PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Tuesday, July 28, 2015
PERBEZAAN PANDANGAN DAN PENDEKATAN PEMIMPIN UMNO DAN BN (JILID 2)
Najib Turun, Ringgit Naik - Tun M Posted on Sunday, October 04 @ 17:30:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin penyusutan nilai Ringgit yang dihadapi Malaysia pada masa ini mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat berkenaan sekali lagi menggesa Najib berundur daripada kedudukannya demi memulihkan ekonomi Malaysia.
"Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata," katanya di sini, Sabtu.
Beliau berucap ketika menghadiri Majlis Hi-Tea bicara politik bertajuk 'Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa' anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan.
Ketika sidang media selepas majlis itu, Dr Mahathir berkata, beliau turut bersetuju dengan pandangan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang mengaitkan kejatuhan nilai Ringgit dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Kita dengar Zeti kata selagi masalah 1MDB dan derma RM2.6 billion tidak diselesaikan, nilai mata wang tidak akan pulih.
"Zeti cakap dan saya pun berpendapat macam tu.
"Semua mata wang jatuh tapi mata wang kita jatuh lebih teruk daripada yang lain, saya kaji jugak itu (kaitan isu 1MDB)," katanya. - MStar
Sumber TKO - 4-10-2015 Tun M Minta Pengundi Pekan Jangan Undi Najib Posted on Sunday, October 04 @ 14:29:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali memberi tekanan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kali ini berkongsi strategi bagi memastikan matlamatnya itu menjadi kenyataan.
Tegas Dr Mahathir, matlamat untuk menggulingkan Najib hanya akan berjaya jika ia dimulakan di peringkat kerusi Parlimen Pekan yang diwakili perdana menteri itu.
"Walaupun dia tak mahu undur, kalau datang pilihan raya, jangan undi. Di (Parlimen) Pekan jangan undi (Najib). Bagi kalah Najib, tapi jangan bagi kalah Umno.
"Kalau orang Melayu bijak, tentukan Najib kalah di Pekan. Kalau kita berpakat sesama kita, pergi ke Pekan beritahu kepada orang sana bagi dia kalah tapi, bagi Umno menang.
"Kita jangan terbawa dengan emosi, kena rancang dengan strategi dan strategi kita ialah untuk mengalahkan Najib," katanya.
Beliau berucap ketika menghadiir Majlis Hi-Tea bicara politik bertajuk 'Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa' anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan.
Selaian itu, Dr Mahathir menggesa supaya orang Melayu mencontohi masyarakat Cina yang meletakkan kepentingan bangsa mereka mendahului parti dan fahaman politik.
"Kita orang Melayu tak berapa bijak. Kita patuh dengan tidak memikir tentang kepentingan kita.
"Saya lihat orang Cina walaupun dia MCA atau DAP, tapi kalau kepentingan Cina terancam, mereka lupakan parti mereka.
"Tapi orang Melayu tak begitu. Inilah yang menjadi masalah. Sekarang ini ramai dah keluar daripada Umno walaupun tak secara rasmi, tapi mereka tak menyokong Umno.
"Kalau mereka mengalahkan Umno, kita akan rugi. Yang nak dikalahkan hanya Najib sahaja. Umno tak salah," katanya.
Berucap pada majlis sama, Dr Mahathir mengakui beliau sememangnya berniat untuk menghasut supaya Najib meletak jawatan.
"Saya datang memang nak hasut semua orang.
"Dalam perjuangan perlu ambil risiko, kalau tak berani macam mana nak berubah, macam mana nak tebus maruah kita," katanya. - Mstar
Sumber TKO - 4-10-2015
Dr Ling juga mahu Najib undur Posted on Saturday, October 03 @ 14:50:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Tun Dr Ling Liong Sik menyambut gesaan bekas ketuanya dalam kabinet, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya perdana menteri ketika ini meletakkan jawatan.
Kata bekas Presiden MCA itu, Datuk Seri Najib Razak harus berundur daripada jawatan perdana menteri kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.
"Saya bersetuju dengan Tun M (supaya Najib letak jawatan), sebab dia (Najib) ambil duit orang masuk dalam akaun peribadi dia," kata Ling di sidang media sempena Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman, Setapak hari ini.
Mahathir atau lebih dikenali dengan panggilan Tun M ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Regency, Ipoh, Perak sebelum ini sekali lagi mendesak Najib melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Tun M berkata Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin menyayangi posisi tersebut.
Tun M berkata lagi, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini "tidak disukai rakyat."- MK
Sumber TKO - 3-10-2015 Umno’s last moderate
Posted on Wednesday, September 30 @ 21:42:21 MYT by Reformis
By Scott Ng
Saifuddin Abdullah has long been the sore thumb that sticks out from Umno. He doesn’t indulge in communalistic rhetoric come election season, looks for chances to cooperate with the opposition, and regularly comes to the defence of the injured party when one of our inevitable racial flare-ups makes the news. He is always cordial and respectful of others. He is a model politician.
It’s a shame that he is an anachronism in his own party, a throwback to the Umno of Tunku Abdul Rahman and its all-encompassing embrace of Malaysians of all colours, and thus irrelevant to Umno Baru. That is why he is shunted into vanity projects like the Global Movement of Moderates (GMM), when he should be groomed to lead Umno into a bright future. But to his credit, he has made GMM a legitimate forum for discussion of ideas in an intellectual arena.
And now, Umno’s last moderate faces the firing squad for having the gall to have attended Pakatan Harapan’s roundtable discussion and the coalition’s launch – in his personal capacity too, one might add.
Branding and party rules and all that jazz are all well and good, but they really just sound like a convenient excuse to be rid of the one remaining voice of sanity in Umno Baru. After all,
Saifuddin has weighed in negatively on some of the Najib administration’s recent decisions, and it must infuriate some quarters that there is still a holdout when it seems all the other Umno leaders are Najib’s made men.
So where does Saifuddin go if he is sacked? Well, the option seems to be to join an opposition party, likely Amanah or DAP, or to lead remaining Umno moderates into exile or to start a new party or NGO.
Now, the addition of Saifuddin to Amanah or DAP would be a win for either party. Amanah would gain an ally with a similar value system and principles, and one intimately familiar with Umno’s idiosyncrasies at that. Saifuddin’s credentials as a dyed-in-the-wool moderate will burnish the party’s credentials and further define the ideological split from PAS. DAP stands to gain more credibility among Malay voters, especially if Saifuddin is accorded the respect he deserves and is pushed as a prominent leader in the party. He could also perhaps rein in the more aggressive elements in DAP that have rubbed some Malay sensitivities the wrong way.
But more interesting is the third option, as that relies on the idea that there are others like Saifuddin and Anina Saaduddin within Umno who have not come to the fore merely because they have been silenced by their division leaders or fellow party members.
If there exist such elements in Umno, Saifuddin’s taking them with him will send a clear message to Najib that the “Moderate Malaysia” he likes to sell to gullible foreign powers does not exist within his own party and has, in fact, rejected him and his policies. But of course, such a scenario is largely speculative, even though such a show would reinvigorate the efforts to remove Najib.
Where does Umno’s last moderate go from here? Facing the firing squad could be his first step into political superstardom, and if Saifuddin is as good a politician as he is a moderate, he will be able to capitalise on public goodwill to rally the moderate voice. It would be such a shame, after all, to waste such a man on a party that does not value him.
____
Free Malaysia Today
Sumber DD - 30-9-2015
Catatan terakhir Khir Toyo sebelum ke penjara
Posted on Wednesday, September 30 @ 09:33:02 MYT by paktam
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.
2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.
3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.
4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.
5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.
6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.
7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.
8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.
9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.
10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.
11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.
12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]
13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.
14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.
15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]
The Sun
16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.
17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor diisytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.
18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.
19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?
20. Saya tidak fikir ia sekadar soal "good governance", kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.
Kuil
21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM40 ribu dan juga diberi tapak baru.
22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.
23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.
24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.
Penyapu
25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri "Anugerah Penyapu" kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]
26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.
27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.
Setinggan
28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.
29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.
30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.
Wassalam.
Sumber DD - 30-9-2015
Kemenangan buat Umno atau permulaan kehancuran BN?
Posted on Tuesday, September 29 @ 16:55:33 MYT by paktam
Oleh Khoo Kay Peng Tentunya satu tindakan bodoh dan naif bagi Umno dan penyokongnya untuk menuntut kemenangan awal berhubung perhimpunan baju merah pada Hari Malaysia. Impak demonstrasi itu, kalaupun ada, hanyalah implikasi negatif terhadap parti itu dan juga Barisan Nasional.
Pertama, matlamat utama perhimpunan itu yang disampaikan melalui intimidasi, desakan yang tidak munasabah, bahasa kasar dan retorik rasis akan menjauhkan lagi golongan pertengahan, bukannya memenangi sokongan mereka.
Ketika perhimpunan, pemimpin Umno Ali Rustam telah membuat kontradiksi yang jelas. Beliau berkata bahawa Najib Razak adalah perdana menteri untuk semua kaum, namun pada masa sama memerlukan perhimpunan Melayu-sentrik untuk membelanya. Sokongan terbuka Najib terhadap puak ‘baju merah’ ini telah menjejaskan kewibawaannya dan sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau adalah perdana menteri untuk semua.
Hakikat bahawa Najib memerlukan perhimpunan itu sebagai perisai daripada kritikan adalah mengecewakan. Dengan berselindung di sebalik ‘maruah’ kaumnya, beliau hanya menambahkan lagi keraguan terhadap kepimpinannya. Najib mengambil risiko besar kerana bukan semua orang Melayu percaya bahawa kritikan terhadapnya mempunyai motif perkauman.
Adiknya Nazir Razak telah memberikan kenyataan yang relevan dan meminta kerajaan memberikan jawapan dan menyaman pengkritik, jika tuduhan ke atas 1MDB adalah fitnah semata-mata. Najib gagal melakukan kedua-duanya di sebalik membuat janji dan ancaman.
Tambahan pula, beliau telah mengambil pelbagai tindakan untuk menutup mulut pengkritiknya dalam Kabinet, menyingkirkan Peguam Negara, memindahkan pegawai tinggi Cawangan Khas (SB), mengekang pasukan siasatan khas 1MDB dan menjejaskan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tindakan-tindakan ini hanya meningkatkan syak wasangka terhadap salah lakunya.
Kedua, orang seperti Jamal Yunos, Ali Tinju, Abdul Rahman Dahlan, Azalina Othman Said, Ali Rustam dan lain-lain yang bertindak sebagai jurucakap pentadbiran hanya menambahkan lagi rasa tidak percaya terhadap kerajaaan Najib.
Persepsi yang muncul adalah Najib telah bertindakbalas terhadap pengkritiknya serta peserta himpunan Bersih 4.0 melalui perhimpunan bahu merah. Tindakannya menggunakan karakter-karakter sebegini untuk menangkis serangan hanya merugikan diri sendiri.
Persoalan yang lebih besar adalah di mana anggota Kabinet Najib dan apa yang mereka lakukan untuk membantunya menyelesaikan krisis ini? Tanpa jawapan yang absah serta campur tangan dasar untuk menangani skandal 1MDB, apakah mereka telah mengabaikan Najib dengan mengambil pendekatan tunduk kepada kepimpinannya, namun pada masa sama membiarkan Najib ‘terbakar’ perlahan-lahan?
Dengan memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, Najib mungkin telah menyekat kemungkinan pemberontakan, namun ia tidak memberi jaminan memberi jaminan yang beliau mendapat sokongan penuh daripada kabinet. Jelas siapa yang berdiri di belakangnya dan siapa yang menutup mulut dan menjarakkan diri.
Bisik-bisik dalam parti sudah bertukar menjadi lebih kuat dan membimbangkan. Sejumlah pemimpin Umno telah mengkritik puak baju merah dan perlakuan rasis mereka.
Ketiga, semakin lantang suara ultra-Melayu, semakin hampir BN dengan hari kehancuran mereka. Himpunan baju merah amat mempolarisasi.
Najib mungkin menjadi simbol terkuat kumpulan itu memandangkan matlamat utama mereka adalah mempertahankan kepimpinan beliau tanpa mengira krisis kepimpinan yang menimpa. Jika Najib gagal mengendahkan nasihat adiknya, kebergantungannya terhadap kumpulan baju merah secara berterusan akan melemahkan BN secara sistematik selaku gabungan pelbagai kaum.
Jika MCA, Gerakan dan MIC – pengasas teras BN – akan dihukum di peti undi buat kali ketiga, parti-parti ini akan terjerumus ke dalam satu lagi perbalahan dalaman yang memusnahkan. Pergelutan kepimpinan sudah pun teruk menjejaskan MIC dan MCA. Penolakan berterusan oleh pengundi kerana hubungan mereka dengan Umno akan membawa kepada kehancuran BN jika keadaan sekarang berterusan.
Keempat, tindakan kerajaan untuk terus menyokong kumpulan baju merah adalah amat memusnahkan. Kerajaan perlu mula berhadapan dengan isu-isu secara betul. Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz telah menggesa kebertanggungjawaban dalam penyiasatan 1MDB. Menurutnya, di samping faktor luaran dan global, isu seperti 1MDB juga telah menjejaskan ringgit.
Kenyataan beliau itu lantang dan jelas. Publisiti buruk di peringkat antarabangsa telah menjejaskan keyakinan pelabur terhadap mata wang tempatan. Aliran keluar modal berjumlah RM17 bilion dalam 12 bulan terakhir ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia jelas menunjukkan kecuaian kerajaan dalam ekonomi dan salah urus 1MDB.
Akhir sekali, pihak paling rugi dalam perhimpunan baju merah adalah masyarakat Melayu sendiri. Selain menjadi jurucakap kerajaan, pemimpin puak baju merah juga mendakwa mewakili masyarakat Melayu. Bagi pihak luar, masyarakat Melayu telah digambarkan secara tidak tepat dan tidak adil sebagai suka bermusuhan, senang diprovokasi, nepotistik dan sanggup bertolak ansur dengan rasuah selagi hak kaum mereka tidak diancam.
Kegagalan kepimpinan Najib untuk memperbetul kesalahan dan masalah ekonomi yang turut dicetuskannya sendiri telah membebankan legasi keluarga politik Melayu, terutama legasi Tun Razak. Jika Najib gagal dengan teruk dan menyebabkan Umno BN ditolak majoriti mudah pengundi, kebergantungan parti terhadap elit-elit daripada keluarga ini mungkin akan dipersoalkan.
Umno mungkin telah diletakkan di atas mikroskop. Selepas pandangan menjadi lebih jelas, parti itu sebenarnya tidak kebal daripada skandal dan krisis. Maka lebih baik Umno menahan diri daripada meraikan kemenangan baju merah dengan terlalu awal.
Khoo Kay Peng adalah seorang penganalisis politik dan perunding pengurusan.
Sumber DD - 29-9-2015
Ummi Hafilda tubuh NGO, desak Najib angkat ‘sumpah laknat’ Posted on Sunday, September 27 @ 18:13:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bekas ahli Umno, Ummi Hafilda Ali hari ini menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baharu, Kuasa Suara Rakyat (KSR), dalam usaha menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah laknat berhubung dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Ummi yang juga presiden dan penaung KSR berkata, NGO itu ditubuhkan memandangkan terdapat pemimpin negara yang "pekak badak" dan tidak mengendahkan suara rakyat.
"KSR ditubuhkan berlandaskan senario politik tanah air. Saya orang lama dalam politik walaupun tidak terlibat dalam politik.
"Kuasa rakyat itu harus diketengahkan, sampai kepada telinga pemimpin. Kita tak nak pemimpin pekak badak syok sendiri," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media sempena pelancaran KSR di Kuala Lumpur hari ini.
Ummi berkata, penubuhan KSR juga adalah supaya kesombongan pemimpin-pemimpin kini dapat diturunkan.
"Saya manusia ada prinsip. Kalau sampai tahap mata ditoreh, hati dicucuk, sekarang tidak lagi.
"Hari ini, di bawah Najib saya rasa kehormatan rakyat itu hilang, KSR ini ditubuhkan untuk kita kembalikan suara rakyat, hak rakyat," katanya.
Katanya, KSR yang didaftarkan pada 24 September lalu ditubuhkan dengan penyertaan beberapa NGO lain dan mempunyai keanggotaan sekitar 30,000 ahli.
KSR juga katanya akan menganjurkan program solat hajat mereka di Putrajaya, dijangka menghimpunkan antara 50,000 hingga 100,000 orang, termasuk penyertaan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita akan adakan satu pertembungan ummah yang besar di Putrajaya. Kita akan buat solat hajat. Paling kurang 50,000 ke 10,000 untuk serahkan memorandum kepada Najib dalam perkara-perkara tertentu," katanya.
Beliau turut melahirkan harapan Najib dapat melafazkan sumpah di Masjid Putrajaya berkenaan wang RM2.6 bilion itu.
Ummi bagaimanapun berkata, KSR tidak akan menuntut Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.
"Kami tidak minta beliau letak jawatan, tetapi kita akan ada asas kukuh yang membawanya ke arah itu."
Katanya, program pertembungan ummah itu akan dianjurkan sama ada hujung Oktober atau awal November depan.
Ummi berkata, beliau juga akan menyiarkan surat terbuka untuk Najib setebal 5 muka surat bagi mendapatkan penjelasan terhadap beberapa isu yang melanda negara.
Selain gesaan mengangkat sumpah laknat, antara isu yang dibangkitkan beliau dalam surat terbuka itu ialah status siasatan berhubung isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan yang Najib berbohong berhubung dana RM2.6 bilion itu.
Sumber TKO - 27-9-2015
Pemuda MCA Pasir Gudang keterlaluan, kata Khairy
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang yang mahu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai keterlaluan dan tidak matang.
Beliau berkata sayap parti komponen boleh berbeza pandangan tetapi biarlah wajar.
"Boleh ada pandangan berbeza, tetapi saya lihat tindakan mereka itu keterlaluan dan tidak matang... kami mengecam pendirian mereka.
"Pemuda BN tidak ada kuasa disiplin ke atas parti komponen, jadi kita tak boleh gantung parti komponen kerana itu tidak ada dalam peraturan parti BN. Namun sekiranya mereka masih lagi berdegil, kita terpaksa putuskan hubungan sebagai komponen bahagian dalam Pemuda BN," katanya.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Pemuda MCA Bahagian itu perlu memperbetulkan haluan politiknya.
Pemuda MCA Pasir Gudang menerusi laman Facebook mereka baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mahu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri susulan kenyataan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu di Kuala Lumpur pada 16 Sept. - Bernama Sumber HD - 27-9-2015
Najib
Posted on Sunday, September 27 @ 12:58:50 MYT by paktam
Oleh Dr Mahathir Mohamad 1. Saya bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.
2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi perdana menteri.
3. Ia bukan hal peribadi.
4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai perdana menteri.
5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.
6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Datuk Seri Najib Razak, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.
7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.
8. Najib melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.
9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitiviti Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.
10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.
11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai kerajaan dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.
13. Mata wang susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport. Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.
14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan memberi RM1 juta sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) meminjam RM42 bilion daripada pasaran. Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.
15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah RM18 bilion. 1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.
16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada RM60 kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.
17. Kemudian 1MDB menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan PetroSaudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar AS$1 bilion bagi saham 40% miliknya itu. Enam bulan kemudian usaha sama ini dibubarkan. Akan tetapi AS$1 bilion itu bersama dengan AS$700 juta yang lain ditukar menjadi pinjaman kepada PetroSaudi. Wang ini kini lesap.
18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada RM42 bilion itu tidak dapat dikesan atau dihitung.
19. Kemudian tiba-tiba The Wall Street Journal melaporkan Najib mempunyai AS$700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab Malaysian (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).
20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden Umno yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada Umno biasanya diterima dan dibankkan oleh Bendahari Umno. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.
21. Tidak pernah dalam sejarah Umno terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. Presiden tidak pernah menyimpan wang Umno atau wang didermakan kepada Umno, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun Umno dikendalikan oleh Presiden.
22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, “The Wolf of Wall Street” dengan perbelanjaan melebihi AS$100 juta.
23. Dengan gaji Najib sebagai perdana menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu diwarisi. Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Datin Seri Rosmah Mansor memiliki dan mewariskan ratusan juta ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.
24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa RM2.6 bilion itu didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu memberinya wang.
25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.
26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.
27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.
28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.
29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB berhenti.
30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka dipindahkan semula ke Suruhanjaya.
31. Penolong Ketua Cawangan Khas dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.
32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul.
Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.
33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia menjadi satu skandal antarabangsa. Ia memalukan Malaysia. Di mana-mana sahaja sesiapa pergi, ada yang bertanya, “Apa yang berlaku kepada Malaysia”.
35. Di antara 1MDB, RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib dan pembunuhan Altantuya, nama baik Malaysia benar-benar rosak. Tidak pernah sebelum ini, Malaysia menjadi begitu hina oleh merdana menterinya sendiri. Tidak pernah orang memandang rendah negara ini. Tidak pernah sebelum ini rakyat Malaysia begitu malu dengan negara mereka.
36. Najib membayar orang untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan untuk menyokong beliau. Dengan sewenangnya beliau juga mengharamkan usaha orang-orang tunjuk perasaan bagi memecatnya.
37. Untuk mata wang dan ekonomi pulih, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri Malaysia. Rakyat Malaysia mesti menuntut penyingkiran Najib. Ianya sesuatu yang amat demokratik untuk menuntut penyingkiran beliau. Tindakan yang diambil beliau untuk menahan seseorang untuk mengadakan perhimpunan untuk menuntut penyingkiran beliau adalah apa yang tidak demokratik dan bercanggah dengan undang-undang negara ini.
38. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menuntut Najib membenarkan siasatan terhadapnya yang akan dijalankan oleh orang-orang bebas yang tidak dilantik olehnya. Najib mesti membenarkan proses undang-undang berjalan. Jika didapati bahawa dia melakukan kesalahan dia perlu didesak untuk
meletakkan jawatan.
39. Hanya dengan pengundurannya sebagai perdana menteri Malaysia barulah ekonomi akan pulih, nilai ringgit akan meningkat, dan kos sara hidup akan turun. Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia akan mampu berdiri semula.
* Tun Dr Mahathir Mohamad ialah perdana menteri Malaysia sehingga 2003. Sumber DD - 27-9-2015
Dr M: Singkir Najib selamatkan Malaysia Posted on Saturday, September 26 @ 08:20:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kegawatan ekonomi dan penyusutan nilai ringgit hanya akan dapat dipulihkan jika Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.
Dalam entri terbaru beliau petang ini, Dr Mahathir berkata, disebabkan itu rakyat Malaysia mesti menuntut supaya Najib diketepikan daripada jawatannya dan langkah itu "demokratik sepenuhnya".
"Tindakannya menahan orang ramai kerana berhimpun untuk menuntut peletakan jawatan adalah tidak demokratik dan bercanggah dengan undang-undang negara," katanya.
Dr Mahathir menjadi antara pengkritik tegar terhadap Najib dan berkali-kali mendesak supaya anak bekas perdana menteri kedua Malaysia itu meletak jawatan.
Ketika media arus perdana kebanyakannya menyekat kenyataan dibuat Dr Mahathir, beliau yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun menggunakan saluran media sosial seperti blog untuk menyatakan pandangannya dari semasa ke semasa.
Beliau juga hadir sebanyak dua kali ketika BERSIH 4 berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Menurut Dr Mahathir, beliau juga menggesa rakyat negara ini menuntut Najib membenarkan dirinya disiasat oleh badan bebas.
"Najib mesti membenarkan proses perundangan diteruskan. Jika didapati dia melakukan perkara haram, dia mesti meletak jawatan," katanya.
Berusaha keras untuk Najib
Dalam entri terbarunya bertajuk Najib itu, Dr Mahathir juga mendakwa perdana menteri mengupah orang ramai untuk menunjuk perasaan di jalanan sebagai tanda menyokong pentadbirannya.
"Dia bagaimanapun mengharamkan orang ramai menunjuk perasaan menuntut dia meletak jawatan," katanya.
Dianggarkan seramai 45,000 orang hadir di program turut dikenali sebagai himpunan baju merah itu.
Perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Dalam entri hari ini, Dr Mahathir menyingkap semula pelantikan Najib sebagai perdana menteri dan pelbagai "kesalahan" dilakukannya.
"Saya bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia. Tetapi kini saya mahu dia disingkirkan, berundur daripada menjadi perdana menteri. Ia bukan sebab peribadi, tetapi sebaliknya kerana dia gagal teruk sebagai perdana menteri.
"Saya sedar awal kesalahan-kesalahan yang dilakukannya," kata Dr Mahathir.
Beliau mengakhiri entri kali ini dengan penegasan bahawa hanya pengunduran Najib dapat menyelamatkan negara ini.
"Hanya melalui penamatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia keadaan ekonomi akan pulih, nilai ringgit kembali naik dan kos sara hidup turun.
"Hanya selepas penyingkirannya Malaysia kembali gah," katanya. - MK
Sumber TKO - 26-9-2015
Keputusan pecat Anina tidak boleh dicabar di mahkamah - Ab Rauf Posted on Wednesday, September 23 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KUALA LUMPUR: Pemecatan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin sebagai ahli parti adalah muktamad dan keputusan tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah, menurut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Selain itu, katanya, Anina, selaku plaintif, tidak mempunyai autoriti dan 'locus standi' (tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan saman di mahkamah seperti dipohon pada 28 Ogos lepas.
"Keputusan memecat plaintif yang dibuat UMNO adalah muktamad, konklusif dan tidak boleh dibawa ke mahkamah selaras dengan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966," katanya menerusi afidavit sokongan yang diikrarkannya.
Ab Rauf dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan notis permohonan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Anina semalam, namun dokumen diserahkan kepada wartawan hari ini setelah disahkan oleh pihak mahkamah.
Menerusi Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, dinyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh sesuatu parti politik adalah muktamad dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayu, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Anina memfailkan saman terhadap Najib dan Ab Rauf (dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua), antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta (RM2.78 bilion) yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.
Anina juga menuntut supaya perintah injunksi menghalang defendan menggugurkan atau mengambil tindakan disiplin terhadapnya sementara menunggu keputusan saman yang difailkannya di Mahkamah Tinggi.
Selain itu, menerusi afidavit yang sama, Ab Rauf juga mendakwa bahawa Anina tidak mempunyai locus standi berikutan beliau telah digugurkan keahliannya dalam UMNO dengan berkuatkuasa serta merta berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO apabila Anina membawa perkara parti ke mahkamah.
Fasal tersebut menyatakan bahawa seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya dalam parti gugur dengan sendirinya.
"Tuntutan plaintif adalah mengaibkan, remeh dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah di mana ia difailkan dengan satu motif yang terselindung.
"Saya pohon mahkamah membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif secara in limine (keputusan dibuat sebelum perbicaraan bermula)," katanya.
Sementara itu, peguam Nor Emilia Mohd Iszeham, yang mewakili Najib dan Ab Rauf memberitahu Bernama bahawa mahkamah telah menetapkan 6 Okt ini untuk pengurusan kes permohonan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.
Tambah Nor Emilia, pada hari ini beliau juga telah memfailkan permohonan menggantung prosiding beberapa permohonan yang difailkan plaintif sementara mahkamah memutuskan permohonan untuk membatalkan saman Anina. - Astro
Sumber TKO - 23-9-2015 Umno hantar surat tunjuk sebab Saifuddin hadir majlis pembangkang Posted on Wednesday, September 23 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Umno petang ini menghantar surat tunjuk sebab kepada bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah, selepas tindakannya menghadiri majlis anjuran parti pembangkang, perasmian Pakatan Harapan pagi ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan surat tersebut sudah dihantar dan Saifuddin diberikan 14 hari untuk menjawabnya.
"Kita sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada beliau (Saifuddin).
"Kemudian dalam tempoh 14 hari, Saifuddin perlu menjawab dan menjelaskan sebab beliau ke program pembangkang.
"Kalau tidak dijawab, beliau akan dibawa ke Lembaga Disiplin," kata Tengku Adnan semasa menghubungi The Malaysian Insider hari ini.
Terdahulu hari ini, Tengku Adnan berkata, Umno akan menyiasat mengenai kehadiran Saifuddin dalam program pembangkang hari ini sebelum membuat keputusan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadapnya.
Tengku Adnan berkata, biar siasatan selesai sebelum sebarang tindakan diambil ke atas bekas ahli Parlimen Temerloh itu.
Saifuddin yang juga ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), hari ini hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, tetapi atas kapasiti sebagai pengerusi Akademi Belia.
Tengku Adnan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada tindakan Saifuddin itu melanggar disiplin parti walaupun hadir bukan atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno.
Tiga parti pembangkang hari ini terdiri daripada PKR, DAP dan parti baharu serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi membentuk Pakatan Harapan sebagai wadah baharu selepas Pakatan Rakyat berkubur.
Saifuddin sebelum ini juga lantang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap pemerintah Barisan Nasional.
Sumber TKO - 23-9-2015
Najib mungkin boleh ditangkap di luar negara, kata Dr Mahathir Posted on Monday, September 21 @ 07:03:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika contohnya, mendapati Najib bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka berhak menyaman beliau atau meminta Interpol menangkapnya sekiranya perdana menteri pergi ke luar negara.
"Jadi, dia kena duduk sini (dalam negara), tak boleh keluar. Macamana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga.
"Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang," kata negarawan itu dalam satu video yang dimuatnaik blog "Din Turtle".
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata demikian pada satu pertemuan dengan Kumpulan Melayu Berani Bersatu di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Dr Mahathir berkata, undang-undang dunia kini berbeza daripada dahulu di mana sekiranya sesuatu jenayah dilakukan di negara ini, hanya undang-undang tempatan yang berkuatkuasa.
"Tetapi, kalau jenayah itu ada kaitan sedikit dengan luar negeri, negara lain itu mempunyai kuasa (menyiasat dan mendakwa)," katanya.
Dr Mahathir memetik kes Presiden Sudan Omar al-Bashir yang kini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk dibicarakan atas beberapa tuduhan, termasuk pembunuhan beramai-ramai di Darfur.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, waran ICC ke atas Omar mesti dilaksanakan oleh negara yang menandatangani Statut Rom.
"Dia (Omar) sudah didapati bersalah dan akan ditangkap kalau dia pergi ke mana-mana negara yang bersetuju dia bersalah," kata Dr Mahathir.
Beliau yang bertukar daripada penyokong kuat Najib kepada pengkritik paling tegar perdana menteri itu, sejak kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan dana politik RM2.6 bilion, merasakan Najib tidak akan meletak jawatan tetapi hanya berkemungkinan melalui pendakwaan di luar Malaysia.
Seorang lagi pengkritik Najib, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan, dilaporkan pergi ke beberapa negara di Eropah dan Asia sebelum ini, mendesak siasatan dijalankan berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan 1MDB, dana pelaburan negara sarat hutang itu.
Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Khairuddin turut menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland pada 20 Ogos dan menggesa pihak berkuasa itu menyiasat aktiviti 1MDB yang melibatkan bank Switzerland dan bank antarabangsa.
Beliau menegaskan yang beliau hanya bertindak demi kepentingan negara.
Khairuddin dijadual bertemu ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat pada Isnin tetapi ketika hendak mengambil penerbangan pada Jumaat, mendapati ada sekatan dikenakan atasnya daripada meninggalkan negara.
Beliau kemudiannya ditahan polis pada hari yang sama atas dakwaan cuba menggulingkan kerajaan dan polis mendapatkan perintah tahanan reman 6 hari terhadapnya.
Sumber TKO - 21-9-2015 UMNO kehilangan identiti, Najib tak mungkin mampu mengembalikannya Posted on Saturday, September 19 @ 18:05:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Ralli baju Merah yang diadakan dua hari lepas sudah berlalu. Seramai 80,000 orang Melayu telah berhimpun dan masing-masing pemimpin berucap dalam nada perkauman yang menebal. Perhimpunan itu kononnya ialah reaksi terhadap ralli Bersih 4 yang diadakan pada 29hb dan 30 Ogos yang lalu. Jika ia benar merupakan reaksi terhadap perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, maka perhimpunan baju merah itu hanyalah untuk mempertahankan Najib yang kini berhadapan dengan tuntutan rakyat supaya Najib berundur dari jawatan yang beliau amat sayangi itu.
Perhimpunan Baju Merah adalah perhimpunan orang Melayu sedangkan perhimpunan Bersih 4 ialah perhimpunan berbilang kaum bagi menuntut Najib berundur dari memimpin negara. Apapun sebabnya persoalan yang timbul sekarang adalah apakah faedah-faedah yang didapati dari perhimpunan orang Melayu yang dianjurkan dari belakang oleh UMNO itu? Ia membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.
Yang terbaik ialah jika ada apa-apa tuntutan dari rakyat ia wajar diwakili oleh rakyat berbilang kaum kerana kumpulan yang berbilang kaum itu adalah elemen penting bagi menampakkan yang rakyat berbilang kaum itu bersatu dan berpadu serta selenggang dan sehayun dalam apa sahaja yang dituntut itu. Elemen itu nampak jelas dalam perhimpunan Bersih 4 dan perhimpunan Bersih yang sebelumnya. Himpunan Baju Merah dua hari lepas yang menggambarkan orang Melayu sahaja yang bermasalah dan masalah yang ditampilkan tidak lain dari permainan isu perkauman yang menebal seolah-olah kaum Melayu itu boleh hidup tanpa adanya kaum lain di negara ini.
Slogan dan kain rentang yang menyuburkan perasaan benci membenci di antara kaum sangat jelas di lihat dalam perhimpunan Melayu baju merah itu. Telah menjadi pengetahuan umum perhimpunan itu adalah perhimpunan anjuran UMNO dan diberikan bantuan kewangan dari UMNO. Perhimpunan anjuran UMNO itu amat mahal harganya kerana ramai-ramai yang datang itu dibayar elaun dan perjalanan percuma. Selain dari itu makan dan minum serta baju T percuma dan berbagai-bagai 'hand-outs' yang lain.
Tetapi sedarkah pemimpin-pemimpin UMNO ini yang perlakuan mereka ini telah menghilangkan kewibawaan mereka sebagai pemimpin parti yang memerintah? Tindakan mereka ini telah menghilangkan identiti UMNO itu sendiri serta kewibawaan pemimpin yang memimpin parti itu?
Hilang segala imej dan keyakinan ramai yang UMNO itu adalah parti yang memimpin semua kaum. UMNO kini hanya memimpin orang Melayu dan sifatnya kini hanyalah parti yang dipimpin oleh mereka yang chauvinis. Semakin terhakis kepercayaan rakyat yang UMNO tidak seperti dulu di mana parti itu adalah parti orang Melayu tetapi ia adalah juga parti yang menjaga semua rakyat yang lain.
Itulah sebab utama kenapa berlakunya perhimpunan Bersih 4. Bersih 4 itu kalau kita tinjau dari sudut yang betul, tidak ada siapa yang boleh menafikan yang ianya berlaku kerana mereka mahukan pimpinan yang memerintah bersifat pemimpin untuk semua kaum. Kalau kita ambil secara positif ianya adalah kumpulan yang bukan hendak membuang atau mengenepikan UMNO tetapi mereka mahukan pimpinan UMNO yang boleh diterima oleh semua masyarakat negara ini. Ia bermakna mereka tidak mahu pimpinan UMNO dibawah Najib kerana masalah ini tetapi mereka mahu pimpinan dari parti yang sama yang lebih diterima oleh semua kaum.
Itu sebabnya ramai dikalangan pemimpin UMNO yang sedar tentang keadaan ini mahukan Najib berundur bagi mengelak dari UMNO itu terbuang kerana pemimpin yang tidak baik dan kotor sedang menempel pada batang tubuh parti itu dan tidak mahu bercerai dari memimpinnya. Justeru itu seandainya pemimpin hari ini diganti dan dianjakkan kepada pemimpin Melayu yang diyakini oleh semua kaum, maka keadaan sekarang akan menjadi lebih baik bagi orang Melayu dan semua kaum di negara ini.
Rakyat tidak mahu lagi diminta untuk bersatu tetapi kesatuan kita di bawah ini diperguna untuk mereka melakukan kerja rasuah tanpa halangan dan tidak terbatas. Kita tidak mahu bersatu di bawah kepimpinan yang tidak jujur. Bagaimana kita untuk katakan pemimpin kita terutamanya yang dipucuk kepimpinan sekarang ini yang sarat dengan isu-isu rasuah dan keji ini. Bagaimana rakyat mahu mempertahankan kepimpinan yang tidak berjaya menjaga imej yang baik dan sentiasa dalam keadaan defensif dalam semua isu yang menakutkan rakyat itu? UMNO di bawah Najib tidak akan berjaya untuk mencapai matlamat UMNO yang 'ultimate' iaitu membentuk negara yang bersatu padu yang selalu disebut sebagai 'national unity' itu. Sesungguhnya UMNO sudah hilang segala identitinya.
Imej yang ada kepada mereka yang memimpin kerajaan pada hari ini bukannya imej UMNO yang sebenarnya. Kita rakyat yang ramai ini sentiasa cuba diperbodohkan setiap masa dan mereka menganggapkan yang rakyat ramai ini tidak mempunyai otak, sebaliknya penuh dengan pasir dalam kepala kami. Najib tidak boleh hidup tanpa berbohong dalam semua isu terhadap beliau. Seorang Perdana Menteri yang 'average' tidak akan berhadapan dengan isu panas seperti beliau.
Jika wang yang beliau simpan sebanyak RM 2billion di Singapura boleh dibekukan oleh 'monetary authority of Singapore' apa kah ini masih melayakkan beliau terus memimpin kita? Dari segi moral dan etikanya beliau sudah tidak layak untuk memimpin lagi. Di negara-negara maju orang seperti Najib ini sudah lama berhenti dan berehat dan buat kerja lain untuk membantu membina negara. Jika Najib benar-benar jujur mahu melihat negaranya maju beliau perlu berkorban dan bersara sahaja.
Telah disebut oleh blog ini acapkali, ada pemimpin boleh menyumbang terhadap negara dengan memegang jawatan dan ada pemimpin hanya boleh menyumbang terhadap negara dengan meletakkan jawatan. Masing-masing ada cara dan peranan masing-masing untuk menyumbang kepada negara. Bagi Najib sumbangan beliau kepada negara ialah dengan melepaskan semua jawatan beliau dalam kerajaan dan parti dan bersara. Nescaya rakyat akhirnya akan menerima tindakan beliau itu sebagai sumbangan besar beliau kepada negara kita ini.
Najib patut sedar yang tidak ada tempat awam yang kita tidak mendengar soalan di antara satu dengan lain yang berbunyi, 'bila si Najib ini hendak berhenti hah?'. Bagaimanakah Najib hendak mendapatkan keberkatan dari kepimpinannya jika semua rakyat jelas tidak mahu beliau berada di tempatnya lagi? Yang tinggal menyokongnya hanya mereka yang menjaga kepentingan diri dan mereka adalah dari kumpulan elit UMNO itu sahaja.
Di mana-mana rakyat sedang menunggu beliau bersara dan elok jika beliau memahami keadaan ini dan penuhi kehendak rakyat itu. Tidak berguna beliau mundar mandir ke Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan sokongan dengan memberikan janji yang berbagai yang semua orang tahu beliau tidak akan mampu menguruskan nya. Tindakan membeli masa ini akan akhirnya menjatuhkan beliau sendiri.
Janji-janji terhadap Sabah dan Sarawak itu dibuat di waktu yang genting, bak kata orang 'sudah hendak berak baru menggali lubang.'.
Oleh Aspan Alias
Sumber TKO - 19-9-2015
Najib, ikuti contoh-contoh yang baik, cari ketenangan dan bersara Posted on Wednesday, September 16 @ 12:29:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Setiap negara mempunyai sistem pemerintahan termasuk sistem memilih dan mengganti pimpinan negara mereka. Bagi sebuah negara yang mengambil demokrasi mereka mengamalkan demokrasi yang berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain walaupun asas demokrasi itu terbitnya dari sistem Westminster Abbey. Demokrasi itu adalah sebuah kerajaan pilihan rakyat, diperintah oleh rakyat untuk rakyat. Begitulah definisinya lebih kurang. Dalam sebuah demokrasi tulin seorang yang memimpin yang telah dapat mandat untuk memimpin selalunya akan membawa dan menerima semangat demokrasi itu sendiri.
Di Malaysia kita menggunakan demokrasi hanya untuk memilih tapi tidak menerima semangatnya sekali. Pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya akan mengambil jalan populis dan populariti itulah yang membuatkan pemilih memilih seorang itu untuk menjadi pemimpin utama negara. Selalunya seorang yang memilih jalan populis itu tidak kekal lama.
Apabila graf popularitinya menurun pemimpin itu akan melihat kebelakang samada dia masih patut meninggalkan jawatannya atau memilih untuk terus menduduki kedudukan yang beliau pegang itu. Di sinilah letaknya ujian seseorang pemimpin itu samada menerima semangat demokrasi apabila sampai di saat itu. Jika pemimpin itu menerima semangat demokrasi itu dengan jujur selalunya pemimpin itu akan mencari jalan keluar dan membiarkan partinya memilih pemimpin yang lain atau melalui pilihanraya awal dari waktu sepatutnya.
Pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang tulen dan keberadaan beliau diatas sebelumnya itu adalah untuk menabur bakti kepada negara dan rakyat yang telah memilih beliau dahulu. beliau tidak akan kekal berkuasa kerana kehadirannya dalam jangka yang lebih lama akan menjejaskan parti dan kerajaan pimpinannya.
Di negara kita pernah kita melihat contoh yang terbaik yang ditunjukkan oleh Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga negara kita. Kita tidak mempunyai apa-apa kemusykilan terhadap Hussein Onn jika dikaji dari semangat mahu membina dan menjaga negara dengan baik mengikut susurgalur demokrasi yang benar. Apabila beliau ditentang oleh Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu beliau tahu sudah ada unsur-unsur yang boleh menjatuhkan sokongan rakyat terhadap beliau walaupun gulungan itu hanya segelintir jumlahnya.
Sulaiman hanya mendapat 250 undi sedangkan selainnya dari seramai 1300 orang perwakilan UMNO itu menyokong beliau. Beliau boleh berbangga dengan kemenangan besar beliau, tetapi beliau memahami isu-isu seperti isu Dato Harun Idris dan sebagainya ini akan menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan bulat dari partinya.Di sinilah Hussein lulus ujian sebagi seorang pemimpin yang menghormati semangat kepada demokrasi itu dan beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti dalam perhimpunan agong pada tahun 1981 dahulu.
Hussin tidak ada apa-apa untuk beliau pertahankan. Beliau menggalas tuga hanya untuk menyempurnakan missi menjaga negara dengan baik, Beliau tidak ada apa-apa kepentingan peribadi untuk dipertahankan. Beliau tidak mempunyai gagasan perniagaan yang memerlukan jawatan Perdana menteri itu. Beliau tidak mempunyai kesalahan criminal dan moral untuk dilindungi masa persaraan beliau dan beliau boleh hidup dengan tenang semasa persaraannya.
Beliau tidak perlu mengupah penulis-penulis upahan untuk menulis tentang kebaikan beliau kerana beliau adalah pemimpin yang mempunyai jiwa besar dan tidak perlu mempertahankan beliau melalui akhbar-akhbar dan menguasai 'editorial' akhbar-akhbar perdana dengan begitu ketat seperti yang berlaku sekarang.
Begitu juga bagi negara-negara maju. Oleh kerana masing-masing pemimpin tidak mempunyai 'kerak' dan rekod jenayah dan kepentingan kewangan mereka tidak perlu membuat ucapan bergegar-gegar seperti 'at all costs I shall remain to be the PM of this country' dan sebagainya.
Sesungguhnya pemimpin seperti ini adalah pemimpin yang berjiwa besar dan tidak seperti ramai pemimpin selepas beliau mempunyai jiwa fakir yang memerlukan jawatan mereka dipertahankan 'at all costs' sehinggakan UMNO dan rakyat berbilang kaum menjadi berpecah belah. Kepimpinan Melayu sudah mula tidak dihormati oleh bangsa-bangsa lain kerana pemimpin Melayu gagal untuk menjadi pemimpin untuk semua kaum.
Apabila Melayu berpecah seluruh negara akan pecah. Melayu telah diletakkan dalam perlembagaan sebagai kaum yang diberikan keutamaan disamping mempastikan kaum-kaum lain dipertahankan dan dilindungi. Maka adalah sangat penting bagi Melayu itu mempunyai ciri kepimpinan yang 'magnanimous' bagi menjaga kepentingan semua kaum secara 'equitable' dan bersikap adil terhadap semua kaum yang mendiami negara
Jika Melayu luipa yang negara ini telah dibina diatas usaha dan kerjasama rapat di antara semua kaum adalah tidak adil bagi kaum Melayu hanya memikirkan untuk bangsanya sendiri.
Najib dan rakan-rakan wajar berundur. Jangan kerana mabuk dengan kuasa dan wang ringgit yang bertimbun beliau mengorbankan negara dan kehidupan rakyat yang sangat dahagakan ketenangan. Terimalah semangat demokrasi itu dengan jujur. Ikut contoh Hussein Onn, pemimpin yang telah menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang unggul terhadap negara Malaysia yang beliau pimpin suatu ketika dahulu.
Jangan ikut contoh Iddi Amin dari Uganda atau Robert Mugabe dari Zimbabwe itu sebagai contoh. Ikutlah contoh-contoh yang baik. Najib wajar berpijak pada bumi yang nyata. Cailah ketenangan dalam persaraan. Akui kesalahan dan kesilapan dan serahklan negara ini kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka.
Posted on Friday, September 11 @ 20:12:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin harus berjaga-jaga dalam membuat kenyataan atau ucapan terbuka bagi mengelak daripada dikenakan tindakan oleh Umno.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, Timbalan Presiden Umno itu perlu bergerak seiring dengan dasar parti dan menunjukkan komitmen kepada parti sebagaimana jaminan yang diberikannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, kelmarin.
“Muhyiddin telah beri jaminan bahawa beliau tidak akan menjejaskan parti sekali gus menguatkan Umno bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Jadi, beliau perlu bergerak bersama dan menunjukkan komitmen kepada parti," katanya.
Samsu Adabi juga yakin, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedar mengenai kekuatan yang ada pada timbalannya itu, juga pengaruhnya dalam kalangan ahli parti.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tiadanya tindakan memecat ahli Umno termasuk Muhyiddin sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum mesyuarat itu, beliau berkata, "sekarang bukan masa yang sesuai untuk parti politik seperti Umno mengambil tindakan seperti itu."
"Saya yakin tidak akan ada tindakan pecat ahli akan dibuat Umno dalam masa sekarang. Sekarang adalah masa untuk Umno mengelak perpecahan dalam parti," katanya.
Pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu, Najib menyatakan akan memberi masa kepada pemimpin menunjukkan komitmen kepada parti.
Beliau berkata, ahli Umno semakin matang dan teguran kecil yang dilakukan oleh kepimpinan dalam parti hanya untuk mengukuhkan parti.
“Umno sedang melalui proses rasionalisasi. Dalam mesyuarat itu memperlihatkan kematangan. Saya percaya Umno mula bergerak secara bersatu.
“Sebarang teguran dan kritikan hanyalah sebagai satu usaha memperkuat parti dan akhirnya segalanya dibincangkan dalam mesyuarat berlangsung dengan baik,” katanya.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 11-9-2015
Anina heret Ku Nan ke mahkamah pula Posted on Friday, September 11 @ 14:47:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Selepas presiden Umno, setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula diheret ke mahkamah oleh bekas anggotanya yang dipecat Anina Saadudin.
Anina memfailkan tindakan kepada Tengku Adnan dan setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh itu hari ini melalui tetuan Haniff Khatri.
Anina memohon mahkamah supaya mengisytiharkan surat yang dikeluarkan dan pemecatannya tidak sah dan terbatal.
“Saya mengharapkan tindakan saman ini akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan bagaimana Umno itu ditadbir sebagai sebuah parti bangsa Melayu dan bukannya parti kepada individu-individu tertentu yang memegang kuasa tertinggi,” katanya.
Anina sebelum ini dipecat selepas menyaman presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Sumber TKO - 11-9-2015 Bukan itu bukan ini, Umno huyung-hayang berkompromi
Posted on Friday, September 11 @ 07:34:27 MYT by paktam
Oleh Alyaa Alhadjri Berikutan hasil mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September, pemerhati percaya yang Perdana Menteri Najib Razak dan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sedang “bermain selamat” daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan parti itu terus berpecah belah.
Kelangsungan politik individu dan mengekalkan kedudukan kekuasaan dan pengayaan diri parti yang mendominasi gabungan pemerintah BN nampaknya terus menjadi keutamaan.
Baik Najib mahupun Muhyiddin tidak mempunyai keberanian untuk menggubah keadaan, sebaliknya memilih untuk mengekalkan status quo.
Penganalisis politik Ibrahim Suffian memberitahu SemutHarian yang tidak wujud keperluan untuk Najib memecat Muhyiddin, naib presiden Umno Shafie Apdal dan lima yang lain daripada parti, seperti yang disebarkan khabar angin sebelum ini.
“Tidak banyak yang berlaku sewaktu mesyuarat. Apa yang berlaku dalam Umno kini telah diredakan dengan kenyataan Najib tentang kepentingan pemimpin parti untuk bersatu bagi menjamin masa depannya,” kata Ibrahim.
Pada 9 Sept, Malaysiakini memetik Najib sebagai berkata yang kedua-dua Muhyiddin dan Shafie telah menyatakan komitmen penuh mereka kepada Umno dan bekerja bersama-sama untuk kepentingan parti.
“Kami juga membincangkan perkembangan isu semasa yang perlu diselesaikan, kepentingan perpaduan dalam kalangan kepimpinan tertinggi Umno, termasuk dalam majlis tertinggi yang bertindak sebagai asas menjamin Umno terus menjadi parti yang berkuasa dan kemampuan kami menyelesaikan apa sahaja isu,” kata Najib dalam sidang media di ibu pejabat parti di PWTC selepas pertemuan itu.
Bagaimanapun, Ibrahim, menyifatkan yang tumpuan utama Najib adalah untuk memperkukuhkan kedudukannya sendiri bagi menangani desakan untuk dia meletakan jawatan selepas skandal “derma” RM2.6 juta dan kekecohan kewangan 1MDB.
“Dia (Najib) tidak bertindak keterlaluan dan tidak melakukan perkara yang tidak perlu untuk melindungi kedudukannya,” kata Ibrahim, merujuk kepada tindakan Najib sebelum ini yang memecat Muhyiddin dan Shafie dari Kabinetnya.
“Tidak wujud keperluan untuknya memecat sesiapa (dari Umno),” tekannya.
Muhyiddin dan Shafie adalah antara pemimpin Umno yang secara terbuka mendesak Najib bertanggungjawab ke atas keputusannya berkaitan dengan 1MDB, menekankan yang tugas mereka berdua untuk menyelamatkan parti daripada terus jatuh tersungkur.
Selaku menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, nampaknya keenganan Najib untuk bertindak menangangi tuduhan kepadanya juga menarik kecaman antarabangsa daripada badan antarabangsa seperti Transparency- International dan Amnesty International.
Ketua perhubungan Umno Ahmad Maslan baru-baru ini berkata yang “Umno hanya boleh dimusnahkan daripada dalam” dan Najib dipercayai telah terlepas peluang untuk menyingkirkan pengkritik utamanya, walaupun wujud kebimbangan yang perpecahan dalaman boleh merebak dalam Umno.
Begitu juga, pemerhati mengatakan yang Muhyiddin boleh menggunakan kedudukannya untuk menekan Najib mengambil tindakan segera yang selaras dengan desakan akar umbi yang di buat di peringkat bahagian Umno.
Apabila ditemui oleh wartawan selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik sebagai berkata yang dia adalah seorang ahli umno totok.
“Semua berjalan baik...saya Umno totok,” kata Muhyiddin yang sebelum itu disambut oleh sorakan daripada lebih kurang 100 orang penyokongnya.
Ibrahim percaya yang Muhyiddin masih mempunyai pengaruh dalam kekuatan dalam Umno walaupun kuasanya sudah disekat.
“Selagi mana dia kekal sebagai ahli, dia masih berpeluang (untuk mengetuai Umno),” tambahnya.
Ibrahim juga menyifatkan yang deklarasi Muhyiddin tentang kesetiaanya adalah petunjuk dia tidak akan “bergabung” dengan Pembangkang dalam cubaan menjatuhkan Najib selaku perdana menteri.
Walaupun slogan parti adalah ‘untuk agama, bangsa dan negara’, nampaknya kelangsungan politik individu, untuk terus kekal berkuasa dan mengekalkan status quo, adalah keutamaan Umno kini.
Dan mempertimbangkan amalan biasa Najib untuk memberikan ‘ganjaran’ kepada mereka yang menyokongnya atau ‘membeli’ sokongan, kita hanya akan tertanya-tanya apakah kelebihan yang telah diberikan kepada Muhyiddin dan Shafie sehingga mereka boleh tersenyum dan bersalam dengan PM selepas pertemuan itu.
Lagipun, pemimpin Umno lain yang dalam diam-diam berkorban, telah membuktikan mereka masih boleh mendaki kuasa dalam parti selepas ‘menghabiskan masa hukuman mereka’ dan ‘berbuat baik’.
Apa yang berlaku sehingga menyebabkan Muhyiddin dan Shafie kembali tunduk masih belum kita tahu.
Posted on Friday, September 11 @ 07:30:42 MYT by paktam
Oleh Mohsin Abdullah Ambil maklum” mengenai kedudukan tidak ada undang-undang yang diguna pakai berhubung sumbangan politik di samping tiada keperluan untuk mengumumkan siapa penderma, kata Presiden Umno , Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 9 September lalu.
Malah, Najib berkata semua parti politik termasuk pembangkang juga mengamalkan kutipan dana .
Beliau juga membidas kenyataan Bersih 4 kerana menurutnya ketika mengutip derma tidak mendedahkan siapa pemberi sumbangan tetapi “meminta macam-macam” apabila Umno/BN berbuat demikian .
“We can’t have double standards (kita tidak boleh bersikap pilih kasih),“ kata Najib.
Maka, boleh disimpulkan apa yang diperkatakan Najib sebagai “jika kamu boleh buat, kami pun boleh buat“
Apabila beliau berkata MT Umno “ambil maklum” ia bermakna Umno menerima keadaan masa kini berhubung dana politik. Begitu?
Namun, itu bukan perkara baharu dan pernah disuarakan oleh Najib dan pemimpin Umno yang lain.
Pada mesyuarat itu, Najib juga dilapor mengulangi janji akan menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam tempoh 6 bulan.
Lantas itu pun bukan perkara baharu.
Jadi apa yang baru?
Ummo tidak halang ahlinya menyertai perhimpunan baju merah pada 16 September ini. Ini isu baharu.
Walaupun memberi izin ahli berhimpun dan membuka ruang untuk Umno dituduh bermain isu perkauman dan merumitkan lagi kedudukan rakan mereka dalam BN . Khususnya MCA.
Apa pun, agak “naif” (menggunakan istilah tidak kasar) jika ada yang percaya “hanya” itu yang MT Umno “ambil maklum”.
Lebih “naif” jika ada yang yakin semua masalah Umno sudah selesai hanya kerana tidak ada”fireworks ” pada mesyuarat 9 September dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin serta rakan-rakan tidak dipecat.
Najib memuji Muhyiddin malah beliau pula mengulangi kesetiaannya kepada parti dengan mengumumkan “saya Umno totok”.
Apa yang berlaku Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan diejek ahli parti yang berkumpul di depan lobi Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Begitu juga dengan keengganan Najib menggunakan pintu utama ketika datang dan pulang, sebaliknya memilih pintu belakang untuk mengelakkan kumpulan ahli Umno di lobi .
Sebelum itu satu majlis “jasa mu dikenang “ buat Muhyiddin anjuran satu Umno bahagian terpaksa “ditunda” atas arahan setiausaha agung parti.
Jadi apa yang dibincangkan MT selain apa yang diumum Najib kepada media selepas mesyuarat?
Persoalan ini timbul kerana mesyuarat MT ditangguh 2 kali sebelum ini dan mesyuarat pada 9 September adalah yang pertama sejak Muhyiddin dilucut jawatan sebagai timbalan perdana menteri.
Banyak yang berlaku dan banyak yang dicurahkan termasuk kata-kata pedas sejak itu, lalu ramai yang menjangka pelbagai benda apabila MT bermesyuarat.
Muhyiddin dan rakan-rakan tidak disingkir memang dijangkakan “demi kestabilan Umno” .
Apabila Muhyiddin dikekal sebagai timbalan presiden Umno amat menarik jika dapat diwujudkan satu keadaan di mana beliau menjaga hal ehwal parti manakala Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengurus hal pentadbiran negara selaku timbalan perdana menteri.
Kedua-dua bantu Najib mengurus hal parti dan kerajaan. Satu bentuk “separation of power” (pecahan tanggungjawab). Cantik di atas kertas. But it won’t happen (tetapi ia tidak berlaku) atas pelbagai sebab yang tidak perlu dihuraikan.
Timbul persoalan mungkinkah ada “peace plan” (pelan perdamaian) yang dibawa ke mesyuarat MT Umno tempoh hari? Satu “win win situation“ (keadaan menang-menang), satu kompromi mungkin atau pelan peralihan kuasa? Walaupun Najib tidak menunjukkan apa-apa isyarat beliau mahu undur pada masa terdekat.
Jika bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu yakin yang Umno/BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika Najib masih memimpin BN, mungkinkah Najib boleh, sudah sedang dipujuk untuk berundur sebelum PRU14 ?
Adakah itu dibincangkan pada mesyuarat MT Umno pada 9 September lalu? Ahli MT yang hadir membisu seribu bahasa.
Posted on Friday, September 11 @ 06:46:37 MYT by paktam
Oleh Dr Mahathir Mohamad Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya kamu menyokong dirinya untuk kemenangan PRU14.Malangnya menyokong Najib sebagai ketua Umno lebih menentukan kekalahan Umno dan bukan kemenangan.
Umno tidak pernah menang semata-mata kerana sokongan ahli-ahlinya. Jumlah ahli dalam mana-mana kawasan tidak mencukupi untuk memberi kemenangan bagi calon Umno. Tidak pernah ahli Umno melebihi separuh dari jumlah pengundi dalam mana-mana kawasan.
Yang memberi kemenangan kepada calon Umno ialah orang Melayu, yang percaya kepada perjuangan Umno, tetapi tidak menyertai Umno. Orang Cina dan India juga menyumbang kepada kemenangan calon Umno.
Sekarang semua mereka ini sudah tidak percaya lagi kepada Umno. Mereka benci Najib dan mereka percaya Najib mengguna wang untuk membeli sokongan pemimpin-pemimpin Umno. Ini diakui beberapa ketua Bahagian dan ahli Parlimen secara terbuka. Apabila pembangkang menamakan pemimpin Umno yang disogok, tidak ada penafian dibuat sesiapa.
Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang RM2.6 billion yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram. Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan.
Pentadbiran Najib menyebabkan nilai Ringgit jatuh sehingga harga barang semua naik, inflasi tinggi, dan saham jatuh harga. Ramai sekarang ini sudah muflis. Beban ditokok dengan GST yang menyebabkan harga barangan dan khidmat naik lagi.
Mereka yang ada anak belajar di luar negari terpaksa tambah Ringgit yang merosot nilai dari 4 Ringgit bagi 1 Pound kepada hampir 7 Ringgit 1 Pound.
Pembangunan negara diabaikan dan wang sebanyak RM42 billion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbillion Ringgit sudah tidak dapat dikesan. Yang diketahui ialah Najib memiliki wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian. Sekarang wang ini dipindah entah ke mana. Apabila siasatan dibuat badan kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini.
Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai perdana menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib, RM2.6 billion yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab.
Dalam PRU14 mereka semua, Melayu, Cina dan India akan tolak Barisan Nasional kerana kepimpinan Najib. Umno akan hancur kerana ramai dari ahli Umno tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.
Sebaliknya jika Najib tidak lagi menjadi presiden Umno dan memimpin BN, besar kemungkinan BN dan Umno akan menang. Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada Umno atau BN. Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin Umno yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.
Ahli-ahli Umno yang sayang dan ingin Umno kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihan raya. Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan Umno tidak mencukupi.
Jika sayang Umno tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, Umno akan hilang kuasa dan berkecai. – chedet.cc,
* Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan bekas perd
Sumber DD - 10-9-2015
Wang RM2.6 bilion didapati secara haram, kata Mahathir
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Razak menghalang siasatan ke atas wang RM2.6 bilion yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang itu didapati secara haram.
"Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan," tulis beliau dalam blognya dengan tajuk Wahai Ahli Umno, hari ini.
Menurutnya, pentadbiran Najib menyebabkan nilai Ringgit jatuh sehingga harga barang semua naik, inflasi tinggi, dan saham jatuh harga.
"Ramai sekarang ini sudah muflis. Beban ditokok dengan GST yang menyebabkan harga barangan dan khidmat naik lagi," tulisnya lagi.
Tambah beliau, pembangunan negara diabaikan dan wang sebanyak RM42 billion dipinjam, dilabur secara tidak bijak dan berbillion Ringgit sudah tidak dapat dikesan.
Menurutnya lagi, yang diketahui ialah Najib memiliki wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaunnya di bank Arab-Malaysian.
"Sekarang wang ini telah dipindah entah ke mana. Apabila siasatan dibuat oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 10/9/2015 Sumber HD - 10-9-2015
Dr Mahathir sudah tidak yakin sokongan Melayu
Posted on Thursday, September 10 @ 11:43:21 MYT by paktam
Oleh Syed Rosli Jamalullail Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 Tun Dr Mahathir Mohamad dapat melihat sokongan Melayu terhadap beliau dan Barisan Nasional (BN) merosot berikutan peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 yang membawa kepada perpecahan kepada Umno dan orang Melayu sehinggalah tertubuhnya PKR.
Dr Mahathir ketika itu adalah perdana menteri dapat melihat peratusan undi Melayu merosot manakala peratusan undi solid menyokong BN.
Maka Dr Mahathir pun sudah tidak percaya pada orang Melayu lagi maka beliau mengarahkan supaya persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undang Negeri (DUN) yang bertujuan untuk mengalihkan kawasan pengundi Melayu yang banyak ke tempat lain dan menambahkan pengundi bangsa lain ke kawasan majoriti Melayu bagi tujuan memastikan BN menang.
Beliau yakin ketika itu bangsa lain akan menyokong terus Umno-BN.
Namun selepas beliau meletakkan jawatan pada 2003 dan PRU11 pada 2004 di mana ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah menjadi perdana menteri, memang betul jangkaan Dr Mahathir dan BN menang besar.
Tetapi pada PRU 2008 segalanya bermula dengan tidak diketahui punca sebenar, bangsa lain mengeksploitasi kelebihan mereka iaitu di kawasan yang mempunyai peratusan pengundi melebihi 35% untuk menjadi penentu keputusan pilihan raya dan ia terbukti berjaya apabila mereka pembangkang mampu merampas Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah buat pertama kalinya hasil undian bangsa lain.
Sekarang nasi sudah menjadi bubur. Amat sukar untuk BN memenangi kawasan di mana peratusan pengundinya daripada bangsa lain.
Mereka sudah menjadi angkuh dan mahu rampas kuasa politik orang Melayu pula selepas sekian lama memonopoli kek ekonomi negara.
Umno-BN ketika ini tahu yang mereka terpaksa tunduk dengan kemahuan bangsa ini demi untuk mendapat undi mereka namun agak malang bagi Datuk Seri Najib Razak yang bertungkus lumus memenuhi permintaan mereka namun mereka menjadi takbur serta lupa diri dengan mencuba menjatuhkan kerajaan Umno-BN yang diterajui Najib pada PRU13 lalu dengan sepenuhnya menolak Umno- BN. Namun, dengan tanpa keizinan Allah, ia masih gagal.
Sabah dan Sarawak masih memberi sokongan padu pada Umno-BN kerana mereka amat taat kepada pemimpin-pemimpin di negeri mereka.
Selagi pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak masih menyokong BN, maka insya-Allah BN masih kerajaan Malaysia.
Kesimpulannya yang saya boleh nyatakan ialah apa yang berlaku kepada senario politik kini adalah kerana kegagalan pemimpin terdahulu iaitu Dr Mahathir untuk membuat percaturan yang mengakibatkan masalah perkauman semakin kritikal ketika ini.
Jika ia tidak dibendung dengan baik ,boleh membawa suatu musibah besar pada negara, ekonomi dan rakyat amnya.
Masa sudah tiba Dr Mahathir merenung semula dan membuang segala ego beliau untuk membantu Najib perbetulkan semula segala permasalahan yang timbul demi keharmonian dan ekonomi negara.
Tiada masa lagi untuk berbalah kerana yang akhirnya rugi ialah kami rakyat biasa di bawah ini yang cintakan keamanan dan keharmonian.
Najib mempunyai tanggungjawab amat berat untuk memastikan Umno-BN terus berkuasa.
Isu seperti 1Malaysia Development Berhad dan dana derma RM2.6 bilion sengaja diadakan untuk menjatuhkan Najib, Umno dan BN sahaja.
Mesyuarat MT UMNO: Siapa kena 'Kad Merah' hari ini?
Posted on Wednesday, September 09 @ 10:32:06 MYT by paklang
Oleh Wan Syamsul Amly
SPEKULASI tentang siapa tokoh parti orang Melayu terbesar negara yang disebut-sebut bakal digugurkan akan terjawab pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini. Sebenarnya pengguguran itu mungkin ada atau mungkin juga tidak ada.
Walaupun Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sendiri mengatakan ia tidak pernah dibincangkan, tidak akan berlaku selain ia khabar angin semata-mata.
Namun di dalam politik, semuanya ada kemungkinan.
Jika bercakap tentang kemungkinan, tidak ada sesiapa yang boleh menjangka Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan daripada Kabinet.
Walaupun ada di antara senarai lain yang digugurkan pada 28 Julai lepas dikatakan layak dikeluarkan daripada Kabinet (kerana masalah parti dan sebagainya), ia tetap menjadi kejutan kepada rakyat negara ini.
Bagaimanapun penerangan dan punca pengguguran nama-nama besar yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang masuk akal.
Alasan selepas mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran selain memastikan parti terus komited dan sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lepas membuatkan rakyat semakin memahaminya.
Demi negara dan PRU ke-14 akan datang, rakyat mungkin mahu melihat dimensi baharu dalam kepimpinan Najib.
Syukur, tidak ada sebarang kekecohan berlaku selepas pemecatan Muhyiddin walaupun petugas media diminta berada di hadapan rumahnya selama tiga hari untuk memantau dan bersedia takut-takut ada kejadian buruk yang mungkin berlaku.
Namun syukur sekali lagi kerana tidak ada apa terjadi dan ungkapan 'Kepada Allah saya berserah' daripada Muhyiddin menguatkan lagi gerak hati rakyat bahawa tidak ada sebarang kekecohan akan berlaku selepas hari penggugurannya.
Selepas itu, dunia politik UMNO semakin rancak dengan mesyuarat UMNO di setiap bahagian yang memberi pelbagai usul pada setiap pengakhiran perjumpaan.
Tidak terkecuali, selain usul daripada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Tampin yang sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, ada juga bahagian seperti Semporna yang membatalkan jemputan perasmian kepada Muhyiddin dengan alasan desakan ahli.
Namun, selepas lebih 40 hari dari tarikh pengguguran nama-nama besar di dalam Kabinet, hari ini merupakan jawapan kepada pelbagai spekulasi mengenai nasib mereka di dalam parti.
Pastinya nama-nama tambahan seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, serta beberapa nama lain yang 'panas' tersebar di sistem pesanan WhatsApp juga tidak senang duduk selagi mesyuarat belum berakhir.
Tidak ada jawapan teka-teki lain yang mahu dinanti seluruh ahli UMNO menjelang selesainya mesyuarat MT hari ini.
Ada juga jangkaan perbincangan bakal berkisar tentang ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin yang dipecat keahlian kerana tindakannya menyaman Najib selain permintaan menjelaskan perihal penerimaan derma politik bernilai RM2.6 billion ke dalam akaun peribadinya.
Bagaimana tidak, MT mungkin mengambil kira pendapat Pengerusi Tribunal Disiplin UMNO Malaysia, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang menyifatkan pengguguran Anina hanya boleh disahkan melalui usul hari ini.
Namun, kemungkinan MT mahu memecat semula Anina tidak sekuat tanda-tanya kemungkinan ada tokoh yang akan digugur daripada parti.
Mesyuarat MT kali ini juga sebenarnya adalah yang pertama selepas Hari Raya Aidilfitri lepas susulan pembatalan mesyuarat asal yang dijadualkan pada 31 Julai lalu.
Bagaimanapun ada sumber dalaman UMNO menjelaskan, mesyuarat 31 Julai lepas merupakan perbincangan kedudukan Muhyiddin sendiri yang digugurkan dari Kabinet sebelum ini.
Jadi adakah mesyuarat MT hari ini akan 'menyambung' perbincangan isu Muhyiddin serta kumpulan yang digugurkan selain beberapa nama lagi yang dikatakan berada di dalam 'pasukan' bekas Timbalan Perdana Menteri itu?
Apakah jawatan Timbalan Presiden UMNO yang dipegang Muhyiddin terpaksa dilepaskan atau terus digenggam dengan penuh 'cabaran' selepas Najib sendiri memutuskan untuk menangguhkan Pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan lagi pada mesyuarat MT 26 Jun lepas?
Apakah saranan Muhyiddin supaya UMNO tidak menangguhkan pemilihan parti selepas pilihan raya umum seperti yang dilakukan sebelum ini sebaliknya menjalankan pemilihan tersebut mengikut masa yang ditetapkan oleh perlembagaan parti semasa berucap merasmikan Perhimpunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO pada 2014 akan dijadikan alasan untuk apa sahaja tindakan parti?
Walaupun kata Muhyiddin cadangan itu dalam kerangka idea untuk meremajakan UMNO yang kini berdepan dengan krisis keyakinan dalam kalangan orang muda, keputusan akhir adalah hasil musyawarrah MT hari ini.
Apa sahaja keputusan mesyuarat MT hari ini...'Kepada Allah kita berserah.'~ Astro Awani
Sumber DD - 9-9-2015
Majlis penghargaan untuk Muhyiddin dibatalkan Posted on Wednesday, September 09 @ 07:53:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Majlis makan malam penghargaan untuk Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan diadakan oleh Umno Bandar Tun Razak malam ini telah dibatalkan.
Menurut satu sumber, arahan itu datangnya dari Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ketika dihubungi kemudian, seorang pembantu kepada bekas timbalan perdana menteri itu mengesahkan majlis 'Malam Jasamu Dikenang' itu telah dibatalkan.
"Pihak penganjur yang membatalkannya, bukan kami," katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini berulang kali berusaha untuk menghubungi Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Rizalman Mokhtar untuk mendapatkan komennya tetapi tidak berhasil.
Bagaimanapun MalayMailOnline memetik Timbalan Rizalman - Saharuin Zainal Abidin - sebagai mengesahkan mereka telah diarahkan untuk "menangguhkan majlis makan malam" itu oleh Tengku Adnan (foto) minggu lepas.
"Kami diberitahu supaya menangguhkan kerana mungkin ada masalah.
"Kami diberitahu untuk menunggu sehingga selepas mesyuarat Majlis Tertinggi esok," katanya.
Malaysiakini berusaha untuk mendapatkan reaksi Tengku Adnan mengenai perkara itu.
Esok, Umno akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi yang pertama sejak Muhyiddin digugur dari jawatan timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet pada akhir Julai.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Muhyiddin dan beberapa orang lain akan dipecat daripada Umno, tetapi beberapa pemimpin parti itu menafikannya. SumberLink
Sumber TKO - 9-9-2015
Najib dan Dr M: Satu ketika lebih daripada sekadar kawan, sekarang musuh ketat
Posted on Monday, September 07 @ 22:57:45 MYT by tokdalang
Oleh Mike Tan
Sebagai salah seorang ahli politik Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih
tahu dengan pepatah “Dalam politik, tiada kawan atau musuh
yang kekal”. Ianya agak mengejutkan untuk mendengar
beliau menyuarakan ketidakpercayaan beliau yang
Dr Mahathir Mohamad benar-benar menentang beliau.
Dengan ayat beliau sendiri, Najib baru-baru ini mengisytihar, “Tidak pernah terbayang langsung bahawa pendahulu saya menentang saya dengan cara begini.”
Menilai daripada kata-kata beliau, anda akan berfikir bahawa Najib, di pelusuk hati beliau, memandang tinggi Mahathir. Lagi pun, Dr M ialah - menurut propaganda Umno setidak-tidaknya -
mentor Najib, yang secara peribadi memilih beliau selepas kecewa dengan prestasi Abdullah Badawi sebagai presiden Umno.
Ianya benar bahawa ahli politik suka menekankan hubungan antara seseorang, menggambarkan sesuatu dengan jelas untuk tontonan umum, tetapi buat pemimpin negara kita untuk meratapi hubungan beliau, atau kekurangannya, dengan ‘mentor’ beliau melangkaui sempadan melodrama.
Tidak, ianya tidak mungkin ahli politik berpengalaman seperti Najib akan menjadi naif sebegitu. Ianya mungkin satu langkah yang dirancang untuk mengalih perhatian daripada ketidak munculan beliau di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa baru-baru ini, dan satu serang balas terhadap Mahathir kerana muncul di perhimpunan Bersih 4.
Persengketaan beliau telah lama berlangsung sekarang, bermula dengan proksi menghentam untuk mengakses kekuatan pesaing, dan kini telah melonjak kepada peperangan terbuka dengan kedua-dua mereka menyerang satu sama lain secara terus.
Hasilnya, rakyat Malaysia telah terpesona dengan persengketaan mereka, dan ianya kelihatan bakal menenggelamkan konflik Mahathir-Anwar, dari segi skala dan intensiti.
Pendeknya, ia adalah hiburan waktu perdana buat rakyat Malaysia, drama politik dunia sebenar yang memberi cabaran kepada siri TV terkenal seperti The West Wing dan Yes, Minister.
Seperti kesemua drama politik yang baik, penonton harus menjangka kelainan plot yang mengejut, untuk membuatkan ceritanya kekal segar.
Jadi siapa yang berkata bahawa musuh ketat seperti Najib dan Mahathir tidak boleh diperbaiki dan menjadi mentor dan protege sekali lagi?
Lagi pun, ingatlah, dalam politik, tiada kawan atau musuh yang kekal.
Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di sctan@hckmedia.com
Kalau pilihan raya umum ke-14 diadakan esok, Barisan Nasional menang selesa!
Posted on Monday, September 07 @ 21:22:20 MYT by paktam
Oleh Zin Mahmud Politik. Kalau pilihan raya umum ke-14 diadakan esok, Barisan Nasional menang selesa. Malah mungkin Selangor pun dapat ke tangan Barisan Nasional. Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus jadi perdana menteri.
Ini kerana bukanlah Barisan Nasional itu kuat tetapi parti yang menentangnya adalah lemah. Derma juta juta dari Timur Tengah tidak menjadi masalah bagi kebanyakan orang Melayu
Ini kerana ia disalurkan untuk kepentingan orang Melayu, Islam, Sunnah wal Jamaah dan menentang Islam pelampau. Orang Melayu menyokong kesederhanaan dan tolak kepelampauan.
Derma itu rasuah? Kebanyakan orang Melayu boleh menerima amalan rasuah jika ia untuk kepentingan alif, ba, ta..agama, bangsa dan tanahair. Sebab itu apa yang berlaku sejak Dasar Ekonomi Baru tidak menjadi isu yang menjejaskan UMNO dan BN.
1MDB? Banyak orang Melayu pandang ia akan diselesaikan oleh kerajaan dengan apa cara jua pun. GST? Banyak orang Melayu hanya menerimanya kerana "kerajaan tahulah apa yang dibuatnya."
Ringgit jatuh? Ah, nanti dia naik balik semulalah sebab "fundamental kita kuat."
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin? Hanya golongan kecil orang Melayu yang menyokong mereka. Ini kerana banyak orang Melayu fikir Dr Mahathir hanya memecahkan perpaduan Melayu dan melemahkan kerajaan Melayu. Muhyiddin pula tidak bersetia pada boss.
Hidup bermewah mewah Najib? Itu hak beliau sebagai orang yang ada duit.
Sementara orang Melayu yang marah pada UMNO pula tidak berselera untuk mengundi parti yang menentang UMNO.
PAS? Tengoklah perangai ulama ulamanya ketika bergaduh dengan ahli sendiri. Sungguh dahsyat. Kata kata mereka lemparkan kepada pengikut sendiri bukan saja keras tapi tak berakhlak. Tengoklah baiah taklik. Inikah ajaran Islam PAS.
Hudud? Kelam kabut nampaknya PAS ini. Tetapi nampak gaya PAS sudah baik dengan UMNO. Maka buat apa orang Melayu hendak sokong PAS lagi, baik terus sokong UMNO.
Kalau pertandingan tiga penjuru berlaku antara UMNO, PAS dan PKR atau Amanah, undi PAS terpecah dua, UMNO lah yang menang. Kalau tiga penjuru antara DAP, MCA dan PAS, maka undi Melayu pecah dan MCA menanglah. PAS akan menangkan BN.
PKR? Banyak orang Melayu simpati pada Anwar Ibrahim ketika dipenjara kali pertama. Tapi kali kedua? Apa lemahnya Anwar boleh sampai dipenjara kali kedua.
Timbul juga persoalan mengapa PKR tidak muncul sebagai parti yang kemas lagi berdisiplin. Bagaimana hendak mengharapkan PKR membela orang Melayu. Khalid Ibrahim pun tidak dapat didisiplinkan.
Parti Amanah Negara? Banyak orang Melayu percaya bahawa parti ini adalah parti yang menyokong DAP.
DAP? Kebanyakan orang Cina tetap sokong DAP tetapi kebanyakan orang Melayu tetap takut pada DAP.
Natijahnya, UMNO terus selamat dan BN terus berkuasa. Oleh kerana PAS akan bertanding di kawasan DAP, maka MCA akan menang dan Selangor akan jatuh ke tangan BN.
Sumber DD - 7-9-2015
Ahmad Bashah enggan ulas isu ganti MB Kedah Posted on Sunday, September 06 @ 19:37:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
GEORGETOWN - Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah enggan mengulas mengenai desas desus yang mengaitkan namanya turut disebut sebagai pengganti Menteri Besar Kedah yang baharu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, tidak tahu menahu tentang perkara itu dan menyifatkannya sebagai hanya cakap-cakap orang.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Jika nak disebut-sebut, macam-macam orang sebut. Itu hanya cakap-cakap orang.
“Apa yang saya tahu, jawatan saya hanya Timbalan Menteri KPDNKK. Saya datang sini pun atas jawatan itu,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Pengguna Pulau Pinang 2015 hari ini.
Difahamkan, nama Ahmad Bashah disebut-sebut bakal menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam rombakan yang kononnya akan diadakan pada 1 Oktober ini.
Sebelum ini, timbul desas desus di laman sosial menyebut Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz dalam rombakan dalam masa terdekat.
Selain Ahmad Bashah, Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin juga disebut-sebut untuk menggantikan Mukhriz.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah berkata, dari Januari hingga bulan ini, KPDNKK menjalankan 1.5 juta pemeriksaan premis di seluruh negara dan 5,724 kes diambil tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.
"Kami menyita lebih sejuta barangan dan jumlah kompaun sepanjang tempoh itu ialah RM782,000," katanya.
Sumber: Link
Sumber TKO - 6-9-2015 Dr Mahathir dan 2 jalan selamatkan Umno
Posted on Sunday, September 06 @ 13:33:39 MYT by paklang
Oleh Wong Chin Huat Mana pilihan yang lebih realistik untuk Umno dan penyokongnya – Umno yang akan menerajui pemerintah sampai hari kiamat, ataupun Umno yang boleh kembali untuk menang semula selepas kalah?
Minggu lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad “melawati” perhimpunan Bersih 4 sebanyak 2 kali.
Ini cukup menarik kerana beliau mengecam sekuat-kuatnya perhimpunan aman sebagai cara rakyat menyatakan ketidakpuasan hati.
Apa yang menarik lagi, beliau menegaskan yang dirinya tidak menyokong Bersih.
Apakah perbezaan antara tuntutan Bersih dan tuntutan Dr Mahathir?
Bersih inginkan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, reformasi institusi tetapi terbuka pada soalan mana parti yang memerintah.
Dr Mahathir inginkan pengunduran Najib supaya Umno boleh terus memerintah. Ini bermaksud apa yang Dr Mahathir tidak sokong ialah reformasi institusi, sejumlah 10 item dalam agenda Bersih.
Dr Mahathir tidak sokong reformasi pilihan raya, reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemisahan perdana menteri dan menteri kewangan, reformasi Parlimen, reformasi Jabatan Peguam Negara, reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penggubalan undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI) yang memudahkan rakyat memantau pentadbiran dan kewangan pemerintah, pengisytiharan aset oleh menteri dan pegawai kanan awam, pemansuhan atau pindaan kepada undang-undang zalim yang menekan hak membantah, dan akhirnya, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana hampir semua masalah yang ingin ditangani dengan reformasi institusi ini muncul dalam era zaman Dr Mahathir, malah salah satunya – praktis perdana menteri merangkap menteri kewangan – itu bermula dengan beliau pada 1998.
Apakah implikasinya apabila Dr Mahathir inginkan Umno dan BN terus berkuasa tanpa semua reformasi institusi ini? Mahathir mengecam Najib kerana beliau terlibat dengan rasuah?
Tetapi bagaimana pengganti Najib – bukan sahaja jika dari Umno, tetapi jika dari luar Umno sekalipun – tidak akan terlibat dengan rasuah?
Apabila pilihanraya boleh dimanipulasi untuk melindungi pemerintah daripada kemarahan rakyat, apabila kuasa eksekutif tidak dapat disemak dan diimbang oleh Parlimen dan agensi lain, apabila hak rakyat membantah ditekan dengan undang-undang zalim dan keganasan polis, mengapa perdana menteri dan menteri tidak harus tunduk kepada kerakusan dan nafsunya?
Jangan kita lupa Najib bukan perdana menteri yang terlibat dengan skandal wang.
Kerugian yang negara tanggung kerana segala skandal di bawah pemerintahan Dr Mahathir 22 tahun itu dianggar mencecah RM100 bilion.
Kerugian skandal terakhir yang melibatkan beliau, Port Klang Free Zone (PKFZ), mencapai RM12 bilion.
Dari sini, terdapat 2 jalan yang cukup lain dan berlawanan jika Umno ingin diselamatkan. Menarik sekali, satu jalan ini dipelopori secara langsung oleh Dr Mahathir manakala jalan yang lain itu ditawarkan secara tidak langsung oleh Bersih.
Jalan Pertama: Penangguhan kekalahan Umno
Dr Mahathir ingin selamatkan pemerintahan Umno tetapi tanpa reformasi institusi.
Akan tetapi tanpa reformasi institusi, perdana menteri baharu bukan saja tidak perlu takut kepada kemarahan rakyat dan oleh itu jauhkan diri daripada rasuah.
Apakah pendekatan yang paling mungkin akan pengganti Najib daripada Umno ambil untuk mengekalkan kuasanya apabila sendirinya terlibat dengan skandal wang yang baharu?
Pendekatan pertama, beliau terpaksa memancing undi, dengan pemberian wang daripada Perbendaharaan Malaysia ala BR1M dan juga dengan imbuhan kepada individu atau kumpulan terpilih daripada akaun sendiri atau akaun sendiri.
Kedua-dua ini akan membawa parah kepada pemerintah. Kaedah pertama akan menaikkan defisit fiskal pemerintah dan seterusnya keperluan untuk menaikkan cukai seperti GST.
Kaedah kedua pula akan mendorong perdana menteri untuk mencari lebih rasuah atau berhutang budi kepada para “penderma” besar yang budinya kemungkinan besar perlu dibayar dengan keputusan kerajaan yang menguntungkan mereka.
Pendekatan kedua, beliau akan mengukuhkan sokongannya dengan mempermainkan sentimen etnik agama seperti mengapi-apikan ketakutan tidak berasas yang orang Melayu dan Islam akan dipinggirkan.
Perhitungannya mudah, kalau orang Melayu percaya diri mereka akan jadi bangsat jika Umno kalah, maka segala kerakusan, kezaliman dan kemungkaran pemimpin Umno boleh dilupakan malah dimaafkan.
Pendekatan ke-3, beliau akan mengubah sempadan dan kalau boleh bilangan kawasan pilihanraya supaya Umno boleh bertanding dan menang majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara tersendiri.
Maka, dalam PRU14, Umno-BN mungkin menang lagi tetapi undi majoriti mungkin turun daripada 47% kepada, katakanlah 43% manakala undi Umno-BN akan menjadi semakin tinggi peratusannya daripada satu kaum, iaitu orang Melayu.
Ini akan menyebabkan pemerintah Umno-BN semakin mudah terugut oleh puak pelampau.
Dalam sahutan beliau supaya Umno diselamatkan dengan menukar Najib, Dr Mahathir sememangnya tidak menjelaskan pendekatan-pendekatan Umno di bawah pimpinan baharu akan ambil untuk selamatkan dirinya.
Beliau memberikan gambaran seolah-olah Najib adalah satu-satu masalah Umno dan jika Najib undur, segala yang salah akan diperbetulkan oleh sistem politik itu sendiri.
Akan tetapi, jika kita meneliti realiti politik, maka unjuran di atas bahawa Umno-BN akan semakin ketagih dengan pembelian undi, politik kaum dan agama serta penipuan pilihanraya itu agak munasabah.
Secara “idealistik”nya, jalan ini bercita-cita untuk memastikan Umno tidak akan kalah sampai hari kiamat.
Secara realistiknya, jalan ini cuma boleh menangguhkan kekalahan Umno. Sekalipun jika ia berjaya, asas sokongan Umno-BN menjadi semakin tipis dan sempit setiap kali kekalahannya ditangguhkan. Pemerintahan Umno-BN turut menjadi toksik kepada negara dan rakyat.
Apa jadi apabila kekalahan Umno-BN itu tidak dapat ditangguhkan lagi? Umno-BN mungkin akan kalah begitu teruk sampai terus terhanyut dan terkubur selama-lamanya.
Jalan ke-2: Kelestarian Umno
Jalan ke-2 ialah untuk Umno-BN melaksanakan reformasi-reformasi institusi di atas yang disarankan oleh Bersih.
Ini akan melemahkan Umno dalam masa jangka pendek dan mungkin mempercepatkan kekalahannya.
Apabila Umno-BN tidak membeli undi, tidak mempermainkan sentimen etnik kaum dan tidak memanipulasikan pilihanraya, mungkinkah ia menang dalam PRU14?
Rakyat mungkin menghayati keinsafannya tetapi keinsafan ini kemungkinan besar tidak akan diterjemahkan sebagai undi sokongan dalam masa yang singkat untuk Umno-BN memenangi PRU14.
Kalau begitu, mengapa Umno harus mengambil risiko tinggi untuk mempercepatkan kekalahannya? Bukan ini kerja membunuh diri?
Jawapannya mudah.
Pertama, tanpa pembelian undi, tanpa politik pelampau, tanpa manipulasi pilihanraya, calon-calon dan jentera Umno-BN terpaksa mempertingkatkan daya saing mereka.
Sekalipun mereka kalah, mereka sudah meletakkan asas untuk pertumbuhan pada esok harinya. Juga, kerana keinsafan mereka akan menawan hati sebahagian pengundi, kekuatan tsunami menjadi lebih kecil dan Umno-BN tidak akan mati kelemasan sungguhpun kalah.
Kedua, apabila sistem politik sudah diubah, maka Umno-BN akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk terus hidup sebagai parti pembangkang dan kembali untuk memenangi kuasa selepas kekalahan.
Inilah yang berlaku kepada Kuomintang (KMT) dan Parti Revolusi Institusi (PRI), parti-parti yang memerintah Taiwan dan Mexico masing-masing untuk 55 tahun dan 71 tahun, sebelum kedua-duanya kecundang dalam pilihanraya presiden pada 2000.
KMT memenangi pilihanraya presiden pada 2008 manakala PRI mencapai kemenangan yang sama pada 2012.
Kerana kedua-dua parti ini sudahpun memulakan pendemokrasian sebelum kalah untuk kali pertama, KMT dan PRI tidak hilang keabsahannya dan apabila parti pemerintah baharu menghampakan rakyat, maka pengundi memberi peluang lagi kepada KMT dan PRI.
Golongan Karya (Golkar) pemerintah Oder Baru di Indonesia juga berjaya mereka semula (reinvent) dirinya selepas kejatuhan Presiden Suhato.
Antara lain, kejayaan Golkar itu sebahagiannya berhutang budi kepada konteks dan institusi politik Indonesia pasca 1998 yang kurang memusat dan kurang bersifat “pemenang-ambil-segalanya” (winner-takes-all).
Sistem politik di Malaysia cukup bersifat “pemenang-ambil-segalanya” sekali. Kalau Umno tidak mengubah sistem ini yang hari ini menekan pembangkang hari ini, ia akan sengsara esok sebagai pembangkang dan mungkin tidak berpeluang kembali menerajui pemerintahan.
Bolehkah kekalahan Umno dielakkan?
Perbezaan antara dua jalan di atas itu sebenarnya berpusatkan pada satu soalan: “Mungkinkah kekalahan Umno itu dielakkan?”
Ataupun diungkapkan dengan lebih positif, mungkinkah Umno terus menang pilihanraya demi pilihanraya sampai hari kiamat?
Ini bagaikan tanya: “Mungkinkah manusia berusia panjang untuk hidup sampai hari kiamat?”
Kalau tidak, maka perlulah kita buat persediaan. Lain daripada manusia yang tidak boleh hidup selepas kematian, parti politik boleh menang lagi selepas kalah.
Dalam menolak perjuangan Bersih dan cuma mahukan pengunduran Najib, Dr Mahathir seolah-olah meletakkan pertaruhannya kekalahan Umno itu boleh ditangguhkan untuk selama-lamanya.
Bagi ramai orang, tiada apa yang Dr Mahathir takuti di dunia ini. Akan tetapi, beranikah beliau menghadapi realiti dengan jujurnya?
Sumber DD - 6-9-2015
Khabar angin mula bertiup menjelang mesyuarat MT Umno
Posted on Saturday, September 05 @ 15:54:04 MYT by tokdalang
Oleh Alyaa Alhadjri Ada pepatah Melayu berbunyi, “Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang.” Dan mutakhir ini memang banyak khabar angin seputar mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 9 September ini.
Mesyuarat itu dijangka panas, memandangkan ia kali pertama ahlinya bermesyuarat selepas Perdana Menteri Najib Razak memecat timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin dan naib presiden Shafie Apdal daripada Kabinet.
Bagi Najib, mesyuarat ini boleh menjadi peluang untuk menghentikan penentangan dalaman berikutan seruan agar beliau berundur ekoran skandal “derma” RM2.6 bilion yang berkaitan dengan salah laku dalam 1MDB.
Pada 3 September lalu, pesanan WhatsApp yang mendakwa Muhyiddin, Shafie dan lima lagi pemimpin Umno akan dipecar ketika mesyuarat itu mula tersebar.
Lima pemimpin itu adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir, MP Kulim Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said, MP Sepanggar Jumat Idris dan Adun Sungai Rapat Hamidah Osman.
Beberapa bulan ini, mereka secara terbuka mengkritik usaha Najib untuk “menutup” skandal yang telah menyebabkan beliau dikecam di peringkat antarabangsa.
Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein menafikan dakwaan tersebut dan berkata lebih banyak isu penting yang perlu dibincangkan.
“Mesyuarat majlis tertinggi adalah acara tertutup dan perkara yang dibawa dalam mesyuarat tidak patut dibincangkan di forum terbuka,” kata naib presiden Umno itu seperti dipetik akhbar The Star.
Namun begitu, ahli jawatankuasa disiplin Umno Megat Najmuddin Megat Khas ketika dihubungi berkata, majlis tertinggi mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana ahli atas dakwaan kesalahan mengikut perlembagaannya.
“Majlis tertinggi ada prerogatif untuk menentukan apa-apa tindakan terhadap ahlinya.
“Kuasa kami (jawatankuasa disiplin) adalah untuk menasihati majis tertinggi, dan mereka juga boleh memilih untuk memintas kami dalam memutuskan apa-apa tindakan,” katanya kepada Semut Harian.
Timbalan Pengerusi Tetap Umno Mohamad Aziz pula berkata, perlembagaan parti memberikan kuasa membuat keputusan tertinggi kepada perwakilan dalam mesyuarat agung tahunan.
Megat Najmudin
Dengan tiadanya perhimpunan, kuasa diberikan kepada ahli majlis tertinggi.
Mohamad Aziz berkata, apa-apa langkah oleh majlis tertinggi untuk memecat ahli akan diputuskan melalui proses undian.
“Benar mereka boleh mengundi untuk memecat ahli. Tetapi mengapa perlu buat demikian?
“Khabar angin ini tidak seharusnya berlaku. Saya bimbang ia akan lemahkan Umno. Kekuatan kita bergantung kepada perpaduan kita (ahli),” katanya yang juga speaker DUN Johor dan sudah menjadi ahli Umno selama 55 tahun.
“Apabila mereka yang di atas (pemimpin Umno) berpecah, tahulah apa yang akan berlaku di akar umbi,” katanya lagi.
Di kalangan ahli majlis tertinggi, Mohamad adalah antara yang paling awal mempertahankan Muhyiddin daripada apa-apa kemungkinan tindakan parti ke atasnya.
Kini pastinya saat-saat sukar buat Najib dan Umno, namun seperti yang dinyatakan wartawan veteran A Kadir Jasin, “biarkan (khabar) angin itu berlalu sepoi-sepoi bahasa. Kita nikmati kedinginan atau kehangatannya.”
Dari jauh, khabar angin ini mungkin seperti hanya bertiup lembut.
Namun jika Najib selaku nakhoda Umno gagal membaca arah pergerakan angin itu, jelas kapalnya pasti akan dilambung ombak dan karam akhirnya.
Maka bergantung kepada anak kapal untuk menentukan sama ada mereka mahu karam bersama nakhoda, atau bersama-sama memulakan pemberontakan, sementara masa masih ada.
Ahmad Said Hentam UMNO lagi Posted on Saturday, September 05 @ 16:29:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
UMNO telah memerintah Msia selama 57 tahun dan masih menangis untuk melindungi hak-hak istimewa orang Melayu ... Melayu terancam ... Melayu yang hidup di bawah kemiskinan dan lain-lain dan lain-lain
Dia bertanya .... selama 57 tahun, UMNO memerintah negara, Islam adalah agama Negara, apa yang UMNO telah lakukan jika Malaysia dan Islam adalah di bawah ancaman?
Antara yang Ahmad menyerang ialah: -
1) Malaysia mempunyai 9 Sultan dan raja dan mereka adalah Melayu.
2) PM & TPM, jawatan paling atas yang kuat memegang Malaysia adalah Melayu.
3) Sejak tahun 1974, Menteri Kewangan sentiasa Melayu.
4) Selain daripada Pulau Pinang, semua ketua menteri & MB Melayu.
5) Majoriti Menteri-menteri Persekutuan Melayu, dan Kementerian berpengaruh dan penting diketuai oleh orang Melayu.
6) Daripada 222 Ahli Parlimen, lebih daripada 50% adalah Melayu.
7) Lebih daripada 93% daripada gov't Depts, dari rendah ke jawatan tertinggi, berbangsa Melayu.
8) DEB telah dirancang dan dilaksanakan untuk orang Melayu.
9) 80% daripada kuota Uni dikhaskan untuk Melayu.
10) Diskaun istimewa untuk rumah dan saham beli adalah orang Melayu.
11) jawatan utama semua sektor dan cabang Angkatan Tentera dan Polis yang dipegang oleh orang Melayu.
12) GLC dikawal dan dikendalikan oleh orang Melayu.
Dia bertanya bagaimana boleh orang Melayu (yang sudah berada di dalam kawalan mutlak semua institusi penting dan tonggak kehidupan politik, ekonomi dan sosial) terancam, dan menghadapi bahaya yang menganiaya dan disingkirkan oleh kaum minoriti?
Ia sebenarnya pemimpin UMNO & kroni mereka yang - dengan ketamakan yang tidak berkesudahan mereka - terus membuli & berbohong kepada orang Melayu dengan menyalahkan orang Cina dan India, dan menjadikan mereka sebagai kambing hitam.
Ahmad Said menggesa orang Melayu untuk bangun dan melihat niat jahat Warlords UMNO.
Sumber TKO - 5-9-2015
Umno serba salah
Posted on Friday, September 04 @ 17:35:23 MYT by paktam
Oleh Mohsin Abdullah Patut atau tidak Umno singkir Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir?
Di kalangan Umno heboh diperkatakan ketiga-tiga akan disingkir apabila Majlis Tertinggi parti bermesyuarat 9 September ini. Sebabnya jelas, mereka "bermasalah" dengan presiden Umno dan presidenlah yang akan mempengerusikan mesyuarat yang akan jadi "penentuan" mereka.
Lantas pucuk pimpinan tertinggi Umno berdepan dengan satu masalah besar.
Jika singkir Andai penyingkiran yang Umno putuskan, maka ketiga-tiga khususnya Muhyiddin akan dilihat ramai sebagai "wira yang dianiayai".
Akar umbi dijangka akan marah. Kini pun sudah timbul kemarahan di kalangan beberapa pemimpin peringkat bahagian dan cawangan. Suara-suara "anti Najib".
Singkir akan menyaksikan kemarahan itu "memuncak". Mungkin tidak sehebat "letupan" yang berlaku apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dulu.
Tetapi tidak dinafikan Muhyiddin juga mempunyai penyokong setia yang bilangannya "agak lumayan". Begitu juga Shafie selaku naib presiden dan Mukhriz , ketua perhubungan Umno Kedah dan menteri besar negeri kelahiran ayahnya.
Umno akan "huru-hara". Beberapa pemimpin parti termasuk timbalan pengerusi tetapnya Tan Sri Mohamed Aziz menyifatkan tindakan memecat atau menggantung keahlian mereka bertiga akan memecahbelahkan Umno.
Jika tidak singkir
Andai ketiga-tiga diizinkan kekal dalam kedudukan dan keadaan sekarang, mereka bebas bergerak selaku pemimpin kanan Umno. Mereka bebas untuk kata apa yang hendak mereka kata di seluruh pelosok negara.
Maksudnya mereka khususnya Muhyiddin akan terus mengkritik dan menegur pimpinan parti terutama Najib berhubung isu 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Penyokong ketiga-tiganya akan bertambah garang. Suara kemarahan akan pasti kedengaran dengan kuat.
Anina Saaduddin umpamanya (yang menuduh Najib "kencing" Umno) akan bertambah lantang.
Orang Umno yang menyokong presiden akan tertindak balas.
Umno akan "hura-hara" dan wujud 2 kem utama (ramai kata sudah pun wujud). Pimpinan parti akan melihat Muhyiddin sebagai duri dalam daging (walaupun Muhyiddin , Shafie dan Mukhriz menyifatkan tindakan mereka demi kebaikan Umno).
Pilihan ketiga
Umno boleh "menolak" mereka bertiga menerusi pemilihan parti.
Namun sebelum itu MT perlu membatalkan arahan penangguhan pilihan parti yang dikuatkuasakan tidak lama dulu untuk membolehkan pemilihan diadakan tahun depan mengikut jadual asal.
Pada pemilihan parti, Muhyiddin dan Shafie boleh dicabar calon pilihan pucuk pimpinan.
Dan pucuk pimpinan boleh "berusaha" keras untuk "memastikan" Muhyiddin dan Shafie kalah.
Kedudukan Mukhriz sekarang adalah atas pelantikan. Lantas beliau tidak ada jawatan untuk dipertahankan. Namun beliau bebas menawar diri untuk bertanding jawatan dalam parti.
Bagaimanapun, pemilihan parti juga bermakna Najib pun boleh dicabar.
Maknanya Muhyiddin boleh memilih untuk tidak mempertahankan jawatan timbalan presiden dan sebaliknya cuba merampas jawatan presiden daripada genggaman Najib.
Terpulang kepada Umno untuk tepuk dada tanya selera
Posted on Friday, September 04 @ 17:33:32 MYT by paktam
Oleh Mohd Azhar Abd Rahman Serangan bertalu-talu yang ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak daripada pelbagai pihak dalam negara kini sudah menular ke peringkat antarabangsa dan memperlihatkan bagaimana kepimpinan beliau kini dipersoal secara terang-terangan pihak luar bukan di luar negara tetapi di Putrajaya.
Pengasas Bersama Transparency International (TI) Michael J. Hershman semalam secara lantang mempersoalkan ketelusan Najib dalam menerima wang sejumlah 2.6 bilion melalui akaun peribadinya.
Ini memberi tekanan sungguh luar biasa kepadanya, berbeza dengan Anina Saadudin, yang memekik mendakwa 3 juta ahli Umno 'dikencing' Najib semasa mesyuarat Wanita Umno Langkawi.
Rakyat Malaysia yang semakin hari semakin dihimpit dengan kesan ekonomi yang tidak sihat ini, berada dalam keadaan keliru, bingung dan tertanya-tanya apa kesudahannya episod 1MDB dan 2.6 bilion ini.
Pada masa yang sama, Najib dan pasukannya terus menerus mendiamkan diri dan merayu di kalangan ahli-ahli Umno supaya bersabar dan memberi kepercayaan kepadanya. Terbaru, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberi jaminan 191 Ketua Wanita Umno Bahagian akan memberi sokongan penuh dan berada di sisi Najib sebagai langkah mengembalikan kepercayaan Najib kepada wanita Umno selepas apa yang dilakukan Anina.
Kelihatannya, semakin Najib ditekan, tidak kurang juga pihak yang cuba menjadi benteng kepadanya dalam keadaan beliau sangat terdesak dengan serangan bertubi-tubi. Tidak cukup dengan serangan pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad juga terus-menerus membantai Najib setiap hari tanpa ada belas kasihan sehinggakan Najib mengeluh dan tidak menyangka Dr Mahathir sanggup menentang beliau sedemikian rupa.
A. Kadir Jasin dan Zainudin Maidin juga bersilih ganti mengambil tempat mengasak Najib dengan kenyataan-kenyataan pedas kepadanya.
Namun semua itu belum cukup membuat Najib terduduk. Ramai pemerhati menjangka kedudukan Najib mungkin bertambah goyah sekiranya ada di kalangan menteri kabinet yang meletak jawatan sebagai mesej tidak bersetuju dengan tindakan beliau mengendalikan isu-isu berbangkit.
Ini adalah satu lagi langkah yang mungkin akan mempercepatkan langkah untuk membawa beliau ke istana bagi menerima Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Ramai menunggu-nunggu siapa menteri pertama dalam kabinet Najib yang akan berani membuat tindakan sedemikian.
Kesan perletakan jawatan menteri kabinet adalah sangat signifikan dalam perkembangan semasa dan ini adalah bagi menunjukkan talian hayat Najib sudah tamat. Ia akan memberi kesan lebih besar berbanding perlucutan jawatan Timbalan perdana menteri dan menteri yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilakukan Najib. Malah, menteri yang meletakkan jawatan ini akan menyemarakkan lagi tekad akar umbi Barisan Nasional khususnya Umno untuk meyelamatkan parti mereka daripada terus dijadikan perisai kepada Najib.
Antara nama yang paling memberi kesan jika tindakan ini diambil adalah ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin. Khairy dalam banyak kenyataannya berhubung isu membabitkan Najib seringkali mengambil langkah selamat apabila sekali-sekala menyebelahi Najib dan sekali-sekala menyokong Muhyiddin. TIndakannya itu tidak memberi kesan positif terhadap Umno dan dianggap tidak konsisten.
Kini Khairy harus tegas dan menjadi pemain utama. Khairy harus memikirkan tindakan ini sebagai satu tindakan proaktif terhadap kredabilitinya dan sokongan akar umbi pemuda Umno yang melihat Najib sebagai liabilti kepada Umno dan BN.
Misalnya, pendirian Pemuda Bahagian Tampin yang membawa usul supaya Najib meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan perdana menteri boleh dijadikan asas. Ini suara akar umbi. Suara berani daripada pemuda yang mengambil maklumat di peringkat bawah.
Cuma keberanian itu hanya ditunjukkan Pemuda Bahagian Tampin, dengan harapan ketua Pemudanya mengangkat isu ini ke atas dan bertindak. Sebelum ini pun beberapa kali dilaporkan wujud gerakan mahu menjatuhkan Najib di kalangan pemuda tetapi dinafikan kerana tiada bukti kukuh menyokong dakwaan tersebut.
Melihat sorotan sikap Najib terhadap Khairy, apakah Khariy sudah lupa bagaimana beliau diaibkan secara halus Najib apabila dua kali rombakan kabinet, nama beliau tidak tersenarai sedangkan beliau adalah pemimpin muda dalam Umno yang paling terkedepan.
Dalam saranan banyak pihak supaya Umno menambat hati pengundi muda, tiba-tiba ketua Pemudanya diketepikan atas alasan memberi peluang Khairy berkhidmat dalam parti terlebih dahulu. Ironinya timbalan beliau disenaraikan sebagai timbalan menteri.
Selepas menerima desakan pemimpin-pemimpin pemuda, barulah nama Khairy diangkat mungkin kerana bimbang tindakan protes Pemuda Umno. Kelihatan Najib sememangnya gentar dengan pemuda sekiranya mereka bersuara.
Tindakan Khairy meletakkan jawatan dalam kabinet diyakini adalah baik untuk masa depan politiknya supaya beliau tidak terpalit dengan isu-isu yang melanda Najib ketika ini. Beliau akan dijulang sebagai pemimpin yang menyelamatkan Umno ketika mana Umno berada dalam keadaan genting sekarang ini dengan harapan Najib dapat diturunkan dan Umno mempunyai waktu untuk memperbetulkan sebarang kesilapan sebelum menjelangnya pilihan raya.
Sebagai permulaan, Khairy tidak perlu mengharapkan lain-lain menteri mengikut jejak langkahnya, cukup sekadar membawa 2/3 barisan kepimpinan pemuda Umno di peringkat nasional dan sokongan pemimpin pemuda Umno negeri terhadap tindakannya.
Namun sekiranya ada menteri yang mahu turut serta, itu adalah bonus. Muhyiddin dan Shafie Apdal pasti berada di sisinya. Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga mungkin turut serta. Tekanan ini ternyata lebih hebat daripada desakan Jose Ugaz, Presiden Transparency Internatianal (TI) kepada Najib berkenaan wang derma 2.6 bilion.
Khairy harus bertindak cepat. Seluruh annggota Umno tidak dapat lagi menepis segala serangan pihak lawan di peringkat akar umbi. Meskipun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terkebil-kebil matanya menyampaikan amanat dalam mesyuarat perwakilan bahagian supaya ahli mempertahankan kepimpinan Najib, beliau sendiri juga gagal memberi jawapan konkrit atas isu-isu yang berlaku.
Jangan sampai peluang ini diintai Datuk Ahmad Maslan untuk muncul sebagai wira dalam usahanya menambat semula hati ‘netizen’ yang mengecamnya sebelum ini.
Berdasarkan kepada asas-asas tersebut, Khairy wajar menimbang secara serius saranan ini. Cuma sebelum membuat tindakan tersebut, semak dahulu dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom kalau-kalau beliau ada membuat Baiah Talak Tiga semasa menerima jawatan Menteri sebelum ini.
Meskipun ada, rasanya tidak ada masalah untuk beliau menyediakan 100 hidangan beriani kambing kepada fakir miskin untuk membayar kifarah~TMI
Sumber DD - 4-9-2015
Dipecat dari Umno? Mukhriz kata tidak terima notis Posted on Thursday, September 03 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Satu mesej yang dikesan tersebar luas sejak semalam mendakwa mesyuarat majlis tertinggi Umno pada 9 September ini akan memutuskan pemecatan tujuh orang pemimpinnya.
Antara nama yang disebut dalam sebaran tersebut termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Mengulas perkara itu, Mukhriz Mahathir ketika ditemui pemberita hari ini berkata beliau tidak menerima apa-apa notis berhubung perkara itu.
Mukhriz berkata beliau tidak menganggapnya sebagai maklumat yang sah melainkan jika ia diterima dari Umno pusat.
"Senarai ini macam-macam... tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tidak boleh bagi respon.
"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan Umno pusat.
"Jadi saya tak boleh nak terima lagi komen kononnya maklumat dan berita itu telah disahkan," katanya kepada pemberita di Kedah.
Turut disebut dalam sebaran di Whatsapp itu ialah naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan MP Kulim Bandar Baru MP Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Tiga lagi nama ialah bekas MB Terengganu Datuk Ahmad Said, bekas exco Perak Datuk Hamidah Osman dan MP Sepanggar Datuk Jumat Idris.
Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada barisan jemaah menteri pada bulan lalu ekoran kritikan mereka ke atas perdana menteri dan juga isu 1MDB.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara.
"Beliau bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan," kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia di sini.
Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau.
"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada perdana menteri saya yang terdahulu akan menentang saya dengan cara begini," kata Najib.
Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB. - Bernama Sumber HD - 3-9-2015
Dr Mahathir berani kerana Anwar di penjara
Posted on Wednesday, September 02 @ 22:47:44 MYT by paktam
Oleh Azhar Rahman Meskipun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu bersama isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali dialu-alukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ramai melihat keberanian Dr Mahathir hanya apabila Anwar di penjara.
Sebelum ini beliau juga berani menziarahi allahyarham Pak Brahim, ayahanda Anwar di kediamannya ketika Anwar masih belum sampai untuk menziarahi ayahnya.
Dr Mahathir yang satu ketika dulu turut mengundang kemarahan rakyat atas tindakannya menyingkirkan Anwar sebagai timbalannya dengan tuduhan liwat, hari ini dilihat bijak menggunakan peluang mengaburi mata rakyat Malaysia dengan mengambil tindakan seolah-olah bersih daripada sebarang penyalahgunaan kuasa.
Laungan reformasi yang mendorong penyokong Anwar turun ke jalan raya memenuhi ibu kota, menyaksikan ramai aktivis di“ISA”kan Dr Mahathir. Dengan kekuasaan penuh yang ada pada Dr Mahathir dan jaringan media sosial yang masih belum berkembang pada waktu itu, beliau berjaya menangani kebangkitan rakyat menggunakan undang-undang, menghumban sesiapa saja yang dirasakan ancaman kepadanya ke penjara.
Dr Mahathir hanya berani kerana Anwar di penjara. Sekiranya Bersih 4 berlangsung dengan kehadiran Anwar, ramai percaya Dr Mahathir hanya akan mengintai dari jauh dan mungkin mengambil sikap sebaliknya terhadap perhimpunan ini.
Dr Mahathir bijak menguruskan musuh. Caturannya cukup luar biasa. Sehinggakan ramai pemimpin yang dulunya bermati-matian menghentam beliau, tiba-tiba bersikap lunak terhadapnya sehinggakan ada yang mahu menyarankan supaya idea Dr Mahathir dibincangkan semua ahli politik untuk dilaksanakan dan ada juga yang mahu menubuhkan Majlis Perundingan Negara dengan beliau sebagai mursyidul. Mungkin inilah kesan “rejim hybrid” yang diamalkan Dr Mahathir dalam sebuah artikel yang ditulis Faisal Tehrani.
Kebijaksanaan politik yang diamalkan Dr Mahathir sungguh membingungkan ramai pemerhati. Beliau berjaya mewujudkan aruhan dalam minda rakyat. Mereka yang membenci Najib dikatakan menyokong Dr Mahathir. Mereka yang membenci Dr Mahathir dikatakan menyokong Najib. Walhal hakikatnya ramai yang membenci kedua-duanya kerana mereka merosakkan negara dengan pelbagai skandal dan penyelewengan. Cuma besar kecilnya penyelewengan dan kerosakan yang dilakukan membezakan mereka.
Rakyat harus sedar dan diberi maklumat sewajarnya pemimpin Barisan Nasional (BN) kini tidak boleh diberi harapan lagi. D Mahathir merosakkan sistem dalam negara sejak dulu lagi. Lalu dihumbankan kerosakan yang dilakukannya kepada pemimpin yang ada sekarang.
Pemimpin yang ada pula dinaikkan hasil tangan Dr Mahathir dan tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan pembaharuan terhadap kerosakan yang diwarisi malah menambah kerosakan tersebut. Inilah kesan yang terpaksa dihadapi rakyat pada ketika ini.
Kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir juga harus dibongkar supaya pengundi tahu apa yang berlaku pada hari ini kesan tangan Dr Mahathir. Bukan sejak 1MDB ditubuhkan. Bukan sejak Sarawak Report melaporkan isu RM2.6 bilion. Ia sudah lama rosak.
BN harus ditumbangkan. Pemimpin yang benar-benar bersih harus diangkat untuk mentadbir negara. Pada ketika itu, kita lihat, adakah Dr Mahathir benar-benar berani berdepan dengan Anwar di luar penjara.-TMI
Sumber DD - 2-9-2015
Lepas Sultan Johor, Syed Mokhtar Albukhary Pula Jadi Mangsa Fitnah Posted on Thursday, September 03 @ 02:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
JIKA sebelum ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menjadi mangsa berita fitnah pihak tidak bertanggungjawab kononnya baginda ‘murka’ terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu menjadi viral menerusi media sosial dan disensasikan lagi oleh portal propembangkang yang sengaja ‘menangguk’ keadaan sehinggalah dinafikan sendiri Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Kali ini, seorang lagi personaliti tidak asing di Malaysia dan tokoh korporat dermawan, Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor Albukhary pun tidak terkecuali apabila tersebar artikel di laman maya konon beliau turut ‘hentam’ Najib.
Menerusi tajuk ‘Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Berkenaan Najib Razak’ yang tersebar sejak Sabtu lalu, ramai terkejut apabila membaca artikel ahli perniagaan ternama Melayu itu seolah-olah beliau sah amat antikerajaan.
Waktu artikel itu disiarkan kebetulan sengaja dirancang ketika ibu kota Kuala Lumpur dilanda perhimpunan haram Bersih 4.0 selama dua hari dan seluruh negara bersiap sedia menyambut Hari Kebangsaan 2015 pada Isnin.
Namun, ramai ragui kesahihan artikel itu kerana belum pernah dalam sejarah, Syed Mokhtar, 63; menulis begitu panjang lebar berkaitan isu politik tanah air dan lebih pelik, gaya tulisan tersebut menimbulkan banyak misteri.
Ini kerana meskipun beliau sejak dahulu lagi diketahui rapat dengan negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi pengasas Yayasan Albukhary itu bukan ‘jenis’ seperti yang digambarkan berdasarkan gaya olahan artikel itu.
Bagaimanapun, persoalan artikel berkenaan akhirnya terjawab juga apabila Yayasan Albukhary mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan Syed Mokhtar bukan penulis sebenar rencana siasah berbaur provokasi tersebut.
Sebaliknya, pihak terbabit meminta masyarakat agar menyemak terlebih dahulu dengan laman web rasmi Yayasan Albukhary kerana itu sahajalah ‘medium’ tokoh tersebut dalam mengulas sebarang perkembangan isu semasa.
Persoalannya, siapakah pihak yang semakin berani cuba mereka cerita menabur fitnah akhir-akhir ini sehingga ‘terdesak’ menggunakan nama Sultan Johor dan kemudian Syed Mokhtar bagi menghancurkan negara kita?
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH : Statement From Albukhary Foundation… 1st September 2015 Assalamualaikum dan salam sejahtera. The Albukhary Foundation would like to stress that its Chairman, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary was not the author of an article, which first surfaced on 29th August 2015 titled Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak. This article has misled the public into thinking or believing that it was he whom had written it. The said article has gained traction and been reproduced in other social media sites and was also spread via the Whatsapp messaging application. Tan Sri Syed Mokhtar is the founder of the Albukhary Foundation and has served as the chairman since its inception in March 1996. His belief is grounded on the Muslim faith of Taqwa (submission to God) and Ehsan (Compassion) to create an equitable order in society. He strongly prescribes to the values of hard work, discipline, honesty and humility. His commitment to society and nation building is unquestionable. The Albukhary Foundation is a charitable organization with a vision of forging a more equitable and tolerant world through social welfare, education and cultural initiatives that bridge the divide between the haves and have-nots, and between the Muslim and non-Muslim worlds. As such, the foundation is apolitical and non-discriminatory. We do not condone the act of impersonating Tan Sri Syed Mokhtar including any unlawful or unauthorized use of his name. As such to avoid doubt or confusion, the Albukhary Foundation’s website continues to be the sole official public medium for Tan Sri Syed Mokhtar. We at the Albukhary Foundation pray for the continuous success and growth of our beloved Malaysia.
– Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 3-9-2015
Gelaran Dato' anak TPM pula jadi perdebatan Posted on Wednesday, September 02 @ 21:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu kritikan beliau terhadap peserta Perhimpunan Bersih, nama Nurulhidayah Ahmad Zahid terus menjadi topik perbualan warga media sosial.
Terbaharu, status dan gelaran Dato' yang dibawanya mula menjadi persoalan ramai.
Semuanya bermula apabila beberapa laman Facebook memuat naik gambar Nurul sedang ditemu ramah sebuah stesen televisyen dengan nama beliau terpapar di skrin. Dalam paparan itu, nama Nurul didahului dengan gelaran Dato'.
Netizen kebanyakan mempersoalkan fakta bagaimana gelaran Dato' seharusnya diberi seiring dengan sumbangan.
Dato' Nurul Hidayah? Who is she? Ikon belia? Seriously icon? Apa sumbangan dia? Ctdk okla kalau nak kata ikon. Not that Dato' nurul
Menurut laporan beberapa portal media, Nurul adalah Ketua Komunikasi Bahagian Korporat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Beliau juga aktif dalam Askar Wataniah.
Sumber TKO - 2-9-2015
Tindakan UMNO Mendahului Masa, Benarlah Kata-kata Samy Vellu Posted on Tuesday, September 01 @ 22:38:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Anina Saaduddin perwakilan wanita Umno Langkawi yang menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekelip mata menjadi viral di media massa. Sikapnya yang berani dan diluar jangkaan itu menjadi tumpuan kepada penganalisis politik tanah air.
Anina Saaduddin dikatakan terlucut keahlian Umno berkuatkuasa serta-merta mengikut pelerbagaan UMNO jika isu UMNO di bawa ke Mahkamah.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof mengesahkan perkara itu dan berkata, keahlian Anina gugur kerana membawa hal berkaitan parti ke mahkamah.
Tengku Adnan Tengku Mansor pula hari ini mengesahkan telah dihantar kepada Anina berkenaan surat perlucutan keahlian UMNO.
Surat ini menjadi bahan jenaka di media sosial, surat bertarikh 2 September 2015 tetapi hari ini 1 Sepetmber 2015 sudah sampai di tangan Ainna dan di sahkan sendiri oleh Tengku Adnan.
Rupanya kata-kata lawak Samy Vellu menjadi kenyataan berkenaan Pos Laju Malaysia “Besok Kirim, Hari ini sampai”
Posted on Tuesday, September 01 @ 21:34:35 MYT by paktam
Oleh Zulaikha Zulkifli Anina Saaduddin - perwakilan wanita Umno Langkawi yang menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - terlucut keahlian Umno berkuatkuasa serta-merta.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof mengesahkan perkara itu dan berkata, keahlian Anina gugur kerana membawa hal berkaitan parti ke mahkamah.
"Secara automatik (keahlian Anina) dah terlucut berdasarkan Akta Pertubuhan parti sebab membawa hal parti ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Surat mengenai perkara itu, yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan telah dihantar kepada Anina.
Bila dihubungi melalui WhatsApp, Tengku Adnan mengesahkan surat tersebut.
Sementara itu, peguam yang mewakili ahli Umno Langkawi Anina Saaauddin yang memfailkan saman terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, mereka akan berhujah di mahkamah, berikutan ancaman pemecatan anak guamnya itu.
Hanif Khatri Abdullah (gambar) berkata, insya-Allah, mereka akan bersedia untuk berhujah mdngenai perkara dari semua sudut.
"Apa sahaja tindakan (untuk menentang ancaman pemecatan itu) kami akan lakukan di mahkamah. Kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, "katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Anina telah memfailkan saman pada hari Jumaat melalui firma guaman Hanif untuk mendapatkan sebahagian daripada RM2.6 bilion sumbangan untuk parti yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Sebanyak AS$650 juta dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681 juta (RM2.6 bilion) perdana menteri telah terima sebagai sumbangan.
Pemindahan AS$650 juta ke Singapura, didakwa berlaku pada 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib didakwa menutup akaunnya.
Selain menamakan Najib, Anina turut menamakan setiausaha kerja Umno, Abdul Datuk Rauf Yusoh sebagai defendan lain.
Hanif berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang Anina akan dipecat dari Umno sebaik sahaja Najib menerima saman itu.
Menurut Sin Chew Daily, Pejabat Umno akan mengeluarkan notis kepada Anina untuk membatalkan keahliannya.
Hafarizam dilaporkan berkata, di bawah Pendaftar Akta Pertubuhan 1966, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar atau membuat keputusan mengenai hal ehwal parti dan oleh itu, Anina akan boleh hilang keahliannya.
Dalam samannya itu, Anina memohon injunksi terhadap Najib dan Abdul Rauf atau ejen dan/atau pekerja dalam lembaga disiplin, Majlis Tertinggi, badan perhubungan negeri,bahagian, dan cawangan supaya dihalang daripada membuang, menggugurkan, menggantung dan/atau mengambil sebarang disiplin terhadapnya sementara menunggu pelupusan kes itu,
Oleh itu, permohonan injunksi ini perlu didengar terlebih dahulu sebelum saman itu.
Hanif memberitahu Malaysiakini bahawa tarikh pengurusan kes telah ditetapkan pada 21 September di hadapan timbalan pendaftar.
"Mungkin masa itu kita akan tahu," tambahnya.-Mkini
Sumber DD - 1-9-2015
BERSIH
Posted on Tuesday, September 01 @ 16:47:37 MYT by tokdalang
Oleh Tun Mahathir
1. Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih. Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang. Ada juga yang bertanya saya sudah
memihak kepada orang Cina.
2. Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.
3. Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.
4. Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.
5. Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.
6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.
7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.
8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.
9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat. Dan terhentilah siasatan oleh badan ini.
10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.
11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.
12. Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.
13. Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.
14. Sebaliknya Najib dan konco-konconya sering mendakwa duit RM2.6 bilion adalah derma. Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal.
15. Kepada pemimpin UMNO Najib mendakwa bahawa RM2.6 bilion ini adalah untuk pilihanraya ke-14. Jika untuk parti belanja membeli nasi lemak atau minuman atau sewa kereta seperti dahulu, jumlah ini beratus kali ganda wang yang diperlukan.
16. Tetapi untuk sogok pemimpin dan ahli Dewan Rakyat dengan berjuta tiap seorang, untuk sogok pegawai supaya menipu, besar kemungkinan wang sebanyak RM2.6 bilion diperlukan.
17. Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram. Malaysia akan diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata “Cash is King” “Wang Tunai adalah Raja”. Raja inilah yang disembah oleh Najib.
18. Najib akan nafi tetapi keadaan Negara sekarang amat buruk. Hubungan kaum tegang. Nilai Ringgit dan saham jatuh dengan teruknya jauh lebih teruk dari Thailand, Singapura dan lain-lain Negara. Kos sara hidup melambung naik kerana GST dan lain-lain. Hutang Negara bertimbun dan lain-lain.
19. Inilah masa depan Malaysia jika Najib kekal. Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib. Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.
20. Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah, dan saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.
21. Selagi Najib berkuasa selama itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan.
22. Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib.
Sumber DD - 1-9-2015
Dapatkah Umno "bertahan " dalam PRU 14 ?
Posted on Tuesday, September 01 @ 14:18:50 MYT by paktam
Oleh Abu Hassan Adam
Bagi yang berisfat ‘negatif’ dan yang sentiasa memperkecilkan usaha orang lain akan mengatakan bahawa Perhimpunan Bersih 4 yang baru selesai diadakan itu tidak akan membawa apa-apa kesan, apatah lagi untuk ‘mengundurkan’ DS Najib dari jawatan Perdana Menteri. Betul. Secara langsung tidak akan mengubah ‘status quo’. DS Najib akan terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan begitu juga dengan menteri-menteri lain yang bersekongkol dengannya.
Tetapi soalnya dapatkah UMNO bertahan dan terus memenangi PRU 14 nanti berdasarkan berbagai perkembangan yang meruntun yang besar kemungkinannya membawa kepada kehancuran UMNO itu sendiri. Kenyataan Tun Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin boleh dijadikan asas untuk menyatakan bahawa UMNO kini sedang ‘sakit tenat’ dan memerlukan ‘rawatan’ segera sekiranya UMNO perlu dipulihkan atau perlu dibiarkan sahaja terus ‘berkubur’. Dan sekiranya masih ada yang mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku kepada UMNO kini maka itu merupakan satu mimpi di siang hari.
Perhimpunan Bersih 4 sebenarnya bertujuan untuk memberi kesedaran dan kejutan kepada kepimpinan negara bahawa sebenarnya negara Malaysia kini dalam keadaan yang amat parah. ‘Bleeding’. Namun semacam pihak kepimpinan cuba mengabui mata rakyat umum dengan menonjolkan semacam tidak ada apa-apa yang berlaku kini dan dengan demikian dapat ‘melalaikan’ masyarakat yang ‘tidak celik’ untuk terus menerus menyokong dan ‘memejamkan mata’ tentang apa yang sedang berlaku kini.
Rakyat yang masih belum ‘celik’ sepatutnya melihat apa yang berlaku di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos baru-baru ini sebagai sesuatu kejutan yang luar biasa. Rakyat yang masih belum ‘celik’ harus memikirkan secara mendalam tentang mengapa anak muda dari semua kaum itu sanggup ‘bermalam’ di persekitaran Dataran Merdeka, ‘memperjuangkan’ sesuatu yang dianggap mereka amat perlu diperjuang dan dipertahankan. Dan tentulah ada sesuatu yang amat penting yang diperjuangkan oleh mereka, jikalau tidak masakan ratusan ribu rakyat (kebanyakannya anak muda berbagai kaum) sanggup berhujan dan berpanas demi memperjuangkan sesuatu.
Jangan sekali-kali diperkecilkan usaha anak muda ini. Jangan dipesongkan pandangan masyarakat dengan mengatakan bahawa hanya kaum Cina sahaja yang terlibat dalam Perhimpunan Bersih 4 itu. Jangan cuba hendak dialihkan hasrat dan cita-cita murni anak muda dari berbagai kaum itu. Hakikatnya ialah bukan anak muda Melayu yang berkurangan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih 4 itu tetapi sebenarnya bilangan anak muda bukan Melayu yang bertambah. Dan pada pandangan aku ini merupakan perkembangan yang amat sihat demi pembentukan bangsa Malaysia akan datang.
Pastinya pihak pemerintah khususnya kepimpinan UMNO amat ‘runsing’ dengan perkembangan sedemikian. Pastinya Bersih 4 telah memberi isyarat dan kesedaran kepada UMNO peringkat akar umbi di kampung-kampung bahawa apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka sebenarnya tidak ‘selari’ dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan di peringkat pusat. UMNO peringkat akar umbi pastinya mula memikirkan bahawa pastinya ‘ada angin jikalau tidak masakan pokok bergoyang’. Dengan kehadiran penunjuk perasaan yang mencecah setengah juta orang, pastinya mereka merasakan bahawa ada perkara yang amat tidak kena dilakukan oleh kepimpinan negara kini.
Keyakinan sedemikian diperkukuhkan oleh TS Muhyiddin Yassin sendiri yang mengatakan,’ Namun, pada masa ini ramai pihak berpandangan bahawa negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan (trust deficit) yang parah. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah semakin longgar. Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga sudah luntur. Ringgit kita kian merudum terutamanya berbanding dollar AS dengan nilainya sekarang yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Pasaran saham jatuh, rizab negara merosot dan sentimen pengguna adalah paling rendah dalam tempoh tujuh tahun. Benar, faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi mempengaruhi pasaran kewangan dan ekonomi, tetapi prestasi kita antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau. Inilah realiti yang harus kita terima dan mesti diatasi dengan segera” (TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Timbalan Presiden Umno. 30 OGOS 2015
Dan semakin merunsing dan mengganggu fikiran ahli UMNO peringkat akar umbi tentunya kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir sendiri yang sama-sama hadir dalam Perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini. Dengan tidak teragak-agak Tun Mahathir menjelaskan, ‘“He (Najib Razak) has dismantled the institutions of government by dismantling the task force (on 1MDB), sacking the AG and threatening the governor of Bank Negara. And he is also using the police to make people frightened of him. He has also dismantled the PAC (Public Accounts Committee) by offering them (some PAC members) jobs as minister and deputy minister. This is a kind of bribery.
“We must remove this prime minister. And to remove him, the people must show the people’s power. We cannot allow this man to abuse his position as prime minister. We should move a motion of no confidence in Parliament. I am aware that he has bribed all of Umno MPs, and the division heads and he has told me that cash is king. If you give money to people, they will support you.” (Malaysiakini 30 Ogos 2015)
Maknanya dalam suasana dan keadaan sebegini, kepimpinan UMNO perlu memikirkan sesuatu tindakan demi untuk menyelamatkan UMNO. Bukan sahaja pihak kepimpinan yang perlu bertindak tetapi yang lebih penting lagi ahli UMNO peringkat akar umbi perlu membuat perubahan yang drastik.
Peribahasa Melayu kata, ‘ sekali air bah sekali pasir berubah….”
Orang tua macam Dr M takkan baling bom - Nazri Posted on Tuesday, September 01 @ 13:59:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan BERSIH 4 tidak memberi sebarang ancaman kepada negara.
Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata beliau melihat Mahathir sudah berubah sikap kerana bekas perdana menteri itu sebelum ini menolak demonstrasi.
Dengan sinis, Nazri bagaimanapun berkata beliau percaya bahawa "orang tua" seperti bekas perdana menteri itu tidak akan mencetuskan masalah dalam perhimpunan seperti itu.
"Diapun sudah berubah sikap. Dulu (Mahathir) kata demonstrasi bukan budaya kita, tapi bila sudah tua, 90 tahun baru sedar ini merupakan budaya baru dan dia pun hendak sertai sekali.
"OK lah macam itu. Saya tidak fikir orang tua macam itu akan rosakkan harta benda atau baling bom.
"Makin ramai orang tua macam itu lagi bagus," kata Nazri.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Festival Kraft Antarabangsa Kuala Lumpur 2015.
Posted on Monday, August 31 @ 15:27:17 MYT by paktam
Oleh Timmy Say Semua tahu, orang yang paling tidak menyukai demonstrasi jalanan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.Apa yang pernah disebut beliau mengenai demonstrasi ketika zaman Reformasi, Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 masih pedas di telinga.Namun, seperti di politik di mana tiada musuh dan kawan yang kekal, permusuhan Dr M terhadap demonstrasi akhirnya berakhir kerana permusuhannya dengan Datuk Seri Najib Razak.
Bahkan persahabatan Dr M dengan demonstrasi bermula dengan rancak dengan kehadiran beliau sebanyak 2 kali.
Kehadiran Dr M akan menjadi topik utama Bersih 4. Boleh dikatakan seluruh Bersih 4 “dihijack” Dr M. Beliau ialah satu-satunya orang Umno yang menghadiri Bersih 4 sebanyak 2 kali.
Kehadiran Dr M membawa seribu satu bacaan politik. Beliau hadir tanpa memakai apa-apa berwarna kuning – menandakan beliau tidak mahu dikaitkan dengan Bersih. Beliau hanya mahu bersama rakyat yang menuntut Najib meletak jawatan.
Kehadiran Dr M juga menggagalkan sebarang usaha tersembunyi untuk memukul Bersih 4 kerana kehadiran kaum yang tidak sekata. Dr M membawa lambang Melayu yang dikatakan hilang daripada Bersih 4.
Dr M kini memahami betapa sukarnya untuk mengalahkan sistem demokrasi yang dibinanya sendiri. Bukan sahaja parti memerintah yang bermasalah susah ditumbangkan malah pemimpin bermasalah pun susah ditumbangkan.
Itu hebatnya sistem pertahanan untuk melindungi Umno yang dibina Dr M, sehinggakan penciptanya sendiri gagal menembusinya.
Dari sudut ini, Najib perlu berterima kasih kepada Dr M. Tanpa sistem pertahanan ini, pasti Najib sudah lama tersungkur dalam isu derma RM2.6 bilion.
Keinginan Dr M melihat Najib diturunkan jauh melebihi egonya sendiri, yang sudah berumur 90 tahun. Mahu tidak mahu, menghadiri demonstrasi jalanan adalah satu langkah besar bagi Dr M, jauh melebihi tindakannya keluar
Umno ketika ingin menjatuhkan Tun Abdullah Badawi.
Ironinya, kehadiran beliau tidak lain tidak bukan hanyalah kerana beliau kini kebuntuan dalam mencari formula untuk menembusi sistem pertahanan yang diciptanya.
Melihat dan merasai sambutan terhadapnya di Bersih 4, Dr M tahu orang bukan Melayu sudah bersamanya dalam perjuangannya menurunkan Najib. Namun, lautan kuning belum cukup lagi untuk meruntuhkan sistem pertahanan ciptaan Dr M.
Apakah Dr M akan hadir mengejut di Kongres Rakyat pada 12 September ini – satu lagi wadah yang bakal didominasi oleh komposisi rakyat yang menuntut perubahan menggunakan pendekatan lain – untuk terus meneroka formula sesuai untuk menembusi sistem pertahanan yang diciptanya yang kini melindungi Najib daripada sebarang bahaya?
Bagaimana pula dengan pembangkang? Mahu tidak mahu kehadiran di Bersih 4 menyedarkan semua mengenai realiti kekuatan yang ada pada PAS di Bersih 1, 2 dan 3. Cukuplah dengan mainan persepsi yang parti baharu dapat menggantikan PAS jika ia sekadar mampu memecahkan undi PAS dan bukannya Umno.
Pembangkang yang berpecah tidak menguntungkan sesiapa selain Umno-Barisan Nasional (BN). Itu antara ciri-ciri sistem pertahanan ciptaan Dr M yang sedang melindungi Najib.
Siapa yang sedang menguatkan pertahanan ini kalau bukan daripada kalangan pembangkang sendiri? Tahniah atas kejayaan Bersih 4 dan kehadiran Dr M, tapi malangnya ia langsung tidak dapat menggugat sistem pertahanan ciptaan Dr M sendiri.
Malaysia terus berada di persimpangan di hari lahirnya ke-58. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan
Sumber DD - 31-8-2015
Tiada Najib kedua, Mahathir kedua ok jer! Posted on Monday, August 31 @ 11:51:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Assalamualaikum,, Kemunculan Mahathir di perhimpunan jalanan Bersih 4.0
memeranjatkan.Seumpama seorang yang terdesak untuk menggulingkan Najib dia mengambil sebarang langkah yang boleh walaupun terpaksa menjilat ludahnya kembali dan walaupun terpaksa bermanis muka dengan musuh musuh politik UMNO.Sambil di pihak musuh UMNO ia itu PR (2.0), semua permusuhan dengan UMNO digugurkan dan diganti dengan Najib, Hanya Najib musuh mereka sekarang, bukan UMNO.Mereka bersetuju UMNO terus kekal memerintah dengan syarat yang telah diletakkan olih LKS, tiada Najib kedua, selain itu semuanya bolih termasuk kalau muncul Mahathir kedua.
Syarat yang jelas bertentangan dengan matlamat Bersih 4.0 dan Bersih Bersih sebelum ini yang dimulakan di Kuala Terengganu dengan lakaran sejarah tertembaknya dua orang pemuda, Mohd Azman dan Suwandi.Semua tahu, matlamat utama Bersih ialah pilihanraya yang adil dan benar dan semua tahu UMNO mendapat kuasa mereka menerusi Bangla Power, jadi kenapa LKS seolah lupa dengan meletakkan syarat begitu?
Macam mana LKS dan lain lain pemimpin PR(2.0) bolih lupa sedangkan peserta Bersih yang hadir membawa mesej pilihanraya yang bersih? Seharusnya mereka patut mendesak kerajaan yang ada meletakkan jawatan sepenuhnya dan membubarkan parlimen serta berjanji akan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil, dengan tiada lagi Bangla Power dan tiada lagi penyelewengan.
Bukan tiada lagi Najib kedua kerana syarat ini menunjukkan PR(2.0) tidak menentang kalau kalau UMNO mahu melantik Mahathir kedua.PR(2.0) tidak kisah sesiapapun dari UMNO yang menggantikan Najib asal tidak mengulangi apa yang Najib buat.Malangnya Bersih 4.0 juga tidak digerakkan untuk mencapai matlamatnya semata mata kerana mahu bekerjasama dengan Mahathir.Malah PR(2.0) turut menawarkan kerajaan UG dengan puak UMNO yang menggulingkan Najib, menenggelamkan suara untuk mengkuburkan UMNO yang begitu lantang sebelum ini terutama olih Mat Sabu yang pernah berkata "kalau pasal maki UMNO, pukul 4 pagi pun saya sanggup".
Bottom linenya, sepatutnya PR(2.0) tidak perlu campurtangan dengan perbalahan UMNO sekarang sebaliknya terus menumpukan agar tuntutan Bersih dipenuhi tetapi penglibatan PR(2.0) dengan Mahathir menampakkan ada unsur mengambil kesempatan dari kedua dua pihak yang satu ketika dulu merupakan musuh yang ketat.Mahathir tidak harus dipercayai walau dalam apa keadaan sekalipun.
Sumber TKO - 31-8-2015
Rakyat semakin resah, kata Muhyiddin
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Rakyat semakin resah apabila hari demi hari prinsip integriti dan akauntabiliti kelihatan semakin terhakis dalam pentadbiran negara, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Pegawai-pegawai kerajaan yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ditamatkan perkhidmatan, ditukar, diugut dan diambil tindakan," ujarnya dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan ke-58 menerusi laman facebook, semalam.
Katanya, kebebasan institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia seolahnya semakin disekat.
"Tidak dapat dibayangkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita, terdapat pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berdedikasi sanggup bersuara lantang menentang pihak atasan yang cuba mencabuli prinsip perkhidmatan awam yang adil, tegas dan berkecuali," ujarnya.
Berikut perutusan beliau.
Negara kita telah merdeka selama 58 tahun. Telah banyak kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama ini dan Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan dihormati di persada dunia.
Asas yang membina kemerdekaan dan kemajuan negara kita ialah kepercayaan. Sebelum merdeka dahulu, penduduk negara ini yang berbilang kaum dan agama mempunyai rasa sangsi antara satu sama lain. Namun, berkat kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu, mereka telah berjaya memupuk kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum dan agama. Semua warganegara mempunyai hak yang dijamin oleh Perlembagaan dan semua mereka bertanggugjawab untuk memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara dengan memupuk perasaan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Kepercayaan juga terbentuk antara pemimpin pelbagai kaum. Pemimpin Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan semua kaum dan merancang kemajuan negara kerana mereka mempercayai antara satu sama lain. Memang sepanjang negara ini ditadbir oleh Barisan Nasional, terdapat beberapa masalah yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum, tetapi semua masalah ini dapat diatasi kerana pemimpin Barisan Nasional percaya bahawa perundingan dan kerjasama adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.
Rakyat juga mempercayai kerajaan yang memerintah. Mereka percaya bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memerintah secara adil dan saksama, melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, memacu kemajuan ekonomi, menyediakan pendidikan yang berkualiti, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerana itu, selama 58 tahun merdeka, rakyat di negara kita tidak pernah bertindak melampau untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik menerusi pilihanraya yang bebas dan adil.
Para pelabur dan komuniti perniagaan juga selama ini mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap negara kita. Mereka yakin bahawa dengan kestabilan politik, keharmonian kaum dan kecekapan kerajaan mengurus negara, pelaburan dan perniagaan mereka di negara kita adalah terjamin. Dengan keyakinan ini, Malaysia merupakan antara penerima pelaburan langsung asing yang tertinggi di rantau ini dan saban tahun mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.
Sekiranya kita dapat mengekalkan, malah memperkukuhkan kepercayaan antara sesama pemimpin, antara sesama rakyat, antara rakyat dan pemimpin, antara kerajaan dan rakyat, antara pelabur, komuniti perniagaan dan institusi ekonomi negara, maka saya yakin negara kita akan terus berada pada landasan yang betul dan bersedia untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Namun, pada masa ini ramai pihak berpandangan bahawa negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan (trust deficit) yang parah. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah semakin longgar. Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga sudah luntur.
Ringgit kita kian merudum terutamanya berbanding Dollar Amerika dengan nilainya sekarang yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Pasaran saham jatuh, rizab negara merosot dan sentimen pengguna adalah paling rendah dalam tempoh 7 tahun.
Benar, faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi mempengaruhi pasaran kewangan dan ekonomi, tetapi prestasi kita antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau. Inilah realiti yang harus kita terima dan mesti diatasi dengan segera.
Saya menyambut baik kenyataan Gabenor Bank Negara bahawa asas ekonomi negara kita kukuh. Ini adalah satu perkembagan yang amat baik untuk kita membina semula kepercayaan masyarakat dunia terhadap ekonomi dan politik negara kita. Yang perlu kita atasi ialah sentimen rakyat, pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap negara kita yang agak negatif disebabkan oleh beberapa isu politik yang sedang melingkari kita hari ini.
Rakyat semakin resah apabila hari demi hari prinsip integriti dan akauntabiliti kelihatan semakin terhakis dalam pentadbiran negara. Pegawai-pegawai kerajaan yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ditamatkan perkhidmatan, ditukar, diugut dan diambil tindakan.
Kebebasan institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia seolahnya semakin disekat.
Tidak dapat dibayangkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita, terdapat pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berdedikasi sanggup bersuara lantang menentang pihak atasan yang cuba mencabuli prinsip perkhidmatan awam yang adil, tegas dan berkecuali.
Ada juga sesetengah pemimpin politik yang mengugut untuk menyekat kebebasan rakyat daripada menyuarakan pandangan terutamanya di media sosial kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan dan teguran rakyat yang semakin hari semakin lantang.
Selain itu, mereka yang menegur tindak tanduk pemimpin digelar sebagai pengkhianat dan dituduh hendak menggulingkan kerajaan. Mereka ini jelas tidak dapat membezakan antara menegur pemimpin dengan menggulingkan kerajaan adalah dua perkara yang berlainan. Betapa ramai pemimpin negara sebelum ini yang menerima teguran, tetapi kerajaan terus kekal, malah bertambah kukuh.
Atas segalanya, kredibiliti pemimpin semakin dipersoalkan. Institusi demokrasi yang ada dilihat sudah tidak dapat lagi berfungsi dengan baik untuk melakukan perubahan kerana ditekan dan dikawal dengan ketat oleh mereka yang berkuasa.
Saya bimbang selagi kemelut besar kepimpinan ini tidak dapat diselesaikan, maka selagi itulah negara dan kerajaan akan terus dibebani dengan masalah defisit kepercayaan yang semakin parah.
Bagi saya, isu kepercayaan ini akan dapat diselesaikan jika negara kita kembali dipimpin berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan penanggungjawaban kepada rakyat. Prinsip ini jugalah yang dituntut oleh Islam ke atas setiap pemimpin sebagaimana hadis Rasululullah s.a.w:
Kullukum ra’in wa kullu ra’in mas’ulun ‘an ra’iyyatih
Yang bermaksud:
“Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”.
Sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu “Sehati Sejiwa”, marilah kita bersama-sama membentuk kesatuan hati atau “wahdatul qulb” untuk membina semula kepercayaan terhadap negara kita dengan mengembalikan kepimpinan yang berintegriti, berakauntabiliti dan bertanggungjawab.
Yakinlah bahawa Malaysia adalah tanah air kita yang berdaulat dan bermaruah, dan kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk terus memelihara kedaulatan dan maruah negara kita. Saya berdoa agar negara kita terus kekal aman, maju dan berdaulat.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-58.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! - HARAKAHDAILY 31/8/2015 Sumber HD - 31-8-2015
Boleh bincang, janji jangan ada 'Najib kedua' Posted on Monday, August 31 @ 07:56:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR - Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai undi tidak percaya untuk menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak boleh dibincangkan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, namun begitu ia mestilah dengan satu syarat iaitu tiada lagi Najib kedua.
"Serangan terhadap institusi oleh Najib bertalu-talu, Mahathir tampil ke depan kita puji ... cadangan beliau mahu kerajaan Umno kekal tetapi mahu Najib turun.
"Kalau ada jaminan turun Najib, cuma kita tidak mahu Najib kedua.... Cadangan Tun M kita boleh bincang, yang penting 'no more Najib'," katanya ketika memberi ucapan di Pentas utama Himpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka, malam ini.
Menurutnya, beliau memuji tindakan Dr Mahathir yang mahu menurunkan Najib dalam usaha menyelamatkan negara.
Petang tadi, Dr Mahathir dalam satu sidang media menyeru semua Ahli Parlimen Umno perlu berani membuat undi tidak percaya kepada Najib. - SInar Harian
Sumber TKO - 31-8-2015
Pemimpin Umno Bertelagah, Berpecah dan Semakin Lemah
Umno semakin lemah dengan perpecahan yang berlaku ekoran satu pihak yang menyokong Presidennya Dato’ Seri Najib Razak, manakala pihak yang menentangnya dilihat dikepalai oleh bekas Presidennya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Tindakan Mahathir hadir dan memberikan ucapan pada perhimpunan BERSIH 4 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur semalam adalah suatu ‘tamparan’ hebat, yang tidak pernah difikirka.
Ekoran kehadiran Mahathir itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah membuat laporan polis, kerana demonstrasi itu telah diisytiharkan ‘haram’ oleh kerajaan.
Laporan itu dibuat oleh Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.
Presiden Persatuan Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid berkata kehadiranMahathir dalam perhimpunan itu adalah umpama menggalakkan rakyat untuk mengambil bahagian menentang dan mahu menggulingkan kerajaan.
“Persoalannya, kenapa dia perlu pergi ke perhimpunan haram? Pada pendapat saya, ia tidak perlu … dia tidak harus hadir.
“Apabila Dr Mahathir tiba, orang-orang yang berkumpul di sana secara tidak langsung, menyamakan kehadirannya sebagaimana seorang ‘kepala’,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Mahathir menghadiri perhimpunan itu, diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebaliknya berkata, beliau hadir bukan untuk menyokong perhimpunan itu, sebaliknya menunjukkan rasa solidariti bersama rakyat Malaysia.
Katanya, beliau tidak menyangka akan datang untuk menyertai demonstrasi jalanan sebelum ini, tetapi tidak ada cara lain untuk mendesak Perdana Menteri supaya berundur.
“Anda tidak boleh menang perang dengan pertempuran tunggal, anda perlu undi tidak percaya terhadap beliau,” katanya kepada pemberita di sini, merujuk kepada perhimpunan tersebut.
Dr Mahathir juga menggesa semua Ahli Parlimen untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Najib, dan bagi rakyat Malaysia untuk memberi tekanan kepada Ahli Parlimen mereka untuk menyokong undian ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad turut meminta peserta Bersih 4 untuk tidak terlalu teruja kerana dia menuju ke Dataran Merdeka.
Ditanya sama ada beliau telah menuju ke Dataran Merdeka semasa sidang akhbar dadakan berhampiran Central Market, bekas Perdana Menteri berkata; “Saya akan pergi dengan yang lain”.
“Tetapi jangan mendesak saya terlalu banyak, semalam saya cuba untuk berjalan, dan saya menghargai orang yang ingin bersalaman dengan saya, tetapi jika anda menolak, saya seorang lelaki tua sebanyak 90, jadi anda mesti melayan saya perlahan-lahan,” katanya dengan senyuman.
Sebelum itu, Dr Mahathir tiba di Bersih 4 perhimpunan, semakin turun berhampiran Pasar Seni di sini pada kira-kira 04:10 petang.
Ekoran tindakan Mahathir itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno melahirkan rasa kecewa dengan tindakan bekas Presiden Umno tersebut.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata bekas Perdana Menteri itu telah ‘menyeberangi sempadan’.
Katanya, kehadiran bekas presiden Umno di perhimpunan itu yang polis telah diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang, bertentangan dengan kenyataan yang telah dibuatnya dalam 1998 bahawa demonstrasi jalanan tidak perlu disokong.
“Saya rasa dia telah melanggar prinsip perjuangan beliau yang telah dipatuhi selama ini. Tindakannya itu menentang nilai-nilai yang beliau telah diisytiharkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
“Semasa pentadbiran beliau, beliau telah menyatakan dengan jelas bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya dipetik agensi Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sepanggar.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata Mahathir tidak pernah dihalang daripada menyatakan pendapatnya selepas persaraannya tetapi kehadirannya di perhimpunan pakatan pembangkang tidak dapat diterima.
Selain Hishamuddin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut gusar dengan kehadiran Mahathir menyertai BERSIH 4.
Beliau berkata, ia adalah tidak wajar dan perbuatan tersebut dianggap bertentangan dengan idealis Dr Mahathir yang selama ini dilihat amat kuat menentang demonstrasi jalanan.
“Itu tidak wajar kerana Tun orang keras menentang demonstrasi jalanan. Tindakan Tun sudah pasti akan memberi kesan kepada anak muda, tauladan kurang baik.
“Kita harap rakyat Malaysia akan mencari kaedah lain untuk selesaikan masalah dan berbincang dengan suasana yang aman,” katanya kepada media, di Pengkalan Chepa, selepas menghadiri Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan.
Dalam perkembangan lain, Umno Bahagian Sungai Besar semalam meluluskan usul meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Timbalan Presiden parti secara terhormat.
Usul itu dicadangkan oleh ketua bahagian berkenaan, Datuk Jamal Md Yunos dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Besar di sini hari ini sebelum ia dibahas dan diluluskan dengan sejumlah 274 perwakilan menyokong manakala 171 membantah.
Usul tersebut antara lain berpandangan bahawa Muhyiddin perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneruskan usaha mengukuhkan parti untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.
Jamal dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu berakhir, berkata usul itu dibangkitkan setelah pihaknya berpendapat Umno tidak boleh mempunyai dua nakhoda, apatah lagi di saat parti sedang diasak dengan pelbagai isu yang memerlukan kesepakatan semua anggotanya.
“Usul ini menerima sokongan lebih dua pertiga perwakilan yang hadir. Kita merasakan Najib perlu mempunyai pembantu yang setia, iaitu Ahmad Zahid. Masa sudah terlalu suntuk, fokus perlu diberikan untuk menentang pihak lawan.
“Jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, Najib nanti tidak ada kerja lain kerana asyik perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Muhyiddin,” katanya.
Jamal berkata, cadangan usul itu juga bagi menjaga kerahsiaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti.
Sementara itu, Muhyiddin Yassin terus menyelar kerajaan Barisan Nasional (BN) malam ini dengan berkata, bahawa pemimpin yang tidak boleh bertolak ansur dengan perbezaan pendapat akan melemahkan kerajaan dan akhirnya menyebabkan negara jatuh daripada defisit amanah yang teruk.
“Sesetengah pemimpin politik mengancam untuk menyekat kebebasan rakyat bersuara terutama di media sosial kerana mereka tidak lagi bersedia mendengar kritikan yang semakin lantang daripada orang ramai.
“Selain itu, mereka yang mengulas mengenai tindakan pemimpin yang dituduh sebagai pengkhianat dan cuba menggulingkan kerajaan. Mereka jelas tidak dapat membezakan di antara orang-orang yang menegur para pemimpin dan orang-orang yang berusaha untuk menggulingkan kerajaan, “katanya dalam satu kenyataan.
Muhyiddin menjadi timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran sehingga lewat bulan lalu apabila dia dipecat daripada Kabinet dalam rombakan kerajaan secara tiba-tiba, selepas beliau secara terbuka mencabar pengendalian Najib syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB
Sumber BO - 31-8-2015
Himpunan sejuta baju merah sokong Najib Oktober ini Posted on Sunday, August 30 @ 18:45:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Jamal Md Yunos yakin himpunan itu mampu mengatasi jumlah peserta Bersih 4.
SABAK BERNAM: Himpunan satu juta menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan pada Oktober ini untuk mengatasi jumlah peserta perhimpunan Bersih 4.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan sejuta orang menyokong Najib itu akan diadakan pada 10 Oktober ini dengan memakai t-shirt merah.
Jamal berkata, beliau sangat yakin dapat mengatasi jumlah peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.
“Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta ‘Baju Merah’ akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib”, katanya selepas perasmian mesyuarat UMNO bahagiannya.
Jamal baru-baru ini menubuhkan kumpulan Anti Bersih bagi berhadapan dengan peserta Bersih tetapi dibatalkan di saat-saat akkhir selepas dinasihat polis.
Posted on Friday, August 28 @ 12:37:47 MYT by paklang
Oleh Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang hangat diperkatakan masyarakat kampung, di kedai kopi sehinggalah masyarakat antarabangsa di sidang Parlimen mereka disebabkan sumbangan derma kepada seorang yang bernama Datuk Seri Najib Razak.
Siapa tidak mengenali Najib yang ketika itu perdana menteri merangkap menteri kewangan dan juga presiden Umno yang menerima sumbangan derma yang “dikatakan” berjumlah AS$700 juta (RM 2.6 bilion), adakah ianya benar?
Melalui enjin carian Google menerusi kata kunci “Najib RM2.6 bilion” terdapat pelbagai kisah tersebut termasuk paparan gambar Najib yang berjumlah lebih 700,000 jaringan dalam pelbagai bahasa yang menunjukkan ramai yang berminat akan kisah yang berlaku.
Bermula pada 5 Julai 2015 dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang juga sebuah syarikat akhbar harian antarabangsa yang berpengaruh yang diterbitkan di New York City, Amerika Syarikat (AS) dengan peredaran di seluruh negara dengan cetakan hampir 2.6 juta naskhah jualannya.
WSJ untuk rekod pernah disaman hartawan kasino AS, Sheldon Adelson pada 2 Mac 2013 kerana dikatakan memfitnahnya berikutan artikel Kate O’Keeffe pada 22 Februari 2013 yang diterbitkan pada 5 Disember 2012 yang bertajuk “Fired Executive Rankles Casino Business”.
Pelbagai pihak mentafsir artikel WSJ tersebut sebagai satu yang mengejutkan, sungguh memanaskan politik Malaysia sehinggakan berlakunya rombakan Kabinet pada 28 Julai 2015 lalu.
WSJ mendedahkan tentang sebuah bank yang dikaitkan dengan sebuah negara dari Timur Tengah iaitu Kuwait yang sebelum ini dikejutkan tentang kes pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai 2013.
Pada Mac 2015 lalu, Pascal Najadi, pengasas dan presiden Firma Penasihat Antarabangsa Perbankan Switzerland, Najadi and Partners Ltd anak kepada Pengasas Arab-Malaysian Bank tersebut mengatakan masih menunggu kes pembunuhan bapanya yang belum selesai.
Untuk rekod, sejumlah RM1.63 Juta zakat perniagaan Kumpulan AmBank bagi tahun kewangan 2013 dan bagi tahun kewangan 2012 pula ianya menunjukkan lebihan RM9,000 perbezaan tahun tersebut yang lebih baik bersifat tahun kewangannya.
Manakala bagi bayaran cukai perniagaan Kumpulan AmBank pula bagi tahun 2012 ialah RM499 juta berbanding 2013 sebanyak RM484.7 juta yang jelas menunjukkan pencapaian kewangan pada 2012 adalah lebih baik walaupun terdapat pendeposit wang yang besar pada 2013.
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013, Barisan Nasional (BN) di bawah Najib memenangi 133 kerusi parlimen daripada 222 kerusi keseluruhannya dan selebihnya dimenangi Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 89 kerusi parlimen.
Umum mengetahui timbalan presiden Umno yang juga merangkap timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengerusi pengurusan Pentadbiran Umno yang juga sering diberikan tugas sebagai pengarah pilihan raya kecil beberapa kali.
Manakala bendahari agung Umno yang juga bendahari BN adalah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan beliau juga adalah menteri kewangan kedua di mana bosnya adalah Najib yang boleh menjawab isu dana pilihan raya serta isu derma yang panas tersebut.
Jika kembali kepada sejarah berkaitan tokoh politik dengan skandal kewangannya, pada 11 April 1998 ianya berlaku terhadap Tan Sri Muhammad Taib, bekas menteri besar Selangor yang terpaksa meletak jawatan selepas Mahkamah Majistret Brisbane, Australia memutuskannya bersalah.
Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland, membawa keluar wang tunai sebanyak RM2.4 juta ke Australia dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand.
Beliau didakwa di bawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 yang bertujuan membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar.
Malaysia memperkenalkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) di dalam usaha mencegah “kuasa ketiga” menentukan suasana dan keadaan dalam negara kita dengan kewangan yang disalurkan.
Bank Negara Malaysia bertanggungjawab meminda Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperkukuh lagi sistem kewangan dalam negara kita yang diperkenalkan pada Oktober 2013 lalu.
Pelaburan wang haram dalam undang-undang AS adalah amalan melibatkan urusan kewangan untuk menyembunyikan pengenalan, sumber, atau destinasi wang yang diperoleh secara haram yang diberikan kepada pihak yang ketiga.
Dalam undang-undang United Kingdom, takrifan common law tentang harta milik dalam bentuk yang sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya hasil jenayah yang akan menyamarkan fakta harta milik itu adalah hasil jenayah atau mengaburkan kepemilikan bermanfaatan harta milik itu.
Istilah “pelaburan wang haram” digunakan hanya pada urusan kewangan berkaitan jenayah terancang, kini takrifannya diperluas kepada mana-mana urusan kewangan yang menghasilkan aset atau suatu nilai disebabkan tindakan haram, yang mungkin melibatkan tindakan seperti pengelakan cukai atau perakaunan palsu.
Hasil kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM129 bilion, bagi tahun 2014 pula sebanyak RM133.7 bilion berjaya dikutip dan sebanyak RM124.87 bilion pada 2012 yang menunjukkan peningkatan setiap tahun, adakah termasuk cukai RM2.6 bilion tersebut?
Individu yang diketagorikan dikenakan bayaran cukai, LHDN memperuntukkan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menetapkan kesalahan, denda dan penalti kepada mereka yang disenaraikan.
Kerajaan Malaysia menubuhkan Pasukan penyiasat khas terdiri daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Rakyat Malaysia adalah “hakim terakhir” untuk memutuskan kisah Najib berdasarkan hujah-hujah pelbagai pihak yang menjadi peguam rakyat dengan tujuan untuk menyelamatkan Malaysia daripada “dakwaan dan kesalahan” yang perlu dijatuhkan hukuman.
* Penulis adalah Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar).
Sumber DD - 28-8-2015
'Umno' saman Najib untuk dapat balik sebahagian dari AS$650 juta Posted on Friday, August 28 @ 11:44:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila parti pemerintah itu memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak, untuk mendapatkan kembali sebahagian daripada RM2.6 bilion yang diakwa sumbangan derma untuk parti itu yang dikatakan telah dipindahkan ke luar negeri.
Sebahagian besar daripada dana itu, yang mana Wall Street Journal, mendakwa telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib, didakwa dipindahkan ke Singapura dua tahun lepas.
Umno, melalui seorang pemimpin akar umbinya, telah menamakan Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof sebagai defendan dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Ahli Umno itu mendakwa bahawa tindakan undang-undang itu diambil untuk kepentingan dan bagi pihak parti tersebut dan ahli-ahlinya.
AS$650 juta itu dikatakan baki daripada jumlah asal AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Pemindahan itu berlaku sekitar 30 Ogos 2013, hari yang sama Najib menutup akaun tersebut, seperti yang didakwa oleh Sarawak Report.
Difahamkan saman itu difailkan hari ini selepas tiada tindakan didakwa diambil terhadap aduan yang dibuat terhadap Najib, kepada lembaga disiplin.
Ahli Umno itu memohon injunksi terhadap Najib dan Abdul Rauf atau ejen dan/atau pekerja dalam lembaga disiplin, Majlis Tertinggi, badan perhubungan negeri,bahagian, dan cawangan, supaya dihalang daripada membuang, menggugurkan, menggantung dan/atau mengambil sebarang disiplin terhadapnya sementara menunggu pelupusan kes itu.
Beliau juga memohon pembayaran balik berjumlah AS$650 juta - jumlah yang dilaporkan didepositkan oleh Najib ke dalam sebuah akaun di bank Singapura - dan sebuah akaun dengan semua wang yang beliau telah terima dalam bentuk derma.
Turut dituntut ialah butir-butir mengenai semua wang dalam AmPrivate Perbankan - No Akaun 2112022009694 - yang didakwa milik Najib, bersama-sama dengan ganti rugi, kos dan relif lain.
Sumber MK
Sumber TKO - 28-8-2015 Matlamat singkir Najib satukan rakyat...
Posted on Thursday, August 27 @ 10:33:46 MYT by paktam
Oleh Lanh BEGITU ramai pemimpin berucap pada majlis jelajah perdana dan jamuan Aidilfitri Gerakan Harapan Baru (GHB) di pekarangan ibu pejabat KEADILAN Melaka di Bukit Piatu pada malam Sabu (7 Ogos) menyebabkan setiap tokoh diberikan masa lima minit untuk berucap.
Satu perkembangan menarik pada majlis itu, hampir semua pemimpin termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekata bagi menyingkirkan PM Najib Razak yang 'dicemari derma' RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun banknya sehingga ada tokoh menyakinkan bahawa bekas PM, Mahathir Mohamad dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan bersama gerakan rakyat mendesak penyingkiran Najib.
Bekas pemimpin Umno seperti Muhammad Muhd Taib, Tamrin Ghaffar dan Zaid Ibrahim yang diberikan peluang berucap menyatakan betapa Najib dan konco-konco Umno BN tidak wajar lagi diberi kuasa mentadbir negara kerana kesan kebobrokan mereka menyebabkan rakyat semakin sengsara termasuklah dari segi kenaikan sara hidup dan kejatuhan nilai mata wang negara.
Penulis percaya selain daripada majlis di Melaka itu, di seluruh negara sekarang ini rakyat kian bersemarak bersuara lantang bagi menyingkirkan Najib atau sekurang-kurangnya memaksanya meletakkan jawatan.
Fokus rakyat termasuklah di kalangan sesetengah 'orang' Umno BN bagi menjatuhkan Najib menyediakan tapak dan landasan terbaik bagi 'kita mencipta' sesuatu - sekurang-kurangnya pada pilihan raya umum berikutnya (dalam tempoh kira-kira dua tahun) mengakhiri kepimpinan Najib seterusnya cengkaman Umno-BN.
Jika kita meninjau perkembangan politik di luar negara, apabila rakyat fokus kepada sesuatu isu barulah mereka dapat bergerak serentak bagi menjatuhkan pemimpin zalim. Di Tunsia, kebangkitan rakyat memuncak apabila mereka 'memfokuskan' peristiwa seorang anak muda membakar diri kerana kepincangan ekonomi. 'Arab Spring' yang bermula di sini selepas rakyat fokus kepada aneka penyelewengan diktator Zine Abiden dan isterinya Leila yang hidup bermewah-mewahan (mungkin sama dengan pemimpin di sini).
Demikian juga di rantau kita seperti di Indonesia, rakyat bangkit dan memberi fokus kepada kemewahan melampau dan kezaliman diktator Suharto, kaum kerabat dan konco-konconya.
Di negara kita, bagi 'menajamkan' lagi fokus rakyat ini, perlu lebih banyak lagi pembongkaran 'skandal' Najib-Rosmah yang bukan saja membuat 'orang' pembangkang marah malah 'orang' Umno-BN sendiri pun naik angin. Sekarang ini pun sudah wujud titik-titik kebencian di kalangan 'orang' Umno selepas 'pemimpin sanjungan' sesetengah mereka seperti Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal 'disingkirkan' begitu saja!
Bagi mendapat sokongan rakyat pada detik sangat penting ini, adalah mustahak untuk barisan pembangkang membuktikan bahawa mereka adalah 'pilihan terbaik' bagi menggantikan Umno BN. Perkara ini perlu dilakukan segera kerana masa yang ada tidak lama - hanya dua tahun menjelang PRU ke-14.
Berdasarkan lebih 1,000 orang yang hadir pada majlis GHB di Bukit Piatu, dapat disimpulkan bahawa rakyat 'tetap' bersama 'Pakatan Rakyat' sekalipun kerjasama ini diumumkan sudah mati oleh kedua-dua pihak PAS dan DAP.
Seperti kata Salahuddin Ayub (timbalan pengerusi penaja GHB) di majlis itu, pada PRU ke-13 lalu (Mei 2013) rakyat bukan memberi sokongan kepada parti-parti individu tetapi kepada 'Pakatan Rakyat', kini perikatan pembangkang dan NGO tidak mempunyai masa yang banyak sebaliknya membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik untuk masa depan rakyat dan negara.
Pada PRU lalu, rakyat sudah membuktikan bahawa mereka bersedia membenam Umno-BN dengan memberikan sokongan lebih 51 peratus (undi popular) kepada Pakatan Rakyat, jadi kini gabungan kerjasama pembangkang perlu memberi harapan kepada kepercayaan rakyat itu.
Perjuangan sekarang ini adalah berpusat di tangan rakyat - mereka (ahli parti pembangkang, yang tidak berparti, yang berdiri atas pagar malah sebahagian ahli Umno BN) bersatu untuk mengundurkan keboborokan Najib-Rosmah, jadi apa ditunggu lagi...moh kita akhiri dan kuburkan parti pemerintah berslogankan 'dulu, kini dan selamanya'. Seperti kata seorang pemimpin - Mahathir dan Ku Li pun bersedia menyertai kita!
Ya parti ini tetap akan mati...persoalannya bila? Kalau mahu kuburkannya cepat, sekarang adalah masa terbaik - tajamkan fokus kepada isu Najib-Rosmah, percaya seluruh rakyat sedang mendidih darah mereka!~http://lanh14.blogspot.com/
Sumber DD - 27-8-2015
Why did Najib use the word ‘bangsat’?
Posted on Thursday, August 27 @ 09:50:04 MYT by paktam
By Mohsin Abdullah What’s English for “bangsat”?Some media translate it as “bastard“ or “bastardised”. Others use “destitute”.If we Google Malay or Indonesian to English online dictionaries, we are told the meaning of “bangsat” is “extremely poor, destitute rogue, rascal, vagrant” – even “mother-f***** and “ar******”.
Whatever the definition, it’s something nobody wants to be called or labelled as.Add “ter” in front of the word (to become “terbangsat“) and it can only mean very very …… (pick any of the above meanings).
Hence when Prime Minister Datuk Seri Najib Razak chose “terbangsat” to describe what the Malays would be should Umno lose power, it can be read as an indication of “just how determined” (to detractors, it’s “how desperate”) the PM is in wanting to hold on to power.
The “deductive reasoning” (well, sort of anyway) is this: Najib want the Malays to support Umno which must be strong, and this can only be achieved if the party is united – meaning all party members must be as one and not go against the president.
Bear in mind Umno has always propagated no contest for its top posts in the name of party unity despite saying party elections are part of the democratic process which it claims to embrace.
So “terbangsat” comes into play to scare the songkok off the Malays. Threatened, the Malays would be “pressured” to “sokong” Umno, and Umno members who are overwhelmingly Malay would have to rise up to that by forging unity even if they do not agree with the party president.
So goes the “reasoning”, rightly or wrongly.
It’s clear that Najib is cheesed off with what’s happening in the party now.
He is still very much in control. Make no mistake about that. But between heaps of prises come voices of discontent – or rather, dissent.
And they’re getting louder. Although those voicing it out – in the open, that is – are not there in term of numbers, and follow-up action to go with the discontent is wanting, “undercurrents” – now that’s a different story.
Umno insiders admit “keadaan sangat teruk”. The main grouses of the “akar umbi” are the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) fiasco and RM2.6 billion donation which made its way into the president’s personal bank accounts. That’s a given.
To cut a long story short, many in the party feel Najib is fast becoming a liability, if he’s not one already.
Aggravating the situation is the band of Najib cheerleaders, including ministers, who in their eagerness to defend their boss make statements which do not do justice to their objective.
This is akin to the Malay saying, “sokong bawa rebah”. Doing more damage than good. Still, Najib is fighting back, and fighting hard.
All in Umno know the present situation cannot be allowed to continue.
Perhaps some folk in the party are hatching something to enable Umno to come out of the current turmoil.
But no one is talking of such a plan – if there is one in the first place.
Sumber DD - 27-8-2015
40 tahun berjuang tapi masih dianggap khianat
Posted on Thursday, August 27 @ 08:57:04 MYT by paktam
Oleh TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy
Jamaluddin, ketua pemuda Umno, dan barisan exco pemuda Umno
Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya
tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma
politik RM2.6 bilion kepada perdana menteri.
Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani ketua Pemuda
yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan
ajaran Islam.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy
kepada kedudukan saya sebagai timbalan presiden Umno yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai, ahli-ahli Umno
akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan, dorongan dan
kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi
menyelamatkan Umno, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada
landasan yang betul.
Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara
berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus
ke dalam kancah negara yang gagal (failed state).
Iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik
yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak
terkawal dan sentimen pelabur yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh
menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal.
Mudah-mudahan Allah SWT menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.
Langkah pembetulan
Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan
supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera.
Sebagai timbalan presiden Umno, saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti,
iaitu di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi.
Saya lakukan ini kerana saya sayangkan Umno.
Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.
Namun, malangnya terdapat segelintir individu di
dalam Umno sendiri yang lantang mengkritik saya.
Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah
mengecam kita.
Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan.
Mereka menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga
Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan.
Seorang ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak saya meletak
jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan.
Jangan mudah menuduh
- 2 Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.
Kepada mereka ini ingin saya ingatkan, sejarah sumbangan saya kepada Umno cukup panjang.
Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun.
Umno di Johor sehingga Umno kembali kuat dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar
kemenangan Umno dan BN dalam setiap pilihan raya umum.
Saya juga tetap setia bersama parti ketika Umno menghadapi pelbagai krisis.
Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak
jawatan.
Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya
untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara.
Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh
kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam
kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertakwa kepada Tuhan.
Kepada Allah saya berserah.
Sumber DD - 27-8-2015
RM2.6b: Muhyiddin hargai pandangan
berani Khairy
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah
kepada Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno, dan barisan Exco Pemuda Umno Malaysia atas
kenyataan berani mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara
seperti 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri.
"Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani Ketua Pemuda yang saya percaya
dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam," ujar
Timbalan Presiden Umno itu dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam laman facebook beliau.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda
Umno, dan barisan Exco Pemuda Umno Malaysia atas kenyataan berani mengenai hal ehwal
negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej negara seperti 1MDB dan derma politik
RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri. Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani
Ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan yang teguh
berpandukan ajaran Islam.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan Saudara Khairy
kepada kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden Umno yang dipilih oleh para perwakilan dalam
pemilihan parti. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai,
ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan,
dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan menegakkan
kebenaran demi menyelamatkan Umno, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda Umno dalam meletakkan semula Malaysia pada
landasan yang betul. Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda
negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia
akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state). Iklim ekonomi dunia yang tidak
menentu, nilai ringgit yang semakin merudum, kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga
barang dan kos sara hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur yang
dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh menyebabkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang gagal. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjauhi kita daripada sebarang
malapetaka, na’uzubillahi min zalik.
Atas kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya di dalam kerajaan
supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan segera. Sebagai Timbalan Presiden Umno,
saya menyampaikan kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis
Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang saya
dijemput hadir sebagai perasmi. Saya lakukan ini kerana saya sayangkan Umno. Pemimpin datang
dan pergi, tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan membela agama,
bangsa dan negara.
Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam Umno sendiri yang lantang mengkritik
saya. Lumrah apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan, maka akan ada
segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah mengecam kita. Mereka ini ada antaranya
yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan. Mereka menuduh saya menjadi
pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya
meletak jawatan. Seorang Ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak
saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia meletak jawatan. Semua
ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.
Kepada mereka ini ingin saya ingatkan. Sejarah sumbangan saya kepada Umno cukup panjang.
Saya telah berjuang di dalam Umno lebih 40 tahun. Malah, ketika Umno diharamkan dahulu, saya
mengambil tanggungjawab untuk membina semula Umno di Johor sehingga Umno kembali kuat
dan negeri Johor menjadi penyumbang terbesar kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam
setiap pilihanraya umum. Saya juga tetap setia bersama parti ketika Umno menghadapi pelbagai
krisis. Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.
Namun, semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara. Saya yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita berpegang teguh
kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan
bertakwa kepada Tuhan.
Kepada Allah saya berserah. - HARAKAHDAILY 26/8/2015 Sumber HD - 26-8-2015
Khir Toyo dirawat di IJN Posted on Wednesday, August 26 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo disahkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi.
Mengesahkan berita tersebut, sumber terdekat kepada Mohamad Khir berkata, keadaan beliau dilaporkan stabil.
Menurut sumber tersebut lagi, Mohamad Khir dimasukkan ke Hospital Selayang pagi tadi selepas terjatuh ketika berjoging.
“Doktor akan tahan beliau untuk malam ini. Pemeriksaan sudah dilakukan dan buat masa sekarang, kami semua masih menunggu keputusan daripada ujian tersebut.
“Pada mulanya beliau dimasukkan ke Hospital Selayang, kemudiannya beliau dirujuk ke IJN,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Menurut sumber itu lagi, Mohamad Khir ditemani isterinya di pusat perubatan tersebut.
Mohamad Khir dijadualkan mendengar keputusan rayuan akhir penghakimannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan unit banglo.
Sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepadanya, Mohamad Khir akan dibebaskan namun, jika keputusan sebaliknya, beliau akan menjalani hukuman penjara mulai esok.
Pada 23 Dis 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Mohamad Khir, 49, bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya Zahrah Kechik, 47, dua plot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, pada 2007 daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni, dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadapnya. - Sinar Sumber TKO - 26-8-2015
Dr Mahathir cabar Zahid dedah siapa penderma Arab RM2.6 bilion Posted on Wednesday, August 26 @ 21:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.
Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu
"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang
memberi derma tersebut.
"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan
banyak negara lain.
"Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama
bank yang digunakannya.
"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu.
Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari
ini.
Dr Mahathir berkata segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan pasukan petugas khas
yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
"Namun Najib membubarkan pasukan petugas itu dengan memecat peguam negara, menghantar
ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia kerajaan," katanya.
Zahid pada 22 Ogos mengakui bertemu secara peribadi dengan wakil penderma dari Timur
Tengah itu dan berkata sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno
memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan
pemegang amanah dana itu
"Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan.
Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma," katanya.
Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan
dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya mengatakan mereka
adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".
Pendedahan mengenai wang derma RM2.6 bilion itu pertama kali dilaporkan Sarawak Report
pada awal Julai. Sumber TKO - 26-8-2015
Ulas dana RM2.6b, Dr M bangkitkan isu 'cuci duit' Posted on Wednesday, August 26 @ 21:04:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Walaupun bank harus mempertahankan kerahsian perbankan, institusi kewangan itu juga patut melaporkan kemungkinan berlaku aktiviti pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Bank-bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat tidak patut menyimpan
rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri,” kata Mahathir ketika mengulas isu
derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir berkata, apabila wang curi dimasukkan ke dalam bank, tujuannya tentulah untuk
menghalalkannya melalui pengubahan wang haram.
Menyentuh isu akaun perdana menteri di Ambank yang ditutup, Mahathir berkata, apabila
sesebuah akaun ditutup tidak bermaksud ia diambil secara tunai.
Malah, katanya, ia boleh dipindahkan ke pelbagai bank lain.
“Tetapi kita belum dengar sebarang bank laporkan wang ini bersama mereka. Dua akaun dilapor
dibekukan di Singapura. Adakah ini semuanya.
“Sudah tentu pemegang akaunnya patut disiasat,” tulisnya dalam blog.
Sumber TKO - 26-8-2015
Zahid perlu buktikan wujud unsur jenayah dalam ‘plot’ tidak percaya
Posted on Wednesday, August 26 @ 10:23:46 MYT by paklang
Oleh Alyaa Alhadjri Dia bertindak terburu-buru dan menyerang terlebih dahulu. Tetapi tidak
mengenai sasaran, kini nampaknya Timbalan Perdana Menteri Ahmad
Zahid Hamidi sudah tersasar jauh daripada sasaran dan serangannya itu
mungkin berbalik kepada dirinya semula mengenai dakwaan wujudnya
plot menggulingkan kerajaan.
Kenyataan terbaru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) melencongkan lagi
sasaran Zahid, dengan beban sekarang terletak kepada Zahid untuk membuktikan wujud elemen
jenayah dalam plot untuk “menggulingkan kerajaan” yang didakwa melibatkan seorang pemimpin
kanan Umno.
Juga terpulang kepada Zahid untuk membuktikan yang plot tersebut- yang telah dinafikan wujud
oleh pemimpin Barisan Nasional dan Pembangkang- tidak lebih sekadar taktik mengalihkan
perhatian daripada isu lain negara yang lebih penting.
Dia kemudiannya membuat dakwaan lanjut yang dia sudah mengatur pertemuan di antara “orang
tua” dan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, walaupun ia dibatalkan pada saat akhir kerana
orang tua itu segan dirakam kamera.
Bertentangan dengan dakwaan Zahid, sangat jelas yang menyingkirkan perdana menteri melalui
undi tidak percaya di Parlimen atau memberikan petisyen secara langsung kepada Yang di-Pertuan
Agong, adalah amalan yang boleh diterima dalam sistem demokrasi.
Walaupun Zahid berkata yang dia sudah menghantar bukti plot tersebut kepada polis, Khalid
sebaliknya pada 24 Ogos berkata yang mereka tidak akan masuk campur dalam dakwaan seorang
ahli politik kanan Umno cuba menyingkirkan Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Khalid, dipetik berkata oleh laman berita dalam talian Malaysiakini, berkata: "Perkara ini tidak
melibatkan polis. Kami hanya mengambil berat berkaitan cubaan menggulingkan kerajaan atau
perdana menteri melalui cara yang tidak demokratik,"
Khalid berkata yang sekiranya tidak wujud elemen jenayah, perkara itu perlu diselesaikan oleh
parti politik.
"Bila saya cakap polis akan melihat laporan itu bermaksud apa sahaja laporan polis yang dibuat,
kami terikat untuk melihat bagi menentukan jika ada unsur jenayah, maka waran siasatan akan
dikeluarkan dan tindakan dari pihak kami.
"Jika tiada, kami tidak akan meneruskan siasatan. Saya harap pengkritik harus faham perkara ini,
" dia dipetik berkata.
Pada 17 Ogos, Khalid mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan dakwaan Zahid, berkata yang
siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan dengan aktiviti yang
mengancam demokrasi berparlimen.
Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan bahawa: “ Sesiapa sahaja, dengan apa cara sekalipun,
langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen boleh
dihukum dengan penjara sehingga dua puluh tahun.”
Pemerhati, bagaimanapun, berkata yang aktiviti berkaitan dengan dakwaan untuk “menjatuhkan
kerajaan” perlu melibatkan keganasan atau paksaan.
Pada 22 Ogos pula, Zahid telah mengesahkan yang memang wujud plot untuk menjatuhkan
kerajaan.
Dia dilaporkan berkata dia telah menerima laporan perisikan tentang perkara tersebut menerusi
bidang kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri.
“Laporan perisikan ini disahkan oleh beberapa agensi...ia telah ditapis dan disahkan sebelum
sampai kepada saya,” katanya, seperti dipetik oleh Malaysiakini.
Dia juga menegaskan yang modus operandi plot tersebut ialah mengumpulkan akuan berkanun (SD) dari MP Barisan Nasional dan Pembangkang untuk membuktikan Najib sudah tidak diyakini dan perlu diganti.
Pada 20 Ogos, SemutHarian telah memetik kenyataan pakar perlembagaan Prof Dr Shad Saleem
Faruqi yang berkata bahawa tidak salah untuk MP menyingkirkan PM selagi mana tidak wujud
unsur rasuah atau cubaan melanggar sistem sedia ada.
Nazir bersuara lagi bimbang ekonomi, ketengah arca lembu rebah Posted on Wednesday, August 26 @ 06:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Pihak di tampuk kuasa patut berhenti mengeluarkan “kata-kata bodoh” supaya tidak menjejaskan pemulihan ekonomi negara, kata Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak.
Beliau hari ini memuat naik sekeping gambar arca lembu yang rebah untuk menggambarkan
keadaan pasaran yang lemah serta melontarkan persoalan sama ada ia telah mati.
“Mati atau cedera? China akan tentukan,” tulis adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu
ketika menyentuh berhubung pasaran-pasaran baru.
“Terima atau sesuaikan dengan segera.
“Sementara itu, modal bersifat amat sensitif; berita buruk dan petanda buruk lebih memberi kesan,
jadi orang 'berkuasa' mesti elak cakap perkara bodoh,” tulisnya lagi.
Nazir membuat kenyataan itu selepas ringgit melepasi tahap RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat
(AS), prestasi terburuk dalam 17 tahun.
Berbanding ekonomi serantau juga, ringgit juga menunjukkan nilai lemah.
Sebagai contoh, pada Isnin, ringgit mencecah 3 untuk sedolar Singapura, sebuah rekod rendah
terbaru.
Kelembapan ekonomi global antaranya banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi China. - MK
Sumber HD - 26-8-2015
Mat Taib perlu gegar Umno
Posted on Tuesday, August 25 @ 23:53:52 MYT by tokdalang
Oleh Mohd Azhar Abd Rahman "Saya fikir sekarang sampai masanya satu perubahan dilakukan supaya
pengisian pembangunan yang dinamik mesti ada rohnya," Itulah ungkapan
yang dikeluarkan Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib pada 22 April
2013, dua hari selepas penamaan calon PRU ke-13 dalam sidang media
pengisytiharannya secara rasmi untuk bersama PAS.
Kemasukannya ke dalam PAS bukanlah sesuatu yang begitu menggemparkan bagi sesetengah
pemerhati tetapi sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada PAS yang semakin memuncak
popularitinya dalam suasana pilihan raya.
Semasa di dalam PAS beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat
membantu Mahfuz Omar. Namun kredabilitinya dan ketokohannya tidak begitu menyerlah. Beliau
hanya tampil dalam program-program di peringkat kawasan dan negeri dalam ceramah-ceramah
sambil memuji-muji kepimpinan yang ada dan berharap audien berubah untuk menyokong Pakatan
Rakyat. Beliau tidak pernah tampil dengan pendedahan yang luar biasa seperti Mahfuz Omar yang
membuat sidang media untuk menghubungi Sirul Azhar di Australia berkali-kali di hadapan ratusan media menggunakan telefon bimbitnya sambil memegang powerbank.
Mat Taib dari segi politik semasa bersama Umno boleh dikatakan berjaya dengan beberapa jawatan
penting pernah disandangnya. Antaranya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri selama 4 penggal
(1982, 1986,1990,1995), Menteri Besar Selangor (1986-1997), Naib Presiden Umno (2000-2003),
Ketua Penerangan Umno, Ahli Dewan Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Melihat kepada rekod jawatannya, beliau sepatutnya menjadi ‘senjata’ penting bagi PAS sebelum
ini tetapi tidak seperti yang diharapkan. Kehadirannya dalam PAS dilihat biasa-biasa sahaja. Tidak
memberi banyak impak. Mungkin kerana kemasukannya ke dalam PAS melalui Tuan Guru Haron
Din menyebabkan beliau terikut-ikut rentak politik TGHD. Atau masih dihantui bayang-bayang
silam.
Mutakhir ini beliau dilihat bersama pimpinan GHB dalam banyak siri ceramah dan penerangan ke
seluruh pelusuk tanah air. Wajah Mat Taib antara yang paling kerap dipaparkan dalam kain-kain
rentang dan poster-poster program GHB. Sama banyak dengan Mat Sabu. Tentulah sesuatu yang
lebih segar dan bersemangat harus ditampilkan beliau. Namun, sehingga kini, Mat Taib tidak lebih
daripada sebagai pemanas kerusi penceramah di atas pentas. Masih seperti dia di dalam PAS
dahulu.
Mat Taib seharusnya hadir dengan sesuatu yang boleh menakutkan BN. Sebagai bekas ahli dan
kepimpinan Umno, beliau pasti lebih faham apa yang akar umbi Umno mahukan. Beliau
seharusnya menjadi perancang dalam membawa seberapa banyak ahli-ahli Umno yang mempunyai
maruah dan ingin berhijrah untuk bersama beliau. Beliau juga sepatutnya menjadi orang yang
bertanggungjawab untuk membawa orang-orang Umno yang mahukan pembaharuan.
Mat Taib harus memainkan peranan itu. Jangan sekadar hanya menjadi tukang sorak apabila
sekumpulan AJK PAS kawasan dan cawangan letak jawatan dan berhijrah keluar parti. Di mana
ahli Umno? Takkan 3 juta ahli Umno, tak ada seorang pun yang berminat untuk bersama GHB.
Mat Taib perlu lakukan sesuatu. Tapi janganlah sampai membeli.
Saranan kepada Mat Taib ini bukanlah untuk merendah-rendahkan kemampuan beliau. Bukan untuk melemahkan semangat beliau. Tetapi mahu melihat beliau memainkan peranan lebih besar dalam GHB. Mat Taib perlu menggunakan pengalaman beliau semaksimum mungkin bagi memberi sumbangan kepada GHB. Gerakan besar-besaran juga harus dilakukan terhadap kubu-kubu Umno. Kita mahu lihat Mat Taib lakukannya. Kita tak mahu lihat Mat Taib hanya sekadar ‘ajinomoto’ dalam GHB.
Sumber DD - 25-8-2015
10 Perbezaan Ketara Komen Rakyat Singapura Dan Rakyat Malaysia Terhadap PM Masing-Masing Posted on Tuesday, August 25 @ 23:12:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Farouq Johari
Lee Hsien Loong vs Najib Razak
Bila orang suka kita, apa yang kita buat semuanya nampak indah belaka. Tapi bila orang dah tak suka, buat apa pun akan jadi tak kena.
1. Bila Lee Hsien Loong lawat kawasan dan jumpa penduduk setempat, semua puji tempat tu cantik dan ada yang menyesal tak dapat jumpa PM
4. Bila Lee Hsien Loong cakap pasal perumahan selamat dengan persekitaran yang baik, semua orang berterima kasih dan rasa bersyukur tinggal di Singapura
Image via Facebook Lee Hsien Loong Bila Najib umum skim perumahan mampu milik untuk rakyat, orang suruh #NajibLetakJawatan dan persoal mana pegi duit berbilion-bilion yang hilang tu
6. Bila Lee Hsien Loong cakap pasal perpaduan rakyat Singapura yang sentiasa mendahulukan negara, semua orang setuju dan respect. Ada jugak orang Malaysia yang puji nilai yang orang Singapura tunjukkan.
Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP? Posted on Tuesday, August 25 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Assalamualaikum Tun Mahathir,
1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi”
yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.
2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu bahawa beliau mengambil
alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda
berbanding 2008 dan juga 1999. Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor,
Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.
3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008,
Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya
merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib
ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.
4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David
versus Goliath”. Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya
Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni
perniagaan yang berifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham.
5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan
UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga
tertanya-tanya soalan ini.
6. Tun sendiri menulis, “Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah
wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah
Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang
tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion
Ringgit.”
7. Pada 2008 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak
RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi
Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.
8. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun
sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang
lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.
9. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk
kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang
kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.
10. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan
Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang
hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang
mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah
Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.
11. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain
menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.
12. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam
pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti
yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.
13. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini
sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri
sebelum ini.
14. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak
lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun.
Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun
minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.
15. Masa untuk muhasabah diri. Selamat hari raya, maaf zahir batin Tun.
Amin Yatim
Petaling Jaya
Sumber TKO - 25-8-2015
Rakyat Malaysia tidak perlu diheret ke dalam krisis kepimpinan Umno
Posted on Monday, August 24 @ 22:54:54 MYT by tokdalang
Oleh Jimmy AditDalam tindakan terdesak sesetengah pihak untuk menyingkirkan Perdana Menteri Najib Razak
daripada jawatan, rakyat Malaysia secara umumnya tidak terlibat.
Kelangsungan politik Najib bergantung kepada Umno, bukan rakyat
Malaysia. Samada rakyat Malaysia berada di belakangnya atau menyokong
Dr Mahathir Mohamad tidak penting. Apa yang penting adalah Umno.
Rakyat Malaysia tidak berhak berkata apa-apa dan mereka juga tidak berkuasa pada tahap ini.
Umno punya segala kata putus. Kuasa terletak pada Umno.
Giliran rakyat Malaysia ialah pada tahun 2018 apabila pilihanraya umum sepatutnya diadakan.
Sehingga kini, Umno nampaknya masih belum bersedia dan rela untuk berpisah dengan Najib,
akibatnya, dia masih terus kekal kukuh seperti biasa.
Mahathir mungkin bergabung dengan semua tokoh politik terkemuka Malaysia- bekas saudara
berganding bahu, musuh dalam Umno lama, malah musuh sepanjang hayat dalam barisan
Pembangkang- tetapi sekiranya dia tidak mampu memenangi Umno, kedudukan Najib tidak akan
terancam.
Sehingga Umno memutuskan yang ia sudah bosan dengan Najib, tiada apa yang boleh dilakukan
oleh rakyat Malaysia, termasuklah Mahathir.
Umno kata Najib masih perdana menteri, maka dia masih, walau apapun yang dilakukan atau
dirancang oleh Mahathir.
Najib masih berkuasa kerana Umno, dia hanya akan disingkirkan sekiranya Umno tersingkir.
Mahathir tahu perkara ini, tetapi adakah dia rela menyingkirkan Umno?
Tidak, Mahathir tidak rela. Dia terdesak mahu menyingkirkan Najib, tetapi masih percaya yang
kerajaan BN aka Umno perlu terus kekal: “ Mereka (MP BN) tidak akan menjadi alat penting
untuk menjatuhkan kerajaan BN. Jika Pembangkang benar-benar mahu menyingkirkan Najib,
mereka hanya boleh berbuat demikian jika Najib berundur tetapi kerajaan BN akan terus kekal,
dipimpin oleh pemimpin yang berbeza.”
Pemimpin berbeza bermaksud orang Umno juga. Pastinya bukan Anwar Ibrahim, bukan Lim Kit
Siang, bukan Wan Azizah.
Memikirkan kembali, bukankah satu-satunya matlamat Pembangkang ialah untuk menyingkirkan
Najib? Jadi adakah Pembangkang juga memikirkan yang hanya Najib satu-satunya masalah di
Malaysia? Mereka juga merasakan yang pengganti Najib akan menjadi perdana menteri yang lebih
baik? Saya tidak rasa begitu.
Pembangkang tidak akan merampas Putrajaya walaupun
Najib gagal dalam undi tidak percaya. BN aka Umno
akan terus berkuasa. Pembangkang tidak patut membantu
Mahathir dalam pertarungannya dengan Najib.
Mahathir sedang bergelut dalam pertarungan sukar dalam Umno, tetapi ia perjuangan yang berbaloi dilalui kerana apa yang menjadi gadaian kini ialah jawatan kepimpinan
tertinggi, jawatan paling utama dalam negara kini.
Tidak hairanlah Mahathir rela untuk berkongsi hasil dengan Pembangkang!
Banyak hasil untuk dikongsi bersama.
Menjadi mantan perdana menteri, dia tahu apa rasanya menjadi ahli politik no 1 Malaysia.
Jawatan itu memberikan pemegangnya kunci kepada semua pintu peluang, dan Najib telah
membuka pintu yang Mahathir sendiri tidak ketahui wujud sewaktu dia memerintah.
Selain itu, perjanjian yang berlaku pada masa kini sangat mewah kalau dibandingkan dengan
tempoh dua dekad dia memegang jawatan sehingga hasil pemerintahanya dulu kelihatan seperti
gaji bulanan minimum RM 900 di semenanjung dan RM 800 untuk Sabah dan Sarawak.
Najib di dakwa meraih berbilion dalam masa yang cukup singkat, dia perlu disingkirkan, maka
kerana itu Mahathir menggoncangkan Umno.
Perdana menteri perlu dalam kalangan orang Umno, dan kerana itu, hanya Umno boleh
membuat keputusan. Jika ada percanggahan pendapat, ia perlu diselesaikan dalam Umno. Ia satu
pergelutan kuasa dalam Umno.
Tetapi Mahathir membuatnya kelihatan seperti masalah rakyat Malaysia dan ramai percaya
kepadanya kerana dia menggunakan nama Malaysia- 1MDB.
Tetapi lebih ramai lagi sepatutnya melihatnya sebagai ia satu masalah Umno.
Posted on Monday, August 24 @ 15:12:52 MYT by paktam
Oleh NYZA AYOB KUALA LUMPUR: Sebagai pemimpin negara yang diberi amanah
mentadbir negara, Dato’ Seri Najib Razak
sepatutnya sedar apabila seseorang itu dipilih menjadi pemimpin, beliau merupakan tempat bergantung harap rakyat dan negara.
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
(DMPM), Ustazah Nuridah Salleh berkata, apabila Najib membuat perbandingan kepimpinannya dengan sebelum ini, ia menggambarkan kegagalannya menjadi nakhoda sebuah negara.
“Rakyat memberi mandat kepada beliau menjadi Perdana Menteri
dengan harapan dapat menyelesaikan masalah yang lalu dan bukan membuat masalah yang baharu. Tetapi apa yang berlaku beliau yang sedia ada,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Menurut beliau, adalah tidak adil Najib membuat perbandingan kejatuhan nilai ringgit hari ini dengan waktu
pemerintahan Tun Dr Mahathir kerana harga barangan hari ini amat berbeza dengan
waktu dahulu, tambahan pula selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Tegasnya, Najib sebenarnya tidak dapat mengelak diri daripada keresahan yang
ditanggung masyarakat yang amat tidak selari dengan slogan yang dilaungkannya sebelum ini untuk mendahulukan rakyat.
Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul
Hamid mempersoalkan apakah membandingkan kegagalan yang lalu boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi negara sekarang.
Katanya, kenyataan yang diberikan Najib itu menggambarkan beliau pemimpin yang
tidak bertanggungjawab dengan amalan sindrom penafian yang memalukan negara.
“Negara tidak akan keluar daripada polemik politik dan kewangan sekarang dengan
sikap bebal sebegini.
Najib seolah berlepas tangan sedangkan rakyat mahu penjelasan dan penyelesaian
bukan penafian.
“Malaysia akan hadapi imej hilang keyakinan untuk menyelesaikan masalah dan
krisis akan meluntur kepercayaan dunia kepada Malaysia,” katanya sewaktu dihubungi
Beliau menegaskan, apa yang rakyat mahu ialah membetulkan kepincangan dan
penyelewengan serta mencari punca masalah dan menumpukan kepada merungkai punca.
Katanya, suara keresahan kepada masalah sudah berkali-kali disuarakan rakyat,
pegawai kerajaan dan anggotan parti sendiri.
Namun apabila jawapan Najib ialah menafikan dan membandingkan dengan zaman
sebelum beliau, ia merupakan amalan yang tidak pernah dilakukan oleh pemimpin terdahulu.
Justeru katanya, Najib tidak boleh bersikap bebal menghadapi teguran dan mengelak
daripada memberi maklum balas kepada soalan yang dibangkitkan sehingga kini dengan dijawab dengan penafian.
“Semakin lama Najib mengelak daripada memberi respons yang tuntas selagi itu
kepimpimpinannya semakin dipersoal,” katanya.
Najib sewaktu berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Gerik
baru-baru ini berkata, krisis politik yang dialami Umno dan kejatuhan nilai ringgit ketika era Perdana Menteri sebelum ini lebih buruk berbanding dalam tempoh pentadbiran beliau ketika ini.
Katanya lagi, kejatuhan nilai mata wang negara hari ini tidak seteruk pada 1997 serta
membuat perbandingan negara lain yang mengeksport komoditi semuanya mengalami kejatuhan termasuk New Zealand yang lebih teruk dari Malaysia.
Sumber DD - 24-8-2015
Habislah Najib? – Bahagian 2
Posted on Monday, August 24 @ 11:16:07 MYT by paklang
Oleh Timmy Say
Artikel Habislah Najib? ditulis pada Mei selepas menghuraikan mengapa
Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai perdana menteri
meskipun ramai meramalkan beliau akan habis pada Jun mahupun Julai
ketika isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletup.
Kini, persoalan mengenai riwayat politik Najib bergema lagi dengan
rancangan undi tidak percaya terhadap beliau.
Undi tidak percaya ini bersifat demokrasi pada asal murninya. Namun, apabila ia diletakkan
di dalam konteks Malaysia, ia satu perkiraan politik yang melibatkan pengkhianatan dan juga
rundingan keuntungan politik.
Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad, rancangan ini hanya boleh berjaya jika Najib disingkirkan dan
Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan. Beliau meminta bantuan pembangkang untuk
memikirkan cara kerana beliau sudah kehabisan peluru untuk menurunkan Najib.
Masalahnya, jika pembangkang sudah berjaya mendapat 30 ahli Parlimen BN untuk membuang
Najib, sudah tentu golongan yang sama ini juga mempunyai kuasa menentukan siapa perdana
menteri seterusnya.
Pada ketika itu, mengapa mereka harus lagi berpegang pada kata-kata Dr Mahathir untuk
mengekalkan BN sebagai kerajaan sekiranya mereka boleh melantik seseorang di kalangan
mereka sendiri menjadi perdana menteri ke-7?
Dengan godaan kuasa yang sebegitu besar dan impian untuk melihat 30 ahli Parlimen BN yang
khianat itu akan digolongkan sebagai katak yang bakal meretakkan kestabilan BN, cadangan Dr
Mahathir agar kerajaan BN dikekalkan hanyalah angan-angan.
Barangkali adalah lebih baik Dr Mahathir mencuba taktik mengisytiharkan diri keluar Umno
terlebih dahulu sepertimana dilakukan beliau ketika mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi atau
Pak Lah melepaskan jawatan perdana menteri.
Bukan itu sahaja, cara pemikiran pembangkang yang meletakkan kepentingan politik masing-
masing menjadi keutamaan dalam menjayakan rancangan undi tidak percaya terhadap Najib juga
merupakan masalah besar.
Tiada siapa sanggup meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan parti serta
diri sendiri.
Sebelum rancangan ini dapat dilaksanakan, sudahpun ada parti menuntut itu dan ini sebagai
balasan menyokong rancangan tersebut. Dengan perbalahan yang terus berlaku di kalangan
pembangkang, tidak dapat dibayangkan kecelaruan politik yang bakal berlaku selepas berlakunya
undi tidak percaya terhadap Najib.
Apakah mereka boleh bersetuju dengan calon perdana menteri yang baharu? Apakah mereka
boleh bersetuju siapa yang bakal memasuki Kabinet, memandangkan DAP masih tidak dapat
berhenti menyerang PAS sehingga hari ini?
Yang bakal wujud bukanlah satu kerajaan peralihan, tapi satu kerajaan tergantung yang tidak
mampu membuat keputusan penting demi negara dan ekonomi kerana perbalahan yang terus
berlaku.
Selain itu, peratusan kaum di kalangan ahli Parlimen yang menyokong undi tidak percaya kepada
Najib dan melantik perdana menteri baharu juga akan menjadi pertikaian.
Sekiranya komposisinya tidak mewakili komposisi pecahan kaum rakyat Malaysia, percayalah
keadaan negara akan menjadi mudarat berbanding hari ini kerana ada pihak akan memainkan
sentimen dan merasakan kerajaan yang ada sudah dirampas atau jatuh ke tangan tidak sepatutnya.
Persoalan lebih penting ialah, apakah ada calon yang sesuai menggantikan Najib hari ini, yang
akan meredakan keadaan dan diberi peluang untuk mentadbir daripada sibuk menangkis
pergerakan politik dan menjawab serangan-serangan daripada para pengkritik?
Jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipilih, apakah Umno boleh menerimanya tatkala Tan Sri
Muhyiddin Yassin masih timbalan presiden Umno? Bolehkah Umno menerima Muhyiddin
tatkala Zahid ialah timbalan perdana menteri? Dua soalan mengunci Umno daripada bergerak dan
akan terus berbalah jika Najib tidak kekal sebagai perdana menteri.
Jika ada pihak ketiga (pilihan pembangkang) selain Zahid dan Muhyiddin dipilih sebagai
pengganti, beliau akan berada dalam keadaan getir kerana bila-bila masa sahaja beliau bakal
menghadapi undi tidak percaya oleh ahli-ahli Parlimen BN apabila separuh daripada 30 ahli
Parlimen BN yang berpaling tadah kembali ke pangkuan BN. Keadaan itu akan hanya membawa
Malaysia ke ketidakstabilan berbanding sekarang.
Sehingga hari ini, sebenarnya tiada siapa termasuklah Dr Mahathir, yang ada idea penyelesaian
terhadap masalah politik negara dan ekonomi.
Yang ada ialah idea meneruskan perbalahan sambil melihat nilai ringgit, simpanan negara dan
bursa terus menjunam sama ada di dalam dan luar Umno.
Oleh itu, buat kali keduanya, Najib tidak habis lagi.
Dengan menjunamnya nilai ringgit, harga minyak sedunia, pelaburan asing dan jumlah pelancong
ke dalam negara, waktu ini adalah lebih penting untuk memastikan ekonomi negara selamat dan
rakyat boleh meneruskan kehidupan seperti biasa ekoran tindakan negara China menurunkan
nilai renmenbi daripada menentukan siapa yang bakal menang.
Memandangkan tiada jalan penyelesaian yang munasabah, dan Najib dilihat masih akan terus
mengekalkan kuasa dan pembangkang masih bercelaru, apa kata semua berhenti menyerang dan
memberikan Najib ruang dan masa mentadbir negara daripada membiarkan semua lemas bersama?
Ini satu situasi menang menang di mana Najib boleh menggunakan masa memulihkan ekonomi,
nilai ringgit dan menyelesaikan masalah 1MDB sebagai insentif memulihkan imej politik serta
keyakinan rakyat terhadapnya dan pembangkang bakal memperoleh insentif tertinggi dengan
Najib menerajui BN di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Biarlah rakyat yang menentukan nasib Najib dan BN di PRU14.
Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden UMNO itu berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini, hari ini.
Melayu akan bangsat jika Umno tiada - Najib Posted on Sunday, August 23 @ 20:44:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KANGAR: Orang Melayu akan bangsat sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Justeru Presiden UMNO menegaskan anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.
"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.
"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," katanya sambutan disambut dengan sorakan hadirin.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini, hari ini.
Beliau selaku menteri kewangan turut menggesa kepimpinan Umno untuk mencari jalan sekiranya terdapat masalah dalaman dalam negara.
Menurutnya, parti itu pernah berdepan dengan masalah sejak ditubuhkan dan sudah pasti terdapat formula bagi Umno untuk menyelesaikan masalah.
Sekalipun beliau dikritik dan terdapat cubaan mengaitkan beliau dengan pelbagai skandal, Najib berkata beliau akan meneruskan taggungjawabnya memperkukuhkan parti kerana beliau tidak mencuri wang rakyat atau melanggar undang-undang.
"Saya sudah pasti tidak akan merosakkan parti. Arwah ayah saya yang membina parti ini," katanya.
Posted on Sunday, August 23 @ 16:55:39 MYT by paktam
Oleh Hafidz Baharom Sebagai seorang bangsa Melayu yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, saya tercengang membaca berita hari ini di mana perdana menteri kita sendiri mengatakan tanpa Umno, Melayu akan 'dibangsatkan'.
Apakah Datuk Seri Najib Razak sudah lupa dia sendiri sebagai presiden Umno yang membangsatkan Melayu sepanjang tempoh sebagai perdana menteri?
Walaupun bangsa Melayu dikatakan mudah lupa, kita tidaklah begitu bangang sampai lupa siapa sebenarnya dalang dalam memporak-perandakan Melayu di Malaysia ini, sampaikan hanya datang hendak meraih undi lepas itu langsung menghilang.
Bangsa Melayu satu negara ingat sewaktu air bah datang, 200,000 rakyat Malaysia yang ramainya Melayu terbiar tanpa rumah, menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dalam khemah sahaja, perdana menteri kita sanggup sambung main golf di Hawaii.
Bangsa Melayu di Sabah masih ingat semasa gempa bumi menimpa, perdana menteri kita masih sibuk hendak ke Jeddah.
Bangsa Melayu masih ingat bila kita menghadapi kesusahan hendak mencukupkan duit gaji masing-masing tahan sebulan, memohon bantuan kawal harga, Si Najib ini sanggup kata kita tidak berterima kasih yang kerajaan dia menurunkan harga kangkung!
Malah, masih sanggup katakan "banyak sangat makanan atas meja" rakyat Malaysia!
Mohon maaf, Datuk Seri, tetapi bak kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Malaysia, malah rakyat Melayu Malaysia bukan bangang hendak terima lagi kata-kata kamu dan Kabinet kamu.
Melayu sekarang tidak mengambil lagi umpan-umpan dan kenyataan bangang yang dikeluarkan penyokong kamu.
Melayu sekarang takkan percaya propaganda yang segala isu ekonomi disebabkan Yahudi.
Melayu sekarang takkan percaya ini adalah konspirasi "orang putih", apa lagi bila Najib sendiri percaya sangat golongan ini sampai ada Paul Stadlen dalam kumpulan beliau.
Dalam apa yang sedang berlaku sekarang ini, bangsa Melayu sekarang tengah terpinga-pinga kenapa ketua parti politik yang kononnya mewakili bangsa kita sanggup membangsatkan kita semua sesuka hati.
Melayu sekarang sedang bangun bertanya dan menyanggah segala kenyataan presiden Umno.
Bak kata seorang ahli Umno di Langkawi, mereka sudah mula menyangkal kenyataan presiden yang "mengencing" bukan sahaja tiga juta ahli Umno, malah semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan parti.
Jelas sekali orang yang membangsatkan Melayu, yang pentingkan kesetiaan lebih daripada kebenaran, yang mementingkan jawatan lebih daripada bangsa sampai mengaku "darah pahlawan Bugis" tetapi kecut masuk bangunan parti sendiri berhadapan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab soalan adalah seorang pemimpin yang hilang mandat bukan sahaja dari rakyat, tetapi lebih lagi bangsa Melayu sejagat.
Kalau raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Perdana menteri kita bukanlah raja, tapi seorang ketua parti politik Melayu yang mengabaikan tanggungjawab beliau untuk kepentingan dirinya sendiri.
Sudahlah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Lihat laman Facebook kamu sendiri boleh lihat Melayu dari mana-mana negeri pun sudah bersuara.
Kalau setakat hendak tebalkan muka sampai setebal badak sumbu Sumatera pun sudah tidak guna sebab sudah pupus.
Kalau setakat hendak alihkan perhatian kita dengan kelahiran anak panda, hendak mengangkat keadaan dengan mencampak BR1M, hendak kata duit Pak Arab yang berbilion jadi pelabur 1MDB pun tidak guna sudah sekarang ini.
Langkawi sudah bersuara. Pontian sudah bersuara. Ini Shah Alam sendiri pun sudah bersuara.
Hentikan perbuatan membangsatkan Melayu yang kamu lakukan semata-mata kerana gila kuasa nak kekal pegang jawatan perdana menteri
Sumber DD - 23-8-2015
Mengurus fitnah secara bijaksana
Posted on Sunday, August 23 @ 11:10:53 MYT by paktam
Mutakhir ini fitnah melanda tidak mengenal kasta, mangsanya rakyat marhaen dan juga pembesar negara. Ia datang dalam pelbagai bentuk, seperti ujian dan musibah bagi individu, permusuhan, perselisihan, peperangan, pembunuhan serta kefanatikan dalam bentuk kepartian dan seumpamanya.
Dan fitnah boleh berlaku kepada individu, sesuatu bangsa atau kepada sesebuah negara. Fitnah ini berupaya membakar keharmonian dan kesejahteraan si penerima, malah menghanguskan kebaikan pembuatnya.
Ia mampu meranapkan sebuah negara apabila gagal ditangani secara bijaksana dan tidak berpandukan pesanan agama.
Rasulullah S.A.W yang maksum itupun sentiasa berdoa supaya dilindung daripada fitnah. Begitu juga Imam Al-Bukhari menyebutkan dalam Sahih Bukhari, bab Kitabul Fitan dengan mengingatkan kita kepada pesan Allah, “Dan peliharalah dirimu dari fitnah yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kalian”.
Hal ini demikian kerana fitnah itu terbukti tidak menimpa orang yang zalim sahaja, namun kepada seluruh manusia.
Ledakan kepesatan teknologi komunikasi makin menambah ruang penyebaran fitnah. Dengan kewujudan media sosial atas pelbagai nama dengan pelbagai peranti canggih, manusia semakin senang mencipta dan menebar fitnah.
Banyak kes membuktikan media sosial menjahanamkan akhlak manusia kerana menyebarkan sesuatu berita tanpa etika dan adab. Sekiranya dahulu fitnah hanya disampaikan dari mulut ke mulut secara bisikan, namun sekarang manusia tidak segan silu menjaja fitnah.
Apatah lagi ia sangat mudah dilakukan. Dengan hanya menaip di papan kekunci, semua orang boleh membaca sebaran fitnah yang disasarkan. Dan mereka yang menjadi bahan fitnah akan menanggung akibat yang mungkin meranapkan sebuah kehidupan.
Fitnah juga merupakan tanda-tanda akhir zaman, di mana pada zaman ini amat sukar untuk membezakan antara hak dan batil, sebagaimana ingatan dalam sebuah hadis “Akan datang fitnah, orang yang duduk terhadapnya ketika itu lebih baik dari orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari pada yang berjalan, orang yang berjalan lebih baik dari pada yang berlari”.
Dalam menjelaskan tentang hadis ini, Syaikh Sa’ad bin Nashir Asy Syatsri menyatakan bahawa akibat kesulitan membezakan antara hak dan batil ini, manusia sukar mengenal siapakah pembela al-hak dan siapakah pula pembela kebatilan.
Melatah
Keadaan ini sangat besar kesannya kepada akidah kita kerana kesukaran mengenalpasti yang hak itu boleh mendorong kita ke lorong kesesatan.
Situasi kekaburan serupa ini telah diingatkan oleh Rasulullah SAW di mana Baginda berpesan supaya umatnya berpendirian, “Jadilah seperti anak Nabi Adam”.
Maksud Baginda supaya kita mengkaji sirah dan kisah anak-anak Nabi Adam yang ada di surah Al-Maidah dalam menghadapi kemelut fitnah ini. Sikap yang terbaik daripada pemahaman cerita ini ialah tidak membunuh sesama sendiri kerana suatu pembunuhan akan mengakibatkan pembunuhan yang lain pula.
Baginda menggesa supaya umatnya mengutamakan perkara akhirat, kerana ia akan menambah darjat seseorang yang difitnah dan mendapat kemenangan dalam erti kata yang sebenar.
Justeru itu, apabila difitnah kita hendaklah kembali kepada ajaran agama di mana kita diminta menyerahkan segala sesuatu kepada Allah SWT kerana segala sesuatu itu adalah di dalam kekuasaan-Nya.
Usahlah cepat melatah dan menuduh kepada orang itu dan orang ini kerana ia menampakkan ketidakmatangan seseorang. Kebijaksanan menguruskan fitnah berkait rapat dengan iman seseorang kerana bagi orang yang beriman dan bertakwa, mereka mempercayai hanya Allah yang boleh memberi mudarat kepada hamba-Nya.
Tidak dinafikan ramai yang kecundang dalam menghadapi serangan fitnah, tidak kira kecil atau besar seseorang itu, berpendidikan tinggi, berpangkat atau marhaen.
Kemampuan menghadapi fitnah ini bergantung kepada kekuatan iman dan akhlak seseorang hamba. Setinggi manapun ilmunya, jika dia tidak dapat mengurus emosi, fitnah boleh sahaja menjadi bahan pembakar dirinya.
Ini kerana ilmu hanya untuk menutup kebodohan diri, manakala akhlak pula untuk seseorang itu mengawal emosi. Orang berilmu tanpa akhlak akan carik maruah dan kewarasannya tatkala dicakar fitnah.
Maka cara menguruskan fitnah ini sangat penting dipelajari supaya kita tidak kehilangan maruah apabila silap bertindak.
Untuk menjadi bijaksana, paling utama ialah dengan meningkatkan akhlak mulia dalam peribadi kita kerana hanya dengan berakhlak mahmudah sahaja dapat membentengkan kita dari akibat buruk fitnah. Bayangkan apabila seseorang itu hilang akhlak, sudah pasti dia akan menyeranah semula si pembuat fitnah atau membalas dengan suatu fitnah yang lebih buruk kepada musuhnya.
Hal ini sangat bertentangan dengan ajaran agama, di mana kita disarankan supaya membalas kebaikan pada setiap kejahatan, sambil berdoa supaya orang yang zalim dan menzalimi itu berubah kepada kebaikan.
Menyedari bahayanya fitnah, Baginda berpesan kepada kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara dengan berdoa setiap kali selepas solat dengan doa, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun sekiranya kita tidak dapat mengelak diri daripada difitnah, bijaksanalah menghadapinya berpandukan ajaran agama. Berdiam diri adalah lebih baik tatkala berdepan dengan keadaan difitnah, apatah lagi sekiranya hujah yang diberikan langsung tidak bersandarkan fakta dan ilmu.
Orang yang berkualiti akan bertambah imannya apabila diuji fitnah. Akhlaknya mewangi tatkala tercabar emosi, seperti mana kata-kata Imam Syafie; ulama itu bagai kayu gaharu, apabila dibakar akan berbau wangi.- See more at: http://www.utusan.com.my
Sumber DD - 23-8-2015
Buang Khalid Samad dari Shah Alam Posted on Sunday, August 23 @ 07:21:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
SHAH ALAM - Umno Bahagian Shah Alam mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai alat DAP yang mana seolah-olah bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di kawasan tersebut.
Ketuanya Datuk Azhari Shaari berkata, oleh itu Khalid Samad perlu disingkirkan daripada bumi Shah Alam.
“Sekarang DAP sedang merangka gerak kerja untuk menghancurkan Pas dengan menaja penubuhan gerakan Harapan Baru yang lebih menjurus kepada DAP.?
“Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam juga salah seorang perlu dinyahkan dari bumi Shah Alam,” katanya dalam ucapan dasar Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di Wisma PKPS hari ini.
Jelas beliau, DAP yang disifatkan sebagai pencipta fitnah itu mampu memecah-belahkan bangsa Melayu tidak kira Umno mahupun Pas.
“DAP memang bijak dan mahir di dalam strategi politik mereka, lihat bagaimana mereka merobek dan memecah-belahkan rakan sekutu mereka iaitu Pas, dulu berpeluk arab bagai, makan bersuap sedulang, tidur sekatil sebantal, berpentas ceramah bersama.
“Tetapi sekarang Pas dianggap pengkhianat PR kerana memperjuangkan hukum ALLAH iaitu Hudud,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada ahli Umno supaya sentiasa berfikiran rasional, matang serta mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pucuk pimpinan parti.
“Parti kini memerlukan sokongan yang tidak berbelah dari kita semua dalam mengharungi badai politik yang dicipta pembangkang terutamanya DAP untuk memecahbelahkan kita dan menghancurkan agenda menegakkan syiar Islam dan ketuanan Melayu di bumi bertuah Malaysia,” ujarnya lagi.
sumber
Sumber TKO - 23-8-2015 Formula Dr Mahathir tidak menepati sasaran
Posted on Saturday, August 22 @ 21:27:52 MYT by paktam
Oleh William Leong Seruan Tun Dr Mahathir kepada pihak oposisi supaya mengundurkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri melalui undi tidak percaya tetapi mengekalkan Barisan Nasional sebagai pemerintah menyimpang daripada sasarannya. Hal ini kerana bukan sahaja Najib harus diundurkan tetapi agenda pembaharuan wajib dilaksanakan.
Sistem semak dan imbang yang dimusnahkan harus dikembalikan. Pembaharuan harus dilakukan untuk mengelakkan mereka yang diberikan kepercayaan untuk mempertahankan perlembagaan dan demokrasi daripada mempergunakan jawatan mereka untuk meneruskan kuasa pemerintahan yang tiada legitimasi. Perubahan kali ini haruslah termasuk mengeluarkan BN yang pun kehilangan kompas moral.
Sesiapa pun yang boleh berfikir secara logik akan setuju negara ini perlu diselamatkan.
Mengundurkan Perdana Menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen hanyalah satu penyelesaian berdasarkan pertimbangan politik semasa. Pembedahan major diperlukan untuk merawat kanser yang pun merebak dan menyerap ke dalam pusat pemerintahan di bawah BN selama 60 tahun. Ini terserlah apabila Dr Mahathir sendiri gagal untuk memujuk Umno dan BN supaya bersama beliau mengundurkan Najib. Seruan Dr Mahathir bukan sahaja tidak diendahkan, bahkan ramai yang berebut-rebut mengampu dan mengangkat Najib seolah-olah Najib adalah seorang bintang rock-star, pada masa yang sama, mengetepikan hukum negara dan keadilan secara melampau demi kelangsungan kuasa politik.
Seorang wanita dari Langkawi mengkritik penyelewengan yang merosakkan negara. Di mana suara pemimpin BN yang lain? Biarpun apabila pihak yang menyiasat disiasat, dikeluarkan, dipindahkan dan dipecat, BN tidak mengambil tindakan yang sewajarnya. Pasukan Khas 1MDB dibubarkan dan kini dibentuk semula tanpa penyertaan SPRM, satu-satunya institusi yang menyaksikan pegawainya menjalankan tugas dengan berani dan tidak memihak. Peguam Negara ditukarkan dan digantikan yang calon yang baru begitu sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira dilantik ke kabinet bagi memberhentikan siasatan. Tiada seorang pun daripada BN yang bertindak memperbetulkan keadaan. Malahan Gabenor Bank Negara mengakui beliau takut bercakap benar akan ditangkap. Nampaknya tiada seorang pun dalam BN yang berminat dengan kebenaran.
Undi oposisi bukan untuk jawatan. Anwar Ibrahim tidak memilih pemenjaraan kerana jawatan.
Berdasarkan kepercayaan dan keberanian yang ditonjolkan Anwar Ibrahim dan pihak oposisi sepanjang perjuangan untuk perubahan, Anwar dan pihak oposisi akan menyokong pihak yang akan melaksanakan agenda pembaharuan, memperbaharui Suruhanjaya Pilihan Raya memastkan pilihan raya yang bebas dan adil, memperbaharui kehakiman, Pejabat Peguam Negara, polis, SPRM dan agensi penguatkuasaan, menghukum mereka yang korup, mengembalikan tadbir urus yang baik, integriti dan ketelusan; mengembalikan demokrasi dan mempertahan kebebasan dalam konteks perlembagaan.
Bolehkah Dr Mahathir memberitahu kami, apakah BN akan melaksanakan semua ini jika mereka terus memegang kuasa?
Sumber DD - 22-8-2015
Bosan dengan politik Malaysia yang macam drama sabun
Posted on Saturday, August 22 @ 21:17:46 MYT by paktam
Oleh Nomy Nozwir Dahulu saya selalu membaca di akhbar dan portal berita, sama ada tempatan atau antarabangsa, bagi mengikuti berita terkini dalam negara.
Dalam mengikuti berita setiap hari, ada sahaja drama sabun yang membuatkan rakyat seperti saya ini sama ada beristighfar, menepuk dahi, atau sekadar menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Dalam kesakitan ekonomi yang makin parah, dan dalam ancaman keselamatan kerana peningkatan jenayah di kawasan pinggir bandar, politikus hanya mahu bertelagah demi kuasa dan harta.
Dan dalam setiap hari berita sebegini berhari-hari berlaku, rakyat menunggu bilakah masanya semua ini akan berakhir.
Sejak pilihan raya 2008, drama sabun politik negara ini tidak pernah berakhir.
Bermula dari tsunami politik, kemudian menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kemudian munculnya NGO seperti Perkasa, Isma, dan ditambah pula dengan pembangkang juga ada NGO mereka sendiri, dan selama hampir tujuh tahun, drama sabun ini tidak pernah tamat.
Hendak salahkan pembangkang, sudah memang tugas mereka mengkritik kerajaan. Hendak salahkan kerajaan – memang besarkan ego mereka sahajalah, sebab mereka merasa mereka tidak pernah buat silap walaupun banyak perkara yang membuatkan rakyat semua hanya mampu geleng kepala dan urut dada.
Kita mahu kerajaan yang peka dengan rakyat, bukan kerajaan yang berdelusi dan menutup telinga sambil menjerit "La La La" bila ada rakyat yang menegur.
Dan kita mahu pembangkang yang menjadi cermin kepada kerajaan untuk melihat mana silap dan salah yang hendak diperbetulkan, bukan hanya sekadar mahu mengejar untuk menjadi kerajaan.
Dengan sesama ahli parti kerajaan bergaduh, dan sesama pembangkang juga bergaduh, politik di negara ini macam sinetron, macam drama koboi, macam drama sabun.
Ringgit terus jatuh, koruptor bermaharajalela, penjilat terus menjilat, penindas terus menindas, politikus bergaduh tak tentu hala, pemimpin terus berdelusi, rakyat terus kecewa melihat harapan sebuah negara kini makin hancur.
Dan sesetengah rakyat pula, tidak peduli dan hanya memikirkan flavor vape apa yang mahu dicuba, tudung apa yang mahu dicuba dalam pembelian online di Facebook, dan drama apa yang disiarkan di televisyen minggu ini.
Inilah dia, negara dunia ketiga, yang menuju ke kancah pergelutan politik yang akan terus memiskinkan, membodohkan, dan menakutkan rakyat.
Sumber DD - 22-8-2015
Tinjauan: Derma parti kena uar-uarkan
Posted on Saturday, August 22 @ 21:06:52 MYT by paktam
Oleh Zulaikha Zulkifli Ada ahli akar umbi Umno berpendapat, tindakan memasukkan wang sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi presiden mereka bukan sesuatu yang wajar. Jika transaksi itu masih diperlukan, kata seorang veteran Umno Kuala Nerus, ia sepatutnya diuar-uarkan kepada beberapa pihak.
Beliau yang mahu dikenali sebagai Pak Syed, 75, juga berkata penerangan secara berterusan ke pihak bawahan juga penting bagi memastikan semua ahli jelas denga segala perkara berlaku.
"Secara terus terang, mereka (akar umbi) tak setuju dengan masukkan wang ke akaun peribadi.
"Tetapi kalau masukkan pun, biar beberapa orang lain juga tahu. Jika tidak, ia seolah-olah hak peribadi. Saya memang rasa tindakan (masuk duit ke akaun peribadi) itu tak tepat. Sepatutnya tak perlu begitu.
"(Tapi) penerangan juga penting dan kena turun ke akar umbi dan beri penerangan sejelas-jelasnya," kata beliau yang menganggotai Umno lebih dari 50 tahun.
Selain itu, menyentuh mengenai masalah dalaman yang melanda Umno ketika ini, beliau berkata sikap taat pada ketua perlu diamalkan.
Katanya, setiap masalah juga perlu diselesaikan secara diplomasi dan bukan dengan menentang antara satu sama lain.
"Kita ahli-ahli ini sepatutnya bersama di belakang ketua.
"Kita tak kata ketua kita betul 100 peratus, tetapi cara penyelesaian itu bukan dengan membelakang, menentang atau mendedahkan.
"Sepatutnya secara rundingan dalaman dan diplomasi," katanya lagi.
Percaya kebijaksanaan PM
Bagi ketua Umno cawangan Kampung Telaga Daing, Wan Hamzah Wan Yusof (gambar atas), walaupun sebelum ini terdapat akar Umno yang tidak berpuas hati berhubung dakwaan wang derma disalurkan ke akaun peribadi Najib, beliau menyerahkan perkara itu pada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.
"Pada asalnya sebahagian tidak berpuas hati tapi dengan ada penjelasan, sedikit sebanyak kita serahkan pada kebijaksanaan pucuk pimpinan dan Najib untuk buat yang terbaik untuk rakyat.
"Mungkin dia ada agenda yang terbaik untuk rakyat," katanya.
Perwakilan Wanita Umno Normazlira Zakaria (kanan) pula berkata, walaupun meragui penyaluran RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu, namun beliau berfikiran positif dan yakin Najib mempunyai misinya tersendiri.
"Mula-mula difikirkan memang ada keraguan, tetapi sebab saya berfikiran positif, mungkin Najib ada dia punya visi dan misi masing-masing," katanya.
Sumber DD - 22-8-2015
Saya jumpa wakil penderma misteri dari Arab Saudi, Bela Zahid Posted on Saturday, August 22 @ 19:58:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau secara peribadi bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah yang menderma AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, mereka memberitahunya sumbangan itu adalah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya bertemu dengan ketua pegawai pelaburan penderma itu dan saya juga bertemu dengan pemegang amanah dana itu," kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Sri Gading di Parit Raja, Johor hari ini.
"Dia beritahu saya, negara tuan bukan satu-satunya negara yang kami salurkan sumbangan. Terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang kami beri derma."
Beliau berkata mereka membantu BN kerana komitmen kerajaan dalam menangani keganasan dan mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara ahli sunnah wal jamaah.
"Malaysia mempunyai Pota, Kanun Keseksaan, Sosma. Kita sebuah negara sederhana, kita tidak mahu pengganas, jadi mereka menghargai komitmen kita," kata Zahid, merujuk kepada Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Dana itu dipindahkan ke dalam akaun Najib dalam 2 bahagian: AS$$681 juta pada Mac 2013, dan RM42 juta antara Disember 2014 dan Februari tahun ini. Pota bagaimanapun hanya diluluskan Dewan Rakyat pada April tahun ini.
"Saya tanya kepada mereka, ada apa-apa sebab lain (memberi derma)? Ya, kerana kita ahli Sunnah, kita tidak mahu mazhab lain yang boleh membuatkan kita jauh daripada sunnah."
Zahid berkata, penderma itu mengakui semua yang dilakukannya kerana kepimpinan yang ditunjukkan Najib.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti penderma itu, hanya mengatakan mereka adalah "satu keluarga tertentu dari negara tertentu".
Beliau berkata, tidak ada gunanya mempersoalkan sumber dana mereka kerana parti pembangkang juga hanya berdiam diri mengenai sumber pembiayaan mereka.
Sumber TKO - 22-8-2015 Khairuddin ke Switzwerland serah bukti dakwaan penyelewengan 1MDB Posted on Friday, August 21 @ 11:19:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Khairuddin menegaskan beliau telah hilang kepercayaan terhadap penguatkuasaan undang-undang di Malaysia
PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan nekad ke Switzerland bagi menyerahkan bukti berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tindakan itu dibuat selepas mendakwa pihak berkuasa Malaysia tidak bertindak dengan tegas dan segera terhadap laporannya sebelum ini.
Beliau telah mengemukakan semua bukti dakwaannya di Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.
“Saya akan serahkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan ‘swiss financial regulator finma’ untuk buat siasatan secara komprehensif terhadap semua salahlaku penyelewengan kes skandal 1MDB yang membabitkan Swiss Bank serta beberapa bank antarabangsa,” katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya.
Bagi tujuan berkenaan Khairuddin ditemani peguamnya, Matthias Chang.
Dalam status yang sama beliau mempersoalkan tindakan terhadap laporan yang dibuatnya berhubung Skandal 1MDB.
Beliau juga menuduh pihak berkuasa tidak menyiasatnya secara professional.
“Sebagai contohnya pihak PDRM asyik sibuk nak siasat Justo dan Clare Brown (Editor Sarawak Report) tetapi penyangak Jho Low tidak pernah disiasat pun dan masih bebas sehingga kini!!
“Beberapa laporan polis telah dibuat keatas penyangak jho low tetapi sehingga kini masih tiada kelihatan sebarang daya-usaha untuk memanggil seterusnya menyiasat pembabitannya dengan urus niaga 1MDB!! Mengapa??!!
“Secara rasminya saya turut membuat laporan kepada SPRM, BNM serta Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengenai penyangak jho low ini!! Apa istimewanya dengan penyangak jho low ini yang masih tidak disentuh oleh pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita??!! Soalnya.
Berikutan ketiadaan tindakan yang diambil, beliau menegaskan telah hilang kepercayaan terhadap penguat kuasaan undang-undang di Malaysia.
MT 9 Sept, Najib-Muhyiddin bersemuka? Posted on Friday, August 21 @ 08:26:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang ditangguhkan, dipercayai susulan kemelut dalaman parti selepas rombakan kabinet bulan lalu, akhirnya diputuskan pada bulan depan.
Setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tarikh baru mesyuarat itu ditetapkan pada 9 September depan,
"Sepatutnya (tarikh baru) mesyuarat pada 28 Ogos, tetapi memandangkan kerana banyak lagi bahagian belum habis (mesyuarat tahunan), jadi, kita telah putuskan bahawa kita akan adakan mesyuarat pada 9 September,” katanya.
Katanya, mesyuarat Umno bahagian hanya akan diselesaikan pada 6 September.
“Kita kena habiskan mesyuarat Umno bahagian baru kita boleh ada mesyuarat MT,” katanya selepas pelancaran Taman Penajaan Taman Angkat DBKL Eco City di Kuala Lumpur hari ini.
Umno menangguhkan mesyuarat MT pada 31 Julai berikutan rombakan kabinet bagi mengelak ketegangan antara pihak dalam parti.
Dalam rombakan kontroversi itu, Najib menggugurkan dua orang kanannya sendiri dalam Umno – timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal.
Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan Shafie pula bukan lagi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah setelah mempunyai pandangan kritikan dalam isu 1MDB.
Justeru, mesyuarat awal bulan depan akan menjadi yang pertama dihadiri oleh Muhyiddin dan Shafie sebagai bukan lagi anggota kabinet.
Ia dijangka berlangsung panas ketika akar umbi Umno mula menyatakan bantahan dan rasa tidak senang mereka terhadap pengguguran Muhyiddin.
Sumber TKO - 21-8-2015
Ironi? Azalina kini mahu undang-undang anti-lompat parti!
Posted on Thursday, August 20 @ 14:09:57 MYT by paktam
Oleh Robin Stanley Augustin
Jika anda membaca kenyataan terbaru menteri Umno Azalina Othman Said tentang soal lompat parti, anda mungkin rasa yang anda berada di dimensi yang lain.Menurut laporan Malaysiakini, menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal parlimen itu berkata sudah tiba masanya untuk memperkenalkan undang-undang bagi menghalang sesiapa lompat parti ketika menjadi wakil rakyat.
“Ini bukan hanya soal kesetiaan kepada parti dan integriti dalam politik tetapi adalah soal pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali.”
“Ini termasuk melakukan pindaan tertentu kepada kebebasan berpersatuan yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan supaya tiada percanggahan dengan undang-undang baharu ini nanti,” katanya merujuk dakwaan wujudnya plot melibatkan ahli parlimen BN untuk “menggulingkan” kerajaan.
“Jika benar, tindakan tegas perlu diambil. Kita tidak boleh berkrompomi dalam soal sabotaj dan pengkhianatan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi di negara ini,” katanya.
Tambahnya lagi, ahli parlimen BN perlu membuat deklarasi terbuka taat setia kepada BN demi menghentikan spekulasi tersebut.
Pada Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada seorang pemimpin Umno yang sedang mendapatkan akuan bersumpah (SD) daripada sebahagian pemimpin BN dan pembangkang utuk menyatakan mereka memiliki majoriti di Dewan Rakyat.
Bukankah ini satu ironi? Seorang pemimpin daripada parti yang telah menjatuhkan dua kerajaan negeri pada masa lalu kini menggesa undang-undang diwujudkan untuk menghalang lompat parti.
Tidakkah Azalina sedar yang kata-katanya tentang “prinsip demokrasi” dan “integriti politik” itu sangat hipokrit?
Adakah beliau sudah lupa bagaimana BN menggulingkan kerajaan PBS di Sabah pada 1994?
Adakah beliau lupa bagaimana BN menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009?
Adakah ia bukan satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat?
Di manakah gesaan seperti ini daripada BN ketika ia berlaku? Mengapa tiada desakan agar pilihanraya baru diadakan ketika itu?
Barangkali seruan Azalina adalah tanda keterdesakan yang mula merebak di dalam BN.
Seruan undang-undang anti-lompat parti dan kawalan internet yang lebih ketat adalah petanda bahawa nakhoda kapal kini mula merasa kedudukannya terancam.
Sudah ramai kru kapal telah menunjukkan rasa marah, tidak gembira dan khuatir yang kepimpinan nakhoda ini akan menyebabkan kapal mereka tenggelam ke dasar lautan.
Sehingga barisan leftenan yang paling dipercayai kini merasa takut undang-undang yang membenarkan mereka merampas Sabah dan Perak daripada pilihan rakyat akan kembali menghantui mereka.
Apa-apa pun, sebelum ini sudah diperkatakan yang apa-apa undang anti-lompat parti adalah bertentangan dengan perlembagaan. Ini menyebabkan gesaan sebelum ini telah ditolak.
Namun begitu, amalan lompat parti tetap sesuatu yang tidak adil. Dan walaupun kenyataan Azalina ini ironi dan menghina – terutama kepada warga Perak dan Sabah – hakikatnya amalan lompat parti adalah kelemahan yang nyata dalam sistem demokrasi kita.
Wakil rakyat yang melompat akan mendakwa yang mereka dipilih oleh pengundi yang percaya kepadanya – bukan kerana partinya.
Misalnya pada 1988 apabila Shahrir Samad menjadi calon bebas dalam satu pilihanraya kecil. Ia disebabkan perletakan jawatannya sebagai ahli parlimen Johor Bahru selepas dipecat dari Umno.
Shahrir menang dalam PRK itu, dan membuktikan pengundi memang memilihnya dan bukan parti.
Sementara itu, pengundi yang tidak berpuas hati akan berkata yang mereka mengundi parti dan bukannya individu, seperti kes di DUN Jelapang, Perak.
Bekas Adun Jelapang Hee Yit Foong keluar DAP pada 2009. Ia mencetuskan krisis Perlembagaan Perak dan menyebabkan BN merampas pentadbiran negeri.
Pada 2013, kehendak rakyat menunjukkan DUN tersebut kembali kepada DAP.
Jika anda lihat dari sisi mana sekali pun, ini adalah soal yang tiada hitam putih yang mengancam demokrasi.
Melangkah ke hadapan, kita selaku rakyat perlu mendesak perubahan dalam undang-undang kita.
Kita perlukan undang-undang yang mewajibkan pilihanraya baru di kerusi DUN dan juga Parlimen jika wakil rakyat di kawasan itu memilih untuk menukar parti.
Dengan itu, kita akan tahu sama ada rakyat mengundi calon atau pun parti yang diwakilinya.
Kita perlu tamatkan gejala lompat parti. Sistem demokrasi tidak boleh disalah guna dan kehendak rakyat harus dihormati.
Posted on Wednesday, August 19 @ 16:55:30 MYT by paktam
Oleh Anuar Mohd Nor Persoalan yang khusus perlu ditanya hari ini adalah kedudukan Umno di mata rakyat? Adakah Umno semakin kukuh atau semakin luruh sokongan. Isu krisis Umno – yang dijawab dengan rombakan kabinet menjadikan keadaan Umno lebih sukar dan sulit.
Kritikan dari dalam – serangan dari dalam terhadap perdana menteri Malaysia, juga presiden Umno menjadikan Umno terbuka untuk pembangkang.
Betul kata Rafizi Ramli – suara orang kuat PKR – pembangkang sekarang ini tidak perlu kerja kuat – kalangan Umno sendiri sudah bekerja untuk pembangkang dan defisit kepercayaan terhadap Umno sedang menambah dengan keadaan yang ada hari ini.
Hari ini ahli Umno juga terus keliru – menyatakan sokongan terhadap presiden Umno dikatakan sebagai pembodek dan menyatakan sokongan terhadap Umno juga dikatakan satu penyataan sokongan terhadap presiden dan ini dikatakan salah.
Keadaan ini merumitkan bila mereka yang disingkirkan dari kabinet – yang terus menyatakan sokongan terhadap Umno dan berjanji akan bergerak menyokong Umno – tetapi sentiasa membawa isu penentangan terhadap presiden dan akhirnya menjadikan platform setiap pelancaran Mesyuarat Bahagian – menjadi medan tempur – menjustifikasikan diri – membuka pekong dalaman Umno – mengkritik sesama dan akhirnya menjadi modal buat pembangkang dan terus mengelirukan ahli Umno dalam menterjemah sokongan terhadap parti.
Penyelesaian bukan boleh dibuat mudah. Presiden Umno ada penyokongnya – Timbalan presiden Umno ada penyokongnya – malah setiap pegawai dalam Majlis Tertinggi Umno ada penyokongnya dan hari ini – perbalahan Umno sesama sendiri melangkah ke dalam zon bahaya.
Sekarang setiap perasmian Mesyuarat Bahagian – menjadi satu medan pembelaan diri dan bukan lagi satu penyataan sokongan terhadap Umno dan kalau ada pun – ia memudaratkan dan mengelirukan – antara sokongan terhadap Umno dan penyataan tentangan terhadap presiden.
Lebih mengeruhkan keadaan adalah – langkah setiap kepimpinan Umno hari ini seakan terhenti – dalam memastikan Umno kukuh dan kuat. Setiap langkah pengukuhan Umno akan diibaratkan sebagai satu langkah pengukuhan presiden Umno – lantas akan timbul tentangan dalam Umno sendiri.
Umno keliru dan keadaan menyulitkan. Umno tersekat – melangkah salah – ke kiri salah ke kanan pun salah. Ahli Umno yang dikatakan terdapat 3 juta semakin keliru untuk melangkah dalam erti menyatukan sokongan rakyat terhadap Umno. Memang benar – sokongan ahli Umno terhadap Umno sahaja tidak memadai untuk Umno/Barisan Nasional memenangi pilihan raya – apa lagi keadaan yang ada hari ini.
Sesuatu yang paling perlu ialah untuk Umno sedar – keadaan yang ada hari ini – isu presiden dan timbalan presiden – isu mengenai 1MDB dan wang dalam akaun peribadi – isu rombakan kabinet semuanya tidak memberi loncatan untuk Umno.
Ia semakin membebankan Umno dan semakin mengelirukan. Hakikat mahu presiden meletak jawatan bagi menyatukan Umno adalah tidak kukuh. Ia akan timbul penentang dari penyokong presiden dan penyokong kepimpinan yang menyokong presiden.
Keadaan lebih keliru kerana tidak ada ketentuan menyeluruh sokongan ahli dalam penyataan sokongan. Semua ada justifikasi sendiri. Semua ada sebab tersendiri – mengekalkan sokongan terhadap presiden atau mahu presiden melepaskan jawatan.
Keadaan tidak lagi selesa untuk Umno, seakan setiap hari semua sedang menunggu letupan baru – semua menanti letupan itu meletupkan presiden dan anggota kepimpinan kerajaan yang baru di rombak atau meletupkan tim yang tersingkir – yang sedang menerangkan akibat penyingkiran mereka dan ketidakpuasan mereka mengenai isu yang terpahat pada perdana menteri. Umno secara keseluruhan dilanda krisis besar dan krisis ini amat mengelirukan ahli serta mengelapkan masa depan Umno.
Pengukuran keadaan kritikal Umno perlu ada. Apakah Umno masih menjadi tunjang untuk orang Melayu atau hari ini Umno menanti rebah. Pengukuran kritikal terhadap Umno boleh juga dilihat – apabila diutarakan serangan terhadap Umno – usaha untuk mencabar kerajaan – menggulingkan kerajaan Umno/BN– memastikan kerajaan runtuh dan diganti dengan kerajaan baru – dianggap satu usaha melarikan isu – dari isu presiden Umno kepada isu lain dan ini dikatakan bertujuan untuk menyelamatkan presiden.
Ini menunjukkan tahap kritikal dalam Umno. Ini menunjukkan bagi Umno semua lain perlu dihentikan – isu sekarang adalah hanya perbalahan mengenai presiden Umno. Kita seakan tidak peduli dalam kita berperang – hentam menghentam sesama, kesempatan untuk merosakkan lagi Umno timbul – langkah untuk menjatuhkan kerajaan Umno/BN wujud – serangan terhadap kedudukan orang Melayu dan Umno sebagai pembela parti Melayu wujud – semua kita tidak sedar anasir ini masuk – kerana ghairah berbalah. Akhirnya Umno menimpa kerugian yang seolah-olah diminta.
Ahli Umno patut risau – apabila sebarang usaha hari ini akan di nilai sebagai menyokong presiden atau timbalan presiden. Keadaan ini amat mengelirukan Umno dan tidak akan memberi loncatan politik untuk Umno terus menerajui politik orang Melayu.
Sekiranya usaha adalah untuk pengukuhan Umno – ia tetap dinilai dalam kerangka – sama ada menyokong presiden atau timbalan presiden. Ini amat menyulitkan. Bila berbicara mengenai anasir yang ada – usaha mahu terus melantangkan slogan "Asal Bukan Umno" – ia dianggap sebagai mainan isu yang mahu menyelamatkan presiden.
Umno terus tersekat langkah dan ahli semakin hilang arah. Adakah ini akan membantu dalam pengukuhan parti Umno dan adakah keadaan ini dapat membantu kekukuhan politik orang Melayu. Ahli Umno terus keliru.-TMI
Sumber DD - 19-8-2015
20 MP mahu guling kerajaan cerita rekaan - Shahrir Posted on Wednesday, August 19 @ 06:47:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Samad meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap laporan yang mendakwa wujud 20 orang Ahli Parlimen BN berkomplot untuk menggulingkan kerajaan.
Bercakap kepada media di bangunan parlimen hari ini, Shahrir memberitahu kerajaan perlu memandang serius terhadap isu tersebut dan ia tidak boleh dijadikan mainan politik.
"Kami berdesak pihak SKMM menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas kerana apabila melibatkan ahli parlimen, kami rasa ia cabaran kepada institusi parlimen dan ia tidak boleh jadi mainan politik atau mainan cerita mana-mana pihak," katanya.
Malah, Shahrir sekali lagi menegaskan, pihaknya tidak terlibat sama sekali dalam usaha menggulingkan kerajaan seperti yang dilaporkan.
"Sebenarnya ia satu cerita yang direka. Ia langsung tak benar. Tidak ada sesiapa pun daripada Ahli Parlimen BN yang dihubungi atau menghubungi mana-mana pihak untuk mengetahui sama ada kami mahu atau tidak menyokong kepimpinan kerajaan hari ini," tegasnya lagi.
Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bharu itu berkata, pihaknya kini sedang menunggu masa untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara tersebut.
"Saya rasa kami akan berpeluang menjumpa TPM dan akan sampaikan pandangan kami.
"Pokoknya, orang yang buat cerita ini tak tanya pun TPM," tambahnya lagi. - MK
Sumber TKO - 19-8-2015 Komplot Gulingkan Kerajaan: "Tanya Zahid, Kami Tak Terlibat" - BNBBC Posted on Tuesday, August 18 @ 19:47:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
KUALA LUMPUR: Pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung konspirasi menggulingkan keadaan hanya memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan spekulasi negatif.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagaimanapun menegaskan tiada seorang pun anggotanya terlibat dalam komplot seperti yang didedahkan sebuah blog.
"Spekulasi ini (pendedahan Ahmad Zahid) tak memberi sebab untuk orang yang membuat spekulasi (penulis blog) itu untuk berspekulasi pula. Cerita itu tak ada, tak timbul, jadi mengapa dia nak buatkan cerita?
"TPM punya kenyataan, dia kata kenal peguam dan sebagainya...tapi mengapa gambar peguam tak keluar?
"Buka cerita itu hanya (beri peluang kepada penulis blog) mengambil kesempatan. Tapi ia bukan memberi lesen atau kebenaran kepada blogger untuk buat cerita ini. TPM tak cakap berapa orang," katanya pada sidang media di Parlimen pada Selasa.
Ditanya sama ada Ahmad Zahid perlu mendedahkan dalang yang dimaksudkannya, Shahrir bagaimanapun berkata: "Kena tanya dia. Bagi kita, kita tak terlibat dalam 20 yang dikatakan dalam blog itu.
"Soalan itu kena tanya kepada TPM. kita pun tak ada kesempatan nak cakap dengan TPM."
Sidang media itu turut dihadiri seramai 34 daripada 74 anggota BNBBC.
Mengulas lanjut Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baru berkata, anggota BNBBC hanya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid dalam program pemukiman pihaknya pada minggu depan.
Berita mengenai konspirasi menggulingkan kerajaan pertama kali didedahkan Ahmad Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang pada Ahad lalu.
Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang sangat boleh dipercayai.
Ditanya sama ada isu mengenai konspirasi menggulingkan kerajaan sengaja dibuat bagi mengalihkan tumpuan rakyat khususnya membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrir bagaimanapun menolak tanggapan berkenaan.
"Saya tak nampak boleh alihkan perhatian daripada apa yang telah dan sedang dilakukan.
"Semua kerja penyiasatan akan berjalan terus. Kita bukan kumpulan one-track-mind (hanya fikir satu perkara). Kita boleh terima pelbagai peristiwa dan kejadian dalam satu masa.
"Kita nak matikan cerita ini, inilah pendirian kita...(supaya) tak ada timbul soal kami nak beralih kedudukan dan pendirian," katanya. - Mstar Sumber TKO - 18-8-2015
Ahmad Maslan akhirnya akui Umno, BN lemah Posted on Tuesday, August 18 @ 19:42:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan akhirnya mengakui bahawa parti itu kini dalam keadaan lemah dan akan tewas sekiranya pilihan raya umum diadakan dengan segera.
Bagaimanapun, Umno dan BN masih mampu membuat perubahan untuk mendapatkan sokongan jika pilihan raya diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2018, katanya.
BN dan Umno juga berpeluang untuk menang kerana pembangkang kini berada dalam keadaan kucar-kacir, katanya di blog ahmadmaslan.my.
“Saya juga mengakui hakikat bahawa Umno dan BN sedang berhadapan dengan keadaan yang agak mencabar waktu ini.
"Namun, kita masih ada masa untuk memperbaiki keadaan.
"Masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018. Namun, esok sudah boleh dimulakan persiapan utk PRU itu," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kenyataannya pada awal bulan ini, yang menerima teguran keras daripada timbalan perdana menteri waktu itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin pada awalnya memberi amaran bahawa BN akan kalah "jika esok diadakan PRU".
Amaran itu hanya dijawab dengan main-main oleh Ahmad, beberapa hari kemudian, dengan berkata: "esok bukan pilihan raya".
Susulan itu, beliau digelar sebagai sombong oleh Muhyiddin susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.
Muhyiddin turut menganggap Ahmad membuat kenyataan seperti seorang budak kecil.
Sumber TKO -18-9-2015
Tangkap Dr Mahathir dan Muhyiddin
Posted on Tuesday, August 18 @ 10:18:31 MYT by paktam
Oleh Syed Rosli Jamalullail Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya sudah boleh ditahan dibawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Kenyataan Dr Mahathir dalam blog dan sidang media beliau terlalu banyak tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap perdana menteri, 1MDB, wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, serta kerajaan, menyebabkan rakyat menjadi keliru.
Beliau juga boleh dikatakan menghasut rakyat supaya membenci dan menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi dan politik negara. Ini cukup membahayakan negara dan perdana menteri Malaysia.
Muhyiddin pula di setiap mesyuarat Umno Bahagian yang beliau rasmikan masih menbangkit perkara sama, iaitu seakan cuba menghasut ahli-ahli Umno bangkit melawan kerajaan di bawah pemerintahan Najib, perdana menteri Malaysia yang sah.
Tuduhan dan tohmahan daripada bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri ini amat merbahaya kepada negara. Ia perlu dihentikan daripada memberi kesan buruk kepada negara secara amnya.
Tindakan perlu diambil segera oleh pihak polis bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara.
Mereka berdua ini sudah sepatutnya ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan segera.
Walaupun penerangan dan penjelasan sudah diberi, serta jawapan sudah tercalar, namun Dr Mahathir dan Muhyiddin masih membuat tuduhan dan tohmahan berniat menghasut membenci kerajaan di bawah pemerintahan Najib.
* Syed Rosli Jamalullail merupakan ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Selangor. Sumber DD -18-8-2015
Menjatuhkan kerajaan
Posted on Tuesday, August 18 @ 10:01:22 MYT by paktam
Oleh Amin AhmadBaru-baru ini muncul kenyataan berkenaan tindakan yang menjejaskan demokrasi berparlimen selepas Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri Malaysia dikritik hebat dalam isu 1MDB dan juga sejumlah wang melebihi USD700 juta yang masuk ke akaun beliau.
Tindakan yang menjejaskan demokrasi berparlimen ini digambarkan sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan.
Sebenarnya, perihal menjatuhkan kerajaan ini beberapa kali muncul dalam wacana politik Malaysia terutama sejak Reformasi 1998. Maka, mungkin sudah tiba masanya ia dibincangkan secara terbuka.
Sejarah dan sistem Menjatuhkan kerajaan pada hari ini tentulah tidak sama maksudnya dengan perihal menjatuhkan kerajaan pada masa lalu, ketika zaman monarki mutlak. Pada zaman itu, raja ialah negara dan negara ialah raja.
Menentang raja bermaksud menentang negara. Lazimnya mereka yang demikian akan dilabel pengkhianat dan kesalahan itu akan dihukum mati.
Namun zaman beransur. Pemerintahan monarki mutlak semakin berkurangan. Pada masa kini terdapat 27 monarki di 43 buah negara. Ada yang berkuasa mutlak, ada yang mempunyai sejumlah kuasa politik, ada yang dianggap simbol dan umumnya terlibat dengan istiadat dan acara.
Di Malaysia, selepas melalui zaman monarki mutlak, kita mencapai kemerdekaan dengan persetujuan membentuk negara baru berteraskan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Meskipun monarki di Malaysia dilihat umumnya terlibat dengan istiadat dan acara, mereka masih mempunyai peranan unik. Mereka menjadi ketua negeri dan negara, mempunyai kuasa bersifat politik di negeri masing-masing, khususnya dalam aspek pelantikan ketua badan eksekutif, hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu.
Beberapa keputusan yang diambil mereka kadangkala kontroversi, dijadikan bahan kritikan ramai. Pada masa yang lain, mereka dilihat menawarkan keputusan terbaik, dipohon untuk mencampuri hal ehwal tertentu atas nama kepentingan negara.
Pemimpin dan rakyat
Bagaimanapun, tidak semua perkara boleh atau wajar dicampuri monarki di Malaysia. Inilah maksud dan semangat sistem Raja Berperlembagaan. Raja terikat dengan kuasa yang diberikan Perlembagaan.
Demokrasi Berparlimen pula memberikan kuasa kepada rakyat memilih wakil-wakil ke Dewan Negeri dan Dewan Rakyat melalui sistem pilihan raya. Daripada kalangan wakil-wakil ini, pemimpin yang mendapat sokongan majoriti akan dijadikan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri. Mereka ini, masing-masing, membentuk kabinet eksekutif untuk memimpin dasar-dasar pemerintahan kerajaan.
Lazimnya, dalam amalan politik moden secara kepartian, pemimpin utama daripada parti atau kerjasama parti yang menang akan diangkat mengetuai badan eksekutif.
Tidak semua akan menganggotai kabinet eksekutif. Ada yang menjadi pembangkang dan selebihnya menjadi anggota biasa Dewan.
Perlembagaan, konsep pemisahan kuasa, pilihan raya dan kewujudan pembangkang ialah cara-cara bagaimana demokrasi mengawal kuasa-kuasa yang ada. Inilah fahaman demokrasi liberal yang berbeza dengan fahaman kemenangan pilihan raya itu adalah segala-galanya.
Dalam budaya demokrasi yang ideal, perlembagaan menetapkan menetapkan ciri-ciri kebebasan atau hak yang tidak boleh diganggu gugat kerajaan, waima atas nama majoriti, kecuali ketika darurat, itu pun hanya untuk seketika.
Konsep pemisahan kuasa mengajar badan eksekutif tidak boleh wewenang dalam melakukan sesuatu, mereka mesti dipantau badan legislatif dalam soal menggubal undang-undang yang adil. Di sini jelas, wakil-wakil rakyat pembangkang sebenarnya adalah sebahagian daripada kerajaan dan wakil-wakil rakyat daripada parti pemerintah pula tidaklah terikat dengan tanggungjawab kolektif sebagaimana mereka yang dimasukkan dalam kabinet eksekutif.
Badan kehakiman pula, sebagai menjadi cabang pemisahan kuasa kerajaan, mestilah menyemak sama ada badan eksekutif melangkaui perlembagaan, dan undang-undang dipatuhi.
Pilihan raya pula bertujuan agar rakyat boleh menilai prestasi mereka yang pernah diangkat menjadi wakil-wakil di Dewan dan menukarnya sekiranya perlu.
Menukar pemimpin
Kita harus memahami, politik wujud kerana manusia tidak boleh bersetuju sepenuhnya dalam semua perkara. Maka, pertikaian terhadap keputusan kerajaan (baca: badan eksekutif) akan berlaku dari semasa ke semasa.
Perlembagaan memperuntukkan cara untuk menukar kerajaan dan/atau mereka yang menjadi ketua badan eksekutif. Meskipun monarki mempunyai hak tertentu dalam hal pelantikan ketua badan eksekutif, mereka tidak diperuntukkan kuasa bagi menjatuhkan mana-mana ketua badan eksekutif ini.
Dalam pengalaman politik Malaysia, khususnya kebelakangan ini, ia agak menarik.
Pada 1977, menteri besar Kelantan digulingkan partinya sendiri melalui undi tidak percaya terhadapnya. Bagaimanapun, situasi kemudian mendorong satu perintah darurat berlaku di negeri itu.
Di Perlis dan Terengganu, raja dan sultan tidak memperkenan pelantikan menteri besar yang mengetuai parti atau kerjasama parti politik yang ada (baca:
mendapat sokongan majoriti) sehingga akhirnya nama baru terpaksa dicalonkan sebagai ketua badan eksekutif.
Kerajaan Perak di bawah pimpinan Nizar Jamaluddin terbubar tanpa melalui usul di Dewan. Meskipun DYMM sultan berhak melantik menteri besar yang dipercayainya memiliki sokongan majoriti, ia menjadi duluan yang berbahaya kerana tindakan itu turut menjatuhkan ketua badan eksekutif sedia ada.
Di Terengganu juga kemudiannya, menteri besar yang diperkenan sultan pada awalnya ditukar melalui kehendak parti (atau pemimpin parti).
Sementara itu di Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak kehendak partinya yang mahu menggantikan beliau. Beliau secara tepat menggesa agar undi tidak percaya dibuat kepadanya. Namun, berdasarkan duluan yang dibuat di Perak, mereka yang bersetuju untuk menukar beliau menandatangani kenyataan bersumpah untuk menunjukkan beliau kehilangan majoriti.
Akhirnya, beliau diundurkan dan menteri besar baru dilantik atas perkenan sultan, meskipun kenyataan bersumpah untuk menunjukkan sokongan majoriti menamakan pihak lain sebagai calon baru bagi jawatan tersebut.
Menukar kerajaan
Jika menukar pemimpin jelas sukar, apatah lagi menukar kerajaan.
Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan, demokrasi memahami perihal ini dan menyediakan peruntukan yang cukup untuk membolehkannya, sepatutnya, berlaku secara aman. Selain daripada menunjukkan pentadbiran semasa sudah kehilangan majoriti, pilihan raya adalah jalan terbaik untuk tujuan ini.
Namun, dalam sesetengah kes, rakyat menyuarakan secara lantang agar kerajaan yang ada dibubarkan. Di Indonesia, pernah berlaku kerajaan transisi yang dipimpin B.J. Habibie. Dalam tempoh singkat pentadbiran beliau, banyak reformasi dari aspek undang-undang berjaya dibuat untuk membolehkan pilihan raya baru dibuat dan negara itu memiliki lebihan demokrasi (surplus democracy) kini.
Di sesetengah negara lain, kudeta dibuat, sama ada rakyat sendiri atau tentera. Ini tentulah pilihan terburuk yang harus dielakkan.
Mana-mana pemimpin atau kerajaan tidak boleh mengelak daripada kemungkinan ini. Justeru itu, kita mesti bersedia sekiranya keabsahan kepimpinan kita dipersoalkan dengan menjamin peluang untuk undi tidak percaya dikemukakan (sekiranya pihak yang mempertikai keabsahan meyakini mereka mampu mendapatkan majoriti).
Tidak ada salahnya memasang impian untuk menjatuhkan kerajaan dengan maksud menukar parti pemerintah atau menukar ketua badan eksekutif. Bagaimanapun, ia tidak harus menjadi tumpuan utama politik.
Politik mesti mengutamakan persoalan sistem yang ditambah baik melalui dasar-dasar yang bebas dan adil. Malaysia mestilah menjadi negara hukum (rechtstaat), bukan kekuasaan (machstaat).
* Penulis merupakan pengarah Eksekutif, Institute for Leadership and Development Studies (LEAD). Sumber DD - 18-8-2015
MALAYSIA 2
Posted on Monday, August 17 @ 23:50:03 MYT by paktam
By Tun Mahathir Mohamad
1. What is happening in Malaysia today is unprecedented. The rule of law has been turned upside down and the people seem powerless to do anything to put it upright again.
2. This is because the very leader entrusted with upholding the law has become the subject of the due process of the law. It is alleged that he has broken the law. As no one is above the law, it follows that he must be investigated to determine if indeed he had broken the law.
3. Although this is unprecedented in Malaysia, this had happened in many other countries, including in the developed West.
4. Recall the case of President Nixon of the United States of America. He had used Government officials to spy on his political rival. This was considered as abuse of power in the U.S.
5. Eventually he was impeached and was forced to resign as President of the U.S. The Vice President took over and in due course elections were held. The Vice-President won. End of problem.
6. In other countries more violent methods are used to remove an unpopular president, whether elected or imposed by the military or other politically powerful groups.
7. Now Malaysia would not want to see violence used. So the instruments or the institutions of Governments were expected to investigate and determine whether the allegations against the P.M. are true or not.
8. The institution that is normally expected to do this is mainly the police. Other institutions with the capacity to investigate are also expected to do this. In cases involving money, the Central Bank are expected to investigate and report.
9. Then there are special bodies created to oversee how Government money is managed. These are the Auditor-General and the Public Accounts Committee of Parliament. Additionally there is the Anti-Corruption Commission.
10. They are however limited to investigations and preparation of reports. They themselves have no power to prosecute. For this, the Attorney-General must decide and initiate legal proceedings. If the A.G. decides there is no case to answer, even the most blatant crime will not be tried in the court.
11. The only other process for the removal of a PM is a vote of no-confidence in Parliament. It needs a simple majority. With the fall of the PM, the whole Government would fall. But by majority decision in Parliament, a new Government may be set up. It may be the same party or a different party.
Alternatively an election can be held.
12. These are the avenues of legal redress provided in the Malaysian Constitution and laws.
13. Due to the serious nature of the allegations against the highest leader of the Government, a task force of four, consisting of the Attorney General, the Inspector General of Police, the Governor of the Central Bank and the head of the Malaysian Anti-Corruption Commission was formed to collect all relevant evidence for the Attorney General to decide on the action to be taken.
14. All these agencies and institutions were in the midst of their investigations when the PM struck. He first sacked the A.G. and appointed his man to the post. Then he literally disbanded the Public Accounts Committee by appointing the Chairman and three other members as Deputy Ministers and to other posts.
Members of the MACC who were continuing to investigate the case were harassed by the police who accused them of leaking secrets. Two were transferred to the PMO.
15. Rumors were rife that the Governor of the Central Bank was being investigated for corruption. Although she remains as Governor, the staff of the Central Bank were harassed and accused of leaking information to the press.
16. The Edge, the paper that had exposed the 1MDB scandal was closed. The owner of The Malaysian Reserve paper was told to sell it back to the previous owner.
17. Najib also sacked the Deputy Prime Minister and one of the ministers who had been vocal in questioning the financial records of 1MDB and the RM2.6 billion found in Najib’s personal bank account.
18. With these actions, Najib has effectively stopped investigations on the disappearance of billions of Ringgit invested by 1MDB and the appearance of 2.6 billion in Najib’s account. Now no legal action can be taken against Najib as the allegations cannot be proven. But his very actions prove that there is substance in the allegations made against him.
19. Public opinion therefore remains strong in wanting Najib to resign as PM. Consequently there is talk about moving a vote of no-confidence against him in Parliament.
20. This is very difficult as almost all the UMNO members seem beholden to him. And the opposition does not have enough members to pass the motion.
21. So there is a stalemate. But the economy is reacting in its own way. The Ringgit has depreciated to below its old fixed rate of RM3.80 to the USD. It is now at 4 Ringgit plus and is likely to drop further. The effect is to make the country poor. Paying debts by 1MDB in USD would cost more. Already 1MDB is unable even to service its debts.
22. The stock market has all but collapsed. Investors, especially foreign investors are taking out their money to safer places abroad.
23. The Government is short of funds. It has to cut budget allocations to all ministries. The introduction of the GST has only resulted in increasing the cost of living making the depreciation of the Ringgit more acute.
24. Najib may be able to buy his way through in the next election but he will not be able to acquire funds to sustain his purchase of popularity. The Government he leads will not be able to borrow. The country’s economy will collapse. And the people will suffer. This is the grim picture that lies in store for Malaysians because Najib has basically stolen the Government.
Sumber DD - 17-8-2015
20 Nama Pengkomplot Guling Kerajaan Terdedah? Posted on Monday, August 17 @ 21:30:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Pendedahan ini dibuat selaras dengan tuntutan YB Khairy yang mahu tahu siapa 20 nama yang terlibat berkomplot guling kerajaan. Akan mengurangkan sedikit polemik dan tuduhan terhadap siapa yang tidak terlibat.
Pendedahan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri mengenai komplot guling kerajaan bukanlah sesuatu yang baru. Mengikut sumber sumber yang boleh dipercayai usaha terancang sudah bermula semasa Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri lagi. Siri pertemuan di belakang tabir bersama Tun M serta pemimpin pembangkang telah berlaku sebelum ini melibatkan Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Seri Shafie Apdal.
Dengan isu-isu semasa IMDB, Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal, Khairy Jamaluddin telah berusaha menyerang secara terbuka YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri
Perkara ini makin jelas sebelum pengumuman rombakan kabinet pada 28 Julai 2015 lalu betapa telah ada usaha gerakan ahli Parlimen BN dan Pembangkang untuk membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Mohd Najib melalui Dewan Rakyat pada bulan Oktober 2015.
Satu cara lagi ialah mengumpulkan tandangan MP untuk akuan bersumpah lalu dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agung. |
Menurut sumber yang boleh dipercayai melalui seorang Pengerusi PKR di sebuah negeri pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin dan juga Dato’ Shafie Apdal menunjukkan perkembangan positif hanya menunggu masa sesuai untuk dilaksanakan.
Katanya terdapat 20 orang MP yang dikenal pasti termasuk Datuk Jazlan Mohamed yang sebelum ini adalah Pengerusi PAC sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri KDN. Datuk Jazlan mungkin mengetahui jika Menteri KDN itu melaporkan 26 orang.
Antara 20 nama yang telah dikenal pasti ialah ;
1) Muhyiddin Yassin (Pagoh),
2) Shafie Apdal (Semporna),
3) Noraini Ahmad (Parit Sulong),
4) Aziz Sheikh Fadzir (Kulim),
5) Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan),
6) Khairy Jamaluddin (Rembau),
7) Hasbullah Osman (Grik),
8) G Palanivel (Cameron Highland),
9) Razali Ibrahim (Muar),
10) Normala Abd Samad (Pasir Gudang),
11) Othman Aziz (Jerlun),
12) Rahim Bakri (Kudat),
13) Jumat Idris (Sepanggar),
14) Shahidan Kassim (Arau),
15) Marcus Mojiggoh (Putatan),
16) Ewon Ebin (Ranau),
17) Raime Unggi (Tenom),
18) Nurjazlan Mohamed (telah dirunding Jadi timbalan menteri),
19) Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar, sudah dirunding jadi Pengerusi Risda) dan
20) Othman Abdul (Pendang).
Sehingga maklumat ini diterima, 20 nama ini memang diakui telah ada dihubungi oleh pihak pihak terbabit untuk tujuan tujuan komplot tersebut.
Pihak pihak yang terbabit dan mengenali ahli ahli parlimen ini diminta untuk tampil membuat penafian dakwaaan bahawa mereka terlibat sama dalam komplot ini.
Pasti ramai yang panas tetapi inilah nama nama seperti yang dimahukan oleh YB Khairy Jamaluddin. Apakah Khairy tidak tahu namanya juga ada dalam list ini?
Muhyiddin Rasa Dirinya Kini Lebih Popular Daripada Siti Nurhaliza Posted on Monday, August 17 @ 19:56:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui diri beliau kini lebih banyak mendapat sokongan daripada rakyat sejak namanya digugurkan daripada kabinet, tiga minggu lalu.
Memetik Awani, beliau juga secara berseloroh menyifatkan tahap popularitinya lebih tinggi berbanding penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Menurut beliau, “Orang mahu berselfie (bersama saya). Saya fikir saya lebih popular daripada Siti Nurhaliza.
“Saya tahu ini bukan sentimen orang Melayu (sahaja), orang Cina dan India salam saya dan berkata ‘support you’.
“Tindakan yang saya ambil ini mereka lihat wajar dan munasabah untuk perjuangkan nasib mereka, bukan orang Melayu sahaja tetapi semua kaum dalam negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pontian, Johor, pagi Ahad.
Muhyiddin yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO digugurkan daripada kabinet pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersama dua lagi menteri iaitu Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hasan Malek berkuatkuasa 29 Julai lalu. – MYNEWSHUB.CC Sumber TKO - 17-8-2015
Bung Moktar kesal namanya dikaitkan mahu gulingkan kerajaan Posted on Monday, August 17 @ 19:51:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SANDAKAN: Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin kesal dengan tuduhan yang mengaitkan beliau antara pemimpin UMNO yang didakwa terbabit dalam gerakan untuk menggulingkan kerajaan.
"Pada saya tuduhan sebegini kepada saya amat berat dan sungguh dikesali. Saya tidak pernah menjadi pengkhianat atau pembelot kepada parti yang saya perjuangkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bung Moktar yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata mungkin beliau selalu bersuara lantang tetapi tidak pernah menggadai maruah kerana tidak bersetuju dengan mana mana pemimpin. Beliau berkata baginya perjuangan UMNO adalah perjuangan yang ikhlas dan bersih.
Menurutnya kalau ada usaha daripada mana-mana pihak mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, beliau adalah orang pertama yang menentangnya.
"Kerana pada saya kerajaan ini dipilih oleh rakyat. Kalau mahu dijatuhkan pun biarlah melalui pilihan raya umum dan bukan di jalan raya atau mana-mana cara yang tidak bermaruah," katanya.
Sehubungan itu, Bung Moktar mahu pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penggunaan namanya dalam perkara yang beliau sendiri tidak tahu. - Astro
Sumber TKO - 17-8-2015
Penjenamaan semula jenama Najib
Posted on Monday, August 17 @ 14:29:07 MYT by paktam
Oleh Mohsin Abdullah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dan sedang “mentransformasikan” imej dan strateginya dalam menghadapi kemelut politik masa kini.Agak jelas sekarang “jenama Najib” sedang melalui fasa penjenamaan semula. “The rebranding of Brand Najib”. Apa itu “brand” atau jenama Najib?
Ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), strategis Najib merasakan diri beliau akan diterima baik rakyat. Imej Najib dilihat lebih baik daripada imej Barisan Nasional (BN) termasuk Umno sendiri.
Umno dan BN keseluruhannya masa itu dipandang negatif pelbagai pihak dan diramal akan menghadapi kesukaran berhadapan parti lawan pada PRU13. Lantas lahirlah jenama Najib. Imejnya sebagai seorang perdana menteri untuk semua dan pemimpin yang sederhana ditonjolkan.
Bagi menarik minat golongan muda, Najib “dicorak” sebagai “sempoi” dan “cool” – berselfie, berkicau di alam Twitter, menghadiri konsert di samping menonton aksi Manchester United, pasukan bola sepak kesayangannya menerusi TV bersama rakyat biasa.
Malah untuk merapatkan diri dengan komuniti bukan Melayu khasnya masyarakat Cina, wujud panggilan Ah Jib Gor dan Facebook dalam bahasa Cina.
Bagi meningkat imejnya di pentas antarabangsa, pasukan pimpinan perunding komunikasi Paul Stadlen bekerja keras menghasilkan Najib mendapat liputan positif media antarabangsa.
Dengan keterampilan seperti itu, kempen PRU13 BN dijalankan ala-pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Hasilnya tidak seperti yang diharapkan. BN walaupun berjaya mengekal pemerintahan dan Umno memenangi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding PRU12.
Kini, seperti umum tahu, Najib berdepan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu “derma“ RM2.6 bilion, keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, nilai ringgit yang mengecut dan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Sudah timbul suara dalam Umno yang menentang walaupun tidak ramai yang bersuara demikian. Hakikat yang berlaku ini membimbangkan kumpulan strategik Najib kerana sebelum ini, semua ketua Umno bahagian dikatakan teguh bersamanya.
Malah, Najib sendiri mengumumkan “3 juta ahli Umno menyokong saya”. Lalu, beliau dilihat perlu mengukuh kedudukan dan antara strateginya ialah mengekalkan sokongan masyarakat Melayu luar bandar di samping mendapat sokongan Melayu bandar.
Oleh itu, jenama Najib sekarang membabitkan imej beliau sebagai “lebih Islamik”.
Seorang bekas ahli think tank yang terbabit dalam kempen BN pada PRU13 merujuk kepada Seminar Antarabangsa Wassatiyah 2015 yang akan diadakan di Kajang bermula 18 Ogos ini.
Seminar itu akan menyaksikan penyertaan cendekiawan Islam. Sesi pertama menempatkan Nasharuddin Mat Isa, bekas timbalan presiden PAS, selaku moderator.
“Ini bakal menjadi permulaan Najib sebagai tokoh Islamik. ‘Consolidating Malay Muslim votes’,” kata bekas ahli pemikir tadi.
Namun sebelum ini Najib sudah pun mempamerkan “ciri-ciri Islamik”. Bukan bererti beliau tidak Islamik dahulunya, tetapi sejak kebelakangan ini (terutama Ramadan lalu) aktiviti agama membabitkan Najib lebih kerap dianjurkan
Sumber DD - 17-8-2015
Apa salah Muhyiddin?
Posted on Monday, August 17 @ 14:15:41 MYT by paktam
Oleh Amni Jagat Berbuih mulut selaku perdana menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa dakwaan lantikan Kabinet yang baharu bukan “pak turut”. Di serata jejakkan kakinya Najib membela tindakan menyingkirkan beberapa menteri yang selama ini berjasa kepadanya.
Selepas menyingkirkan orang nombor 2 dalam Kabinetnya Julai yang lalu, Najib seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu yang menjadi punca tindakan yang dilakukannya. Persoalan demi persoalan sebelum dan selepas penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi tiada jawapan konkrit yang dapat didengar.
Persoalan yang paling besar setakat ini adalah berkenaan dengan mengapa Muhyiddin disingkir? Soalan itu berkait dengan persoalan ke-2: “Apa salah Muhyiddin?”. Inilah yang menjadi titik soal sehingga hari ini selepas tindakan yang agak drastik itu dilakukan.
Jika bukan soal pak turut jadi persoalan apa yang harus dijawab oleh seorang perdana menteri? Adakah kerana keinginan di pihak Najib mula diganggu, dipersoal dan ditanya oleh Muhyiddin sehingga dia disingkirkan oleh kabinet kali ini?
Inilah persoalan yang terus berkait dan cuba diteka oleh sebahagian besar golongan masyarakat atau rakyat di Malaysia.
Biar berjuta kali pun dinafikan bukan pak turut namun manifestasinya tidak jelas kerana segala bukti masih tidak berjaya dipamerkan untuk seluruh rakyat akui akan kesilapan yang dilakukan oleh Muhyiddin – jika ada. Di mana punca sebenar sehingga menyebabkan Muhyiddin disingkir atau dipecat sebegitu rupa?
Dalam sebuah pengurusan dan organisasi sebuah syarikat, prestasi seseorang penjawat akan diukur dengan hasil kerjanya dan jika berlaku kes yang membabitkan kerosakan atau kerugian pada syarikat itulah yang akan membuatkan penjawat tersebut diambil tindakan seperti gantung kerja atau dibuang kerja.
Dari situlah ukuran sebuah organisasi bagi mencerminkan tindak tanduk seorang kepala dalam pengurusan agar ia dapat dipastikan memberi kebaikan kepada organisasi tersebut.
Jelas sehingga hari ini rakyat Malaysia masih terpinga tanpa mengetahui mengenai ukuran prestasi Muhyiddin adakah baik atau buruk?
Kalau ditafsirkan mengikut pandangan kasar selepas penyingkiran Muhyiddin, boleh diteka ukuran prestasi beliau sebenarnya teruk atau buruk. Tapi persoalan seterusnya yang timbul di mana atau apakah buruknya itu?
Apa yang pasti melalui ukuran prestasi kerja dalam jawatan menteri hari ini, pastinya jawatan menteri kewangan yang sepatutnya disingkirkan. Ini kerana prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat semakin teruk sehingga mencecah RM4 berbanding AS$1.
Ia mencerminkan betapa teruknya ekonomi di Malaysia hari ini dan bertambah lagi parah, isu berbangkit dalam soal penyalahgunaan kuasa turut dikaitkan pada batang tubuh menteri kewangan itu sendiri.
Portfolio yang memegang jawatan menteri kewangan itu adalah Najib sendiri. Selaku perdana menteri, dia juga adalah menteri kewangan. Najib seharusnya dipertanggungjawabkan dengan kemelesetan atau keruntuhan ekonomi yang sedang berlaku kerana dia adalah menteri kewangan.
Kalau diukur antara perdana menteri dan timbalan perdana menteri (sebelum ini) bolehlah dikatakan prestasi Muhyiddin lebih baik berbanding dengan prestasi jelas Najib yang semakin hari semakin teruk.
Sepatutnya untuk menyelamatkan Malaysia dari penjawat yang berprestasi teruk dan buruk tentulah Najib yang perlu disingkirkan bukan Muhyiddin.
Jadi jelaslah apa yang berlaku sebenarnya adalah kehendak politik peribadi bukan kehendak politik rakyat dan negara.
Penyingkiran tanpa sebarang alasan dan sebab inilah yang menjadi punca mengapa Najib dituduh menyusun pak turut.
Gemba-gembur yang menyatakan Muhyiddin dan Najib tidak sebulu sebelum penyingkiran sudah pun direalisasikan oleh Najib sendiri dengan memecat Muhyiddin Julai lalu.
Mungkin Najib rasa tergugat bila orang nombor 2 waktu itu mempertikaikan mengenai derma RM2.6 bilion.
Peninglah Zahid Ni...Orang Nak Tahu Dalang Yang Terlibat, Bukan Dalang Tak Terlibat!! Posted on Monday, August 17 @ 16:38:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Dalang lama belum selesai, timbul dalang baru pula.
Dulu ketika menjadi Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pernah berjanji untuk mendedahkan siapakah dalang di sebalik pencerobohan Lahad Datu, tapi sampai sekarang ianya senyap begitu saja.
Kali ini beliau mendedahkan pula dalang yang mahu menggulingkan kerajaan melalui undi tak percaya di Parlimen dengan kerjasama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.
Bahkan, mungkin disebabkan sudah naik pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri di samping Menteri Dalam Negeri yang tambah luas jajahan kuasanya, maklumat yang diperolehinya mengenai dalang menggulingkan kerajaan ini lebih langkap dan terperinci lagi.
Beliau siap mendedahkan bahawa perancangan tok dalang itu ialah melibatkan akaun bersumpah tujuh halaman dengan kertas kuning yang disediakan oleh peguam yang juga diketahuinya identitinya.
Sehari selepas pendedahan itu pula, Zahid kemudiannya mengatakan tok dalang tersebut sudah sedar mengenai tindakannya dan akan bertemu Perdana Menteri, Najib Razak pada jam 6 petang semalam (Ahad) untuk meminta maaf.
Maklumat yang diberikan Zahid itu menyebabkan para wartawan berkampung di Seri Perdana dan kediaman peribadi Najib di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk mengetahui siapakah dalang tersebut.
Malangnya, setelah menunggu kira-kira lima jam bermula jam 5 petang hingga 10 malam, langsung tiada kelibat sesiapa yang datang menemui Perdana Menteri.
Najib pula dikesan sampai ke rumahnya daripada merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Gerik menjelang jam 8 malam.
Kesian wartawan...
Pewakilan Wanita UMNO Langkawi, Anina Saduddin yang video ucapannya tersebar luas sebelum ini mengatakan Najib telah "kencing" tiga juta ahli UMNO, pasti sekali lagi akan menyebut perkataan itu jika tindakan Zahid ini berlaku sebelum beliau berucap.
Bagaimanapun pada sebelah malamnya pula ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Lumut, Zahid mendedahkan bahawa Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot mahu menggulingkan kerajaan itu.
Sambil itu, di depan Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut yang memang diketahui penyokong kuat Muhyiddin, Zahid turut mendedahkan mereka berdua mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Kami (Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh, jadi kami faham perasaan orang jatuh, tambahnya lagi.
Ehem, ehem...pertahankan Muhyiddin pulak?
Tidakkah Muhyiddin sehari dua ini banyak mempersoalkan kepimpinan Najib Razak berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diakui masuk ke akaun peribadinya?
Dari Kemaman, kemudian ke Semporna hinggalah ke Pontian, pentas perasmian mesyuarat perwakilan UMNO minggu ini meriah dengan peluru-peluru yang dilepaskan oleh Muhyiddin kepada Najib.
Tetapi Zahid yang antara peranan utamanya dilantik sebagai orang nombor dua dalam kerajaan ialah untuk mempertahankan Najib, bukan saja tidak menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu, bahkan membersihkan lagi nama Timbalan Presiden UMNO itu tidak terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan kerajaan.
Selepas beliau mendedahkan adanya dalang yang mahu menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan, jawapan yang ditunggu oleh orangramai tentunya ialah siapakah orang yang dimaksudkannya itu?
Kalau betul sudah ada cukup maklumat dan yakin ianya bukan maklumat tepi jalan atau khabar yang dibawa oleh burung-burung berterbangan, malah berdegar-degar mengatakan langkah mayatnya dulu jika pertukaran kerajaan melalui pintu belakang mahu dilakukan juga, maka dedahkanlah nama siapa dalang itu?
Buat apa mendedahkan tentang Muhyiddin yang tidak terlibat? Orang ingin tahu siapa yang terlibat, bukan siapa yang tak terlibat.
Ngomonglah sopo dalang sing terlibat, sopo sing orak terlibat...ojo meneng waeh...
Peninglah....
Hutang kepada rakyat siapa dalang Lahad Datu masih tertunggak, kini Zahid menambah hutangnya lagi untuk kita sama-sama menilai wibawa dan prestasinya. (SH 17/08/2015)
Lulus usul minta Najib letak jawatan Posted on Monday, August 17 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
TAMPIN - Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.
Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.
Usul berkenaan memutuskan: “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila.”
Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.
Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - SInar
Sumber TKO - 17-8-2015
Ahmad Maslan ‘diboo’ perwakilan Umno Pontian 3 kali Posted on Monday, August 17 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Oleh MD IZWAN
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi dan mengundang kemarahan orang ramai "diboo" perwakilan kawasannya sendiri semasa Mesyuarat Bahagian Pontian hari ini.
Ahmad, yang juga timbalan ketua bahagian Pontian "diboo" hampir 3 kali setiap kali namanya disebut dalam mesyuarat yang dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
Muhyiddin dalam ucapannya juga terpaksa menasihati perwakilan supaya tidak menghina wakil rakyat mereka itu, sebaliknya menegur secara baik.
"Jangan boo beliau, beliau timbalan ketua bahagian kamu," kata Muhyiddin selepas perwakilan menyorak "boo" kepada Ahmad semasa mengucapkan tahniah kepadanya kerana masih menjadi menteri.
Malah, Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad juga menegur Ahmad secara terbuka semasa mesyuarat yang berlangsung hari ini dengan mengatakan Umno bukan parti untuk pengampu.
"Umno ini bukan pengampu," katanya yang mendapat sorakan hebat daripada perwakilan.
Ahmad sepanjang mesyuarat berlangsung berada dalam keadaan tidak tenang dan raut mukanya berubah sama sekali akibat tindakan perwakilan itu.
Malah, beliau juga tidak berada semasa majlis minum teh dengan Muhyiddin dan balik meninggalkan majlis sebaik berakhir perasmian mesyuarat tersebut.
Berbeza dengan sambutan yang diberikan kepada Muhyiddin, perwakilan bersorak dan melaungkan "Hidup Muhyiddin" dan bertepuk tangan sebaik masuk ke dalam dewan.
Sementara itu, Hasni berkata Umno ketika ini berdepan cabaran paling hebat di mana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan rakyat ekoran beberapa skandal yang melibatkan kerajaan pemerintah, sama ada dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga ke isu pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
"Ini semua berpunca daripada kemelut akhir-akhir ini, sama ada soal 1MDB, sama ada soal RM2.6 bilion, sama ada isu di Low Yat, sama ada isu penjualan aset Mara, sama ada isu Felda, sama ada isu GST dan sebagainya, semua ini sudah menghilangkan keyakinan rakyat," kata Hasni dalam majlis sama.
Ahmad sebelum ini paling lantang dalam mempertahankan Najib dalam 1MDB dan sering memberikan kenyataan kontroversi dalam isu GST.
Malah, Ahmad juga ditegur Muhyiddin sendiri susulan kenyataan "esok bukan pilihan raya".
Muhyiddin menyifatkan kenyataan Ahmad sebagai "lawak antarabangsa" kerana katanya, ia tidak masuk akal akal.
Pada 26 Julai, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras, Muhyiddin berkata, BN akan kalah sekiranya Parlimen dibubarkan esok, bagi membawa maksud sekiranya PRU14 diadakan dalam tempoh terdekat.
Ahmad, kemudiannya pada 30 Julai ketika ditanya pemberita berkata, beliau tidak perlu menjawab sama ada BN boleh menang PRU14 atau tidak jika ia diadakan esok, kerana katanya, ia hanya mungkin akan diadakan pada 2018.
Sumber TKO - 17-8-2015 Berapa lama nak tunggu siasatan 1MDB? - Muhyidin Posted on Monday, August 17 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan secara terbuka mengenai tempoh masa untuk rakyat menunggu bagi mengetahui keputusan siasatan 1MDB.
Bercakap dalam Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian hari ini, Muhyiddin berkata rakyat cukup sabar untuk menunggunya kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa kali mengulangi gesaan supaya bersabar.
"Perdana menteri kata tunggu, tunggu penyiasatan. Tunggu, tunggu. Berapa lamalah nak tunggu, sampai bulan jatuh ke riba?" kata Muhyiddin.
Beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata terdapat jangka waktu yang dianggap munasabah untuk menunggunya.
"Bila dah lewati batas kemunasabahan, maka keyakinan akan runtuh, (orang) tak percaya, mereka akan kata 'awak boleh cakap apa sahaja, tapi kami tak percaya kamu'" kata Muhyiddin lagi.
Sumber TKO - 17-8-2015
Saya sudah lama tahu ada gerakan tumbangkan kerajaan, kata Noh Omar Posted on Sunday, August 16 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SHAH ALAM: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau sudah lama mengetahui mengenai wujudnya gerakan untuk menumbangkan kerajaan.
Reaksi beliau itu sama sekali mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa wujud gerakan seumpama itu yang melibatkan pemimpin Umno-BN.
"Saya tahu ada usaha-usaha kearah itu (untuk tumbangkan Barisan Nasional). Dah lama saya tahu, tapi tidak ada pihak yang jumpa saya.
"(Datuk Seri) Zahid dia lebih tahu, dia sudah cakap tadi sebagai Menteri Dalam Negeri dia sudah dapat maklumat dan dapat hidu", katanya kepada Antarapos.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, sebarang gerakan kearah itu akan dibanteras demi kesepaduan parti.
"Macam saya di Selangor, saya kena pastikan semua ahli Parlimen BN tidak terlibat kalau ada gerakan ini", katanya lagi.
Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata terdapat gerakan yang disusun bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada yang turut melibatkan pemimpin Umno-BN.
Gerakan itu katanya sedang giat mendapatkan akuan bersumpah daripada semua Ahli Parlimen pembangkang menerusi pintu belakang selain menarik Ahli Parlimen BN.
Zahid turut mendakwa pelbagai usaha turut digerakkan tokoh tertentu yang mendalangi aktiviti untuk dapatkan akuan bersumpah dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang dan cuba menarik Ahli Parlimen BN.
Sumber TKO - 16-8-2015
“Saya berani bersumpah mereka mahu cagarkan minyak Terengganu” Posted on Sunday, August 16 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Said sanggup bersumpah bagi membuktikan bahawa dakwaan 1MDB cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu adalah benar.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, Sultan Terengganu. Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud pun sedia maklum perkara itu.
“Saya bersumpah dengan nama Allah, Terengganu Investment Authority (TIA) mahu menjadikan hasil gas dan minyak Terengganu sebagai cagaran. Saya sedia bersumpah di mana saja bagi mempertahankan kenyataan ini,” katanya ketika berucap Persidangan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat.
Ahmad berkata, beliau sedia mendedahkan segala-galanya berkenaan TIA sebelum ditukar menjadi 1MDB apabila waktu yang sesuai.
Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mei lalu, Ahmad mendedahkan TIA cuba mencagarkan hasil minyak Terengganu tetapi beliau menentangnya.
Pendedahan Ahmad itu bagaimanapun dinafikan penyokong kerajaan. Ahmad dilihat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering kelihatan dalam program yang dihadiri bekas Perdana Menteri. - FMT
Sumber TKO - 16-8-2015
Pendedahan Ahmad Said: Umno Cuba Cagar Petroleum Terengganu Dan Kaitan Dengan 1MDB
Oleh : Ahmad Amzad Hashim
Saya pernah dalam satu rakaman video menyatakan kemarahan yg amat sangat tindak tanduk pemimpin UMNO Terengganu dalam isu kepentingan negeri Terengganu, isu royalti petroleum pada tahun 2012.
Video ini rakamannya tahun 2012. Saya pohon maaf, oleh kerana ia ditujukan kepada rakyat Terengganu berkaitan kepentingan isu royalti petroleum milik Terengganu, maka saya berucap dlm loghat yang terserlah “keTerengganuangnya”.
Saya bernada agak marah kerana pemimpin UMNO Terengganu berbohong kepada rakyat dan berdolak dalih. Lebih utamakan apa yg UMNO pusat mahu sehingga mengorbankan apa yang jadi hak negeri.
NAMUN begitu setelah akhir akhir ini saya melihat DS Ahmad Said berubah nada, jadi sama macam saya pula yg mempertikai perbuatan UMNO Pusat khianat negeri Terengganu, menganiaya negeri Terengganu, saya rasa ingin sangat menghulur tangan bersalaman kerana saya rasa kini kami tidak lagi berrtentangan pendapat sekurang kurangnya dalam isu ini.
Pertamanya mengesahkan apa yg selama ini kami perjuangkan adalah benar.
Keduanya sumpah yg beliau ucap ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Kemaman beberapa hari lalu yg sekaligus menolak dakyah/jawapan UMNO Terengganu yg melalui kenyataan YB Wan Hakim, Ketua Penerangan UMNO Terengganu. Ucapan DS Ahmad Said adalah sangat jelas sejelas-jelasnya.
KEBERANIAN DAN KESUNGGUHAN DS AHMAD SAID, sekalipun hanya dizahirkan setelah tidak lagi menjadi MB Terengganu, dan tidak lagi berpendirian selari dgn UMNO Pusat, kali ini mendapat sanjungan saya dan sebagai rakyat Terengganu yg biasa saya amat berterima kasih.
Keprihatinan DYMM Sultan Terengganu, yg memainkan peranan yg bijaksana sehingga mengesan bahaya rancangan asal Terengganu Investment Authority (TIA) yg merupakan asal usul syarikat 1MDB yang akan merisikokan hasil sumber petroleum negeri memberi mesej Sultan Terengganu tidak mudah diperdaya dan punya kebijaksanaan menepis muslihat pusat yg merugikan negeri.
Kita tidak tahu apa pula di sebalik tabir berhubung isu ini antara Menteri Besar sekarang DS Ahmad Razif dengan DS Najib. MB Terengganu antara paling kehadapan menjadi penyokong kuat DS Najib sekalipun gelombang penolakan oleh UMNO berlaku di seluruh negara.
Saya ingin mengucapkan salut diatas pendirian DS Ahmad Said pada hari ini dan jika perlu, demi meruntuhkan penganiayaan berterusan UMNO Pusat dalam isu petroleum yang menjadi hak Terengganu, saya sedia lupakan perbezaan pendirian politik untuk bersama berjuang dalam isu ini.
Malah saya doakan alangkah baiknya jika DS Ahmad Said boleh menjadi seperti Saidina Umar r.a yg memperkukuhkan perjuangan rakyat diatas landasan perjuangan Islam bersama sama kami di dalam PAS.
Masa depan Islam, dan orang melayu akan dipelihara jika kita berjuang dilandasan yg betul, pada hablillah, agama Allah yg akan menjadikan orang orang melayu tidak lagi menjadi hina sebagai penyokong rasuah, perkauman melampau, berakhlak mulia, berilmu, cekap, amanah dan produktif.
***HJ AHMAD AMZAD HASHIM Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
16hb Ogos 2015
Sumber BO - 16-8-2015
TPM Dakwa Ada Gerakan Guling Kerajaan Libatkan Tokoh UMNO Posted on Sunday, August 16 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR – Terdapat individu yang sedang berusaha untuk mendapatkan akuan berkanun (SD) daripada kedua-dua belah parti politik kerajaan dan pembangkang dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.
Dakwaan itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
sambil menambah, beliau telah menerima maklumat mengenai perkara tersebut daripada
sumber yang sangat dipercayai.
“Orang itu adalah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang kini bekerjasama dengan 87
ahli Parlimen dari pembangkang untuk menentang pihak kerajaan sendiri.
“Hairannya ia diketuai oleh seorang pemimpin dari UMNO dan BN. Saya tidak akan sebut
nama-namanya tetapi ia akhirnya akan terdedah dengan sendirinya.
“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan mengizinkan ianya berlaku,” tegas beliau
pada mesyuarat UMNO Bahagian Ampang di sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid berkata, beliau menerima maklumat bahawa terdapat peguam sedang membuat
persediaan untuk membentangkan kertas memorandum tujuh muka surat kertas kuning bersama dengan SD.
Ia untuk membuktikan konon kumpulan mereka itu mempunyai sokongan majoriti dalam
Parlimen.
“Saya dapat ‘cium bau’ ada usaha dilakukan oleh tokoh tertentu dan didalangi tokoh tertentu
untuk dapatkan SD dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang.
“Pihak ini cuba menarik ahli Parlimen BN untuk tumbangkan kerajaan sedia ada melalui
pintu belakang. Mereka tidak boleh menunggu hingga pilihan raya umum akan datang dan
mereka cuba menggunakan pintu belakang.
“Saya tidak akan membiarkan ia terjadi,” jelas Ahmad Zahid. – mStar Online Sumber TKO - 16-8-2015
Saya masih lagi bersama Najib, kata Ku Li Posted on Sunday, August 16 @ 03:57:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan beliau masih lagi menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak berapa lama selepas pendedahan terdapat pemimpin parti Melayu itu yang mahu menggulingkan kerajaan.
Beliau berkata, pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terdapat plot menggulingkan kerajaan bersama pembangkang mengejutkannya akan tetapi mengatakan tidak mustahil ianya wujud.
Apabila ditanya apakah dia masih menyokong Najib, Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li berkata: "Ya. Saya tidak bersama pembangkang.
"Akan tetapi saya berharap kita semua melakukan perkara betul. Menyatakan kebenaran. Jelaskan kepada rakyat baik-baik," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, Ku Li pada mulanya enggan mengesahkan sama ada beliau akan menyokong Najib akan tetapi hanya selepas tiga kali disoal pemberitahu barulah beliau mengakuinya.
Kali pertama beliau berkata akan menyokong "sesiapa sahaja yang melakukan perkara betul untuk negara".
Apabila disoal lagi beliau berkata: "Saya masih lagi dalam Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, apa maksudnya?"
Ku Li juga memberitahu pemberita sesebuah kerajaan hanya boleh dijatuhkan dengan undi tak percaya kerana cara lain tidak selari dengan Perlembagaan.
Katanya menjatuhkan kerajaan secara paksa memerlukan tentera.
"Jika anda mahu gulingkan kerajaan, anda memerlukan tentera. Ahli Parlimen atau rakyat biasa tidak boleh melakukannya jika angka tidak mencukupi.
"Jika mereka mahu melakukannya, mestilah selari dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga tidak menolak kemungkinan ahli Umno akan menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri jika mereka merasakan ianya perkara yang sepatutnya dilakukan.
"Ahli Umno manusia biasa juga. Jika mereka rasa apa yang berlaku sekarang bercanggah dengan apa yang mereka perjuangkan, mereka mungkin melakukannya".
Sumber TKO - 15-8-2015
Perlu tentera jika mahu 'guling kerajaan' Posted on Sunday, August 16 @ 03:54:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tampil membayangkan bahawa tiada sebarang rancangan untuk "menggulingkan kerajaan".
"Kalau nak guling (kerajaan) kena ada tentera. Kalau orang biasa tak boleh nak guling. Ahli parlimen atau orang luar kalau tak cukup bilangan (pun) tak boleh buat.
"Kalau (sesiapa) nak buat (jatuhkan kerajaan), kena mesti menerusi apa yang ditentukan perlembagaan," kata Tengku Razaleigh ketika ditemui media di Rumah Terbuka Hari Raya, di Kuala Lumpur hari ini.
Pagi tadi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada seorang pemimpin Umno sedang memainkan peranan untuk "menjatuhkan kerajaan" dengan kerjasama ahli parlimen pembangkang.
Ahmad Zahid juga mendakwa pihak terbabit turut mengumpul sokongan daripada wakil rakyat BN di parlimen untuk mendapatkan majoriti bagi menjatuhkan kerajaan "melalui jalan belakang".
Tak senang hati, kemuka usul
Sementara itu, ketika ditanya pemberita Tengku Razaleigh mengakui beliau bertemu dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Selasa lalu.
Beliau berkata tiada apa-apa yang penting dibincangkan pada pertemuan itu kerana beliau sering bertemu sesiapa sahaja termasuk Datuk Seri Najib Razak.
Tengku Razaleigh berkata, ahli parlimen boleh menjatuhkan kerajaan mengikut perlembangaan persekutuan iaitu mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib di parlimen.
"Ini perkara biasa. Mana-mana pihak yang rasa tak senang hati dia boleh kemukakan usul.
Kalau ada bilangan cukup, berjayalah. Kalau tak ada bilangan cukup, tak boleh," katanya.
Ditanya kemungkinan wujudnya dua kelompok dalam Umno seperti sejarah parti itu sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.
"Saya tidak tahu, saya tidak ikuti (apa yang berlaku), saya cuma bimbang... rakyat menghadapi masalah sekarang.
"Dengan kerajaan yang baru disusun semula saya harap mereka akan bekerja bersungguh-sungguh untuk membaiki kehidupan rakyat," katanya. - MK
Sumber TKO - 16-8-2015
Mahathir turut minta, terima bantuan negara Arab -
Salleh
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meminta dan menerima bantuan daripada negara-negara Arab semasa kepimpinannya.
Lantaran itu, beliau berkata, bahawa mengatakan bahawa Dr Mahathir tidak pernah meminta atau mendapat bantuan dari negara Arab adalah tidak benar.
"Hakikatnya Dr Mahathir tidak sahaja meminta tetapi turut menerima bantuan daripada sebilangan negara-negara Arab," katanya dalam entri terbaru blog beliau.
Mohd Salleh berkata lebih 30 tahun lalu semasa Dr Mahathir berhasrat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), kerajaan dianggarkan menanggung sekurang-kurangnya RM1 bilion, terutamanya untuk membangunkan kampus di tapak seluas 283.3 hektar (700 ekar) di Gombak.
"Mengambil pertimbangan faktor inflasi, apa yang bernilai RM1 bilion pada 1983 kini mencecah lebih RM10 bilion.
"Oleh itu, jika kita mahu melakukan perkara yang sama pada hari ini, apa yang akan kos RM1 bilion pada 1983 akan menelan kos berbilion-berbilion pada hari ini," katanya.
Mohd Salleh berkata bagi membiayai projek yang dianggap besar pada 1983, Dr Mahathir mendapatkan sokongan kewangan dari negara-negara Timur Tengah dan lapan negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), yang kini dikenali Pertubuhan Kerjasama Islam, bersetuju unutuk menaja penubuhan universiti berkenaan. - Bernama Sumber HD - 15-8-2015
“Wallahi Wabillahi, TIA Mahu Menggunakan Minyak
Terengganu Sebagai Cagaran”
KEMAMAN – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau bersedia untuk bersumpah mengenai dakwaan beliau bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah cuba untuk menggunakan minyak dan gas di negeri ini sebagai cagaran.
“TIA mahu menggunakan minyak Terengganu sebagai cagaran. Saya bersumpah, Wallahi Wabillahi (dengan nama Allah), ini bukan cerita sensasi. Saya bersedia untuk bersumpah di mana sahaja untuk mempertahankannya,” kata Ahmad.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Umno Kemaman berkata demikian dalam Mesyuarat Agong Umno Bahagian Kemaman yang diadakan di sini semalam, Jumaat 14 Ogos.
Ahmad menegaskan, beliau tidak mereka cerita tersebut dan mendakwa bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tahu tentang usaha badan pendahulu 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA).
Sebelum ini, ADUN Kijal itu membuat dakwaan yang sama pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada bulan Mei, di mana beliau berkata keputusan untuk menggunakan sumber-sumber petroleum di negeri ini kemudian ditarik balik.
Dakwaan Ahmad kemudiannya diulangi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah dan masih menjadi ketua pengkritik kepada Perdana Menteri, Najib Razak.
TIA telah ditubuhkan pada tahun 2008 untuk mengurus dan pelaburan royalti daripada sumber petroleum di negeri ini, dan telah bertukar menjadi 1MDB pada tahun 2009 selepas Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun itu.
Ahmad berkata, terdapat banyak perkara mengenai operasi TIA yang bermasalah dan beliau menambah, beliau akan mendedahkan lebih banyak pada masa yang akan datang.
Beliau turut menggesa 1MDB untuk menjelaskan hutang RM42 bilion dan mempersoalkan bagaimana firma itu boleh berhutang dengan jumlah yang begitu besar.
Ahmad juga mengkritik dan tidak bersetuju dengan tindakan Najib memecat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang telah mempersoalkan tindakan Najib dalam menguruskan 1MDB.
“Tidak patut bahawa hanya kerana 1MDB, Tan Sri telah dipecat,” kata Ahmad kepada para perwakilan dan permerhati, dan dihadapan Muhyiddin yang hadir untuk merasmikan mesyuarat bahagian Umno Kemaman itu.
Sumber BO - 15-8-2015
Muhyiddin, Mat Said diramal berganding kritik Najib Posted on Friday, August 14 @ 13:27:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang akan diadakan selepas solat Jumaat petang ini dijangka berlangsung dalam situasi `panas'.
Perasmian yang akan dibuat Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan menjadi faktor.
Pada kesempatan yang ada, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikatakan akan
menggunakannya sebagai platform untuk menjelaskan pelbagai isu dan perkembangan
semasa.
Keadaan dijangka semakin ‘panas' dengan kehadiran bekas Menteri Besar Terengganu,
Datuk Ahmad Said yang hampir senasib dengan Muhyiddin.
"Lebih panas lagi apabila perasmian mesyuarat yang akan berlangsung itu diketuai oleh
Datuk Seri Ahmad Said yang sememangnya mempunyai perasaan terpendam selepas
pemecatan jawatannya sebagai Menteri Besar Terengganu lebih setahun yang lalu," kata
bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Menurutnya lagi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Shabery Cheek yang
turut diundang pada perasmian mesyuarat itu pasti akan `panas telinga' mendengar kritikan
yang ditimbulkan.
Sumber TKO - 14-8-2015
Najib perdana menteri paling lemah
Posted on Friday, August 14 @ 08:02:59 MYT by paktam
Oleh RAYUSA CITRA dan keperibadian pemimpin Islam dahulu (dalam hal ini
Islam diambil sebagai contoh kerana di manamana dan bila-bila pun
Islam mesti yang teratas) yang kayaraya sebelum bergelar
pemimpin menjadi miskin setelah terpilih memegang amanah
tersebut.
Perlu diketahui dan diingati bahawa orang Islam dahulu juga dengan
rendah hati dan berhemah enggan menerima jika dipilih menjadi pemimpin kerana merasakan ia satu tanggungjawab yang sangat besar dan terlalu berat.
Amat berbeza dengan pemimpin Islam hari ini yang meskipun miskin atau hidup susah/
sederhana sebelum dipilih (baca: ada yang berusaha dengan apa cara pun untuk menjadi
pemimpin) kaya-raya setelah menjadi pemimpin, misalnya sebagai wakil rakyat.
Antara tanda akhir kiamat ialah semakin banyak orang bodoh atau bukan ahli menjadi
pemimpin, sedangkan orang pandai atau ahli dipimpin dan tertindas – ertinya, sesuatu bidang
dikendalikan oleh yang bukan ahli.
Seseorang pemimpin perlu lebih baik dan bijak daripada orang yang dipimpin atau rakyat.
Pemimpin apa kalau tidak cerdik dan dia yang perlu dipimpin? Pemimpin adalah orang yang
memimpin, bukan dipimpin. Sememangnya dia juga manusia biasa yang tidak terlepas
daripada salah dan silap. Walau bagaimanapun, kesalahan dan kesilapan itu jangan pula
sehingga menjahanamkan pimpinan dan komuniti yang dipimpinnya.
Pemimpin sejati perlu sedar dia hanya seorang pemimpin, bukan berkuasa mutlak dan
mengambil kesempatan menindas orang yang dipimpinnya. Dia tidak menguasai segala yang
ada merangkumi ekonomi dan media atau perhubungan raya. Oleh kerana itulah setiap
pemimpin Islam amat wajar mencontohi sikap Sayidina Umar al-Khattab selepas dilantik
menjadi khalifah Islam kedua menggantikan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq.
Sayidina Umar mengakui beliau bukan yang terbaik dalam kalangan umat Islam.
Namun demikian, beliau sanggup memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan bersedia
pula meminta kerjasama rakyat yang dipimpinnya. Beliau langsung tidak berniat untuk
menindas dan menjalankan pemerintahan kuku besi meskipun kebengisan, kegarangan,
keberanian dan ketegasannya sudah cukup dikenali dunia Islam ketika itu.
Antara katanya yang masyhur ialah: “Aku bersedia menjadi khalifah menggantikan Abu
Bakar.
Tetapi, silalah menegur andainya aku melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang
menjalankan tugas.”
Bangun seorang rakyat yang dengan tegas menghunus pedang sambil berkata, “Aku akan
betulkan kamu dengan pedang ini, ya Amirulmukminin!”
Namun begitu, Umar tidak marah atau mengamuk.
Sebaliknya, beliau gembira dan bersyukur kerana ada rakyat yang bersedia untuk menegur
jika beliau melakukan kesalahan agar perkara itu dapat diatasi untuk kepentingan bersama.
Orang itu tidak dimarahi, dipukul atau dipenjarakan, apatah lagi dibunuh oleh Umar.
Umar langsung tidak sebagaimana pemimpin Islam hari ini yang pantang ditegur. Jika
ditegur, orang yang menegur itu akan dikenakan tindakan tertentu seperti dipecat daripada
jawatan, ditukarkan tempat bertugas dan sebagainya.
Malang sekali, kepimpinan negara kita sekarang amat buruk.
Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri kelima, beliau dianggap
lemah, dan langsung tidak berwibawa.
Walau bagaimanapun, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak yang menggantikannya lebih
lemah, malah boleh dianggap sebagai perdana menteri paling lemah dalam sejarah
pentadbiran negara. Perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad turut
mengakuinya. Beliau malah tidak menyangka bahawa Najib lebih lemah daripada
Abdullah!
Mungkin tidak perlu diulang lagi dalam tulisan ini kerana kita semua sedia maklum.
Cuma, kekesalan dan kesedihan sangat dirasai kerana antara kesan negatif daripada
pentadbiran Najib ialah Ringgit Malaysia merudum paling teruk dalam sejarah negara.
Belum pernah mana-mana menteri kewangan, termasuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim
menjahanamkan mata wang negara kita.
Namun begitu, malang sekali setelah “berjasa” sebegitu besar pun, Najib tetap mengekalkan
dirinya sebagai menteri kewangan dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu. Di mana
letaknya fikiran dan rasa malu beliau? Adakah beliau memang tertekan kerana perlu mengikut (kemahuan) “kekuasaan” isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagaimana yang telah lama menjadi “buah mulut” rakyat hingga tidak
mahu/boleh melepaskan jawatan tersebut?
Setelah memberikan “persembahan” yang buruk dalam hampir semua aspek pentadbiran tanahair, Najib masih tebal muka tampil di seluruh negara dan dunia berucap atau merasmikan pelbagai acara. Langsung tiada rasa malu.
Yang kelihatan di dada akhbar dan televisyen – pastinya arus perdana - adalah penampilan
Najib yang hebat dan meyakinkan.
Ini kerana beliau telah menguasai media negara. Dengan penguasaan mutlak terhadap media,
tentulah yang mulus dan indah sahaja yang disiarkan.
Jika menteri berkaitan dianggap kurang memenuhi kehendaknya, Najib akan membuat
pertukaran.
Barangkali ada yang tidak kena dengan Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek hingga ditukar
dari kementerian komunikasi dan multimedia ke kementerian pertanian dan industri asas tani.
Tempat Shabery digantikan oleh Dato’ Mohd Salleh Keruak.
Mungkin Najib merasakan Salleh sesuai dengan kementerian itu.
Namun demikian, berdasarkan prestasi Najib, beliau hanya akan memilih orang yang boleh
mempertahankannya. Mungkin juga pelantikan Salleh untuk terus menawan hati pengundi
Sabah.
Najib juga tidak boleh ditegur atau dikritik, sama seperti pengkiitik nombor satunya sekarang, Mahathir. Beliau telah memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan.
Lebih bijak daripada rakyat memang perlu kerana pemimpin bertanggungjawab membawa
perubahan positif. Kemajuan dan pembangunan positif tidak mungkin dapat dicapai atau
dijana oleh kebodohan dan kejumudan pemikiran. Kalau rakyat yang lebih bijak, rakyat
tersebut yang wajar menjadi pemimpin.
Berdasarkan apa yang telah berlaku, Najib bukan seorang pemimpin yang lebih bijak daripada
rakyat. Jika ada yang tetap mengatakan beliau bijak, kebijaksanaan itu tidak berguna - hanya
membawa keburukan. Dimaklumi, Najib telah melaksanakan pemberian BR1M.
Langkah itu bukan bijak. Mahathir sendiri menentang. Pemberian BR1M juga dianggap
sebagai rasuah dan menyebabkan negara berbelanja besar.
Najib berasal daripada keluarga kaya. Beliau tidak pernah hidup susah. Walau bagaimanapun,
ahli Parlimen Pekan itu semakin kaya selepas menjadi perdana menteri.
Baru-baru ini heboh pula RM2.67 bilion dalam akaun beliau yang akhirnya dikatakan adalah
derma oleh SPRM, bukan daripada 1MDB.
Sekarang kebanyakan rrakyat semakin marah dan benci dengan pemimpin yang mengamalkan
rasuah.
Beliau turut tersenarai sebagai antara 10 individu terkaya di Malaysia.. Menerima hukuman atas kesalahan rasuah juga kini bukan lagi jaminan untuk diterima semula oleh rakyat. Hukuman tersebut tidak semestinya telah mencuci atau menebus dosa pemimpin terbabit. Rasuah telah dilakukan dan tiada jaminan tidak akan dilakukan lagi selepas terpilih semula sebagai pemimpin.
Selain BR1M sebagai penambat hati rakyat (yang masih buta/ pekak dan bisu), Najib juga
telah “menutup mulut” ketua bahagian Umno dengan pemberian wang yang lumayan. Jadi,
rasuah menyelamatkan Najib meskipun semakin memusnahkan negara.
Justeru, sama ada terpilih kerana rasuah dan terus mengamalkan rasuah setelah menjadi
pemimpin, rakyat mesti menolak pemimpin berkenaan. Dalam kata lain, rakyat perlu menolak
Najib dan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Yakinlah. Pemimpin yang naik kerana rasuah, kemudian gagal mengatasi segala permasalahan
dan cuma tahu berkuasa serta mengumpulkan kekayaan peribadi akan segera jatuh. Dia akan
musnah kerana rakyat mempunyai kuasa untuk menaikkan dan menjatuhkannya. Kalau rakyat
sudah benci, tamatlah riwayat politiknya!
Sumber DD - 14-8-2015
Apabila Najib merayu-rayu
Posted on Wednesday, August 12 @ 16:52:45 MYT by paktam
Oleh Hishamuddin Rais
Ketika tulisan ini digarap, Najib Razak iaitu suami Rosmah Mansor sedang kepanasan. Najib Razak yang juga presiden parti United Malays National Organisation sedang diserang oleh ahli parti sendiri. Suami Rosmah ini sedang terkepung oleh perbuatan sendiri.
Serangan Umno Pagoh minggu lalu ke atas suami Rosmah amat-amat difahami. Ketua parti Ketuanan Melayu bahagian Pagoh ialah Muhyiddin Yassin sendiri.
Pastilah warga Pagoh marah kerana anak watan Pagoh telah ditendang keluar dari menjadi menteri kabinet. Justeru, mesyuarat bahagian Pagoh telah digunakan untuk menyerang suami Rosmah dan mempertahankan Muhyiddin.
Perkara yang sama juga berlaku dalam mesyuarat bahagian Kluang, malah lebih memeranjatkan. Bukan sahaja kepimpinan suami Rosmah telah dipertikaikan, satu cawangan United Malaya National Organisation Kluang telah meluluskan ketetapan yang meledakkan suasana. Cawangan ini mengajukan resolusi: Siapa beri arahan bunuh Altantuya?
Untuk pertama kalinya satu cawangan United Malays National Organisation secara rasmi telah membawa resolusi berhubung isu Altantuya ke dalam mesyuarat resmi parti. Nama Altantuya ini bersabit rapat dengan suami Rosmah. Mengikut akuan bersumpah PI Bala yang pertama, Altantuya adalah penyedap Najib.
Mengajukan resolusi Altantuya bukanlah tindakan mencari pasal. Bahagian ini menimbulkan isu Altantuya ini secara sedar sebagai senjata ampuh untuk menyerang suami Rosmah. Ini satu serangan berbisa dari penyokong Muhyiddin Yassin.
Apakah resolusi Altantuya ini akan sampai ke persidangan agung parti ketuanan Melayu? Kita lihat dan tunggu. Apa yang jelas, suami Rosmah kini kepanasan.
Minggu lalu rakyat Malaysia terbaca berita bagaimana suami Rosmah turut dimalukan secara terbuka di Pasir Gudang, Johor.
Tendangan dari Johor
MB Johor Khaled Nordin selaku tuan rumah dalam ucapan pembukaan tanpa segan silu telah menyatakan bahawa suami Rosmah yang juga presiden parti, yang juga perdana menteri, tidak ada jemputan rasmi untuk datang bertandang ke Pasir Gudang.
Suami Rosmah mengikut kata Khaled Nordin telah menjemput dirinya sendiri. Ini satu ucapan yang amat jobo. Ucapan sedemikian bukan lagi satu tamparan tetapi jelas satu tendangan dari Bangsa Johor terhadap suami Rosmah.
Dari klip video mesyuarat Pasir Gudang kelihatan suami Rosmah berapi-api menjual propaganda BR1M. Sayangnya ahli parti dalam dewan tidak ambil pot. Luka bertambah sakit apabila suami Rosmah melaung bertanya “hendak BR1M lagi atau tidak?”, tiba-tiba ramai yang menjawab “tidak”.
Walaupun dimalukan dengan laungan “tidak” ini, suami Rosmah tetap cuba berpolitik dengan menerangkan bahawa ada lagi kes yang lebih besar dari kes 1MDB, seperti kes syarikat penerbangan MAS.
Tetapi suami Rosmah enggan membuka kesah ini untuk menjaga parti. Tiba-tiba terdengar laungan dari dalam dewan: “Buka... Buka... Bukalah pekung”.
Di Pasir Gudang, pada awalnya suami Rosmah diumumkan akan mengadakan sidang akhbar . Tetapi selesai memberi ucapan suami Rosmah telah lari keluar dewan tanpa meneguk air. Sidang akhbar dibatalkan kerana suami Rosmah cabut lari.
Semua ini bukan fitnah pembangkang. Semua ini bukan fitnah dari Wall Street Journal. Semua ini bukan fitnah dari portal Sarawak Report. Tidak ada agenda Yahudi di sini. Ini adalah fakta dan babak politik yang telah berlaku. Semua ini adalah serangan ahli parti United Malays National Organisation terhadap Najib Razak.
Apa yang sedang berlaku sekarang bukan satu pekara yang baru. Ini adalah sambungan dan rentetan dari beberapa babak yang terdahulu. Pemain utama ialah Mahathir Mohamad bekas PM Malaysia.
Hasrat Mahathir
Mahathir mahu suami Rosmah mengundur diri dari menjadi PM. Mengikut logik Mahathir, jika suami Rosmah terus menjadi PM dan memimpin United Malays National Organisation maka parti ini akan kalah dalam PRU14.
Prestasi dan keupayaan suami Rosmah telah diukur oleh Mahathir dalam PRU13. Terbukti dalam PRU13 suami Rosmah kehilangan lebih banyak kerusi berbanding dengan Abdulah Badawi yang terkenal dengan tidurnya.
Mahathir Mohamad sedar jika United Malays National Organisation kalah dalam PRU14 maka malapetaka akan sampai. Mahathir Mohamad sendiri, bersama suami Rosmah dan konco-konconya pasti akan ditangkap untuk didakwa. Jenayah Mahathir Mohamad ini tidak jauh bezanya dari jenayah yang sedang dilakukan oleh suami Rosmah.
Hakikatnya, Mahathir Mohamad mahu suami Rosmah berundur kerana Mahathir mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Dalam strategi perang apa yang dirancang dan dicadang oleh Mahathir ini adalah betul. Jeneral yang manai pasti akan kalah perang, apatah lagi jika jeneral ini takut pada bini.
Sebelum Muhyiddin dan Shafie Afdal digugur dari kabinet ada dua lembaga sedang menyiasat kes 1MDB. Jawatankuasa Parlimen dan SPRM membuat siasatan secara rapi. Umum mengetahui bahawa tali jerutan siasatan ini semakin rapat ke leher suami Rosmah.
Beberapa sosok penting yang bersangkutan dalam SRC International (anak syarikat 1MDB) telah hilang melarikan diri. Yang lain telah memberikan keterangan. Hakikatnya SPRM telah mendapat bahan bukti yang diperlukan.
Ini menunjukkan bahaw, Pejabat Peguam Negara telah bersedia untuk mendakwa suami Rosmah atas dakwaan pecah amanah kerana duit dari syarikat kerajaan masuk ke dalam akaun peribadi Muhamad Najib Abdul Razak. Khalas. Period.
Jangan silap faham – memang betul ada RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun suami Rosmah. Ini duit dari luar negara. Agak susah untuk dicari salasilahnya.
Apa yang sedang disiasat ialah dakwaan duit jutaan ringgit dari Syarikat SRC International – anak syarikat 1MDB – masuk ke akaun suami Rosmah.
Najib serang balas
Justeru pegawai dari syarikat ini lari menghilangkan diri. Dua di antara pegawai SRC International dikehendaki oleh Bank Negara. Mereka lari untuk menyelamatkan suami Rosmah.
Sebelum surat dakwaan Peguam Negara sampai ke tangan suami Rosmah, dengan licik suami Rosmah telah menyerang balas. Rombakan Kabinet dilakukan, jawatankuasa kira-kira wang negara Parlimen disabotaj dan SPRM diganggu-gugat. Peguam Negara dipaksa bersara. Pengarah SPRM dicutikan ke Amerika.
Dengan sekelip mata suami Rosmah selamat. Apakah betul suami Rosmah selamat? Apakah bangkai rasuah 1MDB dapat ditutup?
Surat dakwaan ke atas suami Rosmah dari pejabat Peguam Negara tiba-tiba bocor. Dengan pantas suami Rosmah berkata ini surat dakwaan palsu.
Yang menjadi lawaknya, ada pula ahli majlis tertinggi parti ketuanan Melayu menuduh semua yang berlaku ini adalah rancangan Yahudi. Ini kerana Sarawak Report berpusat di London dan Wall Street Journal di New York.
Tidak cukup dengan menyerang Yahudi, lembaga SPRM pula diserang. Pegawai SPRM ditangkap, ditukar dan diugut. Semua ini dilakukan dengan niat agar siasatan ke atas suami Rosmah dihentikan.
Sayang seribu kali sayang, semua ini tidak meredakan serangan terhadap suami Rosmah. Facebook, Twitter, portal berita dan blog terus menyerang. Lawak jenaka terhadap suami Rosmah makin menjadi-jadi dalam alam siber.
Akhirnya media baru berjaya memunculkan satu persepsi bahawa Najib Razak suami Rosmah tidak boleh lagi dipercayai. Suami Rosmah ini sedang membawa malapetaka kepada Malaysia.
Malaysia sedang menuju ke arah negara gagal jika Rosmah dan suaminya terus berkuasa. Persepsi ini menular luas.
Rayuan Najib
Laporan berita mesyuarat bahagian parti Ketuanan Melayu yang sedang berjalan memperkukuhkan lagi persepsi ini. Pegawai-pegawai kerajaan mula melihat bahawa parti United Malays National Organisation ini semakin lumpuh dan wajib diganti. Orang-orang kampung mula bersembang kosong tentang Rosmah dan suaminya.
Najib Razak sedar akan bahaya persepsi ini. Justeru minggu lalu dalam mesyuarat bahagian Bandar Tun Razak, si Najib ini merayu agar ‘pejuang siber’ parti ketuanan Melayu bangun menyerang mempertahankan presiden parti.
Suami Rosmah ini bermimpi dan berharap ahli-ahli partinya akan mengikut perangai ahli dan penyokong pembangkang yang terus menerus mempertahankan Anwar Ibrahim dalam apa sahaja keadaan.
Apabila suami Rosmah merayu dan bermimpi seperti ini maka umum melihat ini sebagai tanda-tanda bahawa nafas suami Rosmah semakin sesak. Hari-hari akhir semakin dekat.
Pada tahap ini, persepsi yang diwujudkan melalui ruang siber telah merebak dan mempengaruhi golongan perniagaan. Nilai ringgit berbanding dengan dolar semakin susut. Di sempadan Siam dan di Kota Jakarta, pengurup wang mula enggan menerima ringgit. Mereka tidak mahu rugi kerana nilai tukaran ringgit terus merudum.
Dalam masa yang sama di Bursa Saham Kuala Lumpur saban hari nilai saham jatuh beberapa mata. Semua ini memperkuatkan lagi persepsi bahawa suami Rosmah tidak ada pilihan melainkan berundur.
Lalu timbul soalan untuk Najib Razak:
Najib Razak telah menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa duit sebanyak 700 juta dolar bersamaan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya itu sebenarnya adalah wang derma.
Ya ampun ya maulana – jika duit ini duit derma kenapa tidak diumumkan pada hari pertama berita ini meledak dalam Wall Street Journal? Kenapa baru sekarang hendak diterangkan?
Ya ampun ya maulana – jika duit RM2.6 bilion ini wang derma kenapa pula Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal ditendang keluar dari kabinet?-malaysiakini.com/
Sumber DD - 23-8-2015
Derma: Jika tidak sembunyikan apa-apa, mengapa tidak berterus terang sahaja?
Posted on Wednesday, August 12 @ 16:04:08 MYT by paktam
Oleh Hazlan Zakaria Pemimpin demokrasi bukan hanya perlu jujur, kebertanggungjawapan, bertanggungjawab dan mempunyai niat yang baik, tetapi juga perlu mempamerkan semua kualiti ini kepada rakyat yang telah memilih mereka.
Malah seorang pemimpin yang memiliki semua keperibadian tersebut, juga akan berdepan masalah sekiranya mereka tidak dilihat memilikinya, pada pandangan pengikut dan orang yang bergantung kepada mereka.
Untuk menjadi pemimpin, seseorang memegang nasib negara atau organisasi dalam tangan mereka dan kerana itu perlu dibertanggungjawapkan, begitu juga mesti seorang yang bertanggungjawab.
Sekiranya orang tersebut tidak mempunyai ketahanan untuk bertanggjawab kepada kepimpinannya maka seharusnya dia tidak patut tampil ke depan menjadi pemimpin.
Anda bukan hanya perlu menjadi pemimpin seperti yang diharapkan, tetapi anda juga perlu berani bertindak dan bersuara.
Bukan sekadar menjadi tauladan yang baik untuk orang bawahannya, seorang pemimpin juga perlu mempunyai keperibadian tinggi dan unggul, kerana tugas yang mereka lakukan ialah amanah yang diberikan rakyat.
Pemimpin yang bercakap besar tetapi gagal membuktikan boleh melakukannya perlu berundur daripada kerusi empuk selesa mereka, kerana mereka tidak lebih sekadar seorang hipokrit yang tidak mempunyai asas moral untuk terus bertahan dalam jawatan itu.
Sementara pemimpin yang berbuat banyak kebaikan tetapi tidak bercerita mengenainya atau tidak dilihat melakukannya, juga akan lenyap ditelan masa, kerana peraturan permainan ialah tindakan serta tanggapan, adalah sama penting.
Sesuatu yang boleh memaksa pemimpin yang mempunyai kesedaran mencukupi, untuk berundur daripada jawatan mereka apabila mereka mendapati mereka telah hilang kepercayaan rakyat atau orang awam sudah mempunyai tanggapan buruk kepada mereka.
Kerana mandat untuk memerintah bukan mutlak dan sekali-harung tetapi bergantung kepada keizinan berterusan mereka yang diperintah. Apabila berlaku sahaja kegoyahan rakyat atas apa sahaja sebab ianya perlu diberikan perhatian sewajarnya dan diberikan tindakan sepatutnya, bukannya diketepikan semata-mata untuk terus berkuasa.
Ini termasuklah beberapa perkara seperti asal usul, tujuan dan kaedah pemberian derma kepada seorang pemimpin negara, walaupun mengikut undang-undang negara ini perkara tersebut tidak perlu didedahkan sepenuhnya.
Ketepikan peruntukan undang-undang seketika, tuntutan moral dan kesedaran yang baik seharusnya membentuk tindakan pemimpin. Kerana wang yang memasuki akaun peribadi boleh dan wajar sahaja memberikan kesan kepada integriti pemimpin, dan tanggapan buruk masyarakat sudah tercetus.
Pemimpin dalam jawatan tertentu mempunyai kuasa dan kemampuan untuk mempengaruhi geran, kontrak, siasatan dan mekanisma pentadbiran yang lain perlu mendedahkan semua perkara tentang semua derma yang dia terima dari siapa dan untuk apa.
Kerana pertikaian orang kepada integritinya akan terus menghantuinya dan membayangi masa pentadbiran mereka dan apa sahaja tindakan baik atau buruk pemimpin akan menimbulkan syak wasangka dan keraguan walaupun pemimpin itu berniat baik.
Kerana itu, walaupun undang-undang tidak menghendaki pemimpin di Malaysia untuk mendedahkan sumber ‘derma’ duit dalam kocek mereka, untuk tujuan peribadi atau parti politik mereka, ianya benar dan betul secara moral dan keperluan untuk mereka berbuat demikian, demi integriti dan kehormatan mereka.
Mana-mana pemimpin yang enggan berbuat demikian hanya menunjukkan kelakuan buruk seorang pemimpin yang dipilih menjawat jawatan awam yang merupakan amanah rakyat, serta petanda yang mereka sedang menyembunyikan sesuatu.
Seperti kata pepatah Melayu “Berani kerana benar,” jika anda tidak menyembunyikan apa-apa, anda tidak akan teragak-agak untuk berterus terang.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.c
Sumber DD - 13-8-2015
Derma RM2.6 Billion - Satu Soalan, Banyak Jawapan Posted on Wednesday, August 12 @ 17:37:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Satu Soalan Saja Mengenai 'Derma RM2.6 Billion', Tapi Kita Menerima Berbagai Jawapan.. Mengapa?
Satu soalan saja yang ditanya kebanyakkan rakyat mengenai USD700 Juta ataupun RM2.6 Billion (hari ni RM2.8 Billion dah).. tapi kita mendengar berbagai-bagai jawapan.
Dan semuanya langsung tak ada kaitan dengan soalan.. soalannya ialah "Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?"
Jawapannya pula datang dari berbagai pemimpin UMNO yang berusaha untuk menunjukkan kepada Najib bahawa merekalah golongan yang setia dan sanggup membela Najib..
Berikut adalah satu soalan itu yang menerima berbagai-bagai jawapan..
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 1 : (Diam) Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 6 : Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 7 : Yahudi kini sedang menyerang Malaysia. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tidak wujud. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak? Jawapan 15 : Duit itu saya guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan. Satu soalan yang perlu dijawab YA atau TIDAK sahaja. Tetapi malangnya jawapan yang diterima ternyata Tipu & Bohong belaka.
Soalan dan Jawapan telah disediakan oleh Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, YB Shamsul Iskandar di SINI
sumber
Sumber TKO - 12-8-2015 Hapuskan sindrom bisu dalam Umno Posted on Wednesday, August 12 @ 13:59:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Oleh Roslan SMS
Sindrom bisu atau tidak bersuara selalunya berlaku dalam kerajaan atau pemerintahan diktator, rakyat atau penyokong takut berkata atau bersuara walau dalam perkara yang benar kerana bimbangkan nyawa dan keselamatan mereka.
Itulah yang berlaku dizaman Hitler,Mussolini, Castro, Mao, Lenin, Khmer Rouge dan semasa regim Gadafi, Saddam, Marcos dan sekarang Kim Jong Un di Korea Utara.
Kerana itu ramai yang terpesona apabila mendapat tahu bahawa hari ini sindrom bisu yang sama rupanya menyerang parti terbesar dalam negara iaitu Umno. Ini bukan tuduhan pembangkang tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presidennya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam akhbar Sinar Harian hari ini tajuk muka enamnya berbunyi:
“Perlu berani bersuara”
Dalam The Sunday Star pula muka 5:
“Muhyiddin: Umno must speak up”
Kedua-dua akhbar melaporkan kenyataan Timbalan Presiden Umno itu ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Umno bahagian Pagoh, Johor.
Muhyiddin dilaporkan menyeru ahli-ahli Umno agar lebih berani bersuara menegakkan kebenaran untuk memulihkan politik dan ekonomi negara yang suram bagi mengelakkan parti berkenaan dari terkubur.
Mungkin ahli-ahli Umno tidaklah terancam nyawa dan keselamatan mereka jika bersuara sebagaimana berlaku dalam regim diktator yang disebutkan di atas, tetapi apa yang berlaku terhadap Muhyiddin adalah bukti barangkali yang mendorong sindrom bisu itu.
Tak berapa hari selepas menegur cara Presidennya mengendalikan skandal 1MDB dan menyatakan bahawa jika Umno berterusan begini ia mungkin kalah dalam PRU akan datang, terus sahaja Muhyiddin telah dipecat dari jawatan TPM.
Hilang jawatan dalam dunia hari ini mungkin boleh dinisbahkan sama dengan terancam nyawa dan keselamatan, maklumlah pangkat, jawatan dan kedudukan adalah segala-galanya hari ini. Itu belum lagi kontrak dan bantuan.
Kerana itu sindrom bisu menular dalam Umno.
Beranikah orang-orang Umno bangkit dari lena bisu mereka yang berpanjangan dan menegur segala kepincangan yang sedang berlaku terutama yang di bawah tangan Presiden mereka. Muhyiddin tampak berani tetapi terus dicantas, hilang jawatan TPM dan tidak mustahil digugurkan pula dari jawatan Timbalan Presiden tidak berapa lama lagi.
Mahukah yang lain ikut serta?
Kalau Umno sudah begitu, tiada “platform” dan ruang untuk bersuara, maka wajarlah orang-orang Melayu dalam Umno bertindak mencari wadah yang baru yang boleh memberikan kebebasan dan membawa mereka selamat dunia dan akhirat.
Pergantungan hidup bukanlah kepada manusia, bukan pada Putrajaya bukan juga pada jawatan, kedudukan apalagi kontrak dan bantuan. Pergantungan hidup yang hakiki perlulah pada Yang Maha Esa dan Maha Kuasa yakni Allah swt.
Bersatulah kita semua di bawah panji-panji Islam demi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara. Berani kerana benar demi Allah swt.
Sumber TKO - 12-8-2015
Saya sudah cukup bersopan, kata Wanita Umno ‘Najib kencing’
Posted on Wednesday, August 12 @ 14:55:48 MYT by paktam
OLEH NABIHAH HAMID Seorang pemimpin Wanita Umno Langkawi yang menjadi viral dalam video "Najib kencing" baru-baru ini tampil mempertahankan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Razak walaupun dinasihatkan seorang menteri Kabinet agar menegur dengan cara lebih bersopan.
Anina Saadudin mempertahankan tindakan dan hujahnya dan berkata, perkataan digunakannya dalam video tersebut sudah cukup bersopan dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menegur secara berhemah tidak didengari malahan dibuang daripada Kabinet perdana menteri hujung bulan lalu.
Menyifatkan rintihan akar umbi tidak akan didengari sekiranya bercakap lembut kepada presiden Umno itu, Anina mempersoalkan nasihat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar menegur dengan cara yang lebih santun.
"Saya bercakap dalam platform Umno, mesyuarat tertutup. Mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian.
"Maknanya perwakilan, platform yang betul. Sebagai ahli Umno saya rasa itulah platform terbaik untuk saya luahkan rasa hati saya kepada presiden.
"Bukan saya angkat banner bersorak di Sogo," kata Anina ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam merujuk kepada kompleks membeli belah di Kuala Lumpur yang popular sebagai lokasi diadakan demonstrasi.
Hujung minggu lalu sebuah video yang mengkritik keras Najib dengan mendakwa pemimpin tertinggi parti itu "kencing" atau menipu rakyat menjadi viral di media sosial.
“Datuk Seri presiden dah kencing 3 juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.
“Saya minta Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat,” katanya dalam dialek utara.
Anina mempersoalkan Shabery yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, jika Muhyiddin menggunakan bahasa cukup baik dalam membuat teguran tidak didengari, apa dimaksudkan dengan teguran berhemah.
"Macam mana lagi saya hendak cakap? Hendak cakap macam mana?
"Tolonglah susun ayat untuk saya," soal Anina yang merupakan pemimpin Umno Cawangan Padang Mat Sirat.
Anina menjawab nasihat Shabery sebelum ini yang mengatakan beliau perlu menegur pemimpin seperti ibu bapa sendiri.
Namun Anina menegaskan tiada guna bercakap baik dengan presiden kerana ia hanya akan menjadi luahan kosong.
Aina turut menegaskan kelantangan dirinya dalam video tersebut adalah kerana sayangkan Umno dan mahu menjaga kepentingan dan nama baik parti Melayu itu.
"Saya bercakap supaya saya didengari, saya hendak didengari, macam mana saya hendak didengari?
"Kalau saya cakap lemah lembut ingat saya hendak didengari? Bercakap macam ini baru menteri hendak komen. Kalau saya cakap baik-baik menteri nak komen?" katanya.
Semalam, Shabery menasihatkan Anina agar lebih bersopan santun dalam memberikan teguran
Zaman "Mahathir - Anwar" Adalah Zaman Keemasan Dalam Sejarah Malaysia
Posted on Wednesday, August 12 @ 14:09:14 MYT by paktam
Oleh Abu Hassan Adam Sekiranya Tun Abdul Razak hidup lebih lama dan meneruskan agenda pembangunannya di negara ini, berkemungkinan era Tun Razak merupakan zaman keemasan dan keagungan dalam sejarah Malaysia. Malangnya disebabkan usianya yang agak pendek dan meninggal dalam keadaan rakyat amat memerlukannnya, maka hasrat dan cita-citanya terhenti dan semacam tidak dapat diteruskan oleh penggantinya Tun Hussein Onn yang boleh dianggap sebagai ‘ a reluctant Prime Minister’. Memang dijelaskannya bahawa beliau semacam ‘terpaksa’ menerus tugas berkenaan disebabkan ‘kehilangan’ Tun Dr. Ismail yang telah meninggalkan kita lebih awal.
Rakyat Malaysia pada ketika itu tidak pula mendesak agar Tun Hussein Onn meletakkan jawatan walaupun kelihatan pentadbirannya tidak ‘selaju’ dan ‘sepantas’ apa yang dihasratkan oleh Tun Abdul Razak. Walaupun agak ‘perlahan’, namun kepimpinan Tun Hussein Onn tetap mendapat sanjungan masyarakat Malaysia kerana ketegasan dan bebas rasuahnya. Beliau dianggap sebagai Perdana Menteri yang amat tegas dalam menjalankan tugasnya dan dihormati oleh semua pihak. Paling disanjungi oleh rakyat Malaysia ialah keikhlasanya yang sedia untuk berundur setelah ‘menenangkan’ suasana politik di Malaysia untuk diserahkan tapuk pemerintahan kepada Dr. Mahathir Mohammed.
Dan bermulalah suatu zaman ‘pembaharuan’ yang dicetuskan oleh beliau. Jikalau benua Eropah pada Kurun ke 16 terkenal dengan zaman ‘Renaissance’nya maka begitu jugalah keadaan di negara ini ketika munculnya Dr. Mahathir Mohammed yang dibantu oleh Tun Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri. Rakyat memberikan sokongan cukup padu diatas segala usaha yang cuba diperkenalkan oleh mereka kepada rakyat Malaysia yang hasratnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk melonjakkan masyarakat Malaysia ke tahap kemajuan bertaraf dunia.
Mungkin agak keterlaluan sanjungan yang diberikan kepada pemerintahan Tun Mahathir berbanding dengan berbagai ‘kutukan’ yang diberikan oleh ‘pemimpin’ negara kini yang semacam ‘mencela’ apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dan DS Anwar ibrahim. Ada Menteri Kabinet kini yang secara sinis mencela kepimpinan pada ketika itu dan ada juga Menteri (yang agak lembut ubun-ubunnya) mempersoalkan kredibiliti Tun Mahathir yang dianggap tidak mempunyai idea lagi untuk memperkatakan sesuatu.
Apakah para ‘pemimpin’ berkenaan yang juga bertaraf Menteri Kabinet tidak dapat membezakan pemerintahan di Malaysia kini dengan keadaan pemerintahan yang dijalankan oleh kepimpinan Tun Mahathir dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an dulu. Bagi aku perbezaannya adalah seperti ‘langit dengan bumi’. Aku masih ingat pada awal zaman pemerintahan Tun Mahathir rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berbagai ‘kejutan’.
Tindakannya yang paling awal untuk ‘mengubah’ cara berfikir masyarakat Malaysia ialah tindakannya ‘memutar’ jarum jam ia itu satu jam lebih awal. Sudah cukup untuk ‘megejutkan’ masyarakat Malaysia yang masih ramai ‘berpeluk tubuh’ dan seolah-olah tidak mahu membuat sebarang perubahan samada ke atas diri atau ke atas masyarakat. Kemudiannya diikuti dengan satu lagi ‘kejutan’ ia itu dengan ‘mengarahkan’ masyarakat Malaysia untuk melihat dan meniru budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea dengan memperkenalkan ‘Dasar Pandang Ke Timur’.
Dan selepas itu satu demi satu ‘kejutan’ diperkenalkan. Yang turut menghairankan rakyat ialah dasar ‘Buy British Last’nya yang ditujukan kepada Great Britain sebagai tindak balasnya terhadap kerajaan Margaret Thatcher yang menaiki yuran pengajian di universiti-universiti di Britain yang mana ‘tempias’nya terkena juga kepada pelajar Malaysia. Sebagai tindak balasnya Dr. Mahathir melancarkan ‘serangan balasnya’ terhadap Britain.
Adalah dirasakan bahawa tujuan Tun Mahathir memperkenalkan berbagai dasar itu adalah semata-mata untuk mengajak rakyat Malaysia dari semua bangsa untuk membuat perubahan, terutama perubahan cara berfikir. Berbagai tindakan dari berbagai sudut dan aspek dilaksanakan demi untuk mengubah cara berfikir rakyat Malaysia. Dan matlamat akhirnya ialah agar rakyat Malaysia boleh berdiri sama tegak dan duduk sama rendah dengan masyarakat dunia lain.
Mungkin juga tidak adail sekiranya dikatakan bahawa tidak wujud keadaan sedemikian kini berbanding dengan berbagai tindakan yang dilakukan oleh pemerintahan Tun Mahathir. Aku tidak mengatakan bahawa pemerintahan dalam era kini tidak melakukan sebarang kemajuan. Ada. Tetapi berbanding dengan apa yang dilakukan oleh pemerintahan zaman Mahathir (yang kemudiannya gandingan Mahathir-Anwar) amatlah jauh bezanya.
Anak-anak yang berada dibangku sekolah kini dan yang mempelajari dasar-dasar kerajaan yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan Mahathir-Anwar amat ‘merindui’ untuk kembali ke zaman berkenaan kerana apa yang didengar dan dipelajar oleh mereka melalui buku teks sejarah mereka, bahawa zaman berkenaan adalah semacam zaman keemasan dalam sejarah Malaysia.
Para pelajar dan anak muda kini yang tidak dapat merasakan ‘nikmat’ berada dalam zaman berkenaan sentiasa mendoakan agar zaman berkenaan akan muncul semula dalam masa terdekat. Insyallah….
abuhassanadam
12 Ogos 2015
Sumber DD - 12-8-2015
Singa Umno: Adakah Khairy Jamaluddin cukup berani?
Posted on Wednesday, August 12 @ 11:29:38 MYT by paktam
Oleh Khairul Naim RafidiPernah seorang penulis Indonesia, Pramoedya Ananta Toer melontarkan kata-kata pedas terhadap anak muda apabila beliau menyebut “kalian pemuda, kalau kalian tidak punya keberanian, sama saja dengan ternak karena fungsi hidupnya hanya berternak diri.”
Beberapa hari lepas, selepas sekian lama mendiamkan diri akhirnya Menteri Belia dan Sukan, serta Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ menyatakan pendirian jelas beliau tidak gentar disingkir Kabinet kerana mengkritik tindakan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selepas bersidang dengan beberapa orang rakan semalam, ada yang menganggap kenyataan tersebut adalah lucu, karut serta populis kerana melihat pendirian serta sikap berdiam diri KJ sebelum ini.
Tetapi, selaku individu yang berpegang kepada konsep demokrasi, berasaskan keperlembagaan, saya raikan kenyataan tersebut. Kita raikan!
Umno progresif?
Anak muda dan mahasiswa yang peka terhadap politik semasa pasti masak benar dengan istilah “Umno progresif”.
Ia disebut-sebut ketika zaman Datuk Saifuddin Abdullah masih menjawat timbalan menteri, dan pada masa yang sama KJ masih belum masuk ke dalam Kabinet, tetapi lantang dalam menyuarakan pandangan terhadap isu-isu negara.
Sejujurnya, kini saya melihat istilah “Umno progresif” ini akan terus menjadi retorik dan modal politik semata jika ia tidak dimanifestasikan dengan aksi dan tindakan, dan tidak datang dengan kepura-puraan.
Mungkin seperti anak muda yang lain, saya pernah juga berharap nafas baru wujud dalam parti politik yang tua seperti Umno, apabila melihat kehadiran KJ yang nampak seperti lantang.
Tetapi, lama-kelamaan, mula sedar istilah “Umno progresif” hanya laungan retorik, seperti biasa.
Singa Umno
Pernah satu hari, saya berbual dengan teman-teman yang merupakan anggota bagi sayap kanan Umno, iaitu Pemuda Umno.
Apabila bercakap soal gelaran “Singa Umno”, masing-masing terpinga-pinga, dan tidak pernah tahu soal gelaran itu.
“Singa Umno” adalah gelaran yang diberikan kepada Tan Sri Syed Jaafar Albar, yang begitu lantang mengkritik pemimpin dan dasar-dasar negara waktu itu meskipun berada dalam Umno.
Tan Sri Syed Jaafar Albar, ketika hidupnya pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung Umno dan apa yang menarik, beliau pernah dipilih menjadi ketua Pemuda Umno, walaupun sudah berusia 62 tahun, sebelum beliau meninggal dunia.
Beliau dilihat sebagai individu yang sering memberikan pandangan alternatif, terhadap tindakan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.
Selain isu-isu nasib dan kedudukan bangsa Melayu (sehingga digelar ultra oleh Lee Kuan Yew), beliau tanpa segan silu akan bersuara mengkritik tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan.
Misalnya, beliau keluar dewan ketika usul dibentangkan oleh Tunku untuk mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan. Tindakan tersebut adalah tanda protes beliau terhadap usul tersebut.
Paling mengejutkan, disebabkan tidak bersetuju dengan usul tersebut, beliau dengan serta-merta meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung Umno, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman.
Catatan ringkas ini tidak mampu untuk mencoretkan kisah-kisah kelantangan “Singa Umno” ini. Tetapi, harapnya barisan Pemuda serta ahli-ahli Umno muda lebih peka dan banyakkan pembacaan tentang sejarah serta rekod parti politik ini.
Tanggungjawab kolektif (Collective Responsibility)
Dalam sistem yang kita anuti sekarang, Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan jemaah menteri mempunyai tanggungjawab kolektif terhadap dasar-dasar serta setiap tindak-tanduk Parlimen.
Dalam buku “Document of Destiny – The Constitution of the Federation of Malaysia”, Prof Dr Shad Saleem Faruqi menyebut:
“If a minister does not agree with a cabinet decision he has three alternatives – keep quiet about it ; resign ; or have his dissent recorded in Cabinet minutes. This duty applies even if the Minister did not participate in or concur with the decision in question.”
(Jika seorang menteri tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet, terdapat 3 alternatif iaitu – berdiam diri; meletakkan jawatan; atau percanggahan tersebut direkodkan dalam minit Kabinet. Tugas ini terpakai walaupun menteri tidak mengambil bahagian atau setuju dengan keputusan yang dibincangkan).
Contoh klasik dalam kisah “Singa Umno” di atas merupakan salah satu daripada kisah-kisah yang lain. Syed Jaafar meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung Umno, kerana tidak bersetuju dengan tindakan Tunku membenarkan Singapura keluar dari Malaysia.
Selain itu, contoh lain yang paling jelas ialah apabila bekas Menteri di Jabatann Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan undang-undang ISA yang masih digunakan, pada 2008.
Persoalannya di sini, adakah KJ yang dilihat sebagai individu progresif mampu memecah tradisi dengan menjadi “Singa Umno” yang baharu?
Adakah KJ mampu sanggup meletakkan jawatan sebagai tanda protes terhadap isu-isu ketirisan yang banyak berlaku baru-baru ini? Adakah benar KJ benar-benar rela disingkir daripada Kabinet atas tindakannya menegur tindakan terhadap SPRM baru-baru ini?
Jika tidak, pendirian tersebut akan terus satu menjadi retorik, dan dongeng menarik sampai bila-bila.
Maka, anak muda akhirnya akan terus menanti pemimpin yang benar-benar “cakap serupa bikin.
“Lebih baik diasingkan daripada menyerah pada kemunafikan.” Soe Hok Gie.
* Penulis adalah mahasiswa UiTM dan pengasas Sekolah Undang-undang Rakyat (SUUR). Sumber DD - 12-8-2015
Dr. Asyraf Wajdi sudah dihantar ke Kelantan Posted on Wednesday, August 12 @ 12:53:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
"Kata Haji Subky Latif seorang anak muda berpelajaran tinggi Islam dan berbakat iaitu Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dikatakan seorang tokoh yang belum dikerenahkan.
Ulas Subky lagi, Dia belum dikerenahkan dalam politik UMNO Kelantan tetapi dia sedang dipupuk dan dilatih di Kuala Lumpur dipercayai akan dihantar pulang ke negeri siti wan kembang menjelang PRU 14 nanti.
Setahu penulis, Dr Asyraf Warjdi Dasuki ini bekas pensyarah UIAM yang sudah dihantar ke Kelantan dan bertanding di parlimen Tumpat lawan Kamaruddin Jaafar dan kalah.
Seorang anak muda yang berpelajaran tinggi Islam dan berbakat ini pernah bertanding untuk merebut jawatan ketua pemuda umno bahagian Tumpat. Malagnya kalah teruk.
Yang sangat menyedihkan beliau lawannya itu adalah seorang anak muda yang hanya memiliki sijil pelajaran Malaysia (SPM) sahaja, sedangkan beliau sudah ada PHD dan bekas pensayarah UIAM.
Bakatnya waktu itu masih tidak boleh diterima oleh orang umno bahagian Tumpat.
Apatah lagi umno Kelantan yang masih ramai tokoh untuk diangkat menjadi menteri Besar jika BN memang dalam setiap Kali PRU.
Mungkin bakatnya setelah dilantik menjadi timbalan menteri dijabatan perdana menteri boleh diterima oleh umno bahagian Tumpat khususnya dan umno Kelantan amnya.
Pada hemat penulis, bakat seseorang tidak mudah diterima pakai dalam politik umno jika tidak bermula dengan lebih awal iaitu peringkat bawahan atau kampungan. Apa pun Dr Asyraf Wajdi Dasuki ini bekas ahli akademik yang memang dipandang rendah oleh politik umno sejak dahulu dan selama lamanya
Sejarah telah membuktikan ahli akademik memang tidak boleh bertahan lama dalam arena politik. Apatah lagi nak jadi menteri besar Kelantan yang mana masih ramai lagi tokoh tokoh yang berwibawa berbanding Dr Asyraf Wajdi.
Menteri besar Perak Dr Zamri Abdul Kadir kelihatan boleh bertahan lagi panjng sikit usianya berbanding dengan lain lain tokoh yang pernah naik dalam arena politik umno.Macam Tan Sri Dr Yusof Noor agak lama bertahan. Manakala lain lain bekas pensyarah kebanyakannya pendek usia belaka dalam politik tanahair.
Dr mansor timbalan ketua menteri Pulau pinang juga bekas pensyarah univerisiti Sains Malaysia tak dapat bertahan lama. Malah menjadi isu yang sangat besar setelah menjawat jawatan nombor dua dalam kerajaan TOKONG DAP.
Oleh itu nama Dr Abdul Aziz Bari yang disebut Sukby Latif akan diangkat jadi menteri besar Selangor juga suatu nama yang barangkali hanya suatu mimpi siang hari sahaja selepas PRU 14 nanti miskipun DAP dapat memerintah negeri kaya itu.
Sumber TKO - 12-8-2015
NGO pro BN buat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin Posted on Wednesday, August 12 @ 06:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional (Pakatan NGO Pro BN) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar, kanan) berhubung dakwaannya wujud konspirasi menggugurkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Presiden pakatan itu Zulkarnain Mahdar berkata penulis itu menyiarkan dua artikel mengenai dakwaan itu dalam portal Malaysia Today.
Artikel pertama bertajuk "Najib's last day as PM was supposed to be 29 July" disiarkan pada 8
Ogos lalu dan artikel kedua yang disiarkan pada Ahad lepas bertajuk "Is plan C still on or do
we move to plan X?".
"Kandungan kedua-dua artikel ini (menyebut) wujud konspirasi untuk menjatuhkan perdana
menteri dan cubaan mahu menggulingkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas
membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di Kota Kinabalu hari ini.
Zulkarnain berkata, pihak polis perlu menjalankan siasatan secara terperinci terhadap artikel
tersebut.
Beliau berkata pihaknya juga meminta polis mengambil tindakan terhadap portal Malaysia
Today kerana menyiarkan artikel itu. - Bernama
Sumber TKO - 12-8-2015
Krisis politik Melayu membimbangkan
Posted on Tuesday, August 11 @ 14:19:49 MYT by paktam
Oleh To'ki KRISIS politik dalam kalangan orang Melayu adalah sesuatu yang membimbangkan. Sejarah UMNO dan Pas sentiasa berdepan dengan konflik dan perpecahan. Perpecahan itu akhirnya berhujung. UMNO dan Pas kembali semula kuat dan ahli-ahlinya bersatu.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) walaupun ada pasang surutnya masih tetap menjadi kerajaan yang memerintah. Orang Melayu masih memikirkan soal kuasa dan negara. Pas walaupun bersama dengan pakatan pembangkang masih belum lagi menguasai Putrajaya.
Lebih-lebih lagi Pas sedang menghadapi krisis dengan komponen Pakatan Rakyat dan krisis dalaman, muncul pula kecenderungan ahlinya menubuhkan parti baharu dalam kalangan mereka yang kalah dalam pemilihan Muktamar Pas baru-baru ini.
Bila UMNO menghadapi cabaran akhir-akhir ini dikatakan defisit sokongan terjadi. Ada beza antara persepsi awam dan kelompok yang memang diketahui anti UMNO dan kerajaan dengan kelompok majoriti yang masih bertahan mendukung kerajaan.
Penyusunan semula Kabinet dan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat dalam berbagai perspektif dan andaian kemungkinan.
Pertama ia adalah prerogatif atau bidang kuasa Perdana Menteri yang mengambil keputusan yang kontroversi. Kedua, rentetan daripadanya mungkin berlaku konflik dalam UMNO sekiranya usaha menyantuninya tidak terjadi.
Perpecahan yang berlaku dalam Pas menggerakkan DAP merangsang penubuhan parti baharu bersumber dari Gerakan Harapan Baru (GHB) dan menonjolkan Mohamad Sabu sebagai tokoh utamanya. DAP bersungguh-sungguh melakukan ini kerana ingin menggantikan Pas dalam pakatan baharu yang bakal ditubuhkan. Ini mungkin memberi kesan politik umat Melayu masa depan.
Kemelut yang sedang berlaku dalam UMNO kini menuntut pendekatan bijaksana jangan sampai perpecahan terjadi dan menyebabkan UMNO lemah dan menghadapi defisit sokongan dan sukar menghadapi situsai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Politik Malaysia amat memerlukan kekuatan orang Melayu menguasai kerajaan. DAP dengan Impian Malaysianya melakukan strategi pecah-perintah ini dengan terancang dan ada orang Melayu dan generasi muda yang mula terpikat dengan cita-cita DAP menguasai Malaysia menerusi Sekolah Demokrasi yang ditubuhkan untuk merekrut pelajar-pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT).
UMNO dan Pas menyedari apa yang sedang berlaku. Tentangan UMNO terhadap cita-cita DAP itu disedari sejak awal penubuhan parti itu kerana menyedari semangat PAP ada dalam roh perjuangan Malaysian Malaysia DAP. Pas semakin faham bahawa DAP dalam Pakatan Rakyat menjadi faktor penentu dalam gagasan pembangkang dan berusaha menjatuhkan imej Pas.
Tetapi bagaimana UMNO dan Pas dengan jiwa besar mampu menyantuni situasi ini dengan perancangan yang bijak dan strategi yang berhemah supaya penubuhan parti baharu serpihan Pas tidak sampai menyebabkan Pas hilang sokongan dan kemelut yang sedang terjadi dalam UMNO jangan sampai membawa perpecahan.
Kehilangan sokongan terhadap Pas dalam peringkat kepimpinan kelompok serpihan dan juga akar umbi serta dukungan orang bukan Islam adalah cabaran utama bagi Pas menghadapi PRU-14 nanti. Perpecahan sekiranya berlaku dalam UMNO boleh melemahkan parti itu dan BN.
Malapetaka kehilangan kuasa boleh terjadi. Peristiwa ini sedang ditunggu oleh DAP kerana DAP hanya boleh menang dengan menggunakan orang Melayu sebagai faktor utama dan krisis serta kemelut yang sedang berlaku dalam Pas dan UMNO kini menjadi sebab penting ia boleh terjadi.
Sekiranya Pas melakukan kerjasama dengan UMNO selepas selesai kemelut, ia menjadi hujah kuat golongan serpihan yang anti UMNO memperkukuh momentum dan menarik pihak yang benci UMNO menyokong mereka. Pas tidak boleh berdiri sendiri selepas keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya nasib orang Melayu ingin diselamatkan. Pas kena ada perkiraan politik praktis di samping jiwa tawakal yang tinggi bagi menyelamatkan kekuatan umat Melayu.
Oleh itu, UMNO harus mampu menyelesaikan kemelut yang ada dengan baik dan bijaksana dan Pas harus mampu menghalang ahli partinya berhijrah ke parti baharu supaya UMNO mempunyai dukungan yang baik untuk menghadapi PRU 14 dan Pas berada dalam posisi yang baik juga untuk melakukan lonjakan.
Kuasa politik orang Melayu di Malaysia amat penting dipertahankan. Jalannya di tengah-tengah krisis dan kemelut tidak mudah. Penggerak politik Melayu harus menginsafi sekali kuasa politik itu hilang kesannya amat besar kepada orang Melayu dan untuk mendapatnya kembali amat sukar kerana strategi DAP itu sedang mendapat dukungan orang Melayu. Apa yang telah berlaku di Singapura dan sedang berlaku di Pulau Pinang adalah bukti nyata yang boleh berlaku bagi Malaysia juga. Minta dijauhkan Allah ia terjadi.-Utusan Malaysia
Sumber DD - 11-8-2015
Masih relevankah Umno masa ini?
Posted on Tuesday, August 11 @ 14:16:43 MYT by paktam
Oleh Asrul Esreen Mohd Salleh
Lahirnya Umno adalah hasil dari pencantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan pelbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu.
Dato' Onn Jaafar sebagai pemimpin pertama, bertindak bijak dengan menubuhkan Umno pada 11 Mei 1946 yang boleh dikatakan untuk mengelak masyarakat Melayu di Tanah Melayu daripada tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang terlalu deras dan menguntungkan golongan dan bangsa lain yang lebih ke hadapan serta mengangkat bangsa-bangsa Melayu dan agama Islam agar lebih terpelihara dan terbela
Dan setelah 69 tahun berdiri gagah, pahit maung dirasai, berbagai peristiwa dan cabaran, Umno pada hari ini dikenali sebagai parti bercorak demokratik terbesar dan tertua yang menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar negara.
Setelah hampir 7 dekad memerintah negara, adakah Umno masih relevan untuk orang Melayu dan Islam pada hari ini?
Dengan berbagai krisis, isu dan tohmahan, boleh kah Umno terus bertahan lagi hingga beberapa generasi akan datang?
Dengan ketamakan dan kerakusan pemimpin Umno sekarang, masih akan berkumandang lagikah lagu "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat" setiap tahun pada masa akan datang?
Masih berkibarkah lagi bendera-bendera Umno di kampung, desa, felda dan bandar? Atau bendera-bendera Umno dipijak, dibakar anak cucu kita akibat dari perbuatan kita yang menyokong dan bersetuju bersekongkol dengan perbuatan tersebut.
Kenapa negara kita kaya raya, tapi masih ada lagi penduduk yang miskin dan merempat? Pokok yg ditanam sepatutnya dijaga, dibaja bukan diracun.
Memasang pagar untuk mengelak dari ditebang, tetapi kita sendiri yg letak racun.
Kesimpulannya Umno masih relevan untuk membela nasib orang melayu dan agama Islam, tetapi sebahagian pemimpinnya yang tidak lagi relevan dan membuat Umno itu tidak relevan.
* Penulis merupakan ahli Umno Tenggara dan bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara. Sumber DD - 11-8-2015
Dapatkah Prinsip 'Cash Is King' Menyatukan Semula Umno ?
Posted on Tuesday, August 11 @ 14:09:12 MYT by paktam
Oleh Abu Hassan Adam Maknanya UMNO sememanggnya berpecah. Seluruh dunia akan tertawa sekiranya ada ‘pemimpin’ UMNO yang mengatakan bahawa UMNO masih kukuh dan kuat. Akan ditertawakan sekiranya ada yang mengatakan UMNO kini masih bersatu padu. Sudah kelihatan jelas bibit perpecahan yang berlaku. Berdasarkan kepada komen dan kritikan di medan media sosial dengan jelas menampakkan tentang perpecahan dalam UMNO kini.
Pepecahan dalam UMNO kini agak luar biasa. Bukannya perpecahan antara Team A dan Team B ataupun bukan disebabkan kewujudan ‘serpihan’ sebagaimana yang berlaku dalam tahun-tahun 1980an tetapi perpecahan dalam UMNO kini berpunca daripada ‘kerenah’ dan isu yang berkisar disekeliling pemimpin tertinggi UMNO sendiri ia itu DS Najib sendiri yang bertindak seolah-olah membelakangkan ‘rakan-rakan’ dalam Majlis Tertinggi UMNO itu sendiri. Dan lebih meruncingkan lagi ialah apabila DS Najib ‘sampai hati’ menyingkirkan timbalannya, TS Muhyiddin Yassin.
Walaupun bersungguh-sungguh dinafikan tentang kewujudan isu IMDB dan ‘RM 2.6 biliion’ namun ahli UMNO semakin luntur keyakinan mereka kepada beberpa kenyataan ‘penyokong-penyokong’ DS Najib yang masih terus menerus memepertahankan hujah mereka, walaupun segala hujah-hujah mereka itu ‘ditertwakan’ lojiknya. Justeru ahli UMNO semakin yakin dan percaya dengan apa yang diperkatakan oleh komentar melalui media sosial. Tambah merenggangkan ahli UMNO kepada parti kesayangan mereka ialah beberap komen yang berunsur negatif yang dipaparkan oleh media ‘kesayangan UMNO’ sendiri yang sudah ‘seirama’ dengan ‘suara-suara’ yang disuarakan melalui media sosial.
Seorang ‘pemimpin’ UMNO dari Sabah mengatakan bahawa keadaan perbalahan yang berlaku dalam UMNO kini tidak seteruk dan seruncing yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Maknanya ‘pemimpin’ berkenaaan mengakui bahawa sebenarnya UMNO kini sedang berpecah dan berbalah dan bukan lagi retak. Ataupun mungkin ‘retak’ menunggu ‘belah’.
DS Najib kerap kali menyatakan bahawa UMNO ‘solid’ menyokongnya dalam usahanya untuk menyelesaikan masalah IMDB dan tuduhan yang mengatakan bahawa akaun peribadinya memiliki wang sebanyak RM 2.6 billion. Lantas beliau tidak perlu bimbang dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tidak akan ‘goncang’.
Maknanya DS Najib dan ahli-ahli UMNO ( yang masih memberikan sokongan kepadanya) hanya mementingkan jawatan dan kedudukan dan ‘mempersetankan’ saja apa yang berlaku kepada negara, samada akan ‘jatuh’ atau pun akan ‘rebah tersungkur’.
Walaubagaimana pun DS Najib dan beberapa orang ‘pemimpin’ tertinggi UMNO masih yakin dengan falsafah ‘cash is king’ yang telah buat sekian lama berjaya ‘menyatukan’ ahli-ahli UMNO untuk terus menyokong kepimpinan dalam memenangi beberapa pilihan raya di negara ini. Kenyataannya yang berbunyi
"What is happening is that they keep quiet when they get the money but when I'm being attacked, everyone keeps quiet," (Petikan dari The Straits Times Sinagpre) membayangkan babahawa sememnagnya penggunaan wang adalah berleluasa yang damalkan oleh kepimpinan UMNO untuk menyatukan ahli UMNO.
Akhbar ‘ The Straits Times Singapore’ dalam artikel bejodol, ‘ Najib chides UMNO leaders for not backing him on fund issues’ ada menyatakan bahawa, ‘Datuk Seri Najib, noting that it was his responsibility as party chief to raise funds and disburse them to the divisions, yesterday chided party leaders for keeping silent over the controversy surrounding the massive transfer of funds to his personal bank accounts”. Penjelasan ini menampakkan bahawa semacam DS Najib selaku pemimpin UMNO sememangnya menggunakan wang untuk ‘menghidupkan’ parti UMNO dan menyatukan ahlinya melalui falsafah ‘cash is king’.
Tidak dapat dinafikan bahawa semua parti politik memberlukan dana yang besar bagi mengaktifkan sesuatu organisasi, namun apabila timbulnya isu ‘RM 2.16 billion’ dalam akaun peribadi DS Najib memberikan gambaran kepada rakyat ( yang bukan ahli UMNO) bahawa pemimpin UMNO sememangnya hidup mewah menggunakan wang ‘yang dikatakan dihadiahkan itu’. Diakui oleh DS Najib sendiri hal yang demikian
Besar kemungkinannnya UMNO akan berpecah selepas ini disebabkan kurangnya ‘minyak pelincir’ yang akan melicinkan perjalanan Bahagian dan Cawangan UMNO di seluruh negara. Mungkin. Sebagaimana yang diketahui bahawa perjuangan ahli UMNO kini adalah untuk mendapatkan ‘habuan’ dan terlalu sedikit bilangan pemimpin UMNO kini yang berjuang untuk bangsa, negara dan agama seperti mana perjuangan pejuang UMNO lampau. Mungkin hanya sebagai ‘menanam tebu di bibir sahaja’.Mungkin agak keterlaluan aku membuat kesimpulan sedemikian tetapi hakikatnya sememang begitulah. Hakikat ini diakui oleh rakan-rakan dalam UMNO yang tidak segan silu menyatakan bahawa mereka ‘berada’ dalam UMNO hanyalah untuk mendapatkan ‘habuan’ yang lumrahnya disediakan.
Aku yakin bahawa UMNO akan ‘bertaut’ semula setelah mengalami zaman ‘perpecahannya’, tetapi bukan mudah melaksanakannya. Selagi tidak diselesaikan kemelut yang melanda kini maka selagi itulah perpecahan dalam UMNO akan terus berlaku. Ada yang menyatakan bahawa penyelesaiannya ialah dengan mengadakan Persidangan Agung UMNO Tergempar’ untuk menyelesaikannya. Dan tentu juga yang ‘berkepentingan’ merasakan cadangan sedemikian tidak wajar kerana berkemungkinan akan ‘tergetak’ dan ‘terkeluar’ dari status-quo.
Ada juga yang mengatakan bahawa ‘barah’ yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam UMNO kini adalah berpunca daripada DS Najib sendiri. Lantas tindakan DS Najib sendiri adalah amat penting bagi menyelesaikan kemelut itu. Dan tentulah ada juga yang merasakan bahawa DS najib harus berundur demi menyelamatkan UMNO yang ‘retak’ kini dari terus ‘pecah berderai’. Dan bukan juga merupakan satu keputusan yang mudah untuk diambil oleh DS Najib sendiri dan ‘rakan-rakan’ yang ‘mengelilingi’ beliau.
Akhirnya, apakah prinsip ‘cash is king’ akan terus diamalkan oleh para pemimpin UMNO untuk terus menerus memantapkan perpaduan UMNO. Mungkinkah ‘simpanan’ RM 2.6 billion itu akan digunakan untuk tujuan berkenaan.Apakah pengamalan prinsip demikian sesuai dalam semua keadaan?
Posted on Tuesday, August 11 @ 13:48:18 MYT by paktam
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf Blip video Gus Mus bertanya dalam sinis melalui sajaknya 'Kau Ini Bagaimana Atau Aku Harus Bagaimana', 8 Ogos lalu.
Sehari kemudian Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula berdendang lagu lama – 'Tak Seindah Wajah' – di Subang.
Lirik lagu itu memang indah. Tetapi apa yang lebih penting ialah, lirik berkenaan membawa maksud yang boleh ditafsir dengan pelbagai makna.
Sekarang musim Umno bahagian bermesyuarat. Biasalah. Cuma apabila dua perlakuan itu difahami konteksnya dengan keadaan semasa, sesuatu yang biasa boleh menjadi luar biasa.
Umno Parit Sulong gelisah kerana bekas menteri besar Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatan timbalan perdana menteri.
Jika rasa gelisah Umno Johor mahu dikatakan satu rahsia, ia adalah kategori rahsia terbuka. Hakikatnya ada, tetapi hanya diakui secara bisik-bisik.
Mukhriz pula adalah anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih tinggi staminanya mengkritik Datuk Seri Najib Razak. Mukhriz juga antara tokoh kanan Umno yang menziarahi Muhyiddin pada hari beliau dipecat daripada jawatan kabinet Najib.
Sebenarnya Umno dan sastera atau puisi ini bukanlah aneh sangat. Dr Mahathir pernah diingat kerana puisi 'Perjuangan Yang Belum Selesai' beliau.
Maksud tersirat
Pada 10 Julai lalu Mahathir sekali lagi bersajak – di atas talian – apabila karya beliau, 'Malaysia Tanahairku' dipaparkan dalam blog rasminya.
Melalui sajak itu Dr Mahathir mempersoalkan sama ada bangsa Melayu akan kembali dijajah, dihina dan diperhambakan.
Kemudian ada pula Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan 'Kucari Damai Abadi'. Ekoran daripada sajak itu, ramailah orang Umno yang tiba-tiba menjadi sasterawan atau budayawan. Hinggakan, di Pulau Pinang diadakan majlis baca puisi bulanan di Hotel 1926.
Sajak keramat Dr Mahathir itu dibacakan beliau untuk kali pertama di khalayak ramai pada 4 Mei 1996, manakala Abdullah pada 2004.
Umno Parit Sulong dan Mukhriz hanyalah salah satu di antara rantaian ahli politik yang menggunakan wadah seni kata dan langgam bahasa untuk menyampaikan maksud tersirat masing-masing.
Bukannya tidak boleh untuk mereka bercakap terus terang menyatakan perasaan masing-masing. Dr Mahathir mungkin boleh berkata dia belum selesai dan puas menjadi perdana menteri ketika kebencian orang ramai semakin meningkat terhadapnya pada era reformasi.
Abdullah juga boleh berkata secara polos bahawa dia bukannya kemaruk kepada kuasa dan jawatan perdana menteri ketika orang Umno – dan Dr Mahathir sendiri – mendesak beliau supaya berundur.
Cuma mereka memilih wadah sastera untuk berkomunikasi bagi menyampaikan maksud hati masing-masing secara berlapis – dan mungkin tidak perlu berasa aib untuk meminta masa dan peluang untuk terus menjadi perdana menteri.
Pura-pura tidak faham
Perkembangan semasa menunjukkan sesuatu yang positif kepada peminat sastera. Rupa-rupanya genre puisi ini turut digemari ahli Umno yang seramai tiga juta orang itu.
Sebagai parti utama yang memerintah, tentulah Umno boleh diharapkan untuk membaja serta menyuburkan bidang seni budaya dan sastera di negara ini.
Mungkin jika ada dana lain yang diterima Umno – sama ada dari dalam atau luar negara – ingatlah persatuan dan penggiat sastera di negara ini secara keseluruhan. Asingkan barang sejuta dua ringgit kepada mereka supaya tidaklah sesekali sasterawan itu nampak begitu daif.
Tidak kurang pentingnya, Biro Tata Negara juga perlu lebih lunak menyantuni gerakan indie yang terpaksa menjadi indie – sama ada kerana kerenah birokrasi, kronisme atau kekurangan dana.
Suka atau tidak, sajak Dr Mahathir dan Abdullah adalah bayangan keunikan bangsa Melayu.
Itulah antara kelebihan Melayu, suka berkias dan berseloka untuk menyampaikan maksud. Bahawa apa yang disampaikan itu biasanya dapat ditafsir orang ramai memang tidak dinafikan, tetapi pada masa sama, kias dan seloka itu juga kadang-kadang melambatkan tindakan.
Walaupun ada sesetengah pihak tidak memahami atau pura-pura sukar memahami, komunikasi secara berlapis ini kadang-kadang memberi faedah kepada pihak yang ditujukan sajak atau puisi berkenaan.
Tiada segan-silu
Ketika Dr Mahathir terus mengkritik Datuk Seri Najib Razak dan kerajaannya, belum lagi ternampak bahawa perdana menteri sekarang terdesak untuk bersajak bagi meluahkan rasa hati beliau.
Sebaliknya, apa yang kita boleh lihat, Najib tanpa segan-silu mengaku bahawa dirinya seorang pahlawan Bugis.
Sementara itu, barangkali kita boleh menunggu jika ada mana-mana bahagian Umno atau pemimpin kanan parti itu akan tergerak hati mereka memilih sajak Allahyarham Rendra, 'Pertemuan Mahasiswa':
Matahari terbit pagi ini mencium bau kencing orok di kaki langit melihat kali coklat menjalar ke lautan dan mendengar dengung lebah di dalam hutan.
Lalu kini ia dua penggalah tingginya. Dan ia menjadi saksi kita berkumpul di sini memeriksa keadaan.
Kita bertanya: Kenapa maksud baik tidak selalu berguna? Kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga? Orang berkata “Kami ada maksud baik“ dan kita bertanya: “Maksud baik saudara untuk siapa?”
Ya! Ada yang jaya, ada yang terhina Ada yang bersenjata, ada yang terluka. Ada yang duduk, ada yang diduduki. Ada yang berlimpah, ada yang terkuras. Dan kita di sini bertanya: “Maksud baik saudara untuk siapa? Saudara berdiri di pihak yang mana?”
AL-ABROR YUSUF anggota sidang redaksi Malaysiakini.
Sumber DD - 11-8-2015
Dr M: Tak semestinya Zahid ganti Najib Posted on Tuesday, August 11 @ 09:16:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya Umno yang boleh menentukan pengganti Datuk Seri Najib Razak jika perdana menteri itu terpaksa berundur dari jawatan tersebut kelak.
Katanya, tidak semestinya jawatan itu secara automatik akan diisi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, walau menteri dalam negeri itu kini dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri.
Tegasnya, jawatan timbalan presiden Umno masih lagi diisi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menurutnya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Itu untuk Umno putuskan, bukan Zahid Hamidi sahaja putuskan atau Najib. Sebab, Umno ada timbalan presiden yang dipilih.
Zahid Hamidi bukan timbalan presiden yang dipilih,” katanya kepada pemberita petang ini.
Menurutnya, keadaan pada masa ini berbeza dengan keadaan pada 1998 apabila beliau memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet dan juga daripada jawatan parti.
“Dulu, macam Anwar, kita tahu sebab dia dipecat. Ini, saya tak nampak yang Tan Sri Muhyiddin buat salah.
"Dia nak minta terangkan sahaja, takkanlah tidak boleh tegur (Najib),” katanya lagi.
Secara lazimnya, jawatan timbalan perdana menteri akan diisi oleh timbalan presiden Umno, selaku parti paling dominan dalam BN.
Seterusnya, Mahathir berkata, anggota Umno sendiri tidak berpuas hati dengan pentadbiran Najib tetapi perdana menteri itu enggan berundur.
"Sekarang ini saya dengar cakap orang Umno sendiri, mereka tidak puas hati dengan kepimpinan Najib dan minta (perdana menteri) berundur tetapi dia tidak mahu.
"Malah Najib bagi duit kepada semua orang sebab tak mahu berundur. Itu salah," katanya.
Sumber TKO - 11-8-2015
Singkir Najib untuk selesaikan krisis negara, kata Dr Mahathir
Posted on Monday, August 10 @ 22:37:53 MYT by paktam
OLEH MD IZWAN Jalan paling mudah untuk menyelesaikan krisis negara ketika ini adalah dengan menyingkirkan individu yang menjadi punca kepada masalah tersebut iaitu Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir tidak mengatakan secara spesifik individu dimaksudkannya, bagaimanapun diketahui umum beliau paling lantang mengkritik Najib dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pernah menggesa peletakan jawatannya.
"Penyelesaian kepada krisis ketika ini adalah mudah, buang orang yang bertanggungjawab buat semua ini.
"Tapi penyelesaian mudah sebegitu juga sukar untuk dilaksanakan," katanya semasa dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang hari ini.
Namun, Dr Mahathir berkata tidak mengetahui bagaimana untuk menyingkirkan pemimpin nombor satu negara itu.
"Masalahnya bagaimana nak lakukan? Bahagian itu saya tidak ada jawapan lagi," katanya.
Dr Mahathir semasa sesi soal jawab juga mempertikaikan kepimpinan negara yang tidak memberi contoh baik kepada orang ramai dengan mengaitkan dengan skandal RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Najib.
"Apa pendapat anda? Adakah pemimpin sedia ada memberikan contoh yang baik apabila pemimpin kita sendiri mencuri RM2.6 bilion?" soalnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, menggunakan kaedah ganas bukan jalan terbaik menyingkirkan Najib tetapi tiba masanya orang ramai memberitahunya sampai masanya untuk beliau letak jawatan.
"Kita perlu mengambil tindakan tapi bukan secara ganas, tapi kita perlu (beritahu) tiba masanya untuk kamu pergi (letak jawatan)," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini pengkritik lantang terhadap pentadbiran Najib, khususnya dalam isu membabitkan 1MDB yang terpalit dengan banyak skandal kewangan.
Beliau juga sebelum ini pernah menggesa supaya Najib melepaskan jawatannya, namun sebaliknya berlaku apabila Najib memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet dan menteri lain yang tidak sehaluan dengan pendiriannya dalam isu 1MDB.
Mengenai calon pengganti Najib, Dr Mahathir berkata, tidak semestinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baharu dilantik timbalan perdana menteri akan naik menjadi pengganti, tetapi sebaliknya ia mesti diputuskan parti sendiri.
"Itu untuk Umno buat keputusan, bukan sahaja untuk Zahid yang buat keputusan ataupun Najib buat keputusan.
"Umno perlu buat keputusan. Sebab Umno masih ada timbalan presiden yang dipilih, Zahid tidak terpilih menjadi timbalan," katanya.
Beliau sebaliknya mengatakan supaya tunggu sehingga Umno membuat keputusan terlebih dahulu dalam mencari pengganti Najib jika berlaku peletakan jawatan perdana menteri.
"Jadi kita kena tunggu, apa keputusan Umno nak buat," katanya.-The MalaysiaInsider
Sumber DD - 10-8-2015
Karakusan Najib Razak
Posted on Monday, August 10 @ 12:36:32 MYT by paklang
Oleh Faiz Fadzil
Kerakusan Najib Razak terus berkuasa berikan 'Impak Maksima' kepada kemerosotan ekonomi dan masalah sosial rakyat Malaysia.
Hari ini nilai mata wang negara Ringgit Malaysia adalah RM 3.93 berbanding 1 dolar US. Reserve Bank Negara pula kini hanya tinggal RM 100 billion, sedangkan hutang negara melebihi RM 800 billion.
Ia adalah bukti kemerosotan ekonomi negara yang tidak dapat dikawal lagi oleh Najib Razak.
Penurunan nilai mata wang disebabkan pelbagai faktor termasuk kehilangan kepercayaan pelabur luar terhadap urustadbir kewangan dan pentadbiran yang bersih dan baik apabila pemerintah umnobn dilanda krisis korupsi dan penyelewengan dana awam yang semakin parah. Aliran keluar pelaburan asing kini mencecah RM 11.6 billion.
Peningkatan harga barang dan petrol ditambah dengan pelaksanaan gst telah memburukkan lagi keadaan ekonomi yang menyebabkan kelembapan pergerakan urusniaga. Semakin kurang pengguna berbelanja semakin merosotlah aktiviti dan pendapatan industri perniagaan dalam semua sektor samaada runcit, kecil dan sederhana, pertanian dan perladangan.
Jika keadaan ini berterusan dan gagal dipulihkan, inflasi akan terus meningkat, rakyat akan terus terhimpit dengan tekanan kemiskinan, kehilangan pekerjaan jika kilang-kilang ditutup yang akhirnya menyebabkan masalah sosial meningkat termasuk perceraian, kebankrapan, lelongan rumah dan penjejasan pendidikan. Maka, masa depan anak muda kian terancam.
Rakyat harus terus bangkit menentang kerajaan umnobn kerana ibu krisis ekonomi ini adalah sistem urustadbir pentadbiran dan kewangan yang korup. Skandal 1MDB ini bukan perkara baru, tetapi habit pemerintah umnobn yang sering dilanda skandal korupsi seperti PKFZ, Perwaja Steel dan NFC dan lain-lain.
Posted on Monday, August 10 @ 12:21:07 MYT by paklang
Oleh HASSAN MOHD. NOOR KETIKA parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO sedang ‘bergelut’ dengan pelbagai isu yang cuba ‘meruntuhkan’ keyakinan terhadap kepemimpinannya, parti itu masih mampu meneruskan persidangan perwakilan sama ada di peringkat sayap atau bahagian dengan baik.
Di pentas persidangan itu, pemimpin dapat menjelaskan pelbagai isu dalam bentuk serangan dan tohmahan yang sedang ‘bermain’ di benak fikiran anggota parti.
Sekurang-kurangnya kekusutan mengenai 1MDB, rombakan Kabinet, dana politik RM2.6 bilion dan pelbagai lagi akan terungkai sedikit.
Pada masa yang sama, jangan pula lupa memberi sedikit perhatian kepada masalah rakyat yang turut dirasai anggota UMNO terutama kejatuhan nilai ringgit. Itu cerita dalam ‘rumah tangga’ UMNO.
Malangnya, salah satu parti komponen BN iaitu MIC sedang berkecamuk, seperti anak ayam kehilangan ibu. Walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dikatakan telah mengisytiharkan G. Palanivel bukan lagi ahli tetapi apa yang berlaku semalam menggambarkan suasana di sebaliknya.
Kumpulan yang diketuai Palanivel mengadakan proses pencalonan dan pemilian jawatan presiden di Sentul, dekat Kuala Lumpur. Selak difahamkam, sebanyak 2,004 pengerusi cawangan hadir pada perhimpunan bagi memilih Presiden MIC. Palanivel yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden MIC bagi penggal 2013-2016. Beliau mendakwa mendapat 334 pencalonan. Dalam reaksi segera kepada proses penamaan calon itu, Pemangku Presiden MIC, Dr. S. Subramaniam berkata: “Saya diberitahu ada pencalonan yang telah berlangsung di Sentul pagi ini (semalam) untuk jawatan presiden parti MIC, itu bukan sah, tidak rasmi dan tidak diterima oleh mana-mana pihak termasuk parti,”
Pada hari yang sama, Subramaniam mengadakan Konvensyen Khas Pengerusi-Pengerusi Cawangan MIC 2015 di Kuala Lumpur. Beliau mendakwa 2,800 pengerusi cawangan MIC yang hadir bersetuju tidak mengiktiraf pemilihan yang dikendalikan oleh Palanivel.
Konvensyen itu juga sebulat suara menyokong beberapa resolusi termasuk menerima kehilangan keanggotaan lima anggota MIC secara persendirian (Ipso Facto) termasuk Palanivel. Empat lagi ialah S. Sothinathan dan S. Balakrishnan (naib presiden), A. Prakash Rao (bekas setiausaha agung) dan A. K. Ramalingam (CWC). Kumpulan Subramaniam yang mengetuai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 akan mengadakan pencalonan bagi jawatan Presiden pada 21 Ogos ini. Sekiranya berlaku pertandingan, pemilihan akan berlangsung pada 6 September.
Perkembangan semalam menunjukkan krisis MIC dijangka berlarutan. Apa pula yang akan berlaku pada 21 Ogos ini? Mungkinkah krisis pada kali ini sebagai yang terburuk dalam sejarah 68 tahun MIC? Jika diselak krisis sebelum ini, antara lain melibatkan pemecatan Naib Presiden, M.G Pandithan, wujud Gerakan Anti Samy (GAS) dan perselisihan yang melibatkan Samy Vellu dengan timbalannya, S.Subramaniam yang membawa mereka bertembung untuk jawatan presiden pada tahun 1989. Akibat pemecatan dan penyingkiran pada era Samy Vellu itu juga melahirkan parti serpihan MIC termasuklah yang kekal sehingga ke hari ini, Barisan Kemajuan India (IPF) yang diasaskan oleh Pandithan. Bagaimanapun krisis dalaman yang berlaku sebelum ini boleh diatasi dengan baik. Walaupun mengalami kekalahan teruk dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) lalu, MIC masih mendapat sokongan. Apa pun krisis dalaman sekarang sudah berlarutan begitu lama dan perhimpunan agung parti yang sepatutnya berlangsung pada 13 dan 14 Disember 2014 terpaksa ditangguhkan.
Dalam menghadapi kemelut ini, kumpulan Palanivel dan Subramaniam masing-masing mengaku mempunyai sokongan pengerusi cawangan dari seluruh negara. Difahamkan, MIC mempunyai 3,700 cawangan. Krisis MIC tercetus berikutan perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr. Subramaniam selepas ROS mengeluarkan notis pada 5 Disember 2014 dan meminta MIC mengadakan pemilihan semula parti. Difahamkan ROS, dalam surat bertarikh 25 Jun lalu kepada Setiausaha Agung CWC sementara MIC bagi 2009, A. Sakthivel, menyatakan bahawa secara “ipso facto”, Palanivel bukan lagi anggota MIC. Begitulah ceritanya krisis MIC sehingga semalam. Persoalannya apakah episod seterusnya? Adakah ketika ini setiap cawangan mempunyai dua pengerusi? Satu memihak kepada Palanivel dan satu lagi Subramaniam? Ibarat satu kapal dua nakhoda.
Apakah kesudahannya sekalipun Subramaniam disahkan sebagai Presiden MIC? Di atas kertas, mungkin masalah siapa presiden akan selesai. Bagaimana pula di peringkat bawah? Adakah anggota-anggota parti boleh menerima keputusan akibat ‘masalah teknikal’ ini? BN yang ditunjangi UMNO perlu melihat situasi ini supaya tidak ada pihak yang rasa terluka atau dipinggirkan begitu mudah.
Sesuatu harus dilakukan. Jika perlu, sebuah badan bebas hendaklah ditubuhkan bagi membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan. Carilah formula yang dapat melibatkan dua kumpulan ini supaya perpaduan dalam kalangan masyarakat India tidak berpecah.
Jika situasi hari ini berterusan, kemungkinan undi masyarakat India kepada BN akan terjejas. Harus diingat, pendirian politik akan hanya diketahui semasa di peti undi PRU.
Apakah reaksi sebenar masyarakat India apabila Palanivel digugurkan sebagai menteri? Kedudukan MIC dalam Kabinet kembali kepada asal dengan satu jawatan menteri. Mungkin kedudukan sebelum ini - dua jawatan menteri - hanya boleh dikembalikan apabila MIC dalam keadaan tenang.
Bagi tujuan ini, pemulihan MIC perlu disegerakan. Jangan biarkan masyarakat India kehilangan parti politik yang boleh menjadi pelindung mereka. Jika BN masih mengharapkan undi masyarakat India, MIC perlu dipulihkan dan tidak membiarkan anggota parti itu tercari-cari siapakah yang benar. Presiden dan timbalan presiden boleh bersilih ganti tetapi anggota parti perlu dikekalkan bukannya beralih mencari perlindungan di tempat lain sama ada DAP, PKR atau mana-mana parti pembangkang.-U/Malaysia
Sumber DD - 110-8-2015
Malaysia
Posted on Monday, August 10 @ 12:10:03 MYT by tokdalang
By Dr Mahathir
1. I used to enjoy being asked about Malaysia when I am abroad. But not now.
2. The foreigners and Malaysians living abroad ask, “What is happening
to Malaysia?”
3. “It seems to be like one of those African or Arab countries.”
4. “It is totally corrupt. The currency has depreciated”.
Etc. Etc.
5. I cannot answer truthfully. I cannot lie either. It is embarrassing. And all this is because of the 1MDB and Najib.
6. I began to feel there was something wrong with the 1MDB when The Edge published that it had bought power plants above market price and borrowed money paying commissions of 10% and interest rate of 5.9%.
7. I waited for the Government to deny that what was published by The Edge was correct. The Government did not. Then I know there was something very wrong.
8. Subsequently came the stories about a JV with Petrosaudi. It was too quick. Obviously no due diligence was done. Yet 1MDB paid 1 billion U.S. (3.8billion Ringgit) for its 40% share.
9. Then 1MDB paid another US 700 million to settle debts incurred by Petro-Saudi to Petro Saudi International. Why should 1MDB pay. The JV should pay.
10. But within 6 months of setting up the JV, it was dissolved. Had a good due diligence been done, this JV would not have been set up. Clearly it was not a viable proposition!
11. The 1.7 billion US should now be returned to 1MDB. But No! It was converted into a loan (Murabahah) to Petrosaudi. This is extremely unusual. If you could not work with Petrosaudi as a JV partner how could you give it such a huge loan.
12. Then the money seems to have disappeared. It was previously reported to be deposited in banks in Hong Kong and Seychelles, invested in something or other and was supposed to end up in the Cayman Islands.
13. Concerned Malaysians demanded that the money be returned to Malaysia. An announcement was made that a portion had been returned to Malaysia but was used to pay debts and other expenses. Malaysia wanted more information especially as a 2 billion Ringgit interest on loans could not be paid. 1MDB just had no money. So where is the money from the Caymans. Why should Ananda Krishnan offer 2 billion Ringgit to help pay the interest. Government had to provide a stand-by loan of RM900 million.
14. Things did not look right. Then 1MDB announced that the rest of the money from Cayman Islands had been received in cash. Arul, the CEO, claimed he saw the money. The PM said the money was deposited in a Singapore Bank. It was not brought back to Malaysia because Bank Negara would ask too many questions.
15. That seems to be an admission that something was not right with the money.
16. But Singapore is a financial centre. As such it must be even more careful that money brought in and deposited in its banks should be investigated, especially if the sum is large, running into billions.
17. And sure enough the Monetary Authority of Singapore stated publicly that no 1MDB Malaysian money came into the country. The Swiss Bank which was named as the bank where the money was deposited denied 1MDB had deposited money with it.
18. So where were the billions of Ringgits or Dollars that 1MDB claimed it had brought back from the Caymans. Arul Kandasamy had openly claimed he saw the money.
19. Now the PM declared that it was not money. It was units. The bank where it was deposited was not named.
20. What units were these. Not units in Unit Trust Funds certainly. No explanation is forth coming. The billions of dollars have again disappeared.
21. Then the Wall Street Journal reported that Dato Sri Najib has USD700 million in his account in the Arab Malaysian Bank in Kuala Lumpur. That is about 2.6 billion Ringgit. How did this huge sum of money get into Najib’s Private Account. Where did the money come from!! How can the PM of Malaysia whose pay is only RM20,000 per month have so much money in his private account?
22. Unable to deny the Wall Street Journal report which included the account number and other details, Najib claimed that it was a donation.
23. Who in the world would donate USD700 million to the Malaysian Prime Minister? Even Obama could not raise this amount for his Presidential bid. It was suggested it was an Arab.
24. Arabs are generous, but not that generous. I could not raise even a single dollar from them for the Malaysian International Islamic University or for the Oxford Islamic Centre.
This claim that Arabs donated billions is what people describe as hogwash or bullshit. Certainly I don’t believe it and neither can the majority of Malaysians if we go by the comments on the social media. The world had a good laugh.
25. When asked, the PM said wait for the report on 1MDB by the Auditor–General and the Public Accounts Committee.
26. To the UMNO divisional leaders and assorted bedfellows the PM in close-door meetings, claimed the billions were for the elections.
27. The 2 billion Ringgit plus for elections is absurd. I needed less than 10 million for each of the five elections I presided over and I won them all with more than 2/3 majority. Why do you need 2.6 billion plus or 2600 million Ringgit. Is it to bribe politicians and civil servants, or to rig the elections. That would not be right , much less legal.
28. Whatever, to me 2 billion plus for elections in Malaysia by any party is wrong even if no limit is put on election expenses.
29. Then there is this lavish life-style which no Malaysian Prime Minister would be able to afford on the RM20,000 per month he receives. Engagement and weddings lavishness far surpassed those of the Rulers even. Several ceremonies were held in Malaysia and also in Kazakhstan. Guests were loaded with gifts from the host. Clearly millions, tens of millions were spent, far beyond what a Malaysian PM can afford.
30. Then there is the son’s investment of hundreds of millions in producing the film The Wolf of Wall Street. It is so pornographic that it cannot be shown in Malaysia. Where did the money come from!
31. The shopping in London, Paris and elsewhere is known to be enormous.
32. Clearly the PM and his wife have more money than the salaries and allowances paid to the PM.
33. After the Wall Street Journal reported on Najib’s 2.6 billion Ringgit in his private account, it was closed. You cannot take all that money to keep with you. It had to be transferred. Apparently it was transferred to a Singapore bank. Then the Singapore authorities froze it.
34. Public clamour about the origin of the money in Najib’s account was so loud that a task force comprising the head of four government institutions was set up. The Attorney General headed this task force and the members were the IGP, the Head of Bank Negara and the Head of MACC, the Malaysian Anti-Corruption Commission.
35. Najib was clearly uncomfortable with the investigations carried out by the task force. The members seemed to be too independent. Najib could not control them. The task force was apparently determined to seek the truth about the 1MDB and the 2.6 billion Ringgit in Najib’s account. Najib’s claim that it was a donation was not convincing.
36. Then Najib decided to take action to stop all the investigations on 1MDB and his private account.
37. First he announced that people should stop talking about 1MDB. It was not just a hint but an open statement that such talk would be regarded as undermining democracy and an attempt to overthrow an elected leader. This would attract police attention and investigation.
38. Immediately following that the A.G. was sacked. In Malaysia’s legal system the A.G. determines whether a case would be heard in a court or not. The A.G. who seemed to be heading the task force would be in a position to take to the courts if there was evidence of criminality in Najib’s possession of the billions in his account.
39. The A.G’s removal means that he could no longer make any decision over the unprecedented wealth of Najib. A judge was made A.G. and clearly he is not interested in the task force and its investigations. He seemed determined to clear Najib.
40. Then the DPM was dismissed and replaced by the Minister of Home Affairs who unlike Muhyiddin, had never questioned Najib about 1MDB.
41. In the cabinet reshuffle four members of the Public Accounts Committee including its chairman were made deputy ministers. Effectively, the PAC was paralysed and the work of investigating 1MDB stopped.
42. Then the chief and deputy chief of MACC, a member of the task force of four were asked to go on leave. When some members of the staff of MACC continued their investigations and wanted to query Najib on the source of the money in his account, they were harassed by the police who accused them of leaking information. Then they were transferred to the PM’s department. That shut them up.
43. The Governor of the Central Bank, a member of the four-strong Task Force is now rumoured to be investigated for corruption.
44. With the PAC, and the Task Force paralysed and the A.G. sacked, investigation work on the 1MDB and the 2.6 billion in Najib’s private account grounds to a complete halt.
45. Najib is now safe from being charged with illegally amassing funds. His claim that it is to be used for the coming elections is half-true. He had always said that cash is king. With the huge funds at his disposal he would be in a position to bribe his way to victory. He may also use the money to rig the election.
46. What Najib is doing is unprecedented in Malaysia. The people are at a loss as to what to do. The prospect of Najib continuing to rule this country is utterly depressing. The Malaysia where elections can even see opposition parties winning whole states will be no more.
47. Democracy is dead. It is dead because an elected leader chooses to subvert the institutions of Government and make them his instruments for sustaining himself. There is no more democracy for anyone to undermine. Certainly talking about 1MDB will not undermine something that no longer exist. If anyone should be questioned by the police, it is Najib.
Sumber DD - 10-8-2015
Adakah Dia Ini Pemberi Derma 2.6 Billion? Posted on Monday, August 10 @ 23:30:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dengan nada keras menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma. Perkataan "BS" jarang kita dengar daripada mulut orang tua itu akhirnya kedengaran. Makna sangat marah dia kepada Najib Razak.
Manakala Anina Saaduddin seorang anggota Wanita Umno, yang video ucapannya dalam mesyuarat Wanita Umno Langkawi pada Ahad lalu telah menjadi viral apabila dia kata Najib "kencing" kepada 3 juta ahli UMNO.
Boleh percaya tak 2.6 billion derma?
21 September 2010 pernah heboh dan masuk dalam akhbar Berita Harian wakil PAS menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn Bhd.
Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadiran di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.
“Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil untuk menerima replika cek terbabit.
Akhbar hari ini, menyiarkan gambar Nik Din menerima replika cek berjumlah RM4 bilion yang ditulis atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diserah Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn Bhd, Abdul Rahim Abdul Wahab (gambar atas sekali dengan MB Perak).
Kerajaan negeri menyifatkan dakwaan Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn. Bhd. (I’DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab bahawa pihaknya telah memberikan ‘hadiah’ wang tunai berjumlah RM4 bilion kepada Pas Kelantan sebagai mengarut dan tidak masuk akal.
Penjelasan YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan mengenai isu wang derma RM4 bilion kepada Kelantan ketika itu.
Siapa yang murah nak derma 4 billion kepada PAS?
UMNO adalah dalang semua perkara ini dan Abdul Rahim Abdul Wahab mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan UMNO. Lelaki bertongkat dengan kaki seluar labuh sebelah mempunyai agenda tertentu.
Inilah dia realiti politik Malaysia.
Adakah dia juga pemberi sumbangan derma 2.6 billion. Hanya UMNO sahaja yang tahu permainan politik kotor sehingga TGNA hampir terjerat dan PAS Kelantan pun hampir tenggelam bersama dengan projek khayalan.
Najib Ugut Dengan BR1M - Siapa Untung, Siapa Rugi? Posted on Monday, August 10 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
TIADA siapa patut menafikan kenyataan bahawa mata wang negara kini sedikit tenat dengan kejatuhan nilainya, namun ia bukanlah kayu pengukur untuk memberi takrifan menyeluruh tentang keadaan ekonomi Malaysia sekarang.
Hanya kerana khabar angin berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (BR1M), dana derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta beberapa isu fitnah lain, segelintir pihak terutamanya pembangkang terus mendesak agar figura tersebut melepaskan jawatannya selaku ketua kerajaan.
Ibarat tak pernah langsung melakukan sumbangan terhadap kebajikan rakyat dan pembangunan Malaysia, golongan tersebut menggunakan retorik sama untuk berhujah menghentam Najib.
Mengakui bahawa diri beliau ralat dengan situasi tersebut, Najib dalam ucapannya di perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Pasir Gudang, memberikan contoh situasi yang melanda syarikat penerbangan Malaysia, MAS.
“Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian. “MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut. “Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula dipersalahkan.”
Senang cakap, kenapa segelintir dari kita mudah membuat konklusi bahawa syarikat pelaburan yang baru berusia beberapa tahun itu gagal, namun langsung tak nampak bencana lebih besar yang dihadapi satu lagi syarikat milik Malaysia yang telah wujud puluhan tahun lalu? Fikirkan.
Kalau dilihat, Najib sedaya upaya mengotakan janjinya yang dibuat pada Pilihan Raya Umum lalu apabila menggunakan manifesto ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Antara yang jelas, perlaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalurkan mengikut kategori sama ada individu mahupun seisi rumah. Jelas sejelas jelasnya, ia menunjukkan bahawa hasrat kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat sememangnya sentiasa dikotakan.
Dalam ucapan sama pagi tadi, Najib turut menghulurkan soalan terhadap perwakilan yang hadir berkenaan solusi yang lebih baik sekiranya mereka merasa bahawa bantuan tersebut tidak relevan.
“Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak? “Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?” Sumber TKO - 10-8-2015
DS Najib dah kencing 3 juta ahli Umno Bawak Najib pergi berubat Posted on Monday, August 10 @ 16:19:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Alina membuat kritikan keras itu ketika ucapan penangguhan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Langkawi pada Ahad.
Alina berkata demikian ketika ucapan penangguhan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Langkawi pada Ahad.
“Why Datuk, kamu nak kencing (tipu) tiga juta ahli UMNO. Datuk Seri Presiden dah kencing tiga juta ahli UMNO. Jangan kata tiga juta ini menyokong penuh kepimpinan beliau, saya minta MT (anggota Mesyuarat Tertinggi) bawa Najib pergi berubat. “Saya sokong Barisan Nasional, demi Allah saya ahli UMNO, walau apa jadi saya pangkah Barisan Nasional. Saya mengkritik kerana saya sayangkan Barisan Nasional, saya sayangkan UMNO. Jangan pertikai kesetiaan saya pada Barisan Nasional dan UMNO, tapi kita lihat pada Presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari, keluar kat tv (televisyen) cakap merata-rata,” katanya. Sumber TKO - 10-8-2015
Mahathir: Derma Arab RM2.6 bilion 'bulls**t' Posted on Monday, August 10 @ 15:40:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.
“Siapa dalam dunia ini akan dermakan AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?
“Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.
"Dicadangkan ia daripada Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak semurah itu,” katanya.
Mahathir berkata dakwaan itu disifatkan orang ramai sebagai "hogwash or bulls**t" (mengarut atau tak masuk akal).
Katanya, perkara itu sudah menjadi bahan ketawa orang ramai. - MK
Sumber TKO - 10-8-2015
Tak hentak meja, beri pandangan berhemah, kenapa gugurkan saya, soal Muhyiddin Posted on Monday, August 10 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkannya sebagai timbalan perdana menteri kerana segala teguran yang diberikan kepada perdana menteri dilakukan secara berhemah.
Timbalan presiden Umno itu berkata ciri-ciri yang dimahukan Najib ada padanya namun kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan.
"Kalau sesiapa pun boleh mengemukakan pandangan, berentap meja pun boleh. Cuba tanya presiden parti, pernah tidak saya berentap meja di hadapan beliau. Saya ini kan berhemah, gaya pun macam bodoh je.
"Mana ada hentak meja, mengangkat suara pun tidak ada. Beri pandangan secara berhemah. Salah? Habis kenapa gugurkan saya?
"Tidak apa prerogatif perdana menteri. Dia tidak suka tidak apa. Kita hormat," katanya sewaktu berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Petaling Jaya Utara petang ini.
Muhyiddin berkata sepanjang berada dalam Umno dan kerajaan, sudah menjadi tradisinya mempersoalkan kepincangan yang berlaku maka tidak perlu mana-mana pihak memberi amaran kepadanya agar berhati-hati.
Katanya, selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri, tiada apa lagi yang tinggal kepadanya melainkan suara untuk terus menegakkan kebenaran.
"Saya kira selama tempoh lebih 40 tahun dalam parti dan 37 tahun dalam kerajaan itu sudah pun saya lakukan. Kenapa selepas itu nak beritahu ‘be careful'? Apa yang tak kena dengan saya? Saya masih orang yang sama.
"Saya akan terus bersuara. Apa yang ada pada saya? Hanya suara saja. Tidak lunak untuk menyanyi tetapi bisa menyampaikan cita-cita hati saya.
"Saya sebutkan kepada presiden tempoh saya bersama beliau menjadi timbalan perdana menteri. Saya melaksanakan segala-galanya. Ada saudara dengar saya mengkritik, menghentam pemimpin, menolak dasar yang diputuskan dalam Kabinet?" soalnya.
Bekas menteri pendidikan itu berkata tiada isu lain menyebabkannya dipecat Najib melainkan isu 1MDB yang sering dibangkitkan dalam platform kerajaan dan parti.
Katanya, tidak wajar pihak tertentu mendakwanya berkomplot dengan pembangkang untuk menjatuhkan Najib kerana dakwaan itu sudah pun dinafikan pihak yang berkenaan.
"Hanya satu daripada ribuan masalah iaitu berkenaan 1MDB.
"Saya hendak jelaskan soal ini kerana ada yang kata ini bukan soal 1MDB. Mungkin soal lain. Tak ada soal lain. Komplot tidak ada.
"Tanyalah siapa yang banyak cakap. Agaknya pasal banyak cakaplah kot. Tidak habis-habis dia saja. Setiap minggu baik soal baru atau perkara berbangkit, hal seperti itu dikemukakan," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan Najib yang tidak pernah mempersoalkan dana parti sewaktu menjadi timbalan presiden Umno, Muhyiddin berkata laporan The Wall Street Journal (WSJ) menyebabkannya berbuat demikian.
Katanya, tugas sebagai orang kanan Najib seharusnya menjadikannya orang utama mengetahui apa yang berlaku sebenarnya kepada ketuanya itu.
"Presiden boleh sahkan juga sepanjang saya jadi timbalan, pernah tak saya bertanya tentang soal duit? Tidak pernah. Hanya apabila WSJ keluar dengan berita itu.
"Sehingga keluar berita itu, dia panggil saya dan beritahu. Bila dia beritahu tentulah saya tanya berapa banyak, siapa bagi? Tidak boleh? Sebagai timbalan presiden takkan tidak diberitahu atau tak nak tahu langsung?" soalnya.
Sumber TKO - 10-8-2015
Muhyiddin nafi sekongkol dengan DAP, PKR Posted on Monday, August 10 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Kata Muhyiddin, walaupun perkara itu sudah dijelaskan pembangkang, beliau sekali lagi mahu menegaskan bahawa dakwaan berkenaan tidak benar.
Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tampil menjelaskan mereka tidak berbincang dengan Muhyiddin bagi menggerakkan usul tidak percaya terhadap Najib di parlimen.
"Kedua-dua mereka sudah menafikannya. Jadi saya tak payah menafikannya (lagi)," katanya ketika merasmikan persidangan tahunan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara hari ini.
Malaysiakini dilarang memasuki dewan persidangan dan dimaklumkan pada awalnya, tiada jemputan dibuat untuk portal berita atas talian.
Kemudian seorang wartawan lain dibenarkan mengikuti persidangan itu namun Malaysiakini tetap dihalang.
Alasan diberi - tiada kekosongan tempat duduk dan semua petugas media, termasuk jurugambar, dilarang berdiri semasa Muhyiddin berucap. - MK Sumber HD - 10-8-2015
RM10 juta boleh menang pilihan raya - Mahathir
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini kembali menyerang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menerusi blognya menyatakan wang RM2.6 bilion yang kononnya sebagai dana pilihan raya adalah tidak masuk akal.
Ini kerana katanya yang hanya memerlukan kurang RM10 juta bagi memenangi setiap pilihan raya umum sewaktu pemerintahannya.
"Saya perlukan kurang RM10 juta dan saya memenangi semua dengan lebih dari 2/3 majoriti. Mengapa anda perlu 2.6 bilion?
"Adakah ia untuk merasuah ahli-ahli politik dan kakitangan awam atau menipu pilihan raya. Itu tidak betul di sisi undang-undang," soalnya lagi.
Mahathir turut menolak wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib adalah wang derma.
"Siapa yang di dunia akan mendermakan USD700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia? Sedangkan Obama tidak dapat mengumpul jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.
"Dicadangkan itu adalah seorang Arab. Tetapi Arab tidaklah semurah itu. Saya tidak dapat sesen pun dari mereka untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau Pusat Islam Oxford.
"Sudah tentu saya tidak percaya malah majoriti rakyat Malaysia pun tidak percaya jika dilihat komen-komen mereka di media sosial. Dunia sedang tertawakan kita," tegas beliau. - HARAKAHDAILY 10/8/2015 Sumber HD - 10-8-2015
TSMY Perlu Muhasabah Diri, Bukan Melemahkan Jentera Parti
Posted on Monday, August 10 @ 09:19:01 MYT by tokdalang
Oleh Abdul Halim Tuah bin Haji Rahmat,
Pegawai Penerangan UMNO Malaysia.
TSMY, sebagai orang nombor 2, perlu menilai, adakah tindakan-tindakan pasca pemecatannya sebagai TPM lebih banyak kebaikan atau lebih banyak keburukan.
Bagi memastikan beliau tidak terjerumus dalam perangkap musuh, maka menjadi keperluan untuk sentiasa bermuhasabah dan menghitung diri tentang tujuan 'Pemilihan sebagai Timbalan Presiden UMNO' dan tujuan 'Perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri'. Beliau mesti objektif melakukan penilaian, bukan berdasarkan keinginan diri sendiri.
Apakah perbuatannya ketika ini, antaranya, merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan UMNO bahagian adalah tindakan yang memberikan manfaat kepada penyokongnya atau UMNO Johor atau UMNO keseluruhannya, walaupun beliau mengetahui bahawa pimpinan UMNO bahagian atau negeri berkenaan boleh ‘karam bersama' akibat perbuatannya itu.
Apakah perbuatan menggelar ‘Pelawak Antarabangsa’ kepada YB Datuk Ahmad Maslan orang kuat nombor 1 adalah tindakan yang memberikan manfaat kepada jentera UMNO, walaupun beliau mengetahui bahawa Ketua Penerangan UMNO itu adalah pegawai parti yang kuat bekerja siang malam pagi petang subuh senja sentiasa berusaha semata-mata demi mempertahankan parti apabila diserang.
TSMY, sebagai orang nombor 2, mengetahui akan hak kewajibannya iaitu 'memberikan ketaatan kepada ketua', perlu sentiasa memberikan contoh yang sewajarnya kepada ahli-ahli UMNO dan menjauhi segala hal yang berbau pemberontakan, agar UMNO terus Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
Sekian.
Sumber DD - 10-8-2015
Majlis Aidil Fitri Anjuran Umno Tanah Merah Dilanda Ribut Kuat Posted on Monday, August 10 @ 04:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Majlis sambutan Aidilfitri yang di rasmikan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi telah ditangguhkan selama sejam selepas hujan lebat dan ribut melanda jajahan ini bermula pukul 3.30 petang tadi. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Ab Aziz.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membe ri penjelasan terperinci berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dana politik sebanyak RM2.6 bilion kepada anggota UMNO dalam masa terdekat.
Naib Presiden UMNO itu berkata langkah itu bagi memastikan setiap anggota parti tidak terpengaruh dengan berita-berita yang tidak betul yang disalurkan melalui sosial media.
"Akar umbi (UMNO) jika tidak diberi penjelasan akan terpengaruh dengan gelombang dan badai yang melanda media sosial yang mengambil alih komunikasi tanpa lisan yang berlaku sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Aidilfitri dan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid mahu perpaduan dalam kalangan anggota UMNO terus kukuh dan tidak dipecahkan dari dalam oleh "segelintir pihak yang tidak senang dengan saf kepimpinan semasa."
"Masalah pembangunan, infrastruktur kita boleh cari peruntukan, tetapi penyatuan pemikiran, hati nurani tiada harganya. Ia dapat digarap dan dipertingkatkan jika ada perpaduan dalam kalangan kita," katanya. Pada majlis itu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut menyampaikan sumbangan RM200,000 kepada Kelab Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah serta RM50,000 kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Tanah Merah bagi membeli pakaian seragam baharu. Selain itu, beliau turut menyerahkan pinjaman sebanyak RM3 juta kepada 252 usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).
Sumber : Omakkau!! Sumber TKO - 10-8-2015
Dana parti: Najib dakwa warisi amalan Tun M Posted on Sunday, August 09 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Najib menegaskan beliau menerima derma dana politik kerana ia telah lama menjadi amalan UMNO
JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempertahankan kewujudan dana RM2.6 bilion di dalam akaunnya, bukan satu kesalahan.
Tegasnya, ia telah lama dipraktikan dan digunakan untuk kepentingan parti.
“Sewaktu Tun Mahathir dulu pun ada, tapi tak persoalkan dia.
“Saya hanya teruskan amalannya, di peringkat ini yang telah mejadi amalan parti,” katanya ketika berucap di Perasmian UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Jelasnya, dana atas nama beliau telah gunakan untuk pelbagai tujuan.
“Tuan-tuan ingat senang ke nak jadi presiden parti?. Kadang-kala anda meminta wang dari saya untuk memperbaiki jentera, untuk belanja dapur dan saya bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Tetapi saya pula nak minta daripada siapa?,” katanya lagi kepada kira-kira 2000 perwakilan UMNO Pasir Gudang yanhg hadir.
Tegas Perdana Menteri, beliau tidak akan sesekali melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara walaupun terpaksa mencari duit untuk membantu parti dan masyarakat.
“Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wang RM2.6 bilion itu bukan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ianya bukan rasuah.
“Ia sumbangan untuk kegunaan parti dan saya tak lakukan untuk kepentingan diri saya,” jelasnya.-fmt Sumber TKO - 9-8-2015
'Undangan sendiri' bawa Najib ke Pasir Gudang Posted on Sunday, August 09 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Umno Pasir Gudang hari ini mendedahkan, mesyuarat tahunan perwakilan bahagian itu kali ini 'bertuah' kerana dirasmikan oleh presiden mereka sendiri, Datuk Seri Najib Razak.
Lebih menarik, kedatangan Najib itu adalah atas 'undangan' beliau sendiri dan bukan kehendak bahagian berkenaan.
Mengumumkan perkara itu sebelum ketibaan Najib, ketua bahagian berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, dua bulan lalu Presiden Umno berkenaan - melalui sekretariat parti - memaklumkan akan hadir untuk merasmikan mesyuarat agung tahunan mereka.
Sejak beberapa minggu lalu Najib menghadiri mesyuarat perwakilan Umno bahagian sambil mempertahankn dirinya daripada dakwaan menyalahgunakan dana 1MDB.
Malah dalam ucapannya semalam, Najib sendiri 'membersihkan' dirinya dengan mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan beliau daripada sebarang amalan rasuah.
Dalam ucapannya, Khaled memberitahu perwakilan supaya bertenang serta menjaga adab ketika menyambut kedatangan presiden mereka.
Tanya apa saja
"Kita akan jadi tuan rumah yang bagus, yang baik dan yang berdisiplin," katanya.
Sebelum ini perwakilan diberitahu bahawa mereka boleh bertanya apa saja kepada Najib.
Khaled juga berkata, Umno tidak boleh terus berdiam diri dan ahlinya mesti memberikan ketaatan kepada parti, bukan individu.
Selepas ucapan itu berakhir, Khaled kemudian sekali lagi naik ke pentas menyampaikan amanatnya - selepas perasmian oleh Najib - atas kapasiti sebagai ketua bahagian Umno.
Dalam ucapan kedua, Khaled berkata ahli pasti mesti mempercayai Najib mengemudi Umno dan pada masa sama menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden parti itu yang digugurkan daripada jawatannya pada 28 Julai lalu.
Muhyiddin pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor untuk tempoh Ogos 1986 hingga Mei 1995.
Penjelasan Khaled
Sementara itu menjelaskan keadaan sebenar, Khaled memberitahu keputusan Najib mahu merasmikan persidangan bahagian Pasir Gudang dibuat sejak dua bulan lalu.
Kata beliau, memang menjadi amalan setiap tahun Presiden Umno merasmikan sekurang-kurangnya satu bahagian di setiap negeri.
"Ada bahagian lain di Johor yang menjemput perdana menteri, tetapi beliau perlu berada di Singapura dan hanya sempat merasmikan mesyuarat bahagian yang bersebelahan dengan negara itu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Beliau berkata bahagian yang sesuai adalah Pasir Gudang.
"Kerana itulah saya menyatakan bahawa kami rasa sangat terhormat apabila menerima kedatangan Presiden Umno ke mesyuarat perwakilan Pasir Gudang," katanya lagi.-mk
Sumber TKO - 9-8-2015
Memorandum minta PM rehat diserah Posted on Sunday, August 09 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang. foto FAREEZ FADZIL. 9 Ogos 2015.
Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum.
Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi.
"Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini.
"Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette.
Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan.
"Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh.
"Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya.
Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin.
"Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin.
"Bila dah dapat lampu hijau, kami tak ragu-ragu lagi untuk serah," ujarnya.-MalaysiaGazette
Sumber TKO - 9-8-2015
Polis pantau kain rentang provokasi Posted on Sunday, August 09 @ 19:24:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Kain rentang provokasi yang menjadi viral di laman sosial. JOHOR BAHRU - Beberapa kain rentang kontroversi yang dipercayai ditemui di sekitar kawasan Skudai dan Senai, dekat sini, menjadi ‘viral’ dalam laman sosial.
Kewujudan kain rentang itu dipercayai menjadi cubaan provokasi pihak tertentu ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak.
Najib yang merupakan Presiden Umno dijangka hadir ke negeri ini, bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, hari ini.
Tanpa tertera gambar Najib mahupun logo Umno, kain rentang terbabit memaparkan kata-kata seperti ‘Johor Tolak Najib’; ‘Najib King of Donation’ dan ‘Tangkap Najib’.
Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian semalam tidak menemui kain rentang seumpama itu di jalan-jalan utama di sekitar bandar raya Johor Bahru.
Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk memantau perkara berkenaan.
“Kita minta juga supaya pihak yang berwajib supaya mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kain rentang tersebut didapati dinaikkan di tempat yang tidak sepatutnya.
“Kita turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sengaja menimbulkan isu yang sensitif seperti ini,” katanya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Salehuddin Hassan berkata, beliau telah mengarahkan kakitangannya yang bertugas untuk melakukan pemeriksaan dan menurunkan kain rentang tersebut serta merta.
“Kita tidak menerima sebarang permohonan permit untuk menaikkan kain rentang tersebut.
“Ini adalah perkara yang tidak baik dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kita tidak pasti angkara siapa.
“Namun, saya akan arahkan anggota MPJBT yang bertugas supaya segera menurunkan kain rentang tersebut sekiranya ia terdapat di bawah seliaan kami,” katanya.
Sementara itu, sumber Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) memberitahu kain rentang terbabit mula diturunkan sejak tengahari semalam, sebaik sahaja pihak mereka mendapat maklumat mengenainya.
Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Zainal Abidin Jidin berkata, pemasangan kain rentang ditemui di sekitar kawasan Skudai dan Senai itu dilihat seakan bertujuan memberi persepsi negatif terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan parti yang dipimpin.
Menurutnya, perbuatan terbabit (pemasangan kain rentang) tiada kaitan dengan ahli Umno dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti pihak bertanggungjawab.
“Ini perbuatan sabotaj kerana mereka tahu Perdana Menteri akan datang ke negeri ini.
“Ini bukan perbuatan ahli kita kerana kita punyai pendekatan tersendiri untuk menyuarakan pandangan.
"Kita akan siasat perkara ini dan kain rentang berkenaan juga telah diturunkan sebaik sahaja kita menerima maklumat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.-sh
Sumber TKO - 9-8-2015
Saya ‘mendidih’ bila diserang, kata Najib Posted on Sunday, August 09 @ 17:06:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui marah apabila diserang bertalu-talu di laman media sosial berhubung beberapa isu yang membelenggu pentadbirannya.
Perdana menteri berkata sebelum pentadbirannya, turut terdapat beberapa isu yang membelenggu pentadbiran kerajaan namun tanpa media sosial, isu tersebut tidak "sepanas" dihadapi beliau sekarang.
"Macam 1MDB, kita belum rugi. MAS kita terpaksa suntik dana RM6 bilion, realitinya pada tahun 80an, 90an ada lagi.
"Isu-isu tertentu yang saya tak perlu kupas, tapi zaman dulu tiada media sosial, tak begitu panas, orang tidak tahu pun.
"Hari ini belum apa-apa meletup jadi panas, saya pun mendidih je sepanjang masa, tidak adil," katanya, ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor hari ini.
Beliau berkata, isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu juga diperbesar-besarkan media sosial sedangkan syarikat itu belum lagi mengalami kerugian.
"Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian.
"MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.
"Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula yang dipersalahkan," katanya, dan disahut: "Bukalah!" oleh sekitar 700 perwakilan bahagian tersebut.
Sehubungan itu, beliau berkata, Umno perlu menambah bilangan "cybertroopers" mereka untuk menangani serangan-serangan yang diterimanya.
"Kalau kita sebut berkenaan askar kita, kita bukan sahaja menyifatkan askar kita di kalangan secara fizikal tetapi sekumpulan lagi yang perlu kita wujudkan dengan bilangan yang begitu ramai, iaitu saya anggap 'keyboard warrior' untuk Umno," katanya.
"Ini adalah kerana pembentukan minda hari ini, soal persepsi lawan realiti, taburan benar lawan batil, sebaran fitnah tohmahan berada di hujung jari," kata ahli Parlimen Pekan itu lagi.
Najib dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan terhadap Umno Johor kerana masih memberi kepercayaan kepadanya meskipun 'terasa hati' dengan dirinya.
"Terima kasih Umno Johor, walaupun terasa hati, tapi beri kepercayaan. Tak mengapa, kita ada ubatnya, ada caranya. Kita boleh bermuafakat tapi prinsipnya kesetiaan kepada parti.
"Saya faham sentimen di Johor. Bukan saya tak faham, saya dengar. Yakinlah kita ada masa depan," katanya.
Najib sebelum ini menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet terbarunya bulan lalu.
Muhyiddin merupakan ahli Parlimen Pagoh dan pernah memegang jawatan menteri besar Johor, sebelum berpindah ke pentadbiran kerajaan di peringkat pusat. – 9 Ogos, 2015.-tmi
Sumber TKO - 9-8-2015 Sudahlah tak bercuti, kini rosakkan parti Posted on Sunday, August 09 @ 08:00:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Seorang pemimpin Umno yang sepatut bercuti, sebaliknya dilihat mahu menguburkan parti sendiri, kata perwakilan di mesyuarat agung tahunan Umno Johor hari ini.
“Kami sedih pemimpin ini mahu menghancurkan Umno padahal bapa dan ibunya berjuang demi parti.
“Pemimpin ini patut bercuti, berundur. Kami tidak mahu melihat parti yang dibina oleh nenek moyang kami dikuburkan,” kata Ismail Mohamed, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh.
Bercakap di perhimpinan peringkat bahagian itu, Ismail memasang harapan pemimpin yang dimaksudkannya itu sedar bahawa akar umbi parti tidak mahu melihat parti mereka hancur.
Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, Ismail berkata, pemimpin terbabit adalah orang yang bertanggungjawab memindahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Kenyataan Ismail itu merujuk kepada pertukaran tugas dua pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri ketika agensi terbabit menyiasat dana besar didepositkan ke dalam akaun persendirian Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Untuk makluman, Umno Pagoh diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden parti itu.
Beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri akhir bulan lalu.
Menurut Ismail, mereka tidak pernah melilhat kakitangan SPRM mengadakan solat hajat kerana berasa tertekan sebelum ini.
Justru, katanya, SPRM perlu diberikan kebebasan menjalankan siasatan supaya kebenaran dapat ditemui. - MK
Sumber TKO - 9-8-2015
“Tiada esok bagimu” wahai Umno ...
Posted on Saturday, August 08 @ 22:07:17 MYT by paktam
Oleh Zul Bakar Masihkah kita ingat antara filem arahan Tan Sri Jins Shamsudin yang menggunakan perkataan ‘esok’ untuk judulnya seperti Esok masih ada, Esok untuk siapa, Tiada esok bagimu dan Menanti hari esok.
Perkataan ‘esok’ itu bukanlah bermaksud akan berlaku keesokan harinya. Begitulah juga apabila orang bertanya kepada seorang kanak-kanak; “Esok besar nak jadi apa?” juga bukan bermakna, esok budak itu akan terus besar, sebaliknya apa kerjaya yang dia ingin ceburi apabila dewasa.
Dalam kesemua filem Jins Shamsudin itu, beliau ingin menyampaikan mesej bahawa masa depan individu, keluarga atau masyarakat bergantung terhadap apa yang mereka lakukan hari ini. Sebab itulah apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan “Kalau diadakan pilihan raya esok, BN (Barisan Nasional) akan kalah” dan dijawab oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, “Saya nak katakan esok bukan pilihan raya” – kanak-kanak sekolah pun tersenyum.
Ada juga yang tergamam dan terkedu bagaimana seorang yang bertanggungjawab membuat perancangan parti dari segi penerangan kepada rakyat boleh mengulas sedemikian. Mungkin Ahmad Maslan mempunyai alasan tersendiri tetapi beliau pasti faham ‘esok’ yang dimaksudkan sekadar perumpamaan bagi menggambarkan keadaan UMNO dan BN jika pilihan raya umum diadakan.
Sememangnya tiada siapapun boleh menafikan kedudukan sokongan rakyat kepada BN khususnya UMNO ketika ini sedang merosot berikutan pelbagai isu. Sama ada ia persepsi, tohmahan atau fitnah, itu persoalan kedua. Yang pasti ia semakin menghakis sedikit demi sedikit sokongan kepada parti berkenaan.
Oleh itu ungkapan ‘jika esok pilihan raya’ sepatutnya dipandang serius oleh seluruh kepemimpinan UMNO bukannya dengan memberi jawapan balas bertaraf ‘maharaja lawak mega’.
Penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi sekadar mengetengahkan keluh resah ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi yang mahu kepemimpinan UMNO melakukan sesuatu bagi memberi penjelasan kepada rakyat terhadap segala isu yang tercetus.
Sekarang ini mungkin kerana berpegang kepada tafsiran ‘esok bukan pilihan raya’, maka jentera penerangan UMNO dianggap bagaikan ‘hidup segan mati tak mahu’ sehingga membuka laluan UMNO dan BN ‘diserang’ dari pelbagai penjuru. Setakat ini jelas, UMNO tidak mampu ‘menyerang balas’ sebaliknya hanya ‘bertahan’.
Tidak apalah kalau mana-mana pemimpin UMNO mahu menganggap ‘Esok masih ada’ dan ‘Menanti hari esok’ untuk parti itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya kerana sememangnya esok bukan pilihan raya, tetapi mampukah mereka memberi jaminan sentimen rakyat kepada parti itu esok, tidak dibawa sehingga pilihan raya umum akan datang?
Oleh itu, janganlah membuat kenyataan yang hanya akan menyebabkan rakyat berasa muak. Terimalah realiti dan aturlah strategi bagi meraih undi. Ini kerana UMNO dan BN bukanlah berada dalam kedudukan selesa malah berhadapan dengan cabaran jauh lebih getir berbanding pilihan raya umum lalu.
Tambahan pula sudah ada ura-ura kumpulan majoriti senyap atau atas pagar semakin menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan BN. Perlu diingatkan dalam pilihan raya umum lalu, BN masih bertahan kerana mereka mendapat sokongan orang Melayu.
Kaum-kaum lain sudah tidak lagi bersama parti tersebut.
Sebab itulah kepemimpinan UMNO dan BN perlu merombak jentera pilihan raya khususnya dari sudut penerangan jika mereka tidak berkesan atau tidak berkemampuan menghadapi serangan pakatan pembangkang serta menghapuskan persepsi dalam kalangan rakyat khususnya orang Melayu.
Usah ‘menanti hari esok’ untuk mengatur langkah kerana kita tidak tahu ‘esok milik siapa’.
Gerakan menghadapi pilihan raya perlu dilakukan sekarang. Jentera UMNO dan BN tidak harus terus dibuai dengan kenyataan sesetengah pihak yang kadang kala dilihat tidak berpijak di bumi nyata dan masih berada dalam sindrom penafian.
Dalam pilihan raya hak mutlak membuat keputusan adalah rakyat. Mereka sedang memerhati dengan teliti apa yang berlaku sekarang. Pelbagai sumber berita yang boleh diperoleh memberi cabaran kepada UMNO dan BN memandangkan parti itu dikatakan cukup lemah dalam soal tersebut.
Kalau adapun, penjelasan dan penerangan yang diberikan hanya sekadar ‘syok sendiri’ atau ‘untuk cari makan’ sahaja, biarpun ada antara mereka diiktiraf sebagai ‘pemikir’. Dengarlah suara akar umbi dalam kalangan ahli UMNO dan BN sendiri kerana mereka paling rapat dengan rakyat. Suara mereka adalah suara rakyat.
Janganlah sampai ketika pilihan raya nanti apabila ada pemimpin UMNO berkata; “Kalau esok kita kekal memerintah kita akan melakukan itu dan ini”, rakyat akan menjawab; “Tiada esok bagimu”.
Ketika itu segala-galanya sudah terlambat! - Utusan Malaysia
Sumber DD - 8-8-2015
Serangan demi serangan- permulaan krisis dalaman Umno?
Posted on Saturday, August 08 @ 21:19:54 MYT by paktam
Oleh Alyaa Alhadjri Serangan pertama yang dilakukan boleh dilihat berpotensi mencetuskan krisis dalaman Umno, bermula dengan pemecatan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yasin dan naib presiden Umno Shafie Apdal daripada kabinet Perdana Menteri Najib Razak.
Walaupun tidak ada tindakan terang-terangan dilakukan, pertelingkahan di akar umbi kini sedang berlaku di seluruh bahagian Umno yang dalam proses menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Pemimpin mana yang menerima jemputan perasmian mesyuarat boleh menjadi petunjuk jelas pihak yang disokong oleh bahagian, dan jemputan itu ialah peluang kepada pihak-pihak bertelagah untuk memenangi hati dan sokongan ahli-ahli akar umbi.
Hujung minggu lepas, Najib telah merasmikan mesyuarat bahagian Umno Seremban dan Kota Melaka, sementara Muhyiddin pula merasmikan mesyuarat bahagian Umno Kluang.
Sementara itu, Shafie, telah menghadiri rumah terbuka Hari Raya bahagiannya di Semporna.
Dalam ucapan, Najib menekankan kesetiaan kepada parti dan perpaduan dalam pentadbiran, cuba meredakan kritikan terhadap tindakannya memecat Muhyiddin dan Shafie kerana kritikan terbuka mereka kepada cara dia menangani cabang pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad.
Walaupunbegitu, Muhyiddin dan Shafie sehingga kini mengakui yang mereka akan terus setia kepada Umno.
Apa sahaja kritikan kepada Najib, hujah mereka, telah dilakukan atas nama menjunjung kepercayaan rakyat yang meminta mereka bersuara tentang isu-isu menyentuh kepentingan negara.
Sehingga kini, hanya Umno Negeri Sembilan melalui menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri Mohamad Hasan yang secara terbuka memberikan sokongan kepada Najib.
Pemerhati-pemerhati politik, bagaimanapun, percaya yang akan tercetus revolusi dalam Umno, berkemungkinan besar akan dimulakan oleh Johor- tempat kelahiran parti dan bekas presiden pengasas Onn Jaafar.
Peringkat akar umbi di sana, sangat setia kepada Umno dan pemimpin yang dipilih mereka, selain memandang tinggi dan menghormati keluarga diraja Johor.
Maka apabila Muhyiddin dan Menteri Besar Khaled Nordin dipanggil menghadap Sultan Johor, kebanyakan rakyat melihatnya sebagai petunjuk akan berlaku perubahan besar kepada parti pemerintah itu- yang kini dilihat sedang bergelut dengan krisis keyakinan di bawah kepimpinan Najib.
Tidak banyak yang diketahui tentang apakah yang sebenarnya dibincangkan sepanjang pertemuan selama sejam pada 2 Ogos tetapi Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, melalui akaun Facebook Johor Southern Tiger, telah memuat naik gambarnya, bersama-sama ayahndanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Muhyiddin dan isteri, serta Khaled sewaktu pertemuan di Istana Bukit Serene itu.
Sekali lagi, bagi rakyat biasa, ini dilihat sebagai sokongan institusi diraja secara tidak langsung kepada apa sahaja rancangan yang sedang dirancang oleh Muhyiddin dan Khaled.
Sumber di pejabat Khaled, bagaimanapun, memberitahu Semut Harian yang ketuanya tidak terlibat dalam perbincangan politik sewaktu pertemuan itu kerana dia tiba lewat setelah minum petang dihidangkan pada jam 4 petang.
Dia juga berkata yang kenyataan Khaled, seperti yang dicoretkan di akaun Facebooknya pada 4 Ogos, sebenarnya dilakukan pada perasmian mesyuarat agung Wanita Umno Pasir Gudang, sebelum pertemuan itu berlaku.
Khaled dalam ucapanya berkata yang Umno tidak boleh berdiam diri sekiranya korupsi atau pengkhianatan kepercayaan telah menjadi budaya parti itu.
“Umno tidak wajar berdiam diri apabila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan tetapi digunakan untuk mempertahankan individu tertentu atas nama kesetiaan parti kepada pemimpin,” kata Khaled, mengulangi kenyataan Muhyiddin yang dibuat di Klang dan dalam ucapan kontroversinya sewaktu mesyuarat bahagian Umno Cheras.
Mungkin terdapat ramai ahli-ahli akar umbi Johor sedang menanti arahan jelas dari pemimpin mereka, termasuk anak lelaki Khaled- Akmal Saufi – yang sebagai maklum balas kepada ayahnya telah memberikan 15 soalan secara langsung kepada Najib melalui akaun Facebooknya.
Timbalan pengerusi tetap Umno Mohamad Aziz memberitahu Semut Harian yang dia menghormati Khaled sebagai pemimpin sejati parti yang memiliki keperibadian seorang pemimpin Umno Johor.
“Saya tidak akan mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno Johor yang lain tetapi saya bersetuju dengan kenyataan MB bahawa kita tidak boleh menafikan wujud keretakan dalam Umno,” kata yang Yang di-Pertua Dewan Johor.
Selepas pemecatan Muhyiddin, beberapa pemimpin Umno Johor yang kekal dalam Kabinet telah mempertahankan tindakan Najib dan mengulangi desakannya untuk menjunjung “kesetiaan dan perpaduan” dalam pentadbiran.
Muhyiddin sendiri mengecam mereka dalam ucapannya, memanggil seorang timbalan menteri sebagai “angkuh” dan memberi isyarat yang seorang lagi timbalan menteri sedang berusaha mendesak tindakan tata tertib dikenakan kepadanya.
Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, kenyataan Muhyiddin disasarkan kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi.
Abdul Aziz memberitahu Semut Harian: “Isu 1MDB telah digunakan pembangkang untuk menjatuhkan Najib....Mengapa Muhyiddin menggunakan senjata yang sama?”
“PM (Najib) telah menjelaskan isu tersebut dan saya duduk bersama Muhyiddin dalam Majlis Tertinggi Umno. Jangan beritahu saya yang dia (Muhyiddin) tidak faham?” kata MP Seri Gading itu yang medesak ahli-ahli Umno Johor untuk berfikir sedalamnya sebelum mempertahankan pemimpin dari negeri itu.
Pemerhati menyifatkan yang Muhyiddin dijangka akan menerima sokongan besar daripada 26 bahagian Umno di Johor, kecuali di beberapa bahagian yang diketuai oleh pemimpin dalam pentadbiran Najib, iaitu, Sri Gading (Abdul Aziz), Pontian (Ahmad Maslan), Sembrong (Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein), Pengerang (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman), Batu Pahat (Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Puad Zarkashi) dan Pulai ( Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed).
Walaupun begitu, ketua bahagian pro-Najib ini belum dapat menjamin sokongan penuh ahli-ahli bahagian mereka, ditambah dengan kejadian terbaru bantahan yang menyaksikan perletakan jawatan dalam beberapa bahagian Umno Johor.
Di Sabah pula, Shafie yang merupakan MP Semporna dan ketua bahagian Umno Semporna dipetik oleh The Borneo Post sebagai berkata yang: “ Saya adalah salah seorang pengasas Umno di Sabah dan saya meminta ahli-ahli Umno terus menyokong parti ‘suci’ ini. Maka, kita perlu bersatu untuk memperkuatkan Umno.”
Menurut laporan 4 Ogos, bekas Menteri Pembangunan Wilayah dan Kemajuan Luar Bandar itu akan menarik balik jemputan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat tahunan bahagian pada 15 Ogos dan menggantikan Najib dengan Muhyiddin.
Dan pada 8 Ogos, Muhyiddin dijangka merasmikan mesyuarat tahunan bahagiannya di Pagoh.
Walaupun Najib telah menyentuh kepentingan sebuah ‘kapal’ hanya boleh diketuai oleh seorang kapten, perkembangan terbaru ini nampaknya membuktikan, ahli-ahli akar umni Umno dan pemimpin yang kritikal kepada Najib sangat memahami yang Umno lebih penting berbanding seorang individu dan mereka enggan terus tenggelam bersama-sama kaptennya.
MT Umno tak pernah diberitahu tentang RM2.6 bilion
Posted on Saturday, August 08 @ 21:15:48 MYT by paktam
OLEH MOHD FARHAN DARWIS Derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang diterima melalui akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya dimaklumkan kepada Kabinet, dan bukannya dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Datuk Seri Shafie Apdal.
Shafie berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada makluman berhubung dana RM2.6 bilion yang diterima Najib itu dibangkitkan dalam mesyuarat MT Umno.
"Sejauh pengetahuan saya, sepanjang kehadiran saya (dalam mesyuarat MT), kita tidak diberitahu pun," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong, di Maktab Rendah Sains Mara di Batu Pahat, Johor hari ini.
"Kami hanya diberitahu dalam Kabinet (terakhir yang saya sertai) baru-baru ini," katanya.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebelum ini dilaporkan berkata, sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir MT Umno dan juga Badan Perhubungan Umno Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh presiden atau bendahari parti.
“Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan Perhubungan Negeri.”
“Selain daripada harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada Presiden, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Shafie berkata dalam isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terlalu banyak kegusaran yang timbul sehingga akar umbi Umno mula keliru.
"Banyak kegusaran di peringkat akar umbi yang memerlukan penerangan, penyelesaian, itu yang saya lakukan.
"Saya minta jelaskan, selesaikan, itu sahaja, takkan yang itu pun tidak boleh. Nak minta penjelasan.
"Bukan berbunyi seperti kita pembangkang, tetapi yang kita lakukan teguran dan pandangan untuk memperbesarkan Umno yang kita cintai," katanya.
Shafie dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini digugurkan daripada Kabinet Najib susulan kritikan mereka terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
- tmi
Sumber DD - 8-8-2015
Beranikah Ahli Umno Bersuara ?
Posted on Saturday, August 08 @ 14:46:51 MYT by paktam
Oleh Abu Haasan Adam Kecuali TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal dan beberapa ‘kerat’ yang lain, kebanyakan ahli UMNO mengambil sikap mendiamkan diri. Membisu seribu bahasa. Taku setakut-takutnya. Gentar segentar-gentarnya. Bimbang sebimbang-bimbangnya kalau-kalau ‘habuan’ yang sentiasa ‘luruh dari langit’ itu akan terhenti sekiranya mereka bersuara terutama yang berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion milik pemimpin kesayangan mereka DS Najib Tun Abdul Razak.
Diwar-warkan bahawa ahli UMNO peringkat akar umbi boleh menyuarakan pandangan mereka tentang apa saja yang berkaitan dengan isu “IMDB dan “RM 2.6 billion”. Dari Perlis dikatakan bahawa ahli UMNO disana boleh menyuarakan hasrat mereka. Dari Johor tempat kelahiran UMNO juga dikatakan bahawa ahli UMNO disana bebas menyuarakan apa yang ‘terasa’ di hati. Dan sekurang-kurangnya dari Johor muncul anak muda yang berani menyatakan apa yang dirasakan tidak kena berlaku dalam negara kini.
Selain dari itu kelihatan UMNO semacam parti yang sudah ‘mati pucuk’ yang langsung tidak berani bersuara selain dari menjadi ‘tukang angguk’ walaupun atas isu-isu yang dirasakan amat merugikan negara dan bangsa. Rakyat seluruh Malaysia merasakan bahawa ada yang tidak kena yang berkaitan dengan isu ‘IMDB dan RM 2.6 billion’. Bukan sahaja sebahagian besar rakyat Malaysia merasakan begitu tetapi komen-komen dari masyarakat dunia juga memberikan komentar yang sedemikian. Merasakan bahawa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ mengenai perlaksanaan IMDB dan akaun peribadi milik DS Najib yang mengandungi RM 2.6 billion itu.
Pemimpin UMNO dan ahli UMNO keseluruhannya masih mendiamkan diri. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dalam negara kini. Ahli-ahli UMNO masih mahu menyalahkan pembangkang yang kononnya menimbulkan isu sedemikian. Ahli UMNO masih ‘bertepuk sorak’ walaupun negara hampir ‘terbakar’ sepertimana suasana ketika Rome terbakar dan Maharaja Nero terus menerus memetik gitarnya melihat api menjulang ke langit. Pemimpin UMNO yang disokong oleh ahli-ahlinya masih mahu mengalihkan pandangan masyarakat Malaysia dengan menimbulkan isu-isu ‘konspirasi’ di sana sini semata-mata untuk ‘menenggelamkan’ isu “IMDB dan RM 2.6 billion’
Ahli-ahli UMNO di seluruh negara terikut-ikut sama ‘menari dan menyanyi’ lagu yang ‘ditarikan’ oleh pemimpin-pemimpin mereka. Sehinggakan hampir tidak kelihatan ahli UMNO ( kecuali beberapa orang yang boleh dibilang dengan jari) yang mahu sama-sama bersimpati dengan rakyat Malaysia lain, mempersoalkan tentang isu ‘IMDB dan RM 2.6 billion” itu.
Apakah mereka terlalu bodoh dan pandir sehinggakan tidak langsung memahami suasana yang sedang berlaku kini. Apakah golongan ini amat berpuas hati dengan ‘habuan’ yang sentiasa mereka terima sehinggakan terlalu ‘kekenyangan’ yang menyebabkan mulut mereka ‘terkunci’ dan terlalu ‘menganntuk’ sehinggakan tidak langsung dapat berfikir dengan waras untuk mempersoalkan sesuatu yang dirasakan tidak kena berlaku kepada bangsa dan negara kini.
Kita pernah melihat bagaimana ‘aktifnya’ ahli UMNO ‘memperjuangkan’ tentang isu bangsa dan agama. Kita pernah melihat ‘kehebatan’ ahli UMNO yang sanggup memikul kepala lembu demi untuk menunjukkan iltizam mereka memperjuangkan agama Islam. Dan ada juga terdapat peristiwa ahli UMNO yang sanggup melakukan apa saja yang kononnya demi mempertahankan bangsa dan kesucian agama. Tetapi dalam hal isu “IMDB dan RM 2’6 billion’ ini ahli UMNO bersikap mendiamkan diri. Sepi sesepinya. Ke manalah agaknya hilangnya taring dan keberanian ahli UMNO yang pernah dipusakai oleh ahli UMNO sebelumnya.
Memang betullah kata ramai pemerhati politik bahawa UMNO kini amat berbeza dengan UMNO zaman dahulu. Ahli UMNO kini hanya pandai berhibur dan berpesta di Dewan Merdeka ketika menghadiri Persidangan Agung UMNO. Perwakilan UMNO hanya mampu bergelak ketawa ketika mendengar ucapan dan lawak jenaka ketika perbahasan dijalankan.
Ahli UMNO kini hanya tahu menyebut perkataan ‘projek’ dan ‘habuan’ sedangkan perjuangan untuk membela bangsa dan negara dan agama telah dikesampingkan. Mungkin betul agaknya persepsi dan pemerhatian pemerhati politik sedemikian.
Jikalau Dato Onn Jaafar masih ada pasti beliau akan menangis dan terus menangis melihatkan gelagat ‘anak-anak’nya yang sudah jauh menyimpang dari perjuangan asal UMNO.
Jiakalulah Tun Abdul Razak masih hidup pasti beliau juga akan teresak-esak mengenangkan tentang nasib yang menimpa negara kini di bawah pentadbiran anakanda kesayangannya.
Pasti beliau akan bertanya pada dirinya, apakah salah asuhan atau pun ada pihak lain yang menghasut dan memporak-perandakan pentadbiran anakandanya itu. Tun Abdul Razak pasti sedih dan sesedihnya.
Dan aku tidak dapat bayangkan suasana dan keadaan sekiranya Tun Dr. Ismail masih hidup dalam suasana negara yang sebegini ‘dahsyat’ ujiannya. Apakah beliau akan terus marah-marah atau akan terus menangis teresak-esak…..
Surat Terbuka Pimpinan Anak Muda Desak KJ Letak Jawatan Posted on Saturday, August 08 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Ke hadapan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan,
Krisis 1MDB dan skandal kewangan negara sampai ke satu lagi tahap apabila Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan bahawa sememangnya wujud kemasukan sejumlah wang sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Namun begitu, apa yang menghairankan adalah wang sebanyak itu dikatakan sebagai ‘donation’ atau sumbangan yang diberikan dari Timur Tengah dan bukan dari wang 1MDB sebagaimana diumumkan baru-baru ini.
YB Khairy Jamaluddin Yang Dihormati,
Sebagai golongan anak muda bakal generasi pewaris negara, kami berasa terpanggil untuk melahirkan kebimbangan kami berhubung skandal kewangan yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Sehubungan itu, kami ingin menarik perhatian satu-satunya Menteri yang dikatakan mempunyai semangat anak muda dan berperanan menjaga kepentingan belia dan anak muda Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin kepada beberapa perkara seperti berikut:
1) Kami mendesak YB untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam mempersoalkan isu berkaitan RM2.6 billion yang disahkan dimasukkan ke dalam akaun peribadi YAB Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Parti UMNO yang mana YB sebagai Ketua Pemudanya.
2) Kami menggesa supaya YB tidak lagi mengamalkan sikap mengambil hati dan mempertahankan Presiden UMNO itu dengan kenyataan-kenyataan seperti yang dibuat sebelum ini.
3) Kami menggesa YB supaya bersama-sama gelombang anak muda yang sayangkan negara dengan menegur dan membetulkan segala salah laku kerajaan dan Perdana Menteri sebelum nasi menjadi bubur.
YB Khairy Jamaluddin Yang Dikasihi,
Sekiranya kami melihat tiada tindakan proaktif dibuat oleh YB, kami menggesa supaya YB meletakkan jawatan dari jawatan Menteri Belia secara terhormat. Hal ini kerana sudah jelas YB gagal berperanan membawa suara anak muda dan belia yang mahukan satu perubahan segera dalam kemelut yang melanda negara.
Kami yakin bahawa generasi anak muda sekarang sudah tidak mampu berdiam diri dengan segala kemelut dan skandal yang sedang berlaku. Kami bimbang anak muda akan bertindak lebih agresif seandainya kemelut ini tidak diselesaikan segera.
“Selamatkan Malaysia, Hidup Rakyat!”
Kenyataan ini dibuat secara bersama oleh:
1. Ahmad Fadhli Umar bin Aminolhuda
(Presiden Persatuan Undang-Undang Ahmad Ibrahim)
2. Khairol Najib Hashim
(Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia)
3. Azzan Aznan Bin Abdul Rahim
(Pengerusi WUFI)
4. Muhammad Nazrul Hakim bin Md Nazir
(Ketua Koordinator Lensa Kampus, Lensa Anak Muda Malaysia)
5.Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan
(Presiden Ikatan Studi Islam UKM)
6. Mustapha Kamal A Aziz
(Pengerusi Student Progressive Front UiTM)
7. Wafiuddin Rosli
(Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM)
8. Muhamad Luqman Nul Hakim Zul Rezali
(Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara)
9. Muhammad Syazmee Sapian
(Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya)
10. Atyrah Hanim Razali
(Pengarah Kluster Undang-undang Anak Muda Harapan Malaysia)
11. Zawani Syafiqah Zainal Bahrin
(Pengarah Kluster Alam Sekitar Anak Muda Harapan Malaysia)
12. Bawani a/p Kaniapan
(Penyelaras Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP))
13. ‘Asim ‘Abdullah bin Ainullotfi
(SUA IKRAM SISWA)
14. Deeba a/p kathisrasan
( Pengerusi Pemuda Sosialis )
15. Tan Tian Lun
(Naib Pengerusi SPF, UUM)
16. Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis
(Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak)
17. Muhammad Mus’ab bin Muzahar
(Timbalan Presiden IKRAM Siswa)
18. Fahmi Zainol
( Penang Youth Organization/ Anak Muda Harapan Malaysia )
19. Mohamad Ammar Atan
(Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat)
20. Muhammad Shafiq
( Pengerusi Transformasi Mahasiswa UUM )
21. Lau Yi Leong
(Sekretariat Pentadbiran Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia, DEMA)
22. Hafiz bin Zaaimuddin
(Timbalan Biro Mahasiswa AMK)
23. Mohd Imran bin Md Ishak
(Presiden GAMIS)
24. Jefry Bin Musa
(Serikat Mahasiswa)
25. Luqman Tarmizi
(Mahasiswa Progresif- SISPRO)
26. Nur Liana binti Abdul Latif
(Pengerusi Sister in Movement)
Kenyataan dan surat ini dibuat oleh beberapa Pimpinan Anak Muda Universiti atas kapasiti individu dan tidak mencerminkan pendirian rasmi Persatuan-Persatuan.
- Sumber Suara TV
Sumber TKO - 8-8-2015
Mereka suruh saya kunci mulut, ‘what the hell’ – Muhyiddin Posted on Saturday, August 08 @ 09:01:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun didesak pemimpin parti.
Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tetap akan mempertahankan jawatan itu biarpun telah diberi amaran oleh beberapa pemimpin UMNO.
“Ada orang beri amaran kepada saya, meminta saya bercakap baik-baik.
“Takut nanti saya akan dipecat sebab saya sudah tidak ada kuasa,” katanya ketika berucap dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh 2015 pada Jumaat.
Ahli Parlimen Pagoh itu turut membidas pemimpin UMNO yang memberi amaran supaya beliau ‘kunci mulut’.
“Kenapa dulu semasa saya ada jawatan mereka tidak pernah beri amaran kepada saya. Dan sekarang baru nak cari salah saya.
“‘What the Hell’, maaf saya cakap macam ini,” katanya yang tidak mendedahkan nama-nama pemimpin UMNO itu.
Muhyiddin juga menyatakan kekecewaannya selepas terdapat ahli UMNO daripada Johor dan Bahagian Pagoh yang mengatakan beliau seorang pengkhianat.
“Ada orang kata saya pengkhianat. Jangan panggil Muhyiddin nanti bergaduh. Orang Johor juga yang cakap,” tambahnya.
Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan sesekali menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun telah kehilangan jawatan dalam Kabinet
“Ini kerana saya akan bertanggungjawab mengatakan kebenaran apa yang terjadi dalam BN/UMNO jika ada kesalahan.
“Tak akan saya nak diam sahaja,” katanya.
Sumber: FMT
Sumber TKO - 8-8-2015 Pegawai SPRM dipindah, tindakan ‘tunjuk kuasa’, kata pemimpin Umno Posted on Friday, August 07 @ 22:49:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol
Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah membidas pemindahan dua pegawai utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri, menyifatkannya satu tindakan "tunjuk kuasa terang-terangan".
Terdahulu hari ini, Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.
"Ini ialah tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan dan menunjukkan yang ada orang yang tidak berpuas hati dengan usaha SPRM mencari kebenaran," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider hari ini mengulas perkara itu.
Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.
SPRM sedang meneliti SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ketika ini di bawah Kementerian Kewangan.
Pihak polis mendakwa wujud kebocoran dalam siasatan 1MDB dan mengkhususkan siasatan mereka ke atas SPRM.
"Ini akan menguatkan persepsi yang terdapat satu halangan yang jelas bagi SPRM dalam menjalankan tugas mereka," kata Saifuddin.
Sumber TKO - 7-8-2015
PM enggan dedah identiti penderma - Muhyiddin Posted on Friday, August 07 @ 21:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.
Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.
"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata 'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama',” kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, Najib memberitahunya bahawa pendemra Timur Tengah itu mahu wang RM2.6 bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.
"Saya tanya dia (Najib), kenapa ia masuk ke akaun dia? Dia jawab, 'penderma beritahu saya supaya masukkan ke akaun saya'.
"Ada boleh percaya? Bila orang bagitau, percaya sajalah," kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata beliau hanya diberitahu mengenai deposit wang RM2.6 bilion itu selepas pendedahan WSJ.
Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di Pagoh, Johor. - Malaysiakini
Sumber TKO - 7-8-2015 Agensi penyiasat isu 1MDB boleh bincang, tidak perlu serbu, kata Muhyiddin Posted on Friday, August 07 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Pihak berkuasa yang sedang menjalankan penyiasatan berhubung kes dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seharusnya saling menghormati dan tidak perlu berkasar terhadap satu sama lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan presiden Umno itu berkata, agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam siasatan syarikat milik Kementerian Kewangan itu seharusnya mampu duduk berbincang tanpa membabitkan serbuan sesama mereka.
"Antara agensi-agensi, hormatlah," katanya merujuk kepada Bank Negara Malaysia, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
"Jumpa bos. Bincang sahaja. Nak siasat cara teratur, tertib, berhemah. Jangan sampai timbulkan kemarahan," katanya merujuk kepada insiden serbuan polis terhadap pejabat beberapa pegawai SPRM baru-baru ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, mereka tidak seharusnya diganggu mana-mana pihak dan sebaliknya dibenarkan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan bebas.
"Dalam proses untuk menyiasat kes ini, orang ini dipecat. Saya ini tidak apa, orang kecil sahaja.
"Ini SPRM dengan polis, sampai SPRM rasa cukup kecewa," katanya di hadapan perwakilan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno ketika berucap merasmikan mesyuarat sayap Umno itu di Pagoh, Johor hari ini.
Katanya, keputusan kerajaan dalam menangani skandal 1MDB yang dibebani hutang mencecah RM42 bilion ialah dengan menubuhkan pasukan petugas khas.
"Ada Bank Negara, polis, SPRM, peguam negara. Ini institusi yang tertubuh sejak Malaysia merdeka. Mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cukup baik dan berhemah.
"Sebagaimana yang kita setuju, (mereka) mesti diberi kebebasan. Jangan campur tangan. Biar mereka buat kerja sepertimana kita mahu mereka buat kerja," katanya.
"Saya pun hairan, SPRM meluahkan rasa kecewanya, malah pegawai mereka juga marah apabila ada di kalangan mereka, rumahnya terpaksa digeledah," katanya.
Sebelum ini, beberapa pegawai tertinggi SPRM dipanggil polis untuk memberikan keterangan dalam membantu siasatan polis susulan kebocoran maklumat berhubung syarikat 1MDB.
Malah, 3 pegawai SPRM turut dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berkaitan isu kebocoran maklumat siasatan 1MDB.
Mereka termasuk Timbalan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai dan dua lagi pegawai yang dipanggil semula untuk memberi keterangan.
Polis pada Sabtu lalu turut menggeledah rumah Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi dan pejabatnya di Putrajaya.
Ketua Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan pembubaran pasukan petugas khas yang dipertanggungjawabkan menyiasat 1MDB, 2 hari lalu.
Sumber TKO - 7-8-2015
Ada kambing hitam bakal mengaku jadi penderma Najib, kata veteran Umno Posted on Friday, August 07 @ 15:14:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Seorang veteran Umno menyifatkan kenyataan pihak berkuasa mengesahkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun perdana menteri adalah ehsan derma tidak mengejutkan dan sudah diduga.
Malah, beliau mendakwa, sudah dapat dijangkakan bakal ada individu yang "menjadi kambing hitam" yang akan mengaku mendermakan wang tersebut untuk menjernihkan keadaan.
Tetapi, bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau berpendapat wang itu bukan disumbangkan ahli Umno atau warga Malaysia, tetapi pasti dibuat warga asing di luar negara.
"Ia sudah dijangka dan bukan satu kejutan, saya pasti mereka akan mencari individu yang kaya mengakui mendermanya," kata Sanusi melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut mengatakan, tidak mungkin hanya seorang sahaja yang menderma wang sebanyak itu.
"Yang jelas ialah, kalau rakyat Malaysia yang derma, tidak mungkin seorang sahaja. Yang ada berbilion pun tidak mampu menderma sebanyak itu," kata bekas menteri yang berkhidmat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Pada masa sama, beliau yang pernah menjadi menteri besar Kedah turut menamakan beberapa nama individu yang kaya sebagai contoh.
"Kenalah cari orang luar negara seperti Sultan Brunei, Bill Gates, Warren Buffet atau yang sekaya itu. Atau pun raja-raja Arab dan anak-anak mereka.
"Orang berniaga tidak mungkin derma sebanyak itu tanpa dapat sesuatu. Itu bukan derma namanya.
"Kecuali kita upah dengan lumayan seseorang yang sanggup mengaku dia yang menderma. Tetapi kenalah yang boleh dipercayai," katanya.
Sanusi turut sinis dengan mendakwa hanya mereka yang mencapai keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang tinggi di universiti akan "digunakan" untuk mencari individu yang sanggup menjadi kambing hitam.
"Kenalah pakai tokoh yang CGPA 3.85 untuk mencari penderma ini," katanya yang melahirkan keyakinan derma tersebut bukan dibuat ahli Umno, kerana pada kebiasaannya, yuran tahunan parti mereka sendiri dibayar ketua bahagian.
Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memang wujud.
Bagaimanapun, ia bukan wang dari syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau entiti berkaitan dengannya seperti dakwaan pihak tertentu bulan lalu.
Menurut SPRM, wang itu ialah sumbangan derma politik yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Semalam, badan anti rasuah itu mengeluarkan satu lagi kenyataan menyatakan ia sudah mengenal pasti penderma itu yang merupakan seorang dari Timur Tengah tetapi tidak mendedahkan identitinya.
Ia juga mengatakan Najib akan dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Sumber TKO - 7-8-2015 Anda silap, Ku Nan! Umno lemah kerana pemimpinnya
Posted on Friday, August 07 @ 13:04:10 MYT by paktam
Oleh J Aslan Ketika pembukaan mesyuarat Umno Lembah Pantai 2 Ogos lalu, setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata yang Umno menjadi lemah akibat ahli-ahlinya yang suka membuat fitnah.
“Umno lemah hari ini, kenapa? Kerana ahli sendiri. Kita ada kira-kira 30 peratus ahli yang suka adu domba, buat finah dan terpengaruh dengan cerita pembangkang. Inilah masalah Umno,” katanya seperti dipetik.
Tetapi Tengku Adnan, kenyataan anda terlalu jauh dengan kebenaran. Tolong jangan salahkan akar umbi Umno. Mereka sudah cukup menderita. Umno lemah bukan kerana ahli yang suka memfitnah pemimpin. Umno lemah kerana ramai dalam parti itu yang korup dan sudah tiada integriti dan kebertanggungjawaban.
Dengan menyalahkan ahli akar umbi ke atas krisis kepimpinan parti, Tengku Adnan seolah-olah cuba mengelak perkara yang jelas kepada semua. Sama seperti pemimpin Umno lain seperti Abdul Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan menteri yang baru dilantik Azalina Othman Said, Tengku Adnan memilih untuk buat tak nampak gajah di depan mata.
Memang perlu banyak keberanian untuk menghadapi dengan krisis secara berdepan dan menanganinya. Kebenaran akan ditegakkan jua. Inilah apa yang dilakukan bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin. Sebagai ‘habuannya’, Muhyiddin disingkirkan daripada Kabinet dengan cara yang bacul. Naib presiden Umno Shafie Apdal juga tersingkir atas sebab yang sama.
Kedua-duanya mahu mengetahui kebenaran di sebalik wang RM2.6 bilion, yang kini sudah sah disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Pemimpin Umno patut meninggalkan retorik dan menegakkan kebenaran dan keadilan. Dengan cara ini, mereka pasti akan lebih dihormati dan Umno akan lebih kuat. Jadi Ku Nan, tolonglah berhenti menyalahkan akar umbi Umno di atas krisis kepimpinan yang dihadapi.
Percubaan untuk menyatakan yang wang itu disimpan bagi pihak Umno juga tidak memadai. Wang yang disimpan atas amanah perlu mematuhi Akta Pemegang Amanah 1949. Adakah ia dilakukan dengan persetujuan Majlis Tertinggi? Jika ya, mengapa Muhyiddin yang masih merupakan timbalan presiden Umno tidak tahu? Mengapa Shafie Apdal tidak tahu?
Pemimpin Umno juga sering berubah nada dalam skandal RM2.6 bilion ini. Kini dikatakan pula bahawa wang tersebut adalah “derma” politik, daripada penyokong Umno. Tetapi mengapa tidak beritahu begitu dari awal?
Tolonglah Ku Nan. Bijak pandai ada berkata, apabila anda tidak dapat pertahankan apa yang memang tidak dapat dipertahankan, berkatalah benar walaupun sukar. Jadi Ku Nan, tidak perlulah beri syarahan bodoh anda kepada akar umbi Umno.
Akhir sekali, tolong juga ingat bahawa Umno ini dilihat sebagai benteng kepada sistem politik negara. Barisan Nasional juga diselubungi ketidaktentuan akibat krisis kepimpinan Umno.
Inilah masanya untuk pemimpin Umno dan BN mula bercakap secara rasional dan mengambil jalan sederhana. Walaupun seakan sudah lambat. Inilah masa terbaik bagi Umno untuk membetulkan kesalahan, seterusnya menjadi lebih baik dan kuat.
Berbanding menafikan apa yang benar, mengakulah kesalahan anda. Angkat pemimpin baru yang bertanggungjawab dan jujur. Satukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan pulihkan semula ekonomi negara.
PETALING JAYA: Isu hangat berkaitan dana parti berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian warga alam maya.
Terbaru, beberapa blog dan laman portal telah memetik rakaman ucapan Najib di Youtube semasa Perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya pada Februari 2012.
Ia kemudian diviralkan di laman Facebook oleh pengguna media sosial.
Menerusi rakaman video itu, Perdana Menteri berkata, sumbangan atau derma kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan bukannya akaun peribadi.
“Bagi pihak kerajaan saya menganggap isu ini amat penting kerana jika tiada sesuatu dasar yang tepat, telus dan jelas mengenainya, maka ia boleh memberi peluang dan ruang kepada pelakuan rasuah.
“Sebagai langkah proaktif, demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik di negara ini kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah GTP (Program Transformasi Kerajaan).
“Ia bertujuan mengawal Political financing (pembiayaan politik), inisiatif ini akan memberikan penekanan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samaada di peringkat pusat atau negeri hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti,” kata Najib dalam video berkenaan.
Tambah beliau, langkah itu adalah bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahkan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian.
Katanya, setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah disertakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.
Ujarnya, menerusi akaun yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap tahun kewangan berakhir.
Katanya, kerajaan percaya dengan cara itu akan mengelakkan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan sumbangan itu dapat disampaikan kepada parti dan rakyat di semua peringkat.
Sumber TKO -6-8-2015
Majlis Tertinggi Umno tidak pernah dimaklum sumbangan derma, kata Shahrir Posted on Thursday, August 06 @ 15:55:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti.
Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima.
"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu.
Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Agensi anti rasuah itu juga mengesahkan penderma berkenaan dari Timur Tengah tetapi tidak menamakannya. Ia juga berkata akan meminta Najib tampil memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.
Dakwaan mengenai wang sebanyak RM2.67 bilion dalam akaun Najib pertama kali muncul pada 2 Julai dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ), memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.
WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama.
Perdana menteri menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab mengenai pemindahan dana itu.
Sumber TKO -6-8-2015
Umno bahagian jangan guna kaedah kuku besi atas Muhyiddin, Shafie, kata Rais Yatim Posted on Thursday, August 06 @ 10:04:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Tan Sri Rais Yatim meningatkan semua Umno bahagian tidak menggunakan kaedah kuku besi terhadap timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan mengenepikan mereka dalam menguruskan isu perasmian persidangan yang melibatkan mereka, lapor Utusan Malaysia.
Bekas ahli Majlis Tertinggi parti itu dilaporkan berkata, perkara sedemikian tidak wajar dilakukan sambil menegaskan mereka mempunyai hak sebagai pemimpin tertinggi parti."Ini tidak demokratik dan tidak memartabatkan nilai dalam perjuangan. Jangan kita lupa Fasal 3 dalam Perlembagaan Umno berkata, Umno sebagai parti politik berjuang memperhebatkan kepentingan bangsa dan negara.
"Ini dalam perlembagaan. Ia juga menyebut parti ditadbir dengan baik dan adil. Jadi, dalam hal sebegitu, sebaik-baiknya yang dijemput dahulu dibiarkan hadir.
"Takkan pemimpin ini akan mengeluarkan kenyataan yang memecah-belah? Kita dengar apa yang keluar daripada pandangan mereka, kemudian barulah pimpinan membuat analisis," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar milik Umno itu.
Rais berkata, Umno sebagai parti yang berpengalaman perlu mengambil langkah positif seperti hendak menarik rambut dalam tepung ketika menangani isu sebegitu.
Sebelum ini, beberapa Umno bahagian, antaranya Raub dan Sungai Besar, membatalkan jemputan terhadap Muhyiddin bagi merasmikan persidangan perwakilan masing-masing selepas beliau digugurkan daripada Kabinet 28 Julai lalu.
Umno Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga dikatakan melakukan perkara sama terhadap Shafie.
Pada masa sama, Rais turut mengingatkan, ini bukan kali pertama Umno menghadapi masalah pengguguran pemimpin dalam Kabinet kerana sebelum ini Tan Sri Syed Jaafar Albar, Datuk Seri Harun Idris dan Tan Sri Mohamed Rahmat antara yang pernah mengalami nasib sama.
Katanya, perkara ini turut dialami bekas timbalan perdana menteri seperti Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber TKO - 6-8-2015
Adnan sahkan Shafie rasmi mesyuarat Umno Bentong
. | .
KUANTAN: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bentong yang dijadualkan pada 22 Ogos ini.
Ketua Umno Bahagian Bentong Datuk Seri Adnan Yaakob mengesahkan jemputan kepada Mohd Shafie untuk merasmikan persidangan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong itu masih berjalan dan tidak dibatal.
"Beliau masih lagi naib presiden. Tidak elok... Budaya Melayu Umno ada budi bahasa. Tidak ada salahnya menjemput. Beliau tahu apa yang beliau patut cakap," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Adnan yang juga Menteri Besar Pahang menambah, sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekalipun pasti tidak mempunyai halangan terhadap mana-mana bahagian daripada menjemput Mohd Shafie.
Sementara itu, kedudukan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis dan Cameron Highlands pada 15 Ogos masih menjadi tanda tanya.
Ketua Umno Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamed masih belum memberikan kata putus berhubung perkara itu manakala Ketua Umno Bahagian Cameron Highlands Datuk Wan Rosdy Wan Ismail pula enggan mengulas lanjut.
Ketua Umno Bahagian Raub Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin juga enggan mengulas mengenai pengganti bekas timbalan perdana menteri itu bagi merasmikan mesyuarat bahagian tersebut pada 15 Ogos ini selepas mereka membatalkan jemputan kepada Muhyiddin.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata tindakan mana-mana bahagian untuk menjemput tokoh bagi merasmikan persidangan perwakilan adalah hak mereka dengan mengambil kira "apa yang terbaik untuk mereka dan parti secara keseluruhannya". - Bernama Sumber HD - 5-8-2015
Kerja sia-sia Bersih, dan kenapa ia diteruskan
Posted on Wednesday, August 05 @ 13:55:14 MYT by paktam
Oleh Izmil Amri Perdana menteri sudah menang. Dalam isu skandal kemasukan tunai berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadinya, Datuk Seri Najib Razak sudah menang. Beliau muncul sebagai hero di kalangan kawan-kawan politiknya. Najib dengan cemerlangnya menumpaskan lawan-lawan politiknya dalam Umno; dan hampir pasti melumpuhkan sebarang usaha menumpaskannya sehingga pilihan raya akan datang.
Tempoh hari saya dan beberapa teman bersidang, dan kami bersetuju Najib ialah seorang pemain politik yang licik; meski dipandang ramai sebagai seorang yang tidak begitu tegas dan keras dalam pendekatannya. Pasukan komunikasinya juga mengarut.
Namun ternyata Najib menyelesaikan lawan-lawannya dari semua arah. Dari Selatan, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir dari kabinet. Muhyiddin tewas tanpa sebarang tindakan melawan. Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik jadi menteri. Datuk Seri Hishammuddin Hussein kekal sebagai menteri dan sepupu yang setia. Johor tidak berkocak banyak.
Bantahan dari Utara juga sudah beliau bisukan. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang tempoh hari duduk di Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan agak berkeras mahu kepada kebenaran dikendurkan dengan lantikan menteri. Pelantikan Reezal, Nur Jazlan dan dua lagi anggota PAC menggotai kabinet bererti tugas-tugas PAC menyiasat 1MDB pun sudah boleh dikira lumpuh.
Menteri besar Kedah dan ayahnya juga sudah disenyapkan; Datuk Seri Mahdzir Khalid bekas menteri besar kesayangan Sultan Kedah (yang kini Yang di-Pertuan Agong) diajak masuk kabinet.
Di Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal ditepis begitu sahaja. Datuk Abdul Rahman Dahlan muncul sebagai jurucakap Najib dengan kemahiran berhujah yang tiada tolok bandingan; dan diperkukuhkan kedudukannya dalam Kabinet.
Jabatan Peguam Negara hilang ketuanya secara mengejut, diganti orang yang tidak tahu ekor kepala. Penyiasat dan pendakwa di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diberkas, dokumen dirampas, dan pengarahnya pening kepala. Khabarnya turut mengadakan majlis doa selamat supaya mudah berhadapan segala dugaan.
Ya tuan-tuan; Najib, meski malang dari sudut komunikasi, mempunyai kelebihan dari sudut licik politik. Habis semua lawannya sudah dicantas. Dan kedudukannya itu diperkukuhkan dengan penangguhan pemilihan Umno untuk satu tempoh yang cukup panjang. Malah Najib memecat timbalan presiden dan naib presiden partinya sendiri daripada Kabinet. Siapa lagi yang tinggal untuk mencabar Najib.
Selesai sidang bersama teman-teman, saya tersandar. Apa lagi harapan yang kita ada. Apatah lagi dengan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengesahkan kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri hanyalah sekadar ‘derma’.
Masalah Najib kini sudah tidak sebesar mana. Barangkali setakat hutang menggunung 1MDB berjumlah RM42 bilion itu sahaja, yang katanya boleh diselesaikan dalam masa enam bulan.
Apa pula rancangan beliau untuk menyelesaikan masalah itu, siapa pula yang akan menderma, kita hanya boleh meneka. Hanya Najib dan isteri sajalah yang tahu semua.
Sebagai rakyat marhaen yang hanya mampu menepuk dahi dan mengurut dada sambil terus membayar GST, apalah sangat yang mampu kita lakukan selain mencarut berbakul-bakul.
Bersih 4 dan tuntutannya
Perhimpunan Bersih 4 yang dijadual berlangsung hujung bulan nanti barangkali boleh menjadi satu medan untuk rakyat marhaen menyatakan kemarahan mereka, dengan bersorak dan melemparkan sumpah seranah terhadap keadaan.
Kita semua sendiri boleh faham, Bersih 4 tidak akan boleh menumbangkan kerajaan atau menjatuhkan seorang perdana menteri. Jadi ada baiknya kita nyahkan idea itu dari benak akal masing-masing. Berhimpun dan bersorak tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap batang tubuh perdana menteri dan juak-juaknya. Mereka akan memandang dari jauh, dalam bilik berhawa dingin dengan teropong masing-masing. Macam orang menonton lumba kuda.
Mereka yang mahu hadir ke perhimpunan aman Bersih 4 perlu jelas dan sedar, sorakan mereka tidak akan mengubah apa-apa. Maka kenapa kita semua harus turun ke jalan raya?
Turun ke jalan raya sebenarnya adalah satu langkah matematik dalam satu jalan kira yang panjang menuju satu persamaan di mana sistem akhirnya akan berjaya dikalahkan. Persamaan matematik ini sudah pernah disaksikan berlaku apabila tsunami politik 2008 menyaksikan lima negeri jatuh ke tangan parti-parti pembangkang dan Umno/Barisan Nasional dinafikan dua-pertiga majoriti Dewan Rakyat.
Persamaan matematik dalam politik Malaysia hanya memerlukan angka yang banyak. Dan angka yang banyak ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang sedar dan insaf, bilangan mereka mampu menewaskan para koruptor di peti-peti undi, selari dengan saranan undang-undang dan sistem demokrasi.
Bersih 4 khabarnya sekadar menuntut empat perkara. Pilihan raya yang bersih daripada sebarang penipuan, kerajaan yang bersih daripada para perasuah, hak untuk menyatakan bantahan kepada dasar dan tindakan kerajaan serta seruan supaya ekonomi negara diselamatkan.
Bertitik tolak daripada itu, jelas ia tidak mendesak revolusi ala Medan Tahrir; mahupun mempunyai daya untuk melengser perdana menteri. Itu tidak akan terjadi.
Apa yang akan terjadi ialah seluruh dunia akan memandang ke Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu dan bandar-bandar utama seluruh dunia sambil bertanya apalah nasib rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban sebuah kerajaan yang berbohong, menindas dan menghukum rakyatnya yang berani bersuara.
Makcik dan pakcik di kampung akan terima berita daripada anak-anak di bandar tentang lautan umat Malaysia membanjiri ibu kota menuntut supaya sistem demokrasi berparlimen diperkukuh integiritinya dengan kebertanggungjawaban para menteri terhadap rakyat yang mereka ketemu secara bermusim.
Musim itu nanti akan tiba dan mereka akan terus terkenang perhimpunan aman menuntut empat benda mudah ini. Dan waktu itu nanti harapnya makcik dan pakcik tidak lembik tengkuk dibelai janji-janji manis pak menteri lagi. Ternyata peluang itu sudah diberi berkali-kali dan janji hanya tinggal janji. Makcik dan pakcik masih terus menderma kepada pak menteri dengan membayar cukai GST. Padan muka makcik pakcik semua.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Sumber DD - 5-8-2015
Secebis kisah media mesra Umno
Posted on Wednesday, August 05 @ 13:52:47 MYT by paktam
Oleh Mohsin AbdullahBeberapa bulan lalu, rangkaian berita pro Umno , Media Prima khususnya TV3 didakwa menghentikan liputan aktiviti membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Dalam erti kata lain, Zahid kena “black out” oleh Media Prima. Demikian dakwa satu sumber yang rapat dengan naib presiden Umno paling popular itu.
Dakwa sumber itu lagi, ketika itu presiden parti Datuk Seri Najib Razak dikatakan “sudah tidak berkenan” dengan Zahid dan lebih “mengutamakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga naib presiden Umno.
Maksudnya Zahid ketika itu “was out of favour”.
Sumber yang rapat dengan Zahid bagaimanapun tidak pasti sama ada “tindakan” Media Prima terhadap Zahid itu satu keputusan sendiri atau atas arahan mana-mana pihak.
Dua pengarang kanan Media Prima ketika diajukan dakwaan itu menafikan rangkaian berita mereka “memboikot” Zahid.
Sama ada benar atau tidak, itu semua hanya “academic” sekarang. Sudah jadi cerita lama.
Cerita baharu ialah media yang dituduh memboikot Zahid sedang memberi liputan luas terhadap pemimpin Umno itu dan sibuk merangka jadual liputan lebih meluas.
Bukan perkara aneh dan bukan sesuatu yang pelik kerana Zahid sekarang timbalan perdana menteri. Ia jelas membuktikan beliau mendapat kepercayaan penuh Najib.
Sekali gus Tan Sri Muhyiddin Yassin, (yang digantikan Zahid) mendapati dirinya tidak lagi diberi liputan luas terutama media arus perdana milik atau pro Umno.
Juga sesuatu yang bukan pelik atau aneh kerana seseorang yang bergelar “bekas” lazimnya tidak menjana berita menarik.
Namun bagi Muhyiddin, (dan beliau tentu tahu ini semua) sama ada terus diberi liputan media pro Umno bergantung kepada apa yang beliau sedang atau akan lakukan.
Undur cara “baik” liputan kendur dengan sendirinya.
Ambil langkah “tidak menyenangkan” pucuk pimpinan parti (dan kerajaan) akan menyaksikan Muhyiddin tidak diberi liputan atau hanya mendapat liputan negatif atau “diserang” terus.
Ucapan beliau pada mesyuarat Umno Bahagian Cheras akhir bulan lalu (yang dilihat sebagai pencetus segala galanya) “dilembutkan nadanya” media pro Umno.
Akhbar dikuasai Umno, Utusan Malaysia pula langsung tidak menyiarkan ucapan itu.
Lantas mendorong bekas bos mereka (ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu 1983-1992) Tan Sri Zainudin Maidin berkicau menerusi Twitter : “Saya terkejut ucapan Mahyuddin yang kritikal terhadap Najib tak disiarkan Utusan.
Maka salahkah saya kalau mencari di Malaysiakini, Star, M Insider” (beliau mengeja “Muhyiddin” dan “mencari” dengan gaya tersendiri ).
Pun begitu, apa yang dilakukan Utusan tidak pelik dan aneh malah sudah dijangka. Utusan milik Umno.Wakil presiden Umno dikatakan duduk dalam lembaga pengarah akhbar itu.
Utusan wujud untuk menjaga kepentingan Umno dan mempertahankan parti khususnya presiden.
Beberapa orang Umno dan wartawan “mengingatkan ” saya ketika Datuk (kini Tun) Musa Hitam “berlawan” dengan Datuk Seri (kini juga Tun ) Dr Mahathir Mohamad, Utusan memihak kepada Dr Mahathir yang masa itu presiden parti.
Begitu juga semasa Tengku Razaleigh Hamzah “berperang” dengan Dr Mahathir. Utusan ketika itu dipimpin Zainuddin yang juga dikenali sebagai Zam.
Mungkin Utusan zaman Zainudin dan Utusan zaman sekarang masing-masing berbeza cara melaksanakan strategi “memihak” kepimpinan Umno.
Walau apa pun, penguasaan Umno terhadap media arus perdana khususnya Utusan bukan perkara baharu.
Imbas kembali 1961 ketika Singapura “sebahagian” daripada Malaya semasa akhbar Utusan Melayu dikepalai wartawan unggul kelahiran Singapura, Said Zahari.
Utusan Melayu semasa itu adalah sebuah akhbar kebangsaan Melayu yang bebas dan tidak dikuasai mana-mana parti politik.
Dalam bukunya Meniti Lautan Gelora – sebuah memoir politik Pak Said menulis : “Kami berpendirian Utusan Melayu yang bebas daripada penguasaan seperti itu sahajalah yang benar-benar boleh berkhidmat kepada seluruh bangsa Melayu, agama dan tanah air, bukannya kepada satu kelompok orang Melayu yang menganggotai satu-satu parti politik sahaja.”
Tetapi Umno, menurut Pak Said mahu menjadikan Utusan Melayu sebaliknya.
Lantas menugaskan tokoh penting dalam parti Ibrahim Fikri selaku “jeneral” dalam “peperangan” merampas kuasa di ibu pejabat Utusan Melayu.
Ibrahim datang menemui Pak Said menuntut Utusan Melayu tunduk akur terhadap permintaan Umno. Pak Said dan rakan-rakan enggan. Maka terlancarlah mogok Utusan Melayu pada 21 Julai 1961.
Namun mereka tewas. Mogok bertahan 3 bulan sebelum tamat pada 21 Oktober 1961.
Pak Said menulis : “Maka pada hari Ibrahim Fikri masuk ke pejabatku dan mengajukan syarat-syarat penyerahan diri 4 perkara itu, aku tahu Utusan Melayu sebagai sebuah akhbar kebangsaan Melayu yang bebas sejak lebih dua dasawarsa itu, sudah mati. Yang masih hidup ialah Utusan Melayu celup.”-TMI
Sumber DD - 5-8-2015
Umno: Sokong presiden atau timbalan?
Posted on Tuesday, August 04 @ 14:36:52 MYT by paktam
Oleh Anuar Mohd NorUmno semakin bergolak – walau keadaan nampak cuba ditenangkan, media sosial dan media alternatif banyak menunjukkan keadaan yang tidak selesa dalam Umno.
Hakikat setiap hari pendedahan dibuat, ulasan diutarakan hanya menunjukkan kepincangan kepimpinan Umno dahulu dan sekarang
Usaha membela Datuk Seri Najib Razak, usaha mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin, usaha mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dr Mahathir mengkritik serta menyarankan Najib meletak jawatan akhirnya berkesudahan dengan membuka kepincangan yang berlaku dalam Umno.
Benar, usaha untuk memperbaiki persepsi dalam Umno perlu. Benar, ahli Umno perlu dimaklumkan mengenai kedudukan Umno yang meleset dari sudut persepsi dan langkah penyatuan dalam Umno yang perlu dilakukan. Semua ini adalah keperluan dan ini dinyatakan timbalan perdana menteri baru yang dilantik, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggantikan Muhyiddin.
Persoalannya, adakah usaha menyatukan semula ahli Umno di bawah Najib akan dapat dilaksanakan dengan keadaan yang semakin merosot dalam membicarakan penyatuan Umno hari ini. Umno berdepan dengan perpecahan akibat rombakan kabinet baru-baru ini.
Isu rombakan kabinet berkisar dengan isu 1MDB yang begitu banyak menimbulkan persoalan baik di kalangan ahli Umno mahupun rakyat di luar. Mereka yang dipecat tidak menolak keperluan penyatuan dalam Umno – mahu memperjuangkan kelangsungan Umno tapi dalam keadaan yang sama mahu terus membicarakan kepincangan yang dikatakan berlaku dalam isu 1MDB – yang secara langsung melibatkan perdana menteri Malaysia.
Ini tidak akan membantu penyatuan – malah akan terus membentuk kem sokongan dalam Umno sendiri. Adakah kem-kem berlainan ini akan membantu dalam usaha merapatkan Umno kembali atau kem-kem ini akan berkembang dalam usaha mendapatkan pengaruh atas nama mencari kebenaran dalam Umno.
Umno terus diburu perpecahan. Umno terus berhadapan dengan situasi yang tidak menggalakkan penyatuan dan Umno semakin surut dalam pandangan rakyat. Usaha penyatuan di samping mencari kebenaran – memperjuangkan apa yang dikatakan keadilan dan membela nasib rakyat – hari ini wujud dalam dua khemah berbeza dalam Umno – ini menunjukkan ia amat jauh dari penyatuan sebenarnya.
Apa yang berlaku hari ini adalah timbul 2 kepimpinan yang mempunyai kekuatan dominasi masing-masing. Najib dengan kekuatan beliau sebagai perdana menteri dan Muhyiddin dengan kekuatan beliau dalam mengkritik hebat Najib dan mempersoalkan apa yang disebut skandal 1MDB.
Di mana titik penyatuan itu dapat dicapai selagi perkara-perkara ini tidak diselesaikan. Adakah ketua-ketua bahagian dan mereka yang dilantik baru-baru ini akan dapat mencari titik penyatuan dalam Umno tanpa satu kem beralah dan berkompromi dalam apa yang mahu dibicarakan dan diperjuangkan. Adakah isu 1MDB ini akan lenyap untuk memberi ruangan kepada penyatuan dalam Umno – apa pula nanti kata rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional.
Hari ini perpecahan itu wujud dan benar. Kepimpinan bawahan dan pertengahan dalam Umno masih belum bersatu. Mereka masih bercanggah dalam memberi sokongan – Najib dan Muhyiddin. Mereka sebelum ini masih lagi boleh berkompromi – sekiranya pertarungan itu adalah antara Najib dan Dr Mahathir kerana Dr Mahathir bukan kepimpinan dalam Umno lagi – sungguh pun pengaruhnya besar.
Hari ini Umno berdepan dengan pertembungan presiden Umno dan timbalan presiden Umno dan kepimpinan bawahan serta pertengahan sedang meneliti kepada siapa sokongan yang patut mereka beri. Mereka tidak mahu salah langkah – sehingga kedudukan mereka terus goyah atau tercampak.
Masing-masing meneliti – siapa yang lebih kuat antara presiden dan timbalan presiden. Mereka tidak kisah mengenai isu 1MDB – sungguhpun ada yang mempersoalkan isu tersebut.
Apa yang penting adalah mereka tidak tersilap langkah. Mereka akan melihat sesama mereka sendiri – siapa lebih kuat dan akhirnya akan membuat pertimbangan pada AGM akan datang.
Keadaan inilah yang akan menjadi faktor kemerosotan dalam Umno. Sekiranya barisan baru dalam Umno gagal mengambil langkah berkesan – maka Umno akan menjadi mangsa di luar sana.
Gerakan yang mempersoalkan 1MDB hari ini masih konsisten dengan hujah mereka mengenai apa yang dikatakan skandal dan ini memberi kesan negatif pada Umno/BN. Tindakan timbalan presiden Umno masih konsisten mahu menyuarakan kebenaran mengenai isu 1MDB serta wang yang dimasukkan dalam akaun Najib.
Ini semua adalah isu-isu yang perlu diselesaikan – untuk tidak menjadi bahan jajaan dalam Umno. Paling menyulitkan adalah untuk melihat sokongan yang ada hari ini terhadap presiden dan timbalan presiden Umno. Bagi kepimpinan bahagian dan cawangan – mereka hanya mahu melihat kekuatan berpihak pada siapa kerana mereka tidak mahu tersalah langkah.
Apa pun – persepsi luaran Umno amat membimbangkan dan ini perlu ahli Umno sedari. Setiap apa yang kita lakukan – mengkritik – menyokong satu-satu pihak, membongkar untuk menunjukkan sokongan kepada individu tertentu akan terus menjarakkan Umno/BN dari rakyat.
Mencari dan melihat sebelum mengambil langkah menyokong atau tidak juga adalah tindakan yang akan memberi kesan kepada Umno.
Posted on Tuesday, August 04 @ 14:03:09 MYT by paktam
Oleh Malaysiakini
Lagi suara melawan arus daripada Johor, kali ini daripada anak Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin pula, Akmal Saufi.
Akmal Saufi, yang juga Pengarah Surarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadinya.
“Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memang jawatan di dalam kerajaan?
“Adakah perlu duit derma tersebut perlu diisytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?” soal anggota Parlimen Belia Johor itu.
Akmal, 28, menulis panjang di Facebook beliau hari ini berhubung pelbagai aspek berkaitan derma itu, termasuk buktinya dan sama ada pihak lain turut mengetahuinya.
Beliau juga turut mengulangi persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada ada berkaitan keperluan cukai yang tertakluk bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Soalan-soalan dibangkitkan, termasuk:
Ketika Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah beliau maklum sejumlah wang telah memasuki akaunnya?
Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi (MT) mengetahui tentang derma tersebut?
Jika MT tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Najib tidak memaklumkan kewujudannya?
Bilakah Najib bercadang untuk maklumkan kepada MT?
Andai kata derma tersebut derma peribadi, adakah Najib menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
Adakah gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Najib?
Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
Jika Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?
Sumber DD - 4-8-2015
Gugurnya seorang lagi TPM
Posted on Tuesday, August 04 @ 09:24:34 MYT by paktam
Oleh Uthaya Sankar SBSewaktu makalah ini ditulis, pertanyaan yang masih berlegar-legar dalam minda saya adalah siapa lagi yang akan dipancung oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan mahu mengukuhkan Barisan Nasional sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dalam rombakan Kabinet yang diumumkan pada 28 Julai 2015, perkara paling menonjol adalah tindakan drastik menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan.
Secara konvensional dalam BN dan Umno, seorang timbalan perdana menteri mempunyai potensi besar untuk menjadi perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi timbalan perdana menteri kepada Tuh Hussein Onn mulai 1976 sebelum menjadi perdana menteri pada 1981.
Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir dari 1999 hingga 2003 sebelum menjadi perdana menteri. Malah, Najib sendiri menjadi timbalan perdana menteri kepada Abdullah mulai 2004 sebelum menjadi perdana menteri pada 2009.
Namun, ada juga timbalan perdana menteri yang tidak berpeluang menjadi perdana menteri.
Misalnya, Tun Musa Hitam yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir pada 1981. Beliau bagaimanapun digugurkan pada 1986 berikutan krisis dalaman parti; khususnya apabila mula berani menggugat kedudukan perdana menteri.
Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1986 hingga 1993. Bagaimanapun, pada 1993, beliau kalah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merebut jawatan timbalan presiden Umno.
Maka, mengikut tradisi Umno dan BN, Allahyarham Ghafar digugurkan dan jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada Anwar. Terdahulu, dari 1986 hingga 1991, Anwar dilantik menjadi menteri pelajaran/pendidikan dalam Kabinet Dr Mahathir.
Suatu lagi konvensi (lumrah) dalam BN dan Umno adalah ahli Parlimen yang dilantik menjadi menteri pelajaran mempunyai potensi besar untuk menggantikan kerusi perdana menteri pada masa hadapan.
Pada 1991, selepas Anwar dilantik menjadi menteri kewangan, dan seterusnya timbalan perdana menteri pada 1993, ramai yang sudah membayangkan kemunculan beliau sebagai perdana menteri yang bakal menerajui Umno, BN dan Malaysia menuju Wawasan 2020.
Rasisme dan tiket perkauman
Mimpi dan impian kebanyakan rakyat (khususnya penyokong tegar Anwar) hancur berkecai apabila Dr Mahathir melucutkan Anwar daripada semua jawatan dalam Kabinet pada 1998; seterusnya daripada Umno.
Sedekad kemudian, apabila Muhyiddin dilantik oleh Najib menjadi timbalan perdana menteri pada 2009, beliau mula dilihat sebagai bakal perdana menteri. Tambahan pula, beliau sekali gus dilantik menjadi menteri pendidikan menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Muhyiddin mula menonjol dalam arena politik negara selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada 1978; serta mempertahankannya pada 1982. Begitu juga dalam PRU 1995, 1999, 2004, 2008 dan 2013.
Dalam PRU 1986 dan 1990, Muhyiddin menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang, lalu dilantik menjadi menteri besar Johor (1986-1995).
Dalam sebuah makalah pada April 2015, saya pernah melahirkan kebimbangan apabila membayangkan kemungkinan Muhyiddin mengambil alih jawatan perdana menteri.
Pada penelitian saya, berbanding Najib yang cuba memberikan gambaran agak plural dan moderat dengan gagasan muluk 1Malaysia, Muhyiddin pasti akan menggunakan tiket etnosentrik, Ketuanan Melayu dan pendirian "Malay First" untuk memastikan Umno-BN menang majoriti dalam PRU14.
Maka, pengumuman Najib pada 28 Julai 2015 sebenarnya memberikan sedikit kelegaan kepada saya. Malangnya, pengganti kepada jawatan timbalan perdana menteri yang menjadi pilihan Najib adalah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dahulu, saya pernah berkongsi pandangan di Facebook, iaitu untuk mengetahui siapakah yang bakal menjadi perdana menteri sepanjang BN memerintah, lihat sahaja siapakah politikus Umno yang paling rasis dan paling ketara menggunakan tiket perkauman untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.
Dalam hal ini, pelantikan Zahid bukanlah sesuatu yang menghairankan. Cuma, Hishammuddin yang pernah mengangkat keris dan melaungkan Ketuanan Melayu – serta pernah menjadi menteri pelajaran – tidak pula menarik perhatian Najib untuk menjadi timbalannya.
Perjuangan yang belum selesai
Sebaik mendengar pengumuman barisan Kabinet baharu pada 28 Julai 2015, saya sudah membayangkan hari-hari terakhir Umno dan BN semakin hampir. Tentu juga pelbagai nanah dalam Kabinet, Umno dan BN akan keluar menerusi pelbagai sumber yang tidak didedahkan nama.
Demikianlah lumrah dalam politik dan kehidupan politikus. Segalanya mungkin dalam cinta dan politik. Konsep "kau kenakan aku, aku akan kenakan kau balik" adalah sesuatu yang lumrah. Lihat sahaja kisah lalu dalam MIC dan MCA yang merupakan juak-juak Umno dalam BN.
Sewaktu Anwar dilucutkan jawatan pada 1998, suatu gerakan reformasi bangkit demi memperjuangkan keadilan bagi pemimpin yang dianggap ditindas, dizalimi dan dicantas oleh kerajaan BN, Dr Mahathir dan Umno.
Anehnya, walaupun sudah seminggu sejak Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet, penyokong beliau sendiri nampaknya memilih untuk berdiam diri serta tidak berani melawan kerajaan BN, Najib dan Umno.
Sebaliknya, golongan yang terus-menerus mendesak Najib turun daripada tampuk pemerintahan adalah kumpulan seperti gerakan Bersih yang sekian lama komited dalam perjuangan menuntut pilihan raya yang adil.
Begitu juga The Edge dan The Malaysia Insider yang berani melaporkan pelbagai kepincangan dalam urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak 2013. Pendedahan inilah yang dijangka menjatuhkan Najib dan Umno.
Sementara itu, Anwar yang dicantas secara penuh licik pada 1998 masih meneruskan perjuangan untuk merasa nikmat duduk di kerusi perdana menteri. Beliau masih menggegar arena politik negara walaupun jasadnya terpenjara.
Di pihak Muhyiddin pula – atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin – tidak mustahil dalam masa beberapa minggu lagi, seluruh negara serta Umno dan BN sendiri akan lupa terus akan kewujudannya.
Kecuali beliau berani bangkit berjuang menentang ketidakadilan serta mendedahkan kepincangan dalaman yang perlu diketahui orang ramai
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Sumber DD - 4-8-2015
Umno bahagian Semporna batal undangan pada Najib Posted on Tuesday, August 04 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Umno Semporna membatalkan undangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini.
Sumber-sumber yang rapat dengan ketua bahagiannya Datuk Seri Shafie Apdal, yang digugurkan sebagai menteri sebelum ini, ketika mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.
“Pembatalan dibuat atas kehendak ahli akar umbi.
“Kami takut keadaan menjadi tidak terkawal jika jemputan itu diteruskan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau enggan menyatakan sebabnya, bagaimanapun dipercayai susulan reaksi balas terhadap pengguguran ketua mereka, yang juga salah seorang naib presiden Umno.
Sumber juga berkata pertimbangan lain diambil kira termasuk soal keselamatan Najib serta senario semasa.
“Kepimpinan Umno bahagian sudah membuat persiapan lengkap menunggu kehadiran presiden; namun ia perlu disesuaikan semula kerana tidak mahu ada nanti provokasi dari pihak luar yang akan mengambil kesempatan daripada isu semasa,” katanya.
Pada rombakan kabinet Selasa lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengguguran Shafie sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Selain Shafie, Najib turut menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan tiga lagi timbalan menteri.
Shafie pulang bersambut
Pengguguran Shafie dan Muhyiddin dikaitkan dengan kelantangan mereka dalam isu 1MDB yang menjadi duri dalam daging pentadbiran Najib.
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran ketika dihubungi hanya enggan memberi sebarang sebarang maklum balas.
Beliau sebaliknya meminta Malaysiakini menunggu esok selepas mereka mengadakan mesyuarat, dijangka bagi membincangkan perkara itu, esok.
“Saya tak nak komen, takut akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya hanya dapat sahkan selepas mesyuarat esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Shafie dilapor pulang ke Semporna semalam dan disambut sekumpulan penyokongnya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Kepulangan itu yang pertama selepas disingkir daripada kabinet minggu lepas.
Sumber TKO - 4-8-2015
PASCA Pemecatan TSMY; Jangan Ulang Kesilapan Arab Spring Posted on Tuesday, August 04 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Disaat situasi politik negara yang tidak stabil ini, apa-apa sahaja boleh berlaku. Kepincangan peringkat tertinggi yang dialami kabinet kerajaan jua kepimpinan Umno setiap peringkat tentu sahaja akan menjadi perhatian politikus lain. Oleh kerana perkelahian sebegini jarang berlaku, sudah tentu ianya akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk keuntungan politik masing-masing.
Saya percaya banyak pihak sekarang ini sedang cuba berunding antara kumpulan-kumpulan.
Samada mereka sebagai pemerintah atau pembangkang, masing-masing sedang berusaha memupuk kerjasama agar mampu menawan hati rakyat. Secara makro, kelompok yang agak dominan dalam permainan politik ini ada empat;
1. Kerajaan harapan baru pimpinan Najib,
2. Kumpulan kecewa diketuai Muhyidin,
3. PAS bersama sebahagian pimpinan Pkr, dan
4. Dap, bersama sebilangan pucuk tertinggi Pkr dan sedikit kumpulan serpihan Pas pimpinan Mat Sabu(Ghb),
Dengan empat kumpulan dari jalur berbeza ini, mana-mana kerjasama yang berlaku akan menambah rencah dalam politik negara. Langkah kanan mungkin akan membawa kepada kemajuan, tapi kalau tersilap langkah, besar juga mungkinnya untuk membawa kepada huru hara negara.
Menilai dari ideologi perjuangan, Saya merasakan kerjasama mungkin lebih mudah untuk berlaku antara kabinet baru Najib dan kelompok di bawah pimpinan Dap. Ini kerana keduanya memiliki ideologi yang hampir sama. Najib terkenal dengan gagasan 1Malaysianya yang bersifat liberal.
Zahid Hamidi yang sangat intim dengan Ketua Umum Pkr. Azalina pula mewakili kumpulan yang sangat bebas pemikirannya tanpa batas. Juga nenteri-menteri yang sangat pragmatis seperti Tengku Adnan, Nazri Aziz dan Idris Jusoh serta beberapa orang lagi muka-muka baru mahupun lama yang hampir menenggelamkan ideologi kebangsaan melayu.
Samalah halnya dengan beberapa pemikir dari kluster Dap seperti anak beranak Lim yang rapat dengan bapa liberalisme Amerika melalui Pap Singapura. Juga pimpinan Dap lain yang banyak dikaitkan dengan gerakan evangelist/kristianisasi antarabangsa. Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Rawa, Khalid Samad dari Ghb pula turut membawa aliran Islam yang sangat terbuka. Saki-baki bekas ahli Umno dalam Pkr yang masih punya hubungan dengan pimpinan Umno juga masih wujud.
Ramai yang memikirkan kemungkinan kluster Dap akan menarik sokongan dari kumpulan Muhyiddin, tapi tidak bagi saya. Muhyiddin yang agak terkenal dengan sifat Ultra melayunya sudah tentu sukar berkompromi dengan Dap yang semakin berwajah chauvinis kaum mereka.
Keadaan akan bertambah sukar sekiranya Muhyiddin mahukan habuan yang tinggi berbentuk kuasa sedangkan itulah perkara yang turut dikejar oleh kumpulan pimpinan Dap itu. Perebutan sebegini biasanya tidak menghasilkan suatu kerjasama baik untuk menjatuhkan kerajaan Najib dalam masa terdekat ini.
Apapun semua boleh berlaku. Bagi mereka yang pragmatis, kehangatan ini tidak boleh dibiarkan sejuk. Jika tidak, mood rakyat untuk bertindak akan kembali suram dan segala yang salah akan dilupakan begitu sahaja. Itulah mentaliti rakyat kita yang perlu dihadapi mereka.
Apa yang membimbangkan, langkah yang sedang dicatur pragmatis kini dikhuatiri tidak menilai sudut kemungkinan campur tangan asing ataupun sabotaj asing yang mungkin akan menyebabkan keadaan berlaku di luar kawalan. Arab Spring perlulah menjadi rujukan bagaimana negara-negara majoriti umat Islam yang asalnya bangkit menentang kezaliman pemerintah, bertukar menjadi medan perang proksi antara kuasa barat.
Kerana kegelojohan pihak tertentu, habis seluruh rakyat menerima bahana yang tidak berkesudahan. Yang mencetuskan huru hara itu dengan senangnya lari keluar dari tanahair mencari tempat berlindung yang selesa, meninggalkan rakyat yang terpedaya mengikut telunjuk mereka berdemonstrasi siang dan malam.
Jangan fikir Malaysia tidak akan menjadi sasaran kuasa barat seterusnya. Barat sedang mencari tapak yang kukuh untuk mengawal kebangkitan Islam dari nusantara ini, selain memerlukan hasil bumi yang lebih demi mengawal kejatuhan ekonomi mereka. MH370, MH17 bukan sekadar isu kemalangan, kerana ia telah melibatkan hubungan Malaysia dengan China, Rusia, Amerika dan Kesatuan EU.
Gambar ‘Makan Malam Terakhir’ Najib, Muhyiddin Jadi Viral Posted on Tuesday, August 04 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
ADIK kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih untuk bernostalgia bagaimana saat-saat akhir abangnya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menikmati “makan malam terakhir” bersama di akaun Instagram beliau.
Gambar diambil pada 27 Julai itu merupakan malam sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran CIMB.
“Sesuatu untuk catatan sejarah, tanpa sedar menjadi tuan rumah bagi makan malam terakhir mereka bersama,” tulis Nazir di samping gambar tersebut.
Posting Pengerusi Kumpulan CIMB itu mendapat lebih 1023 likes dan pelbagai komen daripada netizen.
“Nak melukis kembali gambar ini, tidak sabar menunggu reaksi pada masa akan datang,” komen pengguna Instagram, Azilah Bachok.
“Ini mungkin gambar paling #awkward (janggal),” komen pengguna Instagram lain, Netusha.
“Great sense of humour. Rare for an accountant @nazir.razak (Anda mempunyai gaya di dalam humor, amat tidak diduga dari seorang akauntan @nazir.razak),” tulis Shyyusof.
“Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya senarai jemputan tahun depan,” komen kamal_ab.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 4-8-2015 Faktor Johor jangan diremehkan
Posted on Monday, August 03 @ 14:13:41 MYT by paktam
Oleh ADAM A KADIR SAYA suka menyebut US dan UK, antara lain, dalam perkara begini. Kedua-duanya adalah tunggak dunia bahasa Inggeris yang memudahkan pengutipan maklumat. Sejak 250 tahun dulu, US dan UK saling mencerakinkan dunia. UK dengan Revolusi Industri sedangkan US berkembang menjadi negara terkaya dan terkuat di dunia.
Selepas menyebutkan itu, saya suka menyentuh jawatan tinggi kepimpinan negara-negara itu: Naib Presiden (NP) di US dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) di UK.
Lelucon dan humor selalu berleluasa tentang NP US. Kononnya beliau sentiasa berdoa Presiden akan diserang sakit jantung dan meninggal tiba-tiba. Maka NP akan menerima panggilan telefon kecemasan untuk mengangkat sumpah. Presiden Eisenhower (1952-60) diserang sakit jantung lebih dari sekali namun beliau kembali sembuh dan dapat meneruskan jawatan.
Naibnya Nixon menjadi bahan humor kerana kononnya beliau sentiasa menunggu panggilan telefon begitu tetapi tidak pernah berlaku. Pada 1973 setelah Presiden Kennedy ditembak mati, NP Johnson lalu menjadi Presiden. Berbeza sekali dengan nasib Nixon!
Namun begitu, semua NP US mengaku secara senyap atau terbuka bahawa jawatan NP adalah ‘mustahil’. Antara sebabnya ialah beliau diasingkan daripada ‘orang Presiden’ sehinggakan beliau tidak mengetahui banyak perkara. Bukan luar biasa bagi NP US terpaksa memberikan jawapan kepada pemberita atas perkara yang beliau tidak tahu hujung pangkal, tetapi terpaksa menjawab juga demi menjaga kewibawaan Presiden dan dirinya.
Meskipun Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen Westminster ala UK, namun kita lebih dekat dengan US dalam soal peningkatan dari nombor dua ke nombor satu. Di US, apabila Presiden pergi sebelum tamat tempoh, maka NP akan menggantikannya. Sebaliknya ini tidak semestinya berlaku di UK, apalagi bukan sentiasa UK mempunyai TPM.
Sekarang pun UK tidak mempunyai TPM. Kalaupun ada, jika PM tergugur jawatan, si TPM tidak secara automatik menggantikannya. Kini PM David Cameron hanya mempunyai TPM bayangan bernama Osborne, selaku Setiausaha Negara Pertama. Pada realitinya, jika jawatan PM menjadi kosong, Parlimen akan memilih penggantinya. Pemilihan ini sering tidak jatuh kepada TPM yang sedang berkhidmat atau yang baru saja tamat tempohnya.
Dalam hayat saya, berlaku dua penggantian Presiden dengan NP di US. Di hujung Perang Dunia II, Presiden Franklin D. Roosevelt meninggal. NP Harry Truman lantas menggantikannya.
Presiden Nixon pula setelah memenangi pilihan raya 1968 dan 1972 terpaksa turun pada tahun 1974 kerana skandal Watergate.
Sebelum itu NP Presiden Spiro Agnew meletak jawatan pada tahun 1973 kerana menerima sogokan 10 ribu dolar. Beliau digantikan dengan seorang ahli kongres, Gerald Ford.
Pemberhentian Nixon membuka peluang bagi Ford menduduki kerusi presiden – suatu hal yang luar biasa memandangkan beliau tidak dipilih oleh rakyat untuk sampai ke situ.
Di Malaya (kini Malaysia), TPM Datuk Razak Hussein (bergelar Tun sejak 1966) menjadi PM menggantikan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959 kerana Tunku mahu menjelajah seluruh negara bagi meneguhkan Umno dan Perikatan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaya yang pertama. Ketika itu usia Razak ialah 37 tahun.
Tanpa ragu-ragu pula Razak pulang ke nombor dua apabila Tunku menjadi PM lagi selepas pilihan raya itu. Pada 1973, TPM Tun Dr Ismail meninggal dan beliau digantikan dengan Hussein Onn. Tiga tahun kemudian, dalam tahun 1976, PM Tun Razak pula menyahut panggilan Ilahi. Hussein Onn yang mengambil alih melantik Dr Mahathir Mohamed pula sebagai TPM.
Selepas mengalahkan Tengku Razaleigh untuk Timbalan Presiden Umno tahun 1981, Musa Hitam menjadi TPM. Ketidakserasian PM dan TPM menyaksikan Musa meletak jawatan nombor dua pada 1986. Ghafar Baba pula menggantikan Musa.
Gugatan Anwar Ibrahim memaksa Ghafar berundur dan Anwar naik nombor dua pada 1993. Namun sejarah merakamkan TPM Anwar mengambil gilirannya pada 1998 apabila beliau terpaksa berhenti.
Tujuh belas tahun kemudian, hari ini, Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yasin terpaksa mengikuti jejak langkah Anwar walaupun atas kes yang sangat berlainan. Suasana goyah dan tegang sebagai ekorannya bukanlah di luar jangkaan. Antaranya, Tan Sri Muhammad Aziz, Timbalan Pengerusi Tetap Umno dan Speaker Johor, melahirkan pesimismenya terhadap keruncingan politik Umno kini.
“Bukan soal suka atau tak suka kepada N atau M,” kata Muhammad kepada media. “Yang penting ialah keteguhan Umno kini, lebih-lebih lagi apabila parti-parti lawan sedang menghadapi masalah besar. Banyak jalan menyelesaikan masalah, bukan satu, demi parti dan bukan peribadi; lagi pula M dan N sama-sama dipilih secara demokrasi oleh parti,” katanya.
Tan Sri Muhammad ialah ahli Umno paling kanan masih aktif di tahap tinggi dalam parti dan kerajaan Johor. Kata-kata beliau boleh dianggap sebagai suara hati Umno. Dari Istana Johor, di mana Umno dilahirkan, terdengar suara Tengku Mahkotanya melalui media yang kesal kerana berlakunya kejadian yang meragukan rakyat di kerangka kepimpinan parti.
Justeru, faktor Johor jangan diremehkan.
Sumber DD - 3-8-2015
Kazim Elias bidas kenyataan Azalina Othman Posted on Monday, August 03 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
PETALING JAYA: Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengecam kenyataan yang dikaitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung isu pegang-pegang dan seksi dalam drama serta filem.
Teguran itu dibuat di status laman Facebooknya.
“Astaghfirullah.. sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah Allah wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawa-bawa lah insaf, hidup di dunia tak lama, kuasa menteri pun apa sangat,”
Mengulas lanjut mengenainya, Mohd Kazim mengingatkan jika tidak mampu menjadi baik, jangan pula menghalang orang lain yang ingin menjadi baik.
Katanya,beliau mengambil keputusan untuk mengeluarkan kenyataan itu atas prinsip haram adalah haram walaupun dalam lakonan.
“Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pula berfikiran terbuka jangan disempitkan.
katanya.
Tiga hari selepas dilantik semula ke kabinet, Azalina dalam kenyataannya menegur Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.
Bagi Azalina isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.
Sumber TKO - 3-8-2015
Muhyiddin Cerita 'Drama Mungkin Dia Ditangkap' Posted on Monday, August 03 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KLUANG: Sebaik sahaja digugurkan daripada Kabinet, ahli keluarga Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang kemungkinan bekas timbalan perdana menteri itu akan ditangkap atas dakwaan cuba menggulingkan kerajaan.
Bercakap dihadapan perwakilan Umno Bahagian Kluang, Muhyiddin menceritakan mengenai 'drama' antara beliau dan anaknya pada malam selepas digugurkan pada Selasa lalu.
Lebih melucukan, Muhyiddin berkata 'drama' berkenaan turut membabitkan penggantinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berperanan meredakan keadaan.
"Saya nak cerita sikit sebelum nak balik ke rumah (pada Selasa), saya ditelefon oleh anak saya beritahu jangan balik dulu. Saya tanya kenapa? Dia kata dah ramai reporter tunggu depan rumah.
"Saya tanya lagi mengapa? Dia kata Jabatan Peguam Negara sedang menyiapkan kertas (siasatan) untuk tangkap ayah. Isteri saya dah gementar.
"Tapi saya balik juga, dipesan supaya guna pintu belakang. Kemudian dipesan jangan keluar dulu dari kereta, bila gate dah tutup...orang luar tak nampak baru keluar.
"Saya ikut apa yang anak saya nasihat...sampai pakai kasut masuk dalam rumah," katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan yang hadir di Kompleks Pekan Rabu di sini.
Muhyiddin berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kluang pada Ahad.
Persidangan bahagian itu merupakan yang pertama dirasmikan Muhyiddin selepas beliau digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lepas.
Bercerita lanjut, Muhyiddin berkata 'drama' berkenaan ditamatkan selepas berita kononnya beliau akan ditangkap dinafikan oleh Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri.
"Atas nasihat, saya cuba berhubung dengan timbalan perdana menteri baharu. Saya tanya benarkah saya ini nak ditangkap? Nak hukum saya? Apa kesalahan saya?
"Dia kata no...i don't think so. Saya tak percaya...kata Datuk Zahid. Saya katakan (kepada Ahmad Zahid) takkan selepas menjadi timbalan perdana menteri, tugas pertama you nak tangkap TPM sebelum you?
"Dia kata no...no. "Namun saya minta dia tolong check. Kemudian dalam lebih kurang 15 minit dia telefon dan beritahu...Tan Sri, you boleh tidur lena. Dia kata ini mungkin khabar angin," katanya.
Sumber TKO - 3-8-2015
Tiada satu sen derma p'raya masuk akaun saya - Mahathir
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihan raya yang dimasuk dalam akaun saya," tulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau sedia semua akaun peribadi selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuannya itu atau sebaliknya.
Berikut tulisan penuh beliau menerusi blognya hari ini yang bertajuk Akaun Peribadi.
1. Dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 billion yang kononnya adalah untuk pilihanraya ke-14, saya dituduh berbuat perkara yang sama. Tuduhan ini tidak berasas, semata-mata fitnah.
2. Di waktu saya jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Saya adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihanraya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.
3. Pemegang amanah ini juga dinamakan sebagai pemilik saham-saham dan hartanah milik UMNO.
4. Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.
5. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.
6. Tidak ada satu sen pun dari wang derma untuk pilihanraya yang dimasuk dalam akaun saya. Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya.
7. Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah 20,000 Ringgit dari Ibu Pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40% dan kawasan DUN 30% tiap satu.
Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat. Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon.
8. Di waktu saya disingkir dari parti pada 1970, Jabatan Hasil Dalam Negeri telah geledah rumah dan klinik saya. Mereka jumpa cek stub yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapur pendapatan saya sepenuhnya.
9. Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.
10. Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO.
11. Akhirnya saya dikenakan denda sebanyak RM130,000. Diwaktu denda ini dikenakan saya sudah dilantik Menteri dalam Kerajaan. Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri.
12. Ada sedikit perbezaan antara wang tunai sebanyak RM20,000 yang saya terima dan cek sebanyak USD 700 juta bersamaan RM2.6 billion yang dikatakan dimasuk ke dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.
13. Jikalau disemak perbelanjaan pilihanraya lima kali yang diadakan semasa saya Presiden UMNO, tidak ada banyak wang yang diguna, terutama peruntukan dari Ibu Pejabat. Namun BN tidak pernah menang kurang dari 2/3 kerusi di parlimen.
14. Jika sekarang UMNO perlu 2½ billion Ringgit untuk pilihanraya, ia tetap melanggar aturan peraturan dan undang-undang pilihanraya. Akaun perbelanjaan pilihanraya tiap seorang calon pilihanraya perlu dilapor kepada pihak berkuasa. Adalah salah jika ia melebihi jumlah tertentu. Saya pohon maaf jika peraturan ini sudah digugur. Ia diadakan untuk mengelak dari rasuah berlaku.
15. Saya tidak hendak soal dari mana datang USD 700 juta ini. Saya akan tunggu sehingga Auditor-General dan PAC buat lapuran terakhir, walaupun saya tidak lagi dapat terima bulat-bulat segala kenyataan yang akan diperbuat.
16. Saya tidak ingin sentuh 1MDB walaupun saya sebagai rakyat yang membayar cukai berhak untuk menyoal kewangan negara. Tetapi seperti yang saya jelaskan saya terpaksa bayar cukai pendapatan dan denda ke atas wang yang terdapat dalam akaun saya.
17. Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 billion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.
Sumber HD - 3-8-2015
1MDB: Muhyiddin Tidak Akan Membisu Posted on Monday, August 03 @ 10:31:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KLUANG: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar akan terus bercakap mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tegas bekas timbalan perdana menteri itu, sebagai orang nombor dua dalam Umno beliau tidak akan membisu mengenai kontroversi berkenaan walaupun tidak lagi berada dalam Kabinet Persekutuan.
"Takkan menjadi timbalan presiden, selepas peristiwa ini (digugurkan) saya perlu membisu?
"Saya akan terus bercakap kerana ini tugas. Saya tak bisu. Apa yang saya lakukan selama ini ialah dengan ungkapan, perkataan untuk membantu supaya perjuangan parti kita terus kekal. Salah ke?"
katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kluang di sini, Ahad.
Mengulas lanjut Muhyiddin mengakui mempunyai perbezaan pendapat dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB.
Sehubungan itu Ahli Perlimen Pagoh berkenaan mendedahkan bahawa beliau turut dinasihatkan oleh rakan politiknya supaya tidak terus lantang mengkritik mengenai kontroversi syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.
"Memang betul saya menghadapi sedikit perbezaan pandangan dengan presiden parti dalam satu perkara sahaja iaitu 1MDB.
"Ramai sahabat politik saya bagi nasihat...Tan Sri bukan timbalan perdana menteri lagi. Saya kata ya, saya tahu. Dia ingatkan lagi bahawa saya sekarang hanya timbalan presiden.
"Dia ingatkan saya cakap baik-baik. Saya tanya kenapa? Katanya manalah tahu selepas tak lagi pegang jawatan dalam kerajaan, ada usaha pihak tertentu nak cari salah supaya jawatan saya sebagai timbalan preiden akan digugurkan.
"Saya tanya..oh ye ke? Jadi bagaimana saya nak cakap? Tutup mulut dalam isu 1MDB?," jelasnya.
Sumber TKO - 3-8-2015
Kabinet Baru Kabinet 1MDB, kata Sanusi Junid Posted on Monday, August 03 @ 10:26:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata Kabinet baharu yang dilantik perdana menteri minggu lalu dibarisi mereka yang akan mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggelarnya "Kabinet 1MDB".
Ia juga terdiri daripada mereka yang kritikal terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Besar Kedah itu dalam video yang dimuat naik di YouTube.
"Yang jelas pula, yang dilantik di dalam (jemaah) menteri itu ialah orang-orang yang bersuara menghentam Dr Mahathir.
"Seolah-olah, Kabinet ini Kabinet 1MDB. Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet untuk memperkecilkan atau menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB.
"Jadi, masalah dia masih belum selesai. Bunga pinjaman bank jalan terus, pelaburan yang tak menguntungkan jalan terus dan modal bank terpaksa jalan terus," kata Sanusi yang merupakan bekas setiausaha agung Umno dan naib presiden pada zaman Dr Mahathir.
"Jadi, bagi kita, apa nak jadi kepada negara ini," kata bekas menteri pembangunan luar bandar dan pertanian tersebut pada satu temu bual Jumaat lalu.
Minggu lepas, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kerajaan dalam rombakan Kabinet yang menyaksikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), badan Parlimen yang menyiasat 1MDB, dinaikkan pangkat ke jawatan menteri.
Muhyiddin mengkritik 1MDB yang mengumpul RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi.
Sumber TKO - 3-8-2015
Jangan kecewa jika hilang jawatan, tewas PRU, kata Mukhriz Posted on Sunday, August 02 @ 21:45:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol
Ahli Umno yang hilang jawatan atau tewas dalam pilihan raya umum (PRU) dinasihatkan supaya tidak kecewa kerana segala yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata apa yang penting ialah mengambil iktibar daripada setiap kegagalan atau kekalahan.
"Mungkin kita tiba-tiba hilang jawatan atau kalah dalam PRU atau pemilihan parti dan mungkin itu mengecewakan tetapi percayalah, Allah ada perancangan lebih baik untuk kita.
"Saya dalam politik terumbang-ambing...sekejap turun, naik tetapi lebih banyak turun di mana saya tewas pemilihan ketua pemuda dan naib presiden. Tetapi saya tenang sahaja kerana saya tahu Allah akan beri yang lebih baik pada saya. Tidak ada keadaan yang mustahil bagi kita," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang di Tanjong Karang hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang Datuk Shamsuddin Lias, Naib Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang Datuk Sulaiman Abdul Razak dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang Maruwan Ahmad.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah dalam pada itu menasihatkan ahli Umno khususnya di negeri dikuasai pembangkang supaya benar-benar menjuarai rakyat dalam usaha mengembalikan negeri itu semula kepada Barisan Nasional (BN).
"Seperti kami di Kedah, ketika kami kehilangan negeri ini pada PRU12, kami ambil pandangan daripada Terengganu yang berjaya dirampas semula daripada pembangkang dan dari situ kami benar-benar faham apa sebenarnya rintihan rakyat, juarainya dan kami tunjuk bagaimana nak selesaikannya.
"Kami bergerak seperti NGO dengan berkempen di sana sini dan respons kami terima begitu luar biasa di mana kami dapati memang banyak perkara rakyat tidak puas hati dengan kerajaan negeri.
"Saya bukan nak mengajar tetapi ingin berkongsi pengalaman, saya tahu situasi dan pecahan penduduk di Selangor dan Kedah berbeza namun mungkin ada sedikit iktibar untuk dicungkil dan dijadikan suntikan semangat," katanya. – Bernama
Sumber TKO - 2-8-2015
Muhyiddin: Ahmad Maslan 'budak kecil sombong' Posted on Sunday, August 02 @ 17:38:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan anggota kabinet Datuk Ahmad Maslan sebagai sombong susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.
Ahmad dilapor berkata tidak perlu menjawab berhubung peluang BN dalam pilihan raya kerana 'esok' tiada lagi pilihan raya.
Muhyiddin menyamakan kenyataan Ahmad itu dengan budak kecil yang tidak mahu apa-apa apabila dewasa atas alasan masih lagi kecil.-kinitv
Sumber TKO - 2-8-2015
Bagaimana kedudukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno?…
Posted on Sunday, August 02 @ 12:47:57 MYT by paktam
Oleh Azri El
SEKALIPUN dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi Timbalan Presiden Umno.Malah, hari ini pun pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, beliau berkata, akan terus berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Umno.
Namun, selamatkan kedudukannya itu selepas beliau bukan lagi TPM?
Mengikut amalan parti Melayu itu dan Barisan Nasional (BN), jawatan Perdana Menteri (PM) disandang oleh Presiden Umno, manakala TPM adalah untuk Timbalan Presiden Umno.
Namun kini, Muhyiddin bukan lagi TPM. Beliau baru sahaja ‘dipecat’ Datuk Seri Najib Razak semalam. Najib telah memberikan jawatan TPM kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menang jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan 2013 lalu dengan jumlah undi tertinggi iaitu daripada 185 bahagian.
Jika dibandingkan dengan tiga bekas TPM yang juga Timbalan Presiden Umno pada era Tun Dr Mahathir Mohamad, kes kali ini mungkin menempa sejarah tersendiri, itupun jika Muhyiddin tidak meletak jawatan secara sukarela.
Pada era Tun Dr Mahathir dahulu, TPM yang juga Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam meletak jawatan TPM pada 1987, tetapi kekal sebagai Timbalan Presiden parti selama hampir setahun, sebelum tewas kepada Tun Ghafar Baba pada pemilihan parti.
Musa Hitam ketika itu bukan dipecat daripada jawatan TPM seperti yang berlaku kepada Muhyiddin, sebaliknya semua orang tahu tindakannya meletak jawatan adalah kerana memprotes pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi saingannya ketika itu.
Kemudian, Tun Ghafar Baba dilantik menjadi TPM pada 10 Mei 1986. Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden dan TPM apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno dicabar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi kedua-duanya, Musa dan Ghafar, mereka meletak jawatan atau kalah dalam pemilihan. Namun, bagi kes Anwar ianya berbeza kerana beliau tidak meletak jawatan atau kalah dalam pemilihan, sebaliknya dipecat daripada jawatan TPM dan parti kerana tuduhan dan kesalahan jenayah yang sudah dibuktikan di mahkamah.
Berbeza dengan kes Muhyiddin apabila beliau dipecat daripada jawatan TPM. Lalu, apakah ‘komplot’ baru dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menyingkir beliau daripada jawatan Timbalan Presiden?
Perlu diingat bahawa, Umno telah memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti itu sehingga 2018, iaitu kira-kira 18 bulan lagi.
Jika tiada sebarang tindakan ke atas Muhyiddin, bermakna beliau akan kekal menjadi pemimpin nombor dua parti itu sehingga pemilihan 2018, tanpa jawatan dalam Kabinet.
Namun persoalannya, sanggupkah Najib ‘menyimpan’ Muhyiddin untuk tempoh selama itu? Sanggupkah Najib ‘duduk sebelah’ Muhyiddin pada setiap kali mesyuarat parti itu? Persoalan lebih besar, sanggupkan Najib membiarkan Muhyiddin terus bergerak bebas menarik sokongan ketika bertemu akar umbi parti itu atas kapasiti Timbalan Presiden?
Najib ketika memberi alasan ‘pemecatan’ Muhyiddin semalam, berkata ianya dibuat bagi memastikan Kabinet mempunyai pasukan yang jitu dan beliau tidak mahu kepada individu yang menyatakan perbezaan pendapat dengannya di forum terbuka.
Melihat kepada alasan itu, penulis yakin, Najib tidak akan membiarkan Muhyiddin terus membuka mulut khususnya mempertikai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengannya.
Pemecatan Muhyiddin dari jawatan TPM hanya satu permulaan supaya Muhyiddin tidak lagi menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi rakyat menekan Najib. Namun, selagi Muhyiddin mempunyai akses kepada ahli-ahli Umno atas kapasiti Timbalan Presiden, maka Najib sudah tentu tidak akan membiarkannya.
Apa pilihan Najib ada?
Pada 3 September 1998, beberapa hari selepas Anwar dipecat daripada jawatan TPM, mesyuarat MT Umno yang berlangsung sehingga awal pagi memutuskan memecat keahlian Anwar daripada parti. Dengan pemecatan itu, jawatan Anwar sebagai Timbalan Presiden Umno gugur secara automatik.
Umum maklum, MT Umno akan bermesyuarat pada Jumaat, 31 Julai ini. Bagaimanapun penulis tidak berasakan Najib sanggup mengambil risiko untuk menggunakan kaedah sama seperti kes Anwar ke atas Muhyiddin. Pengumuman pemecatan semalam sudah cukup mencalarkan imej Najib.
Sekalipun terpaksa bertindak demikian, itu mungkin pilihan terakhir yang akan diambil Najib. Ada pilihan yang lebih lunak bagi Najib. Pilihan yang tidak akan menampakkan beliau ‘kejam’, terhadap Muhyiddin. Tindakan yang akan mengurangkan penentangan.
Tindakan itu adalah dengan memujuk Muhyiddin supaya meletak jawatan Timbalan Presiden secara terhormat pada mesyuarat MT Jumaat ini.
Melihat kepada ketenangan Muhyiddin, dan sikap ‘reda’ yang ditunjukkan beliau, penulis percaya, Muhyiddin juga tidak keberatan untuk berbuat demikian.
Apapun, nasib Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno hanya akan diketahui dalam dua hari sahaja lagi.
Namun, bukan nasib Muhyiddin sahaja. Juga sedang menanti tindakan adalah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendapat undi kedua tertinggi pada pemilihan 2013 dan mungkin juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga menteri besar. Kedua-dua mereka juga antara yang lantang mempersoal kepemimpinan Najib.
Apapun, kita tunggu langkah ‘Pahlawan Bugis’ itu seterusnya…
Wang dalam akaun peribadi Najib bukan milik rakyat Posted on Sunday, August 02 @ 17:10:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Wang dalam akauan amanah PM adalah derma daripada penyokong parti yang tidak didedahkan identitinya.
PETALING JAYA: UMNO memberi kebenaran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ia bukan perkara baru kerana mereka yang menyandang kedudukan itu sebelum ini juga mempunyai akaun yang sama.
“Saya hendak memberitahu bahawa UMNO mempunyai peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.
“Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika Presiden UMNO (ketika ini) dan Presiden UMNO terdahulu mempunyai akaun amanah bagi pihak parti,” katanya yang dipetik daripada ismaweb.net.
Jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu, Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan itu menerangkan wang yang berada di dalam akaun amanah berkenaan bukan milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit rakyat.
“Apa-apa derma diambil daripada dahulu hingga sekarang oleh UMNO tidak ada kena-mengena dengan wang rakyat. Ia adalah derma daripada penyokong-penyokong parti. Jika dia ada wang dan hendak membantu parti, itu adalah hak individu dan bukan wang 1MDB,” katanya.
Jelaskan lagi, pembangkang tidak perlu tahu sumber yang diperolehi dalam akaun berkenaan kerana tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana parti politik mendedahkan nama penderma mereka.-fmt Sumber TKO - 2-8-2015
Muhyiddin Mungkin Dihadap Ke Lembaga Disiplin Posted on Sunday, August 02 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Aziz Kaprawi tidak menolak kemungkinan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti itu kerana penyebaran video di media sosial, baru-baru ini.
Beliau berkata, video Muhyiddin sedang berbual dengan beberapa orang tetamu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya baru-baru ini jelas menunjukkan beliau enggan membantu Perdana Menteri.
"Ada kemungkinan (rujuk lembaga disiplin), kerana video yang tersebar dalam rumah beliau itu jelas menunjukkan dia tidak mengotakan apa yang dia kata untuk terus membantu Perdana Menteri.
"Dan yang saya sedih lagi apabila dia dedahkan kepada pemimpin pembangkang dan ianya berlaku dalam rumah dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan sayap Umno Lembah Pantai, di sini, hari ini.
Abdul Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan turut mendakwa, rakaman video itu sengaja diaturkan dalam rumah Muhyiddin.
"Ia seolah-olah diatur, kerana ia berlaku dalam rumah dia, kecuali ia berlaku di luar rumah," katanya lagi. - Sinar Harian
Sumber TKO - 2-8-2015
Hentak Meja Untuk Tegur Pun Tak Apa, Tapi Bukan Secara Terbuka – PM Posted on Sunday, August 02 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SEREMBAN – Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai pemimpin utama parti, beliau boleh menerima teguran dan kritikan yang dibuat oleh ahli parti terhadapnya.
Perdana Menteri bagaimanapun berkata, kritikan dan teguran itu mestilah dibuat dengan cara dan di tempat yang wajar kerana jika dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya, ia boleh merosakkan parti.
“Kalau kita duduk semeja, kita bincang. Jika tidak cukup maklumat, cari maklumat. Kalau kita ada bercanggah pendapat pun tak apa, bertengkar pun tak apa, jangan sampai baling kerusi sahaja.
“Setakat tumbuk meja pun tak apa, sesama kita dalam bilik, tetapi bila kita di luar, kita orang parti yang setia kepada parti kita,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban, di Paroi di sini, hari ini.
Beliau berkata apabila sesuatu keputusan telah dibuat, semua anggota parti mesti menunjukkan perpaduan dan mempertahankan keputusan itu.
Najib berkata walaupun mempunyai perbezaan pendapat, ahli Umno perlu menunjukkan bahawa parti itu terus bersatu terutama dalam memastikan parti itu dapat mengekalkan kedudukan dan memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Sebab itu, pada saya kita mesti berusaha supaya parti kita ini teguh. Teguh kerana apa, kerana kita bersatu, setia, disiplin, komited, barulah parti kita teguh dan mencapai kejayaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai pelbagai laporan dalam Sarawak Report yang mana laporan itu seperti menggambarkan mereka cuba menentukan siapa yang harus memimpin negara ini.
Dalam hal ini, Najib menegaskan beliau tidak akan tunduk terhadap desakan atau kritikan oleh mana-mana pihak luar mengenai kepimpinan negara.
“Saya pantang dalam hal ini, saya tidak boleh terima jika orang luar cuba menentukan kepimpinan negara kita. Kalau saya tidak betul biar ahli parti yang menegur saya, saya boleh terima.
“Tapi kalau orang luar, orang putih luar, orang asing luar nak tentukan siapa yang patut memimpin negara, saya tidak akan terima dan ahli parti tidak akan terima. Apa hak mereka (orang luar)? Kita mesti bersatu dalam hal ini,” katanya. – Bernama
Sumber TKO - 2-8-2015
"Saya Buang Anwar Bukan Sebab Dia Tak Sokong Saya" - Tun M Posted on Sunday, August 02 @ 03:13:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri ketika zaman pentadbiran beliau bukan disebabkan tidak mendapat sokongan daripada individu berkenaan.
Menurut beliau, situasi itu juga berbeza dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat pada Selasa.
"Saya tak pecat timbalan saya (Anwar) kerana dia tak sokong saya. Tun Musa Hitam pun dengan sendirinya letak jawatan, saya tak suruh dia letak jawatan.
"Saya (pecat Anwar) setelah mendapati dia telah melakukan sesuatu yang saya tidak dapat terima," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Mahathir Bukan Kawan Saya’ di sini, Sabtu.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan Najib memecat Muhyiddin yang dikatakan mengikut jejak langkah beliau yang juga pernah memecat timbalannya sebelum ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Muhyiddin mungkin telah melakukan satu kesalahan besar sehingga menyebabkan beliau dipecat.
Katanya, bagaimanapun keputusan untuk merombak Kabinet atau memecat mana-mana menteri adalah hak Najib sebagai perdana menteri.
"Saya rasa Muhyiddin mesti telah melakukan satu jenayah besar, jadi dia patut disingkir…semua yang lakukan jenayah patut disingkir.
"Kita tak mahu penjenayah memerintah negara ini," jelas beliau dalam nada menyindir.
Sumber TKO - 2-8-2015 Azalina, jangan rasa jadi menteri lebih besar daripada kuasa Allah - Timb. Mufti Perak Posted on Sunday, August 02 @ 01:46:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Siti Fatimah Ishak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said
BANGI, Sabtu – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim mengingatkan kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru dilantik sebagai menteri untuk tidak merasa dirinya lebih besar daripada kuasa Allah.
“Sepatutnya dia sebagai seorang menteri perlu insaf dan faham bahwa dia masih tidak terlepas daripada menjadi hamba Allah. Apabila menjadi menteri bertambahlah tanggungjawabnya menjadi khalifah Allah.
“Jawatan itu harus digunakan untuk memelihara peraturan Allah berlangsung kepada hamba-hambaNya, bukannya teruja dengan cara hidup Barat sehingga terlupa dia masih berbumbung kan langit Allah, tumpang berpijak di atas hamparan tanah Allah dan menghirup setiap detik udara Allah.
“Jadilah hamba Allah yang patuh dengan peraturan Allah termasuk dalam berlakon, berpakaian dan sebagainya,” katanya mengulas kenyataan Azalina semalam berhubung isu tapisan adegan seksi dan ghairah drama dan filem tempatan.
Ini berikutan Azalina menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Baginya isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.
“Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.
“Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat,” kata Azalina.
Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim
Bidas Ustaz Zamri, begitu rendahnya sistem nilai seorang menteri yang hanya menilai kualiti filem berdasarkan adegan yang di luar batas syarak.
“Sedangkan nilai sesuatu filem itu adalah berdasar nilai yang diangkat dalam filem berkenaan tidak semestinya wajib ada adegan yang mempromosikan mungkar dan maksiat.
“Ingatlah, memperjuangkan kebebasan ala Barat tanpa melihat peraturan Al-Quran adalah tanda-tanda sempitnya u***** hidup sesorang apabila mengikat diri dengan sistem yang memperjuangkan hawa nafsu sedangkan Al-Quran telah seribu tahun telah membebaskan manusia dari penjajahan hawa nafsu,” katanya.-ismaweb Sumber TKO - 2-8-2015
Muhyiddin mahu jadi PM?
Posted on Saturday, August 01 @ 23:02:08 MYT by paktam
Oleh Anuar Mohd Nor Umno bergolak – pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan angkatan yang mempersoalkan 1MDB menyaksikan pergolakan baru dalam Umno. Datuk Seri Zahid Hamidi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam apa yang dikatakan usaha untuk mengukuhkan kabinet yang akan menyokong Datuk Seri Najib Razak . Tindakan memecat – menggantikan bukan sahaja tertumpu pada rombakan dalam kabinet malah penukaran – menggantikan Peguam Negara merupakan langkah yang dikatakan untuk menguatkan keadaan Najib yang tercabar hebat. Semua disusun atas alasan tertentu – memastikan Najib terus menjadi Perdana Menteri. Apa alasan Muhyiddin – sewaktu mengkritik hebat 1MDB – menyuarakan kegusaran rakyat – menyatakan ketakutan Umno akan tewas – mendesak mendengar keluhan rakyat – isu GST dan sebagainya di Cheras, sewaktu penutupan Perhimpunan Bahagian Umno Cheras baru-baru ini. Adakah Muhyiddin mahu mempercepatkan proses desakan Najib meletak jawatan dan mahu menjadi Perdana Menteri baru dengan tergesa-gesa. Adakah Muhyiddin tidak sabar-sabar mahu menjadi Perdana Menteri – sehingga akhirnya menjadi alasan beliau di pecat. Adakah suara Muhyiddin dikatakan suara Dr Mahathir – yang mahukan Perdana Menteri yang mengikut cara dan arahan beliau.
Apa dalam minda Muhyiddin dan apa strategi beliau seterusnya selepas menzahirkan kritikan tersebut. Adakah beliau menganggap Najib akan terus meletak jawatan? Adakah beliau anggap beliau akan dilantik sebagai PM setelah mengkritik secara terbuka kepimpinan Najib.
Apa pun sesuatu yang pasti – beliau tidak mendesak Najib untuk melepaskan jawatan seperti mana beliau secara terang mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meletak jawatan. Lebih dari itu beliau pasti tahu – kritikan beliau akan mengundang reaksi dari Perdana Menteri Malaysia. Adakah Muhyiddin sebagai orang lama dalam politik tidak terfikir beliau mungkin di pecat apabila mengeluarkan kritikan keras tersebut. Kenapa ambil risiko sebegitu – sekiranya beliau mahu bercita-cita mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kritikan dan desakan suara-suara lain sudah cukup kuat dan adakah beliau rasa sekiranya beliau membuat konklusi keseluruhan maka Najib terpaksa melepaskan jawatan. Satu andaian yang meleset dan bukan dari seorang yang sudah matang berpolitik. Apa langkah seterusnya Muhyiddin? Adakah setelah mengkritik keras kepimpinan Najib – memberi alasan ini adalah suara akar umbi – suara rakyat yang semakin gusar melihat peningkatan kos dan keresahan Umno/BN akan tewas – beliau akan duduk berdiam dan mengatakan sokongan pada Umno dan bekerja untuk Umno. Adakah selepas tindakan beliau menzahirkan secara terbuka kegusaran yang ada – selepas itu mengajak semua ahli – untuk terus menyokong Umno – menguatkan Umno dan terus bekerja untuk Umno. Adakah ini sebenarnya konklusi yang dimahukan Muhyiddin setelah mengambil jalan mengundang pemecatan. Apa sebenarnya yang Muhyiddin mahu? Apa yang diharap dari kritikan terbuka terhadap PM – apa yang diharap dari pemecatan dan apa yang mahu diusulkan beliau selepas ini. Adakah sebenarnya Muhyiddin terperangkap akhirnya – tidak mendapat sokongan untuk memastikan Najib melepaskan jawatan atau memastikan Umno melakukan transformasi yang sebenarnya atau langkah-langkah seterusnya belum berakhir dari beliau. Amat mustahil – setelah melakukan tindakan drastik mengkritik kepimpinan tertinggi Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia - dalam isu 1MDB dan isu-isu lain mengenai kegusaran rakyat dan kedudukan Umno – Muhyiddin akan hanya berdiam dan menumpukan kerja-kerja memperkasakan Umno dalam keadaan persekitaran yang tidak memberikan ruangan baik untuk Umno – dalam keadaan politik Umno yang semakin berserabut – dalam keadaan isu 1MDB dikatakan tidak selesai – dalam keadaan ada tuduhan mengenai kemasukan wang dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Adakah persoalan ini semata-mata berpaut kepada Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri dan tidak sabar mahu menjawat jawatan itu atau banyak perkara yang mahu di selongkar menunggu ketepatan waktu sahaja. Apa juga keadaan – Umno dalam zon bahaya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/muhyiddin-mahu-jadi-pm-anuar-mohd-nor#sthash.4vwQJHge.dpuf
Sumber DD - 1-8-2015
Dr Mahathir kini dibiar sendiri Posted on Saturday, August 01 @ 22:45:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Seolah-olah kasih beralih arah - begitu dihadapi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jika sebelum ini ada antara tokoh tertentu datang mengadu mengenai pelbagai isu semasa, kini mereka dilihat sudah "menyeberang" ke sisi lain.
Ditemui media di majlis pelancaran buku karya Tan Sri Zainuddin Maidin, Dr Mahathir berkata, semua pemimpin Umno kelihatan masih komited kepada perdana menteri selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Tapi saya tak tahu apa dalam hati mereka.
"Sebab sesetengah mereka pernah datang bertemu saya (untuk) mengadu tentang itu ini tapi sekarang mereka tak lagi datang berjumpa saya kerana mereka sudah menyeberang," katanya.
Kata Dr Mahathir, antara sebab beliau menjadi begitu lantang mengenai isu seperti 1MDB adalah kerana aduan diterima daripada pemimpin tersebut.
Sementara itu beliau juga tidak menjangkakan masalah timbul dalam Umno kesan pemecatan Muhyiddin kerana ahli parti itu kini "tidak mempertikaikan sesiapa".
"Orang AS berkata, negara kami - jika benar akan dipertahankan benar dan jika salah, akan diperbetulkan.
"Tapi bagi mereka (ahli Umno) mereka menggantikan istilah 'negara' kepada parti," katanya.
Ungkapan itu biasanya digunakan untuk menggambarkan patriotisme atau kesetiaan membuta tuli. - MK Sumber TKO - 1-8-2015
Saya tak pernah pecat timbalan kerana tak sokong saya, kata Dr Mahathir Posted on Saturday, August 01 @ 22:47:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti melakukan jenayah yang besar yang membuatkan Datuk Seri Najib Razak terpaksa menggugurkan beliau dari Kabinet.
Dr Mahathir, dalam nada santai biasa beliau, menegaskan yang berbanding Najib, beliau tidak pernah memecat timbalannya semata-mata kerana mereka tidak menyokongnya.
"Saya fikir Muhyiddin tentu sudah buat jenayah besar, sebab itu beliau perlu disingkirkan.
"Semua penjenayah mesti disingkirkan dari negara ini, kita tidak akan benarkan penjenayah mentadbir negara," katanya dalam nada yang seperti menujukkan kritikan itu kepada Najib.
Bercakap pada sebuah majlis pelancaran buku di Putrajaya, Dr Mahathir ditanya sama ada beliau terharu kerana Najib kelihatan mengikuti jejak langkahnya dalam menyingkirkan timbalan perdana menteri.
"Saya tidak pecat timbalan saya kerana tidak menyokong saya. Musa meletakkan jawatannya sendiri, saya tidak minta beliau letakkan jawatan (dan) Anwar melakukan sesuatu yang saya tidak boleh terima, jadi saya terpaksa menggugurkan beliau," katanya dalam merujuk kepada perletakan jawatan Tun Musa Hitam pada 1986 dan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Muhyiddin, yang secara terbuka mempersoalkan pengendalian Najib dalam syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menerima nasib seperti Anwar sebagai timbalan perdana menteri kedua yang dipecat dalam sejarah Malaysia.
Pada 26 Julai, Muhyiddin memperbaharui kritikannya terhadap 1MDB di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Cheras di mana beliau meminta Najib menjelaskan kebenaran mengenai masalah dihadapi firma pelaburan negara itu dan berhubung dakwaan The Wall Street Journal yang sejumlah wang dipindahkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
Muhyiddin juga mendedahkan beliau pernah menasihatkan Najib melepaskan jawatannya sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB, tetapi katanya ia tidak diendahkan.
Pada Selasa, Najib memecat Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri dan juga sebagai menteri pendidikan.
Muhyiddin bagaimanapun masih timbalan presiden Umno.
Langkah tersebut dikritik ramai yang menganggap ia satu percubaan menutup mulut pengkritik dalam kes 1MDB, dan diambil pada hari sama Tan Sri Abdul Gani Patail, yang turut terlibat dalam siasatan 1MDB, disingkirkan sebagai peguam negara.
Sumber TKO - 1 -8-2015
Penyelesaian segera isu Najib
Posted on Saturday, August 01 @ 12:17:24 MYT by paktam
Oleh Azlan Sharif
Kemelut isu melibatkan 1MDB, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hampir sampai ke kemuncaknya.
Harapan selesai menerusi panel 1MDB, polis, SPRM melalui mahkamah dan saluran perundangan negara nampaknya jauh lagi jalannya.
Isu ini dianggap selesai dari skop keamanan negara jika ianya tidak lagi menjadi viral dikalangan masyarakat, tiada lagi tuduh-menuduh, tiada lagi dakwa-mendakwa dan berbagai tohmahan terutama di media. Salah satu cara isu ini boleh didiamkan, diselesaikan ialah dengan memberi 'kepuasan' kepada masyarakat. Apabila berasa puas kerana mendapat jawapan yang diingininya maka ia tidak lagi berkata yang negatif mengenainya, hanya diperkatakan sebagai contoh tauladan atau sempadan. Merujuk kepada adat dan adab orang Melayu, jika sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan secara fizikal melalui perundangan maka ianya boleh diselesaikan secara spiritual. Salah satu caranya ialah dengan mengadakan majlis bersumpah, membaca Yaasiin atau sembahyang hajat beramai-ramai. Bersumpah lebih kepada yang dituduh dan membaca Yaasin kepada yang menuduh. Dalam kemelut Najib ini, kedua-dua pihak boleh melakukannya. Kerana ketidakpuasan dikalangan masyarakat maka masyarakat boleh mengadakan majlis bacaan Yaasiin ini. Adab orang Melayu akan menerima apa-apa sahaja petunjuk yang diberikan oleh Allah swt dan tidak lagi mempertikaikan isu tersebut. Apatah lagi jika petunjuk tersebut berbentuk hukuman kepada pihak yang bersalah. Kaedah diatas terhadap kepada memberi kepuasan kepada orang Islam sahaja. Namun ada juga kaedah paling mudah yang boleh digunakan untuk memuaskan semua pihak termasuk bukan Islam. Kaedahnya ialah menggunakan mesin. Umum menerima dan berpegang kepada prinsip mesin tidak pernah berbohong. Berlainan dengan manusia, seperti yang dinyatakan dalam Quran, mulut boleh berbohong tetapi semua anggota badan lainnya akan mencakapkan kebenarannya. Tidak dipertikai, tidak dipersoal misalnya meter petunjuk minyak kereta, meter laju kenderaan, mesin timbang berat, mesin ukur tekanan darah tinggi, mesin ukur gula dalam darah atau kencing manis, mesin tekanan jantung, mesin bius pesakit semasa pembedahan, mesin ukur mata, mesin CT scan, mesin dialisis dan sebagainya. Terdapat juga mesin khas yang digunakan untuk mengukur 'percakapan' badan, mengukur tindakbalas badan terhadap soalan yang dikemukakan yang mengesahkan samada seseorang itu bercakap benar atau berbohong. Mesin ini dinamakan alat ujian poligraf, atau lebih dikenali umum sebagai alat ujian bohong. Alat poligraf ini sedang pun digunakan dengan meluasnya disemua bidang malah diterima keputusannya sebagai bahan bukti dimahkamah, atau sebagai petunjuk kepada bukti. Suspek atau sesiapa sahaja hanya perlu mengambil ujian poligraf, yang dikendalikan poligrafer bertauliah yang diiktiraf di seluruh dunia. Keputusan ujian poligraf ini tidak pernah berbohong kerana mesin tidak pernah berbohong. Ianya ditentukun terlebih dahulu (sebagaimana mesin lain) sebelum digunakan untuk mengukur seseorang subjek. Khabar-khabar angin yang mengatakan keraguan terhadap ketepatan keputusan ujian poligraf adalah tidak benar. Apa yang berlaku hanyalah salah tafsir poligrafer dan set soalan yang ditanya. Sebab itulah perlu dilakukan poligrafer bertauliah yang dibantu pakar yang berkenaan. Merujuk kepada isu Najib ini, ujian poligraf adalah yang lebih sesuai dan relevam berbanding dengan hanya sumpah kosong sahaja. Keputusannya boleh terus diketahui samada mereka bercakap benar atau berbohong mengenai sesuatu perkara. Itu sahaja yang utama dikehendaki masyarakat. Hanya mengesahkan kononnya fitnah, pembohongan, dakwaan atau tuduhan palsu atau sebagainya. Jika membawa petunjuk kepada melakukan sebarang kesalahan, maka itu terserahlah kemudiannya kepada pihak berkenaan seperti polis atau SPRM. Ujian poligraf semakin memudahkan siasatan kerana mampu memberikan petunjuk yang terbukti benar kepada bahan bukti lain, mengecilkan skop siasatan dan yang paling penting sekali ialah boleh mendapat motif. Motif pengakuan suspek sendiri yang disahkan benar. Apa lagi yang dikehendaki? – Sumber DD - 1-8-2015
Peletakan jawatan Exco Puteri Umno Malaysia
Posted on Saturday, August 01 @ 12:09:38 MYT by paktam
Oleh Haziqah Nasirah Zol Bahari Salam perjuangan, saudara Izwan. Saya terpanggil untuk menulis kepada saudara selepas terbaca artikel tentang "Pemberontakan Umno bermula di Johor, tiga pemimpin sayap letak jawatan". Untuk pengetahuan saudara, saya meletakkan jawatan secara serta-merta sebagai Exco Puteri Umno Malaysia dan naib ketua Puteri Umno Bahagian Kota Tinggi menerusi surat yang dihantar kepada Datuk Mas Ermieyati Samsudin bertarikh 19 Januari 2015. Pengunduran tersebut dibuat selepas pertimbangan mendalam dalam tempoh yang panjang, atas kesedaran prinsip dan falsafah perjuangan saya sudah tidak selari dengan aspirasi saf kepimpinan Puteri dan juga parti yang secara langsung menyekat saya dalam memenuhi tuntutan jawatan seperti yang diharapkan. Saya pada ketika itu hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan parti, namun mengundur diri secara baik atas dasar hormat kepada sahabat-sahabat Puteri yang masih yakin dan setia dengan kepimpinan presiden. Kata-kata Soe Hok Gie "...dan seorang pahlawan adalah seorang yang mengundur diri untuk dilupakan seperti kita melupakan yang mati untuk revolusi." adalah azimat yang saya pegang ketika itu. Namun demikian, pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri menyebabkan saya tidak boleh lagi berdiam diri dari menyatakan pendirian saya terhadap pimpinan presiden yang ternyata memecahbelahkan perpaduan parti dan gagal mendengar suara rakyat yang mahukan beliau meletak jawatan selepas gagal mengurus negara dengan baik ekoran dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB dan isu-isu ketirisan yang amat serius. Saya menyeru agar ahli-ahli Umno, bukan sahaja dari Johor untuk bangkit berdiri dan menyatakan pendirian dengan berani demi parti dan demi Malaysia. Berundurlah, Datuk Seri Najib Razak! Terima kasih. – Sumber DD - 1-8-2015
Malaysia dan politik sosok peribadi
Posted on Saturday, August 01 @ 12:06:32 MYT by paktam
Oleh Nomy Nozwir Minggu ini, perdana menteri dari parti yang dilantik oleh 47% rakyat Malaysia menggugurkan timbalan perdana menteri dan beberapa menteri yang lain, dan menggantikan dengan beberapa muka lama dan muka baru dalam rombakan Kabinet. Jika saya menggunakan perkataan “pecat” sudah pasti itu satu perkataan yang keras, sama keras seperti peristiwa pada 1998 di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri. Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya ini dikatakan kerana kritikan keras beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika peristiwa ini berlaku, ramai di kalangan kawan saya berseloroh, pada satu lagi “parallel universe” yang berasingan, Muhyiddin sedang merancang untuk membuat demonstrasi dengan mengumpulkan 100,000 penyokong di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat. Malah, ramai juga di kalangan kawan juga berkata, jika Muhyiddin mampu melakukan perkara yang sama seperti Anwar lakukan pada 1998, sudah pasti kerajaan sudah mampu bergoyang. Tetapi Muhyiddin bukan Anwar, dan Najib bukan Mahathir. Krisis politik terjadi apabila berlakunya krisis ekonomi, mengikut pengamatan saya. Semasa kemelesetan ekonomi penghujung 1980an, juga berlaku krisis politik. Krisis Ekonomi Asia pada penghujung 1990an, juga berlaku krisis politik. Krisis ekonomi dunia penghujung 2000an, juga mengakibatkan krisis politik. Sebenarnya krisis ekonomi dunia sejak dari zaman bekas Presiden Amerika Syarikat George W Bush belum pernah pulih walaupun Barack Obama sudah 7 tahun melakukan “perubahan”. Oleh itu, kita lihat krisis politik tidak pernah pulih kerana krisis ekonomi juga tidak pernah pulih, bahkan semakin parah. Analisis politik tanpa analisis ekonomi adalah satu analisis yang gagal. Tetapi ramai di kalangan kita sering melihat sosok peribadi seseorang untuk menganalisis politik. Ramai di kalangan kita berkata, jika sosok “sipolan bin sipolan” ini menjadi pemimpin tertinggi negara, maka politik kita akan kembali pulih, ekonomi juga akan pulih. Sosok ini dipuja-puja oleh penyokong-penyokongnya, dengan mengatakan sosok ini lebih baik dari sosok itu, dan kita tidak putus-putus dengan bermentaliti feudal. Hakikatnya sosok ini, baik Anwar mahupun Mahathir, atau Muhyiddin, atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Najib, mereka ini cuma seorang ahli politik. Kuntau dan auta mereka cuma untuk kalian rakyat semua percaya dan diterjemahkan dalam bentuk undi, lalu membenarkan mereka terus berkuasa. Jika katakan ada timbul satu gerakan untuk membuat demonstrasi, ia mesti kena muncul daripada sokongan puak dari sosok peribadi tertentu. Perlu ada pemimpin parti politik, kena ada arahan dari orang tertentu, kena pakai baju kuning ramai-ramai, kena duduk bantah beramai-ramai, barulah orang hendak turun berdemo. Kalau penunjuk perasaan anarkis yang tidak akan terima sebarang arahan dari mana-mana sosok itu, kalian semua akan kritik mereka dan anggap sebagai pengacau. Apa ini? Di mana fikiran kita sebagai seorang rakyat? Takkan hendak kena gerak oleh sosok tertentu baru hendak bergerak? Saya mendengar satu perhimpunan akan dilakukan pada penghujung Ogos ini, mendesak agar Najib meletak jawatan. Dengar kata ramai yang akan turun. Sebab dapat arahan dari pemimpin parti baharu turun? Malaysia dan politik feudal angguk-angguk geleng-geleng masih lagi belum berpisah. Sumber DD - 1-8-2015
Muhyiddin perlu dipecat jika khianati parti – Azalina Posted on Saturday, August 01 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Kuala Lumpur -Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.
Menteri di jabatan perdana menteri itu turut kecewa kerana Muhyiddin terus mempertikaikan perdana menteri dalam isu 1MDB.
Pemimpin Umno Johor itu mengulas video menunjukkan Muhyiddin menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi.
"Saya tidak faham, siang kata hendak beri sokongan padu, malam keluar video. Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...
"Apa salahnya?," kata Azalina seperti dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini.
MP Pengerang itu seterusnya menegaskan, Muhyiddin tidak kebal dari tindakan disiplin parti, termasuk pemecatan sekiranya khianat kepada Umno.
Bagaimanapun, Azalina berkata beliau tidak dapat menentukan jika tindakan Muhyiddin setakat ini merupakan perbuatan khianat.
"Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat.
"Saya tidak tahu lagi (sama ada Mukhriz mengkhianati parti), tidak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tidak tahu," katanya lagi.
Sumber TKO - 1-8-2015
AG: Kertas pertuduhan palsu tunjuk 'konspirasi'
Posted on Friday, July 31 @ 12:04:14 MYT by paktam
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata apa yang didakwa draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak yang disiarkan di laman web pemberi maklumat Sarawak Report adalah palsu.
Beliau juga berkata, kertas pertuduhan itu menunjuk ke arah satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan memberi amaran tindakan tegas terhadap pelakunya.
Ia, katanya, menunjukkan satu ancaman terhadap demokrasi Malaysia dan beliau akan arahkan semua tindakan diambil untuk menyiasatnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas tengah malam tadi, beliau berkata, undang-undang akan digunakan sepenuhnya tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah.
Semalam, Malaysiakini melaporkan kertas pertuduhan itu telah disebarkan di media sosial berserta dakwaan yang ia ada kaitan dengan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada hari Isnin.
Walaupun sebab rasmi yang diberikan ialah masalah kesihatan, tetapi Abdul Gani sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya dan enggan mengulas sama ada ia ada kakitan dengan siasatan pasukan petugas khas terhadap 1MDB.
Lewat malam tadi, ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, melalui twitter, menafikan berhubung kertas pertuduhan itu.
Sementara itu, Mohamad Apandi berkata kertas pertuduhan yang didakwa itu, "tidak di dalam dan tidak pernah sampai" kepada jabatan tersebut.
Tambahan pula, katanya, format kertas tuduhan itu adalah tidak betul atau ditulis oleh jabatannya.
Peguam negara yang baru dilantik itu juga menegaskan bahawa memandangkan pasukan petugas khas itu belum menyelesaikan siasatan, maka tidak mungkin di segi perundangan, bagi kertas pertuduhan dirangka lebih awal.
Menurut kertas pertuduhan yang dikatakan itu, yang didakwa didraf oleh Abdul Gani, perdana menteri akan didakwa atas tuduhan rasuah, dengan tuduhan alternatif melakukan pecah amanah.
Ini dikatakan berkaitan dengan pemindahan RM27 juta oleh SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun bank Najib.
Selain Abdul Gani yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai AG, perkembangan pada minggu ini juga menyaksikan Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet.
Turut digugurkan ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, yang merupakan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie kritikal terhadap 1MDB.
Najib juga melantik empat daripada lapan ahli Parlimen BN yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), termasuk bekas pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, sebagai menteri dan timbalan menteri.
Ini mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah satu percubaan untuk menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC terhadap dalam 1MDB.
Saga 1MDB memuncak awal bulan ini selepas Sarawak Report dan Wall Street Journal, yang memetik maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber Malaysia, mendakwa bahawa RM2.6 bilion dana berkaitan 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Berikutan itu, Najib menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang usaha untuk menyingkirkannya dengan bekerjasama dengan pihak seperti Sarawak Report.
Pada hari Rabu, satu video muncul yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu beberapa tetamu di rumahnya, termasuk anak Mahathir yang juga menteri besar Kedah, Datuk Mukhriz, mendakwa Najib mengaku wang itu dipindahkan ke dalam akaunnya.
Perdana menteri belum lagi mengulas mengenai video tersebut. yang telah tersebar luas.-mkini
Sumber DD - 31-7-2015
MB Kedah Dan Pahang Dijangka Bakal Digugurkan Posted on Friday, July 31 @ 22:44:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Kuala Lumpur – Dua orang Menteri Besar dijangka bakal digugurkan bagi mengukuhkan saf kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Menurut portal pro-UMNO, myKMU dua menteri besar yang bakal digugurkan itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang).
Pertukaran ini turut membabitkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Tempat Mukhriz dijangka bakal digantikan dengan Timbalannya, Senator Datuk Ahmad Bashah Hanipah yang merupakan ADUN sejak 1999.
Ahmad di anggap sebagai arkitek utama ketika merampas Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu namun atas desakan Tun Dr. Mahathir Mohamad jawatan tersebut diberikan kepada Mukhriz atas alasan untuk menarik sokongan orang muda.
Menurut portal tersebut hubungan Mukhriz dengan istana Kedah turut dikatakan tidak sehaluan.
Selain daripada itu dua nama lain yang turut dipertimbangkan untuk jawatan tersebut ialah ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.
Manakala di Pahang, Perdana Menteri dikatakan bakal melantik Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin sebagai Menteri Besar yang baharu.
Selain daripada itu Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’ Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, ADUN Dong juga antara yang disebut-sebut bagi mengisi jawatan tersebut.
Shahirudin merupakan Ketua Bahagian UMNO yang pertama membatalkan jemputan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Beliau membatalkan jemputan tersebut sebelum rombakan kabinet lagi
Beberapa blog politik sebelum ini melaporkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir antara yang disebut akan digugurkan. - SUARATV
Sumber TKO - 1-8-2015
Mukhriz Pula Disingkir UMNO Bahagian Posted on Saturday, August 01 @ 06:20:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Umno Tanjung Malim memutuskan untuk membatalkan hasrat menjemput Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir untuk merasmikan serentak mesyuarat tahunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian itu, esok.
Ketua bahagian tersebut, Datuk Khusairi Abdul Talib memberitahu SuaraTV, ia bagi memastikan suasana politik di peringkat bahagian itu kekal aman.
Katanya, beliau telah berbincang dengan ketua-ketua sayap terbabit dan mereka sepakat membatalkan hasrat menjemput Mukhriz dan digantikan dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk merasmikan mesyuarat berkenaan.
”Keputusan ini dibuat bagi menjaga suasana aman politik di Tanjung Malim agar tiada sebarang masalah kerana kami tidak mahu unsur-unsur yang boleh memecah belahkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak” katanya kepada SuaraTV.
Sumber TKO - 1-8-2015
“Saya digugurkan? Alhamdulillah”-Mohamad Hasan Posted on Friday, July 31 @ 20:19:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR : “Saya digugurkan? Alhamdulillah..,” ia ringkas Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai khabar angin di media sosial bahawa beliau akan digugurkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Badan Kemajuan Anak-Anak Negeri Sembilan pada Jumaat.
Desas-desus mengenai penggugurannya timbul selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.
Terdahulu dalam ucapannya Mohamad yang juga merupakan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak mengacau pentadbiran yang diketuainya.
Jelasnya, pihak luar seharusnya menjaga kawasan masing-masing dan tidak menganggu kawasan orang lain.
“Kito duduk diam-diam. Duduk di pengkalan kito. Sey duduk sey jago pengkalan Negeri Sembilan. Tapi jangan kacau-kacau Negeri Sembilan. Keno pangkah nanti,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas mengenai tindakan beberapa UMNO bahagian yang membatalkan jemputan untuk menjemput Muhyiddin bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian seperti Rabu, Batu Gajah dan Ipoh Barat.
“Saya tidak tahu pada itu. Kita ini orang Melayu, UMNO ini parti Melayu. Untuk membatalkan jemputan itu. Orang Melayu ini susah untuk membatalkan..tapi terpulang pada masing-masing. Kita jangan hilang budi bahasa,” ujarnya.
Sumber TKO - 31-7-2015 Najib puji Hadi Awang kerana beri peluang kepadanya Posted on Friday, July 31 @ 20:03:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Datuk Seri Najib Razak memuji sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat barisan Kabinet baharu selepas rombakan perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan.
Menurut Najib, beliau menghargai sikap seteru politiknya itu yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.
"Sebab itu saya puji presiden PAS walaupun kami bersaing.
"Dia kata tak bersalah selagi tak dibuktikan. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya sewaktu berucap di Putrajaya, petang ini.
Hadi hari ini dilaporkan membuat seruan agar prestasi jemaah menteri yang baharu dirombak pada Selasa dahulu diteliti terlebih dahulu sebelum undi tidak percaya terhadap Najib diusulkan di Parlimen.
"Kita lihat Kabinet yang baharu ini dia nak selesai bagaimana masalah negara ini. Kita lihat dulu," Hadi dilaporkan sebagai berkata.
Menurut Najib, sikap Hadi itu berbeza dengan sesetengah "orang kita" yang turut galak mengkritik pentadbirannya.
"Orang kita tumpang semangkuk, jadi tukang kipas.
"(Sedangkan) pembangkang setengahnya bukan semua (berbuat demikian), ada juga yang tahu buat penilaian," katanya.
Sumber TKO - 31-7-2015
Sebut wang RM2.6b bukan jenayah, kata IGP Posted on Friday, July 31 @ 16:26:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menemui sebarang bentuk jenayah dalam rakaman video menunjukkan tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, ia tiada unsur jenayah kerana rakaman menunjukkan perbualan bekas timbalan perdana menteri itu hanya menunjukkan dakwaan wang dimasukkan ke dalam satu akaun.
“Ia hanya satu rakaman video pendek mengenai perbualan yang menyebut mengenai sejumlah wang tertentu dipindahkan ke akaun seseorang.
“Saya tidak fikir ia merupakan satu kesalahan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media bersama dengan pengganti Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur.
Khalid semalam menyebut, pasukan petugas khas yang menyiasat 1MBD akan meneliti rakaman video itu. - MK Sumber TKO - 31-7-2015
Penamatan tugas Gani Patail tidak ikut perlembagaan - Majlis Peguam Posted on Friday, July 31 @ 14:56:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam hari ini mengulangi pendiriannya bahawa penamatan tugas Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tidak mengikut perlembagaan.
Presidennya Steven Thiru berkata ini adalah kerana kerajaan berkata Abdul Gani akan terus menjadi pegawai kehakiman dan guaman sehingga beliau bersara dan ini merupakan penurunan pangkat yang mempunyai jaminan hak untuk didengar.
Steven berkata hak Abdul Gani untuk didengar harus berasaskan sebab-sebab kesihatan seperti sebab yang diberikan oleh kerajaan pada tarikh perkhidmatan beliau ditamatkan dan Abdul Gani mempunyai hak untuk menghadap lembaga perubatan.
“Kami menganggap apa yang telah berlaku adalah beliau telah diturunkan pangkat kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan berkata bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai pegawai kehakiman dan undang-undang sehingga beliau bersara.
"Hak untuk didengar di sini mestilah berasaskan kepada alasan yang diberikan oleh kerajaan. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah sebab-sebab kesihatan. Jika seorang penjawat awam perlu ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab kesihatan, ada prosedur .
“Penjawat awam mempunyai hak untuk menghadap lembaga perubatan dan kemudian mereka membuat keputusan.
“Ini tidak dipatuhi dan kerana ia tidak dipatuhi ia menyebabkan langkah ini sesuatu yang tidak mengikut perlembagaan,” katanya kepada pemberita pada suatu sidang akhbar di sini, hari ini. Sumber TKO - 31-7-2015
Pertemuan PM-Ketua Umno Bahagian Hari Ini Posted on Friday, July 31 @ 14:49:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua ketua Umno bahagian ke kediaman rasminya untuk sesi taklimat berhubung perkembangan politik semasa negara, petang Jumaat.
Mereka yang dijangka hadir pada perjumpaan pada pukul 5.30 petang di Seri Perdana, Putrajaya itu termasuk tujuh Menteri Besar dan dua Ketua Menteri.
Difahamkan Najib mahu memaklumkan beberapa isu semasa susulan rombakan Kabinet dan pelantikan Peguam Negara yang baharu.
Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mohamed Hasan berkata, perjumpaan itu sememangnya kena pada masanya.
Menerusi sesi itu, pemimpin Umno di peringkat negeri akan memperoleh maklumat tepat berhubung isu yang berbangkit kebelakangan ini.
Seorang lagi ketua Umno bahagian berkata, beliau sememangnya mahu menghadiri perjumpaan itu.
"Apa yang saya tahu mengenai rombakan Kabinet, ia hanya daripada media.
"Kami mahu mendengar daripada mulut Perdana Menteri sendiri. Kami juga ada soalan kepada PM," katanya.
Beliau menambah, perjumpaan seumpama itu memang perlu apabila sesuatu yang 'besar' berlaku, terutama apabila rombakan ini membabitkan dua pemimpin utama Umno.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal kini tidak lagi menganggotai Kabinet.
Rombakan itu melibatkan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Ia rombakan secara besar-besaran yang memberi kesan kepada akar umbi.
"Saya percaya PM akan menyuarakan pandangannya untuk disampaikan kepada ahli," kata ketua Umno bahagian itu.
Bagaimanapun, mesyuarat itu juga menimbulkan spekulasi di kalangan pemimpin Umno bahawa presiden parti mungkin akan menggantikan beberapa pengerusi badan perhubungan Umno negeri walaupun beliau tiada alasan untuk berbuat demikian.
Alasannya adalah Najib mahukan pemimpin yang boleh dipercayai untuk mengendalikan jentera parti peringkat negeri.
Perjumpaan itu diatur selepas pembatalan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk meredakan situasi selepas rombakan Kabinet pada Selasa. - Mstar
Sumber TKO - 311-7-2015
RM2.6 bilion masuk akaun Najib bukan isu besar, kata menteri Posted on Friday, July 31 @ 13:24:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.
"Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma... apa salahnya.
"Kecuali orang kata, ‘Datuk saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO', saya kena ikut cakap penderma.
"Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar... bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.
Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat duduk bersebelahan Muhyiddin.
Mengulas mengenai tersiarnya video itu, Azalina berkata kesetiaan dan iltizam Muhyiddin untuk memperkukuhkan Umno selepas digugurkan daripada Kabinet boleh dipertikaikan.
"Saya rasa agak sedih, sepatutnya kalau ada masalah bincanglah, kita ini orang parti.
"Saya tidak faham, siang kata nak beri sokongan padu, malam keluar video," katanya dipetik sebagai berkata.
Ditanya mengenai sama ada tindakan boleh diambil kepada Muhyiddin kerana dianggap mengkhianati parti, Azalina berkata tiada mana-mana ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memiliki imuniti.
"Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat. Saya tidak tahu lagi (sama ada Muhyiddin mengkhianati parti), tak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tak tahu.
"Yang saya tahu sesiapa pun termasuk saya boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tiada imuniti sebagai timbalan presiden atau ahli majlis tertinggi," katanya kepada akhbar itu.
Sumber TKO - 31-7-2015
Hikmah di sebalik pemecatan Muhyiddin
A KADIR JASIN | .
MOHON sabar kalau cerita ini panjang. Sukar hendak dipendekkan. Jadi saya mulakan dengan membuat kesimpulan iaitu:
Penyingkiran (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin pada 28 Julai dan penamatan undur tarikh (back-dated) perkhidmatan Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail 27 Julai tidak menyelesaikan apa-apa masalah sebaliknya memburukkan lagi keadaan negara dan imej (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak.
Implikasi dua peristiwa itu serta perubahan-perubahan lain yang menyusurinya di Jabatan Peguam Negara, PDRM, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) dan PAC adalah seperti berikut:-
1. Perdana Menteri terselamat daripada kemungkinan diheret ke mahkamah bersabit 1MDB dan SRC International. Satu “donia” sudah dengar cerita duit SRC International yang nawaitunya untuk kegiatan CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi masuk akaun peribadi Perdana Menteri.
2. Menyiasat dan merangka pertuduhan melibatkan wang CSR SRC International lebih mudah kerana jumlah yang lebih kecil dan melibatkan hanya dua buah bank tempatan berbanding 1MDB yang membabitkan AS$700 juta.
3. Mohd Najib berjaya mengekalkan kuasa eksekutif tetapi di mata khalayak yang mengerti beliau telah hilang kuasa moral (moral authority) untuk memerintah.
4. Kuasa eksekutif beliau menjadi semakin kukuh kerana pengkritik beliau dalam Umno dan kerajaan telah disingkirkan atau digula-gula dengan pemberian jawatan menteri dan timbalan menteri.
Pasukan Petugas Lumpuh
5. Sekali gus pemberhentian undur tempoh Abdul Gani memporak-perandakan penyiasatan Pasukan Petugas 1MDB. Penyiasat akan terhenti atau dialih matlamatnya, pegawai ditukar dan fail-fail hilang atau dibakulsampahkan. (TI Malaysia berkata, Pasukan Petugas itu boleh dianggap terkubur tetapi MACC berkata ia akan meneruskan penyiasatan).
6. Tetapi maklumat berkaitan dengan penyiasatan 1MDB akan terus tersebar kerana banyak pihak dalam dan luar mempunyai maklumat dan dokumen mengenainya. Sudah terlambat menimbus bangkai gajah kerana sudah ditokak-tokak dan cebisannya dilarikan singa, cheetah, harimau bintang, dubuk (hyena), rubah, hereng, biawak dan helang.
1MDB ibarat bangkai gajah
7. Dengan melantik pembesar-pembesar Umno yang kemaruk kuasa dan bermuka-muka menjadi menteri dan timbalan menteri, Mohd Najib boleh mengarahkan mereka mengesan dan membinasakan pencuri-pencuri bangkai gajah itu. Inilah yang sedang berlaku dengan rancak sekarang iaitu mengalihkan perhatian daripada menyiasat jenayah kepada memburu pihak-pihak yang mendedahkan jenayah.
8. Gerakan taktikal Mohd Najib juga melumpuhkan PAC. Hatta pengerusi PAC, Nur Jazlan bin (Tan Sri) Mohamed Rahmat, yang bunyi begitu komited, ikhlas dan berani sebelum ini tetapi dengan riang rianya menerima jawatan timbalan menteri.
9. Speaker Dewan Rakyat sudah pun berkata anggota baru PAC tidak akan dilantik (sehingga Dewan bersidang Oktober ini). Namun Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, wajib meneruskan tugas dengan ahli yang tinggal sekali pun tidak mendapat kerjasama pengurusan Parlimen atau hasil siasatan mereka tidak diiktiraf.
Agen Bebas Muhyiddin Yassin
10. Dengan penyingkirannya daripada kabinet, Muhyiddin boleh bertindak sebagai free agent mewakili Umno akar umbi kerana beliau adalah Timbalan Presiden Umno.
Muhyiddin boleh jadikan Umno kembali terangkun
11.Tetapi beliau harus berhati-hati meniti buih kerana Majlis Tertinggi yang berada dalam poket Presiden boleh menyingkirkan beliau atas alasan melanggar disiplin.
12. Muhyiddin boleh menjadikan Umno terangkum (inclusive) sekali lagi dengan berinteraksi dengan akar Umbi walaupun percubaan sudah mula dibuat bagi menyekat beliau mendampingi ahli.
12. Muhyiddin dan para penyokong beliau mungkin tidak berupaya mengubah keadaan di peringkat atas sama ada dalam Umno atau kerajaan tetapi mereka boleh mengubah persepsi dan sokongan rakyat jelata dan pengundi.
13. Mohd Najib mungkin telah berjaya berpaut kepada kuasa tetapi setiap hari berlalu ekonomi bertambah goyah, ringgit dibedal, pasaran modal lesu dan Malaysia menjadi bahan ketawa satu dunia.
Menara Dua Bukit Aman dijilat api
14. Sebagai renungan, apakah berkat apabila, sebaik sahaja menteri polis ((Datuk Seri) Ahmad Zahid bin Hamidi) dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri, menara dua Bukit Aman tiba-tiba dijilat api? Satu kebetulan yang sangat menakjubkan!
Khalid enggan ulas rakaman video Muhyiddin Posted on Friday, July 31 @ 06:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas lanjut mengenai rakaman video menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya tidak akan mengulas mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Kita ada Pasukan Petugas Khas yang uruskan. Saya tidak akan buat ulasan," katanya pada sidang media Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan (PKN) Negara Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, hari ini.
Pada majlis penganugerahan itu seramai 262 pegawai dan anggota dianugerahkan pingat PKN. Ia amat bertetapan dengan sambutan Hari Pahlawan yang diadakan hari ini di Dataran Merdeka.
Sebelum sebuah portal melaporkan video berdurasi sepanjang 53 saat, menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
Menurut portal berkenaan sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.
Katanya, ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Sementara itu, Khalid turut menafikan bahawa pihaknya ada melakukan siasatan ke atas Gabenor Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengenai skandal rasuah seperti tersebar di laman media sosial.
Namun ketika ditanya adalah Zeti sedang disiasat, Khalid hanya menjawab, 'siasatan - Sinar Sumber TKO - 31-7-2015
Mukhriz tahu siapa rakam video Muhyiddin Posted on Friday, July 31 @ 05:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tahu siapa yang merakamnya perbualannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beliau dan tetamu lain bekas perdana menteri pada Selasa malam lalu.
Menteri besar Kedah itu bagaimanapun tidak menafikan topik perbincangan dalam pertemuan itu.
Mukhriz berata demikian ketika ditanya tentang video bocor dalam sambutan hari raya Aidilfitri Umno Gurun, Kedah, lapor Kwong Wah Yit Poh.
Dalam video mengejutkan 53 saat itu, Muhyiddin antaranya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa RM2.6 bilion dideposit ke dalam akaun peribadinya.
Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan Mukhriz sebagai berkata beliau tidak fikir melakukan sebarang salah laku tetapi bersedia untuk sebarang perubahan. - MK Sumber TKO - 31-7-2015
MB N9 nafi kritik Najib Posted on Thursday, July 30 @ 21:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan keras beliau terlibat mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ia susulan penyiaran rakaman audio yang didakwa suaranya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan individu yang terlibat dalam rakaman audio itu apatah lagi dengan pengakuan yang dibuat oleh individu dalam rakaman suara itu.
“Ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru,” katanya dalam satu kenyataan.
Rakaman selama 1 minit lima 54 saat itu antaranya menyebut kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB merupakan satu tindakan yang benar.
Susulan penyebaran rakaman itu, beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang berniat jahat terhadapnya.
“Ada yang cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti UMNO mahupun dalam kerajaan,” jelasnya.
Justeru, beliau menggesa agar semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya,” katanya lagi. - FMT
Sumber TKO - 30-7-2015
Azalina cadang jawatan pengerusi FINAS diberi kepada pemimpin UMNO Posted on Thursday, July 30 @ 18:02:28 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Seri Azalina Othman mencadangkan jawatan yang bakal dilepaskannya diberikan kepada pemimpin UMNO supaya selari dengan wawasan Barisan Nasional.
Beliau berkata, tiada isu andai ahli politik sepertinya mempengerusikan perbadanan berkaitan industri kreatif itu memandangkan ahli lembaga pengarah lain terdiri daripada penggiat seni berpengalaman.
"Jawatan pengerusi FINAS memang perlu dilepaskan namun, saya akan berbincang dulu dengan menteri baharu sebelum membuat sebarang keputusan.
"Bagi saya, sebaik-baiknya FINAS diterajui oleh pemimpin UMNO supaya seiring wawasan yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional.
"Suka atau tidak, industri kreatif dipelopori oleh orang Melayu jadi seeloknya biarlah FINAS diterajui pemimpin UMNO," katanya ketika ditemui di Restoran Rebung, di sini.
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Johor dilantik menerajui Finas berkuatkuasa 1 Jun lalu dan perlu melepaskan jawatan berkenaan selepas diumumkan menganggotai Kabinet kelmarin.
Menerusi rombakan Kabinet yang baharu itu, beliau dipertanggungjawabkan memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau menggantikan Datuk Md Afendi Hamdan yang memegang jawatan berkenaan bermula 1 September 2011 sehingga 31 Januari 2015.
Menyentuh mengenai pemilihan Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi Dan Multimedia baharu, katanya pengalaman selaku bekas Ketua Pengarah FINAS membolehkan beliau lebih memahami situasi sebenar industri.
"Datuk Seri Salleh sendiri pernah menerajui FINAS. Sekali gus saya yakin kepimpinannya untuk menerajui dan mengambil alih jawatan menteri," katanya.
Terdahulu, selepas memegang jawatan dalam Finas selama sebulan 10 hari, Azalina membuat rombakan terhadap barisan ahli perbadanan agensi itu dengan melantik produser, Datuk Yusof Haslam sebagai Timbalan Pengerusi.
Ketika majlis pelantikannya, beliau turut menyuarakan harapan supaya semua penggiat seni terus memberikan sokongan padu terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.-bh Sumber TKO - 30-7-2015
Pemuda Umno Labis minta Najib rehat Posted on Thursday, July 30 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan.
“Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan. “Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau ‘task force’ yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif Negara,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.
Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet.
Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya.
“Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu.
“Kami di peringkat akar umbi juga akan terus bekerja keras untuk memastikan BN terus berkuasa dan memerintah negara walaupun pelbagai isu nasional yang begitu lambat ditangani semakin menghakis kepercayaan golongan muda terhadap kerajaan pada hari ini,” katanya.
Menurutnya, mereka juga berharap agar siasatan terhadap segala tohmahan dan serangan kepada pucuk pimpinan negara akan dapat diselesaikan dengan segara agar rakyat mendapat penjelasan yang tepat.
Pada masa sama, Najib juga perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap persepsi buruk yang terpalit kepada dirinya agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat dan juga pengundi.
“Kami berharap agar segala tindakan dan keputusan yang telah dan akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib akan merungkai segala kecelaruan dan kebencian rakyat terhadap BN di kala kita berada di dalam situasi yang amat meruncing,” katanya. Sumber TKO - 30-7-2015
Apa hak Muhyiddin untuk tahu akaun kewangan Najib? Posted on Thursday, July 30 @ 17:47:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi adalah hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai.
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai hak untuk mengetahui status kewangan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu ditegaskan oleh Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz yang menegaskan, wang yang masuk ke dalam akaun peribadi seseorang itu adalah hak individu dan ia tidak perlu didedahkan kepada pengetahuan umum.
“Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai. Sama seperti duit yang masuk ke dalam akaun peribadi kita,” katanya.
Menulis di blog www.tunfaisal.blogspot.com, Tun Faisal menyatakan seseorang itu hanya perlu mengisytiharkan wangnya jika ada tuduhan yang datang daripada sumber meragukan, namun perkara tersebut hanya perlu diumumkan kepada penyiasat.
“Lainlah jika ada dakwaan duit itu datang daripada sumber yang salah. Barulah seseorang itu perlu membuat perisytiharan, tetapi bukan kepada umum,” katanya.
Jelas bekas Exco Pemuda UMNO itu lagi, apabila ada pihak yang hendak memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang sebagai bantuan dana politik, itu adalah bantuan kepada individu berkenaan.
“Terserahlah bagaimana dia hendak menggunakannya asalkan ia bukan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang sebab itu dana politik peribadinya.
“Sama ada individu itu hendak menggunakannya bagi membantu orang, hendak diberikan kepada jentera atau apa saja, itu adalah hak beliau,” katanya.
Jelas beliau lagi, tidak ada bukti bahawa wang yang diterima oleh Najib itu datang daripada dana negara.
“Dalam kes akaun peribadi Perdana Menteri, duit dikatakan datang dari sumber 1MDB dan hasil pelaburan usaha sama dengan PetroSaudi.
“Dalam hal ini, penyiasat boleh merujuk penyata akaun dan dokumen daripada 1MDB dan PetroSaudi, sama ada benar duit dari sumber ini masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak atau tidak.
“Setakat ini penyata kewangan beraudit 1MDB dan PetroSaudi tidak menunjukkan duit itu datang daripada mereka,” ulasnya.
Kenyataan Tun Faisal dibuat selepas Muhyiddin dalam satu video yang dibocorkan berkata, Najib mengakui sejumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaunnya.-fmt Sumber TKO - 30-7-2015
Skrin bangunan di London papar punca penyingkiran Muhyiddin Posted on Thursday, July 30 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Penyingkiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi perhatian warga London.
Dalam satu gambar yang dikirim melalui Whatsapp, paparan skrin menunjukkan punca pemecatannya.
Ia ditayangkan di sebuah bangunan di Mackenzie Walk.
“ Perdana Menteri Malaysia rombak kabinet, menyingkirkn timbalannya selepas mengkritik 1MDB,” antara intipati yang dimuat naik.
Bangunan berkenaan menjadi tumpuan ramai kerana menempatkan restoran makanan terkenal di bandaraya itu, All Bar One. - FMT
Sumber TKO - 30-7-20115 Audio 'tangkap Najib' bukan suara saya, kata Mohamad Hasan Posted on Thursday, July 30 @ 16:24:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Selepas kebocoran video menggemparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB, muncul pula rakaman suara yang kritis terhadap perdana menteri yang didakwa suara Menteri Besar Negeri Sembilan.
Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik.
Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan menafikan rakaman audio yang sedang disebarkan adalah dirinya.
Katanya, pihak yang membuat dakwaan itu berniat jahat cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain, sama ada di dalam Umno dan kerajaan.
Kredit: KINITV Sumber TKO - 30-7-20115
Najib selamat sebagai PM tapi bukan sebagai presiden Umno Posted on Thursday, July 30 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin meramalkan Datuk Seri Najib Razak bakal berhadapan gelora dalam Umno susulan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri.
Zainuddin yang dikenali sebagai Zam menyifatkan Najib "tersalah hitung" dalam tindakannya dan pilihan yang sedia ada sekarang adalah meneruskan langkah "autoritariannya".
"Penyingkiran Muhyiddin mungkin akan memanjangkan hayat kedudukan Najib sebagai perdana menteri tetapi beliau tidak akan dapat menyekat cabaran-cabaran besar yang akan dihadapi dari dalam parti akibat tindakannya yang tergesa-gesa.
"Tidak ada jalan lain lagi bagi Najib untuk menyelamatkan dirinya kecuali dengan menambahkan tindakan-tindakan yang bersifat authoritarian," tulis Zam di blognya, hari ini.
Sumber TKO - 30-7-2015 Pengundi sudah lebih daripada meluat - Muhyiddin Posted on Thursday, July 30 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'.
Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU akan datang.
"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH beri kepada kita selepas PRU lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.
"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau lebih kurang daripada itu, nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno untuk melihat perkembangan ini kerana situasi semasa tidak memihak kepada parti itu.
"... tetapi trend itu sudah menurun , tidak lagi lebih dua pertiga, hanya jumlah kerusi majoriti mudah.
"Kalau begitu keadaannya menjadi satu perkara yang paling penting dalam Perhimpunan Agung Umno sama ada di bahagian, sayap Umno, untuk melihat apa hal yang sudah berlaku dalam parti, perkembangan dalam kerajaan dan dalam negara kita yang menyebabkan sentimen yang saya sebut tadi hampir berada dalam keadaan sebahagian besar rakyat tidak menjadi pengundi kita, kenapa berlaku? Saya rasa ini lebih daripada meluat, ini bukan saya sebut," kataya. - Sinar
Sumber TKO - 30-7-2015
Abdul Gani dipecat kerana mahu dakwa Najib? Posted on Thursday, July 30 @ 13:15:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Azri El
BANGI, Selasa – Tindakan tergesa-gesa Putrajaya memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, menimbulkan persoalan sama ada ia sebahagian perancangan untuk menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak yang sedang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Persoalan itu dibangkitkan beberapa pemimpin pembangkang hari ini, yang menyifatkan pemecatan itu tidak sah, dan melanggar Perlembagaan.
Mereka merujuk kepada Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, bahawa jawatan Peguam Negara adalah setaraf kedudukannya dengan Hakim Mahkamah Persekutuan dan hanya boleh dipecat dengan saranan sebuah tribunal khas yang ditubuhkan.
“Timbul persoalan sekarang, kenapakah Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba atas nasihat Perdana Menteri di dalam keadaan Perdana Menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri?
“Apakah kerana penyiasatan yang dijalankan terarah kepada bukti-bukti yang akan memalitkan diri Perdana Menteri dan mendedahkan Perdana Menteri kepada suatu pendakwaan jenayah?” soal Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa pula, tindakan gopoh Putrajaya itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
“Kenapa AG perlu digugurkan begitu gopoh?
“Jika ia bertujuan untuk mengubah haluan siasatan 1MDB, ternyata negara berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal,” katanya.
Gani adalah salah seorang anggota pasukan petugas khas yang sedang menjalankan siasatan terhadap Najib berhubung isu 1MDB.
Selain Gani, tiga lagi anggota pasukan itu adalah Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Gani ditamatkan perkhidmatannya bermula semalam dan diganti bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Penamatan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan malam tadi.
Menurut Ali, perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.
Bagaimanapun, media hari ini melaporkan Gani tidak tahu langsung berkenaan pengumuman yang dibuat oleh Ali Hamsa.-ismaweb
Sumber TKO - 30-7-2015
Umno: Najib hadapi jalan buntu singkir Muhyiddin
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menghadapi jalan buntu untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin dari kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno yang sepatutnya dilakukannya dengan pantas setelah menyingkirkannya dari Timbalan Perdana Menteri.
Menurut bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin ini terdedah apabila mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipanggilnya esok di samping taklimat Presiden Umno mengenai penyingkiran itu dibatalkan kerana dibimbangi akan menimbulkan kekecohan.
"Walaupun Muhyiddin dan Shafie Apdal yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MKT sudah cukup mengancam perasaan Najib," tulis beliau dalam blognya, hari ini.
Ini, ujarnya berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang walaupun tidak pasti sokongan terhadapnya tetapi telah memanggil mesyuarat MKT sebaik sahaja memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.
"Tetapi Najib nampaknya tidak berani mengambil risiko walaupun beliau pasti sebahagian besar anggota MKT menyokongnya," ujarnya lagi.
Justeru, beliau tidak boleh membayangkan apa akan terjadi kepada Umno sekiranya Muhyiddin terpaksa dikekalkan kedudukannya hingga mesyuarat perwakilan Umno akan datang.
"Dalam tidak menemui alasan yang kuat, Najib mungkin akan membuat kenyataan beliau tidak bermaksud untuk memecat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno tetapi sekadarkan Timbalan Perdana Menteri sahaja," ulasnya lagi. - HARAKAHDAILY 30/7/2015 Sumber HD - 30-7-2015
Betulkah apa yang disebut Muhyiddin itu?
HARAKAHDAILY | .
Sidang akhbar Muhyiddin di rumahnya, semalam. KUALA LUMPUR: Sekali lagi video rakaman curi 'menembak' Datuk Seri Najib Razak tersebar dengan meluas. Dan sekali lagi juga ia berkaitan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, cuma mungkin yang merakamnya saja orang yang berbeza.
Melalui rakaman perbualan antara Muhyiddin dengan beberapa tetamu di rumahnya, termasuk Mukhriz Mahathir dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan beliau sudah bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan melibatkan wang RM2.6 bilion sebagaimana laporan WSJ itu.
Muhyiddin, dalam video itu kemudian mengatakan Najib mengakui mengenai wang tersebut dan rakaman itu berakhir dengan ayat, "lalu saya tanya, kenapa masuk dalam akaun peribadi anda?"
Menurut Shahbudin, video hampir seminit itu sudah pun mula tersebar luas di alam maya sejak malam tadi dan menjadi perbualan hangat ketika ini.
Tambahnya, tidak saja di bandar dan kota, makcik-makcik tua di kampung yang mempunyai telefon pintar, sebahagiannya kerana hadiah daripada anak-anak atau membelinya hasil wang BR1M, turut berpeluang menontonnya.
"Maklumat sekarang sudah menerobos hingga ke ceruk kampung jauh di pedalaman. Meriah beb," tulisnya lagi.
Katanya, ada beberapa rakan memberitahu, mereka juga dihubungi oleh ibu, kakak atau emak saudara di kampung sambil bertanya, 'betulkah apa yang disebut Muhyiddin itu'.
Bagi beliau, walaupun video itu merupakan rakaman curi dan sekali lagi siapa perakamnya sedang dipertikaikan dan dicari, yang penting di sini ialah apakah isi yang diperkatakan oleh Muhyiddin itu.
"Lupakanlah menempelak siapa perakamnya dan cuba menyalahkan perbuatan itu kerana perakam curi ini ialah pencuri yang baik, budiman dan berjasa kepada negara.
"Lihat mesej dan isi rakaman video itu jika jujur mahukan kebenaran," ulasnya lagi. - HARAKAHDAILY 30/7/2015 Sumber HD - 30-7-2015
FB PM dibanjiri mesej 'letak jawatan' Posted on Thursday, July 30 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol
Laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah dibanjiri dengan mesej "#najibletakjawatan" sejak semalam, selepas beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam posting Najib mengenai kabinet barunya, ruangan komen telah dibanjiri hampir keseluruhannya dengan mesej yang sama: #najibletakjawatan.
Sehingga pagi ini, terdapat sejumlah 34,952 komen, kebanyakan dengan hashtag #najibletakjawatan. Post ini juga mendapat 16,926 'likes'.
Beberapa penyokong Najib berusaha untuk menangani kebanjiran spam itu dengan hastag "#WeSupportYouNajibRazak".
Sumber TKO - 30-7-2015
Muhyiddin: Isu ‘sekapal’ dengan Tun M tak penting Posted on Thursday, July 30 @ 03:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mahu mengambil tempoh untuk bertenang dan kembali rasional sebelum membuat sebarang keputusan.
Muhyiddin juga menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti berjuang demi rakyat dan negara tercinta ini.
"Perkara ini baru saja saya hadapi. Jadi, bagilah saya sedikit masa dan ruang untuk saya betulkan balik kedudukan saya supaya saya bersikap rasional, bertanggungjawab... penting untuk apa-apa yang saya lakukan pada masa-masa akan datang. Itu memerlukan saya mengambil sedikit masa...Apa yang perlu dibuat, dilaksanakan.
"Sebelum ini saya sudah melaksanakan apa yang saya fikir terbaik untuk parti baik dari segi mahu mengukuhkan perpaduan dalam parti, kukuhkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan rakyat Malaysia (dan)melaksanakan segala dasar-dasar supaya rakyat akan terus menyokong kita.
"Jadi, hal-hal sebegini akan saya teruskan walaupun terbatas kerana saya tidak lagi menjawat jawatan TPM, ini tidak menjadi halangan atau kekangan untuk saya meneruskan," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.
Menjawab soal perancangannya untuk menyertai perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau memberitahu perkara itu tidak begitu penting.
"Soal sama ada saya satu platform dengan Tun Mahathir Mohamad, bagi saya tidak begitu penting.
"Saya fikir bukan sahaja Tun Mahathir, rakyat pun mahu supaya kita (pemimpin) buat perkata yang difikirkan perlu untuk negara," katanya.
Namun katanya, pandangan Dr Mahathir perlu diberi perhatian dan barisan pemimpin perlu bersikap terbuka dalam hal itu.
"Apa pun pandangan seperti tokoh lama, bekas perdana menteri tidak boleh kita ketepikan. Beliau ada pandangan dan beliau masih lagi cergas untuk memberikan sumbangan.
"Bagi saya kita harus bersikap terbuka dan jangan memandang serong terhadap pandangan sesiapa pun termasuk Tun Mahathir asalkan niat dan tujuannya adalah untuk kebaikan negara," katanya.
Beliau yang hadir ke sidang media itu ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abd Rahman turut meluahkan bahawa apa yang menimpa dirinya itu tidak penting sebaliknya negara, rakyat dan parti kini menjadi keutamaan beliau.
"Mengambil kira tugas dan tanggungjawab saya dalam parti, saya kata saya tidak harus memikirkan soal apa yang telah berlaku terhadap saya hingga ganggu tugas saya sebagai timbalan presiden parti.
Saya harus sedar, masalah yang penting bukan saya. Masalah yang penting adalah parti, masa depan rakyat.
"Jadi, kita tidak seharusnya terganggu dengan apa yang berlaku terhadap diri saya. Kerana saya nak tunjukkan bahawa walau saya berdepan ini semua, bagi saya yang penting adalah parti... masa depan negara. Jadi, saya akan laksanakan apa yang harus saya laksanakan. Saya tidak akan terganggu dengan apa yang berlaku ke atas saya saat ini," katanya. _ Sinar
Sumber TKO - 30-7-2015
Najib tak layan soalan tentang video bocor Posted on Thursday, July 30 @ 01:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak layan soalan mengenai video kontroversi di mana bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa perdana menteri mengaku memindahkan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.
Soalan itu diajukan ketika Najib meninggalkan majlis di Kuala Lumpur malam ini.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan yang menghadiri majlis yang sama, menyangkal dakwaan tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas Najib beredar, Ahmad Maslan berkata perdana menteri telah memberi taklimat kepada Majlis Tertinggi Umno mengenai isu RM2.6 bilion itu.
"Beliau (Najib) tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan dimasukkan ke dalam akaunnya," tegas Ahmad Maslan.
Sumber TKO - 30-7-2015
Lima persoalan penting dijawab Muhyiddin Posted on Wednesday, July 29 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Ekoran daripada pengguguran beliau dari Kabinet semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjadi topik perbualan bagi setiap rakyat Malaysia yang mengikuti hal ehwal semasa.
Muhyiddin telah diminta mengulas tentang beberapa isu mendesak dalam sidang media khas di kediamannya di Bukit Damansara awal hari ini.
Antara soalan utama yang ditanyakan adalah sama ada beliau menyesal memberi kenyataan terbuka mengenai siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dipercayai menjadi punca penggugurannya dari jawatan Kabinet.
Muhyiddin juga ditanya sama ada beliau yakin isu 1MDB boleh diselesaikan, berapa banyak yang diketahui tentang skandal itu, dan jika penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara dan pelantikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai usaha untuk mengganggu siasatan.
Ketika sidang media mula meraih momentum, Muhyiddin telah ditanya mengenai cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan berita pengguguran jawatan kepada beliau.
Menjawab pertanyaan tersebut, Muhyiddin bercerita tentang bagaimana Najib kelihatan agak sukar untuk memberitahu bahawa nama Muhyiddin tidak termasuk dalam senarai baharu Kabinet. Najib juga dikatakan memberitahu kepadanya dengan kata-kata yang terbatas.
Berkenaan UMNO, para wartawan sangat berminat untuk mngetahui sama ada Muhyiddin akan kekal berada dalam parti.
Ahli Parlimen Pagoh itu memberitahu, kedudukannya dalam parti sebagai Timbalas Presiden UMNO kekal, maka tugas dan tanggungjawabnya dalam membantu Presiden memacu parti ke peringkat lebih tinggi masih sama. Muhyiddin juga memberitahu bahawa beliau tidak punya alasan untuk percaya kedudukannya dalam parti terancam.
Beralih topik berkenaan para penyokongnya, Muhyiddin berkata beliau memahami sekiranya mereka berasa marah atau kecewa. Namun beliau yakin semua orang akan melihat bahawa hatinya hanya meletakkan kepentingan terhadap UMNO dan negara.
Apabila Muhyiddin kini dilihat sebagai salah seorang pengkritik Najib, bekas tokoh nombor dua negara itu ditanya sama ada beliau kini berdiri di platform sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad – yang tidak dapat dinafi menjadi pengkritik tegar pentadbiran Najib.
Memberi reaksi tentang hal itu, Muhyiddin berkata isu sama ada benar atau tidak beliau kini dalam ‘kem’ Dr Mahathir, tidak relevan. Perkara yang lebih penting adalah setiap kritikan itu perlu dipertimbang secara berasingan dan bertepatan. - Astro Sumber TKO - 29-7-2015
Muhyiddin kata PM akui RM2.6 bilion dalam akaun (bersama video) Posted on Wednesday, July 29 @ 21:20:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.
Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.
Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.
Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.
"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.
"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?,” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.
Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.
Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.
"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.
"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.
Berikut adalah transkrip penuh perbualan:
Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.
Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.
Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.
Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account? - Malaysiakini
Sumber TKO - 29-7-2015 Zahid cuma TPM sementara? Posted on Wednesday, July 29 @ 16:26:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Seorang bekas anggota kabinet hari ini membangkitkan sama ada pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi menggantikan Tan Sri Munyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri hanya bersifat sementara.
Tan Sri Zainuddin Maidin, menteri penerangan antara 2006 hingga 2008, berteori, pelantikan Zahid akan memastikan laluan mudah buat Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tempat sebagai perdana menteri atau timbalan perdana menteri pada masa sesuai.
Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu juga mengingatkan bahawa Hishamuddin seorang sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah adakah pelantikan Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri hanya bersifat sementara bagi memberikan laluan ke puncak kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin yang juga pernah menjadi menteri dalam negeri dan banyak menyimpan rahsia-rahsia penting kementerian itu,” katanya.
Menegaskan tiada perancangan dan janji yang kekal dalam politik, Zainuddin mengingatkan bahawa kedudukan itu akan ditentukan dalam pemilihan Umno selepas pilihan raya umum akan datang.
Itu pun, sindirnya, sekiranya BN atau Umno masih berkuasa dan sekiranya Najib merasa perlu untuk berundur.
Sementara itu, Zainuddin juga mempertikaikan pengumuman tergesa-gesa kabinet baru semalam yang menurutnya mengendalakan keperluan menyediakan laporan 1MDB telah menghampakan rakyat dan hanya mengutamakan kelangsungan Najib.
“Jika Najib mengambil berat terhadap kepenatan penantian rakyat terhadap laporan 1MDB maka tentulah beliau menangguhkan dahulu pengumuman kabinet barunya yang memerlukannya mengambil tiga orang yang sedang menjalankan menyiapkan laporan hasil siasatan itu
“Demikianlah juga penyingkiran peguam negara (Tan Sri) Gani Patail yang terlibat dalam tugas yang sama,” kata Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.
Zainuddin berkata orang ramai kini nampak keperluan membuat rombakan itu susulan “bahaya yang datang dari kenyataan Muhyiddin” yang mengenai 1MDB dalam majlis Umno Cheras baru-baru ini.
Sumber TKO - 29-7-2015
Saya hanya tahu digugur sejam sebelum umum - Muhyidin Posted on Wednesday, July 29 @ 16:20:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau hanya mengetahui berhubung penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri pada 12.15 tengah hari semalam, kira-kira sejam sebelum pengumuman perdana menteri.
Katanya, beliau dimaklumkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 11.30 pagi.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, memandangkan beliau pada ketika itu berada di Sendayan Negeri Sembilan, beliau hanya bertemu Najib pada jam 12.15 tengah hari.
"Dia jemput saya dan selepas perbincangan saya beri pendapat saya dan beliau jelaskan apa yang patut dijelaskan.
"Dan saya tanya tujuan dijemput, adakah berkaitan rombakan. Dan dia angguk. Saya tanya adakah you nak bercakap apa-apa dengan saya.
"Dia (Najib) cakap dia susah nak cakap. Kemudian saya tanya adakah saya tak tersenarai, dia angguk dan ucapkan terima kasih," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya hari ini.
Pada sidang media itu turut dihadiri isteri beliau Norainee Abd Rahman.
Sebelum sidang media diadakan, Muhyiddin kelihatan tersenyum dan melambaikan tangannya kepada media.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang dianggap memberi liputan "luar biasa" pada hari ini.
"Bagi saya ini agak luar biasa. Pertama kali saya lihat sejumlah wakil media dan kamera agak banyak dalam majlis pertemuan dengan saya," kata Muhyiddin tersenyum.
Ikut whip jika undi tak percaya
Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau akan menyokong undi tidak percaya terhadap Najib, timbalan pengerusi BN itu berkata, sebagai ahli parti beliau akan mengikut keputusan ketua whip BN di Parlimen.
Ketua whip BN di Parlimen ialah Tan Sri Shahrir Samad.
"Saya tak tahu itu (undi tak percaya) akan diadakan di Parlimen. Cuma hipotetikal sehingga perkara itu akan diadakan, itu kita kena tunggu,
"Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, maka saya akan buat keputusan berdasarkan ketua whip dalam Parlimen," katanya.
Sementara itu, ditanya lagi sama ada beliau berhasrat untuk menggantikan jawatan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Muhyiddin sambil ketawa berkata, perkara itu perlu diusulkan oleh pihak di Parlimen.
Malah, pada ketika ini beliau lebih selesa dengan keadaan sekarang dan tidak berhasrat menjawat jawatan tersebut.
"Tak berhasrat (gantikan Nur Jazlan). Saya selesa dengan keadaan sekarang. Biar ia diusul oleh pihak tertentu di Parlimen," kata ahli parlimen Pagoh itu. - MK
Sumber TKO - 29-7-2015 Muhyiddin Memang Cari Nahas – Nazri Aziz Posted on Wednesday, July 29 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Kuala Lumpur – Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jemaah menteri tidak mengejutkan kerana beliau memang terang-terangan melanggar keputusan Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, ucapan Muhyiddin pada mesyuarat Umno bahagian Cheras Ahad lalu keterlaluan hingga tidak dapat dibendung lagi mengakibatkan tindakan tersebut diambil.
“Dalam Kabinet, kita sudah bersetuju, hanya Husni boleh cakap mengenai 1MDB sehinggalah pasukan petugas khas selesai menjalankan tugasnya,” katanya merujuk kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“Tetapi beliau (Muhyiddin) tidak patuh kepada keputusan Kabinet dan terus melancarkan serangan Ahad lepas ketika mesyuarat Umno Cheras itu,” katanya.
Bercakap kepada The Malaysian Insider dari Milan, Italy, Nazri berkata pelantikan menteri Kabinet merupakan prerogatif perdana menteri dan Datuk Seri Najib Razak hanya melantik mereka yang setia kepadanya.
“Pertamanya, Kabinet memang prerogatif perdana menteri, dan sudah tentu beliau perlu melantik mereka yang setia kepadanya dan mereka yang beliau selesa dengannya.
“Masa-masa begini kita tidak boleh ada Kabinet yang berpecah. Perdana menteri lakukan tindakan yang betul dengan melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Jelas sekali, beberapa orang menteri yang digugurkan itu, terutamanya daripada Umno, tidak mematuhi arahan dalam kes 1MDB, atau memang masa mereka sudah tiba,” katanya.
Najib juga menggugurkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek.
Shafie sebelum ini turut dilihat kritikal mengenai cara Najib menangani 1MDB dan secara terbuka mengkritik perdana menteri manakala Hassan secara amnya dilihat tidak berkesan dalam mengendalikan kementeriannya.
“Secara peribadi, saya rasa tidak selesa apabila timbalan menyerang perdana menteri dan tidak menunjukkan sokongan. Itu tidak betul,” kata Nazri.
Mengenai dakwaan Najib memusnahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan melemahkan penyiasatan atas 1MDB dengan menaikkan pangkat 4 ahlinya – Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau – menjadi timbalan menteri, Nazri berkata, rakyat tidak perlu terlalu cuba mentafsirkan maksud sesuatu yang tersirat.
“Saya rasa kita tidak perlu terlalu cuba membaca apa yang tersirat di sebaliknya. Mereka ini memang sewajarnya menerima kenaikan pangkat. Nur Jazlan sudah lama layak. Beliau diletakkan di Kementerian Dalam Negeri, kementerian yang berkuasa dan penting. Reezal memang mahir dalam hal ehwal antarabangsa,” katanya.
Ahad lepas, pada mesyuarat Umno bahagian Cheras, Muhyiddin mempersoalkan skandal sekitar hutang RM42 bilion 1MDB, dan pendedahan The Wall Street Journal mengenai wang daripada dana pelaburan negara yang didakwa disalurkan ke dalam akaun perdana menteri.
Pejabat Perdana Menteri semalam menjawab, meminta semua orang bersabar dan menunggu keputusan akhir siasatan.
Sumber TKO - 29-7-2015
Fakta Semasa Berkenaan UMNO Posted on Wednesday, July 29 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PENYINGKIRAN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal dari kabinet hari ini, tidak menjadikan kedua mereka sebagai Timbalan Presiden/Naib Presiden UMNO pertama menjawat jawatan penting parti, tanpa disokong jawatan kabinet dalam sejarah negara ini.
Sebaliknya, ia adalah Tun Musa Hitam (1981-1986) yang terlebih dahulu mencatat sejarah sebagai Timbalan Presiden UMNO pertama tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Beliau kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO lebih setahun sebelum kalah dalam pemilihan 1987.
Musa dipaksa melepaskan jawatan tersebut pada 27 Februari 1986 akibat tidak bersependapat dalam soal menguruskan tragedi Memali, tapi kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga 24 April 1987 bila kalah dengan majoriti 40 undi di tangan Tun Ghaffar Baba.
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula adalah Naib Presiden UMNO pertama yang tidak diberikan sebarang jawatan Menteri sekalipun menang dalam pemilihan 1987. Sebelum pemilihan tahun tersebut, Tun Abdullah adalah Menteri Pertahanan tapi kerana kedudukannya sebagai antara orang penting dalam Team B, maka jawatan Menterinya dinafikan.
Semua ini berlaku dalam era pemerintahan orang yang sama – Tun Mahathir Mohamad.
Sumber TKO - 29-7-2015
Kenapa gugur Muhyiddin? Rakyat tanya Najib Posted on Wednesday, July 29 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SHAH ALAM – Pengumuman rombakan barisan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggugurkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menimbulkan tanda tanya rakyat meskipun ada yang menjangka perkara itu akan berlaku.
Sinar Online mendapatkan reaksi orang ramai sejurus pengumuman dibuat, hari ini.
Menurut Arman Putera Asmuni, 42, Najib perlu menyatakan alasan menggugurkan Muhyiddin kepada rakyat supaya rakyat dapat menerima keputusannya itu.
“Mudah sahaja. Kenapa (gugur Muhyiddin)? Jika dia (Najib) boleh jawab kenapa, kita boleh terimalah rasionalnya keperluan menukar timbalan perdana menteri. Sebab (Muhyiddin) tidak sakit atau masalah kesihatan dan tidak ada kes besar yang dilaporkan secara rasmi terhadapnya, jadi, soalan saya, kenapa?
“Yang lain-lain juga kenapa ditukar portfolio dan digugurkan? Jika beliau boleh tampil dan jelaskan ‘saya gugurkan pemimpin yang ini kerana alasan ini’, rakyat boleh terima,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Najib dalam sidang media secara langsung menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.
Namun, desas-desus menyebut pengguguran itu ada kaitan dengan kelantangan Timbalan Presiden Umno itu dalam mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun, Arman Putera dilihat tidak terkejut dengan keputusan itu dan sudah menjangkakan ia akan berlaku susulan beberapa tindakan Muhyiddin sebelum ini yang mengkritik 1MDB.
“Jangkaan itu ada. Saya tidak terkejut, cuma seperti saya kata tadi, mesti ada alasan kenapa gugurkan, kenapa ditukar?,” katanya.
Perkara sama turut disuarakan Vanishree Radha Krishna, 37, yang mengakui tidak terkejut langsung dengan rombakan itu dan sudah pun menjangkakan perkara itu.
Namun katanya, Najib tidak sepatutnya terus ‘menghapuskan’ Muhyiddin apabila pemimpin itu dilihat tidak memihak kepadanya dalam skandal 1MDB.
“Sepatutnya Muhyiddin daripada awal kena bela rakyat bukan hanya pada masa ini sahaja (melibatkan skandal 1MDB). Sebelum ini pun, ada banyak lagi isu lain tapi masih belum terlambat. Mungkin sekarang beliau dah sedar. Terlalu banyak isu timbul dia rasa makin lama rakyat Malaysia dianaktirikan.
“Mungkin suara hati dia merasakan ini semua tak betul dan dia mula bersuara. Sepatutnya beliau diberikan kebebasan, tak bolehlah terus ‘shut him off’. Apa yang Najib buat sekarang ini memang ‘very clear cut’,” katanya.
Vanishree juga kesal apabila isu perkauman dibangkitkan sejak kebelakangan ini yang didakwanya bagi menutup isu atau skandal yang didedahkan.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak isu perkauman dibangkitkan tapi realitinya ketiga-tiga bangsa utama di negara ini tidak ada gaduh. Saya tak pernah gaduh dengan Melayu atau Cina malah saya tinggal di kawasan yang pelbagai kaum.
“Saya lihat kes-kes perkauman seperti diadakan. Kami sayang negara ini dan nak tinggal di sini dengan menyayangi kaum lain seperti adik-beradik. Boleh dikatakan ahli politik di negara ini... tapi bukan semua, tidak cintakan negara ini. Mereka ‘money minded’. Kalau betul mereka cintakan negara ini, mereka tidak akan rosakkan negara,” katanya.
Sementara, Ahmad Razif, 27 pula memilih untuk menyerahkan semua keputusan rombakan itu kepada pihak yang berkaitan dan menanti keputusan siasatan berhubung 1MDB yang sedang berjalan.
“Isu yang melibatkan 1MDB itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman dan tidak didedahkan kepada umum sangat tapi memandangkan dunia sekarang yang menggunakan teknologi yang pelbagai, jadi, maklumat dapat lebih cepat.
“Perkara ini dalam siasatan lagi, saya pun tak tahu nak komen positif atau negatif. Saya serahkan semua kepada Kabinet. Kita tunggulah kata putus selepas siasatan selesai nanti,” katanya. - Sinar
Sumber TKO - 29-7-2015
Mesyuarat MT Umno Jumaat ini, apa nasib Muhyiddin
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Walaupun sudah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi merupakan Timbalan Presiden Umno sehinggalah pemilihan yang akan datang.
Menurut penulis Shahbudin Husin, oleh kerana pemilihan Umno yang sepatutnya diadakan pada 2016 telah ditangguhkan selama 18 bulan lagi untuk memberi laluan kepada pengukuhan parti dan pilihan raya ke-14 terlebih dahulu, ia dijangka hanya akan diadakan pada tahun 2018.
Katanya, ini bermakna, meskipun tanpa jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin masih lagi merupakan pemimpin nombor dua dalam Umno sehinggalah tahun 2018 akan datang nanti.
"Ia bukan saja bermakna Najib sebagai Presiden Umno terpaksa duduk bersebelahan dengan Muhyiddin setiap sebulan sekali dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti, malah tidak boleh mengelak daripada duduk bersama di pentas utama ketika Perhimpunan Agung Umno yang diadakan setiap tahun dengan disaksikan oleh para perwakilan daripada seluruh negara," tulis beliau dalam blognya.
Tambahnya, termasuk tahun ini sehinggalah pemilihan 2018 nanti, bermakna sekurang-kurangnya ada empat kali lagi Perhimpunan Agung Umno yang perlu dilalui secara bersama oleh Najib dan Muhyiddin dan ia sekaligus memberi erti kedua-duanya akan terus dalam dilema 'mata berpandangan, budi kedapatan' dalam acara tahunan itu.
Lebih daripada itu, ujarnya sebagai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin juga masih perlu menunaikan tanggungjawab merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada setiap tahun.
"Bagi Muhyiddin, beliau mungkin tiada masalah menghadiri, baik mesyuarat bulanan MT Umno mahu pun Perhimpunan Agung tahunan parti kerana sebagai orang yang sudah dipecat, itulah peluang untuk terus menampilkan dirinya sambil meraih sisa-sisa simpati daripada mereka yang menyaksikan kehadirannya, tetapi ia tentu saja berlainan bagi Najib," tambahnya.
Baginya, setelah menendang timbalannya itu daripada jawatan kerajaan hanya kerana isu 1MDB dan demi menyelamatkan kerusi Perdana Menterinya, Najib barangkali tidak memerlukan lagi Muhyiddin untuk terus berada di sebelahnya dalam apa jua urusan parti selepas ini.
Lalu, tanya beliau apa nasib Muhyiddin dalam Umno sebenarnya?
"Apakah Najib sanggup membiarkan saja Muhyiddin terus berada dalam parti sebagai orang nombor dua sehingga tahun 2018 nanti atau bakal 'menendangnya' sekali lagi?" tanya beliau.
Katanya, kebetulan pada Jumaat, 31 Julai ini akan diadakan mesyuarat bulanan MT Umno yang bukan saja akan menjadi mesyuarat yang pertama dihadiri oleh Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno tanpa jawatan dalam kerajaan, bahkan mungkin yang terakhir juga baginya.
Tambahnya lagi, tidak lama selepas dipecat semalam, berlegar desas-desus bahawa ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras pada Ahad lalu sedang dikaji dan dianaliasa untuk mencari kemungkinan ia turut melanggar disiplin parti. - HARAKAHDAILY 29/7/2015 Sumber HD - 29-7-2015
Akhirnya Muhyidin Keluar Jumpa Media Posted on Tuesday, July 28 @ 23:14:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada media atas sokongan dan liputan yang dilakukan di rumahnya dari pagi sehingga ke malam tadi untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku.
Bagaimanapun, katanya, tiada sidang media akan diadakan hari ini melainkan pada keesokan harinya iaitu 29 Julai pada jam 11:00 pagi di rumahnya.
Adakah pertelagahan dalam Umno akan cetuskan perpecahan? Posted on Tuesday, July 28 @ 22:57:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Oleh V Shuman
SEKILAS PANDANG: Pertelagahan dalaman Umno nampaknya semakin merebak, dengan orang nombor dua parti itu memberikan beberapa kenyataan serius terhadap cara beberapa isu sedang ditangani oleh kerajaan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak asing lagi dengan tindakan mempersoalkan urusan-urusan meragukan di sebalik kontroversi 1MDB. Beliau telah melakukannya sebelum ini, dan pada 26 Julai, dia melakukannya sekali lagi - secara bersungguh-sungguh.
Ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Cheras, Muhyiddin mengulangi seruan beliau supaya tindakan diambil terhadap mereka yang terbabit dengan dana itu, jika ini tidak dilakukan, "Umno dan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang."
Laporan-laporan berita memetik Muhyiddin menyuarakan beberapa kebimbangan, termasuk tentang laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa berbilion-bilion ringgit telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi bosnya - Perdana Menteri Najib Razak.
Muhyiddin memberitahu perhimpunan itu bahawa selepas berita itu tersebar, beliau menghantar SMS Najib, meminta Najib untuk mengeluarkan penafian, tetapi apa yang muncul selepas itu hanyalah penafian "rasmi" dari Jabatan Perdana Menteri.
Beliau mengulangi seruannya kepada Najib dan barulah perdana menteri mengeluarkan kenyataan menafikan yang dia pernah menggunakan mana-mana dana untuk tujuan peribadi.
Persoalan masih belum terjawab sama ada dana tersebut telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, dan tujuannya.
Muhyiddin juga mensasarkan rakan-rakannya dalam kabinet Husni Hanadzlah dan Abdul Rahman Dahlan, yang lantang menyokong Najib, tetapi "penjelasan mereka gagal mengurangkan keraguan orang ramai mengenai perkara itu." Oleh itu, semua laporan mengenai 1MDB perlu diumumkan kepada orang ramai, katanya.
Muhyiddin juga menggesa ahli-ahli Umno untuk menghentikan kritikan terhadap ahli veteran parti dan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad, kerana ia hanya akan melemahkan parti.
Walaupun tidak mensasarkan mana-mana pihak tertentu melalui seruan ini, ianya mungkin Najib sendiri yang baru-baru ini kerap menyerang pengkritik No. 1 beliau, Mahathir.
Perlu diingat bahawa selama beberapa tahun, Muhyiddin telah menjawat pelbagai jawatan kementerian, termasuk sebagai menteri besar, semasa Mahathir merupakan PM.
Muhyiddin juga, dalam satu kenyataan yang menentang pendirian kabinet beliau yang jarang-jarang dapat dilihat, menyuarakan sokongan beliau terhadap penerbitan harian perniagaan yang kini digantung The Edge, dan berkata beliau bergantung dengannya setiap hari untuk mendapatkan maklumat mengenai 1MDB.
"Orang ramai memberitahu saya yang laporan The Edge tidak betul. Jadi beritahu saya, apa yang betul," katanya.
Kenyataan Muhyiddin itu tepat pada waktunya. Ini kerana siasatan ke atas 1MDB nampaknya sudah terpesong, dengan kerani penghantar surat kini turut ditahan bagi membantu siasatan.
Apa pula selepas ini? Pembancuh teh pejabat 1MDB, dan budak-budak praktikal yang dipaksa memusnahkan dokumen-dokumen penting?
Sementara itu, ikan-ikan jerung seperti jutawan Jho Low, yang telah dikaitkan dengan dana itu dari awal-awal lagi, tidak disentuh.
Komen Muhyiddin juga menyindir Najib, yang belum lagi memberikan penjelasan yang memuaskan berkenaan 1MDB, tetapi pada masa yang sama telah menggunakan semua sumber untuk menutup mulut pengkritik dana itu.
Jadi apa yang Abdul Rahman (Dahlan) dan Husni akan lakukan sekarang? Mengenepikan pendapat Muhyiddin dan menuduhnya cuba untuk melemahkan parti?
The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa laman-laman blog pro-Umno menuduh sekumpulan pemimpin Pemuda Umno cuba berkomplot menentang Najib.
Ini menunjukkan yang keretakan ini bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi parti, tetapi mungkin di setiap peringkat. Sejujurnya, Najib juga tidak mendapat sokongan daripada peringkat akar umbi.
Dengan semua ini sedang berlaku, adakah pemimpin-pemimpin Umno dan ahli-ahlinya akan bersatu dan membuang 'nanah' yang sedang membusuk ini - 1MDB?
Atau adakah mereka akan meletakkan kepentingan mereka sendiri di atas kepentingan parti dan berpura-pura bahawa parti itu dan negara baik-baik sahaja, dan terus mempertahankan apa yang tidak dapat dipertahankan?
Hari-hari mendatang akan mendedahkan lebih banyak jawapannya - jangan terlepas perkembangan selanjutnya. - TheAntDaily
Sumber TKO - 28-7-2015
Mukhriz Mahathir tiba di rumah Muhyiddin Posted on Tuesday, July 28 @ 22:39:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru saja hadir ke kediaman bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 8.35 malam tadi.
Beliau kemudiannya terus memasuki rumah berkenaan tanpa berkata apa-apa kepada wakil media yang telah menunggu di situ sejak petang tadi lagi.
Beberapa minit sebelum itu, Muhyiddin keluar untuk pertama kalinya sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada rakan media dan mereka yang mengunjungi beliau.
Muhyiddin yang berbaju petak biru kelihatan tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada kira-kira empat puluh petugas media tempatan dan antarabangsa di perkarangan rumahnya.
Beliau bagaimanapun menyatakan hanya akan membuat sidang akhbar pada keesokan harinya.
"Saya cuma nak nyatakan saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya dan media pun telah melaporkan apa yang telah berlaku dan bagaimana kenyataan yang telah saya keluarkan petang tadi. Dan saya tak akan beri kenyataan baru.
"Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi saya jemput semua media datang sini dan di situ nanti saya akan jelaskan apa-apa pertanyaan persoalan yang dikemukakan oleh saudara-saudara sekalian sama ada media tempatan atau antarabangsa.
“Itu saja saya nak sebutkan," kata beliau sebelum kembali ke rumahnya. - MK
Sumber TKO - 28-7-2015
Rombak kabinet: Najib pilih Zahid ganti
Muhyiddin?
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pergeseran dalaman Umno semakin sampai ke kemuncaknya.
Yang terbaharu ialah desas-desus akan berlakunya rombakan kabinet yang membabitkan beberapa jawatan utama.
Perkara ini turut mendapat perhatian ramai pihak termasuk penganalisis politik Shahbudin Husin.
Berikut petikan tulisan beliau dalam blognya.
Susulan ucapan Muhyiddin Yassin di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras Ahad lalu yang menyentuh banyak perkara mengenai Perdana Menteri dan 1MDB, ia kini merebak pula kepada usaha menekan kedudukan Timbalan Perdana Menteri itu.
Bertitik tolak daripada semua perkembangan itu, Najib Razak juga dikatakan akan mengadakan
rombakan kabinetnya dalam sehari dua ini bagi memastikan kedudukannya tidak lagi mudah
diganggu-gugat, khususnya oleh Muhyiddin.
Selain beberapa menteri dikhabarkan akan digugurkan, kedudukan Muhyiddin adalah sasaran utama
dalam rombakan ini. Menteri lain yang disebut-sebut turut digugurkan ialah Shafie Apdal yang
dianggap tidak lagi setia kepada Najib sejak kebelakangan ini manakala Hasan Malek, Shahidan
Kassim dan beberapa yang lain akan diketepikan kerana prestasi dan lebih menjadi cemuhan
masyarakat.
Ada yang mengatakan beliau akan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantikan dengan
Ahmad Zahid Hamidi, manakala yang lain pula percaya, tiada kementerian khusus atau hanya
kementerian tidak penting saja akan diberikan kepada Muhyiddin kali ini.
Najib dikatakan perlu mengambil langkah segera menyekat kemaraan langkah Muhyiddin, selain
sudah cukup "berasa hati" dengan gelagat timbalannya itu selama ini. Ada yang melaporkan, di majlis jamuan Hari Raya anjuran CIMB malam tadi, kedua-duanya kelihatan tidak lagi mesra sepertimana selalu.
Cuma, adakah Najib benar-benar berani menyingkirkan atau mengurangkan kuasa timbalannya itu
sedangkan beliau sendiri sedang tersepit dengan undang-undang yang sedang memburunya?
Adakah Ahmad Zahid Hamidi pula benar-benar pilihan yang berwibawa untuk mengambil alih tempat Muhyiddin dan mampu menciptakan keputusan lebih baik dalam pilihanraya akan datang?
Yang lebih sadis, bagaimana jika setelah rombakan kabinet dilakukan, tiba-tiba pasukan petugas khas nanti mendapati pengaliran wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib itu benar-benar wujud? – HARAKAHDAILY 28/7/2015 Sumber HD - 28-7-2015
Singkir Muhyiddin, Najib berani ambil risiko
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin tidak mahu percaya berita yang disebarkan oleh beberapa portal mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam penyusunan semula kabinet yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Katanya, amaran-amaran kepada Muhyiddin telahpun diberikan oleh blog-blog Umno dan juga Speaker Sabah, Salleh Said Keruak dan sebuah NGO yang memperkecil Muhyiddin sebagai melakukan beberapa kegagalan sebagai Menteri Pelajaran dan mempersoalkan kesetiannya terhadap Najib.
"Takkan Speaker Sabah begitu berani sekali menghina dan mencabar Muhyiddin supaya berhenti jika beliau tidak mendapat signal," tulis beliau dalam blognya.
Menurutnya, jika spekulasi ini berlaku maka nyatalah Datuk Seri Najib Razak nekad dan berani mengambil risiko paling tinggi yang akan melibatkan masa depan Umno dan negara demi untuk survivalnya.
"Saya harap berita ini tidak benar," ujarnya yang lebih dikenali dengan panggilan Zam. - HARAKAHDAILY 28/7/2015 Sumber HD - 28-7-2015
Sediakah PM gugurkan timbalannya? Posted on Tuesday, July 28 @ 05:12:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Mengkritik dan dikritik adalah perkara biasa dalam dunia politik hari ini.
Namun untuk bertindak menggugurkan seseorang pemimpin yang bersuara lantang bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi tanpa mengundang tindak balas negatif.
Menurut penganalisis politik, Prof James Chin adalah mustahil untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui rombakan kabinet.
Malah menurut Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania itu, bukanlah tugas mudah untuk menggantikan timbalan presiden Umno itu yang sudah menjadi menteri kabinet selama dua dekad.
Sebaliknya James meminta perdana menteri berhati-berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan berhubung langkah tersebut, dengan membangkitkan kes Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
"Apabila Mahathir mahu menggugurkan (timbalan perdana menteri ketika itu Tun) Musa Hitam dan (Tun) Ghafar Baba, mereka sedia pergi.
"Bagaimanapun, apabila dia memecat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Mahathir hampir hilang kawalan parti. Oleh itu, ia tidak mudah, jika Najib mahu menggantikan Muhyiddin, "katanya kepada Malaysiakini.
Ujar James lagi, Najib mesti mendapatkan calon pengganti yang lebih berwibawa sekali gus dapat mengawal penyokong Muhyiddin. - MK
Sumber TKO - 28-7-2015
Blog pro Umno sekali lagi dakwa Pemuda mahu jatuhkan Najib
Posted on Monday, July 27 @ 12:06:54 MYT by paktam
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK DAN MD IZWAN Selepas mendakwa pimpinan Pemuda Umno mengatur rancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April lalu, blog pro Umno, Mykmu.net sekali lagi tampil membuat dakwaan sama dalam entri terbarunya pada Sabtu. Memetik rangkaian perbualan Whatsapp antara beberapa pemimpin Pemuda Umno, blog itu mendakwa terdapat pimpinan Pemuda Umno dan mereka yang rapat dengan ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dipercayai sedang bergerak mempengaruhi Pemuda agar tidak menyokong Najib.
Naib ketua Pemuda Khairul Azwan Harun ketika dihubungi enggan mengesah atau menafikan laporan blog berkenaan sebaliknya berkata tugas Pemuda adalah memastikan kejayaan Umno dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya, hasrat dan tugas Pemuda Umno sudah diketahui perdana menteri dan tugas yang lebih besar ialah menarik sokongan pengundi muda."Kamu baca dan komen sendiri. Saya malas baca blog," katanya kepada The Malaysian Insider. Ketika ditanya keengganan menafikan laporan blog berkenaan sebagai tanda mengiakannya, Azwan berkata:"Terserah." Blog itu mendakwa, perbualan kumpulan itu antara lain mendakwa Najib seorang yang berpura-pura, maka tidak salah mereka berpura-pura menyokong tetapi berbuat sebaliknya. Salah seorang daripada mereka meyakinkan kumpulan itu yang dia mempunyai pasukan media siber besar yang boleh menentang penyokong Najib, namun enggan menggunakan buat masa ini bagi menyembunyikan kekuatan. Dakwaan terbaru MyKMU.net itu dibuat hanya 3 bulan selepas ia menerbitkan laporan mendakwa beberapa pemimpin Pemuda Umno cuba menyingkirkan Najib atau melemahkan kedudukannya. Tetapi, pemimpin yang dinamakan dalam laporannya itu dengan segera menafikan dakwaan tersebut dan menganggap blog itu "tidak bertanggungjawab". Sementara itu, bekas naib ketua Pemuda Umno Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat memberitahu The Malaysian Insider, ahli Pemuda tidak boleh lagi gentar dan ragu dalam menyampaikan isi hati rakyat yang ketika ini berdepan dengan pelbagai masalah. Katanya, kesempatan menjelang Persidangan Pemuda Bahagian seluruh Malaysia yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi perlu digunakan sebaiknya untuk membincangkan isu kepentingan rakyat. "Kepada pemimpin muda, inilah peluang terbaik untuk suarakan apa saja isu rakyat, tanpa rasa gentar dan ragu," katanya kepada The Malaysian Insider. Katanya, ketika umat Islam di seluruh Malaysia sedang menyambut Aidilfitri, sudah pastinya pelbagai isu dibangkitkan ketika berkunjung. "Aidilfitri menemukan kita dengan keluarga dan sanak saudara, sudah tentulah kita mendengar pelbagai reaksi mengenai apa jua isu yang melanda negara. "Rakyat berbincang soal kepimpinan, ekonomi, sosiomasyarakat dan semua aspek kehidupan di negara ini," katanya. Beliau yang juga terlibat menganjurkan forum kontroversi Nothing2Hide itu berkata, pergerakan Pemuda tidak boleh lagi membincangkan isu 'membodek pemimpin' dan bercakap perkara yang enak didengar saja.
"Kita tidak mahu orang Melayu bersidang bercakap yang sedap-sedap saja. Bercakap perkara yang molek-molek saja, yang bodek-bodek saja," katanya. Khairul Anwar juga menggesa Pemuda Umno supaya berani dan tidak bersikap takut kehilangan jawatan hanya kerana menegur pemimpin atasan. "Saya sedang memperkenalkan satu tagline baru iaitu 'Nothing to Lose'. "Pemimpin pemuda Melayu tidak perlu bimbang untuk kalah jika menyatakan yang hak, dan dilucut jawatan, kerana itu tanda perjuangan," katanya. Khairul Anwar selepas forum kontroversi yang dibatalkan pada Jun lalu meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam Umno, dipercayai susulan tekanan dikenakan ke atasnya. Beliau sebelum ini ialah ketua Pemuda Umno Kluang, naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia.
Sementara itu, 2 exco Pemuda Umno iaitu Ibdillah Ishak dan Shahril Hamdan yang namanya disebut dalam blog berkenaan turut enggan memberikan komen mengenai pendedahan itu. Khairy juga enggan mengulas isu itu selepas satu mesej Whatsapp dikirimkan kepadanya dan isyarat menunjukkan beliau sudah membaca pertanyaan The Malaysian Insider. -themalaysianinsider.com
Sumber DD - 27-7-2015
Saya berpegang pada kebebasan bersuara - Nazir
BERNAMA | .
PUTRAJAYA: "Ia bukan kerana mereka (petugas The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily)... saya berpegang pada kebebasan bersuara dan memberi berpendapat. Itu sahaja".
Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak yang juga adik bongsu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian sebagai mengulas posting beliau baru-baru ini dalam akaun media sosial, Instagram mengenai penggantungan permit penerbitan akhbar 'The Edge Weekly' dan 'The Edge Financial Daily'.
"Inilah (pendirian saya) bukan mempertahankan sesiapa...ini adalah prinsip kebebasan media," katanya.
Bercakap kepada media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini, Nazir berkata, semuanya masih baik dalam keluarganya.
"Saya juga berbual secara peribadi dengan abang saya (Najib) tetapi saya tidak akan berkongsi dengan andalah...," kata Nazir.
Pada Jumaat, beliau meletakkan logo The Edge pada laman Instagramnya dengan kapsyen, 'The Edge is a pillar of our business community - big role in keeping us informed, honest and competitive" (The Edge merupakan tonggak bagi komuniti perniagaan kami - berperanan besar dalam sentiasa memberi maklumat kepada kami secara jujur dan kompetitif".
Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit penerbitan akhbar 'The Edge Weekly' dan 'The Edge Financial Daily' selama tiga bulan, mulai 27 Julai. - Bernama Sumber HD - 26-7-2015
No comments:
Post a Comment