Proksi Amerika di Malaysia Akhirnya Diketahui Mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil yang diadakan pada 27 April 2014 lalu. Antara pertubuhan yang terpilih adalah Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM. Selain itu, turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian, Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM), manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam. SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini. CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango. Ketua Comango, Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu, Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS. Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS. Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO. Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka. Tahun ini. Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini, dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH. Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons. Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik. Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Bila dilihat kembali, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah. Dan macam-macam lagi. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini. Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan jika Obama sendiri tanpa ragu, boleh bersemuka menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh. Bahasa lebih tepat, mereka juga adalah proksi Amerika Syarikat seperti UMNO, Barisan Nasional dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia. Sumber LINK Sumber TKO - 9-12-2015
KECUALI beberapa orang yang kurang siuman, rasanya rata-rata orang kita – tanpa mengira kaum dan agama – tidak bersetuju seks sama sejenis. Islam menentang, agama-agama lain pun tidak menyokong amalan ini. Waimma haiwan pun tidak pernah melakukan amalan ini. Sebodoh-bodoh lembu, dan segarang-garang singa pun tidak sanggup berasmara sesama jantina. Perihal ada negara lain mengiktiraf LGBT, konon atas alasan hak asasi, itu dia orang punya fasal. Tetapi mereka tidak boleh mencampuri dan cuba mempengaruhi suara berdaulat kita supaya menyokong amalan seks songsang itu. Hatta sekiranya yang cuba masuk campur itu adalah pemimpin negara paling berkuasa di planet bumi, termasuk Presiden Barack Obama. Tetapi jangan sekali-sekali beliau mencadangkan supaya kita menghormati hak kumpulan seks sejenis. Beliau mungkin orang paling berkuasa dan ditakuti seluruh dunia. Namun beliau tidak boleh memaksa orang mengikut telunjuknya dalam hal seks songsang. Malang sekali Sabtu lalu ketika berada di KL, Presiden Amerika Syarikat itu dilaporkan berkata, negara patut menghormati hak lesbian, gay, biseksual dan transgender sebagai hak asasi. Katanya, seperti yang dilaporkan media, polisi kerajaan mengenai perkahwinan juga perlu adil kepada semua pihak termasuk perkahwinan sejenis. Nampak sangat Obama tidak prihatin terhadap sensitiviti orang kita. Atau, boleh jadi beliau faham tetapi sengaja hendak menguji dan mencabar kesabaran kita. Sikap kurang ajar dan keangkuhan inilah menyebabkan kemarahan sesetengah orang kita. Tidak ramai yang berani menegur sikap biadab seperti itu. Kerajaan tidak berkata apa-apa, agaknya bagi mereka kenyataan pemimpin No.1 dunia tidak ada kesan negatif. Boleh jadi juga kita rasa amat terhutang budi kepada negara Epal Besar itu. Atau mungkin kita ingin terus meminta budi dari AS. Jadi apa yang dikatakan oleh pemimpinnya kita tidak berani membidas. Hatta sekian banyak NGO yang selama ini mengaku pejuang bangsa dan penegak agama pun membisu seribu bahasa terhadap celopar dan loklak Sang Presiden. Tidak ada yang mengangkat bendera, tidak ada yang berarak di Dataran Merdeka. Maka saya tabik spring dan angkat topi kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang berani dan tegas menyatakan bantahan terhadap presiden besar yang selalu digambarkan sebagai polis dunia itu. Presiden NGO berkenaan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar membidas tindakan pemimpin dan tetamu asing itu dan menyifatkan kenyataan berkenaan kurang sopan. Beliau menuntut Obama menarik balik kenyataan tersebut. Dalam surat kepada Joseph Y. Yun, Duta Besar AS di KL, Zainul menegaskan negara ini konsisten menolak LGBT. Kata beliau: “Kami mengambil maklum keputusan Mahkamah Agung AS yang membenarkan perkahwinan sejenis. Namun, keputusan itu tidak boleh terpakai untuk negara berdaulat lain seperti Malaysia yang mendukung nilai-nilai moral teras yang berbeza.” PPMM mahu Obama meminta maaf kepada Malaysia. Kalau Obama jenis insan prihatin dan tahu mengambil hati kawan, beliau mungkin menarik balik kenyataan tersebut. Kalau beliau ada sifat rendah diri dan sedar akan keterlanjuran itu, mungkin beliau – melalui pejabat kedutaan – akan mengeluarkan pernyataan maaf kepada rakyat Malaysia. Harap-harap sehari dua ini beliau memohon maaf. Tetapi rasanya beliau bukan jenis manusia yang sedia memohon maaf, walaupun atas kesalahan dan keterlanjuran yang lebih besar. Almaklumlah, baginya kita terlalu kerdil, maka kitalah yang perlu selalu melutut kepadanya! Lagi pun Obama bukan pemimpin AS pertama yang berlaku biadab ketika berada di negara kita. Tentu semua masih ingat satu ketika dulu Naib Presiden AS, Al Gore, datang ke KL untuk satu acara rasmi kerajaan. Pada satu majlis beliau terang-terang mengangkat tangan sambil memekik ‘reformasi!’ pada hal ketika itu seluruh negara sedang bergelut menentang reformasi. Al Gore secara sedar menghina kedaulatan kita, terus meninggalkan majlis, dan sampai sekarang tidak pernah memohon maaf. Dia tidak kisah pun sensitiviti majoriti rakyat. Itulah gaya orang besar. Angkuh. Lebih sedekad lalu Al Gore datang menghina kita dengan jeritan reformasi. Beberapa hari lalu Obama datang mempertahankan LGBT. Dan, kita seperti tidak bergigi! - SH Sumber TKO - 26-11-2015 Obama datang Malaysia untuk kata hormati LGBT? Posted on Tuesday, November 24 @ 13:09:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
"Assalamualaikum,,
Inilah hakikatnya, Preseiden Amerika sedar Umno sebagai pemerintah tidak membenarkan LGBT diiktiraf oleh undang undang dan tidak diizinkan mempunyai kehidupan mereka sendiri.Setidak tidaknya Islam masih bernafas dengan tindakan Umno ini tetapi Obama hadir untuk menyampaikan mesej agar kerajaan mengubah dasar terhadap LGBT, dasar yang sudah dipersetujui oleh DAP dan semacam diikuti oleh PKR cuma sehingga kini DAP dan PKR bukan pemerintah, pemerintahnya tetap Umno yang menolak LGBT.Ancaman bagaimanapun sedang hadir disekeliling kita, lantas apa tindakan kita, umat Islam?
Kita kena akui bahawa sejak bersama PR lagi, DAP dan PKR setuju dengan LGBT.Kita umat Islam seharusnya sedar dengan bahaya munculnya satu komoniti baru dalam negara yang bertenggek atas nama LGBT sekiranya undang undang meluluskan kehadiran LGBT.Kita juga harus faham bahawa PH yang diujudkan sekarang tidak menjadikan agenda perjuangannya untuk menentang LGBT sebalik ianya setuju dengan Obama.
Lantaran itu menjadi tugas setiap umat Islam memastikan LGBT tidak muncul dalam negara kita dengan cara yang jelas, ia itu, tolak PH dan perjuangannya.Selebihnya, setiap seorang dari kita haruslah "tepuk dada, tanya iman"
Sumber TKO - 24-11-2015
Legalisasi perkahwinan sejenis: Tewasnya sebuah norma kemanusiaan |
Posted on Friday, July 03 @ 16:32:20 MYT by paktam
Baru-baru ini hangat dengan perdebatan "perkahwinan sejenis" selepas pihak Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat bertindak mengiktiraf perjuangan golongan terbabit. Situasi yang berlaku di negara Uncle Sam itu agak signifikan ekoran kedudukan pengaruhnya di pentas global jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Sebelumnya, tanpa kebanyakan dari masyarakat kita sedari, hal sedemikian juga turut berlaku di beberapa negara yang mana wujud segolongan pihak yang aktif mempromosikan perkahwinan sejenis itu agar mendapat keabsahan dari sudut undang-undang negara masing-masing. Antaranya adalah negara tempat kakak saya menuntut ilmu iaitu Ireland. Saya berminat untuk berkomentar mengenai Ireland kerana ianya lebih dekat dengan saya memandangkan banyak khabar semasa yang saya dengar dari kakak saya yang belajar di sana. Pada Mei lalu, Ireland mengadakan referendum samaada untuk mengiktiraf atau menolak perkahwinan sesama jenis. Lebih 60% rakyatnya mengundi "Ya", sekaligus menyaksikan negara itu bakal mengiktiraf sebuah perkahwinan yang bertentangan dengan fitrah dan normal manusia majoritinya. Kemenangan disifatkan monumental ini turut memperlihatkan dominasi mutlak pihak yang pro "same sex marriage" apabila lebih 70% penduduk bandar dan lebih 50% penduduk luar bandar turut mengundi "Ya". Meskipun majoriti masyarakat Ireland menganuti agama Kristian berfahaman Katolik yang terkenal keras menolak hubungan sesama jantina, namun ianya gagal memberi impak kepada kebanyakan golongan muda. Ireland menurut sejarahnya pernah melarang perkahwinan sejenis dan dianggap sebagai kesalahan jenayah sehingga 1993. Dogma tersebut hari demi hari berubah apabila negara itu diresapi dengan pandangan-pandangan cara hidup sekular dan liberal termasuk dalam kalangan parti-parti politik disana. Disitu petanda kekalahan pihak gereja kepada gerakan-gerakan politik dan NGO hak asasi manusia didalam mencipta pengaruh terutama dikalangan anak muda yang menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan "perkahwinan sejenis" dalam referendum terbabit. Begitu juga hal yang berlaku dengan Amerika Syarikat. Satu ketika Amerika pernah dilihat hampir mustahil untuk menghalalkan homoseksual ekoran kuatnya pegangan konservatif. Sekitar tahun 50-an, di bawah Presiden David Eisenhower, pegawai kerajaan yang didapati mengamalkan homoseksual akan dipecat, menggambarkan begitu konservatifnya pegangan masyarakat Amerika satu ketika dahulu. Namun, segala-galanya berubah apabila pola fikir cara sekular dan liberal mula menebal ke dalam minda masyarakat mereka. Lebih-lebih lagi, selepas wujudnya pandangan dalam ilmu psikologi, kecenderungan seks sesama jantina itu adalah merupakan salah satu penyakit mental. Maka, bermulalah gerakan-gerakan yang memperjuangkan hak-hak komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual). Menurut para pengkaji, gerakan-gerakan ini pada awalnya mula membina pengaruh dengan meniru cara gerakan bawah tanah seperti komunis. Kemudian mereka bergerak dengan agak radikal menerusi kumpulan "Gay is Good" yang mengheret kepada terjadinya beberapa peristiwa seperti tragedi Stonewall, yang mengorbankan aktivis gay akibat kekerasan pihak polis. Semenjak itu, kumpulan-kumpulan ini mendapat simpati sebilangan masyarakat sekaligus menjadikan mereka semakin berani berkempen menggunakan berbagai media sehingga mampu meraih sokongan lebih ramai pihak. Hasilnya, seperti apa yang berlaku baru-baru ini apabila akhirnya perkahwinan sejenis berjaya dilegalisasikan. Kemenangan mereka ini saya sifatkan sebagai kekalahan kepada nilai norma kemanusiaan. Kekalahan cara hidup normal manakala kemenangan kepada cara hidup tidak normal. Hal ini ekoran perkahwinan sesama jantina ini berlawanan dengan sifat fitrah majoriti manusia. Selain mereka hanyalah minoriti, apa yang lebih menghairankan majoriti manusia yang berlawanan dengan sifat mereka itu boleh bersetuju pula? Kemudian timbul pula tanggapan "mental disorder" kepada golongan sebegini. Seandainya, ia benar-benar sebuah penyakit maka bagaimanakah kaedah rawatannya? Apakah dengan mengiktiraf kehendak nafsu mereka maka itu satu kaedah penyembuhan ke atas "sakit" yang dialami mereka? Manakala mereka yang cenderung kepada seks sesama jantina lebih rela dianggap "orang gila" asalkan kehendak hawa nafsu mereka dipenuhi? Bukankah gelaran "orang gila" itu satu penghinaan? Di samping itu, di manakah rasionalnya untuk perkahwinan golongan ini mendapat pengiktirafan seandainya ia tidak memenuhi sifat berumahtangga itu sendiri iaitu untuk mendapatkan zuriat? Dan bukankah ia boleh dianggap sebagai sebuah penafian kepada hak kelahiran bayi (child's birthright)? Memandangkan tiada bukti perubatan, perkahwinan sejenis mampu mendatangkan zuriat. Tidakkah kehidupan manusia satu hari nanti bakal tidak seimbang? Justeru itu, pakar perubatan dan psikologi perlu merungkai dengan lebih terperinci permasalahan yang dialami mereka ini. Saya berasa simpati kepada golongan yang mempunyai kecenderungan seks sesama jantina ini. Saya rasa mereka memerlukan bimbingan dan rawatan sekiranya mereka benar-benar pesakit mental. Dalam konteks Malaysia pula, gerakan-gerakan Islam tidak seharusnya memandang remeh situasi yang berlaku di Amerika dan Ireland itu. Apatahlagi, pelajar Malaysia yang menuntut di Dublin satu ketika pernah dikaitkan dengan kontroversi perkahwinan sejenis. Justeru, sebagai Muslim yang bercita-cita untuk melihat nilai-nilai Islam dimartabatkan maka kita harus bersedia untuk mendepani cabaran pemikiran baru ini. Walaupun setakat ini tiada lagi negara Islam yang membenarkan perkahwinan sejenis, namun kita perlu lebih berhati-hati kerana isu LGBT ini kelihatan sudah mula berjinak-jinak untuk diketengahkan dalam negara kita. Suka untuk saya memetik kata-kata salah seorang pejuang gay yang ternama di Ireland iaitu Senator David Norris, kata beliau "this is a big placard from the people of Ireland to the rest of the world saying this is the way forward". Kata-kata beliau ini boleh kita anggap sebagai peringatan terhadap masyarakat dunia termasuk Malaysia. Untuk mengelak daripada isu ini menjadi mainstream dalam negara kita, maka kita perlu segera menyaingi kumpulan yang memperjuangkan perkahwinan sejenis ini. Kita perlu mendekati golongan yang cenderung kepada seks sesama jantina ini dengan memahami fitrah mereka, menyantuni mereka, membantu mereka serta membimbing mereka dengan nilai-nilai agama. Sebarkan salam kepada mereka serta berikan harapan, semangat dan dorongan untuk mereka agar berubah. Pertontonkan akhlak Islam yang menjunjung nilai-nilai murni didalam dakwah, bukannya malah memerli, merendah-rendahkan dan memulau mereka. Dengan menjadikan bekas-bekas LGBT yang sudah bertaubat sebagai ikon dan contoh dilihat sebagai strategi terbaik untuk berdakwah kepada mereka yang masih bergelumang dengannya. Sentuhan dakwah mereka yang pernah mempunyai pengalaman bergelumang dengan LGBT mungkin akan lebih memberi kesan kepada golongan ini. Itupun jika kita sungguh-sungguh mahukan kemenangan dipihak kita! Sumber DD - 3-7-2015 |
N Sembilan akan rayu isu lelaki berpakaian wanita
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengemukakan rayuan terhadap dua aspek perundangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengenai hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dua perkara itu ialah merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes itu, dan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang diputuskan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan pada 7 Nov lepas membenarkan rayuan yang dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30; untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender dari segi perubatan.
"Jadi dua perkara yang kita akan merayu ialah mengenai keputusan hukuman itu dan jika tidak ditangani dengan baik, ia akan membawa satu keadaan yang akan terjadi sesuatu yang amat tidak baik kepada kesucian agama Islam di negara.
"Bagi Seksyen 66, kita akan pastikan ia tidak dibatalkan seperti mana yang diputuskan dalam penghakiman rayuan itu," kata Mohamad.
Menurut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, Seksyen 66: Lelaki berlagak seperti perempuan, menyatakan mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan negeri sedang berbincang dengan peguam untuk meneliti fakta kes itu sebelum mengemukakan rayuan, yang dijangka difailkan sebelum 6 Dis ini.
"Itu sebabnya kita berhati-hati dan perlu melihat dari segenap segi sebelum kita memfailkan rayuan. Kita mahu memfailkan satu kes yang kuat," katanya.
Mohamad berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan namun berpendapat kes ini perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan. - Bernama
Sumber HD - 29-11-2014

JFS tentang usaha pulihkan golongan mak nyah
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan tetap meneruskan usaha untuk mengembalikan golongan mak nyah kepada fitrah asal mereka menerusi Program Mukhayyam walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak.
Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM Zakuan Sawai berkata Program Mukhayyam secara tidak langsung berjaya menginsafkan peserta malah ada dalam kalangan mak nyah ingin kembali ke pangkal jalan.
"Ada mak nyah yang telah menukar jantina melalui pembedahan dan telah insaf datang meminta bimbingan secara berterusan dari JAKIM," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jelas beliau, Program Mukhayyam ini tidak menjanjikan golongan mak nyah untuk kembali menjadi lelaki sejati secara mendadak, namun JAKIM berusaha mencegah mereka daripada melakukan maksiat.
Beliau berkata demikian sebagai menangkis kenyataan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Justice for Sisters' (JFS) dan segelintir golongan mak nyah dalam laporan sebuah portal berita online berbahasa Inggeris pada Ahad yang antara lain mendakwa Program Mukhayyam mempunyai agenda tersembunyi dan 'berbahaya'.
Menurut Zakuan, JFS yang hanya terdiri daripada 13 ahli jawatankuasa dan kebanyakan bukan Islam tidak memahami usaha murni JAKIM itu.
Katanya, anggota JFS yang kebanyakan merupakan golongan profesional seperti doktor dan peguam turut mempengaruhi golongan mak nyah supaya tidak kembali ke pangkal jalan.
JFS turut mendakwa, selain tidak mewajibkan solat berjemaah dalam jadual program, para peserta juga dipaksa memakai pakaian lelaki ketika mendirikan solat.
Menjelas lanjut perkara berkenaan, Zakuan berkata pihaknya tidak memaksa peserta untuk bersolat secara jemaah sebaliknya mereka melakukannya secara rela hati dan memilih imam dalam kalangan mereka serta dengan sendirinya memakai pakaian lelaki ketika solat.
"Kami amat terharu dengan perkara yang dilakukan peserta ini, mujur mereka tidak memakai telekung, bayangkan jika suatu hari nanti, ada lelaki memakai telekung dan bersembahyang bersama jemaah perempuan," katanya.
"Malahan kebanyakan peserta yang mengikuti program ini berasa tidak selesa dengan kehadiran aktivis berkenaan kerana selalu menghasut mereka.
"Selain itu, para peserta juga memberi sokongan dan kata semangat kepada kami (JAKIM) untuk menghadapi karenah mereka (aktivis transgender)," katanya sekali gus menangkis tohmahan yang dilemparkan aktivis transgender terhadap program murni berkenaan.
Dalam pada itu, Zakuan menyeru aktivis transgender seperti JFS untuk tampil berbincang secara baik dengan JAKIM bagi merungkai permasalahan ini.
Program Mukhayyam berbentuk perkhemahan tiga hari dua malam ini telah dimulakan pada awal 2011 dengan kerjasama JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri yang sehingga kini berjaya menarik sebanyak 500 peserta.
Selain pengisian program keagamaan yang memberi kesedaran dan muhasabah diri, Program Mukhayyam juga memberi peluang kepada peserta melakukan aktiviti lasak seperti 'flying fox', sukan bola sepak dan sepak takraw. - BERNAMA
Sumber HD - 25-11-2014

Alasan penghakiman buka jalan perkahwinan sejenis
KUALA LUMPUR: Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.
Tun Abdul Hamid berkata alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.
"Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.
"Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.
"Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.
"Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu," katanya.
Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.
"Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan," katanya.
Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.
"Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku," kata beliau.
Abdul Hamid berkata setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia 'undang-undang jenayah' yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).
Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pada 7 Nov lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).
Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Hakim Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.
"Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu-perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat," kata Hakim Mohd Hishamudin. - Bernama
Sumber HD - 12-11-2014

No comments:
Post a Comment