulangan setimpal. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, skim gaji sedia ada tidak memberikan motivasi kepada guru untuk menyambung pelajaran ke peringkat tersebut. "Golongan pendidik yang mempunyai kelulusan PhD dan sarjana sepatutnya menerima gaji yang lebih tinggi daripada pendidik berkelulusan ijazah sarjana muda," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini, hari ini. Beliau mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Pendidikan melakukan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan perguruan sedia ada agar ganjaran yang diterima setiap guru setimpal dengan sumbangan yang diberikan. Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bertujuan memartabatkan institusi perguruan di tahap yang sepatutnya memandangkan peranan guru sama dengan tanggungjawab para patriot yang berjuang mempertahankan negara. Hashim berkata, perbincangan bersama kementerian berhubung perkara tersebut sudah diadakan, tetapi sehingga kini masih belum menemui kata sepakat. Sumber TKO - 21-5-2016 Guru: Bukan hanya cikgu sekolah semata-mata Posted on Monday, May 16 @ 15:55:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
"
Guru pembina negara bangsa. Itulah tema sambutan hari guru peringkat kebangsaan pada tahun ini. Antara kerjaya yang paling dihormati, tidak dapat dinafikan sumbangan guru sangat besar kepada kehidupan kita. Bermula dari kecil hingga ke dewasa, dari tidak pandai membaca sehingga bergelar sasterawan negara, dari tidak pandai mengira sehingga menjadi pakar matematik terkemuka, dari seorang insan biasa kepada insan luar biasa, semuanya bermula dari guru. Menyebut jasa golongan pendidik ini, teringat saya kepada puisi yang diilhamkan pada tahun 1979 oleh sasterawan Usman Awang.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Puisi ini membuatkan saya terkenang kembali zaman saya kecil-kecil dahulu. Ketika saya mula memasuki tadika KEMAS di Kuantan pada tahun 1988, saya sudah lupa nama cikgu tersebut tetapi wajah beliau tetap saya ingat sampai sekarang. Beliau antara insan yang cukup sabar melayan kerenah saya yang manja dan mengada-ngada setiap kali saya tiba di sekolah. Sebab masa tu saya memang tak nak pergi sekolah. Beliau sabar melayan tangisan dan rengekan saya sehingga saya pada masa itu sangat suka ke sekolah.
Dari mula-mula masuk ke sekolah sehinggalah ke universiti, wajah-wajah guru kesayangan saya masih tersemat di hati. Ada yang garang, ada yang sangat baik, ada yang tegas, ada yang kelakar, ada yang selamba, ada yang suka maki hamun dan macam-macam lagi. Walau macam mana pun sikap mereka, tujuan mereka hanyalah satu, untuk melihat anak didik mereka berjaya. Kita juga harus ingat, guru terawal dalam hidup kita bukanlah di sekolah, tetapi IBU dan BAPA kita.
Insan bergelar guru ini merupakan insan yang hebat. Tugas mereka bukan tugas yang mudah dan tidak mudah dipikul semua orang. Justeru itu, guru dianggap sebagai satu tugas yang sangat mulia dan istemewa. Lebih-lebih lagi dalam zaman penuh cabaran masa kini, menuntut pengorbanan dan komitmen yang padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, berwibawa dan sentiasa mendapat petunjuk serta keredhaan dariNya.
Seharusnya, kerjaya guru ini seharusnya diangkat dan disanjung bukan sahaja semasa sambutan hari guru sahaja malah sepanjang masa. Dari segi perkhidmatan mereka seharusnya sentiasa dipantau dan ditambah baik, selaras dengan cabaran sekarang, demi memberi keselesaan para guru dalam berperanan mendidik anak bangsa. Yang kelakarnya, apabila tiba hari guru, media-media masa hanya menampakkan guru hanya cikgu dari sekolah sahaja, walhal kerjaya guru ini juga merangkumi kerjaya guru-guru KAFA, guru-guru agama bahkan pensyarah-pensyarah di universiti. Peranan media ini seharusnya lebih menyeluruh, bukan mengangkat satu kumpulan dan meminggirkan kumpulan yang lain yang peranannya turut bersama membina negara bangsa.
Apa yang dikesali, kerjaya yang membina negara bangsa ini – dibebani dengan kerja-kerja pengkeranian yang tidak munasabah, polisi kenaikan pangkat yang tidak konsisten, beban pengajaran yang bertambah, bebanan tugas sebagai ahli jawatankuasa itu dan ini, diberi peranan yang bukan dalam bidang kepakarannya, skim gaji yang liat untuk ditambah baik (skim pensyarah), kecenderungan pihak atasan menyalahkan guru jika pelajar mempunyai masalah disiplin dan sebagainya. Hal ini tidak selaras dengan tingginya sumbangan seorang guru yang menyumbang kepada negara yang dinafikan peranannya. Malah ditambah muatan kerja sehingga menyebabkan guru-guru masa kini ada yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja yang berlebihan.
Bolehkah saya katakan di sini bahawa pembuat polisi yang membebani guru ini tidak menghormati mereka malah hanya menganggap mereka sebagai orang bawahan yang hanya bekerja untuk memenuhi KPI mereka sahaja?
Mengapa pihak pembuat polisi ini tidak mencari jalan bagaimana untuk memastikan golongan guru mendapat keselesaan dan gembira dalam mendidik anak bangsa di samping mendapat masa berkualiti dalam hidup mereka?
Bolehkah saya katakan di sini yang masalah yang berlaku di tanahair kita kini adalah hasil tidak hormatnya kita kepada guru sehingga ilmu yang diajarkan mereka gagal dipraktikkan dengan baik?
Selamat hari guru!
Oleh Aizen Nasa a.k.a. Watcher di Tranungkite.Net
Kredit gambar: Bernama Radio 24
Sumber TKO - 16-5-2016
Semoga Allah merahmati kehidupanmu wahai guru
Guru tugasmu mulia, nama dan gambarmu tidak ada di akhbar dan televisyen. Tetapi jasamu telah berjaya melahirkan manusia yang berperanan di seluruh negara. Ada yang menjadi pemimpin negara, ahli politik, profesor, ulama, korporat. Tanpa didikan kalian siapalah kami. Semoga Allah merahmati kehidupanmu wahai guru.
Buat semua insan yang bergelar guru khasnya guru yang pernah mendidik diri ini mengenal erti hidup yang bermakna sebagai seorang muslim, kuucapkan Selamat Hari Guru dan pastinya jasa kalian tidak pernahku lupakan malah senantiasaku doakan agar kalian semua dikurniakan pahala berganda dan dirahmati Allah SWT pada setiap ketika.
Terima kasih guru kerana mendidik diriku dan seluruh anak bangsa.
Sumber HD - 16-5-2016
Hukuman rotan perlu kawalan dan peraturan jelas
HUKUMAN rotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan adalah wajar dan boleh dilaksanakan, tetapi perlu ada kawalan dan peraturan yang jelas. Tujuan rotan juga bukan untuk menyakiti dan memusuhi tetapi satu hukuman untuk menimbulkan keinsafan. Demikian antara pandangan yang diutarakan Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Mapken), Mohd Zai Mustafa berkaitan cadangan pelaksanaan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah pada 2017 oleh Kementerian Pendidikan. Ikuti pandangan lanjut beliau berkaitan isu ini dalam wawancaranya bersama Pemangku Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB pada 12 Mei lalu. Beliau juga merupakan Setiausaha Lajnah Pendidikan PAS Pusat. HARAKAH: Timbalan Menteri Pendidikan mengumumkan pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah pada 2017. Bagaimana pandangan Makpen mengenai perkara ini? MOHD ZAI MUSTAFA: Sebenarnya apa yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan itu bukanlah perkara baharu kerana Ordinan Pelajaran 1957 serta Peraturan 6, Peraturan Peraturan (Disiplin) 1959, di bawah Peraturan 5 (1 ) ( b ) serta Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru 1988, telah membenarkan guru besar dan guru disiplin yang diberi kebenaran bertulis boleh menjalankan hukuman rotan kepada pelajar yang disahkan melakukan kesalahan. Pekeliling merotan ini dikeluarkan pada tahun 1997 dan 2003, kuasa yang diberikan sangat terhad. Maka perlu beberapa pembaikan agar peraturan ini perlu diperkemaskan lagi. Cadangan tersebut merupakan antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017. Apakah kaedah ini berupaya memperbaiki disiplin pelajar? Pengumuman tersebut tidak menjelaskan secara terperinci pembaikan yang dikatakan telah dibuat. Difahamkan pihak sekolah, guru besar, guru disiplin dan guru-guru masih belum mendapat apa-apa pekeliling baharu berkaitan pengumuman yang telah dibuat. Mereka masih lagi terikat dengan Pekeliling Merotan 1997 yang terhad. Saya rasa pengumuman tersebut hanya mengulangi perkara yang lama sahaja. - HARAKAHDAILY 14/5/2016 Wawancara penuh dalam akhbar HARAKAH BIL 2148 EDISI ISNIN di pasaran. Sumber HD - 14-5-2016 Hukuman rotan pelajar dilaksana 2017 Posted on Wednesday, May 11 @ 07:00:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
PUTRAJAYA 9 Mei - Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, hukuman tersebut bagaimanapun tidak dibenarkan dilakukan di depan khalayak ramai semasa perhimpunan, sebaliknya di dalam bilik.Menurutnya, cadangan tersebut merupakan antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017.
Katanya, antara penambahbaikan peraturan adalah kewujudan jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah dan mewajibkan sesi kaunseling kepada pelajar bermasalah.
"Kementerian sedang melakukan kajian terhadap garis panduan sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Disiplin Pelajar 1959 yang terkandung dalam Ordinan Pendidikan 1957 sebelum draf penambahbaikan itu dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi.
"Usaha penambahbaikan ini bertujuan menjadikan peraturan disiplin di sekolah lebih komprehensif supaya pihak sekolah dapat mengawal tingkah laku pelajar dan murid dengan lebih teratur," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin, di sini hari ini.
Dalam masa sama, Sin Woon memberitahu, mesyuarat tersebut yang disertai oleh pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menggariskan empat pendekatan bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Katanya, pihak kementerian akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk melaksanakan ujian air kencing dengan lebih kerap dan pemeriksaan mengejut di sekolah bagi mengesan pelajar yang mengambil dadah.
"Selain itu, pihak PDRM diminta merangka program di sekolah dalam memberi kesedaran kepada pelajar mengenai ancaman dan bahaya pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS).
"Berkaitan kes buli, kementerian terus melakukan siasatan tanpa menerima aduan terlebih dahulu selepas menerima maklumat awal berhubung kejadian itu," katanya.
Mengenai penyebaran video kes buli di laman sosial, Sin Woon berkata, kementerian akan memberi penjelasan kepada orang ramai dengan segera sama ada kejadian itu benar berlaku atau sebaliknya.
"Kita perlu memperjelaskan kepada masyarakat berhubung penyebaran video itu kerana di media sosial merupakan rakaman lama atau terjadi di negara lain," katanya.
Menurut Sin Woon, penurunan kadar kes ponteng dan buli di sekolah sejak dari tahun 2012 sehingga 2015 adalah hasil kerjasama para guru dan ibu bapa serta masyarakat yang bekerjasama untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah.
"Pembentukan disiplin remaja harus menjadi tanggungjawab semua pihak sekiranya kita mahu melahirkan modal insan kelas pertama dengan memfokuskan kepada pembinaan insan bersahsiah tinggi," katanya.
Sumber TKO - 11-5-2016
25 Petua Anak Pandai Berbahasa Inggeris Posted on Friday, May 06 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Tadi, saya selongkar yahoogroup yang saya sertai. Nampaknya yahoogroup macam dah mati je, dah tak ada orang yang minat untuk posting lagi. Sedang selongkar, saya jumpa satu artikel ini dari seorang guru tuisyen yang menggunakan id yahoo cikgu_tuition dalam yahoogroup tersebut. Artikel tersebut bertajuk 25 petua untuk anak pandai berbahasa Inggeris.
Sebahagian daripada tips untuk anak pandai berbahasa Inggeris ini memang ada dipraktikkan untuk anak saya yang sulong, dan alhamdulillah saya dah nampak hasilnya. Sekarang, saya dan isteri sedang gunakan teknik dan tips yang sama untuk dua orang lagi anak kami.
Maka, saya kongsikan kepada anda semua, terutama untuk ibu bapa muda untuk praktikkan ... in Sha Allah, dalam 3-4 tahun akan nampak hasil yang baik dan positif. Cubalah ye ...
- Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam. - memang dah banyak lagu nasyid english version
- Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris dan sorang cakap melayu sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah. - hmm dua-dua parent tak cekap; susah mcam ni.
- Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar. - cara mudah dan memang berkesan!
- Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak-anak anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain sumber untuk menagajar, contohnya YouTube.
- Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan-permainan kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka. - kad imbas sekarang murah, buat sendiri pun boleh ...
- Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik. - bantai je ... kadang-kadang orang sekeliling kita pun bukan reti sangat!
- Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
- Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
- Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun, tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.
- Rajin-rajinlah bacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka. - Saya selalu buat guna National Geographic.
- Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort. Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.
- Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
- Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.
- Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain.
- Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.
- Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
- Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
- Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
- Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda. - Jadi rojaklah nanti agaknya .. tu ada slanga tu
- Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul-betul dan gunakan ayat yang betul grammar dia. - Ini mesti, banyak dah dok cakap kena cakap terus dan betul
- Kalau anak anda sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.
- Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kala kita ni tak sempurna. Atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
- Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni tak ada imej atau gambar. Senang je nak buat. Beli je kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.
- Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. - Memang patut ada kamus sorang satu bawa kemana-mana
- Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut. - Ini basic parental pun banyak ajar cara dan kaedah macam ini.
[Baca] Anak Pintar Cerdas, Tahu Membaca Sebelum Masuk Tadika
Oh ya, sebagai salah satu tips tambahan daripada saya ialah ... mohon anda sebagai ibu bapa agar sentiasa bersabar dengan karenah anak-anak. Ia bukan sesuatu yang mudah, untuk ajar anak tentang sesuatu yang di luar kebiasaan. Untuk biasakan mereka, anda juga perlu turut sama memberikan galakan yang sepatutnya. Didik anak tentang ilmu terutama bahasa Inggeris bukan hanya tanggungjawab seorang guru. Bantu guru, bantu sekolah, dan bantu anak-anak untuk berjaya. Mereka berjaya, anda gembira.
Semoga bermanfaat.
Sumber TKO - 6-5-2016
Pelajar dibuli mengadu sesak nafas
KOTA BHARU: Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa yang didakwa dibuli pelajar lain baru-baru ini dikejar ke hospital sekali lagi akibat sesak nafas dan kejang saraf. Bapanya, Dr Zulkeefle Yaacob berkata anaknya Aiman Hazim, 15 dikejar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan ambulan dari rumah neneknya di Wakaf Zin, Tawang petang Ahad lepas. Kata beliau anaknya mengadu sesak nafas dan kejang tangan serta kaki. “Dia juga tidak boleh duduk lama, paling lama pun 15 minit selepas itu mengadu sakit di bahagian belakang,” katanya di sini. Pada kejadian 7 April lepas Aiman dilapor ditendang dua kali di leher sehingga menyebabkan tidak sedar diri. Ekoran itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II selama seminggu. Berikutan peristiwa tersebut pihak sekolah menggantung persekolahannya bersama pelajar yang menendangnya selama dua minggu. Dr Zulkeefle yang juga pensyarah berkata, anak berada semalaman di wad kecemasan dan dibenarkan pulang keesokan harinya. “Doktor memberitahu anak saya mengalami cedera agak teruk pada saraf tunjang, dan perlu tempoh lama untuk pulih. “Dia juga dilarang bergerak dan disyorkan berehat dengan baring. Dan pada 8 Mei ini Aiman sekali lagi akan menjalani rawatan tulang leher dan rahang oleh doktor pakar,” katanya. Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim turut menziarahi Aiman dan menyampaikan sumbangan ketika berada di wad kecemasan Isnin lepas. - HARAKAHDAILY 4/5/2016 Sumber HD - 4-5-2016
JOHOR BAHRU: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 2, Pasir Gudang, di sini, dipatuk ular di tapak tangan kiri, di sekolahnya, petang semalam. Bagaimanapun, keadaan Muhammad Ar Rayyan Nazlan Mohd Nasrul, 7, dilaporkan stabil dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini. Ibu mangsa, Hajar Norhafiza Ismail, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang semalam. Menurutnya, dia difahamkan ketika anaknya seorang diri berada di tandas sekolah itu di tingkat tiga. "Anak saya memaklumkan dia dipatuk ular bewarna hijau dan agak panjang. "Sejurus kejadian, dia terus memaklumkan kepada guru dan dihantar ke Klinik 1Malaysia sebelum ditukar ke sini (HSI). "Rasa sangat terkejut, tetapi, alhamdulillah, saya bersyukur dia dalam keadaan selamat," katanya kepada Sinar Harian di HSI, di sini, hari ini. Dalam pada itu, jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengesahkan kejadian tersebut. - Sinar Harian Sumber TKO - 28-4-2016 Pelajar tingkatan tiga pula dipatuk ular Posted on Tuesday, April 26 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
PETALING JAYA: Seorang lagi pelajar menjadi mangsa dipatuk ular ketika berjalan pulang ke asrama sekolah di Sungai Gadut di Negeri Sembilan selepas menunaikan solat Isyak, malam kelmarin.
Menurut laporan Harian Metro, pelajar tingkatan tiga itu, Khairul Rusidy Kamaruddin berasa sakit pada tumit kaki kanan sebelum kakinya membengkak dan mengadu kepada warden asrama.
Sumber menyatakan, mangsa dipercayai dipatuk ular ketika melalui kawasan gelap berhampiran bengkel sekolah berkenaan untuk pulang ke asrama.
“Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) oleh warden terbabit sebelum memaklumkan kepada keluarganya. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa dipatuk ular berdasarkan kesan patuk pada atas tumit kaki kanan mangsa.
“Mangsa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. Dia kemudian dibenarkan keluar hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengesahkan kejadian dan memaklumkan pelajar terbabit sudah dibenarkan keluar wad dan akan kembali bersekolah Khamis ini.
Sebelum ini dua kes murid sekolah dipatuk ular dilaporkan, insiden pertama yang meragut nyawa murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim 1, di Pengkalan Chepa dan insiden kedua murid perempuan tahun dua yang dipercayai dipatuk ular, ketika berlari di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong.
Sumber TKO - 26-4-2016
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan akan terus menggunakan novel Pantai Kasih yang sebelum ini dikatakan mengandungi unsur lucah untuk pembelajaran KOMSAS (komponen sastera). Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Khairil Awang berkata, keputusan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kaji Semula yang telah ditubuhkan. “KPM telah menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai pelbagai kaum dan agama, yang terdiri daripada pakar dalam bidang pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, agama, psikologi dan kaunseling serta antropologi. Panel juga NGO-NGO dan pensyarah media. “Perbincangan panel memutuskan novel ini mempunyai elemen kebolehajaran dari aspek keindahan bahasa, kosa kata dan tatabahasa. Ia juga dapat merangsang murid untuk berfikir secara matang dan rasional dalam membuat justifikasi. “Ahli mesyuarat sebulat suara memutuskan novel Pantai Kasih edisi murid karya Azmah Nordin akan terus digunakan oleh pelajar Tingkatan Empat bagi zon tiga yang melibatkan Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Dalam perkembangan sama, Khairil memaklumkan novel berkenaan mula digunakan pada tahun lepas dengan tidak timbul sebarang isu sebelum itu. “Novel edisi pelajar ini juga berbeza dengan edisi bacaan umum. Ada jawatankuasa yang telah melihat dan menyaring (kandungan) mengikut kesesuaian untuk pelajar tingkatan empat,” katanya lagi. Justeru, beliau berharap masyarakat menilai novel berkenaan secara keseluruhan dengan tidak membuat justifikasi melalui beberapa petikan tertentu sahaja. “Jangan tengok petikan (tertentu sahaja). Kalau baca secara keseluruhan, ia menggambarkan ketabahan wanita dan etika,” ujarnya. Sumber TKO - 12-2-2016 Kerajaan digesa iktiraf UEC dan martabatkan STAMKERAJAAN persekutuan (Kementerian Pelajaran) sepatutnya mengembalikan ‘Kuasa Autonomi’ berhubung dengan pelajaran kepada Sarawak seperti yang termaktub dalam perkara asas Pembentukan Malaysia dalam Perkara 15: Pelajaran “Sistem pendidikan yang sedia ada perlu dikekalkan di bawah kawalan kerajaan negeri”. Sarawak perlu diberi kuasa autonomi dalam bidang pelajaran di mana kerajaan Sarawak boleh meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam bidang pelbagai kemahiran. Pelajar zaman sekarang perlu menyiapkan diri mereka dengan berbagai bidang kemahiran atau kepakaran untuk masa depan mereka. Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Usaha berterusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dalam memastikan UEC diterima sewajarnya diberi pujian. Biarpun tidak mendapat pengikitirafan dari Kerajaan BN peringkat persekutuan, sikap konsisten Ketua Menteri Sarawak dalam perkara autonomi pendidikan diharap memberi manfaat pada rakyat Sarawak keseluruhannya. Kementerian Pendidikan Tinggi kekal dengan keputusan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan kemasukan ke universiti awam. Walaupun kerajaan persekutuan tidak mengiktirafkan UEC, menurut Ketua Menteri, UEC yang ditawarkan oleh sekolah persendirian Cina di negeri ini telah diterima oleh universiti swasta termasuk Swinburne Universitiy of Technology, Curtin University selain universiti luar negara. Bagaimanapun tegasnya hanya universiti awam di Malaysia sahaja yang tidak memberi pengiktirafan kepada UEC. Di peringkat negeri Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh, Universiti Selangor (Unisel) yang merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi sekolah menengah persendirian Cina mulai tahun 2016 ini. Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, langkah itu bertujuan untuk menangani masalah penghijrahan cendekiawan yang semakin serius. "Statistik menunjukkan bahawa seramai 3,000 pelajar menamatkan pengajian mereka dengan UEC setiap tahun," kata Azmin semasa membentangkan bajet di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi lalu. Sesungguhnya, peranan besar yang dimainkan oleh sekolah jenis kebangsaan Cina dalam membangunkan modal insan haruslah diiktiraf. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Disamping pendidikan akedemik, dalam masa yang sama PAS juga menyeru pendidikan Islam juga haruslah dimartabatkan. Usaha Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud sebelum ini dalam penawaran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pesantren Abdul Taib Mahmud seharusnya diteruskan oleh Ketua Menteri Sarawak sekarang. Sekolah ini menjadi sekolah luar bandar pertama di Sarawak menawarkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada pelajarnya. Ini merupakan satu proses transformasi pendidikan yang diperkenalkan bagi membolehkan pelajar sekolah di Sarawak mendapat Sijil tersebut dalam negeri sendiri. Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau semasa di Tingkatan Enam. STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang seragam dan diiktiraf di dalam dan luar negara. STAM juga diperkenalkan untuk memastikan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya di dalam dan di luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkelayakan dan dapat memiliki ijazah dalam jangka masa yang paling singkat. Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar. Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama. Secara ringkas antara kelebihan STAM -STAM hampir setaraf dengan STPM sebab kerajaan / Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) iktiraf STAM setaraf STPM - Tempoh pengajian lebih pendek iaitu setahun - Bilangan kursus yang ditawarkan banyak meliputi IPTA, UIA, UKM, UM, USIM, UUM, dan UDM. - Tidak terhad pada kursus agama semata, boleh masuk kursus Sains Sosial & Kemanusiaan eg: Sains Politik, Komunikasi Mass Media, Sejarah, Antropologi etc (UKM,UIA), Undang-undang -LLB (USIM,UDM), Ekonomi (UDM,USIM), Perbankan dan Kewangan (UUM) dan Pengajian Islam (UIA,UKM,UM,UDM), Keusahawanan (UMK) dan lain-lain kursus kesenian. -Boleh pergi Al-Azhar Mesir. -Yuran dan Kos pengajian yang murah (yuran sekolah) Pelajaran agama juga amat penting untuk rakyat Sarawak terutama kepada golongan muda Muslim yang masih memerlukan bimbingan antara kepentingan keduniaan dan akhirat. Dengan kuasa autonomi pendidikan ini, PAS mengesa pengiktirafan UEC yang diusahakan oleh Ketua Menteri Sarawak diteruskan disamping pengukuhan pendidikan Islam di Sarawak dengan penambahbaikan STAM di sekolah terpilih. Pendidikan yang berkualiti akan menjamin kesejahteraan rakyat Sarawak. Kita mengharapkan agar Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk memastikan pendidikan Islam terjamin dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya. Mereka yang mempunyai pendidikan agama bukan semata-mata untuk keagamaan saja tapi ia merangkumi pendidikan akademik dan professional. Maka sewajar diberi pengiktirafan oleh kerajaan Sarawak untuk keseimbangan antara keduniaan dan akhirat. Usaha Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem untuk mendapatkan kuasa autonomi dari kerajaan persekutuan adalah satu usaha yang patut diberi sokongan. Kita tidak mahu kuasa autonomi itu nanti disalahgunakan oleh pihak tertentu yang ada kepentingan yang akan menyusahkan kehidupan rakyat tempatan yang masih memerlukan kemudahan asas dan juga hak milik tanah sendiri dari dicerobohi atau diambil alih oleh mereka yang berkuasa. JOFRI JARAIEE Pesuruh Jaya PAS Sarawak, YDP PAS Miri – HARAKAHDAILY 12/2/2016 Sumber HD - 12-2-2016 Perkenal segera pendidikan seks tangani risiko seks bebas
KUALA LUMPUR: Subjek pendidikan seks dalam kalangan remaja perlu diperkenalkan segera bagi mengurangkan risiko hubungan seksual bebas berlaku, kata beberapa ahli akademik.
Anggota Jawatankuasa Kluster Pembangunan Sosial Majlis Profesor Negara, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata masalah utama hubungan seks bebas berlaku apabila remaja tidak mempunyai ilmu tentang strategi perkembangan seksual diri masing-masing. Justeru, katanya pendidikan seks perlu diajar kepada semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga ke hujung remaja sebelum mereka masuk ke alam dewasa. "Kurikulum berkaitan pengurusan pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang individu harus ada mengikut peringkat perkembangan misalnya awal kanak-kanak (3-5 tahun), pertengahan (6-8 tahun), hujung (9-12 tahun) dan awal remaja (13-15 tahun). "Setiap peringkat mengalami perkembangan seksual yang berbeza yang wajib ditangani oleh setiap individu secara sihat dan sejahtera," katanya ketika dihubungi Bernama. Pada masa sama, beliau turut mencadangkan supaya subjek pendidikan seks mestilah menggunakan nama yang lebih sesuai kerana perkataan seks terlalu sensitif dalam kalangan masyarakat. Pakar sosial Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran pula berkata hasil kajian yang dilakukannya mendapati 85 peratus responden remaja yang melakukan hubungan seks didorang atas faktor keseronokan. Mohammad Shatar berkata, ini menunjukkan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup jelas tentang implikasi negatif dan kesan yang terpaksa ditanggung sekiranya terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral itu. Katanya, adalah wajar pendidikan seks didedahkan pada peringkat pendidikan bermula seawal dari tahap tadika seperti mana yang dilaksanakan di beberapa negara maju lain. "Tidak guna diajar ketika umur belasan tahun...pada peringkat ini mereka sudah matang, boleh membuat keputusan sendiri dan mendapatkan pelbagai maklumat dan diolah mengikut kefahaman masing-masing. "Isi kandungannya mestilah jelas dan menyeluruh selari dengan peringkat kefahaman setiap golongan sasar," katanya. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan pula berpandangan silibus pendidikan seks perlu diberikan penekanan khas dalam subjek berkaitan kesihatan atau agama selain diwajibkan dalam peperiksaan. Misalnya, kata Hashim, dari sudut kesihatan pendidikan seks boleh dikaitkan dengan risiko jangkitan HIV/AIDS manakala agama pula boleh membawa kepada masalah anak luar nikah. "Pendidikan seks yang diajar sekarang tidak begitu serius dengan tidak ada sokongan fakta atau statistik kesan hubungan seksual sehingga mengakibatkan remaja memandang remeh isu berkenaan. "Penambahbaikan silibus pendidikan seks perlu dilakukan agar memberi lebih kesedaran sekali gus menjadikan mereka berwaspada dengan budaya songsang itu," katanya. Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula berpendapat pencegahan hubungan seksual dapat dilakukan lebih awal melalui bimbingan ibu bapa di setiap rumah. Beliau berkata, mereka perlu mengawasi dan memantau anak-anak mereka terutamanya selepas meningkat ke alam remaja. "Fenomena sekarang ibu bapa hanya mengambil berat anak-anak mereka ketika di sekolah rendah...tapi bila masuk sekolah menengah, mereka abaikan. "Sedangkan ketika itu anak-anak amat memerlukan perhatian di mana keinginan mencuba sesuatu di luar pengetahuan mereka adalah amat tinggi. Budaya malu menegur berkenaan seksual harus dikikis," katanya. - Bernama Sumber HD - 25-1-2016 Teliti novel sebelum dijadikan teks Komsas - pakar bahasa
KUALA LUMPUR: Panel pemilih bagi Komponen Sastera (Komsas) disaran agar meneliti secara mendalam sebelum sesebuah novel dipilih untuk dijadikan teks Sekolah Menengah.
Editor Kanan Bahagian Buku Umum Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Shahrul Nizal Mohd Nor berkata setiap karya harus dibaca sehingga selesai agar memahami struktur penulisan serta mengetahui keseluruhan isi kandungan novel yang dipilih. "Panel tersebut telah diberi tanggungjawab untuk berperanan memilih karya yang terbaik yang dapat memberi kebaikan serta mempunyai makna kepada masyarakat. Jadi kaji ia terlebih dahulu dulu sebelum membuat pilihan," katanya. Beliau diminta mengulas mengenai novel 'Pantai Kasih' yang dijadikan Komsas Tingkatan Empat tetapi dikatakan turut terpalit dengan unsur lucah dan menonjolkan hubungan negatif antara doktor dan jururawat, sehingga mencetus kemarahan ibu bapa dan orang ramai. Dilaporkan Kementerian Pendidikan telah mengambil maklum tentang perkara ini dan sedang menyiasat. Di samping itu Shahrul Nizal berkata penerbit buku umum juga perlu menitikberatkan kualiti penulisan yang akan diterbitkan supaya ia dapat membina pemikiran pembaca daripada hanya berdasarkan kepada faktor keuntungan semata-mata. "Penerbit buku tidak sepatutnya memberi tumpuan kepada hasil penulisan picisan yang bersifat popular kerana mahu mengejar keuntungan," katanya yang turut menyebut mengenai lambakan novel cinta dengan segala macam tajuk di pasaran berbanding buku ilmiah. Beliau berkata penulis juga perlu memainkan peranan dalam membina masyarakat membaca yang hebat dengan menghasilkan penulisan yang baik menerusi penggunaan struktur bahasa yang mudah dan tidak mengelirukan pembaca. "Penulis perlu bertanggungjawab dengan tidak menghasilkan karya yang meracuni pemikiran pembaca. Jangan melacurkan bakat mereka, gunakan penulisan yang baik untuk tujuan yang sepatutnya," katanya. Penulis novel misteri 'Terjah Sarang Puaka', Syahbudien Abdullah pula berpendapat menjadi tanggungjawab penulis untuk menyampaikan buah fikiran dan idea penulisan tanpa menggunakan gaya bahasa yang negatif dan lucah. "Jika dahulu kita lihat ramai penulis berkarya kerana memperjuangkan sesuatu perkara mengikut zaman semasa, demi menyampaikan maklumat dan hasrat mereka, tapi kini penulis lebih cenderung menulis berdasarkan idea dan imaginasi mereka semata-mata," katanya. Justeru itu penulis dan penerbit buku perlu memahami antara satu sama lain dalam menerbitkan sesebuah karya agar ia selari dengan peredaran zaman dan sekali gus dapat mengasah minda pembaca, katanya. - Bernama Sumber HD - 21-1-2016 Keputusan STAM 2015 antara yang terbaikPUTRAJAYA: Sejumlah 4,211 atau 67.8 peratus daripada 6,213 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 mendapat sekurang-kurangnya sijil pangkat maqbul (lulus), antara keputusan terbaik sejak diperkenalkan pada tahun 2000. Pengarah Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh berkata keputusan itu meningkat 4.5 peratus atau 388 calon berbanding 3,823 calon pada 2014. Sejumlah 444 calon memperoleh sijil pangkat mumtaz (cemerlang), meningkat 1.6 peratus atau 113 calon berbanding 331 calon pada tahun sebelumnya, katanya ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan STAM 2015 di sini hari ini. "Secara keseluruhan, pencapaian calon peperiksaan STAM 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.12 mata Gred Purata Nasional, iaitu 3.08 mata pada tahun 2015 berbanding 3.20 mata pada tahun 2014," katanya. Menurutnya calon yang berjaya memperoleh gred mumtaz (cemerlang) bagi semua 10 mata pelajaran yang diduduki meningkat 20 calon (0.31 peratus) iaitu 54 calon berbanding 34 calon pada 2014. Nawal berkata calon yang tidak layak dianugerahkan sijil STAM menurun sebanyak 210 calon atau 4.5 peratus iaitu 2,002 calon (32.2 peratus) pada 2015 berbanding 2.212 calon (36.7 peratus) pada 2014. Selain itu, katanya, calon yang memperoleh sijil pangkat jayyid jiddan (sangat baik) meningkat 265 calon iaitu 1,395 calon (22.5 peratus) berbanding 1,130 calon (18.7 peratus) pada 2014. Katanya calon yang mendapat sijil pangkat jayyid (baik) meningkat 49 calon, namun dari segi peratusan menurun sebanyak 0.2 peratus berbanding 2014. Dari segi pencapaian mata pelajaran, Nawal berkata tiga daripada lima bidang Bahasa Arab mencatatkan peningkatan bilangan dan peratusan calon yang lulus berbanding 2014. "Mata pelajaran tersebut termasuk Nahu dan Sarf, meningkat sebanyak 227 calon (1.8 peratus), Arudh dan Qafiyah meningkat 317 calon (2.3 peratus) serta Insya' dan Mutalaah meningkat 298 calon (2.2 peratus)," katanya. Beliau berkata kedua-dua mata pelajaran bidang Syariah serta tiga mata pelajaran bidang Usuluddin turut menunjukkan peningkatan peratusan calon lulus. - BERNAMA Sumber HD - 21-1-2016
Beliau hanya berumur 13 tahun ketika membina enjin tunggal pesawat dalam garaj bapanya di rumah mereka di Chicago, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, sembilan tahun selepas itu, beliau diramal bakal menjadi seperti legenda sains Albert Einstein yang baru, lapor India Times. Sabrina Gonzalez Pasterski, 22, kini sedang menuntut di peringkat doktor falsafah (PHD) di Havard, salah sebuah universiti terulung di dunia, Beliau dimasukkan dalam 30 tokoh muda bawah 30 tahunnya “30 under 30” kelolaan Forbes. Dengan pencapaian akademik amat bagus, beberapa syarikat besar, termasuk Amazon sudah cuba melamarnya menjadi pekerja mereka. Malah, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) juga telah menyatakan minat terhadapnya. Sebagai pelajar fizik, Sabrina sedang menekuni fenomena lohong hitam, ruang-masa dan graviti – bidang sama yang dengan Einstein. Bagaimanapun, genius muda itu bukan penggemar media sosial. Sabrina tidak mempunyai Facebook, Instagram dan LinkedIn. Bukan itu sahaja, beliau malah tidak mempunyai telefon pintar. Sabrina lebih berminat mengusahakan laman web sendiri yang dinamakannya PhysicGirl (gadis fizik) bagi mengemas kini pencapaian-pencapaiannya. Sumber TKO - 19-1-2016 Guru naikkan status Pantai Kasih dipanggil kementerian Posted on Tuesday, January 19 @ 13:31:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Seorang guru yang dikatakan memuat naik status di media sosial berkaitan pertikaian teks sastera tingkatan 4 akan dipanggil memberikan penjelasan.
Faiez Ali dikatakan menulis status berkaitan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin di Faceboook pada 11 Januari lalu.
Kementerian Pendidikan juga akan menemui panel pemilih novel teks Komponen Sastera (Komsas) bagi mata pelajaran bahasa Melayu yang mencetuskan polemik itu, lapor BH Online.
Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan (gambar) dilaporkan berkata pertemuan panel pemilih dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum bertujuan memperoleh justifikasi menyeluruh sebab pemilihan Pantai Kasih.
"Kedua-dua pihak akan dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai isu novel berkenaan, manakala pada Rabu ini pula, akan diadakan pula mesyuarat peringkat pengurusan tertinggi membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, (Dasar dan Pembangunan), Datuk Seri Khairil Awang.
"Mesyuarat khas peringkat pengurusan tertinggi itu akan dilakukan secara dalaman bagi menentukan sebarang keputusan berkaitan isu itu dan dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid," Kamalanathan dipetik sebagai berkata ketika dihubungi BH.
Polemik novel itu bermula minggu lalu selepas penggunaannya sebagai teks Komsas dipersoal pengguna media sosial susulan adegan yang didakwa terdapat elemen lucah.
Pemilihannya juga dikatakan kurang menepati matlamat Komsas untuk membentuk pembangunan diri dan memupuk nilai murni di kalangan pelajar.
Sumber TKO - 19-1-2016
8A UPKK: Selangor teramai diikuti Kelantan, Terengganu
PUTRAJAYA: Sebanyak 37,271 atau 20.07 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di seluruh negara pada tahun lepas mencatat keputusan 8A.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak 4.78 peratus daripada 15.29 peratus yang dicatatkan tahun sebelumnya.
Beliau berkata keputusan UPKK 2015 juga menyaksikan semua negeri mengekalkan pencapaian 100 peratus lulus tanpa D, sama seperti tahun sebelumnya.
"Selangor merekodkan pencapaian calon paling ramai mendapat 8A iaitu 5,152 orang, diikuti Kelantan dan Terengganu dengan masing-masing seramai 4,559 dan 4,148 calon," katanya pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.
Sebanyak 185,675 calon menduduki peperiksaan UPKK melibatkan lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat; Penghayatan Cara Hidup Islam; Bidang Al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Pelajaran Jawi; Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Bahasa Arab.
Othman berkata mata pelajaran Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 100 peratus, diikuti Bidang Al-Quran dengan 99.5 peratus lulus.
Ini menjadi penanda aras kepada kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian, katanya.
Beliau berkata mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan 92.27 peratus, diikuti Adab 90.74 peratus; Bahasa Arab (88.60 peratus); Ulum Syariah (82.92 peratus) dan Sirah (82.04 peratus).
Othman berkata pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 1.70 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 1.76, menyaksikan Selangor muncul negeri terbaik dengan GPN 1.484 mata, diikuti Wilayah Persekutuan dan Melaka dengan GPN 1.488 dan 1.533 mata.
"Bagi memastikan kecemerlangan berterusan Jakim akan terus perkasakan kemahiran guru melalui latihan secara berterusan," katanya. - BERNAMA
Sumber HD - 15-1-2016
Jangan terburu-buru ubah format UPSR
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak harus tergesa-gesa mahu mengubah format UPSR kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Sepatutnya KPM mengambil iktibar daripada apa yang terjadi kepada sistem PBS khususnya lagi PT3 yang banyak memaparkan kelemahan hingga menimbulkan masalah kepada para pelajar, guru-guru dan sekolah itu sendiri.
DPPM menegaskan bahawa KPM mesti terlebih dahulu mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan yang ada serta menyemak semula dasar dan pelaksanaan PBS itu sendiri sebelum apa-apa perubahan dilakukan terhadap sistem UPSR sekarang.
Desakan sama ini juga telah disuarakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini.
Keutamaan kajian tersebut mestilah berdasarkan maklum balas serta aduan yang menyeluruh daripada semua pihak termasuk para pelajar, ibu bapa, guru-guru dan persatuan-persatuan ibubapa dan guru selain daripada pihak KPM serta agensi-agensinya yang berkaitan, ahli akademik dan pihak NGO.
Bertindak secara tergesa-gesa menggantikan suatu dasar atau sistem sedia ada dengan sistem baru yang belum terbukti berkesan secara positif bahkan telah dapat dilihat aspek-aspek negatifnya pastinya bukan jalan keluar yang terbaik bagi menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang.
DPPM mendapati tindakan Kerajaan kerap kali menukar kaedah serta dasar pembelajaran hanya mengganggu atau menimbulkan kekeliruan terhadap dasar serta hala tuju sistem pendidikan negara.
Adalah dirasakan lebih elok ditambah nilai serta diperbaiki sistem sedia ada agar menjadi lebih baik, berdaya maju serta kompetitif berbanding menukarkannya dengan sistem yang baru.
USTAZ MOHAMAD ISMAIL
Pengarah Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah DPPM
15 Januari 2016 | 5 Rabi’ul Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 15/1/2016
Sumber HD - 15-1-2016
Keputusan STAM 2015 diumum 21 Jan
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 akan dikeluarkan pada minggu depan, 21 Jan.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 8,982 calon menduduki peperiksaan itu di 128 pusat peperiksaan pada tahun lepas.
Daripada jumlah itu calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah seramai 2,130 orang, sekolah menengah agama negeri (4,703), sekolah menengah agama rakyat (705), calon persendirian (1,419) dan sekolah menengah swasta yang berdaftar dengan kementerian (25).
"Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar," katanya.
Kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan STAM melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM jarak angka giliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan itu diaktifkan mulai 10 pagi pada 21 Jan dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Jan. - Bernama
Sumber HD -14-1-2016
Sekolah kementerian tiru amalan pelajar Yik
KOTA BHARU: Biar pun kekurangan kemudahan asas berbanding sekolah di bawah Kementerian Pelajaran, namun permohonan belajar di sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (Yik) tetap meningkat.
Malah tahun ini peningkatan pelajar baru di tingkatan satu begitu ketara sekali sehingga ada sekolah agama terpaksa menolak permohonan pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata sekolah Yik tidak dapat mampu menampung jumlah permohonan pelajar baru begitu ramai sekarang.
Contohnya kata beliau Sekolah Menengah Agama (Arab) Tarbiah Mardiah Panchor lebih 700 pelajar memohon belajar di tingkatan satu tahun ini.
“Bagaimanapun sekolah tidak mampu menerima kesemuanya kerana masalah kelas yang terhad.
“Kesedaran tinggi masyarakat terhadap pendidikan Islam menyebabkan sebahagian besar sekolah Yik menerima banyak permohonan pelajar baru.
“Masyarakat mulai kembali kepada agama bagi menangani masalah sosial yang melanda golongan muda sekarang,” ujarnya.
Peningkatan pelajar baru bukan sahaja berlaku di kawasan bandar sebaliknya di SMU (A) Sungai Sok, Kuala Krai juga berlaku pertambahan pelajar baru.
Hampir 100 pelajar baru mendaftar pada hari pertama persekolahan Ahad lepas. Pelajar terbabit termasuk dari Sungai Rek, Sungai Syam, Lata Rek dan Manek Urai.
Sekolah tersebut terletak kira-kira 4 km dari jalan Kuala Krai-Gua Musang. Ia menawarkan tingkatan satu hingga lima. Bilangan pelajar akhir tahun lepas lebih 200 orang.
Manakala guru pula seramai 17. SMU (A) Falahiah juga mempunyai bangunan asrama lelaki dan perempuan. Bagaimanapun asrama lelaki hanya dapat memuatkan 17 pelajar dan perempuan (40 orang).
Ketika bah besar melanda akhir 2014 asrama lelaki rosak, manakala sebuah rumah guru yang terletak berdekatan terjejas teruk.
Sekolah berkenaan juga merupakan sekolah agama tertua di Dun Manek Urai.
Dr Fadzli juga berkata banyak sekolah di bawah kementerian menerima pakai peraturan diamal pelajar sekolah Yik termasuk tudung labuh, songkok dan amalan solat dhuha serta solat hajat.
“Ada sekolah mewajibkan pelajar membaca al-Quran sebelum masuk kelas dan menyertai usrah seperti amalan di sekolah Yik,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/1/2015
Sumber HD - 7-1-2016
Seks bawah umur: Pendidikan Islam patut ditekankan
STATISTIK oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, merekodkan daripada sejumlah 6,910 kes rogol yang dilaporkan bagi tahun 2013 hingga 2015, 52% kes rogol tersebut adalah membabitkan gadis bawah umur iaitu 1,424 kes pada 2013, 1,243 kes pada 2014 dan 920 kes sehingga Oktober 2015. Lebih merisaukan, daripada 52% itu, kira-kira 90% adalah kategori suka sama suka manakala hanya 10% sahaja ketegori paksaan.
Berhubung isu ini, terdapat dua isu utama yang perlu diberikan perhatian dan tindakan segera oleh semua pihak khususnya Kerajaan. Pertama, langkah-langkah membendung gejala ini dan Kedua, hukuman ke atas pesalah dan pembelaan ke atas mangsa.
Sekiranya Pendidikan Seks atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif yang mahu diperkenalkan nanti oleh Kerajaan hanya tertumpu pada aspek undang-undang dan kesihatan serta keselamatan, ia adalah sesuatu yang sia-sia dan berpotensi besar menggalakkan lagi gejala ini kerana ia tanpa sedar menjadi seumpama kempen ‘safe & healthy sex life’ seperti di negara-negara Barat.
Sepatutnya, pendidikan pergaulan dan bersosial menurut perspektif Islam dijadikan panduan utama dan diberikan penekanan kepada masyarakat sebagai kaedah pencegahan yang berkesan untuk melindungi masyarakat tidak kira usia dan jantina daripada jenayah rogol dan zina.
Adab berziarah seperti memberi salam dan meminta izin yang dianjurkan Islam adalah bertujuan menjaga privasi seseorang yang ada di dalam sesebuah rumah atau bilik justeru dapat memelihara maruahnya daripada terdedah kepada orang lain dan dapat melindungi tetamu tersebut daripada melihat perkara-perkara yang boleh merosakkan iman serta menaikkan nafsunya.
Adab pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan serta etika berpakaian adalah tersangat penting untuk kembali diberikan penekanan serius terutamanya di sekolah-sekolah lebih-lebih lagi dalam keadaan statistik menunjukkan data yang demikian.
Anjuran bernikah pula adalah ubat yang paling mujarab disediakan oleh Islam dalam aspek membendung gejala sosial ini. Masyarakat khususnya ibu bapa mesti menggalakkan dan memudahkan urusan perkahwinan anak-anak. Manakala Kerajaan pula mesti membantu menyediakan insentif tertentu bagi meringankan beban pasangan yang bakal berkahwin.
Adapun pada aspek hukuman ke atas pesalah dan pembelaan ke atas mangsa, takrif rogol, kaedah pendakwaan dan perbicaraan serta hukuman ke atas pesalah dan hak-hak mangsa yang digunapakai sekarang hendaklah disemak semula dan diselarikan dengan undang-undang jenayah syariah yang telah ditetapkan oleh Islam. – HARAKAHDAILY 30/12/2015
Sumber HD - 30-12-2015
Sambutan tetamu kehormat di sekolah perlu dihadkan, kata Mahdzir Posted on Monday, December 21 @ 21:17:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Semua sambutan tetamu kehormat di sekolah perlu dihadkan supaya tidak menjejas masa pengajaran dan pembelajaran murid, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
"Segala jenis persiapan dalam menjalankan sesuatu majlis di sekolah contohnya dalam menyambut kedatangan menteri atau timbalan menteri perlu dikurangkan dan disambut ala kadar tanpa mengambil masa pembelajaran dan pengajaran," kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin yang ingin tahu cadangan kementerian mengatasi dan mengurangkan masalah tekanan dan kepenatan di kalangan para pendidik.
Mahdzir berkata kementeriannya memahami guru turut menjalankan pelbagai tugas di sekolah selain daripada melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
"Saya tahu guru melaksanakan pelbagai tugas khas seperti urusan data, warden, guru kelas dan guru disiplin.
"Tetapi istilah beban tugas ini sepatutnya ditukar kepada menggalas tanggungjawab," katanya. - Bernama
Sumber TKO - 21-12-2015
"Perbuatan pelajar membunuh diri disebabkan kecewa dalam peperiksaan bukan perkara baru." Menurut perunding psikologi keluarga dan guaman syarie, Suzana Ghazali, tindakan menaruh harapan terlalu tinggi dalam pelajaran adalah satu bentuk tekanan kepada pelajar. "Terdapat kes persaingan abang dan kakak yang lebih dulu berjaya, menjadikan pelajar ini tidak yakin untuk memenuhi kehendak ibu bapa," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post. Suzana berkata, akibat bimbang dimarahi atau dimalukan serta tidak mahu ibu bapa kecewa, pelajar terbabit akhirnya mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Sehubungan itu, Suzana menasihatkan ibu bapa supaya tidak meletakkan harapan melampau kepada anak, begitu juga guru-guru di sekolah. "Fahami situasi bahawa anak perlu berusaha sedaya upaya, apabila usaha tidak berhasil, bukan tanda mereka gagal, cuma belum berjaya," katanya. Pendapat itu turut disokong Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye yang berpandangan, rakyat Malaysia kurang mementingkan kesihatan mental berbanding usaha untuk menghindari penyakit kronik. Katanya, kes bunuh diri di negara ini masih di tahap tidak serius, namun setiap nyawa amat berharga dan tragedi boleh dielakkan, jika rakyat sedar akan kepentingan kesihatan mental. "Setiap kali kes bunuh diri berlaku, saya suka mengulangi bahawa rakyat Malaysia harus sedar, 12 peratus rakyat Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun mengalami kesihatan mental," katanya. Sehubungan itu, Lee mencadangkan ‘coping skill' perlu diajar di sekolah, dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. "Ini bukan perkara baru, ia perlu bermula dari sekarang, kerana tindakan membunuh diri boleh dielakkan, jika puncanya dapat diatasi dengan mengajar cara menangani tekanan dalam pelajaran," katanya. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2011 menunjukkan, rakyat di negara membangun merekodkan kes kesihatan mental yang tinggi. Tanpa menyebut negara mana, Lee berkata, statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012 menunjukkan, seramai 800,000 orang membunuh diri di seluruh dunia, setiap tahun. Kelmarin, NST Online melaporkan, seorang pelajar berusia 17 tahun yang juga seorang pelakon dalam drama televisyen tempatan, dipercayai membunuh diri di rumah keluarganya di Taman Jinjang. Pelajar tingkatan lima SMK Raja Abdullah itu, dijumpai tergantung dalam biliknya, menggunakan tali leher sekolahnya. Difahamkan, mangsa kecewa kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan dalam Kertas I Matematik Tambahan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berlangsung Selasa lalu. - The Rakyat Post Sumber TKO - 26-11-2015
KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merupakan seorang pelakon drama tempatan berbahasa Cina dilaporkan membunuh diri di rumahnya semalam selepas dipercayai kecewa kerana gagal menjawab soalan Kertas 1 Matematik Tambahan dalam ujian tersebut.
Memetik laporan akhbar New Straits Times, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang, pelakon berusia 17 tahun yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah ditemui tergantung di dalam biliknya dengan tali leher dilehernya.
Difahamkan, remaja lelaki itu pernah berlakon dalam beberapa siri televisyen berbahasa Cina dan guru-guru menyifatkan mangsa sebagai seorang pelajar cemerlang.
Kejadian tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Sentul Supt Mohd Sukri Kaman.
"Mangsa memberitahu gurunya bahawa dia tidak dapat jawab (soalan Matematik Tambahan).
“Mangsa juga berkata mahu pulang ke rumah tetapi guru menasihatinya agar bertenang. Namun, mangsa enggan dan terus pulang ke rumah,” kata Mohd Sukri dipetik NST.
Tambah Mohd Sukri, ketidakhadiran mangsa ke sekolah pada waktu petang untuk menduduki ujian Kertas 2 subjek tersebut menyebabkan gurunya bimbang, sebelum mengambil keputusan menghubungi keluarga mangsa.
“Guru tersebut menghubungi ibunya untuk bertanyakan mangsa. Ibu pelakon tersebut yang bekerja di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur kemudian meminta ibu saudara mangsa untuk memeriksa.
“Ibu saudara mangsa menemui remaja itu mati di dalam biliknya dengan tali leher yang diikat di lehernya terikat pada bingkai tingkap,” jelas Mohd Sukri.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan pihak polis menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.
Sumber TKO - 25-11-2015
Kelas KAFA di Kedah ditutup, tiada dana bayar bil elektrik Posted on Monday, November 23 @ 20:00:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JJAKIM) di Kedah terpaksa ditutup kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar untuk bil elektrik dan air, kata Laporan Ketua Audit Negara 2014.
Menurut siri ketiga laporan yang dikeluarkan hari ini, kelas yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi itu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke lima masjid dan surau.
"Jabatan Pelajaran Kedah tidak lagi menyediakan dana untuk membayar bil-bil elektrik dan air bermula dari penggal persekolahan 2010.
"Sekolah tidak lagi dapat menanggung kos utiliti jika kelas KAFA diadakan di sana," petik laporan itu.
Kelas KAFA di SK Kilim, Kedah juga berpindah ke Masjid Kilim kerana "tidak ada peruntukan yang cukup untuk memenuhi keperluan pelajar".
JAKIM yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengadakan kelas berkenaan kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun selepas sekolah.
Menurut laporan itu, program ini diberi peruntukkan RM1.05 bilion dari 2012 hingga 2014. Sejumlah 854,271 pelajar mendaftar di kelas KAFA pada tahun lalu.
Walaupun peruntukan yang besar, kajian audit juga mendapati bahawa pelajar-pelajar di Kota Belud, Sabah terpaksa belajar di bilik darjah tanpa meja dan kerusi.
Dua kelas terpaksa berkongsi sebuah bilik darjah di Tawau manakala pelajar di Papar terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan meja.
Seramai 257 guru KAFA juga memberitahu juruaudit bahawa mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk bahan-bahan pengajaran, termasuk membeli pen penanda.
Audit juga mendapati rekod latihan untuk guru-guru dalam keadaan "kucar-kacir" dengan sebahagian besar guru tidak menghadiri latihan yang diperlukan.
Sesetengah guru di Sabah juga mengakui kepada kepada juruaudit bahawa mereka tidak tahu lokasi pejabat JAKIM di Sabah. - MK
Sumber TKO - 24-11-2015
KUALA LUMPUR - Suatu yang lumrah atau terpaksa? Itu persoalannya apabila melihat kebelakangan ini kian ramai ibu bapa memilih menghantar anak ke sekolah swasta berbanding sekolah awam (sekolah kebangsaan). Apakah kelebihan sekolah swasta berbanding sekolah kebangsaan? Sudah terhakiskah keyakinan ibu bapa terhadap keupayaan sistem pendidikan di negara ini? Siti Humaira Abbas, 35, menghantar anaknya ke sekolah swasta berkonsepkan agama kerana ingin memberi pendidikan yang lebih baik kepada tiga anaknya. Menurut Siti Humaira, dia sanggup mencari dan pergi ke sekolah-sekolah swasta yang menawarkan sistem pendidikan berkonsepkan Islamik demi memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anaknya. "Zaman kita membesar dahulu berbeza dengan hari ini. Cabarannya lebih besar dan anak sekarang lebih terdedah dengan dunia yang terbuka. Didikan asas sahaja tidak mencukupi sebaliknya perlu diseimbangkan dengan penghayatan dan bagaimana mereka mengadaptasikannya dalam aktiviti harian," kongsi beliau. Pemilihan sekolah swasta juga sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina. Hingga ada yang terasa masa hadapan anak mereka akan menjadi gelap jika tidak terpilih ke sekolah rendah atau menengah berkenaan yang mempunyai kurikulum berbeza dengan sekolah Jenis Kebangsaan(C). Yap Sin Mey, 27 seorang penulis di sebuah akhbar berbahasa Cina juga mengakui silibus yang diajar di sekolah Cina kualitinya lebih tinggi daripada silibus yang diajar di sekolah kebangsaan. Beliau yang berpendidikan sekolah kebangsaan melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Taiwan. Di sana Yap bertemu ramai rakan yang mendapat pendidikan dari sekolah swasta. "Saya boleh nampak dan rasa perbezaan pendidikan yang diterima di antara pelajar yang bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah swasta. Terutamanya dari segi keterampilan diri serta daya usaha mereka untuk menonjolkan diri di khalayak," jelas Yap. Bagaimanapun Yap tidak menolak pandangan yang menyatakan bahawa pelajar dari sekolah aliran swasta Cina lebih cemerlang kerana sejak dari awal lagi pelajar-pelajar yang memasuki sekolah-sekolah tersebut adalah mereka yang terpilih. Sama seperti pelajar lain yang terpilih ke sekolah berasrama penuh ataupun ke Maktab Rendah Sains Mara. Di luar kotak Menurut Penasihat Akademik dari Khazanah Malaysia, Datuk Satinah Ali, ibu bapa hari ini mempunyai pilihan untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak mereka. Sebagai individu yang pernah terlibat dalam dunia pendidikan negara, Satinah menyokong pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar sekolah awam di negara ini. Bagaimanapun beliau tidak menolak tanggapan bahawa ada beberapa perkara terutamanya dari segi pengurusan, sekolah swasta adalah lebih baik. Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia (MAE) ditemui selepas mempengerusikan forum pendidikan anjuran Institute for Democracy and Economic Affairs (Idea) bertajuk "Mengintai ke Sekolah Swasta di Malaysia - Adakah lebih baik daripada Sekolah Kerajaan. Sekolah diberi autonomi Manakala bagi Ketua Pengarah Eksekutif Asia Pacific School, Nina Adlan Disney beliau berpandangan ada beberapa perkara yang mungkin boleh diteladani oleh sekolah awam daripada sekolah swasta. Selepas menemui pihak pengurusan dua sekolah swasta yang beroperasi secara rangkaian di sini, serta menerusi pengalaman beliau dalam bidang pendidikan, Nina menekankan empat perkara yang menjadikan sekolah swasta hari ini tampak lebih berkaliber. "Mereka mengguna hak autonomi bagi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar. "Sekolah autonomi dan sekolah-sekolah swasta mempunyai lebih kebebasan untuk membuat keputusan dalam penentuan kakitangan, kewangan, pedagogi dan silibus dan dasar dalaman". Dr Grace Lee dari Fakulti Perniagaan Universiti Monash (Malaysia) turut menyokong pandangan Nina. Lee secara peribadi berpendapat ada banyak perkara yang boleh dipelajari sekolah awam daripada sekolah swasta Cina. Sebagai ibu yang mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan kemudiannya menghantar anaknya ke sekolah swasta Cina, Lee melihat bagaimana Sekolah Swasta Cina beroperasi dan bagaimana struktur pengurusan sekolah dibangunkan. "Saya berpendapat sekolah awam perlu mempelajari banyak perkara daripada sekolah swasta Cina. "Bagaimana sekolah-sekolah ini mampu menguruskan kewangan mereka memandangkan yurannya juga mampu dibayar dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah swasta Cina sering berpandangan bahawa sekolah berkenaan mampu menyediakan pendidikan berkualiti tinggi untuk anak mereka". Selain sekolah swasta Cina, sekolah swasta beraliran agama juga mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa terutamanya ibu bapa di bandar. Menurut Pengarah Iman Research, Altaf Deviyati, yuran pengajian di sekolah swasta aliran agama masih lagi munasabah dan tidak terlalu tinggi seperti sekolah swasta konvensional. "Ibu bapa ada hak untuk memilih pendidikan sebagaimana yang ingin diberikan kepada anak mengikut kemampuan masing-masing. Pilihan tidak banyak jika ingin ke sekolah awam aliran agama. Jika bernasib baik mereka terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) atau ke sekolah yang dibiayai kerajaan negeri seperti di Selangor dan Johor. Justeru sekolah-sekolah agama rakyat atau 'pondok' menjadi antara alternatif ibu bapa. Manakala di kawasan bandar pula muncul sekolah-sekolah agama swasta yang lebih moden dan menggunakan silibus dari luar negara. Persolannya, kenapa agaknya mereka menghantar anak ke sekolah swasta?, tanya Altaf. "Bukan kerana mereka tidak percayakan guru, tetapi dalam keadaan dunia tanpa sempadan hari ini, ibu bapa lebih bimbang anak hilang sifat 'jati diri' mereka. Maka mereka lebih cenderung memilih sekolah-sekolah yang sealiran dengan agama dan budaya mereka," tambah Altaf. Rapatkan jurang komunikasi Satinah yang bersetuju dengan pandangan sekolah diberi autonomi dalam membuat keputusan turut menyentuh mengenai hubungan guru-pelajar dan guru-ibu bapa. Menurutnya, hubungan yang rapat di antara ketiga-tiga pihak boleh dilihat di sekolah swasta. Jurang komunikasi antara guru-pelajar-ibu bapa sebenarnya juga adalah penyumbang kepada melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu tetapi memiliki sifat-sifat mulia. Justeru, beliau amat berharap guru-guru dan ibu bapa di sekolah awam merapatkan lagi jurang komunikasi antara mereka. "Guru-guru sekolah awam perlu berfikir secara berbeza dan tidak harus terikat kepada cara konvensional memandangkan dalam era sekarang pelajar dikehendaki berfikir di luar kotak. Guru perlu bersifat kreatif agar pelajar lebih responsif terhadap apa yang diajar kepada mereka," tambahnya. - Bernama Sumber TKO - 23-11-2015 4 Ditahan Kes Buli Pelajar Sampai Berdarah Usus, Buah Pinggang Posted on Sunday, November 22 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
ALOR SETAR – Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat kes membelasah pelajar Tingkatan Satu sehingga mengalami pendarahan pada usus dan buah pinggang, di sebuah sekolah agama rakyat di Pokok Sena, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, kesemua suspek yang berumur lingkungan 15 hingga 17 tahun itu ditangkap di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kota Setar 8.45 malam tadi.
Seorang lagi suspek akan ditahan hari ini, katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian 3 pagi itu, Mohd Irfan Azizan, 13, berasal dari Kampung Permatang Kaka, Megat Dewa, Kodiang dibelasah lima pelajar senior di luar bilik asrama sekolah itu.
Adzaman berkata mangsa dipukul kerana dituduh mencuri telefon bimbit milik rakan suspek selepas mangsa dikatakan orang paling awal masuk ke dalam bilik asrama.
– BERNAMA
Sumber TKO - 22- 11-2015
SETIAP ibu bapa sememangnya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Namun, dalam sedar atau tidak sedar sikap itu adakalanya memberi kesan negatif khususnya dalam emosi anak-anak. Sebagai contoh, lihat apa yang dilakukan oleh seorang ibu ini! Hanya dek anaknya dapat ranking ke-7 dalam kelas, wanita ini sanggup meluahkan rasa kecewanya di khalayak umum menerusi laman Facebook terhadap anaknya kerana merasakan pelajaran anaknya semakin merosot. Walhal, anaknya yang masih bersekolah rendah itu boleh dikatakan mendapat keputusan yang agak memberansangkan iaitu ‘4A’ dalam beberapa subjek. Lebih menjengkelkan, wanita itu bukan sahaja tidak mensyukuri keputusan peperiksaan yang diterima anaknya, malah sanggup ungkit penat lelahnya dalam menjaga dan mendidik anaknya sehinggakan sanggup berhenti kerja. Tambah wanita itu, dia juga berasa sedih kerana tidak dapat melihat anaknya naik ke pentas untuk menerima anugerah pelajar cemerlang pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Alahai, membaca status-status yang ditulis ini sedikit sebanyak timbul perasaan kesal terhadap wanita tersebut. Mana tidaknya, langsung tidak menghargai usaha gigih anak sendiri untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan. Gamaknya, boleh gila dan serba-serbi tidak kena anak jadinya bila ada ibu bersikap seumpama ini. Oleh itu, pesan kamu kepada semua ibu bapa yang lain, bertolak-ansurlah dalam mengajar dan mendidik anak-anak. Tidak perlu bawa kelemahan anak sehingga ke media sosial sehingga satu dunia boleh lihat. Bawa berbincang dari jati ke hati pun sudah cukup gamaknya.- MYNEWSHUB.CC Sumber TKO - 18-11-2015 UPSR 2015: Pemuda PAS Kelantan rakam tahniahKUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan tahniah kepada calon-calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 negeri itu yang berjaya mencatat keputusan A bagi semua mata pelajaran. Dilaporkan bahawa seramai 3,527 calon di Kelantan mendapat 5A bagi semua mata pelajaran dan jumlah ini meningkat 0.45 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 11.25 peratus. "Tidak lupa kepada ibu bapa yang tentunya berbangga dengan kejayaan anak-anak ini, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kejayaan di masa hadapan," ujar Ketua DPPNK, Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, kepada calon-calon yang tidak mendapat keputusan cemerlang, semoga ia tidak menjadi penghalang kepada para pelajar untuk terus meningkatkan kesungguhan menerokai bidang ilmu yang masih jauh perjalanannya. "Sesungguhnya kejayaan di dalam peperiksaan adalah suatu kemenangan yang manis, namun kejayaan yang sebenar di dalam hidup ialah mendapat keredhaan Allah SWT seterusnya meraih syurga di akhirat, insya Allah," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 17/11/2015 Sumber HD - 17-11-2015
Tindakan tegas akan diambil ke atas guru sebuah sekolah di Besut jika didapati ada unsur kecuaian pihak sekolah berhubung kes buli yang menjadi viral di laman sosial. Exco Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata pihaknya akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan di mana guru sekolah berkenaan turut disiasat. "Kita akan siasat jika ada kecuaian guru dan guru besar sekolah itu. Kita akan lihat kenapa tiada ustaz atau ustazah mengawasi keadaan sehingga terjadinya insiden berkenaan," katanya ketika diminta mengulas video yang tersebar di laman sosial sejak 2 hari lepas. Video berdurasi 6 minit 29 saat itu memaparkan sekumpulan murid lelaki memukul seorang murid lain yang lengkap berpakaian pengawas di surau sekolah berkenaan. Menerusi rakaman video itu, seorang murid tahun 4 dan 5 pelajar tahun 5 yang berpakaian sukan menumbuk , menyepak, memijak bahu dan memaksa mangsa mencium stokin. Ghazali berkata jika terbukti wujudnya kecuaian, pihaknya tidak keberatan mengambil tindakan ke atas guru yang terbabit termasuk dipecat atau ditukar. "Bagaimanapun kes ini perlu disiasat lebih terperinci dan kita akan putuskan nanti," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata pihaknya akan mengikut SOP yang ditetapkan untuk menyiasat kes berkenaan. "Kita juga akan turut memberikan kaunseling kepada mangsa untuk mengatasi trauma yang dialami dan 1 perjanjian menyelesaikan perkara itu dengan cara baik akan dilakukan. Namun ianya bergantung kepada budi bicara keluarga mangsa," katanya. Sumber TKO - 17-11-2015 UPSR 2015: 38,344 calon dapat semua APUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata sejumlah 443,407 murid menduduki UPSR pada tahun ini dan murid yang mendapat semua Gred A meningkat 0.76 peratus, iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus pada tahun ini. Tahun lepas, 36,304 pelajar daripada 460,407 calon mendapat semua Gred A. "Pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) UPSR meningkat sebanyak 0.02 mata, iaitu daripada GPN 2.29 pada 2014 kepada 2.27 tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2015 di Kementerian Pendidikan di sini hari ini. - Bernama Sumber HD - 17-11-2015
Sebuah video memaparkan sekumpulan murid sekolah rendah membuli seorang rakannya dengan memukul dan membaling barang ke arahnya di sebuah surau sekolah mula tersebar di laman sosial.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Besut, Terengganu.
Video berdurasi 6 minit 29 saat itu dimuat naik oleh Sukan Star TV melalui seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nor Hazila.
Menurut Nor Hazila yang mendakwa sebagai ibu saudara mangsa, kejadian buli itu bukanlah pertama kali terjadi kepada mangsa, malah mangsa juga diugut agar memberikan duit kepada kumpulan murid tersebut.
Malah, mangsa diminta untuk tidak memaklumkan kepada sesiapa jika tidak mahu dipukul.
“Hanya berusia dari 10-12 tahun… dan untuk pengetahuan bukan satu kali ni je berlaku pada mangsa. Lokasi biasa adalah di surau sekolah… Mentang-mentang mangsa berdiam. Korang main buli sepak terajang.
“Setiap hari mintak duit dari si mangsa. Kalo tak bagi, kene pukul. Setiap hari kena ugut suruh jangan bagitau sesiapa kalau tak kena pukul. Patutla mangsa sejak darjah 4,5 dulu asyik mintak tukar sekolah. Tapi tak mampu nak cakap sebab apa nak tukar sekolah,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Nor lagi, mangsa juga pernah memberitahu pihak sekolah mengenai kejadian buli yang dialaminya namun tidak diendahkan malah mangsa dipukul lagi kerana membocorkan tindak tanduk pembuli.
“Cikgu sekarang banda berlaku kat sekolah pun tak ambil pusing. Sedangkan budak-budak sekolah rendah je… pelik. Hati ayah dan ibu mana tak terasa tengok anak kesayangan dipukul disepak. Selama ni mangsa pergi sekolah dengan ketakutan. Nak bagitau kat parents tapi tak berani.
Sementara itu, The Rakyat Post turut menghubungi Balai Polis Besut, Terengganu, namun difahamkan pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian buli disekolah itu.
Keputusan UPSR diumum 17 November Posted on Tuesday, November 10 @ 20:06:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada Selasa (17 November).
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari tersebut.
Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2015 melalui mySMS 15888 yang diaktifkan bermula 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 23 November.
Untuk menggunakan perkhidmatan mySMS itu calon perlu menaip UPSR angka giliran dan hantar SMS berkenaan ke 15888.
Sejumlah 455,929 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,134 pusat peperiksaan seluruh negara. - Bernama
Sumber TKO - 10-11-2015
Mereka cuma budak mentah - Ibu Pelajar Posted on Wednesday, November 04 @ 11:44:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Insiden memaparkan pelajar berpakaian sekolah berpelukan dan berciuman tidak harus berlaku dan tidak harus diperbesar, kata ibu kepada seorang pelajar itu.
Wanita yang enggan namanya disebut itu berkata, disebabkan video rakaman itu dikongsi meluas, pelbagai tanggapan negatif turut tersebar.
"Ia tiada apa pun.
"Mereka masih budak mentah, kejadian itu wujud apabila ada orang bersorak di sekeliling yang memberi provokasi," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini.
Dalam siaran video 15 saat itu, kelihatan seorang pelajar perempuan berlari ke arah si lelaki sebelum berpeluk sambil dikelilingi pelajar lain.
Lelaki itu pula kelihatan menunggu sambil melutut dan memegang sesuatu, yang dikatakan seutas rantai.
Sebaik berdakap satu sama lain, suasana riuh dan pelajar lelaki tadi kelihatan memberi ciuman pada pipi wanita itu.
Ibu itu menjelaskan anak lelakinya melamar gadis itu untuk ke sebuah acara tari-menari sempena meraikan pelajar yang menamatkan persekolahan.
Kementerian cari sekolah mana.
Bagaimanapun, katanya lagi, ada pihak mengambil kesempatan menggunakan rakaman itu untuk mengeruhkan keadaan.
Beliau menegaskan kedua-dua pelajar itu sememangnya anak yang mendengar kata, malahan segala tindak-tanduk mereka diketahui ibu bapa.
Kata wanita itu, pelajar yang sudah saling mengenali satu sama lain sejak kecil itu juga tidak pernah keluar berdua-duaan.
"Saya mengenali mereka berdua dan persahabatan mereka diketahui oleh kedua belah keluarga.
"Itu hanya cara mereka meluahkan perasaan, tidak lebih dari itu.
"Ini hanya permulaan hubungan mereka, tapi sudah pasti ia di bawah pemerhatian ibu bapa dan kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan dilapor akan menyiasat video yang menjadi viral di laman sosial itu.
Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata kementerian itu masih dalam proses mengenal pasti sekolah yang terlibat, lapor mStar.
Sumber TKO - 3-11-2015
Aksi 'Romantik' Pelajar Sekolah Melamar Kekasih Dikecam Posted on Tuesday, November 03 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
KUALA LUMPUR: Sebuah rakaman video ala-ala ‘Putera Raja melamar kekasihnya’ di hadapan khalayak ramai mula tersebar di laman sosial Facebook, hari ini.
Lebih mencuri tumpuan, aksi tersebut dilakukan oleh dua pelajar sekolah yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah, bagaimanapun lokasi sebenar kejadian belum dapat dipastikan.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook komuniti India, 1TAMILANZ SANGAM satu jam lalu, ia memaparkan aksi ‘romantik' pasangan kekasih yang lengkap berpakaian sekolah berpelukan sambil disaksikan oleh pelajar lain yang turut bersorak.
Berdasarkan visual berdurasi 16 saat itu, pelajar lelaki terbabit dikatakan melamar teman wanitanya di kawasan sekolah tersebut, sebelum kekasihnya berlari menerpa kearah lelaki tersebut dan memeluknya.
Kelihatan lelaki terbabit seolah memegang kotak yang dipercayai sebagai hadiah untuk melamar gadis terbabit.
Aksi kedua pelajar itu berakhir dengan adegan bercumbu.
Ternyata, adegan romantik kedua pelajar terbabit mengundang kritikan daripada pengguna media sosial.
Sehingga kini video tersebut ditonton lebih 10, 000 orang.
Sumber TKO - 3-11-2015
Usia 60 tahun bukan penghalang duduki SPM Posted on Tuesday, November 03 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
IPOH: "Belajar dari dalam buaian hingga ke liang lahad."
Itulah kata-kata azimat yang dipegang seorang pesara berusia 60 tahun, Chong Sing Woh yang merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.
Bagi Sing Woh yang merupakan bekas pekerja Pos Malaysia, ini merupakan kali keenam dia menduduki peperiksaan itu selepas lima kali percubaannya sebelum ini, gagal.
Sing Wong akan menduduki enam mata pelajaran teras bagi peperiksaan tahun ini, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Pendidikan Moral.
Bapa kepada seorang anak ini ingin membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk berjaya dan melepasi halangan dalam kehidupan.
Setiap hari, dia meluangkan masa dua jam bagi mengulang kaji untuk memastikan cubaannya kali ini berjaya dan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang sains sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
"Belajar itu adalah untuk pertama, untuk mendapatkan ilmu, yang kedua untuk memperbaiki diri. Selebihnya, kita dapat berbakti kepada nusa bangsa dan agama.
"Seperti kata orang tua belajarlah dari buaian hingga liang lahad lah," katanya ketika ditemui selepas menduduki kertas Bahasa Melayu 1 Di SMK Seri Ampang, Ipoh pada Isnin.
Sing Woh merupakan antara 39,102 calon yang menduduki peperiksaan SPM di Perak. - Astro
Sumber TKO - 3-11-2015
SPM: Selamat maju jaya, semoga semuanya berjaya
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran: يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ "Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu (agama) beberapa darjat." (Surah Al-Mujaadilah, ayat 11) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan (SPM) tahun 2015, buat semua calon di seluruh Malaysia, dengan harapan dan agar semua calon dianugerahkan kecemerlangan dunia dan akhirat. Pesanan buat semua calon agar sentiasalah menjaga kesihatan diri. Jangan lupa untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memelihara solat lima waktu, mengamalkan ibadah-ibadah sunnah seperti solat tahajjud dan sebagainya. Mohon maaf dan restu daripada kedua ibu bapa serta guru sebelum masuk ke bilik peperiksaan wajar diutamakan pengamalannya. Berusahalah dengan gigih bagi memperolehi kejayaan duniawi dan ukhrawi. Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih. Akhir kalam, selamat maju jaya. Semoga semuanya berjaya. Abdul Hadi Awang Presiden PAS 22 Muharram 1437H / 03 November 2015M Sumber 4-11-2015 Malaysia Negara Ke-5 Paling Mahal Untuk Mendapatkan Pendidikan Tinggi Posted on Tuesday, October 27 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
PETALING JAYA: Malaysia disenaraikan sebagai negara kelima paling mahal untuk mendapatkan pendidikan universiti berdasarkan pendapatan isi rumah.
Purata ibu bapa yang bekerja di Malaysia menghabiskan 55 peratus dari gaji mereka untuk setiap orang anak bagi melengkapkan pengajian di peringkat tinggi, menurut Expert Market yang berpangkalan di London.
Kajiannya terhadap 40 buah negara dibuat berdasarkan yuran pengajian yang disenaraikan dalam Quacquerelli Symmonds Top Universities untuk tahun akademik 2014/2015 dan Pendapatan Gallup Median Self-Reported 2013.
Negara yang paling mahal untuk pendidikan universiti adalah Hungary, yang merupakan salah sebuah daripada negara dengan pendapatan isi rumah terendah.
Ibu bapa di sana perlu menggunakan sehingga 92 peratus daripada gaji hanya untuk membiayai ijazah anak mereka.
Negara-negara lain 'di hadapan' Malaysia dalam senarai adalah Romania, di mana ibu bapa menghabiskan 86 peratus daripada gaji mereka untuk tujuan itu, Romania (86 peratus), Estonia (76 peratus) dan Chile (73 peratus).
"Menariknya, Britain merupakan salah sebuah daripada negara di Eropah yang mengenakan sebilangan kecil yuran pengajian. Norway, Greece, Poland dan Ireland adalah antara beberapa negara Kesatuan Eropah yang menawarkan ijazah percuma secara keseluruhan," kata Expert Market.
Ironinya, kaji selidik itu menunjukkan bahawa Malaysia mencatatkan kos yuran pengajian paling rendah antara '10 tempat paling mahal untuk menghantar anak-anak ke universiti' pada kos £11,875 (RM76,925).
"Negara ini mempunyai kira-kira 20 universiti dan yurannya adalah kompetitif berbanding dengan negara lain di dunia.
"Walau bagaimanapun, bagi dalam negara, gaji purata masih hanya RM2,052 sebulan," kata Business Insider Malaysia, yang merupakan sebuah laman web berita perniagaan dan teknologi.
"Ini bermakna tanpa biasiswa atau pinjaman, ibu bapa akan kehilangan lebih dari separuh gaji mereka untuk yuran pengajian," katanya. - MStar
Sumber TKO - 27-10-2015
6A UPSR 2016: Jangan ulangi kesilapan PPSMI
KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ingin melaksanakan format baru UPSR pada tahun 2016 dilihat akan membebankan banyak pihak. Format baru tersebut bakal menyaksikan pertambahan 6 kertas peperiksaan. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) format baharu tersebut akan diuji kepada kira-kira 450,000 orang pelajar pada tahun hadapan.
PAS Sarawak menyatakan pendirian bahawa pelaksanaan format ini akan membebankan pelajar kerana terpaksa menghadapi kertas tambahan yang tidak sesuai dengan umur mereka.
Para guru pula sudah tentu mengalami bebanan tugas yang kian bertambah dengan terpaksa menyiapkan pelbagai laporan pentaksiran yang perlu diisi bagi memenuhi penilaian keseluruhan bagi format baharu tersebut.
Malahan guru-guru Bahasa Inggeris sudah tentu diberi tekanan yang lebih untuk menghadapi penyediaan ujian Bahasa Inggeris yang akan dipecahkan kepada 2 Kertas nanti. Tidak cukupkah lagi dengan segala yang dialami oleh guru-guru Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dahulu? Sepatutnya tidak ada sebarang pengulangan pada halangan seperti ini.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan risiko lebih ramai pelajar menjadi mangsa ujikaji kepada dasar yang nampak hanya berfokus kepada menambah bilangan 'A' sahaja.
Keadaan ini tidak selaras dengan dasar pendidikan negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek. Pelaksanaan ini juga dilihat tergesa-gesa tanpa perancangan jangka panjang.
Tidak ubah seperti Pelaksanaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang diumum pada 2014 dan terus dilaksanakan dalam tahun itu juga sehingga menimbulkan pelbagai masalah dan persoalan berbangkit.
Malahan, dimaklumkan bahawa kebanyakan guru-guru yang terlibat masih belum didedahkan dengan jelas format-format penilaian dan pentaksiran tersebut.
Maka, PAS Sarawak mendesak agar KPM melakukan kajian semula dengan lebih terperinci berkaitan hal ini. Sudah tentu kita tidak mahu dasar ini mengulangi sejarah pelaksanaan PPSMI yang ternyata gagal serta merugikan.
Sepatutnya pihak KPM lebih memfokuskan ke arah pengisian nilai dan penguasaan kemahiran pelajar yang sesuai dengan keperluan semasa. Sewajarnya setiap pelaksanaan polisi baharu perlu mempunyai jangka masa dan kumpulan fokus tersendiri.
Contohnya, jika ingin mengubah format tahun 6, sepatutnya diubah bermula daripada tahun 1, 2016. Sedarlah bahawa pendidikan bukan kilang tetapi adalah proses pembangunan insan. – HARAKAHDAILY 21/10/2015
Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Sarawak
Sumber HD - 21-10-2015
Dapatkan kembali autonomi, gunakan semula Inggeris dalam semua matapelajaran Posted on Sunday, October 18 @ 22:32:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU) sentiasa dikenali mengambil pendekatan yang realistik dan praktikal dan kerana itu cadangan dan pandangan mereka terhadap isu pendidikan bukan sekadar retorik semata-mata.
Kini STU mahu Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantara untuk semua matapelajaran, berkata dengan cara itu, masalah kelemahan kefasihan bahasa akan dapat ditangani.
Presiden STU Jisin Nyud berkata tidak cukup untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains sahaja sekiranya matlamatnya adalah mahukan pelajar yang fasih dalam bahasa itu, yang merupakan bahasa perhubungan dunia, termasuk di alam siber.
"Berdepan dengan globalisasi, kepentingan bahasa Inggeris tidak boleh dinafikan dan tidak dipedulikan memandangkan bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan paling utama di seluruh dunia.
"Kerana bahasa Inggeris memainkan peranan utama dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan,
pembangunan teknologi dan pendidikan, bahasa inilah yang perlu dikuasai penduduk Sarawak untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
"Untuk sekolah rendah, kita boleh bermula dengan Darjah Satu dan untuk sekolah menengah, Tingkatan Satu. Kita akan mampu mencapainya selepas enam tahun.
"Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di sekolah boleh membantu para pelajar dalam tugasan mereka. Di peringkat universiti pula, kebanyakan rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.
"Kita mahu para pelajar kita untuk diiktiraf dan diterima di peringkat dalam dan luar negara."
Jisin berkata untuk permulaan negeri boleh menggaji semula pesara guru dan pensyarah serta pada masa yang sama memulakan latihan para guru di universiti dan institusi pendidikan.
Katanya STU mahukan autonomi pendidikan kerana mereka mahu Sarawak menggunakan autonomi itu untuk berubah kembali kepada sistem lama di mana bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara di sekolah-sekolah negeri itu.
"Sekiranya kita mampu melakukannya pada tahun 50an, 60an dan 70an, apa bezanya dengan masa sekarang? Ia boleh dilakukan," Jisin dipetik sebagai berkata.
Ya, Sarawak pasti boleh buat. Zaman sekarang kita mempunyai pelbagai buku untuk membantu dalam proses pengajaran. Dan kita juga mempunyai Internet, juga, di mana maklumat hanya dihujung jari.
Ketika kita mula-mula bermula, pensil juga sukar dijumpai apatah lagi mendengar kewujudan kertas A4.
Di Samarahan pada tahun 1962, kita bermula dengan buku Tangga dan terpaksa untuk membaca "A pan and a man".
Sebelum itu kita tidak mengenali buku. Bahan bacaan terhampir yang kita miliki ialah kertas pembungkus tin Milkmaid yang mempunyai gambar The Beatles, Rolling Stones, Elvis Presley, Cliff Richard, dan sebagainya lengkap dengan biodata mereka dan beberapa baris lirik lagu, yang kita tidak baca pun.
Kakak saya Roseni Wan Ulis barangkali bernasib baik kerana dia bersekolah yang terletak di kawasan bandar Kuching.
Sementara di Samarahan pula kami belajar bahasa Iban dan Melayu, di Kuching Roseni juga belajar bahasa Cina- dialek Cina tempatan.
Tetapi, pastinya, pengajaran dan pembelajaran ketika itu tidak dipengaruhi oleh politik, yang merupakan tulang belakang sistem masa kini.
Sebilangan guru kami hanya menamatkan pengajian Darjah Enam. Mereka tidak berkelulusan Common Entrance Examination pun tetapi mereka mengajar kami dengan baik.
Beberapa orang guru pula merupakan lulusan Kolej Latihan Perguruan Batu Lintang, kebanyakan mereka mempunyai kelulusan Junior Cambridge Examination sementara hanya beberapa orang sahaja mempunyai kelulusan Senior Cambridge Examination.
Menjelang tamatnya tahun pertama, kami sudahpun bercakap dalam bahasa Inggeris dan membaca buku teks kami dengan gaya menyanyi.
Kini, kita semua tahu yang para guru keliru dengan sistem yang dipolitikan, malah dasar yang sering bertukar-tukar memburukan keadaan.
Masalah ini- sistem pendidikan yang dilayan seperti bola sepak- perlu ditangani.
Bagi Sarawak, sekiranya autonomi pendidikan ialah jalan keluar, biar kita bersama-sama mendapatkannya. Kita telah membazirkan banyak masa kepada sebuah sistem yang menjadikan para graduan kita kurang berdaya saing.
Cadangan STU untuk bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara di sekolah-sekolah kita ialah praktikal dan realistik.
Oleh Jimmy Adit
The ANtDaily
Sumber TKO - 19-10-2015
Selamat Menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3
- Butiran
- Diterbitkan: 13 Oktober 2015
- Ditulis oleh Dewan Ulama PAS pusat
Dewan Ulamak Pas Pusat mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Semoga Berjaya
Adakah penangguhan BI sebagai subjek SPM wajib lulus keputusan yang tepat? Posted on Tuesday, October 13 @ 11:45:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
PETALING JAYA: Tahap Bahasa Inggeris di sini telah semakin merosot, menyebabkan timbulnya seruan untuk meningkatkan penguasaan bahasa ini selama bertahun-tahun.
Banyak kajian telah dibuat mengenai perkara itu. Pada tahun 2003, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dalam sistem sekolah kebangsaan.Tetapi dasar ini telah ditukar pada tahun 2012 berikutan rasa tidak puas hati di kalangan ahli akademik dan ahli-ahli politik Melayu yang merasakan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah menyebabkan orang Melayu luar bandar menunjukkan prestasi lemah dalam mata pelajaran tadi semasa peperiksaan.
Di sebalik pembalikan dasar ini, ahli-ahli akademik atas dan pembuat dasar berhujah bahawa Bahasa Inggeris bukan hanya merupakan bahasa komunikasi antarabangsa.
Selain daripada ini, mereka berkata penguasaan bahasa itu akan membuka sebuah dunia pengetahuan kepada rakyat Malaysia. Pelajar universiti yang tidak fasih dalam Bahasa Inggeris akan ketinggalan di belakang negara lain kerana buku-buku teks dalam bidang sains, teknologi dan kebanyakan mata pelajaran ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Pada September 2013, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, mengumumkan inisiatif untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam SPM tahun depan.
Dasar ini telah disahkan semula Januari ini oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan yang berkata kementerian akan meneruskan cadangan itu di sebalik seruan supaya penangguhan dilakukan.
Walau bagaimanapun, tidak sampai tujuh bulan kemudian, kerajaan menarik balik rancangan untuk melaksanakan dasar itu atas alasan bahawa ia mesti memberikan lebih banyak masa kepada pelajar dan guru-guru untuk bersedia.
Sejak itu, golongan profesional dan rakyat biasa telah menyatakan pandangan mereka sama ada menyokong atau menentang idea menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus di peringkat SPM.
Ada yang melihat keperluan yang jelas untuk menguasai Bahasa Inggeris; sementara pihak lain melihat pelaksanaannya sebagai mengurangkan peluang ramai pelajar untuk lulus SPM dan menyertai pendidikan tinggi.
Focusweek bertemu dengan dua individu - aktivis pendidikan Datin Noor Azimah Abdul Rahim dan wakil NGO Melayu sayap kanan, Datuk Sirajuddin Salleh - bagi mendapatkan pandangan mereka.
MF Kamaruddin
* Ini merupakan petikan sebuah rencana yang pertama kali diterbitkan dalam Focusweek isu 26 September-2 Oktober 2015. Sila layari www.focusweek.my untuk membaca dengan lebih lanjut.
Sumber TKO - 13-10-2015
Ujian Bertulis PT3 berjalan lancar
KUALA LUMPUR: Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula hari ini berjalan lancar melibatkan 465,674 calon menduduki peperiksaan itu di 2,667 pusat di seluruh negara.
Ujian itu bermula dengan subjek Bahasa Melayu dan Matematik hari ini, diikuti subjek Bahasa Inggeris dan Sains pada Selasa.
Pada Khamis, subjek terlibat ialah Kemahiran Hidup Bersepadu (Kemahiran Teknikal), Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga), Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian) dan Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan dan Keusahawanan); Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
Negeri Selangor mencatatkan calon teramai menduduki PT3 iaitu 82,160 calon yang mengambil peperiksaan itu di 329 pusat peperiksaan.
Di Kuala Lumpur. seramai 22,261 calon menduduki peperiksaan itu di 103 pusat peperiksaan dan di Putrajaya 1,514 calon mengambil peperiksaan itu di 12 pusat peperiksaan.
Di PAHANG, seramai 24,783 calon menduduki peperiksaan PT3 di 215 pusat peperiksaan 11 daerah di negeri itu.
Bagaimanapun, Ketua Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Mohd Razali Mustafar berkata 10 calon dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Razak, Pekan gagal menduduki peperiksaan itu hari ini kerana disyaki keracunan makanan.
Katanya, kesemua pelajar terbabit akan menduduki kertas peperiksaan hari ini pada tarikh lain.
Di TERENGGANU, seramai 21,794 calon menduduki peperiksaan PT3 di 151 pusat peperiksaan di seluruh negeri, termasuk 15 calon berkeperluan khas (CBK).
Di MELAKA, Pengarah Pendidikan negeri Abu Bakar Sahari berkata seramai 14,460 calon menduduki peperiksaan PT3 melibatkan 83 pusat peperiksaan seluruh negeri.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 13,819 merupakan calon sekolah kerajaan manakala selebihnya calon sekolah swasta.
Di PERAK, seramai 40,751 calon menduduki peperiksaan itu di 269 pusat peperiksaan.
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan negeri Adnan Rejab berkata ia melibatkan 40,262 calon sekolah kerajaan dan 489 calon sekolah swasta.
"Setakat ini, peperiksaan berjalan lancar dan tiada calon yang menduduki peperiksaan di hospital," katanya.
Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Ab Aziz Abdullah berkata 33,196 pelajar menduduki PT3 di 240 pusat peperiksaan di 10 jajahan. - Bernama
Sumber HD - 12-101-12015
Jakim tetapkan tarikh baharu UPKK 12 dan 13 Okt
KUALA LUMPUR: Tarikh baharu bagi pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ditetapkan pada 12 dan 13 Okt ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata UPKK berkenaan membabitkan sejumlah 207,343 calon yang akan menduduki ujian bagi tiga subjek.
"Bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01), ia akan diadakan pada Isnin, 12 Okt ini iaitu pada 2.30 hingga 4 petang manakala subjek Sirah (UPKK 03/01) serta Jawi dan Khat (UPKK 05/01) akan diadakan pada Selasa, 13 Okt iaitu masing-masing pada 2.15 hingga 3.45 petang dan 4.15 hingga 5.45 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diminta mengambil tindakan segera bagi memastikan peperiksaan UPKK bagi tiga subjek itu dapat dilaksanakan mengikut tarikh baharu yang ditetapkan.
UPKK yang sebelum ditetapkan berlangsung semalam dan hari ini ditangguhkan ekoran pengumuman penutupan semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan pada tarikh berkenaan oleh Kementerian Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. - Bernama
Sumber HD - 6-10-2015

UPKK, UPSRA ditangguh Isnin, Selasa Posted on Monday, October 05 @ 07:12:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
PUTRAJAYA - Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5 dan 6 Oktober), ditangguhkan ekoran pengumuman penutupan semua sekolah di beberapa negeri oleh Kementerian Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan jabatan itu di seluruh negara bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) pada 2.30 petang esok, dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) pada Selasa, adalah ditangguhkan. "Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baharu bagi pelaksanaan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa. "Pelaksanaan peperiksaan pada Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau juga menyarankan kepada semua agensi bertanggungjawab melaksanakan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) mengambil tindakan segera memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan itu kepada setiap pihak terlibat. Selain itu, Othman berkata Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan UPSRA pada Isnin dan Selasa ini, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan. "Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan JAWI di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan ditunda kepada Isnin dan Selasa depan (12 dan 13 Oktober). "Bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada Kementerian Pendidikan," katanya. Terdahulu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan bahawa semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan, diarah tutup dua hari bermula esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di negeri-negeri berkenaan. Dalam pada itu, Mahdzir berkata kementerian akan memantau setiap jam keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak. - Bernama
Sumber TKO - 5-10-2015
|
UPSR: Kertas BI dipecah dua gred mulai 2016
PUTRAJAYA: Kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pemahaman dan penulisan dipecahkan menjadi dua gred berasingan mulai tahun depan, kata Pengarah Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh. Beliau berkata pada UPSR sebelum ini, ujian pemahaman dan penulisan subjek BI digabungkan sebagai satu gred sahaja dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) yang mempunyai dua gred. "Langkah mengasingkan gred pemahaman dan penulisan bagi kertas BI dibuat sejajar dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar," katanya dalam sidang media mengenai format baharu peperiksaan pusat UPSR 2016 di sini hari ini. Berikutan pengasingan ujian kertas BI itu, calon UPSR bagi Sekolah Kebangsaan (SK) akan mendapat enam gred mulai tahun depan berbanding hanya lima gred sekarang manakala calon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina SJK Tamil akan memperoleh lapan gred berbanding tujuh. Ketika ini, calon UPSR untuk SK diberi lima gred berdasarkan subjek BM yang dipecahkan kepada pemahaman dan penulisan BI; Matematik dan Sains manakala calon SJKC dan SJKT diberi tujuh gred berdasarkan subjek BM (pemahaman dan penulisan); BI; Matematik; Sains serta dua lagi masing-masing melibatkan kertas Bahasa Cina dan Tamil. Nawal berkata bermula tahun depan juga, kertas UPSR bagi subjek BM, BI, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil untuk ujian pemahaman akan mempunyai soalan dalam bentuk subjektif berbanding hanya objektif ketika ini. Beliau berkata format ujian pemahaman dalam bentuk subjektif itu antara lain bertujuan menguji pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa pelajar; menguji kemahiran aplikasi maklumat serta menguji kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa calon. Pada masa sama, katanya, Lembaga Peperiksaan juga akan mengurangkan soalan dengan objektif aneka pilihan, sebaliknya menambah bilangan soalan berbentuk objektif pelbagai bentuk sejajar dengan usaha untuk membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Katanya, mana-mana pihak yang ingin melihat dan meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016 boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang www.lp.edu.my mulai hari ini. - BERNAMA Sumber HD - 28-9-2015
UPSR, Nasi lemak, Lpat Pisang Dan Ayam Goreng |
Posted on Thursday, September 10 @ 12:16:23 MYT by paktam
Sudah dua hari Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Malaysia ( UPSR) berlangsung. Dan selama dua hari juga aku tak berapa ‘lelap’ tidur. Cucu aku Fasihah Shahira menduduki peperiksaan berkenaan. Sepatutnya aku tak perlu ‘bimbang’ kerana ibu bapanya ada disampingnya untuk berkongsi kebimbangan anak mereka yang menduduki peperiksaan. Lagi pun sudah begitu lama aku dalam keadaan ‘bimbang’ ketika anak-anak menghadapi peperiksaan. Sepatutnya aku sudah ‘bersara’ daripada memikirkan tentang peperiksaan. Rupa-rupanya perasaan bimbang dan cemas ini akan terus menyerang, apatah lagi apabila cucu pula menduduki peperiksaan. Namun begitu aku terus menyembunyikan kerisauan dan kebimbangan aku. Aku hanya menunjukkan tentang ‘concern’ aku kepada cucu aku dan cuba sedaya upaya menyembunyikan ‘kerisauan dan kebimbangan’ aku. Yang boleh aku lakukan untuk ‘membantu’ ialah dengan cara memberikan nasihat dan berdoa disamping melakukan sembahayang hajat agar permohonan dan permintaan agar cucu aku lulus dengan cemerlang diperkenankan. olehNya. Aku masih teringat bagaimana arwah ibu ku akan ‘menyampaikan hadiah’ nasi lemak dan kuih-kuih kepada anak-anak di kampung aku setiap kali akau menduduki peperiksaan kerajaan pada suatu ketika dulu. Pagi-pagi lagi emak akan membawa nasi lemak dan kuih-kuih yang dimasaknya sendiri dan menunggu kanak-kanak ke sekolah untuk disedekahkah nasi lemak berkenaan. Anak-anak dari Kampung Seberang tidak ada jalan lain untuk ke sekolah di Kampung Lalang melainkan melalui jalan ( batas bendang) di hadapan rumah kami. Oleh itu arwah emak hanya perlu menunggu di tepian jalan dan menghulurkan bungkusan (nasi lemak dan kuih lepat pisang ) kepada anak-anak sekolah berkenaan. Mngkin itulah saja cara yang boleh dilakukan oleh emak dan bapa untuk ‘membantu’ aku dan adik aku lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang kami duduki. (Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat hendaknya). Amalan arwah ibu aku mahu aku teruskan. Mahu rasanya aku pulang ke kampung halaman aku untuk meneruskan amalan baik yang dilakukan oleh ibu bapa aku dulu-dulu. Aku dapat bayangkan kegembiraan yang terpancar di wajah setiap anak-anak yang menerima bungkusan nasi lemak dan Lepat Pisang dari ibu ku. Dan setiap kali dihulurkan bungkusan demikian emak akan memberitahu anak-anak itu agar mendoakan aku dan adik aku lulus dalam peperiksaan. Setiap kali aku dan adik aku menduduki peperiksaan, begitulah amalan ibu ku. Apabila cucu ku Shahira menduduki peperiksaan UPSR, aku berhasrat untuk mengikut jejak langkah arwah ibu ku. Tidak pula aku memberitahu cucu dan emak bapa mereka tentang hasrat yang terpendam ini. Aku telah mengenal pasti sebuah kawasan perumahan di Lembah Kelang yang aku merasakan anak-anak di kawasan perumahan berkenaan akan merasa gembira dan bahagia sekiranya aku hulurkan pemberian aku bersempena dengan peperiksaan yang diduduki oleh cucu ku. Nasi lemak yang sepatutnya diberikan oleh arwah ibu ku telah aku tukarkan dengan beberapa bungkusan ayam goreng yang pastinya mengembirakan anak-anak apabila mendapatinya. Dan aku pasti juga kanak-kanak yang aku kenal pasti itu agak jarang dapat menikmati ayam goreng sedemikian memandangkan latar belakang kehidupan keluarga mereka yang agak sederhana. Lantas sememangnya begitu hasrat aku agar dapat mengembirakan hati anak-anak berkenaan disamping mendoakan kejayaan Shahira dalam Peperiksaan UPSR yang didudukinya. Disamping aku mendoakan kejayaan cucu aku, tidak lupa juga aku untuk mendoakan kejayaan anak-anak lain terutama yang berada di kampung-kampung yang kehidupan mereka amat sederhana seperti mana yang pernah aku lalui puluhan tahun yang lampau. Dan amat aku hargai pendidikan yang telah aku terima ini hasil usaha gigih ibu bapa aku kerana dengan berbekalkan pendidikan yang sebeginilah dapat aku ‘meneroka’ dunia ini sebagaimana yang dinikmati oleh orang lain. Memiliki pendidikan merupakan harta yang tidak ada tolak bandingnya…… http://abuhassanadam.blogspot.my/ Sumber DD - 10-9-2015 |
YB PAS Meninjau Peperiksaan UPSR Posted on Thursday, September 10 @ 02:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
YB Cikgu Alias Harun Adun Rantau Abang berkesempatan bersama pelajar yang mengambil peperiksaaan UPSR 2015 Matematik 1 di Sekolah Bt. 48, Dungun. PAS perlu turun ke padang dan meninjau segenap segi kehidupan masyarakat demi untuk perjuangan Islam.
Sumber TKO - 10-9-2015
PAS syor kemeterian wujudkan pembantu guru
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan perlu mewujudkan juga pembantu guru bukan sahaja warden asrama seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
"Pembantu guru bertujuan untuk meringankan bebanan guru-guru. Dengan ini guru-guru hanya akan menumpukan pembelajaran dan pengajaran (P&P) sahaja," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau berkata, guru juga boleh menumpukan pembangunan syaksiah pelajar apabila mereka mempunyai pembantu untuk menyelesaikan kerja-kerja perkeranian seperti memasuki data dan markah pelajar.
Tambahnya, guru mesti dielakkan daripada dibeban dengan kerja-kerja yang tidak ada kaitan dengan P&P seperti menghantar murid ke hospital, menjaga lalu lintas, membawa pelajar ke pertandingan antara sekolah-sekolah, memungut yuran kelas, PIBG dan lain-lain tugas yang mengganggu tugas sebagai seorang pendidik.
Menurutnya, pembantu guru boleh diambil daripada mereka yang mempunyai kelulusan SPM sahaja, misalnya setiap 10 orang guru ada seorang pembantu guru.
"Saya pernah cadang di dalam Parlimen tentang perkara ini, tetapi dijawab oleh menteri, cadangan ini baik, malangnya masalah kewangan menjadi halangan.
"Kita mengharapkan supaya kementerian kena peka kepada perkara ini," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.
Menurutnya, biarlah guru merasa tenang dan gembira apabila hadir ke sekolah yang kesannya akan diperolehi oleh murid-murid kerana guru dapat memberi tumpuan kepada mereka. - HARAKAHDAILY 8/9/2015
Sumber HD - 8-9-2015
455,929 calon duduki UPSR mulai 8 Sept ini
KUALA LUMPUR: Seramai 455,929 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 yang akan diadakan selama tiga hari mulai 8 Sept ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, daripada jumlah tersebut 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 calon sekolah swasta.
Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual.
Lembaga peperiksaan juga turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan, menurut kenyataan itu.
Jadual waktu peperiksaan juga boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di www.moe.gov.my. - Bernama
Sumber HD - 31-8-2015

24 pelajar ditahan di Kuantan akibat ponteng Posted on Thursday, August 13 @ 06:34:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
KUANTAN: Polis menahan 24 pelajar lelaki berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun selepas didapati ponteng sekolah di sebuah pusat snuker dekat Jalan Air Putih, di sini semalam.
Serbuan pukul 12.45 tengah hari itu dilakukan anggota pasukan petugas Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kuantan yang diketuai oleh Deputi Superitendan Mohd Zaidi Mat Zin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, selain itu pemilik premis terbabit, seorang lelaki warga tempatan berusia 63 tahun turut ditahan.
"Semasa serbuan dilakukan, semua pelajar terbabit yang lengkap berpakaian sekolah sedang leka bermain snuker.
"Siasatan awal mendapati pelajar-pelajar itu bersekolah di sekolah berhampiran pusat snuker tersebut.
"Perkara itu juga akan dimaklumkan kepada ibu bapa serta pihak sekolah untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata, selain itu hasil pemeriksaan turut mendapati pusat snuker tersebut memiliki lesen perniagaan yang sah namun menyalahgunakan aktiviti dengan membenarkan remaja bawah umur memasuki premis.
Katanya, semua pelajar terbabit dan pemilik premis dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. - BERNAMA
Sumber TKO - 13-8-2015
Pendidikan ‘Sekular-Liberal’ Lahirkan Manusia Celik Tapi Buta Al-Quran
Sistem yang tidak meletakkan Islam sebagi teras itu hanya akan melahirkan manusia yang cerdik tetapi tidak berakhlak dan celik tetapi buta al-Quran.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dr. Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, walau apa pun ‘pelan’ yang yang dibuat, ia akan gagal kerana tidak ada ‘ruh’ yang dapat mendidik spiritual manusia.
“ramai di kalangan tokoh-tokoh pendidik negara yang mempunyai kesedaran betapa pentingnya manusia dididik dengan pendidikan agama (mereka) mengatakan dasar dan pendidikan yang dilaksanakan kerajaan pada hari ini tidak ada ruh,
“ini yang melahirkan manusia pelbagai rupa dan gaya kehidupan, pemimpin-pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, hipokrit dislubungindenga akhlak yang kotor keran mereka dihasilkan daripada sisitem pendidikan yang tidak berpaksikan kepada Islam,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ihtifal Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah di sini, Khamis 30 Julai.
Dr. Abu Bakar yang juga Pengerusi Kumpulan Ma’ahad tersebut mengumumkan penubuhan Markaz Tahfiz Cacat Penglihatan (Buta), yang menurutnya telah mula beroperasi setahun lalu.
Katanya, ia merupakan institusi pertama seumpamanya di negara ini yang akan menyediakan peluang pendidikan kepada golongan tersebut.
Majlis ulangtahun penubuhan MTT yang bermula dengan Institut Berakan pada tahun 1977 itu dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sumber BO - 1-8-2015
KEPUTUSAN KE PROGRAM MATRIKULASI DIUMUM 13 APRIL - KPM
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34809-keputusan-ke-program-matrikulasi-diumum-13-april
Sumber HD - 10-4-2015
PT3 tergesa-gesa, mana laporan pencapaian pelajar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mendesak supaya analisis keseluruhan pencapaian sulung Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mesti segera dilaporkan di Dewan Rakyat dan kepada umum.
Ini, katanya untuk penilaian awam sebelum pihak kerajaan melancarkan secara rasmi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 yang dijangka akan diadakan pada hujung Mac ini.
Menurutnya, sejak keputusan sulung Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) diumumkan pada 22 Disember 2014, Kementerian Pendidikan masih gagal mengemukakan laporan keseluruhan pencapaian 453,413 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.
Pihak Kementerian Pendidikan juga, ujar beliau tidak membuat pengumuman rasmi dan tidak memaklumkan analisis pencapaian para pelajar seperti mana yang lazim dilakukan untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kata Nasrudin Menteri Pendidikan Kedua telah mengakui terdapat pelbagai kelemahan dalam pelaksanaan PT3 tersebut.
Begitu juga, katanya maklum balas para guru, PIBG, ibu bapa dan para pelajar sendiri yang masih keliru dengan kaedah pentaksiran yang dilakukan.
"Kita akur bahawa PT3 sama sekali tidak boleh dibandingkan secara seimbang dengan orientasi PMR, namun pelaksanaannya pada tahun 2014 dilihat dijalankan secara tergesa-gesa setelah kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan PMR," ujarnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, antara isu-isu yang ditimbulkan ialah tahap keberkesanan teknik soalan berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, tahap kefahaman panduan penskoran oleh guru-guru, integriti para guru dan persediaan masa pelajar untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan baru PT3. - HARAKAHDAILY 14/
Sumber HD - 14-3-2015
EDUCATION WOEAS SHOULD NOT COME AS A SHOCK - ZAIRIL
YB ZAIRIL KHIR JOHARI - AP BUKIT BENDERA
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34335-education-woes-should-not-come-as-a-shock
Sumber HD - 14-3-2015
Pendidikan negara terbawah, apa Muhyiddin buat?
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, selaku Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan kerana gagal meningkatkan prestasi pendidikan negara dan bertindak segera selepas hasil penilaian Program Penilaian Pelajar Internasional (PISA) dikeluarkan lebih setahun lalu.
Beliau berkata, berdasarkan rekod menyedihkan sepanjang sepuluh tahun beliau bergelar Menteri Pendidikan, Muhyiddin seharusnya meletakkan jawatan.
“Ramai lagi rakyat yang mampu menjadi Menteri Pendidikan bagi memulakan usaha membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia kepada semua,” katanya dipetik Roketkini.
Masalah pendidikan negara di bawah pentadbiran Muhyiddin bukan hanya sekadar penurunan prestasi pelajar, malah tiga lagi masalah lain telah disebut dalam PISA dan kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).
Menurutnya, Malaysia tersekat di kedudukan sepertiga terbawah dari kalangan negara yang terlibat dalam penilaian antarabangsa dan tidak membuat sebarang peningkatan menuju tingkat sepertiga teratas dari kalangan negara-negara yang dinilai.
“Walaupun berada di kedudukan sepertiga terbawah, Malaysia sedang dipintas oleh negara-negara lain seperti Kazakhstan dan Thailand,” ujarnya.
Katanya lagi, keputusan yang paling tidak menyenangkan ialah bertambahnya jurang antara Malaysia dan negara-negara berprestasi cemerlang.
Tambahnya, ia berdasarkan kesenjangan dalam skor antara murid berumur 15 tahun di Malaysia berbanding rakan seusia di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai berdasarkan penilaian PISA sebelum ini.
“Berasaskan perbezaan 38 markah skala PISA, kesenjangan tersebut kian melebar ke tahap di mana seorang pelajar 15 tahun di Shanghai, Singapura dan Korea Selatan mendapat lebih empat ke lima tahun persekolahan berbanding rakan seusia di Malaysia,” ujarnya.
Kit Siang turut mengecam kenyataan Muhyiddin yang terkejut dengan prestasi hambar pelajar Malaysia dalam penilaian antarabangsa walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk memperbaiki sistem pendidikan.
“Hanya selepas 15 bulan menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, baru sekarang dia terkejut dengan prestasi menyedihkan anak-anak Malaysia, padahal hasil penilaian PISA telah diterbitkan 15 bulan lalu," katanya.
Ini, ujar Lim merupakan kali pertama Muhyiddin menyatakan rasa terkejutnya atau memberi ulasan terbuka mengenai hasil PISA 2012.
“Sepanjang 15 bulan lalu, apa dia lakukan? soal Kit Siang.
Sumber HD - 13-3-2015
SPM 2014: 12 sekolah Yik catat 100%
KOTA BHARU: Sebanyak 12 sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mencapai kelulusan 100 peratus pada peperiksaaan SPM 2014 yang diumumkan hari ini.
Sekolah berkenaan iaitu Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.
Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Maahad Muhammadi Tumpat, Maahad Pengajian Islam, Maahad Ar Rahmah Kenali, Maahad Muhammadi Pasir Mas, Maahad Syamsul Maarif (P) dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Rahmaniah Paloh.
Manakala seramai 32 pelajar Yik pula memperolehi keputusan A dalam semua mata pelajaran. Daripada jumlah itu dua pelajar memperolehi 12A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata empat pelajar mencatat keputusan cemerlang.
Ain Atiya Azmi Nazmi dari MMP memperolehi 11A (10A+,1A), Abdul Wafi Misbah memperolehi 11A (10+,1A-), Faqihah Yusof Maahad Syamsul Maarif Perempuan Pulai Chondong 12A (9A+, 3A) dan Ghazian Amin Mukhtar (12A) dari Maahad Muhammadi Tumpat.
Dr Fadzli berkata, seramai 4,828 pelajar sekolah Yik menduduki peperiksaan SPM tahun lepas dan 143 orang daripadanya memperolehi 9A hingga 12A.
“Daripada jumlah calon SPM seramai 4492 orang atau 93.04 peratus layak mendapat sijil. Keputusan keseluruhan merosot 0.4 peratus berbanding 2013.
“Penurunan itu kerana syarat baru persijilan mulai 2013 yang mewajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mendapat sijil,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/3/2015
Sumber HD - 3-3-2015
SPM 2014: 11,289 cemerlang semua mata pelajaran
PUTRAJAYA: Lebih 11,000 daripada 455,839 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.
Mereka merupakan 2.62 peratus atau 11,289 calon yang mendapat gred A+, A dan A-, berkurangan berbanding 13,970 yang memperoleh keputusan sama pada tahun 2013.
Beliau berkata penurunan itu antara lain disebabkan sikap calon yang sering meramalkan bentuk soalan pada setiap tahun adalah sama sehingga menyebabkan mereka mengulang kaji mengikut cara lama.
"Dulu boleh jangka (soalan), tapi mulai tahun lepas kita dah ubah (pengolahan soalan), soalan tetap sama, standard sama, cuma memerlukan cara pemikiran yang berbeza.
"Tapi bagi calon yang memberi tumpuan pada pelajaran dan ilmu, mereka tetap akan mendapat keputusan yang cemerlang," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2014 di sini hari ini.
Khair berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tahun lalu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran.
Menjelas lanjut mengenai 11,289 calon yang memperoleh keputusan cemerlang, beliau berkata sebanyak 9,438 adalah calon sekolah Kementerian Pendidikan, manakala 2,078 lagi calon selain daripada sekolah di bawah kementerian.
Katanya indeks yang diguna untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN) yang jika semakin kecil nilainya menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
"Indeks GPN tahun lalu adalah 5.08 berbanding 4.93 pada 2013 menurun sebanyak 0.15," katanya.
Khair berkata prestasi mata pelajaran pula diukur menggunakan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu nilai yang lebih kecil menunjukkan prestasi mata pelajaran yang lebih baik.
Katanya berdasarkan GPMP tahun 2014, sebanyak 28 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 43 menurun manakala dua lagi mengekalkan prestasi sama seperti sebelumnya.
"Bagi mata pelajaran teras, prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam meningkat sebanyak 0.14 GPMP iaitu 4.28 pada tahun 2014 berbanding 4.42 pada 2013.
"Prestasi bagi mata pelajaran teras yang lain iaitu Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Moral; Sejarah; Matematik dan Sains, menurun.
"Mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan penurunan tertinggi sebanyak 0.38 mata GPMP iaitu 4.70 pada tahun 2014 berbanding 4.32 pada 2013," katanya.
Khair berkata bagi mata pelajaran elektif pula, sebanyak 27 daripada 66 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi. - Bernama
Sumber HD - 3-3-2015
Mereka merupakan 2.62 peratus atau 11,289 calon yang mendapat gred A+, A dan A-, berkurangan berbanding 13,970 yang memperoleh keputusan sama pada tahun 2013.
Beliau berkata penurunan itu antara lain disebabkan sikap calon yang sering meramalkan bentuk soalan pada setiap tahun adalah sama sehingga menyebabkan mereka mengulang kaji mengikut cara lama.
"Dulu boleh jangka (soalan), tapi mulai tahun lepas kita dah ubah (pengolahan soalan), soalan tetap sama, standard sama, cuma memerlukan cara pemikiran yang berbeza.
"Tapi bagi calon yang memberi tumpuan pada pelajaran dan ilmu, mereka tetap akan mendapat keputusan yang cemerlang," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2014 di sini hari ini.
Khair berkata sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tahun lalu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran.
Menjelas lanjut mengenai 11,289 calon yang memperoleh keputusan cemerlang, beliau berkata sebanyak 9,438 adalah calon sekolah Kementerian Pendidikan, manakala 2,078 lagi calon selain daripada sekolah di bawah kementerian.
Katanya indeks yang diguna untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN) yang jika semakin kecil nilainya menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
"Indeks GPN tahun lalu adalah 5.08 berbanding 4.93 pada 2013 menurun sebanyak 0.15," katanya.
Khair berkata prestasi mata pelajaran pula diukur menggunakan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu nilai yang lebih kecil menunjukkan prestasi mata pelajaran yang lebih baik.
Katanya berdasarkan GPMP tahun 2014, sebanyak 28 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 43 menurun manakala dua lagi mengekalkan prestasi sama seperti sebelumnya.
"Bagi mata pelajaran teras, prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam meningkat sebanyak 0.14 GPMP iaitu 4.28 pada tahun 2014 berbanding 4.42 pada 2013.
"Prestasi bagi mata pelajaran teras yang lain iaitu Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Moral; Sejarah; Matematik dan Sains, menurun.
"Mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan penurunan tertinggi sebanyak 0.38 mata GPMP iaitu 4.70 pada tahun 2014 berbanding 4.32 pada 2013," katanya.
Khair berkata bagi mata pelajaran elektif pula, sebanyak 27 daripada 66 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi. - Bernama
Sumber HD - 3-3-2015
PENDIDIKAN NEGARA KENYATAAN MENTERI JADI BAHAN SINDIRAN - MPMS
http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/34056-pendidikan-negara-kenyataan-menteri-jadi-bahan-sindiran
Sumber HD - 26-2-2015
PENDIDIKAN MALAYSIA KENYATAAN MENTERI TIDAK BERASAS REALITI - PRESIDEN PMUM
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34031-pendidikan-malaysia-kenyataan-menteri-tidak-berasas-realiti
Sumber HD - 25-2-2015
KEPUTUSAN STPM 2014 DIUMUM 2 MAC - KPM
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34022-keputusan-stpm-2014-diumum-2-mac
Sumber HD - 24-2-2015
SYOR TAMBANG PERCUMA KEPADA PELAJAR - BASPEL
NORAIZAM ABDUL KADIR - PENGERUSI BASPEL
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33710-syor-tambang-percuma-kepada-pelajar-sekolah
Sumber HD - 7-2-2015
HUKUMAN ROTAN PERLU DIDIK,DISIPLINKAN PELAJAR - SUA NUTP
LOKE YIM PHENG - SUA NUTP
thttp://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33584-hukuman-rotan-perlu-didik-disiplinkan-pelajar-nutp
Sumber HD - 31-1-2015
STAM : MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN KELANTAN TERUS CEMERLANG
LENCANA MAAHAD MUHAMADI PEREMPUAN
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33568-stam-maahad-muhammadi-perempuan-kelantan-terus-cemerlang
Sumber HD - 30-1-2015
NISBAH PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA ANTARA TERTINGGI - IDRIS JUSOH
YB DATUK SERI IDRIS JUSOH - MENTERI PENGAJIAN TINGGI
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33543-nisbah-pelajar-antarabangsa-di-malaysia-antara-tertinggi
Sumber HD - 29-1-2015
SOLAT TAHAJUD : RESEPI PELAJAR CEMERLANG - SYAMIMI
MAAHAD TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI KG JAWA / SYAMIMI
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33536-solat-tahajud-resepi-pelajar-cemerlang
Sumber HD - 29-1-2015
Kualiti akademik harus jadi ukuran |
Posted on Wednesday, January 28 @ 14:09:36 MYT by paktam
Oleh Nurul Izzah Anwar HAK berpolitik merupakan salah satu daripada hak-hak peribadi setiap rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia. Sokongan terhadap parti-parti tertentu tidak seharusnya menjadi kayu ukur terhadap kebolehan seseorang itu untuk berkhidmat kepada negara. Yang wajar dijadikan kayu pengukur ialah mutu perkhidmatan diberikan (merit), bukannya kecenderungan ataupun kesetiaan politik.
Justeru, kita dikejutkan dengan laporan media alternatif berkait Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya yang telah tidak disambung perkhidmatannya, didakwa kerana tidak menyokong sesebuah parti politik.
Jika ia benar, ini bukti zahir wujud campur tangan politik dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia. Prof Syeikh Yusuf Al-Qardhawi mengingatkan bahawa perbezaan pendapat bukanlah sesuatu yang buruk, malah perbezaan itulah yang mendukung dan menyokong antara satu sama lain. Perkembangan idea-idea yang bernas tidak boleh disandarkan kepada sesebuah pihak sahaja. Kata-kata pujangga: “You have your way. I have my way. As for the right way, the correct way, and the only way, it does not exist.” Kata-kata ini menggambarkan bahawa kita tidak boleh sama sekali mengetepikan idea-idea yang mungkin berlainan daripada idea-idea kita sendiri. Sikap terbuka ini membuka ruang bagi kita menerokai dimensi-dimensi baharu, yang kita tidak mungkin terfikir tanpa bantuan daripada orang lain. Bayangkan sekiranya sehingga hari ini kita bersikap tertutup, dan tidak menerima telahan daripada sarjana seperti Aristotle atau pun Khalifah Abu Ja'far Abdullah al-Ma'mun ibn Harun, mungkin barangkali kita masih lagi berfikir bahawa dunia ini bukan sebuah sfera. Sudah tentu banyak inovasi moden yang kita nikmati pada hari ini tidak wujud. Perbezaan pendapat ini juga membuka ruang untuk kita menilai kekuatan atau kelemahan yang ada pada idea-idea kita sendiri. Pak-pak turut yang cuma tahu untuk mengangguk akan setiap tindak-tanduk pemimpin mereka akan gagal untuk memberikan gambaran sebenar akan kesesuaian sesebuah idea tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, Malaysia sedang mengalami masalah yang mana pasaran minyak sedunia semakin menurun, yang memberikan kesan mendalam terhadap ekonomi dan nilai Ringgit. Seharusnya, kerajaan memberikan peluang kepada pihak-pihak yang berkepentingan, terutamanya kepada badan legislatif terunggul iaitu Parlimen untuk membincangkan pemotongan terhadap belanjawan negara. Kita bimbang sekiranya pemotongan belanjawan ini akan melibatkan pemotongan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan, dalam masa sama belanjawan terhadap Jabatan Perdana Menteri langsung tidak diusik. Kita mesti ingat, kawan yang sebenar ialah kawan yang mengingatkan serta menegur kesilapan yang kita lakukan, bukannya yang hanya mengangguk, menunggu kemusnahan yang bakal berlaku. Justeru, demi masa depan negara yang lebih baik, kita mestilah meraikan perbezaan pendapat. Campur tangan politik demi kepentingan politik pemerintah perlu dihentikan dengan segera. Dalam kes Prof Dr Mohd Hamdi, aspek kecenderungan politik tidak boleh dijadikan alasan sama ada dikekalkan perkhidmatan beliau dalam universiti. Menurut laman web Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Hamdi telah menumpukan kehidupan profesional beliau dalam menggalakkan lagi bidang penyelidikan dan telah menjadi mentor kepada seramai 112 pelajar pascasiswazah dalam bidang mesin dan biomaterial. Kejayaan beliau yang terbesar ialah menubuhkan Centre of Advanced Manufacturing and Material Processing (AMMP Centre) pada 2003, yang telah berjaya membuat penyelidikan dari peringkat asas hingga ke peringkat pra-komersial, bernilai RM14 juta sehingga kini. Laman tersebut juga menyatakan Prof Dr Mohd Hamdi juga berjaya menjadikan fakulti kejuruteraan sebagai salah satu yang paling berjaya di Universiti Malaya, sewaktu bertugas sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan dari tahun 2009 hingga 2011. Jelas, sumbangan Prof Dr Mohd Hamdi ini amat bernilai kepada negara, dan seterusnya kepada rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang politik, bangsa ataupun agama. * Nurul Izzah Anwar ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Sumber DD - 28-1-2015 |
STAM : CALON LULUS SEMUA MATA PELAJARAN MENINGKAT - KETUA PENGARAH PELAJARAN
DATUK SERI DR KHIR MOHD YUSOF - KETUA PENGARAH PELAJARAN
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33515-stam-calon-lulus-semua-mata-pelajaran-meningkat
Sumber HD - 28-1-2015
PIBGN MINTA JANGAN POTONG WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN - PRESIDEN PIBGN
PROFESSOR MADYA DR MOHAMAD ALI HASSAN
http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33251-pibgn-minta-jangan-potong-wang-bantuan-persekolahan
Sumber HD - 14-1-2015
Penangguhan sesi persekolahan tidak perlu diganti - Muhyiddin
DUNGUN: Permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara yang ditangguhkan selama seminggu tidak perlu diganti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Ia tidak perlu diganti kerana ia masih dalam tempoh yang bersesuaian untuk persekolahan, bukannya cuti persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu kita terpaksa tangguhkan.
"Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau dan SK Kampung Nyior di sini hari ini.
Turut bersama dalam lawatan beliau ialah Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah serta Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah.
Dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin).
Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati 340 buah sekolah di tujuh buah negeri terlibat banjir atau yang terlibat sebagai Pusat Pemindahan Sementara.
"Ada juga sekolah-sekolah itu digunakan sebagai pusat penempatan mangsa banjir dan masih beroperasi. Banjir masih berlarutan, jadi sebahagian sekolah tidak dapat digunakan.
"Malah ada guru yang masih berada di kampung dan mereka tidak boleh pulang sekarang untuk mengajar. Justeru atas dasar-dasar ini, kita putuskan untuk tangguhkan sementara pembukaan sesi persekolahan waktu ini bagi membantu keluarga untuk pemulihan dan buat persiapan," katanya.
Muhyiddin turut mengarahkan KPM menyegerakan pengagihan bantuan awal persekolahan RM100, keutamaan kepada mangsa banjir seawal minggu depan.
Menurut Muhyiddin, pihaknya kini sedang meneliti prosedur bantuan awal persekolahan yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat kepada KPM berikutan bencana tersebut yang menyebabkan segala persiapan musnah atau rosak dihanyutkan banjir.
"Walaupun prosedur kewangan mengatakan kita boleh belanja pada awal 2015, tetapi dengan penangguhan ini, kita boleh laksanakan dan keutamaannya kepada mangsa di negeri-negeri terjejas banjir.
"Kita akan tangani sebaik mungkin selewat-lewatnya awal minggu depan atau satu hingga dua hari ini, cuma masalah sekarang, ada bank masih tutup dan kalau kita bagi cek pun ia mungkin tidak boleh ditunaikan (di sebahagian kawasan banjir)," katanya.
Muhyiddin turut meminta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk membuat taksiran mengenai kerugian harta benda dan kerosakan bangunan yang mungkin dialami ekoran bencana itu. - BERNAMA
Sumber HD - 29-12-2014

Permulaan sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu.
Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan demikian dalam satu kenyataan media, hari ini, seperti di bawah.
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

PT3: Ke mana selepas ini?
Antara sebab mengapa Penilaian Menengah Rendah (PMR) dihapuskan dan diganti dengan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah kerana desakan masyarakat agar pendekatan pendidikan kementerian dikaji semula.
PMR dilihat sebagai terlalu berteraskan peperiksaan lantas mengekang percambahan kemahiran berfikir dengan kreatif dan sikap proaktif di kalangan pelajar.
Namun begitu, apabila dilihat bagaimana PBS dan PT3 dilaksanakan di sekolah, saya kira masih ada banyak persoalan yang perlu kita jawab dengan jujur.
Masih lagi sebuah peperiksaan awam
Petikan perenggan ketiga ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Mac menyebut, “PBS adalah sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.”
Namun begitu, saya sedikit kesal apabila visi asal PBS yang wajar dipuji ini seperti sudah lari daripada landasan sebenar. Hakikatnya, PT3 yang merupakan komponen besar dalam PBS, masih lagi berfungsi sebagai peperiksaan awam serta turut memainkan peranan penting dalam mencorak pendekatan kita terhadap pendidikan.
Penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata PT3 akan menggantikan PMR sudah cukup membuktikan bahawa ia masih lagi sebuah peperiksaan awam, hanya dipakejkan dalam bungkusan berbeza.
Keputusan PT3 masih berfungsi untuk permohonan ke sekolah sains dan sekolah berasrama penuh di samping menempatkan pelajar mengikut pengkhususan subjek mereka di tingkatan 4. Ini menyebabkan pelajar akan tetap meletakkan prioriti terhadap PT3.
Apabila prioriti ini ada maka guru juga akan mengkaji format dan bentuk soalan untuk menyediakan pelajar terhadap teknik-teknik menjawab soalan. Perkara ini seterusnya akan membuatkan kita berada dalam pengulangan kitaran seperti PMR iaitu guru mengajar pelajar untuk peperiksaan.
Kecelaruan prioriti subjek
Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan fokus penilaian terhadap sesuatu subjek. Contohnya subjek Kemahiran Hidup, salah satu subjek teras PT3. Ketika PMR, pelajar dinilai berdasarkan 40% ujian bertulis dan kerja kursus sebanyak 60% markah. Melalui cara ini, pelajar turut dinilai berdasarkan penglibatan dan hasil kerja kursus mereka.
Walaubagaimanapun, dalam PT3, markah diambil seratus peratus daripada ujian bertulis manakala kerja kursus tidak memberikan kesan ke atas markah keseluruhan mereka. Pendekatan ini saya lihat sebagai bertentangan dengan prinsip penilaian berasaskan sekolah itu sendiri.
PBS dan PT3 = beban kerja bertambah
Dalam PBS, guru-guru masih perlu menyimpan data dan menyediakan fail PBS secara offline yang lengkap dengan pencapaian pelajar bagi setiap bab, markah mereka dan evidens. Hal ini hanya menambahkan lebih banyak kerja untuk guru. Apakah kepentingan diadakan fail untuk merekod pencapaian pelajar bagi setiap bab yang diajar?
Pada saya, salah satu sebab adalah untuk memudahkan pihak atasan menilai pengajaran menggunakan data tersebut. Namun dengan jumlah tugasan dan kerja yang sedia ada, penambahan tugasan seperti ini hanya membebankan para guru dan memalingkan masa serta tenaga mereka daripada tugasan sebenar iaitu mengajar.
PT3 adalah langkah pertama
Bagi saya, peperiksaan awam berpusat adalah satu cara yang berkesan untuk menilai pencapaian pelajar kita secara umum. Justeru, pada masa ini ia wajar dikekalkan. Apabila pelajar dihadapkan dengan PMR atau PT3, mereka akan lebih serius terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dari satu segi, kelebihan PT3 berbanding PMR terletak pada jenis soalannya yang menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan standard gred yang lebih tinggi. Namun begitu, usaha awal kementerian untuk berpaling ke arah penilaian berasaskan sekolah sebenarnya tidak begitu berjaya ekoran daripada besarnya pengaruh peperiksaan dalam PT3 itu sendiri.
Demi memenuhi hasrat asal PBS seperti yang disarankan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam petikan ucapannya di atas, saya menyarankan agar pihak kementerian mengambil kira cadangan-cadangan berikut sebagai langkah awal dalam merombak pendekatan pendidikan kita ke arah penilaian yang lebih berasaskan sekolah:-
Pecahkan peratusan markah subjek-subjek PT3. Pembahagian peratusan markah contohnya 60% daripada ujian bertulis dan 40% lagi diberikan hak kepada guru untuk mentaksir sama ada berdasarkan penglibatan pelajar di dalam kelas, kerja kursus, purata markah ujian bulanan, tugasan bulanan, eksperimen, pembentangan atau lain-lain cara yang sesuai. Lembaga Peperiksaan boleh memainkan peranan regulasi bagi memastikan keadilan penilaian guru.
Menghapuskan dokumentasi PBS yang rumit dan leceh. Untuk tujuan data, ujian bulanan boleh digunakan sebagai kayu ukur pencapaian dan buku serta kertas latihan pelajar pula sebagai evidens. Tiada keperluan signifikan untuk ditambah beban kerja guru dengan dokumentasi PBS.
Substance over form. Pelaksanaan projek seperti kerja kursus Sejarah dan Geografi boleh dipermudahkan sekiranya hal-hal seperti format pendokumentasian diberikan kelonggaran.
Sebaliknya pelajar wajar diberikan ruang bereksperimentasi dari segi penyampaian isi kandungan. Ini akan turut menggalakkan kreativiti dan sikap proaktif dalam pendidikan.
Skema jawapan yang lebih luas. Salah satu kebaikan soalan jenis KBAT adalah para pelajar perlu berfikir dengan sendiri. Namun begitu, antara kekangan yang dihadapi adalah jawapan pelajar perlu mempunyai kaitan dengan fakta di dalam buku teks. Ini adalah satu hal yang membingungkan dan kurang adil bagi pelajar sekiranya dia dapat menjawab mengikut logik namun jawapannya tidak tersenarai dalam skema.
PT3 sebagai tabir realiti
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menempuh PT3. Berbeza dengan PMR pada tahun-tahun yang sudah, gred PT3 kali ini telah membuktikan tahap pencapaian anda yang sebenar. Gred ini juga membuktikan bahawa apabila guru diberikan tanggungjawab menilai pelajar, majoriti akan melaksanakannya dengan adil lantas menerangkan perbezaan pencapaian PMR dan PT3.
Mungkin inilah kejayaan sebenar PT3 yang paling harus dikekalkan. Petanda yang menunjukkan bahawa kita tidak lagi mahu bersembunyi di sebalik manipulasi graf dan sugar-coated reports semata-mata untuk melihat yang indah-indah dalam pendidikan kita.
Warga Malaysia sudah bersedia menghadapi realiti pendidikan. Tahniah!
Sumber HD - 24-12-2014

Perlukah PT3 dikekalkan?
KUALA LUMPUR: Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan semalam menerima reaksi berbeza-beza daripada ibu bapa, pelajar ahli akademik dan masyarakat.
Pensyarah Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff, berpandangan banyak perkara yang perlu diambilkira daripada kecelaruan PT3 ini.
Bagi beliau rungutan ibu bapa tentang PT3 wajar diambil kira. Beliau mengulas isu ini di dalam facebook selepas membuat tinjauan ke sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi di samping merujuk maklumat beberapa keputusan sekolah berasrama penuh yang terkenal.
“Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir.
“Kata mereka, inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc, diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.
“Ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak oleh guru dari sekolah atau negeri lain. Mereka mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan lainnya.” Tulis beliau.
Prof Agus merujuk kepada keputusan SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi yang biasanya jumlah pelajar yang mendapat 8A melebihi seratus orang, namun kali ini hanya 8 orang sahaja yang mendapat 8A.
Beliau bersetuju bahawa PT3 berbentuk subjektif dan memerlukan pelajarnya lebih kreatif dalam berfikir, namun adakah cara ini membantu meningkatkan taraf pendidikan negara?
“Betul, soalan PT3 adalah berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar berfikir. Betul, soalan PT3 adalah bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tetapi pertanyaannya, apakah dengan KBAT ini, ia dapat membantu kita dalam menaikkan taraf pendidikan negara?
Oleh hal yang demikian, Prof Agus mencadangkan supaya suatu kaji selidik yang telus dilakukan dalam kalangan guru dan ibu bapa.
“Melihat kepada kecelaruannya, saya tidak fikir ia dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara kita. Jadi, apa tindakan seterusnya? Buatlah survei secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, dan ambillah cadangan dan pandangan mereka. Itulah yang terbaiknya.” Ulasnya lagi.
Pelajar ini merupakan kumpulan pertama yang mengambil PT3 sejak diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiga tahun lalu. – HARAKAHDAILY 23/12/2014

PT3: Lebih banyak air mata sedih daripada tangis gembira
KUALA LUMPUR: Hampir tidak ada ibu bapa yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan, semalam.
"Macam-macam rungutan dan rasa tidak puas hati dapat didengari mengenainya. Di sekolah, di rumah, di kedai kopi, berbual sesama rakan dan di media sosial, terhampar luas luahan rasa tidak puas hati mereka dengan PT3 ini," tulis Shahbudin Husin dalam blognya, semalam.
Menurutnya, simpati ibu bapa kepada anak-anak mereka mengenai beban kerja persekolahan sepanjang mengikuti pembelajaran PT3 sejak tiga tahun lalu bertambah lagi apabila keputusannya diumumkan semalam.
"Jika dulu mereka simpati dengan beban kerja yang terlampau banyak kepada anak-anak mereka sehingga ada yang mengigau-igau dalam tidur, kini ianya bertambah parah lagi kerana sistem yang dilaksanakan secara mengejut dan tergesa-gesa itu ternyata hanya lebih banyak menumpahkan air mata kesedihan berbanding tangisan kegembiraan," tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.
Hampir tidak ada ibu bapa yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan PT3 yang diumumkan hari ini. Macam-macam rungutan dan rasa tidak puas hati dapat didengari mengenainya.
Di sekolah, di rumah, di kedai kopi, berbual sesama rakan dan di media sosial, terhampar luas luahan rasa tidak puas hati mereka dengan PT3 ini.
Simpati ibu-bapa kepada anak-anak mereka mengenai beban kerja persekolahan sepanjang mengikuti pembelajaran PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 sejak tiga tahun lalu bertambah lagi hari ini apabila keputusannya diumumkan.
Jika dulu mereka simpati dengan beban kerja yang terlampau banyak kepada anak-anak mereka sehingga ada yang mengigau-igau dalam tidur, kini ianya bertambah parah lagi kerana sistem yang dilaksanakan secara mengejut dan tergesa-gesa itu ternyata hanya lebih banyak menumpahkan air mata kesedihan berbanding tangisan kegembiraan.
Ramai murid-murid yang kecewa dan menangis dengan keputusan yang mereka diterima. Mereka bukannya bersedih kerana gagal dan tidak memperolehi keputusan yang memuaskan tetapi berasa seperti diperbodohkan dan dijadikan bahan ujikaji semata-mata oleh Kementerian Pelajaran.
Mereka juga merasa seperti tidak berbaloi dengan usaha dan susah-payah melakukan kerja-kerja sekolah selama tiga tahun ini.
Ini kerana sebelum ini Kementerian Pelajaran mengatakan tiada peperiksaan akan diadakan tetapi pada Jun lalu tiba-tiba diumumkan ada pula peperiksaan akan dijalankan. Sudah tentu ini menyebabkan guru-guru menghadapi masalah kekangan masa menghabiskan semua sukatan pelajaran yang ada.
Selama dua tahun sebelum ini belajar tanpa berorientasikan peperiksaan bagaikan hanya membuang masa saja.
Lebih parah lagi, cara pembelajaran yang diterima murid semasa Tingkatan 1 dan 2 juga didapati berbeza dengan bentuk peperiksaan yang dihadapi. Ini menjadikan bukan saja guru-guru garu kepala, bahkan menyebabkan murid-murid lagi pusing kepala.
Tidak hairanlah keputusannya amat mengecewakan sekali, terutama dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Ramai yang gagal atau tidak mendapat keputusan memuaskan dalam ketiga-tiga subjek itu.
Tidak seperti selalunya, apabila sesuatu keputusan peperiksaan diumumkan di mana ramai murid yang bergembira dengan pencapaian mereka, tahun ini semuanya senyap dan sunyi. Tiada lagi tangisan kegembiran seperti selalunya.
Sekolah-sekolah yang sebelum ini mendapat keputusan cemerlang dan melahirkan ramai murid cemerlang dalam PMR turut memperolehi pencapaian yang buruk akibat PT3 ini. Sekolah-sekolah berasrama penuh turut menerima kesan yang sama. Banyak sekolah hari ini hanya dipenuhi kesedihan dan tangisan seolah-olah berlaku kematian atau malapetaka.
Dalam masa yang sama, ada sekolah yang terpaksa mengurangkan jumlah kelas Sains serta mengambil murid yang memperolehi gred D dalam subjek Sains dan Matematik untuk Tingkatan 4 pada tahun hadapan kerana kekurangan murid yang memperolehi keputusan cemerlang.
Ini tentunya memberi kesan kepada masa depan murid-murid tersebut bagi menghadapi SPM nanti. Ia juga memberi kesan kepada masa depan negara.
Sistem penilaian juga turut menjadi pertikaian di mana mereka yang mendapat F dikategorikan sebagai tidak mencapai tahap minimum sedangkan markah yang diperolehi adalah 39 peratus dan ke bawah. Ayat berlapik digunakan untuk mengaburi sedangkan mengikut gred PMR ada subjek yang memperolehi 25 peratus sudah dikira lulus.
Secara umumnya, PT3 yang dilaksanakan untuk menggantikan PMR adalah sistem yang gagal oleh Kementerian Pelajaran. Secara langsung ia juga menandakan kegagalan Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang memperkenalkan sistem pembelajaran baru ini.
Muhyiddin nampaknya seperti kebanyakan Menteri Pelajaran sebelum ini yang sentiasa terbelenggu dengan keinginan untuk memperkenalkan sistem pembelajaran baru semasa memegang jawatan itu tanpa memikirkan kesannya kepada guru dan murid-murid. PT3 ini juga difahamkan dirangka oleh sebuah konsultan luar negara, McKinskey & Co yang menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang turut diumumkan oleh Muhyiddin sebelum ini.
Setiap kali menteri bertukar tangan, setiap kali jugalah pelbagai sistem dan dasar baru cuba diperkenalkan. Namun semuanya dilakukan tanpa memikirkan kesannya kepada guru dan murid dan mereka seolah-olah bahan ujikaji semata-mata sedangkan sepatutnya dasar dan sistem sedia ada hanya perlu diperkemas dan ditambah baik sahaja.
Muhyiddin yang nampak gah melonjakkan namanya dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dengan imej kesungguhan terhadap masa depan parti dan Melayu serta berjaya menghalang Najib Razak daripada meneruskan pemansuhan Akta Hasutan 1948, kini sedang menjadi perbualan rakyat tentang kegagalannya sebagai Menteri Pelajaran.
Selain PT3 yang dianggap tanda kegagalannya sebagai pemimpin, Muhyiddin juga menjadi kecaman ramai mengenai keupayaan BestariNet yang turut dipertikaikan ramai guru dan murid-murid sedangkan projek itu menelan belanja yang tinggi.
Persoalannya, di mana Muhyiddin ketika ini? Jika sedang bercuti dan berehat di luar negara, pulanglah segera dan berikan penjelasan yang meyakinkan demi masa depan anak-anak bangsa kita.

Perkasa Bahasa Melayu: Umno ada?
PENGUMUMAN penubuhan Institut Darul Ehsan (IDE) yakni Program Penterjemahan Karya Antarabangsa yang dikawal selia Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dalam belanjawan kerajaan Selangor baru-baru amat saya hargai.
Saya percaya pengumuman ini amat bermakna bagi pejuang bahasa Melayu yang sejak sekian lama menyaksikan bahasa kebangsaan ini seperti melukut di tepi gantang sejak merdeka.
Harapan kepada Umno untuk mendaulatkan bahasa Melayu dalam segenap sektor hanya tinggal harapan, malah makin malap sejak perginya Tun Abdul Razak. Bukan itu sahaja, Umno dengan segala upayanya telah memartabatkan bahasa Inggeris melalui sistem pendidikan dengan pengenalan beberapa dasar yang membunuh bahasa Melayu secara perlahan-lahan – PPSMI, MUET dan pelbagai lagi.
Institut Terjemahan Negara pula tidak diperkasakan melalui penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu dalam sektor awam mahupun swasta. Maka jadilah institut ini, bagai hidup segan mati tak mahu.
Di universiti pula pelbagai langkah mengundur ke belakang apabila bahasa Melayu tidak lagi menjadi teras pengajaran ilmu sains dan teknologi.
Saya amat berharap, Selangor memulakan suatu langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui usaha-usaha terjemahan buku-buku ilmiah.
Lihatlah bagaimana Rusia, Jepun, Korea, Perancis, China, Jerman dan lain-lain yang sudah menghantar manusia ke angkasa atau menguasai teknologi dunia melalui bahasa ibunda. Rakyat mereka tidak perlu belajar bahasa Inggeris sejak tadika hanya semata-mata atas alasan ingin maju.
Mereka maju melalui ilmu yang ditulis dalam bahasa mereka sendiri. Lihatlah sejarah silam apabila ribuan kitab dalam bahasa Arab diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain seperti Inggeris, Jerman dan Perancis – dan kini mereka menguasai dunia.
Tidak perlulah bangsa Inggeris, Jerman atau Perancis dipaksa belajar bahasa Arab sejak tadika semata-mata mahu maju seperti tamadun Arab Islam.
Saya berharap usaha kerajaan Selangor ini berterusan dan dipergiatkan lagi supaya generasi akan datang memahami dan memilik ilmu teknologi melalui bahasa kebangsaannya. Di samping usaha menterjemah, melalui kuasa yang ada, kerajaan negeri juga hendaklah mewajibkan segenap sektor di bawahnya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
Bahasa jiwa bangsa! - HARAKAHDAILY 27/11/2014
Sumber HD - 27-11-2014

Hapus jawi, kemalangan besar timpa orang Melayu
KOTA BHARU: Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan pemansuhan tulisan jawi pada 1960-an menyebabkan semakin ramai orang Melayu tidak mampu membaca tulisan jawi.
Kesannya, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) majalah Pengasuh yang diterbit sejak 1918 dalam tulisan jawi tidak popular berbanding majalah lain.
“Inilah kemalangan yang besar menimpa tamadun orang Melayu apabila tulisan jawi dimansuhkan Menteri Pelajaran ketika itu.
“Pemansuhan itu menyebabkan beberapa majalah yang diterbit dalam tulisan jawi seperti Pengasuh dan Dian terjejas di pasaran.
“Kalau diambil kira dalam aspek perniagaan mereka boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana memansuhkan tulisan jawi,” katanya ketika membentang kertas kerja pada Wacana Majalah Pengasuh di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Wacana itu diajur Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Kelantan (Maik) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Dua lagi kertas kerja dibentang Zaidi Hassan dari Perpustakaan Islam Dar Nur al-Zahra' dan Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid.
Hadir sama Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Serpuddin Mohamad, mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaffar.
Dr Mahmood Zuhdi berkata, tulisan jawi dimartabatkan semula pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan mewujudkan pengajian Jawi, al Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) di sekolah-sekolah rendah.
“Sejak J-QAF diperkenalkan semakin ramai pelajar yang boleh membaca dan menulis tulisan jawi. Bagaimanapun selepas Pak Lah tidak lagi menjadi ketua kerajaan, J-QAF tidak lagi berkembang sehingga ke peringkat sekolah menengah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

UPSR: 36,304 dapat semua A, pencapaian menurun
KUALA LUMPUR: Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun sebanyak 0.02 Gred Purata Nasional (GPN) daripada tahun 2013.
GPN pada tahun 2013 ialah 2.27 mata manakala GPN tahun ini 2.29 mata. Nilai GPN lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof semasa mengumumkan analisis keputusan UPSR di kementerian itu di PUTRAJAYA pada Rabu, berkata calon yang mendapat keputusan cemerlang semua gred A tahun ini ialah sebanyak 36,304 orang.
Jumlah itu ialah 7.89 peratus daripada 460,407 calon yang menduduki peperiksaan.
Pencapaian itu juga menurun sebanyak 1.26 peratus berbanding 2013 yang mencatatkan 42,646 calon mendapat keputusan cemerlang semua gred A, katanya.
Di SARAWAK, sebanyak 1,862 calon berjaya mencapai keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki mereka, menurun 0.08, peratus berbanding 1,916 orang pada tahun lepas.
Pengarah Pendidikan Negeri Serina Sauni berkata jumlah sekolah mencatat pencapaian 100 peratus kelulusan bagaimanapun meningkat kepada 116 buah sekolah berbanding 84 buah sekolah tahun lepas.
Sementara itu, di TERENGGANU, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Mohammed Embong berkata pencapaian GPN negeri meningkat sebanyak 0.06 mata iaitu 2.14 berbanding 2.20 pada tahun 2013, dan jumlah ini mengatasi pencapaian peringkat nasional sebanyak 2.29.
Bagaimanapun jumlah pelajar mencapai keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.90 peratus atau 476 calon berbanding tahun lepas.
Tahun ini hanya 2,563 pelajar daripada 21,099 iaitu 12.10 peratus yang berjaya memperolehi semua A berbanding 3,039 pelajar tahun lepas, katanya semasa mengumumkan analisis keputusan UPSR negeri itu di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu di Kuala Terengganu. - Bernama
Sumber HD - 26-11-2014

Prestasi murid Malaysia makin merosot
KOTA BHARU: Indeks pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid di negara ini merosot berbeza dengan pencapaian pelajar di negara-negara lain.
Indeks itu berdasar kepada Programme For International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematic and Science Study (TIMSS).
Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dari Institut Pemikiran Islam dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC) berkata prestasi murid di Malaysia meningkat beberapa dekad lalu, namun sekarang pencapaian itu menghadapi risiko secara relatif dan mutlak.
“Sedangkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan cepat dan mampu mengekalkan momentum itu secara berterusan.
“Sebaliknya pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot,” katanya pada Himpunan Pendidik Islam 2014 di Balai Islam semalam.
Beliau membentang kertas kerja “Beberapa isu dan cabaran umat Islam masa kini” pada program tersebut yang dianjur kerajaan negeri dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik).
Dr Mohd Kamal berkata, prestasi murid Malaysia menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa bagi subjek Matematik dan Sains.
Menurutnya lebih kritikal lagi murid di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam kedua-dua subjek tersebut.
“Berlaku penurunan berkali ganda iaitu daripada 35 peratus kepada 7 peratus bagi matematik, manakala sains merosot kepada 13 peratus berbanding 38 peratus,” ujarnya.
Data tersebut mencatat perbandingan ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS pada 1999 dan 2011.
Begitu juga bagi keputusan PISA pada 2009 menunjukkan Malaysia berada dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta.
Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam matematik.
Manakala 44 peratus pelajar dalam kategori bacaan dan 43 peratus dalam sains.
PISA bertujuan menilai kecekapan murid berumur 15 tahun dalam bacaan, matematik dan sains.
Malaysia berada di kedudukan 54 bagi pencapaian PISA 2009 kategori bacaan iaitu di bawah Thailand di tempat ke-52 dan Chile ke-43.
Kategori matematik pula Malaysia di tangga 57 berbanding Thailand (52) dan Israel (42).
Manakala kategori sains Malaysia berada di kedudukan 52, Thailand (51) dan Malta (41).
Dr Mohd Kamal juga berkata, falsafah ilmu yang diajar tanpa ada unsur ketuhanan dilihatnya sebagai suatu kekufuran dibiarkan berlaku. - HARAKAHDAILY 16/11/2014
Sumber HD - 16-11-2014

No comments:
Post a Comment