KUALA KRAI 17 Jun - Pas mendakwa DAP merupakan punca sebenar krisis politik yang berlaku hari ini sehingga menyebabkan pakatan pembangkang berpecah. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, masalah bermula apabila DAP memutuskan hubungan dengan Pas di Sabah dan Sarawak sebelum turut memulakan sengketa dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "DAP yang menjadi penyebab bermulanya masalah. Mereka memutuskan hubungan dengan Pas di Sarawak, kemudian di Sabah dan kemudiannya dengan Presiden Pas," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bantuan Banjir 'Desa Darul Ehsan' yang disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali di Simpang Tiga Manek Urai, di sini hari ini. Semalam, DAP mengumumkan ikatan politik pakatan pembangkang yang dimulakan pada 2008 sudah tidak lagi wujud berikutan tindakan Muktamar Pas baru-baru ini yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan parti itu. Sementara itu, di Kota Bharu, Ahmad yang juga Menteri Besar ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri memberitahu, konflik dalam pakatan pembangkang tidak menjejaskan hubungan Kerajaan Pas Kelantan dengan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. "Hubungan ini sebaliknya bertambah erat. Perkara ini tidak patut berbangkit kerana hubungan kita adalah antara kerajaan dengan kerajaan, malah kita juga bercadang untuk memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) dalam tujuh perkara," katanya. Mengenai hubungan dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang, Ahmad yang enggan mengulas lanjut hanya berkata, pihaknya kini mengambil sikap tunggu dan lihat. Sumber HD - 18-6-20215
بسم الله الرحمن الرحيم شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ Maksudnya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan tentang petunjuk serta membezakan antara yang benar dan yang salah. (Al-Baqarah: 185) Kedatangan Ramadhan setiap tahun adalah untuk membersihkan rohani manusia supaya menjadi manusia yang taat dan tidak lupa kepada Allah. Bila kita sentiasa mengingati Allah dan taat kepada segala perintahnya maka sudah tentu kita akan merancang hari-hari hadapan dengan memenuhi segala perintah Allah. Ramadhan merupakan bulan yang paling istimewa kepada sekalian umat Islam di seluruh dunia. Sebagaimana disebutkan di dalam Al-Quran, Ramadhan adalah bulan yang diturunkan padanya Al-Quran. Ramadhan juga dipilih oleh Allah SWT sebagai bulan terjadinya peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah kebangkitan Islam, seperti Perang Badar dan Fathu Makkah. Selain itu, keutamaan Ramadhan yang sangat penting kepada kita ialah kewajipan berpuasa dan tuntutan untuk merebut kelebihan Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Al-Quran yang menjadi sumber perundangan kita yang diturunkan pada bulan Ramadhan mesti diutamakan dan sentiasa dibaca setiap hari. Antara sifat Al-Quran ialah hudan linnas atau memberi petunjuk kepada manusia, maka kita kena merujuk dalam apa jua perkara yang kita lakukan kepada tuntutan Al-Quran ini. Kita mesti membina akidah yang sejahtera dan kuat dalam menghadapi cabaran Ghazwatul fikri yang dahsyat pada hari ini. Peningkatan amal ibadah juga mesti di jadikan agenda penting dengan menjaga roh puasa agar tidak sia-sia amalan yang dilakukan sepanjang kita berpuasa. Sabda Rasulullah SAW: رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ Yang bermaksud : Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar sahaja. (Riwayat Ibnu Majah) Ramadhan juga adalah bulan tarbiyah, jihad, penghayatan Al-Quran dan bina tautan ukhuwwah. Justeru, untuk memastikan segala tuntutan Ramadhan tersebut dipenuhi, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada kita semua untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin. Perbanyakkanlah bersedekah, berkebajikan untuk mereka yang memerlukan, insya-Allah akan diperluaskan lagi rezeki kepada kita kerana setiap sumbangan yang diberikan tidak akan berkurangan bahkan sentiasa bertambah sebagaimana sabda Rasulullah SAW: مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ Maksudnya : Tidak akan berkurang sedikitpun setiap sedekah yang dikeluarkan daripada harta. (Riwayat Muslim) Dalam menelusuri perjalanan ibadah di sepanjang Bulan Ramadhan nanti, suatu perkara yang tidak harus kita lupakan ialah penghayatan ibadah puasa sebagai suatu konsep pengabdian yang menyeluruh kepada Allah. Untuk mencapai maksud tersebut, ibadah puasa tidak sewajarnya dilihat daripada sudut luaran sahaja, iaitu sekadar menahan diri daripada makan dan minum, bersahur sera berterawih. Sebaliknya penghayatan Ramadhan mesti diolah lebih daripada itu dengan turut menghayati penderitaan saudara kita yang lain serta membantu kesusahan yang dialami oleh mereka seumpama saudara kita di Rohingya yang dizalimi, umat Islam di yaman, di Syiria yang diperangi termasuklah penderitaan di Palestin yang tidak berkesudahan. Wajib kita membantu mereka dengan keupayaan yang kita ada dan khususnya di bulan Ramadhan ini, maka sumbangan kita terhadap mereka hendaklah juga dipertingkatkan. Semoga Ramadhan 1436H memberi kelapangan dan kemenangan kepada seluruh umat Islam khususnya kepada rakyat di negeri Kelantan ini dalam membangunkan agenda Islam dan kebajikan. Saya berdoa agar Allah memberkati kerajaan negeri dalam mendasari Merakyatkan Membangun Bersama Islam sehingga Kelantan Darulnaim lahir sebagai Baldah Toyyibah dan Allah SWT merahmati serta mengampuni sekalian penduduknya. “SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK BAGI TAHUN 1436 HIJRIYAH” USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB Menteri Besar Kelantan Darulnaim 28 Syaaban 1436H/15 Jun 2015M Sumber TKO - 16-6-2015 Hadi fikir panjang hubungan PAS, DAP, kata MB Kelantan Posted on Saturday, May 23 @ 19:54:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Selangor bulan depan dilihat bakal menentukan hubungan dan kerjasama PAS dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dibuat berdasarkan penelitian dan kajian tertentu.
"Dia (Hadi) memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu.
"Apa pun kita tunggu muktamar (PAS bulan depan)," kata menteri besar Kelantan itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sosio Budaya Antara Kaum Siam dan India di Kompleks Islam Darul Naim di Kota Baru, hari ini.
Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam selepas lebih 2 bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengannya.
Muktamar Tahunan PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.
Sementara itu, mengenai seminar berkenaan, Ahmad berkata dalam konteks negeri Kelantan sikap menghormati antara kaum tetap menjadi asas pentadbiran dan pembangunan dengan berlandaskan perlembagaan negara.
"Apa pun di Kelantan kita hormati dan sayang kepada semua rakyat sama ada Cina atau India... Kita pupuk mereka sebagai kelompok yang mengamankan negeri yang boleh duduk dan bekerja bersama berpandukan perlembagaan," katanya.
Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), yang dihadiri kira-kira 500 peserta itu, bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di Kelantan.
Antara pembentang kertas kerja ialah Pengerusi Persatuan Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan. - Bernama
Sumber TKO - 24-5-2015
QARI KELANTAN MENJUARAI MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN
26.Apr - Saya rakamkan ucapan tahniah kepada Qari dari Kelantan, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah yang telah berjaya menempatkan diri sebagai johan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-58 yang diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur.
Harapan saya agar lebih ramai generasi Quranik yang lahir dibumi Serambi Mekah ini yang mahir dengan pelbagai cabang ilmu Al-Quran. Pihak Kerajaan Negeri tela...h berusaha sejak sekian lama dengan menubuhkan sekolah-sekolah Tahfiz dan Tahfiz Sains di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan bagi tujuan tersebut. Penghargaan juga kepada adik Wan Mohd Rafiq Wan Roslan yang berjaya mewakili negara Malaysia ke pertandingan hafazan peringkat antarabangsa di Mesir baru-baru ini. Suatu kejayaan yang sangat membanggakan negeri ini.
USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Sumber USPKK - 26-4-2015
Menteri Besar Kelantan
Sumber USPKK - 26-4-2015
Setpol baru MB guna pengalaman di Yik
KOTA BHARU: Wan Ruslan Wan Hamat,49 menggunakan pengalamannya sebagai pegawai di Yayasan Islam Kelantan (Yik) bagi meneruskan tugas baru sebagai Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar.
Sebelum ini bermula 16 Disember 2013 beliau dipinjamkan ke Menteri Besar sebagai Pegawai Khas.
Mulai mengajar di sekolah Yik pada 1994 selepas mendapat Diploma Pendidikan di UIAM. Sekolah pertama Maahad Pengajian Islam.
Pada 1995 dilantik sebagai Guru Besar di SMU (Arab) Taqadum Maarif. Selepas berjaya menjulang sekolah berkenaan pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada 1997 ditukar sebagai Penolong Kanan di Maahad Muhammadi Perempuan.
Dan pada 1999 dilantik sebagai Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki menggantikan Ustaz Nik Razi Nik Mat, adik kepada arwah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kemudian pada 2004 dipindah ke Pejabat Yik di Nilam Puri sebagai Penolong Pengarah Kenaziran. Jawatan terakhir sebagai Penolong Pengarah Perkhidmatan Guru.
Wan Ruslan dilantik sebagai Setpol menggantikan Dr Wan Nik Wan Yussof yang ditukar ke Pusat Kajian Strategik sebagai pengarah.
Beliau dilahirkan di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja. Peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama (SMU)(Arab) Nurul Huda dan Mahaad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu.
Kemudian melanjut pengajian dalam bidang Usuluddin dan minor Sains Politik di Universiti Malaya.
Wan Ruslan yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, sekarang dilantik bendahari PAS Tumpat. Pernah menerajui Markas Siswazah Kelantan pada 2001-2003.
Sementara itu awal tahun ini kerajaan negeri juga melantik tiga Penyelia Dun baru iaitu Suhaimi Mat Deris (Dun Galas), Ramlan Mat (Kuala Balah) dan Mohamad Deraman (Pengkalan Kubor). - HARAKAHDAILY 15/4/2015
Sumber HD - 15-4-2015
Sebelum ini bermula 16 Disember 2013 beliau dipinjamkan ke Menteri Besar sebagai Pegawai Khas.
Mulai mengajar di sekolah Yik pada 1994 selepas mendapat Diploma Pendidikan di UIAM. Sekolah pertama Maahad Pengajian Islam.
Pada 1995 dilantik sebagai Guru Besar di SMU (Arab) Taqadum Maarif. Selepas berjaya menjulang sekolah berkenaan pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada 1997 ditukar sebagai Penolong Kanan di Maahad Muhammadi Perempuan.
Dan pada 1999 dilantik sebagai Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki menggantikan Ustaz Nik Razi Nik Mat, adik kepada arwah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kemudian pada 2004 dipindah ke Pejabat Yik di Nilam Puri sebagai Penolong Pengarah Kenaziran. Jawatan terakhir sebagai Penolong Pengarah Perkhidmatan Guru.
Wan Ruslan dilantik sebagai Setpol menggantikan Dr Wan Nik Wan Yussof yang ditukar ke Pusat Kajian Strategik sebagai pengarah.
Beliau dilahirkan di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja. Peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama (SMU)(Arab) Nurul Huda dan Mahaad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu.
Kemudian melanjut pengajian dalam bidang Usuluddin dan minor Sains Politik di Universiti Malaya.
Wan Ruslan yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, sekarang dilantik bendahari PAS Tumpat. Pernah menerajui Markas Siswazah Kelantan pada 2001-2003.
Sementara itu awal tahun ini kerajaan negeri juga melantik tiga Penyelia Dun baru iaitu Suhaimi Mat Deris (Dun Galas), Ramlan Mat (Kuala Balah) dan Mohamad Deraman (Pengkalan Kubor). - HARAKAHDAILY 15/4/2015
Sumber HD - 15-4-2015
GST: Rakyat susah, miskin semakin derita
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bimbang dengan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berlegar dalam kalangan rakyat yang kaya sahaja.
Beliau melahirkan kebimbangan itu kerana kutipan GST menyebabkan rakyat yang miskin menjadi semakin derita.
Ini, katanya kerana GST yang mula dilaksanakan oleh kerajaan bermula 1 April lalu adalah satu bentuk kezaliman terhadap rakyat yang sememangnya sudah menanggung kesusahan hidup.
"Rakyat miskin menjadi menderita," katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok di sini, malam ini.
Sebelum itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengimami solat Maghrib, diikuti dengan solat hajat yang dipimpinan oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.
Menurutnya lagi, perubahan dapat dilihat dalam kalangan masyarakat hari ini selepas GST dilaksanakan apabila para pengunjung ke pusat membeli belah semakin berkurangan.
Selain itu, katanya kanak-kanak sekolah juga memerlukan duit perbelanjaan harian lebih daripada biasa kerana GST.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berucap selepas itu.
Hujan mulai turun kira-kira jam 8.20 malam menyebabkan solat Isyak secara berjemaah tidak dapat dilakukan di padang itu.
Pengisian himpunan itu bagi sesi sebelah petang diakhiri dengan ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. - HARAKAHDAILY 11/4/2015
Sumber HD - 11-4-2015
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bimbang dengan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berlegar dalam kalangan rakyat yang kaya sahaja.
Beliau melahirkan kebimbangan itu kerana kutipan GST menyebabkan rakyat yang miskin menjadi semakin derita.
Ini, katanya kerana GST yang mula dilaksanakan oleh kerajaan bermula 1 April lalu adalah satu bentuk kezaliman terhadap rakyat yang sememangnya sudah menanggung kesusahan hidup.
"Rakyat miskin menjadi menderita," katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok di sini, malam ini.
Sebelum itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengimami solat Maghrib, diikuti dengan solat hajat yang dipimpinan oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.
Menurutnya lagi, perubahan dapat dilihat dalam kalangan masyarakat hari ini selepas GST dilaksanakan apabila para pengunjung ke pusat membeli belah semakin berkurangan.
Selain itu, katanya kanak-kanak sekolah juga memerlukan duit perbelanjaan harian lebih daripada biasa kerana GST.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berucap selepas itu.
Hujan mulai turun kira-kira jam 8.20 malam menyebabkan solat Isyak secara berjemaah tidak dapat dilakukan di padang itu.
Pengisian himpunan itu bagi sesi sebelah petang diakhiri dengan ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. - HARAKAHDAILY 11/4/2015
Sumber HD - 11-4-2015
MB Kelantan rakam takziah tragedi helikopter terhempas
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa helikopter terhempas di Semenyih petang tadi termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.
"Saya diberitakan sebuah helikopter telah terhempas di Semenyih petang tadi dan kesemua penumpang telah terkorban.
"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahli Parlimen Rompin, keluarga Allahyarham Ketua Setiausaha Sulit Kanan YAB Perdana Menteri Malaysia dan seluruh keluarga empat orang penumpang yang lain," ujarnya menerusi facebook, malam ini.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan semua keluarga mangsa dapat bersabar atas ujian yang menimpa itu.
Katanya, kepada keluarga mangsa yang beragama Islam, berdoalah agar roh mangsa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempat bersama para solehin. - HARAKAHDAILY 4/4/2015
Sumber HD - 4-4-2015
Kenyataan beri imej tidak baik kepada usaha Kelantan
SAYA ingin membuat sedikit respons berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider dalam portalnya pada 25 Mac 2015 yang melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam persidangannya pada 11 Mac 2015 telah menolak cadangan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Kenyataan ini telah memberi imej yang tidak baik kepada usaha Kerajaan Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 Pindaan 2015 pada 19 Mac 2015 yang lepas.
Pada hakikatnya, tiada sebarang dokumen sebagaimana yang didakwa telah dikemukakan kepada Majlis tersebut bagi mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
Saya sendiri yang hadir dalam mesyuarat tersebut tidak menemui kenyataan yang didakwa itu.
Maka laporan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta 355 yang perlu dipinda Kerajaan Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud adalah tidak benar dan berniat tidak baik.
Utamakan kesahihan serta ketepatan maklumat sebelum melapor nanti terpalit kesalahan kepada diri sendiri.
USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Sumber HD - 27-3-2015
MB Kelantan rakam takziah mendiang Kuan Yew
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakam ucapan takziah kepada keluarga mendiang Lee Kuan Yew di atas kematian pengasas Republik Singapura itu.
Katanya mendiang mentadbir Singapura selama 31 tahun dengan mencetus pelbagai idea kritis sehingga menjadikan Singapura sebuah negara maju yang dinamik.
"Sudah tentu rakyat Singapura turut merasai kehilangan ini di atas jasa beliau dalam membangunkan negara republik tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau hadir menandatangani buku takziah di atas kematian mendiang Lee Kuan Yew di Kedutaan Besar Singapura, Kuala Lumpur pagi tadi.
Turut hadir anggota Exco Kerajaan Negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman.
Lee Kuan Yew meninggal dunia pada usia 91 tahun, di Hospital Besar Singapura pada awal pagi Isnin lepas. - HARAKAHDAILY 26/3/2015
MB Kelantan Yang Anda Patut Kenali Posted on Friday, March 20 @ 05:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
Menjadi kebiasanya menaiki basikal ke Masjid. Jenis rendah diri dan bertegur sapa.
Jika tiada yang mencari aibnya sudah pasti dia sangat terkenal pasal dia menghampiri sifat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak sia-sia TGNA nak dia ganti beliau walaupun pada masa itu ada anak didiknya 10 tahun.
Kalau media massa tidak memainkan peranan menyerang beliau nama beliau pasti tersohor. Tapi itu bukan kehendak beliau.
MB Kelantan dan hudud adalah agenda perjuangannya yang akan dibawa mengadap Allah bila beliau tidak ada di dunia ini lagi.
Saya doakan supaya saya adalah orang menyokongnya dan saya rasa saya boleh berbangga dihadapan Allah atas saya bersama beliau dengan hudud.
MB Kelantan lepas jawatan pemangku Ketua Ulamak PAS
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob melepaskan jawatan pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Beliau yang dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menyatakan demikian menerusi facebook, sebagaimana di bawah.
بسم الله الرحمن الرحيم
Saya ditanya oleh banyak pihak tentang perlantikan sebagai Timbalan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia. Dengan serba kekurangan yang ada pada diri ini dan diatas tanggungjawab parti, saya menerima perlantikan tersebut dengan penuh rendah diri.
Sememangnya saya bukan yang terbaik untuk amanah jawatan tersebut dan saya mengharapkan sebagaimana harapan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq apabila menerima jawatan:
قد وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني وإن أسأت فقوموني
"Sesungguhnya aku dilantik memimpin kamu dan aku bukanlah yang terbaik daripada kalangan kamu. Sekiranya aku melakukan yang baik bantulah aku dan sekiranya aku tersalah perkiraan maka perbetullah diriku".
Di atas amanah perlantikan sebagai Timbalan Mursyidul Am ini, maka dengan penuh hormat, saya melepaskan jawatan Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Saya sangat berterima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa yang banyak membantu sepanjang saya mengemudi Dewan Ulamak PAS Pusat sebelum ini. Jazakumullah Khairal Jaza'. - HARAKAHDAILY 12/3/2015
Sumber HD - 12-3-2015
KUNJUNG HORMAT KEPADA PM TANGGUNGJAWAB SAYA - MB
YAB DS MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK MENERIMA KUNJUNGAN YAB DATO' USTAZ AHMAD YAKOB
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34028-kunjung-hormat-kepada-pm-tanggungjawab-saya-mb
Sumber HD - 24-2-2015
SELAMAT TAHUN BARU CINA SEMOGA LEBIH BERMAKNA - MB KELANTAN
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33939-selamat-tahun-baru-cina-semoga-lebih-bermakna
Sumber HD - 18-2-2015
MB KELANTAN AKUI SUNYI SELEPAS TUAN GURU TIADA - DUAY
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33914-mb-kelantan-akui-sunyi-selepas-tuan-guru-tiada
Sumber HD - 17-2-2015
BERSEMADILAH DENGAN TENANG WAHAI MURABBI UMMAH - DUAY
YAB DATO' USTAZ AHMAD YAKOB TERIMA TUGAS DARIPADA TG NIK AZIZ (AL MARHUM)
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33864-bersemadilah-dengan-tenang-wahai-murabbi-ummah
Sumber HD - 14-2-2015
No comments:
Post a Comment