BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, December 13, 2015

MULTAQA SERANTAU ALUMNI AL AZHAR (16- 18 DISEMBER 2015)

Optik Sepatutnya Terhadap Multaqa Al-Azhar

Optik Sepatutnya Terhadap Multaqa Al-Azhar
Gagasan yang diperintahkan oleh Allah sangat jelas. Suatu gagasan merentasi sempadan warna kulit, bangsa dan geografi. Faktor inilah yang merubah wajah kelompok manusia yang telah berjaya dihapuskan oleh Islam. Perubahan warna kulit bangsa telah ditegaskan oleh Allah hanyalah sebagai "untuk kenal-mengenali" antara satu sama lain.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - Al-Hujurat ayat 13

Presiden PAS telah meneruskan langkah yang telah diambil oleh semua pimpinan terdahulu dalam melihat sesuatu isu berdasarkan pandangan mata syarak. Bukan melawan melulu sehingga semua masalah di satu-bakulkan.

Di dalam ucapannya, depan-depan Presiden PAS menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan barisan kerajaan yang menjadi pengampu kepada pemimpin, dan amaran agar tidak mengundang kuasa asing dalam menyelesaikan masalah negara.

Apa yang berlaku di negara-negara Islam harus dijadikan pengajaran. Ketamakan kuasa dalam pertembungan dalaman sengit antara puak-puak sehingga satu pihak hampir kalah dan satu pihak hampir menang telah menyebabkan puak-puak yang bertembung mencari kuasa luar, terutamanya kuasa Barat, yang akhirnya menggadaikan kedaulatan negara dan peperangan berpanjangan.

Ini yang diingatkan oleh Presiden PAS bahawa campurtangan asinglah menjadi punca kehancuran beberapa buah negara di Asia Barat. Jangan kita mengambil langkah yang sama di rantau ini.

Umum mengetahui PAS membantah keras TPPA atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diperjuangkan Umno. PAS melihat lebih bahaya pihak yang mengadakan pertemuan, mengadu masalah negara dan parti dan cuba mendapatkan sokongan dan restu Presiden Amerika setiap kali Barack Obama datang ke Malaysia.

Tiada apa yang pelik untuk Presiden PAS untuk sepentas dengan Presiden Umno. Presiden-presiden PAS terdahulu sehingga kini pernah sepentas dengan presiden-presiden Umno. Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berada sepentas dengan Tun Mahathir Mohamad dalam membicarakan isu Palestine, TG Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz juga pernah berada sepentas dengan Tun Abdullah Badawi dalam pelancaran Eastern Corridor Economic Region (ECER) dan kini Tuan Guru Presiden berada pentas dengan Datuk Seri Najib Razak atas isu Perpaduan Ummah.

Kesediaan Presiden PAS berada sepentas atau mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerajaan adalah jiwa besar yang seharusnya menjadi kebanggaan seluruh ahli parti, dan ini tentunya akan menyempitkan dada mereka yang sentiasa sakit hati dengan dasar dan perjuangan PAS khususnya mereka yang melihat sepentas ini bermakna ia akan menjadi separti atau akan menjadi satu parti.

Kita tidak perlu menghabiskan masa melayani kumpulan tersebut kerana dasar dan perjuangan kita tiada kena mengena dengan mereka.

PAS akan terus istiqamah di atas dasar Islam dan bersedia untuk terus duduk semeja dengan sesiapa sahaja bagi membincangkan isu negara melangkaui sempadan parti politik. Sebagai sebuah parti yang besar kita mesti mempunyai jiwa besar bagi menghadapi isu besar ummah dan negara. PAS akan terus menentang kemungkaran yang membahayakan rakyat dan negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19hb Disember 2015

Sumber PP - 19-12-2015

Ayah Chik Negarawan Ummah

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berbangga dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden PAS di pentas Multaqa Alumni al-Azhar semalam. Inilah Negarawan Ummah yang berani menegur dan bersikap tenang dalam menghadapi krisis serta fitnah dikelilingnya.

Disebalik kecaman musuh-musuh politik PAS yang ketandusan idea sehingga hanya mampu bersidai di pinggir baju beliau yang dikatakan sedondon dengan Dato Seri Najib Tun Razak, Tuan Guru Presiden terus tenang menyampaikan mesej Islam di Majlis semalam.
Ucapan beliau bukan sekadar mewakili PAS tetapi, Jamaah Islam di seluruh dunia. Diawal ucapannya, beliau menegaskan bahawa matlamat dakwah Islam adalah mengembalikan manusia dari menghambakan diri kepada manusia dan makhluk kepada Allah. Dari kezaliman pemerintah kepada keadilan Islam. Dari wawasan dunia yg sempit kepada wawasan yang lebih luas iaitu dunia dan akhirat.

Beliau turut menegaskan bahawa menafsirkan Islam, iaitu Addeen sebagai Agama (religion) sahaja tidak cukup. Kerana tafsirannya sangat sempit. Islam merangkumi fitrah dan naluri individu, masyarakat dan makhluk merentasi seluruh alam.

Beliau memperjelaskan bahawa manusia itu asalnya satu umat sahaja, lalu Allah mengutuskan Nabi-nabi membawa satu agama sahaja, iaitu Islam. Ibnu Abbas  menegaskan Agama ini (Islam) bermula dengan Adam a.s bukan dengan monyet. 1000 tahun selepas kewafatan Nabi Adam, lahir manusia yang mula mencipta dan melantik tuhan sendiri kalangan batu, binatang dan sebagainya. Maka Allah melantik Nabi dan Rasul bagi setiap umat hinggalah kepada Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad saw dengan membawa kitab yang memandu kehidupan manusia dan menghukum mengikut seruan Allah di dalam kitabNya. Dan hudud adalah antara sebahagian darinya.

Manusia tidak boleh membangun tamadun di atas bumi melainkan dengan panduan Allah dan RasulNya. Tamadun China berbangga dengan tembok besarnya, Tamadun Mesir dengan piramidnya dan Babylon dengan bangunannya. Semua tamadun berbangga dengan bangunan-bangunan yang dibina, maka Allah membina Tamadun Islam diakhir zaman dengan pembangunan Insan. Membangun manusia dahulu dengan fitrahnya. Membangun roh, jasad, akal, ilmu sehingga membangun masyarakat dan negara.

Sebagai pemimpin Ummah, beliau kecewa terhadap apa yang berlaku pada hari ini, iaitu Islamiphobia. Satu fitnah kepada Islam kerana apa yang dilakukan oleh segelintir yang mengaku Islam bercanggah dengan apa yang dianjurkan Islam. Membunuh secara zalim atas nama Allah adalah fitnah besar yang merosakkan imej Islam.

Umat Islam perlu kembali menyatukan ummah dengan Islam yang sebenar. Ketepikan perbezaan kaum dan ideologi untuk membina sebuah negara yang aman dan adil untuk semua.

Teguran ini jelas kepada segelintir pemimpin Melayu, Cina dan India dinegara ini yang sering memainkan politik perkauman bila mana parti mereka dalam keadaan terhimpit dan bermasalah. Beliau mahu pemimpin Islam di negara ini menghormati hak agama-agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya bagi memastikan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Orang-orang bijak perlulah jujur dan diletakkan di tempat yang sebaiknya oleh pemimpin dalam membantu membina negara bersama. Pemimpin tidak perlukan kaki bodek dan pengampu untuk membina negara.

Beliau turut menegur pemimpin diktator dan orang-orang agama yang menyertai politik teokrasi dengan acuan barat. Apabila diangkat menjadi pemimpin, mereka menyeleweng, berlagak macam Tuhan dan menentang Islam termasuk undang-undang seperti hudud.

Pemimpin ummah ini turut berkongsi kata-kata Saidina Abu Bakar “Wahai tuan-tuan, saya dipilih menjadi pemimpin kamu. Saya bukan orang yang terbaik, kalau saya betul tolong saya, kalau saya salah, perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. (Jangan mengampu saya, kalau saya betul, kata betul, kalau saya salah, kata salah. Jangan berbohong kerana itu merosakkan pemimpin). Taat kepada saya, kalau saya mentaati Allah dan Rasul. Kalau saya tak taat pada Allah dan Rasul, jangan taat pada saya”

Panduan ini perlu dihayati, kerana pada hari ini terdapat pemimpin negara yang jelas melakukan tindakan salah tetapi masih disokong oleh pengikutnya atas dasar membodek atau takut diambil tindakan. Walaupun beliau tidak nyatakan kepada siapa ayat ini ditujukan tetapi kita jelas. Kita faham.

Tidak kira Sultan, Raja, Perdana Menteri, Menteri Kabinet hatta pemimpin kecil diperingkat komuniti perlu memahami aspek kepimpinan ini dan bersedia untuk ditegur dan melepaskan jawatan jika gagal perbaiki kesalahan atau menyimpang dari amanah Allah dan Rasul.

Demokrasi lebih dekat dengan Islam tetapi kita tidak boleh menuruti demokrasi cara barat sepenuhnya, kerana ianya tiada akidah dan roh. Maka dengan Islam kita mengambil demokrasi sebagai alat, bukan doktrin untuk memacu hak dan suara rakyat. Demokrasi dalam Islam juga banyak berlandaskan musyawarah, bukannya perdebatan semata-mata untuk mencari siapa yang hebat.

Sekarang bukan zaman penjajah. Kita bebas menentukan hala tuju. Kita sudah punya cukup ilmuan dan kepakaran dalam negara kalangan umat islam dan rakyat berbilang bangsa dan agama. Kita tidak perlukan nasihat dari barat seperti APCO dan perunding-perunding lain yang berlumba-lumba untuk mencaturkan masa depan negara ini.

Kerajaan sekarang perlu merdeka sepenuhnya dan memimpin negara ini dengan cara kita sendiri. Kita mempunyai kekuatan jika bersatu dan mengambil politik yang meletakkan kepentingan ummah dan negara untuk kembali kepada Allah dan mengenepikan kepentingan politik sempit, perkauman dan ideologi serta kepentingan peribadi.

Sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, beliau mahu umat Islam bersatu diseluruh dunia untuk mengembalikan tamadun dan kepimpinan Islam. Mengislamkan demokrasi, menukar Islamiphobia kepada rasa cinta dan hormat pada Islam. Islam memimpin negara dan dunia tanpa mengabaikan hak mereka yang berbeza agama.

Kami pemuda Islam dan Malaysia seluruhnya berdiri teguh dibelakang beliau untuk meneruskan amanah perjuangan ini. Walaupun terus diasak dengan fitnah dikiri kanan, PAS akan tetap melangkah jauh kehadapan sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai jalan menuju keredhaan Allah.


Allahuakhbar!  Allahuakhbar!  Allahuakhbar!

Ir Hj. Khairil Nizam Khirudin
Naib ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber PP - 18-12-2015




Tuan Guru Abdul Hadi berucap dengan prinsip

IDRIS AHMAD | .



Kehadiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pentas Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Disember 2015 merupakan satu peristiwa yang bersejarah. Datang dengan prinsip, berucap dengan prinsip, menampilkan diri dengan prinsip.

Walaupun kita tahu penganjur ada agenda tersendiri, tetapi Presiden PAS datang dengan penuh kesedaran dan untuk memikul tanggungjawab ummah di negara ini.

Berucap bukan dengan skrip yang diatur, bukan diikat dengan syarat seperti kebanyakan penceramah yang muncul di kaca televisyen, tetapi berucap dengan penuh yakin untuk mengambil peluang di atas pentas yang disediakan.

Kita yang tidak dijemput, jangan cemburu dan irihati apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang bersahaja dan ilmiah yang memukau siapa yang mendengar. Pendengar yang hadir terdiri daripada hakim, kadi, pensyarah, pemimpin Umno.

Ucapan yang penuh bermakna memberi motivasi tentang peranan Islam untuk menjadi teras perpaduan serta memberi kritikan terhadap ideologi ciptaan manusia yang telah gagal membahagiakan manusia.

Bagi mereka yang cemburu kepada kehadiran Tuan Guru Presiden PAS di pentas multaqa, mengharapkan Tuan Guru Presiden PAS menerima pelawaan Datuk Seri Najib untuk bersama dengan Umno. Tiba-tiba berlaku sebaliknya.

Oleh kerana tidak ada modal untuk belasah Tuan Guru, maka baju sedondon yang dijadikan hujah, untuk memburukkan Tuan Guru Presiden PAS. Saya cukup simpati dengan golongan ini.

Dahulu mereka fitnah UG  yang dilontarkan oleh Presiden PAS kononnya untuk bekerjasama antara PAS dan Umno, walaupun diterangkan bahawa UG ialah antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mengislahkan negara demi kepentingan rakyat.

Dengan takdir Allah SWT, idea Konsensus Nasional oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  cadangan Save Malaysia oleh Lim Kit Siang yang bermatlamat untuk meletakkan kepentingan negara dan rakyat.

Yang paling menarik pemfitnah ini mengatakan UG berbeza dengan KN dan SM. Jawapan saya, ikan temenung dan ikan kembung  sama sahaja, cuma istilah sahaja berbeza. Mereka tidak sokong UG kerana idea ini datang daripada Presiden PAS, kalau daripada orang lain, sebelum cadang sudah disokong.

Pemfitnah kepada Presiden PAS tetap dengan kerja mereka, manakala Tuan Guru Abdul Hadi pula dengan kerja beliau.

Pemfitnah dan pengadu domba akan mati akal dan menunggu hari untuk bertemu Allah SWT.  Pepatah Cina ada menyebut emas yang tulen, lagi kuat dibakar, lagi berkualiti emas tersebut. - HARAKAHDAILY 18/12/2015

Penulis ialah Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sumber HD - 18-12-2015



Multaqa lulus 7 resolusi, seru Umno-Pas bersatu

Posted on Friday, December 18 @ 15:08:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Tujuh resolusi dimuktamadkan dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang antaranya menyeru kerjasama politik antara Pas dan Umno.

Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul berkata, seruan itu penting kerana ia boleh membawa kepada perpaduan umat  Islam yang lebih baik dan harmoni.

"Multaqa Serantau memutuskan tujuh resolusi, iaitu mengajak umat Islam agar bersatu, menjaga adab dalam berbeza pendapat, mewujudkan satu jawatankuasa penaja untuk mengadakan pertemuan berkala antara Pas-Umno," katanya ketika menyampaikan resolusi itu di Hotel Grand Seasons, di sini, hari ini.

Semalam, Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.

Mohd Fakhrudin menyatakan persetujuan itu ketika cadangan dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.

Mengulas lanjut, ‎Mohd Fakhrudin berkata, perpaduan antara Pas dan Umno ditekankan dalam resolusi ini kerana sudah tiba masanya umat Islam bertaut sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW.

"Umno dan Pas perlu bekerjasama ‎demi kebaikan ummah, perbezaan ideologi politik harus diangkat sebagai kelainan pendekatan.

"Ia tidak semestinya dileburkan menjadi satu namun perbincangan dan dialog secara efektif dan berterusan harus dilakukan agar wujud keakraban hubungan dan pandangan. (Pas-Umno) hadapi cabaran, tentang ideologi barat dan ideologi asing," katanya.

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.
Sumber TKO - 18-12-2015

Tali Allah pengikat perpaduan ummah

NASRUDIN HASSAN |
.



1. Politik negara bagai terkesima seketika apabila tumpuan hampir semua pengamat politik dan media hari ini teralih arah kepada Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia 2015 yang berlangsung di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur sejak 16 Disember dan berakhir hari ini.

2. Suatu program yang telah membariskan dua pemimpin besar negara iaitu YAB Perdana Menteri DS Mohd Najib dan YB. Presiden PAS DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di pentas yang sama bagi membicarakan isu Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi.

3. Ia bukan sahaja mengulangi sejarah Mei 2002 yang lalu, apabila Dewan Bahasa Pustaka juga  telah membariskan dua pemimpin besar negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu dan Al Marhum Tuan Guru Dato Fadzil Mohd Noor selaku Presiden PAS pada masa itu dengan membawa topik yang membicarakan soal Palestine serta menuntut kesatuan ummah untuk menanganinya.

4. Kali ini, perbahasan isu yang menemukan pemimpin utama dua parti politik besar negara adalah lebih luas sempadan tajuknya menjangkau isu perpaduan ummah sejagat dengan meletakkan pasak "Tali Allah swt" sebagai tunjang perpaduan ummah.

5. Saya kira semua orang suka perpaduan. Tidak ada orang yang seronok bersengketa sepanjang masa. Semua orang mengimpikan suatu ketenangan, kedamaian, keharmonian, kebahagiaan dan sebagainya.

6. Fenomena ini hanya boleh dicapai dengan amalan politik matang. Politik fasa baru negara dengan meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah supaya melaksanakan Islam dan keadilan kepada semua kaum. Sementara pembangkang pula berperanan secara konstruktif membangun dan membina serta mewujudkan check and balance. Yang benar katakan benar dan yang salah katakan salah.

7. Politik matang yang menuntut semua pihak berlapang dada dan mampu duduk semeja serta  berdiri sepentas bagi membincangkan isu-isu bersama khasnya perkara yang boleh menyatukan ummat Islam. Justeru musuh Islam sememangnya siang dan malam merencana untuk memecah belahkan ummat Islam. Mereka berpesta apabila ummat Islam bercakaran dan pastinya mereka tidak senang duduk apabila ummat Islam bersatu dengan ikatan yang kukuh iaitu Islam.

8. Ummat Islam adalah ummat terbaik. Namun ia menjadi lemah dan lesu apabila ia berpecah. Maka pemimpin ummat Islam wajib memikirkan bagaimana kesatuan ummat Islam boleh diusahakan dan Allah swt telah mengajar kita bagaimana prinsip dan syarat penyatuan itu dilakukan.

9. Tiadalah suatu yang indah dalam kehidupan ini  melainkan apabila kita boleh melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt. saat ianya sukar dilakukan. Antara perintah Allah swt  yang termaktub di dalam Al Quranil Kareem, namun sangat sukar untuk direalisasikan ialah "Perpaduan Ummat Islam Berasaskan Tali Allah swt"

10. Firman Allah swt  di dalam Surah Aali Imran 103 ini adalah ayat yang popular dibacakan tatkala membincangkan isu perpaduan, namun ia belum popular untuk dipraktiskan di negara kita. Hayati ayat ini terlebih dahulu:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
 وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ
 فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ
 فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka tersebut. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

11. Saya mengamati ucapan panel undangan di Multaqa Serantau Alumni Al Azhar kelmarin dan juga ucapan kedua - dua pemimpin utama dari dua parti politik besar Ummat Islam di Malaysia ini. Kesemua ucapan dan kenyataan yang diungkap mengenai perpaduan ini disusun dengan begitu baik dan indah.

12.  Namun, perlu saya tegaskan di sini, bahawa keindahan perpaduan ummah itu tidak akan menjadi realiti jika tali pengikatnya bukan "Tali Allah swt". Ini adalah syarat terpenting dan inilah asas keindahan yang dimaksudkan.

13. Tali Allah swt atau Al Islam adalah hanya sanya tali kukuh yang boleh menambat hati dan jiwa manusia untuk damai tanpa sengketa. Manusia tidak mungkin boleh ditambat dengan ideologi ciptaan manusia, wang ringgit, perkauman, isu politik, ekonomi dan lainnya.

14. Hanya Islam! Mengenepikan Islam maka  terburai segalanya. Tidak mengambil Islam maka binasalah impian untuk bahagia, tenang, damai dan aman di dunia dan akhirat. Gagal mempraktiskan Islam dalam sistem kehidupan kita samada secara individu mahupun bernegara, maka binasalah peradaban dan gelaplah masa depan ummah.

15. Menolak dan menentang Islam adalah satu kezaliman yang mesti diperangi habis-habisan hingga ke akhir hayat. Mengaku tidak menentang Islam tetapi tidak mempraktiskan Islam malah terus kekal melakukan mungkar dan maksiat juga merupakan kezaliman yang wajar diperangi. Firman Allah swt:

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ
فَإِنِ انتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (iaitu penentangan terhadap Islam), dan (sehingga) jadilah Ugama itu hanya milik Allah. Kemudian jika mereka berhenti (dari menentang Islam) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. (Surah Al Baqarah: Ayat 193)

Beristiqamah Hingga Kemenangan - HARAKAHDAILY 18/12/2015

Sumber HD - 18-12-2015

Dr M juga pernah minta satukan Pas-Umno

Posted on Friday, December 18 @ 08:18:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memintanya agar mencari jalan bagi menyatukan Pas dan Umno.

Harussani berkata, beliau menerima cadangan Dr Mahathir itu dan terus berjumpa dengan Pas dan Umno dan hasil pertemuan itu ada 'sinar'.

"Saya juga telah diminta dulu oleh Dr mahathir, beliau sendiri suruh cari jalan agar dapat menyatukan (Pas-Umno).

"...dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) juga ada bincang dengan saya perkara sama, cubalah tengok (Pas-Umno) dan....alhamdulillah saya pernah menemui orang ini dan semuanya, bersetuju untuk dapat kita bersatu, insya-ALLAH.

"Saya juga ada jumpa Pas, semua sekali Alhamdulillah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season hari ini.

Mengulas lanjut, Harussani ketika diminta mengulas mengenai erti 'ada sinar' itu, beliau berkata perkara itu mungkin boleh dibawa ke meja perbincangan lagi.

"Saya lihat ada titik pertemuan mungkin caranya  boleh dibincangkan kemudian.

‎"Alhamdulillah saya merasakan ada kesedaran diantara ahli-ahli politik kita dalam negara kita baik dari segi Umno atau Pas,  mereka semuanya bersemangat Islam  semuanya," katanya.

Polemik antara kesepaduan Pas dan Umno muncul semula selepas Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak 'menghulurkan tangan' untuk menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua parti itu pada Perhimpunan Agung Umno lalu.
Sumber TKO - 18-12-2015




Umno, Pas disaran cari titik persamaan – Mufti Perak

Posted on Friday, December 18 @ 07:47:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Umno dan Pas harus menumpukan kepada usaha mencari titik persamaan antara dua parti Islam terbesar itu, sekiranya mereka benar-benar ingin merealisasikan agenda perpaduan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata kedua-dua pihak juga disaran agar mengenepikan fahaman politik masing-masing demi memastikan kepentingan negara dapat diberi keutamaan.



“Apa yg diucapkan PM (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak) atau Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kedua-duanya lebih ke arah untuk bersatu.



“Bukan bermaksud bersatu dari segi parti, tetapi bersatu dalam arah mencari perpaduan…dan mudah-mudahan (usaha ini) akan berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kertas kerja di Multaqar Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini hari ini.

Selain itu, katanya jika usaha perpaduan dalam kalangan pemimpin atasan berjaya, sudah pasti rakyat bawahan juga akan mengikut jejak langkah mereka dan berusaha mengelakkan sebarang perpecahan.
Terdahulu, ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk “Perpaduan Ummah dan Kepentingannya Dari Perspektif Ulama”, Harussani menegur golongan ulama di negara ini yang tidak melaksanakan peranan mereka seperti sepatutnya.
Beliau berkata ulama hari ini sepatutnya menjadi tempat panduan dalam semua hal dan peka memberi nasihat sebaiknya terutama dalam hal membangunkan semula kekuatan dan perpaduan Islam.



“Sebaliknya sekarang ulama bercakaran antara satu dengan lain…kita bukan kurang ulama. Tetapi mereka ini tidak melaksanakan tugas dengan sebenarnya… masuk politik hanya untuk kepentingan diri dan mengekalkan kedudukan. Jika mereka berniaga bukan untuk kepentingan ekonomi umat Islam,” katanya di hadapan kira-kira 600 hadirin pada seminar itu.

Harussani juga berkata ulama kini bukan sahaja tidak menjadikan perpaduan sebagai agenda utama sehingga menghakis kepercayaan orang ramai, tetapi juga berpecah mengikut ‘mazhab politik’.

“Di Malaysia ulama dalam parti politik pun tak bersatu…dalam parti ada ulama tapi gaduh, tuduh-menuduh…keadaan makin buruk,” katanya.

Beliau berkata sebaiknya golongan ini perlu segera menghentikan perbezaan dan fokus pada agenda mengeratkan hubungan sesama Islam serta berbincang mengenai pembangunan negara.

Sumber TKO - 18-12-2015



Cadangan Wujudkan Jawatankuasa Pertemukan UMNO-PAS

Posted on Friday, December 18 @ 07:34:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan PAS dalam satu pentas yang sama.

Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti menyatakan persetujuan itu ketika cadangan dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibunegara malam tadi.

"Ini merupakan langkah positif, pihak rabitah (alumni) akan membincangkan perkara ini, berdasarkan pengalaman yang kita ada, Insya-Allah kita mampu tubuhkan jawatankuasa itu.
"Saya yakin jawatankuasa itu nanti mampu mengadakan pertemuan seperti hari ini sekerap mungkin berdasarkan kemampuan yang ada.

"Kami akan mengenal pasti "tokoh-tokoh yang akan dibawa dalam jawatankuasa itu, yang mana mereka harus bebas daripada kepentingan mana-mana parti politik," katanya ketika ditemui media selepas forum berkenaan.

Turut hadir sebagai ahli panel forum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Besar Kelantan, yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa.

Cadangan penubuhan jawatankuasa itu disambut baik oleh Asyraf yang menyatakan perlunya pihak ketiga dalam menyatukan dua pihak yang selama ini tidak sehaluan dalam konteks politik namun ingin bersatu dalam menjaga kepentingan agama dan perpaduan umat Islam.

"Itu (jawatankuasa) satu cadangan yang baik, saya rasa gerakan penyatuan ini boleh dilakukan kerana adanya pihak ketiga yang diwakili ulama dan cendiakawan Islam dari Universiti Al-Azhar yang umurnya lebih 1,000 tahun.

"Dan kita tahu jawatankuasa itu nanti adalah ulama dan cendiakawan yang tidak mewakili mana-mana parti politik tapi mewakili suara hati rakyat," katanya.

- Bernama

Sumber TKO - 18-12-2015

Perpaduan Ummah Merentasi Idealogi

Perpaduan Ummah Merentasi Idealogi
Allah Maha Mengetahui, dunia akhir zaman dikurniakan dengan sedikit ilmu, kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (Surah al-Isra': 85)

Manusia dapat mencipta alat-alat yang canggih, untuk berpindah ke penjuru dunia dengan cepat, mendapat maklumat dalam masa yang segera, (maka) cukup bagi akhir zaman ini seorang Rasul sahaja, dengan mukjizat ilmu Al-Quranul Karim, membawa ajaran yang sama, iaitulah Islam. Firman Allah Taala:
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. (surah Ali-Imran: 83)

Islam adalah petunjuk Allah merentasi tujuh petala langit dan bumi, merentasi segala makhluk, bukan sahaja manusia, bahkan makhluk yang ghaib, makhluk yang nyata, makhluk yang tidak bergerak, alam dunia sehingga alam akhirat.

Rub'ie bin Amir, duta yang dihantar menemui Empayar Parsi, menegaskan:

Allah yang menghantar kami (iaitulah mesej Islam) untuk mengajak siapa yang mahu tanpa paksaan. Daripada memperhambakan diri kepada sesama makhluk, kepada memperhambakan diri kepada Allah. Daripada kezaliman (daripada) berbagai ajaran, kepada Islam yang adil. Daripada wawasan dunia yang sempit, kepada wawasan yang sangat luas (daripada dunia sehingga hari akhirat).

Menunjukkan Islam,  yang disebut Ad-Din, tidak boleh ditakrifkan dengan agama dalam bahasa lain, ataupun religion dalam bahasa Barat. Buka dalam Ensiklopedia Barat, Britanicca dan sebagainya. Mereka mentakrifkan religion, mentakrifkan agama, tidak tepat dengan ad-Din yang dimaksudkan oleh bahasa Al-Quranul Karim. Kerana Islam khusus bagi manusia, di samping makhluk-makhluk yang lain, khusus bagi manusia, merangkumi fitrah, merangkumi naluri manusia itu, jasad, roh, akal, individu, masyarakat, dan hubungan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain, menjadikan Islam merentasi seluruh alam ini.

Al-Quran menegaskan kepada kita, Islam adalah agama asal, agama-agama lain teori dan ideologi datang kemudian, Firman Allah Taala:

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. (surah al-Baqarah: 213)

Ibnu Abbas RA menegaskan, ayat ini bermaksud manusia bermula dengan Adam AS, bukannya dengan monyet, bukan dengan zaman batu. Adam membawa ajaran Islam, agama yang asal. Setelah seribu tahun, wafatnya Nabi Adam AS, terdapat kalangan manusia mengadakan ajaran sendiri, agama sendiri, melantik tuhan sendiri, lain daripada Allah. Manusia yang mulia menyembah batu, binatang, dan sebagainya, mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu.

Allah mengutuskan setiap zaman Rasul yang silih berganti, berakhir dengan Nabi Muhammad SAW, yang diutuskan untuk merentasi seluruh dunia. Rasul akhir zaman yang saya maksudkan tadi, menjadi hikmat yang menakjubkan. Allah memilih Rasul itu di bumi Makkah, bumi yang kering, terpencil daripada tamadun, terpencil daripada kemajuan, dan ajaran-ajaran agama samawi dan tidak samawi yang besar. Untuk menyatakan bahawa, manusia tidak boleh menjalankan tugas di atas muka bumi, melainkan dengan membangun mengikut agenda dan peraturan Allah.

Tamadun China berbangga dengan Tembok Besarnya, Tamadun Mesir dengan Piramidnya, Tamadun Babylon dengan bangunannya. Semua tamadun berbangga dengan bangunan-bangunan yang dibina. Maka Allah membina Tamadun Islam di akhir zaman dengan membangun insan, membangun manusia. Membangun manusia dahulu mengikut fitrahnya, membangun rohnya, membangun jasadnya, membangun akalnya, membangun individunya, dan dia bangun masyarakat dan negaranya.

Sila lihat ayat-ayat yang pertama yang diwahyukan:

Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah menciptakan manusia. (surah al-Alaq: 1) Menyatakan ilmu membangun manusia dengan ilmu.

Firman Allah Taala:

Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (surah Quraisy: 1-4)

Menjalinkan roh jasad, politik dan ekonomi, mengikut acuan Allah SWT. Quraisy yang hidup di bumi kering, tidak ada tanaman, tidak ada air, terpaksa musafir ke Timur dan Barat mencari sumber ekonomi. Dalam masa yang sama kecintaan kepada Kaabah, dia betulkan akidah yang benar,  melalui bumi yang kering ini dibangun manusia, mengikut acuan Allah.

Ilmu, iman, akhlak, ekonomi, politik dan segala-galanya, setelah tarbiyyah dalam masa 13 tahun, berhijrah ke al-Madinatul Munawwarah, dan membina masyarakat Madani. Banyak kita bercakap tentang masyarakat Madani, tanpa kita menjadi perkataan Madani, mesti diambil daripada Bahasa Arab. Madani ad-Din ataupun Tamadun, yang dihurai oleh Ibnu Khaldun, di dalam al-Muqaddimah. Allah menjadikan manusia satu keluarga, maka Islam merentasi Kaum dan bangsa,

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah al-Hujurat:13)

Maka risalah Nabi Muhammad SAW akhir zaman itu, membahagikan manusia kepada dua kumpulan. Yang pertama Ummah Dakwah, yang kedua Ummah Ijabah. Ummah Dakwah ialah seluruh manusia, Islam dan bukan Islam. Ummah Ijabah ialah manusia yang sudah masuk Islam.

Semuanya adalah Ummat Muhammad SAW. Maka didirikan negara masyarakat majmuk. Bukan sahaja berbagai kaum, termasuk berbagai agama, di Madinah itu ada Arab, ada Yahudi, ada Parsi, ada macam-macam. Walaupun tidak besar, ada benihnya, berbagai kaum. Kerana Allah menjadikan manusia itu pada dasarnya, satu keluarga, walaupun mereka berbagai bangsa, mereka mesti bermasyarakat Madani.

Ibnu Khaldun mengatakan, Al-Insan, Madaniyyun Bit Tabii. Manusia tidak boleh hidup sendirian, tidak mungkin hidup seorang diri, tidak mungkin hidup satu bangsa, tidak mungkin hidup satu negara, mesti digabungkan hasil-hasil negeri, dengan negeri yang lain, kebolehan dengan kebolehan yang lain.

Sehelai baju yang dipakai, memerlukan kapas yang ditanam. Pertanian, memerlukan traktor, galian, besi. Memerlukan Petroleum, memerlukan berbagai-bagai alat. Perlu digabungkan (sebagai) masyarakat madani.

Maka Nabi Muhammad SAW membina Madinah itu membina masyarakat madani. Dengan mengajak manusia kepada Islam tanpa paksaan. Yang Islam, wajib patuh kepada ajaran Islam, yang tidak Islam, tidak dipaksa. Dan membuktikan bahawa Islam berjaya, menyatukan umat yang tidak mampu disatukan agama dengan ideologi yang lain. Quran menegaskan:

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah

tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (surah al-Hajj: 40-41)
 
Islam dan penganutnya mesti berkuasa. Sejarah menunjukkan, kalau Kristian yang berkuasa, bunuh Yahudi. Yahudi berkuasa bunuh Kristian. Majusi berkuasa bunuh penganut agama lain. Bila Islam memerintah dengan Islam menunjukkan adil untuk semua. Apa yang disebut Islamophobia hari ini adalah fitnah terhadap Islam. Bercanggah dengan hakikat yang ada dalam ajaran Islam. Bagaimana Nabi kita Muhammad SAW melarang membunuh paderi, membunuh diplomat, membunuh utusan, membunuh rahib. Tiba-tiba bukan paderi yang dibunuh, gereja yang dibom, masjid yang dibom, di mana ajaran ini?

Hadis-hadis Nabi menunjukkan tidak boleh membunuh perempuan, kanak-kanak, orang awam. Disebut di dalam hadis, seorang wanita dimasuk ke dalam neraka kerana mengurung seekor kucing tidak diberi minum. Allah memberi rahmat kepada seorang yang memberi minum anjing yang najis mukhallazah, dapat Rahmat Allah. Bagaimana Islamophobia? Tidak menepati hakikat yang ada dalam ajaran Islam.

Ketika Islam dilaksanakan, Islam telah berjaya membina Tamadun Islam. Negeri yang orang Islam masuk, orang bukan Islam masuk Islam berduyun-duyun. Berduyun-duyun orang masuk Islam. Lihat Jalan Sutera dari Negeri Arab sehingga sempadan China, ranap ajaran lain dan Islam. Lihat di Asia Tenggara, pedagang yang datang ke sini, ranap ajaran agama lain, kerana rahmat dan kebaikan yang ada dalam ajaran Islam. Yang pertama, Islam mengajak kepada Islam. Yang kedua, Islam menggalakkan ilmu,

Hadis Nabi, Orang yang (menjadi) pilihan dia masa jahiliyyah, (menjadi)pilihan dia masa Islam.

Kalangan ilmuwan, sebelum kedatangan Islam dibunuh, ahli falsafah dibunuh. Arkitek dipotong tangan, kerana takut orang bikin istana macam Istana yang dibuat. Dalam sejarah Melayu, pemuda yang menunjukkan guna batang pisang untuk menentang todak yang menentang Singapura, walaupun itu cerita dongeng, itulah hakikatnya, dibunuhnya orang yang bijak.

Islam mengambil orang yang bijak. Orang yang bijak, yang pintar di zaman jahiliyyah, bila bersama dengan Islam, dia disanjung tinggi bila dia seorang yang faham. Amar bin Asr, Khalid bin Walid, dan lain-lain lagi, adalah tokoh-tokoh di zaman jahiliyyah, disanjung bila dia bersama dengan Islam.

Ada yang tak masuk Islam, Nabi bersabda, Kebijaksanaan barang tercicir kepunyaan orang Islam. Di mana dijumpa dipungut.

Maka Islam mengambil ilmu-ilmu tamadun lain yang memberi faedah. Tamadun India, China, Parsi, Rom, Mesir dan lain-lain. Ada ilmuwan yang tak masuk Islam, disanjung dalam masyarakat Islam. Ilmu yang diambil dan diIslamkan ilmu itu, maka lahirlah Tamadun Islam. Dan Islam telah berjaya memerintah negara yang besar, dari Timur ke Barat, Utara dan Selatan. Dalam masa yang singkat, masa tak mengizinkan. Itulah kehebatan Islam. Zaman tidak ada hubungan yang cepat, Islam boleh memerintah negara yang besar dan juga berbagai kaum dan agama.

Maka Barat tertarik dengan Tamadun Islam. Malangnya Barat ini mengambil tamadun kebendaan, tamadun duniawi, tidak mengambil akidah dan akhlaknya. Maka berlakulah kecelaruan pada hari ini. Betapa telah berjayanya Islam merentasi kaum. Ayat yang dibaca dalam muqaddimah,

Berpegang dengan tali agama Allah, jangan bercerai berai. (surah Ali-Imran: 103)

Sebab nuzul ayat ini, apabila orang Yahudi menghasut Aus dan Khazraj, hampir berperang. Allah menurunkan ayat, dengan ayat al-Quran dengan akidah yang betul. Hilang semangat perkauman. Tak halang cinta kepada kaum, tak halang cinta kepada bangsa. Tetapi kecintaan kepada kaum dan bangsa dijadikan akidah, dijadikan akidah, Ini  yang salah, sehingga hilang nilai yang betul dan salah, ini yang salah. Islam membetulkan hubungan kaum.

Dalam Islam, lahir berbagai-bagai mazhab, sama ada mazhab politik, mazhab fekah, mazhab akidah, mazhab tasauf yang disebut tarekat. Orang Islam tidak berpecah di zaman dahulu, tidak bergaduh, kerana mereka berpegang dengan tali Allah, dengan tali Allah. Kerana para ulamak memainkan peranan yang sangat penting, yang sangat besar dalam masyarakat, mereka bukan sahaja berilmu, mereka adalah fakeh, memahami bagaimana nak menterjemahkan ilmu itu dalam menyelesaikan masalah. Walaupun berlaku peperangan zaman dan Siffin.

Di zaman para Sahabat RA, tetapi para pemimpin sama ada di kalangan ulamak di zaman itu dapat menenangkan keadaan. Dakwah tidak terhalang, Tamadun Islam tidak terhalang. Orang Islam boleh menangani mazhab. Malangnya zaman mutakhir orang Islam, menghadapi cabaran ideologi yang dibawa oleh Barat, dimasukkan ke dalam pemikiran orang Islam. Apabila fahaman sekularisma yang memisahkan agama dengan cara hidup, menyebabkan teori-teori politik, teori-teori ekonomi dianut oleh orang Islam. Kerana mereka menyangka, itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Padahal, semua ajaran politik dan ekonomi sudah ada dalam Quran, ada dalam ajaran Islam. Mahu hendak atau tidak balik kepada Islam sahaja.

Bahkan pembaharuan di dalam politik dan ekonomi baru ciplak daripada ajaran Islam. Contonya dalam politik, terdapat diktatorship, teokrasi, dan demokrasi Barat. Quran, menentang sekeras-kerasnya diktatorship, pemimpin yang berlagak jadi tuhan. Begitu juga teokrasi, ahli-ahli agama yang berkuasa penuh, ahli agama, ulamak yang berlagak, paderi-paderi berlagak macam Tuhan. Islam menentang sekeras-kerasnya.

Barangkali demokrasi lebih dekat dengan Islam, hak rakyat, kebebasan mengkritik pemerintah, pemimpin boleh ditegur, pemimpin yang bersikap terbuka, ini ada dalam Islam. Tetapi malangnya demokrasi tidak ada akidah, masukkan akidah sahaja. Perlu disedari demokrasi Barat itu mengalami perubahan setelah orientalis mengkaji kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam.

Di England, di Perancis, di German, sebelumnya mereka mengenali demokrasi purba yang diamalkan di Athen. Mereka tidak tahu nak membuat perubahan dalam negara, melainkan revolusi England, revolusi Perancis, revolusi German, revolusi Rusia dan Amerika yang mengorbankan beribu-ribu dan mungkin berjuta rakyat. Setelah mereka mengkaji kitab-kitab fekah yang dikarang oleh ulamak Islam, setelah wafatnya Nabi SAW, para Sahabat bermesyuarat memilih siapa yang menjadi ketua negara. Golongan Ansar mencalonkan Saad bin Ubadah, ahlil bait mencalonkan Ali bin Abi Talib. Kalangan Muhajirin mencalonkan Abu Bakar As-Siddiq RA.

Setelah dibincang, Abu Bakar adalah majoriti, Quraisy. Ibnu Khaldun menghuraikan di dalam Muqaddimahnya, bahawa Quraisy adalah Qabilah yang paling besar di zaman itu, yang paling berpengaruh, maka Quraisy layak menjadi Khalifah. Bila Quraisy tidak ada pengaruh lagi, maka bukan Quraisy menjadi Khalifah, bangsa lain silih berganti dalam masyarakat Islam.

Abu Bakar yang dipilih menjadi pemimpin menyampaikan ucapan sebaik sahaja saya menjadi pemimpin, apa ucapan Abu Bakar?
 Wahai tuan-tuan, saya dipilih menjadi pemimpin kamu. Saya bukan orang yang terbaik, kalau saya betul, tolong saya, kalau saya salah, perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. (Jangan mengampu saya, kalau saya betul, kata betul, saya salah, kata salah. Kalau saya betul, saya kata salah, saya salah kata betul, itu bohong, tidak boleh, merosakkan pemimpin, merosakkan rakyat.)

Taat kepada saya, kalau saya mentaati Allah dan Rasul, kalau saya tak taat pada Allah dan Rasul, jangan taat kepada saya.

Ini ucapan Abu Bakar. Maka Barat melalui Orientalis melakukan reformasi di dalam demokrasi Barat. Berbeza di antara satu negara dengan negara yang lain. Mereka pandai mengolah demokrasi. Malangnya, negara Barat tidak izin orang Islam pulih menjadi negara yang maju demokrasinya. Barat sengaja, tidak mengizin orang Islam membina kekuatan mereka sendiri.
 Dalam aspek ekonomi, dunia hanya mengenali Teori Liberal, Kapitalisma, Komunisma, Sosialisma, tidak mengenal Islam ada peranan dalam aspek ekonomi. Semua teori-teori dan ideologi itu tidak ada akidah, tidak ada roh, tidak menepati fitrah sama ada sosialisma, komunisma, yang menekan masyarakat, mengorbankan individu, ataupun liberal, kapitalisma, membina individu melupai masyarakat.

Islam mengambil kira semuanya, kita kembali kepada Islam sahaja. Malangnya kalau dahulu orang Islam bergaduh kepada mazhab, Sunni dan Syiah, Khawarij. Hari ini kerana perbezaan ideologi, Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang. Berlaku peperangan secara proksi. Yang berlaku di Asia Barat pada hari ini, Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang. Kerana perbezaan ideologi, berperang dengan senjata yang diberi oleh Barat, oleh Timur, sama ada Amerika, Rusia, China, berniaga senjata, kita berperang dengan senjata mereka, bunuh kita, bayar dengan duit kita. Apa jenis macam ini?

Insya-Allah, Melayu tidak akan jadi macam Arab, Indonesia tidak akan jadi macam Arab. Kita berbeza pendapat, kita berbalah, kita berkelahi, tetapi tak macam, tidak menjadi peperangan proksi. Saya minta, Pak Dr Muhammad Quraish Shihab, Indonesia pun sama, jangan rantau kita ini, macam rantau Asia Barat. Hindarkan pertembungan, kerana perbezaan Ideologi, berlaku pergaduhan secara proksi, orang menggunakan kita, mengaut hasil kita dan membunuh kita.

Zaman penjajahan sudah tidak ada lagi, mari kita merdekakan diri dengan benar-benar merdeka. Tafsirkan Islam di dalam Perlembagaan (Negara) mengikut ad-Din, bukan mengikut religion. Penjajah sudah tidak ada lagi, kita sendiri, ustaz-ustaz kita, ulamak-ulamak Al-Azhar, ilmuwan-ilmuwan yang belajar Ilmu daripada Timur dan Barat, yang belajar agama, banyak di negara kita ini.

Bina kekuatan secara jama'ie, secara berkumpulan. Kita tidak perlu penasihat-penasihat dari Timur dan Barat, kita boleh ambil ilmu mereka, ilmu mereka boleh ambil, nasihat mereka tidak boleh ambil. Yang ada di dalam majlis ini bercambah, boleh jadi penasihat, boleh beri pandangan.

(*Transkrip suntingan Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim dari Ucaptama Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada Khamis, 17 Disember 2015)

Sumber PP - 18-12-2015


Terima dulu hudud baru jalin kerjasama dengan Pas
Posted on Thursday, December 17 @ 19:01:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: UMNO perlu menerima hudud jika serius mahu meneruskan kerjasama dengan Pas.  Itu kata dua Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed sebagai peringatan kepada parti Melayu itu yang turut dijadikan sebagai syarat penting jika mahu hubungan kerjasama antara dua parti berkenaan menjadi kenyataan.


Menurut beliau, jika UMNO menolak pelaksanaan huku Islam itu, parti tersebut akan menerima nasib sama seperti DAP.

“Kalau awal-awal mereka tak nak hudud, Ma’assalamah,” katanya yang menggunakan frasa Arab bermaksud `selamat tinggal’.

“Dasar Islam, kita tak boleh tinggalkan. Kita pun ada syarat. Kalau nak, ada syarat.

“Salah satu sebab kita berpecah dengan DAP pasal dia tak nak hudud,” katanya yang dipetik dari themalaymailonline.com.

Menurut Mahfodz lagi, kerjasama antara Pas dan UMNO akan mengambil sedikit masa kerana pengalaman lalu membuatkan kedua-dua parti lebih berhati-hati.

“UMNO kena ubah dasar kepada Islam. Kita tak tolak [mereka] kita belum terima lagi. Perlu kepada perbincangan selanjutnya,” ujarnya.

Sumber TKO - 17-12-2015

Jangan sampai macam Asia Barat

Posted on Thursday, December 17 @ 18:54:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Dr Abdul Hadi Awang berharap agar Malaysia terus terpelihara‎ dan terhindar daripada segala kerosakkan sepertimana yang berlaku di Asia Barat.

Katanya, oleh itu beliau berharap agar umat Islam di sini terus kekal bersatu dan menghindari pertelingkahan sesama mereka.

"Jangan rantau kita ini (Asia Tenggara) jadi macam rantau Asia Barat (perang proksi) sekaligus memusnahkan entiti perpaduan yang diharapkan.

"Apatah lagi umat Islamlah yang akan menjadi mangsa, orang lain hanya ingin mempergunakan kita dan melaga-lagakan umat Islam demi mencapai matlamat mereka," katanya ketika Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Seasons di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, seluruh dunia kini menyaksikan tanda-tanda kemusnahan tamadun barat dan tempiasnya juga menimpa umat Islam.

"Ternyata kegagalan agama dan ideologi selain daripada Islam, mencetus krisis akhlak, politik, ekonomi dan kemasyarakatan di seluruh dunia.

"Maka, sewajarnya Islam perlu kembali ke landasan dan meletakkan kepimpinan berlandaskan agama ALLAH SWT ini sebagai pegangan dan pimpinan kita di dunia dan menuju akhirat nanti," katanya.
Sumber TKO - 17-12-2015



Selepas kukuh dalam Umno, sekali lagi Najib tawar PAS bekerjasama
Posted on Thursday, December 17 @ 18:58:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Selepas menawarkan kerjasama dengan PAS pada Perhimpunan Agung Umno lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sekali lagi mengulangi pelawaannya itu hari ini.

Berucap semasa merasmikan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, presiden Umno itu turut membacakan ayat dari Surah Al-Imran dalam Al-Quran bagi menyokong kenyataannya.

"Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.

"Dan petunjuk Al-Quran dengan begitu jelas mengariskan perpaduan ini, sehingga orang biasa seperti saya dapat memahami.

"Ini bukan pilihan, ini wajib. Bila mana Allah perintah, hukumnya adalah wajib," katanya semasa merasmikan multaqa itu di Kuala Lumpur hari ini yang menyaksikan perhimpunan bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Malaysia dan Indonesia.

Sumber TKO - 17-12-2015



Multaqa Alumni Al-Azhar rintis perpaduan Pas-Umno??

Posted on Thursday, December 17 @ 18:52:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR - Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang julung kali diadakan di sini diharap dapat merintis jalan ke arah penyatuan dua parti Islam terbesar, iaitu Pas dan Umno.
Harapan ini dinyatakan Pengerusi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia, Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, seusai dengan seminar berkenan yang akan membincangkan perbezaan pendapat dan ideologi politik yang sedang melingkari masyarakat Islam di negara ini.

Kesempatan itu, katanya boleh membuka jalan kepada perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan.

"Dalam konteks (tema:Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi) ini, sebenarnya kita fokuskan kepada fahaman politik, kerana kita ambil kira, sebahagian besar umat Islam di negara ini cenderung kepada dua dua parti politik Islam terbesar (Pas dan Umno).

"Salah satu tujuan pertemuan ini adalah untuk mendekatkan, nak menanamkan semangat perbincangan dialog...dan mungkin apa yang berlaku ini dapat mempengaruhi masyarakat Islam di negara kita," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Forum tiga hari bermula Rabu anjuran Rabitah (Liga) Al-Azhar Malaysia dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak petang ini dan dijangka dihadiri 900 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijadualkan menyampaikan ucap tama beliau selepas Najib merasmikan seminar berkenaan.

Najib, sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya sebagai Presiden Umno di Perhimpunan Agung parti itu 10 Disember lepas, telah menghulurkan "tali silaturahim" kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

"Dengan hati yang terbuka dan sanubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya," kata Najib. - Bernama



Sumber TKO - 17-12-2015

Islamophobia Founded on Slanders Against Islam

Islamophobia, the term used to describe dislike or fear of Muslims and Islam, is based on misconceptions and slanders created to mask the true beauty of the religion, Datuk Seri Abdul Hadi Awang said today.

The PAS president said the ongoing war in Western Asia has clearly shown that Islam is the real victim although the religion is repeatedly demonised as being synonymous with acts of terrorism.
“This so-called Islamophobia today is really slanders against Islam.

“It is not the priests who are being killed but the mosques that are being bombed,” he said in his speech at the opening of Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, a forum on Muslim unity held at the Grand Seasons hotel here.

Hadi added that Islam prescribes clear guidelines that forbid the killing of innocent people during war.

He said that there are many stories that there are many examples in the Islamic faith that shows the religion is not one to be feared.

“The hadiths of the Prophet Muhammad prohibits the murder of women, children and the elderly.
“The Prophet also forbids the murder of priests, diplomats and monks,” he said.

Hadi, who is also Marang MP, later said that Malaysia does not need foreign advisers as it was enough to use teachings in the Holy Quran to guide the country.

The Federal Constitution should also be interpreted in accordance with religious principles and not be tailored to suit the appetites of man, he added.

“We don’t need advisers from the east or the west. We only need their knowledge. We can take their knowledge but not their advice,” he said.- themalaymailonline

Sumber BO - 18-12-2015

Kerajaan perlu manfaatkan ulama lepasan Al-Azhar

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kerajaan sewajarnya memanfaatkam kepakaran ulama negara ini daripada mengambil atau mendengar nasihat daripada barat.

Ketika menyampaikan ucaptama di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini, beliau berkata ramai ulama lepasan Al-Azhar ini boleh diketengahkan untuk dimanfaatkan kerajaan dalam mentadbir negara ini.

"Zaman penjajah sudah tidak ada lagi di negara ini. Kita sendiri (tadbir negara). Ulama-ulama dan ustaz kita yang belajar agama ramai di negara kita.

"Bila kekuatan secara berkumpulan ia sukar untuk dilumpuhkan," katanya yang turut disambut tepukan gemuruh para peserta alumni yang memenuhi ballroom sebuah hotel di sini petang ini.

Malah katanya, ilmu daripada barat boleh dimanfaatkan tetapi ketepikan nasihat mereka.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berharap agar negara ini tidak menjadi seperti negara Arab yang bertelingkah sehingga mengundang peperangan sesama umat.

"Kita berbeza pendapat dan berkelahi tetapi tidak sampai macam negara Arab," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Multaqa Serantau hari ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ucaptama yang disampaikan oleh Presiden PAS itu.

Ramai pimpinan tertinggi kerajaan dan pimpinan utama PAS hadir ke majlis itu, antaranya Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia Datuk Mahfodz Mohamed, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Muslimat Nuridah Salleh. - HARAKAHDAILY 17/12/2015

Sumber HD - 17-12-2015


Pertemuan Najib, Hadi tak boleh dielak
Posted on Thursday, December 17 @ 08:32:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



SHAH ALAM - Pertemuan dua pemimpin utama parti Melayu Islam antara Umno dan Pas tidak boleh dielakkan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, hari ini.


Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun pertemuan itu bukan satu bentuk 'kerjasama', namun kehadiran kedua-dua pemimpin itu dinantikan oleh semua pihak.



"Sudah tentu pertemuan itu akan berlaku dalam majlis yang dihadiri oleh kedua-dua pihak, sudah pasti akan berlaku.



"Kita tunggu saja apa yang akan dirumuskan dalam multaqa esok yang turut disertai beberapa pimpinan parti (Pas) untuk mengisi slot disediakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.



Beliau mengulas pertemuan kali pertama itu selepas Najib mempelawa Pas untuk menjalinkan silaturahim membangunkan negara mengikut syariat Islam semasa ucapan penggulungan pad Perhimpunan Agung Umno 2015, minggu lalu.



Pertemuan kedua-dua pemimpin itu dijadualkan akan menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.



Pada majlis itu, Najib selaku Perdana Menteri akan merasmikan program tersebut, manakala Abdul Hadi selaku Presiden Pas pula akan menyampaikan ucaptama.



Selain itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah turut mengisi slot forum tersebut manakala bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa pula akan berucap mewakili Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).



Ketika ditanya mengenai pertemuan pucuk pimpinan Pas dengan Umno dalam masa terdekat berhubung cadangan Najib itu, Mahfuz bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui mengenainya.


"Itu saya tiada maklumat, kalau mereka buat pertemuan pun mungkin di belakang tabir, itu saya tidak tahu," katanya secara ringkas.

Mahfuz berkata lagi, sebarang kerjasama itu memerlukan rundingan dan perbincangan kedua-dua pucuk pimpinan parti sebelum mana-mana pihak meletakkan syarat.

"Soal MCA meletakkan syarat-syarat, maka saya percaya bahawa pimpinan Umno dan Pas sudah tentu mempunyai hasrat melakukan perundingan terlebih dahulu.

"Saya percaya perundingan saja akan menyelesaikan masalah berbangkit dan hasrat Datuk Seri Najib untuk merealisasikan kerjasama itu," jelasnya.

Mahfuz turut tidak menolak kemungkinan kerjasama itu akan menyentuh agenda kepentingan orang Melayu dan Islam.

"Itu terpulang kepada kepimpinan parti apa yang harus dia fikir, apakah masalah berbangkit orang Melayu dan orang Islam berhadapan dengan ancaman bukan Islam.

"Ataupun perkara itu tak pernah wujud, hanya provokasi politik semata-mata," katanya lagi.

Sumber TKO - 17-12-2015




Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia
Posted on Monday, December 14 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perpaduan Ummah Merentas Ideologi menjadi tema kepada Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2015 di Grand Ballroom, Hotel Grand Seasons Jalan Pahang Kuala Lumpur.

2. Menariknya, Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia yang dianjurkan oleh Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar Malaysia ini, akan menyaksikan satu penghormatan kepada Yb Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang sebagai Presiden PAS dan juga Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia untuk menyampaikan Ucaptama. Ia beriringan dengan Ucaptama kedua yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Abbas Shouman selaku Timbalan Syeikhul Azhar sebelum Multaqa ini disempurnakan perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

3. Perkembangan ini mengingatkan saya pada tahun 2002 yang lalu dimana Al Marhum Ustaz Dato' Hj Fadzil Mohd Noor (selaku Presiden PAS) berdiri sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (selaku Perdana Menteri) untuk membicarakan isu Palestine dalam majlis yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

4. Inilah tanggungjawab bersama ummat Islam. Duduk semeja berdiri sepentas bagi membincangkan masalah ummah, mencari jalan penyelesaian dan pastinya Syariat Allah swt menjadi pedoman dan sumber rujuk dalam pelbagai sudut isu yang dihadapi oleh ummat Islam termasuklah persoalan sosial, ekonomi dan politik.

5. Kita semua tahu, betapa kini musuh - musuh Allah swt tidak pernah berhenti untuk memecah belahkan ummat Islam. Mereka menaja ideologi yang songsang dan terpisah dari wahyu Allah swt untuk disogok kepada ummat Islam. Mereka melaga-lagakan pemimpin ummat Islam dan merosakkan keyakinan ummah terhadap Islam sebagai penyelesai segala masalah.

6. Mereka menyemarakkan api permusuhan dan menyimbah minyak ke atas bara dendam sesama ummat Islam. Mereka mengaut keuntungan dan mengambil laba yang terlalu lumayan dari perpecahan ummat Islam ini. Mereka mahu menguasai ekonomi dan memiliki kuasa politik yang besar di negara ini dengan mengamalkan divide and rule iaitu pecah dan perintah sehingga ummat Islam bermusuhan serta bertelagah dalam tempoh yang sangat lama.

7. Islam mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam menangani pertelagahan dan perpecahan, malah Islam diutuskan oleh Allah swt antara lain adalah untuk memimpin dan membimbing ummah keluar dari kancah permusuhan yang berpanjangan. Pastinya solusi Islam adalah terbaik. Mengatasi kemelut emosi yang gagal dikawal. Lihat bagaimana pelan induk yang dikemukakan oleh Allah swt untuk menyatukan ummah.

8. Hayatilah Firman Allah swt ini :

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Surah Aali Imran : 130

9. Sifat paling penting dalam mencari keheningan bersaudara sesama Islam ialah ikhlas kepada Allah swt, benar dalam tindakan berasaskan prinsip syara' dan bertolak ansur serta mengenepikan kepentingan peribadi dan politik sempit. Sifat ini mesti terpakai kepada semua pihak tanpa mengecualikan sesiapa. Tidak pula mencari peluang untuk memangsakan pihak lain demi memungut keuntungan politik lantas memperjudikan nama baik Islam.

10. Islam adalah agama kasih sayang. Islam adalah agama keadilan dan Islam juga adalah agama perpaduan. Untung dan bahagialah, jika kita semua sebagai ummat Islam kembali kepada paksi Islam dalam setiap sendi kehidupan kita. Samada sendi sosial, demikian juga sendi politik dan ekonomi. Kembalilah kepada Islam, nescaya kita semua selamat di dunia dan akhirat.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

sekian .

Nasrudin bin Hassan

Sumber TKO - 14-12-2015

Multaqa Serantau Alumni Al Azhar ; Satu Penghormatan Kepada Presiden PAS

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Perpaduan Ummah Merentas Ideologi menjadi tema kepada Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia yang bakal berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2015 di Grand Ballroom, Hotel Grand Seasons Jalan Pahang Kuala Lumpur.

2. Menariknya, Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia yang dianjurkan oleh Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar Malaysia ini, akan menyaksikan satu penghormatan kepada Yb Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang sebagai Presiden PAS dan juga Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia untuk menyampaikan Ucaptama. Ia beriringan dengan Ucaptama kedua yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Abbas Shouman selaku Timbalan Syeikhul Azhar sebelum Multaqa ini disempurnakan perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

3. Perkembangan ini mengingatkan saya pada tahun 2002 yang lalu dimana Al Marhum Ustaz Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor (selaku Presiden PAS) berdiri sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (selaku Perdana Menteri) untuk membicarakan isu Palestine dalam majlis yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

4. Inilah tanggungjawab bersama ummat Islam. Duduk semeja berdiri sepentas bagi membincangkan masalah ummah, mencari jalan penyelesaian dan pastinya Syariat Allah swt menjadi pedoman dan sumber rujuk dalam pelbagai sudut isu yang dihadapi oleh ummat Islam termasuklah persoalan sosial, ekonomi dan politik.

5. Kita semua tahu, betapa kini musuh – musuh Allah swt tidak pernah berhenti untuk memecah belahkan ummat Islam. Mereka menaja ideologi yang songsang dan terpisah dari wahyu Allah swt untuk disogok kepada ummat Islam. Mereka melaga-lagakan pemimpin ummat Islam dan merosakkan keyakinan ummah terhadap Islam sebagai penyelesai segala masalah.




6. Mereka menyemarakkan api permusuhan dan menyimbah minyak ke atas bara dendam sesama ummat Islam. Mereka mengaut keuntungan dan mengambil laba yang terlalu lumayan dari perpecahan ummat Islam ini. Mereka mahu menguasai ekonomi dan memiliki kuasa politik yang besar di negara ini dengan mengamalkan divide and rule iaitu pecah dan perintah sehingga ummat Islam bermusuhan serta bertelagah dalam tempoh yang sangat lama.

7. Islam mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam menangani pertelagahan dan perpecahan, malah Islam diutuskan oleh Allah swt antara lain adalah untuk memimpin dan membimbing ummah keluar dari kancah permusuhan yang berpanjangan. Pastinya solusi Islam adalah terbaik. Mengatasi kemelut emosi yang gagal dikawal. Lihat bagaimana pelan induk yang dikemukakan oleh Allah swt untuk menyatukan ummah.

8. Hayatilah Firman Allah swt ini :

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Surah Aali Imran : 130

9. Sifat paling penting dalam mencari keheningan bersaudara sesama Islam ialah ikhlas kepada Allah swt, benar dalam tindakan berasaskan prinsip syara’ dan bertolak ansur serta mengenepikan kepentingan peribadi dan politik sempit. Sifat ini mesti terpakai kepada semua pihak tanpa mengecualikan sesiapa. Tidak pula mencari peluang untuk memangsakan pihak lain demi memungut keuntungan politik lantas memperjudikan nama baik Islam.

10. Islam adalah agama kasih sayang. Islam adalah agama keadilan dan Islam juga adalah agama perpaduan. Untung dan bahagialah, jika kita semua sebagai ummat Islam kembali kepada paksi Islam dalam setiap sendi kehidupan kita. Samada sendi sosial, demikian juga sendi politik dan ekonomi. Kembalilah kepada Islam, nescaya kita semua selamat di dunia dan akhirat.

Sumber BO - 13-12-2015

Wednesday, December 9, 2015

SIDANG DEWAN NEGARA (MULA 7-12-2015 HG 22-12-2015)






Dewan Negara luluskan RUU Majlis Keselamatan Negara

Posted on Wednesday, December 23 @ 08:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa pindaan yang dikritik kerana memberi kuasa penuh kepada perdana menteri.

Dengan undian majoriti menyokong, rang undang- undang itu‎ memberikan kuasa kepada anggota MKN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengarahkan penahanan mana-mana individu tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika penggulungan bacaan RUU itu berkata, kerajaan bersedia menerima kritikan orang ramai yang memberi pandangan secara tafsiran dan ilmiah dan ianya wajar dibetulkan.

"Setelah ambil kira saya memberi pengakuan kerajaan akan mempertimbangkan sebaik- baiknya.
"Sekiranya ada kelemahan kerajaan akan kemukakan pindaan akta ini dalam sesi Parlimen akan datang," katanya Shahidan ketika menggulung RUU MKN di Dewan Negara hari ini.

RUU MKN dibahaskan selama 2 hari di Dewan Negara membabitkan penyertaan 36 senator termasuk dari pihak pembangkang.

Bagaimanapun tidak seperti ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), ahli Dewan Negara daripada gabungan pemerintah itu ketika membahaskannya membuat kejutan apabila rata-ratanya bersikap kritikal terhadap MKN dengan meminta kerajaan memperhalusi semula dan mengambil kira cadangan mereka.

Rata-rata senator BN mempertikaikan dan meminta kerajaan memperhalusi semula peruntukkan rang undang-undang itu dan di antaranya memberi kuasa terlalu luas kepada pengarah operasi, pengisytiharan darurat yang hanya dilakukan Yang di-Pertuan Agong.

Shahidan memulakan penggulungan memberi peringatan kepada ahli Dewan Negara rang undang-undang ini amat penting untuk diluluskan supaya dapat mencegah insiden pengganas mengambil contoh kejadian di Lahad Datu dan Bernard Then.

"Walaupun membuat pelbagai cadangan mungkin tidak menyokong sekarang ini, namun kena ingat masalah keselamatan bukan berada jauh tapi berada di pintu rumah kita.

"Jangan kita berlaku zalim kepada orang lain dengan tidak menyokong rang undang-undang untuk mencegah keganasan.

"Kita kena ingat kita terpengaruh dengan beberapa pihak luar sana untuk menentang rang undang-undang.

"Tetapi saya tidak pernah dengar daripada pihak sama mengucap takziah berhubung insiden Lahad Datu dan Bernand Then.

"Kita pertikaikan hingga lupa jenayah tidak menunggu RUU siap ia datang bila-bila, sediakan payung sebelum hujan demikian juga dengan situasi ini," katanya.

Shahidan membuat penggulungan rang undang-undang itu tanpa menyatakan pindaan yang menyebabkan Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang mengingatkan semula kepadanya akan janji mengenai pindaan dan memastikan komitmen yang bakal diberikan ketika sidang itu berakhir.

Sementara itu, Presiden Majlis Senator Malaysia Tan Sri Rahim Abdul Rahman mengambil kesempatan menjelaskan dakwaan yang kononnya senator BN berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rang undang-undang tersebut.

Beliau yang menafikan berlakunya pertemuan dengan perdana menteri berkata, segala kritikan dan pandangan yang dibangkitkan senator adalah datangnya dari hati dan mewakili kebimbangan rakyat.
"Ingin saya jelaskan tidak ada pertemuan bersama perdana menteri bersama senator BN.

"Pertemuan yang ada yang pernah kita hadiri adalah taklimat MKN pada minggu lepas itu sahaja," katanya.##
Sumber TKO - 23-12-2015

-------------------------------------------------------------

G25: Usaha untuk sisih pengamalan syariat Islam

DATUK DR JOHARI MAT | .


Saya ingin memulakan perbincangan ini dengan melihat beberapa perkara iaitu yang pertama, kita melihat bahawa bajet tahun ini disebut sebagai mensejahterakan kehidupan rakyat yang telah diolah di dalam enam perkara. Kesemua perkara itu telah dihuraikan satu persatu. 

Dalam perbahasan ini saya tidak akan menyentuh semuanya sekali. Akan tetapi saya akan hanya memilih beberapa perkara yang mungkin telah disentuh oleh Senator-Senator sebelum saya dan mungkin juga yang tidak pernah disentuh lagi tetapi telah disebut dalam bajet ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat pertama dalam bajet ini disebut cukai GST. Cukai GST ini telah menjadi satu perdebatan yang panjang sehingga ke hari ini belum selesai. Ada pro and con. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Akan tetapi suatu perkara yang kita lihat bahawa perkara ini tetap berjalan seperti yang telah diputuskan di Dewan ini setelah rang undang-undang itu telah diterima.

Cukai

Saya melihat ada dua perkara yang saya hendak bangkitkan di sini. Pertama ialah kita melihat kita dahulu ada cukai dan ini pun ada cukai. Maksudnya masyarakat kita telah menerima hakikat cukai ini. Namun persepsinya ialah bagaimana pelaksanaan dan kebimbangan yang disebut-sebut ialah barang naik, itu sahaja. Itu yang penting. Jadi apabila berlaku ini maka betulbetul barang itu naik.

Walaupun ada pihak-pihak kerajaan, kementerian berkenaan memberi jaminan bahawa barang tidak naik, tetapi hal yang sebaliknya memang naik, memang terbeban. Ini yang menjadi rungutan kepada masyarakat. Ini satu realiti. Kemudian saya melihat ada yang saya berpendapat bahawa kaedah-kaedah lain. Saya membaca akhbar dan juga dengar perbincangan.

Saya rasa pihak kerajaan juga boleh panggil orang-orang yang memberi pandangan tadi sama ada engage secara peribadi atau bagaimana supaya mereka memberi cadangan bagaimana yang terbaik. Kita tidak mahu membiarkan mereka yang mempunyai kepakaran. Kalau mereka mempunyai kepakaran beri cadangan bagaimana sebenarnya kutipan cukai yang terbaik untuk dilaksanakan di dalam masyarakat dalam melaksanakan kepentingan negara sebagai income yang baik. Jadi saya melihat ada macam-macam golongan di sini. Cuma saya tidak tahu adakah kerajaan telah panggil mereka ini untuk mendengar apa sebenarnya yang mereka boleh cadangkan.

Begitu juga saya melihat ada orang yang berpendidikan dalam ekonomi Islam. Mereka mempunyai saranan-saranan. Saya rasa saranan-saranan ini patut kita dengar daripada mereka bagaimana percukaian yang sepatutnya menurut pandangan mereka dan pendekatan mereka yang mereka utarakan. Saya yakin bahawa kalau mereka benar-benar mempunyai kepakaran di situ, apa salahnya pihak kerajaan memberi perhatian kepada rancangan itu. Mungkin pada peringkat pertama kita boleh buat kajian dan sebagainya.

Hal ini saya melihat seperti perbankan Islam satu ketika dahulu. Mungkin satu perkara baru kepada masyarakat kita orang Islam di Malaysia. Akan tetapi setlah diolah dan kerajaan mengambil alih pandangan itu, maka kerajaan telah membuat satu ketetapan dan menubuhkan Bank Islam, seterusnya takaful dan sebagainya sehingga Bank Islam itu telah menjadi sebuah bank yang terbesar ini negara kita.

Saya melihat perkara ini, kita melihat dari sudut positifnya. Jadi bagi saya kalau sekiranya ada pakar-pakar yang boleh memberi pandangan dan kita tengok pandangan itu dan pihak kerajaan boleh membuat kajian sehingga ia boleh dihasilkan satu olahan yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita merupakan selalu disebut negara Islam sebagai contoh. Saya juga berbangga dengan hal itu. Nama itu Islam. Jadi saya tengok di dalam negara ini ramai pakar yang mempunyai dalam pelbagai bidang yang ada. Saya ingin tahu sejauh mana kepakaran ini digunakan oleh kerajaan terutamanya profesor-profesor yang ada di universiti kita yang ramai dalam pelbagai bidang khasnya dalam bidang mempunyai latar belakang pengajian agama untuk memberi input kepada seluruh perancangan yang akan dirancang oleh kerajaan.

Ini kerana kita telah meletakkan Islam sebagai Maqasid Syariah ada di situ ada konsep al-wasatiyyah. Saya rasa perlu implement, dengan izin, dengan pelaksanaan itu dilaksanakan di dalam negara supaya kita lihat perkara ini dapat dihasilkan bukan sahaja ia sebagai satu istilah atau satu slogan yang dikemukakan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Untuk melaksanakan, merealisasikan Maqasid Syariah dalam pentadbiran, maka sudah pastilah golongan-golongan ini pandangan mereka perlu diambil kira dan diletakkan di dalam mana-mana jawatankuasa untuk membantu dan memberi sumbangan dan buah fikiran dalam pelaksanaan syariat Islam dan Maqasid Syariah itu.

Infra kota dengan luar bandar

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat juga dalam bajet ini menambah baik infra. Dalam menambah baik infra ini saya melihat tidak seimbang antara infra di kota raya kota besar dengan di luar bandar. Banyak tumpuan kepada dalam bandar. Sebagai contoh seperti Kuala Lumpur, seperti jaringan penyatuan rel, Lebuhraya Damansara-Shah Alam, Sungai Besi-Ulu Klang, dan Lebuhraya Central dan sebagainya. Ini merupakan semua dalam bandar dan kota besar.

Namun saya tengok ada juga di luar bandar dan di bandar-bandar kecil tetapi tidak serancak apa yang ada dalam bandar. Begitu juga kalau kita melihat dan membina penyeraian trafik Jalan Tun Razak diberi RM900 juta. Ini juga dalam bandar. Banyak dalam bandar. Kita tidak menafikan perlunya dalam bandar tetapi biar rasa seimbang dengan di luar. Ini kerana untuk merancakkan ekonomi, negara kita juga kita perlu beri perhatian kepada luar bandar.

Saya melihat jalan-jalan juga diberi peruntukan di luar bandar tetapi saya hendak sebut, jalan di luar bandar ini di luar kota ini kalau Datuk Megat tadi sebut dia niat hendak cakap hari ini semalam sudah turap. Itu kalau bandar. Kalau luar bandar lubang banyak, tambah-tambah hari hujan ini. Musim-musim terakhir ini. Saya datang dari Kota Baharu naik kereta teruklah jalan. Datuk Ong tidak tahu rumah kita mana, dia boleh nanti ikut atas.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Saya mahu setuju Yang Berhormat Dato’ Johari cakap itu. Memang dalam bandar jalan memang cantik. Luar bandar memang banyak lubang. Terima kasih.

Dato' Dr. Johari bin Mat: Terima kasih,sebab datang ikut sama. Ini yang saya rasa kita sebagai contoh sahaja, jalan dari Kuala Krai ke Kota Bharu. Jalannya yang berlenggang-lenggok dan tidak sama. Saya rasa kalau mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang pergi ke sana, tolonglah lalu jalan itu. Lain dari jalan Terengganu yang baru itu memang cantik. Akan tetapi, walau bagaimanapun kita melihat bahawa jalan-jalan di luar bandar, bukan sahaja saya sebut di sini tetapi juga di lain-lain perlu diberi perhatian kerana untuk merancakkan ekonomi dan juga menaikkan taraf kehidupan masyarakat di luar bandar sama.

Lapangan terbang

Begitu juga saya melihat pembinaan Lapangan Terbang di Mukah dan naik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu hanya diperuntukkan sebanyak RM42 juta. Sejumlah RM42 juta ini hendak buat lapangan terbang sedikit. Sedangkan hendak menyuraikan kalau dibandingkan, inilah saya sebut banding tadi untuk menyuraikan trafik Jalan Tun Razak tidak panjang mana, tetapi RM900 juta. Sedangkan RM42 juta sahaja untuk membina sebuah lapangan terbang di Mukah dan kemudian naik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu. Bagi saya takut tidak mencukupi.

Walaupun saya mengetahui kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan namun saya merasakan lapangan terbang di Kota Bharu, Kuantan dan sebagainya merupakan sebuah lapangan terbang yang sangat berkembang pesat sehingga dikatakan, saya bertanya orang-orang di Kota Bharu bahawa Kota Bharu-Kuala Lumpur, Kota Bharu dan destinasi yang lain lagi ada 40 penerbangan setiap hari.  Ini merupakan sebuah lapangan terbang yang agak sibuk dan banyak penerbangannya pada setiap hari dan saya merasakan ia perlu dipercepatkan dan saya ucap terima kasihlah kerana dalam Bajet 2016 baru ini telah diberi peruntukan.

Namun saya rasa tidak cukup dan perlu dipercepatkan kerana sudah lama, sebenarnya bukan orang Kota Bharu saja, orang Terengganu pun dekat Jerteh itu pergi Kota Baharu, jauh hendak pergi ke Kuala Terengganu. Orang Thailand pun datang sini dan begitulah juga. Saya tengok ada penerbangan terus yang dibuat oleh AirAsia dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu dan ke Sabah. Ini merupakan satu perkembangan yang ada sebelum tahun. Ini menunjukkan bahawa- dan begitu juga ada penerbangan langsung ke Singapura. Ramai orang yang menaiki pesawat dari sana, ke Singapura dan juga Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan kepada kita bahawa perkembangan itu perlu diberi perhatian dan apabila kita melihat kehidupan masyarakat, kita perlu memberi perhatian yang serius.

Penjawat awam

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dalam negara kita ini, dalam bajet ini, dalam buku ini disebut bahawa kita ada 1.6 juta orang penjawat awam. Ramai itu dan kita juga mendengar bahawa dalam bajet ini juga Yang Amat Berhormat mengumumkan penambahan baik kepada 252 skim perkhidmatan.  Akan tetapi kita tidak tahu lagi macam mana skim-skim itu dan kalau boleh nanti dalam jawapan kita hendak dengarlah skim-skim itu yang telah dinaikkan dan ditambah baik dan ini juga akan menggembirakan penjawat awam.

Walaupun kita tidak termasuk di dalam itu, saya rasa anak-anak kita pun ramai dan hendak tahu bagaimana penambahbaikan itu yang telah dicadangkan dan kita rasa ini merupakan satu keadaan yang mereka nanti-nantikan. Kalau boleh, beri jawapan, kalau tidak boleh secara lisan nanti, kita juga hendak melihat secara bertulis.  Begitu juga kita melihat pihak JPA akan menambahkan skim pegawai, selalu memberi perhatian kepada kebajikan pegawai kepada pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan termasuklah guru, doktor dan sebagainya.

Namun banyak lagi golongan-golongan yang mungkin tidak terpandang atau tidak diberi perhatian. Sebagai contoh ialah pegawai sains dan fizik yang ada dalam beberapa di kementerian di dalam negara kita ini dan mereka semacam terabai, terlepas pandang dalam bahasa-bahasa yang boleh kita gunakan. Sedangkan orangorang lain, dalam skim-skim lain seperti guru atau doktor dan sebagainya, mereka apabila sampai kepada satu tahap, mereka akan naik dengan time based dan bagaimana dengan kebajikan golongan-golongan seperti ini? 

Gaji minimum

Saya juga melihat bahawa dalam bajet ini gaji minimum yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan ialah RM1,200 di seluruh negara, menggantikan RM1,000 sebelum ini. Saya melihat perkara ini satu perkembangan walaupun taraf hidup yang semakin meningkat lebih daripada itu tetapi mereka yang akan bekerja mungkin akan berasa lega sikit. Namun saya melihat kenapa dia tidak sama antara gaji minima yang dicadangkan di kumpulan swasta antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Saya tidak tahu orang Sarawak setuju atau tidak setuju.

Saya melihat gaji minima kepada pekerja swasta daripada RM900 kepada RM1,000 di Semenanjung sementara RM800 kepada RM920 di Sabah dan Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.    Saya hendak tahu di Dewan yang mulia ini asas perbezaan itu. Adakah barang-barang di Sarawak dan Sabah, Wilayah Persekutuan di sana murah berbanding dengan Semenanjung atau atas perkiraan apa. Jadi saya pun orang tanya, saya pun tidak tahu. Saya tidak boleh hendak jawab, kalau dulu pun orang tanya saya, “Atas perkiraan apa, atas alasan apa”. Saya pun tidak tahu tapi saya kata saya akan bertanya di Dewan ini dan bagi saya jawapan yang akan diberikan di Dewan ini merupakan satu keputusan yang muktamad. 

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya tentang penggunaan orang-orang yang mempunyai pendapatan rendah iaitu penggunaan telefon dan komunikasi. Baru-baru ini saya sudah bertanya di Dewan ini kenapa diberi charge 6% kepada pengguna-pengguna telefon prabayar dan pada ketika Yang Berhormat Menteri memberi jawapan kita akan hapuskan itu pada November.  Sekarang ini sudah masuk Disember sudah tapi masih charge lagi.  Kalau saya pergi ke kedai untuk top-up RM10 minta 60 sen, RM20 minta RM1.20. Apakah yang sangat susah ini hendak buat? Apakah yang sebenarnya sedang berlaku?

Pengguna-pengguna telefon ini, rakyat yang kadang-kadang minta duit dengan ibu bapa saja. Budak-budak sekolah, anakanak sekolah, remaja-remaja. Walaupun mereka menggunakan tetapi yang bagi duit itu mak bapa lah.   Jadi rasa terbeban, 60 sen ini besar bagi orang berpendapatan sedikit atau mempunyai pendapatan rendah atau M40 dan sebagainya, besar.

Bagi orang yang mempunyai duit yang banyak, mungkin dia tidak terasa dan ini perkara yang perlu diberi perhatian segera supaya pihak-pihak ini kalau hendak menaikkan cepat tetapi kalau hendak mengurangkan, hendak menurunkan, mengembalikan kepada keadaan biasa sangat lambat. Kalau kita lihat perkara ini, apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Apa tindakan kerajaan yang perlu dibuat sehingga mereka, syarikat-syarikat gergasi ini melengah-lengahkan dan yang menjadi masalah atau mangsa ialah rakyat yang hidup dan mempunyai pendapatan yang tidak seberapa.  

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendengar semalam perbahasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Rahim dan juga Yang Berhormat Tan Sri Dato’ daripada yang kita sini tentang pencapaian bumiputera. Sejak sekian lama kita mendengar bumiputera adalah tertinggal jauh di belakang dan sampai sekarang pun belum capai apa-apa sasaran yang telah diletakkan.

Sebenarnya saya ingin tahu apa masalah sedangkan dalam setiap bajet, dalam setiap Rancangan Malaysia selalu disebut dengan olah yang baik dan cantik tetapi di mana keadaan, kedudukan yang menyebabkan tidak dapat mencapai sasaran? Apakah dia masalah sebenarnya? Adakah bumiputera ini sikapnya - kembali kepada sikapnya atau pengurusannya atau apa kerana perkara-perkara seperti ini perlu didedahkan kepada semua pihak supaya mereka dapat berfikir dengan jujur dan ikhlas, supaya masalah-masalah rancangan ini dapat berjalan dengan baik.

G25

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya nak melihat akhbar hari ini. Akhbar hari ini menyebut bahawa ada satu kumpulan yang disebut sebagai G25. G25 ini adalah tergolong daripada bekas-bekas penjawat awam yang tinggi dalam negara kita yang banyak memberi sumbangan dan juga jasa.

Namun dalam hal-hal ini mereka telah memberi kenyataan bahawa ada hukum hakam yang ada dalam Enakmen Jenayah Syariah itu perlu disemak dan kemudian mereka menyatakan bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha atau unsur untuk mengetepikan undang-undang syariah yang sedia ada yang telah diluluskan di semua peringkat negeri. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menyisihkan pengamalan syariat Islam itu termasuk khalwat dan sebagainya dan dinyatakan bahawa ia adalah bercanggah dengan perlembagaan iaitu kebebasan peribadi.

Saya melihat ada dua, tiga orang Mufti telah memberi pandangan masing-masing yang juga sekali gus memberi nasihat kepada mereka yang terlibat di mana undang-undang itu merupakan satu perkara yang telah diputuskan dan ia bukan boleh semata-mata kita ukur dengan kebebasan yang diambil dari neraca-neraca lain.

Oleh itu dalam konteks ini saya rasa sepatutnya orang-orang yang bijak pandai ini, mereka membantu untuk memperkukuhkan undang-undang syariat Islam yang sedia ada supaya ia diperkemas dan dipertingkatkan lagi. Hal ini saya rasa semua orang Islam perlu kepada memperkasakan Mahkamah Syariah.

Bagi saya Mahkamah Syariah yang ada sekarang ini perlu diperkasakan bukan untuk dibuang kuasa tetapi perlu diperkasakan supaya umat Islam itu lebih menjaga adab dan terhormat di kalangan sesama kita dan juga di kalangan orang lain.

Enakmen Jenayah Syariah

Oleh itu saya melihat kita di dalam Dewan yang mulia ini dan juga di Dewan Rakyat perlu memikirkan bagaimana untuk memperkasakan Enakmen Jenayah Syariah dan kuasa mahkamah yang lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang.  Apa yang ada sekarang merupakan satu kedudukan yang sangat rendah kalau kita bandingkan dengan mahkamah yang ada sekarang ini.

Oleh sebab itulah saya melihat perlu kita khasnya orang-orang Islam supaya memberi tumpuan dan perhatian supaya kuasa Mahkamah Syariah itu dinaiktarafkan daripada apa yang ada sekarang mengikut sewajarnya. Kita pun tahu bahawa Enakmen Jenayah Syariah ini tidak mengganggu gugat orang yang bukan Islam. Ia hanya untuk orang-orang Islam sahaja.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Minta laluan sedikit.

Dato’ Dr. Johari Bin Mat: Sila.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Saya nak tanya apa pandangan Yang Berhormat tentang dua statement. Yang pertama, anti hadis ini yang dulu buat statement Kassim namanya. Dia kata, dia mengeluarkan statement bahawa dia mengkritik bulan Haji ini, orang pergi Haji ini bila-bila pun boleh buat. Ini Kassim cakap. Bila-bila boleh buat, tidak termaktub pada bulan yang telah ditetapkan dalam Islam.  Keduanya, semalam saya ada baca satu artikel mengatakan, yang buat statement itu pun pakai baju Bersih, orang Melayu Islam. Khalwat dalam rumah tidak perlu diambil tindakan, maknanya itu kebebasan hak asasi manusia. Kalau nak ambil tindakan, khalwat di luar, tengah padang itu semua boleh diambil tindakan tetapi dalam rumah, berkhalwat dalam rumah tidak boleh ambil tindakan. Apa pandangan ustaz. Terima kasih.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Ada dua persoalan. Yang pertama nak buat Haji bila-bila pun boleh. Ia sebenarnya itulah peraturan, Haji ini bergantung pada tempat dan masa. Tempatnya hanya di Mekah, masanya bulan Zulhijjah. Perkara ini, penentuan ini ditentukan, sebagai orang Islam ditentukan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW mengikut hadisnya.

Oleh sebab kita sebagai orang Islam merupakan orang yang telah terima Al-Quran sebagai sumber perundangan dan juga sumber hukum, hidayah dan Rasulullah SAW sebagai pembimbing, maka kita terima konsep itu dan ini merupakan suatu perkara yang diterima dan tidak perlu dibahas.  Adapun ada orang yang berkata hendak buat bila-bila pun boleh, itu dia guna akal fikiran dia.

Vape

Oleh sebab itu dalam Islam ini ada yang kita boleh berfikir, ada yang kita kena ikut. Yang boleh fikir bagaimana kalau kita sekarang nak berfikirlah ini, kalau sekarang ini orang hisap vape, itu boleh berfikir. Apa hukum. Itu boleh tanya, apa hukum. Ada sebut dalam Al-Quran tak, ada sebut dalam hadis tak, tidak ada. Okey, yang ada ialah Allah SWT melarang orang makan atau minum atau mengguna bahan-bahan yang memabukkan dan beracun. Larang makan bangkai, makan racun dan sebagainya. Jadi dilihat adakah ini boleh membawa kemudaratan atau sebaliknya. Kalau boleh membawa kemudaratan maka apa-apa yang diguna, dimasukkan dalam badan tidak boleh diguna. Rasulullah SAW... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, jangan memberi mudarat kepada diri sendiri dan memudaratkan orang lain.

Saya baca dalam kajian yang terbaru, rokok juga merupakan bahan yang boleh merosakkan kesihatan. Semua orang tahu tetapi yang hisap rokok itu hisap juga, nak buat macam mana. Akan tetapi yang ini lebih lima kali ganda daripada rokok. Rokok pun saya tengok para ulama seluruh dunia tidak bersepakat kata harus, tidak ada yang kata harus tetapi yang berbeza di kalangan mereka antara haram dan makruh. Yang makruh itu zaman-zaman dulu, zaman-zaman teknologi tidak berkembang, dia tidak boleh hendak kaji, tidak tahu apa yang ada dalam inti pati rokok itu.  Setelah mereka mengetahui, maka yang kata makruh itu pun cenderung untuk melarang juga. Ini menunjukkan, yang ini yang boleh difikir, ini yang boleh di ijtihad. Adapun kata sembahyang dua rakaat Subuh, ini tidak perlu di ijtihad. Begitu juga pergi haji masa tertentu, tempat tertentu itu tidak boleh difikirkan.

Khalwat

Oleh sebab itulah ada perkara-perkara yang boleh difikirkan dan ada perkara yang tetap.  Kedua tadi, khalwat. Khalwat ini asalnya ialah bersunyi, kita duduk seorang. Asal kalimah “khalwat” itu ialah “menyendiri”. Orang yang duduk seorang dalam rumah kata berkhalwat tetapi istilah ini telah berubah dan berkembang iaitu orang duduk dua-dua orang menyendiri. Apabila duduk dua-dua orang menyendiri kalau orang tidak tahu tidak apa, kalau orang tahu tidak boleh. Jadi sekarang ini apabila perbuatan itu sebenarnya duduk dua-dua orang di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dilarang menurut agama. Boleh jadi niat kita baik, boleh jadi kita rasa kita tidak buat salah tetapi dilarang.

Rasulullah menyebut dalam sebuah hadis yang bermaksud, tidak berada berduaan antara lelaki dengan perempuan kecuali syaitan yang ketiga. Orang duduk lelaki dan perempuan ini kalau suami isteri dia tidak boleh duduk lama pun pasal kahwin dah lama tetapi kalau yang baru-baru ni, dia duduk tiga jam, dua jam itu dia rasa baru sekejap. Apakah sebenarnya dorongan? 

Ada imam di Pantai Dalam, dia tengok budak ini duduk berduaan ini start daripada Maghrib sampai pukul 12 malam. Dia cerita pada saya, sampai pukul 12 malam dia pergi tanya, “Dik, tak balik lagi?” “Dia kata baru sekejap duduk”. Sedangkan dia nengok daripada Maghrib tadi sampai pukul 12 malam dia kata baru sekejap saya duduk sini. Baru sekejap Imam”. Sebab apa dia rasa tidak lama?  Sebab dia tidak kahwin dua itu. Sebabnya syaitan ada, kerana itulah syaitan ini tidak bagus. Namun, apabila orang buat baik, dia thank you. 

Ada satu cerita iaitu Nabi Musa a.s., syaitan ini dia berjumpa dengan dia dan syaitan puji dia, “Engkau ini bagus Musa kerana engkau boleh cakap direct dengan Allah SWT. Oleh sebab engkau ini rapat dengan Allah aku hendak minta satu perkara iaitu aku hendak engkau tanya Allah boleh tidak aku hendak bertaubat”.  Nabi Musa kata, “Tidak apa, saya akan tanya”. Diringkaskan, Nabi Musa bertanya Allah, Allah kata, boleh, bila-bila pun taubat boleh. Namun, oleh sebab dia tidak pernah sujud pada Adam a.s yang telah diperintahkan oleh Allah dahulu, maka Allah kata, “Untuk terima taubat kamu, kamu pergi sujud kepada kubur Nabi Allah Adam, walaupun dia sudah mati”.  Sujud hormat, bukan sujud ibadat. 

Nabi Musa menceritakan kepada Iblis dan Iblis kata, terima kasih banyak, thank you- Iblis tidak tahu kata “thank you”, tidak, saya yang buat itu. Terima kasih, terima kasih, Iblis kata, syukran laka. “Terima kasih banyak kerana engkau telah menyampaikan hasrat aku untuk bertaubat dan bertanya Allah dan Allah beri jawapan”.  “Untuk pengetahuan kamu kalau aku semasa dia hidup aku tidak sujud, mati lagi aku tidak sujud”.  Itu jawapan Iblis.   “Namun oleh sebab engkau telah berbuat baik kepada aku, maka aku hendak beritahu kepada kamu.  Yang pertama kalau kamu naik marah, kamu kena ingat aku sedang menggoda kamu. Kalau sekiranya ada wanita dan lelaki berdua-duaan maka percayalah akulah orang ketiga”. Kerana itulah dua orang duduk perempuan lelaki boleh duduk lama itu pasal ada juru kipas. 

Rasuah

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung. Saya terlupa Tuan Yang di-Pertua tanya tadi.  Saya hendak pergi Tuan Yang di-Pertua kepada muka surat 49. Di sini saya melihat memerangi rasuah.  Rasuah ini merupakan barah kepada masyarakat di mana-mana pun sehingga Rasulullah menyebut... [Bercakap dalam bahasa Arab] Allah melaknat kepada orang yang memberi rasuah dan meminta rasuah. Pemberi dan penerima Allah laknat. Orang Islam apabila dia dengar kalimah laknat dia akan tidak buat, dia takut sebab laknat ini tidak berkat. Kalau orang memberi pun tidak berkat begitulah juga penerima pun tidak berkat. 

Jadi, saya melihat negara kita telah membuat bersungguh-sungguh dalam memerangi rasuah ini.  Namun begitu saya melihat masih ada orang-orang yang terlibat. Kenapakah dia berlaku? Banyak sebab yang telah diberikan. Antara lain disebut ingin hidup bergaya lebih daripada kemampuan. Itu antara sebab yang telah diberikan oleh pengkaji-pengkaji dan sebagainya. 

Bagi saya sebab itu mungkin ya mungkin tidak, tetapi sebab yang sebenar yang kukuh ialah kerana ia tidak betul-betul beriman dengan Allah. Kalau dia betul-betul beriman dengan Allah, dia rasa dia takut untuk mengambil wang yang tidak berhak. Di sinilah saya melihat negara maju ini bukan maju daripada segi pendapatan tinggi sahaja tetapi biarlah dia maju dari seluruh aspek. Saya bimbang juga kita selalu dok sebut negara maju, negara maju tetapi kita runtuh dari sudut akhlak.   Kita hendak maju ini, biar tidak maju orang tidak kata kita maju tetapi akhlak mulia.

Oleh sebab itu saya hendak rakamkan satu ucapan terima kasih saya di Dewan ini. Semalam saya tercicir beg duit saya, saya tidak tahu di mana. Saya cari di sini, puas cari tidak jumpa. Apabila saya balik, saya pun pergi buat report polis. Kad pengenalan saya tidak ada, hilang. Tidak ada apa-apa bukti saya sebagai orang Malaysia. Pergi buat report polis dan dapat report polis. Pagi tadi saya tengok WhatsApp bahawa beg saya itu ditemui di Dewan ini. 

Saya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rakam ucapan syabas dan tahniah. Kalau inilah sikap yang telah diberikan, ditunjukkan oleh orang-orang di Dewan Negara ini maka inilah yang kita mahu lihat di mana apabila mereka menemui apa-apa sahaja hak orang lain maka diberi kepada mereka yang bertanggungjawab untuk dikembalikan. Saya ucap syabas dan tahniah dan kepada Tuan Yang di-Pertua juga sebagai pemimpin di sini. 

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Ini yang kita hendak lihat dalam masyarakat kita. Duit saya tidak banyak dalam beg itu, tidak banyak tetapi dokumen saya yang penting. Kad pengenalan di situ, ada sedikit kad-kad yang lain dan juga kad-kad yang saya rasa susah hendak dapat. 

Seorang Ahli: Kad nikah ada?

Dato’ Dr. Johari Bin Mat: Kad nikah pun ada. Itu yang payah hendak dapat itu Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya rasa beginilah kita melihat di dalam masyarakat kita, maka saya yakin dan percaya kita akan lebih maju daripada apa yang kita harapkan. Kerana itu banyaknya duit tidak semestinya kita jadi orang yang baik tetapi kita hendak duit banyak orang yang mulia. 

Keselamatan negara

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga saya melihat keselamatan yang ada di dalam negara kita ini perlu dipertingkatkan dengan kekuatan-kekuatan yang serba canggih. Saya melihat sempadan-sempadan kita selalu diceroboh oleh pihak-pihak lain. Dalam hubungan ini kalau kita melihat Islam menyuruh kepada setiap umatnya supaya membuat persiapan yang maksimum mungkin untuk mempertahankan negara. 

Allah menyebut dalam al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Hendaklah kamu mempersiapkan diri dengan semaksimum mungkin yang ada pada kamu untuk menggerunkan musuh-musuh kamu yang kamu tahu dan juga musuh-musuh yang kamu tidak tahu”...  [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan Allah mengetahui musuh-musuh kamu itu”.   Di sini saya melihat perlu keselamatan dan ketenteraman awam dipertingkatkan dan diberi satu kekuatan yang cukup kepada pasukan keselamatan kita tidak kira polis, askar, tentera laut, darat dan udara mempunyai kekuatan yang canggih semaksimum mungkin supaya... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Supaya digeruni oleh musuh Allah dan musuh kamu. Kalau kita tengok bala tentera yang besar orang pun kecut perut kerana itulah kita memberi harapan kita memberi tumpuan yang sebaik mungkin supaya negara kita digeruni dan ditakuti dan juga dihormati. 

Mata wang menurun

Tuan Yang di-Pertua, negara kita sekarang ini daripada segi mata wang kita agak menurun berbanding dengan Dollar Amerika. Ini merupakan satu keluhan. Maka saya melihat di sini satu mekanisme perlu dilihat kembali, bagaimana membantu pelajar-pelajar kita supaya mereka tidak akan terbantut dalam pelajaran mereka. Daripada segi perbelanjaan pun juga, saya ini duduk tidak jauh dari Thailand tetapi tidaklah selalu ke Thailand.

Saya melihat kalau kita pergi ke Golok, orang Kelantan dengan orang Golok ini mereka semacam ‘satu negeri’. Dia tidak pakai pasport pun, tidak ada apa, tanya Datuklah...

Dato’ Boon Som A/L Inong: Rantau Panjang.

Dato’ Dr. Johari Bin Mat: Ya, Rantau Panjang itu. Begitu sahaja pergi. Orang dari sana datang sini, orang dari sini pergi sana. Tidak ada apa-apa. Kalau dahulu mereka hendak Ringgit Malaysia, tetapi sekarang ini kita kalau hendak berbelanja di sana, disuruh tukar dahulu duit dia. Tekanan itu, tekanan secara tidak langsung. Disuruh tukar dahulu duit dia, kemudian baru belanja. Kita ini dipandang apabila kita kuat. Kuat daripada segi personaliti, kuat daripada segi kekayaan dan sebagainya. Apabila kita tidak kuat, orang tidak akan pandang. Ini satu perkara yang sangat penting yang perlu kita pakat-pakat jaga.

Begitulah juga baru-baru ini, saya dengar daripada orang pergi Mekah. Saya pergi bulan enam baru ini, saya tukar duit Malaysia dengan Riyal, dia bagi lagi seratus, seratus lapan Riyal. Baru ini kurang lagi. ini menunjukkan kerajaan perlu membuat, mengambil langkah yang proaktif untuk memperkukuh dan meningkatkan nilai Ringgi Malaysia supaya kedudukan kita terhormat.

Saya rasa walaupun ada orang kata apabila duit kita murah ramai orang datang, orang datang itu baguslah tetapi kita hendak belanja berbanding dengan orang lain. Oleh sebab itulah dengan duit kita turun ini, maka dengan sendirinya barang pun jadi naik. Ini kerana peniaga dia akan beli dengan harga Dolar. Hal-hal inilah yang menjadi keresahan kepada masyarakat di kampung.

Tuan Yang di-Pertua, baru ini saya terbaca dalam akhbar bahawa kita akan bawa orang Bangladesh datang ke sini dalam 1.5 juta masa akan datang. Saya tidak tahu yang baru ini sudah start datang atau belum lagi, saya tidak tahu. Akan tetapi, saya melihat ramai lagi orang kita apabila gaji minima ini naik kepada RM1,000, maka satu usaha perlu dibuat oleh kerajaan dan juga agensi-agensi berkaitan supaya anak-anak muda kita yang mundar-mandir ini, tidak ada kerja ini, supaya diberi galakan supaya mereka bekerja daripada kita mengambil orang luar. Gaji pun sudah naik, yang swasta ini gaji pun sudah naik.

Cuma kita tidak tahu sejauh mana pihak swasta ini meletakkan gaji. Adakah gaji RM1,000 itu lump sum atau gaji itu gaji pokok. Itu pun perlu diteliti oleh pihak kerajaan supaya mereka ini tidak teraniaya. Kita tidak tahu apa yang dilakukan. Saya bertanya, saya pergi ke kedai saya bertanya, “Berapa gaji adik?”, dia kata RM1,000, “RM1,000 pokok kah RM1,000 itu lump sum”, dia kata, RM1,000 itu lump sum. Apakah sebenarnya dasar kerajaan letak? RM1,000 itu atau baru ini RM900, adakah RM900 lump sum atau RM900 gaji pokok? Ini perlu diperjelaskan dan perlu disiasat dan ambil tindakan kepada mereka yang tidak melaksanakan keputusan yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Kita sekarang ini kita melihat tahun depan ini gaji minima ialah RM1,000. Adakah RM1,000 itu lump sum ataupun RM1,000 itu gaji pokok? Oleh sebab itulah saya melihat penguat kuasa daripada pihak kerajaan, saya tidak tahu pihak mana, perlu pergi melihat, turun padang dan bertanya.

Saya juga bertanya untuk mendapat jawapan, untuk mendapat respons. Kadang-kadang pekerja ini tidak mahu cakap. Saya pergi masuk kedai, sahaja saya borak kerana saya ini orang nampak orang tua Tuan Yang di-Pertua, saya tanya, “Anak, boleh saya tanya berapa jumlah gaji dapat?”, dia kata RM900, “RM900 itu gaji pokok ataupun gaji lump sum?”, dia kata, banyak yang beritahu saya lump sum. Jadi, hal-hal seperti ini perlu kita lihat secara baik-baik supaya kita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebenar.

Saya melihat kakitangan penguat kuasa ini, apabila ada satu perkara yang digembargemburkan, baru turun. Kalau tidak, tidak turun. Ini pemerhatian saya. Jadi saya haraplah, kita melihat mekanisme kena meningkat. Kita hendak supaya menjalankan tugas sepanjang masa dengan tidak kira adakah benda itu berlaku atau tidak. Saya juga selalu menonton 999...

Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagikah Yang Berhormat?

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Tidak banyak sudah, hendak hampir hendak penghujung sudah. Rancangan 999 selalu dipaparkan tentang PATI, penangkapan atau sebagainya. Saya tadi mendengar bahawa PATI ini diberi perlindungan oleh orang kita di Malaysia. Kalau tidak, mereka tidak akan dapat berlindung dan kebanyakannya ialah di tempat-tempat hiburan atau sebagainya. Jadi, sampai bilakah kita dapat menyelesaikan masalah ini? Kedatangan mereka sudahlah kedatangan yang tidak dibenarkan dan duduk di sini, kita tidak dapat hasil. Mereka yang mengaut hasil negara kita. Perkara ini bukan kecil.

Oleh sebab itulah bajet yang dibentangkan di sini, kalau sekiranya perkara-perkara ini tidak diberi pengawasan dan juga pegawai dan kakitangan kita tidak diberi satu anjakan telus, integriti dan sebagainya, maka kita bimbang sebanyak mana pun bajet yang telah diutarakan, ia tidak akan dapat membawa hasil yang baik.

Oleh sebab itu, saya berharaplah semua pihak daripada seluruh rakyat Malaysia, pemimpin dan rakyat, supaya setiap orang merasa bertanggungjawab di hadapan Allah dan juga kemudian di hadapan masyarakat. Kita tidak lagi dapat lari, amalan yang kita lakukan daripada dilihat oleh Allah nanti di akhirat, Dia akan bentang kepada kita nanti dan kita akan melihat amalan-amalan kita dan begitulah juga masyarakat akan lihat. Kalau yang baik, alhamdulillah. Kalau tidak baik, cepat kita selesaikan masalah. Kalau salah dengan Allah, kita bertaubat. Kalau salah dengan orang, kita minta maaf. Sehingga apabila kita memejamkan mata nanti, kita tidak bawa apa-apa kesalahan yang boleh menyusahkan kita pada hari akhirat nanti. - HARAKAHDAILY 10/12/2015

Ucapan Senator Datuk Dr Johari Mat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbeklan 2016 di Dewan Negara pada 8 Disember 2015.

Sumber HD - 10-12-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


AES akan diperluas ke seluruh negara

BERNAMA | .



KUALA LUMPUR: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diperluas ke seluruh negara bagi mengatasi kemalangan jalan raya, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, AES akan diperluas ke lokasi berisiko kemalangan yang dikenal pasti hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

"Pada masa ini, kita masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan untuk manambah baik terma perjanjian AES yang mengambil kira pandangan dan maklumat balas pelbagai pihak sebelum ia boleh diperluaskan.  

"AES masih diteruskan di 14 lokasi iaitu di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melibatkan 10 kamera tetap serta empat kamera mudah alih," katanya menjawab soalan Senator Dr. Ariffin S.M Omar yang ingin tahu langkah kerajaan dalam membangun dan memperluaskan khidmat AES.

AES dilaksanakan bertujuan mengawal had laju kenderaan dan pelanggaran lampu isyarat melalui kamera yang dipasang di laluan tertentu bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Abdul Aziz berkata selain memperluas operasi AES, kerajaan juga sedang merangka pelan pelaksanaan dan model operasi yang baharu bagi fasa berikutnya supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih inklusif dan mudah diterima masyarakat.

Menjawab soalan Senator Chia Soong Cheng mengenai penambahbaikan AES, beliau berkata pada masa ini kementerian akan membuat penjenamaan semula bagi menangani persepsi orang ramai yang mengganggap sistem itu hanyal bersifat menghukum.

"Kita akan buat penjenamaan semula AES kepada Malaysia Road Traffic Safety Programme (MRTSP) bagi menangani persepsi orang ramai yang kurang mesra dengan terma penguatkuasaan dan persepsi AES yang seolah-olah bersifat menghukum.

"Melalui penjenamaan semula ini, Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan mengurus kamera statik manakala Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih kamera bergerak," katanya. - Bernama

Sumber HD - 9-12-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Yang Dipertua Dewan Negara tegur senator tak hadir sidang

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menegur anggota Dewan Negara yang tidak terlibat dengan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 tetapi tidak hadir ke persidangan dewan.

"Saya memang memberi kebenaran kepada beberapa menteri yang terlibat untuk mengecualikan diri hadir ke dewan, tetapi bagi yang tidak terlibat, mereka mesti hadir kerana persidangan ini lebih penting," katanya sebaik sahaja Dewan Negara bersidang semula pagi ini.

PAU 2015 sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula semalam sehingga Sabtu ini.

Abu Zahar menjelaskan, ada antara anggota Dewan Negara yang menjadikan PAU 2015 sebagai alasan tidak hadir ke Dewan Negara dan tindakan ini sangat dikesali.

Beliau juga menasihatkan semua anggota dewan supaya dapat hadir untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 yang sedang dibahas di Dewan Negara ketika ini.

Persidangan Dewan Negara bermula Isnin lepas sehingga 22 Disember ini. - Bernama

Sumber HD - 9-12-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan Dari Parlimen: PAS dikaitkan dengan IS pula?



SYED AHMAD FADHLI | .


Sementara menunggu Tuan Guru Presiden PAS keluar dari pintu Dewan, saya sempat mengikuti
sidang media oleh PAN di ruang khas media yang terletak bersebelahan sahaja pintu masuk dewan.

Sidang media tersebut berkenaan isu terrorisme, eksterimisme dan fahaman IS yang dikatakan kian
menular di Malaysia.

Pada asalnya, saya menyangka ia hanyalah sidang media biasa, namun tidak pula saya menyangka 2
Ahli Parlimen PAN (dulunya Ahli Parlimen PAS) itu sanggup mengaitkan PAS dengan fahaman IS
dan dikatakan ini "prakeganasan".

Sungguh, ini tuduhan yang berat terhadap PAS.

Mereka mendakwa kini PAN menjadi mangsa dilabel "murtad, munafik dan pengkhianat" oleh para penceramah PAS. Dikaitkan dengan pelbagai insiden di Terengganu dan Perak disamping mendakwa menjadi PAN mangsa cacian di Facebook.

Mereka turut membangkit semula isu budaya "Takfiri" pada tahun 1980an di Terengganu dahulu.
Secara tidak langsung, ia merujuk kepada "Amanat Haji Hadi", isu yang sering diulang-tayang oleh
UMNO untuk memburukkan imej PAS dan mengaitkan PAS dengan keganasan.

Adakah PAN begitu terdesak kehabisan modal dan sengaja ingin mengamalkan politik simpati, agar
umum melihat PAN menjadi mangsa buli PAS?

Baru sahaja keluar daripada PAS beberapa bulan, tiba-tiba PAN pula ingin menjadi penyambung
lidah taktik lama UMNO dahulu iaitu cubaan mengaitkan PAS dengan fahaman keganasan, pelampau
dan IS?

Bahkan, yang lebih menyakitkan hati apabila 2 Ahli Parlimen PAN ini dengan sewenangnya berkata
Presiden PAS merestui perbuatan ini apabila hanya berdiam diri terhadap isu yang mereka bangkitkan
ini.

Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?

Adakah tindakan melompat keluar parti dan dibawa bersama kerusi yang dimenangi atas tiket PAS
itu tindakan bermaruah, mulia lagi terpuji?

Apabila orang berkata ini adalah pengkhianatan yang nyata, mengapa pula marah dan melenting?

Bukankah gelaran, elaun dan pelbagai kelebihan sebagai YB yang dinikmati sekarang itu adalah
hasil daripada kemenangan atas tiket PAS?

Oh, mungkin mereka sudah terlupa apa yang tercatat atas kertas undi dahulu, watikah parti mana yang
dipakai, apatah lagi Baiah Janji Setia yang dilafaz dan ditandatangan sendiri dalam keadaan sedar
lagi waras.

Saya tidak menafikan akan wujudnya segelintir kecil ahli dan penyokong PAS yang bertindak agak
kasar dan melampau dalam hal yang disebut itu tetapi ia bukanlah pendirian, keputusan dan arahan
parti.

Kita begitu marah apabila berlakunya serangan di Barat, mereka sering mengaitkan keganasan itu
dengan Islam sedangkan ia bukanlah diajar oleh Islam.

Jadi, mengapa pula atas kes yang didakwa berlaku itu, tiba-tiba PAN ingin mengaitkan PAS dengan
unsur IS itu?

Sebelum Tuan Guru Presiden PAS menaiki kereta untuk menghadiri mesyuarat di Pejabat Agung
PAS, sempat saya memaklumkan serba ringkas berkenaan sidang media PAN dan tuduhan terhadap
PAS itu.

Ketika itu, pihak media tidak menyedari Presiden PAS bertolak pulang, jikalau tidak, pasti mereka
begitu pantas menyerbu untuk mendapatkan respons balas PAS terhadap tuduhan itu.

Terfikir pula, PAN mendakwa mereka menjadi mangsa pelbagai label oleh PAS, tetapi adakah mereka
tidak sedar bahawa para pimpinan PAN yang melabel PAS sebagai UG, jumud, kolot lagi ekstrem itu bukankah ia juga bentuk pelabelan?

Kita boleh berbuat sesuka hati kepada pihak lain, tetapi apabila kita pula yang terkena, kita pula yang
marah. Tidak faham, politik jenis apa sebegini. - HARAKAHDAILY 24/11/2015

Penulis ialah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS.

Sumber HD - 24-11-2015