RIYADH: Pemberontak Houthi Yemen melancarkan serangan peluru berpandu balistik di Arab Saudi tetapi ia berjaya dipintas dekat kota suci Mekah, menurut tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi, Jumaat. Tentera bersekutu Arab Saudi telah melancarkan operasi mengebom pemberontak Houthi sejak Mei tahun lalu. Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot untuk memusnahkan misil pemberontak tersebut. Tentera bersekutu berkata, pemberontak Houthi melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Mekah petang kelmarin dari kubu kuat mereka di wilayah Saada, berhampiran sempadan Arab Saudi-Yemen. “Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan" kata kenyataan tersebut. Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jedah, lapangan terbang tersibuk negara itu. Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh. Kota suci Mekah terletak lebih 500 kilometer dari sempadan Arab Saudi-Yemen. Ini kali kedua pada bulan ini pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu pada jarak sebegitu jauh. Pada 9 Oktober lalu, pakatan tentera Arab Saudi menyatakan, pihaknya memintas sebuah peluru berpandu dekat Taif, lokasi pangkalan udara Arab Saudi yang terletak sekitar 65 kilometer dari Mekah. Sumbeer TKO - 29-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Masjidil Haram dari masa ke masahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43030-masjidil-haram-dari-masa-ke-masa Dibina oleh Nabi Ibrahim dan Ismail alihima salam, Masjidil Haram dan kota Makkah Al-Mukaromah terus mengalami perubahan sesuai dengan zaman, termasuk di antaranya perluasan kompleks masjid dan pembangunan Makkah Royal Clock Tower di era Kerajaan Arab Saudi ketika ini. Lalu bagaimana penampakan Masjidil Haram 1 abad lalu? Berikut dokumentasi untuk anda: Gambar foto pertama adalah suasana Masjidil Haram di tahun 1889 Masehi. Foto ini diambil pada tarikh 18 Julai. 18th July 1889: Crowds gathered on a pilgrimage at the Kaaba, the birthplace of Mohammed, Makkah. (Photo by Hulton Archive / Getty Images) Foto kedua diambil pada bulan Mac tahun 1933, satu tahun selepas penubuhan Kerajaan Arab Saudi. March 1933: The sacred Black Stone situated in the Kaaba (House of God) near the centre of the Great Mosque in Mecca. According to Muslim tradition pilgrims who can gain access to it kiss the stone whilst performing the hajj. (Photo by Central Press / Getty Images) Gambar ketiga diambil pada tahun 1954, di mana kita boleh menyaksikan gambar berwarna. Gambar keempat adalah proses perbaikan dan perluasan Masjidil Haram yang dilakukan Kerajaan Arab Saudi sejak berdiri. Dan gambar kelima adalah foto Ajyad Castle yang dibina oleh Dinasti Uthmaniyyah pada abad kelapan belas untuk melindungi Kaabah. Perlu diketahui bahawa umat Islam di era kelahiran tahun 90-an ke atas jarang mengetahui tentang Ajyad Castle. Pada tahun 2002 Kerajaan Arab Saudi memutuskan menghancurkan Ajyad Castle dan perbukitannya, sebagai sebahagian daripada projek perluasan Masjidil Haram seperti yang kita lihat pada masa ini. (Cnnarabic/Ram) Sumber HD- 29-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Jalan kaki jauh ke pusat Imigresen Jeddahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42642-jalan-kaki-jauh-ke-pusat-imigresen-jeddah JEDDAH: Jemaah haji yang dalam perjalanan pulang ke tanah air terpaksa berjalan jauh sebelum dapat cop pasport. Bermula dari tempat transit sementara selepas turun dari bas jemaah haji terpaksa berjalan kaki ke kompleks Imigresen. Ramai jemaah haji dalam kalangan warga emas mengeluh panjang apabila terpaksa menarik beg ke tempat yang agak jauh. Lebih malang pula mereka terpaksa beratur panjang sebelum dapat melepasi pemeriksaan Imigresen Arab Saudi jam 1 pagi tadi. Kesesakan begitu ketara apabila jemaah haji Malaysia terpaksa berkongsi terminal tempat pemeriksaan barangan dengan jemaah haji dari Afrika. Hanya satu mesin pengimbas digunakan sehingga menyebabkan jemaah haji terpaksa beratur panjang. Jemaah haji terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat melepasi kaunter pengimbas. Jemaah haji diarah membuat empat barisan iaitu dua Malaysia dan dua Afrika sebelum dapat melewati mesin pengimbas. Biar pun terdapat dua mesin pengimbas namun hanya sebuah yang digunakan. Malah jemaah haji wanita dilakukan pemeriksaan badan dengan lebih teliti. Kesesakan terminal menyebabkan jemaah haji menunaikan solat Subuh di celah-celah orang ramai. – HARAKAHDAILY 28/9/2016 Sumber HD - 28-9-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Peragut cuba dekati jemaah haji wanitahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42622-peragut-cuba-dekati-jemaah-haji-wanita MAKKAH: Penduduk tempatan di sini menasihatkan jemaah haji lebih berwaspada terhadap beg sangkut yang dibawa. Ini kerana menurutnya beg tersebut mudah menjadi sasaran mrereka yang tidak bertanggungjawab terutamanya ketika berlaku kesesakan. Menurutnya ada pihak mengambil peluang menyelup beg yang disandang terutamanya jemaah wanita ketika berlaku kesesakan dalam perjalanan ke Masjidilharam. "Tidak sesuai gantung beg di bahagian belakang kerana ia memudahkan orang menyeluk. "Mereka yang tidak bertanggungjawab itu memilih tempat yang sesak untuk menyeluk beg yang dibawa wanita," katanya di sini. Oleh itu beliau menasihatkan beg sangkut diletak di bahagian hadapan ketika berjalan. Seorang jemaah haji wanita pula mendakwa beliau cuba didekati seorang wanita berpurdah ketika berjalan ke masjid baru baru ini. Katanya wanita itu dipercayai berkulit gelap cuba mendekatinya ketika suasana sesak. "Selepas saya perasan tindakan wanita itu saya beredar cepat cepat ke tempat lain. " Pada awalnya dia cuba ikut namun saya berselindung di celah celah orang ramai," katanya. Sementara itu difahamkan berlaku kejadian ragut di terowong menuju ke Masjidilharam dari al Misfalah baru baru ini. Kejadian itu dikatakan melibatkan seorang jemaah haji Malaysia sehingga dikatakan berlaku kehilangan beg dibawa. Terowong tersebut agak sunyi digunakan jemaah haji Malaysia yang menginap di Hotel Land Premium sebagai laluan singkat ke Masjidilharam. – HARAKAHDAILY 26/9/2016 Sumber HD - 26-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Karpet di Masjilharam dipasang semulahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42609-karpet-di-masjilharam-dipasang-semula MAKKAH: Jemaah di Masjidilharam boleh menunaikan solat dengan lebih selesa selepas karpet yang digulung sebelum Aidiladha kini dibuka semula. Awal pagi tadi petugas petugas masjid memunggah dan memasang semula karpet di ruang solat di aras satu masjid. Ada kalangan mereka memikul memikul dan mengusung karpet ke ruang solat tersebut sebelum Subuh tadi. Setiap karpet tersebut sepanjang lima meter dihampar semula selepas digulung sebelum Aidiladha. Kesemua aras ruang solat masjid tersebut setinggi tiga tingkat kecuali bawah tanah dan bumbung dipasang karpet tebal. Kebanyakan jemaah sebelum ini membawa sejadah bagi mengurangkan hawa sejuk tempat solat. Marmar lantai masjid agak sejuk memandang penghawa dingin dipasang sepanjang masa. Malah hawa sejuk penghawa dingin boleh dirasai ketika berada berhampiran pintu di ruang luar masjid. Kebanyakan bangunan di sini tidak menutup pintu dan membiarkan hawa pendingin keluar. Sementara itu kelainan yang dapat disaksikan di sini apabila ada bas yang menyediakan perkhidmatan seperti "kereta sapu". Bas terbabit yang diparkir tidak jauh dari Masjidilharam memasang speaker kecil bagi memaklumkan perkhidmatan kepada orang ramai. Bas tersebut menyediakan perkhidmatan ke Jeddah dan Madinah. Pemandunya menanyakan setiap orang melalui kawasan berhampirannya sama ada hendak ke Jeddah atau Madinah. Begitu juga pemandu teksi dan kenderaan pelbagai guna (MPV) akan melaungkan perkataan "Madii...nah" atau "Je...ddaah". - HARAKAHDAILY 25/9/2016 Sumber HD - 25-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Internet di Masjidilharam berkelajuan tinggihttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42580-internet-di-masjidilharam-berkelajuan-tinggi MAKKAH: Mungkin agak berbeza dengan negara kita yang kemudahanna internet agak ketinggalan, sedangkan di sini kemudahan 4G disediakan. Penyedia perkhidmatan telefon mudah alih menyediakan kemudahan pemancaran dijarak yang dekat. Misalnya di kawasan Masjidilharam kedudukan peralatan pemancaran hanya sekitar 100 meter antara satu sama lain. Malah ia dibina dengan tiang lebih rendah tanpa menggunakan menara tinggi seperti di Malaysia. Di sini dua penyedia kemudahan telefon mudah alih popular iaitu Zain dan Mobily. Masing-masing syarikat itu menawarkan pakej istimewa sempena musim haji sekarang. Misalnya Zain menawarkan 5 GB untuk tempoh 30 hari dengan harga SR80. Manakala 10 GB pula untuk tempoh 90 hari ditawar dengan harga SR130. Kemudahan alat pemancar juga boleh ditemui di mana-mana termasuk di Madinah, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Biarpun kerajaan Malaysia sudah lama menguar-uarkan mahu menyedia kemudahan tinggi berkelajuan tinggi, namun ia agak ketinggalan berbanding di sini. Sementara itu rata-rata jemaah haji mengambil kesempatan membeli belah sebelum pulang ke tanah air. Deretan kedai di kiri kanan jalan menuju ke Masjidilharam sibuk mempromosi harga istimewa. Antara produk yang menjadi pilihan ramai iaitu jubah, sejadah, tasbih, beg dan pelbagai lagi. Bagaimanapun kerancakkan urusniaga agak berkurangan berbanding sebelum ini memandang sudah ramai jemaah pulang ke negara masing-masing. – HARAKAHDAILY 22/9/2016 Sumber HD - 22-9-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jemaah haji nikmati aiskrim rai hari kelahiranhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42574-jemaah-haji-nikmati-aiskrim-rai-hari-kelahiran MAKKAH: Biarpun berada di negara asing namun ada jemaah haji dirai rakan-rakan sempena ulangtahun kelahirannya. Abdul Rahman Ab Ghafar dari Kadok, Kelantan hari genap usianya ke-66. Beliau diraikan rakan-rakan sebilik di tingkat 11 Hotel Land Premium di Al Misfalah. Apa yang menarik Abdul Rahman dan rakan-rakan menikmati keenakan aiskrim Makkah. Abdul Rahman yang mempunyai 12 anak datang ke sini bersama isterinya, seorang usahawan tani, tidak menyangka diraikan rakan-rakan sebilik. Antaranya pensyarah, guru, bekas kakitangan awam dan pencen tentera yang meraikan Abdul Rahman. Abdul Rahman berkata beliau terharu diraikan rakan-rakan sempena ulangtahun kelahirannya. "Biar pun sekadar aiskrim namun ia mempunyai makna yang cukup besar bagi saya," katanya. Sementara itu bilangan jemaah haji yang bertolak pulang ke tanah air semakin meningkat. Penerbangan pulang awal di Maktab 88, 89 dan 90 di Hotel Land Premium bermula Sabtu lepas. Jemaah haji dibawa ke lapangan terbang di Jeddah pada sebelah petang sehari sebelum berlepas. Mereka terpaksa bermalam di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat keesokan harinya. Malah semalam difahamkan ada jemaah haji yang sudah bertolak ke Jeddah dengan bas dibawa pulang semula ke hotel kerana masalah tertentu di lapangan terbang Jeddah. - HARAKAHDAILY 21/9/2016 Sumber HD - 21-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hujan basahi jemaah haji di Makkahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42549-hujan-basahi-jemaah-haji-di-makkah MAKKAH: Jemaah haji terpaksa meredah titisan hujan yang membasahi bumi Makkah selepas solat Isyak malam tadi. Biarpun tidak lebat namun dataran Masjidilharam dan jalan basah. Jubin di dataran agak licin sehingga ada hampir terjatuh. Ketika solat Isyak, kedengaran dentuman guruh di langit. Imam juga membaca surah pendek bagi memendekkan solat. Sedangkan kebiasaannya bacaan imam panjang pada setiap solat di Masjidilharam. Sebelum Maghrib jemaah haji yang datang ke masjid berdepan ribut pasir. Debu yang dibawa angin menyebabkan penglihatan agak terhad. Menara jam di Safwa tidak kelihatan dari tempat jauh sebagaimana biasa. Biarpun berdepan dengan ribut pasir namun ia tidak menghalang orang ramai bertali arus ke masjid. Sudah menjadi fenomena biasa di sini setiap kali menjelang waktu solat boleh dilihat deretan orang ramai di jalan raya. Namun kesesakan agak berkurangan sekarang memandangkan sebahagian jemaah haji pulang ke negara mereka. Deretan bas membawa jemaah haji ke Jeddah boleh dilihat di sana sini. Sejak penulis berada di sini 21 Ogos lepas sudah tiga kali hujan agak lebat turun di Makkah. Malah kejadian ribut pasir juga agak kerap berlaku pada sebelah petang. – HARAKAHDAILY 20/9/2016 Sumber HD - 20-9-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Masjidilharam dibasahi hujan malam tadihttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42522-masjidilharam-dibasahi-hujan-malam-tadi MAKKAH: Sekali lagi malam tadi hujan turun membasahi bumi yang terletak al-Haram, tumpuan umst Islam dari seluruh dunia. Hujan turun agak lebat ketika solat Maghrib di Madjidilharam. Ketika itu solat rakaat kedua. Sebaik salam hujan kembali reda. Malah imam memendekkan bacaan pada rakaat kedua memandang ribuan jemaah solat di tempat terbuka, di dataran al-Haram dan dataran Kaabah. Makmun yang solat di bangunan baharu juga terkena tempias memandangkan bumbung masjid terbuka. Di dataran masjid kelihatan lopak air yang bertakung. Malah ramai yang mengambil kesempatan merakam gambar fenomena hujan yang jarang berlaku di Arab Saudi. Ketika musim haji 1437 hijrah sehingga sekarang dua kali hujan turun di bumi Makkah Mukarammah. Sebelum ini hujan turun agak lebat, selepas berlaku kejadian ribut. Ribut menerbangkan debu sehingga menyukarkan mata memandang. Malam kelmarin beberapa titisan hujan jatuh ke badan jemaah ketika solat Maghrib. Bagaimanapun malam tadi tiada tanda- tanda mahu hujan. Namun ketika solatn tiba-tiba hujan turun secara mengejut ketika solat. Sementara itu Masjidilharam semakin lengang apabila semakin ramai jemaah haji pulang ke negara masing-masing. Ruang solat di bangunan baharu lenggang ketika solat Maghrib. Sedangkan sebelum itu setiap ruang masjid penuh sesak. Begitu juga jalan utama ke masjid al-Haram lenggang, tidak lagi sesak. Orang yang solat di dataran masjid juga tidak ramai. – HARAKAHDAILY 17/9/2016 Sumber HD - 17-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Hanya 7 km, tambang teksi cecah SR1,000http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42492-hanya-7-km-tambang-teksi-cecah-sr1-000 MAKKAH: Selepas jemaah haji berada lima hari, empat malam di Arafah, Muzdalifah dan Mina kini mereka kembali semula ke Makkah. Mina yang terletaknya tiga jamrah, sebagai tempat melontar hanya digunakan beberapa hari dalam setahun. Kira-kira empat juta umat Islam dari seluruh dunia berkampung di Mina dalam keadaan bersesak sesak. Setiap jemaah haji hanya diberi ruang yang memuatkan sejadah untuk tidur, solat dan makan. Paling terakam indah dalam kenangan apabila terpaksa menunggu di setiap pintu tandas. Biarpun sekadar membuang air kecil terpaksa beratur lama. Deretan khemah boleh dilihat seperti lautan di sekeliling tempat perkhemahan jemaah haji di Mina. Mina yang terletak kira-kira 7 km dari Makkah semalam menjadi tuah kepada pemilik teksi apabila mengenakan tambang sehingga SR1,000 kepada jemaah haji yang nafal awal. Seorang jemaah haji dari Shah Alam memberitahu banyak teksi mengenakan tambang sehingga SR1,000 bagi jemaah haji yang mahu kembali ke Makkah dari Mina. "Banyak teksi mengenakan kadar tambang itu dengan alasan mereka sudah 2 hari menunggu di situ," katanya di sini. Mina yang menjadi wajib kepada setiap jemaah haji untuk mabit tiga malam kini kembali sunyi. Hanya tinggal pekerja membersih kawasan itu. Jemaah haji yang tiba di hotel penginapan di Makkah perlu menyelesaikan dua lagi rukun haji iaitu tawaf dan saie. Apabila selesai saie bermakna tamatlah 13 larangan ihram bagi setiap jemaah haji. - HARAKAHDAILY 15/9/2016 Sumber HD - 18-9-20116 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sebahagian jemaah haji kembali ke Makkahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42484-sebahagian-jemaah-haji-kembali-ke-makkah MINA: Hari ini sebahagian jemaah haji Malaysia yang datang dengan penerbangan awal melakukan nafar awal sebelum kembali ke Makkah. Mereka perlu berniat untuk tidak lagi kembali ke Mina untuk membolehkan tidak melakukan melontar jamrah 13 Zulhijjah. Selepas melakukan acara melontar pagi tadi sebahagian mereka sudah bertolak ke Makkah. Jemaah haji terbabit datang ke sini dengan penerbangan awal iaitu KT 4 dan KT 10. Bagaimanapun ada juga yang datang dengan penerbangan lain termasuk KT 18 turut melakukan nafar awal. Bagaimanapun mereka tidak disediakan bas. Begitu juga jemaah haji dari negara lain antaranya Indonesia sudah bertolak ke Makkah sebaik selesai menunaikan solat Subuh. Manakala perarakan jemaah haji ke jamrah pagi ini lebih sesak berbanding pagi semalam. Tempat permulaan ke jamrah bagi jemaah haji Asia Tenggara begitu sesak sehingga sejauh 300 meter. Pergerakan begitu perlahan sehingga ribuan jemaah haji terpaksa bersesak-sesak sebelum memasuki terowong. Mereka berjalan seperti merayap. Keadaan tambah sesak dengan kehadiran rombongan jemaah haji dari Khazarstan dan negara-negara lain. Manakala sebahagian maktab di tempat penginapan jemaah haji Malaysia tengah hari semakin lengang. Mina tempat bersejarah yang mencatat peristiwa Nabi Ismail diarah disembelih bapanya sendiri Nabi Ibrahim, kemudian diganti Allah SWT dengan kibasy. Mina juga tempat bersejarah di mana tentera bergajah diketuai Abrahah hancur akibat digugurkan batu dari neraka oleh burung Ababil. Pada awalnya tentera Abrahah berhasrat untuk meruntuhkan Kaabah. - HARAKAHDAILY 14/9/2016 Sumber HD - 14-9-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kesesakan begitu ketara di kawasan jamrahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42480-kesesakan-begitu-ketara-di-kawasan-jamrah MINA: Semalam menyaksikan kawasan jamrah, tempat melontar penuh sesak dengan kehadiran jutaan jemaah haji. Bermula di terowong tempat pusingan pertama bagi jemaah haji Malaysia menuju ke jamrah, kesesakan mulai terasa. D situ jemaah haji Malaysia bertembung dengan jemaah Indonesia yang menginap di maktab bersebelahan. Bermula dari situ kesesakan memanjang sejauh lebih 2 km sehingga sampai ke kompleks jamrah. Biar pun kesesakan begitu ketara namun aliran pergerakan jemaah haji berjalan lancar. Deretan lautan manusia boleh dilihat dari tempat jauh. Ia boleh dikatakan sebagai perarakan umat manusia paling besar dalam sejarah ketamadunan dunia. Berbekalkan satu kalimah syahadah perarakan jemaah haji berjalan di tengah-tengah arus manusia berjalan menuju tiga jamrah. Paling besar jemaah haji dari Indonesia yang menggunakan terowong di tingkat 3. Kumpulan-kumpulan kecil jemaah haji Indonesia yang membawa pelbagai jenis bendera wilayah dan travel mewarnai perarakan jutaan manusia itu. Biarpun kesesakan berlaku di jalan dan terowong di aras tiga ke tempat melontar, namun ia berjalan lancar. Malah di tiga-tiga jamrah dikawal ketat anngota pasukan keselamatan bagi memastikan acara melontar berjalan lancar. Berbanding petang kelmarin, kesesakan di jalan dan tempat melontar hari ini begitu ketara sekali. Ramai jemaah haji mahu mengambil kesempatan melontar berdekatan dengan jamrah bagi mengelak batu tersasar keluar. Kita boleh melihat ribuan jemaah haji mengangkat tangan bagi melakukan balingan silih berganti. Selepas melontar jemaah haji tidak dibenarkan berada lama di situ. Anggota polis akan mengarahkan mereka beredar dari situ. Perarakan hari ini diiringi dengan takbir Hari Raya Korban yang dilaungkan setiap jemaah haji. Jemaah haji Indonesia menggunakan healer bagi melaungkan takbir. Kini tinggal sekali kali lagi acara melontar yang perlu dilakukan setiap jemaah haji. Hari ini 12 Zulhijjah. Setiiap jemaah haji terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 4 km untuk menyempurnakan ibadat melontar. - HARAKAHDAILY 14/9/2016 Sumber HD - 14-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAKKAH - ARAB SAUDI. Lima jemaah haji Malaysia tidak dapat melaksanakan ibadat wukuf pada Ahad lepas iaitu syarat wajib bagi menunaikan haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia berikutan kesemua mereka mengalami masalah kesihatan yang serius. "Kesemua mereka berusia antara 39 dan 87 tahun terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita yang kini sedang menerima rawatan rapi di hospital Arab Saudi. "Mereka mengalami masalah pernafasan dan pendarahan otak dan berdasarkan tahap kesihatan yang serius, mereka tidak dibenarkan dibawa ke padang Arafah (untuk wukuf)," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Syisyah di sini, hari ini. Jamil Khir berkata, TH memberi jaminan kesemua pesakit itu diberikan keutamaan untuk mengerjakan ibadat haji sekali lagi pada masa hadapan. "Sekiranya kesihatan mereka pulih TH memberi jaminan mereka ini akan diberi keutamaan untuk mengerjakan haji sekali lagi," katanya. Jamil Khir berkata, bagaimanapun jumlah jemaah haji yang tidak dapat melaksanakan wukuf itu adalah berkurangan daripada tahun sebelum ini. Katanya ia berikutan tahap kesedaran tinggi para jemaah haji dalam menjaga kesihatan sejak dari tanah air lagi. Menurutnya jumlah kematian jemaah haji negara yang direkodkan sehingga hari ini adalah 10 orang. Daripada jumlah itu tujuh kematian itu berlaku di sini, dua ketika di Madinah manakala seorang ketika di tanah air. Jamil Khir berkata, kematian terbaru adalah semalam membabitkan seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mabit di Muzdalifah. Ketika ini kira-kira hampir dua juta umat Islam seluruh dunia sedang melakukan lontaran di tiga Jamrat di Mina iaitu Sugra, Wusta dan Kubra. Semua lontaran itu dilakukan selepas para jemaah bermabit di Mina dan lontaran akan berakhir selepas hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah. - Bernama Sumber TKO - 13-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kawasan melontar dikawal ketathttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42479-kawasan-melontar-dikawal-ketat MINA (MAKKAH): Lebih 23,000 rakyat Malaysia menyertai jutaan umat Islam dari seluruh dunia melakukan ibadat melontar hari ini. Tempoh masa melontar yang bermula separuh malam 10 Zulhijjah berakhir separuh malam 11 Zulhijah. Bagaimanapun jemaah haji Malaysia sukar untuk melontar lebih awal memandangkan lewat sampai dari Mudzalifah. Selepas meninggalkan Arafah Maghrib petang semalam jemaah haji perlu bermabit di Mudzalifah separuh malam. Biarpun Muzdalifah terletak hanya kira-kira 7 km dari Padang Arafah namun perjalanan perlahan memandang kesesakan lalu llintas yang begitu ketara. Bas yang memuat jemaah haji dari seluruh dunia sendat di atas jalan raya sehingga bunyi hon tidak putus kedengaran. Selepas bermabit hampir 6 jam di Muzdalifah jemaah haji diangkut pula ke Mina. Dan sehari sebelum itu bermalam di Arafah. Di Muzdalifah setiap jemaah haji mengutip 70 anak batu dan selepas itu berehat di kawasan lapang untuk menunggu tempoh masa separuh malam. Kita boleh menyaksikan jutaan manusia bermabit di Muzdalifah. Ada juga yang berjalan dari Muzdalifah ke Mina memandangkan kedudukannya hanya sejauh 8 km. Deretan manusia boleh dilihat di kiri kanan jalan. Malah helikopter berlegar di udara sejak hari wukuf. Pasukan keselamatan mengawal ketat kawasan melontar bagi memastikan pergerakan jemaah haji lancar. Di Mina terdapat banyak maktab yang dihuni jemaah haji Malaysia, ia terletak 3.5 km dari Jumrah. Bagaimanapun sehingga kini tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti tahun lepas, di mana rempuhan jemaah haji menyebabkan berlaku korban nyawa. Jemaah haji akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijah untuk melontar ketiga-tiga jamrah sebelum pulang ke Makkah bagi menyempurnakan rukun haji. - HARAKAHDAILY 13/5/2016 Sumber HD - 13-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Masjidilharam makin lengang sejak Maghribhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42469-masjidilharam-makin-lengang-sejak-maghrib MAKKAH: Kota Makkah kini semakin sunyi setelah jemaah haji mulai bergerak ke Padang Arafah mulai petang semalam. Malah Masjidilharam juga lengang sejak Maghrib semalam. Tiada lagi kesesakan di dataran masjid seperti yang sering berlaku sebelum ini. Jemaah haji Malaysia kalangan warga emas juga dibawa ke Padang Arafah kemarin bagi mengelakkan kesesakan yang semakin ketara. Malam semalam kelihatan deretan bas di al-Misfalah sehingga ke dataran berhampiran Masjidilharam. Paling ramai dalam kalangan jemaah dari Bangladesh, Turki dan negara-negara lain. Jemaah haji berkumpul di kiri dan kanan jalan menunggu bas. Manakala jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel Land Premium pula akan bertolak ke Arafah petang semalam. Biarpun lokasi Padang Arafah tidak jauh dari Makkah namun perjalanan mengambil masa berjam-jam kerana kesesakan begitu ketara. Jemaah haji bermalam di Arafah untuk menunggu Zohor pada 9 Zulhijjah bagi memenuhi rukun haji. Di tanah air umat Islam pula sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya Haji. Ibadat korban menjadi tuntutan kepada umat Islam pada sambutan Aidiladha. Sementara itu di Arafah umat Islam bersesak-sesak dalam khemah yang disediakan pihak muasasah. Jemaah Haji Asia Tenggara ditempatkan di satu lokasi yang terdiri daripada pelbagai negara. Ramai berkongsi pengalaman pertama tidur dalam khemah yang dihuni jutaan manusia. Mereka juga perlu beratur panjang untuk ke bilik air. - HARAKAHDAILY 11/9/2016 Sumber HD - 11-9-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jemaah haji China boleh baca Bahasa Melayuhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42459-jemaah-haji-china-boleh-baca-bahasa-melayu MAKKAH: Ketika melayari web Malaysia di Masjid an Nur di al Misfalah seorang jemaah haji dari China turut berminat membaca berita Bahasa Melayu. Ahmad, 60-an dari Sinchuan China mengeja setiap patah perkataan berita tersebut. Perkataan dieja didapati betul dan beliau tersenyum kepada penulis. Biarpun sukar berkomunikasi lanjut namun jemaah haji terbabit sedikit sebanyak boleh membaca bahasa Melayu. Masjid An Nur kini menjadi tumpuan jemaah haji dari China yang datang dari pelbagai wilayah. Mirip wajah mereka hampir serupa, lelaki berusia berjanggut panjang seperti orang Arab. Begitu juga perempuan memakai tudung rekabentuk sama. Tudung agak singkat hanya kelihatan sekadar menutup rambut sahaja. Hampir 95 peratus makmun yang datang di masjid berkenaan ialah jemaah haji dari China. Malah setiap selepas solat Asar turut diadakan tazkirah yang diterjemahkan dalam bahasa China. Ahnad memberitahu jemaah haji dari China datang dari pelbagai wilayah termasuk Beijing, Sinchuan, Yunan dan wilayah sempadan dengan Rusia. Kelihatan juga jemaah haji yang datang dari Tibet yang terletaknya Gunung Everest. Jemaah haji China berjalan agak cepat tanpa mengira jantina. Tubuh mereka juga agak tegak biar pun tinggi sama dengan orang Melayu. - HARAKAHDAILY 9/9/2016 Sumber HD - 9-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Lebih Sejuta Jamaah Haji Dibekalkan ‘Gelang Pembantu GPS’Bakal-bakal haji dari lebih daripada 150 buah negara mula berkumpul pada hari Jumaat di masjid al-Haram dan bersedia melengkapkan ibadah haji dalam lima hari terakhir yang bermula pada Sabtu 10 September. Perjalanan spiritual bertujuan membawa diri setiap jamaah agar mereka lebih dekat kepada Allah, dengan keseluruhan bakal haji tahun ini dijangka akan dihadiri oleh lebih daripada 1.5 juta orang. Bagi menangani masalah keselamatan, hampir seribu kamera pengawasan baru telah dipasang di sekitar Masjidil Haram Mekah, yang akan memantau orang ramai, dan ibadah melontar Jamarat yang akan lebih dikawal ketat berbanding tahun-tahun sebelumnya . Juga buat kali pertama, jamaah akan diberikan gelang elektronik menyimpan maklumat peribadi dan perubatan yang akan membantu pihak berkuasa menyediakan penjagaan dan mengenal pasti diri mereka. Gelang tersebut kalis air dan dihubungkan dengan GPS serta peranti juga akan mengarahkan para jamaah mengikut pengaturan masa solat dan bimbingan bantuan berbilang bahasa akan membantu jemaah mengharungi pelbagai ritual. Haji tahun lalu telah mencatatkan tragedi kematian akibat rempuhan yang mengorbankan lebih daripada 750 orang. Kejadian tidak diingini mungkin menjadi ancaman apabila hubungan semakin meruncing dan ketegangan antara Riyadh dan Tehran, kerana ramai jemaah haji terbunuh tahu lalu adalah ialah Iran. Hubungan antara kedua-dua negara meleset pada awal tahun ini apabila mereka gagal mencapai perjanjian pada perkiraan bagi rakyat Iran menghadiri haji tahun ini. Sumber BO - 9-9-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jemaah haji Malaysia mudah dijangkiti selesemahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42448-jemaah-haji-malaysia-mudah-dijangkiti-selesema MAKKAH: Deman selesema dan batuk menjadi kelaziman dihidapi setiap jemaah haji terutamanya dari Asia Tenggara. Sedangkan sebelum berangkat ke Makkah setiap jemaah haji perlu menjalani suntikan vaksin dan tambahan. Biarpun membuat persediaan awal namun setiap jemaah haji masih lagi menghadapi selesema dan batuk. Malah ada dalam kalangan jemaah haji menghadapi selesema sehingga dua atau tiga kali. Ada juga sudah tiga kali datang ke Klinik Malaysia yang terdapat di setiap maktab, tempat penginapan jemaah haji. Klinik di setiap maktab boleh dikatakan sentiasa penuh dengan kehadiran jemaah haji. Ada juga acap kali datang mendapat rawatan. Di Hotel Land Premium tempat penginapan jemaah haji di al-Misfalah juga terdapat klinik Malaysia. Terdapat doktor, pembantu perubatan, jururawat dan pegawai farmasi. Klinik tersebut terletak di tingkat M hotel berkenaan sentiasa penuh dengan kehadiran jemaah haji setiap hari. Antara punca jemaah haji mudah dihidapi selesema kerana cuaca agak panas, debu dan kesesakan manusia di Masjidilharam. Selain itu cuaca panas di luar dan sejuk di Masjidilharam serta hotel tempat penginapan memudahkan dihingapi selesema. Seorang penjawat awam dari Terengganu berkata boleh dikatakan setiap jemaah haji Malaysia mudah terkena selesema. Katanya beliau turut mendapat rawatan di klinik akibat terkena selesema dan batuk. "Dengan adanya Klinik Malaysia memudahkan jemaah haji mendapat rawatan secara percuma. Lagi pun harga ubat di farmasi di sini agak mahal," ujarnya. Ada juga jemaah haji yang terpaksa dimasukkan air kerana batuk berterusan dan kekurangan air dalam tubuh. Doktor juga menasihatkan jemaah haji minum banyak air setiap hari, sekurang-kurangnya lapan botol mineral. – HARAKAHDAILY 8/9/2016 Sumber HD - 8-9-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Maafkan segala salah dan silap diri ini - Mufti Wilayahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42449-maafkan-segala-salah-dan-silap-diri-ini-mufti-wilayah Berikut ialah tulisan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi laman facebook beliau, semalam. TAUBAT DAN ISTIGHFAR: MAAFKAN KAMI Dalam melayari bahtera kehidupan, sifat sebagai manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ Maksudnya: “Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang bertaubat.” [Riwayat Ibn Majah (4251)] Taubat sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama' adalah perasaan kesal dan insaf atas dosa yang dilakukan lantas memohon keampunan Allah dan berazam tidak mengulangi lagi kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Sebaik-baik manusia ialah yang sentiasa kembali kepada Tuhan dengan bertaubat dan beristighfar. Menitiskan air mata keinsafan dan memohon keampunan-Nya dengan sepenuh hati, segenap jiwa dan raga. Yakinlah firman Allah SWT: وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَّحِيمًا Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah al-Nisa’: 110] Kesilapan dan kesalahan hendaklah diikuti dengan istighfar dan pada ayat yang lain hendaklah sentiasa mengingati-Nya serta tidak berterusan melakukan kesalahan tersebut. Benarlah firman Allah SWT: وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). [Surah Ali Imran: 135] Pada petang yang mulia ini, InshaAllah kami akan berangkat menuju ke Mekah al-Mukarramah sebagai salah seorang Duyuf al-Rahman (tetamu al-Rahman) pada musim haji kali ini. Dengan menginsafi diri yang banyak kekurangan dan juga kesilapan serta dosa, kami mengambil kesempatan di sini memohon kemaafan dari semua pihak yang mengenali diri ini terutamanya yang berinteraksi dan berurusan dengan kami secara langsung atau tidak. Maafkan kami yang penuh dengn kelemahan dan kekurangan ini. Kami tutup risalah yang ringkas ini dengan sama-sama untuk bertaubat dan beristighfar serta zikrullah lebih-lebih lagi pada hari-hari kemuncak waktu haji ini yang disebut 10 awal Zulhijjah. Marilah sama-sama kita lafazkan: أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ Maksudnya: “Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung dan bertaubat kepada-Nya.” اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ Maksudnya: “Ya Allah engkau Tuhanku tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau, Engkau ciptakan aku dan aku hamba-Mu, dan aku berada dalam janji-Mu menurut kemampuanku, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang ku lakukan, aku sedari nikmat-Mu kepada-ku, dan ku sedari akan dosa-dosa-ku, ampuni aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau.” Maafkan segala salah dan silap diri ini. Akhukum fillah SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan, 5 Zulhijjah 1437 bersamaan dengan 7 September 2016 Sumber HD - 7-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jemaah haji tunggu detik Hari Wukufhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42437-jemaah-haji-tunggu-detik-hari-wukuf MAKKAH: Hanya tiga hari lagi jutaan jemaah haji termasuk dari Malaysia akan bertolak ke Padang Arafah bagi menyempurnakan Hari Wukuf. Rukun ibadat haji tersebut mesti dilalui setiap jemaah haji. Ia mesti dilalui walaupun sesaat sekalipun selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah. Waktu wukuf bermula ketika itu sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Jemaah haji akan bermalam di Arafah dan pagi 10 Zulhijjah jemaah haji sebelum berangkat ke Muzdalifah dan bermabit sehingga setengah malam sambil mengutip 70 anak batu. Selepas masuk setengah malam bertolak pula ke Mina. Di Mina jemaah haji dibawa melontar di Jumrah Kubra mengikut KT masing-masing. Jemaah haji akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah bagi melontar tiga jumrah. Pada 10 Zulhijjah selepas melontar di Jumrah Kubra jemaah haji sudah boleh tahalul awal setelah bergunting. Petugas Tabung Haji pada taklimat malam tadi memberitahu jemaah haji akan dibawa ke Arafah bermula pagi Sabtu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Katanya jemaah haji hendaklah membawa keperluan pakaian untuk tempoh lima hari. "Jemaah haji akan diarah ke lobi hotel mengikut tingkat yang mereka menginap bagi mengelakkan kesesakan di lif dan lobi hotel. "Bas pula akan memuat sehingga 70 jemaah dalam perjalanan untuk membolehkan sampai pada waktu ditetapkan," katanya. Beliau juga menasihatkan lebih banyak berehat sekarang bagi mengumpul tenaga untuk ke Arafah. – HARAKAHDAILY 7/9/2016 Sumber HD - 7-9-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jemaah haji peluang solat di bangunan baharuhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42420-jemaah-haji-peluang-solat-di-bangunan-baharu MAKKAH: Jemaah haji yang bertandang ke sini sekarang agak beruntung apabila dapat solat di bangunan Masjidilharam yang baharu. Bangunan baharu yang terletak bersebelahan masjid sedia ada kelihatan lebih besar. Dilengkapi ruang solat setinggi tiga tingkat, yang mengasingkan ruang solat untuk lelaki dan wanita. Kerja-kerja pembesaran Masjidilharam yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas kini dianggarkan lebih 80 peratus siap. Bangunan baharu dibina lebih tinggi turut dikekalkan senibina seperti masjid lama. Hiasan dalaman juga lebih cantik. Ruang solat tingkat bawah lebih luas dan tinggi. Lantai tempat solat juga dibina bertingkat di mana ruang hadapan berhampiran Kaabah lebih rendah berbanding bahagian belakang. Turut dilengkapi dataran yang luas di bahagian belakang dan di situ juga terdapat kompleks tandas bawah tanah. Di hujung dataran yang menghampiri bukit dilihat bangunan seperti pejabat, sedang dalam pembinaan. Sebahagian besarnya sudah siap. Begitu juga tempat tawaf di bahagian atas (aras tiga) di bangunan lama sudah boleh digunakan. Kerja-kerja pembesaran masjid yang dipelopori syarikat Ben Laden agak terjejas selepas berlaku tragedi tren tumbang yang mengorbankan ramai jemaah haji tahun lepas. Syarikat yang sama juga difahamkan terbabit dengan pembesaran Masjid Nabawi di Madinah. Projek tersebut juga tergendala selepas tragedi tahun lepas. Seorang pekerja kontrak dari Indonesia yang bekerja di tapak projek berkenaan memberitahu kerja-kerja pembesaran Masjid Nabawi juga tergendala selepas tragedi kren tumbang. Kini kerja-kerja pembesaran Masjidilharam masih diteruskan biar pun kelihatan agak perlahan. Kren statik yang didirikan berhampiran bangunan juga sudah banyak diturunkan. Sedangkan sebelum kelihatan berpuluh kren pengangkut bahan binaan. Dengan siapnya bangunan baharu jemaah haji tidak perlu lagi bersesak sesak di ruang solat sedia ada. Mereka mempunyai pilihan untuk solat di bangunan baharu, kini sebahagian besar sudah boleh digunakan. Seorang jemaah dari Kelantan Mat Saaud (Gambar kanan) berkata dengan siapnya bangunan baharu jemaah haji dapat solat dengan selesa. "Sebelum ini kalau datang lewat kita terpaksa solat di dataran kerana semua pintu masjid sudah ditutup. "Namun selepas bangunan baharu mula digunakan orang ramai masih berpeluang solat dalam masjid," katanya. – HARAKAHDAILY 6/9/2016 Sumber HD - 6-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Arafah menanti jutaan jemaah hajihttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42386-arafah-menanti-jutaan-jemaah-haji MAKKAH: Hanya seminggu lagi jemaah haji akan bergerak ke Arafah bagi memulakan ibadat haji. Petang Sabtu kira-kira 23,000 jemaah Malaysia bersama jutaan lagi dari seluruh dunia akan menjejaki bumi Arafah. Jemaah haji Malaysia yang sekarang menginap di tujuh maktab di sekitar Kota Makkah akan bergerak berperingkat-peringkat ke Arafah bagi menyempurnakan ibadat wukuf. Difahamkan jemaah haji Malaysia akan bertolak ke Arafah selepas solat Asar mengikut maktab masing-masing. Jemaah haji akan memakai ihram dan berniat haji di hotel, di tempat penginapan mereka sekarang sebelum bertolak ke Arafah. Keistimewaan wukuf di Arafah turut dimanfaat kerajaan Kelantan apabila turut menganjurkan Hari Wukuf pada 9 Zulhijjah sejak 20 tahun lepas. Bagaimanapun mulai tahun ini kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa sempena Hari Wukuf. Sempena wukuf perkhidmatan kewangan Tabung Haji di maktab dihentikan sementara bermula 7 hingga 16 September. Ini kerana petugas Tabung Haji turut berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Manakala taklimat mengenai masaie diadakan Tabung Haji di setiap maktab mengikut KT masing-masing. Sementara itu perkhidmatan teksi ke Masjidilharam terpaksa melalui laluan lebih jauh kerana kesemua jalan ditutup. Berikutan itu tambang teksi untuk ke Jarannah, tempat berniat ihram meningkat daripada SR50 kepada SR70. Banyak sekatan jalan diadakan dan kenderaan awam dilencongkan ke laluan lain. Kehadiran jemaah haji semakin ketara di mana ada dalam kalangan mereka tidur di masjid. Beg-beg pakaian boleh dilihat di tempat solat di Masjidilharam. Hampir setiap tiang masjid ada beg jemaah haji tempatan dipercayai dijadikan tempat bermalam. – HARAKAHDAILY 3/9/2016 Sumber HD - 3-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Persiapan menjelang Hari Wukufhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42374-persiapan-menjelang-hari-wukuf MAKKAH: Hanya sembilan hari lagi menjelang Hari Wukuf, sebagai bermulanya ibadat yang ditunggu jutaan jemaah haji. Bermula di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah jemaah haji membuat persiapan untuk hadir sebagai menyempurnakan rukun haji. Kemudian jemaah haji bergerak ke Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah bagi mengutip anak batu. Pada hari yang sama jemaah haji akan ke Mina bagi melontar Jumrah Qubra sebelum mendapat tahalul awal. Di Arafah dan Mina persiapan bagi menyambut jemaah haji sedang rancak dijalankan. Kerja-kerja memasang khemah sedang dijalankan. Deretan khemah yang memutih kelihatan dari jauh. Semalam rombongan terakhir jemaah haji Malaysia dibawa melawat Padang Arafah, Mina dan tempat-tempat bersejarah lain di Makkah. Dalam perkembangan berkaitan pemerintah Arab Saudi melarang menggunakan gas cecair di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Ketua Komite Tinggi Haji Pangeran Muhammad bin Nayif bin Abdul Aziz Alu Sa'ud mengeluar arahan tersebut termasuk dalam bangunan dan khemah. Sementara itu rombongan jemaah haji dari seluruh dunia semakin ramai tiba di sini. Bas-bas dan kenderaan membawa jemaah haji boleh dilihat di semua jalan-jalan utama. Hotel dan tempat penginapan hampir penuh. - HARAKAHDAILY 2/9/2016 Sumber HD - 2-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Penjaga Masjid Suci Makkah agih makanan percumahttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42355-penjaga-masjid-suci-makkah-agih-makanan-percuma MAKKAH: Sejak beberapa hari lepas jemaah haji berpeluang mendapat makanan percuma yang disumbang pemerintah Arab Saudi. Sebuah treler dan dua lori kecil memuatkan makanan yang diisi dalam kotak, sedia menanti orang ramai di bawah jalan bertingkat di Al-Misfalah. Orang ramai terpaksa beratur panjang sebelum mendapat bungkusan makanan tersebut. Sebuah lorong kecil disediakan bagi memudahkan agihan makanan dilakukan. Pengagihan makanan dilakukan daripada pagi sehingga petang dikendali petugas dilantik. Suasananya agak hiruk pikuk di mana petugas mengarahkan mereka yang beratur sahaja diberi bungkusan makanan terbabit. Bungkusan makanan berkenaan disediakan Saudi catering termasuk nasi Arab, snek, kek, biskut, air minuman dan air kotak. Makanan tersebut dihadiahkan pemerintah Arab Saudi yang menjaga dua masjid suci iaitu Masjid Nabawi dan Masjidilharam. Selain diagih di laluan ke Masjidilharam, bungkusan makanan juga diagih di Jalan Hijrah yang menghubungkan Madinah dan Makkah. Menurut Harian Makkah, sebanyak sejuta bungkusan disediakan pada musim haji tahun ini. Ketua program berkenaan Faiz Thalib Ahmadi berkata sebanyak 120 badan dalam Lembaga Sosial Madinah terlibat dalam program tersebut. "Sebanyak 20,000 bungkusan makanan diagih pada setiap hari," katanya seperti dilapor tabloid Makkah yang berbahasa Indonesia. Seorang jemaah haji dari Malaysia Mat Saud Awang, 62, (Gambar) berkata program pengagihan makanan percuma tersebut sebagai hadiah kepada tetamu Allah yang datang dari seluruh dunia. "Biarpun terpaksa beratur panjang namun makanan yang diberi memberi makna besar, lebih-lebih lagi daripada pemerintah sendiri," ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/9/2016 Sumber HD - 1-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Jemaah haji solat hajat, baca yasin sempena merdekahttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42344-jemaah-haji-solat-hajat-baca-yasin-sempena-merdeka MAKKAH: Solat hajat dan bacaan Yassin diadakan jemaah haji Malaysia di sini malam tadi sempena hari kemerdekaan negara. Solat hajat diadakan di kesemua maktab yang menempatkan jemaah haji Malaysia. Sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-59 diadakan di seluruh tanah air hari ini. Biarpun sibuk dan kepenatan berulang alik ke Masjidilharam setiap hari namun kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah tidak dilupakan. Lebih sejuta jemaah haji dari seluruh dunia sedang membuat persiapan menyambut kehadiran hari wukuf. Selama 11 hari lagi jutaan jemaah haji akan bergerak ke Padang Arafah bagi menyempurnakan rukun haji. Sementara itu sebahagian jemaah Malaysia menyertai acara ziarah yang dikendalikan muasasah Maktab 89 Hotel Land Premium. Mereka dibawa melawat Gua Thur, Padang Arafah dan Mina bagi mengenali lebih dekat tempat ibadat haji tersebut. – HARAKAHDAILY 31/8/2016 Sumber HD - 31-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Masjid di sekitar Makkah sentiasa penuhhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42333-masjid-di-sekitar-makkah-sentiasa-penuh MAKKAH: Bumi kelahiran para anbia ternyata masih berkat dengan amalan agama. Ini dibuktikan setiap masjid di kota ini penuh sesak. Selain Masjidilharam terdapat masjid-masjid kecil di sekitar kota suci ini. Di sekitar Al-Misfalah yang terletak kira-kira 1 km terdapat tiga masjid di kawasan berdekatan. Masjid tersebut yang lebih dikenali sebagai Pakistan juga sentiasa penuh dengan kehadiran jemaah. Terletak kira-kira 100 meter dari Hotel Land Premium, tempat penginapan jemaah haji Malaysia, turut menjadi tumpuan setiap kali waktu solat. Solat Zohor hari ini di masjid terbabit melimpah dengan kehadiran jemaah sehingga ada yang terpaksa solat di tempat letak selipar. Sebahagian jemaah adalah bakal haji dari India, Pakistan, negara-negara Afrika dan Malaysia. Masjid terbabit juga dijadikan tempat solat Jumaat. Tidak jauh dari situ turut terdapat dua lagi masjid. Biarpun kekuatan dan penyatuan Islam atas satu fikrah kelihatan begitu gah namun aspek kebersihan agak ketinggalan. Ini dapat dilihat pembungkus makanan dan tin boleh dilihat di mana sahaja terutama kawasan kedai di sekitar al-Haram. Bagaimanapun pihak kerajaan menempatkan ramai petugas bahagian kebersihan untuk mengutip kembali sampah yang dibuang. Sementara itu dalam perkembangan lain tambang teksi ke Masjidilharam sebelum ini hanya SR10 telah meningkat kepada SR15. Biarpun jarak hanya 850 meter namun kadar tambang meningkat mulai hari ini. Keadaan itu kemungkinan jalan ke Masjidilharam banyak yang ditutup pihak keselamatan mulai hari ini berikutan peningkatan jemaah haji. – HARAKAHDAILY 30/8/2016 Sumber HD - 30-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bumi Makkah sejuk seketika dibasahi hujanhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42311-bumi-makkah-sejuk-seketika-dibasahi-hujan MAKKAH: Petang semalam bumi kota suci Makkah sejuk seketika akibat dicurah hujan yang agak lebat. Sebelum itu kedengaran dentuman guruh dua kali di langit dan diikuti kehadiran awan hitam. Sebaik selesai solat Asar kira-kira jam 5.15 petang hujan turun dengan agak lebat. Sebelum hujan turun angin agak kencang bertiup, namun lebih perlahan berbanding petang kelmarin. Hujan yang mencurah-curah dianggap rahmat bagi penduduk tempatan kerana ia sesuatu yang jarang berlaku. Hujan menyebabkan air bertakung di jalan berlopak. Malah aliran air juga deras di kawasan agak berbukit. Sebahagian jemaah haji yang sedang bertawaf juga basah kuyup. Ada juga berpayung sambil mengelilingi Kaabah. Titisan air juga jelas kelihatan mengalir jatuh dari corong emas yang terletak di penjuru kaabah. Sebaik sahaja hujan reda petugas kebersihan Masjidilharam sibuk membersih kawasan dataran yang comot akibat selut melekat di selipar orang ramai. Mereka terpaksa bekerja keras memandang dataran tersebut digunakan sebagai tempat solat. Dengan bantuan jentera pencuci kerja-kerja membersihkan kawasan dataran dapat disiapkan menjelang solat Maghrib. Hujan yang agak lebat juga menyebabkan jalan berselut sehingga pergerakan orang ramai ke masjidilharam menjadi perlahan. Awan mendung di langit sekitar Kaabah kelihatan sejak minggu lepas. Orang ramai dapat melihat dengan jelas seperti tanda-tanda hendak hujan. Sementara itu dalam perkembangan lain lebih ramai lagi jemaah haji dari seluruh dunia tiba di sini. Deretan bas boleh dilihat memanjang di semua jalan sehingga menghampiri Dataran Masjidilharam. Ketibaan jemaah haji tanpa mengira masa dari awal pagi sehingga tengah malam. – HARAKAHDAILY 29/8/2016 Sumber HD - 29-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jemaah haji berdepan kejadian ributhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42298-jemaah-haji-berdepan-kejadian-ribut MAKKAH: Jemaah haji yang berjalan ke Masjidilharam petang semalam berdepan pengalaman menakutkan apabila berdepan kejadian ribut. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang memperlihatkan debu berterbangan di udara. Keadaan itu seperti jerebu di Malaysia yang menyebabkan penglihatan agak terhad. Bangunan-bangunan tinggi sukar dilihat dari jarak jauh. Begitu juga Masjidilharam sukar dilihat dari jarak jauh. Kedengaran juga bunyi zink yang digerak angin. Pembungkus plastik pula berterbangan di udara setinggi bangunan tiga tingkat. Agak mengejutkan apabila beberapa titisan hujan jatuh ke jalan raya. Ia dapat dirasai orang ramai yang berjalan ke masjid. Tiga titis air hujan juga jatuh ke badan penulis. Ribut yang berlaku kira-kira 15 minit menyebabkan peniaga membawa masuk ke dalam kedai barangan yang digantung di luar bangunan. Ribut yang melanda juga memedihkan mata mereka yang berada di luar bangunan. Ekoran kejadian yang berlaku itu menyebabkan pengurusan Tabung Haji yang berpusat Hotel Land Premium di Jalan Al Hijrah melarang jemaah haji keluar ke masjid. Malah ada jemaah haji yang sudah berada di jalan raya kembali semula ke maktab bagi mengelakkan mata menjadi pedih. Biarpun berdepan kejadian ribut namun ramai jemaah haji tetap meneruskan perjalanan ke masjid. - HARAKAHDAILY 28/8/2016 Sumber HD - 28-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Jemaah haji sedar hilang wang selepas bahu dipelukhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42294-jemaah-haji-sedar-hilang-wang-selepas-bahu-dipeluk MAKKAH: Kehadiran jutaan manusia di sini memberi peluang pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang. Kesesakan manusia sehingga terpaksa berhimpit-himpit dalam perjalanan ke masjid, mendedahkan jemaah haji terhadap sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kesesakan begitu ketara berlaku di sekitar Safwan dan Clock Tower serta dataran burung merpati apabila jemaah bertembung dari arah Al Misfalah dan jalan di sekitarnya. Keadaan tambah sesak apabila banyak pihak berniaga di atas jalan sehingga mengganggu kelancaran perjalanan. Tidak kurang juga ada pihak meminta sedekah daripada orang ramai. Ada antara mereka terutamanya budak-budak dipercayai kaum kulit hitam berlakon seperti tangan kudung. Mereka hanya menampakkan siku dan menyembunyikan tangan di dalam lengan baju. Budak-budak terbabit menyanyikan lagu Adis Ababa dan Ali Baba sambil menagih simpati orang ramai. Namun mereka cukup marah apabila ada pihak memegang tangannya yang disembunyikan di sebalik lengan baju. Di tengah-tengah kekalutan itu semalam ada jemaah haji dari Malaysia difahamkan diragut pihak tidak bertanggungjawab. Jemaah haji wanita tersebut difahamkan dalam perjalanan ke masjid didekati wanita berkulit hitam. Menurut sumber selepas dipeluk di bahu beliau baru menyedari kehilangan wang yang disimpan dalam beg sangkut. Katanya, wanita terbabit yang tinggal di Hotel Land Premium kehilangan SR600 yang disimpan dalam beg terbabit. - HARAKAHDAILY 27/8/2016 Sumber HD - 27-8-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jumaat di Makkah seumpama solat Raya Hajihttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42291-jumaat-di-makkah-seumpama-solat-raya-haji MAKKAH: Jumaat di Makkah dan Madinah akhir Zulkaedah sekarang dilihat seumpama Hari Raya Haji. Lautan manusia memenuhi setiap ruang Masjidilharam. Jam 9 pagi orang ramai sudah menyerbu masuk ke dalam masjid. Kehadiran jemaah haji dari seluruh dunia memperlihatkan setiap jalan menuju ke masjid penuh dengan arus manusia. Penduduk tempatan yang tinggal di luar kota Makkah juga sejak petang semalam sudah berada di kawasan masjid. Masjidilharam yang masih dalam proses pembesaran tidak dapat menampung kehadiran jutaan manusia. Keadaan itu menyebabkan ramai mereka yang datang lewat terpaksa menunaikan solat di kawasan dataran masjid. Khutbah Jumaat yang disampaikan imam juga menyentuh perasaan, lebih-lebih lagi imam sebak ketika berkhutbah. Suasana tambah sendat lagi ketika selesai solat Jumaat. Manusia berbondong-bondong keluar sehingga menyebabkan setiap ruang menjadi sendat. Ada ketikanya pergerakan manusia terhenti kerana tidak dapat menampung jutaan manusia. Lautan manusia boleh dilihat di setiap jalan. Arus pergerakan manusia boleh dilihat sayup mata memandang. – HARAKAHDAILY 26/8/2016 Sumber HD - 26-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ada jemaah haji tidur di kaki lima bangunanhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42286-ada-jemaah-haji-tidur-di-kaki-lima-bangunan MAKKAH: Kota suci ini turut menjadi tumpuan mereka yang "bergeladangan" apabila menjadikan kaki lima gedung perniagaan sebagai tempat untuk bermalam. Ramai yang mengambil kesempatan tidur beralaskan beg dan tikar di kaki lima pusat membeli belah. Malah tidak kurang juga yang tidur di ruang solat Masjidilharam. Fenomena itu boleh dilihat pada waktu malam sehingga menjelang Subuh. Ribuan yang mengambil kesempatan itu sehingga agak menyukarkan orang yang datang awal untuk solat sunat di Madjidilharam. Mereka hanya bangkit selepas azan pertama dilaungkan muazin sejam sebelum menjelang waktu Subuh. Situasi itu boleh juga dilihat di Dataran Masjidilharam di mana ramai mengambil kesempatan melelapkan mata sehingga menjelang solat Subuh. Tabiat tidur di Masjidilharam juga berlaku sebaik seusai solat waktu. Namun apa yang agak pelik sebaik bangkit mereka terus menunaikan solat. Malah petugas masjid juga terpaksa mengejutkan setengah daripada mereka apabila menjadikan karpet sebagai alas kepala. Difahamkan mereka yang tidur menumpang di kaki lima, jemaah haji tempatan dan negara berdekatan yang tidak mampu menyewakan bilik hotel. – HARAKAHDAILY 25/8/2016 Sumber HD - 25-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Kesesakan di Masjidilharam makin ketarahttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42278-kesesakan-di-masjidilharam-makin-ketara MAKKAH: Ibadat umrah dan haji bukan sahaja perlukan ilmu dan pengetahuan, namun keupayaan fizikal juga amat penting. Setiap hari setiap jemaah perlu berulang alik ke Masjidilharam sekurang-kurangnya 8 km. Jarak itu belum lagi diambil kira ibadat tawaf dan saie yang perlu disempurnakan lebih 4 km. Bagaimanapun bagi yang ada kemampuan mereka boleh memilih menginap di hotel berhampiran Masjidilharam. Kosnya boleh mencecah ratusan ribu RM. Selain terpaksa berjalan kaki jarak yang jauh, setiap jemaah haji diuji dengan kesesakan yang luar biasa. Setiap kali menjelang waktu solat Dataran Masjidilharam begitu sendat. Kita boleh melihat deretan manusia memenuhi segenap ruang di jalan raya dan dataran. Kesesakan memanjang sehingga ke pintu utama Madjidilharam. Dataran bukan sahaja menjadi tempat solat, sebaliknya ramai berbaring dan tidur di waktu malam. Seorang pesara kerajaan dari Kota Bharu, Mohamad berkata pada peringkat awal agak rimas berdepan dengan suasana kesesakan di Masjidilharam dan Madinah, namun sekarang sudah biasa. Katanya kita boleh menemui pelbagai bangsa dan warna kulit yang datang dari seluruh dunia. "Sebelum ini kita jarang kita menemui orang Cina yang beragama Islam, namun di sini bilangan mereka begitu ramai. "Kita kagum biar pun sudah berusia namun masih gagah berjalan malah lebih laju daripada kita," katanya. Malam tadi mereka yang menunaikan umrah berdepan kesesakan agak teruk ketika tawaf dan saie. Keadaan tambah sesak apabila petugas kebersihan masjid melakukan kerja-kerja mencuci lantai di kawasan Kaabah. Seorang jemaah umrah dari Besut berkata sikap orang ramai yang berhenti berdoa berhampiran Hajaratul Aswab menyebabkan kesesakan ketika tawaf begitu ketara. Menurutnya keadaan menjadi agak kelam kabut apabila jemaah dari Indonesia bergerak dalam kumpulan yang besar sehingga menghimpit orang lain. "Sikap jemaah yang tawaf dan saie sambil membaca buku juga menghalang orang lain untuk bergerak lebih cepat," ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/8/2016 Sumber HD - 25-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Penempatan orang Patani di pinggir Makkahhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42265-penempatan-orang-patani-di-pinggir-makkah MAKKAH: Jangan terkejut jika anda menemui agak ramai penduduk tempatan di sini boleh bercakap dialek Kelantan. Rupa-rupanya terdapat beberapa penempatan yang didiami orang Melayu yang berasal dari Patani, Thailand. Antaranya kawasan penempatan berbukit tidak jauh dari Hotel Land Premium dan kubur Mala'. Mereka termasuk Abdullah Ismail berasal dari Patani, berhijrah ke sini sejak 14 tahun lepas. Katanya ketika awal datang ke sini beliau bekerja dengan orang Arab bagi menampung kehidupan keluarga. Bagaimanapun beliau sekarang mengusahakan perniagaan sendiri. Beliau turut mengambil upah badal haji dengan mengenakan bayaran sebanyak SR1,300 dan korban kambing sebanyak SR350 seekor sempena Aidiladha. "Saya lakukan sendiri ibadat korban di Mina. Jemaah yang menyertai korban boleh melihat sembelihan yang dilakukan," katanya di sini. Berpuluh tahun lepas ramai ulama dari Kelantan dan Patani berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Antaranya Tok Kenali yang lebih 10 tahun menuntut ilmu agama di Makkah termasuk berguru ulama terkenal Patani, Sheikh Daud Patani. Seorang pelajar berasal dari Tanah Merah Kelantan pula memberitahu beliau dan empat lagi rakan menuntut secara talaqi di sini. Beliau datang ke Makkah pada 2004 tinggal bersama rakan di sebuah penempatan. "Pada musim haji saya berkhidmat dengan badan yang mengurus haji termasuk Tabung Haji. "Saya juga berkhidmat sambilan dengan sebuah travel umrah milik seorang Datuk dari Kelantan," katanya. Seorang lagi rakyat Thailand yang sudah lama bermastautin di sini memberitahu ramai orang Patani sudah mampu membeli rumah sendiri di Makkah. Selain orang Patani, penduduk yang berasal dari Indonesia juga ramai tinggal di Makkah dan Madinah. Ramai juga dalam kalangan mereka berkhidmat sebagai pemandu bas dan petugas kebersihan di Masjidilharam. – HARAKAHDAILY 24/8/2016 Sumber HD - 24-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Masjidilharam terima tetamu seluruh duniahttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42252-masjidilharam-terima-tetamu-seluruh-dunia MAKKAH: Menyaksikan ribuan manusia berbodong-bodong keluar dari segenap jalan jam 4 pagi begitu mengujakan. Muslim dari seluruh dunia dengan pelbagai rupa dan warna kulit berjalan laju ke Masjidilharam. Tidak kurang juga yang sudah berusia gagah melangkah ke masjid. Mereka antaranya dari India, Pakistan, Kazastan dan pelbagai lagi negara. Jemaah haji dari Malaysia agak bernasib baik di mana hotel penginapan mereka kurang 1 km dari Dataran Masidilharam. Sedangkan jemaah haji dari Pakistan, India, Thailand dan banyak lagi negara lain tinggal di hotel lebih 1 km. Petang semalam rombongan jemaah haji penerbangan KT 18 sampai di Makkah selepas bertolak dari Madinah jam 10 pagi. Mereka ditempatkan di Hotel Land Premier yang terletak berhadapan balai bomba dan pejabat pos. Hotel tersebut terletak kira-kira 850 meter dari Dataran Madjidilharam. Selepas solat Isyak rombongan seramai hampir 500 jemaah dibawa melakukan umrah dengan melakukan tawaf dan saie. Ada kalangan jemaah terutamanya yang agak berusia selesai menyempurnakan rukun umrah jam 2 pagi. Seorang warga emas dari Tumpat Mohamad, 72 berkata beliau dan isteri selesai menyempurnakan umrah kira-kira jam 2 pagi. "Pak cik tidak boleh tawaf macam orang lain kerana keuzuran. Itu pun alhamdulillah dapat juga menyempurnakan tawaf dan saie. "Selepas saie pak cik tidak jumpa hendak cari jalan ke hotel, jadi terpaksa pula meminta bantuan seorang pemuda menunjukkan jalan ke hotel," katanya. – HARAKAHDAILY 23/8/2016 Sumber HD - 23-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Wanita Patani jual cincin permata di Madinahhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42232-wanita-patani-jual-cincin-permata-di-madinah MADINAH: Menjelang musim haji merupakan detik yang ditunggu peniaga di sini bagi melariskan barangan jualan mereka. Malah peniaga tempatan juga menghafal banyak perkataan dalam bahasa Melayu. Paling mudah disebut mereka 'murah-murah, Malaysia Boleh dan jangan marah. Selain peniaga tempatan dalam kalangan penduduk keturunan Arab, ramai juga kaum Badawi terutamanya perempuan berniaga secara kecil-kecilan. Mereka menjual pelbagai jenis kain, pakaian dan alatan ibadat lain. Tidak perlu memiliki gudang perniagaan sendiri, sebaliknya menghampar tikar atau menggunakan gerai beroda. Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain terutamanya selepas setiap waktu solat fardu. Namun ketika melayan pelanggan, mata mereka sering menjeling ke arah anggota polis. Ada ketika belum sempat pelanggan membayar, peniaga terbabit tiba-tiba membungkus barangan jualan setelah melihat kelibat anggota polis. Di tengah-tengah kelompok golongan peniaga terbabit, kita juga boleh temui peniaga perempuan yang bertutur dialek Kelantan. Mereka menjual barangan kemas untuk wanita, cincin dan batu permata di lorong masuk ke lobi hotel dan kaki lima kedai. "Kami berasal dari Patani, Thailand dan sudah tinggal di sini," ujar peniaga terbabit ketika ditemui di kaki lima hotel. Ada cincin lelaki yang dijual dengan harga SR20 dan cincin wanita SR5 sebentuk. Malah kedai di bawah hotel yang menjual barangan kemas sering menjadi tumpuan jemaah haji wanita dari India, Pakistan dan Indonesia. Kehadiran jemaah haji dari seluruh dunia seumpama musim durian runtuh kepada peniaga di Madinah. Harga makanan pula agak terasa iaitu setiap potong kek dijual dengan SR1. Begitu juga roti tempayan dengan kuah ayam SR12. Sementara itu kerja-kerja membersih Masjid Nabawi dilakukan siang dan malam. Jam 2 pagi petugas sudah berpadu tenaga melakukan kerja-kerja membersih. Sebahagian besar pekerja terbabit berasal dari Bangladesh dan Pakistan. – HARAKAHDAILY 21/8/2016 Sumber HD - 21-8-2016 ----------------------------------------------------------Masjid Nabawi makin sesak dengan jemaahhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42221-masjid-nabawi-makin-sesak-dengan-jemaah MADINAH: Masjid Nabawi hari ini penuh sesak dengan kehadiran jutaan manusia dari seluruh dunia. Kelazimannya masjid ke tiga tempat suci di dunia itu, melimpah ke luar, kecuali ruang solat muslimat. Hari ini jam 11 pagi masjid sudah sendat dengan manusia. Biar pun masjid sudah melimpah namun orang ramai masih bertali arus memasuki ruang dewan solat. Bagaimanapun sebahagian yang memasuki masjid terpaksa keluar semula kerana tiada ruang lagi. Orang ramai terpaksa menunaikan solat di ruang bahagian luar masjid, dataran masjid penuh sesak. lebih-lebih lagi wanita pun menunaikan datang solat Jumaat. Kehadiran orang ramai ada kaitan musim haji yang bakal menjelang tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 19/8/2016 Sumber HD - 19-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Peniaga di Madinah enggan terima RMhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42215-peniaga-di-madinah-enggan-terima-rm MADINAH: Sebelum ini peniaga di sini sedia menerima RM ketika membeli barangan di kedai mereka, namun sekarang tidak lagi. Restoran di Hotel Al-Haram juga enggan menerima RM yang dihulur jemaah haji ketika membeli kuih. Ketika ini RM menjunam teruk berbanding awal tahun lepas. Ketika itu RM lebih tinggi berbanding SR (Saudi Riyal). Malangnya sekarang kalau ditukar RM1,000 kita hanya mendapat sekitar SR900. Malah kelmarin ketika penulis menukar RM900 di sebuah pusat pengurup wang hanya mendapat SR828. Begitu juga minggu lepas di Kota Bharu Kelantan, ketika penulis menukar RM1,000 pengurup wang meminta ditambah RM8 lagi untuk mengenapkan SR900. Situasi yang berlaku itu bertentangan dengan laporan media yang cuba menggambarkan ekonomi Malaysia semakin pulih. Bagi mereka yang melakukan perjalanan ke luar negara amat terasa kemerosotan RM berbanding mata wang di negara asing. Biar pun peniaga tempatan di sini sering menyebut Malaysia Boleh, namun hakikat kelembapan ekonomi negara kita tidak boleh dinafikan lagi. Sementara itu jemaah haji dari Malaysia tinggal di beberapa hotel di sekitar Masjid Nabawi termasuk al-Haram, Saha dan Anwar. Paling ramai jemaah haji Malaysia di tempatkan di Hotel al-Haram dan Anwar. Kesesakan dirasai di Hotel al-Haram ketika waktu makan. Biar pun terdapat 8 lif, namun ia tidak menampung bilangan jemaah haji ketika waktu makan dan selepas solat. Kesesakan berlaku di hadapan pintu lif. Malah ramai jemaah haji yang ditempatkan di tingkat 1 hingga 3 menggunakan tangga kecemasan. – HARAKAHDAILY 19/8/2016 Sumber HD - 19-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Warga emas pun berselfi di Masjid Nabawihttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42200-warga-emas-pun-berselfi-di-masjid-nabawi MADINAH: Mungkinkah kerana pengaruh media sosial membolehkan kita menyaksikan fenomena jemaah berselfi di mana sahaja ruang di Masjid Nabawi. Tidak kira usia, kecil, besar, tua dan muda mengambil ruang berselfi di mana sahaja di sekitar masjid tersebut. Namun agak mengejutkan apabila jemaah kalangan warga emas turut berselfi menggunakan telefon pintar masing-masing. Boleh dikatakan hampir semua jemaah haji tanpa mengira usia memiliki telefon pintar. Paling menarik perhatian apabila ramai yang merakam gambar dalam masjid ketika dilimpahi jutaan manusia. Pagi tadi sebelum solat Subuh kelihatan seorang warga emas dari India merakam video pergerakan orang ramai dalam masjid. Usia yang agak lanjut tidak menghalang warga emas itu berdiri di celah-celah saf bagi merakam gambar. Pentaksub selfi paling teruja merakam wajah mereka di celah-celah lautan manusia yang berbondong-bondong keluar masjid seusai solat waktu. Telefon pintar jenama Samsung paling banyak nampak di tangan jemaah haji dari seluruh dunia. Rombongan jemaah haji dari Kelantan dan negeri lain tiba lagi pagi semalam dengan KT21. Penerbangan dari Kota Bharu akan diteruskan pada 26 hingga 28 Ogos ini. Penerbangan akhir dari Malaysia dijangka berakhir pada minggu pertama September hadapan. – HARAKAHDAILY 18/8/2016 Sumber HD - 18-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Muslim Thailand lebih mudah tunai hajihttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42179-muslim-thailand-lebih-mudah-tunai-haji MADINAH: Penduduk Muslim Thailand agak bernasib baik, tidak perlu menunggu lama untuk menunaikan ibadat haji. Sedangkan rakyat Malaysia terpaksa menunggu sehingga sembilan tahun bagi membolehkan menunaikan haji. Seorang jemaah haji dari Yala memberitahu penduduk Muslim Thailand tidak perlu menunggu lama untuk menunaikan haji seperti rakyat Malaysia untuk menunaikan haji. Katanya penduduk yang mendaftar tahun ini pun boleh menunaikan haji. "Saya hanya daftar tahun lepas untuk menunaikan ibadat haji. Namun tidak menunaikan haji lagi kerana belum cukup wang. "Hanya tahun ini saya dan isteri datang menunaikan ibadat haji," kata Mohamad yang mengusahakan perniagaan tom yam di Pulau Pinang. Beliau ditemui di Masjid Nabawi hari ini. Menurutnya tahun ini jemaah haji dari Thailand seramai 8,000 orang. Katanya Thailand sepatutnya mendapat kuota 10,000 orang, namun kerajaan negara itu memulangkan 2,000. Beliau berkata kuota itu diberi kepada negara lain termasuk Indonesia dan Malaysia memandangkan mempunyai bilangan penduduk Muslim lebih ramai. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan jemaah haji penerbangan KT 18 hingga 21 dibawa melawat makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi dan tanah perkuburan Baqi. – HARAKAHDAILY 16/8/2016 Sumber HD - 16-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jemaah awal dari serata dunia mula banjiri Madinahhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42157-jemaah-awal-dari-serata-dunia-mula-banjiri-madinah MADINAH: Kota Raya Madinah kini mulai sibuk menerima tetamu Allah yang datang dari seluruh dunia sebagai persediaan awal menghadapi ibadat haji yang akan bermula 8 zulhijah ini. Lapangan terbang diraja Madinah mulai sibuk dengan kedatangan pesawat yang semakin bertali arus. Pagi kelmarin peawat dari Malaysia membawa hampir 500 jemaah mendarat dengan pesawat KT18, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesawat tersebut membawa jemaah dari Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur mendarat di lapangan terbang Madinah jam 8.30 pagi. Selepas menunggu hampir 4 jam di lapangan terbang, jemaah kemudian dibawa ke hotel di sekitar Masjid Nabawi. Sebelum itu ketika dalam perjalanan ke Madinah pesawat agak bergegar ketika melewati Lautan Hindi. Malah keadaan yang serupa juga dialami jemaah haji yang datang lebih awal ke Arab Saudi. Ketika melalui kawasan Masjid Nabawi, orang ramai memenuhi masjid sehingga keadaan kelihatan begitu sendat. – HARAKAHDAILY 15/8/2016 Sumber HD - 15-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jurucakap rasmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan kejadian pengeboman berhampiran Masjid Nabawi berlaku sebaik sahaja pihak keselamatan meragui beberapa individu yang yang ingin bergerak menuju ke kawasan Masjid melalui kawasan tanah lapang tempat letak kereta.
Berlaku pergelutan antara pihak keselamatan dan individu terbabit sehingga suspek meletupkan dirinya dengan menggunakan tali pinggang yang dililit bahan letupan sehingga membunuh dirinya sendiri, manakala 4 orang anggota keselamatan terkorban dan 5 lagi mengalami kecederaan.
Pihak pengurusan Masjidil Haram (dan Masjid Nabawi) melalui Naib Pengerusinya Dr Muhammad bin Naasir Al-Khaziim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terorisme yang dilakukan pengganas tidak kira apa sahaja latar belakang kewarganegaraan dan ideologi mereka dalam kejadian letupan yang berlaku di Jeddah, Qatif dan Madinah.
Tindakan yang jelas tidak menghormati kesucian tempat, waktu dan jiwa ini adalah sesuatu yang wajib diingkari. Pihak Pengurusan Masjidil Haram juga menyeru agar masyarakat berganding bahu dalam menghadapi puak pelampau dan perosak yang mengancam agama dan negara.
Komentar: Semoga Allah merahmati anggota keselamatan yang terkorban. Semoga Allah menjaga kedua Tanah Haram dan semua negara kaum muslimin daripada ancaman pengganas Khawarij ISIS.
Dipetik dari FB Ustaz Muhammad Fashan:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30876 MAKKAH: Lebih tiga juta umat Islam membanjiri Masjidil Haram pada malam 27 Ramadan yang disifatkan sebagai kemuncak ibadat di Tanah Suci pada bulan mulia ini. Hampir setiap ceruk dan sudut di laluan masuk Masjidil Haram dipenuhi jemaah tempatan dan luar negara. Semua merebut peluang untuk mengikuti solat terawih dan qiamulail pada Jumaat malam. Imam Sheikh Abdul Rahman Sudais dan Bandar Balila mengimamkan qiamulail dan diakhiri dengan doa qunut yang menusuk hati. Sebahagian besar jemaah yang berhimpun dan menghidupkan 10 malam terakhir di Tanah Suci Makkah adalah dari negara Arab, Mesir, Maghribi, Turki, Pakistan, India, Sudan dan Nigeria. Pada malam 27 Ramadan juga ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan ibadat umrah, bersedekah dan melakukan pelbagai amalan sepanjang hari terutama selepas solat Jumaat. Sesudah solat Asar, ramai yang mula bersedekah di kaki lima hotel dan berhampiran kawasan masjid. Usai solat Maghrib, kawasan di dataran Kaabah dipenuhi umat Islam yang menunaikan tawaf umrah dan sunat. Aras dua kawasan tawaf di dalam masjid turut dipenuhi jemaah bertawaf. Begitu juga suasana di bukit Safa dan Marwah yang dibanjiri jemaah untuk menyempurnakan ibadat umrah. Secara kebetulan malam 27 Ramadan pada Jumaat sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau di sekitar laluan menuju ke masjid. Masjidil Haram mula menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia terutama pada 10 malam terakhir Ramadan. Malah, kawasan luar masjid , kaki lima hotel , lobi hotel dan semua tempat beli belah turut menjadi ruang solat berjemaah . Sumber TKO - 3-7-2016
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30865 RIYADH: Seramai 18 orang cedera dalam insiden rempuhan berhampiran Masjidil Haram, pada malam Jumaat di Mekah, lapor akhbar Al-Riyadh. Kejadian dilaporkan berlaku ketika umat Islam berkumpul beramai-ramai bagi mengerjakan ibadah pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan. Sebelum ini, satu kejadian rempuhan di Mina pada 24 September tahun lalu mengakibatkan ratusan jemaah haji meninggal dunia. Susulan kejadian itu, pihak keselamatan Arab Saudi mengetatkan lagi langkah keselamatan bagi mengelak kejadian sama berulang. Bermula pada musim haji tahun ini, para jemaah dari Asia Tenggara termasuk Malaysia akan dibekalkan gelang tangan keselamatan elektronik dengan kod bar bagi memudahkan pengecaman identiti. Sumber TKO - 3-7-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Awas air zam-zam palsu dijual di Mekahhttp://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41712-awas-air-zam-zam-palsu-dijual-di-mekah Pihak kerajaan Mekah memberi amaran kepada para jemaah umrah mahupun warga untuk tidak membeli air zam-zam yang banyak dijual di pinggiran jalan-jalan semasa bulan suci Ramadhan kerana tidak sesuai dengan standard yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Saudi. Peringatan itu disampaikan pihak berkuasa kerajaan Mekah setelah pada minggu lalu berjaya merampas 5 tan air zam-zam yang dijual di jalan-jalan oleh para pedagang nakal seperti yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA). "Kami akan mengambil tindakan lanjut terhadap kegiatan penjualan air zam-zam illegal ini kerana tidak mempunyai permit jualan dan kesihatan," ujar Datuk Bandar daerah pasaran di kota Mekah, Mamdouh bin Mohammed Iraki. Mamdouh menyeru para jemaah dan warga untuk terus mengambil air zam-zam dari kompleks Masjidil Haram dan tidak membeli air zam-zam yang dijual di pinggir jalan. (Eramuslim) Sumber HD - 27-6-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Saudi rasmi tempat tawaf baru awal Ramadhan
Lembaga Pengurus 2 Masjid Suci, semalam mengumumkan akan merasmikan tempat tawaf baru pada awal bulan suci Ramadhan yang dijangka dapat menampung kira-kira 107,000 jamaah.
Dalam keterangan Lembaga Pengurus 2 Masjid Suci di akaun twitter rasminya menyatakan tempat tawaf baru akan mampu menampung 107,000 jamaah dan digunakan 30,000 jamaah tawaf setiap jam. Tidak hanya perluasan, Lembaga Pengurus 2 Masjid Suci juga telah menyiapkan 21,000 karpet baru khusus di Masjidil Haram sahaja untuk menyambut tetamu Allah yang akan menunaikan ibadah umrah pada bulan suci Ramadhan. (Eramuslim) Sumber HD - 29-5-2016 Masjidil Haram Sediakan Tempat Cas Telefon Bimbit Untuk Jemaah Posted on Saturday, May 14 @ 07:34:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
SEIRING dengan kemahuan semasa, Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi kini mempunyai tempat khas untuk pengguna mengecas telefon bimbit mereka.
Menurut laman tempatan Saudi Gazeette, khidmat cas telefon bimbit telah dilancarkan oleh Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Rabu lalu.
Bagaimanapun, tidak dipastikan jumlah sebenar tempat mengecas telefon bimbit berkenaan.
Difahamkan, soket-soket khas bagi mengecas telefon itu disediakan di kawasan utama jemaah berada di merata Masjidil Haram.
Setiap pengecas boleh menampung sebanyak lapan telefon bimbit dalam satu masa dan hanya dibenarkan mengecas selama lima minit apabila masjid itu sesak.
Sementara itu, pihak Masjidil Haram tidak akan mengambil tanggungjawab sekiranya ada telefon bimbit yang hilang atau rosak.
Oleh itu, para jemaah yang mengunakan khidmat pengecas itu dinasihati berada berhampiran telefon bimbit masing-masing.
Pada Oktober tahun lalu, Presiden Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah mengumumkan pelaksanan khidmat mengecas telefon bimbit baru itu.
Kebenaran ini bagi memudahkan para jemaah yang dijangka memuncak semasa musim bulan Ramadan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 14-5-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mekah sedia gabung dalam 10 bandar terbaik dunia
SETIAUSAHA Perancangan Strategik dan Pemantauan Mekah, Adel Saleh Feeda berkata, kerajaan Saudi mempunyai visi untuk menjadikan Mekah sebagai salah satu bandar terbaik daripada 10 bandar terbaik di dunia.
Dilapor Anadolu Agency, semalam visi kota Mekah menjadi salah satu bandar terbaik dunia dapat dibuktikan dengan adanya perkhidmatan bandar yang mempunyai kualiti standard hidup tinggi.
Feeda mengatakan bahawa pemerintahannya mempunyai 37 projek di Mekah, melalui pelbagai perubahan dari strategik, misi, nilai-nilai sampai tujuan.
Dalam sebuah wawancara dengan media tempatan, Feeda mulai memantau prestasi semua pegawai dan pekerja melalui kad prestasi dengan sistem cap jari. Sistem itu dijangka akan menjamin profesionalisme pegawai.
Feeda menambah, kerajaan Saudi mengambil inisiatif untuk mendokumentasikan kejayaan 50 orang pegawai yang telah berkhidmat Makkah Municipality, termasuk beberapa setiausaha.
Peranan jabatannya adalah untuk membuat rancangan strategik dalam mewujudkan tujuan kota Mekah sebagai bandar terbaik dunia.
"Kami membuat pelbagai rancangan strategik untuk pembangunan Mekah menjadi slah satu bandar terbaik dunia. Kami juga menyelaras dengan kepala jabatan lain untuk memenuhi tujuan tersebut," ujar Feeda. [Islampos]
Sumber HD - 20-4-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MINA: Tindakan menunaikan haji tanpa permit mengakibatkan 358,756 jemaah dihalang memasuki Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah itu musim ini.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, pihak berkuasa Arab Saudi bertindak sedemikian ketika menjalankan sekatan jalan memasuki bandar ini.
Komander bahagian media di Jabatan Keselamatan Awam Kolonel Sami Al-Shuwairekh, berkata, jumlah kenderaan yang dirampas atau diarah berpatah balik kerana membawa jemaah tanpa permit haji mencecah 132,767.
Bercakap pada sidang akhbar bersama ketua pasukan keselamatan yang mengambil bahagian dalam operasi haji di Mina, Sami berkata, pihak berkuasa juga memulakan tindakan undang-undang terhadap 70 pegawai palsu yang menipu jemaah.
Beliau menambah, sebanyak 1,636 kenderaan ditahan kerana membawa jemaah tanpa permit.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, setakat ini tidak ada kejadian berkait dengan keganasan atau tindakan subversif diterima.
Sumber TKO - 25-9-2015 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAKKAH: Lebih tiga juga umat Islam dunia termasuk lebih 22,000 jemaah haji Malaysia mula berangkat ke Arafah pagi Selasa bersama 8 Zulhijah yang juga dikenali sebagai hari Tarwiyah. Sejak 12 hari lalu iaitu kejadian kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September yang mengorbankan lebih 100 nyawa termasuk tujuh jemaah Malaysia, ibadah haji diteruskan seperti biasa. Sebahagian besar jemaah haji mula meninggalkan Tanah Suci Makkah selepas solat Subuh sama ada berkenderaan atau berjalan kaki kira-kira 22 kilometer . Bagi jemaah haji Malaysia, mereka bergerak berperingkat-peringkat mengikut kumpulan penerbangan haji dengan menaiki bas. Semua jemaah haji akan berkumpul di padang Arafah untuk berwukuf pada Rabu. Di Arafah, jemaah haji Malaysia ditempatkan di lebih 2,000 khemah, di tapak yang sama seperti musim haji lepas. Berwukuf di padang Arafah adalah kemuncak ibadat haji dan menjadi rukun haji yang perlu disempurnakan. Tempoh berwukuf dalam ibadat haji bermula apabila tergelincirnya matahari (masuknya waktu zohor) pada 9 Zulhijjah sehingga terbitnya fajar subuh pada 10 Zulhijjah. Selepas berwukuf semua jemaah akan bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit dan mengutip anak batu. Jemaah haji seterusnya berangkat ke Mina untuk bermalam dan melontar ketiga-tiga jamrah mulai 10 Zulhijah pada Aidiladha dan hari-hari Tasyrik . Suasana di sekitar Masjidil Haram semakin lenggang apabila jemaah mula beredar ke Arafah. Sementara itu Bernama melaporkan, Pengarah Operasi (Bimbingan) Tabung Haji (TH) Tengku Aziz Raja Abdullah berkata jemaah haji akan berada di Arafah sehingga 9 Zulhijjah sebelum bergerak ke Muzdalifah pada malamnya (9 Zulhijjah). "Jemaah haji wajib bermabit (berada seketika atau bermalam) di Muzdalifah mulai pukul 11.40 pm sehingga terbitnya waktu fajar pada 10 Zulhijjah. Pada 10,11 dan 12 Zulhijjah, jemaah akan berada di Mina untuk ibadat melontar," katanya. Tengku Aziz berkata setiap jemaah haji juga boleh merujuk kepada pembimbing ibadat TH sekiranya mereka menghadapi sebarang kemusykilan berkaitan pelaksanaan ibadat berkenaan. "Setiap jemaah perlulah menumpukan sepenuhnya kepada pelaksanaan ibadat bagi memperoleh haji mabrur," katanya. Sumber Link
Sumber TKO - 23-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Renungan Dari Bumi SuciAllah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 27; وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ (27) Maksudnya; “Dan buatlah perisytiharan di khalayak ramai untuk mereka laksanakan ibadah Haji pasti mereka datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang unta yang kurus, mereka datang dari seluruh pelusuk negeri yang jauh” Allah Taala mengarahkan Nabi Ibrahim alaihissalam membuat perisytiharan ibadah haji. Jaminan daripada Allah ialah manusia pasti datang meskipun berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus. Berjalan kaki menunjukkan kesungguhan. Meskipun tiada kenderaan mereka sanggup berjalan kaki walaupun ke tempat yang jauh demi menunaikan Haji. Unta yang kurus ditafsirkan dengan dua keadaan. Sama ada kerana ketiadaan unta yang gemuk namun kerana keinginan membuak-buak untuk hadir ke Mekah maka mereka sanggup menunggang unta yang kurus. Atau dengan maksud jauhnya perjalanan hinggakan unta yang gemuk asalnya menjadi kurus. Dalam riwayat Ibnu Abbas, Mujahid dan Ikrimah melaporkan Nabi Ibrahim bertanya bagaimanakah suaraku akan sampai kepada manusia? Allah menjawab; tugasanmu ialah menyeru dan Kami yang menyampaikannya. Demikiankah janji Allah. Manusia hanya perlu melaksanakan perintah-Nya. Jaminan selanjutnya adalah milik Allah. Namun, berapa ramai yang bersedia untuk yakin? Seruan haji sampai kepada manusia sejak zaman Ibrahim alaihissalam bersambung ke zaman Nabi kita Muhammad saw sehingga ke hari ini tanpa putus. Sehingga kini bumi Mekah tidak pernah sunyi daripada manusia. Tiada yang menarik melainkan Kaabah. Mekah adalah bumi panas gersang tanpa tumbuhan. Tanpa air melainkan Zamzam. Ibadah Haji menjadi sebab berkembangnya pelancongan ibadah. Terbentuknya pasar dan transit barangan antara Yaman di selatan dan Syam di utara di zaman silam. Sehingga kini ia memberi sumber rezki kepada jutaan manusia yang berniaga dan menguruskan pelbagai perkara melibatkan ibadah haji. Ibrahim alihissalam hanya melaksanakan perintah mengisytiharkan ibadah haji. Kehadiran manusia adalah jaminan daripada Allah kerana Dia yang membuka hati manusia. Demikianlah yang perlu kita yakini dalam apa jua pekerjaan. Tugasan kita hanyalah melaksanakan perintah Allah. Hasilnya terserahlah kepada Allah. Bagi pendakwah, tugasannya ialah menyampaikan seruan lalu hasilnya sama ada manusia menerima atau menolak terserahlah kepada Allah. Namun, Allah pasti membuka hati sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sumber BO - 23-9-2015 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hayati Kelebihan Hari ArafahHari Arafah yang jatuh pada hari ke sembilan Zulhijjah merupakan hari yang mulia yang diberikan kelebihan oleh Allah. Antaranya; 1. Ia adalah hari di mana para jemaah haji berwukuf di Arafah bagi melunaskan salah satu rukun Haji. Tanpa berwukuf haji mereka tidak sah sebagaimana Hadis Sahih riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah bahawa Nabi saw bersabda bermaksud “Haji itu Arafah”. 2. Ia adalah hari terbaik untuk berdoa sebagaimana Hadis riwayat Tirmizi, Nabi saw bersabda; خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: Maksudnya: “Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik ucapan yang diucapkan olehku dan para Nabi sebelumku ialah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (Tiada Ilaah (Tuhan yang diberikan pengabdian) melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagi-Nya. Hanya Dia memiliki sebenar-benar kerajaan dan hanya Dia memiliki sebenar-benar pujian syukur dan Dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa). Kelebihan berdoa pada hari tersebut bukan hanya khusus untuk jemaah Haji yang sememangnya wajar menjadikannya sebagai amalan utama ketika sedang berwukuf tetapi juga umum kepada seluruh umat Islam. Imam Ahmad menukilkan bahawa 2 sahabat Nabi saw iaitu Ibnu Abbas dan Amru bin Huraith antara yang memulakan majlis berhimpun dan berdoa pada hari Arafah di masjid di Basrah. 3. Hari Arafah disunatkan berpuasa bagi selain para jemaah Haji sebagaimana Hadis dengan Isnad yang Sahih riwayat Abu Dawud: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَصُومُ تِسْعًا مِنْ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنْ الشَّهْرِ وَخَمِيسَيْنِ ” . “Bahawa Rasulullah saw berpuasa pada sembilan Zulhijjah, Hari Asyura’ (10 Muharram) dan 3 hari daripada setiap bulan iaitu isnin pertama dan dua khamis” 4. Hari Arafah termasuk salah satu hari dalam 4 bulan Haram yang diberikan kehormatan oleh Allah iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab. (Rujuk surah Taubah ayat 39). 5. Hari Arafah termasuk salah satu hari dalam bulan-bulan Haji iaitu bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. (Rujuk surah al-Baqarah ayat 139.) 6. Hari Arafah termasuk dalam salah satu hari-hari yang dimaklumi (ma’luumat – معلومات ) sepertimana disebut oleh Allah dalam surah al-Hajj ayat 28. Ata’ melaporkan daripada Ibnu Abbas, hari-hari yang dimaklumi ialah Hari Arafah, Hari Raya Korban dan 3 hari Tasyrik. ***Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat / AJK PAS Pusat yang kini berada di Arafah. Sumber BO - 23-9-2015 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Renungan Dari Bumi Suci (Siri1)
Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 27;
Maksudnya; "Dan buatlah perisytiharan di khalayak ramai untuk mereka laksanakan
ibadah Haji pasti mereka datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan dengan
menunggang unta yang kurus, mereka datang dari seluruh pelusuk negeri yang jauh"
Allah Taala mengarahkan Nabi Ibrahim alaihissalam membuat perisytiharan ibadah haji.
Jaminan daripada Allah ialah manusia pasti datang meskipun berjalan kaki dan menunggang
unta yang kurus.
Berjalan kaki menunjukkan kesungguhan. Meskipun tiada kenderaan mereka sanggup berjalan
kaki walaupun ke tempat yang jauh demi menunaikan Haji.
Unta yang kurus ditafsirkan dengan dua keadaan. Sama ada kerana ketiadaan unta yang
gemuk namun kerana keinginan membuak-buak untuk hadir ke Mekah maka mereka
sanggup menunggang unta yang kurus.
Atau dengan maksud jauhnya perjalanan hinggakan unta yang gemuk asalnya menjadi kurus.
Dalam riwayat Ibnu Abbas, Mujahid dan Ikrimah melaporkan Nabi Ibrahim bertanya
bagaimanakah suaraku akan sampai kepada manusia? Allah menjawab; tugasanmu ialah
menyeru dan Kami yang menyampaikannya.
Demikiankah janji Allah. Manusia hanya perlu melaksanakan perintah-Nya. Jaminan
selanjutnya adalah milik Allah. Namun, berapa ramai yang bersedia untuk yakin?
Seruan haji sampai kepada manusia sejak zaman Ibrahim alaihissalam bersambung ke zaman
Nabi kita Muhammad saw sehingga ke hari ini tanpa putus.
Sehingga kini bumi Mekah tidak pernah sunyi daripada manusia. Tiada yang menarik
melainkan Kaabah. Mekah adalah bumi panas gersang tanpa tumbuhan. Tanpa air
melainkan Zamzam. Ibadah Haji menjadi sebab berkembangnya pelancongan ibadah.
Terbentuknya pasar dan transit barangan antara Yaman di selatan dan Syam di utara di zaman
silam.
Sehingga kini ia memberi sumber rezki kepada jutaan manusia yang berniaga dan
menguruskan pelbagai perkara melibatkan ibadah haji.
Ibrahim alihissalam hanya melaksanakan perintah mengisytiharkan ibadah haji. Kehadiran
manusia adalah jaminan daripada Allah kerana Dia yang membuka hati manusia.
Demikianlah yang perlu kita yakini dalam apa jua pekerjaan. Tugasan kita hanyalah
melaksanakan perintah Allah. Hasilnya terserahlah kepada Allah.
Bagi pendakwah, tugasannya ialah menyampaikan seruan lalu hasilnya sama ada manusia
menerima atau menolak terserahlah kepada Allah. Namun, Allah pasti membuka hati sesiapa
yang dikehendaki-Nya.
Sekian.
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
8 Zulhijjah 1436 H / 22 September 2015 jam 11.30 pg waktu Mekah
Sumber PP - 22-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dua lagi jenazah mangsa kren dikebumikan di MakkahKUALA LUMPUR: Jenazah dua lagi jemaah Malaysia yang telah disahkan turut terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas, selamat dikebumikan di Makkah. Jenazah Shahidan Saad, 52, dan Abdul Habib Lahman, 68, yang telah disahkan oleh waris mereka semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah As-Shohada' pada 7.45 malam (waktu tempatan). Pengebumian jenazah kedua-dua jemaah yang berasal dari Kedah itu; Shahidan dari Kodiang dan Abdul Habib dari Sik, dihadiri isteri serta waris masing-masing. Turut berada di Tanah Perkuburan Maqbarah As-Shohada' untuk pengebumian itu ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) Tan Sri Hashim Meon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah, Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah. Proses pengecaman dua jemaah berkenaan dilakukan waris dan anggota keluarga mangsa di rumah mayat Muaissem di Mina. Abang Shahidan, iaitu Sobri serta adiknya Zulhakim serta Mohamad Fazil iaitu anak lelaki Abdul Habib tiba di Makkah pada Jumaat bagi melakukan ujian padanan DNA. Asyraf Wajdi dalam sidang media berhubung perkara itu di Makkah semalam berkata ketika ini pihak TH sedang menumpukan pada usaha mempercepat proses pengurusan pengebumian jenazah bersama pihak Muassasah Asia Tenggara. Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah (Kelantan); Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai (Kelantan); Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku (Kelantan) dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor. Dalam kejadian 5 petang pada 11 Sept lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat asar. Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. - BERNAMA Sumber HD - 22-9-2015 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 2 jemaah Malaysia yang hilang disahkan terkorbanMAKKAH: Dua jemaah Malaysia yang hilang selepas tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept lepas, disahkan turut terkorban, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Proses pengecaman jenazah dua jemaah berkenaan - Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah, dilakukan waris dan anggota keluarga mangsa di rumah mayat Muaissem di Mina. "Pada 10 malam tadi, waktu Arab Saudi (3 pagi tadi waktu Malaysia), pihak berkuasa Arab Saudi telah memaklumkan kepada Tabung Haji berkenaan penemuan dua lagi mayat tragedi kren berkenaan. "Pihak perubatan TH telah bergegas ke rumah mayat Muaissem untuk membuat pengecaman dan pengesahan awal, sebelum membawa waris jemaah berkenaan untuk pengesahan," katanya kepada pemberita di sini. Makluman lengkap berkenaan tempat dan waktu penemuan mayat belum dimaklumkan pihak berkuasa Arab Saudi, katanya. "Jenazah telah disahkan oleh waris dan disokong oleh identifikasi yang masih ada pada jenazah khususnya gelang, lencana dan barangan peribadi mangsa," katanya. Waris Shahidan iaitu abangnya Sobri dan adiknya Zulhakim serta Mohamad Fazil iaitu anak lelaki Abdul Habib tiba di sini pada Jumaat bagi melakukan ujian padanan DNA dengan jenazah yang terdapat di rumah mayat Muaissem. Dr Asyraf Wajdi berkata ketika ini pihak TH sedang menumpukan kepada usaha mempercepatkan proses pengurusan pengebumian jenazah bersama pihak Muassasah Asia Tenggara. Sebelum ini, lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku dan Zainun Taha, 69, berasal dari Ampang, Selangor. Dalam kejadian 5 petang pada 11 Sept lepas itu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren berkenaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat Asar. Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. - Bernama Sumber HD - 21-9-2015 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kren tumbang: BinLaden Group digantung Posted on Thursday, September 17 @ 14:07:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
JEDDAH - ARAB SAUDI. Pihak berkuasa Arab Saudi mengenakan sekatan ke atas syarikat pembinaan BinLaden Group, susulan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram.
Media tempatan melaporkan, sekatan itu termasuk memberhentikan operasi dan digantung daripada mengambil projek-projek pembinaan baharu.
Kakitangan syarikat milik keluarga pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden itu turut dikenakan perintah sekatan perjalanan ke luar negara sehingga siasatan selesai dan tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat terbabit.
Sekatan berkenaan dikeluarkan selepas pihak berkuasa melakukan siasatan awal terhadap tragedi yang meragut 111 nyawa itu, minggu lalu.
Sebelum ini, siasatan awal menolak motif jenayah, sebaliknya mendapati angin kencang dan ribut menyebabkan kren terbabit tumbang.
BinLaden Group adalah syarikat pembinaan terbesar di negara tersebut yang telah bekerja selama empat tahun dalam projek pembesaran Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah jemaah. - Saudi Press Agency
Sumber TKO - 17-9-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tragedi Makkah: Anak dan bapa sama-sama merindui
MAKKAH: Maziatunazna Bidin @ Ibrahim, isteri kepada Shahidan Saad yang suaminya hilang dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram pada Jumaat lalu menceritakan perihal anak tunggal mereka di kampung yang sering menelefon bertanyakan mengenai bapanya.
Beliau berkata anak mereka Muhammad Afiq Amzar, 3 tahun, begitu rindu untuk mendengar suara bapanya.
"Tapi saya hanya mampu beritahu dia yang ayah pi Allahhuakbar (bapa pergi bersolat)," kata surirumah kepada pembantu makmal Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah ini.
Anak mereka ditinggalkan di bawah jagaan abang kepada Shahidan di Kodiang.
Maziatunazna yang reda dengan apa juga ketentuan ilahi terhadap suaminya berkata kali terakhir beliau bertemu dengan suaminya ialah pada Jumaat lepas di Maktab 89 di bangunan Abraj Al-Janadriah selepas suaminya pulang dari mengerjakan solat Jumaat.
"Pada waktu asar, dia pergi semula ke Masjidil Haram. Tapi dia kemudiannya tak balik-balik," katanya.
Pasangan tersebut tiba di Madinah menerusi penerbangan KT7 pada 17 Ogos sebelum bertolak ke Makkah pada 26 Ogos.
Shahidan dan rakan sebiliknya Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah gagal dikesan sehingga kini.
Seorang lagi rakan sebilik Shahidan, Mohd Zainol Ramli, 54, turut menceritakan tentang kerinduan Shahidan terhadap anaknya.
"Dia (Shahidan) tidur agak lewat pada hari sebelum kejadian. Bila ditanya dia kata dia teringatkan anaknya. Dia berkahwin lebih 22 tahun baru dapat anak," kata Mohd Zainol.
Beliau berkata pada hari kejadian beliau tidak bersama dua rakan sebiliknya itu untuk ke masjid kerana telah berjanji untuk ke masjid bersama isterinya.
"Pak Long (panggilan untuk Abdul Habib) adalah rakan sekampung saya di Sik. Kami datang dengan penerbangan yang sama (KT7) pada 17 Sept. Secara kebetulan kami di sini juga ditempatkan dalam satu bilik di Abraj Al-Janadriah.
"Kami (termasuk Shahidan) jadi rapat sejak di Madinah lagi. Kami sering bersama ke masjid, cuma pada hari kejadian kami tak pergi bersama," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kini berada di sini bagi memastikan usaha mencari dua jemaah yang hilang itu berjalan lancar.
Mereka turut mengadakan perjumpaan dengan Maziatunazna dan waris kepada jemaah Malaysia yang terkorban dan tercedera.
Sementara itu lima jemaah Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu selamat dikebumikan selepas solat subuh di Syara'ik semalam (Selasa). - Bernama
Sumber HD - 16-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5 jenazah jemaah Malaysia dikebumi di Tanah Haram
MAKKAH: Lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada Jumaat lepas, selamat dikebumi selepas solat subuh, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata semua jenazah yang sebelum ini ditempatkan di rumah mayat Muaissem di Mina telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat subuh tadi.
"Semua jenazah dikebumikan di syara'ik di Tanah Haram ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Lima jemaah Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi itu sebelum ini ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku; dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.
Beliau berkata pihak Tabung Haji menerusi kerjasama dengan Muassasah Asia Tenggara masih berusaha mengesan dua lagi jemaah haji Malaysia yang masih hilang dalam tragedi kren tumbang itu.
Jamil Khir berkata pihak TH juga masih dalam proses membuat pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem dalam usaha mengesan dua lagi jemaah haji Malaysia terbabit.
Bagaimanapun usaha mencari mereka di tempat-tempat lain seperti di sekitar Masjidil Haram, hotel dan hospital di sekitar Makkah, masih diteruskan.
Dua jemaah haji yang masih hilang dalam kejadian yang mengorbankan lebih 100 nyawa itu ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.
Jamil Khir bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di Arab Saudi semalam dalam tugasannya untuk memastikan segala usaha mencari dua lagi jemaah yang masih hilang berjalan lancar, selain memberikan sokongan moral kepada jemaah haji lain.
Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Zainol Rahim Zainuddin.
Sementara itu, isteri kepada Shahidan, Maziatunazwa Bindi@Ibrahim, 46, berkata kali terakhir mereka bertemu ialah pada Jumaat lepas di maktab 89, di bangunan Abraj Al-Janadriah, selepas suaminya pulang dari mengerjakan solat Jumaat.
"Pada waktu asar, dia pergi semula ke Masjidil Haram...saya reda dengan apa jua ketentuan Illahi," kata surirumah kepada pembantu makmal itu.
Sementara itu, rakan sebilik kepada Shahidan dan Abdul Habib iaitu Mohd Zainol Ramli, 54, berkata pada hari kejadian beliau tidak bersama mereka untuk ke masjid kerana berjanji pergi ke Masjidil Haram bersama isterinya.
"Pak Long (panggilan kepada Abdul Habib) juga rakan sekampung saya di Sik, Kedah, kami datang dengan penerbangan sama KT7 pada 17 Sept lepas. Secara kebetulan kami di sini juga ditempatkan satu bilik di Abraj Al-Janadriah ini.
"Kami jadi rapat sejak berada di sini, sejak dari Madinah lagi. Kami (Mohd Zainol, Shahidan dan Pak Long) sering bersama ke masjid, cuma pada hari kejadian kami tak pergi bersama," katanya. - Bernama
Sumber HD - 15-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tabung Haji wajar urus kunjungan keluarga mangsa
KUALA LUMPUR: PAS merakamkan takziah dan simpati atas kejadian lima jemaah haji Malaysia menjadi mangsa korban kren tumbang yang berlaku pada 11 September lalu di Masjidil Haram.
Pihak Tabung Haji memaklumkan kelima-lima mereka telah dikenalpasti dan dimaklumkan kepada waris mangsa kejadian tersebut.
"Saya mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat di mana ini adalah satu ujian daripada Allah dan anggaplah juga ini adalah satu kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah swt. kepada keluarga mangsa," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika ditemui pada sidang media Himpunan 60K di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Beliau juga berharap agar pihak Tabung Haji dapat menguruskan isu ini dengan sebaiknya tambahan pula dilaporkan masih ada lagi beberapa jemaah haji Malaysia yang masih belum ditemui.
"Tapi kalau boleh ada laporan yang bersifat rasmi daripada pihak kerajaan untuk kita tahu punca sebenar yang berlaku," ujarnya.
Tambah beliau yang inginkan pihak Tabung Haji juga dapat menguruskan pemergian atau kunjungan ahli keluarga mangsa ke tanah suci sebagai tanda penghormatan terakhir.
Kata beliau lagi, insiden menyayat hati ini memerlukan penjelasan dan maklumat yang benar serta tepat dari pihak pengurusan Tabung Haji memandangkan ada lagi beberapa rombongan jemaah haji yang akan pergi menunaikan haji.
AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor menggesa pihak Kerajaan Arab Saudi membayar pampasan kepada pihak keluarga mangsa yang terbabit.
Katanya, meskipun menganggap itu satu takdir, namun disebabkan kecuaian yang berlaku kerajaan Arab Saudi harus bertanggungjawab.
"Bagaimana SOP untuk kawasan itu, keselamatannya kerana ketika itu adalah dengan keadaan mereka telah tahu bahawa jemaah Haji akan datang ke kawasan itu, walaupun sedang dalam proses pembinaan, namun SOP keselamatan itu harus diutamakan," kata beliau yang juga aktivis tanpa sempadan Muslim Care.
Selain itu Kerajaan Malaysia diminta cakna kepada urusan kesemua jemaah haji yang terbabit dan melihat soal kebajikan keluarga mangsa.
Tabung Haji selaku pihak yang menguruskan jemaah haji selain menimba keuntungan melalui wang pendeposit harus menjalankan amanah untuk membantu keluarga mangsa, kata beliau.
Kejadian yang berlaku pada hari yang penuh kemuliaan itu mendapat simpati dari seluruh dunia terutamanya netizen-netizen dari laman sosial.
Disahkan mangsa yang terkorban ialah Rusiah Suar, 56, dari Perak, Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan, Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan, Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan dan Zainun Taha, 69, dari Ampang Selangor.
Dua lagi jemaah yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah. - HARAKAHDAILY 15/9/2015
Sumber HD - 15-9-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makkah dan Peristiwa Jumaat 11 Sept 2015
Catatan dari Makkah oleh Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ia adalah pengalaman peribadi yang tidak terlupakan ketika fokus ibadah mula tertumpu ke Masjidil Haram di ambang Zulhijjah. Seperti kebiasaan pada hari Jumaat, Masjidil Haram penuh sesak sejak pagi. Pagi yang cerah dan ceria dan panas sudah mula di penghujung. Kira-kira 40 darjah celcius berbanding 44 darjah celcius pada dua minggu yang lepas.
Saya berada di tingkat tiga masjid. Jam 5:10 petang, selepas solat Asar, saya dan isteri tidak balik ke penginapan. Suasana panas dan perjalanan ke Hotel Abraj Janadriyah yang merupakan pusat operasi Tabung Haji kurang lebih 20 minit. Tunggulah Isyak.
Cuaca yang cerah menganjak berubah. Angin panas mengandungi pasir berterbangan mula menerpa. Ya, segenap arah. Pasir memenuhi ruang solat. Ia persis ribut pasir beberapa hari sebelum itu. Ia pengalaman kedua saya ribut pasir di Masjidil Haram. Saya kejutkan seorang rakan Xin Jiang di sebelah saya sambil menunjuk ke arah tempat tawaf.
Saya terus bangun menerpa ke penghadang di hadapan mengadap tempat tawaf. Kelihatan kawasan tawaf kelabu dengan angin pasir. Sudah berbalam. Angin semakin ganas. Plastik dan kertas mula berterbangan di udara. Suasana mula panik. Namun, aktiviti tawaf berjalan seperti tiada apa yang berlaku. Saya rakam situasi itu.
Perubahan mendadak berlaku. Langit mula gelap. Angin lebih ganas disertai hujan lebat. Saya dapati pusingan tawaf bergerak sangat pantas. Tidak pernah sepantas itu. Sangat menakjubkan.
Orang ramai mula berdoa. Saya cuba turut serta sambil merakam. Tetiba, saya lihat di sebelah kiri saya, kren patah dari belakang menghentam konkrit tingkat paling atas masjidil Haram yang masih di dalam pembinaan. Bunyi sangat kuat dan menggegarkan kawasan masjid. Terlalu kuat hentaman itu. Besi kren berkecai dan serpihannya melayang ke udara.
Para jemaah mula menjerit. Saya berlari ke bahagian belakang mencari Isteri. Ia sangat pantas dan kelam-kabut. Panik. Pucat masing-masing. Jeritan disulami laungan bersipongang. Masing-masing berlarian tanpa arah. Mencari kawan atau pasangan.
Saya dan isteri ke arah kiri. Ke arah pintu keluar melalui tempat Sa'ie. Ternampak seperti sorang tuan sedang tidur. Isteri minta saya kejutkan. Belum sempat apa-apa, kelihatan seorang rakyat Malaysia, seorang anak muda yang saya kenali mengerang kesakitan. Sambil di pangku isterinya. Beliau menunjukkan ke arah kaki yang benjol.
Barulah ketika itu kelihatan gelimpangan jenazah. Sekira lima atau enam. Darah merah berpecikan di ruang solat. Agak ramai yang cedera.
Pihak berkuasa Masjidil Haram mula mengawal suasana. Memberi arahan agar bergerak ke ruang Saie atau ke ruang lebih dalam masjid. Saya dan isteri bergerak ke dalam. Pintu keluar dari ruang solat di tutup. Kami terperangkap.
Di ruang tawaf pada jemaah menyerbu keluar. Kami yang berada di ruang atas tawaf menyaksikan pintu tawaf yang di tutup dengan kepingan penghadang plastik tebal mula robek. Ditendang dan dipecahkan. Jemaah dari ruang tawaf bertolak-tolakan panik. Kasihan ibu-ibu yang uzur dan berkerusi roda.
Jemaah yang berjaya melepasi hadangan kelihatan amat lemah. Ada yang cedera. Ada yang meraung memanggil-manggil seseorang. Yang berdoa, membaca al-Quran dan menangis bercampur baur. Ada yang tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa mengambil gambar dan merakam suasana ruang tawaf paling bawah. Mayat bergelimpangan kata mereka.
Jemaah yang cedera mula dipindahkan ke hospital. Mayat mula diangkat. Bunyi siren polis serta ambulans bersahutan memecah suasana.
Azan Maghrib dikumandangkan. Cukup sayu dan menginsafkan. Azan yang sedih. Bergenang airmata mendengar azan itu.
Imam membaca surah yang ringkas, Az-Zalzalah. Surah berkaitan suasana kiamat. Sedih dan mengesankan. Suasana kiamat itu lebih hebat.
Kami solat dalam dengan air hujan yang memenuhi ruang solat dan airmata. Kami dikuarantin sehingga Isyak. Selesai solat. Kami terus diarahkan keluar.
Mengharungi ruang solat yang digenangi darah dan percikan anggota badan. Allahuakbar. Pengalaman ini menakjubkan.
Sampai di ruang saei masih ramai yang sedang menangis. Saya kira sorang perempuan India berumur lingkungan pertengahan 50-an menangis dan meraung. Tak sampai hati melihatnya. Di pertengahan ruang saei kelihatan melalui cermin, puluhan buah ambulan berderetan. Kereta polis juga begitu banyak.
Kami sampai di luar masjid, suasana tunggang langgang. Tiang-tiang lampu patah. Penghadang kawasan pembinaan terbalik. Ribut itu cukup hebat rupanya. Jangkaan saya kematian dalam 20 orang. Rupanya lebih ramai. Mencapai angka ratus. Belum dikira ratusan yang cedera. Saya kira bukan semuanya akibat ditimpa serpihan besi. Ramai yang mungkin terpijak dalam suasana gawat dan panik.
Semoga diri ini mengambil pengajaran ujian Allah ini. - HARAKAHDAILY 15/9/2015
Penulis adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap.
Sumber HD - 15-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PASIR PUTEH: Mangsa kren tumbang di Masjidil Haram menerima sumbangan daripada kerajaaan negeri yang disampaikan anggota Exco, Mumtaz Md Nawi.
Mumtaz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan mengunjungi keluarga Allahyarham Munah Jusoh di Cherang Ruku, Pasir Puteh, semalam.
Selain itu keluarga Ustaz Mat Deris Mohd Noor, 62, di Bachok yang cedera akibat kejadian tersebut juga menerima bantuan serupa.
Anak Allahyarham Munah, Che Wil Che Muda, 41 melahirkan rasa terharu di atas keprihatinan kerajaan negeri termasuk berusaha menghantar seorang wakil dari setiap keluarga mangsa yang terlibat ke Makkah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tabung Haji kerana menguruskan jenazah ibunya di sana.
“Saya cukup terharu kepada semua pihak yang membantu ibu bapa kami di sana dan memberi sokongan pada kami di sini,” katanya di sini.
Menurutnya juga ayahnya Che Muda Che Tahir, 76 akan meneruskan ibadat haji walaupun ibunya meninggal dunia.
Sekiranya berpeluang beliau juga akan ke Makkah menunaikan ibadat haji bersama ayah memandangkan perbelanjaannya akan diurus kerajaan negeri.
Hari ini beliau turut menerima sumbangan sebanyak RM3,000 daripada seorang usahawan Gan Leong Piow. - HARAKAHDAILY 15/9/2015
Sumber HD - 15-9-2015
Kelantan bantu keluarga mangsa kren tumbang

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU: Berita gembira bagi keluarga nahas kren di Masjidil Haram Jumaat lepas, apabila mereka berpeluang menemui ahli keluarga yang sedang mengerjakan ibadat haji di sana.
Kerajaan Kelantan akan menaja seorang daripada keluarga terdekat mangsa untuk membolehkan mereka menemui saudaranya di Makkah.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada kelulusan visa oleh kerajaan Arab Saudi.
Beliau berkata, sekiranya isteri yang meninggal akibat tragedi kren terbalik, namun suaminya selamat, maka anak boleh bersama ayah mereka di sana.
“Sekiranya kemalangan menimpa suami, isterinya dicadangkan ke Makkah dan begitulah sebaliknya.
“Tujuannya untuk memberi semangat, nasihat, dorongan atau seumpamanya selepas terpaksa melalui saat-saat duka ekoran kejadian itu,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.
Bagaimanapun kata beliau kos keseluruhan belum lagi dapat dipastikan kerana ia masih lagi di peringkat awal.
Menurutnya semua perbelanjaan termasuk penerbangan, pengangkutan dan penginapan akan ditanggung kerajaan negeri setelah mereka memperolehi visa.
Beliau juga berkata Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob yang turut berangkat ke Makkah hari ini dijangka menemui keluarga mangsa terlibat di sana.
Pada tragedi Jumaat lepas lima jemaah Malaysia disahkan terkorban di mana tiga daripadanya berasal Kelantan iaitu Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai dan Munah Jusoh, 73, Cherang Ruku;
Dua lagi mangsa iaitu Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor. Manakala dua lagi mangsa masih hilang. - HARAKAHDAILY 15/9/2015
Sumber HD - 15-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan taja keluarga mangsa kren ke Makkah

Takziah pada keluarga tragedi kren tumbang di Makkah
Allah SWT mengingatkan kepada kita semua dengan firman-Nya menerusi Al-Quran:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali-Imran: ayat 185)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah khusus kepada para keluarga mangsa tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada hari Jumaat baru-baru ini.
Kita semua dikejutkan dengan tragedi menyayat hati ini, setelah mana pihak Tabung Haji mengesahkan serta melaporkan adanya warga Malaysia yang terlibat dalam tragedi nahas tersebut.
Allah SWT mengingatkan lagi kepada kita semua dengan firman-Nya:
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: ayat 156)
Semoga seluruh keluarga mangsa tragedi dikurniakan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Marilah bersama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat buat semua jemaah haji yang terlibat.
Al-Fatihah.
"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
01 Zulhijjah 1436H / 15 September 2015M
Sumber HD - 15-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tragedi Masjidil Haram: Zainun mangsa kelima disahkan terkorban Posted on Tuesday, September 15 @ 06:19:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
SEPANG: Seorang lagi jemaah haji Malaysia, Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor disahkan terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu.
Demikian diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jeddah, di sini, sebentar tadi.
Pengumuman itu menjadikan jumlah keseluruhan jemaah yang ditemui setakat ini seramai enam orang, yang mana lima daripadanya meninggal dunia manakala seorang jemaah haji ditemui selamat.
Terdahulu seramai empat jemaah Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.
Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, dua lagi jemaah haji Malaysia yang masih hilang iaitu Shahidan Saat, 52, dari Kodiang, Kedah dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah.
Jamil juga berkata kesemua jemaah Malaysia yang meninggal dunia dalam tragedi itu akan dikebumikan di Makkah.
- AntaraPOS
- AntaraPOS
Sumber TKO - 15-9-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kren tumbang: Keluarga terima sumbangan RM40,000 Posted on Monday, September 14 @ 22:53:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
PASIR PUTEH - Setiap keluarga jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lepas, akan menerima sebanyak RM40,000 dalam tempoh terdekat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebanyak RM20,000 disumbangkan oleh Tabung Haji (TH) dan RM20,000 lagi sumbangan insurans hayat Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
"Sumbangan itu akan disampaikan dalam temp oh terdekat kepada semua waris (mangsa) oleh pegawai TH di rumah mangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM40,000 kepada keluarga jemaah haji yang terkorban Munah Jusoh, 74, di Kampung Bukit Kecik, Cherang Ruku di sini, hari ini.
Sumbangan itu diterima oleh anak Munah, Che Will Che Muda, 41, bagi pihak keluarganya yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
Asyraf Wajdi berkata, TH yang beroperasi di Makkah sedang mengesan dua lagi jemaah yang dilaporkan hilang iaitu Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.
Beliau berharap anggota keluarga jemaah yang terkorban bersabar dan bersyukur kerana mangsa meninggal di kawasan yang paling suci bagi Islam dan akan dikebumikan di kawasan perkuburan para syuhadah.
Empat lagi yang disahkan terkorban ialah Rusiah Suar, 56, yang berasal dari Sungkai, Perak; Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan Zainun Taha, 69, dari Ampang Selangor.
Sementara itu, Che Will ketika ditemui pada majlis itu berkata, beliau akan menyerahkan wang sumbangan kepada bapanya Che Muda Che Tahir, 76, sekembalinya ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji.
Beliau berkata, mulai malam ini pihaknya akan mengadakan majlis tahlil selama seminggu bagi kesejahteraan roh ibunya Munah. -- BERNAMA
Sumber TKO - 14-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Disahkan Terkorban Posted on Monday, September 14 @ 22:39:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
NILAI: Seorang lagi jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang sebelum ini dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu disahkan meninggal dunia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Isnin berkata, jenazah kelima dikenal pasti sebagai Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.
Jenazah Zainun dikenal pasti oleh warisnya.
Ia menjadikan seramai lima jemaah haji yang disahkan terkorban setakat ini.
Empat lagi jemaah yang disahkan meninggal dunia ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan) dan Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan).
Dua lagi yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah).
Sumber Link
Sumber TKO - 14-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Selangor rakam dukacita insiden di Masjidil Haram
KUALA LUMPUR: PAS Negeri Selangor merakamkan perasaan dukacita atas insiden kren tumbang di Masjidil Haram yang berlaku pada hari Jumaat, 11 September lalu.
Insiden tersebut dilaporkan terjadi akibat kren yang tumbang berhampiran pintu As-Salam dan runtuhan bangunan menimpa Bangunan Sa’ie berdekatan dengan mataf.
"PAS Selangor mewakili ahli-ahli dan pimpinan PAS negeri merakamkan rasa amat berdukacita dan bersimpati, serta mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga jemaah haji yang terlibat.
"Semoga ahli keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Kita juga mendoakan agar diberikan kesembuhan kepada jemaah yang tercedera," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman.
Katanya, PAS negeri juga merakamkan setinggi penghargaan kepada para petugas, pasukan perubatan, pasukan kebajikan dan peronda serta pasukan mencari dan menyelamat Tabung Haji yang telah bertungkus lumus memberi bantuan dan rawatan kepada para jemaah haji. - HARAKAHDAILY 14/9/2015
Sumber HD - 14-9-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tragedi di Makkah: Kelantan rakam takziah
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa kemalangan kren di Masjidilharam dua hari lalu.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, turut melahirkan rasa dukacita di atas kejadian yang tidak diduga itu sehingga meragut empat nyawa jemaah haji Malaysia, tiga daripadanya berasal Kelantan.
Katanya beliau mendoakan semoga kesemua mangsa diberikan ganjaran syurga yang kekal abadi.
“Keluarga pula hendaklah bersabar dengan ujian yang berat itu. Semalam pihak Tabung Haji melaporkan seramai empat lagi jemaah haji Malaysia terkorban dalam nahas kren tumbang di Masjidil Haram Jumaat lalu.
“Tiga daripada jemaah haji tersebut ialah rakyat Kelantan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Ustaz Ahmad berkata pada hakikatnya Allah Taala memberi kemuliaan kepada mereka kerana meninggal dunia di Tanah Suci yang sangat diberkati dan dalam keadaan mengerjakan ibadat haji.
Beliau juga yakin Tabung Haji bersungguh-sungguh menangani masalah dihadapi jemaah haji di sana dengan sebaik mungkin.
“Di kesempatan ini saya turut memohon kemaafan daripada semua kerana saya dan isteri juga akan mengerjakan ibadat haji dan akan berangkat ke sana petang ini.
“Doakan kesejahteraan dan kesihatan saya serta seluruh jemaah haji Malaysia sepanjang berada di sana, mudah-mudahan Allah mengurniakan haji yang mabrur dan diredhainya,” tambahnya.
Empat jemaah haji dari Kelantan yang terkorban dalam nahas tersebut iaitu Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.
Rusiah Suar, 56, dari Sungai, Perak dikenal pasti sebagai jemaah Malaysia yang pertama terkorban dalam insiden berkenaan.
Bagaimanapun media melaporkan tiga lagi jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, Kodiang, Kedah dan Zainun Taha, 69, Ampang, Selangor. – HARAKAHDAILY 14/9/2015
Sumber HD - 14-9-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemaah haji Malaysia kelima terkorban dikenal pasti
SEPANG: Seorang lagi jemaah haji Malaysia yang dikenal pasti sebagai Zainun Taha, 69, disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Makkah Jumaat lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata jenazah Zainun yang berasal dari Ampang, Selangor itu dikenal pasti melalui pengecaman oleh anggota keluarganya di rumah mayat Hospital Muassim, berdekatan Mina.
"Setakat ini lima jemaah haji Malaysia terkorban dalam kejadian itu, seorang telah ditemui selamat dan dua lagi masih hilang," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini hari ini, sebelum berlepas ke Jeddah, Arab Saudi.
Beliau bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ke sana bagi memastikan segala usaha mencari dua lagi jemaah yang masih hilang berjalan lancar selain memastikan perhatian khusus diberikan kepada jemaah haji yang tercedera serta sokongan moral kepada jemaah haji yang lain.
Semalam, beliau mengumumkan empat jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dengan jenazah pertama dikenal pasti ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.
Tiga lagi mangsa yang meninggal dunia berasal dari Kelantan yang dikenali sebagai Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.
Jamil Khir juga mengesahkan pihak Tabung Haji (TH) telah menemui semula seorang jemaah Malaysia, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak.
Dua jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah.
Jamil Khir berkata kesemua jenazah mangsa akan disembahyang dan dikebumikan di Makkah seperti kelaziman bagi jemaah yang meninggal dunia ketika mengerjakan haji.
"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Ma'ala, Makkah yang khusus untuk jemaah haji yang meninggal dunia di sana.
"Ini adalah kemuliaan bagi mereka kerana disembahyangkan di Masjidil Haram oleh seluruh jemaah haji dan tentunya ganjaran bagi mereka yang berihram begitu tinggi darjatnya di sisi Allah," kata Jamil Khir.
Beliau berkata semua pihak amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Allahyarham dan menasihati anggota keluarga untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.
Mengenai 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dalam tragedi itu, Jamil Khir berkata mereka telah disahkan mampu mengerjakan wuquf yang jatuh pada 23 Sept ini (9 Zulhijjah). - Bernama
Sumber HD - 14-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4 jemaah M'sia telah dikenal pasti terkorban Posted on Monday, September 14 @ 07:10:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas, menjadikan empat mayat jemaah negara ini telah dikenalpasti.
Manakala seorang lagi ditemui selamat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Ketiga-tiga mereka yang meninggal dunia berasal dari Kelantan yang dikenali sebagai Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.
Dengan pengesahan terbaharu itu menjadikan empat mayat jemaah haji Malaysia telah dikenal pasti. Mayat pertama dikenal pasti awal malam ini ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.
Semasa sidang media lewat malam tadi, Jamil Khir juga mengesahkan pihak Tabung Haji juga telah menemui semula seorang jemaah Malaysia, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak.
Sehingga kini tiga lagi jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah) dan Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor).
Jamil Khir berkata ketiga-tiga jenazah itu dikenal pasti pada 6 petang (waktu Arab Saudi) melalui paparan gambar serta barangan pengenalan jenazah di rumah mayat.
"Ketiga-tiga jenazah telah dikenal pasti oleh waris-waris mereka di Tanah Suci," katanya.
Mengenai Abdul Muluk, katanya jemaah haji itu terselamat dalam insiden berkenaan dan dilaporkan tersasar ke kediaman jemaah haji Thailand pada hari kejadian serta beliau dalam keadaan sihat.
"Beliau yang dikatakan seorang yang mudah lupa dihantar ke pejabat agensi pengurusan haji tempatan (Andalusia) oleh pihak Muasassah Thailand sebelum dibawa ke Ibu Pejabat TH di Mekah," katanya.
Katanya semua pihak amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Allahyarham dan menasihati anggota keluarga untuk
bersabar dan tabah dengan dugaan ini.
Beliau berkata Kerajaan Arab Saudi menempatkan kesemua jenazah di rumah mayat Muaissem, yang terletak berdekatan dengan Mina, Makkah.
Tabung Haji akan terus berusaha sedaya-upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin, kata Jamil Khir.
- Bernama
Sumber TKO - 14-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rusiah jemaah haji Malaysia pertama disahkan terkorban
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji mengesahkan Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak adalah mangsa pertama yang dikenal pasti terkorban dalam kejadian kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengesahan itu dibuat oleh pasukan Lembaga Tabung Haji yang berada di sana.
"Pasukan Tabung Haji dibenar buat pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu sidang media di Kelana Jaya, di sini hari ini.
Rusiah antara lapan jemaah Haji Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden kren tumbang itu.
Tujuh lagi jemaah yang gagal dikesan sehingga kini ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah); Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan Abdul Muluk Ishak, 71, (Pantai Remis, Perak).
Dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram itu, lebih 100 jemaah haji terkorban, manakala beratus lagi cedera termasuk 10 jemaah haji Malaysia.
Jamil Khir berkata pada hari ini merupakan kali pertama pasukan Lembaga Tabung Haji (TH) dibenarkan untuk membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan.
"Pasukan perubatan TH telah dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman pada pukul 10.30 pagi (waktu Arab Saudi) atau 3.30 petang waktu tempatan.
Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA, sekiranya perlu," katanya.
Katanya, jenazah dikenal pasti oleh pihak TH melalui proses pengecaman wajah tetapi tidak mengetahui lokasi arwah menemui ajal.
Jamil Khir berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Makkah.
Beliau berkata pihak TH telah menghubungi keluarga waris yang diwakili oleh Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk memaklumkan berita sedih itu.
"Kami amat berdukacita dan bersimpati dengan ahli keluarga waris, serta menasihati mereka untuk bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini," katanya.
Jamil Khir juga mengucapkan takziah bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan kepada semua anggota keluarga Allahyarham Rusiah.
Katanya beliau juga akan bertolak ke Makkah esok untuk meninjau keadaan jemaah haji di sana.
Mengenai perkembangan 10 jemaah haji tercedera, katanya, kesemua mereka dijangka akan dapat menunaikan ibadat haji pada 22 Sept ini.
Sementara itu di MAKKAH, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata lima daripada 10 jemaah Malaysia yang cedera itu telah dibenarkan pulang ke maktab penginapan masing-masing.
"Jemaah yang dibenarkan pulang ialah Faridah Mat Yacob, Rusiah Baba, Ahmad Muzafar Mamat@Adam, Mohd Sharif Meon dan Noordin Wahab," katanya.
Beliau berkata lima lagi masih dirawat, seorang masih ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz, seorang menerima rawatan di Hospital Raja Faizal, seorang di Hospital An Nur dan dua orang di Pusat Rawatan Tabung Haji. - Bernama
Sumber HD - 13-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemaah hilang: Anak hubungi ibu dijawab lelaki Arab
KUALA LUMPUR: Usaha seorang anak menghubungi telefon bimbit ibunya, seorang daripada jemaah haji Malaysia yang belum dapat dikesan susulan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, telah dijawab seorang lelaki Arab.
Perkara itu diceritakan Noor Farehah Abu Bakar, 35, mengenai usaha berterusan yang dilakukan beliau dan tiga beradiknya yang lain untuk menghubungi ibunya, Zainun Taha, 69, antara lapan jemaah haji Malaysia yang hilang berikutan kejadian petang Jumaat di Masjidil Haram.
"Malangnya kami tidak dapat berkomunikasi kerana tidak tahu berbahasa Arab dan lelaki itu tidak faham Bahasa Inggeris," katanya mengenai panggilan yang dibuat pada 10.30 malam tadi, ketika ditemui di kediaman ibunya di Bukit Antarabangsa di sini Ahad.
Beliau berkata ibunya sebelum ini sangat peka dengan panggilan telefon yang diterima dan jarang tidak menjawab panggilan daripada anak-anak.
"Paling tidak, ibu pasti akan menelefon kami semula," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail untuk memberi perkembangan terkini mengenai usaha pencarian kumpulan jemaah yang hilang itu.
Noor Farehah berkata beliau dan anggota keluarganya akan terus berdoa supaya ibu mereka bersama jemaah lain yang hilang ditemui secepat mungkin, dan reda dengan apa juga ketentuan.
Menurutnya, Zainun berlepas ke Tanah Suci pada 9 Sept bersama ibu saudara mereka, Faridah Mansor, 63, yang patah pergelangan kaki kiri dalam insiden yang dikaitkan dengan cuaca buruk itu.
Kejadian kren tumbang itu mengakibatkan 107 maut manakala 238 yang lain cedera termasuk 10 jemaah dari Malaysia. - Bernama
Sumber HD - 13-9-2015
Usaha cari jemaah Malaysia yang hilang masih diteruskan
MAKKAH: Usaha mencari jemaah haji Malaysia yang hilang selepas kejadian kren tumbang Jumaat lepas masih diteruskan, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata petugas Tabung Haji (TH) meneruskan usaha mereka mencari dan mengesan jemaah terbabit di kawasan sekitar Masjidil Haram dan pusat rawatan di sekitar Makkah.
"Usaha mengesan dan mengira bilangan jemaah haji juga dijalankan 10 malam tadi di semua maktab-maktab TH di Makkah.
"Operasi ini melibatkan petugas-petugas TH dan kerjasama Sahabat TH yang membuat pengiraan jemaah dari bilik ke bilik yang bertujuan untuk memastikan tiada lagi kehilangan baru. Sehingga 12.00 tengah malam waktu Arab Saudi (5 pagi waktu Malaysia), lapan jemaah haji Malaysia yang hilang masih belum dapat dikesan," katanya di sini, hari ini.
Jemaah yang masih gagal dikesan ialah Abdul Habib Lahman, 68 (berasal dari Sik, Kedah), Shahidan Saad, 52 (Kodiang, Kedah), Zainun Taha, 69 (Ampang, Selangor), Rohana Ismail, 54 (Kuala Krai, Kelantan), Munah Jusoh, 73 (Cherang Ruku, Kelantan), Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 ( Tanah Merah, Kelantan), Abdul Muluk Ishak, 71 (Pantai Remis, Perak) dan Rusiah Suar, 56 (Sungkai, Perak).
Dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram yang mengorbankan lebih 100 nyawa itu, 10 jemaah Malaysia turut tercedera.
Syed Saleh berkata lima daripada mereka yang cedera itu telah dibenarkan pulang ke maktab penginapan masing-masing.
"Jemaah yang dibenarkan pulang ialah Faridah Mat Yacob, Rusiah Baba, Ahmad Muzafar Mamat@Adam, Mohd Sharif Meon dan Noordin Wahab," katanya.
Lima lagi masih dirawat: "Seorang jemaah Haji masih ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz, seorang menerima rawatan di Hospital Raja Faizal, seorang di Hospital An Nur dan dua orang di Pusat Rawatan Tabung Haji.
"Semua jemaah yang dirawat itu dalam keadaan stabil. Pusat Maklumat TH di Makkah juga akan memaklumkan perkembangan terkini kepada waris secara terus," katanya.
Anggota keluarga dan waris jemaah haji boleh menghubungi talian Pusat Panggilan TH 24 Jam di 03-6207 1919 untuk mendapatkan maklumat terkini. - Bernama
Sumber HD - 13-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aktiviti ibadat di Masjidil Haram berjalan seperti biasa
MAKKAH: Aktiviti ibadat di Masjidil Haram berjalan seperti biasa dengan jumlah jemaah haji dilihat semakin ramai memenuhi kota Suci Makkah bagi melakukan ibadat tawaf dan saie, menjelang 10 hari lagi untuk berwukuf di Arafah yang dijangka 22 Sept ini.
Wukuf merupakan rukun utama dalam ibadat haji.
Kawasan saie, tempat berlakunya tragedi kren tumbang yang mengorbankan lebih 100 jemaah semalam, dibuka seperti biasa untuk jemaah menunaikan ibadat saie iaitu berlari-lari anak pergi balik dari bukit Safa ke bukit Marwah.
Tinjauan Bernama mendapati umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka untuk melakukan umrah dan bersolat waktu seperti biasa di Masjidil Haram, yang giat dalam proses pembesaran.
Seramai 279 jemaah Malaysia yang baru tiba menerusi KT52 dari Kuala Lumpur di Jeddah semalam, turut menunaikan umrah hari ini.
Menurut kenyataan Tabung Haji, setakat ini jemaah haji Malaysia yang berada di Makkah ialah sebanyak 18,109 orang. - Bernama
Sumber HD - 12-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tujuh Rakyat Malaysia Terlibat Kemalangan Di Masjid al-Haram
2. Dimaklumkan bahawa, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesahkan berlakunya kejadian keruntuhan kren di dalam Masjidil Haram pada lebih kurang jam 5.00 petang (waktu Saudi) akibat ribut pasir dan hujan lebat. Buat masa ini sejumlah tujuh (7) orang jemaah haji Malaysia terlibat dimana seorang daripadanya telah dilaporkan patah kaki dan enam (6) yang lain cedara ringan.
Pasukan kebajikan dan perubatan Tabung Haji telah dikerahkan untuk memberikan rawatan dan membuat pemeriksaan di kawasan terbabit. Ini bertujuan untuk meninjau serta memastikan keadaan Jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan.
3. Semua yang cedera telah dikenal pasti dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan TH di tempat kejadian. Jemaah Haji yang patah kaki telah dihantar ke Hospital King Faisal, Mekah manakala enam (6) orang yang cedera dibawa ke Pusat Rawatan Tabung Haji di Abraj Janadiriyah untuk rawatan lanjut. Pasukan perubatan Tabung Haji juga telah berada di hospital Arab Saudi bagi mengenalpasti sekiranya terdapat lagi jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.
4. Maklumat terkini yang diterima tentang mangsa kejadian telah meningkat kepada seramai 65 orang terkorban manakala 80 orang cedera. Malawakil dalam usaha untuk mendapatkan maklumat penuh jemaah haji Malaysia yang terlibat di dalam kejadian ini.
Malawakil akan terus memantau perkembangan bersama-sama Bilik Operasi Tabung Haji di Abraj Janadiriyah dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini tentang kejadian ini.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
MOHAMMAD ALI SELAMAT
KONSUL JENERAL
MALAWAKIL JEDDAH
Sumber BO - 12-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kren tumbang: 6 jemaah haji Malaysia belum dapat dikesan
PETALING JAYA: Seramai 10 jemaah haji Malaysia cedera manakala enam lagi masih belum dapat dikesan dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram di Makkah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata tujuh jemaah lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan stabil itu mengalami kecederaan seperti patah tulang kaki, cedera ringan di kepala dan patah pergelangan kaki.
"Tiga daripada mereka kini dirawat di hospital Arab Saudi, enam di Pusat Rawatan TH (Tabung Haji) dan seorang telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan," katanya dalam sidang media di Kompleks TH di Kelana Jaya di sini Sabtu.
TH, katanya, sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara dalam operasi mencari enam jemaah - dua lelaki dan empat wanita - berkenaan.
"Yang belum dikesan itu sudah dikenal pasti...menurut andaian dan pengalaman kita mungkin mereka ada dalam masjid, beriktikaf dan sebagainya atau ada yang lewat balik ke maktab masing-masing," jelasnya.
Laporan awal menyebut enam rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian yang berlaku pada 5 petang Jumaat (10 malam di Malaysia). Menurut laporan terkini, 107 orang maut dan 238 cedera dalam kejadian itu.
Jemaah haji Malaysia yang cedera ialah Zainul Arifin Zulkifli, 36, dari Batu Caves, Selangor; Ahmad Muzafar Mamat@ Adam, 39, Bangi, Selangor; Mohd Nor Azman Hassan, 44, dari Cheras, Selangor; Noordin Wahab, 59, dari Kuala Terengganu; dan Abdul Razak Mahmood, 61, dari Tanah Merah, Kelantan.
Yang lain ialah Mat Deris Mohd Noor, 62, dari Bachok, Kelantan; Mohd Sharif Meon, 64, dari Klang, Selangor; Faridah Mat Yacob, 46, dari Bachok, Kelantan; Rusiah Baba, 50, dari Cheras, Kuala Lumpur; dan Faridah Mansor, 63, dari Dungun, Terengganu.
Jamil Khir berkata kesemua waris mangsa yang cedera dan yang masih belum dikesan telah dihubungi pihak TH semalam.
"Segala bantuan yang diperlukan oleh mangsa akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia melalui TH," katanya.
Beliau berkata 15 pakar perubatan dan kumpulan petugas TH di Tanah Suci akan membantu jemaah yang terlibat dalam insiden itu sehingga mereka boleh menyempurnakan ibadah berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 12-9-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemaah Malaysia cedera dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram Posted on Saturday, September 12 @ 08:30:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini, sekurang-kurangnya 87 mangsa terkorban, manakala 184 lagi cedera dalam kejadian pada petang Jumaat, ketika hujan lebat dan ribut pasir melanda.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang waktu tempatan (10 malam Jumaat waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.
“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik, sebagai pengesahan selanjutnya untuk memastikan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.
“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.
Syed Saleh berkata, kejadian itu berlaku selepas solat Asar, setelah umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.
“Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.
“Semua pasukan TH yang terdiri daripada pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram, bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia,” katanya.
Menurutnya, ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya pihak berkuasa Arab Saudi.
Beliau berkata, pihak TH sebelum ini turut menasihatkan jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan, sekiranya hujan atau ribut pasir melanda.
Hujan lebat itu dilaporkan yang keempat berlaku dalam tempoh sebulan dan ia dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.
Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur menerusi talian 03-62071919 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Dalam pada itu, Reuters memetik Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi, Jeneral Suleiman al-Amr yang memberitahu televisyen al-Ikhbariya, semua mangsa korban dan cedera telah dibawa ke hospital.
Beliau menambah, angin kencang dan hujan lebat telah menyebabkan pokok-pokok tumbang dan menjejaskan kren-kren pembinaan di kawasan terbabit.
Ramai umat Islam dari seluruh dunia mula tiba di Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima.
Raja Salman Abdulaziz sebelum ini melancarkan lima projek pembesaran Masjidil Haram, termasuk projek pembesaran kawasan tawaf.
Apabila siap sepenuhnya, Masjidil Haram mampu menampung sehingga 2.2 juta jemaah, dengan 78 laluan masuk mengeliling masjid berkenaan.
Sehubungan itu, sekitar masjid berkenaan dikelilingi sejumlah kren pembinaan dan kerajaan Arab Saudi juga bertindak mengurangkan kuota jemaah haji, pada tahun lalu, demi faktor keselamatan.
Sumber: link
Sumber HD - 12-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kren Jatuh Di Masjidil Haram Mekah 12.9.2015 Posted on Saturday, September 12 @ 08:24:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
"Pihak berkuasa Arab Saudi setakat 3.15 pagi waktu Malaysia mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 87 jemaah telah meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang yang mengakibatkan sebuah kren tumbang.
Dalam kejadian itu, enam jemaah Malaysia turut disahkan cedera.
Jumlah rasmi dan muktamad kematian dan kecederaan masih belum dikeluarkan.
Masjidil Haram kini sedang dalam proses pembesaran sehingga mencecah 4.3 juta kaki persegi bagi membolehkan ia menampung sehingga 2.2 juta jemaah pada satu-satu masa.Melalui laporan yang baru diterima, sebuah kren telah runtuh menghempap bangunan yang mana merupakan kawasan tawaf...

Kren tersebut dari lokasi pembinaan di kawasan Mekah..dikhabarkan mangsa kebanyakan dari Pakistan dan Afrika..
Melaui laporan tak rasmi seorang mangsa dari Malaysia telah tercedera..laporan dari kenalan saya yang kini berada di Mekah..sebanyak lingkungan 20 buah ambulan telah dikejarkan ke tempat kejadian..
ARAB NEWS melaporkan lebih dari 87 orang jemaah meninggal dunia..bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada jemaah Malaysia terlibat...
Berikut adalah beberapa keping gambar dan video di lokasi kejadian..sama-sama kita doakan semuanya dalam keadaan terkawal...
Al-Fatihah untuk mangsa...syurga untuk mereka yang dijemput ALLAH SWT dirumahNya...
Sidang Media akan dibuat dalam bila-bila masa saja lagi...
Sumber TKO - 12-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemaah Malaysia kongsi detik pilu tragedi di Masjidil Haram
MAKKAH: Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan beratus lagi cedera pada Jumaat petang (11 Sept), sungguh memilukan ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 Sept ini.
Setakat ini, Tabung Haji mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, hanya enam jemaah Malaysia dilaporkan cedera.
Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian itu berkata mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian yang sungguh memilukan seluruh umat Islam itu.
Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49, berkata ketika kejadian, beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram.
"Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang), sejurus selepas itu saya lihat mayat bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka, " katanya.
Beliau bersyukur selamat dalam kejadian itu yang hanya beberapa meter saja dari tempat kren tumbang itu.
"Selepas pulang dari masjid, semua rakan sebilik ada di penginapan hotel, Alhamdulillah, sepanjang jalan pulang, saya berdoa agar semua rakan sebilik saya selamat," katanya yang menginap bersama enam jemaah lain di Maktab 88, bangunan Abaj Al-Jandriah yang terletak 750 meter dari Masjidil Haram.
Pihak Tabung Haji (TH) turut membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua maktab penginapan jemaah Malaysia di Tanah Suci.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar jam 8.45 malam (waktu Arab Saudi semalam; 1.45am pagi tadi waktu Malaysia) berkata pihaknya membuat pemeriksaan bilik ke bilik bagi menyemak senarai jemaah Malaysia di Tanah Suci bermula selepas waktu isyak.
Kebanyakan jemaah haji Malaysia menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram sebelum pulang ke penginapan masing-masing selepas berada di masjid berkenaan sejak waktu Asar atau Zuhur.
Mohd Razak Jaid, 59, jemaah haji Malaysia berasal dari Kepong berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat dua, di kawasan saie berkenaan turut bertindak membantu jemaah haji lain yang nyata terpinga-pinga dengan kejadian itu.
"Saya sempat menarik seorang jemaah haji dari Thailand ketika berlaku runtuhan batu-bata selepas kren berkenaan menghempap kawasan saie itu, keadaan menjadi kelam kabut, jemaah dari dalam kawasan saie, mahu berlari ke arah luar, manakala jemaah haji di kawasan luar, mahu masuk ke dalam," katanya.
Bekas pesara polis itu berkata dia turut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan itu: "Saya tengok jemaah yang mati, melihat tanda atau tag yang mereka pakai, dalam keadaan kelam kabut itu, saya tak nampak mayat yang memakai tag atau pengenalan sebagai jemaah Malaysia.
"Keadaan semakin tidak terkawal apabila jemaah mula berasak-asak mahu keluar dari kawasan kejadian, sungguh memilukan melihat mayat bergelimpangan," katanya.
Seorang lagi jemaah haji, Zaiton Isa, 57, berkata ketika kejadian, dia dan rakan sebiliknya Zurina Zakaria, 49, yang menetap di Abraj Al-Janadriah, sedang berada di tingkat dua di kawasan saie berkenaan.
"Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, saya ingatkan bangunan runtuh, jemaah haji mula bersesak-sesak mahu keluar dari kawasan itu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang tak mampu digambarkannya itu.
Zaiton berkata dia bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan berkenaan, dan bersyukur apabila tiba di luar masjid, rakan sebiliknya Zurina, berada di belakangnya.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 107 orang meninggal dunia manakala 238 lagi cedera.
Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata selain membuat pemeriksaan bilik ke bilik, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di hospital-hospital Arab Saudi, sekiranya terdapat jemaah haji yang telah dibawa ke sana selepas kejadian itu.
Kejadian kren tumbang itu dilaporkan berlaku semasa hujan dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. - Bernama
Sumber HD - 12-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6 jemaah Malaysia cedera kren runtuh di Masjidil Haram
MAKKAH: Enam jemaah haji Malaysia disahkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi setakat ini sekurang-kurangnya 87 meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian hujan lebat dan ribut pasir pada Jumaat petang.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.
"Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.
"Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.
Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.
Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umat Islam selesai mengerjakan solat berkenaan.
"Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf.
Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia.
Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir.
Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam.
Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut. - Bernama
Sumber HD - 12-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
87 terkorban nahas kren runtuh di Masjidil Haram |
Posted on Saturday, September 12 @ 07:43:32 MYT by paktam
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan. "Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di Mkkah. Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit. "Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya. Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabitdalam kejadian itu telah dimaklumkan. Syed Saleh berkata kejadian itu berlaku selepas solat Asar selepas umatIslam selesai mengerjakan solat berkenaan. "Sebuah kren tumbang dalam kejadian ribut pasir dan hujan lebat selepas waktu Asar itu, kren itu dipercayai menghempap kawasan saie, dan sebahagiannya runtuh di kawasan tawaf. Semua pasukan TH yang terdiri dari pasukan perubatan, kebajikan dan unit peronda sedang berada di kawasan Masjidil Haram bagi menyelia keadaan jemaah Malaysia. Syed Saleh berkata ketika ini, kawasan kejadian dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Beliau berkata pihak TH sebelum ini turut memberikan nasihat kepada jemaah Malaysia supaya berada di hotel penginapan sekiranya hujan atau berlaku ribut pasir. Hujan di Makkah itu dilaporkan berlaku kali keempat dalam tempoh sebulan, dan hujan pada hari ini dilaporkan paling lebat, berlaku kira-kira setengah jam. Waris atau keluarga jemaah haji di tanah air boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di Damansara, Kuala Lumpur di talian 03-62071919 untuk sebarang maklumat lanjut. - Bernama Sumber DD - 12-9-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- |
16,944 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci
MAKKAH: Sebanyak 16,944 jemaah haji Malaysia kini telah pun berada di Tanah Suci Makkah, menjelang 11 hari lagi hari wukuf yang dijangka pada 22 Sept (9 Zulhijjah).
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata jumlah itu merupakan 76 peratus daripada keseluruhan 22,320 jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1436H ini.
"Semua jemaah Malaysia kini berada di Makkah, berbaki 13 lagi penerbangan (yang akan tiba dari tanah air), dan penerbangan terakhir dijadualkan tiba di Jeddah pada 16 Sept ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata semua perkhidmatan TH di Makkah juga beroperasi sepenuhnya dan tumpuan kini lebih menjurus kepada persiapan untuk operasi masyair (pergerakan jemaah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina).
Syed Saleh berkata dua siri penerangan akan diadakan untuk jemaah haji iaitu berkaitan pelaksanaan ibadat haji dan taklimat berkenaan operasi masyair.
"Mereka (jemaah haji) akan diberikan taklimat berkenaan ibadat haji dan operasi masyair, jemaah haji akan berada selama enam hari lima malam di Arafah, Muzdalifah dan Mina, mereka perlu memantapkan lagi pengetahuan berkenaan ibadat haji, selain menjaga kesihatan, mereka akan berada di sana bermula 8 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah," katanya.
Beliau turut menasihati jemaah haji supaya menjaga kesihatan berikutan cuaca panas melebihi 40 darjah Celsius di Makkah.
"Cuaca di Makkah kini melebihi 40 darjah Celsius, selain berlaku hujan dan ribut pasir. Jemaah haji dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
"Petugas-petugas TH juga (unit peronda) bertugas di sekitar Masjidil Haram, dan di laluan antara maktab (penginapan) ke masjid. Mereka akan menasihatkan jemaah supaya kekal di maktab atau di masjid apabila berlaku hujan atau ribut pasir, yang setakat ini (ribut pasir) berlaku sekali (Selasa lepas)," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Ahmad Faudzi Yusoff meminta jemaah haji menekankan aspek penjagaan kesihatan sebagai persiapan untuk melaksanakan ibadat haji semasa hari wukuf nanti.
"Kebanyakan jemaah haji yang mendapatkan rawatan di hospital, klinik dan pusat rawatan TH adalah berkaitan masalah penafasan dan batuk, jemaah perlulah kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air," katanya. - Bernama
Sumber HD - 11-9-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umat Islam Uganda Dinafikan Visa Perjalanan Haji
Menurut akhbar harian Monitor Harian, hari Rabu lalu adalah tarikh akhir untuk berlepas bagi menunaikan fardhu haji menurut satu laporan Business Times Antarabangsa.
“Kami telah berjaya mendapatkan visa untuk 400 jemaah, tetapi yang kita lakukan semua apa yang ada dalam kemampuan kita untuk mendapatkan visa,
“bagi [yang] lain 350 warga Uganda tetapi bimbang gagal untuk menjelang tarikh akhir,”kata Sheikh Ahmada Lubega, ahli di Uganda Biro Haji Persatuan, memberitahu akhbar Uganda Selasa. “Ia adalah benar-benar masa yang sangat keras untuk kita.”
Kedutaan Arab Saudi di Kampala juga menafikan visa kepada 40 warga asing yang tinggal di Uganda yang ingin membuat haji.
Kata Lubega, pegawai kedutaan berkata semua pendatang yang tinggal di negara Afrika Timur perlu memohon visa melalui negara-negara asal mereka, walaupun ramai rakyat asing yang mempunyai permit kerja yang membolehkan mereka untuk bergerak bebas sebagai rakyat Uganda.
Kementerian hal ehwal luar Uganda juga telah mengesahkan keputusan untuk menolak visa itu.
“Satu kedutaan mempunyai hak untuk membenarkan atau menolak kemasukan seseorang ke dalam negara mereka. Ia adalah terpulang kepada budi bicara pegawai imigresen, “kata jurucakap Kementerian Sam Omara memberitahu akhbar Uganda pada Selasa.
Sumber BO - 10-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila niat tunai haji akan muncul dugaan
KEPALA BATAS: Yang Dipertua Majls Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Saleh Man mengingatkan jemaah yang mahu menunaikan ibadah haji ke Mekah supaya tanamkan budaya sabar kerana pelbagai dugaan dan cabaran akan ditempuhi.
Lazimnya, mereka yang berazam dan mendapat giliran ke tanah suci terdedah dengan dugaan dan rintangan dari mula mendaftar sehinggalah selesai mendapat status haji.
"Apabila niat saja nak kerjakan ibadah haji akan muncul berbagai dugaan dan rintangan. Maklumlah di sana nanti kita akan bertembung dengan berbagai budaya, ragam jemaah dan seumpamanya," ujar beliau sewaktu berucap pada majlis Perjumpaan Calon Haji Musim 1436H di bawah kelolaan MAINPP dan Yayasan Al Bukhary di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas semalam.
Sikap jemaah haji kita sambungnya, tidak kasar, berhemah dan tertib ketika melaksanakan tanggungjawab haji berbanding negara lain.
Tabung Haji (TH) melalui Muasasah tegasnya, menguruskan perjalanan para jemaah di sana malahan berjaya memupuk pekerti sewaktu menjalankan ibadah haji.
Datuk Saleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir menyeru mana-mana individu Islam yang mempunyai lebihan kewangan bolehlah menaja mana-mana individu yang tidak berkemampuan. – HARAKAHDAILY 4/9/2015
Sumber HD - 4-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mufti: Hukum tawaf guna alat luncur harus Posted on Wednesday, September 02 @ 19:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan, hukum menggunakan alat luncur mini-segway ketika tawaf adalah harus.
Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata, berdasarkan beberapa nas yang meriwayatkan Nabi Muhammad SAW pernah tawaf dengan menunggang unta, hukum menggunakan alat tersebut ketika mengerjakan salah satu daripada rukun haji ialah harus.
Namun, beliau menerangkan, alat tersebut boleh digunakan sekiranya ia bertujuan untuk membimbing, mengikuti dan mempelajari kepada orang ramai atau kerana uzur atau sakit.
Dalam laman web rasmi mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli turut memberi penerangan mengenai pendapat beberapa ulama yang membincangkan tentang penggunaan kenderaan ketika tawaf.
"Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus," kata Zulkifli.
Bagaimanapun, menurutnya, walaupun hukumnya harus, namun terdapat beberapa kriteria yang perlu difahami dan diraikan iaitu:
• Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
• Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
• Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
• Jauhi dari riak, ‘ujub (bongkak) dan niat bermegah ketika menggunakannya.
• Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.
Semalam, sebuah video seorang jemaah haji menggunakan hoverboard untuk bertawaf menjadi viral di laman sosial.
Video selama 19 saat itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian ihram tawaf di Masjidilharam dengan menggunakan hoverborad.
Tindakan lelaki tersebut menarik perhatian memandangkan kebiasaannya tawaf dibuat dengan berjalan mengelilingi kaabah.
Tindakan lelaki itu juga juga menimbulkan perdebatan orang ramai di laman sosial.
https://www.youtube.com/watch?v=W5lSbI6JNyE&feature=player_embedded
Sumber TKO - 2-9-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gangguan emosi: Kaunseling kepada jemaah haji
MAKKAH: Selain bimbingan ibadat, Tabung Haji (TH) turut menyediakan khidmat kaunseling kepada jemaah haji Malaysia bagi memantapkan ketahanan emosi mereka akibat berdepan dengan pelbagai rupa cabaran persekitaran di Tanah Suci.
Pengurus Pusat Kaunseling TH di Makkah, Sharifah Rahanah Wan Drahman berkata, kebanyakan kes emosi berkaitan penyesuaian diri dalam kalangan pasangan suami isteri, berikutan mereka tidak lagi tinggal bersama.
Masing-masing sebaliknya terpaksa berkongsi bilik dengan jemaah haji hanya dari sesama kaum.
Dalam persekitaran sedemikian, difahamkan Tabung Haji mengambil tindakan cukup berhemah memberi kemudahan kepada pasangan suami isteri yang ingin 'tinggal bersendirian seketika'.
Sharifah Rahanah berkata, "Kegagalan mengawal emosi menyebabkan jemaah mengalami masalah kemurungan dan kesedihan, sehingga mereka hilang minat untuk meneruskan rutin harian seperti pergi ke masjid, hilang selera makan dan sukar tidur".
Dalam taklimat kepada pemberita hari ini, beliau berkata terdapat juga kes gangguan emosi yang dilaporkan oleh rakan sebilik selepas mendapati jemaah tersebut berkelakuan pelik.
"Kaunselor akan membantu dengan cara bersemuka dengan jemaah terbabit dan proses itu akan dilakukan secara berulang sehingga emosi jemaah terbabit kembali stabil.
"Insya-Allah, apa jua masalah dapat diselesaikan," katanya.
Sharifah Rahanah berkata pihaknya turut mengadakan sesi taklimat dan program ziarah ke bilik bagi mengenalpasti masalah berkaitan emosi jemaah haji.
Katanya, gangguan emosi mungkin juga akibat kegagalan menyesuaikan diri dengan rutin kehidupan baharu di Tanah Suci.
Gangguan emosi lain ialah kemurungan akibat kerinduan kepada keluarga di tanah air, masalah menyesuaikan diri dengan rakan sebilik di Tanah Suci, masalah peribadi yang terbawa-bawa ke Tanah suci yang akhirnya menjejaskan penumpuan untuk melaksanakan ibadat.
Menerusi program taklimat dan ziarah misalnya, pusat berkenaan yang mempunyai empat kaunselor mendekati jemaah haji dalam kelompok-kelompok kecil bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi mereka.
"Selain itu, jemaah haji juga boleh mendapatkan khidmat kaunselor secara bersemuka dengan mengunjungi pusat berkenaan atau menghubungi pusat berkenaan menerusi talian 012-5706600," katanya. - Bernama
Sumber HD - 1-9-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas ? Posted on Monday, August 31 @ 08:15:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40 darjah.
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berbeda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
SUMBER ASAL
Sumber TKO - 31-8-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih 4,000 jemaah haji Malaysia kini di Madinah
MADINAH: Lebih 4,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Madinah dan secara keseluruhannya, mereka dilaporkan dalam keadaan baik, kata Pengarah Operasi Madinah, Operasi Haji 1436H Mohd Zawawi Bostam.
Beliau berkata sebanyak 4,446 jemaah haji kini berada di Madinah dan ditempatkan di tiga buah hotel iaitu Hotel MovenPick, Hotel Al-Saha dan Al-Haram, sejak penerbangan pertama KT1 pada 16 Ogos lepas.
"Jumlah berkenaan tidak termasuk dua lagi kumpulan yang akan tiba hari ini menerusi penerbangan KT14 dari Alor Star (279 jemaah) yang dijangka tiba 4.15 petang (9.14 malam waktu Malaysia) dan KT15 dari Johor Baharu (279 jemaah) yang dijangka tiba 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia (21 Ogos)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Zawawi berkata penerbangan akhir yang membawa jemaah terus ke Madinah dijadualkan pada 30 Ogos dan dijangka tiba pada 1.15 pagi waktu tempatan.
Beliau berkata semua jemaah haji juga dilaporkan dalam keadaan baik: "Alhamdullilah, semuanya dalam keadaan baik, cuma ada yang hadapi sedikit masalah kesihatan kecil seperti batuk dan kulit kering berikutan cuaca panas antara 34 dan 46 darjah Celcius. Mereka terbabit telah dirujuk kepada petugas perubatan".
Beliau berkata jemaah haji yang berada di tanah suci juga telah mengikuti program-program yang disusun atur oleh pihak TH seperti menziarahi Masjid Nabawi, melakukan ziarah di tempat-tempat bersejarah di Madinah serta mengikuti program-program ceramah ibadat dan kaunseling.
Jemaah haji Malaysia dijadual ke Makkah secara berperingkat mulai 24 Ogos ini dengan menaiki bas dengan kumpulan terakhir dijadualkan pada 7 Sept.
"TH akan menggunakan bas bagi membawa jemaah haji ke Makkah menerusi jadual yang telah ditetapkan kerajaan Arab Saudi," katanya.
Beliau berkata keseluruhan 11,088 bakal jemaah haji akan berada di Madinah menerusi 32 penerbangan. Sebanyak 32 lagi penerbangan dijadualkan terus ke Jeddah.
Kuota haji Malaysia tahun ini ialah sebanyak 22,320 orang yang akan dibawa menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Saudi Arabian Airlines. - Bernama
Sumber HD - 20-8-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah
MADINAH: Kumpulan pertama seramai 450 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Prince Mohammad bin Abdulaziz di sini pada 8.35 pagi waktu tempatan (1.35 tengah hari waktu Malaysia).
Mereka akan ditempatkan di Hotel Movenpick, satu daripada tiga hotel yang menempatkan jemaah haji Malaysia di Madinah.
Dua lagi hotel untuk penginapan jemaah haji ialah Hotel Al-Haram dan Hotel Al-Saha.
Kumpulan pertama jemaah haji itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 5.30 pagi ini (waktu Malaysia) dengan pesawat SV5701 milik Saudi Arabian Airlines.
Sebanyak 11,088 bakal jemaah haji menerusi 32 penerbangan dijadualkan tiba secara berperingkat di Madinah.
Mereka kemudiannya dijadualkan menaiki bas ke Makkah bermula 24 Ogos ini dengan kumpulan terakhir ke Makkah ialah pada 7 Sept.
Jumlah jemaah haji Malaysia tahun ini ialah seramai 22,320 jemaah yang akan dibawa menerusi 64 penerbangan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Saudi Arabian Airlines.
Sebanyak 32 penerbangan lagi dijadualkan tiba di Jeddah. - Bernama
Sumber HD - 16-8-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rahsia haji yang terabai
Oleh Dr. Abu Anas Madani
Memahami rahsia dan hikmah ibadat haji adalah merupakan manfaat yang besar dan sangat tinggi nilainya. Allah swt telah mendahulukan sebutan menyaksikan manfaat bagi orang yang mengerjakan haji sebelum menyebut nama Allah swt sebagaimana dalam firman Nya: لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Maksudnya: "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaan Nya kepada mereka dengan bintang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Surah al-Haj: Ayat 28)
Apabila manusia jahil atau tidak mengetahui hikmah rahsia satu amalan yang besar ia akan menyebabkan amalan itu dipandang kecil kerana mereka akan menunaikan tanpa roh dan melakukan tidak mengikut kehendak Allah yang mensyariatkan amalan tersebut. Maka apabila manusia meninggalkannya tiadalah mereka mendapat faedah dari ibadat tersebut kecuali sangat sedikit.
Kesan daripada itu, sebahagian besar dari jemaah haji yang balik dari menunaikan haji hanya membawa riwayat-riwayat cerita sahaja tetapi tidak membawa kesan dari haji yang dilaksanakan. Contohnya dalam penjagaan solat, menutup aurat, meninggalkan riba dan rasuah dan lain-lain pelanggaran arahan Syarak.
Bagi penduduk Mekah pula, sebahagian mereka menganggap jemaah haji yang datang hanyalah rezeki semata-mata daripada Allah dan dengan itu menyebabkan sebahagian penduduk Mekah merasakan jemaah haji yang datang ini tidak perlu diberi layanan istimewa menjadi tetamu Allah. Maka bumi yang berkat ini menjadi seakan-akan bumi perniagaan semata tanpa roh ibadat haji yang sebenar.
* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com
Sumber HD - 15-10-2014
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penerbangan MAS bawa pulang jemaah haji hari ini
KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama Malaysia Airlines (MAS) membawa pulang jemaah haji Malaysia daripada Tanah Suci tiba awal hari ini.
Penerbangan MH8201, membawa 279 jemaah haji, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 4.05 pagi, kata MAS dalam kenyataan dan menurutnya penerbangan itu berlepas dari Jeddah pada 2 petang (waktu Arab Saudi) semalam.
Semua jemaah berkenaan diwajibkan menjalani pemeriksaan seperti disyaratkan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penyebaran merentas sempadan virus Ebola yang telah menjangkiti dan meragut nyawa penduduk di barat Afrika.
"Kementerian telah mewujudkan kaunter-kaunter kesihatan di pintu ketibaan untuk memastikan semua jemaah dan kru MAS diperiksa," menurut kenyataan itu.
Bagi haji musim ini, MAS mengendalikan 39 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah dari tujuh bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur (14 penerbangan), Pulau Pinang (enam), Johor (enam), Kuala Terengganu (lima), Alor Setar (lima), Kuching (dua) dan Kota Kinabalu (satu), antara 27 Ogos dan 27 Sept.
Sebanyak 28 penerbangan mendarat di Jeddah dan 11 di Madinah.
Kenyataan itu turut memetik Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya sebagai berkata MAS dan Lembaga Tabung Haji mengalu-alukan kepulangan semua jemaah dan mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya menyempurnakan ibadah haji mereka.
"Dalam Islam, mengerjakan haji merupakan peluang dan rahmat daripada Allah SWT.
"MAS, bersama-sama dengan Lembaga Tabung Haji, komited untuk memberikan layanan komprehensif dan selesa di lapangan terbang dan semasa dalam pesawat kepada jemaah. Kami berharap perkhidmatan yang kami berikan kepada jemaah menjadi pengalaman indah kepada mereka," kata Ahmad Jauhari.
Sejumlah 22,320 jemaah Malaysia mengerjakan haji musim ini. - Bernama
Sumber HD - 11-10-2014

Anak gendong ayah sepanjang tunai ibadat haji
Mengharukan, anak gendong ayahnya sepanjang menunaikan ibadat haji
"Sebenarnya saya boleh mendorongnya dengan menggunakan kerusi roda tetapi tidak ada yang lebih selesa dan enak saya atau orangtua rasakan selain bahu saya," kata Rasheed kepada harian lokal Al Watan, dikutip merdeka.com, Khamis (9/10).
Sepanjang ibadah haji, Rasheed terus menerus menggendong ayahandanya. "Saya berjanji tidak akan membiarkan kaki ayahanda menyentuh tanah dalam menjalankan rukun-rukun haji seperti tawaf (keliling Kabah), sa'i (berjalan bolak balik antara bukit Shofa dan Marwah) atau melempar jumrah," ujar Rasheed.
Rasheed adalah anak tunggal dari ayah yang selalu digendongnya di Tanah Suci, sementara ibunda Rasheed sudah meninggal dunia. Rasheed mengaku kecintaannya kepada ayahanda makin mendalam seiring kepergian ibunda menghadap Yang Maha Kuasa.
Cerita mengharukan kembali disampaikan Rasheed bahawa ayahandanya juga selalu menggendongnya di masa muda. "Ini masanya saya membalas kasih sayang ayahanda yang selalu ditumpahkan kepada saya," kata Rasheed.
Rasheed mengaku, ayahnya selalu bicara kepadanya tentang harapan dan keinginan naik haji. Tetapi kondisi kewangannya selalu tidak memungkinkan. Dia mengaku, boleh memenuhi harapan ayahandanya selalu menghantui setiap saat. "Seringkali dalam mimpi, saya melihat ayahanda menunaikan ibadah haji dan saya menggendongnya," kata Rasheed.
Dengan segala tekad yang dimiliki, Rasheed memutuskan untuk memberangkatkan ayahandanya naik haji, tak peduli berapapun biayanya. Rasheed berjuang hingga akhirnya dapat membiayai ayahanda naik haji.
"Saat ayahanda berusia 80 tahun, saya putuskan untuk memberangkatkan dia naik haji, tak peduli berapapun biayanya," ujar Rasheed.
sumber:merdeka.com
Sumber HD - 10-10-2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemaah haji Malaysia di Mina 'melontar syaitan'
MAKKAH: Jemaah haji Malaysia kini berada di Mina, kira-kira tujuh kilometer dari sini, untuk mengerjakan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah - Kubra, Wusta dan Sughra, setelah tiba di Mina awal pagi Sabtu selepas bermabit di Muzdalifah.
Mereka yang tiba secara berperingkat dari Muzdalifah, telah memulakan ibadah melontar bermula di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijah iaitu pada Sabtu mulai selepas terbit fajar, yang bersamaan dengan hari raya Aidiladha di sini.
Jemaah haji akan terus berada di sini hingga 11, 12 dan 13 Zulhijjah atau dikenali sebagai hari Tasyriq (Ahad, Isnin dan Selasa) untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah.
Waktu melontar di setiap jamrah dengan tujuh biji batu kecil bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata walaupun terdapat kira-kira 2.1 juta jemaah haji berada di Tanah Suci kali ini, pergerakan jemaah haji dari Makkah ke Arafah, dan kemudiannya ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina berjalan dengan lancar.
"Saya amat sukacita kerana pergerakan jemaah haji Malaysia dari Muzdalifah ke Mina telah membuat satu rekod kerana telah berjaya sampai lebih awal daripada jangkaan yang dibuat, " katanya dalam wawacara secara langsung dengan RTM untuk program Salam Baitullah pada Sabtu.
Syed Saleh berkata pihaknya membuat jangkaan kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia tiba di Mina pada 4.15 pagi Sabtu (9.15 pagi waktu Malaysia), tetapi semua jemaah berjaya dibawa ke Mina pada pukul 3.45 pagi (8.45 pagi waktu Malaysia) iaitu setengah jam lebih awal.
"Ini memandangkan tahun ini merupakan Haji Akbar kerana hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat. Tahniah kepada kerajaan Arab Saudi yang mendapat mengawal pergerakan kenderaan keluar dan masuk Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan baik, serta berjaya mengawal kemasukan jemaah haji yang tidak mempunyai permit bagi memastikan pergerakan jemaah haji yang rasmi lancar," katanya.
Menyentuh ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah, Syed Saleh berkata Tabung Haji menggalakkan jemaah haji Malaysia membuat lontaran selepas Isyak kerana cuaca lebih sejuk.
Katanya mereka akan dibawa secara berkumpulan mengikut pergerakan maktab atau KT (nombor pesawat kapalterbang sewa khas Tabung Haji) masing-masing.
Syed Saleh berkata jemaah haji Malaysia akan melontar di Tingkat Tiga yang dikhususkan untuk jemaah haji dari Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan Singapura.
Beliau berkata perjalanan dari khemah jemaah haji Malaysia ke Jamrah yang jaraknya kira-kira tiga kilometer akan memakan masa sejam untuk perjalanan pergi dan balik.
Katanya sementara menunggu waktu untuk pergi melontar, pihak Tabung Haji mengadakan beberapa program bimbingan ibadah, termasuk persiapan untuk tawaf dan saie di Masjidilharam di Makkah, yang akan dilakukan selepas ibadah melontar selesai.
Jambatan jamrah terdiri daripada beberapa tingkat di Mina membabitkan kos SR4.2 bilion yang dibuka pada musim haji tahun lepas, boleh memuatkan sehingga 500,000 jemaah haji setiap jam.
Bagaimanapun, buat masa ini hanya boleh memuatkan 300,000 jemaah haji pada setiap jam, dan telah mempercepatkan proses 'melontar syaitan' itu. - Bernama
Sumber HD - 6-10-2014

Hampir semua jemaah haji Malaysia berada di Arafah
ARAFAH: Kesemua jemaah haji, kecuali yang masih di Hospital Arab Saudi, kini telah berada di padang Arafah untuk wukuf, yang merupakan rukun dan kemuncak ibadah haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha sedang dijalankan untuk membawa mereka ke Arafah walaupun untuk seketika.
Waktu wukuf bermula dari bermula dengan tergelincirnya matahari iaitu masuknya waktu zohor Jumaat dan berakhir sebelum terbitnya matahari iaitu sebelum masuk waktu Subuh Sabtu.
Jamil Khir berkata kesemua jemaah haji Malaysia, termasuk yang dirawat di dua pusat rawatan Tabung Haji iaitu Pusat Rawatan Syisyah dan Pusat Rawatan Azizah telah pun dibawa ke Arafah, kira-kira 22 kilometer dari Makkah secara berperingkat-peringkat sejak pukul 10.15 pagi hingga jam 10.30 malam Khamis.
Tahun ini 22,320 jemaah Malaysia mengerjakan haji dan sehingga kini lima jemaah haji telah meninggal dunia di Tanah Suci.
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas mengadakan lawatan selama sejam ke khemah-khemah jemaah haji di sini pagi Jumaat.
Jamil Khir berkata kesemua jemaah haji berada dalam keadaan yang baik dan sedang siap bersedia untuk masuknya waktu wukuf yang hanya beberapa jam lagi. Malah cuaca yang cerah memudahkan jemaah haji membuat persiapan.
Menyentuh mengenai khutbah Arafahnya hari ini, beliau berkata ianya akan menyentuh mengenai keberkatan haji tahun ini yang jatuh pada hari Jumaat yang merupakan penghulu semua hari.
Selain itu, haji terakhir Nabi Muhammad sebelum beliau wafat adalah juga jatuh pada hari Jumaat dengan meninggalkan pesanan dan amanat yang penting untuk umat Islam praktikkan terutama mengenai penjagaan terhadap keluarga.
Jamil Khir semasa bertemu dengan jemaah haji Malaysia turut mengucapkan selamat menjalankan ibadah wukuf dan diberkati dengan haji mabrur kepada mereka.
Jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit, selepas Maghrib. - Bernama
Kesemua jemaah haji, kecuali yang masih di Hospital Arab Saudi, kini telah berada di padang Arafah untuk wukuf.
Sumber HD - 3-10-2014

Terkilan tiada di sisi sewaktu isteri hembus nafas terakhir
MAKKAH: Suami Allahyarhamah Che Yah Jaafar, 62, Osman Darus, 67, terkilan kerana tidak dapat berada di sisi isteri sewaktu menghembus nafas terakhir di Hospital An Noor, di sini pada 24 Sept lepas.
Osman berkata sebaik tiba di hospital, beliau dimaklumkan isterinya telah meninggal dunia pada 9.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Beliau berkata isterinya yang tiba di Tanah Suci dengan keadaan yang sihat dan cergas, tiba-tiba demam dan selesema serta dimasukkan ke wad Unit Rawatan dan Kecemasan (ICU) Hospital Arab Saudi pada 21 Sept.
Sejak itu, saya hanya dapat melihat isteri melalui tingkap kaca kerana pihak hospital tidak benarkan masuk ke bilik tersebut, katanya kepada media Malaysia selepas bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di maktab penginapan jemaah Malaysia di Hotel Land Premium di sini, Rabu.
Pada majlis itu, Jamil Khir mengumumkan Tabung Haji (TH) akan melaksanakan badal haji atau upah haji untuk 25 warga Malaysia termasuk enam bakal jemaah haji yang meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan ibadah haji, termasuk Che Yah.
Yang lain ialah Nastain Ahmad, 48, dari Sabah yang maut dalam kemalangan sebelum berlepas ke tanah suci, Maznah Mat Dali (51 tahun) penghidap kanser hati dari Sekilau, Omar Mahmud (58) dari Johor Bahru, Ab Khalim Md Yusof (59) dari Shah Alam dan Rossnah Abu Hassan (52) dari Kedah yang meninggal di tanah Suci.
Osman yang bersyukur atas usaha TH melaksanakan badal haji untuk isterinya, tidak menyangka isterinya akan meninggal dunia ketika berada di tanah suci.
"Tak sangka langsung yang isteri saya akan pergi (buat selama-lamanya)...semua kerja dia buat, termasuk menguruskan kedai," kata bapa kepada seorang anak itu.
Sementara itu, suami Allahyarhamah Maznah, Efendi Osman, 55, berkata isterinya itu amat berhajat untuk mengerjakan haji.
"Bila datang ke sini dia sihat, cuma dua minggu lepas hatinya dijangkiti kuman dan doktor kata ada jangkitan pada paru-parunya," katanya.
"Setelah dimasukkan ke hospital sejak 25 Sept lalu, semalam dia menghembuskan nafas terakhir. Jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram dan dikebumikan selepas solat Asar," kata Efendi yang berasal dari Sekilau, Pahang.
Beliau berkata anak-anaknya di tanah air telah dimaklumkan dan mereka reda dengan pemergian ibu mereka.
"Insya-Allah, saya ada kekuatan menghadapinya," katanya kepada petugas media.
Sementara itu, Said Isa, 72, suami Allahyarhamah Rossnah yang meninggal dunia kerana sakit jantung pada 23 Sept lepas berkata beliau reda dengan kematian isterinya itu.
Menurut beliau, isterinya tidak mempunyai sebarang penyakit dan bersyukur atas usaha TH melaksanakan badal haji untuk isterinya. - Bernama
Sumber HD - 2-10-2014

Puasa Hari Arafah dan Aidil Adha di Malaysia
Rakyat Islam Malaysia perlu berpuasa sunat Hari Arafah pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014 bersamaan 9 Zulhijjah 1435H walaupun hari Wukuf di Arab Saudi adalah pada hari Jumaat, 3 Oktober 2014. Begitu juga Hari Raya Aidil Adha perlu disambut di Malaysia pada hari Ahad, 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435H walaupun hari raya tersebut disambut di Arab Saudi pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014.
Perbezaan ini adalah kerana Islam meraikan perbezaan tempat terbit matahari dan bulan (matla') di setiap negara. Perbezaan tempat dan waktu terbit ini akan menatijahkan perbezaan waktu dan hari. Malaysia mempunyai tempat terbit matahari dan bulan yang berbeza dengan Arab Saudi. Jika tarikh di Malaysia sama dengan Arab Saudi sekali pun, perbezaan waktu tetap berlaku. Usaha untuk menyamakan hari puasa sunat Arafah dan Hari Raya Aidil Adha di seluruh dunia adalah umpama ingin menyamakan waktu solat di setiap negara.
Selain daripada itu, maksud puasa sunat Hari Arafah pula ialah pada tarikh 9 Zulhijjah, bukannya semata-mata kerana ibadat Wukuf di Arafah. Jika dilihat kepada takrifan yang diberikan oleh Ulamak di dalam kitab feqah dan syarahan hadis Rasulullah s.a.w. tentang Hari Arafah maka mereka mengatakan Hari Arafah itu ialah pada 9 Zulhijjah sebagaimana yang terdapat dalam kitab 'Al-Kamus Al-Fiqhi', 'Mu'jam Lughah Al-Fuqaha', 'Al-Mughni libni Qudamah' dan lain-lain lagi. Bahkan terdapat di sana riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada 9 Zulhijjah. Ia tidak merujuk semata-mata kepada ibadat Wukuf di Arafah. Riwayat tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad dan An-Nasaie serta telah disahihkan oleh Syeikh Al-Albani.
Hujjah yang menyatakan bahawa zaman sekarang mempunyai teknologi yang canggih tidak sepatutnya membawa kepada perbezaan tarikh di antara negara-negara Islam adalah tidak dapat diterima. Ini kerana secanggih mana sekali pun teknologi yang ada, ia tidak boleh mengubah tempat atau waktu terbit matahari dan bulan yang berbeza mengikut negara dan sekali gus tidak boleh mengubah perbezaan hari dan waktu.
Perbezaan menunaikan ibadat puasa sunat Hari Arafah dan menyambut hari Raya Aidil Adha di setiap negara tidak bermakna umat Islam dilihat berpecah. Kedatangan Islam bukan untuk menyatukan semua perkara bahkan ia meraikan perbezaan dalam perkara cabang agama. Perkara yang tidak boleh berlakunya perbezaan ialah dalam perkara prinsip dan usul.
Umat Islam mesti bersatu dan tidak boleh berbeza pandangan dalam pensyariatan Hari Raya Aidil Adha dan puasa sunat Hari Arafah kerana ia adalah perkara prinsip dan usul. Walau bagaimanapun, hari dan waktu untuk menunaikan ibadat tersebut yang berbeza mengikut tempat atau waktu terbit matahari dan bulan adalah merupakan cabang agama yang mesti diraikan.
Perbezaan ini menyerlahkan keindahan Islam kerana ia bersifat anjal dalam perkara cabang dan tegas dalam perkara prinsip. Ia adalah sesuai di setiap tempat dan zaman.
Penulis ialah Pengarah Operasi, Majlis Penyelidikan & Tafaqquh, Dewan Ulamak PAS Pusat.
Sumber HD - 30-9-2014

Penjelasan Jakim: Puasa sunat hari Arafah
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, timbul isu tentang kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia dan pelaksanaan puasa sunat sempena hari Arafah. Persoalan ini timbul kerana perbezaan hari dan waktu antara Malaysia dan Arab Saudi.
Perbezaan ini menimbulkan sedikit kekeliruan hari bilakah umat Islam boleh berpuasa sunat. Bagi menjawab kekeliruan itu Jakim telah mengeluarkan suatu kenyataan media melalui ketua pengarahnya, Datuk Haji Othman Mustapha.
KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH 1435H
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan mengenai Kaedah Penentuan Aidiladha di Malaysia dan Pelaksanaan Puasa Sunat sempena Hari Arafah.
1. Kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia pada masa kini adalah berpandukan rukyah dan hisab negara sendiri yang telah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke-164 pada 3 Februari 1994 setelah mendengar pandangan dan syor Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah pada 22 Ogos 1992.
2. Antara hujah Jawatankuasa Fatwa menyetujui penentuan Aidiladha berpandukan cerapan hilal Zulhijjah sendiri dalam muzakarahnya pada 22 Ogos 1992 dan 23 April 2002 adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 mengenai rukyah hilal untuk menentukan awal bulan yang bermaksud:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, siapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa, dan siapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka dan kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain…”
3. Juga hadith-hadith riwayat Muslim mengenai ibadah korban mesti dengan melihat hilal yang bermaksud: “Dari Umm Salamah bahawasanya Nabi SAW bersabda; ‘Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya’.”
“Dari Umm Salamah bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila tanggal sepuluh (Zulhijjah) masuk dan salah seorang di antara kamu hendak menyembelih korban, maka janganlah dia menyentuh sedikitpun rambut dan kulitnya (yakni membuang rambut dan kulitnya).’
4. Begitu juga hadith riwayat Muslim mengenai hilal yang mempunyai matla’ (kawasan yang berada pada jangkamasa waktu-waktu terbit dan terbenam yang hampir sama) tertentu yang bermaksud, “Dari Kuraib bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Sham. Kuraib berkata, ‘Aku tiba di Sham dan menunaikan hajatnya sedangkan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat, kemudian aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan.’ Katanya, ‘Bilakah kamu melihat anak bulan?’ Aku menjawab, ‘Kami melihat pada malam Jumaat!’ Ibn Abbas bertanya lagi katanya, ‘Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?’ Aku menjawab, ‘Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa.’ Ibn Abbas berkata, ‘Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal.’ Aku bertanya, ‘Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?’ Ibn Abbas menjawab, ‘Tidak! Beginilah caranya Rasulullah SAW menyuruh kami…’.”
5. Untuk penentuan awal Zulhijjah 1435H, kebanyakan negara di seluruh dunia telah mencerap hilal pada petang 24 September 2014 yang lalu. Antara negara tersebut termasuklah negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang lebih dikenali dengan MABIMS. Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah juga telah mencerap hilal Zulhijjah pada tarikh yang sama.
6. Tiada negara anggota MABIMS melaporkan telah berjaya mencerap hilal pada petang 24 September 2014. Di Malaysia, 29 tempat cerapan rasmi keseluruhannya melaporkan tidak berhasil mencerap hilal. Justeru, Malaysia dan kesemua negara anggota MABIMS telah menetapkan awal Zulhijjah pada 26 September 2014 seterusnya akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober 2014. Komuniti Islam di negara
yang menerima pakai keputusan cerapan hilal rantau MABIMS seperti Jepun juga akan menyambut Aidiladha pada tarikh yang sama. Di rantau Timur Tengah pula, Arab Saudi dilaporkan telah berhasil mencerap hilal Zulhijjah di kawasan sekitar Shaqra dan Sudair berdekatan dengan Riyadh seterusnya menetapkan wuquf di Arafah jatuh pada 3 Oktober 2014 dan Aidiladha pada 4 Oktober 2014.
7. Matla’ negara Malaysia yang berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal lebih tinggi di negara berkenaan. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara adalah sekitar lima jam. Justeru, ketika hilal dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia.
8. Setiap negara hanya boleh menerima pakai keputusan cerapan hilal matla’ negara masing-masing. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;
“Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.
Maksud di dalam negara yang satu ialah matla’ yang sama. Bagi matla’ Malaysia adalah terletak di dalam matla’ Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Aidiladha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS.
9. Komuniti Islam di Jepun telah bertanyakan kepada negara Arab Saudi berkenaan sejauh mana kesahan matla’ hilal dalam menentukan awal Zulhijjah dan Aidiladha di tempat mereka. Kenyataan rasmi negara Arab Saudi memaklumkan supaya komuniti Islam di Jepun berhari raya dan berpuasa sunat sempena hari Arafah mengikut hasil cerapan hilal di Jepun atau pun negara yang sama matla’ dengannya seperti negara MABIMS. Oleh kerana itulah komuniti Islam di Jepun menerima pakai
keputusan cerapan hilal di Malaysia.
10. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah:
“Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji…
11. Hakikatnya, bukan semua negara di dunia dapat berpuasa pada detik yang sama. Sekiranya semua orang ingin berpuasa Arafah pada detik yang sama dengan orang-orang di Arab Saudi Jumaat ini, maka
ketika orang-orang di Arab Saudi baru memulakan puasa, orang-orang Islam di Malaysia sudah lama memulakan puasa menghampiri waktu tengahari, orang-orang Islam di New Zealand sudahpun menghampiri waktu berbuka. Maka jadilah orang-orang Islam di New Zealand berpuasa Arafah jauh mendahului apa yang sedang berlaku di Arafah.
12. Ringkasnya, kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia yang berpandukan kepada cerapan hilal Zulhijjah sendiri dan tidak terikat dengan hasil cerapan hilal Zulhijjah Arab Saudi adalah tepat. Pun begitu, negara-negara atau rakyat Malaysia yang berada sekitar Arab Saudi atau negara-negara sebelah barat Arab Saudi (atas dasar imkanur-rukyah atau peluang kenampakan hilal menjadi lebih besar sebelah barat negara yang berhasil rukyah hilal) perlu beraya bersama
Arab Saudi.
13. Cadangan untuk menukar kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia kepada berpandukan hari wuquf pernah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 23 April 2002. Muzakarah membuat keputusan seperti berikut:
“Menolak Cadangan Penentuan Aidiladha Berdasarkan Hari Wukuf Dan Mengekalkan Kaedah Penetapan Aidiladha Di Malaysia Adalah Berdasarkan Kepada Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Berasaskan Sistem Imkanul Rukyah Kerana Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Lebih Sesuai Diamalkan Di Negara Ini.
14. Pelaksanaan puasa sempena hari Arafah di Malaysia bolehlah dilaksana pada 9 Zulhijjah negara bersamaan hari Sabtu 4 Oktober 2014. - HARAKAH 30/9/2014

Jemaah haji Malaysia wukuf di Arafah Jumaat ini
MAKKAH: Kesemua 22,320 jemaah haji Malaysia akan berwukuf di Arafah, Jumaat ini, yang merupakan kemuncak ibadah haji, walaupun ada yang terpaksa dibawa dengan ambulans.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setakat ini keadaan kesihatan jemaah haji amat menggalakkan dengan hanya empat orang yang masih berada di Hospital Arab Saudi berbanding lapan orang dua hari lepas.
Malah jumlah jemaah haji yang menerima rawatan di klinik dan hospital Tabung Haji pada musim haji kali ini amat berkurangan berbanding musim haji sebelum ini, katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di Rehab Al Janadiriyyah atau maktab 91 di sini Isnin.
Beliau, yang diiringi Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pengawai Eksekutif dan Pengarah Urusan TH Tan Sri Ismee Ismail turut menunaikan solat Zuhur bersama jemaah haji di maktab itu selain melawat pusat kewangan dan klinik Tabung Haji di maktab tersebut.
Jamil Khir juga turut beramah mesra dengan jemaah haji serta dengan pasukan sahabat Tabung Haji yang merupakan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada jemaah haji yang turut membantu petugas TH dalam memberi bantuan kepada jemaah haji.
Jamil Khir berkata TH akan memastikan kesemua jemaah haji dapat berada di Arafah kerana ia merupakan Rukun Haji yang utama dan,"Haji itu adalah wukuf di Arafah."
Wukuf di Arafah yang bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika, sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan, bermula daripada gelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke-9 Zulhijah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) pada hari ke-10 Zulhijah.
Beliau juga berkata TH turut mengadakan khemah perubatan bagi merawat jemaah haji yang sakit bagi memastikan mereka dapat turut berwukuf.
Selain itu, persiapan operasi Masyair (di Arafah, Muzdalifah dan Mina) telah siap sepenuhnya bagi menerima kedatangan jemaah haji Malaysia yang akan mula bergerak secara berperingkat mulai 11 pagi Khamis ini, katanya
Beliau berkata TH juga akan turut menjalankan korban kambing dan unta yang diterima oleh TH daripada jemaah haji Malaysia untuk dikorbankan di Mina sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari Sabtu di Arab Saudi.
Sementara itu, Pengarah Operasi Kewangan TH Anisuati Yahaya berkata pihaknya telah menerima bayaran untuk menguruskan korban bagi lebih 13,300 ekor kambing dan 130 ekor unta sehingga tarikh tutup permohonan untuk mengadakan korban pada Ahad lepas. - Bernama
Sumber HD - 29-9-2014

Kumpulan jemaah haji terakhir ke Tanah Suci hari ini
PETALING JAYA: Kumpulan terakhir seramai 279 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci hari ini menerusi penerbangan KT64.
Mereka yang bertolak dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini, dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.30 tengah hari dan dijangka tiba pada 8.30 malam waktu tempatan.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut serta dalam penerbangan itu berkata dengan penerbangan terakhir itu, jumlah jemaah haji yang berada di tanah suci adalah sebanyak 22,320 iaitu 100 peratus kuota jemaah haji negara bagi tahun ini.
Sementara itu, beliau berkata TH akan melaksanakan Haji Badal untuk menyempurnakan ibadah haji bagi empat jemaah Malaysia yang meninggal dunia di tanah suci baru-baru ini.
"Pihak Lembaga Tabung Haji akan melaksanakan Haji Badal empat jemaah yang meninggal dan memastikan waris seperti isteri, suami atau anak jemaah dapat meneruskan ibadah haji mereka dengan sempurna," katanya kepada pemberita.
Dua jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu ini, seorang kerana masalah jantung dan seorang lagi kerana komplikasi jangkitan paru-paru.
Pada minggu lepas, dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung. Jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia setakat ini ialah empat orang.
Abdul Azeez berkata setakat ini semua jemaah yang berada di Tanah Suci juga dilaporkan tidak dijangkiti sebarang virus penyakit berjangkit.
"Pasukan perubatan kita yang telah berada di sana juga akan menjalankan tugas sebaiknya bagi memastikan kesihatan jemaah Malaysia dalam keadaan baik untuk melakukan ibadah Haji.
"Kita juga akan memastikan keselesaan dan keselamatan mereka terjamin dan minta waris serta rakyat Malaysia mendoakan agar semua jemaah dapat menunaikan haji dengan sempurna," katanya.
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bermula pada 27 Ogos lepas melibatkan 450 jemaah dan penerbangan balik yang pertama dijangka pada 10 Okt ini. - Bernama
Sumber HD - 27-9-2014

Kebanyakan jemaah haji sakit akibat jangkitan paru-paru
MAKKAH: Kebanyakan jemaah haji yang jatuh sakit semasa di Tanah Suci adalah disebabkan masalah jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan dengan ramai daripada mereka berusia antara 50 dan 70 tahun.
Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Saiful Azlan Shariff bagaimanapun berkata, tiada jemaah yang dijangkiti penyakit berjangkit dan tahap kesihatan rata-rata jemaah haji berada dalam keadaan baik.
Klinik dan pusat rawatan TH di Tanah Suci, sehingga kini telah merawat sebanyak 5,000 jemaah sebagai pesakit luar dan 80 lagi telah dimasukkan ke pusat rawatan, katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata semua jemah haji telah dinasihat supaya mendapatkan rawatan di 10 buah klinik, termasuk dua di Madinah, sekiranya demam agar rawatan dapat diberikan segera.
Beliau berkata jika didapati jemaah haji memerlukan rawatan selanjutnya mereka akan dihantar ke empat pusat rawatan TH, termasuk satu di Madinah untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar-pakar perubatan Malaysia.
"Jika dapati pesakit masih memerlukan perkhidmatan rawatan lebih canggih, mereka akan dirujuk ke hospital Arab Saudi, seperti pembedahan dan sebagainya," katanya.
Dr Saiful Azlan berkata TH telah menyediakan empat pusat rawatan iaitu Hospital Aziziah, Pusat Rawatan Shisya dan Pusat Rawatan Abraj Janadiriyyah di Makkah serta Pusat Rawatan Dar Siba di Madinah, selain 10 klinik di setiap pusat penginapan termasuk di dua di Madinah.
Buat pertama kali juga, Tabung Haji (TH) pada tahun ini menyediakan perkhidmatan pergigian untuk jemaah haji memandangkan kos rawatan pergigian di tanah suci sangat mahal, katanya.
Klinik pergigian itu dikendalikan seorang doktor pakar pergigian yang ditempatkan di Pusat Rawatan Shisya di sini. Ia diwujudkan berikutan permintaan jemaah haji sebelum ini, katanya.
Dr Saiful Azlan berkata dari segi perkhidmatan kesihatan lain, pihaknya telah menjadikan Pusat Rawatan Shisya sebagai hospital khas untuk kes jangkitan paru-paru, komplikasi kencing manis dan ortopedik untuk kes-kes patah tulang dan sebagainya.
Sementara Hospital Aziziah pula, bagi mengendalikan kes-kes berkaitan kardiovaskular, psikiatrik dan gastroenteritis manakala Pusat Rawatan di Abraj Al-Janadiriyyah dijadikan wad am serta tempat menyaring pesakit untuk rujukan ke Pusat Rawatan Shisya atau ke Hospital Aziziah, tambahnya.
Beliau berkata, tahun ini pusat rawatan TH mempunyai sebanyak 250 petugas termasuk 50 doktor dan doktor pakar, jururawat, penolong pegawai perubatan, juru x-ray, fisoterapi dan pegawai farmasi.
Beliau berkata TH juga mewujudkan pelbagai unit pusat rawatan yang diketuai pakar-pakar perubatan dari Malaysia termasuk kemudahan bilik X-ray, makmal serta 15 buah ambulans, termasuk dua di Madinah.
Beliau berkata setiap tahun, Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan membuat pemeriksaan terhadap kelengkapan di pusat perubatan TH termasuk di Madinah.
Mereka akan memeriksa dari segi peralatan hospital, jumlah petugas serta ubat-ubatan yang dibawa bagi memastikan pusat rawatan perkhidmatan kesihatan TH mempunyai kelengkapan mencukupi bagi mengendalikan jemaah haji Malaysia di sini.
"Hanya selepas mendapat kelulusan dan permit dari Kementerian Kesihatan Arab Saudi, baru pusat perubatan TH dapat beroperasi.
"Sehingga hari ini, kita tidak mempunyai masalah dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan pasukan kita merupakan pasukan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, beliau berkata TH menempatkan dua pembimbing ibadah lelaki dan perempuan di setiap pusat rawatan bagi membantu jemaah haji yang menerima rawatan.
Di Pusat Rawatan Shisya, pembimbing ibadah Zanariah Buang, yang merupakan guru agama di Sekolah Sukan Negeri Johor Tun Hussein Onn, Kluang, Johor berkata antara tanggugjawab mereka adalah untuk membimbing para pesakit dalam ibadah haji, terutama mereka yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan berihram.
"Kami juga akan mengiringi pesakit semasa wukuf, bagi memastikan mereka dapat menjalankan ibadah haji dengan sebaik-baiknya," katanya yang turut tinggal di pusat rawatan itu sepanjang operasi haji ini.
Rakan sejawatannya Mohd Nizar Ismail, guru agama Sekolah Menengh Kebangsaan Bakai, Kuala Ketil, Kedah, yang pertama kali menjadi pembimbing ibadah TH berkata mereka bukan sahaja turut memberi penerangan mengenai ibadah haji, tetapi turut sentiasa menenangkan perasaan para jemaah yang sakit dengan doa-doa dan sebagainya.
Bagi pesakit Che Yah Sulaiman, 69, dari Taiping, Perak yang datang berseorangan untuk mengerjakan haji berasa bertuah kerana beliau yang menghadapi masalah pernafasan dijaga dengan baik oleh para petugas di pusat rawatan berkenaan.
Sementara Ismail Abu Samad, 65, yang juga mengalami masalah pernafasan berkata petugas pusat rawatan itu memberinya layanan yang cukup baik.
"Pada saya perkhidmatan di sini, sama seperti perkhidmatan hospital Malaysia," katanya yang berasal dari Muar, Johor.
Sardon Ibrahim, 61, dari Batu Pahat, Johor, pula yang datang berseorangan berkata layanan yang diterimanya amat memuaskan dan beliau yang menghidap kencing manis kini, mendapatkan rawatan di pusat itu, akibat terjatuh ketika di Madinah dan mengalami retak tulang kaki. - Bernama
Sumber HD - 21-9-2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Saiful Azlan Shariff bagaimanapun berkata, tiada jemaah yang dijangkiti penyakit berjangkit dan tahap kesihatan rata-rata jemaah haji berada dalam keadaan baik.

Hadiah paling bermakna selepas bersara jadi tetamu Allah
MAKKAH: Bagi Abu Bakar Mohd Yusoff, hadiah paling bermakna selepas bersara dua tahun lepas ialah menerima khabar gembira menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.
Abu Bakar, 59, bersama isteri Kalsom Ibrahim, 56, dua anak perempuan - anak sulung Khairunnisa, 27, dan anak kedua, I'ffah, 26, gembira kerana dapat bersama-sama keluarga mengerjakan haji pada tahun ini.
Kalsom, pesara pembantu tadbir Jabatan Agama Islam Melaka berkata ketika suaminya bekerja di Jabatan Kerja Raya mereka tidak pernah merasai pengalaman bercuti bersama keluarga tetapi sebaik suaminya bersara, mereka enam beranak memilih mengerjakan umrah pada tahun lepas.
"Seminggu sebelum mengerjakan umrah pada 30 Dis tahun lepas, kami mendapat tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kami bersyukur kerana ikut giliran sepatutnya pada 2017," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.
Bagaimanapun beliau terkilan kerana terpaksa meninggalkan dua lagi anaknya, iaitu anak tunggal lelaki berusia 25 dan anak bongsu berusia 20 tahun kerana tidak mendaftar sekali kedua-dua anaknya untuk haji pada masa itu.
Namun Kalsom tetap bersyukur kerana Khairunnisa, penolong tadbir Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu dan I'ffah, juru ukur bahan syarikat swasta, dapat mengerjakan haji kerana sejak kecil anaknya mengimpikan untuk menjejak kaki di Tanah Suci apabila melihat nenek mereka mengerjakan haji pada 1996.
"Saya telah membuka akaun Tabung Haji untuk anak-anak secara potongan gaji sejak mereka di tadika lagi," katanya.
Sementara itu, Hanif Mohd Nosruddin, 23, yang mengiringi ibunya Solhah Mat Sarin, 52, jururawat yang bertugas di Hospital Teluk Intan melahirkan rasa bertuah kerana pada usia muda dijemput sebagai tetamu Allah.
Anak tunggal lelaki daripada tiga beradik, Hanif yang kematian bapanya sejak berusia tujuh tahun, merasakan generasi muda perlu menjadikan ibadah haji sebagai prioriti yang perlu dilakukan ketika usia muda kerana ibadah haji memerlukan tenaga dan kekuatan.
Lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pengangkutan dan kini bekerja sebagai penyelia khidmat pelanggan di sebuah syarikat swasta itu, melahirkan rasa seronok dapat beribadah di Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Hanif yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Nornazatul Shima Halili, 23, pada Julai lepas menganggap tahun ini tahun yang amat bertuah baginya.
"Saya amat berharap dapat kembali lagi menjadi tetamu Allah dengan membawa isteri dan adik-beradik perempuan saya," katanya.
Bagi Tokimin Karso, 68, dari Sepang, Selangor berkata hatinya tiba-tiba menjadi sebak dan airmatanya terus mengalir dengan deras apabila pertama kali terpandang Kaabah yang selama ini dilihatnya melalui kaca televisyen.
"Sebaik melihat Kaabah, pak cik terus menitiskan airmata semasa mengerjakan tawaf dan saie awal pagi semalam," katanya.
Warga emas itu yang ditemani isteri Siti Rahmah Musdi bersyukur kerana dapat mengerjakan haji tahun ini memandangkan giliran mereka sepatutnya pada 2016 selepas mendaftar pada 2006.
Tokimin amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak menjejak kaki di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, di Petaling Jaya pada 27 Ogos sehingga melakukan ibadah umrah.
Malah, ibadah tawaf dan saie pagi semalam, turut berjalan lancar dengan Mutawif, atau orang yang membawa tawaf di Masjidil Haram, telah membawa mereka mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, dan bersaie dari Bukit Safa dan Marwah tujuh kali dengan teratur serta turut membaca doa untuk mereka ikuti, katanya.
"Pak cik bersyukur di bawah pimpinan mutawif Masjidilharam dapat bersolat di belakang Makam Nabi Ibrahim berhadapan pintu Kaabah," katanya yang mempunyai penyakit lelah dan gout.
Kesemua 412 jemaah haji kumpulan pertama yang tiba dari Madinah pada Khamis malam, melakukan umrah pada pagi Jumaat dengan dibawa berjalan dari maktab penginapan mereka di Abraj Al Janadiriyyah kira-kira 750 meter oleh petugas Muassasah Asia Tenggara ke Masjidilharam.
Sementara itu, jemaah haji kumpulan kedua (KT2) sebanyak 254 orang dari Madinah tiba di Makkah pada 2 petang Jumaat (7 malam waktu Malaysia), dan KT3 sebanyak 266 jemaah tiba pada 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
KT4 pula dengan 433 jemaah haji tiba pada 7.50 malam waktu tempatan (12.50 pagi Sabtu waktu Malaysia).
Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang berada di Makkah adalah 1,365 orang.
Tiga lagi kapal terbang iaitu KT20, KT21 dan KT22 yang membawa 1,000 penumpang tiba di Madinah pada Jumaat.
KT20 yang membawa 450 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 5.34 pagi Jumaat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 9 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia).
Sementara K21 yang membawa 279 penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 1.20 tengah hari Jumaat, tiba 4.50 petang waktu tempatan (8.50 malam waktu Malaysia) dan KT22 yang membawa 271 penumpang berlepas dari KLIA pada 4.50 petang tiba di Madinah pada 8.35 malam waktu tempatan (12.35 pagi Sabtu waktu Malaysia).
Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang berada di Tanah Suci, iaitu di Makkah dan Madinah, adalah seramai 7,010 orang. - Bernama
Sumber HD - 6-9-2014

Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan baik
MADINAH: Kesemua 4,424 jemaah haji yang berada di Madinah sehingga Sabtu berada di dalam keadaan yang baik, dan telah mengikuti segala program ziarah yang dikendalikan Tabung Haji.
Pengarah Operasi Madinah Mohd Zakaria Bostam berkata hanya sedikit sahaja yang mengalami masalah batuk dan sakit biasa.
Zakaria, yang juga Naib Konsul Jeneral Tabung Haji di Jeddah, berkata para jemaah perlu memastikan mereka sentiasa memakai topeng muka jika berada di luar berikutan keadaan cuaca yang panas dan kering serta berhabuk.
Ini bagi menggelakkan mereka daripada menghadapi masalah pernafasan, katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri majlis tahlil dan doa selamat sempena hari ulang tahun kemerdekaan negara ke-57 di sini Sabtu malam.
Beliau berkata jemaah haji juga perlu berpakaian sesuai dan minum air yang banyak memandangkan cuaca di sini kini purata 46 darjah Celsius di sebelah siang dan malam 42 darjah Celsius.
Beliau berkata kumpulan pertama jemaah haji, iaitu yang tiba pada Rabu lepas akan bergerak ke Makkah, Khamis ini untuk ibadah haji.
Sementara itu, sebanyak dua penerbangan akan tiba Ahad iaitu KT (kapal terbang) Tabung Haji ke-14 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.20 pagi waktu Malaysia yang akan tiba jam 2.50 petang waktu tempatan (7.50 malam waktu Malaysia).
Penerbangan itu membawa 279 penumpang.
Sementara itu, KT 15 pula akan berlepas jam 6.36 petang waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Putera Mohamad Bin Abdulaziz di sini pada pukul 10.15 malam waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia) dengan membawa 276 penumpang. - Bernama
Sumber HD - 31-8-2014

Kumpulan pertama jemaah haji M'sia tiba di Madinah
MADINAH: Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia bagi musim 1435 Hijrah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad Bin Abdulaziz di sini pada 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) Rabu.
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 5.30 pagi waktu Malaysia.
Ketibaan mereka di Maktab Zon di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick disambut Pengerusi Muassassah Adila, Sheikh Dr Ahmad Yusof Hawala serta Konsul Jeneral Malaysia di Arab Saudi Mohd Khalid Abdul Razak.
Muassassah Adila ialah badan yang mengendalikan jemaah haji di Madinah.
Turut hadir Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi Alauddin Mohd Nor dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Musim 1435 Hijrah Nurrinanuwat Shamsuddin.
Seramai 22,320 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan ibadah haji tahun ini.
Mereka dijadual tiba dengan 39 penerbangan bermula Rabu.
Sementara itu, seramai 279 jemaah haji kumpulan kedua yang berlepas dari KLIA pada 9.05 pagi waktu Malaysia tiba tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz di sini pada 12.45 tengah hari tadi.
Mereka turut ditempatkan di Maktab Zon Dua di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick.
Kumpulan ketiga 279 jemaah haji Malaysia dijangka tiba di sini pada 5.50 petang waktu tempatan dan mereka akan turut ditempatkan di hotel sama.
Sementara itu, Sheikh Dr Ahmad Yusof mengalu-alukan kedatangan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dan berharap mereka dapat menunaikan ibadah dengan baik dan memperoleh haji mabrur.
Di KUALA LUMPUR, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji (TH) Anis Zuhani berkata seramai 1,008 jemaah yang terdiri daripada kumpulan pertama, kedua dan ketiga telah berlepas ke Madinah hari ini.
Beliau berkata jemaah haji Malaysia menaiki penerbangan mengikut kumpulan ditetapkan itu pada 5.30 pagi, 9.05 pagi dan 2.05 petang di KLIA.
Penerbangan terakhir yang akan berlepas ke Madinah adalah pada 27 September ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata MAS akan mengendalikan 39 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah, yang berlepas dari tujuh lapangan terbang Malaysia iaitu KLIA (14 penerbangan flights), Pulau Pinang dan Johor Baharu (masing-masing enam penerbangan), Kuala Terengganu dan Alor Setar (masing-masing lima penerbangan), Kuching (dua penerbangan) dan Kota Kinabalu (satu penerbangan) dari 27 Ogos hingga 27 Sept.
"Daripada 39 penerbangan itu, MAS akan mengendalikan 22 penerbangan terus ke Madinah dan 17 penerbangan terus ke Jeddah. Semua penerbangan haji menggunakan dua pesawat B777-200 dengan kapasiti 282 tempat duduk," katanya di sini.
Ahmad Jauhari berkata fasa kedua operasi tanah suci itu akan bermula dari 10 Okt hingga 7 Nov.
Turut menyertai jemaah haji Malaysia tahun ini ialah 50 kakitangan MAS dan pasangan masing-masing.
Kumpulan itu akan berlepas dari KLIA ke Jeddah pada 13 Sept ini.
Ahmad Jauhari berkata MAS dan TH komited dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan selesa buat para jemaah.
"MAS juga menggerakkan sepasukan kakitangan yang berdedikasi untuk mengurus dan mengendalikan penerbangan haji memandangkan operasi ini memerlukan kawal selia yang unik dan amat mementingkan masa.
"Kami terus komited untuk berkhidmat dan meningkatkan reputasi Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan haji yang terbaik dan dipandang tinggi oleh dunia Islam," katanya.
- BERNAMA
Sumber HD - 28-8-2014

1.3 juta jemaah haji bakal banjiri Arab saudi
KUALA LUMPUR: Arab Saudi dijangkakan bakal menerima 1.3 juta jemaah dari seluruh dunia pada tahun ini dengan negara Asia Selantan akan menghantar jemaah terbesar iaitu 410,000 orang dan diikuti negara Arab seramai 250,000 orang.
Kenyataan yang dipetik Arab News memberitahu Kementerian Haji Arab Saudi memaklumkan, kira-kira 228,000 jemaah adalah terdiri dari negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.
Manakala Turki dan Eropah menghantar 190,000 orang dikuti 170,000 dari negara Afrika bukan Arab serta 63,000 dari Iran.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah Arab Saudi, Saad Al-Qurashi memberitahu kira-kira 150,00 jemaah tempatan termasuk ekspatriat akan turut sama menunaikan haji.
Dalam pada itu, menurut satu kajian yang dikeluarkan semalam mengganggarkan Kerajaan Arab Saudi bakal memperolehi pendapatan berjumlah RM26.88 bilion (AS8.5 bilion) hasil dari ibadat haji pada tahun ini.
Dewan Perniagaan Mekah memberitahu, hasil pendapatan pada tahun ini meningkat sebanyak tiga peratus berbanding tahun lepas.
Penerbangan pertama jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini dijadualkan 27 Ogos, manakala penerbangan akhir 27 September, sebanyak 64 penerbangan dijadualkan musim ini bagi membawa 22,320 jemaah haji.
- HARAKAHDAILY 27/8/2014
Sumber HD - 27-8-2014

No comments:
Post a Comment