Fakta #1: Nama asal Arakan (Rakhine) ialah Rohang. Perkataan Rohingya bermaksud penduduk asal Rohang.
Komen: Jika tanya saya, ada apa pada nama? Ia adalah segala-galanya. Ada sebab kenapa nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia.
Fakta #2: Undang-Undang Kerakyatan Burma yang dilaksanakan oleh kerajaan tentera pada tahun 1982 telah menafikan status kerakyatan Rohingya. Daripada 1.3 juta populasi, hanya lebih kurang 40,000 orang merupakan rakyat yang sah.
Komen: Setiap perjanjian dan undang-undang mesti ada hitam putih. Mungkin ada sebab juga kenapa kontrak sosial kita tiada dokumen rasminya? Ingat, kuasa sebenar adalah pada tentera dan ekonomi, bukan politik.
Fakta #3: Sejak berpuluh tahun, ratusan ribu Rohingya hanya tinggal di kem-kem dalam keadaan yang sangat menderita. Mereka berhadapan krisis kurang nutrisi yang sangat kritikal dengan 45 peratus tidak mempunyai sumber makanan yang tetap.
Komen: Hak keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal yang dinafikan menjadikan mereka lebih teruk dilayan daripada haiwan.
Fakta #4: Rohingya diiktiraf sebagai bangsa minoriti yang paling teruk ditindas dalam dunia moden hari ini.
Komen: Walaupun keadaan ini telah diketahui oleh badan berautoriti dunia, pejuang hak asasi manusia dan pelbagai negara namun majoriti seolah tidak mampu berbuat apa-apa.
Fakta #5: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi merupakan penerima Nobel Prize Keamanan Dunia tapi hakikatnya merupakan dalang yang menyokong penglibatan tentera menghapuskan Rohingya secara licik.
Komen: Pengiktirafan Barat adalah atas pencapaian menjayakan agenda mereka, bukan rakyat setempat. Jangan pernah tertipu dengan topeng-topeng seperti ini yang dicipta untuk menipu seluruh dunia
Perlu difahami krisis ini adalah rantaian pembantaian Islam di seluruh dunia dan satu proses menghancurkan umat Islam secara keras dan konsisten. Bukan lagi sekadar isu kemanusiaan, tapi
isu AQIDAH!
#prayforrohingya
#kembalikantanahrohingya
Muhammad Lukman Al Hakim
Ketua Pemuda Isma
Sumber TKO -24-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rohingya: Wujudkan tentera pengaman negara Islamhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43323-rohingya-wujudkan-tentera-pengaman-negara-islam KUALA LUMPUR: Pasukan tentera pengaman negara-negara Islam perlu ditubuhkan segera, kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad. Katanya, kejadian pembersihan etnik masyarakat Islam Rohingya di Myanmar sepatutnya telah membuka mata pemimpin-pemimpin negara Islam. Menurutnya, walaupun telah ada tentera pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu namun ia bukan di bawah kawalan negara-negara Islam. "Hari ini terdapat umat Islam yang merupakan minoriti di negara mereka yang berhadapan dengan ancaman-ancaman pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai atau pengusiran dari kampung halaman mereka," ujarnya dalam satu kenyataan. Tambah beliau, tanpa campur tangan pasukan tentera pengaman mereka tidak akan mendapat pembelaaan yang sewajarnya. "Cukuplah dengan pengalaman pembersihan etnik umat Islam Bosnia di Balkan pada awal 90-an," katanya. Beliau berkata, walaupun bilangan tentera pasukan tersebut adalah kecil pada peringkat awal namun ia memberi isyarat kepada dunia bahawa nasib minoriti umat Islam akan sentiasa dibela. - HARAKAHDAILY 23/11/2016 Sumber HD- 23-11-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika bermusafir ke Indonesia untuk memantau projek pelarian Rohingya yang dikelolakan oleh Lonely Orphans, sebuah pertubuhan kebajikan dari Britain, Syed Ikhlass telah bertemu dengan seorang wira sejati; Yusuf.
Menyelamatkan lebih 300 orang pelarian Rohingya
Apa yang buatkan kami lebih terharu lagi apabila Yusuf sendiri merupakan seorang nelayan miskin yang tinggal di perairan Langsa, Indonesia. Baru-baru ini, dia telah menyelamatkan lebih daripada 300 orang pelarian Rohingya yang terdampar di lautan. Yusuf telah menemui sebuah kapal yang terdampar di tengah lautan, 7 jam dari darat. Kapal itu sarat dengan pelarian Rohingya yang menyelamatkan diri daripada kekejaman pemerintahan kuku besi kerajaan Myanmar.
Yusuf cuba untuk melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa, tetapi akibat terlalu bersimpati dengan nasib pelarian tersebut, Yusuf langsung cuba untuk menyelamatkan mereka sendiri. Cuma masalah besar yang dihadapi Yusuf adalah kapal nelayan dia hanya mampu memuatkan seramai 48 orang sahaja.
Yusuf dan Syed Ikhlass Yusuf memberitahu Syed:
“Terdapat ramai orang yang terdampar, sebahagian daripadanya hanya berbogel sahaja. Saya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa dan secara peribadi telah melakukan 7 trip dengan setiap satu trip memakan masa 14 jam.”
Warga Rohingya di kem pelarian
Bila ditanya mengapa dia melakukan sedemikian dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan mereka, ini jawapan Yusuf:
“Saya mesti membantu mereka, dan apabila kita berada di lautan, kita perlu saling membantu, tidak kira dari mana asal usul kita.”
Syed memberitahu bahawa Yusuf adalah seorang yang merendah diri yang tidak meminta apa-apa balasan daripada perbuatan yang dia lakukan. Yusuf hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.
www.indahnyaislam.my Sumber TKO - 23-11-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Rohingya bertambah buruk apabila semangat nasionalis & agama telah disalahguna Oleh Junta Tentera & Sami Posted on Wednesday, November 23 @ 19:11:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32538 |
[ AWAS GAMBAR NEGERI DI DALAM ] Selepas menonton beberapa dokumentari antarabangsa dan ceramah para sukarelawan yang telah pergi ke sana, dapat aku simpulkan bahawa:
Pada awalnya adalah sengketa antara etnik Rohingya & Rakhine bertambah buruk apabila semangat nasionalis & agama telah disalahguna oleh Kerajaan Junta Tentera & para Sami yang bersekongkol dengan pemerintah untuk menghalalkan cara dan membiakkan kebencian ke atas kaum minoriti.
Melihat kepada beberapa dokumen bocor mengenai rancangan strategik untuk menghapuskan etnik Rohingya, aku tidak fikir keganasan ini boleh terhenti jika masyarakat Dunia tidak memberikan tekanan ke atas Kerajaan Myanmar.
Teruskan #berdoa agar Allah menghantar pertolonganNya kepada etnik Rohingya yang teraniaya.
Sumber TKO - 23-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teruskan #berdoa agar Allah menghantar pertolonganNya kepada etnik Rohingya yang teraniaya.
Sumber TKO - 23-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rohingya: Myanmar jangan jadi negara pengganas
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43318-rohingya-myanmar-jangan-jadi-negara-pengganas
SOLIDARITI UNTUK UMAT ISLAM ROHINGYA, MYANMAR JANGAN JADI NEGARA PENGGANAS
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengajak umat Islam khususnya di negeri Sabah mengutuk tindakan kerajaan Myanmar yang membantai umat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar. Kekejaman dan jenayah keganasan yang dilakukan oleh pihak rejim melalui junta tenteranya terhadap etnik minoriti Muslim Rohingya yang merupakan penduduk asal disifatkan bertujuan bagi penghapusan etnik dan menafikan kerakyatan mereka.
Tindakan para junta Myanmar yang bersifat agresif melakukan jenayah laksana kumpulan pengganas dengan membakar perkampungan, menyiksa, mencabul kehormatan, menembak dan menyembelih tanpa mengira kanak-kanak dan wanita perlu dihentikan segera.
Dalam situasi seperti ini, marilah kita melazimi bacaan Qunut Nazilah agar Allah memberikan bantuan kepada saudara Muslim kita di Arakan dan menghapuskan segala kebatilan yang ada di bumi Myanmar. Di samping itu, ambil pengajaran dari hadis Nabi SAW yang bermaksud; "Orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakitnya).” (H.R. Muslim).
Atas solidariti (kebersamaan) bagi kita mempertahankan hak umat Islam di bumi Arakan, Myanmar maka kami menyeru seluruh umat Islam di Malaysia dan khususnya di Sabah untuk meluangkan masa dan keprihatinan bagi bersama-sama menyertai:
1) Pra-Himpunan Bantahan Kekejaman Terhadap Umat Islam pada 25 November 2016 (Jumaat) selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.
2) Himpunan Solidariti Ummah yang diadakan pada 26 November 2016 (Sabtu) selepas solat Zohor di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Semoga dengan kehadiran semua, ini membuktikan keprihatinan kita dan menjadi suatu tekanan yang kuat untuk menghentikan jenayah keganasan yang dilakukan kepada umat Islam di Myanmar.
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
23 November 2016 | 23 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 23/11/2016
Sumber HD - 23-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Solidariti untuk Rohingya, amaran kepada Myanmar
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43313-solidariti-untuk-rohingya-amaran-kepada-myanmar
DUNIA wajib memperlihatkan tindakan tegas memencil dan memulau Myanmar dari hubungan diplomatik dengan negara zalim itu. Serta mengambil tindakan keselamatan segera atas keganasan dilakukan junta tenteranya terhadap etnik minoriti Muslim Rohingya; penduduk asal yang sengaja dinafikan kerakyatan mereka.
Tindakan dengan membakar perkampungan, menyiksa jasad fizikal, menembak dan menyembelih bunuh tanpa mengira kanak-kanak dan wanita dilakukan junta tentera Myanmar adalah sangat keterlaluan dan melampau serta zalim. Menjadikan nyawa manusia semurah haiwan hanyalah perbuatan bersifat kebinatangan yang dilakukan oleh golongan berjiwa syaitan.
Kaum Muslimin pada era awal Islam pernah bangkit secara quwwah (kekuatan) membela seorang Muslimah yang diragut maruahnya oleh kaum kafir. Maka atas keimanan sama, umat Islam di dunia hari ini wajib bangun memperlihatkan amaran atas tindakan keji Myanmar itu.
Atas solidariti itulah, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam meluangkan masa dan keprihatinan untuk bergerak ke Kuala Lumpur menyertai Himpunan Solidariti Ummah pada Sabtu, 26 November ini di Masjid Negara selepas solat Zohor.
USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 23/11/2016
Sumber HD - 23-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PUM saran khutbah Jumaat kezaliman ke atas Rohingya
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43312-pum-saran-khutbah-jumaat-kezaliman-ke-atas-rohingya
KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menyokong saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar dibacakan doa Qunut Nazilah ketika solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan masyarakat Rohingya yang dizalimi di Myanmar.
"PUM juga menyarankan agar semua masjid di seluruh Malaysia membacakan teks khutbah mengenai kezaliman yang sedang berlaku ke atas etnik Rohingya di Myanmar.
"Ini bagi memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat terhadap nasib saudara Muslim kita di Myanmar yang tertindas dan diseksa," ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Syeikh Abdul Halim Abd Kadir kepada Harakahdaily.
Untuk itu, kata beliau sukacita PUM mencadangkan Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri agar dapat menyelaraskan perkara itu sebaik-baiknya. - HARAKAHDAILY 23/11/2016
Sumber HD - 23-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tubuh pakatan negara Asean hadapi kemelut Rohingya
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43309-tubuh-pakatan-negara-asean-hadapi-kemelut-rohingya
Isu Rohingya merupakan isu antarabangsa dan kemelut paling buruk kerana jenayah terhadap penduduk Rohingya tiada kesudahan. Walaupun parah, tiada reaksi dari para pemimpin anggota Asean. Hanya kedengaran bantahan di kalangan rakyat bawahan tapi tidak diendahkan.
Sebenarnya, pihak kerajaan Asean rata-ratanya mempunyai masalah dalam negara persis masalah Rohingya. Seperti Indonesia pernah mempunyai masalah dengan Timur Timor dengan berakhirnya tertubuhnya kerajaan Timor Leste pada 20 Mei 2002. Barangkali inilah tindakan paling aman yang dapat membendung masalah Indonesia-Timur Timor.
Namun, masalah Filipina dengan penduduk Moro tiada kesudahan. Bilangan penduduk Moro adalah satu pertiga dari jumlah penduduk Filipina. Angkatan bersenjata dari kalangan bangsa Moro menentang kerajaan Filipina tiada pula kesudahan. Justeru, Filipina menjemput Malaysia menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut Filipina-Moro. Akhirnya, Undang-undang Asas Bangsamoro telah digubal yang mengiktiraf kepimpinan Moro yang terhasil dari rundingan kerajaan Filipina dengan Kumpulan Pembebasan Bangsa Moro (MILF).
Namun, penyelesaian Filipina tidak juga reda. Malah, konflik merebak ke Lahad Datu, Sabah apabila kumpulan dari bangsa Moro yang mendakwa waris Kesultanan Sulu menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia. Muncullah satu kemelut baru dan konflik panjang antara Malaysia dan sebahagian kecil bangsa Moro. Masalah ini tidak selesai dan mengheret pihak tentera Malaysia menumpukan kawalan rapi di Sabah.
Begitu juga Selatan Thailand terutamanya wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani yang mempunyai kemelut dengan Kerajaan Thailand. Banyak kes sudah berlaku semenjak tahun 1960-an lagi dan paling parah pada 2004. Isu paling popular adalah penahanan penunjuk perasaan di bulan Ramadan yang berakhir dengan tragedi kematian ratusan penduduk Selatan Thailand. Isu ini bagaikan isu etnik yang saling berbalas serangan antara kerajaan Thailand dan pemberontak.
Dengan pelbagai masalah yang timbul di Asean, para pemimpin anggota Asean bersikap tunggu dan lihat. Lebih mencari titik persefahaman antara anggota Asean dari memilih sikap masuk campur urusan negara lain. Bahkan, rantau ini sudah mempunyai kes-kes peringkat antarabangsa membabitkan Laut China Selatan dan Kepulauan Spratly sehingga mengundang campur tangan Amerika Syarikat.
Apabila timbul isu Rohingya, ia tentu sekali tidak menarik minat anggota Asean. Malah, isu Rohingya tidak masuk dalam agenda dalam Mesyuarat Anggota-anggota Asean. Namun, ini tidak bermakna negara-negara Islam boleh berlepas tangan dari isu Rohingya. Usah hanya diharapkan suara dari Asean. Negara-negara Islam yang merupakan anggota Asean boleh berpakat dan bersatu menjuarai isu Rohinggya.
Negara-negara Islam Asean yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei sepatutnya menubuhkan sekretariat atau badan keamanan untuk memastikan kaum Rohingya dapat pembelaan sewajarnya. Tindakan ini merupakan tindakan untuk menjamin keselamatan serantau. Bukan hanya menyediakan penempatan pelarian Rohingya sebagaimana amalan sedia ada.
Bayangkan jumlah penduduk Rohingya mencecah angka 1.4 juta orang merupakan bilangan yang ramai. Jikalau kesemua mereka merupakan pelarian, negara-negara Asean bakal mempunyai masalah bagi menampung bilangan yang ramai. Tindakan yang wajar adalah membela penduduk Rohingya agar dapat kekal di sana sekaligus mengelak penduduk Rohingya dari menjadi pelarian antarabangsa yang sudah mencecah angka lebih 800,000 orang.
Pakatan negara-negara Islam Asean sudah sepatutnya wujud kerana mereka bukan sahaja berkongsi agama, mereka juga berkongsi budaya hidup Melayu. Malah, geo-politik Indonesia, Malaysia dan Brunei yang pernah diberi jolokan Kepulauan Melayu merupakan pakatan yang paling serasi dan kuat bagi menghadapi kemelut rantau ini termasuklah isu Rohingya. (ulamasedunia.org)
Sumber HD - 23-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rohingya duka berpanjangan tanpa pembelaan
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43307-rohingya-duka-berpanjangan-tanpa-pembelaan
Rakhine menjadi saksi pembataian berterusan tentera Myanmar terhadap etnik minoriti yang beragama Islam, Rohingya. Pembunuhan tanpa penentangan, runtuhan masjid, pembakaran kampung, wanita dirogol dan penangkapan kanak-kanak juga warga tua menjadikan bumi Arakan tempat paling memilukan dalam dunia.
Tindakan Bangladesh tanpa perikemanusiaan menutup sempadan menjadikan keadaan lebih parah. Ironisnya, Bangladesh merupakan negara keempat penduduk muslim terbesar di dunia dengan kepadatan penduduk melebihi 130 juta muslim dengan Islam merupakan agama rasmi negara tetapi membiarkan saudara Islam etnik Rohingya diperlakukan sedemikian.
Kemenangan Aung San Suu Kyi dalam pilihan raya Myanmar dengan "tagline" demokrasi hanya sandiwara. Malahan Anugerah Nobel Keamanan wajib ditarik kembali daripada beliau. Di mana perjuangan keamanan dan demokrasi beliau ketika tirani tentera Myanmar bermaharajalela rakus memamah Arakan?
Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak), mendesak kerajaan Malaysia untuk membawa suara majoriti umat Islam di Malaysia ke OIC, PBB dan Asean agar etnik Rohingya diberikan pembelaan dan keadilan sewajarnya.
Kerajaan Malaysia juga perlu mendesak OIC, PBB dan Asean untuk menyekat dan memberi tekanan ekonomi selagi Myanmar tidak memberhentikan serangan dan penindasan.
DPPN Perak juga mendesak agar kerajaan Malaysia menutup kedutaan Myanmar di atas kezaliman yang dilakukan. Malaysia negara aman yang tidak perlukan negara zalim dalam rakan niaga dan diplomasi. Duta Myanmar perlu memastikan nasib rakyatnya dibela jika ingin kembali semula.
DPPN Perak turut mencadangkan agar Kerajaan Negeri Perak bersedia menerima pelarian etnik Rohingya untuk ditempatkan sementara bagi menjamin keselamatan juga atas nama kemanusiaan. Perak merupakan negeri yang sangat luas. Masih boleh lagi dibangunkan satu kawasan contohnya seperti di Pulau Sembilan berhampiran Bagan Datoh untuk menempatkan mereka.
DPPN Perak menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya pemuda Perak untuk turun menyatakan kebersamaan dalam Himpunan Solidariti Ummah dan Munajat Perdana pada 26 November 2016, hari Sabtu jam 1:00 petang sehingga 4:00 petang di pekarangan Masjid Negara.
Semoga usaha kecil kita ini dapat memberi makna yang besar buat saudara kita yang dizalimi dan teraniaya.
Mohd Akmal Kamarudin
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
23 Safar 1438 / 23 November 2016 - HARAKAHDAILY 23/11/2016
Sumber HD - 23-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rohingya: PUM gesa Malaysia, OIC campur tangan
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43301-rohingya-pum-gesa-malaysia-oic-campur-tangan
KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) melahirkan rasa kecewa di atas sikap pemimpin dunia yang masih berdiam diri di atas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.
"Masyarakat Rohingya yang beragama Islam ini telah dizalimi dan ramai yang dibunuh dengan kejam.
"Kampung-kampung etnik Rohingya dibakar, masjid dimusnahkan, wanita diperkosa, anak kecil tidak berdosa turut dibunuh tanpa belas kasihan," ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Syeikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya PUM mendesak agar kerajaan Myanmar menghentikan serta-merta kegiatan genocide itu.
Tambahnya, PUM juga meminta campur tangan kerajaan Malaysia dan negara-negara Islam melalui OIC bagi mendesak kerajaan Myanmar menghentikan tindakan zalim dan biadap tersebut.
PBB juga, ujar beliau perlu campur tangan dengan segera supaya perkara tidak berlanjutan.
Menurutnya, media mainstream antarabangsa seolah tidak mahu melaporkan serta berdiam diri terhadap isu itu yang berlaku saban hari.
Beliau menambah, media antarabangsa mesti membongkar kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar agar dunia dapat mengutuk keras tindakan mereka.
"Kita tidak mahu berita Rohingya yang terkandas di laut dan digelar sebagai ‘people of the boat’ berulang kembali," katanya lagi.
Oleh sebab itu, ujar beliau apa yang dilakukan ke atas etnik Rohingya wajiblah ditentang habis-habisan dan dihentikan serta merta. - HARAKAHDAILY 22/11/2016
Sumber HD - 22-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelarian Rohingya dihalang masuk Bangladesh
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43297-pelarian-rohingya-dihalang-masuk-bangladesh
Sejumlah umat Islam Rohingya cuba melarikan diri ke Bangladesh akibat kekejaman yang semakin meruncing di barat Myanmar. Demikian menurut penduduk dan pegawai tentera Bangladesh dipetik dari berita Al-Jazeera bertarikh 17 November.
Agensi berita Reuters turut melaporkan situasi yang sama Rabu lalu dengan menyatakan sebahagian penduduk Rohingya ditembak semasa cuba melarikan diri menyeberangi Sungai Naaf yang memisahkan antara Myanmar dan Bangladesh manakala pelarian yang dapat sampai ke seberang pula dihalang pengawal sempadan Bangladesh dari memasuki negara itu.
Al-Jazeera turut dipetik berkata jumlah mangsa korban serangan terbaru berjumlah 130 orang; menyaksikan siri pertumpahan darah paling serius selepas perselisihan di barat Rakhine yang mengorbankan ratusan nyawa empat tahun lalu.
Krisis tersebut membuktikan kegagalan pengawasan tentera di bawah pentadbiran pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi, yang menaiki tampuk pemerintahan sejak tujuh bulan lalu.
Operasi ganas yang berlarutan lebih seminggu serta menggunakan helikopter itu merupakan serangan balas selepas sembilan pegawai polis dilaporkan terbunuh dalam serangan terhadap tiga pos sempadan pada 9 Oktober lalu.
Pihak tentera turut menutup pintu masuk ke wilayah bergolak yang diduduki majoriti etnik Rohingya dan menghalang bantuan dan pemerhati daripada memasuki wilayah itu. Menurut sumber sama, sekitar 500 orang pelarian etnik Rohingya telah melarikan diri sejak serangan Oktober lalu.
Dalam pada itu, Pegawai Komander Timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim, berkata 86 orang etnik Rohingya termasuk 40 wanita dan 25 kanak-kanak pelarian yang cuba memasuki Bangladesh telah dihalang oleh pengawal keselamatan sempadan pada Selasa lalu.
Sumber Reuters turut menjangkakan kumpulan pelarian yang gagal memasuki Bangladesh itu tidak akan kembali ke kampung-kampung mereka di Myanmar serta berkemungkinan terkandas di lautan.
Agensi berita AFP turut mengesahkan laporan dari pemimpin komuniti Rohingya dengan menyatakan sekitar 200 orang penduduk Islam Rohingya terkandas di sempadan Bangladesh.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini telah mengisytiharkan Rohingya sebagai salah satu etnik yang paling teruk ditindas.
Selain dinafikan hak kewarganegaraan, mereka dilabel sebagai pendatang haram oleh majoriti penduduk Myanmar yang beragama Buddha walaupun mempunyai sejarah asal usul yang panjang di negara itu. Negara Bangladesh pula enggan mendaftarkan ribuan pelarian Rohingya yang kini menetap di sempadan negara itu. (ulamasedunia.org)
Sumber HD - 22-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rohingya: Tentera tembak dulu baru bertanya - HRW
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43294-rohingya-tentera-tembak-dulu-baru-bertanya-hrw
Sekurang-kurangnya 70 warga Rohingya terbunuh di negara bahagian Rakhine dalam satu gelombang keganasan terbaru terhadap etnik minoriti Muslim Myanmar itu.
Menurut pemerhati, orang awam Rohingya kembali menjadi sasaran keganasan tentera Myanmar yang mempunyai rekod buruk pelanggaran hak asasi manusia.
"Masalahnya, tentera Myanmar mempunyai rekod yang sangat buruk jika berkaitan dengan orang awam. Mereka benar-benar menembak dulu, baru bertanya kemudian," kata Phil Robertson, timbalan pengarah bahagian Asia di institusi hak asasi manusia Human Right Watch (HRW), seperti dikutip CNN.
HRW mencatat lebih daripada 1,000 rumah warga Rohingya rata dengan tanah. Bangunan-bangunan mereka dibakar, terlihat dari titik-titik api pada imej satelit pada beberapa desa. Tentera juga mengerahkan helikopter untuk menembak warga Rohingya di Rakhine.
"Mereka melakukan bumi hangus. Tentera memang berhak mencari siapa yang menyerang pengawal sempadan, tetapi ini sudah keterlaluan," kata Robertson.
Menurut Suruhanjaya Penasihat untuk Negeri Rakhine yang juga bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, keganasan terhadap Rohingya menjadikan negara itu "kembali tidak stabil dan menyebabkan pelarian baru".
820 rumah Muslim Rohingya hancur
Imej satelit dari kampung Rohingya di negara bahagian Barat Rakhine Myanmar menunjukkan ada 820 struktur bangunan yang dikenal pasti dihancurkan di lima lokasi yang berbeza pada 10 hingga 18 November, menurut sebuah laporan yang dikeluarkan semalam.
Human Rights Watch (HRW) meminta kerajaan Myanmar untuk menjemput PBB membantu dalam penyelidikan tentang kemusnahan struktur bangunan tersebut.
Permintaan itu mengalu-alukan kenyataan pelapor khas PBB mengenai Myanmar, yang melawat kawasan itu sebagai sebahagian daripada delegasi yang dipimpin kerajaan pada awal November lalu.
"Pasukan keselamatan tidak boleh diberikan izin untuk meningkatkan operasi mereka dan memberikan izin masuk bagi delegasi antarabangsa," kata Yanghee Lee dalam satu kenyataan, 18 November lalu.
"Tindakan mendesak diperlukan untuk membawa resolusi dalam menangani situasi ini," tambahnya, lapor Anadolu Agency. [Islampos
Sumber HD- 22-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Halau duta Myanmar pulang, sekat pekerja masuk
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43290-halau-duta-myanmar-pulang-sekat-pekerja-masuk
Halau Duta Myanmar Pulang, Sekat Kemasukan Pekerja Dari Negara Mereka
Berhimpun, berdemonstrasi, berucap berapi-rapi, berdoa dengan tangis air mata, kemudian menyerahkan memorandum bantahan ke Pejabat Kedutaan dan akhirnya membuat sidang akhbar mengecam pembunuhan saudara seislam kita di sana. Ini adalah sifir dan format tetap (by default) kita di negara ini atas nama cintakan saudara seagama yang dibunuh kejam di Myanmar, Bangladesh malahan mana-mana negara sekalipun. Setiap kali berlaku pembunuhan dan kezaliman, kita hanya mengulangi skrip ini. Betul atau tidak, tuan-tuan?
Atas sebab itu, mereka tidak pernah takut untuk mengulangi pembunuhan, kezaliman dan kekejaman ini untuk kali yang seterusnya. Kerana apa? Kerana mereka tahu sifir dan format kemarahan umat Islam serantau hanyalah setakat itu sahaja. Ia hanya dalam bentuk demonstrasi-berucap-berdoa-serah memorandum dan sidang media sahaja. Malahan ada yang ke tempat demonstrasi hanya untuk bergambar dan memuat naik status Facebook semata-mata.
Episod kekejaman dan kezaliman rejim Myanmar kepada umat Islam serta pejuang agama Allah SWT ini seakan-akan tiada berkesudahan. Semakin hari semakin ramai yang mati dibunuh tanpa sekelumit pun peri kemanusiaan. Mereka tiada pembela dan pembenteng utama. Tiada secebis harapan pun di dalam hati mereka. Hampa.
Mengikut Amnesty International, Muslim Rohingya menderita dan didera tanpa perikemanusiaan di bawah junta Myanmar sejak tahun 1978 lagi sehinggakan terlalu ramai yang telah lari ke Bangladesh dan negara negara sekitar. Bahkan diakui di serata dunia, Muslim Rohingya adalah satu bangsa minoriti yang paling kuat menerima tekanan dan penderaan dalam sejarah bangsa kecil mereka.
Dan konflik bertambah rumit apabila terjadinya tragedi di Rakhine pada tahun 2012 sehinggakan ribuan yang terkorban dan lebih seratus ribu menjadi pelarian di serata tempat. UNHCR pula melaporkan sejak 2014 lebih 1,100 orang pelarian yang berlepas melalui laut dari Myanmar telah mati dan lebih 1,000 orang lagi dipercayai hilang di lautan luas pada tahun tersebut.
Mereka lari meninggalkan negara Myanmar setelah pembunuhan dan kekejaman berterusan tanpa beradu. Hidup dalam ketakutan dan kerungsingan saban hari dan setiap malam. Lalu, mereka meninggalkan negara tanah tumpah darah sendiri yang telah menafikan kerakyatan bangsa mereka.
Akta Kewarganegaraan 1982 di Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu bangsa di negara tersebut. Malahan jika mereka mahu mendapatkan juga taraf warganegara, mereka perlu membuktikan bahawa nenek moyang mereka telahpun wujud dan menempati negara Burma sejak tahun 1823 lagi.
Tuan-tuan, siapakah antara kita, manusia biasa yang menyimpan salasilah keluarganya sejak 200 tahun yang lampau? Malahan jika kita ada menyimpan pun sejarah itu, bagaimana pula mahu membuktikan bahawa moyang kita sudah pun wujud sejak 1823 di sesebuah negara?
Myanmar semakin melampaui. Darah saudara seagama kita tidak boleh tumpah lagi ke bumi ini. Kerajaan Malaysia wajib memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Junta ini, halau duta mereka pulang dan tutup pejabat mereka. Panggil pulang duta Malaysia di Perbandaran Dagon, Yangon serta sekat kemasukan pekerja asing dari Myanmar dan berikan perlindungan kepada pelarian Rohingya.
Bukan hanya Kerajaan Israel Zionis yang perlu kita pertegaskan prinsip dan dasar kita, namun kerajaan zalim Myanmar pun wajib mengerti apa itu nilai persaudaraan dalam Islam! - HARAKAHDAILY 22/11/2016
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Sumber HD - 22-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemerintah Myanmar Dikesan Musnahkan Lima Buah Kampung
Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch – HRW) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, menggesa pemerinta Myanmar menjemput Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membantu dalam siasatan agar tidak berpihak.
“Imej-imej satelit baru membimbangkan mengesahkan bahawa kemusnahan di kampung-kampung Rohingya adalah jauh lebih besar dan di lebih banyak tempat daripada kerajaan yang telah diakui Myanmar,” kata Pengarah Asia HRW Brad Adams.
Jurucakap Presiden Myanmar menuduh HRW keterlaluan pada minggu lalu selepas menerbitkan sejumlah awal imej satelit yang menunjukkan 430 bangunan sedang musnah di tiga buah kampung.
Beliau menuduh media antarabangsa salah lapor keadaan di Rakhine, di mana kerajaan Myanmar telah mengadakan operasi besar-besaran keselamatan.
Operasi secara berterusan itu dibuat sejak sembilan pegawai polis dibunuh oleh penyerang yang tidak dikenali, yang menyerang pondok pengawal di kampung Maungdaw yang bersempadan dengan Bangladesh, bulan lalu.
Namun begitu, pemerintah negara itu mengakui telah menggunakan helikopter bagi menyokong tentera darat dalam operasi.
Umat Islam Rohingya menghadapi diskriminasi ‘sengit’, penindasan dan keganasan di negeri Rakhine, kerana mereka dianggap sebagai pendatang haram dan kerap menjadi sasaran majoriti Buddha wilayah itu.
Myanmar enggan memberikan mereka kewarganegaraan walaupun mereka telah tinggal di rantau ini sejak beberapa generasi yang lalu.
Kini, lebih daripada 100,000 Rohingya masih tinggal di kem-kem selepas dihalau dari rumah mereka berikutan pertempuran dengan penduduk Rakhine pada tahun 2012.
HRW berkata imej satelit baru itu direkodkan pada 18 10, 17 dan 18 November menjadikan jumlah bangunan yang musnah didokumenkan kepada 1,250 buah semuanya.
Seorang aktivis Pertubuhan Kebangsaan Arakan RohingyaKo Ko Linn berkata, beratus-ratus tangkapan dibuat dan sekurang-kurangnya 1,000 rumah di Maungdaw dibakar serta lebih daripada 100 orang terbunuh.
Tuntutan-tuntutan ini, bagaimanapun, adalah mustahil untuk mengesahkan dakwaan terhadap pemerintah Myanmar, kerana sekatan akses internet, wartawan dan pekerja bantuan.
Pada hari Jumaat, PBB memberi amaran mengenai keadaan hak asasi semakin buruk di negeri Rakhine.
Berpuluh-puluh ribu orang telah melarikan diri rumah mereka ketika operasi keselamatan dijalankan.
Bantuan kemanusiaan telah digantung dan orang awam dilaporkan terperangkap dalam tindakan ketenteraan, bahkan terdapat laporan pencabulan hak asasi manusia, termasuk rogol dan serangan seksual, gadis dan wanita – AJ
Sumber BO - 21-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seruan Muslim Rohingya: Tak Ada yang Bantu Kami di Sini Posted on Monday, November 21 @ 20:52:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32509 |
Kezaliman dan kekerasan yang dilakukan militer Myanmar terhadap warga Muslim Rohingya. Pada Selasa (25/10), seorang warga yang bernama Maung Maung mengatakan bahwa tentera Myanmar telah mendiskriminasikan warga Maungdaw, Provinsi Arakan.
“Kami menerima sejumlah pertolongan dari warga Maungdaw beberapa hari terakhir. Mereka mengatakan bahwa tentera telah mendiskrminasikan mereka dan mengambil pengakuan secara paksa,” katanya.
“Mereka mengatakan, tentara membawa orang desa yang tidak bersalah untuk diinterogasi. Warga Rohingya kini juga tidak memiliki cukup makanan,” tambahnya kepada Anadolu Agency.
Hal yang sama juga dialami pengungsi Rohingya di daerah Kyetyoepyin.
Seorang warga Warpaik yang berlindung di Kyetyoepyin mengaku sangat membutuhkan bantuan karena belum menerima bantuan apapun dari badan PBB maupun LSM lainnya.
“Tidak ada yang membantu kami di sini. Kami juga dibatasi untuk pindah ke desa-desa lainnya,” papar Aung Kyaw Min, nama warga tersebut, melalui sambungan telepon.
“Kami orang Rakhine berada dalam kesulitan. Tapi tidak ada badan PBB atau LSM yang ingin membantu kami,” pungkasnya.
Perlu diketahui, pemerintah Myanmar memberlakukan Daerah Darurat Militer di wilayah Rakhine sepekan setelah serangan 9 Oktober yang menargetkan tiga pos polisi. Kendati belum diketahui identitas pasti para penyerang, pemerintah melakukan kampanye militer dan penangkapan di kampung-kampung Muslim.
Bahkan, pihak militer dan polisi Myanmar tanpa pandang bulu membunuh warga Muslim Rohingya, membakar dan menjarah rumah-rumah dan desa mereka, dengan dalih mencari penyerang. (kiblat.net/informasiterupdate.com)
(nahimunkar.com)
“Tidak ada yang membantu kami di sini. Kami juga dibatasi untuk pindah ke desa-desa lainnya,” papar Aung Kyaw Min, nama warga tersebut, melalui sambungan telepon.
“Kami orang Rakhine berada dalam kesulitan. Tapi tidak ada badan PBB atau LSM yang ingin membantu kami,” pungkasnya.
Perlu diketahui, pemerintah Myanmar memberlakukan Daerah Darurat Militer di wilayah Rakhine sepekan setelah serangan 9 Oktober yang menargetkan tiga pos polisi. Kendati belum diketahui identitas pasti para penyerang, pemerintah melakukan kampanye militer dan penangkapan di kampung-kampung Muslim.
Bahkan, pihak militer dan polisi Myanmar tanpa pandang bulu membunuh warga Muslim Rohingya, membakar dan menjarah rumah-rumah dan desa mereka, dengan dalih mencari penyerang. (kiblat.net/informasiterupdate.com)
(nahimunkar.com)
Sumber TKO - 21-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Himpunan Solidariti Ummah di Masjid Negara 26 Nov
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43268-himpunan-solidariti-ummah-di-masjid-negara-26-nov
KUALA LUMPUR: Himpunan Solidariti Ummah berhubung isu Rohingya, Syria dan sekatan Mesir ke Gaza akan diadakan di pekarangan Masjid Negara pada 26 November (Sabtu) ini.
Himpunan itu dijadual bermula jam 1.00 tengah hari hingga 4.30 petang.
"Kepada semua warga prihatin khas ummat Islam, ayuh kita bermunajat sama-sama di Masjid Negara pada 26 Nov 2016 ini seraya kita memahami apakah situasi terkini yang berlaku di bumi bergolak itu.
"Semoga doa kita meringankan beban derita mereka," ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.
Sumber HD - 20-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bayi 18 bulan mangsa kekejaman tentera Myanmar
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43251-bayi-18-bulan-mangsa-kekejaman-tentera-myanmar
Ketegangan yang berlaku di Rohingya semakin meruncing apabila pasukan keselamatan Myanmar melancarkan operasi penghapusan etnik Rohingya di negara itu, lapor laman web Kesatuan Ulama Sedunia - Asia.
Menurut sumber RB News, serangan terbaru telah mengakibatkan lebih 30 orang rakyat etnik Rohingya termasuk bayi berusia 18 bulan terbunuh.
Pembunuhan kejam tentera Myanmar itu dilaporkan berlaku di bandar Maungdaw 14 November lalu.
Pada masa sama, 100 orang anggota tentera, polis dan juga pasukan pengawal sempadan (BGP) dilaporkan memasuki perkampungan Dar Gyi Sar serta memaksa kaum wanita dan juga kanak-kanak keluar dari kawasan tersebut dengan menggunakan keganasan.
Memetik sumber sama, penduduk kampung memaklumkan seorang bayi lelaki berusia 18 bulan maut di tempat kejadian apabila dipukul dengan kayu oleh seorang tentera.
Selain itu, laman RB News turut menyenaraikan nama-nama mangsa yang terbunuh dan menyatakan anggaran sebenar angka korban masih belum dapat dipastikan.
Minggu lalu, laman web Human Right’s Watch (HRW) telah menyiarkan imej satelit menunjukkan kemusnahan teruk di perkampungan etnik Rohingya yang hangus terbakar di wilayah Rakhine.
Pengarah HRW, Brad Adams turut menzahirkan kekesalan terhadap insiden itu dan berkata imej satelit terbaru bukan hanya mengesahkan pergolakan yang berterusan dihadapi etnik Rohingya tetapi ia menunjukkan kemusnahan yang lebih teruk daripada sebelumnya.
HRW menjelaskan sejumlah 430 bangunan musnah di tiga buah kampung di daerah Maungdaw Utara yang melibatkan kampung Pyaung Pyit, Kyet Yoe Pyin dan Wa Peik dengan jumlah kemusnahan masing-masing 85, 245 dan 100 buah bangunan.
Sumber HD- 18-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wanita, kanak-kanak Rohingya dikurung, dibakar hidup-hidup Posted on Thursday, November 17 @ 21:17:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32424 |
RAKHINE 16 Nov. - Dikurung dan dibakar hidup-hidup, demikian nasib sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingya semalam yang menjadi mangsa kekejaman baharu tentera Myanmar di negeri Rakhine.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa yang sepatutnya melindungi orang awam itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan.
Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.
Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanyalah sebahagian daripada penderitaan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.
Pertubuhan itu mengutuk sekeras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk.
Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan helikopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya.
"Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.
"Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw," jelas kenyataan badan itu.
Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan meletus di Rakhine pada 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya kini mencecah 350 orang manakala 300 yang lain cedera.
"Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh," menurut badan tersebut.
Selain itu, sebanyak 3,500 buah rumah dibakar atau dimusnahkan, mengakibatkan sekurang-kurangnya 30,000 penduduk hilang tempat tinggal.
Mengukuhkan dakwaan itu, kakitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh menganggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.
Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar.
Bagaimanapun, pengawal sempadan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.
"Sebanyak 86 penduduk Rohingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir," kata pegawai pemerintah tentera di Cox's Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.
Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar. - REUTERS
Sumber TKO - 17-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Myanmar Burning Rohingya Villages To The Ground
Since last month’s fatal attacks on police, dozens of people — including soldiers and suspected attackers (among them two women) — have been killed, or have died, in northern areas of the state predominantly occupied by Rohingya Muslims.
Aid delivery and access to information in the area near the Bangladesh border have been under a military lockdown since Oct. 9, with the ongoing military operation generating reports of widespread abuses against civilians.
The state-run Global News Light of Myanmar newspaper reported Monday that government troops and police were attacked Sunday by around 20 assailants armed with machetes and wooden clubs during an area clearance operation in Dargyizartaung village.
“The troops fired back [at] them and 19 aggressors [were] killed,” the report said.
It also said that another operation in the area resulted in six out of seven suspects being killed, while “troops also found the bodies of three attackers in the aftermath.”
According to the military, the fighting occurred after troops found 50 houses it said were “burnt by the armed attackers who had retreated on Saturday”.
Villages turned to ash
Many of the Rohingya living in Maungdaw and Yathay Taung townships — where the attacks on police outposts left nine officers dead — were relocated there following 2012 violence between the local Buddhist and Muslim communities in Rakhine — one of the poorest regions in Myanmar.
A report by Al Jazeera shows satellite images that show several Rohingya village in Myanmar’s Rakhine State have been burned to the ground in recent weeks, Human Rights Watch (HRW) said on Saturday.
“New satellite images not only confirm the widespread destruction of Rohingya villages but show that it was even greater than we first thought,” Brad Adams, HRW’s Asia director, said in a statement.
According to HRW, the damage took place in the villages of Pyaung Pyit, Kyet Yoe Pyin, and Wa Peik
Sumber BO - 16-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Imej satelit tunjuk perkampungan Islam Rohingya dibakar Posted on Sunday, November 13 @ 22:27:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32368 |
YANGON, 13 Safar 1438H, Ahad – Berdasarkan imej baru satelit yang disiarkan hari in, ratusan
bangunan di perkampungan etnik Islam Rohingya di barat Myanmar dibakar. ketika pertempuran
meletus di wilayah berkenaan.
Imej baru satelit disiarkan Human Rights Watch itu menunjukkan menjadi bukti kes kebakaran
khianat terhadap perkampungan Rohingya.
Analisis mereka menunjukkan lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampungan Rohingya yang
menjadi lokasi pertempuran.
Dilaporkan api dan sisa kebakaran menunjukkan kebanyakannya dilakukan dengan sengaja. Imej
terbaharu dirakam pada 10 November lalu.
Pengarah Asia di Human Rights Watch, Brad Adams, berkata gambar baharu menunjukkan
pemusnahan besar-besaran yang lebih teruk daripada apa yang difikirkan.
“Pihak berkuasa Myanmar perlu segera menubuhkan siasatan dibantu Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai langkah pertama ke arah memastikan keadilan dan
keselamatan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan. – Agensi
Sumber TKO - 13-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berdoalah untuk saudara kalian di Myanmar
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43107-berdoalah-untuk-saudara-kalian-di-myanmar
BERDOALAH SEKEJAP UNTUK SAUDARA KALIAN DI MYANMAR YANG DISEMBELIH HINGGA SAAT INI
Saudara se-Islam di Arakan Myanmar diperlaku seperti haiwan, dibunuh, disembelih, dibakar, dipotong anggota badan dan pelbagai macam kezaliman.
Jika kalian punyai iman, hati dan perasaan, luangkanlah masa berdoa menadah tangan, memohon agar saudara kalian diberi pertolongan Al-Rahman.
Ya Allah, kami sangat memerlukan bantuan-Mu pada hari ini, maka berilah bantuan kepada kami, kami memohon pertolongan dengan-Mu pada hari ini maka tolonglah kami, kami memanjatkan doa kehadrat-Mu, maka mustajablah permohonan kami, dengan rahmat-Mu kami memohon bantuan.
Ya Allah, hapuskanlah puak-puak yang membunuh saudara se-Islam kami di Myanmar, hapuskanlah sekutu mereka, orang yang menolong mereka dan yang berpakat dengan mereka untuk bunuh saudara kami.
Ya Allah, tunjukkanlah keagungan kuasa-Mu ke atas mereka, bantutkan semua senjata mereka, lemahkan kekuatan mereka, hunuskanlah pedang kemurkaan-Mu dan azab pedih ke atas mereka, hancurkan kekuatan mereka dan peliharalah umat Islam daripada musuh-musuh agama.
Ya Allah, saudara-saudara kami yang syahid telah meninggalkan kami dan mendahului kami dengan amalan-amalan soleh mereka, maka tempatkanlah mereka di setinggi-tinggi illiyyin dan berilah gantian ke atas musibah yang menimpa mereka dengan sebesar-besar ganjaran di akhirat kelak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihi.
DoaSenjataMukmin
WajibDoaUntukMusliminArakan
Sumber HD- 5-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mesyuarat ICFM OIC perlu bincang segera isu Rohingya
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42852-mesyuarat-icfm-oic-perlu-bincang-segera-isu-rohingya
Majlis Petundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agenda membincangkan isu etnik Rohingya tertindas di Myanmar dimasukkan di dalam sesi ke-43 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (ICFM) di Uzbekistan bermula esok (Selasa).
ICFM merupakan mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan kemajuan dalam pelaksanaan keputusan dan resolusi yang diterima pakai pada sidang kemuncak dan Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar sebelumnya.
Oleh kerana mesyuarat tersebut di Tashkent bakal membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosiobudaya yang melibatkan ummah, maka isu yang sedemikian lama berkaitan dengan nasib etnik Rohingya sepatutnya dimasukkan dalam agenda mesyuarat.
OIC setakat ini masih dilihat lemah untuk menangani isu Rohingya yang sudah berlanjutan hampir 4 dekad.
Kami menggesa tindakan yang jelas dan mekanisme yang efektif untuk menyelesaikan isu tersebut dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini. Penangguhan penyelesaian yang tuntas akan menambahkan penderitaan kaum Rohingya dan pihak OIC akan dilihat gagal membela nasib golongan mustadhafin ini.
Keadaan krisis terbaru di daerah Maungdaw yang sangat sedikit mendapat liputan media amat merisaukan kerana operasi militari Myanmar kini sewenang-wenangnya menyerang dan menembak orang awam di perkampungan daerah tersebut.
Setakat ini ramai yang terbunuh akibat operasi tentera termasuk dalam kalangan penganut Buddhis militan yang mengambil tindakan di luar undang-undang. Mereka melancarkan serangan membuta tuli sehingga orang awam terdedah kepada pembunuhan tanpa perikemanusiaan.
Keadaan berpotensi bertambah buruk kerana ratusan ribu penduduk daerah Myanmar adalah orang Rohingya dan operasi genosid kini sedang berlaku di banyak perkampungan.
Akibat yang jelas ialah akan bertambah pelarian Rohingya yang terpaksa menyelamatkan nyawa mereka ke negara jiran seperti Bangladesh, Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Keresahan warga Rohingya yang kini berada di luar Myanmar sangat jelas apabila mereka mula memaparkan visual pembakaran dan operasi militari yang menahan, menyiksa dan membunuh orang awam di daerah Maungdaw melalui media sosial. Mereka menuntut dunia segera bertindak melindungi kaum Rohingya yang tertindas. - HARAKAHDAILY 17/10/2016
Penulis ialah Presiden Mapim.
Sumbeer HD - 17-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Years After Myanmar Riots, Muslims Still Can’t Return
Nationalist groups oppose their return following the large-scale communal violence of 2013 between Muslims and Buddhists that left dozens dead and more than a thousand displaced.
Talking to Anadolu Agency on Monday, Muslim lawyer Aung Thein — a spokesman for the Interfaith Friendship Network in Meikhtila — said at least 70 Muslim families remain homeless.
“Since the authority closed [IDP] camps [they were place in after the rioting] earlier this year, they have been sheltering in monasteries and playgrounds in the town,” Aung Thein said by phone.
He added that the families have been trying to return to their homes for years, but authorities had not accepted their request as local nationalist groups opposed the move.
Meikhtila is a stronghold of the nationalist monk-led Association for the Protection of Race and Religion (better known as Ma Ba Tha).
For years, anti-Muslim rhetoric from the group — in particular from prominent member Wirathu — has been seen as deliberately stoking the flames of religious hatred against the country’s Muslims, with Wirathu blaming them for communal conflicts, and accusing them of attempting to Islamize the country of 57 million people.
“Now many of them [the Muslim population] are trying to sell their land and properties to move to another places,” Aung Thein underlined.
On March 20, 2013, a mob destroyed a gold shop following an argument between a Muslim gold shop owner family and a Buddhist customer over a golden hairpin.
Police tried to disperse the mob, however the situation became uncontrollable after a monk was killed and burnt alive later that day.
The situation quickly descended into three days of bloodshed, arson and looting, which left 43 people dead, most of them Muslims, houses reduced to ashes, and around 12,000 people homeless.
On Monday, the abbot of Meikhtila’s Yadanar Oo monastery — long sympathetic to the plight of the town’s Muslim community — talked to Anadolu Agency about the mistrust he says still remains between the two groups.
“Muslims especially still feel unsafe here,” Withuda said by phone. “Therefore they are moving to other towns, while some are converting to Buddhism.”
In 2013, Withuda risked his own life to save around 700 Muslims who were hiding in his monastery during the disturbances.
Rioters gathered outside and told him to send out the Muslims.
“I told the rioters that if you want to kill them you will have to kill me first,” he recalled.
“Of course, I was afraid of the rioters… I had to be brave myself to save lives.”
Sumber BO - 4-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Statement Of ARNO On Daw Aung San Suu Kyi’s 21st Century Panglong Convention
2. But the true spirit of the Panglong — ‘unity in diversity’– has never been realized since Burma’s independence on January 4, 1948. The agreed upon principles of federal democracy, equal rights, autonomy and self-determination of the ethnic nationalities have been largely ignored which developed resentment giving rise to long civil war continuing till today.
3. Gen. Ne Win seized the power in 1962 and ended the Union Treaty and destroyed all vestiges of democratic structures while perpetrating human rights violations in the whole country and exterminating the ethnic Rohingya under the state programme.
4. The long military dictatorship has promoted hate speech and Islamophobia, perpetrated discriminatory and repugnant policies of segregation, crimes against humanity and slow genocide against Rohingya, including the restriction on their basic freedoms and freedom of movement.
Despite democratic transitions, there is no fundamental change of attitude towards Rohingya. Their untold sufferings are callous and are facing an existential threat in Myanmar.
5. It is of much interest that Daw Aung San Suu Kyi is holding an all- inclusive Second Panglong Conference or 21st Century Panglong Convention on 31st August 2016 to revitalize and translate the true spirit of Panglong with a view to establishing a blissful and well-built Union of Myanmar.
6. However, the ethnic Rohingya, who rank among the world’s most persecuted and forgotten peoples, and Myanmar’s Muslim communities are prevented from being included, considered or accepted. Thus their voices continue to be unheard.
7. We, therefore, express our serious concern that this is not a holistic approach to resolving the long plagued ethnic problems to bring about peace in Myanmar; and without Rohingya representation, the convention will not be all inclusive on democratic principle.
Nurul Islam
Arakan Rohingya National Organisation (ARNO)
Sumber BO - 26-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tentera Myanmar Akui Penduduk Kampung Dibunuh Dalam Soal Siasat
Ia adalah satu pengakuan yang jarang berlaku dari tentera yang sekian lama dituduh melanggar hak asasi manusia.
Tentera, yang memerintah negara miskin selama hampir setengah abad sehingga 2011, jarang mengaku salah laku walaupun telah melakukan penindasan yang kejam, sebelumnya.
Pelbagai tuduhan telah dilemparkan sebelum ini, termasuk menggunakan buruh kanak-kanak untuk menjalankan perdagangan dadah yang berkembang pesat di kawasan sempadan terpencil.
Tetapi pada hari Rabu, ketua keselamatan tentera mengakui lima penduduk kampung dianggap pemberontak dari negeri Shan telah terbunuh semasa disoal siasat oleh pihaknya pada bulan lalu.
Mayat mereka ditemui dalam lubang cetek beberapa hari kemudian, yang menyebabkan penduduk tempatan menuduh pegawai yang menyebabkan kematian tersebut.
“satu tribunal tentera mengkaji fakta dan mendapati bahawa ia tidak sesuai dengan peraturan-peraturan,”
“Pembunuhan yang berlaku sebagai (tentera) tidak mengikut peraturan-peraturan. Saya mahu anda tahu bahawa kita akan mengambil tindakan berkesan terhadap mereka yang bertanggungjawab,” kata Mya Tun Oo ketika disoal siasat.
Pengakuan itu muncul sewaktu masa perubahan pesat untuk peranan tentera di Myanmar, yang kini diketuai oleh pentadbiran awam buat kali pertama dalam beberapa dekad.
Tentera, yang memberi laluan pada tahun 2011 kepada sebuah kerajaan yang seakan-orang awam, telah semakin berminat untuk meningkatkan reputasinya apabila Myanmar dikecam di pentas dunia.
Walaupun ia membenarkan pemilihan bersejarah November, yang membawa aktivis demokrasi Aung San Suu Kyi berkuasa, namun tentera masih mengawal ‘kunci’ utama kerajaan dan bahagian besar aktiviti ekonomi.
Setakat ini Suu Kyi telah mengambil pendekatan berdamai dengan para Jeneral yang telah menahan beliau di bawah tahanan rumah selama bertahun-tahun.
Penganalisis berkata aktivis veteran itu, mesti berjalan diatas ‘garis-hati’ tentera kerana dia memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan perjanjian damai dengan beberapa entik militant pemberontak yang masih berjuang menentang negara Myanmar. Sumber BO - 21-7-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bela Rohingya: NGO M'sia mahu jumpa Suu Kyi
http://www.m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41916-bela-rohingya-ngo-m-sia-mahu-jumpa-suu-kyi KUALA LUMPUR: Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi digesa menunjukkan komitmennya untuk memulihkan status etnik minoriti di negara itu khususnya isu penindasan yang berlaku.
Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sebagai Pemenang Keamanan Nobel, Suu Kyi kini berkedudukan paling strategik untuk meluncurkan proses reformasi nasional.
"(Iaitu) bagi mewujudkan Myanmar yang lebih harmonis antara pengikut agama di negara itu. Beliau kini menduduki puncak kekuasaan setelah memenangi Pilihan Raya Umum 2015.
"Perubahan drastik rakyat menerima parti beliau NLD dengan majoriti besar sewajarnya dijadikan peluang untuk melakukan anjakan untuk membela golongan minoriti yang ditindas selama ini pada zaman regim junta," ujarnya di Hotel Regency, di sini sebentar tadi.
Beliau menegaskan demikian pada Mesyuarat Mapim bersama NGO Islam yang membentuk Jaringan Badan Bertindak Untuk Keadilan dan Keamanan Asean.
Jaringan tersebut diwujudkan untuk menjadi forum antara Suu Kyi dengan masyarakat sivil bagi mencapai matlamat mengembalikan hak golongan minoriti dan melakukan interaksi yang produktif.
Gabungan NGO itu turut menyatakan kesediaan bertemu pemimpin tersebut yang dijangka melawat Malaysia pada Ogos depan.
"Kami mengharapkan wujud ruang yang lebih luas untuk Myanmar keluar dari kepompong lama dan memulakan era baharu menjadi anggota Asean yang lebih harmonis dengan hak manusia.
"Sebagai tokoh yang dikenali pejuang kebebasan, Suu Kyi sewajarnya lebih mesra untuk mendengar pandangan NGO dan bertindak dengan dengan bijak menangani isu kaum Rohingya tertindas dan menjadi perhatian dunia.
"Hentikan kempen kebencian terhadap Muslim dan Islam yang menjadi punca penindasan ke atas kaum minoriti," gesanya mewakili suara 148 NGO Islam dan kemanusiaan selain turut dihadiri wakil Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Azmi turut membangkitkan situasi Kem IDP yang mengehadkan pergerakan pelarian serta menafikan akses kepada keperluan asas dan bantuan kemanusiaan untuk kaum Rohingya di Arakan.
Tegasnya, ia harus dipulihkan supaya mereka boleh kembali membina semula kehidupan normal.
Beliau turut mengingatkan bahawa suara dunia dari pelbagai agensi antarabangsa dan komuniti sivil yang menuntut Kerajaan Myanmar menghentikan penindasan itu tidak boleh dianggap sebagai campur tangan asing.
"Punca ketegangan di Myanmar hingga mencetuskan ratusan ribu kaum Rohingya menjadi mangsa dan pelarian di beberapa negara.
"Ia mendatangkan beban kepada negara penerima adalah akibat polisi regim Myanmar yang selama ini bersifat brutal ke atas kaum minoriti.
"Pertemuan yang kami inginkan untuk bersemuka denga beliau bagi membantu merungkai segera isu ini," aju beliau. – HARAKAHDAILY 21/7/2016 Sumber HD - 21-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------- Memorandum : Immidiate Halt To Oppression Towards Muslim In Myanmar
i. Continuing constraints and discrimination by collusion of forces between local authorities and religious extremists against Muslims in Myanmar during the month of Ramadhan, creating a difficult environment for Muslims to perform their fasting rituals.
ii. Mosques and places of worship being continuously targeted with the aim of creating chaos and instilling fear amongst Muslims. It is a clear violation of human rights as people are entitled to exercise their beliefs peacefully.
iii. Systematic efforts by irresponsible people of power, local authority apparatus and extremist religious groups to expel Muslims from their homes, which have sparked a massive immigrant phenomenon that are now becoming a serious regional challenge.
iv. The failure of current government to offer strong integration policies towards creation of an inclusive society and to settle the citizenry dispute concerning the Muslim Rohingya community in particular despite the transition from a military regime to a democratically elected civil government.
Hence, The Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) strongly urge that:
1. Authorized representatives of government, civil society and NGOs be allowed to operate in Myanmar with protection and without fear of intimidation, to channel and provide aid to the Muslim community especially to the Rohingya community.
2. The national government in Myanmar to take immediate steps to stop the aggressive actions of irresponsible local authorities and religious extremists through strong policing and legal actions.
3. For ASEAN and the United Nations to use the full means of diplomacy, in condemning the serious developments that continue to occur in Myanmar and to discuss urgent measures using incentives and punitive steps that could be implemented to encourage the Myanmar government to take corrective solutions to the issue of Muslims welfare in Myanmar.
Date:
15 July 2016
10 Syawal 1437H
YB Nasrudin Hassan YB Nik Abduh Nik Aziz
Member of Parliament Member of Parliament
PAS Information Chief PAS Youth chief Sumber BO - 16-7-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysiakini ambil alih tugas Utusan Malaysia.. spin berita! Posted on Saturday, July 16 @ 19:22:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31038 |
Malaysiakini melalui penulisnya Goh Chia Lee menulis lebih 200 penyokong PAS berkumpul berhampiran kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah layanan negara itu terhadap masyarakat Rohingya.
Malah Malaysiakini juga menyiarkan gambar muka-muka rakyat Myanmar sahaja dalam beritanya. Gambar pemimpinan utama PAS yang hadir tidak disiarkan.
Sikap anti-Islam Malaysiakini sangat jelas, malah cara Malaysiakini spin berita sama seperti UMNO atau media UMNO, Utusan Malaysia.
Dulu Malaysiakini selalu mengejek pimpinan UMNO kononnya bodoh buat kiraan perserta demo Bersih. Hari ini Malaysiakini menjadi bodoh macam pimpinan UMNO yang diajek kerana sikap sombong dan bodohnya terhadap Islam.
Malaysiakini kena hantar penulis Goh Chia Lee kelas membilang dan menghitung agar selepas ini dia tahu mengira.
------------------------------------------------------
Demo Anti Keganasan Rohingya di Kedutaan Myanmar Posted on Saturday, July 16 @ 08:33:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31029
Beribu orang berkumpul berhampiran kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah layanan negara itu terhadap masyarakat Rohingya. Jangan hairan Malaysiakini dah jadi macam Utusan Malaysia sia hanya 200 orang aje.
Kredit
Sh Zain Sumber TKO - 16-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pas desak kaum Rohingya dibantu segera‎ Posted on Saturday, July 16 @ 06:54:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
KUALA LUMPUR - Pas mendesak supaya wakil-wakil kerajaan antarabangsa, pertubuhan sivil dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat beroperasi secara bebas di Myammar bagi menyalurkan dan menyediakan bantuan kepada masyarakat Islam di sana khususnya etnik Rohingya.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan berkata, selain itu, pihak kerajaan peringkat nasional di Myammar juga perlu segera mengambil langkah untuk menghentikan tindakan agresif pihak berkuasa di sana yang tidak bertanggungjawab.
"Di sana telah wujud kekangan dan diskriminasi oleh pihak berkuasa serta pelampau agama terhadap masyarakat Islam untuk melaksanakan ibadah Puasa sapanjang ramadhan tempoh hari," katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan bersama Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini.
Menerusi kenyataan berkenaan juga, Nik Abduh turut mendesak agar Asean dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui mekanisme diplomasi untuk mengutuk perkembangan serius yang terus berlaku di Myammar.
Selain itu, Nik Abduh turut menggesa pihak terlibat agar segera membincangkan tindakan-tindakan bersifat insentif dan punitif yang boleh dilaksanakan bagi mendorong kerajaan Myammar mengambil langkah penyelesaian.
"Masjid di sana dijadikan sasaran kekacauan sekali gus menghalang hak bagi masyarakat Islam untuk menjalankan ibadah.
"Ia adalah satu pencabulan kepada hak asasi manusia yang berhak untuk melaksanakan kepercayaan mereka secara aman,"katanya. - SH Sumber TKO - 16-7-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS serah memo bantah regim Myanmar
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41839-pas-serah-memo-bantah-regim-myanmar Bantah penindasan terhadap muslim rohingya & ketegangan agama di Myanmar
PAS mengecam sikap Kerajaan Myanmar yang diterajui oleh National League for Democracy (NLD) dan Perdana Menteri ‘de facto’nya, Aung San Suu Kyi yang tidak membela nasib golongan Rohingya dan membiarkan ketegangan antara Buddha dan Islam berterusan sehingga merebak ke beberapa tempat lain di Myanmar.
PAS juga sangat kecewa dengan sikap Suu Kyi yang tidak pernah melawat atau menunjukkan simpati kepada pelarian warga Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan dan pembersihan etnik oleh pelampau Buddha.
Malah, Suu Kyi dilihat tunduk kepada tekanan oleh kumpulan anti-Muslim yang mahukannya menjarakkan dirinya daripada mana-mana calon atau pengundi yang beragama Islam.
Kerajaan Myanmar sepatutnya memberikan pembelaan kepada umat Islam Rohingya yang berjumlah 120,000 orang di kem-kem pelarian; kepada 800,000 orang yang ‘dikurung’ di Rakhine tanpa akses pendidikan, kesihatan dan pekerjaan; dan kepada warga Rohingya yang terpaksa melarikan diri melalui perairan – sama ada mati dalam perjalanan atau menjadi mangsa penyeludupan dan pemerdagangan manusia – yang telah mencecah 140,000 orang sejak 2012.
Kerajaan Myanmar mesti menghentikan keganasan kelompok pelampau Buddha terhadap masyarakat Muslim Rohingya kerana ia bukan perkara baharu; sebaliknya telah bermula sejak 1970-an dan berterusan sehingga ke hari ini.
Puluhan ribu masyarakat muslim Rohingya telah kehilangan tempat tinggal dan ribuan yang lain dibunuh dengan kejam oleh kumpulan ultra-nasionalis Buddha pada 2012. Kini, untuk ke sekian kalinya kekejaman yang sama berulang lagi.
Sikap Kerajaan Myanmar yang tidak meletakkan kumpulan pelampau ini sebagai "ekstremis" mahupun "teroris", sebaliknya hanya sekadar "ultra-nasionalis" seperti kebanyakan gelaran yang diberikan oleh media antarabangsa kepada kumpulan anti-Muslim tersebut menunjukkan sikap “double standard” Kerajaan Myanmar dalam mendepani isu keganasan.
Pendirian Kerajaan Myanmar kelihatan tidak tegas dan tidak bersungguh untuk menangani isu ini. Aung San Suu Kyi terbukti gagal berfungsi seperti yang diharapkan khususnya oleh negara-negara serantau.
Pendirian dan sikap Myanmar dalam isu ini telah merosakkan imej dan membelakangkan kepentingan negara-negara ASEAN yang lain.
PAS dengan ini mendesak Kerajaan Myanmar untuk :
1. Menamatkan semua penindasan, sekatan dan serangan ke atas warga Rohingya dan membuka akses sama rata bagi mendapatkan pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.
2. Memberikan hak kerakyatan kepada warga Rohingya, membenarkan mereka membuat permohonan dan membuktikan kerakyatan mereka serta menikmati semua hak sebagai rakyat Myanmar.
3. Menempatkan semula warga Rohingya di penempatan asal mereka dengan mengembalikan semula tanah mereka yang telah dirampas dan membangunkan semula kediaman mereka yang telah dimusnahkan.
PAS mendesak Kerajaan Myanmar agar segera mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku ini. PAS dengan ini menyatakan bahawa akan terus memberikan tekanan dan desakan kepada Kerajaan Myanmar dan menggembleng solidariti seluruh rakyat dan NGO sehinggalah warga Rohingya mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya daripada Kerajaan Myanmar. – HARAKAHDAILY 15/7/2016 Sumber HD - 15-7-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antarabangsa mesti tekan Myanmar, Suu Kyi
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41829-antarabangsa-mesti-tekan-myanmar-suu-kyi PAS mengecam sikap Kerajaan Myanmar yang diterajui oleh National League for Democracy (NLD) dan Perdana Menteri ‘de facto’nya, Aung San Suu Kyi yang tidak membela nasib golongan Rohingya dan membiarkan ketegangan antara Buddha dan Islam berterusan sehingga merebak ke beberapa tempat lain di Myanmar.
PAS juga sangat kecewa dengan sikap Suu Kyi yang tidak pernah melawat atau menunjukkan simpati kepada pelarian warga Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan dan pembersihan etnik oleh pelampau Buddha.
Malah, Suu Kyi dilihat tunduk kepada tekanan oleh kumpulan anti-Muslim yang mahukannya menjarakkan dirinya daripada mana-mana calon atau pengundi yang beragama Islam.
Nasib umat Islam Rohingya yang berjumlah 120,000 orang di kem-kem pelarian tidak diberikan perhatian; 800,000 orang ‘dikurung’ di Rakhine disekat ketat daripada mendapatkan akses pendidikan, kesihatan dan pekerjaan; manakala sejak 2012, seramai 140,000 orang terpaksa melarikan diri melalui perairan – sama ada mati dalam perjalanan atau menjadi mangsa penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
PAS menyeru negara-negara anggota Asean dan OIC serta PBB agar memberikan perhatian yang serius dan mengatur langkah yang berkesan bagi menangani krisis kemanusiaan dan memulihkan keamanan di Myanmar, khususnya di Rakhine.
Semua negara dan pertubuhan ini perlu tegas memberikan tekanan dan mendesak Myanmar untuk:
(i) Menamatkan semua penindasan, sekatan dan serangan ke atas warga Rohingya dan membuka akses sama rata bagi mendapatkan pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.
(ii) Memberikan hak kerakyatan kepada warga Rohingya dan membenarkan mereka membuat permohonan untuk mendapatkan kerakyatan dan membuktikan kerakyatan mereka.
(iii) Menempatkan semula warga Rohingya di penempatan asal mereka dengan mengembalikan semula tanah mereka yang telah dirampas dan membangunkan semula kediaman mereka yang telah dimusnahkan.
PAS menegaskan akan konsisten memperjuangkan keadilan untuk semua tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama serta sempadan geografi sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
PAS mengajak semua pihak untuk saling berkerjasama mengusaha dan memulihkan keamanan di semua tempat di dunia ini.
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
14 Julai 2016 | 9 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 14/7/2016 Sumber HD - 14-7-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Asean perlu cari jawapan terhadap kemelut Rohingya
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41809-asean-perlu-cari-jawapan-terhadap-kemelut-rohingya KEGANASAN kelompok penganut Buddha terhadap masyarakat muslim Rohingya bukan perkara baharu. Ia telah bermula sejak 1970-an dan berterusan sehingga ke hari ini.
Puluhan ribu masyarakat muslim Rohingya telah kehilangan tempat tinggal dan ribuan yang lain dibunuh dengan kejam oleh kumpulan ultra-nasionalis Buddha pada 2012. Kini, untuk sekian kalinya kekejaman yang sama berulang.
Namun, ironinya, kekejaman yang dilakukan tidak meletakkan mereka sebagai "ekstremis" mahupun "teroris", hanya sekadar "ultra-nasionalis" sepertimana kebanyakan gelaran yang diberikan media antarabangsa.
Setelah penderitaan panjang yang dihadapi masyarakat muslim Rohingya, pendirian Myanmar tidak kelihatan begitu tegas untuk menanganinya. Pemimpin demokrasinya, Aung San Suu Kyi gagal berfungsi seperti yang diharapkan.
Lebih malang lagi, jenayah kemanusiaan pada era moden ini berlaku di dalam wilayah Asean. Di mana maruah pemimpin-pemimpin Asean di saat sekelompok penduduk di dalam wilayahnya menerima penyeksaan demi penyeksaan selama puluhan tahun?
Sudah sampainya tekanan diplomasi diberikan terhadap Myanmar. PAS menggesa seluruh rakyat dan NGO untuk sama-sama bersolidariti bagi menyatakan sokongan moral terhadap masyarakat Rohingya di samping memberikan signal yang jelas kepada Putrajaya mahupun Kedutaan Myanmar sendiri supaya mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) / Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 13/7/2016
Sumber HD - 13-7-2016
--------------------------------------------------------------------------------- Bot bawa pelarian Rohingya terbalik, 21 terkorban
(Foto hiasan)
INSIDEN tenggelamnya bot pelarian Rohingya kembali terjadi. Pada Selasa (19/4/2016), bot yang membawa pelarian Rohingya terbalik di perairan dekat wilayah Sittwe Rakhine, Myanmar, mengorbankan 21 orang.
"Sekurang-kurangnya 21 orang, termasuk sembilan kanak-kanak, terbunuh selepas bot terbalik di perairan Myanmar ketika mendekati ibukota negara bahagian Rakhine, Sittwe," demikian laporan PBB.
Sebahagian besar penumpang adalah penduduk Sin Tet Maw, bandar Paukaw, sebuah kem untuk ahli minoriti Muslim Rohingya. Mereka dipaksa meninggalkan rumah akibat serangan keganasan perkauman.
"Ini (kemalangan bot) terjadi kerana pengangkutan tidak selamat, kita tidak boleh menggunakan pengangkutan darat ke Sittwe untuk membeli barangan atau ubat-ubatan," kata aktivis Rohingya dari Sittwe, Kyaw Hla Aung.
Aung membenarkan bahawa seluruh mangsa terkorban itu merupakan Muslim Rohingya.
Dilapor World Bulletin, penumpang bot telah menerima izin khusus untuk membuat perjalanan dengan perahu ke pasar di Sittwe dari Paukaw.
Rohingya telah dipaksa untuk hidup dalam keadaan apartheid seperti sejak rusuhan antara umat Buddha dan Muslim mengorbankan ratusan orang pada tahun 2012. [Islampos]
Sumber HD - 21-4-2016
Ratusan Pelarian Rohingya Hilang Dari Penempatan Di Indonesia
Ia telah menimbulkan kebimbangan bahawa pelarian Rohingya tersebut sekali lagi terbabit dengan rangkaian penyuludupan manusia yang berbahaya dalam usaha untuk sampai ke Malaysia.
PBB telah menyatakan kebimbangan serius tentang keselamatan mereka.
Artikel itu menyatakan bahawa hampir 1,000 pelarian Rohingya diselamatkan pada Mei lalu, selepas hanyut terumbang-ambing tanpa arah tujuan di lautan.
Memetik sumber UNHCR menganggarkan bahawa, sebanyak 300 orang daripada pelarian itu telah meninggal dunia akibat kelaparan, ‘dehidrasi’ dan keganasan di atas bot mereka.
“Kami menjadi sangat bimbang tentang bagaimana (keselamatan) mereka,” kata Thomas Vargas, wakil Indonesia untuk agensi pelarian PBB, UNHCR.
Kebanyakan pelarian hilang sama ada di Malaysia atau di pantai Sumatera Utara, menunggu untuk menaiki bot penyeludup, menurut organisasi bantuan.
Keadaan ini menonjolkan kesukaran yang dihadapi oleh organisasi bantuan apabila cuba menghalang mereka agar tidak terlibat dengan ‘rangkaian’ penyeludupan manusia.
Pelarian Rohingya pada mulanya menerima sambutan yang hangat di Indonesia. Ramai yang diselamatkan oleh nelayan tempatan, walaupun kerajaan Indonesia enggan membenarkan mereka naik ke darat.
Namun begitu akhirnya pihak berkuasa akur kepada tekanan antarabangsa dan dibenarkan tinggal sebagai pencari suaka.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang bersimpati serantau, samada di Malaysia atau Indonesia untuk mengumpul dana dan membantu pemerintah Indonesia menempatakan mereka di tiga lokasi di Aceh.
“Acheh dan kerajaan tempatan di Aceh telah sangat mesra,” kata Lilianne Kipas, pekerja bantuan yang menyokong untuk pelarian Rohingya di Indonesia.
“Mereka berharap untuk mengintegrasikan pelarian dengan cepat ke dalam masyarakat tempatan, sekolah-sekolah dan ekonomi,” katanya.
Namun masalahnya, kata beliau adalah terletak pada sekatan yang ditetapkan oleh kerajaan pusat Indonesia, termasuk sekatan bekerja ke atas pelarian dan keputusan oleh imigresen untuk menjaga pelarian di tapak perkhemahan sahaja.
Sumber BO - 18-12-2015
Lima Rakyat Myanmar Didenda Kerana Mencetak Perkataan ‘Rohingya’ Pada Kalendar 2016
Ketua Polis Pazundaung Township Majar Khin Maung Lat memaklumkan kepada laman ‘Myanmar Now’ bahawa hukuman itu yang telah dijatuhkan pada petang Isnin, sambil menambah polis mendakwa mereka yang terbabit pada hari Sabtu.
Kalendar bagi tahun 2016 yang menyebut perkataan ‘Rohingya dan mengandungi kenyataan bahawa dulu ada satu “saluran radio Rohinya” di Burma 1950-an dan Perdana Menteri U Nu sendiri umumnya mengetahui menggunakan perkataan ‘Rohingya’.
“Ini adalah satu aktiviti yang mengancam dan undang-undang dan peraturan di negara ini,” kata Khin Maung Lat dalam satu temu bual di pejabatnya dan menambah, siasatan telah dimulakan selepas polis mendengar tentang kalendar “di Facebook.”
Mereka yang didakwa terbabit mencetak kalendar itu didakwa melanggar Perkara 4 Undang-undang Percetakan dan Penerbitan 2014, yang melarang individu daripada menerbitkan bahan-bahan penerbitan yang boleh menggugat keselamatan negara dan undang-undang.
Sebarang perlanggaran boleh dikenakan denda antara $ 800 dan $ 2,400.
Kerajaan Myanmar sekeras-kerasnya menafikan kewujudan minoriti umat Islam yang lebih kurang berjumlah 1 juta orang apatah lagi mengenal pasti diri mereka sebagai Rohingya, serta menegaskan mereka dipanggil “Benggali” dan adalah merupakan pendatang haram dari Bangladesh.
Myanmar juga menolak untuk mengiktiraf kumpulan Rohingya walaupun mereka mendakwa telah tinggal di utara negeri Rakhine sejak beberapa generasi dikenali sebagai Rohingya.
Kumpulan hak asasi manusia dan kerajaan Barat menggesa Naypyitaw untuk menamatkan penindasan terhadap kumpulan itu, yang telah menyebabkan penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara besar-besaran keluar daripada Rakhine.
Khin Maung Lat berkata, polis menyerbu Kyaw Printing House yang terletak di Jalan 54 di Pazundaung dan mendakwa Kyaw Kyaw, pemilik kemudahan dan pengurusnya Ye Thu Aung, yang kedua-dua mereka adalah beragama Buddha.
Beliau berkata, dua lelaki Islam yang lain telah dikenakan tindakan yang sama, manakala identiti lelaki yang kelima tidak dapat dijelaskan.
Sumber BO - 26-11-2015
Alimat DUPP lawat Muslimah Rohingya di Acheh
ACHEH: Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak Pas Malaysia telah mengadakan lawatan ke Acheh bagi melawat kem pelarian muslimah dan kanak-kanak di Kuala Langsa serta mengadakan pertemuan dengan pimpinan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Persatuan Persaudaraan Muslimah (SALIMA) Langsa, Acheh.
Lawatan ke kem pelarian tersebut bertujuan menyerahkan sedikit bantuan kewangan dan keperluan bagi meringankan beban yang dideritai oleh mereka. Di samping itu 'alimat juga memberi ucapan dan motivasi kepada golongan muslimah di sini berbantukan seorang penterjemah di kalangan mereka yang fasih berbahasa melayu iaitu saudari Samirah berusia 15 tahun. Kem pelarian ini hanya dihuni oleh 71 orang wanita dan 33 orang kanak-kanak.
Agenda pertemuan dengan pimpinan PKS dan SALIMA di Bilik Seminar Restoran Minangkabau juga dimanfaatkan oleh rombongan 'alimat untuk menjalinkan ukhuwwah dan bertukar-tukar fikiran untuk kepentingan dakwah Islamiyah. Pimpinan PKS yang terlibat dengan pertemuan ini ialah Ketua Dewan Pengurus Daerah (Wakil Rakyat) Langsa Pak Normal Bahruddin, Setiausaha beliau Pak Reza, Ketua Muslimat PKS Langsa Ibu Nazri Hayati Okashah Budin, Pengerusi SALIMA ibu Asnita Muhd Nawi serta beberapa jawatankuasa yang lain turut serta dalam pertemuan ini.
Dalam ucapan Pak Normal beliau begitu teruja dengan lawatan ini untuk turut sama membantu saudara Islam yang ditimpa kesusahan. Harapan beliau agar PKS juga dapat berkunjung ke Malaysia dan mengadakan pertemuan seperti ini pada masa akan datang.
"Saya amat teruja dengan kunjungan muslimah untuk muslimah kerana ia jarang berlaku, namun kami sangat berbahagia dapat bertukar-tukar fikiran dengan muslimat PAS Malaysia," ujar Ibu Nazri pula.
"Hati kami tersentuh apabila melihat wajah ibu-ibu muda yang tiada suami, anak-anak yang tiada ibu dan bapa. Mereka berebut-rebut menerima sumbangan barang-barang keperluan yang kami agihkan. Kita seharusnya bersyukur kerana mempunyai kehidupan serba cukup. Muslimah di Malaysia juga perlu membuka mata terhadap perancangan serta tindakan musuh yang ingin menghapuskan Islam dengan menindas, membunuh serta menjadikan umat Islam sebagai ‘Pak Turut’ terhadap kemahuan mereka," ulas ustszah Ana Mastura Ismail ketua Lajnah 'Alimat Dewan Ulamak, selaku ketua rombongan bagi lawatan ini.
'Alimat DUPP juga mengucapkan terima kasih kepada ahli PAS di seluruh Malaysia yang turut menyumbang dana kewangan bagi menjayakan penganjuran program kebajikan sosial antarabangsa kali ini. – HARAKAHDAILY 1/11/2015
Sumber HD - 1-11-2015
UN Concern About Malaysia ‘Push Back’ Policy of Migrants
The four UN special rapporteurs added that policy of pushing back migrants who arrive at Malaysian waters, if true, is detrimental to their lives, especially if it forced them to return to their oppressive home countries.
“Particular concern is expressed regarding the impact of this policy on the health and personal safety of irregular migrants whilst at sea.
“Additional concern is expressed at the push back policy in instances where some may be asylum seekers leaving a country where they may face violence, persecution, torture or other cruel, inhuman or degrading treatment or punishment or other serious human rights violations,” the statement read.
The remarks were part of a letter Special Rapporteur on the human rights of migrants François Crépeau, Special Rapporteur on extrajudicial, summary or arbitrary executions Christof Heyns,
Special Rapporteur on torture and other cruel, inhuman or degrading treatment or punishment Juan E. Méndez and Special Rapporteur on trafficking in persons, especially women and children Maria Grazia Giammarinaro to Putrajaya in May.
The letter was publicly released now after Putrajaya did not respond.
They added that a “push back” policy also went against Article 3 and Article 14 of the Universal Declaration of Human Rights, which protect and guarantee the rights of asylum seekers.
“While we do not wish to prejudge the accuracy of these allegations, they appear to be in contravention of Articles 3 of the Universal Declaration of Human Rights which guarantees the right of every individual to life and security of person.
“We would also like to refer to the Universal Declaration of Human Rights and its article 14 that states the right to seek asylum, and the Convention on the right of the child ratified by Malaysia on the 17 February, which ensures to children to receive an appropriate protection and humanitarian assistance in case of asylum or asylum seeking,” they said.
According to the statement, allegations of the policy arose in May 2015 after boatloads of migrants appeared on the waters of Malaysia, Indonesia and Thailand after being denied entry into various countries.
Nearly 3,000 migrants who left adrift in boats in Southeast Asia’s seas had to swim to shore or be rescued off Malaysia, Indonesia and Thailand in May after a Thai crackdown prompted human traffickers to abandon their human cargo.
Malaysia and Indonesia later, however, agreed to provide humanitarian assistance to the 7,000 migrants that were adrift at sea, including offering temporary shelter, provided that the international community takes steps to repatriate them within a year.
The special rapporteurs have also asked Putrajaya to explain the terms with led to their offering asylum to the 7,000 migrants, the condition of the migrants now as well as the person who gave the initial orders to naval ships to deny the migrants entry into Malaysia.-themalaymailonline
Sumber BO - 23-10-2015
Mahkamah AS Saman Presiden Myanmar Atas Dakwaan Langgar Hak Rohingya
Saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Selatan New York berikut tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Pasukan Petugas Myanmar (Burma Task Force) di Amerika Syarikat, sebuah gabungan 19 pertubuhan Islam Amerika.
Thein Sein dan beberapa anggota kabinet beliau akan berada di Amerika Syarikat minggu ini untuk menghadiri ke-70 Perhimpunan Agung PBB di New York. Menteri Luar Wunna Maung Lwin dijadual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry pada hari Jumaat.
Saman itu menuntut Myanmar membayar ganti rugi ke atas penduduk Rohingya Myanmar telah mengalami penderaan dan diskriminasi.
Kes itu dikemukakan di bawah Akta Tuntutan Alien Tort (ACTA) dan Akta Perlindungan Mangsa Penderaan(TVPA), dan tuduhan terhadap Thein Sein dan menteri-menterinya dengan jenayah terhadap kemanusiaan, pembunuhan, penyeksaan mental dan trauma fizikal.
“Banyak media memberi tumpuan kepada pendatang dari Syria, dan difahami, tetapi berapa ramai beratus-ratus beribu-ribu pelarian Rohingya telah melarikan diri dari penganiayaan di Myanmar,” kata Shaik Ubaid Muslim Peace Coalition, ahli Pasukan Petugas Myanmar.
“Matlamat Pembangunan PBB tidak boleh dicapai apabila segmen penduduk Myanmar dituliskan tanpa negara,”
“Masa depan yang aman bergantung kepada pangkuan pluralisme dan penolakan politik ketakutan.” ,” tambah Pengarah Burma Task Force New York, Adem Carroll.
Ini bukan kali pertama seorang ketua negara telah di saman oleh mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia.
Pada akhir 2014, Perdana Menteri India Nerendra Modi telah dipanggil untuk bertindak balas kepada tuntutan mahkamah mengenai rusuhan agama pada tahun 2002. Pendahulunya, Manmohan Singh, telah dipanggil pada tahun 2013 kerana melanggar peraturan semasa operasi menangani pemberontakan pada 1990-an.
Dalam kedua-dua kes, kerajaan AS memberitahu mahkamah bahawa tertuduh mempunyai kekebalan diplomatik sebagai ketua negara. Jabatan Negara dijangka bertindak balas sama seperti tuduhan terhadap Thein Sein dan kabinetnya.
Sumber BO - 3-10-2015
Criminal Atrocities Increased Against Rohingya for Rejecting Green Card
The Rohingya people have rejected the so-called ‘green card’ as the ID is not related to their historicity, ethnic identity and national status. On top of that, being indigenous to Arakan, they are natural born citizens of Burma/Myanmar.
Without a green card or ID now the Rohingya are barred from going to bazaars and village to village, visiting doctors and relatives, and attending congregational prayers even within the same localities and are subjected to increased criminal atrocities.
The government has disenfranchised hundreds and thousands of previously eligible Muslim Rohingya voters and excluded them from voting in crucial November elections.
The Thein Sein government continues to defy the international opinion and reject every recommendation and envoy, including the current UN Special Rapporteur on Myanmar Yanghee Lee.
Whereas it is crucial to support for a United Nations Commission of Inquiry into human rights violations and government policies against the Rohingya, EU says it is calling on the Myanmar Government to conduct its own investigations, even though they are aware that the Thein Sein government will not do so.
While facing a series of terrible humanitarian disasters since June 2012 genocidal massacres,
including the recent flood, the current humiliating restrictions and dehumanizing treatment have further crippled the Rohingya population. Over and above, the Rohingya flood victims are discriminated against. They have very little aid access and the lives of those in remote areas are now in danger. In this connection, we express our serious concern that the response from the international community is almost silent.
We reiterate that human rights violations against Rohingya cannot be termed as internal affairs of Burma/Myanmar and urge upon the EU to review its policy on Thein Sein government to protect the defenseless Rohingya people.
In view of the above, we urge upon the European Union for the followings:
To put pressure on Thein Sein government to end all persecution and ghettoization against Rohingya, and to restore their citizenship and ethnic rights in their own homeland.
To support UN Secretary General Ban Ki Moon to take the lead in negotiating free and unhindered humanitarian access in Rakhine State
To support an international independent investigation in order to investigate the mass atrocity crimes against Rohingya and other Burmese people in order to publicly announce its findings and bring the perpetrators to justice..
Signatories;
Arakan Rohingya National Organisation
Bradford Rohingya Community in UK
Burmese Rohingya Community in Denmark
Burmese Rohingya Community in Netherlands
Burmese Rohingya Organisation UK
Rohingya Community in Germany
Rohingya Community in Switzerland
Rohingya Organisation Norway
Rohingya Community in Finland
Rohingya Community in Italy
Rohingya Community in Sweden
For more information please contact;
Tun Khin +44 7888714866
Nay San Lwin +49 1796535213
Dated: 21st August 2015
Sumber BO - 23-8-2015
Beatings, Jail Time Mark Rohingya Boy’s Journey to India
A Rohingya Muslim, he fled Myanmar three years ago, only to land a job in Bangladesh as a servant in which his master beat him, Tahir said. He escaped to India but wound up in prison in West Bengal state after authorities caught him entering the country illegally.
“I’ve seen my childhood crumble before my eyes,” Tahir told BenarNews in a New Delhi slum, where he now lives after being bailed out of prison last month.
Some 10,600 Rohingyas live in India, including nearly 6,700 in the restive northern state of Jammu & Kashmir, Bureau of Immigration figures show.
The Rohingyas are among more than 200,000 foreigners who have fled to India from conflicts in other countries. However, India has no legal framework that recognizes or protects them as refugees.
As for Rohingya Muslims, their situation is even more precarious because the government of Myanmar does not recognize them as citizens. Myanmar officials often refer to Rohingyas as “Bengalis.”
Relatively lucky
Mohammed Tahir lives today with his 37-year-old brother, Ilyas, in a makeshift hut in a Delhi wasteland, which some 60 other Rohingya families call home.
The teen fled Buddhist-majority Myanmar in 2012, following a wave of attacks in western Rakhine state that mostly targeted Rohingya Muslims.
“I saw my father being beaten to death by the army. That night, my mother made me promise that I would find a way to escape and never return to Burma,” Tahir said in his native language, as his brother translated his words into broken Hindi.
A few days after he and 13 others landed in Bangladesh by boat, a wealthy landlord hired him as a servant.
He employed Tahir for two years, but treated him like a slave, the young man recalled. The boss provided him with “bare minimum food” and “enough beatings to last a lifetime,” Tahir said.
“It was terrible. But then, I thought that’s a Rohingya’s fate,” Tahir said.
When he finally escaped from the landlord, the teenager said he had to bribe Bangladeshi border guards to let him cross into India. He was arrested after setting foot there.
Tahir spent the next three months incarcerated in the Balurghat Correctional Home. Ilyas, a laborer who earns about 200 rupees ($3) a day, somehow scraped together 35,000 rupees ($548) to retain a lawyer and post bail for his brother’s release.
“I saved up every penny I made, took loans from neighbors to collect the amount. I had to. I couldn’t sleep at night, knowing my younger brother was in prison,” said Ilyas, who has been living in the low-lying slum in southeast Delhi with his wife and two children since 2013.
Not all Rohingya immigrants who get caught trying to cross into India from Bangladesh have relatives like Ilyas who can bail them out.
An intelligence source told BenarNews that “nearly 1,000” Rohingya migrants are thought to be languishing in prisons in West Bengal as well as in northeastern Indian states that border Bangladesh and Myanmar.
“I’m fortunate I got out and can at least hope to restart my life,” Tahir said. “There were several other Rohingyas in prison with me. Some of them have been there for years and have no hope of ever getting out.”
Incarcerated well past their terms
Adhir Sharma, additional director general of West Bengal’s Correctional Services, challenged the authenticity of the figure of nearly 1,000 Rohingyas incarcerated in West Bengal and the northeast.
“As far as I know, there are no more than 150 Rohingya people in West Bengal prisons,” Sharma told BenarNews.
He acknowledged that some Rohingya inmates had identified themselves as Bangladeshis in the hopes that India might deport then to Bangladesh after they served out their sentences.
“The number of Rohingya migrants in Indian prisons may very well be higher than that on record because they hide the fact they are from Myanmar. If they don’t, they’ll be stuck in prison even after completing their sentences because their government doesn’t recognize them as citizens,” Madhurima Dhanuka of the Commonwealth Human Rights Initiative (CHRI), a local BGO, told BenarNews.
Sumber BO - 22-8-2015
Kami tidak tahu nasib ibu bapa kami - pelarian Rohingya
ACHEH: "Kami tidak tahu nasib ibu bapa kami di Myanmar."
Demikian luahan seorang pelarian Rohingya yang kini berada di Pusat Perlindungan Pelarian Rohingya, Acheh Indonesia.
Hafizullah Rahman, 21, berkata, beliau bersama ratusan yang lain telah menaiki kapal keluar dari negara kelahiran mereka selepas diusir dan diancam oleh tentera negara itu.
Menurutnya, sejak beliau dan ribuan yang lain keluar daripada negara itu, perkhabaran tentang ahli keluarganya tidak dapat diketahui.
Beliau tidak tahu keadaan ibu bapanya sama ada masih hidup atau dibunuh mahupun dizalimi.
Menceritakan pengalamannya dalam detik sukar di perairan, beliau berkata, ke semua pelarian terpaksa berhimpit di dalam sebuah kapal yang sangat usang.
Hatta ujarnya, sepanjang perjalanan itu, mereka tidak mempunyai bekalan makanan dan ramai daripada mereka berada dalam keadaan kebuluran.
"Kami diselamatkan oleh nelayan di perairan Acheh dan mereka membawa kami ke daratan.
"Saya berasa syukur apabila berjaya menyelamatkan diri walaupun sedih meninggalkan negara saya sendiri," katanya ketika ditemui Harakahdaily ketika menyertai misi kemanusiaan yang dianjurkan oleh South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (Sarmy), kelmarin.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan Acheh dan Indonesia kerana memberi kebenaran untuk mereka masuk ke negara itu untuk menyelamatkan diri.
Hafizullah adalah antara pelarian yang menghafaz Al-Quran bersama tiga orang yang lain dan kini menjadi antara tenaga pengajar di pusat pelarian itu.
Sementara itu, Pengerusi Sarmy, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pihaknya sedang merangka pelbagai program dan strategi dalam mengumpul dana kewangan untuk disalurkan kepada etnik yang dizalimi itu.
Menurutnya, sumbangan daripada orang ramai sangat diperlukan dalam membiayai kos pengoperasian pusat perlindungan itu terutama makanan harian mereka.
"Kalau kita lihat hari ini, pembinaan rumah-rumah sementara untuk didiami oleh pelarian ini masih giat dijalankan.
"Kami dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa dana masih belum mencukupi dalam menyiapkan rumah atau bilik untuk dijadikan tempat mereka berteduh," katanya ketika ditemui semasa melawat serta menyampaikan bantuan di pusat perlindungan.
Raja Iskandar menyeru seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar menjadi insan peduli dengan bersama-sama berusaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada saudara seagama yang sedang dalam kesusahan itu.
"Pelbagai usaha kita boleh lakukan, dan pihak kami (Sarmy) sedang memfokuskan usaha membantu nasib etnik ini," ujarnya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus disalurkan melalui Bank Islam: 08086020134552 atau terus hubunginya di talian 0194331777. - HARAKAHDAILY 3/7/2015
Sumber HD - 3-7-2015
30 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumikan Posted on Monday, June 29 @ 13:51:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |
ALOR SETAR: Sebanyak 30 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumikan dalam dua liang lahad di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena, dekat sini, jam 4 pagi tadi.
Pengurusan 27 jenazah lelaki, dua wanita dan satu tidak dikenal pasti itu bermula kira-kira jam 11 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), namun upacara pengebumian hanya dilakukan lima jam kemudian.
Ia berikutan urusan memandikan jenazah yang memakan masa agak lama selain faktor hujan yang berlarutan di kawasan Alor Setar selama 4 jam sebelum itu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Noh Dahya, berkata kumpulan jenazah kali ini adalah kumpulan kedua daripada 106 jenazah selepas kumpulan pertama membabitkan 21 jenazah dikebumikan 22 Jun lalu.
Beliau berkata, baki sebanyak 55 jenazah lagi akan dikebumikan sebelum Aidilfitri nanti.
"Sebanyak 40 jenazah kita jangka akan dikebumi minggu depan dan baki 15 lagi kita akan usahakan sebelum hari raya. "Pada 22 Jun lalu sebanyak 21 jenazah daripada kumpulan pertama dikebumikan di sini," katanya ketika ditemui di sini.
Susulan penemuan kem transit sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Wang Kelian Mei lalu pihak polis menemui 139 perkuburan daripada 28 kem di kawasan sempadan Bukit Wang Burma, Perlis.
Bagaimanapun selesai operasi dijalankan hanya 106 jenazah ditemui dan dibawa keluar. - AntaraPOS
Sumber TKO - 29-6-2015
Gembira Mereka, Bahagia Kami
Mendengar kata tersebut, fikiran langsung menangkap tentang bagaimana keperitan yang mereka hadapi selama 3 bulan di perairan dalam lautan Andaman sebelum diselamatkan oleh nelayan Aceh. Entah ada santapan atau tidak, belum lagi bayangkan kepadatan dikapal itu. Bukan satu kerja yang mudah. Terus terdetik dihati kecil untuk ke sana meyedarkan masyarakat tentang penderitaan umat Hanyut itu.
Tujuan perjalanan kali ini adalah untuk menyantuni buruan Rohingya di negara tetangga,Acheh dan menyampaikan sumbangan yang disalurkan masyarakat Malaysia.
Perjalanan ini disertai oleh NGO KAMI, ILMAM, PAPISMA dan Ameerah dengan petugas mengikut profesion masing-masing. Aku diberi peluang oleh KAMI untuk membuat liputan disana.
Kira-kira setengah jam perjalanan melintasi udara Malaysia-Indonesia dari KLIA 2 menaiki pesawat Air Asia AK395 dan seterusnya mendarat di Medan. Kami disambut Oleh Pelajar Malaysia yang berada disana. Dari situ menaiki Toyata Kijang dan Toyata Avanza menuju Ke sebuah pondok Usang di bandar Langsa, Aceh yang memakan masa kurang lebih 5 jam dan bermalam disana merehatkan tubuh yang kepenatan…
Pagi itu seusai di ‘briefing’ dan dibahagikan ikatan kumpulan oleh kepala rombongan, Aku di posisikan bersama team “pengubat” dan team Ameerah membuat penyuluhan ke Bireun Bayeun, di sebelahan Aceh Timur. Sekitar 500 orang “buruan” disana.
Dipisahkan mereka, antara Bangladesh dan Rohingya bimbang semisalnya mereka bisa keributan sesama mereka. Difahamkan disana adalah penempatan Pelarian yang berisiko maut. Akibat tiga bulan hanyut dilautan, kebanyakan mereka mengalami komplikasi dalaman penyebaran penyakit batuk kering (Tuberculosis)
“Mereka batuk-batuk, masalah usus dan saluran pernafasan. Keperluan lainya seperti makanan utama beras sehingga kini sudah dipenuhi. Sumber air bersih dan infra lain juga sudah disediakan oleh ngo sebahagian besarnya mahasiswa dari Malaysia,”Jelas Bembeng sambil kedua-dua tangannya meraup muka yang berpeluh.
“Riang dan senang”..Itulah reaksi pantulan wajah buruan itu dan menjadi makin ghairah apabila melihat makanan bawaan kami. Ada yang bergolek..Ada yang keteriakan berebut sesama mereka..Bila dapat,belari berkejaran memuaskan nafsu.
Huh…hangat kondisi itu…sukar dikawal. Mungkin mereka kelaparan atau itu mungkin tabiat dan menjadi Satu benda yang biasa bagi mereka. Kami sekadar penyampai sumbangan kalian, tidak lebih dan tidak kurang…
Ada juga yang bertandang bermanja. Mahu didukung. Mahu dipujuk. Mahu dipeluk dan kepingin dimandikan. Satu penyaksian pendahagaan kasih sayang. Kerenah mereka kami layan. Gembira mereka,bahagia kami.
Kami hanyalah watak yang membuat mereka pernah merasa ada…Semoga dengan sedikit layanan dapat melupakan kecelakaan yang dialami mereka..
Sumber BO - 12-6-2015
Rohingya: Gali 91 kubur dijangka selesai rabu
KUALA LUMPUR: Operasi menggali 91 kubur fasa kedua di Hutan Simpan Mata Ayer, Lubuk Sireh, Perlis yang bermula hari ini dijangka dapat diselesaikan Rabu depan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lapan kenderaan membawa pasukan forensik dan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki kawasan tersebut bagi operasi tersebut.
"Insya-Allah, kami berharap operasi ini dijangka dapat diselesaikan sebelum Rabu depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan PDRM (KKS PDRM) 2015.
Pada majlis itu beliau turut menyerahkan bendera Sang Saka Biru kepada kontinjen PDRM yang menyertai kejohanan 'Police and Fire Games 2015' di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.
Setakat ini, 35 bungkus rangka mayat telah dikeluarkan daripada penemuan 139 kubur di 28 kem transit yang dipercayai ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia bemula di Kampung Wai, Kuala Perlis sehingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar berhampiran sempadan Malaysia-Thailand sejak ia dikesan 25 Mei lepas.
Kesemua rangka manusia itu ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk siasatan patologi.
Menyentuh mengenai dalang yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di kawasan hutan Wang Kelian, Khalid tidak menolak penglibatan rakyat tempatan dalam membantu warga Rohingya yang dikenali sebagai 'Yassin' yang disyaki ejen dalam sindiket tersebut.
"Kami percaya sindiket itu mempunyai 'link' dengan orang dalam dan pihak polis masih memburu mereka," katanya.
Khalid bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut rakyat Malaysia yang membantu Yassin itu sama ada anggota penguat kuasa atau rakyat biasa.
Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya dapat melaporkan kepada balai polis berdekatan dengan segera supaya tindakan dapat diambil. - BERNAMA
Sumber HD - 4-6-2015
MUSLIM MALAISE EQUALLY RESONSIBLE FOR ROHINGYA SUFFERING
Sumber HD - 2-6-2015
Etnik Rohingya: Yangon perlu arah tentera berundur
KUALA LUMPUR: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa pentadbiran Yangon mengarahkan Tenteranya berundur daripada kawasan dan penempatan entik Rohingya di Arakan, Negara Myanmar terutamanya dengan segera.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi, Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam suatu kenyataan medianya.
“Etnik Rohingya perlu diberikan perlindungan dan dijamin keselamatan mereka kerana mereka mempunyai hak di dalam Perlembagaan Negara mereka dimana diikhtiraf sebagai kerakyatan Myanmar sebelum ini. Tiada sebab mereka perlu dihalau dan diperlakukan sedemikian rupa dengan kekejaman dan juga yang mengakibatkan kematian.
“Kami juga mengharapkan Kesatuan Ulama Antarabangsa mengambil ruang memberikan rangsangan dan semangat kepada mangsa-mangsa etnik Rohingya yang kini menjadi pelarian agar mereka cekal dan bersabar dengan ujian yang kini menimpa mereka,” tegas beliau.
Dr Raja Ahmad juga mengharapkan mereka diberikan kata semangat agar terus berusaha memastikan hak dan kedudukkan mereka dikembalikan. Dengan suasana yang ada juga, kami mengharapkan pentadbiran Yangon memberikan jaminan agar orang tua, wanita dan kanak-kanak tidak diapa-apakan.
Beliau cukup sedih dengan tempoh yang agak panjang tanpa ada tindakan yang sewajarnya diberikan kepada etnik Rohingya dan seolah-olah masyarakat dunia begitu takut dan kurang upaya.
“Di Malaysia, kami meminta agar Kerajaan menggunakan ruang yang ada untuk terus membantu etnik Rohingya yang menjadi pelarian di sini dan juga memainkan peranan yang dimana Malaysia menganggotai pelbagai badan antarabangsa, peringkat Asia dan juga di Asia Tenggara juga.
“Kami yakin Malaysia mampu melakukan lebih daripada itu yang tidak sepertimana Negara-negara lain yang hanya ‘melihat’ sahaja,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 1/6/2015
Sumber HD - 1-6-2015
Misi KAMI dan NGO, Santuni ‘Orang Hanyut’ Rohingya dan Bangladesh di Aceh
Menurut Pengerusinya Dr Azman Ibrahim, selain membuat tinjauan dan liputan tentang Rohingya yang dizalimi ‘junta Myanmar’ itu, dan warga Bangladesh yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia, KAMI bersama para sukarelawan NGO akan menyampaikan sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.
“kita semua tahu dan sedar tentang warga Rohingya yang dizalimi, bukan sahaja dinafikan untuk sebuah khidupan sebagai manusia, malah dibunuh dan disembelih oleh pihak yang berkait rapat dengan pemerintah Myanmar,
“dan warga Bangladesh yang telah menjadi mangsa ‘kebinatangan’ manusia lain, yang mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain, menyebabkan mereka menjadi mangsa, sehingga hanyut dengan bot di Selat Melaka dan di selamatkan oleh nelayan Aceh,”jelasnya.
Antara NGO yang yang turut serta dalam kempen ‘Peduli Rohingya’ dan telah mengesahkan akan menghantar sukarelawan bersama misi itu ialah Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Ameerah dan Rahmat Care.
Katanya, misi yang yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi KAMI, Sazali Mohd Noor akan berlepas dari KLIA pada 6hb dan akan melaksanakan pelbagai khidmat komuniti sebelum pulang ke tanah air pada 10hb Jun depan.
Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat di negara ini menyelami kesukaran hidup dan kesengsaraan yang dilalui oleh para ‘pelarian’ itu dengan memberikan sedikit sumbangan.
“kita akan In sha Allah menyediakan barangan makanan dan pakaian yang benar-benar diperlukan oleh mereka dengan cara menyemak dahulu, apabila lawatan tinjauan pada hari pertama dibuat, kita akan menyenaraikan keperluan dan membelinya di sana,
“ini akan dapat mengelakkan sebarang pembaziran selain ia akan betul-betul menepati kepada kepada apa sebenarnya yang diperlukan oleh saudara-saudara kita itu pada masa sekarang,”ujarnya.
Oleh itu, orang ramai yang prihatin, boleh mennyampaikan sumbangan mereka dalam bentuk wang kepada misi tersebut melalui akaun PAPISMA No. 5630 6412 2433 (Maybank).
Kata Dr Azman, melalui maklumat yang telah disampaikan kepada pihak KAMI, barangan makanan dan ubat-ubatan adalah antara keperluan pelarian tersebut selain dari pakaian serta peralatan lain.
Pada 15Mei lalu, nelayan Aceh telah menyelamatkan kira-kira 800 orang pelarian warga Rohingya dan Bangladesh dengan menarik bot mereka yang hanyut ke pantai wilayah itu.
Sehingga kini, sejumlah 1,759 orang pelarian Rohingya tersebut termasuk 720 korban pemerdagangan manusia telah diletakkan di tiga penempatan sementara oleh pemerintah Aceh.
Berdasarkan data jumlah pelarian tersebut 564 orang berada di Punteut Kecamatan Blang Mangat Kota Lhokseumawe, 672 orang di Pelabuhan Kuala Langsa, Kota Langsa, 476 orang di Bireun Bayeun, Kecamatan Rantau Selamat, Kabupaten Aceh Timur.
Selain itu, seramai 47 orang menumpang di pejabat daerah Kabupaten Aceh Tamiang dan keseluruhan 1,062 orang Rohingya adalah terdiri dari 565 lelaki, 235 perempuan, dan 225 orang anak-anak.
Sumber HD - 29-5-2015
Pemerdagangan manusia: PAS tuntut penjelasan PDRM
KUALA LUMPUR: PAS menuntut kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas pencerobohan yang berlaku ke atas sempadan negara.
Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut dan mesti meletakkan jawatan jika tidak mampu menyelesaikannya.
Ia berhubung penemuan 139 kubur dan 28 kem yang berkaitan pemerdagangan manusia dalam wilayah Malaysia, bersempadan dengan Thailand.
Menurut PDRM, kem tersebut dipercayaai diduduki sejak tahun 2013 dan berpagar serta dikawal.
"Dalam kes-kes politik, serta himpunan aman rakyat, polis begitu cepat bertindak sehingga menjalankan tangkapan pada jam 3 pagi. Tindakan ini sangat dikesali.
"Rakyat terus bimbang dengan isu keselamatan dan tidak mampu lagi untuk mempercayai jaminan keselamatan oleh pihak polis khususnya dan kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesyaki segelintir anggota penguatkuasa kerajaan turut terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia susulan penemuan ini.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil siasatan pihak berkuasa mendapati aktiviti pemerdagangan pelarian itu bukan saja membabitkan anggota penguatkuasa namun penduduk tempatan. - HARAKAHDAILY 26/5/2015
Sumber HD - 26-5-2015
Rohingya: Hantar tentera pengaman ke Myanmar
KUALA LUMPUR: Nasib sedang menimpa ke atas umat Islam Rohingya ketika ini adalah satu bentuk pembersihan etnik secara tersusun, termasuk didalangi oleh pihak-pihak yang mempunyai keupayaan dan kuasa.
Tindakan pengusiran, penganiayaan dan kezaliman serta pembunuhan adalah tekanan untuk menghapuskan umat Islam dari satu-satu penempatan atau wilayah.
"Perkara ini mengulangi tragedi buruk pernah ditimpakan ke atas umat Islam di Bosnia Herzegovina pada tahun 1992 yang menghadapi kerakusan etnik Serbia," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Begitu juga, ujarnya umat Islam di Palestin berdepan pencerobohan dan peperangan zionis Israel sejak tahun 1948 tanpa ada pembelaan sewajarnya khususnya dari badan dunia.
Katanya, umat Islam di Rohingya bukan sahaja berdepan kegilaan puak Rakhine untuk bermandi darah, malah kecurangan Kerajaan Myanmar serta ketidakpedulian pihak tentera menyaksikan atau menghalang tindakan kezaliman dari berlaku.
"Sehingga ke saat ini, tidak ada badan dunia yang bersuara menyaksikan mala petaka dahsyat ke atas kemanusiaan ini," ujarnya dalam satu kenyataan.
Malah, kata beliau media Barat pula bersikap adu domba apabila memainkan isu ‘Human Traficking’ sebagai alasan dan desakan ke atas negara umat Islam Asean iaitu Malaysia dan Indonesia untuk menerima pelarian-pelarian Rohingya sedangkan negara Asean lain dibela kononnya tidak berupaya menerima pelarian tersebut khususnya Thailand.
Malangnya, kata Khalil Malaysia yang merupakan Pengerusi Asean juga tidak mengambil langkah proaktif untuk bersuara, apatah lagi untuk menyatakan tindakan konkrit penyelesaian.
"Malaysia mesti segera menggerakkan peranan lebih agresif mengetuai semua negara Asean untuk menyelamatkan umat Islam Rohingya atas tanggung jawab kemanusiaan," kataya lagi.
Menurutnya, Malaysia selaku anggota tidak tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan anggota Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) juga perlu mendesak masyarakat antarabangsa khususnya badan-badan dunia tersebut untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Myanmar supaya memberikan hak kepada umat Islam Rohingya dan menghentikan serta merta pencabulan hak ke atas mereka.
Beliau berkata, sekiranya Malaysia boleh menghantar kekuatan ketenteraannya berkhidmat sebagai pasukan pengaman di bawah PBB ke Somalia, Lubnan, Bosnia dan lain-lain negara yang jauh, sewajarnya atas maruah dan nyawa umat Islam, Malaysia perlu menawarkan diri ke Myanmar. - HARAKAHDAILY 26/5/2015
Sumber HD - 26-5-2015
Rohingya: Kekejaman umat Islam di Asia Tenggara
KUALA LUMPUR: Malaysia seharusnya belajar dari Turki dan Aceh yang begitu prihatin terhadap nasib pelarian Rohingya dan berusaha menyelamatkan mereka.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati perlu ke hadapan dalam isu melibatkan hak asasi dan kemanusiaan.
"Malaysia sebagai sebuah negara yang dipimpin oleh Islam seharusnya menonjolkan sikap prihatin ke atas pelarian Rohingya dan membantu dalam misi kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga kesal apabila Malaysia sebagai negara jiran yang mempunyai majoriti rakyat Islam tidak mampu berbuat apa-apa ketika media antarabangsa sering melakukan kekejaman terhadap Rohingya.
"Krisis kekejaman ini adalah episod malang terhadap umat Islam khususnya di Asia Tenggara dan Malaysia tidak mampu membela nasib mereka," katanya. - HARAKAHDAILY 25/5/2015
Sumber HD - 25-5-2015
ROHINGYA BERI HAK MEREKA BERLINDUNG - MB
YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB - MENTERI BESAR KELANTAN
Rohingya: Beri hak mereka berlindung:
KOTA BHARU: Kerajaan Myanmar seharusnya memberi hak kebebasan kepada umat Islam di negara itu untuk terus bernaung dan memberikan keadilan kepada
KOTA BHARU: Kerajaan Myanmar seharusnya memberi hak kebebasan kepada umat Islam di negara itu untuk terus bernaung dan memberikan keadilan kepada
Sumber HD - 25-5-2015
Aceh berikrar bantu pelarian Islam Rohingya
KOTA LANGSA, Aceh: Masyarakat Aceh berikrar akan membantu sedaya upaya pelarian Islam Rohingya yang ditempatkan di wilayah ini bagi mengenang kembali bantuan yang diberikan umat Islam Malaysia ketika Aceh dalam keadaan bergolak di era daerah operasi militer (DOM).
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Aceh, Tgk Makhyaruddin Yusuf (gambar, kanan) berkata, masyarakat Aceh tetap akan membantu pelarian Rohingya meskipun mereka bukan beragama Islam atas dasar kemanusiaan dan kewajipan membantu golongan yang tertindas dan teraniaya.
"Atas dasar kepentingan dakwah dan kemanusiaan, mereka (pelarian Rohingya) perlu dibantu oleh negara-negara Islam. Secara politiknya umat Islam Rohingya tidak mendapat pembelaan negara-negara Islam termasuk Indonesia kecuali Turki," katanya.
Mahkyaruddin ditemui Harakahdaily dalam satu pertemuan dekat sini selepas mengikuti lawatan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad ke kem penempatan sementara pelarian Myanmar di Langsa, 155 km dari bandar Medan.
Kem pelarian Rohingya di Langsa kini menempatkan sejumlah 765 pengungsi setelah bot nelayan yang dinaiki mereka ditemui dan ditunda ke daratan oleh nelayan Aceh Jumaat lalu selepas lebih sebulan terapung tanpa arah di Selat Melaka.
Tiga lagi kem pelarian Rohingya di daerah (propinsi) ini terletak di Aceh Utara yang menempatkan 635 pelarian, Aceh Timur (480) dan Kuala Simpang, Aceh Temiang (47).
Menurut Mahkyaruddin, sikap peduli masyarakat Aceh terhadap pelarian Rohingya didorong oleh sokongan dan bantuan yang pernah diterima penduduk Aceh ketika wilayah ini dalam keadaan bergolak.
"Sikap peduli orang Aceh adalah kerana semasa Aceh dalam keadaan kucar-kacir, kami mendapat bantuan dan perlindungan daripada saudara-saudara Islam dari negara lain terutamanya Malaysia," kata beliau.
Menurut beliau, setelah mengecapi keamanan dan kemakmuran, kini menjadi kewajipan kepada penduduk Aceh untuk membantu saudara se-Islam yang menerima musibah.
Ketika ditanya tentang perancangan jangka panjang untuk membantu para pelarian Acheh di daerah itu, Mahkyaruddin berkata, beliau telah berbincang dengan Walikota Langsa untuk mencari penempatan yang sesuai bagi mereka.
"Yang jelas mereka tidak akan pulang ke kampung halaman mereka. Oleh itu mereka pastinya akan menetap di sini," katanya.
Oleh itu beliau mencadangkan agar setiap keluarga pelarian Rohingya diberikan dua hektar tanah bagi diusahakan.
Beliau menambah, lokasi penempatan yang dipilih mestilah layak dihuni dengan keperluan asas yang mencukupi.
"Mereka yang sudah berumahtangga akan diberikan rumah. Bagi yang tidak berkeluarga akan diberikan rumah yang boleh dihuni 10 orang," katanya.
Bagaimanapun rancangan ini, ujarnya tertakluk kepada persetujuan Jakarta.
Mahkyaruddin menambah, pelarian Rohingya yang berhasrat menjadi warganegara Indonesia perlu mengikuti proses yang ditentukan undang-undang.
"Tidak rugi jika mereka menjadi warga Indonesia apatah lagi mereka saudara muslim kita," ujar beliau. - HARAKAHDAILY, 25/5/2015
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Aceh, Tgk Makhyaruddin Yusuf (gambar, kanan) berkata, masyarakat Aceh tetap akan membantu pelarian Rohingya meskipun mereka bukan beragama Islam atas dasar kemanusiaan dan kewajipan membantu golongan yang tertindas dan teraniaya.
"Atas dasar kepentingan dakwah dan kemanusiaan, mereka (pelarian Rohingya) perlu dibantu oleh negara-negara Islam. Secara politiknya umat Islam Rohingya tidak mendapat pembelaan negara-negara Islam termasuk Indonesia kecuali Turki," katanya.
Mahkyaruddin ditemui Harakahdaily dalam satu pertemuan dekat sini selepas mengikuti lawatan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad ke kem penempatan sementara pelarian Myanmar di Langsa, 155 km dari bandar Medan.
Kem pelarian Rohingya di Langsa kini menempatkan sejumlah 765 pengungsi setelah bot nelayan yang dinaiki mereka ditemui dan ditunda ke daratan oleh nelayan Aceh Jumaat lalu selepas lebih sebulan terapung tanpa arah di Selat Melaka.
Tiga lagi kem pelarian Rohingya di daerah (propinsi) ini terletak di Aceh Utara yang menempatkan 635 pelarian, Aceh Timur (480) dan Kuala Simpang, Aceh Temiang (47).
Menurut Mahkyaruddin, sikap peduli masyarakat Aceh terhadap pelarian Rohingya didorong oleh sokongan dan bantuan yang pernah diterima penduduk Aceh ketika wilayah ini dalam keadaan bergolak.
"Sikap peduli orang Aceh adalah kerana semasa Aceh dalam keadaan kucar-kacir, kami mendapat bantuan dan perlindungan daripada saudara-saudara Islam dari negara lain terutamanya Malaysia," kata beliau.
Menurut beliau, setelah mengecapi keamanan dan kemakmuran, kini menjadi kewajipan kepada penduduk Aceh untuk membantu saudara se-Islam yang menerima musibah.
Ketika ditanya tentang perancangan jangka panjang untuk membantu para pelarian Acheh di daerah itu, Mahkyaruddin berkata, beliau telah berbincang dengan Walikota Langsa untuk mencari penempatan yang sesuai bagi mereka.
"Yang jelas mereka tidak akan pulang ke kampung halaman mereka. Oleh itu mereka pastinya akan menetap di sini," katanya.
Oleh itu beliau mencadangkan agar setiap keluarga pelarian Rohingya diberikan dua hektar tanah bagi diusahakan.
Beliau menambah, lokasi penempatan yang dipilih mestilah layak dihuni dengan keperluan asas yang mencukupi.
"Mereka yang sudah berumahtangga akan diberikan rumah. Bagi yang tidak berkeluarga akan diberikan rumah yang boleh dihuni 10 orang," katanya.
Bagaimanapun rancangan ini, ujarnya tertakluk kepada persetujuan Jakarta.
Mahkyaruddin menambah, pelarian Rohingya yang berhasrat menjadi warganegara Indonesia perlu mengikuti proses yang ditentukan undang-undang.
"Tidak rugi jika mereka menjadi warga Indonesia apatah lagi mereka saudara muslim kita," ujar beliau. - HARAKAHDAILY, 25/5/2015
Dr Syed Azman meninjau operasi khemah rawatan dan kecemasan yang didirikan badan bukan kerajaan (NGO) Aceh di kem pelarian Rohingya dekat Langsa, Lhokseumawe, Aceh.
Sumber HD - 25-5-2015
Kisah hiba nelayan Aceh selamatkan Rohingya di laut
Nelayan-nelayan itu sedang mengecat kapal kayu di pinggir Pelabuhan Kuala Langsa, Kota Langsa, Aceh, saat kami menghampiri dan menyapa mereka. Sebahagian badan kapal berkapasiti 50 tan itu nampak brkilat. Kapal ikan sumber penghidupan mereka itu nampak baru kembali.
Seorang nelayan pertengahan umur sambil terus sibuk bekerja menanyakan identiti kami. Setelah bertanya khabar, Mohamad Adenan meminta kami naik ke atas kapal. Dengan hanya rasuk kayu, kami meniti ke atas kapal. Adenan yang mengetuai nelayan-nelayan lain itu berhenti bekerja dan menemui kami. Adenan juga menawarkan makan siangnya.
Namun dengan sopan kami mengatakan kami sudah makan tengah hari. Kami terkesan dengan keramahannya, yang menjadi salah satu watak positif orang Aceh.
Sebagaimana diberitakan, pada pagi Jumaat, 15 Mei lalu ada enam kapal nelayan Aceh yang menolong manusia dalam bot yang berasal Myanmar dan Bangladesh. Kapal Adenan adalah kapal yang mengangkut sisa pelarian, berjumlah 45 orang.
"Kami baru turun ke laut satu hari, ketika mencari orang-orang asing itu," ungkap Adenan dipetik laman web Eramuslim.com.
Biasanya kapal berada di laut 5 hingga 6 hari. Kapten kapal yang memimpin Muhammad Adenan dengan 40 anak kapal lain, memutuskan untuk memindahkan mereka. Keputusan dilakukan usai saling kenalan antara nelayan melalui radio, dan diminta saling merapatkan bot dan kapal.
"Kami ikut mendekat ke lokasi di mana orang-orang itu berada," tutur ayah dari enam anak ini.
Adenan berkata kapalnya adalah kapal terakhir yang mengangkut pelarian. "Lima kapal yang lain sudah di depan kami," tambahnya.
Ketika kapal nelayan dan pelarian saling merapat, beberapa pelarian terus terjun ke laut untuk menghampiri kapal Mohamad Adenan. Menurut penglihatan Adenan, ada juga perempuan yang nekad terjun berenang mendekati kapalnya. Jarak dua kapal kira-kira 30 hingga 40 meter.
Para pelarian itu berteriak-teriak, "Allahu kbar, Allahu akbar!"
Didorong rasa hiba, kapten kapal memerintahkan Mohamad Adenan dan kawan-kawannya agar lebih mendekati bot, untuk menghalang mereka terjun ke laut.
"Apabila kami menolong mereka, tak ada di hati kecuali rasa hiba. Saya membayangkan saat itu, seandainya mereka itu adalah kami, tentu kami saat itu akan sangat berharap pertolongan dari sesiapa," kata Adenan, yang selama lima hingga enam kali ke laut boleh mendapat upah 150-200 dari pemilik kapal.
"Apa salah mereka? Dan mengapa mereka seolah-olah tak boleh kita tolong? "jawab Adenan ketika ditanya keputusan mereka untuk melakukan tindakan menyelamatkan itu.
Usai kapal saling merapat, para pelarian itu berpindah kapal. Mereka langsung duduk di dek kapal, dan sebahagian, mungkin kerana keletihan, terus berbaring. Sebahagian laki-laki terlihat luka-luka yang masih setengah kering. Ada luka di lengan, punggung, kaki dan kepala.
Adenan berkata kerana masalah bahasa, ABK kapal tak banyak bercakap dengan pelarian.
"Yang kami lakukan segera mengeluarkan makanan dan air bekal kami mencari ikan untuk seminggu, yang masih banyak, kerana kami baru berada di atas laut sehari semalam," jelas Adenan.
Adenan mengaku makin tersentuh melihat para pelarian itu makan dengan lahap. Mereka sama sekali tidak mampu menyembunyikan rasa lapar dan dahaga.
"Bahkan semasa kami baru mahu selesai menaruh makanan ke pinggan, mereka terus menyambarnya," ungkap Adenan.
Bagaimana perasaan Adenan boleh membantu orang yang sedang sangat perlu pertolongan?
"Hati saya lega, boleh menolong orang kesusahan. Mereka berada di laut sama seperti kami. Mereka manusia sama seperti kami," kata Adenan.
Adenan dan kawan-kawannya menyatakan tidak menyesal, usai mendaratkan para pelarian itu, kapalnya sempat tertunda untuk turun ke laut semula dengan kelengkapan. Kesempatan itu digunakan untuk mengecat kapal milik ketuanya.
Sumber HD - 25-5-2015
Rohingya: Singkirkan Myanmar daripada Asean
Dr Syed Azman bertanya khabar keluarga pelarian Rohingya di Kem Pelarian Rohingya dekat Langsa, Lhokseumawe, Acheh.
Ahli Majlis Perwakilan Rakyat Daerah (MPRD) Aceh, Tgk Makhyaruddin Yusuf berkata, Malaysia dan Indonesia perlu menyarankan agar Myanmar dikeluarkan daripada Asean kerana pemerintah negara itu secara jelas membiarkan masyarakat Islam Rohingya hidup dalam kesengsaraan.
Makhyaruddin ditemui Harakahdaily selepas mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad yang melawat kem penempatan pelarian Rohingya dan Bangladesh di Langsa yang terletak kira-kira 155 km dari bandar Medan.
Beliau kesal kerana 'secara politiknya' masyarakat Islam Rohingya tidak mendapat pembelaan daripada negara-negara umat Islam di rantau Asean mahupun dunia kecuali Turki.
"Gabenor Aceh sendiri hanya memberikan bantuan (kepada pelarian Rohingya yang diberikan perlindung di sini) tetapi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan memprotes tindak-tanduk regim Myanmar," ujar Ahli MPRD fraksi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) itu.
Menyokong pendirian Tgk Mahkyaruddin, Dr Syed Azman berkata sudah sampai masanya untuk Asean mengkaji semula dasar berkecuali dan tidak campur tangan pertubuhan serantau itu dalam urusan negara anggotanya.
"Adalah menjadi kewajipan kepada setiap negara anggota Asean untuk menyuarakan pandangan terhadap sebarang bentuk tindakan menyalahi hak asasi manusia yang dilakukan oleh mana-mana pemerintah negara Asean.
"Apa yang berlaku di Myanmar kini menunjukkan kegagalan pemerintahnya melindungi hak asasi dan keselamatan kumpulan minoriti rakyat iaitu masyarakat Islam Rohingya yang ditindas dan diperlakukan dengan kejam.
"Negara anggota Asean tidak boleh bersikap berkecuali dalam isu ini kerana kesannya turut dialami oleh negara jiran Myanmar iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia yang kini terkesan dengan kedatangan pelarian Rohingya," tegas beliau.
Dr Syed Azman juga kesal dengan sikap pemimpin hak asasi manusia Myanmar, Aung San Suu Kyi yang sehingga kini membisu dengan kekecaman yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya.
Dalam pertemuan itu, Dr Syed Azman bagi mewakili PAS turut menyerahkan bantuan kewangan kepada Makhyaruddin bagi disalurkan kepada pelarian Rohingya di daerah tersebut. - HARAKAHDAILY, 25/5/2015
Dr Syed Azman menyerahkan sumbangan PAS kepada Tgk Makhyaruddin dalam satu pertemuan di Kota Langsa.
Sumber HD - 25-5-2015
Solat hajat, munajat khusus buat Rohingya hari ini
KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada semua ahli serta seluruh rakyat Malaysia bagi mengadakan Solat Hajat dan Munajat khusus buat saudara seagama kita di bumi Rohingya, yang kini terus-menerus ditindas oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan.
Demikian seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan ringkas.
PAS, katanya menggesa Solat Hajat dan Munajat itu diadakan pada hari ini, 23 Mei bersamaan 5 Syaaban, selepas Solat Maghrib bertempat di markaz, surau, masjid kawasan masing-masing.
"Semoga Allah SWT anugerahkan kekuatan buat saudara seagama kita di bumi Rohingya serta para pejuang Islam di seluruh pelosok dunia," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. - HARAKAHDAILY 23/5/2015
Sumber HD - 23-5-2015
Asean perlu tunjuk solidariti isu pelarian Rohingya
ALOR SETAR: Negara anggota Asean perlu menunjukkan solidariti dan bersikap lebih tegas dalam mencari penyelesaian terhadap krisis kemanusiaan pelarian Rohingya, menurut penganalisis.
Penganalisis Antarabangsa dan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Ravichandran Moorthy berkata, sikap beberapa negara anggota Asean yang berdiam diri disebabkan faktor tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, sudah tidak bersesuaian lagi pada zaman ini.
"Prinsip tersebut mungkin sesuai tahun 60-an hingga 80-an. Pewujudan Komuniti Asean yang dilaung-laungkan, seharusnya dianggap tidak berjaya sekiranya isu tersebut tidak berjaya dimuktamadkan.
"Orang Rohingya adalah sebahagian daripada komuniti Asean, mereka tinggal di Myanmar dan bagaimana dengan mereka ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Negara Asean, menurut beliau, dilihat tidak menjiwai komuniti tersebut disebabkan dua faktor utama iaitu tiada pengetahuan mengenainya dan mungkin mereka tidak melihat apa faedah diperolehi daripada Komuniti Asean.
Mesyuarat mengenai isu pelarian Rohingya yang dihos oleh Thailand pada 29 Mei hadapan, akan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 18 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Myanmar, dan tiga organisasi antarabangsa.
Malaysia dan Indonesia baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bersetuju menawarkan bantuan dan perlindungan sementara kepada pendatang Rohingya.
Ravichandran berkata, konflik tersebut dijangka mengambil masa lebih lama, justeru katanya Myanmar tidak boleh dibiarkan menangani isu tersebut bersendirian.
Penggunaan pihak ketiga perlu dilihat sebagai alternatif kepada isu ini, sepertimana krisis yang berlaku di selatan Thailand dan selatan Filipina, dengan Malaysia memainkan peranan sebagai pihak ketiga, katanya dan menurutnya Myanmar perlu dipujuk untuk bersetuju.
"Kalau bukan Malaysia, negara lain (boleh jadi pihak ketiga)... Malaysia ada pengalaman dan boleh gunakan jawatan sebagai pengerusi Asean dan cari jalan penyelesaian ikut prinsip-prinsip ditentukan dalam penyelesaian konflik," katanya.
Mengulas tindakan Malaysia memberi perlindungan sementara kepada pelarian Rohingya, Ravichandran berkata ia bukanlah kerana takut dengan kecaman masyarakat antarabangsa, sebaliknya melihat kepentingan nasional dan tindakan negara bertamadun.
"Bukan kita berlembut selepas berkeras, bukan disebabkan kritikan, dan kita minta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), segerakan proses pemindahan mereka (ke negara ketiga selepas tamat tempoh perlindungan)," katanya.
Myanmar, menurut beliau sepatutnya diberi lebih tekanan antarabangsa dan kecaman disebabkan sifat negara itu yang enggan bertanggungjawab terhadap pelarian Rohingya, menyebabkan masalah tersebut "melimpah" ke negara-negara jiran.
"Mereka abai faktor sejarah, Rohingya ini sudah ada di situ (Myanmar) sejak beratus tahun, walaupun mereka tidak diiktiraf, tetapi mereka perlu perlindungan undang-undang dan daripada regim, dan itu tidak dipenuhi Myanmar," katanya. - BERNAMA
Sumber HD - 22-5-2015
Bawa isu pelarian Rohingya ke parlimen - MB Kelantan
KUALA LUMPUR: Isu kegawatan pelarian Rohingya yang terkandas dan kelaparan di lautan adalah isu kemanusiaan sejagat, kata Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob
Justeru, kaanya, umat Islam seluruh dunia khasnya negara-negara umat Islam perlu bertegas dan memainkan peranan mendesak kerajaan Myanmar agar menghentikan segera pembunuhan dan kezaliman keatas etnik muslim Rohingya.
Menurutnya, gambar-gambar yang terpampang di dada akhbar dan media sosial yang sangat menyayat hati membuktikan bahawa satu jenayah perang besar keatas umat Islam Rohingya sedang dilancarkan sekarang.
"Saya menggesa kerajaan Malaysia sebagai pengerusi Asean agar membawa usul khas bagi membincangkan isu ini serta membuat ketetapan penyelesaian di persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.
"Saya telahpun menghantar surat rasmi kepada YAB Perdana Menteri pada petang semalam bagi menyatakan hasrat tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, kata beliau umat Islam di Malaysia wajib mendoakan keamanan bagi saudara seakidah kita dan mereka yang dizalimi di Rohingya serta wajib menghulurkan bantuan yang sepatutnya sama ada dari sudut perubatan, pakaian dan makanan kepada pelarian melalui badan-badan yang dipertanggungjawabkan. - HARAKAHDAILY 21/5/2015
Sumber HD - 21-5-2015
Myanmar setuju sertai mesyuarat migran Rohingya
BANGKOK: Myanmar akan menyertai mesyuarat mengenai isu migran Rohingya yang dihos oleh Thailand pada 29 Mei hadapan, Timbalan Menteri Luar Myanmar Thant Kyaw mengesahkan demikian Rabu.
Mesyuarat itu akan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 18 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Myanmar, dan tiga organisasi antarabangsa.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Thailand di sini Rabu, Thant Kyaw berkata, "Saya kira mesyuarat itu baik kerana ini membabitkan hal kemanusiaan.
"Tetapi jika ia untuk tujuan politik, ia akan menjadi lebih rumit dan kompleks," katanya.
"Kita semua perlu duduk berbincang dan mencari jalan menangani masalah ini kerana ini membabitkan manusia dan wujud bencana di laut.
"Kita perlu selesaikan masalah ini bersama," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha berkata negaranya akan memutuskan sama ada sedia menerima "orang hanyut" itu selepas mesyuarat tersebut.
Malaysia dan Indonesia hari ini mengumumkan bahawa mereka bersetuju menawarkan bantuan dan perlindungan sementara kepada migran Rohingya. - Bernama
Sumber HD - 21-5-2015
Bantu pelarian Rohingya secara bersepadu
KUALA LUMPUR: Dunia sekali lagi dibangunkan dengan ketibaan lebih 10,000 pelarian Rohingya di perairan Asean.
"Manusia yang terpaksa meninggalkan bumi kelahiran kerana mereka diburu dan dibunuh kerana lahir sebagai manusia Islam bernasabkan Rohingya," ujar Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia, Mumtaz Md Nawi.
Menurutnya, Myanmar sebuah negara baru menjadi ahli Asean masih tidak serik dengan tekanan dan kutukan antarabangsa bilamana puluhan tahun menolak demokrasi dan Aung San Suu Kyi anak pimpinan bangsa mereka sendiri.
Kini, ujarnya mereka mara dan meneruskan agenda di luar tahap kemanusiaan dengan menafikan warga sendiri atas alasan berlainan bangsa dan agama.
Katanya, Rohingya adalah isu yang telah sekian lama berlaku di mana penindasan dan penganiayaan dimarakkan dengan pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak dan ahli keluarga mereka tanpa apa-apa kesalahan.
Tambah beliau, pembunuhan genoside ini dibuat berulang kali dan dengan skala yang lebih besar dan lebih kerap akhirnya telah menolak Rohingya mengambil keputusan melarikan diri dengan penuh risiko dengan membawa ribuan manusia dengan menaiki bot ke negara-negara jiran.
"Kini, Malaysia sebagai jiran, pembela hak manusia dan muslim, kita menggesa kerajaan menggunakan semua saluran diplomatik dan politik antarabangsa untuk menyelesaikan kemelut politik dan kemanusiaan ini," ujarnya lagi.
Justeru, katanya Malaysia mesti berperanan dan memberi tekanan kepada Myanmar dan membawa usul segera ini ke meja Asean, OIC dan United Nation (UN).
"Kita harus melobi dan menjuarai kes ini kerana polis dan wira dunia hak asasi kemanusiaan, Amerika dan Britain kelihatan pekak dan bisu bila mangsa adalah orang Islam di Asean," katanya yang juga Exco Kerajaan Kelantan.
Menurutnya lagi, langsung tidak kedengaran tindakan tekanan ekonomi mahupun rundingan diplomatik dibuat oleh pihak Barat dengan Myanmar untuk manfaat Rohingya dan tiada pihak secara konsisten tampil membantu mereka.
"Atas nama hak asasi dan manusia bertamadun, atas nama ukhuwwah dan persaudaraan, atas nama jiran yang bersempadanan, Dewan Muslimat PAS menggesa Kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan kepada orang yang dizalimi Rohingya secara segera dan bersepadu," katanya.
Katanya, satu jaminan bantuan ekonomi antarabangsa dari UN dan OIC harus diperuntukkan sebagai lokasi perlindungan UNHCR.
Menurut beliau, satu perancangan jangka pendek dan panjang perlu digubal kerana mereka memerlukan penempatan, makanan dan pendidikan asas yang tentunya memakan kos yang tinggi.
"Malaysia harus berani untuk bangkit dan berkata sesuatu 'Bantu Rohingya' sebagaimana kita pernah 'bantu Aung San Suu Kyi' kerana kita percaya pada Kuasa Allah itu jua adanya," ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/5/2015
Sumber HD - 21-5-2015
Ramai pelarian berbunuh berebut makanan
KETIKA beribu-ribu pelarian Rohingya sedang bergelut dengan maut, kebuluran, terapung-apung di perairan Asia Tenggara dan Laut Andaman, depan Aceh, pemerintah Myanmar tidak mempedulikan mereka.
Ini kerana Myanmar sedang menghadapi krisis politik yang sangat berat.
Ini menyukarkan negara itu untuk menyelesaikan krisis pelariannya itu.
Tragedi pelarian Rohingya dan Bangladesh yang terapung-apung itu bergelut dengan maut itu berlaku ketika Myanmar berdepan dengan krisis politik untuk menentukan masa depan negara itu.
Negara tersebut akan mengadakan pilihan raya umum November ini untuk kali pertama sejak 1990, di mana parti pembangkang diketuai Aung San Suu Kyi akan menyertainya.
Walaupun berdepan dengan krisis kemanusiaan yang berat dan desakan berulang kali oleh masyarakat dunia supaya kerajaan Myanmar mengkaji semula peranannya sebagai sumber masalah pelarian, namun kerajaan Myanmar serta parti pembangkang hanya membisu dan enggan menangani krisis tersebut.
Kerajaan Myanmar selama inipun menolak isu itu dijadikan agenda antarabangsa. Malah, mengancam untuk tidak hadir dalam persidangan serantau jika isu Rohingya dibangkitkan oleh negara jiran.
Akibatnya, Suu Kyi yang dikenali sebagai pemimpin gerakan prodemokrasi dan mengetuai parti pembangkang, Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) telah menjadi sasaran kecaman.
Pelbagai pihak mengharapkan wanita yang pernah memenangi anugerah keamanan Nobel pada 1991 itu diharapkan membantu mengatasi isu Rohingya.
Tetapi Suu Kyi enggan memberi jawapan jelas.
Seorang penganalisis kanan kumpulan pemikir di Yangon berkata, Suu Kyi mempunyai kepentingan politik yang banyak di Myanmar.
Dengan sikap yang seiring dengan pendirian kerajaan, jurucakap NLD berkata, parti itu tidak dapat menerima definisi Rohingya tetapi menganggap mereka yang berjumlah kira-kira sejuta orang itu sebagai etnik Bengali yang dianggap pendatang haram dari Bangladesh.
Kini suasana sangat tegang di antara penduduk majoriti Buddha dan Muslim Rohingya.
Suu Kyi dan NLD-nya bergantunng kepada undi penganut Buddha jika mahu menang dalam pilihan raya umum November ini walaupun jika dia dihalang perlembagaan untuk menjadi presiden. Tetapi badan hak asasi manusia (HRW) berkata, strategi politik yang diambil Suu Kyi membawa bencana kepada pelarian tersebut.
Laporan mengatakan bahawa walaupun sudah ramai diselamatkan oleh Malaysia (di Langkawi) dan Indonesia (di pantai Aceh) tetapi kini dipercayai ada ribuan di dalam perahu yang padat dan terapung-apung di lautan.
Laporan terkini menyebut bahawa antara 100 dan 200 orang telah terbunuh selepas etnik Rohingya dan Bangladesh berebut makanan sesama sendiri di dalam kapal yang membawa mereka yang kemudian terdampar di pantai Aceh.
Ini adalah tragedi kemanusiaan yang sangat dahshat. Pihak keselamatan di Aceh menjumpai pisau, kapak, parang, besi tajam dan lain-lain senjata yang digunakan oleh kedua-dua pihak ketika berkelahi berebut makanan di dalam lapal yang mereka tumpangi.
Dilaporkan kini lebih 3,000 orang Rohinya dan Bangladesh berada di lautan untuk menuju ke negara Asia Tenggara.
Sementara itu, yang menjadi sasaran utama kumpulan pelampau Bhuddis di Mayanmar, ialah etnik Muslim Rohingya. Mereka membunuh beribu-ribu Muslim Rohingya, membakar masjid dan rumah kediaman Muslim di negara itu.
Mereka dihimpunkan di beberapa tempat, termasuk di tepi pantai, di dalam paya dan hutan. Kemudian dibunuh dengan kejam, ternasuk wanita dan kanak-kanak. Sebab itu ada penduduk di bandar Maungdaw di barat Myanmar memberitahu:
"Bagi mereka, lebih baik mati di laut daripada hidup di tanah yang penuh diskriminasi," kata seorang lelaki tua di situ.
Beberapa pihak telah menyalahkan kerajaan Bangladesh – jiran Myanmar – yang turut melimpahkan pelariannya di Malaysia dan negara jiran yang lain. Beribu-ribu pelarian Myanmar dan Bangladesh baru-baru ini mendarat di Langkawi dan keadaan ini mencemaskan serta menimbulkan krisis berat.
Hingga kini pihak Myanmar dan Bangladesh membisu mengenai limpahan pendatang mereka ke negara ini dan di negara jiran.
Menurut perangkaan, rakyat Myanmar adalah jumlah pelarian dan pencari suaka politik teramai di Malaysia.
Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan setakat akhir Februari tahun ini, kira-kira 141,570 daripada keseluruhan 152,570 pelarian dan pencari suaka politik adalah warga Myanmar.
Mereka termasuk kira-kira 49,800 etnik Chin, 45,170 Rohingya, 12,340 Muslim, 7,320 Rakhine dan Arakan serta lain-lain etnik.
Ribuan pendatang asing dipercayai daripada Bangladesh dan Myanmar itu tersadai di dalam bot penyeludup antara Laut Andaman dan Selat Melaka.
Daripada jumlah itu, 1,158 mendarat di Langkawi, Kedah pada 10 Mei lalu yang kemudian ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Belantik di Sik, Kedah.
Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata kerajaan sedang bekerjasama dengan UNHCR untuk mengenal pasti mereka yang ditakrif sebagai pelarian.
ADUN Ayer Hangat, Langkawi, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid menyarankan kepada kerajaan supaya mengkaji penempatan pos kawalan keselamatan agensi penguat kuasa di Pulau Langkawi.
Ini perlu, katanya, memandangkan jarak antara Ayer Hangat dan Thailand hanya 10 minit perjalanan dengan bot sementara pos kawalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terletak di Kuah, kira-kira 40 minit perjalanan dengan bot dari Ayer Hangat.
Menurutnya, penyeludup dari Thailand hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke Ayer Hangat sementara bot pemantau dari Kuah memerlukan 40 minit untuk sampai ke sana," katanya.
Pelbagai pihak berpendapat bahawa pemimpin negara Asean perlu mengambil langkah segera memaksa negara Myanmar dan Bangladesh mengambil kembali rakyat mereka dan bertindak segera menyelesaikan masalah pelarian dari kedua-dua negara itu.
Mereka kesal, kedua-dua negara itu masih membisu dan tidak mengambil langkah untuk mengatasi masalah pelarian dari negara mereka. – HARAKAHDAILY 20/5/2015
Sumber HD - 20-5-2015
Turki arah kapal tentera bantu pelarian Rohingya
(Foto hiasan)
Kerajaan Turki ikut serta berperanan menyelamatkan Muslim Rohingya yang terdampar di perairan Asia. Memetik laporan laman web Eramuslim.com, sebuah kapal tentera Turki sudah menjalankan tugasnya di perairan Asia Tenggara mencari pelarian yang melarikan diri dari Myanmar.
"Kerajaan telah mengarahkan kapal tentera Turki di wilayah tersebut dan bergabung dengan usaha antarabangsa untuk membantu para pelarian Rohingya," kata Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu seperti dilansir dari Xinhua, Rabu.
Beratus-ratus pelarian Rohingya dilaporkan berlayar ke perairan wilayah Thailand di Laut Andaman sejak awal bulan ini.
Selain itu banyak pula yang menuju Malaysia dan Indonesia untuk mencari tempat tinggal selepas konflik di negaranya.
PBB menganggarkan ribuan pelarian masih berada di laut lepas. Dikhabarkan mereka juga ditipu dan ditinggalkan oleh peniaga yang awalnya memudahkan mereka untuk melarikan diri dari negaranya.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi PBB untuk pelarian, lebih daripada 25,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar dalam tiga bulan terakhir.
Sumber HD - 20-5-2015
Rohingya: Selamatkan saudara seagama kita
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut melahirkan rasa simpati serta bimbang saat ribuan rakyat Rohingya yang terkandas di lautan tanpa adanya bekalan makanan dan air yang baik, berpunca daripada penganiayaan kerajaan Myanmar ke atas mereka.
Penganiayaan tampuk kerajaan Myanmar ke atas rakyat Rohingya ini sudah menjadi satu krisis kemanusiaan dan pasti memerlukan bantuan serta tindakan Asean sendiri bagi menyelesaikannya.
PAS menggesa kepada tampuk kerajaan Malaysia yang juga merupakan pengerusi Asean bagi mengadakan perbincangan khas serta mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penganiayaan tersebut.
Mereka yang berada pada tampuk kepimpinan Asean perlu lagi bertindak pantas bagi menyediakan bantuan kemanusiaan walaupun penyelesaiannya mengambil masa yang panjang.
Mesti bertindak segera, bukan hanya berbincang berpanjangan tanpa ada tindakan, krisis ini nyata melahirkan kesepakatan bumi serantau Asia bagi menangani konflik yang getir ini.
Justeru, PAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama bermunajat dan mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing agar Allah SWT menyelamatkan saudara seagama kita di luar sana.
Pada masa yang sama PAS melalui lajnah dan unit berkaitan pula akan terus membantu dengan berbagai cara untuk meringankan bebanan pelarian Rohingya ini. - HARAKAHDAILY 19/5/2015
Presiden PAS
1 Syaaban 1436 / 19 Mei 2015
Sumber HD - 19-5-2015
Pulau Bidong sebagai pusat perlindungan pelarian Rohingya
1. Menyelamatkan nyawa pelarian yang dizalimi dan terusir daripada tanah air sendiri adalah sebahagian daripada kewajipan beragama yang telah ditegaskan prinsipnya dalam al-Quran. Allah berfirman;
( وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا ) .
"Dan kenapa kamu tidak berperang di jalan Allah dan demi golongan yang lemah di kalangan lelaki-lelaki, wanita-wanita dan kanak-kanak yang menyeru wahai Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang penduduknya melakukan kezaliman. Dan jadikanlah untuk kami dari sisi-Mu seorang pelindung dan jadikanlah untuk kami dari sisi-Mu seorang pembantu". (Surah al-Nisa ayat 75)
2. Tidakkah Rasulullah saw dan juga para sahabat Muhajirin yang berhijrah daripada Mekah merupakan golongan yang lari dan diusir keluar dari tanah air mereka dan juga dirampas harta benda mereka? Mereka diperangi dan dizalimi kerana agama yang dianuti oleh mereka. Mereka lalu diberi perlindungan oleh orang-orang Yathrib (Madinah) bukan hanya melibatkan makanan tetapi melibatkan harta, kediaman, pekerjaan dan pasangan hidup malah seterusnya kerakyatan.
3. Lantaran itu Allah memuji orang-orang Madinah yang kemudiannya dikenali sebagai Ansor yang bermaksud pembantu-pembantu dalam firman-Nya;
( وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ( 9 ) )
"Dan mereka yang menyediakan negeri kediaman dan keimanan sebelum (kedatangan) orang Muhajirin, mereka sayangkan orang-orang yang berhijrah kepada mereka, mereka tidak mendapati dalam hati-hati mereka sebarang hajat daripada apa yang telah mereka berikan dan mereka mengutamakan mereka yang berhijrah berbanding diri mereka sendiri meskipun mereka sendiri ada keperluan. Dan sesiapa yang terpelihara daripada sifat kikir dirinya maka merekalah orang-orang yang beroleh al-falah (kejayaan selepas kesukaran). (Surah al-Hasyr ayat 9)
4. Malah Islam menegaskan kewajipan menyahut dan menyambut seruan memohon pertolongan dan perlindungan nyawa sehinggalah mereka dapat dibawa ke tempat yang aman sebagaimana firman Allah:
( وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ( 6 )
"Dan sekiranya seseorang di kalangan orang yang syirik meminta perlindungan kepada kamu maka berilah perlindungan kepadanya sehinggalah dia mendengar Kalam Allah kemudian sampaikanlah dirinya itu ke tempat yang aman bagi dirinya" (Surah Taubah ayat 6).
5. Sebagai negara umat Islam di rantau Asia, malah Pengerusi ASEAN pula, tidak memadai bagi Malaysia hanya menganggap isu pelarian Rohingya sebagai isu kemanusiaan semata-mata. Perhatian terhadap golongan ini mestilah di atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Islam. Apatah lagi Rohingya dizalimi oleh ekstrimis berpunca kerana anutan agama Islam yang mereka anuti.
6. Usaha berterusan mesti dilakukan untuk mengatasi halangan-halangan yang ada termasuk pada aspek perundangan dan hubungan diplomatik demi memastikan pelarian Rohingya mendapat hak perlindungan; penempatan, makanan, kesihatan dan pendidikan.
7. Pada 10 hb mei 2015 yang lalu saya sempat menghadiri majlis pengkebumian semula 11 orang daripada 33 mangsa bunuh Rohingya oleh ejen penyeludupan manusia di Ban Talok, Padang Basar di Selatan Thailand. Dikatakan ribuan lagi menjadi mangsa bunuh oleh ejen-ejen ini apabila gagal melunaskan kos membawa mereka lari menyelamatkan diri dari tanah air mereka.
8. Terkini pada pertengahan Mei ini, lebih 1,000 orang etnik Rohingya cuba memasuki Malaysia secara penyeludupan kerana lari daripada tekanan di negara mereka dengan pelayaran di atas kapal yang uzur dan tidak cukup bekalan makanan. Mereka perlu diselamatkan dan tidak wajar diberikan layanan sebagai pendatang asing tanpa izin, apatah lagi mengusir mereka semula ke tengah laut.
9. Etnik Rohingya sangat memerlukan pembelaan khususnya daripada Malaysia selaku Pengerusi ASEAN. Menurut rekod terdapat 800,000 hingga 1.3 juta orang etnik Rohingya di Myanmar yang menetap di Rakhine tetapi kewarganegaraan mereka tidak diiktiraf, bahkan dinafikan hak mereka untuk mengundi bermula 2012 lalu serta mereka juga diperangi oleh pelampau Buddha.
10. Sejak tiga tahun lepas, lebih 120,000 terpaksa keluar menyelamatkan diri dengan belayar di lautan. Suku pertama tahun ini sahaja pula kira-kira 15,000 orang lagi keluar ke laut untuk menyelamatkan diri di negara-negara jiran; 8,000 daripadanya ke perairan antara Malaysia dan Indonesia pada bulan ini.
11. Walaupun Malaysia tidak memeterai Konvensyen 1951 berhubung kedudukan pelarian, kita masih boleh mengadakan dasar serta prosedur dalam menangani isu pelarian.
12. Saya mencadangkan agar pelarian Rohingya ini diberikan perlindungan di lokasi yang pernah diiktiraf secara rasmi sebagai kem pelarian pada 8 Ogos 1978 bagi melindungi pelarian mangsa perang Vietnam iaitu Pulau Bidung di negeri Terengganu.
13. Mengikut catatan sejarah, sepanjang 1975 hingga 1991, hampir 250,000 orang pelarian Vietnam beragama Budhha dan Kristian berlindung di pulau ini sebelum ia ditutup pada 30 Oktober 1991 dengan baki pelarian dibawa pulang semula ke Vietnam.
14. Kerajaan Malaysia perlu segera mengiktiraf Pulau Bidung sebagai pusat perlindungan bagi pelarian Rohingya. Pengiktirafan ini akan lebih memudahkan urusan pengurusan pelarian dan menjadikannya lebih tersusun bagi memenuhi keperluan pelarian dan pada masa yang sama melindungi kepentingan negara.
15. Kerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu juga perlu dibuat bagi merealisasikan pembukaan pusat perlindungan ini. Ini kerana walaupun Kerajaan Negeri Terengganu melarang pembinaan resort dan chalet setelah pulau itu dibuka untuk tujuan pelancongan bagi memelihara warisan sejarah pulau itu, pada akhir tahun lalu Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membaik pulih kemudahan asas dan pemuliharaan dasar laut Pulau Bidung.
16. Kesempatan ini sebaiknya dimanfaatkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu untuk membuka pusat perlindungan kepada orang-orang Rohingya yang beragama Islam yang menjadi pelarian kerana terpaksa meninggalkan tanah air mereka akibat tekanan oleh pemerintah dan pelampau agama di wilayah yang mereka diami. Sekurang-kurangnya, lebih 37,850 warga Rohingya yang yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia setakat 2014 serta yang terkandas di perairan Malaysia baru-baru ini boleh mendapat perlindungan di Pulau Bidung.
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus / Ketua Penerangan DUPP
Sumber HD - 19-5-2015
Pelarian Rohingya terkapai merenung nasib di lautan
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi Asean perlu bertindak segera dalam isu menyelelamatkan pelarian Rohingya yang terkandas di perairan antarabangsa bersempadan dengan negara kita.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, nyawa mereka yang ditimpa malang dan menjadi mangsa sindiket penyeludupan manusia itu amatlah wajar dibantu oleh Malaysia atas dasar perikemanusiaan.
"Apatah lagi, kesemua mereka adalah beragama Islam, saudara seakidah dengan kita yang mendabik dada negara Islam contoh di dunia," ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, ujarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memainkan peranan penting menggerakkan Asean untuk memberi tekanan yang kuat dan tegas kepada Kerajaan Junta Tentera Myanmar yang bertindak kejam menindas rakyat berbangsa Rohingya ini.
Di samping itu, kata beliau Kerajaan Malaysia sewajarnya bekerjasama dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) untuk mencari jalan penyelesaian sementara bagi pelarian Rohingya ini sepertimana pengalaman Malaysia yang pernah menguruskan pelarian perang Vietnam pada tahun 1975 dahulu yang ditempatkan di Pulau Bidong, Terengganu.
Tambahnya, tidak cukup Malaysia hanya berbangga memegang jawatan sebagai Pengerusi Asean dan Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB sedangkan masalah yang berlaku di halaman sempadan sendiri, kita hanya berdiam diri dan membiarkan sahaja pelarian terkapai-kapai merenung nasib di lautan. - HARAKAHDAILY 19/5/2015
Sumber HD - 19-5-2015
ROHINGYA: BANTULAH SAUDARAMU WALAUPUN HANYA 10 SEN
Mukaddimah
Tatkala kebanyakkan negara dan masyarakat umat Islam di seluruh dunia pada hari ini, ditimpa pelbagai bentuk ujian, dugaan dan tribulasi, tetapi ahamdulillah, Malaysia pada hari ini masih lagi dikurniakan nikmat keamanan dan kesejahteraan dan rezeki yang masih melimpah-ruah yang menjarakkan kita daripada kancah peperangan, musibah dan bencana alam yang begitu teruk. Nikmat yang kita peroleh pada hari ini, haruslah disyukuri sebelum kejadian melanda seperti saudara kita lain hidup dalam keadaan yang merana, kefakiran, sentiasa diburu oleh pihak musuh dan hidup dalam keadaan ketakutan. Apatah lagi yang hanya menanti ihsan dan pertolongan dari saudara yang lain hanya untuk sebuku roti atau sesuap nasi bagi mengalas perut dalam meneruskan kehidupan dengan penuh sengsara serta serba kekurangan.
Tragedi pelarian Rohingya menjadikan diri yang dhaif ini tersentak dan terpaku dalam mengimbau kenangan dan ingatan tentang musibah dan ujian yang menimpa masyarakat dan saudara seagama kita, yang tiada berkesudahan. Ya Allah ampunilah kami di atas kelalaian kami yang melupakan ujian tribulasi menimpa saudara-saudara kami.
Justeru itu, Bayan Linnas pada kali ini, adalah memperingati dan menunjukkan nilai kasih sayang buat saudara Rohingya yang amat memerlukan pertolongan. Walaupun catatan ini yang begitu ringkas tetapi diharap dapat memberi sedikit kesedaran dan penghayatan buat seluruh warga Malaysia dan umat sejagat.
Bayan Linnas kali ke-21 ini dengan bertajuk “Rohingya: Bantulah Saudaramu Walaupun Hanya 10 Sen”. Semoga memberi manfaat, kesedaran dan penghayatan kepada kita semua, Amin.
Siapa Sebenarnya Rohingya
Etnik-etnik Rohingya bukannya pendatang asing tanpa izin seperti yang datang dari Bangladesh, Indonesia ataupun Nepal dan dilambakkan secara haram di negara ini. Perlu jelas bahawa etnik Rohingya sebenarnya tergolong sebagai pelarian. Wilayah Rakhine di Myanmar merupakan tanah serta negeri mereka.
Etnik Rohingya adalah kelompok minority Muslim yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, Myanmar. Walaupun hampir 800,000 Rohingya tinggal di sana sejak turun temurun malah berabad, kerajaan Burma tidak mengiktiraf mereka kewarganegaraan mereka.
Pada tahun 1978, junta tentera Myanmar cuba menghalau mereka daripada tanah air mereka sendiri. Ini menyebabkan ramai yang lari ke Bangladesh. Akta Kewarganegaraan 1982 yang digubal oleh tentera Junta Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik di Myanmar mengakibatkan mereka ini tidak mendapat kewarganegaraan. Ini menyebabkan mereka terasing dari latar sosio ekonomi dan politik negara.
Myanmar mengiktiraf 135 golongan etnik dan etnik Rohingya langsung tidak tersenarai. Etnik ini mempunyai kampung dan tanah di Rakhine, sebuah kawasan yang kaya dengan hasil bumi seperti minyak, gas dan sebagainya dan ini merupakan salah satu usaha pihak tentera untuk mengambil tanah mereka.
Kezaliman demi kezaliman terus dikenakan kepada mereka sehingga saat ini oleh pihak kerajaan dan juga sebahagian besar golongan ‘ekstremis’ sami Buddha yang dipimpin oleh Ashin Wirathu.[1]
Kezaliman Terhadap Muslim Rohingya
Pembantaian dan kekejaman terhadap Muslim Rohingya di Myanmar sebenarnya bukan pertama kalinya di tahun ini, namun ianya telah berlangsung terlalu lama.[2]
Demi menyelamatkan nyawa daripada tangan-tangan yang kejam, etnik Rohingya sanggup melarikan diri walaupun terpaksa meredah ombak lautan berminggu-minggu lamanya. Keadaan itu terpaksa dilalui rakyat dari wilayah Arakan, Myanmar kerana komuniti tersebut semakin terhimpit di bumi sendiri.
Memetik kenyataan Penyelaras Bantuan Kemanusiaan Rohingya Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakat), Rashid Md Ali berkata, beliau antara individu berpengalaman menjaga kebajikan kumpulan itu sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, sejak 2011 hingga kini, 1,000 pelarian mendarat di Pulau Pinang dan kemudian diserah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). Menurutnya, pelarian Rohingya terpaksa menempuh pelbagai ranjau bagi meneruskan kehidupan termasuk menaiki bot 12 hingga 14 hari untuk pergi ke tempat lebih selamat. “Sepanjang tempoh itu juga mereka hanya makan beras saja dan kadangkala ikat perut menahan lapar.
“Anak-anak kecil ada yang tidak berpakaian sementara golongan ibu sehelai sepinggang sahaja, memang menyedihkan, semuanya kerana demi menyelamatkan nyawa,”[3]
Begitu juga dengan perlakuan zalim lain seperti pembunuhan kejam, rogol (termasuk bawah umur)[4] dan lain-lain yang pasti meluluhkan hati kita sebagai saudara seagama mereka.
Rohingya: Bantulah Saudaramu Walaupun Hanya 10 Sen.
Isu Rohingya memperlihatkan kepada kita, bahawa sejauh mana kepekaan dan kasihan belas atas ujian dan bencana yang berlaku membabitkan saudara-saudara seagama dengan kita. Keprihatinan, nilai kasih sayang dan bantuan yang dihulurkan adalah ubat yang terbaik dalam kita mendepani isu yang besar ini. Sesungguhnya hati dan perasaan ummat Islam telah diikat dengan satu ikatan yang sesekali tidak akan putus dan berlanjutan dalam apa jua keadaan yang menimpa. Allah SWT berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
(Surah al-Maidah: 2)
Di samping itu juga, sesungguhnya peringatan yang tegas disabdakan oleh Nabi SAW dalam satu riwayat yang dhaif jiddan[5]:
مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ المُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan orang Muslim, maka bukan dari kalangan mereka.”
Riwayat al-Tabarani (7/270)
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mengabaikan dan tidak prihatin terhadap sesama Islam.
Sebagai mengukuhkan kenyataan di atas, dalam sabdaan Baginda SAW yang lain dinyatakan:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
Maksudnya: Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya.
Riwayat Muslim (2699)
Peringatan dan renungan yang disabdakan Nabi SAW ini adalah satu sikap tanggungjawab dan keprihatin seluruh ummat Islam. Baginda sendiri menunjukkan contoh apabila seorang perempuan yang beragama Islam dicabul kehormatannya oleh orang Yahudi di Madinah, maka Rasulullah SAW mengambil tindakan yang tegas menghalau suku Yahudi itu dari bumi Madinah. Inilah penegasan Nabi SAW terhadap maruah dan nyawa umatnya.
Di sampaing itu juga, penekanan dan penegasan Nabi SAW terhadap seluruh umatnya tentang betapa mustahak dan pentingnya untuk membina dan mengikat tali persaudaraan sehingga terpahat dalam sanubari kita. Perkara ini hanya mampu difahami oleh mereka yang benar-benar mencari dan mendalami akan suruhan Baginda SAW. Ini amat sukar untuk dihayati dan disemai dalam jiwa kita.
Dalam peringatan ini, Nabi SAW amat menitik beratkan nilai kasih-sayang dan amalan tolong-menolong. Nilai yang disemaikan oleh Baginda SAW ini kepada sahabatnya yang lain, seharunya dijadikan suri teladan buat kita semua. Berasaskan nilai inilah, Islam mampu untuk menakluk hampir keleuruh pelosok dunia. Dengan berbekalkan iman yang mantap dan persaudaraan yang teguh mampu untuk membuka kota besar seperti Rom dan Parsi. Oleh itu, nilai tolong-menolong dan belas ihsan adalah satu nilai yang teramat mulia dan penting untuk kita semaikan ke dalam diri setiap insan.
Nabi SAW bersabda:
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا . فَقَال رجلٌ : يا رسولَ اللهِ ، أُنْصُرُه إِذَا كَان مَظْلُومًا ، أَفَرَأَيتَ إِذا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أنصُرُه ؟ قَالَ : تحجِزُه ، أَوْ تُمْنِعُهُ ، مِنَ الظلمِ فإنَّ ذَلِكَ نَصْرُه
Maksudnya: “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi” Berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” Jawab Baginda: “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya.”.
Riwayat Bukhari (6952)
Ucapan Penghargaan Buat Perdana Menteri, Ulama, NGO Dan Rakyat Malaysia
Pada kesempatan ini, marilah kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT, di atas taufiq dan limpahan rahmat-Nya kepada kita, dalam mendepani kegawatan isu Rohingya ini masih terdapat manusia yang dipelihara naluri dan sifat belas kasihan dan berasa bertanggungjawab kepada saudara Rohingya.
Inilah sifat manusiawi dan insani yang disulami dengan ihsan sepatutnya wujud dalam masyarakat Malaysia dan juga umat sejagat.
Oleh itu, saya turut merakamkan jutaan terima kasih saya buat Perdana Menteri Malaysia di atas kepekaan dalam menangani isu ini seperti mana yang diucapkan oleh beliau:
Saya memberitahu kepada Setiausaha PBB Ban Kim Moon, ini merupakan malapetaka kemanusiaan yang mesti dipandang berat semua Negara. Tidak hanya melibatkan Negara ASEAN, tetapi isu kemanusiaan sejagat yang perlu perhatian semua pihak.[6]
Atas tindakan Perdana Menteri yang membenarkan sebahagian untuk mendarat dan memberikan bantuan kemanusiaan amatlah dihargai.
Begitu juga keprihatinan para ulama dan pemimpin yang memberi bantuan serta menyokong usaha untuk menyelamatkan krisis yang berlaku ini kerana ia adalah krisis kemanusiaan yang berhak untuk hidup. Mereka mengemukakan pelbagai bentuk cadangan yang boleh dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Di samping itu juga, kita doakan dan pohonkan kepada Allah SWT agar segala bantuan, sifat keprihatinan dan segala usaha yang kita lakukan diseluruh peringkat masyarakat yang terdiri daripada kerajaan Malaysia, badan NGO, para ulama dan asatizah serta seluruh rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak, dalam sama-sama berganding bahu meringankan beban dan kesempitan buat seluruh masyarakat Rohingya dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Isu Pelarian Rohingya yang membanjiri perairan negara serantau dan Malaysia perlu dipandang serius. Tragedi yang berlaku ini begitu menginsafkan kita, bukan isu sempadan, bangsa, warna kulit sahaja tetapi isu kemanusiaan dan insani yang wajib diberi bantuan.
Kita sering kali mengambil ringan terhadap isu yang berlaku ke atas saudara kita di atas alasan persempadanan dan perbezaan geografi, namun lebih jauh daripada itu, nilai persaudaraan seagama dan seakidah telah membuka sempadan dan merentasi seluruh benua.
Nilai agama ini seharusnya dihayati bersama oleh seluruh umat Islam, jangan kita biarkan saudara kita dalam keadaan keperitan di tengah samudera tanpa makanan dan minuman yang hanya mengharapkan Tuhan. Ingatlah yang musuh sentiasa cuba menindas musuhnya yang diibaratkan seperti seekor serigala yang membaham seekor kambing secara rakus. Bencana dan ujian yang menimpa mereka turut juga dirasai oleh kita bersama.
Sesungguhnya agama Islam ini merupakan satu rahmat buat seluruh umat manusia. Nilai kasih sayang, bantu-membantu dan bekerjasama merupakan elemen yang begitu penting di dalam Islam. Umatnya disuruh untuk menolong manusia dalam kesempitan, memberi perlindungan kepada yang lemah dan menghulurkan kepada yang memerlukan. Oleh itu, marilah sama-sama kita tanamkan azam untuk sama-sama kita menghulurkan segala upaya yang ada bagi meringankan beban dan kesempitan saudara-saudara kita, dan ini akan dapat menjarakkan kita daripada neraka Allah SWT, seperti mana Nabi SAW bersabda:
اتَّقوا النَّارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
Maksudnya: “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.”
Riwayat al-Bukhari (6540)
Antara jalan dan cara yang dapat kita hulurkan bantuan buat saudara Rohingya adalah:
- Membuka tabung khas untuk Rohingya dalam isu ini.
- Masjid di seluruh Malaysia menggunakan tabung pada hari Jumaat sebagai bantuan dan sedikit kempen kesedaran untuk tujuan itu.
- Majlis Agama atau Baitul Mal dijadikan sebagai tempat pengumpulan dana dan pengagihan bantuan kepada masyarakat Muslim Rohingya.
- Menggesa pihak OIC untuk dalam mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu perlarian Rohingya yang tiada arah tuju sehingga berkampung di lautan samudera.
- Menggesa pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberi tekanan dan mendesak kerajaan Mynmar.
Saya yakin dengan hati budi masyarakat Malaysia yang cepat tersentuh jiwanya apabila berlakunya ujian dan tribulasi ke atas saudara segama dengan kita. Justeru itu, marilah kita melakukan tindakan dengan bantuan yang seadanya untuk disampaikan kepada masyarakat Rohingya di atas dasar saudara seagama dan simpati yang mendalam terhadap hak insani.
Penutup
Ya Allah, Tuhan Rabb al-‘Alamin yang berkuasa setiap atas sesuatu yang bersifat Maha Pengampun , ampunlah dosa kami atas kecuaian dan ketaqsiran kami dalam membantu saudara-saudara kami.
Ya Allah, selamatkanlah saudara kami dari mehnah tribulasi dan ujian yang sedang mereka hadapi. Semoga kabus dan gerhana kehidupan mereka akan diganti dengan cahaya dan sinar harapan untuk terus hidup dengan sempurna dan selesa.
Saya pernah ke Makkah beberapa tahun dahulu pada musim Ramadhan dan isu Rohingya telah di doakan oleh Imam Makkah dan Madinah ketika solat tarawih. Ini menunjukkan isu ini diberi perhatian penuh oleh masyarakat Islam dunia. Rintihan mereka telah menjadi igauan buruk kepada denyut nadi umat Islam yang lain, yang seolah-olah sama-sama merasa kesakitan tersebut. Ini kerana nilai ukhuwwah dan mahabbah begitu ampuh dan utuh. Benarlah sabda Nabi:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Maksudnya: Perumpamaan sesama Mukmin pada kasih sayang, rahmat dan Ihsan seumpama sebuah jasad. Apabila salah satu anggota mengadu sakit, maka anggota yang lain berjaga malam dan demam.
Riwayat Bukhari (6011), Muslim (2556)
Sekali lagi, saya tegaskan di sini yang bahawa isu Rohingya yang terkena kepada saudara kita adalah tanggungjawab kita bersama dalam menghulurkan bantuan walaupun hanya 10 sen cuma.
Semoga usaha yang kita lakukan ini mendapat pahala di sisi Allah SWT dan dikira sebagai amalan jariah yang diterima untuk bekalan dunia dan akhirat kita. Amin. Sekian. Terima Kasih Malaysia.
Akhukum Fillah,
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan
17 Mei 2015 Bersamaan 28 Rejab 1436
Sumber MWP / HD - 18-5-2015
DI MANA KEMANUSIAAN ASEAN DALAM ISU PELARIAN ROHINGYA - MSS
http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/35434-di-mana-kemanusiaan-asean-dalam-isu-pelarian-rohingya
Sumber HD - 15-5-2015
DI MANA KEMANUSIAAN ASEAN DALAM ISU PELARIAN ROHINGYA - MSS
http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/35434-di-mana-kemanusiaan-asean-dalam-isu-pelarian-rohingya
Sumber HD - 15-5-2015
No comments:
Post a Comment