Himpunan baju merah mula celaru, lebih baik batal sajaBeberapa hari sebelum himpunan baju merah pada 16 September ini, kecelaruan mula berlaku di sana sini dan sesama mereka yang terlibat dengannya. Gabungan NGO-NGO Melayu yang diketuai oleh Jamal Mohd Yunus tetap mahu berarak dengan baju merah melalui beberapa kawasan di Bukit Bintang sebelum menuju ke destinasi akhir di Padang Merbok. Pesaka yang dipilih sebagai penganjur pula hanya mahu berkumpul di Padang Merbok. Mereka juga tidak menetapkan sebarang tema warna kepada peserta, boleh berbaju merah, hitam atau apa saja. Malah, Pesaka mengatakan baju merah bukanlah sebahagian daripada mereka. Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke? Lalu, di mana kesepakatan dan solidaritinya? Pesaka turut tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kehadiran, tetapi Jamal mengatakan pihaknya akan mengumpul seramai 30 ribu peserta bagi tujuan itu. Kenapa hanya 30 ribu? Mana angka yang diwar-warkan dulu kononnya sejuta peserta, 500 ribu, 300 ribu dan sebagainya? Kalau nak lawan Bersih 4 dan menunjukkan sokongan kepada Najib Razak, bukankah jumlah yang munasabah ialah sekurang-kurangnya 500 ribu? Jika tidak, malulah Pahlawan Bugis!! Dalam pada itu, walaupun UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Abd Rauf Jusoh akhirnya mengakui penglibatan parti itu dalam mengerahkan kehadiran ahli-ahli UMNO seluruh negara ke himpunan tersebut, banyak pihak jelas tidak bersetuju dengannya. Pakar sejarah, Dr Ramlah Adam nyata tidak senang dengan himpunan baju merah yang dirancang itu manakala adik Najib, Nazir Razak pula mengatakan beliau akan meraikan kepelbagaian serta tidak akan berbaju merah sempena sambutan Hari Malaysia itu nanti. Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi semuanya juga tidak setuju. Pemimpin komponen BN lagi tidak setuju dengan himpunan baju merah yang lebih bercorak perkauman dan hanya melibatkan satu-satu kaum saja serta dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan kepada kaum yang lain. Dengan ini kebarangkalian untuk BN lebih menjarak daripada pengundi bukan Melayu selepas himpunan baju merah ini adalah paling mungkin sekali. Dalam negara berbilang kaum, tiada sebarang himpunan melibatkan kaum patut dibenarkan. Jika ia berlaku, reaksi daripada kaum lain akan muncul selepasnya dan akhirnya semua kaum akan bebas berarak di jalan-jalan sepanjang masa untuk menuntut dan memperjuangkan hak mereka. Apa jadi akhirnya? Sudah tentu keharmonian dan kedamaian sesama rakyat akan terjejas. Hubungan dengan jiran tetangga daripada kaum lain dan kemesraan dengan rakan berbilang bangsa serta pergaulan anak-anak di sekolah pastinya tidak seharmoni dulu lagi. Semuanya akan rosak binasa. Sebelum api ini memusnahkan segala-galanya, adalah lebih baik Najib Razak mengambil tindakan mengeluarkan arahan membatalkan saja himpunan pada 16 September ini. Meskipun pada awalnya Najib mengatakan tiada halangan dan tidak melarang ahli-ahli UMNO menghadirinya, mungkin kerana merasakan ia untuk memberi sokongan kepadanya, lebih terpuji jika Najib segera menarik balik semua itu. Sudah cukup isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan isu Altantuya yang timbul kembali kian menghakis sokongan rakyat terhadapnya, himpunan baju merah ini juga tidak menyumbang apa-apa keuntungan atau bonus tambahan kepadanya. Tidak seperti Bersih 4 yang ada asas perjuangannya, himpunan baju merah hanyalah medan pembodek dan pengampu mempamerkan aksinya sambil memasang angan-angan untuk mengaut laba diri sendiri sahaja. Sekali lagi, demi keharmonian dan semangat Hari Malaysia, lebih baik Najib batalkan segera, setidak-tidaknya dapat juga menjimatkan lebihan derma RM2,600 yang masih disimpannya! - http://shahbudindotcom.blogspot.my/ Sumber HD - 13-9-2015 Ramai skeptikal terhadap 'himpunan rakyat bersatu'KUALA LUMPUR: Rabu ini merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia secara keseluruhan. Tarikh yang sama pada 1963, Tanah Melayu, Borneo Utara, kini Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju membentuk Malaysia. Namun selepas 52 tahun, pada tarikh yang sama tahun ini ramai pihak di ibu negara menyatakan kegusaran untuk menyambutnya di sini. Kegusaran timbul selepas ada pihak yang kononnya mahu menegakkan 'Kebangkitan Maruah Melayu' melalui perhimpunan di sekitar beberapa lokasi utama di ibu negara, termasuk tempat tumpuan pelancong. Lokasi berkenaan termasuk Bukit Bintang, Pudu dan Petaling Street sebelum berakhir di Padang Merbok, di sini. Tinjaun Bernama di beberapa lokasi mendapati ramai pihak yang sebenarnya bersifat terbuka mengenai perhimpunan aman, namun bagi perhimpunan yang dirancang pada 16 Sept ini, mereka berasa sedikit skeptikal. Ini terutama selepas melihat imej tertera di baju ‘Merah’ yang mengandungi imej bayangan orang bersilat dengan tulisan ‘Kebangkitan Maruah Melayu’ dan ‘Tanah Tumpah Darahku’ yang dijual kepada orang ramai di beberapa lokasi sejak minggu lepas. Adil Ismail, 29, pekerja syarikat swasta di ibu negara ketika ditemui berkata maruah bangsa Melayu tidak perlu ditegakkan melalui perhimpunan. "Ada banyak cara yang lebih baik, contohnya, naikkan maruah Melayu melalui ekonomi, bela nasib Melayu yang terjerumus dalam najis dadah contohnya. Tunjuk sifat bangsa Melayu yang lemah lembut, berbudi bahasa. Ini saya rasa lebih baik. "Kita tak nak ‘menang sorak, kampung tergadai’," katanya. Menjawab isu sama, N. Bahveshen, 34, berkata Hari Malaysia sepatutnya dihormati, namun jika benar penganjurannya bersifat perkauman ia akan merosakkan keharmonian kaum yang telah tercapai sebelum ini. "16 Sept ini adalah cuti umum, rancangan saya untuk membawa keluarga saya terpaksa dibatalkan sekiranya perhimpunan itu tetap dijalankan. Saya tak nak bahayakan keselamatan keluarga saya," katanya. Salehien Abdul Rahman,22, berkata penganjuran ini bukan sahaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat bahkan pelancong asing. "Pelancong akan berasa tidak selamat apabila kehadiran mereka (penyokong) berada di kawasan tumpuan pelancong seperti 'Petaling Street'," katanya ketika ditemui Bernama. Pegawai bank itu menarik perhatian, perhimpunan sebegini hanya akan memberi impak negatif terhadap ekonomi negara yang sememangnya sedang menghadapi cabaran. Pendapat sama turut diutara di laman sosial Twitter. Syed Husin Ali@syedhusinali menulis: "Memang Bajumerah ada hak Perlembagaan berhimpun secara aman. Tapi janganlah bakar api perkauman. Jangan ugut mandi darah melalui poster." LeonardThen @EesanThen pula menulis: "BajuMerah rally should be stopped. Investors always lose faith when there's racism," Penganjuran perhimpunan dengan nama ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ itu, turut mendapat bantahan 20 badan bukan kerajaan (NGO). Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan berkenaan atas faktor keselamatan. - BERNAMA Sumber HD - 13-9-2015
SHAH ALAM - Kegagalan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk mengerahkan orang Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4.0 membuktikan NGO itu tidak mampu menggantikan Pas jika Pakatan Rakyat 2.0 ditubuhkan. Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad sambil menegaskan, ketidakupayaan Harapan Baharu membuktikan PR 2.0 tidak dapat berperanan dengan berkesan tanpa kekuatan Pas. "Kita lihat pada Bersih 4.0, bahawa tanpa Pas, PR tidak dapat bertindak dengan berkesan. "Kalau kita lihat Bersih 4.0 itu hanya kurang lima hingga 10 peratus saja orang Melayu, walaupun Harapan Baharu telah digunakan untuk menggerakkan orang Melayu," katanya kepada pemberita pada Kongres Rakyat, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Iskandar juga berkata, pakatan pembangkang hanya akan menjadi kuat dan efektif jika Pas terlibat sama dalam gabungan tersebut khususnya di Selangor, Terengganu dan Kelantan. "Ia memberi satu petunjuk kepada parti-parti yang menentang BN, kalau nak bergabung, nak satu pembangkang yang efektif, kena ada Pas," ujarnya. Sementara itu, Iskandar turut menegaskan kemenangan Pas pada PRU12 dan PRU13 bukan kerana semangat PR semata-mata. "Saya rasa semangat PR itu bukan semangat DAP atau PKR, ia semangat bersama, kalau kita lihat gelombang pada 2008 dan 2013 adalah gelombang bersama. "Saya berpendirian bahawa parti-parti PR perlu bersama jika nak pertahankan kerajaan, ataupun nak memberi sesuatu tekanan kepada BN," dakwanya. Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata lagi, kekuatan Pas di Selangor jauh lebih hebat dari Harapan Baharu berdasarkan jumlah ahli parti masing-masing. "Sebelum ini, Harapan Baharu mensasarkan boleh menarik 3,000 ahli, tapi kita mempunyai 90,000 ahli Pas di Selangor, kalau boleh capai sasaran mereka, namun ia hanya beberapa peratus dan jauh dari jumlah ahli Pas," katanya lagi. Sumber Link Sumber TKO - 13-9-2015 Confession by a Chinese Bersih 4.0 participant, “I felt a bit ashamed…” Posted on Saturday, September 12 @ 18:30:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Viralcham.com/Malaysiakini, September 6, 2015
Many people noticed that there were less Malay participants in the last rally. Many Chinese attributed this to the lack of support from PAS. They also said as UMNO and PAS are at the brink of breaking up, the Malays felt threatened, and worried about losing their political dominance. As such, they showed no interest in Bersih 4.0.
Do the Malays prefer to live in a corrupt and backward country just to keep their political advantage?
Is PAS so influential among urban Malays that they have become the deciding factor? Without the verification of a thorough opinion poll, all these are mere speculations.
Nonetheless, Bersih 4.0 is a wake-up call and we are surprised that the Malays have begun to change.
Politicians have their own schemes and calculations. We, as ordinary folks, are helpless in the face of the Pakatan and Barisan crisis. However, As Chinese participants of Bersih 4.0, shouldn’t we do some self-examination as regards to the absence of Malays? Frankly, after taking part in the two-day rally, it left me feeling a bit shameful.
First of all, many young participants had been very “creative” in inflicting insults to Najib and Rosmah. The most common display was by using a toy knife or hand gesture in chopping off the head of a toy chicken. The more obscene gesture was poking the backside of the chicken. There were also people who pasted Najib’s picture with joss papers to imply that he’s a blood-sucker. Some of them were holding placards carrying crude and insulting words. Others were stomping on Najib and Rosmah’s pictures.
We Chinese used to regard ourselves as victims. When UMNO leaders raised the keris at an UMNO meeting, we felt hurt and threatened as if our dignity had been shredded. However, when we used such a crude and barbaric gesture of chicken slaughtering, have we ever thought of the feelings of the Malays? To the Malays, no matter how much they dislike Najib, he is still a Malay and one of them.
It is only human that people will defend their own kind. Sex blogger Alvin Tan had done a lot of stupid things which the Chinese disagreed with but when other races screamed to whack and kill him, many Chinese also found it difficult to tolerate.
Malays respect their elders and are loyal to their leaders. No matter how bad Najib is, he is their elder and a national leader. Of course, they follow him. When the Chinese openly insult their elder and national leader, how can they earn the respect of the Malays? To paste joss papers on Najib’s picture is a total lack of religious sensitivity. We all know the Malays are religious people and why should we do such a thing to make the Muslims angry.
Participants of Bersih 4.0 should understand that it was not a rowdy gathering to vent their emotions. It was a gathering to apply pressure on the government and also to gauge public opinion. We should maintain a good image in local and foreign media but more importantly, we should win the support of other races. Other people may be cold to politics or be lack of political awareness. As they have been brainwashed by Utusan, they are confused as to what is right and what is wrong as well as who is right and who is wrong. And thus, they hesitated.
But at this juncture, the action of every Bersih 4.0 participant would determine whether other races would support Bersih 4.0’s demand and even influence their voting in the next general election. Therefore, every Bersih 4.0 participant was a Bersih image ambassador.
Because of the above reasons, there is no harm to use English and Bahasa as the main language on our banners or placards for the rally. We may love our mother tongue, but English would be more effective in conveying our message. If we want to sway our Malay brethrens, is there any alternative but use Bahasa which we are familiar with?
When Barisan-controlled English and Malay newspapers are playing up the poor Malay participation and describing the rally as a Chinese plot to seize power, can we ourselves do something? Can we at least defuse the racial elements by posting pictures taken with other races besides those taken of our own selves?
Some friends are upset and worried that Bersih 4.0 have turned into a carnival. Some criticised certain participants were there just to earn some praises. I have not much comment whether the street protest have turned into a carnival or not. Anyway, the success of a rally should not be dependent on being sad or somber. Making it a happy event would certainly attract a bigger crowd. I believe that some first-timers may be eager to join Bersih 5, 6, or 7 because they find that their life was not threatened and the experience was fine.
My only hope is that the Chinese would interact more with the strangers around them, the Malays and Indians who were less in number. Many would find it uncomfortable to be in an environment where 90 percent of the people belong to another race. There is no harm stretching out our hands of friendship and warm up to them which may dispel the stereotype misconception by the Malays that the Chinese are arrogant and selfish.
If we can share such pictures on the Facebook, it may even help Bersih to achieve its goal. Can we also use Bahasa or English to write something positive to allow the Malays and other races to share our love of this land?
In Malaysia, the undisputable reality is that without Malay support, it is impossible to topple Barisan and realize the objective of dual party system. Barisan is in domination today because it was able to manipulate racism and chauvinism. To break this political stalemate, there is no other way except to use our own hands to start demolishing the racial barrier.
Original Source: 一名华人参与Bersih4.0的自省:“我是觉得颇为羞惭的…”
Sumber TKO - 12-9-2015
Patutkah perhimpunan baju merah 16 Sept ini dibenarkan? |
Posted on Saturday, September 12 @ 07:01:27 MYT by paktam
Banyak yang telah dan sedang diperkatakan tentang perhimpunan baju merah pada 16 September ini, sama seperti banyak yang diperkatakan tentang perhimpunan Bersih 4.Tentulah ada perbezaan besar antara dua perhimpunan itu, dan kebanyakannya, kalau pun tidak semua, berkaitan dengan kaum. Perhimpunan baju merah ini dianjurkan NGO hak Melayu, Pesaka dan itu bukanlah masalahnya. Apa yang menjadi masalah adalah nada perkauman yang dibawa. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan pihak terbaru yang bersuara menentang perhimpunan itu adalah jawatankuasa pembangunan politik MCA yang menggesa ia dihentikan. Menurut laman The Star Online, jawatankuasa yang diketuai presiden parti Liow Tiong Lai itu berkata, mengadakan perhimpunan Melayu di Jalan Petaling dan Bukit Bintang, kawasan yang dikenali pelancong asing sebagai Chinatown, boleh mencetuskan bahaya. “Acara itu telah memberikan ketakutan kepada peniaga di kawasan ini, dengan ramai bercadang untuk tidak berniaga pada hari itu bagi mengelakkan pertelagahan kaum.” Kenyataan itu juga berkata, MCA hanya akan setuju dengan perhimpunan seumpama itu jika penganjur meninggalkan pendirian provokasi perkaumannya dan dibuat bukan di kawasan komersial yang sibuk, seperti di stadium. Di pihak lain pula, MP PKR Tian Chua berkata yang perhipunan itu patut dibenarkan walaupun beliau sendiri merasa jengkel dengan propaganda provokatif kumpulan itu. MP Batu itu berkata, polis patut mematuhi Akta Perhimpunan Aman. Liow dan Tian Chua masing-masing mempunyai pendapat yang kukuh. Pertama, sesiapa sahaja mempunyai hak untuk berhimpun secara aman, termasuklah Pesaka. Bukankah ini demokrasi? Tetapi di mana kita harus letakkan sempadannya? Nada perkauman perhimpunan ini menakutkan dan provokatif. Matlamat dan motifnya tidak dinyatakan secara jelas. Pemilihan tempatnya juga menimbulkan persoalan, terutama dengan nada perkauman yang dibawanya. Mengapa Jalan Petaling dan Bukit Bintang? Semua tahu kedua-duanya adalah kawasan majoriti Cina. Sama ada anda setuju atau tidak dengan pemilihan tempat Bersih 4, Dataran Merdeka tidak syak lagi adalah kawasan yang neutral. Ia tidak diadakan di kawasan majoriti Melayu, Cina atau India. Kombinasi tempat dan pendirian provokatif mereka adalah bahaya. Di sinilah pihak berkuasa perlu meletakkan sempadannya. Polis telah berkata yang mereka tidak akan benarkan perhimpunan itu. Tetapi cukupkah dengan hanya menyatakan larangan? Polis turut melarang Bersih 4 tetapi ia tidak menghalang ramai orang untuk menyertainya. Maka kemungkinan besar peserta perhimpunan ini akan mematuhi larangan polis. Jika tidak tentu mereka sudah pun membatalkannya. Memang polis boleh mengendalikan situasi, namun barangkali tindakan pencegahan diperlukan dalam isu ini. Jika polis masih tidak berbuat demikian, mereka perlu mula berbincang dengan penganjur sama ada untuk menasihati mereka membatalkannya atau mengadakan di kawasan persendirian. Paling kurang, perhimpunan itu hanya akan menakutkan peniaga dan pelancong, selain warga Malaysia lain. Apatah lagi 16 September adalah cuti umum. Siapa tahu kalau perkara yang lebih buruk berlaku? - theantdaily.com Sumber DD - 12-9-2015 |
Maka kuninglah Kuala Lumpur |
Posted on Monday, August 31 @ 01:06:19 MYT by tokdalang
Hari ini isu Bersih 4 menjadi perbincangan. Perbincangan adalah mengikut arah pegangan, antara yang setuju dan yang tidak. Dalam pada itu tindakan pro dan kontra akan terus berbahas-bahas mengenai Bersih. Berbahas macam mana pun mereka terus pada agenda mereka sedang kita teraba-raba mencari jalan untuk mengendurikan gerakan ini agar akhirnya memastikan kemenangan tidak dapat dicapai mereka. Mereka terus dengan agenda mereka, tanpa takut, menyusun perhimpunan besar untuk mencapai matlamat mereka, dari perjuangan pilihan raya yang bersih dan adil kepada memastikan hasrat asal bukan Umno tercapai dan menghumban Umno dari terus mengamalkan politik rasis dan kali ini meletakkan agenda undur Datuk Seri Najib Razak sebagai senarai tuntutan. Demonstrasi mereka tersusun lebih hebat kali ini. Mereka merangka dari Bersih 1 kepada Bersih 4, menanam dalam minda rakyat hasrat yang mereka mahukan. Kaum Cina yang sebelum ini kurang hadir dalam perhimpunan demonstrasi kali ini seakan bersatu menentang Umno dengan laungan Malaysian dan bukan politik rasis Melayu. Kita mahu Malaysia untuk rakyat Malaysia. Kita buta warna,tidak mengikut warna kulit, kita tidak ada sempadan antara kaum. Semuanya Malaysia. Itu perjuangan mereka dan mereka hadir dalam keadaan berbaju kuning tertera Bersih 4 yang dikatakan haram untuk dipakai. Hakikatnya perlu dilihat secara keseluruhan. Kehadiran kaum lain selain dari Melayu menunjukkan penyatuan kuat wujud dari kaum lain khususnya Cina. Kesatuan mereka semakin besar,menuntut politik rasis digugurkan. Mereka mendakwa Umno adalah pengamal politik rasis, mereka mendakwa kerajaan Barisan Nasional/Umno adalah kerajaan korup dan kronisme dan nepotisme adalah amalan Umno/BN. Mereka timbul atas risiko yang besar: risiko untuk ditangkap atas amaran yang diberi Ketua Polis Negara. Tetapi mereka hadir. Mereka akan hadir lagi dan lagi sehingga rakyat Malaysia terus didominasi minda mereka – menggugurkan kerajaan BN/Umno dan melupuskan politik kisar Melayu yang ada. Mereka dengan matlamat mereka menyusun kehendak politik dan kehendak perjuangan dalam menjayakan Bersih 4 sedang Umno melihat dan cuba mengutuk mereka yang hadir dengan kata-kata cacian dan makian. Seakan itu saja Melayu Umno mampu. Kita tidak mampu hadir sebanyak itu tanpa konsert tanpa makanan percuma dan tanpa insentif tertentu dan kalau kita tuduh pun mereka menerima insentif untuk hadir. Matlamat mereka tetap tegas, mereka tahu apa yang mereka mahu, mereka bergerak atas landasan perjuangan. Ini satu signal besar politik berasaskan kaum sedang di tentang. Ini signal besar. Mereka dari kaum lain khususnya Cina sedang bersatu dan seolah-olah memberi gambaran besar – kaum lain di negara ini – tidak berada dalam himpunan Barisan Nasional dalam konteks politik khususnya Semenanjung Malaysia. Mereka memberi indikasi yang kuat, MCA dan MIC khususnya gagal. Apa mahu dijawab kepimpinan negara ini. Mereka bangsat, mereka bodoh, mereka lupa diri, mereka tidak bersyukur, demonstrasi itu haram... hukuman Islam ke atas mereka adalah atas dasar pengkhianatan dan menghalalkan darah mereka. Melayu yang hadir tidak Islamik, mereka kena menyokong kepimpinan biarpun dikatakan korup selagi kepimpinan itu Islam. Amat karut dan amat dangkal bila hujah pincang ini digunakan untuk membela Umno dan politik Melayu. Lebih buruk kritikan kononnya pencinta Umno dengan melemparkan kutukan yang lagi menjijikkan. Mereka dengan tuduhan bukan sahaja kafir – tuduhan mencarut – menjijikkan atas nama mempertahankan Melayu sebenarnya menjahanamkan. Sebenarnya kita Melayu yang membuka laluan kepada tentangan yang timbul. Kita Melayu yang terlampau mementingkan politik sendiri. Mementingkan diri sendiri dan akhirnya menjadi bala kepada politik Melayu keseluruhan. Politik orang Melayu yang tidak berkembang; kepimpinan Umno yang tersekat dengan matlamat yang tidak menentu sehingga akhirnya seluruh organisasi Umno berada dalam keadaan bahaya. Mereka tidak akan suka mendengar suara-suara yang mengkritik tindakan mereka. Mereka tidak akan dengar, mereka hanya tahu mengupah untuk menghentam sungguhpun hentaman mereka itu akhirnya merugikan Umno sendiri. Hari ini kita jelas melihat bagaimana Cina bersatu dalam memastikan negara ini bebas dari apa yang mereka gelar politik rasis. Mereka timbul seolah-olah selama ini mereka ditindas, diabaikan dan didiskriminasi. Untuk tujuan itu mereka bangkit menuntut perubahan dalam demokrasi yang dikatakan tidak wujud dalam negara kita ini. Mereka membawa isu yang tersentuh juga pada semua rakyat. Isu ini berkisar dengan kos kehidupan, GST dan tindakan rasuah kerajaan yang ada. Mereka bangkit memperjuangkan rakyat atas landasan tiada sempadan perkauman. Perjuangan ini turut disokong orang Melayu yang berbeza pendapat dan aliran pemikiran politik dengan Umno. Maka sokongan mereka bertambah. Sokongan terhadap tujuan Bersih 4 timbul, maka kuninglah bandar Kuala Lumpur. Untuk tujuan menyedarkan dan bertindak untuk menangani isu Bersih 4 ini, maka kita Melayu memulakan isu pro Melayu. Isu sengketa yang akan berlaku kononnya akan bertembung dua ras terbesar Melayu dan Cina. Penuh pejuang Umno memaki hamun, bangsat dan pengkhianat adalah terma agung penyokong Umno yang dilemparkan kepada Bersih 4. Persoalannya dengan caci makian terhadap Cina maka adakah ini akan membantu Umno? Kita perlu ingat, negara ini negara demokrasi. Bukan makna demokrasi lesen untuk memaki hamun mana-mana individu dan kumpulan ras tertentu, tetapi sekiranya dilakukan, pilihan raya akan menyaksikan jawapan kepada kemarahan mereka. Undi mereka juga penting dan dalam keadaan MCA dan MIC gagal – beban adalah kepada Umno. Langkah sempit adalah dengan tindakan memaki hamun mengatakan mereka jijik, tidak sunat dan gelaran babi tidak akan dapat membantu Umno; Umno akan tersepit. Dalam keadaan Umno tertingkat dilanda masalah dalaman maka yang lain akan mengambil kesempatan membunuh pemerintahan Umno. Kita tidak sepatutnya menambah keburukan dengan laungan perjuangan Melayu kerana Melayu hari ini ada yang sudah lusuh makna Melayu dalam diri mereka. Kita perlu langkah yang lebih strategi lebih menunjukkan Umno adalah perjuangan yang merentasi tembok perkauman. Kita perlu sedar dalam kita sibuk menceritakan keperluan kedaulatan Melayu mereka sibuk membicarakan isu-isu rakyat. Mereka menyusun kebangkitan era baru tanpa batasan kaum yang akhirnya menguntungkan kaum mereka juga. Mereka menggariskan keperluan rakyat dalam membicarakan soal kehidupan seharian. Ini bagi mereka adalah langkah penting, sedangkan kita sendiri tahu dalam apa juga perjuangan kita terhadap Melayu, mereka lebih berjaya dari sudut kehidupan dari kita. Hari ini jelas Bersih 4 adalah satu langkah mereka yang berjaya menyatukan kaum Cina di luar dari sokongan BN. Mereka juga menyatukan kaum India di luar skop BN. Mereka berjaya menyatukan Melayu di luar kepompong Umno. Mereka mengaut sokongan atas nama perjuangan untuk rakyat dan dalam menyatukan semua kumpulan ini. Mereka mendesak 1 Malaysia yang sebelum ini dilaungkan BN/Umno. Satu Malaysia yang dimaksudkan adalah untuk tidak ada sempadan rasisme dalam negara ini. Mereka berjaya menyempurnakan matlamat dalam mana Umno sedang bergelora dan terkial-kial mencari jalan untuk memintas Bersih 4 . Maaf, tidak nampak Umno berjaya dalam usaha memanaskan isu perkauman seperti yang banyak berlaku dalam media-media sosial. Usaha mengatakan Bersih 4 adalah landasan untuk mereka balas dendam isu Low Yat. Mereka akan menyerang Melayu, mereka komunis pupus dan kepupusan itu akan melenyapkan perjuangan Melayu dalam Umno. Teruskan dengan sikap ortodoks pencinta Umno/Melayu, maka terkeluarlah Umno dari memerintah negara ini. Apa yang nampak pada Bersih 4, hari pertama mereka adalah penutupan tirai politik Melayu ortodoks Umno. Dikatakan penutupan nilai adalah kerana Umno sendiri, di peringkat Bahagian dan Cawangan, apa lagi kepimpinan tertinggi yang ada sedang sibuk melihat cermin dan sibuk menyiapkan diri untuk diri sendiri. Melayu adalah agenda untuk Melayu sahaja yang mana Melayu yang dimaksudkan adalah elitis mereka yang sudah lupa mengenai kehidupan di luar sana. Mungkin Bersih 4 ini akan menjadi pengajaran pada Umno dan kepimpinan Umno yang tidak berprinsip. Sebagaimana pernah dikatakan Allahyarham Datuk Onn Jaafar: antara lain yang merisaukan beliau adalah gambaran gelap orang Melayu yang tidak berpendirian. Maka kuninglah bandar Kuala Lumpur. Sumber DD - 31-8-2015 |
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Bersih 4 yang bercadang mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini, bukan pertubuhan berdaftar. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata siasatan KDN juga mendapati Bersih 4 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan. Beliau berkata Bersih 4 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan. "Menerusi pelbagai kegiatannya memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sehubungan itu, KDN meminta orang ramai supaya tidak hadir dan menyertai perhimpunan pada hujung minggu ini yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. - Bernama Sumber TKO - 26-8-2015
Polis mungkin akan menggunakan senjata renjat terhadap peserta himpunan BERSIH 4.0 jika berlaku insiden rusuhan atau keganasan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. Rashid berkata polis mempunyai beberapa kelengkapan itu dan sebahagian polis yang mahir menggunakannya akan ditugaskan pada hari himpunan, lapor Oriental Daily News. Katanya, jika keadaan memaksa, polis akan menggunakan senjata renjat untuk memastikan tugas mereka lancar. "Dalam apa-apa keadaan, polis akan mengikut SOP (prosedur operasi piawai) jika perlu menggunakan senjata renjat. “Jika keadaan perlu dikawal, polis akan menggunakan senjata renjat untuk menundukkan suspek dengan mengikut SOP," beliau dipetik sebagai berkata. Rashid berkata polis yang dibenarkan menggunakan senjata renjat telah melalui latihan yang profesional. Katanya, polis akan menambahkan pembelian senjata renjat pada masa akan datang. Oriental Daily melaporkan, senjata renjat atau taser gun itu mempunyai jarak tembakan antara 15 hingga 35 kaki dan mereka yang ditembak akan hilang keupayaan bergerak serta-merta. Noor Rashid dilapor berkata polis menandatangani kontrak dengan syarikat Pro Ice Holding pada 2008. Tenaga pengajar untuk melatihnya dilapor dibawa daripada Amerika Syarikat. sumber
Sumber TKO - 25-8-2015
PAS putuskan tidak kerah ahli ke Bersih 4.0KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk tidak mengerahkan ahli serta penyokongnya ke himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini. Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan rasminya menegaskan keputusan itu dibuat kerana PAS sedang dalam persiapan mengadakan satu program besar iaitu Kongres rakyat bpada 12 September 2015 (Sabtu) yang melibatkan ahli dan pimpinan PAS dipelbagai peringkat dari seluruh negara, Ngo, parti politik dan orang awam bagi membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama dan penyelesaian yang konstruktif. "Maka PAS beranggapan seluruh komitmen sumber dan organisasi parti wajar digerakkan secara menyeluruh pada 12 September ini. "PAS juga akan menganjurkan himpunan 60 ribu pada 17 oktober ini yang sedang giat direncanakan," katanya. Tambahnya, tarikh himpunan Bersih 4.0 yang hanya selang satu hari dengan tarikh sambutan Hari Merdeka 31 ogos adalah dirasakan tidak sesuai Katanya, tarikh tersebut juga bertembung dengan siri jelajah Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak) yang berlangsung di negeri-negeri pada setiap hari Sabtu dan Ahad hinggalah ia berakhir ada 3 Oktober 2015. Bagaimanapun beliau menegaskan PAS komited berjuang ke arah tuntutan demokrasi yang adil sebagaimana yang disuarakan oleh Bersih sebelum ini. Antaranya meliputi daftar pemilih, akses kepada media dan liputan secara adil, bebas dan benar, pengukuhan insitusi awam, penolakan amalan rasuah dan seumpamanya. Katanya, perhimpunan secara aman di mana rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara bebas dan tidak provokatif adalah merupakan satu aspek amalan demokrasi yang tidak sewajarnya dihalang. Namun demikian jelasnya, dalam masa yang sama kententeraman awam serta kestabilan negara mestilah dijaga dan menjadi tanggungjawab semua pihak. Justeru, PAS akan menghantar wakil ke himpunan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada tuntutan Bersih terutama dalam aspek sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil. – HARAKAHDAILY 25/8/2015 Sumber HD - 25-8-2015
PAS Pusat telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perhimpuan BERSIH 4.0 Pas tidak terlibat secara langsung dengan perhimpunan berkenaan dan PAS Pusat tidak akan mengerahkan ahli untuk terlibat. Terpulang kepada ahli
Sumber TKO - 24-8-2015
BERSIH 4.0; PAS Tidak Buat Kerahan AhliWalau bagaimana pun, Timbalan Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS menghantar wakil untuk berbincang dan memutuskan tidak ada kerahan kepada ahli PAS untuk menghadirinya. “tentang perhimpunan BERSIH 4.0……pendirian parti pada mesyuarat harian pada Sabtu baru-baru ini, kita telah membuat satu keputusan bahawa parti tidak dilibatkan secara langsung, “kita tidak dilibatkan secara langsung oleh jawatankuasa penganjur……….berbeza dengan (BERSIH) 1.0, 2.0 dan 3.0, kita terlibat sama dalam mesyuarat, kali ini kita hanya di jemput sahaja,”jelasnya. Katanya, oleh kerana PAS memberikan fokus kepada Kongres Rakyat yang lebih kurang sama matlamatnya dengan BERSIH, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan kita hanya menghantar wakil sahaja. “wakil kita telah (pergi) berbincang……..mesyuarat pun sudah dibuat (oleh itu) kita tidak ada kerahan kepada ahli untuk terlibat, “sebab kita lebih fokus kepada program Kongres Rakyat yang dibawah anjuran PAS,”tambah beliau. Beliau berkata, walaupun PAS menyokong tuntutan BERSIH, PAS tidak berapa jelas tentang bentuk perhimpunan kali ini yang dimaklumkan akan ‘bermalam’ dan dilaporkan akan terdapat beberapa pengisian. “parti (PAS) buat keputusan setuju dengan memorandum……bantahan dan tuntutan…..Cuma penyertaan itu tidak ada kerahan kepada ahli, “matlamat Kongres (Rakyat) hampir sama dan menyambung tuntutan BERSIH……dia sambung…..BERSIH buat 29 dan 30hb, Kongres kita buat 12hb,”ujarnya. Katanya, Kongres Rakyat yang dipengerusikan oleh Presiden TERAS Cikgu Azmi Abd Hamid akan membincangkan beberapa perkara penting termasuk isu agama, isu ekonomi, 1MDB dan sebagainya, akan dianjurkan secara berkala dan berterusan. Sumber BO - 24-8-2015
KUCHING, 21 Ogos - Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini di Padang Merdeka dinasihatkan membatalkan niat itu kerana kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak membenarkan sebarang aktiviti diadakan kerana padang berkenaan sedang dibaik pulih. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata penganjur dibenarkan mengadakan perhimpunan dengan syarat tidak diadakan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pemilik atau pentadbiran tempat berkenaan serta perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Roslan berkata sehubungan dengan keputusan larangan yang dibuat kerajaan negeri dan DBKU itu, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang ingkar dan ingin meneruskan perhimpunan di Padang Merdeka itu. Beliau berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan bersama lapan orang wakil penganjur perhimpunan yang diketuai Nicholas Mujah Ason dan telah memaklumkan tentang bantahan daripada kerajaan negeri dan DBKU. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis Daerah Kuching di Padang Kawad Balai Polis Tabuan Jaya, di sini Jumaat. Mengulas lanjut, Roslan berkata jika mana-mana pihak masih berdegil dan meneruskan perhimpunan di padang berkenaan, jika ditangkap dan sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000. "Nasihat saya kepada penduduk Kuching atau Sarawak yang ingin hadir (perhimpunan) kalau tahu bahawa perhimpunan akan dianjurkan di Padang Merdeka, jangan pergi atau hadir sebab itu akan melanggar syarat di bawah Seksyen 15 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000," katanya. Ditanya maklum balas daripada penganjur selepas dimaklumkan mengenai larangan tersebut, Roslan berkata mereka memberi respons positif dan menyatakan akan membuat rayuan kepada kerajaan negeri dan DBKU supaya larangan itu ditarik balik. Menurutnya dalam pertemuan itu, polis juga mencadangkan sebagai alternatif penganjur boleh mengadakan perhimpunan di dua lokasi alternatif lain iaitu di Padang Song Kheng Hai ataupun mana-mana stadium yang bersesuaian di bandar raya itu. BERNAMA
Sumber TKO - 21-8-2015
Bersih 4: 500 anggota DBKL kawal trafikKUALA LUMPUR: Sebanyak 500 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengawal lalu lintas dan keselamatan awam dalam Perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan serentak dengan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau peserta perhimpunan yang dijangka berkumpul seawal 2 petang pada 29 Ogos sehingga pukul 12 tengah malam 30 Ogos. "DBKL akan bantu polis dalam apa jua situasi dan pantau selama 24 jam khususnya dari segi kawalan trafik, kawalan keselamatan orang ramai dan aset yang melibatkan DBKL seperti penghalang jalan dan tanaman," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Mhd Amin berkata DBKL telah meminta penganjur agar tidak menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbuk sebagai lokasi perhimpunan dan mencadangkan ia diadakan seminggu selepas Hari Kebangsaan. "Kedua-dua kawasan itu digunakan untuk persiapan dan raptai sambutan Hari Kebangsaan...ia juga hanya dikhaskan untuk acara-acara peringkat nasional. "Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan pagi ini dengan penganjur, mereka tetap mahu mengadakan perhimpunan itu pada 29 dan 30 Ogos... namun kami difahamkan mereka akan berada di sekitar Dataran Merdeka," katanya. Beliau berkata peserta perhimpunan juga tidak dibenarkan mengganggu perjalanan Konsert Sehati Sejiwa yang akan diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dari 28 hingga 30 Ogos ini. Mhd Amin menegaskan sebarang bentuk struktur binaan seperti khemah tidak dibenarkan dan pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya berlaku. "Jika mereka didapati menceroboh kawasan Dataran (Merdeka), pihaknya akan bekerjasama dengan Polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka," katanya. - BERNAMA Sumber HD - 18-8-2015 Bersih 4: Kenyataan Nik Abduh dipetik secara salahKUALA LUMPUR: "Beberapa media dan akhbar memetik kenyataan saya secara salah mengenai Bersih 4.0 bahawa saya menggalakkan ahli dan pemuda PAS untuk menyertai Bersih 4.0," ujar Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia itu, kenyataan salah tersebut pastinya bertentangan dengan kenyataan PAS sebelum ini, sedangkan beliau secara jelas menekankan bahawa sikap Pemuda PAS adalah selari dengan pendirian asal parti. Katanya, Pemuda PAS bersama mendukung matlamat dan aspirasi asal Bersih 4.0 yang menuntut pemulihan hak-hak demokrasi dan pilihan raya yang bersih. Justeru, ujar beliau Pemuda PAS tidak akan menghalang ahlinya untuk menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 walaupun PAS tidak terlibat secara langsung. "PAS akan menyatakan sikap secara rasmi mengenai Bersih 4.0 dalam tempoh terdekat insya Allah," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 18/8/2015 Sumber HD - 18-8-2015
Perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, bakal membawa kelainan apabila ia dijangka akan turut disertai pimpinan dan penyokong Umno, kata penganalisis politik Dr Maszlee Malik. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata demikian susulan tindakan penganjurnya menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyertainya, selepas beliau mengatakan tidak ada masalah dengan perhimpunan itu. "Kita mungkin akan menyaksikan satu kelainan dalam Bersih kali ini, iaitu kehadiran para penyokong Umno sendiri. "Dan tidak mustahil kita akan dapati ada pimpinan Umno turut serta," katanya kepada The Malaysian Insider. Ini kerana katanya, Bersih 4 yang turut akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak, diadakan ketika rakyat sedang keliru dengan keadaan ekonomi dan politik semasa. "Pelbagai isu yang melanda negara, dibalas dengan 'act of denial' (tindakan penafian) di pihak kerajaan. "Ini tidak menghilangkan kesangsian dan kegusaran yang bersarang di dalam jiwa rakyat Malaysia teramai, hatta dalam kalangan para pemimpin Umno dan penyokong Umno sendiri," kata Maszlee. Beliau turut mengulas kenyataan Jazlan yang disifatkannya memperkecilkan perhimpunan yang dianjurkan rakyat. "Adalah normal bagi menteri Umno untuk memperkecilkan demonstrasi dan perhimpunan yang dianjurkan rakyat selain penyokong mereka. "Bukan pertama kali, malah di setiap perhimpunan Bersih dan lain-lain lagi," katanya. Justeru, beliau menggesa menteri Umno itu untuk turun ke jalan dan melihat sendiri sambutan rakyat sewaktu perhimpunan itu nanti. Sebelum ini, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menjemput Jazlan menyertai perhimpunan mereka di Dataran Merdeka itu. Sementara itu, Profesor Madya Dr Kartini Aboo Thalib Khalid berkata, jumlah kehadiran peserta demonstrasi bukan kayu pengukur untuk menilai sokongan masyarakat. Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, pola masyarakat Malaysia berbeza dengan negara lain yang menggunakan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan. "Kalau ramai yang datang, tidak bermakna sokongan ramai dan kalau tidak ramai datang, tidak bermakna isu itu tidak penting. Saiz bukan ukuran. "Pola demonstrasi di Malaysia tidak begitu tajam dan berkesan seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina yang menggunakan demo jalanan untuk jatuhkan regim dengan sokongan elit tentera" kata Kartini kepada The Malaysian Insider. Malah katanya, segmentasi etnik di Malaysia adalah kuat dan beliau percaya politik akomodasi akhirnya akan berakhir di meja perundingan. Dalam pada itu, Pengarah Institut Kajian Etnik UKM Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, golongan yang terlibat dalam demonstrasi merupakan penduduk bandar yang majoritinya faham tujuan dan matlamat akhir sesuatu demonstrasi. Namun katanya, ada juga sebahagian pengikut muda dan peserta yang menyokong membuta tuli. "Yang (turun) demonstrasi itu selalunya adalah yang celik politik. Sekiranya mereka merasakan demonstrasi tidak dapat merubah apa-apa, mereka tidak perlu demonstrasi," katanya kepada The Malaysian Insider. "Bilangan yang datang demonstrasi boleh meningkat sekiranya diadakan pada hujung minggu ketika ramai yang bercuti," kata Shamsul. Jazlan sebelum ini menyifatkan sentimen rakyat untuk berdemonstrasi kini tidak lagi tinggi, meskipun terdapat perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan. Rakyat kini pada pandangannya, bersikap rasional dan memikirkan jangka masa panjang negara. Situasi kini berbeza katanya, dibandingkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, di mana rakyat ketika itu menurutnya cenderung menyertai demonstrasi.
Sumber TKO - 17-8-2015
'Ketua Polis Negara, kami faham perasaan anda'KUALA LUMPUR: Banyak persoalan telah dilontarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar tentang perhimpunan Bersih 4 yang bakal berlangsung kurang dua minggu sahaja lagi. "Kami faham keresahan KPN dan juga mereka yang mempunyai banyak prejudis terhadap perhimpunan tersebut," ujar Pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah. Menruutnya, Bersih 2.0 telah menulis surat kepada KPN, memaklumkan tentang perhimpunan Bersih 4 serta kesediaan pihaknya untuk bertemu dan berbincang dengan KPN. "Namun KPN hanya mengutuskan Ketua Polis Daerah Dang Wangi untuk bertemu dan bermesra dengan kami," ujarnya lagi. Justeru, katanya adalah tidak adil bagi KPN untuk membuat pelbagai andaian tanpa terlebih dahulu bertemu dan berbincang dengan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0. "Kami tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Niat dan tujuan perhimpunan Bersih 4 telah dilaporkan oleh media dan kenyataan-kenyataan kami boleh dibaca di internet. "Bersih 2.0 menyedari bahawa kami ini ibarat mentimun dengan durian. Menggolek pun luka, digolek pun kami luka," katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, bukan sekali dua peserta himpunan Bersih telah dileraikan dengan kekasaran pihak polis, bahkan kali ini mungkin masuk kali keempat. "Namun suka kami ingatkan bahawa perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 tidak mengundang huru-hara." ujarnya. Menurutnya lagi, huru-hara hanya timbul apabila perhimpunan cuba dileraikan dengan kekasaran dan gas pemedih mata. "Kami turut ingin mengingatkan Tan Sri KPN supaya bertindak bijak dan membaca mood orang ramai dengan tepat," ujarnya. Beliau berkata, salah langkah pihak polis, sepertimana yang boleh dilihat dalam tiga perhimpunan lalu, hanya akan menyemarakkan semangat orang ramai untuk ikut serta dalam perhimpunan kali ini. Katanya, ugutan dan tindakan hanya akan menambah rasa menyampah orang ramai terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Justeru, kata beliau Bersih 2.0 menasihatkan KPN dan pihak polis untuk menyiasat hal-hal yang lebih penting, seperti pengakuan Pengarah Komunikasi BN Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa Perdana Menteri telah bertindak mengelak pertuduhan jenayah terhadapnya, dalam satu wawancara bersama The Star semalam. Ini, ujarnya satu pengakuan yang amat signifikan dalam siri siasatan terhadap skandal dana yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, selain dapat menjawab persoalan draf pertuduhan terhadap beliau yang kononnya dikatakan palsu sebelum ini. Kata beliau, pihaknya memahami dilema yang sedang dihadapi ramai anggota polis, penjawat awam, pegawai SPRM malah-malah penyokong kerajaan sendiri apabila berhadapan situasi sekarang. "Kami dengan rendah hati memohon anda mempertimbangkan semua yang sedang berlaku secara bijak, dan membuat keputusan untuk menyertai rakan-rakan rakyat Malaysia yang sudah siap sedia untuk turun ke Bersih 4, bagi mendesak sebuah kerajaan dan sistem pilihan raya yang adil, hak untuk membantah, sebuah sistem demokrasi berparlimen yang lebih kukuh dan demi menyelamatkan ekonomi negara; sepertimana yang telah termaktub sebagai hak rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. - HARAKAHDAILY 17/8/2015 Sumber HD - 17-8-2015 Nur Jazlan marilah sertai Bersih 4 - Maria ChinMaria Chin turut hadir majlis jamuan Hari Raya Bakip di Pejabat Agung PAS, petang ini. KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Datuk Nur Jazlan telah dilaporkan berkata bahawa kerajaan tiada masalah dengan perhimpunan aman Bersih 4. Justeru, Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima baik respons Nur Jazlan ini dan dengan rasa besar hati ingin mengajak beliau untuk turut bersama-sama menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dijadual berlangsung dalam masa dua minggu sahaja lagi. "Pastinya tiada masalah bagi beliau untuk ikut serta berhimpun bersama-sama rakyat Malaysia yang menuntut pilihan raya dan kerajaan yang adil, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen dan demi menyelamatkan ekonomi negara," ujar Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan. Pun begitu, katanya Nur Jazlan dalam kenyataannya kepada media turut menyebut bahawa pihak berkuasa akan bertindak sekiranya perhimpunan tersebut bertukar kecoh dan keadaan tidak terkawal. "Suka kami ingatkan Datuk Nur Jazlan bahawa tugas menjaga keamanan dan mengawal keadaan adalah tugas pihak polis, yang kini berada di bawah bidang tugas beliau sebegai Timbalan Menteri Dalam Negeri," ujar beliau lagi. Maria berkata, tiga perhimpunan Bersih telah berlangsung dan dunia telah menjadi saksi bahawa perhimpunan yang bermula aman hanya bertukar menjadi huru hara apabila pihak polis bertindak kasar dalam meleraikan perhimpunan. Menurut beliau lagi, matematiknya mudah, sekiranya pihak polis boleh mengawal diri dan bertenang, perhimpunan juga akan kekal aman dan tenang. Tegasnya, Bersih 4 tidak bertujuan menggulingkan kerajaan. Justeru, katanya pihak polis perlu diingatkan bahawa rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan aman Bersih 4 hanya membawa lima tuntutan dan salah satu darinya adalah untuk memperkukuh demokrasi berparlimen. Tambahnya, pihak polis harus mengambil semua langkah untuk memastikan peserta himpunan berada dalam keadaan aman dan selamat, dan bukannya mencetuskan kekecohan. Kata Maria lagi, sekiranya ada antara kalangan peserta yang melanggar arahan jawatankuasa pengelola untuk berhimpun secara aman, dan memulakan kekecohan, pihak polis dialu-alukan untuk memberkas mereka. "Sekali lagi kami tegaskan bahawa tanggungjawab pihak polis ialah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan Bersih 4. "Sekiranya terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri lah yang harus bertanggungjawab," ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/8/2015 Sumber HD - 14-8-2015 Bantahan bagi Bersih 4: Protes jalanan juga ada kelebihan |
Posted on Friday, August 14 @ 08:14:36 MYT by paktam
Bersih 4 kini bermain di fikiran ramai pihak. Di sini saya menerangkan tentang Bersih 4, sebagai respon kepada bantahan terhadapnya dan juga bagi membincangkan keputusan perhimpunan Bersih di masa lalu. Kita lihat enam ciri Bersih 4. Pertama, Bersih 4 telah digelar Bersih 2.0 (Bersih), gabungan 89 NGO yang menumpukan kepada pilihanraya bersih dan adil di Malaysia. Kedua, Bersih 4 menggesa orang ramai berhimpun secara aman di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching dari 2 petang pada 29 Ogos. Ketiga, Bersih 4 berharap peserta dari warga Malaysia bersetuju negara kita tidak boleh dibelenggu kemelut PKFZ atau 1MDB dan satu jalan mencapainya ialah melalui reformasi institusi. Keempat, Bersih 4 berharap kerajaan, pembangkang, sektor perniagaan dan dunia mengambil perhatian. Kelima, Bersih 4 akan tunjukkan ketidakpuasan hati dari segenap segmen masyarakat - tua, muda, lelaki, wanita, kaya, miskin, bumiputera dan bukan bumiputera. Keenam, Bersih 4 akan tunjukkan pecahan kaum dan sensitiviti yang dikatakan membelenggu negara tidak wujud sepertimana yang didakwa. Kini saya ambil kira tentangan yang dibangkitkan bagi Bersih 4. Pertama, ada yang berkata protes jalanan kurang berkesan berbanding menghasilkan petisyen. Saya tidak setuju. Saya pernah menyertai persediaan mendapatkan petisyen dan mengumpul tandatangan. Saya dapati proses menyediakan petisyen dan mendapatkan tandatangan amat bernilai bagi mendapatkan pendapat dan menafsirkan apa yang dipersetujui. Ia amat mustahak bagi memulakan perbincangan dan berusaha ke arah persetujuan. Bagaimanapun, saya dapati petisyen agak perlahan, terlalu fokus dan efektif hanya apabila digunakan dengan perhimpunan bagi menampakkan jumlah sebenar mereka yang menandatanganinya. Kedua, ada yang berkata protes jalanan mengganggu perniagaan dan ia mungkin menyebabkan kecederaan, kemusnahan harta benda dan kehilangan mata pencarian. Saya tak setuju. Saya pernah ke bandaraya London, Manila, New York dan Rome di mana perhimpunan sering diadakan. Bandaraya tersebut punyai trak khas, sekatan dan kakitangan terlatih bagi memastikan perhimpunan aman dan konstruktif berbanding suasana kelam kabut dan mengganggu keamanan. Pihak berkuasa di sana menukar laluan bas, menambah perkhidmatan, dan mengizinkan perhimpunan, seperti yang dilakukan pihak berkuasa pada Grand Prix KL, maraton, Thaipusam dan sebagainya. Hasil yang kurang memberangsangkan datang dari kegagalan kerajaan menghormati suara penentangan. Kita sedar apabila pihak berkuasa melakukan tugas mereka, gangguan tidak akan berlaku. Ketiga, ada berkata perhimpunan Bersih tidak berjaya walaupun mengumpul ramai peserta. Kejayaan sebenarnya diukur samada keputusan menepati objektifnya. Pihak jurujual tahu jualan berhasil sekiranya satu barangan dibeli setelah ratusan pelanggan dirapati. JK Rowling pengarang buku yang begitu laris pada mulanya sukar mendapatkan penerbit. Beliau ditolak 12 penerbit namun tetap tidak putus asa. Bukan mudah mendapatkan sebulat suara, dan bukan senang menilai keputusan. Hasil perhimpunan terdahulu termasuk kisah para peserta yang tidak melihat faktor bangsa apabila diserbu pihak berkuasa; kesedaran peribadi tentang ketidakadilan kerana perbincangan dengan orang lain, tentang siasatan Suhakam bahawa pihak berkuasa gagal memainkan peranan.
Suruhanjaya Pilihanraya telah melihat keputusan Bersih 3.
Mereka saksikan ramai yang menolak amalan berat sebelah yang berlaku di dalam persempadanan semula kawasan mengundi di Sarawak. Rakyat sedar selepas Bersih 3 dan menyuarakan bantahan. Mahkamah Tinggi setuju bantahan tersebut ada benarnya. Calon-calon pilihanraya dengan kemenangan tipis melihat hasil Bersih. Rakyat lantas mendidik diri di dalam proses pilihanraya. Ramai yang melatih diri dan menjadi Agen Pengundian, Pengiraan dan Pemilihan (PACABA). Mereka mengambil cuti pada hari mengundi dan mengelakkan proses mengundi tercemar. Jawatankuasa Terpilih Parlimen (SAC) pada hari mengundi tidak akan tertubuh tanpa Bersih 3. Namun hasil yang dilihat semua ialah dakwat kekal. Ia gagal ketika dilaksanakan pada kali pertama dan Mejar Zaidi hilang pekerjaannya. Bersih 4 menuntut reformasi institusi dan bukan hanya perubahan perdana menteri. Jumlah yang hadir akan menampakkan bahawa ramai yang sanggup memalukan ahli politik yang enggan melakukan reformasi institusi.
Rama Ramanathan, seorang jurutera terlatih, merupakan Ketua Kualiti (Asia Pasifik) di dua syarikat multinasional yang berpangkalan di AS sejak dua dekad yang lalu. Setelah penat mengembara, beliau kini mendiami KL dan memberi tumpuan kepada usaha menjadi seorang jiran dan warganegara yang bertimbangrasa.
Sumber DD - 14-8-2015 |
Pesta Demokrasi 34 Jam Bersih4 |
Posted on Tuesday, August 11 @ 14:02:41 MYT by paktam
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai Pesta Demokrasi 34 Jam Bersih 4 di Kuala Lumpur bermula jam 2 petang 29 Ogos 2015 sehingga jam 11.59 malam 30 Ogos 2015. Jawatankuasa Pengelola Bersih 4 memutuskan untuk berkhemah semalaman di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi mendesak penambahbaikan institusi demi 5 tuntutan Bersih 4 iaitu, Bersihkan Pilihanraya, Kerajaan Bersih, Hak Membantah, Kukuhkan Demokrasi Parlimen dan Selamatkan Ekonomi Malaysia. Bersih 2.0 menjemput rakyat Malaysia untuk turut serta dalam perhimpunan yang pertama kali seumpamanya diadakan dalam sejarah. Para peserta dinasihatkan untuk membawa alas kanvas, beg tidur, khemah mudah alih, serta keperluan untuk bermalam dan menjalani hujung minggu di tengah ibu kota. Bersih 2.0 memaklumkan pihak Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tentang perhimpunan Bersih 4 dan menyatakan kesediaan berbincang dengan pihak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya keselamatan rakyat Malaysia terjamin dan lalulintas di ibu kota terkawal sepanjang berlangsungnya perhimpunan aman ini nanti. Orang ramai dicadang berkumpul di lima tempat sebelum bergerak menuju Dataran Merdeka: 1. Brickfields 2. Pasar Seni 3. Sogo 4. Masjid Negara 5. Dataran Maybank. Kami menyusun pelbagai acara, termasuklah bengkel-bengkel pendidikan sivil, perbincangan awam, persembahan seni budaya serta aktiviti kerohanian selain pidato-pidato pemimpin masyarakat untuk para peserta himpunan. Kami juga ingin memaklumkan pada tarikh 14 Ogos kami akan memulakan proses undian atas talian untuk pertandingan poster ‘Jom Bersih4Malaysia’ yang dimulakan sejak hujung minggu lalu, bagi mengajak anak muda yang berbakat untuk memperlihatkan sokongan mereka melalui hasil karya masing-masing. Bersih 2.0 juga amat menghargai kempen-kempen yang dimulakan rakyat Malaysia atas inisiatif sendiri, termasuk poster-poster, kempen nyalakan lampu, dan kempen ‘YellowRising Malaysia’ yang menganjurkan supaya rakyat Malaysia mula berpakaian kuning, atau mengikat kain kuning di pagar, pokok, beg dan sebagainya demi menyokong Bersih4. Bagi merancakkan lagi kempen ini, kami turut mengajak orang ramai untuk mengikuti ‘Bersih4 Challenge’, dengan mengambil gambar masing-masing secara selfie atau apa sahaja dan menyatakan kesediaan menyertai perhimpunan Bersih 4, dan kemudian mencabar rakan-rakan mereka juga untuk melakukan perkara serupa. Bersih 2.0 berharap perancangan untuk meraikan demokrasi dalam kerangka mendesak penambahbaikan institusi demi sebuah negara yang lebih bersih dan adil dari segi ekonomi, sosial dan politik akan berjalan lancar, selari dengan peruntukan undang-undang. – Sumber DD - 11-8-2015 |
Bersih 4.0: Ahli PAS diminta tunggu arahan parti
PAS konsisten menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih bagi menjamin kelangsungan sistem demokrasi dalam negara ini. Pelbagai bantahan terhadap penyelewengan dalam pilihan raya seperti penggunaan jentera kerajaan, daftar pemilih yang dipertikaikan, persempadanan pilihan raya dan penggunaan media perdana oleh parti pemerintah sahaja adalah antara sebahagian isu dari pelbagai isu utama yang ada.
Pelbagai bentuk bantahan digunakan bagi melaksanakan tuntutan seperti menghantar memorandum, dialog bersama SPR, perhimpunan aman, dan mengumpulkan tandatangan adalah sebahagian usaha bagi menjayakan tuntutan tersebut. PAS mengambil bahagian dalam semua bentuk tuntutan secara aktif.
Tunggu arahan
PAS akan terus bersama kebangkitan rakyat khasnya anak-anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut ekonomi, politik dan urustadbir negara kini.
Walau bagaimanapun oleh kerana kedudukan PAS kali ini bukan lagi penganjur bersama sebagaimana himpunan Bersih sebelum ini, maka parti telah bersetuju menghantar Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad dan Saudara Kamaruzaman Mohamad bagi mendapatkan maklumat lanjut himpunan tersebut. Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang rally yang akan diadakan nanti.
Dalam suasana politik negara yang tidak stabil kini, PAS tidak akan bersetuju dengan apa jua usaha yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang ada, kerana ia akan diambil kesempatan oleh parti pemerintah bagi mengalih isu utama kepada tindakan provokasi bagi mencetuskan kegawatan dalam negara.
Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden, bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli. Kita akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut.
Kongres Rakyat
Insya Allah, bagi melunaskan maksud mendukung cita-cita perjuangan rakyat yang mahukan perubahan positif dalam negara ini, PAS akan menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan NGO, tokoh-tokoh masyarakat, parti politik, gerakan mahasiswa dan lainnya yang bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat bagi meneruskan agenda dan tuntutan rakyat.
Kongres ini adalah kesinambungan pelbagai himpunan parti bersama rakan-rakan NGO yang diadakan sebelum ini. Kongres ini akan dikendalikan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat bersama pelbagai pihak yang akan turut serta sama ada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta. - HARAKAHDAILY 10/8/2015
DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
10 Ogos 2015
Sumber HD - 10-8-2015
PAS konsisten tuntut p'raya yang bersih dan adil
KUALA LUMPUR: PAS konsisten dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagaimana yang dituntut oleh rakyat negara ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim kepada media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuizm hari ini.
Tambahnya, PAS juga menuntut perubahan dalam kerangka undang-undang negara berdasarkan akta himpunan aman.
Sehubungan itu, jelas beliau, PAS menyokong dan bersetuju dengan tuntutan Bersih 4.0.
Justeru, katanya PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.
Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 8/8/2015
Sumber HD - 8-8-2015
PAS akan sertai Himpunan Bersih 4.0
KUALA LUMPUR: PAS Pusat memutuskan akan menyokong dan menyertai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan hujung bulan ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim kepada media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuizm hari ini.
Menurut beliau, PAS konsistan dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagaimana yang dituntut oleh rakyat negara ini.
Justeru, katanya PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.
"Atas prinsip pilihan raya adil dan bersih PAS akan menyertai Bersih 4.0 nanti,"tegasnya.
Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadakan pada 28 dan 30 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 8/82015
Sumber HD - 8-8-2015
Mengapa saya akan sertai Bersih 4 |
Posted on Thursday, August 06 @ 11:14:18 MYT by paktam
Saya akan sertai perhimpunan aman Bersih 4 kerana saya ingin (1) pilihan raya bersih; (2) kerajaan bersih; (3) hak untuk membantah; dan (4) ekonomi diselamatkan. Apakah tuntutan Bersih 4? Ada ramai yang salah faham Bersih 4 mengambil sikap yang terlalu personal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga menjadikan pengunduran beliau matlamat perhimpunan raksasa ini. Sebenarnya, Bersih 4 mempunyai empat tuntutan, yakni: (1) pilihan raya bersih; (2) kerajaan bersih; (3) hak untuk membantah; dan (4) selamatkan ekonomi. Saya percaya tiada sesiapa yang akan bantah tuntutan yang terakhir, iaitu “selamatkan ekonomi”, kerana orang ramai memang merasakan kesempitan kerana cukai baharu (GST), inflasi, jatuh nilai ringgit dan sebagainya. Untuk mencapai tuntutan ini, selain polisi-polisi ekonomi yang lebih berkesan, kita perlu memerangi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan teruk yang melanda negara kita termasuk skandal 1MDB yang berhutang sebanyak RM42 bilion, dan berkaitan dengan itu, RM 2.6 bilion didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib. Apa pula yang menyebabkan rasuah begitu berleluasa? Bersih 2.0 (Gabungan untuk pilihan raya Bersih dan Adil 2.0) mencadangkan tiga sebab yang bersifat sistemik. Pertama, pilihan raya yang dimanipulasikan sehingga ahli dan parti politik yang rasuah tidak perlu risaukan kemarahan pengundi. Kedua, kuasa eksekutif terlalu dipusatkan sehingga pemimpin bukan saja tidak takutkan pembangkang, malah juga langsung tidak takutkan kritikan dan bantahan daripada rakan-rakan separti atau segabungan. Ketiga, sekalipun marah, rakyat tidak berani membantah kerana kebebasan bersuara disekat atau dihukum. Dan sekatan atau hukuman tidak semestinya berkaitan dengan isu rasuah, sebaliknya pengkritik kerajaan mungkin dilemparkan pelbagai tuduhan daripada anti-raja, anti-agama, sehingga kini, anti-demokrasi. Sebenarnya, tiga tuntutan Bersih 2.0 yang terdahulu itu adalah ringkasan daripada agendanya yang menggariskan 10 reformasi institusi. Tuntutan “pilihan raya bersih” itu sebenarnya mengandungi dua reformasi institusi: 1. Penambahbaikan sistem dan proses pilihan raya 2. SPR menjadi badan yang bertanggungjawab kepada Parlimen Tuntutan “kerajaan bersih” pula mengandungi enam reformasi institusi yang ingin memecah pemusatan kuasa Eksekutif: 1. Larangan untuk perdana jadi menteri kewangan 2. Penambahbaikan Parlimen 3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi badan bertanggungjawab kepada Parlimen 4. Pisahkan Peguam Negara daripada Pendakwaraya 5. Gubalkan undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI) 6. Deklarasi Aset untuk nenteri dan pegawai tinggi Tuntutan “hak untuk membantah” pula mewakili dua lagi reformasi institusi yang terakhir: 1. Mansuh/Pindaan undang-undang zalim 2. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) Semasa mengemukakan 10 reformasi institusi ini pada 6 Julai, Bersih 2.0 sebenarnya menegaskan jika tidak berlaku reformasi institusi, sekalipun berlaku pertukaran kepimpinan juga tidak akan dapat mencegah rasuah raksasa seperti skandal 1MDB, ataupun skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang bernilai RM12 bilion pada penghujung pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Mengapa Bersih 4 menuntut Najib undur diri? Sekiranya reformasi institusi yang dijadikan sasaran, ada yang seterusnya bertanya, mengapa Bersih 4 turut menuntut Najib untuk mengundur diri? Kalau kita lihat kembali pendirian Bersih 2.0 pada 6 Julai, ia memang cuma menuntut Najib mengambil cuti dan mengumumkan butir-butiran terperinci tentang transaksi RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaunnya. Pendirian Bersih 2.0 cuma menjadi tegas dan menuntut pengunduran beliau hanya selepas pelucutan jawatan Peguam Negara yang dipegang Tan Sri Abdul Gani Patail dan pelantikan seramai 4 daripada 13 orang ahli Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Parlimen untuk menjadi menteri atau timbalan menteri. Kedua-dua langkah ini nyata mempunyai niat buruk iaitu untuk melengahkan atau menjejaskan kerja penyiasatan dan pendakwaan ke atas 1MDB. Apakah peluang 10 reformasi institusi itu dilaksanakan jika Najib nampaknya ingin membelakangkan kedaulatan undang-undang (rule of law) dan tatapemerintahan baik (good governance)? Bukankah hampir sifar? Kalau di Zaman Umayyah, Khalifah Umar Abdul Aziz boleh membezakan pelita kerajaan untuk kegunaan membaca dokumen kerajaan dan pelita peribadi untuk membaca bacaan peribadi, patutkah seorang PM yang tidak menafikan aliran wang masuk ke dalam akaunnya dan tidak memberikan sebarang keterangan (kecuali kenyataan “ini bukan untuk kepentingan sendiri”) kekal memimpin Malaysia? Berupayakah beliau memimpin apabila kewibawaannya sudah jatuh berkecai di lantai? Maka, kalau pemimpin berdegil untuk berkuasa tanpa integriti, apakah salahnya rakyat menjerit “undur” atau “tangkap”, selagi mereka tidak melaksanakan kehendak itu dengan kuasa sendiri? Mungkinkah Bersih 4 berjaya? Yang berkuasa untuk melaksanakan 10 reformasi institusi itu cumalah Parlimen dan perdana menteri. Yang berkuasa untuk memecat Najib juga cumalah Parlimen. Apakah peluang untuk ahli-ahli Parlimen Umno dan BN meninggalkan Najib dan untuk perdana menteri dan Kabinet baharu – tidak kira ia terdiri daripada BN sahaja ataupun mengandungi ahli-ahli pembangkang – melaksanakan reformasi institusi? Pada tahap ini, nampaknya juga sifar. Maka, apa gunanya rakyat berhimpun untuk Bersih 4? Jawapannya mudah. Kita ingin tunjukkan suara ramai untuk menolak rasuah yang berlaku kerana demokrasi berparlimen sudah pun dijejaskan. Terpulanglah kepada ahli-ahli Parlimen sama ada untuk mendengar. Sama ada kita ingin berdiam seolah-olah kita tidak kisah malah memperkenankan rasuah dan penjejasan demokrasi itu terus berlaku, itu terpulang kepada kita. Itu sebabnya saya akan menyertai Bersih 4, pada 29-30 Ogos ini. Sumber DD - 6-8-2015 |
Kenapa saya tidak akan pergi #Bersih4 |
Posted on Thursday, August 06 @ 10:58:52 MYT by paktam
Oleh Khairi Zulfadhli
Nama saya Khairi, saya bukan Zahra. Sehingga artikel ini ditulis yakni jam 3.30 pagi, 6 Ogos 2015 saya masih berbelah-bahagi untuk ke perhimpunan #Bersih4 atau tidak. Nampak gaya seperti saya tidak ingin dan tidak akan pergi. Kenapa? Tiada manfaat Saya tidak mendapat apa-apa untuk turun ke #Bersih4, tiada sebarang individu yang memberi saya elaun, tiada nasi bungkus, tiada baju percuma dan tiada juga walau sebotol air percuma untuk saya jika saya turun. Saya hanya mendapat lelah dan letih. Jika saya turun, saya akan bersesak dan berhimpit bersama puluhan atau ratusan ribu individu lain. Saya terdedah dengan pelbagai kemungkinan buruk, mungkin saya akan kehilangan dompet dan telefon pintar saya. Siapa nak ganti ? Jika saya turun, saya akan berdiri di tengah panas dan melaungkan “Tangkap Datuk Seri Najib Razak, Undur Najib, Hancur Barisan Nasional” dan pelbagai lagi laungan yang biasa kedengaran setiap kali demonstrasi berlaku. Selepas habis melalak dan terpekik terlolong saya akan pulang. Keesokan hari hidup akan bermula seperti biasa. Bangun pagi, periksa telefon, balas mesej yang masuk, teliti emel penting, belek berita semasa dan kemudian pergi bersarapan. Sama, tiada apa yang berlaku, tiada pemimpin yang akan letak jawatan, tiada pilihan raya semula akan diadakan dan tiada juga wang derma masuk ke akaun saya. Secara literalnya, saya tidak mendapat apa apa !! Keganasan Saya mahukan perubahan. Saya akui, saya mahu perubahan berlaku di dalam negara ini. Namun bukan dengan ini caranya. Ada pelbagai lagi cara untuk kita menuntut perubahan dalam negara ini. Para demonstran yang turun sedang dalam keadaan marah, mereka marahkan segala perkara. Marah pentadbiran Najib Marah harga rumah tidak masuk akal Marah GST yang membebankan Marah harga barang meningkat Mereka betul-betul marah. Kemarahan mereka ini sedang membuak-buak. Datang pula individu yang dengan sengaja mencurah minyak ke dalam api kemarahan mereka. Maka akan berlakulah siri keganasan yang di luar tabii. Kita dapat lihat apa berlaku di Bersih3 apabila kereta polis diterbalikkan. Tidak mustahil kali ini Trak FRU merah yang besar gedabak itu juga akan diterbalik malah dibakar demonstran kali ini. Saya berdoa ini tidak berlaku. Saya juga marah, saya mengaku saya manusia biasa. Saya juga akan terdorong melakukan benda-benda bangang dan tidak masuk akal apabila kemarahan membuak-buak yang disimpan lama itu meletus seperti merapi yang ingin meluahkan lavanya. Saya risau akan secara tiba tiba mengoyakkan baju dan bertukar menjadi Hulk. Better the devil you know than the angel you don’t Saya tiada pilihan. Keadaan politik negara dalam keadaan huru hara. Tiada pilihan yang diberi andai BN ingin ditukar. Kita nak serahkan negara ini pada siapa ? Pada DAP? Parti yang berusaha keras untuk menonjolkan sifat kemelayuan dan membuang imej kecinaan mereka. Merekrut lebih ramai anak bangsa Melayu dengan tujuan meraih undi bangsa terbesar Malaysia. Parti yang keras kepala untuk meraikan pendirian PAS dalam isu hudud ? Pada PAS ? Parti yang wala’ membabi buta pada pemimpin dan memanipulasi agama sepenuhnya demi kepentingan peribadi? Sibuk dengan zikir “kau tak ikut aku maka kau kafir”. Parti yang lupa suatu ketika dahulu mereka pernah berjabat tangan dengan Cina DAP. Ditambah lagi dengan perpecahan dalaman sehingga wujud Gerakan Harapan Baru. Thanks for the memories, thanks for the memories. Pada PKR ? Parti yang belum move on dengan fakta Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi lawatan sambil belajar jangka masa panjang ke Penjara Sungai Buloh? Sibuk kumpul sejuta tandatangan untuk membebaskan Anwar? Apa ingat kalau 29 Juta rakyat Malaysia tandatangan pun Anwar akan dibebaskan ke? Sudahlah, tidak akan ada Shawshank Redemption Malaysian Edition. Ingat sebuah sangkar besi, tidak bisa mengubah rajawali, menjadi seekor burung nuri. Belajar move on sikit. Saya lebih rela membiarkan BN terus memerintah walau 800 tahun sekalipun selagi mana belum ada koalisi berkualiti untuk mengganti pentadbiran negara ini. Don’t worry Najib, I love you forever and ever. Muahcikeddd. Itu sahaja, konklusinya saya tidak akan turun. Terima Kasih. Sumber DD - 6-8-2015 |
1MDB: Bersih 2.0 kecam aktivis muda direman
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya perintah tahanan reman yang dikenakan terhadap tiga aktivis muda Mandeep Karpall, Adam Adli dan Ahmad Syukri Razab, yang masing-masing dikenakan tahanan reman selama 4 hari dan 6 enam hari bermula semalam.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata Bersih 2.0 melihat tangkapan dan tahanan reman yang dikenakan oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap aktivis, ahli politik, orang awam malah terhadap pihak-pihak yang menyiasat dakwaan skandal aliran wang terkait 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat serius.
Katanya, protes anak-anak muda Demi Malaysia adalah berkenaan penambahbaikan tetapi mereka dihukum dengan tangkapan.
Tambahnya, tuntutan mereka samalah dengan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 ke arah akauntabiliti sepertimana yang telah dinyatakan dalam empat tuntutan sebelum ini:
- Supaya Najib Razak mendedahkan butiran akaun banknya, dan terutamanya memperjelaskan sama ada akaun AmBank dengan namanya benar-benar wujud, dan jika ya, mendedahkan butiran transaksi bagi tarikh-tarikh yang berkenaan.
- Najib Razak mesti bercuti daripada jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kesemua jawatan awam yang disandangnya selama siasatan berlangsung.
- Bekukan akaun Najib Razak, isteri dan anak-anaknya.
- Kesemua hasil siasatan Bank Negara, SPRM, pihak polis dan PAC berkenaan 1MDB serta syarikat-syarikat berkaitan mesti didedahkan kepada orang ramai secepat mungkin.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, berikutan kegagalan Najib untuk melaksanakan penambahbaikan dan tindakannya melumpuhkan usaha mencari kebenaran di sebalik skandal 1MDB, suara rakyat mesti terus diperdengarkan dengan lebih kuat dan jelas. - HARAKAHDAILY 3/8/2015
Sumber HD - 3-8-2015
Malaysia seperti apa sedang kita bina? |
Posted on Sunday, August 02 @ 09:36:08 MYT by paktam
Melihatkan cara polis menangani peserta himpunan #TangkapNajib, kita bimbang Malaysia akan menjadi negara yang tidak menghormati nilai manusiawi. Belum pun ucapan bermula, seorang demi seorang ditangkap daripada ahli politik, mahasiswa, warga emas, pemandu teksi, pendeklamator, penjawat awam, kartunis, wanita sampailah remaja berusia 14 tahun! Melayu, Cina, Singh semua ada. Kegilaan apa sedang melanda selepas rombakan kabinet yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) juga memegang portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN)? Lebih 20 orang rakyat yang tidak menerima sesen pun wang RM2.6 bilion yang didepositkan dalam akaun peribadi Najib Razak itu bermalam di lokap hanya kerana menuntut keadilan. Dalam banyak keadaan polis juga gelabah semacam ketika mengheret orang awam ke trak polis. Macamlah tangkap penjenayah yang akaunnya ada berbilion dollar Amerika! Paling buat kecoh mereka yang tak beruniform dengan sebahagiannya memakai jaket tertera kata 'polis'. Jerit, rempuh dan tolak orang lain termasuk petugas media. Dia fikir kerja dia saja, kerja orang lain tak fikir. Kadang-kadang kami di pihak media ni musykil, mereka ni betul ke polis sebab samsengnya lain macam. Tak cukup tangkap, polis jugs menjerit-jerit suruh semua premis kedai sekitar Sogo ditutup! Kenapa begitu terdesak sekali kalau itulah arahan dari Ketua Polis Negara (KPN)? Serentak tangkapan dibuat, serentak itu juga kedengaran deruman pintu lot-lot kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman ditarik sebagai mematuhi arahan polis. Nampak? Siapa yang menjejaskan urusniaga di ibu kota? Asiah yang berusia 14 tahun bersama ibunya Nashita Md Noor di seberang Sogo juga diheret masuk ke trak polis hanya kerana mendesak supaya tangkap Najib. Seorang wanita bertubuh kecil juga diikat hanya kerana berpakaian serba putih warna yang menjadi tema himpunan #TangkapNajib. Saya merasakan, anggota bertugas ketika itu sudah dibasuh otaknya bila dengar siapa yang sebut "tangkap Najib", tangkap orang itu. Bila nampak siapa yang pakai baju berwarna putih, ikat dan sumbat dalam trak! Gamaknya macam tu kot. Bahkan, siap datang 1 bas PDRM menurunkan anggota yang kemudiannya menghalau orang awam yang sebahagiannya terpinga-pinga memenuhi sepanjang jalan dan persimpangan Jalan TAR-Jalan Dang Wangi. Malah, pelanggan di premis kafe sebelah gedung Sogo - pusat unjuk rasa rakyat Malaysia - juga diusir pihak polis dan pihak keselamatan Sogo pun lagaknya mengalahkan IGP mengusir pelanggan meninggalkan kafe itu. Kebetulan saya juga ada di sana jadi saksi mata matinya demokrasi negara. Saya tanyakan atas kapasiti pemegang pas media, "encik, siapa yang beri arahan?" Dijawab ringkas "arahan dari atas. bersurai semua." Dalam masa sama juga di laluan bawah kafe seorang lagi polis berpakaian preman mengusir sambil menjerit "Hanya anggota polis saja dibenarkan berada di sini. Balik! Balik semuaa!!" Kami mulanya enggan berganjak atas hujah sekadar minum tika himpunan pun sudah bubar. Namun, sehingga jam 3.30 petang, akhirnya saya bersama sekumpulan lagi rakyat juga YB yang "berkubu" di kafe The Loaf, Sogo itu akhirnya terpaksa akur untuk meninggalkan lokasi apabila dari perkarangan Sogo sekumpulan polis sudah bergerak ke arah kami. Jadinya, bagi saya bermula sejak turun di LRT hentian Bandaraya jam 2 sehingga jam 3.30 petang, aksi demonstrasi semalam sebenarnya himpunan polis dan SB! Dari stesen menyusuri laluan berbumbung saya anggarkan sudah lebih 100 polis beruniform dan SB lengkap dengan kamera video. Poyo. Macamlah peserta himpunan berpuluh ribu. Stesen lengang dengan orang awam. Sindrom ketakutan massa sudah mewabak. Fitrah negara yang sejahtera lagi membahagiakan rakyatnya makin sukar untuk dicapai selagi rejim sedia ada terus berkuasa. Hak rakyat untuk bersuara juga dinafi. Pihak yang tugasnya menjaga ketenteraman awam lebih kepada menjadi alat menjaga ketenteraman penguasa. Lantas, Malaysia seperti apa yang kita sedang bina? Ini antara situasi yang sempat saya rakamkan. Sumber DD - 2-8-2015 |
Tanpa Penglibatan Dewan Pemuda Pas Ternyata Himpunan #Tangkap Najib Gagal Tarik Perhatian Orang Ramai Posted on Saturday, August 01 @ 23:17:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Oleh Omak Kau!!
Lebih 20 orang ditangkap termasuk aktivis Hishamuddin Rais oleh pihak polis dalam himpunan #TangkapNajib.
Sekitar 100 orang peserta menyertai himpunan berkenaan yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo di sini.
Pusat beli-belah berkenaan juga ditutup begitu juga dengan premis-premis perniagaan berhampiran.
Himpunan berkenaan bermula pada 2 petang dan mereka melaungkan slogan #Tangkap Najib sebelum pihak polis mula mengambil tindakan.
Ternyata tanpa Dewan Pemuda PAS dijemput untuk turut serta perhimpunan tidak mendapat sambutan terutama dari golongan anak-anak muda.
Dua letupan kuat kedengaran sekitar pukul 2.20 dan 2.30 petang dan ia dikatakan daripada mercun yang dilempar oleh peserta himpunan.
ADUN Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan aktivis mahasiswa Fahmi Zainol ditangkap pihak polis.
Sekitar pukul 2.45 petang pihak polis memberi amaran kepada orang awam, peserta himpunan dan juga pihak media supaya beredar daripada kawasan Sogo.
Sekiranya enggan, pihak polis akan mengambil tindakan.
Sementara itu, pada 3 petang, pihak polis mula menutup kawasan Sogo dan juga Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Polis mula meminta orang ramai beredar daripada kawasan himpunan.
....
http://omakkau.blogspot.com/
Sumber TKO - 1-8-2015
Tangkapan bertujuan takutkan aktivis berhimpun |
Posted on Saturday, August 01 @ 12:12:21 MYT by paktam
Merujuk kepada penahanan dua aktivis anak muda Syukri Razab dan Adam Adli pada petang tadi yang dilakukan pihak polis di bawah Akta Hasutan, berhubungan dengan perhimpunan yang dijangka berlangsung pada esok, 1 Ogos 2015, pada 2 petang di hadapan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur DAPSY dengan ini menyuarakan sebulat suara sokongan kepada kedua-kedua anak muda ini dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan penahanan Syukri dan Adam tersebut. Kedua-dua mereka hadir di ibu pejabat polis di Dang Wangi dengan sukarela untuk mengadakan perbincangan dengan pihak polis mengenai perhimpunan esok dan ditahan sebaik sahaja ingin meninggalkan perkarangan ibu pejabat polis tersebut. Penahanan kedua-dua aktivis ini menunjukkan kepincangan kerajaan Barisan Nasional dan pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak boleh menerima sebarang suara bantahan walau dikritik hebat mantan pemimpin negara, media dan masyarakat antarabangsa dan rakyat Malaysia sendiri. Penahanan ini adalah suatu bentuk ancaman kepada aktivis dan ahli politik berkaitan dengan perhimpunan esok dan juga perhimpunan-perhimpunan yang akan datang. Adakah perhimpunan aman sebegini ataupun pemimpin korup yang menjejaskan keselamatan negara? DAPSY menyeru supaya pihak berkuasa dan juga pihak kerajaan untuk menghormati hak untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat milik semua rakyat Malaysia. DAPSY juga menyeru supaya pihak berkuasa tidak bersekongkol dengan pemimpin yang korup dan ditolak majoriti rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia juga diseru menggunakan pelbagai platform untuk bersama-sama berdiri teguh, menyuarakan sokongan kepada usaha menyampaikan suara bantahan kepada pihak kerajaan demi menyelamatkan negara Malaysia dari menuju kehancuran. * Penulis merupakan ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY Sumber DD - 1-8-2015 |
Himpunan #TangkapNajib: Dua aktivis muda ditahan
Posted on Saturday, August 01 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Dua aktivis muda ditahan polis kerana terlibat untuk menganjur perhimpunan #TangkapNajib yang akan diadakan pada Sabtu di perkarangan Pusat Beli Belah Sogo.
Syukri Razab dan Adam Adli ditahan mengikut Akta Hasutan di Balai Polis Dang Wangi selepas hadir secara sukarela untuk membantu siasatan.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengecam penahanan itu dan menganggap ia sebagai taktik ancaman pihak polis ke atas ahli politik dan aktivis berkaitan himpunan #TangkapNajib.
“Walaupun telah memberi jaminan untuk membenarkan perhimpunan aman, pihak polis masih menggunakan undang-undang yang tidak relevan untuk mewajarkan tindakan mereka, dan dengan itu telah melanggar hak kebebasan awam yang telah dijamin oleh Perlembagaan negara.
“Tindakan ini dikira telah melanggar kedaulatan undang-undang negara dan lebih mengancam prinsip demokrasi negara.
“Kami menyeru pihak polis untuk menghentikan taktik ugutan ini dan menghormati hak rakyat untuk berhimpun serta menyuarakan pandangan,” katanya.
Sumber : FMT
Sumber TKO - 1-8-2015
Aktivis Bersih Mandeep Singh pula ditangkap Posted on Saturday, August 01 @ 06:50:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh merupakan yang ketiga ditangkap hari ini selepas dua aktivis lain ditahan awal petang ini.
Peguamnya Honey Tan berkata, dia ditahan di balai polis Petaling di Jalan Klang Lama mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan, kerana menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen.
Tan berkata, menurut pihak polis, penangkapan Mandeep adalah berhubung dengan kenyataan dibuat pada satu sidang media baru-baru ini, tetapi ia tidak pasti mana satu kenyataan beliau yang akan disiasat.
"Kami tidak tahu sidang akhbar mana yang akan dirujuk pihak polis, tetapi hanya satu sidang akhbar yang disertai Mandeep iaitu bersama Bersih 4," katanya kepada The Malaysian Insider di balai polis malam ini.
Mandeep ditangkap ketika beliau hadir secara sukarela ke balai polis petang ini.
Pada 29 Julai lalu, Bersih 2.0 mengumumkan yang mereka akan mengadakan perhimpunan jalananan semalaman bermula 29 hingga 30 Ogos, yang digelar Bersih 4, bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rombakan Kabinet.
Sebelum ditangkap, Mandeep memberitahu The Malaysian Insider hari ini beliau dipanggil untuk hadir ke balai polis tanpa diberitahu sebabnya.
Terdahulu hari ini, aktivis Demi Malaysia Adam Adli Abd Halim dan Syukri Rezab ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi susulan penganjuran demonstrasi jalananan #TangkapNajib yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok.
Tiga tahanan terbabit dihantar ke balai polis Jinjang malam ini dan permohonan reman terhadap mereka dijangka dilakukan esok pada jam 10 pagi.
Sumber TKO - 1-8-2015
Morsi: PR, NGO serah memo ke Kedutaan Mesir
KUALA LUMPUR: Gabungan parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir bagi membantah hukuman bunuh ke atas Presiden Mesir, Dr Morsi.
Selain Dr Morsi, gabungan ini juga membantah hukuman mati ke atas Dr Yusuf Qaradhawy dan pejuang legimitasi di Mesir.
Gabungan terdiri daripada parti politik PAS, PKR, DAP serta NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis),
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Pro-Mahasiswa, Jingga 13, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Malaysians4Egypt, Panglima Malaysia dan Gema.
Lebih 300 orang berarak dari Masjid Hotel De Palma Ampang ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat.
Mereka menuntut Presiden Morsi dan ribuan rakyat yang dipenjarakan secara zalim dibebaskan serta hak rakyat dikembalikan.
Selain itu, sokongan antarabangsa terhadap kerajaan haram Al Sisi mesti dihentikan.
Mereka juga menyeru semua penyokong keadilan dan pencinta demokrasi bersama dengan rakyat Mesir, mengiktiraf perjuangan mereka dan mengembalikan semula hak mereka memilih sendiri pemimpin secara demokratik.
Kerajaan Malaysia dan masyarakat juga diminta membantah sekeras-kerasnya pencerobohan dan demokrasi dan keadilan ini.
Bagaimanapun, kehadiran mereka tidak dilayan oleh pihak kedutaan Mesir dan memorandum tersebut gagal diserahkan sendiri kepada pihak kedutaan sebaliknya hanya diletakkan di dalam peti surat. - HARAKAHDAILY 22/5/2015
Sumber HD - 22-5-2015 Pelik, peserta himpunan aman tetap juga ditangkap |
Posted on Friday, May 08 @ 09:00:00 MYT by paktam
Namun setelah perhimpunan itu selesai, seribu kehairanan dan tanda tanya pula timbul di kalangan rakyat, apabila pihak polis masih terus bertindak dengan tidak profesional dengan menangkap 53 peserta perhimpunan itu. Atas alasan apakah mereka ditangkap? Mereka tidak pun melakukan sebarang keganasan. Mereka semata-mata turut menyertai perhimpunan itu untuk bersama-sama orang ramai menyatakan pandangan berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi pertimbangan kerajaan. Dengan tindakan pihak polis itu, ternyata undang-undang yang digubal pada persidangan Dewan Rakyat April lalu yang membawa kepada kelulusan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan pindaan Akta Hasutan 1948 tidak juga membawa perubahan ke arah yang lebih baik kepada rakyat dan negara ini. Malah, kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai akta tersebut tidak bermotifkan politik, jaminan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai akta tersebut tidak akan diheret bagi kepentingan politik kerajaan Umno-BN, ternyata tidak memberikan sebarang erti. Sebaliknya, kebimbangan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai penyalahgunaan akta tersebut oleh pihak kerajaan Umno-BN ternyata berasas. Lebih jauh dari itu, pihak polis jelas gagal untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, pada hal perkara itu termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dihormati dan dihayati semua pihak. Seperti yang diketahui umum, tindakan rakyat menerusi gabungan Pakatan Rakyat, beberapa NGO dan orang perseorangan yang mengadakan serta menyertai perhimpunan itu bukanlah semata-mata atas pertimbangan politik. Sebaliknya, bagi kepentingan rakyat dan negara. Setelah sebulan GST dilaksanakan, pelbagai keburukan telah muncul dalam negara ini. Rakyat yang prihatin terpanggil untuk mendesak kerajaan menimbangkan semula pelaksanaan cukai tersebut demi kepentingan semua pihak menerusi perhimpunan tersebut, setelah pelbagai usaha yang dilakukan sebelum ini tetap tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan. Kebetulan pula, perhimpunan tersebut diadakan sempena sambutan Hari Pekerja di seluruh dunia. Ketika negara sedang bersiap sedia untuk melangkah sebagai negara maju menjelang tahun 2020, pelbagai kelemahan yang ada perlulah diperbaiki oleh kerajaan. Di negara maju, himpunan aman yang diadakan oleh rakyat hanyalah perkara biasa. Di negara maju juga, pandangan yang baik daripada rakyat dialualukan oleh kerajaan. Kenapa pula di tanah air kita yang tercinta ini, keadaannya menjadi terbalik. Sesuaikah apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan itu dengan status negara maju yang sedang dituju oleh Malaysia Sumber DD - 9-5-2015 |
Perjuangan menentang GST diteruskan
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Hari Pekerja #batalGST hari ini bersurai aman dengan bacaan deklarasi oleh setiausaha himpunan, Suhaizan Kaiat.
Peserta himpunan berikrar akan meneruskan perjuangan Tok Janggut menentang sistem percukaian yang membebankan rakyat.
Mereka berikrar akan terus menuntut cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dibatalkan serta merta.
"Kami berjanji dan bersetiakawan akan meneruskan perjuangan menentang GST," ikrar Suhaizan diikuti seluruh peserta himpunan.
Himpunan yang disertai lebih 20,000 orang itu bersurai selepas bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Awang.
Sebelum itu Pengerusi Himpunan #batalGST, Mohamad Sabu berkata, bantahan terhadap GST akan diteruskan sehingga kerajaan membatalkannya.
Hampir 20,000 orang menyertai himpunan pada hari ini.
Himpunan yang berakhir di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) itu turut dihadiri kepimpinan PAS Pusat.
Perserta himpunan yang berhimpun di beberapa tempat seperti pusat membeli belah Sogo, Masjid Negara, Masjik Jamek, Dataran Maybank dan Puduraya bergerak ke Dataran Merdeka sebelum berarak ke KLCC.
Himpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu disertai pelbagai kaum dan peringkat umur sebagai bantahan terhadap pelaksanaan GST.
Dalam pada itu, terdapat sekumpulan 30 orang aktivis 'anarkis' yang telah melakukan provokasi dengan membakar 'bom asap'dan mercun sewaktu berarak ke Dataran Merdeka.
Walaupun terdapat tentangan dari peserta himpunan, namun aktivis 'anarkis' tetap melakukan provokasi, namun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Himpunan tersebut berakhir kira-kira jam 530 petang setelah pimpinan Pakatan Rakyat berucap. - HARAKAHDAILY 1/5/2015
Sumber HD - 1-5-2015
GST: Pihak berkuasa telagah tambah sengsara rakyat
KUALA LUMPUR: Pertelagahan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan pihak Kastam terhadap cukai 6% yang dikenakan ke atas kad tambah nilai prabayar bukti nyata ketidaksediaan dan gopohnya kerajaan dalam melaksanakan GST.
Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam Khirudin pelaksanaan GST hanya samata-mata untuk menambahkan pendapatan negara yang kian merosot.
"Mengapa rakyat pula yang menjadi mangsa kekeliruan akibat pertelagahan pihak berkuasa?
"Kerajaan usahlah memandang enteng dan remeh sahaja isu ini kerana hal ini telah menyusahkan ramai pengguna dan jurujual kad tambah nilai prabayar," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau turut kesal dengan kegagalan kerajaan dalam menyelesaikan isu kekeliruan GST kad tambah nilai prabayar (topup).
Pada awal April dahulu, kekecohan ini sudah pun berlaku kerana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengatakan tidak akan berlaku perubahan harga kad tambah nilai prabayar tersebut.
Tetapi katanya, yang berlaku adalah sebaliknya apabila pihak kerajaan pula tunduk dengan desakan pihak syarikat telco dalam pertemuan mereka dengan pihak SKMM.
Kelmarin, Kastam mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar kembali kepada harga asal bermula 1 Mei namun, ia disanggah secara terbuka pula oleh SKMM dengan mengatakan harga sedia ada akan terus kekal.
Malangnya semalam Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad mengumumkan penarikan semula arahan yang telah diumumkan oleh beliau sendiri semalam.
Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS tetap tegas dan konsisten dengan pendirian bahawa GST adalah membebankan dan amatlah wajar ia ditarik semula pelaksanaannya.
"Pihak menteri, agensi pelaksana dan pegawai kerajaan sendiri telah gagal dalam memahaminya maka usahlah dilaksana perkara yang menambahkan lagi kesengsaraan dan penderitaan rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 1/5/2015
Sumber HD - 1-5-2015
Himpunan #BatalGST aman, tersusun dan berdisiplin
KUALA LUMPUR: Himpunan #BatalGST hari ini adalah himpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Ia adalah untuk menzahirkan tentangan rakyat terhadap pelaksanaan cukai yang menzalimi mereka itu.
Justeru, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyeru para peserta supaya berjalan perlahan dalam keadaan aman, tersusun dan berdisiplin dari pekarangan Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka.
"Kita nak tunjuk ini bukan himpunan ganas tetapi aman, berdisiplin dan teratur," ujarnya ringkas sebagai taklimat kepada para peserta yang berkumpul di Masjid Negara.
Beliau berucap pada jam 2.05 petang sekitar lima minit selepas menunaikan solat fardu Jumaat sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Turut bersama ialah AJK-AJK PAS Pusat iaitu Datuk Kamarudin Jaffar, Dr Mohd Hatta Ramli dan Mohamed Hanipa Maidin. - HARAKAHDAILY 1/5/2015
Sumber HD - 1-5-2015
Batal GST: 'Kami Semua Tok Janggut'
KUALA LUMPUR: Kira-kira hampir 3,000 peserta Himpunan #BatalGST memenuhi hadapan kompleks Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka jam 2.50 petang.
Bagaimanapun kelihatan pihak polis membuat benteng di hadapan Dataran Merdeka, akhirnya para peserta bergerak ke KLCC melalui Jalan Raja Laut.
Mereka diketuai oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua beserta dengan kumpulan anak muda Kita Lawan.
Para peserta tidak kira Melayu Cina dan India masing-masing berkumpul untuk menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST yang kini membebankan ekonomi rakyat.
Para peserta memakai baju t-shirt warna merah yang tertera Batal GST dan Kami Semua Tok Janggut dan ada juga peserta memakai baju berwarn hitam tertera Kita Lawan Sampai Menang.
Mereka mula berkumpul di Sogo sejak jam 2 petang lagi dengan pelbagai sepanduk seperti Batal GST, Undur Najib. - HARAKAHDAILY 1/5/2015
Sumber HD - 1-5-2015
Pak Samad 'maskot' Himpunan #BatalGST
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberi jaminan Himpunan Hari Pekerja #Batal GST petang ini akan berlangsung aman dengan membawa semangat tokoh pejuang Kelantan, Tok Janggut.
Beliau berkata, oleh kerana seratus tahun dahulu pada tarikh yang hampir sama, Tok Janggut bangun menentang sistem percukaian dikenakan British kepada rakyat khasnya di Kelantan, maka mereka memilih slogan 'Kami adalah Tok Janggut' bagi membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST).
"Esok kita berjalan beramai-ramai, bawa suara kita, tidak terlalu perlahan, tidak terlalu laju kerana ada orang tua akan bersama-sama dalam himpunan ini.
"Kita ada Tok Janggut sekarang ini. Datuk A. Samad Said. Beliaulah maskot kita pada himpunan esok hari," kata beliau dalam ceramah Grand Finale Kita Lawan GST di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.
Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Himpunan #BatalGST memberitahu, himpunan hari ini akan bermula jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat.
Para peserta himpunan akan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
Kemudian para peserta akan bergerak perlahan-lahan dari Dataran Merdeka menuju KLCC.
Warna merah dipersetujui sebagai warna rasmi himpunan hari ini.
Mereka mensasarkan satu juta akan orang akan memenuhi ibu kota petang ini. - HARAKAHDAILY 1/5/2015
Sumber HD - 1-5-2015
Cucu cicit Tok Janggut berhimpun bantah GST
SEBAGAI parti pilihan Penjajah British bagi meneruskan legasi kolonial. Umno-Barisan Nasional terus menindas rakyat melalui GST. Lebih teruk pada saat yang sama mereka merompak kekayaan rakyat sejumlah 42 Bilion melalui skandal 1 MDB.
Jika dahulu British mengenakan cukai hanya pada kepala, tanah, pokok kelapa, padi, buahan dan sireh.
Hari ini anak cucu cicit Tok Janggut dikenakan cukai hampir segalanya. Hampir tiada usaha dan perbelanjaan yang dibuat oleh anak cucu cicit Tok Janggut kecuali ia dikenakan GST bagi melimpahkan kekayaan buat memuaskan ketamakan pemimpin Umno-BN.
Kisah kemewahan majlis perkahwinan anak pembesar negara membuatkan hati rakyat remuk. Pada saat kehidupan rakyat bagai ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
100 tahun lalu British menggantung mayat Tok Janggut di Padang Merdeka Kota Bharu Kelantan. Jumaat ini, berhampiran Dataran Merdeka, cucu cicit Tok Janggut bakal berkumpul untuk menggoncang takhta politik pemimpin negara yang korup.
100 tahun lampau British mengerah kapal perang H.M.S. Cadmus membedil bandar Pasir Puteh.
Jumaat ini kerajaan Umno-BN berhadapan dengan suara kebangkitan cucu cicit Tok Janggut di Kuala Lumpur.
Tok Janggut terus hidup. Ia hidup dalam semangat dan perjuangan anak muda.
Jumaat ini anak cucu cicit Tok Janggut turun membantah GST. - HARAKAHDAILY 30/4/2015
AHMAD MARZUK SHAARY
Exco DPPM
Exco DPPNK
Ahli Parlimen Bachok
Sumber HD - 30-4-2015
1 Mei 2015 : PAS – Pekerja Allah Sayang
02. Tema ini selari dengan Islam seperti mana Baginda Rasulullah SAW sendiri begitu mengambil berat soal kesihatan khadam-khadam Baginda Nabi Muhammad SAW, begitu juga dengan Saidina Umar R.A pernah menjaga pembantu-pembantu beliau yang sakit.
03. Di Malaysia, urusan kebajikan pekerja telah termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994) hasil idea ahli akademik di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (IKKPN 1992).
04. Menyedari beberapa kelompangan yang berlaku dalam dasar sistem melibatkan kebajikan pekerja ini, pelbagai usaha islamisasi telah giat diperkenalkan termasuklah model FACT – “Faith, Acting, Commending, Tolerating”.
05. Dasar keharmonian setiap pekerja juga dilindungi oleh Islam bagi mengelakkan para pelabur dan kapitalis menindas serta memerah tenaga pekerja-pekerja demi mengaut sebanyak mungkin keuntungan semata-mata.
06. Elemen “soft factor” yang turut meliputi urusan kebajikan spiritual pekerja juga diberi penekanan di dalam menjamin produktiviti negara sebagaimana yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Pemikiran Islam pada tahun 2012.
07. Hal ini adalah kerana di dalam Islam terdapat tiga bidang tugas utama seorang pekerja Allah sayang semasa waktu bekerja iaitu :
i. Hamba Allah SWT
ii. Pengamal Sunnah Rasulullah SAW
iii. Pekerja kepada Negara, Negeri mahupun Ummah
08. Biar apapun jenis pekerjaan kita, kita perlu berusaha menunaikan tiga tanggungjawab utama ini dengan “itqan”-tekun, tersusun dan teliti kerana kita percaya dan yakin dengan semangat serta suasana kerja inilah yang akan memberi jaminan keselamatan, penjagaan kesihatan selain peningkatan produktiviti baik kepada pekerja muslim dan bukan muslim.
09. Amanah masa sepanjang waktu bekerja hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin kerana setiap amalan kita ini akan dibalas mengikut apa yang telah kita kerjakan :
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (97)
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah An-Nahl : 97)
10. Bagi pihak Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Pekerja 2015″ kepada semua pekerja di Malaysia samada sektor awam mahupun swasta.
11. Terima kasih diatas kesungguhan usaha dan perkhidmatan terbaik dari anda, semoga mendapat keredhaan Allah SWT bagi pekerja-pekerja Muslim serta mendapat kesejahteraan hidup terutama kepada semua pekerja bukan Islam.
Selamat Hari Pekerja 2015 : Terima kasih – Thank You – Xie Xie – Nadri.
Pekerja Allah Sayang = Pekerja Cemerlang Duniawi Ukhrawi
Wallahu’lam.
Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh,
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2013-2015,
Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP).
10 Rejab 1436 H,
29 April 2015.
Sumber BO - 30-4-2015
Bantah GST sasar 200,000 tandatangan petisyen
KUALA LUMPUR: Laman web bantahgst atau Golongan Susah Tertindas mensasarkan tandatangan petisyen sebanyak 200,000 orang sebelum 1 Mei nanti.
Laman web yang menggunakan alamat www.bantahgst.com yang tidak diketahui pemilik ini turut mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan cukai GST (Goods and Services Tax) tidak membebankan rakyat.
Selain itu turut mempertikaikan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang berkata, sebanyak 500 barangan akan diturunkan harga apabila GST dilaksanakan.
Sehingga hari ini laman tersebut berjaya mengumpul tandatangan petisyen seramai 38,132 orang.
Menurut laman web itu lagi, GST merupakan satu cukai yang rakus serta bersifat regresif yang membebankan rakyat dan golongan yang terbeban adalah rakyat berpendapatan rendah, persara, warga emas, pelajar dan golongan pertengahan akibat kenaikan harga barang.
Selain itu, laman bantahgst turut meminta agar kerajaan tidak membebankan rakyat memandangkan Malaysia sebuah negara yang kaya jika ia diurus dengan lebih amanah dan cara yang betul.
Orang ramai boleh mengunjungi laman web www.bantahgst.com bagi tujuan mencapai sasaran tandatangan petisyen 200 ribu. – HARAKAHDAILY 29/4/2015
Sumber HD - 29-4-2015
PAS arah semua ahli hadir Himpunan 1 Mei Batal GST
KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua pimpinan dan ahlinya di semua peringkat untuk hadir ke Himpunan 1 Mei #BatalGST yang akan diadakan di Dataran Merdeka 1 Mei ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu surat rasmi yang bertarikh 20 April 2015, kepada pimpinan dan ahli PAS di seluruh negara.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 13 April lalu telah memperakukan program Himpunan Batal GST merupakan program parti yang dianjurkan bersama NGO dan Pakatan Rakyat.
Ahli PAS juga dimaklumkan tujuan utama himpunan ini untuk menyatakan secara aman bantahan PAS terhadap pelaksanaan GST oleh Kerajaan Malaysia dan kenaikan harga barang yang secara tidak langsung menindas rakyat.
"Semua perserta dicadangkan memakai pakaian berwarna merah dan dinasihatkan untuk datang lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk mengelakan dari tergendala perjalanan program ini," ujar Mustafa.
Himpunan Batal GST ini dijangka akan bermula jam 2.30 petang selepas solat Jumaat. Para peserta himpunan akan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah antara yang tidak bersetuju pelaksanaan GST ini dan beliau juga dijangka akan turut bersama dalam himpunan itu nanti. – HARAKAHDAILY 20/4/2015
Sumber HD - 20-4-2015
Bantah GST: Ku Li mungkin turun ke jalan raya
KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah antara tokoh politik yang menyokong penuh Himpunan Hari Pekerja #BatalGST pada 1 Mei depan.
Pengerusi Sekretariat Batal GST, Mohamad Sabu berkata, Tengku Razaleigh atau mesra dipanggil Ku Li yang dihubungi beliau menyatakan kemungkinan besar akan bersama-sama turun ke jalan raya bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan yang mula dilaksanakan 1 April lalu.
"Saya menghubungi Ku Li dan beliau memang tak bersetuju dengan GST.
"Kalau ikutkan beliau GST mesti ditangguhkan hari ini juga kerana persediaan menghadapi GST belum dilakukan secukupnya," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini, hari ini.
Menurut Mohamad, himpunan tersebut akan bermula jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat.
Para peserta himpunan akan berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek, Sogo dan Menara Maybank sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
"Kemudian para peserta akan bergerak perlahan-lahan dari Dataran Merdeka menuju KLCC. Ucapan pimpinan utama akan dibuat di KLCC," katanya sambil menambah warna merah dipersetujui sebagai warna rasmi himpunan tersebut.
Selain Ku Li, turut menyatakan sokongan penuh kepada himpunan tersebut ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Dr. Muhammad Haji Salleh, Pengerusi Bantah PPSMI, Prof Emeritus Dr Shahril Mohd Zain, bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Pengerusi NGO Negaraku, Datuk Ambiga Sreenevasan.
A Samad berkata, beliau akan menyertai himpunan tersebut kerana menyedari GST membebankan seluruh rakyat dan wajar dibantah.
"Saya sendiri lebih awal berasa himpunan ini demi umum.
"Kalau kita tak melawan kita akan terus dicengkam kerana kerajaan hanya tahu berhutang tetapi kita terpaksa membayar," katanya.
Jawatankuasa himpunan akan menyediakan khidmat guaman, perubatan dan keselamatan yang diselenggara pihak Jabatan Amal untuk kemudahan para peserta.
Sementara itu kata Mohamad, makluman kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi akan dibuat pada hari ini.
Turut bersama pada sidang media ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, Ketua Koordinator Jingga 13, Farez Musa dan aktivis Hishamuddin Rais. - HARAKAHDAILY 20/4/2015
Sumber HD - 20-4-2015
Harus Kutip Cukai Hanya Bila Darurat
Bagaimanapun beliau berkata, cukai tersebut harus dikutip apabila negara berada dalam keadaan darurat untuk tujuan mempertahankan kedaulatan negara.
“Dalam Islam tidak membenarkan mengambil cukai daripada orang miskin. GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) itu orang kaya kena, orang miskin pun kena, tetapi dalam Islam tak boleh.
“Ketika sesebuah negara itu darurat kerana mempertahankan negara dari musuh, waktu itu harus. Ini kerana perbendaharaan negara kekeringan (habis sumber) jadi mengutip cukai itu harus untuk membeli persenjataan,” katanya pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama Pas Pusat, di Padang Merbok, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata lagi, sebelum pemimpin mengutip cukai daripada rakyat, mereka perlu memanfaatkan sepenuhnya aset dan harta kerajaan terlebih dahulu.
“Sebelum ambil cukai, kena keluar aset kerajaan dulu, perbelanjaan mewah perlu dipotong dulu, jika tidak cukup, jual harta kerajaan, kalau tak cukup juga, baru kenakan cukai,” katanya lagi.
Sumber BO - 12-4-2015
GST: Silap pilih pemerintah, rakyat tanggung derita
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata rakyat perlu membuat pilihan bijak pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, akibat dari kesilapan memilih pemerintah, rakyat terus menanggung penderitaan ekonomi selain daripada pelaksanaan undang-undang yang menekan kebebasan mereka.
"Inilah akibat dari kebodohan sesiapa yang memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.
"Untuk kebaikan rakyat buat pilihan bijak pada pilihan raya nanti," katanya ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok, di sini petang semalam.
Program membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) itu dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.
Mohamad yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO PAS Pusat turut memaklumkan himpunan membantah GST pada 1 Mei depan.
Turut berucap pada sesi sebelah malam ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Ustaz Ahmad sebelum itu mengimami solat Maghrib sementara solat hajat dipimpin oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik. - HARAKAHDAILY 12/4/2015
Sumber HD - 12-4-2015
GST: BN bersalah bebankan rakyat sejak awal lagi
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Barisan Nasional (BN) bersalah membebani hidup rakyat sejak awal pemerintahan mereka.
Beliau yang berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok malam tadi berkata, pemimpin BN tidak perlu tuduh menuduh dalam kalangan mereka kerana pemimpin yang baharu ditipu pemimpin terdahulu.
"Pemimpin BN sering bertelagah, tuduh menuduh antara satu sama lain pada ketika rakyat menderita akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan BN dulu pun bersalah dan pemimpin yang ada ini ditipu dan mengulangi kesalahan lalu," katanya.
Justeru, beliau menambah, PAS akan bertindak sebagai penasihat untuk menasihati kerajaan agar memperbetulkan kembali keadaan pentadbiran dan ekonomi.
"Kita perlu kembalikan ekonomi sekarang mengikut Islam, Islam bukan hanya pada hudud semata-mata tetapi juga ekonomi.
"Kita sedih bila Melayu sendiri tidak terima Islam, kena ingat dalam menangani masalah ekonomi bukannya hanya melalui cukai semata-mata," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.
Menurut beliau, cukai bukan ubat, justeru pelaksanaannya bukan satu penyelesaian terbaik untuk sesebuah negara kerana ia akan mengakibatkan berlakunya inflasi.
"Selesaikan masalah ekonomi dengan tanggungjawab, banyak hasil bumi yang kita ada dan ini perlu kita laksanakan bukannya melalui cukai.
"Kita tidak lupa isu membabitkan kegagalan projek-projek mega dengan segala ketirisan, perbaiki ini dulu.
"Rasuah projek yang teruk dan terus berleluasa, cara terbaik untuk mengatasinya beri sepenuh kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau meminta agar kerajaan melantik seorang penasihat ekonomi yang baik dan bukannya penasihat ekonomi yang mengampu.
Tambah beliau, pemerintah perlu kembali ke pangkal jalan jika inginkan keadaan ekonomi terus pulih dan tidak terus membeli rakyat untuk terus memilih mereka.
Sebelum itu, Timbalan Musyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob turut menyampaikan ucapan.
Selain ucapan, program sesi malam bermula dengan solat Maghrib berjamaah yang diimamkan Ustaz Ahmad, diikuti solat hajat yang dipimpin oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.
Majlis berakhir sekitar masuknya waktu solat Isyak. - HARAKAHDAILY 12/4/2015
Sumber HD - 12-4-2015
GST: Kerajaan tidak prihatin, hanya harapkan poket rakyat
KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai tindakan zalim kepada rakyat.
Katanya, ketidakprihatinan kerajaan dalam mengatasi masalah ekonomi serta mencari peluang baru, kerajaan hanya tertumpu kepada poket rakyat.
"GST ini zalim, cerdik ke kerajaan begini jika duit rakyat dijadikan mangsa, menekan hidup mereka serta membuatkan rakyat menderita.
"Negara luar jika hadapi masalah kewangan mereka akan mencari pelabur luar sebagai jalan penyelesaian kepada ekonomi negara, tidak menekan rakyat tetapi Malaysia menjadikan rakyat sebagai mangsa untuk tambah wang negara," ucap beliau pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok, di sini petang semalam.
Beliau menegaskan, Dewan Ulamak turut menentang pelaksanaan GST dan akan meneruskan kempen kesedaran tentang keburukan cukai itu ke seluruh negara.
"Kita harap program ini akan memberi kesedaran kepada kerajaan supaya mereka dapat melihat apa yang telah dilakukan terhadap rakyat.
"Kita bukan menentang membabi buta, tetapi mengikut prinsip, GST adalah cukai yng tidak sepatutnya dilaksanakan di negara ini kerana faktor ekonomi negara belum kukuh sepenuhnya.
"Kerajaan tidak boleh membandingkan Malaysia dengan negara lain kerana negara luar tidak mengenakan kepada rakyat selain itu hasil cukai GST dikembalikan kepada rakyat," katanya. - HARAKAHDAILY 12/4/2015
Sumber HD - 12-4-2015
Ayuh ke Himpunan #KitaLawan GST 1 Mei
Keutuhan gabungan anak muda #KitaLawan yang terdiri daripada parti politik, kumpulan masyarakat sivil, NGO, mahasiswa, pekerja dan profesional muda telah membuktikan bahawa rakyat tidak perlu tunduk kepada kezaliman.Walaupun sejak pemenjaraan Anwar Ibrahim terdapat lebih lebih daripada 120 tangkapan ahli politik, ahli akademik, peguam, aktivis, wartawan dan seumpamanya, anak muda tidak gentar malah tangkapan sedemikian dan salah guna kuasa oleh IGP menunjukkan bahawa perjuangan anak muda berada di landasan yang betul.
Pelbagai pendedahan mengenai kerakusan pentadbiran Najib Razak seperti 1MDB, jet peribadi dan skandal-skandal ketirisan juga menjadi bukti bahawa beliau gagal memperjuangkan kebajikan rakyat.
Lebih malang apabila orang disekeliling beliau lebih risaukan tentang kedudukan dan harta yang menjadikan mereka begitu lemah dan longlai sedangkan kesengsaraan rakyat langsung tidak dihiraukan.
Kerana itu, anak muda tampil ke hadapan untuk memberikan inspirasi dan harapan kepada rakyat bahawa keadaan ini perlu diubah dan boleh diubah.
Hari ini bermulah pelaksanaan cukai GST. Mereka yang sebelum ini tidak membayar cukai pendapatan kerana gaji tidak cukup mahupun mereka yang sebelum ini tidak bekerja seperti mahasiswa, pelajar dan pesara kini berdepan dengan tekanan cukai.
Malah rakyat biasa terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup yang melampau sedangkan pemimpin negara terus bermewahan dan rakus menghabiskan dengan kekayaan negara.
Namun, keluhan dan rungutan rakyat tidak mencukupi. Kezaliman mereka perlu kita lawan.
Oleh yang demikian, Sekretariat #KitaLawan mengajak semua untuk bersama-sama turun ke Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015 untuk Himpunan #KitaLawanGST.
Yang pasti bulan April ini akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia mengenai penindasan GST terhadap kita semua. Tempoh sebulan ini juga anak muda akan memberi suntikan semangat dan keberanian untuk kita semua bangkit menentang kezaliman mereka. Anak muda sedia menghadapi tekanan dan risiko. Anak muda tidak gentar, kita lawan demi kebajikan seluruh rakyat Malaysia.
Lagi ditekan, lagi Kita Lawan!
#KitaLawanGST #Himpunan1Mei
1 APRIL 2015
Sekretariat Kita Lawan
Sumber KD - 11-5-2015
Himpunan PAS bantah GST di Padang Merbok (12 Gambar) Posted on Saturday, April 11 @ 21:39:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Perhimpunan PAS menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur hari ini sejajar dengan seruan Nabi Muhammad untuk menentang kezaliman, kata seorang pemimpin parti itu hari ini.
"GST benar-benar menzalimi rakyat. Menentang kezaliman adalah wajib, sama ada menggunakan kekerasan, lidah atau hati," kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
"Nabi bersabda sebaik-baik jihad adalah kalimah yang benar di sisi seorang penguasa yang zalim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menggesa rakyat menyokong perhimpunan hari ini yang bertemakan 'Himpunan rakyat derita; kenapa kita menentang GST' di Padang Merbuk di ibu negara mulai jam 4 petang tadi.
Perhimpunan itu akan menampilkan ikon Tok Janggut, yang menentang penindasan British mengenakan cukai semasa pemerintahan penjajah.
Sementara itu, PKR melancarkan 'flashmobs' anti-GST di seluruh negara bermula dengan di Plaza Tol Damansara berhampiran dengan pejabatnya di Petaling Jaya hari ini, dengan mengedarkan pelekat kereta #BantahGST.
Mereka juga telah memulakan petisyen di www.bantahGST.com untuk mengumpul satu juta tandatangan membantah cukai tersebut.
Dalam 15 hari pertama, kata Sim Tze Tzin, mereka telah mengumpulkan 15,000 tandatangan dan berharap dapat mencapai sekurang-kurangnya 200,000 menjelang 1 Mei.
............
Ribuan peserta Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) mula berkumpul di Padang Merbok, di ibu negara bagi menunjukkan tanda protes terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula berkuatkuasa sejak 1 April lalu.
HINDAR yang merupakan program anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat bermula jam 4 petang Sabtu hingga 9 malam, mendapat kelulusan pihak polis.
Turut hadir dan berucap adalah wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga, selebriti dan pimpinan parti-parti politik.
Kemuncak himpunan ini turut diadakan persembahan puisi, pentomen, nasyid berkaitan GST dan munajat perdana selepas solat Maghrib.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob akan mengimamkan majlis solat Magrib berjemaah manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyampaikan pidato khas selepas solat isyak berjemaah.
Sebelum itu, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, peserta HINDAR yang hadir menyertai himpunan ini terdirinya daripada pelbagai lapisan masyarakat.
“Bukan hanya wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga, selebriti dan pimpinan parti-parti politik sahaja yang datang malah jutawan dan juruterbangpun datang.
“Kalau mereka yang professionalpun datang, takkan lah yang bawah teksipun masih menyokong UMNO,” katanya ketika berucap kepada orang ramai di Padang Merbok, berhampiran Tugu Negara.
Beliau berkata, rakyat tidak akan marah jika pelaksanaan GST memberi banyak manfaat.
Namun beliau mendakwa pelaksanaan cukai itu bukan seperti yang dilaksanakan di negara lain kerana di Malaysia keuntungan GST tidak dapat dinikmati oleh rakyat.
“Kerajaan cakap GST buat harga barang turun tetapi saya pergi kedai, dulu barang itu berharga RM100 kini sudah berharga RM106.
“Ini matematik moden, dan adakah ia munasabah?” katanya.
Sementara itu, aktivis pelajar, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS), Imran Ishak berkata, GST benar-benar membebankan pelajar sepertinya.
“Kerajaan Malaysia ambil sistem pengurusan banyak dari Barat sepatutnya daripada sistem Islam.
“Saya beli kasutpun naik harga, makan nasi ayampun kena GST sedangkan laporan audit sudah tertulis bahawa kerajaan kita korup dan banyak ketirisan,” katanya.
Pelawak, pelakon dan penulis lirik yang kini menjadi aktivis PAS, Bob Lokman turut turun ke Padang Merbok.
Beliau berkata, jika benar GST baik untuk rakyat negara ini sepatutnya menjadi negara pertama melaksanakan cukai tersebut.
Sementara itu, wakil OKU bangkit, Umar Abdul Aziz berkata, sebagai orang kelainan upaya (OKU) beliau rasa terpanggil untuk menentang pelaksanaan cukai tersebut.
“Mereka yang sihat tubuh badanpun menentang GST apatah lagi golongan OKU. GST menambah lagi penderitaan kami.
“Sebelum GST, golongan OKU sudah cukup menderita makan mee Meggi dengan nasi dan telur.
“Kini kena GST lagi menambah penderitaan kami,”.

Sumber TKO - 11-4-2015
Seruan Kepada Semua Mahasiswa Bantah GST Sertai HINDAR
قال الله تعالى :
مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya.”
[Surah Al-Hasyr, ayat 07]
1 – Pada 11 April 2015 ini bakal berlangsungnya Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
2 – HINDAR ini dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat bagi bertujuan mengzahirkan bantahan rakyat Malaysia, khususnya juga para mahasiswa terhadap pelaksanaan GST bermula pada 01 April 2015 baru-baru ini.
3 – Dengan ini, kami mewakili barisan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam PAS (IPTIP) menyeru kepada semua rakyat Malaysia amnya dan khususnya juga buat para mahasiswa seluruh Malaysia bagi turut sertai HINDAR ini.
4 – Sudah sampai masa dan waktunya kita bangkit bersama serta mengzahirkan perasaan kekecewaan kita semua kepada pemerintah yang zalim dalam Malaysia ini, dalam masa yang sama berhimpun dengan garis panduan Islam bagi membantah sekeras-kerasnya pelakasanaan GST tersebut.
5 – Justeru, sekali lagi kami daripada IPTIP menyeru kepada semua agar tidak menghindarkan diri anda daripada menyertai HINDAR tersebut.
6 – Bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar HINDAR ini berjalan lancar serta perolehi rahmat daripada-Nya, Insyallah.
“Anak Muda Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulamak”
MUHAMMAD HARITH MOHD NOH
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM),
Selangor.
SYED MOHD ZUHAIRI TUAN KASMI
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI),
Terengganu.
MUHAMMAD DANIAL MOHD ASRI
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Islam Darul Ulum (KIDU),
Kedah.
Sumber BO - 10-4-2015
Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) – 10 Hari Selepas GST
Menurut Pengarahnya Ustaz Nasruddin Hassan, himpunan itu adalah sebuah himpunan aman dan mempunyai cara dan tertib yang tersendiri.
Himpunan tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 11 April 2015 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1436, di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.
Ia akan bermula kira-kira pada jam 4.00 petang dan akan berakhir pada jam 9.00 malam.
“Bermula dengan solat Asar berjamaah dan bacaan al-Mathurat, pidato pimpinan menjelaskan kenapa kita membantah GST,
“(kemudian ada) pentomen Derita Rakyat, puisi Derita Rakyat, solat Maghrib berjamaah dan Munajat Perdana serta pidato khas yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang,”jelas beliau.
Dalam satu pernyataan kepada pihak media, Ahli Parlimen Temerloh itu berharap semua warga prihatin dapat menyertai HINDAR mematuhi arahan pemimpinan dan peraturan yang telah ditetapkan.
“semua orang yang prihatin adalah dijemput hadir,”tambahnya.
Berikut dilampirkan tentatif bagi perjalanan himpunan tersebut;
TENTATIF :
4.00 pm : Kehadhiran
4.30 pm : Azan, Solat Asar & Al-Mathurat
4.45 pm : Pidato 1 (ucapan 4 pemidato)
Sumber BO - 9-4-2015
#BatalGST: Himpunan raksasa 1 Mei
KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Hari Pekerja #BatalGST menyeru seluruh rakyat Malaysia, dari Johor hingga ke Perlis, dari Sabah ke Sarawak, untuk turun dan memenuhi bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Mei ini dengan berpakaian merah sebagai warna dan simbol perjuangan rakyat.
Timbalan Presiden PAS yang juga Pengerusi Sekretariat Batal GST, Mohamad Sabu berkata, fokus dan tuntutan himpunan ini hanya satu iaitu menuntut agar pelaksanaan GST dibatalkan serta-merta.
Perkara ini diputuskan dalam satu mesyuarat pada 29 Mac lalu melibatkan pemimpin NGO-NGO, parti-parti politik, pertubuhan mahasiswa dan organisasi massa bagi membincangkan aksi bantahan terhadap pelaksanaan GST yang telah pun bermula pada 1 April 2015 yang lalu.
"Mesyuarat juga bersetuju bahawa himpunan raksasa ini dibuat pada Hari Pekerja, iaitu 1 Mei 2015 dan dinamakan sebagai Himpunan Hari Pekerja #BatalGST," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, bagi menyemarakan lagi himpunan ini pihak Sekretariat akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan rakyat untuk turun ke himpunan kemuncak 1 Mei nanti.
Jelajah akan bermula 9 April ini di Alor Setar, 10 April (Bagan Serai Perak), 11 April ( Seremban, Negeri Sembilan), 12 April (Kemaman, Terengganu), 14 April (Batu Pahat, Johor), 20 April (Tumpat, Kelantan), 23 April (Temerloh, Pahang), 24 April (Seremban Negeri Sembilan), dan 30 April ( Wilayah Persekutuan).
Menurut Mohamad, kedegilan Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan GST tanpa mengambil kira kesusahan dan keperitan rakyat benar-benar membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat yang melihat ianya sebagai kemuncak sikap buta tuli pemerintah kepada suara rakyat.
"Hari demi hari semakin banyak hamburan amarah rakyat yang amat-amat geram dengan keangkuhan kerajaan dalam mempertahankan cukai zalim ini.
"Keadaan ini diburukkan lagi dengan penjelasan-penjelasan dangkal serta analisis-analisis karut pemimpin-pemimpin negara bagi merasionalkan polisi songsang ini," tegas beliau.
Tambah menjengkelkan, katanya, apabila pelaksanaan cukai ini dibuat semasa negara dihambat dengan skandal kewangan 1MDB iaitu skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara.
Kenyataan ini turut disokong oleh Pakatan Rakyat dan 10 lagi NGO termasuk Suaram, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia & Pelajar Malaysia (DEMA), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Pemuda Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kelab Bangsar Utama dan Sekretariat #KitaLawan. - HARAKAHDAILY 6/4/2015
|
Khalid Samad pula ditahan polis 3.20 pagi tadi
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan 'kegilaan' apakah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang ditahan polis jam 3.20 pagi tadi.
"Anak Khalid Samad btahu saya 5 buah kereta polis dtg rumah mereka jam 3.20 pagi dan ada yg pegang M16 utk tangkap YB. Kegilaan apa ni IGP?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang menerusi twitter.
Sementara Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sememangnya sudah hendak sampai hujung pemerintahannya.
"Ramai pemimpin pembangkang ditahan. Tak cukup siang. Malam hari pun tangkap juga.
"Terbaharu YB Khalid Samad ditangkap jam 3.20 am di rumahnya. Kenapa tak tangkap waktu siang hari?" tulis beliau menerusi facebook. - HARAKAHDAILY 29/3/2015
Sumber HD - 29-3-2015
KPRU : KES TANGKAPAN BUKTI SEMPITNYA DEMOKRASI - PKRU
http://www.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/34580-kpru-118-kes-tangkapan-bukti-sempitnya-demokrasi
Sumber HD - 27-3-2015
JANGANLAH MENDIAMKAN DIRI BILA HARGA MINYAK TURUN
KPDNEP
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33608-janganlah-mendiamkan-diri-bila-harga-minyak-turun
Sumber HD - 2-2-2015
The Doomsday crash; It’s coming
It is just a few days before Christmas and probably not the best time to be warning people of impending doom, but then, when is a good time? The world is in a precarious position right now, brought into sharp focus with the sudden and dramatic fall in the price of oil.
At its current price of $60 US per barrel, down from $115 US in June, oil could be the tipping point for a worldwide stock market crash in 2015, one that would be more severe and more devastating than the 2008 GFC. The current price might be great for consumers but definitely not for exporters like Russia.
There are a number of critical factors apart from oil that could bring such a calamity upon us and they are now very much in place and aligned. We are not yet in a housing bubble but for the last two years prices have been increasing at excessive rates and fueled by very low interest rates.
Read the full story here
Sumber HD - 22-12-2014

Himpunan tuntut turun harga minyak 31 Disember
KUALA LUMPUR: Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik serta kumpulan aktivis akan bersama-sama pada himpunan Demokrasi Rakyat pada 31 Disember bagi menuntut harga minyak Ron95 diturunkan ke harga RM1.90 sen seliter.
Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohd Azan Safar pada sidang media berkata, parti-parti politik dan kumpulan aktivis serta NGO telah menyatakan sokongan mereka untuk turut sama pada himpunan malam tahun baru nanti.
"Kita akan berkumpul di Dataran Merdeka dengan berpakaian baju hitam bermula jam 9 malam.
"Pada tahun lepas kita telah berjaya berhimpun di tempat yang sama dengan jumlah penyertaan yang besar dan untuk 31 Disember nanti, saya menjangkakan jumlah yang lebih besar dapat kita kumpulkan," katanya.
Jelasnya, himpunan ini bagi menuntut kerajaan menurunkan harga minyak pada kadar RM1.90 seliter bagi Ron95 iaitu mengambil kira harga pasaran, jaminan keuntungan kepada syarikat minyak dan subsidi 30 sen setiap liter.
Dalam pada itu, Azan yang turut memberitahu bahawa pihaknya tidak akan memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu kerana kedatangan mereka untuk menyambut tahun baru 2015.
"Kita ingin sambut tahun baru 2015 yang merupakan tahun beban kepada rakyat, tidak salah untuk kita hadir seperti mana mereka yang datang sambut tahun baru.
"Jadi kenapa kita harus memohon permit untuk kita turun menyambut malam tahun baru," sambungnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat turut berjanji memberi sokongan pada himpunan tersebut.
"Bukan hanya Pemuda PAS sahaja tetapi seluruh pemuda Pakatan Rakyat memberi sokongan pada himpunan tersebut.
"Isu kenaikan harga minyak dan barang ini bukannya isu golongan tertentu tetapi keseluruhan rakyat negara ini," katanya. – HARAKAHDAILY 11/12/2014

Oil price slide, the economy and electricity tariffs
A former chief editor of an Umno-owned paper has chided Najib’s government for failing to tell the truth to the people about the state of the Malaysian economy.
Of course his observation is well founded taking into account current and future oil prices that have been sliding and are expected to continue downwards for at least two more years to come. The CEO of Petronas, the national oil company that acts as the saviour of the Umno-BN government through thick and thin has also indicated that the company would not be able to dish out to the government as freely as it did in the past due to declining revenue. And obviously to add salt to the wound, our currency is also depreciating compared to other major currencies where, as at last Friday, it was being traded at RM3.47 to one US dollar, one of the lowest levels since the financial crisis of 1997.
We are also aware that another major contributor to the national income, palm oil, has also seen a tremendous drop in prices since the middle of the year. Other indicators are also not so promising especially when oil prices are at such a low that other industries are also hit. Over reliance on oil has undone what has been achieved all this while.
While the falling oil prices and weaker ringgit may make our exports more competitive, but it is also going to affect our imports badly with sudden increases of prices of imported goods and services.
What with the introduction of GST in April next year, it is obviously going to be a disaster for the ordinary rakyat who earn less than RM3000 per household per month. Even for those households earning around RM 5000, it is going to be very tough indeed.
Now we come to one extremely pressing issue – tariffs for electricity. We were told earlier that the energy provider was going to raise tariffs beginning next year even after having raised it this year. If there was reason to raise the tariff before, perhaps due to high oil prices, what justification is there to maintain the high tariff as it is now since oil prices have dropped? And how ludicrous would it be if TNB were to raise it further next year? It simply does not make sense.
The people especially consumer groups and Pakatan Rakyat must come out strongly and oppose any tariff hike in electricity at a time like this when oil prices are fast dropping. It would be daylight robbery and a mockery if the people allowed TNB to raise electricity rates. PR must demand that TNB begin to slash its rates instead given the current situation.
As the former editor had written in his blog that the people were not fools to believe what the government says, it may be interesting to note that the Najib administration seems to think otherwise.
How then would one explain the retention of the Sedition Act, even strengthening it despite all the opposition to the Act besides continuous evasion of telling the truth about the state of the economy?
Najib can only spew out rhetoric and hollow claims like saying that the “days where government knew best is over” when faced with situations like post GE13 when BN lost further compared to 2008 simply to appease BN supporters.
The firm declaration that the Sedition Act would remain and be enhanced in its punitive aspect only proves that in Umno-BN’s case, there never is a time when the government never knew what was the best. And the people would only matter for the sake of votes.
Back to the dark old days of authoritarianism and economic doldrums.
Sumber HD - 10-12-2014
Turun sedia kerjasama jayakan Himpunan 31 Dis
KUALA LUMPUR: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) sedia berbincang dengan Pakatan Rakyat bagi menjayakan himpunan pada 31 Disember nanti.
Pengerusinya, Mohd Azan Safar berkata, Turun telah mengadakan bantahan besar-besaran sejak tahun lepas dan kemuncaknya adalah himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2013.
"Susulan pengumuman Pakatan Rakyat untuk mengadakan himpunan pada tarikh tersebut, Turun sangat mengalu-alukan dan sedia bekerjasama bagi menjayakannya.
"Tiga siri protes telah diadakan di Kuala Lumpur iaitu di Sogo, Puduraya dan terakhir di KLCC 7 November lalu, termasuk di tujuh lokasi di Negeri Sembilan dan Melaka pada Oktober lalu," kata beliau.
Menurut beliau walaupun tidak mendapat respons daripada kerajaan, Turun tetap meneruskan siri penerangan kepada rakyat.
"Oktober lalu kita telah mengumumkan himpunan malam tahun baru pada 31 Disember ini yang akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara khususnya di Kuala Lumpur.
"Walaupun bantahan ini tidak didengari, kerajaan tidak boleh melepaskan diri mereka yang mendera rakyat dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 4/12/2014
Sumber HD - 4-12-2014

Dr Dzul -
https://www.youtube.com/watch?v=mnoty-RYljY&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ
Malaysia faces serious headwinds as oil slumps
While lower oil prices are set to give many of Asia's economies a fillip, Malaysia could face serious headwinds due to its heavy reliance on state-owned oil company Petronas.
"Malaysian bonds are all AAA rated because they're guaranteed by oil money," Jalil Rasheed, investment director at Invesco, said in an exclusive interview. "When Petronas says it's going to pay lower dividends, it questions the ability of the government to finance some these loan obligations."
He noted that Malaysia's debt-to-gross domestic product (GDP) could be as high as 75 percent when contingent liabilities are included. Invesco has cut its exposure to Malaysia by around half to about 15 percent of its portfolio for Southeast Asia this year, Rasheed said.
Read the full story here
Sumber HD - 4-12-2014
Rasionalkan harga minyak demi kebaikan pengguna
PADA 1 Disember 2014, harga minyak untuk RON95 dan RON97 telah dikurangkan sebanyak empat sen dan sembilan sen masing-masing kepada RM2.26 dan RM2.46. Walau bagaimanapun, harga diesel naik sebanyak tiga sen kepada RM2.23. Subsidi untuk petrol RON95 dan diesel telah dimansuhkan dan harga akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti harga pasaran global.
Walaupun harga RON95 dan RON97 menurun tapi kesan dari kenaikan harga diesel boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan pengangkutan awam. Kebanyakan kenderaan berat yang menggunakan diesel seperti lori, bas, kapal dan sebagainya pasti akan menaikkan kos untuk menampung pembelanjaan akibat kenaikan harga diesel. Begitu juga dengan penduduk luar bandar yang masih menggunakan diesel untuk generator dan bot akan menerima kesan dengan kenaikan harga diesel.
Pihak kerajaan perlu memikir kesan jangka panjang akibat kenaikan harga diesel tanpa subsidi sebab kos pengangkutan serta tambang pengangkutan awam pasti akan meningkat juga kerana mereka terpaksa menaikkan caj pengangkutan untuk menampung kos pembelanjaan mereka.
Sekiranya paras harga RON95 dan diesel naik semula maka kerajaan perlu memberi subsidi sementara sehingga ia kembali ke paras yang realistik agar rakyat tidak menanggung beban akibat kenaikan harga minyak dunia yang melebihi harga maksimum yang ditetapkan.
Banyak kesan yang akan membebankan pengguna sekiranya pihak kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga diesel dan RON95 setelah subsidi dimansuhkan sekiranya harga pasaran minyak dunia naik semula ke paras yang terlalu tinggi.
Harga pasaran minyak dunia pasti akan naik semula nanti dan kesan dari kenaikkan tersebut boleh menjejaskan pengguna apabila subsidi minyak sudah dimansuhkan dan sudah pasti pengguna akan menghadapi bebanan akibat kenaikan kos harga barangan keperluan harian.
Kalau pihak kerajaan benar-benar ikhlas ingin membantu rakyat dengan menghapuskan subsidi, pihak kerajaan perlu tegas dalam pengawalan harga barangan keperluan harian sebab sekarang ini pun sudah ramai para peniaga menaikan harga barangan tanpa sebarang kawalan.
Rantaian bekalan akan menyebabkan kenaikan harga barangan disebabkan kebanyakan kos pengangkutan untuk sampai ke destinasi akan meningkat akibat kenaikan harga diesel. Rantaian bekalan adalah rangkaian peruncit, pengedar, pengangkutan, kemudahan penyimpanan, dan pembekal yang mengambil bahagian dalam pengeluaran, penghantaran, dan penjualan sesuatu produk kepada pengguna.
Walaupun dengan pemansuhan subsidi minyak akan menjimatkan pembelanjaan negara tetapi pihak kerajaan juga perlu perihatin kepada golongan yang berpendapatan kecil yang akan terpaksa menanggung beban kesan dari kenaikan harga barangan keperluan harian mereka.
Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula pemansuhan subsidi RON95 dan diesel kerana harga pasaran minyak dunia tidak menentu sekarang dan ia boleh meningkat semula ke paras yang lebih tinggi dimana ia akan memberi kesan kepada pengguna dan akan menjejaskan pendapatan dan pembelanjaan harian mereka. Harga pasaran minyak global sentiasa turun naik seperti pasaran saham sudah tentu sukar untuk penjual untuk menentukan harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan pihak kerajaan perlu telus dalam menentukan harga minyak mengikut harga pasaran global.
Sepatutnya dalam keadaan harga minyak menurun sekarang ini pihak kerajaan perlu menurunkan harga minyak mengikut pasaran global supaya pengguna dapat menikmati harga minyak mengikut harga pasaran global. Sewaktu harga pasaran minyak global turun, pihak kerajaan agak lambat hendak menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran global tapi apabila waktu harga minyak naik, barulah pihak kerajaan segera menaikkan harga minyak mengikut harga pasaran global yang hanya menyusahkan pengguna.
Pihak penguatkuasa dalam hal ehwal pengguna perlu memantau, serta bertindak tegas ke atas para peniaga yang menaikan harga barangan keperluan. Walaupun para peniaga juga terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat kenaikan harga diesel ini bukan bermakna mereka boleh menaikan harga barangan keperluan sesuka hati mereka tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Pihak berkuasa juga perlu perihatin kepada pengguna dan para peniaga yang terpaksa menanggung bebanan akibat kenaikan harga bahan api yang melanda seluruh dunia.
Kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan keperluan tanpa kawalan akibat kenaikan harga diesel amat dihargai. – HARAKAHDAILY 3/12/2014
Sumber HD - 3-12-2014

Yang patut anda tahu tentang harga minyak
DALAM kekalutan sidang media oleh pelbagai pihak yang mewakili kerajaan untuk menandingi kepantasan maklumat yang disebar dan dimuat naik di dalam media alternatif, menyebabkan banyak pihak sama ada di pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang melupakan fakta sebenar demi menunjukkan yang masing-masing cakna dan prihatin tentang masalah rakyat.
Hakikatnya, harga bahan api di Malaysia telah sejak tahun 1983 lagi dipantau dan dikawal menggunakan system Automatic Pricing Mechanism (APM). Ia diguna pakai oleh pihak pemerintah pada asalnya untuk memastikan bahan api yang dijual kepada rakyat Malaysia umumnya adalah bersesuaian dengan kos sara hidup dan ekonomi semasa. Namun begitu, apabila Perdana Menteri silih berganti maka tujuan asal sistem APM ini dilaksanakan mula dilupakan demi mencapai imej populis dalam kalangan rakyat demi menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar mengambil tahu tentang masalah rakyat.
Ditambah lagi dengan harga pasaran minyak mentah dunia yang telah menurun daripada paras USD100 setong pada awal tahun 2014 hingga ke paras USD75 setong pada hari ini, kerajaan seolah-olah hilang punca apabila didesak oleh pihak pembangkang daripada pelbagai sudut. Walhal, hakikatnya kerajaan tidak perlu gopoh dan terburu-buru kerana sistem APM telah sedia ada untuk menampung sebarang perubahan ke atas harga pasaran minyak mentah dunia. Natijahnya membawa kepada penarikan subsidi secara mengejut.
Ia dibuat tanpa sebarang pelan alternatif bagi mengimbangi risiko yang bakal ditanggung oleh rakyat. Asasnya adalah semata-mata berdasarkan kepada trend penurunan harga pasaran. Perlu diingat, harga pasaran minyak sama ada mentah mahupun yang telah diproses adalah sangat tidak menentu.
Harga minyak untuk Malaysia disandarkan kepada harga MOPS yang dikeluarkan oleh syarikat Platts yang dikenali sebagai MOPS (Mean of Platts Singapore). Hal ini adalah kerana, Singapura merupakan pembekal terbesar untuk produk petroleum yang telah diproses di kawasan Asia Pasifik dan ketiga terbesar di dunia. Formula harga yang paling biasa adalah MOPS WMA (Mops whole month average), MOPS Half Month Average atau MOPS yang bersandarkan pada tarikh penerimaan (discharge laycan date). Platts merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi sebagai syarikat perniagaan komoditi dan maklumat di mana maklumat MOPS yang dikeluarkan oleh syarikat Platts digunakan sebagai rujukan kepada harga semasa untuk digunapakai oleh pihak syarikat penapisan dan pembeli minyak untuk tujuan urus niaga jualbeli. Maklumat yang disediakan oleh syarikat ini adalah hanya boleh diperoleh oleh syarikat pembeli minyak yang melanggan perkhidmatan mereka.
Tidak dinafikan, memang harga purata boleh disandarkan pada mana-mana tarif yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual (antara syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di Malaysia adalah seperti PETRONAS, SHELL, PETRON, CALTEX, SHELL dan BHP) dengan syarikat yang mempunyai kemudahan penapisan minyak di rantau Asia Pasifik. Tetapi, harga rujukan asas untuk berurus niaga akan sentiasa dirujuk kepada harga MOPS bagi tujuan perundingan.
Harga minyak mentah semasa dunia sememangnya berkait secara langsung dengan harga petrol semasa iaitu harga bahan petroleum yang telah diproses seperti gasolin (petrol), kerosin dan diesel akan bergerak seiring dengan pergerakan harga minyak mentah.
Hakikatnya ialah tiada siapa yang mampu menjamin harga minyak pasaran akan tetap kekal pada paras yang sama pada sepanjang masa kerana harga akan sentiasa berubah samada naik atau turun! Malaysia tidak terlepas dalam hal ini disebabkan ekonomi kita turut juga berkait dengan ekonomi global semasa yang bergantung kepada hal-hal semasa seperti perkembangan ekonomi di China, kuota pengeluaran minyak oleh negara-negara OPEC, kebergantungan bekalan import Amerika Syarikat, penemuan-penemuan telaga simpanan minyak dan lain-lain lagi.
Kesemua faktor-faktor ini sepatutnya telah diambil kira oleh pakar ekonomi negara, pegawai kerajaan, menteri bertanggungjawab untuk merangka strategi yang khusus dalam memastikan belanjawan yang direncanakan untuk perbelanjaan negara digunakan semaksima mungkin bagi memastikan subsidi yang diberikan adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa rakyat secara amnya di samping mengurangkan kesan langsung kepada majoriti kehidupan seharian rakyat Malaysia secara khususnya.
Tetapi yang sebaliknya yang berlaku adalah ketidaktentuan polisi, dasar dan pelaksanaan kerajaan yang secara berterusan merangka perbelanjaan yang tidak mampu menampung asakan daripada perubahan ekonomi global yang menyebabkan akhirnya pihak kerajaan mengambil mudah dengan menyembunyikan fakta sebenar. Sewajarnya, kerajaan hendaklah bersikap telus dalam menguruskan jumlah bajet subsidi yang telah ditetapkan pada peringkat awal apabila belanjawan negara dibentangkan dan bukannya berdolak dalik apabila rakyat mahukan penjelasan tentang harga minyak yang sepatutnya turun seiring dengan harga semasa pasaran.
Yang lebih membimbangkan adalah tercetusnya keadaan panik dalam kalangan rakyat kesan daripada harga minyak yang tidak menentu yang membawa kepada kenaikan kos barang dan perkhidmatan yang melambung tinggi.
Penjual dan pemborong terpaksa meminimakan risiko sekiranya kenaikan harga minyak berlaku secara mendadak. Justeru, mereka terpaksa meletakkan harga yang tinggi dalam julat harga barang atau perkhidmatan yang mereka tawarkan agar mereka tidak perlu melakukan perubahan yang terlalu banyak sekiranya harga minyak naik melambung nanti. Nah, di sini jelas kelihatan siapakah yang tersepit. Rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat daripada keuntungan jualan harga minyak terpaksa membayar kesemua kos yang ditanggung.
Sejarah membuktikan bahawa pasaran minyak dunia pernah turun dan naik dengan kadar yang sangat drastik yang direkodkan di mana pada bulan Julai 2008, harga minyak mentah adalah USD147 setong, namun turun sehingga USD40 pada January 2011. Penurunan yang mendadak ini sekiranya disokong dengan sistem APM dan dasar kerajaan yang telus dalam menguruskan kewangan negara seharusnya tidak menyebabkan rakyat berasa gusar.
Namun begitu, dengan dasar dan skandal yang melibatkan polisi kerajaan seperti GST, pelaburan 1MDB, defisit yang tinggi, kenaikan kos sara hidup yang melampau dan lain-lain menyebabkan rakyat tidak lagi percaya dengan dasar dan pelaksanaan kerajaan. Ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan akhbar daripada menteri bertanggungjawab yang kebanyakannya bercanggah di antara satu sama lain dan berubah-ubah seolah-olah kerajaan seperti tiada sistem pelaksanaan untuk memantau harga bahan api selama ini. Ini ditambah lagi dengan janji-janji manis Perdana Menteri untuk tidak menurunkan harga bahan api selepas PRU13 yang lepas.
Kesemua kecelaruan ini akhirnya memakan diri apabila tiba-tiba tanpa diduga oleh politikus-politikus, harga bahan api mula menjunam turun. Subsidi yang dicanang-canang rupanya tidak perlu lagi diberi sekiranya harga semasa bahan api dikekalkan. Sebaliknya jika harga bahan api terus kekal, kerajaan akan dapat menikmati hasil daripada jumlah duti yang dikenakan ke atas syarikat minyak atas perbezaan harga jualan dan harga kos bahan. Barangkali baru sekarang pak menteri baru mahu ambil tahu tentang sistem APM yang telah lama wujud. Maka dikeluarkan kenyataan bahawa harga bahan api mulai bulan Disember 2014 akan dikawal melalui kaedah pengapungan terkawal yang hakikatnya telah lama dilaksanakan.
Natijahnya, sekarang, rakyat mahukan harga bahan api diturunkan seiring dengan janji Perdana Menteri. Sistem yang sedia ada akhirnya kini dijenamakan semula seolah-olah kerajaan telah bertindak dalam sekelip mata untuk mengatasi kekalutan dan lawak jenaka yang ditimbulkan oleh tangan-tangan mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 2/12/2014
Ir. Khairil Nizam Khirudin ialah Naib Ketua Pemuda, Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 2-12-2014

‘Apungan terkawal’ wajar digelar ‘apungan kotor’
KUALA LUMPUR: ‘Apungan terkawal’ yang bermula semalam bukti mekanisme tersebut hanyalah nama lain untuk ‘cukai bahan api’ walaupun harga petrol RON95 dan RON97 jatuh sementara diesel naik.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, pergerakan tidak konsisten harga kedua-dua jenis bahan api walaupun kejatuhan yang stabil harga minyak menunjukkan mengapa kaedah ‘apungan terkawal’ kerajaan wajar digelar ‘apungan kotor’.
Memetik laporan Roketkini, beliau berkata kaedah ‘apungan terkawal’ itu adalah sistem yang ditentukan sewenang-wenangnya oleh kerajaan tanpa ketelusan.
Menurutnya, tidak ada siapa yang menginginkan harga petrol atau diesel naik manakala harga minyak mentah terus menjunam (head south) secara besar-besaran sejak Jun lalu.
Beliau berkata, harga diesel sepatutnya menurun ke tahap bahan api industri, gred yang jauh lebih rendah akibat kejatuhan harga minyak mentah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek kelmarin mengumumkan kenaikan harga minyak diesel sebanyak tiga sen seliter, disebabkan kerajaan sudah banyak menampung subsidi sebelum ini.
Bulan lalu, kerajaan juga telah mengambil langkah menghapuskan sepenuhnya subsidi bahan api yang bermula semalam, dengan harga ditetapkan menggunakan ‘apungan terkawal’.

Pengiraan harga petrol tidak telus
RAFIZI Ramli, Ahli Parlimen Pandan mendedahkan bahawa pengiraan harga petrol RON95, RON97 dan diesel tidak telus dan tidak selari dengan harga pasaran dunia.
Dalam kenyataan medianya, beliau mendedahkan bahawa harga rujukan minyak mentah Brent pada hujung minggu lepas mencecah USD68 setong yakni harga sepatutnya sekitar RM1.70.
Berikut kenyataan penuh Rafizi.
Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh Barisan Nasional dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang. Walaupun Dato’ Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional adalah terlalu ketara.
Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas telah mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong. Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6% dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.
Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini. Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent telah jatuh di antara 27% hingga 35%, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.
Malangnya, pengumuman Barisan Nasional menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7%, RON97 hanya turun 3.5% malah diesel pula naik 1%. Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.
Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Bagi setiap liter RON95 contohnya, Barisan Nasional menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.
Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan di dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel. Hanya dengan ketelusan sebegini Barisan Nasional boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia telah jatuh menjunam.
Pada masa yang sama, KEADILAN juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia. KEADILAN akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik.
Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2% di Malaysia berbanding kejatuhan 28% hingga 35%) juga menimbulkan tanda tanya sama ada Barisan Nasional akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.
Kenyataan Dato’ Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan BERNAMA secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga di bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter. Menurut beliau, pada ketika itu Kerajaan Persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi.
Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong. Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong. Mengikut kenyataan Dato’ Ahmad Maslan sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam.
Oleh hal yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak. Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, KEADILAN akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan Barisan Nasional mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang telah berlaku sejak sebulan lalu. – HARAKAHDAILY 1/12/2014
Sumber HD - 1-12-2014

Subsidi hapus, harga minyak turun?
BERMULA hari ini, 1 Disember 2014, subsidi bagi bahan bakar petrol dan diesel ditarik balik atau dengan kata lain dihapuskan. Namun, saya tidak pasti sama ada mahu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atau berdiam sahaja kerana subsidi dihapuskan.
Secara logiknya, apabila subsidi dihapuskan, harga minyak akan naik. Yang berlaku ialah harga petrol sedikit menurun dan hanya diesel sahaja yang naik.
Sebelum ini pun, saya sudah tertanya-tanya kenapa harga Ron95 yang tidak bersubsidi lebih mahal daripada harga Ron97 yang tidak bersubsidi. Namun, mungkin ramai yang tidak perasaan akan keganjilan itu.
Secara umumnya langkah mengikut harga semasa ini mungkin perlu buat masa ini. Sekurang-kurangnya rakyat tidak diperbodohkan dengan alasan yang pelik-pelik ketika menaikkan harga minyak. Jika harga minyak dunia naik, maka rakyat sudah menjangka akan kenaikan, begitu juga jika berlaku penurunan.
Selain itu, yang masih menimbulkan persoalan ialah tentang duit subsidi yang selama ini digunakan untuk menstabilkan harga minyak. Adakah benar-benar wujud atau hanya sandiwara untuk mempermain-mainkan rakyat.
Jika duit subsidi itu benar-benar wujud, ke manakah akan disalurkan selepas ini selepas tidak lagi digunakan untuk subsidi.
Hakikatnya, banyak lagi persoalan yang ditinggalkan tanpa jawapan. Cuma, sebagai rakyat saya amat berharap penurunan harga minyak ini akan menstabilkan kos sara hidup agar tidak meningkat sewenang-wenangnya. – HARAKAHDAILY 1/12/2014

Dirty float is just another name for “fuel tax”
A managed float system of pump price is called a “dirty float” by insiders. It is a system that is determined arbitrarily by the Government without being transparent.
Similarly Malaysia’s managed float for fuel prices is just a “dirty float”. No one in their right mind would expect pump prices of petrol or diesel to go up while crude oil price continues to head south massively since June 2014. The benchmark Brent price has come down from USD 115 in June to around USD 70 per barrel.
The pump diesel price should follow industrial diesel prices, which is much lower now.
The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek said the retail price for RON97 and RON95 will go down by nine sen to RM2.46 per litre and four sen (RM2.26 per litre).
However, the price of diesel would increase by three sen to RM2.23 per litre. This meagre drop in RON97 and RON95, and the 3-sen hike in diesel price, announced by the Government, is most unacceptable.
The current retail price for RON97 is RM2.55 per litre, RON95 RM2.30 per litre and diesel RM2.20 per litre.
The Government must annouce the details of the so-called managed float, otherwise it is just a name for “fuel tax” – Malaysians paying the Government to plug its fiscal holes.
Sumber HD - 1-12-2014
Oil prices plummet As OPEC mulls move
Oil prices are down from $107 a barrel to below $80. Most Americans can now buy gasoline at under $3 a gallon. It is also very possible that oil prices could continue to go down all the way to $60 a barrel, a nice Thanksgiving Day gift. Or is it?
Ironically, the Organization of the Petroleum Exporting Countries will meet on Thanksgiving Day in Vienna, Austria, to discuss the future of oil. OPEC is an international cartel comprised of 12 countries (Saudi Arabia, Iran, Iraq, Kuwait, Venezuela, Qatar, Libya, the UAE, Algeria, Nigeria, Ecuador, and Angola) that coordinate global oil prices amongst themselves by managing the supply of oil.
Read the full story here
Sumber HD - 26-11-2014
Subsidi: Jawapan Khairy dedah BN memangsakan rakyat
Beliau dimaklumkan akan reaksi Ketua Pemuda Umno itu terhadap tindakan menghapuskan subsidi oleh Barisan Nasional dengan menempelak kritikan di media sosial.
"Beliau menjawab dengan menunjukkan bagaimana harga akan ditentukan di bawah sistem apungan harga terkawal (managed float system) di laman Twitter," ujarnya dalam satu kenyataan.
Baginya, jawapan itu mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat tetapi membela syarikat-syarikat besar.
katanya, kenetapan harga petrol dan diesel telah lama dibuat melalui sistem Penetapan Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism) yang mengikut formula berikut (iaitu yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin):
1. Kos petrol dan diesel ditetapkan melalui harga rujukan menggunakan harga yang dikumpul oleh Platts melalui satu indeks yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS). Harga ini adalah harga purata petrol dan diesel yang diperdagangkan melalui Singapura (dan bukannya harga minyak mentah). Kos ini telah termasuk kos dan keuntungan syarikat minyak yang mengendalikan loji penapisan kerana MOPS menentukan harga petrol dan diesel yang telah siap diproses.
2. Ditambah: “alpha” atau bayaran pampanan kepada syarikat minyak sebanyak 5 sen (petrol) dan 4 sen (diesel) untuk melindungi mereka dari turun naik kos petrol dan diesel di pasaran
3. Ditambah: “kos operasi” yang dibayar untuk menampung kos pengangkutan, agihan dan pemasaran yang ditanggung oleh syarikat minyak
4. Ditambah: “keuntungan syarikat minyak” sebanyak 5 sen (petrol) dan 2.25 sen (diesel)
5. Ditambah: “keuntungan stesen minyak” sebanyak 12.19 (petrol) dan 7 sen (diesel)
Rafizi berkata, ini bermakna sementara rakyat terpaksa berdepan dengan risiko turun naik harga petrol dan diesel di pasaran dunia ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia, Barisan Nasional meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak melalui formula yang di atas.
Tambahnya, segala kos syarikat minyak – dari kos memproses minyak mentah menjadi petrol dan diesel (dengan merujuk kepada harga rujukan MOPS) sehinggalah ke kos pengangkutan, edaran dan pemasaran – dijamin dan dibayar balik kepada syarikat minyak.
Lebih dari itu, ujarnya Barisan Nasional juga menjamin keuntungan kepada syarikat minyak dan pemilik stesen minyak.
Sebelum ini, katanya rakyat mendapat subsidi yang mengimbangkan jaminan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak.
Menurutnya, dengan penghapusan subsidi, rakyat terpaksa menanggung bukan sahaja kenaikan kos petrol dan diesel, malah keuntungan syarikat-syarikat minyak yang dijamin oleh Barisan Nasional.
Sebab itu beliau terus menegaskan bahawa subsidi itu adalah satu tanggungjawab sosial dan moral yang perlu Kerajaan Persekutuan tanggung kerana sistem yang sedia ada memunggahkan kekayaan kepada syarikat besar dan memangsakan rakyat.
"Saya berminat untuk mendapat jawapan lanjut dari Ketua Pemuda Umno sama ada tindakan beliau mempertahankan formula apungan harga yang menjamin keuntungan syarikat minyak ini bermakna beliau lebih mementingkan syarikat-syarikat besar berbanding kepayahan rakyat kebiasaan?" ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 24/11/2014
Sumber HD - 24-11-2014
Subsidi hapus, lepas ini apa pula?
SELEPAS puas berpencak silat, akhirnya subsidi petrol dihapuskan dan bermula 1 Disember 2014. Harga bahan bakar ini akan mengikut harga semasa dunia. Begitulah khabarnya kepada kami rakyat Malaysia yang tidak berapa faham sangat tentang permainan harga minyak ini.
Bagi rakyat seperti saya, yang lebih penting ialah harga bahan bakar ini mestilah tidak membebankan kehidupan rakyat secara keseluruhannya, tidak kira ada subsidi atau tidak. Bahkan selama berpuluh-puluh tahun, rakyat diulit ceritera tentang keperluan harga minyak dinaikkan – dengan alasan itu dan ini. Daripada alasan yang cerdik kepada alasan yang paling bangang.
Sebagai rakyat, yang kami maklum bahawa setiap kenaikan harga minyak atau yang cuba dilunakkan dengan ungkapan pengurangan subsidi – ialah akan berlaku rantaian kenaikan harga barangan lain. Maklumlah, semuanya ada kaitan dengan harga bahan mentah ini. Daripada sekecil-kecil mancis hingga sebuah banglo.
Selepas subsidi yang dikatakan berjumlah bilion ringgit ini dihapuskan, saya ingin tahu ke manakah duit itu akan diagihkan selepas tidak lagi digunakan untuk rakyat. Adakah akan diagihkan sesama pak menteri? Adakah dikembalikan kepada rakyat seperti rumah untuk rakyat miskin? Atau bagaimana?
Yang membimbangkan saya ialah, subsidi tiada dan duit itu juga lesap entah ke mana. Masihkah rakyat ingat ketika Pak Lah menjadi perdana menteri dan menaikkan harga minyak dengan alasan untuk digunakan meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam. Sehingga sekarang sistem pengangkutan awam tidak banyak berubah dan duit itu juga hilang dibawa angin!
Kini, tidak mustahil perkara yang sama berlaku pada zaman Pak Lah akan berulang pada zaman Pak jib.
Selepas penghapusan subsidi petrol dan diesel ditarik balik, rakyat akan berhadapan pula dengan pelaksanaan penuh Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan.
Khabarnya, semua yang dilaksanakan itu demi kebaikan rakyat terbanyak. Selepas ini, apa pula yang ditarik daripada rakyat? Sama-sama kita tunggu dan lihat. – HARAKAHDAILY 24/11/2014

Tiada lagi subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis
PUTRAJAYA: Mulai 1 Disember, penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet hari ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.
Berikutan itu, mulai tarikh itu juga tiada lagi subsidi bagi kedua-dua bahan bakar itu memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam, katanya.
Melalui pengapungan terkawal, katanya, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.
"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam sidang media di sini Jumaat.
Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Hasan berkata harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983.
Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu iaitu perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
Beliau memberikan contoh harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 Nov 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.
Hasan berkata penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Dis nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.
"Dalam hal ini kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember," katanya.
-- BERNAMA
Sumber HD - 21-11-2014
KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak menghalang lebih 100 orang mengadakan himpunan aman 'Turun Beban Rakyat’ di hadapan bangunan KLCC hari ini.
Himpunan anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa NGO lain itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, sebelum berarak ke kawasan pintu masuk bangunan yang menempatkan Ibu Pejabat Petronas itu.
Antara lain, tujuan himpunan ini adalah bagi membantah kenaikan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sekaligus memberi kesan kepada peningkatan kos hidup rakyat.
Mereka antara lain membawa plakad bertulis "Minyak Naik", " Getah Jatuh", "Jangan curi duit poket kami", "Hutang peneman kubur rakyat" dan "Menteri ikat perut, rakyat jerut leher".
Sebahagian mereka juga turut memakai baju berwarna merah berlogo "R" iaitu merujuk kepada royalti.
Selain itu, satu memorandum turut diserahkan kepada pihak Petronas berhubung tuntutan bayaran royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Sebelum itu berlaku sedikit kekecohan apabila pihak petronas enggan menerima memorandum secara terbuka, sebaliknya mahu menerimanya di dalam bangunan dengan membenarkan hanya wakil sahaja masuk.
Bagaimanapun ia dibantah perserta himpunan yang mahu melihat memorandum itu diterima sendiri oleh pihak petronas di hadapan mereka.
Turut serta dalam himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, AJK Dewan Muslimat Aiman Athirah dan Setiausaha PSM S. Arutchelvan.
[Lanjut menyusul]
Sumber HD - 7-11-2014
Saya menonton perlawanan bola sepak UEFA Champions League awal pagi tadi menyaksikan Arsenal hanya sekadar mampu mengutip 1 mata apabila seri 1-1 dengan Anderlact. Saya memang peminat Arsenal tapi yang lebih penting, saya gemar memerhati pola dan corak yang digunakan dalam setiap perlawanan yang dimain Arsenal.
Kadang-kadang gelagat pengadil dan penjaga garisan juga mencuri tumpuan. Contohnya apabila berlaku sesuatu foul atau kesalahan yang disalah hukum oleh pengadil, pasti semua pemain akan mengerumuni pengadil membantah keputusan tersebut walaupun hakikatnya keputusan pengadil tak pernah akan berubah, itu pasti. Namun sebagai pemain yang tahu keputusan itu salah mereka tetap protes dan bantah kerana mereka tahu itu kebenaran, walaupun mereka juga tahu keputusan pengadil adalah muktamad.
Hasilnya, kadang-kadang pengadil akan lebih berhati-hati dalam memutuskan sebarang hukuman selepas itu bahkan kadang-kadang juga ada pengadil yang buat tak nampak apabila berlaku kesalahan lain kerana dia tahu dia tersalah menghukum tadi.
Itulah juga realiti di Malaysia. Setiap kali berlaku sesuatu isu yang melibatkan kezaliman dan penindasan pemerintah, rakyat akan turun ke jalanraya untuk protes. Sesetengah orang yang agak skeptik dengan demonstrasi mempersoalkan adakah kerajaan akan mendengar protes rakyat? Adakah harga minyak akan turun? Adakah akta hasutan akan dimansuhkan? Lebih malang mereka juga tidak memberi sebarang usaha dan alternatif untuk mengeluarkan rakyat daripada penindasan.
Rakyat yang prihatin dengan penindasan yang berlaku dan terang di matanya akan kebenaran pasti tak akan mempu berdiam diri apabila kezaliman berleluasa dan pemerintah bermaharajalela. Mereka yang hanya kabur dengan kebenaran akan memilih untuk tidak berbuat apa-apa kerana tidak pasti dengan tidakan yang patut di ambil.
Penindasan ke atas rakyat oleh pemerintah di Malaysia bukannya hal yang baru. Sehingga selepas Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Perdana Menteri, kita tidak merasa apatah lagi berjumpa dengan apakah sebenarnya titik penyelesaian untuk rakyat merasa ringan dengan beban kos sara hidup yang mereka hadapi pada hari ini.
Laporan daripada Perbendaharaan Negara menunjukkan isi rumah yang berpendapatan RM4000 dan ke bawah akan menerima kenaikan daripada RM140 hingga RM700 dalam perbelanjaan tahunan mereka bahkan yang berpendapatan RM4000 ke atas akan menerima kesan kenaikan belanja sekurangnya RM1550 setahun.
Lebih parah ialah jurang di antara orang kaya dan miskin yang semakin ketara. Sebagaimana perbahasan Bajet 2015 oleh Ketua Pembangkang di parlimen, data yang dipetik daripada sebuah buku tulisan Muhammad Abdul Khalid yang bertajuk “The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia” antaranya menyebut hanya 10% golongan terkaya yang memegang daripada 77% aset kewangan negara bahkan jumlah tersebut adalah 14,211% lebih tinggi daripada purata rakyat keseluruhannya.
Dari skop hartanah pula, 32% rakyat yang tinggal di Bandar tidak mempunyai hartanah, dan begitu juga 17% di desa. Manakala 10% kumpulan terkaya memiliki 294% aset hartanah lebih tinggi daripada purata rakyat. Kegilaan apakah ini? Apakah negara ini hanya dipunyai oleh orang kaya dan yang miskin menjadi hamba di bumi sendiri.
Orang miskin dan susah, rakyat marhein jauh sekali untuk berfikir soal aset kewangan mahupun aset hartanah, sedangkan tanah yang mereka miliki dan terokai juga diceroboh dan dirampas oleh orang kaya dalam negara ini. Kerajaan hanya diam seribu bahasa sedang air mata rakyat membanjiri tanah air sendiri.
Kerajaan menggunakan alasan rasionalisasi subsidi untuk mengurangkan subsidi petrol, kononnya untuk menampung perbelanjaan negara yang lain. Minyak naik maka harga gula, tepung, telur, susu dan barang-barang lain semuanya naik. Tambang bas juga naik sehingga 30%. Ceritanya ialah duit yang dikutip hasil rasionalisasi subsidi menunjukkan duit negara tak pernah cukup namun pemerintah tak pernah menjawab laporan Global Finance Integrity yang mendakwa sejak 2002 sehingga 2011 Malaysia kehilangan dana terkumpul sebanyak RM1.2 Trillion. Duit tiris lesap keluar negara, akhirnya diperah poket duit rakyat untuk menanggung kegagalan urus tadbir mereka.
Lalu adakah rakyat yang baik ialah dengan memendam sahaja kebenaran yang jelas terang benderang di siang hari atau kita memilih untuk bangun dan lawan. Saya jangka kalau rakyat konsisiten dan bersatu hati bukan sahaja kerajaan takut untuk terus menindas bahkan Dato Seri Najib yang memerintah hari ini juga boleh tumbang.
Justeru, saya mewakili NGO yang terlibat dan rakyat marhein menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berpimpin tangan sama-sama kita turun 7 November ini untuk Malaysia yang lebih baik.
Salam reformasi.
*Penulis adalah Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN)
Sumber HD - 5-11-2014

Demo KLCC: 'Hutang peneman kubur rakyat'

Turun 7 Nov untuk Malaysia yang lebih baik

PAS sokong Himpunan Rakyat 7 November
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Himpunan Rakyat di KLCC, 7 November ini bagi membantah dasar kerajaan yang menekan rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu pemimpin PAS akan turun bersama NGO dan aktivis mahasiswa bagi menjayakan himpunan tersebut.
"Kita akan bersama-sama dengan NGO serta mahasiswa sebagai sokongan kita sebagai membantah dasar kerajaan yang menekan hidup rakyat," katanya.
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat pula menyeru agar Pemuda PAS seluruh negara dan anak muda turut hadir bersama menyertai himpunan itu nanti.
"Ia amat penting bagi kita mengekalkan momentun rakyat untuk terus memprotes tindakan kerajaan yang berterusan menindas rakyat serta tidak mempeduli kesusahan rakyat di bawah," jelas beliau.
Dalam pada itu, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) selaku penganjur bersama memaklumkan himpunan tersebut akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Assyakirin dan kemudian berarak ke KLCC.
Jurucakapnya, Azan Safar berkata setakat ini lebih 30 NGO dan parti politik, antaranya Gamis, PMUM, SAMM, SUARAM, Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Pertubuhan Anak muda Bersama Ulama atau Panglima, Bantah GST dan Pemuda Pakatan Rakyat sudah menyatakan komitmen untuk bersama.
"Himpunan ini memberi fokus kepada protes kenaikan harga minyak, bantah GST dan solidariti buat penduduk Kampung Chubadak Tambahan yang diroboh sebelum ini.
"Kita mengharapkan sokongan padu diberikan seluruh rakyat terhadap himpunan ini sebagai tanda sokongan kita atas keperitan yang dihadapi rakyat," katanya.-HARAKAHDAILY 5/11/2014

Dirty EURO 2 diesel killing lives
Malaysians are literally paying more than ever, and even with their lives for the dirty EURO 2 standard diesel in this country.
Malaysia is an oil producing country with its own national car companies, Proton and Perodua. Unfortunately, the government had failed to switch over to the cleaner petrol and diesel like Thailand and Singapore. \
The EURO 5 fuel with sulphur content of 10ppm is now required in Singapore to meet the emission standard. The petrol and diesel in Malaysia are of EURO 2M standard with sulphur content of 500 parts per million (ppm), fifty times higher.
Whereas Thailand already implemented EURO 4 fuel standards with much lower sulphur content of 50ppm and benzene level of 3.5% since 2012. In Malaysia, the government announced in 2011 that the EURO 4M standard will be implemented on 1st June 2015. A grace period of 4 years for the oil refineries plenty of times to upgrade.
However, in Malaysia that the oil companies are not making progress in upgrading their refineries. In fact, Petron had suspended their plan of upgrading the Port Dickson refinery because of funding issues. As for Petronas, its RAPID integrated refinery and petro-chemical complex can only start production in end 2017 or early 2018, from an initial target of 2016.
In July, 2014, International Trade and Industry Minister, Datuk Seri Mustapa Mohamed said the oil companies were asking for a postponement of the implementation of EURO 4 standards as the cost are “quite exorbitant” for them. The Minister also said “what the government is doing now is to balance the interests of the auto industry and the interests of the oil refiners.
This is absolutely outrageous as the oil companies are making billions and billions of ringgits every year. They have introduced EURO 4 and 5 diesels to Thailand and Singapore. Why can’t they supply the same to Malaysia? And we are an oil producing nation with dirty diesel smokes everywhere.
The Minister just care about the interests of the oil refiners and not the health and well beings of the nation being harmed by the toxic smokes in the air? As a fact, a recent research study by the Environmental Health Perspective showed that diesel engine exhaust could be responsible for as much as 6% of lung cancer deaths in US and UK, 11,000 deaths per year!
The risk of getting lung cancer is 10 times higher for people living in urban areas and near the highway. Lung cancer is the number 1 cause of cancer deaths accounting for 19.8% of cancer deaths in Malaysia. 3309 people die of lung cancer in 2011 in Malaysia.
I think all the Ministers, all the YBs here and your families are also exposed to the poisons in the air and are at risk of getting cancers together with all the other Malaysians. I am a doctor and have seen a few politicians lost their love ones who never smoke to lung cancers. You can choose what not to eat, but not what you breathe!
The modern diesel engines are 30% more efficient and eco-friendly. In Malaysia, the EURO 5 diesel is now available in Johore Bharu BHP petrol stations with the price costing extra 10sen. This is because the lorries and cars entering Singapore have to comply with the stringent emission requirement.
It showed that Malaysia can actually implement EURO 5 standard fuel with very little extra cost. I urge the government to implement the EURO 5 fuel standard as soon as possible with no further delay. This is to protect the health of our environment and the lives of our loved ones!
Sumber HD - 29-10-2014
Menteri juga tidak layak dapat subsidi minyak
CADANGAN kerajaan Umno-BN memberi subsidi minyak berdasarkan gaji individu bukanlah sesuatu yang wajar dan sesuai dilaksanakan.
Hal ini kerana, seperti kebiasaannya apa-apa idea yang dikemukakan atas nama kepentingan rakyat bukanlah untuk menyelesaikan masalah makro rakyat sebaliknya lebih bersifat sementara dan terpilih. Perlu diingat bahawa sebarang kenaikan harga minyak petrol (kononya dikurangkan subsidi) akan mewujudkan kesan berantai.
Untuk mengenalpasti individu yang layak menerima subsidi minyak sahaja pun bakal mengundang pelbagai kerja tambahan. Selain jenis kenderaan yang digunakan juga mesti diambil kira, Jumlah tanggungan keluarga, individu yang isteri tidak bekerja, individu yang berkerja sendiri dan tidak berdaftar dengan LHDN dan seribu satu kriteria lain yang akhirnya menyusahkan rakyat terbanyak.
Bagaimana pula dengan kenderaan perdagangan dan kenderaan awam? Adakah mereka juga termasuk dalam senarai yang tidak layak menerima subdidi minyak? Sebarang kenaikan turut akan membabitkan mereka. Mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan tambang untuk menampung kos kenaikan harga minyak.
Saya berpendapat, para menteri juga tidak layak mendapat subsidi minyak. Bahkan mereka sepatutnya memotong segala elaun dan kemudahan termasuklah AP untuk pembelian kereta import, membayar tol dan pelbagai lagi kemudahan.
Kos membayar elaun dan perbelanjaan para menteri ini sudah tentu dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang hasilnya dikutip melalui pelbagai cukai termasuk cukai pendapatan dan GST.
Slogan rakyat didahulukan mesti diamalkan dan dibuktikan bukan sekadar slogan untuk menyedapkan kata-kata. – HARAKAHDAILY 28/10/2014
Sumber HD - 28-10-2014

Minyak naik: Rakyat tidak bangkit jika tiada maklumat
Sehubungan itu, beliau menyambut baik Jelajah Penerangan Rakyat Protes anjuran Pemuda PAS Malaysia di Negeri Sembilan hari ini sebagai satu usaha menyampaikan maklumat yang berkesan kepada rakyat.
"Bagi saya rakyat tidak akan bangkit selagi mereka tidak ada maklumat atau difahamkan dengan isu yang sebenar terutamanya soal kenaikan harga minyak dan barang.
"Mendekati dan kempen secara berterusan merupakan kaedah terbaik untuk pemahaman yang lebih kepada rakyat," katanya ketika ditemui di Terminal One di sini tengah hari tadi.
Kata beliau, rakyat di negara-negara luar seperti Indonesia dan Thailand amat berbeza berbanding Malaysia apabila mereka bangkit dan mendesak kerajaan.
"Berbeza dengan Malaysia bila kenaikan harga minyak dan barang ini seolah-olh tidak memberi kesan kepada rakyak.
"Saya merasakan keadaan ini disebabkan kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat dari media arus perdana, yang cuba memutar belit dan mengelirukan isu ini.
"Kaedah yang kita gunakan adalah yang terbaik untuk kita berhujah berdasarkan fakta dan akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat," sambung beliau lagi.
Tambah beliau, PAS negeri akan memastikan Lajnah Penerangan dan Pengguna mengambil pendekatan ini untuk digerakkan di peringkat negeri.
"Saya juga akan mengarahkan mewujudkan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO di peringkat negeri seperti pengguna atau yang berkaitan dengan isu ini.
"Selain bergerak atas dasar politik, NGO juga dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam menyedarkan rakyat," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Norazman Muhammad yang turut sama dalam jelajah tersebut yakin kempen kali ini bukan kepada golongan tertentu sahaja tetapi seluruh rakyat yang merasa keperitan ekoran kenaikan harga minyak.
"Kita harap rakyat akan menyambut baik kempen ini, cuma penerimaan mereka mungkin dalam bentuk berbeza.
"Apa yang kita inginkan adalah meminta mereka terjemah dalam bentuk undi pada pilihan raya akan datang," katanya.
Beliau yang turut berterima kasih kepada PAS Pusat atas usaha memberi penerangan berkonsep 'hit n run' dalam menyampaikan maklumat.
"Sekarang menjadi tanggungjawb kami untuk turun ke kawasan-kawasan bagi memberi penerangan secara rasmi atau tidak.
"Kita yakin kempen ini akan berjaya mendapat sokongan dari seluruh rakyat, kempen ini akan diteruskan selagi mana kerajaan gagal menurunkan harga minyak," ujar beliau.
Jelajah Penerangan Rakyat Protes peringkat Negeri Sembilan meliputi tiga kawasan bermula di Gemencheh, Rembau dan berakhir di Terminal One, Seremban yang turut dihadiri Pemuda PAS negeri. - HARAKAHDAILY 26/10/2014
Sumber HD - 26-10-2014
Anak muda beri isyarat tidak setuju naik harga minyak
MELAKA: Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kempen berterusan perlu dilakukan bagi memastikan rakyat lebih sedar tentang kesan kenaikan harga minyak.
Ketua Pemuda PAS Melaka, Jauhar Muhammad Dawi berkata, anak muda mula memberi isyarat tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan sebanyak 20 sen seliter sebelum ini.
"Hari ini kita dapat melihat anak muda mula memberi isyarat bahawa mereka juga menolak dasar kerajaan yang menekan hidup rakyat terutamanya soal kenaikan harga minyak.
"Anak muda semakin matang dan bakal mengubah arus politik di Melaka, tetapi kempen ini harus berterusan agar mereka akan lebih faham," katanya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau lagi, perubahan anak muda bukan hanya setakat sambutan pada program jelajah hari ini tetapi turut berlaku pada laman sosial.
"Kesedaran secara mendadak berlaku akibat dari kenaikan harga minyak apabila mereka melihat sejak kenaikan tersebut harga barang terus mendadak naik.
"Walaupun kenaikan hanya 20 sen seliter tetapi kesannya amat teruk, kita akan meneruskan kempen protes ini agar maklumat akan terus sampai kepada rakyat," sambung beliau pada program Jelajah Penerangan Rakyat Protes di negeri ini hari ini.
Jauhar turut memberitahu kempen penerangan yang dilakukan hari ini cukup memberi kesan kepada rakyat Melaka.
"Pemuda PAS Melaka akan mengerakkan kempen ini secara berskala, kita berpuas hati dengan perjalanan jelajah kempen di negeri ini.
"Kerjasama baik Pemuda PAS Pusat dan juga NGO telah melancarkan perjalanan kempen," katanya.
Kempen Penerangan Jelajah Rakyat Protes di Melaka hari ini meliputi empat kawasan iaitu Jasin, Kota Melaka, Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Turut hadir pada program itu adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail.
Sementara itu satu himpunan besar-besaran rakyat protes kenaikan harga minyak dan kos sara hidup akan diadakan di KLCC pada 7 November depan pada jam 2 petang. - HARAKAHDAILY 25/10/2014
Sumber HD - 25-10-2014
Tiada subsidi RON95 untuk golongan kaya tahun depan
KUALA LUMPUR: Bemula Jun tahun hadapan, golongan berpendapatan tinggi perlu membeli bahan bakar RON95 pada harga pasaran dunia dan tiada lagi subsidi untuk mereka.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia berikutan kerajaan akan melaksanakan sifar subsidi bagi petrol jenis itu kepada golongan kaya.
Bagaimanapun katanya golongan berpendapatan rendah masih boleh menikmati subsidi kerajaan dan membeli petrol pada harga sama seperti sekarang.
Dengan perlaksanaan itu, golongan kaya katanya perlu membayar RON95 pada harga RM2.58 per liter, manakala golongan berpendapatan rendah masih boleh membelinya dengan harga RM2.30.
"Bagi kelas pertengahan, sebahagian masih akan menikmati kadar subsidi," katanya dalam sidang akhbar selepas taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Bajet 2015 kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di Bangi hari ini.
Sebelum ini, Ahmad Maslan berkata, hanya rakyat berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin mendapat subsidi petrol tersebut manakala bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM12,000 akan diputuskan kemudian.
Beliau juga menegaskan, kerajaan sedang mengkaji penggunaan My Kad bagi pembelian petrol sebagai mekanisma baru subsidi tersasar bermula tahun depan. - HARAKAHDAILY 23/10/2014
Sumber HD - 23-10-2014

Hanya di Brunei, sakit hati bila mata memandang
Ini kalau kena dekat macai mesti macai akan kata pergi duduk Brunei lah kalau tidak puas hati dengan harga minyak di Malaysia.
Sebagai renungan bersama, sebenarnya kita layak mendapat habuan sebegini, kita adalah antara negara pengeluar minyak dunia, malah jauh meninggalkan negara Brunei. Alasan negara kecil?, negara kecil pun kalau yang memimpin semua perompak, kaki rasuah takkan ke mana perginya.
Kita juga mempunyai minyak yang paling berkualiti dan yang paling mahal di dunia. Jika kita nilai kepada mata wang kita hari ini RON97 hanya RM1.36 di Brunei.
Maka berterima kasihlah kepada Umno BN yang telah membuatkan harga minyak kita antara yang terendah jika dibandingkan Indonesia, Thailand dan Singapore, ini perbandingan macai.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 22-10-2014
RON97 sepatutnya RM2.20 ikut harga antarabangsa
KUALA LUMPUR: Minyak RON97 diketahui umum diapungkan harganya mengikut pasaran minyak dunia.
"Inilah yang sering ditegaskan oleh pemimpin Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
Antaranya, kata beliau boleh dirujuk kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 5 Januari 2011 sewaktu mengulas kenaikan harga minyak RON97 pada masa itu.
Untuk rekod, ujarnya ketika minyak RON97 dinaikkan harga 10 sen pada 5 Januari 2011 kepada harga RM2.40 seliter, harga minyak di pasaran dunia pada masa itu ialah USD90.3 perbarrel.
Pada 4 September 2013, harga minyak RON97 dinaikkan 15 sen kepada harga RM2.85 seliter, harga minyak dunia pada masa itu ialah US114.85 perbarrel.
Pada 9 September 2014, RON97 diumumkan turun 10 sen kepada harga RM2.75 seliter. Mengikut rekod, harga minyak dunia pada masa itu ialah USD99.9 perbarrel.
Fadhli berkata, harga minyak dunia ditutup pada 17 Oktober 2014 dengan harga USD82.75 perbarrel.
Menurutnya, berasaskan kepada rekod kenaikan dan penurunan sebelum ini, harga minyak RON97 sewajarnya berada di paras RM2.20 seliter.
"Jika ada yang berhujah bahawa tukaran USD ke Ringgit Malaysia tidak sama, suka diingatkan bahawa ketika ini USD1 bersamaan RM3.27, kadar ini tidaklah jauh berbeza dengan kadar tukaran USD ke Ringgit Malaysia pada Januari 2011 iaitu pada kadar RM3.0668," jelasnya dalam sau kenyataan.
Katanya lagi, jika kerajaan Umno Barisan Nasional gagal untuk menurunkan harga RON97 selaras dengan pasaran minyak antarabangsa, terbukti lebih jelaslah bahawa rakyat sering ditipu oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.
Dalam hal ini, katanya tiada tindakan yang lebih patut dilakukan melainkan menurunkan kerajaan ini di dalam pilihan raya yang akan datang. - HARAKAHDAILY 19/10/2014
Sumber HD - 19-10-2014

Harga minyak naik, subsidi ditarik dari sudut syariah
KALI ini saf pentadbiran Perdana Menteri Malaysia sudah check mate dengan hujah lapuk iaitu kenaikan harga petrol di Malaysia kerana seiring dengan kenaikan harga minyak dunia.
Hal ini kerana rakyat yang tidak lulus subjek ekonomi asas mahupun perdangan di peringat SPM juga mampu mengakses maklumat bahawa harga minyak dunia sedang mengalami kemerosotan. Maklumat di hujung jari.
Maklumat kasar hari ini sekitar harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada bulan Julai iaitu pada harga AS$103 setong. Malah diramalkan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan lagi.
Rakyat sama ada yang pekak mahupun tuli telah tahu bahawa harga minyak naik adalah kerana subsidi dihisap kembali oleh kerajaan atas nama rasionalisasi subsidi walaupun kerja buat itu jelas tidak rasional!
Dengan peraturan baru percukaian GST yang bakal menjadi cek kosong kerajaan menaikkan kadar cukai ke atas mana-mana sahaja komoditi barangan harian rakyat, ianya jelas rakyat akan kian tertekan dengan domino kenaikan harga barang dan servis tempatan walaupun wirid selalu kerajaan selepas menaikkan harga minyak berbunyi begini: “peniaga dilarang menaikkan harga sesuka hati”.
Hakikatnya ramai yang sudah sedar, kenaikan harga ini disebabkan subsidi yang ditarik keluar daripada peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Subsidi adalah ihsan kerajaan. Ia bukan suatu jaminan bahawa kerajaan akan terus melaksanakan dasar ihsan walaupun istilah ihsan digandingkan dengan keadilan dalam Al Quran (konsep adlu wal ihsan)
Begitu juga rakyat menilai barangan tertentu yang kononnya tidak akan dikenakan GST, tidak mustahil ia akan turut dikenakan GST kerana istilah tidak dikenakan GST adalah istilah ihsan sahaja bukannya peruntukan yang mantap dalam mana-mana undang-undang.
Sedikit berkenaan GST, kerajaan berhujah dalam laman-laman rasmi bahawa daripada 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Hakikatnya penurunan harga 48% barang itu adalah jenis komoditi mewah yang selama ini menerima cukai tinggi. Malah ia bukan barang harian yang diperlukan rakyat. Sistem cukai dahulu hanya terkena kepada barangan yang tidak menjadi penggunaan harian rakyat bawahan.
Kata kerajaan lagi, banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015. Malah dirantau ini dikatakan 6% itulah yang termurah. Adakah ada jaminan angka 6% tidak akan menjadi 7, 8 dan seterusnya?
Dalam tempoh setahun ini sudah 40 sen harga minyak naik kerana penarikan subsidi. Itu belum diungkit penarikan subsidi gula, minyak masak dan lain-lain lagi tahun lepas.
Rakyat Malaysia telah dilatih untuk menerima banyak kejutan tahun ini. Dengan keganasan di Sabah yang semakin dramatik, tragedi misteri MH370 sehingga membabitkan kepakaran bomoh tercabar, kemudiannya pula tragedi MH17, rakyat Malaysia kelihatan boleh menerima kejutan menurut pandangan Putrajaya. Kenaikan harga minyak mendadak ala-ala kejutan ‘kinder joy’ ini bukan sahaja menyaksikan kritikan keras pemimpin Pakatan Rakyat, malah tindakan saf pentadbiran Datuk Seri Najib mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman juga daripada Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.
Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu.
Apa reaksi pemimpin pro kerajaan:
Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup. Katanya walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.
Obligasi kerajaan memberi jaminan keamanan, kestabilan sosial
Mengurangkan subsidi untuk rakyat untuk menampung ketempangan ekonomi kerajaan yang boros melambangkan betapa usaha itu tidak menepati syariah. Hal ini kerana peranan sebuah kerajaan walaupun bukan menerima obligasi untuk memberi subsidi dalam komoditi tempatan, ia berperanan sebenarnya menjamin kestabilan sosial, jenayah dan masalah sosial. Jaminan ini adalah ruang lingkup pemerintah jika ditekuni dari perspektif siasah syariyyah. Jaminan inilah yang menghendaki kerajaan berhemah dalam menarik subsidi tertentu kerana ia menghasilkan suatu reaksi negatif sosial.
Konsep keadilan distributif sering digunakan untuk melihat polisi pemerintah terhadap rakyat. Negara harus mengagih sumber alam yang dikuasai kepada rakyat secara adil. Pada tahap ini prinsip keadilan distributif perlu diterapkan. Subsidi adalah tergolong dalam ketagori ini. Mungkin idea Aristotle dalam aspek keadilan distributif kelihatan mendesak kerajaan untuk semata-mata berperanan mengalir kekayaan negara kepada rakyat. Jika dikaitkan dengan konsep keadilan dan ihsan dalam Al Quran, ia kelihatan lebih lunak untuk memahamkan sebuah kerajaan bahawa agenda ihsan adalah agenda besar selepas agenda keadilan.
Ihsan pada asasnya digariskan melalui fiqh klasik sebagai sedekah, faraid, hibah, derma dan sebagainya untuk meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat. Namun dalam konteks kontemporari, subsidi adalah suatu bentuk sedekah atau infaq kerajaan untuk rakyat semata-mata untuk melihat kestabilan ekonomi, sosial dan mencegah mudharat dan jenayah akibat himpitan ekonomi. Inilah konsep ihsan yang sering diabaikan oleh kerajaan.
KH. M Shiddiq menyatakan bahawa subsidi adalah suatu bentuk bantuan kewangan (bahasa Arab disebut i’anah maliyah), yang biasanya dibayar oleh pemerintah, dengan tujuan untuk menjaga kestabilan harga-harga, atau untuk mempertahankan pengekalan kegiatan perniagaan, atau untuk mendorong berbagai kegiatan ekonomi pada umumnya.
Dalam sistem kapitalisme, subsidi merupakan salah satu instrumen pengendalian secara tidak langsung. Grossman dalam Sistem-Sistem Ekonomi (1995) menerangkan bahwa dalam sistem Kapitalisme terdapat dua jenis pengendalian ekonomi oleh pemerintah, iaitu pengendalian langsung dan tidak langsung. Pengendalian langsung adalah polisi mengabaikan mekanisme pasaran, contohnya embargo perdagangan dan penetapan harga tertinggi suatu barang. Adapun pengendalian tidak langsung adalah kebijakan yang bekerja melalui mekanisme pasaran, misalnya penetapan tarif serta segala macam cukai dan subsidi.
Islam berbeza dengan kapitalisme. Jika kapitalisme memandang subsidi dari perspekstif campur tangan kerajaan atau mekanisme pasaran, Islam memandang subsidi dari perspektif syariah, iaitu pada bila-bila subsidi boleh dan bila-bila subsidi wajib dilakukan oleh negara termasuk penentuan sektor yang boleh dan wajib disubsidikan.
Pastilah menurut syariah yang terkenal dengan konsep al adli wal ihsan menentang subsidi bilion ringgit untuk syarikat mega seperti TPP sedangkan untuk rakyat bawahan ditarik perlahan-lahan. Ihsan yang ditekan oleh Islam untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, mencegah jenayah, mencegah masalah masyarakat disalah guna dengan mengekalkan subsidi kepada korporat besar tanpa segan silu.
Jika subsidi diertikan sebagai bantuan kewangan yang dibayar oleh negara maka Islam mengakui adanya subsidi dalam pengertian ini. Subsidi boleh dianggap salah satu cara (uslub) yang boleh dilakukan negara, kerana termasuk pemberian harta milik negara kepada individu rakyat (i'tha'u ad-dawlah min amwaliha li ar-ra'iyah) yang menjadi hak pengelola negara.
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberikan harta dari Baitul Mal kepada para petani di Iraq agar mereka dapat membangunkan pertanian mereka sekaligus menstabilkan sosial di sana.
Atas dasar itu, boleh negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pengeluar, seperti subsidi baja dan benih bagi petani, atau subsidi bahan mentah dan sebagainya. Boleh juga negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pelanggan, seperti subsidi makanan atau subsidi komoditi harian seperti minyak masak, dan sebagainya.
Subsidi boleh juga diberikan negara untuk sektor perkhidmatan awam (al-marafiq al-'ammah) yang dilaksanakan oleh negara, sebagai contoh:
- perkhidmatan telekomunikasi (al-khidmat al-baridiyah) seperti telefon, pos, fax, internet;
- perkhidmatan perbankan syariah (al-khidmat al-mashrifiyah) seperti pemindahan, simpanan, dan pertukaran matawang asing;
- perkhidmatan pengangkutan awam (al-muwashalat al-'ammah) seperti kereta api, kapal laut, dan pesawat terbang.
Nabi s.a.w., pernah membagikan fai‘ Bani Nadhir (harta milik negara) hanya kepada kaum Muhajirin, tidak kepada kaum Ansar, kerana Nabi Saw., melihat ketidakseimbangan ekonomi antara Muhajirin dan Ansar. Ia boleh dianggap subsidi Nabi kepada satu kaum sahaja demi menstabilkan sosial di Madinah.
Tokoh ekonomi Islam terkenal seperti Saidina Umar Al Khattab semasa pemerintahannya dikatakan mengisytiharkan setiap tahun satu hari di mana segala dana negara perlu dikosongkan dan diberi kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Amirul Mukminin mengeluarkan arahan tersebut kepada Abu Musa Ashaari yang menjaga perbendaharaan negara pada masa itu.
Pada tahun berikutnya Saidina Umar R.A menyuruh Menteri Kewangan pada masa itu, iaitu Abu Huzaifah Ibnu Yaman untuk melakukan perkara yang sama.
Kembali kepada isu pembohongan kenaikan harga minyak kerana kenaikan harga minyak dunia adalah seolah-olah kerajaan mengajar rakyat bahawa komoditi penting bernama minyak itu harganya bebas ditentukan mengikut pasaran bebas secara mutlak dan sebarang impak global akan terus diterima rakyat tanpa sebarang ‘filtration’. Apa pula peranan negara untuk memastikan rakyat tidak menderita kerana menerima impak perubahan harga global? Inilah peranan subsidi untuk mengawal harga. - HARAKAHDAILY 12/10/2014
Penulis ialah Timbalan Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah.
Sumber HD - 12-10-2014

500 anak muda adakan protes aman bantah minyak naik
KUALA LUMPUR: Hampir 500 orang, rata-ratanya anak muda menyertai protes kenaikan harga minyak yang diadakan di hadapan pusat membeli belah Sogo petang tadi.
Himpunan aman yang dianjurkan oleh Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak yang dinaikan 20 sen awal bulan ini.
Mereka membawa plakad antaranya bertulis, 'menteri ikat perut, rakyat jerut leher', 'janji dicapati' dan pelbagai lagi.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, kehadiran beliau sebagai menyokong usaha membantah dasar kerajaan yang membebankan rakyat.
"Kita bayangkan dalam keadaan rakyat susah tiba-tiba kita berdepan dengan kenaikan harga minyak, apa yang kita hadapi selain kesempitan hidup.
"Himpunan ini sebagai satu protes terbaik untuk kita tunjukkan kepada rakyat bantahan kenaikan harga minyak," jelasnya.
Beliau memberitahu, sepanjang tempoh tahun ini sebanyak 40 sen telah dinaikan dan ianya telah membebankan pengguna.
"Kita tidak bersetuju dengan apa yang kerajaan lakukan ini, kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang turut naik.
"Apa lagi yang rakyat perlu lakukan, dalam keadaan mereka hidup susah, beban terus mereka pikul dalam meneruskan kehidupan.
"Kita mengharapkan kerajaan akan peka dengan apa yang rakyat hadapi dan bukan hanya tahu mengambil duit rakyat untuk menampung pendapatan negara," sambung beliau lagi.
Beliau menjelaskan, Pemuda PAS Malaysia akan berkerjasama dengan NGO Turun sebagai usaha membantah dasar yang dilihat menekan rakyat.
"Himpunan mungkin akan diadakan lagi pada minggu hadapan sehinggalah kerajaan mendengar dan menurunkan harga minyak.
"Kita dari Pemuda akan terus bersama NGO dalam memastikan desakan ini mendapat perhatian kerajaan," katanya lagi.
Perarakan turut diadakan mengelilingi pusat membeli belah Sogo dan Pertama Kompleks.
Himpunan aman yang mendapat sambutan dari anak-anak muda itu berakhir sekitar jam 4 petang tadi. - HARAKAHDAILY 11/10/2014
G 1 - http://www.youtube.com/watch?v=-aOc-gAqteg
G 2 - http://www.youtube.com/watch?v=UMtyyrxiz1k
G 3 - http://www.youtube.com/watch?v=18oyJUZhIIk
Sumber HD - 11-10-2014
No comments:
Post a Comment