KISAH tragis yang dibongkar oleh sepucuk surat misteri ini begitu menyayat hati... Siapa sangka sepucuk surat yang tidak tercatat nama pengirimnya akhirnya berjaya menyelamatkan seorang wanita dikenali Blanche yang terkurung selama 25 tahun di rumahnya sendiri. Pembongkarannya berlaku apabila pada 23 Mei 1901, pejabat guaman di Paris menerima sepucuk surat misteri. Isi kandungan surat itu berbunyi... "Tuan peguam: Dengan penuh rasa hormat, saya ingin memaklumkan tentang kejadian yang tidak diketahui sesiapa. Mengenai seorang wanita yang dikurung di dalam rumah Madame Monnier. Dia separuh kebuluran, hidupnya di dalam bilik bawah tanah yang kotor sejak 25 tahun lalu," catat tulisan itu tanpa dicatatkan nama pengirimnya. Tersentak dengan surat itu, polis membuat siasatan walaupun, pada awalnya sukar mempercayai dakwaan tersebut kerana surat itu hanya dianggap surat layang. Siasatan dimulakan, rumah Madame Monnier digeledah dan pada peringkat akhir polis telah memecah masuk ke sebuah bilik yang didakwa menjadi tempat kurungan seorang wanita selama 25 tahun itu. Melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, mereka terhidu bau busuk. Dalam bilik yang gelap tanpa sebarang pencahayaan, pasukan penyelamat melihat kelibat seorang wanita tanpa pakaian yang duduk di atas tilam jerami yang hampir reput. Wanita itu tampak penuh ketakutan, badannya kurus kering, persekitarannya dipenuhi najis dan sisa-sisa makanan. Udara di dalam bilik sempit itu sangat busuk sehingga menyukarkan pasukan penyelamat untuk bernafas. Mereka segera mengangkat wanita malang itu keluar dari bilik kurungannya. Tanpa membuang masa, wanita itu dibawa ke hospital untuk dirawat. Ketika dirawat doktor meramalkan bahawa wanita itu tidak dapat hidup lama dan ketika dirawat wanita itu hanya mempunyai berat sebanyak 55 paun. Selepas terbongkar mengenai kisah wanita itu, abang serta ibunya ditahan. Penyiasatan dilakukan Ketika siasatan dijalankan, satu persatu rahsia terungkai. Semuanya bermula 25 tahun lalu sebelum Blanche ditemui. Ketika itu Blanche jatuh cinta dengan seorang peguam miskin. Ibunya Madame Louise menentang hubungan cinta itu kerana baginya anaknya tidak sesuai bercinta dengan orang yang tidak setaraf dengan mereka. Blanche dikurung akhirnya.... masa berlalu, Blanche kini bukanlah seorang anak gadis seperti dahulu, kekasih yang menyebabkan dia dikurung pula sudah meninggal dunia pada 1885. Abang Blanche, Marcel dalam kenyataan pembelaannya mendakwa Blanche mengalami masalah mental. Namun ia disangkal beberapa saksi yang mendakwa sering terdengar suara rayuan meminta dibebaskan dari bilik bawah tanah tersebut. Sementara ibu Blanche hanya ditempatkan di bilik sakit kerana menderita sakit jantung. Ibunya mati beberapa lama kemudian, dia dikatakan hanya mengucapkan 'ah anak ku Blanche' berulang kali kepada doktor yang merawatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Manakala abangnya Marcel dibebaskan dari penjara di atas kenyataannya kepada mahkamah bahawa dia tidak pernah mencederakan adiknya secara fizikal dan hanya menurut perintah ibunya. Tanda tanya siapa yang mengirim surat itu hingga membawa kepada penemuan Blanche masih kekal misteri sehingga hari ini. Meninggal di hospital Sementara Blanche walaupun sudah mendapat rawatan kekal sakit dan mempunyai masalah mental, dia akhirnya meninggal dunia pada 1913 di Hospital Psikiatri Blois, 12 tahun selepas diselamatkan. Sehingga kini kisah wanita malang ini terus menerus meniti di bibir penduduk tempatan. Kerana cinta dengan si miskin akhirnya Blanche menjadi mangsa kekejaman keluarga sendiri. Sumber Link Sumber TKO - 25-9-2015
Percayakah anda jika kami katakan zoo juga pernah menempatkan manusia sekitar abad ke-19 dan 20-an? Memang agak aneh bunyinya, namun itulah yang berlaku apabila ia dijadikan pusat untuk mempamerkan manusia ‘pelik' seperti orang kerdil, golongan albino dan bongkok, khususnya di Eropah. Selain itu, golongan asli kulit hitam juga turut menjadi ‘mangsa' terutama oleh orang kulit putih yang gemar berbangga dengan perbezaan warna kulit mereka.
Pendek kata, ia simbolik kepada ‘kemuliaan’ yang dimiliki oleh bangsa kulit putih berbanding bangsa lain. Era ‘zoo manusia’ ini sebenarnya sudah bermula sejak Zaman Pembaharuan Eropah atau Renaissance lagi terutama di kalangan golongan atasan sekitar kurun ke-16. Mereka dikatakan gemar mengumpul manusia yang berbeza bangsa termasuklah dari Turki, Afrika, India kerana dianggap unik. Menjelang tahun 1870, pameran ‘zoo manusia’ menjadi popular dan menular ke Paris, Hamburg, Antwerp, Barcelona, London, Milan, New York, dan Warsaw.
Jumlah pengunjung juga cukup besar iaitu mencecah antara 200,000 hingga 300,000 orang untuk setiap pameran. Namun, Pameran Dunia Parsi pada tahun 1889 yang dipanggil Kampung Negro berjaya menarik sehingga 28 juta pengunjung. Ia mempamerkan kira-kira 400 orang asli Afrika untuk tontonan ramai. Bagaimanapun, kewujudan zoo manusia ini mengundang pelbagai kontroversi dan kritikan kerana ia dianggap merendah-rendahkan martabat manusia itu sendiri.
Ini kerana, pada masa itu, ramai pengunjung bertindak kasar dengan menjerit, memaki-hamun dan juga mengajuk bunyi binatang yang ditujukan kepada ‘penghuni’ zoo tersebut. Kini, biarpun tiada lagi kewujudan zoo yang mengurung dan mempamerkan manusia ‘pelik’, namun konsepnya masih lagi diguna-pakai. Sebagai contoh, sebuah perkampungan Afrika diwujudkan di Zoo Augsburg, Jerman pada tahun 2005 dan African Safari di Puebla, Mexico. Bezanya, ia berfungsi untuk memberi pengetahuan mengenai budaya sesebuah negara kepada orang ramai berbanding zaman dahulu yang berbentuk penghinaan dan hiburan. Di bawah merupakan lagi gambar penghinaan kepada manusia. =( via Dairishare.
Sumber TKO - 13-9-2015
Ikram doa aktivis dibebas berjuang pertahan hak asasiKUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) melahirkan rasa bersyukur dan gembira di atas pembebasan 11 aktivis yang menjalani hukuman di penjara Tapah kerana terlibat dalam demonstrasi membantah pelantikan Menteri Besar yang baharu pada 2009. Mereka dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dua hari lepas. "Pengampunan yang diberikan Paduka Seri Sultan Perak disambut baik pada saat umat Islam sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini," ujar Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani Ikram, Prof Madya Badlishah Sham Baharin dalam satu kenyataan. Beliau berkata, ini pastinya menggembirakan aktivis terbabit kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga untuk menjalani ibadah puasa. Tambahnya, ia pastinya juga suatu keputusan yang bermakna kepada keluarga mereka yang sabar dan terus berjuang mendapat keadilan semasa mereka menjalani proses penghakiman dalam tempoh yang lama dan juga sewaktu mereka mula menjalani hukuman di Penjara Tapah. "Ikram mendoakan dan berharap semoga negara Malaysia ini akan diperintah oleh pemimpin yang akan selalu berlaku ihsan dan adil kepada rakyatnya," ujarnya lagi. Tambah beliau lagi, Ikram juga mendoakan agar mereka yang baru dibebaskan itu akan terus bersemangat tinggi untuk berjuang mempertahankan hak asasi di bawah sistem demokrasi di negara ini. - HARAKAHDAILY 21/6/2015
Sumber HD - 21-6-2015
Pemuda PAS Komited Bantu Azman dan Suwandi Yang DizalimiRombongan diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi diiringi oleh Naib Ketua Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin serta Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Timbalannya YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, bagi menzahirkan rasa kebersamaan ‘solidariti’ pemuda Malaysia terhadap apa yang dialami oleh Azman. Pemuda PAS menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan memenjarakan Azman dan Suwandi Abd Ghani selama 18 bulan amat mengejutkan, dan merenggut seluruh keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada sistem perundangan. Bagaimana dua orang awam yang menjadi mangsa tembakan polis dalam peristiwa yang terkenal dengan ‘Tragedi Berdarah Batu Burok’ itu yang sebelumnya dihukum lebih ringan, sebaliknya menjadi bertambah berat. Pemuda PAS menyampaikan sendiri ucapan takziah kepada keluarga Mohamad Azman Aziz di atas keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan keputusan penjara 18 bulan kepada mereka dalam insiden yang belaku 8 September 2007 lalu. Ustaz Khalil dan Ir.Khairil Nizam dalam kenyataannya bersama menegaskan komitmen Pemuda PAS Malaysia untuk terus membela kebajikan mereka dan bersedia menjadikan mereka berdua sebagai Keluarga Angkat Pemuda PAS Malaysia. Manakala Ustaz Kamaruzzaman pula menyampaikan perasaan dukacita, hampa dan kecewa seluruh pemuda negeri Terengganu kepada keluarga Azman dan Suwandi atas keputusan yang telah dbuat oleh mahkamah tersebut, di kala seluruh umat Islam sedang bersedia menyambut Ramadhan Al- Mubarak dan Hari Raya Idil Fitri. Sehubungan itu, DPPNT telah melancarkan kempen bagi mengutip Dana bagi membantu kebajikan Keluarga Azman dan Suwandi. Seluruh rakyat Malaysia yang prihatin diseru untuk terus menghulurkan bantuan pada tabung tersebut diatas nama Dana TAAWUN DPPNT, Maybank 563064113873. Walaupun berdepan dengan cabaran dan ujian gentir seperti dipenjarakan namun Pemuda PAS akan terus menggerakkan anak muda menentang kezaliman dan memastikan keadilan Islam akan dapat ditegakkan di bumi Malaysia ini. “BERISTIQAMAH HINGGA MENANG” “MEMPERSIAP GENERASI KEMENANGAN” Mohd Nasir Abdul Razak Setiausaha DPPNT 19 Jun 2015 Sumber BO - 20-6-2015 11 aktivis PAS bertakbir, syukur bebas dari penjaraTAPAH: Sebelas aktivis PAS dibebaskan daripada Penjara Tapah kira-kira jam 9.30 malam tadi setelah mendapat pengampunan diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Mereka dibebaskan selepas dipenjara selama 91 hari setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan apabila menyertai demonstrasi ketika krisis politik Perak pada tahun 2009 yang membawa kepada hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan. Mereka disambut gembira oleh ahli keluarga masing-masing. Terpancar kegembiraan di raut wajah mereka menzahirkan rasa syukur di atas pelepasan daripada penjara. Masing-masing bertakbir dan menyambut kegembiraan bersama ahli keluarga yang tidak jemu berusaha untuk melepaskan mereka daripada hukuman tersebut. Sebelum itu, ahli keluarga terutama para isteri masing-masing telah menunggu di pekarangan Penjara Tapah sejak siang lagi setelah menerima perkhabaran tentang pengampunan itu. Nashita Md Noor, 49, mengucapkan rasa syukur kepada Allah dan menjunjung kasih kepada Sultan Perak yang memberi pengampunan kepada suaminya. Isteri kepada Bad Latif Mansor itu berkata, pihaknya berasa bertuah kerana ada peruntukan undang-undang yang membolehkan rakyat memohon pengampunan terhadap hukuman yang dijatuhkan. "Terima kasih kepada Tuanku dan rakyat Malaysia," katanya yang tidak dapat menahan rasa sebak berhubung berita gembira itu. Dalam nada yang sama, Amin Meor Abu Bakar, 69, bapa kepada salah yang dibebaskan itu turut berterima kasih kepada Sultan Nazrin. Beliau bersyukur pada hari pertama Ramadhan telah menerima satu perkhabaran yang ditunggu-tunggu. "Saya berterima kasih kepada Sultan Perak atas perkenan mengampunkan banduan yang dijatuhkan hukuman. "Mudah-mudahan hanya Allah yang mampu membalas jasa baik Tuanku," jelasnya. - HARAKAHDAILY 19/6/2015 Sumber HD - 19-6-2015 11 aktivis PAS terima pengampunan dirajaIPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan memberi pengampunan diaja ke atas 11 aktivis yang disebut sebagai orang kena zalim (OKZ) setelah 92 hari dipenjara. Perkara itu telah disahkan oleh Nashita Md Noor iaitu isteri kepada salah seorang yang dijatuhkan hukuman dalam laman Facebooknya hari ini. Menurutnya, pengampunan dari Sultan dan Lembaga Pengampunan Perak itu adalah bersempena bulan Ramadhan dan Aidilfirtri yang menjelang tiba. Kata beliau, pengumuman tersebut dilakukan setelah perintah pembebasan sampai kepada pihak penjara. Namun kata beliau, pihak waris masih menunggu panggilan daripada pihak penjara berhubung pembebasan itu dan kemungkinan mereka akan dibebaskan lewat petang ini. "Alhamdulillah Allah hu Akbar! Saya bagi pihak ahli keluarga OKZ11 (orang kena zalim 11) yang masih terpenjara di balik tembok besi Penjara Tapah (ketika ini) ingin mengumumkan bahawa ke semua mereka telah mendapat pengampunan dari Sultan Perak dan Lembaga Pengampunan Perak," tulisnya. Menurutnya, usaha dan rayuan pengampunan itu dilakukan sendiri oleh isteri-isteri serta ahli keluarga masing-masing, bukan daripada mana-mana pihak ketiga. "Terima kasih pada semua yang memberikan sokongan dan mendoakan kami," kata beliau. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ketika dihubungi Harakahdaily menjunjung kasih ke bawah Duli Sultan Perak atas perkenan memberi pengampunan kepada 11 aktivis itu. "Dengan keperibadian Tuanku berjiwa rakyat, moga bertambah kemakmuran negeri di bawah perintah Tuanku. "PAS Perak mengucapkan terima kasih diatas pengorbanan 12 orang yang terlibat serta keluarga mereka, doa kami moga Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat mereka," katanya. Razman menyatakan, peristiwa yang berlaku juga menjadi sayu ingatan dan pengajaran kepada seluruh rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia. Pada 18 Mac lalu, seramai 12 aktivis PAS itu telah dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas didapati bersalah menyertai demonstrasi ketika membantah rampasan kuasa di Perak pada tahun 2009. Seorang daripada mereka telah diberi pengampuan awal beberapa bulan lalu oleh Sultan Perak yang baru ditabalkan itu. - HARAKAHDAILY 18/6/2015
Sumber HD - 18-6-2015
22 Rangka Manusia Dikeluarkan Dari Bukit Wang Burma - Polis
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Sebanyak 22 rangka manusia dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dibawa turun dari hutan Bukit Burma di Wang Kelian, Perlis, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, menurut polis.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia ACP Datin Asmawati Ahmad berkata rangka berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk proses patologi pada 9.45 malam tadi. Katanya jumlah keseluruhan rangka mayat yang ditemukan setakat ini kekal 35 orang. "Operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat akan diteruskan di lain-lain lokasi kubur yang telah dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini. Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer. -- BERNAMA / HD - 31-5-2015
Wakil rakyat DAP Perak bantu keluarga OKZKUALA LUMPUR: Wakil DAP Perak hari ini menyerahkan replika cek bernilai RM18,000 kepada Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai bantuan kepada 13 orang kena zalim (OKZ) yang dipenjara 10 bulan atas sabitan kesalahan menyertai bantahan rampasan kuasa negeri Perak pada 2009. Jumlah RM18,000 itu hasil daripada pemotongan gaji Ahli Parlimen dan Adun DAP Perak pada bulan ini. Menurut Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, semua enam Ahli Parlimen dan 18 Adun menyerahkan potongan gaji sebanyak RM18,000 sebagai sumbangan kepada keluarga OKZ bagi menampung keperluan mereka. Atas prinsip keadilan, DAP akan terus menghulurkan bantuan termasuk khidmat guaman kepada keluarga OKZ khususnya mereka yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan pengidap penyakit barah. Mahfuz sebagai wakil kepada keluarga mangsa berterima kasih kepada DAP Perak yang prihatin dengan nasib keluarga OKZ yang sebahagian besar daripada mereka adalah penyokong PAS. Selain penjara 10 bulan, mereka turut didenda RM5,000 setiap orang oleh Mahkamah Rayuan. - HARAKAHDAILY 24/3/2015 Sumber HD - 24-3-2015 'Sahabat Aktivis' Muslimat PAS cari dana 12 OKZKUALA LUMPUR: Penggerak Demokrasi Dewan Muslimat PAS Malaysia berjaya mendapatkan penyumbang tetap bagi tujuh keluarga daripada 12 keluarga orang kena zalim (OKZ) yang dipenjarakan 10 bulan atas sabitan kesalahan menyertai bantahan rampasan kuasa negeri Perak pada 2009. Ahli jawatankuasa Muslimat PAS Malaysia, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, mereka masih meneruskan usaha mencari penyumbang tetap bagi lima lagi keluarga OKZ. Program yang dinamakan Sahabat Aktivis itu melantik koordinator sumbangan bagi memastikan mereka menerima sumbangan bulanan minimum RM1,500 setiap keluarga serta mengambil berat kebajikan keluarga terbabit mengikut keperluan dan keutamaan. "Penggerak Demokrasi menginsafi bahawa nasib 12 keluarga OKZ ini perlu mendapat pembelaan segera daripada kita semua khususnya aktivis dan rakyat. "Atas semangat dan tema 'Friends Of Activist' (Sahabat Aktivis) maka Penggerak Demokrasi Muslimat PAS mengambil inisiatif segera untuk mengenal pasti pwnyumbang tetap sepanjang tempoh OKZ dalam penjara," katanya kepada Harakahdaily. Katanya, mana-mana pihak atau individu perseorangan yang berminat menjadi penyumbang tetap bulanan boleh menghubungi Setiausaha Program Sahabat Aktivis, Anis Afida Azli di talian 013-7549335. Aiman juga berkata, hukuman ini adalah satu perkembangan terbaru yang sangat malang dalam sejarah demokrasi negara ini dan suatu yang sangat dikesali. "Ironinya, para demonstran daripada Umno BN yang melakukan kekacauan serta demonstrasi ke atas Kerajaan Selangor dan gangguan ke atas sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang suatu ketika dulu, sekalipun didakwa akhirnya hanya dijatuhi hukuman denda RM1,500 dan RM1,000. "Sedangkan dalam kes aktivis kita di Perak pula dijatuhi hukuman Denda RM5,000 seorang dan penjara 10 bulan," katanya. Mereka yang dijatuhi hukuman penjara dan denda ialah Bad Latif Mansor, 49; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 49; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 49; Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; Idris Mohd Thaib, 49; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan Yusoff Jaafar, 49. - HARAKAHDAILY 23/3/2015 Sumber HD - 23-3-2015 13 pejuang dihukum penjara, mudarat kebajikan keluargaKUALA LUMPUR: "Saya berasa sangat kesian dan amat bersimpati terhadap 13 orang wira itu dan keluarga mereka yang menjadi mangsa sistem keadilan negara kita," kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar. Sehubungan itu, beliau merasa sungguh kecewa dan kesal apabila Mahkamah Rayuan semalam telah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap 13 orang pejuang demokrasi yang menyertai satu perhimpunan membantah 'rampasan' kuasa Perak di Kuala Kangsar pada tahun 2009. Katanya, hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka adalah terlalu berat. Menurutnya, mereka yang dijatuhi hukuman penjara itu mungkin akan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan, juga akan memudaratkan kebajikan keluarga masing-masing. Katanya, perhimpunan aman adalah prinsip asas sistem demokrasi dan dibenarkan oleh Perkara 10(b) Perlembagaan Persekutuan. "Tetapi, saya berpendapat bahawa pencabulan hak asasi menjadi perkara lumrah dan semakin cenderung di negara kita," ujarnya dalam satu kenyataan. Baginya, penghakiman terhadap 13 orang pejuang yang mahu menegakkan demokrasi itu adalah usaha-usaha licik untuk meracuni dan melumpuhkan sistem demokrasi negara kita yang dilakukan tanpa semangat perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun. Penjuang-pejuang demokrasi itu ialah Bad Latif Mansor, 49, Suhana Abdullah, 50, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40, Mohd Faiz Mohd Arshad, 28, Zulhaizam Zulkifli, 31, Isha Riduan Ishak, 60, Adi Hilme Mohd Nasir, 45, Yusuf Jaafar, 50, Mohamad Nazeer Hameed, 49, Khairul Azmi Hassan Basri, 50, Mohd Hasri Ismail, 49, dan Mohamed Ismail S. M. Abdul Kadir, 49. - HARAKAHDAILY 21/3/2015 Sumber HD - 21-3-2015
1. Ameerah Malaysia melahirkan kekecewaan terhadap keputusan mahkamah rayuan putrajaya hari ini yg menjatuhkan hukuman penjara terhadap aktivis demokrasi, OKZ 13. 2. Ameerah Ameerah Malaysia menganggap hukuman ini sebagai satu lagi pencabulan terhadap hak asasi rakyat yang berjuang menuntut keadilan. 3. Sudah pasti situasi ini akan memburukkan lagi kondisi demokrasi di Malaysia setelah akhir akhir ini kita menyaksikan satu persatu pemimpin politik dan aktivis rakyat ditangkap hanya kerana mereka mempraktikkan hak kebebasan bersuara yg dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. 4. Ameerah Malaysia menyatakan solidariti bersama2 mangsa kezaliman ini dan mendoakan agar kesemua 13 mangsa terutamanya pihak keluarga akan terus kuat dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan. Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia, Dewan Muslimat Pas Pusat "Menerajui Perubahan Generasi Baru" "Happy Women for a Happier Malaysia" >ameerahpas@gmail.com >mediaameerah@gmail.com >facebook.com/ameerahmalaysia >twitter.com/ameerahmalaysia Sumber TKO - 20-3-2015 Pejuang Menentang Kezaliman Penguasa & Rakan yang Khianat Posted on Friday, March 20 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Pasca PRU12 pada Mac 2008, gabungan PAS, PKR dan DAP telah berjaya membentuk Kerajaan Negeri walaupun hanya dengan majoriti 3 kerusi DUN; 31 kerusi dikuasai oleh gabungan 3 parti ini manakala 28 kerusi lagi dimenangi oleh BN. DS Mohammad Nizar Jamaluddin pada 17 Mac 2008 telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.
2. Kerajaan yang dibentuk tanpa kekuatan majoriti 2/3 ini akhirnya tumbang bermula dengan isu 2 Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu ADUN PKR yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta.
3. Walaupun pada 25 Januari 2009 ADUN Bota daripada UMNO, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada BN untuk menyertai PKR, ia diikuti dengan peristiwa pelik 2 ADUN PKR; Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu hilang bermula 26 Januari 2009 sehinggakan DS Mohammad Nizar Jamaluddin terpaksa meminta 2 ADUN tersebut mengisytiharkan segera pendirian mereka sama ada masih bersama PR Perak atau sebaliknya pada 1 Februari 2009.
4. Lebih mendukacitakan apabila pada 4 Februari 2009, 3 ADUN PKR; Datuk Nasaruddin Hashim (Bota), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), dan seorang ADUN DAP iaitu Hee Yit Foong (Jelapang) didapati berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya diikuti dengan pengumuman oleh TPM pada ketika itu iatu DS Najib Razak bahawa BN mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila kesemua ADUN itu tadi telah mengisytiharkan keluar parti.
5. Berikutan daripada peristiwa pengkhianatan inilah berlakunya insiden bantahan terhadap majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sehingga mengakibatkan 13 orang peserta demostrasi membantah rampasan Kerajaan Negeri Perak telah disabitkan salah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari semalam dan dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara.
6. Mereka adalah Mujahid, pejuang kebenaran sebagaimana yang digambarkan oleh hadis Nabi saw;
أَلاَ إِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ "Ketahuilah sesungguhnya
sebaik-baik Jihad ialah kalimah yang benar berhadapan dengan penguasa yang zalim" (Hadis riwayat Ahmad).
أَلاَ إِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ "Ketahuilah sesungguhnya
sebaik-baik Jihad ialah kalimah yang benar berhadapan dengan penguasa yang zalim" (Hadis riwayat Ahmad).
7. Mereka telah melaksanakan tanggungjawab Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar menghadapi kemungkaran pemerintah dengan lidah dan tenaga mereka.
8. Hari ini mereka membayar harga yang mahal melibatkan diri dan keluarga untuk perjuangan kebenaran tersebut apabila undang-undang negara menerusi Mahkamah Rayuan tidak memihak kepada mereka. Malah sebelumnya mereka berhadapan dengan perbicaraan mahkamah yang panjang lebih 5 tahun yang tentu sahaja mengganggu emosi dan kehidupan diri dan keluarga.
9. Saya menzahirkan rasa dukacita terhadap semua pejuang terhadap hukuman yang telah dikenakan ke atas mereka. Semoga semua pejuang dan ahli-ahli keluarga mereka dapat terus bersabar dengan ujian ini dan sentiasa berdoa kepada Allah semoga pejuang dapat terus istiqamah di atas jalan kebenaran.
10. Saya yakin dan percaya, mereka akan dikurniakan kebaikan dan ganjaran yang hebat oleh Allah kerana telah bersungguh-sungguh mempertahankan kebenaran yang dirosakkan oleh perbuatan khianat. Saya menyeru, marilah sama-sama kita bersolidariti membela hak dan nasib mereka serta keluarga mereka.
Sekian.
Oleh :
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Ahli Parlimen Kuala Nerus Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Tarikh : 19 Mac 2015 / 28 Jamadil Awal 1436H
Sumber TKO - 20-3-2015
PAS jaga kebajikan keluarga 13 OKZ
KUALA LUMPUR: PAS akan berusaha menjaga kebajikan keluarga 13 ahli dan penyokongnya yang dipenjarakan atas sabitan kesalahan menyertai bantahan rampasan kuasa negeri Perak pada 2009, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Ketika menghubungi Harakahdaily, Salahuddin berkata, PAS akan mengadakan majlis meraikan keluarga 13 orang kena zalim (OKZ) itu dalam masa terdekat dan berharap mereka bersabar dengan ujian yang diterima.
"PAS akan ambil tanggung jawab membela nasib keluarga mereka dan mengadakan majlis bagi menghargai pengorbanan mereka," kata beliau.
Kesemua 13 OKZ itu didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana terlibat dalam perhimpunan menghalang upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar kerajaan rampasan kuasa, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Bagaimanapun hukuman 2 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen dikurangkan kepada 10 bulan oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen mengenakan denda RM5,000 terhadap setiap tertuduh.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli.
Mereka yang dijatuhi hukuman penjara dan denda ialah Bad Latif Mansor, 49, Suhana Abdullah, 50, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40, Mohd Faiz Mohd Arshad, 28, Zulhaizam Zulkifli, 31, Isha Riduan Ishak, 60, Adi Hilme Mohd Nasir, 45, Yusuf Jaafar, 50, Mohamad Nazeer Hameed, 49, Idris Mohd Thaib 49, Khairul Azmi Hassan Basri, 50, Mohd Hasri Ismail, 49, and Mohamed Ismail S. M. Abdul Kadir, 49.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, PAS Pusat akan mendapatkan nasihat Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) tentang proses perundangan seterusnya termasuk mengkaji kemungkinan mendapatkan 'pengampunan Diraja'.
"Kita akan kaji implikasi moral dan politik daripada keputusan perundangan yang bakal diambil," katanya. - HARAKAHDAILY, 19/3/2015
Sumber HD - 19-3-2015
Ketika menghubungi Harakahdaily, Salahuddin berkata, PAS akan mengadakan majlis meraikan keluarga 13 orang kena zalim (OKZ) itu dalam masa terdekat dan berharap mereka bersabar dengan ujian yang diterima.
"PAS akan ambil tanggung jawab membela nasib keluarga mereka dan mengadakan majlis bagi menghargai pengorbanan mereka," kata beliau.
Kesemua 13 OKZ itu didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana terlibat dalam perhimpunan menghalang upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar kerajaan rampasan kuasa, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Bagaimanapun hukuman 2 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen dikurangkan kepada 10 bulan oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen mengenakan denda RM5,000 terhadap setiap tertuduh.
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli.
Mereka yang dijatuhi hukuman penjara dan denda ialah Bad Latif Mansor, 49, Suhana Abdullah, 50, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40, Mohd Faiz Mohd Arshad, 28, Zulhaizam Zulkifli, 31, Isha Riduan Ishak, 60, Adi Hilme Mohd Nasir, 45, Yusuf Jaafar, 50, Mohamad Nazeer Hameed, 49, Idris Mohd Thaib 49, Khairul Azmi Hassan Basri, 50, Mohd Hasri Ismail, 49, and Mohamed Ismail S. M. Abdul Kadir, 49.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, PAS Pusat akan mendapatkan nasihat Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) tentang proses perundangan seterusnya termasuk mengkaji kemungkinan mendapatkan 'pengampunan Diraja'.
"Kita akan kaji implikasi moral dan politik daripada keputusan perundangan yang bakal diambil," katanya. - HARAKAHDAILY, 19/3/2015
Sumber HD - 19-3-2015
No comments:
Post a Comment