http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30576 SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan perundangan sekiranya portal Malaysiakini enggan membuat permohonan maaf terhadap satu laporan berita yang didakwanya sebagai palsu.
Ia merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk "Saya Diupah Untuk Baca Teks Oleh Chegubard" pada 9 Jun lalu kononnya pengaturcaraan komputer sambilan, Azharuddin Othman diupah oleh Badrul untuk membaca Akuan Bersumpah (SD) membabitkan penipuan Deklarasi Rakyat.
"Saya dengan ini memohon pertimbangan Malaysiakini untuk dalam tempoh 48 jam agar dapat (pertama) menarik semula posting berita yang dimaksudkan (menarik bermaksud memadam sepenuhnya)dan (kedua) menulis posting berita baru dengan tajuk Malaysiakini “Ternyata SD kedua palsu : permohonan maaf kepada Azharuddin dan che’GuBard”
"Permohonan ini rasanya sangat tidak melampau dengan mengambil kira kesan laporan dengan tajuk dan berita awal yang disifatkan jahat dan tidak bertanggungjawab.
"Saya dalam pertimbangan cadangan untuk laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan tindakan undang – undang, saya sangat berharap pihak Malaysiakini dapat membantu saya untuk tidak meneruskan pertimbangan tersebut," katanya dalam surat terbukanya, hari ini.
Azharuddin, sebelum ini mencetuskan kekalutan apabila didakwa membuat pusingan-U kononnya dirinya hanya membaca skrip yang ditulis Badrul, atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
Beliau bagaimanapun menafikan fitnah tersebut.
Terdahulu menerusi SD pertama, Azharuddin mendakwa beliau dihubungi seseorang yang dikenali sebagai Ratu Naga menawarkan khidmat untuk membeli pangkalan data (database) rakyat Malaysia bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk projek Deklarasi Rakyat sebelum dipersembah kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).
Beliau kemudiannya menjual sejumlah 900,000 nama selepas bersetuju dengan bayaran yang ditawarkan Ratu Naga iaitu sebanyak RM5000.
Bagaimanapun Azharuddin ditipu apabila hanya mendapat bayaran hanya RM1,000, namun kemudiannya dinafikan Ratu Naga berkenaan pembayaran itu.
Dalam surat terbukanya juga, Chegubard menyatakan rasa kesalnya dengan tindakan wartawan Malaysiakini yang tidak membetulkan keseluruhan fakta dalam laporannya, walaupun telah dihubungi sebanyak tiga kali supaya berbuat demikian.
Wartawan berkenaan hanya meletak nota kaki dalam penghujung laporan itu pada kali ketiga dihubungi Chegubard, tanpa membuat satu penjelasan berhubung laporan tersebut.
Bukan itu sahaja, menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau itu, Malaysiakini sekali lagi memfitnahnya kononnya beliau panik dan segera menamatkan sidang media menafikan SD kedua bersama Azharuddin pada 10 Jun lalu, selepas Ratu Naga tiba-tiba muncul dan mencabar anak muda itu membuat sumpah laknat.
Dakwa Chegubard, salah lapor berita portal itu amat dikesali apatah lagi memberi kesan terhadap dirinya dan Azharuddin. - AntaraPos
Sumber TKO - 18-6-2016
‘Ratu Naga’ muncul di sidang akhbar SAMM, cabar buat sumpah laknat Posted on Friday, June 10 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
Dakwaan Deklarasi Rakyat dicemari pembohongan semakin kusut apabila Syarul Emarina Abdul Samah atau yang dikenali sebagai 'Ratu Naga' hari ini membuat kejutan dengan hadir ke sidang media anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Tindakan ‘Ratu Naga’ itu adalah bagi mencabar pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman untuk membuat sumpah laknat bagi menyatakan segala dakwaannya di dalam akuan sumpah yang dibuatnya sebelum ini adalah benar.
"Saya datang sebab nama yang selalu kena sebut dekat berita hari-hari.
"Kalau saya kenal orang yang sebut nama saya tidak apa tapi (dia) tak ada kaitan langsung dengan benda ni semua.
"Kalau tengok di 'wall Facebook' saya, saya tidak campur dengan Deklarasi Rakyat kerana saya sedang sarat mengandung," katanya ketika ditemui pemberita di sidang media yang dianjurkan oleh SAMM itu.
Ratu Naga yang sedang mengandung enam bulan itu juga sempat mengajukan beberapa soalan kepada Azharuddin tetapi pengatur cara komputer bebas itu memilih untuk berdiam diri.
Pengasas SAMM, Badrul Hisham kemudiannya mencelah dan berdialog dengan Ratu Naga sebelum beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard menghentikan sidang media berkenaan secara tegesa-gesa.
Ratu Naga: Betulkah, Azharuddin kenal Ratu Naga?
Chegubard: Saya rasa kita dah jelaskan dan kamu sendiri boleh proceed (laporan polis).
Ratu Naga: Boleh tak saya minta Azharuddin sendiri jawab? Sebab dia yang ikut Chegubard. Kalau dia datang ke Chegubard jadi boleh tak (beri) dia jawab?
Ratu Naga: Nak tanya boleh?
Chegubard: Dia pasukan Azharuddin datang jumpa saya dan saya dah nyatakan dengan jelas. Dan kalau kamu tak berpuas hati kamu boleh buat laporan polis. Sebab kenyataan bersumpah ini terikat dengan undang-undang.
Ratu Naga: SD siapa-siapa pun boleh buat. Kalau nak cerita pasal undang-undang, saya pun kena dakwa atas akta sakit hati.
Macam Chegubard dulu dedahkan mengenai cincin Rosmah kan? Kalau nak cerita pasal undang-undang, 1MDB di depan mata pun tak boleh cerita apa-apa. Jadi saya tak nak cerita pasal undang-undang.
Saya nak tanya Azharuddin, boleh tak bersumpah laknat atas nama ibu bapa awak, atau bini, anak awak, yang awak kenal saya dan pasal database ini. Itu saja.
Chegubard: Game sumpah ini semenjak daripada Najib bawa Saiful lagi. Minta maaf, kita tak layan.
Ratu Naga: Saya datang sebab hari itu saya jemput Chegubard dan Azharuddin. Saya jemput baik baik.
Chegubard: Isu sumpah ini game Umno BN yang mencabar kita.
Sumber TKO - 10-6-2016
Hentikan bebanan pada rakyat dengan kenaikan tol |
Posted on Tuesday, October 13 @ 14:07:57 MYT by paktam
Jingga13 Malaysia mengecam pengumuman kenaikan kadar tol di 11 lebuh raya (8 di Lembah Klang) iaitu membabitkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SmarT), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Kenaikan ini melibatkan peningkatan kadar tol di antara 20 sen dan RM3. Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia sehingga kini gagal menjelaskan kepada rakyat berkaitan skandal 1MDB, wang derma RM2.6 bilion dan pelbagai kepincangan dalam tatakelola mengurus tadbir dan ekonomi akhirnya terus memberikan tekanan dan bebanan kepada rakyat melalui kenaikan kadar tol baharu. Dasar kerajaan Umno/BN terus dilihat memperkayakan kroni tanpa merasa bersalah benar-benar memperlihatkan kezaliman berterusan kepada rakyat ekoran daripada kenaikan kadar tol tersebut yang sudah pasti akan berlaku kenaikan kepada harga barang makanan dan keperluan berlipat kali ganda, apa lagi ekoran mata wang ringgit semakin merudum. Jingga13 Malaysia mendesak Najib dan kerajaan Umno/BN menghentikan dengan segera tindakan tersebut demi kepentingan rakyat yang semakin tertekan. Tindakan perdana menteri dan kerajaan Umno/BN terus menghukum rakyat serta menutup pelbagai skandal adalah tindakan desparado politik yang bakal menaikkan kemarahan dan kesabaran rakyat. * Penulis ialah ketua koordinator Jingga13 Malaysia. Sumber DD - 13-10-2015 |
Siapa murah hati derma RM2.6 bilion kepada Najib? |
Posted on Tuesday, August 04 @ 14:48:15 MYT by paktam
Malah SPRM ternyata gagal menyatakan siapakah penyumbang yang sangat bermurah hati menyumbangkan RM2.6 billion tersebut ke dalam akaun Najib menunjukkan satu tindakan untuk menutup isu dan kes tersebut secara dangkal dan tiada kredibiliti serta menjadikan SPRM sebagai badan yang sangat lekeh dan boleh dipertikaikan. Jingga13 juga mendesak SPRM mendedahkan siapakah penderma yang sangat bermurah hati menderma RM2.6 billion tersebut kepada Najib. Jingga13 mempersoal atas kapasiti dan sebab apa sumbangan tersebut dilakukan kepada Najib dalam jumlah yang sangat luar biasa? Andai ianya adalah untuk membantu ekonomi negara, kenapa derma tersebut tidak dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara? Sekiranya sumbangan derma tersebut untuk Umno, kenapa tidak masuk dalam akaun Umno? Tetapi dimasukkan ke dalam akaun milik peribadi Najib. Adakah ianya adalah sumbangan atau rasuah? Ke manakah wang tersebut dibelanjakan kerana mantan peguam negara sebelum itu mengesahkan akaun tersebut sudah pun ditutup? Sungguh luar biasa wang sumbangan daripada penderma berjumlah RM2.6 billion dihabiskan sedemikian rupa! Jingga13 yakin untuk menyelamatkan diri, Najib boleh sahaja mendapatkan mana-mana dokumen daripada sesiapa pun sebagai bukti konon ianya adalah merupakan sumbangan derma dari individu atau pihak tertentu dan bukannya daripada wang 1MDB. Sehingga sekarang Najib tidak mengambil tindakan menyaman Wall Street Journal (WSJ) dan kenapa baru sekarang baru dinyatakan ianya adalah daripada sumbangan setelah mengugurkan Tan Sri Muhyidin Yassin dan Tan Sri Abdul Ghani Patail serta mengambil masa yang agak lama. Kenyataan SPRM yang tidak ditandatangani sesiapa pun serta tanpa fakta yang jelas menimbulkan kesangsian terhadap keputusan siasatan SPRM dan dilihat semata-mata menyelamatkan Najib serta memperlihatkan SPRM sebagai badan yang tiada maruah, profesional, berintegriti dan kredibiliti. SPRM juga gagal menunjukkan ketelusan apabila tidak ada sebarang tindakan untuk menahan Najib untuk diambil keterangan sepertimana lazimnya dilakukan kepada sesiapa yang dituduh melakukan salahlaku tersebut tetapi mengeluarkan kenyataan rasmi selepas 48 jam pejabat SPRM digeledah Cawangan Khas. Jingga13 yakin seluruh rakyat Malaysia yang bijak tidak akan mempercayai kenyataan hasil siasatan SPRM tersebut dan mempercayai RM2.6 Billion tersebut adalah wang 1MDB yang diseleweng ke akaun peribadi Najib dan percaya, ini adalah satu konspirasi yang betujuan menyelamatkan Najib. Muafakat*Prihatin*Berani – * Penulis merupakan ketua Koordinator Jingga13 Malaysia. Sumber DD - 4-8-2015 |
Mindef perlu dedah operasi ketenteraan ke Yaman
SUSULAN keputusan Malaysia menghantar sejumlah tentera ke Yaman, Menteri Pertahanan dalam satu tweet beliau menyatakan bahawa operasi kali ini adalah untuk operasi kemanusiaan dan evakuasi.
Namun begitu, menurut Agensi Berita Saudi menyatakan bahawa Malaysia adalah negara ke 12 yang menghantar tentera untuk menyertai operasi ketenteraan mereka selepas Senegal. Malah, agensi tersebut juga menyatakan Pusat Operasi Gabungan ini akan menugaskan tentera Malaysia bersama-sama dengan Tentera Senegal.
Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM) tidak sepatutnya menyertai operasi ketenteraan ini. Seperti kebiasaan, Malaysia hanya ikut serta sebagai tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sahaja. Langkah untuk menyertai Pakatan Tentera yang diketuai Saudi ini adalah lebih mirip kepada operasi ketenteraan bukan kemanusiaan.
Mindef perlu menyatakan jumlah bilangan tentera yang terlibat, aset-aset tentera yang turut dihantar ke sana dan juga perbelanjaan yang dikeluarkan bagi tujuan ini. Ini adalah amat penting bagi rakyat untuk menilai tujuan sebenar tentera kita dihantar ke sana. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga mendesak Hishamuddin Hussein untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan penglibatan Malaysia sebagai pasukan ke-12 selepas Senegal dalam Pakatan Saudi.
SAMM juga berpandangan, sekalipun Kerajaan Persekutuan berhadapan dengan pelbagai tekanan kewangan dan kerugian 1MDB tetapi untuk turut serta menumpahkan darah rakyat Yaman bukanlah caranya untuk mendapatkan dana dari Arab Saudi. Mindef perlu memberikan penjelasan yang tuntas dalam perkara ini.
Dunia Timur Tengah memerlukan agenda keamanan bukan satu lagi operasi ketenteraan yang meragut ribuan nyawa kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang awam lain yang tidak berdosa. - HARAKAHDAILY 11/5/2015
Asrul Nizam Abd. Jalil
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Sumber HD - 11-5-2015
Kerajaan diselar kerana beku ambil kakitangan baru
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak muda Malaysia (SAMM) hari ini meminta agar kerajaan melakukan rombakan di dalam Jabatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan memberi fokus kepada isu jenayah dan trafik.
Penyelarasan Kebangsaan SAMM, Asrul Nizam Abd. Jalil berkata demikian ketika mengulas cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membekukan pengambilan penjawat awam.
Kata beliau, anggota polis terutamanya Cawangan Khas (SB) hanya tertumpu kepada pemantauan politik semata-mata dan tidak melaksanakan tugas untuk membenteras jenayah.
"Mana-mana anggota SB yang tertumpu kepada kerja-kerja politik perlu diserap agar mereka menggunakan sepenuhnya tanggungjawab untuk kerja-kerja banteras jenayah.
"Kalau hanya menumpukan aktiviti politik, ia tidak dapat membantu untuk kita menrunkan kadar jenayah," katanya melalui satu kenyataan.
Beliau turut menggesa agar cadangan pembekuan itu tidak meliputi mana-mana kementerian yang kritikal terutamanya Kementerian kesihatan.
"Selain pembekuan pemgambilan, kerajaan perlu menutup terus operasi Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang mana senarai perjawatan 2015, Jasa diperuntukkan seramai 145 penjawat awam pelbagai gred melibatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM 21,718,100.
"Di sebalik perbelanjaan puluhan juta ini, kebanyakan kakitangannya adalah merupakan ahli Umno dan juga modus operandinya adalah menjadi jentera propaganda parti politik.
"Apakah Umno tidak mempunyai kekuatan sama ada dari segi tenaga manusia dan kewangan untuk mewujudkan jentera propaganda sendiri tanpa menggunakan Perbendaharaan Negara," soal beliau.
Dalam pada itu, SAMM juga mendesak Kerajaan untuk memansuhkan Taman Asuhan Kanak-Kanak Permata, Kemas dan Perpaduan sebaliknya menyerap semua Taska dan Tabika ini di bawah program Pra-Sekolah Kementerian Pendidikan.
Jelas Asrul Nizam, Permata mempunyai 582 penjawat jawatan dan menelan perbelanjaan RM 30,690,100. Manakala Kemas mempunyai lebih 900 penjawat jawatan dan perbelanjaan RM 135,594,600.
"Wujudnya jawatan bertindih di dalam kementerian perlu diberi perhatian khusus, selain itu kerajaan juga perlu mengurangkan perbelanjaan dan seharusnya mensasarkan kepada projek-projek, jabatan-jabatan dan agensi-agensi tertentu bukannya semberono hingga menjejaskan operasi dalam sektor kritikal," sambungnya lagi. – HARAKAHDAILY 6/4/2015
Sumber HD - 6-5-2015
Mengenai enakmen kanun jenayah Syariah II |
Posted on Thursday, March 19 @ 13:57:04 MYT by paktam
1. SAMM berpandangan ini merupakan satu pindaan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II (1993) dan bukannya satu rang undang-undang baru yang perlu mendatangkan kemuncak kegusaran awam dan pertikaian oleh mana-mana parti-parti politik. Enakmen asal telahpun diluluskan sejak lebih 20 tahun dahulu. 2. Membuat pindaan terhadap mana-mana enakmen atau akta adalah satu proses biasa bagi menambah baik satu-satu enakmen atau akta. Ini bukannya pertama kali berlaku dalam sejarah negara. Baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri, pindaan terhadap enakmen atau akta adalah amalan biasa. 3. Adalah menjadi tanggungjawab demokratik sesebuah Kerajaan yang memerintah “government of the day” untuk melakukan penambahbaikan terhadap satu set perundangan yang difikirkan sesuai untuk kemaslahatan rakyat di bawah naungannya. Kerajaan negeri Kelantan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menentukan polisi pentadbiran yang ingin mereka aplikasikan. 4. Kelantan juga perlu memahami akan hak demokratik untuk pihak-pihak lain membantah pindaan ini. Sebarang bantahan atau pandangan yang berbeda tidak boleh terus dilabel sebagai suara kelompok anti Islam atau pun anti agama. Perbedaan pandangan itu perlu diuruskan sebaik mungkin bagi memastikan tidak timbul ketegangan hingga akhirnya memberikan dampak politik yang negatif. 5. Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 14(1)(p) telah menetapkan mengenai “Aturan Urusan Mesyuarat. Sesebuah Rang Undang-Undang Persendirian” hanya boleh dimasukkan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat setelah semua agenda Kerajaan di selesaikan. 6. Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 49 pula menyatakan rang undang-undang persendirian perlu meminta izin majlis untuk berbuat demikian. Kemudian ianya perlu beratur mengikut agenda urusan mesyuarat. Beberapa peraturan dan prosedur mengikut ketetapan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat yang perlu diikuti sebelum rang undang-undang persendirian dapat dibahaskan seperti biasa. 7. Jika Umno benar-benar ikhlas dan tidak mempunyai niat politik tersembunyi, Umno seharusnya mengarahkan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio agama untuk membentangkan rang undang-undang yang akan membolehkan Kelantan melaksanakan "Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015" ini. 8. Kerajaan negeri Kelantan atau PAS seharusnya memahami akan perkara ini. Mereka sudah menjalankan amanah mengikut kemampuan yang dibatasi oleh perundangan sedia ada. Sekarang ini, segalanya perlu diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk membuka jalan seluasnya pembentangan akta-akta di peringkat Persekutuan di Parlimen. PAS seharusnya tidak perlu bersusah payah untuk membawa rang undang-undang persendirian yang rumit prosedurnya. 9. Umno boleh dilihat munafik apabila tidak langsung berhasrat atau mempunyai keinginan politik untuk menguatkuasakan enakmen yang sama di Terengganu walhal Terengganu juga mempunyai enakmen serupa yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri semasa pemerintahan PAS dahulu. – 19 Mac, 2015. *Che’GuBard adalah pengasas kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Sumber DD - 19-3-2015 |
Jom sertai kempen pendidikan percuma
PERJUANGAN rakyat untuk mendapat pendidikan percuma bukanlah sesuatu yang pelik. Hal ini kerana, memberi pendidikan kepada rakyat merupakan suatu tanggungjawab mana-mana kerajaan di dunia dan perkara ini termaktub dalam Artikel 6 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurut Jurucakap Kempen Pendidikan Percuma, Muhamad Zulkhairie daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), walaupun deklarasi tersebut hanya menetapkan pendidikan percuma untuk peringkat rendah dan menengah sahaja, namun sebagai sebuah Kerajaan yang kononnya menuju ke arah “ekonomi rakyat”, seharusnya Kerajaan Persekutuan perlu memikirkan untuk memberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Oleh hal yang demikian, SAMM menyeru orang ramai hadir dalam suatu protes untuk mendapatkan pendidikan percuma pada 21 november 2104 ini di hadapan KLCC.
Yang berikut kenyataan penuh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tentang kempen pendidikan percuma.
Pendidikan merupakan satu hak asasi manusia yang termaktub dalam Artikel 6 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walaupun deklarasi tersebut hanya menetapkan pendidikan percuma untuk peringkat rendah dan menengah sahaja namun sebagai sebuah Kerajaan yang kononnya menuju ke arah People Economy, seharusnya Kerajaan Persekutuan perlu memikirkan untuk memberikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Pemerintah sering memperbesarkan mitos bahawa adalah mustahil untuk menyediakan pendidikan peringkat pengajian tinggi yang percuma kerana kos terlalu tinggi dan ia adalah merupakan pelaburan individu. Pemerintah juga baru-baru ini mengatakan bahawa rakyat perlu membayar sebanyak 50 peratus cukai sekiranya mahu pendidikan percuma.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berpandangan bahawa sikap Kerajaan Persekutuan hari ini terhadap bidang pendidikan pengajian tinggi tidak mencerminkan falsafah sebuah kerajaan tetapi lebih mirip kepada tindakan dan falsafah kelompok pemodal yang mencari keuntungan atas nama apa sekalipun.
Pendidikan peringkat pengajian tinggi ini adalah satu pelaburan komuniti bukannya pelaburan individu seperti yang digambarkan dalam mitos Putrajaya. Pengajian tinggi akan memberikan keuntungan yang amat signifikan kepada masyarakat dan negara melalui perkembangan modal insan. Pendidikan dan pengetahuan akan membawa harapan masa depan negara yang cerah.
Sasaran Putrajaya untuk menjadi negara berpendapatan tinggi perlulah datang dengan keupayaan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai daya intelek yang bagus. Malahan, untuk mencapai pendapatan tinggi juga memerlukan lebih ramai rakyat dapat meningkatkan taraf mereka daripada tenaga kerja kurang mahir dan separa mahir kepada tenaga kerja mahir. Semua ini akan hanya tercapai melalui ilmu pengetahuan.
Kedegilan Putrajaya untuk tidak memberikan pendidikan percuma hingga peringkat pendidikan tinggi akan terus membebankan graduan sebaik sahaja mereka memasuki alam pekerjaan dan tidak mencerminkan hasrat Bajet 2015 untuk mengamalkan dasar ekonomi rakyat. Beban pinjaman pendidikan yang menjangkau puluhan ribu jika bermula di peringkat sijil sehinggalah ke peringkat ijazah sarjana muda, ditambah lagi dengan bebanan kos sara hidup yang meningkat dan pinjaman kenderaan dan sebagainya akan mengecilkan pendapatan boleh belanja bagi kelompok ini. Akhirnya, impian untuk menuju negara berpendapatan tinggi bertukar menjadi bencana yang mengerikan apabila ramai anak muda dalam lingkungan usia awal 30-an diisytiharkan muflis.
Selain itu, bagi mengupayakan kebolehpasaran para graduan, Kerajaan Persekutuan sepatutnya mengambil satu tindakan progresif dan radikal dengan membenarkan autonomi pendidikan di peringkat pengajian tinggi dan seterusnya membebaskan universiti daripada cengkaman kuku besi politik. Professor dan para pelajar mestilah mempunyai kebebasan untuk melaksanakan kajian, melontar pandangan dan pendapat serta lain-lain metodologi percambahan ilmu.
Putrajaya perlu mencontohi aspek kebebasan akademik yang diamalkan oleh negara maju yakni akhirnya gandingan professor dan pelajar dapat memberikan input yang baik terhadap garapan polisi dan dasar fiskal negara. Ambil contoh bagaimana di Australia, Australia National University (ANU) sangat dikenali dan berada di dalam ranking antara 20 universiti terbaik di dunia kerana seringkali menjadi "think tank" kepada Kerajaan mereka untuk melakukan kajian intensif dan memberikan input sebelum sesuatu polisi itu digunapakai terutamanya dalam bidang ekonomi.
Sehubungan itu, SAMM menyeru setiap rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam satu protes pendidikan percuma sempena "International Global Week Fight For Free Education" pada 21 November 2014 bermula jam 2.30 petang di hadapan KLCC demi menuntut hak rakyat dalam pendidikan percuma dan autonomi peringkat pengajian tinggi. – HARAKAHDAILY 12/11/2014
Sumber HD - 12-11-2014

Henti budaya samseng, kenegerian dalam bola sepak
Sekalung tahniah buat Pahang FA (Tok Gajah) dan JDT (Harimau Selatan) kerana kejayaan kedua-dua pasukan yang telah berusaha keras melalui liku-liku getir sehingga berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia 2014 yang dijadual berlangsung pada 1 November depan di Stadium Bukit Jalil.
Kebangkitan semula bola sepak negara
Mengimbau kembali era kemahsyuran bolasepak negara di zaman 60-an hingga 80-an, fenomena anak muda terutamanya ketika itu, apabila pasukan negara layak dan mengukir kejayaan dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.
Di pertengahan 90-an pula, ia sedikit merosot apabila beberapa pemain mula terpalit dengan gejala rasuah. Namun kini, ia ibarat " mati hidup kembali" bila mana kelahiran semula pemain-pemain muda yang handal dan berkaliber. SAMM juga bersetuju dengan beberapa usaha revolusi & mereformasikan persatuan bolasepak contoh seperti TRW (Kelantan) & JDT (JohorFc ) demi kemajuan bolasepak negara.
Elak budaya samseng
Amat mengecewakan dikalangan sesetengah peminat, apabila timbul budaya samseng atau juga dikenali sebagai "HOOLIGANISMA" di kalangan peminat bolasepak negara. Budaya hooliganisma ini sudah lama mencemari arena bolasepak di Eropah sehingga ada yang meragut nyawa. SAMM Pahang bersama-sama SAMM Johor mengharapkan pihak berwajib seperti FAM dan PDRM dapat menangani serta membendung gejala ini daripada berulang kembali di pentas final nanti.
Elak provokasi tanam sifat kesukanan
Justeru SAMM juga menyeru mana-mana peminat sama ada dari Pahang dan Johor supaya buang semangat kenegerian yang melampau, serta tanamkan semangat kesukanan antara kita, menang atau kalah sudah menjadi adat pertandingan. Jadikan perlawanan ini, sebagai satu semangat untuk bersatu sesama kita.
Perlu diingat dalam saingan liga yang semakin kompetitif saat ini, pemain sudah mula berhijrah dan mewakili kelab dan negeri yang bukan kelahiran asal mereka. Oleh yang demikian sama ada pasukan Kelantan, Felda Pahang, JDT, Selangor atau Kedah sekalipun yang harus kita pandang adalah mereka-mereka ini membawa semangat negara Malaysia. Sokongan kita sebagai peminat akan menyuntik semangat atas satu harapan bolasepak Malaysia kembali gah semula ke pentas antarabangsa.
Bolasepak adalah medium penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia, jangan cemari hak rakyat ini dengan ketegangan antara kita.
Hogoh Pahang Hogoh/LuaskanKuasaMu
Kenyataan bersama
Amirul Syazwan
Penyelaras SAMM Pahang
Hadzril Ridzal
Penyelaras SAMM Johor
Sumber HD - 28-10-2014

Terima kasih Che Ta, tapi mana penjelasan KPJ?
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor mempersoal di mana penjelasan oleh pihak Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Ampang Puteri berhubung tajaan rawatan bersalin pelakon Rozita Che Wan .
Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata, pihaknya menghargai usaha Rozita memberikan penjelasan, namun penjelasan sepatutnya datang dari KPJ yang merupakan anak syarikat kumpulan Johor Corporation (JCorp).
"Mengapa KPJ masih berdiam diri dan tidak memberikan penjelasan asas keputusan memberikan tajaan tersebut.
"KPJ perlu bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kerana JCorp dan KPJ adalah merupakan syarikat sayap pelaburan Negeri Johor," katanya.
Sebelum ini Hadzril menggesa pihak hospital KPJ Ampang Puteri mengkaji semula tajaan bersalin kepada pelakon jelita itu.
Beliau mendakwa, ia kerana memandangkan artis itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin.
Sedangkan kata Hadzril, ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.
”Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang,“ ujarnya.
Hadzril juga menjelaskan, bukan niatnya untuk mempertikai rezeki yang diterima oleh bakal anak Rozita.
Tetapi katanya, apalah salah kiranya Rozita mempunyai sedikit jiwa yang besar dan menjadi seorang selebriti yang "Noble" dengan menolak pemberian KPJ ini.
"Sebaliknya meminta KPJ membantu ramai lagi orang-orang susah yang memerlukan bantuan rawatan kesihatan daripada mereka," katanya. - HARAKAHDAILY 18/10/2014
Sumber HD - 18-10-2014
Malaysia berpotensi ulang tragedi di Chernobyl
KUALA LUMPUR: Peruntukan pembangunan kepada Tenaga Nuklear Malaysia dalam Bajet 2015 menambah kegusaran awam tentang kemungkinan negara bakal mengulangi tragedi yang berlaku di Chernobyl, kata Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM, Ahmad Anwar Asyraf.
Mengambil contoh kes pencemaran air di Muar, katanya, hanya selepas lebih enam bulan menunggu, barulah statistik bacaan kualiti air terawat didedahkan yang menunjukkan bacaan kloria berada melebih paras bahaya menurut piawaian kualiti air minum kebangsaan.
"Tetapi, pada ketika itu, tiada sebarang amaran bahaya dikeluarkan kepada penduduk Muar.
"Ia memberikan saya satu lagi igauan ngeri jika berlakunya kebocoran reaktor, adakah sikap pemerintah juga sama? Menutup maklumat sebenar daripada pengetahuan rakyat?" soalnya melalui kenyataan media.
Tragedi kemalangan radioaktif di loji kuasa nuklear Chernobyl berlaku pada 26 April 1986.
Laporan WHO pada tahun 2006 menyatakan ketika itu terdapat 5 juta orang yang tinggal di kawasan sekitar Belarus, Russia dan Ukraine mempunyai kadar Radioactive Caesium Deposition lebih daripada 37 kBq/m2.
Laporan tersebut juga menyatakan ramai antara rakyat di kawasan tersebut yang mengalami penyakit kanser thyroid, Leukimia, kematian akibat Acute Radiation Sickness, katarak, penyakit kardiovaskular, penyakit mental dan psikologi dan juga masalah kesihatan terhadap kanak-kanak walaupun telah 20 tahun tragedi Chernobyl berlaku.
"Saya juga sering termimpi apakah nanti anak-anak saya akan datang juga akan mewarisi masalah-masalah seperti kanak-kanak di Belarus, Russia dan Ukraine?" beliau menyoal.
Mengulas lanjut, beliau bimbang loji nuklear yang menggunakan banyak air sebagai sistem penyejukan akan mewujudkan gejala 'Euthrophication' atau kematian kehidupan akuatik akibat kesan radiasi dari sisa radioaktif yang dialirkan ke kawasan perairan.
Beliau berkata, gejala berkenaan masih belum mempunyai penyelesaiannya sehingga hari ini walaupun banyak seminar atau forum diadakan setiap tahun untuk membincangkannya.
Tambah beliau lagi, sejarah dunia telah menyaksikan banyak kemusnahan dan kemalangan dahsyat yang terjadi ekoran daripada penggunaan nuklear sama ada melalui persenjataan atau kemalangan radioaktif loji kuasa nuklear.
"Kebiasaannya, loji tenaga nuklear adalah merupakan sasaran utama pihak militan dan organisasi pengganas. Maka, aspek keselamatan menjadi keutamaan di sini. Sedikit sahaja kecuaian dalam soal keselamatan ini akan mendatangkan kesan buruk dan ngeri kepada kesejahteraan rakyat Malaysia dan rantau ini.
"Pengalaman melihat mudahnya pintu sempadan kita dilolosi pihak-pihak tidak bertanggungjawab kebelakangan ini membuatkan saya terfikir sejauh mana kita mampu menangani kemungkinan di atas?" soalnya lagi. -HARAKAHDAILY 17/10/2014
Sumber HD - 17-10-2014

No comments:
Post a Comment