ALOR SETAR: PAS mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina selepas parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun ia hanya bersifat sementara kerana menyifatkannya umpama tembok untuk memisahkan golongan bukan Islam dengan PAS sudah pecah dan tidak boleh dibina mana-mana parti lagi. “Cuma yang ada hanya nyalaan api yang dibuat oleh DAP untuk sekat sokongan bukan Islam terhadap PAS, tetapi ia mudah dipadamkan dengan air…kami sendiri (dalam) Pemuda PAS mempunyai hubungan baik dengan bukan Islam. “Walaupun parti berpecah (PAS dengan DAP) tetapi hubungan peribadi tidak pernah pecah…ini menandakan ada (pihak) yang kata PAS akan mengambil masa 1,000 tahun untuk mendapat sokongan Cina, tidak (tepat) sama sekali, kita akan ambil masa lebih cepat untuk mendapatkan sokongan itu. “Cumanya kita akuilah sokongan itu (daripada bukan Islam) untuk PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) kita tidak akan dapat sebagaimana dalam PRU-13 lepas,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog ucapan dasar presiden di Kompleks PAS Kedah dekat sini, semalam. Namun, Nik Mohamad Abduh tetap yakin dengan kekuatan PAS untuk menghadapi PRU14 nanti berikutan mendapat sokongan padu daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai kalangan bukan Islam serta Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). “Kita sudah ada Gagasan Sejahtera menerusi kerjasama politik bersama Ikatan. Dalam Ikatan pun ada pelbagai kaum terdiri kaum Cina dan India, lagi pula PCM (Parti Cinta Malaysia) di Pulau Pinang ada menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahtera, tetapi masih sedang dalam proses perbincangan,” katanya. Sumber TKO - 18-6-2017 Murtad dan liberalisme dalam negaraBEBERAPA hari lepas, pinggir Kota London dikejutkan dengan kebakaran besar sebuah apartment lebih 20 tingkat yang menempatkan lebih150 unit kediaman. Ia berlaku pada awal pagi ketika kebanyakan penghuni sedang tidur. Keesokannya, heboh berita mengenai wira sebenar yang telah berjaya menyelamatkan nyawa ramai penghuni yang sempat keluar menyelamatkan diri. Mereka adalah umat Islam yang belum tidur atau bangun lebih awal untuk bersahur bagi menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan al mubarak. Anak-anak muda muslim dikatakan berlari ke sana sini mengetuk pintu dan melakukan segala yang termampu bagi memastikan semua penghuni apartment tersebut tersedar dan lari menyelamatkan diri. Tindakan cepat mereka telah mendapat pujian ramai terutama non muslim, bahkan mereka turut memuji kehadiran satu bulan yang hebat iaitu bulan Ramadhan. Ini contoh kehidupan muslim di bumi minoriti. Cabaran mereka amat besar, tetapi banyak kisah yang sampai kepada kita menunjukkan bagaimana mereka menghadapi kesukaran itu dengan menonjolkan akhlak yang baik dalam kehidupan. Akhirnya, di sebalik suara lantang membenci Islam dan penganutnya dilaungkan oleh kumpulan anti Islam, ramai masyarakat awam non muslim menolak seruan itu bahkan menganggap umat Islam minoriti adalah kelompok yang harus diteladani sifat dan akhlak mereka. Agama Islam sedang pesat berkembang di barat. Bagaimana ia berkembang adalah bagaimana orang barat menjalani kehidupan mereka sendiri. Mereka adalah masyarakat sivil yang mencintai penerokaan kehidupan melalui ilmu dan pengetahuan. Islam berkembang di barat hasil pencarian mereka terhadap hakikat sebenar kehidupan. Mereka menggali ilmu semua ugama, sering bertanya, meneliti dan menyaksikan kegigihan umat Islam menonjolkan kebenaran agama Islam melalui kehidupan yang terpuji. Malah, di serata dunia, Islam bergerak penuh harmoni memasuki lubuk hati manusia dengan cahaya ilmu dan kebenaran. Manusia, di sebalik dunia hari ini yang serba memukau dengan kemajuan dan kesenangan hidup, sudah mulai bosan dan ditimpa kemurungan dengan jiwa yang kosong. Islam datang mengisi kekosongan dan kekeliruan itu. Di dunia barat, gereja tidak lagi mampu menghadapi tekanan sains dan pengetahuan yang menuntut pembuktian melalui fakta dan logika yang benar. Begitu juga ugama-ugama lain. Hanya Islam yang mampu menggalas tugas ini dengan cahaya hujahnya yang benar. Tetapi dunia kekufuran enggan mengaku kalah. Mereka terus memerangi Islam dan berusaha menyekatnya daripada terus berkembang luas. Pertembungan Islam dan kekufuran bukanlah sebuah tayangan epik lampau yang hanya dikenang-kenang sebagai lambang kebuasan tamadun lampau. Bahkan ia berterusan hingga akhir nanti saat Allah mengambil kembali sepenuhnya dunia ini daripada kekuasaan manusia. Dunia ini hakikatnya adalah kisah pertembungan semulajadi antara Islam dan kekufuran atau antara tentera kebenaran dan kebatilan. Dunia Islam diperangi oleh kuasa-kuasa besar kufur. Dengan sifat dan kedudukan dunia Islam hari ini yang begitu lemah akibat kepimpinan dan terajunya yang korup dan zalim, musuh Islam berusaha menggambarkan dunia Islam dengan wajah kejahilan, kemunduran, kejumudan, keganasan, perpecahan dan peperangan. Akhirnya Islam akan dilihat sebagai satu agama yang mesti dijauhi dan ditinggalkan. Pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, negara Arab Saudi dan sekutu Arabnya bertindak memutuskan hubungan dengan negara Qatar yang menjirani mereka. Qatar dituduh melindungi pengganas. Bahkan lebih mengejutkan, mereka menuduh Syeikh Yusuf al Qaradawi seorang ulamak terkenal Islam sebagai pengganas yang dilindungi Qatar. Begitulah mudahnya Arab masuk ke dalam perangkap musuh. Mereka rela menjual kesatuan umat dengan harga yang murah demi menjaga kepentingan politik peribadi dan negara masing-masing. Mereka memakan fitnah musuh dan sanggup mendengar dari musuh demi mendapat perlindungan daripada dunia barat yang memusuhi agama mereka sendiri. Amat malang bagi al Haramain al Syarifain yang memiliki penjaganya yang amat lemah politiknya. Al Haramain memerlukan kekuatan politik tertinggi untuk terus menjulang kaabah sebagai menara kebenaran yang memancar dan tempat tuju sujud manusia kepada al rabb al jalil. Negara kita Malaysia turut dilanda serangan oleh musuh Islam sejagat. Dengan pemerintah negara yang alpa dan lemah, musuh menyusup masuk dengan agenda murtad dan fahaman kebebasan hidup tanpa syariat ugama. Mereka menyusup masuk pada siang hari dengan agenda perosakan di sebalik undang-undang negara yang melarang pengembangan agama selain Islam. Mengapa? Kerana kealpaan dan kesombongan untuk mengaku salah. Evangelis Kristian sudah berjaya menyusup masuk sehingga mampu mengenderai sebuah parti politik besar tanah air bagi melaksanakan agenda besar Kristianisasi mereka. Beberapa pemimpin mereka sudah tanpa rasa takut mempromosikan ugama Kristian melalui dakwah politik mereka. Sudah ada pemimpin Melayu Islam mengeluarkan kenyataan yang memandang ringan terhadap agenda Kristianisasi. Inilah lambang kejayaan fahaman Liberal yang sudah lama menyusup masuk dalam kealpaan umat dan pemerintah. Sudah ada kumpulan paderi Melayu yang begitu gigih menjalankan dakyah Kristian dengan bantuan badan Kristian antara bangsa dan mereka begitu bangga berjaya memurtadkan orang-orang Melayu Islam. Kumpulan LGBT kini telah lebih berani bersuara. Mereka dengan berani mempromosi zina dan seks sejenis yang hina. Mereka disokong kumpulan-kumpulan liberal Melayu yang tidak pernah diambil tindakan oleh kerajaan. Umat Islam mestilah sedar. Mereka perlu bangkit daripada tidur yang panjang. Jangan biarkan pemerintah yang lemah turut sama melemahkan mereka daripada bangkit membetulkan keadaan. Bahkan masyarakat Islam mestilah berperanan menekan kerajaan agar bertindak berdasarkan undang-undang negara selain bertindak secara sivil menggerakkan jentera masyarakat membantu masyarakat yang lemah daripada terus menjadi mangsa agenda musuh Islam. Malang sekali, wujud suara mereka yang mendakwa melakukan reformasi dan tajdid dalam negara yang memandang enteng terhadap gerakan Kristianisasi dalam negara. Mereka mendakwa yakin tidak akan terpengaruh dengan Kristian. Islam adalah cahaya yang jelas. Jadi usah ambil serius dengan peringatan-peringatan yang diberi. Begitulah dakwaan mereka. Inilah kealpaan. Inilah kesombongan orang-orang yang 'kuat iman' bagi membantu golongan yang lemah iman akibat kejahilan dan kefaqiran. Ironinya, mereka mendakwa diri mereka sebagai pejuang rakyat marhain yang kelaparan. Mereka menentang pemerintah yang zalim dan menuduh pejuang Islam yang tidak bersama mereka sebagai alpa dan tidak peduli masalah rakyat. Bagi mereka perut rakyat adalah akidah rakyat. Apabila perut dijaga, terjagalah ugama rakyat. Hakikatnya mereka lupa, dalam kecuaian dan keasyikan orang kaya dan berilmu itulah, musuh Islam memecah masuk ke dalam kelompok umat Islam yang lemah, lalu memikat mereka dengan makanan dan jaminan penjagaan. Di dunia barat dan negara bukan Islam, Islam berkembang di kalangan golongan berpengaruh dengan ilmu dan perbahasan. Manakala di kalangan masyarakat biasa, Islam berkembang dengan akhlak yang mulia dan sumbangan sivil oleh komuniti Islam minoriti. Ia adalah dakwah dalam uslub dan caranya yang benar dan diterima oleh masyarakat yang bertamadun. Adapun di negara Islam termasuk di negara kita, Kristianisasi berkembang di kalangan masyarakat Islam yang miskin melalui umpan makanan dan penjagaan. Manakala di kalangan golongan berpengaruh, mereka mengembangkan agenda mereka dengan menyebarkan faham liberal yang melalaikan umat Islam daripada melihat kepada bahaya Kristianisasi yang melanda umat Islam termiskin dan lemah. Akhirnya kerana sesuap nasi, orang-orang Islam yang lemah ilmu dan dirundung kemiskinan sanggup menjual agama yang paling bernilai di sisi mereka dengan serendah-rendah nilai. Golongan berpengaruh daripada kalangan umat Islam pula terus alpa dan lalai daripada tanggung jawab menjaga saudara-saudara mereka yang lemah. Kita adalah setiap kita. Seorang muslim yang terputus akidahnya dari jiwa adalah kesakitan yang dirasai oleh semua. Jikalah ini perasaan kita sesama kita, insya Allah, itulah jawaban di manakah kekuatan umat ini. Bina negara oleh musuh agama?http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44173-bina-negara-oleh-musuh-agama Sesebuah negara atau tamadun manusia ada kisah mula dan akhirnya. Ada sebab ia berkembang maju dan ada sebabnya ia jatuh dan runtuh. Semuanya disimpan di dalam lipatan sejarah sebagai pelajaran dan pengajaran buat manusia yang datang selepasnya. Di dalam al Quran Allah menceritakan kehancuran kerajaan-kerajaan besar seperti kaum 'Aad, Thamud, Ashabu Madyan dan kerajaan Firaun di Mesir. Ketika kerajaan-kerajaan tersebut runtuh, mereka hidup penuh kekuatan dan kemewahan. Ertinya, mereka hancur bukan kerana kemiskinan dan kemelaratan hidup. Tetapi kerana sebab lain yang mungkin di luar kajian dan kesepakatan manusia hari ini. Mereka dihancurkan kerana mereka memusuhi Allah dan rasul-Nya. Kita sering berbahas panjang tentang kemiskinan dan teruknya kedudukan ekonomi sesebuah negara. Kita sering jadikannya sebagai kayu ukur kebangunan dan kemakmuran sesebuah negara. Apabila negara dihimpit oleh kemurungan ekonomi akibat salah laku pemerintah atau sebab-sebab lain, maka kita secara mudah menganggap negara sedang di ambang kehancuran. Apabila ada yang mengingatkan tentang ugama dan murka Allah sebagai sebab utama kehancuran sesebuah negara, ramai yang berpaling dan menolaknya, malah menganggap ia sebagai mengarut dan mengada-ngada. Bagi mereka, redha Allah adalah pada kemakmuran ekonomi manakala murka Allah adalah pada kesempitan ekonomi. Negara kita sekarang sememangnya sakit kehidupan rakyatnya. Kenaikan harga barang dan sempitnya pintu rezeki rakyat begitu menghimpit kehidupan. Sudah pasti pihak kerajaan dan parti pemerintah menjadi punca utama keadaan ini. Polisi dan tindakan kerajaan yang lemah dan salah telah meletakkan negara dalam keadaan tidak stabil dan sering terlucut daripada kawalan dan pemanduan yang betul. Sekarang kita harus bertanya, adakah kerosakan negara kita yang mungkin akan semakin teruk adalah disebabkan oleh kemelaratan hidup atau oleh kejahatan pemerintah? Sudah pasti jawabannya adalah kerana pemerintah. Kemelaratan hidup adalah kesan yang dirasai oleh rakyat teramai. Tindakan pemerintah yang zalimlah yang telah memudaratkan negara. Wujudkah kemurkaan Allah di sini? Jawabannya ya. Allah memurkai pemerintah yang gagal menunaikan amanah pemerintahan dan kekuasaan yang dikurniakanNya. Unsur rasuah, pembaziran, salah guna kuasa, pilih kasih, penganiayaan, pengabaian terhadap fakir miskin dan sebagainya adalah punca-punca pengabaian terhadap perintah Allah yang menarik kemurkaanNya. Kesalahan-kesalahan berulang sejak lama oleh pemerintah ini jika tidak dihalang sudah pasti akan terus menarik kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah pasti akan berakhir dengan hukuman yang lebih berat. Ia bukan sekadar kemelaratan ekonomi, bahkan kemelaratan kemanusiaan itu sendiri. Manusia akan meninggalkan ugama dan hidup seperti binatang yang merajakan nafsu dan kehilangan manusiawi dan ugama. Saat itu tiada erti lagi kehidupan yang didamba. Kerana itulah para ulamak yang benar dan ikhlas sering mengingatkan pihak pemerintah agar bertaqwa dan berlaku adil kepada rakyat. Suara dan seruan kepada Allah sentiasa diulang-ulang agar peringatan besar ini tidak hilang dan lenyap di tengah-tengah kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan. Anda telah menemukan jawaban bahawa kesempitan ekonomi dan kehidupan negara hari ini adalah berpunca daripada pengabaian terhadap perintah Allah agar negara ini ditadbir dengan prinsip taqwa dan keadilan sesama manusia. Justeru anda melihat Islam dan para pejuangnya begitu konsisten memberi peringatan kepada rakyat dan pemerintah agar mengislahkan negara menuju jalan yang lebih mendekati redha Allah. Saya ajukan kepada anda satu soalan penting. Bagaimana reaksi anda terhadap penyelesaian isu-isu negara tanpa mengambil kira soal kemurkaan Allah? Di negara kita, ada golongan yang melihat bahawa kemiskinan adalah punca keruntuhan negara yang disebabkan oleh pemerintah yang gagal mentadbir dengan betul. Kekuatan ekonomi menjadi kayu ukur kejayaan sesebuah negara. Bagi mereka, unsur redha dan murka Allah hanyalah sekadar mainan bibir bagi menarik hati rakyat yang beragama untuk menyokong mereka menjatuhkan pihak pemerintah. Bagi mereka, sebagai contoh, walaupun riba adalah aktiviti ekonomi dan kewangan yang dimurkai Allah, selama mana ia mendatangkan kerancakan kepada ekonomi negara, maka ia harus diterima dan dikembangkan. Begitu juga, jika aktiviti judi dan pelacuran diurus secara baik dan profesional, lalu membantu ekonomi negara, maka ia haruskan dibenarkan. Golongan ini akan segera menolak ajakan-ajakan kepada syariah Islam dan hukum-hukum agama yang disifatkan menyekat kebebasan dan hak-hak manusia untuk bebas membuat keputusan sendiri untuk diri sendiri dan masyarakat tanpa ikatan agama. Bagi mereka, agama mestilah dihalang mencampuri urusan negara. Agama bukanlah panduan yang praktikal dan sesuai untuk memajukan sebuah negara moden hari ini. Apa reaksi anda? Tanpa menanti jawaban, saya ingin tegaskan bahawa inilah kemelut yang melanda negara kita hari ini. Kita sebenarnya bukan hanya berhadapan dengan krisis kemelaratan ekonomi dan kesempitan hidup rakyat sahaja. Bahkan krisis yang turut melanda ialah bagaimana melihat kepada penyelesaian sebenar isu-isu negara. Adakah dengan hanya menukar kerajaan lama, maka ia mencukupi untuk masa depan negara yang lebih baik? PAS mengingatkan rakyat bahawa kehancuran negara adalah kerana negara itu menjemput kemurkaan Allah. Apabila kemurkaanNya memuncak dengan kehendakNya, Allah pasti menghancurkan negara tersebut dengan seburuk-buruk kehancuran. Ia bukan lagi dengan menghancurkan ekonominya, bahkan ia membawa kepada fitnah terhadap agama dan iman. Rakyat akan sanggup mencari sesuap nasi dan keselesaan hidup walaupun terpaksa menggadai agama mereka sendiri. Adakah lagi kehancuran manusia yang lebih buruk daripada itu? Justeru PAS menyeru rakyat agar menolak sebarang penyelesaian yang menolak pesanan-pesanan agama. PAS menolak mereka yang bermusuh dengan Allah, Rasul dan agamaNya. Ia hanya ajakan meninggalkan kemurkaanNya menuju kemurkaanNya yang baru. Ia kerja sia-sia yang membazirkan masa dan usaha menuju kehidupan yang diredhai Allah. Jika anda bertanya, mengapa PAS menolak DAP dan mereka yang bersamanya, maka jawabannya adalah selaras dengan apa yang dijelaskan di atas. DAP menolak penyelesaian agama untuk negara. Bukan hanya untuk negara, DAP berani menolak dan menentang kehendak umat Islam untuk berubat dan mencari penyelesaian dengan agama Islam mereka sendiri. Ia adalah permusuhan yang nyata terhadap Allah dan agamaNya. Justeru PAS mengingatkan rakyat Malaysia agar menolak penyelesaian cara DAP. Islam adalah agama yang sempurna. Kecacatan umat adalah kerana jauhnya mereka daripada panduan agamanya yang sempurna. Adalah satu yang amat jelas mengapa umat Islam harus kembali kepada agamanya sendiri. Justeru adalah suatu yang amat nyata bahawa berjuang menegakkan agamaNya adalah satu kemuliaan yang tertinggi. - HARAKAHDAILY 6/2/2017 Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah. Sumber HD - 6-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kewajiban terhadap diri sendirihttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/44010-kewajiban-terhadap-diri-sendiri HUJUNG nanti, setiap diri akan kembali kepada Allah sendiri-sendiri. Itulah penyudah kita di dunia ini. Ramai mana kita berkumpul dan berjanji setia untuk bersama di dunia ini, kita tetap bersendirian menuju kubur. Bukan pelik. Dulu, semasa kita datang ke dunia, setiap diri kita memang datang sendiri-sendiri. Di dalam setiap rahim ibu, kita berseorangan di situ berbulan-bulan. Kemudian kita tercampak ke dunia ini berseorangan. Maka tidaklah pelik, kita akan kembali kepada-Nya seorang-seorang sebagaimana kita datang ke sini pun dulu seorang-seorang. Justeru bukan payah untuk kita memahami bahawa pada hari perhitungan di padang mahsyar nanti, masing-masing kita akan berseorangan di hadapan Allah. Kita berdiri berseorangan nanti dan di hadapan kita adalah Allah, tuhan yang mencipta, mencampakkan kita di dunia dan kemudiannya mengheret kita kembali kepada-Nya setiba ajal kita nanti. Di mana ayah dan ibu? Di mana anak dan isteri? Di mana saudara mara dan sahabat handai? Ya, masing-masing sama seperti kita jua. Masing-masing akan bersendirian dan dipaksa menghadap Allah sendiri-sendiri. Semuanya dengan urusan masing-masing di hadapan Allah yang mencipta, mencampak ke dunia dan kemudiannya mengembalikan semua kepada-Nya setiba ajal mereka. Masing-masing terlalu sibuk untuk berpaling kiri dan kanan untuk bertanya khabar mengenai urusan orang lain. Sebagaimana masing-masing kita di dunia mengusung rezeki masing-masing dan dengan untung nasib masing-masing, begitulah kesudahannya kita di akhirat nanti. Di sana nanti, bahagian kita adalah apa yang kita masing-masing bawa sendiri. Rezeki kita di akhirat nanti adalah amal pahala yang kita pikul dari dunia yang kita bertanam tuai di sana sepanjang umur hidup kita. Begitulah ajaran Islam. Ia ilmu yang terang benderang. Kita masing-masing akan dipertanggungjawabkan mengenai diri masing-masing. Orang lain pula dengan diri masing-masing juga. Ajaran awal ini meneguhkan dan mengukuhkan kewajiban dan tanggung jawab seorang muslim untuk membina diri sendiri dengan sebaik-baiknya. Tiada untung langsung membina orang lain dengan mengorbankan diri sendiri tanpa terbina. Bahkan walau diri digelar negarawan atau pahlawan bangsa kerana berjaya membina negara dan bangsa, itu semua hanyalah kosong dan sia-sia jika diri sendiri gagal dibina dengan jayanya. Bukankah kita juga wajib menjaga anak dan isteri? Atau secara umumnya, bukankah kita juga bertanggung jawab dan berkewajiban menjaga kehidupan di sekeliling kita? Bukankah janji dan amaran membiarkan anak isteri hanyut dalam maksiat adalah dosa dan neraka? Jawabannya ya dan benar. Tetapi semua itu adalah dalam kerangka tanggung jawab dan kewajiban diri masing-masing. Setiap diri ada tanggungan masing-masing. Antaranya, selain menjaga diri, adalah juga menjaga kiri kanan yang mengelilingi hidupnya. Dengan erti, kewajiban diri bukanlah sekadar menjaga diri. Bahkan Allah mengenakan kewajiban diri dengan turut memerintahkan agar menjaga diri-diri yang lain mengikut kekuasaan dan keluasan 'territory' yang ditentukan Allah untuknya. Keluasan wilayah seorang anak tidaklah seluas wilayah kekuasaan ibu dan bapa. Begitu juga keluasan wilayah rentahan ibu bapa tidak pula seluas wilayah rentahan para penguasa dan pemerintah sebuah negara. Ia adalah tanggung jawab diri yang berbeza-beza. Kita tak sama walaupun serupa. Dengan erti juga, kita telah berjaya melaksanakan kewajiban diri jika kita telah sempurna solat lima waktu tetapi anak isteri kita adalah sebaliknya walaupun kita sudah pun menyuruhnya. Sebaliknya kita bukanlah dikira berjaya membina diri sendiri jika anak isteri kita solat lima waktu tetapi kita sendiri tidak. Halaman rumah bersih tetapi rumah sendiri kotor. Itu bukanlah pemilik rumah yang berjaya melunaskan tanggung jawabnya. Pun sama juga, jika pula rumahnya bersih sedangkan halamannya kotor, si pemilik rumah tetap dikira gagal menunaikan tanggung jawabnya walaupun berbeza tahapnya. Begitulah kewajiban anjuran ugama Islam. Ia memfokuskan kewajiban terhadap tanggung jawab terhadap diri sendiri. Jika ia menyeru menjaga orang lain, maka ia adalah dalam kerangka menjaga diri sendiri dan untuk kepentingan diri sendiri. Ia tidak boleh sama sekali membiarkan diri sendiri rosak demi menjaga orang lain. Di akhirat nanti tiada siapa pun akan bersedia menukar dirinya dengan anak atau isterinya ke neraka demi kebahagiaan anak isteri mereka di syurga. Tidak sama sekali. Malah, Allah menyebut di dalam al Quran bahawa di padang mahsyar nanti, masing-masing yang berpeluang ke syurga akan melarikan diri daripada saudaranya, ibu bapanya dan anak isterinya, bimbang jika mereka menuntut daripadanya sesuatu yang akan menjejaskan peluangnya ke syurga. Memahami asas utama pengajaran Islam inilah, setiap muslim wajib membina dirinya sendiri sebelum membina orang lain. Dia mesti melihat dirinya dahulu sebelum melihat orang lain. Dia mesti membaiki dirinya dahulu sebelum membaiki orang lain. Jika keadaan ini berlaku, maka akan berlakulah pembinaan secara cepat dan serentak. Akan wujud kerjasama secara semulajadi untuk saling membina dan menjayakan. Unsur-unsur baik akan wujud tanpa gangguan dari unsur-unsur buruk yang telah berkurangan dalam masyarakat. Perhatikan dalam sebuah masyarakat, bagaimana keburukan dan kerosakan melanda dengan cepat dan tanpa sekatan? Ya, kerana batu bata binaan masyarakat atau individu masyarakat yang lemah. Di setiap rumah, wujud individu yang tidak berilmu, tidak solat, tidak menjaga aurat, bergaul bebas dan tidak memcegah daripada kemaksiatan. Bagaimanakah individu-individu atau rumah-rumah yang sebegini mampu untuk membina sebuah masyarakat dan negara Islam? Adalah amat penting untuk kita faham bahawa hakikat pembinaan masyarakat atau negara Islam mestilah bermula daripada binaan individu-individu yang soleh yang sentiasa berusaha membina diri masing-masing dengan menunaikan tanggung jawab masing-masing yang dibebankan oleh Allah ke atas mereka. Kepincangan di peringkat awal inilah sebenarnya menjadi punca utama kelewatan kita melihat kejayaan atas apa yang kita impikan untuk masyarakat dan negara kita. Samada pemimpin atau rakyat, perlulah ada kesedaran yang tinggi untuk memulakan perjuangan dengan perjuangan membina diri masing-masing. 'Mujahadatun nafs' atau perjuangan mendidik nafsu dengan menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji dan membuang sifat-sifat yang keji daripadanya adalah pengajaran Islam yang paling jitu dan benar. Siapa pun yang meninggalkannya, maka dia telah gagal di langkahannya yang pertama. Jika dia pemimpin, maka dialah punca utama kegagalan perjuangan ini. - HARAKAHDAILY 24/1/2017 Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah. Sumber HD - 24-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PAS 2017http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43841-pas-2017 Pada hujung 2014, bah besar melanda negeri Kelantan. Sangat besar sehingga tidak mungkin rakyat Kelantan melupainya. Beberapa bulan kemudian, pada pertengahan 2015, bah besar melanda PAS pula. Ia juga besar dan sangat sukar buat ahli PAS melupainya. Bah besar adalah musibah. Setiap musibah pasti dibilang-bilang sebab dan akibatnya yang buruk-buruk. Tetapi nantinya akan terlihat hikmat dan kebaikan daripadanya. Ia kejadian dan takdir Allah yang selalu saja tersembunyi hikmat dan kebaikannya ditutup keburukan dan kecelakaan di mata kita manusia. Justeru setiap musibah, selepas keburukannya mereda, ia akan menjadi nafas baru dan kebangkitan semula buat mangsanya. Ia hanya perlu kuat dan yakin. Jika tidak, musibah akan kekal menjadi musibah yang memanjangkan tempoh sedih, salah menyalah dan putus asa. Kerajaan Kelantan dan rakyatnya telah berusaha bangkit daripada sengsara bah besar tersebut. Impak positif dicari-cari bagi meringankan tanggungan berat rasa terkejut, takut dan sedih. Bantuan semua pihak begitu banyak membantu pemulihan samada material dan kerohanian. Sudah pasti pemulihan terbaik adalah kepasrahan dan keyakinan yang tinggi terhadap kuasa Allah yang maha agong dan betapa dekatnya takdir Allah ke atas manusia. PAS juga telah melalui proses yang sama. Kejutan perpecahan dan pergelutan amat dahsyat dirasakan. Ia seperti proses salin semula kulit yang amat jarang berlaku dalam parti. Kali terakhir adalah pada awal 80-an semasa konsep kepimpinan ulamak mula dibentuk. Ramai yang keluar parti kerana tidak setuju dan kecewa. Tetapi PAS masa itu bangkit dengan cepat. Dalam beberapa tahun kemudiannya, ia memacu laju dengan kepimpinan baru yang lebih muda, bersemangat dan mahukan tajdid dan reformasi di dalam parti dan perjuangannya. Kejayaan mengambil alih negeri Kelantan pada tahun 1990 menjadi bukti besarnya impak positif daripada musibah perpecahan dalaman PAS pada awal 80-an itu. Apa yang berlaku ke atas PAS lebih 30 tahun lepas itu, itulah yang sedang berlaku ke atas PAS hari ini. Bah besar atau musibah pergelutan dalaman yang memuncak pada 2015 itu sudah pun mereda sakan. Walaupun masih dirasai kesannya yang buruk, tetapi impak positif yang merupakan hikmah tersembunyi daripada setiap musibah ciptaan Allah mula tumbuh, berputik dan hampir membuahkan hasil yang baik. Gema bahawa ahli PAS akan keluar beramai-ramai berakhir dengan pendedahan jumlah ahli PAN yang sedikit dan gagal menepati sasaran awal mereka. Sebaliknya PAS terus menerima pendaftaran ahli baru yang berkali ganda lebih ramai berbanding rekod bilangan ahlinya yang dikesan keluar parti dan masuk PAN. Lebih meyakinkan, pendaftaran ahli baru menyaksikan lebih 70 peratus adalah daripada kalangan anak muda. Begitu juga, paling menggegarkan adalah keluarnya singa-singa besar PAS daripada PAS. Bermula bekas Timbalan Presiden, naib-naib, AJK PAS Pusat dan nama-nama besar di semua peringkat, PAS diandai akan pecah besar dan berdepan kecelakaan yang boleh meranapkan segala kekuatan yang telah lama terbina. Bagi sesetengah yang sukakan perpecahan ini, mereka menganggap bahawa ia adalah satu hukuman dan balasan yang setimpal ke atas kepimpinan baru PAS dan ahlinya yang menolak kepimpinan lama yang keluar parti kemudiannya. Tetapi yang pergi telah pun pergi. Ia tidak pula menghalang yang datang untuk terus datang. Kini yang pergi telah dilupai. Nama mereka tidak lagi disebut kecuali sebagai lawan politik yang dipalang oleh perbezaan pandangan yang nyata. Mereka tidak lagi dilihat mewakili pandangan asal PAS, bahkan sebagai bekas penyusup dan penyeludup pandangan dan idea luar yang nyata bertentangan dengan dasar dan prinsip parti. Kepimpinan baru PAS menyerlahkan tokoh-tokoh baru yang bukan baru di dalam PAS. Mereka telah lama bekerja di dalam dan untuk PAS. Jika ditanya di mana mereka hari itu? Kita hanya perlu menjawab, mereka berada di tempat mana pengganti mereka hari ini yang tidak juga dilihat. Ada kepimpinan yang perlu dilihat seterang-terangnya. Ada kepimpinan dan tempat yang tiada pun keperluan untuk dilihat secara terang-terang. Sampai masanya mereka akan dilihat atau diperlihatkan. Di dalam PAS, pentarbiyahan mengajar ahlinya agar bekerja dan terus bekerja tanpa perlu mengejar apa-apa untuk dilihat oleh manusia dan dinobat dengan kemasyhuran. Ia kekuatan tersembunyi yang dimiliki PAS semenjak lama. PAS sentiasa elegan dengan elemen kejutannya untuk negara. Kepimpinan baru PAS adalah memenuhi tuntutan semasa. Selain barisan profesional, aktivis dan ulamaknya yang kompeten, kini lahir para ilmuan dan ahli akademik yang menyumbang secara langsung untuk PAS. Tenaga yang pernah menyumbang di universiti dan institusi ilmiah daripada yang berjawatan profesor, doktor falsafah dan pakar kini seiring sederap melangkah di medan siyasah yang lebih mencabar yang memerlukan penguasaan dari segenap segi dan segmen kegiatan dan aktiviti masyarakat yang pelbagai dan rencam. Kekuatan dan energi inilah yang memungkinkan PAS secara berani memperkenalkan satu pendekatan dan strategi baru yang lebih berdaya saing memacu perjuangan PAS yang bertunjangkan dasar dan prinsip Islam yang nyata. Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) dilancarkan oleh PAS bersama beberapa komponen sokongan lain yang bertujuan memahamkan dan menarik rakyat Malaysia untuk turut mendukung hala tuju perjuangan PAS ke arah membina negara Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera. Beberapa ciri dan kriteria utama di dalam BPMS seperti politik berprinsip, dakwah, berfakta, aman, berpenyelesaian Islam dan beberapa lagi, walaupun bukanlah suatu yang asing di dalam politik PAS, tetapi melalui BPMS, ia diperkasakan dan dijadikan satu budaya yang diharap mampu menjadi senjata utama di dalam membawa budaya politik negara yang lebih baik. Kerana politik berprinsip dan berfaktalah, PAS mengambil pendirian menolak bekerjasama politik dengan DAP dan PAN. Kerana prinsip dakwah dan amanlah PAS meredakan ketegangan dengan Umno BN. Kerana politik berfakta yang menolak persepsi palsu dan berpenyelesaian Islamlah PAS memilih untuk menyokong dan membangkang sesuatu isu dan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan. Budaya politik sejahtera juga menjemput PAS untuk terus meningkatkan jalinan hubungan dengan semua institusi rakyat yang dibentuk melalui jabatan-jabatan kerajaan dan NGO-NGO yang menyumbang kepada kebangunan dan kemajuan negara. PAS yakin semua pihak harus dan mesti diberi hak dan peluang untuk memberi dan menyumbang. Mungkin bagi sesetengah ahli dan penyokong PAS, ia kelihatan mengelirukan. Tetapi melalui proses pembudayaan yang mungkin memakan masa yang tidak pendek, lama-kelamaan kekeliruan itu akan berganti kejelasan dan keyakinan terhadap pendekatan baru PAS tersebut. Mendepani cabaran 2017 yang dilihat oleh kebanyakan pengamat politik sebagai tahun diadakan PRU14, PAS begitu yakin bahawa PAS adalah pilihan terbaik untuk rakyat dan negara. Segala kekusutan yang melanda negara mestilah diatasi dengan penyelesaian yang kukuh dan lestari. Ia adalah penyelesaian Islam yang jelas, mudah, adil dan menaungi kebenaran. Seluruh jentera kerja PAS mestilah bergerak seiring memastikan kejayaan parti PAS. Lupakan musibah lepas yang melanda. Ia lumrah perjuangan yang harus ditempuhi dengan kesabaran, keyakinan, azam dan tawakkal. Semoga Allah mengurniakan istiqamah hingga akhir nanti. Sumber HD - 8-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Apa erti kembali kepada hukum syariah?http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43273-apa-erti-kembali-kepada-hukum-syariah Usaha PAS untuk mengusulkan pindaan Akta 355 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan negara telah menarik minat banyak pihak dan menghangatkan dunia ilmiah dan juga politik. Walaupun pada zahirnya ia dilihat kurang baik akibat serangan-serangan keras terhadap Islam dan perundangannya, tetapi sebenarnya itulah hakikat ugama Islam. Islam adalah ugama yang mesti diluncurkan ke medan perbahasan dan persaingan. Di situlah Islam menyerlahkan kebenaran dan kekuatannya sebagai satu-satunya ugama yang diredhai Allah untuk hambaNya di muka bumi. Kerana itu anda akan melihat seorang muslim yang sebenar bukahlah seorang yang pasif dan mundur dalam hidupnya. Dia akan hidup dengan akalnya yang sentiasa berfikir mencari hakikat dan kebenaran. Anggota tubuhnya pula akan sentiasa dicergaskan untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam masyarakat dan kebal mendepani kejahatan dan keburukan yang mesti dipadamkan olehnya. Sepanjang perbahasan mengenai kewajiban umat Islam menyokong pindaan akta 355 ini, beberapa persoalan penting ditimbulkan dan sememangnya memerlukan jawaban yang menjernihkan kekusutan dan mencerahkan kekaburan. Saya sertakan di sini beberapa soalan dan jawaban yang ringkas. Semoga bermanfaat. 1) Apa keperluan hidup bersyariat? Jawaban: Di antara matlamat besar Allah mewajibkan syariatnya ke atas kita adalah agar ia dapat mengikat seseorang hamba dengan tali-tali ugama yang akan memeliharanya daripada tersadung dan tersasar daripada jalanNya yang lurus. Asal ugama adalah akidah, kepercayaan dan amalan hati. Tetapi hubungannya dengan anggota tubuh zahir mestilah selari dan saling menguatkan. Perbezaan akan mendorong kepada nifak dan kefasikan. Sudah pasti ia merosakkan hati dan kepercayaan di dalam diri seterusnya merosakkan ugama. Disyariatkan kewajiban solat 5 kali sehari adalah agar ia bertindak sebagai tali paling kukuh yang mengikat muslim dengan Islam. Muslim yang tidak solat disifatkan oleh Rasulullah sebagai seorang yang meruntuhkan ugamaNya. Begitulah, semakin seseorang muslim itu melaksanakan kewajiban ibadah-ibadah lain seperti puasa, zakat, haji, membaca al Quran, zikir dan menuntut ilmu ugama, maka semakin mengukuhlah iman dengan tali-tali yang mengikatnya agar istiqamah dan tidak tergelincir di perjalanan dunia yang sukar ini. Apabila anda memahami ini, maka begitulah halnya dengan perundangan ugama yang disyariatkan oleh Allah di dalam kehidupan. Bermula daripada undang-undang kekeluargaan sehinggalah undang-undang jihad dan hubungan diplomatik antarabangsa, semakin umat Islam melaksanakannya, maka semakin kukuhnya umat Islam dengan ugama Islam, bertambahlah istiqamahnya dan semakin sukarlah musuh ugama untuk menarik mereka kepada keruntuhan dan kehancuran hidup tanpa ugama Islam yang benar. Cuba anda bayangkan Malaysia tanpa Mahkamah Syariah dan hanya berpada dengan mahkamah sivil sekular. Sudah pasti urusan rumah tangga muslim yang bermula daripada akad nikah yang sah akan kacau bilau dan semakin menjauhkan keluarga muslim itu daripada tanggung jawab kekeluargaan Islam yang sebenar. Cuba bayangkan pula Mahkamah Syariah wujud, tetapi hanya untuk skop nikah dan cerai serta tanpa undang-undang jenayah ugama seperti zina, arak dan judi. Tidakkah mudah untuk kita gambarkan bagaimana sukarnya membendung anasir-anasir buruk tersebut merosakkan kehidupan muslim? Oleh kerana kewujudan mahkamah syariah dan undang-undangnya masih lagi tidak menepati hukuman syariah yang sebenar, maka sudah pasti mengusahakan penambaikan yang selari dengan hukuman syariah adalah amat wajar dan perlu agar hukuman itu terus menjadi tali-tali yang mengukuhkan kehidupan umat Islam di atas jalan yang benar. 2) Tidakkah usaha meminda undang-undang jenayah ugama ini adalah satu langkah terburu-buru, tidak menepati fiqh awlawiyat (keutamaan) dan maqasid syariah (matlamat pensyariatan) yang menyarankan agar diperkasakan dahulu persekitaran Islami yang lebih kondusif seperti memperjuangkan keadilan, menentang rasuah dan meluaskan program kebajikan rakyat? Jawaban: Beberapa perkara perlu difahami dengan baik. Pertama, maqasid syariah, fiqh awlawiyat dan segala cabang ilmu ugama yang lahir adalah terhasil daripada pemerhatian terhadap syariah Islam yang telah diwajibkan oleh Allah di dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam yang mengandungi matlamat dan hikmat yang nyata ke arah kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat. Maka sebarang penggunaan ilmu-ilmu tersebut mestilah tidak bertentangan dan tidak membawa kepada terbantutnya usaha melaksanakan hukum dan syariah yang telah diputuskan oleh ugama. Kedua, perlaksanaan fiqh awlawiyat dan maqasid syariat hendaklah dalam kerangka besar perlaksanaan Islam yang menyeluruh. Adalah sukar untuk dipadankan perlaksanaannya jika pemerintah adalah bermazhab sekular dan masih terumbang-ambing di dalam memahami tuntutan ugama. Justeru adalah penting di dalam negara kita misalnya untuk melihat kepada hikmat dakwah yang lebih luas agar perlaksanaan syariah Islam adalah usaha yang selari di antara mengikat umat dengan ugama dan mendorong pemerintah agar melihat ugama sebagai penyelesaian yang terbaik untuk negara. Ketiga, negara kita adalah sebuah negara umat Islam yang bercampur baur di antara kesolehan dan kefasikan yang dibenarkan oleh undang-undang. Negara yang soleh sudah pasti akan berusaha merancakkan usaha kebaikan (makruf) dan mencegah sebarang kejahatan (munkar). Maka konsep taghyir (perubahan), tajdid (pembaharuan) dan islah (pembaikan) hendak menjadi tunggak dalam hikmah dakwah yang bertujuan mengukuhkan kesolehan dan mengurangkan kerosakan dan kejahatan di dalam negara. Keempat, oleh kerana kebaikan dan kerosakan di dalam negara wujud di dalam semua sektor, maka gerakan islah dan pembaharuan tersebut mestilah bersifat menyeluruh dan saling membantu. Gerakan menyebarkan ilmu dan mengukuhkan akidah mestilah digerakkan tanpa mengabaikan, bahkan mestilah bersekali dengan gerakan islah dan tajdid di dalam sektor-sektor lain seperti politik, sosial, kebajikan, kesihatan, undang-undang dan sebagainya. Sudah pasti, di dalam sebuah negara yang fasik sifatnya (bercampur-baur antara baik dan buruk), hasil usaha dakwah adalah berbeza-beza. Justeru di ruang mana perlaksanaan Islam dibuka dan dibenarkan, maka ia hendaklah diisi, dikembangkan dan dijadikan pemangkin kepada pembukaan Islam di dalam semua sektor kehidupan yang lain. Kelima, Kelantan adalah satu-satunya negeri dalam negara yang berakidah dengan kewajiban melaksanakan Islam secara menyeluruh dan berusaha melaksanakannya dalam skop kuasa yang dibenarkan. Dalam tempoh 26 tahun pemerintahan parti PAS, sudah terpancar kebenaran perlaksanaan Islam oleh PAS. Kritikan terhadap PAS Kelantan hanyalah bersifat kecacatan yang perlu ditambah baik, bukan pada keengganan untuk melaksanakan makruf dan membiarkan kemungkaran berleluasa tanpa sekatan. Kemiskinan bukanlah penghalang kepada perlaksanaan syariah sebagaimana difahami sesetengah pihak. Islam adalah ugama yang benar dan cemerlang pada masa kaya dan miskin, senang dan susah dan juga semasa dalam aman dan jihad. Walaupun Kelantan bukan sebuah negeri yang kaya, tetapi tempoh 26 tahun telah membuktikan usaha-usaha Islami melalui perlaksanaan dasar-dasar negeri yang berpandukan syariah telah menobatkan Kelantan dengan kejayaan yang belum diperolehi oleh negeri-negeri lain. Kelantan kekal dengan rekod pemerintahan tanpa rasuah, pentadbiran yang cemerlang, sistem pendidikan sekolahnya yang menghasilkan kecemerlangan akademik dan akhlak, sentuhan-sentuhan kebajikan yang melebar di kalangan rakyat yang susah selain keharmonian kaum yang cukup mendamaikan. Justeru Kelantan adalah sebaik-baik negeri untuk berada di depan di dalam perlaksanaan sistem Islam yang lebih menyeluruh termasuklah di dalam memperkasakan mahkamah syariah yang bertujuan sama dengan tujuan pensyariatan syariah Islam oleh Allah Rabbul Jalil. Apabila anda memahami fiqh ugama dan hikmahnya yang lebih luas, maka beralasankan fiqh awlawiyat dan maqasid syariat untuk menidakkan kebenaran dan kewajaran pindaan akta 355 adalah satu hujah yang lemah dan tersasar sama sekali. *Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah. Sumber HD - 20-11-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Dedak dan sejadahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43242-dedak-dan-sejadah Orang yang seronok dan ketawa bila Tun Mahathir kata PAS makan dedak Umno, orang itulah yang senak perut dan berang bila saya minta Tun Mahathir kembali ke tikar sejadah. Mereka memilih berjuang menentang kezaliman dengan membina kebatilan baru. Tun Mahathir kini terkurung di dalam gunung-ganang kezaliman yang dilakukannya dulu. Dia berusaha untuk keluar daripada bebanan lampaunya itu dengan cuba menutup laluan rata di celah lerengan yang dibina PAS sejak sekian lama. Adakah itu caranya? Memaksa laluannya yang kabur dan hilang? Saya menasihati anak muda agar tidak keliru. Kembalilah kepada Islam. Ia paling bernilai di dalam diri anugerah Allah. Tikar sejadah adalah pintu kepada keluasan hidup dan kejayaan yang kekal. Saya doakan anak muda dengan pekerjaan yang halal dan kekayaan yang diberkati. Dengannya, semoga semua dapat selalu ke kota Mekah bersujud, bertaubat dan mengukuh azam memacu perjuangan membina Malaysia yang diredhai Allah. - HARAKAHDAILY 17/11/2016 Sumber HD -17-11-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PAS dan kafir mengkafirhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43181-pas-dan-kafir-mengkafir Beberapa hari lepas, ada pertemuan di antara beberapa pimpinan PAS dengan beberapa ilmuan yang disebut sebagai kumpulan pencinta hadis nabi sallaLlahu alaihi wasallam atau dikenali sebagai golongan salafi. Pertemuan tersebut dibuat bagi saling mendapat pencerahan berkaitan perbahasan ilmiah berkaitan usul pensendirian pindaan Akta 355 yang sedang hangat dalam cuaca politik negara hari ini yang bertujuan memperkasakan peranan mahkamah syariah dalam negara. Hasil awal yang disebarkan sebaik selesai pertemuan itu ialah PAS akhirnya mengakui bahawa menolak untuk menyokong usul pindaan akta itu tidaklah menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Maka tiada masalah untuk sesiapa pun menolak usul berkenaan kerana ia bukan bermaksud menolak hukum syariah. Beberapa penyokong PAS merasa tersinggung dengan kenyataan itu yang dianggap tidak menepati isi atau tujuan sebenar pertemuan itu. Ia seolah-olah menggambarkan PAS suka menghukum dan membiarkan ahlinya mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang usaha-usaha agama yang dibawa oleh PAS. Maka ada pula jawaban balas daripada ahli PAS yang juga seorang pimpinan Dewan Pemuda PAS yang cuba menggambarkan bahawa pimpinan utama PAS dalam pertemuan itu telah berjaya menjawab beberapa isu berkaitan secara jelas dan meyakinkan sehingga ada kalangan pihak 'sebelah sana' diam 'terkesima' dengan hujah-hujah yang disampaikan. Jawaban balas daripada ahli PAS yang turut hadir dalam pertemuan itu secara tidak langsungnya menolak dakwaan awal bahawa pertemuan itu berakhir dengan pimpinan PAS akur dengan kerenah ahli PAS yang suka menghukum dan mengkafirkan seseorang. Ia tidak berakhir di situ. Pihak yang saya sebut sebagai mewakili kumpulan salafi pula menjadi panas. Mereka marah dengan perkataan 'terkesima' yang bagi mereka membawa maksud 'hilang hujah' dan kalah. Mereka membalas balik sama ada melalui tulisan atau lisan yang disebar melalui video. Maka berlakulah balas-membalas dan cabar-mencabar. Setakat yang saya tahu, tiada pimpinan utama PAS yang memberi komentar. Mungkin saya adalah orang pertama yang mengulasnya melalui tulisan ini. Saya tidak tahu sama ada ianya baik atau sebaliknya walaupun sudah tentu saya menghasratkan yang terbaik daripada tulisan ini. Fokus saya ialah isu kafir mengkafir dalam polemik umat untuk kembali kepada agama Islam. Sejak awal sejarah Islam, isu kafir mengkafir ini adalah isu siapa lebih Islam daripada siapa? Hampir tiada orang yang menolak agama mengkafirkan orang yang mahukan agama. Ertinya, isu ini adalah isu 'orang agama'. Justeru PAS turut terlibat di dalam isu ini. PAS sering kali terjebak bagi menyelesaikan isu yang paling kritikal dalam kemelut umat sepanjang zaman ini. Ini adalah kerana PAS adalah 'orang agama'. Adakah PAS sahaja yang terjebak? Jawabannya tidak. Di negara kita, juga di negara-negara umat Islam, isu kafir mengkafir adalah berpanjangan dan melata rewa. Ada kumpulan khalaf yang mengkafirkan kumpulan salafi. Begitu juga sebaliknya, ada kumpulan salafi yang mengkafirkan kumpulan khalaf. Ada aliran madrasah yang mengkafirkan aliran madrasah lain. Ada aliran politik yang mengkafirkan aliran politik lain. Bahkan sesama kumpulan khalaf atau sesama kumpulan salafi, mazhab sesama mazhab dan yang saling sealiran pun, kafir mengkafir berlaku. Ertinya, ketika ada yang menuduh PAS dengan budaya kafir mengkafir, mereka juga tidak mampu menafikan bahawa aliran mereka juga berhadapan isu yang sama. Menuduh lawan sebagai kafir dan mereka lebih Islam daripada lawan mereka. Kafir mengkafir adalah jenayah paling buruk di dalam agama. Ia adalah tindakan memutuskan apa yang disambung oleh Allah. Ia memutuskan persaudaraan paling kukuh di antara manusia. Ia adalah tindakan menghumbankan ahli syurga pilihan Allah ke dalam lubuk neraka menggunakan kuasa yang tidak pernah Allah izinkan. Oleh kerana ia adalah buruk sekali, maka kesannya adalah buruk sekali juga. Untuk akhirat, kekafiran itu akan kembali kepada si penuduh. Dia akan mendapat murka paling besar daripada Allah. Untuk dunia, kesannya juga dahsyat sekali. Ia bukan setakat memecahbelahkan umat kepada puak-puak bersengketa, bahkan ia bagai bom jangka yang bila-bila masa sahaja boleh meledakkan api perang dan pertumpahan darah. Anda perhatikan, oleh kerana dua kumpulan besar Islam iaitu Sunni dan Syiah sering dipanaskan dengan isu kafir mengkafir, maka pertumpahan darah sehingga kini masih tidak mampu dielakkan. Ia perang ratusan tahun yang belum berakhir. Jika ada yang berusaha mengelakkan pertumpahan darah dan mengukuhkan hubungan, akan ada kumpulan daripada kedua-dua pihak yang lebih besar akan memainkan isu kafir mengkafir, lalu terpinggirlah usaha peredaan itu. Sudah pasti bagi yang menginsafi dan menyedari bahaya kafir mengkafir, mereka akan berusaha memadamkan budaya buruk ini. Walau apa perselisihan sekalipun, selama mana seseorang itu adalah ahli syahadatain dan ahli kiblat yang satu serta tidak melakukan tindakan syirik nyata yang tidak boleh ditakwilkan lagi, maka dia adalah muslim dan diikat dengan persaudaraan Islam yang kukuh melampaui persaudaraan darah dan tanah air. Kita saling menyedari keperluan untuk mempromosi persaudaraan Islam, bahkan persaudaraan sesama manusia juga. Dunia hari ini semakin meruntuh dengan tamadun kebendaan dan kekufuran yang semakin merudum dan di akhir hayatnya. Tiada ganti untuk kesejahteraan sejagat selain ilmu dan pengajaran Islam yang benar. Tetapi selama mana umat Islam terus bersengketa, selama itulah capaian menuju kesatuan dan kekuatan agak jauh untuk dikecapi. Tiada yang tidak sedih jika kumpulan Islam yang diwakilinya dicalit dengan isu kafir mengkafir. PAS lama dituduh menghukum umat. Ulamak PAS bangkit menolak dakwaan itu. PAS menerima bahawa mereka hanya menerangkan hukum ketika pemikiran sekularisasi melanda negara dan merosakkan akidah. Kesannya amat baik dan nyata. Tiada lagi penghinaan terhadap ugama Allah dan syariahnya. Tetapi musuh PAS terus saja membesarkan isu kafir mengkafir sebagai budaya PAS. Dengannya mereka mengharapkan PAS ditolak sebagai parti yang memecah belahkan umat Islam. Sekarang perhatikan, kita berhadapan dua isu utama. Pertama, isu kumpulan yang memainkan isu kafir mengkafir dengan mengkafirkan lawan mereka. Kedua, isu kumpulan (A) yang menuduh kumpulan lain (B) mengkafirkan kumpulan mereka (A). Kumpulan pertama adalah buruk kerana mereka mengkafirkan orang. Kumpulan kedua pula buruk kerana mereka mendakwa kumpulan lain megkafirkan mereka. Kumpulan yang dituduh akan membalas balik dengan yang mungkin lebih tajam. Saya menulis bukan bertujuan membersihkan PAS, bahkan saya bertujuan membersihkan semua kumpulan daripada tuduhan kafir mengkafir. Ia sama ada menuduh atau mendakwa dituduh. Setiap jamaah akan tetap ada pentaksub. Pentaksub biasanya jahil. Jika mereka berilmu, maka mereka sombong. Kedua-duanya adalah penyakit yang ada di dalam mana-mana jamaah di mana-mana dan pada masa mana pun. Perbezaan hanyalah pada tahapnya. Jamaah yang berilmu dan bertakwa tinggi akan lebih selamat dan benar berbanding yang di belakangnya. Menuduh kafir adalah terjun ke lubang digali sendiri. Menuduh orang lain menuduh kita kafir adalah terjun ke lubang galian musuh. Sebagaimana musuh Islam seronok melihat kita saling kafir mengkafir sesama sendiri, begitulah juga mereka akan berusaha memanaskan dan melaga-lagakan agar isu kafir mengkafir tidak padam dan tamat. Saya mencadangkan agar kita sebagai muslim yang mencintai ilmu, takwa, kesatuan dan kebangkitan Islam agar menginsafi bahawa mengheret dan membesarkan isu takfir atau kafir mengkafir ini adalah kerja dan perangkap musuh Islam. Sebagaimana saya benci PAS mengkafirkan sesama muslim, saya juga benci PAS dituduh suka mengkafirkan sesama muslim. Sebagaimana saya benci begitu, saya juga cukup sedar bahawa jamaah lain juga memiliki perasaan yang sama. Mereka benci mengkafirkan orang lain dan mereka juga benci dituduh suka mengkafirkan orang lain. Saya yakin bahawa jamaah saya dan jamaah lain berusaha memadamkan budaya takfir yang memecahbelahkan umat Islam yang paling dimurkai Allah ini. Siapakah yang terbaik di antara kita? Ya, mari kita bersetuju bahawa yang terbaik adalah yang saling membina diri masing-masing tanpa perlu jatuh di lubang galian sendiri atau di lubang galian musuh dengan isu kafir mengkafir yang memutuskan ikatan akidah dan persaudaraan Islam. - HARAKAHDAILY 12/11/2016 Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah. Sumber HD - 12-11-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Siapa kita antara kitahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43102-siapa-kita-antara-kita Anda mahu negara berubah. Islam sendiri mahu anda berubah. Jika anda tidak berubah kepada Islam, bagaimana anda mahu melihat negara berubah? Adakah anda mahu mencabar Islam bahawa anda mampu mengubah negara tanpa Islam? Jika begitu, anda usah bising jika ada yang menolak untuk berubah bersama anda. Mereka bukan menolak anda, tetapi mereka lebih yakin bahawa perubahan sebenar negara hanya boleh berlaku dengan Islam sebagai panduan. Apa anda pelik-kan jika otak Islam itu lebih baik daripada otak anda. Lawan rasuah, lawan juga riba. Tolak rogol, tolak juga zina. Haram dadah, haram juga arak. Haram gubahan wang, haram juga judi. Sesempurnanya, bukan berpilih-pilih. Siapa berani perjuangkan ini sepenuhnya selain Islam? Itulah kami, PAS. Sumber HD - 5-11-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perubahan negara melalui politik matang dan sejahterahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42848-perubahan-negara-melalui-politik-matang-dan-sejahtera BEBERAPA hari lepas kita dihidangkan dengan sebuah tulisan atau rencana panjang nukilan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau mengulas mengenai politik antarabangsa, dunia Islam dan bentuk perubahan yang semestinya digerakkan di seluruh negara Islam apatah lagi Malaysia. Perubahan yang dimaksudkan oleh beliau adalah jelas iaitu perubahan yang dapat mengembalikan umat Islam kepada kehidupan Islami yang sebenar di semua peringkat sama ada pemerintah mahupun rakyat, politik mahupun sosial bahkan hubungan diplomatik antara negara-negara umat Islam mahukan dunia antarabangsa. Umat Islam hari ini hidup dalam porak peranda dan hina dina samada disebabkan oleh kebodohan sendiri atau kelicikan musuh Islam menipu dan memperdaya mereka. Tuan Guru Presiden menyebut mengenai perubahan-perubahan yang telah diusahakan sejak sekian lama oleh para pejuang politik dan ugama tetapi berakhir dengan kegagalan bahkan dalam beberapa situasi telah mencetuskan kejahatan yang lebih besar seperti peperangan, pembunuhan, pelarian dan bermacam kesengsaraan ke atas rakyat teramai. Itulah yang sedang mewarnai dunia Islam hari ini terutama di Timur Tengah. Tuan Guru menyeru seluruh pejuang di medan perubahan kepada iktibar dan renungan yang lebih ikhlas, bijak dan terbuka demi kesejahteraan dan keselamatan umat Islam menghadapi tipu daya musuh Islam antarabangsa yang semakin meningkatkan usaha bagi memadamkan roh kebangkitan Islam yang semakin kuat di seluruh tanah air Islam. Antara yang menarik perhatian adalah ingatan agar perjuangan Islam di Malaysia hendaklah mengambil tahu dan beriktibar dengan kemelut politik yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini. Tidak boleh Malaysia dipisahkan dengan perubahan sendiri dan memejamkan mata daripada melihat kerangka besar perubahan di dunia Islam seluruhnya. Malaysia adalah negara Islam tumpuan dunia. Buruk negara kita di sisi kita, buruk lagi dunia Islam di sisi pandang dunia. Perubahan baik yang bakal berlaku di negara kita bakal mendorong kepada perubahan yang lebih baik di negara-negara Islam yang lain. Malaysia kita, walaupun di sisi kita begitu lemah politik dan kestabilannya, tetapi masih tetap dihormati oleh negara-negara umat Islam yang lain. Ketika dunia Islam kehilangan contoh dan model, Malaysialah yang menjadi contoh dan model. Adakah jika begitulah keadaannya, anda menjangkakan musuh Islam antarabangsa hanya bertumpu di Timur Tengah memporakperandakan negara-negara kecil Arab tanpa menoleh kepada Malaysia yang mungkin bakal menjadi pencetus perubahan Islami kepada dunia Islam? Tulisan Tuan Guru Presiden mungkin menjadi sukar difahami oleh mereka yang masih berputar-putar di bulatan kecil politik Malaysia yang bertumpu kepada kemelut politik negara yang semakin teruk dan kegagalan pembangkang untuk bersatu menjatuhkan Umno BN. Jika iktibar itu hanyalah merujuk kepada sejarah perang puluhan tahun Umno vs PAS dan parti-parti lain, maka untuk memahami tulisan Tuan Guru Presiden dengan baik mungkin memerlukan sedikit pendetailan dan pencerahan lebih lagi. Tetapi begitulah, umat Islam perlu dilatih dan didedahkan dengan sejarah panjang ribuan tahun tamadun dan kebangkitan dunia Islam yang pernah memimpin dunia menuju kehidupan yang lebih maju dan sejahtera. Hari ini, ketika kita menikmati kehidupan moden yang diinspirasikan oleh tamadun barat yang kufur, kita jangan lupa bahawa ia sedang membawa kita menuju kancah perang, perseteruan sesama manusia dan kehancuran hidup. Tumpuan kita adalah islah dan perubahan secara bersama oleh umat Islam. Ia bukan hanya di negara kita, bahkan di seluruh negara umat Islam. Kebersamaan umat dalam memahami agama dan tuntutannya serta politik Islam dan hingar bingar yang bertali arus mengelilinginya adalah senjata ampuh untuk menolak kerosakan yang sering berlaku di persekitaran islah dan taghyir (perubahan) yang diusahakan oleh para pejuang agama sejak sekian lama tetapi masih belum menghasilkan buahnya yang diidamkan. Kita perlukan dada yang lebih luas dan lapang. Kita harus menguasai persekitaran daripada semua sudut dan mengenali mara bahaya dan peluang-peluang yang wujud. Semua kita terjerat di dalam kehidupan umat yang masih jauh daripada Islam yang sebenar dan menyeluruh. Menghukum umat secara melulu dengan kesesatan adalah salah sebagaimana hanyut bersama ragam umat yang lalai juga adalah salah. Jiwa kita harus menjadi lebih besar dan gagah untuk memimpin perubahan yang diterima umat sebagai kemenangan dan kesejahteraan buat semua, bukan hanya buat kelompok yang menang dan berkuasa. Islam mendahulukan hiwar atau dialog berbanding jidal atau debat. Hiwar akan menjaga keharmonian di dalam menemukan jawaban dengan saling menghormati antara dua pihak yang berbeza. Jidal pula bersifat kekalutan untuk memenangi yang secara mudah mendorong kepada provokasi dan kesengitan. Justeru di dalam al Quran, kebenaran untuk berdebat hendaklah disertakan dengan akhlak mulia menjaga tutur kata dan menghormati pihak lawan. Itulah maksud, 'billati hiya ahsan". Jika Islam begitu memaksudkan perbincangan atau hiwar yang mengutamakan keharmonian dan kejelasan berbanding mujadalah atau debat yang lebih menagih kemenangan dalam berhujah, maka apatah lagilah peperangan dan mengangkat senjata. Ia bukan jalan pilihan Islam. Peperangan adalah jalan terakhir demi menjaga kewujudan dan kehidupan. Diperkasakan 'qital fi sabilillah' atau perang di jalan Allah di dalam ilmu dan pengajaran Islam bukanlah untuk membina budaya penyelesaian melalui perang, tetapi untuk kesiapsiagaan umat berhadapan sunnah Allah yang menetapkan bahawa musuh ugama tidak akan redha melihat Islam memperolehi kemenangan walaupun dengan dakwah dan hiwar yang aman dan diterima secara sukarela. Dengan erti, apabila jalan perbincangan yang dicadangkan Islam dibakulsampahkan maka Islam membenarkan senjata diangkat menghadapi senjata yang sedia diangkat oleh musuh. Sebagaimana Islam menolak perang, Islam juga menolak usaha dan provokasi yang membawa kepada peperangan. Peperangan akan merosakkan islah, pembaharuan dan perubahan yang diinspirasikan oleh agama Islam yang harmoni dan sejahtera. Peperangan juga akan memudahkan musuh memasukkan jarum memecah belahkan kesatuan umat Islam. Apabila pecah belah saf umat berlaku, maka kekalahan umat adalah di depan mata dan menjadi buah yang komang tanpa isi walaupun peperangan dilancarkan atas nama agama dan semangat jihad. Itulah yang terjadi kepada 'Arab Spring' beberapa tahun lepas. Ia seperti mengulangi sejarah kebangkitan Islam di dunia Islam untuk kesekian kalinya yang berakhir dengan kegagalan dan kekecewaan. Maka ia harus menjadi iktibar, batu tanda dan sempadan buat umat Islam dan pejuangnya meneroka jalan yang lebih baik dan lebih mendekati sunnah Allah dan rasul-Nya. Punca kegagalan juga disebabkan mudahnya menerima tawaran musuh untuk turut membantu. Apabila menang, musuh menuntut haknya dan ketakutan untuk kehilangan kuasa dan kemenangan akhirnya mendorong kita untuk menerima syarat yang menggadaikan prinsip yang menjadi asas kekuatan perjuangan. Inilah yang terpaksa dilalui oleh negara-negara Arab dan umat Islam yang lemah hari ini. Seperti yang saya sebutkan di atas, perubahan yang dibawa mestilah dengan mendapat permuafakatan umat yang ramai dan mestilah juga dilihat sebagai satu jaminan kehidupan yang lebih baik dan sejahtera buat mereka. Kemudian perubahan itu mestilah berusaha mengelakkan berlaki kesengitan dan ketegangan sesama sendiri. Utamakan kefahaman melalui hiwar dan hujah yang baik. Kemudian, pergantungan kepada kekuatan kesatuan umat Islam selepas Allah pastinya akan membebaskan kita daripada terlalu mengharapkan kerjasama pihak luar yang mengintai-ngintai peluang untuk membantutkan kemenangan Islam yang sebenar. Perselisihan mazhab di dalam umat Islam mestilah dielakkan. Runtunkan ia kepada medan ilmiah yang lebih luas. Jangan campurkannya di medan siasah sehingga menjejaskan penyelesaian politik yang lebih berkesan dan memudahkan buahnya dicuri oleh pihak musuh. Peperangan sesama umat Islam, walaupun dengan mazhab Syiah yang paling jauh daripada Ahli Sunnah mestilah dielakkan. Ia adalah pertumpahan darah yang diulang-ulang dan takkan menemukan noktahnya selain keseronokan musuh melihat umat Islam dilagakan sesama sendiri. Berperanglah seratus tahun. Hasilnya adalah ratusan ribu nyawa dan darah sesama umat Islam melayang dan mengalir. PAS memahami ini dengan baik. Kefahaman seperti ini mestilah dikongsikan bersama umat Islam di Malaysia. Ia tanggungjawab semua umat Islam sama ada pembangkang atau kerajaan. Sama ada kerajaan berubah dengan kehendak dan pilihan rakyat atau sebaliknya, perubahan Islami mestilah digerakkan sepanjang masa demi umat Islam Malaysia yang lebih baik dan berteladan besar untuk umat Islam di serata dunia. - HARAKAHDAILY 17/10/2016 Artikel adalah untuk kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah. Sumber HD - 17-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- TG Datuk Dr Haron Din: Kaulah Malaysia Impianhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42576-tg-dato-dr-haron-din-kaulah-malaysia-impian Kita mati-mati mahukan hidup yang bahagia. Tetapi nantinya nanti, kitakan sedar bahawa yang paling kita dambakan adalah mati yang bahagia. Hidup kita 70 tahun lamanya, tetapi mati kita hanyalah sesaat itu. Tiada lewat atau cepat walau sesaatpun. Beruntunglah memiliki bahagia sesaat di hela nafas terakhir kerana ia kan membawa bahagia yang kekal abadi di akhirat nanti. Mati mulia hakikatnya adalah adegan nyawa sejengkal bersambung nyawa saujana nan abadi. Jasa terakhir Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat umat adalah petunjuknya yang penuh cahaya agar kita kekal istiqamah bersama PAS berjuang dan bekerja demi agama-Nya. Petunjuknya mengukuhkan PAS bagai sebuah kota yang kebal yang takkan hancur. Jasa terakhir Allahyarham Tuan Guru Datuk Harun Din adalah keberanian dan ketenangannya menerjang badai jahat yang melanda PAS dari dalam dan luar. Jika tidak kerana ketenangan yang hebat daripadanya, kita pasti goncang dan sukar menghadapi kekalutan dan keributan dengan keyakinan dan istiqamah. Jika saya ditanya, apa yang paling istimewa saya perolehi saat berguru dan bersimpuh di sisi susuk gagah Allahyarham Tuan Guru Datuk Haron Din, saya akan menjawab, "Pada senyumnya, tenangnya, yakinnya dan harapannya yang hebat buat diri saya dan kami anak muda. Itulah hikmat kehidupan yang hilang". Pesannya berulang-ulang. PAS pasti sampai ke Putrajaya dengan Islam. Pergilah dalam tenangmu. Langkah pergimu adalah impian semua pencinta akhirat. Semoga Allah memberkati perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 22/9/2016 * Gambar adalah semasa lawatan saya ke kediaman Allahyarham beberapa hari sebelum beliau berangkat ke Amerika untuk menemui Penciptanya yang Maha Besar. Sumber HD - 22-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Antara dadah dan rasuah: Apakah penawar terbaik?http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42283-antara-dadah-dan-rasuah-apakah-penawar-terbaik KALANGAN belia, gejala penyalahgunaan dadah adalah berpunca daripada kesempitan hidup dan rasa putus asa yang teruk. Sebaliknya, gejala rasuah dan jenayah kolar putih yang membarah di umbi kuasa dan menjalar di segenap peringkat pentadbiran kerajaan adalah berpunca daripada ketamakan, mengejar kemewahan dan hilangnya nilai integriti dan sifat amanah. Penawar dan ubat sebenar bagi rasa keluh kesah menghadapi kesulitan hidup, rasa kekecewaan yang melampau, rasa tamak dan rakus mengejar kemewahan dan hilangnya rasa amanah dalam diri adalah agama dan taqwa kepada Allah. Ia adalah penyakit-penyakit hati yang rawatannya mestilah rawatan langsung ke atas hati dan iman yang lemah. Sebagaimana kita terus gagal menangani isu salah guna dadah dengan berkesan akibat kegagalan menerapkan nilai-nilai agama yang benar dan menyeluruh, begitulah halnya gejala rasuah di kalangan pemimpin politik dan kakitangan awam. Nilai-nilai taqwa gagal diterapkan dengan berkesan malah dipandang ringan oleh pihak pemerintah sendiri yang dilihat paling terpalit dengan jenayah dan gejala ini yang lebih teruk kesannya ke atas pembangunan negara berbanding gejala salah guna dadah. PAS menyeru kepada penyelesaian akar umbi dan sempurna. Islam adalah agama yang telah terpahat dalam di dalam jiwa umat. Ia dibiarkan lumpuh dan terbengkalai tanpa diaktifkan dan dicergaskan oleh penganutnya sendiri. Itulah punca gejala buruk menyerang umat dengan begitu mudah. Itulah juga punca sukarnya keburukan itu dibuang daripada umat Islam. Jika kita terus berkeras menolak peranan agama atau acuh tidak acuh dengan penyelesaian Islam, janganlah segan untuk menerima hakikat bahawa kita sendirilah yang menjadi punca gejala salah guna dadah dan rasuah terus membarah dan menyerang umat. – HARAKAHDAILY 26/8/2016 Sumber HD - 26-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Luas berkelana, berteleku di mihrabhttp://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42052-luas-berkelana-berteleku-di-mihrab Luas luas pandangan orang yang jauh berkelana melihat kehidupan dan keindahan alam, luas lagi pandangan orang yang berteleku di mihrab solatnya, berkelana ke dalam alam hatinya menuju akhirat. Hati adalah alam yang luas. Indahnya samudera tak terduga. Berapa ramai orang yang luas hidupnya tetapi sempit hatinya. Beruntunglah orang yang luas hati dan jiwanya telah meluaskan dunianya yang sempit. Selama didakap kasih ibu, rahim yang sempit adalah keluasan bagi bayi di dalam kandungan. Begitulah, selama kasih Allah didamba, tiadalah lagi kesempitan menghimpit diri. Darjat manusia melalui ujian Allahhttp://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42009-darjat-manusia-melalui-ujian-allah Setiap kita ada darjat masing-masing di sisi Allah. Darjat kita itu Allah yang tentukan dengan kehendak-Nya. Allah maha tahu dan maha adil di dalam menentukan darjat para hamba-Nya. Di dunia manusia hidup berdarjat dengan sebab musabab yang telah diterima dalam kehidupan. Orang berilmu berbeza darjat daripada orang jahil. Begitulah perbezaan darjat yang bertingkat-tingkat di antara orang kaya dan miskin, senang dan susah, rajin dan malas, cantik dan hodoh dan sebagainya. Begitulah juga di akhirat nanti. Allah yang mencipta darjat di dunia, Dia-lah juga yang menciptakan darjat di akhirat nanti. Bukan sahaja darjat di antara syurga dan neraka, bahkan syurga dan neraka masing-masing ada darjat di antara sesama ahlinya. Beribu-beribu darjat yang saling berbeza kedudukannya. Cuma ada perbezaan yang nyata di antara darjat di dunia dan darjat di akhirat. Darjat di dunia terganggu oleh kezaliman, kepalsuan dan kekurangan, manakala darjat di akhirat adalah benar, adil dan penuh kelebihan. Sememangnya dunia dan akhirat diciptakan dengan ciri-ciri yang cukup berbeza. Satunya adalah bersifat tipu daya dan mainan, manakala satu lagi adalah bersifat benar dan hakiki. Justeru tidak sama timbangan di dalam penentuan darjat di antara dunia dan akhirat. Di dunia, orang jahil boleh menduduki darjat orang berilmu dengan membeli sijil ilmu. Orang miskin boleh menduduki darjat orang kaya dengan merompak dan mencuri. Orang biasa boleh jadi pemimpin dengan menipu, mengampu dan mengkhianati. Begitulah darjat di dunia. Ia boleh dibuat-buat, dipinda dan diperolehi secara tidak benar. Ada pun di akhirat, ia bukan bikinan manusia lagi. Ia darjat yang sepenuhnya milik Allah. Dia-lah yang menentukan kedudukan dan darjat setiap manusia ketika itu. Sekumpulan berdarjat di syurga manakala sekumpulan lagi berdarjat di neraka yang membakar. Darjat di akhirat adalah berdasarkan kehidupan manusia di dunia. Akhirat adalah hari pemarkahan dan penganugerahan. Apa yang ditanam di dunia, itulah yang dituai oleh manusia di akhirat nanti. Allah adalah maha adil di dalam menilai dan menghitung apa yang dilakukan oleh manusia samada amal baik atau pun buruk. Oleh kerana di dunia ini darjat manusia dikelabui oleh penipuan dan kejahatan, maka sudah pasti ia mungkin saja terbalik di akhirat nanti. Yang mulia di dunia boleh jadi hina di akhirat. Yang miskin di dunia boleh jadi kaya di akhirat. Begitulah seterusnya. Tetapi boleh jadi juga bahawa yang mulia di dunia, dia juga mulia di akhirat. Begitulah sebaliknya. Maka sudah pasti manusia di dunia tidak dapat mengukur dan menduga nasibnya di akhirat nanti. Neraca di dunianya tak sama dengan neraca Allah di akhirat nanti. Secara mudahnya, manusia menghukum sesuatu pada zahirnya, manakala Allah menghukum pada batinnya atau yang terbuku di hatinya. Manusia itu zahir dan batin boleh tidak sama pada satu ketika dan sama pada ketika yang lain. Ia berubah-rubah dengan kehendak mereka sendiri. Ada manusia yang pakaiannya lusuh dan tak terurus tetapi hatinya bersih dan terurus. Ada manusia, pakaiannya bersih dan penampilannya segak sekali, tetapi dialah perasuah dan penzalim. Maka di dunia, yang berpakaian lusuh itu dikira hina manakala yang bergaya segak itu dikira mulia. Begitulah manusia menghukum. Manusia bukan tidak tahu bahawa yang batin itulah yang sebenar dan mesti dikira. Tetapi apakan daya, manusia gagal meneroka isi hati yang tersimpan jauh di dalam lubuk diri manusia. Jika dibelah hati jantung sekali pun, manusia tidak akan dapat mengetahui isi hati yang sebenar. Ia adalah rahsia tuannya yang tak terkongsi oleh sesiapa pun. Hanya yang berkongsi dengan manusia adalah Allah. Allah mengetahui zahir dan batin manusia kerana Dia-lah yang menciptakan kedua-duanya. Sudah pasti Allah lebih tahu daripada empunya badan itu sendiri. Oleh kerana manusia cukup tahu bahawa keadilan yang mereka tuntut di saat penghukuman sesama mereka mungkin saja cacat dan tidak tercapai akibat kegagalan mereka membuktikan isi hati sebenar yang batin sifatnya, maka manusia sendiri terpaksa akur bahawa kadang-kadang mereka telah bertindak salah dan zalim secara tidak sengaja. Tetapi tiada lagi daya dan upaya mereka untuk membaikinya kepada keadilan sebenar. Maka manusia sendiri akhirnya terpaksa akur bahawa mereka gagal untuk mencapai puncak keadilan yang hakiki. Mereka pasrah bahawa mereka hanya mampu dilihat adil pada zahirnya sahaja. Di sinilah hadirnya kebenaran darjat di akhirat. Ia darjat yang ukuran dan pemarkahannya adalah berdasarkan hakikat yang tersembunyi di dalam diri manusia. Manusia yang mengenal diri masing-masing akan tahu nanti bahawa di darjat mana mereka berada di akhirat nanti, ia adalah benar belaka. Mereka cukup tahu bahawa hukuman dan ketentuan Allah ke atas mereka adalah benar sekali. Ia adalah hukuman setimpal dan sepadan dengan amalan zahir yang bersumber daripada hati mereka sendiri. Keadaan di dunia amat kalut sekali. Campur baur dan kesamaran di antara benar dan salah, adil dan zalim serta baik dan buruk amat menakutkan dan begitu menekan rasa. Manusia yang hatinya mendambakan darjat yang tinggi di akhirat nanti adalah manusia yang paling takut, rimas dan gelisah hidup di dunia. Mereka takut ditipu oleh dunia yang memang ciri asasnya adalah menipu daya manusia. Mereka bimbang amalan mereka ditolak oleh Allah akibat kesalahan di dalam menentukan di antara yang benar dan yang salah. Adakah Allah akan membiarkan para hamba-Nya hidup dalam ketakutan, tanpa petunjuk dan panduan yang menenangkan hati mereka? Sudah pasti tidak bukan? Bagaimana dibayangkan Allah akan membiarkan hamba-Nya di dunia di dalam keluh kesah? Apabila anda memahami ini, maka mari kita melihat bagaimana Allah menetapkan satu lagi sunnah atau ketetapan yang mesti berlaku di dalam kehidupan di dunia ini. Ia adalah sunnah ujian atau pemisahan di antara orang yang dipilih-Nya untuk akhirat dan orang yang dipilih-Nya untuk dunia sahaja. Allah tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dengan-Nya berada dalam satu keadaan yang sama dengan orang-orang yang dimurkai-Nya. Allah memisahkan di antara mereka agar jelas di sisi orang-orang beriman jalan yang mereka mesti lalui di dunia untul menuju akhirat tanpa samar-samar dan ragu-ragu lagi. Maka anda melihat berlakunya pemisahan di antara individu melalui ujian yang sengaja diciptakan oleh Allah ke atas mereka. Berlaku pemisahan di antara keluarga, kelompok masyarakat, bangsa dan negara melalui ujian yang diciptakan Allah bagi memisahkan hamba-hamba-Nya yang dikasihi daripada yang dimurkainya. Di sisi manusia beriman, di dunia ini ada dua pemisahan darjat yang sedang beraksi di mana-mana dan pada setiap masa. Pertama, pemisahan di antara darjat yang zahir akibat perebutan kedudukan duniawi. Kedua, pemisahan di antara darjat yang sebenar yang melibatkan perlumbaan menuju darjat di akhirat nanti. Pemisahan yang kedua itulah yang sentiasa diperhatikan oleh setiap hamba yang beriman. Adapun orang yang memilih kehidupan duniawi, mereka begitu asyik dengan mengejar darjat duniawi sehingga terlupa perlumbaan sebenar menuju darjat akhirat.
Bantu peladang hadapi kejatuhan harga komoditi1. Kelembapan ekonomi global nyata memberikan kesan secara tidak langsung kepada kejatuhan harga komoditi terutamanya melibatkan industri minyak dan gas (O&G) dan minyak sawit negara. Lebihan akaun semasa dalam imbangan pembayaran (BoP) kepada PNK menunjukkan penurunan daripada 4.8 peratus pada 2014 kepada 2 sehingga 3 peratus sahaja bagi tahun ini. 2. Malaysia sebagai negara kedua pengeluar minyak kelapa sawit dunia sudah pasti merasai implikasi daripada kejatuhan harga komoditi dunia tersebut. Ini disebabkan permintaan yang rendah dari China yang mengalami kelembapan ekonomi, pengukuhan dolar AS dan dalam masa yang sama harga komoditi minyak mentah yang rendah, memberi kesan negatif kepada industri biodiesel. 3. Atas faktor ketidaktentuan ekonomi global tersebut di samping permintaan yang rendah, harga komoditi minyak sawit telah menyaksikan penurunan kepada RM1,836.50 per tan berbanding pada 2014, harga komoditi tersebut pada paras di antara RM1,944 dan RM2,921 per tan. 4. Kejatuhan harga minyak sawit juga sudah pasti memberi kesan kepada pendapatan peladang yang bergantung sepenuhnya kepada industri kelapa sawit sebagai sumber utama pendapatan mereka. 5. DPPM menggesa kerajaan agar menyediakan suatu insentif bagi membantu meringankan beban peladang tersebut. Dalam keadaan tekanan ekonomi domestik dan antarabangsa yang dihadapi negara ketika ini, maka, keutamaan tidak seharusnya diberikan hanya dalam memperbaiki kerancakan industri eksport dan import negara semata-mata. 6. Malah, dalam suasana harga komoditi di pasaran antarabangsa kini yang terumbang-ambing dan sukar diramal, DPPM menuntut agar kerajaan segera menyediakan plan jangka panjang bagi membantu rakyat yang terkesan dengan situasi sebegini. Para peladang selalu menjadi mangsa terakhir yang diabaikan pihak kerajaan setiap kali berlaku kejatuhan harga komoditi. Ia juga mestilah melibatkan pekerja dari semua industri lain yang berkait termasuklah industri getah yang juga mengalami kesan yang sama. 7. Kerajaan perlu lebih peka terhadap keperluan rakyat dan pendapatan keluarga terutamanya para peladang yang merupakan unit asas kepada pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara. DPPM juga memandang serius perkembangan yang berlaku terhadap kejatuhan industri yang melibatkan perdagangan industri komoditi negara dan berharap ia akan segera pulih bagi menstabilkan kedudukan ekonomi negara. 8. Situasi politik ganjil dalam negara yang menyaksikan kekayaan melampau parti pemerintah melalui derma antarabangsa RM2.6 bilion begitu melelehkan air liur rakyat miskin bahawa kekayaan negara hanyalah berputar di kalangan bangsawan politik sahaja. Sayugialah rakyat juga turut diberi peluang merasai 'derma ganjil' ini melalui insentif dan pelan bantuan daripada pihak kerajaan seperti yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ahli Parlimen Pasir Mas Sumber HD - 11-9-2015 Pandangan politik Nik Mohamad AbduhWACANA ini untuk menggantikan program ceramah yang biasa PAS dikenali dengan program ceramah umum sejak puluhan tahun. Ia sesuai dengan perubahan angin anak muda yang berbeza daripada orang tua. Dulu ceramah laku, kerana rakyat Malaysia tidak ada maklumat, yang ada hanyalah TV, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Jadi apabila pemimpin datang, mereka memang hendak mendengar kerana mereka tidak ada maklumat. Tapi sekarang anak muda tidak perlu lagi maklumat, kerana mereka mungkin lebih banyak maklumat dari pemimpin. Jadi orang muda mahu berkongsi maklumat. Berkongsi maklumat ini kena dua hala, bersoal jawab. Maka pemuda PAS galakkan program wacana dalam gerak kerja mereka. Krisis Kepercayaan Terburuk Krisis yang melanda Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah yang terburuk kerana bukan sahaja melibatkan ketidakpercayaan rakyat kepadanya, tetapi juga tekanan dalaman Umno itu sendiri. Walaupun Datuk Sri Najib memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kedudukan Timbalan Perdana Menteri (TPM), tetapi Muhyiddin tidak membuat gerakan baru, sebaliknya kekal di dalam. Ini lebih menyakitkan. Kerana itulah disyorkan kepada rakan-rakan PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) supaya keluar dari terus bermain di dalam PAS. Walaupun tidak lagi menjadi TPM, Muhyiddin tetap kekal sebagai Timbalan Presiden Umno dan dapat bergerak bertemu ahli Umno di mana sahaja. Hal tersebut menjadi kesakitan yang perlu ditanggung Najib. Ketika era reformasi zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, semua jentera dan institusi kerajaan berpihak kepada beliau termasuk semua ahli Umno kecuali yang bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi hari ini jentera kerajaan sudah dilihat anti Perdana Menteri iaitu institusi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Jabatan Peguam berada di satu pihak yang bertentangan. Hanya pihak polis sahaja dilihat jelas bersama Datuk Sri Najib. Hakikat Isu & Krisis Malangnya, isu yang dipanggil keemasan ini tidak dapat disambut dengan baik kerana PAS juga ada krisis. Kita terlibat dalam krisis Pakatan Rakyat yang mengecewakan DAP, PAS dan rakyat kerana selama ini ia menjadi harapan rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada BN. Tetapi isu-isu yang berlaku memaksa perpecahan itu terjadi walaupun agak sukar untuk diterima. Tapi itulah hakikat dunia politik yang bergerak dengan isu-isu semasa yakni sengaja Allah ciptakan ia berlaku. “Wallahu khalaqakum wama ta’malun”. “Allah Taala ciptakan kamu dan Dia juga ciptakan perkara yang kamu lakukan”. Isu-isu ini adalah ciptaan Allah sebelum ia adalah ciptaan manusia. Para Sahabat RA yang menjadi contoh teladan, berlaku juga perbalahan pada zaman mereka khususnya semasa pemerintahan Khalifah Uthman al-Affan dan Ali KW. Terjadinya perang antara Ali dan Muawwiyah kerana isu semasa yang tidak mampu diselesaikan oleh politik pada masa itu. Maka PAS juga tidak boleh lari daripada hakikat politik seperti itu yang memerlukan keluasan berfikir. Juga menerima hakikat bahawa PAS berjalan dalam situasi yang kadang-kadang gagah dan adakalanya lemah. Krisis Pakatan Rakyat menambahkan satu lagi krisis, iaitu krisis dalaman PAS sendiri. Ia menyedihkan dan menyayatkan hati, hingga berlaku cabar-mencabar dan jawab-menjawab. Hati terluka, tiada siapa gembira melihat sahabat-sahabat seperjuangan keluar beramai-ramai. Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan lain-lain, mereka itu adalah pendidik Pemuda sebelum ini, juga pembuka laluan untuk berjuang. Tiba-tiba mereka berpatah hati, berpatah arang keluar isytihar tidak mahu lagi bersama PAS. Sudah pasti ini adalah berita sedih, pun begitu terpaksa ditanggung demi menjaga parti yang kita yakini bahawa ia disediakan Allah Taala di Malaysia ini untuk menjaga ummah daripada tersasar daripada jalan lurus. PAS Berdiri Untuk Agama Kita yakin apabila berada di dalam PAS, PAS ini adalah parti Islam yang hari-hari para ulama dan para pejuangnya meneliti kedudukan PAS ini, sama atau tidak dengan hadis Nabi SAW. Sama atau tidak dengan nas-nas Al-Quran yang menggambarkan kehidupan ummah pada akhir zaman. Bagaimana ummah mahu hidup, bagaimana ummah mahu bergantung? Adakah hendak serah agama dan ummah ini kepada JAKIM sahaja? Kalau yakin hendak serah ummah ini pada JAKIM sahaja, tidak perlulah ada PAS. Adakah hendak serahkan agama ini kepada para ustaz ataupun ulama-ulama yang tidak ada parti yang dipanggil pendakwah bebas? Adakah ia menepati sunnah Nabi SAW, hendak jaga ummah tidak perlu jamaah, hanya perlu ada ulama-ulama yang banyak dan bebas bergerak serta bebas menyokong? Hari ini sokong Umno, esok pula dia sokong PAS. Adakah itu cukup? Semua ini dinilai oleh PAS dan para ulamanya, hingga akhirnya kita yakin, sejarah PAS ini begitu kuat tunjang akarnya, inilah bahtera yang menyelamatkan akidah ummah daripada tersasar dan menyeleweng. Menyelamatkan ummah daripada ditipu oleh gerakan-gerakan ataupun musuh-musuh agama yang sentiasa merancang untuk menghancurkan agama. Generasi kini adalah sambungan perjuangan ayah-ayah, datuk-datuk kita dahulu dan bukan hanya bermula dari tahun 1951 apabila terbentuknya PAS. Itu hanyalah secara rasmi dengan diberi nama. Sebelum nama PAS, perjuangan ini telah kita ambil daripada pejuangan terdahulu zaman Tok Janggut, zaman penjajahan, zaman sebelum penjajahan, kita belajar dari buku Syeikh Daud Fatani dan sebagainya, zaman Tok Kenali. Malah, sebelum daripada itu sejarah ulama kita bersama dengan para Raja, para Sultan tanah air kita untuk menggerakkan agama di Tanah Melayu ini selepas agama ini tersebar di tanah air ataupun selepas umat Melayu memeluk agama Islam. Kita yakin sejarah itu bersambung dan PAS adalah di antara bahtera perjuangan besar yang menyambung perjuangan terdahulu. Proses Membuat Keputusan Maka dengan sebab PAS menjadi sebuah parti politik, agak susah untuk membuat satu-satu polisi. Kerana memerlukan tapisan, memerlukan ‘istii-ab’ atau penguasaan terhadap sesuatu isu. Kadang-kadang orang bersungut kenapa PAS lambat buat keputusan? PKR sudah buat keputusan, ada kenyataan dia. DAP sudah ada, tapi PAS belum ada, lambat. Kadang-kadang betul sepertimana dalam krisis paling besar iaitu isu Kajang Move. Lambat, wartawan tunggu dua minggu lagi baru hendak mesyuarat sedangkan pihak lain sudah mesyuarat dua minggu lepas. Wartawan hari-hari tanya, lambatnya PAS buat keputusan isu Kajang Move. Rupanya bukan Kajang Move sahaja, banyak ‘move’ yang PAS lambat buat keputusan. Tapi kita kena ingat bahawa itulah Islam. Kadang cepat, kadang memerlukan masa, kadang terpaksa menanggung orang marah pada kita. Tapi akhir sekali orang akan melihat segala yang PAS putus itulah yang benar. Macam kes Kajang Move, lama orang marah sampai setahun, tapi sehari dua ini ada cerita di mahkamah pasal Kajang Move ini. Orang mula sebut, PAS betul buat keputusan. Kenapa orang lambat nampak? Kerana isu itu berlaku begitu kritikal untuk PAS buat keputusan sehingga terpaksa melihat dan memilih beberapa polisi yang patut dibuat. Akhir sekali semua melihat, bahawa dalam banyak-banyak parti politik yang terlibat dalam politik Malaysia sejak merdeka, PASlah yang ditemukan satu dapatan, iaitu PASlah sebuah parti yang sederhana dan bertindak menyejukkan suasana politik di Malaysia. PAS berada di tengah-tengah. Kewajipan kita dalam agama ialah memastikan negara ini aman. Kita tidak boleh sampai ke Putrajaya dengan sengaja membuat keadaan ‘havoc’, pecah belah semata-mata hendak dapat Putrajaya. Itu haram, tak boleh, kita tidak boleh susahkan rakyat. Kewajipan kita jaga politik. Kita pernah ditangkap, pernah ulama kita ditembak mati, pernah ahli-ahli kita dibuang kerja, ditukar, tidak boleh projek dan tender dan sebagainya. Kesederhanaan Berpolitik Sejarahnya, kita sentiasa dibuli. Orang marah sebut dibuli, mengaku diri sendiri lemah. Tapi PAS memang dibuli, PAS tidak melawan kerana kewajipan PAS untuk tidak melawan secara melampaui batas. Orang pertama kena buli dalam sejarah Islam ialah Rasulullah SAW sendiri. Baginda Nabi tidak lawan apabila Baginda dianiayai. Malaikat datang sedia diperintahkan, tapi Nabi kata biarlah, walau sahabatnya kena bunuh, sahabat kena siksa. Nabi suruh sabar kerana mahukan suasana dakwah yang tenang. Kalau Nabi lawan, angkat senjata semua Sahabat akan dibunuh, sudah pasti dakwah menjadi ranap. Maka begitulah juga PAS bersabar dan sampai masanya orang mula benci pada kerajaan, maka lahirlah pembangkang yang kukuh. Dulu PAS sahaja, DAP walaupun menang banyak tapi tidak menguasai politik Malaysia, hanya mewakili sebahagian daripada kaum di Malaysia. Tapi akhirnya, lama-lama orang jadi semakin benci pada kerajaan. Lahirlah pembangkang yang gagah. Mereka terlalu anti pada Umno-BN. Tetapi apabila pembangkang gagah dan diterima rakyat, lahir pula daripada pembangkang ini suara-suara yang mahu pergi cepat dan buat perkara dan tindakan yang akan merosakkan negara dengan mudah. Mereka sebut hendak buat melalui himpunan jalanan, hendak kepung Parlimen, hendak bakar dan buat pelbagai lagi. Ini suara-suara belah pembangkang daripada sahabat-sahabat tertentu yang keras. Tetapi PAS mengambil sikap tidak ikut. PAS tidak ikut Umno yang melampau dan daripada pembangkang pun PAS tidak ikut jika melampau. PAS tidak ikut strategi dan kaedah yang salah walaupun terpaksa telan kemarahan. Contoh, apabila lantik seseorang sebagai Menteri Besar secara yang sah. Dalam Islam tidak boleh kita menjatuhkan pemimpin sehinggalah pemimpin tersebut terbukti salah, kerana ia mencemar maruah dirinya dan integritinya. Tan Sri Khalid bukan PAS tidak tahu mengenai kelemahan dirinya, tetapi tidak semua kelemahan itu boleh menjadi sebab dia wajar dijatuhkan. Kerana semua pemimpin ada kelemahan masing-masing. Semua pemimpin dikritik termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukan sahaja oleh Umno tetapi dalaman juga. Tapi dia tidak jatuh kerana orang tahu disebalik kelemahan dia itu dia tidak boleh dijatuhkan kerana dia ada kelebihan dan dia ada maruah diri yang mesti dipertahankan dan PAS kena pertahankan. Maka apabila ada cadangan hendak tukar dengan mudah, ikut suka hati kita untuk tukar, PAS tolak kerana ini bukan cara Islam. Pemimpin ada hak dia, rakyat juga ada hak dia masing-masing. Kita kena jaga dua-duanya. Maka PAS berjalan di tengah-tengah, menyejukkan suasana politik di Malaysia. Jadi sejarah akan buktikan bahawa PAS inilah yang paling menjaga keamanan di Malaysia. Kalau kata kerajaan yang jaga keamanan, Umno kata negara aman kerana dia, itu tidak betul, itu bohong Umno. Umnolah yang merosakkan Malaysia ini, orang baik ditangkap, ulama ditekan, sekolah-sekolah agama rakyat dibantutkan dan dirosakkan kekuatannya. Tetapi PAS tidak ada sejarah merosakkan kecuali mempertahankan dirinya. Sikap Terhadap GHB Krisis dengan GHB belum pun sampai tiga bulan. Selepas daripada Muktamar pada Jun lalu ia tidak segera berlaku tetapi bergerak sikit-sikit. Pimpinan PAS buat keputusan untuk tidak bertindak segera kerana ini krisis dalaman dan penyelesaian kena lembut sepertilah masalah dengan anak isteri. Tidak boleh lafaz cerai selalu ataupun hendak lempang anak selalu. Apatah lagi keadaan dalaman parti, ini agak sukar. Hendak balah dengan Umno senang sahaja, kalau salah lempang pun tidak mengapa sebab dia Umno. Umno di luar rumah PAS. Tetapi kena ingat, ahli keluarga PAS ramai dan penyelesaian sebenarnya boleh dibuat dengan mudah kalau kedua-dua pihak memahami agama dan memahami demokrasi. Kalau sudah tidak suka bolehlah keluar parti, janganlah beralasan tidak mahu keluar selagi bahtera tidak siap. Ini memalukan dan tidak profesional walaupun ia lahir daripada golongan profesional. Hendak tidur sini, hendak makan sini, tapi asyik hentam rumah sendiri. Ini tidak jadi penyelesaianlah. Maka kita kata kena keluar sebab orang lain hendak masuk, kerusi dan jawatan kita orang lain menunggu. Jadi penyelesaian yang paling ideal adalah isytihar parti baru, mereka menunggu melompat beramai-ramai. Tapi kalau ikut maklumat, ada perancangan yang tidak elok, sepatutnya tidak boleh berlaku di kalangan ahli PAS iaitu mereka rancang keluar sebahagian daripada PAS, manakala sebahagian lagi tidak keluar. Inilah masalah yang kita sebut. Ini ijtihad dan tindakan yang salah dari sudut syarie, berdosa. Kita duduk di dalam dengan tujuan hendak pegang jawatan dan lumpuhkannya. Jadi ‘makan dalam’, ini salah dan berdosa. Tiba-tiba selepas parti baru dibentuk pun tidak mahu keluar juga. Maka tindakan dan cara mudah adalah ahli PAS buat laporan salah laku bahawa mereka telah berkata begini dan berbuat begini. Angkat laporan kepada Setiausaha Agung PAS untuk tindakan. Penyelesaian ada di hadapan, hanya main masa kerana ini adalah krisis dalaman yang kita harus tangani secara lebih lunak. Dialog Bersama GHB GHB masih lagi satu masalah dan isu dalaman PAS. PAS tidak memberi sebarang pengiktirafan pada GHB, kerana masih tidak jelas sama ada ia jin atau manusia. Sehinggalah ia jelas dan rasmi, barulah PAS boleh membuat polisi terhadap mereka. Jadi sekarang ini PAS selesai caranya sendiri, iaitu buat perjumpaan secara individu, bukan atas nama PAS dan GHB. Kalau mereka buat kumpulan tidak rasmi, kemudian ajak kumpulan PAS, itu tidak kena. Kerana PAS adalah institusi parti politik yang sah, sedangkan GHB bukan NGO mahupun parti politik. Dengan individu boleh kerana walaupun kita tidak suka tindakan mereka, tetapi kena terima hakikat tentang wujudnya mereka di atas muka bumi ini. Sama seperti orang kafir, biarpun tidak disukai kekafirannya tetapi kewujudan mereka perlulah diterima dan diiktiraf. PAS tidak boleh bina Malaysia ini untuk orang Islam sahaja, orang bukan Islam ‘second class’. Itu haram. Sebagai rakyat, semuanya sama taraf. Cuma bezanya, “inna akramakum indallahi atqakum”. Jadi kalau ini dengan non-Muslim, maka apatah lagilah sikap PAS dengan parti baru GHB. Apabila mereka wujud secara rasmi, insya-Allah hubungannya ada. Macam mana hubungan itu, diteliti kemudian nanti. Sekarang tidak boleh lagi sebab tidak tahu lagi mereka ini mamalia atau amfibia (ketawa). Insya-Allah PAS akan bersikap terbuka. Cuma bukan sekarang kerana gangguan akan berlaku. Kalau saya hadir dialog dengan rakan-rakan GHB, akan ada satu pandangan kata Ustaz Nik Abduh boleh terima GHB. Maka tidak salah kita masuk GHB. Maka belum elok dimulakan sehingga selesai hal-hal yang berkait dengan soal dalaman parti. Hubungan Dengan DHPP Dewan Pemuda PAS Pusat sudah membentuk Jabatan DHPP Muda. Perbincangan sudah diadakan bersama Ketua Pemuda DHPP, Balendran dari Pahang. Beliau akan menjadi Pengarah Jabatan DHPP Muda dalam Dewan Pemuda secara lantikan. Maknanya siapa yang jadi Ketua Pemuda DHPP, maka dia secara automatik akan jadi Pengarah Jabatan DHPP Muda dan melayakkan hadir dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana saudara Balasubramaniam, Ketua DHPP masuk Mesyuarat PAS Pusat. Ini adalah pendekatan baru untuk kita dekati anak muda dari kalangan non-Muslim. Isu Hudud PAS telah melakukan pelbagai bentuk penerangan. Perlu difahami bahawa Allah Taala sengaja mahukan hukum-hukum-Nya ini dibahas oleh manusia. Contoh solat lima waktu, kajian menunjukkan daripada 100 anak muda, 20 sahaja solat lima waktu dengan sempurna. Apabila dikata solat lima waktu ini wajib, dibahas begitu dan begini. Setengah tidak terima, setengah terima, setengahnya tidak tahu. “Wakaanal insanu aksara syai'in jadala”. Manusia ini memang dijadikan banyak bercakap, sampai bila saya sebut KP kurang bercakap pun, saya kena marah. Solat, hendak sampai orang Melayu Islam ini solat, kita kena syarah sampai orang faham, barulah dia solat lima waktu. Zakat, orang kaya selalunya cerdik, tetapi suruh bayar zakat dibuat tidak faham. Dia tidak faham zakat sehingggalah diberi penjelasan, barulah dia bayar zakat. Itu perkara yang mudah, apatah lagi hal yang payah. Jadi jangan peliklah kalau hukum hudud ini sentiasa dibangkang oleh manusia kerana sengaja Allah Taala mahu melihat manusia membangkang hudud-Nya. Hingga satu hari nanti saat hudud terlaksana, mereka tidak ada hujah lagi hendak lawan, sebab segala yang mereka bangkang sudah berlalu dan diterima rakyat. Maknanya, hal tersekat sejak tahun 1990 selepas PAS buat hudud di Kelantan tapi tidak jalan, sebab manusia asyik berbahas. Tun Mahathir bahas, sekat dengan undang-undang. Akhir sekali ramai yang bahas hari itu, kini dia sudah terima. Umno pun sudah terima, tidak berani kata hudud ini zalim kerana takut jatuh kafir. Dulu PAS beri amaran mereka tidak takut. Tapi hasil daripada penerangan PAS, sekarang sampai di peringkat non-Muslim juga sudah terima. Bahkan sekarang ini ada ‘mujahid’ bukan Muslim mempertahankan hukum hudud. Ada non-Muslim yang menjadi pakar hudud daripada kalangan DHPP. Dia syarah bab hudud ini macam Kumutha dari DHPP Johor. Setiap kali ceramah dia bentang bab hudud sebab dia baca buku Islam berkait dengan hudud. Dia baca Quran, cari mengenai hukum hudud, bersungguh-sungguh. Maknanya perkara ini tidak pernah berlaku 20 tahun lepas. Hasil daripada dakwah PAS, orang non-Muslim sudah tidak malu hendak mempertahankan hukum agama. Adakah kita yakin bahawa dengan hudud ini, makin gelap atau makin cerah masa depan PAS? Makin cerahlah sebab memang sengaja Allah Taala buka untuk dibahaskan. “Liyahlika manhalaka an baiyyinatin wayahya manhayya ambayyinah”. Supaya yang mampus/hancur, mampuslah dalam keadaan nyata dan jelas. yang hidup, hiduplah dalam keadaan nyata. Allah Taala sebut, Islam adalah hujah. Jadi jangan takut, biar orang kata PAS ini membiarkan hukum hudud ini dihina. Rasulullah pun dihina, al-Quran dihina, tidak peliklah hukum hudud dihina. Kerana itulah yang Allah mahu al-Quran ini, dihormati dan dihina disisi manusia. Yang hina masuk neraka, yang hormat insya-Allah dapat balasan daripada Allah Taala. Kita kena yakin, apabila sudah sampai Lebuhraya Karak bawa hudud, tiba-tiba sampai di terowong Karak, tengok ada DAP sedang tunggu untuk lawan hudud yang kita bawa. Kita pun buang hudud di hutan Karak semata-mata hendak mari Gombak. Ini tidak betullah! Kita bawa daripada Kota Bharu lagi, tiba-tiba disekat oleh DAP di Karak itu, kita lempar hudud, tidak betul, kerana sayang sangat ke DAP. Mengenai Kemerdekaan Selagi Islam tidak merdeka, maka tidak merdekalah negara ini. Yang merdeka ini merdeka dunia sahaja. Yang PAS nak adalah merdeka dunia akhirat. Jadi apabila merdeka tahun 1957 itu, negara baru merdeka sebahagian, iaitu daripada penjajahan. Selamatlah agama kita daripada dikuasai dan dirosakkan penjajah. Cuma oleh sebab yang ganti itu pun tidak bawa agama, maka kita tidak merdeka sepenuhnya juga. Soal Baiah Setiap tahun pada hari kemerdekaan, kita lihat anak remaja pelajar kita ditampilkan bersumpah setia, berbaiah kepada negara, berjanji ramai-ramai sambil menaikkan bendera. Itulah baiah untuk negara. Tetapi adakah berbaiah untuk negara bermaksud menjadi hamba kepada negara? Kalau begitu minta kepada Najib mulai merdeka tahun ini, jangan ada lagi baiah sumpah setia, lagu sumpah setia pada Malaysia jangan ada, batalkan sebab itu ajar jadi hamba pada Malaysia. Tidak! Baiah ini memang diterima dan dilaksanakan oleh semua. Amerika yang tidak ada sejarah besar dan sejarah tamadun, akhir sekali mereka hendak bangkit semangat supaya jadi rakyat Amerika yang setia berbakti, mereka jadikan bendera Amerika itu tuhannya. Amerika ajar awal lagi, memuja bendera. Orang Malaysia, orang Islam tidak payah puja bendera, pujalah al-Quran. Kita ada sejarah Nabi SAW, kita baiah dan baiah ini adalah kekuatan, bukan untuk mengikat dan membelenggu. Bahkan untuk menandakan kita bebas daripada semua manusia kecuali kepada Allah. Baiah ini daripada Quran, dalam Quran ini ada baiah. Amalan Nabi berbaiah, apabila kita buat baiah kita ikut Sunnah Nabi untuk perteguhkan iman. Sebab itulah kita jangan bermain dengan baiah. Jangan kerana kita nak lompat kepada parti lain, kita kata baiah wakil rakyat boleh tukar dengan sembelih kambing buat sup, selesai sudah ganti baiah. Jangan ingat begitu mudah nilai baiah dengan nama Allah itu selesai dengan sembelih kambing. Ini manusia tidak faham dengan baiah. Bawa hukum lain yang tak berkait dengan baiah. Putus Dengan DAP PAS putus dengan DAP bermakna PAS undur belakang? Politik ini ada pasang surutnya, sebab itulah kena ada siyasah syariah, hukum syarak berdasarkan kepada gelombang pasang surut. Tidak boleh kita ini kapal jenis layar satu tugas sahaja. Maknanya kalau angin ada, bergerak. Kalau angin tidak ada, berhenti, itu bukan kapal. Kapal ini kena bergerak sama ada masa angin tidak ada, angin ada, mahupun layar berlubang mesti bergerak. Maka ia ikut gelombang. Begitulah siyasah syariah diwujudkan. Sekarang ini, kita melonjak undi sejak 2008 sehingga berlaku pembentukan Pakatan Rakyat selepas itu. Adakah lonjakan ini akan kekal lonjak dan takkan turun? Kita pun tahu ekonomi Malaysia tidak akan melonjak sentiasa, sebab itu Najib kata dia tidak rungsing. Macam nilai matawang Ringgit, turun naik. Kerja Bank Negara adalah kawal jangan terlalu turun dan jangan terlalu naik. Kalau naik sangat, letih hendak jual kelapa sawit tidak laku sebab duit Malaysia mahal sangat. Kerja Bank Negara adalah mengawal gelombang matawang Ringgit. Begitu juga kita kena ingat sokongan kepada kita datang sebab ada isu yang lonjakkan. Sejarah menunjukkan parti ini setiap kali pilihan raya dia lonjak, lepas dia lonjak mungkin juga turun semula. Kadang-kadang dua kali pilihan raya lonjak, tidaklah melonjak setiap kali pilihan raya. Ada masa ia turun. Kena ingat apabila PAS lonjak dengan undi non-Muslim, dua kali lonjak dan apabila ia turun adakah bermakna PAS tidak betul? Politik ini isu, kadang membantu, kadang tidak membantu. Masa turun janganlah turun sampai tidak tahu bagaimana hendak naikkan semula undi. Katakanlah PAS hilang bilangan non-Muslim dalam PRU akan datang akibat telah berpecah dengan DAP; iaitu hari ini kita telah dibantu oleh DAP yang telah buka pintu kita untuk pengundi Cina. Tetapi DAP juga kena setuju bahawa orang Melayu undi dia kerana pintu dibuka oleh PAS. Sehingga orang Umno kata, dosa PAS adalah kerana buka pintu orang Melayu undi DAP. Memang betul pun PAS yang buka supaya orang Melayu terima DAP. Sekarang sama-sama tutup, DAP kata PAS jahat, PAS pun kata DAP jahatlah. DAP pun akan ada masalah, kajian seorang profesor di universiti menunjukkan bahawa kemarahan orang Melayu pada DAP begitu memuncak apabila salahkan dan tuduh PAS khianat. Sama dengan orang Cina, melalui akhbar, mereka sedang bakar marah pada orang PAS. Tapi kena ingat, apakah apabila DAP tutup pintu, maka semua pintu dengan orang bukan Islam akan tertutup? Jawapannya tidak, DHPP makin gagah dan bersemangat. Tidak ada dalam sejarah, selepas DAP keluar daripada Pakatan Rakyat, ada orang DAP masuk PAS. Tapi kini berlaku di Perak, ahli DAP Cina dan di Kedah juga, bekas pimpinan DAP orang Melayu. Maknanya ada di kalangan ahli DAP yang memberontak terhadap parti dia sendiri. Dengan DAP tutup, tetapi pintu kita dengan semua NGO-NGO Cina terbuka. Perlu yakin, tujuh tahun PAS bina hubungan dengan non-Muslim telah memberi satu perasaan dalam hati non-Muslim Malaysia bahawa PAS bukanlah parti rasis. Tidak ada satu bukti pun PAS ini rasis seperti rasisnya Isma dan Perkasa pada pandangan mereka. Itu di sisi DAP, tetapi mereka tidak boleh buktikan PAS ini rasis. Maknanya bila-bila masa kalau kita berani, kalau kita pandai, kita boleh menarik minat non-Muslim untuk mengundi PAS. Kita kena ingat kita bertanding di kerusi yang DAP tidak bertanding, maknanya non-Muslim di kawasan kita bertanding cuma ada pilihan sama ada undi Umno atau undi PAS. Adakah mereka akan undi Umno? Cuma kalau ada kacau daun GHB masuk bertanding, itu kita tak tahulah. GHB parti baru, kalau dia mengundi, undi pecah. Itu bukan isu non-Muslim. Jadi usaha-usaha PAS buat bagi meyakinkan non-Muslim. Suatu hari mereka akan faham bahawa isu yang melanda Pakatan Rakyat hari ini bukan berpunca dari PAS, tetapi dari sikap DAP yang keras terhadap polisi PAS untuk memperjuangkan agama Islam. Penglibatan Dalam Bersih Bersih 4.0 PAS sudah jelaskan tidak terlibat secara langsung. Memang dulu Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, PAS terlibat secara langsung. Bersih 1.0 memang PAS terlibat banyak, kemudian BERSIH 2.0 ada jawatankuasa melibatkan NGO, tapi PAS memainkan peranan besar walaupun NGO anjur. Kekuatan kita dihormati dengan Jabatan Amal, dengan kerahan, dengan sokongan anak muda PAS begitu juga dalam Bersih 3.0. Tetapi dalam Bersih 4.0 ada dua perkara. Pertama PAS tidak dijemput awal, maknanya kita tidak diberi peranan yang besar. Kedua kena faham kita dalam krisis, musuh banyak untuk sabotaj PAS dan ada usaha untuk meminggirkan PAS daripada terlibat secara langsung. Jadi kita berhati-hatilah untuk tidak masuk perangkap. Kita perhati misalnya Amal Relief (AREF) yang baru tubuh itu berjanji hantar pasukan sukarelawan. Saya bimbang provakasi, apabila Jabatan Amal PAS dan AREF dihantar, akan ada perbandingan Unit Amal lebih baik, AREF lebih baik. Elok ataupun tidak elok perkara ini? Ia tidak elok dan takkan elok. Kalau sudah ada orang yang sedia untuk pimpin biarkan dan Jabatan Amal boleh pergi tapi jangan pakai baju merah. Boleh pergi atas nama individu kalau hendak bantu tidak larang. Selama mana tidak lari dari matlamat untuk bersih pilihan raya yang mana kita juga letih dengan pilihan raya kotor, maka kita sokong. Cuma kita ambil sikap berhati-hati untuk mengelak provokasi yang melampau mengelak rosak nama dan terpaksa menanggung. Parti Islam sentiasa didengki oleh semua orang yang memusuhi agama Allah Taala. Setakat ini kita ambil sikap kita tidak menyertai Bersih 4.0 secara rasmi, tetapi kita tidak halang anak muda yang pergi. Hati kecil saya hendak pergi, tetapi saya Ketua Pemuda, saya mesti bersama keputusan bersama kepimpinan yang lain. Tidak mahu kehadiran saya atau tidak hadir saya itu, kalau saya ambil sikap individu bukan sikap parti, takut salah dari sudut kesannya. – HARAKAHDAILY 2/9/2015 Ucapan dapat dipetik daripada lantunan bicara Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Wacana Merdeka “Selamatkan Malaysia” di Shah Alam baru-baru ini. Disusun oleh Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim. Sumber HD - 2-9-2015
Penganjuran Bersih tidak seperti dulu – Pas Posted on Saturday, August 29 @ 06:42:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
KOTA BHARU 28 Ogos - pas mengambil keputusan untuk tidak menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 kerana krisis dalaman pakatan pembangkang serta matlamat penganjurannya yang dilihat tidak sama seperti dahulu.
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz berkata, malah sikap penganjur yang menjemput parti itu menyertai perhimpunan haram tersebut pada saat-saat akhir menunjukkan mereka ada agenda tersembunyi.
"Pas tidak sertai demonstrasi (perhimpunan haram Bersih 4.0) sebab krisis dalam pakatan pembangkang dan kita melihat ada dalam kalangan penganjur Bersih ini bersikap pesimis dan negatif terhadap Pas.
"Kedua, kita lihat Bersih tidak seperti dulu. Dulu walaupun Pas bukan diberi peranan utama tetapi kita dipanggil untuk berbincang dari awal tetapi kali ini dipanggil pada saat-saat akhir tambahan pula di belakang itu ada Gerakan Harapan Baru (GHB), jadi kita perlu berhati-hati," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berdialog bersama akar umbi Pas dalam program Wacana Kemerdekaan Kawasan Ketereh di pejabat Pas kawasan tersebut di sini semalam.
Hari ini akhbar melaporkan Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan anarki yang mahu mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 bermula esok sehingga Ahad ini.
Nik Mohd. Abduh bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menyertai perhimpunan haram tersebut esok kerana mereka bersetuju dengan asas penubuhan Bersih sebelum ini.
"Pas setuju demonstrasi, malah kita sudah buat banyak demonstrasi secara aman di negara ini untuk menuntut keadilan demi rakyat.
"Namun kali ini kita tidak menyertainya, kita mengelak daripada berlakunya provokasi ketika perhimpunan ini berlangsung.
"Di sebelah kita ada unit Amal, manakala di sebelah sana ada Arif (pecahan unit Amal yang menyertai GHB), kita bimbang berlaku pertembungan dan provokasi di antara kedua-dua pihak ketika demonstrasi tersebut," katanya.
Sumber TKO - 29-8-2015
Kelantan: Kilatan Malaysia25 tahun lalu, negeri Kelantan di bawah kerajaan PAS terbentuk. 12 tahun sebelumnya, kerajaan PAS kali pertama di Kelantan runtuh selepas 18 tahun memerintah. Tempoh 12 tahun BN memerintah cukup memahamkan rakyat Kelantan bahawa PAS harus diberi peluang kali kedua untuk kembali memerintah. Kini usia kerajaan PAS di Kelantan memasuki tahun ke-25. Kini rakyat Kelantan tidak merasa sebarang sebab untuk menukar kerajaan PAS di negeri bertuah ini. Kerajaan PAS bagi mereka adalah kerajaan mereka juga. Sebuah kerajaan rakyat yang merdeka dengan keinginan untuk hidup bersama al-Quran dan kekal memacu kemajuan negeri dengannya. Selama tempoh 12 tahun rebah itu, tiada siapa boleh meneka PAS akan bangkit cepat di Kelantan. Rakyat Malaysia dimomok dengan ketuanan UMNO membela Melayu. Maju negara hanya dengan dan kerana UMMO. Bangsatlah Melayu tanpa UMNO. Hancurlah bangsa-bangsa lain kalau tanpa ihsan UMNO. Tetapi PAS, jalannya mustaqim (lurus) dan ahlinya istiqamah (berteguh di jalan lurus). PAS memilih Islam sebagai matlamat perjuangan. Justeru PAS memperolehi kekuatannya daripada sumber Islam jua. Al-Quran dan al-Sunnah, juga sirah nabinya, para sahabat, para ulama dan para mujahidin yang merintis kemenangan Islam di sepanjang zaman. Tiada kesepian bertemankan sejarah kegemilangan. Kesusahan adalah makna berjuang. Kemiskinan adalah pelita perjuangan. Fitnah adalah duri di jalanan. Siang menjadi perwira. Malam menjadi hamba. Perjuangan Islam begitu membangkitkan jiwa dan kekuatan. Akhirnya, dogma tanaman UMNO hancur. Sebuah kerajaan miskin terbentuk di Kelantan di sebelah sebuah kerajaan besar dan kaya raya milik BN. Seorang ulama 'stail pondok' dikerah memacu Kelantan baru. Pesaingnya bukan menteri-menteri besar lain sepertinya, bahkan pesaingnya adalah seorang Perdana Menteri sebuah negara umat Islam paling maju di dunia. Sebuah persaingan antara dua darjat! 90-an bukanlah Malaysia lama. Ia zaman negara Malaysia moden. Kekayaan melimpah ruah. Dunia komputer dan internet berkembang maju. Dalam kegilaan kemajuan kebendaan itu, Kelantan kekal diperkenalkan sebagai sebuah negeri miskin, tercorot, terpinggir daripada arus utama serta jumud dengan ilmu dan cara fikir lama. Itulah. Kelantan lebih ditunggu ajalnya berbanding diharapkan kehadirannya. Sebuah kerajaan awal 90-an yang lahir daripada 'kesilapan' rakyatnya menghukum BN! Nantilah pembalasan. Tetapi, ceding hadharah Islami tumbuh jua di belantara rimba. Kecil saja. Miskin saja. Sayup-sayup saja. Cuma, ia datang. Kemudian ia terus datang. Ia tidak berundur walau setapak. Langkahnya teratur sekali. Sifatnya subur dan hijau. Tanpa wang, Kelantan datang memerangi riba. Bank-bank konvensional tiba-tiba terbeliak. Seorang tua miskin menarik wangnya keluar dan memindahkan akaunnya. Alasan, wangku untuk syurga tuhanku, bukan untuk murka tuhanku. Sengit serangan subuh ini dalam jiwa para mata duitan. Tanpa wang, sistem pajak gadai Islam diperkenalkan untuk rakyat Kelantan. Sistem konvensional rebah TKO di pusingan pertama. Tanpa wang, sistem pendidikan Islam diperteguhkan. Yayasan Islam Kelantan diberi wang tambah daripada kocek yang hampir kosong. Alasan, ilmu adalah kekayaan. Wang tanpa ilmu adalah kemiskinan. Tanpa jaminan kekayaan, cuti dua hari seminggu diperkenalkan. Si ibu bersalin diberi tambahan hari cuti. Alasan, kerehatan adalah kekayaan dalam keluarga dan masyarakat. Biar wang memburu kerehatan, bukan kerehatan memburu wang. Tanpa bimbang, pergaulan bebas dibendung. Enakmen kawalan hiburan Islam diperkenalkan. Eksploitasi wanita disekat. Alasan, wanita adalah lambang maruah dan kemuliaan manusiawi. Wanita bukan kiblat nafsu buas lelaki. Puluhan pembaharuan, bahkan ratusan, bermula di Kelantan yang kecil, miskin dan sayup-sayup. Serangan terhadapnya begitu sengit dan bertalu-talu. Dibuli, diketuk dan ditukul sesuka hati. Tetapi ia istiqamah. Ia terus merempuh keegoan sang angkuh di Putrajaya tanpa takut dan bimbang. Jika ditanya kenapa? Ia menjawab, inilah hadharah manusiawi. Manusia mesti menjadi manusia. Tiada pilihan. Tahu maksud 'tiada pilihan'? Akhirnya negeri Kelantan diiktiraf rakyat Malaysia dalam dendam dan kesombongan BN. Kelantan diikat dan dicekik, tetapi rakyat Malaysia berbondongan datang melepaskan ikatan dan cekikan. Kelantan menjadi destinasi pelancongan utama. Pelancongan ugama, budaya, ilmu dan semulajadi. Holistik. Kelantan ibarat sebuah universiti terbuka. Penuntutnya adalah rakyat Malaysia berbilang bangsa. Hari ini, Kelantan masih bersedih tanpa orang tua itu. Seorang ulama kebaktian. Dia pergi di antara dua cinta yang saling tarik menarik tetapi kudus. Cinta tuhannya bersambut. Semoga Allah meredhainya dan dia meredhaiNya. Penggantinya adalah pilihannya. Pilihannya menjadi pilihan rakyatnya. Itu lambang cinta rakyatnya yang tergetus daripada naluri cinta ugama. Semoga Allah memelihara dan memperkukuhkan kedudukan penggantinya yang dipilihnya itu. Saya mencintai Kelantan. Biarlah ujian menimpa Kelantan. Dari luar atau dari dalam. Susah adalah makna perjuangan. Miskin adalah pelita. Fitnah adalah duri. Kelantan adalah ilmu. Ia cahaya. Ia syurga sebelum syurga. Saya kekal mempertahankan Kelantan dan rakyatnya. Seperti kata almarhum tuan guru, "Seluruh rakyat Kelantan yang mengundi PAS pada tahun 90 akan terus mendapat pahala berterusan daripada Allah." Ya, sunnah hasanah terbesar dalam sejarah umat Islam di Malaysia. Wahai rakyat Kelantan, warisilah perjuangan tuan guru. Jangan sia-siakan kehidupan dengan fitnah dan kekalahan kepadanya. Allahu Akbar Wa LiLlahil Hamd. - HARAKAHDAILY 28/8/2015 Sumber HD - 28-8-2015 Kelantan: Menongkah arus menerjah badai25 tahun lalu, negeri Kelantan di bawah kerajaan PAS terbentuk. 12 tahun sebelumnya, kerajaan PAS kali pertama di Kelantan runtuh selepas 18 tahun memerintah. Tempoh 12 tahun BN memerintah cukup memahamkan rakyat Kelantan bahawa PAS harus diberi peluang kali kedua untuk kembali memerintah. Kini usia kerajaan PAS di Kelantan memasuki tahun ke 25. Kini rakyat Kelantan tidak merasa sebarang sebab untuk menukar kerajaan PAS di negeri bertuah ini. Kerajaan PAS bagi mereka adalah kerajaan mereka juga. Sebuah kerajaan rakyat yang merdeka dengan keinginan untuk hidup bersama al Quran dan kekal memacu kemajuan negeri dengannya. Selama tempoh 12 tahun rebah itu, tiada siapa boleh meneka PAS akan bangkit cepat di Kelantan. Rakyat Malaysia dimomok dengan ketuanan Umno membela Melayu. Maju negara hanya dengan dan kerana Umno. Bangsatlah Melayu tanpa Umno. Hancurlah bangsa-bangsa lain kalau tanpa ihsan Umno. Tetapi PAS, jalannya mustaqim (lurus) dan ahlinya istiqamah (berteguh di jalan lurus). PAS memilih Islam sebagai matlamat perjuangan. Justeru PAS memperolehi kekuatannya daripada sumber Islam jua. Al Quran dan al Sunnah, juga sirah nabinya, para sahabat, para ulamak dan para mujahidin yang merintis kemenangan Islam di sepanjang zaman. Tiada kesepian bertemankan sejarah kegemilangan. Kesusahan adalah makna berjuang. Kemiskinan adalah pelita perjuangan. Fitnah adalah duri di jalanan. Siang menjadi perwira. Malam menjadi hamba. Perjuangan Islam begitu membangkitkan jiwa dan kekuatan. Akhirnya, dogma tanaman Umno hancur. Sebuah kerajaan miskin terbentuk di Kelantan di sebelah sebuah kerajaan besar dan kaya raya milik BN. Seorang ulamak 'stail pondok' dikerah memacu Kelantan baru. Pesaingnya bukan menteri-menteri besar lain sepertinya, bahkan pesaingnya adalah seorang Perdana Menteri sebuah negara umat Islam paling maju di dunia. Sebuah persaingan antara dua darjat! 90an bukanlah Malaysia lama. Ia zaman negara Malaysia moden. Kekayaan melimpah ruah. Dunia komputer dan internet berkembang maju. Dalam kegilaan kemajuan kebendaan itu, Kelantan kekal diperkenalkan sebagai sebuah negeri miskin, tercorot, terpinggir daripada arus utama serta jumud dengan ilmu dan cara fikir lama. Itulah. Kelantan lebih ditunggu ajalnya berbanding diharapkan kehadirannya. Sebuah kerajaan awal 90an yang lahir daripada 'kesilapan' rakyatnya menghukum BN! Nantilah pembalasan.. Tetapi, ceding hadharah Islami tumbuh jua di belantara rimba. Kecil saja. Miskin saja. Sayup-sayup saja. Cuma, ia datang. Kemudian ia terus datang. Ia tidak berundur walau setapak. Langkahnya teratur sekali. Sifatnya subur dan hijau. Tanpa wang, Kelantan datang memerangi riba. Bank-bank konvensional tiba-tiba terbeliak. Seorang tua miskin menarik wangnya keluar dan memindahkan akaunnya. Alasan, wangku untuk syurga tuhanku, bukan untuk murka tuhanku. Sengit serangan subuh ini dalam jiwa para mata duitan. Tanpa wang, sistem pajak gadai Islam diperkenalkan untuk rakyat Kelantan. Sistem konvensional rebah TKO di pusingan pertama. Tanpa wang, sistem pendidikan Islam diperteguhkan. Yayasan Islam Kelantan diberi wang tambah daripada kocek yang hampir kosong. Alasan, ilmu adalah kekayaan. Wang tanpa ilmu adalah kemiskinan. Tanpa jaminan kekayaan, cuti dua hari seminggu diperkenalkan. Si ibu bersalin diberi tambahan hari cuti. Alasan, kerehatan adalah kekayaan dalam keluarga dan masyarakat. Biar wang memburu kerehatan, bukan kerehatan memburu wang. Tanpa bimbang, pergaulan bebas dibendung. Enakmen kawalan hiburan Islam diperkenalkan. Eksploitasi wanita disekat. Alasan, wanita adalah lambang maruah dan kemuliaan manusiawi. Wanita bukan kiblat nafsu buas lelaki. Puluhan pembaharuan, bahkan ratusan, bermula di Kelantan yang kecil, miskin dan sayup-sayup. Serangan terhadapnya begitu sengit dan bertalu-talu. Dibuli, diketuk dan ditukul sesuka hati. Tetapi ia istiqamah. Ia terus merempuh keegoan sang angkuh di Putrajaya tanpa takut dan bimbang. Jika ditanya kenapa? Ia menjawab, inilah hadharah manusiawi. Manusia mesti menjadi manusia. Tiada pilihan. Tahu maksud 'tiada pilihan'? Akhirnya negeri Kelantan diiktiraf rakyat Malaysia dalam dendam dan kesombongan BN. Kelantan diikat dan dicekik, tetapi rakyat Malaysia berbondongan datang melepaskan ikatan dan cekikan. Kelantan menjadi destinasi pelancongan utama. Pelancongan ugama, budaya, ilmu dan semulajadi. Holistik. Kelantan ibarat sebuah universiti terbuka. Penuntutnya adalah rakyat Malaysia berbilang bangsa. Hari ini, Kelantan masih bersedih tanpa orang tua itu. Seorang ulamak kebaktian. Dia pergi di antara dua cinta yang saling tarik menarik tetapi kudus. Cinta tuhannya bersambut. Semoga Allah meredhainya dan dia meredhaiNya. Penggantinya adalah pilihannya. Pilihannya menjadi pilihan rakyatnya. Itu lambang cinta rakyatnya yang tergetus daripada naluri cinta ugama. Semoga Allah memelihara dan memperkukuhkan kedudukan penggantinya yang dipilihnya itu. Saya mencintai Kelantan. Biarlah ujian menimpa Kelantan. Dari luar atau dari dalam. Susah adalah makna perjuangan. Miskin adalah pelita. Fitnah adalah duri. Kelantan adalah ilmu. Ia cahaya. Ia syurga sebelum syurga. Saya kekal mempertahankan Kelantan dan rakyatnya. Seperti kata almarhum tuan guru, "Seluruh rakyat Kelantan yang mengundi PAS pada tahun 90 akan terus mendapat pahala berterusan daripada Allah." Ya, sunnah hasanah terbesar dalam sejarah umat Islam di Malaysia. Wahai rakyat Kelantan, warisilah perjuangan tuan guru. Jangan sia-siakan kehidupan dengan fitnah dan kekalahan kepadanya. – HARAKAHDAILY 27/8/2015 Sumber HD - 27-8-2015 Tiada ahli Parlimen PAS terlibat guling kerajaan, kata Nik Abduh Posted on Monday, August 17 @ 15:54:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu |
Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (gambar, kiri) mengesahkan tiada ahli Parlimen daripada parti itu yang terlibat dalam agenda menggulingkan kerajaan seperti didakwa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, lapor Sinar Harian.
Katanya, pihaknya menganggap dakwaan tersebut hanya berkaitan isu dalaman Umno.
"Kami setakat ini tidak terlibat. Saya dan kawan-kawan ahli Parlimen PAS tidak 'dipinang' apa-apa.
"Itu urusan Umno, kita tengok saja bagaimana mereka selesaikan isu tersebut," beliau dipetik berkata akhbar itu hari ini.
Sabtu lalu, Zahid yang juga naib presiden Umno mendakwa, seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.
Katanya, sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, beliau difahamkan yang gerakan tersebut sedang menyediakan akaun bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan, dan berkata ia akan “terbongkar sendiri”.
Dalam perkembangan yang lain, Nik Abduh berkata parti Islam itu akan mengadakan perhimpunan Oktober ini yang dijangka mengumpulkan 60,000 ahli dan penyokong PAS seluruh negara bagi memberi kekuatan kepada pucuk pimpinan.
"Kita mahu ahli PAS terus komited dengan parti. Kita semua tahu ada ahli yang dikacau dari dalam dan isu dalaman ini susah untuk diselesaikan," katanya merujuk kepada Gerakan Harapan Baru.
"Dalam keadaan sekarang, sebuah parti tidak dapat jadi harapan rakyat jika asyik berbalah. Jadi, komitmen kita, kena kuatkan diri sehingga rakyat yakin kita sudah pulih daripada krisis ini," katanya.
Pada masa sama, beliau menyatakan keyakinannya yang parti Islam tersebut akan pulih daripada krisis yang dihadapi menjelang hujung tahun ini.
"Kita nampak ahli begitu bersemangat untuk mempertahankan parti. Malah sehingga kini, kita menerima 4,000 hingga 5,000 keahlian baharu dalam sebulan.
"Jadi, bagaimana sebuah parti yang dikatakan akan hancur dan bakal tenggelam, tetapi 'penumpangnya' terus naik?" soalnya. – 17 Ogos, 2015.
sumber
Sumber TKO - 17-8-2015
Buat rakan yang sudah tawar hati dengan PAS
SAYA alu-alukan pemegang jawatan dalam parti PAS yang telah tawar hati dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS hari ini untuk keluar daripada PAS. Itu sebahagian daripada jalan penyelesaian paling aman, dihormati, budiman dan boleh dikira sebagai 'penyelesaian bersama'.
Ramai bertanya saya, bagaimana isu dalaman PAS akan cepat berakhir? Saya jawab, apabila penyakit itu keluar dengan sendiri tanpa perlu dibedah buang.
Gagal patuh pada arahan parti adalah penyakit. Mana ada parti boleh maju jika arahan parti tidak didengar?
Tiada pahala lagi buat anda jika anda kekal dalam PAS dengan terus memegang jawatan dalam parti yang diamanahkan ke atas anda oleh ahli PAS. Anda tidak lagi mampu melaksanakan program dan arahan parti. Dan jika anda laksanakan pun, anda laksanakan untuk tujuan sebaliknya, mempromosi gerakan lain dan menghodohkan wajah PAS. Macam mana nak dapat pahala?
Pahala mudah saja. Laksanakan amanah. Dosa pun mudah. Khianati amanah.
Dalam jamaah Islam, kita wajib dengar dan patuh pada ketua. Itu nas dalam al-Quran. Jika kita tak puas hati, kita tegur. Jika tegur kita tak didengar, kita boleh lawan ketika ruang tukar pemimpin dibuka untuk kita iaitu di muktamar dan pemilihan parti setiap dua tahun. Itu syarie dan demokratik.
Jika kita sudah hilang kepercayaan, tak boleh lagi dengar dan tak boleh lagi patuh, maka kita kena letak jawatan. Tak payah pun nak letak jawatan. Ia kerja 'volunteer'. Tak payah juga nak tukar ke jamaah lain. Itu hak kita pun.
Orang nak tuduh apa, itu tuduhan. Anda tak salah pun. Salah anda ialah kekal dalam jamaah atau parti yang anda telah hilang kepercayaan sehingga gagal lagi untuk dengar dan patuh arahan ketua, bahkan mensabotaj parti dengan menggunakan jawatan yang anda pegang untuk merosakkan parti.
Orang lain boleh mempersoal jamaah baru anda, syarie atau tidak. Anda pun berhak mempertahankan 'ijtihad' anda keluar PAS. Syarie atau tidak. Tetapi anda tak punya sedikit pun hujah syarie untuk kekal dalam PAS, dan dengan amanah jawatan yang anda masih pegang itu, anda gunakan untuk sabotaj PAS. Itu khianat dan tidak ada khianat sejelas itu.
Kecuali anda sudah menganggap PAS sudah mengkhianati Islam dan memusuhi Islam. PAS sudah bertukar menjadi musuh ugama dan umat. Ketika itu, pasti anda memiliki hujah untuk meruntuhkan PAS dari dalam. Nabi pun pernah menghancurkan musuh ugamanya dengan menghantar jenteranya ke dalam jentera musuh.
Tetapi, hujah anda perlu cukup kuat untuk mengatakan PAS adalah musuh Islam, lalu anda punya hujah syarie yang lumayan untuk khianati PAS daripada dalam.
Mampukah anda? PAS sudah tinggalkan al-Quran dan al-Sunnah? PAS sudah bersekongkol dengan musuh ugama? PAS sudah mentakfirkan sesama muslim atau sudah menghalalkan darah sesama muslim? Semua itu sesat. Adakah anda temuinya dalam PAS?
Maksud saya, sebelum anda berhasrat memanjangkan masa untuk terus bersama PAS dengan terus memegang jawatan parti dengan tujuan mengkhianati PAS dari dalam, anda perlu dulu bersandar pada ijtihad yang lebih kritikal dan sukar berbanding ijtihad 'berhijrah' ke parti atau gerakan baru. Yang ini lebih mudah. Kitab-kitab pun banyak boleh dirujuk.
Untuk mendapat petunjuk daripada kitab-kitab bahawa PAS telah mengkhianati ugama, saya fikir kitab itu belum dikarang lagi.
Justeru saya sarankan anda perlu segera keluar PAS. Anda akan dihormati. Makin cepat makin dihormati. Semua faham bahawa anda lakukannya dengan budiman dan penuh tanggung jawab. Yang menuduh bukan-bukan terhadap tindakan anda, saya kira mereka bodoh dan tiada ilmu di dada. Mereka tidak sedar bahawa itulah cara anjuran ugama. Tinggalkan amanah yang tak tertanggung dan berikannya kepada yang bersedia menanggungnya. Itulah kemuliaan.
Anda dikenali kerana anda berada di atas sebagai pemimpin. Anda dipuji dan dipuja. Tahukah anda, orang lain tertahan daripada dikenali dan dipuji kerana wujudnya anda di jawatan itu? Jawatan hanya satu. Daripada sepuluh, seratus atau seribu yang berhak, hanya satu yang boleh ke jawatan itu. Anda orangnya hari ini. Anda tentu tahu mengapa anda diberi jawatan itu kan? Kerana mereka yakin anda akan laksanakan amanah. Jika tidak, pasti mereka memilih yang lain daripada sepuluh, seratus atau seribu yang sedia menanti itu.
Antara amanah ialah laksanakan arahan ketua yang lebih atas. Atau, sekurang-kurangnya anda tidak mengkhianati mereka dengan cara yang salah di sisi ugama, apatah mensabotaj parti.
Lihat, PAS kini memiliki nama-nama baru sebagai pemimpin. Dalam masa yang pantas, mereka sudah dikenali di mana-mana dan sedikit masa lagi mereka mungkin mampu membuktikan bahawa mereka adalah lebih baik daripada anda. Mereka hanya menunggu di belakang selama mana anda berada di depan memegang amanah itu. Mereka tidak kisah pun mereka tidak dikenali kerana wujudnya anda di depan.
Justeru bagi anda yang belum meletakkan jawatan, gagahkan diri anda dengan berkata, "Di belakang aku masih ada sepuluh, seratus atau seribu orang lagi yang bersedia mengganti dan mengambil amanah ugama ini untuk memimpin umat di saf hadapan".
Ini adalah penyelesaian bersama yang memudahkan kedua-dua pihak yang pernah bersama kerana Allah. Biarlah berpisah pun 'keranaNYA' juga. Penuh pahala insya Allah.
Krisis dalam PAS sudah berakhir dengan masing-masing telah berkeputusan. Sama ada kekal di bahtera asal walau apa badai melanda atau turun dan naik bahtera baharu. Tidak boleh sama sekali anda menebuk bocor bahtera lama untuk anda beralasan, "Saya berhijrah ke bahtera baru kerana bahtera lama telah bocor".
Saya menulis sebagai ingatan agar tiada khianat secara sengaja. Saya juga masih dalam rasa sedih berpisah. Anda adalah abang dan kawan saya dulu. Biar kekal kawan walau berjauhan. Allah, di tangan-Nya ajal dan tempat hujung setiap sesuatu.
"Bagi setiap berita itu, ada ajal hujungnya. Dan kamu semua pasti akan mengetahuinya." (al-ayat) - HARAKADAILY 14/8/205
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Sumber HD - 14-8-2015
Mahathir Licik Tak Guna Akaun Peribadi – Nik Abduh Posted on Wednesday, August 05 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
KUALA LUMPUR – “Itu licik, bukan bersih namanya,” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul.
Kata beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh mendakwa dirinya bersih hanya kerana kerana tidak menggunakan akaun peribadi untuk wang pembiayaan politik.
Menurut Nik Mohamad Abduh, zaman politik wang di Malaysia sebenarnya bermula dan begitu berleluasa pada era Mahathir yang kini diwarisi parti-parti politik.
“Tun Mahathir tak boleh bersihkan dirinya bahawa beliau tidak pernah guna akaun peribadi untuk wang biaya politik. Itu licik, bukan bersih namanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahathir semalam menafikan beliau pernah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan pada Pilihan Raya Umum (PRU).
Mahathir juga menyatakan beliau hanya pernah memasukkan wang tunai berjumlah RM20,000 dari Ibu Pejabat UMNO ke dalam akaunnya hanya pada PRU 1964 dan 1969.
Isu mengenai pembiayaan politik itu timbul berikutan dakwaan akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai dana kira-kira RM2 bilion.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 5-8-2015
Laporan Pemerdagangan Manusia 2015 : Penaiktarafan Tier2 Hanya Sandiwara USA?
Ada persoalan baharu muncul di sebalik penaiktarafan Laporan Pemerdagangan Manusia 2015 (TIP) yang menaikkan kedudukan Malaysia ke tahap kedua atau Tier2 daripada Tier3 mengikut TIP pada 2014. Adakah kedudukan tersebut jelas menggambarkan Malaysia berada pada standard yang ditetapkan oleh Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan tahun 2000 (TVPA) atau ia hanya satu sandiwara bagi mengekalkan Malaysia sebagai sebahagian daripada negara yang terlibat dalam rundingan TPPA?
Ini merujuk kepada sebuah artikel bertajuk ‘Why Is The US Desperate to OK Slavery in Malaysia’ yang diterbitkan The Huffington Post pada 26 Mei 2015 yang menjelaskan bagaimana peningkatan tahap itu mungkin mempunyai kaitan rapat dengan rundingan perjanjian TPPA yang bakal dimuktamadkan penghujung bulan ini. Rujukan; http://www.huffingtonpost.com/2015/05/26/tpp-malaysia-slavery_n_7444978.html
Artikel tersebut menjelaskan bagaimana AS tetap berkeras meneruskan rundingan TPPA dengan Malaysia, walaupun kedudukan TIP Malaysia ketika itu adalah pada Tier3 malah dikatakan menjadi hab aktiviti pemerdagangan manusia di rantau Asia Pasifik ini berbanding Korea Utara dan Arab Saudi. Pertikaian berlaku disebabkan dasar luar AS yang menetapkan untuk tidak akan melakukan sebarang bentuk kerjasama perdagangan dengan negara yang mempunyai risiko terhadap aktiviti jenayah pemerdagangan manusia seperti Malaysia.
Keputusan AS melanggar polisinya sendiri dan mengekalkan Malaysia sebagai negara yang terlibat dalam rundingan TPPA meskipun berada pada Tier3 adalah tindakan terdesak White House demi persaingan politik AS yang melihat China menggunakan laluan perdagangan di Selat Melaka dengan ‘selesa’. Maka, penguasaan terhadap perairan dan aktiviti perdagangan di Selat Melaka dapat dilakukan melalui rundingan bersama Malaysia dalam TPPA manakala peningkatan tahap kepada Tier2 ini hanyalah wayang di sebalik percaturan politik AS bagi meredakan tekanan yang berlaku terhadap pentadbiran White House.
Jika benar dakwaan tersebut, maka amatlah malang bagi Malaysia yang sentiasa menjadi mangsa percaturan kuasa besar dunia. Kita tidak dilihat bertindak atas pendirian dan keyakinan yang kita ada tetapi disebabkan pengaruh geo politik yang mencatur segala-galanya.
Secara keseluruhannya, kerajaan perlu berusaha mencari ‘jalan keluar’ dengan menilai beberapa perkara berikut secara objektif.
Pertama, kerajaan tidak boleh dilihat selesa dengan laporan tersebut kerana usaha membanteras sindiket pemerdagangan manusia masih lagi panjang. Kejadian yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand pada penghujung Mei yang lalu perlu dijadikan iktibar bahawa sindiket tersebut masih bergerak secara aktif dan menjadikan Malaysia sebagai transit sejak saban tahun.
Kedua, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa menandatangai perjanjian TPPA selepas pelbagai kecaman dan cemuhan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak. Sebaliknya, draft rundingan perjanjian tersebut seharusnya didedahkan kepada umum di samping membentangkan analisis kos faedah di Parlimen bagi menilai sejauhmana TPPA tidak men’cedera’kan perkara yang berkait dengan dasar dan polisi negara apatah lagi meragut kedaulatan dan kepentingan rakyat awam di negara ini.
Kedua-dua perkara amat penting untuk dititikberatkan oleh pihak kerajaan. Cukuplah Malaysia menjadi mangsa percaturan pihak yang berkepentingan.
***Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas
Sumber BO - 30-7-2015
Oleh IZWAN ABDUL HALIM TAMBUN : Ahli PAS mesti menghidupkan amalan di sepuluh malam terakhir Ramadan sungguhpun sibuk mengurus pelbagai hal ehwal kehidupan dan perjalanan parti, demikian seru Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Menurutnya, umat hari ini melaksanakan kebiasaan amalan Ramadan iaitu berpuasa, membaca Quran, melakukan solat sunat dan sedekah, tetapi agak malang kerana mengabaikan amalan besar Rasulullah SAW yang paling berkesan iaitulah ibadah iktikaf di masjid menghidupkan 10 malam terakhir. Katanya, keseronokan ihya 10 malam terakhir Ramadan mesti dihayati sehingga merasa seolah-olah hidup melihat alam akhirat dan meremehkan kehidupan di dunia. Justeru itu di sebalik kesibukan, beliau menyarankan ahli PAS agar meluang masa beriktikaf di masjid walaupun dalam tempoh yang pendek. Tak boleh 10 hari bukan bererti kita meninggalkan sepenuhnya. Kita boleh beriktikaf sebelah malam dengan qiam penuh atau sebahagian masa malam di masjid untuk sehari atau lebih, ujarnya pada pertemuan Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh negeri Perak di Markas PAS Kawasan Tambun, Taman Meru Ipoh, di sini. Terang beliau, Ramadan mesti dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan dilaksanakan amalan taqarrub sesempurna mungkin. Ujarnya, sebagaimana di dalam parti adanya muktamar tahunan untuk muhasabah kerja-kerja parti, bulan Ramadan pula haruslah dilihat sebagai satu muktamar hati di mana setiap muslim membentangkan hati masing-masing di hadapan matanya. Ini katanya, bagi membolehkan muhasabah, koreksi dan islah ke atas hati masing-masing agar perjalanan hidup mereka pada masa depan akan dipandu oleh hati yang sihat dan sejahtera imannya. Ramadan disiapkan Allah untuk menyucikan hati supaya kita terus gagah hadapi serangan daripada musuh yang Allah sengaja ciptakan untuk uji kita. Orang kafir yang memusuhi, syaitan, munafik, malah orang mukmin yang berdengki adalah musuh yang akan terus memerangi kita. Musuh paling sukar untuk kita hadapi adalah nafsu kita sendiri. Dari perihal hatilah lahirnya dalam Islam ilmu tasauf yang sama nilai dengan ilmu akidah dan ilmu syariah. Seorang yang cerdik akal fikiran, dia kenal Allah SWT, dia menjadi muslim yang hebat. Seorang yang cerdik akal fikirannya, dia belajar bersungguh-sungguh, dia boleh ikut syariat dan teguh ketaatannya dengan syariat Allah SWT. Tapi semua itu akan terbengkalai, terhenti kalau dia tidak bina hatinya. Kerana kekuatannya akan dimakan oleh penyakit yang menyerang hati iaitu tidak ikhlas dan syirik. Dia seorang ahli fikir agama yang hebat tapi jika dia fikir dengan tidak ikhlas, segala fikirnya itu jadi sia-sia. Dia taat pada Allah SWT, nampak dia bersungguh memperjuangkan menegakkan syariat agama. Tapi rupanya masuk lubang kubur, amalannya sia-sia dirosakkan oleh hati yang tidak ikhlas. Jadi alam hati ini adalah ilmu yang perlu kita pelajari, terangnya. Jelas beliau lagi, Allah jadikan bulan Ramadan ini sebaik-baik masa untuk manusia menilai tahap kekuatan hati mendepani serangan musuh. Katanya, kekuatan musuh luar untuk merosakkan seseorang juga terjadi dengan wujudnya pakatan bersama nafsu jahat dari dalam diri sendiri di mana jika nafsu ini tidak terdidik, akan mudahlah diri dipengaruhi syaitan, munafik dan pelbagai musuh lain. Oleh itu tegasnya, Ramadan dikira sebagai medan, ubat dan senjata bagi mendidik nafsu agar mampu menghadapi serangan musuh ke atas diri manusia. Sumber TKO - 9-7-2015 Krisis kepercayaan Najib, Pemuda PAS siap sediaPerdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kini jelas berada di ambang krisis kepercayaan paling besar bukan hanya di sisi rakyat bahkan di kalangan ahli dan pimpinan Umno sendiri. Realiti ini mengundang telahan daripada pelbagai pihak bahawa masanya semakin hampir untuk sebuah kerajaan baru yang mendapat mandat lebih teguh daripada rakyat dibentuk. Kontroversi terbaru yang didedahkan oleh The Wall Street Journal adalah satu dakwaan yang berat dan begitu menghakis kredibiliti orang nombor satu dalam kerajaan. Jika benar, ia adalah satu kerosakan dan keaiban terhadap rakyat dan negara yang tidak boleh dimaafkan. Sebaliknya jika ia adalah tuduhan yang palsu, maka negara akan terperangkap dalam suatu konspirasi politik yang melibatkan pemain luar yang pastinya mempunyai agenda dan kepentingan politik dan ekonomi. Ini bakal mengundang kerosakan yang lebih besar kepada negara. Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada penyiasatan yang telus dan menyeluruh oleh badan berwajib bagi menjawab segala persoalan yang menghantui rakyat hari ini mengenai skandal politik dan ekonomi yang semakin membarah ini. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyeru kepada penubuhan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang lebih berwibawa dan bebas bagi menyiasat dan membongkar dakwaan yang begitu berat ini. Perlu diingatkan bahawa PAS kekal menjunjung prinsip kebenaran dan amanah serta menolak fitnah dan provokasi melampau yang mungkin berlaku. Mengambil kira beberapa cabaran yang berlaku dalam beberapa parti politik hari ini termasuk PAS, maka jentera pemuda dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan gelombang baru politik yang bakal wujud tidak lama lagi. Seluruh kepimpinan pemuda PAS di setiap peringkat wajar bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang tidak mustahil akan berlaku. Semua pemuda harus terus beristiqamah dan mengambil kesempatan di sepuluh malam terakhir Ramadhan untuk terus bermunajat serta memohon nusrah daripada Allah SWT. - HARAKAHDAILY 8/7/2015 Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Sumber HD - 8-7-2015 Pemuda PAS kecam rejim Sisi bunuh 9 anggota Ikhwan"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Surah al-Ahzab: 23) Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam tindakan polis di bawah rejim As-Sisi yang telah membunuh 9 pejuang Ikhwan Muslimin di Mesir awal pagi tadi. Tindakan itu bukan sahaja melampaui batas, malah ia juga mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan. Sikap mereka tidak ubah sepertimana Zionis yang pernah menyerang umat Islam Palestin pada bulan Ramadhan tahun lalu. Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap isu ini menjadi semakin serius dan tidak terkawal. Rejim pemerintah dilihat sewenang-wenangnya menggunakan segala jentera yang ada untuk membalas dendam terhadap Ikhwan Muslimin sekaligus menghapuskan perjuangan Islam di Bumi Anbiya itu. Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin menegaskan bahawa biarpun ribuan pejuang Islam dibunuh oleh rejim As-Sisi, namun mereka tidak akan sesekali mampu mematikan cahaya perjuangan Islam walau sekelumit kecil yang akan sentiasa menyinari bumi Mesir sehingga hari kiamat. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga berdoa agar pejuang Islam yang terbunuh pagi tadi termasuk dalam kalangan para syuhada' yang dijanjikan Allah Taala dengan syurga yang terbentang luas. Semoga ia menjadi inspirasi kepada seluruh para pejuang Islam termasuk PAS untuk terus istiqamah memperjuangkan Islam di Malaysia. - HARAKAHDAILY 2/7/2015 Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sumber HD - 2-7-2015 Kanun Jenayah Syariah satukan rakyat KelantanKOTA BHARU: Bagi PAS Kanun Jenayah Syariah (KJS) yang terkandung di dalamnya hudud dianggap menyatukan rakyat Kelantan di bawah kepemimpinan ulama sejak 1990. Sebaliknya pihak lain pula menganggap isu hudud menyebabkan Pakatan Rakyat bermasalah dan mengundang pertembungan dalaman PAS. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata Nabi Muhammad SAW pada peringkat awal berdakwah dituduh sebagai pemecah belah masyarakat Arab. “Baginda juga dihalau keluarga sendiri sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah bagi mengembangkan Islam. “Sebab itulah kita sebagai pejuang Islam perlu berani untuk dituduh dengan apa-apa sahaja label seperti yang berlaku sekarang,” katanya pada pogram anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sebuah hotel di sini kelmarin. Program itu bertema Sanggar Bicara Penggubal Mencari Titik Pertemuan Perpaduan Bersama di bawah Kluster Perpaduan Nasional. Nik Abduh dipertemukan dua panelis dari Umno iaitu ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Umno Pasir Puteh, Zawawi Othman. Dan seorang lagi panelis Datuk Dr Halim Ahmad. Hadir sama Ketua Kluster Perpaduan Nasional Prof Dr Mansor Mohd Noor. Program bicara itu disertai pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan, UiTM, sarjana dan wakil-wakil NGO. Isu hudud yang sedang diusahakan kerajaan Kelantan dianggap sebagai punca DAP meninggalkan Pakatan. Ia mengulangi apa yang pernah berlaku pada 2000 apabila DAP menjarakkan diri daripada Barisan Alternatif. Malah hudud juga membuka tohmahan terbuka kepada PAS sehingga timbul isu kerajaan perpaduan biarpun ia tidak pernah wujud. Nik Abduh berkata isu itu tidak difahami banyak pihak sehingga mengundang tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. “Ramai menganggap idea itu gabungan antara Umno dan PAS, sedangkan apa yang dimaksudkan Presiden PAS kerajaan tanpa pembangkang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Malah, katanya apa yang dilakukan PAS bagi menunaikan kehendak majoriti rakyat Kelantan, mahu agama dimartabatkan dalam kehidupan masyarakat di negeri ini. - HARAKAHDAILY 30/6/2015 Sumber HD - 30-6-2015 Jelajah ibadah puasa, memahami kewajiban rukun IslamIbadah puasa adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Justeru kedudukannya di sisi Islam adalah amat tinggi. Ia difahami dengan jelas dan baik oleh seluruh umat Islam sedari dulu sehinggalah kini apabila kedatangan bulan Ramadhan disambut dengan penuh kemeriahan dan kerinduan oleh mereka. Sepanjang hari pada bulan ini, ibadah puasa dilaksanakan. Mereka diwajibkan meninggalkan makan dan minum bermula terbit fajar subuh sehinggalah matahari terbenam. Mereka juga wajib meninggalkan jimak dengan isteri pada siang hari selain menyempurnakan ibadah itu dengan meninggalkan segala perbuatan buruk yang lahir dari lidah dan anggota tubuh mereka. Pada sebelah malam pula, mereka digalakkan menghidupkannya dengan ibadah kepada Allah. Solat tarawih dan tilawah al Quran adalah antara ibadah besar yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Lailatul Qadr adalah kemuncak ganjaran yang dijanjikan oleh Allah. Siapa saja yang berjaya menghidupkan malam Lailatul Qadr, sesungguhnya dia telah memperolehi segala kebaikan dan rahmat daripada Allah. Sepanjang bulan Ramadhan, kehidupan dunia Islam berubah dengan seluruh umat Islam bersedia untuk menjalani proses kehidupan dan pendidikan rohani yang mencetuskan semangat luar biasa dalam diri mereka untuk berubah menjadi hamba Allah yang taat dan menjadi insan yang berguna di dunia. Suasana kasih sayang, bantu membantu dan meraikan golongan miskin begitu terserlah pada bulan yang mulia ini. Begitulah gambaran ringkas perlaksanaan ibadah puasa yang merupakan salah satu rukun Islam yang lima ini. Ia diingati oleh seluruh umat Islam, bahkan oleh masyarakat non muslim juga yang hidup bersama umat Islam. Bagaimanakah kita sayugia memahami peri pentingnya ibadah puasa di dalam Islam? Kewajiban sebagai hamba Allah adalah banyak, tetapi mengapakan ibadah puasa telah dipilih oleh Allah sebagai rukun Islam yang lima? Kita sedang berbicara mengenai hikmat pensyariatan ibadah puasa. Mengetahui hikmat di sebalik arahan dan larangan Allah adalah penting agar sesuatu arahan itu dapat dilaksanakan dengan penuh khusyuk, redha dan gembira. Saya akan lorongkan anda untuk memahami peri penting ibadah puasa melalui kesempurnaan Islam yang saling mengikat dan kuat menguat di antara rukun-rukun dan segala pensyariatannya. Islam bermula dengan kepercayaan di dada. Kepercayaan dinamakan iman. Setiap muslim seawalnya mestilah percaya atau beriman kepada pengajaran Islam yang pertama. Ia dinamakan juga sebagai akidah. Percaya kepada Allah sebagai tuhan yang esa adalah asas utama. Daripada kepercayaan terhadap akidah Allah sebagai tuhan yang esa, maka terbentuklah sejumlah kepercayaan lain oleh seorang muslim di dalam hidupnya. Rasulullah membina kepercayaan muslim dengan binaan enam rukun-rukun iman yang mesti diteguhkan. Ia adalah percaya kepada malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan percaya kepada qadha dan qadar. Enam rukun ini adalah asas yang mencukupi bagi menjaga sejumlah kepercayaan yang terbina di dalam hati seorang muslim yang sempurna. Oleh kerana iman adalah soal hati yang tersembunyi daripada seluruh makhluk dan hanya Allah sahaja yang mengetahui, manakala Islam pula bukanlah sekadar hubungan hamba dengan tuhannya, bahkan ia juga adalah hubungan di antara makhluk sesama mereka, maka adalah menjadi satu kemestian bahawa kepercyaan di dada itu dizahirkan jua agar diketahui oleh seluruh manusia dengan jelas. Di sinilah kalimah syahadah 'La Ilaha IllaLlah' bermula. Ia adalah penzahiran pertama iman di dada yang tersembunyi di dalam diri seorang yang telah beriman dengan keesaan Allah tersebut. Dipilih lidah menjadi anggota zahir pertama melaksanakan tugas penzahiran iman ini adalah kerana sifatnya yang ringan, dekat dan sering dikaitkan sebagai duta kepada isi hati. Lidah tidak mencukupi. Anggota zahir manusia beratus-ratus jumlahnya. Semua mestilah menzahirkan keimanan kepada Allah. Bahkan lidah juga tidak sempurna. Ia boleh jadi benar pada tuturnya, boleh jadi juga berbohong. Itu sifat lidah. Penuh kemunafikan. Justeru diperlukan penzahiran yang lebih nyata agar keimanan di dada diterjemahkan sesempurnanya pada anggota zahir. Di sinilah rukun-rukun Islam dibina. Ia mewakili penzahiran lengkap yang saling mengukuhkan kejituan iman seorang muslim terhadap Allah yang esa. Rukun Islam di bina dengan lima jenis ibadah. Ia adalah mengucap dua kalimah syahadah, solat, zakat, puasa dan haji. Kelima-lima rukun ini jika dilaksanakan dengan sempurna, ia akan membina peribadi muslim yang saling membenarkan di antara iman di hati yang tersembunyi dan seluruh anggota zahir yang dilihat oleh seluruh makhluk yang lain. Seperti yang disebut di atas, rukun pertama adalah ibadah dengan lidah. Lidah mestilah berkata dan bersaksi.. 'La Ilaha IllaLlah' dengan suara yang jelas. Suaranya mestilah didengari oleh seorang muslim yang lain atau lebih sebagai saksi keislamannya. Saksi muslim inilah yang akan memproklamasi keislamannya di hadapan khalayak. Justeru sahlah dia adalah seorang muslim yang nyata pada zahirnya dan hubungannya sesama makhluk selepas itu adalah hubungan sebagai manusia muslim. Apakah peranan ibadah solat? Bagaimana pula ibadah puasa? Kita bicara di siri kedua jelajah ibadah puasa ini nanti, insya Allah. - HARAKAHDAILY 29/6/2015 Sumber HD - 29-6-2015 Parti baharu: Tak boleh halang, kita tengok nanti Posted on Saturday, June 27 @ 21:20:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
KOTA BHARU – Wacana keilmuan berkenaan perpaduan yang dianjurkan Majlis Profesor Negara (MPN) harus diperluaskan lagi kepada semua parti-parti politik di seluruh Malaysia.
Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perpaduan bukan hanya dua parti sahaja iaitu Umno dan Pas sebagaimana yang sering diperkatakan, namun ia melibatkan semua pihak di Malaysia.
“Perpaduan Umno dan Pas tidak akan selesai ataupun menyelesaikan masalah perpaduan dalam negara. Kena jemput sekali bukan Islam seperti DAP, MCA, PKR, barulah lebih menyeluruh wacana ilmiah tersebut,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Beliau turut dijemput sebagai salah seorang panel di Wacana Perpaduan Nasional anjuran Kluster Perpaduan Nasional MPN di Hotel Perdana yang bertemakan Mencari Titik Pertemuan Perpaduan Bersama.
Nik Abduh menyambut baik penganjuran wacana ilmu seperti itu memandangkan ia membawa kepada kebaikan mengenai perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, berliau turut ditanya mengenai penubuhan parti baru oleh kumpulan yang didakwa ditolak ketika muktamar Pas baru-baru ini.
Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyifatkan ia sebagai fenomena baru dalam politik tanah air terutamanya selepas muktamar bulan lepas.
“Tidak boleh tanya saya, kena tanya orang yang nak tubuh itu, saya tidak tahu perkembangan mereka.
“Cuma itu adalah satu cerita politik baru lah selepas pasca muktamar pas ini dan mungkin cerita ini bermula selepas PRU13. Jadi kita tengoklah nanti, saya tidak boleh ulas sebab itu bukan daripada inisiatif saya,” katanya.
Nik Abduh turut ditanya mengenai sejauh mana kekuatan parti baru yang akan ditubuhkan itu mengikut sejarah perkembangan politik tanah air sebelum ini.
“Ada parti mati, ada yang tidak, yang tak mati tu macam PKR, dia baru tapi terus hidup sampai sekarang. Dalam dunia demokrasi kita tidak boleh menghalang sesiapa pun, saya tidak boleh nak teka, itu atas kekuatan masing-masing,”katanya. - Sinar Harian
Sumber TKO - 27-6-2015
Berikan Hak Mahasiswa Dan Kebebasan Akademik
Tindakan Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memanggil dua orang mahasiswa menghadap ke mahkamah universiti pada 7 Julai ini untuk didakwa dengan pertuduhan kesalahan menganjurkan ‘Forum GST: Between Economic Growth and Social Justice’ pada 13 Mei yang lalu merupakan satu tindakan yang perlu diperhalusi.
Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan bahawa forum yang dianjurkan merupakan satu wacana yang baik dan pihak universiti sewajarnya bersama dan menyokong usaha mewujudkan kebebasan akademik serta membangun budaya demokrasi yang sihat di kampus.
Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar pihak pentadbiran universiti menarik balik segala pendakwaan yang dikenakan ke atas 2 orang mahasiswa tersebut.
Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya UIAM tidak sewajarnya mengenakan sekatan kepada apa jua bentuk aktiviti perbincangan, dialog dan pengupayaan sosial mahasiswa yang masih dalam ruang lingkup yang sejahtera. Ini penting ke arah melahirkan graduan yang berkaliber dan mampu menjadi agen perubah masyarakat apabila bergraduat.
Sebagaimana pendakwaaan ke atas UKM13, pendakwaan yang dikenakan oleh pentadbiran UIAM terhadap mahasiswa tersebut ditakuti mencalarkan reputasi UIAM sebagai institusi antarabangsa yang bergelar Taman Ilmu dan Budi.
UIAM diharapkan akan terus memperjuangkan agenda Islamisasi, Integrasi, Pengantarabangsaaan dan Kecemerlangan Bersepadu yang menjadi sebahagian dari misi dan visi penubuhannya.
***KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 9 Ramadhan 1436 / 26 Jun 2015
Sumber BO - 26-6-2015
Katalah 'PAS telah berpuluh tahun memilih saya'
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, di antara kelebihan Allah (fadhlullah) untuk PAS ialah berterusannya proses penapisan.
Menurutnya, proses itu dari cawangan-cawangan di merata pelosok negara sehinggalah ke peringkat tertinggi PAS dalam kalangan barisan kepimpinan utama.
Tambah beliau, ia bukan sekadar menapis yang buruk daripada yang baik, bahkan yang tidak sesuai daripada yang sesuai untuk jamaah.
Begitulah, jelasnya Allah menjaga PAS sebagai jamaah yang dipilih untuk menjaga agama dan umatnya.
"Maka bersyukurlah kerana hati kita dilapangkan oleh Allah untuk bersama menyokong dan mendukung PAS semasa susah dan senang.
"Selepas mengenal kelebihan Allah untuk PAS, maka tuntutlah kelebihan Allah untuk kita, iaitu Allah memilih kita untuk menjadi tentera kepada jamaah Islam yang berjuang demi agama-Nya," katanya menerusi laman facebook.
Justeru, ujarnya jangan kata "saya telah berpuluh tahun berjuang untuk PAS".
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah tetapi katalah "PAS telah berpuluh tahun menjaga dan memilih saya berjuang untuknya". - HARAKAHDAILY 24/6/2015
Sumber HD - 24-6-2015
Tapisan manusia dan tapisan Allah
Salam qiam Ramadhan. Muktamar PAS baru-baru ini adalah proses tapisan oleh para perwakilan PAS. Mungkin betul, mungkin salah mereka menapis. Itu hanya tapisan manusia.
Baru sekarang tapisan Allah bermula. Maka takutilah tapisan Allah. Dialah pemilik hati dan Dialah yang membalik-balikkannya tanpa upaya kita lagi.
Beristiqamahlah di atas perjuangan suci ini dan jangan sesekali perjuangan ini diragut oleh nafsu yang menggigit kekuatan diri dari dalam.
Marilah kita pada bulan penuh keagungan ini merafak taubat dan muhasabah memohon agar dikukuhkan hati menempuh ujian Allah. Selamat menghidupkan qiam Ramadhan.
Sumber HD - 22-6-2015
Umno Akan Hancur ‘Ditangan’ PAS
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan penguasaan Melayu Umno akan ditamatkan dan PAS menjadi pilihan orang Islam.
Ini kerana, katanya PAS satu-satunya parti yang menjadi harapan kepada orang Islam bagi menggantikan Umno yang selama ini memerintah negara.
“Umno akan ‘hancur’ (tumbang) dengan (ditangan) PAS, bukan dengan Pakatan Rakyat sahaja. Ini kerana, PAS satu-satunya (menjadi) harapan orang Islam untuk ganti Umno.
“Negara tidak akan hancur kecuali dua perkara yang hancur. Negara akan hancur bila pemimpin (kerajaan) jahat dan rakyat pun ikut jahat. Tapi, bila ada baik salah satu itu sama ada pemimpin atau rakyat, Insya’Allah negara tidak akan hancur,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang yang diadakan julung kalinya selepas Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor, awal bulan ini.
Sehubungan itu, Ustaz Nik Mohd Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyifatkan Islam merupakan agama yang menuju kemenangan.
Kata beliau, Allah SWT telah memperingkatkan kepada umat Islam dengan kemenangan itu dalam waktu solat lima kali sehari.
“Islam ini satu agama yang Allah SWT selalu peringatkan kita adalah umat kemenangan. Lima kali sehari kita solat itu adalah peringatan Allah yang kamu (orang Islam) adalah umat kemenangan. Ini kekuatan umat Islam.
“Jika kita orang mukmin kenal musuh, kita akan menang. Oleh itu, Allah minta kita ‘berubat’ diri kita dengan solat. Sebab dengan jadi ahli solat Insya’Allah, bukan sahaja kita boleh lawan musuh di luar tetapi juga musuh yang ada dalam diri kita sendiri iaitu hawa nafsu,” ujarnya.
Menurutnya, umat Islam akan sentiasa menuju kemenangan selagi mengikut kehendak dan arahan Allah SWT.
Sumber BO - 18-6-2015
Itulah yang saya maksudkan berkait DAP - Nik Abduh
KUALA LUMPUR: "Itulah yang saya maksudkan berkait DAP. Buat keputusan sendiri dan jangan paksa orang lain buat keputusan," ujar Ketua Dewan Pemuda Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata, Majlis Syura Ulamak PAS kekal pemutus dalam soal hukum berkait tahaluf siyasi dalam politik negara.
Menulis di laman facebook, beliau menegaskan PAS sebuah parti dengan matlamat dan agenda yang jelas tanpa menyembunyikan apa-apa daripada rakyat.
Menurutnya, rakyat tidak akan tertipu dengan PAS walaupun PAS terpaksa berdepan kecaman berterusan sejak puluhan tahun untuk menghancurkannya.
"Dalam tempoh yang tidak lama, insya Allah, rakyat akan melihat manakah parti yang penuh agenda tersembunyi yang akan memerangkap masa depan negara.
"Terima kasih rakyat Malaysia. Rakyat kuat BN lemah. Rakyat kuat PAS kuat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 16/6/2015
Sumber HD - 16-6-2015
Politik Turki era baru dan cabaran
Keputusan Pilihan raya Umum Turki beberapa hari yang lalu menyaksikan AKP kekal sebagai parti utama pilihan rakyat Turki dengan 40.81 peratus undi.
Jika dibandingkan dengan parti-parti yang lain, AKP berjaya mengekalkan dominasinya di Turki sejak 2002. Parti sekular CHP hanya memperoleh 25.17 peratus, Parti nasionalis MHP memperoleh 16.5 peratus manakala Parti sosialis demokrat HDP memperoleh 12.99 peratus.
Walaubagaimanapun keputusan tersebut juga merupakan satu tamparan kepada AKP dalam menguasai denai politik Turki. AKP menjangkakan kemenangan selesa dengan 330 perwakilan daripada 550 keseluruhan ahli parlimen bagi membolehkan mereka melangkah setapak mengubah perlembagaan, memberikan kuasa yang lebih kepada presiden.
Sasaran itu bukan sahaja gagal dicapai AKP, malah jumlah perwakilan yang akan dihantar AKP berkurang sehingga 256 orang sahaja berbanding pilihan raya umum 2011.
‘Kekalahan’ AKP disambut dengan ‘kemenangan’ golongan minoriti Kurdish yang memberikan undi mereka kepada sebuah parti sosialis demokrat, HDP.
Ini dapat ditunjukkan dengan kekalahan AKP di bahagian Tenggara Turki yang kebanyakannya didiami kelompok minoriti Kurdish itu. Di samping itu, AKP juga tewas di kawasan yang didiami pelarian Syria seperti di Sanliurfa dan Gaziantep.
Di sebalik ketegasan Turki dibawah pemerintahan AKP memperjuangkan isu-isu umat Islam dunia termasuk yang terbaru melibatkan penindasan umat Islam Rohingya, pergolakan dalaman Turki dan penentangan pihak musuh domestik merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Protes anti-kerajaan yang dilancarkan pada 2013 memberikan kesan tidak langsung kepada pentadbiran Erdogen yang masih memegang jawatan Perdana Menteri ketika itu.
Satu demi satu isu dipalitkan kepada pentadbiran Erdogen di samping tindakan Erdogen yang menghalang sebarang kritikan melalui media sosial tidak mampu meredakan keadaan.
Penentangan kelompok sekular menggugat kestabilan politik Turki. Ia membekas dalam lantunan pentadbiran AKP. Dari sudut yang lain, keghairahan AKP membentangkan manifesto supaya mengubah perlembagaan dengan memberikan kuasa yang lebih kepada presiden menjadikan mereka semakin tidak disenangi.
Tambahan pula, peristiwa pengeboman yang berlaku dalam demontrasi kelompok Kurdish minggu lalu menambah rencah kepada keputusan pilihan raya umum Turki.
Kini, AKP berdepan cabaran baharu. Mereka bukan sahaja tidak dapat membentuk kerajaan secara bersendirian, malah, perlu mencari parti-parti lain bagi membentuk kerajaan campuran.
Ramai penganalisis meletakkan parti MHP sebagai “the capable one” untuk bergabung dengan AKP. Sama ada membentuk kerajaan campuran atau sekadar kerajaan minoriti atau pilihan terakhir, berdepan pilihan raya semula, ia masih meninggalkan persoalan besar kepada masa depan politik di Turki.
Kestabilan politik perlu segera dicapai pasca pilihanraya umum ini. Namun, melihatkan kepada perkembangan semasa, ia tampak sukar. Tokoh parti HDP memberi signal untuk berada di kalangan kelompok pembangkang daripada tunduk kepada AKP.
Ini mungkin membawa kepada faktor ketidakstabilan jangka panjang politik Turki. Tidak mustahil ia juga akan memberi kesan kepada kejatuhan matawang lira kelak.
Walaupun AKP bukanlah sebuah parti yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber hukum utama, adalah baik untuk disebutkan keharusan hukum bagi AKP untuk membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti yang dapat menstabilkan kedudukan politik negara Turki untuk terus memacu kebangkitan. Ia adalah awlawiyyat yang penting untuk dilihat.
Kita berharap agar kestabilan politik di Turki akan dicapai pasca pilihan raya ini. Cabaran politik Turki memasuki fasa baru dan mencabar.
Ancaman politik Turki ini tidak mustahil mengundang campur tangan asing yang sentiasa mengintai ruang dan peluang mengganggu gugat kebangkitan 'Turki Baru' selepas era doktrinisasi panjang di zaman Ataturk.
Semoga Turki kekal sebagai negara contoh kepada negara-negara umat Islam yang masih meniti ranjau politik yang berliku dan seterusnya keluar daripada cengkaman kediktatoran dan kezaliman sang penguasa. - HARAKAHDAILY 14/6/2015
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Sumber HD - 14-6-2015
RMK 11; Sudut Pandang Rakyat
2. Sasaran Pendapatan Per Kapita Nasional sebanyak USD15,000 menjelang tahun 2020 memang sesuatu yang mengujakan. Ini disusuli dengan pendapatan bulanan isi rumah daripada RM6,141 pada 2014 kepada RM10,540. Ia sesuatu yang bagus jika angka itu dirasai oleh semua rakyat.
3. Namun, hakikatnya mungkin tidak. Berapa peratus dari kalangan rakyat Malaysia yang memperoleh jumlah pendapatan isi rumah RM6,141 ketika ini? Berapa pula peratus di peringkat purata pendapatan median iaitu RM4,258? Berapa pula peratus separuh dari pendapatan median tersebut iaitu pada paras garis kemiskinan?
4. Begitu juga masalah kemiskinan dan pengagihan pendapatan negara. Sejak 1970, kerajaan gagal mengurangkan pekali GINI ke paras bawah 0.4. Begitu juga pengagihan pendapatan ‘bottom 40 percent’ (B40) hanya menikmati 13-15 peratus daripada kekayaan negara dalam tempoh yang sama. Ia masih terlalu jauh dari realiti yang ada.
5. Sesuatu yang lebih membimbangkan – dan mungkin mengecewakan juga – adalah tiada komitmen kerajaan untuk memperbaiki pengurusan ekonomi yang telah terpalit dengan pelbagai penyelewengan besar. Umum mengetahui bagaimana isu hutang 1MDB yang kini mencecah kira-kira USD11.6 bilion (RM41.658 bilion). Begitu juga hutang kerajaan yang masih berada di paras yang tinggi iaitu mencecah RM596.86 bilion (52.1 peratus KDNK). Apa penyelesaian konkrit kepada pelbagai “penyakit ekonomi” hari ini? Saya sejujurnya tidak melihat element itu wujud dalam buku tebal RMK11.
6. Akhir sekali, suatu perkara yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai sejauhmana ketamadunan negara ini dibentuk dan diukur. Tamadun Islam telah membuktikan bukan sahaja kepada sistem (syari’ah)nya yang hebat bahkan ia memiliki kekuatan akhlak yang padu hasil daripada tunjang aqidah yang mendalam kepada Allah سبØانه وتعالى. Itulah tiga asas tamadun : Aqidah, Syari’ah dan Akhlak.
7. Saya bimbang, kita sibuk mengejar status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, tetapi hakikatnya kita hanya sedang membina sebuah kekayaan bukan sebuah tamadun. Bukankah Allah سبØانه وتعالى pernah menegur kaum terdahulu yang membina bangunan mencakar langit tetapi mereka meninggalkan Allah?
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
Sumber BO - 24-5-2015
Empat program TV kegemaran Tok Guru Posted on Saturday, May 23 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
SHAH ALAM - Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gemar menonton empat program TV termasuk gusti dedah anak sulungnya, Nik Mohamad Abduh. Menurutnya Allahyarham akan menonton gusti pada masa rehat kira-kira 30 minit sebelum tidur.
“Ayah tengok TV. Ada 3 yang dia gemar. Nombor satu, dia suka tengok National Geografic... cerita tentang haiwan. Kedua bola sepak. Kalau bola sepak tempatan...Kelantan main... lama sikit dia depan TV. Mat Salleh... dia tak ada (pasukan kegemaran). Itu cerita fasal bola yang dia tengok ketika waktu rehat selepas Isyak, makan dan nak tidur.
“(Tapi) yang nombor satu, beritalah. Berita dunia. Berita yang pukul 8 dia tak tengok sebab lepas Maghrib kan, dia kuliah di masjid.
“Yang paling pelik sekali, ayah saya tengok gusti. Ini daripada dulu lagi. Saya pun ‘eh ayah aku minat gusti’. Dia akan tengok dalam 15 minit hingga setengah jam,” ceritanya pada program Bicara Murabbi Ummah: The Untold Story, di sini, hari ini sempena 100 hari pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu. - Sinar
Sumber TKO - 23-5-2015
Arak: Kerajaan, MAS tidak serius kecoh dalam pesawat
Islam meletakkan suatu asas yang kukuh bagi menjaga kemaslahatan dan kebaikan hidup individu, keluarga dan masyarakat.
Pengharaman arak yang boleh membawa kepada seribu satu masalah sosial di dalam negara sebagai contoh, adalah merupakan satu bentuk penguatkuasaan yang tegas oleh Islam demi menjaga kemaslahatan hidup tersebut. Ini disebutkan di dalam Al-Quran:
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah: Pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan ada juga beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya itu adalah lebih besar dari manfaatnya.” (Surah Al-Baqarah: 219).
Beberapa hari yang lepas berlaku kejadian pesawat MAS, penerbangan ke Colombo terpaksa berpatah balik kerana kekecohan yang berlaku melibat penyediaan arak.
Kejadian menakutkan seumpama ini yang kerap didengari sama ada di atas pesawat mahupun dalam kehidupan seharian adalah bertitik tolak dari keengganan untuk menutup ruang ke atas berleluasanya minuman arak yang sememangnya antara punca utama kerosakan dalam masyarakat dan kehidupan.
Di dalam Islam, kesalahan meminum arak juga termaktub di dalam hukuman jenayah syariah.
Mereka yang didapati bersalah akan dirotan sebanyak antara 40 hingga 80 kali. Ia dianggap suatu kesalahan yang besar kerana jenayah dan penyakit sosial yang berlaku selepas seseorang meminum arak adalah sangat dahsyat, malah ada yang sampai kepada jenayah membunuh.
Maka sebagai langkah mencegah, peminum arak selayaknya dihukum. Hukuman rotan yang dianjurkan oleh Islam sudah terbukti sejak sekian lama mampu menginsafkan dan mendorong peminum arak untuk tidak lagi menjamah minuman 'kencing syaitan' itu.
Laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melaporkan Malaysia negara kesepuluh pengguna arak terbesar di dunia di samping membelanjakan USD500 juta untuk arak setiap tahun. Jumlah itu menunjukkan penggunaan arak di Malaysia adalah kira-kira 7 liter sehari bagi setiap ‘per kapita’. Ia adalah jumlah yang secara relatifnya agak tinggi.
Penggunaan arak di kalangan mereka yang berada di bawah umur adalah 45 peratus. Ini satu jumlah yang tinggi dan cukup membimbangkan. Bukan hanya soal keselamatan masyarakat daripada masalah-masalah jenayah sahaja yang perlu dibimbangkan, malah, masa depan mereka sebagai pewaris generasi akan datang juga harus difikirkan.
Saya melihat isu pengawalan kepada penjualan arak di negara ini perlu diambil perhatian yang serius oleh kerajaan. Peminuman arak sudah terbukti sebagai satu jenayah yang melahirkan pelbagai jenis jenayah-jenayah yang lain. Ia tidak memerlukan lagi pemerhatian atau ujikaji lain untuk membuktikannya.
Selepas negara Singapura yang melaksanakan beberapa peraturan berhubung pembelian dan peminuman arak di tempat awam awal April yang lalu, kerajaan Indonesia juga mengambil langkah yang sama. Sebanyak 16,000 pasar mini dan 55,000 kedai runcit dilarang menjual minuman beralkohol.
Begitu juga di Korea Selatan. Demi menghalang galakan besar-besaran terhadap ketagihan arak, Seoul telah mengenakan undang-undang melarang mereka yang berada di bawah umur 25 tahun daripada terlibat dalam sebarang iklan mempromosi minuman itu.
Ia selepas satu data yang menunjukkan 64.8 peratus daripada remaja perempuan negara tersebut ketagihan arak manakala satu daripada sepuluh orang dalam kalangan mereka adalah peminum tegar.
Sebagai sebuah negara majoriti muslim, sepatutnya langkah pengawalan jualan arak tidak menjadi masalah yang begitu besar. Kawalan terhadap arak tidak akan menjejaskan hak non muslim untuk memperolehinya.
Kawalan yang dianjurkan adalah bertujuan menjauhkan individu muslim daripada mendekatinya dan mengelak seluruh rakyat daripada didorong mendekati arak secara mudah yang akan membawa ketagihan arak.
Begitu juga penyediaan arak di atas pesawat yang telah mendapat bantahan ramai pihak sejurus dari peristiwa malang menimpa pesawat MAS iaitu MH370 dan MH17. Malangnya, ia tidak diambil perhatian secara serius oleh syarikat pengurusan MAS dan kerajaan sendiri.
Kerajaan Kelantan sudah melaksanakan kawalan penjualan arak sejak lebih 20 tahun lalu dan sudah terbukti berkesan. Ia tidak menghalang pihak negeri daripada mendengar pandangan dan rayuan masyarakat non muslim di dalam perlaksanaannya.
Paling menarik, golongan wanita dan para isteri di kalangan non muslim adalah antara yang paling kuat menyokong perlaksanaan kawalan penjualan arak tersebut. Alasannya begitu mudah difahami.
Ironinya, langkah tersebut dilihat begitu sukar untuk dilaksanakan kerana menjaga pihak-pihak berkepentingan. Jika 1001 cara digunakan untuk mengurangkan gejala sosial, namun jika 'ibu' kepada jenayah ini dikesampingkan, maka tunggulah 1001 kerosakan baru yang pasti akan terus berlaku dan menghantui negara kita!
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas
14 Mei 2015
HARAKAHDAILY 14/5/2015
Sumber HD - 14-5-2015
SPR perlu lebih tegas, jamin kempen lebih adil
Saya menggesa agar dilaksanakan satu pilihan raya yang lebih adil dan telus terutamanya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh kali ini.
Ini kerana sering kali pilihan raya yang berlaku tidak mempunyai ‘padang yang sama rata’ terhadap parti-parti yang bertanding untuk bersaing secara sihat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pasti di antara mereka yang paling bertanggungjawab terhadap urusan pilihanr aya di Malaysia. Kuasa dan kebebasan SPR daripada pengaruh luar adalah termaktub di dalam perlembagaan negara sejak 1957.
Maka, selain daripada penggunaan dakwat kekal, SPR juga bertanggungjawab dalam memainkan peranan bagi memastikan kempen yang lebih adil kepada kesemua parti.
Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya telah pun ditubuhkan suatu ketika dahulu dan mereka pernah mengesyorkan kepada SPR supaya menyediakan suatu garis panduan atau ‘code of conduct’.
Garis panduan ini merangkumi 4 asas yang penting bagi memastikan suatu bentuk pilihan raya yang adil dan saksama. Antaranya adalah sekatan ke atas kuasa sebagai badan eksekutif, jentera kerajaan, perbelanjaan menggunakan wang kerajaan dan penggunaan media.
Saya merasa kesal dengan siri-siri pilihan raya yang dilihat agak tempang. Di antaranya penggunaan istilah ‘kerajaan’ dan ‘parti’ yang sudah pasti mempunyai makna dan kesan psikologi yang berbeza.
Parti Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat tidak seharusnya menggunakan istilah kerajaan dalam siri-siri kempen mereka kerana apabila berlakunya pilihan raya tidak ada lagi kerajaan mahupun pembangkang.
Ini yang sering kali berlaku. Malah, beberapa peruntukan besar menggunakan nama dan wang kerajaan digunakan oleh pihak ‘parti’ yang memerintah untuk meraih undi masyarakat. Jelas ini sesuatu yang melanggar etika dalam pilihan raya.
Justeru, saya ingin menggesa kepada SPR supaya meneliti cadangan berikut:
(i) Memastikan pihak yang bertanding di dalam mana-mana pilihan raya adalah mewakili ‘parti’ dan bukan ‘kerajaan’ mahupun ‘pembangkang’.
(ii) Memastikan ada sekatan terhadap penggunaan jentera kerajaan, badan-badan kerajaan sama ada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri dan di peringkat tempatan.
(iii) Memastikan tidak ada perbelanjaan dan peruntukan yang besar menggunakan kuasa dan wang kerajaan dalam meraih undi masyarakat.
(iv) Menyediakan hak sama rata bagi parti-parti yang bertanding dalam akses kepada media terutamanya media-media utama elektronik dan cetak milik kerajaan.
Perkara-perkara ini penting bagi menjamin suatu pilihan raya yang lebih adil.
Saya juga berharap agar SPR lebih tegas terhadap perkara sebegini dan memfokuskan perkara yang lebih utama dalam memastikan keadilan terhadap parti yang bertanding. - HARAKAHDAILY 23/4/2015
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas
Sumber HD - 23-4-2015
KERAJAAN PERLU SERIUS TANGANI KADAR PENGANGGURAN
Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abd AzizAhli Parlimen Pasir Mas.
Pengangguran adalah merupakan ‘humanitarian disaster’ yang bukan sahaja boleh merosakkan kedudukan sosial masyarakat malah memberikan kesan negatif kepada ekonomi sesebuah negara.
Kedudukan kadar pengangguran negara tidak menunjukkan perubahan memberansangkan iaitu 3.1 peratus pada Januari, meningkat 0.1 peratus pada bulan sebelumnya. Walaupun kedudukan itu dilihat stabil secara keseluruhannya, namun, ia tidak menggambarkan keutuhan ekonomi negara seperti yang dicanang pihak kerajaan.
Paras kadar pengangguran hari ini tidak banyak jauhnya daripada ketika negara berhadapan dengan krisis kewangan 1997-1998. Pada 1998, kadar pengangguran adalah 3.2 peratus, naik 0.6 peratus daripada tahun berikutnya. Peristiwa 11 September dan Pencerobohan US di Iraq pada tahun-tahun berikutnya turut menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di Malaysia.
Saya berpendapat kerajaan perlu melihat beberapa perkara dalam menangani kadar pengangguran di negara kita. Antaranya;
1. Menangani kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia sebagai salah satu di antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Tahun lalu, 5.8 juta pekerja asing berada di Malaysia dan separuh daripadanya tanpa permit kerja yang sah.
Walapun acapkali serbuan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) didedahkan di media cetak dan elektronik saban hari, namun, jumlah itu tidak pula menunjukkan pengurangan malah sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Kebanjiran jumlah pekerja asing sebenarnya memberi kesan kepada pengambilan tenaga buruh tempatan kerana faktor kos dan waktu bekerja.
2. Keduanya adalah tahap kebolehpasaran graduan-graduan daripada universiti untuk disesuaikan dengan tuntutan kerja yang diperlukan. Ia masih belum mencapai tahap yang diperlukan.
Laporan Kajian Tenaga Buruh yang dikeluarkan pada Jun 2014 menyebutkan sepertiga daripada penganggur adalah dikalangan mereka yang mempunyai pendidikan di peringkat pengajian tinggi manakala sebahagian besar dikalangan jumlah tersebut adalah berumur di antara 20-24 tahun. Selain itu, Laporan Talent Corp pula menyebutkan di antara kelemahan graduan hari ini adalah skill berkomunikasi, penguasaan Bahasa Inggeris dan kepimpinan. Tambahan pula, 81 peratus majikan bersetuju bahawa skill komunikasi dikalangan graduan berada pada tahap yang kurang memuaskan manakala pula 56 peratus kurang kreatif dan kritis.
Di dalam menghadapi kekusutan ini, saya menggariskan beberapa modul wajib yang perlu diberi kepada para graduan sebelum atau selepas tempoh graduasi mereka. Antaranya;
(i) Modul pengtauliahan profesional dari badan-badan profesional di dalam pelbagai bidang supaya pendedahan di samping ilmu kerjaya profesional dapat diperkenalkan kepada graduan dengan lebih mendalam.
(ii) Modul peningkatan tahap kemampuan graduan terhadap sektor industri yang memerlukan 'hard-skill' melalui program-program 'apprenticeship'. Ia perlu dipergiatkan lagi dengan kerjasama syarikat-syarikat GLC bagi memastikan tahap graduan yang ada dapat memenuhi kehendak pasaran.
(iii) Modul pembangunan 'inner-skill' termasuklah kemahiran komunikasi, 'English proficiency', kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal, kreatif dan kritis.
Semua ini perlu dibangunkan dengan modul-modul yang sesuai mengikut bidang tertentu supaya kebolehpasaran graduan di negara ini dapat dipertingkatkan. Masalah yang membelenggu mereka dan juga para majikan berkait rapat di antara tiga modul di atas.
3. Pengangguran luar bandar juga merupakan sesuatu yang membimbangkan. Bebanan kos sara hidup dengan peningkatan kadar inflasi dengan perlaksanaan GST dan sebagainya memberi kesan tidak langsung kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, apatah lagi mereka yang menganggur.
Saya melihat suatu program berbentuk keusahawanan yang berasaskan peruncitan, pertanian, penternakan, perikanan dan juga pelancongan perlu dipergiatkan bagi mengatasi masalah ini. Sektor-sektor begini lebih dekat dengan masyarakat di luar bandar dan ia dilihat mampu menarik anak muda untuk menceburi bidang yang ditawarkan. Ini termasuk juga membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan pelbagai insentif bagi pembangunan kerjaya.
Fokus terhadap industri agrikultur juga tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan. Ia mempunyai pasaran yang berpotensi dimajukan di Malaysia. Penumpuan kerajaan terhadap sektor perindustrian tidak sepatutnya menjadikan kerajaan mengabaikan kepentingan sektor agrikultur di negara kita.
Jika masalah pengangguran ini tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan, dibimbangi angka ini akan terus memberi kesan yang negatif. Kerajaan tidak dilihat serius menangani pengangguran ini secara lebih berstruktur.
Keadaan ekonomi yang tidak stabil di dalam dan luar negara mendesak kerajaan menyediakan satu suasana ekonomi yang lebih kondusif termasuk mengatasi masalah pengangguran di negara ini.
Sumber FB / HD - 15-4-2015
PT 2015-2020: Ke mana ukuran pendidikan negara?
Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2020 akan mengulangi kegagalan yang sama jika kerajaan tidak serius memperbaiki taraf pendidikan tinggi di negara ini.
Pendidikan seringkali menghadapi perubahan polisi dan perancangan namun sering kali ia juga mengundurkan standard pendidikan negara ke belakang dan tersasar daripada makna dan penghayatan kepada Falsafah Pendidikan Negara.
Sebelum ini, pelbagai polisi yang diperkenalkan kerajaan akhirnya membawa padah dan terpaksa berhenti di tengah jalan kerana seolah-olah tiada perancangan yang lebih teliti terhadapnya seperti perlaksanaan 'Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di Dalam Bahasa Inggeris' (PPSMI) yang bermula pada 2003 dan akhirnya dimansuhkan pada 2007.
Begitu juga Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bermula pada 2006 yang tidak mencapai sasaran yang membanggakan. Kini, PPPM (PT) 2015-2020 pula diperkenalkan dengan pelbagai perancangan tetapi kelihatannya hanya bertukar kulit dan warna.
Laporan ‘United Nations Education Index’, ‘Trends In Mathematics and Sciences Study’ (TIMSS) dan ‘The Programs for International Students Assessment’ (PISA) menunjukkan pendidikan di negara kita semakin jauh ketinggalan ke belakang terutamanya di kalangan negara Asia seperti Korea Selatan dan Vietnam.
Masalah yang membelenggu pendidikan negara adalah struktur pendidikan yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
Adakah semua rakyat pedalaman menerima kualiti pendidikan yang memuaskan? Apakah belenggu yuran pengajian yang tinggi di IPT dapat dikurangkan dengan pembiayaan terus oleh kerajaan?
Kegagalan kerajaan melihat masalah pendidikan secara objektif menyebabkan pendidikan negara semakin mundur setapak ke belakang. Tiada apa yang mampu dibanggakan jika jurang pendidikan luar bandar dan bandar terus meningkat.
Malah, lebih membimbangkan, kerajaan di dalam pelan yang sama berhasrat untuk mengurangi pembiayaan terhadap IPT di samping membuka sumber pembiayaan kewangan yang lain. Keadaan ini seolah-olahnya melepaskan tanggungjawab sosial kerajaan terhadap pendidikan negara.
Saya melihat kerajaan sepatutnya memberikan keutamaan kewangannya dalam melestarikan pendidikan di negara ini, bukan bertindak sebaliknya.
Wang yang diperolehi kerajaan hari ini adalah daripada rakyat melalui kutipan cukai dan sebagainya, maka, keutamaan kepada pendidikan tidak harus dikurangkan, termasuk juga kesihatan dan perumahan. - HARAKAHDAILY 8/4/2015
Penulis ialah Ahli Parlimen Pasir Mas.
Sumber HD - 8-4-2015
Politik Damai Dan Politik Benar
Jadi harapan saya hari ini masih sama, iaitu DAP kena lebih menjaga dirinya daripada masuk ke dalam perangkap musuh. Terlalu kerap mengkritik hak Kelantan laksanakan hukum hudud di Kelantan akan membina persepsi buruk yang menguntungkan pihak musuh PR. Ia begitu tidak membantu.
Tapi janganlah pula DAP hentikannya dengan sambungan baru, iaitu perkecil kedudukan tuan guru presiden PAS dalam PR pula. Itu cukup-cukup tidak membantu DAP pada kaca dan cerminan umat Islam. Juga, saya pasti kecewa jika pada ‘hari-hari mendatang’, usaha melabel DAP sebagai anti Islam akan menjadi kenyataan yang tidak tersangkal lagi.
Presiden PAS kekal dicintai umat Islam sebagai tiang ilmu dan iman umat Islam dalam negara ini.
Dan saya yakin, dengan konsisten PAS melalui lunas-lunas demokrasi membawa dan memperkenalkan Kanun Jenayah Syariah ke persada politik negara, ia sama sekali tidak akan menjadikan PAS mangsa labelan bahawa PAS adalah anti non muslim. Apatah PAS kekal membina dirinya dengan keaslian dan kesederhanaan mempraktikkan Islam yang syumul.
Saya pernah menulis lebih 5 tahun lepas mengenai ‘politik damai’ (hari ini diperkenal sebagai politik budiman, tapi dalam versi berbeza) dan ‘politik benar’.
Matlamat saya ialah pembinaan politik baru Malaysia yang diimpikan pembangkang dan majoriti rakyat Malaysia hendaklah digerakkan di atas dua tiang yang kukuh iaitu damai dan benar.
Politik damai bererti pembentukan suasana harmoni yang membolehkan rakyat Malaysia berfikir secara aman dan penuh minat tanpa provokasi melampau yang mengganggu kewarasan berfikir. Politik benar pula bererti penyampaian fakta-fakta yang benar untuk rakyat tanpa penipuan dan pemalsuan yang akan merosakkan masa depan rakyat yang akan membuat keputusan dan pilihan.
Kedua-dua ini tiada dalam politik negara kita sejak puluhan tahun di bawah BN. Saya harapkan perubahan ini hadir bersama dalam arus perubahan politik negara hari ini.
Jika DAP terus berkeras menyerang PAS dalam isu hudud sehingga terlajak pula kepada menyerang presiden PAS, maka nampaknya harapan dan impian saya masih jauh.
Saya hairan bagaimana DAP boleh hidup menyerang PAS dengan menipu rakyat Malaysia? Lama mana politik begini boleh bertahan? Saya khuatir, seperti tulisan saya sebelum ini, lama-lama rakyat non muslim sendiri akan naik jengkel dengan cara DAP bersilat.
DAP harus sedar, PAS konsisten mendekati dan menarik sokongan non muslim tanpa perlu menyerang DAP. Mengapa DAP tidak boleh melakukan perkara yang sama?
Tugas tumpuan saya sekarang adalah memastikan PAS yang saya cintai terus kekal istiqamah di atas jalan dan sunnah perjuangan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم menegakkan ugamaNya di muka bumi ini.
Islam adalah rahmat. PAS untuk semua rakyat Malaysia.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
24/3/15
Sumber BO - 24-3-2015
Jangan cakap berlapik, lebih baik DAP keluar PR – Nik Mohamad Abduh
Posted on Tuesday, March 24 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
“Lebih baik DAP yang keluar Pakatan Rakyat,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan DAP yang memutuskan semua hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, kenyataan DAP itu tidak wajar kerana sebagai Presiden, apa sahaja tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Abdul Hadi merupakan polisi PAS.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta DAP supaya tidak berlapik mengeluarkan kenyataan dan berterus terang apa agenda sebenar mereka.
“Jadi bagi saya ia tidak lebih daripada satu kalam (kenyataan) berlapik untuk memberi tekanan kepada politik Malaysia supaya mengeluarkan Tuan Guru Abdul Hadi daripada Pakatan Rakyat.
“Sepatutnya tidak boleh begitu ditumpukan kepada individu sedangkan Abdul Hadi merupakan Presiden PAS dan dia mewakili PAS dalam Pakatan Rakyat.
“Jadi kalam berlapik itu bagi saya memberi satu isyarat yang lain. Saya lebih gembira DAP terus secara jelas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di ibu negara.
Mengulas mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Nik Abduh menegaskan pendirian PAS adalah jelas iaitu parti itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat.
Justeru itu, beliau meminta DAP supaya tidak menjadikan isu hudud sebagai alasan untuk Pakatan Rakyat berpecah.
“Kita sudah buat kenyataan kita tidak akan tinggalkan Pakatan Rakyat secara jelas kerana kita cintakan Malaysia, cintakan kesatuan untuk menjadikan Malaysia ini negara baru dengan politik baru yang lebih bebas dan demokratik.
“DAP sekarang sedang menipu rakyat untuk menolak PAS dengan cara yang tidak betul dengan menggunakan isu hudud.
“Saya sudah sebut kepada pimpinan DAP secara individu, jangan jadikan hudud ini alasan untuk kita berpecah dalam Pakatan Rakyat,” jelas beliau.
DAP hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak dapat lagi bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa secara berterusan tidak berlaku jujur dalam tindakan beliau.
Dalam kenyataan itu, DAP turut menegaskan telah hilang kepercayaan serta keyakinan terhadap Hadi sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) dan dengan itu akan menamatkan semua hubungan selain berhenti bekerjasama dengan beliau.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, DAP berkata, oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan DAP menamatkan semua hubungan dengan beliau pasti akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) dalam keadaan terumbang ambing.
Sehubungan itu, parti itu akan bertemu dengan pihak pimpinan PKR, sebuah lagi parti sekutu dalam PR bagi membincangkan mengenai masa hadapan pakatan pembangkang itu.
Kenyataan yang dikeluarkan DAP itu adalah pengumuman kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan selama empat jam semalam yang berakhir jam 3 pagi tadi.
.....Komen:
Ulasan Nik Abdul sama dengan ulasan ayahdanya TG Nik Abdul Aziz.
Sumber TKO - 24-3-2015
Jadi harapan saya hari ini masih sama, iaitu DAP kena lebih menjaga dirinya daripada masuk ke dalam perangkap musuh. Terlalu kerap mengkritik hak Kelantan laksanakan hukum hudud di Kelantan akan membina persepsi buruk yang menguntungkan pihak musuh PR. Ia begitu tidak membantu.
Tapi janganlah pula DAP hentikannya dengan sambungan baru, iaitu perkecil kedudukan tuan guru presiden PAS dalam PR pula. Itu cukup-cukup tidak membantu DAP pada kaca dan cerminan umat Islam. Juga, saya pasti kecewa jika pada ‘hari-hari mendatang’, usaha melabel DAP sebagai anti Islam akan menjadi kenyataan yang tidak tersangkal lagi.
Presiden PAS kekal dicintai umat Islam sebagai tiang ilmu dan iman umat Islam dalam negara ini.
Dan saya yakin, dengan konsisten PAS melalui lunas-lunas demokrasi membawa dan memperkenalkan Kanun Jenayah Syariah ke persada politik negara, ia sama sekali tidak akan menjadikan PAS mangsa labelan bahawa PAS adalah anti non muslim. Apatah PAS kekal membina dirinya dengan keaslian dan kesederhanaan mempraktikkan Islam yang syumul.
Saya pernah menulis lebih 5 tahun lepas mengenai ‘politik damai’ (hari ini diperkenal sebagai politik budiman, tapi dalam versi berbeza) dan ‘politik benar’.
Matlamat saya ialah pembinaan politik baru Malaysia yang diimpikan pembangkang dan majoriti rakyat Malaysia hendaklah digerakkan di atas dua tiang yang kukuh iaitu damai dan benar.
Politik damai bererti pembentukan suasana harmoni yang membolehkan rakyat Malaysia berfikir secara aman dan penuh minat tanpa provokasi melampau yang mengganggu kewarasan berfikir. Politik benar pula bererti penyampaian fakta-fakta yang benar untuk rakyat tanpa penipuan dan pemalsuan yang akan merosakkan masa depan rakyat yang akan membuat keputusan dan pilihan.
Kedua-dua ini tiada dalam politik negara kita sejak puluhan tahun di bawah BN. Saya harapkan perubahan ini hadir bersama dalam arus perubahan politik negara hari ini.
Jika DAP terus berkeras menyerang PAS dalam isu hudud sehingga terlajak pula kepada menyerang presiden PAS, maka nampaknya harapan dan impian saya masih jauh.
Saya hairan bagaimana DAP boleh hidup menyerang PAS dengan menipu rakyat Malaysia? Lama mana politik begini boleh bertahan? Saya khuatir, seperti tulisan saya sebelum ini, lama-lama rakyat non muslim sendiri akan naik jengkel dengan cara DAP bersilat.
DAP harus sedar, PAS konsisten mendekati dan menarik sokongan non muslim tanpa perlu menyerang DAP. Mengapa DAP tidak boleh melakukan perkara yang sama?
Tugas tumpuan saya sekarang adalah memastikan PAS yang saya cintai terus kekal istiqamah di atas jalan dan sunnah perjuangan RasuluLlah صلى الله عليه وسلم menegakkan ugamaNya di muka bumi ini.
Islam adalah rahmat. PAS untuk semua rakyat Malaysia.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
24/3/15
Sumber BO - 24-3-2015
Jangan cakap berlapik, lebih baik DAP keluar PR – Nik Mohamad Abduh Posted on Tuesday, March 24 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
“Lebih baik DAP yang keluar Pakatan Rakyat,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan DAP yang memutuskan semua hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, kenyataan DAP itu tidak wajar kerana sebagai Presiden, apa sahaja tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Abdul Hadi merupakan polisi PAS.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta DAP supaya tidak berlapik mengeluarkan kenyataan dan berterus terang apa agenda sebenar mereka.
“Jadi bagi saya ia tidak lebih daripada satu kalam (kenyataan) berlapik untuk memberi tekanan kepada politik Malaysia supaya mengeluarkan Tuan Guru Abdul Hadi daripada Pakatan Rakyat.
“Sepatutnya tidak boleh begitu ditumpukan kepada individu sedangkan Abdul Hadi merupakan Presiden PAS dan dia mewakili PAS dalam Pakatan Rakyat.
“Jadi kalam berlapik itu bagi saya memberi satu isyarat yang lain. Saya lebih gembira DAP terus secara jelas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di ibu negara.
Mengulas mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Nik Abduh menegaskan pendirian PAS adalah jelas iaitu parti itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat.
Justeru itu, beliau meminta DAP supaya tidak menjadikan isu hudud sebagai alasan untuk Pakatan Rakyat berpecah.
“Kita sudah buat kenyataan kita tidak akan tinggalkan Pakatan Rakyat secara jelas kerana kita cintakan Malaysia, cintakan kesatuan untuk menjadikan Malaysia ini negara baru dengan politik baru yang lebih bebas dan demokratik.
“DAP sekarang sedang menipu rakyat untuk menolak PAS dengan cara yang tidak betul dengan menggunakan isu hudud.
“Saya sudah sebut kepada pimpinan DAP secara individu, jangan jadikan hudud ini alasan untuk kita berpecah dalam Pakatan Rakyat,” jelas beliau.
DAP hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak dapat lagi bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa secara berterusan tidak berlaku jujur dalam tindakan beliau.
Dalam kenyataan itu, DAP turut menegaskan telah hilang kepercayaan serta keyakinan terhadap Hadi sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) dan dengan itu akan menamatkan semua hubungan selain berhenti bekerjasama dengan beliau.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, DAP berkata, oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan DAP menamatkan semua hubungan dengan beliau pasti akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) dalam keadaan terumbang ambing.
Sehubungan itu, parti itu akan bertemu dengan pihak pimpinan PKR, sebuah lagi parti sekutu dalam PR bagi membincangkan mengenai masa hadapan pakatan pembangkang itu.
Kenyataan yang dikeluarkan DAP itu adalah pengumuman kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan selama empat jam semalam yang berakhir jam 3 pagi tadi.
.....Komen:
Ulasan Nik Abdul sama dengan ulasan ayahdanya TG Nik Abdul Aziz.
Sumber TKO - 24-3-2015
Jangan biarkan digunakan UMNO untuk jatuhkan PAS Posted on Saturday, March 21 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melaungkan amaran kepada rakan-rakan parti PAS supaya tidak digunakan UMNO untuk menjatuhkan parti berkenaan.Menurutnya, sekiranya rakan-rakan PAS mahu gunakan parti tersebut untuk menjatuhkan UMNO ia tidak mempunyai masalah.
Katanya, ia tidak mempunyai masalah kerana PAS juga mempunyai niat yang sama untuk merebahkan UMNO.
“Tetapi jika rakan mahu PAS ikut jalan mereka, itu sudah tidak baik kerana mereka biarkan diri mereka digunakan UMNO untuk rebahkan PAS.
“Rakan kena ubah pemikiran mereka jika betul-betul mahu rebahkan UMNO,” katanya dalam laman Facebooknya di sini hari ini.
Kenyataan anak lelaki bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkemungkinan ditujukan kepada komponen parti Pakatan Rakyat (PR) yang menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Sumber TKO - 21-3-2015
Orang kata saya kurang 'pukul' Umno Posted on Monday, March 02 @ 22:30:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
ADA yang menghujah saya, Nik Abduh ni kurang memukul Umno dan BN. Asyik pula menyinggung kemelut parti sendiri. Kuliahnya pun berlapik-lapik, tak luka pun Umno dan BN. Nampak sangat Nik Abduh ni UG. Tidak seperti ayahandanya tok guru, Allahyarham Nik Abdul Aziz.
Saya jawab (ni pun berlapik-lapik juga ni), saya mengenal ayahanda saya mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN. Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu.
Bahkan semasa saya balik belajar luar negeri dulu, saya menerima pesanan khas dan acap daripada ayahanda,
"Berkuliah tu, jangan asyik dok pukul umno, dok cakap politik saja. Beri ilmu agama kepada masyarakat hatta masa ceramah politik pun (apatah dalam kuliah agama). Jangan dok ikut orang lain. Kita ada ilmu, kita bagi ilmu. Orang tak ada ilmu, dia tak boleh memberi apa yang orang berilmu boleh beri."
Beliau menambah, "Bila masyarakat berilmu, senanglah mereka faham mengapa kita lawan Umno. Sekali cakap pun orang faham selalu. Lawan Umno ni, bubuh ilmu banyak-banyak, lama-lama lenyaplah Umno."
Begitu lebih kurang himpunan cakap ajuk daripada ayahanda saya. Pesanan yang saya pegang sungguh-sungguh.
Kepada yang merasakan ayahanda tidak begitu, bahkan ayahandalah 'kepala halian' pukul Umno BN habis-habisan, saya fikir dan berkata (ni pun berlapik-lapik juga),
"Anda hanya mengenal ayahanda saya melalui ceramah politik dan aktiviti politiknya sahaja. Maka sisi itulah yang anda kenal ayahanda. Anda beruntung dapat ilmu politik daripadanya. Tetapi saya lebih beruntung kerana mendapat ilmu kehidupan daripadanya."
Tulisan-tulisan saya di alam maya ini adalah usaha saya menepati nasihat ayahanda. Tak perlulah saya berlapik untuk memohon maaf kepada orang-orang Umno jika tulisan-tulisan saya sebelum ini telah semakin menjauhkan mereka daripada Pas yang saya cintai sebagaimana ayahanda mencintainya. Saya tiada berhasrat demikian selain islah dan pembaikan sedaya upaya saya.
Jadi, mari berilmu dengan banyak membaca, banyak mendengar kuliah dan menghormati para ulama yang menyampaikan ilmu dan ugama. Tiada selain keuntungan.
Sumber TK - 2-3-2015
DEMOKRASI DAN AMAR MAKRUF - NIK ABDUH
Sumber HD - 1-3-2015
MANUSIA, KEADILAN DAN UNDANG-UNDANG - NIK ABDUH
KERAJAAN BRUNEI SUDAH LAKSANAKAN HUKUM HUDUD
http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34050-manusia-keadilan-dan-undang-undang
Sumber HD - 25-2-2015
SEMOGA KITA IUKT ORANG SOLEH MENUJU TRANSIT DI ALAM BARZAKH - NIK ABDUH
A;L MARHUM BERSAMA ANAK CUCU ZIARAH KUBUR AYAH DAN IBUNYA
Sumber HD - 18-2-2015
UNTUK PERHATIAN PARA PENZIARAH KELUARGA AL MARHUM TUAN GURU - NIK ABDUH
YB NIK MOHD ABDUH NIK ABDUL AZIZ - AJK PAS PUSAT / AP PASIR MAS
Sumber HD - 16-2-2015
NIK ABDUH NASIHAT IKUT SUNAH NABI ZIARAH PUSARA AYAHNYA - NIK ABDUH
YB NIK MOHD ABDUH NIK ABDUL AZIZ - AJK PP / AP PASIR MAS
Sumber HD - 14-2-2015
KEMBALIKAN KEGEMILANGAN SEPAK TAKRAW NEGARA - AP PASIR MAS
YB USTAZ NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ - AP PASIR MAS / AJK PP
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33741-kembalikan-kegemilangan-sepak-takraw-negara
Sumber HD - 9-2-2015
TUAN GURU NIK AZIZ KELIHATAN MENANTI-NANTI HARI PULANG - NIK ABDUH
DBS TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL MURSYIDUL AM PAS
Sumber HD - 3-2-2015
PAS DAN PILIHANRAYA PBT - NIK ABDUH
YB NIK MOHD ABDUH NIK ABDUL AZIZ - AJK PAS PUSAT / AP PASIR MAS
Sumber HD - 1-2-2015
TG NIK AZIZ BOLEH BERDIRI DENGAN SOKONGAN - NIK ABDUH
DBS TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL MURSYIDUL AM PAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33577-tg-nik-abdul-aziz-boleh-berdiri-dengan-sokongan
Sumber HD - 30-1-2015
"Ayahanda baru selesai latihan pemulihan" - Ustaz Nik Abduh
- Butiran
- Diterbitkan: 28 Januari 2015
- Ditulis oleh Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ayahanda baru selesai latihan pemulihan sekejap tadi. Alhamdulillah, ayahanda boleh didudukkan di atas kerusi roda untuk kali pertama dan mampu bertahan selama setengah jam. Ia sudah cukup menggembirakan saya yang menyaksikan. Semoga ayahanda bertambah gagah hari demi hari.
Pagi ini doktor dan pihak hospital berkunjung ke rumah untuk melihat dan membantu kami menyempurnakan keperluan dan persiapan untuk ayahanda apabila dibenarkan pulang nanti.
Di sini saya ingin rakamkan terima kasih kepada para pelawat yang memahami keadaan ayahanda, juga terima kasih buat kawan-kawan lama ayahanda dalam perjuangan yang datang dari jauh dan dekat. Ayahanda acap mengingati kawan-kawan lama beliau.
Terima kasih buat doa seluruh rakyat Malaysia. Ada rakan non muslim mohon diizin menziarahi ayahanda khas untuk berdoa. Saya gembira. Walaupun berlainan ugama, tuhan yang esa akan mendengar daripada seluruh hambaNya.
Tiada nikmat lebih indah di hujung kehidupan manusia selain doa daripada seluruh makhluk Allah di bumi dan langit untuknya. Semoga ayahanda dikurniai nikmat itu hingga ke akhir nanti.. aameen.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
8 Rabiul Akhir 1436H / 28 Januari 2015
500pm
Sumber PP - 28-1-2015
HUDUD DAN PILIHANRAYA PBT - NIK ABDUH
YB USTAZ NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ - AJK PAS PUSAT / AP PASIR MAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33461-hudud-dan-pilihan-raya-pbt
Sumber HD - 25-12-2015
HARGA MINYAK : PERCATURAN GEOPOLITIK KUASA BESAR - NIK ABDUH
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33447-harga-minyak-percaturan-geopolitik-kuasa-besar
Sumber HD - 25-1-2015
KESIHATAN TUAN GURU NIK AZIZ BAIK LEBIH SELESA UNTUK REHAT - NIK ABDUH
DBS TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL MURSYIDUL AM PAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33443-kesihatan-tuan-guru-nik-aziz-baik-lebih-selesa-untuk-rehat
Sumber HD - 24-1-2015
BEGITU AYAHANDA MENDIDIK KAMI - NIK ABDUH
YB NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ
KUALA LUMPUR: "Dan hinggalah saat ini, dari atas katil ini, dalam tua
rentanya, ayahanda terus mendidik kami menghargai nilai masa dan
waktu," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul
Aziz menerusi facebook malam tadi, sebagaimana di bawah.
Perkembangan Kesihatan Ayahanda
Hari ini, ayahanda teringat solat Jumaat. Saya teringat masa kecilkecil
dulu, kami anakanak
'dipaksa' oleh ayahanda bersamanya ke masjid lebih
awal.
Awal sangat. Kadangkadang,
jam 12pm kami dah terpacak di masjid. Tok Imam, tok bilal, tok siak
dan ahli qaryah tak nampak batang hidung lagi. Bukan main seksanya kami, terhangggukhangguk
menanti tok bilal azan, tersengguksengguk
menanti tok imam kampung menghabis khutbah dan
bergeliat menanti 'tamatnya' paksaan beragama masa kecil.. Ayahanda di hadapan tuhannya, solat,
baca al Quran, sujud dan paling saya tak faham... diam, diam dan diam.. sehinggalah azan
berkumandang.
Begitu ayahanda mendidik kami. Dan hinggalah saat ini, dari atas katil ini, dalam tua rentanya,
ayahanda terus mendidik kami menghargai nilai masa dan waktu.
Allahu, ampuni kami dan ibubapa kami serta zuriat kami dan seluruh kaum muslimin.
Terima kasih atas doa seluruh rakyat Malaysia buat ayahanda.
Pautan:
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33436-begitu-ayahanda-mendidik-kami-nik-abduh
Sumber HD - 24-1-2015
TUAN GURU NIK AZIZ TIDAK JALANI RAWATAN KEMOTERAPI - NIK ABDUH
YB NIK MOHD ABDUH NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AJK PP / AP PASIR MAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33435-tuan-guru-nik-aziz-tidak-jalani-rawatan-kemoterapiSumber HD - 23-1-2015
HOSPITAL SEDIA NASI AIR UNTUK TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ - NIK ABDUH
DBS TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - AL MURSYIDUL AM PAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33413-hospital-sedia-nasi-air-untuk-tuan-guru-nik-abdul-aziz
Sumber HD - 22-1-2015
TUAN GURU NIK AZIZ BERTANYA KHABAR, UKIR SENYUMAN - NIK ABDUH
YB NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ - AJK PP
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33384-tuan-guru-nik-aziz-bertanya-khabar-ukir-senyuman
Sumber HD - 21-1-2015
DOAKAN SEMOGA TG NIK BDUL AZIZ KEMBALI SIHAT - NIK ABDUH
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33372-doakan-semoga-tg-nik-abdul-aziz-kembali-sihat
Sumber HD - 20-1-2015
Ayah cuma uzur biasa, kata Nik Abduh |
Posted on Monday, January 19 @ 15:52:52 MYT by paktam
“(Beliau) di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. "Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. “Apa pun baik insya-Allah,” katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas. Dalam kenyataannya yang disiarkan di Facebook Nik Aziz sebentar tadi, Nik Abduh berkata ayahandanya juga memilih untuk tidak diziarahi kerana mahu berehat secukupnya. “Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam,” katanya. Sementara itu Bernama melaporkan gambar Nik Aziz yang didakwa terbaring kerana uzur dan kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini. "Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut," katanya. Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz, 83, yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam sebuah bilik. Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas menteri besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa. Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar. Sebelum ini, Nik Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Terdapat juga laporan dan khabar angin pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung, namun ia tidak benar.Mkini Sumber DD - 19-1-2015 |
APABILA PEMIMPIN ROSAK, ROSAKLAH PENGIKUT DIBAWAH - NIK ABDUH
YB NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ - AJK PAS PUSAT
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33237-apabila-pemimpin-rosak-rosaklah-pengikut-di-bawah
Sumber HD - 14-1-2015
Bola sepak perlu pengurusan sistematik, pasukan berkualiti
SUKAN bola sepak telah menjadi sukan nombor satu di Malaysia malah di dunia. Mengikut perangkaan yang dilakukan badan induk Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada tahun 2007, peminat sukan bola sepak di dunia mencecah 260 milion.
Tidak kurangnya di Malaysia, ia telah menjadi sukan yang menarik perhatian ramai pihak apatah lagi ketika ada penyertaan pasukan kebangsaan dalam kejohanan tertentu seperti Piala AFF Suzuki.
Namun, prestasi pasukan kebangsaan yang mendapat gelaran Harimau Malaya tidak begitu memberangsangkan. Malaysia berada pada kedudukan ke-155 dalam ranking FIFA yang terbaharu, di belakang Filipina, Myanmar, Vietnam dan Thailand. Kedudukan tersebut tidak menggambarkan segala-galanya tetapi itulah ukuran yang perlu diambil perhatian.
Saya lebih suka untuk memfokuskan kepada pembangunan jangka panjang Liga Malaysia yang seharusnya dijadikan medan utama dalam mengasah kembali prestasi bola sepak negara.
Pada tahun 2013, Football Association Malaysia (FAM) mengumumkan untuk melaksanakan dasar penswastaan bagi Liga Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Perdana pada tahun 2015 yang kemudiaannya bakal ditunda pada tahun berikutnya.
Dasar penswastaan Liga Super dan Liga Perdana tersebut tidak seharusnya dilihat pada aspek penyelesaian pembayaran gaji semata-mata yang menjadi tunjang permasalahan kepada naik turun prestasi kebanyakan pasukan negeri ketika ini.
Walau bagaimanapun, ia mungkin satu bahagian yang penting dari dasar tersebut. Melihatkan perkara besar yang ingin digubal pihak FAM, saya mengesyorkan beberapa pandangan untuk diberi perhatian bersama:
1. Membentuk struktur liga supaya lebih kompetitif dengan menggalakkan pembiayaan kewangan (‘sponsorship’) daripada syarikat-syarikat besar di Malaysia. Masalah utama yang melanda kebanyakan pasukan di dalam liga tempatan hari ini adalah berkait dengan masalah kewangan. Jika ia tidak kukuh, nescaya prestasi pasukan tersebut merosot malah kebanyakan pasukan kelab terus lenyap. Pembiayaan kewangan oleh syarikat-syarikat besar terhadap pasukan bola sepak tempatan selayaknya diberi keistimewaan tertentu oleh kerajaan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan mereka dalam bola sepak. Jika tidak ia akan kekal menjadi masalah yang menghantui masa depan bola sepak negara.
2. Liga tempatan perlu dibangunkan secara global dan tidak hanya mengekalkan bentuk tradisionalnya. Pemain-pemain muda yang berpotensi perlu diberi pendedahan beraksi di negara-negara luar termasuk Eropah dan Asia Timur. Ia secara tidak langsung berkait dengan pembangunan mental para pemain supaya lebih kreatif dan tajam ketika beraksi di atas padang. Kelebihan tersebut tidak hanya dimiliki dengan latihan insentif tetapi ia menyerap masuk melalui pengalaman dan pendedahan pemain tersebut.
4. Dekatkan bola sepak dengan masyarakat tempatan (home-town system). Tidak dapat dinafikan, sokongan masyarakat terhadap bola sepak banyak bergantung kepada prestasi pasukan kebangsaan. Jika skuad negara mampu menunjukkan aksi yang memberangsangkan dan mencatatkan kemenangan, maka sokongan masyarakat turut meningkat naik dan begitulah juga sebaliknya. Di sini, media dan penyokong tegar memainkan peranan. Mereka adalah jambatan yang membentuk gelombang kepada sokongan masyarakat terhadap bola sepak. Maka, dua aspek ini juga perlu diberi perhatian.
5. Penyerapan lebih ramai bakat-bakat muda supaya diserapkan kepada pasukan-pasukan utama yang beraksi di dalam Liga Super dan Liga Perdana. Setiap pasukan yang beraksi perlu memiliki pasukan bawah 18 dan 15 tahun yang tersendiri, klinik bola sepak dan program-program bola sepak tempatan bertujuan meningkatkan lagi minat anak muda terhadap bola sepak. Saya yakin kita memiliki ramai pemain muda di luar sana yang berbakat dan mereka perlu dicari dengan penelitian yang mendalam supaya lebih ramai anak muda berbakat diketengahkan.
6. Bangunkan fasiliti bola sepak supaya berada pada tahap yang mencapai standard antarabangsa terutamanya dari sudut kualiti padang, stadium, ‘coaching tools’ dan sebagainya. Ia termasuk juga dengan pembangunan sains sukan. Kementerian dan FAM perlu menganjurkan lebih banyak kajian sains sukan di dalam universiti terutama bagi meningkatkan mutu pembangunan sukan bola sepak negara.
Saya melihat perubahan yang perlu dilakukan Liga Malaysia adalah kepada dua teras yang utama; pengurusan yang sistematik bagi liga utama dan pasukan yang bertanding dan keduanya, pembentukan setiap pasukan yang bertanding dengan kualiti yang tinggi dan kukuh dari sudut kewangannya. Jika dua teras ini diambil perhatian nescaya zaman kegemilangan bola sepak negara akan kembali. - HARAKAHDAILY 16/12/2014
Penulis ialah Ahli Parlimen Pasir Mas.
Tidak kurangnya di Malaysia, ia telah menjadi sukan yang menarik perhatian ramai pihak apatah lagi ketika ada penyertaan pasukan kebangsaan dalam kejohanan tertentu seperti Piala AFF Suzuki.
Namun, prestasi pasukan kebangsaan yang mendapat gelaran Harimau Malaya tidak begitu memberangsangkan. Malaysia berada pada kedudukan ke-155 dalam ranking FIFA yang terbaharu, di belakang Filipina, Myanmar, Vietnam dan Thailand. Kedudukan tersebut tidak menggambarkan segala-galanya tetapi itulah ukuran yang perlu diambil perhatian.
Saya lebih suka untuk memfokuskan kepada pembangunan jangka panjang Liga Malaysia yang seharusnya dijadikan medan utama dalam mengasah kembali prestasi bola sepak negara.
Pada tahun 2013, Football Association Malaysia (FAM) mengumumkan untuk melaksanakan dasar penswastaan bagi Liga Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Perdana pada tahun 2015 yang kemudiaannya bakal ditunda pada tahun berikutnya.
Dasar penswastaan Liga Super dan Liga Perdana tersebut tidak seharusnya dilihat pada aspek penyelesaian pembayaran gaji semata-mata yang menjadi tunjang permasalahan kepada naik turun prestasi kebanyakan pasukan negeri ketika ini.
Walau bagaimanapun, ia mungkin satu bahagian yang penting dari dasar tersebut. Melihatkan perkara besar yang ingin digubal pihak FAM, saya mengesyorkan beberapa pandangan untuk diberi perhatian bersama:
1. Membentuk struktur liga supaya lebih kompetitif dengan menggalakkan pembiayaan kewangan (‘sponsorship’) daripada syarikat-syarikat besar di Malaysia. Masalah utama yang melanda kebanyakan pasukan di dalam liga tempatan hari ini adalah berkait dengan masalah kewangan. Jika ia tidak kukuh, nescaya prestasi pasukan tersebut merosot malah kebanyakan pasukan kelab terus lenyap. Pembiayaan kewangan oleh syarikat-syarikat besar terhadap pasukan bola sepak tempatan selayaknya diberi keistimewaan tertentu oleh kerajaan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan mereka dalam bola sepak. Jika tidak ia akan kekal menjadi masalah yang menghantui masa depan bola sepak negara.
2. Liga tempatan perlu dibangunkan secara global dan tidak hanya mengekalkan bentuk tradisionalnya. Pemain-pemain muda yang berpotensi perlu diberi pendedahan beraksi di negara-negara luar termasuk Eropah dan Asia Timur. Ia secara tidak langsung berkait dengan pembangunan mental para pemain supaya lebih kreatif dan tajam ketika beraksi di atas padang. Kelebihan tersebut tidak hanya dimiliki dengan latihan insentif tetapi ia menyerap masuk melalui pengalaman dan pendedahan pemain tersebut.
4. Dekatkan bola sepak dengan masyarakat tempatan (home-town system). Tidak dapat dinafikan, sokongan masyarakat terhadap bola sepak banyak bergantung kepada prestasi pasukan kebangsaan. Jika skuad negara mampu menunjukkan aksi yang memberangsangkan dan mencatatkan kemenangan, maka sokongan masyarakat turut meningkat naik dan begitulah juga sebaliknya. Di sini, media dan penyokong tegar memainkan peranan. Mereka adalah jambatan yang membentuk gelombang kepada sokongan masyarakat terhadap bola sepak. Maka, dua aspek ini juga perlu diberi perhatian.
5. Penyerapan lebih ramai bakat-bakat muda supaya diserapkan kepada pasukan-pasukan utama yang beraksi di dalam Liga Super dan Liga Perdana. Setiap pasukan yang beraksi perlu memiliki pasukan bawah 18 dan 15 tahun yang tersendiri, klinik bola sepak dan program-program bola sepak tempatan bertujuan meningkatkan lagi minat anak muda terhadap bola sepak. Saya yakin kita memiliki ramai pemain muda di luar sana yang berbakat dan mereka perlu dicari dengan penelitian yang mendalam supaya lebih ramai anak muda berbakat diketengahkan.
6. Bangunkan fasiliti bola sepak supaya berada pada tahap yang mencapai standard antarabangsa terutamanya dari sudut kualiti padang, stadium, ‘coaching tools’ dan sebagainya. Ia termasuk juga dengan pembangunan sains sukan. Kementerian dan FAM perlu menganjurkan lebih banyak kajian sains sukan di dalam universiti terutama bagi meningkatkan mutu pembangunan sukan bola sepak negara.
Saya melihat perubahan yang perlu dilakukan Liga Malaysia adalah kepada dua teras yang utama; pengurusan yang sistematik bagi liga utama dan pasukan yang bertanding dan keduanya, pembentukan setiap pasukan yang bertanding dengan kualiti yang tinggi dan kukuh dari sudut kewangannya. Jika dua teras ini diambil perhatian nescaya zaman kegemilangan bola sepak negara akan kembali. - HARAKAHDAILY 16/12/2014
Penulis ialah Ahli Parlimen Pasir Mas.
Pengurusan ekonomi sebagai rezeki daripada Allah
Saya berpeluang untuk membahas bajet 2015 2 hari lepas dan saya telah menyentuh beberapa perkara utama yang sedang berlaku di dalam negara kita hari ini.
(1) Saya memulakan perbahasan dengan membaca sepotong ayat al-Quran, daripada Surah Fussilat ayat 9 dan 10. “Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah patut kamu kufur kepada Tuhan yang telah menciptakan bumi dalam dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) adalah Allah Tuhan sekalian alam. Dan Dia telah jadikan di atas bumi itu gunung-ganang yang meneguhkannya (tersergam tinggi), serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka (semua itu berlaku) dalam empat hari”
Ayat al-Quran tersebut mengingatkan perlunya kita kekal sedar bahawa rezeki yang kita terima hasil agihan kerajaan setiap masa janganlah dirasakan bermula dan berpunca dari Putrajaya, bahkan ia adalah dari langit dan bumi yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah SWT. Tugas manusia adalah mengagihkannya mengikut kehendak Tuhan yang telah menyediakannya sejak awal lagi.
Kerajaan tidak memberikan rezeki tetapi tidak lebih hanya memegang satu amanah besar menguruskan rezeki tadi.
Itulah hakikat kepada bajet negara dari perspektif Islam.
(2) Dalam falsafah ekonomi Islam disebutkan tiga perkara yang menjadi ukuran pertumbuhan ekonomi negara yang sebenar iaitu kemampuan mengurangkan kadar kemiskinan, kadar pengangguran dan kesamarataan dalam mencari rezeki yang akan menafikan jurang di antara miskin dan kaya.
Nyata dalam keadaan ekonomi hari ini, kita masih terlalu jauh untuk mencapai 3 matlamat seperti yang dinyatakan di atas. Justeru kerancakan pertumbuhan ekonomi negara hanyalah satu fenomena zahir yang tidak memberi apa-apa erti kejayaan dalam pengurusan ekonomi.
(3) Saya juga menekankan satu konsep awal pengurusan ekonomi Islam iaitu unsur keberkatan di dalam pertumbuhan ekonomi adalah bermula daripada bagaimana kerajaan memperolehi sumber pendapatan (revenue) negara. Sekiranya bukan dengan cara yang benar dan halal, ia sebenarnya punca awal kegagalan kerajaan mencapai matlamat perbelanjaan negara yang diimpikan.
Pelaburan negara dalam semua sektor akan tersasar dan gagal akibat hilangnya keberkatan daripada Allah Tuhan yang memberikan rezeki daripada khazanahNya di langit dan bumi.
Justeru saya ingatkan 2 isu besar yang mesti kerajaan menilai kembali polisi mereka:
Isu pertama adalah isu royalti minyak dan gas. Ia bukan hanya soal undang-undang dan perjanjian yang dimeterai, bahkan ia adalah satu hak rezeki rakyat di tempat mana ia diperolehi. Hak rezeki datang bersama kelahiran manusia dan ia berada di sekitarnya dan adalah salah apabila ia disekat.
Saya percaya sekatan ke atas hak itu hanyalah satu keputusan politik dendam Umno/BN terhadap PAS. Umum telah pun mengetahui, semasa PAS mengambil alih Terengganu pada 1999, Terengganu terus dinafikan hak royalti. Ironinya, sepenggal selepas itu, apabila kerajaan Terengganu kembali dipimpin Umno/BN pada 2004, dengan mudahnya royalti itu diberikan kepada kerajaan negeri walaupun dengan nama baru wang ihsan.
Apakah kerajaan melihat rakyat tidak mengerti semua itu?
Isu kedua adalah berkenaan sistem cukai GST yang bersifat regresif dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana melibatkan golongan miskin yang dipelihara oleh Islam daripada dikenakan cukai ke atas mereka.
Saya tegaskan, kerajaan haruslah terus mencari satu mekanisma bagi memastikan golongan yang tidak berkemampuan dikecualikan terus daripada dipaksa membayar cukai.
Pengecualian (exempted supply) yang dikenakan terhadap barang-barang runcit itu bukanlah penyelesaian kepada isu ini kerana rakyat miskin juga akan tetap membeli barangan lain yang tidak dikecualikan cukai. Jelas, kerajaan dilihat terlalu mengambil mudah soal ini.
(4) Saya juga menyentuh isu PTPTN. Saya nyatakan bahawa pelaburan kerajaan kepada pembangunan modal insan merupakan sesuatu keuntungan kepada masa depan negara walaupun dari sudut jumlah wang, ia akan berkurangan. Dalam menghadapi ‘control damage’ ketika ini, saya mencadangkan kepada kerajaan agar menghapuskan kos pentadbiran secara keseluruhannya kerana ia bukan sahaja membebankan malah ia juga bertentangan dengan prinsip syara’. Saya juga mencadangkan supaya diberi lanjutan tempoh pembayaran dengan tawaran rebat dan diskaun yang sama sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 280.
(5) Isu dadah juga menjadi salah satu fokus saya semasa membentangkan bajet semalam. Saya menyarankan kerajaan menyemak semula rawatan pemulihan menggunakan dadah jenis Methadone. Walaupun ia mampu menghalang ketagihan seseorang kepada Heroin dan Morphin tetapi kesan tidak langsungnya ia tetap membawa keburukan kepada tubuh badan.
Saya mengesyorkan kepada kerajaan supaya meneliti kaedah terapi psikospiritual. Suatu kaedah terapi yang menyepadukan di antara terapi dan kekuatan rohani bagi membantu memulihkan para penagih.
Inilah asas utama kejayaan sebelum disertakan dengan bantuan lain seperti latihan-latihan keusahawanan sosial dan pembiayaan modal awalan yang dapat membantu para bekas penagih apabila mereka keluar kelak untuk mereka membina kehidupan baru yang lebih terjamin dan menjauhi diri dari terlibat semula ke kancah penagihan dadah.
(6) Isu terakhir adalah rayuan saya kepada pihak kerajaan agar dapat mempertimbangkan peruntukan segera untuk membina jalan raya bertingkat (fly over) di Bulatan Lemal dari Pasir Mas menuju ke Tanah Merah bagi menyelesaikan kesesakan teruk yang berlaku setiap hari, apatah pada hari cuti dan perayaan. Malah lebih mendesak, ia juga adalah jalan utama dari Kota Bharu menuju zon bebas cukai di Rantau Panjang. Maka, pembinaan tersebut dilihat sebagai salah satu langkah mengurangkan kesesakan yang sering menghantui pengguna jalan raya domestik dan pelancong dari luar yang menggunakan laluan tersebut.
Ada beberapa butiran lain yang tidak sempat saya bahaskan kerana kekangan masa pendek yang diberikan. Insya Allah saya tuliskan nanti sebagai maklumat bersama.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
06 Muharram 1436H/30 Oktober 2014M
Sumber HD - 31-10-2014
(1) Saya memulakan perbahasan dengan membaca sepotong ayat al-Quran, daripada Surah Fussilat ayat 9 dan 10. “Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah patut kamu kufur kepada Tuhan yang telah menciptakan bumi dalam dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) adalah Allah Tuhan sekalian alam. Dan Dia telah jadikan di atas bumi itu gunung-ganang yang meneguhkannya (tersergam tinggi), serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka (semua itu berlaku) dalam empat hari”
Ayat al-Quran tersebut mengingatkan perlunya kita kekal sedar bahawa rezeki yang kita terima hasil agihan kerajaan setiap masa janganlah dirasakan bermula dan berpunca dari Putrajaya, bahkan ia adalah dari langit dan bumi yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah SWT. Tugas manusia adalah mengagihkannya mengikut kehendak Tuhan yang telah menyediakannya sejak awal lagi.
Kerajaan tidak memberikan rezeki tetapi tidak lebih hanya memegang satu amanah besar menguruskan rezeki tadi.
Itulah hakikat kepada bajet negara dari perspektif Islam.
(2) Dalam falsafah ekonomi Islam disebutkan tiga perkara yang menjadi ukuran pertumbuhan ekonomi negara yang sebenar iaitu kemampuan mengurangkan kadar kemiskinan, kadar pengangguran dan kesamarataan dalam mencari rezeki yang akan menafikan jurang di antara miskin dan kaya.
Nyata dalam keadaan ekonomi hari ini, kita masih terlalu jauh untuk mencapai 3 matlamat seperti yang dinyatakan di atas. Justeru kerancakan pertumbuhan ekonomi negara hanyalah satu fenomena zahir yang tidak memberi apa-apa erti kejayaan dalam pengurusan ekonomi.
(3) Saya juga menekankan satu konsep awal pengurusan ekonomi Islam iaitu unsur keberkatan di dalam pertumbuhan ekonomi adalah bermula daripada bagaimana kerajaan memperolehi sumber pendapatan (revenue) negara. Sekiranya bukan dengan cara yang benar dan halal, ia sebenarnya punca awal kegagalan kerajaan mencapai matlamat perbelanjaan negara yang diimpikan.
Pelaburan negara dalam semua sektor akan tersasar dan gagal akibat hilangnya keberkatan daripada Allah Tuhan yang memberikan rezeki daripada khazanahNya di langit dan bumi.
Justeru saya ingatkan 2 isu besar yang mesti kerajaan menilai kembali polisi mereka:
Isu pertama adalah isu royalti minyak dan gas. Ia bukan hanya soal undang-undang dan perjanjian yang dimeterai, bahkan ia adalah satu hak rezeki rakyat di tempat mana ia diperolehi. Hak rezeki datang bersama kelahiran manusia dan ia berada di sekitarnya dan adalah salah apabila ia disekat.
Saya percaya sekatan ke atas hak itu hanyalah satu keputusan politik dendam Umno/BN terhadap PAS. Umum telah pun mengetahui, semasa PAS mengambil alih Terengganu pada 1999, Terengganu terus dinafikan hak royalti. Ironinya, sepenggal selepas itu, apabila kerajaan Terengganu kembali dipimpin Umno/BN pada 2004, dengan mudahnya royalti itu diberikan kepada kerajaan negeri walaupun dengan nama baru wang ihsan.
Apakah kerajaan melihat rakyat tidak mengerti semua itu?
Isu kedua adalah berkenaan sistem cukai GST yang bersifat regresif dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana melibatkan golongan miskin yang dipelihara oleh Islam daripada dikenakan cukai ke atas mereka.
Saya tegaskan, kerajaan haruslah terus mencari satu mekanisma bagi memastikan golongan yang tidak berkemampuan dikecualikan terus daripada dipaksa membayar cukai.
Pengecualian (exempted supply) yang dikenakan terhadap barang-barang runcit itu bukanlah penyelesaian kepada isu ini kerana rakyat miskin juga akan tetap membeli barangan lain yang tidak dikecualikan cukai. Jelas, kerajaan dilihat terlalu mengambil mudah soal ini.
(4) Saya juga menyentuh isu PTPTN. Saya nyatakan bahawa pelaburan kerajaan kepada pembangunan modal insan merupakan sesuatu keuntungan kepada masa depan negara walaupun dari sudut jumlah wang, ia akan berkurangan. Dalam menghadapi ‘control damage’ ketika ini, saya mencadangkan kepada kerajaan agar menghapuskan kos pentadbiran secara keseluruhannya kerana ia bukan sahaja membebankan malah ia juga bertentangan dengan prinsip syara’. Saya juga mencadangkan supaya diberi lanjutan tempoh pembayaran dengan tawaran rebat dan diskaun yang sama sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 280.
(5) Isu dadah juga menjadi salah satu fokus saya semasa membentangkan bajet semalam. Saya menyarankan kerajaan menyemak semula rawatan pemulihan menggunakan dadah jenis Methadone. Walaupun ia mampu menghalang ketagihan seseorang kepada Heroin dan Morphin tetapi kesan tidak langsungnya ia tetap membawa keburukan kepada tubuh badan.
Saya mengesyorkan kepada kerajaan supaya meneliti kaedah terapi psikospiritual. Suatu kaedah terapi yang menyepadukan di antara terapi dan kekuatan rohani bagi membantu memulihkan para penagih.
Inilah asas utama kejayaan sebelum disertakan dengan bantuan lain seperti latihan-latihan keusahawanan sosial dan pembiayaan modal awalan yang dapat membantu para bekas penagih apabila mereka keluar kelak untuk mereka membina kehidupan baru yang lebih terjamin dan menjauhi diri dari terlibat semula ke kancah penagihan dadah.
(6) Isu terakhir adalah rayuan saya kepada pihak kerajaan agar dapat mempertimbangkan peruntukan segera untuk membina jalan raya bertingkat (fly over) di Bulatan Lemal dari Pasir Mas menuju ke Tanah Merah bagi menyelesaikan kesesakan teruk yang berlaku setiap hari, apatah pada hari cuti dan perayaan. Malah lebih mendesak, ia juga adalah jalan utama dari Kota Bharu menuju zon bebas cukai di Rantau Panjang. Maka, pembinaan tersebut dilihat sebagai salah satu langkah mengurangkan kesesakan yang sering menghantui pengguna jalan raya domestik dan pelancong dari luar yang menggunakan laluan tersebut.
Ada beberapa butiran lain yang tidak sempat saya bahaskan kerana kekangan masa pendek yang diberikan. Insya Allah saya tuliskan nanti sebagai maklumat bersama.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas
06 Muharram 1436H/30 Oktober 2014M
Sumber HD - 31-10-2014
Islam tanpa syariat
Islam tanpa syariat
Ya, ia adalah konspirasi musuh Islam antarabangsa.
Gerakan Islam yang istiqamah berjuang menegakkan agama dan syariat Islam mestilah dilumpuhkan. Di sisi mereka, inilah musuh Yahudi yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka.
Mereka telah lakukannya di Mesir. Sehebat mana Mursi memilih laluan demokrasi yang sempurna tetapi beliau telah menggunakannya untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil. Itu ditakuti barat. Justeru Mursi mesti ditumbangkan lebih awal sebelum auranya merebak ke seluruh dunia Islam.
Ikhwanul Muslim yang mengepalai perjuangan menegakkan syariat Islam hari ini dipenjarakan daripada aktif di laluan demokrasi besi.
Mereka juga telah melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan oleh fatwa para ulama muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Asad mestilah disekat kerana ia pasti akan berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.
Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti ISIS. Maka Syria hancur dan fitnah ugama berterusan memporak perandakan Syria, negara yang dipenuhi para ulama besar.
Mereka telah cuba menghancurkan HAMAS di Palestin. Bilionan wang ringgit telah dibelanjakan walaupun terpaksa menerima hakikat kekalahan kepada singa-singa Allah yang kian mendekati Baitul Maqdis.
Mereka sesekali tidak akan berputus asa. Perang di Palestin akan terus dicetuskan walaupun dengan alasan nyamuk sehinggalah mereka berjaya menghancurkan HAMAS.
Di Turki, mereka membenarkan Erdogan dan partinya bergerak dalam perjanjian yang mengikat. Tiada Syariat Islam dan tiada seruan ke arah itu. Tentera Turki yang jauh lebih sekular daripada tentera Mesir memerhati dengan tajam.
Di Yaman, Syeikh Abdul Majid Zindani dan parti Islahnya mesti ditumbangkan sebelum harum auranya memikat seluruh negara Yaman. Mereka membakar dan menghasut kumpulan Syiah Houthi Zaidiyah yang tidak pun dimusuhi oleh Syeikh Zindani agar memberontak dan menggempur Sana'a. Universiti sarat ilmu Syeikh digempur sedangkan kedutaan Amerika tidak pun disentuh walaupun slogan mereka adalah 'Maut buat Amerika'.
Begitulah perancangan jahat musuh Islam antarabangsa bagi menyekat kebangkitan Islam yang semakin diterima rakyat. Semuanya dilakukan samada secara perang memerangi pengganas atau lebih licik, menimbulkan fitnah ke atas gerakan Islam daripada dalam.
Misi mereka adalah menukar laungan perjuangan menegakkan syariat Islam kepada perjuangan Islam tanpa syariat.
Ya, mereka menerima hakikat umat Islam sedang kembali kepada ugama dan sedang meninggalkan pemikiran warisan penjajah yang sedang nazak bersama parti-parti politik mereka yang korup.
Tetapi mereka mesti melumpuhkan seruan ke arah Islam yang menyeluruh dan menggantikannya dengan Islam yang mereka boleh terima dan berkompromi dengannya. Maka dijaja projek Islam tanpa Syariat. Dijadikannya manis dan harum dengan seruan ke arah maqasid syariah yang bermatlamatkan keadilan buat semua.
Mereka bercakap mengenai keadilan untuk semua. Inilah Islam. Apa yang dilihat adil oleh mereka, maka itulah Islam walaupun ianya diukur sebaliknya oleh syariat Islam. Mereka bersedia dengan akalan untuk mentakwilkan maksud nas dan hukum ugama.
Akhirnya lenyaplah seruan ke arah syariah Islam yang merupakan maksud sebenar bicara mengenai Maqasid Syariah dan Siyasah Syar'eiyah.
Begitulah fitnah melanda gerakan Islam di seluruh dunia. Fitnah krisis identiti.
Di Malaysia, PAS konsisten berjuang menegakkan ugama di dalam negara. Mengekalkan kebaikan yang sudah sedia ada dan berjuang menyeru kepada syariat dan sistem Islam yang menyeluruh berpandukan al Quran dan al Sunnah yang tidak diimani atau diragui oleh pemerintah.
Itulah maksud sebenar Islam sebagai ugama persekutuan.
Ini telah merimaskan barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan BN yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang adalah cukup merimaskan.
PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam.
Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulamak PAS yang diketuai al Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai Presiden PAS.
Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH dan memperlekeh Majlis Syura Ulamak PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, YA.
Ahli dan pendukung PAS mestilah dalam kesedaran yang tinggi.
Selamat menyambut Eidul Adha. Semoga Allah menerima amal kita pada hari-hari 10 Zulhijjah yang agung ini.
Penulis ialah AJK PAS Pusat.
Sumber HD - 4-10-2014
Ya, ia adalah konspirasi musuh Islam antarabangsa.
Gerakan Islam yang istiqamah berjuang menegakkan agama dan syariat Islam mestilah dilumpuhkan. Di sisi mereka, inilah musuh Yahudi yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka.
Mereka telah lakukannya di Mesir. Sehebat mana Mursi memilih laluan demokrasi yang sempurna tetapi beliau telah menggunakannya untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil. Itu ditakuti barat. Justeru Mursi mesti ditumbangkan lebih awal sebelum auranya merebak ke seluruh dunia Islam.
Ikhwanul Muslim yang mengepalai perjuangan menegakkan syariat Islam hari ini dipenjarakan daripada aktif di laluan demokrasi besi.
Mereka juga telah melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan oleh fatwa para ulama muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Asad mestilah disekat kerana ia pasti akan berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.
Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti ISIS. Maka Syria hancur dan fitnah ugama berterusan memporak perandakan Syria, negara yang dipenuhi para ulama besar.
Mereka telah cuba menghancurkan HAMAS di Palestin. Bilionan wang ringgit telah dibelanjakan walaupun terpaksa menerima hakikat kekalahan kepada singa-singa Allah yang kian mendekati Baitul Maqdis.
Mereka sesekali tidak akan berputus asa. Perang di Palestin akan terus dicetuskan walaupun dengan alasan nyamuk sehinggalah mereka berjaya menghancurkan HAMAS.
Di Turki, mereka membenarkan Erdogan dan partinya bergerak dalam perjanjian yang mengikat. Tiada Syariat Islam dan tiada seruan ke arah itu. Tentera Turki yang jauh lebih sekular daripada tentera Mesir memerhati dengan tajam.
Di Yaman, Syeikh Abdul Majid Zindani dan parti Islahnya mesti ditumbangkan sebelum harum auranya memikat seluruh negara Yaman. Mereka membakar dan menghasut kumpulan Syiah Houthi Zaidiyah yang tidak pun dimusuhi oleh Syeikh Zindani agar memberontak dan menggempur Sana'a. Universiti sarat ilmu Syeikh digempur sedangkan kedutaan Amerika tidak pun disentuh walaupun slogan mereka adalah 'Maut buat Amerika'.
Begitulah perancangan jahat musuh Islam antarabangsa bagi menyekat kebangkitan Islam yang semakin diterima rakyat. Semuanya dilakukan samada secara perang memerangi pengganas atau lebih licik, menimbulkan fitnah ke atas gerakan Islam daripada dalam.
Misi mereka adalah menukar laungan perjuangan menegakkan syariat Islam kepada perjuangan Islam tanpa syariat.
Ya, mereka menerima hakikat umat Islam sedang kembali kepada ugama dan sedang meninggalkan pemikiran warisan penjajah yang sedang nazak bersama parti-parti politik mereka yang korup.
Tetapi mereka mesti melumpuhkan seruan ke arah Islam yang menyeluruh dan menggantikannya dengan Islam yang mereka boleh terima dan berkompromi dengannya. Maka dijaja projek Islam tanpa Syariat. Dijadikannya manis dan harum dengan seruan ke arah maqasid syariah yang bermatlamatkan keadilan buat semua.
Mereka bercakap mengenai keadilan untuk semua. Inilah Islam. Apa yang dilihat adil oleh mereka, maka itulah Islam walaupun ianya diukur sebaliknya oleh syariat Islam. Mereka bersedia dengan akalan untuk mentakwilkan maksud nas dan hukum ugama.
Akhirnya lenyaplah seruan ke arah syariah Islam yang merupakan maksud sebenar bicara mengenai Maqasid Syariah dan Siyasah Syar'eiyah.
Begitulah fitnah melanda gerakan Islam di seluruh dunia. Fitnah krisis identiti.
Di Malaysia, PAS konsisten berjuang menegakkan ugama di dalam negara. Mengekalkan kebaikan yang sudah sedia ada dan berjuang menyeru kepada syariat dan sistem Islam yang menyeluruh berpandukan al Quran dan al Sunnah yang tidak diimani atau diragui oleh pemerintah.
Itulah maksud sebenar Islam sebagai ugama persekutuan.
Ini telah merimaskan barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan BN yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang adalah cukup merimaskan.
PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam.
Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulamak PAS yang diketuai al Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai Presiden PAS.
Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH dan memperlekeh Majlis Syura Ulamak PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, YA.
Ahli dan pendukung PAS mestilah dalam kesedaran yang tinggi.
Selamat menyambut Eidul Adha. Semoga Allah menerima amal kita pada hari-hari 10 Zulhijjah yang agung ini.
Penulis ialah AJK PAS Pusat.
Sumber HD - 4-10-2014
Kenaikan harga minyak: Meruntuh nilai manusiawi
ISLAM telah menetapkan pengurusan ekonomi yang lebih tersusun bermatlamat untuk memastikan sumber hasil alam dapat dikongsi oleh semua manusia dengan sejahtera. Pengurusan sumber ekonomi mesti berdasarkan konsep ketelusan dan amanah yang tinggi bagi memastikan aturan ekonomi dapat berlaku dengan baik.
Ekonomi negara kita hari ini berada dalam keadaan simpang siur. Bermula dari sumber pendapatan negara hasil dari hutang dan cukai yang menekan kehidupan rakyat sehinggalah kepada ketirisan, pembaziran dan ketidakefisyenan pengurusan perbelanjaan negara. Daripada kebobrokan ideologi sistem kapitalisma sehingga kebobrokan pengurusan ekonomi. Segala-galanya rosak dan terus merosak!
Sistem ekonomi ciptaan manusia ini mengikis sifat kemanusiaan. Ekonomi hanya berkiblatkan material. Keuntungan maksimum adalah matlamat utama. Akhirnya ia merosakkan manusia yang berkejar ke arahnya dan mematikan perasaan kasih dan sayang terutama kepada golongan fakir dan miskin.
Inilah yang sedang membarah di dalam negara kita hari ini. Kenaikan harga minyak petrol RON95 dan Diesel yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan mudahnya sifat rahmat sesama manusia terhakis daripada kerajaan kita. Ini bukanlah pertama kali kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api ini yang memberikan kesan berantai kepada barangan dan perkhidmatan yang lain secara tidak langsung.
Hutang kerajaan hari ini berada pada paras yang bahaya melebihi separuh dari saiz ekonomi negara yang ditunjukkan dengan nilai KDNK negara. Kerajaan dilihat begitu terdesak untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih bagi menampung perbelanjaan mengurus negara yang bocor dan sudah tidak mampu ditampung.
Dalam keadaan begini, kerajaan sanggup menjadikan rakyat mangsa keadaan.
Ketika kos sara hidup yang membengkak, pengangguran yang meningkat, industri perumahan yang terus mengembung, kebanjiran pekerja asing, kurangnya tenaga kerja mahir tempatan, kerajaan sewenangnya meningkatkan lagi masalah ekonomi kepada rakyat. Pengurusan ekonomi negara semakin bertambah kusut.
Pengaruh sikap dalam pengurusan ekonomi negara juga tidak diambil perhatian, tetapi apabila diselidiki kemelut ekonomi negara yang berlaku hari ini, rata-rata akan meletakkan punca utama daripada masalah yang berlaku adalah disebabkan masalah sikap termasuk pembaziran, tiris dan sebagainya.
Ekonomi Islam tidak hanya membincangkan soal angka dan nombor, tidak hanya pada bentuk kejayaan material tetapi melengkapi soal kepercayaan kepada pembalasan di hari akhirat dan keutamaan kepada kebajikan sosial masyarakat. Perkara ini bukanlah perbincangan utama dalam sistem ekonomi yang diamalkan hari ini. Malah, ekonomi hari ini tidak meletakkan keutamaan kepada kebajikan masyarakat miskin dan fakir sepertimana prinsip yang ditegakkan oleh Islam. Kesannya, polisi kerajaan terhadap subsidi dan sebagainya tidak pernah melihat kepada kebajikan golongan tersebut.
Segala-galanya semakin merosak dan apabila sampai masanya, kerosakan itu akan sampai kepada kemuncaknya.
Adakah kita hanya akan menunggu sehingga kerosakan itu menjadi terlalu sukar untuk dipulihkan? Sudah terhantuk baru terngadah.
Islam datang untuk membina, bukan hanya untuk dipanggil saat negara berhadapan kemelut nazak ekonomi.
Negara kita memiliki kepakaran dan kesarjanaan tinggi dalam pengurusan ekonomi Islam. Kerajaan mestilah memiliki keinginan dan azam yang tinggi untuk berubah. Atau, jika tidak, kerajaan berhadapan kemarahan rakyat dan berakhir dengan kejatuhan yang mereka sendiri ciptakan. – HARAKAHDAILY 3/10/2014
Penulis ialah Ahli Parlimen Pasir Mas.
Sumber HD - 3-10-2014
Ekonomi negara kita hari ini berada dalam keadaan simpang siur. Bermula dari sumber pendapatan negara hasil dari hutang dan cukai yang menekan kehidupan rakyat sehinggalah kepada ketirisan, pembaziran dan ketidakefisyenan pengurusan perbelanjaan negara. Daripada kebobrokan ideologi sistem kapitalisma sehingga kebobrokan pengurusan ekonomi. Segala-galanya rosak dan terus merosak!
Sistem ekonomi ciptaan manusia ini mengikis sifat kemanusiaan. Ekonomi hanya berkiblatkan material. Keuntungan maksimum adalah matlamat utama. Akhirnya ia merosakkan manusia yang berkejar ke arahnya dan mematikan perasaan kasih dan sayang terutama kepada golongan fakir dan miskin.
Inilah yang sedang membarah di dalam negara kita hari ini. Kenaikan harga minyak petrol RON95 dan Diesel yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan mudahnya sifat rahmat sesama manusia terhakis daripada kerajaan kita. Ini bukanlah pertama kali kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api ini yang memberikan kesan berantai kepada barangan dan perkhidmatan yang lain secara tidak langsung.
Hutang kerajaan hari ini berada pada paras yang bahaya melebihi separuh dari saiz ekonomi negara yang ditunjukkan dengan nilai KDNK negara. Kerajaan dilihat begitu terdesak untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih bagi menampung perbelanjaan mengurus negara yang bocor dan sudah tidak mampu ditampung.
Dalam keadaan begini, kerajaan sanggup menjadikan rakyat mangsa keadaan.
Ketika kos sara hidup yang membengkak, pengangguran yang meningkat, industri perumahan yang terus mengembung, kebanjiran pekerja asing, kurangnya tenaga kerja mahir tempatan, kerajaan sewenangnya meningkatkan lagi masalah ekonomi kepada rakyat. Pengurusan ekonomi negara semakin bertambah kusut.
Pengaruh sikap dalam pengurusan ekonomi negara juga tidak diambil perhatian, tetapi apabila diselidiki kemelut ekonomi negara yang berlaku hari ini, rata-rata akan meletakkan punca utama daripada masalah yang berlaku adalah disebabkan masalah sikap termasuk pembaziran, tiris dan sebagainya.
Ekonomi Islam tidak hanya membincangkan soal angka dan nombor, tidak hanya pada bentuk kejayaan material tetapi melengkapi soal kepercayaan kepada pembalasan di hari akhirat dan keutamaan kepada kebajikan sosial masyarakat. Perkara ini bukanlah perbincangan utama dalam sistem ekonomi yang diamalkan hari ini. Malah, ekonomi hari ini tidak meletakkan keutamaan kepada kebajikan masyarakat miskin dan fakir sepertimana prinsip yang ditegakkan oleh Islam. Kesannya, polisi kerajaan terhadap subsidi dan sebagainya tidak pernah melihat kepada kebajikan golongan tersebut.
Segala-galanya semakin merosak dan apabila sampai masanya, kerosakan itu akan sampai kepada kemuncaknya.
Adakah kita hanya akan menunggu sehingga kerosakan itu menjadi terlalu sukar untuk dipulihkan? Sudah terhantuk baru terngadah.
Islam datang untuk membina, bukan hanya untuk dipanggil saat negara berhadapan kemelut nazak ekonomi.
Negara kita memiliki kepakaran dan kesarjanaan tinggi dalam pengurusan ekonomi Islam. Kerajaan mestilah memiliki keinginan dan azam yang tinggi untuk berubah. Atau, jika tidak, kerajaan berhadapan kemarahan rakyat dan berakhir dengan kejatuhan yang mereka sendiri ciptakan. – HARAKAHDAILY 3/10/2014
Penulis ialah Ahli Parlimen Pasir Mas.
Sumber HD - 3-10-2014
Ulama dan ahli politik
SEORANG ulama akan menumpukan segala usahanya untuk mencapai ketepatan hukum dan keredhaan tuhannya. Seorang ahli politik pula akan menumpukan usahanya untuk mencapai kemenangan dan kekuasaan. Itu tugas mereka.
Siasah Syar'ieyah adalah ilmu dan kaedah yang dipakai untuk mencapai kemenangan dan kekuasaan yang diimpikan oleh ahli politik di samping ia juga menepati hukum syariah yang menjadi tumpuan ijtihad para ulamak. Itu tugas ilmu ini.
Justeru seorang ahli politik muslim mestilah bergerak di atas landasan Siasah Syar'ieyah. Pada saat dia memperoleh kemenangan, dia juga akan memperolehi redha tuhannya. Malah, tanpa kemenangan pun, dia tetap menang dengan memperoleh redha Allah.
Mencapai kemenangan bukanlah kerja mudah. Mencapai ketepatan hukum juga tidak mudah. Kedua-duanya menuntut disiplin yang tinggi. Tetapi jika dibandingkan, untuk menepati ketepatan hukum ugama, ia jauh lebih sukar.
Untuk memudahkan anda faham, mari kita ambil satu kaedah barat yang masyhur iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.
Orang politik akan gunakan apa sahaja cara demi mencapai matlamatnya menuju kekuasaan. Manakala seorang ulama akan berhenti dan memilih pakai cara yang halal dan diizinkan oleh syarak sahaja. Lihat, perbezaan ini menyebabkan ulamak akan bergerak lebih cermat dan tidak gopoh berbanding ahli politik.
Adakah dengan kes seperti di atas, maka ulama dan ahli politik akan sentiasa bertembung dan sukar bertemu? Dengan erti, adakah akan wujud jurang yang besar di antara ulamak dan ahli politik? Atau istilah yang biasa digunakan hari ini adalah pertembungan di antara golongan ulamak dan golongan profesional?
Ya, kelihatan zahirnya begitulah. Tetapi tahukah anda, ilmu Siasah Syar'ieyah sebenarnya adalah penyelesaian?
Bagaimana?
Caranya, para ulamak yang terlibat dengan dunia politik mestilah mahir ilmu ini. Begitu juga, para politikus profesional muslim juga mestilah belajar ilmu Siasah Syar'ieyah dengan lebih tekun.
Ilmu ini bertindak menyatukan ahli politik muslim yang datang daripada pelbagai latar belakang.
Oleh sebab ilmu ini adalah dalam disiplin dan bidang agama, maka golongan profesional mungkin akan lebih sukar untuk menguasai ilmu ini secara cepat berbanding golongan ulamak. Mereka telah pun menguasai asas-asas awal disiplin ugama.
Tetapi tahukah anda, golongan ulamak juga akan sukar menghadam ilmu ini jika mereka gagal memenuhi syarat-syarat utamanya.
Ilmu Siasah Syar'ieyah bukanlah calang-calang. Kelihatannya mudah, hakikatnya agak sukar saat mengaplikasikannya. Bayangkan, aplikasinya adalah di medan siasah. Medan siasah itu sendiri cukup sukar dan menakutkan. Ia bukan soal hukum agama yang berkaitan kekeluargaan, nikah kahwin, pendidikan atau perniagaan. Ia soal politik. Sebut politik pun dah menyerabutkan bukan?!
Mari kita ulang, ilmu ini tujuannya memudahkan kemenangan Islam dan pelaksanaan sistemnya dalam pemerintahan dan kehidupan. Ia adalah jambatan memudahkan dua yang payah. Payah menang dan payah tepati hukum. Banyak mana kemenangan yang terhasil daripada perlanggaran terhadap hukum ugama dan meminggirkan amanah ugama sesudah kemenangan dicapai. Banyak mana juga kemenangan Islam menjadi lambat dan disia-siakan akibat berpegang pada hukum yang tidak menepati ilmu Siyasah Syar'ieyah.
Ilmu Siasah Syar'ieyah membincangkan tiga pokok utama.
Pertama, memahami sumber hukum agama yang luas. Bermula dengan ilmu al-Qur'an dan hadis sebagai rujukan utama, ilmu ini juga memahirkan kita di dalam menguasai aplikasi sumber hukum seterusnya seperti masalih mursalah, istihsan dan sebagainya.
Ia turut menuntut kemahiran dalam pelbagai ilmu kaedah pengeluaran hukum seperti usul fiqh, qawa'id fiqhiyah, maqasid syar'ieyah dan pelbagai bidang fiqhiyyaat yang rencam.
Kedua, memahami waqi' atau medan kehidupan manusia yang menjadi tempat pelaksanaan hukum.
Ilmu ini menuntut pengetahuan yang teliti tentang sunnah pembinaan masyarakat dan negara dalam jatuh bangunnya. Memahami 'trend' dan aliran semasa dalam masyarakat adalah cukup penting di dalam memastikan kejayaan politik Islam.
Ketiga, memastikan penggunaan nas dan dalil agama pada tempat dan waqi' yang betul. Menurunkan nas langit berpijak di bumi nyata sehingga ternyata keberkesanan hukum agama di dalam kehidupan.
Penerokaan terhadap pelbagai ilmu fiqhiyyat amat diperlukan di saat ini agar nas-nas yang ada terurus dengan bijak dan menyeluruh saat dipadankan dengan waqi' semasa.
Justeru sehebat mana kita berpolitik, kita terpaksa akur, demi nilai amalan yang diredhai Allah, kita perlu tunduk kepada petunjuk nas dan hukum agama yang mesti difahami sebaiknya. Begitu juga, sehebat mana ilmu agama kita, kita mesti memahami isu-isu masyarakat agar tasawwur terhadap sesuatu sebelum berhukum adalah jelas.
Justeru dalam politik Islam, kemahiran dalam fiqh politik menjadikan parti-parti politik Islam perlulah cermat, bebas daripada tarikan politik dunia dan bersedia untuk sentiasa istiqamah dengan petunjuk ugama walaupun berhadapan pelbagai cabaran.
Semakin kita mendekati sunnah, semakin kemenangan yang benar merapati kita. – HARAKAHDAILY 20/9/2014
Sumber HD - 20-9-2014
Haji: Selamat berangkat dan jangan lupakan Aqsa
SELAMAT keberangkatan dipenuhi barakah dan rahmat-Nya yang luas buat seluruh anggota jamaah haji negara yang akan menunaikan kefardhuan ibadah haji pada tahun ini.
Penerbangan pertama yang bermula awal pagi tadi sungguh menarik dan menenangkan apabila ia seperti mengiringi sambutan kemenangan jihad umat Islam di bumi #Gaza dan Palestin yang penuh barakah seperti halnya tanah suci Mekah dan Madinah.
Kita mengimpikan kebebasan tanah suci al-Aqsa sebagaimana bebasnya tanah suci Mekah dan Madinah agar kita mampu dan bebas beribadah kepada Allah di ketiga-tiga masjid dan tanah suci tersebut.
Perkataan 'Khadimul Haramain' yang menjadi gelaran untuk penguasa di Arab Saudi adalah amat mencacatkan jika tiada usaha daripada penguasa itu untuk pembebasan bumi suci ketiga yang telah diulang sebut di dalam al-Quran dan al Sunnah berulang kali yang mengisyaratkan kewajiban dan tanggung jawab umat ke atasnya, serta kesatuan bumi tersebut untuk dijaga dan dijadikan tempat ibadah umat paling berprestij di sisi ugama.
Impian kita itu adalah satu kewajiban. Kini, HAMAS berada di barisan depan umat berjuang membebaskan al-Aqsa dengan segala kepunyaan mereka termasuk nyawa dan diri daripada penjajahan Yahudi laknatullah. Manakala kita dan seluruh umat mestilah membantu mereka sebagai pembantu yang teguh dan benar. Selain doa, kita wajib menyumbang harta agar pejuang dan rakyat Gaza yang terkepung terus gagah menempuh jihad yang penuh cabaran dan ujian daripadaNya itu.
Justeru kemenangan HAMAS di medan perang dan di meja rundingan yang diisytiharkan malam semalam adalah cukup manis untuk disyukuri. Perang 50 hari menghancur leburkan bangunan-bangunan di bumi Gaza, tetapi kemenangan bukan diukur pada jumlah kehancuran dan kematian, tetapi ia diukur pada matlamat perang yang berjaya dicapai.
HAMAS dan rakyat Palestin kini diambang memperoleh kebebasan yang menjadi hak mereka dan seluruh kehidupan manusia. Manakala Israel kini ditimpa malu dan kehinaan yang mencomot hitamkan wajah bongkak dan ego mereka di mata dunia. Semoga Allah terus menjaga jihad benar dan suci di bumi Palestin.
Justeru saat umat Islam memasuki musim haji yang bermula kini, alangkah indahnya disyukuri nikmat kemenangan ini.
Ibadah haji adalah lambang kebebasan sebagaimana ia juga adalah lambang pengabdian. Saat umat Islam bersatu hati, pakaian, bumi dan manasik haji mempersembahkan pengabdian paling tulus kepada Allah, ia juga bermaksud mengisytiharkan pembebasan diri dan umat daripada ketundukan dan pengabdian kepada selain Allah. Umat Islam adalah umat yang bebas daripada segala selain Allah.
Malangnya, realitinya umat ini adalah sebaliknya. Mereka masih belum bebas, bahkan lebih parah, masih belum sempurna pengabdian diri mereka kepada Allah.
Umat Islam dikepung oleh musuhnya daripada pelbagai sudut dan medan. Mereka dipaksa menerima sistem politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan pemikiran yang bercanggah dengan dasar tauhid. Itulah nasib dan realiti umat kini.
Justeru kebangkitan umat adalah satu tuntutan dan kefardhuan.
Semoga ibadah haji menjadi pencetus yang hebat. Semoga jihad agung di bumi Palestin juga menjadi pencetus yang hebat.
Semoga anggota jamaah haji Malaysia dan seluruh umat Islam yang akan menunaikan kewajiban ibadah haji pulang dengan haji mabrur dan mendapat keredhaan Allah yang tertinggi. – HARAKAHDAILY 28/8/2014
Sumber HD - 28-8-2014
Penerbangan pertama yang bermula awal pagi tadi sungguh menarik dan menenangkan apabila ia seperti mengiringi sambutan kemenangan jihad umat Islam di bumi #Gaza dan Palestin yang penuh barakah seperti halnya tanah suci Mekah dan Madinah.
Kita mengimpikan kebebasan tanah suci al-Aqsa sebagaimana bebasnya tanah suci Mekah dan Madinah agar kita mampu dan bebas beribadah kepada Allah di ketiga-tiga masjid dan tanah suci tersebut.
Perkataan 'Khadimul Haramain' yang menjadi gelaran untuk penguasa di Arab Saudi adalah amat mencacatkan jika tiada usaha daripada penguasa itu untuk pembebasan bumi suci ketiga yang telah diulang sebut di dalam al-Quran dan al Sunnah berulang kali yang mengisyaratkan kewajiban dan tanggung jawab umat ke atasnya, serta kesatuan bumi tersebut untuk dijaga dan dijadikan tempat ibadah umat paling berprestij di sisi ugama.
Impian kita itu adalah satu kewajiban. Kini, HAMAS berada di barisan depan umat berjuang membebaskan al-Aqsa dengan segala kepunyaan mereka termasuk nyawa dan diri daripada penjajahan Yahudi laknatullah. Manakala kita dan seluruh umat mestilah membantu mereka sebagai pembantu yang teguh dan benar. Selain doa, kita wajib menyumbang harta agar pejuang dan rakyat Gaza yang terkepung terus gagah menempuh jihad yang penuh cabaran dan ujian daripadaNya itu.
Justeru kemenangan HAMAS di medan perang dan di meja rundingan yang diisytiharkan malam semalam adalah cukup manis untuk disyukuri. Perang 50 hari menghancur leburkan bangunan-bangunan di bumi Gaza, tetapi kemenangan bukan diukur pada jumlah kehancuran dan kematian, tetapi ia diukur pada matlamat perang yang berjaya dicapai.
HAMAS dan rakyat Palestin kini diambang memperoleh kebebasan yang menjadi hak mereka dan seluruh kehidupan manusia. Manakala Israel kini ditimpa malu dan kehinaan yang mencomot hitamkan wajah bongkak dan ego mereka di mata dunia. Semoga Allah terus menjaga jihad benar dan suci di bumi Palestin.
Justeru saat umat Islam memasuki musim haji yang bermula kini, alangkah indahnya disyukuri nikmat kemenangan ini.
Ibadah haji adalah lambang kebebasan sebagaimana ia juga adalah lambang pengabdian. Saat umat Islam bersatu hati, pakaian, bumi dan manasik haji mempersembahkan pengabdian paling tulus kepada Allah, ia juga bermaksud mengisytiharkan pembebasan diri dan umat daripada ketundukan dan pengabdian kepada selain Allah. Umat Islam adalah umat yang bebas daripada segala selain Allah.
Malangnya, realitinya umat ini adalah sebaliknya. Mereka masih belum bebas, bahkan lebih parah, masih belum sempurna pengabdian diri mereka kepada Allah.
Umat Islam dikepung oleh musuhnya daripada pelbagai sudut dan medan. Mereka dipaksa menerima sistem politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan pemikiran yang bercanggah dengan dasar tauhid. Itulah nasib dan realiti umat kini.
Justeru kebangkitan umat adalah satu tuntutan dan kefardhuan.
Semoga ibadah haji menjadi pencetus yang hebat. Semoga jihad agung di bumi Palestin juga menjadi pencetus yang hebat.
Semoga anggota jamaah haji Malaysia dan seluruh umat Islam yang akan menunaikan kewajiban ibadah haji pulang dengan haji mabrur dan mendapat keredhaan Allah yang tertinggi. – HARAKAHDAILY 28/8/2014
Sumber HD - 28-8-2014
Takdir Allah itu manis untuk diimani
Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor diangkat oleh Allah tatkala berada di puncak persembahannya.
Dihantar pula TGHH untuk memimpin dan menyambut kemenangan 2008/13 selain bangkit daripada 2004.
Kemenangan itu, hujungnya adalah menagih sabar sebagaimana ia juga seawalnya adalah memanjat syukur.
Jikalah Ustaz Fadhil Mohd Nor memimpin hari ini, pada fitnah hari ini, pasti sinar bintangnya akan kelam dan turun dari kemuncaknya. Itu bukan baik untuknya dan jamaah.
Jikalah TGHH tiada hari ini, pasti fitnah akan lebih melata dalam PAS ketika sedang berbahtera bersama PR.
TGHH satu ketika dianggap lemah kerana tiada berani berkeputusan dan pada ketika yang lain dianggap pula keras sampai istilah 'veto' digunakan.
Begitulah tarik tali ulama yang memimpin di hadapan fitnah yang sedia memakan dan memamah.
Benarlah, takdir itu manis untuk diimani.
Dihantar ulama untuk memimpin zamannya. Bukan untuk ditunggu kehadirannya sebelum masanya atau dibangkitkan kembali dari kuburnya selepas berlalu masanya.
Sesiapa yang mengimpikan kehadiran ulama yang telah pergi pada kemuncaknya, sungguhlah, dia tidak menikmati kemanisan takdir-Nya.
Dia akan dijentik takdir.
Maka bersyukurlah dengan ulama yang sedang memimpin perjuangan ini.
Agama dan perjuangan ini dipimpin oleh hati yang sejahtera dengan taqwa, bukan oleh lidah yang manis dengan kata-kata.- HARAKAHDAILY 11/8/2014
Sumber HD - 11-8-2014
Dihantar pula TGHH untuk memimpin dan menyambut kemenangan 2008/13 selain bangkit daripada 2004.
Kemenangan itu, hujungnya adalah menagih sabar sebagaimana ia juga seawalnya adalah memanjat syukur.
Jikalah Ustaz Fadhil Mohd Nor memimpin hari ini, pada fitnah hari ini, pasti sinar bintangnya akan kelam dan turun dari kemuncaknya. Itu bukan baik untuknya dan jamaah.
Jikalah TGHH tiada hari ini, pasti fitnah akan lebih melata dalam PAS ketika sedang berbahtera bersama PR.
TGHH satu ketika dianggap lemah kerana tiada berani berkeputusan dan pada ketika yang lain dianggap pula keras sampai istilah 'veto' digunakan.
Begitulah tarik tali ulama yang memimpin di hadapan fitnah yang sedia memakan dan memamah.
Benarlah, takdir itu manis untuk diimani.
Dihantar ulama untuk memimpin zamannya. Bukan untuk ditunggu kehadirannya sebelum masanya atau dibangkitkan kembali dari kuburnya selepas berlalu masanya.
Sesiapa yang mengimpikan kehadiran ulama yang telah pergi pada kemuncaknya, sungguhlah, dia tidak menikmati kemanisan takdir-Nya.
Dia akan dijentik takdir.
Maka bersyukurlah dengan ulama yang sedang memimpin perjuangan ini.
Agama dan perjuangan ini dipimpin oleh hati yang sejahtera dengan taqwa, bukan oleh lidah yang manis dengan kata-kata.- HARAKAHDAILY 11/8/2014
Sumber HD - 11-8-2014
No comments:
Post a Comment