Lelaki bina negara sendiri, namakan Zaqistan
Posted on Saturday, November 07 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

UTAH - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki New York yang berkeinginan untuk mempunyai negaranya sendiri bertindak membina negara berdaulatnya yang diberi nama Zaqistan yang terletak di Utah.
Malah Zaq Landsberg turut mencipta bendera negara Zaqistan yang berwarna kuning merah serta mempunyai pasport rasmi serta pintu sempadan yang dijaga oleh robot gergasi, lapor KSL - TV.
"Matlamat konsep ialah saya mahu ia menjadi sebuah negara yang sebenar.
"Maksud saya, matlamat yang tidak akan berlaku. Ia adalah mustahil, tetapi melalui usul, (saya) cuba untuk memastikan ia akan berlaku," kata Landsberg sebagai presiden 'negara' itu.
"Di sini, tiada yang gila untuk mempunyai idea untuk mempunyai kawasan sendiri, dan buat apa yang dikehendaki dan mempunyai ruang dan privasi untuk melakukan perkara itu," katanya yang teragak-agak untuk mendedahkan lokasi sebenar Zaqistan kerana risau orang ramai akan sesat ketika cuba mencari negaranya itu.
Walau bagaimanapun, Landsberg mengakui tanah seluas 4 ekar itu tidak akan benar-benar menjadi sebuah negara yang diiktiraf namun apa yang penting buatnya adalah mahu menjadikan negara kecilnya itu kelihatan sah seperti mempunyai pasport sendiri yang dicop kepada semua pelawat yang keluar masuk ke negara itu.
Landsberg turut membayar cukai kepada majlis perbandaraan Boz Elder, yang terletak kira-kira 160km dari utara Salt Lake City. - SH
Sumber TKO - 7-10-2015
Pencapaian AKP dalam 13 tahun pilihan raya di Turki
PARTI Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang dipimpin oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan baru sahaja memenangi pilihan raya legislatif yang diadakan pada awal bulan November ini.
Akan tetapi tahukah kita bahawa AKP telah memenangi pilihan raya di Turki sebanyak 13 kali?
Berikut perjalanan perolehan suara AKP merubah Turki dalam kurun waktu 13 tahun terakhir.
1. Memenangi pilihan raya pada tahun 2002 dengan perolehan suara sebanyak 10,848,704 orang.
2. Pada tahun 2004 AKP kembali menjadi pemenang dengan perolehan suara sebanyak 13,447,287 orang.
3. Pilihan raya 2007 kembali dimenangi AKP dengan suara sebanyak 16,327,291 orang.
4. Melangkah ke tahun 2009 dengan perolehan suara sebanyak 15,353,553 orang.
5. Pada tahun 2011 AKP memperoleh suara sebanyak 21,346,876 orang.
6. Pada tahun 2014 kembali memenangi pilihan raya dengan 20,519,134 orang.
7. Sementara itu pada pilihan raya legislatif 7 Jun 2015, AKP memperoleh 18,867,134 orang.
8. Dan akhirnya dalam pilihan raya semula akibat tidak terbentuknya kerajaan pada pilihan raya 7 Jun, Erdogan dan partinya memperoleh 23,669,933 suara pada awal November kelmarin. (Eramuslim)
Sumber HD - 7-11-2015
Lebih RM12,000 diperoleh hasil mengemis
Posted on Friday, November 06 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

RIYADH - ARAB SAUDI . Polis Saudi menahan seorang pengemis di hadapan sebuah hospital di sini dan terkejut apabila mendapati dia mampu meraih pendapatan lebih daripada SR11,000 (RM 12,611) sehari.
Polis menahan seorang lelaki yang duduk di sebelah pintu gerbang hospital kerajaan di bandar barat Taif susulan operasi mengurangkan pengemis yang diharamkan di Arab Saudi dan beberapa negara teluk yang lain.
Memetik laporan akhbar Sada, polis yang memeriksanya mendapati lelaki berkenaan memperoleh lebih SR11,000 pada hari tersebut malah mata wang asing juga turut ditemui di dalam poketnya.
Kebanyakan pengemis yang ditangkap di Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain adalah pendatang asing dan akan segera dihantar pulang. - SH
Sumber TKO - 6-11-2015
German Police Bust Human Trafficking Ring Via Malaysia
German police broke up an international ring of human traffickers whose members used falsified documents to bring foreigners into Germany through Malaysia, mainly by air, for a fee of up to 10,000 Euros (RM46,000) per person.
A police statement said that 17 suspected members of the ring had been arrested in raids in the states of North Rhine-Westphalia, Lower Saxony and Baden-Wuerttemberg.
The ring provided foreign nationals, mostly Syrians and Lebanese, with falsified documents such as residency permits and travel documents.
The smugglers came to the attention of the authorities after several people making their way to Germany through Malaysia on falsified documents were arrested at an airport in Kuala Lumpur, which was used by the criminal ring as a transit port.
A 10-member Lebanese family travelling to Germany on false documents via Malaysia was arrested. The family was allowed to continue its journey to Germany on humanitarian grounds after it contacted the UN refugee office and the German embassy in Kuala Lumpur.
The main suspect is a 24-year-old man who was arrested in the western city of Essen. Handguns, machetes, swords, laser aimers and passports were found in his possession.
Some 570 law enforcement officials and policemen took part in the operation.
Germany has become the favoured destination for hundreds of thousands of migrants fleeing conflicts and poverty in the Middle East, Africa and Asia. – Reuters
Sumber BO - 6-11-2015
Setelah 800 Tahun Hilang, Tafsir Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani Ditemukan di Vatikan Posted on Thursday, November 05 @ 03:22:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

Tafsir Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani telah ditemukan. Penemuan karya Syekh Abdul Qadir Al-Jailani oleh cucu ke-23-nya sendiri, Syekh Dr. Muhammad Fadhil, membuat dunia akademik dan pengamal tarekat/tasawuf terkagum-kagum. Bagaimana tidak? Naskah ini selama 800 tahun menghilang dan baru ditemukan secara utuh di Vatikan. Manuskrip yang berisi 30 Juz penuh ini tersimpan secara baik di perpustakaan.
Tak ada yang menyangka sebelumnya bahwa Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menulis kitab tafsir Al-Quran 30 juz yang mengulas ayat-ayat Al-Quran. Kita seolah-olah mempelajari samudra tasawuf dari ayat ke ayat. Dan, alhamdulillah, Tafsir Al-Jailani, yang dalam bahasa Arab telah diterbitkan oleh Markaz Al-Jailani Turki (6 jilid), kini telah berhasil diterjemahkan dalam bahasa Indonesia/Melayu menjadi 12 Jilid. Hingga hari ini, Markaz Jailani Asia Tenggara baru mencetak 2 jilid pertama.
Para salik yang berada di Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapura yang berbahasa Melayu bisa mempelajari makna-makna penting tasawuf yang diajarkan Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dengan mudah.
Kami sangat berterima kasih dengan perjuangan penelitian dan penyelidikan yang dilakukan oleh Syekh Dr Muhammad Fadhil dalam menyelamatkan manuskrip-manuskrip langka ini. Terutama yang berkaitan dengan Tafsir Al-Jailani. Kami terharu ketika mendengarkan langsung kisah pengkajian dan penelitiannya selama puluhan tahun.\
Berikut adalah penuturan Syekh Fadhil dalam pembukaan kitab Tafsir Al-Jailani yang ditelitinya:
“Saya tumbuh besar di bawah pendidikan kakek saya Sayyid Syarif al-Alim al-Muqtada bih wa al-Quthb al-Kamil asy-Syaikh Muhammad Shiddiq Jalilaniy al-Hasaniy. Ayah saya bernama Sayyid Syarif al-Alim al-Allamah wa al-Bahr al-Fahhamah Syaikh Muhammad Faiq Jailaniy al-Hasaniy.
Setelah saya mendatangi Madinah Munawwarah dan tinggal di kota ini, saya pun mulai mencari kitab-kitab Syaikh Abdul Qadir al-Jailaniy Radhiyallahu ‘Anhu pada tahun 1977 M di Madinah al-Munawwarah dan kota-kota lainnya sampai tahun 2002 M
.
Setelah tahun itu, saya menghabiskan seluruh waktu saya untuk mencari kitab-kitab sang Syaikh Radhiyallahu ‘Anhu, dan sampai hari ini saya masih terus melanjutkan pencarian itu.
Saya telah mendatangi sekitar lima puluh perpustakaan negara dan puluhan perpustakaan swasta yang terdapat di lebih dari 20 negara. Bahkan ada beberapa negara yang saya datangi sampai lebih dari dua puluh kali.
Dari proses panjang itu saya berhasil mengumpulkan tujuh belas kitab dan enam risalah yang salah satunya adalah kitab tafsir ini yang menurut saya, tidak ada bandingannya di seluruh dunia.
Dari perjalanan saya mendatangi beberapa pusat-pusat ilmu pengetahuan, saya pun mengetahui bahwa ada empat belas kitab karya Syaikh Abdul Qadir al-Jailaniy yang dianggap punah. Oleh sebab itu, saya terus melakukan pencarian kitab-kitab tersebut di pelbagai perpustakaan internasional setelah kitab tafsir ini selesai dicetak dan diterbitkan, insya Allah.
Sungguh saya sangat bergembira dan bersyukur kepada Allah SWT ketika saya mengetahui bahwa jumlah lembaran tulisan karya kakek saya Syaikh Abdul Qadir al-Jailaniy radhiyallâhu ‘anhu yang berhasil saya kumpulkan mencapai 9.752 lembar. Jumlah itu tidak termasuk tulisan-tulisan yang akan kami terbitkan saat ini dan beberapa judul yang hilang. Tentu saja, semua ini membuat saya sangat gembira dan bangga tak terkira kepada kakek saya Syaikh Abdul Qadir al-Jailaniy r.a..
Ada sebuah pengalaman menakjubkan yang saya alami ketika saya mendatangi negeri Vatikan untuk mencari karya-karya sang Syaikh di perpustakaan Vatikan yang termasyhur. Ketika saya memasuki negara Vatikan, petugas imigrasi bertanya kepada saya tentang alasan saya mengunjungi Perpustakaan Vatikan.
Pertanyaan itu dijawab oleh seorang kawan asal Italia yang mendampingi saya dengan mengatakan bahwa saya sedang mencari buku-buku karya kakek saya Syaikh Abdul Qadir al-Jailaniy. Saya kaget ketika tiba-tiba saja, petugas itu langsung berdiri dan berhormat seraya berkata: “Ya, ya, Sang Filsof Islam, Abdul Qadir al-Jailaniy.”
Setelah saya memasuki Perpustakaan Vatikan, saya menemukan pada katalog perpustakaan dan beberapa buku yang ada di situ sebuah tulisan dalam Bahasa Italia yang berbunyi: “Filsuf Islam”, dan dalam Bahasa Arab: “Syaikh al-Islâm wa al-Muslimîn”.
Dua gelar ini tidak pernah saya temukan di semua perpustakaan yang ada di tiga benua kecuali hanya di sini. Di Perpustakaan Vatikan saya juga menemukan sebuah tulisan tentang Syaikh Abdul Qadir al-Jailaniy yang berbunyi: “Sang Syaikh Radhiyallahu ‘Anhu membahas tiga belas macam ilmu.”
Kisah ini bisa menjadi inspirasi bagi kita semua. Bagaimana mungkin, karya-karya monumental Syekh Abdul Qadir Al-Jailani justru tersimpan rapi di perpustakaan di Vatikan? Kemana saja ahli-ahli sejarah kita? Mengapa karya sehebat itu “hilang” selama berabad-abad? Jangan-jangan masih banyak karya-karya besar ulama Islam yang justru diabaikan oleh kaum muslimin.
Sumber: www.muslimoderat.com
Sumber TKO - 5-11-2015
PBB Bimbang Unsur Melampau Mewarnai Pilihan Raya Myanmar
Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon mengecam ‘unsur-unsur melampau’ di Myanmar yang menyemai kebencian dan ketaksuban terhadap agama minoriti, beberapa hari sebelum pillihan raya umum negara itu yang akan diadakan pada Ahad ini.
Para pemerhati berharap pemilihan demokrasi dapt dilaksanakan dengan adil dan mengubah lanskap Myanmar secara perlahan-lahan selepas sekian berada dalam pemerintahan yang dipengaruhi tentera yang kejam.
Namun begitu, menjelang waktu rakyat negara itu membuang undi arus perkauman dan semangat anti-Islam semakin kuat, sentiment yang dimainkan oleh golongan ‘ultra-nasionalis’ sami Buddha kelompok ‘Ma Ba Tha’.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Ban Ki-moon berkata beliau mempunyai ‘kebimbangan’ tentang tindakan berterusan menuturkan ucapan benci membenci, hasutan permusuhan perkauman dan penyalahgunaan agama untuk tujuan politik oleh unsur-unsur yang melampau di kalangan majoriti masyarakat di Myanmar.
Ban juga menggesa pengundi menolak ahli politik yang mendukung dasar diskriminasi apabila mereka sampai ke peti undi.
“Saya menggesa semua pihak di Myanmar untuk menjauhkan sebarang tekanan, ugutan, penyebaran kebencian atau keganasan terhadap individu atau organisasi berdasarkan identiti etnik, jantina, kepercayaan agama atau pandangan politik,”menurut kenyataan itu.
Beliau dengan tegas menyelar ‘kenyataan kesat’ ditujukan terhadap Yanghee Lee, pelapor khas PBB ke Myanmar.
Bahkan semasa lawatan duta khas PBB ke negara itu pada Januari, beliau telah disifatkan sebagai ‘pelacur’ oleh sami Wirathu, yang merupakan ‘batu api’ kepada diskriminasi dan kekejaman ke atas umat Islam Rohingya.
Lee telah lantang dalam kritikan beliau terhadap mereka yang menganiaya dan menyemai permusuhan kelompok terhadap golongan minoriti Myanmar, terutamanya penduduk yang beragama Islam.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini gerakan nasionalis Buddha yang dipelopori oleh gerakan Ma Ba Tha dan Wirathu dikenali di kalangan kumpulan-kumpulan ini, paling mendukung sentimen anti-Islam melampau.
Wirathu melakukan dakyath dan menyebar fitnah, mendakwa Myanmar diancam oleh Islam yang akan menghapuskan identiti penganut Buddha.
Menurutnya, wanita Buddha yang berkahwin dengan orang Islam akan menukar agama asalnya dan Islam membenarkan lelaki beristeri ramai yang akan memberikan kesan kepada pengaruh Buddha di Mayanmar.
Berpuluh-puluh orang, majoritinya Islam, terbunuh dalam keganasan agama sejak beberapa tahun yang lalu.
Sumber BO - 4-11-2015
Misi Gempabumi Afghanistan Akan Gerakkan Bantuan Ke Kawasan Pedalaman

Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan Afghanistan ( ANDMA) berkata ia hanya dapat menyampaikan kepada 50 peratus sahaja daripada mangsa gempabumi yang melanda negara itu akhir bulan lalu.
Ramai keluarga yang tinggal di pedalaman dan kawasan pergunungan tidak dapat dicapai kerana keadaan jalan teruk dan musnah kerana tanah runtuh.
Gempabumi kuat menggegar Aghanistan pada 26 Oktober, berpusat berhampiran Jurm, Taizabad, di timur laut Afghanistan, di pergunungan Hindu-Kush, kira-kira 250 kilometer (160 batu) dari ibu negara Kabul.
Pengerusi ANDMA Wais Ahmad Barmak berkata, sehingga minggu ini, sebanyak 200 keluarga telah dicapai dan diberi bantuan.
“Seramai 115 orang warga Afghan terkorban dan 556 orang cedera di wilayah Kunar, Nuristan, Nangarhar, Badakhshan, Takhar dan Baghlan dan tiga wilayah lain.
“(Ia juga) merosakkan 7630 rumah, 20 Masjid dan sembilan bangunan kerajaan,”ujarnya pada sidang akhbar pada Isnin dipetik agensi berita Pajhwok Afghan.
Menurutnya keluarga yang terjejas dalam 19 daerah 10 wilayah telah diberi bantuan, tetapi separuh daripada kawasan yang terjejas yang belum dapat diberikan pertolongan.
Katanya, bantuan kecemasan termasuk agihan barangan makanan seperti biskut, air, tepung, minyak sapi, beras dan kacang.
“dan jua bukan makanan seperti khemah, selimut, penjagaan kesihatan kit, memasak alat dan keluarga kit.
“Pelepasan barangan telah sampai kepada separuh daripada keluarga yang terlibat,” katanya.
Katanya, bantuan akan dihantar ke pedalaman melalui udara dalam tempoh tiga hari, dan beliau menambah terdapat 20 pertubuhan bukan kerajaan membantu membekalkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Sehubungan itu Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Haji Jamiluddin Elias berkata, seramai 10 orang sukarelawan dari beberapa NGO yang bergabung akan berlepas ke Kabul pada 10 November.
Selain membawa bantuan makanan dan pakaian musim sejuk, kumpulan tersebut yang disertai 2 orang doktor akan membawa ubat-ubatan.
Katanya, kerja-kerja bantuan dan kemanusiaan di Afghanistan akan diselaraskan dengan sebuah NGO tempatan, Persatuan Khidmat Bantuan Kemanusiaan (Humanitarian Assistance Soceity – HAS)
“kita telah dihubungi oleh pihak NGO ‘Humanitarian Assistance Society – HAS’ dan antara kerja-kerja yang dilakukan oleh sukarelawan dari Malaysia adalah menyampaikan bantuan ke kawasan pedalaman,
“disamping kita mengadakan pemeriksaan doktor dan agihan perubatan dilokasi yang akan kita capai, bermula pada 12 November, in shaa Allah,”ujarnya ketika dihubungi selepas mesyuarat Khidmat Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Menurutnya, antara NGO yang akan menyertai Misi Bantuan Mangsa Gempabumi ialah Muslim Care, Haluan dan Papisma selain 3 orang sukarelawan dari Yayasan Amal termasuk seorang petugas media.
Oleh itu, beliau berharap kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan kesusahan atas ujian yang sedang dihadapi oleh ‘saudara’ di Afghanistan.
“selain doa agar perjalanan kami diberikan keselamtan dan keberkatan oleh Allah, kami memohon kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk memberikan ‘saham masing-masing’ dan menyalurkan sumbangan,”tambah beliau
Sumber BO - 4-11-2015
Putera Saudi Didakwa Menyeludup Dadah
Pihak Berkuasa Lubnan telah mendakwa seorang putera Arab dan sembilan orang lain dengan tuduhan pengedaran dadah, seminggu selepas mereka ditahan dengan rampasan dadah terbesar di negara itu, di lapangan terbang Beirut.
Putera Saudi itu, Abdel Mohsen Bin Walid Bin Abdulaziz dan empat warga Arab Saudi yang lain ditahan di lapangan terbang pada 27 Oktober, selepas hampir dua tan kapsul ‘Captagon’ dan kokain ditemui sedang menunggu untuk dimuatkan ke dalam jet peribadi mereka.
“[Pendakwa Raya] telah mendakwa 10 orang, termasuk lima individu yang ditahan, seorang putera Saudi dan warga Arab dengan penyeludupan dan menjual dadah ‘Captagon’ itu,” kata sumber kehakiman, semalam.
Lima individu yang masih bebas telah dimasukkan dalam pertuduhan, terdiri dari tiga warga Lubnan dan dua warga Arab Saudi, kata sumber itu.
Pada bulan April 2014, pasukan keselamatan Lubnan telah mematahkan cubaan menyeludup 15 juta kapsul Captagon tersembunyi dalam kontena penghantaran jagung dari pelabuhan Beirut.
Captagon adalah jenama untuk’phenethylline amphetamine’, sejenis dadah perangsang sintetik.
Ubat yang diharamkan itu dilaporkan, telah digunakan secara meluas oleh pejuang di Syria untuk membantu mereka terus berjuang, sering dalam misi malam atau semasa pertempuran panjang yang melelahkan.
Dadah ini mula dihasilkan pada 1960-an untuk merawat hiperaktif, ‘narcolepsy’, dan kemurungan, tetapi telah diharamkan di kebanyakan negara pada 1980-an kerana ia adalah menyebabkan penggunanya terlalu ketagihan.
Pada tahun 2013, Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah berkata 64 peratus rampasan dadah dunia jenis amphetamine berlaku di Timur Tengah, dan kebanyakan amphetamine adalah dalam bentuk pil Captagon.
Sumber BO - 3-11-2015
Raja Salman hafal Al-Quran pada usia 12 tahun
RAJA pertama yang membuat pradaksina di sekitar Kaabah tanpa keselamatan. Beliau meninggalkan Presiden AS Obama sendirian kerana Sang Raja harus menunaikan solat Asar.
Raja Salman bin Abdulaziz dari Arab Saudi dikenali sebagai sosok yang sangat banyak membantu para penghafal Quran di seluruh dunia. Selidik punya selidik, beliau ternyata sudah menghafal Al-Quran sejak usia 12 tahun!
Seperti dilansir oleh ummid.com, Raja Salman merupakan raja ketujuh Saudi menggantikan Raja Abdullah yang meninggal dunia. Beliau mulai memerintah Saudi pada 23 Januari 2015. Raja Salman lahir di Riyadh pada 1354/05/10 Hijrah atau bertepatan dengan tanggal 31 Disember 1935, dan bersekolah awal di Princes School. Beliau menghafal seluruh Al-Quran pada hari Ahad, 08/12 pada tahun 1364H.
Selepas menghafal Al-Quran, Raja Salman kemudian mempelajari agama dan ilmu pengetahuan moden di institusi yang sama yang didirikan oleh ayahnya tersebut. Sekolah itu sendiri didirikan oleh Raja Abdulaziz, ayahanda Raja Samlan, di 1356 sebagai wadah pendidikan bagi anak-anaknya.
Sebelum menjadi raja, Raja Salman sudah aktif menggalakkan semua warga Saudi sama ada laki-laki dan perempuan untuk menghafal Al-Qur'an.
Dalam salah satu ucapannya, Raja Salman berkata, "Al-Qur'an adalah salah satu kurnia besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada kaum Muslimin, dan apabila kita mematuhi ajaran-ajaran Al-Qur'an kita akan tetap dihormati dan kuat, dan jika kita gagal berbuat demikian maka kita akan dipermalukan".
Ketika beliau menjadi raja, Raja Salman menyingkirkan semua pradaksina di sekitar Kaabah tanpa keselamatan. Hal itu membolehkan mereka yang hadir untuk menemuinya tanpa sekatan.
Ketika Presiden AS Barack Obama melawat Riyadh untuk berbelasungkawa atas kematian Raja Abdullah, Raja Salman meninggalkan Obama sejenak untuk menunaikan solat Asar.
Raja Salman adalah penyongkong utama terhadap kedermawanan di negara-negara Muslim miskin seperti Somalia, Sudan, Bangladesh, Afghanistan dan Bosnia-Herzegovina.
Beliau dianggap sebagai orang yang bijak, seorang pekerja keras dan pengantara dipercayai dalam menyelesaikan konflik. Pemerintahannya di Riyadh disebut sebagai daerah sebagai kawasan bebas rasuah.
Beliau menjalin hubungan yang kuat dengan para pemimpin suku, ulama, intelektual dan media Islam.
Untuk perkhidmatan kemanusiaan, ia telah dianugerahkan banyak pingat, termasuk anugerah dari Bahrain, Bosnia dan Herzegovina, Perancis, Maghribi, Palestin, Filipina, Senegal, PBB, Yaman dan King Abdulaziz Medal - Kelas Pertama. (Islampos)
Sumber HD - 3-11-2015
| Sungai Paling Bersih Dan Cukup Indah Di Switzerland
| |
| Siapa calon Presiden AS 2016?
| |
Posted on Monday, November 02 @ 21:04:53 MYT by tokdalang
OLEH SHAKILA YACOB
KEMPEN merebut calon Presiden Amerika Syarikat (AS) 2016 bagi parti Demokrat dan Republikan bermula jauh lebih awal berbanding sebelum ini dan menjadi semakin hangat menjelang penghujung tahun ini.
Kempen ini selalunya melibatkan perbelanjaan besar dan memerlukan sokongan dana yang dicari oleh jentera pilihan raya calon yang bertanding dan juga sumbangan political action committee (PAC) - organisasi yang mengumpul dana sumbangan individu dan digunakan untuk menyokong atau menentang seseorang calon yang bertanding.
Sebagaimana biasa calon parti Republikan berjaya mengumpul dana lebih tinggi iaitu AS$147.3 juta berbanding AS$122.2 juta untuk calon parti Demokrat. Ini adalah data yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan AS yang menjejak sumber kewangan kempen pilihan raya presiden.
Bagi parti Republikan, sebagaimana dalam kempen pilihan raya 2012, bilangan calon yang ramai bertanding menyebabkan sukar meramalkan siapa yang akhirnya akan menjadi calon presiden bagi parti itu. Setelah disenarai pendek, empat orang calon nampak menonjol iaitu Donald Trump, Ben Carson, Jeb Bush, dan Marco Rubio.
Dalam kalangan calon presiden parti Republikan, ternyata pihak media banyak memberi ruang kepada Trump. Trump sebelum ini membiayai kempen beliau sendiri, namun kini mengharapkan sumbangan dana luar. Seorang usahawan hartanah yang berjaya, Trump sebenarnya telah lompat parti sebagai seorang ahli Republikan kepada ahli Demokrat (2000-2009) tetapi kini kembali menjadi ahli Republikan.
Trump sering dianggap oleh rakyat Amerika yang berpendidikan sebagai calon yang amat memalukan untuk mewakili rakyat atau negara itu. Justeru, kita bertanya siapakah sebenarnya yang menyokong Trump dan bagaimana dengan kenyataan-kenyataannya yang ‘jahil’, Trump masih boleh bertahan sebegitu lama dalam kempen pilihan raya yang sengit ini?
Seperti Trump, seorang lagi calon yang dilihat ‘amat menakutkan’ dengan kenyataannya yang amat kontroversi berhubung imigrasi dan kepelbagaian yang menjadi kunci kejayaan AS ialah Ben Carson. Seorang calon kulit hitam, Carson telah bersara daripada kerjayanya sebagai neurosurgeon yang berjaya. Carson tidak pernah memegang jawatan dalam politik dan pentadbiran dan penentang kuat Obamacare, iaitu program penjagaan kesihatan yang diperkenalkan oleh Presiden Barack Obama pada 2010.
Calon Republikan Jeb Bush pula datang daripada keluarga yang pernah menjadi presiden. Bapanya George H.W. Bush ialah Presiden AS yang ke-41 (1989-1993), manakala abangnya, George Bush mentadbir selama dua penggal (2001-2009) dan terkenal dengan polisi luar yang amat kontroversi, terutama berkait perang di Iraq pada 2003. Setakat ini mantan gabenor Florida (2001-2007) ini antara calon yang paling banyak mengumpul dana untuk kempen beliau dan sekiranya terpilih bakal mencipta rekod sebagai presiden AS yang bapa dan abangnya pernah menjadi presiden.
Jeb Bush masih mempertahankan dasar abangnya yang melibatkan AS dalam perang di Iraq dan antara ‘alasannya’ mahu membantu pihak Kurdish melawan pihak Daesh atau ISIS di Iraq.
Seorang lagi calon Parti Republikan yang mungkin tidak begitu menonjol tetapi berpotensi kerana mewakili golongan muda - kumpulan pengundi yang semakin penting di AS ialah Marco Rubio. Seperti Obama, Rubio kini berusia 45 tahun. Jika terpilih beliau bakal mencipta rekod sebagai presiden pertama berketurunan Cuba. Fasih bahasa Sepanyol, Rubio tidak mempunyai masalah memenangi hati rakyat keturunan Hispanic. Sehingga kini, Rubio yang berkelulusan dalam bidang sains politik amat berpengetahuan dalam dasar luar namun beliau sering dilihat sebagai ‘the extreme hawk’, seorang yang properang dan mahu AS memainkan peranan sebagai polis antarabangsa sebagaimana calon parti Republikan lain. Mereka gagal belajar daripada kesilapan Bush dan golongan ‘neo-cons’ sebelum ini.
Melihat kepada calon Republikan yang disenaraipendekkan, tiada satupun yang mempunyai kekuatan jentera pilihan raya sebagaimana dimiliki oleh Hillary Clinton, calon Demokrat yang sebenarnya telah bersedia untuk menjadi presiden wanita AS yang pertama sejak kempen pilihan raya 2008 apabila beliau kalah dengan Obama untuk mewakili parti Demokrat. Clinton seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Negara AS semasa penggal pertama pentadbiran Obama.
Kaya dengan pengalaman politik dan pentadbiran AS, sebagai senator yang bijak berkomunikasi sesuai dengan latar belakangnya seorang peguam, Clinton mempunyai peluang besar untuk memenangi pencalonan parti Demokrat pada Konvensyen Kebangsaan Philadelphia dari 25 hingga 28 Julai 2016.
Clinton dilihat sebagai calon presiden yang lebih selamat dan berjaya menambat hati rakyat AS.
Sekiranya terpilih sebagai presiden AS, mungkin suatu yang menguntungkan adalah pegangannya menentang Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA), tetapi besar kemungkinan sudah terlambat.
Namun dasar luar beliau amat membimbangkan terutama sekali berkait sokongannya yang jitu terhadap Israel.
Seorang lagi calon Demokrat yang kian mendapat sambutan ialah Bernie Sanders. Senator dari Vermont sejak 2007 ini menjadi wakil dalam Dewan Perwakilan selama 16 tahun. Beliau menggelar dirinya sebagai ‘democratic socialist’, satu terma yang mengelirukan rakyat AS yang mengaitkannya dengan komunisme. Malahan, Sanders sendiri masih belum dapat menjelaskan pendiriannya dengan baik.
Walaupun, ceramahnya sering mendapat sambutan hangat daripada rakyat AS yang ingin melepaskan diri mereka daripada belenggu ekonomi dan jurang perbezaan besar antara yang kaya dan miskin, beberapa faktor dilihat sebagai penghalang Sanders untuk memenangi pencalonan parti Demokrat.
Pada usia 79 tahun, beliau dilihat terlalu tua untuk bertanding. Pendiriannya memperjuangkan golongan marhaen juga dilihat sebagai terlalu kiri untuk pengundi AS.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan berbentuk plutokrasi dan bukannya demokrasi sudah tentu golongan elit yang kaya mahu terus memegang kuasa politik dan ekonomi AS.
Justeru janji-janji kempen Sanders dilihat sukar untuk dipenuhi kerana memerlukan perbelanjaan kerajaan yang terlalu tinggi. Apatah lagi cadangan dasar Sanders dikatakan agak kabur dan sukar difahami ramai rakyat AS.
Amat menarik untuk kita mengikuti kempen pilihan raya AS dan siapakah calon yang bakal mewakili kedua-dua parti ini. Menarik juga untuk kita melihat bagaimana dasar dan pegangan mereka akan memberi impak kepada perjalanan politik global yang amat kompetitif dan semakin sukar dikawal oleh mana-mana negara sama ada AS mahupun Rusia.
PROFESOR MADYA DR. SHAKILA YACOB ialah pensyarah dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya yang kini merupakan Sarjana Fulbright di University of Maryland,
Sumber DD - 3-11-2015
|
AKP menang, getaran luar biasa di Palestin - Haniyeh
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mengucapkan selamat di atas kemenangan AKP di pilihan raya Turki, semalam.
Hal itu disampaikan Haniyeh melalui telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
"Kemenangan AKP ini menyebabkan getaran luar biasa di Palestin terutama di Al-Quds dan Gaza," ujar mantan Perdana Menteri Palestin itu dipetik Eramuslim.com.
Hal itu wajar kerana Erdogan dikenal selalu bersikap menyokong permasalahan Palestin yang ketika ini masih dijajah oleh zionis Israel.
Sementara itu, Presiden Erdogan berterima kasih atas ucapan selamat ini. Erdogan berjanji akan terus menyokong permasalahan Al-Quds.
"Salam hormat saya untuk rakyat Palestin," demikian pesan Erdogan.
Berikut keputusan pilihan raya Turki 1 November dan perbandingan perolehan suara pada pilihan raya bulan Julai:
- AKP: 49.4 % (316 kerusi), Jun: 41.0%
- CHP: 25.3% (133 kerusi), Jun: 25.0%
- MHP: 12.0% (41 kerusi), Jun: 16.3%
- HDP: 10.4% (59 kerusi), Jun: 13.2%
- Parti lain: 2.9%, Jun: 4.6%
Sumber HD - 2-11-2015
AKP, parti Erdogan memenangi pilihan raya parlimen Turki yang digelar hari Ahad, 1 November 2015, dengan kemenangan sebenar 49.41% suara atau 316 kerusi Parlimen (57.45% daripada 550 kerusi).
Dengan demikian AKP kembali berkuasa penuh pemerintahan Turki.
Pelbagai usaha menghancurkan AKP gagal. Strategi Israel menyokong Parti Kurdi gagal, begitu juga dengan lobi Iran, rejim Syria, EU-USA mengalami kebuntuan. Propaganda besar-besaran media-media barat gagal sama sekali.
Para penyokong AKP sontak turun ke jalan-jalan merayakan kemenangan. Bendera Palestin mereka kibarkan.
Ketua AKP yang juga Perdana Menteri Turki Ahmed Davutoglu menyampaikan sambutan di depan para penyokong partinya di bandar Konya, bandar kelahirannya, lapor lama Eramuslim.
"Kemenangan ini bukan kemenangan kita. Ini adalah kemenangan umat kita. Semoga Allah Taala memberkati semua pihak yang berjasa dalam kemenangan ini," ujarnya seperti dikutip pejabat berita Turki Anodulu Agency, semalam.
Ini memang kemenangan yang mendebarkan. Seluruh mata dunia tertumpu ke Turki, kerana Turki adalah pemain peranan utama dunia Islam.
"Mabruuuk untuk rakyat Turky, untuk rakyat Mesir, Palestine dan Syria. Arab spring telah kembali," kata pemerhati Timteng Hasmi Bakhtiar.
"Kemenangan IM di Turky kod keras buat kerajaan kudeta di Mesir, rejim Asad di Syria dan tentu Israel bahawa Arab Spring kembali meletup," ujarnya.
Sumber HD - 2-11-2015
Kiraan Awal Pilihan Raya Parlimen; AKP Mendahului Dengan 49.4% Undi
Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah diberi mandat sekali lagi untuk memimpin Turki, bersendirian sekali lagi selepas berehat selama lima bulan, apabila mendapatkan majoriti parlimen pada pilihanraya yang berlangsung semalam.
Dengan hampir semua undi dikira, AKP mendahului pilihan raya dengan 49.4 peratus undi dan Perdana Menteri Ahmet Davutoglu dalam responnya, menyifatkan ia sebagai kemenangan demokrasi.
Keputusan awal menunjukkan Parti Republik Rakyat (CHP) berhaluan ‘pusat-kiri’ mengikuti kemenangan AKP dengan 25.4 undi, manakala ‘sayap kanan’ Parti Tindakan Nasionalis (MHP) dengan 11.9 peratus dan Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang pro-Kurdish’ mendapat 10.7 peratus.
Dengan keputusan itu, AKP diramalkan dapat menuntut 316 kerusi dari 550 kerusi Parlimen 550, mencukupi untuk membentuk kerajaan secara tunggal dengan majoriti sendiri.
Ia telah dikejar oleh CHP dengan 134 kerusi, HDP dengan 59 kerusi dan MHP dengan 41 kerusi.
Mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya parlimen di Turki perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 276 kerusi untuk mentadbir negara itu, tanpa mengadakan gabungan dengan parti-parti lain
Sumber BO - 2-11-2015
| 5 lokasi paling menyeramkan di dunia | |
Posted on Sunday, November 01 @ 11:37:56 MYT by paktam
Oleh Madiha Abdullah
Kita biasa mendengar tentang kumpulan pencari hantu atau 'Ghostbusters'. Antara tugas utama kumpulan-kumpulan (atau pun orang perseorangan) ini adalah meneroka lokasi-lokasi yang dikatakan berhantu demi mencari dan melihat sendiri makhluk halus di hadapan mata.
Namun lima lokasi ini, mungkin antara lokasi yang paling tidak mahu dijejaki manusia. Bukan setakat menyeramkan, namun sejarahnya sahaja boleh menaikkan bulu roma sesiapa sahaja.
PULAU ANAK PATUNG (MEXICO)
Sumber foto: Amrithraj Wiki
Sebuah pulau di Mexico City yang dipenuhi dengan ratusan anak patung dengan rupa yang menyeramkan. Patung-patung ini diletakkan oleh pemilik pulau ini iaitu Julian Santana Barrera.
Puncanya? Barrera menemui mayat seorang budak perempuan terapung di pulau itu satu masa dahulu.
Dia kemudiannya meletakkan patung-patung tersebut di seluruh pulau berkenaan kerana percaya ia mampu menakutkan roh jahat yang berada di pulau kecil itu.
CENTRALIA (AMERIKA SYARIKAT)
Sumber foto: Navy2004 Wiki
Jika anda pernah menonton filem Silent Hill, imej bandar ini tentunya tidak asing lagi. Pada asalnya, ia sebuah bandar perlombongan yang pesat membangun, namun telah ditinggalkan penduduk selepas lombong bawah tanah terbakar pada tahun 1962.
HUTAN AOKIGAHARA (JEPUN)
Sumber foto: JordyMeow Wiki
Terletak berdekatan dengan Gunung Fuji, ia dikenali penduduk tempatan sebagai hutan tempat bunuh diri.
Malah kerana kadar bunuh diri yang tinggi di hutan itu, pihak berkuasa tempatan meletakkan papan tanda yang meminta agar orang ramai yang berniat untuk berbuat demikian, supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukannya.
HUTAN HOIA BACIU (ROMANIA)
Sumber foto: Roamata Wiki
Mereka yang memasuki hutan ini dikatakan akan keluar dengan rasa pening yang teruk, loya, keletihan dan ada juga yang mengalami calar dan melecur yang teruk pada badan.
Ramai juga yang berkongsi kisah mendengar bunyi orang menangis, selain kisah masyarakat tempatan yang menceritakan bagaimana orang yang sesat dalam hutan itu tidak akan ditemui semula.
RESORT SAN ZHI (TAIWAN)
Sumber foto: Magnus Manske Wiki
Reka bentuk bangunan resort ini cukup menarik, namun ia tetap tidak membuatkan masyarakat lupa kisah seramnya.
Ia hanya sempat dihuni selama dua tahun sekitar tahun 1970an, dan mula ditinggalkan terbiar apabila terlalu banyak kematian berlaku di sini.
Kematian yang berlaku bukan sahaja membabitkan insiden-insiden ngeri di kalangan penghuni resort, malah mereka yang melalui kawasan-kawasan berdekatan resort tersebut.
Sumber DD - 1-11-2015 |
Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang Posted on Sunday, November 01 @ 16:58:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |

FOTO seekor anjing mengonggong seorang bayi yang didakwa dibuang viral di Arab Saudi, awal minggu ini.
Portal Arab Saudi, Sada mengatakan anjing tersebut membawa bayi berkenaan yang masih hidup ke sebuah rumah dan bayi tersebut dikejarkan ke hospital berdekatan.
Dalam perkongsian di Facebook, bayi tersebut dijumpai di dalam sebuah tong sampah ketika anjing berkenaan menyelongkar mencari makanan.
Tali pusat berkenaan juga masih belum dipotong dan kelihatan jelas didalam foto tersebut, lapor Emirates247.com.
Difahamkan, bayi tersebut terselamat disebabkan tindakan pantas anjing tersebut.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 1-11-2015
Gempa bumi Afghanistan-Pakistan; Sumbangan Anda DiPerlukan
Oleh : SMN
Kawasan gunung Himalaya Benua Kecil India, ditolak oleh perlanggaran plat tektonik, terdedah kepada gempa dahsyat. Gempa bumi pada April 2015, yang paling teruk dalam 80 tahun di Nepal, membunuh lebih 8,600 orang
Latar Belakang
Gempa bumi besar terakhir dalam wilayah yang sama pada ukuran sama, 7.6 Magnitud adalah hampir tepat sepuluh tahun sebelumnya yang berlaku pada bulan Oktober 2005, yang mengakibatkan 87.351 kematian, 75266 cedera, 2.8 juta orang yang kehilangan tempat tinggal, dan 250,000 haiwan ternakan mati.
Perbezaan ketara antara gempa bumi dan gempa bumi 2005 adalah kedalaman aktiviti seismik. Gempa bumi tahun 2005 adalah 15 km mendalam manakala gempa bumi ini adalah 212.5 km dalam, mengurangkan kesannya di permukaan.
Gempa bumi 7.5 magnitud yang kuat menggegarkan bahagian-bahagian Asia Selatan pada 26 Oktober 2015. Ia berpusat berhampiran Jurm, Taizabad, di timur laut Afghanistan, di pergunungan Hindu-Kush, 250 kilometer (160 batu) dari Kabul ibu negara dan pada kedalaman 213.5 kilometer, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Ia berlaku pada jam 13:39 waktu Afghanistan dan jam 14:09 waktu Pakistan dengan diikuti satu gempa susulan magnitud 4.8 melanda 40 minit selepas gempa utama dan tiga belas lebih gegaran susulan bermagnitud 4.1 atau yang lebih besar telah melanda pada pagi 29 Oktober.
Gegaran dirasai di Pakistan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Kyrgyzstan Tajikistan dan menjejaskan penduduk di 12 wilayah di Afghanistan manakala 5 wilayah Di Pakistan.
Kematian, Kecederaan dan Kerosakan
Angka kematian yang disahkan akibat gempabumi itu setakat ini berjumlah 390 orang, sekurang-kurangnya 267 orang di Pakistan dan 115 di Afghanistan dengan lebih daripada 2,000 orang cedera dan hampir 14,000 rumah yang rosak.
Beribu-ribu bermalam di luar rumah di hampir suhu beku enggan untuk pergi kembali ke dalam kerana takut gempa susulan, media Pakistan dilaporkan pada awal Selasa.
Dua belas orang pelajar sekolah Afghan telah terbunuh dalam rempuhan ketika mereka cuba melarikan diri bangunan sekolah mereka berikutan gempa bumi yang kuat . Pelajar perempuan berada di tingkat 4 sekolah mereka di wilayah Takhar.
Oleh kerana gegaran utama dirasai mereka cuba melarikan diri, menyebabkan rempuhan yang membunuh 12 daripada mereka dan mencederakan 25 yang lain.
Di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan, pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya 179 orang telah meninggal dunia, dan lebih 1,800 cedera. Kematian dan kecederaan juga telah dilaporkan di wilayah Nangarhar Afghanistan, Badakhshan dan Kunar, dengan sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh.
Di bandar Karimabad, di Pakistan, Gilgit-Baltistan, saksi yang memberikan namanya sebagai Anas memberitahu bahawa gempa bumi itu telah menghantar satu kejadian tanah runtuh terhempas ke dalam sungai Hunza ini.
Ketua Geologi Pakistan Imran Khan memberitahu terdapat laporan tanah runtuh mengganggu lebuh raya Karakoram di antara Gilgit dan Baltistan. Bagaimanapun, beliau berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan jika ada glasier telah stabil oleh gempa bumi itu.
Usaha Mencari dan Menyelamat
Taliban telah berjanji untuk tidak menjalankan operasi ketenteraan di kawasan yang terjejas oleh gempa bumi maut yang melanda beberapa bahagian Afghanistan dan Pakistan. Gencatan senjata tidak rasmi datang tidak lama selepas kumpulan Islam yang telah menawan salah satu kawasan yang paling teruk terjejas Afghanistan dari kuasa-kuasa kerajaan.
Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid berkata kepada Wall Street Journal “Kami tidak mahu berjuang di kawasan yang dilanda gempa bumi, Jika musuh pergi ke kawasan yang dilanda gempa bumi untuk membantu orang, kami tidak akan menyerang mereka. Kita tidak mahu menimbulkan masalah untuk proses bantuan itu.” Beliau kemudian memberitahu AP tawaran itu jatuh pendek gencatan senjata yang sepatutnya.
Sebelum itu, kumpulan itu telah menggesa agensi-agensi bantuan dan Afghanistan “jangan menahan bantuan menyediakan tempat tinggal, makanan dan bekalan perubatan kepada mangsa-mangsa gempa bumi ini.”
Amerika Syarikat dan Iran termasuk sejumlah negara yang menawarkan bantuan kemanusiaan ke Afghanistan, negara yang sangat bergantung kepada bantuan asing setelah puluhan tahun dilanda perang yang menghancurkan sektor ekonomi dan infrastruktur.
Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif mengarahkan semua agensi persekutuan, tentera dan agensi-agensi wilayah mengisytiharkan amaran segera dan menggerakkan semua sumber untuk memastikan keselamatan warga Pakistan. Panglima Tentera Darat Kakitangan Am Raheel Sharif telah mengarahkan anggota tentera untuk membantu orang terjejas tanpa menunggu arahan
Perdana Menteri India, Narendra Modi, menghubungi Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dan Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif menawarkan bantuan dan menurut Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, agensi-agensi PBB mengumpulkan sumber untuk membantu operasi bantuan Pakistan dan Afghanistan.
Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan dan Pakistan membantu mangsa yang terjejas di wilayah Afghanistan Badakhshan berhampiran dengan sempadan dengan Pakistan. Kira-kira 200 sukarelawan dan kakitangan digerakkan ke kawasan terjejas untuk memberikan bantuan kecemasan, menjalankan penilaian keperluan dan membantu dengan perkhidmatan derma darah. Pasukan tindakan kecemasan digerakkan untuk mencari dan menyelamat.
Di Pakistan juga kerahan untuk menjalankan aktiviti pemindahan dan kecemasan serta keperluan bahan perubatan untuk merawat lebih 350 pesakit telah dihantar ke Hospital Lady Reading Peshawar dan Ibu Pejabat Daerah Hospital Swat.
Keperluan Mangsa
Mangsa gempabumi sangat-sangat merayu kepada kerajaan dan pihak-pihak agensi bantuan untuk selimut, baju sejuk dan bekalan makanan kerana keadaan sangat sejuk bersalji di wilayah terjejas di Pakistan. Seorang mangsa, Hakim Khan, 60, berkata “kami tidak mempunyai makanan dan pakaian dalam kesejukan, Ahli-ahli keluarga saya terpaksa menunggu bantuan di bawah langit terbuka.”
Muhammad Bahadur, seorang pegawai di kampung Darosh di Chitral, sebahagian daripada wilayah Pakistan Khyber Pakhtunkhwa berkata, hanya 70 khemah ada di tangan apabila gempa bumi melanda. Sedangkan kira-kira 2,500 buah rumah telah musnah. Beratus-ratus kanak-kanak kini tidur di bawah langit terbuka dengan sedikit perlindungan terhadap suhu sub-sifar suhu waktu malam.
Misi Yayasan Amal
Yayasan Amal Malaysia (YAM) akan menggerakkan misi bantuan ke kawasan terjejas secepat mungkin dan persiapan akhir sedang dibuat.
Menurut Timbalan Presidennya Haji Jamiluddin Elias, sekurang-kurangnya seramai tujuh orang peserta Misi akan mendaftarkan diri ke kedutaan Afghanistan untuk mendapat Visa memasuki negara tersebut pada Isnin ini.
“pada Isnin, permohonan visa akan dibuat ke keduataan Afghanistan, bergantung kepada berapa lama kelulusan akan diperolehi, kita akan menggerakkan perjalanan dengan segera,”ujarnya ketia dihubungi.
Sehubungan itu, Bendahari YAM Haji Zaman Abdullah berkata, orang ramai yang berhasrat untuk bersama-sama bagi membantu mangsa gemmpabumi di Afghanistan dan Pakistan boleg menyalurkan sumbangan kewangan melalui akaun Yayasan Amal seperti berikut;
1. CIMB Islamic Bank No. 1468-0000-19110-8
2. Bank Muamalat No. 130-1000-24997-15
3. Maybak No.5530-1012-209-0
4. HSBC – No. 001-057884-021
Rujukan :
1. Press Trust, India, 23 Mei, 2015
2. The New York Times. 26 Oktober 2015
3. AFP, 26 Oktober 2015
4. The Guardian. 26 Oktober 2015.
5. Al-Jazeera, 28 Oktober, 2015
6. International Business Times, 26 Oktober, 2015
7. BBC, 26 Oktober, 2015
8. International Business Times, 29 Oktober, 2015
9. BBC 27 Oktober, 2015
10. The Dawn, Pakistan, 26 Oktober, 2015
11. United Nations. 26 October 2015.
12. ICRC, www.icrc.org, 28 Oktober, 2015
13. AFP, 28 Oktober, 2015
14. ABC.net.au, 29 Oktober, 2015
Sumber BO - 1-11-2015
ERC: Egypt’s Coup Leader not Welcome in Britain

General Abdul-Fattah El-Sisi, Egypt’s self-appointed president and the mastermind of the violent military coup that resulted in the massacre thousands, is due to visit the United Kingdom next week.
The Egyptian Revolutionary Council has called a Press Conference on 3rd November to highlight the appalling legal, human rights and political violations committed by the current regime in Egypt as well as the likely political and economic implications on the United Kingdom.
The visit will take place while renowned political, legal, human rights and academic figures both in the United Kingdom and worldwide have expressed clear refusal to El-Sisi’s visit to the UK in a letter published on the 27th of November in The Guardian.
Speaking at the Press Conference will be a panel of distinguished British experts, academics and campaigners, including:
Lindsey German – Founding member and convener of the Stop the War Coalition,
Maha Azzam – Academic and the Head of the Egyptian Revolutionary Council,
Toby Cadman – International law specialist in the area of war crimes, extradition and human rights law,
Peter Oborne – Editor of the Spectator and former chief political commentator of the Daily Telegraph, and
Ann Alexander – Co-founder of MENA Solidarity Network and Egyptian Solidarity Initiative.
Place: Church House Conference Centre, Westminster Room, London SW1P 3NZ (nearest underground stations: Westminster and St. James Park)
Date: Tuesday, 3rd November, 2015
Time: 11:00 – 12:30 (GMT)
Ikhwan al-Muslimin 30th November, 2015
Sumber BO - 30-10-2015
Bepuluh Orang Terkorban Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Yaman
Berpuluh-puluh orang pemberontak Yaman dan pejuang pro-kerajaan telah terbunuh dalam pertempuran di beberapa wilayah selatan, apabila pesawat gabungan yang dipimpin Arab Saudi mensasarkan pemberontak Houthi yang disokong Iran.
Para pegawai tentera berkata hari ini, pertempuran sengit menular dalam kawasan Al-Zaher dan Thi al-Naem di wilayah Baida antara pemberontak Houthi dan pejuang Penentangan Popular bersekutu dan pasukan yang setia kepada Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.
Kata sumber dari puak suku Yaman, pertempuran semalaman itu menyebabkan 19 orang pemberontak dan 14 orang pejuang Penentangan Popular meninggal dunia.
Pertempuran senjata juga turut meningkat di kawasan Al-Madaribah di barat daya Yaman yang terletak antara sempadan Lahj dan wilayah wilayah Taiz.
Pejuang Selatan berkata, mereka mempertahankan kawasan itu daripada pemberontak yang cuba untuk menakluk pantai strategik selat Bab al-Mandab, kira-kira 50 kilometer (30 batu) dari kawasan yang telah dirampas oleh penyokong setia Presiden Yaman bulan lepas.
Jalan air yang sempit, yang memisahkan Yaman dari Djibouti, menjadi corong penghantaran barangan denganperkapalan dari dan kepadaTerusan Suez di Laut Merah utara.
Saksi berkata, ramai penduduk melarikan diri dari kawasan itu kerana pertempuran berat.
Pesawat perang dari gabungan Arab menyerbu kedudukan Huuthi dan tentera murtad bersekutu yang setia kepada presiden digulingkan Ali Abdullah Saleh.
Serangan udara memusnahkan kenderaan pemberontak di wilayah tengah Ibb, berhampiran dengan Daleh, yang telah dirampas oleh tentera pro-kerajaan bersama-sama dengan empat wilayah selatan lain awal tahun ini.
Gabungan itu mula melancarkan serangan udara terhadap pemberontak pada akhir Mac, untuk menyokong Hadi yang telah terpaksa melarikan diri ke Riyadh.
Kira-kira 5,000 orang terbunuh dalam konflik itu sejak Mac, lebih separuh daripada mereka orang awam, menurut anggaran PBB.
Sumber BO - 31-10-2015
Berjalan dengan kasut 70kg untuk kekal sihat
Posted on Saturday, October 31 @ 09:57:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |

SICHUAN - CHINA. Seorang lelaki berusia 55 tahun tidak perlu menghabiskan masa dan duit ke gimnasium untuk kekal sihat sebaliknya hanya berjalan dengan memakai kasut seberat 70kg setiap hari.
Huang Baoquan yang tinggal di sebuah perkampungan kecil di pedalaman Sichuan akan melakukan senaman dengan memakai kasut yang dibuatnya sejak 30 tahun lalu.
Huang berkata, dia telah melakukan rutin senaman yang sama setiap pagi selama lebih 30 tahun.
"Setiap hari saya perlu bersenam dengan kasut ini sekurang-kurangnya satu jam sehingga berasa selesa. Jika tidak seluruh badan akan berasa lemah," katanya dipetik People Daily Online.
Huang akan berjalan lebih 200 meter dengan memakai kasut seberat 70kg sambil memengang pemberat setiap hari.
Rutin harian yang dilakukan Huang menarik perhatian ramai dan tiada siapa yang mampu untuk berjalan memakai kasut berkenaan setakat ini malah seorang lelaki patah kaki selepas cuba untuk berjalan dengan kasut tersebut.
Sumber TKO - 31-10-2015
8 hotel menyeramkan di UK
Posted on Thursday, October 29 @ 09:00:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |

UK merupakan negara yang dibangunkan dengan hasil masyul yang 'dirompak' dari negara-negara belah timur ini. Berapa banyak negara disebelah asia ini yang menjadi tanah jajahan termasuklah Malaysia ini.
Disana kita boleh lihat banyak bangunan-bangunan lama tersergam indah yang dijadikan sebagai pejabat kerajaan mahupun pusat kormersial. Tahukah anda bahawa disana terdapat beberapa hotel yang agak menyeramkan untuk menginap. Jika anda suka suasana yang menyeramkan, boleh anda menempah menginap dihotel-hotel dibawah ini.....tengok luar pun dah seram...
1. Skirrid Mountain Inn, Monmouthshire Skirrid Mountain Inn in Monmouthshire holds the title of the oldest pub in Wales, and is one of the oldest in Great Britain. This alone is enough to get the ghost hunters gathering and the inn has regular lovers of the paranormal visiting. An old landlady is one of the souls reported to haunt the inhabitants; other strange goings on include moving objects and strange noises.

Legend has it that prisoners were once treated to an overnight stay and then swiftly executed in this old-fashioned inn. The block where their bodies were laid can still be seen today. Around 180 people are said to have been hung here and some visitors have reported feeling the grip of the noose themselves
2. The Angel Inn, Lymington, Hampshire The Angel dates back to the 13th century and is reported to be home to at least six spirits – it's one of Britain's spookiest inns. Locals say one ghoul is a tall seaman who frequents the bar area, and another is a coachman who sits in the kitchen.

Ghoulish-goings-on include footsteps in the night and the sound of a piano playing... Even though there's no piano anywhere at the inn. Freaky
3. The Ancient Ram Inn, Wotton-Under-Edge, Gloucestershire This 12th-century inn has been the focus of many paranormal investigations and has appeared on television a lot. The inn was built in 1145 and is a former priest's residence.

Skeletal remains have reportedly been found here, as well as evidence of satanic rituals. The paranormal goings on have attracted many visitors and some have reportedly seen the ghosts. It's rumoured that people who have previously visited have needed to be exorcised. Stay if you dare!
Contact the owner John Humphries (01453 842598) if you wish to stay or organise a tour.
4. Golden Fleece, York Regular ghost hunts are conducted at this Yorkshire pub – it dates back to 1503, and has a history of hauntings
.
Geoff Monroe, a Canadian airman who stayed at the Golden Fleece in 1945, killed himself by jumping out of one of the windows. Visitors have reported being woken by Mr Monroe in full uniform and have felt his chilling touch. Footsteps can also be heard pacing up and down the dark hallways in the dead of night
5. The Swan Hotel, Lavenham, Suffolk Records of ghost sightings in this hotel date back to the 19th century. A woman’s ghost is said to haunt this hotel; stay in room 15 if you want to encounter her, which is allegedly where her presence has been most often found.

Locals say the woman was a housekeeper and took her life by hanging herself; her ghost has been seen by many guests so be prepared to be scared
6. Ettington Park Hotel, Stratford, Warwickshire This Victorian mansion looks every part the haunted hotel – in fact, it was deemed spooky enough to be featured in the classic horror film The Haunting. The ghosts of a dog and a man have been spotted on numerous occasions, as well as a woman in a white gown.

The hotel is also said to be frequented by the mysterious ghosts of monks and servants. There is an abundance of history in the area – but be warned, it is extremely popular with tourists as well as ghouls so booking is essential
7. Prince Rupert Hotel, Shrewsbury
Situated in one of the most haunted locations in the United Kingdom is the Prince Rupert Hotel. The centuries-old Tudor building is found along the cobbled streets of Shrewsbury, which are apparently busy with spirits
.
Stay in a Tudor suite for the best chance of making contact with the 'other side', and don't forget your camera: according to hotel staff, some of the ghosts have been captured by quick-fingered photographers. Now that's a photo album we'd like to see
8. Ackergill Tower, Wick, Scotland This 15th century tower is positioned in a magnificently macabre setting. The ocean provides a powerful backdrop and the isolation of the tower is enough to send a shiver down even the most skeptical spine.

Dating all the way back to 1476, the tower was once owned by the Keith family who battled with the rival Gunn family for many years. Legend says that Helen Gunn was abducted and trapped in the tower and died when she tried to escape. She is now said to walk the land of Ackergill Tower.
Kesemua hotel diatas kelihatan seperti hotel-hotel yang sudah berusia dan mempunyai pelbagai cerita-cerita seram didalamnya. Samada ini sebagai 'nich' dalam mereka mempromosikan pakage penginapan yang disediakan, ianya terpulang kepada para pelanggan untuk menilainya..
Wallahuaklam
Ziarah ana @ RUMAH MAYA
modayu73
www.dadiydoo.com
Sumber TKO - 29-10-2015
Datuk Bandar Canning, Perth Tetap Sayangkan Malaysia Sebagai Negara Kelahiran Posted on Tuesday, October 27 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |

PETALING JAYA: Calon berketurunan Malaysia dipilih sebagai Datuk Bandar Canning dalam pilihan raya di Barat Australia.
Paul Ng, 64, menerima sebanyak 3,376 undi sementara pesaingnya 2,713 undi dalam pilihanraya pada 17 Oktober lalu.
Ng menerima 22 peratus undi dalam pilihanraya yang turut mempertandingkan 11 calon yang lain.
Ng yang mengangkat sumpah tugasnya pada Selasa lepas tidak menyangka terpilih menjadi datuk bandar.
Katanya, masyarakat Australia sudah mula menerima, tidak kira dari mana mereka datang.
"Mereka sememangnya menerima kita. Kami diterima untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat itu. Jika tidak, saya tidak akan ada di pejabat itu.
"Di sini, saya rasa seperti berada di rumah," katanya yang sudah menjadi penduduk tetap Australia.
Canning terletak di tenggara subbandar Perth dan mempunyai populasi hampir seramai 100,000 penduduk.
Menurut Ng yang berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur, beliau inign memberi sumbangan kepada masyarakat di bandar berkenaan.
"Saya sebahagian daripada komuniti dan saya sayangkan komuniti ini. Pada usia saya yang tua ini, saya ingin menghabiskan masa dengan masyarakat dan menyumbang sebanyak yang saya boleh," katanya yang juga seorang bapa kepada dua anak.
Matlama Ng ketika ini ialah untuk menyelesaikan isu kewangan bandar tersebut.
Walaupun menggelarkan Australia sebagai rumahnya, namun beliau tidak pernah lupa asal usulnya dan sekali sekala pulang ke Malaysia untuk melawat saudara mara.
"Saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Saya akan tetap sayangkan Malaysia," katanya.
Sumber TKO - 27-10-2015
| Donald Trump: World would be better if Saddam, Gaddafi still in power
| |
Posted on Tuesday, October 27 @ 20:37:33 MYT by paktam
(AFP) – The world would be a better place if dictators such as Saddam Hussein a nd Moamer Kadhafi were still in power, top Republican US presidential hopeful Donald Trump said in comments aired Sunday.
The billionaire real estate tycoon also told CNN’s “State of the Union” talk show that the Middle East “blew up” around US President Barack Obama and former secretary of state Hillary Clinton, his biggest Democratic rival in the race for the White House.
“100 percent,” Trump said when asked if the world would be better off with Saddam and Kadhafi still at the helm in Iraq and Libya.
Both strongmen committed atrocities against their own people and are now dead. Saddam, the former Iraqi president, was toppled in the 2003 US-led invasion of Iraq and was executed in 2006.
Kadhafi — who ruled Libya for four decades — was ousted and slain in October 2011 amid a NATO-backed uprising.
“People are getting their heads chopped off. They’re being drowned. Right now it’s far worse than ever under Saddam Hussein or Kadhafi,” Trump said.
“I mean, look what happened. Libya is a catastrophe. Libya is a disaster. Iraq is a disaster. Syria is a disaster. The whole Middle East. It all blew up around Hillary Clinton and around Obama. It blew up.”
Calling Iraq the “Harvard of terrorism,” Trump said the country had turned into a “training ground for terrorists.”
“If you look at Iraq from years ago, I’m not saying he (Saddam) was a nice guy. He was a horrible guy but it’s better than it is now,” Trump said.
He also said the United States should have taken Iraq’s oil, saying it was now being bought by China, and also going to Iran and the Islamic State group.
“They have plenty of money because they took the oil because we were stupid,” he said of IS. “I said take the oil when we leave.”
‘Trump doctrine’
Trump said his foreign policy strategy would be centered around beefing up the US military.
“All I know is this: we’re living in Medieval times … We’re living in an unbelievably dangerous and horrible world,” he said.
“The Trump doctrine is simple,” he added. “It’s strength. It’s strength. Nobody is going to mess with us. Our military will be made stronger.”
Trump on Sunday also went after his Republican rival Ben Carson, who has surged past him in the closely watched, early-voting state of Iowa.
According to a Bloomberg/Des Moines Register poll out Friday, Carson claims 28 percent support from likely voters in the Republican Iowa caucus, compared to 19 percent for Trump.
It was the second poll in two days that had Carson knocking Trump off his perch in Iowa, an intensely fought-over state because it votes first in the lengthy US nominating contests.
“Ben Carson has never created a job in his life (well, maybe a nurse),” Trump tweeted of the retired pediatric neurosurgeon, a fellow political newcomer.
“I have created tens of thousands of jobs, it’s what I do.”
But Carson, who has cemented his support among Christian evangelicals, shrugged off Trump’s darts in an interview with Fox News Sunday, saying, “I refuse to get into the mud pit.”
“He is who he is. I don’t think that’s going to change. And I am who I am. That’s not going to change either,” he said of Trump.
Surprise over Carson gains
In his interview with CNN, Trump acknowledged he was “surprised” by Carson’s advance, calling an Iowa event he was at several days ago a “love fest.”
“I like Ben but he cannot do with trade like I do with trade. He can’t do a lot of things like I do,” Trump said, adding that Carson was also “very, very weak on immigration” and a “low energy person.”
A new CBS News 2016 “Battleground Tracker” poll out Sunday showed Trump and Carson tied in Iowa at 27 percent, with Trump holding onto double digit leads over the doctor in South Carolina and New Hampshire.
The poll was based on 3,952 interviews done October 15-22, with the margins of error varying per state — 6.5 percent in Iowa, 6.6 percent in New Hampshire and 5.3 percent in South Carolina.
Alleging that President Barack Obama has “divided this country,” Trump said that, in contrast, he would bring about bipartisanship.
“I get along with everybody. I will be a great unifier for our country,” he told CNN.
Sumber DD - 27-10-2015 |
Wanita Bersalin Dalam Pesawat Dikenakan Bayaran AS$33,000
Posted on Tuesday, October 27 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

TAIPEI: Wanita warga Taiwan yang bersalin di dalam pesawat ketika dalam perjalanan dari negara itu ke Amerika Syarikat (AS) bakal berdepan denda oleh syarikat penerbangan.
Wanita yang tidak dikenali itu sebelum ini cuba untuk melahirkan anak di AS dengan menaiki penerbangan ketika mula sakit untuk bersalin.
Akibat tindakan terdesak, wanita itu bersalin di dalam pesawat sehingga menyebabkan penerbangan terpaksa dilencongkan ke Alaska untuk membuat pendaratan cemas.
Berikutan melanggar arahan terbang bagi wanita mengandung melebihi 32 minggu, mangsa akan diberikan bil bagi kos pendaratan cemas di Alaska.
Syarikat penerbangan berkenaan mahu wanita tersebut menanggung segala kos pendaratan di Alaska.
Kos itu dianggarkan berjumlah AS$33,000 dan perlu dibayar dengan kadar segera. - Mstar
Sumber TKO - 27-10-2015
Tony Blair Minta Maaf Kesilapan Ceroboh dan Serang Iraq
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair memohon maaf atas kesilapan yang dibuat oleh pentadbiran beliau menceroboh dan menyerang Iraq pada tahun 2003.
Dalam satu wawancara yang akan disiarkan oleh stesyen televisyen antarabangsa, Blair juga mengakui buat kali pertamanya, hubungan antara perang Iraq dan kebangkitan ISIL di Timur Tengah.
Komen Bekas Buruh Perdana Menteri ditafsirkan sebagai satu percubaan untuk mengurangkan kritikan dalam laporan ke dalam perang oleh Sir John Chilcot.
Blair berkata terdapat ‘unsur-unsur kebenaran’ dalam hujah bahawa pencerobohan adalah punca utama kemunculan ISIL, yang berasal dari al-Qaeda di Iraq, berkembang pesat selepas pencerobohan yang diketuai AS.
Merujuk kepada perang yang menggulingkan Presiden Iraq, Saddam Hussein, beliau berharap beban perang pada tahun 2003 itu tidak ditanggung pada masa kini.
“Sudah tentu anda tidak boleh mengatakan bahawa orang-orang yang dikeluarkan Saddam pada tahun 2003 menanggung sebarang tanggungjawab untuk keadaan pada tahun 2015.”
“Tetapi ia adalah penting juga untuk merealisasikan, bahawa Spring Arab yang bermula pada tahun 2011 juga mempunyai kesan ke atas Iraq hari ini, ISIS sebenarnya menjadi terkenal dari pangkalan di Syria dan bukan Iraq.”jelasnya.
Blair memohon maaf atas kesilapan dalam perisikan dan perancangan yang mengakibatkan perang itu berlangsung dan memohon maaf sepenuh hati.
Merujuk kepada tuntutan sebelum perang yang mendakwa, Saddam Hussein menyimpan stok senjata pemusnah besar-besaran, namun senjata itu tidak pernah ditemui semasa atau selepas perang Iraq sehingga kini.
“Saya boleh mengatakan bahawa saya memohon maaf atas fakta bahawa risikan yang kami terima adalah salah kerana,
“walaupun walaupun dia (Saddam) telah menggunakan senjata kimia meluas terhadap rakyatnya sendiri, terhadap orang lain,
\
“program ini dalam bentuk yang kita fikir ia tidak wujud dalam cara kita berfikir. “kata Blair.
Peperangan tersebut menyebabkan kematian kira-kira 461,000 orang di antara tahun 2003 dan pertengahan tahun 2011>
Menurut Amerika Syarikat dan penyelidik Kanada, Iraq adalah negara yang terjerumus ke dalam keadaan huru-hara dan keganasan mazhab.
Ditanya sama ada beliau percaya serangan itu adalah satu kesilapan, Blair berkata beliau kesal “untuk beberapa kesilapan dalam perancangan dan, sudah tentu, kesilapan kami dalam pemahaman kita tentang apa yang akan berlaku apabila anda dikeluarkan rejim.”
“Tetapi saya mendapati sukar untuk memohon maaf kerana mengeluarkan Saddam. Malah dari hari ini, pada tahun 2015, ia adalah lebih baik bahawa dia tidak ada daripada dia ada di sana. “beliau berpendapat.
Sumber BO - 26-10-2015
Lebih 100 Mangsa Serangan Houthi di Taiz
Lebih daripada 20 orang awam terbunuh dan 80 yang lain cedera akibat serangan berat di kawasan perumahan oleh Houthis dan pasukan yang setia kepada Ali Saleh di Taiz, Yaman pada Rabu minggu lalu.
Sumber perubatan tempatan berkata bahawa pengepungan di Taiz menghalang doktor dari menjalankan tugas mereka sebagai bantuan perubatan tersebut dilarang memasuki bandar.
“(Pemberontak) Houthi dan (Pengikut Ali Abdullah) Saleh telah melakukan satu jenayah yang dahsyat hari ini, ia menakutkan,
“ramai yang mati adalah wanita dan kanak-kanak , kebanyakan kecederaan parah cedera ada, kes-kes yang sampai ke hospital berada dalam keadaan kritikal,
“kami tidak mempunyai peralatan perubatan yang diperlukan atau kakitangan untuk menampung keadaan, tetapi kita melakukan yang terbaik. “menrut sumber itu.
Manakala sumber-sumber ketenteraan berkata, sekitar 20 roket Katyusha buatan Rusia telah melanda kawasan kediaman di pusat bandar Taiz dalam masa kurang daripada satu jam.
Ia membawa kepada banyak kemalangan jiwa dan kecereaan.
“Kami menjangkakan jumlah mangsa meningkat, ini adalah kawasan berpenduduk padat.”kata sumber perubatan dipetik Yemen Times.
Sumber BO - 25-10-2015
Naib Presiden Maldives ditahan terbabit komplot bunuh presiden
Posted on Saturday, October 24 @ 23:37:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

MALE: Pihak berkuasa Maldives hari ini menahan naib presiden negara itu, Ahmed Adeeb atas dakwaan terbabit dengan plot pembunuhan Presiden, Abdulla Yameen, yang terselamat selepas bot laju dinaikinya dibom baru-baru ini.
"Naib Presiden Adheeb ditangkap dan ditahan di Pusat Tahanan Dhoonidhoo. Pertuduhannya: pengkhianatan besar," kata Menteri Dalam Negerinya, Umar Naseer di Twitter.
Adeeb, 33, ditahan di lapangan terbang antarabangsa utama di Maldives pada tengah hari tadi waktu tempatan, selepas dia pulang dari Singapura.
Polis Maldives mengesahkan penahanannya berkaitan dengan satu siasatan insiden letupan atas bot laju dinaiki Yameen pada 28 September lalu.
"Naib Presiden, Ahmed Adeeb ditangkap di bawah waran mahkamah untuk siasatan insiden letupan di atas bot laju presiden," kata polis Maldives di Twitter dan laman web rasmi. Serangan ke atas bot laju presiden itu berlaku ketika dia hendak mengunjungi bandar Pulau Male selepas pulang dari menunaikan haji di Arab Saudi.
Seorang pemimpin Maldives turut cedera dalam letupan itu namun isteri dan dua yang lain hanya mengalami cedera ringan. Beberapa jam sebelum penahanan dramatik itu, Yameen juga telah memecat Ketua Polis negara itu, Hussain Waheed.
Menteri Pertahanannya, Moosa Ali Jaleel turut dipecat 10 hari lalu, manakala pada Khamis lalu, Yameen juga menggugurkan jurucakap utama kerajaannya, Mohamed Shareef dan seorang menteri.
Shareef, yang berlepas ke kawasan berdekatan Sri Lanka tidak lama selepas insiden pada 28 September itu, berkata letupan itu mungkin disebabkan isu mekanikal, namun pihak berkuasa kemudian mengisytiharkan ia sebagai satu percubaan bunuh.
Pihak berkuasa Maldives juga menahan dua anggota keselamatan yang mempunyai akses kepada bot Yameen namun masih belum mendedahkan apa yang menyebabkan letupan itu. -AFP.
Sumber TKO - 24-10-2015
Polis Mexico temui terowong pengedaran dadah ke AS
Posted on Saturday, October 24 @ 09:37:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

Polis Mexico telah menemui sebuah terowong lama dengan panjang sekitar 800 meter yang dipercayai digunakan untuk menyeludup dadah ke bandar Amerika Syarikat di San Diego, kata pihak berkuasa.
Terowong tersebut yang bermula dari bandar Mexico, Tijuana, dilaporkan mempunyai hubungan dengan ketua pengedar dadah berprofil tinggi, Joaquin Guzman.
Polis berkata, mereka menahan 16 suspek dan merampas 10 tan ganja, lapor BBC.
Sindiket pengedaran dadah berprofil tinggi di Mexico telah menyeludup dadah ke Amerika Syarikat melalui terowong bawah tanah selama bertahun-tahun.
Polis persekutuan berjaya menemui terowong terkini, yang memiliki kedalaman 10 meter, selepas siasatan selama beberapa minggu siasatan dan berjaya ‘tanpa melepaskan satu tembakan, mengejutkan penyeludup dadah yang disyaki’, kata Suruhanjaya Keselamatan Negara.
Polis menyifatkan terowong tersebut lengkap dan canggih, memiliki sistem pencahayaan, pengudaraan yang baik dan dibina dengan logam bagi mengelakkan keruntuhan.
Pegawai belum kumpulan yang beroperasi di terowong tersebut, tetapi menurut sumber, terowong tersebut dibina oleh Guzman Sinaloa Cartel, yang beroperasi di rantau ini.
Joaquin ‘El Chapo’ Guzman melarikan diri dari penjara keselamatan maksimum melalui terowong 1.5 kilometer (1 batu) panjang pada bulan Julai dan masih dalam pelarian.
Sumber TKO - 24-10-2015
8 tempat yang ohsem di Barat Australia
Posted on Friday, October 23 @ 19:26:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Australia pada asalnya bukan hak milik mat-mat saleh yang ada disana sekarang ini. Australia merupakan kepulauan terbesar di dunia yang dahulunya diduduki oleh orang asal yang dikenali sebagai Aborigin Australia yang terkenal dengan boomerang dan kanggaroo.Akibat dari kekejaman bangsa yahudi yang mengahalau dan membunuh kaum pribumi secara besar-besaran disana,telah menyebabkan bangsa Aborigin ini yang tinggal sedikit itu hidup seperti terbuang dinegara sendiri.
Akan tetapi, dibarat Australia terdapat 8 tempat yang amat menakjubkan untuk dikunjungi untuk orang dewasa sahaja dan bukan berkeluarga. SubhanaAllah memang menarik....
1- Crazy rock formations.
Bukit batu setinggi 14M berbentuk seperti ombak besar yang terletak dibarat Australia dan ianya di gelar WAVE ROCK oleh penduduk tempatan. Ombak batu ini kelihatan seperti sebuah gambar ombak besar yang melanda pantai yang sempat di ‘shoot’ oleh jurugambar. Begitulah kelihatan seperti wave rock ini kan.
2- The Golden Quest Discovery Trail.
Jejak emas ini melingkungi sejauh 965km panjang kaya dengan sejarah masa silamnya. Jika anda berpeluang untuk melawat kawasan ini selama seminggu, pastinya menjanjikan sebuah pengalaman yang amat menakjubkan dalam hidup anda dengan persekitaran semulajadi yang amat mendamaikan.
Sepanjang perjalanan disini terdapat 25 RnR yang boleh anda singgah untuk berehat mahupun menginap dengan suasana zaman cowboy seperti pada filem-filem lama.
3- Mount Augustus
Bukit ini merupakan bukit monolith terbesar didunia yang dipanggil Burringurrah oleh penduduk asli disini. Bukit merah gergasi ini dikelilingi dengan persekitaran udara yang berdebu dan panas. Bukit gergasi ini dikatakan berusia sekitar 1650 juta tahun dan memanjang sejauh 420km dari Carnavorn.
Sesuai untuk pengembara yang tahan lasak dan boleh dilalui dengan kenderaan 2 pacuan dan 4 pacuan
4- Yalgorup National Park.
Terdapat sejenis organism zaman pra sejarah Dinasour yang masih hidup di tasik di taman Negara ini. Dengan keluasan 5 km mengelilingi tasik ini, adalah amat mengujakan buat pengunjung yang ‘disajikan’ dengan suasana air yang jernih kehijauan serta dapat melihat kejadian pelik ini didalam air.
5- Bandar Kalgoorlie
Pada tahun 1893, Patrick Hannan,tom Flanagan dan Dan o’shea telah menemui emas seberat 100 ounces dikawasan kalgoorlie ini. Selang 3 hari, 750 orang telah dibawa kesini untuk menggali emas yang menyebabkan Bandar ini terwujud.
Bandar disini masih kelihatan seperti Bandar pada zaman cowboy dahulu dan aktiviti-aktiviti menggali emas masih lagi dilakukan dengan kedalaman kini sedalam 1500 kaki.
6- Nambung National Park.
Disini terdapat ribuan jenis batu kapur yang menunjuk kelangit seperti pada gambar dibawah. Batu kapur yang terhasil begini adalah dikatakan dari kesan angin yang kuat bertiup di kawasan tersebut yang dikatakan terjadi dari himpunan jutaan kulit kerang di laut pada zaman lampau dahulu.
7- Karijini National Park
Dengan keluasan 620,000 hektar, taman Negara ini mempunyai pelbagai jenis produk pelancongan seperti air terjun yg menarik,kolam-kolam yang bergermelapan dan pelbagai jenis flora dan fauna yang jarang anda lihat dimana-mana sambil anda merehatkan minda dan menyejukkan diri disitu
8- Bungle Bungle National Park.
Batu berbelang seperti harimau yang menarik pada ketika matahari hendak melabuhkan tirainya. Seperti bentuk sarang lebah dari kejauhan akan kelihatan belang-belangnya ketika berada pada kekuningan senja. Batu berbelang ini dikatakan wujud sejak 350 juta tahun dahulu.
Jadikan setiap ziarah anda kedunia yang luas ini sebagai ziarah membesarkan Allah. Hanya Allah sahaja yang mampu ciptakan ini semua dan kita sebagai hambanya hanya mampu melihat dan mengagungkanNya..
wallahuaklam
modayu73
Sumber TKO - 23-10-2015
Makan cili 2.5kg setiap hari, tapi tak sakit Posted on Thursday, October 22 @ 08:38:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |

ZHENGZHOU - CHINA . Seorang lelaki menjadi perhatian kerana tabiat peliknya iaitu gemar makan cili malah kebiasaanya akan memakan sekitar 2.5 kilogram cili setiap hari.
Li Yongzhi yang dikenali sebagai 'raja cili' di kalangan penduduk setempat memberitahu dia turut menanam lapan spesis cili dari seluruh dunia di rumahnya.
Yongzhi memberitahu wartawan, sejak dari kecil lagi, dia sangat mengemari cili dan sekurang-kurangnya akan makan cili tiga kali sehari.
Katanya lagi, dia mampu untuk tidak makan daging atau telur setiap hari namun tidak dapat menahan keinginan jika tidak memakan cili dalam sehari.
"Setiap pagi orang biasanya akan memberus gigi, namun perkara pertama yang akan saya lakukan ialah makan cili dan akan berkumur selepas itu," ujarnya.
Obsesnya terhadap cili bukan sesuatu yang biasa, malah dia turut akan mengunyah cili seperti menjamah makanan ringgan ketika bersantai.
"Saya tidak mempunyai kuasa luar biasa. Saya hanya sukakan cili malah doktor turut mengesahkan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan," katanya lagi. - Sinar
Ssumber TKO - 22-10-2015
PM Kanada Ada Salasilah Keturunan Malaysia?
Posted on Wednesday, October 21 @ 18:48:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau yang baharu sahaja memenangi pilihan raya negara itu pada Isnin lalu dilaporkan mempunyai salasilah kekeluargaan dengan rakyat Malaysia.
Laporan daripada sebuah program televisyen sebelum ini mendedahkan bahawa pemimpin parti liberal itu yang juga anak kepada bekas perdana menteri, Pierre Trudeau turut mempunyai keturunan dari Singapura.
Menerusi siri televisyen Who Do You Think You Are, salasilah Trudeau, 43, yang dikatakan berasal dari Malaysia dikesan melalui ibunya, Margaret Joan Sinclair.
Margaret adalah seorang penulis, pelakon , jurugambar dan aktivis sosial bagi mangsa gangguan bipolar mempunyai hubung kait dengan salah seorang pengasas awal Singapura, William Farquhar.
Episod siri televisyen CBC itu juga mendedahkan bahawa isteri Farquhar adalah anak perempuan kepada seorang wanita warga Malaysia dan seorang pegawai Perancis.
Anak perempuan Farquhar, Esther Bernard, kemudian berkahwin dengan Francis James Bernard di Singapura dan menetap di sana sehingga kematiannya pada usia 41.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai nenek Esther, wanita Malaysia.
Pada pilihan raya Isnin lalu, Trudeau mengalahkan penyandang, Stephen Harper daripada parti Konservatif dengan majoriti lebih besar.
Kemenangan itu membawa Trudeau kembali ke kediaman perdana menteri di bandar Ottawa, di mana beliau tinggal selama hampir 12 tahun ketika bapanya adalah perdana menteri.
Trudeau yang mengambil alih parti yang kucar kacir pada 2013, sebelum ini diketepikan pesaingnya dengan mendakwa Trudeau sekadar 'penuh gaya' tanpa memiliki kebijaksanaan sekali gus belum sedia menggalas tugas berat sebagai perdana menteri.
Bagaimanapun, janji Trudeau untuk melaksanakan bajet defisit dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menyuburkan ekonomi, banyak membantu meningkatkan sokongan terhadapnya.
Siri kempen Trudeau mendapat perhatian ramai sekali gus mengingatkan popularitinya seperti yang diraih keluarga Kennedy dan ketika kempen Presiden AS, Barack Obama.
Trudeau yang dilahirkan pada Krismas 1971, mendapat perhatian ramai sejak kecil hinggalah bapanya berundur pada 1984.
Beliau kembali popular sejak tahun 2000 selepas bapanya meninggal.
Trudeau berkahwin dengan pengacara televisyen, Sophie Gregoire. - Mstar
Sumber TKO - 21-10-2015
Remaja cipta 'jam bom' pindah ke Qatar
Posted on Wednesday, October 21 @ 18:43:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Remaja lelaki yang menarik perhatian dunia selepas ditahan kerana jam yang diciptanya disangka bom mengambil keputusan untuk berpindah ke Doha, Qatar dan menerima biasiswa yang ditawarkan kepadanya.
Keluarga Ahmed Mohammes, 14, mengumumkan perpindahan tersebut dalam kenyataan beberapa jam selepas melawat White House sempena malam astronomi selepas dijemput oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Ahmed akan menerima tawaran Yayasan Qatar untuk menyambung pelajaran dibawah program inovasi anak muda.
"Ini bermakna, Ahmed sekeluarga akan berpindah ke Qatar di mana Ahmed akan mendapat biasiswa penuh untuk persekolahan menegah dan ijazah sarjana muda," kata wakil keluarga yang dipetik dalam satu kenyataan.
Sebelum itu, Ahmed turut melawat Doha pada awal bulan lalu dan dibawa melawat beberapa tempat dan bertemu Presiden Sudan, Omar al-Bashir.
Dalam pada itu, memetik satu kenyataan yang dikelurkan Yayasan Qatar, Program Inovasi Anak Muda mengalakkan penerima untuk merealisasikan cita-cita dan memupuk budaya inovasi dan kreativiti.
Dalam kenyataan itu, Mohammed turut melahirkan rasa kagum dengan apa yang ditawarkan yayasan berkenaan.
"Saya turut bertemu kanak-kanak lain yang berminta dalam bidang sains dan teknologi dan akan belajar banyak perkara kelak," katanya dipetik Al Jazeera. - SInar
Sumber TKO - 21-10-2015
11 perkara yang anda tidak tahu mengenai CHINA
Posted on Wednesday, October 21 @ 06:57:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

Negara besar China merupakan kuasa politik dan ekonomi dunia. Dengan penduduk teramai didunia pastinya China mampu hidup sendiri tanpa perlu pertolongan dari negara luar kerana hasil mahsyulnya yang banyak dan besar.
Cuma ana masih musykil tentang kisah tembok besar china yang dikatakan sejauh 8000 KM. Berapa punya jauhnya tembok itu didirikan semata-mata untuk melindungi kawasan-kawasan tertentu dari serangan pihak musuh. ANa tetap musykil cara pembinaan tembok besar itu yang diluar kewarasan manusia untuk membinanya..Disebaliknya ada lagi 11 perkara yang berlaku diChina yang ana kurang periksa selama ini....
1- Pada tahun 2000, ketika Beijing membida untuk menjadi hos sukan olimpik musim panas, lebih 4000 bayi telah dinamakan dengan nama AOYUN yang bermaksud Olympic Games.
2- Terdapat lebih kurang 200 juta penduduk China yang hidup dibawah paras kemiskinan dengan pendapatan dibawah $1.25 sehari.
3- Dijangkakan pada tahun 2025, Negara China akan membina 10 bandar mega sebesar New York City di USA dengan kadar penghijrahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
4- Akan tetapi Negara China mempunyai hampir 64 juta rumah yang masih tidak dihuni manjadikan Bandar-bandar tertentu seperti Bandar hantu.
5- Sebelum parti komunis memerintah China pada tahun 1949, Negara tersebut mempunyai 5 zon masa. Tapi kini mereka hanya menggunakan Beijing Time untuk semua negeri didalamnya.
6- AISKRIM telah dicipta di China pada kurun 2000BC. Aiskrim yang pertama di cipta adaalah gabungan susu cair dan beras campur yang di ‘perap’ didalam salji.
7- Terdapat restoran di China yang membungkus pinggan mangkuk mereka diatas meja sebagai tanda sudah dicuci. Sekiranya anda membuka bungkusan itu,maka anda akan dicaj walaupun anda belum memesan makanan.
8- Terdapat lebih 180,000 protest dan demontrasi di China pada tahun 2010. Ini bermakna pada tahun tersebut sahaja telah berlaku 500 protes dan demontrasi sehari.
9- Lebih 30 juta rakyat China masih menduduki gua-gua yang ditebuk ataupun gua-gua semula jadi. Rumah mereka ini digelar YAODANG dan mereka ini ramai di negeri SHANYI.
10- Kanak-kanak di China secara tradisi diberi pakai seluar yang dipanggil KAIDANGKU iaitu sejenis seluar yang terbuka dibelah belakang untuk menyenangkan kanak-kanak itu membuang air. Ini pasti menjimatkan kos diaper ataupun lampin pakai buang.
'
11- China terkenal dengan pelbagai jenis perusahaan yang berskala besar. Ramai pelabur-pelabur dunia melabur disini disebabkan kos yang murah.
Tahukah anda bahawa anda boleh memBORONG barangan di China tanpa perlu pergi kesana! Semua sudah di ONLINEkan DISINI dan memudahkan pemborong-pemborong diseluruh dunia memborong tanpa perlu keChina.
Semoga info-info diatas memberi manfaat dalam kita mengenali dunia kecil ini.
wallahuaklam
Sumber TKO - 21-10-2015
Korea Utara mahu rundingan damai dengan AS - Duta Posted on Tuesday, October 20 @ 14:39:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |

KUALA LUMPUR: Korea Utara mengulangi saranan agar Amerika Syarikat mengkaji semula apa yang disifatkan sebagai 'dasar bermusuh' dengan Pyongyang.
Ia turut mahu diadakan rundingan perjanjian damai antara kedua-dua pihak bagi membawa kepada keamanan berkekalan di Semenanjung Korea.
Dutanya ke Malaysia, Kang Chol berkata pencapaian perjanjian damai bagi menggantikan perjanjian genjatan senjata sedia ada perlu diberi keutamaan.
"Sekiranya kita menyelesaikan masalah ini, isu-isu lain boleh diselesaikan dengan mudah. Ini pendirian kami.
"Jika Amerika Syarikat tidak mengkaji semula dasar permusuhan dan mencapai perjanjian damai dengan kami, kami tidak boleh menghentikan program senjata nuklear kami," katanya dalam temubual denganBernama.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebelum ini dilapor sebagai berkata Washington bersedia mengadakan rundingan yang boleh mengurangkan sekatan ke atas Korea Utara jika sekiranya Pyongyang menunjuk keseriusan dalam menamatkan program senjata nuklearnya.
Duta berkenaan berkata adalah tidak betul untuk membandingkan situasi Korea Utara dengan Iran yang mencapai perjanjian dengan kuasa-kuasa besar pada Julai lalu dalam menangani program nuklearnya.
"Kami adalah negara nuklear, kami telah mempunyai akses kepada senjata nuklear, tetapi Iran bukan negara nuklear, jadi ia agak berbeza," jelasnya.
Kang Chol turut menekankan bahawa sebarang perjanjian di masa depan yang melibatkan negaranya mengenai isu nuklear perlu dipatuhi dengan tegas, tidak seperti yang dialami Pyongyang di masa lalu.
Beliau berkata sekiranya Amerika Syarikat terus tidak menghiraukan seruan Pyongyang untuk menjalin perjanjian damai, ia akan berupa isyarat bahawa Washington tidak mempunyai niat untuk mengkaji semula dasar permusuhannya ke atas Republik Demokratik Rakyat Korea. - Astro
Sumber TKO - 20-10-2015
Boleh Jadi Pemilik Restoran Jika Habiskan Makanan Ini!
Posted on Sunday, October 18 @ 22:25:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

KEBIASAANNYA cabaran menghabiskan makanan dalam satu jangka masa tertentu akan diberi pengiktirafan Wall of Fame dan sajian itu diberikan secara percuma.
Namun, berlainan dengan sebuah restoran di Mexico, Don Chingon yang terletak di Flatbush, New York ini, ganjaran yang diberikan adalah sesuatu yang amat bernilai.
Sekiranya pelanggan boleh menghabiskan sajian burrito (makanan orang Mexico, roti tortilla yang diisi beraneka inti) seberat 14 kilogram dalam masa sejam, individu itu akan memperoleh sebanyak 10 peratus saham restoran tersebut.

Ianya juga sekaligus melayakkan mereka menjadi rakan kongsi serta pemilik bersama restoran.
Bukan mudah nak menang sebab ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi antaranya, peserta perlu menghabiskan ‘permainan’ dengan meminum sekali minuman margarita pedas yang direka pemilik selain pihak restoran tidak akan menanggung sebarang risiko kecederaan atau kematian sekiranya berlaku.
Jika peserta tidak berjaya menghabiskan cabaran, mereka perlu membayar bil makanan itu yang berjumlah sebanyak USD$150 (RM625). – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 19-10-2015
Hanya Kerana Kes Turap Jalan, Wanita Dikubur Hidup-Hidup
Posted on Sunday, October 18 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |

PERGADUHAN sesama jiran di , China tentang sebatang jalan yang hendak diturap akhirnya membawa kepada tragedi yang tak disangka iaitu seorang wanita dikubur hidup-hidup dengan selori pasir!
Menurut laman berita NetEase, insiden berlaku apabila sebuah trak yang penuh berisi pasir muncul di sebatang jalan untuk kerja menurap.
Seorang wanita dikenali sebagai Sun Qiuying bagaimanapun, menghalang kerja tersebut dengan duduk di tengah-tengah jalan. Aksi itu membuat Sun dan pemandu lori dikenali sebagai Zhao Xijue, bertengkar hebat.
Bengang apabila Sun tetap berdegil, Zhao naik kembali ke atas trak sebelum menumpahkan pasir dalam trak yang dibawanya ke atas Sun.
Sebaik mengetahui apa berlaku, keluarga Sun bergegas datang menyelamatkannya. Dia dikatakan pengsan ketika dikejarkan ke hospital.
Rata-rata penduduk berkata, mereka percaya Zhao adalah ‘tali barut' pemerintah tempatan yang mahu memaksa Sun membenarkan jalan tersebut diturap meskipun mendapat bantahan ramai.
Zhao bagaimanapun sudah pun ditahan dan dipenjara 10 hari selain dikehendaki membayar denda. - MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 18-10-2015
TURKI akan membekalkan air selama 50 tahun untuk Republik Turki Cyprus Utara (TRNC), kata Presiden Recep Tayyip Erdogan, hari ini seperti dikutip Worldbulletin.
Erdogan bercakap pada upacara pembukaan empangan Alakopru yang merupakan sebahagian daripada projek yang bertujuan untuk membawa air segar dari Turki ke TRNC melalui paip.
"Republik Turki Cyprus Utara tidak akan lagi kekurangan air minum dan pengairan untuk pertanian selama setengah abad," kata Erdogan dipetik laman Islampos.
Turki adalah negara dermawan dan pelindung TRNC sejak berdiri pada tahun 1974, Turki telah lama merancang untuk menyediakan air bersih ke pulau yang tidak mempunyai sumber-sumber air sendiri.
Projek itu secara rasmi dilancarkan pada tahun 2011 oleh Erdogan ketika beliau menjadi perdana menteri.
Kira-kira 75 juta meter padu air dari sebuah empangan di Turki selatan akan dihantar ke Republik Turki Cyprus Utara melalui paip.
Bercakap pada majlis tersebut, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu berkata projek tersebut telah menelan kos 1.6 bilion lira Turki ($576,300,000).
Presiden Cyprus Turki Mustafa AKINCI dan Perdana Menteri Omer Kalyoncu juga hadir dalam upacara tersebut.
Sumber HD - 17-10-2015
Kisah Budak 3 Tahun Jaga Ibu Sedang Sakit Dapat Perhatian (bersama video)
Posted on Saturday, October 17 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |

Walaupun usianya baru menjangkau tiga tahun, namun ia bukan menjadi penghalang untuk si kecil di China ini berbakti kepada ibunya.
Qianqian terpaksa memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang sedang sakit, walaupun pada hakikatnya dia sendiri masih memerlukan jagaan orang dewasa.
Kisah Qianqian mendapat liputan meluas media di seluruh dunia selepas Henan TV melaporkan bagaimana dia menjaga ibunya selepas terbabit dalam satu kemalangan September lalu.
Pemandu yang menyebabkan kemalangan itu masih diburu polis.
Ibu Qianqian, Wang Huixian mengalami patah tulang manakala nenek dan datuk kanak-kanak itu maut dalam kemalangan itu.
Bekas suami Wang pula tidak dapat dikesan selepas mereka bercerai beberapa tahun lalu.
Sejak itu, Wang hanya mampu terlantar di atas katil hospital dan semua keperluannya diuruskan anak tunggalnya itu.
Dalam video yang tersebar di laman sosial itu, Qianqian dilihat melakukan tugasan yang biasa dilakukan orang dewasa, seperti menyuapkan makanan dan minuman kepada ibunya, selain membantu membuang najis dan membersihkan ibunya.
Sebuah tabung ditubuhkan oleh seorang pengunjung hospital untuk membantu dua beranak ini melunaskan bil hospital. Setakat ini, ia sudah berjaya mengumpul 6,000 Yuan (RM3,960).
- Astro
Sumber TKO - 17-10-2015
Tak Mahu Pindah, Pemaju Ganas Korek Parit Keliling Rumah
Posted on Thursday, October 15 @ 21:42:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |

SEBUAH syarikat pemaju perumahan di sini bertindak ganas dengan menggali parit sedalam 1.5 meter di dekeliling sebuah rumah selepas mereka dikatakn gagal memujuk pemilik rumah berkenaan untuk meninggalkan rumah mereka untuk dibangunkan.
Pasangan Yin Yiangju, 52, dan suaminya Xiao Ming berkata, mereka menetap di rumah itu sudah 30 tahun dan enggan berpindah kerana pampasan yang ditawarkan syarikat pemaju terlalu rendah, tidak setimpal dengan nilai rumah berkenaan.
Kerana parit tersebut mereka mengalami kesukaran untuk keluar daripada kediaman lebih-lebih lagi mereka sudah berumur.
Hal ini berlaku di Wuhan, China. Dengan bantuan kerajaan tempatan, pemaju merobohkan 545 rumah di kawasan itu, kecuali empat lagi. Keempat-empat keluarga berkenaan berkata, mereka enggan berpindah kerana jumlah pampasan yang ditawarkan terlalu kecil. (IH)
Sumber LINK
Sumber TKO - 15-10-2015
Hanya makan semut untuk terus hidup Posted on Wednesday, October 14 @ 07:43:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

GREAT VICTORIA - AUSTRALIA. Seorang pemburu yang sesat di sebuah padang pasir tanpa sebarang bekalan air hanya mampu makan semut hitam untuk terus hidup.
Menurut laporan CNN, Reginald Foggerdy, 62 datang ke padang pasir Great Victoria di barat Australia bersama abangnya minggu lalu.
Foggerdy yang hanya memakai baju T, seluar pendek dan selipar dilaporkan hilang pada Rabu.
Pihak polis menjalankan operasi mencari besar-besaran sambil dibantu pihak pengesan Aboriginal menemui Foggerdy semalam dalam keadaan lemah, kurus dan khayal (delusional).
"Dia berteduh di bawah pokok dan memakan semut hitam. Beliau terpaksa lakukannya," kata anggota polis, Andy Greatwood.
Lokasi Foggerdy ditemui adalah sejauh 15 kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang, dan sejauh 170 kilometer dari bandar terdekat.
Foggerdy dibawa keluar menggunakan helikopter dan diberikan rawatan kecemasan.
"Dia kini sudah boleh bercakap dan mampu duduk," jelas Greatwood. - SH
Sumber TKO - 14-10-2015
Selepas 3 Tahun, Wanita Ini Tampil Mendedahkan Cerita Sebenar Disebalik Gambar Viral
Posted on Monday, October 12 @ 17:04:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |

Selepas tiga tahun menjadi bahan hinaan di media sosial akibat daripada sekeping gambar pasangan yang cantik dan kacak bersama tiga orang anak yang mempunyai rupa yang hodoh tersebar di seluruh dunia, model Taiwan Heidi Yeh tampil mendedahkan cerita sebenar.
Wanita cantik didalam gambar itu merupakan seorang model terkenal di Taiwan mendakwa segalanya bermula apabila dia menerima kontrak pengiklanan daripada sebuah agensi iklan J. Walter Thompson (JWT) untuk menjadi model bagi sebuah klinik kosmetik.
Namun, tidak lama selepas itu gambar itu turut digunakan oleh sebuah klinik kosmetik dalam iklan kempen online sehingga ia menjadi viral serta-merta ke seluruh dunia.
Apa yang lebih memeritkan lagi, ia ditambah pula dengan kisah palsu kononnya seorang lelaki menfailkan saman terhadap isterinya kerana mempunyai anak-anak yang terlalu hodoh sehingga menarik perhatian media antarabangsa untuk menyiarkan kisah palsu itu.

Akibatnya, kehidupan Heidi bagaikan mimpi ngeri kerana dia kurang mendapat tawaran pekerjaan di Taiwan dan di luar negara. Malah, dia turut dituduh menipu untuk berkahwin dan melakukan pembedahan plastik.
Tidak tahan dengan perkara tersebut, Heidi mengambil langkah untuk memfailkan saman terhadap JWT sebanyak 5 Juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu terjadi.
Namun, pihak Simple Beauty iaitu klinik kosmetik yang terbabit mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka menggunakan prosedur yang betul bagi mendapatkan hak gambar tersebut dan masalah yang timbul hanyalah melibatkan Heidi dan JWT.

Bagaimanapun, JWT yang merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangani oleh Heidi iaitu menyatakan bahawa JWT berhak sepenuhnya ke atas gambar tersebut dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai.
Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan oleh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT.
Sumber TKO - 12-10-2015
86 Maut Letupan Pada Perhimpunan Aman Di Turki
Posted on Sunday, October 11 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |

ANKARA: Sekurang-kurangnya 86 orang terbunuh selepas dua letupan berlaku semasa perhimpunan aman anti kerajaan di Ankara pada Sabtu, lapor agensi berita AFP.
Menteri Kesihatan, Mehmet Muezzinoglu memberitahu pemberita di Ankara bahawa seramai 62 orang maut di tempat kejadian manakala 24 lagi meninggal dunia ketika dihantar ke hospital.
Beliau berkata, 186 orang lagi cedera dalam serangan itu.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 10.05 pagi ketika ratusan peserta perhimpunan sedang berarak dan tiba di persimpangan jalan di ibu negara Turki itu.
Kerajaan negara itu percaya letupan berkenaan merupakan angkara serangan pengganas.
"Kami mengesyaki terdapat kaitan pengganas," kata seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali.
Berikutan serangan berkenaan Presiden Turki, Erdogan membatalkan lawatan ke Istanbul.

Letupan yang belum diketahui punca itu dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati.
Perhimpunan itu dilakukan bagi membantah konflik yang timbul antara kerajaan dengan militan Kurdish yang tinggal di tenggara negara itu. - Mstar
Sumber TKO - 11-10-2015
Jambatan kaca di China retak, pelawat panik
Posted on Sunday, October 11 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |

Pelawat menjerit dan melarikan diri apabila panel kaca yang menjadi lantai platform Yuntai Mountain Scenic Park retak semalam sejak dibuka pada 20 September lepas.
Menurut laporan CNN, pelancong berlari dalam keadaan panik selepas melihat keretakan pada laluan yang berbentuk U yang mempunyai ketinggian 3,540 kaki dari aras laut.
Seorang pelawat yang bernama Lidong memuat naik gambar yang menunjukkan panel tersebut retak di laman sosial China, Weibo.
Kata Lidong, dia menjerit supaya pelawat lain di hadapannya dapat bergegas meninggalkan platform berkenaan.
Walau bagaimanapun, disebabkan banyak aduan yang diterima, Yuntai Mountain Scenic Park kini menutup platform berkenaan kepada orang awam untuk kerja baikpulih.
Sumber TKO - 11-10-2015
As-Sisi diktator, tidak diterima di Tunisia - Ghannouchi
![]()
Pemimpin Parti Ennahda Islam di Tunisia membantah tegas bahawa beliau akan bertemu dengan Presiden Mesir Abdel Fattah As-Sisi atau menyambut ke negaranya.
Rasyid Ghannouchi menyatakan As-Sisi sebagai 'diktator yang melakukan rampasan kuasa' dan mengatakan bahawa dia 'tidak diterima' untuk melawat Tunisia.
"Saya tidak akan menyambutnya," kata Ghannouchi kepada France 24, kelmarin (8 Okt) sebagaimana yang dilaporkan oleh MEMO.
"Saya hanya menyapa atau memandang siapa yang sehaluan dengan saya, dan saya bukan ahli dari pihak berkuasa yang harus menyambutnya kerana menghormati protokol," ujarnya dipetik laman web Arrahmah.com.
Beliau menambah bahawa, menurut pendapatnya, As-Sisi adalah seorang diktator dan dia merebut kuasa dengan cara rampasan kuasa.
Veteran Islam itu juga menafikan bahawa beliau diminta untuk campur tangan bagi mengatasi situasi ketika ini di Mesir, menekankan bahawa tugas menyelesaikan masalah itu terletak di bahu rakyat Mesir.
Sumber HD - 10-10-2015
Houthi Sahkan Komitmen Kepada Pelan Damai
Penglibatan Rusia dalam empat setengah tahun perang saudara di Syria kelihatan kian meningkat.
Hal tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) selepas serangan kedua yang dilakukan oleh pesawat milik Rusia di wilayah udara Turki semalam.
Tidak hanya itu, Nato juga mengeluarkan kenyataan bahawa tentera Rusia juga telah menjejakkan kaki di Syria, lapor laman Eramuslim.com.
"Pesawat pejuang Rusia telah melanggar dengan memasuki ruang udara Turki," ujar Setiausaha Agung Nato, Jens Stoltenberg, seperti yang dilaporkan oleh CNN.
Dalam laman web rasmi Nato, Stolenberg pun menyebut hal tersebut sebagai perkara yang tidak boleh diterima.
Dalam keterangannya kepada wartawan, Stoltenberg memastikan bahawa telah terjadi dua pencerobohan di wilayah udara Turki.
"Kami telah melihat dua pencerobohan di wilayah angkasa Turki. Berdasarkan laporan perisikan yang kami terima, pencerobohan itu tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak disengajakan," katanya.
Pencerobohan pertama memasuki ruang udara Turki oleh Rusia dilaporkan terjadi pertama kali pada Sabtu, 3 Oktober lalu sedang yang kedua berlaku keesokan harinya, 4 Oktober.
Angkatan udara Turki sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan tentang mengesan sebuah pesawat pejuang jenis MiG-26 dengan asal negara yang tak dikenali, mengganggu lapan pesawat F-16 milik Turki, di sempadan Turki-Syria.
Mereka menyebut, jet pejuang MiG-26 itu dikesan di bawah radar selama empat minit 30 saat.
Turki sendiri telah menjadi ahli Nato sejak 1952.
Dalam peraturan perikatan negara-negara tersebut, dinyatakan bahawa jika berlaku serangan kepada salah satu daripada 28 negara anggota Nato, maka serangan tersebut dapat diertikan sebagai serangan kepada semua negara.
Dalam keterangannya, Stoltenberg juga memastikan, pasukan Rusia telah menduduki Syria. Pasukan darat itu disebutnya akan melapor kepada pangkalan udara Rusia.
Dia pun mendedahkan keraguannya bahawa serangan udara yang dilakukan Rusia ke Syria tidak murni dilakukan untuk menggempur kumpulan pengganas ISIS.
"Saya juga bimbang bahawa Rusia tidak mensasarkan ISIS, tetapi menyerang kumpulan pembangkang Syria dan orang awam," ujarnya.
Sumber HD -7-10-2015
Bunuh Anak Perempuan Kerana Tudung Terlondeh Ketika Makan
Posted on Tuesday, October 06 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |

SEORANG lelaki yang mengalami masalah mental telah membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun selepas tudung yang dipakainya tanpa disedari terlondeh dari kepalanya ketika budak itu sedang makan tengahari.
Lelaki berkenaan, Jafar Hussain, dari Bareilly, di Uttar Pradesh, India, dituduh membunuh anaknya, Farheen dengan melemparnya berulang kali ke lantai.
Menurut The Hindustan Times, isterinya yang juga ibu budak itu cuba masuk campur bagi menyelamatkan anaknya namun dia turut dipukul oleh suaminya.
Jafar kemudiannya meminta anak isterinya menanam mayat anak mereka di dalam rumah, namun wanita itu enggan berbuat demikian.
Dalam pada itu, polis memaklumkan telah menahan Jafar dan dia kini ditahan untuk soal siasat.
Sementara itu, jiran Jafar memaklumkan bahawa Jafar mengalami mental yang tidak stabil. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 6-10-2015
Bunuh Anak Sebab Roti Tak Bulat, Hangus
Posted on Tuesday, October 06 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol |

LAHORE: Seorang bapa ditahan kerana disyaki membunuh anak perempuannya selepas berang apabila mangsa memasak roti yang tidak cukup bulat dan hangus.
Siasatan mendapati, lelaki kejam itu dengan bantuan anak lelakinya berusia 16 tahun telah melakukan pembunuhan itu.
Dunya News melaporkan, Aniqa Khalid, 12, dibunuh bulan lalu.
Bagi mengelak dirinya menjadi sasaran akibat kematian anaknya, Khalid membuat laporan kehilangan Aniqa dua hari selepas kejadian itu.
Siasatan kejadian itu dilakukan apabila mayat remaja malang itu ditemui di luar rumah mayat dengan kesan luka.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Khalid dan Abu Zar membuang mayat Aniqa di pekarangan rumah mayat.
Lelaki itu kemudiannya mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu dengan dibantu anak lelakinya.
Khalid juga memberitahu polis, dia berang kerana roti itu bukan saja tidak bulat, tetapi hangus. - MStar
Sumber TKO - 6-10-2015
China dituduh ambil organ tahanan agama
Posted on Monday, October 05 @ 09:12:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

BEIJING 4 Okt. - Kerajaan China dituduh mengambil jantung, hati dan buah pinggang ‘tahanan agama' ketika mereka masih hidup untuk dijual kepada pesakit warga asing yang memerlukan pemindahan organ.
Laman web Daily Mirror melaporkan, satu dokumentari baharu cuba mendedahkan tindakan yang didakwa berlaku sejak 2006 apabila peguam hak asasi manusia memulakan kempen berhubung isu tersebut.
Dokumentari bertajuk Hard To Believe itu, turut mendakwa penyokong kumpulan agama Falun Gong dijadikan sasaran dalam aktiviti melanggar undang-undang itu.
Pengarah dokumentari tersebut, Ken Stone berkata, apa yang menarik untuk mengarah filem itu adalah terdapat bukti kuat, tetapi tiada sesiapa yang menyebut mengenainya.
"Apa yang kami bentangkan dalam dokumentari itu adalah melihat mengapa laporan dan dokumentari tidak mendapat perhatian.
"Sejumlah orang dapat memberikan bukti yang sangat kukuh tetapi pendedahan mereka tidak dihiraukan,'' katanya kepada portal Mail Online.
Kumpulan agama Falun Gong bermula pada 1990-an dengan 100 juta pengikut, namun kerajaan China mengenakan tindakan tegas ke atas agama itu dengan beribu-ribu orang ditahan dan menjadi tahanan agama.
Sejak 1999, kumpulan agama itu telah diharamkan tetapi pada hakikatnya Falun Gong masih aktif.
Dokumentari itu melihat cubaan wartawan penyiasatan, Ethan Gutmann bersama Setiausaha Negara Kanada, David Kilgour dan peguam hak asasi manusia, David Matas untuk mendedahkan dakwaan mengambil organ secara haram itu.
Dalam filem itu, seorang pakar bedah turut mengaku mengambil organ banduan-banduan berkenaan.
"Terdapat kecenderungan umum untuk tidak mahu mengetahui mengenai kekejaman yang berlaku di hadapan mata anda. Kita mengesahkan kekejaman teruk hanya selepas kejadian itu berakhir. Lihatlah berapa lama kemusnahan ke atas masyarakat Yahudi diiktiraf sebagai kekejaman.
"Kita boleh melihat corak ini berulang-ulang,'' katanya.
Dokumentari itu dijangka disiarkan pada minggu depan ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyambut ketibaan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping melawat AS bagi menghadiri perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sumber TKO - 5-10-2015
Tak Pernah Potong Kuku Sejak 1952
Posted on Saturday, October 03 @ 14:44:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |

NEW DELHI - INDIA. Lelaki berusia 78 tahun, Shridhar Chillal dari India secara rasminya memegang rekod dunia kerana memiliki kuku terpanjang.
Shridhar mula menyimpan kuku di tangan kirinya sejak di bangku sekolah lagi dan tidak pernah memotongnya dari tahun 1952.
Kuku di ibu jari tangannya berukuran dua meter panjang sementara kuku di jari tengah pula 186.6cm panjang.
Warga emas itu secara rasminya diiktiraf sebagai kuku paling panjang di dunia dalam Guinness World Records.
Shridhar berkata, semasa di zaman persekolahan, dia bersama rakannya pernah dipukul oleh gurunya selepas secara tidak sengaja menyebabkan kuku gurunya itu patah.
"Kami bertanya kepadanya, sebab dia memukul kami hanya kerana mematahkan kukunya, gurunya menjawab, mereka tidak memahami bagaimana perasaan seseorang jika kuku yang disimpan sejak sekian lama patah, kecualilah, jika mereka berada dalam keadaan itu," katanya.
Sejak kejadian itu, Shridhar mengambil keputusan untuk menyimpan kuku supaya dapat merasakan perasaan yang sama seperti apa yang gurunya alami.
Menurutnya lagi, memiliki kuku yang panjang bukan sesuatu yang mudah terutamanya ketika mengurus kehidupan peribadi.
Keluarga yang tidak menyukai dengan tindakannya itu sering menyuruhnya membasuh pakaian sendiri menggunakan tangan, malah dia juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Tambah Shridhar lagi, kehidupan cintanya juga tidak berjalan lancar.
"Tiada siapa yang mahu mengawini saya. Jika gadis tersebut bersetuju sekalipun, keluarga wanita itu pasti akan membantah kerana kukunya akan mencederakan anak mereka," ujarnya.
Bagaimanapun, kata Shridhar, walaupun berkuku panjang, dia masih dapat melakukan hobinya dalam bidang fotografi kerana hanya sebelah tangan sahaja yang berkuku panjang.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 3-10-2015
| Imej Terbaru Planet Pluto & Bulannya Charon Menakjubkan Para Saintis
| |
Posted on Saturday, October 03 @ 09:14:57 MYT by paktam
WASHINGTON (AS): Imej-imej terbaru permukaan planet paling jauh dalam Sistem Solar iaitu Pluto dan bulannya, Charon yang dikirim oleh kapal angkasa New Horizons bukan sahaja menakjubkan para saintis dan ahli kaji bintang malah menunjukkan Charon mempunyai sejarah silam yang ganas.
Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah, manusia dapat melihat permukaan planet Pluto dan Charon secara jelas dan terang.
Charon misalnya mempunyai permukaan yang terbelah dan di garisan Khatulistiwanya menunjukkan ngarai yang dalam dan panjang iaitu lebih panjang daripada ngarai paling popular di Bumi iaitu Grand Canyon yang terletak di Amerika Syarikat.
Imej-imej dengan resolusi tinggi itu diproses dan dihantar oleh kapal angkasa tanpa manusia, New Horizons yang terbang melintasi Planet Pluto dan bulannya Charon Julai lalu.
Imej Charon dengan kualiti warna yang dipertingkatkan diambil dengan resolusi tinggi.
New Horizons merakamkan beribu-ribu foto sehinggakan ia memerlukan masa selama beberapa bulan untuk memproses dan menghantarnya pulang menerusi isyarat ke Bumi semula.
Saiz Charon, adalah separuh daripada saiz Pluto.
Ia juga adalah bulan paling besar dalam Sistem Suria.
Yang paling mengejutkan saintis ialah permukaan Charon yang mempunyai gunung-ganang dan juga ngarai yang dalam.
Ngarai yang terdapat di bulan ini adalah sepanjang lebih 1,600km - empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.
Imej yang berwarna merah menunjukkan permukaan Charon yang mempunyai ngarai yang dalam sepanjang lebih 1,600 km, empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.
Gambar-gambar yang dirakamkan New Horizons ketika kapal angkasa itu melintasi Charon dan Pluto pada 14 Julai lalu menunjukkan wajah dan permukaan kedua-duanya yang menunjukkan bahawa masa silam gerakan geologikal yang besar pernah berlaku di sini.
"Amat jelas sekali ia menunjukkan pada masa lalu, kerak pada permukaan Charon pernah merobek dan terbuka luas kerana pergerakan yang kuat," kata pakar astrologi, John Spencer, dari Southwest Research Institute di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat.
Para saintis juga mendapati, tiadanya kesan kawah yang terbentuk akibat hentaman komet atau astreod pada kawasan-kawasan tertentu di permukaan Charon dan juga Pluto mengesahkan yang terdapatnya permukaan baru ekoran aktiviti geologi.
Imej Pluto (kanan, bawah) dan Charon (atas, kiri) yang dirakamkan oleh New Horizons.
Kapal angkasa New Horizons ketika ini sedang berada 5 bilion kilometer dari Bumi dengan maklumat terbaru menunjukkan segala sistem pada pesawat tersebut berjalan lancar.
Pluto adalah planet paling kecil dan terjauh dalam Sistem Solar kita. Selepas Pluto, tidak ditemui sebarang objek yang boleh diklasifikasikan sebagai planet.
Sumber DD - 3-10-2015 |
| Harimau bintang malang 'berkepala periuk' | |
Posted on Saturday, October 03 @ 09:12:46 MYT by paktam
Malang tidak berbau bagi seekor harimau bintang yang di India selepas kepalanya t ersangkut di dalam periuk logam.Telatah harimau bintang itu dirakam di sebuah kampung di India Utara dan klip video itu kini dikongsi meluas di media sosial.
BBC yang memetik media tempatan melaporkan, haiwan karnivor itu kelmarin terlalu haus hingga cuba minum air dalam periuk berkenaan.
Pegawai perhutanan dilaporkan terpaksa mengambil masa hingga enam jam untuk menenangkan dan mengeluarkan kepala harimau bintang itu.Masa lama terpaksa diambil kerana mereka takut untuk mendekati haiwan malang itu.
Sumber DD - 3-10-2015 |
Ayah cekik Sampai Mati anak perempuan curi kondom
Posted on Thursday, October 01 @ 08:28:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

DAMRSTADT - JERMAN. Seorang lelaki mengaku mencekik anak perempuannya sehingga maut selepas ditangkap mencuri kondom yang mahu digunakan bersama teman lelakinya.
Menurut laporan NYPost, Asadullah Khan, 51 memberitahu mahkamah 25 September lepas bahawa anak perempuannya Lareeb, 19 telah memalukan keluarganya.
Isteri Asadullah, Shazia Khan, 41 juga dibicarakan atas tuduhan tidak membantu menghentikan tindakan suaminya tersebut.
Pasangan tersebut yang berasal dari Pakistan kemudian membuang mayat Lareeb di sebuah gaung.
Sebelum itu, Asadullah cuba untuk menghentikan hubungan Lareeb dengan teman lelakinya, Raheel.
Raheel memberitahu beliau dan Lareeb sedia untuk berkahwin tetapi dihalang oleh Asadullah.
Asadullah juga didakwa cuba mencekik Lareeb sebelum ini.
Sumber TKO - 1-10-2015
| 10 negara paling kaya di dunia | |
Posted on Wednesday, September 30 @ 09:48:43 MYT by paktam
Oleh Shamil Hizamie
TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah sebuah organisasi antarabangsa yang m enyelia sistem kewangan dunia mengikut polisi makroekonomi sesebuah negara.
IMF mengambil kira kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran sesebuah negara semasa menentukan keluaran dalam negara kasar (KDNK).Kadar kekayaan sesebuah negara itu boleh diukur menerusi KDNK yang merangkumi pendekatan produk, pendapatan dan perbelanjaan
Berdasarkan data perbandingan populasi yang diperoleh daripada IMF pada 15 Jun 2015, ketahui 10 negara yang dianggap paling kaya di dunia.
10 – Hong Kong
Semenjak tahun 70-an, Hong Kong beransur menjadi penghubung kepada dunia dan negara China. Selama beberapa dekad, negara yang mempunyai populasi 7 juta orang ini berkembang menjadi pusat dagangan paling popular di dunia.
Foto - AFP Relaxnews
Cukai yang rendah dan sistem perdagangan bebas menjadikan Hong Kong masyhur sebagai hab perdagangan utama global serta pusat kewangan paling penting selepas New York dan London.
9 – Switzerland
Laporan Daya Saing Global (GCR) menyatakan Switzerland sebagai yang negara yang paling berdaya saing di dunia. Sebahagian besar ekonomi negara yang ditubuhkan pada tahun 1300 ini dipacu oleh industri berkaitan bahan kimia, farmaseutikal dan kesihatan, mesin dan lain-lain.
Foto - AFP Relaxnews
Selain itu, pelbagai jenama bertaraf dunia berasal dari Switzerland seperti Nestlé, Swatch, Adecco, Zurich Financial Services, Credit Suisse dan lain-lain.
8 – San Marino
Negara Eropah ini kurang mendapat perhatian dunia. Terpencil dikelilingi Itali, struktur ekonomi San Marino sebahagian besar bergantung pada sektor kewangan, perindustrian, perkhidmatan dan pelancongan.
Foto – Twitter LolaAkinmade
San Marino mempunyai keadaan ekonomi yang sangat stabil dan kadar pengangguran antara terendah di benua Eropah. Satu-satunya negara di dunia di mana jumlah kenderaan melebihi penduduk.
7 - Emiriah Arab Bersatu
Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah sebuah negara persekutuan merangkumi tujuh emiriah iaitu Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Quwain.
Foto - AFP Relaxnews
Presiden pertama UAE, Sheikh Zayed menyelia pembangunan negara lantas memacu hasil minyak untuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur.
Petroleum dan gas asli menyumbang kepada kekayaan UAE. Simpanan petrol dan gas aslinya masing-masing adalah yang ketujuh dan ke-17 terbesar di dunia.
6 – Norway
Norway merupakan salah sebuah negara dengan kerajaan tertua di dunia. Ia ditubuhkan sekitar 1,100 tahun lalu dan sehingga kini mengekalkan pemerintahan monarki.
Foto - AFP Relaxnews
Norway kaya dengan bekalan petroleum, gas asli, mineral, kayu balak, makanan laut, air tawar dan kuasa hidro. Industri petroleum sahaja menyumbang sekitar satu perempat daripada keluaran dalam negara kasar negara.
5 – Kuwait
Meskipun mempunyai jumlah penduduk seramai 4.1 juta, hanya 1.2 juta adalah warga Kuwait manakala 2.8 juta yang lainnya adalah ekspatriat. Bank Dunia mengiktiraf Kuwait sebagai sebuah negara dengan ekonomi yang berpendapatan tinggi.
Foto – FB Arabian Business
Petroleum sahaja menyumbang hampir separuh dari keluaran dalam negara kasar. Petroleum dan baja merupakan dua sektor utama yang memonopoli ekonomi Kuwait. Mata wangnya, iaitu Dinar adalah unit mata wang dengan nilai paling tinggi di dunia.
4 – Brunei
Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian. Purata peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja.
Foto – Facebook The Brunei Project
Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini. IMF turut menyatakan bahawa hutang Brunei berada di kadar kosong peratus daripada KDNK negaranya.
3 – Singapura
Selain menjadi salah satu hab perdagangan utama dunia, Singapura merupakan pusat kewangan keempat terbesar dan salah satu daripada dua pelabuhan kontena paling sibuk di dunia.
Foto - AFP Relaxnews
Ekonomi global Singapura yang pelbagai tertumpu pada sektor perdagangan, terutamanya perkilangan yang menyumbang kira-kira 30 peratus daripada KDNK Singapura.
Negara yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia ini juga menduduki kedudukan yang tinggi bagi taraf hidup, pendidikan, penjagaan kesihatan serta daya saing ekonomi.
2 – Luxembourg
Walaupun dilihat sebagai sebuah negara yang kecil dan dilitupi hutan Ardennes yang padat, ekonomi maju Luxembourg berjaya meletakkan negara Eropah ini di tangga kedua terkaya di dunia.
Foto – Twitter BEAUTIFULPlCS
Ekonomi stabil dan berpendapatan tinggi Luxembourg didominasi oleh perindustrian besi sehingga 1960-an. Sejak beberapa dekad lalu, sektor kewangan mula mengambil alih sehingga menjadikan Luxembourg pusat pelaburan kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.
1 – Qatar
Negara yang terletak di semenanjung Arab ini muncul sebagai negara terkaya dengan hasil keluaran dalam negara kasar tertinggi di dunia. Penduduk Qatar tidak perlu membayar cukai pendapatan kerana taraf kehidupan yang tinggi.
Foto - AFP Relaxnews
Negara berpendapatan tinggi ini mempunyai ekonomi yang maju disokong oleh simpanan gas asli ketiga terbesar di dunia. Selain itu simpanan minyaknya melebihi 25 bilion tong. Pada tahun 2012 sahaja, simpanan minyak Qatar menyumbang lebih 13 peratus daripada sumber keperluan global.
Sumber 30-9-2015 |
Turki tentang Assad jadi pemimpin peralihan Syria
TURKI menentang dasar Syria memberikan kuasa kepada Bashar Al-Assad pada masa pemerintahan peralihan.
Semalam, Turki mengecam Assad akibat serangannya di Syria menewaskan banyak korban pada 2011.
Semasa menghadiri sidang PBB pada Ahad lalu, Ahmet Davutoglu berkata, Turki akan menerima penyelesaian apa-apa untuk konflik Syria, asalkan tidak mengangkat Assad sebagai pemimpin sementara.
Seperti dikutip dari SaudiGazette, Turki berpendapat kuasa itu boleh bersifat kekal.
Ankara telah lama mengecam Assad atas krisis kemanusiaan di Syria. Turki adalah rumah bagi 2 juta pelarian Syria.
Presiden Turki Recep Tayep Erdogan berkata, tidak ada yang boleh meramalkan masa depan Syria dengan Assad kerana dia harus bertanggung jawab atas 350,000 warga Syria.
David Cameron berkata, Assad boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan peralihan namun tidak sampai jangka waktu yang lama. (Islampos)
Sumber HD - 29-9-2015
| Air Ditemui Mengalir Di Permukaan Marikh Dari Semasa Ke Semasa
| |
Posted on Tuesday, September 29 @ 14:31:41 MYT by paktam
WASHINGTON: Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa) mengumumkan yang para saintis mereka telah berjaya me mbuktikan yang air dari semasa ke semasa mengalir di permukaan planet merah Marikh pada masa kini.
Ini sekaligus memberi harapan yang mereka mungkin boleh menemui kehidupan di permukaan planet tersebut.
"Kewujudan air dalam bentuk cecair memberi kemungkinan kepada wujudnya kehidupan di Planet Marikh," kata jurucakap Nasa, John Grunsfeld.
Katanya para penyelidik Nasa menggunakan imej yang dihantar oleh Mars Reconnaissance Orbiter untuk menganalisa kesan aliran air yang muncul mengikut musim di beberapa kawasan permukaan planet berkenaan.
Sebelum ini para saintis hanya boleh mengesahkan yang air pernah suatu masa dahulu membanjiri permukaan Marikh sebelum atmosfera planet itu menjadi terlalu panas untuk membolehkannya terus mengekalkan air di permukaan.
Tetapi dengan bukti terbaru ini, mereka juga boleh mengesahkan yang air masih dari semasa ke semasa muncul di permukaan Marikh mengikut musim.
Bagaimanapun Nasa masih tidak dapat menjelaskan, dari manakah air itu datang - hanya memberi teori yang ia mungkin berpunca dari ais yang mencair atau mata air dari bawah tanah.
"Ia masih lagi satu fenomena yang misteri bagi kita semua," kata saintis peneraju Program Eksplorasi Marikh Nasa, Michael Meyer.
Sumber DD - 29-9-2015 |
Benang Jadi Senjata Pembunuh Di India
Posted on Tuesday, September 29 @ 14:42:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

CHENNAI: Sejenis benang yang digunakan untuk menerbangkan layang-layang kini disifatkan sebagai sejenis senjata pembunuh di bandar raya ini yang terletak di selatan India.
Ia bukan benang biasa namun apa yang dipanggil penduduk di sini sebagai 'manjaa', diperbuat dengan campuran serpihan kaca dan objek tajam yang lain.
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun maut selepas benang daripada layang-layang yang diterbangkan berdekatan jejambat mengelar lehernya pada Ahad, demikian menurut laporan media tempatan.
Akhbar Hindu pada Selasa memetik Pesuruhjaya Polis Chennai S. George sebagai berkata bahawa penggunaan benang 'maanja' sama seperti menggunakan sejenis senjata untuk mencederakan orang yang tidak bersalah.
Ibu bapa perlu menasihatkan anak mereka supaya tidak terlibat dalam kegiatan berbahaya ini kerana ia bukan sahaja mengancam orang lain tetapi juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.
Akhbar itu berkata George telah mengarahkan para pegawai kanan polis untuk menubuhkan pasukan khas untuk membendung ancaman menerbangkan layang-layang menggunakan maanja.
Keseronokan atau hiburan tidak boleh dilakukan sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam. Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bermain layang-layang menggunakan benang 'maanja' dan juga mereka yang membekalkan bahan-bahan ini," beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu.
Akhbar The New Indian Express memetik George sebagai berkata bahawa polis terpaksa menjalankan beberapa siri serbuan di bandar dan menahan 10 orang dan merampas mesin dan gulungan benang 'maanja' dalam jumlah yang besar. - Mstar
Sumber TKO - 29-9-2015
Muntah Ikan Paus Sebesar Bola Ragbi Dilelong RM73,503
Posted on Monday, September 28 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

PARIS – Satu ketulan muntah ikan paus yang dijumpai seorang lelaki hanyut di pantai dijual pada harga £11,000 (RM73,503) dalam satu lelongan di sini kelmarin.
Ketulan muntah ikan paus yang dikenali sebagai ambergris itu dijumpai seorang lelaki di pantai Anglesey, utara Wales, Britain pada awal tahun ini.
Ambergris yang boleh dijadikan bahan dalam pembuatan minyak wangi itu dijual kepada seorang pembida melalui telefon.
Pemilik syarikat lelongan itu, Adam Partridge berkata, dia sangat teruja dengan lelongan berkenaan.
“Seorang lelaki datang kepada kami dan meminta untuk menjual ketulan muntah sebesar bola ragbi ini.
“Banyak benda boleh disalah anggap sebagai ambergris dan selepas dihantar untuk ujian kami dapati ketulan ini sangat berharga,” katanya.
Ambergris seberat lebih satu kilogram dan berbau busuk itu mungkin hanyut di laut selama berpuluh-puluh tahun sebelum terdampar di pantai.
Partridge memberitahu, ini adalah kali pertama di dunia ambergris dilelong.
Ambergris dihasilkan dalam usus ikan paus sperma untuk melindungi organ itu daripada benda tajam seperti paruh sotong yang dimakan haiwan itu.
Ia kemudian dikeluarkan dari usus dengan cara memuntahkan.
Ambergris digunakan dalam industri minyak wangi kerana ia menjadikan minyak wangi tahan lebih lama. – Agensi/myMetro Online
Sumber TKO - 28-9-2015
Saintis Jepun Cipta Mi Unik ‘Glow In The Dark’ (bersama video)
Posted on Monday, September 28 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

JEPUN dan inovasi memang tidak dapat dipisahkan. Perkembangan inovasi mereka tidak hanya terhad kepada pembangunan teknologi dan gajet sahaja, sebaliknya industri pemakanan turut sama berubah mengikut kepakaran saintis di sana.
Terbaharu seorang saintis, Kurare Raku telah mencipta mi yang boleh bersinar dalam gelap.
Raku enggan mendedahkan rahsia di sebalik penciptaan mi neon yang terdiri daripada warna merah jambu, hijau dan biru.
Walau bagaimanapun, banyak pihak mendakwa dia mewarnakan mi tersebut dengan pewarna makanan dan mendedahkan mi itu dengan cahaya ultraviolet untuk kesan glow in the dark.
Tindakan itu mungkin boleh membahayakan kesihatan si pemakannya. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=EF7HoEBLRyg&feature=player_embedded
Sumber TKO - 28-9-2015
|
| Ketika PBB Berusia 70 Tahun | |
Posted on Monday, September 28 @ 09:27:51 MYT by paktam
Oleh BAHAROM MAHUSIN
DUNIA bukanlah sebuah tempat yang sempurna. Konflik, krisis dan peperangan sentiasa b erlaku dari masa ke masa, meletakkan jutaan manusia di kawasan-kawasan tertentu dalam risiko, kesengsaraan dan penderitaan.
Di seluruh dunia sekarang, menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam satu kenyataan minggu ini, terdapat 60 juta manusia yang terpaksa menjadi pelarian, diusir dari rumah, tanah dan negara mereka ekoran konflik dan peperangan.
Krisis imigran yang berlaku di Eropah sekarang yang menyaksikan terdamparnya beribu-ribu pelarian dari Asia Barat, Asia Tengah dan Afrika adalah manifestasi keadaan dunia yang penuh pergolakan, terutama di negara-negara berpenduduk Islam. Lihat sahaja situasi konflik di Syria, Iraq, Yemen, Afghanistan dan banyak lagi negara.
Pada masa yang sama, di banyak kawasan lain dunia, keamanan kelihatannya dapat dikecapi, terima kasih kepada PBB yang dalam beberapa minggu lagi, pada 24 Oktober 2015, akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-70.
Negara-negara Eropah yang terjejas teruk akibat Perang Dunia Kedua ketika PBB ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 (seperti Jerman, Perancis, dan Itali) kini menikmati keamanan dan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Jepun yang pernah kalah perang, misalnya, kini menyumbang sebanyak AS$323 juta (RM1.4 bilion) kepada bajet tahunan PBB.
Kemakmuran negara dunia nampaknya banyak bergantung kepada anjakan pemikiran, iaitu bagaimana penduduk negara itu menguruskan dan menyelesaikan perbezaan politik serta perbalahan mereka, dan pada masa sama sentiasa berusaha mengelak campur tangan pihak luar baik secara langsung atau tidak langsung.
Selepas 70 tahun penubuhannya, imbangan kuasa dalam PBB, khususnya Majlis Keselamatan, tidak menggembirakan banyak negara yang tiada kuasa veto, tetapi dalam dunia yang penuh perseteruan, PBB yang diuruskan oleh teknokrat dan dibantu kepakaran cendekiawan antarabangsa dalam agensi-agensinya, telah dapat mengekang konflik yang lebih besar daripada berlaku.
Pihak-pihak yang skeptikal dengan peranan PBB mungkin membuat pelbagai tuduhan terhadap badan dunia itu, tetapi sebelum mereka pergi lebih jauh dengan pandangan tersebut, elok mereka meneliti beberapa fakta.
Ketika PBB ditubuhkan pada musim luruh 1945 sebagai kesinambungan idea Liga Bangsa-Bangsa yang wujud tiga dekad sebelumnya dan menjadikan kota New York di Amerika Syarikat sebagai ibu pejabatnya, hanya terdapat 51 negara menganggotai pertubuhan itu. Kini keahlian PBB telah meningkat kepada 193 buah negara.
Keanggotaan dalam PBB tidak syak lagi sebenarnya telah mencetuskan aspirasi untuk banyak bangsa berusaha mencari dan memperjuangkan kemerdekaan masing-masing. Inspirasi PBB dalam dekolonisasi amat besar.
Malaysia sendiri mempunyai pengalaman yang mengesankan dengan PBB apabila ia memohon menjadi negara anggota PBB sebaik-baik sahaja mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957. Kira-kira 17 hari kemudian, Malaya secara rasmi menjadi ahli PBB, dan sejak itu keanggotaan dalam PBB membawa kesan besar kepada negara yang baru merdeka itu.
Sejarah kewujudan
Untuk mengetahui betapa mustahaknya PBB kepada sesebuah negara dunia, seseorang itu harus meneliti sejarah kewujudan negara bangsa pada era moden pasca Perang Dunia Kedua.
Singapura ialah satu contoh yang dapat memperihalkan impak PBB kepada negara moden.
Apabila Singapura disingkirkan daripada Persekutuan Malaysia pada 1965 untuk menjadi negara bebas, sebagai sebahagian usaha bagi menutup kritik di dalam negeri dan di seberang laut, ia segera memohon menjadi negara anggota PBB. Singapura diterima menjadi negara anggota PBB yang ke-117 pada 21 September 1965.
Langkah menganggotai PBB telah memberi legitimasi kepada kemerdekaan Singapura.
Republik kecil itu kelihatannya begitu terhutang budi kepada PBB dan sentiasa berusaha untuk menayangkan penglibatannya dalam arena diplomasi antarabangsa menerusi badan dunia itu.
Dalam konteks pendekatan itu, ia menerbitkan sebuah buku khas berjudul, 50 Years of Singapore and The United Nations, yang menyusur galurkan penglibatan negara pulau itu dalam badan dunia tersebut.
Di dalam buku itu dicatatkan sedikit kekesalan iaitu Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew tidak pernah berucap pada Perhimpunan Agung PBB, walaupun beliau pernah beberapa kali ke New York bertemu Setiausaha Agung ketiga PBB, U Thant.
Dalam kes Malaysia, keanggotaan dalam PBB membawa negara persekutuan itu ke satu era baharu, daripada Persekutuan Malaya menjadi Persekutuan Malaysia, sebelum Singapura disingkirkan. Sejak daripada awal penglibatannya dalam PBB, para pemimpin Malaysia menyedari betapa pentingnya PBB dalam memastikan evolusi tataurus dunia dilakukan dengan cara aman, adil dan makmur.
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia, berucap dalam siaran radio pada 24 Oktober 1969 sempena ulang tahun ke-24 PBB dengan menekankan bahawa adalah menjadi polisi Malaysia untuk memberi segala sokongan bagi menjayakan aktiviti pertubuhan pelbagai hala itu.
Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bagaimana Malaysia pada zaman itu mendapat bantuan yang agak banyak daripada PBB melalui agensi-agensinya seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
Simbol kehebatan
Agensi-agensi PBB itu membantu, antara lain, menjayakan projek Segitiga Jengka di Pahang yang menerima pinjaman RM570 juta melalui Program Pembangunan PBB (UNDP). Hari ini Jengka menjadi antara kawasan luar bandar di dunia yang dianggap simbol kehebatan program transformasi wilayah. Peneroka Felda dan keluarga mereka di Malaysia tentulah terkesima dengan fakta ini.
Malaysia juga ketika itu menerima bantuan kewangan untuk beberapa projek lain termasuk pembesaran Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya. Hari ini Universiti Malaya menduduki ranking ke-151 universiti terbaik dunia.
Menurut Allahyarham Tun Razak dalam ucapannya, apabila Malaysia berdepan dengan cabaran ekoran tuntutan Filipina ke atas Sabah, PBB menjadi tempat untuk negara menyuarakan isu-isu yang timbul bagi mencari perbincangan yang berterus terang dan rundingan secara damai.
Katanya: “Salah satu garis panduan dasar luar kita ialah kita sentiasa mempunyai rasa hormat penuh kepada kedaulatan dan integriti wilayah negara-negara lain. Sebagai balasan, kita minta hormat yang sama daripada mereka.”
Anak Allahyarham Tun Razak, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Perdana Menteri keenam Malaysia, juga adalah pemimpin yang yakin kepada peranan PBB dan cuba memberikan sumbangan yang terbaik kepada organisasi itu.
Di bawah kepimpinannya, Malaysia pada tahun lalu berjaya menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, iaitu satu daripada 10 anggota tidak tetap Majlis Keselamatan, yang memberinya lebih peluang untuk mempengaruhi dasar dan keputusan yang dibuat oleh PBB.
Di PBB, dalam ucapan-ucapannya pada Perhimpunan Agung pertubuhan itu, Najib mungkin tidak sekontroversi sesetengah pemimpin dan bekas pemimpin dunia lain, tetapi beliau sentiasa memberikan perspektif Malaysia secara berhemah dan penuh kesederhanaan kepada badan dunia itu.
Banyak pihak membangkitkan tentang piagam dan struktur PBB yang kelihatan tidak adil, usang dan tidak bergerak dengan zaman, khususnya keanggotaan Majlis Keselamatan dan kuasa veto lima negara yang merupakan anggota tetap majlis itu (Amerika Syarikat, Rusia, China, United Kingdom dan Perancis), tetapi Najib dalam tiga kali kehadirannya pada Perhimpunan Agung PBB sebelum ini cuba melihat dunia secara realistik.
“Elok saya menegaskan komitmen Malaysia untuk menyumbang kepada usaha kolektif ini. Kita berbuat demikian dalam keyakinan kuat bahawa semua negara, tidak kira besar atau kecil, kaya atau miskin, mempunyai tanggungjawab bersama mencipta dunia yang lebih baik untuk hari esok,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB tahun 2010.
Beliau memberitahu PBB pada tahun 2013 pula bahawa suara kesederhanaan dapat mengatasi kejahatan ekstremis, manakala pada tahun lalu, Najib mengingatkan bahawa “stabiliti tidak kekal, ia perlu dipertahankan secara aktif”.
Malaysia yang bertambah maju mungkin tidak lagi menerima bantuan secara langsung daripada PBB seperti yang pernah diperoleh pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, tetapi pada usia 70 tahun PBB, nampaknya pendirian Malaysia terhadap badan dunia itu masih konsisten.
Berdasarkan sikap Najib yang akan sekali lagi berucap pada Perhimpunan Agung PBB pada 1 Oktober ini, kepada Malaysia ia tetap sebuah platform yang relevan untuk masyarakat antarabangsa. - utusan.com.my
Sumber DD - 28-9-2015 |
Lebuhraya "Terapung" Dibina Di Atas Sungai Di China | |
Posted on Monday, September 28 @ 09:35:49 MYT by paktam
Di Malaysia biasanya jika ada kawasan bukit bukau, jalan raya akan dibina melingkari p ermukaan bukit. Di Provinsi Hebei,China mereka mempunyai dilema yang sama ketika membina jalan raya diantara Xingshang County dan Jambatan Zhaojun. Jalan raya ini perlu melalui kawasan berbukit bukau.
Kerana jurubina tidak mahu menebuk terowong menembusi kawasan pergunungan dan memusnahkan keindahan semulajadi, mereka membina jalan raya di atas permukaan sungai. Empat daripada sepuluh kilometer jalan raya baru ini dibina di atas permukaan sungai. Kos pembinaan ialah sekitar 440 Juta Yuan (RM 292 Juta) dan adalah lebih mahal dari kos pembinaan biasa. Tetapi bagi penududuk setempat jalan raya "terapung" di atas sungai ini bukan sahaja unik tetapi memberikan pemandangan yang cantik apabila digunakan.
Sumber TKO - 28-9-2015 |
Mexico bumi merbahaya buat wanita?
Posted on Sunday, September 27 @ 13:56:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |

GUERRERO - MEXICO. Apabila polis menemui mayat ibunya tanpa kepala, Ahilin Quinones tahu bahawa dia telah menjadi anak yatim, sepertimana anak-anak yatim yang tidak terkira banyaknya di Guerrero, Mexico.
Quinones juga tahu bahawa ibunya, Aide Nava telah menjadi salah seorang daripada mangsa culik dan bunuh sindiket dadah yang bermaharajalela di kejiranan Guerrero.
Nava merupakan calon datuk bandar kepada sebuah bandar yang terletak di kawasan pergunungan Mexico, Ahuacuotzingo.
Selepas bersumpah untuk membersihkan bandar itu dari pengaruh kartel dadah dan samseng, Nava telah diculik, dirogol, diseksa dan dipancung.
Pada 11 Mac lalu, kehilangan Nava terjawab apabila kumpulan sindiket dadah yang menculiknya membuang mayatnya di tempat terbuka.
Mayatnya ditutup dengan sehelai kain yang disembur cat yang bertulis “ini yang akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kami”.
“Polis memberitahu kami bahawa mereka tidak dapat mengenal pasti mayat ibu saya tanpa kepalanya.Saya terpaksa mengecam mayat ibu saya dengan tanda lahir yang ada pada lengannya,” ujar Quinones ketika menceritakan detik hitam itu kepada sebuah portal antarabangsa.
Quinones, 19, telah kehilangan segala-galanya sejak penguasaan kartel dadah berlaku di tempat tinggalnya.
Bapanya yang memegang jawatan sebagai datuk bandar di bandar Fransisco Quiñones, telah dibunuh dengan menggunakan pistol sembilan bulan sebelum pembunuhan ke atas ibunya dilakukan.
Sementara abangnya pula dikatakan telah 'menghilangkan diri' sejak beberapa tahun dahulu, dipercayai diculik oleh kumpulan samseng dadah pada tahun 2012 yang lalu.
Dengan pembunuhan yang dilakukan ke atas ibu dan bapanya, penduduk di kawasan tersebut percaya bahawa Quinones dan kakaknya, Vanessa mungkin menjadi sasaran seterusnya bagi sindiket terbabit.
“Wanita hilang dan mati setiap hari dari tempat ini. Ibu saya hanya seorang di antara beribu-ribu mangsa yang lain,” katanya lagi.
Menurut kajian yang dilakukan oleh National Citizen Femicide Observatory, seramai enam wanita dibunuh di Mexico setiap hari dan hanya satu per empat daripada 3,892 kes pembunuhan pada tahun 2013 disiasat oleh pihak berkuasa.
Secara purata, seramai 14 bagi setiap 100,000 wanita dibunuh setiap tahun di Guerrero, iaitu empat kali lebih tinggi dari negeri lain di negara tersebut.
Tahun lepas, media antarabangsa melaporkan seramai 43 orang pelajar lelaki dari Kolej Perguruan Luar Bandar Ayotzinapa hilang di Iguala, Guerrero.
Penculikan besar-besaran tersebut dilakukan oleh sekumpulan ahli kongsi gelap dan menurut laporan rasmi, kumpulan tersebut merampas beberapa buah bas yang dinaiki pelajar-pelajar tersebut.
Pelajar-pelajar itu dilaporkan merancang untuk mengadakan bantahan pada persidangan yang dipimpin oleh isteri datuk bandar Iguala.
Menurut pengasas Organisasi pertahanan perempuan, Wanita Allied for Justice, Maria Luisa Garfias berkata, statistik kehilangan dan pembunuhan wanita pada tahun ini meningkat mendadak melebihi tahun purata pada tahun sebelumnya.
“Penjenayah di negara ini tidak sekalipun cuba untuk menyembunyikan jenayah mereka lagi.
Mereka seolah-olah menikmati jenayah yang mereka lakukan,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal itu.
Organisasi tersebut menganggarkan sehingga setakat ini, lebih dari 600 wanita di Guerrero telah hilang pada tahun ini dan sebanyak 1,249 kes rogol telah dilaporkan pada tahun 2014.
“Wanita menjadi takut untuk melaporkan jenayah pada pihak berkuasa. Kami ada rekodkan satu kes di mana mangsa rogol melaporkan jenayah itu kepada polis namun akhirnya dilaporkan sebagai orang hilang setelah cuba mendapatkan keadilan untuk dirinya sendiri.
“Hanya kira-kira 40 peratus daripada mangsa rogol melaporkan jenayah itu dan angka sebenar mungkin diluar jangkaan kita,” katanya lagi.
Akhbar harian Guerrero, Vértice, kerap menerbitkan gambar-gambar grafik pembunuhan hari sebelumnya di halaman belakang media bacaan tersebut.
Menurut editornya, Jorge Pacheco, dia amat terkejut dengan angka kes kematian yang dilaporkan semakin meninggi, setiap hari.
“Kami bukan sahaja terkejut dengan peningkatan angka kematian wanita di negara ini, malah juga dengan cara mereka dibunuh.
“Mereka dibuang dari jambatan, digantung di lebuh raya yang sibuk, dicacatkan sebelum dibunuh dan banyak lagi. Semakin hari, semakin banyak gambar-gambar seperti ini tiba ditangan kami,” katanya.
Terdapat ramai pakar dan kumpulan hak asasi manusia melahirkan kebimbangan terhadap kes pembunuhan wanita yang berada di luar kawalan.
Isarve Cano Vargas, 19, dari bandar Tehuacan, adalah salah seorang mangsa daripada kira-kira 4,000 wanita dan gadis yang diculik dan dibunuh setiap tahun.
Anak perempuan seorang bekas ahli politik itu ditemui mati pada bulan Mei, sebulan selepas dia dilaporkan hilang.
Cano Vargas dibunuh walaupun keluarganya membayar tuntutan wang tebusan kepada penculiknya.
Pada bulan Januari, mayat seorang pelakon Carmen Yarira Noriega Esparza, 27, ditemui mereput dalam sebuah tangki air di blok pangsapuri tempat tinggalnya di bandar Mexico.
Graduan psikologi itu dilaporkan hilang hampir setahun lalu sebelum dia ditemui pada Februari 2014.
Satu lagi kes kematian melibatkan Datuk Bandar Tiquicheo, Maria Santos Gorrostieta, yang diserang ketika menghantar anaknya ke sekolah.
Gorrostieta telah diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata mayatnya ditemui diikat dengan kesan tikaman,dibakar, dan diseksa di tepi jalan di San Juan Tararameo.
Gorrostieta sebelum ini dilaporkan telah terselamat dari dua percubaan bunuh.
Seorang pelajar sekolah tinggi, Lupita Perez Montes, 17, yang dilihat kali terakhir pada 31 Januari adalah antara 18 gadis muda yang dilapor hilang dari bandar utara Ciudad Juarez dalam tempoh lebih setahun.
Dalam kes melibatkan orang hilang, seorang guru sekolah rendah, Noé Velasquez telah membuat pinjaman sebanyak £ 12,000 (RM79445.59) iaitu lebih tiga kali gaji tahunannya untuk membayar wang tebusan anak perempuannya awal tahun ini.
Anak perempuannya, Jimena Vasquez, yang berusia 18 tahun, hilang pada Mac selepas bertemu seorang lelaki yang dikenali menerusi perbualan dalam talian.
Walaupun dia memberikan wang tebusan penuh kepada penculik, anak perempuannya tidak pernah kembali.
Jimena Velasquez kekal dalam senarai hilang Guerrero negeri.“Saya ada hutang yang banyak, tapi saya akan membayar sepuluh kali ganda jika anak perempuan saya dikembalikan dengan selamat,” katanya.
Maria Velez, 15, dilaporkan hilang di Chilpancingo pada tahun 2010 selepas masuk ke dalam sebuah kereta hitam yang tidak dikenali di luar sekolah.
Insiden tersebut merupakan tragedi hitam kali kedua buat ibunya, Lilia Juare apabila pasangannya, Jesus Moreno hilang pada tahun 2008 dalam modus operandi yang sama.
“Orang-orang yang saya sayang telah diambil dari saya. Saya tidak boleh tahu jika mereka masih hidup atau mati. Hidup saya macam dalam neraka,” katanya.
Guerrero adalah negeri yang sangat penting bagi industri kartel dadah di negara tersebut.
Guerrero adalah kawasan penanaman ganja dan candu popi yang sangat subur.
Menurut laporan, kira-kira 41 hektar ladang-ladang candu popi diusahakan mengelilingi bandar Guerrero. - Sinar
Sumber TKO - 27-9-2015
Saudi Arabia’s Reach in Yemen: Fighting for Regional Dominance

By : James M. Dorsey
The war by Saudi Arabia and its Gulf allies against Houthi rebels in Yemen has become a debilitating sectarian conflict that has reduced large parts of the impoverished country to rubble and potentially destabilizing the region. The kingdom has framed its approach in stark sectarian terms that has sparked intolerance towards minorities, first and foremost Shiites, who are depicted as pawns of an expansionary Iran.
Saudi Arabia fears that its influence, based on its oil reserves and the administration of Islam’s most holy cities, constitutes but a window of opportunity. Its greater assertiveness and sectarianism amount to a determined effort to exploit that opportunity to cement its place in the Middle East and North Africa’s geopolitics.
Saudi Arabia’s unprecedented military assertiveness is a key pillar of its defence doctrine as described by Nawaf Obaid, a Saudi scholar with close ties to the kingdom’s political elite. The doctrine aims to counter, in Obaid’s words, the three foremost threats to the kingdom: “regional instability, a revanchist and/or nuclear Iran, and terrorism”.
In a recent article in Al Monitor, Obaid argued that the doctrine was evident in the crushing by Saudi and other Gulf troops of a popular revolt in Bahrain, which he defined as “an Iran-backed insurgency” and recent successes of the Saudi-led Gulf alliance in pushing Houthi rebels and forces loyal to ousted President Ali Abdullah Saleh out of southern Yemen.
The Saudis and their Gulf Cooperation Council (GCC) allies, especially the United Arab Emirates, are currently engaged in finishing the job by pushing north with the objective of ridding the entire country of any groups that are affiliated with Iran. Once Yemen is secure, the Saudis will begin to plan utilizing their increasing strategic alliances and formidable military infrastructure to address the Syrian civil war, Obaid asserted.
He asserted that Saudi military planners have already started looking at potential scenarios where Riyadh could use air power to provide cover for anti-Assad forces not linked to terrorist groups.
Sooner or later, a Saudi coalition will get involved in Syria, and it will become the largest and most dangerous front in the conflict between the kingdom, its Arab allies and Iran, Obaid added.
The more aggressive stance of Saudi Arabia is part of the attempt by the kingdom to avert the force of nature by using its financial muscle to counter the revolutionary ideology of Iran since the 1979 Islamic revolution. It has done so by globally propagating its austere, intolerant vision of Islam that generated more extreme, violent interpretations adopted by groups like Islamic State and Al Qaeda that challenge absolute monarchical rule cloaked in an Islamic veneer.
Notwithstanding its kinetic campaign Saudi Arabia is unlikely to be the foremost player once the dust has settled from the current bloody conflict that have sparked the largest wave of refugees since World War Two.
Military victory in southern Yemen may prove difficult to translate into sustainable political achievement.
Long-standing Saudi interference in Yemeni politics is a key ingredient in Yemen’s mix of complex problems and is complicated by widespread Yemeni resentment of the humanitarian and civilian cost of the Saudi military campaign. The battle for northern Yemen may moreover prove to be more difficult than the one for the south given its complicated topography as well as greater popular support for the rebels.
Discontent in Bahrain continues to simmer at the surface even though the Saudi intervention and continued repression have largely stymied mass protests. Bahrain’s Saudi and UAE-backed refusal to address root causes risks fueling radicalization and potentially offers Iran opportunities to exploit what is fundamentally a domestic Bahraini problem.
Underlying all of this is, however, a reality that Saudi Arabia is unwilling to entertain. Its financial and energy muscle, together with its claim to moral authority derived from its status as the custodian of the two holy cities, is likely to prove insufficient in the struggle for regional predominance with countries like Iran, Turkey and Egypt.
Despite having to sort out problems of their own, these three countries ultimately bring assets to the table that Saudi Arabia does not have or that match those of the kingdom: a legacy of either empire or identity that is rooted in thousands of years of history; large populations and huge domestic markets; significant industrial bases; powerful militaries; and energy resources that in the case of Iran and most recently in Egypt, which over time will reduce if not neutralize the kingdom’s competitive edge.
To be sure, Saudi Arabia has an advantage in the Arab world from the fact that neither Turkey nor Iran is Arab. Being Arab however is unlikely to compete with rival economic and military power despite Saudi projections that its military expenditure is cementing its regional role.
It is a matter of time before Iran can match Obaid’s assertion that with over US$100 billion already spent on conventional military expansion in the past five years and another $50 billion allocated over the next two years, the Saudis are fully committed to and capable of out-powering the Iranians.
For Saudi Arabia, the question is whether assertiveness, money, military expenditure and a moral claim are enough to turn a window of opportunity into a permanent reality, given the looming prospect of a nuclear agreement that will gradually return Iran to the international fold; a nationalist Egypt having the eastern Mediterranean’s largest gas field; and Turkey as a military and industrial powerhouse.
The kingdom may find that a less intolerant, more inclusive approach, coupled with greater sensitivity to popular political, social and economic aspirations, apart from a greater willingness to cooperate with regional rivals, offers better hope for stability and security. It is a tall order in a world in which the name of the game is attempting to shape the Middle East and North Africa in ways that ignore facts on the ground and are geared towards regime survival at whatever cost.
***James M. Dorsey is a senior fellow at the S. Rajaratnam School of International Studies as Nanyang Technological University in Singapore, co-director of the Institute of Fan Culture of the University of Würzburg and the author of the blog, The Turbulent World of Middle East Soccer, and a forthcoming book with the same title.
Sumber BO - 20-9-2015
Sokong remaja Islam, Palin kritik Barack Obama
Posted on Monday, September 21 @ 07:18:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

WASHINGTON 20 Sept. - Bekas Gabenor Alaska, Sarah Palin mengkritik tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menjemput remaja beragama Islam, Ahmed Mohamed ke White House selepas dia ditangkap polis di sekolahnya kerana dituduh membuat bom yang sebenarnya sebentuk jam.
Portal Daily Mail melaporkan, Palin dalam akaun Facebook miliknya mengkritik Obama dan media yang mempertahankan jam buatan Ahmed yang tidak ubah seperti ‘peralatan bom berbahaya'.
"Jika anda percaya objek itu adalah jam, anda juga nampaknya percaya pentadbiran Barack Obama paling telus dalam sejarah,'' katanya.
Beliau turut berkongsi gambar kotak pensel anak-anaknya dengan keterangan gambar ‘Ya, itu adalah jam dan saya adalah Ratu England'.
Palin berkata, jemputan tersebut merupakan satu tindakan yang melampau.
"Tindakan Obama campur tangan dalam beberapa kes bagi menunjukkan dirinya seorang wira, sudah lapuk,'' katanya di Facebook.
Beliau berkata, Obama sepatutnya tidak campur tangan dalam kes itu.
"Obama akan menggalakkan lebih banyak pergaduhan kaum yang kini semakin buruk dengan gerakan Black Lives Matther dan menggalakkan seseorang menjadi mangsa,'' katanya.
Sumber TKO - 21-9-2015
Nasib pelarian Islam 
di Eropah seperti ‘bola’
Posted on Monday, September 21 @ 07:13:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

Krisis pelarian Islam yang memasuki Eropah kini semakin meruncing dengan ramai pelarian bukan sahaja dilaporkan lemas akibat bot-bot yang mereka naiki karam semasa menyeberangi Laut Mediterranean, tetapi juga berdepan masalah baru apabila ramai pelarian yang tiba di negara-negara Eropah dihalang memasuki negara-negara terbabit.
Kebanyakan pelarian ini adalah pelarian Islam yang datang dari Asia Barat seperti Syria dan Iraq, Afrika dan Asia, cuba mencari tempat baharu untuk membina kehidupan selepas negara mereka dilanda perang saudara.
Ini merupakan kebanjiran pelarian terbesar ke Eropah selepas Perang Dunia Kedua.
Gambar Allahyarham Alan Kurdi, mayat seorang bayi yang terdampar di sebuah pusat peranginan di Turki awal bulan ini, dilihat tidak dapat membuka mata kerajaan negara-negara Eropah untuk membela nasib pelarian ini, yang tiba di benua itu untuk membina hidup baharu.
Hungary salah sebuah negara yang dilihat bertindak terlalu keras dan tidak bertolak ansur dalam memberi layanan kepada beribu-ribu pelarian Islam ini, yang tiba di negara itu untuk pergi ke Jerman dan negara-negara Eropah lain yang lebih toleransi.
Kerajaan Hungary bukan sahaja tidak bersedia menerima pelarian yang tiba di negara mereka, malahan turut bertindak menghalang pelarian menggunakan negara itu sebagai laluan untuk pergi ke negara Eropah lain, yang lebih terbuka seperti Jerman dan Croatia.
Hungary turut membina pagar kawat duri di sempadannya bagi menghalang kemasukan pelarian ke negara itu. Sikap Hungary itu dibayangi sejarah hitam negara itu diperintah kerajaan Islam Uthmaniyyah selama 150 tahun pada abad ke-16.
Terbaharu, tindakan Budapest menutup pintu sempadannya dengan Serbia dan pembinaan pagar kawat berduri di sepanjang sempadannya dengan Croatia menjadikan keadaan bertambah buruk.
Croatia muncul sebagai negara alternatif memberi laluan terbaharu bagi pelarian Islam ini untuk meneruskan perjalanan pergi ke Jerman melalui Hungary, bagaimanapun Croatia pula tidak mampu menampung kehadiran besar pelarian yang kini mencecah 17,000 orang, yang disifatkan Zagreb sebagai terlalu ramai.
Croatia hanya mampu membawa pelarian itu ke sempadan Hungary, sekali gus menjadikan pelarian itu seperti `bola'.
Terbaharu, Slovenia pula menggunakan gas pemedih mata ke atas pelarian yang mahu menuju ke Switzerland menerusi negara berkenaan.
Tindakan menggunakan kekerasan ke atas pelarian adalah sama sekali tidak wajar, lebih-lebih lagi negara-negara Eropah terkenal memperjuangkan hak asasi manusia.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon baru-baru ini mengecam tindakan Hungary bertindak keras ke atas pelarian.
Kesatuan Eropah (EU) pula masih bergelut merancang untuk mengadakan sidang kemuncak bagi membincangkan isu pelarian yang semakin meruncing.
OLeh Muhamad Zaid Adnan
Sumber TKO - 21-9-2015
Lebih 100,000 penduduk Turki bantah keganasan
Posted on Monday, September 21 @ 07:07:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

ISTANBUL: Lebih 100,000 penduduk, kebanyakannya mengibarkan bendera Turki membuat bantahan antikeganasan di ibu kota ini Ahad, ketika Presiden Recep Tayyip Erdogan melakukan tentangan hebat ke atas pemberontak Kurdis.
Mereka membanjiri Dataran Yenikapi di tepi pantai Laut Marmara untuk bantahan itu yang akan disudahi dengan ucapan oleh Erdogan.
Khamis lalu, ribuan penunjuk perasaan mengambil bahagian sama di ibu kota Ankara bagi mengutuk Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang membunuh berpuluh anggota polis dan tentera dalam siri serangan di tenggara, majoritinya penduduk Kurdis sejak runtuhnya gencatan senjata dua tahun, Julai lalu. -AFP
Sumber TKO - 21-9-2015
Dua Negara ‘Apartheid’ Saling Bergandingan

Ketua Staf Angkatan Tentera Myanmar telah melawat negara haram Israel buat kali pertamanya pada minggu lepas, menandakan permulaan hubungan diantara pemimpin tentera negara Asia Tenggara itu dengan negara Yahudi sejak tahun 1955 lalu.
Akhbar Haaretz melaporkan, dalam lawatan rasmi yang tidak diumumkan itu, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing telah bertemu dengan Menteri Pertahanan Moshe Yaalon, Ketua Staf IDF Gadi Eizenkot dan Presiden Reuven Rivlin.
Diiringi dengan delegasi pegawai-pegawai kanan tentera, Hlaing melawat beberapa industri ketenteraan Israel dan pengkalan tentera, termasuk Israel Aerospace Industries, Elbit Systems, Elta, Pangkalan Tentera Udara Israel di Palmahim dan pangkalan tentera laut di Ashdod.
Di Ashdod, Hlaing menulis di Facebook, beliau dan delegasinya menaiki dan memriksa bot peronda Super Dvora 3, yang merupakan jenis kapal pengawal pantai berkelajuan yang sama dengan kapal yang ditempah oleh tentera Myanmar dari Israel.
Urusniaga tersebut tidak mempedulikan bahawa Myanmar sedang dalam sekatan antarabangsa yang dikenakan oleh kedua-dua Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) kerana pemerintahan keras junta tentera negara itu.
EU masih melaksanakan embargo perdagangan senjata keatas Myanmar, walaupun sesetengah negara mengendurkan sekatan itu apabila Myanmar kononya memilih kerajaan berdasar
Selain itu Myanmar dikenali di seluruh dunia sebagai negara ‘apartheid’ yang menafikan kewujudan umat Islam Rohingya dan meluluskan undang-undang membezakan kaum dan agama.
Presiden semasa Myanmar sebaliknya, berbangga dengan dasar perkauman anti-Islam dan berharap ia akan membantu beliau memenangi pemilihan semula.
Namun sekatan EU itu, tidak menghalang Israel menjual senjata kepada negara Myanmar selama beberapa dekad, termasuk peluru berpandu udara-ke-udara dan meriam155mm meriam.
Myanmar telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sejak 1955 dan dilaporkan merancang lawatan itu sebagai satu cara untuk membuka lembaran baru hubungan dua hala dan kerjasama keselamatan.
Israel juga baru-baru membuat usaha bersepadu untuk membangunkan hubungan dan kerjasama lebih awal dengan negara-negara Asia yang lain.
Sumber BO - 18-9-2015
Kerajaan British Menyemarakkan Perang Yaman Melalui Penjualan Senjata
Kerajaan British telah dituduh secara senyap-senyap mencetuskan dan menyemarakkan perang di Yaman melalui penjualan senjata berterusan ke Arab Saudi, yang telah menerajui gabungan tentera Teluk menyerang Yaman melalui udara sejak Mac.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan lebih daripada 4,000 orang telah terbunuh dan ia digambarkan sebagai salah satu daripada krisis paling teruk kemanusiaan di dunia.
Britain adalah salah satu pembekal utama senjata ke Arab Saudi dan telah memberikan negara-negara Teluk 37 lesen eksport untuk barangan ketenteraan sejak perang Yaman bermula.
“Kerajaan UK secara senyap-senyap mencetuskan konflik Yaman dan memburukkan lagi salah satu daripada krisis paling teruk kemanusiaan di dunia berpotensi melanggar kedua-dua undang-undang domestik dan antarabangsa mengenai penjualan senjata,” kata Oxfam, sebuah badan amal, dalam satu kenyataan.
Rangka kerja undang-undang yang mengawal perdagangan senjata melarang tawaran di mana terdapat risiko jelas bahawa senjata boleh digunakan untuk melakukan jenayah perang atau pencabulan hak asasi manusia.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh gabungan dipimin Arab itu berpotensi melakukan jenayah perang, menunjuk kepada satu corak serangan udara di tempat awam di mana tidak ada sasaran tentera jelas.
Pasar, gudang bijirin, pelabuhan dan juga kem pelarian telah disasarkan bom dari serangan udara gabungan Arab.
Pada bulan Jun, serangan udara melanda sebuah kompleks kilang awam dan membunuh berpuluh-puluh orang.
Gambar-gambar dari dalam kemudahan itu menunjukkan badan seolah-olah dicincang, dan keadaan terbakar yang di luar pengiktirafan.
“Terdapat paradoks di tengah-tengah pendekatan kerajaan Brtish ke Yaman, Dalam satu tangan Jabatan Pembangunan Antarabangsa membiayai usaha-usaha untuk membantu orang awam yang terperangkap dalam konflik itu,
“manakala di pihak yang lain Kerajaan sedang mengisi konflik yang menyebabkan penderitaan manusia tidak tertanggung.” kata Oxfam Ketua Eksekutif Mark Goldring.
Pada bulan April, kerajaan British memperuntukkan £ 4 juta untuk membantu memenuhi keperluan kecemasan Yaman yang berada di pinggir bencana kemanusiaan.
Agensi bantuan berkata 1.8 juta kanak-kanak di seluruh negara Yaman mempunyai risiko kekurangan zat makanan dan 84 peratus daripada penduduk adalah memerlukan segera bantuan kemanusiaan.
Kerajaan British, berkata ia tidak mengambil bahagian secara langsung dalam operasi yang dipimpin Arab, tetapi mengakui ia menyediakan sokongan teknikal dan senjata ketepatan berpandu ke Arab Saudi.
Tuduhan jenayah tidak terhad kepada gabungan itu. Menurut badan hak asasi manusia HRW, pergerakan pemberontak Houthi juga mungkin telah melakukan jenayah perang di bandar pelabuhan selatan Aden, di mana ia mensasarkan kakitangan bantuan dan orang awam lain di jalan-jalan.
Sumber HD - 15-9-2015
Bunuh, Minum Darah Anak Untuk Kaya
Posted on Sunday, September 13 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |

NEW DELHI: Seorang bapa tergamak membunuh anak perempuannya sendiri yang berusia 9 tahun dengan mengunakan tukul kerana percaya tindakannya itu akan menjadikannya kaya.
Girjesh Pal, 38 memukul anaknya Kushi hingga maut di hadapan isterinya sendiri selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
Memetik The Sun UK, ibu mangsa, Sunita mendakwa suaminya itu menyerang anak perempuannya selepas seorang rakannya pernah menasihatinya bahawa dia akan memperoleh kekayaan jika mengorbankan anaknya itu.
Pada hari kejadian, Girjesh dilihat membeli kapur yang digunakan untuk acara ritual dan enggan makan malam kerana atas alasan berpuasa.
Sunita berkata, suaminya itu membuat beberapa acara ritual sebelum memukul anaknya itu, malah dia juga turut minum darah mangsa dan berkata tujuan dia mengorbankan nyawa anaknya adalah untuk memberi kebahagian kepada keluarga serta kestabilan kewangan.
Walaupun Sunita dan seorang lagi anak lelakinya cuba untuk menyelamatkan mangsa, namun gagal.
Sementara itu, menurut penduduk tempatan yang turut berada di lokasi kejadian berkata semua yang berada di tempat kejadian menjerit dan cuba untuk membantu, namun dihalang oleh suspek.
Girjesh yang bekerja sebagai petani sering mengalami masalah kewangan dan dia kini ditahan atas tuduhan membunuh.
-Sinar Harian
Sumber TKO - 13-9-2015
Puluhan Ribu Berhimpun Sokong Terima Pelarian

Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berkumpul di ibukota Denmark dan United Kingdom untuk membantah pendirian kerajaan mereka mengenai krisis pelarian, sementara beberapa siri demonstrasi lain telah dirancang di Jerman, Sepanyol dan Perancis.
Polis Denmark menganggarkan 30,000 orang telah berkumpul di luar bangunan Parlimen Denmark di Copenhagen pada hari Sabtu, menjerit slogan “Pelarian adalah dialu-alukan”.
Bantahan secara aman pada hari Sabtu itu datang selepas Denmark membuat kenyataan pada Jumaat bahawa negara itu telah menerima sebahagian yang wajar daripada pencari suaka dan tidak akan mengambil bahagian dalam cadangan oleh Suruhanjaya EU untuk berkongsi menerima 160,000 pelarian lain.
Sementara itu, berpuluh-puluh ribu rakyat Britain berhimpun di pusat bandar London, menggesa kerajaan mereka untuk melakukan lebih banyak bagi membantu pelarian Syria.
Beberapa ribu orang boleh dilihat berarak di pusat bandar London ke pejabat Perdana Menteri, David Cameron, mengangkat sepanduk bertulis; “Buka Sempadan” dan “Masuk Pelarian, Keluar Tories”.
Beribu-ribu para demonstran juga berkata bahawa Britain harus melakukan banyak lagi usaha membantu para pelarian.
“Perhimpunan ini menyatakan, bahwa kerajaan adalah salah dalam pendirian mereka terhadap pelarian,” kata seorang penunjuk perasaan, Dusan Petkovic, kepada agensi berita AFP.
Mereka menyifatkan David Cameron lambat bertindak dan membiarkan lebih banyak pelarian Syria menghadapi krisis di Eropah dengan kejadian tegang meningkat.
Pada minggu lepas Eropah hanya bersetuju untuk mengambil 20,000 orang dalam tempoh lima tahun.
Sementara itu, beratus-ratus orang lain bangkit menyokong pelarian di Dublin, Ireland, Budapest di Hungary dan The Hague di Belanda
Sumber BO - 13-9-2015
Masjid Tertua Norway Tidak Dibenarkan Menerima Pelarian

Suatu keputusan untuk menghalang masjid tertua di Oslo daripada membantu pelarian telah mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam Norway, selepas pihak berkuasa imigresen kerajaan memutuskan bahawa hanya organisasi neutral dibenarkan untuk memberikan bantuan.
“Kami mempunyai sukarelawan yang cukup dan tempat yang bersihan. Jika kami boleh membantu, kami bersedia,”kata Arshad Jamil, Pusat Kebudayaan Islam (ICC) yang terletak di masjid Oslo, memberitahu penyiar Norway NRK pada Rabu.
Tawaran umat Islam Norway itu adalah berikutan berita mengenai sekurang-kurangnya 700 pelarian baru, terutamanya dari Syria, dijangka tiba di Norway minggu ini.
Dengan peningkatan jumlah pelarian, Direktorat Imigresen Norway (UDI) telah bekerjasama dengan badan-badan amal dan organisasi lain yang boleh menyediakan tempat tinggal sementara untuk mereka yang tiba.
Oleh kerana mempunyai kemudahan yang diperlukan untuk tempat tinggal kepada para pelarian, masjid tersebut menawarkan tempat berlindung bagi sebahagian pelarian yang akan tiba.
Tawaran itu ditolak selepas UDI berkata pihaknya tidak boleh menggunakan pertubuhan agama.
“Mereka di sebalik tawaran penerimaan mungkin mempunyai nilai-nilai asas, walaupun mereka adalah agama atau politik,”kata Pengarah UDI Frode Forfang, sambil menambah bahawa dalam hal ICC, bangunan itu sendiri adalah agama dan oleh itu ia tidak sesuai.
“Kami (juga) boleh menggunakan Salvation Army, atau Misi Gereja Bandar untuk perkara itu. Tetapi tawaran sebenar perlu (pihak) neutral,”katanya.
Untuk mengisi kekurangan banyak katil, panggilan kerajaan untuk menawarkan bantuan telah dijawab oleh Palang Merah Norwey, yang telah menawarkan 60 katil untuk pelarian dalam sekelip mata, dan Angkatan Tentera Norway, telah berjanji untuk menyediakan berek tentera tidak digunakan sebagai tempat perlindungan.
Nama-nama pertubuhan yang diterima telah dikritik oleh umat Islam Norway yang mengatakan bahawa kemudahan ICC adalah berbeza daripada yang ditawarkan oleh orang-orang gereja.
“Bangunan ini merupakan pusat kebudayaan. Masjid adalah hanya sebahagian kecil daripada itu,” kata Jamil.
Penduduk Islam, yang telah berkembang dengan mantap, adalah kini berjumlah 150,000 hingga 200,000 orang daripada 5.2 juta penduduk Norway.
Perbahasan ke atas imigresen di negara itu bermula pada tahun 2011 apabila Anders Behring Breivik membunuh 77 orang dan menuduh kerajaan dan parti Buruh yang memerintah ketika itu memudahkan kemasukan pendatang Islam dan ‘menggadaikan’ maruah rakyat asas Norway.
Sokongan untuk imigresen telah meningkat secara berterusan sejak serangan itu, bagaimanapun, dari tinjauan pendapat pada akhir tahun lalu mendapati bahawa 77 peratus daripada rakyat Norway berpendapat, pendatang membuat sumbangan penting kepada masyarakat Norway.
Sumber BO - 11-9-2015
Pelarian Syria: Saudi biaya bina 200 masjid di Jerman
ARAB Saudi, salah satu negara di Timur Tengah yang tidak membenarkan pelarian Syria untuk memasuki negara itu.
Namun negara yang terdapat 2 kota suci itu berinisiatif akan menawarkan pembiayaan untuk membina 200 masjid di Jerman untuk para pelarian gunakan, lapor laman Eramuslim.com.
200 masjid Saudi dijangka akan memainkan peranan utama dalam kebangkitan Islam di Barat dari berawal untuk mengkomodasikan sekitar satu juta pendatang di Jerman.
Apakah ini sebuah strategi yang bagus bagi umat Islam, wallahu a'lam.
Atau persis seperti apa yang pernah dikatakan oleh Erdogan mengenai kekuatan dan pengaruh masjid di negeri Eropah, "masjid-masjid adalah berek kami, kubah adalah teraju kami, menara adalah bayonet kami dan jamaah masjidnya adalah tentera setia kami."
Sumber HD - 11-9-2015
India ‘Covering Up Abuses’ In Kashmir

The Indian government has covered up hundreds of cases of human rights abuses, including extrajudicial killings, torture and enforced disappearances in the disputed territory of Kashmir, a new report has alleged.
Khurram Parvez, programme coordinator of Jammu Kashmir Coalition of Civil Society, told Al Jazeera on the release of the report, titled Structures of Violence: The Indian State in Jammu and Kashmir, that the Indian government had allowed systemic violence to take root in the Himalayan region hit by more than two decades of conflict.
Parvez, co-author of the mammoth 800-page report, released on Wednesday, said the International Peoples’ Tribunal and the Association of Parents of Disappeared Persons had documented more than 1,080 extrajudicial killings and 172 enforced disappearances, as well as cases of sexual violence that go back to the early 1990s. The report took two years to compile.
The document details 333 case studies of human rights violations and names some 972 alleged perpetrators responsible for the crimes. These include 464 army personnel, 161 paramilitary personnel, 158 Jammu and Kashmir Police personnel and 189 “government gunmen”.
“These crimes were happening with the full knowledge of higher level officers in the Indian government … they must be all held accountable by international law,” Parvez said.
‘Structure of violence and impunity’
The allegations detailed in the report are supported by official records and testimonies and Parvez said that prosecution should not be limited to the individuals.
“We acknowledge that these are individuals forming part of a structure of violence and impunity that allows a massive institutional cover-up here in the valley,” he said.
The report calls for the UN Human Rights Council to appoint a Special Rapporteur to investigate the crimes and appeals to the UN Security Council (UNSC) to exercise its power to refer the cases to the International Criminal Court (ICC). India is not a signatory to the ICC but the UNSC has the power to refer situations to the court.
Waheed-Ur-Rehman, spokesperson for the ruling Peoples Democratic Party in Jammu and Kashmir, said his party was looking into the claims made in the report.
“There have been some human rights violations in Kashmir … and it is a fact [that] mistakes have been made on both sides and ultimately Kashmiris have suffered,” Rehman told Al Jazeera.
“We are trying our level best to provide justice to the people who have suffered in the past. Justice can never be anti-state, people will get justice,” he said.
But Gautum Navalkha, a human rights activist and editorial consultant to the Economic and Political Weekly magazine in New Delhi, described justice as “a rarity” in the disputed region.
“Because of the militancy, Jammu and Kashmir is considered a ‘disturbed area’ […] and there are two types of laws: one for common Indians and another for the ‘disturbed areas’.”
“There is no possibility of justice in Kashmir under these circumstances,” Navalkha told Al Jazeera.
Indian-administered Kashmir has seen an increase in violence over the past two months, prompting UN Secretary General Ban Ki-moon to raise concerns in August at rising tensions along the de-facto border between India and Pakistan.
At the time, the UN chief urged India and Pakistan to exercise restraint and take all steps to ensure the protection of civilians who continue to bear the brunt of hostilities between the two nations over their claims to Kashmir.
‘Serious abuses’
Kashmir has been divided between India and Pakistan since both countries gained independence in 1947. Both nations claim the Himalayan territory in its entirety, with Kashmiris still staking a claim to self-determination. Since 1988, the Indian military has deployed hundreds of thousands of security forces to quell an insurgency against Indian rule.
In July, Amnesty International accused the Indian government of refusing to prosecute perpetrators of human rights abuses in the region.
According to Amnesty, more than 96 percent of all allegations of human rights violations pitted against India’s personnel in the disputed territory have been declared as “false or baseless”.
“Till now, not a single member of the security forces deployed in the state has been tried for human rights violations in a civilian court. This lack of accountability has in turn facilitated other serious abuses,” Minar Pimple, a senior director of global operations at Amnesty said.
In a rare deviation from the norm, a military court sentenced five Indian soldiers to life imprisonment for the murder of three Kashmiri men in 2010. Omar Abdullah, the then chief minister of Jammu and Kashmir, described it as a “watershed moment”.
Amnesty welcomed the move but cautioned that “for justice to be consistently delivered, security force personnel accused of human rights violations should be prosecuted in civilian courts”.
Both Lieutenant Colonel N N Joshi, India’s army spokesperson in Srinagar and Colonel Rohan Anand, India’s army spokesperson in New Delhi, told Al Jazeera they had yet to see the new report and were therefore unable to comment.
Over the past two decades more than 60,000 people have been killed in the insurgency, and the dispute remains a perilous red herring in India-Pakistan relations.-al-Jazeera
Sumber BO - 10-9-2015
10, 000 Tentera Gabungan Arab Bergerak Ke Yaman

Gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi telah mengerahkan 10,000 orang tentera ke Yaman, dalam tanda jelas keazaman untuk mereka mengalahkan kuasa-kuasa bersekutu Iran-Houthi dan militia bekas Presiden Ali Abdullah Salleh selepas 60 tentera mereka terbunuh di wilayah Ma’rib pada hari Jumaat lalu.
Jiran-jiran Yaman itu menggandakan serangan udara ke atas ibu negara Sana’a pada Selasa dan bersiap untuk melancarkan serangan habis-habisan tidak lama lagi bagi merampas bandar utama yang dirampas pada tahun lepas.
“Jumlah tentera gabungan yang telah memasuki Yaman meningkat kepada 10,000 orang, Kontinjen kedua tentera Qatar akan tiba hari ini di Yaman selepas memasuki sempadan lintasan al-wadee (dengan Arab Saudi) …….. tentera bersekutu juga telah menambah peralatan ketenteraan mereka dengan 30 helikopter Apache, kereta perisai dan pelancar roket,”lapor al-Jazeera.
Negeri-negeri pakatan Arab melihat kempen mereka sebagai melawan pengaruh Iran ‘yang sedang menjalar’ di belakang rumah mereka, tetapi Houthi menafikan yang mnereka terhutang budi kepada Tehran.
Sebaliknya mereka mendakwa kerajaan Yaman dalam buangan di Riyadh dan gabunganyang dipimpin Arab Saudi itu adalah boneka Amerika.
Tentera Yaman yang setia dan tentera Teluk telah mengambil kembali dan sebahagian besar kawasa selatan Yaman pada bulan Julai, tetapi garis pertempuran telah hampir tidak bergerak kerana tentera bersekutu menghadapi tentangan sengit di utara oleh puak Houthi.
Militia Houthi dan sekutu mereka dalam tentera Yaman melepaskan peluru berpandu balistik era Soviet ke pangkalan tentera di wilayah tengah Ma’rib pada hari Jumaat, membunuh 60 puluh tentera UAE, Arab Saudi dan Bahrain.
Serangan itu adalah yang paling dahsyat untuk tentera Teluk dalam perang, dan mungkin menandakan satu titik perubahan dalam konflik apabila negara-negara terbabit sedang melakukan gerakan darat yang mereka cuba dielakkan sebelum ini.
Akhbar Saudi milik Al-Sharq Al-Awsat memetik sumber gabungan tentera berkata, sebahagian Mesir dan 6,000 tentera Sudan tidak lama lagi akan menyertai perjuangan dalam Yaman.
Tetapi sumber yang rapat dengan tentera Qatar mengesahkan bahawa pemerintah Emiriah Teluk itu telah menghantar “jentera infantri dan perisai kenderaan” dan bahawa Sudan telah mengesahkan untuk menghantar 6000 tentera.
“Operasi di Sanaa … akan menggunakan pengeboman yang banyak, kuasa tentera udara, untuk menyokong serangan darat,” kata sumber itu.
Sumber BO - 9-9-2015
Pekerja hospital kantoi mandi dalam periuk
Posted on Tuesday, September 08 @ 13:52:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |

SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang pekerja hospital mandi di dalam periuk yang digunakan untuk memasak kepada pesakit di hospital berkenaan tersebar di laman sosial.
Video menunjukkan, pekerja yang masih memakai uniform hospital duduk di dalam sebuah periuk besar sementara salah seorang pekerja yang lain menuang air ke kepalanya menggunakan jag plastik.
Turut kedengaran suara ketawa dia dan beberapa orang yang berada dikelilingnya.
Kejadian dipercayai berlaku di Hospital Traumatology dan Orthropedics, Puebla, tengah Mexico.
Video tersebut dikongsi oleh pengguna laman sosial dan kini video yang berdurasi 30 saat itu, di tonton hampir 87,000 tontonan di Facebook.
Memetik laporan Mirror.uk, Instititut Keselamatan Sosial Mexico sedang menyiasat insiden tersebut.
Sumber : Sinar
Sumber TKO - 8-9-2015
Gegaran Bom Di Sana’a Selepas Peluru Berpandu Membunuh 60 Askar Teluk

Letupan kuat telah menggegarkan ibu negara Yaman Sanaa, selepas gabungan dipimpin Arab Saudi berikrar untuk menekankan serangan udara, berikutan serangan peluru berpandu pemberontak Houthi yang membunuh 60 askar Teluk.
Saksi-saksi berkata pesawat perang gabungan melanda pangkalan tentera Syiah dan serpihan militant yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh pada pagi Ahad.
Sasaran termasuk pangkalan di Nahdain dan Fajj Attan bukit dan kejiranan kompleks presiden, di selatan Sanaa.
Serbuan udara dilakukan selepas dua hari serangan peluru berpandu Houthi di Marib, sebuah wilayah minyak timur, membunuh 45 tentera UAE, yang merupakan kerugian yang paling berat untuk UAE sejak pembentukan negara ini pada tahun 1971.
Serangan Houthi pada Jumaat lalu, melanda depot senjata dan menyebabkan letupan yang besar, juga membunuh 10 tentera Arab Saudi dan 5 tentera Bahrain.
Kedutaan British berkata melalui aplikasi Twitter, bahawa benderanya di Dubai dan Abu Dhabi telah diturunkan kepada separuh tiang sebagai tanda hormat.
Sehubungan itu Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga ketua angkatan tentera UAE, Mohammed bin Zayed Al Nahyan, berkata “peristiwa-peristiwa ini hanya akan menjadikan kita lebih teguh dalam pendirian kami untuk keadilan”.
UAE berkata, kejadian itu tidak akan mengurangkan komitmennya dalam misi gabungan Arab untuk memulihkan kuasa Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menelefon Mohammed bin Zayed pada hari Sabtu untuk mengucapkan takziah.
Bagi sebahagian mereka, serangan peluru berpandu pemberontak Syiah Houthi adalah ‘serangan membalas dendam’ kepada Gabungan Arab yang telah terus menerus menyerang kedudukan mereka selama enam bulan.
Mereka telah mengakui, menggunakan peluru berpandu era Soviet Tochka, untuk menyerang kem tentera di wilayah Marib itu.
Marib telah menyaksikan pertempuran sengit apabila tentera rakyat yang setia dan sekutu pakatan Arab Saudi telah maju menuju di utara Yaman.
Gabungan itu melancarkan perang udara apabila Presiden Hadi melarikan diri ke Arab Saudi dan meminta bantuan pada bulan Mac.
Selepas pengikut setia berjaya menawan semula Aden pada bulan Julai, gabungan Arab itu melancarkan operasi darat yang menyaksikan pemberontak mundur ke belakang dari lima wilayah selatan
Walaupun begitu, Houthi dan militant yang setia kepada Abdullah Ali Saleh masih mengawal Sanaa dan banyak bandar di bahagian utara dan tengah.
Lebih daripada 4,500 orang telah terbunuh dalam konflik itu, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, menurut PBB, yang telah memberi amaran bahawa Yaman adalah di ambang kebuluran – sumber al-Jazeera
Sumber BO - 7-9-2015
Ajaran Islam dan Umat Islam Disekat di Hungary dan Angola

Perdana Menteri Hungary Viktor Orban [Gambar atas] telah dilaporkan berkata bahawa negaranya tidak mahu mengambil dalam jumlah yang besar pelarian umat Islam.
Beliau berkata demikian ketika mempertahankan tindakan Hungary menghalang lonjakan dalam jumlah pelarian yang cuba untuk memasuki negara itu.
“Saya fikir kita mempunyai hak untuk memutuskan bahawa kita tidak mahu jumlah besar orang Islam di negara kita,” Orban dilaporkan memberitahu wartawan di luar ibu pejabat EU di Brussels.
“Kami tidak suka akibatnya,” agensi berita DPA melaporkan beliau sebagai berkata, merujuk kepada sejarah 150 tahun negara pemerintahan Uthmaniyyah pada abad ke-16 dan ke-17.
Orban berkata mereka melarikan diri konflik di negara-negara seperti ini Syria tidak harus cuba untuk menyeberang ke Hungary, ketika beliau mempertahankan keputusan negara itu untuk mendirikan pagar di sepanjang sempadan.
“Tolong jangan datang ………. Ia berisiko akan datang. Kami tidak dapat menjamin bahawa anda akan diterima,” kata Orban di Brussels, sambil menambah bahawa ia tidak akan menjadi berperikemanusiaan atau moral hak untuk “memalsukan” impian rakyat.
Sementara itu, negara Angola telah menjadi negara pertama di Afrika yang mengharamkan ajaran agama Islam dan umat Islam.
Mengenai larangan itu, Presiden Angola Jose Eduardo dos Santos [Gambar kanan] berkata Ahad lalu, “Ini adalah akhiran yang muktamad (tentang) pengaruh Islam di negara kita.”
Larangan Angola pertama kali diumumkan apabila Menteri Angola Kebudayaan, Rosa Cruz e Silva yang berkata, masjid-masjid akan ditutup.
“Proses amalannya Islam tidak diluluskan oleh Kementerian Keadilan dan Hak Asasi Manusia, masjid-masjid mereka akan ditutup sehingga diberitahu kelak.”ujarnya
Beliau juga berkata bahawa larangan itu mesti berlaku kerana Islam adalah, “bertentangan dengan adat resam Angola budaya dan ia adalah mazhab “.
Angola mempunyai penduduk seramai 16 juta yang mana majoritinya adalah Kristian, dengan hanya 80,000-90,000 orang Islam, majoriti daripada mereka adalah pendatang dari Afrika Barat dan keluarga yang berasal dari Lubnan, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Sumber BO - 4-9-2015
ANGKA pengangguran di Turki dikhabarkan telah menurun ketara selepas mencapai angka tertinggi dalam 5 tahun terakhir.
Menurut Menteri Tenaga Kerja dan Keselamatan Sosial Turki, Ahmet Erdem, negaranya berjaya menurunkan angka pengangguran dengan menggunakan strategi insentif dan subsidi, lapor laman Islampos.com.
"Kami memohon insentif dan subsidi untuk mengatasi pengangguran. Dengan cara ini kami berjaya menurunkan angka pengangguran daripada 9.6 peratus menjadi 9.3 peratus," kata Erdem ketika ditemui CNN pada Rabu (2 Sept 2015).
Sebelumnya menurut data badan statistik Turki, TurkStat, angka pengangguran di negara itu tertinggi sejak April 2010 , iaitu 11.3 peratus atau 3.25 juta pada Januari 2015 lalu.
Sumber HD - 4-9-2015
Kelar, potong tangan isteri kerana cemburu‎
Posted on Thursday, September 03 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |

SHANGHAI - CHINA. Seorang lelaki bertindak mengelar tangan serta memotong jari isterinya dengan sebilah parang selepas cemburu dan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Qing, 29, dimasukkan ke Hospital di daerah Changning, pada Ahad dengan pergelangan tangan kirinya cedera dikelar dan jarinya putus.
Qing berkata, dia tinggal berasingan dengan suaminya kerana bekerja di luar daerah sejak Januari lalu dan suaminya itu yang dikenali sebangai Chen, sentiasa menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Malah suaminya itu turut menghantar mesej mengugut untuk mencederakannya sehingga hilang upaya supaya tiada lelaki lain akan mendekatinya selepas ini.
Sebelum ini, wanita berkenaan ingin menuntut cerai namun atas nasihat beberapa rakannya yang memintanya untuk bersabar demi kebaikan anak tunggalnya berusia 3 tahun yang tinggal bersama keluarga suami, dia terpaksa melupakan hasratnya.
Wanita berkenaan mendakwa, suaminya menculiknya dari kilang tempat dia bekerja di Suzhou dan membawanya ke sebuah apartment di Pudong, Shanghai.
Memetik laporan Shanghai Daily, berlaku pertengkaran di antara mereka dan suaminya itu bertindak mengelar pergelangan tangan kiri isterinya serta memotong beberapa jari wanita itu.
Doktor cuba untuk menyambung semua jari wanita itu, namun tidak berjaya.
Sumber Link
Sumber TKO - 3-9-2015
Tindakan Najib berhubung ‘derma AS$700 juta’ mencurigakan, kata pengkritik antarbangsa
Posted on Thursday, September 03 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |

Ketika pemimpin Umno terus menegaskan dana AS$700 juta yang didermakan kepada Datuk Seri Najib Razak bukan luar biasa, penceramah antarabangsa pada persidangan anti rasuah global berkata, segala urusan itu mencurigakan dan perlu diambil tindakan.
Mereka memberitahu The Malaysian Insider, ia menarik minat pelbagai pihak untuk perdana menteri mendedahkan bagaimana beliau menerima wang berkenaan dan dari mana ia disalurkan.
Mereka berpendapat, jika kes yang sama berlaku di beberapa negara lain, apabila ia diketahui, ahli politik itu akan didakwa atau disingkirkan.
Ahli Parlimen dari Eropah, Ana Maria Gomes berkata mana-mana ahli politik lain akan meletak jawatan jika mereka berada di tempat Najib.
"Beliau perlu menjelaskan segala-galanya. Pada pendapat saya, sesiapa yang berada atas dakwaan yang begitu serius, perkara pertama (yang akan mereka lakukan) di Eropah adalah meletak jawatan dan kemudian membicarakan kes mereka.
"Buktikan anda tidak bersalah dan berdepan dengan akibatnya," kata Gomes ketika ditemui di luar dewan persidangan selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah (IACC) ke-16 di Putrajaya semalam.
Beliau berkata di negaranya, Portugal seorang menteri didakwa atas tuduhan serius beberapa tahun lalu dan beliau segera meletak jawatan.
Siasatan kemudiannya mendedahkan yang dakwaan itu adalah tidak benar, katanya.
"Itu adalah patriotik dan satu perkara yang baik untuk dilakukan. Di Malaysia, memandangkan dakwaan dilemparkan terhadapnya, beliau sudah tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi perdana menteri."
Beliau menambah, tindakan diambil terhadap individu menyiasat dana yang diperoleh menimbulkan keraguan dan ini tidak sepatutnya berlaku.
"Ia dilihat tidak elok sama sekali, cara perdana menteri seolah-olah mahu menutup dakwaan serius terhadap beliau dan langkah terbaik adalah dengan meminta beliau untuk meletak jawatan."
Pengarah Greenpeace International Kumi Naidoo berkata, derma sebanyak AS$700 juta adalah "sangat mencurigakan dan sangat luar biasa", dan beliau berpendapat pihak berkuasa sudah mengambil tindakan jika ia melibatkan rakyat biasa.
Penjelasan Najib yang duit itu sebagai "derma politik" tidak mencukupi, kerana jumlahnya terlalu banyak, katanya.
"Ada sesetengah negara kepulauan kecil di dunia yang menggunakan jumlah tersebut untuk bajet tahunan mereka. Ini adalah satu jumlah wang yang besar dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa penjelasan," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas beliau berucap di persidangan itu semalam.
"Adakah ia diberikan kepada kerajaan atau perdana menteri untuk melakukan sesuatu bagi penderma, mungkin termasuk polisi atau kontrak tertentu? Ia bukan hadiah peribadi yang normal, mahupun bagi standard orang kaya."
Naidoo menasihatkan Najib supaya tampil ke hadapan dan menerangkan dengan jelas dari mana menerima dana itu, apa yang beliau gunakan daripada wang itu dan hubungan dengan penderma.
"Saya rasa kegagalan untuk berbuat demikian akan menjadikan beliau sebagai yang sangat dikompromi dan hanya menyebabkan demokrasi Malaysia dipersoalkan."
Naidoo yang juga seorang aktivis hak asasi manusia dari Afrika Selatan, mengesahkan kes sebegini adalah serupa berlaku di beberapa negara lain, tetapi apabila ia diketahui ahli politik itu boleh didakwa atau dipecat.
"Dalam beberapa kes ada yang mempertahankan kuasa mereka, tetapi pemimpin sebegini bukan dari negara yang mengamalkan demokrasi atau demokrasi sebenar.
"Dan saya percaya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang sebenar," katanya.
Beliau menambah sudah melihat perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur pada hujung minggu dan kagum dengan peserta yang berhimpun secara aman.
"Saya menggesa peserta perhimpunan supaya terus mengekalkan cara mereka berhimpun secara aman. Mereka mempunyai hak untuk bersuara walaupun ia menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang berkuasa."

Lise Stensrud dari Norway menggesa orang ramai agar terus memberi tekanan kepada kerajaan berhubung status dana yang diterima kerana kerajaan berkhidmat untuk rakyat dan bukan sebaliknya. - Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 3 September, 2015.Lise Stensrud dari Norway menggesa orang ramai agar terus memberi tekanan kepada kerajaan berhubung status dana yang diterima kerana kerajaan berkhidmat untuk rakyat dan bukan sebaliknya. - Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 3 September, 2015.
Lise Stensrud, pengarah dasar anti-rasuah Agensi Pembangunan bersama rakyat Norway (Norad), menggesa orang ramai untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan berhubung dana itu.
"Ini adalah sesuatu perkara yang perlu dilakukan rakyat, dan mereka harus cuba untuk menuntut keadilan. Sejumlah besar wang berada pada satu tempat yang tidak sepatutnya.
"Kerajaan sedang berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya," katanya ketika ditemui di luar dewan persidangan semalam.
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada persidangan IACC kali ini dan Najib sepatunya menyampaikan ucaptama semalam.
Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, beliau menasihatkan Najib untuk menarik diri dari merasmikan IACC di Putrajaya semalam kerana kemungkinan beliau terpaksa berdepan dengan persekitaran yang "ganas".
Persidangan selama 3 hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu akan berakhir esok.
Dianggap sebagai perkumpulan pihak berkepentingan dalam gerakan anti rasuah, IACC setiap dua tahun dan tahun ini berjaya mengumpulkan 1,000 delegasi dari 130 negara.
Sumber TKO - 3-9-2015
Akhirnya Taliban Akui Rahsia Kematian Mullah Omar
Posted on Wednesday, September 02 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |

KABUL: Selepas dua tahun, akhirnya kumpulan Taliban mengaku merahsiakan kematian pemimpin mereka Mullah Omar kerana mahu tentera asing menamatkan pertempuran dengan militan itu.
Menerusi laman web Taliban, biografi ketua baru kumpulan itu Mullah Akhtar Mansour yang ditulis dalam lima bahasa itu turut mengakui Omar meninggal dunia pada April 2013, seperti didakwa agensi perisikan Afghanistan sebelum ini.
Tindakan kepimpinan Taliban merahsiakan perkara itu menyebabkan berlaku perpecahan dalaman apabila anggota kumpulan itu kepemimpinan mengelirukan mereka dengan mengeluarkan surat atas nama Omar.
“Beberapa anggota penting majlis Emiriah Islam (Taliban) dan ulama memutuskan untuk merahsiakan kematian Omar.
“Antara alasan penting kematian itu dirahsiakan ialah 2013 dianggap tahun terakhir ujian kekuatan antara mujahidin dengan tentera asing yang mengumumkan semua operasi ketenteraan mereka akan berakhir pada penghujung 2014,” menurut kandungan dalam biografi itu.
Pelantikan Mansour selaku pengganti Omar memburukkan krisis dalaman ketika Negara Islam (IS) mula mengembangkan pengaruh di negara itu.
Beberapa pemimpin kanan, termasuk anak dan adik Omar enggan mengiktirafnya dengan alasan pelantikan Mansour dibuat secara tergesa-gesa.
Sumber Link
Sumber TKO - 2-9-2015
SEKITAR 90,000 orang telah menanda tangani petisyen yang meminta perdana menteri Zionis Israel ditangkap ketika berkunjung ke United Kingdom, bulan depan, atas dakwaan jenayah perang, lapor laman web Islampos.com.
Dipetik Infopalestina.com, kemungkinan besar parlimen Inggeris akan membincangkan cadangan ini di sidang Parlimen, jika ahli petisyen mencapai 100,000 orang.
Damina Moran, salah seorang penggasas petisyen itu berkata, berdasarkan undang-undang antarabangsa, Netanyahu harus ditahan, apabila berkunjung ke England dengan dakwaan jenayah perang kerana telah membunuh beribu-ribu orang pada tahun 2014 lalu.
Dikatakan Maron, petisyen itu mula dilancarkan pada bulan ini dan mula disebarkan di laman parlimen Inggeris. Jika jumlah responden mencapai 100,000 orang, membolehkan dewan parlimen Inggeris membincangkannya dalam sidang umum.
Namun aktvis itu meragui jumlah itu mencapai 100,000 orang, mengingat kuatnya hubungan antara Inggeris dan Israel.
Namun dia menuliskan dalam laman webnya, orang seperti Netanyahu mempunyai kekebalan politik, lawatan beliau ke England, tak mungkin membuahkan penangkapan, ungkapnya
Sumber HD - 31-8-2015
Serangan Ke atas Sana’a Sekiranya Usaha Perdamaian Gagal

Sumber sulit mendedahkan bahawa gabungan tentera sedang membuat persediaan untuk menyerang ibu negara Yaman, Sana’a dari tiga posisi, sekiranya usaha mencapai perjanjian politik gagal.
Abdul Aziz Al Ghawhi, pemimpin dalam Gerakan Penentangan Popular dan ketua-ketua suku kaum Hashed berkata militia, kini sedang giat menjalani latihan dibawah pasukan tentera di daerah Al-Abr di Wilayah Hadramout.
Mereka yang datang dari wilayah utara yang berbeza, mempunyai tugas khusus untuk membebaskan ibu negara itu dan wilayah-wilayah utara yang lain.
Ghawhi yang dikenali sebagai ‘orang kuat’ Brigadier Hashem Al-Ahmar telah dilantik oleh Presiden Hadi untuk memimpin Pasukan Penentangan Popular yang akan bertarung di utara
“Pelan serangan ke atas Sana’a termasuk mengambil alih ibu negara dari tiga paksi, yang pertama dari Marib dan Arhab utara Sana’a, yang kedua dari Hodeida, dan yang ketiga dari Taiz. ”
Ghawi menegaskan bahawa tindakan ketenteraan hanya akan diambil jika rundingan damai yang bermula di ibu negara Oman, Muscat mencapai jalan buntu.
Dua minggu lalu, berpuluh-puluh kenderaan pacuan empat roda baharu berjenama telah dibawa masuk melalui Oman yang dipercayai merupakan persiapan bagi kumpulan Gerakan Penentangan Popular ‘melanggar’ ibu kota Yaman yang dikuasai Houthi sejak bulan September lalu.
Gerakan ofensif Houthi di sempadan Sana’a-Ma’rib juga berterusan, namun para pejuang di wilayah yang kaya sumber asli itu terus bertahan sehingga mendapat arahan selanjutnya.
Sumber BO - 31-8-2015
Kisah Dua Orang 'Tuhan' Dan Seorang 'Saiton' Menarik Perhatian
Posted on Sunday, August 30 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

JAKARTA: Kemunculan kes dua orang menjadi "Tuhan" dan seorang lagi menjadi "Saiton" menarik perhatian media di Indonesia sehingga dijadikan topik-topik perbincangan dalam siaran radio dan televisyen tempatan.
Kes pertama ialah seorang lelaki di Banyuwangi, daerah Sukabumi di Jawa Barat yang bernama "Tuhan".
Tuhan, 42, seorang tukang kayu di kampung dan secara tiba-tiba menjadi popular apabila terdapat pihak yang menyebarkan kad pengenalan dan gambarnya dalam laman-laman media sosial.
Ayah kepada dua orang anak itu menyifatkan nama beliau sebagai unik dan mendakwa nama itu diberikan oleh orang tuanya atas nasihat seorang yang alim.
Isteri Tuhan, Husnul Khatimah, berkata beliau tidak pernah bertanya kenapa nama suaminya begitu dan semasa menikah tiada sesiapapun pertikaikan nama suaminya itu yang dipanggil Han.
Setelah nama Tuhan menjadi isu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) tampil memberi nasihat agar Tuhan menukarkan namanya atau sekurang-kurangnya menambahkan nama "Hamba" supaya namanya menjadi "Hamba Tuhan".
Ketua MUI Banyuwangi, Achmad Yamin berkata, adalah lebih baik nama itu diganti ataupun menambah namanya kerana manusia tidak boleh dipanggil Tuhan dan menimbulkan kontroversi.
Katanya MUI juga berharap jabatan kerajaan yang berkaitan dengan pendaftaran nama seharusnya turut menasihati masyarakat mengenai pemberian nama kepada anak-anak mereka.
Tuhan bagaimanapun enggan menukarkan namanya walau dinasihati MUI kerana menganggap ia sebagai sesuatu yang istimewa.
"Saya tidak akan mengganti nama saya, kan itu pemberian orang tua. Selain itu, jika ganti nama, maka semua dokumen juga harus ganti seperti KTP (kad pengenalan), surat nikah, ijazah, dan surat-surat lainnya," katanya.
PENGANGGUR YANG MENGANGGAP DIRINYA TUHAN
Kes kedua juga berlaku di Sukabumi. Seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Tuhan dan memperkenalkan satu ajaran sesat dengan mendera para pengikutnya secara fizikal dan mental.
Di Kampung Gunungkarang, Sukabumi itu seorang penganggur yang dikenali sebagai Indra Okta Permana, 35, atau digelar Raden berjaya mempengaruhi penduduk kampung itu untuk menyembah matahari dan mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan.
Beliau juga mengarahkan pengikutnya membakar Al-Quran, jangan bersolat dan menganjurkan majlis bertaubat dengan memukul dan memijak kepala mereka.
Bagaimanapun apabila tindakannya itu didapati melampau, penduduk akhirnya menangkap Raden dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
Ketua Siasatan Jenayah Polis Sukabumi Kota, Sulaeman Salim dipetik oleh media sebagai berkata, setelah disoalsiasat Raden mengaku dirinya sebagai Tuhan dengan meminta penganutnya itu untuk menyembah matahari dan tidak menjalankan ibadah solat.
Raden berasal dari Tangerang sebelum itu dikatakan berkunjung ke rumah seorang penduduk yang dikenali sebagai Agus Wahyudin dan didakwa memberi mereka meminum sejenis air.
Selepas meminum air itu, lima anggota keluarga berkenaan termasuk dua wanita terus mengikut sahaja arahan Raden sehingga menyertai upacara ritual iaitu membakar Al-Quran dan membiarkan diri dibelasah oleh lelaki terbabit.
Raden mendakwa Tuhan berada dalam jiwa manusia dan kehidupan ini tidak memerlukan sebarang kitab suci kerana ia menyesatkan manusia.
SYAITAN PULA NAMANYA
Kes ketiga pula ialah terdapat seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan yang kini hidup dalam dilema kerana namanya ialah Saiton.
Saiton, 39, adalah seorang guru dan tinggal di kawasan Perumahan Taman Mekarsari, Palembang dan beliau mengharungi hidup seperti biasa walaupun tahu namanya tidak sedap dipanggil kerana dalam sebutan bahasa Indonesia ianya bermaksud "syaitan".
Katanya, menurut keterangan ibu bapanya ketika beliau diberikan nama Saiton, kedua-dua orang tuanya tidak menyedari ia membawa maksud "syaitan" namun setelah menyedarinya mereka cuba menukarkan nama itu setelah dia berusia tiga tahun.
Beliau berkata, setelah nama itu ditukar beliau mengalami sakit yang teruk dan berdasarkan kepercayaan orang dahulu nama baharunya mungkin tidak sesuai dan disebabkan itu namanya dikekalkan sebagai Saiton.
- AstroAwani
Sumber TKO - 30-8-2015
Wanita Bertanduk
Posted on Sunday, August 30 @ 06:40:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |

Sichuan (China): Doktor di China baru-baru ini berdepan dengan kes yang jarang mereka temui apabila seorang pesakit Liang Xiuzhen datang kepada mereka dengan ketumbuhan seperti tanduk di kepalanya.
Wanita berusia 87 tahun itu berkata, tanduk berkenaan mula tumbuh dua tahun lalu dan semakin membesar, lapor akhbar People’s Daily Online.
Liang dilapor memberitahu doktor dia mengalami kegatalan amat sangat di tempat tanduk itu membesar lapan tahun lalu.
Keluarganya merawatnya dengan mengguna ubat herba tempatan. Memandangkan ubat itu tidak memberi kesan sampingan, dia meneruskan penggunaannya tanpa berasa bimbang.
Dua tahun lalu, tanduk kecil sebesar anak jari mula tumbuh di tempat berkenaan.
Anaknya, Wang Zhaojun berkata: “Kami ke hospital, tetapi doktor tidak tahu apa yang menyebabkan tanduk itu tumbuh.
“Ibu saya tidak suka ke hospital kerana takut tidak pulang lagi apabila ke sana.”
Kerana tanduk itu tidak membesar lagi, keluarganya tidak mengendahkannya.
Awal tahun ini, apabila Zhaojun membasuh rambut ibunya, dia tersentuh tanduk itu, menyebabkan ia patah.
Tidak lama kemudian, tanduk baru tumbuh dan membesar dengan cepat.
Dalam masa enam bulan ia membesar sehingga 12.7 sentimeter dengan ukur lilit enam sentimeter.
Ketumbuhan itu kini menyerupai tanduk haiwan, dari segi bentuk dan juga warna.
Bercerita mengenai keadaannya, Liang berkata: “Ia menyakitkan. Kadang-kadang terlalu sakit sehingga saya tidak boleh tidur.”
Menurut doktor, tanduk itu berpunca daripada jangkitan kulit dan boleh dibuang menerusi pembedahan, bergantung kepada kesihatan fizikal pesakit.
Bagaimanapun, memandangkan tanduk itu membesar dengan cepat, doktor bimbang ia berbarah.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama wanita di China bertanduk.
Pada 2010, ketumbuhan menyerupai tanduk syaitan dilapor muncul di kepala seorang wanita berusia 101 tahun.
- HMetro
Sumber TKO - 30-8-2015
Lelaki Jual Pen Dapat Kutipan Derma Lebih RM 300,000 Dalam Masa Sehari
Posted on Saturday, August 29 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |